SAINS 1) Menurut Chong (2012), subjek sains bukan sahaja memerlukan pelajar menghafal konsep, teori dan prinsip tetapi ia juga menekankan kepada penguasaan kemahiran saintifik, iaitu kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Chong, L.Y. (2012). Kemahiran Proses Sains Dan Hubungannya Dengan Keberkesanan Penggunaan Makmal Serta Kemahiran Manipulatif Pelajar Menengah Atas. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan. 2) Menurut Shahrir dan Suziela (2011), pembelajaran sains menjadi lebih bermakna sekiranya murid memahami konsep sains yang wujud di sebalik pembelajaran tersebut. Shahrir, A.D., & Suziela, M.T. (2011). “Backyard Science”: Mengembangkan potensi pengetahuan sedia ada kanak-kanak dalam pembinaan konsep saintifik. Seminar Prosiding IPG Kampus Gaya, Sabah. 3) Kajian-kajian lepas menunjukkan kebanyakan murid mempunyai sikap yang negatif terhadap sains dan sebahagian murid pula tidak berminat terhadap sains (Aziz Nordin & Lin,2011; Chin, 2012). Aziz Nordin & Lin, H. L. (2011). Hubungan Sikap Terhadap Mata Pelajaran Sains Dengan Penguasaan Konsep Asas Sains Pelajar Tingkatan Dua. Journal of Science & Mathematics Educational, 2, 89-101. 4) Dapatan kajian terdahulu seperti Glynn, Brickman, Armstrong dan Taasoobshirazi (2011), telah membuktikan bahawa sikap pelajar, minat dan motivasi terhadap pembelajaran Sains semakin merosot. Glynn, S. M., Brickman, P., Armstrong, N., & Taasoobshirazi, G. (2011). Science Motivation Questionnaire II: Validation with science majors and nonscience majors. Journal of Research in Science Teaching, 48(10), 1159–1176. 5) Kajian yang telah dijalankan oleh Nik Azmah Nik Yusuff, Norazimah Md Ali, Norazilawati Abdullah, Ong, E.T. (2016) mendapati bahawa guru sains jarang mengguna pakai pendekatan yang berlainan sebagai strategi mengajar sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Nik Azmah Nik Yusuff, Norazimah Md Ali, Norazilawati Abdullah, Ong, E.T. (2016). The Effectiveness Of Hands-On/Authentic Learning On Elementary School Students’ Achievement In And Attitudes Towards Science. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 6, 79-97. 6) Sumintono (2016) peratus pelajar aliran sains tidak pernah melebihi 30 peratus. Sumintono, B. (2016). Science education in Malaysia : Challenge in the 21st century. (February). 1-10 7) Mohamed Arip et. Al. (2014). Kecenderungan guru menggunakan kaedah pengajaran tradisional dan tidak menggunakan bahan bantu mengajar menyebabkan pelajar hilang tumpuan dalam pembelajaran. Mohamed Arip, M.A.S , Mohd Sa’ad,F.,Jaapar,N.,Mohd Ali,K.,Athdzar,N.H dan Wan Abd. Rashid, W.N. (2014). Faktor, Kesan Dan Strategi Menangani Permasalahan Kurang Tumpuan Pelajar Sekolah Menengah Di Dalam Kelas: Suatu Kajian Kualitatif. Fakulti Pendidikan dan pembangunan Manusia. Universiti Pendidikan Sultan Idris. 8) Menurut Fatin (2014) minat dan sikap merupakan faktor penyumbang kepada kemerosotan penyertaan pelajar dalam aliran sains. Fatin Aliah Phang, Mohd Salleh Abu, Mohammad Bilal Ali & Salmiza Salleh (2014). Sains Humanika Faktor Penyumbang Kepada Kemerosotan Penyertaan Pelajar dalam Aliran Sains : Satu Analisis Sorotan Tesis 2010 : 63-71 KAJIAN KUALITATIF 1) Denzin dan Lincoln (2000) menegaskan bahawa kajian kualitatif amat berkesan untuk digunakan bagi mencungkil permasalahan yang rumit dan kompleks dengan mendalam. Denzin, K. N. & Lincoln, S.Y. (2000). Handbook of Qualitative Research (2nd ed). London : SAGE 2) Creswell et.al (2007) adalah dapat memberikan manfaat yang luas apabila sesebuah kes dikaji, namun hasil kajian sukar untuk digeneralisasikan kepada individu atau kumpulan lain. Creswell, J. W., Hanson, W. E., Clark, V. L. P., & Morales, A. (2007). Qualitative Research Designs: Selection and Implementation. The Counseling Psychologist, 35(2), 236–264 KAJIAN KES 1) Tight (2017), kajian kes adalah satu strategi bagi mengkaji sesuatu fenomena yang berlaku di lingkungan sebenar secara menyeluruh. Tight, M. (2017). Understanding case study research : Small-scale research with meaning. Los Angeles : SAGE Publications. 2) Merriam (1998) menegaskan bahawa kajian kes yang dijalankan tidak bertujuan untuk membuat ramalan atau generalisasi terhadap sesuatu fenomena, tetapi untuk mendapatkan kefahaman terhadap cabaran yang dihadapi oleh guru Merriam, S. B. (1998). Case study research in education : A qualitative approach. CA : Bass Inco. Jossey SOROTAN LITERATUR Creswell (2005), sesuatu kajian sorotan perlu menghurai, meringkas, menganalisis, mensintesis dan menjelaskan literatur yang digunakan. Creswell, J. W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research. Upper Saddle River, N.J: Merrill. KERANGKA TEORI 1) Eisenhart (1991) mendefinisikan kerangka teori sebagai struktur yang membimbing penyelidikan dengan bergantung pada teori formal. Ia dibina dengan menggunakan penerangan yang jelas tentang fenomena dan hubungan tertentu. Eisenhart, M.A. (1991).Conceptual frameworks for research circa 1991: Ideas from a cultural anthropologist: implications for mathematics education researchers. Proceedings of the 13th annual meeting of the North American Chapter of the International Group for the Psychology of Mathematics Education (vol. 1, pp. 202–219). Blacksburg, VA. KAJIAN KUANTITATIF Kesahan instrumen soal selidik bagi kajian ini adalah menggunakan kesahan konstruk. Kesahan kandungan dibuat dengan mengira nilai pekali kappa berdasarkan penilaian pakar. Nilai min kappa yang diperolehi bagi instrumen soal selidik adalah 0.68. Nilai ini menunjukkan instrumen tersebut mempunyai kesahan yang baik berdasarkan kepada skala persetujuan Cohen Kappa (Cohen, 1968). Kesahan kandungan bagi ujian Pencapaian pula dilakukan oleh dua orang guru cemerlang Kimia yang menyemak dan mengesahkan instrumen Ujian Pencapaian dan juga kesesuaian manual amali Kimia Hijau. Nilai kappa yang diperoleh bagi Ujian Pencapaian adalah 0.77. Manakala bagi Ujian Kelestarian Alam, nilai kappa yang diperolehi adalah 0.50 berdasarkan kepada penilaian oleh dua orang pensyarah kanan dari Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Matematik dari UPSI. PENGESAHAN INSTRUMEN KAJIAN 1) Semakan pakar adalah perlu untuk memastikan ketepatan konstruk serta kejelasan kandungan (Kline, 2005) 2) Merujuk keseluruh perkara yang hendak diukur dan tiada lain selain apa yang hendak kita ukur (Thorndike 1991) 3) Kesahan ujian yang mengukur sesuatu sebaik mungkin (Anastasi 1988)