PROSEDUR PENGAGIHAN PERUNTUKAN DAN PERMOHONAN PENGGUNAAN OS42000 DAN TABUNG AMANAH PELAJAR (TAP) PHT 1. Terima maklumat peruntukan kewangan dari Koperasi PHT Bhd (TAP - Bayaran Pendaftaran Pelajar) atau dari JPP (OS42000): a. TPA/TPSA menyelaras agihan peruntukan mengikut pecahan yang telah ditetapkan dengan bantuan Koperasi PHT Bhd dan Unit Kewangan PHT. (rujuk lampiran agihan peruntukan). b. TPA/TPSA memaklumkan kepada pegawai bertanggungjawab melalui e-mail atau secara bercetak dan disalin kepada Koperasi PHT Bhd dan Unit Kewangan PHT. c. Pegawai bertanggungjawab akan merekodkan maklumat yang diterima dan merancang program untuk jabatan / unit masing-masing. d. Koperasi PHT Bhd mengurus penerimaan dan pengeluaran duit TAP (Bayaran Pendaftaran Pelajar) mengikut prosidur yang ditetapkan. e. Unit Kewangan PHT mengurus penerimaan dan pengeluaran duit OS42000 (JPP) mengikut prosidur yang ditetapkan. 2. Pemohon muaturun dan melengkapkan kertas kerja program pelajar beserta borang Permohonan Kelulusan Program Dan Peruntukan OS42000 / Tabung Amanah Pelajar (TAP) PHT (BHEP-10) dari laman http://myheppht.blogspot.my/ 3. Pemohon mendapatkan pengesahan baki peruntukan untuk jabatan / unit masing-masing dari Koperasi PHT Bhd bagi penggunaan (TAP) / Unit Kewangan PHT bagi penggunaan (OS42000). 4. Pemohon mendapatkan sokongan dari Ketua Jabatan / Ketua Unit masing-masing. 5. Pemohon mendapatkan kelulusan Pengarah / TPA / TPSA. Nota i. Kelulusan Pengarah adalah bagi: - program yang menggunakan peruntukan OS42000. - program luar bagi penggunaan peruntukan TAP. ii. Kelulusan TPA / TPSA bagi program dalaman yang menggunakan peruntukan TAP sahaja. 6. Pemohon berurusan dengan Koperasi PHT untuk proses pengeluaran wang dari TAP atau Unit Kewangan bagi penggunaan peruntukan OS42000. 7. Pemohon melaksanakan program yang dirancang. 8. Pemohon menghantar laporan program kepada Ketua Jabatan / Ketua Unit dan salinan kepada Unit Kualiti dalam tempoh 2 minggu dari tarikh program dilaksanakan (rujuk contoh laporan program). Lampiran Dokumen Link ke carta alir Kertas Kerja Program/aktiviti