Uploaded by 许洛铭

Tutorial 4 - extra tuto cukai tertunda

advertisement
FAKULTI EKONOMI & PENGURUSAN
PUSAT PENGAJIAN PERAKAUNAN
Sem 2, Sesi 2018/2019
EPPA 2023 PERAKAUNAN DAN PELAPORAN KEWANGAN II
sh is
ar stu
ed d
vi y re
aC s
o
ou urc
rs e
eH w
er as
o.
co
m
CUKAI TERTUNDA
SOALAN 1
Baki-baki berikut dipetik daripada akaun Syarikat Singlex Bhd.
Liabiliti cukai tertunda pada 31 Disember 2016
Aset cukai tertunda pada 31 Disember 2016
RM
3,000
1,400
Kadar cukai bagi tahun 2016 ialah 20%. Berikut pula adalah item-item berkaitan dengan liabiliti dan
aset cukai tertunda bagi tahun berakhir 31 Disember 2017:
1. Pada 1 Januari 2015 Singlex telah membeli peralatan pada kos RM100,000. Untuk tujuan
perakaunan peralatan, ini disusutnilai sepanjang 10 tahun berdasarkan kaedah garis lurus.
Lembaga Hasil Dalam Negeri membenarkan elaun modal pada kadar 20% setahun ke atas kos
aset untuk ditolak daripada pendapatan kena cukai.
Th
2. Kos penyelidikan dan pembangunan yang dibayar secara tunai RM20,000 telah dipermodalkan
sebagai aset pada 31 Disember 2015 dilunaskan selama 4 tahun. Bagi tujuan percukaian
perbelanjaan kos penyelidikan dan pembangunan dibenarkan ditolak pada tahun pembayaran
dibuat.
3. Faedah belum terima pada 31 Disember 2017 berjumlah RM35,000. Bagi tujuan percukaian,
pendapatan faedah akan dicukai apabila tunai diterima.
4. Dividen belum terima dari sebuah anak syarikat ialah RM98,000 pada 31 Disember 2017.
Dividen tersebut tidak dikenakan cukai.
5. Akaun belum terima (ABT) berjumlah RM109,000 pada 31 Disember 2017. ABT ini tidak
memberi kesan cukai apabila pembayaran diterima.
1
https://www.coursehero.com/file/52952350/Tutorial-4-cukai-tertundapdf/
6. Syarikat menyediakan peruntukan kos waranti untuk produk tertentu. Pada 31 Disember 2017,
baki akaun peruntukan kos waranti RM25,000.
7. Pada 31 Disember 2017, baki akaun faedah terakru RM45,000. Belanja faedah boleh ditolak
untuk tujuan percukaian apabila dibayar.
8. Pada 31 Disember 2017, liabiliti kontigensi bagi kos litigasi diperuntukkan berjumlah
RM16,000. Walaubagaimana pun hanya RM6,000 boleh ditolak untuk tujuan cukai.
9. Dalam tahun berakhir 31 Disember 2017, Syarikat Singlex telah memperuntukkan bayaran
denda sejumlah RM15,000 dalam liabiliti semasa. Denda tersebut tidak boleh ditolak untuk
tujuan cukai.
sh is
ar stu
ed d
vi y re
aC s
o
ou urc
rs e
eH w
er as
o.
co
m
10. Termasuk juga dalam liabiliti semasa, satu jumlah RM33,000 bagi pinjaman belum bayar.
Bayaran pinjaman ini kelak tidak ada kesan cukai.
Kadar cukai bagi tahun berakhir 31 Disember 2017 ialah 22%. Cukai kena bayar telah dikira dan
amaunnya ialah RM98,000.
Dikehendaki:
a) Bagi setiap item di atas nyatakan nilai dibawa dan asas cukai. Seterusnya tentukan perbezaan
sementara kena cukai atau boleh tolak.
b) Kira aset cukai tertunda dan liabiliti cukai tertunda pada 31 Disember 2017 dan peningkatan/
pengurangan aset cukai tertunda dan liabiliti cukai tertunda berkenaan.
Th
c) Kira belanja cukai bagi tahun berakhir 31 Disember 2017.
2
https://www.coursehero.com/file/52952350/Tutorial-4-cukai-tertundapdf/
SOALAN 2
Perniagaan Melati memulakan operasinya pada 1 Januari 20X7. Berikut adalah maklumat berkaitan
aset dan liabilitinya pada 31 Disember:
20X7
RM
24,000
9,600
7,200
4,800
4,800
1,800
sh is
ar stu
ed d
vi y re
aC s
o
ou urc
rs e
eH w
er as
o.
co
m
Mesin
Susutnilai Terkumpul – Mesin
Kos Pembangunan
Peruntukan Hutang Lapuk
Anggaran Liabiliti Waranti
Dividen Belum Terima
Hasil Sewa Belum Terperoleh
RM
24,000
4,800
14,400
6,000
9,600
3,500
-
20X8
Maklumat lain berkaitan aset dan liabiliti Perniagaan Melati adalah seperti berikut:
Mesin dibeli pada 1 Januari 20X7. Mesin ini disusutnilaikan menggunakan kaedah garislurus
selama 5 tahun. Bagi tujuan cukai, elaun modal untuk 20X7 dan 20X8 masing-masing ialah
RM9,600 dan RM4,800.
ii)
Untuk tujuan percukaian, Kos pembangunan hanya layak sebagai belanja dalam tempoh ia
dibayar. Kos pembangunan RM21,600 yang dipermodalkan dibayar pada tahun 20X7. Pada
tahun 20X8, belanja pelunasan kos Pembangunan ialah RM7,200.
iii)
Tiada tambahan peruntukan hutang lapuk pada tahun 20X8. Walau bagaimanapun, sejumlah
RM1,200 daripada baki akaun peruntukan hutang lapuk telah dihapuskira pada tahun ini.
Untuk tujuan percukaian, belanja hutang lapuk layak dituntut pada tempoh ia berlaku.
iv)
Pada tahun 20X7, syarikat mengiktiraf Anggaran Liabiliti Waranti sebanyak RM9,600. Bagi
tujuan cukai, belanja waranti layak dituntut pada tempoh ia dibayar. Pada tahun 20X8,
belanja waranti yang dibayar kepada pelanggan berjumlah RM4,800.
v)
Syarikat telah mengiktiraf hasil dividen berjumlah RM3,500 pada tahun 20X7. Walau
bagaimanapun, dividen tersebut diterima pada 1 Februari 20X8. Hasil dividen ini
dikecualikan cukai.
vi)
Th
i)
Pada tahun 20X8, syarikat telah menerima bayaran sewa untuk tahun 20X9. Penerimaan ini
telah diambilkira dalam pengiraan cukai tempoh semasa.
Pendapatan kena cukai Perniagaan Melati bagi tahun 20X7 dan 20X8 ialah RM52,900 dan
RM51,000 masing-masing. Kadar cukai pendapatan bagi tahun 20X7 dan 20X8 ialah 28%.
3
https://www.coursehero.com/file/52952350/Tutorial-4-cukai-tertundapdf/
Dikehendaki:
Tentukan amaun:
i)
liabiliti cukai tertunda pada 31 Disember 20X7 dan 20X8.
ii)
aset cukai tertunda pada 31 Disember 20X7 dan 20X8.
iii)
belanja dan hasil cukai tertunda pada 31 Disember 20X7 dan 20X8.
iv)
belanja cukai Perniagaan Melati bagi tahun 20X7 dan 20X8.
sh is
ar stu
ed d
vi y re
aC s
o
ou urc
rs e
eH w
er as
o.
co
m
a)
Sediakan catatan jurnal untuk merekodkan cukai bagi tahun 20X7 dan 20X8.
c)
Terangkan dengan ringkas:
i)
Perbezaan sementara boleh tolak.
ii)
Asas cukai untuk aset.
Th
b)
4
https://www.coursehero.com/file/52952350/Tutorial-4-cukai-tertundapdf/
Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)
Download