PENGARUH AGAMA KEPADA TAMADUN INDIA Oleh Gloria Yong Tung Xin Pendidikan Tamadun India sangat mementingkan keagamaan dan agama Hindu menjadi terasnya. Pendidikan memberikan perhatian kepada pembelajaran kitabkitab Veda dan Bahasa Sanskrit menjadi sebagai medium pengajaran. Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda tersebut. Hanya golongan lelaki berpeluang untuk menerima pendidikan pada masa itu. (Omar, 2013) Terdapat kepercayaan dan agama dalam Tamadun India iaitu Agama Hindu, Agama Buddha, Agama Jaina dan Agama Sikh. Pendidikan di Tamadun India juga banyak dipengaruhi oleh agama-agama tersebut. Agama Hindu mula-mulanya memuja unsur-unsur seperti angin, pokok, sungai dan unsur bernyawa. Penyembahan dewa-dewi dan upacara pengorbanan dijalankan dan diiringi dengan pembacaan dan nyanyian mazmur-mazmur daripada kitab-kitab suci Veda, seperti Rig-Veda, Sama-Veda, Atharva-Veda dan Yalur-Veda. Falsafah vedik dalam agama Hindu mementingkan 5 konsep iaitu Brahman, Atman, Karma, Samsara dan Moksha. Brahman membincangkan bahawa Tuhan sebagai satu prinsip yang menyelugungi segala-galanya, iaitu roh duniawi. Atman menyatakan bahawa roh individu dalam badan manusia bertujuan untuk diserapkan ke dalam roh duniawi. Karma bermaksud bahawa perbuatan, pemikiran dan pertuturan yang dilakukan oleh individu dalam kehidupannya akan akibat kehidupan akan datang. Samsara ialah lingkaran kelahiran dan kematian yanf dilalui oleh Atman. Moksha pula bermaksud pelepasan daripada kehidupan duniawi dan penyatuan dengan Brahman (Tuhan). Oleh itu, Atman (roh) hendaklah menghapuskan semua karma dan menyelesaikan segala dosa dan pahala untuk bersatu dengan Brahman. Pengasas agama Buddha ialah Siddhartha Gautama. Agama Buddha yang mengutamakan ajaran Dhamma atau Dharma menerangkan Empat Kebenaran Mulia dan Lapan Jalan Mulia untuk mencapai nirvana, iaitu penyatuan dengan Brahman. Empat Kebenaran Mulia iaitu Dukka (penderitaan), Samudaya (punca penderitaan), Nirodha dan Marga. Keinginan, cinta, nafsu, gila, kekayaan dan sebagainya merupakan Samudaya yang membawa kepada penderitaan. Lapan Jalan Mulia merupakan cara untuk memadamkan api keinginan. Lapan Jalan Mulia merangkumi kepercayaan, aspirasi atau cita-cita, pertuturan, kelakuan, kehidupan, usaha, fikiran dan kesedaran yang benar. Agama Jaina mempunyai banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Hindu dan Buddha. Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh individu. Ajaran ini mengandungi Sembilan prinsip atau nata-tattva. Perbuatan baik, disiplin mental dan moral, meditasi dan kelakuan baik membantu manusia mencapai samvara. Seseorang yang dapat samvara dan mencapai siddhi (perlepasan dari kelahiran semula) dianggap sebagai wira yang menang dalam perjuangannya dan manusia ini disebut jina (perwira). Agama Sikh yang diasaskan oleh Guru Nanak pula mementingkan karma dan kesempurnaan rohani. Ajarannya menyentuh kod moral, kerohanian dan semangat kemanusiaan tanpa mengira siapa. Sistem falsafah Tamadun India dibahagikan kepada enam sekolah falsafah yang menerima bulat-bulat ajaran daripada kitab-kitab Veda, iaitu Nyaya, Vaisheshika, Sankhya, Yoga, Mimamsa dan Vedanta. (‘index @ titasneoindia.blogspot.com’, no date) Sekolah falsafah Nyaya bermaksud pertimbangan logik dan terdapat 4 sumber ilmu pengetahuan, iaitu Pratyaksha (persepsi), Anumana (inferens), Upamana (analogi atau perbandingan) dan Shabda (testimoni). Falsafah Nyaya mengutamakan doktrin teori pengetahuan serta menerima akan kewujudan Tuhan. Dunia ialah sesuatu entiti benar, dan hidup ini bertujuan untuk membawa pengetahuan dan kesedaran kepada jiwa. Sekolah falsafah Vaisheshika berkaitan dengan Nyaya kerana kedua-duanya berpandanagan bahawa kejahilan merupakan sumber penderitaan. Vaisheshika menonjolkan minat dalam bidang kosmologi dan ia percaya bahawa semua benda diperbuat daripada 4 jenis paramanu (atom), dan terdapat 5 unsur yang terlibat dalam pembentukan dunia. Tuhan pula membentuk serta menyusun dunia ini. Sekolah falsafah Sankhya menghuraikan pengetahuan tentang realiti. Dua realiti mutlak dalam alam semesta ialah Purusha iaitu jiwa yang bilangannya tidak terkira, dan Prakriti iaitu jirim yang wujud sejak awal. Falsafah Sankhya percaya akan konsep sebab dan akibat. Satu lagi sumbangan penting sistem falsafah Sankhya ialah konsep triguna (tiga sifat) alam semesta, iaitu Sattva, Rajas dan Jamas. Sekolah falsafah Yoga mengatakan bahawa penyatuan roh individu dengan roh duniawi menjadi tujuan kehidupan ini. Yoga mengandungi latihan minda dan badan fizikal untuk mengawal fungsi anggota badan, pancaindera, minda, inteiek dan ego tanpa menghilangkan kesedaran diri iaitu pengalaman jiwa. Pencapaian ini akan membuktikan bahawa jiwa adalah lebih unggul daripada anggota badan, minda yang kompleks serta deria inteiek. Ini membawa kepada pencsipaimprajna iaitu pengetahuan bahawa jiwa itu berbeza daripada minda dan badan fizikal. Sekolah falsafah Mimamsa menegakkan kewibawaan kitab-kitab Veda serta aspek ritualnya. Falsafah ini tidak bersifat spekulatif, tetapi lebih bercorak praktikal. Kepentingan sistem falsafah ini terletak pada sistem tafsiran kitab-kitab Veda. Sekolah falsafah Vedanta paling berpengaruh dan pengaruhnya masih berterusan dalam kehidupan dan amalan orang Hindu. Karya-karya Upanishad dan Brahma Sutra, karya Bhagavad Gita menjadi teks asas sistem falsafah ini. Roh peribadi (Atman) merupakan manifestasi Brahman dan Avidya (kejahilan) membawa perasaan ego pada jiwa. Akhiran bagi Atman ialah kebebasan dan penyatuan dengan roh duniawi (Brahman). la hanya dapat dicapai melalui kesedaran kerohanian. Kesedaran bahawa atman dan Brahman adalah sama dan satu akan membawa moksha (kebebasan kerohanian). (Nicholson, 2016) RUJUKAN All You Need to Know About Hinduism: Hinduism, Followers of the Veda (no date). Available at: http://history-of-hinduism.blogspot.com/2010/08/hinduism-followers-ofveda.html (Accessed: 21 November 2019). Hinduism and Education (no date). Available at: https://www.hinduwebsite.com/hinduism/h_education.asp (Accessed: 21 November 2019). ‘index @ titasneoindia.blogspot.com’ (no date). Available at: http://titasneoindia.blogspot.com/. Intisari Ajaran Buddha: DELAPAN JALAN KEBENARAN (no date). Available at: http://intisaribuddha.blogspot.com/2011/06/delapan-jalan-kebenaran.html (Accessed: 21 November 2019). Nicholson, A. J. (2016) Unifying Hinduism, Unifying Hinduism. Columbia University Press. doi: 10.7312/nich14986. Omar, A. Z. (2013) Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) / Abdullah Zhidi Omar ... [et al.]., Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS). Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia (Siri pengajian sosial). (Hinduism and Education, no date) LAMPIRAN Gambar 1: Empat Veda Hindu (All You Need to Know About Hinduism: Hinduism, Followers of the Veda, no date) Gambar 2: Lapan Jalan Mulia (Intisari Ajaran Buddha: DELAPAN JALAN KEBENARAN, no date)