Uploaded by Gloria Yong

Laporan Individu HE

advertisement
Laporan Individu – Limpahan Kemakmuran Merentasi Hubungan Etnik
Isu Sosioekonomi Pada Awal Kemerdekaan
Malaya berjaya mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pada masa itu, dasar
ekonomi kolonial British masih diteruskan, iaitu dasar “pecah dan perintah”, di mana
kaum Melayu bekerja dalam sektor pertanian dan perikanan di kawasan kampung,
kaum Cina bekerja dalam sektor perlombongan bijih timah di bandar-bandar
manakala kaum India bekerja di ladang getah. Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam
Negara Kasar (KDNK) dicatat 4.1% pada tahun 1956 hingga 1960, 5.0% pada tahun
1961 hingga 1965 dan seterusnya 5.4% pada tahun 1966 hingga 1970. Walaupun
pertumbuhan ekonomi agak tinggi, namun faedah pertumbuhan ekonomi yang tinggi
tersebut didapati tidak dinikmati sepenuhnya oleh semua rakyat Tanah Melayu.
Kadar kemiskinan yang tinggi didapati di isi rumah luar bandar berbanding isi
rumah bandar. Hal ini demikian beberapa faktor, iaitu pendidikan, kemahiran, tanah,
modal dan isu kurang upaya. Jurang ekonomi mewujudkan di mana Etnik Melayu
sumbang kepada 2/3 tenaga kerja sektor pertanian dan perikanan. Etnik Cina dan
India kebanyakan bergiat dalam sektor perlombongan, pembinaan, utiliti,
pengangkutan dan perusahaan. Pekerjaan dalam kategori profesional, teknikal,
jualan dan pengurusan didominasi oleh etnik Cina. Isu kemiskinan menjadi semakin
rencam ketika dihubungkait dengan isu etnik.
Ekonomi Menjadi Isu Etnik
Isu-isu kemiskinan dan ketidakseimbangan tersebut boleh dan berpotensi bertukar
kepada isu berbau etnik apabila ia gagal ditangani oleh kerajaan. Sebenarnya,
ketaksamarataan pendapatan di Malaysia pada awal kemerdekaan negara adalah
rencam dan tidak mampu dijelaskan sepenuhnya daripada perspektif etnik sematamata. Pihak British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah telah
mengabaikan isu sosioekonomi. Agihan kekayaan negara, keadilan ekonomi dan
perpaduan kaum menjadi sukar. Kesannya, berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969.
Rusuhan kaum kes ini menjadi kemuncak masalah perpaduan di Malaysia.
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan pada tahun 1970 sebagai reaksi kepada 13 Mei
1969. Dasar Ekonomi Baru terangkum dalam RRJP1 (1970-1990) yang mencakupi
empat rancangan lima tahun Malaysia. Matlamat Dasar Ekonomi Baru adalah untuk
membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Ia focus kepada aspek
pengagihan yang lebih saksama dalam pemilikan ekuiti korporat antara bumiputera
dan Melayu dengan etnik Cina. Bagi memajukan ekonomi, mereka berusaha
menghapuskan pengenalan ekonomi berasaskan kaum yang menjadi asas kepada
penyusunan semula sosioekonomi negara.
Strategi untuk membasmikan kemiskinan adalah dengan memodenkan
keadaan kehidupan rakyat, meluaskan peluang pekerjaan bagi semua rakyat,
menggalakkan penyertaan rakyat dalam sektor yang berpotensi tinggi dan
memajukan lagi daya pengeluaran golongan miskin yang seterusnya dapat
meningkatkan pendapatan mereka.
Strategi untuk menyusun semula masyarakat adalah dengan menambahkan
pemilikan rakyat dalam sektor swasta, membina satu masyarakat perdagangan di
kalangan orang bumiputera, membangunkan kawasan-kawasan yang selama ini
mundur tetapi berpotensi tinggi dan juga meluaskan lagi peluang pelajaran dalam
dan luar negeri.
Antara agensi kerajaan yang dibentuk bagi memajukan projek pembangunan di
luar bandar termasuklah Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Majlis
Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan
Institusi Pembangunan dan Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI).
Agensi yang baharu seperti Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil
Perusahaan Getah (RISDA), MAJUIKAN (Anak Syarikat Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia) dan MAJUTERNAK juga ditubuhkan.
Kejayaan Ekonomi Malaysia
Ekonomi Malaysia telah menempa kejayaan yang boleh dibanggakan. Contohnya,
Bank Dunia mengiktiraf ekonomi Malaysia sebagai salah satu negara yang tergolong
dalam “keajaiban ekonomi Asia Timur”. Malaysia telah menjadi model untuk diikuti
negara lain yang sedang membangun.
Kejayaan ekonomi Malaysia boleh dilihat daripada beberapa aspek, yang
pertamanya ialah pertumbuhan dan perubahan struktur ekonomi yang pesat. Sejak
1960-an ke 2007, kadar pertumbuhan ekonomi meningkat antara 5%-8.5%.
Malaysia juga Berjaya mengharungi era kemelesatan ekonomi pada tahun 1980-an
dan hujung 1990-an. Selain itu, pendapatan per kapita meningkat dari RM721 pada
tahun 1960 kepada RM6099 pada tahun 1990.
Keduanya, dari segi pembangunan manusia dan kadar kemiskinan, kadar
kemiskinan dikurangkan daripada 52.4% pada tahun 1970 kepada 17.1% pada
tahun 1990, dan seterusnya 5.7% pada tahun 2004. Kemiskin tegar dikurangkan
daripada 3.9% pada tahun 1990 kepada 1.2% pada tahun 2004. Bilangan isi rumah
miskin dikurangkan dari 1,000,000 isi rumah pada 1970 kepada 311,300 isi rumah
pada 2004 dalam tempoh 30 tahun. Hal ini telah menggambarkan pertumbuhan
ekonomi yang mantap.
Akhir sekali, kualiti hidup meningkat dari aspek kesihatan, pendidikan,
pemilikan barang keperluan asas, penyedian infrastruktur awam dan sebagainya.
Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) juga memperlihatkan trend yang meningkat
dari tahun ke tahun.
Isu dan Cabaran
Disebalik kejayaan ekonomi yang telah dibincangkan, terdapat juga beberapa isu
dan cabaran yang harus diatasi. Penyusunan semula masyarakat telah berjaya
dilakukan walaupun kejayaannya barangkali terhad.
Yang pertamanya, ketaksamarataan pendapatan yang semakin melebar.
Semasa pelaksanaan DEB, ketaksamarataan pendapatan dalam masyarakat
semakin melebar sehingga tahun 1976. Ketaksamarataan pendapatan semakin baik
sehingga tahun 1990. Semenjak tahun ini, agihan pendapatan dalam kalangan
kumpulan etnik memperlihatkan keadaan yang semakin buruk semula.
Cabaran baharu dalam menguruskan ekonomi negara boleh dilihat daripada
beberapa dimensi. Dimensi agihan merupakan cabaran penting dalam menguruskan
ekonomi negara. Selain itu, ketaksamarataan antara etnik, antara wilayah atau
negeri dan antara bandar dengan luar bandar. Kemiskinan Orang Asli dan kelompok
minoriti tertentu di Sabah dan Sarawak masih secara relatifnya tinggi.
Bagi melonjak ke arah status negara maju seperti yang dihasratkan dalam Wawasan
2020, Model Ekonomi Baru (MEB) telah dilancarkan. Program Transformasi
Ekonomi (PTE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015). Ialah antara
tonggak penting dalam MEB. Di samping itu, sektor swasta memainkan peranan
yang penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi. Tujuan penswastaan yang
digubal pada tahun 1983 adalah untuk mengurangkan beban kewangan dan
pentadbiran kerajaan, meningkatkan persaingan, memperbaiki kecekapan dan
menambahkan produktiviti. Sektor swasta juga merangsang pelaburan dan
keusahawaan persendirian dan mengurangkan saiz sektor awam. Program ini
berjaya membantu pencapaian matlamat DEB.
Kesimpulannya, kegiatan ekonomi sebenarnya mampu meningkatkan
interaksi kaum dan perpaduan. Namun begitu, pengagihan pendapatan yang tidak
adil antara etnik menimbulkan ketidakpuasan hati seterusnya mengundang konflik
dan membantutkan pembangunan negara. Kerajaan memainkan peranan yang vital
dalam menangani dan mengelakkan masalah perpecahan kaum yang berpunca
daripada ketaksamaan sosioekonomi antara kaum.
Download