Uploaded by Kaisya Kaiyisah

Submission

advertisement
Dengan izin yang Arif
1.1 Hujahan hadapan Yang Arif yang dipersembahkan pada harini ini adalah susulan
pertuduhan-pertuduhan yang telah disabitkan terhadap suspek.
1.2 Pertuduhan-pertuduhan adalah seperti berikut:
PENDAKWA RAYA
LAWAN
KANG JUN JIE
(NO. KAD PENGENALAN: 901102-02-5921)
PERTUDUHAN PERTAMA:
Bahawa kamu pada 7 Januari 2019, jam 10.30 malam, di alamat No. 35, Jalan Anggerik,
dalam daerah Jitra, di Negeri Kedah, telah melarikan seseorang wanita warganegara
Malaysia, No Kad Pengenalan (920112-02-5266) yang berumur 28 tahun dengan niat untuk
memaksa dia berkahwin dengan kamu. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu
kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 366 Kanun Keseksaan.
HUKUMAN:
Sekiranya disabitkan dengan kesalahan, boleh dihukum dengan penjara selama tempoh
yang boleh mencapai sepuluh tahun, dan hendaklah juga dikenakan denda.
PERTUDUHAN KEDUA:
Bahawa kamu pada 7 Januari 2019, jam 10.30 malam, di alamat No. 35, Jalan Anggerik,
dalam daerah Jitra, di Negeri Kedah, telah melarikan seseorang wanita warganegara
Malaysia, No Kad Pengenalan (920112-02-5266) yang berumur 28 tahun serta telah
mengurung wanita tersebut di sebuah dusun terbiar dengan niat untuk mendapatkan wang
tebusan sebanyak RM300,000.00 daripada kekasihnya, Tom Elaxander, No Kad
Pengenalan (900815-03-6891). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan
yang boleh dihukum di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 (Akta 365).
HUKUMAN:
Sekiranyan disabitkan dengan kesalahan, boleh dihukum dengan kematian atau dengan
penjara seumur hidup, sekiranya tidak dihukum mati, juga hendaklah dikenakan sebatan.
2.0 Kronologi Kes dari Keterangan Kes Pendakwaan
Dengan izin Yang Arif
1. Pada sekitar bulan November 2018, OKT telah berjumpa mangsa untuk menyampaikan
hasrat beliau untuk memutuskan hubungan mereka kerana sering berlakunya
pertelingkahan antara mereka semenjak OKT mengetahui mangsa telah berselingkuh
bersama Tom.
2. Mangsa tidak bersetuju untuk memutuskan hubungan itu dan berjanji tidak akan
berselingkuh dengan OKT lagi dan akan meninggalkan Tom.
3. Pada 1 Januari 2019, ketika hubungan mereka semakin pulih, OKT telah berhasrat
untuk melamar mangsa sebagai isteri beliau. Mangsa bersetuju untuk berkahwin
dengan OKT.
4. Pada 2 Januari 2019, mangsa telah berjumpa dengan OKT untuk memberitahu bahawa
beliau sedang menghadapi krisis kewangan yang agak teruk. Jika beliau gagal untuk
melunaskan bayaran sehingga akhir bulan Januari, beliau akan berdepan dengan
masalah besar yang akan melibatkan ahli keluarganya sendiri.
5. OKT tidak dapat membantu mangsa pada waktu itu kerana OKT telah menghabiskan
wang simpanannya untuk membeli rumah dan juga membayar untuk persiapan
perkahwinan yang memerlukan sejumlah wang yang agak besar.
6. Pada 5 Januari 2019, OKT telah dilaporkan oleh rakan baik beliau, Ahmad bahawa
mangsa telah kalah dalam pertaruhan judi sekitar bulan Disember 2019 dan
memerlukan wang sejumlah RM300,000.00 untuk melunaskan hutang mereka di pusat
judi tersebut.
7. OKT beranggap kata-kata Ahmad adalah satu penipuan kerana mangsa berkata beliau
memerlukan duit untuk melunaskan hutang dengan pihak Bank, bukannya dengan pusat
judi.
8. Pada hari yang sama, sekitar 11.30 malam, OKT telah menemui gambar mesra mangsa
bersama Tom di aplikasi Facebook yang baru sahaja dimuat naik pada hari tersebut.
OKT berasa berang, lalu membuang kertas permohonan perkahwinan mereka di
belakang rumah beliau.
9. OKT telah berhasrat untuk tidak berhubung lagi dengan mangsa, beliau telah menyekat
nombor telefon mangsa dari menghubungi beliau dan tidak mahu mendengar lagi dari
mangsa.
10. Pada 6 Januari 2019, OKT menerima panggilan telefon daripada nombor +60164832266. Nombor itu tidak dikenali oleh Kang.
11. Panggilan itu berkata “Kang, aku tahu yang kau akan bayar duit kekasih kau sebanyak
RM300,000.00 secepat mungkin. Jika tidak, kau tahu lah apa nasib kau.”. OKT tidak
berkata apa-apa lalu beliau tamatkan panggilan itu dan menyekat nombor itu dari
menghubungi beliau lagi.
12. Pada 7 Januari 2019, OKT berada di rumah sepanjang hari dan menemani ibunya yang
sedang sakit. Bukti beliau ada dirumah telah dikemukakan oleh seorang saksi, iaitu
ibunya sendiri bahawa semasa kejadian beliau sepenuh masa bersama saksi tersebut,
dan juga bukti menerusi aplikasi Life360 yang menunjukkan beliau berada di rumah
sepanjang hari pada masa itu.
13. Ibu OKT adalah seorang pesakit yang menghidap Diabetic nephropathy. Resit yang
menunjukkan pembelian Chloroform dan Cotton Pad pada 03/01/2019 adalah bertujuan
merawat ibunya. Pengunaan Chloroform bertindak sebagai rawatan neutraceuticals
untuk diabetes. Ia juga memudahkan proses menyuntik insulin ke dalam badan ibunya.
14. OKT akan membeli sebotol Chloroform pada setiap minggu untuk ibunya, dan itu
adalah satu rutin yang biasa untuk Kang dan ibunya.
15. OKT juga tidak mempunyai aplikasi Grab di dalam telefon bimbit beliau dan bukti
daripada pihak grab menerusi emel menunjukkan Kang tidak berdaftar dan tidak pernah
berdaftar sebagai pemandu Grab.
16. Pihak Grab juga menyatakan hal sebegini tidak pernah berlaku kerana pemandu yang
tidak berdaftar tidak akan mendapat akses seperti yang dinyatakan dalam kenyataan
mangsa. Mereka mempunyai polisi sendiri di mana akses aplikasi Grab hanya boleh
digunakan oleh pemandu yang sah dan berdaftar.
17. OKT tidak sedar bahawa berlakunya transaksi pada 7 Januari 2019 yang berjumlah
RM300,000.00. Sejumlah wang itu dimasukkan ke dalam akaun Maybank beliau.
18. Penyata daripada bank tersebut tidak menunjukkan sebarang nama bagi pihak
pengirimnya, jadi OKT berfikir kemungkinan wang itu adalah dari keuntungan yang
beliau perolehi dari perniagaan penjualan Stent beliau pada bulan itu.
19. Hal ini tidak dilaporkan pada pihak bank kerana OKT adalah seorang usahawan, jadi ia
adalah normal jika berlakunya transaksi wang pada setiap hari.
20. Pada 8 Januari 2019, OKT telah ke cawangan Maybank Changloon untuk
mengeluarkan RM5,000.00 untuk membayar sewa yang tertunggak pada bulan itu.
Beliau berjumpa dengan tuan rumah lebih kurang satu jam selepas itu.
3.0 HUJAHAN PERTAMA
Yang Arif,
3.1 OKT membuat telahan berikut:
‘Tuan Hakim Mahkamah Sesyen, fakta-fakta kes tidak menyokong pertuduhan-pertuduhan
terhadap suspek dan oleh itu sabitan yang akan dikenakan terhadap suspek tidak sah dan/atau
tidak boleh berdiri dalam undang-undang’
3.2
OKT telah memberi keterangan bersumpah (ditandakan sebagai ‘FF’) dan memanggil
satu (1) orang saksi pembelaan, Ong Ching (No. KP: 480202-10-2839) iaitu ibunya
sendiri. OKT mendakwa bukan dia yang telah melarikan mangsa pada hari kejadian
bagi kesalahan Seksyen 366 Kanun Keseksaan. Suspek juga mendakwa bahawa bukan
dia yang meminta wang tebusan daripada Tom Elaxander bagi kesalahan Seksyen 3(1)
Akta Penculikan 1961.
3.3
Pihak pendakwaraya juga tidak merakamkan Pak Jit, Pak Mat dan jiran-jiran yag
terlibat walaupun mangsa jelas menyatakan kewujudan saksi-saksi ini. Beliau juga
tidak menyiasat langsung berkenaan cap jari di dalam kereta Toyota Camry. Dalam
keadaan tiadanya siasatan yang memuaskan mengenai OKT, saksi seperti dalam Pak
Jit, Pak Mat dan jiran-jiran, serta kereta yang didakwa dipandu oleh OKT. Ini boleh
dikatakan pegawai polis meletakkan usaha yang sedikit untuk mencari kebenaran;
perkara ini boleh diketahui lebih awal sebelum kes dibawa ke mahkamah lagi.
3.4
Pembelaan OKT bersifat menunjukkan bahawa versi tangkapan oleh pendakwaan
adalah tidak benar berbanding versi tangkapan yang dikemukakan oleh OKT. OKT
tidak memberi penafian kosong semata-mata bahkan memberi penjelasan bagaimana
versi beliau boleh jadi benar. Pembelaan OKT juga turut disokong oleh 2 orang saksi.
Saksi-saksi ini juga could have been prosecution witnesses.
4.0 HUJAHAN KEDUA
Yang Arif lagi bijaksana,
Adalah menjadi hujah pihak Penentang adalah tuduhan-tuduhan yang dihadapkan kepada OKT
adalah bersifat melampau (excessive), menggambarkan keseriusan kesalahan dan bukan
kehendak legislatif.
4.1
Kegagalan pegawai penyiasat untuk mengemukakan bukti bahawa berlakunya transaksi
pada aplikasi Grab di dalam telefon bimbit mangsa telah menimbulkan keraguan.
4.2
Namun, dalam keterangan pihak pendakwaraya memberikan penjelasan yang
munasabah yang menunjukkan keraguan mengenai versi pendakwaan sendiri.
4.3
Pihak pegawai penyiasat gagal untuk mengesahkan CCTV itu dengan teliti. Rakaman
CCTV itu terlalu kabur dan tidak berasas dan sepatutnya soalan ini ditanyakan kepada
pemilik CCTV tersebut. Mengapakah mereka memberikan rakaman itu walhal muka
OKT tidak dapat dikenalpasti? Mengapakah pegawai penyiasat tidak membuat atau
tidak menghantar video tersebut untuk pembaikan? Dibandingkan kes pendakwaan dan
pembelaan; ada kemungkinan benar pihak polis tidak berbuat apa-apa dan berpuas hati
dengan OKT tidak boleh diketepikan.
4.4
Hal ini adalah kerana, OKT tidak mempunyai aplikasi Grab di dalam telefon bimbit
beliau dan bukti daripada pihak grab menerusi emel menunjukkan Suspek tidak
berdaftar dan tidak pernah berdaftar sebagai pemandu Grab.
4.5
Pihak Grab juga menyatakan hal sebegini tidak pernah berlaku kerana pemandu yang
tidak berdaftar tidak akan medapat akses seperti yang dinyatakan dalam kenyataan
mangsa. Mereka mempunyai polisi sendiri di mana akses aplikasi Grab hanya boleh
digunakan oleh pemandu yang sah dan berdaftar.
5.0 HUJAHAN KETIGA
Yang Arif,
Pihak Penetang juga ingin menegaskan bahawa OKT tidak mempunyai nombor telefon yang
digunakan untuk meminta wang tebusan kepada teman lelaki mangsa seperti yang dituduh oleh
pihak Pendakwaan.
5.1
Pihak Penentang telah menyemak dengan syarikat Telekomunikasi “Celcom” bagi
mengetahui siapakah pemilik berdaftar nombor telefon yang digunakan untuk meminta
wang tebusan kepada teman lelaki mangsa. Syarikat itu telah menyatakan bahawa tiada
nama OKT yang telah berdaftar keatas nombor telefon yang dinyatakan oleh pihak
Pendakwaan.
5.2
Kegagalan pegawai penyiasat untuk menyemak terlebih dahulu pemilik berdaftar
nombor telefon tersebut telah menunjukkan bahawa tiada siasatan menyeluruh yang
telah dilakukan keatas kes ini. Malah, dengan wujudnya laporan polis dan kenyataan
yang dikemukakan daripada mangsa dan teman lelakinya, ianya bukan sesuatu yang
mustahil bagi pihak penyiasat untuk menyemak dengan syarikat telekomunikasi
mengenai pemilik berdaftar nombor telefon tersebut.
5.3
Pernyataan dibuat didalam mesej diaplikasi Whatsapp yang dibuat oleh penghantar
mesej tersebut yang memperkenalkan dirinya sebagai OKT tidak sepatutnya diambil
mudah oleh pihak penyiasat. Semakan menyeluruh perlulah dilakukan untuk
mengetahui siapakah penghantar mesej tersebut, kerana sesiapa sahaja boleh menyamar
dan memperkenalkan diri mereka sebagai OKT untuk mendpatkan wang tebusan
tersebut. Maka, kegagalan untuk mengenal pasti pemilik berdaftar nombor telefon
tersebut boleh menimbulkan keraguan bagi kes ini.
6.0 HUJAHAN KEEMPAT
Yang Arif,
Hujahan Pihak Penentang juga adalah berdasarkan penafian yang dibuat oleh OKT bahawa
beliau terlibat dalam melakukan jenayah sebagaimana pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.
6.1
OKT menyatakan bahawa beliau telah mengambil cuti bermula 06/01/2019 sehingga
12/01/2019 adalah untuk menjaga ibunya yang sakit. Beliau telah memaklumkan hal
tersebut kepada rakan sekerjanya. Tambahan pula, pada pagi kejadian mangsa ada
menghubungi ibu OKT dan datang ke rumah dengan menaiki kereta putih untuk
bertemu dengan beliau. Namun, setelah ibu OKT memberitahu kepada mangsa bahawa
OKT tidak ingin bertemu dengannya, mangsa terus meninggalkan rumah tersebut.
6.2
Pihak Penentang telah mendapatkan rakaman CCTV dari rumah ibu OKT pada tarikh
07/01/2019 yang mana tarikh kejadian mangsa dilaporkan diculik oleh OKT.
6.3
Namun, Pihak Penentang berasa musykil apabila melihat rakaman CCTV kejadian
penculikan kedua yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bertarikh 08/01/2019.
Berdasarkan aduan yang dibuat sendiri oleh pengadu, Jenny Ong Ying Qian bahawa
apabila beliau tersedar jam menunjukkan pukul 8.00 pagi dan mendapati beliau telah
diikat dan dikurung dalam sebuah pondok.
6.4
Oleh itu, berdasarkan bukti yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan bahawa mangsa
telah diculik oleh OKT adalah tidak relevan sama sekali. Apa yang menjadi persoalan
utama adalah bagaimana mangsa boleh berada di kawasan yang berbeza pada tarikh
dan waktu yang sama rakaman CCTV diambil dan pada masa yang sama dikurung di
pondok usang oleh OKT.
6.5
Pihak pegawai penyiasat jelas menunjukkan bahawa tiada siasatan terperinci dilakukan
selepas aduan daripada mangsa dibuat.
7.0 HUJAHAN KELIMA
Yang Arif,
Bahwasanya disini pihak Penentang ingin mengemukakan hujahan yang menafikan
keterlibatan OKT terhadap pertuduhan yang disabitkan keatasnya. Pertuduhan keatas OKT
yang hanya melibatkan bukti dari keterangan berdasarkan keadaan sama sekali telah disangkal
oleh OKT dan belum diputuskan tahap pembuktiannya samaada di luar keraguan atau ujian
kesimpulan yang tidak dapat disangkal.
7.1
OKT memberitahu bahawa sebelum OKT dan Jenny berpisah dia telah beberapa kali
meninggalkan pakaian serta barang-barang peribadinya dibawah penjagaan Jenny. Ini
termasuklah sehelai sapu tangan milik OKT, sehelai kain lap, seluar panjang, baju
lengan panjang dan kotak perkakas membaiki kereta.
3.3
Berkenaan penemuan jap jari OKT di lokasi kejadian, OKT menafikan bahawa dia
pernah ke lokasi berkenaan dan meragui pihak pendawaan yang melaporkan
penemuaan cap jari OKT di lokasi kejadian kerana di dalam laporan Cap Jari berikut
tidak di nyatakan dengan jelas tempat atau permukaan penemuan cap jari OKT tersebut.
3.4
Penerangan pihak Penentang justeru merujuk kepada kata-kata Lord Denning dalam
kes Miller v Minister of Pension [1947] 2 AU ER 372 ““darjah pembuktian adalah
selesai. Ianya tidak perlu sampai kepastian, tetapi ianya hendaklah membawa darjah
kemungkinan yang tinggi. Pembuktian di luar keraguan munasabah bukan bermaksud
pembuktian di luar sebarang bayang keraguan (Proof beyond reasonable doubt does not
mean proof beyond the shadow of a doubt). Undang-undang akan gagal melindungi
masyarakat jika penerimaan berbagai kemungkinan diterima untuk mengelak proses
keadilan.”
7.5
Pihak Penentang jelas sekali berpendapat bahawa rantaian jagaan bukti meragukan
apabila pihak pendakwaan tidak mengemukakan Rantaian Borang Penjagaan yang
digunakan untuk menerangkan bukti dan detail lokasi dan syarat-syarat yang bukti
tersebut dikumpulkan. Membuktikan bahawa bahan bukti telah dikendalikan dengan
betul melalui rantaian terputus penjagaan diperlukan untuk itu untuk secara sah
dianggap sebagai keterangan dalam mahkamah.
8.0 HUJAHAN KEENAM
Yang Arif,
Pendakwaan Jenny, terhadap OKT ini adalah bersifat fitnah, jahat dan menjijikkan ke atas OKT
dan bertujuan untuk merendahkan maruah , merosak nama baik dan maruah serta menjatuhkan
perniagaan penjualan Stent OKT.
8.1
Hujahan pihak Penentang berdasarkan dari bukti yang menunjukkan Jenny telah
menghantar mesej melalui aplikasi “Whatsapps” berbentuk ugutan yang serious kepada
Jeff kawan kepada OKT.
8.2
OKT menegaskan bahawa bukti-bukti yang dikemukaan pendakwaan adalah fitnah
Jenny yang berniat jahat kerana berdendam terhadap OKT setelah OKT membuat
keputusan untuk berpisah darinya.
8.3
Akibat daripada fitnah ini OKT merasa amat hina, malu dan rendah diri kerana ianya
diketahui oleh ahli keluarga serta semua sahabat dan keluarga terdekat OKT Tindakan
Jenny mendakwa OKT adalah disengajakan dengan harapan OKT dipandang hina dan
menjejaskan maruah beliau.
8.4
Justeru itu, pihak Penentang memohon supaya Jenny dikenakan gantirugi tauladan,
gantirugi melampau dan gantirugi am serta relif-relif lain yang sesuai
Download