Uploaded by siddiq.gempak

kertas kerja MCC

advertisement
CADANGAN MENGANJURKAN MY COLLEGE CINEMA (MCC) NIGHT
SERTA JUALAN MCC
KOLEJ MARA BANTING
1.0 TUJUAN
Kertas kerja ini dikemukakan dengan tujuan mendapatkan pertimbangan dan
kelulusan daripada Pengarah Kolej MARA Banting untuk mengadakan malam
mini tayangan pawagam iaitu My College Cinema (MCC) Night dan juga jualan
MCC.
2.0 LATAR BELAKANG
1. My College Cinema ialah aktiviti tayangan filem pada malam hujung
minggu anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
2. My College Cinema ini telah diusulkan sebagai penyelesaian kepada aduan
pelajar menerusi borang soal selidik ‘Joyous Campus’ mengenai
kekurangan aktiviti di kolej pada hujung minggu.
3. Aktiviti jualan juga dicadangkan untuk dilaksanakan oleh Biro
Keusahawanan dan Inovasi, Majlis Perwakilan Pelajar dan kelab-kelab
Project-Based CAS (PBC) bagi menjana dana disamping memeriahkan
suasana ketika tayangan filem bermula.
3.0 OBJEKTIF
1.
Menyediakan platform kepada pelajar untuk mengurangkan stres
daripada sesi pembelajaran serta mengurangkan isu yang berkaitan
tekanan mental.
2.
Mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan ukhwah sesama pelajar
program A-Level dan IB khususnya ketika jualan berlangsung.
3.
Menjadikan kolej sebagai hab untuk menghargai usaha pelajar yang
telah berhempas pulas dalam pembelajaran.
4.
Jualan MCC yang diadakan membantu pihak MPP serta kelab PBC
yang lain bagi menjana dana selain memupuk semangat keusahawanan
dalam diri para pelajar..
4.0 CADANGAN PELAKSANAAN
1. Butiran program adalah seperti berikut:
Hari
: Jumaat
Masa
: 9.00 p.m. - 11.30 p.m.
Tarikh
: 21 Februari 2020 dan 13 Mac 2020
Tempat
: Lecture Theatre (LT1 dan LT2) (tayangan filem) dan
Concourse (aktiviti jualan)
Sesi
: Lelaki di LT1 dan perempuan di LT2
Nota Tambahan :
Jualan ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar dalam menjana dana
kelab dan persatuan berdasarkan Project-Based CAS (PBC).
5.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Pengarah Program
:
Muhammad Imran bin Abd Latif
Timbalan Pengarah
:
Muhamad Iqmal Hakimi bin Abdullah
Setiausaha Program :
Iman binti Mohamad Afif
Bendahari Program
:
Syazza Iliya binti Bakhtiar
AJK Jualan
:
Atiqah Batrisyia binti Mohd Redzuan
AJK Sambutan
:
Nursyafiqah binti Kasmazuli
AJK Teknikal
:
Budris Sufi bin Abdul Jalil
AJK Kebersihan
:
Mohammad Luqman Al-Hakim bin Mahathar
6.0 TENTATIF PROGRAM
TARIKH
MASA
AKTIVITI
21/2/2020
9.00 malam – 11.30

Pelajar masuk ke dalam LT1 dan LT2
Jumaat
malam

Tayangan filem bermula
(PARASITE,2020)

Jualan MCC
13/3/2020
9.00 malam – 11.30

Pelajar masuk ke dalam LT1 dan LT2
Jumaat
malam

Tayangan filem bermula
(JOKER,2019)

Jualan MCC
7.0 PENUTUP
Kertas cadangan untuk menganjurkan aktiviti ini dikemukakan untuk
pertimbangan dan kelulusan daripada pihak puan. Kerjasama puan
amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Disediakan oleh,
.....................................
(MUHAMMAD IMRAN BIN ABD LATIF)
Pengarah Program My College
Cinema
Kolej MARA Banting
Disahkan untuk disokong oleh,
............................................
(TN HJ ABU SOPIAN BIN ARIFFIN)
Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar,
Kolej MARA Banting
Disemak oleh,
.........................................
(PN IZA NOR FARIDA MOHD SARIF)
Ketua Penasihat
Majlis Perwakilan Pelajar
Kolej MARA Banting.
Kertas cadangan untuk menganjurkan aktiviti ini dikemukakan untuk
pertimbangan dan kelulusan daripada pihak puan. Kerjasama puan amatlah
dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.
Diluluskan
Tidak diluluskan
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
………………
.............................................
(DR ROSELENA BINTI MANSOR)
Pengarah
Kolej MARA Banting.
Download