Ada sekumpulan pemikir di sebelah Barat telah mengkaji kemungkinan kacukan gen Melayu dengan mana-mana bangsa akan memudahkan lahirnya prodigi-prodigi luarbiasa bertaraf dunia. Mereka telah mula menyedari bahawa kacukan gen Melayu dan gen bangsa lain adalah kunci kepada ‘manusia-manusia mutan’ masa hadapan. Kerana percubaan sebelum ini menghantar gadis-gadis mereka untuk membuat hubungan dengan lelaki Melayu menemui kegagalan, ada diantara gadis-gadis mereka ‘dipaksa’ mempelajari agama Islam dan ini berakhir dengan kes perebutan anak atau penceraian. Sebab itulah, tidak berapa lama dahulu beberapa penyelidik di Mistis Organization telah berusaha menghubungi seorang gadis yang juga seorang prodigi senyap dalam bidang sejarah di Malaysia. Gadis ini memiliki ciri-ciri kehidupan seperti beberapa prodigi terkenal dari gen bangsa misteri ini iaitu Adiputra dan Sufiah Yusuf (kedua-duanya prodigi matematik ketika kanak-kanak) atau Ainan Celeste Cawley (prodigi kimia) sekadar menamakan beberapa contoh popular. Di Singapura, telah acapkali lahir prodogi-prodigi Melayu seperti di Nanyang Technological University dan kisah seorang pemuda Melayu yang mendapat cGPA 4.00 dalam Fizik di Eropah. Mistis Organization telah memantau gadis ini sejak dia berusia 12 tahun dan mula membuat kajian bagaimana beratus-ratus prodigi Melayu yang menunjukkan pencapaian luar biasa ketika kecil, mula menyusut bakat luar biasa mereka apabila dewasa. Ingatkah anda akan Mohd. Shukri Hadafi? Ketika masa kecilnya pada usia 3 tahun sudah mampu membaca surat khabar. Mohd. Shukri Hadafi pernah menjadi anak angkat Prof. Diraja Ungku Aziz dan muncul dalam filem Menanti Hari Esok arahan Jins Samsuddin pada tahun 1977. Namun kehidupannya selepas itu menempuh hari-hari gelap dan akhirnya menjadi seorang penagih dadah. Anda tahu pada era mana terdapat kekerapan kes-kes lelaki Melayu menghadapi kes perebutan anak dengan wanita asing bukan? Ya, dan saya ingin tekankan tentang 'sebabsebab wanita-wanita asing itu begitu degil untuk mengambil anaknya dari gen Melayu itu, lari ke negaranya'. Saya boleh terima alasan ini ; kasih sayang seorang ibu. Gadis ini mampu membaca sejarah Srivijaya 500 tahun sebelum Masihi dan menterjemah tulisan-tulisan Mesir Purba dan maksud-maksud di dalam The Egyptian Book of The Dead, The Black Book dan The Golden Book of Scarab Ankh. Untuk mengetahui sejarah Melayu lebih 1000 tahun sebelum Masehi, terpaksa mencarinya di dalam kitab-kitab paling misteri di dunia The Mummy dan piramid yang menakjubkan! Jika orang Melayu yang dungu berusaha memadamkan sejarah bangsanya sendiri, saya nasihatkan anda akan menemui kegagalan paling pahit kerana orang Mesir Purba, Phoenicia, Assyria, Babilon dan sejauh Viking di utara Eropah...mereka ada menyimpan jejak sejarah Kemelayuan yang paling misteri. Jika anak-anak Melayu yang bingung dan orang lain yang cemburu cuba membakar 'Sejarah Melayu'...malangnya 'Sejarah Melayu' telah di'fotostat' banyak-banyak dan diberi kepada bangsa-bangsa lain. Sepertimana Maharaja Srivijaya telah menghantar keturunannya untuk membina berpuluh-puluh negara kota untuk mengekalkan survival dan hegemoni, maka sejarah Kemelayuan telah disimpan kemas dalam lipatan sejarah bangsa-bangsa lain untuk tujuan yang sama. The Hidden Fragrance in The Forbidden Garden “…sent them away from his son Isaac to the land of the east.” (Genesis 25:6 New International Version) Di atas adalah ayat-ayat paling misteri dan tersembunyi rahsia berusia beribu-ribu berkenaan satu bangsa pengembara. Satu bangsa purba yang pernah hidup dikalangan bangsa hebat lain seperti Akkadia, Babilon, Sumeria, Mesir Firaun dan Kerajaan Judea. Satu bangsa yang pernah hidup di lembah terasing di Tibet berlatarbelakangkan Banjaran Himalaya yang agung, si Mahameru yang selalu dimimpi-mimpikan oleh bangsa ini di sepanjang hayatnya. Satu bangsa yang menyimpan rahsia Shangri-la dan makhluk Yeti yang setia… Satu bangsa yang bersifat mistik dan spiritual,tabah menghadapi segala dugaan,kesakitan,airmata dan penghinaan. Satu bangsa agung yang pernah mengharung kehangatan padang pasir,ribut salji dan hujan petir dalam pengembaraannya ke hujung dunia “Semenanjung Tanduk Emas” … Tanah Yang Dijanjikan (Promised Land) Setelah Allah SWT menciptakan Adam a.s., kalimah pertama yang dilihat oleh Nabi Adam adalah 'Laa ilaaha illallaah, Muhammad Rasuulullah'. Lalu Nabi Adam bertanya tentang siapakah Muhammad itu? Lantas Allah menjawab, Muhammad SAW adalah penutup segala nabi dan rasul, serta insan paling mulia diantara semua (rasul). Umatnya juga diberi banyak kemuliaan berbanding umat-umat yang lain. Diceritakan bahawa Nabi Adam a.s. berkata, "Sesungguhnya Allah memberi 4 kemuliaan kepada umat Muhammad SAW yang tidak diberikan kepaduku, iaitu: 1. Penerimaan taubatku di Makkah, sedangkan umat Muhammad boleh bertaubat dimana-mana tempat. 2. Aku berpakaian ketika aku melakukan dosa. Kemudian Allah menjadikanku telanjang bulat. Sedangkan umat Muhammad tetap diberi pakaian, walaupun dia derhaka kepada Allah dalam keadaan bertelanjang. 3. Ketika aku berbuat dosa, Allah memisahkan aku dan isteriku (Adam dikaki gunung Himalaya, Hawa di Jeddah). Sedangkan umat Muhammad yang berbuat dosa tidak dipisahkan dari isterinya. 4. Aku berbuat kesalahan di syurga. Lalu Allah mengusirku dari syurga ke dunia. Sedangkan umat Muhammad berbuat dosa diluar syurga, Allah tetap memasukkan mereka ke syurga apabila mereka bertaubat. Umat Nabi Muhammad SAW Menyedari ketinggian darjat Nabi Muhammad SAW di sisi Allah SWT, Nabi Adam a.s. memohon kepada Allah agar diberi anugerah iaitu cukuplah sekadar menjadi umat Nabi Muhammad SAW, namun permintaannya ditolak Allah SWT. Begitu juga dengan nabi-nabi lain seperti Nabi Musa a.s. Sehinggakan Allah SWT sendiri menegur sikap Nabi Musa a.s. agar reda dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT kepadanya. Dalam banyak-banyak nabi yang memohon untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, hanya ada seorang nabi sahaja yang Allah perkenankan permohonannya. Dia ialah Nabi Ibrahim a.s. Secara dasarnya, Allah SWT tidak memperkenankan permohonan Nabi Ibrahim a.s. untuk menjadi umat Nabi Muhammad SAW, tetapi Allah menjanjikan kepada Nabi Ibrahim a.s. yang Rasulullah SAW akan lahir daripada salasilah keturunannya. Nama Nabi Ibrahim a.s. juga akan meniti dibibir umat Nabi Muhammad SAW, iaitu akan selalu disebut-sebut oleh umat baginda Rasulullah SAW. Maka, sebab itulah kita disunatkan untuk menyebut nama Nabi Ibrahim a.s. dalam solat lima waktu, semasa bacaan tahiyat akhir seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada Nabi Ibrahim a.s. Begitu besar penghargaan yang Allah berikan kepada Nabi Ibrahim, sehingga selawat kepadanya di syiarkan dalam solat kita. Selawat ini menggabungkan dua ucapan salam dan hormat ke atas keduadua Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s sering berdoa demi mendengar pengaduan anak-anak Jawi-nya sambil diaminkan oleh mereka: “Ya Allah, utuskanlah di kalangan mereka seorang Rasul yang membacakan ke atas mereka ayat-ayat Allah dan mengajar mereka kitab dan hikmah dan menyucikan mereka, sesungguhnya Allah Maha Mulia lagi Maha Bijaksana. Ya Allah, kurniakanlah kami dari isteri-isteri kami dan zuriat keturunan kami seorang penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin dari orangorang yang bertakwa.” Begitulah sayu doa Nabi Ibrahim a.s. sehingga Jibril datang dan memberi perkhabaran: “Wahai Ibrahim, Khabarkan berita gembira ini kepada anak-anakmu dari Qanturah bahawa mereka memperolehi satu darjat di sisimu di dalam Syurga Firdaus dan perintahkan kepada mereka untuk pergi ke Timur dan sempurnakanlah agama Islam yang engkau sampaikan yang belum sempat menyempurnakannya. Mereka akan kembali di akhirat kelak cahaya mereka seperti cahaya anbiya dan rasul sedangkan mereka bukan anbiya atau pun rasul.” Perasaan gembira Nabi Ibrahim jelas kelihatan dengan wajahnya yang bercahaya gilang gemilang dan memanggil semua anak-anaknya dari Siti Qanturah, Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak, Shuah, anak-anak Jokshan; Sheba dan Dedan. Kata ibrahim: “Wahai anak-anakku, bergembiralah bahawa kamu semua akan memperolehi cahaya para anbiya dan para rasul dan pergilah kamu ke Timur. Aku telah meninggalkan satu kaum di sana semasa diperintahkan oleh Allah meninggalkan Hajar dan Ismail dan kemudian aku diperintahkan untuk kembali ke Palestin. Selama 9 tahun kaum itu aku seru kepada agama Allah dan belum sempat aku sempurnakannya, maka di atas bahu kamu diserahkan tugasku ini.” Apabila kembali Ke Mekah kerana diperintahkan oleh Allah baginda Nabi Ibrahim a.s melihat anaknya sudah besar berumur 9 tahun dan di padang pasir yang tandus itu telah menjadi sebuah perkampungan orang-orang Jurhum dari Yaman seperti dalam kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. Terdapat juga air telaga dari kesan tumit kaki Nabi Ismail yang dinamakan telaga Zamzam. Kisah Bani Jawi tersebut jelas dikhabarkan di dalam Tafsir Ibnu Kathir dan Ibnu Athir. Penyempurnaan agama Allah yang dipikul oleh Bani Jawi telah mengangkat mertabat mereka ke setinggi-tinggi mertabat Rasul di syurga Firdaus walau pun mereka bukan Rasul. Al-Qur’an surah Ali Imran 65-68 : “Wahai ahli-ahli kitab! mengapa kamu berani berbantahbantahan tentang hal Ibrahim, padahal Taurat dan Injil tidak diturunkan melainkan sesudah Ibrahim, apakah kamu tidak berfikir?” “Now the sons of Keturah, Abraham’s wife:she bare Zimran, and Jokshan, and Medan, and Midian, and Ishbak, and Shuah. And the sons of Jokshan; Sheba, and Dedan.” (Genesis 1:32) Saat detik-detik Nabi Ibrahim akan menutup mata terakhir! Beliau mengumpulkan anak² Keturah …………………….. “Abraham took another wife, whose name was Keturah.She bore him Zimran, Jokshan, Medan, Midian, Ishbak and Shuah.Jokshan was the father of Sheba and Dedan; the descendants of Dedan were the Asshurites, the Letushites and the Leummites.The sons of Midian were Ephah, Epher, Hanoch, Abida and Eldaah. All these were descendants of Keturah.” (Genesis 25:1-4) Nabi Ibrahim a.s pun memanggil anak²nya dari Keturah, Zimra, Jukshan, Madyan, Ishbak, Medan dan Shuah pun mengelilingi ayahanda yg sudah sepuh. Mereka semua sudah melewati usia remaja dan tumbuh sebagai anak² yg kuat dan cerdas menuruni kehebatan bapa mereka serta sifat tenang siti Keturah wanita misteri dari timur. Nabi Ibrahim berpesan kepada mereka suatu PESANAN YANG TERAMAT PENTING. kelihatan satu persatu air mata mengalir ke pipi pada wajah anak²nya. Nabi Ibrahim a.s. menjelang menunggu dijemput oleh malaikat maut, terkenang akan masa lalu yg telah ia lalui, dalam hati Nabi Ibrahim amat bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan anugerah yang berlimpah² selepas kehamilan Sarah isteri pertama yang sekian lama tidak melahirkan anak dan nyaris dianggap mandul (QS Hud :72). Disaat-saat ajal sudah dekat, Allah swt pun mewahyukan kepadanya untuk melaksanakan satu misi penting sebelum menutup mata di dunia fana ini. SATU MISI TERAHSIA yg hanya terungkap dalam munuskrip kuno yg dicari-cari, yang tersembunyi …………. “Jika itu yg Allah swt perintahkan kepada ayahanda, kami sanggup melaksanakan, semoga Allah swt memberkati kita semua dengan rahmat dan kasih sayangNya” Nabi Ibrahim tersentak dari lamunannya takkala mendengar seorang anaknya berkata demikian. Lega hati Nabi Ibrahim demi mendengar kata² anak²nya, satu persatu menyatakan KESANGGUPANNYA melaksanakan perintah Allah swt, maka Nabi Ibrahim pun bangkit dari tempat duduknya. Beliau kelihatan MENGAMBIL SESUATU …… anak²nya berpandangan satu sama lainnya. APA YG INGIN DILAKUKAN OLEH AYAHANDA MEREKA? “Abraham left everything he owned to Isaac. But while he was still living, he gave gifts to the sons of his wife and sent them away from his son Isaac to the land of the east” (Genesis 25:5-6) Nabi Ibrahim pun MEMBERIKAN SESUATU yg amat BERHARGA kepada anak²nya, SESUATU YG MENJADI RAHASIA KEPADA KETURUNAN KETURAH. KUNCI-KUNCI RAHSIA PERMATA-EMAS atau MEWARISKAN PUSAKA (KERIS) juga sebagai tanda menunjukan mereka adalah keturunan Nabi Ibrahim “patriach” bertaraf Rasul yg bergelar kekasih Allah swt. RAHSIA YG DICARI-CARI DIBURU DAN DI IDAM²KAN KAWAN DAN LAWAN. Musarar Jayabaya (asmarandana) no.10. Ecis wesi udharati, ing tembe ana maulana, pan cucu rasul jatine, alunga mring tanah jawa, nggawa ecis punika, kinarya dhuwung puniku, dadi punden bekel jawa” (sejata pusaka keris berguna untuk mengatasi masalah, kelak kemudian hari ada maulana, masih cucu rasul yg mengembara sampai ke pulau jawa membawa pusaka tersebut kelak menjadi cikal bakal tanah jawa) “…sent them away from his son Isaac to the land of the east.” (Genesis 25:6 New International Version) maka mereka anak² Keturah bergerak ke arah timur … melintasi padang pasir dan kota-kota Akkadia-Babilon, di suatu tempat mereka pun berhenti dan membincangkan sesuatu, melaksanakan perintah Allah swt yg diwariskan oleh ayahanda mereka dibaca kembali satu persatu. Mereka pun berbincang dan kelihatannya mereka berpecah menjadi dua. Diatas adalah petikan dari kitab kejadian dan kitab injil yg merupakan penyimpan rahsia terbesar berkenaan satu bangsa yg bergerak ke timur dunia bagi pengembangan keturunan manusia seperti yg diperintahkan Allah swt. Bangsa terahsia inilah yg merupakan PEMEGANG RAHSIA AKHIR ZAMAN, SEKALIGUS YG MENJADI SUMBER ALTER TERAHSIA BANGSA MISTERI. Untuk meringkaskan cerita, bangsa MIM adlah bangsa asimilsi yang sentiasa 'update' waris keturunannya yang telah bermula sejak zaman nabi NUH a.s. Bangsa MIM sememangnya tidak hilang di dunia kerana ia sentiasa 'ke hadapan dalam pencampuran bangsa-bangsa dunia. Boleh di katakan Bangsa MIM adalah bangsa UNIVERSAL atau bangsa dunia secara umumnya. Tapi terdapat syarat-syarat tertentu untuk melayakkan diri menjadi bangsa MIM yang tidak hilang di dunia (sunnatullah - tiap umat ada umur/matinya) Kita ketahui bahasa sebelum british membawa masuk CINA dan INDIA, melayu pada masa itu adalah melayu yang tidak lagi berevolusi. Mereka tetap pada campuran yang sama yang bermula sejak zaman melaka lagi. Biarpun begitu, kemasukkan cina dan india oleh british membawa kepada evolusi ini. Meskipun begitu, evolusi kali ini kelihatan sedikit tegang kerana "yang datang tidak di jemput", "yang datang tidak di sambut". Tiada proses 'give and take' di lakukan. Oleh kerana itulah masing-masing membawa perkauman masing-masing. Mereka saling survival untuk menguasai tanah melayu ini. Para rahib india dan cina tahu mengenai rahsia di bumi melayu ini. Saya pernah terbaca satu artikel secara rahsia mengenai satu saudagar cina yang mana keluarga mereka datang untuk takluki 'chi' pada bangsa yang tidur ini dan seterusnya menjadikan mereka kaya dan terus kaya. Tidak terfikirkah anda kenapa kaum cina terus kaya dan kaya? India pula hanya di ladangladang tapi kini telah ramai jadi lawyer dan menguasai aktiviti pengangkutan dan keewangan serta perundangan? Tidak lain tidak bukan mereka di bantu oleh mereka yang 'tahu; kerahsiaan' di bumi bertuah ini. Tapi, ini tidka bermakna melayu itu ketinggalan kerana masih terdapat kerahsiaan yang tetap tersembunyi dan akan bangkit bila tiba masanya. insyallah. Berbalik pada MIM tadi, asimilasi terbaru ini juga menghasilkan ras baru yang di gelar sebagai CHINDA yakni INDIA+CINA tapi masih belum masuk islam. Jika sekali imbas, mereka seperti wajah kemelayuan akan tetapi mereka bukan islam. Dek kerana itulah pihak JAWI kadang-kala tersilap menangkap orang di taman-taman gelap. Bila cheak I.C, rupanya bukan muslim. Jadi, inilah satu lagi asimilasi tapi masih belum lengkap syaratnya. Tambah pula di awal millenium, asimilasi terbaru bermula di mana bangsa-bangsa seperti Bangladesh, NEPAL, VIETNAM, AFRIKA dan lain-lain mulai bercampur di sini. Akibatnya, bertaburanlah nusa kemelayuan di seluruh dunia. Proses ini berjalan dan terus berjalan. Tapi, merekakah MIM?! (Bacaan Tahyat akhir dalam solat) "Salam dan sejahtera, sembah bakti dan segala kebaikan bagi Allah. Salam atasmu wahai Nabi dan rahmat Allah dan keberkatanNya. Demikian pula mudah mudahan dianugerahkan kepada kita dan kepada segenap hamba-hambaNya yang soleh. Aku mengaku bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah. Dan aku mengaku bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Ya Allah berilah rahmat dan kesejahteraan kepada junjungan kita Nabi Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti apa yang telah Engkau anugerahkan kesejahteraan kepada Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Dan berkatilah Muhammad dan keluarga Muhammad. Seperti yang Engkau berkati Ibrahim dan keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Tinggi." Itulah kod tersembunyi di dalam solat seharian. Takkala kita membacanya, jari telunjuk kita akan di naikkan dan tahukah anda, ia membentuk apa? Jari telunjuk dan gengaman itu telah membentuk huruf MIM. Ini bermaksud, ahli rumah (ahlul bait) itu harus bersatu dengan waris dari IBRAHIM. Syaratnya KOD RAHSIA INI HARUS DI PEGANG sebagai kad identiti anda. Ianya bukan mainan atau ritual solat, tapi ia di jadikan dengan tidak sia-sia. Allah telah menjadikan pelbagai bangsa untuk saling kenal mengenali. Tiap bangsa ada ketamadunan dan adat istiadat masing-masing. Islam itu pula bersifat universal. Jadi, tidak harus islam itu menjadi sebuah ritual keagamaan berdasarkan pak-pak arab kerana adat di sana dan di sini cukup lain. Yang penting adalah islam itu meresap masuk ke dalam kemelayuan lalu menjadi adat resam kemelayuanislam. Berbalik pada ilmu segala yang telah di punyai oleh waris ADAM, ia tidak lah hilang tapi ia tetap di warisi sehingga kini. Meskipun begitu, hanya beberapa segolongan sahaja yang berhak memdapatkannya kerana amanah yang cukup berat dalam menjadi khalifah. Menjadi khalifah bukan perkara yang senang untuk di cakap-cakap. Anda harus tahu khalifah itu apa? Khalifah itu wakil ALLAH di bumi dalam memakmurkan langit dan bumi. Untuk menjadi khalifah anda harus mempunyai ilmu yang cukup untuk 'MENGUASAI' yang lainya seperti jin, malaikat dan sebagainya. Jika tidak, anda hanyalah seorang raja semata-mata. Tahukah anda Khalifah itu 'title' yang sangat besar. Khalifah SULAIMAN merupakan antara raja yang dapat menguasai segalanya. Kita di hujung akhir zaman ini memerlukan seorang khalifah yang tidak terkalah. Ini ada di sebut dalam hadis-hadis nabi yang menyebut mengenai kebangkitan islam nanti. Pemuda bani tamim itu tidak terkalah langsung bahkan hebatnya mereka ini mampu untuk mengoncang dan mendebuhanguskan gunung ganang. Nah, siapakah pemuda bani tamim ini. Biar saya beritahu anda satu rahsia. Meskipun ia rahsia, ia sudah tidak rahsia lagi kerana tinggal beberapa hari saja lagi kita akan melangkah ke akhir fasa kurun hijrah yang mana harus 'seorang pembela islam' akan muncul. Jadi, siapakah pemuda bani tamin itu? Apa yang pasti, seorang 'melayu' itu tidak harus tinggalkan keilmuan kemelayuannya, juga tidak harus tinggalkan spiritualnya kerana nenek moyang kita adalah orang baik-baik. Seorang Melayu itu juga harus hidup berlandaskan syariat islamiyah serta mengadaptasikan IHSAN kedalam diri. IHSAN adalah 'engkau menyembah Allah dengan cara seakan-akan engkau melihat-Nya. dan, jika engkau tidak melihat-Nya, maka ketahuilah bahwa Dia melihatmu.". Senang kata IHSAN itulah TARIQAT yang membawa kepada HAKIKAT dan menuju ke MAKRIFAT. Bila ini berlaku, syariat tadi menjadi cukup utuh sehinggakan jika datang musuh untuk memusnahkan kita, seorang 'melayu islam' itu akan dapat menghapuskan 1000 daripadanya. Inilah IKHWAN YANG TIDAK TERKALAH ITU. Walaubagaimanapun, seorang melayu itu haruslah bersopan santun kerana moyang kita adalah seorang penyantun serta tidak terpegaruh dengan pemakaian untuk di tonjolkan. Hal ini berlaku sehinggakan kita tidak akan tahu siapa mereka-mereka ini tapi jika musibah berlaku, ramai yang akan datang tampil sebagai pendekar, bukannya pesilat. "Sesungguhnya Ibrahim itu benar-benar seorang yang penyantun lagi penghiba dan suka kembali kepada Allah." Surah Hud ayat 75