Uploaded by Nazliyah Zainol

d artikel zuri stress dalam kalangan guru pendidikan khasmedc

advertisement
Stress Dalam Kalangan Guru Pendidikan Khas
(Stress Level Among Special Education Teacher)
Rabayah Yahaya
Mohd Zuri Ghani
Rahimi Che Aman
Aznan Che Ahmad
Zainudin Mohd Isa
Hairulnizam Ismail
Aswati Hamzah
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti sains Malaysia, 11800,Pulau Pinang
(Geran Universiti Penyelidikan 1001/PGURU/811128)
Abstrak
Kajian ini bertujuan mengenal pasti stress dalam kalangan guru-guru pendidikan
khas Daerah Larut, Matang dan Selama, Perak. Seramai 100 responden telah
terlibat dalam kajian ini. Sampel dipilih secara rawak meliputi guru pendidikan
khas dari sekolah rendah integrasi pendidikan khas, yang berbeza dari segi
jantina, umur, jawatan dan pengalaman mengajar. Instrumen bagi mengukur
tahap stress ialah “Job Stressor Questionaire”.
Instrumen bagi kajian ini
mempunyai 19 item yang telah terjemahan daripada instrumen yang telah
digunakan oleh Dual (1994) (dalam Sayeedah, 2005). Instrumen ini mempunyai
nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.902 (Sayeedah, 2005). Dapatan kajian
menunjukkan terdapat perbezaan tahap stress yang signifikan di antara gender
(t=2.313, p=.005). Dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan
tahap stress guru yang signifikan berdasarkan kelayakan akademik (F=2.865,
p=0.019). Ini menunjukkan wujud tahap stres perbezaan yang signifikan antara
guru pendidikan khas lelaki dengan guru pendidikan khas perempuan.
Seterusnya guru yang memiliki kelulusan lebih rendah serta berjawatan lebih
rendah didapati memiliki tahap stres yang lebih tinggi berbanding rakan mereka
yang lebih tinggi kelayakan akademiknya dan berjawatan lebih tinggi.
Kesimpulannya, gender dan kelayakan akademik memberi perbezaan kesan
terhadap tahap stres guru pendidikan khas.
Kata Kunci: Guru Pendidikan Khas, Stress, Gender dan Pengalaman
Abstract
This study aims to identify the stress level among special education teachers in
three districts in Perak, Malaysia. A total of 100 respondents had participated in
this study. Respondents of special education teachers were selected randomly.
They differ in terms of gender, age, position, and years of teaching experience.
The Job Stressor Questionaire has been used to measure the stress level of
special education teachers. The has been translated form the the instrument that
had been used by Dual (1994) (in Sayeedah, 2005) and it consists of 19 items.
This instrument has a high reliability value of 0.902 (Sayeedah, 2005). The
finding of this study showed that there was a significant difference in stress levels
between gender (t = 2.313, p = 0.005). Finding also showed that there was a
significant difference in stress level based on teachers' academic qualifications (F
= 2865, p = 0019). In conclusion, there is a significant difference between the
stress level male and female special education teachers. Results of this study
also indicated that special education teachers with lower academic qualification
and a lower position at school have a higher stress level compared to special
education teachers with higher academic qualification and hold a higher position.
As a conclusion, this study found that the stress level of the special education
teachers are influenced by their gender and academic qualification.
Keywords: Special Education Teachers, Stress level, Gender And Working
experience
Pendahuluan
Sayeedah (2005), telah menyatakan usaha-usaha awal mengenalpasti stress
dalam kalangan guru telah mula dijalankan oleh Rudd dan Wiseman semenjak
awal tahun 1962. Hasil kajian mereka telah mendapati bahawa wujudnya darjah
perbezaan yang ketara dari segi tahap stres dalam kalangan guru-guru sekolah
rendah dan sekolah menengah, pra sekolah dan sekolah rendah serta guru lelaki
dan guru perempuan. Hasil kajian mereka merumuskan sembilan faktor yang
menyebabkan stres dalam kalangan guru termasuklah gaji dan imbuhan,
kelemahan hubungan sesama staf, kekurangan peralatan dan kemudahan,
beban tugas, latihan perguruan, keadaan bilik darjah, rasa serba kekurangan,
masa dan status profesiolisme perguruan dalam masyarakat.
Kajian Carlyle dan Woods (2004), dalam bukunya ‘The Emotions Of
Teacher Stress ’ telah mengemukakan hasil kajian ke atas 11 guru lelaki dan 10
guru perempuan yang datang daripada 21 sekolah menengah di United
Kingdom. Kaedah kualitatif dan sesi temubual telah diadakan sepanjang tahun
1996-1998. Kajian ini telah meninjau faktor dan kesan stres dalam kalangan
guru. Hasil kajian menunjukkan guru di United Kingdom telah mengalami tahap
‘burn out’ atau stres yang agak tinggi di sekolah. Antara faktor stres yang dapat
dikesan ialah sistem kepimpinan dan komunikasi yang teruk, sistem autokratik
dan gaya kepimpinan yang bersifat ‘buli’. Akibat daripada stres, mereka telah
mengalami gangguan dari segi emosi dan fizikal seperti pening, sakit kepala,
sakit badan, sakit mata, badan ‘goncang’, tidak berkeupayaan berfikir serta
membuat keputusan dan sebagainya. Penyelidik bersetuju dengan pendapat
Carlyle dan Woods (2004) yang menyatakan perlunya perkhidmatan kaunseling
diberi kepada guru untuk mengurangkan stres. Adalah dirumuskan bahawa guru
melihat perubahan pada diri mereka dari aspek pengurusan kecerdasan emosi
(EQ) lebih mudah dilakukan berbanding dengan mengubah sistem dan struktur
dalam organisasi sekolah.
Di Malaysia, satu kajian telah dijalankan oleh Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM) iaitu oleh Faridah et. al (2001), untuk mengkaji tekanan dalam
kalangan guru Pendidikan Khas, Sains dan Vokasional. Sejumlah 180 guru telah
mengambil bahagian dalam kajian ini. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
guru Pendidikan Khas dan Vokasional mengalami tahap tekanan lebih tinggi
daripada guru Sains. Keadaan ini disebabkan guru Pendidikan Khas
menghadapi kumpulan pelajar yang pelbagai dan masalah tingkah laku yang
mencabar di dalam kelas. Guru Vokasional pula didapati kurang keyakinan dan
kerap gelisah mengajar pelajar-pelajar berpencapaian lebih rendah.
Kajian yang dijalankan oleh NUTP atau Kesatuan Perkhidmatan
Perguruan Kebangsaan Malaysia, pada Ogos 2006 telah melaporkan bahawa
daripada 9328 sampel yang dikaji, jumlah skor stres ialah 148.14 atau pada
tahap sederhana. Faktor-faktor mempengaruhi stres adalah seperti berikut :
Jadual 1 : Faktor-faktor yang Mempengaruhi Stres dalam Kalangan Guru
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Faktor-faktor Mempengaruhi
Sampel
Tekanan daripada ibu bapa /pelajar
Beban tugas
Kenaikan pangkat dan laluan
kerjaya
Ketidakadilan penilaian prestasi
Minat
Infrastruktur
Lokasi sekolah
9328
9328
9328
Setuju
(%)
83
79
74
Tidak setuju
(%)
17
21
26
9328
72
28
9328
60
40
9328
60
40
9328
32
66
(Sumber : NUTP, Ogos, 2006)
Menurut Marzita Abdullah (2004), beban tugas seorang guru hari ini
bertambah kepada 130 peratus iaitu meliputi 70 peratus tugas pengajaran dan
pembelajaran dan 60 peratus tugas pentadbiran. Manakala, Presiden Kesatuan
Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Ismail Nihat dalam Marzita
Abdullah (2004) telah menyatakan bahawa pertambahan beban tugas tersebut
mungkin menyebabkan kualiti pengajaran dan pembelajaran guru semakin
menurun. Guru tertekan dengan situasi tersebut menyebabkan mereka bekerja
sekadar memenuhi tugas yang diarahkan. Pada dasarnya tugas seorang guru
ialah 70 peratus melaksanakan P&P manakala 30 peratus adalah tugas-tugas
sampingan di sekolah. Namun begitu pada masa ini guru-guru terpaksa
membuat tugas tambahan termasuk tugas perkeranian yang di luar daripada
bidang pendidikan.
Persoalan Kajian
Persoalan kajian bagi kajian ini adalah seperti berikut:
i)
ii)
iii)
iv)
Apakah tahap stres dalam kalangan guru pendidikan khas di daerah
Matang dan Selama, Perak?
Adakah terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan
berdasarkan gender?
Adakah terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan
berdasarkan kelayakan akademik?
Adakah terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan
berdasarkan umur?
Larut,
khas
khas
khas
Hipotesis kajian
Hipotesis kajian adalah seperti berikut:
i) Ho1: Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas
berdasarkan gender
ii) Ho2: Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas
berdasarkan kelayakan akademik
iii) Ho3: Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas
berdasarkan umur
Metodologi Kajian
Kajian ini adalah satu kajian yang berbentuk kuantitatif dan telah melibatkan 14
buah sekolah rendah pendidikan khas integrasi di daerah Larut, Matang dan
Selama, Perak. Instrumen yang telah digunakan dalam kajian ini adalah soal
selidik “Job Stressor Questionaire” yang bertujuan mengukur tahap stress
responden. Instrumen bagi kajian ini mempunyai 19 item yang telah terjemahan
daripada instrumen yang telah digunakan oleh Dual (1994) (dalam Sayeedah,
2005). Instrumen ini mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.902
(Sayeedah, 2005). Kajian ini telah melibatkan responden seramai 100 guru
(72.99 peratus daripada 137 populasi). Responden telah dipilih secara rawak
meliputi guru pendidikan khas dari sekolah rendah integrasi pendidkan khas,
yang berbeza dari segi jantina, umur, jawatan dan pengalaman mengajar.
Seterusnya ujian-t dan ANOVA telah digunakan bagi melihat kesignifikanan di
antara setiap pembolehubah yang dikaji.
Dapatan Kajian
Analisa Tahap Stres Guru Pendidikan Khas
Berdasarkan Jadual 2 di bawah, didapati secara majoritinya stress dalam
kalangan guru-guru pendidikan khas di Daerah Larut, Matang dan Selama
adalah rendah iaitu, seramai 78 responden atau 78.0 peratus mengalami tahap
stres yang rendah. Seramai 16 responden atau 16.0 peratus pula mengalami
tahap stres yang sederhana. Manakala hanya 6 orang responden atau 6.0
peratus sahaja yang mengalami tahap stres yang tinggi. Secara keseluruhan,
jika dilihat berdasarkan nilai min bagi tahap stres guru pendidikan khas untuk
keseluruhan skor responden ialah 1.81 dengan sisihan piawai 0.50 iaitu berada
pada tahap stres yang rendah.
Jadual 2: Tahap Stres Guru Pendidikan Khas Berdasarkan Min
Tahap Stres
Rendah
Sederhana
Tinggi
Jumlah
Skor Min
1.00 – 2.00
2.01 – 3.00
3.01 - 4.00
Frekuensi
78
16
6
100
Peratus
78.0
16.0
6.0
100
Jadual 3: Skor Min dan Sisihan Piawai Tahap Stres Guru Pendidikan Khas
Tahap
Bilangan
Responden
100
Stres Guru
Pendidikan Khas
Min
1.81
Rajah 1: Tahap Stres Guru Pendidikan Khas
80
60
Rendah
Peratus 40
Sederhana
20
Tinggi
0
Tahap Stres
Rajah 1 :
Tahap Stres Guru Pendidikan Khas
Sisihan
Piawai
.50
Pengujian Hipotisis
Bagi menguji hipotesis yang telah dikemukakan pula, pengkaji telah
menggunakan ujian t untuk melihat sama ada terdapat perbezaan tahap stres
guru pendidikan khas yang signifikan berdasarkan gender manakala ANOVA
telah digunakan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan tahap stres guru
pendidikan khas yang signifikan berdasarkan kelayakan akademik.
Hipotesis 1
Ho1: Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas yang signifikan
berdasarkan gender.
Jadual 4: Keputusan Ujian t Bagi Tahap Stres Berdasarkan Gender
Jantina
N
Min
Lelaki
Perempuan
P<0.05
19
81
2.0388
1.7511
Sisihan
Piawai
.65757
.44090
T
df
2.313
98
Signifikan2 hujung
.004
Untuk menguji hipotesis ini, ujian t telah digunakan. Dapatan kajian
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan min tahap stres yang signifikan di
antara guru lelaki dan guru perempuan (t=2.313, p=0.004). Ini secara tidak
langsung telah menjelaskan bahawa terdapat perbezaan min yang signifikan
bagi tahap stress guru berdasarkan jantina guru. Hasil kajian juga menunjukkan
bahawa stres guru lelaki (2.03) adalah lebih tinggi berbanding dengan tahap
stress guru perempuan (1.75). Perbezaan skor min antara guru lelaki dan guru
perempuan ialah 0.29. Hipotesis nol kajian berjaya ditolak kerana nilai p adalah
kurang daripada aras kesignifikanan yang telah ditetapkan. Ini secara tidak
langsung telah membawa implikasi bahawa jantina ada mempengaruhi tahap
stres dalam kalangan guru pendidikan khas di sekolah integrasi pendidikan khas.
Hipotesis 2
Ho2: Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas yang signifikan
berdasarkan kelayakan akademik
Jadual 5: Ujian ANOVA Tahap Stress Guru Berdasarkan Kelayakan Akademik
Sumber
Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah
P<0.05
Jumlah
Kuasa dua
3.255
21.353
24.608
df
5
94
99
Min Kuasa
dua
.651
.227
F
Sig
2.865
.019
Bagi menguji hipotesis ini Ujian Analisis Varian Satu Hala (ANOVA) telah
digunakan. Hasil ujian ANOVA telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan
yang signifikan bagi tahap stres guru pendidikan khas berdasarkan kelayakan
akademik iaitu F=2.865 dan nilai signifikan ialah p=.019 yang menunjukkan nilai
lebih kecil daripada aras kesignifikanan p<0.05. Maka, hipotesis nol kajian ini
juga telah berjaya ditolak dan membawa maksud bahawa kelayakan akademik
juga turut mempengaruhi tahap stres dalam kalangan guru pendidikan khas.
Bagi melihat kumpulan kelayakan akademik yang manakah yang menunjukkan
perbezaan tahap stres maka ujian Tukey HSD telah dijalankan. Hasil daripada
ujian Tukey telah menunjukkan bahawa kumpulan kelayakan akademik dalam
kategori lain-lain iaitu kumpulan guru yang mendapat pendedahan dalam
perkhidmatan mempunyai perbezaan dengan kumpulan guru yang mempunyai
kelayakan diperingkat sijil perguruan asas, sarjana muda dan sarjana.
Jadual 6: Ujian Tukey HSD Bagi Tahap Stress Guru Berdasarkan Kelayakan
Akademik
(I) akademik
(J) akademik
sijil perguruan khas
sijil perguruan
asas
diploma
Perbezaan min
(I-J)
Ralat
Piawai
Sig.
95% aras keyakinan
Had Atas
.8249
.14737
.22215
.985
-.4989
.7937
sarjana
.72632
.39876
.457
-.4338
1.8865
-.61579
.31972
.393
-1.5460
.3144
-.24912
.24612
.913
-.9652
.4669
-.13465
-.10175
.47719
.17129
.13806
.35878
.969
.977
.768
-.6330
-.5034
-.5666
.3637
.2999
1.5210
-.86491(*)
.26821
.021
-1.6452
-.0846
-.11447
.24419
.997
-.8249
.5960
.13465
.17129
.969
-.3637
.6330
.03289
.13459
1.000
-.3587
.4245
.61184
-.73026
.35746
.26644
.528
.077
-.4281
-1.5054
1.6518
.0449
-.14737
.22215
.985
-.7937
.4989
.10175
.13806
.977
-.2999
.5034
-.03289
.13459
1.000
-.4245
.3587
sijil perguruan
khas
diploma
sijil perguruan
khas
sijil perguruan
asas
sarjana muda
lain2
sijil perguruan
khas
sijil perguruan
asas
diploma
lain2
sijil perguruan
khas
sijil perguruan
asas
diploma
sarjana muda
lain2
sijil perguruan
khas
sijil perguruan
asas
diploma
sarjana muda
sarjana
P<0.05
.9652
-.5960
sarjana
lain2
-.4669
.997
sarjana
sarjana
.913
.24419
lain2
sarjana muda
.24612
.11447
sarjana muda
sarjana
diploma
.24912
sarjana muda
lain2
sijil perguruan asas
Had Bawah
.57895
.34278
.542
-.4183
1.5762
-.76316(*)
.24639
.030
-1.4800
-.0463
-.72632
.39876
.457
-1.8865
.4338
-.47719
.35878
.768
-1.5210
.5666
-.61184
.35746
.528
-1.6518
.4281
-.57895
.34278
.542
-1.5762
.4183
-1.34211(*)
.41276
.019
-2.5430
-.1412
.61579
.31972
.393
-.3144
1.5460
.86491(*)
.26821
.021
.0846
1.6452
.73026
.76316(*)
1.34211(*)
.26644
.24639
.41276
.077
.030
.019
-.0449
.0463
.1412
1.5054
1.4800
2.5430
Hipotesis 3
Ho3: Tidak terdapat perbezaan tahap stres guru pendidikan khas berdasarkan
umur
Jadual 7: Keputusan Ujian ANOVA Tahap Stress Guru Berdasarkan
Umur
Sumber
Antara Kumpulan
Dalam Kumpulan
Jumlah
Jumlah
Kuasa dua
1.804
22.804
24.608
df
3
96
99
Min Kuasa
dua
.601
.238
F
Sig
2.532
.062
Bagi melihat adakah faktor umur turut mempengaruhi stress dalam kalangan
guru-guru pendidikan khas ujian ANOVA sekali lagi telah digunakan. Hasil
analisis ANOVA telah menunjukkan bahawa faktor umur tidak mempengaruhi
stress dalam kalangan guru-guru pendidikan khas kerana nilai F=2.532 dan P=
0.62 adalah melebihi nilai aras kesignifikanan yang telah ditetapkan. Walaupun
begitu, jika dilihat dari aspek diskriptifnya pula, didapati nilai min bagi guru-guru
yang berada pada tahap umur 31-35 tahun adalah paling tinggi nilai minnya
berbanding dengan nilai min bagi tahap-tahap yang lain. Ini secara tidak
langsung telah menjelaskan bahawa pada peringkat umur 31-35 tahun stres guru
adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan pada peringkat umur yang lain.
Jadual 8: Tahap stress Guru Berdasarkan Perbandingan Nilai Min
Tahap Umur
kurang 30 thn
31-35 thn
36-40 thn
lebih 40 thn
Jumlah
N
52
20
11
17
100
Min
1.7176
2.0474
1.6842
1.8700
1.8058
Sisihan Piawai
.46809
.62808
.27750
.45850
.49856
Perbincangan
Di Malaysia, kajian mengenai stress pekerjaan dalam kalangan guru telah
menarik ramai pengkaji seperti Drake dan Hebert, (2002); Carlyle dan Woods,
(2004); dan Abdul Rahim (2002). Bukti-bukti daripada kajian stress ke atas guru
menunjukkan masalah ini berada pada tahap yang perlu diberi perhatian.
Walaupun keadaan ini dilihat agak serius, namun dapatan kajian ini telah
mendapati bahawa tahap stress dalam kalangan guru-guru pendidikan khas di
Daerah Larut, Matang dan Selama adalah agak berbeza. Ini kerana kajian ini
telah mendapati bahawa tahap stress dalam kalangan guru-guru pendidikan
khas di daerah-daerah ini adalah berada pada tahap yang rendah iaitu 78.0
peratus guru pendidikan khas berada dalam tahap stress yang rendah, manakala
cuma 6.0 peratus sahaja guru yang berada dalam tahap stress yang tinggi.
Jika dilihat dalam aspek demografi iaitu sama ada gender, umur, dan
kelayakan akademik turut menyumbang kepada stress dalam kalangan guru
pendidikan khas. Kajian ini telah mendapati bahawa dua faktor iaitu faktor
gender, dan kelayakan akademik telah menyumbang kepada stress guru.
Bagaimanapun faktor umur dilihat tidak mempengaruhi stress dalam kalangan
guru-guru pendidikan khas. Walaupun begitu, guru-guru pendidikan khas perlu
juga berhadapan dengan situasi yang mencabar, mereka perlu peka dan
memahami situasi kerja dan berhadapan dengan pelbagai kerenah pelajar
pendidikan khas. Stress yang berlebihan akan mengurangkan prestasi kerja
serta menjejaskan kesihatan terutama dari segi mental dan fizikal. Terdapat
kajian-kajian yang mendapati tahap stress kerja yang tinggi dalam kalangan guru
telah mengakibatkan permasalahan-permasalahan yang serius berhubung kait
dengan faktor-faktor seperti gangguan emosi, perubahan dalam tingkah laku dan
‘burn out’ yang menghalang mereka daripada menjalankan tugas dan
tanggungjawab dengan lebih berkesan (Faridah et al, 2001). Bagaimanapun,
pengkaji telah beranggapan bahawa responden di daerah-daerah yang dikaji
telah berjaya menangani masalah ini. Dengan adanya keupayaan dalam
menangani stress maka pengkaji percaya bahawa guru-guru di daerah-daerah
ini akan dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka dengan lebih
berkesan.
Rujukan
Abdul Muin Sapidin (2006). Stres Guru Membimbangkan – Akibat Banyak
Perubahan dan Bebanan Tugas Yang Keterlaluan – NUTP. Utusan
Malaysia, Ogos 18.
Ab. Rahim bin Aris (2002). Kajian Ke Atas Faktor-faktor Yang Mempengaruhi
Stres (Tekanan) Dan Niat Untuk Meninggalkan Profesion Perguruan Di
Kalangan Guru Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Di Daerah
Kota Tinggi, Johor. Laporan Projek Sarjana Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia, Skudai
Carlyle, D. & Woods, P. (2004). The emotion of teacher stress. Teaching and
Teacher Education, 20, (50), 537-541.
Drake, D. & Hebert, E. P. (2002). Perceptions of occupational stress and
strategies for avoiding burnout: Cases studies of two female teacherscoaches. Physical Educator, 59, (4), 170-181.
Faridah Serajul Haq, Lillia Halim, Nor Aishah Buang & Tajul Ariffin Nordin. (2001).
Tekanan di kalangan guru Pendidikan Khas, Sains dan Vokasional. Dalam
Sari Penyelidikan UKM Research Highlights. Selangor: Universiti
Kebangsaan Malaysia, 60-65.
Marzita Abdullah. (2004). Beban tugas guru: Kian bertambah. Diperoleh pada
Jun 1,2006 daripada http://www/tutor.com.my.
Sayeedah Khatoon Mohd. Mydin. (2005). Hubungan antara kecerdasan emosi
dengan pengurusan stres di kalangan penolong-penolong kanan sekolahsekolah menengah Daerah Pulau, Pulau Pinang. Tesis (M.Ed) yang
belum diterbit. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.
Download