Uploaded by Hazim Hamdan

ESEI

advertisement
MOHD HAFIZZUDDIN AFIF
TAJUK : Bagaimana penduduk Malaysia yang bersifat pluralistic sejak sekian lama
mampu untuk mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat hingga ke hari ini?
Perbincangan merangkumi aspek berikut :
1.0 HUBUNGAN ETNIK DARI PERSPEKTIF EKONOMI, POLITIK DAN KEPELBAGAIAN
AGAMA
1.0.1 PERSPEKTIF EKONOMI
Pengalaman sejarah membuktikan terdapat hubung kait yang jelas antara ekonomi
dengan etnik khususnya identifikasi kegiatan dalam sesuatu sektor ekonomi sesuatu kaum.
Daripada keadaan ini, timbul persepsi yang kemudian menjadi streotaip bahawa majoriti etnik
Melayu terdiri daripada petani dan nelayan, etnik Cina pula terlibat dalam perniagaan dan
sektor perlombongan manakala sebilangan besar etnik India merupakan buruh di kebun
getah. Di Sabah dan Sarawak pulak streotaipnya pula ialah kelompok peribumi terus menetap
di kawasan pedalaman dalam keadaan serba serbi mundur sedangkan ekonomi dikuasai oleh
etnik Cina.
Hal ini mewujudkan jurang antara etnik yang terdapat di Malaysia. Justeru, kerajaan
telah mewujudkan beberapa inisiatif dan dasar untuk mencapai matlamat perpaduan dari
sektor ekonomi seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB). Matlamat utama Dasar Ekonomi Baru
(DEB) ialah untuk mencapai perpaduan negara melalui dua strateginya yang bercorak
serampang dua mata, iaitu mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan di
kalangan rakyat tanpa mengira kaum, dan menyusun semula struktur masyarakat Malaysia
agar mereka tidak lagi dikenali berasaskan ciri ekonomi dan tempat tinggal. Selain itu, Dasar
Pembangunan Nasional (DPN) turut diwujudkan dengan membawa matlamat yang sama
dengan DEB iaitu menyatupadukan negara yang menjadi asas kestabilan sosial dan politik
serta mengekalkan pembangunan ekonomi yang seimbang.
Terbaru, Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BRIM) mula diagihkan tanpa mengira kaum
sekaligus mampu meningkatkan kesamarataan meskipun berlainan agama, bangsa dan
bahasa.
1.0.2 PERSPEKTIF POLITIK
Politik perkauman merupakan merupakan satu ciri penting negara ini selari dengan
realiti masyarakat majmuk atau berbilang kaum. (Ahmad Tarmizi, 2006). Setiap kaum dan
etnik diwakili oleh parti politik tertentu dan berjuang untuk kepentingan etnik masing-masing.
Seringkali apa yang diperjuangkan menjadi simbolik kepada bahasa, budaya dan matlamat
etnik masing-masing. Contohnya parti politik seperti UMNO dan Pas diketuai oleh orang
Melayu, DAP dan MCA oleh orang Cina dan MIC ditunjangi oleh kaum India.
1
MOHD HAFIZZUDDIN AFIF
Bagi Andaya (2011), integrasi politik merupakan ciri utama bagi masyarakat majmuk
atau masyarakat plural seperti ini. Mekanisme integrasi yang digunakan untuk mengekalkan
kestabilan dalam masyarakat seperti ini dikenali sebagai demokrasi permuafakatan. Sistem
demokrasi ini wujud apabila elit-elit politik yang mewakili kumpulan majmuk yang berbeza
mewujudkan satu pakatan bersama untuk memerintah. Integrasi atau permuafakatan inilah
yang menjadi teras kepada sistem politik di negara kita selama ini. Kelemahannya ialah sistem
ini lebih merupakan integrasi elit atau pemimpin yang mewakili setiap etnik di negara
berkenaan. (Andaya, 2011). Permuafakatan dan kerjasama yang mementingkan kestabilan
hanya dipersetujui di kalangan elit, sebaliknya di kalangan para penyokong yang berada di
bawah kepimpinan mereka berpecah-belah. Kegagalan tingkah laku penyokong dalam
perdebatan politik boleh membawa akibat yang amat buruk seperti yang pernah berlaku di
negara ini dengan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969.
1.0.3 PERSPEKTIF KEPELBAGAIAN AGAMA
Agama merupakan fenomena penting dalam kehidupan manusia. Agama bukan
sahaja membantu manusia untuk mengenal Tuhan, tetapi juga memberi kesejahteraan hidup.
Di Malaysia, agama dan etnik telah menjadi identiti kelompok yang saling melengkapi
sehinggakan kelompok etnik disamakan dengan kelompok agama. Orang Melayu dianggap
sebagai orang Islam, orang India sebagai orang Hindu, orang Cina dan Siam sebagai orang
Buddha serta masyarakat Orang Asli dan suku kaum bumiputera di pedalaman Sabah dan
Sarawak sebagai penganut animisme. Mereka yang bertukar agama dianggap telah keluar
daripada kelompok etnik.
Bagaimanakah agama memberi sumbangan terhadap perpaduan antara etnik?
Walaupun agama atau ideologi merupakan satu aspek sahaja daripada proses perpaduan,
namun agama merupakan faktor yang terpenting, malah sebagai faktor penentu. Menurut
Ibrahim (2006), pembentukan negara yang berdaulat timbul kerana faktor sentimen
primordial. Agama dan etnik merupakan dua aspek yang terpenting. Di Malaysia, meskipun
agama rasmi persekutuan ialah agama Islam, Malaysia tidak menyekat kebebasan agama
lain dengan syarat tidak menyentuh sensitiviti kaum sekaligus menjadikan negara kita sebuah
negara yang bersatu padu.
2
MOHD HAFIZZUDDIN AFIF
2.0 MASYARAKAT PLURALISTIK DI ALAM MELAYU, SARAWAK DAN SABAH,
KESULTANAN MELAYU MELAKA DAN PERJAJAHAN BRITISH SERTA SELEPAS
PEMBENTUKAN MALAYSIA
2.0.1 ALAM MELAYU
Menurut Shamsul (2012), konsep ‘masyarakat’ membawa maksud kumpulan manusia
yang menetap bersama-sama di sesuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu.
Masyarakat ini pula terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa.
Pluralistik terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau
dalam konteks masyarakat, ia terdiri dari beberapa kumpulan etnik.
Oleh itu, masyarakat pluralistik membawa maksud satu kumpulan manusia yang terdiri
daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan khususnya dalam aspek
politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu
padu.
Penjajah datang membawa bersama ideologi mereka dari Eropah yang dikenali
sebagai Sekularisma. Ekoran dengan ini, penjajah berjaya mengubah corak pentadbiran
Tanah Melayu kepada sekularisme. Hal ini menyebabkan urusan negara dipegang oleh British
manakala urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu dipegang oleh Raja Melayu dan
Sultan. Ideologi Ini bukan sahaja telah mencorakkan fizikal Tanah Melayu dalam aspek
pentadbiran dan pemodenan, malah telah turut menguasai corak pemikiran pemimpin dan
masyarakat di Tanah Melayu. Impak paling besar pluralistik kepada Alam Melayu ialah
pemisahan agama Islam daripada politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi dan
pendidikan. Tambahan, kuasa Sultan sebagai pemerintah negeri tergugat dengan sistem
pemerintahan pusat yang ditadbir oleh residen.
2.0.2 KESULTANAN MELAYU MELAKA
Pembentukan masyarakat plural yang lebih luas berlaku apabila negeri-negeri persisir
Selat Melaka terdedah kepada perdagangan antarabangsa. Kedudukan Selat Melaka yang
strategik memudahkan para pedagang singgah sama ada untuk berdagang, mendapat
bekalan makanan atau membaiki kapal.
Kemudahan yang disediakan dan dasar menggalakkan para pedagang datang dan
tinggal di Melaka yang dirancang oleh Sultan dan pembesar telah menjadi daya tarikan
pedagang untuk datang ke situ. Bangsa-bangsa yang datang berdagang di Melaka telah
mewujudkan interaksi dan menggalakkan asimilasi di antara bangsa melalui perkahwinan
campur.
3
MOHD HAFIZZUDDIN AFIF
Antara kelompok yang membentuk masyarakat di Melaka adalah Melayu, India, Cina,
Benggali, Arab dan Cina-Melayu yang membentuk masyarakat Cina Peranakan di Melaka.
Pembentukan masyarakat plural yang digalakkan oleh pemerintah Melaka meninggalkan
banyak kesan positif terutama dari segi penyebaran Islam, perkembangan ekonomi, politik
dan sosial sehinggalah Melaka diserang Portugis pada tahun 1511.
Kemakmuran Melaka telah menarik minat Portugis. Tujuannya bolehlah diringkaskan
kepada 3 perkataan iaitu ‘agama, kekayaan dan kemegahan’ (Gospel, Gold and Glory).
Kedatangan Portugis ke Melaka telah membawa kepada berakhirnya zaman keagungan
Kesultanan Melayu Melaka yang terbina sejak lebih satu kurun.
Setelah berjaya menawan Melaka, orang Portugis menduduki Melaka selama lebih
kurang 130 tahun. Kesannya wujudlah masyarakat Serani yang beragama Kristian hasil dari
perkahwinan bangsa Portugis dengan penduduk tempatan.
Belanda menjadi sebahagian jajahan takluk King Philip (raja negara Sepanyol).• Akibat
daripada pertikaian agama, Belanda bangun melawan kekuasaan Sepanyol dan mencapai
kemerdekaan pada tahun 1548. Portugal dan Belanda mempunyai hubungan perniagaan.
Apabila Portugal ditawan oleh King Philip (1580) menyebabkan hubungan mereka terputus.
Keadaan ini mendorong Belanda mencari jalan terus ke kawasan yang mengeluarkan
hasil rempah di Asia. Pada tahun 1639 Belanda dapat menawan Melaka melalui perjanjian
dengan negeri Johor. Disebabkan faktor-faktor tertentu akhirnya Melaka diserahkan kepada
British melalui Perjanjian Inggeris-Belanda (1824).
2.0.3 SARAWAK DAN SABAH
Terletak di Kepulauan Borneo bersempadan dengan Kalimantan di bahagian selatan.
Dipisahkan dari Semenanjung Malaysia melalui Laut China Selatan. Sarawak pernah berada
di bawah kekuasaan Kesultanan Brunei sebelum kedatangan James Brook ke Sarawak dan
penguasaan Kompeni Berpiagam Borneo Utara British di Sabah.
Selepas Perang Dunia Kedua, Charles Vyner Brook mengambil keputusan untuk
menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan Britain. Selepas Perang Dunia Kedua Kompeni
Berpiagam Borneo Utara British telah menyerahkan Sabah kepada Kerajaan Britain pada
tahun 1946. Sabah dan Sarawak terus kekal menjadi tanah jajahan British sehingga keduadua negeri mencapai kemerdekaan melalui pembentukan Malaysia pada 16 September 1963.
2.0.4 SELEPAS MERDEKA
Pluralistik selepas merdeka banyak menumpukan kepada pembentukan masyarakat
di Malaysia yang terdiri daripada tiga komuniti etnik utama iaitu Melayu, Cina dan India.
4
MOHD HAFIZZUDDIN AFIF
Konsep masyarakat majmuk atau pluralistik diertikan sebagai masyarakat di mana dalamnya
terdapat pelbagai etnik yang hidup dalam satu negara iaitu Malaysia tetapi dipisahkan oleh
ciri-ciri ekonomi, tempat tinggal, sosial dan budaya. Kewujudan masyarakat pluralistik atau
majmuk selepas merdeka dipengaruhi oleh faktor utama iaitu perbezaan anutan agama,
negeri dan budaya. Jika dulu sebelum merdeka, kaum Cina hanya menganuti agama Buddha,
namun berlaku perubahan selepas merdeka apabila ada sebahagian kaum Cina sudah
menganuti agama Kristian dan agama Islam. Di sinilah wujudnya masyarakat majmuk atau
pluralistik.
3.0 KONSEP PERLEMBAGAAN SEBAGAI ASAS PEMBINAAN JATI DIRI DAN NEGARA
BANGSA
Umumnya apabila kita membicarakan tentang pembinaan jati diri dan negara bangsa,
kita tidak dapat lari dari dua persoalan utama. Pertama, apakah yang dimaksudkan dengan
jati diri dan kedua, apakah maksud negara bangsa?
Jati diri secara amnya membawa maksud rangkuman nilai, budaya, bahasa,
pegangan, fahaman, dan pandangan jagat sesuatu kaum. Manifestasi dari nilai-nilai tersebut
membentuk watak dan sifat peribadi,cara berfikir, cara hidup dan penampilan diri yang
melambangkan tradisi bangsa dan jati diri kaumnya (Zaid Ahmad, 2017).
Negara bangsa pula bermaksud sebuah negara yang berdaulat dengan rakyatnya
hidup bersatu padu tanpa dipisahkan dengan ikatan primordial yang sempit. (Zaid Ahmad,
2017).
Pembinaan jati diri dan negara bangsa memerlukan beberapa konsep untuk
mengecapinya. Antaranya konsep perlembagaan negara sendiri merupakan asas pertama
pembinaan jati diri dan negara bangsa. Dalam perlembagaan Malaysia, kepercayaan kepada
sistem pemerintahan dan undang-undang negara yang masih tinggi. Hal ini bermaksud rakyat
meletakkan kepercayaan dan keyakinan tinggi bahawa mereka masih dapat memperoleh
tuntutan-tuntutan keadilan dari sistem kehakiman negara yang dilihat bebas dan berkecuali.
Sebenarnya ciri-ciri asas Perlembagaan Malaysia dapat membina jati diri dan negara bangsa.
Antaranya, perlembagaan mengasaskan Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan. Ini
bermaksud semua negeri dan rakyat bernaung di bawah satu pemerintahan yang sama.
Malah, Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen di mana permerintahan
yang dijalankan secara perwakilan dan dibentuk melalui proses pilihanraya. Hal ini bermaksud
rakyat berkuasa penuh dan bersatu hati tanpa mengira kaum dan agama memilih pemimpin
untuk mentadbir negara.
5
MOHD HAFIZZUDDIN AFIF
Selain itu, meskipun antara asas perlembagaan menjadikan Islam sebagai agama
rasmi Persekutuan, tetapi agama lain bebas dijalankan tanpa menjadikan Malaysia sebuah
negara teokrasi. Asas ini menatijahkan impak positif yang mampu membina jati diri dan
negara bangsa.
Jika dilihat dari segi hak asasi, perlembagaan Malaysia amat mementingkan kebajikan
rakyat tanpa mengira agama, bangsa atau kaum. Hal ini dibuktikan dengan salah satu asas
perlembagaan Malaysia iaitu memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan
undang-undang. Dengan adanya undang-undang yang tinggi, sejarah hitam 13 Mei 1969 iaitu
rusuhan kaum pasti tidak akan berulang kembali sekaligus jati diri dan negara bangsa berjaya
dibina.
4.0 USAHA KE ARAH INTEGRASI NASIONAL SERTA CABARAN YANG DIHADAPI
DALAM USAHA MENGEKALKAN HUBUNGAN ETNIK YANG BAIK.
4.0.1 USAHA KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
Integrasi nasional dam secara umumnya satu proses yang menyatupadukan seluruh
anggota masyarakat dan negara melalui ideologi negara supaya setiap anggota masyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan bangga akan tanah
air. (Sohaimi, 2011). Matlamat integrasi nasional tidak dapat tidak ingin menyatukan
perpaduan di Malaysia. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk mencapai matlamat membentuk
perpaduan seperti wawasan 2020 dan yang terbaru, gagasan 1 Malaysia, Rukun Negara,
Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Malah di peringkat
pendidikan sendiri mementingkan usaha ke arah integrasi nasional seperti program 1 Murid 1
Sukan dan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUT). Pemerkasaan Bahasa
Kebangsaan dan menjadikan agama Islam sebagai panduan hidup turut menyumbang
kepada jayanya pembentukan integrasi nasional.
Namun, setiap pembentukan sesebuah matlamat tidak akan dapat dicapai tanpa
menempuhi cabaran yang mendatang. Cabaran yang diibaratkan sebagai duri dari daging
dikategorikan kepada dua bahagian. Pertama, cabaran dalaman dan kedua cabaran luaran.
Antara cabaran dalaman yang menjadi pemusnah kepada integrasi nasional ialah pemikiran
negatif individu. Integrasi nasional tidak akan berjaya dibentuk jika individu menolak untuk
berubah. Ada sesetengah individu masih di takuk yang lama dan menolak perubahan yang
ingin dilakukan kerajaan. Perbezaan ini akan menghasilkan jurang antara kaum untuk
mengekalkan hubungan etnik yang baik.
Masalah dalaman yang kedua ialah kurang kesedaran. Diakui, masih ramai rakyat
Malaysia yang tidak menyedari betapa pentingnya integrasi nasional dan mementingkan diri
6
MOHD HAFIZZUDDIN AFIF
sendiri. Sekiranya wujud sikap ini, persengketaan mudah berlaku dan boleh mendatangkan
perbalahan. Kemungkinan besar peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan yang melibatkan kaum-kaum
di negara ini sehingga mengorbankan nyawa boleh berlaku. Lebih parah, ramai yang tidak
mengambil tahu tentang peristiwa berdarah ini.
4.0.2 CABARAN YANG DIHADAPI
Perbezaan budaya merupakan cabaran luaran yang menjadi kekangan dalam usaha
mengekalkan hubungan etnik yang baik. Masing-masing mahu mengamalkan budaya sendiri
tanpa menghiraukan sensitiviti kaum lain. Sikap tidak menghormati kaum lain,penggunaan
laras bahasa yang tidak sesuai meninggalkan perspektif yang negatif terhadap kaum lain.
(Helmi, 2018). Hal ini kerana bahasa merupakan asas kepada setiap budaya masyarakat.
Amat ketara sekiranya kaum Melayu dibandingkan dengan kaum Cina dan India. Majoriti
orang Cina dan India di Malaysia mampu bertutur bahasa Malaysia tetapi hanya sebilangan
kecil orang Melayu yang pandai bertutur dalam Bahasa Cina. Hal ini jelas mampu
menyebabkan orang Melayu tidak dapat menyesuaikan diri apabila berada di dalam kelompok
Cina atau India.
Hiburan memang tidak dinafikan sebagai penyebab utama mengapa hubungan etnik
antara kaum terjejas. Hiburan merupakan ibarat kanser yang memakan diri secara perlahanlahan dan tanpa disedari. Ramai rakyat Malaysia yang mulai terpengaruh dengan budaya
orang barat tanpa mengira dari segi percakapan, perbuatan mahu pemikiran. Gejala antisosial
dan leka dengan gajet-gajet menjadikan perpaduan itu hanya seperti buih-buih di lautan.
Hanya menunggu masa untuk hancur apabila dibadai ombak. Sekiranya cabaran ini hanya
dipandang enteng dan tidak diambil serius, nescaya integrasi nasional dalam mengekalkan
hubungan etnik yang baik hanya angan-angan semata-mata.
5.0 KESIMPULAN
Kedatangan fenomena pluralistik telah membawa suatu cabaran baru kepada seluruh
dunia, terutamanya kepada masyarakat dunia membangun dan dunia mundur. Adalah tidak
wajar jika kita cuba untuk melarikan diri daripada fenomena ini kerana ia merupakan suatu
yang akan melanda keseluruhan dunia termasuk Malaysia sama ada kita mahu ataupun tidak,
bersetuju atau membantah. Cabaran yang berbentuk ekonomi dan kewangan, sosio-budaya
dan ketahanan kedaulatan negara haruslah dilalui dengan penuh berhati-hati agar kita tidak
kehilangan jati diri serta negara bangsa. Perpaduan semestinya perlu dipupuk dalam diri
setiap rakyat Malaysia agar negara sentiasa aman dan semoga sejarah 13 Mei 1969 hanya
tinggal sejarah silam bukannya berulang kembali.
7
MOHD HAFIZZUDDIN AFIF
8
Download