SK RINCHING HILIR, BANGI, 43000 KAJANG, SELANGOR UJIAN BULANAN 1 (MAC 2020) BAHASA MELAYU TAHUN 4 (PEMAHAMAN) Nama : _______________________________________ Tahun 4 : _________________ BAHAGIAN A (20 markah) Soalan 1 hingga 12 Bulatkan jawapan yang paling sesuai. 1. Dia merakamkan keindahan pemandangan itu dengan__________ digitalnya. A. komputer C. kamera B. radio D. jam 2. ______________ merupakan seorang petugas sukarelawan ke Syria yang membantu merawat mangsa perang yang cedera. A. Sarjan Zamri C. Doktor Wan B. Cikgu Halim D. Mak Esah 3. Pegawai farmasi itu berpesan supaya se_________ ubat yang mengandungi 14 biji tablet itu perlu dihabiskan. A. keping C. papan B. biji D. helai 4. Se ____________ tembikai itu berharga RM6.00. A. buah C. ekor B. biji D. pasang 5. Darus dan Intan bersahabat karib. _______ tinggal sekampung. A. Dia B. Kita C. Kami D. Mereka 6. Setiap ibu bapa akan ________ akan keselamatan anak mereka. A. sedih C. takut B. bangga D. risau 7. Jangan ____________ sewaktu menuruni tangga kerana boleh mengakibatkan kecederaan. A. cepat C. laju B. jelas D. gopoh 1 8. Jiwa dan perasaannya lebih __________ setelah pulang dari Mekah. A tenang C gembira B terharu D bimbang 9. Sayur-sayuran yang dijual di pasar sangat segar dan murah harganya. Perkataan berlawan bagi segar ialah A. layu B. lemah C. mahal D. jernih 10. Aizat sedang ______________ membersihkan kelas supaya lebih bersih dan ceria. A. bertugas C. berehat B. berhimpun D. berharap 11. Encik Azlan _________________ terima kasih kerana dijemput ke majlis itu. A. merasakan C. memberikan B. mengamalkan D. mengucapkan 12. Kita perlu ______________ langkah-langkah pencegahan penyakit tangan-kaki dan mulut. A. melakukan C. memastikan B. mengamalkan D. melengkapkan 13. ________________ suaminya meninggal dunia, Puan Aini selalu bersedih. A. Sementara C. Semenjak B. Walaupun D. Sebab Pilih ayat tanya yang paling sesuai bagi ayat yang diberikan. 14. Kerja membaiki jambatan yang rosak itu dilakukan oleh semua penduduk kampung. A. Siapakah yang melakukan kerja membaiki jambatan yang rosak itu? B. Mengapakah penduduk kampung membaiki jambatan yang rosak itu? C. Benarkah penduduk kampung bersetuju untuk membaiki jambatan yang rosak itu? D. Bagaimanakah penduduk kampung itu membaiki jambatan yang rosak itu? 15. Pilih ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. I. Lembu yang tertambat pada pokok itu telah hilang. II. Saya tertambat ke sekolah kerana bangun lewat. III. Para penonton tertambat dengan gelagat badul yang lucu itu. IV. Tandas itu tidak boleh digunakan lagi kerana telah tertambat. A. I dan II sahaja C. I dan IV sahaja B. I dan III sahaja D. I, III dan IV sahaja 2 Pilih ayat sama maksud dengan ayat diberikan. 16. Oleh sebab tidak memakai lencana Kok Yao didenda oleh guru disiplin. A. Guru disiplin yang tidak memakai lencana sekolah didenda oleh Kok Yao. B. Kok Yao didenda oleh guru disiplin kerana tidak memakai lencana sekolah. C. Kok Yao dan guru disiplinnya didenda kerana tidak memakai lencana sekolah. D. Guru disiplin itu didenda oleh Kok Yao kerana tidak memakai lencana sekolah. Soalan 17 hingga 20 Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. BANDAR PENAWAR, 20 FEBRUARI 2020 – Telah diadakan Program Kempen Derma Darah yang diadakan di Dewan Besar IKBN Bandar Penawar bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Program dianjurkan oleh Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru dengan kerjasama Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar. Kempen ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga IKBN Bandar Penawar yang terdiri daripada pelajar dan kakitangan IKBN. Selain itu, terdapat juga orang perseorangan dari agensi dan PBT Pengerang menjayakan kempen ini. Seramai 40 orang telah menderma darah. Kempen ini diadakan bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan berada pada paras yang selamat. Darah yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa, membantu pesakit yang memerlukan darah seperti mangsa kemalangan, pesakit thalassemia, pesakit yang menjalani pembedahan dan sebagainya. Terdapat beberapa kebaikan kepada mereka yang menderma darah. Antaranya ialah penderma boleh mengetahui jenis darah mereka, tahap tekanan darah dan kandungan hemoglobin. Penderma juga dapat merasakan badan mereka lebih sihat kerana darah yang baru dan segar akan dihasilkan. Bagi memastikan darah yang diderma selamat digunakan, darah yang didermakan akan diuji untuk mengesan jangkitan Hepatitis B dan C, HIV dan Sifilis. 17. Dimanakah program Kempen Derma Darah diadakan? A. Jabatan Perubatan Transfusi Hospital Sultanah Aminah. B. Dewan Besar IKBN Bandar Penawar. C. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar. D. Pusat Darah Negara. 18. Semua maklumat berikut benar tentang petikan di atas, kecuali A. Program ini bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. B. Penderma juga dapat merasakan badan mereka lebih sihat selepas menderma darah. C. Seramai 40 orang telah menghadiri program ini. D. Darah yang didermakan dapat menyelamatkan nyawa orang lain. 19. Apakah tujuan program Kempen Derma darah ini diadakan? A. Penderma boleh mengetahui jenis darah mereka. B. Memastikan badan penderma darah lebih sihat. C. Memastikan darah yang diderma selamat. D. Memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi dan berada pada paras yang selamat. 3 20. Perkataan paras boleh digantikan dengan perkataan ……. A. tahap B. bahagian C. tempat D. rupa BAHAGIAN B (30 markah) Soalan 21 Pilih kata hubung yang sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi. atau pada dari dan yang supaya untuk kerana Guru ialah insan ___________________ bersusah payah mengajar kita untuk berjaya dalam pelajarannya. Jasanya dalam usaha mendidik kita sukar _______________ dibalas. Atas sebab itulah guru diumpamakan seperti lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Sebagai balasan, sentiasalah hormati guru _________________ merekalah yang menyebabkan kita dapat mengenal huruf, membaca dan mengira seperti sekarang. Tiada apa-apa yang lebih menggembirakan seorang guru melainkan jasanya sentiasa dihargai _____________ diingati oleh anak-anak didiknya. (4 markah) Soalan 22 a. Tuliskan ayat pasif yang sesuai bagi pernyataan di bawah ini. Hanis membaca buku cerita kanak-kanak itu di kantin. Ayat pasif: ___________________________________________________________________________ (2 markah) 4 b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini. _____________________________________________________________________ _____________________________________________________________________ (2 markah) c. Padankan peribahasa dengan maksudnya yang betul. bekerjasama mandi peluh Hasil usaha sendiri. berganding bahu Bekerja kuat dan bersungguh-sungguh. (2 markah) 5 Soalan 23 Teliti iklan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. a. Panitia Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan Seri Kandi mempelawa murid tahap dua untuk menyertai pertandingan mengarang cerita bersempena _________________________________________________________________ [1 markah] b. Apakah tema sambutan Hari Guru pada tahun ini? ___________________________________________________________________________ [2 markah] c. Padankan pernyataan di bawah berdasarkan iklan. Ketua Panitia Bahasa Melayu ialah Cikgu Roziah binti Ibrahim. Betul Hasil karangan hendaklah dihantar selepas 12 Mei 2020. Borang penyertaan boleh didapati daripada Penolong Kanan Hal Ehwal Murid atau guru kelas masing-masing. Salah [2 markah] 6 Soalan 24 Teliti poster di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. a. Poster di atas adalah poster mengenai langkah-langkah____________________________ (1 markah) b. Jika kita membasuh tangan dengan betul, kita boleh mencegah ______________________ (1 markah) c. Tandakan ( ) bagi pernyataan yang betul dan ( ) bagi pernyataan yang salah berdasarkan petikan di atas. Poster ini dikeluarkan oleh Kementrian Kesihatan Malaysia. Terdapat tujuh langkah membasuh tangan dengan betul. Kita perlu membasuh tangan sebelum dan selepas makan sahaja. (3 markah) 7 d. Mengapakah kita perlu memastikan tangan dibasuh dengan betul? __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ (2 markah) Soalan 25 Baca surat di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Afia Wardina, No. 5, Jalan ¾, Taman Kencana, 28400 Mentakab, Pahang. 6 Mac 2020 Menemui sahabatku, Maria yang berada di Kuala Lumpur. Diharap saudari sihat di samping keluarga tersayang. Saya dan keluarga sihat sejahtera. Saudari, Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk memberitahu tentang Program COMBI yang telah saya sertai baru-baru ini. COMBI adalah singkatan bagi Communication fir Behavioural Impact atau “Komunikasi untuk Perubahan Tingkah Laku”. Program ini bertujuan untuk menyedarkan dan mengubah sikap masyarakat terhadap kebersihan terutamanya di kawasan tempat tinggal. Pada minggu lalu, rukun tetangga kawasan saya telah menampal poster untuk memberitahu para penduduk tentang program yang akan diadakan. Antara program yang diadakan ialah gotong-royong membersihkan taman perumahan yang telah dikenal pasti tempat pembiakan nyamuk aedes. Kini, taman perumahan saya bukan sahaja telah bersih tetapi juga selamat daripada wabak denggi. Sekian dahulu surat saya pada kali ini. Semoga berjumpa pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. sahabatmu, Afia a. Perkataan masyarakat dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan _______________________________ (1 markah) b. Apakah cara yang digunakan untuk memberitahu tentang program COMBI? (2 markah) __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ 8 c. Apakah langkah yang boleh diambil untuk menghapuskan tempat pembiakan nyamuk aedes? (2 markah) __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ d. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menjaga kebersihan tempat tinggal? (3 markah) _________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ KERTAS SOALAN TAMAT Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan oleh: (Pn Nur Hamizah Daud) (Pn.Norazila bt Mihad) (Pn Mazura bt Ismail) Guru Bahasa Melayu Ketua Panitia Penolong Kanan Pentadbiran Tahun 4 Bahasa Melayu SKRH 9