Uploaded by Nurul Asida

lporan ldap

advertisement
LAPORAN
PELAKSANAAN BENGKEL PENATARAN FORMAT BARU UPSR MATEMATIK
LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP)
Pada 27 November 2015, suatu latihan dalam perkhidmatan yang mana
melibatkan semua guru telah dijalankan. Bengkel ini dijalankan pada jam 8.00 pagi
sehingga 10.00 pagi dan disampaikan oleh Cik Nurulasida Binti Daud. Tujuan bengkel
ini dijalankan bagi bersama-sama berkongsi tentang format baru UPSR 2016 bagi
mata pelajaran Matematik. Bengkel ini juga bertujuan untuk menyampaikan ilmu
kepada semua guru bagi memudahkan guru dan murid membuat persiapan
menduduki UPSR pada tahun mendatang.
Format baru UPSR 2016 bagi mata pelajaran Matematik masih mengekalkan
2 kertas iaitu Kertas 1 dan Kertas 2. Kertas 1 melibatkan soalan berbentuk objektif
iaitu soalan aneka pilihan. Kertas 1 mengandungi 40 soalan yang membawa kepada
40 markah. Murid perlu menyiapkan soalan dalam tempoh 1 jam. Selain itu, soalan
Kertas 1 hanya melibatkan konstruk mengetahui, memahami dan mengaplikasi bagi
menilai sejauh mana pengetahuan murid terhadap topik-topik dalam Matematik.
Manakala bagi soalan Kertas 2 pula soalan adalah berbentuk subjektif Terdapat 15
soalan yang membawa kepada 60 markah dan masa yang diberikan ialah 1 jam.
Konstruk
yang
terlibat
pula
ialah
mengetahui,
memahami,
mengaplikasi,
menganalisis, menilai, mencipta dan menyelesaikan masalah. Soalan yang
dipaparkan dalam Kertas 1 dan Kertas 2 juga melibatkan kemahiran berfikir aras
tinggi.
Di samping itu, guru-guru juga telah ditunjukkan dengan beberapa contoh
soalan Matematik yang menepati ciri-ciri format baru UPSR 2016. Semua guru
menunjukkan minat yang mendalam sewaktu menghadiri bengkel. Bengkel seperti ini
sememangnya dapat meningkatkan pengetahuan guru dalam amalan profesionalisme
masing-masing. Pendedahan tentang format UPSR ini juga diharapkan dapat
membantu guru untuk menghasilkan suatu proses pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian ke arah abad ke-21.
Download