Uploaded by reenz reena

Jenis-Jenis Simpulan dan Ikatan

advertisement
IKATAN & SIMPULAN
2019
Pengenalan
• Ikatan dan simpulan merupakan kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh setiap ahli Pengakap.
• Ikatan dan simpulan banyak digunakan untuk pembuatan
gajet dan pioneering.
• Jenis-jenis ikatan dan simpulan berbeza mengikut
kegunaan masing-masing.
• Terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan dan simpulan.
Definisi Simpulan dan Ikatan
• Terdapat 4 definisi tentang simpulan dan ikatan iaitu:
a) Simpulan (Knotting)
b) Ikatan (Lashing)
c) Sambat (Spicing)
d) Mematikan hujung tali (Whipping)
Simpulan
-
Biasanya dibuat menggunakan tali yang kecil dan sederhana.
Digunakan untuk benda-benda yang bersaiz kecil.
Contoh
Buku sila, tindih kasih, dll
Ikatan
- Biasanya dibuat menggunakan tali yang kuat dan tahan lasak.
-
Digunakan untuk mengikat kayu dan tiang
Contoh
Ikat seraya, ikat serong, dll
Sambat
•Sambat biasanya digunakan untuk menyambung dua tali
dan membuat sesuatu peralatan
•Kaedah ini sangat selamat dan baik
Contoh
•Sambat balik , sambat pendek dan sambat mata
Mematikan hujung tali
•Mematikan hujung tali digunakan untuk mematikan
hujungnya supaya tali tersebut tidak terburai
Contoh
•Lilit pemati biasa dan lilit pemati selit
Jenis Tali
Tali Penyelamat
•Tali yang digunakan untuk menyelamat
•Biasanya diperbuat daripada rami italia atau terylene ketebalan
lilitannya adalah setebal 2 inci
•Ketahanan tali – rami italia ialah 2.85 tan
- Tali terylene ialah 4.05 tan
Tali pengangkat
•Tali yang diperbuat daripada rami manila atau neylon
•Ketebalan lilitannya adalah setebal 2 inci / 100 kaki digunakan
untuk mengangkat
•Ketahanan tali – rami manila ialah 2.05 tan
- Tali nilon ialah 2.39 tan
Tali Penarik
•Tali yang digunakan untuk menarik
•Biasanya diperbuat daripada terylene
•Ketebalan lilitannya adalah setebal 2 inci / 130 kaki ketahanan
tali – tali terylene ialah 2.72 tan
Tali Pengikat
•Tali yang digunakan untuk mengikat biasanya diperbuat
daripada rami manila
•Ketebalan lilitannya adalah setebal 2 inci / 50 kaki ketahanan
tali – rami manila ialah 2.03 tan
Penjagaan Tali
-Bahan campuran dan rami manila digunakan untuk
menghasilkan kebanyakan tali yang bermutu dan baik
-Kaedah penjagaan dan penyimpanan tali yang baik
-Harus digunakan setelah menggunakan.
-Tali yang baru hendaklah dibuka lilitannya dan
ditegangkan sekali sekala.
-Apabila tidak digunakan pula tali haruslah dilingkarkan
sebelum disimpan di tempat yang kering dan selamat.
-Jangan membasuh tali
-Tali yang basah hendaklah dibiarkan kering dalam suhu
bilik.
-Sebelum tali digunakan, tali itu mestilah diuji terlebih
dahulu.
Tali Rami Manila
Jenis-Jenis Simpulan dan
Ikatan
BUKU SILA ( Square / Reef Knot )
•
•
•
Untuk menyambung dua hujung
tali yang sama jenis dan saiz
Biasanya untuk menyambung tali
khemah/bungkusan hadiah/ikatan
anduh. Mudah dibuka
Dikenali juga sebagai 'left over
right and right over left'.
SIMPULAN PENCURI (Thief Knot)
Simpulan ini sangat
sesuai untuk mengikat
bungkusan dan bimbang
ada orang lain akan
membuka bungkusan
tersebut.
Apabila orang tersebut
mengikat kembali ia
lazimnya akan
mengikatnya semula
seperti ikatan buka
sila/square knot
BUNGA GETI
( Sheet / Flag / Common Bend )
• Kegunaannya adalah untuk
menyambungkan hujung dua
tali yang berlainan
jenis/berlainan saiz
TINDIH KASIH (Bowline)
• Untuk
membuat ikatan yang pantas
dan tidak boleh menjerut
benda/binatang dan sebagainya
• Sesuai digunakan untuk menyelamat,
mengikat leher binatang dan sebagainya
SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
•Simpul manuk biasanya
digunakan untuk mengikat
benda yang licin seperti
kayu, hujung pancang
khemah, botol dan
sebagainya.
•Ia mudah
diikat/disimpulkan dan
mudah
ditanggalkan/dibuka.
SIMPUL MANOK (Clove Hitch)
SIMPUL BELIT LUCUT Highwayman's
hitch
1. Sesuai digunakan
untuk mengikat bot
atau binatang
(contoh kuda)
supaya boleh dibuka
dengan pantas
2. Boleh juga
digunakan untuk
turun dari atas pokok
dengan
menggunakan tali
SHEEP SHANK
• Sheepshank digunakan untuk
memendekkan tali tanpa perlu
memotong tali tersebut
• Ia juga boleh digunakan untuk
menegangkan tali (contoh tali
khemah) tanpa perlu
membuka ikatannya
dibahagian hujung tali. Ia
boleh disimpulkan di
bahagian tengah tali retsebut
SIMPULAN PENGAIL / SIMPUL HIMPIT
(Fisherman's Knot)
Sesuai digunakan untuk
menyambungkan dua tali yang halus
/licin seperti tali tangsi
LILIT 2 SIMPUL / SIMPUL BELIT Round
turn and two half-hitches
Satu simpulan mudah tetapi
kemas untuk mengikat
hujung tali pada mata kail,
pancang, pokok dan
sebagainya
LILIT BALAK (The Timber Hitch)
Ikatan balak adalah ikatan
sementara untuk menurunkan atau
menarik beban seperti tongkol
kayu dan sebagainya
SLIP (RUNNING) KNOT
Ikatan ini mudah
diketatkan atau
dilonggarkan
Mudah menggerakkan
ikatan ke bahagian lain
pada kayu/pancang
Semakin kuat hujung tali
itu ditarik semakin ketat
simpulan tersebut
IKATAN SILANG GUNTING (Sheer
Lashing)
Ikatan ini ialah bagi membuat
jambatan, menara, gejet dan
menyambung kayu
Mulakan dengan simpulan manok
pada sebarang kayu, kemudian
belitkan pada kedua-dua batang
kayu itu dengan ketat. Akhir
sekali belitkan tali di celah kayu
itu beberapa kali supaya lebih
ketat.
IKATAN SERAYA (Square lashing)
Ikatan Seraya
digunakan untuk
mengikat dua
batang kayu/dua
batang buluh
yang bersilang
IKATAN SERONG (Diagonal Lashing)
Ikatan ini digunakan untuk
membuat jamabatan,
menara dan sebagainya.
Mulakan dengan simpulan
pengikat balak pada
tempat kayu bersilang.
Belitkan membujur
kemudian melintang dan
matikan dengan simpulan
manok.
IKATAN SERONG (Diagonal Lashing)
Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada
tempat kayu bersilang. Belitkan membujur
kemudian melintang dan matikan dengan simpulan
manok.
IKATAN SILANG TUNKU (Tripod
Lashing)
Digunakan untuk membuat
gejet dan menyambung
kayu, khas bagi mengikat
tiga batang kayu / buluh
yang sama besar dan
panjangnya.
Ikatan ini dimulakan dengan
menggunakan Lilit Balak
atau Simpul Manuk dan bagi
mematikan Ikat Silang
Tungku, Simpul Manuk
digunakan.
IKATAN SILANG TUNKU (Tripod
Lashing)
IKATAN SILANG TUNKU (Tripod
Lashing)
Digunakan untuk membuat
gejet dan menyambung
kayu, khas bagi mengikat
tiga batang kayu / buluh
yang sama besar dan
panjangnya.
Ikatan ini dimulakan dengan
menggunakan Lilit Balak
atau Simpul Manuk dan bagi
mematikan Ikat Silang
Tungku, Simpul Manuk
digunakan.
Sekian
Terima Kasih
Download