KATA NAMA AM DAN KATA NAMA KHAS Kata Nama Am Kata nama am ialah kata yang digunakan untuk menjelaskan nama sesuatu yang bernyawa seperti orang, haiwan, dan sesuatu yang tidak bernyawa seperti tumbuh-tumbuhan, tempat , benda, dan sebagainya. Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatusecara am atau umum. Manusia , orang binatang tumbuh- tumbuhan benda tempat ayah, perempuan, kerani, polis, guru, doktor, askar dll ayam, gajah, kerbau anjing, kuda, burung, ikan dll pokok, betik, rumput, lalang dll pasir, kayak, radio, rumah. Motorkar, pen, buku, dll pejabat, pulau, sekolah, kampung, bandar, negeri dll Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat. Contoh: Dia sedang menjinakkan Pada akhir ayat seekor gajah. Gajah itu berbadan besar. Pada awal ayat Kata Nama Khas Kata nama khas ialah kata nama yang khasnya digunakan untuk menyebut nama sesuatu yang bernyawa dan yang tidak bernyawa. Kata nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu, khusus atau khas. Huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar. manusia Zaidi, Mei Fong, Subramaniam binatang Tompok (kucing), Jalak (ayam) tempat Muar (daerah), Seremban (bandar), Jepun (negara) bangunan Pudu Raya (perhentian bas dan teksi), Menara Tun Razak (pejabat) judul buku Keluarga (majalah), Rentong (novel), Kamus Dewan ( buku) benda Proton Perdana (kereta), Pilot (pen), Seiko (jam) Perbandingan Kata Nama Am dan Kata Nama Khas Kegunaan Benda Orang Binatang Tempat Tumbuhan Kata Nama Am bangunan kereta buku sekolah doktor kerani guru budak lelaki kucing lembu katak ayam burung negeri bandar kampung tasek pisang cili jambu limau Kata Nama Khas Bangunan Tabung Haji Proton Saga Bahasa Melayu S.K. Darau Doktor Efendi Puan Zainun Cikgu Azmi Muhamad Fauzi Si Tompok Lembu Sapi Katak Puru Ayam Belanda Burung Murai Terengganu Jerteh Kampung Pasir Akar Tasek Perdana Pisang Emas Cili Padi Jambu Batu Limau Kasturi Latihan 1 Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini. 1. Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo. 2. Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang. 3. Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah alam sekitar. 4. Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia tiga hari. 5. Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak. 6. Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak yang begar itu. 7. Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan. 8. Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup. 9. Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Encik Suki. 10. Mereka bersatu menghadapi serangan musuh. 11. Ah Seng terduduk sejenak setelah mendengar berita itu. 12. Permaidani Korea itu terbentang di ruang tamu. 13. Pak Mustaffa tidak terbuat kerja yang berat itu. 14. Ibu bapa mereka baru sampai dari Sarawak. 15. Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu. Latihan 2 Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama am dan khas di dalam jadual yang disediakan. 1. Pegawai tentera itu mempunyai suara garau. 2. Sebagai penyanyi latar, hubungan Lata dengan komposer lagu mestilah baik supaya mereka dapat menghasilkan lagu yang terbaik. 3. Pemuda itu semakin lemah kerana darah berjejeran keluar dari lukanya. 4. Kain baju itu berlonggok di dalam bakul plastik. 5. Nenek menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu. 6. Latihan bola sepak akan diadakan setiap hari kecuali hari Ahad. 7. Mak Su membasuh pinggan mangkuk yang digunakannya semalam. 8. Dugong ialah haiwan laut yang hanya makan rumpai laut sahaja. 9. Dua orang penceramah telah bersedia untuk menyampaikan ceramah masing-masing. 10. Lisa membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya. 11. Penduduk kampung sentiasa menghormati lelaki tua yang budiman itu. 12. Kemalangan itu perlu dilaporkan kepada polis. 13. Tanaman ibu Aliah telah bertunas. Kata Nama Am Kata Nama Khas Latihan 1 Baca dan garis kata nama khas yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah ini. 1. Aliza telah membeli sepasang kasut Alfio Raldo. 2. Sekolah itu telah banyak melahirkan pelajar cemerlang. 3. Puisi yang telah dibaca oleh Shakila adalah tentang masalah alam sekitar. 4. Mardiana telah diserahkan kepada keluarga angkatnya ketika dia berusia tiga hari. 5. Laporan itu perlu dihantar kepada gurunya untuk disemak. 6. Semua murid dikehendaki duduk di tempat masing-masing kecuali budak yang begar itu. 7. Permohonan itu akan diurus oleh Jabatan Kewangan. 8. Anak-anak muda itu tabah menghadapi cabaran hidup. 9. Barangan seramik yang bermutu tinggi itu adalah hasil ciptaan Encik Suki. 10. Mereka bersatu menghadapi serangan musuh. 11. Ah Seng terduduk sejenak setelah mendengar berita itu. 12. Permaidani Korea itu terbentang di ruang tamu. 13. Pak Mustaffa tidak terbuat kerja yang berat itu. 14. Ibu bapa mereka baru sampai dari Sarawak. 15. Kelas tambahan akan diadakan pada setiap hari Sabtu. Latihan 2 Baca ayat-ayat di bawah ini. Kemudian, kelaskan kata nama am dan khas di dalam jadual yang disediakan. 1. Pegawai tentera itu mempunyai suara garau. 2. Sebagai penyanyi latar, hubungan Lata dengan komposer lagu mestilah baik supaya mereka dapat menghasilkan lagu yang terbaik. 3. Pemuda itu semakin lemah kerana darah berjejeran keluar dari lukanya. 4. Kain baju itu berlonggok di dalam bakul plastik. 5. Nenek menghamparkan sebidang tikar usang di ruang tamu. 6. Latihan bola sepak akan diadakan setiap hari kecuali hari Ahad. 7. Mak Su membasuh pinggan mangkuk yang digunakannya semalam. 8. Dugong ialah haiwan laut yang hanya makan rumpai laut sahaja. 9. Dua orang penceramah telah bersedia untuk menyampaikan ceramah masing-masing. 10. Lisa membeli selendang sutera untuk ibu kesayangannya. 11. Penduduk kampung sentiasa menghormati lelaki tua yang budiman itu. 12. Kemalangan itu perlu dilaporkan kepada polis. 13. Tanaman ibu Aliah telah bertunas. Kata Nama Am Kata Nama Khas