Uploaded by Sebastian Lee

HUBUNGAN ETNIK REPORT

advertisement
MPU 3133
HUBUNGAN ETNIK
SITI AWANIS
STUDENT :
MATRIC ID :
MOHD DANISH BIN AHMAD RAZIF
183020587
SEBASTIAN LEE
183020372
MUHAMMAD AQIL AIMAN BIN MOHD YAZID 183020561
PUTERI NUR IZZATI BINTI MOHD ANUAR
183020421
YUVARANI A/P GUNASEKARAN
Isi Kandungan.
183020327
Malaysia adalah negara berbilang kaum dan agama yang tipikal. Ini adalah contoh
utama masyarakat berbilang kaum. Salah satu daripada ciri-ciri cemerlang populasi
berbilang etnik hari ini adalah gabungan etnik yang sangat beragam. Kumpulan etnik
Malaysia terdiri daripada masyarakat Melayu, masyarakat Cina dan masyarakat India.
Malaysia juga mempunyai kumpulan etnik lain seperti orang Eropah dan orang asli
Malaysia Barat dan Malaysia Timur, kerana ciri-ciri berbilang kaum penduduk, ia
juga mempunyai pelbagai budaya, agama, norma sosial dan nilai-nilai.
Ini menjadikan negara Malaysia kawasan yang kaya untuk mempelajari interaksi dan
integrasi di kalangan pelbagai kumpulan etnik. Adalah penting untuk mengetahui
tahap interaksi dan integrasi terkini dalam keadaan berbilang kaum seperti Malaysia
untuk menubuhkan beberapa dasar dalam idea untuk kekal menjadi perpaduan. Tanpa
maklumat tentang tahap perkara-perkara tersebut, negara akan menghadapi keadaan
malapetaka yang serius akibat perasaan tidak puas antara semua kaum.
Dari segi aspek makanan ini telah sedikit sebanyak menjadi perpaduan yang
melambangkan kehidupan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai jenis etnik.
Sebahagian daripada pelbagai jenis makanan ini telah menjadi persatuan yang
mencerminkan asas budaya multi etnik. Setiap perhimpunan etnik mempunyai
warisan luar biasa yang kaya dengan rasa dan juga masakan tertentu yang diketahui,
diklaim bersama dan bahkan dimiliki, dengan cara ini Malaysia mempunyai sumber
yang paling penting sejauh pelbagai makanan yang berkhasiat yang tidak
menggalakkan ikatan perpaduan malah ditarik dari pelbagai bidang ekonomi.
Sebagai contoh, Nasi Lemak adalah hidangan makan pagi di kalangan orang Melayu,
tetapi kini menjadi hidangan utama bagi semua etnik di Malaysia. Bukan hanya itu,
makanan kepada kepelbagai jenis dim sum, kuih kepau, mi dan sebagainya yang yang
merupakan makanan yang sering dimakan bagi etnik Cina di Malaysia dan turut
menjadi kegemaran kepada etnik lain seperti Melayu, India, dan lain-lain. Makanan
yang diperoleh dari sabah dan sarawak seperti umai, kepasuh ayam, linut turut
mejandi pilihan bagi masyarakat dari pelbagai jenis etnik dan secara tidak langsung
telah menyumbang kepada negara dan meningkatkan kesepaduan sosial di Malaysia.
Hari Raya Aidilfitri seakannya disambut dengan meriah oleh masyarakat di Malaysia.
Terdapat pelbagai jenis makanan yang dihididangkan waktu musim perayaan Hari
Raya Aidilfitri malah jenis makanan bergantung kepada tempat tinggal atau lokasi
masing- masing. Setiap negeri mumpunyai juadah makanan utama yang berbeza.
Walaupun juadah utamanya berbeza tetapi juadah sampingan kebanyakan hampir
sama seperti rendang, ketupat dan lemang. Juadah makanan seperti ini adalah salah
satunya keunikan Malaysia yang harus dijagai bersama.
Berikutnya adalah perbualan antara pelbagai kaum iaitu Ryan Dinesh yang berbangsa
India Kristian, Anis Umairah yang berbangsa Melayu, Prishila Selvhadas yang
berbangsa India, dan Wang Eng Chee yang berbangsa Cina.
Perbualan pertama (Ryan Dinesh)
PUTERI
:Hai Dinesh. Saya ada assignment yang perlu disiapkan. Assignment ni
tentang pandangan ataupun pendapat seseorang dalam aspek makanan
yang awak makan berdasarkan pengalaman harian awak. Sebabtu saya
perlu berjumpa dengan awak, apa yang awak beritahu pada saya, nanti
saya akan jadikan sebagai teks dalam Microsoft Word untuk assignment
saya.
DINESH
:Wow! Bagusnya awak Puteri. Rajin nak berjumpa dengan orang.
Makanan mengikut bangsa ke tau apa-apa sahaja?
PUTERI
:Tak kesah. Kalau awak nak ceritakan tentang makanan bangsa lain pun
boleh.
DINESH
:Saya nak bagi pendapat tentang makanan melayu yang paling saya suka!
Ialah Nasi Lemak. Paling saya suka makan nasi lemak ialah dengan
sambal sotong dan ayam goreng!
PUTERI
: Selain dari tu apa lagi sebab lain yang buat awak suka dan tertarik
dengan nasi lemak?
DINESH
:Nasi lemak biasanya akan dimakan pada waktu pagi, makanan yang
“heavy” (berat) kenyang sehingga tengahari. Saya suka nasi lemak salah
satu sebabnya, sebab ia buat kita kenyang dengan lebih lama.
Kesesuaian nasi lemak dimakan dengan sambal ikan bilis atau sambal
sotong atau sambal kerang buat tambah berselera!
PUTERI
: Awak memang akan makan nasi lemak pada waktu pagi sahaja atau
malam?
DINESH
:Saya akan makan nasi lemak pada waktu pagi, malam saya jarang
makan. Orang-orang kata kalau makan nasi lemak pada waktu malam,
akan buat gemuk tau! Sebab nasi lemak ni bersantan. Jadi kalau makan
pada waktu pagi, sekurang-kurangnya selepas makan kita ada kerja nak
buat. Contohnya, pergi ke kelas atau teruskan pekerjaan di pejabat.
Kalau makan pada waktu malam, lepas kenyang kita terus tidur.
Hahaha!
PUTERI
:Apa lagi keunikkan nasi lemak yang awak tahu?
DINESH
:Kacang yang di hidangkan bersama nasi lemak adalah baik untuk otak.
Kacang dapat membantu otak kita menjadi cergas dan pintar. Selain itu,
telur rebus pulak adalah sumber protein yang baik untuk tubuh badan
kita supaya kolestrol kita tidak naik.
PUTERI
:Saya rasa isi untuk assignment saya dah cukup. Terima kasih Dinesh,
sebab dah spend time dengan saya untuk bagitahu pendapat awak
tentang makan ni.
DINESH
:Takada apa lah Puteri, hal kecik je ni. Sama-sama! Good luck for your
assignment okay!
Nasi lemak adalah makan tradisional melayu yang berasal daripada Semenanjung
Malaysia. Nasi Lemak telah menjadi makanan yang sangat popular dan dijadikan
makanan harian tanpa mengira pagi, petang ataupun malam. Nama “Nasi Lemak”
mendapat gelaran daripada cara penggunaan santan untuk memasak nasi. Santan
khususnya merupakan bahan masakan yang sering digunakan oleh masyarakat melayu
tradisional. Oleh itu, sejarah nasi lemak dikaitkan dengan penggunaan santan dalam
nasi yang membuatkan rasa nasi itu berlemak.
Perbualan Kedua (Anis Umairah)
PUTERI :Weh Anis, minta maaf kalau saya susahkan kamu harini. Kau kerja
lepastu
kena drive all the way rushing jumpa aku pulak. Aku
sebenarnya ada
assignment sikit ni. So aku kena interview
(temu bual) orang.
ANIS
:Takada apa pun beb. Aku pun half day je harini. Kau ada assignment
apa tu?
PUTERI
:Aku nak mintak kau bagi pandangan atau pendapat tentang makanan
yang kau suka, atau kau makan dalam kehidupan seharian kau. Apa yang
kau bagitahu aku ni, nanti aku akan tukarkan pada teks dalam Microsoft
Word untuk assignment aku.
ANIS
:Oh, boleh boleh. Bab makanan tak susah pun, haha! Benda yang aku
suka makan adalah Chapati!!! Aku suka makan chapati dengan sambal
ikan sardin. Biasanya orang suka makan dengan kuah kari ataupun dal.
Tapi aku suka makan dengan sambal ikan sardin.
PUTERI
:Kenapa kau suka makan dengan sambal ikan sardine pulak?
ANIS
:Sedap!! Chapati boleh makan dengan hidangan sampingan apa-apa pun,
sebab chapati ni macam lempeng. Cuma bezanya tepung chapati ni kita
perlu uli dulu sampai jadi doh, sebelum nak ditempa lepastu baru bakar
tanpa menggunakan minyak atas kuali leper (kuali rata)
PUTERI
:Apa kebaikkan chapati yang kau tahu?
ANIS
:Chapati ada banyak khasiat, chapati ni sesuai untuk penyakit kencing
manis dan darah tinggi sebab pembuatan chapati takada gula dan kadar
garam dalam pembuatan chapati hanya satu sudu kecil.
PUTERI
:Dalam seminggu berapa kali kau makan chapati?
ANIS
:Waktu pagi kadang-kadang sebelum aku masuk kerja, biasa aku makan
pagi ataupun petang sebelum nak malam. Bagus untuk menu diet tau!
PUTERI
:Pernah tak kau cuba makan dengan kuah-kuah lain?
ANIS
:Pernah, makan dengan kuah-kuah lain pun sedap. Tapi kalau aku selain
dari sambal ikan sardin, aku suka makan dengan dal. Baru terasa
kesedapan dia tu!
PUTERI
:Thanks Anis, sebab dah kongsikan tentang makanan harian kau dengan
aku. Kalau tak, tak complete lah assignment aku ni.
ANIS
:Sama-sama, kita kan kawan. Jom kita pergi makan sekarang. Aku dah
lapar ni cerita pasal chapati.
PUTERI
:JOM!!! Aku belanja kau.
Chapati berasal daripada India, Nepal dan Pakistan. Chapati adalah roti yang
diperbuat daripada tepung gandum dan dimasak pada (kuali rata). Perkataan
“Chapati” bermakna (leper bulat) dalam bahasa India.
Perbualan ketiga (Prishila Selvhadas)
PRISHILA :Hai Puteri, so assignment apa yang you nak kena siapkan tu?
PUTERI
:Hai Prishila! Based on what I have told you in the whatsapp, I nak
mintak pandangan or pendapat you tentang makanan dalam kehidupan
seharian you yang you suka makan? So dari apa yang you dah bagitahu,
I akan letak in a text into Microsoft Word as my assignment.
PRISHILA : Oh I see! I love Tau Fu Fa so much!!!
PUTERI
: Boleh you bagitahu, kenapa you suka sangat dengan Tau Fu Fa? Apa
kesedapan dan keunikkan Tau Fu Fa yang you boleh share?
PRISHILA :Tau Fu Fa lembut macam puding, ia boleh dimakan semasa panas
ataupun sejuk. You boleh jadikan Tau Fu Fa ni sebagai dessert (pencuci
mulut) lepas you dah makan makanan yang heavy (berat).
PUTERI
:Boleh you bagitahu I, Tau Fu Fa ni diperbuat daripada apa sebenarnya?
PRISHILA :Tau Fu Fa diperbuat daripada kacang soya. Kacang soya tu kita kena
rendam selama 5 jam, bersihkan kulitnya then blender (kisarkan). Next,
masak air soya tu, kalau you nak lebih wangi, letak daun pandan sekali.
Biarkan Tau Fu Fa mendidih dengan api dapur sederhana. Part nak buat
air gula merah tu, you kena jerangkan gula merah dengan suhu dapur
sederhana jugak. Bila Tau Fu Fa dah siap masak, biarkan selama sejam
sehingga jadi keras lepastu hidangkan dengan air gula merah.
PUTERI
:Wah! I kena belajar dengan you ni cara-cara nak buat. Biasanya kat
mana you boleh beli Tau Fu Fa ni?
PRISHILA :Selalu dekat pasar-pasar malam orang melayu biasa jual. Ataupun
orang melayu berpuasa, bila petang-petang kita pergi pasar tu (Bazaar
Ramadhan) lagi ramai orang jual! I biasa beli dekat sana.
PUTERI
:Thank you very much Prishila, sebab dah share apa yang you selalu
makan and pandangan you tentang makanan ni.
PRISHILA :Most welcome Puteri, no worries. I hope you can finish your assignment
successfully.
Tau Fu Fa adalah hidangan masyarakat Tionghua. Kacang soya mempunyai
kandungan protein yang tinggi. Air soya dan tau fu fa adalah antara produk kacang
soya yang menyihatkan. Ia sangat popular dan digemari sama ada kanak-kanak atau
orang dewasa.
Perbualan keempat (Wang Eng Chee)
PUTERI
:Hello Wang! How are you?
WANG
:Hi Puteri! I’m fine, thank you. How are you? How can I help you for
you task?
PUTERI
:I’m good, thank you. Actually, saya ada assignment untuk mintak
pandangan atau pendapat daripada awak, tentang makanan dalam
kehidupan seharian awak. Makanan yang awak biasa makan ataupun
yang awak suka. Saya akan tukarkan kepada teks dalam Microsoft Word
daripada apa yang awak kongsikan dengan saya.
WANG
:Boleh boleh! Saya suka dan selalu makan Laksa di kedai kedai tepi jalan
yang ada di berdekatan rumah saya.
PUTERI
: Boleh awak bagitahu dengan saya kenapa awak suka laksa?
WANG
:Kuah laksa yang diperbuat daripada ikan rebus dan asam gelugur
membuatkan ia terasa masam-masam sehingga mengeliurkan!
Hidangan bersama ulam-ulaman seperti salad, bawang, timun dan limau
kasturi buat saya lagi bertambah selera. Kalau awak nak lebih pedas,
awak boleh potong cili merah then makan.
PUTERI
:Biasanya bila awak makan laksa ni?
WANG
:Dua, tiga kali jugak dalam seminggu. Sebab saya memang berhantu
dengan laksa ni!
PUTERI
:Terima kasih Wang sebab sudi bagi pandangan awak tentang makanan
ni, finally dah cukup 4 orang saya interview.
WANG
: Sama-sama Puteri. Not a big deal, enjoy with your task!
Laksa berasal dari orang cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Cina Peranakan).
Perkataan “laksa” berasal dari bahasa sunskrit, “Laksha” yang membawa maksud
kepada bahan/rempah yang banyak digunakan.
Berdasarkan perbincangan dan hasil temu bual kumpulan kami, kami mendapati ada
beberapa faktor-faktor yang menghalang kewujudan perpaduan dari segi makanan.
Pertama sekali, kepelbagaian agama di negara kita membuatkan rakyat Malaysia
mempunyai pelbagai larangan makanan mengikut agama tersendiri. Sebagai contoh,
penganut agama Islam yang majoriti berbangsa melayu tidak dibenarkan memakan
makanan yang mengandungi alkohol ataupun daging khinzir dan penganut agama
hindu yang majoriti berbangsa India pula tidak memakan daging lembu. Kepelbagaian
juadah makanan setiap kaum mempunyai isi kandungan yang berbeza dan hal ini
menyebabkan penganut agama lain bimbang untuk menerima hidangan dari penganut
lain. Kesilapan dalam menghidang makanan kepada kaum lain boleh menyebabkan
ketegangan antara satu sama lain.
Selain itu, perbincangan kami membawa kepada faktor pengamalan makanan yang
juga menghalang seseorang untuk mencuba juadah terutamanya juadah raya seperti
makanan berunsurkan daging, kuih-muih dan lain-lain. Berbeza dengan larangan
agama terhadap segelintir makanan, pengamalan makanan bergantung kepada
individu sendiri dan seringkali dikaitkan dengan pendirian moral, persekitaran dan
masyarakat yang menyebabkan mereka memilih makanan. Antaranya adalah
golongan vegetarian yang mengecualikan semua jenis daging termasuk ikan dan
kambing dan terdapat juga yang mengecualikan telur dalam pemakanan mereka.
Bukan itu sahaja, malah terdapat juga golongan yang tidak makan masakan-masakan
yang pedas kerana mereka tidak mampu untuk menahan pedas dan percaya bahawa
makanan pedas mempunyai kesan negatif terhadap diri mereka. Pengamalan ini
sedikit sebanyak mengganggu kerana ini menghalang mereka daripada merasai juadah
makanan hari raya yang mempunyai isi kandungan yang bertentangan dengan amalan
pemakanan masing-masing.
Di samping itu, faktor kesihatan seperti alahan kepada makanan juga menyumbang
kepada masalah ini. Sesetengah individu mempunyai alahan terhadap sejenis makanan
seperti kacang dan hidupan laut yang boleh menyebabkan kecederaan atau kematian
jika termakan. Alahan makanan adalah sesuatu yang serius dan bagi mereka yang
mempunyai alahan terhadap makanan, sudah pasti mereka akan lebih berwaspada
dengan makanan mereka dan mereka tidak akan makan makanan yang isi
kandungannya tidak diketahui. Perkara ini menyebabkan golongan ini tidak mahu
mencuba makanan baharu seperti makanan hari raya yang mungkin berbeza kerana
bimbang dengan tahap kesihatan diri sendiri.
Seterusnya, kami mengambil kira faktor jurang perbezaan antara kaum ataupun
rasisme juga menyebabkan halangan dalam perpaduan dari segi pemakanan. Malaysia
merupakan negara berbilang bangsa yang terkenal di dunia. Negara ini juga telah
merdeka semenjak tahun 1957 dan sepanjang tempoh kemerdekaan Malaysia, terdapat
juga beberapa titik hitam yang sukar untuk dilupakan oleh segelintir pihak terutama
sekali pihak yang terlibat. Mengambil contoh yang menjadi ketahuan am, peristiwa
gelap 13 Mei 1969 yang melibatkan kaum melayu dan cina masih meninggalkan
kesan terhadap segelintir rakyat yang masih muda ketika berlakunya rusuhan tersebut.
Perkara ini membuatkan mereka tidak mahu menerima sebarang bentuk perpaduan
dengan kaum lain dengan alasan sejarah telah menunjukkan perbezaan antara dua
kaum terlalu besar dan membuktikan bahawa dua kaum yang mempunyai agama dan
sambutan berbeza sukar untuk bersatu dan mewujudkan perpaduan antara kaum.
Kesan daripada rusuhan kaum, besar atau kecil, memberi impak yang ketara kepada
pihak yang terlibat dan menyukarkan perpaduan untuk diwujudkan.
Kesimpulannya, perpaduan dari segi pemakanan mempunyai halangan yang wujud
sejak berdekad dahulu dan sehingga kini halangan itu kekal. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab generasi kini untuk mengubahnya kepada masa depan yang lebih baik
untuk semua kaum.
Kajian mengenai makanan raya Aidilfitri ini turut melihat dari sudut dampak yang
kreatif yang terbentuk daripada kesenian tersebut yang seyogianya berupaya memacu
kesepaduan etnik dalam kalangan masyarakat Malaysia. Berdasarkan hasil kajian
yang dilaksanakan melalui kaedah tinjauan dan etnografi, kami telah memperolehi
seramai 14 orang responden daripada borang soal selidik yang telah kami edarkan
kepada masyarakat yang menyambut Hari Raya Aidilfitri secara rawak (Rajah 1).
Ramai dalam kalangan responden mengakui bahawa keunikan dalam makanan asli
Melayu menjadi faktor tarikan orang ramai daripada pelbagai kaum ke perniagaan
masakan orang Melayu terutamanya masakan raya yang jarang dimasak pada hari
biasa, sekali gus mengembangkan perniagaan. Sehubungan dengan itu, sebanyak
85.7% responden sanggup menjual juadah raya seperti rendang ayam, lontong, dan
nasi impit pada hari-hari biasa sebagai suatu bentuk kreativiti untuk menjana
pendapatan (Rajah 2). Selain itu, kami mendapati bahawa terdapat reaksi bercampur
seimbang bagi hidangan jamuan raya yang bercirikan budaya etnik lain di mana 50%
mengatakan Tidak dan 50% Ya (Rajah 3). Seramai tujuh orang responden telah
menyatakan bahawa mereka pernah menghidangkan muruku, chapati, ambuyat, kek
lapis Sarawak, kuih bulan, spageti bolognese, makanan Arab dan lain-lain lagi bagi
mempelbagaikan juadah makanan sewaktu rumah terbuka yang dikunjungi oleh
pelbagai lapisan masyarakat (Rajah 4). Sementelahan pula, titik persamaan makanan
raya Aidilfitri dengan makanan perayaan etnik-etnik lain yang dapat diulaskan dari
keputusan tinjauan kami ialah “biskut”. Hakikatnya dalam semua perayaan,
kuih-muih dan biskut mesti dihidangkan kepada para tetamu sebagai suatu amalan
tradisi. Lebih-lebih lagi biskut tart nenas yang dihidangkan ketika Tahun Baru Cina
turut dihidangkan semasa Hari Raya Aidilfitri (Rajah 5).
Cukup menarik juga, sebanyak 42.9% responden tidak bersetuju bahawa etnik atau
latar belakang seseorang penyedia makanan adalah tanda aras kepada tahap kelazatan
sesuatu makanan tradisional etnik tertentu, manakala sebanyak 21.4% responden
bersetuju (Rajah 6). Di sini pendirian majoriti responden bahawa etnik berlainan juga
mahir memasak sesuatu makanan asal sesuatu etnik dengan mengekalkan rasa
makanan adalah agak ketara. Dalam pada itu, kreativiti makanan tradisional
masyarakat Melayu juga memperlihatkan nasi lemak berkari yang rata-rata diubah
suai serta dijual oleh masyarakat Cina (Rajah 7).
Selain itu, bentuk kreativiti yang muncul daripada makanan lebaran yang mampu
mengeratkan hubungan silaturahim antara kaum adalah bukan sahaja dari segi rasa
dan bungkusan, bahkan melakukan gotong-royong untuk membuat persiapan rumah
terbuka serta penggunaan perkakas dapur bercirikan etnik lain. Majoriti responden
juga memilih penggunaan daun pisang, teko, cawan dan piring antik, serta penyepit
makanan di rumah terbuka iaitu masing-masing pada 64.3%, 57.1% setara, dan 50%
(Rajah 8). Tambahan pula, seorang responden mengemukakan satu contoh makanan
kebangsaan adunan makanan Melayu, Cina, India, dan etnik-etnik lain – nasi campur
(Rajah 9). Contoh tersebut adalah sukar untuk dinafikan kerana di restoran nasi
campurlah kita mudah mencari bihun goreng, karipap, kari ayam, roti puri, chap chai,
ikan kukus, dan sebagainya.
Di samping itu, kerajaan juga pernah melancarkan satu konsep kreatif yang dikenali
sebagai “Gong Xi Raya” dan “Deepa Raya” beberapa tahun yang lalu semasa
kedua-dua perayaan bertindih sebagai suatu usaha untuk memupuk perpaduan antara
kaum. Kami telah bertanyakan sama ada konsep komersial ini dapat membawa impak
positif dari segi kesenian makanan raya pelbagai etnik dan hasil yang telah kami
peroleh ialah majoriti sangat bersetuju, iaitu pada 42.9% (Rajah 10). Beberapa orang
responden juga telah mencadangkan bagaimana makanan raya dapat diolah supaya
nilai-nilai kreativiti terserlah. Misalnya gabungan rasa seperti masam manis (didapati
dalam menu masakan Cina), warna (warna melambangkan sesuatu etnik), disajikan
dengan buah-buahan (setiap juadah perayaan mesti ada pencuci mulut), serta yang
paling utama tidak perlu ada olahan demi mengekalkan warisan makanan asli Melayu
(Rajah 11).
Walau apa jua kreativiti yang ingin dihasilkan dengan makanan raya, faktor-faktor
seperti merujuk kepada fatwa agama dan tidak bercanggah dengan aqidah Islam
(100%), bersih dan berkhasiat (85.7%), dan mengambil kira sensitiviti sesetengah
pihak (57.1%) haruslah dititikberatkan (Rajah 12).
Pengalaman harian dalam makanan tradisional Hari Raya Aidilfitri dapat
dimanfaatkan dalam usaha memupuk semangat perpaduan di Malaysia melalui
amalan kunjung-mengunjungi. Potensi untuk memupuk perpaduan kaum adalah tinggi
memandangkan majoriti daripada responden-responden yang berasal baik dari
kawasan luar bandar atau perkampungan (14.3%), pinggir bandar (42.9%), mahupun
bandar (42.9%) menyatakan bahawa kawasan perumahan mereka didiami oleh
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai ragam etnik, iaitu sebanyak 78.6% dan
kesemua responden mengadakan rumah terbuka raya untuk kunjungan rakan-rakan
dan sanak-saudara.
Keputusan soal selidik ini membuktikan bahawa tradisi kunjung-mengunjung ke
rumah terbuka turut mendapat sambutan yang baik daripada etnik-etnik lain iaitu Cina
(termasuk dari Borneo) (42.9%), India (termasuk dari Borneo) (50.0%), Pribumi
Sarawak (28.6%), Pribumi Sabah (21.4%), Serani (7.1%), suku kaum Indonesia
(7.1%), dan juga Arab (7.1%). Amalan kunjung-mengunjungi yang dilakukan dapat
mengeratkan hubungan silaturahim antara jiran serta rakan daripada pelbagai kaum.
Melalui kunjungan rumah terbuka raya perasaan hormat-menghormati dan ingin tahu
terhadap adat dan kepercayaan kaum lain juga dapat diterbitkan. Kami mendapati
bahawa majoriti tetamu responden bukan Melayu berasa sangat selesa dengan layanan
dan hidangan makanan oleh tuan rumah, iaitu pada peratusan 42.9%, apatah lagi
majoriti responden (57.1%) menyatakan bahawa mereka akan menyesuaikan
hidangan makanan mengikut latar belakang setiap tetamu yang dijemput.
Mafhumnya kenduri kahwin, rumah terbuka umum, majlis atau surau, bufet hotel,
bazar Ramadan, majlis makan di tempat kerja, dan juga bekalan makanan yang
dikongsikan oleh rakan adalah sumber-sumber lazim makanan raya. Dengan mencatat
peratusan yang paling tinggi iaitu 71.4%, seramai 10 orang responden bersetuju
bahawa seseorang itu biasa akan menjumpai hidangan raya di kenduri kahwin, diikuti
dengan rumah terbuka awam (57.1%), serta bazar Ramadan (50.0%) dan seterusnya
bufet hotel (42.9%). Di sini kami dapat menyimpulkan bahawa semangat muhibah
antara kaum digambarkan kerana keempat-empat tempat tersebut lazimnya dihadiri
oleh masyarakat pelbagai etnik tidak kiralah semasa bulan Ramadan, ketika raya atau
pada hari-hari biasa.
Di samping itu, majoriti responden menzahirkan minat sungguh-sungguh mereka
dalam mengetahui cara-cara menyediakan sesuatu makanan tradisional etnik lain,
iaitu sebanyak 50%. Sebanyak 21.4% responden sungguh kerap makan makanan
tradisional etnik India seperti naan, murtabak, capati, dosai, dan roti canai, sementara
35.7% sangat kerap makan makanan tradisional ala etnik Cina seperti yong tau fu dan
char koay teow. Sejumlah 85.2% (42.9% x 2) responden masing-masing sangat
bersetuju dan sederhana setuju bahawa restoran Cina Muslim yang terdapat di seluruh
pelosok negara merupakan satu manhaj perpaduan etnik melalui makanan tradisional
yang dihidangkan. Oleh itu, kami berharap makanan raya akan dimasukkan dalam
menu makanan mereka menjelang raya di samping hidangan yang lain.
Selain itu, perkembangan budaya internet yang meluas secara tidak langsung
menjalinkan hubungan antara rakyat Malaysia merentasi kepelbagaian etnik, budaya
dan agama melalui promosi atau uar-uar tentang makanan tradisional Melayu, secara
spesifiknya juadah raya. Majoriti responden sebanyak 92.9% bersetuju bahawa media
sosial seperti Facebook, Twitter, dan Instagram memainkan peranan yang penting
dalam berkongsikan makanan, seni dan budaya etnik lain. Kesepaduan sosial
berupaya untuk dibentuk dengan cepat apabila pengguna Internet daripada pelbagai
kaum membuat pesanan untuk kuih-muih raya dan ketupat melalui talian.
Akhir sekali, para responden juga mencadangkan bahawa pengenalan kepada
makanan raya boleh diterapkan melalui sistem pendidikan negara demi kesepaduan
etnik seperti menyisipkan dalam mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaan serta
Kemahiran Hidup Bersepadu – Ekonomi Rumah Tangga.
Hubungan etnik adalah perkara yang amat penting bagi masyarakat Malaysia yang
bersifat majmuk. Dengan hubungan etnnik dapat melahirkan masyarakat Malaysia
yang berharmoni, saling berkerjasama dan bersefahaman. Dan juga melaksanakan
perjanjian yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Kerjasama perlu di
ambil berat bagi memastikan hubungan etnik di Malaysia sentiasa berada dalam
keadaan baik. Perkara ini boleh di laksanakan dengan bantuan yang melibatkan
peranan kerajaan, masyarakat dan juga pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting
dalam memastikan hubungan etnik dikawal dengan baik, segala usaha perlu di ambil
berat oleh masyarakat yang terdiri daripada pelbagai budaya dalam negara Malaysia
dan juga perlu mengelakkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu
menjaga usaha usaha yg berikut demi kesejahteraan negara.
Dalam pada itu, autonomi setiap negara untuk membacakan sabitan, tradisi dan
budaya mereka adalah premis kemakmuran negara. Lebih-lebih lagi, pelupusan daya
tahan kaum yang dilatih juga akan menjadi sempadan kepada komponen yang boleh
mendorong tekanan kaum. Pasti, perpaduan ini adalah satu rahmat yang mesti
dihargai dan dihargai oleh semua rakyat Malaysia.
Rujukan.
Lampiran.
Download