Uploaded by Muhammad Amirullah

REFLEKSI KOKO NASBI

advertisement
REFLEKSI INDIVIDU
PROGRAM HARI KOKURIKULUM
DI SEKOLAH SERI BANDAN BATU PAHAT, JOHOR.
NAMA PENSYARAH : Dr. MOHD ZULFADLI BIN ROZALI
NAMA
NO MATRIK
NUR AMNI SYAMIMI BT ISMAIL
DB160023
Refleksi Individu: Program Hari Kokurikulum Di Sekolah Seri Bandan Batu Pahat, Johor
Pada 15 & 16 November 2019 yang lalu, semua pelajar kursus Bbd40102 pengurusan
kokorikulum, seksyen 1 telah menghadiri satu program hari kokurikulum di sekolah seri bandan
batu pahat, johor. Program ini telah di anjurkan oleh pihak sekolah dengan kerjasama mahasiswa
universiti tun Hussein onn Malaysia (UTHM) iaitu pelajar kursus pengurusan kokorikulum
(Bbd40102), seksyen 1. Pelajar kursus pengurusan kokorikulum (Bbd40102), seksyen 1
dipecahkan kepada tiga kumpulan iaitu kelab badan beruniform, kelab dan persatuan dan sukan
dan permainan untuk mengendalikan aktiviti pelajar-pelajar sekolah. Program ini melibatkan 3
peringkat pelajar sekolah seri bandan iaitu pelajar tahun 4,5 dan 6.
Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dijalankan semasa program hari kokurikulum. Kami
perlu mengendalikan setiap aktiviti berdasarkan kumpulan yang dipecahkan. Pada program kali
ini, saya telah dipecahkan sebagai ahli kelab dan persatuan. Kumpulan kelab dan persatuan perlu
menghadirkan diri pada waktu petang, 15 November 2019 untuk mengendalikan aktiviti yang telah
disenaraikan. Sebelum melakukan aktiviti, ketua kelab telah memberi taklimat kepada pelajarpelajar sekolah. Pelajar-pelajar sekolah dibahagiakan kepada 5 kumpulan. Selepas pelajar-pelajar
dikumpulkan ke dalam kumpulan, kami telah melakukan aktiviti regangan badan. Terdapat
beberapa aktiviti yang dilakukan oleh kelab dan persatuan. Antara aktiviti-aktiviti yang telah
dilakukan ialah mural pada dinding, mengecat meja dan kerusi dan menanam rumput.
Semasa program, saya perlu mengendalikan aktiviti mengecat meja dan kerusi bersama
ahli kumpulan yang lain. Saya perlu kendali pelajar seramai 29 orang untuk aktiviti tersebut.
Kesemua pelajar diberi bahagian-bahagian kerja yang perlu dilakukan untuk mengecat meja dan
kerusi. Terdapat pelajar yang sedikit nakal dan sukar dikendalikan kerana kekurangan ahli kelab
dan persatuan. Namun begitu, kerja-kerja mengecat meja dan kerusi dapat disiapkan dalam masa
2 jam. Keseluruhan kerja-kerja mengecat dilakukan oleh pelajar berbantukan ahli kelab dan
persatuan. Secara keseluruhannya program ini berjalan dengan lancar. Pada 16 November 2019,
kami telah melakukan acara penutup bersama pelajar, guru dan mahasiswa UTHM. Pihak
pengurusan dan guru besar sangat berbesar hati dengan kehadiran mahasiswa ke sekolah mereka
dan mengalu-alukan kedatangan kami untuk program yang akan datang. Saya sangat gembira
kerana dengan adanya program sebegini dapat mengeratkan hubungan diantara mahasiswa UTHM
dan pihak pengurusan sekolah Seri Bandan Batu Pahat, Johor.
Download