Soalan 1 : Rumusan ( 30 markah) Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja dan langkah-langkah mengatasinya. Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan. Masyarakat sering didedahkan dengan masalah kemurungan yang melibatkan orang dewasa. Jarang-jarang kita terbaca atau diberitakan tentang masalah kemurungan yang melibatkan remaja terutamanya dalam kalangan murid sekolah. Kebanyakan remaja yang mengalami masalah kemurungan ini tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami masalah kemurungan dan situasi ini menjadi punca utama kepada peningkatan bilangan pesakit. Individu yang mengalami gangguan emosi ini kebiasaannya bertindak memendam masalah mereka secara bersendirian sehingga menyebabkan keadaan menjadi lebih parah. Remaja mengalami kemurungan? Persoalan ini agak sukar untuk diterima bahawa pada usia muda seseorang itu boleh mengalami masalah kemurungan. Sebagai remaja, umumnya kelihatan sebagai tempoh usia yang menyeronokkan serta berpotensi untuk membina kerjaya dan kehidupan yang hebat pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, realitinya tidak seperti yang dibayangkan. Remaja juga terdedah dengan masalah kemurungan yang serius. Antara punca yang menyebabkan remaja mengalami masalah kemurungan termasuklah faktor persekitaran remaja itu sendiri. Masalah emosi seseorang itu berkait rapat dengan emosi individu yang berada di sekeliling mereka. Remaja pasti menghadapi masalah jika mereka membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah. Masalah lain yang sering dialami oleh remaja turut berkaitan dengan kegagalan menepati sasaran yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. Apabila ibu bapa menetapkan sasaran pencapaian akademik yang melangkaui kemampuan anak, emosi remaja berkenaan pasti terganggu sehingga berpotensi untuk mengalami kemurungan. Kajian menunjukkan bahawa murid yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan utama di Malaysia seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) berpotensi untuk mengalami kemurungan dan tekanan emosi yang tinggi. Terdapat juga kes kemurungan yang berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan remaja. Pada usia yang masih muda remaja mempunyai emosi yang sukar dikawal. Selain itu, terdapat kemurungan yang berpunca daripada kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal terhadap fizikal seseorang. Kemurungan dikatakan berlaku apabila mereka gagal melanjutkan pelajaran dan tidak dapat memenuhi sesuatu impian yang dicita-citakan. Keadaan ini menyebabkan remaja mengalami trauma pada mulanya sehingga membawa kepada kemurungan yang serius. Semua pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan suasana yang merangsang emosi positif bagi setiap ahli komuniti, masyarakat, dan negara. Dipetik dan diubah suai daripada “Atasi Kemurungan Remaja” Oleh Noor Azam Abdul Rahman Dewan Masyarakat, September 2015. Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata memendam masalah. [2 markah] (ii) Pengarang mengemukakan beberapa alasan bahawa remaja sewajarnya tidak mengalami masalah kemurungan. Apakah alasan-alasan tersebut? [3 markah] (iii) Kemurungan dalam kalangan remaja banyak dikaitkan dengan tekanan daripada keluarga dan masyarakat. . Pada pendapat anda, bagaimanakah anggota keluarga dapat memainkan peranan agar remaja tidak terjebak dengan masalah kemurungan? [4 markah] Masyarakat sering didedahkan dengan masalah kemurungan yang melibatkan orang dewasa. Jarang-jarang kita terbaca atau diberitakan tentang masalah kemurungan yang melibatkan remaja terutamanya dalam kalangan murid sekolah. Kebanyakan remaja yang mengalami masalah emosi ini tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami masalah kemurungan. Situasi ini menjadi punca utama kepada peningkatan bilangan pesakit. Individu yang mengalami gangguan emosi ini kebiasaannya bertindak memendam masalah mereka secara bersendirian sehingga menyebabkan keadaan menjadi lebih parah. Remaja mengalami kemurungan? Persoalan ini agak sukar untuk diterima bahawa pada usia muda seseorang itu boleh mengalami masalah kemurungan. Sebagai remaja, umumnya kelihatan sebagai tempoh usia yang menyeronokkan serta berpotensi untuk membina kerjaya dan kehidupan yang hebat pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, realitinya tidak seperti yang dibayangkan. Remaja juga terdedah dengan masalah kemurungan yang serius. Antara punca yang menyebabkan remaja mengalami masalah kemurungan termasuklah faktor persekitaran remaja itu sendiri. Masalah emosi seseorang itu berkait rapat dengan emosi individu yang berada di sekeliling mereka. Remaja pasti menghadapi masalah jika mereka membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah. Masalah lain yang sering dialami oleh remaja turut berkaitan dengan kegagalan menepati sasaran yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. Apabila ibu bapa menetapkan sasaran pencapaian akademik yang melangkaui kemampuan anak, emosi remaja berkenaan pasti terganggu sehingga berpotensi untuk mengalami kemurungan. Kajian menunjukkan bahawa murid yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan utama di Malaysia seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan (STPM) berpotensi untuk mengalami tekanan emosi yang tinggi. Terdapat juga kes kemurungan yang berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan remaja. Pada usia yang masih muda remaja mempunyai emosi yang sukar dikawal. Selain itu, terdapat kemurungan yang berpunca daripada kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal terhadap fizikal seseorang. Kemurungan dikatakan berlaku apabila mereka gagal melanjutkan pelajaran dan tidak dapat memenuhi sesuatu impian yang dicita-citakan. Keadaan ini menyebabkan remaja mengalami trauma pada mulanya sehingga membawa kepada kemurungan yang serius. Semua pihak seharusnya memainkan peranan masing-masing dalam usaha mewujudkan suasana yang merangsang emosi positif bagi setiap ahli komuniti, masyarakat, dan negara. Dipetik dan diubah suai daripada “Atasi Kemurungan Remaja” Oleh Noor Azam Abdul Rahman Dewan Masyarakat, September 2015. SKOR A+ 2017 2017 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA MUKA SURAT 98 SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS 2 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL) SKEMA RUMUSAN 25 (SMK SEGAMBUT – PPD SENTUL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL) PENDAHULUAN PEND JAWAPAN MARKAH P1 Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan masalah kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia. 2 P2 Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan masalah kemurungan dalam kalangan remaja dan alasan bahawa remaja sewajarnya tidak mengalami masalah kemurungan. 2 P3 Rumusan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan masalah kemurungan dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya. 2 P4 Petikan / Rumusan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan masalah kemurungan dalam kalangan remaja. 1 P5 Petikan / Rumusan membincangkan punca-punca peningkatan masalah kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia. 0 ISI TERSURAT (punca peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja) ISI JAWAPAN MARKAH S1 Remaja yang mengalami maslah emosi ini tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami masalah kemurungan. 2 S2 Individu yang mengalami gangguan emosi ini kebiasaannya bertindak memendam masalah mereka secra bersendirian. 2 S3 Masalah kemurungan berpunca daripada persekitaran remaja itu sendiri. 2 S4 Remaja membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah. 2 S5 Tidak menepati sasaran yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. 2 S6 Gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan utama di Malaysia seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). 2 S7 Berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan remaja. 2 S8 Kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal terhadap fizikal seseorang. 2 S9 Kemurungan juga dikatakan berlaku apabila gagal melanjutkan pelajaran. 2 S10 Tidak dapat memenuhi sesuatu impian yang dicita-citakan. 2 ISI TERSIRAT (langkah mengatasinya) ISI JAWAPAN MARKAH T1 Memelihara kesihatan emosi dengan sebaik-baiknya. 2 T2 Sentiasa terlibat dalam aktiviti keagamaan yang bersifat kerohanian. 2 T3 Berhubung rapat dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan, guru dan masyarakat setempat. 2 T4 Pihak sekolah perlu menyediakan prasarana dan suasana kondusif 2 T5 Ibu bapa harus menerima pencapaian akademik anak-anak dengan hati terbuka. 2 T6 Unit kaunseling wajar memainkan peranan aktif di sekolah. 2 KESIMPULAN ISI JAWAPAN MARKAH K1 Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah kemurungan dalam kalangan remaja agar mereka dapat dibentuk untuk memenuhi kesinambungan kepimpinan negara pada masa depan. 2 K2 Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah kemurungan dalam kalangan remaja. 1 SKOR A+ 2017 2017 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA MUKA SURAT 99 SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS 2 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL) Soalan 2(a) – Petikan Umum Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri. (i) Berikan maksud rangkai kata memendam masalah. [2 markah] (ii) Pengarang mengemukakan beberapa alasan bahawa remaja sewajarnya tidak mengalami masalah kemurungan. Apakah alasan-alasan tersebut? [3 markah] (iii) Kemurungan dalam kalangan remaja banyak dikaitkan dengan tekanan daripada keluarga dan masyarakat. Pada pendapat anda, bagaimanakah anggota keluarga dapat memainkan peranan agar remaja tidak terjebak dengan masalah kemurungan? [4 markah] SKOR A+ 2017 2017 KERTAS PERCUBAAN BM SPM SE-MALAYSIA MUKA SURAT 98 SOALAN 1 (RUMUSAN) KERTAS 2 (DISUSUN DAN DISELENGGARAKAN OLEH CIKGU TAN CL) SKEMA RUMUSAN 25 (SMK SEGAMBUT – PPD SENTUL, WILAYAH PERSEKUTUAN KL) PENDAHULUAN PEND JAWAPAN MARKAH P1 Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan masalah kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia. 2 P2 Petikan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan masalah kemurungan dalam kalangan remaja dan alasan bahawa remaja sewajarnya tidak mengalami masalah kemurungan. 2 P3 Rumusan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan masalah kemurungan dalam kalangan remaja dan langkah mengatasinya. 2 P4 Petikan / Rumusan membincangkan sebab-sebab / faktor-faktor peningkatan masalah kemurungan dalam kalangan remaja. 1 P5 Petikan / Rumusan membincangkan punca-punca peningkatan masalah kemurungan dalam kalangan remaja di Malaysia. 0 ISI TERSURAT (punca peningkatan kemurungan dalam kalangan remaja) ISI JAWAPAN MARKAH S1 Remaja yang mengalami maslah emosi ini tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami masalah kemurungan. 2 S2 Individu yang mengalami gangguan emosi ini kebiasaannya bertindak memendam masalah mereka secra bersendirian. 2 S3 Masalah kemurungan berpunca daripada persekitaran remaja itu sendiri. 2 S4 Remaja membesar dalam kalangan orang dewasa yang bermasalah. 2 S5 Tidak menepati sasaran yang ditetapkan oleh ibu bapa dan guru dalam pelajaran. 2 S6 Gagal mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan utama di Malaysia seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). 2 S7 Berpunca daripada masalah percintaan dalam kalangan remaja. 2 S8 Kemalangan yang membawa kepada kecacatan kekal terhadap fizikal seseorang. 2 S9 Kemurungan juga dikatakan berlaku apabila gagal melanjutkan pelajaran. 2 S10 Tidak dapat memenuhi sesuatu impian yang dicita-citakan. 2 ISI TERSIRAT (langkah mengatasinya) ISI JAWAPAN MARKAH T1 Memelihara kesihatan emosi dengan sebaik-baiknya. 2 T2 Sentiasa terlibat dalam aktiviti keagamaan yang bersifat kerohanian. 2 T3 Berhubung rapat dengan ibu bapa, adik-beradik, rakan, guru dan masyarakat setempat. 2 T4 Pihak sekolah perlu menyediakan prasarana dan suasana kondusif 2 T5 Ibu bapa harus menerima pencapaian akademik anak-anak dengan hati terbuka. 2 T6 Unit kaunseling wajar memainkan peranan aktif di sekolah. 2 KESIMPULAN ISI JAWAPAN MARKAH K1 Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah kemurungan dalam kalangan remaja agar mereka dapat dibentuk untuk memenuhi kesinambungan kepimpinan negara pada masa depan. 2 K2 Kesimpulannya, semua pihak harus bekerjasama untuk mengatasi masalah