Uploaded by Masitah Binti Omar

SOALAN PROJEK SPM 2019 F4

advertisement
TERHAD
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020
SAINS KOMPUTER
Kertas 2
Ogos 2019 – Jun 2020
10 Bulan
3770/2
Sepuluh bulan
1.
Kertas peperiksaan ini mengandungi satu tema tugasan kerja kursus.
2.
Calon dikehendaki melaksanakan tugasan berdasarkan arahan tugasan yang diberikan
secara individu.
3.
Calon dikehendaki melengkapkan tugasan amali ini mengikut masa yang ditetapkan.
Tiada masa tambahan diberikan.
Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak.
[Lihat halaman sebelah
3770/2 © 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD
TERHAD
2
3770/2
1.0 ARAHAN KEPADA GURU
1.1
Guru hendaklah memuat turun, memberi taklimat dan mengarahkan calon untuk
mencari maklumat dan bahan yang berkaitan dengan tugasan.
1.2
Guru hendaklah memastikan calon merancang dan melaksanakan tugasan ini
mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu dari 1 Ogos 2019 hingga 30 Jun 2020.
1.3
Guru hendaklah membimbing, memberi tunjuk ajar dan panduan kepada calon
dalam aspek berikut:
(a) penyediaan jadual kerja, kerangka kerja, kerangka pelaporan, senarai
semak dan pelaporan.
(b) pemilihan maklumat dan bahan yang sesuai dengan pelaksanaan tugasan.
(c) memberi pandangan atau komen tentang hasil tugasan calon.
(d) memberi cadangan untuk penambahbaikan hasil tugasan.
1.4
Guru adalah DILARANG melakukan perkara-perkara berikut:
(a) menyediakan jawapan
tugasan calon.
atau
contoh
jawapan
berkaitan
dengan
(b) membantu atau menolong calon menyempurnakan laporan akhir tugasan.
1.5
Guru hendaklah melaksanakan perkara berikut:
(a) memastikan hasil tugasan calon yang dikemukakan kepada guru untuk
pentaksiran adalah asli atau tulen.
(b) sekiranya calon memetik penyataan, mengambil data, grafik atau
maklumat daripada mana-mana sumber rujukan hendaklah dinyatakan
sumber rujukan.
1.6
Guru hendaklah mengumpulkan hasil kerja calon dan disimpan di tempat
yang selamat.
1.7
Guru hendaklah menjalankan pentaksiran dan penilaian proses kerja calon
sepanjang masa tugasan dilaksanakan.
1.8
Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan kelengkapan peralatan asas
untuk calon melaksanakan tugasan ini. Eviden calon perlu disimpan di tempat
yang selamat.
3770/2
© 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
[Lihat halaman sebelah
TERHAD
TERHAD
3
3770/2
2.0 ARAHAN KEPADA CALON
2.1
Kertas peperiksaan ini mengandungi satu tema tugasan projek.
2.2
Calon SPM yang mengambil mata pelajaran Sains Komputer wajib
melaksanakan kerja projek ini. Calon yang tidak melaksanakan kerja projek ini
dianggap tidak hadir bagi mata pelajaran Sains Komputer.
2.3
Calon diberikan masa selama sepuluh bulan (bermula 1 Ogos 2019 hingga
30 Jun 2020) untuk melaksanakan kerja projek ini.
2.4
Calon hendaklah merujuk dan mematuhi Manual Tugasan Pentaksiran Pusat
(Kerja Projek) terkini sepanjang penghasilan eviden kerja projek.
2.5
Calon hendaklah melaksanakan kerja projek ini secara individu di bawah
pengawasan dan bimbingan guru serta tidak ditiru daripada mana-mana pihak.
2.6
Calon hendaklah menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
dan bahan-bahan rujukan lain untuk mencari dan mengumpulkan maklumat.
2.7
Calon dikehendaki menyertakan lakaran reka bentuk antara muka menu sistem,
borang dan laporan yang lengkap dan jelas berdasarkan kehendak sistem.
2.8
Calon hendaklah menulis sumber rujukan dengan betul sekiranya mengambil
petikan atau grafik daripada sumber-sumber lain.
2.9
Calon hendaklah mengemukakan eviden kepada pentaksir sebelum tamat
tempoh mengikut ketetapan Lembaga Peperiksaan:
(a) Eviden bagi Tingkatan 4 melibatkan Fasa 1 dan Fasa 2: (BLC.F1, BLC.F2,
BM1.F1, BMI.F2)
(b) Eviden bagi Tingkatan 5 melibatkan Fasa 1 dan Fasa 2: (BLC.F3, BLC.F4,
BLC.F5, BLC.N, BM1.F3, BMI.F4, BMI.F5, BMI.N)
2.10
Calon hendaklah menghantar dan mendapatkan pengesahan daripada guru pada
setiap peringkat eviden dikemukakan.
2.11
Calon dikehendaki memasukkan dan menyimpan semua eviden ke dalam
ring file serta diletakkan di tempat selamat.
2.12
Penskoran kerja projek calon adalah menggunakan Rubrik Penskoran
mengikut aspek yang ditetapkan di dalam Manual Tugasan Pentaksiran Pusat
(Kerja Projek)
3770/2
© 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
[Lihat halaman sebelah
TERHAD
TERHAD
4
3770/2
KERTAS 2
[100 markah]
Tema:
Pengurusan Perniagaan
Situasi:
Pihak pengurusan perniagaan memerlukan satu sistem pengurusan maklumat
yang merangkumi proses mengumpul data-data secara tersusun untuk menjana
maklumat perniagaan dengan cepat dan tepat.
Antara sistem pengurusan maklumat perniagaan yang dapat membantu pihak
peniaga dan pengguna ialah:
(i) Sistem Pengurusan Tempahan Homestay / Hotel
(ii) Sistem Pengurusan Tempahan Teksi / Kereta Sewa
(iii) Sistem Pengurusan Pembelian Tiket Wayang / Tiket Pengangkutan
Awam
(iv) Sistem Pengurusan Jualan Kenderaan Terpakai / Barangan Antik
Arahan:
Berdasarkan situasi di atas, anda dikehendaki membangunkan mana-mana satu
sistem pengurusan maklumat perniagaan itu. Sistem yang anda bangunkan itu
MESTI mempunyai elemen pengiraan.
Sistem yang akan dibangunkan hendaklah boleh dicapai menggunakan pelayar
web dari mana-mana komputer dalam rangkaian.
KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT
3770/2
© 2019 Hak Cipta Kerajaan Malaysia
TERHAD
Download