Uploaded by Tiya Dean

Ayat Bukti Arista

advertisement
Kejiranan

Menurut Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah jiran merupakan orang yang tinggal di
sekeliling kita sama ada di depan, belakang, kiri , atau pun kanan dan
merupakan orang pertama yang membantu kita ketika kita berada dalam
kesusahan.

kajian dari Universiti Sains Malaysia yang menunjukkan keberhasilan
penganjuran program “Rumah Terbuka Kebangsaan” dalam mewujudkan
institusi kejiranan yang kukuh di sembilan buah kawasan perumahan di
sekitar Pulau Pinang.

Tun Dr. Mahathir, Mantan Perdana Menteri pernah menegaskan bahawa
dengan melibatkan diri dalam kegiatan bergotong-royong, kita berupaya
menerapkan pelbagai nilai murni dalam diri.

Program Kenali Jiran

Sebuah Program “Kenali Jiran Kita” telah dilancarkan oleh Kementerian
Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Program ini telah berjaya menghidupkan kembali amalan dan tradisi
semangat kejiranan.

Pelbagai aktiviti dilaksanakan bagi menyemarakkan kembali semangat
perpaduan, setiakawan, serta gotong-royong.

Sementara itu, Ketua Pengarah Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman
dalam satu temu bual bersama Bernama berkata program Kenali Jiran Kita
cetusan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan itu adalah
sebahagian usaha berterusan kerajaan untuk mewujudkan suasana
harmonis dan perpaduan di kalangan masyarakat majmuk Malaysia.

Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri
Najib Tun Abdul Razak menekankan semangat perpaduan antara kaum di
Malaysia.

menurut laporan majalah ‘The Times’ di Australia, kegiatan gotong-royong
yang diamalkan di Malaysia merupakan antara aktiviti yang terbaik di
dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias berkata, kesejahteraan
melalui semangat kejiranan harus diperkuatkan dari semasa ke
semasa.Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Inisiatif
Kejiranan Hijau, Kebun Komuniti Peringkat Daerah Jelebu di Taman Sri
Perdana, Simpang Pertang di sini hari ini.

Semangat kejiranan yang kukuh dapat membendung masalah sosial dan
isu keselamatan dalam masyarakat, kata Senator Datuk Doris Sophia
Brodie.“Sikap membezakan agama dan bangsa sebenarnya akan
memusnahkan nilai-nilai kemasyarakatan kita dan merosakkan komuniti
dan negara,” katanya pada Majlis Makan Malam anjuran Jawatankuasa
Kejiranan Taman Tiara di Sri Aman malam Sabtu lepas.

Dalam surah an-Nisa ayat 36 Allah berfirman, Dan buatlah kebaikan untuk
ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran
tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, orang musafir yang terlantar
dan juga hamba yang kamu miliki.
Demam denggi

KOTA KINABALU 16 April – Sabah mencatatkan peningkatan sebanyak 223
peratus bagi kes demam denggi sepanjang tempoh Januari sehingga 28
Mac lalu dengan 1,055 kes berbanding 326 kes yang direkodkan untuk
tempoh sama tahun lalu.

Menteri kesihatan datuk seri Dr. S. Subramaniam berkata peningkatan kes
demam denggi dalam negara pada tahun ini adalah paling teruk
berbanding tahun-tahun sebelumnya (Utusan Malaysia 25 Februari)

Beliau berkata, antara usaha kementerian pada masa ini adalah
melaksanakan teknik semburan baharu dalam kawalan nyamuk aedes iaitu
‘Outdoor Residual Spray (ORS)’ yang telah dilaksanakan sejak 11 Februari
lalu.

hasil daripada Ops Gempur Tapak Binaan, pihaknya telah membuat
pendakwaan di mahkamah melibatkan 52 daripada 56 tapak binaan,
manakala sebanyak 44 lagi diarahkan tutup untuk kerja-kerja
pembersihan.

Kementerian Kesihatan mengeluarkan jumlah kumulatif kes demam
denggi di seluruh negara dari Januari hingga 12 September 2015 adalah
sebanyak 85,488 jumlah kes berbanding dengan 70,337 jumlah kes bagi
tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu, bagi mangsa kematian yang berlaku akibat daripada demam
denggi, jumlah kumulatif kematian sehingga 12 September 2015 adalah
sebanyak 234, berbanding 133 bagi tempoh yang sama tahun yang lalu
iaitu peningkatan sebanyak 75.9 peratus.

Satu akta telah pun diwujudkan dalam usaha mengawal dan mencegah
penyakit demam denggi ini iaitu melalui Akta Pemusnahan Serangga
Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154)

mulai September tahun ini orang ramai perlu mengasingkan sisa pepejal isi
rumah masing-masing. Jika gagal berbuat demikian, pihak yang terbabit
boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam 2007 (Akta 672).

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, negeri
Selangor kekal sebagai penyumbang terbesar kes denggi di negara ini
hingga mencatat peningkatan dua kali ganda jumlah kematian berbanding
tahun lepas.Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan majlis
sumbangan Aidilfitri kepada 113 pesakit saraf di Hospital Kuala Lumpur
(HKL)
Remaja

Cuba kita fikir sejenak,zaman remaja yang ditonjolkan oleh Bekas Presiden
Amerika Syarikat,Abraham Lincon yang punya hati budi membantu orang
lain walaupun dirinya juga dihambat kemiskinan.Malah,lakaran kemurnian
zaman remaja turut ditunjukkan oleh Perdana Menteri kasayangan kita
iaitu Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul
Razak ,yang menyerlahkan kredibiliti dan karisma kepimpinan sehingga
beliau dianggat sebagai menteri cabinet yang termuda dalam peneraju
negara.

”.Mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi
telah mengkalsifikasikan remaja berminda kelas pertama merangkumi
aspek pendidikan,pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang.

.Lihat sahaja Nik Nur Madihah dan Azli Azali yang telah menempa
kejayaan dalam Sijil Pelajaran Malaysia
dengan cemerlangnya.Insan sebegini ibarat emas berharga yang bakal
menjadi aset terpenting negara dalam usaha mengejar wawasan 2020.”

Jika ingin menjulang api kemajuan,nyalakan ilmu sebelum berjuang” itulah
kata-kata yang saya petik daripada Tun Dr.Mahathir Muhammad iaitu Bapa
Permodenan Malaysia.

Rancangan RMK.9 memperuntukkan 20.6 peratus untuk meningkatkan
kualiti modal insan. Matlamatnya adalah untuk melahirkan modal insan
berkualiti dengan minda kelas pertama

FOMCA (Persatuan Pengguna Malaysia) mendedahkan kajian yang dibuat
pada 2005 yang membabitkan penggunaan peralatan berskrin seperti
televisyen, komputer dan telefon bimbit mendapati golongan muda
menghabiskan 73 peratus masa lapang mereka dengan menonton.

Menurut Prof. Dr. Fatimah Yusoff, seandainya mereka merasakan rakanrakan mereka lebih rapat dan kononnya lebih memahami perasaan
mereka, dengan mudah mereka mengikut mereka ponteng sekolah dan
melepak di pusat beli-belah dan sebagainya.

Mengambil contoh banjir yang berlaku pada Disember tahun lepas. Siapa
sangka 1,300 orang iaitu hampir 90 peratus daripada sukarelawan yang
dikumpulkan setiap hari selama 10 hari di Pangkalan Tentera Udara
Subang adalah kalangan generasi muda

Terdapat 12.8 juta belia di negara ini dan mengikut statistik hanya sekitar
lima peratus daripada jumlah itu yang bertindak agak nakal hingga ada
yang melakukan perbuatan menyalahi undang undang
Semangat patriotik

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Meskipun berjauhan daripada negara tercinta,
pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di luar negara tetap
bersemangat untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2015.. Golongan
itu begitu bersemangat meraikan sambutan Hari Kebangsaan dengan
bersama-sama mengibarkan Jalur Gemilang, kain rentang tema ‘Sehati
Sejiwa’ dan bunting #WeMalaysia. Antara mereka yang tidak ketinggalan
meraikan sambutan itu adalah termasuk ratusan pelajar-pelajar Malaysia
di Universiti Vanderbilt, Universiti Pennsylvania State dan Universiti Ohio
State dari Amerika Syarikat (AS).

Persatuan Penduduk Taman Mantau Indah dekat sini menyambut
perayaan itu dalam suasana kemerdekaan dan cintakan negara. Pengarah
Bahagian Khidmat Pengurusan Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri,
Mohd. Khairi Abd. Ghani berkata, program ini amat bermakna kerana
menjadi salah satu objektif di Biro Tatanegara untuk memberi maklumat
tepat kepada masyarakat.

Dalam istilah Arab, patriotisme disebut sebagai hubb al-watan dan
Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa mencintai tanah air itu sebahagian
daripada iman.

Kita boleh menjadikan semangat patriotik yang perkasa dalam jiwa
merdeka para sahabat sebagai contoh. Misalnya dalam peristiwa
Peperangan Mu’tah dengan tentera Muslimin yang bilangan mereka hanya
seramai 3,000 orang, terpaksa menentang tentera bersekutu Rom dan
kabilah-kabilah Arab kafir yang berjumlah lebih 200,000 orang bala
tentera.

berasaskan kepada kajian indeks patriotisme yang pernah dijalankan Biro
Tatanegara (BTN) beberapa tahun lalu yang membabitkan 1,200
responden dalam kalangan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) awam
dan swasta.Hasil kajian itu mendapati Indeks Patriotisme Negara dalam
kalangan penuntut berada pada skor rendah iaitu pada purata 3.8. Ini
menunjukkan rendahnya tahap patriotisme dalam kalangan anak muda
kita.

Agensi-agensi lain seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional, Jabatan Penerangan, Jabatan Belia dan Sukan dan Jabatan Latihan
Khidmat Negara harus bergabung tenaga melaksanakan aktiviti yang dapat
memperkukuh semangat patriotisme rakyat melalui pendekatan Strategi
Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Antara kehebatan negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat
(AS) adalah disebabkan semangat patriotisme rakyatnya yang tinggi.
Dalam Kaji Selidik Nilai Sedunia pada 1981-1982, 1990-1991 dan 19951996 didapati 96 hingga 98 peratus rakyat Amerika menyatakan mereka
sangat berbangga dengan negara mereka.

Menurut Indeks Ketegangan Kaum, statistik pergaduhan melibatkan kaum
yang dipantau juga menunjukkan penurunan yang mendadak iaitu dari
1500 kes pada tahun 2008 kepada hanya sebanyak 832 kes pada tahun
2011

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integriti Nasional,
Datuk Azman Amin Hassan

Statistik yang sahih lagi tepat yang dikeluarkan oleh Kementerian
Kemanusiaan pada tahun 2008 jelas menunjukkan kepada kita bahawa
semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat semakin luntur

Menurut kata Tun Abdullah b.Ahmad Badawi, sekolah atau alma mater
merupakan kilang yang menghasilkan produk modal insan yang cemerlang
dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.
Teknologi maklumat/media sosial

Baru-baru ini di Batu Pahat seorang remaja dibunuh berhubung sindiran di
Facebook. Mangsa Aw Soo Ming, 17 tahun meninggal dunia walaupun mangsa
bukanlah orang yang memberi komen di Facebook tetapi kawannya

Namun kajian mendapati pengguna muda telefon bimbit yang kerap
mempunyai ingatan yang kurang baik, tindak balas yang perlahan terhadap
masa dan membuat banyak kesilapan. Kajian di kalangan 300 pelajar berumur
12 hingga 14 tahun dari 20 sekolah swasta dan negeri di Melbourne baru-baru
ini menunjukkan kanak-kanak yang banyak menggunakan telefon bimbit
kemungkinan mengorbankan ketepatan bagi mencapai kelajuan.

Menurut Syahbudin Abdullah penerbit di RTM, kecanggihan teknologi
menjurangkan komunikasi antara kita dan itulah antara punca perpaduan tidak
dapat dicapai

62% penduduk Malaysia kini menggunakan Internet.Terdapat 13 juta
pengguna Facebook di Malaysia. Ini bermakna 88% pengguna Internet di
Malaysia menggunakan Facebook. Majoriti pengguna Facebook di Malaysia
pula adalah di kalangan umur 20 tahun hingga 40 tahun

Satu kajian terhadap golongan belia di Malaysia menunjukkan bahawa
golongan belia menghabiskan masa mereka selama kira-kira 32.6 jam setiap
hari melakukan aktiviti yang berkaitan media.

Dalam satu kajian terhadap isi rumah pengguna digital, pemilikan telefon
pintar dijangkakan menghampiri dua kali ganda dalam tempoh 12 bulan akan
datang, iaitu mencapai 89 peratus (meningkat daripada 48 peratus pada masa
ini), kepada semua pengguna digital yang berumur 15 tahun dan ke atas.

Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006, menunjukkan 43.7
peratus rakyat Malaysia tidak menjalani hidup secara aktif.

PENGGUNAAN telefon bimbit di Malaysia adalah yang ketiga tertinggi di
Asia Pasifik serta melebihi negara maju seperti Amerika Syarikat dan Eropah,
menurut laporan terbaru firma kajian pengguna Nielsen. (Sinar Harian)

Kajian menunjukkan pengguna Internet telefon pintar di Malaysia
melakukan banyak aktiviti pembelian atas talian, seperti pembelian tiket
penerbangan, tempahan hotel dan lain. Penggunaan telefon pintar di kalangan
rakyat Malaysia antara yang tertinggi di dunia, menurut laporan kaji selidik
Google hari ini, disamping peratusan tinggi penggunaan Internet di kalangan
remaja.

Daripada jumlah tersebut, remaja berusia antara 16-24 tahun merupakan
kumpulan tertinggi yang menggunakan Internet berbanding kumpulan umur
yang lain. Hampir 73% remaja menggunakan Internet setiap hari.

Sebanyak 86% pengguna telefon pintar di Malaysia menempah tiket
penerbangan secara atas talian, sementara itu 75% menempah hotel atas talian,
42% membeli pakaian, 37% untuk tempah tiket wayang, dan lain-lain.
Download