Uploaded by azrinamohmadsabiri

2. ELEMEN TEORI KONSTRUKTIVISME DI DLM MOBILE LEARNING

advertisement
Kandungan
ABSTRAK .................................................................................................................................................... 1
ABSTRACT.................................................................................................................................................. 1
1.0
PENGENALAN............................................................................................................................... 2
2.0
KAJIAN LITERATUR .................................................................................................................. 3
3.0
METODOLOGI .............................................................................................................................. 5
4.0
HASIL KAJIAN .............................................................................................................................. 6
4.1
MMS .............................................................................................................................................. 6
4.2
Chat ............................................................................................................................................... 6
4.3
Game / Permainan. ........................................................................................................................ 6
4.4
LMS / Learning Management Systems ......................................................................................... 7
4.5
SMS ............................................................................................................................................... 7
4.7
Video ............................................................................................................................................. 7
5.0
PERBINCANGAN .......................................................................................................................... 8
6.0
KESIMPULAN ............................................................................................................................... 9
RUJUKAN ................................................................................................................................................. 10
i
ELEMEN TEORI KONSTRUKTISME DI DALAM PEMBELAJARAN
BERPANDUKAN ‘MOBILE’
Azrina Binti Mohmad Sabiri
Faculty of Technical and Vocational Education, UTHM
[email protected]
ABSTRAK
Perkembangan kemajuan teknologi mobil pada masa kini telah menjadikan corak pembelajaran
yang melibatkan ‘mobile’ semakin diterima pakai di Malaysia. Dengan lambakan aplikasi dan
kaedah pembelajaran mobil telah memotivasikan pelajar dah guru untuk menggunakannya
dengan seoptinum yang mungkin. Mereka juga perlu merebut peluang untuk menggunakan
pelbagai aplikasi m-pembelajaran percuma yang mudah didapati dan diakses bagi tujuan
pembelajaran. Hal yang demikian mencetuskan kajian mengenai pembelajaran berasaskan mpembelajaran dijalankan dengan menggunakan kaedah meta Analisis dengan membuat penelitian
ke atas 11 kertas kajian yang lepas. Hasil daripada penelitian, terdapat tujuh elemen daripada
teori konstruktivisme yang telah dikenalpasti. Elemen tersebut ialah MMS, chat, game, LMS, SMS,
Aplikasi Mudah Alih dan Video. Elemen Aplikasi Mudah Alih (Apps) adalah elemen yang tertinggi
bagi kaedah pembelajaran berasaskan mobil, kerana pada masa sekarang trend pembangunan
aplikasi pembelajaran berada pada tahap maksimum. Penghasilan Aplikasi mudah alih ini mampu
membolehkan pelajar mendalami ilmu pembelajaran secara kendiri di luar kelas.
Kata Kunci: Pembelajaran Berasaskan Mobile, Teori Konstruktivisme, m-pembelajaran
ABSTRACT
Today the development of advances technological has made the pattern of learning involving
'mobile' increasingly adopted in Malaysia. With the dumpling of apps and mobile learning method
it has motivated students and teachers to use them with maximum as possible. They also need to
seize the opportunity to use a variety of free m-learning applications that are readily available and
accessible for learning purposes. Because of that, this research come out with meta-analysis
method where reviewing eleven (11) previous research papers. As a result of the research, there
are seven elements of the constructivism theory that have been identified. These elements are
MMS, chat, games, LMS, SMS, Mobile and Video apps. The Mobile App Elements (Apps) are
the highest elements of a mobile based learning method, because at present the learning app
development trends are at a maximum. This Mobile App production enables students to learn more
independently of the classroom beyond the classroom.
Keyword: Mobile Based Learning, Constructivism Theory, m-learning
1
1.0
PENGENALAN
Perkembangan teknologi yang pesat telah menjadikan kaedah pembelajaran tradisional telah
bergabung dengan kaedah pembelajaran berasaskan teknologi. Proses pembelajaran kini tidak
hanya tertumpu di dalam bilik kuliah sahaja tetapi telah di lebarkan di luar bilik kuliah dengan
bantuan teknologi (M. F. Ahdon, 2013). Keadaan ini menjadi pemangkin untuk individu dalam
pembangunan teknologi dan aplikasi yang baharu bagi tujuan pembelajaran. (Azhar Ab Wahab,
Amirah Ahmad, 2014). Dengan adanya teknologi pembelajaran yang baharu ini pembelajaran di
IPTA dijangka bertambah mencabar dan menyeronokkan dengan keupayaan pelajar dalam
mengakses teknologi maklumat mengikut keperluan yang ada pada mereka. Keadaan ini menjadi
semakin positif apabila pelajar boleh mendapatkan peranti teknologi maklumat seperti telefon
pintar dengan mudah (Azhar Ab Wahab, Amirah Ahmad, 2014).
Dengan penggunaan kemudahan teknologi di dalam kelas, pelajar dan pengajar berpeluang
untuk merasai pengalaman yang tidak dapat disediakan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran
secara tradisional. Kaedah pengunaan teknologi ini menjadikan suasana pembelajaran di dalam
bilik kuliah bukan lagi pembelajaran yang berbentuk statik dan satu hala sahaja tetapi ianya telah
bertukar kepada pembelajaran yang lebih dinamik dan berbentuk dua hala. (Rahman, 2011)
Dengan adanya kemudahan teknologi dalam kelas, pelajar berpeluang mengalami satu
pengalaman yang tidak dapat disediakan oleh kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional.
Kini, kelas bukan lagi suatu bilik yang statik tetapi lebih dinamik dan dapat berada di mana-mana
tempat dalam dunia ini. Dewasa ini, teknologi elektronik telah berkembang pesat menjurus kepada
penggunaan teknologi mudah alih dan tanpa wayar. Perkembangan teknologi tanpa wayar serta
alat komunikasi mudah alih juga telah menyumbang kepada penggunaan peranti mudah alih dalam
pendidikan.
Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat maka lahirlah konsep
pembelajaran yang berasaskan mobil yang melibatkan peranti mudah alih seperti telefon pintar,
PDA, Tablet, Handheld yang dilengkapi dengan rangkaian 3G dan 4G yang mampu menampung
jumlah penggunaan data internet yang lebih pantas.
Akibat daripada penggunaan teknologi internet dan wujudnya telefon pintar, satu anjakan
telah berlaku di dalam bidang pendidikan iaitu pembelajaran yang berbantukan mobil atau mpembelajaran telah mula berkembang di dalam bidak pendidikan. Menurut (Abdul Ghani &
Baharudin, 2016), m-pelajaran adalah kesinambungan kepada pendekatan E-pembelajaran dimana
kedua-dua kaedah pengajaran dan pembelajaran ini menerapkan persekitaran pembelajaran dalam
talian.
Hasil daripada perkembangan pesat daripada pendekatan m-pembelajaran dan epembelajaran, terdapat banyak implikasi yang positif ke atas dunia pendidikan di Malaysia selari
dengan generasi pada masa sekarang yang lebih kearah penggunaan teknologi dalam kehidupan
seharian mereka.
2
2.0 KAJIAN LITERATUR
Berdasarkan meta analisis yang dilakukan menerusi kajian yang lepas, satu rumusan telah dibuat berdasarkan Jadual 1 yang
menunjukkan elemen-elemen yang digunakan di dalam kaedah pembelajaran berbantukan mobil yang menggunakan teori
konstuktivisme.
Dalam analisis ini, sebanyak sebelas kajian terdahulu telah dianalisis dan terdapat tujuh elemen yang telah digunakan bagi tujuan
pembelajaran mobil ini. Hasil daripada analisi yang dilakukan, terdapat beberapa elemen yang mempunyai kesetaraan dalam
pembelajaran berbantukan mobil ini,
Jadual 1: Perbandingan kajian lepas
Bil
Penulis
Tajuk
Tujuan
ELEMEN
MMS
1.
(Ahmad
Fkrudin, Yusoff,
& Romli, 2018)
2.
(Gufron
Amirullah,
2018)
3.
(Ouiame Filali
Marzouki
Mohamed V
2017)
4.
(Fatin Shaffwati
Abdul Ghani
2016)
Kebolehgunaan Aplikasi Mudah Alih
(Mobile Apps) Bagi Kursus
Sains, Teknologi Dan Kejuruteraan
Dalam Islam (M-Istech) Di
Politeknik Malaysia
Pengembangan Media Pembelajaran
Interaktif Pada Konsep Monera
Berbasis
Smartphone Android
Effects of Social Constructivist
Mobile Learning
Environments on Knowledge
Acquisition:
A Meta-Analysis
Pendekatan ‘Mobile Learning’ Dalam
Meningkatkan Motivasi Pelajar
Chat
Game
LMS
SMS
Kajian ini bertujuan untuk menilai
kebolehgunaan aplikasi mudah alih dalam
kursus sains, teknologi
dan kejuruteraan dalam Islam.
Penelitian ini bertujuan untuk
mengembangkan media pembelajaran
mobile learning
berbasis Android
Kajian ini adalah untuk mengenalpasti
persekitaran pembelajaran berasaskan
mobile dalam pencapaian akademik
pelajar.



Kertas Kajian konsep ini membincangkan
penggunaan pendekatan Mobile Learning
dalam meningkatkan motivasi pelajar di
IPT dalam matapelajaran bahasa Arab


3

Aplikasi
Video








Bil
Penulis
Tajuk
Tujuan
ELEMEN
6.
(Azhar Ab
Wahab, Amirah
Ahmad, 2014)
(Dawood, 2014)
Pembangunan Aplikasi MPembelajaran Peribahasa Melayu
Menggunakan Model ASSURE
A Constructivist Approach to a Mobile
Learning
Environment
Kajian ini bertujuan membangunkan
aplikasi M-Pembelajaran Peribahasa
Melayu.
Kajian ini melihat bagaimana pelajar
menggunakan peranti pintar untuk
meningkatkan peupayaan pembelajaran
mereka.
7.
( Paul B.
Muyinda, 2014)
MLearning: pedagogical,
Technical and organisation
hypes and
realities
technical and organisational
hypes and realities.
A systematic discussion on the design of
intrinsic integration of domain-specific
learning in game mechanics and game
world design.
8.
(Conradie, 2013)
Applying System Theory to Develop
a Mobile Learning Pedagogical
Framework
9.
( Mohd Fadli
Ahdon , 2013)
Ke Arah Pembelajaran Mobile
Learning
Di Politeknik Malaysia
10.
( Nilgun
Ozdamar
KESKIN Pletz,
2013)
Rossyahida binti
Abd Rahman
2011
The Current Perspectives, Theories
And Practices Of Mobile
Learning
Kajian ini adalah untuk menilai persepsi
pelajar mengenai penggunaan peranti
mudah alih dalam modul pembelajaran
teknologi maklumat dalam tahun tiga di
university.
Melihat sejauh manakah minat, sikap
serta motivasi pelajar terhadap
penggunaan m-learning untuk mempelajari
pengatucaraan Java dengan menggunakan
aplikasi JAMOL
Kajian ini literature m-pembelajaran ini
adalah untuk memahami dan
membincangkan perspektif dan teori
semasa dalam pembelajaran mudah alih.
Kertas kajian ini membicarakan mengenai
strategi dan pendekatan dalam amalan
pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas masa kini dengan menggunakan
teknologi
mudah alih sebagai alat pembelajaran.
MMS
5.
11.
M-Pembelajaran Dalam Pendidikan
Teknik Dan
Vokasional (Ptv) Di Malaysia
JUMLAH 4
4
Chat
Game
LMS
SMS
Aplikasi
Video















5
2



4
4
7

6
3.0 METODOLOGI
Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaedah meta analisis ke atas sebelas (11) kajian
terdahulu yang telah dikenalpasti mempunyai elemen teori konstruktivisme dalam pembelajaran
berbantukan mobil. Kriteria bagi pemilihan jurnal adalah seperti berikut:
1. International Journal of Computer Applications.
2. Procedia Computer Science.
3. Educational Technology and Society.
4. Jurnal Pendidikan Malaysia.
5. Education Tech Research Development.
6. Computers and Education.
7. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu
8. Journal of Online Learning and Teaching.
9. International Journal and Educational Technology in Higher Education.
10. Malaysian Online Journal of Education.
Manakala julat bagi tahun terbitan untuk kesemua jurnal-jurnal yang terlibat adalah dari
2011 hingga 2018.
5
4.0 HASIL KAJIAN
Hasil daripada analisis yang dilakukan terhadap sebelas (11) kajian yang lepas, terdapat tujuh (7)
elemen yang dapat dikenalpasti dalam penggunaan teori konstruktivisme di dalam pembelajaran
mobil ini. Elemen-elemen tersebut ialah MMS, Chat, Game/Permainan, LMS/Learning
Management Systems, SMS, Apps dan Video.
Hasil penelitian kajian, terdapat penggunaan elemen yang maksimum dan minimum di
dalam penggunaan teori konstruktivisme yang menggunakan pendekatan m-pembelajaran ini.
Penggunaan elemen Apps adalah elemen yang paling tinggi digunakan di dalam pendekatan ini
manakan elemen video adalah elemen yang paling minimum penggunaannya.
Berdasarkan analisa yang dilakukan, kajian daripada Mohd Fadli Ahdon, (2013)
menggunakan elemen konstruktivisme yang paling minimum iaitu satu elemen manakala kajian
daripada Rossyahida (2011), Fatin Shaffawati (2016) dan Paul B. Muyinda (2014) menggunakan
elemen konstruktivisme yangpaling maksimun iaitu empat (4) elemen. Elemen-elemen yang
didapati daripada analisis yang dijalankan ialah:
4.1
MMS
Terdapat empat (4) kajian yang menggunakan elemen MMS sebagai medium dalam
melaksanakan pembelajaran yang berasaskan mobil ini. Kajian tersebut ialah Fatin (2016),
Nilgun (2013), Gufron (2018) dan Ouiame (2017). MMS atau Multimedia Messaging
Service ialah perkhidmatan mesej yang merangkumi elemen multimedia seperti audio,
video, grafik dan interaktif. MMS boleh dijadikan sebagai pendekatan dalam
menyampaikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran kepada pengajar dan pelajar.
4.2
Chat
Terdapat lima kajian yang menggunakan elemen chat atau perbualan ini di dalam kajian
yang telah dianalisa iaitu Fatin (2016), Paul (2014), Ouiame (2017), Dawood (2014), dan
Rossyahida (2011), Contoh penggunaan elemen ini di dalam m-pembelajaran ialah,
pengajar memberikan satu topik perbincangan dan pelajar perlu membincangkan topik
tersebut di dalam bilik bual yang disediakan.
4.3
Game / Permainan.
Bagi elemen game pula, terdapat dua (2) kajian yang menggunakan elemen ini sebagai
pendekatan pengajaran terhadap m-pengajaran. Pengkaji tersebut ialah Nilgun (2013) dan
Rossyahida (2011).
6
4.4
LMS / Learning Management Systems
Bagi elemen LMS pula terdapat empat (4) kajian yang menggunakan elemen ini di dalam
kajian mereka iaitu Fatin (2016), Dawood (2014), Paul B. Muyinda (2014) dan Conradie
(2013). Bagi elemen LMS pelajar boleh mengakses sesuatu LMS yang dikehendaki dengan
melalui telefon bimbit mereka sendiri tanpa bantuan daripada pengajar.
4.5
SMS
Bagi elemen SMS atau Short Message System pula ianya lebih kepada perbincangan antara
pelajar dengan pelajar itu sendiri dan pengajar dengan pelajar untuk melakukan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran ke atas sesuatu topik. Terdapat empat (4) pengkaji yang
membincangkan elemen ini iaitu Fatin (2016), Paul (2014), Nilgun (2013) dan Gufron
(2013),
4.6
Apps/Aplikasi Atas Talian
Apps adalah element yang maksimum di dalam kajian yang berkaitan dengan mpembelajaran ini iaitu sebanyak tujuh (7) kertas kajian yang membincangkan elemen
tersebut. Pengkaji-pengkaji tersebut ialah Ahmad (2018), Fadli (2013), Gufron (2018),
Gustavo (2014), Rossyahida (2011), Paul (2014) dan Ouiame (2017).
4.7
Video
Bagi elemen yang terakhir iaitu video terdapat enam (6) kajian yang membincangkan
mengenai elemen ini iaitu kajian daripada Ahmad (2018), Fatin (2016), Gustavo (2014),
Nilgun (2013), Gufron (2018) dan Rossyahida (2011). Pelajar akan melihat video di dalam
telefon mereka sebelum aktiviti perbincangan dilakukan.
Jadual 2 di bawah menunjukkan rumusan keseluruhan elemen yang ditemui dalam Meta-Analisis
yang telah dijalankan keatas 11 kertas kajian yang telah dipilih.
Jadual 2 : Rumusan Meta-Analisis
Bilangan
Elemen
Bilangan Kajian
1
Apps
7
2
Video
6
3
Chat
5
4
LMS
4
5
SMS
4
6
MMS
4
7
Game
2
7
5.0 PERBINCANGAN
Berdasarkan meta analisi yang dijalankan terhadap sebelas (11) kertas kajian, terdapat tiga elemen
yang paling maksimum yang diterapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran yang
menggunakan pendekatan e-pembelajaran. Tiga elemen tersebut yang tertinggi daripada tujuh
elemen yang dinyatakan adalah Apps, Video dan Chat. Jadual 2 menunjukkan kekerapan antara
ketiga-tiga elemen yang paling maksimum dibincangkan di dalam kajian yang terdahulu.
Jadual 3: Kekerapan elemen
Bilangan
Elemen
Bilangan Kajian
1
Apps
7
2
Video
Chat
6
3
5
Kekerapan elemen ini diperolehi dari segi perancangan dan penggunaan di dalam kaedah
m-pembelajaran. Elemen Apps adalah elemen yang maksimum yang dibincangkan pada sebelas
kajian terdahulu. Elemen Apps ini sesuai digunakan dalam m-pembelajaran kerana apps ini
dibangunkan mengikut prosedur yang betul iaitu dari segi penggunaan teori, pendekatan dan
rekabentuk apps yang sesuai.
Ini dapat dilihat berdasarkan kajian (Fkrudin et al., 2018) menyatakan bahawa setiap
pembangunan aplikasi mudah alih seharusnya perlu mengambil kira setiap proses pembangunan
termasuklah teori dan pendekatan yang sesuai digunakan di dalam m-pembelajaran. Kenyataan ini
disokong oleh kenyataan (F. Ahdon, 2013) yang mengatakan apps yang dibangunkan dengan
mengikut prosedur yang sepatutnya akan menarik minat pelajar dalam menggunakan aplikasi
pembelajaran tersebut.
Bagi elemen yang kedua tertinggi iaitu video, kebanyakan pengkaji berpendapat bahawa
kecenderungan pelajar masa kini yang ke arah visual amat sesuai elemen video ini dimasukkan
sebagai salah satu pendekatan kepada pembelajaran berbantukan mobil ini. Ini dapat dibuktikan di
dalam kajian (Conradie, 2013) yang menyatakan dengan penggunaan video yang mudah diakses,
mampu membuatkan pelajar boleh belajar tidak kira masa dan tempat. Kenyataan ini disokong
oleh kajian (Abdul Ghani & Baharudin, 2016) yang menyatakan dengan adanya teknologi video
dalam m-pembelajaran ianya dapat meninggikan motivasi pelajar dalam untuk menggunakan
kaedah pembelajaran ini.
Manakala bagi elemen yang terakhir iaitu chat, menjadi elemen ketiga tertinggi dalam
pembelajaran yang berbantukan mobil ini. Hal ini demikian kerana pada masa sekarang terdapat
banyak tetingkap chat seperti whatsapp dan telegram yang boleh dijadikan platform untuk pelajar
dan pengajar berkomunikasi melalui chat tersebut bagi tujuan pembelajaran (Hamdani, 2014).
Sejajar dengan minat pelajar pada masa sekarang yang sukakan pembelajaran yang berkonsepkan
permainan (N, 2011).
8
Kesimpulan yang dapat dilihat dari ketiga-tiga elemen, elemen aplikasi mudah alih lebih
menjadi pilihan selari dengan pembangunan bahan aplikasi yang sedang meningkat sekarang. Ini
berkemungkinan disebabkan oleh wujudnya perisian pembangunan aplikasi yang mesra pengguna
serta mudah digunakan oleh semua individu untuk membangunkan sesuatu aplikasi.
6.0 KESIMPULAN
Hasil daripada maklumbalas dan analisis yang telah dibuat terhadap sebelas kajian yang terdahulu
mendapati bahawa terdapat tiga elemen yang dominan di dalam penggunaan mobil sebagai kaedah
pengajaran dan pembelajaran. Elemen tersebut ialah Apps, Video dan chat. Ketiga-tiga elemen
tersebut amat sesuai untuk dijadikan kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut teori
konstruktivisme.
Ini dapat dilihat daripada kemunculan banyak aplikasi mudah alih yang ringkas dan padat
untuk tujuan pembelajaran. Begitu juga dengan elemen video, terdapat banyak video pengajaran
yang boleh di dapati di atas talian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Bagi elemen chat
pula, ianya sangat sesuai dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran kerana ianya dapat menarik
perhatian pelajar untuk belajar sesuatu topik.
Elemen yang dominan ini boleh dijadikan panduan untuk merekabentuk bahan
instruksional yang melibatkan pembelajaran berasaskan mobil pada masa hadapan. Senario ini
bertambah positif kerana terdapat banyak kursus dan platform untuk individu mengetahui cara
untuk membangunkan apps, video dan chat bagi tujuan pembelajaran.
Diharapkan dengan adanya pembelajaran berasaskan mobil ini dapat membantu
meningkatkan prestasi pelajar dalam semua aspek yang ingin dicapai. Selain itu, mereka juga
dapat melihat dan menggunakan teknologi mudah alih ini dengan perspektif yang lebih luas.
9
RUJUKAN
Abdul Ghani, F. S., & Baharudin, H. (2016). Pendekatan ‘ Mobile Learning ’ Dalam
Meningkatkan Motivasi Pelajar. Kolokium Pendidikan Bahasa Arab 2016 (Kobar 16)
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia 10 Disember 2016, (1), 194–205.
Ahdon, F. (2013). Ke arah pembelajaran, (2003), 1–9.
Ahdon, M. F. (2013). Ke arah pembelajaran, (2013), 1–9.
Azhar Ab Wahab, Amirah Ahmad, dan S. A. M. A. (2014). Pembangunan Aplikasi MPembelajaran Peribahasa Melayu Menggunakan Model.
Conradie, P. (2013). Applying System Theory to Develop a Mobile Learning Pedagogical
Framework. Proceedings of the International Conference on E-Learning, (Ullrich 2008),
82–90. https://doi.org/10.1088/0264-9381/25/10/103001
Filali Marzouki, O., Khalidi Idrissi, M., & Bennani, S. (2017). Effects of Social Constructivist
Mobile Learning Environments on Knowledge Acquisition: A Meta-Analysis. International
Journal of Interactive Mobile Technologies (IJIM), 11(1), 18.
https://doi.org/10.3991/ijim.v11i1.5982
Fkrudin, A., Yusoff, M., & Romli, A. B. (2018). KEBOLEHGUNAAN APLIKASI MUDAH
ALIH ( MOBILE APPS ) BAGI KURSUS SAINS , TEKNOLOGI DAN
KEJURUTERAAN DALAM ISLAM ( M-ISTECH ) DI ( Usability of Mobile Application (
Mobile Apps ) in The Course of Science , Technology and Engineering in Islam ( MISTECH ) Poly, (2002).
Hamdani, D. S. Al. (2014). A Constructivist Approach to a Mobile Learning Environment.
International Journal of Computer Applications (0975, 93(4), 41–46.
https://doi.org/10.5120/16206-5500
Muyinda, P. B. (2014). MLearning: Pedagogical, technical and organisational hypes and
realities. Campus-Wide Information Systems, 24(2), 97–104.
https://doi.org/10.1108/10650740710742709
N, N. O. K. İ. (2011). THE CURRENT PERSPECTIVES , THEORIES AND PRACTICES OF
MOBILE, 10(2), 202–208.
Pletzer, K. (2013). THE CURRENT PERSPECTIVES, THEORIES AND PRACTICES OF
MOBILE LEARNING. Krankenpflege (Frankfurt Am Main, Germany), 47(3), 154–157.
Rahman, R. binti A. (2011). M-PEMBELAJARAN DALAM PENDIDIKAN TEKNIK DAN.
Susilo, S., & Amirullah, G. (2018). Pengembangan Media Pembelajaran Interaktif Pada Konsep
Monera Berbasis Pengembangan Media Pembelajaran Interaktif Pada Konsep Monera
Berbasis Smartphone Android, (April). https://doi.org/10.30738/wa.v2i1.2555
10
Download