UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS MPU 3123 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA (TITAS) TUGASAN TRIMESTER JANUARI 2018 TAJUK : Penggunaan Teknologi Hijau dalam Kehidupan di Malaysia NAMA PENSYARAH : Encik Mohd Syuja Saedin B il. 1. Nama Pelajar No. Pelajar Program / Tahun & Semester Chan Zhi Ru 1604740 QS Y1S2 2. Chin Jia Xien 1705921 ME Y1S2 3. Mok Hou Yin 1706035 ME Y1S2 4. Ng Jia Xuan 1706558 ME Y1S2 5. Queh Zhi Xian 1705690 ME Y1S2 6. Tan Xian Yi 1600792 QS Y1S2 * Tulis nama anda mengikut urutan A-Z. I GAMBAR BERKUMPULAN II Rubrik Tugasan MPU3123 Kriteria Pendahuluan (6m) Tidak Lengkap (0m) Pernyataan Masalah Kajian (2m) Tiada atau tidak jelas pernyataan masalah kajian. Objektif Kajian (2m) Tiada sebarang objektif kajian /tidak jelas objektif kajian. Tidak Lengkap (0m) Penjelasan tentang metodologi kajian tidak dinyatakan/ Penjelasan metodologi tidak berkaitan dengan tajuk tugasan. Tidak Lengkap (0m) Metodologi kajian (2m) Perbincangan dan Dapatan Kajian (16m) Konsep nilai ketamadunan (3m) Tiada sebarang konsep nilai/konsep nilai tidak jelas Tidak Lengkap (0m) Isu-isu (4m) Dapatan kajian (8m) Kesimpulan (1m) Format dan Mutu Kerja (3 m) Lemah (1m) Penjelasan tentang konsep nilai kurang jelas/kurang berkaitan dengan tajuk tugasan. Lemah (1m) Sederhana (1m) Baik (2m) Sekurang-kurang ada satu pernyataan masalah kajian yang berkaitan tajuk kajian. Sekurang-kurang ada satu objektif kajian yang berkaitan permasalahan kajian Sederhana (1m) Penjelasan tentang sekurangkurang satu metodologi yang digunakan dan disertakan dokumen berkaitan sebagai lampiran. Sederhana (2m) Ada dua pernyataan masalah kajian dan dinyatakan dengan sangat jelas. Ada dua objektif kajian dan dinyatakan dengan sangat jelas. Baik (2m) Penjelasan sangat jelas tentang metodologi yang digunakan berserta dengan dokumen-dokumen berkaitan sebagai lampiran. Baik (3m) Penjelasan tentang konsep nilai masih jelas/masih berkaitan dengan tajuk tugasan. Sederhana (2m) Penjelasan tentang konsep nilai sangat jelas dan berkaitan dengan tajuk tugasan. Baik (3-4m) Tiada sebarang isu/kajian lepas Penjelasan tentang sekurangkurang satu isu / kajian lepas yang berkaitan tajuk tugasan Penjelasan yang masih jelas tentang sekurang-kurang dua isu/kajian lepas yang berkaitan tajuk tugasan. Penjelasan sangat jelas tentang sekurang-kurang tiga isu/kajian lepas yang berkaitan tajuk tugasan. Tidak Lengkap (0m) Tiada sebarang laporan tentang dapatan kajian/Laporan dapatan kajian tidak berkaitan dengan tajuk tugasan Lemah (1-3m) Penjelasan tentang laporan dapatan kajian kurang jelas/kurang berkaitan dengan tajuk tugasan. Hanya ada 1 – 2 dapatan kajian sahaja Sederhana (4-6m) Penjelasan tentang laporan dapatan kajian masih jelas/masih berkaitan dengan tajuk tugasan. Sekurangkurangnya ada 3 – 4 dapatan kajian Baik (7-8m) Penjelasan tentang laporan dapatan kajian sangat jelas dan sangat berkaitan dengan tajuk tugasan. Sekurangkurangnya ada 5 atau lebih dapatan kajian Baik (1m) Penjelasan sangat jelas tentang kesimpulan yang berkaitan tajuk tugasan. Lemah (1m) Sederhana (2m) Baik (3m) Beberapa keterangan tidak disusun mengikut logik dan cara penulisannya adalah tidak memuaskan. Penulisan tidak mengikut kriteria yang dikehendaki dan format yang ditetapkan sepenuhnya. Penulisan bibliografi tidak mengikut gaya APA. Bilangan sumber rujukan kurang daripada jumlah minimum ditetapkan. Keterangan disusun mengikut logik dan penulisannya adalah bermakna. Penulisan mengikut kriteria iaitu mengandungi bahagian pengenalan, perbincangan dan dapatan kajian tetapi refleksi kurang tersusun. Penulisan bibliografi tidak mengikut gaya APA sepenuhnya. Tiada sumber rujukan buku/jurnal/artikel. Kebanyakan keterangan disusun mengikut logik dan penulisannya jelas, menarik dan bermakna. Penulisan mengikut kriteria iaitu mengandungi bahagian pengenalan, perbincangan dan dapatan kajian dan refleksi disusun mengikut format. Penulisan bibliografi mengikut gaya APA sepenuhnya dan memenuhi kriteria ditetapkan untuk sumber rujukan. Tidak Lengkap (0m) Tiada sebarang sebarang kesimpulan atau kesimpulan yang diberikan tidak berkaitan dengan tajuk tugasan. Tidak Lengkap (0m) Kebanyakan keterangan tidak disusun mengikut logik dan penulisannya adalah tidak bermakna. Keseluruhan penulisan tidak mengikut kriteria yang dikehendaki dan format yang ditetapkan Markah Komen/Ulasan: 25 III Tidak Lengkap (0m) Refleksi (5m) Bil. Tiada refleksi/Refleksi tidak berkaitan tajuk tugasan/Meniru refleksi ahli lain. Lemah (1-2m) Huraian refleksi sangat ringkas/kurang jelas/kurang berkaitan tajuk tugasan. Sederhana (3-4m) Baik (5 m) Huraian refleksi masih jelas dan berkaitan dengan tajuk tugasan. Huraian refleksi sangat jelas dan sangat berkaitan dengan tajuk tugasan. Nama Pelajar No. Pelajar 1. Chan Zhi Ru 1604740 2. Chin Jia Xien 1705921 3. Mok Hou Yin 1706035 4. Ng Jia Xuan 1706558 5. Queh Zhi Xian 1705690 6. Tan Xian Yi 1600792 IV Markah Refleksi Jumlah Markah ISI KANDUNGAN Tajuk Muka Surat Muka Hadapan I Gambar Berkumpulan II Rubrik Tugasan III-IV Isi Kandungan V Pengenalan 1-2 Perbincangan dan Hasil Kajian 3-12 Refleksi 13-18 Rujukan 19 Lampiran 20-27 V PENGENALAN Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan, sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi serta meminimumkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan turut dapat meminimumkan degrasi kualiti persekitaran secara berkesan. Produk teknologi hijau mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah dan ia adalah selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran yang lebih sihat untuk semua hidupan. Selain itu, penggunaan teknologi hijau juga dapat menjimatkan tenaga dan sumber asli di samping menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui. Walau bagaimanapun, kami mendapati bahawa tahap kesedaran masyarakat terhadap teknologi hijau masih belum mencapai tahap yang memuaskan. Jadi, kumpulan kami ingin membuat satu kajian berkaitan dengan punca-punca masyarakat Malaysia menggunakan produk teknologi hijau dan tahap kesedaran tentang penggunaan produk teknologi hijau dalam kehidupan. 1 Penyataan masalah Dalam memproseskan kajian ini, kumpulan kami telah menghasilkan dua penyataan masalah yang berkaitan dengan tajuk kajian tugasan iaitu: 1. Penggunaan teknologi hijau dapat mengurangkan penggunaan sumber semula jadi yang terhad sebagai sumber tenaga kita. 2. Permintaan tempatan yang rendah terhadap produk dan perkhidmatan teknologi hijau dalam kalangan rakyat Malaysia disebabkan oleh kos yang tinggi. Objektif kajian Tujuan utama kumpulan kami membuat kajian ini adalah untuk membincang penyataan masalah tajuk kajian ini. Antaranya ialah : 1. Menyenaraikan kepentingan penggunaan teknologi hijau dalam kalangan rakyat Malaysia. 2. Memahami masalah yang dihadapi oleh semua pihak untuk mengimplementasikan teknologi hijau dalam kehidupan dan cara untuk mengatasinya. Metadologi kajian Antara dua cara yang telah kumpulan kami gunakan untuk membuat kajian ini ialah: 1. Kajian perpustakaan 2. Soal selidik (responden – 30 orang) 2 PERBINCANGAN DAN HASIL KAJIAN Konsep nilai ketamadunan Apabila sesebuah negara semakin pesat membangun, populasinya semakin meningkat. Hal ini menyebabkan kadar permintaan terhadap sesuatu keperluan menjadi lebih tinggi. Gaya hidup manusia yang lebih baik seperti rumah, bekalan elektrik dan air serta pengangkutan telah menyebabkan permintaan terhadap sumber semula jadi semakin meningkat. Namun begitu, sumber semula jadi akan habis digunakan lalu menjejaskan kualiti kehidupan manusia jika pengurusan sumber semula jadi tidak dirancangkan dengan baik. Oleh itu, penggunaan teknologi hijau menjadi semakin penting bagi semua lapisan masyarakat. Apakah itu teknologi hijau? Teknologi hijau ialah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam semula jadi bagi menangani impak negatif aktiviti manusia. Teknologi hijau juga merupakan teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi yang sedia ada. Apabila kita menggunakan teknologi hijau, kita menggunakan sumber-sumber tenaga secara minimum untuk menghasilkan sesuatu produk. Produk itu adalah selamat digunakan dan menyediakan persekitaran yang sihat kepada semua hidupan. Daripada aspek ekonomi, teknologi hijau mempunyai potensi besar dalam memacu pembangunan negara. Ia dapat mengurangkan kos operasi, meningkatkan nilai aset dan keuntungan. Kita juga boleh menerokai peluang untuk mengeksport produk ‘hijau’ yang telah kita hasilkan. Tambahan pula, pihak kerajaan turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk meningkatkan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan mereka seperti menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Kesimpulannya, promosi penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan adalah amat 3 penting untuk dilaksanakan bagi menjamin bekalan sumber tenaga yang berterusan pada masa hadapan. Isu-isu Isu tentang kehabisan sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui dan penyelesaiannya. Sekiranya tiada penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan kita, maka banyak masalah akan timbul pada masa hadapan. Tenaga yang tidak boleh diperbaharui seperti bahan fosil, minyak mentah dan tenaga nuklear mempunyai peratus penggunaan yang lebih tinggi berbanding dengan tenaga yang boleh diperbaharui seperti tenaga solar, hidro dan biojisim. Menurut (GENP Perkenal Produk Ganti Bahan Bakar, 2017), dunia sedang mengalami krisis bahan api yang semakin berkurangan. Sumber-sumber tersebut adalah terbentuk daripada pereputan haiwan dan tumbuhtumbuhan serta tidak dapat digantikan dalam jangka masa yang pendek. Penggunaan yang tinggi akan menyebabkan sumber-sumber terhad ini habis digunakan pada masa depan. Oleh itu, Syarikat Elevance Renewable Sciences telah memperkenalkan teknologi metatesis yang memacu industri minyak sawit sebagai salah satu produk perladangan yang boleh diperbaharui. Isu tentang pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh penggunaan sumber tidak boleh diperbaharui. Sebenarnya, sumber-sumber tenaga yang kita gunakan telah mencemarkan alam sekitar dengan serius. Penggunaan sumber yang tidak boleh diperbaharui telah menjejaskan kualiti kehidupan kita seperti pemanasan global, penipisan kulit ozon, pencemaran laut dan sebagainya. Hal ini demikian kerana penambahan penggunaan arang batu dan bahan fosil telah menyerukkan pembebasan 4 karbon dioksida dan karbon monoksida lalu menyebabkan berlakunya hujan asid. Menurut berita Astro AWANI oleh Anas Alam Faizli, pembebasan karbon dioksida Malaysia telah meningkat kepada 258juta tan pada 2014 dari 100 juta tan pada 1996 dan 7 juta tan pada 1965. Seterusnya, pembalakkan yang berlebihan akan menjejaskan fungsi alam sekitar dalam mengurangkan karbon dioksida. Penggunaan bahan-bahan nuklear yang tidak terkawal untuk menjana kuasa elektrik telah menyebabkan pembuangan sisa-sisa kimia dan radioaktif ke dalam sungai. Oleh itu, saintis telah memberi amaran bahawa masalah yang akan kita hadapi sekiranya penggunaan bahan-bahan tersebut tidak dikawal. Cabaran terhadap kekurangan fahaman tentang teknologi hijau serta ketinggian kos pengunaan dan pembinaan teknologi hijau. Walaupun teknologi hijau sentiasa dipromosikan dalam usaha untuk memperbaik keadaan alam sekitar, tetapi masih banyak raykat Malaysia termasuklah saya, tidak mempunyai pemahaman yang sempurna tentang teknolgi hijau. Kekurangan fahaman tentang sesuatu produk menyebabkan kekurangan keyakinan rakyat terhadap penggunaan produk tersebut. Menurut berita soalan parlimen yang disiarkan oleh Portal Rasmi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), permintaan rakyat yang rendah terhadap produk dan perkhidmatan teknologi hijau di Malaysia disebabkan oleh kos yang tinggi. Hal ini demikian kerana kebanyakkan produk teknologi hijau seperti sistem solar yang dipasang oleh rakyat di rumah masing-masing memerlukan kos yang tinggi dan bukan semua rakyat mampu untuk memasangnya. Cabaran ini dipercayai dapat dikurangkan dengan usaha kerajaan seperti penghapusan cukai produk teknologi hijau. Iklan-iklan dan berita juga dapat meningkatkan pemahaman rakyat tentang teknologi hijau. 5 Dapatan Kajian Kami telah menjalani soal selidik tentang tajuk kami, iaitu “Penggunaan teknologi hijau (mesra alam) dalam kehidupan di Malaysia”. Terdapat 30 penyerta telah melibatkan diri dalam soal selidik ini dan berikut merupakan analisis tentang kajian yang telah dijalani. Berdasarkan carta pai di atas, kami mendapati 80% iaitu 24 orang daripada 30 orang responden pernah diberitahu tentang kepentingan penggunaan produk teknologi hijau manakala hanya 20% iaitu 6 orang responden tidak mengetahui kepentingan menggunakan produk hijau. Ini menunjukkan kebanyakan orang telah ditanam kesedaran tentang produk teknologi hijau melalui saluran yang berbeza. Contohnya, pihak kerajaan sedang berusaha menyebarkan informasi yang berkaitan dengan teknologi hijau melalui agensi dan kementerian yang memberi tumpuan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia. Misalnya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah ditubuhkan dalam tahun 2009 untuk memacu penggunaan teknologi hijau untuk mempromosi ekonomi serta gaya hidup hijau. 6 Selain itu, kempen-kempen kesedaran tentang kepentingan teknologi hijau yang diadakan oleh kerajaan juga dapat menghantarkan mesej kepentingan teknologi hijau kepada masyarakat kita. Contohnya, “Kempen Penggunaan Lampu Cekap Tenaga” telah diadakan. Berdasarkan sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Utusan Online (2013), penukaran lampu mentol kepada lampu cekap tenaga dalam Sekolah Kebangsaan Randagong, Sabah telah dilaksanakan pada September 2012. Sebanyak 35 buah lampu telah ditukarkan kerana lampu cekap tenaga adalah lebih terang dan untuk mengurangkan kos elektrik kerana ia menggunakan elektrik yang lebih kurang berbanding dengan lampu mentol. Pelaksanaan ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran warga sekolah supaya bersama-sama mempraktikkan penggunaan elektrik secara cekap, kata Pengarah Urusan Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Ir. Abd. Razak Sallim dalam majlis perasmian program penggunaan lampu cekap tenaga SK Randagong. Seterusnya, terdapat 96.7%, iaitu 29 orang penyerta daripda 30 orang merasakan produk teknologi hijau boleh mempertingkat kualiti hidup rakyat manakala seorang responden iaitu 3.33% daripada 100% tidak bersetuju dengan fakta ini. Peratusan ini menerangkan kebanyakan orang mengaku keupayaan teknologi hijau mempertingkat kualiti hidup rakyat Malaysia. Penggunaan teknologi 7 dapat menyelesaikan dua cabaran utama yang dihadapi oleh kita masa kini, iaitu isu keselamatan tenaga dan perubahan iklim. Jika kedua-dua masalah ini tidak ditangani dengan baik, maka kita akan dipengaruhi kerana isu-isu ini akan membawa masalah terhadap aktiviti harian kita. Tambahan pula, penggunaan teknologi hijau dapat memelihara alam sekitar dengan kurang melepaskan karbon dioksida ke dalam atmosfera serta kurang menggunakan tenaga yang tidak diperbaharui seperti tenaga fosil. Oleh itu, kesan-kesan negatif terhadap alam sekeliling dapat diminimumkan selepas teknologi hijau diimplementasikan dalam kehidupan kita. Berdasarkan carta pai di atas, kesudian rakyat Malaysia untuk menggantikan penggunaan produk harian dengan produk teknologi hijau berada di spektrum yang tinggi iaitu 86.2% daripada 30 orang responden yang menjawab soal selidik, merangkumi 26 orang yang sudi. Berdasarkan keputusan yang kami dapat daripada soal selidik tersebut, kami telah membincang faktor-faktor yang menimbulkan keputusan tersebut. Faktor pertama merupakan kesedaran tentang kepentingan melindungi dan menghargai alam sekitar supaya ekosistem dan sumber asli dapat dikekalkan. Kerajaan Malaysia pada zaman modenisasi ini sedang mempromosikan kesedaran hijau supaya masyarakat Malaysia bersama- 8 sama berusaha untuk melindungi alam sekitar. Hal ini dapat dibuktikan melalui Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar. Dalam laman sesawang mereka, pelbagai informasi, kempen serta aktiviti telah dipromosikan kepada masyarakat Malaysia. Bukan itu sahaja, merujuk kepada projek dimulakan oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) disokong oleh GreenTech Malaysia, dinamakan MyHijau. Projek ini dilaksanakan dengan matlamat utama untuk menggalakkan masyarakat Malaysia untuk membeli produk hijau (“Kesedaran Alam Sekitar,” n.d.). Faktor kedua yang mempengaruhi responden untuk sudi membeli projek hijau merupakan korporat-korporat besar menyokong inisiatif penggunaan produk hijau. Pasaraya Mydin menyokong produk hijau (Nor, A.Y., 2015). Apabila korporat-korporat besar menggunakan produk hijau, pelanggan mereka turut akan menggunakan produk hijau. Sebagai contoh yang ketara, kerajaan Wilayah Kuala Lumpur telah mengenakan larangan kepada pemilik perniagaan untuk menggunakan plastik tidak dibiodegradasikan (“Ban on Non-biodegradable Plastic Bags Takes Effect in Malaysia Federal Territories”, 2017). Namun, terdapat juga responden yang tidak sudi untuk mengaplikasikan produk teknologi hijau. Golongan ini merangkumi 13.8%, iaitu 4 orang responden. Kami menduga keputusan ini dipengaruhi oleh kos tinggi produk teknologi hijau. Mereka tidak dapat meyakinkan diri untuk membeli produk teknologi hijau berbanding dengan produk yang memusnahkan alam sekitar (“Produk Hijau – Kemewahan vs No-brainer”, n.d.). Sebagai kesimpulan, kami dapat membuat inferens bahawa rakyat Malaysia lebih cenderung untuk membeli produk teknologi hijau dan trend ini harus diteruskan agar alam sekitar dapat dilindungi. 9 Selain itu, terdapat 63.3%, iaitu 19 orang responden berpendapat bahawa teknologi hijau akan menjadi satu trend dalam Malaysia pada zaman ini. Kami membuat inferens faktor utama yang mempengaruhi keputusan ini ialah kesedaran tentang kepentingan melindungi alam sekitar yang tinggi. Sebagai contoh, kebanyakan rakyat telah menggunakan bahan api bio sebagai alternatif. Antara minyak biodiesel ialah minyak kelapa sawit dan minyak sayuran (“Biodiesel Ganti Bahan Api Fosil,” 2013). Selain itu, pelbagai jabatan kerajaan telah melaksanakan pelbagai strategi untuk menggalakkan budaya amalan hijau. Sebagai contoh, Polis Diraja Malaysia walaupun tugas utama mereka ialah menjaga keamanan negara, tetapi pihak polis turut formulasikan strategik untuk membudayakan amalan hijau supaya kesedaran menjaga alam sekitar dapat disebarkan dalam kalangan polis (“Strategi Membudayakan Amalan Hijau,” n.d.). Selain itu, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) telah bekerjasama dengan korporat untuk melaksanakan projek ‘Perolehan Hijau Kerajaan’. Matlamat utama projek ini adalah untuk menggalakkan pembelian produk, perkhidmatan dan kerja di sektor awam mengambil kira kriteria alam sekitar untuk memulihara dan memelihara alam sekitar dan sumber semula jadi (Khairul N.A., Walter K., Norma M., 2014). 10 Dengan inisiatif kerajaan, ini dapat meyakinkan rakyat Malaysia bahawa trend teknologi hijau akan diteruskan dalam negara ini (Mohamad, A.Z., 2018). Namun, 36.7%, iaitu 11 orang responden tidak yakin bahawa trend teknologi hijau tidak akan diteruskan dalam negara ini. Keputusan ini dimotivasikan oleh peruntukan bajet yang rendah dalam sektor penyelidikan dan kemajuan teknologi hijau oleh kerajaan. Walaupun kerajaan Malaysia telah mencipta pelbagai perundangan dan projek untuk menggalakkan amalan hijau, tetapi peruntukan bajet yang rendah menyebabkan projek yang dilaksanakan tidak membawa impak yang besar. 11 Kesimpulan Secara konklusinya, merujuk kepada statistik yang dibincangkan dalam bahagian “Dapatan Kajian”, penggunaan produk atau perkhidmatan teknologi hijau akan menjadi satu amalan atau budaya yang baharu dalam kalangan masyarakat Malaysia pada masa depan. Hal ini demikian kerana maklumat tentang kepentingan dan faedah-faedah penggunaan produk teknologi hijau telah disebarkan dalam masyarakat kita dengan luas. Pihak kerajaan telah menjadi pihak yang paling utama dalam menyebarkan dan mempromosikan budaya ini. Peranan yang penting ini juga dimainkan oleh pihak sekolah. Sokongan daripada rakyat Malaysia juga adalah sangat penting kerana tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit untuk tegar menjadi evasif. Jagalah alam sekitar supaya anak dan cucu kita dapat menikmatinya. Oleh sebab penggunaan teknologi hijau dapat menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar dan kehabisan tenaga terhad, marilah kita memberi sokongan kepada aktiviti ini kerana penyelamatan ibu bumi kita ialah tanggungjawab kita. 12 REFLEKSI Chan Zhi Ru 1604740 QS Mata pelajaran Tamadun Islam dan Tamadun Asia(TITAS) merupakan satu subjek yang baru bagi kami. Bagi semester ini, kami telah diberi tugasan kerja kursus. Tajuk yang kami pilih adalah Penggunaan Teknologi Hijau dalam kehidupan di Malaysia. Tugasan ini memerlukan saya dan rakan-rakan untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan penggunaan Teknologi Hijau dalam kehidupan di Malaysia. Peranan saya dalam tugasan ini adalah untuk membuat analisis daripada soal selidik yang telah dijalani. Melalui soal selidik dan analisis kajian ini, saya dapat memahami bahawa pandangan rakyat Malaysia terhadap penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan mereka. Saya berasa bersyukur kerana teknologi hijau telah menjadi satu trend dalam negara kita pada masa ini. Hal ini demikian kerana kesudian rakyat Malaysia untuk menggantikan penggunaan produk harian kepada produk teknologi hijau berada di spektrum yang tinggi. Selain itu, saya juga telah mencari informasi dengan menggunakan sumber Internet. Tidak dapat dinafikan bahawa dengan menggunakan cara ini, saya dapat menjumpai pelbagai jabatan kerajaan di Malaysia telah melaksanakan pelbagai strategi untuk menggalakkan budaya amalan hijau. Dengan inisiatif kerajaan, hal ini dapat meyakinkan rakyat Malaysia bahawa trend teknologi hijau akan diteruskan dalam Malaysia. Bukan itu sahaja, kami telah mengadakan lawatan ke Malaysia Green Tech Corporation. Mereka juga memberi kerjasama kepada kita dengan memberikan maklumat yang lengkap tentang Teknologi Hijau dalam negara kita. Mereka berusaha dengan bersungguh-sungguh bagi membantu 13 pertumbuhan industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi Malaysia. Kesimpulannya, saya telah banyak menimba ilmu sepanjang saya menyiapkan tugasan ini. Saya telah memahami bahawa kepentingan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan di Malaysia dan saya berharap rakyat Malaysia boleh bekerjasama memerhatikan pendidikan dan kesedaran awam terhadap teknologi hijau serta memulihara alam sekitar untuk generasi yang akan datang. Chin Jia Xien 1705921 ME Peranan yang saya mainkan dalam projek ini adalah menyediakan isu-isu yang berkaitan dengan penggunaan teknologi hijau melalui laman web dan journal-journal dari perpustakaan. Hal ini demikian kerana penggunaan teknologi hijau masih belum dipraktikkan secara aktif dalam kehidupan kita. Oleh itu, isu-isu dan cabaran tersebut adalah sesuatu yang perlu dibincangkan dalam menghasilkan projek ini. Di samping itu, saya turut berperanan untuk menyusun semula kerja-kerja yang telah dihasilkan oleh ahli-ahli kumpulan lain. Pada pandangan saya, terdapat banyak manfaat yang diperoleh daripada projek ini. Antaranya ialah saya dapat memupuk kesedaran tentang kepentingan penggunaan teknologi hijau terhadap alam sekitar melalui projek ini. Selain itu, ia juga telah memberi peluang kepada kami untuk berkunjung ke GreenTech Malaysia serta mendapat banyak maklumat tentang teknologi hijau dan sistem operasi syarikat tersebut. Akhir sekali, saya berasa amat bersyukur kerana terdapat syarikat-syarikat teknologi hijau seperti GreenTech Malaysia yang mengambil inisiatif dalam inovasi produk-produk teknologi hijau untuk mengelakkan berlakunya krisis sumber tenaga di negara kita. Oleh itu, marilah kita 14 berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk merealisasikan kemaraan negara dengan mempraktikkan penggunaan teknologi hijau dalam kehidupan seharian. Mok Hou Yin 1706035 ME Peranan yang saya mainkan dalam tugasan berkumpulan ini ialah mencari maklumat tentang tajuk kajian ini, menyemakkan seluruh teks dan data kajian serta menghasilkan kesimpulan dan rumusan tentang laporan ini. Daripada projek ini, saya dapat memperoleh pemahaman yang lebih mendalam terhadap pengimplementasian teknologi hijau dan kepentingannya. Bukan itu sahaja, saya juga dapat memahirkan teknik mencari maklumat daripada pelbagai sumber dan teknik merumuskan segala informasi dalam bahagian-bahagian yang telah diterangkan. Insprirasi yang saya perolehi dalam kajian ini ialah penggunaan produk teknologi hijau membawa banyak faedah kepada negara kita. Kerajaan negara kita telah merancang dan mempromosikan banyak dasar dan cara untuk menggalakkan rakyat mengamalkan budaya penggunaan teknologi hijau. Alam sekitar merupakan ciptaan yang dikurniakan olehNya kepada kita, oleh itu saya bertanggungjawab memberi sokongan kepada rancangan tersebut untuk menyelamatkan alam sekitar daripada ancaman pencemaran. Misalnya, saya tidak menggunakan atau membeli beg plastik yang tidak boleh dibiodegrasikan apabila membeli-belah. Saya juga menggalakkan ahli keluarga dan kawan saya kurang menggunakan jenis beg plastik tersebut. Sebagai gantian, kami perlulah membawa beg kitar semula yang boleh dibiodegrasikan selepas masa yang panjang supaya pengeluaran beg plastik dapat dikurangkan kerana permintaan beg plastik dalam pasaran menjadi lebih kurang. 15 Saya merasakan rakyat Malaysia hendaklah bersama-sama mementingkan teknologi hijau dan menyokong produk tersebut supaya melahirkan persekitaran yang mesra alam dan lebih selesa dengan cara ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni. Ng Jia Xuan 1706558 ME Peranan saya dalam melengkapkan tugasan kajian ini adalah menghasilkan pengenalan, penyataan masalah, objektif kajian dan metadologi kajian yang telah kami bincangkan. Selain itu, saya juga berperanan dalam menyatakan konsep nilai ketamadunan yang berkaitan dengan tajuk tugasan kajian kumpulan kami. Pada pendapat saya, selepas menyiapkan kajian ini, kegunaan produk teknologi hijau ini sangat penting bagi setiap Negara untuk memastikan pengurusan sumber semula jadi ini terkawal secara terancang. Contohnya, di Malaysia, terdapat pelbagai aktiviti ataupun kempen tentang penggunaan produk teknologi hijau dalam kehidupan telahpun dipromosikan oleh pihak kerajaan seperti geraigerai dilarang menggunakan polistirena sebagai pembungkusan makanan dan sebagainya. Di samping itu, pengetahuan tentang kepentingan kegunaan produk teknologi hijau turut meningkat dalam kalangan masyarakat kita. Ini disebabkan perkembangan teknologi hijau dalam sesebuah Negara dapat membawa faedah dari keseluruhan aspek seperti ekonomi ataupun teknologi. Secara kesimpulannya, tanggungjawab untuk memelihara alam sekitar kita ini mestilah diamalkan oleh setiap orang supaya bekalan dan penggunaan yang berterusan dapat dijamin. 16 Queh Zhi Xian 1705690 ME Tugasan saya dalam projek ini adalah menyediakan bahagian isu-isu yang berkaitan dengan teknologi hijau. Isu-isu yang saya bincangkan dalam projek ini terutamanya adalah cabarancabaran yang dihadapi “oleh” teknologi hijau apabila ia diterima oleh rakyat Malaysia dan masalah yang dihadapi oleh alam sekitar kita. Untuk menyediakan fakta dan maklumat yang berkaitan , saya telah membuat penyelidikan tentang teknologi hijau dalam laman web , saya dapat mendapati kemajuan organisasi negara kita dalam teknologi hijau. Selain itu, melalui informasi yang didapati, saya juga medapati kesedaran tentang perubahan keadaan, kualiti alam sekitar Malaysia. Seterusnya, saya juga dapat menambah pengetahuan apabila kami mengadakan lawatan ke syarikat GreenTech Malaysia. Pengurus syarikat GreenTech Malaysia memberi penjelasan tentang perancangan mereka untuk menjadikan Malaysia sebuah negara hijau dan juga menjawap soalansoalan dan kekeliruan kami tentang teknologi hijau . Akhirnya, saya juga mempelajari untuk bekerjasama dengan ahli kumpulan saya supaya kami dapat melaksanakan peranan kami. Tan Xian Yi 1600792 QS Dalam tugasan ini yang bertajuk Penggunaan Teknologi Hijau dalam Malaysia, saya bertanggungjawab untuk membuat analisis daripada soal selidik yang dijalani. Saya dapat memahami pandangan masyarakat Malaysia terhadap penggunaan teknologi hijau melalui soal selidik dan analisis kajian yang dijalankan. Selain itu, lawatan ke Green Tech Malaysia turut memberi peluang keemasan kepada saya untuk mempelajari cara-cara organisasi ini beroperasi dan mengetahui bahawa sumbangan organisasi ini terhadap alam sekitar, cara hidup rakyat dan ekonomi Malaysia. 17 Di samping itu, melalui penyelidikan daripada sumber internet, saya juga mendapati bahawa sumbangan yang dicurahkan oleh pihak kerajaan, pihak swasta dan institusi pendidikan dalam usaha-usaha untuk menggalakkan penggunaan teknologi hijau oleh semua lapisan masyarakat Malaysia. Kesimpulannya, saya telah memahami tentang kepentingan dan kesan penggunaan teknologi hijau melalui tugasan ini dan saya berharap penggunaan teknologi hijau akan berleluasa di Malaysia pada masa depan. 18 RUJUKAN 1. Ban on Non-Biodegradable Plastic Bags Takes Effect in Malaysia Federal Territories. (September 2, 2017). The Straits Times. Dimuat turun daripada http://www.straitstimes.com/asia/se-asia/ban-on-non-biodegradable-plastic-bags-takeseffect-in-malaysias-federal-territories 2. Biodiesel Ganti Bahan Api Fosil. (September 16, 2013). Utusan Online. Dimuat turun daripada http://ww1.utusan.com.my/utusan/Sains_&_Teknologi/20130916/st_01/Biodiesel-gantibahan-api-fosil 3. Kesedaran Alam Sekitar. (n.d.). (Februari 15, 2018) Dimuat turun daripada Portal Rasmi Jabatan Alam Sekitar website: https://www.doe.gov.my/portalv1/awam/maklumat-alamsekitar/kesedaran-alam-sekitar 4. Mohamad, A.Z. (2018). Trend Dan Agenda Global Hijau. Sinar Online. Dimuat turun daripada http://www.sinarharian.com.my/karya/pendapat/trend-dan-agenda-global-hijau1.793624 5. Nor, A.Y. (2015, April 25). Pasaraya Mydin Sokong Produk Hijau. Berita Sinar Harian. Dimuat turun daripada http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pasaraya-mydin-sokongproduk-hijau-1.383259 6. Produk Hijau – Kemewahan vs No-brainer. (n.d.). (Februari 15, 2018) Dimuat turun daripada SCP Malaysia website: http://www.scpmalaysia.gov.my/ms/node/197 7. Strategi Membudayakan Amalan Hijau. (n.d.). (Februari 15, 2018) Dimuat turun daripada Portal Rasmi Polis Diraja Malaysia website: https://www.rmp.gov.my/programpdrm/amalan-hijau-pdrm/strategi-membudayakan-amalan-hijau 19 LAMPIRAN Topik : Penggunaan Teknologi Hijau (mesra alam) dalam kehidupan Malaysia Bahagian A 1. Pernahkah anda diberitahu tentang kepentingan penggunaan produk teknologi hijau? a. Ya b. Tidak 2. Adakah anda berasa produk teknologi hijau dapat mempertingkat kualiti hidup rakyat? a. Ya b. Tidak 3. Adakah anda berasa harga produk teknologi hijau berbaloi untuk dibeli? a. Ya b. Tidak 4. Apakah punca-punca utama yang menyebab anda ingin menggunakan ataupun membeli produk teknologi hijau? a. b. c. d. Menggalakkan penggunaan sumber yang boleh diperbaharui Menjimatkan tenaga dan sumber asli Selamat untuk digunakan Mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar 20 5. Sila nyatakan tahap pandangan anda terhadap kepentingan teknologi hijau. a. b. c. d. e. Amat tidak penting Tidak penting Neutral Penting Amat penting Bahagian B 6. Sudikah anda menggantikan produk kegunaan harian dengan produk teknologi hijau jika diberi peluang? a. Ya b. Tidak 7. Pada pendapat anda, adakah kamu rasa teknologi hijau ini akan menjadi satu trend ataupun popular dalam negara kita pada masa ini? a. Ya b. Tidak 8. Pada pendapat anda, mengapakah produk teknologi hijau kurang dapat sokongan daripada ramai orang dalam kehidupan di Malaysia? a. b. c. d. Kekurangan publisiti tentang kepentingan teknologi hijau Kos yang tinggi Orang yang kekurangan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi hijau Industri teknologi hijau tidak berkembang dalam Malaysia 9. Bagaimanakah anda melibatkan diri sendiri dalam perancangan dasar teknologi hijau yang diaplikasikan oleh kerajaan? a. b. c. d. Mengutamakan produk teknologi hijau apabila membuat pembelian Melibatkan diri dalam aktiviti teknologi hijau Mengguna tenaga solar untuk menjaga elektrik Menggunakan kereta elektrik 21 10. Apakah sumber-sumber yang biasa anda mendapati tentang informasi-informasi teknologi hijau? a. b. c. d. e. Jurnal Sosial media Sekolah / Universiti Kempen Kawan / Sahabat / Ahli keluarga 22 Jawapan 23 24 25 26 27