Uploaded by MUHAMMAD FAIZAL SHAFIE

263828236-Laporan-Pertandingan-Mendeklamasi-Sajak-Sempena-Bulan-Kemerdekaan

advertisement
LAPORAN PERTANDINGAN MENDEKLAMASI SAJAK SEMPENA BULAN
KEMERDEKAAN
Pada 22 Ogos 2014, Sekolah Kebangsaan Gayaratau telah mengadakan pertandingan
mendeklamasi sajak sempena bulan kemerdekaan. Pertandingan ini dikelolakan oleh panitia
Bahasa Malaysia. Pertandingan ini mempunyai dua kategori, iaitu tahap satu dan tahap dua.
Sebelum pertandingan, murid yang menyertai pertandingan dikehendaki memilih sajak yang
telah disediakan oleh panitia BM. Peserta diberi masa selama seminggu untuk berlatih dan
membuat persediaan. Selain itu, persediaan tempat telah disediakan sehari sebelum
pertandingan. Begitu juga dengan cabutan nombor giliran persembahan.
Pertandingan mendeklamasi sajak ini diadakan di kelas tahun 1. Sebelum
pertandingan, peserta berkumpul dan duduk mengikut nombor giliran masing-masing.
Pertandingan ini diadili oleh guru-guru SK Gayaratau yang terdiri daripada Encik Azlan,
Puan Masniah dan Puan Asnitah. Peserta dinilai dari aspek sebutan dan intonasi, gaya
persembahan dan juga penampilan semasa mendeklamasikan sajak.
Pertandingan ini dimulakan dengan murid dari tahap dua seramai tujuh orang.
Selepas itu, acara diteruskan dengan deklamasi sajak dari murid tahap satu seramai
sembilan orang. Sebilangan besar murid tidak mengingati sajak yang dipersembahkan dan
tertumpu pada teks sajak. Selain itu, gaya persembahan murid juga kurang menonjol. Walau
bagaimanapun, sikap dan semangat murid-murid yang berani mencuba dan tampil untuk
menunjukkan bakat patut dipuji dan diberi penghargaan.
Secara keseluruhannya, acara ini dapat dilangsungkan dengan teratur dan berjalan
dengan lancar. Murid-murid memberikan kerjasama dengan baik sehingga majlis
pertandingan mendeklamasi sajak selesai.
Gambar 1: persembahan dari murid tahun 4, Jerinah
Gambar 2: persembahan dari murid tahun 4, Ernila
Gambar 3: wakil dari tahun 5, Adriana
Gambar 4: persembahan dari murid tahun 5, Elcira
Gambar 5: deklamasi sajak dari murid tahun 1, Elvia
Gambar 6: persembahan dari Alviana, murid tahun 2
Gambar 7: murid-murid SK Gayaratu yang menyaksikan pertandingan mendeklamasi
sajak
Gambar 8: sekitar pertandingan mendeklamasi sajak
1
Download