HASIL PEMBELAJARAN Memahami sejarah pembentukan masyarakat plural di Malaysia. 2. Mengenalpasti teori-teori hubungan etnik. 3. Menjelaskan konsep-konsep hubungan etnik dan aplikasinya di Malaysia. 1. PENGENALAN Bab ini membincangkan: Sejarah pembentukan masyarakat berbilang etnik di Malaysia: ○ Zaman Kesultanan Melayu Melaka. ○ Zaman kolonial Inggeris. Teori dan konsep penting dalam memahami kepelbagaian etnik. Mengaplikasi konsep ras dan etnik dalam memahami kepelbagaian etnik di Malaysia. HASIL PEMBELAJARAN 1 Memahami sejarah pembentukan masyarakat plural di Malaysia ZAMAN GEMILANG MELAYU MELAKA Empayar Melaka dikenali sebagai ‘Venice of the East’. Masyarakat plural – terbentuk secara semulajadi dengan interaksi orang tempatan dan pedagang-pedagang asing. Pelabuhan Melaka sewaktu zaman kegemilangannya. Kemuncak pluraliti Empayar Melaka: Pelabuhan Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh dunia. Para pegawai istana bukan hanya terdiri daripada orang Melayu tempatan, tetapi juga orang India. Berlaku juga perkahwinan campur antara pemerintah Melaka dengan anak perempuan pemerintah Cina. Zaman ini bukan zaman negara bangsa. Pedagang tidak perlu pasport atau visa. Ringkasnya, zaman keagungan Melaka boleh dilihat dari aspek: Pemerintahan Perdagangan Kependudukan Kebudayaan ZAMAN KOLONIAL INGGERIS (1874 hingga 1957) Kedatangan British ke Alam Melayu berlandaskan serampang tiga mata: Keagamaan. Kekayaan. Kemegahan. Kolonialisme membawa kepada penaklukan: Ruang fizikal. Ruang pemikiran/epistemologi. Perubahan komposisi penduduk Tanah Melayu: Sebelum tahun 1848 hampir kesemuanya orang Melayu. Kemasukan besar-besaran orang Cina pada pertengahan abad ke-19 berkerja di lombong bijih timah. Kemasukan besar-besaran orang India pada awal abad ke-20 bekerja di ladang-ladang getah. Menjelang tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu melebihi penduduk Melayu. ○ Kewujudan penduduk pelbagai kaum. ○ Mengekalkan budaya masing-masing. ○ Pengasingan dari segi ruang fizikal dan ekonomi pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi masing-masing. ○ Hasilnya masyarakat majmuk (plural society). Masyarakat majmuk (plural society) – J.Nagata. 2001. Plural Societies, in International Encyclopedia of the Social & Behavioral Sciences, pp.11513-11516. Elsevier Science Ltd . The idea of the ‘plural society’ was first coined by a British colonial administrator, Furnivall, on the basis of practical experience in Southeast Asia, in his classic volume, Colonial Policy and Practice: A Comparative Study of Burma & Netherlands India (1939), more as a descriptive device than as theory. It reflected the condition, common in colonial and later, newly independent postcolonial states, of deeply divided societies, usually along ascriptive lines of ethnicity, or race, but also of culture, religion, or language. Zaman Kolonial Inggeris Permulaan era pembangunan negara dan pembentukan masyarakat majmuk. Garis waktu Sebelum penjajahan – pluralisme Alam Melayu Zaman penjajahan – Masyarakat majmuk (plural society) Selepas kemerdekaan – Masyarakat multi-etnik HASIL PEMBELAJARAN 2 Mengenalpasti teori-teori hubungan etnik Teori berkaitan Hubungan Etnik • Teori Ekologi • Teori Freudian • Teori Kelas • Teori Masyarakat Majmuk • Teori Pasaran Buruh Terpisah • Teori Pilihan Rasional • Teori Pertukaran Sosial • Teori Sistem Ekologikal Bronfenbrenner Teori Kelas Cox (1948) – di Amerika Syarikat, masalah hubungan ras dan etnik berkait rapat dengan persoalan kelas dan sistem kasta: Pertelingkahan berkait dengan dasar dan sikap golongan orang kulit putih (kapitalis atau golongan borjuis) terhadap bukan kulit putih (buruh atau proletariat). Prejudis dan ideologi ras dipupuk sebagai instrumen yang bermatlamatkan politik dan ekonomi kapitalis. Teori Masyarakat Majmuk Furnivall (1948) dan Smith (1965) – mengutarakan konsep masyarakat majmuk yang dikatakan mencirikan masyarakat di Asia Tenggara. Wujudnya satu rantai manusia – orang Eropah, Cina, India, dan berbagai anak tempatan yang bergaul tetapi tidak bergabung. Setiap kumpulan berpegang kepada agama, kebudayaan, bahasa dan cara hidup sendiri. Dalam bidang ekonomi – pembahagian buruh berlaku mengikut garis ras. Kuper (1974, 1977) – Mengandaikan teori kelas boleh menjelaskan bentuk pengkategorian ras dalam masyarakat: Masyarakat yang berbeza kumpulan status mengikut fenotaip berada di tempat yang berbeza dalam ekonomi dan politik. Konflik dalam masyarakat majmuk mengikut garisan pemisah ras, bukan kelas. Kategori ras dalam masyarakat majmuk ditentukan oleh sejarah; dan dibentuk oleh persaingan dan konflik antara kumpulan. Teori Pilihan Rasional Banton (1997), Mansor (2000): Individu mempunyai matlamat dan kecenderungan yang berbeza. Individu bertindak untuk memaksimumkan ganjaran material dan kedudukan sosial. Tingkah laku individu merupakan fungsi sentimen peribadi dan kepercayaan terhadap kelompok sebayanya. Apabila individu membuat satu pilihan untuk bertindak, tindakan pilihan yang lain akan tertutup. Semasa individu bertindak ke atas pilihan tingkah laku yang dibuat, individu berkenaan akan mewujudkan ikatan sosial yang lebih erat dengan individu lain yang terlibat. Apabila individu gagal memaksimumkan ganjaran yang dihajati, maka ia akan mengambil tindakan menggemblengkan kekuatan kolektif, dan dimensi yang dipilih akan menggambarkan konteks sejarah dan budaya masyarakat tersebut. Apabila individu gagal memaksimumkan kepuasan melalui pelbagai dimensi kumpulan sosial yang wujud dalam masyarakat, ia akan berpaling kepada soal-soal keagamaan dan ketuhanan. Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan kebudayaan, batas kumpulan bersifat terbuka. Apabila individu memilih untuk menggemblengkan kekuatan kolektif berdasarkan warisan fizikal, batas kumpulan bersifat tertutup. • Ras Konsep- • Etnik konsep • Budaya Hubungan • Stereotaip • Prejudis Etnik • Diskriminasi Ras Merujuk kepada kumpulan manusia yang berkongsi ciri-ciri biologi – berdasarkan perbezaan warna kulit, warna rambut, rupa bentuk, malahan juga tahap intelektual dan tingkah laku. Penyalahgunaan konsep ras boleh mengakibatkan diskriminasi dan prasangka rasisme. Etnik Kumpulan yang berkongsi warisan sosiobudaya yang sama adat, bahasa, agama, negara asal nenek moyang, dll. Budaya Satu sistem pemahaman dan kelakuan yang diwarisi daripada satu generasi kepada generasi yang lain. Meliputi adat, nilai, tradisi, ritual, simbol, dll. Budaya boleh berubah, dipelajari dan dikongsi. Stereotaip Kenyataan umum terhadap sesuatu kumpulan, samada negatif atau positif. Wujud akibat pengalaman harian hingga mewujudkan imej tertentu. Prejudis Kepercayaan dan perasaan negatif terhadap sesuatu kelompok. Diskriminasi Layanan buruk terhadap sesuatu kelompok, akibat dari prejudis. Diskriminasi boleh berlaku di peringkat individu atau institusi. HASIL PEMBELAJARAN 3 Menjelaskan konsep-konsep hubungan etnik dan aplikasinya di Malaysia Tahap-tahap Hubungan Etnik Amalgamasi Asimilasi Akulturasi Akomodasi Segregasi Segregasi Proses sosial di mana individu atau kumpulan sosial dipisahkan dengan yang lain. Akomodasi Proses yang menyebabkan kumpulan etnik hormati norma dan nilai satu sama lain. A+B+C = A+B+C (di mana A, B, dan C merujuk kepada budaya). Akulturasi Proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok daripada kebudayaan yang berbeza. Tidak menyebabkan kehilangan identiti asal – A+B+C = A** + B** + C**. Asimilasi Proses di mana kumpulan minoriti mengamalkan budaya dan identiti kumpulan majoriti dan mengurangkan batas etniknya. A+B+C= A (di mana A adalah majoriti). Amalgamasi Merupakan asimilasi biologi, iaitu satu tahap asimilasi yang paling tinggi. Budaya atau ras bercampur dan membentuk budaya atau ras yang baru. Cara utama – perkahwinan campur. A+B+C = D (di mana D adalah amalgam). Dasar Apartheid – pengasingan orang kulit putih dan kulit hitam di Afrika Selatan 1948-1994 Segregasi. Makanan pelbagai kaum diterima ramai di Malaysia Akulturasi Angpau Tahun Baru Cina dan ‘angpau’ Hari Raya AidilFitri Akulturasi. Kaum Peranakan India (Chetty) dan Peranakan Cina (Baba & Nyonya) Amalgamasi. PENUTUP Potret hubungan etnik di Malaysia pada masa kini terbentuk oleh sejarah lampau serta interaksi kompleks pelbagai faktor yang berlaku pada masa kini. Kefahaman tentang konsep-konsep dan teori-teori berkaitan hubungan etnik penting untuk memahami potret hubungan etnik di negara ini.