Uploaded by MUKMININ MIKU

Perjanjian Kontrak Rumah

advertisement
PERJANJIAN KONTRAK
Perjanjian kontrak ini dibuat pada hari Sabtu, bertarikh 6 Julai 2019 antara:
1. Nama
: Mohd Dali Bin Hashim
No. K/P : 660326-01-5531
Alamat
: Lot 5570, Jalan Pengkalan Sir 2, Kampung Pengkalan Sir, 24000
Kemaman, Terengganu Darul Iman.
Dalam hal ini bertindak atas nama diri yang selanjutnya disebut PIHAK PERTAMA.
2. Nama
: ____________________________________________________________
No. K/P : ____________________________________________________________
Alamat
: ____________________________________________________________
Dalam hal ini bertindak atas nama diri yang selanjutnya disebut PIHAK KEDUA.
PIHAK PERTAMA telah memberi kontrak kepada PIHAK KEDUA untuk membina rumah
dengan harga yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak iaitu RM 201,600 dengan
keluasan rumah 70’ X 40’ diatas tapak tanah milik Zainah Binti Baba. PIHAK PERTAMA
akan memberikan wang pendahuluan kepada PIHAK KEDUA sebanyak RM 150,000 dan
kedua-dua belah pihak telah bersetuju bahawa baki sebanyak RM 51,600 akan dibayar kepada
PIHAK KEDUA oleh PIHAK PERTAMA dalam jangka masa Dua Bulan (2) setelah tarikh 26
Mac 2021.
Kedua belah pihak telah bersepakat untuk mengadakan ikatan kontrak ini di mana syarat dan
ketentuannya telah ditetapkan seperti berikut :
JAMINAN PIHAK PERTAMA
PIHAK PERTAMA memberikan jaminan penuh bahawa :
1. Tapak rumah adalah milik peribadi PIHAK PERTAMA.
2. Tapak Rumah tidak ada orang atau pihak lain yang turut memilikinya,
3. PIHAK PERTAMA tidak memberi atau memindah kontrak kepada pihak lain setelah
dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.
4. Membayar secara penuh wang pendahuluan kepada PIHAK KEDUA sebanyak RM 150,000
sebagai wang pendahuluan.
5. Melunaskan baki hutang dalam masa dua bulan selepas tarikh 26 Mac 2021.
HARGA
Kontrak Membina Rumah dilakukan dan diterima dengan harga RM 201,600 (Dua Ratus Satu
Ribu dan Enam Ratus Ringgit).
CARA PEMBAYARAN
Untuk pembayaran kontrak tersebut, PIHAK KEDUA menggunakan cara pembayaran dengan
syarat dan ketentuan yang juga telah disepakati PIHAK PERTAMA, iaitu dengan cara
pembayaran secara deposit bank bagi wang pendahuluan dan bayaran baki akan dimaklumkan
oleh PIHAK KEDUA setelah siap proses pembinaan rumah.
PIHAK PERTAMA telah membayar kepada PIHAK KEDUA sejumlah wang bernilai RM
150,000 (Satu Ratus Lima Puluh Ribu Ringgit Malaysia) pada hari Selasa, tarikh 9 Julai 2019,
sebagai wang pendahuluan. Wang telah didepositkan oleh PIHAK PERTAMA ke dalam akaun
bank PIHAK KEDUA.
dan,
PIHAK PERTAMA akan melengkapkan bayaran akhir berjumlah berjumlah RM 51,600 (Lima
Puluh Satu Ribu dan Enam Ratus Ringgit Malaysia) dalam jangka masa Dua Bulan (2) setelah
tarikh 26 Mac 2021.
PENUTUP
Demikian perjanjian ini dipersetujui dan dibuat serta ditanda tangani oleh kedua-dua belah
pihak dengan dihadiri saksi-saksi yang dikenali oleh kedua-dua belah pihak.
PIHAK PERTAMA
_____________________________
Nama
: _________________________________________
Tarikh : _________________________________________
PIHAK KEDUA
_____________________________
Nama
: _________________________________________
Tarikh : _________________________________________
SAKSI
_____________________________
Nama
: _________________________________________
Tarikh : _________________________________________
Download