Uploaded by Azfrishk

DS - DR. NORMAN 2019 (INTRODUCTION)

advertisement
ANALISIS FILEM TAARE ZAMEEN PAR (2007): KAJIAN TINGKAH LAKU WATAK
DISLEKSIA
ANALISIS FILEM TAARE ZAMEEN PAR (2007): KAJIAN TINGKAH LAKU WATAK
DISLEKSIA
MOHAMAD BIN KORNAIN
2016720851
FF224 Penulisan Artistik
Fakulti Filem, Teater dan Animasi
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
013-3296819 & mbkornain96@gmail.com
1
ANALISIS FILEM TAARE ZAMEEN PAR (2007): KAJIAN TINGKAH LAKU WATAK
DISLEKSIA
PENGENALAN
Pendahuluan/Latar Belakang Kajian
Penulisan ini akan membincangkan dan memfokuskan mengenai analisis filem Taare
Zameen Par (2007): Kajian tingkah laku watak disleksia. Kajian ini, saya melihat
melalui perspektif orang sekeliling semasa saya kecil dan sewaktu berada di bangku
sekolah rendah dahulu yang menunjukkan ada sebilangan pelajar yang tidak tahu
membaca malah sukar untuk menyebut perkataan tersebut. Namun, mereka amat hebat
dalam bab berimaginasi dan mereka boleh menwujudkan dalam bentuk textual.
Pengkaji akan menjelaskan kajian tingkah laku watak disleksia. Dari sudut
naratifnya seringkali menjadi isu dalam filem ini kerana watak yang dilakonkan sering
dibuli dan disindir. Hal ini turut memaparkan imej yang negatif yang akan
mempengaruhi kanak-kanak lain. Dalam filem ini memfokus kepada watak pelajar
yang mengalami disleksia yang mempengaruhi dua aspek iaitu yang pertama, tingkah
laku terhadap masalah gangguan berbahasa seperti tidak boleh membaca, menulis dan
juga mengira. Kedua, sering disindir oleh rakan dan ibu bapa disebabkan tidak dapat
menerima keadaan anak.
Salah satu filem yang sering menjadi perbualan dalam dunia perfileman ialah
filem Taare Zameen Par (2007), sebuah filem India yang bercorak pendidikan. Filem
ini hasil kepengarahan Aamir Khan dan ia telah ditayangkan pada 21 Desember 2007.
Menurut Letchumy (2008), sindrom disleksia merujuk kepada seseorang yang
mengalami masalah kesukaran dalam pembacaan dan penulisan.
Definisi disleksia merujuk kepada The International Dyslexia Association
(2008), adalah masalah pembelajaran yang dicirikan oleh masalah dalam bahasa
ekspresifatau terbuka, sama ada secara lisan atau bertulis. Masalah mungkin muncul
2
ANALISIS FILEM TAARE ZAMEEN PAR (2007): KAJIAN TINGKAH LAKU WATAK
DISLEKSIA
dalam bacaan,ejaan, tulisan, pertuturan atau pendengaran. Disleksia bukan penyakit
yang tiada penyembuhan. Sebaliknya ia boleh disembuh jika diajar dengan penuh kasih
sayang dan keperihatian terhadap penggidapnya. Disleksia menggambarkan pemikiran
yang berbeza, berbakat dan produktif, dan cara pembelajaran yang ditunjukkan amat
berbeza. Jurang yang
tidak diduga
wujud antara kebolehan
pembelajaran
dan
pencapaian dalam sekolah. Disleksia adalah disebabkan perbezaan struktur dan fungsi
otak. Individu yang mengalami disleksia adalah unik, setiap individu tersebut
mempunyai kekurangan dan kelemahan masing-masing. Kebanyakkan penghidap
disleksia adalah kreatif dan mempunyai bakat luar biasa dalam bidang seni, sukan,
senibina, grafik, drama, muzik dan sebagainya. Kanak-kanak ini selalunya
menunjukkan bakat istimewa mereka di dalam bidang yang memerlukan visual.
Satu jenis gangguan yang boleh dialami oleh kanak-kanak adalah kesukaran
belajar. Kesukaran pembelajaran adalah ketidakmampuan di mana kanak-kanak
mempunyai tahap IQ di atas tahap pengurangan, mengalami kesukaran dalam bidang
yang berkaitan dengan sekolah dan tidak menunjukkan gangguan emosi yang serius,
mengalami kesukaran kerana menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua,
mempunyai kesukaran deria atau mempunyai kekurangan neurologi tertentu (Santrock,
2009).
Satu jenis masalah pembelajaran adalah disleksia. Disleksia adalah satu kategori
yang dimaksudkan untuk individu yang mempunyai kelemahan yang serius dalam
keupayaan mereka membaca dan mengeja (Santrock, 2009). Kanak-kanak seperti ini
mengalami kesukaran kemahiran fonologi, yang melibatkan keupayaan untuk difahami
bagaimana bunyi dan huruf digabungkan untuk membentuk kata-kata yang boleh
difahami (Santrock, 2009).
3
ANALISIS FILEM TAARE ZAMEEN PAR (2007): KAJIAN TINGKAH LAKU WATAK
DISLEKSIA
Menurut Santhanam, Babu, Sugandhi & Rao (2008), kanak-kanak yang
mengalami disleksia akan membaca dengan perlahan, sering membaca huruf, perkataan
atau nombor dan sebaliknya. Kanak-kanak mungkin cuba untuk meneka ketika mereka
membaca, menambah kata-kata yang tidak terdapat dalam bacaan tersebut. Kanakkanak juga mempunyai batasan dalam perbendaharaan kata dan mempunyai daya
kefahaman yang lemah. Kanak-kanak dengan gangguan disleksia gagal untuk
menganalisis keistimewaan secara automatik iaitu mereka cepat mudah terlupa urutan
cerita yang akan memberi impak kepada pemahaman dan kurang tumpuan terhadap
maknayang disampaikan.
Tingkah laku membaca dilihat pada kanak-kanak disleksia seperti membaca
huruf atau simbol yang tidak konsisten, seperti membaca huruf b dianggap sebagai
huruf d. Tingkah laku membaca lain seperti tidak mendapat makna dari perkataan
bertulis, mempunyai masalah untuk mengikuti arahan yang ditulis atau dihilangkan
atau diulangi perkataan apabila membaca. Tidak fasih atau tidak mahu membaca, yang
boleh mengalami kesulitan dalam urutan dan menggantikan, menambah atau mengalih
keluar huruf atau perkataan adalah tingkah laku membaca kanak-kanak dengan
gangguan disleksia (Santhanam, Babu, Sugandhi & Rao, 2008).
Kekangan yang dialami oleh disleksia pastinya berbeza, keduanya dari segi
kehidupan seharian dan kehidupan di persekitaran sekolah. Apabila di sekolah, batasan
individu dengan disleksia akan jelas dilihat dalam pencapaian akademik yang tidak
sesuai dengan skor IQ ia mempunyai. Berdasarkan kajian oleh Erskine dan Seymour
(2005), berjudul Analisis Proximal Disleksia Pembangunan dalam Dewasa: Model
Mosaic Kognitif, peserta dilaporkan mengalami masalah membasmi buta huruf di
sekolah dan berterusan mengalami masalah seperti semasa pendidikan mereka di alam
universiti.
Individu
yang
mempunyai
kesukaran
membaca
atau
membaca
4
ANALISIS FILEM TAARE ZAMEEN PAR (2007): KAJIAN TINGKAH LAKU WATAK
DISLEKSIA
ketidakupayaan sosial yang tidak berkesudahan lebih cenderung mengalami batasan
dalam membina kerjaya dan mengganggu mereka dalam membuat dan mengekalkan
persahabatan (Lerner, 2003).
Dalam membina persahabatan, seseorang individu akan memasuki suatu tahap
yang bernama intimacy versus isolation. Pada tahap ini, individu menghadapi tugas
membentuk hubungan intim dengan orang lain (Santrock, 2002: 41). Erikson
menerangkan keintiman sebagai penemuan diri sendiri pada orang lain tanpa
kehilangan diri mereka sendiri. Tugas untuk membangunkan atau membentuk
hububung, apabila menginjak dewasa akan difokuskan pada komuniti dan termasuk
mendapatkan pekerjaan, memilih seseorang pasangan, belajar untuk hidup bersama
suami atau isteri untuk membentuk keluarga, menaikkan anak, menguruskan rumah
tangga, menerima tanggungjawab sebagai rakyat dan menyertai kumpulan sosial yang
sesuai (Hurlock, 1980).
Perkembangan ini memerlukan individu untuk melakukan pelarasan. Menurut
Semiun (2006), penyesuaian diri adalah satu proses yang melibatkan tindak balas
mental dan tingkah laku menyebabkan individu cuba mengatasi keperluan mereka,
ketegangan, kekecewaan dan konflik dalaman untuk menyelaraskan tuntutan batin ini
dengan permintaan yang dikenakan kepada dirinya oleh dunia walaupun di mana jua
dia hidup.
Terdapat beberapa ciri yang perlu diambil oleh individu untuk dapat
menyesuaikandiri dengan baik. Haber & Runyon (1984), menyatakan beberapa ciri
penyesuaian diri yang berkesan, iaitu mempunyai persepsi yang tepat tentang realiti,
mempunyai keupayaan mengatasi tekanan dan kebimbangan, mempunyai imej diri
yang positif, mempunyai keupayaan untuk meluahkan perasaan dan mempunyai
hubungan interpersonal yang baik.
5
ANALISIS FILEM TAARE ZAMEEN PAR (2007): KAJIAN TINGKAH LAKU WATAK
DISLEKSIA
Manakala, menurut Kamus Dewan edisi ketiga (2002), watak ialah lakonan
seseorang yang mempengaruhi sifat kelakuan atau tingkah lakunya dalam sesebuah
cerita . Dalam erti kata lain, pelakon yang melakonkan watak untuk menjadi orang lain
perlu menggunakan objek tersebut iaitu badan dan suara sebagai medium untuk mereka
bercerita. Maka, untuk menuntut
tannggungjawab bagi memastikan watak yang
ditampilkan mampu menghasilkan nilai figure experession and movement acting secara
estetik dalam penceritaan tersebut. Menurut Synder (1979), berlakon melibatkan
manusia dan dan seseorang pelakon perlu menggunakan tubuh, minda, suara dan juga
kekuatan diri dalam menghasilkan apa yang penonton lihat dengan pemaparan watak
yang hidup .
Filem ini mengisarkan mengenai watak seorang kanak disleksia yang sering
dibuli. Hal ini meunjukkan bahawa filem ini telah menunjukkan imej negatif terhadap
tingkah laku kanak tersebut kerana walaupun ia di perlakukan seperti itu, tetapi dia akan
membalasnya kembali oleh disebabkan masih di bahawa umur dan pemikiran mereka
masih tidak luas dan matang. Oleh itu, unsur stereotaip telah dipaparkan secara jelas.
Perkara yang menarik dalam kajian ini adalah dari segi pengaplikasian teori
struktur keperibadian manusia iaitu psikoanalisis yang diperkenalkan oleh Sigmund
Freud melalui id, ego dan superego. Tambahan pula, teori ini sangat penting dalam
mentafsirkan segala sikap atau tingkah laku watak dalam mengalami penderitaan
disleksia sehingga memaparkan isu pembulian dan sindiran. Selain itu,
punca
berlakunya disleksia dalam watak filem ini yang turut mempengaruhi tingkah laku
watak.
6
ANALISIS FILEM TAARE ZAMEEN PAR (2007): KAJIAN TINGKAH LAKU WATAK
DISLEKSIA
Penyataan Masalah
Analisis terhadap tingkahlaku watak disleksia dalam filem Taare Zameen Par
(2007), ini telah menggunakan teori keperibadian yang dikemukakan oleh Sigmund
Freud terhadap watak disleksia daripada dua aspek yang pertama ia memaparkan unsur
buli dan sindiran disebabkan rakan, ibu bapa dan guru. Kedua, masalah gangguan
berbahasa yang menunjukkan watak disleskia tidak boleh membaca, menulis dan
sebagainya. Dengan permasalahan yang diwujudkan di mana Freud telah
membahagikan minda manusia kepada tiga bahagian iaitu id, ego dan superego
(Laplanche & Pontalis, 1986), dalam mempengaruhi tingkah laku watak dengan sifat
bulian dan sindiran yang dilakukan orang sekeliling dan ibu bapa. Selain itu, melihat
tingkah laku yang mempengaruhi masalah gangguan berbahasa. Oleh kerana itu,
sindrom disleksia yang dialami sehinggakan boleh menimbulkan unsur stereotaip di
dalam filem tersebut.
Menurut Sigmund Freud (2010), keperibadian adalah daya fikiran yang
dipengaruhi oleh emosi dan tingkah laku yang tidak sedarkan diri dalam keadaan
berimaginasi. Hal ini berkait dengan watak anak disleksia dalam filem tersebut. Oleh
itu, anak disleksia mampu menghasilkan sesuatu yang kreatif dalam keadaan sedang
bermimpi. Namun, di sudut yang lain dirinya seirng dibuli dan disindir tanpa
memahami perasaan yang di alami.
Pengkaji tidak bersetuju dengan kenyataan (Martin, 2009), yang menyatakan
filem ini memaparkan unsur bulian dan sindiran terhadap watak disleksia dan
menunjukkan imej negatif.
Pengkaji berpendapat bahawa watak disleksia telah
menerapkan nilai yang positif dengan membangkitkan semangat terhadap penderita
disleksia. Walau bagaimanapun, dunia hari ini menunjukkan masyarakat sering
memandang sinis terhadap manusia yang memiliki kekurangan. Menurut Ryff (1989
7
ANALISIS FILEM TAARE ZAMEEN PAR (2007): KAJIAN TINGKAH LAKU WATAK
DISLEKSIA
dalam Wangge dan Hartini 2013), penerimaan diri adalah keadaan di mana seseorang
memiliki sikap yang positif terhadap dirinya, dapat menerima berbagai macam aspek
diri baik mahupun buruk, serta mampu memandang segala hal dari aspek yang positif
tanpa perlu memandang secara negatif dengan bersikap stereotaip.
Di samping itu, hubungan watak yang mengalami masalah disleksia dengan
orang sekeliling bersikap dingin dan merendah diri serta menjauhkan diri yang boleh
mempengaruhi tingkah laku negatif sehingga mencederakan orang lain oleh kerana
masalah yang dihadapi dengan melepaskan geram. Hal ini sangat berkait rapat dengan
masalah sosial dan emosi yang berlaku kepada watak. Mereka juga boleh dipinggirkan
oleh masyarakat kerana tingkah laku yang cuba dilakukan kepada orang lain(Kassan
dan Abdullah, 2010).
Punca berlakunya perkembangan watak disleksia juga telah menunjukkan
beberapa faktor iaitu penyakit semasa kanak-kanak. Penyakit yang dialami oleh watak
ini dalam tempoh masa yang lama dan berterusan akan mendatangkan impak yang
negatif kepada dirinya dari segi kesihatan dan perkembangannya. Di antara contohnya
adalah demam panas. Jika penyakit yang dialami oleh watak terssebut bertambah
kronik, perkembangannya pada masa akan datang akan terjejas malahan boleh
menyebabkan gangguan dalam pembelajaran (Kassan dan Abdullah, 2010 ).
Ciri -ciri perkembangan terhadap tingkah laku disleksia juga boleh mengaitkan
dengan beberapa perkara iaitu perkembangan fizikal, kongnitif dan sosial dan emosi. Ia
merujuk kepada sifat sindiran oleh orang sekeliling dan juga terhadap diri sendiri dari
segi pengangguan berbahasa.
8
ANALISIS FILEM TAARE ZAMEEN PAR (2007): KAJIAN TINGKAH LAKU WATAK
DISLEKSIA
Hujahan
Setelah membuat penelitian terhadap kajian yang lepas-lepas saya disini ingin
menghujahkan bahawa filem ini tidak sama sekali menunjukkan imej yang negatif
terhadap tingkah laku watak. Semamangnya ini adalah cara yang terbaik untuk
memberi didikan kerana masa dan latar tempat yang bersesuaian terhadap keadaan yang
dialami watak. Dalam mengatasi masalah ini juga watak yang mengalami disleksia
yang dapat di atasi daripada masalah penguasaan berbahasa atau kemahiran seperti
membaca, menulis dan mengira serta pemaparan unsur sindiran dan bulian terhadap
watak boleh diselesiakan dengan menunjukkan
kanak-kanak ini boleh berjaya
sekiranya diberikan bimbingan dan galakan yang betul supaya mereka turut boleh
berjaya seperti kanak-kanak normal yang lain. Hal ini bukan hanya sekadar cadangan
mahupun nasihat tetapi dapat dibuktikan bahawa tokoh seperti Lee KwanYew yang
merupakan seorang Menteri Singapura dan Albert Einstein iaitu seorang tokoh sains
yang dikagumi yang dahulunya juga pernah mengalami masalah pembelajaran disleksia,
tetapi masih boleh berjaya. Sekiranya mereka boleh berjaya, kanak-kanak ini turut
boleh berjaya.
9
ANALISIS FILEM TAARE ZAMEEN PAR (2007): KAJIAN TINGKAH LAKU WATAK
DISLEKSIA
Objektif Kajian
Tujuan kajian ini dijalankan, adalah untuk menyasarkan kepada beberapa objektif yang
ingin dicapai dalam kajian ini setelah mendapatkan kepastiannya. Antaranya yang
pertama adalah mengenal pasti teori keperibadian Sigmund Freud dari segi id, ego dan
superego. Kedua, memahami
punca dan ciri berlakunya disleksia terhadap
perkembangan tingkah laku watak di dalam filem Taree Zameen Par (2007).
Persoalan Kajian
Secara umumnya, kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan jawapan terhadap
beberapa soalan. Antaranya, yang pertama, apakah tingkah laku watak yang
mempengaruhi teori keperibadian Sigmund Freud dari segi id, ego dan superego?
Kedua, apakah punca dan ciri berlakunya disleksia terhadap perkembangan tingkah
laku watak di dalam filem Taree Zameen Par (2007)?
Kepentingan Kajian
Seperti yang sedia maklum, kajian terhadap filem Taare Zameen Par (2007), sangat
penting kerana ia memberi penekanan terhadap watak dalam filem tersebut iaitu watak
disleksia. Di mana watak ini telah menunjukkan sifat keperibadian yang amat ketara
dari aspek psikologi iaitu id, ego dan superego. Menurut Sigmund Freud (1939), ketiga
aspek ini memberi peranan penting kepada watak dari segi tingkah laku, emosi dan
mental dengan menggunakan segala kemampuan dalam mengawal emosi melalui
motivasi yang diberikan. Hal ini juga turut di sokong oleh Jacques Lacan.
Seterusnya, melalui punca berlakunya disleksia terhadap perkembangan tingkah
laku watak mempunyai beberapa faktor dari segi gangguan berbahasa dan juga sikap
sindiran yang yang ditujukan kepaada watak kanak disleksia dalam filem Taare Zameen
Par (2007) ini. Setiap masalah mempunyai faktor penyumbang mereka tersendiri,
10
ANALISIS FILEM TAARE ZAMEEN PAR (2007): KAJIAN TINGKAH LAKU WATAK
DISLEKSIA
begitu juga dengan masalah pembelajaran disleksia. Pelbagai faktor yang berkaitan
dengan disleksia seperti perkembangan dan lain-lain lagi serta terdapat juga ciri-ciri
perkembangan terhadap tingkah laku watak disleksia
Skop Dan Limitasi Kajian
Dalam skop kajian yang dikaji, pengkaji akan memfokuskan kepada peranan watak
disleksia dalam filem tersebut kerana watak ini merupakan seorang pelajar sekolah
rendah. Hal ini demikian kerana ia bersesuaian dengan pemikiran kanak yang masih
kabur atau kurang jelas. Selain itu, dari aspek tingkah laku dan emosi watak amat
mudah tersentuh dan perasaan takut yang tersimpan dalam diri walaupun sememangnya
watak disleksia adalah watak yang agresif dan hypeaktif dalam setiap geri yang
dilakukan.
Limitasi kajian ini hanya akan memberi penjelasan berkaitan dengan pengaruh
alam sekeliling juga memainkan peranan penting dalam filem tersebut kerana keadaan
desakan ke atas watak dalam melakonkan style dalam suasana yang tidak dapat dikawal
dengan mudah oleh kerana turut melibatkan emosi dan pemikiran dalam watak yang
akan mengambarkan faktor positif dan negatif dalam diri.
11
ANALISIS FILEM TAARE ZAMEEN PAR (2007): KAJIAN TINGKAH LAKU WATAK
DISLEKSIA
Bentuk Kajian
Dalam kajian ini, bentuk penyelidikan yang akan digunakan ialah kaedah kualitatif.
Kaedah ini lebih mendalam dengan analisis melalui penerangan terperinci mengenai di
mana, kaedah ini digunakan untuk mengkaji watak disleksia, Ishaan, sebagai subjek.
Ini kerana kajian ini akan menganalisis disleksia watak dalam filem Taare Zameen Par
(2007), serta mengumpul maklumat dan menganalisa kandungan-kandungan teks yang
pernah ditulis oleh ahli-ahli teori yang terdahulu. Isi kandungan yang dimaksudkan
ialah dari segi ayat, frasa kata, perenggan serta teori-teori dan idea yang sesuai untuk
digunakan dalam hasil kajian ini.
Dari segi pengumpulan data, kaedah yang akan diguna pakai adalah dengan
membaca buku-buku, artikal dan pelbagai teks-teks yang berkaitan dengan tajuk bagi
mencari data untuk kajian yang sedang dijalankan. Kaedah kedua yang akan digunakan
adalah dengan menonton filem-filem yang sedang dikaji bagi mengumpul data bagi
membantu kajian ini. kajian ini sangat berguna bagi menganalisa kajian yang dilakukan
oleh para pengkaji lain. Kaedah ini amat berguna bagi ahli pengkaji yang ingin
membuat kajian ke atas budaya, media dan juga komunikasi media.
Seterusnya, rangka kajian ini akan dianalisis secara teliti dan data digunakan
untuk menyokong dalam hujahan yang telah dibincangkan. Walau bagaimanapun
kajian ini lebih memfokuskan kepada analisis filem Taare Zameen Par (2007): kajian
tingkah laku watak disleksia. Bagi permulaan kajian ini saya akan memulakan dengan
definisi watak disleksia yang menjadi tunjang utama, teori keperibadian Sigmund Freud,
punca dan ciri berlakunya perkembangan watak disleksia.
Di samping itu, supaya tidak tersasar jauh daripada kajian, kajian ini akan
menggunakan beberapa bahan bacaan yang lain agar tidak menyimpang daripada
12
ANALISIS FILEM TAARE ZAMEEN PAR (2007): KAJIAN TINGKAH LAKU WATAK
DISLEKSIA
objektif kajian dan hujahan kajian ini. Rujukan yang akan digunakan adalah daripada
buku dan juga artikel.
Akhir sekali keseluruhan kajian ini akan dibuat satu kesimpulan mengenai apa
yang dikaji dan untuk apa kajian ini dilakukan. Semua hasil kajian ini akan dibantu oleh
data-data yang lain bagi menyempurnakan kajian yang ingin dibuat.
Kesimpulan
Pada bab pengenalan ini telah mengetengahkan segala pandangan dan permasalahan
yang berlaku ia memfokuskan dari sudut teori Sigmund Freud iaitu teori keperibadian
dan punca berlakunya disleksia terhadap perkembangan tingkah laku watak. Hal ini
demikian kerana, perkara yang telah mempengaruhi tingkah laku adalah disebakan oleh
permasalahan dalam gangguan berbahasa seperti tidak boleh membaca, menulis dan
juga mengira. Selain itu, watak disleksia menunjukkan dirinya sering disindir dan dibuli
oleh rakan dan ibu bapa serta guru disebabkan tidak dapat menerima keadaannya.
Dalam kesemua elemen yang dipaparkan supaya ia dapat menunjukkan dengan lebih
jelas watak disleksia yang di bawa oleh kanak sekolah.
Pada bab yang seterusnya, penulis akan menggunakan kajian lepas bagi
menperkukuhkan lagi
mengenai definisi, teori keperibadian Sigmund Freud dan
potensi berlakunya tingkah laku terhadap watak disleksia.
13
Download