Tajuk Work and Life Balance Objektif Di akhir pelaksanaan modul ini, peserta akan memperoleh: i. Pengetahuan dan kesedaran tentang kepentingan menyeimbangkan gaya hidup dan kerjaya. ii. Kesedaran tentang kesan gaya hidup dan kerjaya yang tidak seimbang terhadap prestasi kerja dan kualiti kehidupan. iii. Kemahiran dalam merancang dan menyeimbangkan gaya hidup dan kerjaya. Masa 1 jam Bahan-bahan Sistem PA, projektor, komputer riba, hand-out, pen Kaedah Kursus Pembentangan Latihan dalam kumpulan Bil. 1 Langkah-langkah Fasilitator memperkenalkan diri kepada para peserta yang hadir dan Masa 3 minit menerangkan secara ringkas tentang matlamat serta objektif kursus. 2 Fasilitator menerangkan dengan terperinci maksud “work & life 5 minit balance” kepada peserta. 3 Fasilitator menayangkan video berkaitan dengan “work & life 10 minit balance”. Di akhir video, fasilitator meminta peserta untuk berkongsi dapatan atau pandangan peserta terhadap video yang ditonton. 4 Fasilitator meminta peserta untuk berkongsi bagaimana mereka 5 minit mengendalikan / menyeimbangkan kehidupan dan kerjaya. Fasilitator memanggil 2-3 wakil daripada peserta untuk berkongsi cerita mereka bersama peserta yang lain. 5. Fasilitator memberikan kertas “hand-out (1)” kepada semua peserta. Fasilitator menerangkan arahan yang perlu dilakukan oleh peserta. Kertas “hand-out” yang diedarkan merupakan aktiviti yang 5 minit memerlukan semua peserta mencatatkan aktiviti/ rutin harian mereka. 6. Fasilitator meminta para peserta untuk menganalisis rutin harian 3 minit mereka sama ada waktu mereka banyak di habiskan di pejabat atau bersama keluarga. 7. Fasilitator meminta peserta berkongsi dapatan mereka. Fasilitator 3 minit memanggil seorang peserta untuk berkongsi di hadapan. 8. Fasilitator meneruskan modul dengan menerangkan kesan daripada 3 minit kegagalan untuk menyeimbangkan gaya hidup dan kerjaya. 9. Fasilitator meminta menyenaraikan kepentingan gaya hidup dan 5 minit kerjaya yang seimbang. Fasilitator menuliskan perkara yang disebutkan di dalam slide show yang ditayangkan dihadapan. 10. Fasilitator menerangkan cara yang efektif untuk mengurus dan 5 minit merancang gaya hidup yang seimbang. 11. Fasilitor mengedarkan kertas “hand-out (2)”. Fasilitator menerangkan 5 minit kepada peserta arahan yang perlu dilakukan oleh mereka . Peserta dikehendaki untuk membuat perancangan tentang rutin harian yang baru. 12. Fasilitator meminta peserta untuk berkongsi perancangan yang telah 5 minit dilakukan bersama peserta yang lain. 13. Fasilator membuat kesimpulan untuk modul “work & life balance”Fasilitator mengakhiri modul dengan kata- kata semangat. 3 minit