Uploaded by Syabri Adnan

Falsafah Guru dan Pendidikan

advertisement
PENGENALAN
Pendidik atau guru adalah kerjanya mengajar (Kamus Dewan Edisi Empat, 2007), di
mana secara asasnya guru adalah orang yang bertanggungjawab mendidik pelajar-pelajar di
sekolah dengan ilmu pengetahuan. Guru juga adalah orang yang memberi inspirasi dan
pengaruh melalui kepakaranya serta lebih mengenali pelajarnya.
Guru merupakan komponen teras yang menentukan kejayaan pelaksanaan kurikulum
tersurat dan tersirat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), di
samping pembentuk wajah pelapis kepimpinan dan pemacu pembangunan negara (Awang
Had, 1998). Ini kerana, guru merupakan komponen utama dalam sistem pendidikan untuk
melaksanakan dan menjayakan FPK.
Menurut Abu Ajip (1994) dalam Azura (2004), pendidik yang kreatif, cekap, bermotivasi
tinggi dan berhemah mulia diperlukan oleh institusi pendidikan bagi melahirkan pelajar
sebagaimana matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Apabila seseorang guru itu
menjalankan tugasnya berlandaskan ciri-ciri Falsafah Pendidikan Negara, maka pelajar yang
dihasilkan akan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Oleh yang demikian,
ianya dapat meningkatkan kepuasan bekerja serta prestasi seseorang guru tersebut ini guru
tersebut telah dapat menjayakan FPK.
Tugas
sebagai
seorang
guru
tidak
semudah
yang
disangkakan.
Pelbagai
tanggungjawab yang digalas oleh guru semasa di sekolah samada berkaitan dengan akademik
atau tidak. Menurut Aishah Bee (2004), guru merupakan "ibu" dan "bapa" kepada para pelajar,
lantaran itu menjadi tanggungjawab ke atas guru itu terhadap keselamatan, disiplin dan
pencapaian akademik pelajar. Dalam kesibukan mengajar, mereka juga menjadi kaunselor
menyelesaikan segala masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar yang berada di bawah
pengawasan mereka selain menjalankan kerja “perkeranian” seperti mengisi kad maklumat
pelajar, mengisi borang pinjaman buku teks, mengisi kad kesihatan dan sebagainya.
1
FALSAFAH PENDIDIKAN GURU
Menurut Choong Lean Keow dalam bukunya Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia,
Falsafah Pendidikan Guru(FPG) telah digubal bertujuan menjadi panduan bagi merealisasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK). FPG menjelaskan jenis guru diperlukan oleh negara
kita. Apa yang terkandung di dalam FPG ialah
“Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung
aspirasi negara serta menyanjung warisan budaya negara, menjamin perkembangan individu
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin”.
Berdasarkan huraian FPG di atas, dapatlah disimpulkan bahawa guru sangatlah penting
untuk negara kita dan institusi pendidikan guru cukup berperanan untuk melahirkan guru-guru
bagi mendidik anak bangsa untuk menjayakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
KONSEP GURU SEBAGAI IBADAH
Penghayatan terhadap konsep kerja sebagai satu ibadah kepada Pencipta akan
melahirkan daya dorongan yang tinggi untuk manusia melakukan pekerjaan dengan jujur dan
ikhlas. Inilah asas ihsan yang menjadi tunggak dalam menentukan kualiti pekerjaan manusia di
dalam menguruskan sesuatu sistem kehidupan (Sidek Baba, 2009).
Kenapa pula konsep pekerjaan sebagai satu ibadah pula perlu dikaitkan kepada
Pencipta? Sebelum kita meneruskan perbincangan, kita perlu kembali semula kepada tujuan
penciptaan manusia iaitu sebagai khalifah yang bermaksud pemimpin perubahan. Manusia
adalah satu-satunya makhluk yang mampu melakukan perubahan keatas sekalian makhluk lain
yang telah diperintahkan taat dan tuduk kepada manusia (Rohana, 2010). Terdapat dua pilihan
kesan daripada perubahan yang dilakukan oleh tangan manusia, sama ada buruk dan
mendatangkan kerosakan atau baik dan mendatangkan keharmonian pada mana-mana sistem
di alam jagat ini.
2
Amalan dalam konteks Pendidikan Islam merujuk kepada aspek ibadah. Ibadah
bermaksud pengabdian, dalam konteks insan sebagai hamba Allah s.w.t. memberikan
pengabdian secara tulus dan total kepada Allah s.w.t. (Al-Maududi, 2006). Fathi Yakan (1985)
merungkaikan makna ibadah dalam bahasa yang mendalamnya ialah kemuncak daripada rasa
ketundukan dan kepatuhan serta merasakan kebesaran Allah s.w.t. sebagai tumpuan
pengabdian diri. Jadi, ibadah berfungsi perantaraan antara insan seabgai makhluk dengan Allah
s.w.t. sebagai Pencipta. Oleh itu, ibadah dalam pengertiannya yang luas ialah seluruh
perlakuan dalam kehidupan yang sejajar dengan kehendak syarak serta diniatkan untuk
mengabdikan diri kepada-Nya (Halstead, 2007). Ini bertepatan dengan maksud ayat 56 surah
al-Zariyat.
“Aku tidak mencipta jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku”
(Surah Al-Zariyat 51:56)
REFLEKSI
Berdasarkan tugasan kerja kursus yang telah diberikan iaitu subjek Falsafah Pendidikan
Di Malaysia (EDU 3013), kami telah ditugaskan untuk menonton sebuah video yang bertajuk
“The Miracle Worker” seterusnya membuat penulisan refleksi tentang inspirasi yang kami
peroleh daripada tayangan video tersebut.
“The Miracle Worker” mengisahkan seorang kanak-kanak yang bernama Helen Keller
yang mana dia merupakan seorang kanak-kanak yang kurang sempurna dari segi fizikalnya
iaitu dia tidak mampu untuk melihat, mendengar dan bercakap. Hal ini menyebabkan dia
mempunyai sikap yang agresif dalam dirinya. Disebabkan dirinya yang agresif ini, ayahnya,
Arthur Keller berhasrat untuk menghantar anaknya itu ke hospital sakit jiwa namun hasratnya
telah ditentang oleh ibu Helen dan pembantu rumah mereka. Akhirnya, seorang pengasuh yang
bernama Annie Sullivan telah dihantar untuk mengasuh seterusnya mendidik Hellen. Sepanjang
Annie Sullivan mendidik Hellen, banyak cabaran dan dugaan yang ditempuhi olehnya.
Kesabarannya juga diuji sepanjang dia mengasuh Helen. Sebagai contohnya, pengasuh Helen
berusaha mengajar cara dan tatasusila yang betul semasa makan di meja makan.
3
Seterusnya, dengan usaha yang berterusan serta bersungguh-sungguh, akhirnya Helen
mampu menunjukkan perubahan yang besar dalam dirinya. Sebagai contohnya, walaupun dia
cacat, namun dia mempunyai otak yang cerdas. Helen mula mengenal sebuah benda iaitu air
dengan mengeja perkataan air dalam bahasa inggeris iaitu “water”. Dia mula mengerti bahawa
setiap benda mempunyai nama dan makna serta telah meneruskan pembelajarannya.
Akhirnya, dengan berkat usahanya serta bantuan pengasuhnya, Helen telah menjadi seorang
pengacara terkenal serta mempunyai banyak anugerah seperti Honorary University Degrees
Women’s Hall of Fame, The Presidential Medal of Freedom dan The Lions Humanitarian Award.
Selanjutnya, berpandukan kepada tayangan video tersebut, kami mendapati bahawa,
peranan guru dalam pendidikan sememangnya merupakan ibadah iaitu dengan memainkan
tanggungjawab yang besar. Menurut Kim dan Kellough (1995), seseorang pendidik iaitu guru
perlulah mahir dalam membuat sebarang keputusan yang tepat dalam apa jua keadaan.
Sebagai contohnya, dalam tayangan video tersebut, tindakan pengasuh Helen iaitu Annie
Sullivan,
telah
mendidik
Helen
dengan
bersungguh-sungguh.
Annie
Sullivan
telah
menggunakan pendekatan kognitif kepada anak muridnya, Helen iaitu memberikan perspektif
bahawa belajar merupakan perkara berkaitan dengan mental. Walaupun cara Annie agak
kasar, namun melalui cara ini, Helen mampu diubah berlandaskan pendekatan kognitif yang
baik. Contohnya, Annie mengajar muridnya itu untuk mengeja perkataan cake dengan
menggunakan jarinya. Setelah berjaya mengeja cake dengan betul, pengasuh iatu guru Helen
tersebut telah memberikan kek yang sebenar kepadanya. Hal ini membantu Helen untuk lebih
menerapkan apa yang telah diajarkan oleh gurunya itu.
Seterusnya, sebagai seorang guru seharusnya mempunyai ciri-ciri yang baik agar
mampu membentuk dan melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti. Menurut B. Samuel Sidjabat
(1993), sikap guru yang selalu mencari dan menambah pengetahuannya akan mudah
merangsangkan minda serta mempengaruhi murid-muridnya. Guru juga mempunyai nilai
kesabaran yang tinggi. Hal ini sememangnya penting kerana guru akan berdepan dengan
pelbagai ragam para muridnya. Oleh itu, setiap guru haruslah menerapkan nilai kesabaran
dalam diri. Sebagai contohnya, dalam tayangan video The Miracle Worker, nilai kesabaran ini
jelas dapat dilihat pada diri Annie Sullivan iaitu pengasuh serta guru Helen. Dalam tayangan
video tersebut, Helen sering kali menunjukan sikap agresifnya terhadap keluarganya termasuk
gurunya sendiri. Buktinya, Helen sememangnya dimanjakan oleh keluarganya kerana walaupun
dia melakukan kesalahan, dia tetap diberikan hadiah berupa gula-gula. Hal ini menyebabkan
Helen sukar untuk membezakan sama ada perkara itu baik ataupun salah. Oleh itu, setelah
4
menyedari perkara tersebut, peranan gurunya, Annie telah mengubah cara asuhannya.
Sekiranya Helen melakukan kesalahan, dia tidak akan diberikan sebarang penghargaan. Hal ini
menyebabkan Helen bertindak kasar dan marah akan gurunya. Melalui situasi ini, jelaslah
bahawa kesabaran Annie sangat diuji. Annie sentiasa sabar dengan karenah anak muridnya itu
dengan mendidiknya dengan lebih baik dan tidak berputus asa dalam mendidiknya. Akhirnya,
berkat kesabaran guru tersebut, sikap Helen dapat diubah dengan baik. Oleh itu, kami
berpendapat bahawa, semua guru sewajarnya menerapkan nilai kesabaran yang tinggi dalam
diri seperti mana yang telah ditunjukkan oleh Annie dalam mendidik anak muridnya, Helen.
Selanjutnya, Berdasarkan kepada huraian Falsafah Pendidikan Guru dalam buku
Falsafah dan Pendidikan di Malaysia karangan Abd. Razak Abdul Kadir et. al. menyatakan
bahawa, salah satu sifat yang perlu ada sebagi seorang guru yang mempunyai kualiti
profesional ialah, mempunyai daya usaha yang tinggi. Seorang guru yang berkualiti seharusnya
mempunyai daya usaha yang tinggi dalam erti kata lain, tidak mudah berputus asa. Sanggup
berkorban agar murid berjaya mencapai matlamat yang diinginkan. Guru yang mempunyai
kualiti profesional ini akan sentiasa menjadi menarik dan berkesan serta dapat mempengaruhi
anak muridnya. Merujuk kepada tayangan video The Miracle Worker, Annie Sullivan yang
merupakan guru dan pengasuh kepada Helen Keller mempunyai daya usaha yang tinggi serta
sikap tidak mudah berputus asa walaupun beliau mendapat pelbagai cubaan dan dugaan
sepanjang menjadi guru kepada Helen. Misalannya, terdapat satu babak dalam video tersebut
yang mana, annie sullivan dikunci oleh Helen di dalam biliknya kerana Helen merasa terganggu
dengan kehadiran Annie dalam hidupnya. Namun kejadian tersebut tidak mematahkan niat
Annie Sullivan untuk mengasuh dan mendidik Helen. Contoh lain ialah, Annie Sullivan mendapt
tekanan daripada pihak keluarga Helen Keller apabila beliau hanya diberi masa dua minggu
untuk mendidik dan membimbbing Helen untuk berubah kearah yang lebih baik. Hal ini
bertambah sukar apabila rayuan Annie Sullivan untuk memanjangkan masa mendidik dan
membimbing Helen ditolak bahkan, sekiranya Annie Sullivan gagal mendidik Helen dalam masa
yang telah diberkan maka Annie Sullivan akan dipecat daripada tugas sebagai pendidik dan
penasuh kepada Helen Keller. Namun semua ini tidak mamatahkan semangat Annie Sullivan
untuk memberikan yang terbaik untuk Helen Keller dan sentiasa berusaha untuk mencari cara
yang terbaik untuk mendidik Helen.
Di samping itu, Ketegasan guru juga diperlukan dalam mendidik anak murid. Tegas
bukan bererti keras, akan tetapi tegas bererti mengatakan “Ya” sekiranya perkara itu benar atau
boleh dan mengatakan “tidak” sekiranya perkara itu salah atau tidak boleh dan memberikan
5
penjelasan. Hal ini perlu dilakukan dengan konsisten agar anak murid mampu berfikir mana
yang benar dan mana yang salah, sehingga mereka dapat berhati-hati dalam bertindak.
Tambahan pula, dengan cara ini mampu melahirkan anak murid yang patuh dan taat kepada
perintah guru dan melaksankannya dengan penuh bertanggungjawab. Merujuk kepada
tayangan video The Miracle Worker, Annie Sullivan mengamalkan sikap yang tegas tapi penuh
dengan kasih sayang dalam mendidik dan membimbing Helen. Sebagai contoh, terdapat satu
babak dalam video tersebut yang mana Helen inginkan patungnya tetapi Annie Sullivan tidak
memberikan patung tersebut kepada Helen selagi Helen tidak mengikuti beliau mengeja
perkataan “dolls” iaitu patung dalam bahasa Inggeris. Hal ini selaras dengan elemen yang
terdapat dalam Falsafah Pendidikan Guru iaitu, bersedia menjunjung aspirasi negara.
Maksudnya ialah, seorang guru perlu mendaulatkan perintah atau mematuhi arahan pemimpin
dengan keazaman yang kuat dan bersungguh-sungguh bekerja, bukan sekadar melepaskan
batuk ditangga.
Kesimpulannya ialah, tayangan video The Miracle Worker, sememangnya merupakan
sebuah karya yang mampu membuka hati dan fikiran setiap orang yang menontonnya. Hal ini
kerana, walaupun Helen seorang yang kurang upaya tidak semestinya beliau tidak boleh
berjaya sama seperti rakannya yang normal. Di samping itu, watak cikgu dalam video ini iaitu
Annie Sullivan juga memberikan impak yang besar dalam diri kami sebagi seorang bakal guru
pada masa hadapan. Guru peranan penting dalam melahirkan seorang murid yang berkualiti
dan cemerlang daripada pelbagai aspek terutamanya cemerlang daripada aspek JERIS. Guru
sebagai rol model dan teladan kepada murid dengan menunjukkan sahsiah yang baik,
berusaha menguasi pelbagai ilmu dan kemahiran untuk mendidik murid dengan lebih berkesan,
memupuk budaya ilmu dalam kalangan murid dan ,memupuk nilai-nilai murni. Tambahan pula,
mengikut nilai-nilai keguruan, kualiti profesional seseorang guru merangkumi semangat
dedikasi, peka kepada perubahan, sedar tentang keperluan negara, bersikap positif dan
mempunyai daya inovasi yang tinggi.
6
RUJUKAN
Al-Quran
Aishah Bee Binti Ahmad Tajudeen. (2004). Kepuasan Kerja Dan Tekanan Yang Dihadapi Oleh
Guru Sekolah Menengah. Tesis Sarjana.Malaysia: Universiti Putra Malaysia.
Abd. Razak Abdul Kadir et.al.(2014). Falsafah Dan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur:
Freemind Horizons Sdn. Bhd.
Al-Mawdudi, Abu’l A`la. (2006). Asas-asas Islam. Penterj. H.O.K. Rahmat. Shah Alam: Dewan
Pustaka Fajar.
Awang Had Salleh. (1998). Latihan Perguruan untuk Sekolah Berkesan, Prosiding Seminar
Kebangsaan JPPG, Pendidikan Guru untuk Sekolah Berkesan. Kuala Lumpur: Universiti
Malaya.
Azura Binti Mohd Nor. (2004). Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja Guru Dalam
Bidang Kerja Teknik dan Vokasional Berdasarkan Teori Maslow di Sekolah Akademik di
Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Tesis Sarjana Muda.Malaysia :Universiti teknologi
Malaysia.
Halstead, J. M. (2007). Islamic values : a distinctive framework for Moral Education? Journal of
Moral Education. 36 (3) : 283 – 296.
Kamus Dewan Edisi Empat. (2007). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Noratiqah Suhaimi,Rohana Hamzah dan Aminudin Udin (2010) . Pendekatan Pembelajaran
yang Digunakan oleh Guru Teknikal dan Vokasional dalam Melahirkan Pelajar Berjiwa
Merdeka Profesionalisme guru PTV Dalam Membentuk Insan sedar kendiri(self
Actualization).Journal Of Edupres,Volume 1 september 2011,pages 230-237.
Sidek Baba. (2009). Melayu perkasa.Malaysia: Alaf 21 Sdn. Bhd.
Yakan, Fathi. (1985). Apa Ertinya Saya Menganut Islam. Alias Othman (penterj.). Cetakan 4.
Kuala Lumpur: Pustaka Salam.
7
Download