Uploaded by Nur Izzati

globalisasi

advertisement
PENGENALAN
Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling
berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih
memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak
terkecuali. Globalisasi merupakan suatu proses menyingkirkan batasan atau sekatan
kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia
yang terbuka dan tanpa sempadan, Scholte (2000).
Dalam konteks ini, globalisasi menuntut semua negara dan penduduk berada
pada landasan yang sama tanpa mengira bangsa, warna kulit, agama, status dan latar
belakang dan sebagainya untuk bersaing secara adil dalam apa jua bidang. Walaupun
globalisasi membawa faedah kepada setiap negara, kesan globalisasi amat dirasai oleh
negara-negara sedang membangun dan yang mundur kerana negara yang maju akan
berkembang
lebih pesat lagi manakala negara lain masih belum bersedia untuk
bersaing secara adil dengan mereka. Lantaran itu, pendidikan merupakan bidang yang
akan menerima kesa atau impak yang terus dari era globalisasi kerana pendidikan
berkaitan dengan pembangunan sumber manusia yang amat dipengaruhi oleh
persekitarannya, Rancangan Malaysia Kesembilan (2006).
Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang
menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan
perkembangan teknologi maklumat. Manakala falsafah barat mentakrifkan globalisasi
sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek
kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat
manusia di dunia ini. Ini bermakna segala galanya menjadi milik bersama dalam konsep
dunia tanpa sempadan.
Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal.
Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan
sempadan -sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah
dapat merasakan apakah dia itu globalisasi.
Globalisasi juga bermaksud suatu proses yang membolehkan sesuatu aktiviti
disebar atau diperluaskan ke peringkat antarabangsa atau ke seluruh dunia melalui
kemudahan sistem komunikasi. Globalisasi boleh definisikan sebagai suatu usaha
mensosialisasikan pola atau sistem tertentu yang dimiliki oleh sesuatu negara atau
kelompok sehingga menembusi seluruh dunia. Cendekiawan barat pula mentakrifkan
globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi
segala aspek kehidupan yang juga dikenali sebagai „dunia tanpa sempadan‟
(borderless world), suatu fenomena tatacara baru dalam mewujudkan ciri-ciri
penyejagatan . Dunia mahu dijadikan suatu pentas kecil supaya mudah terjangkau
dalam waktu yang singkat hasil perkembangan mendadak teknologi maklumat yang
menggunakan media komunikasi seperti Internet, media elektronik, dan teknologi siber.
Penyebaran ini banyak meliputi aspek ekonomi, kebudayaan, teknologi, politik, dan
sosial.
P. Kotter (1995) mendeskripsikan globalisasi sebagai, "...the product of many
forces, some of which are political (no major was since 1945), some of which are
technological (faster and cheaper transportation and communication), and some of
which are economic (mature firms seeking growth outside their national boundaries).
Manakala, R. Robertson (1992), merumuskan globalisasi sebagai:"... the compression
of the world and the intensification of consciousness of the world as a whole."
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit
yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.
Globalisasi juga dilihat sebagai suatu himpunan proses pengaliran global berbagaibagai jenis objek yang melibatkan pelbagai bidang aktiviti manusia. Objek yang di
globalisasi boleh jadi fizikal atau bukan fizikal. Pendidikan, mengikut pandangan umum,
ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan perkembangan ilmu,
kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Globalisasi membawa bersamanya
pelbagai implikasi kepada pendidikan negara. Antaranya ialah kesan-kesan positif dan
juga kesan negatif globalisasi terhadap pendidikan negara.
Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit
yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara.
Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara
dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat
yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,
media elektronik dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di
antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia
dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Takrifan pendidikan juga amat penting supaya kita dapat memahami dengan
lebih lanjut serta mendalam dengan tajuk yang ingin diselami. Pendidikan, mengikut
pandangan umum, ialah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembentukan dan
perkembangan ilmu, kemahiran, kerohanian dan jasmani manusia. Pengertian bagi
pendidikan pula mempunyai perbezaan bagi setiap individu. Dapat diberikan contoh
pengertian daripada tokoh-tokoh falsafah iaitu Plato yang telah memberikan takrifan
pendidikan sebagai suatu proses untuk membentuk individu yang berakhlak mulia.
Beliau telah menyokong pendapat Socrates bahawa tujuan pendidikan ialah
memberikan latihan moral kewarganegaraan yang baik.
Pendidikan di Malaysia pula merupakan suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani,
intelek, dan sosial berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Oleh yang demikian, globalisasi turut memainkan peranan dalam dunia pendidikan
secara langsung melalui perpindahan nilai pengetahuan hasil ledakan teknologi
maklumat
yang
pesat.
Hal
ini
adalah
menjadikan
Malaysia
sebagai
pusat
kecemerlangan pendidikan seiring dengan negara maju seperti Amerika Syarikat,
United Kingdom dan Australia yang amat menitikberatkan pembangunan dan
perkembangan bidang pendidikan. Ilmu pengetahuan memainkan peranan utama
sebagai jentera pembangunan negara. Justeru, globalisasi meninggalkan kesan ke atas
pendidikan negara dan mempunyai cabaran dalam merealisasikannya.
Globalisasi merubah struktur pendidikan. Sistem pendidikan yang bercorak rigid
atau berpusat yang menggunakan bahan konkrit semata-mata tidak lagi digunakan.
Bahan-bahan seperti ini tidak dapat merangsang minda pelajar untuk terus mendalami
ilmu. Pembelajaran kini menggunakan pendekatan teknologi siber melalui Program
Pembestarian ICT Sekolah. Penggunaan perisian multimedia, Internet, dan e-mel
secara inkuiri penemuan lebih memberangsangkan para pelajar. Perisian multimedia
menggabungkan penggunaan visual, audio, dan effect mampu memberikan gambaran
pelajaran yang jelas walaupun dengan hanya menggunakan teori. Penggunaan Internet
pula menyaksikan lambakan maklumat yang boleh diperoleh pelajar daripada jurnal,
laman forum, ensiklopedia, dokumen, dan persembahan elektronik dengan hanya
menekan kata kunci untuk mencarinya. Semua maklumat berada di hujung jari.
Maklumat juga boleh dikongsi dengan menggunakan e-mel dengan kos yang rendah.
Oleh yang demikian, pelajar dapat menerokai sesuatu ilmu dengan lebih mendalam dan
berkesan dengan perubahan struktur pendidikan ini.
Bekas Perdana Menteri kita, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata
ketika membentang Rancangan Malaysia Kesembilan, “ Dalam konteks dunia global,
modal insan bermutu tinggi satu keperluan, bukan lagi kemewahan. Pembangunan
modal insan dalam RMK-9 dirangka supaya bersifat holistik, menyeluruh dan
bersepadu”. Melalui ungkapan beliau itu, beliau amat berharap agar negara kita akan
mencapai hasrat dan aspirasi dan seterusnya menyertai barisan negara maju
menjelang 2020.
Download