BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan On-The Job Training (OJT) merupakan antara syarat-syarat yang telah diperuntukkan ke atas setiap pelajar di seluruh Kolej Vokasional di Malaysia khususnya di Kolej Vokasional Lebuh Cator (KVLC) bagi penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia Pengurusan Perniagaan. Pelajar akan menjalani On-The-Job Training (OJT) Semester Akhir sama ada dalam awam ataupun swasta pada semester 8 iaitu tempoh selama 5 bulan bagi mendapatkan pendedahan awal dan membiasakan diri dengan dunia pekerjaan yang sebenar. Sepanjang pelajar menjalani Latihan Industri, pelajar akan berada di bawah pengawasan penyelia yang telah dilantik oleh Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) Kolej Vokasional Lebuh Cator. Sepanjang pelajar menjalani On-The-Job Training (OJT) ini, pelajar akan berhadapan dengan pelbagai pengalaman yang belum ditempuhi. Oleh itu, pelajar perlu menyiapkan diri dari segi mental dan fizikal untuk menjalani OJT ini sehingga tamat tempoh yang telah ditetapkan. Selama menjalani Latihan industry, pelajar akan dapat membina keyakinan diri menjadi lebih berani dan tabah dalam menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar di samping dapat menimba pengetahuan dan juga pengalaman. Pelajar boleh merujuk dari pengalaman tersevut sebagai satu panduan apabila pelajar melangkah kea lam pekerjaan sebenar kelak. Justeru On-The Job Training (OJT) dapat memberi manfaat kepada pelatih untuk mengamalkan ilmu-ilmu yang dapat diperolehi untuk dijadikan sebagai satu pengalaman jika di alam pekerjaan yang sebenar dan membentuk personality diri yang baik. Dengan adanya penerangan dari Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI), pelajar dapat menjalani OJT dengan baik dan lancer serta dapat menyiapkan laporan untuk dijadikan sebagai rujukan tentang tugas yang dilaksanakan. Hasil daripada On-The Job Training (OJT) ini, Kolej Vokasional Lebuh Cator (KVLC) kelak dapat melahirkan para graduan yang berkualiti bagi melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi atau terus melangkah kea lam pekerjaan seiring dengan matlamat kerajaan untuk menghasilkan anak didik yang lebih bermutu dan berkualiti disamping melahirkan tenaga kerja separuh mahir yang amat diperlukan oleh kakitangan pekerjaan di sector awam mahupun swasta. 1.2 Objektif On-The Job Training (OJT) On-The Job Training (OJT) ini adalah bertujuan bagi membolehkan para pelajar mempraktikkan apa yang telah dipelajarinya secara teori mahupun amali sepanjang berada di Kolej Vokasional dan mengaplikasikan secara praktikal semasa menjalani OJT. Objektif On-The Job Training (OJT) ini adalah bertujuan :- i. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja. ii. Berkomunikasi secara berkesan dengan pelbagai peringkat iii. Mengamalkan kerja berpasukan iv. Meningkatkan tahap profesionalisme dan beretika dalam memenuhi dasardasar prosedur dan kaedah-kaedah di dalam organisasi v. Menerangkan tugas-tugas yang diberikan dalam tempoh OJT mengikut format yang ditetapkan vi. 1.3 i. Menguasai kemahiran bidang kursus dengan mengaitkan teori yang dipelajari Objektif Laporan Latihan Industri Mendokumentasikan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pelatih sepanjang tempoh latihan berjalan ii. Mendedahkan dan menerangkan lebih lanjut dengan terperinci tentang apa yang dapat dipelajari semasa menjalani latihan industri. iii. Untuk dijadikan sebagai rujukan kepada pelatih itu sendiri dan pelajar-pelajar yang lain iv. Melatih pelajar supaya mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan semasa membuat laporan. v. Merupakan salah satu syarat wajib yang dikenakan kepada pelatih yang telah menjalani latihan industri. 1.4 Kepentingan On-The Job Training (OJT) Kepada Pelajar Menjalani On-The Job Training (OJT) merupakan syarat wajib bagi setiap pelajar Kolej Vokasional. Ia wajib disempurnakan oleh pelajar yang mengikuti kursus Diploma. Ketika menjalani On-The Job Training (OJT) selama 5 bulan, pelajar bukan sahaja didedahkan kepada alam pekerjaan tetapi juga dapat mempraktikkan segala teori dan amali yang dipelajari di Kolej Vokasional. Semasa di Kolej Vokasional, pelajar didedahkan secara am dan amali tetapi dengan menjalani OJT ini pelajar juga dapat mendedahkan para pelajar tentang suasana alam pekerjaan yang sebenar. On-The Job Training (OJT) juga mendewasakan para pelajar yang bakal bergelar sebagai pekerja. OJT juga sebagai pendedahan awal kepada para pelajar untuk bersikap lebih matang. Ia memberikan impak mendalam dalam memupuk semangat kerjasama dalam pasukan dan mendidik pelajar yang bakal menjejaki alam pekerjaan supaya menghormati antara satu sama lain terutama pekerja yang lebih senior atau pegawai yang berpangkat tinggi. Selama 5 bulan menjalani OJT, banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang berguna telah saya perolehi. Segala pendedahan yang diperolehi telah menyedarkan diri saya dalam meningkatkan keyakinan diri bagi menghadapi kehidupan yang kian mencabar sekarang. Praktikal adalah pelengkap kepada ilmu yang dipelajari tanpa mengamalkannya akan hilang dan tidak akan memberi apa-apa kesan. Beginilah jika kita bergaul tanpa ilmu sudah tentu akan wujud masalah dari segi pegangan dan pendirian yang sentiasa berubah-ubah. Kesimpulan yang saya dapat melalui On-The Job Training (OJT) ini ialah saya menerima banyak pendedahan dalam dunia perniagaan ini. Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada juga pihak Kolej Vokasional Pasir Mas yang memberi peluang kepada pelajar - pelajarnya mencari pengalaman sendiri dengan mengadakan On-The Job Training (OJT).