Tamadun Islam Tamadun Asia U1

advertisement
UNIT 1 i
Pengenalan ilmu ketamadunan
Unit 1
MPU 3123/03
Tamadun Islam dan
Tamadun Asia
Pengenalan Ilmu
Ketamadunan
ii WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
PANEL KURSUS
Ketua Penyelaras Kursus: Puan Rabikha Hasni bte Suparman
Penulis Kursus: Dr. Zul-kifli Hussin dan Encik Hari Chandran
Pereka Instruksi: Puan Norliza Binti Mhd Rodzi
Ahli Panel Kursus: Puan Irmadura dan Cik Ooh Seow Ling
PENYELARAS KURSUS
Puan Rabikha Hasni bte Suparman
PENILAI KURSUS LUARAN
Professor Zailan Moris, Universiti Sains Malaysia
PRODUKSI
Penyunting Dalaman: Encik Khoo Chiew Keen dan Puan Norliza Binti Mhd Rodzi
Pereka Grafik: Cik Audrey Yeong
Universiti Terbuka Wawasan adalah institusi pengajian tinggi bukan berunsur keuntungan pertama
di Malaysia yang didedikasikan kepada pelajar dewasa. Organisasi ini dibiayai oleh Yayasan
Pendidikan Wawasan, sebuah entiti yang dikecualikan dari cukai yang ditubuhkan oleh Parti
Gerakan Malaysia, dan disokong oleh Yeap Chor Ee Charitable and Endowment Trust, badan-badan
kebajikan, koperasi, orang ramai dan peruntukan dari kerajaan Malaysia.
Penyediaan bahan kursus universiti ini dibiayai oleh Yeap Chor Ee Charitable and Endowment Trust.
© 2014 Universiti Terbuka Wawasan
Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula,
disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang
cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada
pihak penerbit Universiti Terbuka Wawasan.
Universiti Terbuka Wawasan
(KPT/JPT/DFT/US/P01)
Wholly owned by Wawasan Open University Sdn. Bhd. (700364-W)
54, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang.
Tel: (604) 2180333 Faks: (604) 2279214
E-mel: [email protected]
Laman web: www.wou.edu.my
UNIT 1 iii
Pengenalan ilmu ketamadunan
Kandungan
Unit 1 Pengenalan Ilmu Ketamadunan
Ringkasan kursus
1
Ringkasan unit
3
Objektif unit
3
1.1 Pengenalan ilmu ketamadunan
5
Objektif
5
Pengenalan
5
Sejarah tamadun
5
Kemunculan tamadun
Tamadun Mesopotamia
Tamadun Indus
Tamadun Mesir
7
7
9
10
Konsep ketamadunan
12
Pengertian tamadun dari sudut bahasa
‘Tamadun’ menurut Istilah bahasa Arab
‘Tamadun’ menurut istilah bahasa Melayu
‘Tamadun’ menurut istilah bahasa Inggeris
14
15
16
16
Tamadun menurut sarjana Barat moden dan sarjana
Islam
Tamadun menurut sarjana Barat moden
Tamadun menurut sarjana Islam
17
Cadangan jawapan untuk aktiviti
23
1.2 Ciri dan proses sesebuah tamadun
25
17
20
Objektif
25
Pengenalan
25
Ciri univesal tamadun
25
iv WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Ciri tamadun Islam
Thaqafah (culture)
Hadharah (civilisation)
Al-Madaniyyah (urbanisation)
Umran’ (vision/mission  menuju kemakmuran)
27
27
27
27
27
Cadangan jawapan untuk aktiviti
29
1.3 Interaksi dan impak antara tamadun
31
Objektif
31
Pengenalan
31
Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama
32
Interaksi dengan budaya dan peradaban yang berbeza
32
Interaksi antara tamadun yang kuat dengan yang lemah
33
Impak pertembungan antara tamadun
35
Impak interaksi antara tamadun
35
Impak positif pertembungan tamadun
36
Impak negatif pertembungan tamadun
38
Cadangan jawapan untuk aktiviti
42
1.4 Dialog antara tamadun/peradaban
43
Objektif
43
Pengenalan
43
Budaya dialog di Malaysia
43
Prinsip-prinsip dialog
44
Halangan kepada dialog
45
Cadangan jawapan untuk aktiviti
47
UNIT 1 v
Pengenalan ilmu ketamadunan
Rumusan Unit 1
49
Latihan pengukuhan unit
51
Cadangan jawapan latihan kendiri
53
Cadangan jawapan latihan pengukuhan unit
57
Rujukan
59
vi WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
UNIT 1 1
Pengenalan ilmu ketamadunan
Ringkasan Kursus
K
ursus MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan
kursus wajib lulus berijazah kepada semua pelajar IPTS yang menyambung
pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kursus ini akan memberi ruang
kepada anda untuk mengenali dan menghargai kepelbagaian dan keunikan
tamadun-tamadun dunia. Pendedahan ini perlu diberikan kepada anda sebagai
seorang pelajar dengan tujuan membentuk masyarakat Malaysia yang majmuk ke
arah mencapai hasrat negara 1Malaysia yang harmoni.
Kursus ini mempunyai lima unit yang bakal anda pelajari. Unit 1 merupakan unit
pengenalan tentang ilmu ketamadunan. Dalam unit ini, anda akan mengenalpasti
aspek-aspek penting dan unsur asas sesebuah tamadun yang dikemukakan sama
ada klasik, moden atau kontemporari. Seterusnya anda akan didedahkan juga
dengan kesan interaksi pertembungan di antara tamadun. Dialog antara tamadun
juga akan dibincangkan.
Unit 2 akan mendalami dunia tamadun Islam. Dalam unit ini, anda akan mengenali
Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan daripada Allah s.w.t. dan permulaan tamadun
Islam. Lantaran itu, anda akan didedahkan dengan prinsip, ciri-ciri istimewa yang
membawa tamadun Islam ke arah kecemerlangan.
Dalam Unit 3, anda akan didedahkan kepada keaslian tamadun Melayu. Anda bakal
mengenali sejarah pembentukan peradaban dan budaya Melayu serta sumbangannya
terhadap pembinaan masyarakat Malaysia.
Unit 4 pula akan menyentuh topik tamadun India yang merupakan salah satu
tamadun tertua dunia. Anda akan mengenali sejarah awal dan empayar tamadun
India. Anda turut akan diperkenalkan dengan masyarakat, budaya, kepelbagaian
agama, sumbangan serta cabaran tamadun India.
Unit 5 akan kita terokai dengan menelusuri Sungai Hwang Ho, bagi menemukan
sejarah awal kelahiran tamadun China. Di samping itu, anda akan mengenali
masyarakat, budaya agama dan kepercayaan serta sumbangan tamadun China.
2 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
UNIT 1 3
Pengenalan ilmu ketamadunan
Ringkasan Unit
U
nit 1 merupakan pengenalan kepada ilmu ketamadunan. Penjelasannya
adalah berasaskan perspektif sejarah, konsep dan definisi tamadun. Konsep
sesuatu tamadun dinilai berdasarkan titik tolak daripada definisi tamadun itu
sendiri. Seterusnya ia membentuk suatu persepsi tentang makna tamadun dengan
menghubungkannya dengan unsur ilmu sejarah, kemasyarakatan, geografi,
astronomi, sains bumi, sains tabi’i, politik, kenegaraan, ekonomi, agama dan akidah,
pembangunan masyarakat dan perbandaran, etika dan akhlak, perusahaan dan
perindustrian, ilmu, pendidikan, bahasa dan kesenian.
Objektif Unit
Pada akhir Unit 1, anda akan dapat:
1. Menghuraikan konsep dan istilah yang menjadi asas dalam ilmu
ketamadunan.
2. Mengenalpasti dan menentukan tamadun terawal di dunia dan menerangkan
pembentukan tamadun awal.
3. Menjelaskan proses evolusi dan ciri-ciri penting sesebuah tamadun.
4. Membincangkan interaksi antara tamadun dan kesan yang terhasil.
4 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
UNIT 1 5
Pengenalan ilmu ketamadunan
1.1 Pengenalan Ilmu Ketamadunan
Objektif
Setelah mempelajari bahagian ini, anda dapat:
1. Membincangkan pengertian tamadun dari segi bahasa dan istilah.
2. Menjelaskan konsep dan pengertian tamadun mengikut sarjana Islam dan
barat.
3. Mengenali latar belakang, sejarah dan pembentukan tamadun awal manusia.
Pengenalan
Tamadun atau peradaban merupakan suatu disiplin yang penting untuk diketahui
oleh semua golongan secara amnya dan para pelajar khususnya. Hal ini kerana semua
aktiviti kehidupan manusia merupakan proses membina dan memperkasa tamadun.
Para pengkaji mendapati bahawa perkembangan ketamadunan setiap bangsa di
dunia mempunyai hubungan antara satu sama lain dan saling memerlukan. Oleh
itu, wajarlah ilmu ketamadunan ini diketahui dan difahami oleh setiap bangsa di
dunia. Justeru, ilmu ketamadunan adalah ilmu yang menjurus kepada perbincangan
dan penjelasan mengenai proses pembinaan, perkembangan dan kemajuan suatu
bangsa dan tamadun.
Dalam bahagian ini, anda akan didedahkan dengan sejarah bermulanya sesebuah
tamadun, pengertian tamadun daripada pelbagai perspektif sarjana, konsep tamadun
dan tanda aras bagi menentukan suatu bangsa atau masyarakat itu bertamadun
atau sebaliknya. Penjelasan ini secara langsung membolehkan anda memahami
perkara asas tentang tamadun serta kerangka rujukan (frame of reference) apabila
membicarakan isu-isu ketamadunan dan peradaban secara khusus.
Sejarah tamadun
Dalam bahagian ini, anda bakal mengenali kemunculan beberapa tamadun purba
dunia yang hebat. Bermula dengan Era Paleolitik (kira-kira 3,000 tahun dahulu)
hinggalah ke hari ini. Kemudian, kita akan memberi perhatian kepada bagaimana
masyarakat berkembang, daripada masyarakat pertanian yang primitif sehingga
pertanian termaju. Revolusi ini telah membawa perubahan kepada masyarakat dan
sesebuah tamadun. Pengkaji tamadun seringkali menggolongkan perkembangan
tamadun manusia peringkat awal ini kepada dua iaitu Zaman Batu dan Zaman
Logam.
6 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Zaman Batu
Zaman Logam
i. Zaman Batu Awal (Paleolitik)  300,000 – 8,000 SM
i. Zaman Gangsa
ii. Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik)  8,000 – 3,000 SM
ii. Zaman Besi
iii. Zaman Batu Baru (Neolitik)  2,700 – 900 SM
Perbincangan seterusnya akan lebih menekankan kepada Zaman Batu. Pada Zaman
Batu Awal (Paleolitik), manusia menjalani kehidupan yang sederhana dengan
menjalankan aktiviti pemburuan. Masyarakat pada zaman ini hidup secara nomad
bagi mencari keperluan kehidupan. Tempat tinggal masyarakat Paleolitik adalah
berhampiran sungai, di dalam gua bersama keluarga atau hidup secara berkumpulan.
Cuba anda fikirkan apakah kegiatan yang mereka lakukan bagi menyara kehidupan
mereka? Seterusnya, penggunaan sejenis batu yang dikenali sebagai flint telah
diserpihkan untuk dijadikan peralatan untuk kegunaan masyarakat ketika itu.
Alat-alat berupa lempengan atau batu yang diasah satu sisi, yang disebut pisau
atau kapak juga pernah ditemui. Kewujudan Zaman Paleolitik di Malaysia telah
disahkan melalui pentarikhan saintifik dengan penemuan alat batu di Kota Tampan
Lenggong, Bukit Jawa, Perak, Gua Niah, Sarawak dan Tingkayu, Sabah. Selain itu,
penemuan ‘Perak Man’ di Gua Gunung Runtuh merupakan penemuan pertama
rangka manusia zaman Paleolitik di dunia.
Rujukan Web
Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Perak Man, anda
boleh ke laman web berikut:
http://prehistoricperak.blogspot.com/2011/03/perak-man.html
Zaman Mesolitik adalah era kedua dalam perkembangan manusia. Pada masa ini,
kehidupan masyarakat tidak jauh berbeza berbanding dengan zaman Paleolitik. Pada
zaman Mesolitik, terdapat satu tamadun yang diikuti ramai ialah tamadun yang
dikenali sebagai tradisi Hoabinhian. Di antara ciri utama tradisi Hoabinhian ialah:
1.
Alat-alat pemotong batu yang agak kasar diperbuat daripada batu-batu sungai
yang tajam di sebelahnya sahaja. Terdapat juga alat-alat yang diperbuat daripada
tulang.
2.
Orang zaman ini telah pandai membuat bejana (takar air) daripada tanah liat.
3.
Hidup berburu dan menangkap ikan.
4.
Kepercayaan alam ghaib.
UNIT 1 7
Pengenalan ilmu ketamadunan
5.
Upacara pengebumian yang teratur.
6.
Mempunyai kesenian yang agak halus.
(Ahmad Jelani Halimi 2008)
Tradisi daripada masyarakat Hoabinhian ini telah berkembang maju hingga
munculnya Zaman Neolitik. Pada zaman ini, penciptaan kapak dengan pemegang
kayu dan kayu pengali yang dapat menggali tanah juga lebih baik. Penciptaan bajak
dan roda untuk pertanian merupakan ciptaan terbaru pada zaman ini. Masyarakat
Neolitik memulakan penempatan kekal serta aktiviti menternak binatang,
mengusahakan tanaman dan menenun pakaian. Kini, mereka mula percaya kepada
kewujudan kuasa atau semangat yang dikenali sebagai dewa atau tuhan. Di samping
itu, implikasi daripada aktiviti penanaman tanaman dan penternakan binatang
telah mewujudkan komuniti kampung dan seterusnya berkembang menjadi bandar.
Penempatan awal yang wujud pada zaman Neolitik ialah di Catal Turki dan Jericho,
Palestin (8,000 SM).
Kemunculan tamadun
Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kemunculan sesebuah tamadun. Di
antara ciri utama ialah air. Malah, jelas kita lihat bahawa tamadun awal sering
wujud di sekitar sungai kerana tanah di situ subur, bekalan air segar, perdagangan
dan tanah yang sesuai untuk penanaman.
Tamadun
Mesopotamia
• Sungai Tigris
• Sungai Euprathes
Tamadun Mesir
Tamadun Indus
• Sungai Nil
• Sungai Indus
Tamadun China
• Sungai Hwang Ho
Jadual 1.1 Tamadun dan sungai yang terlibat
Tamadun Mesopotamia
Menurut kepada Muhammad Abdul Jabbar Beg yang merupakan sarjana daripada
Universiti Cambridge menyatakan tamadun yang tertua di dunia ialah Tamadun
Mesopotamia. Dalam bahasa Yunani, Mesopotamia bermaksud ‘tanah di antara
dua sungai’.
8 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Rajah 1.1 Peta Tamadun Mesopotamia kuno
Sekitar tahun 3,500 SM, wilayah Mesopotamia ini berkembang menjadi pusat
tamadun awal. Terdapat banyak kerajaan yang muncul, berkembang dan akhirnya
runtuh di lembah Mesopotamia. Kerajaan terawal ialah Kerajaan Sumeria yang
bermula pada tahun 3500 SM dan Kerajaan terakhir ialah Chaldea yang jatuh
pada tahun 539 SM. Selepas kejatuhan Kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah
Mesopotamia hingga membawa kepada keruntuhan kerajaan Sumeria, Akkad, Ur,
Babylon Lama dan Assyria yang diasaskan oleh orang Mesopotamia. Rajah 1.2
mencatatkan ringkasan sumbangan dan inovasi Tamadun Mesopotamia kepada
dunia.
Sistem Tulisan
Kuneiform adalah bahasa pertama yang ditulis. Ia
dicipta oleh Sumeria dalam kira-kira 5000 SM.
Kuneiform telah ditulis dalam tanah liat.
Roda
Roda terawal dicipta pada kira-kira 3500 SM. Bentuk
terawal roda penggelek adalah diletakkan di bawah
objek berat untuk dibawa bersama-sama.
UNIT 1 9
Pengenalan ilmu ketamadunan
Sistem Saliran
Pengairan juga dicipta di Mesopotamia kerana selatan
Mesopotamia telah kering dan tidak ada hujan yang
cukup untuk menanam tanaman. Orang menggali
parit supaya air mengalir untuk air tanaman mereka.
Taman Tergantung Babylon
Taman yang dibina oleh Raja Nebuchadnezzar kepada
isterinya.
Ziggurat
Sebuah kuil yang dibina oleh masyarakat Sumeria.
Rajah 1.2 Sumbangan dan inovasi Tamadun Mesopotamia
Sumber: http://6hmesopotamia.weebly.com/contributions-inventions-and-legacy.html
Tamadun Indus
Lembah Indus merupakan tempat di mana mengalirnya Sungai Indus yang berpunca
daripada Tibet. Lebih kurang 9000 tahun dahulu, terdapat masyarakat yang tinggal
berdekatan barat bukit, di Lembah Indus. Terdapat dua bandar utama di situ, iaitu
Mohenjo-Daro dan Harappa di mana ditemui bandar terancang terawal dalam sejarah
manusia. Petempatan kekal telah membentuk bandar terancang di Tamadun Indus.
Rajah 1.2 Tapak peninggalan Mohenjodaro-Harrapa
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Mohenjo-daro
10 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Berikut adalah beberapa inovasi daripada Tamadun Indus:
Inovasi
Perancangan
bandar
• Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi
oleh tembok.
• Jalan-jalan yang dibina ditetapkan dalam satu barisan yang
lebarnya di antara 4 meter – 10 meter.
• Pada kedua-dua belah jalan, dibina rumah-rumah pelbagai
saiz.
Sistem
perparitan
• Longkang dibina di bawah tanah. Longkang ditutup dan
dilengkapi dengan lubang pemeriksaan untuk membolehkan
kerja pemeriksaan dilakukan jika tersumbat.
The Great Bath
• Merupakan kolam renang yang dibina berukuran 180 kaki ×
108 kaki.
• Air kolam ini diperoleh daripada perigi yang berhampiran.
Jadual 1.2 Contoh inovasi Tamadun Indus
Sumber: http://indiansaga.com/historuty/features_indusvalley.html
Rujukan Web
Untuk mengetahui lebiih lanjut tentang Tamadun Indus, sila rujuk
laman web di bawah.
http://indiansaga.com/history/indusvalley.html
Tamadun Mesir
Kini anda akan mengenali Tamadun Mesir yang merupakan salah satu tamadun
tertua di dunia. Mesir adalah sebuah negara di Afrika Utara, berdekatan dengan
Laut Mediterranean. Nama ‘Mesir’ berasal daripada bahasa Yunani, Aegyptos.
Sebutan Yunani untuk Mesir adalah ‘Hwt-Ka-Ptah’ (bermaksud “Kuil untuk Ptah”.
Ptah merujuk kepada salah satu dewa dalam mitologi Mesir Kuno). Pada awal
Kerajaan Lama Mesir hanya dikenali sebagai ‘Kemet’ yang bererti ‘Black Land’.
Kemudian, negara ini dikenali sebagai Misr yang bermaksud ‘negara’, satu nama
yang masih digunakan oleh orang-orang Mesir untuk negara mereka pada hari ini.
(http://suhelmanzulkifli.wordpress.com/2013/03/25/kenapa-egypt-disebut-mesirgreece-disebut-yunani-dan-the-netherlads-disebut-belanda/)
UNIT 1 11
Pengenalan ilmu ketamadunan
Rajah 1.4 Tulisan hieroglif Mesir
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hieroglif_Mesir
Sekitar 5,000 SM, manusia mula tinggal di sepanjang Lembah Sungai Nil, dan
kemudian 1,000 tahun kemudian kawasan petempatan di Sungai Nil mula
berkembang. Ini telah membawa kepada pemusatan kuasa pentadbiran dan
pembinaan bangunan. Projek pengairan berskala besar telah menyebabkan
perdagangan berlaku. Pada masa yang sama, orang Mesir mencipta tulisan untuk
menyimpan rekod. Bentuk awal tulisan ini dikenali sebagai hiegrolif.
Dari segi kepercayaan, orang Mesir menganggap Firaun sebagai jelmaan Tuhan.
Sebagai Tuhan, Firaun dikatakan sebagai membawa kehidupan, kesuburan, kestabilan
dan kemakmuran kepada negeri Mesir. Manakala piramid mewakili satu kuasa suci.
Institusi raja ketuhanan berlangsung selama hampir 3,000 tahun.
Revolusi pertanian berlaku dengan pesatnya semasa tempoh The Old Kingdom
(2650 – 2134 SM). Tempoh ini, dianggap sebagai tempoh yang paling kaya dan
paling kreatif dalam sejarah Mesir. (http://www.ancientegypt.co.uk/menu.html)
Aktiviti 1.1
1. Pertanian telah mengubah kehidupan awal manusia. Bincangkan.
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
12 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
2. Bandingkan perbezaan di antara zaman Paleolitik dan zaman
Neolitik.
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
Konsep ketamadunan
Perkataan ‘tamadun’ sering digunakan bagi menggambarkan taraf pencapaian
kemajuan lahiriah mahupun kemajuan rohaniah manusia. Pengertian tamadun
mengikut Kamus Dewan ialah keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara
bertindak, cara berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan penciptaan berupa
kebendaan atau kerohanian sesebuah masyarakat dan peradaban.
Menurut seorang ahli arkeologi prasejarah di University Edinburgh V. Gordon
Childe (1927 –1946), pencapaian material adalah lambang ketamadunan. Tamadun
mempunyai persamaan dengan revolusi perbandaran. Oleh itu, beliau menyamakan
erti tamadun dengan revolusi bandar kerana apabila berlaku revolusi bandar, maka
akan lahirlah satu tamadun baru di kawasan berkenaan.
Rajah 1.5 V. Gordon Childe
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/V._Gordon_Childe
UNIT 1 13
Pengenalan ilmu ketamadunan
Bagi masyarakat Barat Moden, terdapat perbezaan yang jelas di antara pemikiran
Barat moden dan Islam kerana dari zaman moden yang bermula dari abad ke-17
di Eropah, agama tidak memainkan peranan yang penting, iaitu permulaan proses
sekularisasi di mana tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah dalam aspekaspek kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran.
Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.
Justeru, Islam menekankan kedua-dua unsur tersebut. Kedua-dua unsur inilah yang
menjadi kayu pengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Dari sinilah
wujudnya perbezaan di antara pandangan Islam dan pandangan Barat moden tentang
apakah yang dimaksudkan dengan tamadun.
Secara ringkasnya, konsep tamadun boleh dilihat daripada dua perspektif yang
berbeza. Pertama, dari perspektif Barat moden dan keduanya dari perspektif Islam.
Dengan bahasa yang mudah, wujudnya dua pandangan di antara Sarjana Barat
moden dan Sarjana Islam.
Jika kita merujuk kepada perkataan ‘tamadun’, ia berasal daripada bahasa Arab.
Dari sudut etimologi, ia berasal daripada perkataan ‘maddana’, iaitu kata kerja
yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan
memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan ‘madani’.
‘Madani’ merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan satu cara hidup yang
menzahirkan kehalusan budi pekerti terpuji. (Ros Aiza et al. 2012).
Berdasarkan huraian di atas, pengertian tamadun memfokuskan kepada dua faktor
utama, iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan bandar atau penempatan.
Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar
sains Islam yang hidup antara tahun 1332 – 1395.
Rajah 1.6 Ibn Khaldun
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Khaldun
14 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Tokoh yang mengupas dan mengenengahkan idea pengajian ketamadunan adalah
Ibnu Khaldun (1332 –1406 M). Ibnu Khaldun menggunakan istilah ‘umran’ dalam
karya agungnya iaitu Muqaddimah atau lebih dikenali dengan Muqaddimah Ibnu
Khaldun. Istilah ‘umran’ yang digunakan oleh beliau merujuk kepada tamadun.
Ketika membincangkan ilmu ‘umran’, Ibnu Khaldun telah mengaitkannya dengan
ilmu sejarah, ilmu kemasyarakatan, geografi dan astronomi, sains bumi dan
sains tabi’i, politik, kenegaraan dan ekonomi, agama dan akidah, pembangunan
masyarakat dan perbandaran, etika dan akhlak, perusahaan dan perindustrian,
ilmu dan pendidikan, bahasa dan kesenian.
Beliau juga telah memperkenalkan istilah ‘umran hadhari’ dan ‘umran badawi’.
‘Umran hadhari’ merujuk kepada masyarakat yang telah mencapai tahap kemajuan
dalam pelbagai segi kehidupan. Manakala ‘umran badawi’ merujuk kepada
masyarakat yang masih belum maju. Konsep ‘umran hadhari’ dan ‘umran badawi’
yang digunakan oleh Ibnu Khaldun adalah bagi memperlihatkan proses yang dilalui
oleh sesebuah masyarakat dalam menuju peradaban. (Ros Aiza et al. 2012).
Kemudian, penulis dalam bidang pengajian ini adalah Jurji Zaydan (1914)
atau dikenali sebagai George Zeedane melalui karyanya yang terkenal al-Tarikh
al-Tammadun al-Islami (Mohd. Rosdi 2011). Kemudiannya diikuti oleh Farid
Wajdi (1954) dan Malik Bennnabi (1973).
Konsep tamadun tidak hanya mementingkan kemajuan lahiriah seperti kesenian
dan pembinaan kota semata-mata, tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian
dalam aspek rohaniah dan perilaku yang bermoral.
Rajah 1.7 George Zeedane
Sumber: http://it.wikipedia.org/wiki/Jurji_Zaydan
Pengertian ‘tamadun’ dari sudut bahasa
Jurji Zaydan atau dikenali dengan nama George Zeedane dikatakan sebagai seorang
individu yang mula memperkenalkan perkataan ‘tamadun’. Beliau adalah seorang
pemikir pengkaji sejarah yang banyak menulis tentang sejarah Islam melalui karyanya
al-Tarikh al-Tamaddun al-Islami (Mohd. Rosdi 2011).
UNIT 1 15
Pengenalan ilmu ketamadunan
Istilah ini kemudiannnya telah digunakan secara meluas oleh ahli-ahli sejarah,
antropologi, arkeologi dan sosiologi. Namun, tiada satu pengertian yang khusus
yang diterima secara umum. Hal ini disebabkan masing-masing cenderung
mengolah definisi mengikut pengkhususan bidang masing-masing. Oleh itu, istilah
ini harus didefinisikan secara jelas berpandukan aspek bahasa dan istilah bahasa
Arab, Melayu dan Inggeris dengan mengambil kira definisi yang dinyatakan oleh
tokoh-tokoh tersohor.
‘Tamadun’ menurut Istilah bahasa Arab
‘Tamadun’ berasal daripada istilah Bahasa Arab yang bermaksud kemajuan, kehalusan
budi pekerti dan sopan santun. (Mahayuddin 1998).
Menurut Syed Naquib al-Attas, perkataan ‘tamadun’ berasal daripada Bahasa Arab
berasaskan kalimah madana (‫ )ندم‬yang membawa kepada kata tamaddun (‫)ندمت‬
dengan pengertian; “Suatu kemajuan atau kemodenan yang berasaskan unsur-unsur
tertentu bersesuaian dengan keadaan masa dan tempat” (Mohd. Rosdi 2011)
Rajah 1.8 Syed Muhammad Naquib al-Atas
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Syed_Muhammad_Naquib_al-Attas
Manakala menurut Idris al-Marbawi, tokoh persuratan Nusantara pula menyatakan
bahawa istilah tamadun adalah berasal dari kata dasar ‘madana’ yang bermaksud
kehalusan budi dan akhlak mulia. Ia juga bermaksud membangunkan kota (Ismail
Bakar 1999). Istilah-istilah lain yang turut digunakan adalah al-Madaniyah,
al-Umran dan al-Hadharah.
16 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Rajah 1.9 Idris al-Marbawi
Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Idris_al-Marbawi
Daripada ketiga-tiga istilah tersebut, istilah al-Madaniyah dipercayai digunakan
sejak abad ke-4 Hijrah. Manakala istilah al-Umran dan al-Hadharah diperkenalkan
pada abad ke-8 Hijrah oleh Ibnu Khaldun (1332 – 1406h) (Ismail Bakar 1999).
‘Tamadun’ menurut istilah bahasa Melayu
Mohd Rosdi Mahmud telah menyenaraikan beberapa pengertian tamadun menurut
istilah bahasa Melayu (2001). Menurut Kamus Istilah Bahasa Melayu (1994),
perkataan ‘tamadun’ bermaksud kebudayaan dan peradaban. Ia membawa maksud
kemajuan dalam aspek budaya dan tamadun yang merangkumi jasmani dan rohani.
Kamus Dewan (1997) mendefinisikan tamadun sebagai “keadaan masyarakat
manusia yang didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan taraf pemikiran yang
lebih tinggi merangkumi bidang sosial, politik, kebudayaan, agama dan sebagainya”.
Menurut Mahmud Taib al-Najmi (1997) tamadun merangkumi kebudayaan,
peradaban, kemajuan kebendaan dan kerohanian serta sopan santun. Abu Bakar
Hamzah (1972) mentakrifkan tamadun sebagai suatu kemajuan yang lahir serentak
dan seiring dengan kehidupan manusia berserta kemajuan sama ada berbentuk
abstrak ataupun material.
‘Tamadun’ menurut istilah bahasa Inggeris
Menurut Aliran Max Weber (1965), perkataan ‘civilization’ merupakan sebahagian
daripada kebudayaan yang berkait rapat dengan ‘urbanization’. Perkataan ‘civilization’
merujuk kepada: 1) Kota (city) (2) Kesopanan dan akhlak yang baik (civilize). Hal
ini kerana perkataan ‘civilize’ diambil daripada istilah Latin “city” dan “civitas”
dengan alasan bahawa setiap perubahan jelas pertumbuhannya di bandar besar
dan ciri-ciri asas peradaban manusia mudah ditemui di bandar.
UNIT 1 17
Pengenalan ilmu ketamadunan
A. S. Hornby dan E. C. Parnwell (1972) selari dengan aliran Max Weber, menyatakan
bahawa perkataan tamadun seerti dengan ‘civilization’ yang bermaksud suatu yang
berupaya meningkatkan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada
kemajuan dalam pelbagai bidang seperti ilmu sains, teknologi, politik dan moral.
Tamadun menurut sarjana Barat moden dan sarjana Islam
Setelah kita membincangkan ketiga-tiga definisi istilah di atas, sekarang marilah
sama-sama kita mengamati pandangan sarjana Barat dan Islam terhadap tamadun.
Penjelasan ini bagi memudahkan kita membentuk kerangka berfikir apakah yang
menjadi tanda aras (benchmark) sesuatu tamadun.
Berikut disenaraikan perbezaan pandangan di antara sarjana Barat dan pandangan
sarjana Islam mengenai tamadun.
Tamadun menurut sarjana Barat moden
1. Arnold Toynbee
Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Beliau
menambah lagi, tamadun ialah satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab
membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral. (Mustafa
2004).
Arnold Toynbee seorang ahli sejarah British dan merupakan profesor
penyelidikan Antarabangsa di London School of Economics dan University
of London.
Rajah 1.10 Arnold Toynbee
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Arnold_Toynbee
18 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
2. A. S. Hornby dan E.C. Parnwell
Dalam bukunya The Progressive English Dictionary, menyatakan bahawa
tamadun bermaksud meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada
kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral
dan sebagainya (Mustafa 2004).
3. Joseph R. Strayer
Dalam bukunya The Mainstream of Civilization menjelaskan bahawa
perkataan tamadun amat ramat hubungan dengan perbandaran. Beliau
mengatakan tamadun itu lahir di bandar (Othman et al. t.t).
4. J. K. Fiebleman
Merujuk dalam buku beliau Education and Civilization: The Tranmission of
Culture, tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat.
Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri
menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan (Othman et al. t.t).
5. E. B. Taylor
Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek
keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi,
bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.(Othman et al. t.t)
E.B. Taylor merupakan seorang ahli antropologi.
Rajah 1.11 Edward Burnett Tylor
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Edward_Burnett_Tylor
UNIT 1 19
Pengenalan ilmu ketamadunan
6. Oswald Spengler
Sarjana daripada Jerman dalam bukunya The Decline of the West menjelaskan
bahawa tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan kerana kebendaan
itu membawa kepada kemajuan.
Rajah 1.12 Oswald Spengler
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Oswald_Spengler
7. Will Durant
Dalam penulisan bukunya The Story of Civilization, tamadun ialah
peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran,
kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi,
sistem politik, tradisi moral dan kesenian.
Rajah 1.13 Will Durant
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Will_Durant
20 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Tamadun menurut sarjana Islam
1. Ibnu Khaldun
Menerangkan tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang
tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan
nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai
kemajuan dalam berbagai bidang.
2. Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi
Tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang
memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan,
keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.
3. Muhammad Rasyid Ridha
Agama adalah asas tamadun kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual)
akan mendorong kebanyakan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia
ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan
sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau
sebaliknya.
Rajah 1.14 Muhammad Rasyid Ridha
Sumber: http://jv.wikipedia.org/wiki/Rasyid_Ridha
UNIT 1 21
Pengenalan ilmu ketamadunan
4. Sayyid Qutb
Merupakan tokoh dari Mesir menyatakan bahawa Tamadun ialah segala
bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat.
Rajah 1.15 Sayyid Qutb
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Qutb
5. Said Hawa
Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam
dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang
tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan
itu. Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan
dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian
dan moral.
6. Umar ‘Audah al-Khatib
Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan
moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik,
kesenian dan seluruh kehidupan.
7. Muhammad al-Bahiy
Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang
menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah,
pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain.
22 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Aktiviti 1.2
Apakah kepentingan pengajian ketamadunan kepada pelajar?
a. ________________________________________________
b. ________________________________________________
c. ________________________________________________
Rumusan
Daripada perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa proses
pembinaan sesebuah tamadun bermula daripada suatu bangsa,
masyarakat dan negara. Pelbagai perspektif tentang tamadun
tidaklah menunjukkan adanya pertentangan di antara sesebuah
tamadun dengan tamadun yang lain. Sebaliknya, perbezaan tersebut
menjadi tanda aras bahawa tamadun yang sebenar adalah tamadun
yang mampu menjalinkan di antara nilai-nilai material dan spiritual.
Ingatkah anda perbincangan berkaitan istilah ‘umran hadhari’ dan
‘umran badawi’? ‘Umran hadhari’ merujuk kepada masyarakat yang
telah mencapai tahap kemajuan dalam pelbagai segi kehidupan.
Manakala ‘umran badawi’ merujuk kepada masyarakat yang masih
belum maju”.
Latihan Kendiri 1.1
Sila jawab soalan-soalan di bawah.
1. Nyatakan dua faktor mengapa lembah sungai menjadi lokasi
petempatan awal manusia.
2. Pada pandangan anda, mengapakah piramid dianggap sebagai
warisan penting tamadun Mesir?
3. Jelaskan kepentingan Ziggurat kepada masyarakat Mesopotamia.
4. Bandingkan definisi konsep tamadun oleh Oswald Spengler
dengan Muhammad Idris Abdul Rauf al Marbawi.
UNIT 1 23
Pengenalan ilmu ketamadunan
Cadangan jawapan untuk aktiviti
Maklum Balas
Aktiviti 1.1
1. • Pertanian dijalankan maka akan berlaku lebihan dalam
keperluan. Lebihan keluaran tersebut akan ditukarkan
dengan barang yang lain. Maka akan berlaku sistem barter.
• manusia mula merancang penempatan tetap.
• Revolusi alatan pertanian.
• Pengkhususan kerja  wujud pekerjaan dan pembahagian
tugas yang lebih sistematik dan spesifik.
2.
Paleolitik
Perbezaan
Neolitik
• Hasil buruan
binatang liar
• Sumber makanan
yang tumbuh liar
Sumber
makanan
• Hasil tanaman dan
ternakan
• Hasil ikan yang
ditangkap
• Tiada tempat
tinggal yang tetap
• Tinggal dalam gua
Tempat
tinggal
• Tinggal di rumah
yang dibina sendiri
dan tetap
• Membuat alatan
daripada batu dan
tulang
• Peralatan dibuat
untuk memburu
binatang
Peralatan/
Teknologi
• Peralatan dibuat
daripada logam
• Membuat tembikar,
menganyam dan
menenun
Kepercayaan
• Percaya bahawa
ada Tuhan
• Memuja semangat
unsur alam
• Percaya kepada
kuasa ghaib
Aktiviti 1.2
a. Pengajian tamadun dapat menyedarkan kita kepada proses
evolusi sesebuah bangsa, masyarakat dan negara ke arah
membentuk sesebuah tamadun.
24 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
b. Melahirkan bangsa malaysia yang bertamadun tinggi yang
sanggup memperjuangkan nilai-nilai ketamadunan universal
yang murni.
c. Membina perasaan saling hormat menghormati, saling
memahami budaya dan agama di kalangan masyarakat.
UNIT 1 25
Pengenalan ilmu ketamadunan
1.2 Ciri dan Proses Sesebuah Tamadun
Objektif
Setelah mempelajari bahagian ini, anda dapat:
1. Mengenali ciri-ciri universal sesebuah tamadun.
2. Membandingkan ciri-ciri yang dikemukakan oleh sarjana Islam dan Barat.
Pengenalan
Dalam bahagian ini, anda akan mengenali ciri-ciri yang terdapat dalam sesebuah
tamadun. Ciri-ciri di antara tamadun Islam dan tamadun lain adalah berbeza
berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Menerusi ciri-ciri yang berbeza ini
jelas menunjukkan setiap tamadun mempunyai kekuatan dan keistimewaan yang
tersendiri. Sebagai contoh kita dapat lihat terutamanya dalam konteks teologi.
Contohnya konsep monoteisme yang terdapat dalam Islam berbeza daripada konsep
metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep kewujudan tuhan sebagai
pencipta. Dari perspektif pemerkasaan tamadun, ciri-ciri ini sangat berpengaruh
dan merupakan ‘kuasa sakti’ yang memberikan kekuatan serta sumbangan terhadap
dunia.
Ciri univesal tamadun
Edward L, Farmer dalam bukunya “Comparative History of Civilization in Asia”
menjelaskan bahawa masyarakat bertamadun harus mempunyai ciri-ciri tertentu
seperti revolusi pertanian, penempatan kekal, organisasi masyarakat, sistem
pentadbiran, agama perbandaran, kemajuan teknologi dan sistem tulisan (Mohd
Rosdi Mahmud 2001: 10)
26 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Petempatan
kekal
Revolusi
pertanian
Bandar
Agama
Ciri-ciri
tamadun
Kemajuan
teknologi
Organisasi
masyarakat
Sistem
pentadbiran
Sistem
tulisan
Rajah 1.16 Ciri-ciri tamadun
Sumber: Olahan daripada Mohd Rosdi Mahmud
Dalam bukunya “The Civilized Society”, Darcy Riberto membentangkan ciri-ciri
tamadun, seperti berikut:
Penyebaran teknologi pertanian
Revolusi penghasilan inovasi teknologi
berasaskan besi
Wujud aktiviti penternakan
Revolusi penternakan
Revolusi bandar
Revolusi perdagangan
Penggunaan peralatan tembaga dan
gangsa
Revolusi teknologi
Revolusi pengairan
Revolusi industri
UNIT 1 27
Pengenalan ilmu ketamadunan
Ciri tamadun Islam
Ibnu Khaldun pula membahagikannya kepada empat ciri utama (Mohd Rosdi
2007), iaitu:
1. Thaqafah (culture)
Menurut istilah bahasa Melayu perkataan ‘thaqafah’ bermaksud kebudayaan,
iaitu suatu cara hidup yang merangkumi fikiran, kelakuan dan tindakan serta
segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa material dan kerohanian.
Oleh itu seseorang yang berkebudayaan ialah seseorang yang mampu menilai
makna kemanusiaan secara positif serta bebas daripada kongkongan hawa
nafsu dan adat yang negatif.
2. Hadharah (civilisation)
Secara khususnya ‘hadharah’ bermaksud kelompok masyarakat menetap di
bandar berlandaskan suatu sistem politik, agama dan sosio-ekonomi yang
mantap serta dinyatakan sebagai masyarakat hadhari yang maju dari segi
pemikiran, ekonomi, perdagangan, pembuatan, pertanian, pentadbiran dan
komunikasi di samping bersedia mematuhi ketetapan peraturan.
3. Al-Madaniyyah (urbanisation)
Menurut Kamus al-Mu’jam al-Wasit, perkataan ‘al-Madaniyyah’ bermaksud
kemajuan dan perkembangan perbandaran dan ia menggambarkan suatu
kehidupan bandar atau kota yang teratur dari segi penempatan dan
infrastruktur serta aktiviti semasa yang dijalankan seperti perniagaan dan
sebagainya. Ringkasnya, perkataan madaniyyah mempunyai kaitan dengan
madinah, iaitu bandar atau city.
4. ‘Umran’ (vision/mission  menuju kemakmuran)
Merujuk kepada aktiviti membangun dan memakmurkan sesuatu kawasan
atau wilayah secara terancang sehingga membawa kepada keharmonian dan
berpotensi dari aspek sosio-ekonomi dalam pelbagai bidang. Ibnu Khaldun
menggunakan kalimah ‘umran’ sebagai gambaran terhadap pembukaan kota
dengan pelbagai projek pembangunan yang dilakukan oleh khalifah-khalifah
Islam pada zaman keagungannya. Justeru, ‘umran’ merupakan visi dan misi
yang perlu ada bagi setiap manusia untuk berusaha mencapai kemajuan dan
kemakmuran dalam kehidupan.
28 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Aktiviti 1.3
Mengikut Ibnu Khaldun, apakah ciri-ciri utama tamadun?
Rumusan
Bahagian ini telah menjelaskan ciri tamadun bagi sesebuah
masyarakat. Pengetahuan tentang ciri-ciri tamadun sebagaimana
yang dijelaskan oleh Edward L, Farmer, Darcy Riberto, Beatty dan
Johnson serta Ibnu Khaldun amat penting kerana ia memudahkan
kita memahami tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Bahagian
ini juga menekankan pemahaman kita kepada beberapa istilah
yang digunakan oleh Ibnu Khaldun, iaitu thaqafah, hadharah,
al-Madaniyah dan al-‘Umran. Kesemuanya menjurus kepada
pembangunan lahiriah dan pembangunan rohaniah.
Latihan Kendiri 1.2
1. Apakah lima (5) ciri-ciri tamadun yang dikemukakan oleh
Edward L. Farmer?
a. ______________________________________________
b. ______________________________________________
c. ______________________________________________
d. ______________________________________________
e. ______________________________________________
2. Jelaskan maksud Al-Madaniyyah.
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
UNIT 1 29
Pengenalan ilmu ketamadunan
3. Jelaskan ciri-ciri tamadun dari aspek berikut.
Kemajuan teknologi
Sistem tulisan
Revolusi pertanian
Agama
Cadangan jawapan untuk aktiviti
Maklum Balas
Aktiviti 1.3
a. Thaqafah (culture)
Menurut istilah bahasa Melayu perkataan ‘thaqafah’ bermaksud
kebudayaan. Seseorang yang berkebudayaan ialah seseorang
yang mampu menilai makna kemanusiaan secara positif serta
bebas daripada kongkongan hawa nafsu dan adat yang negatif.
b. Hadharah (civilisation)
Secara khususnya hadharah bermaksud kelompok masyarakat
menetap di bandar berlandaskan suatu sistem politik, agama
dan sosio-ekonomi. Masyarakat hadhari adalah masyarakat yang
maju dari segi pemikiran, ekonomi, perdagangan, pembuatan,
pertanian, pentadbiran dan komunikasi di samping bersedia
mematuhi ketetapan peraturan.
c. Al-Madaniyyah (urbanisation)
Bermaksud kemajuan dan perkembangan perbandaran.
Perkataan madaniyyah mempunyai kaitan dengan madinah,
iaitu bandar dan city.
30 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
d. ‘Umran’ (vision/mission  menuju kemakmuran)
Merujuk kepada aktiviti membangun dan memakmurkan
sesuatu kawasan atau wilayah secara terancang sehingga
membawa kepada keharmonian dan berpotensi dari aspek
sosio-ekonomi dalam pelbagai bidang. ‘Umran’ merupakan visi
dan misi yang perlu ada bagi setiap manusia untuk berusaha
mencapai kemajuan dan kemakmuran dalam hidup.
UNIT 1 31
Pengenalan ilmu ketamadunan
1.3 Interaksi dan Impak antara Tamadun
Objektif
Setelah mempelajari bahagian ini, anda dapat:
1. Menyenaraikan jenis interaksi di antara tamadun.
2. Membincangkan kepentingan interaksi antara tamadun.
3. Membincangkan impak positif dan negatif interaksi antara tamadun.
Pengenalan
Dalam sejarah, didapati bahawa perkembangan tamadun dunia mempunyai
hubungan di antara satu sama lain. Dengan perkataan lain, meskipun setiap
tamadun mempunyai keistimewaan masing-masing, telah berlaku hubungan yang
melibatkan beberapa aspek seperti agama, budaya, peradaban dan sistem hidup.
Proses interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara antaranya melalui kehidupan
bersama, perdagangan, peperangan, penjelajahan, penjajahan dan media. Ia boleh
dilihat dalam proses rentasan persempadanan akibat pertembungan agama, bahasa,
adat, makanan, pakaian dan sebagainya. Akibatnya menyaksikan peradaban yang
besar akan mendominasi peradaban yang kecil. Pada umumnya, terdapat empat
jenis interaksi berlaku antara tamadun, iaitu:
Interaksi sains dan
teknologi
Jepun mempelajari sains
dan teknologi dari Eropah
dan Amerika Syarikat
ekoran hubungan yang
terjalin.
Interaksi fizikal
Pedagang Arab
mengahwini penduduk
tempatan dan membina
petempatan khas di
kawasan pantai timur
dan barat Sumatera.
Jenis
interaksi
antara
tamadun
Rajah 1.17 Jenis interaksi antara tamadun
Sumber: Zulkifli Dahalan et al. (2009)
Interaksi teologi atau
agama
Proses asimilasi beberapa
ajaran Buddha ke dalam
ajaran Shinto di Jepun
tentang nilai etika dan
moral.
Interaksi budaya
Meliputi aspek seperti
makanan, pakaian, seni
bina, muzik dan
sebagainya.
32 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Perbahasan tentang interaksi tersebut boleh dijelaskan dengan merujuk kepada jenis
interaksi yang wujud seperti berikut.
Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama
Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama merujuk kepada hubungan satu
budaya dalam sesuatu kaum. Misalnya, masyarakat Melayu yang terdiri daripada
pelbagai suku kaum seperti orang Jawa, Banjar, Bugis Mandaling dan sebagainya
sudah pasti menampilkan kepelbagaian budaya dan adat resam. Demikian juga
dengan orang Cina yang mempunyai pelbagai suku kaum seperti Hakka, Kantonis,
Hainan, Teochew dan sebagainya. Manakala bagi orang India seperti Tamil,
Malayalam, Punjabi dan sebagainya.
Sebagai contoh, hubungan masyarakat Islam dan Hindu di India. Meskipun mereka
mempunyai pegangan agama yang berbeza tetapi tidak dari segi budaya, seperti
golongan masyarakat Hindu di India Utara yang menerima unsur-unsur keislaman
dalam budaya berpakaian, pemakanan dan seni bina. Sementara itu masyarakat Islam
di India pula menerima unsur-unsur tertentu termasuk seni bina, muzik pemakanan
dan gaya hidup masyarakat Hindu. Rumusannya, setiap kelompok masyarakat
mengamalkan kebudayaan yang hampir sama. Namun dalam suasana atau upacara
majlis tertentu ada kelainan budaya yang diamalkan menurut masyarakat tersebut
(Ros Aiza et al. 2012).
Interaksi dengan budaya dan peradaban yang berbeza
Menurut Ros Aiza Mohd. Mokhtar et al. (2012), interaksi dalam kategori
ini menggambarkan bagaimana antara satu kaum yang berlainan budaya dan
kepercayaan agama boleh saling berinteraksi. Interaksi begini boleh dilihat dalam
interaksi di antara tamadun Melayu dengan tamadun Cina yang telah berlaku sejak
kerajaan Funan pada abad ke-3 M. Interaksi tamadun Melayu dengan tamadun
Cina berlaku melalui pelbagai cara. Hasil interaksi ini telah membawa beberapa
perubahan dan asimilasi budaya dalam kedua-dua tamadun. Interaksi antara dua
tamadun ini berlaku dalam suasana aman, iaitu melalui misi diplomatik migrasi dan
perdagangan. Kesan interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun Cina telah
memperkenalkan sutera, porselin, tembikar dan makanan seperti taugeh, tauhu,
kicap dan beberapa jenis sayuran kepada masyarakat Melayu. Beberapa teknologi
seperti perlombongan, pertukangan logam dan kertas turut diperkenalkan. Sementara
tamadun Cina pula memperolehi hasil ekonomi seperti rempah, produk haiwan dan
tumbuh-tumbuhan yang kesemuanya memperkaya kebudayaan kebendaan tamadun
Cina (Abd Wahid dan Faezah Kassim 2006).
UNIT 1 33
Pengenalan ilmu ketamadunan
Interaksi antara tamadun yang kuat dengan yang lemah
Interaksi begini dapat dilihat dengan jelas di antara Islam dengan Yahudi dan Islam
dengan Kristian pada saat kelahiran Islam di Semenanjung Arab yang memperlihatkan
bagaimana interaksi antara peradaban yang kuat dengan peradaban yang lemah.
Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kelompok-kelompok kaum yang lain diberi
jaminan perlindungan dalam Sahifah Madinah (Piagam Madinah  Perlembagaan
bertulis pertama di dunia).
Piagam yang mengandungi 47 fasal itu dibahagikan kepada dua bahagian.
Bahagian pertama mengandungi 23 fasal yang berhubungan dengan Muhajirin
dan Ansar. Bahagian kedua pula mengandungi 24 fasal berkaitan dengan nonMuslim. Melalui piagam ini, muncullah masyarakat yang menjunjung tinggi
nilai-nilai toleransi, seperti kebebasan beragama, persamaan dan persaudaraan
antara sesama warga Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa dan
agama (Zul-kifli 2004). Piagam tersebut antara lain menyebutkan bahawa tempat
ibadat kedua-dua kaum ini diberi perlindungan malah penganut agama Yahudi dan
Kristian bebas mengamalkan agama mereka.
Ketetapan ini termaktub di dalam Piagam, fasal 25 yang menyatakan:
“Kaum Yahudi dan dari Bani ‘Awf adalah satu ummah. Mereka bebas dengan
agama mereka sebagaimana orang Islam bebas dengan agama mereka. Kebebasan
ini berlaku juga kepada pengikut-pengikut dan diri mereka sendiri melainkan
sesiapa yang zalim dan berbuat dosa.”
Pengiktirafan hak penganut bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka selagi
mereka tidak mengganggu atau menceroboh Islam atau masyarakat Islam merupakan
salah satu prinsip yang penting dalam sistem pemerintahan Islam (Muhammad
al-Ghazaly (t.t.).
Jika diamati sepanjang sejarah ketamadunan Islam dan zaman pemerintahan
Kerajaan Umayyah sehingga zaman pemerintahan Uthmaniyyah, masyarakat Yahudi
dan Kristian hidup harmoni dan damai di tengah-tengah masyarakat Muslim.
Selain bebas mengamalkan agama masing-masing, beberapa jawatan penting turut
disandang oleh kalangan individu Yahudi dan Kristian dalam pentadbiran Kerajaan
Islam terutamanya di Andalusia (Sepanyol). Penulis dan sarjana daripada kalangan
masyarakat Yahudi dan Kristian terus memberi sumbangan kepada perkembangan
pemikiran agama dan bangsa khasnya dan tamadun Islam setempat (Osman Bakar
et al. 2009).
Menurut al-Qaradawi (1999), semasa pemerintahan kerajaan Bani ‘Abbasiyah,
jawatan wazir tanfiz (menteri pelaksanaan yang bertindak meneruskan perintah
dan melaksanakan keputusan ketua negara) (telah beberapa kali disandang oleh
orang-orang Nasrani. Misalnya Nashr ibn Harun pada tahun 369 hijrah dan Isa ibn
Nastoresa pada tahun 380 hijrah (Rasyid al-Ghannusyi 1994).
34 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Rujukan Web
Untuk memahami kandungan Piagam Madinah, anda boleh melayari:
http://www.constitutionofmadina.com/
atau
http://fastnote.wordpress.com/piagam-madinah/
Aktiviti 1.4
1. Berdasarkan gambar berikut dapatkah anda, kenal pasti jenis
interaksi yang berikut.
Rumah Minangkabau
Baju Kebaya
Angpau
Makanan Segera
2. Bincangkan interaksi di antara tamadun dari aspek interaksi
dalam lingkungan budaya yang sama.
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
UNIT 1 35
Pengenalan ilmu ketamadunan
Impak pertembungan antara tamadun
Pertembungan antara tamadun merupakan satu proses sosial yang membabitkan
dua atau lebih individu atau kelompok yang melibatkan tindakan saling membalas
tingkahlaku dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Proses pertembungan
antara tamadun menjadikan tamadun itu dinamik dan seterusnya memperkayakan
tamadun itu sendiri.
Impak interaksi antara tamadun
Interaksi antara tamadun di dunia telah memberi banyak kesan terhadap penduduk
di sesebuah negara yang terlibat. Kesan tersebut dapat dibahagikan kepada dua, iaitu
kesan positif dan kesan negatif.
Ilmu
pengetahuan
Pemikiran
Positif
Industri
Hubungan
interaksi dan
komunikasi
Krisis nilai
Kepelbagaian
ajaran dan
anutan
Negatif
Perbezaan
status
Monopoli
ekonomi
36 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Impak positif pertembungan tamadun
1. Paradigma pemikiran
Interaksi yang terjadi bagi setiap bangsa atau penduduk sesebuah negeri atau
negara sedikit sebanyak mengubah paradigma berfikir seseorang. Misalnya,
ketika Islam menguasai Sepanyol, orang-orang Sepanyol telah tergesa-gesa
berpindah kerana takut ditindas oleh orang Islam. Namun tanggapan
tersebut meleset kerana mereka mendapat maklumat bahawa saudara mara
mereka mendapat layanan baik daripada kerajaan dan orang Islam. Mereka
memperoleh hak mengamalkan agama mereka dengan bebas dan diberi
pekerjaan (Mahmood 1971).
Di antara lain seperti Ibnu Sina yang merupakan tokoh hebat pada zaman
kegemilangan Islam. Beliau merupakan tokoh ilmuan pelbagai bidang
seperti perubatan, sains, astronomi, matematik, logik dan banyak lagi.
Gaya pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah
Al Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Sementara itu,
pandangan dalam bidang perubatan juga turut dipengaruhi oleh asas dan
teori perubatan Hippocates.
2. Perkembangan ilmu pengetahuan
Perpindahan ilmu pengetahuan adalah proses interaksi antara sesebuah
tamadun dengan tamadun yang lain. Contohnya, perpindahan ilmu telah
mencetuskan zaman kebangkitan (Renaissance) kepada masyarakat Eropah
yang sebelum ini mundur dalam segala aspek kehidupan.
Perpindahan ilmu dilakukan dengan pelbagai cara, diantaranya ialah
aktiviti penterjemahan. Contohnya tokoh perubatan Islam Abu Al-Qasim
Al Zahrawi (Abulcasis) dan dikenali sebagai Bapa Pembedahan Moden.
Kitab Al-Tasrif tulisan beliau merupakan bahan rujukan penting dalam
ilmu pembedahan.
Rajah 1.18 Instrumen perubatan pembedahan Al Zahrawi
UNIT 1 37
Pengenalan ilmu ketamadunan
Kitab Al-Tasrif telah diterjemahkan oleh Gerard Chemora ke bahasa Hebrew,
Perancis dan Inggeris. Rajah 1.18 menunjukkan instrumen perubatan
pembedahan Al Zahrawi yang terdapat dalam Kitab Al-Tasrif. Selain itu,
percambahan bidang ilmu baru yang diperoleh daripada tamadun Islam ke
barat ialah ilmu algebra, muzik, geometri, astronomi, kimia, trigonometri
dan falsafah. Jelaslah disini bahawa telah berlaku transformasi dalam
kurikulum pembelajaran di Eropah.
Pada zaman kegemilangan Islam, Cordoba ibu negari Andalusia, Sepanyol
muncul sebagai pusat pengembangan ilmu. Ramai pelajar dari seluruh dunia
datang ke sini. Sebagai contoh pada abad ke sembilan, perpustakaan St. Gall
di Eropah merupakan perpustakaan terbesar yang memuatkan 36 jilid buku.
Pada masa yang sama, Perpustakaan Al Hakam II Cordoba mengandungi
lebih 500,000 jilid buku!
3. Hubungan interaksi dan komunikasi
Komunikasi yang berterusan telah membawa ikatan yang akrab dalam
hubungan antarabangsa. Hal ini dapat dilihat dalam sejarah susunan
masyarakat Baba Nyonya dalam interaksi dengan Tamadun Melayu.
Komuniti Baba Nyonya merupakan gabungan budaya kacukan CinaMelayu. Penggunaan bahasa Baba sebagai bahasa pertuturan ialah satu
bahasa campuran antara bahasa Melayu dan Hokkien.
Menurut Hashim Musa (2000), dialek Melayu Baba Melaka diasaskan
kepada ragam bahasa Melayu pasar yang menjadi lingua franca dalam
perdagangan di kalangan pelbagai bangsa di bandar-bandar utama Alam
Melayu seperti Melaka, Singapura, Pulau Pinang dan Jakarta. Dialek Melayu
Baba banyak menggunakan perkataan Hokkien, dan perkataan yang sering
digunakan ialah gua, lu, bibi dan wak. Tanpa bahasa, tidak mungkin berlaku
hubungan yang berkesan antara dua pihak termasuk antara satu bangsa
dengan bangsa yang lain.
4. Perkembangan teknologi
Rajah 1.19 Potret Cai Lun
38 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Peningkatan dan perkembangan dalam bidang perindustrian telah
mendorong kemajuan sesebuah tamadun. Berlaku perkongsian ilmu
pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi. Ciptaan hebat Tamadun
China ialah teknologi pembuatan kertas oleh Cai Lun iaitu seorang ahli
sains semasa Dinasti Han. Bahan yang digunakan ialah daripada kulit kayu
pokok. Teknologi pembuatan kertas ini telah dibawa ke Barat pada abad
ke-13. Rajah 1.19 menunjukkan potret Cai Lun sebagai pelopor dalam
pembuatan kertas semasa Dinasti Qing.
Impak negatif pertembungan tamadun
1. Krisis nilai
Interaksi yang terjalin boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu masyarakat.
Kita sedia maklum bahawa setiap bangsa memiliki kepelbagaian adat
dan tatacara dalam amalan harian mengikut pegangan dan kepercayaan
masing-masing. Kewujudan aliran materialisme yang meremehkan hal
spritual adalah salah satu impak daripada pertembungan tamadun. Aliran
ini dikatakan bahaya kerana boleh mendorong manusia terikat pada dunia
material yang hanya bersifat sementara. Oleh itu, ianya dianggap sebagai
tidak sesuai dengan mana-mana agama majoriti di dunia. Antara contoh
lain yang kita dapat lihat ialah pertembungan interaksi Barat dan Islam
telah mewujudkan golongan sekular. Fahaman sekular dalam kalangan umat
Islam telah mengakibatkan pemisahan sistem agama atau kepercayaan dalam
aspek kehidupan.
2. Monopoli ekonomi
Interaksi juga akan mewujudkan penguasaan ekonomi. Dengan perkataan
lain, monopoli ekonomi akan berlaku. Jurang perbezaan ekonomi yang ketara
akan berlaku, misalnya pada zaman penjajahan dasar pecah dan perintah
yang diamalkan mengasingkan kaum berdasarkan sektor-sektor tertentu.
Orang Melayu menjalani kehidupan sara diri dan di sektor pertanian, orang
Cina melaksanakan sektor perlombongan dan perniagaan manakala orang
India menguruskan perladangan estet.
3. Perbezaan status (sosio politik)
Kebanyakan sejarawan berpendapat pertembungan antara tamadun
mewujudkan sedikit perbezaan dari segi status kependudukan yang
mempengaruhi perkembangan politik dan kegiatan sosial. Ini disebabkan
pengaruh anutan ideologi sistem sosial yang diamalkan sejak sekian lama
oleh sesuatu bangsa tersebut. Misalnya, merujuk kepada Kerajaan Melaka,
hierarki sosial masyarakatnya bersifat superior  inferior, iaitu masyarakat
terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu golongan pemerintah dan
golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja,
kerabat diraja, pembesar dan ulama istana. Manakala golongan yang
UNIT 1 39
Pengenalan ilmu ketamadunan
diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa dan hamba. Hierarki demikian
telah membentuk halangan sosial (social barrier) di antara golongan atasan
dan bawahan. Berasaskan sistem tersebut juga yang mengiktiraf perbezaan
darjat, maka lahirlah undang-undang dan adat istiadat yang bertujuan
menjaga taraf dan kepentingan golongan atasan (Muhammad Syariefudin
et al. 2009).
4. Kepelbagaian ajaran dan anutan
Interaksi jika tidak ditangani dengan baik akan mewujudkan kesangsian
di antara penganut agama. Contohnya, kedatangan mubaligh-mubaligh
Kristian bersama-sama dengan pihak penjajah Barat ke dunia Islam dan
kawasan Asia yang lain menyebabkan terjadinya pergeseran dengan agama
penduduk asal. Kedatangan Portugis ke Jepun misalnya, menyebabkan
pergeseran di antara Kristian dengan agama asal Jepun, iaitu Shinto.
Pergeseran ini membawa kepada implikasi ‘dasar tertutup Jepun’ selama
kira-kia dua abad kepada masyarakat luar. (Afifah t.t.).
Aktiviti 1.5
Bincangkan bagaimana kesan interaksi dapat diubah daripada
negatif menjadi positif.
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
____________________________________________________
Rumusan
Perbincangan dalam bahagian ini jelas menunjukkan ciri-ciri
tamadun secara universal dan juga tamadun Islam. Mengenali ciriciri ini penting bagi kita memahami tahap ketamadunan sesebuah
masyarakat dan kemajuan yang ada pada ketika itu. Bahagian ini
secara tidak langsung dapat membezakan ciri-ciri diantara tamadun
Islam dan juga tamadun lain. Interaksi antara tamadun turut berlaku
yang merupakan ransangan kepada kehidupan bertamadun. Sikap
toleransi antara tamadun mengambarkan sikap terbuka untuk
menerima nilai-nilai baik daripada tamadun tersebut dan seterusnya
membantu kepada kemunculan tamadun baru.Terdapat interaksi
positif dan negatif yang diperoleh akibat daripada pertembungan
antara tamadun yang mana dapat memberi memberi sumbangan
dalam mewujudkan sesebuah masyarakat ke arah lebih baik.
40 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Latihan Kendiri 1.3
1. _______________ merujuk kepada visi dan misi yang perlu
ada bagi setiap manusia untuk berusaha mencapai kemajuan
dan kemakmuran dalam kehidupan.
A.
B.
C.
D.
2.
Hadharah
Al- Madaniyyah
‘Umran
Thaqafah
• Heritage of Western Civilization
• Ciri utama iaitu kehidupan kota dan sistem tulisan
Berikut merujuk kepada ____________________.
A.
B.
C.
D.
3.
Beatty dan Johnson
Edward L. Farmer
Ibnu Khaldun
Darcy Riberto
• Hubungan budaya dalam satu kaum
• Contohnya masyarakat Melayu yang terdiri daripada orang
Jawa, Banjar, dan Bugis Mandaling.
Berikut merujuk kepada jenis interaksi _________________.
A.
B.
C.
D.
dalam lingkungan budaya yang sama.
dalam peradaban yang setara.
antara tamadun kuat dan lemah.
budaya dan peradaban yang berbeza.
4. Di antara berikut, yang manakah tidak benar mengenai kesan
positif akibat pertembungan tamadun?
A. Perkembangan ilmu pengetahuan.
B. Ibnu Sina dipenagruhi oleh aliran falsafah Al-Farabi yang
menghidupkan aliran Socrates.
C. Aktiviti penterjemahan berlangsung sebagai medium
perpindahan ilmu.
D. Teknologi pembuatan kertas semasa Tamadun China.
UNIT 1 41
Pengenalan ilmu ketamadunan
5. Dimanakah letaknya pusat pengembangan ilmu semasa zaman
kegemilangan Islam?
A.
B.
C.
D.
Sepanyol
Cordoba
Perancis
China
6. Berikut merujuk kepada interaksi diantara Tamadun Melayu
dan Tamadun Cina kecuali ____________________.
A. Memperkenalkan sutera , poselin dan tembikar.
B. Peminjaman perkataan seperti taugeh, tauhu dan kicap.
C. Memperoleh hasil ekonomi seperti rempah, produk haiwan
dan tumbuhan.
D. Perpindahan ilmu algebra, kimia, trigonometri dan sains ke
Tamadun Melayu.
7. Kitab Al-Tasrif penulisan ___________________ merupakan
rujukan penting dalam ilmu pembedahan.
A.
B.
C.
D.
8.
Abu Al-qasim Al Zahrawi
Ibnu Sina
Al-Farabi
Cai Lun
Berlaku proses asimilasi beberapa ajaran Buddha ke dalam
ajaran Shinto di Jepun tentang nilai etika dan moral.
Berikut merujuk jenis interaksi ____________________.
A.
B.
C.
D.
fizikal
sains dan teknologi
teologi dan agama
kebudayaan
42 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Cadangan jawapan untuk aktiviti
Maklum Balas
Aktiviti 1.4
Interaksi tamadun dari aspek lingkungan budaya yang sama
sebenarnya menghasilkan keragaman dan kepelbagaian budaya.
Keragaman budaya ini akhirnya akan menghasilkan keunikan
sesebuah masyarakat. Jika dilihat secara mendalam, keragaman ini
menunjukkan bahawa hubungan budaya yang ada pada sesuatu
kaum mampu menyatupadukan anggota sesebuah masyarakat.
Pendek kata, setiap kaum ingin mengetahui dan mempelajari budaya
kaum yang berada dalam lingkungan budaya yang sama. Secara
tidak langsung ini akan membawa kepada rasa saling memahami
dan saling menghormati.
Aktiviti 1.5
Krisis nilai  Hal ini dapat ditangani sekiranya setiap kaum atau
bangsa memahami bahawa setiap daripada kita memiliki ciri-ciri
khas sama ada dari segi adat dan tatacara amalan harian mengikat
keyakinan dan kepercayaan kita. Ia tidak seharusnya menimbulkan
rasa tidak senang. Sebaliknya kepelbagaian ini jika dikawal dengan
baik akan menjadi suatu keunikan bagi sesebuah negara.
Monopoli ekonomi  Monopoli tidak seharusnya terjadi kerana
kekayaan sepatutnya dikongsi bersama dan agihan kekayaan perlulah
diagihkan secara adil dan saksama. Ia tidak wajar dikuasai oleh
seseorang atau sekelompok kaum atau bangsa.
Status (sosio-politik)  memang tidak dapat dielakkan, namun
apa yang penting adalah sikap dan tindakan tersebut janganlah
sampai menjadi penghalang hubungan antara kaum dan masyarakat.
Perbezaan sosia-politik janganlah sampai menjadikan seseorang itu
mengenepikan golongan yang lebih rendah kedudukannya atau yang
lebih rendah status ekonominya.
Kepelbagaian ajaran dan anutan  melibatkan pilihan hati
seseorang. Kecenderungan hati tidak boleh dipaksa. Akan tetapi
dialog secara berhikmah serta toleransi yang tinggi sahaja yang dapat
membantu menghilangkan rasa curiga di antara penganut agama.
UNIT 1 43
Pengenalan ilmu ketamadunan
1.4 Dialog antara Tamadun/Peradaban
Objektif
Setelah mempelajari bahagian ini, anda dapat:
1. Menerangkan pengertian dialog antara tamadun.
2. Menghuraikan kepentingan dialog antara tamadun.
3. Mengenalpasti halangan yang berlaku dalam melaksanakan dialog antara
tamadun.
Pengenalan
Tahukah anda, apakah yang dikatakan dialog? Dialog ialah perbincangan atau
perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingan. Berdialog memberi
maksud bertukar-tukar pendapat atau pandangan mengenai sesuatu isu secara
terbuka, toleransi dan beretika (Kamus Dewan 2005). Menurut Chandra Muzaffar,
dialog peradaban bermaksud saling berkomunikasi dan persefahaman antara tamadun
berdasarkan kepada elemen penting, iaitu memahami budaya masing-masing tanpa
ada rasa prejudis terhadap masyarakat daripada kaum yang lain.
Hans Koechler pula menegaskan sifat dialog adalah merangkumi kemampuan
untuk melihat diri sendiri daripada perspektif individu yang lain, mewujudkan
toleransi dan saling menerima antara satu sama lain. Justeru, dialog dapat difahami
sebagai perundingan, interaksi positif antara dua pihak, komunikasi dua hala antara
peradaban yang bertujuan memupuk persefahaman, berkongsi perspektif dalam
menyelesaikan masalah dalam pelbagai aspek dan sebagainya (Ahmad Fazullah 2007).
Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban (2001) pula menjelaskan
dialog peradaban sebagai perbuatan mendengar kepada kepercayaan, pengadilan,
kerisauan masyarakat bukan hanya terhadap budaya yang berlainan, etnik atau latar
belakang kepercayaan tetapi juga perbezaan keyakinan politik, kedudukan sosial
dan kekuatan ekonomi.
Budaya dialog di Malaysia
Sejak 1980-an hingga kini misalnya memang sudah ada pihak-pihak yang memulakan
usaha untuk mengadakan dialog. Di peringkat Institut Pengajian Tinggi, beberapa
seminar antarabangsa telah diadakan di Universiti Malaya. Antaranya, “Islam and
Confucianism Dialogue” pada 12 – 14 Mei 1995 dan Islam, Japan and The West pada
September 1996. Hasil daripada seminar antarabangsa tersebut maka ditubuhkan
Centre for Civilizational Dialogue di Universiti Malaya yang menjalankan pelbagai
aktiviti akademik yang boleh memupuk budaya dialog antara tamadun.
44 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Budaya dialog di Malaysia juga melibatkan beberapa badan seperti Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Institut Perkembangan Minda (INMIND),
Institut Kefahaman Islam Malaysia, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional,
Malaysian Interfaith Network dan beberapa jabatan dan NGO yang lain.
Pada tahun 2001, satu kongres kebangsaan iaitu Kongres Peradaban Malaysia telah
diadakan di Kuala Lumpur atas cadangan Awang Sariyan, Pengarah Dewan Bahasa
dan Pustaka (ketika itu) sebagai langkah membudayakan dialog dalam semua
peringkat (Abd Hakim dan Azmi 2009).
Di satu peringkat, kemajuan dialog telah tercapai kerana ia melibatkan sarjana,
agama dan cendekiawan. Dialog dalam kehidupan seharian berlaku melalui proses
bekerjasama, berkomunikasi dan hidup bersama-sama dalam konteks pekerjaan,
sekolah, penggunaan hospital, pengangkutan awam dan lain-lain.
Sumber: http://ummatanwasatan.net/2010/01/gerakkan-dialog-antara-agama/
Prinsip-prinsip dialog
Menurut Osman Bakar (2009), antara prinsip dialog adalah:
1. Sentiasa menyedari bahawa tujuan utama dialog adalah untuk kedua-dua
pihak menyedari sesuatu dan sesudah itu berubah kepada kebaikan.
2. Dialog antara tamadun mestilah merupakan projek yang bermanfaat kepada
kedua-dua pihak yang terlibat dan ia boleh berlaku secara intra dan juga
inter tamadun.
3. Dialog perlulah dijalankan dengan penuh ikhlas, toleran dan empati.
4. Mestilah boleh atau berupaya menjelaskan pandangan (kepercayaan dan
nilai) yang dipegangnya dengan jelas.
5. Peserta dialog mestilah cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan
dialognya.
6. Mestilah berhemah semasa memberikan pandangan terhadap tamadun orang
lain.
7. Tidak mempunyai prejudis.
8. Dialog hanya dapat terjadi antara pihak yang mempunyai posisi yang setara
dan sama.
UNIT 1 45
Pengenalan ilmu ketamadunan
Di samping memahami prinsip-prinsip dan ‘makna’ dialog itu, ada juga pengkaji dan
pengamal dialog yang bercakap tentang etika berdialog. Contohnya dalam berdialog
perlulah menghormati agama dan cara beramal pihak-pihak yang terlibat termasuk
bersabit dengan asas kepercayaan. Apa yang perlu diberi penekanan ialah dimensi
sosial seperti isu kesaksamaan, kekeluargaan dan lain-lain.
Etika dan adab berdialog juga menganjurkan sikap bersetuju untuk tidak bersetuju,
menghormati perbezaan, menghargai ketidakbolehan pihak-pihak tertentu untuk
menerima sesuatu pandangan, keikhlasan, simpati dan empati serta kesabaran.
Halangan kepada dialog
Ros Aiza et al. (2012) telah memetik pandangan Osman Bakar berkaitan halangan
kepada dialog. Sekarang mari sama-sama kita amati dan kenalpasti halangan kepada
dialog tersebut:
1. Bertukar agama (conversion)  pihak yang tidak bersetuju dengan dialog
beranggapan bahawa berdialog boleh mengakibatkan pendialog mengubah
agama mereka.
2. Rasa rendah diri  dialog tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya para
pendialog mempunyai rasa rendah diri dan tidak bersedia untuk berdialog.
3. Sindiran sosial  dalam kalangan penganut agama yang sama, ada pihak
yang tidak senang dan mempersoalkan ketulenan iman seseorang itu terhadap
agamanya kerana dilihat cuba berbaik-baik dengan penganut agama lain.
Hal yang sama turut berlaku jika berkaitan dengan bangsa dan tamadun.
4. Syak wasangka  tujuan dialog diadakan sering disalahtafsirkan yang
akhirnya penganjur dan pendialog sering dilihat dengan penuh kecurigaan.
Video
Anda boleh menonton klip video berikut mengenai topik-topik
yang menarik di laman ini.
http://www.youtube.com/results?search_query=dialog+harmoni
&sm=3
46 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Aktiviti 1.6
1. Bincangkan cabaran-cabaran dalam mewujudkan dialog
peradaban di Malaysia.
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
2. Senaraikan tiga (3) kepentingan dialog peradaban.
a. ______________________________________________
b. ______________________________________________
c. ______________________________________________
Rumusan
Dialog bertujuan untuk mencari titik temu di antara pihak-pihak
yang berkepentingan. Dialog hanya dapat direalisasikan jika
semua pihak yang terlibat dalam dialog mampu menjaga adab.
Lapan prinsip dialog yang diketengahkan oleh Osman Bakar perlu
dijadikan panduan sepanjang dialog. Dalam masa yang sama,
halangan-halangan kepada dialog perlu diselesaikan terlebih dahulu
terutamanya sikap berburuk sangka, saling mencurigai, cubaan
untuk mengubah identiti seseorang dan status agama. Jika ini dapat
diterapkan, dialog dan pembudayaan dialog akan menjadi amalan
penduduk Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya.
Latihan Kendiri 1.4
1. Apakah yang dimaksudkan Dialog Peradaban?
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
_________________________________________________
UNIT 1 47
Pengenalan ilmu ketamadunan
2. Apakah kesan jika kita mengabaikan Dialog Peradaban?
a. ______________________________________________
b. ______________________________________________
Cadangan jawapan untuk aktiviti
Maklum Balas
Aktiviti 1.6
1. a. Sikap perkauman  Dialog peradaban tidak dapat
dijalankan jika tidak menepati pencapaiannya dan hanya
menguntungkan sebelah pihak sahaja. Setiap peserta perlulah
mempunyai minda yang terbuka.
b. Semangat toleransi yang kurang  Toleran merupakan
salah satu proses untuk memahami dan menerima sesuatu
perkara yang kita tidak menganuti serta rasional untuk
menerima dan mempraktikkannya.
c. Interaksi yang terhad  salah faham dan prasangka hanya
akan wujud jika kekurangan galakkan untuk interaksi.
2. a. Peluang mengenali, mempelajari keunikan peradaban lain
yang akhirnya akan melahirkan pengkayaan peradaban.
b. Mewujudkan persefahaman antara kaum, agama dan budaya.
c. bertujuan untuk membincangkan antara dua atau lebih
pihak bagi mencari jalan penyelesaian yang kreatif dan
baru di dalam menangani kemelut dan masalah yang
dihadapi oleh umat manusia.
(Dan lain-lain jawapan yang sesuai.)
48 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
UNIT 1 49
Pengenalan ilmu ketamadunan
Rumusan Unit 1
Rumusan
Pada unit ini, anda telah diberi penerangan tentang topik-topik
penting, iaitu pengenalan ilmu ketamadunan, sejarah tamadun,
konsep tamadun dan proses dan ciri utama tamadun. Bermula
dengan bahagian 1.1, tumpuan ialah kepada pengenalan kepada
ilmu ketamadunan. Bahagian ini mengetengahkan kewajaran
perlunya setiap warganegara khususnya pelajar tanpa mengira
bangsa memahami ketamadunan. Hal ini kerana ia adalah ilmu
yang menjurus kepada perbincangan dan penjelasan mengenai
proses pembinaan, perkembangan dan kemajuan suatu bangsa
dan negara. Penekanan kepada para pelajar adalah kerana mereka
bakal pemimpin pada masa hadapan. Seterusnya, bahagian ini juga
menekankan bagaimana terbentuknya sesebuah tamadun serta
adanya perbezaan di antara pandangan sarjana Barat Moden dan
Islam terhadap definisi dan ruang lingkup tamadun.
Bahagian 1.2 pula membincangkan tentang proses dan ciri-ciri
tamadun khususnya ciri yang dijelaskan oleh Ibnu Khaldun.
Diharapkan anda dapat menguasai istilah-istilah tersebut dengan
tepat. Dalam bahagian 1.3 topik interaksi antara tamadun
menekankan kepada tiga pembahagian interaksi. Pertama, interaksi
dalam lingkungan budaya yang sama Interaksi dengan budaya
dan peradaban yang berbeza serta interaksi antara tamadun yang
kuat dengan yang lemah. Anda juga didedahkan dengan impak
interaksi di antara tamadun yang boleh dibahagikan kepada dua
impak, iaitu negatif dan positif. Kesan negatif jika tidak dikawal
dan dibendung dengan baik, akan membawa kepada masalah yang
lebih besar khususnya kepada ke mana dan kestabilan sesebuah
tamadun dan negara. Bagi memastikan keharmonian antara kaum
dapat dijalankan dialog antara tamadun dalam bahagian 1.4
membantu anda memahami kepentingan dan adab berdialog.
50 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
UNIT 1 51
Pengenalan ilmu ketamadunan
Latihan Pengukuhan Unit
1. Di antara berikut, istilah manakah yang merujuk kepada tamadun yang
dikemukakan oleh Ibnu Khaldun?
A.
B.
C.
D.
Umran
Maddaniyyah
Harakah
Hadarah
2. Dimanakah lahirnya Tamadun Mesopotamia?
A.
B.
C.
D.
Sungai Nil
Sungai Eupharates dan Sungai Tigris
Sungai Hwang Ho
Sungai Indus
3. Tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang
memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan,
keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna.
Penyataan berikut merujuk kepada ____________________.
A.
B.
C.
D.
Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi
Ibnu Khaldun
Sayyid Qutb
Umar ‘Audah al Khatib
4. Suatu cara hidup yang merangkumi fikiran, kelakuan dan tindakan serta segala
hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa material dan kerohanian.
Penyataan berikut merujuk kepada ____________________.
A.
B.
C.
D.
Umran
Thaqafah
Hadharah
Madanniyyah
52 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
5. Berikut merupakan faktor-faktor yang mempercepatkan interaksi anatara
tamadun.
A.
B.
C.
D.
Paksaan kuasa besar
Penyebaran lebih cepat dan luas
Globalisasi dunia menjadikan dunia semakin sempit
Kemajuan teknologi media massa, perhubungan dan pengangkutan.
6. Apakah sumbangan penting tamadun Mesopotamia kepada peradaban dunia?
a. _________________________________________________________
b. _________________________________________________________
c. _________________________________________________________
d. _________________________________________________________
7. Nyatakan definisi tamadun yang diberikan oleh Arnold Toynbee.
_____________________________________________________________
______________________________________________________________
_____________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
8. Senaraikan empat prinsip dialog peradaban.
a. _________________________________________________________
b. _________________________________________________________
c. _________________________________________________________
d. _________________________________________________________
UNIT 1 53
Pengenalan ilmu ketamadunan
Cadangan Jawapan Latihan Kendiri
Maklum Balas
Latihan Kendiri 1.1
1. • Kesuburan tanah untuk pertanian.
• Kemudahan mendapatkan bekalan air dan makanan.
• Kemudahan pengangkutan.
2. • Kehebatan seni bina.
• Menunjukkan ketinggian budaya dan tamadun.
• Penguasaan ilmu matematik/fizik/geometri/sains.
• Pencapaian agung raja/Firaun dan bangsa.
3. Ziggurat bertindak sebagai pusat ibadat dan bertindak sebagai
pusat penyimpanan khazanah negara.
4. Oswald Spengler lebih mengutamakan pembangunan material
yang mana didapatinya lebih membawa kepada kemajuan.
Manakala menurut Muhammad Idris Abdul Rauf tingkahlaku
serta nilai yang baik akan membawa kepada kemajuan kepada
sesebuah tamadun.
Latihan Kendiri 1.2
1. a. Petempatan kekal
b. Revolusi pertanian
c. Organisasi masyarakat
d. Sistem pentadbiran
e. Sistem tulisan
54 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
2. Membina sesuatu yang boleh menaiktaraf sesebuah kehidupan
untuk lebih sempurna. Perlu diimbangi dengan pembangunan
fizikal dan rohani.
3.
Kemajuan
teknologi
Mencipta peralatan pertanian seperti tenggala
untuk membajak tanah. Penciptaan roda untuk
kereta lembu bagi mengangkut hasil pertanian.
Sistem
tulisan
Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform
dan ideogram. Tulisan yang digunakan dalam
tamadun awal berbentuk gambar, simbol dan
pepaku.
Revolusi
pertanian
Petempatan awal terdiri daripada kampung
yang didirikan berhampiran sungai. Kampungkampung ini berkembang dan menjadi bandar.
Agama
Antara agama dan kepercayaan masyarakat
tamadun awal ialah animisme dan pemujaan
roh nenek moyang.
Latihan Kendiri 1.3
1. C
2. B
3. A
4. B
5. A
6. D
7. A
8. C
Latihan Kendiri 1.4
1. Dialog Peradaban ialah perbincangan secara terbuka antara
dua pihak yang bertujuan memupuk persefahaman, berkongsi
perspektif dan menyelesaikan masalah bersama.
UNIT 1 55
Pengenalan ilmu ketamadunan
2. • Memupukkan nilai-nilai murni sejagat yang dikongsi bersama
Tamadun Islam dan Tamadun yang lain.
• Meningkatkan pemahaman mengenai tamadun dunia serta
menghormati kepelbagaian tamadun lain.
56 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
UNIT 1 57
Pengenalan ilmu ketamadunan
Jawapan Latihan Pengukuhan Unit
Maklum Balas
1. C
2. B
3. A
4. B
5. D
6. a. Sistem tulisan
b. Roda
c. Sistem saliran
d. Taman tergantung Babylon
e. Ziggurat
7. Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di
kota. Tamadun juga sebagai satu gaya kebudayaan yang
bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan,
agama dan moral.
8. • Sentiasa menyedari tujuan utama adalah untuk kedua-dua
pihak menyedari sesuatu dan sesudah itu berubah kepada
kebaikan.
• Bermanfaat kepada kedua-dua pihak yang terlibat.
• Dialog perlu dijalankan dengan penuh ikhlas, toleran dan
empati.
• Boleh menjelaskan pandangan yang dipegangnya dengan jelas.
58 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
UNIT 1 59
Pengenalan ilmu ketamadunan
Rujukan
Abd al-Majid al-Mutawally (1979). Buhuth Islamiyat, Iskandariah: Al-Nasir alMa’arif.
Abd Hakim Mohad Azmi Aziz (2009). The Malaysian Contribution to Dialogue
Among Civilizations. Dalam. Rosnah Ismail & Uichol Kim (ed), Malaysia and Isla
in the Global Context. Psychological, social and Cultural Perspective. Kota Kinabalu:
Universiti Malaysia Sabah.
Abd. Wahid Jais and Faezah Kassim (2006) ‘Interaksi antara tamadun’, Tamadun
Islam dan Tamadun Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Abu Bakar Hamzah (1972). Sejarah Kebudayaan Islam, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Afifah Abu Yazid, Interaksi Antara Tamadun, dalam Mohd Liki Hamid, Pengajian
Tamadun Islam, Kuala Lumpur: PTS Edisi Kedua.
Ahmad Fazullah Mohd Zainal Abidin (2007). Clash of Civilizations vs Civilization
Dialogue, Polemik Antarabangsa Modal Insan Dlm. Ahmad Fazullah Mohd Zainal
Abidin, Jamal Rizal Razali & Hasanah Hussin (peny). Modal Insan: Konsep Aplikasi
dan Isu-isu Kontemporari dalam Cabaran Pemerkasaan Tamadun Insan. Pahang:
Universiti Malaysia Pahang.)
Ahmad Jelani Halimi (2008) Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan
Publication.
Al-Marbawi, Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi (t.t) Kamus Arab  Melayu,
Kuala Lumpur: Darul Nu’man.
Al-Qaradawi (1999). Ghayr al-Muslim fi al-Mujtama’ al-Islamiy, (Terj: Arsil Ibrahim),
Kuala Lumpur: ABIM, cetakan Pertama.
Azizan Baharudin (2008) ‘Peranan dialog peradaban di dalam wacana “Tamadun
Malaysia” [The role of civilizational dialogue in the discourse of “Malaysia
Civilization]. Jurnal Peradaban, vol. 1, 1 – 14.
Ismail Bakar (1999), Sejarah Tamadun Islam, Bangi- Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kamus Dewan (2004). Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mahayudin Hj. Yahaha (1998). Tamadun Islam, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Mahmood Mohd Taib al Najmi (1971). Sejarah Tamadun Islam, Kota Bharu:
Pustaka Aman Press.
Mohd Rosdi Mahmud (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Kedah:
Pustaka Darussalam, cetakan Pertama.
60 WAWASAN OPEN UNIVERSITY
MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Mohd Syariefudin et al. (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan, Selangor: Oxford
Fajar, cetakan Pertama.
Muhammad al-Ghazaliy (t.t). Fiqh al-Sirah, Beirut: Dar al-Ihya` wa al-Turath al‘Arabiy.
Mustafa Hj. Daud (2004). Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications &
Distributors, Sdn. Bhd.
Osman Bakar et al. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia,
Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Othman Bin Loman et al. (t.t.) Panel Penulis Modul Program Pensiswazahan Guru
(Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Rendah), Tamadun Islam Dan Tamadun
Asia.
Ros Aiza et al. (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Selangor: Penerbit
Multimedia Sdn. Bhd. Cet. Kedua.
Zul-kifli Bin Hussin (2004). Konsep Tasamuh Menurut perspektif Islam dan Sejarah
Penghayatan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Zulkifli Dahalan, Sofwan Hasbullah, Halipah Hamzah, Ramawan Ab. Rahman,
Mohd. Hapiz Mahaiyadin, Mohd. Adib Shujaa’ Ahmad dan Roshaimizam Suhaimi
(2009) Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Selangor: Pusat Penerbitan Universiti.
Download
Related flashcards
Create Flashcards