UNIT 1 i Pengenalan ilmu ketamadunan Unit 1 MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Pengenalan Ilmu Ketamadunan ii WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia PANEL KURSUS Ketua Penyelaras Kursus: Puan Rabikha Hasni bte Suparman Penulis Kursus: Dr. Zul-kifli Hussin dan Encik Hari Chandran Pereka Instruksi: Puan Norliza Binti Mhd Rodzi Ahli Panel Kursus: Puan Irmadura dan Cik Ooh Seow Ling PENYELARAS KURSUS Puan Rabikha Hasni bte Suparman PENILAI KURSUS LUARAN Professor Zailan Moris, Universiti Sains Malaysia PRODUKSI Penyunting Dalaman: Encik Khoo Chiew Keen dan Puan Norliza Binti Mhd Rodzi Pereka Grafik: Cik Audrey Yeong Universiti Terbuka Wawasan adalah institusi pengajian tinggi bukan berunsur keuntungan pertama di Malaysia yang didedikasikan kepada pelajar dewasa. Organisasi ini dibiayai oleh Yayasan Pendidikan Wawasan, sebuah entiti yang dikecualikan dari cukai yang ditubuhkan oleh Parti Gerakan Malaysia, dan disokong oleh Yeap Chor Ee Charitable and Endowment Trust, badan-badan kebajikan, koperasi, orang ramai dan peruntukan dari kerajaan Malaysia. Penyediaan bahan kursus universiti ini dibiayai oleh Yeap Chor Ee Charitable and Endowment Trust. © 2014 Universiti Terbuka Wawasan Hak cipta terpelihara. Mana-mana bahagian penerbitan ini tidak boleh dihasilkan semula, disimpan dalam sistem simpanan kekal, atau dipindahkan dalam sebarang bentuk atau sebarang cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, rakaman dan sebagainya, tanpa izin daripada pihak penerbit Universiti Terbuka Wawasan. Universiti Terbuka Wawasan (KPT/JPT/DFT/US/P01) Wholly owned by Wawasan Open University Sdn. Bhd. (700364-W) 54, Jalan Sultan Ahmad Shah, 10050 Pulau Pinang. Tel: (604) 2180333 Faks: (604) 2279214 E-mel: enquiry@wou.edu.my Laman web: www.wou.edu.my UNIT 1 iii Pengenalan ilmu ketamadunan Kandungan Unit 1 Pengenalan Ilmu Ketamadunan Ringkasan kursus 1 Ringkasan unit 3 Objektif unit 3 1.1 Pengenalan ilmu ketamadunan 5 Objektif 5 Pengenalan 5 Sejarah tamadun 5 Kemunculan tamadun Tamadun Mesopotamia Tamadun Indus Tamadun Mesir 7 7 9 10 Konsep ketamadunan 12 Pengertian tamadun dari sudut bahasa ‘Tamadun’ menurut Istilah bahasa Arab ‘Tamadun’ menurut istilah bahasa Melayu ‘Tamadun’ menurut istilah bahasa Inggeris 14 15 16 16 Tamadun menurut sarjana Barat moden dan sarjana Islam Tamadun menurut sarjana Barat moden Tamadun menurut sarjana Islam 17 Cadangan jawapan untuk aktiviti 23 1.2 Ciri dan proses sesebuah tamadun 25 17 20 Objektif 25 Pengenalan 25 Ciri univesal tamadun 25 iv WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Ciri tamadun Islam Thaqafah (culture) Hadharah (civilisation) Al-Madaniyyah (urbanisation) Umran’ (vision/mission menuju kemakmuran) 27 27 27 27 27 Cadangan jawapan untuk aktiviti 29 1.3 Interaksi dan impak antara tamadun 31 Objektif 31 Pengenalan 31 Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama 32 Interaksi dengan budaya dan peradaban yang berbeza 32 Interaksi antara tamadun yang kuat dengan yang lemah 33 Impak pertembungan antara tamadun 35 Impak interaksi antara tamadun 35 Impak positif pertembungan tamadun 36 Impak negatif pertembungan tamadun 38 Cadangan jawapan untuk aktiviti 42 1.4 Dialog antara tamadun/peradaban 43 Objektif 43 Pengenalan 43 Budaya dialog di Malaysia 43 Prinsip-prinsip dialog 44 Halangan kepada dialog 45 Cadangan jawapan untuk aktiviti 47 UNIT 1 v Pengenalan ilmu ketamadunan Rumusan Unit 1 49 Latihan pengukuhan unit 51 Cadangan jawapan latihan kendiri 53 Cadangan jawapan latihan pengukuhan unit 57 Rujukan 59 vi WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia UNIT 1 1 Pengenalan ilmu ketamadunan Ringkasan Kursus K ursus MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) merupakan kursus wajib lulus berijazah kepada semua pelajar IPTS yang menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Kursus ini akan memberi ruang kepada anda untuk mengenali dan menghargai kepelbagaian dan keunikan tamadun-tamadun dunia. Pendedahan ini perlu diberikan kepada anda sebagai seorang pelajar dengan tujuan membentuk masyarakat Malaysia yang majmuk ke arah mencapai hasrat negara 1Malaysia yang harmoni. Kursus ini mempunyai lima unit yang bakal anda pelajari. Unit 1 merupakan unit pengenalan tentang ilmu ketamadunan. Dalam unit ini, anda akan mengenalpasti aspek-aspek penting dan unsur asas sesebuah tamadun yang dikemukakan sama ada klasik, moden atau kontemporari. Seterusnya anda akan didedahkan juga dengan kesan interaksi pertembungan di antara tamadun. Dialog antara tamadun juga akan dibincangkan. Unit 2 akan mendalami dunia tamadun Islam. Dalam unit ini, anda akan mengenali Nabi Muhammad s.a.w sebagai utusan daripada Allah s.w.t. dan permulaan tamadun Islam. Lantaran itu, anda akan didedahkan dengan prinsip, ciri-ciri istimewa yang membawa tamadun Islam ke arah kecemerlangan. Dalam Unit 3, anda akan didedahkan kepada keaslian tamadun Melayu. Anda bakal mengenali sejarah pembentukan peradaban dan budaya Melayu serta sumbangannya terhadap pembinaan masyarakat Malaysia. Unit 4 pula akan menyentuh topik tamadun India yang merupakan salah satu tamadun tertua dunia. Anda akan mengenali sejarah awal dan empayar tamadun India. Anda turut akan diperkenalkan dengan masyarakat, budaya, kepelbagaian agama, sumbangan serta cabaran tamadun India. Unit 5 akan kita terokai dengan menelusuri Sungai Hwang Ho, bagi menemukan sejarah awal kelahiran tamadun China. Di samping itu, anda akan mengenali masyarakat, budaya agama dan kepercayaan serta sumbangan tamadun China. 2 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia UNIT 1 3 Pengenalan ilmu ketamadunan Ringkasan Unit U nit 1 merupakan pengenalan kepada ilmu ketamadunan. Penjelasannya adalah berasaskan perspektif sejarah, konsep dan definisi tamadun. Konsep sesuatu tamadun dinilai berdasarkan titik tolak daripada definisi tamadun itu sendiri. Seterusnya ia membentuk suatu persepsi tentang makna tamadun dengan menghubungkannya dengan unsur ilmu sejarah, kemasyarakatan, geografi, astronomi, sains bumi, sains tabi’i, politik, kenegaraan, ekonomi, agama dan akidah, pembangunan masyarakat dan perbandaran, etika dan akhlak, perusahaan dan perindustrian, ilmu, pendidikan, bahasa dan kesenian. Objektif Unit Pada akhir Unit 1, anda akan dapat: 1. Menghuraikan konsep dan istilah yang menjadi asas dalam ilmu ketamadunan. 2. Mengenalpasti dan menentukan tamadun terawal di dunia dan menerangkan pembentukan tamadun awal. 3. Menjelaskan proses evolusi dan ciri-ciri penting sesebuah tamadun. 4. Membincangkan interaksi antara tamadun dan kesan yang terhasil. 4 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia UNIT 1 5 Pengenalan ilmu ketamadunan 1.1 Pengenalan Ilmu Ketamadunan Objektif Setelah mempelajari bahagian ini, anda dapat: 1. Membincangkan pengertian tamadun dari segi bahasa dan istilah. 2. Menjelaskan konsep dan pengertian tamadun mengikut sarjana Islam dan barat. 3. Mengenali latar belakang, sejarah dan pembentukan tamadun awal manusia. Pengenalan Tamadun atau peradaban merupakan suatu disiplin yang penting untuk diketahui oleh semua golongan secara amnya dan para pelajar khususnya. Hal ini kerana semua aktiviti kehidupan manusia merupakan proses membina dan memperkasa tamadun. Para pengkaji mendapati bahawa perkembangan ketamadunan setiap bangsa di dunia mempunyai hubungan antara satu sama lain dan saling memerlukan. Oleh itu, wajarlah ilmu ketamadunan ini diketahui dan difahami oleh setiap bangsa di dunia. Justeru, ilmu ketamadunan adalah ilmu yang menjurus kepada perbincangan dan penjelasan mengenai proses pembinaan, perkembangan dan kemajuan suatu bangsa dan tamadun. Dalam bahagian ini, anda akan didedahkan dengan sejarah bermulanya sesebuah tamadun, pengertian tamadun daripada pelbagai perspektif sarjana, konsep tamadun dan tanda aras bagi menentukan suatu bangsa atau masyarakat itu bertamadun atau sebaliknya. Penjelasan ini secara langsung membolehkan anda memahami perkara asas tentang tamadun serta kerangka rujukan (frame of reference) apabila membicarakan isu-isu ketamadunan dan peradaban secara khusus. Sejarah tamadun Dalam bahagian ini, anda bakal mengenali kemunculan beberapa tamadun purba dunia yang hebat. Bermula dengan Era Paleolitik (kira-kira 3,000 tahun dahulu) hinggalah ke hari ini. Kemudian, kita akan memberi perhatian kepada bagaimana masyarakat berkembang, daripada masyarakat pertanian yang primitif sehingga pertanian termaju. Revolusi ini telah membawa perubahan kepada masyarakat dan sesebuah tamadun. Pengkaji tamadun seringkali menggolongkan perkembangan tamadun manusia peringkat awal ini kepada dua iaitu Zaman Batu dan Zaman Logam. 6 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Zaman Batu Zaman Logam i. Zaman Batu Awal (Paleolitik) 300,000 – 8,000 SM i. Zaman Gangsa ii. Zaman Batu Pertengahan (Mesolitik) 8,000 – 3,000 SM ii. Zaman Besi iii. Zaman Batu Baru (Neolitik) 2,700 – 900 SM Perbincangan seterusnya akan lebih menekankan kepada Zaman Batu. Pada Zaman Batu Awal (Paleolitik), manusia menjalani kehidupan yang sederhana dengan menjalankan aktiviti pemburuan. Masyarakat pada zaman ini hidup secara nomad bagi mencari keperluan kehidupan. Tempat tinggal masyarakat Paleolitik adalah berhampiran sungai, di dalam gua bersama keluarga atau hidup secara berkumpulan. Cuba anda fikirkan apakah kegiatan yang mereka lakukan bagi menyara kehidupan mereka? Seterusnya, penggunaan sejenis batu yang dikenali sebagai flint telah diserpihkan untuk dijadikan peralatan untuk kegunaan masyarakat ketika itu. Alat-alat berupa lempengan atau batu yang diasah satu sisi, yang disebut pisau atau kapak juga pernah ditemui. Kewujudan Zaman Paleolitik di Malaysia telah disahkan melalui pentarikhan saintifik dengan penemuan alat batu di Kota Tampan Lenggong, Bukit Jawa, Perak, Gua Niah, Sarawak dan Tingkayu, Sabah. Selain itu, penemuan ‘Perak Man’ di Gua Gunung Runtuh merupakan penemuan pertama rangka manusia zaman Paleolitik di dunia. Rujukan Web Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Perak Man, anda boleh ke laman web berikut: http://prehistoricperak.blogspot.com/2011/03/perak-man.html Zaman Mesolitik adalah era kedua dalam perkembangan manusia. Pada masa ini, kehidupan masyarakat tidak jauh berbeza berbanding dengan zaman Paleolitik. Pada zaman Mesolitik, terdapat satu tamadun yang diikuti ramai ialah tamadun yang dikenali sebagai tradisi Hoabinhian. Di antara ciri utama tradisi Hoabinhian ialah: 1. Alat-alat pemotong batu yang agak kasar diperbuat daripada batu-batu sungai yang tajam di sebelahnya sahaja. Terdapat juga alat-alat yang diperbuat daripada tulang. 2. Orang zaman ini telah pandai membuat bejana (takar air) daripada tanah liat. 3. Hidup berburu dan menangkap ikan. 4. Kepercayaan alam ghaib. UNIT 1 7 Pengenalan ilmu ketamadunan 5. Upacara pengebumian yang teratur. 6. Mempunyai kesenian yang agak halus. (Ahmad Jelani Halimi 2008) Tradisi daripada masyarakat Hoabinhian ini telah berkembang maju hingga munculnya Zaman Neolitik. Pada zaman ini, penciptaan kapak dengan pemegang kayu dan kayu pengali yang dapat menggali tanah juga lebih baik. Penciptaan bajak dan roda untuk pertanian merupakan ciptaan terbaru pada zaman ini. Masyarakat Neolitik memulakan penempatan kekal serta aktiviti menternak binatang, mengusahakan tanaman dan menenun pakaian. Kini, mereka mula percaya kepada kewujudan kuasa atau semangat yang dikenali sebagai dewa atau tuhan. Di samping itu, implikasi daripada aktiviti penanaman tanaman dan penternakan binatang telah mewujudkan komuniti kampung dan seterusnya berkembang menjadi bandar. Penempatan awal yang wujud pada zaman Neolitik ialah di Catal Turki dan Jericho, Palestin (8,000 SM). Kemunculan tamadun Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kemunculan sesebuah tamadun. Di antara ciri utama ialah air. Malah, jelas kita lihat bahawa tamadun awal sering wujud di sekitar sungai kerana tanah di situ subur, bekalan air segar, perdagangan dan tanah yang sesuai untuk penanaman. Tamadun Mesopotamia • Sungai Tigris • Sungai Euprathes Tamadun Mesir Tamadun Indus • Sungai Nil • Sungai Indus Tamadun China • Sungai Hwang Ho Jadual 1.1 Tamadun dan sungai yang terlibat Tamadun Mesopotamia Menurut kepada Muhammad Abdul Jabbar Beg yang merupakan sarjana daripada Universiti Cambridge menyatakan tamadun yang tertua di dunia ialah Tamadun Mesopotamia. Dalam bahasa Yunani, Mesopotamia bermaksud ‘tanah di antara dua sungai’. 8 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Rajah 1.1 Peta Tamadun Mesopotamia kuno Sekitar tahun 3,500 SM, wilayah Mesopotamia ini berkembang menjadi pusat tamadun awal. Terdapat banyak kerajaan yang muncul, berkembang dan akhirnya runtuh di lembah Mesopotamia. Kerajaan terawal ialah Kerajaan Sumeria yang bermula pada tahun 3500 SM dan Kerajaan terakhir ialah Chaldea yang jatuh pada tahun 539 SM. Selepas kejatuhan Kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia hingga membawa kepada keruntuhan kerajaan Sumeria, Akkad, Ur, Babylon Lama dan Assyria yang diasaskan oleh orang Mesopotamia. Rajah 1.2 mencatatkan ringkasan sumbangan dan inovasi Tamadun Mesopotamia kepada dunia. Sistem Tulisan Kuneiform adalah bahasa pertama yang ditulis. Ia dicipta oleh Sumeria dalam kira-kira 5000 SM. Kuneiform telah ditulis dalam tanah liat. Roda Roda terawal dicipta pada kira-kira 3500 SM. Bentuk terawal roda penggelek adalah diletakkan di bawah objek berat untuk dibawa bersama-sama. UNIT 1 9 Pengenalan ilmu ketamadunan Sistem Saliran Pengairan juga dicipta di Mesopotamia kerana selatan Mesopotamia telah kering dan tidak ada hujan yang cukup untuk menanam tanaman. Orang menggali parit supaya air mengalir untuk air tanaman mereka. Taman Tergantung Babylon Taman yang dibina oleh Raja Nebuchadnezzar kepada isterinya. Ziggurat Sebuah kuil yang dibina oleh masyarakat Sumeria. Rajah 1.2 Sumbangan dan inovasi Tamadun Mesopotamia Sumber: http://6hmesopotamia.weebly.com/contributions-inventions-and-legacy.html Tamadun Indus Lembah Indus merupakan tempat di mana mengalirnya Sungai Indus yang berpunca daripada Tibet. Lebih kurang 9000 tahun dahulu, terdapat masyarakat yang tinggal berdekatan barat bukit, di Lembah Indus. Terdapat dua bandar utama di situ, iaitu Mohenjo-Daro dan Harappa di mana ditemui bandar terancang terawal dalam sejarah manusia. Petempatan kekal telah membentuk bandar terancang di Tamadun Indus. Rajah 1.2 Tapak peninggalan Mohenjodaro-Harrapa Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Mohenjo-daro 10 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Berikut adalah beberapa inovasi daripada Tamadun Indus: Inovasi Perancangan bandar • Bandarnya terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok. • Jalan-jalan yang dibina ditetapkan dalam satu barisan yang lebarnya di antara 4 meter – 10 meter. • Pada kedua-dua belah jalan, dibina rumah-rumah pelbagai saiz. Sistem perparitan • Longkang dibina di bawah tanah. Longkang ditutup dan dilengkapi dengan lubang pemeriksaan untuk membolehkan kerja pemeriksaan dilakukan jika tersumbat. The Great Bath • Merupakan kolam renang yang dibina berukuran 180 kaki × 108 kaki. • Air kolam ini diperoleh daripada perigi yang berhampiran. Jadual 1.2 Contoh inovasi Tamadun Indus Sumber: http://indiansaga.com/historuty/features_indusvalley.html Rujukan Web Untuk mengetahui lebiih lanjut tentang Tamadun Indus, sila rujuk laman web di bawah. http://indiansaga.com/history/indusvalley.html Tamadun Mesir Kini anda akan mengenali Tamadun Mesir yang merupakan salah satu tamadun tertua di dunia. Mesir adalah sebuah negara di Afrika Utara, berdekatan dengan Laut Mediterranean. Nama ‘Mesir’ berasal daripada bahasa Yunani, Aegyptos. Sebutan Yunani untuk Mesir adalah ‘Hwt-Ka-Ptah’ (bermaksud “Kuil untuk Ptah”. Ptah merujuk kepada salah satu dewa dalam mitologi Mesir Kuno). Pada awal Kerajaan Lama Mesir hanya dikenali sebagai ‘Kemet’ yang bererti ‘Black Land’. Kemudian, negara ini dikenali sebagai Misr yang bermaksud ‘negara’, satu nama yang masih digunakan oleh orang-orang Mesir untuk negara mereka pada hari ini. (http://suhelmanzulkifli.wordpress.com/2013/03/25/kenapa-egypt-disebut-mesirgreece-disebut-yunani-dan-the-netherlads-disebut-belanda/) UNIT 1 11 Pengenalan ilmu ketamadunan Rajah 1.4 Tulisan hieroglif Mesir Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Hieroglif_Mesir Sekitar 5,000 SM, manusia mula tinggal di sepanjang Lembah Sungai Nil, dan kemudian 1,000 tahun kemudian kawasan petempatan di Sungai Nil mula berkembang. Ini telah membawa kepada pemusatan kuasa pentadbiran dan pembinaan bangunan. Projek pengairan berskala besar telah menyebabkan perdagangan berlaku. Pada masa yang sama, orang Mesir mencipta tulisan untuk menyimpan rekod. Bentuk awal tulisan ini dikenali sebagai hiegrolif. Dari segi kepercayaan, orang Mesir menganggap Firaun sebagai jelmaan Tuhan. Sebagai Tuhan, Firaun dikatakan sebagai membawa kehidupan, kesuburan, kestabilan dan kemakmuran kepada negeri Mesir. Manakala piramid mewakili satu kuasa suci. Institusi raja ketuhanan berlangsung selama hampir 3,000 tahun. Revolusi pertanian berlaku dengan pesatnya semasa tempoh The Old Kingdom (2650 – 2134 SM). Tempoh ini, dianggap sebagai tempoh yang paling kaya dan paling kreatif dalam sejarah Mesir. (http://www.ancientegypt.co.uk/menu.html) Aktiviti 1.1 1. Pertanian telah mengubah kehidupan awal manusia. Bincangkan. _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ 12 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2. Bandingkan perbezaan di antara zaman Paleolitik dan zaman Neolitik. _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ Konsep ketamadunan Perkataan ‘tamadun’ sering digunakan bagi menggambarkan taraf pencapaian kemajuan lahiriah mahupun kemajuan rohaniah manusia. Pengertian tamadun mengikut Kamus Dewan ialah keseluruhan cara hidup yang merangkumi cara bertindak, cara berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesebuah masyarakat dan peradaban. Menurut seorang ahli arkeologi prasejarah di University Edinburgh V. Gordon Childe (1927 –1946), pencapaian material adalah lambang ketamadunan. Tamadun mempunyai persamaan dengan revolusi perbandaran. Oleh itu, beliau menyamakan erti tamadun dengan revolusi bandar kerana apabila berlaku revolusi bandar, maka akan lahirlah satu tamadun baru di kawasan berkenaan. Rajah 1.5 V. Gordon Childe Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/V._Gordon_Childe UNIT 1 13 Pengenalan ilmu ketamadunan Bagi masyarakat Barat Moden, terdapat perbezaan yang jelas di antara pemikiran Barat moden dan Islam kerana dari zaman moden yang bermula dari abad ke-17 di Eropah, agama tidak memainkan peranan yang penting, iaitu permulaan proses sekularisasi di mana tamadun dikaitkan dengan pembangunan lahiriah dalam aspekaspek kebudayaan seperti penulisan, undang-undang, kesenian dan perbandaran. Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah. Justeru, Islam menekankan kedua-dua unsur tersebut. Kedua-dua unsur inilah yang menjadi kayu pengukur tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Dari sinilah wujudnya perbezaan di antara pandangan Islam dan pandangan Barat moden tentang apakah yang dimaksudkan dengan tamadun. Secara ringkasnya, konsep tamadun boleh dilihat daripada dua perspektif yang berbeza. Pertama, dari perspektif Barat moden dan keduanya dari perspektif Islam. Dengan bahasa yang mudah, wujudnya dua pandangan di antara Sarjana Barat moden dan Sarjana Islam. Jika kita merujuk kepada perkataan ‘tamadun’, ia berasal daripada bahasa Arab. Dari sudut etimologi, ia berasal daripada perkataan ‘maddana’, iaitu kata kerja yang merujuk kepada perbuatan membuka bandar atau kota serta perbuatan memperhalus budi pekerti. Daripada perkataan ini diterbitkan perkataan ‘madani’. ‘Madani’ merujuk kepada sifat sesuatu yang berkaitan dengan satu cara hidup yang menzahirkan kehalusan budi pekerti terpuji. (Ros Aiza et al. 2012). Berdasarkan huraian di atas, pengertian tamadun memfokuskan kepada dua faktor utama, iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan bandar atau penempatan. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sains Islam yang hidup antara tahun 1332 – 1395. Rajah 1.6 Ibn Khaldun Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Ibn_Khaldun 14 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tokoh yang mengupas dan mengenengahkan idea pengajian ketamadunan adalah Ibnu Khaldun (1332 –1406 M). Ibnu Khaldun menggunakan istilah ‘umran’ dalam karya agungnya iaitu Muqaddimah atau lebih dikenali dengan Muqaddimah Ibnu Khaldun. Istilah ‘umran’ yang digunakan oleh beliau merujuk kepada tamadun. Ketika membincangkan ilmu ‘umran’, Ibnu Khaldun telah mengaitkannya dengan ilmu sejarah, ilmu kemasyarakatan, geografi dan astronomi, sains bumi dan sains tabi’i, politik, kenegaraan dan ekonomi, agama dan akidah, pembangunan masyarakat dan perbandaran, etika dan akhlak, perusahaan dan perindustrian, ilmu dan pendidikan, bahasa dan kesenian. Beliau juga telah memperkenalkan istilah ‘umran hadhari’ dan ‘umran badawi’. ‘Umran hadhari’ merujuk kepada masyarakat yang telah mencapai tahap kemajuan dalam pelbagai segi kehidupan. Manakala ‘umran badawi’ merujuk kepada masyarakat yang masih belum maju. Konsep ‘umran hadhari’ dan ‘umran badawi’ yang digunakan oleh Ibnu Khaldun adalah bagi memperlihatkan proses yang dilalui oleh sesebuah masyarakat dalam menuju peradaban. (Ros Aiza et al. 2012). Kemudian, penulis dalam bidang pengajian ini adalah Jurji Zaydan (1914) atau dikenali sebagai George Zeedane melalui karyanya yang terkenal al-Tarikh al-Tammadun al-Islami (Mohd. Rosdi 2011). Kemudiannya diikuti oleh Farid Wajdi (1954) dan Malik Bennnabi (1973). Konsep tamadun tidak hanya mementingkan kemajuan lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota semata-mata, tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam aspek rohaniah dan perilaku yang bermoral. Rajah 1.7 George Zeedane Sumber: http://it.wikipedia.org/wiki/Jurji_Zaydan Pengertian ‘tamadun’ dari sudut bahasa Jurji Zaydan atau dikenali dengan nama George Zeedane dikatakan sebagai seorang individu yang mula memperkenalkan perkataan ‘tamadun’. Beliau adalah seorang pemikir pengkaji sejarah yang banyak menulis tentang sejarah Islam melalui karyanya al-Tarikh al-Tamaddun al-Islami (Mohd. Rosdi 2011). UNIT 1 15 Pengenalan ilmu ketamadunan Istilah ini kemudiannnya telah digunakan secara meluas oleh ahli-ahli sejarah, antropologi, arkeologi dan sosiologi. Namun, tiada satu pengertian yang khusus yang diterima secara umum. Hal ini disebabkan masing-masing cenderung mengolah definisi mengikut pengkhususan bidang masing-masing. Oleh itu, istilah ini harus didefinisikan secara jelas berpandukan aspek bahasa dan istilah bahasa Arab, Melayu dan Inggeris dengan mengambil kira definisi yang dinyatakan oleh tokoh-tokoh tersohor. ‘Tamadun’ menurut Istilah bahasa Arab ‘Tamadun’ berasal daripada istilah Bahasa Arab yang bermaksud kemajuan, kehalusan budi pekerti dan sopan santun. (Mahayuddin 1998). Menurut Syed Naquib al-Attas, perkataan ‘tamadun’ berasal daripada Bahasa Arab berasaskan kalimah madana ( )ندمyang membawa kepada kata tamaddun ()ندمت dengan pengertian; “Suatu kemajuan atau kemodenan yang berasaskan unsur-unsur tertentu bersesuaian dengan keadaan masa dan tempat” (Mohd. Rosdi 2011) Rajah 1.8 Syed Muhammad Naquib al-Atas Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Syed_Muhammad_Naquib_al-Attas Manakala menurut Idris al-Marbawi, tokoh persuratan Nusantara pula menyatakan bahawa istilah tamadun adalah berasal dari kata dasar ‘madana’ yang bermaksud kehalusan budi dan akhlak mulia. Ia juga bermaksud membangunkan kota (Ismail Bakar 1999). Istilah-istilah lain yang turut digunakan adalah al-Madaniyah, al-Umran dan al-Hadharah. 16 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Rajah 1.9 Idris al-Marbawi Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Syeikh_Idris_al-Marbawi Daripada ketiga-tiga istilah tersebut, istilah al-Madaniyah dipercayai digunakan sejak abad ke-4 Hijrah. Manakala istilah al-Umran dan al-Hadharah diperkenalkan pada abad ke-8 Hijrah oleh Ibnu Khaldun (1332 – 1406h) (Ismail Bakar 1999). ‘Tamadun’ menurut istilah bahasa Melayu Mohd Rosdi Mahmud telah menyenaraikan beberapa pengertian tamadun menurut istilah bahasa Melayu (2001). Menurut Kamus Istilah Bahasa Melayu (1994), perkataan ‘tamadun’ bermaksud kebudayaan dan peradaban. Ia membawa maksud kemajuan dalam aspek budaya dan tamadun yang merangkumi jasmani dan rohani. Kamus Dewan (1997) mendefinisikan tamadun sebagai “keadaan masyarakat manusia yang didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan taraf pemikiran yang lebih tinggi merangkumi bidang sosial, politik, kebudayaan, agama dan sebagainya”. Menurut Mahmud Taib al-Najmi (1997) tamadun merangkumi kebudayaan, peradaban, kemajuan kebendaan dan kerohanian serta sopan santun. Abu Bakar Hamzah (1972) mentakrifkan tamadun sebagai suatu kemajuan yang lahir serentak dan seiring dengan kehidupan manusia berserta kemajuan sama ada berbentuk abstrak ataupun material. ‘Tamadun’ menurut istilah bahasa Inggeris Menurut Aliran Max Weber (1965), perkataan ‘civilization’ merupakan sebahagian daripada kebudayaan yang berkait rapat dengan ‘urbanization’. Perkataan ‘civilization’ merujuk kepada: 1) Kota (city) (2) Kesopanan dan akhlak yang baik (civilize). Hal ini kerana perkataan ‘civilize’ diambil daripada istilah Latin “city” dan “civitas” dengan alasan bahawa setiap perubahan jelas pertumbuhannya di bandar besar dan ciri-ciri asas peradaban manusia mudah ditemui di bandar. UNIT 1 17 Pengenalan ilmu ketamadunan A. S. Hornby dan E. C. Parnwell (1972) selari dengan aliran Max Weber, menyatakan bahawa perkataan tamadun seerti dengan ‘civilization’ yang bermaksud suatu yang berupaya meningkatkan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam pelbagai bidang seperti ilmu sains, teknologi, politik dan moral. Tamadun menurut sarjana Barat moden dan sarjana Islam Setelah kita membincangkan ketiga-tiga definisi istilah di atas, sekarang marilah sama-sama kita mengamati pandangan sarjana Barat dan Islam terhadap tamadun. Penjelasan ini bagi memudahkan kita membentuk kerangka berfikir apakah yang menjadi tanda aras (benchmark) sesuatu tamadun. Berikut disenaraikan perbezaan pandangan di antara sarjana Barat dan pandangan sarjana Islam mengenai tamadun. Tamadun menurut sarjana Barat moden 1. Arnold Toynbee Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Beliau menambah lagi, tamadun ialah satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral. (Mustafa 2004). Arnold Toynbee seorang ahli sejarah British dan merupakan profesor penyelidikan Antarabangsa di London School of Economics dan University of London. Rajah 1.10 Arnold Toynbee Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Arnold_Toynbee 18 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2. A. S. Hornby dan E.C. Parnwell Dalam bukunya The Progressive English Dictionary, menyatakan bahawa tamadun bermaksud meningkatnya pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya (Mustafa 2004). 3. Joseph R. Strayer Dalam bukunya The Mainstream of Civilization menjelaskan bahawa perkataan tamadun amat ramat hubungan dengan perbandaran. Beliau mengatakan tamadun itu lahir di bandar (Othman et al. t.t). 4. J. K. Fiebleman Merujuk dalam buku beliau Education and Civilization: The Tranmission of Culture, tamadun ialah kepandaian mengeksploitasi material oleh masyarakat. Dengan perkataan lain, proses masyarakat ke atas material dengan sendiri menjadikannya barang baru bagi sesuatu keperluan (Othman et al. t.t). 5. E. B. Taylor Tamadun ialah suatu rangkaian rumit yang merangkumi aspek-aspek keilmuan kepercayaan, kesenian, nilai-nilai moral, perundangan, tradisi, bakat dan kebolehan yang dihasilkan oleh masyarakat.(Othman et al. t.t) E.B. Taylor merupakan seorang ahli antropologi. Rajah 1.11 Edward Burnett Tylor Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Edward_Burnett_Tylor UNIT 1 19 Pengenalan ilmu ketamadunan 6. Oswald Spengler Sarjana daripada Jerman dalam bukunya The Decline of the West menjelaskan bahawa tamadun Barat lebih mementingkan kebendaan kerana kebendaan itu membawa kepada kemajuan. Rajah 1.12 Oswald Spengler Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Oswald_Spengler 7. Will Durant Dalam penulisan bukunya The Story of Civilization, tamadun ialah peraturan masyarakat yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran, kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian. Rajah 1.13 Will Durant Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Will_Durant 20 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tamadun menurut sarjana Islam 1. Ibnu Khaldun Menerangkan tamadun ialah sekumpulan manusia yang mendiami sebidang tanah yang mempunyai perbekalan ekonomi yang mencukupi, keselamatan nyawa dan harta yang terjamin yang membolehkan mereka mencapai kemajuan dalam berbagai bidang. 2. Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi Tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna. 3. Muhammad Rasyid Ridha Agama adalah asas tamadun kerana peningkatan unsur maknawi (spiritual) akan mendorong kebanyakan fizikal. Rasionalnya semua tamadun di dunia ini ditegakkan berasaskan kepercayaan agama. Peningkatan atau kemusnahan sesuatu tamadun itu bergantung kepada keteguhan pegangan agama atau sebaliknya. Rajah 1.14 Muhammad Rasyid Ridha Sumber: http://jv.wikipedia.org/wiki/Rasyid_Ridha UNIT 1 21 Pengenalan ilmu ketamadunan 4. Sayyid Qutb Merupakan tokoh dari Mesir menyatakan bahawa Tamadun ialah segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh sekumpulan masyarakat. Rajah 1.15 Sayyid Qutb Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Sayyid_Qutb 5. Said Hawa Tamadun secara umum terbahagi kepada dua kategori iaitu tamadun Islam dan tamadun Jahiliah. Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan dengan kebudayaan itu. Manakala Tamadun Jahiliah pula ialah segala kemajuan yang dijelmakan dalam bentuk kebendaan dengan tidak mengambil kira aspek kerohanian dan moral. 6. Umar ‘Audah al-Khatib Tamadun ialah himpunan ilmu pengetahuan, syariat, peraturan tradisi dan moral yang menunjukkan keadaan pemikiran, ekonomi, akhlak, politik, kesenian dan seluruh kehidupan. 7. Muhammad al-Bahiy Tamadun ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahuan, kesenian, politik, kesusasteraan dan lain-lain. 22 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Aktiviti 1.2 Apakah kepentingan pengajian ketamadunan kepada pelajar? a. ________________________________________________ b. ________________________________________________ c. ________________________________________________ Rumusan Daripada perbincangan di atas, jelas menunjukkan bahawa proses pembinaan sesebuah tamadun bermula daripada suatu bangsa, masyarakat dan negara. Pelbagai perspektif tentang tamadun tidaklah menunjukkan adanya pertentangan di antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Sebaliknya, perbezaan tersebut menjadi tanda aras bahawa tamadun yang sebenar adalah tamadun yang mampu menjalinkan di antara nilai-nilai material dan spiritual. Ingatkah anda perbincangan berkaitan istilah ‘umran hadhari’ dan ‘umran badawi’? ‘Umran hadhari’ merujuk kepada masyarakat yang telah mencapai tahap kemajuan dalam pelbagai segi kehidupan. Manakala ‘umran badawi’ merujuk kepada masyarakat yang masih belum maju”. Latihan Kendiri 1.1 Sila jawab soalan-soalan di bawah. 1. Nyatakan dua faktor mengapa lembah sungai menjadi lokasi petempatan awal manusia. 2. Pada pandangan anda, mengapakah piramid dianggap sebagai warisan penting tamadun Mesir? 3. Jelaskan kepentingan Ziggurat kepada masyarakat Mesopotamia. 4. Bandingkan definisi konsep tamadun oleh Oswald Spengler dengan Muhammad Idris Abdul Rauf al Marbawi. UNIT 1 23 Pengenalan ilmu ketamadunan Cadangan jawapan untuk aktiviti Maklum Balas Aktiviti 1.1 1. • Pertanian dijalankan maka akan berlaku lebihan dalam keperluan. Lebihan keluaran tersebut akan ditukarkan dengan barang yang lain. Maka akan berlaku sistem barter. • manusia mula merancang penempatan tetap. • Revolusi alatan pertanian. • Pengkhususan kerja wujud pekerjaan dan pembahagian tugas yang lebih sistematik dan spesifik. 2. Paleolitik Perbezaan Neolitik • Hasil buruan binatang liar • Sumber makanan yang tumbuh liar Sumber makanan • Hasil tanaman dan ternakan • Hasil ikan yang ditangkap • Tiada tempat tinggal yang tetap • Tinggal dalam gua Tempat tinggal • Tinggal di rumah yang dibina sendiri dan tetap • Membuat alatan daripada batu dan tulang • Peralatan dibuat untuk memburu binatang Peralatan/ Teknologi • Peralatan dibuat daripada logam • Membuat tembikar, menganyam dan menenun Kepercayaan • Percaya bahawa ada Tuhan • Memuja semangat unsur alam • Percaya kepada kuasa ghaib Aktiviti 1.2 a. Pengajian tamadun dapat menyedarkan kita kepada proses evolusi sesebuah bangsa, masyarakat dan negara ke arah membentuk sesebuah tamadun. 24 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia b. Melahirkan bangsa malaysia yang bertamadun tinggi yang sanggup memperjuangkan nilai-nilai ketamadunan universal yang murni. c. Membina perasaan saling hormat menghormati, saling memahami budaya dan agama di kalangan masyarakat. UNIT 1 25 Pengenalan ilmu ketamadunan 1.2 Ciri dan Proses Sesebuah Tamadun Objektif Setelah mempelajari bahagian ini, anda dapat: 1. Mengenali ciri-ciri universal sesebuah tamadun. 2. Membandingkan ciri-ciri yang dikemukakan oleh sarjana Islam dan Barat. Pengenalan Dalam bahagian ini, anda akan mengenali ciri-ciri yang terdapat dalam sesebuah tamadun. Ciri-ciri di antara tamadun Islam dan tamadun lain adalah berbeza berdasarkan matlamat yang hendak dicapai. Menerusi ciri-ciri yang berbeza ini jelas menunjukkan setiap tamadun mempunyai kekuatan dan keistimewaan yang tersendiri. Sebagai contoh kita dapat lihat terutamanya dalam konteks teologi. Contohnya konsep monoteisme yang terdapat dalam Islam berbeza daripada konsep metafizik Buddhisme yang tidak menerima konsep kewujudan tuhan sebagai pencipta. Dari perspektif pemerkasaan tamadun, ciri-ciri ini sangat berpengaruh dan merupakan ‘kuasa sakti’ yang memberikan kekuatan serta sumbangan terhadap dunia. Ciri univesal tamadun Edward L, Farmer dalam bukunya “Comparative History of Civilization in Asia” menjelaskan bahawa masyarakat bertamadun harus mempunyai ciri-ciri tertentu seperti revolusi pertanian, penempatan kekal, organisasi masyarakat, sistem pentadbiran, agama perbandaran, kemajuan teknologi dan sistem tulisan (Mohd Rosdi Mahmud 2001: 10) 26 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Petempatan kekal Revolusi pertanian Bandar Agama Ciri-ciri tamadun Kemajuan teknologi Organisasi masyarakat Sistem pentadbiran Sistem tulisan Rajah 1.16 Ciri-ciri tamadun Sumber: Olahan daripada Mohd Rosdi Mahmud Dalam bukunya “The Civilized Society”, Darcy Riberto membentangkan ciri-ciri tamadun, seperti berikut: Penyebaran teknologi pertanian Revolusi penghasilan inovasi teknologi berasaskan besi Wujud aktiviti penternakan Revolusi penternakan Revolusi bandar Revolusi perdagangan Penggunaan peralatan tembaga dan gangsa Revolusi teknologi Revolusi pengairan Revolusi industri UNIT 1 27 Pengenalan ilmu ketamadunan Ciri tamadun Islam Ibnu Khaldun pula membahagikannya kepada empat ciri utama (Mohd Rosdi 2007), iaitu: 1. Thaqafah (culture) Menurut istilah bahasa Melayu perkataan ‘thaqafah’ bermaksud kebudayaan, iaitu suatu cara hidup yang merangkumi fikiran, kelakuan dan tindakan serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa material dan kerohanian. Oleh itu seseorang yang berkebudayaan ialah seseorang yang mampu menilai makna kemanusiaan secara positif serta bebas daripada kongkongan hawa nafsu dan adat yang negatif. 2. Hadharah (civilisation) Secara khususnya ‘hadharah’ bermaksud kelompok masyarakat menetap di bandar berlandaskan suatu sistem politik, agama dan sosio-ekonomi yang mantap serta dinyatakan sebagai masyarakat hadhari yang maju dari segi pemikiran, ekonomi, perdagangan, pembuatan, pertanian, pentadbiran dan komunikasi di samping bersedia mematuhi ketetapan peraturan. 3. Al-Madaniyyah (urbanisation) Menurut Kamus al-Mu’jam al-Wasit, perkataan ‘al-Madaniyyah’ bermaksud kemajuan dan perkembangan perbandaran dan ia menggambarkan suatu kehidupan bandar atau kota yang teratur dari segi penempatan dan infrastruktur serta aktiviti semasa yang dijalankan seperti perniagaan dan sebagainya. Ringkasnya, perkataan madaniyyah mempunyai kaitan dengan madinah, iaitu bandar atau city. 4. ‘Umran’ (vision/mission menuju kemakmuran) Merujuk kepada aktiviti membangun dan memakmurkan sesuatu kawasan atau wilayah secara terancang sehingga membawa kepada keharmonian dan berpotensi dari aspek sosio-ekonomi dalam pelbagai bidang. Ibnu Khaldun menggunakan kalimah ‘umran’ sebagai gambaran terhadap pembukaan kota dengan pelbagai projek pembangunan yang dilakukan oleh khalifah-khalifah Islam pada zaman keagungannya. Justeru, ‘umran’ merupakan visi dan misi yang perlu ada bagi setiap manusia untuk berusaha mencapai kemajuan dan kemakmuran dalam kehidupan. 28 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Aktiviti 1.3 Mengikut Ibnu Khaldun, apakah ciri-ciri utama tamadun? Rumusan Bahagian ini telah menjelaskan ciri tamadun bagi sesebuah masyarakat. Pengetahuan tentang ciri-ciri tamadun sebagaimana yang dijelaskan oleh Edward L, Farmer, Darcy Riberto, Beatty dan Johnson serta Ibnu Khaldun amat penting kerana ia memudahkan kita memahami tahap ketamadunan sesebuah masyarakat. Bahagian ini juga menekankan pemahaman kita kepada beberapa istilah yang digunakan oleh Ibnu Khaldun, iaitu thaqafah, hadharah, al-Madaniyah dan al-‘Umran. Kesemuanya menjurus kepada pembangunan lahiriah dan pembangunan rohaniah. Latihan Kendiri 1.2 1. Apakah lima (5) ciri-ciri tamadun yang dikemukakan oleh Edward L. Farmer? a. ______________________________________________ b. ______________________________________________ c. ______________________________________________ d. ______________________________________________ e. ______________________________________________ 2. Jelaskan maksud Al-Madaniyyah. _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ UNIT 1 29 Pengenalan ilmu ketamadunan 3. Jelaskan ciri-ciri tamadun dari aspek berikut. Kemajuan teknologi Sistem tulisan Revolusi pertanian Agama Cadangan jawapan untuk aktiviti Maklum Balas Aktiviti 1.3 a. Thaqafah (culture) Menurut istilah bahasa Melayu perkataan ‘thaqafah’ bermaksud kebudayaan. Seseorang yang berkebudayaan ialah seseorang yang mampu menilai makna kemanusiaan secara positif serta bebas daripada kongkongan hawa nafsu dan adat yang negatif. b. Hadharah (civilisation) Secara khususnya hadharah bermaksud kelompok masyarakat menetap di bandar berlandaskan suatu sistem politik, agama dan sosio-ekonomi. Masyarakat hadhari adalah masyarakat yang maju dari segi pemikiran, ekonomi, perdagangan, pembuatan, pertanian, pentadbiran dan komunikasi di samping bersedia mematuhi ketetapan peraturan. c. Al-Madaniyyah (urbanisation) Bermaksud kemajuan dan perkembangan perbandaran. Perkataan madaniyyah mempunyai kaitan dengan madinah, iaitu bandar dan city. 30 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia d. ‘Umran’ (vision/mission menuju kemakmuran) Merujuk kepada aktiviti membangun dan memakmurkan sesuatu kawasan atau wilayah secara terancang sehingga membawa kepada keharmonian dan berpotensi dari aspek sosio-ekonomi dalam pelbagai bidang. ‘Umran’ merupakan visi dan misi yang perlu ada bagi setiap manusia untuk berusaha mencapai kemajuan dan kemakmuran dalam hidup. UNIT 1 31 Pengenalan ilmu ketamadunan 1.3 Interaksi dan Impak antara Tamadun Objektif Setelah mempelajari bahagian ini, anda dapat: 1. Menyenaraikan jenis interaksi di antara tamadun. 2. Membincangkan kepentingan interaksi antara tamadun. 3. Membincangkan impak positif dan negatif interaksi antara tamadun. Pengenalan Dalam sejarah, didapati bahawa perkembangan tamadun dunia mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Dengan perkataan lain, meskipun setiap tamadun mempunyai keistimewaan masing-masing, telah berlaku hubungan yang melibatkan beberapa aspek seperti agama, budaya, peradaban dan sistem hidup. Proses interaksi boleh berlaku dengan pelbagai cara antaranya melalui kehidupan bersama, perdagangan, peperangan, penjelajahan, penjajahan dan media. Ia boleh dilihat dalam proses rentasan persempadanan akibat pertembungan agama, bahasa, adat, makanan, pakaian dan sebagainya. Akibatnya menyaksikan peradaban yang besar akan mendominasi peradaban yang kecil. Pada umumnya, terdapat empat jenis interaksi berlaku antara tamadun, iaitu: Interaksi sains dan teknologi Jepun mempelajari sains dan teknologi dari Eropah dan Amerika Syarikat ekoran hubungan yang terjalin. Interaksi fizikal Pedagang Arab mengahwini penduduk tempatan dan membina petempatan khas di kawasan pantai timur dan barat Sumatera. Jenis interaksi antara tamadun Rajah 1.17 Jenis interaksi antara tamadun Sumber: Zulkifli Dahalan et al. (2009) Interaksi teologi atau agama Proses asimilasi beberapa ajaran Buddha ke dalam ajaran Shinto di Jepun tentang nilai etika dan moral. Interaksi budaya Meliputi aspek seperti makanan, pakaian, seni bina, muzik dan sebagainya. 32 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Perbahasan tentang interaksi tersebut boleh dijelaskan dengan merujuk kepada jenis interaksi yang wujud seperti berikut. Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama Interaksi dalam lingkungan budaya yang sama merujuk kepada hubungan satu budaya dalam sesuatu kaum. Misalnya, masyarakat Melayu yang terdiri daripada pelbagai suku kaum seperti orang Jawa, Banjar, Bugis Mandaling dan sebagainya sudah pasti menampilkan kepelbagaian budaya dan adat resam. Demikian juga dengan orang Cina yang mempunyai pelbagai suku kaum seperti Hakka, Kantonis, Hainan, Teochew dan sebagainya. Manakala bagi orang India seperti Tamil, Malayalam, Punjabi dan sebagainya. Sebagai contoh, hubungan masyarakat Islam dan Hindu di India. Meskipun mereka mempunyai pegangan agama yang berbeza tetapi tidak dari segi budaya, seperti golongan masyarakat Hindu di India Utara yang menerima unsur-unsur keislaman dalam budaya berpakaian, pemakanan dan seni bina. Sementara itu masyarakat Islam di India pula menerima unsur-unsur tertentu termasuk seni bina, muzik pemakanan dan gaya hidup masyarakat Hindu. Rumusannya, setiap kelompok masyarakat mengamalkan kebudayaan yang hampir sama. Namun dalam suasana atau upacara majlis tertentu ada kelainan budaya yang diamalkan menurut masyarakat tersebut (Ros Aiza et al. 2012). Interaksi dengan budaya dan peradaban yang berbeza Menurut Ros Aiza Mohd. Mokhtar et al. (2012), interaksi dalam kategori ini menggambarkan bagaimana antara satu kaum yang berlainan budaya dan kepercayaan agama boleh saling berinteraksi. Interaksi begini boleh dilihat dalam interaksi di antara tamadun Melayu dengan tamadun Cina yang telah berlaku sejak kerajaan Funan pada abad ke-3 M. Interaksi tamadun Melayu dengan tamadun Cina berlaku melalui pelbagai cara. Hasil interaksi ini telah membawa beberapa perubahan dan asimilasi budaya dalam kedua-dua tamadun. Interaksi antara dua tamadun ini berlaku dalam suasana aman, iaitu melalui misi diplomatik migrasi dan perdagangan. Kesan interaksi antara tamadun Melayu dengan tamadun Cina telah memperkenalkan sutera, porselin, tembikar dan makanan seperti taugeh, tauhu, kicap dan beberapa jenis sayuran kepada masyarakat Melayu. Beberapa teknologi seperti perlombongan, pertukangan logam dan kertas turut diperkenalkan. Sementara tamadun Cina pula memperolehi hasil ekonomi seperti rempah, produk haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang kesemuanya memperkaya kebudayaan kebendaan tamadun Cina (Abd Wahid dan Faezah Kassim 2006). UNIT 1 33 Pengenalan ilmu ketamadunan Interaksi antara tamadun yang kuat dengan yang lemah Interaksi begini dapat dilihat dengan jelas di antara Islam dengan Yahudi dan Islam dengan Kristian pada saat kelahiran Islam di Semenanjung Arab yang memperlihatkan bagaimana interaksi antara peradaban yang kuat dengan peradaban yang lemah. Hak masyarakat Yahudi, Kristian dan kelompok-kelompok kaum yang lain diberi jaminan perlindungan dalam Sahifah Madinah (Piagam Madinah Perlembagaan bertulis pertama di dunia). Piagam yang mengandungi 47 fasal itu dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama mengandungi 23 fasal yang berhubungan dengan Muhajirin dan Ansar. Bahagian kedua pula mengandungi 24 fasal berkaitan dengan nonMuslim. Melalui piagam ini, muncullah masyarakat yang menjunjung tinggi nilai-nilai toleransi, seperti kebebasan beragama, persamaan dan persaudaraan antara sesama warga Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku bangsa dan agama (Zul-kifli 2004). Piagam tersebut antara lain menyebutkan bahawa tempat ibadat kedua-dua kaum ini diberi perlindungan malah penganut agama Yahudi dan Kristian bebas mengamalkan agama mereka. Ketetapan ini termaktub di dalam Piagam, fasal 25 yang menyatakan: “Kaum Yahudi dan dari Bani ‘Awf adalah satu ummah. Mereka bebas dengan agama mereka sebagaimana orang Islam bebas dengan agama mereka. Kebebasan ini berlaku juga kepada pengikut-pengikut dan diri mereka sendiri melainkan sesiapa yang zalim dan berbuat dosa.” Pengiktirafan hak penganut bukan Islam untuk mengamalkan agama mereka selagi mereka tidak mengganggu atau menceroboh Islam atau masyarakat Islam merupakan salah satu prinsip yang penting dalam sistem pemerintahan Islam (Muhammad al-Ghazaly (t.t.). Jika diamati sepanjang sejarah ketamadunan Islam dan zaman pemerintahan Kerajaan Umayyah sehingga zaman pemerintahan Uthmaniyyah, masyarakat Yahudi dan Kristian hidup harmoni dan damai di tengah-tengah masyarakat Muslim. Selain bebas mengamalkan agama masing-masing, beberapa jawatan penting turut disandang oleh kalangan individu Yahudi dan Kristian dalam pentadbiran Kerajaan Islam terutamanya di Andalusia (Sepanyol). Penulis dan sarjana daripada kalangan masyarakat Yahudi dan Kristian terus memberi sumbangan kepada perkembangan pemikiran agama dan bangsa khasnya dan tamadun Islam setempat (Osman Bakar et al. 2009). Menurut al-Qaradawi (1999), semasa pemerintahan kerajaan Bani ‘Abbasiyah, jawatan wazir tanfiz (menteri pelaksanaan yang bertindak meneruskan perintah dan melaksanakan keputusan ketua negara) (telah beberapa kali disandang oleh orang-orang Nasrani. Misalnya Nashr ibn Harun pada tahun 369 hijrah dan Isa ibn Nastoresa pada tahun 380 hijrah (Rasyid al-Ghannusyi 1994). 34 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Rujukan Web Untuk memahami kandungan Piagam Madinah, anda boleh melayari: http://www.constitutionofmadina.com/ atau http://fastnote.wordpress.com/piagam-madinah/ Aktiviti 1.4 1. Berdasarkan gambar berikut dapatkah anda, kenal pasti jenis interaksi yang berikut. Rumah Minangkabau Baju Kebaya Angpau Makanan Segera 2. Bincangkan interaksi di antara tamadun dari aspek interaksi dalam lingkungan budaya yang sama. _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ UNIT 1 35 Pengenalan ilmu ketamadunan Impak pertembungan antara tamadun Pertembungan antara tamadun merupakan satu proses sosial yang membabitkan dua atau lebih individu atau kelompok yang melibatkan tindakan saling membalas tingkahlaku dan saling mempengaruhi antara satu sama lain. Proses pertembungan antara tamadun menjadikan tamadun itu dinamik dan seterusnya memperkayakan tamadun itu sendiri. Impak interaksi antara tamadun Interaksi antara tamadun di dunia telah memberi banyak kesan terhadap penduduk di sesebuah negara yang terlibat. Kesan tersebut dapat dibahagikan kepada dua, iaitu kesan positif dan kesan negatif. Ilmu pengetahuan Pemikiran Positif Industri Hubungan interaksi dan komunikasi Krisis nilai Kepelbagaian ajaran dan anutan Negatif Perbezaan status Monopoli ekonomi 36 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Impak positif pertembungan tamadun 1. Paradigma pemikiran Interaksi yang terjadi bagi setiap bangsa atau penduduk sesebuah negeri atau negara sedikit sebanyak mengubah paradigma berfikir seseorang. Misalnya, ketika Islam menguasai Sepanyol, orang-orang Sepanyol telah tergesa-gesa berpindah kerana takut ditindas oleh orang Islam. Namun tanggapan tersebut meleset kerana mereka mendapat maklumat bahawa saudara mara mereka mendapat layanan baik daripada kerajaan dan orang Islam. Mereka memperoleh hak mengamalkan agama mereka dengan bebas dan diberi pekerjaan (Mahmood 1971). Di antara lain seperti Ibnu Sina yang merupakan tokoh hebat pada zaman kegemilangan Islam. Beliau merupakan tokoh ilmuan pelbagai bidang seperti perubatan, sains, astronomi, matematik, logik dan banyak lagi. Gaya pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh aliran falsafah Al Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Sementara itu, pandangan dalam bidang perubatan juga turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Hippocates. 2. Perkembangan ilmu pengetahuan Perpindahan ilmu pengetahuan adalah proses interaksi antara sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain. Contohnya, perpindahan ilmu telah mencetuskan zaman kebangkitan (Renaissance) kepada masyarakat Eropah yang sebelum ini mundur dalam segala aspek kehidupan. Perpindahan ilmu dilakukan dengan pelbagai cara, diantaranya ialah aktiviti penterjemahan. Contohnya tokoh perubatan Islam Abu Al-Qasim Al Zahrawi (Abulcasis) dan dikenali sebagai Bapa Pembedahan Moden. Kitab Al-Tasrif tulisan beliau merupakan bahan rujukan penting dalam ilmu pembedahan. Rajah 1.18 Instrumen perubatan pembedahan Al Zahrawi UNIT 1 37 Pengenalan ilmu ketamadunan Kitab Al-Tasrif telah diterjemahkan oleh Gerard Chemora ke bahasa Hebrew, Perancis dan Inggeris. Rajah 1.18 menunjukkan instrumen perubatan pembedahan Al Zahrawi yang terdapat dalam Kitab Al-Tasrif. Selain itu, percambahan bidang ilmu baru yang diperoleh daripada tamadun Islam ke barat ialah ilmu algebra, muzik, geometri, astronomi, kimia, trigonometri dan falsafah. Jelaslah disini bahawa telah berlaku transformasi dalam kurikulum pembelajaran di Eropah. Pada zaman kegemilangan Islam, Cordoba ibu negari Andalusia, Sepanyol muncul sebagai pusat pengembangan ilmu. Ramai pelajar dari seluruh dunia datang ke sini. Sebagai contoh pada abad ke sembilan, perpustakaan St. Gall di Eropah merupakan perpustakaan terbesar yang memuatkan 36 jilid buku. Pada masa yang sama, Perpustakaan Al Hakam II Cordoba mengandungi lebih 500,000 jilid buku! 3. Hubungan interaksi dan komunikasi Komunikasi yang berterusan telah membawa ikatan yang akrab dalam hubungan antarabangsa. Hal ini dapat dilihat dalam sejarah susunan masyarakat Baba Nyonya dalam interaksi dengan Tamadun Melayu. Komuniti Baba Nyonya merupakan gabungan budaya kacukan CinaMelayu. Penggunaan bahasa Baba sebagai bahasa pertuturan ialah satu bahasa campuran antara bahasa Melayu dan Hokkien. Menurut Hashim Musa (2000), dialek Melayu Baba Melaka diasaskan kepada ragam bahasa Melayu pasar yang menjadi lingua franca dalam perdagangan di kalangan pelbagai bangsa di bandar-bandar utama Alam Melayu seperti Melaka, Singapura, Pulau Pinang dan Jakarta. Dialek Melayu Baba banyak menggunakan perkataan Hokkien, dan perkataan yang sering digunakan ialah gua, lu, bibi dan wak. Tanpa bahasa, tidak mungkin berlaku hubungan yang berkesan antara dua pihak termasuk antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. 4. Perkembangan teknologi Rajah 1.19 Potret Cai Lun 38 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Peningkatan dan perkembangan dalam bidang perindustrian telah mendorong kemajuan sesebuah tamadun. Berlaku perkongsian ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi. Ciptaan hebat Tamadun China ialah teknologi pembuatan kertas oleh Cai Lun iaitu seorang ahli sains semasa Dinasti Han. Bahan yang digunakan ialah daripada kulit kayu pokok. Teknologi pembuatan kertas ini telah dibawa ke Barat pada abad ke-13. Rajah 1.19 menunjukkan potret Cai Lun sebagai pelopor dalam pembuatan kertas semasa Dinasti Qing. Impak negatif pertembungan tamadun 1. Krisis nilai Interaksi yang terjalin boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu masyarakat. Kita sedia maklum bahawa setiap bangsa memiliki kepelbagaian adat dan tatacara dalam amalan harian mengikut pegangan dan kepercayaan masing-masing. Kewujudan aliran materialisme yang meremehkan hal spritual adalah salah satu impak daripada pertembungan tamadun. Aliran ini dikatakan bahaya kerana boleh mendorong manusia terikat pada dunia material yang hanya bersifat sementara. Oleh itu, ianya dianggap sebagai tidak sesuai dengan mana-mana agama majoriti di dunia. Antara contoh lain yang kita dapat lihat ialah pertembungan interaksi Barat dan Islam telah mewujudkan golongan sekular. Fahaman sekular dalam kalangan umat Islam telah mengakibatkan pemisahan sistem agama atau kepercayaan dalam aspek kehidupan. 2. Monopoli ekonomi Interaksi juga akan mewujudkan penguasaan ekonomi. Dengan perkataan lain, monopoli ekonomi akan berlaku. Jurang perbezaan ekonomi yang ketara akan berlaku, misalnya pada zaman penjajahan dasar pecah dan perintah yang diamalkan mengasingkan kaum berdasarkan sektor-sektor tertentu. Orang Melayu menjalani kehidupan sara diri dan di sektor pertanian, orang Cina melaksanakan sektor perlombongan dan perniagaan manakala orang India menguruskan perladangan estet. 3. Perbezaan status (sosio politik) Kebanyakan sejarawan berpendapat pertembungan antara tamadun mewujudkan sedikit perbezaan dari segi status kependudukan yang mempengaruhi perkembangan politik dan kegiatan sosial. Ini disebabkan pengaruh anutan ideologi sistem sosial yang diamalkan sejak sekian lama oleh sesuatu bangsa tersebut. Misalnya, merujuk kepada Kerajaan Melaka, hierarki sosial masyarakatnya bersifat superior inferior, iaitu masyarakat terbahagi kepada dua kelompok utama iaitu golongan pemerintah dan golongan yang diperintah. Golongan pemerintah terdiri daripada raja, kerabat diraja, pembesar dan ulama istana. Manakala golongan yang UNIT 1 39 Pengenalan ilmu ketamadunan diperintah pula terdiri daripada rakyat biasa dan hamba. Hierarki demikian telah membentuk halangan sosial (social barrier) di antara golongan atasan dan bawahan. Berasaskan sistem tersebut juga yang mengiktiraf perbezaan darjat, maka lahirlah undang-undang dan adat istiadat yang bertujuan menjaga taraf dan kepentingan golongan atasan (Muhammad Syariefudin et al. 2009). 4. Kepelbagaian ajaran dan anutan Interaksi jika tidak ditangani dengan baik akan mewujudkan kesangsian di antara penganut agama. Contohnya, kedatangan mubaligh-mubaligh Kristian bersama-sama dengan pihak penjajah Barat ke dunia Islam dan kawasan Asia yang lain menyebabkan terjadinya pergeseran dengan agama penduduk asal. Kedatangan Portugis ke Jepun misalnya, menyebabkan pergeseran di antara Kristian dengan agama asal Jepun, iaitu Shinto. Pergeseran ini membawa kepada implikasi ‘dasar tertutup Jepun’ selama kira-kia dua abad kepada masyarakat luar. (Afifah t.t.). Aktiviti 1.5 Bincangkan bagaimana kesan interaksi dapat diubah daripada negatif menjadi positif. ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ ____________________________________________________ Rumusan Perbincangan dalam bahagian ini jelas menunjukkan ciri-ciri tamadun secara universal dan juga tamadun Islam. Mengenali ciriciri ini penting bagi kita memahami tahap ketamadunan sesebuah masyarakat dan kemajuan yang ada pada ketika itu. Bahagian ini secara tidak langsung dapat membezakan ciri-ciri diantara tamadun Islam dan juga tamadun lain. Interaksi antara tamadun turut berlaku yang merupakan ransangan kepada kehidupan bertamadun. Sikap toleransi antara tamadun mengambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai baik daripada tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan tamadun baru.Terdapat interaksi positif dan negatif yang diperoleh akibat daripada pertembungan antara tamadun yang mana dapat memberi memberi sumbangan dalam mewujudkan sesebuah masyarakat ke arah lebih baik. 40 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Latihan Kendiri 1.3 1. _______________ merujuk kepada visi dan misi yang perlu ada bagi setiap manusia untuk berusaha mencapai kemajuan dan kemakmuran dalam kehidupan. A. B. C. D. 2. Hadharah Al- Madaniyyah ‘Umran Thaqafah • Heritage of Western Civilization • Ciri utama iaitu kehidupan kota dan sistem tulisan Berikut merujuk kepada ____________________. A. B. C. D. 3. Beatty dan Johnson Edward L. Farmer Ibnu Khaldun Darcy Riberto • Hubungan budaya dalam satu kaum • Contohnya masyarakat Melayu yang terdiri daripada orang Jawa, Banjar, dan Bugis Mandaling. Berikut merujuk kepada jenis interaksi _________________. A. B. C. D. dalam lingkungan budaya yang sama. dalam peradaban yang setara. antara tamadun kuat dan lemah. budaya dan peradaban yang berbeza. 4. Di antara berikut, yang manakah tidak benar mengenai kesan positif akibat pertembungan tamadun? A. Perkembangan ilmu pengetahuan. B. Ibnu Sina dipenagruhi oleh aliran falsafah Al-Farabi yang menghidupkan aliran Socrates. C. Aktiviti penterjemahan berlangsung sebagai medium perpindahan ilmu. D. Teknologi pembuatan kertas semasa Tamadun China. UNIT 1 41 Pengenalan ilmu ketamadunan 5. Dimanakah letaknya pusat pengembangan ilmu semasa zaman kegemilangan Islam? A. B. C. D. Sepanyol Cordoba Perancis China 6. Berikut merujuk kepada interaksi diantara Tamadun Melayu dan Tamadun Cina kecuali ____________________. A. Memperkenalkan sutera , poselin dan tembikar. B. Peminjaman perkataan seperti taugeh, tauhu dan kicap. C. Memperoleh hasil ekonomi seperti rempah, produk haiwan dan tumbuhan. D. Perpindahan ilmu algebra, kimia, trigonometri dan sains ke Tamadun Melayu. 7. Kitab Al-Tasrif penulisan ___________________ merupakan rujukan penting dalam ilmu pembedahan. A. B. C. D. 8. Abu Al-qasim Al Zahrawi Ibnu Sina Al-Farabi Cai Lun Berlaku proses asimilasi beberapa ajaran Buddha ke dalam ajaran Shinto di Jepun tentang nilai etika dan moral. Berikut merujuk jenis interaksi ____________________. A. B. C. D. fizikal sains dan teknologi teologi dan agama kebudayaan 42 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Cadangan jawapan untuk aktiviti Maklum Balas Aktiviti 1.4 Interaksi tamadun dari aspek lingkungan budaya yang sama sebenarnya menghasilkan keragaman dan kepelbagaian budaya. Keragaman budaya ini akhirnya akan menghasilkan keunikan sesebuah masyarakat. Jika dilihat secara mendalam, keragaman ini menunjukkan bahawa hubungan budaya yang ada pada sesuatu kaum mampu menyatupadukan anggota sesebuah masyarakat. Pendek kata, setiap kaum ingin mengetahui dan mempelajari budaya kaum yang berada dalam lingkungan budaya yang sama. Secara tidak langsung ini akan membawa kepada rasa saling memahami dan saling menghormati. Aktiviti 1.5 Krisis nilai Hal ini dapat ditangani sekiranya setiap kaum atau bangsa memahami bahawa setiap daripada kita memiliki ciri-ciri khas sama ada dari segi adat dan tatacara amalan harian mengikat keyakinan dan kepercayaan kita. Ia tidak seharusnya menimbulkan rasa tidak senang. Sebaliknya kepelbagaian ini jika dikawal dengan baik akan menjadi suatu keunikan bagi sesebuah negara. Monopoli ekonomi Monopoli tidak seharusnya terjadi kerana kekayaan sepatutnya dikongsi bersama dan agihan kekayaan perlulah diagihkan secara adil dan saksama. Ia tidak wajar dikuasai oleh seseorang atau sekelompok kaum atau bangsa. Status (sosio-politik) memang tidak dapat dielakkan, namun apa yang penting adalah sikap dan tindakan tersebut janganlah sampai menjadi penghalang hubungan antara kaum dan masyarakat. Perbezaan sosia-politik janganlah sampai menjadikan seseorang itu mengenepikan golongan yang lebih rendah kedudukannya atau yang lebih rendah status ekonominya. Kepelbagaian ajaran dan anutan melibatkan pilihan hati seseorang. Kecenderungan hati tidak boleh dipaksa. Akan tetapi dialog secara berhikmah serta toleransi yang tinggi sahaja yang dapat membantu menghilangkan rasa curiga di antara penganut agama. UNIT 1 43 Pengenalan ilmu ketamadunan 1.4 Dialog antara Tamadun/Peradaban Objektif Setelah mempelajari bahagian ini, anda dapat: 1. Menerangkan pengertian dialog antara tamadun. 2. Menghuraikan kepentingan dialog antara tamadun. 3. Mengenalpasti halangan yang berlaku dalam melaksanakan dialog antara tamadun. Pengenalan Tahukah anda, apakah yang dikatakan dialog? Dialog ialah perbincangan atau perundingan antara dua pihak yang bertelingkah kepentingan. Berdialog memberi maksud bertukar-tukar pendapat atau pandangan mengenai sesuatu isu secara terbuka, toleransi dan beretika (Kamus Dewan 2005). Menurut Chandra Muzaffar, dialog peradaban bermaksud saling berkomunikasi dan persefahaman antara tamadun berdasarkan kepada elemen penting, iaitu memahami budaya masing-masing tanpa ada rasa prejudis terhadap masyarakat daripada kaum yang lain. Hans Koechler pula menegaskan sifat dialog adalah merangkumi kemampuan untuk melihat diri sendiri daripada perspektif individu yang lain, mewujudkan toleransi dan saling menerima antara satu sama lain. Justeru, dialog dapat difahami sebagai perundingan, interaksi positif antara dua pihak, komunikasi dua hala antara peradaban yang bertujuan memupuk persefahaman, berkongsi perspektif dalam menyelesaikan masalah dalam pelbagai aspek dan sebagainya (Ahmad Fazullah 2007). Laporan Persidangan Antarabangsa Dialog Peradaban (2001) pula menjelaskan dialog peradaban sebagai perbuatan mendengar kepada kepercayaan, pengadilan, kerisauan masyarakat bukan hanya terhadap budaya yang berlainan, etnik atau latar belakang kepercayaan tetapi juga perbezaan keyakinan politik, kedudukan sosial dan kekuatan ekonomi. Budaya dialog di Malaysia Sejak 1980-an hingga kini misalnya memang sudah ada pihak-pihak yang memulakan usaha untuk mengadakan dialog. Di peringkat Institut Pengajian Tinggi, beberapa seminar antarabangsa telah diadakan di Universiti Malaya. Antaranya, “Islam and Confucianism Dialogue” pada 12 – 14 Mei 1995 dan Islam, Japan and The West pada September 1996. Hasil daripada seminar antarabangsa tersebut maka ditubuhkan Centre for Civilizational Dialogue di Universiti Malaya yang menjalankan pelbagai aktiviti akademik yang boleh memupuk budaya dialog antara tamadun. 44 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Budaya dialog di Malaysia juga melibatkan beberapa badan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran, Institut Perkembangan Minda (INMIND), Institut Kefahaman Islam Malaysia, Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional, Malaysian Interfaith Network dan beberapa jabatan dan NGO yang lain. Pada tahun 2001, satu kongres kebangsaan iaitu Kongres Peradaban Malaysia telah diadakan di Kuala Lumpur atas cadangan Awang Sariyan, Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (ketika itu) sebagai langkah membudayakan dialog dalam semua peringkat (Abd Hakim dan Azmi 2009). Di satu peringkat, kemajuan dialog telah tercapai kerana ia melibatkan sarjana, agama dan cendekiawan. Dialog dalam kehidupan seharian berlaku melalui proses bekerjasama, berkomunikasi dan hidup bersama-sama dalam konteks pekerjaan, sekolah, penggunaan hospital, pengangkutan awam dan lain-lain. Sumber: http://ummatanwasatan.net/2010/01/gerakkan-dialog-antara-agama/ Prinsip-prinsip dialog Menurut Osman Bakar (2009), antara prinsip dialog adalah: 1. Sentiasa menyedari bahawa tujuan utama dialog adalah untuk kedua-dua pihak menyedari sesuatu dan sesudah itu berubah kepada kebaikan. 2. Dialog antara tamadun mestilah merupakan projek yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak yang terlibat dan ia boleh berlaku secara intra dan juga inter tamadun. 3. Dialog perlulah dijalankan dengan penuh ikhlas, toleran dan empati. 4. Mestilah boleh atau berupaya menjelaskan pandangan (kepercayaan dan nilai) yang dipegangnya dengan jelas. 5. Peserta dialog mestilah cuba memahami persepsi dan pengalaman rakan dialognya. 6. Mestilah berhemah semasa memberikan pandangan terhadap tamadun orang lain. 7. Tidak mempunyai prejudis. 8. Dialog hanya dapat terjadi antara pihak yang mempunyai posisi yang setara dan sama. UNIT 1 45 Pengenalan ilmu ketamadunan Di samping memahami prinsip-prinsip dan ‘makna’ dialog itu, ada juga pengkaji dan pengamal dialog yang bercakap tentang etika berdialog. Contohnya dalam berdialog perlulah menghormati agama dan cara beramal pihak-pihak yang terlibat termasuk bersabit dengan asas kepercayaan. Apa yang perlu diberi penekanan ialah dimensi sosial seperti isu kesaksamaan, kekeluargaan dan lain-lain. Etika dan adab berdialog juga menganjurkan sikap bersetuju untuk tidak bersetuju, menghormati perbezaan, menghargai ketidakbolehan pihak-pihak tertentu untuk menerima sesuatu pandangan, keikhlasan, simpati dan empati serta kesabaran. Halangan kepada dialog Ros Aiza et al. (2012) telah memetik pandangan Osman Bakar berkaitan halangan kepada dialog. Sekarang mari sama-sama kita amati dan kenalpasti halangan kepada dialog tersebut: 1. Bertukar agama (conversion) pihak yang tidak bersetuju dengan dialog beranggapan bahawa berdialog boleh mengakibatkan pendialog mengubah agama mereka. 2. Rasa rendah diri dialog tidak akan berjaya dilaksanakan sekiranya para pendialog mempunyai rasa rendah diri dan tidak bersedia untuk berdialog. 3. Sindiran sosial dalam kalangan penganut agama yang sama, ada pihak yang tidak senang dan mempersoalkan ketulenan iman seseorang itu terhadap agamanya kerana dilihat cuba berbaik-baik dengan penganut agama lain. Hal yang sama turut berlaku jika berkaitan dengan bangsa dan tamadun. 4. Syak wasangka tujuan dialog diadakan sering disalahtafsirkan yang akhirnya penganjur dan pendialog sering dilihat dengan penuh kecurigaan. Video Anda boleh menonton klip video berikut mengenai topik-topik yang menarik di laman ini. http://www.youtube.com/results?search_query=dialog+harmoni &sm=3 46 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Aktiviti 1.6 1. Bincangkan cabaran-cabaran dalam mewujudkan dialog peradaban di Malaysia. _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ 2. Senaraikan tiga (3) kepentingan dialog peradaban. a. ______________________________________________ b. ______________________________________________ c. ______________________________________________ Rumusan Dialog bertujuan untuk mencari titik temu di antara pihak-pihak yang berkepentingan. Dialog hanya dapat direalisasikan jika semua pihak yang terlibat dalam dialog mampu menjaga adab. Lapan prinsip dialog yang diketengahkan oleh Osman Bakar perlu dijadikan panduan sepanjang dialog. Dalam masa yang sama, halangan-halangan kepada dialog perlu diselesaikan terlebih dahulu terutamanya sikap berburuk sangka, saling mencurigai, cubaan untuk mengubah identiti seseorang dan status agama. Jika ini dapat diterapkan, dialog dan pembudayaan dialog akan menjadi amalan penduduk Malaysia khususnya dan masyarakat dunia amnya. Latihan Kendiri 1.4 1. Apakah yang dimaksudkan Dialog Peradaban? _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ _________________________________________________ UNIT 1 47 Pengenalan ilmu ketamadunan 2. Apakah kesan jika kita mengabaikan Dialog Peradaban? a. ______________________________________________ b. ______________________________________________ Cadangan jawapan untuk aktiviti Maklum Balas Aktiviti 1.6 1. a. Sikap perkauman Dialog peradaban tidak dapat dijalankan jika tidak menepati pencapaiannya dan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja. Setiap peserta perlulah mempunyai minda yang terbuka. b. Semangat toleransi yang kurang Toleran merupakan salah satu proses untuk memahami dan menerima sesuatu perkara yang kita tidak menganuti serta rasional untuk menerima dan mempraktikkannya. c. Interaksi yang terhad salah faham dan prasangka hanya akan wujud jika kekurangan galakkan untuk interaksi. 2. a. Peluang mengenali, mempelajari keunikan peradaban lain yang akhirnya akan melahirkan pengkayaan peradaban. b. Mewujudkan persefahaman antara kaum, agama dan budaya. c. bertujuan untuk membincangkan antara dua atau lebih pihak bagi mencari jalan penyelesaian yang kreatif dan baru di dalam menangani kemelut dan masalah yang dihadapi oleh umat manusia. (Dan lain-lain jawapan yang sesuai.) 48 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia UNIT 1 49 Pengenalan ilmu ketamadunan Rumusan Unit 1 Rumusan Pada unit ini, anda telah diberi penerangan tentang topik-topik penting, iaitu pengenalan ilmu ketamadunan, sejarah tamadun, konsep tamadun dan proses dan ciri utama tamadun. Bermula dengan bahagian 1.1, tumpuan ialah kepada pengenalan kepada ilmu ketamadunan. Bahagian ini mengetengahkan kewajaran perlunya setiap warganegara khususnya pelajar tanpa mengira bangsa memahami ketamadunan. Hal ini kerana ia adalah ilmu yang menjurus kepada perbincangan dan penjelasan mengenai proses pembinaan, perkembangan dan kemajuan suatu bangsa dan negara. Penekanan kepada para pelajar adalah kerana mereka bakal pemimpin pada masa hadapan. Seterusnya, bahagian ini juga menekankan bagaimana terbentuknya sesebuah tamadun serta adanya perbezaan di antara pandangan sarjana Barat Moden dan Islam terhadap definisi dan ruang lingkup tamadun. Bahagian 1.2 pula membincangkan tentang proses dan ciri-ciri tamadun khususnya ciri yang dijelaskan oleh Ibnu Khaldun. Diharapkan anda dapat menguasai istilah-istilah tersebut dengan tepat. Dalam bahagian 1.3 topik interaksi antara tamadun menekankan kepada tiga pembahagian interaksi. Pertama, interaksi dalam lingkungan budaya yang sama Interaksi dengan budaya dan peradaban yang berbeza serta interaksi antara tamadun yang kuat dengan yang lemah. Anda juga didedahkan dengan impak interaksi di antara tamadun yang boleh dibahagikan kepada dua impak, iaitu negatif dan positif. Kesan negatif jika tidak dikawal dan dibendung dengan baik, akan membawa kepada masalah yang lebih besar khususnya kepada ke mana dan kestabilan sesebuah tamadun dan negara. Bagi memastikan keharmonian antara kaum dapat dijalankan dialog antara tamadun dalam bahagian 1.4 membantu anda memahami kepentingan dan adab berdialog. 50 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia UNIT 1 51 Pengenalan ilmu ketamadunan Latihan Pengukuhan Unit 1. Di antara berikut, istilah manakah yang merujuk kepada tamadun yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun? A. B. C. D. Umran Maddaniyyah Harakah Hadarah 2. Dimanakah lahirnya Tamadun Mesopotamia? A. B. C. D. Sungai Nil Sungai Eupharates dan Sungai Tigris Sungai Hwang Ho Sungai Indus 3. Tamadun bermaksud kehalusan budi pekerti orang yang hidup di kota yang memiliki peraturan yang baik sehingga berjaya menghasilkan keamanan, keselamatan, kemakmuran dan penghasilan teknologi yang sempurna. Penyataan berikut merujuk kepada ____________________. A. B. C. D. Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi Ibnu Khaldun Sayyid Qutb Umar ‘Audah al Khatib 4. Suatu cara hidup yang merangkumi fikiran, kelakuan dan tindakan serta segala hasil kegiatan dan penciptaan yang berupa material dan kerohanian. Penyataan berikut merujuk kepada ____________________. A. B. C. D. Umran Thaqafah Hadharah Madanniyyah 52 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 5. Berikut merupakan faktor-faktor yang mempercepatkan interaksi anatara tamadun. A. B. C. D. Paksaan kuasa besar Penyebaran lebih cepat dan luas Globalisasi dunia menjadikan dunia semakin sempit Kemajuan teknologi media massa, perhubungan dan pengangkutan. 6. Apakah sumbangan penting tamadun Mesopotamia kepada peradaban dunia? a. _________________________________________________________ b. _________________________________________________________ c. _________________________________________________________ d. _________________________________________________________ 7. Nyatakan definisi tamadun yang diberikan oleh Arnold Toynbee. _____________________________________________________________ ______________________________________________________________ _____________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 8. Senaraikan empat prinsip dialog peradaban. a. _________________________________________________________ b. _________________________________________________________ c. _________________________________________________________ d. _________________________________________________________ UNIT 1 53 Pengenalan ilmu ketamadunan Cadangan Jawapan Latihan Kendiri Maklum Balas Latihan Kendiri 1.1 1. • Kesuburan tanah untuk pertanian. • Kemudahan mendapatkan bekalan air dan makanan. • Kemudahan pengangkutan. 2. • Kehebatan seni bina. • Menunjukkan ketinggian budaya dan tamadun. • Penguasaan ilmu matematik/fizik/geometri/sains. • Pencapaian agung raja/Firaun dan bangsa. 3. Ziggurat bertindak sebagai pusat ibadat dan bertindak sebagai pusat penyimpanan khazanah negara. 4. Oswald Spengler lebih mengutamakan pembangunan material yang mana didapatinya lebih membawa kepada kemajuan. Manakala menurut Muhammad Idris Abdul Rauf tingkahlaku serta nilai yang baik akan membawa kepada kemajuan kepada sesebuah tamadun. Latihan Kendiri 1.2 1. a. Petempatan kekal b. Revolusi pertanian c. Organisasi masyarakat d. Sistem pentadbiran e. Sistem tulisan 54 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2. Membina sesuatu yang boleh menaiktaraf sesebuah kehidupan untuk lebih sempurna. Perlu diimbangi dengan pembangunan fizikal dan rohani. 3. Kemajuan teknologi Mencipta peralatan pertanian seperti tenggala untuk membajak tanah. Penciptaan roda untuk kereta lembu bagi mengangkut hasil pertanian. Sistem tulisan Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram. Tulisan yang digunakan dalam tamadun awal berbentuk gambar, simbol dan pepaku. Revolusi pertanian Petempatan awal terdiri daripada kampung yang didirikan berhampiran sungai. Kampungkampung ini berkembang dan menjadi bandar. Agama Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah animisme dan pemujaan roh nenek moyang. Latihan Kendiri 1.3 1. C 2. B 3. A 4. B 5. A 6. D 7. A 8. C Latihan Kendiri 1.4 1. Dialog Peradaban ialah perbincangan secara terbuka antara dua pihak yang bertujuan memupuk persefahaman, berkongsi perspektif dan menyelesaikan masalah bersama. UNIT 1 55 Pengenalan ilmu ketamadunan 2. • Memupukkan nilai-nilai murni sejagat yang dikongsi bersama Tamadun Islam dan Tamadun yang lain. • Meningkatkan pemahaman mengenai tamadun dunia serta menghormati kepelbagaian tamadun lain. 56 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia UNIT 1 57 Pengenalan ilmu ketamadunan Jawapan Latihan Pengukuhan Unit Maklum Balas 1. C 2. B 3. A 4. B 5. D 6. a. Sistem tulisan b. Roda c. Sistem saliran d. Taman tergantung Babylon e. Ziggurat 7. Tamadun ialah sejenis kebudayaan yang berkembang di kota. Tamadun juga sebagai satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik, kesusasteraan, agama dan moral. 8. • Sentiasa menyedari tujuan utama adalah untuk kedua-dua pihak menyedari sesuatu dan sesudah itu berubah kepada kebaikan. • Bermanfaat kepada kedua-dua pihak yang terlibat. • Dialog perlu dijalankan dengan penuh ikhlas, toleran dan empati. • Boleh menjelaskan pandangan yang dipegangnya dengan jelas. 58 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia UNIT 1 59 Pengenalan ilmu ketamadunan Rujukan Abd al-Majid al-Mutawally (1979). Buhuth Islamiyat, Iskandariah: Al-Nasir alMa’arif. Abd Hakim Mohad Azmi Aziz (2009). The Malaysian Contribution to Dialogue Among Civilizations. Dalam. Rosnah Ismail & Uichol Kim (ed), Malaysia and Isla in the Global Context. Psychological, social and Cultural Perspective. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Abd. Wahid Jais and Faezah Kassim (2006) ‘Interaksi antara tamadun’, Tamadun Islam dan Tamadun Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Abu Bakar Hamzah (1972). Sejarah Kebudayaan Islam, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Afifah Abu Yazid, Interaksi Antara Tamadun, dalam Mohd Liki Hamid, Pengajian Tamadun Islam, Kuala Lumpur: PTS Edisi Kedua. Ahmad Fazullah Mohd Zainal Abidin (2007). Clash of Civilizations vs Civilization Dialogue, Polemik Antarabangsa Modal Insan Dlm. Ahmad Fazullah Mohd Zainal Abidin, Jamal Rizal Razali & Hasanah Hussin (peny). Modal Insan: Konsep Aplikasi dan Isu-isu Kontemporari dalam Cabaran Pemerkasaan Tamadun Insan. Pahang: Universiti Malaysia Pahang.) Ahmad Jelani Halimi (2008) Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu, Utusan Publication. Al-Marbawi, Muhammad Idris Abdul Rauf al-Marbawi (t.t) Kamus Arab Melayu, Kuala Lumpur: Darul Nu’man. Al-Qaradawi (1999). Ghayr al-Muslim fi al-Mujtama’ al-Islamiy, (Terj: Arsil Ibrahim), Kuala Lumpur: ABIM, cetakan Pertama. Azizan Baharudin (2008) ‘Peranan dialog peradaban di dalam wacana “Tamadun Malaysia” [The role of civilizational dialogue in the discourse of “Malaysia Civilization]. Jurnal Peradaban, vol. 1, 1 – 14. Ismail Bakar (1999), Sejarah Tamadun Islam, Bangi- Universiti Kebangsaan Malaysia. Kamus Dewan (2004). Edisi Keempat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mahayudin Hj. Yahaha (1998). Tamadun Islam, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Mahmood Mohd Taib al Najmi (1971). Sejarah Tamadun Islam, Kota Bharu: Pustaka Aman Press. Mohd Rosdi Mahmud (2007). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Kedah: Pustaka Darussalam, cetakan Pertama. 60 WAWASAN OPEN UNIVERSITY MPU 3123/03 Tamadun Islam dan Tamadun Asia Mohd Syariefudin et al. (2009). Kenegaraan dan Ketamadunan, Selangor: Oxford Fajar, cetakan Pertama. Muhammad al-Ghazaliy (t.t). Fiqh al-Sirah, Beirut: Dar al-Ihya` wa al-Turath al‘Arabiy. Mustafa Hj. Daud (2004). Tamadun Islam, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors, Sdn. Bhd. Osman Bakar et al. (2009). Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Othman Bin Loman et al. (t.t.) Panel Penulis Modul Program Pensiswazahan Guru (Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Rendah), Tamadun Islam Dan Tamadun Asia. Ros Aiza et al. (2012). Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS), Selangor: Penerbit Multimedia Sdn. Bhd. Cet. Kedua. Zul-kifli Bin Hussin (2004). Konsep Tasamuh Menurut perspektif Islam dan Sejarah Penghayatan, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Zulkifli Dahalan, Sofwan Hasbullah, Halipah Hamzah, Ramawan Ab. Rahman, Mohd. Hapiz Mahaiyadin, Mohd. Adib Shujaa’ Ahmad dan Roshaimizam Suhaimi (2009) Sejarah Pemikiran dan Tamadun Islam, Selangor: Pusat Penerbitan Universiti.