SUBMIT KERTAS KERJA

advertisement
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KERTAS KERJA
ANALISIS KESAN SOSIAL TERHADAP PENDUDUK DI KAWASAN
MALAYSIA VISION VALLEY ( MVV )
TARIKH
28-30 DISEMBER 2018
TEMPAT
NILAI, SEREMBAN DAN PORT DICKSON
ANJURAN
SAINS PEMBANGUNAN ( TAHUN 3 ),
FAKULTI SAINS SOSIAL DAN KEMANUSIAAN,
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
TEMA
“ MAHASISWA PEMBANGUN MASYARAKAT ”
1
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KERTAS KERJA
ANALISIS KESAN SOSIAL TERHADAP PENDUDUK DI KAWASAN MALAYSIA
VISION VALLEY ( MVV )
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1.0
TUJUAN
Kertas kerja ini disediakan bertujuan untuk mendapatkan kelulusan dan bantuan kewangan
daripada pihak Pusat Pengurusan & Pembangunan Mahasiswa (SISWA UKM) Universiti
Kebangsaan Malaysia serta pihak-pihak berkepentingan bagi melaksanakan program Analisis
Kesan Sosial Terhadap Penduduk di Kawasan Malaysia Vision Valley (MVV) : Kajian Kes di
Nilai, Seremban dan Port Dickson. Menjadi harapan Ketua Pengarah, agar program ini menjadi
platform untuk mahasiswa/i mengenali antara satu sama lain disamping untuk merapatkan lagi
ukhuwah diantara ahli-ahli persatuan. Program ini juga diharapkan dapat membina jati diri dan
memupuk sifat kepimpinan didalam diri setiap pelajar Sains Pembangunan (Tahun 3), Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.
2.0
PENGENALAN
Penyelidikan ini dilakukan oleh pelajar Tahun 3 yang mengambil Ijazah Sarjana Muda Sains
Sosial Dengan Kepujian ( Sains Pembangunan ) dibawah kursus SKAD3363 Perancangan
Bandar dan Wilayah. Penyelidikan ini dilakukan dikawasan Malaysia Vision Valley dimana
kawasan kajian terletak di Nilai, Seremban dan Port Dickson. Kajian lapangan ini dilakukan
dengan melibatkan seramai 60 orang pelajar yang akan turun untuk mengedarkan borang soal
selidik berkenaan dengan tajuk kajian iaitu "Analisis Kesan Sosial terhadap Penduduk di
kawasan Malaysia Vision Valley ( MVV ) : Kajian kes di Nilai, Seremban dan Port Dickson".
Malaysia Vision Valley merupakan pembangunan yang meliputi kawasan seluas
153,000 hektar di daerah Seremban dan Port Dickson akan dibahagikan kepada lima kluster
strategik iaitu Central Business District, Nature City, Edu-Tech Valley, Tourism and Wellness
2
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
serta New Liveable Township. Seperti yang pernah diutarakan semasa pembentangan
Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang lalu, MVV merupakan satu kawasan baru bagi
pembangunan bersepadu dan terancang, dibangunkan secara berfasa sehingga tahun 2045.
MVV akan menjadi sebahagian daripada Greater Kuala Lumpur di bawah Zon Potensi
Pembangunan dalam Rancangan Fizikal Negara.
MVV akan memberi fokus kepada empat pemacu pembangunan utama iaitu berteraskan
pembuatan teknologi tinggi, pelancongan dan kesejahteraan, pendidikan berasaskan kemahiran
dan penyelidikan dan kemahiran khusus. Ini sudah tentunya selari dengan bidang Ekonomi
Utama Nasional di bawah Program Transformasi Ekonomi Negara. Perancangan MVV
dijangka mampu menarik pelaburan lebih daripada RM290 billion. Selain itu ianya dijangka
akan mewujudkan 1.38 juta peluang pekerjaan baharu dan ini tentunya akan mengubah
landskap kehidupan penduduk sekitar.
3.0
ISU DAN PERMASALAHAN
MVV dibangunkan di Negeri Sembilan khususnya tertumpu di Nilai, Seremban, dan Port
Dickson. Tapak pembangunan yang akan dijalankan di tanah negeri Sembilan. Isu yang sangat
diteliti masyarakat negeri Sembilan masih mengamalkan tanah adat pepatih yang merupakan
satu asset yang telahdipelihara sejak zaman berzaman sehingga ke masa ini. Ia juga telah
dikanunkan dalam bentuk undang-undang bertulis dengan pengenalan beberapa enakmen ini
telah meletakkan asas kepada kelangsungan peraturan adat tersebut. Undang-undang ini
khusunya menyediakan ruang bagi tanah-tanah adat didaftarkan dalam suatu sistem pendaftaran
yang kebih tersusun dan sistematik. Perkara ini jelaslah bahawa pembangunan MVV di Negeri
Sembilan akan melibatkan tanah masyarakat tersebut dan perkara ini akan menjadi isu bagi
masyarakat yang mendaftarkan tanah mereka dibawah undang-undang enakmen negeri. MVV
juga akan menimbul rasa tidak puas hati terhadap pengambilan tanah masyarakat negeri
Sembilan tujuan pembangunan yang akan dijalankan.
Pembangunan MVV akan menjejaskan sistem perairan negeri Sembilan. Hal ini
demikian kerana Port Dickson merupakan pantai yang indah yang terdapat di negeri Sembilan.
Penduduk di kawasan Lembah Klang menjadikan Port Dickson sebagai pelancongan pantai
yang terdekat. Apabila ada pembangunan MVV yang membangunkan Port Dickson sebagai
3
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Pelabuhan hub akan menjejaskan keindahan pantai tersebut. Selain itu, Port Dickson akan
menjadi sibuk dengan pengurusan perdagangan pelabuhan. Oleh itu, masyarakat di sekitar
Lembah Klang akan menjadi kehilangan pelancongan pantai.
Pelaburan asing yang akan dibawa masuk di bawah MVV akan menjejaskan Pelaburan
tempatan. Perkara ini akan menjejaskan barangan Buatan Malaysia. Hal ini demikian kerana
terlalu banyak pelaburan asing dibawa masuk akan menjadi persaingan barangan buatan
tempatan. Pelaburan bebas cukai merupakan inisetif dibawah MVV akan menarik lebih banyak
pelaburan asing khususnya pelaburan di China. Perkara ini menyebabkan harga barangan
pelaburan asing akan menjadi lebih murah berbanding barangan tempatan. Oleh itu, masyarakat
tempatan akan lebih tertumpu dengan barangan buatan Negara luar berbanding dengan
barangan buatan Malaysia.
Nilai merupakan MVV yang dibangunkan bagi pendidikan. Banyak institut pendidikan
daripada Negara asing akan dibawa masuk ke nilai khususnya universiti dari AUSTRALIA.
Perkara ini akan menjadi masalah bagi institut pendidikan tempatan. Perkara ini akan menjadi
persaingan bagi institut pendidikan tempatan. Hal ini demikian kerana apabila institut
pendidikan daripada luar Negara yang membuka cawangan di nilai maka masyarakat tempatat
akan lebih tertumpu dengan institusi tersebut berbanding dengan institut pendidikan tempatan.
Corak budaya masyarakat di negeri Sembilan akan berubah. Hal ini demikian kerana
pembangunan yang pesat di nilai, seremban, dan port Dickson akan mengubah corak budaya
masyarakat tersebut. Masyarakat di kawasan tersebut yang terikat dengan adat pepatih akan
dipengaruhi dengan budaya barat apabila MVV dilancarkan. Misalnya, pembangunan MVV
yang pesat akan menyebabkan kawasan tersebut ada tempat clubbing house yang akan menarik
masyarakat tempatan untuk terlibat dengan aktiviti tersebut.
4.0 PERSOALAN KAJIAN
4
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Persoalan kajian yang dapat diutarakan dalam kajian Malaysia Vision Valley ini adalah
seperti berikut :
I. Apakah impak pelaksanaan MVV1 kepada halau tuju pembangunan dari sudut sosioekonomi?
II. Apakah impak pelaksanaan MVV1 kepada halau tuju pembangunan dari sudut sosiobudaya?
III. Apakah impak pelaksanaan MVV1 kepada halau tuju pembangunan dari sudut sosiopersekitaran?
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif kajain yang telah dibentuk seperti berikut :
I. Menganalisis impak pelaksanaan MVV 1 kepada hala tuju pembangunan dari sudut sosioekonomi.
II. Mengenal pasti impak pelaksanaan MVV 1 kepada hulu tuju pembangunan dari sudut
sosio-budaya.
III. Mengenal pasti impak pelaksanaan MVV 1 kepada hulu tuju pembangunan dari sudut
sosio-persekitaran.
6.0 TEORI DAN MODEL OPERASI SOCIAL IMPACT ASSESSMENT
5
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Rajah 1: Dipetik dan diubah suai daripada Model Pembangunan Mapan
SOSIO EKONOMI
Rajah 1 menunjukkan elemen asas dalam pembangunan mapan “sustainable development” iaitu
ekonomi, sosial dan persekitaran. Gabungan daripada ketiga-tiga elemen membentuk subelemen iaitu sosio ekonomi, persekitaran sosial dan sosio budaya. Kesemua elemen tersebut
digunakan untuk mengukur dan menganalisis keberkesanan atau impak sesebuah projek
pembangunan di suatu kawasan kepada masyarakat setempat.
Aspek sosio ekonomi adalah gabungan daripada aspek ekonomi dan sosial. Elemen yang
terdapat dalam aspek sosial taraf kehidupan, pendidikan, komuniti dan peluang yang saksama.
Taraf kehidupan di sini merujuk kepada tahap kekayaan, keselesaan, barangan dan keperluan
yang tersedia untuk kelas sosioekonomi tertentu atau kawasan geografi tertentu. Pendidikan
adalah proses memudahkan pembelajaran, atau pemerolehan pengetahuan, kemahiran, nilai,
kepercayaan, dan tabiat. Komuniti pula merujuk unit sosial kecil atau besar yang mempunyai
sesuatu yang sama, seperti norma, agama, nilai, atau identiti. Peluang yang saksama iaitu dasar
6
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
memberi semua peluang yang sama untuk pekerjaan, membayar, dan kenaikan pangkat, tanpa
diskriminasi terhadap kumpulan tertentu.
Elemen yang terdapat dalam aspek ekonomi pula ialah keuntungan, penjimatan kos,
pembangunan ekonomi, serta penyelidikan dan pembangunan. Keuntungan adalah faedah
kewangan yang direalisasikan apabila jumlah hasil yang diperoleh daripada aktiviti perniagaan.
Penjimatan kos pula merujuk kepada pengurangan perbelanjaan. Pertumbuhan ekonomi adalah
peningkatan nilai pasaran inflasi yang disesuaikan dengan barang dan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh ekonomi dari masa ke masa. Penyelidikan dan pembangunan merupakan
aktiviti inovatif yang dijalankan oleh syarikat atau kerajaan dalam membangunkan
perkhidmatan atau produk baru, atau meningkatkan perkhidmatan atau produk sedia ada.
Daripada gabungan aspek ekonomi dan sosial, pengkaji telah mengeluarkan elemen baru
iaitu peluang pekerjaan, penawaran dan permintaan dan pendapatan. Elemen-elemen tersebut
akan di ukur dan di analisis untuk menentukan impak projek pembangunan Malaysian Vision
Valley kepada penduduk setempat dalam aspek sosio-ekonomi.
PERSEKITARAN SOSIAL
Aspek persekitaran sosial juga merupakan gabungan daripada aspek persekitaran dan
sosial. Aspek yang terdapat dalam elemen persekitaran sosial adalah keselesaan penduduk,
kesederan masyarakat dalam pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan penduduk. Keselesaan
penduduk disini merujuk kepada persekitaran dengan alam semula jadi di sekitar penduduk.
Maka, dalam projek MVV pula adanya projek yang mementingkan alam sekitar. Iaitu,
sebanyak 404hektar dalam projek MVV ini dicadang untuk membuat rekreasi dan juga
kawasan alam sekitar kehijauan yang mampu memberi satu persekitaran yang selesa kepada
penduduk.
Seterusnya, kesihatan penduduk menjadi faktor penting yang perlu dititiberatkan oleh
projek projek besar. Apabila sesuatu projek hanya mementingkan kepada ekonomi maka
hanya perindustrian yang akan bertambah dan ini boleh menyebabkan berlakunya pencemaran
udara, air dan sisa buangan pula yang meningkat. Tetapi, melalui projek MVV iaitu satu
projek yang seimbang dan pelan yang baik dapat menjaga kesihatan penduduk dan juga dapat
mengurangkan pencemaran udara. Misalnya, dalam projek MVV ini, ada pelan membina
7
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
HSR (high speed rail) di Labu, Negeri Sembilan iaitu tempat MVV dan bersambungan
dengan Klia sehingga Singapore.
Projek seperti HSR ini, akan mengurangkan kesesakan jalan raya kerana penduduk akan
memilih HSR sebagai kenderaan pergi ke kerja kerana tepat pada masa dan dapat jimat kos
penggunaan kenderaan sendiri. Maka mengelakkan kesesakan jalan raya dan juga gas yang
keluarkan oleh kenderaan.
Tambahan pula, melalui projek seperti MVV ini, memberi satu impak yang positif kepada
persekitaran sosial dan penduduk sekelilingnya.
SOSIO BUDAYA
Dalam sesuatu projek pembangunan, terdapat juga beberapa perubahan yang ketara
berlaku. Ia jug a dikategorikan kepada 5kumpulan. Yang pertama adalah impak kepada cara
hidup atau gaya hidup. Dimana tingkahlaku dan hubungan antara keluarga, rakan dan kejiran
mengalami perubahan apabila sesuatu projek mempengaruhi kehidupan harian mereka. Impak
kepada budaya juga dapat dilihat atas pembangunan projek. Seperti penerimaan sesuatu agama,
bahasa, peraturan dan nilai serta elemen lain sangat terkesan apabila mengambilkira kemasukan
masyarakat dari pelbagai dimensi disatukan dalam sesuatu pembangunan.
Impak komuniti juga memainkan peranan penting apabila ia melibatkan kelengkapan
keperluan harian masyarakat. Baik pendirian infrastruktur, perkhidmatan, sukarelawan dan
perhubungan memberikan impak yang berbeza kepada setiap penghuni dalam sesuatu projek
pembangunan. Sebagai contoh, kemasukan kemudahan pengangkutan, masyarkat dapat
menjalankan aktiviti harian mereka dengan menggunakan pengangkutan awam yang
disediakan. Hal ini boleh dibandingkan dengan kemudahan yang terdapat diluar bandar. Maka,
secara tidak langsung masyarakat mula mengadaptasikan cara baru dengan meresapi
pembangunan yang mudah dan penyediaan pelbagai kemudahan.
Ada juga pembangunan yang memberikan impak dari segi kualiti hidup masyarakat.
Bukan juga dikatakan semua pembangunan yang dilakukan memberikan impak yang positif
sebaliknya memudaratkan kualiti hidup manusia. Kualiti hidup dapat dilihat dengan dimensi
keselamatan, warisan dan keturunan, keadaan tempat, dan harapan kepada masa hadapan.
Masyarakat mula mementingkan masa depan generasi maka, perubahan sesuatu pembangunan
8
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
akan memberikan aspirasi yang baru dalam kehidupan mereka. Hal ni menyebabkan mereka
terpaksa melepaskan gaya hidup yang lama ke persekitaran yang baru.
Terkesan juga dalam kesihatan manusia atas sesuatu pembangunan. Dari segi mental,
fizikal dan sosial. Sikap keterbukaan, toleransi dan semangat kejiranan yang baik juga wujud
dalam pembangunan yang baik. Persekitaran yang kondusif dan tenang memberikan keselesaan
kepada penghuni.
Oleh itu dalam membangunakan sesuatu projek pembangunan impak-impak diatas
harus diambilkira sebelum dan selepas projek dilaksanakan. Maka, sesuatu rumusan dapat
disimpulan atas impak yang terkesan oleh masyarakat. Social impact assessment amat penting
dilakukan dalam mendapatkan pendapat dan pandangan ke atas melahirkan kesejahteraan
hidup.
Akhir sekali, projek Malaysian Vision Valley memberi satu perubahan yang drastic
kepada tahap hidup dan ekonomi negara. Peningkatan taraf hidup penduduk tertumpu kepada
peningkatan negara dari segi taraf pembangunan dan juga ekonomi. Maka projek MVV menjadi
teladan utama bagi pembangunan taraf hidup rakyat dan juga negara.
7.0
SKOP, KOMPONEN DAN ANGKUBAH KAJIAN
Skop kajian ini dilakukan di kawasan Malaysia Vision Valley dimana kawasan tersebut dipilih
di Seremban, Nilai, Port Dickson kerana kawasan - kawasan ini berpotensi untuk dibangunkan
sebagai pembangunan yang terancang, lestari dan inklusif. Golongan sasaran bagi kajian ini
berfokuskan kepada ketua keluarga, wanita dan belia bagi melihat perbezaan diantara golongan
sasaran ini sepnajang perancangan pembangunan Malaysia Vision Valley (MVV) dijalankan.
Komponen utama yang difokuskan dalam kajian ini ialah sosio-ekonomi, persekitaran sosial
dan sosio-budaya. Komponen - komponen ini merupakan antara komponen besar yang
difokuskan dan terkandung dalam komponen - komponen Malaysia Vision Valley (MVV)
seperti insfrastruktur, alam sekitar, teknologi, pendidikan, politik dan pentadbiran dan
sebagainya.
Angkubah kajian atau boleh dikenali sebagai kerangka konsep seperti yang berikut :
Pembolehubah Tak Bersandar
Pembolehubah Bersandar
9
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
sosio-budaya
sosio-persekitaran
Kesan sosial kepada
masyarakat
sosio-ekonomi
Model diatas menunjukkan lakaran angkubah yang terdiri daripada pembolehubah bersandar
dan pembolehubah tak bersandar. Elemen pembolehubah tak bersandar merujuk kepada sosioekonomi, sosio-budaya, dan sosio-persekitaran. Sosio-ekonomi menerangkan aspek
perindustrian, pelancongan, perkhidmatan, dan jaringan pengangkutan. Seterusnya, sosiobudaya memberi fokus kepada pendidikan dan sosio-persekitaran pula menekankan kepada
teknologi serta menfokuskan kepada ekotown. Kesemuan komponen tersebut akan memberi
kesan atau tindak balas kepada pembolehubah bersandar.
Bagi pembolehubah bersandar pula menfokuskan kepada kesan sosial kepada
penduduk. Sebagai contohnya wujudnya kesejahteraan, kelestarian, keharmonian serta berdaya
huni yang akan dirasai oleh penduduk hasil daripada pembolehubah tak bersandar.
Kesimpulannya, model ini menerangkan bahawa pembolehubah tak bersandar akan
mempengaruhi pembolehubah bersandar. Oleh demikian, ia amatlah berkaitan antara satu sama
lain bagi membangunkan dan menambahbaik projek Malaysia Vision Valley ini.
8.0
METODOLOGI KAJIAN
8.1
PENGENALAN.
10
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Metodologi kajian adalah bermaksud kaedah yang digunakan dalam penghasilan karya atau kajian
secara sistematik dan teratur. Ia juga terdapat beberapa cara dan kaedah yang digunakan bagi
mendapatkan mencapai objektif dan tujuan kajian. Menurut Bailey (1984), metodologi
penyelidikan adalah kaedah yang lebih khusus untuk digunakan bagi menjalankan sesuatu
kajian. Penyataan ini disokong oleh Usher (1996) yang menyatakan bahawa metodologi
penyelidikan merupakan teknik yang digunakan penyelidik untuk memecahkan sebuah
permasalahan. Justeru itu, bahagian ini akan menjelaskan bentuk dan metodologi kajian yang
digunakan dalam penyelidikan.
8.2
PROSES PENYELIDIKAN
Ianya juga bertujuan supaya kajian ini dilakukan dengan sistematik dan menjawab persoalan
yang dikemukan di dalam kajian ini. Proses penyelidikan ini melibatkan lima peringkat atau
langkah dalam menjalankan proses penyelidikan iaitu:
1. Mengenal Pasti Masalah dan Tujuan Kajian
2. Membuat Liputan Literatur
3. Mereka Bentuk Dan Merancang Penyelidikan
4. Mengumpul Data Analisis & interpretasi Data
5. Menyediakan Laporan Penyelidikan
Proses yang pertama ialah mengenal pasti masalah dan tujuan kajian dilakukan oleh penyelidik
serta mengemukakan topik penyelidikan. Pengkaji akan menjelaskan isu serta justifikasi
penyelidikan yang dijalankan dan ia merupakan asas kepada penentuan kepada tujuan
penyelidikan. Tujuan penyelidikan biasanya dinyatakan selepas daripada kesimpulan
perbincangan pernyataan masalah. Proses yang kedua pula ialah membuat liputan literatur,
yang menjadi panduan kepada pengkaji dalam melakukan penyelidikan. Liputan literatur
daripada konteks pemboleh ubah, teori dan penyelidikan yang telah dilakukan yang berkaitan
dengan tajuk kajian. Proses ini merupakan asas dalam setiap kajian penyelidikan ilmiah.
Proses yang ketiga ialah mereka bentuk dan merancang penyelidikan kajian. Di dalam
proses ini akan menerangkan tentang pendekatan yang digunakan dalam proses mendapatkan
data penyelidikan. Ia merangkumi reka bentuk yang bersesuaian dalam penyelidikan yang
dilakukan dengan teliti. Proses yang keempat ialah mengumpul dan menganalisis data. Pada
11
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
peringkat ini data yang dikumpulkan perlu dianalisis untuk meneliti hasil yang diperolehi
daripada data tersebut. Data akan diproses dengan bantuan pendekatan yang bersesuaian. Ia
bergantung kepada reka bentuk kajian. Data diproses bagi mendapatkan kesimpulan yang
berdasarkan kepada persoalan dalam usulan penyelidikan. Proses pada peringkat akhir ialah
menyediakan laporan. Pada peringkat ini, ia merangkumi implikasi daripada dapatan kajian.
Proses ini berasaskan kepada kehendak penyelidikan untuk melakukan jenis laporan kajian
yang telah dijalankan samada seperti tesis, monograf, laporan teknikal, jurnal dan kertas kerja.
8.3 PERINGKAT PEMILIHAN KAWASAN KAJIAN
Pemilihan kawasan kajian adalah elemen yang penting dalam sesebuah penyelidik. Ia akan
menentukan di kawasan mana kajian tersebut dilaksanakan. Kawasan yang dipilih perlulah
menepati keperluan pengkaji dalam mendapatkan hasil kajian yang terbaik. Projek Malaysian
Vision Valley meliputi kawasan yang seluas 153,000 hektar di Negeri Sembilan dan melibatkan
Seremban serta Port Dickson sebagai kawasan pembangunan terancang, lestari dan inklusif.
Sehubungan dengan itu, pengkaji memilih kawasan Port Dickson, Seremban dan Nilai sebagai kawasan
kajian.
8.4
PENGUMPULAN DATA
Menurut Noraini Idris (2010), semua penyelidikan melibatkan pengumpulan data. Data
merujuk kepada maklumat yang diperoleh penyelidik tentang subjek penyelidikan atau kajian.
Contoh data ialah maklumat demografi seperti umur, jantina, etnik dan agama; skor bagi ujian
yang dibina oleh penyelidik; respon kepada soalan penyelidik, sama ada melalui temu bual atau
jawapan bertulis dalam borang soal selidik.
Alat-alatan seperti ujian pensil dan kertas, borang soal selidik atau skala perkadaran yang
digunakan untuk mengumpul data pula dinamakan sebagai instrumen. Kebanyakan
penyelidikan menggunakan instrumen, sama ada instrumen yang dibentuk oleh penerbit, direka
sendiri oleh penyelidik, atau instrumen piawai. Secara keseluruhan, semua proses penyediaan
untuk mengumpul data dipanggil instrumentasi. Instrumentasi melibatkan pemilihan dan
mereka bentuk instrumen dan juga prosedur serta kondisi sewaktu instrumen ditadbir.
Dalam kajian ini pengkaji memfokuskan kepada kaedah kuantitatif dalam mengumpulkan
data daripada responden. Data dikumpul dengan mereka bentuk borang soal selidik dengan
meletakkan item-item yang berkaitan dengan persoalan dan objektif kajian.
12
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Kaedah kuantitatif bermaksud data yang diperolehi dalam bentuk angka. Angka atau jumlah
yang diperolehi akan dikumpul untuk dianalisis hasil dari data yang dikutip. Ia juga bersifat
objektif yang memerlukan responden untuk menandakan skala jawab yang disediakan ke dalam
borang soal selidik. Maka segala item yang diletakkan dalam alat kajian iaitu borang soal selidik
adalah berdasarkan kepada objektif sesuatu kajian tersebut.
a) Kaedah Pengumpulan Data
Secara asasnya terdapat empat kaedah pengumpulan data yang sering digunakan dalam
penyelidikan iaitu temubual, soal selidik, observasi dan eksperimental. Bagaimanapun kaedah
eksperimental jarang digunakan dalam penyelidikan sosial kecuali dalam bidang pendidikan di
mana suatu kaedah pengajaran baru dibentuk akan dieksperimenkan dalam bilik darjah untuk
mengetahui keberkesanan dan kelemahannya. Dalam kajian ini dua kaedah penyelidikan
digunakan untuk mengumpulkan data yang diperlukan iaitu kajian data primer dan sekunder.
i) Data Primer
Menurut Rohana Yusof (2004), data primer merupakan yang berasal dari sumber asli atau
pertama. Menurut Sabitha Marican (2005), data primer adalah data asal yang dikumpul secara
khususnya untuk menjawab persoalan dan objektif kajian. Dalam kajian ini pengkaji
menggunakan borang soal selidik untuk mengumpulkan data yang diperlukan. Data primer
dikutip dari kaedah soal selidik. Persampelan berkelompok.
1)
Soal Selidik
Satu set soal selidik telah diedarkan kepada responden kajian untuk dilengkapkan. Item yang
digunakan di dalam set soal selidik merangkumi demografi, pengetahuan atau kesedaran dan
amalan kitar semula. Kelebihan instrument soal selidik memudahkan pengkaji mengkodkan
data dan seterusnya menganalisis data yang diperolehi.
Bentuk soalan yang dikemukakan dalam soal selidik ini adalah soalan tertutup. Jenis soalan
ini mudah untuk dianalisis dan menyenangkan responden untuk memberikan jawapan kerana
responden diberi pilihan jawapan. Dalam borang soal selidik yang diedarkan, terdapat
penerangan ringkas di helaian hadapan soal selidik menyatakan tujuan soal selidik ini
dijalankan dan turut diselitkan juga pemberitahuan di hadapan helaian itu bahawa segala
maklumat peribadi akan dirahsiakan.
ii) Data Sekunder
13
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Bagi mendapatkan maklumat-maklumat tertentu, pengkaji telah menggunakan data sekunder
yang releven untuk menyokong huraian kajian. Data-data ini diperolehi melalui buku-buku,
laporan dan penyelidikan yang berkaitan dengan tajuk kajian. Dapatan kajian ini diharapkan
dapat memberi maklum balas kepada pihak yang berkenaan untuk membuat penambahbaikan
terhadap aktiviti amalan kitar semula ini.
a) Kajian Perpustakaan
Bahan rujukan bercetak
Pengkaji menggunakan bahan rujukan bercetak seperti buku-buku rujukan dan jurnal untuk
mengkaji mengenai tahap kesedaran dan amalan kitar semula penduduk perumahan. Terdapat
beberapa buah buku rujukan yang digunakan dalam mengkaji tahap kesedaran dan amalan kitar
semula ini. Pengkaji juga menggunakan jurnal-jurnal kajian lepas yang telah dibuat oleh para
pengkaji sebelumnya untuk dijadikan sebagai rujukan supaya kajian yang dilakukan tidak
terpesong dari tujuan asalnya.
b) Bahan internet
Rujukan di internet juga penting dalam mendapatkan sumber rujukan sekunder ini ianya bagi
tujuan mendapatkan jurnal-jurnal serta bahan kajian lepas yang hampir sama dengan kajian
pengkaji mengenai tahap kesedaran dan amalan kitar semula dalam kehidupan sehari penduduk
perumahan.
8.5 REKA BENTUK PERSAMPELAN DAN PROSEDUR
Reka bntuk persampelan akan menerangkan dengan lebih lanjut akan erti populasi dan
pensampelan serta pengkaji akan menentukan saiz sampel.
i) Populasi Dan Persampelan
Populasi merujuk kepada sekumpulan masyarakat, individu, objek atau benda kejadian yang
mempunyai ciri-ciri yang sama yang ingin dikaji, manakala pensampelan pula merujuk kepada
pengambilan sebahagian daripada populasi sebagai mewakili populasi tersebut. Populasi yang
14
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
dikaji ialah penduduk perumahan di kawasan Nilai, Port Dickson dan Seremban. Pengkaji
memilih populasi daripada penduduk taman perumahan berkenaan iaitu seramai 739,400
penduduk (Malaysia Vision Valley, Comprehensive Development Plan, 18 Julai 2017).
ii) Penentuan Saiz Sampel
Saiz sampel yang sesuai diperlukan untuk memperolehi anggaran populasi yang tepat. Saiz
sampel yang besar menghendaki lebih belanjawan untuk mengutip data, pengkodan dan analisis
data, manakala saiz sampel yang kecil akan menyebabkan maklumat yang diperolehi tidak
mencukupi bagi memperolehi sebuah kesimpulan.
Bagi menentukan saiz sampel yang diperlukan untuk menjawab kajian ini boleh
menggunakan formula untuk mengira saiz sampel yang diperlukan. Oleh itu formula saiz
sampel yang diperlukan untuk menganggarkan nilai purata adalah formula dipetik dari Krejcie
dan Morgan, 1970 dalam kajian oleh Hafizah Abu Bakar et al. (2016) iaitu:
𝑁
𝑛=
1 + 𝑁 (0.05)2
n = Saiz sampel
N= Saiz populasi yang dikenal pasti
739,400
𝑛=
1 + 739,400 (0.05)2
n = 400
Berdasarkan saiz sampel yang diperoleh, pengkaji menfokuskan kepada tiga golongan
utama iaitu golongan wanita, belia dan ketua keluarga. Tujuan golongan fokus ini diwujudkan
adalah untuk mengkaji dengan lebih mendalam akan pandangan yang berbeza dari pelbagai
15
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
sudut umur. Oleh yang demikian, dalam menjalankan kajian ini pengkaji memerlukan 400
responden untuk menjawab soal selidik ini.
a) Prosedur Persampelan
Persampelan adalah suatu proses pemilihan sebilangan subjek daripada populasi untuk dikaji
sebagai responden. Persampelan juga penting dalam penyelidikan kerana ia menentukan
kesahan, kebolehpercayaan dan kualiti hasil penyelidikan. Konsep persampelan merupakan
pengambilan sampel satu bahagian daripada populasi dan membuat analisis terhadap kumpulan
yang lebih kecil.
Kajian ini dilakukan dengan menggunakan teknik pensampelan berkelompok. Mengikut
teknik ini, Pengambilan sampel bila unit persampelan bukan lagi unsur daripada populasi tetapi
unsur daripada kelompok populasi. Bilangan kelompok ditentukan mengikut negeri, daerah
atau mukim yang boleh dibuat secara rawak mudah. Persampelan dalam kajian ini ditentukan
berdasarkan kepada tiga golongan iaitu ketua kampung, belia dan wanita. Sehubungan dengan
itu, pengkaji membahagikan bilangan responden mengikut kategori dalam jumlah yang sama
iaitu seramai 133 bagi setiap golongan.
9.0
KESIMPULAN
Pihak penganjur berharap peserta yang terlibat dapat dapat memberi sokongan yang
sepenuhnya bagi menjayakan program ini. Pihak penganjur juga berharap agar program ini
dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang masalah. Semoga program ini dapat memberi
manfaat kepada banyak pihak dan objektif program ini dapat dicapai.
16
Download