IDA002 P E N G A N TA R E T I K A S O S I A L PN.NOR ALIFFATUN ALIFAH BINTI ABDUL RAHMAN BAB 1: MANUSIA & ILMU • KEJADIAN MANUSIA • KEPERLUAN MANUSIA KEPADA ILMU • PENGERTIAN ILMU • SUMBER ILMU • KEPENTINGAN ILMU • ADAB MENUNTUT ILMU PROSES KEJADIAN MANUSIA MENURUT PANDANGAN BARAT • Aristotle (384-322M) yang di sebut sebagai teori Abiogenesis atau Generasio Spontanea.menurut teori ini,semua yang hidup muncul secara terus menerus dari yang mati.namun teori ini di ragui oleh Lazardo Spanlazani. • Frencesco Redi (dari Itali) dan Louise Pasteur (dari Perancis),Berjaya membuktikan bahawa makhluk hidup tidak dari yang mati.Semenjak itu,pada tahun 1860,telah muncul teori baharu yang menyatakan bahawa semua makhluk yang hidup berasal dari yang hidup sebelumnya (omne vivum ex vivo).Ir.H.Basit Wahid(1983). • Charles Darwin(1809-1882).Pada hakikatnya merupakan kelanjutan sahaja dari teori “omne vivum ex vivo”.Teori ini juga menyatakan bahawa semua makhluk hidup mengalami evolusi menuju kesempurnaan dan kebahagiaan.Hal ini dapat dilihat melalui dalam diagram yang dibuat oleh Washburn (tahun 1960). • Charles Darwin juga telah meragukan kebenaran teori yang telah diciptakan.Hal ini dapat membuktikan bahawa lapisanlapisan batu di dalam tanah mengandungi data dan catatan yang kronologisi.Hal ini bermakna,teori sebelum ini telah berlawan dengan teorinya.Darwin juga telah membuktikan bahawa teori sebelum ini adalah tidak relevan dan bercanggah berdasarkan dengan bukti-bukti yang kukuh. Bucailie Maurice Dr.(1984), KEJADIAN MANUSIA BERDASARKAN SARJANA BARAT – TEORI EVOLUSI 5 NORHASIMAH BINTI SHARI 1. Nutfah Peringkat pertama - bermula selepas persenyawaan/ minggu pertama. Nutfah – benih lelaki + perempuan Amsyaj - percampuran/persenyawaan Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipankewajipan); oleh itu maka Kami jadikan Dia berkeadaan Mendengar dan Melihat. (Surah al-Insan: 2) Nutfah lelaki – saraf dan tulang Nutfah perempuan - darah dan daging 2. ‘Alaqah • Bermula pada hujung minggu pertama/ hari ke tujuh hingga minggu ke tiga • Benih yang telah disenyawakan akan tertanam di dinding rahim (qarar makin) • Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). (al-Mukminun: 14) • ‘Alaqah - sesuatu yang bergantung/ satu ketulan darah/pacat atau lintah 3. Mudghah • Berlaku pada minggu ke empat • Mudghah - seketul daging yang dikunyah/digigit • Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging… (alMukminun:14) • Mudghah -a) mukhallaqah dan b) ghair mukhallaqah • Pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota lain, sistem pernafasan berfungsi, saluran darah dan jantung mula berdegup. 4. ‘Izam dan lahm • Berlaku pada minggu ke lima hingga ke tujuh • Pembentukan tulang dan otot • dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, (al-Mukminun: 14) • RasulullahSAW bersabda: “Apabila kandungan itu berlalu empat puluh dua malam, Allah mengutuskan malaikat untuk membentuk rupa paras sambil menyempurnakan kejadian telinga, mata, kulit, daging dan tulang-tulangnya.” • Akhir minggu ke tujuh, pembentukan sistem yang kompleks - perut, usus, seluruh sistem saraf, otak, tulang belakang, sistem dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan paru-paru, organ pembiakan, kelenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing, kaki dan tangan, mata, telinga dan mulut semakin sempurna. 5. Khalqan Akhar • Berlaku pada akhir minggu ke lapan • Sudah berbentuk janin • Bulan ke tiga - tulang janin terbentuk dan kuku mula tumbuh • Bulan ke empat - uri sempurna • Bulan seterusnya, perubahan berlaku dalam bentuk ukuran bayi • … lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. (alMukminun:14) 6. Nafkh al-ruh • Ulama’ bersepakat perniupan roh berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuk organ tubuh termasuk organ seks • Roh: a) dilihat dari segi jasmani b) dilihat sebagai urusan Allah SWT PENGERTIAN ILMU Asal perkataan Ilmu - ‘alima . Dibahagikan kepada lima definisi berikut ; Perbuatan mengetahui tentang sesuatu dengan sebenarnya menggunakan akal fikiran (menuntut ilmu). Sains : pengetahuan yang diperolehi daripada penyelidikan, ujikaji, pemerhatian dan pencarian yang bersungguh-sungguh. Pengetahuan yang diperolehi daripada pengalaman pancaindera dan ketepatannya bergantung kepada kekuatan pancaindera seseorang. Kepercayaan kepada sesuatu benda atau perkara memerlukan kepada dalil atau hujah untuk diterima seperti drpd al-Qur’an / as-Sunnah. Ilham : ilmu daripada anugerah Tuhan yang terbahagi tiga a) Laduni (dianugerah kepada para nabi) b) Kasyaf (terdiri – karamah, intuisi, aura) c) Latihan atau riadah minda untuk hasilkan sesuatu idea SUMBER ILMU • Naqli (wahyu) – al-Quran dan Al-Sunnah • Aqli (pemahaman melalui akal) • Halangan penggunaan akal ke arah kebenaran: • Ketiadaan iman – syaitan menjadi teman • Dorongan hawa nafsu • Kejahilan • Tiada kesungguhan mencari kebenaran • Pancaindera – melaluinya maklumat akan ditafsir oleh akal • Ilmu ilham – laduni, kashaf, firasat KEPENTINGAN ILMU • Hakikat kepentingan ilmu dalam Islam telah dinyatakan dalam ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w sebelum ini. • Kemajuan sesuatu bangsa adalah berkait rapat dengan kemajuan dan penguasaan ilmu pengetahuan oleh sesuatu bangsa itu sendiri. • Antara kepentingan ilmu pengetahuan: Membawa manusia ke arah kebahagiaan di dunia dan di akhirat, memberi kekuatan ketika dalam kesusahan Dapat melaksanakan ibadah dengan sempurna dan mampu menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah dengan baik. Dengan berpandukan ilmu al-Quran dan alSunnah, seseorang itu mampu membentuk benteng dalam diri daripada melakukan perkara mungkar dan maksiat serta menghalang diri daripada mengejar kebendaan dunia semata-mata. Dengan menguasai pelbagai ilmu keduniaan seperti ilmu kejuruteraan, kedoktoran dan sebagainya dapat memenuhi kemaslahatan hidup manusia. Dapat membezakan yang hak dan yang batil. ADAB MENUNTUT ILMU ADAB MENUNTUT ILMU MENURUT IMAM AL-SYAFI’E 1) Ikhlas Kerana Allah: “Siapa menuntut ilmu untuk meraih kebahagiaan negeri akhirat; ia akan beruntung meraih kemuliaan dari Allah yang Maha Pemberi Petunjuk…” 2) Meninggalkan Perbuatan Maksiat dan Dosa: “Aku mengadu kepada Waqi’ tentang kelemahan hafalanku; ia pun memberikan nasihat agar aku meninggalkan maksiat; Ia memberitahuku pula bahawa ilmu itu cahaya; dan cahaya Allah tidak diberikan kepada orang yang maksiat.” 3) Menuntut Ilmu Sejak Kecil: “Siapa yang kehilangan waktu belajar pada waktu mudanya; takbirkan dia empat kali; anggap saja ia sudah mati. Seorang pemuda akan bererti apabila ia berilmu dan bertaqwa; Jika dua hal itu tiada, pemuda pun tak bermakna lagi.” 4) Mencatat Setiap Ilmu yang dipelajari: “Ilmu itu bagaikan binatang buruan, dan menulis adalah pengikatnya; ikatlah buruanmu dengan tali yang kuat; Sebab di antara bentuk kejahilan, engkau memburu seekor rusa; lalu kau biarkan rusa itu bebas begitu saja.” 5) Sabar Ketika Dibimbing Guru: “Sabarlah dengan sikap guru yang terasa pahit di hatimu; sebab kegagalan itu disebabkan meninggalkan guru. Barangsiapa yang tak mahu merasakan pahitnya menuntut ilmu sesaat, sepanjang hidupnya ia akan menjadi orang hina kerana kejahilannya.” 6) Menguruskan Waktu dengan Bijak: “Takkan ada seorang pun yang akan mencapai seluruh ilmu; takkan ada, meskipun ia terus berusaha seribu tahun lamanya. Sesungguhnya ilmu itu bagaikan lautan yang sangat dalam, sebab itu ambilah semua yang terbaik dari ilmu yang ada.” 7) Menikmati Ilmu yang Dipelajari: “Malam-malamku untuk mempelajari ilmu terasa lebih indah daripada bersentuhan dengan wanita cantik dan aroma minyak wangi. Mata penaku yang tertuang dalam lembaran-lembaran kertasku lebih nikmat daripada bercinta dan bercumbu. Menepuk debu-debu yang menempel di lembaran-lembaran kertasku lebih indah suaranya daripada tepukan rebana gadis jelita.” 8) Bergaul/Berkawan dengan Orang Berilmu dan Soleh: “Bergaullah dengan orang-orang berilmu dan bertemanlah dengan orang-orang soleh di antara mereka; sebab berteman dengan mereka sangat bermanfaat dan bergaul dengan mereka akan membawa keuntungan. Janganlah kau merendahkan mereka dengan pandanganmu; sebab mereka seperti bintang yang memberi petunjuk, tiada bintang yang seperti mereka.” 9) Mengembara Mencari Ilmu: “Mengembaralah! Engkau akan mendapat sahabat-sahabat pengganti sahabat-sahabat yang ditinggalkan. Bekerja keraslah, kerana kelazatan hidup adalah dalam bekerja keras. Saya berpendapat bahawa air jika tetap di suatu tempat, ia akan busuk. Jika ia mengalir barulah ia bersih, dan kalau tidak mengalir akan menjadi kotor. Singa, jika tidak keluar dari sarangnya, ia tak akan dapat makan. Anak panah jika tak meluncur dari busurnya ia takkan mengena.” 10) Menghargai Pendapat Orang Lain: “Jika Anda benar-benar memiliki ilmu dan pemahaman tentang ikhtilaf ulama dulu dan sekarang. Maka hadapilah lawan perbincanganmu dengan tenang dan bijak; jangan sombong dan keras kepala.” 11) Tak Pernah Puas dengan Ilmu: “Setiap kali aku mendapat pelajaran dari masa, setiap kali itu pula aku tahu segala kekurangan akalku. Setiap ilmuku bertambah, setiap itu pula bertambah pengetahuanku tentang kejahilanku.”