SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN BAGI KAWALAN PEMBANGUNAN DI KAWASAN TANAH TINGGI DAN LERENG BUKIT SATRIA GANDHINI BIN AMIRUDDIN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA iii Untuk keluarga, guru-guru dan rakan seperjuangan. Terima kasih atas segala kerjasama yang diberikan. Semoga Allah s.w.t. sentiasa memberikan petunjuk, taufik dan hidayah atas segala usaha dan amal ibadah yang telah dan sedang kita jalankan. iv PENGHARGAAN Penulis ingin merakamkan penghargaan yang setinggi-tingginya kepada penyelia Prof. Madya Ghazali bin Desa, yang telah memberikan bimbingan dan kerjasama bagi menjayakan tesis ini. Di samping itu penghargaan juga ingin dirakamkan kepada para pensyarah fakulti-fakulti di UTM yang memberikan masa dan kesabaran untuk membantu penulis memahami konsep-konsep penting dalam kajian. Tidak dilupakan juga rakan-rakan yang membantu dalam pemahaman penjanaan permukaan 3D seperti Encik Al Imran bin Abu Bakar. Semoga Allah s.w.t. memberikan balasan atas segala amal dan budi baik yang mereka berikan. v ABSTRAK Pembangunan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit mempunyai implikasi keselamatan, alam sekitar dan sosial yang tinggi. Oleh itu, proses kawal selia pembangunannya, mestilah dijalankan dengan rapi, pantas dan menepati prinsip perancangan. Pada masa ini, terlalu banyak masa pegawai, dihabiskan untuk kerjakerja teknikal dan mencari maklumat, sehingga masa untuk mensintesiskan maklumat bagi menghasilkan suatu keputusan yang cukup memuaskan adalah terhad. Ini kerana maklumat yang dirujuk berada dalam berbagai bentuk, media dan format. Bagi mengatasi masalah tersebut, kajian ini mencadangkan pendekatan pembangunan sistem bantuan keputusan yang mempunyai tiga modul utama. Modul pertama ialah komponen sistem maklumat geografi (GIS) sebagai bantuan carian lokasi dan ciri-ciri tapak pembangunan. Modul kedua ialah komponen analisis proses berhierarki (AHP) sebagai bantuan menganalisis ciri-ciri tapak kepada maklumat yang menghampiri keputusan. Modul ketiga ialah pengecaman garis panduan yang berlaku di tapak pembangunan menggunakan teknik rule-based. Ia sebagai bantuan untuk mendapatkan syarat-syarat pembangunan yang berlaku di tapak pembangunan. Dengan adanya sistem ini, ia akan membenarkan pengguna untuk menumpukan lebih masa dalam penjanaan keputusan bagi menilai permohonan pembangunan yang berlaku di tanah tinggi dan lereng bukit. vi ABSTRACT This thesis deals with design and development of a decision support system to assist decision makers in evaluating development application for high land and hill side areas. The process of evaluating the development application requires decision makers to refer to information that are stored in multiple media and media types. This has led the decision makers to spend a lot of time searching for relevant information and to process the data, before making judgment about a development application. The Decision Support System (DSS) developed in this research contains three main components. First, the Geographic Information System (GIS) component will support decision makers in retrieving development site data in the spatial context. Since most of the criteria and reference material uses height and slope classification, the Inverse Distance Weighted (IDW) technique is used to interpolate them using the contour layer. IDW is an old technique, but this study shows that it is sufficient for the task assuming density of points in the contour layer is high. Second, a decision synthesis component uses multi-criteria analysis, specifically Analytical Hierarchical Process (AHP), to provide decision makers with the initial analysis of development site characteristic. Lastly, a guidelines recognition component, to help search for relevant guidelines that decision makers need to consider in making judgment of a development application. This component uses rule-based method to find relevant guidelines based on development site characteristics. With all three components in place, the decision makers should be able to focus most of his/her time in evaluating development application. vii KANDUNGAN BAB PERKARA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH 1 Muka Surat xiii SENARAI SINGKATAN xv SENARAI LAMPIRAN xvi PENGENALAN 1 1.1 Latar Belakang 1 1.2 Pernyataan Masalah 3 1.3 Tujuan Kajian 4 1.4 Objektif Kajian 5 1.5 Skop Kajian 5 1.6 Metodologi Kajian 7 1.7 Sumbangan Kajian 9 1.8 Kawasan Kajian 9 viii 2 KAJIAN LITERATUR 11 2.1 Pendahuluan 11 2.2 Kawalan Pembangunan 11 2.2.1 Proses Permohonan Kawalan Pembangunan 15 2.2.2 Garis Panduan Permohonan Pembangunan 18 Sistem Bantuan Keputusan 22 2.3.1 Pengurusan Data 25 2.3.2 Pengurusan Model 26 2.3.3 Sistem Dialog Pengguna 27 Sistem Maklumat Geografi 27 2.4.1 Sistem Maklumat Geografi dan Perancangan 28 2.4.2 Analisis Tanah Tinggi dan Lereng Bukit 31 Sintesis Keputusan 33 2.5.1 Teori Analisis Proses Berhierarki 33 2.5.2 Penggunaan Analisis Proses Berhierarki Semasa 36 2.6 Pengecaman Garis Panduan 43 2.7 Rumusan 45 2.3 2.4 2.5 3 4 ANALISA DAN REKA BENTUK 47 3.1 Pendahuluan 47 3.2 Kajian Keperluan 48 3.3 Reka Bentuk Konseptual Sistem Bantuan Keputusan 48 3.3.1 Pengurusan Data 49 3.3.2 Pengurusan Model 50 3.3.3 Sistem Dialog Pengguna 50 3.4 Reka Bentuk Logik 50 3.5 Rumusan 55 PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA 57 4.1 Pendahuluan 57 4.2 Data Litupan 58 ix 5 4.3 Data Pangkalan Data 63 4.4 Rumusan 68 PEMBANGUNAN PROTOTAIP 69 5.1 Pendahuluan 69 5.2 Komponen Sistem Maklumat Geografi 70 5.2.1 Penentuan Litupan yang dibawa masuk 71 5.2.2 Carian Lokasi Pembangunan 71 5.2.3 Carian Maklumat Atribut Tapak dari Lokasi Pembangunan 6 7 74 5.3 Interpolasi Kelas Ketinggian dan Kecerunan 77 5.4 Injin Sintesis Keputusan 87 5.5 Pengecaman Garis Panduan 94 5.6 Rumusan 97 PENGUJIAN PROTOTAIP 99 6.1 Pendahuluan 99 6.2 Persekitaran Sistem 99 6.3 Konfigurasi Utama Prototaip 100 6.4 Penilaian Permohonan 102 6.5 Rumusan 106 KESIMPULAN DAN CADANGAN 108 7.1 Pendahuluan 108 7.2 Penemuan dan Rumusan Kajian 109 7.2.1 Seni Bina Prototaip 109 7.2.2 Komponen Sistem Maklumat Geografi 111 7.2.3 Komponen Analisis Proses Berhierarki 112 7.2.4 Komponen Pengecaman Garis Panduan 113 Implikasi 114 7.3 x Rujukan Lampiran A-C 7.4 Cadangan Penyelidikan Masa Depan 115 7.5 Rumusan Akhir 116 117 121-133 xi SENARAI JADUAL NO. JADUAL PERKARA MUKA SURAT 2.1 Senarai proses sistem semasa 17 2.2 Kelas ketinggian 17 2.3 Kelas Kecerunan 18 2.4 Garis panduan pemeliharaan topografi JPBD 1997 21 2.5 Perbandingan teknik interpolasi permukaan 32 2.6 Pemetaan nilai subjektif kepada ratio 35 2.7 Ciri bagi 4 tapak pembangunan 38 2.8 Perbandingan kepentingan bagi atribut kecerunan 39 2.9 Perbandingan kepentingan bagi atribut ketinggian 39 2.10 Perbandingan kepentingan di antara litupan 40 2.11 Hasil kiraan kolum bagi kecerunan 40 2.12 Lokal Prioriti bagi kecerunan 40 2.13 Pengiraan hasil sintesis 41 2.14 Penilaian bagi keputusan 42 2.15 Keputusan bagi 4 lokasi pembangunan contoh 42 3.1 Proses sistem tingkat pertama 51 3.2 Proses penilaian permohonan 52 3.3 Proses analisis tapak pembangunan dan kawasan sekitar 53 4.1 Rujukan sistem unjuran koordinat casini soldner 59 4.2 Atribut Lot 60 4.3 Atribut kontor ketinggian 60 4.4 Atribut guna tanah 61 4.5 Perbandingan kepentingan kecerunan 62 4.6 Perbandingan kepentingan ketinggian 62 4.7 Perbandingan kepentingan kawalan banjir 62 4.8 Perbandingan kepentingan geologi tanah 62 xii 4.9 Perbandingan kepentingan guna tanah 63 4.10 Rekod fail permohonan 65 4.11 Rekod permohonan pembangunan 65 4.12 Rujukan no. permohonan dan fail permohonan 66 4.13 Definisi aliran pergerakan fail permohonan 66 4.14 Definisi proses aliran pergerakan fail 66 4.15 Rekod aliran pergerakan fail 67 4.16 Jenis keputusan 67 4.17 Rujukan negeri 67 4.18 Rujukan daerah 67 4.19 Rujukan mukim 68 4.20 Rujukan seksyen 68 5.1 Hasil interpolasi bagi kontor 1000 kaki dan 20m 81 5.2 Kalibrasi IDW 84 5.3 Kesan interpolasi terhadap data kontor 86 5.4 Perbandingan kepentingan tanah pamah bagi tapak A 91 5.5 Perbandingan kepentingan kecerunan bagi tapak A 91 5.6 Hasil sintesis bagi tapak B, C dan D 92 5.7 Ringkasan keputusan bagi empat tapak pembangunan 93 7.1 Perbandingan pendekatan analisis proses berhierarki 113 xiii SENARAI RAJAH NO. RAJAH PERKARA MUKA SURAT 1.1 Rangka Kerja Kajian 8 1.2 Lokasi Kawasan Kajian 10 2.1 Falsafah doktrin perancangan dan pembangunan sejagat 12 2.2 Proses perancangan bandar 13 2.3 Carta alir penilaian bagi kawalan pembangunan secara umum 14 2.4 Proses permohonan pembangunan 16 2.5 Rangka kerja sistem bantuan keputusan 25 2.6 GIS dan model analisis di dalam perancangan 29 2.7 Hierarki umum analisis proses berhierarki 34 2.8 Hierarki kepentingan ketinggian dan kecerunan 39 2.9 Hasil pengiraan kepentingan global 41 3.1 Pergabungan GIS dan rangka keja DSS 49 5.1 Carta alir algoritma lokasi pembangunan 73 5.2 Carta alir carian ciri tapak pembangunan 77 5.3 Pemilihan titik IDW 82 5.4 Hierarki semua kemungkinan kriteria 88 5.5 Hierarki setelah maklumat ketinggian 89 5.6 Hierarki akhir selepas maklumat ketinggian 90 5.7 Hierarki akhir tapak A 90 5.8 Hasil sintesis tapak A 91 6.1 Skrin konfigurasi carian lokasi 101 6.2 Skrin konfigurasi parameter utama 102 6.3 Skrin pilihan operasi 102 6.4 Skrin masukkan maklumat permohonan asas 103 6.5 Kawasan permohonan pembangunan 104 6.6 Sebahagian dari skrin hasil analisis tapak 105 xiv 7.1 Seni bina prototaip 109 xv SENARAI SINGKATAN ADO - Active Data Object AHP - Analisis Proses Berhierarki BLOB - Binary Large Object COM - Component Object Model DAO - Data Access Object DFD - Data Flow Diagram DPPS - Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat DSS - Sistem Bantuan Keputusan EIS - Executive Information System GDSS - Group Decision Support System GIS - Sistem Maklumat Geografi IDW - Inverse Distance Weighted JPBD - Jabatan Perancangan Bandar dan Desa JPN - Jawatankuasa Perancangan Negeri MIS - Management Information System MPFN - Majlis Perancangan Fizikal Negara NALIS - National Land Information System OLAP - Online Analytical Processing PBT - Pihak Berkuasa Tempatan RAD - Rapid Application Development RS - Rancangan Struktur RTD - Rancangan Tempatan Daerah SQL - Structured Query Languange TPS - Transaction Processing System xvi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT A Definisi dan perbandingan kepentingan sintesis keputusan 121 B Definisi Rules dalam Pengecaman Garis Panduan 124 C DFD Sistem Bantuan Keputusan 131 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Latar Belakang Kawasan tanah tinggi merupakan aset kepada negara Malaysia. Ia mempunyai panorama yang cantik dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pelancongan atau tempat kediaman eksklusif. Ia juga merupakan kawasan yang penting bagi tadahan air minum penduduk, kawasan habitat kehidupan liar dan selalunya merupakan kawasan sensitif alam sekitar. Ini menyebabkan pembangunan di kawasan tanah tinggi ini memerlukan kawalan yang rapi dan sistematik. Ia bagi mengelakkan kejadian kemalangan tanah seperti tanah runtuh dan kerosakan harta benda dan mungkin juga nyawa. Kejadian tanah runtuh di Highland Tower, Ulu Kelang (1993), Cameron Highlands (1994), Genting Highland (1995) dan Bukit Fraser (1996) dan lain-lain lagi adalah beberapa contoh yang membuka mata dan minda serta memberi kesedaran dan keinsafan kepada masyarakat, mengenai betapa pentingnya pemeliharaan kawasan tanah tinggi dan lereng bukit dalam proses pembangunan negara. Sebagai respons kepada isu-isu keselamatan dan alam sekitar yang timbul dari pembangunan di kawasan tanah tinggi kerajaan Malaysia telah meminda akta 172 Perancangan Bandar, di bawah seksyen 22(2A) bagi memberikan keseimbangan di antara pembangunan fizikal dan pemeliharaan alam sekitar. 2 Di mana kebenaran membangun di kawasan tanah tinggi memerlukan perakuan dari Majlis Perancangan Fizikal Negara. Tanggung jawab ini diberikan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, khususnya Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia. Memandangkan perkara di atas adalah satu perkara yang serius dan sensitif, maka proses semakan dan penilaian pembangunan di kawasan tanah tinggi sewajarnya dapat dijalankan dengan rapi, pantas dan memenuhi prinsip-prinsip perancangan. Pada masa ini kaedah pemprosesan penilaian permohonan pembangunan lazimnya dilaksanakan secara manual. Kaedah ini didapati sukar dijalankan dengan pantas dan rapi kerana itu pegawai yang bertugas selalunya memerlukan masa yang panjang dalam menyelesaikan tugas membuat penilaian kepada sesuatu permohonan pembangunan yang dikemukakan kepada Jabatan (JPBD). Sebab utamanya ialah maklumat yang berkenaan hendaklah dicari dahulu. Kemudian maklumat yang diperoleh perlu ditentukan, sama ada relevan atau tidak dengan permohonan pembangunan yang hendak disemak. Ini ditambah pula dengan jenis maklumat yang diperlukan yang pelbagai jenis, media dan format. Sebagai contoh maklumat peta lokasi perlu dicari dahulu, kemudian dari penyemakan peta tersebut maklumat - maklumat lain pula perlu dicari yang mungkin berada dalam bentuk risalah, buku atau peta lain. Permasalahan kedua ialah kaedah analisis yang memerlukan pengetahuan teknik yang tinggi melambatkan lagi proses permohonan tersebut. Yang selalunya terjadi ialah pegawai tersebut mengetahui konsep sesuatu teknik analisis itu namun proses pengiraan yang kompleks menyebabkan penggunaan teknik analisis tersebut menjadi lambat atau tidak digunakan langsung. Ini menyebabkan keputusan yang dibuat lebih berdasarkan penilaian subjektif atau pengalaman pegawai tersebut semata-mata. 3 Maka boleh disimpulkan bahawa pegawai bertugas memerlukan masa yang banyak untuk kerja-kerja teknikal seperti mencari maklumat, sehingga masa untuk proses yang lebih penting, iaitu mensintesiskan maklumat dari hasil analisis bagi menghasilkan suatu keputusan yang memuaskan itu adalah terhad. 1.2 Pernyataan Masalah Pembangunan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit mempunyai implikasi keselamatan, alam sekitar dan sosial yang tinggi. Oleh itu proses kawal selia pembangunannya, mestilah dijalankan dengan rapi, pantas dan menepati prinsip perancangan. Pemprosesan permohonan pembangunan sedia ada, memerlukan masa yang panjang kerana data, peta, maklumat kawasan dan garis panduan sukar dicapai dan dianalisis. Ini menyebabkan masa pegawai bertugas terlalu banyak dihabiskan untuk kerja-kerja teknikal, mencari maklumat, sehingga masa untuk proses mensintesiskan maklumat hasil analisis bagi menghasilkan keputusan yang memuaskan adalah terhad. Pesatnya perkembangan teknologi maklumat yang disokong oleh semakin meningkatnya keupayaan perkakasan dan perisian serta semakin rendah kos operasinya, telah memberi peluang yang lebih luas kepada juru rancang masa kini, untuk memanfaatkan teknologi ini dari masa lampau. Dengan menggunakan teknologi sistem komputer, data yang diperlukan boleh diuruskan dengan cekap dan kaedah analisis boleh dibangunkan ke dalam aplikasi berkomputer. Dengan demikian kaedah analisis akan lebih mudah digunakan oleh perancang kerana kesukaran teknik dalam mengingat, memahami dan mengoperasikan kaedah analisis serta kesukaran mendapatkan data yang sesuai telah dapat diatasi (Batty,1994). Oleh itu kerajaan Malaysia telah mengagakkan kajian bagi rancangan struktur dan rancangan tempatan menghasilkan data-data dalam bentuk digital. Malah lazimnya kajian tersebut juga mempunyai satu sektor khas bagi pembangunan satu aplikasi Sistem Maklumat Eksekutif (EIS). 4 Malangnya aplikasi Sistem Maklumat Eksekutif yang lazimnya dihasilkan ini hanya membantu dalam memaparkan data litupan dan hasil analisis yang dilakukan oleh perunding ataupun yang dibangunkan sendiri oleh pihak berkuasa tempatan. Malah ada yang menggunakan berbagai-bagai perisian bantuan kepada perisian utama untuk melakukan kaedah analisis tersebut. Ini membawa kembali kepada masalah lama, iaitu bukan tidak tahu kaedah tetapi sukar melakukannya. Ini kerana pengguna kini bukan hanya perlu mahir dalam kaedah analisis tetapi penggunaan perisian yang berbagai melakukan analisis. Ini termasuk bagaimana nak menukarkan format data yang dihasilkan oleh kajian RS/RTD tadi kepada data yang diperlukan oleh perisian yang melakukan analisis. Adalah lebih baik jika interaksi antara data dan kaedah analisis ini boleh dilakukan melalui satu antara muka sahaja jika dibandingkan menggunakan berbagai-bagai antara muka bagi setiap perisian yang digunakan. Untuk itu satu kajian perlu dijalankan bagi menentukan suatu sistem perisian yang sesuai bagi: i. Memasukkan kaedah analisis ke dalam satu perisian komputer; ii. Menyediakan satu sistem antara muka (dialog) di antara capaian data, penggunaan kaedah analisis dan capaian garis panduan. 1.3 Tujuan Kajian Tujuan utama kajian yang dicadangkan ini adalah untuk membangunkan satu sistem bantuan keputusan untuk aplikasi kawalan pembangunan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit. Sistem yang dibangunkan ini dapat memudahkan proses penyemakan dan penilaian permohonan untuk projek-projek pembangunan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit. 5 1.4 Objektif Kajian Kajian yang dicadangkan ini mempunyai empat objektif utama iaitu: - 1. Membuat kajian keperluan terhadap proses penyemakan dan penilaian permohonan pembangunan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit 2. Mereka bentuk Pangkalan data bagi menyokong prototaip sistem bantuan keputusan. 3. Mereka bentuk dan melaksanakan satu prototaip sistem bantuan keputusan untuk aplikasi pengawalan pembangunan di tanah tinggi dan lereng bukit. 4. Menguji pakai prototaip sistem bantuan keputusan yang telah dibangunkan terhadap satu kawasan kajian. 1.5 Skop Kajian 1. Memahami proses permohonan yang melibatkan pembangunan di kawasan tanah tinggi. Dari pemahaman proses permohonan tersebut, jenis bantuan yang akan diberikan oleh sistem akan dapat dikenal pasti. 2. Memahami kriteria dan garis panduan yang digunakan sebagai polisi atau dasar perlaksanaan proses kawalan pembangunan. Maklumat ini akan digunakan bagi membantu pegawai bertugas memendekkan proses carian maklumat dari sumber yang pelbagai jenis. 3. Memahami bagaimana Sistem Maklumat Geografi(Geographic Information System, GIS ) diguna pakai untuk menganalisis pembangunan di tanah tinggi 4. Mengkaji teknik analisis GIS yang boleh digunakan. Terdapat dua tujuan, iaitu pertama mempermudah penggunaan GIS. Yang kedua kajian sama ada mungkin analisis tapak digunakan berbanding dengan analisis litupan bagi mendapatkan maklumat dari GIS. Bagi kajian teknik GIS ini perisian ArcGis 8 sebagai wakil kepada perisian GIS yang komersial. Sementara Map Object 2.1 digunakan sebagai wakil kepada development tool GIS yang akan dibangunkan sebagai komponen GIS bagi aplikasi. 6 5. Mengkaji metodologi yang boleh menggabungkan DSS(Decision Support System) dengan sistem maklumat geografi. Tujuan utama di sini ialah bagaimana pergabungan ini boleh menghasilkan satu integrasi yang dikawal oleh pengguna/pegawai bertugas. Hasil Integrasi ini diharapkan akan membantu pegawai menilai dan membuat keputusan yang konsisten dan cepat. 6. Memahami dan membangun pangkalan data bagi menyimpan data dan maklumat - maklumat yang diperlukan untuk menyokong pegawai dalam memproses permohonan pembangunan. 7. Pangkalan data MS Access 2002 digunakan untuk menyimpan maklumat yang berbentuk jadual. Sementara perhubungan di antara prototaip dan aplikasi ialah menggunakan teknologi ADO (Active Data Object). 8. Bahasa pengaturcaraan Delphi 7 digunakan untuk membangunkan prototaip yang dicadangkan. Bahasa pengaturcaraan ini dicadangkan kerana ia menyokong metodologi RAD (Rapid Application Development) yang memungkinkan penyediaan throw away prototaip. Throw away prototaip ini digunakan untuk menguji kesahihan algoritma-algoritma atur cara yang diperlukan di prototaip akhir kajian. 9. Clips 6.2 dari NASA digunakan sebagai injin rule-based. Ia dicadangkan di sini kerana ia datang dalam dua bentuk. Iaitu sebagai aplikasi dan sebagai library dll yang boleh diintegrasikan ke dalam sistem yang ingin dibangunkan. 7 1.6 Metodologi Kajian Kajian ini dibahagikan kepada 4 fasa. Fasa pertama ialah kajian keperluan pengguna. Di dalam kajian ini penumpuan diberikan kepada tugas-tugas pengguna yang boleh dibantu oleh prototaip, terutamanya dalam menghasilkan ulasan bagi permohonan pembangunan. Fasa kedua ialah reka bentuk komponen utama sistem dan pengujian komponen secara berasingan dilakukan bagi memastikan algoritma yang digunakan oleh setiap pembangunan adalah betul dan efisien. Fasa ketiga ialah integrasi komponen-komponen sistem dan pangkalan data yang pada akhir fasa ini akan membentuk prototaip pertama yang boleh diuji-pakai oleh pegawai bertugas. Penumpuan diberikan bagi menghasilkan antara muka yang mudah digunakan dan difahami oleh pengguna. Fasa keempat ialah fasa uji kaji dan pembetulan. Di dalam fasa ini pengujian yang pertama dilakukan dengan tujuan memastikan integrasi sistem yang dilakukan di fasa sebelumnya akan berfungsi seperti dijangkakan. Fokus utama uji kaji ini ialah memastikan interaksi di antara komponen dan pangkalan data dapat berjalan lancar. Apabila prototaip melepasi ujian ini barulah ia akan diuji pakai oleh pengguna menggunakan ujian kes yang akan ditentukan nanti. Maklum balas dari pengguna digunakan sebagai asas pembetulan bagi prototaip. Langkah reka bentuk kajian ini boleh dilihat dalam bentuk carta di bawah: - 8 Rajah 1.1 Rangka Kerja Kajian 9 1.7 Sumbangan Kajian 1. Reka bentuk pangkalan data bagi menyokong sistem bantuan keputusan bagi kawasan tanah tinggi dan lereng bukit. 2. Satu prototaip sistem bantuan keputusan untuk aplikasi pengawalan pembangunan di tanah tinggi dan lereng bukit, yang mudah digunakan. 3. Pergabungan Sistem maklumat geografi dan Analisis proses berhierarki (Analytical Hierarchy Proses, AHP) sebagai teknik untuk mensintesiskan keputusan berdasarkan maklumat GIS dan permohonan pembangunan. 4. Pengecaman garis panduan yang sesuai berdasarkan maklumat GIS dan permohonan pembangunan menggunakan teknik rule-based. 1.8 Kawasan Kajian Daerah Cameron Highlands terletak di kawasan banjaran Gunung Titiwangsa di sebelah barat laut Negeri Pahang. Ianya bersempadan dengan Negeri Perak dan Kelantan. Luas daerah ini adalah 71,218 hektar yang merangkumi Mukim Ulu Telom, Mukim Ringlet dan Mukim Tanah Rata. Jalan perhubungan utama ke Cameron Highlands adalah melalui Negeri Perak yang bermula dari Bandar Tapah melalui Lebuh raya Utara-Selatan dan Jalan Persekutuan II. Terdapat tiga kawasan penempatan penduduk di daerah Cameron iaitu, Ringlet, Tanah rata dan Brinchang. Kawasan Ringlet merupakan kawasan pertama yang ditemui jika menggunakan jalan raya dari tapah, perak. Ia merupakan kawasan kependudukan pertama bagi daerah ini. Antara ladang yang terkenal di sini ialah Ladang Teh boh. Sementara Ringlet pula ialah kawasan penempatan utama bagi daerah ini. Brinchang pula adalah kawasan penempatan baru bagi daerah Cameron. Daerah Cameron ini didominasi oleh aktiviti ekonomi berdasarkan pertanian dan pelancongan. 10 Rajah 1.2 Lokasi Kawasan Kajian Kawasan ini dipilih sebagai kawasan kajian kerana lokasinya di sempadan tiga negeri di Malaysia. Ia mempunyai perekonomian berdasarkan pertanian dan pelancongan dan sedang berlakunya perkembangan kawasan penempatan. Perkembangan ini akan menimbulkan konflik di antara kepentingan perekonomian, tanah dan kawasan sekitar. Ini menjadikannya kawasan yang ideal untuk kajian kes bagi kajian kawalan pembangunan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit. BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pendahuluan Bab 1 membentuk asas yang mengawal perkembangan bagi kajian liter atur akademik yang sedia ada. Bab ini bermula dengan kajian terhadap bidang permasalahan yang hendak diselesaikan iaitu bidang perancangan bandar dan desa. Ia diikuti dengan bagaimana penilaian permohonan pembangunan secara umumnya dilakukan. Ia juga melihat garis panduan yang terlibat dalam proses kelulusan permohonan pembangunan. Ini bertujuan untuk membentuk idea awal keperluan ke fungsian sistem yang dibangunkan. Ia juga sesuai dengan sebarang metodologi pembangunan sistem yang mana penentuan ke fungsian dibuat terlebih dahulu. Dari keperluan ke fungsian ini kita akan mengkaji dan memadankannya dengan teknologiteknologi yang sesuai untuk memenuhi keperluan tersebut. 2.2 Kawalan Pembangunan Setiap pembangunan yang dijalankan, mempunyai konsep perancangan yang perlu ditetapkan terlebih dahulu sebelum projek pembangunan dilaksanakan. Konsep perancangan yang dijalankan di negara kita adalah berteraskan penggunaan falsafah Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat (DPPS). Ia telah digubal oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia untuk memberi kepentingan kepada pembangunan insan dalam merancang pertumbuhan negara. 12 Matlamat Doktrin ini untuk mewujudkan keseimbangan di antara pembangunan fizikal dan alam sekeliling dengan pembangunan insan. Ianya juga mengujudkan perhubungan tiga hala iaitu: 1. Hubungan antara pencipta (Tuhan) dengan manusia 2. Hubungan manusia dengan alam sekeliling 3. Hubungan manusia dengan manusia. Rajah 2.1 Falsafah doktrin perancangan dan pembangunan sejagat (lelaman web JPBD) Ketiga-tiga hubungan ini yang terjalin dalam satu peradaban kehidupan yang jitu merupakan teras kepada pembentukan Doktrin Perancangan di Malaysia. Nilai kerohanian yang terjalin menjadi asas kepada perancangan dan pembangunan yang berpandukan beberapa ciri falsafah perancangan dan pembangunan sejagat (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, 1998). Perlaksanaan dan penggunaan falsafah ini dalam perancangan pembangunan adalah berteraskan dasar matlamat untuk mengujudkan perancangan dan pembangunan yang mapan. 13 Proses Perancangan bandar boleh dibahagikan kepada empat proses asas iaitu mengenal pasti masalah utama bandar, penyediaan matlamat dan objektif atau gol ke mana bandar tersebut akan berkembang, merumus dan memilih alternatif dan akhirnya pelaksanaan dan pemantauan pembangunan (McLoughlin, 1973). Setiap proses boleh menghasilkan maklum balas kepada proses sebelumnya atau menjadikan maklumat masukkan kepada proses yang berikutnya. Proses perancangan ini merupakan satu proses yang berterusan dan berulang. Ia boleh diringkaskan kepada Rajah 2.2 di bawah: - Rajah 2.2 Proses perancangan bandar (Amiruddin, 2001) Proses perancangan ini menggunakan dua tingkat kawalan bagi menentukan polisi pembangunan sesuatu kawasan. Di tingkat yang pertama, proses penghasilan rancangan struktur/rancangan tempatan daerah dilakukan untuk menentukan kesesuaian pembangunan bagi sesuatu kawasan. Antara pelan yang paling penting dihasilkan di peringkat ini ialah pelan guna tanah. Pelan guna tanah ini akan mendefinisikan jenis pembangunan yang sesuai bagi sesuatu kawasan. Kesesuaian dengan pelan ini menjadi salah satu syarat penting bagi kelulusan sesuatu permohonan pembangunan pada satu-satu lokasi di peringkat kawalan pembangunan. 14 Di tingkat kedua pula kawalan pembangunan dilakukan ke atas permohonan pembangunan yang dimajukan oleh pemaju. Kawalan pembangunan jatuh pada proses pelaksanaan dan pemantauan. Di mana ia akan bermula dengan pencarian lokasi tapak permohonan pembangunan. Penilaian permohonan akan dijalankan dengan membandingkan cadangan permohonan pembangunan di tapak tersebut, dengan polisi atau garis panduan yang telah didefinisikan diproses sebelumnya untuk memastikan objektif dan matlamat perancangan dapat dicapai. Secara umumnya kitaran penilaian permohonan di dalam kawalan pembangunan akan kelihatan seperti di bawah :- Rajah 2.3 Carta alir penilaian bagi kawalan pembangunan secara umum (UGISP, 2001) Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah masalah yang akan diselesaikan di sini merujuk kepada satu lokasi pembangunan. Dalam menyelesaikan masalah tersebut pembuat keputusan atau pegawai perancang yang bertugas akan menggunakan rujukan garis panduan atau polisi sebagai asas rujukan. Oleh itu, untuk membantu pegawai perancang dalam menjalankan tugas ini, sistem yang dibangunkan harus mempunyai kebolehan untuk mencari lokasi tapak pembangunan dari maklumat yang diperoleh dari borang permohonan pembangunan dan dari maklumat yang diperoleh mengenai lokasi tersebut memberikan maklumat garis panduan kepada pegawai yang bertugas. 15 Di samping itu ia juga boleh dilihat sebagai maklum balas kepada garis paduan atau polisi yang telah dibuat. Sebagai contoh apabila banyak pembangunan yang diluluskan di luar garis panduan tersebut, maka ia boleh dilihat sebagai petunjuk yang menunjukkan bahawa ada keperluan untuk mengkaji semula garis panduan atau polisi pembangunan yang sedia ada. Perbezaan di antara kehendak pasaran dengan polisi ini mungkin disebabkan oleh andaian yang dibuat semasa polisi tersebut dihasilkan kurang sesuai dengan keadaan sebenar. Setelah melihat kawalan pembangunan secara am, mari kita lihat pula bagaimana proses permohonan pembangunan dilakukan. 2.2.1 Proses Permohonan Kawalan Pembangunan Terdapat 3 Jenis Permohonan yang jatuh di bawah Akta 172 Perancang Bandar Seksyen 22 (2A) ini. Pertama ialah permohonan pembangunan yang di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit. Kedua ialah permohonan pembangunan bandar baru. Ketiga ialah permohonan yang melibatkan pembangunan infrastruktur yang besar. Pemprosesan permohonan pembangunan di bawah Akta 172 Perancang Bandar Seksyen 22(2A) ini bermula di pihak berkuasa tempatan (PBT) di mana akan ditentukan sama ada permohonan pembangunan tersebut ialah permohonan yang perlu dibawa ke Jawatankuasa Perancangan Negeri(JPN). Jawatankuasa perancangan negeri akan membuat penilaian awal tentang pembangunan tersebut dan menghantar maklumat permohonan dan ulasan awal tersebut kepada JPBD pusat. JPBD pusat pula menambah maklumat ulasan pembangunan di mana kepentingan negara diambil kira. Setelah ulasan ini dikemaskan ia kemudiannya di bawa ke Majlis Perancangan Fizikal Negara(MPFN) untuk membuat keputusan. 16 Deskriptif pergerakan permohonan di atas maka boleh disimpulkan bahawa permohonan tersebut dinilai di tiga peringkat pentadbiran yang mewakili tiga peringkat kepentingan. Iaitu semasa permohonan diproses oleh PBT bagi kepentingan setempat, JPN bagi kepentingan negeri dan MPFN bagi kepentingan negara. Proses ini jika dilihat dari sudut pandang JPBD akan menjadi rajah di bawah :- Rajah 2.4 Proses permohonan pembangunan (Mega Rancang 2003) Kajian seterusnya dilakukan untuk memahami bagaimanakah permohonan ini diproses. Maka kajian proses semasa berdasarkan dokumen-dokumen yang digunakan / di cadang akan digunakan semasa memproses permohonan pembangunan yang diterima oleh JPBD pusat dan temu bual dengan pegawai yang terlibat di bahagian kawal-selia JPBD dilakukan. Notasi yang digunakan untuk menggambarkan hasil kajian proses ini ialah DFD (Data Flow Diagram). Notasi ini digunakan kerana: - 1. Ia mendefinisikan proses-proses penting dalam permasalahan yang ingin diselesaikan 2. Ia mendefinisikan keperluan maklumat dan hasil bagi setiap proses. 17 Hasil kajian proses permohonan semasa menghasilkan rajah-rajah Data Flow Diagram (DFD) dalam Lampiran C. Terdapat 2 peringkat rajah dalam lampiran tersebut. Peringkat pertama, rajah tersebut menunjukkan proses permohonan secara keseluruhan. Sementara peringkat kedua menunjukkan proses-proses yang berkenaan dengan penilaian permohonan. Dari dua rajah tersebut, senarai proses yang diperoleh di atas disusun dalam jadual di bawah: - OPERASI 1.0 Penyemakan Permohonan 2.0 Penilaian Permohonan Jadual 2.1 : Senarai proses sistem semasa PROSES Mendapatkan Senarai Dokumen yang perlu dihantar ULASAN Memastikan dokumen yang dihantar lengkap 2.1 Carian Lokasi Pembangunan Maklumat rujukan bagi mendapatkan ciri tapak pembangunan 2.2 Perbandingan Garis Panduan dasar dan Maklumat Pembangunan, serta Guna tanah bagi kawasan sekitar 2.2.1 Perbandingan Guna tanah Pembangunan Pemeriksaan keperluan dan Guna tanah pada RTD/RSN/KSAS membuat tukar guna tanah 2.2.2 Dapatkan Kawasan Sekitar 2.2.3 Dapatkan Maklumat Guna tanah Asas bagi keputusan kebenaran Kawasan Sekitar tukar guna tanah jika perlu 2.3 Penentuan Kelas/Kategori Ketinggian dan Sebagai maklumat rujukan Kecerunan untuk garis panduan pemeliharaan topografi 2.4 Perbandingan Garis Panduan dan Maklumat Permohonan 2.4.1 Dapatkan Maklumat Tapak Sebagai maklumat rujukan Pembangunan proses 2.4.2 di bawah 2.4.2 Dari semua maklumat yang dikumpulkan Sebagai syarat bagi permohonan dapatkan garis panduan yang berlaku di tapak pembangunan pembangunan Bagi proses 2.3, Kelas ketinggian didefinisikan sebagai: - Jadual 2.2 : Kelas ketinggian KETINGGIAN(METER) KELAS < 150 Tanah Pamah 150 - 299 Bukit 300 - 1000 Tanah Tinggi > 1000 Pergunungan 18 Sementara Kelas kecerunan pula didefinisikan sebagai: - Jadual 2.3 : Kelas Kecerunan Kecerunan (darjah) Kelas < 12 Tiada 12 - 25 Risiko Rendah 25-35 Risiko Sederhana > 35 Risiko Tinggi Sementara penentuan sama ada ulasan yang menyokong/membantah cadangan pembangunan tersebut bergantung kepada hasil analisis pegawai yang bertugas dan keputusan mesyuarat jawatankuasa kawal-selia JPBD. 2.2.2 Garis Panduan Permohonan Pembangunan Garis panduan yang berkenaan dengan permohonan pembangunan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit pada dasarnya bertemakan keseimbangan pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. Berdasarkan Laporan Brundtland (1987), pembangunan mapan ialah pembangunan yang dapat memenuhi keperluan pada masa sekarang tanpa menjejaskan keupayaan memenuhi keperluan pada masa depan (Prugh dan Assadourian, 2003). Ia merupakan satu idea yang menarik tetapi definisi Brundtland ini terlalu umum untuk diimplementasikan. Ia juga membuat anggapan (assumption) bahawa kita boleh mengagak apa yang diperlukan oleh generasi akan datang. Anggapan ini susah untuk dipertahankan dengan pengamalan kita di abad ke 20 di mana perkembangan teknologi yang pantas telah mengubah gaya hidup masyarakat. Sebagai contoh, perkembangan teknologi maklumat telah menjadi keperluan bagi setiap rumah mempunyai sokongan tenaga elektrik untuk menyokong keberadaan komputer di rumah-rumah tersebut. Keperluan ini telah mengubah perkiraan keperluan tenaga elektrik di kawasan perumahan baru dan meningkat keperluan penjanaan elektrik negara. Pendapat ini disokong oleh, 19 "...Its a durable definition because it is flexible and open to interpretation. An obvious flaw, however, is that it begs the question. Of course people will always need food, water, and shelter to survive, but to thrive will take more than that and we should not presume to know, beyond certain basics, what future generations will need to thrive. All we can be reasonably sure of is that they will value having choices...." (Prugh dan Assadourian 2003) Ini mewujudkan keinginan para pakar untuk mendefinisikan pembangunan mapan dengan lebih terperinci. Namun begitu definisi yang lebih terperinci akan dipengaruhi oleh latar belakang pakar tersebut. Di antara definisi tersebut ialah melihat pembangunan mapan sebagai satu proses mengimbangi kebaikan yang diperoleh dari pembangunan dan kesan buruk yang mungkin timbul dari pembangunan tersebut. Pembangunan bandar yang mapan harus dijalankan dengan mengambil kira keupayaan menampungnya; pengambilan sumber, pengagihan bahan buangan serta kadar pencemaran yang dicetuskan ke atas bandar dan kawasan sekelilingnya. Pembangunan bandar yang mapan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan manusia asas, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Salah satu cara untuk mencapai pembangunan mapan tersebut adalah melalui kesihatan ekonomi bandar. Dari huraian definisi di atas kita boleh lihat bahawa di luar retorik politik, pembangunan mapan lebih berbentuk timbal balik di antara pengekalan keadaan persekitaran yang sedia ada atau pembangunan. Di mana letaknya pembangunan mapan ini di antara perimbangan datar kemajuan dan persekitaran sedia ada itu bergantung kepada nilai-nilai si pembuat keputusan. Ia akan berubah-ubah bergantung kepada siapa yang membuat keputusan tersebut dan bila keputusan itu dibuat. Memandangkan pembangunan mapan ini bergantung kepada nilai-nilai seorang pembuat keputusan, maka sebarang sistem bantuan keputusan yang dibangunkan perlu mengambil kira nilai-nilai subjektif ini. 20 Huraian selanjutnya melihat kepada perundangan dan garis panduan bagi negara Malaysia. Garis panduan permohonan pembangunan boleh dilihat dalam tiga bentuk iaitu dasar negara, perundangan dan garis panduan yang menginterpretasikan dasar dan perundangan negara. Berikut adalah beberapa dasar negara yang dimaksudkan: - 1. Rancangan Malaysia 7 (1996-2000). Ia memberikan penekanan tentang pemeliharaan kawasan tanah tinggi dengan penubuhan jawatankuasa untuk merangka dasar kebangsaan dan pelan induk yang komprehensif bagi kawasan tanah tinggi. 2. Dasar Alam Sekitar Negara (2002). Menggalakkan prinsip pembangunan mapan 3. Dasar Kepelbagaian Biologi (1998). Penggunaan lestari kepelbagaian biologi bagi kemajuan dan pembangunan sosioekonomi negara Prinsip dan konsep dari dasar-dasar di atas diperjelas oleh JPBD di dalam dokumen-dokumen yang berbentuk garis panduan. Garis panduan ini boleh digunakan oleh pembuat keputusan atau pegawai perancangan untuk membuat keputusan dalam menilai permohonan pembangunan. Antara garis panduan yang paling relevan dalam pembangunan di kawasan tanah tinggi dan lerengan bukit ialah garis panduan pemeliharaan topografi yang dikeluarkan oleh JPBD. Ringkasan bagi garis panduan tersebut diberikan pada jadual di bawah: - 21 Jadual 2.4 : Garis panduan pemeliharaan topografi JPBD 1997 JENIS KATEGORI SYARAT PEMBANGUNAN PEMBANGUNAN TANAH TINGGI PIAWAIAN SEDIADA Kurang 12 darjah Sesuai untuk Sesuai untuk perumahan, perniagaan, dibangunkan perindustrian, institusi, perhotelan, pelancongan dan rekreasi 13-25 darjah dan Sesuai untuk • Kepadatan sederhana ketinggian lereng pembangunan • Kawasan Tepu bina (Plinth melebihi 4 meter dengan bersyarat Area) 25% (lain-lain (zon risiko rendah) - kawasan bukit kegunaan tanah) - 30% (bangunan banglo /berkembar) • Reka bentuk bangunan - Perlu mengikut alunan cerun untuk pengurangan pemotongan tanah dan kerja-kerja tanah. • Nisbah plot yang tidak melebihi 1:1.25 • Kawalan ketinggian Maksimum 5 tingkat Maksimum 2 tingkat(teres, banglo,berkembar) 25-35 darjah (Zon risiko Sensitif • Semua syarat di atas • Kawalan kerja tanah sederhana) (memotong lereng, kerja-kerja platform). • Kritikal untuk keselamatan bangunan dan tapak. Melebihi 35 darjah Amat Sensitif • Semua syarat di atas (Zon risiko tinggi) • Kawalan hakisan dan keruntuhan kerap kali berlaku pada kecerunan ini. Dari jadual di atas kita boleh membuat kesimpulan bahawa dua faktor rujukan utama digunakan untuk menentukan syarat bagi pembangunan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit. Faktor pertama ialah kecerunan dan kedua ialah jenis pembangunan. Setelah melihat konsep dan proses permohonan pembangunan mari kita lihat teknologi maklumat yang boleh diguna pakai untuk membantu pegawai perancang membuat keputusan bagi penilaian permohonan pembangunan. 22 2.3 Sistem Bantuan Keputusan Huraian tentang sistem bantuan keputusan (DSS) dimulakan dengan melihat pendefinisian jenis masalah yang diselesaikan oleh sistem komputer. Jenis masalah ini dibahagikan kepada tiga jenis. Pertama, masalah yang berstruktur. Masalah berstruktur ini didefinisikan sebagai masalah yang mana langkah penyelesaian boleh diselesaikan dalam satu algoritma yang lengkap. Turban (2001) menyatakan pula bahawa ia adalah kumpulan masalah yang telah diketahui jalan penyelesaiannya. Kedua ialah jenis masalah yang tidak berstruktur. Ia didefinisikan sebagai masalahlah yang mana jalan penyelesaiannya bergantung kepada intuitif dan nilainilai subjektif yang sukar tidak difahami oleh komputer. Ia juga tidak mempunyai jalan penyelesaian yang tetap. Ketiga ialah jenis masalah yang separa berstruktur. Masalah dalam kumpulan ini pula ialah gabungan dua kumpulan masalah di atas. Pembahagian masalah di atas dirasakan perlu kerana ia berhubung kait dengan konsep jenis sistem yang menyokong penyelesaian masalah. Mari kita lihat pula bagaimana konsep Sistem Bantuan Keputusan (DSS) ini wujud dari sudut pandang evolusi sistem maklumat di dalam bidang sains komputer. Konsep sistem maklumat yang pertama ialah TPS (Transaction Processing Sistem) di mana di bawah konsep sistem ini proses mengautomasikan kerja-kerja manual kepada digital dilakukan. Ia juga disokong dengan teknologi pangkalan data yang mula berkembang pada masa itu. Contoh proses yang disokong oleh TPS ialah merekodkan atau mencapai maklumat permohonan pembangunan. Konsep ini diperbaiki dengan mewujudkan konsep MIS (Management Information System) di mana data-data yang diperoleh dari TPS mula diaggregatkan dan diringkaskan (summarize) di dalam bentuk laporan untuk kegunaan pengurusan (Sprague dan Watson, 1982;Hoffer et al, 1996). Kedua-dua konsep sistem ini menyokong kepada penyelesaian masalah berstruktur. 23 Di atas konsep MIS inilah DSS diwujudkan pada tahun 1970an. Ia diwujudkan untuk memberikan penumpuan bantuan yang lebih kepada proses pembuatan keputusan (Sprague dan Watson, 1982). Pada masa yang sama penerimaan paradigma knowledge-base berlaku di dalam bidang kepintaran buatan (Giarratano dan Riley, 1989). Paradigma ini juga mempengaruhi konsep DSS ini. Maka Scott Morton mendefinisikannya sebagai satu sistem interaksi yang membantu pembuat keputusan untuk menggunakan data dan model bagi menyelesaikan masalah yang tidak berstruktur (Sprague dan Watson, 1993;Marakas, 1995;Turban, 2001). Dari definisi ini kita boleh lihat bahawa data datangnya dari konsep sistem MIS sementara penyelesaian masalah tidak berstruktur ini secara tradisinya ialah domain bidang kepintaran buatan. Elemen Model pula pada pendapat pengkaji adalah pengganti kepada rules dalam paradigma knowledge-base yang diguna pakai oleh Scott Morton bagi memproses data kepada maklumat yang membantu keputusan Ini meletakkan DSS di antara MIS dan Sistem Pakar. Namun begitu Alter pada tahun 1977 mendefinisikan sistem bantuan keputusan dengan lebih umum lagi iaitu sebarang sistem yang menyokong keputusan (Alter, 1980;Amiruddin, 2001). Ini telah menyebabkan definisi kepada konsep ini terbahagi dua iaitu yang mengarah kepada definisi umum atau yang mengarah kepada definisi yang lebih terperinci. Apa yang pasti ialah kedua-dua jenis definisi bagi konsep ini tidak menerangkan sejauh mana bantuan yang perlu diberikan bagi membolehkan sesuatu sistem itu bergelar sistem bantuan keputusan. Ini telah membuka peluang kepada penggunaan liberal terminologi ini. Penggunaan liberal ini telah mewujudkan kekeliruan apabila pakar dari sains komputer berbincang dengan pakar dari bidang lain. Ini kerana keinginan pakar di bidang sains komputer untuk meletakkannya di antara dua konsep sistem yang dihuraikan di atas. Iaitu DSS bermula di mana MIS berakhir. Sementara pakar lain yang menggunakan definisi yang lebih umum seperti definisi yang diberikan oleh Alter. 24 Kekeliruan ini ditambah pula dengan perkembangan perisian pangkalan data moden. Perkembangan perisian pangkalan data moden yang menyokong teknologi seperti OLAP (Online Analytical Processing) mula menyokong ke fungsian kepada bantuan keputusan untuk pengurusan atasan dari sudut pandang pengurusan. Kebolehan yang paling utama OLAP ialah penyediaan apa yang dipanggil Decision Cube, di mana pengurusan boleh melihat secara agregat maklumat atau pengguna boleh juga melakukan drill down kepada maklumat yang lebih terperinci. Kegunaan utama kebolehan ini ialah bagi mencari trend untuk melihat kemungkinan peluang atau ancaman dalam perjalanan sesuatu organisasi. Ini telah mengaburkan lagi garis perbezaan di antara MIS dan DSS. Ia telah menyebabkan para pengkaji mula menanyakan sama ada DSS merupakan nama komersial bagi MIS (Venkatraman, 1989;Turban, 2001). Ini telah menyebabkan Turban mula menyatakan bahawa DSS perlu dilihat sebagai satu payung terminologi yang merangkumi semua sistem yang membantu keputusan di dalam sebuah organisasi. Maka beliau mendefinisikan sistem bantuan keputusan sebagai satu metodologi yang menyokong penghasilan keputusan. Ia menggunakan sekumpulan model analisis bagi memproses data menjadi maklumat yang sangat menghampiri keperluan pengguna dalam membuat keputusan (Turban, 2001). DSS mempunyai dua definisi dari sudut komponen. Definisi melihat dari sudut fungsi dan satu lagi definisi melihat dari sudut kumpulan model. Dari kajian yang dilakukan, ke banyakkan pakar melihat komponen DSS dari sudut pandang kumpulan model. Maka kajian ini juga akan melihat komponen DSS dari sudut pandang kumpulan model. DSS mempunyai 3 komponen utama dan ia mempunyai 2 perhubungan dengan persekitaran. Hubungan yang pertama ialah kepada pangkalan data dan yang kedua kepada pengguna seperti dalam rajah di bawah:- 25 Rajah 2.5 2.3.1 Rangka kerja sistem bantuan keputusan (Sprague 1982:33) Pengurusan Data Tugas utama komponen ialah untuk mengawal capaian kepada data dan mengetahui data apa sahaja yang diketahui oleh sistem. Komponen ini berhubung dengan pangkalan data bagi mengawal dan mengurus penyeliaan data pangkalan data. Ia juga menyediakan data kepada komponen pengurusan model untuk membolehkan pengurusan model melakukan tugasnya. Ia juga mempunyai hubungan kepada sistem dialog pengguna bagi melayan permintaan pengguna untuk melihat atau menyelia data yang ada. Dari huraian di atas maka satu teknologi yang pasti digunakan ialah pangkalan data. Di bawah penggunaan teknologi ini ada dua prinsip yang penting. Pertama ialah pengoptimasian penggunaan ruang dengan memastikan reka bentuk pangkalan data memenuhi apa yang dipanggil Third Normal Form. Prinsip ini akan memastikan bahawa kewujudan dua rekod yang sama tidak akan terjadi di manamana jadual yang ada pada pangkalan data. Kedua, ia akan menggalakkan pencapaian data menggunakan konsep View dan bukan dicapai secara terus dari jadual. Ini kerana setelah sesuatu pangkalan data itu memenuhi prinsip ini, maka data yang dilihat pada satu-satu masa oleh pengguna akan merangkumi beberapa jadual. 26 Prinsip kedua ialah penggunaan jadual rujukan bagi mana-mana data masukkan yang akan digunakan secara berulang-ulang. Ini akan mengurangkan kemungkinan kesilapan dari dilakukan oleh pengguna ketika memasukkan data. Oleh kerana jadual rujukan ini akan menggunakan kod bagi mewakili satu-satu data tersebut, ia juga menyokong kepada kecepatan capaian terhadap data yang digunakan. Ini selalunya dicapai dengan melakukan indexing bagi medan kod pada jadual yang menggunakan jadual rujukan tersebut. 2.3.2 Pengurusan Model Tugas utama komponen ialah mengetahui model analisis apa yang ada. Ia juga menguruskan capaian data kepada pangkalan data melalui perhubungan dengan komponen pengurusan maklumat. Ia kemudiannya menentukan model mana yang akan digunakan. Akhirnya menyampaikan hasil dari model kepada sistem dialog pengguna. Dari huraian di atas, dua teknologi yang akan memenuhi keperluan ini dari sudut integrasi. Pertama ialah COM (Component Object Model) di bawah persekitaran MS Window. Teknologi ini mendefinisikan bagaimana untuk berkongsi kod sumber tanpa perlu memberikan kod sumber kepada pengguna. Bukan itu saja, ia juga membolehkan kod sumber yang dibangunkan dalam bahasa pengaturcaraan yang berbeza untuk digunakan bersama (Harmon, 2000). Dalam kata lain ia mendefinisikan objek asas yang perlu diimplementasikan oleh penulis pengaturcaraan. Ini membuka peluang yang lebih besar bagi perkongsian objek, yang akhirnya membawa kepada kepantasan sesuatu perisian itu dibangunkan. Kedua Teknologi CORBA pula menambah apa yang didefinisikan oleh COM, dengan menyatakan bahawa persekitaran sistem operasi tidak lagi menjadi kekangan untuk perkongsian objek. Dua teknologi di atas, memberikan gambaran bahawa kini, telah wujud peluang untuk menghasilkan komponen DSS ini dalam bentuk plug-in. Iaitu pertambahan model tanpa perlu penulisan semula kepada perisian. 27 Namun begitu pengkaji merasakan bahawa pandangan seperti ini terlalu ideal dan tidak praktikal. Ini kerana pertama setiap model yang dibangunkan akan mempunyai keperluan data yang berbeza dan kerana model ini didefinisikan sebagai objek, ia juga memerlukan data tersebut dalam format tertentu. Maka pengurusan model perlu melakukan penyediaan data kepada format yang diperlukan. Bagaimana untuk melakukannya tanpa penyeliaan kod sumber? Kedua, ada kalanya modelmodel ini akan dipanggil mengikut urutan (sequence), di sini juga menimbulkan pertanyaan yang sama. 2.3.3 Sistem Dialog Pengguna Tugas utama komponen ini ialah berhubung dengan pengguna untuk menentukan proses apa yang diperlukan oleh pengguna. Jika pengguna ingin melihat data, ia akan membuat perhubungan dengan komponen pengurusan maklumat data bagi mendapatkan data. Ia seterusnya menyusun data tersebut supaya mudah difahami oleh pengguna, sebelum menyampaikan maklumat tersebut kepada data. Jika pengguna memerlukan suatu analisis dilakukan ia akan berkomunikasi dengan komponen pengurusan model bagi mendapatkan model yang sesuai. Seterusnya hasil dari model tersebut disusun dan disajikan kepada pengguna. 2.4 Sistem Maklumat Geografi Sistem Maklumat Geografi (GIS) merupakan suatu sistem pangkalan data berkomputer di mana segala maklumat geografi sesuatu kawasan itu dapat disimpan, diolah dan dianalisis menggunakan sistem komputer. GIS mempunyai dua komponen iaitu komponen spatial dan komponen atribut. komponen spatial akan mendefinisikan lokasi sesuatu maklumat. Pada dasarnya ia akan mempunyai tiga bentuk iaitu titik, garis dan poligon. Sementara komponen atribut merupakan maklumat dalam pangkalan data. Oleh itu keistimewaan GIS ialah kebolehannya menghubungkan dua komponen ini. 28 Maklumat-maklumat geografi yang dimaksudkan adalah seperti kedudukan dan saiz lot-lot tanah serta status pemilikan, jaringan sistem jalan raya dan kereta api, sistem saliran, pembetungan, kedudukan sungai dan paya, bangunan, keadaan dan ketinggian rupa bumi, maklumat geologi, bilangan penduduk, maklumat guna tanah dan lain-lain yang berkaitan dengan kedudukan geografi sesuatu tempat. Di dalam GIS, maklumat yang dinyatakan di atas boleh dipamerkan menerusi layar komputer sama ada di dalam bentuk grafik (peta), jadual ataupun laporan supaya ianya mudah difahami oleh pengguna dan sekiranya diperlukan, maklumatmaklumat ini bolehlah diplot ataupun dicetak menggunakan alat pemelot ataupun pencetak. 2.4.1 Sistem Maklumat Geografi dan Perancangan Bagi penggunaan GIS oleh perancang dalam menjalankan tugasnya kita perlu membahagikan kepada dua kumpulan utama. Kumpulan pertama ialah ahli akademik yang mengajar dan menggunakan GIS di dalam alam akademik dan kedua pegawai perancang yang menggunakan GIS di luar alam akademik. Bagi kumpulan pertama fungsi GIS dalam perancangan diterangkan oleh Anthony Yeh (1999) sebagai alat untuk menyokong pembuatan keputusan dengan melakukan analisis kartografi atau sebagai penjana data yang digunakan oleh modelmodel analisis perancangan yang lain. Model-model analisis ini selalunya berbentuk matematik atau statistik (Anthony Yeh, 1999;Batty dan Harris, 2001). Ini boleh dilihat di rajah di bawah. 29 Rajah 2.6 GIS dan model analisis di dalam perancangan (Anthony Yeh 1999) Apa yang menarik dari rajah di atas ialah pemecahan data spatial dan data bukan spatial oleh Anthony Yeh. Pengkaji berpendapat ini dilakukan kerana pertama, data-data spatial yang dihasilkan oleh perisian GIS agak berbeza dengan data-data pangkalan data yang lain biarpun ia selalunya dibina atas teknologi pangkalan data. Sebagai contoh data yang berformat shape dari ESRI dan TAB bagi MapInfo didirikan di atas format data dbf. Namun begitu bagi data yang berformat shape jika diubah nama medan atributnya di luar perisian GIS boleh menyebabkan perhubungan data atribut dan geometrinya rosak. Ini menunjukkan kedua data ini nampak sama tetapi tidak serupa. Kedua, ke fungsian di dalam GIS seperti join table jarang digunakan di dalam penghasilan data litupan oleh pengguna GIS. Ini menyebabkan perhubungan di antara data GIS dan data yang lebih sesuai diwujudkan dalam pangkalan data tidak wujud. Malah, mungkin kerana perisian GIS itu terlalu mudah untuk menambahkan medan kepada litupan GIS, maka pengguna akan mengisikan dua medan dalam data atribut litupan iaitu satu medan untuk kod dan satu medan lain untuk penerangan untuk kod. Berdasarkan pengalaman pengkaji, ini sering dilihat dalam litupan guna tanah yang digunakan oleh perancang. Penjanaan data seperti ini menyebabkan litupan data yang dijanakan sukar untuk digunakan oleh model analisis yang lain. Ini kerana kesilapan dari sudut ejaan, perbezaan huruf besar dan kecil atau perbezaan bilangan ruang kosong akan menyebabkan model/aplikasi sokongan membuat anggapan sesuatu klasifikasi yang sepatutnya sama menjadi berbeza. 30 Kumpulan kedua menggunakan GIS lebih sebagai modul untuk memaparkan hasil analisis yang telah dijalankan menggunakan model overlay dan sebagai alat untuk membuat pertanyaan mendadak (adhoc query) terhadap atribut bagi satu-satu lokasi di kawasan kajian. Ini boleh dilihat dengan sistem-sistem EIS (Executive Information System) yang digunakan bagi memaparkan RTD (Rancangan Tempatan Daerah)/RS (Rancangan Struktur) bagi satu-satu kawasan kajian. Di mana konsep satu klik dan dapatkan maklumat lokasi digunakan sebagai asas kemudahan yang diberikan oleh sistem tersebut. Kenapa ia hanya memberikan kemudahan ini diterangkan oleh Batty dan Harris (2001) di dalam bidang perancangan yang ingin menjawab soalan berbentuk what-if, GIS boleh menjawab persoalan what-if yang berbentuk paparan peta fizikal dengan proses model overlay. Malah kedua pakar ini menyatakan sumbangan terbesar GIS dalam perancangan ialah dalam penjanaan data baru dan pergabungan maklumat sumber yang berbentuk data geografi dan bukan geografi (ini juga boleh dilihat dirajah di atas). Oleh itu kedua pakar ini berpendapat kebolehan yang dimiliki oleh GIS belum mencukupi bagi kegunaan seorang perancang. Ia perlu ditambah dengan model-model matematik yang menunjukkan kesan perubahan satu faktor terhadap faktor lain. Pendapat ini juga disokong oleh Amiruddin(2001) di mana jika dikaji sistem yang dibangunkan dalam tesis beliau, GIS digunakan untuk memaparkan hasil pengiraan model agihan penduduk dan pertanyaan adhoc terhadap paparan hasil tersebut. 31 2.4.2 Analisis Tanah Tinggi dan Lereng Bukit Penggunaan GIS dalam menganalisis kawasan tanah tinggi bermula dengan melakukan interpolasi permukaan bagi kawasan yang tidak mempunyai data ketinggian. Data masukkan bagi proses ini mempunyai dua kemungkinan. Kemungkinan pertama ialah menggunakan data litupan titik yang dihasilkan dengan membaca nilai ketinggian di lapangan dan memplot maklumat tersebut ke dalam satu litupan GIS yang beratribut nilai bacaan ketinggian. Cara ini akan melibatkan kos dan masa yang banyak. Kemungkinan kedua ialah menggunakan data kontur yang telah sedia-ada. Teknik interpolasi yang ada boleh dibahagikan kepada dua kumpulan besar. Kumpulan pertama ialah interpolasi deterministik. Di mana nilai ketinggian diperoleh mengguna pemberat purata (weighted average) di dalam satu formula matematik. Pemberat purata ini pula dibentuk berdasarkan nilai ketinggian yang diketahui bagi kawasan yang berdekatan. Perbezaan antara teknik interpolasi di dalam kumpulan ini akan menggunakan cara yang berbeza bagi membentuk formula purata pemberat. Sebagai contoh teknik interpolasi yang jatuh di bawah kumpulan ini ialah IDW(Inverse Distance Weighted) dan teknik polinomial. Kumpulan kedua pula dikenali sebagai interpolasi stochastic. Ia disebut stochastic kerana di samping menggunakan pemberat purata, ia juga menggunakan pengiraan probilistik dalam formula yang digunakannya. Teknik yang termasuk dalam kumpulan ini ialah teknik Kringging dan perkembangan teknik ini seperti Universal Kringging. Kedua-dua teknik di atas menggunakan idea bahawa ketinggian di sesuatu lokasi itu boleh ditentukan dengan mengambil beberapa nilai titik observasi terdekat dari lokasi yang di interpolasi. Langkah ini akan dilakukan bagi setiap lokasi yang ingin diketahui ketinggian. Perbandingan kebaikan dan keburukan teknik-teknik interpolasi ini diberikan di bawah:- 32 Jadual 2.5 : Perbandingan teknik interpolasi permukaan (Taher 2004) Teknik Kebaikan Keburukan Kelajuan Interpolasi Inverse Distance bilangan parameter Tiada maklumat Sangat Laju Weighted kecil ralat Global Polinomial bilangan parameter Tiada maklumat Sangat Laju kecil ralat, terlalu licin Lokal Polinomial Fleksibel Tiada maklumat Laju ralat Agak laju Banyak keputusan Krigging Fleksibel, perlu dibuat mempunyai model tentang model, untuk dipadankan pengiraan dan mempunyai matematik maklumat kompleks mengenai ralat Perisian GIS komersial yang ada di pasaran telah mengautomasikan langkah ini. Sebagai contoh ArcGIS 8 telah lakukannya bagi menghasilkan grid ketinggian dan kecerunan. Di mana Litupan yang dianalisis akan dibahagikan kepada sel-sel grid yang sama saiznya. Kemudian Interpolasi terhadap ketinggian bagi titik tengah bagi setiap sel dilakukan. Setelah proses interpolasi ini dilaksanakan, teknik Triangular Irregular Network (TIN) digunakan untuk menjana permukaan. Teknik TIN menggunakan data asas yang merupakan segi tiga. Permukaan tiga segi ini digabungkan untuk membentuk satu data litupan 3D. Untuk mengetahui tinggi atau kecerunan pengguna perlu kelik pada lokasi yang maklumatnya ingin diperoleh. Proses seterusnya bergantung kepada apa yang ingin dicapai oleh pengkaji. 33 Sebagai contoh, pergabungan GIS dan model hidrologi untuk kajian kestabilan tanah (Mowen Xie, 2003). Litupan data yang dianalisis dibahagikan kepada sel-sel grid yang sama saiznya. Bagi setiap sel dilakukan proses pengiraan kestabilan cerun. Pengiraan kestabilan cerun ini diolah sebagai satu proses meminimumkan faktor keselamatan di setiap sel. Hasil akhir pengiraan ini direkodkan sebagai atribut kepada litupan tersebut. Maka satu litupan yang menunjukkan kawasan bahaya tanah runtuh dapat dihasilkan. Namun begitu kelemahan yang disebut oleh pembuat kaedah ini ialah hanya pengiraan model yang mudah sahaja yang boleh dimasukkan dalam sistem GIS. Beliau juga berpendapat keadaan ini akan berterusan sehingga teknik analisis 3D GIS matang. 2.5 Sintesis Keputusan Dari huraian permasalahan di atas, kita telah menyatakan bahawa keputusan dibuat untuk mencapai pembangunan mapan. Dari huraian tentang pembangunan mapan kita juga telah melihat bahawa ia bergantung kepada penilaian nilai-nilai subjektif dan akan melibatkan berbagai kriteria. Maka, untuk membantu pengguna dalam melakukan penilaian tersebut, kita memerlukan satu teknik untuk memproses data yang merupakan nilai-nilai subjektif dan menghasilkan maklumat yang menghampiri kepada bentuk keputusan yang diperlukan oleh pengguna. 2.5.1 Teori Analisis Proses Berhierarki Analisis Proses Berhierarki (Analytical Hierarchy Process atau AHP) ialah satu teknik yang sering diguna pakai dalam menganalisis masalah yang melibatkan berbagai kriteria. Ia telah dicipta oleh Saaty dan bersandarkan kepada tiga prinsip asas iaitu penyusunan kriteria di dalam struktur hierarki, perbandingan kepentingan di antara kriteria serta pilihan keputusan dan sintesis kepentingan (Malczewski, 1999:ms 218). 34 Mari kita lihat prinsip-prinsip ini satu persatu. Yang pertama iaitu penyusunan kriteria dan pilihan dalam bentuk hierarki. Penyusunan ini akan membentuk sebuah struktur pohon/pokok di mana di paling atas adalah kenyataan masalah, diikuti oleh kriteria di tingkat yang lebih bawah dan diakhiri oleh pilihan keputusan yang hendak dibuat. Ini boleh dilihat dalam rajah di bawah: - Kenyataan Masaalah Kriteria 1 Kriteria 1 Sub 1 Kriteria 1 Sub 2 Pilihan Keputusan Pilihan Keputusan Rajah 2.7 Kriteria 2 Pilihan Keputusan Hierarki umum analisis proses berhierarki Apa yang menarik dalam struktur ini ialah perbezaan di antara pilihan keputusan dan kriteria untuk membuat keputusan diproses seolah-olah sama. Perbezaan yang wujud ialah pilihan keputusan akan wujud pada setiap dahan pokok di tingkat dahan yang paling rendah. Ini boleh menyebabkan bagi pengguna yang tidak peka, tidak memasukkan pilihan keputusan ke dalam struktur hierarki permasalahan mereka. Tanpa wujudnya pilihan keputusan maka hasil AHP tidak lagi melambangkan sintesis keputusan. Prinsip kedua iaitu perbandingan kepentingan di antara kriteria dan pilihan keputusan. Sebelum perbandingan ini dilakukan. Pemetaan informasi dari nilai-nilai subjektif (perbandingan kepentingan) kepada nilai ratio dilakukan. Pemetaan ini selalunya menggunakan skala 1 hingga 9 (Bodin dan Gass, 2003). Jadual di bawah menunjukkan contoh bagaimana nilai skala 1 hingga 9 ini digunakan : - 35 Jadual 2.6 : Pemetaan nilai subjektif kepada ratio (Bodin dan Gass 2003, Saaty 2003) Nilai Definisi Penerangan 1 Equal Two activities contribute equally to the objective 3 Moderate Experience and judgment slightly favor one over another 5 Strong Experience and judgment strongly favor one over another 7 Very Strong An activity is strongly favored and its dominance is demonstrated in practice 9 Absolute The importance of one over another affirmed on the highest possible order 2,4,6,8 Intermediate Value Pada dasarnya penggunaan skala 1 hingga 9 ini tidak merupakan satu kemestian. Skala lain boleh digunakan asalkan maksud pecahan skala tersebut diterima pakai oleh pembuat keputusan dan nilai yang digunakan bermula dari satu. Keperluan nilai yang bermula dari satu ini wujud kerana AHP mengambil kira perbandingan songsang di antara kriteria. Sebagai contoh, perbandingan kepentingan di antara kriteria A terhadap B diberi nilai 2. Maka perbandingan di antara kriteria B terhadap A menjadi 1/2. Prinsip perbandingan ini adalah kunci kepada AHP dalam proses menentukan nilai pemberat bagi setiap kriteria dalam masalah yang ingin diselesaikan (Bodin dan Gass, 2003;Saaty, 2003). Prinsip yang terakhir iaitu sintesis keputusan. Di dalam AHP sintesis keputusan dibuat berdasarkan perbandingan kepentingan kriteria dan pilihan keputusan. Ia menggunakan matriks dalam menyimpan maklumat perbandingan kepentingan setiap kriteria. Proses pengiraan nilai eigen matriks yang menghasilkan maklumat berbentuk vektor dijadikan penentuan keputusan lokal atau nilai pemberat sesuatu kriteria atau pilihan keputusan. Di mana nilai-nilai lokal ini kemudiannya digabungkan menjadi keputusan global. Selalunya keputusan global ini akan melalui proses normalisasi vektor supaya jumlah elemen dalam vektor menjadi 1. Atau dengan kata lain jumlah nilai pilihan keputusan global akan menjadi 1(Saaty, 2003). 36 Maka dari segi teori AHP tidak mempunyai sokongan spesifik mengenai elemen lokasi. Pakar dalam AHP menambahkan elemen ini bagi masalah yang ingin diselesaikan. Ini telah mewujudkan dua pendekatan untuk menangani elemen lokasi dalam AHP. Pendekatan pertama ialah pemilihan lokasi terbaik. Bagi pendekatan ini elemen lokasi dijadikan pilihan keputusan di dalam hierarki AHP (Vaidya dan Kumar, 2004). Sementara pendekatan kedua ialah menilai kesesuaian sesuatu lokasi untuk mencapai objektif tertentu. Di sinilah AHP ini digabungkan dengan GIS dan akan dihuraikan di bawah. 2.5.2 Penggunaan Analisis Proses Berhierarki Semasa Berdasarkan kajian liter atur pergabungan di antara AHP dan GIS dilakukan untuk memberikan nilai tambah kepada GIS dalam membuat penilaian kesesuaian sesuatu tapak/lokasi menggunakan berbagai kriteria(Alias et al, 2004 ms 1;Nor Sallehi dan Rafikul, 2004; Mohammad dan Mohammad, 2004; dan lain-lain). Pergabungan ini selalunya dilakukan dengan menggunakan perisian yang dipanggil Expert Choice. Di mana Expert Choice akan mengolah maklumat proses AHP dan hasil pengolahan ini akan dimasukkan sebagai atribut kepada litupan GIS yang dianalisis. Maka ia akan membentuk satu integrasi sistem yang berbentuk Loose Coupling (Taher, 2004 ms 193). Proses penggabungan ini selalunya akan membentuk hierarki kriteria dengan menjadikan satu data litupan GIS menjadi satu kriteria di hierarki tingkat pertama. Bagi hierarki tingkat kedua salah satu atribut dari data litupan GIS (yang dipilih hierarki tingkat pertama) digunakan. Atribut yang dipilih dalam hierarki tingkat kedua ini selalunya akan berbentuk kelas(data ordinal). Langkah selanjutnya, Model Analisis GIS Overlay digunakan untuk menghasilkan peta kompo berdasarkan litupan-litupan yang dianalisis. Hasil operasi keputusan AHP akan dimasukkan ke dalam litupan peta kompo sebagai atribut. Paparan GIS akan diberikan kepada pengguna untuk menunjukkan hasil pengiraan AHP. 37 Sebagai contoh penghasilan model kesesuaian tanah bagi perlindungan kawasan tadahan air di kawasan Gombak, Selangor oleh Dr Alias bin Abdullah dan rakan-rakan(Alias et. al, 2004 ms 1). Satu contoh lain yang menggunakan langkah yang sama ialah sistem bantuan keputusan di dalam pelan fizikal negara (Nor Sallehi dan Rafikul, 2004). Sementara Dr Mohammad Abdul Mohit pula menggunakan teknik grid dan AHP dalam membuat penganalisisan kesesuaian tanah untuk pembangunan bandar di Bangladesh(Mohammad dan Mohammad, 2004). Dari kajian terhadap liter atur, bagaimana AHP digabungkan dengan GIS kita boleh simpulkan sebagai: - 1. AHP digunakan sebagai satu teknik untuk menghasilkan nilai pemberat kepada setiap data litupan yang digunakan dalam analisis. Atau mungkin lebih tepat lagi jika dikatakan hasil pengiraan prioriti global AHP digunakan sebagai pemberat kepada data litupan. 2. Teknik Model Analisis Overlay digunakan untuk mengira jumlah (1) 3. Penentuan kesesuaian sesuatu tapak masih lagi ditentukan oleh penyelidik berdasarkan jumlah nilai (2). Contoh fiktif dilakukan untuk mempelajari pendekatan yang menggunakan AHP sebagai penjana pemberat kepada data litupan GIS. Bagi contoh ini, penilaian permohonan menggunakan 2 kriteria iaitu ketinggian dan kecerunan seperti yang didefinisikan di atas di dalam bahagian Proses Permohonan Pembangunan di atas. Contoh ini juga memfokuskan kepada penghasilan sintesis keputusan dan tidak menunjukkan pengiraan konsistensi bagi perbandingan di antara kriteria. Sementara pemetaan nilai subjektif pula menggunakan definisi di atas dalam jadual 2.6. 38 Bagi mensimulasikan keadaan permohonan pembangunan kita menggunakan 4 lokasi pembangunan yang atributnya berbeza-beza. Ciri-ciri 4 lokasi permohonan pembangunan ini dianggap diperoleh dari GIS melalui dua litupan iaitu litupan kelas ketinggian dan litupan kelas kecerunan. Pada litupan kelas ketinggian ia mempunyai satu atribut yang dipanggil Tinggi. Atribut tinggi menyimpan maklumat kelas ketinggian seperti yang didefinisikan pada jadual 2.2. Begitu juga dengan litupan Kelas Kecerunan mempunyai satu atribut yang dipanggil cerun. Atribut cerun menyimpan maklumat kelas kecerunan yang didefinisikan pada jadual 2.3. Maklumat atribut bagi 4 lokasi pembangunan tersebut seperti di bawah: - Jadual 2.7 : Ciri bagi 4 tapak pembangunan Tinggi Cerun A Tanah Pamah Tiada B Tanah Tinggi C Bukit D Pergunungan Risiko Rendah Risiko Sederhana Risiko Tinggi Keputusan yang ingin diperoleh ialah: - 1. Lulus 2. Lulus bersyarat 3. Tolak Langkah Pertama ialah pembentukan hierarki bagi 2 kriteria di atas. Langkah ini menghasilkan hierarki yang ditunjukkan di bawah: - 39 Rajah 2.8 Hierarki kepentingan ketinggian dan kecerunan Langkah kedua ialah pemberian nilai subjektif bagi pembandingan di antara 2 kriteria. Dalam kes ini kita akan mulakan pemberian nilai subjektif perbandingan kepentingan dari tingkat paling bawah ke atas bagi hierarki di atas. Maka matriks perbandingan kepentingan bagi kecerunan ialah:- Jadual 2.8 : Perbandingan kepentingan bagi atribut kecerunan Kriteria:Kecerunan Tiada Risiko Risiko Risiko Tinggi Rendah Sederhana Tiada 1.0000 5.0000 7.0000 9.0000 Risiko Rendah 0.2000 1.0000 7.0000 9.0000 Risiko Sedahan 0.1429 0.1429 1.0000 9.0000 Risiko Tinggi 0.1111 0.1111 0.1111 1.0000 Sementara Matriks Perbandingan Kepentingan bagi Ketinggian pula ialah Jadual 2.9 : Perbandingan kepentingan bagi atribut ketinggian Kriteria:Ketinggian Tanah Pamah Bukit Tanah Pergunungan Tinggi Tanah Pamah 1.0000 3.0000 5.0000 9.0000 Bukit 0.3333 1.0000 5.0000 7.0000 Tanah Tinggi 0.2000 0.2000 1.0000 7.0000 Pergunungan 0.1111 0.1429 0.1429 1.0000 40 Bagi memudahkan pengiraan, perbandingan kepentingan antara litupan GIS dianggap sama. Matriks Perbandingan Kepentingan Litupan GIS ialah Jadual 2.10 : Perbandingan kepentingan di antara litupan Kriteria : Permohonan Tinggi Kecerunan Tinggi 1.0000 1.0000 Kecerunan 1.0000 1.0000 Setelah semua nilai perbandingan kepentingan diberikan, kita lihat satu contoh pengiraan nilai lokal eigen bagi matriks kecerunan. Langkah pertama ialah kiraan jumlah bagi setiap kolum. Jadual 2.11 : Hasil kiraan kolum bagi kecerunan Kecerunan Tiada Risiko Risiko Risiko Rendah Sederhana Tinggi Tiada 1.0000 5.0000 7.0000 9.0000 Risiko Rendah 0.2000 1.0000 7.0000 9.0000 Risiko Sederhana 0.1429 0.1429 1.0000 9.0000 Risiko Tinggi 0.1111 0.1111 0.1111 1.0000 Jumlah 1.4540 6.2540 15.1111 28.0000 Langkah seterusnya ialah untuk bahagikan nilai sel kolum dengan jumlah sel yang dikira di atas hasil pengiraan tersebut seterusnya dikira pula purata bagi baris matriks tersebut. Nilai ini adalah nilai kepentingan lokal. Hasil pengiraan ini boleh dilihat di bawah: - Jadual 2.12 : Lokal Prioriti bagi kecerunan Kecerunan Tiada Risiko Risiko Risiko Lokal Rendah Sederhana Tinggi Tiada 0.6878 0.7995 0.4632 0.3214 0.5680 Risiko Rendah 0.1376 0.1599 0.4632 0.3214 0.2705 Risiko Sederhana 0.0983 0.0228 0.0662 0.3214 0.1272 Risiko Tinggi 0.0764 0.0178 0.0074 0.0357 0.0343 41 Langkah ini diulang untuk setiap matriks perbandingan kepentingan. Sementara Prioriti Global pula dikira dengan menggunakan formula Prioriti lokal Atribut * Prioriti lokal Litupan GIS. Apabila kita melakukan semua pengiraan akan menghasilkan hasil pengiraan di bawah. Rajah 2.9 Hasil pengiraan kepentingan global Untuk mendapatkan hasil penilaian pembangunan maka kita akan memasukkan nilai-nilai global eigen di atas kepada litupan GIS mengikut nilai atribut. Operasi Overlay GIS dilakukan untuk mendapatkan nilai sintesis AHP bagi lokasi pembangunan. Maka bagi Penilaian Pembangunan 4 lokasi yang kita pilih di atas ialah, Tinggi Cerun Dari Tinggi Dari Cerun Jumlah Jadual 2.13 : Pengiraan hasil sintesis A B C D Tanah Pamah Tanah Tinggi Bukit Pergunungan Tiada Risiko Rendah Risiko Sederhana Risiko Tinggi 0.2653 0.0687 0.1467 0.0193 0.2840 0.1353 0.0636 0.0171 0.5493 0.2040 0.2103 0.0364 42 Dari maklumat jumlah pengiraan di atas, satu penilaian dibuat bagi memetakan nilai sintesis AHP kepada keputusan iaitu lulus, lulus bersyarat dan gagal. sebagai contoh: - Jadual 2.14 : Penilaian bagi keputusan Jeda Nilai Jumlah Keputusan > 0.5 Lulus 0.2 - 0.5 Lulus Bersyarat < 0.2 Gagal Ini menghasilkan keputusan penilaian permohonan di bawah. Jadual 2.15 : Keputusan bagi 4 lokasi pembangunan contoh A B C D Tinggi Tanah Pamah Tanah Tinggi Bukit Pergunungan Cerun Tiada Risiko Rendah Risiko Sederhana Risiko Tinggi Keputusan Lulus Lulus Bersyarat Lulus Bersyarat Gagal Dari contoh pengiraan di atas kita boleh membuat rumusan bahawa bagi lokasi yang mempunyai nilai atribut yang sama akan menghasilkan keputusan yang sama. Ini sesuai dengan keperluan penghasilan keputusan yang konsisten. Namun begitu terdapat dua isu yang perlu diperbincangkan dengan lebih lanjut. Isu yang pertama ialah ketiadaan pilihan keputusan di dalam hierarki kriteria (rajah 2.8) yang dibangunkan. Malah pilihan keputusan ini diletakkan selepas semua pengiraan AHP telah selesai. Ini pada pendapat pengkaji melanggar asas teori AHP itu sendiri yang memerlukan pilihan keputusan sebahagian dari hierarki faktor seperti yang telah dihuraikan di bahagian teori AHP. 43 Oleh itu pengkaji juga berpendapat bahawa hierarki keputusan hanya dibina setelah GIS menjana maklumat atribut bagi sesuatu tapak. Ini membolehkan lokasi pembangunan yang mempunyai ciri-ciri yang berbeza mempunyai hierarki yang berbeza, sementara tapak yang mempunyai ciri-ciri yang sama mempunyai hierarki yang sama. Isu yang kedua ialah perbandingan kepentingan di antara atribut bagi satu litupan GIS. Sebagai contoh di atas perbandingan kepentingan dilakukan ke atas atribut kecerunan yang diklasifikasikan sebagai risiko rendah dengan atribut kecerunan yang diklasifikasikan dengan atribut kecerunan risiko tinggi. Pengkaji berpendapat memandangkan maklumat ini adalah hasil dari capaian rekod pangkalan data, maka bagi satu tapak hanya akan mempunyai satu sahaja nilai atribut. Iaitu sama ada ia berkecerunan risiko tinggi atau berkecerunan risiko rendah. Kenapa perlu ada perbandingan di antara atribut kecerunan ini? Kedua isu ini membawa kepada soalan yang berikutnya, apakah ada cara lain untuk menggunakan AHP dan GIS yang akan tetap mengekalkan kebaikan dan mengatasi masalah dua isu ini. 2.6 Pengecaman Garis Panduan Garis panduan bagi pembangunan berada dalam berbagai bentuk dan format rujukan. Keadaan ini pada dasarnya menyukarkan reka bentuk pangkalan data yang hendak dibangunkan. Ini disebabkan jika memasukkan semua kategori rujukan syarat sebagai medan dalam satu jadual pangkalan data, maka jadual kita akan mempunyai banyak ruang kosong kerana medan tersebut tidak digunakan oleh syarat-syarat lain yang direkodkan. 44 Ini melanggar prinsip dan tujuan asas bagi pangkalan data untuk mengurangkan pengulangan data yang direkodkan. Jika digunakan kaedah membahagikan garis panduan kepada jadual-jadual yang berbeza, iaitu pembahagian garis paduan bagi memastikan setiap medan diisi akan menghasilkan banyak jadual yang ada satu rekod sahaja. Kaedah lain yang sering dilakukan seperti di Putra Jaya dan SKP (Sistem Kawalan Pembangunan) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ialah dengan menyimpan maklumat dalam bentuk imej yang dihasilkan dari dokumen rujukan. Namun permasalahan kaedah ini ialah penggunaan ruang harddisk akan menjadi besar dan sebarang carian adalah bagi mendapatkan satu dokumen, bukan garis panduan yang diperlukan sahaja. Mungkin cara yang terbaik ialah dengan melihat garis panduan sebagai satu rule. Maka koleksi rule akan disimpan dalam jadual yang mempunyai dua medan. Medan yang pertama menyimpan maklumat condition dan Medan yang kedua menyimpan tindakan atau syarat. Dengan itu mengekalkan maklumat tersebut dalam bentuk teks tual yang menggunakan ruang yang kecil. Namun kaedah ini akan memerlukan injin rule-base bagi capaian terhadap maklumat yang disimpannya. Kesimpulan yang boleh dibuat di sini ialah pertama maklumat rujukan bagi garis panduan yang digunakan akan berbentuk jenis atau data yang berbentuk ordinal. Kedua bilangan maklumat rujukan bagi garis panduan boleh satu atau banyak yang mempunyai perhubungan "dan" atau "atau" di antaranya. Ketiga teknik penyimpanan maklumat akan mempengaruhi kemudahan data difahami. Ia juga akan mempengaruhi teknik capaian yang diperlukan. 45 2.7 Rumusan Dari kajian tentang permasalahan yang ingin diselesaikan, kesimpulan berikut boleh dibuat. Pertama, permasalahan ini akan melibatkan satu lokasi pembangunan. Kedua, penilaian pembangunan akan berbentuk penyelesaian masalah yang berbagai kriteria. Kebanyakan kriteria yang digunakan akan berbentuk jenis atau kelas yakni data ordinal. Ada juga kriteria yang timbul berdasarkan pengalaman pembuat keputusan dan ini akan berbentuk penilaian subjektif. Ketiga, keputusan atau ulasan pembangunan akan dibuat secara berkumpulan di dalam sebuah mesyuarat. Maka untuk mencapai keputusan yang konsisten dan cepat satu metodologi pembuatan keputusan yang sistematik diperlukan. Salah satu metodologi pembuatan keputusan yang memenuhi syarat di atas ialah AHP. Ia menggunakan tiga prinsip dasar. Prinsip dasar AHP ialah penyusunan kriteria dan pilihan keputusan dalam bentuk hierarki, pemetaan perbandingan kepentingan dari ordinal kepada ratio dan sintesis keputusan berdasarkan perbandingan kepentingan. Bagi mengambil kira elemen lokasi, GIS diketengahkan sebagai komponen penting dalam sistem. Kebolehan GIS untuk menunjukkan lokasi pembangunan dan capaian maklumat rujukan seperti garis panduan guna tanah dan lain-lain akan membantu pembuat keputusan dalam membuat penilaian pembangunan. Bagi mengurangkan penggunaan masa untuk mencari garis-panduan yang sesuai bagi sesuatu permohonan pembangunan, satu komponen pengecaman garispanduan diketengahkan. Proses pengecaman ini akan menggunakan teknik rule-base bagi melakukan penyisihan garis panduan sehingga garis panduan yang tinggal adalah garis panduan yang berlaku kepada permohonan pembangunan itu sahaja. 46 Untuk memudahkan penggunaan sistem, rangka kerja DSS dicadangkan sebagai dasar seni bina aplikasi yang dibangunkan. Ia akan mengawal bagaimana pergabungan GIS, AHP dan fungsi-fungsi lain dalam aplikasi tanpa penglibatan pengguna. Perhubungan dengan pengguna adalah melalui satu sistem dialog pengguna. Ini dilakukan dengan tujuan mempercepat proses penilaian permohonan pembangunan tersebut. BAB 3 ANALISA DAN REKA BENTUK 3.1 Pendahuluan Bab 1 menunjukkan bahawa banyak masa pegawai perancang dihabiskan untuk mencari maklumat rujukan dan melakukan kerja-kerja teknikal sehingga masa untuk mensintesiskan hasil analisis adalah terhad. Sementara Bab 2 pula telah menghuraikan proses permohonan dan maklumat tentang teknologi yang akan digunakan oleh sistem. Bahagian ini akan menumpukan huraian terhadap reka bentuk sistem untuk membantu pegawai perancang agar beliau boleh menumpukan lebih masa untuk mensintesiskan hasil analisis. Reka bentuk ini akan dibincangkan sejauh mungkin tanpa rujukan spesifik terhadap perisian pembangunan atau development tool yang digunakan. Ini penting pada pandangan penulis, agar reka bentuk ini dapat digunakan oleh pembangun sistem yang lain tanpa terikat dengan perisian yang digunakan oleh penulis. Bahagian ini bermula dengan langkah-langkah kajian keperluan pengguna di mana ia menghasilkan reka bentuk logik yang dibincangkan selepas itu. Reka bentuk logik ini dibuat dengan lengkap bagi pembangunan prototaip untuk membantu pegawai perancang dalam menilai permohonan pembangunan. 48 3.2 Kajian Keperluan Objektif utama kajian keperluan pengguna ialah untuk mendapatkan prosesproses utama bagi sistem bantuan keputusan yang dibangunkan. Maka ia dimulakan dengan mendapatkan dahulu dokumen-dokumen yang digunakan semasa permohonan pembangunan itu diproses. Ini kerana dokumen-dokumen ini akan memberikan bayangan awal tentang keperluan data masukkan dan maklumat apa yang diperlukan oleh pengguna. Kedua kajian dari akta 172 iaitu akta Perancangan Bandar dan ulasan-ulasan tentang pemprosesan permohonan pembangunan pula dilihat. Ini untuk memberikan pemahaman awal tentang proses kerja yang diamalkan sekarang. Ketiga penyediaan animasi yang menggambarkan bagaimana sistem akan beroperasi dihasilkan. Animasi ini dibangunkan menggunakan dua maklumat yang diperoleh di atas. Animasi ini akan membantu pengguna dalam memberikan gambaran awal apa yang telah difahami oleh penyelidik tentang keperluan sistem. Terakhir animasi ini dipersembahkan kepada kumpulan pengguna untuk mendapatkan maklum balas pengguna. Ketiga-tiga langkah di atas diambil untuk memastikan bahawa maklum balas yang diperoleh adalah bernas. 3.3 Reka Bentuk Konseptual Sistem Bantuan Keputusan Sistem maklumat geografi digabungkan ke dalam rangka kerja sistem bantuan keputusan bagi memudahkan pengguna dalam penggunaan analisis pencarian lokasi pembangunan dan mendapatkan ciri-ciri tapak kawasan cadangan pembangunan. Di mana komponen sistem dialog pengguna DSS digunakan sebagai asas perhubungan dengan GIS. Ini membolehkan proses capaian dan carian data yang lazim dan penting menjadi sebahagian dari aplikasi tersebut. 49 Kebaikan yang kedua ialah model analisis spatial GIS kini boleh digabungkan dengan model analisis yang lebih berbentuk matematik atau statistik. Pergabungan ini ditunjukkan dalam rajah di bawah:- Rajah 3.1 3.3.1 Pergabungan GIS dan rangka keja DSS Pengurusan Data Komponen ini ditambah fungsinya iaitu mengawal capaian data spatial oleh pengguna dan komponen pengurusan model. Secara Idealnya ia juga harus mengawal sebarang penyeliaan data spatial. Namun perisian GIS yang ada kini adalah berbentuk sistem tertutup, maka kawalan pengeditan data oleh komponen pengurusan terhadap GIS sukar untuk diimplementasikan. Kawalan pengeditan spatial hanya boleh diimplementasikan dengan penambahan kawalan tersebut dengan menggunakan bahasa skrip seperti Map Basic bagi MapInfo atau VBscript bagi ArcGIS 8 ke atas di dalam sistem GIS itu sendiri. 50 3.3.2 Pengurusan Model Komponen ini kini berkomunikasi dengan GIS bagi memilih jenis model spatial yang diperlukan oleh pengguna. Kemudian melarikan model analisis dan model sintesis keputusan tersebut dan akhirnya menghantar keputusan analisis yang berbentuk grafik atau peta kepada sistem GIS atau yang berbentuk lain kepada sistem dialog pengguna. Namun begitu perhubungan ini hanya boleh dilakukan kepada aplikasi GIS yang membenarkan komunikasi dengan aplikasi lain atau GIS yang berbentuk development tool. Sebagai contoh GIS yang berbentuk development tool ialah Map Object dari ESRI dan MapX dari Map Info. Sementara contoh aplikasi GIS yang boleh berkomunikasi dengan aplikasi lain ialah ArcGIS 8 dan MapInfo melalui teknologi Component Object Model (COM) jika ia berada di dalam sistem operasi MS Windows 98 SE ke atas. 3.3.3 Sistem Dialog Pengguna Komponen ini kini berkomunikasi dengan GIS bagi mempermudah query atribut yang diperlukan oleh pengguna. Ia juga kini berfungsi mempermudah fungsifungsi GIS yang lazim digunakan. sebagai contoh penentuan litupan mana yang diperlukan oleh pengguna dan jenis pewarnaan litupan yang sesuai (thermatic rendering) yang ada di dalam GIS. 3.4 Reka Bentuk Logik Reka bentuk logik merupakan hasil dari proses kajian keperluan pengguna. Keseluruhan proses permohonan pembangunan yang dihasilkan dari pemetaan proses permohonan pembangunan. Ia menunjukkan 5 proses utama sistem. Proses-proses ini disenaraikan dalam jadual di bawah: - 51 Proses 1.0 Pengisian Maklumat Pembangunan 2.0 Penyemakan Permohonan 3.0 Penilaian Permohonan 4.0 Pemantauan Permohonan 5.0 Penyeliaan Garis Panduan Jadual 3.1 : Proses sistem tingkat pertama Ulasan Data Masukkan • Lokasi Pembangunan • Guna tanah Pembangunan • Maklumat Pembangunan • Senarai dokumen permohonan. Hasil Proses • Merekodkan maklumat permohonan Data Masukkan • Lokasi Pembangunan • Guna tanah Pembangunan • Maklumat Pembangunan • Senarai dokumen permohonan. Hasil Proses • Merekodkan maklumat permohonan ke dalam pangkalan data • Pengeluaran Dokumen Penerimaan Permohonan Data Masukkan • Lokasi Pembangunan • Guna tanah Pembangunan • Guna tanah Dasar dan semasa pada tapak pembangunan dari GIS • Maklumat ketinggian pada tapak pembangunan dari GIS • Maklumat Geologi/Alam Sekitar/ Fizikal pada tapak pembangunan dari GIS • Senarai Garis Panduan Hasil Proses • Keputusan mesyuarat • Syarat Keputusan jika ada Data Masukkan • Senarai Syarat MPFN • Syarat MPFN yang telah dipenuhi oleh pembangun Hasil Proses • Senarai Syarat MPFN yang belum dipenuhi oleh pembangun Data Masukkan • Senarai Garis Panduan • Garis Panduan baru atau garis panduan yang diubah suai. Hasil Proses • Merekodkan maklumat permohonan Nota : Proses ini bertujuan untuk memastikan senarai garis panduan yang digunakan dalam penilaian adalah senarai yang terkini. 52 3.0 Proses Penilaian permohonan ialah proses paling utama dalam sistem batuan keputusan. Ia juga merupakan proses yang paling kompleks. Maka Proses Penilaian Permohonan ini dilihat dengan lebih terperinci lagi. Ini menghasilkan jadual di bawah: - PROSES 3.1 Analisis GIS bagi tapak pembangunan dan kawasan sekitar 3.2 Pengecaman Garis Panduan 3.3 Sintesis Keputusan Jadual 3.2 : Proses penilaian permohonan ULASAN Data Masukkan • Lokasi Pembangunan • Guna tanah Pembangunan • Guna tanah Dasar dan semasa pada tapak pembangunan dari GIS • Maklumat ketinggian pada tapak pembangunan dari GIS • Maklumat Geologi/Alam Sekitar/ Fizikal pada tapak pembangunan dari GIS • Senarai Garis Panduan Hasil Proses • Kelas Ketinggian • Kelas Kecerunan • Anggaran Tinggi Maksimum • Anggaran Tinggi Minimum • Maklumat Tapak GIS Data Masukkan • Kelas Ketinggian • Kelas Kecerunan • Anggaran Tinggi Maksimum • Anggaran Tinggi Minimum • Maklumat Tapak GIS Hasil Proses • Senarai Garis panduan yang berlaku pada tapak pembangunan Data Masukkan • Maklumat Tapak GIS • Senarai Garis panduan yang berlaku pada tapak pembangunan • Maklumat Permohonan • Maklumat Perbandingan Kepentingan AHP Hasil Proses • Perbandingan Maklumat permohonan pembangunan dan Maklumat Tapak GIS • Hasil Sintesis AHP • Merekodkan Keputusan • Merekodkan syarat keputusan jika ada Di antara tiga proses dari jadual di atas, proses analisis GIS bagi tapak pembangunan dan kawasan sekitar adalah yang paling kompleks. Maka ia diperincikan lagi bagi memudahkan pembangunan sistem bantuan keputusan. Perincian ini boleh dilihat dalam jadual di bawah:- 53 Jadual 3.3 : Proses analisis tapak pembangunan dan kawasan sekitar Proses 3.1.1 Carian Lokasi Tapak Pembangunan 3.1.2 Pemilihan kawasan sekitar 3.1.3 Capaian GT Kawasan Sekitar 3.1.4 Perbandingan GT Dasar dan GT Pembangunan 3.1.5 Penentuan Kelas Ketinggian dan Kecerunan 3.1.6 Capaian Maklumat GIS 3.1.7 Pengumpulan Hasil Analisis GIS Ulasan Data Masukkan • Lokasi Pembangunan dalam bentuk teks tual Hasil Proses • Lokasi Pembangunan dalam bentuk Spatial • Anggaran Kawasan Region of Interest (ROI) Nota : ROI digunakan oleh sistem bagi menunjukkan kawasan pembangunan kepada pengguna dalam Skrin GIS Data Masukkan • Lokasi Pembangunan dalam bentuk Spatial • Kawasan ROI • Pilihan Kawasan sekitar oleh pengguna Hasil Proses • Rujukan Kawasan sekitar dalam bentuk spatial Data Masukkan • Rujukan Kawasan sekitar dalam bentuk spatial • Peta Guna tanah semasa • Peta Guna tanah Dasar Hasil Proses • Guna tanah semasa bagi kawasan sekitar • Guna tanah Dasar bagi kawasan sekitar Nota : Ini bagi membolehkan perbandingan dilakukan di antara maklumat tapak dan maklumat kawasan sekitar. Ia juga merupakan maklumat yang digunakan bagi membuat keputusan sama ada membenarkan perubahan guna tanah dilakukan oleh pembangun. Data Masukkan • Guna tanah Pembangunan • Lokasi Pembangunan dalam bentuk Spatial • Peta Guna tanah semasa • Peta Guna tanah Dasar Hasil Proses • Maklumat adakah perubahan guna tanah dilakukan • Guna tanah semasa tapak pembangunan • Guna tanah dasar tapak pembangunan Data Masukkan • Lokasi Pembangunan dalam bentuk Spatial • Peta Kontur Hasil Proses • Anggaran Ketinggian Maksimum • Anggaran Ketinggian Minimum • Kelas Ketinggian • Anggaran Kecerunan • Kelas Kecerunan Data Masukkan • Lokasi Pembangunan dalam bentuk Spatial • Peta Alam Sekitar Hasil Proses • Maklumat ciri tapak pembangunan Data Masukkan • Lokasi Pembangunan dalam bentuk Spatial • Rujukan Kawasan sekitar dalam bentuk spatial • Hasil Proses-Proses sebelumnya Hasil Proses • Maklumat Tapak Pembangunan dan Kawasan sekitar disusun untuk dipaparkan kepada pengguna 54 Dari jadual proses-proses di atas, kita boleh melihat bahawa terdapat lima langkah asas bagi memproses permohonan. Langkah-langkah tersebut ialah pencarian lokasi tapak pembangunan dari maklumat lokasi dokumen permohonan data, penukaran maklumat dari GIS kepada format yang diperlukan bagi injin model di bawah modul pengurusan model, pengumpulan hasil dari maklumat yang diperoleh sebelum ini dan diakhiri dengan penyusunan maklumat tersebut bagi kegunaan pengguna. Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh sistem adalah interpretasi lokasi dari dokumen permohonan pembangunan. Ini bermaksud bahawa sistem perlu menukarkan maklumat lokasi dari borang permohonan kepada lokasi dalam litupan data. Maka litupan data yang diperlukan oleh sistem ialah satu litupan yang mempunyai maklumat lokasi pembangunan. Litupan data yang digunakan oleh sistem untuk memberikan kemudahan ini ialah litupan lot. Namun bagi kawasan tanah tinggi maklumat lot hanya ada pada ketinggian di bawah 150 meter. Ini menimbulkan persoalan macam mana hendak mendapatkan lokasi bagi kawasan yang di luar kawasan yang ada pada litupan lot tersebut. Pendekatan yang digunakan oleh aplikasi ialah dengan memberikan satu fungsi query adhoc kepada pengguna dengan kelik pada kawasan pembangunan yang diperlukan maklumat lokasi. Algoritma untuk mencapai kebolehan ini akan dihuraikan pada bab 5 di bahagian 5.2.2. Langkah kedua, setelah mendapatkan lokasi pembangunan, maklumat dari GIS merupakan maklumat masukkan bagi model-model lain yang dikawal oleh modul pengurusan model. Dalam proses ini setiap litupan data akan memberikan maklumat atribut tentang lokasi pembangunan tersebut. Model sistem maklumat geografi yang sesuai digunakan di sini ialah model overlay. Namun bagi Map Object model ini perlu disimulasikan kerana tiada fungsi dalam objek-objek yang didefinisikan mempunyai fungsi ini. Lagipun dengan mensimulasikan langkah ini kita tidak memerlukan penghasilan fizikal litupan peta kompo. Algoritma langkah ini dihuraikan dalam bab 5 di bahagian 5.2.3.. 55 Langkah ketiga, maklumat atribut lokasi pembangunan perlu ditukarkan format untuk menjadi maklumat masukkan bagi model lain dalam sistem. Ini perlu dilakukan kerana model atau injin operasi seperti sintesis keputusan dan pengecaman garis panduan memerlukan data dalam format tertentu. Sebagai contoh, model pengecaman garis panduan menggunakan sintaksis bahasa yang mirip kepada bahasa pengaturcaraan LISP, ia tidak akan memahami data yang berbentuk rekod pangkalan data yang dihasilkan oleh GIS. Ini memerlukan maklumat rekod pangkalan data dari GIS disusun semula kepada format sintaksis bagi fakta yang difahami oleh injin pengecaman data. Langkah ini dilakukan bagi mengurangkan keperluan bagi pengguna untuk mempelajari sintaksis data masukkan yang diperlukan oleh setiap injin. Langkah keempat, Modul Pengurusan model akan melarikan model-model mengikut urutan yang betul. Bagi setiap model yang dilarikan ia akan mengumpulkan hasil pemprosesan dan menghantarnya kepada modul pengurusan data. Modul pengurusan data sekali lagi perlu melakukan perubahan format kepada format yang memudahkan untuk menyajikan maklumat kepada pengguna. Langkah terakhir, dari hasil pemprosesan model dan query litupan GIS yang dikumpulkan, diberikan format yang sesuai untuk tatapan pengguna. 3.5 Rumusan Huraian reka bentuk dan penerangan langkah pemprosesan memberikan gambaran bahawa prototaip yang dibangunkan memerlukan dua jenis data. Iaitu data yang berbentuk liputan bagi memberikan gambaran lokasi dan maklumat ciri-ciri tapak dan data yang disimpan dalam pangkalan data bagi menyimpan data pengurusan dan data permohonan pembangunan. 56 Ia juga memberikan keperluan kepada tiga komponen utama yang diperlukan oleh prototaip. Komponen pertama ialah untuk pemaparan maklumat litupan data. Kedua ialah komponen sintesis keputusan bagi membantu pengguna dengan analisis berbagai kriteria dan yang terakhir ialah komponen untuk melakukan pengecaman garis panduan yang berkaitan dengan ciri-ciri tapak pembangunan yang dipohon. Di samping itu ia juga memberikan gambaran tentang keperluan penukaran format yang dilakukan secara automatik oleh prototaip yang tidak dilihat oleh pengguna. BAB 4 PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA 4.1 Pendahuluan Pembangunan pangkalan data adalah asas kepada sebarang pembangunan sistem. Ia adalah salah satu faktor penting dalam menentukan kejayaan penerimaan sesuatu sistem. Maka bagi kajian ini pangkalan data yang dibangunkan perlu mengambil kira fungsi-fungsi yang ingin disokong oleh prototaip. Bab 3 menghuraikan reka bentuk prototaip yang dibangunkan. Dari huraian tersebut maka keperluan data aplikasi boleh dibahagi kepada dua iaitu data yang berbentuk litupan yang menerangkan lokasi dan ciri-ciri tapak pembangunan dan data pangkalan data biasa yang menyimpan data permohonan dan pengurusan. Bab ini akan menghuraikan reka bentuk pangkalan data bagi menyokong reka bentuk tersebut. Secara amnya reka bentuk yang dihuraikan nanti memberikan penumpuan dalam kegunaan ruang cekera keras, integrasi di antara data yang berbentuk litupan dan data yang disimpan dalam pangkalan data biasa, dan kelajuan bagi capaian dan carian data oleh prototaip yang dibangunkan. 58 4.2 Data Litupan Data yang berbentuk litupan yang diperlukan oleh prototaip ialah data litupan yang menerangkan lokasi dan ciri-ciri tapak pembangunan Isu pertama yang perlu penyelarasan ialah mengenai format data litupan itu disimpan. Ini akan mengurangkan keperluan bagi pembangunan sistem untuk menyokong litupan data yang berbagai-bagai format. Ia juga menghilangkan keperluan untuk menyimpan data dalam berbagai-bagai format yang akan menggunakan reruang cereka padat. Oleh itu bagi data litupan yang digunakan oleh prototaip dalam kajian ini akan menggunakan satu format iaitu format shape yang dikeluarkan oleh ESRI. Format shape dipilih sebagai format yang digunakan untuk menyimpan data yang berbentuk litupan kerana, pertama ia adalah format yang terbuka. Format terbuka di sini bermaksud kandungan data yang disimpan dalam format ini boleh diketahui oleh pembangun sistem dan ia boleh dibuka atau dicapai tanpa penggunaan sebarang perisian sistem maklumat geografi. Kandungan data dan penerangan tentang penggunaan fail-fail yang digunakan oleh format shape ini boleh diperoleh dari lelaman web ESRI dalam bentuk White Paper. Kedua, kebanyakan perisian sistem maklumat geografi yang ada di pasaran menyokong format ini. Maka ia boleh dihasilkan dengan menggunakan perisian yang sedia ada oleh pengguna tanpa perlu pembelian perisian baru yang khas untuk menjana atau menukar format data yang sedia ada kepada format ini. Isu kedua ialah sistem unjuran koordinat yang digunakan. Secara idealnya sistem unjuran koordinat yang digunakan bagi data litupan adalah seragam. Ini memastikan operasi model sistem geografi seperti overlay dapat menghasilkan peta kompo yang baik. Bagi kajian ini, semua unjuran/projeksi peta diseragamkan mengikut sistem projeksi Cassini Soldner Malaysia Barat (Negeri Pahang). 59 Jadual 4.1 : Rujukan sistem unjuran koordinat casini soldner (FKSG, UTM 1998) PEKARA BUTIRAN State Origin coordinate Name of Station Latitude (N) Longitude (E) Coordinate Northing Coordinate Easting Triangle System Pahang Gunung Sinyum Gunung Sinyum 3Ëš 42’ 39.50” 102Ëš 26’ 10.24” 0 0 ASA Sementara sumber data yang digunakan dalam kajian ini ialah data sekunder yang dipinjam dari jabatan perancang dan desa bahagian kawal selia dan dari perunding Geoplanning yang menghasilkan data bagi kajian dan projek perintis pemantauan pembangunan di kawasan tanah tinggi(projek perintis cameron highland). Data yang dikumpulkan itu perlu diproses dahulu terutama dari segi struktur atribut bagi membantu capaian data dan mengurangkan bilangan litupan data yang digunakan oleh prototaip. Data litupan yang pertama ialah litupan bagi membantu pengguna untuk mencari lokasi pembangunan. Secara idealnya, pelan digital lokasi tapak pembangunan digunakan untuk mendapatkan lokasi tapak pembangunan ini. Namun berdasarkan penilaian terhadap sistem yang sedia ada, cara ini menimbulkan komplikasi dari sudut pemaparannya terhadap litupan data. Setelah membuat kajian terhadap borang yang digunakan dalam memproses permohonan terdapat bahagian yang merekodkan lokasi tapak pembangunan. Maka kajian ini, data litupan tersebut adalah litupan lot. Dengan adanya litupan ini maka proses pencarian lokasi tapak pembangunan tidak lagi memerlukan pengguna mencari dengan fungsi zoom atau pan sistem maklumat geografi, tetapi ditunjukkan terus lokasinya oleh sistem yang akan dibangunkan. 60 Nama Mukim Seksyen lot KodNalis Jenis varchar Varchar varchar varchar Jadual 4.2 : Atribut Lot Penerangan Kod Mukim Kod Seksyen No. Lot Kombinasi Mukim, Seksyen dan lot bagi kegunaan gabungan dengan maklumat lain Data litupan kedua ialah bagi analisis ketinggian dan kecerunan. Prototaip yang dibangunkan menggunakan satu litupan data kontur sebagai data masukkan. Data kontur tersebut diguna pakai bagi membuat interpolasi kelas kecerunan dan ketinggian secara langsung dari data kontur. Maka atribut penting dalam data litupan ini adalah nilai ketinggian garisan kontur. Ia juga memudahkan penyeliaan data litupan kerana hanya litupan kontur perlu diselia, sementara litupan kelas ketinggian dan kelas kecerunan tidak perlu diselia atau dihasilkan. Sementara huraian pemprosesan penjanaan dua litupan kelas ketinggian dan kelas kecerunan akan diberikan di bab 5 bahagian 5.3 Interpolasi Kelas ketinggian dan kecerunan. Semen tara atribut yang diperlukan oleh sistem diberikan di bawah. Jadual 4.3 : Atribut kontor ketinggian Nama Jenis Penerangan Tinggi Integer Tinggi dalam meter Data litupan seterusnya ialah data yang berbentuk guna tanah. Bagi data berbentuk guna tanah ini ada dua litupan data. Yang pertama ialah data guna tanah semasa dan data rancangan tempatan daerah atau rancangan struktur. Perkara yang paling penting dalam dua litupan ini ialah kelas yang digunakan dalam guna tanah. Penyelarasan kelas ini bagi membolehkan prototaip yang dibangunkan membantu pengguna bagi membuat penilaian keperluan perubahan polisi guna tanah bagi tapak pembangunan dan melihat jika perubahan yang sama telah diberikan kebenaran di kawasan sekitar tapak permohonan pembangunan tersebut. Ini sesuai dengan huraian dalam bab 2 Rajah 2.3 dan huraian reka bentuk logik di bab 3. Maka bagi dua litupan memerlukan atribut di bawah. 61 Nama GT GTText Jadual 4.4 : Atribut guna tanah Jenis Penerangan varchar Kod Guna tanah Varchar teks Guna tanah (Jika tiada operasi join table akan dilakukan dengan Jadual Rujukan Guna tanah/Jenis Pembangunan) Data litupan seterusnya ialah bagi melakukan analisis berbagai kriteria. Objektif analisis ialah untuk membantu pengguna membuat penilaian terhadap permohonan pembangunan. Dalam melakukan analisis ini prototaip akan menggunakan analisis proses berhierarki(AHP) seperti yang dihuraikan dalam bab 3. Huraian di bawah meliputi data litupan yang digunakan, penilaian kepentingan antara litupan yang membentuk hierarki tingkat pertama AHP. Ia diikuti oleh atribut bagi setiap litupan yang digunakan sebagai penilaian kepentingan tingkat kedua AHP yang digunakan oleh prototaip. Sementara huraian tentang bagaimana analisis AHP ini diimplementasikan akan diberikan dalam bab 5 (5.4 Injin sintesis keputusan). Perbandingan Kepentingan Antara litupan, • Kelas Kecerunan Moderately preferred Kelas Ketinggian • Kelas Kecerunan Equally preferred Kawalan Banjir • Kelas Kecerunan Equally to Moderately preferred Geologi Tanah • Kelas Kecerunan Equally to Moderately preferred RTD • Kawalan Banjir Equally to Moderately preferred Kelas Ketinggian • Kelas Ketinggian Equally preferred Geologi Tanah • Kelas Ketinggian Equally preferred RTD • Kelas Ketinggian Equally to Moderately preferred Geologi Tanah • Kawalan Banjir Equally to Moderately preferred RTD • RTD Moderately preferred Geologi Tanah 62 Prioriti Atribut Kecerunan, Jadual 4.5 : Perbandingan kepentingan kecerunan ATRIBUT PERBANDINGAN KEPENTINGAN <12 12-25 25-35 >35 PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI KONSERVASI Equally to Moderately preferred PEMBANGUNAN KONSERVASI Moderately preferred PEMBANGUNAN KONSERVASI Strongly preferred PEMBANGUNAN Perbandingan Kepentingan Atribut Ketinggian, Jadual 4.6 : Perbandingan kepentingan ketinggian ATRIBUT PERBANDINGAN KEPENTINGAN <150 150-300 300-1000 >1000 PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Equally to Moderately preferred KONSERVASI KONSERVASI Moderately preferred PEMBANGUNAN KONSERVASI Strongly preferred PEMBANGUNAN Perbandingan Kepentingan Atribut Kawalan Banjir Jadual 4.7 : Perbandingan kepentingan kawalan banjir ATRIBUT PERBANDINGAN KEPENTINGAN 15 30 45 KONSERVASI Moderately preferred PEMBANGUNAN PEMBANGUNAN Equally to Moderately preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Moderately preferred KONSERVASI Perbandingan Kepentingan Geologi, Jadual 4.8 : Perbandingan kepentingan geologi tanah ATRIBUT(LITOLOGI) PERBANDINGAN KEPENTINGAN ACID INTRUSIVES (UNDIFFERENTIATED) SCHIST, PHYLLITE, SLATE AND LIMESTONE. MINOR INTERCALATIONS OF SANDSTONE AND VOLCANICS PEMBANGUNAN Moderately preferred KONSERVASI KONSERVASI Moderately preferred PEMBANGUNAN 63 Perbandingan Kepentingan Atribut Guna tanah ATRIBUT Jadual 4.9 : Perbandingan kepentingan guna tanah PERBANDINGAN KEPENTINGAN BUKIT INSTITUSI KEAGAMAAN KEDIAMAN KEMUDAHAN AWAM PENDIDIKAN PERDAGANGAN PERTANIAN REKREASI 4.3 KONSERVASI Very Strongly preferred PEMBANGUNAN PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Moderately preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI KONSERVASI Very Strongly preferred PEMBANGUNAN Data Pangkalan Data Data pangkalan data yang diperlukan oleh prototaip ialah data yang menyimpan data permohonan, data pengurusan dan data yang digunakan oleh aplikasi. Struktur dan jenis data permohonan disusun mengikut jadual-jadual di bawah ini bagi memudahkan perhubungan dan rujukan yang diperlukan oleh prototaip untuk menyokong model dan fungsi sokongan. Penggunaan jadual-jadual rujukan dalam merekodkan data diketengahkan kerana ia membantu dalam mengurangkan kemungkinan maklumat yang ditaip masuk salah. Ini boleh dicapai dengan menggunakan maklumat dari jadual-jadual rujukan ini sebagai pilihan kepada pengguna. Maka pengguna akan memilih maklumat bukan menaip maklumat. Kebaikan kedua maklumat yang disimpan akan menjadi lebih kecil kerana maklumat berjenis teks akan disimpan sekali di jadual rujukan sementara maklumat ini akan merekodkan kodnya di jadual-jadual lain. Kebaikan yang ketiga ialah carian maklumat yang berbentuk jenis ini akan menjadi carian kod bukan teks. Ini membolehkan ia diindeks sekali dan mempercepatkan proses carian. 64 Ke burukkan menggunakan teknik ini ialah apabila menunjukkan maklumat kepada pengguna, maklumat tidak boleh ditunjukkan secara langsung dari jadual. Satu View data perlu dihasilkan terlebih dahulu menggunakan Structured Query Language (SQL). Kemudian view ini akan di tunjukkan kepada pengguna. Selalunya view ini dihasilkan dengan menggunakan fungsi inner join dalam SQL. Ini menyebabkan penyeliaan data bagi view yang dihasilkan memerlukan pembangunan kod sumber sama ada dengan arahan SQL dalam bentuk stored procedure pangkalan data atau pada prototaip yang dibangunkan. Pangkalan data permohonan direka bentuk bagi memudahkan data tersebut untuk disimpan serta dicapai dari satu tempat yang sama. Pangkalan data ini mengandungi maklumat mengikut jenis permohonan yang dikemukakan. Setiap pengemukaan permohonan tersebut akan disimpan di dalam satu pangkalan data yang telah direka bentuk bagi memudahkan proses pemantauan dijalankan. Pengekstrakan data yang dibuat berdasarkan kepada borang-borang yang terlibat dengan proses permohonan yang kebanyakannya adalah di dalam bentuk data atribut yang mana memerlukan bentuk penyimpanan yang teratur bagi mengelakkan data tersebut hilang dan perlu didapatkan semula. Data-data ini direka bentuk dengan menggunakan perisian pangkalan data bagi menghasilkan struktur data yang seragam dan teratur. Maklumat permohonan disimpan dalam dua jadual pangkalan data, iaitu jadual yang merekodkan maklumat fail permohonan dan jadual yang merekodkan permohonan pembangunan itu sendiri. Ini kerana berdasarkan kajian fail yang digunakan selalunya mengandungi lebih dari satu permohonan. Mengikut kajian ini dilakukan bagi melihat maklumat historinya bagi kawasan permohonan atau jika permohonan perubahan polisi dan pembangunan dilakukan secara serentak. Maka hubungan satu dan banyak berlaku di antara jadual fail permohonan dan jadual permohonan pembangunan. Kedua jadual diberikan di bawah. 65 Jadual 4.10 : Rekod fail permohonan Medan ID Jenis bigint(32) Null No Nilai Lalai NoFail Tahun Tarikh Kawasan Mukim Seksyen varchar(10) int(4) date char(2) char(2) char(3) No No No No No No 0000000000 2000 2000-01-01 00 00 000 Ulasan Kekunci primer, menggunakan no yang dijanakan oleh pangkalan data No Fail yang digunakan oleh pengguna Tahun fail dibuka Tarikh fail dibuka Kod kawasan pentadbiran pengguna Kod mukim Nalis Kod seksyen Nalis di mana nilai lalai menunjukkan data ini tidak diperlukan Jadual 4.11 : Rekod permohonan pembangunan Medan ID Jenis bigint(32) Null No Nilai Lalai FailID NoMohon Tarikh Tajuk JenisMohon Pemohon Pembangun Pemilik Keputusan DOKeluar DOTamat PrevID TransID bigint(32) varchar(30) date longtext int(12) bigint(32) bigint(32) bigint(32) int(12) date date bigint(32) int(12) No No No No No No No No No Yes Yes Yes No 1 Active int(2) No 1 Month Quater Year Lotlist Keyword int(2) int(1) int(5) text longtext No No No Yes Yes 1 1 1900 NULL NULL 2000-01-01 1 1 1 1 1 NULL NULL NULL 0 Ulasan Kekunci primer, menggunakan no yang dijanakan oleh pangkalan data No ID Jadual Fail Permohonan No borang permohonan Tarikh permohonan dibuat Tajuk permohonan pembangunan Kod Jenis permohonan Kod Nama Pemohon dari Jadual Pelanggan Kod Nama Pembangun dari Jadual Pelanggan Kod Nama Pemilik dari Jadual Pelanggan Keputusan yang diberikan kepada permohonan Tarikh DO dikeluarkan Tarikh DO tamat Rujukan kod permohonan sebelum ini dalam fail Rujukan kod proses yang berlaku kepada permohonan Permohonan masih aktif? Digunakan bagi menentukan permohonan yang boleh diarkibkan Bulan permohonan dibuat Quater permohonan dibuat Tahun permohonan dibuat Senarai no lot permohonan Tajuk permohonan pembangunan yang dijanakan secara automatik oleh prototaip bagi kegunaan carian permohonan menggunakan kata kunci Sementara untuk membantu menjana no. Fail dan no. Permohonan secara automatik pula menggunakan jadual di bawah. Ini dilakukan kerana berdasarkan kaedah penomboran yang digunakan oleh pelanggan ia menggunakan urutan yang boleh dijanakan oleh prototaip. 66 Jadual 4.12 : Rujukan no. permohonan dan fail permohonan Medan YEAR Jenis int(4) Null No Nilai Lalai 1900 NFAIL NMOHON int(5) int(7) No No 00000 5000 Ulasan Tahun penomboran dijanakan. Satu rekod bagi setiap tahun No. Fail terakhir yang digunakan No permohonan terakhir yang digunakan Seterusnya, ialah data yang berbentuk pengurusan. Salah satu data pengurusan penting ialah bagi melakukan pemantauan terhadap pemprosesan permohonan. Data bagi melakukan pemantauan pemprosesan permohonan pembangunan dilakukan dengan menggunakan tiga jadual dan dilakukan secara automatik oleh prototaip berdasarkan interaksi pengguna dengan sistem antara muka prototaip. Jadual pertama ialah bagi mendefinisikan nama proses permohonan tersebut dan bilangan masa dan kepada jawatan apa yang boleh melakukan proses tersebut. Ini diikuti dengan jadual yang mendefinisikan perhubungan di antara proses tersebut. Ini membolehkan proses permohonan yang berbentuk gelung diwakilkan. Akhir sekali ialah jadual yang menghubungkan proses permohonan dan rekod permohonan yang dihuraikan di atas. Jadual 4.13 : Definisi aliran pergerakan fail permohonan Medan Jenis Null ID bigint(32) No PreID NextID JMohon int(12) int(12) int(12) No No Yes Nilai Lalai -1 -1 NULL Ulasan Kekunci primer, menggunakan no yang dijanakan oleh pangkalan data Kod proses sebelum Kod proses selepas Jenis permohonan Jadual 4.14 : Definisi proses aliran pergerakan fail Medan ID Jenis int(12) Null No TranName FromID ToID Masa varchar(50) int(4) int(4) int(12) No No No No Nilai Lalai Nama Proses 1 1 14 Ulasan Kekunci primer, menggunakan no yang dijanakan oleh pangkalan data Nama Proses Kod pengguna yang boleh memindahkan proses Kod pengguna yang boleh menerima permohonan Bilangan masa yang diberikan untuk memproses 67 Jadual 4.15 : Rekod aliran pergerakan fail Medan ID Jenis bigint(32) Null No Nilai Lalai FailID MohonID TransID WorkerID WorkerName Mula Due Tamat Reason ORID NameOR ReasonOR Telahtamat LateDays bigint(32) bigint(32) int(12) bigint(32) varchar(30) date date date text bigint(32) varchar(30) text int(2) int(12) No No No No Yes No No Yes Yes Yes Yes Yes No No 1 1 1 1 NULL 0000-00-00 0000-00-00 NULL NULL NULL NULL NULL 0 0 Month int(2) No 1 Quater int(1) No 1 Year int(5) No 1900 Ulasan Kekunci primer, menggunakan no yang dijanakan oleh pangkalan data Kod Fail permohonan Kod permohonan pembangunan Kod proses Kod pemproses Nama Pemproses Tarikh permohonan diterima Tarikh proses perlu disiapkan Tarikh proses tamat Rekod sebab lambat Kod pemberi fail Arahan atau maklumat Masih diproses? Bilangan hari lambat yang dikira menggunakan arahan SQL Data bulan dari tarikh untuk kegunaan laporan ringkasan bulanan Data quater dari tarikh untuk kegunaan laporan ringkasan quarterly Data tahun dari tarikh untuk kegunaan laporan ringkasan tahunan Seterusnya adalah jadual-jadual rujukan yang digunakan untuk membantu pengguna dan prototaip bagi mengelakkan berlakunya kesilapan ejaan yang menyukarkan proses carian dan bagi integrasi di antara data permohonan dan data dalam bentuk litupan. Jadual 4.16 : Jenis keputusan Medan ID Jenis int(12) Null No Info varchar(20) No Nilai Lalai Sedang Diproses Ulasan Kekunci primer, menggunakan no yang dijanakan oleh pangkalan data Nama jenis-jenis permohonan iaitu lulus, lulus bersyarat dan gagal Jadual 4.17 : Rujukan negeri Medan Jenis Null SID NEGERI char(2) varchar(20) No No Medan ID Daerah Jenis char(2) varchar(30) Null No No Nilai Lalai 00 Tiada Ulasan Kekunci primer, menggunakan no kod Nalis Nama Negeri Jadual 4.18 : Rujukan daerah Nilai Lalai 00 Tiada Ulasan Kekunci primer, menggunakan no kod Nalis Nama Daerah 68 Jadual 4.19 : Rujukan mukim Medan ID Mukim Jenis char(2) varchar(30) Null No No Nilai Lalai 00 Tiada Ulasan Kekunci primer, menggunakan no kod Nalis Nama Mukim Rujukan seksyen mungkin tidak diperlukan bagi kawasan di mana tiada maklumat seksyen. Namun untuk kelengkapan ia disenaraikan di bawah. Jadual 4.20 : Rujukan seksyen Medan Jenis ID Seksyen char(3) varchar(30) 4.4 Rumusan Null No No Nilai Lalai 000 Tiada Ulasan Kekunci primer, menggunakan no kod Nalis Nama Seksyen Pembangunan pangkalan data bagi prototaip ini adalah penting yang mana ia berasaskan kepada pembentukan pangkalan data permohonan pembangunan dan data litupan yang mana mempunyai saling perkaitan antara satu sama lain. Reka bentuk pangkalan data bagi permohonan yang berdasarkan kepada maklumat jenis permohonan dapat memberi kemudahan di dalam prototaip membantu pengguna dalam menjalankan penilaian terhadap permohonan pembangunan yang diproses. Seterusnya reka bentuk pangkalan data litupan pula yang mana merupakan pengurusan data reruang dan atribut, mempermudah penggunaan data tersebut bagi proses penilaian permohonan dan integrasi kepada data permohonan. Dengan ini ia memenuhi objektif kajian kedua. BAB 5 PEMBANGUNAN PROTOTAIP 5.1 Pendahuluan Bab 3 telah memberi langkah-langkah yang diperlukan oleh sistem untuk membantu pengguna. Bab 3 juga memberikan gambaran bahawa terdapat tiga komponen utama yang perlu dibangunkan. Tiga komponen tersebut adalah komponen yang mengurus capaian dan paparan maklumat data litupan, komponen bagi membantu pengguna dalam menjalankan penilaian permohonan dan komponen yang membantu pengguna dalam mendapatkan garis panduan yang berlaku bagi satu-satu permohonan pembangunan. Ini diikuti oleh bab 4 yang menghuraikan kaedah penyimpanan data dan struktur data yang digunakan. Bahagian ini akan menumpukan huraian terhadap pembangunan komponen utama prototaip untuk membantu pegawai perancang agar beliau boleh menumpukan lebih masa untuk mensintesiskan hasil analisis. Pembangunan komponen utama prototaip ini akan dibincangkan sejauh mungkin tanpa rujukan spesifik terhadap perisian pembangunan atau development tool yang digunakan. Ini penting pada pandangan penulis, agar reka bentuk ini dapat digunakan oleh pembangun sistem yang lain tanpa terikat dengan perisian yang digunakan oleh penulis. 70 5.2 Komponen Sistem Maklumat Geografi Dari hasil kajian liter atur di Bab 2, kita membuat rumusan bahawa fungsi sistem maklumat geografi dalam satu sistem bantuan bagi perancangan, ialah pertama untuk menunjukkan hasil analisis kepada pengguna menggunakan proses overlay dan kedua sebagai penjana maklumat untuk digunakan oleh model-model sokongan lain. Dari Bab1 kita juga telah mendapat maklumat bahawa salah satu sebab kenapa pemprosesan permohonan lambat ialah kesukaran mencari data. Maka fungsi-fungsi komponen sistem maklumat geografi yang akan diterangkan selepas ini akan mengambil kira apa yang telah dipelajari di kedua bab tersebut. Fungsi pertama menghuraikan bagaimana sistem akan membantu pengguna dalam penentuan litupan yang dibawa masuk (5.2.1). Ini disokong pula dengan bantuan untuk membuat carian lokasi tapak permohonan pembangunan (5.2.2). Ia menggunakan maklumat lokasi yang terdapat pada borang permohonan. Ia diikuti dengan fungsi bagaimana sistem akan mendapatkan maklumat ciri tapak dari litupan data yang akan digunakan oleh model-model sokongan. Ini sesuai dengan apa yang disimpulkan di bab 2 tentang fungsi sistem maklumat geografi sebagai penjana maklumat kepada model-model sokongan. Walaupun menjadi hasrat penulis untuk menghasilkan reka bentuk yang boleh diimplementasikan dalam berbagai bahasa pengaturcaraan dan development tool, malangnya untuk perbincangan komponen sistem maklumat geografi ini ia terpaksa dibuat merujuk kepada Map Object 2.1 sebagai development tool. Ini disebabkan banyak keputusan yang dibuat dalam pembangunan komponen ini mengambil kesempatan di atas kebolehan yang ada pada Map Object di samping mengatasi beberapa kelemahan yang ditemui semasa mengujinya untuk mencapai objektif fungsi yang dikehendaki. 71 5.2.1 Penentuan Litupan yang dibawa masuk Tujuan utama fungsi ini ialah untuk membolehkan sistem membawa masuk semua litupan data yang diperlukan untuk melakukan sesuatu operasi. Ini akan mengurangkan masa bagi pengguna mencari di mana letaknya litupan data tersebut. Kedua ia akan memastikan thermatic rendering yang betul diberikan kepada setiap lapisan yang dibawa masuk tadi. Namun begitu fungsi ini hanya boleh menyokong operasi yang telah diketahui senarai lapisan data yang diperlukan oleh pengguna. Untuk mencapai kebolehan ini sistem perlu mengetahui lokasi lapisan dan teknik perwarna lapisan. Maka maklumat ini akan disimpan dalam satu medan pangkalan data yang berjenis BLOB (Binary Large Object). Sistem seterusnya akan membuat carian maklumat ini untuk mendapatkan lokasi lapisan dan teknik pewarnaan yang diperlukan oleh pengguna berdasarkan operasi yang ingin dijalankan oleh pengguna. 5.2.2 Carian Lokasi Pembangunan Tujuan utama fungsi ini ialah untuk membolehkan sistem mencari lokasi tapak pembangunan dari data masukkan lokasi permohonan pembangunan yang diberikan oleh pengguna. Dari borang permohonan pembangunan kita akan mendapat bahawa maklumat lokasi yang dimaksudkan ialah mukim, seksyen dan nombor lot. Data bagi mukim dan seksyen akan mengandungi satu data sahaja, itu pun bagi seksyen ada kemungkinan data ini kosong. Sementara data tentang nombor lot perlu diberi perhatian yang lebih. Ini kerana maklumat ini mempunyai kemungkinan besar akan diisikan dengan beberapa data. Sementara dari sudut litupan data ketiga-tiga maklumat tersebut akan wujud pada litupan lot. Namun rekod data pada litupan lot akan menyimpan hanya satu data bagi nombor lot. Kita juga perlu mengambil perhatian bahawa maklumat pada borang akan mengisi nama mukim atau seksyen sementara data pada litupan lot akan menggunakan kod. Kod yang sering digunakan di sini ialah kod yang dikeluarkan oleh NALIS (National Land Information System). 72 Maka langkah pertama yang perlu dilakukan oleh sistem ialah pemecahan nombor lot dari senarai lot yang diberikan oleh pengguna. Ini dilakukan bagi memadankan data masukkan kepada data yang ada pada rekod litupan. Setelah langkah ini selesai, kita perlu menghasilkan satu penyataan pertanyaan yang akan dihantar kepada komponen sistem maklumat geografi untuk mendapatkan tapak lokasi pembangunan. Pernyataan ini akan mengandungi dua parameter. Pertama parameter objek litupan Lot dan yang kedua ialah pernyataan pertanyaan. Di dalam Map Object sintak bagi pernyataan arahannya ialah, RecordsetObject = LayerObject.SearchExpression(pernyataan pertanyaan) di mana RecordsetObject akan menyimpan hasil dari arahan tersebut. Sementara sintak bagi pernyataan pertanyaan menyerupai bahagian where pada penyataan pertanyaan SQL. Rujukan lengkap sintak ini boleh didapati pada manual Programmer's Reference Map Object pada muka surat 462. Memandangkan arahan tersebut memerlukan LayerObject Lot, maka sistem yang dibangunkan kemudiannya perlu mencari litupan lot dari senarai litupan yang telah dipaparkan. Ia menggunakan arahan di atas untuk mendapatkan hasilnya. Apabila arahan tersebut berjaya ia akan menunjukkan kepada pengguna lokasi tapak pembangunan tersebut di tengah tetingkap GIS. Ini dilakukan dengan mengubah hasil yang berbentuk rekod dari objek RecordsetObject di atas menggunakan dua arahan, FieldObject = FieldlistObject.Item('shape') di mana FieldlistObject diperoleh dari property RecordSetObject. Di sini parameter shape ini tidak ada dalam dokumen yang dikeluarkan oleh ESRI. Namun kalau dikaji contoh-contoh yang ada bersama Map Object untuk bahasa Visual Basic 6, ia menggunakan parameter ini untuk mendapat rujukan bentuk geometri bagi rekod pangkalan data litupan data. Penerangan sintak bagi pernyataan arahan ini ada pada manual Programmer's Reference Map Object pada muka surat 198. 73 Dan, PolygonObject = FieldObject.Value di mana PolygonObjek akan menyimpan data geometri yang diperoleh dari FieldObject. Dari PolygonObject ini kita akan memperoleh kawasan di mana tapak pembangunan yang dirujuk dari maklumat lokasi borang permohonan. Langkah selanjutnya ialah membawa view yang ditunjukkan oleh MapObject kepada tapak permohonan menggunakan property Extent. Dengan itu lokasi tapak akan berada dalam pandangan pengguna. Ini diringkaskan dalam carta alir fungsi ini diberikan di bawah: - Mula Data Mukim, Seksyen dan Lot dari Permohonan Tukarkan data Tekstual kepada data kod Query Litupan Lot bagi mendapatkan lokasi pada peta Simpan Rujukan Lokasi Ya Ada Rekod? Tidak Tamat Rajah 5.1 Carta alir algoritma lokasi pembangunan 74 5.2.3 Carian Maklumat Atribut Tapak dari Lokasi Pembangunan Tujuan utama fungsi ini ialah untuk mendapatkan maklumat atribut GIS dari semua lapisan yang dipaparkan kepada pengguna. Maklumat atribut yang ditunjukkan pula hanya dari medan yang penting sahaja. Ini akan mengurangkan masa bagi pengguna untuk mendapatkan maklumat dari lapisan GIS dalam melakukan penilaian bagi permohonan pembangunan atau bagi membuat pertanyaan mendadak (adhoc query) bagi maklumat kawasan sekitar tapak permohonan pembangunan. Ini bagi memenuhi sebahagian dari keperluan huraian reka bentuk logik bagi proses bernombor 3.5.1, iaitu proses analisis GIS bagi tapak pembangunan dan kawasan sekitar. Data masukkan bagi fungsi ini adalah data rujukan lokasi yang berbentuk geometri. Data masukkan ini dipilih kerana fungsi ini akan dipanggil dalam dua keadaan. Pertama semasa sistem mencapai maklumat atribut GIS merujuk kepada tapak permohonan pembangunan, yang kemudiannya untuk dihantar kepada modul carian garis panduan dan modul sintesis keputusan. Data masukkannya akan berbentuk poligon yang mendefinisikan tapak pembangunan Kedua semasa pengguna berinteraksi dengan komponen GIS untuk mendapatkan maklumat atribut dari komponen GIS. Data masukkannya akan berbentuk titik yang mendefinisikan lokasi yang dikelik oleh pengguna. Perhatian perlu diberikan bagi keadaan ini kerana sistem perlu membuat perubahan koordinat, dari koordinat skrin yang dihasilkan oleh Map Object kepada koordinat peta. Di dalam kedua-dua keadaan, fungsi ini membuat anggapan (assumption) bahawa pertama semua litupan yang diperlukan telah dipaparkan kepada pengguna. Kedua, rujukan lokasi telah diperoleh oleh sistem untuk diproses. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah algoritma ini akan menggunakan arahan gelung (loop). Ini bermakna kita perlu untuk mendefinisikan satu struktur data bagi menyimpan hasil sementara yang diperoleh dari setiap litupan. 75 Dari kajian yang dilakukan tentang fungsi ini, kita akan dapati bahawa data yang dicapai di sini tidak akan diubah oleh pengguna. Maka kita boleh abaikan jenis data yang diperoleh dari litupan dan melakukan perubahan jenis kepada jenis string. Lebih-lebih lagi Map Object sendiri telah menyediakan fungsi untuk melakukannya dengan arahan, FieldObject.ValueAsString. Dengan ini, data struktur yang boleh digunakan untuk menyimpan maklumat ini ialah, penggunaan jadual sementara yang mempunyai tiga medan berjenis string. Di mana medan pertama menyimpan maklumat nama litupan, medan kedua menyimpan nama medan atribut litupan dan medan ketiga menyimpan nilai atribut litupan dalam bentuk string. Perkara kedua ialah bagaimana melakukan capaian maklumat menggunakan maklumat geometri dalam Map Object. Sekali lagi Map Object telah menyediakan fungsi bagi melakukan operasi ini. Sintak arahannya ialah, RecordsetObject = LayerObject.SearchShape(Shape, searchmethod, pernyataan pertanyaan). Bagi bahasa pengaturcaraan yang menyokong kepada strong typing, kena berhati-hati dalam menghantar parameter shape. Ini kerana penterjemahan yang dilakukan bagi jenis parameter shape ini selalunya berjenis generik. Sebagai contoh di dalam Delphi 7, ia diterjemahkan kepada IDispatch. Di mana objek IDispatch ini ialah objek yang paling atas(ancestor object) bagi sebarang objek yang didefinisikan di bawah teknologi COM. Ini bermakna pengujian memastikan jenis dan kesahihan objek shape yang dihantar kepada fungsi ini adalah tanggungjawab pembangun aplikasi. Kedua ia juga memerlukan perubahan jenis terhadap objek shape dilakukan oleh pembangun aplikasi kepada jenis generik ini. Jika bahasa pengaturcaraan yang dipilih tidak menyokong perubahan seperti ini maka fungsi ini tidak boleh digunakan. 76 Sementara parameter searchmethod adalah pemalar yang didefinisikan oleh Map Object untuk melambangkan bagaimana penentuan sesuatu rekod itu memenuhi syarat capaian dilakukan. Dan parameter terakhir sama dengan huraian yang lalu. Namun bagi kebanyakan situasi parameter ini dihantar dengan nilai string kosong. Perkara yang terakhir ialah bagaimana menentukan pilihan medan-medan yang diperlukan bagi rekod data yang telah dicapai. Kalau dalam pangkalan data ini boleh dilakukan dengan mudah menggunakan arahan select. Malangnya sepanjang pengetahuan penulis belum ada baik perisian ataupun development tool GIS yang ada di pasaran pada masa ini yang menyokong kepada fungsi arahan select ini. Ini telah menyebabkan penulis perlu mencari jalan lain untuk mensimulasikan arahan select ini. Dari kajian yang dilakukan jalan yang mudah ialah dengan menggunakan jujukan boolean, di mana saiz jujukan ini dipadankan dengan bilangan medan dan nilai jujukan akan melambangkan keperluan untuk mencapai maklumat dalam medan tersebut. Namun begitu, bermula dengan MS Window 2000, kelebihan menggunakan jenis boolean ini menjadi kurang bermakna. Ini kerana tradisinya jenis boolean ini akan menggunakan hanya satu bit ruang memori sahaja. Namun kini ia sebenarnya menggunakan 32 bit ruang memori. Ini bermakna ia sama saiz dengan perwakilan bagi satu huruf. Oleh itu penulis mengambil keputusan untuk menggunakan jujukan huruf atau string. Permasalahan yang kedua ialah bagaimana menambah maklumat ini kepada litupan GIS. Cara yang paling ideal ialah membuat penambahan property kepada objek MapLayer yang didefinisikan oleh Map Object. Namun, apabila dicuba menggunakan cara tersebut, ia mengganggu fungsi-fungsi lain dalam Map Object. Kenapa? Ini kerana penambahan property tersebut telah menyebabkan Map Object tidak lagi mengenali objek baru bagi Map Layer tersebut. Maka, penulis mengubah pendekatan yang diambil kepada pendekatan yang berupa book-keeping. Ini boleh diumpamakan kepada peranan fungsi cookies di dalam aplikasi internet. Algoritma fungsi ini diberikan di bawah: - 77 Mula Data Rujukan Lokasi Bagi Setiap Liputan Simpan Maklumat Liputan Tamat Query Liputan berdasarkan lokasi Tidak Ada Rekod? Pilih Field yang diperlukan sahaja Rajah 5.2 5.3 Ya Carta alir carian ciri tapak pembangunan Interpolasi Kelas Ketinggian dan Kecerunan Perbincangan kajian tentang penghasilan permukaan interpolasi dari data kontur bermula dengan mengambil kira kajian tentang borang dan reka bentuk logik di bab 3 dan huraian tentang pangkalan data di bab 4, di mana keperluan wujud untuk menghasilkan atau capaian data kepada kelas ketinggian dan kecerunan. Keperluan dua data ini juga datang daripada kajian terhadap garis panduan yang digunakan bagi melakukan keputusan. 78 Langkah ini pada lazimnya akan menggunakan tiga litupan iaitu, litupan garis kontur, litupan kelas ketinggian dan litupan kelas kecerunan. Di mana litupan garis kontur digunakan sebagai data masukkan untuk menjana dua litupan lain. Ini juga bermakna bahawa bagi sebarang perubahan terhadap litupan garis kontur, akan menyebabkan penjanaan semula dua litupan ini. Dari kajian tentang sistem bantuan keputusan, salah satu ciri pentingnya ialah untuk memudahkan pengguna. Sementara dari huraian di atas, kita melihat kepada satu aktiviti yang dilakukan berulang-ulang dan melalui langkah yang sama. Maka aktiviti seperti ini lebih sesuai jika ia dilakukan secara automatik oleh prototaip. Ini akan memudahkan tugas penyelenggaraan data-data litupan oleh pengguna. Ini kerana pengguna akan hanya perlu menyelenggarakan satu litupan daripada tiga litupan yang dihuraikan di atas. Kebaikan kedua ialah ia akan membuka peluang bagi pembangun sistem untuk mengimplementasikannya dalam format sendiri dan menyusun langkah bagaimana data tersebut disimpan. Kelemahan dari strategi seperti ini ialah pengguna tidak lagi melihat kedua-dua litupan yang dijanakan secara automatik tersebut. Namun begitu, penulis berpendapat bahawa kebaikannya mengatasi kelemahan yang ada. Ini kerana selain dari memerlukannya untuk laporan berkala, penulis melihat bahawa kedua litupan yang dijanakan tersebut tidak akan digunakan oleh pengguna. Tujuan di atas boleh dicapai dengan menggunakan algoritma interpolasi permukaan yang dihuraikan dalam bab 2. Dalam pemilihan algoritma yang digunakan oleh sistem beberapa pertimbangan perlu dilakukan. Pertimbangan pertama ialah kemudahan penggunaan algoritma tersebut. Ini kerana jika algoritma tersebut memerlukan terlalu banyak campur tangan pengguna akan menyebabkan pengguna tidak akan menggunakan sistem ini. Ini boleh dilihat dari huraian bab 1 dan antara sebab kenapa kajian ini dilakukan. 79 Pertimbangan yang kedua ialah kepantasan algoritma yang digunakan. Pertimbangan ini penting kerana pengguna masa kini sudah terbiasa dengan kepantasan komputer dalam melakukan satu-satu kerja. Ini telah menyebabkan pengguna kurang mempunyai kesabaran dalam menantikan sesuatu proses yang lama. Ini boleh dilihat dalam perisian komersial moden di mana jika ada saja proses yang memakan masa yang lama ia akan mengeluarkan dialog maklum balas bagi menyatakannya. Sebab yang kedua kepantasan algoritma penting ialah dari huraian reka bentuk logik bab 3, kita dapat melihat bahawa ini adalah satu dari beberapa langkah yang diperlukan oleh sistem. Maka jika ia memproses terlalu lama ia akan memburukkan lagi masa yang diperlukan oleh keseluruhan proses bantuan penilaian yang dilakukan oleh sistem. Maka sebarang kebaikan dari penjanaan kiraan ini tidak akan membawa manfaat kepada pengguna. Pertimbangan yang terakhir ialah ketepatan pengiraan. Ini adalah penting kerana maklumat ketinggian ini akan menentukan maklumat kecerunan. Ia juga merupakan maklumat rujukan bagi model-model lain yang digunakan oleh sistem. Malangnya pertimbangan ini adalah bertentangan dengan kedua pertimbangan di atas. Ini kerana untuk mendapatkan ketepatan kita perlu mengambil kira lebih banyak parameter dan memerlukan langkah ujian ketepatan. Kedua-dua langkah tersebut akan melambatkan dan menyukarkan penggunaan sistem. Untuk itu, kita perlu mencari perimbangan dalam pemilihan algoritma mana yang digunakan oleh sistem. Pengiraan ketinggian yang dipilih ialah IDW. Ia dipilih kerana: - 1. Operasi pengiraan yang mudah 2. Menggunakan hanya 2 parameter bagi pengiraannya iaitu bilangan titik yang diambil kira dan satu parameter untuk menentukan kekuatan pengaruh jarak terhadap hasil interpolasi. 80 Kedua faktor di atas membolehkan kod sumber yang dibangunkan dioptimumkan untuk kepantasan algoritma. Namun begitu, kita juga perlu mengatasi atau mengurangkan kelemahan bagi teknik ini. Bagi memastikan kiraan interpolasi tidak terlalu jauh dari nilai sepatutnya, kita akan melakukan kajian hasil pengiraan teknik ini. Seperti yang telah dihuraikan pada bab 2 teknik ini tidak mempunyai maklumat ralat. Maka kita akan lakukan satu kajian bagi melihat ketepatan yang akan dijanakan oleh algoritma ini terhadap kawasan kajian. Bagi kajian ini kita akan membahagikan kawasan kajian kepada grid 100 x 100. Setelah itu kita keluarkan sel-sel grid yang berada di luar kawasan kajian. Ini akan membentuk 7, 028 sel. Kita akan melakukan interpolasi ketinggian bagi setiap sel tersebut. Ini akan memastikan hasil algoritma kita tidak akan bias kepada sesuatu keadaan tapak. Bagi mengurangkan lagi kemungkinan bias tersebut, kita akan menggunakan dua litupan kontur. Pertama litupan kontur yang mempunyai jeda 1000 kaki bagi mewakili data kontur yang mempunyai kepadatan data yang jarang. Kedua litupan kontur yang mempunyai jeda 20 meter digunakan untuk mewakili data kontur yang mempunyai kepadatan data yang tinggi. Setelah mendefinisikan data masukkan dan kawasan ujian, kita perlu hasilkan satu litupan kawalan(control layer). litupan kawalan ini kita hasilkan dengan teknik yang lumrah digunakan untuk mendapatkan maklumat ketinggian dan kecerunan iaitu Model TIN dalam GIS. Fungsi utama litupan kawalan ini ialah bagi menguji hasil pengiraan ketinggian sel. Apa yang perlu diambil perhatian di sini ialah maklumat yang diperlukan oleh sistem. Iaitu kelas ketinggian, bukan nilai ketinggian yang diperoleh. Malangnya penulis gagal mengeluarkan definisi grid kepada bentuk vektor. Maka untuk memastikan grid sama saiz, kita akan menggunakan grid di atas dan menggunakan teknik zonal statistic bagi mendapatkan nilai ketinggian bagi litupan kawalan. Hasil dari operasi ini boleh dilihat di bawah: - 81 Jadual 5.1 : Hasil interpolasi bagi kontor 1000 kaki dan 20m Hasil dari garisan kontur 1000 kaki Hasil dari garisan kontur 20m Dari jadual di atas kita boleh melihat, pertama pada kontur 1000 kaki akan menghasilkan permukaan yang lebih general jika dibandingkan dengan kontur 20 meter. Kedua pada litupan yang dihasilkan oleh kontur 20 meter, terdapat beberapa sel yang tidak mempunyai nilai. Untuk mengatasi masalah ini maka penulis terpaksa mengeluarkan sel-sel tersebut dari kajian yang melibatkan kontur 20 meter. Setelah semua persediaan untuk kajian telah dilakukan, maka kita kembali kepada algoritma yang kita pilih. Kita akan melakukan beberapa perubahan dari segi bagaimana algoritma ini berjalan. Selain dari memberikan nilai kepada parameter formula IDW, kita boleh membuat perubahan bagaimana pemilihan titik yang akan diambil kira untuk membuat anggaran nilai ketinggian dipilih. Percubaan pertama penghasilan algoritma IDW menggunakan teknik buffer dari Map Object. Di dalam percubaan ini kita akan memilih titik yang diambil kira dengan melakukan buffer terhadap litupan kontur menggunakan lokasi tapak pembangunan sebagai rujukan lokasi permulaan. 82 Berdasarkan bilangan titik yang diperoleh dari operasi buffer sistem membuat keputusan sama ada membesarkan saiz buffer atau berhenti dan memulakan operasi kiraan algoritma IDW. Keputusan untuk berhenti atau membesarkan saiz buffer ialah apabila bilangan titik observasi yang diperoleh lebih besar dari bilangan titik minimum yang diberikan oleh pengguna. Maka pemilihan titik bagi IDW akan kelihatan seperti di bawah: - Rajah 5.3 Pemilihan titik IDW Teknik buffer ini menghasilkan kiraan interpolasi yang cukup baik dalam masa yang singkat bagi litupan garis kontur yang mempunyai jeda antara garis kontur yang besar seperti garis kontur 1000 kaki. Namun pada garis kontur yang mempunyai jeda garis kontur 20 meter, masa memprosesnya menjadi terlalu lama. Kajian tentang pemprosesan teknik buffer oleh Map Object menunjukkan bahawa setiap kali satu buffer dibentuk, ia melakukan pemprosesan bagi keseluruhan litupan. Maka bagi litupan kontur 20 meter yang mempunyai saiz data lebih kurang 6 MB, tidak hairanlah ia mengambil masa yang lama. Ini dibandingkan dengan litupan garis kontur 1000 kaki yang mempunyai saiz data lebih kurang 11 KB. Pemprosesan yang lama ini telah menyebabkan kelebihan menggunakan teknik ini tidak lagi boleh dipertahankan. Ia juga mengurangkan penerimaan oleh pengguna yang perlu menunggu lama hanya untuk mendapatkan maklumat ketinggian. 83 Masalah yang kedua ditemui ialah apabila luas buffer berada di luar sempadan litupan garis kontur ia tidak menghasilkan bentuk geometri yang dijangkakan. Ia akan menghasilkan bentuk geometri nil atau tiada hasil bentuk geometri. Maka apabila sistem membuat capaian kepada maklumat ketinggian di litupan kontur telah menyebabkan modul COM MS Window akan menghasilkan maklumat ralat yang di luar kawalan oleh sistem yang dibangunkan. Malangnya maklumat ini tidak didokumenkan dengan jelas dalam buku panduan Map object menyebabkan ia hanya diperoleh menggunakan teknik trial and error yang berulangulang. Masalah di atas menunjukkan bahawa pemprosesan litupan yang berulangulang dan penghasilan geometri nil yang menyebabkan teknik di atas gagal. Maka, jika dua permasalahan ini boleh diselesaikan kita masih boleh menggunakan algoritma IDW dalam interpolasi ketinggian. Mengambil idea dari pengalaman percubaan pertama tadi, perubahan dilakukan terhadap algoritma yang diimplementasikan. Iaitu menggunakan teknik heuristic greedy. Di dalam teknik ini kita akan memproses litupan hanya sekali bagi setiap kali interpolasi ketinggian diperlukan. Ini dicapai dengan mengubah parameter bilangan titik minimum algoritma dan menjadikannya bilangan titik maksimum. Algoritma ini akan menerima semua titik sehingga bilangan titik yang dikumpulkan sama dengan bilangan titik maksimum. Jika litupan masih lagi ada titik observasi maka bagi setiap titik observasi yang jaraknya ke tapak pembangunan yang lebih dekat akan menggantikan titik terjauh yang dikumpulkan sebelum ini. Ini akan menghasilkan kumpulan titik terdekat kepada lokasi pembangunan. Ia juga mencapai matlamat yang hendak dicapai oleh teknik buffer yang gagal di atas, iaitu menggunakan kawasan terkecil bagi pilihan titik. 84 Selepas maklumat ketinggian diperoleh, maklumat ini perlu dipadankan dengan kelas ketinggian yang digunakan oleh sistem. Jadual kelas ketinggian ini boleh dilihat pada bab 2, jadual 2.2. Bagi menghasilkan pemadan tersebut, kita hanya perlu menggunakan kenyataan arahan yang berbentuk if .. then. Pemadanan nilai ketinggian kepada kelas ketinggian dilakukan secara songsang yakni dengan kelas teratas terlebih dahulu dan diakhiri dengan kelas terkecil. Sebagai contoh mari kita lihat hasil kalibrasi IDW bagi menentukan nilai yang sesuai untuk parameter bilangan titik n dan nilai pemberat d, Jadual 5.2 : Kalibrasi IDW Kontur 1000k N=10 D D Std Dev. % Betul 1.0 62.81 98.02 1.5 55.76 98.29 2.0 52.21 98.31 2.5 51.19 98.08 D Std Dev. % Betul Kontur 20m N=10 1.0 14.94 99.01 d=2.0 d=2.0 N N StdDev. % Betul 10 52.21 98.31 20 55.32 98.39 N=20 1.5 15.39 99.00 2.0 15.80 98.95 2.5 16.14 98.94 30 12.58 99.21 40 11.95 99.30 d=1.0 d=1.0 30 59.05 98.38 40 62.06 98.21 N Std Dev. % Betul 10 14.94 99.01 20 13.52 99.20 N=40 Salah Dari jadual di atas maka, kita boleh lihat biarpun teknik IDW ini teknik purba, namun ia masih menghasilkan ketepatan tekaan kelas ketinggian yang betul di atas 90 peratus. Kita juga boleh lihat bahawa semakin kurang jeda di antara garis kontur, semakin baik interpolasi yang dilakukan oleh IDW. Atau yang lebih tepat ialah semakin padat bilangan titik observasi semakin baik hasil IDW. 85 Ia juga menyatakan bahawa bagi kontur 1000k kita akan menggunakan d=2.0 dan n=20, sementara bagi kontur 20m nilai d = 1.0 dan n=40 akan digunakan. Kita juga boleh lihat bahawa kesilapan yang dilakukan oleh IDW adalah secara konsisten di kawasan sempadan di antara kelas ketinggian. Ini berlaku kerana pada kawasan sempadan ini memerlukan ketepatan yang tinggi. Maklumat ketinggian ini juga akan digunakan oleh sistem untuk melakukan anggaran kecerunan bagi lokasi tersebut. Anggaran ini bermula dengan menggunakan formula hukum tiga segi, di mana b ialah sisi bertentangan dan a ialah sisi bersebelahan dan theta ialah sudut kecerunan dalam radian Anggaran kecerunan dari maklumat yang berbentuk titik dikira dengan menggunakan 4 maklumat titik. Keempat maklumat titik yang digunakan ialah, titik utara, selatan, timur dan barat dari lokasi anggaran. Maka formula di atas akan menjadi (Unwin 1981), Kiraan Cerun dari arah Y, Kiraan Cerun dari arah X, Maka sudut kecerunan dalam radian ialah Arah kecerunan dalam radian pula di mana Titik Utara (Xn, Yn) Titik Selatan (Xs, Ys) Titik Timur (Xe, Ye) Titik Barat (Xw, Yw) 86 Mari kita lihat pula kesan jeda kontur terhadap permukaan 3D. Bagi membuat kajian ini satu modul tambahan telah ditambahkan kepada aplikasi. Modul ini berfungsi sebagai pembaca data vektor yang berformat shape dan menukarkannya kepada satu objek yang mempunyai data struktur mirip kepada grid. Maka dari grid tersebut kita akan bentuk segi tiga menggunakan 3 data titik bagi setiap permukaan yang dijanakan. Maklumat ini akan kita hantar kepada OPENGL sebagai penjana permukaan 3D tersebut. Kita juga janakan model 3D dari perisian GIS komersial. Langkah ini dilakukan untuk memastikan bahawa permukaan yang dihasilkan oleh modul kita ini menyerupai permukaan yang dijanakan oleh perisian komersial GIS. Hasil di bawah adalah perbandingan hasil penjanaan permukaan oleh modul tersebut bagi kontur kawasan kajian pada jeda 1000 kaki dan 20m. Jadual 5.3 : Kesan interpolasi terhadap data kontor Menggunakan Purata Menggunakan Purata dan IDW Kontur 1000 kaki Kontur 20 M Apa yang menarik dari jadual di atas kita boleh melihat bahawa apabila data litupan kontur itu jarang, IDW mempunyai tendency untuk menghasilkan permukaan yang licin atau rata. Mungkin inilah sebabnya jika dikaji dalam bidang pembuatan game-3D, ia merekomenkan jika permukaan yang dijanakan nampak kasar maka salah satu smoothing filter yang dicadangkan merupakan formula yang kelihatan sama dengan formula IDW. 87 Kedua, apabila melihat kontur 20m kita dapat lihat hanya dengan mengambil purata nilai ketinggian di dalam satu-satu grid sel sudah dapat menjana permukaan yang diperlukan. Melihat hasil ini kita akan memasukkan teknik ini ke dalam algoritma kita untuk menjanakan interpolasi kepada nilai ketinggian. 5.4 Injin Sintesis Keputusan Di dalam bab 2, telah dihuraikan konsep teori dan penggunaan lazim para pakar dalam menghubungkan GIS dan AHP. Kita juga telah melihat satu contoh fiktif yang menunjukkan penggunaan teknik lazim tersebut untuk permasalahan kajian. Pada masa yang sama penulis telah menimbulkan dua isu yang terdapat dalam teknik lazim tersebut. Isu-isu tersebut adalah, pertama ketiadaan pilihan keputusan dalam hierarki AHP dan kedua, perbandingan kepentingan yang dilakukan terhadap nilai-nilai atribut bagi setiap litupan GIS yang digunakan sebagai kriteria. Kedua-dua isu tersebut adalah berhubung dengan bagaimana hierarki yang dibentuk. Maka untuk mengatasinya, penulis berpendapat, pertama kita perlu membezakan di antara kriteria yang menggunakan data litupan dengan kriteria yang lain. Ini bagi membolehkan kita untuk memprosesnya dengan cara yang berbeza. Kedua, hierarki yang dibentuk untuk AHP dilihat sebagai satu hierarki yang mendefinisikan kriteria yang mungkin diambil kira dalam menilai satu permohonan pembangunan. Maka, pada awalnya ia akan mendefinisikan semua kemungkinan kriteria yang akan digunakan. Ini dilihat perlu bagi membolehkan sistem melakukan pengolahan AHP tanpa campur tangan pengguna. Ia juga bagi membolehkan definisi perbandingan kepentingan dilakukan sekali sahaja, bagi sistem untuk memproses litupan-litupan GIS yang digunakan sebagai kriteria dalam keputusan. 88 Apabila maklumat tentang ciri tapak pembangunan diberikan oleh GIS, kita akan melakukan cantasan kepada hierarki AHP tersebut bagi kriteria-kriteria yang tidak berkaitan. Ini akan menghasilkan satu hierarki AHP dengan kriteria yang perlu sahaja. Bagi melihat dengan lebih jelas, mari kita lakukan semula contoh fiktif dari bab 2. Kita akan menggunakan sebanyak mungkin nilai perbandingan kepentingan yang sama dengan pendekatan lazim. Seperti biasa kita mulakan dengan hierarki kemungkinan kriteria, ini hampir sama dengan pendekatan lazim. Bezanya ialah kita perlu meletakkan pilihan keputusan, dan perbandingan antara atribut dalam satu litupan tidak dilakukan. Maka hierarki tersebut boleh dilihat di bawah: - < 150m Lulus Tolak Lulus 150-300 Tinggi Tolak Lulus 300-1000 > 1000 Tolak Lulus Tolak Penilaian Permohonan < 12 Lulus Tolak Lulus 12-25 Cerun Tolak Lulus 25-35 >35 Tolak Lulus Tolak Rajah 5.4 Hierarki semua kemungkinan kriteria 89 Dari hierarki di atas, perbandingan kepentingan di antara kriteria dilakukan pada tahap litupan GIS iaitu antara kecerunan dan ketinggian. Ia juga dilakukan pada tahap pilihan keputusan dan tidak pada tahap atribut GIS. Untuk melihat mengapa ia dilakukan seperti itu, mari kita lihat dengan terperinci bagi tapak pembangunan A. Sementara tapak B, C dan D akan ditunjukkan hasil akhir sahaja. Ciri-ciri tapak A ialah ketinggian < 150 atau Tanah Pamah dan kecerunan di bawah 12 darjah atau kecerunan tiada risiko. Mari kita mulakan perbincangan dengan apabila maklumat dari ketinggian diperoleh dari GIS. Selanjutnya kita membuat cantasan terhadap sub-kriteria bagi kriteria ketinggian. Kita membuang dari hierarki nilai sub-kriteria yang tidak sama dengan nilai yang diperoleh dari GIS.. Maka hierarki akan kelihatan seperti di bawah: - Tinggi < 150m Lulus Tolak Penilaian Permohonan < 12 Lulus Tolak Lulus 12-25 Cerun Tolak Lulus 25-35 >35 Tolak Lulus Tolak Rajah 5.5 Hierarki setelah maklumat ketinggian Namun begitu kita dapat lihat bahawa kriteria ketinggian kini hanya mempunyai satu sub-kriteria sahaja. Ini menyebabkan perbandingan antara kriteria, bagi sub-kriteria tinggi menjadi mustahil. 90 Dengan demikian kita akan promote tingkat kriteria bagi < 150m menjadikan kriteria Tinggi digantikan oleh Tinggi < 150m. Dengan melakukan langkah ini maka perbandingan antara atribut ketinggian tidak lagi diperlukan oleh AHP. Ini boleh dilihat di dalam rajah di bawah: - Lulus Tinggi <150 Tolak Penilaian Permohonan < 12 Lulus Tolak Lulus 12-25 Cerun Tolak Lulus 25-35 >35 Tolak Lulus Tolak Rajah 5.6 Hierarki akhir selepas maklumat ketinggian Maka, apabila maklumat tentang kecerunan diperoleh dari GIS, kita akan ulang langkah-langkah di atas. Dan Hasil akhir hierarki AHP bagi tapak lokasi A ialah, Rajah 5.7 Hierarki akhir tapak A 91 Di mana perbandingan kepentingan di antara Tanah Pamah dan Kecerunan Tiada Risiko dianggap sebagai perbandingan litupan GIS dan menggunakan matriks perbandingan kepentingan litupan GIS seperti contoh pada bab 2(Jadual 2.10). Sementara matriks perbandingan kepentingan bagi atribut litupan adalah pembandingan bagi pilihan keputusan berdasarkan atribut tersebut. Bagi kriteria tanah pamah ialah: - Jadual 5.4 : Perbandingan kepentingan tanah pamah bagi tapak A Sementara matriks perbandingan kepentingan bagi kriteria kecerunan tiada risiko pula ialah:- Jadual 5.5 : Perbandingan kepentingan kecerunan bagi tapak A Pengolahan oleh AHP menghasilkan: - Rajah 5.8 Hasil sintesis tapak A 92 Di mana Penerimaan Keputusan Lulus berdasarkan kriteria ialah 0.4375 + 0.4375 = 0.8750 atau 87.5 % kemungkinan untuk meluluskan permohonan. Sementara Penerimaan Keputusan Tolak pula 0.0625 + 0.0625 = 0.1250 atau 12.5 % kemungkinan untuk menolak permohonan. Maka jika proses diulang bagi lokasi pembangunan yang lain, AHP akan menghasilkan pengiraan seperti di bawah:- Lokasi B Jadual 5.6 : Hasil sintesis bagi tapak B, C dan D Hasil Pengiraan AHP Lulus = 0.0833+0.4167=0.5 Tolak=0.4167+0.0833=0.5 C Lulus = 0.4167+0.0833=0.500 Tolak=0.4167+0.0833=0.500 D Lulus = 0.0625+0.0625=0.1250 Tolak=0.4375+0.4375=0.8750 93 Dengan itu, kita boleh lihat bahawa bagi tapak yang mempunyai ciri yang berbeza akan menghasilkan hierarki AHP yang berbeza setelah maklumat ciri tapak diperoleh dari GIS. Pendekatan yang diketengahkan ini juga masih mengekalkan semua kebaikan dari pendekatan lazim dan telah mengatasi dua isu yang dinyatakan di atas. Sementara di bawah adalah ringkasan hasil pengiraan dan keputusan bagi keempat-empat tapak pembangunan: - Jadual 5.7 : Ringkasan keputusan bagi empat tapak pembangunan A B C D Tinggi Tanah Pamah Tanah Tinggi Bukit Pergunungan Cerun Tiada Risiko Rendah Risiko Sederhana Risiko Tinggi Risiko % Lulus 87.5 50 50 12.5 % Gagal 12.5 50 50 87.5 Keputusan Lulus Lulus Bersyarat Lulus Bersyarat Gagal Pendekatan pemprosesan AHP secara dinamik dilihat lebih baik bagi penilaian permohonan pembangunan kerana: - 1. Hierarki yang dibentuk berasaskan kepada tapak pembangunan 2. Hasil AHP ialah % penerimaan pilihan keputusan. Maka penilaian kedua oleh pengguna tidak diperlukan 3. Dengan tidak membuat perbandingan kepentingan antara kelas dalam satu litupan GIS ia mengurangkan proses pengiraan yang diperlukan oleh AHP. Namun begitu kajian telah dibuat, bagi memproses satu litupan. Di mana litupan kajian dibahagikan kepada grid bersaiz 1 hektar atau lebih dari 70,000 sel grid. Masa diambil untuk memproses litupan tersebut memakan masa yang sangat lama yakni lebih dari 18 jam. Ini kerana sistem perlu melakukan penilaian bagi setiap sel grid. Penilaian itu pula bukan berbentuk pengiraan formula mudah tetapi satu proses yang kompleks. Maka, teknik ini dilihat sesuai untuk memproses maklumat dalam satu tapak tetapi tidak sesuai untuk memproses satu litupan yang besar. 94 5.5 Pengecaman Garis Panduan Tujuan utamanya ialah untuk membuat carian terhadap senarai garis panduan bagi mendapatkan hanya garis panduan yang relevan untuk ditunjukkan kepada pengguna. Dari Bab 2, kita mendapati permasalahan ini sering dikaitkan dengan pencarian dokumen yang mengandungi garis panduan. Ini menyebabkan pengguna perlu mencari garis panduan di dalam dokumen yang dicapai oleh sistem. Penulis juga mencadangkan bahawa cara yang baik ialah dengan terus mendefinisikan garis panduan sebagai rules dalam sebuah modul yang berbentuk rule-base. Ini kerana ia akan terus mencapai garis panduan tanpa keperluan pengguna mencari maklumat garis panduan dalam dokumen. Untuk mencapai objektif di atas, kita perlu mendapatkan maklumat yang merupakan faktor rujukan dari dokumen garis panduan. Sebagai contoh pada Bab 2, bagi garis panduan pemeliharaan topografi kita melihat bahawa ia menggunakan dua faktor rujukan iaitu kecerunan dan jenis pembangunan yang akan dilakukan. Maka, maklumat masukkan ialah dari komponen GIS terutamanya litupan guna tanah dan hasil pengiraan interpolasi ketinggian dan interpolasi kecerunan. Hasil dari interpolasi ketinggian dan kecerunan tersebut perlu diolah dahulu untuk menjadikan mereka kepada kelas ketinggian dan kelas kecerunan. Berdasarkan maklumat tersebut senarai garis panduan akan dikecilkan sehingga garis panduan yang tinggal adalah garis panduan yang relevan sahaja. Pendekatan pengecaman garis panduan menggunakan rule-base memerlukan setiap garis panduan tersebut berformatkan seperti di bawah: - if < matching condition> then <guidelines in textual form> <matching condition> ::= <condition> OR <matching condition> || <condition> AND <matching condition> <condition> ::= <GIS_Layername GIS_attribute_value> || <Height Height_Class> || <Slope Slope_Class>||<MISC Class Atrribute> 95 Bagi data masukkan kepada rule-base perlu fakta yang berformat seperti <condition> di atas. Dari komponen yang telah direka bentuk di atas kita memperoleh 3 jenis data. Pertama ialah data atribut litupan yang diperoleh dari GIS, kedua data tentang ketinggian dan kecerunan yang diperoleh dari interpolasi litupan garis kontur dan yang terakhir ialah data masukkan dari pengguna yang merupakan maklumat pembangunan yang hendak dijalankan. Dari format di atas, sesuatu garis panduan itu dikatakan relevan apabila kesemua <matching condition> bagi garis panduan telah dipenuhi. Ini dilakukan dengan bagi setiap fakta yang masuk kepada komponen ini, akan membuang atau menyisihkan <matching condition> yang relevan. Ini boleh dilihat dengan lebih baik lagi jika kita menggunakan contoh. Contoh rule yang digunakan di sini ialah dari garis panduan pemeliharaan topografi. Rule di bawah mendefinisikan bagi kecerunan di antara 13 - 35 dan guna tanah polisi perumahan, maka garis panduan plinth area bagi pembangunan tersebut ialah 30%. (rule (if cerun is 13_25_darjah and rtd gunatanah perumahan) (then PlinthArea "30%")) Apabila maklumat dari interpolasi kecerunan menyatakan bahawa kecerunan tapak pembangunan di antara 13 hingga 25 darjah, maka rule akan berbentuk: - (rule (if rtd gunatanah perumahan) (then PlinthArea "30%")) Apabila maklumat dari GIS menyatakan bahawa guna tanah perumahan, maka semua <matching condition>, telah dipenuhi dan kita akan menukarkan rule di atas kepada fakta: - (GP PlinthArea "30%") Fakta di atas akan dihantar kepada bahagian pengurusan model untuk diproses lanjut. Pendekatan ini membawa bersamanya dua isu yang perlu diselesaikan. Isu-isu ini dihuraikan di bawah. 96 Isu pertama pendekatan ini ialah apa yang perlu dilakukan bagi garis panduan yang mempunyai <matching condition> yang tidak dipenuhi. Isu ini telah menimbulkan keperluan pembentukan rules yang berbentuk penyelenggaraan. Namun begitu kita perlu ingat bahawa dalam rule-base pada asasnya tidak mengikut konsep operasi berlangkah. Malah, ia akan membuat anggapan setiap rules itu sama pentingnya. Ini kerana rule-base menggunakan symbolic reasoning yang berbeza dari cara larian algoritma lazim. Maka jika kita tambahkan sahaja rule yang berbentuk penyelenggaraan ini, ia akan memastikan tiada garis panduan akan dipadankan. Ini berlaku kerana rule penyelenggaraan akan boleh dipadankan kepada setiap rule garis panduan tanpa sebarang masukkan data. Penyelesaian bagi isu ini bergantung kepada apa yang digunakan untuk membangun komponen ini. Bagi kajian ini yang menggunakan CLIPS, ia mempunyai arahan khas yang boleh digunakan untuk membentuk kumpulankumpulan rules iaitu arahan salience. Sintak lengkap dan penerangan arahan ini boleh didapati dalam manual clips atau pada buku Expert Systems: Principle dan Programming. Namun begitu, kita perlu berhati-hati dalam penggunaan kemudahan ini. Ini bagi mengelakkan pemprosesan maklumat oleh injin pengecaman garis panduan ini berubah menjadi pemprosesan berlangkah sepenuhnya sehingga menghilangkan kelebihan symbolic reasoning. Isu kedua ialah faktor rujukan lain-lain bagi guna tanah polisi. Cara yang paling mudah untuk menyelesaikan isu ini ialah dengan menyenaraikan kesemua guna tanah yang berkaitan. Namun cara ini tidak praktikal, kerana kemungkinan salah satu jenis guna tanah tertinggal itu wujud. Ini akan menyebabkan garis panduan yang sepatutnya berjaya dipadankan dengan data masukkan menjadi tidak berjaya dipadankan. 97 Oleh itu kita perlu pertama, mendefinisikan satu pengenal(Identifier) bagi mewakili maklumat lain-lain tersebut. Kedua membenarkan pengenal ini dipadankan kepada semua data masukkan yang sama jenisnya. Ketiga, melakukan penyisihan terhadap hasil akhir garis panduan dengan membuang garis panduan yang menggunakan identifier hanya jika ada garis panduan lain yang lebih spesifik. Dengan memenuhi tiga langkah tersebut kita akan mengatasi isu kedua ini. 5.6 Rumusan Komponen sistem maklumat geografi bagi prototaip yang dibangunkan tetap dipisahkan dari pengurusan model sistem bantuan komponen. Ini dilakukan kerana sebarang operasi atau komunikasi terhadap komponen ini hanya boleh dilakukan melalui fungsi(method) yang telah didefinisikan oleh pengeluar development tool tersebut. Kedua bagi map object di dalamnya telah ada komponen yang menguruskan data dan model yang boleh dipanggil tetapi tidak boleh dipisahkan. Analisis ketinggian dan kecerunan dilakukan dengan teknik interpolasi yang digunakan ialah algoritma IDW. Lapisan data yang digunakan bagi analisis ini ialah lapisan garisan kontur Teknik ini adalah satu teknik yang telah lama digunakan. Namun begitu dengan ketepatan di atas 90 % untuk tekaan kelas ketinggian bagi kedua-dua data cubaan, maka ia boleh digunakan untuk prototaip. Ini ditambah pula kesilapan tekaan berlaku di kawasan sempadan antara kelas ketinggian, yang mana ia hanya boleh diatasi dengan algoritma yang sangat tinggi, atau data kontur yang sangat terperinci(jeda 1m). Kedua-dua pilihan tersebut akan hanya melambatkan pemprosesan maklumat prototaip, untuk mendapat hanya 10 % lebih ketepatan. Oleh itu penulis memilih untuk mengutamakan kepantasan daripada ketepatan. 98 Dari sudut data kontur, hasil kajian menunjukkan IDW mampu menghasilkan interpolasi yang kurang dari jeda jarak terbesar data. IDW juga akan menghasilkan permukaan yang licin, apabila kepadatan data ketinggian rendah. Ini akan menyebabkan kiraan kecerunan yang rendah bagi keseluruhan kawasan. Maka pemilihan data kontur untuk menjanakan permukaan, memerlukan data yang agak padat. Kajian ini juga menunjukkan bagi kawasan kajian data kontur 20m sudah memadai. Dalam usaha prototaip membantu pengguna, melalui model atau komponen sintesis keputusan, pendekatan pembentukan hierarki dinamik diketengahkan. Pendekatan ini bermula dengan melihat hierarki awal kriteria sebagai kriteria-kriteria yang mungkin diambil kira dalam keputusan. Berdasarkan ciri tapak yang diperoleh dari komponen sistem maklumat geografi, hierarki ini dikecilkan sehingga hanya kriteria yang berlaku sahaja yang tinggal. Barulah pengiraan Analisis Proses Berhierarki(AHP) dilakukan. Ini akan membawa kepada perbandingan pilihan keputusan terhadap ciri tapak dan bukan perbandingan di antara atribut litupan data. Ia juga tetap mengekalkan semua kebaikan yang ada pada Analisis Proses Berhierarki. Komponen pengecaman garis panduan ini bertujuan untuk memberikan garis panduan yang relevan berdasarkan maklumat ciri tapak pembangunan. Garis panduan ini lazimnya digunakan sebagai syarat kepada sesuatu permohonan pembangunan. Kajian telah menunjukkan untuk mencapai objektif di atas injin rulebased memerlukan dua jenis rules. Rules yang pertama ialah rules yang menguruskan perjalanan conflict resolution, dan pembersihan garis panduan yang tidak diperlukan. Rules yang kedua ialah berkenaan operasi pengecaman. Secara amnya, pendekatan membangunkan prototaip tanpa menggunakan perisian komersial membuka peluang untuk mengubah perjalanan pelaksanaan sesuatu operasi seperti yang dihuraikan dalam bab ini bagi komponen-komponen pentingnya. Ia juga memenuhi objektif kajian yang ketiga. BAB 6 PENGUJIAN PROTOTAIP 6.1 Pendahuluan Bab ini menghuraikan bagaimana reka bentuk yang dibentuk dalam bab 3 diimplementasikan. Bab bermula dengan mendefinisikan persekitaran pembangunan aplikasi. Huraian diteruskan dengan melihat sistem dari apa yang akan dilihat oleh pengguna setelah semua konfigurasi selesai dilakukan. 6.2 Persekitaran Sistem Huraian persekitaran sistem dibahagikan kepada dua iaitu perisian yang digunakan semasa pembangunan dan persekitaran perkakasan. Persekitaran perisian dihuraikan terlebih dahulu kerana persekitaran ini menentukan tingkat keperluan bagi persekitaran perkakasan. Di dalam membuat pemilihan di antara perisian komersial yang ada di pasaran, dua pertimbangan digunakan. Pertama, komponen GIS sistem seperti yang telah dihuraikan dalam bab 3, dipilih adalah dalam bentuk development tool. Ini kerana sistem bantuan keputusan yang dibayangkan dalam bab 3 itu akan dibangunkan dalam bentuk embeded system (Taher, 2004). Embeded System dipilih kerana ini akan mengurangkan keperluan pengguna untuk menukar format data mengikut keperluan komponen atau model-model sokongan. Ini akan memberikan peluang kepada pengguna untuk menumpukan kepada penyelesaian masalah sahaja seperti huraian dalam bab 3. 100 Ia juga akan mengurangkan kos pelaksanaan kerana development tool hanya perlu dibeli sekali dan boleh digunakan dalam pembangunan banyak sistem. Kedua, sejauh mungkin pilihan perisian yang digunakan ini tidak akan menyebabkan penggunaan perkakasan baru bagi pengguna. Sistem bantuan keputusan ini akan dibangunkan menggunakan spesifikasi perisian di bawah: - 1. Sistem Operasi MS Windows 2000 ke atas. 2. Clips 6.2 yang dikeluarkan oleh NASA sebagai asas injin rule-base 3. Map Object 2.1 yang dikeluarkan oleh ESRI sebagai asas komponen GIS 4. Bahasa pengaturcaraan Delphi 7 5. Pangkalan Data MS Access XP Ia juga memerlukan spesifikasi asas komputer persendirian seperti berikut: - 1. Unit Pemprosesan utama(CPU) di atas 1 GHz 2. Saiz ingatan (Memory) di atas 256 MB 3. Saiz Harddisk di atas 40 MB 4. Kad Grafik yang mempunyai 64M Spesifikasi yang tinggi diberikan terhadap kad grafik ini adalah untuk menyokong pemprosesan maklumat dalam menjanakan permukaan 3D dengan cepat. Jika operasi ini dikeluarkan dari prototaip maka keperluan kad grafik akan menjadi kad grafik yang menyokong kebolehan VGA ke atas. 6.3 Konfigurasi Utama Prototaip Konfigurasi pertama ialah bagaimana prototaip mengenali lokasi dari maklumat borang permohonan. Maka untuk itu skrin di bawah digunakan untuk memberitahu prototaip nama litupan yang menyimpan maklumat litupan lot, dan nama medan-medan yang menyimpan maklumat lokasi. 101 Ia juga membantu memadankan maklumat rujukan litupan dengan maklumat jadual yang digunakan oleh prototaip. Ini penting kerana prototaip perlu memadankan kod yang diperoleh dari jadual dengan kod yang digunakan dalam medan litupan lot. Tanpa perhubungan ini diketahui oleh prototaip, maka pembentukan pernyataan capaian SQL tidak dapat dijanakan. Rajah 6.1 Skrin konfigurasi carian lokasi Konfigurasi kedua ialah deklarasi parameter yang akan digunakan oleh sistem bantuan keputusan dalam membantu pengguna membuat penilaian terhadap permohonan pembangunan. Terdapat 4 bahagian dalam konfigurasi ini. Bahagian pertama ialah senarai litupan yang perlu dibawa masuk sebelum proses penilaian permohonan boleh dijalankan. Bahagian kedua ialah maklumat litupan kontur dan parameter yang digunakan oleh IDW. Ini kerana dalam bab 5 bahagian 5.3 Interpolasi kelas ketinggian dan kecerunan, kita hendak menggunakan satu litupan sahaja berbandingkan tiga litupan. Ia juga membolehkan pengiraan ketinggian dan kecerunan dilakukan semasa larian prototaip. Dua bahagian seterusnya ialah definisi tentang garis panduan dan perbandingan kepentingan yang akan digunakan oleh prototaip. Ini boleh dilihat pada skrin di bawah: - 102 Rajah 6.2 6.4 Skrin konfigurasi parameter utama Penilaian Permohonan Prototaip akan bermula dengan skrin pilihan operasi (Rajah 6.3). Skrin ini membantu pengguna untuk memilih operasi yang ingin dilakukan. Ia juga akan membantu prototaip untuk membuat keputusan apa yang perlu dibaca dari fail-fail konfigurasi prototaip. Untuk membuat pilihan pengguna hanya perlu klik dua kali pada pilihan operasi yang ingin dilakukan. Rajah 6.3 Skrin pilihan operasi 103 Sebagai contoh, pengguna membuat pilihan ia ingin membuat penilaian permohonan pembangunan. Maklumat lokasi pembangunan yang ada pada borang pembangunan akan diisikan ke dalam skrin masukkan maklumat permohonan Asas(Rajah 6.4). Idea skrin ini ialah bagaimana untuk menggunakan maklumat minimum dari borang permohonan, prototaip dapat mencari lokasi pembangunan tersebut. Maklumat yang mesti diisikan adalah maklumat lot, sementara maklumat lain adalah optional. Ini sesuai dengan reka bentuk pencarian lokasi yang dihuraikan dalam bab 5. Bantuan tambahan diberikan apabila pengguna menaip masuk maklumat yang berbentuk pilihan. Bantuan ini dapat diberikan kerana adanya jadual rujukan yang dihuraikan pada bab 4. Pengguna boleh memilih dari senarai dengan menggunakan tetikus, atau menaip masuk maklumat tersebut. Jika pengguna memilih untuk menaip masuk maklumat, prototaip akan cuba meneka pilihan pengguna berdasarkan senarai pilihan yang sedia ada. Ini membantu pengguna kerana ia tidak perlu menaip maklumat tersebut dengan lengkap. Rajah 6.4 Skrin masukkan maklumat permohonan asas 104 Setelah mendapat maklumat dalam bentuk teks, prototaip akan melakukan carian terhadap litupan lot bagi memenuhi permintaan pengguna. Operasi langkah ini telah dihuraikan dalam bab 5 di bawah fungsi utama komponen GIS. Jika maklumat lokasi teks dapat dipadankan dengan maklumat dalam lot maka pengguna akan ditunjukkan skrin operasi komponen GIS DSS (Rajah 6.5) dengan kawasan pembangunan ditandakan dengan warna kuning. Rajah 6.5 Kawasan permohonan pembangunan Prototaip seterusnya membuat permintaan pilihan kawasan sekitar kepada pengguna. Setelah pengguna memberikan maklumat tersebut dengan berinteraksi dengan skrin di atas, maka operasi penilaian pun bermula. Huraian operasi ini boleh dilihat pada bab 3 di bahagian reka bentuk logik. Hasil analisis permohonan pembangunan ditunjukkan pada skrin di bawah: - 105 Rajah 6.6 Sebahagian dari skrin hasil analisis tapak Dari rajah di atas, maklumat guna tanah semasa dan polisi kawasan sekitar diberikan (di bahagian kawasan sekitar skrin). Ini bagi membantu pengguna dalam menilai keperluan bagi pemohon untuk membuat permohonan perubahan polisi. Ini sesuai dengan kajian proses penilaian permohonan pada rajah 2.3. Jika maklumat lanjut tentang kawasan sekitar diperlukan, maka pengguna perlu klik dua kali pada rekod maklumat kawasan sekitar. Ini akan membawa pengguna kepada skrin operasi GIS dan kawasan sekitar yang dipilih akan dikelipkan oleh prototaip. pengguna kemudiannya boleh menggunakan fungsi di bawah menu Adhoc Query->analyze location bagi mendapatkan maklumat terperinci kawasan sekitar tersebut. Rajah di atas juga menunjukkan penilaian AHP, di mana hasil penilaian menggunakan analogi pepohon digunakan. Dari pepohon AHP, pengguna boleh melihat pecahan secara terperinci dari mana datangnya nilai kemungkinan sesuatu pilihan keputusan itu. Atau melihat hanya keputusan akhir di bawah result analysis. 106 Sebagai contoh, rajah di atas menunjukkan hasil sintesis keputusan yang lebih berat kepada sokongan untuk membenarkan pembangunan dilakukan. Pengguna boleh menerima cadangan ini, atau menolaknya dengan justifikasi dari pengalaman pengguna tentang kawasan tersebut. Di samping dua maklumat di atas, prototaip juga memberikan senarai garis panduan yang berlaku pada tapak pembangunan. maklumat ini boleh digunakan sebagai syarat pembangunan jika pegawai menyokong permohonan tersebut. 6.5 Rumusan Keperluan konfigurasi prototaip dilakukan terlebih dahulu wujud kerana prototaip yang dibangunkan perlu mengambil kira kemungkinan nama fail data dan medan bagi maklumat yang digunakan untuk memproses permohonan akan berbezabeza. Penulis dalam perkara ini membuat keputusan untuk tidak membuat kekangan terhadap penamaan maklumat tersebut. Ini kerana sistem bantuan keputusan pada dasarnya menggunakan maklumat yang telah ada dari sistem informasi yang lain (Amiruddin, 2001;Hoffer et al, 1996). Dari huraian penilaian permohonan, dapat dirumuskan bahawa sistem bantuan keputusan yang dibangunkan akan membantu pengguna dengan membolehkan pengguna menumpukan kepada proses penilaian permohonan pembangunan. Pengguna tidak lagi perlu meluangkan masa untuk mencari garis panduan yang berbagai bentuk format, atau perlu mengubah format hasil analisis kepada format yang diperlukan oleh sesuatu model bagi menghubungkan perisian sistem maklumat geografi dengan perisian lain. 107 Dengan memiliki komponen sintesis keputusan, prototaip dapat memberikan cadangan dalam bentuk peratus penerimaan sesuatu pilihan keputusan. Yang mana boleh digunakan oleh pengguna dalam membuat pertimbangan terhadap permohonan pembangunan yang sedang diproses. Komponen ini juga memastikan kesamaan penilaian bagi semua permohonan yang diproses. Dengan kata lain ia menggalakkan kepada pembuatan keputusan yang konsisten berdasarkan ciri tapak pembangunan. Ini juga memenuhi objektif kajian keempat. BAB 7 KESIMPULAN DAN CADANGAN 7.1 Pendahuluan Kajian ini telah menghuraikan teori dan konsep sistem bantuan keputusan yang mempunyai 3 komponen. Iaitu pangkalan data, pangkalan model dan dialog pengguna. Kajian ini juga menghuraikan bagaimana penambahan sistem maklumat geografi dimasukkan ke dalam seni bina sistem bantuan keputusan. Di samping itu kajian ini telah menghuraikan penggunaan AHP sebagai model bagi sintesis keputusan dan penggunaan rule-base sebagai model bagi pengecaman garis paduan yang relevan berdasarkan ciri-ciri tapak permohonan pembangunan. Ia kemudiannya telah membangunkan satu prototaip sistem bantuan keputusan dalam membantu pegawai perancang sebagai pengguna, untuk menilai permohonan pembangunan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit. Kawasan ujian tanah tinggi Cameron digunakan sebagai kawasan ujian bagi prototaip yang dibangunkan. Berdasarkan latar belakang di atas maka bab ini akan menghuraikan perkara berikut: -. • Penemuan dan rumusan kajian • Sumbangan Kajian • Cadangan Kajian • Rumusan akhir 109 7.2 Penemuan dan Rumusan Kajian Huraian tentang penemuan dan rumusan kajian dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah seni bina atau rangka kerja prototaip secara keseluruhan. Ini diikuti dengan tiga bahagian mengenai komponen utama prototaip tersebut. Bahagian kedua menghuraikan tentang komponen sistem maklumat geografi. Bahagian ketiga tentang komponen AHP sebagai injin sintesis keputusan dan ia diakhiri dengan komponen rule-base yang merupakan injin bagi pengecaman garis panduan. 7.2.1 Seni Bina Prototaip Dari kajian liter atur, seni bina sistem bantuan keputusan mempunyai tiga komponen iaitu komponen pengurusan data, komponen pengurusan model dan komponen dialog pengguna. Dari kajian liter atur tentang pergabungan di antara GIS dan model-model yang digunakan oleh perancang, dapat lihat bahawa GIS jarang digabungkan sebagai salah satu model yang diselenggarakan oleh komponen pengurusan model. Oleh itu kajian ini membentuk seni bina yang ditunjukkan dalam rajah di bawah: - Rajah 7.1 Seni bina prototaip 110 Pemisahan komponen sistem maklumat geografi perlu kerana di dalamnya sudah terdapat bahagian yang menguruskan data dan model-model analisis. Sepanjang kajian ini telah dijalankan, tiada cara yang dijumpai untuk memecahkan bahagian-bahagian tersebut untuk dimasukkan kepada bahagian pengurusan yang lain. Kecuali, dengan membangunkan sendiri komponen sistem maklumat geografi tanpa penggunaan development tool atau perisian sistem maklumat geografi. Langkah untuk membangunkan sendiri komponen sistem maklumat geografi ini dilihat terlalu optimistik dengan kekangan masa dan sumber bagi kajian ini. Lagi pula ia melanggar konsep penggunaan semula kod sumber yang menjadi asas kepada konsep pembangunan sistem. Pemisahan di antara data yang berbentuk litupan dan data yang berbentuk jadual juga dilihat perlu. Sebab pertama, walaupun kedua-dua data ini dibangunkan di atas teknologi yang sama iaitu pangkalan data, cara penggunaannya agak berbeza jika dilihat dari sudut pandangan pembangunan sistem. Huraian tentang perbezaan ini boleh dirujuk pada bab 2 dan bab 5. Sebab yang kedua ialah kerana teknologi yang digunakan oleh komponen sistem maklumat geografi itu sendiri dalam mencapai data litupan. Bagi kajian ini DAO yang digunakan oleh Map Object sementara komponen pengurusan data prototaip menggunakan ADO. Ini telah menyebabkan sebarang penyeliaan data secara automatik bagi data litupan perlu dilakukan dengan menggunakan fungsifungsi yang telah didefinisikan oleh teknologi yang digunakan komponen sistem maklumat geografi. 111 7.2.2 Komponen Sistem Maklumat Geografi Komponen Sistem Maklumat Geografi ini dibangunkan di atas Map Object 2.1. Ini dilakukan kerana ia membuka peluang kepada pembangunan prototaip yang mudah digunakan jika dibandingkan dengan penggunaan perisian sistem maklumat geografi. Ia juga bersesuaian dengan pendapat pakar tentang kegunaan sistem maklumat geografi dalam perancangan iaitu sebagai penjanaan data baru dan pergabungan maklumat sumber yang berbentuk data geografi dan bukan geografi (Anthony Yeh, 1999;Batty dan Harris, 2001). Bagi kes prototaip ini, ia merupakan penjana maklumat berkaitan ciri-ciri tapak yang digunakan oleh model-model lain dan juga untuk menjawab pertanyaan mendadak (adhoc query) lokasi atau tapak dari pengguna. Map Object sebagai development tool telah mendefinisikan fungsi-fungsi asas yang boleh diguna pakai oleh pembangun sistem dalam mengawal perjalanan penggunaan komponen ini. Ini boleh dilihat terutamanya dari huraian bab 5 (5.2 komponen sistem maklumat geografi) di mana fungsi pencarian lokasi tapak pembangunan menggunakan maklumat dari borang permohonan dihasilkan. Ia juga membuka peluang kepada pembangun sistem untuk mengubah cara capaian kepada data litupan. Sebagai contoh, prototaip ini menggunakan konsep capaian data satu klik bagi semua litupan data. Ini memudahkan pengguna dalam mencapai data atribut yang diperlukan, dengan tidak lagi perlu memilih dahulu litupan yang diperlukan sebelum melihat data atribut. Akhir sekali dengan berkomunikasi dengan komponen dialog pengguna, paparan data atribut berbentuk pepohon digunakan dalam menyusun data bagi pengguna. Namun begitu, penggunaan model-model geometri dalam Map Object perlu lebih berhati-hati. Huraian dari bab 5, terutamanya tentang penggunaan model geometrinya, menunjukkan Map Object akan membaca semua maklumat dalam satu litupan setiap kali parameter model diubah. Ini telah membawa kepada proses yang memerlukan masa yang lama untuk tamat jika data litupan besar. Dalam situasi seperti itu, pembangun sistem perlu bersedia mencari jalan lain untuk mensimulasikan proses dan tidak bergantung sepenuhnya kepada fungsi yang apa pada Map Object. 112 Teknik Interpolasi IDW digunakan oleh prototaip untuk menjanakan maklumat ketinggian. Walaupun teknik ini sering dianggap kuno, kajian telah menunjukkan yang ia cukup berhasil dalam menjanakan maklumat yang diperlukan bagi kajian ini(> 90 % betul bagi kelas ketinggian). Kawasan di mana tekaan IDW salah ialah kawasan pada sempadan definisi kelas. Ini adalah kesalahan yang telah diduga dan mana-mana teknik interpolasi pun akan menghadapi masalah yang serupa. Kajian juga telah menunjukkan bahawa apabila data litupan kontur yang kepadatan datanya kecil, IDW mempunyai tendency untuk menjanakan permukaan yang licin. Ini akan merosakkan pengiraan kecerunan, yang mana akan memburukkan ketepatan tekaan kelas kecerunan. 7.2.3 Komponen Analisis Proses Berhierarki Konsep dan teori Analisis Proses Berhierarki (AHP) dipelajari dari kajian liter atur. Di mana dalam penggunaan AHP dan GIS secara lazimnya, pakar menggunakan AHP sebagai penjana pemberat kepada litupan dan atribut kepada litupan. Pendekatan ini dilihat kurang sesuai bagi kajian ini kerana pertama, ketiadaan pilihan keputusan dalam hierarki kriteria yang dipertimbangkan. kedua berlaku perbandingan kepentingan datar nilai-nilai atribut bagi satu litupan data. Kedua-dua isu ini berkisar tentang bagaimana hierarki kriteria AHP itu dibentuk. Kajian ini mencadangkan pendekatan baru dalam penggunaan AHP dan GIS. Ia mencadangkan hierarki AHP dibina seperti pendekatan asal, tetapi melihatnya sebagai kriteria yang mungkin digunakan. Berdasarkan maklumat ciri tapak yang diperoleh dari GIS, hierarki ini akan di perkecilkan sehingga ia hanya merangkumi kriteria yang berkenaan sahaja. Ini akan menghasilkan hierarki AHP berdasarkan ciri tapak pembangunan tersebut. Setelah itu barulah pengolahan AHP dilakukan. Dengan menggunakan pendekatan ini kedua isu di atas dapat diatasi, di samping mengekalkan semua kelebihan yang ada pada AHP. Perbandingan di antara dua pendekatan ini diberikan di bawah: - 113 Jadual 7.1 : Perbandingan pendekatan analisis proses berhierarki Kriteria Dinamik AHP Pendekatan Lazim Pilihan Tidak didefinisikan dimasukkan ke dalam hierarki dan pengguna Keputusan kepada hierarki perlu memberikan nilai perbandingan kepentingan di antara Pilihan Keputusan Hierarki Skop analisis Skop analisis tapak pembangunan AHP litupan Perbandingan Perbandingan Perbandingan antara pilihan keputusan Tingkat antara nilai atribut terhadap satu nilai atribut litupan Kedua pada satu litupan Hasil AHP Pemberat kepada % penerimaan pilihan keputusan iaitu % lulus litupan atau tolak 7.2.4 Komponen Pengecaman Garis Panduan Pengecaman garis panduan ini bertujuan untuk memberikan garis panduan yang relevan berdasarkan maklumat ciri tapak pembangunan. Garis panduan ini lazimnya digunakan sebagai syarat kepada sesuatu permohonan pembangunan. Namun begitu berdasarkan kajian yang dilakukan terhadap liter atur dan sistem sedia-ada, ia selalunya dilihat kepada capaian terhadap sesuatu dokumen. Pendekatan seperti ini akan memerlukan pengguna mencari dalam dokumen yang dicapai maklumat garis panduan yang relevan berdasarkan tapak. Oleh itu prototaip ini menggunakan konsep rule-based bagi melakukan pengecaman garis panduan. Dengan ini garis panduan yang relevan boleh diperoleh secara langsung berdasarkan maklumat ciri tapak dari komponen GIS tanpa memerlukan pengguna tercari-cari maklumat tersebut dalam dokumen. Kajian telah menunjukkan untuk mencapai objektif di atas injin rule-based memerlukan dua jenis rules. Rules yang pertama ialah rules yang menguruskan perjalanan conflict resolution, dan pembersihan garis panduan yang tidak diperlukan. Rules yang kedua ialah berkenaan operasi pengecaman. 114 Ia juga telah mengeluarkan modul penerangan dari konsep sistem rule-base kerana komponen ini hanya melakukan pengecaman garis panduan yang relevan bukan melakukan satu operasi yang memerlukan kepada penerangan. 7.3 Implikasi Implikasi pertama, keperluan untuk melakukan ringkasan kepada garis panduan yang digunakan. Ini bagi memudahkan garis panduan ini dimasukkan ke dalam sistem. Keperluan ini juga memerlukan pengguna mengubah pandangan dengan mementingkan maklumat garis panduan, daripada mementingkan dokumen mana yang perlu dirujuk. Implikasi kedua, keperluan membuat deklarasi perbandingan kepentingan di antara kriteria yang digunakan. Ini dilihat oleh penulis sebagai langkah pertama kepada kesamaan penilaian di antara kawasan-kawasan pentadbiran. Ini kerana berdasarkan pengalaman penulis membangunkan perisian bagi PBT, selalunya setiap pegawai perancang mempunyai cara yang tersendiri dan penilaian subjektif kriteria yang berbeza-beza. Keadaan ini tidak menyokong kepada pembangunan sistem bantuan keputusan yang betul-betul membantu pegawai kerana akhirnya sistem akan dibangunkan menggunakan fungsi-fungsi asas sahaja. Implikasi ketiga, keperluan melakukan penyelenggaraan terhadap maklumat reruang dan maklumat jadual yang digunakan oleh sistem. Ini memerlukan kepada perubahan sikap bagi pegawai perancang yang kadang-kadang hanya ingin menggunakan data litupan yang telah digazet. Sedangkan telah ada permohonan pembangunan yang berbentuk perubahan polisi terhadap data tersebut. Jika data litupan tidak diselenggarakan, maka sistem akan hanya memberikan maklumat yang digazet, iaitu maklumat yang salah. Maka dalam situasi seperti ini, sistem bantuan keputusan bukan lagi menolong pegawai bertugas tetapi akan menggalakkan pegawai bertugas membuat keputusan yang salah. 115 Implikasi implementasi, dengan membangunkan sistem bantuan keputusan menggunakan konsep integrasi embeded system (Taher, 2004) , maka ia membuka peluang kepada pengurangan kos pembelian perisian. Di mana bagi pengguna yang hanya membuat analisis atau query terhadap data ia boleh menggunakan sistem seperti ini sementara yang melakukan penyeliaan terhadap data boleh menggunakan perisian GIS yang komersial. Ini penting, agar bukan hanya PBT yang kaya sahaja berpeluang mendapatkan sistem bantuan keputusan yang baik. 7.4 Cadangan Penyelidikan Masa Depan Cadangan pertama, penambahan model bagi mensimulasikan kemungkinan berlakunya tanah runtuh. Model-model ini akan berkisar menggunakan perimbangan Bohr-mohr, iaitu perimbangan di antara momen tanah itu bergerak dan momen tanah tidak bergerak. Di mana hasil dari pengiraan ini kemudiannya digabungkan kepada hasil pengiraan AHP bagi membentuk pengiraan sintesis keputusan yang baru. Cadangan kedua, memandangkan keputusan akhir permohonan pembangunan dibuat dalam satu majlis, ia boleh dikembangkan kepada GDSS. Di mana AHP digunakan untuk mengambil kira pendapat dari pihak-pihak yang terlibat dalam membuat keputusan. Iaitu di tingkat pertama akan mendefinisikan perbandingan kepentingan antara pihak-pihak yang terlibat dan tingkat kedua pula mempunyai hierarki yang sama dengan kajian namun perbandingan kepentingan yang berbeza mengikut pendapat perbandingan kepentingan pihak-pihak yang terlibat. Cadangan ketiga, penggunaan 3D sebagai paparan utama. Ini kerana bagi kawasan tanah tinggi dan lereng bukit, visualization bagi kawasan pembangunan menjadi penting. Ini boleh dilihat dalam garis panduan topografi yang dikeluarkan oleh JPBD mempunyai garis panduan yang menyatakan penyusunan bangunan atau reka bentuk hendaklah mengikut kontur asal tanah bagi kecerunan di atas 12 darjah. Penilaian seperti ini hanya boleh dilakukan dalam paparan 3D. 116 7.5 Rumusan Akhir Pembangunan di tanah tinggi dan lereng bukit adalah satu isu yang kompleks. Ia melibatkan pencarian keseimbangan di antara pembangunan dan pemeliharaan alam sekitar. Ia juga mempunyai implikasi keselamatan, alam sekitar dan sosial yang tinggi. Oleh itu proses kawal selia pembangunannya, mestilah dijalankan dengan rapi, pantas dan menepati prinsip perancangan. Pembentukan sistem bantuan keputusan bagi membantu pegawai yang bertugas untuk mengawal selia pembangunan di kawasan tanah tinggi dan lereng bukit diketengahkan sebagai satu pendekatan untuk membantu mengatasi sebahagian dari permasalahan tersebut. Sistem bantuan keputusan ini mempunyai tiga komponen utama iaitu komponen GIS untuk mengambil kira elemen pembangunan yang berbentuk lokasi, metodologi AHP untuk membantu pengguna dalam mensintesiskan hasil analisis dari GIS dan pengecaman garis panduan yang berlaku di tapak pembangunan menggunakan teknik rule-based. Ketiga-tiga komponen ini digabungkan di dalam seni bina DSS untuk mempermudah penggunaan sistem oleh pegawai yang bertugas. Dengan adanya sistem ini diharapkan dapat membantu pengguna dalam ia membuat keputusan bagi permohonan pembangunan yang berlaku di tanah tinggi. Dengan itu ia telah memenuhi kesemua objektif kajian ini. RUJUKAN Alias Abdullah, M. Zainora Asmawi dan Lukman Hakim Mahamud (2004). Planning Support System for Modelling Water Resources: Case Analysis of Gombak, Selangor. In: Alias Abdullah, Kamalruddin Shamsuddin dan Muhammad Faris Abdullah. Applications of Planning and Decision Support System. Kuala Lumpur: Bureau of Consultancy & Entrepreneurshp IIUM. 1-20. Alter, S. (1980) Decision Support System: Current Practice and Continuing Challenges. Reading:Addison-Wesley Alter, S. (1997) A Taxanotomy of Decision Support Systems. Sloan Management Review, 19(1):39-56 Amiruddin Abu Bakar (2001). Rekabentuk dan Pembinaan Sistem Sokongan Perancangan untuk Unjuran dan Agihan Reruang Penduduk Bandar, Kajian Kes:Majlis Bandaraya Johor Bahru UTM:PHD. Thesis Anthony Gar-On Yeh(1999). Decision Support with Geographic Information Systems. In: Gregory E. Kersten, Zbigniew Mikolajuk dan Antony Gar-On Yeh. Decision Support Systems for Sustainanable Development: A Resource Book of Method and Application. Ottawa, Canada:Kluwer Academic Publisher. 53-70 Ariav, Gad dan GinzBerg, Micheal J. (1985). DSS Design: A Systemic View of Decision Support. Communications of the ACM, Volume (28) Issue 10:10451052 Aronoff, S (1991) Geographic Information Systems: A Management Prepectives. Ottawa, Canada:WDL Publication Bailey, TC dan Gatrell AC (1995). Interactive spatial data analysis. Essex, England:Longman Bantayan, Nathaniel C. and Bishop, Ian D. (1998), Linking objective and subjective modelling for landuse decision-making, Landscape and Urban Planning, Volume (43), Issues 1-3:35-48 118 Batty, M. (1994) Chronicle of Scientific Planning: The Anglo-American Modeling Experience. Journal of American Planning Association. Ernest H. Forman, Decision by Objectives, http://mdm.gwu.edu/Forman/DBO.pdf Esri(1999) MapObjects GIS and Mapping Components:Programmer's Reference. Califonia:ESRI. Giarratano, Joseph C dan Riley, Gary (1989) Expert Systems: Principle dan Programming. Boston:PWS-Kent Harmon, Eric (2000) Delphi COM Programming. Indiana:MTP Harris, B and Batty, M (2001). Location Models, Geographic Information, and Planning Support Systems. In Brail, Richard K and Klosterman, Richard E. Planning Support System: Integrating Geographic Information System, Models, and Visualization Tool. Redlands, California:ESRI Press. 25-57. Hoffer, Jeffrey A., George, Joey F dan Valacich, Joseph S(1996). Modern System Analysis and Design. Menlo Park, California:Benjamin/Cumming Ido Millet and Bertram Schoner (2004), Incorporating negative values into the Analytic Hierarchy Process . Computers & Operations Research, In Press, Corrected Proof, Available online ScienceDirect: 14 July 2004.: 1-11 Jabatan Perancangan Bandar dan Desa(1997). Garis Panduan Perancangan Pemeliharaan Topologi Semulajadi Dalam Perancangan Dan Pembangunan Fizikal mengikut Akta Perancangan dan Desa 1976 (Akta 172). Kuala Lumpur Jabatan Perancangan Bandar dan Desa(2003). Garis Panduan Pembangunan dan Kawalan Banjir. Kuala Lumpur Jacek Malczewski (1999), GIS and Multicriteria Decision Analysis, Singapore:John Wiley & Son Kamaluddin Mohd Omar dan Abd Majid Kadir(1998), Map Projections used for national mapping of peninsular Malaysiat, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, UTM. Skudai Johor Klosterman, Richard E (2001). Planning Support Systems: A New Perpective on Computer-aided Planning. In Brail, Richard K and Klosterman, Richard E. Planning Support System: Integrating Geographic Information System, Models, and Visualization Tool. Redlands, California:ESRI Press. 1-23. Lawrence Bodin and Saul I. Gass (2003), On teaching the analytic hierarchy process, Computers & Operations Research, Volume (30) Issue 10:1487-1497 119 Longley, Paul A. (2004) Geographical Information Systems: on modelling and representation. Progress in Human Geography 28(1): 108-116 Marakas, George M (1995). The Discovery-Learning DSS:Allowing for Discovery in the Decision Process. 28th Annual Hawaii International Conference on System Sciences. IEEE:72-82 McLoughlin, JB. (1973) Urban and Regional Planning : A System Approach. London :Faber and Faber MEGArancang(2003), Deraf II Kawalan Perancangan - Arahan Jawatankuasa Perancangan Negeri dan Nasihat Majlis Perancangan Fizikal Negara Terhadap Sesuatu Permohonan Kebenaran Merancang, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Unpublished Mohammad Abdul Mohit dan Mohammad Mahmud Ali (2004), Intergrating AHP and GIS for Land Suitability Analisis for Urban Development in a Secondary City in Bangladesh, Conference Spatial Planning & Decision Support System, IIUM. Mowen Xie; Teturo Esaki; Guoyun Zhou; Yasuhiro Mitani (2003). G.I.S.-Based Three-dimensional slope stability analysis and landslide hazard assessment. Geotechnical and Geoenvironmental Engineering, Volume 129(12):1109 Mowen Xie, Tetsuro Esaki, Meifeng Cai (2004). A GIS-based method for locating the critical 3D slip surface in a slope. Computers and Geotechnics, Volume(31) : 267–277 Nor Sallehi Kassim dan Rafikul Islam(2004), The Application of Decision Support System in National Physical Plan, Conference Spatial Planning & Decision Support System, IIUM. Prugh, Thomas dan Assadourian, Erik (2003) What Is Sustainability, Anyway? World Watch Magazine, September/October Issue: 10-21 Ramakrishnan Ramanathan (2004), Data envelopment analysis for weight derivation and aggregation in the analytic hierarchy process Computers & Operations Research, In Press, Corrected Proof, Available online ScienceDirect :10 November 2004. Rhonda Aull-Hyde, Sevgi Erdogan and Joshua M. Duke(2004). An experiment on the consistency of aggregated comparison matrices in AHP, European Journal of Operational Research, Article In Press, Corrected Proof, Available online 19 October 2004, 120 Saaty, T. L.(1980), The analytic hierarchy process. New York: McGraw-Hill, 1980 Saaty T. L. (2003), Decision-making with the AHP: Why is the principal eigenvector necessary, European Journal of Operational Research, Volume 145, Issue 1: 8591 Saaty T.L. dan Ozdemir M. (2003), Negative priorities in the analytic hierarchy process, Mathematical and Computer Modelling, Volume 37, Issues 9-10:10631075 Sprague, R.H. dan Watson H.J. (1982), Decision Support Systems : Putting Theory into practice. Ed 3, Englewood Cliffs, New Jersey: Prentice-Hall Taher Buyong (2004). Spatial Data Analysis for Geographic Information Sciences Prelimary Edition; UTM; Unpublished Turban, Efrain dan Aronson JE (2001), Desicion Support System and Intelligent System Ed 6, Upper Saddle River, New Jersey:Prentice Hall UGISP(2001), Laporan Keperluan Pengguna (SKP) versi 3, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Unpublished UGISP(2001), Laporan Teknikal (SKP) versi 3, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Unpublished Unwin, David (1981). Introductory Spatial Analysis. London and New York:Methuen 1981 Vaidya, Omkarprasad S. and Kumar, Sushil (2004), Analytic hierarchy process: An overview of applications, European Journal of Operational Research, Article In Press, Corrected Proof, Available online ScienceDirect : 29 July 2004. Venkatraman, Santosh S. (1989) DSS: is it just an alias for MIS? ACM SIGCPR Computer Personnel, Volume 12 Issue 2 December 1989:4-11 Via Natura(2003), Deraf Perancangan dan Kawalan Pembangunan di Kawasan Tanah Tinggi dan Lerang bukit, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa. Unpublished Yunbo Lia, Qiping Shenb, Heng Li(2004), Design of spatial decision support systems for property professionals using MapObjects and Excel Automation in Construction Volume (13): 565– 573 Lampiran A Definisi dan perbandingan kepentingan sintesis keputusan Objektif : Penilaian Permohonan Pilihan Keputusan : 1. Pembangunan 2. Konservasi Sistem Penilaian Perbandingan Kepentingan yang digunakan Nilai Definisi Penerangan 1 Equal Two activities contribute equally to the objective 3 Moderate Experience and judgment slightly favour one over another 5 Strong Experience and judgment strongly favour one over another 7 Very Strong An activity is strongly favoured and its dominance is demonstrated in practice 9 Absolute The importance of one over another affirmed on the highest possible order 2,4,6,8 Intermediate Value Perbandingan Kepentingan Antara litupan, • KELAS KECERUNAN Moderately preferred GIS :HEIGHT(CLASS) • KELAS KECERUNAN Equally preferred GIS :BANJIR(TOBUFDIST) • KELAS KECERUNAN Equally to Moderately preferred GIS :GEOLOGI TANAH(LITHOLOGY) • KELAS KECERUNAN Equally to Moderately preferred GIS :GUNATANAH • GIS :BANJIR(TOBUFDIST) Equally to Moderately preferred GIS :HEIGHT(CLASS) • GIS :HEIGHT(CLASS) Equally preferred GIS :GEOLOGI TANAH(LITHOLOGY) • GIS :HEIGHT(CLASS) Equally preferred GIS :GUNATANAH • GIS :BANJIR(TOBUFDIST) Equally to Moderately preferred GIS :GEOLOGI TANAH(LITHOLOGY) • GIS :BANJIR(TOBUFDIST) Equally to Moderately preferred GIS :RTD(GUNATANAH) • GIS :RTD(GUNATANAH) Moderately preferred GIS :GEOLOGI TANAH(LITHOLOGY) 122 Prioriti Atribut Kecerunan Atribut <12 12-25 25-35 >35 Jadual : Perbandingan Kepentingan Kecerunan Perbandingan Kepentingan PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI KONSERVASI Equally to Moderately preferred PEMBANGUNAN KONSERVASI Moderately preferred PEMBANGUNAN KONSERVASI Strongly preferred PEMBANGUNAN Perbandingan Kepentingan Atribut Ketinggian Atribut <150 150-300 300-1000 >1000 Jadual : Perbandingan Kepentingan Ketinggian Perbandingan Kepentingan PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Equally to Moderately preferred KONSERVASI KONSERVASI Moderately preferred PEMBANGUNAN KONSERVASI Strongly preferred PEMBANGUNAN Perbandingan Kepentingan Atribut Kawalan Banjir Atribut 15 30 45 Jadual : Perbandingan Kepentingan Kawalan Banjir Perbandingan Kepentingan KONSERVASI Moderately preferred PEMBANGUNAN PEMBANGUNAN Equally to Moderately preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Moderately preferred KONSERVASI Perbandingan Kepentingan Geologi Jadual : Perbandingan Kepentingan Litologi Atribut Perbandingan Kepentingan ACID INTRUSIVES PEMBANGUNAN Moderately preferred (UNDIFFERENTIATED) KONSERVASI SCHIST, PHYLLITE, SLATE KONSERVASI Moderately preferred AND LIMESTONE. MINOR PEMBANGUNAN INTERCALATIONS OF SANDSTONE AND VOLCANICS 123 Perbandingan Kepentingan Atribut Guna tanah Atribut BUKIT INSTITUSI KEAGAMAAN KEDIAMAN KEMUDAHAN AWAM PENDIDIKAN PERDAGANGAN PERTANIAN REKREASI Jadual : Perbandingan Kepentingan Gunatanah Perbandingan Kepentingan KONSERVASI Very Strongly preferred PEMBANGUNAN PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Moderately preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI PEMBANGUNAN Strongly preferred KONSERVASI KONSERVASI Very Strongly preferred PEMBANGUNAN LAMPIRAN B Definisi Rules dalam Pengecaman Garis Panduan Definisi format bagi rules, (deftemplate rule (multislot if) (multislot then)) Rules yang berbentuk pengurusan maklumat dan pengoperasian bagi menjayakan injin pengecaman garis panduan. Maklumat GIS memerlukan representatif fakta berformat (GIS <Nama Litupan> <Nama Medan Atribut> <Data Atribut dalam bentuk string>). Sementara maklumat masukkan lain memerlukan representatif fakta berformat (MISC <Maklumat> <Nilai>). //Daripada rules kepada garis panduan bagi kondisi terakhir maklumat GIS atau lainlain maklumat (defrule rule-satisfied-gis "" (declare (salience 10)) (GIS ?layer ?field ?value) ?f <- (rule (if ?layer ?field ?value) (then $?rest)) => (retract ?f) (assert (gp $?rest))) (defrule rule-satisfied-misc "" (declare (salience 10)) (MISC ?variable ?value) ?f <- (rule (if ?variable is ?value) (then $?rest)) => (retract ?f) (assert (gp $?rest))) //Memproses kondisi AND (defrule cond-match-gis "" (declare (salience 20)) (GIS ?layer ?field ?value) ?f <- (rule (if ?layer ?field ?value and $?rest)) => (modify ?f (if ?rest))) 125 (defrule cond-match-misc "" (declare (salience 20)) (MISC ?variable ?value) ?f <- (rule (if ?variable is ?value and $?rest)) => (modify ?f (if ?rest))) //Memproses kondisi OR (defrule cond-gis-or "" (declare (salience 30)) ?f <- (rule (if ?layer ?field ?value or $?otherc)(then $?thenc)) => (assert (rule (if ?layer ?field ?value) (then $?thenc))) (assert (rule (if $?otherc) (then $?thenc))) (retract ?f)) (defrule cond-unmatch-gis "" (GIS ?layer ?field ?value) ?f <- (rule (if ?layer ?field ~?value $?)) => (retract ?f)) (defrule cond-misc-or "" (declare (salience 30)) ?f <- (rule (if ?variable is ?value or $?otherc)(then $?thenc)) => (assert (rule (if ?variable is ?value) (then $?thenc))) (assert (rule (if $?otherc) (then $?thenc))) (retract ?f)) (defrule cond-unmatch-misc "" (MISC ?variable ?value) ?f <- (rule (if ?variable is ~?value $?)) => (retract ?f)) //Memproses kondisi OTHERS (defrule cond-others "" (declare (salience 20)) (MISC ?variable ?) ?f <- (rule (if ?variable is others and $?tail)(then $?rest)) => (modify ?f (if ?tail)(then others ?rest))) 126 (defrule satify-others "" (declare (salience 10)) (MISC ?variable ?) ?f <- (rule (if ?variable is others)(then $?rest)) => (retract ?f) (assert (gp others ?rest))) (defrule cond-gis-others "" (declare (salience 20)) (GIS ?variable ?field ?) ?f <- (rule (if ?variable ?field others and $?tail)(then $?rest)) => (modify ?f (if ?tail)(then others ?rest))) (defrule satisfy-gis-others "" (declare (salience 10)) (GIS ?variable ?field ?) ?f <- (rule (if ?variable ?field others)(then $?rest)) => (retract ?f) (assert (gp others ?rest))) //Memproses Maklumat (defrule cond-match-range1 "" (declare (salience 10)) (GIS ?layer ?field ?value) ?f <- (rule (if range ?field ?min ?max) (then $?rest)) (test (and (numberp ?value) (numberp ?min) (numberp ?max) (> ?value ?min) (< ?value ?max))) => (retract ?f) (assert (MISC $?rest))) 127 (defrule cond-match-range2 "" (declare (salience 10)) (MISC ?field ?value) ?f <- (rule (if range ?field ?min ?max) (then $?rest)) (test (and (numberp ?value) (numberp ?min) (numberp ?max) (> ?value ?min) (< ?value ?max))) => (retract ?f) (assert (MISC $?rest))) //Equal Rule (defrule gis-gis-equal "" (declare (salience 10)) (GIS ?layer1 ?field1 ?value) (GIS ?layer2 ?field2 ?value) ?f <- (rule (if sama ?layer1 ?field1 ?layer2 ?field2) (then $?rest)) => (retract ?f) (assert (gp $?rest))) (defrule gis-misc-equal "" (declare (salience 10)) (GIS ?layer1 ?field1 ?value) (MISC ?field2 is ?value) ?f <- (rule (if sama ?layer1 ?field1 ?field2) (then $?rest)) => (retract ?f) (assert (gp $?rest))) (defrule misc-misc-equal "" (declare (salience 10)) (MISC ?field1 is ?value) (MISC ?field2 is ?value) ?f <- (rule (if sama ?field1 ?field2) (then $?rest)) => (retract ?f) (assert (gp $?rest))) 128 ;;;* Not Equal Rule (defrule gis-gis-noequal "" (declare (salience 10)) (GIS ?layer1 ?field1 ?value) (GIS ?layer2 ?field2 ~?value) ?f <- (rule (if beza ?layer1 ?field1 ?layer2 ?field2) (then $?rest)) => (retract ?f) (assert (gp $?rest))) (defrule gis-misc-noequal "" (declare (salience 10)) (GIS ?layer1 ?field1 ?value) (MISC ?field2 is ~?value) ?f <- (rule (if beza ?layer1 ?field1 ?field2) (then $?rest)) => (retract ?f) (assert (gp $?rest))) (defrule misc-misc-noequal "" (declare (salience 10)) (MISC ?field1 is ?value) (MISC ?field2 is ~?value) ?f <- (rule (if beza ?field1 ?field2) (then $?rest)) => (retract ?f) (assert (gp $?rest))) ;;;* OTHERS GP cleanup (defrule conflict-gp-others "" ?f <- (gp others ?variable $?rest) (gp ?variable $?tail) => (retract ?f)) (defrule unused-gp "" (declare (salience -10)) ?f <- (rule (if $?)) => (retract ?f)) (defrule gp-others-others "" ?f <- (gp others others $?rest) => (modify ?f (gp other ?rest))) 129 Rules yang mewakili pengetahuan garis panduan, (deffacts garis-panduan (rule (if beza rtd gunatanah gt) (then polisi "memerlukan tukar gunatanah")) (rule (if beza lot kegunaan rtd gunatanah) (then polisi "Gunatanah semasa berbeza dari RTD")) (rule (if range height 0 150) (then tinggi tanah_pamah)) (rule (if range height 150 300) (then tinggi bukit)) (rule (if range height 300 1000) (then tinggi tanah_tinggi)) (rule (if range height 1000 9999) (then tinggi pergunungan)) (rule (if tinggi is tanah_pamah) (then ZonTinggi "Sesuai untuk dibangunkan")) (rule (if tinggi is bukit) (then ZonTinggi "Rendah Sensitif Alam Sekitar")) (rule (if tinggi is tanah_tinggi) (then ZonTinggi "Serdehana Sensitif Alam Sekitar")) (rule (if tinggi is pergunungan) (then ZonTinggi "Sangat Sensitif Alam Sekitar")) (rule (if range gradient 0 11) (then cerun kurang_12_darjah)) (rule (if range gradient 11 25) (then cerun 13_25_darjah)) (rule (if range slope 25 34) (then cerun 25_35_darjah)) (rule (if range gradient 34 100) (then cerun lebih_35_darjah)) (rule (if cerun is kurang_12_darjah) (then ZonCerun "Sesuai untuk dibangunkan")) (rule (if cerun is kurang_12_darjah) (then jenis_pembangunan "perumahan, perniagan, perindustrian, institusi, perhotelan, pelancongan dan rekreasi")) (rule (if cerun is 13_25_darjah) (then ZonCerun "Risiko Rendah")) (rule (if cerun is 13_25_darjah) (then Kepadatan sederhana)) (rule (if cerun is 13_25_darjah and rtd gunatanah perumahan) (then PlinthArea "30%")) (rule (if cerun is 13_25_darjah and rtd gunatanah others) (then PlinthArea "25%")) (rule (if cerun is 13_25_darjah) (then Rekabentuk_bangunan "Perlu mengikut alunan cerun untuk kurangkan pemotongan dan kerja-kerja tanah.")) (rule (if cerun is 13_25_darjah) (then Nisbah_plot "tidak melebihi 1:1.25")) 130 (rule (if cerun is 13_25_darjah and rtd gunatanah perumahan) (then KawalanTinggi "2 Tingkat")) (rule (if cerun is 13_25_darjah and rtd gunatanah others) (then KawalanTinggi "5 Tingkat")) (rule (if cerun is 25_35_darjah) (then ZonCerun "Risiko Serdehana")) (rule (if cerun is 25_35_darjah) (then Pengunaan_Tanah "30% untuk pemajuan tanah")) (rule (if cerun is 25_35_darjah) (then Pengunaan_Tanah "5% untuk kolam pemendapan serta kolam takungan air.")) (rule (if cerun is 25_35_darjah and rtd gunatanah perumahan) (then PlinthArea "30%")) (rule (if cerun is 25_35_darjah and rtd gunatanah others) (then PlinthArea "25%")) (rule (if cerun is 25_35_darjah) (then Nisbah_plot "tidak melebihi 1:1.25")) (rule (if cerun is lebih_35_darjah) (then ZonCerun "Risiko Tinggi")) (rule (if cerun is lebih_35_darjah) (then ZonCerun "langkah-langkah kawalan runtuhan perlu dilaksanakan")) (rule (if cerun is lebih_35_darjah) (then ZonCerun rizab_sungai "minima 15 meter")) ) LAMPIRAN C DFD Sistem Bantuan Keputusan Rajah DFD Tingkat 0 132 Rajah DFD Penilaian Permohonan 133 Rajah DFD Analisis Tapak dan Kawasan Sekitar