KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPAS- DIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN

advertisement
KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPASDIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN
NORAZMI BIN BAKAR
Tesis ini diserahkan sebagai memenuhi syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Fasiliti)
Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi
Universiti Teknologi Malaysia
NOVEMBER 2009
iv
Kepada ibubapaku yang mendidikku, semua guruku yang mengajarku,
keluargaku dan semua sahabatku.
v
PENGHARGAAN
Syukur kepada Allah SWT, Tuhan yang mencipta dan mentadbir seluruh
alam kerana dengan taufik dan hidayatNya sahajalah telah dapat saya
menyempurnakan satu tugasan kajian projek ini dengan kadar yang termampu.
Sekalung penghargaan diucapkan kepada Profesor Sr. Dr. Abdul Hakim bin
Mohammed selaku penyelia projek sarjana ini. Bimbingan dan nasihat yang beliau
berikan telah banyak membantu dalam menjalankan dan menjayakan projek sarjana
ini.
Tidak dilupakan juga kepada semua pensyarah di Fakulti Kejuruteraan dan
Sains Geoinformasi terutamanya Profesor Madya Maizan bin Baba (Penyelaras
program Sarjana Sains Pengurusan Fasiliti), Prof. Rosdi bin Ab Rahman, Profesor
Madya Dr. Hishamuddin bin Mohd Ali, Profesor Madya Dr. Buang bin Alias, Dr.
Choong Weng Wai, Dr. Maimunah bt. Sapri, En. Shahabudin bin Abdullah, Dr.
Abdullah Sani bin Ahmad, Dr. Kherun Nita Ali dan lain-lain kakitangan Universiti
Teknologi Malaysia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Seterusnya kepada pegawai-pegawai serta kakitangan di Ibu Pejabat Jabatan
Kerja Raya, Kuala Lumpur yang telah memberikan kerjasama secara langsung dan
tidak langsung dalam menjayakan kajian projek ini.
vi
ABSTRAK
Kaedah Penilaian Selepas-Dihuni atau dikenali dengan panggilan ringkas
POE (Post-Occupancy Evaluation) merupakan satu proses penilaian daripada cabang
Penilaian Prestasi Bangunan (BPE).
Pelaksanaan kaedah ini bertujuan untuk
mendapatkan pandangan secara teratur daripada penghuni bangunan itu sendiri
(seperti menilai kepuasan penghuni) terhadap bangunan yang dibina serta fasiliti
yang disediakan yang seiring dengan konsep asal senibina dan pengurusan fasiliti
iaitu mengintegrasikan rekabentuk dengan keperluan penghuni. Setiap proses dalam
pelaksanaan kaedah ini mestilah disesuaikan kegunaannya dengan corak sosio
budaya tempatan yang berbeza-beza. Malah pendekatan pelaksanaan kaedah ini juga
adalah berbeza-beza di antara bidang senibina dan pengurusan fasiliti. Tujuan kajian
ini dijalankan adalah untuk menghasilkan satu kerangka parameter tertentu yang
dikenalpasti sesuai digunakan di dalam rekabentuk soalan selidik ketika merancang
pelaksanaan penggunaan kaedah ini kelak. Analisa secara kuantitatif berkomputer
telah dijalankan untuk mengukur kesemua data dari dapatan kajian yang dilakukan
secara edaran borang soal selidik. Hanya bangunan-bangunan pejabat di Ibu Pejabat,
Jabatan Kerja Raya Malaysia sahaja yang dipilih sebagai sampel kajian dan
kakitangan kerajaan yang bertugas di dalamnya dipilih secara rawak sebagai
responden kajian. Hasil daripada penemuan, di dapati kebanyakan parameter yang
dikaji adalah berkait rapat dengan responden kajian ini. Seterusnya, adalah
dicadangkan supaya kajian terhadap pemilihan parameter-parameter ini dapat
diperluaskan lagi kaedahnya.
vii
ABSTRACT
Post-Occupancy Evaluation (POE) is one of the elements in Building
Performance Evaluation (BPE) process. The purpose is to evaluate the building
performance in a systematic manner after it has been built and occupied for some
time.
The implementation of POE is to measure occupants’ satisfaction and
comfortable level of the building and facilities provided. It is an important input for
the architect and facilities manager to integrate the building and its facilities to meet
the occupants’ needs. Steps in POE required some modification to meet socialculture needs. POE approach in architecture and facilities management are slight
different. The objective of this research is to identify parameters in POE and serve
as a basis for questionnaire design during implementation the POE. Quantitative
technique aided with computer software has been used extensively to analyze all the
data obtained. The office buildings at Jabatan Kerja Raya Headquarters were
selected as a case study and sample selected randomly from the staff who occupied
the buildings. Findings from the research indicates that almost all the surveyed
parameters were relevance to the respondents. Researcher proposed other ways to
be used to obtain new parameter.
viii
KANDUNGAN
BAB
1
PERKARA
MUKA SURAT
TAJUK
i
PENGESAHAN PENYELIA
ii
PENGAKUAN
iii
DEDIKASI
iv
PENGHARGAAN
v
ABSTRAK
vi
ABSTRACT
vii
KANDUNGAN
viii
SENARAI SINGKATAN/ISTILAH
xii
SENARAI JADUAL
xiii
SENARAI RAJAH
xvi
SENARAI LAMPIRAN
xviii
KERANGKA PENGHASILAN
PARAMETER PENILAIAN SELEPASDIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT
KERAJAAN
1.1
Pengenalan
1
1.2
Pernyataan Masalah
3
1.3
Objektif Kajian
8
1.4
Matlamat Kajian
8
1.5
Skop Dan Batasan Kajian
8
1.6
Kepentingan Kajian
9
1.7
Metodologi Kajian
10
1.8
Susunan Bab
13
ix
2
3
TAKRIFAN ISTILAH PENILAIAN
SELEPAS-DIHUNI (POE)
2.1 Sejarah
15
2.2
Faedah
21
2.3
Parameter Kajian POE
24
2.4 Tatacara Pelaksanaan POE
42
2.5
50
Halangan Dan Cadangan Penyelesaian
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
56
3.2 Merekabentuk Kajian
57
3.3 Merangka Soalan
57
3.4
Pembinaan Soalan Kaji Selidik
61
3.4.1
Seksyen 1 – Profil Responden
61
3.4.2
Seksyen 2 – Mengkaji Perkaitan
Dan Kepentingan Sesuatu
Parameter
3.4.3
61
Seksyen 3 – Mendapatkan
Pandangan Responden Untuk
Keutamaan Pemilihan Parameter
65
3.4.4 Seksyen 4 – Cadangan Parameter
Lain
65
3.5
Prosedur Pemilihan Sampel
65
3.6
Jenis Penyelidikan
66
3.6.1
Mengukur Normaliti Data
66
3.6.2
Jenis Ujian
67
3.6.3 Data Ordinal
67
3.6.4 Analisa data skala ordinal
67
3.6.5
Ujian Mann-Whitney U
68
3.6.6
Ujian Kruskal-Wallis
69
3.6.7 Ujian Korelasi Spearman Rho
70
3.6.9
71
Analisa Deskriptif
x
4
ANALISIS DATA DAN PENEMUAN
4.1
Pengenalan
72
4.2
Kaedah Analisa Data
72
4.3
Penemuan Hasil Kajian Awal
Penentuan Parameter Utama
73
4.3.1 Latar Belakang Responden
73
4.3.1.1 Jawatan
73
4.3.1.2 Gred Jawatan
74
4.3.1.3 Tempoh Perkhidmatan
74
43.1.4 Tempoh penglibatan
dalam pengurusan
fasiliti
4.3.2
75
Pemilihan Keutamaan Parameter
Penilaian POE
76
4.3.3 Mengkaji Kaedah Pelaksanaan
POE Yang Sesuai
4.4
77
Penemuan Hasil Kajian Soal Selidik
78
4.4.1 Latar Belakang Responden
78
4.4.1.1 Gred Jawatan
78
4.4.1.2 Jantina
80
4.4.1.3 Umur
81
4.4.1.4 Taraf Pendidikan
Formal
82
4.4.1.5 Tempoh Berkhidmat
Dalam Perkhidmatan
Awam
83
4.4.1.6 Tempoh Menduduki
Bangunan Sekarang
4.4.2 Ujian Bukan-Parametrik
4.4.2.1 Ujian Normaliti Data
84
85
85
4.4.3 Analisa Perkaitan Profil
Responden Terhadap Parameter
Kajian
87
4.4.3.1 Ujian Mann-Whitney U
88
xi
4.4.3.2 Ujian Kruskal-Wallis
89
4.4.4 Analisa Hubungan Di Antara
Tahap Perkaitan Dan Tahap
Kepentingan Untuk Setiap
Parameter Kajian
91
4.4.5 Analisa Pandangan Responden
Terhadap Parameter Kajian
93
4.4.6 Penentuan Keutamaan
Parameter Penilaian POE
Secara Ringkas
4.5
5
103
4.4.7 Cadangan Daripada Responden
103
Ringkasan
104
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1
Pengenalan
5.2
Pencapaian Objektif Pertama Dan
Penemuan Kajian
5.3
107
109
Pencapaian Objektif Kedua Dan
Penemuan Kajian
110
5.4
Cadangan Dalam Pelaksanaan POE
112
5.5
Cadangan Dalam Kajian Seterusnya
113
RUJUKAN
114
xii
SENARAI SINGKATAN/ISTILAH
SINGKATAN
MAKSUD
JKR
Jabatan Kerja Raya
POE
Post-Occupancy Evaluation (Penilaian Selepas-Dihuni)
IEQ
Indoor Environment Quality (Kualiti Persekitaran Dalaman)
IAQ
Indoor Air Quality (Kualiti Udara Dalaman)
HOPE
Health Optimisation Protocol for Energy-efficient Buildings
PROBE
Post-occupancy Review Of Buildings and their Engineering
CBE
Center for the Built Environment
BUS
Building Use Studies
EARM
Energy Assessment and Reporting Method’s
OAM
Office Assessment Method
DQI
Design Quality Indicators
NHS
National Health Services
NEAT
NHS Environmental Assessment Tool
VOC
Volatile Organic Compounds
OKU
Orang Kurang Upaya
UK
United Kingdom
ICT
Information Communication Technology
xiii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
2.1
Kajian perbandingan di antara tiga jenis
penilaian selepas-dihuni
38
2.2
Beberapa kaedah penilaian selepas-dihuni
yang berjaya
42
4.1
Taburan jawatan responden kajian pertama
74
4.2
Taburan gred jawatan responden kajian
pertama
74
4.3
Taburan tempoh perkhidmatan responden
kajian pertama
75
4.4
Taburan tempoh penglibatan dalam
pengurusan fasiliti oleh responden kajian
pertama
75
4.5
Pilihan parameter mengikut susunan
keutaman
76
4.6
Taburan kekerapan skor responden memilih
kaedah pelaksanaan penilaian selepasdihuni yang sesuai
77
4.7
Taburan gred jawatan responden yang
disoal selidik
79
4.8
Taburan jantina responden yang disoal
selidik
80
4.9
Taburan kumpulan umur responden yang
disoal selidik
81
4.10
Taburan taraf pendidikan formal tertinggi
responden yang disoal selidik
82
xiv
SENARAI JADUAL (SAMBUNGAN)
NO. JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
4.11
Taburan tempoh perkhidmatan responden
yang disoal selidik
83
4.12
Taburan tempoh menduduki bangunan
sedia ada oleh responden yang disoal
selidik
84
4.13
Keputusan Ujian Kolmogorov-Smirnov
dan Shapiro-Wilks untuk menguji
normaliti data kajian
85
4.14
Ringkasan keputusan Ujian MannWhitney U untuk kategori jantina
88
4.15
Ringkasan keputusan Ujian KruskalWallis Terhadap Profil Responden
90
4.16
Ringkasan keputusan Ujian Korelasi
Spearman Rho
91
4.17
Purata skor untuk mengukur perkaitan
hubungan parameter ruang bekerja
dengan pelbagai sub-parameter
93
4.18
Purata skor untuk mengukur kepentingan
hubungan parameter ruang bekerja
dengan pelbagai sub-parameter
94
4.19
Purata skor untuk mengukur perkaitan
hubungan parameter pencahayaan
dengan pelbagai sub-parameter
95
4.20
Purata skor untuk mengukur kepentingan
hubungan parameter pencahayaan
dengan pelbagai sub-parameter
96
xv
SENARAI JADUAL (SAMBUNGAN)
NO. JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
4.21
Purata skor untuk mengukur perkaitan
hubungan parameter suhu panas dengan
pelbagai sub-parameter
97
4.22
Purata skor untuk mengukur kepentingan
hubungan parameter suhu panas dengan
pelbagai sub-parameter
98
4.23
Purata skor untuk mengukur perkaitan
hubungan parameter keselamatan dengan
pelbagai sub-parameter
99
4.24
Purata skor untuk mengukur kepentingan
hubungan parameter keselamatan dengan
pelbagai sub-parameter
100
4.25
Purata skor untuk mengukur perkaitan
hubungan parameter pengudaraan
dengan pelbagai sub-parameter
101
4.26
Purata skor untuk mengukur kepentingan
hubungan parameter pengudaraan
dengan pelbagai sub-parameter
102
4.27
Taburan kekerapan skor data responden
dalam memberikan pandangan
keutamaan parameter utama
103
xvi
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK
MUKA SURAT
1.1
Carta alir proses pelaksanaan kajian
12
2.1
Kerangka kitar hayat Penilaian Prestasi
Bangunan (Building Performance
Evaluation, BPE)
16
2.2
Konsep prestasi dalam proses penyediaan
bangunan
19
2.3
Hubungkait di antara kepuasan
penerimaan tahap suhu panas dalaman di
tempat kerja dengan kepuasan bekerja
(Spearman correlation).
32
2.4
Cadangan garis panduan untuk
pelaksanaan POE di bangunan milik
kerajaan Malaysia
46
2.5
Prosedur untuk melaksanakan tinjauan
bangunan menggunakan pendekatan POE
48
4.1
Carta histogram menunjukkan taburan
responden mengikut gred jawatan
80
4.2
Carta histogram menunjukkan taburan
responden mengikut jantina
80
4.3
Carta histogram menunjukkan taburan
responden mengikut kumpulan umur
81
4.4
Carta histogram menunjukkan taburan
responden mengikut taraf pendidikan
formal tertinggi
4.5
Carta histogram menunjukkan taburan
responden mengikut tempoh
perkhidmatan dalam perkhidmatan awam
82
83
xvii
SENARAI RAJAH (SAMBUNGAN)
NO. RAJAH
4.6
TAJUK
Carta histogram menunjukkan taburan
responden mengikut tempoh menduduki
bangunan sedia ada
MUKA SURAT
84
xviii
SENARAI LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN
TAJUK
MUKA SURAT
A
Contoh Borang Soal Selidik Kajian
Pertama
118
B
Contoh Borang Soal Selidik Kajian
Kedua
119
1
BAB 1
KERANGKA PENGHASILAN PARAMETER PENILAIAN SELEPASDIHUNI DI BANGUNAN PEJABAT KERAJAAN
1.1
Pengenalan
Sejak hampir dua dekad yang lalu, beberapa kajian berkaitan penilaian
selepas-dihuni (post-occupancy evaluation) atau lebih popular dengan singkatannya
sebagai “POE” terhadap bangunan yang dibina oleh kerajaan di Malaysia telah
dilaksanakan seperti di sekolah, institusi pengajian tinggi dan beberapa pejabat
kerajaan yang lain.
Kajian yang telah dilakukan adalah untuk mengkaji tahap
kepuasan penghuni terhadap bangunan yang disediakan serta keberkesanan fasiliti
yang disediakan untuk menyokong keberfungsian operasi setiap jabatan kerajaan
tersebut (meliputi bangunan milik penuh kerajaan ataupun telah ditukar taraf sebagai
sebuah badan berkanun seperti institusi pengajian tinggi awam).
Boleh dikatakan hampir semua kajian tersebut hanya terhenti sekadar di
peringkat ilmiah sahaja kerana perekabentuk dan penyedia sesuatu fasiliti yang baru
tidak menggunakan hasil kajian tersebut sebagai rujukan ketika penghasilan sesuatu
rekabentuk baru. Hampir kebanyakan dari mereka lebih mengutamakan kehendak
pelanggan sebagai panduan utama dalam merekabentuk demi memenuhi kepuasan
hati mereka yang merupakan salah satu maksud utama konsep kualiti dalam
rekabentuk dan pembinaan.
2
Usaha Kerajaan Malaysia yang menitikberatkan konsep kualiti dalam setiap
proses perkhidmatan yang disampaikan kepada rakyat merupakan satu langkah bijak,
namun ianya masih belum cukup seperti merekabentuk dan membina sebuah
bangunan yang boleh berfungsi mengikut kehendak pihak yang terlibat.
Jabatan Kerja Raya Malaysia atau singkatannya JKR sebagai sebuah badan
teknikal rasmi kerajaan telah diberi tanggungjawab sepenuhnya dalam pembinaan
hampir kebanyakan fasiliti milik penuh kerajaan di dalam dan di luar negara.
Kaedah penilaian selepas-dihuni sebagai satu alat pengukuran keberfungsian ke atas
setiap fasiliti milik kerajaan boleh diamalkan oleh JKR sebagai satu daripada rujukan
awal semasa peringkat rekabentuk sebuah fasiliti baru.
Namun penggunaan kaedah penilaian selepas-dihuni mestilah dikaji
kesesuaiannya dengan budaya tempatan dan corak kehidupan masyarakat yang
sentiasa berubah-ubah setiap masa. JKR sebagai sebuah agensi teknikal terbesar
dalam negara boleh membangunkan satu kerangka dalam melaksanakan penilaian
selepas-dihuni untuk semua fasiliti kerajaan dan juga boleh digunakan oleh pemilikpemilik fasiliti persendirian.
Terdapat berbagai pilihan untuk menilai prestasi pengurusan fasiliti yang
berbeza dari segi kegunaan dan tempat.
Kaedah benchmarking atau penilaian
selepas-dihuni merupakan satu contoh yang boleh digunakan (Amaratunga dan
Baldry, 2002).
Melalui fungsi penilaian yang berbagai-bagai, sistem penilaian
prestasi boleh memberikan sumbangan besar kepada organisasi untuk mencapai
sasaran dan objektif pengurusan organisasi terbabit (Amaratunga dan Baldry, 2003).
Menurut
Nawawi
dan
Khalil
(2008),
rekabentuk
bangunan
mesti
mempertimbangkan parameter yang akan menentukan prestasi bangunan yang selari
dengan kepuasan dan keselesaan penghuni bangunan tersebut.
3
1.2
Pernyataan Masalah
Apabila sebuah ruang dilabelkan sebagai pejabat, tidak semestinya operasi
dalaman boleh dibuat perbandingan di antara sebuah pejabat dengan pejabat yang
lain samada melalui proses benchmarking atau lain-lain jenis penilaian (Preiser,
2002).
Jika jumlah keluasan ruang bekerja yang diperuntukan kepada pekerja dalam
pejabat untuk kegunaan tertentu dikatakan tidak memadai dan apabila dibuat
benchmark atau penilaian yang menunjukkan ruang bekerja yang piawai adalah
melebihi daripada peruntukan yang diperolehi, maka jurang ini jelas menerangkan
tahap prestasi yang rendah dalam pengurusan ruang pejabat (Preiser, 2002).
Pengukuran produktiviti pekerja dalam pejabat, telah memberi idea kepada
ramai penyelidik untuk mengkaitkan tahap kepuasan pekerja terhadap persekitaran
pejabat sebagai satu daripada elemen pengukuran produktiviti. Pendekatan ini perlu
diambil kira dengan penuh hemat kerana terdapat bukti yang mencadangkan
hubungan rapat di antara produktiviti dan tahap kepuasan pekerja (Haynes, 2008)
dalam pejabat yang merupakan penghuni utama bangunan tersebut.
Brooks dan Viccars (2006) dalam kajiannya menyatakan apabila berlaku
perubahan pejabat, beberapa isu seperti faktor psiko-sosial perlu diberi perhatian di
samping persekitaran fizikal bangunan itu sendiri. Jenis kegiatan dan kepadatan
bilangan penghuni dalam ruang tertentu juga akan memberi kesan kepada keselesaan
penghuni.
Kajian PROBE telah menemukan bukti bahawa aspek bunyi dan keselesaan
suhu panas menjadi semakin teruk, disebabkan oleh konsep ruang terbuka yang
direkabentuk dalam pejabat (Brooks dan Viccars, 2006).
4
Satu kajian yang menggunakan kaedah penilaian selepas-dihuni telah
dilaksanakan pada tahun 1990 yang menilai aras keselesaan suhu panas sebagai
parameter utama penilaian selepas-dihuni di dalam bilik darjah di sekolah-sekolah
lama di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Daripada kajian tersebut ada pendapat
yang menyatakan terdapat rekabentuk bangunan sekolah pada masa itu yang
menggunakan konsep rekabentuk lama yang disebabkan permintaan tinggi yang
mendadak daripada pihak kerajaan semasa tahun ianya dibina. Akibatnya konsep
penggunaan perolakan angin semulajadi di dalam bangunan tidak berfungsi kerana
perubahan iklim yang berlaku selepas ianya digunakan untuk beberapa tempoh
kemudiannya. Dapatan kajian tersebut telah menunjukkan semua sampel kajian
merumuskan ketidakselesaan penghuni terhadap suhu panas di dalam bangunanbangunan yang diduduki tersebut (Keumala, 1990).
Pada tahun 2005 pula, kaedah penilaian selepas-dihuni telah digunakan untuk
menilai perkaitan di antara penyediaan fasiliti dengan tumpuan kerja pegawai
kerajaan khususnya di pejabat-pejabat kerajaan di sekitar Negeri Sembilan.
Parameter-parameter penilaian selepas-dihuni yang dipilih adalah seperti berikut:
i.
Pencahayaan
ii.
Pengudaraan
iii.
Kualiti udara
iv.
Suhu persekitaran
v.
Tahap kebisingan
vi.
Warna persekitaran
vii.
Susunatur pejabat
viii.
Luas/saiz ruang kerja
ix.
Jarak antara ruang kerja
x.
Ergonomi
xi.
Sistem pengurusan fail
xii.
Suasana persekitaran (Kamarulzaman, 2005).
Daripada kajian tersebut, aspek susunatur pejabat, keluasan ruang pejabat,
jarak antara ruang pejabat dan suasana persekitaran menjadi parameter utama yang
paling mendapat perhatian responden untuk melahirkan rasa tidak puas hati mereka
5
di pejabat kerajaan tersebut.
Manakala aspek kualiti udara pula dkatakan
mempengaruhi tumpuan kerja mereka dalam pejabat kerajaan (Kamarulzaman,
2005).
Hasil daripada setiap kajian tersebut yang semuanya dilakukan terhadap
bangunan, membuktikan perlunya satu perancangan yang lebih strategik dilakukan
segera untuk memastikan setiap fasiliti yang disediakan boleh berfungsi dengan
optimum. Daripada kajian-kajian yang dijalankan tersebut, aspek ruang persekitaran
dalam bangunan, aspek suhu panas dalam bangunan dan aspek kualiti udara menjadi
parameter utama yang perlu dinilai dalam penilaian selepas-dihuni kerana ianya
memberikan impak khusus kepada penghuni bangunan tersebut dalam memberikan
tumpuan kepada tugas harian mereka. Walaupun terdapat berbagai teknik penilaian
keberfungsian fasiliti yang terdapat di pasaran, namun kaedah penilaian selepasdihuni boleh dilaksanakan pada peringkat awal sebagai salah satu teknik untuk
mengenalpasti permasalahannya sebelum kajian lanjut dan lebih rumit dilakukan.
Namun kaedah penilaian selepas-dihuni boleh dikatakan kurang mendapat
tempat untuk diamalkan dalam industri pembinaan dan pengurusan fasiliti di dalam
negara dan kebanyakan kajian hanya lebih bertujuan untuk kegunaan peringkat
ilmiah sahaja. Walaupun terdapat kebanyakan pihak pemilik dan pengurusan fasiliti
bangunan melaksanakan penilaian tahap kepuasan penghuni terhadap pengurusan
fasiliti tersebut, namun ianya hanya terhenti sehingga di peringkat pengurusan
sesebuah bangunan atau premis sahaja.
Perkara ini telah dikaji Ashaari (2005) yang cuba mengenalpasti pemahaman
dan penggunaan kaedah penilaian selepas-dihuni di bangunan-bangunan yang
dimiliki dan diuruskan fasilitinya oleh kebanyakan pihak persendirian atau lebih
dikenali dengan nama swasta. Kajian tersebut telah mengenalpasti beberapa perkara
iaitu;
i.
pihak pengurusan fasiliti mengalami kekurangan sumber dalam
melaksanakan kaedah penilaian selepas-dihuni samada sumber manusia
dan pengetahuan,
6
ii.
tiada perkaitan khusus yang dapat ditunjukkan oleh pelaksanaan kaedah
penilaian selepas-dihuni serta faedahnya dengan pemahaman konsep
pengurusan fasiliti yang diamalkan oleh pihak pengurusan fasiliti,
iii.
terdapat juga keadaan di mana pihak pengurusan tertinggi sesebuah
organisasi yang tidak berminat melaksanakan kaedah penilaian selepasdihuni itu sendiri kerana pada pendapat mereka pendekatan tersebut
hanya menitikberatkan kepada tahap perkhidmatan pengurusan bangunan
dan kepuasan penghuni bangunan sahaja, dan
iv.
hampir tiada langsung mana-mana perekabentuk bangunan pada masa itu
yang menggunapakai hasil kajian penilaian selepas-dihuni ketika
menghasilkan rekabentuk bangunan yang baru (Ashaari, 2005).
Pemahaman terhadap penilaian selepas-dihuni adalah berbeza-beza di
kalangan pengamal-pengamal pengurusan bangunan. Seorang arkitek akan melihat
faedah pelaksanaan penilaian selepas-dihuni mengikut perspektif beliau di dalam
bidang senibina dan hasil daripada penilaian yang dibuat akan membantunya semasa
peringkat merekabentuk bangunan baru yang lebih berfungsi pada masa akan datang.
Manakala seorang pengurus fasiliti pula akan melihat faedah pelaksanaan penilaian
selepas-dihuni berdasarkan perspektif pengurusan fasiliti yang memastikan hasil
penilaian selepas-dihuni akan memberikan maklumbalas terhadap prestasi tugasnya
dan sebagai maklumat berguna untuk beliau memperbaiki kelemahan dalam
pengurusannya.
Untuk melaksanakan penilaian selepas-dihuni, pihak pengurusan perlu
memberi tumpuan kepada isu yang paling berkaitan, berbanding membuat penilaian
ke atas semua aspek parameter penilaian yang akhirnya akan menghadapi kesukaran
untuk menganalisa data yang terlalu banyak dan berlebih-lebih (Hadjri dan Crozier,
2008).
Persoalannya, adakah kaedah penilaian selepas-dihuni benar-benar boleh
dilaksanakan dan apakah tahap penerimaan penggunaannya dalam budaya negara
khususnya. Apakah parameter-parameter penilaian yang perlu ada dalam penilaian
ini. Adakah perbezaan tempat bangunan tersebut dan usia bangunan tersebut akan
7
menentukan tahap kesesuaian parameter yang hendak dinilai. Sejauh manakah aras
kepentingan parameter-parameter tersebut untuk dimasukkan dalam senarai aspek
penilaian selepas-dihuni.
Satu kerangka untuk melaksanakan kaedah penilaian selepas-dihuni perlu
diwujudkan supaya pelaksanaannya kelak dapat diterima dan digunapakai oleh
semua pihak secara lebih terancang dan teratur. Pihak yang ingin mengamalkan
kaedah penilaian selepas-dihuni di dalam organisasi mereka perlu dipimpin sejak
peringkat perancangan hingga tindakan akhir (seperti penambahbaikan dan
perubahan) yang akan dilakukan berdasarkan hasil kajian daripada pelaksanaannya.
Di dalam kajian ini, penyelidik memilih bangunan-bangunan pejabat di Ibu
Pejabat, Jabatan Kerja Raya Malaysia di Kuala Lumpur sebagai kajian kes dan
kakitangan kerajaan yang bertugas di pejabat-pejabat ini sebagai responden untuk
mengenalpasti keutamaan dalam penyediaan kerangka pelaksanaan kaedah penilaian
selepas-dihuni di bangunan pejabat kerajaan.
Di antara bidang kajian penilaian selepas-dihuni yang akan dikenalpasti
meliputi penerimaan penilaian terhadap penghuni bangunan yang merangkumi skop
kesihatan, keselamatan, keberfungsian dan kecekapan sistem mekanikal dan elektrik,
tahap keselesaan penghuni dan kepuasan serta nilai-nilai estetik sesuatu senibina.
Kajian ini akan menentukan parameter mana yang akan diberi keutamaan untuk
dikaji oleh mana-mana pihak ketika hendak melaksanakan kaedah penilaian selepasdihuni kelak.
Kajian ini hanya akan menumpukan penghasilan kerangka parameter tertentu
dalam pelaksanaan kaedah penilaian selepas-dihuni untuk bangunan pejabat kerajaan
sahaja.
Keutamaan ini difikirkan perlu kerana hampir kesemua operasi utama
struktur pentadbiran negara menggunakan pejabat untuk melaksanakan segala tugas
harian di pejabat.
8
1.3
Objektif Kajian
Di akhir kajian ini, di antara objektif yang akan diperolehi ialah:
i.
Mengenalpasti parameter penilaian untuk
penggunaan kaedah
penilaian selepas guna di bangunan pejabat kerajaan.
ii.
Menghasilkan satu kerangka penghasilan parameter penilaian selepas
guna yang boleh digunapakai di bangunan pejabat kerajaan.
1.4
Matlamat Kajian
Pengamal pengurusan fasiliti milik kerajaan terutamanya Jabatan Kerja Raya
akan menggunakan contoh kerangka ini sebagai satu langkah permulaan dalam
merancang pelaksanaan penilaian selepas-dihuni mengikut perspektif pengurusan
fasiliti pula untuk menilai prestasi bangunan yang telah diuruskan pembinaannya
oleh JKR.
1.5
Skop Dan Batasan Kajian
Skop kajian ini akan menumpukan kepada bangunan pejabat kerajaan di Ibu
Pejabat, Jabatan Kerja Raya Malaysia, Kuala Lumpur sebagai kajian kes.
Responden yang dikenalpasti untuk dipilih secara rawak adalah terdiri daripada
kalangan kakitangan kerajaan yang bertugas di dalam bangunan-bangunan pejabat
yang terdapat di situ. Manakala kerangka yang akan diwujudkan akan menumpukan
kepada penilaian di dalam bangunan pejabat sahaja.
Penyelidik melakukan kajian berdasarkan perspektif arkitek dengan merujuk
kepada penulisan-penulisan di dalam bidang senibina yang diperolehi melalui jurnaljurnal antarabangsa dan tempatan, buku-buku dan laporan-laporan.
9
1.6
Kepentingan Kajian
Walaupun kajian dibuat berdasarkan perspektif arkitek, tetapi hasil daripada
kajian ini akan boleh memberi manfaat kepada ramai pihak yang terlibat tidak terhad
kepada bidang pembinaan malah boleh dimanfaatkan dalam bidang pengurusan
bangunan pejabat juga. Di antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:
i.
Memberikan input kepada JKR yang merupakan salah satu jabatan
teknikal utama kerajaan yang terlibat sepenuhnya dalam pembinaan
bangunan-bangunan kerajaan.
Penggunaan teknik penilaian selepas-dihuni yang dimasukkan
ke dalam proses penilaian prestasi bangunan yang siap dibina yang
sedia ada, berupaya untuk dijadikan panduan tambahan sebagai salah
satu input semasa peringkat rekabentuk sesuatu projek. Arkitek dan
jurutera boleh menjangka masalah yang bakal timbul semasa
peringkat rekabentuk berdasarkan gaya hidup penghuni yang sentiasa
berubah.
ii.
Memberikan panduan kepada pihak perunding yang dilantik oleh JKR
ketika melaksanakan sebahagian projek-projek pembinaan bangunan
milik kerajaan.
Pihak perunding yang dilantik oleh JKR untuk melaksanakan
sebahagian tugas merekabentuk boleh menggunapakai maklumat
yang diperolehi daripada kajian penilaian selepas-dihuni oleh JKR
sebagai salah satu panduan mereka.
iii.
Memberi panduan kepada penghuni-penghuni bangunan milik
kerajaan dalam mengenalpasti keperluan sebenar mereka.
Melalui kajian soal selidik yang kerap dilakukan kepada
penghuni serta ditambah dengan perbincangan dan temubual dari
semasa ke semasa akan membantu penghuni mengenalpasti keperluan
10
sebenar mereka yang optimum serta pengurusan fasiliti yang lebih
berkesan.
iv.
Kepentingan Ilmiah
Kajian ini boleh membantu Arkitek dan Jurutera semasa
peringkat rekabentuk lain-lain fasiliti samada milik kerajaan atau
swasta dengan mengenalpasti teknik penilaian yang sesuai. Malah
kajian ini juga boleh dijadikan contoh oleh Pengurus Fasiliti untuk
melaksanakan
kajian
serupa
yang
memfokuskan
terhadap
keberkesanan pengurusan bangunan ke atas penghuni.
1.4
Metodologi Kajian
Metodologi kajian ini dilaksanakan mengikut kaedah berikut.
a) Penentuan permasalahan kajian yang diperolehi daripada hasil kajian
masa lepas yang telah menggunakan kaedah penilaian selepas-dihuni.
Kajian ini juga akan ditambah dengan kajian literatur seperti laporan,
buku dan jurnal berkaitan dengan penilaian selepas-dihuni.
b) Kajian secara soal selidik terhadap pegawai-pegawai teknikal JKR sendiri
yang terlibat di dalam pengurusan bangunan untuk memberikan beberapa
input dalam merangka penyediaan kajian soal selidik untuk membina
kerangka penghasilan parameter untuk penggunaan penilaian selepasdihuni.
c) Kajian secara soal selidik untuk menentukan tahap pengukuran
keutamaan parameter penilaian dalam menghasilkan kerangka parameter
penilaian di dalam penggunaan penilaian selepas-dihuni.
Secara umumnya, proses aliran metodologi kajian adalah seperti berikut.
a) Pemilihan tajuk dan penetapan objektif kajian.
b) Merangka metodologi kajian.
11
c) Merangka penentuan pengukuran kajian soal selidik untuk menentukan
tahap keutamaan pelaksanaan penilaian selepas-dihuni.
d) Merekabentuk soal selidik .
e) Mengenalpasti kajian kes dan responden untuk pengendalian soal selidik
serta pengumpulan data.
f) Menganalisa data dan penemuan.
g) Melaporkan hasil kajian melalui rumusan dan cadangan.
Huraian lebih jelas akan diterangkan di dalam Bab 3. Carta alir proses ini
ditunjukkan dengan jelas seperti dalam Rajah 1.1.
12
Rajah 1.1: Carta alir proses pelaksanaan kajian
13
1.5
Susunan Bab
Kajian ini disusun mengikut bab tertentu seperti berikut:
BAB 1 – Kerangka Penghasilan Penilaian Selepas-Dihuni Di Bangunan Pejabat
Kerajaan : Gambaran umum kajian ini yang diterangkan secara ringkas di sini
merangkumi penyataan masalah, objektif kajian, skop serta batasan kajian yang
dijalankan serta sedikit penerangan ringkas mengenai bab-bab susulan.
BAB 2 – Pelaksanaan Penilaian Selepas-Dihuni Sebagai Satu Sistem Penilaian
Prestasi Kegunaan Fasiliti : Teori pelaksanaan penilaian selepas-dihuni sebagai
satu daripada berbagai sistem di dalam proses menilai prestasi fasiliti yang telah
digunakan untuk beberapa tempoh selepas ianya siap dibina akan diterangkan di
dalam bab ini. Penganjuran kepada pelaksanaan teori ini akan disokong oleh bahan
rujukan seperti buku, jurnal, laporan kajian masa lepas, laporan kertas kerja semasa
dan sebagainya. Contoh pemakaian penilaian selepas-dihuni di negara luar turut
dijadikan contoh untuk disesuaikan dengan keadaan sosio budaya di Malaysia.
Hampir semua rujukan adalah berlatarbelakangkan bidang senibina, maka kajian
yang akan dijalankan lebih menjurus kepada perspektif dalam bidang senibina.
BAB 3 – Metodologi Kajian : Kaedah menjalankan soal selidik yang diterangkan di
dalam bab ini akan merangkumi pelaksanaan rekabentuk kajian, penyediaan soalan,
merekabentuk borang soal selidik, jenis analisa serta ujian statistik berkaitan dan
penerangan mengenai kaedah proses pengumpulan data dilaksanakan.
BAB 4 – Analisis Data Dan Penemuan : Semua data yang diperolehi daripada soal
selidik yang dijalankan akan dianalisa menggunakan perisisan statistik yang sesuai
dan akan diterangkan dengan lebih tersusun di dalam bab ini. Di dalam bab ini juga
akan diperkenalkan satu cadangan kerangka untuk menggunakan kaedah penilaian
selepas-dihuni yang sesuai untuk bangunan dan premis milik kerajaan mengikut
keadaan semasa.
14
BAB 5 – Rumusan Dan Cadangan : Laporan kajian ini akan diterangkan di dalam
bab ini dengan lebih terbuka agar hasil kajian ini dapat dijadikan panduan tambahan
kepada lain-lain sistem yang diamalkan oleh JKR dalam menilai prestasi rekabentuk
sesuatu fasiliti milik kerajaan. Rumusan yang dibuat adalah berdasarkan perspektif
arkitek namun proses yang sama boleh digunakan juga oleh pengurus fasiliti.
15
BAB 2
TAKRIFAN ISTILAH PENILAIAN SELEPAS GUNA (PENILAIAN
SELEPAS GUNA)
2.1
Sejarah
Penilaian
Selepas-Dihuni
atau
Post-Occupancy
Evaluation
dengan
singkatannya iaitu “POE” merupakan suatu proses penilaian yang tersusun untuk
menilai keupayaan sesebuah bangunan selepas ianya siap dibina dan digunakan
selepas beberapa ketika.
Hasil penemuan daripada kaedah ini boleh dijadikan
rujukan untuk penambahbaikan keadaan bangunan sedia ada dan juga sebagai
panduan untuk rekabentuk bangunan baru pada masa hadapan.
Beberapa nama alternative kepada penilaian selepas-dihuni telah digunakan
oleh beberapa penyelidik seperti kajian bangunan sedang diduduki (building-in-use),
building diagnostics, building pathology dan building evaluation (Preiser, 1995).
Preiser dan Schram (2002) telah menjelaskan penilaian selepas-dihuni
sebagai satu cabang daripada kerangka Penilaian Prestasi Bangunan (Building
Performance Evaluation, BPE) seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.1. Penilaian
selepas-dihuni berbeza dengan BPE di mana penilaian selepas-dihuni hanya
memfokuskan kepada keperluan penghuni bangunan sahaja termasuk penilaian
terhadap kesihatan, keselamatan, keberfungsian sistem keselamatan (security) dan
kecekapannya, keselesaan psikologi, kualiti estetik dan kepuasan (Preiser, 2002).
16
Penggunaan penilaian selepas-dihuni amat perlu ketika berlaku perubahan
yang melibatkan persekitaran tempat kerja seperti pengenalan teknologi baru,
pertukaran ruang bekerja, corak bekerja dan perubahan struktur organisasi (Preiser,
2002).
Sumber: Preiser dan Schramm, 2002
Rajah 2.1: Kerangka kitar hayat Penilaian Prestasi Bangunan (Building Performance
Evaluation, BPE)
Di dalam model proses penilaian prestasi bangunan (BPE), penilaian selepasdihuni merupakan salah satu daripada enam fasa kitar hayat bangunan seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.1 di atas. Fasa-fasa tersebut akan mengkaji semula
peringkat rekabentuk, peringkat penilaian selepas pembinaan, peringkat penilaian
selepas guna (POE), analisa keperluan/pasaran, kajian semula kecekapan system
dalam bangunan dan kajian semula keseluruhan program pembinaan bangunan.
17
Kesedaran terhadap rekabentuk bangunan yang lestari dengan penggunaan
tenaga yang cekap serta prestasi keseluruhan yang baik adalah penting kepada pihak
pemilik bangunan, pengurus bangunan, pihak kerajaan dan terutamanya kepada
penghuni bangunan tersebut.
Namun masih terdapat jurang besar di antara
perekabentuk, pemilik dan pengurus serta penghuni sendiri.
Di antara sebab-
sebabnya ialah:
i.
Ramai perekabentuk dikatakan kurang mengambil kira bagaimana
penghuni akan menggunakan bangunan tersebut, bagaimana pengurus
akan menguruskan bangunan tersebut dan peralatan yang diperkenalkan
di dalam bangunan.
ii.
Kebergantungan kepada teknologi secara menyeluruh demi memastikan
keberfungsian prestasi bangunan yang kebiasaannya telah menjadi fokus
utama
pihak
memfokuskan
pengurusan
kepada
untuk
penyediaan
bajet
yang
lebih
penjagaan
sepenuhnya
untuk
memastikan
teknologi tersebut dapat menyokong fungsi bangunan.
iii.
Penyelesaian semasa peringkat rekabentuk yang kebiasaannya amat rumit
untuk diterjemahkan dalam fungsi sebenar bangunan ketika digunakan.
Perekabentuk dengan mudah terlupa bahawa wakil pelanggan yang
menguruskan perolehan banguan, biasanya tidak terlibat dengan
pengoperasian sebenar bangunan secara keseluruhannya (The Soft
Landings Framework, 2009).
Penilaian selepas-dihuni telah dimulakan sejak awal tahun 1950an untuk
tujuan pemasaran sebagai satu tinjauan secara rawak yang merupakan sebahagian
daripada proses pengurusan bangunan yang sedang digunakan ketika itu (Kimmet,
2007). Pada tahun 1960an pula, ianya telah diperluaskan penggunaannya dalam
sektor perubatan dan penjagaan seperti hospital mental, perumahan jururawat dan
pusat pemulihan (Preiser, 1995).
Penilaian ini telah disusun menjadi lebih
bersistematik pada tahun 1970an dan seterusnya sehinggalah munculnya projek yang
dinamakan PROBE (Post-occupancy Review of Buildings and their Engineering)
yang diuji terhadap 20 buah bangunan di United Kingdom daripada tahun 1997
sehingga 2002, dengan penggunaan penilaian selepas-dihuni yang lebih mudah, lebih
18
jimat dari segi kos dan teratur di samping dapat menambahbaik keberkesanan
pelaksanaannya (Leaman dan Bordass, 2004).
Sekitar tahun 1980an telah berlaku satu perlumbaan untuk penyiapan
sesebuah pembinaan bangunan yang lebih berkualiti demi untuk mengurangkan kos
bahan binaan (PROBE, 1999). Sejak itu juga penggunaan sistem penghawa dingin
terus diterima pakai hampir di semua tempat bertujuan untuk mengimbangi tahap
keselesaan penghuni terhadap suhu panas di persekitaran bangunan moden ini.
Menurut Gossauer dan Wagner (2007), teknologi maklumat juga telah diamalkan
dikebanyakan bangunan dan sejak itu, bangunan-bangunan baru yang dikatakan
moden ini digunakan sepenuhnya setiap masa dan ianya turut dipengaruhi oleh
pelbagai perubahan seperti sosial, teknikal dan pemasaran (PROBE, 1999).
Pada sekitar 1980an juga, penilaian selepas-dihuni telah difokuskan untuk
mengkaji prestasi bangunan dan cadangan telah dibuat untuk mewujudkan beberapa
nama baru seperti Penilaian Prestasi Bangunan (Building Performance Evaluation,
BPE) dan Penilaian Rekabentuk Menyeluruh (Universal Design Evaluation, UDE).
Daripada berbagai contoh teori dan kajian yang telah dijalankan, jelas menunjukkan
penilaian selepas-dihuni merupakan satu proses yang melibatkan pendekatan yang
teliti untuk menilai teknologi dan antropologi (kajian kemanusiaan) di dalam
penggunaan bangunan.
Dalam erti kata lain, ianya adalah satu proses yang
bersistematik dengan dibantu oleh penyelidikan terhadap keperluan manusia, prestasi
bangunan dan pengurusan fasiliti (Hadjri dan Crozier, 2008).
Rajah 2.2 di bawah menunjukkan perkaitan di dalam konsep prestasi di
dalam sesebuah proses penyediaan bangunan, serta hasil pelaksanaan penilaian
selepas-dihuni samada dalam perspektif jangka pendek, jangka sederhana dan jangka
panjang. Dalam konteks ini, pengurus fasiliti memainkan peranan penting ketika
merancang dan membuat keputusan bersama perekabentuk dan pengurusan atasan
(Preiser, 1995).
19
Sebuah bangunan dikatakan dapat berfungsi dengan sempurna jika terdapat
integrasi di antasa sistem fizikalnya dan penghuni itu sendiri. Tetapi kebiasaannya
ianya jarang diberi perhatian oleh perekabentuk kerana mereka sering melepasi
norma-norma tanggungjawab yang bersifat profesional itu (Leaman, 1995).
Sumber: Preiser, 1995
Rajah 2.2: Konsep prestasi dalam proses penyediaan bangunan
20
Pengalaman yang lepas-lepas dari kajian pemerhatian yang dilaporkan,
bangunan yang dikatakan boleh berfungsi dengan baik seharusnya berupaya:
i.
Memberi tindakbalas terhadap perubahan yang berlaku pada setiap
peringkat terutamanya individu, kumpulan kerja dan jabatan/organisasi.
ii.
Mempunyai sumber pengurusan yang cukup untuk menangani perubahan
fizikal atau tingkah laku penghuni yang tidak dijangka dan rumit.
iii.
Memberi keselesaan kepada penghuni pada setiap masa, tetapi dalam
masa yang sama berupaya untuk berubah serta-merta jika penghuni
berasa tidak selesa.
iv.
Mengintegrasi sistem fizikal dan pengurusan pada setiap peringkat kitar
hayat terutamanya peringkat awalan, rekabentuk, pembinaan dan
kegunaan bangunan tersebut.
v.
Beroperasi dengan lebih ekonomi untuk semua kumpulan penghuni
terutamanya pekerja dan pelawat.
vi.
Menyimpan sumber maklumat tertentu daripada semua sumber, supaya
dapat membantu mengawal mengurangkan segala kerosakan akibat dari
lebihan bahan buangan yang tidak digunakan (Leaman, 1995).
Semua sifat ini iaitu kecepatan bertindakbalas, pengurusan yang rumit,
meredakan ketidakselesaan, integrasi, penggunaan masa yang ekonomi dan
pengurusan bahan buangan, merupakan pra-syarat untuk memastikan bangunan
dapat berfungsi.
Secara tidak langsung ianya akan memberi kepuasan kepada
penghuni dan menaikkan produktiviti mereka yang bekerja di dalam bangunan
tersebut (Leaman, 1995).
Hasil pelaksanaan penilaian selepas-dihuni akan menentukan kejayaan dan
keberfungsian sesebuah bangunan di samping dapat mengenalpasti masalah sebenar
oleh penghuni, seterusnya ia dapat membaiki prestasi bangunan tersebut (Hygge dan
Lofberg, 1999).
21
Teknik-teknik
yang
digunakan
di
dalam
penilaian
selepas-dihuni
termasuklah;
i.
Menganalisa perancangan.
ii.
Memantau kualiti persekitaran dalam bangunan (indoor environment
quality, IEQ), kualiti udara dalam bangunan (indoor air quality, IAQ) dan
prestasi suhu panas dalam bangunan.
iii.
Tinjauan melalui pemerhatian, pengamatan dan soal selidik terhadap
kepuasan penghuni.
iv.
Temuduga secara berstruktur dan semi-struktur (Meir et al, 2009).
Walaupun tinjauan berdasarkan IEQ kerap kali digunakan di dalam
melaksanakan penilaian selepas-dihuni untuk menilai hasil rekabentuk dan
pengoperasian sesebuah bangunan, ada juga terdapat penggunaan pendekatan lain
seperti:
i.
Analisa serta-merta sebelum atau selepas memasuki bangunan.
ii.
Hubungkait di antara tafsiran penghuni dengan pengukuran fizikal
prestasi bangunan.
iii.
Penilaian terhadap objektif pemilik bangunan (Gossauer dan Wagner,
2007).
2.2
Faedah
Preiser (1995) telah menggariskan beberapa faedah yang boleh diperolehi
daripada penilaian selepas-dihuni iaitu;
i.
Jangka pendek: memperolehi maklumbalas segera daripada penghuni
terhadap masalah yang dialami di dalam bangunan dan seterusnya
mengenalpasti cadangan penyelesaiannya.
ii.
Jangka sederhana: mengunjurkan pangajaran yang bersifat buruk dan
baik untuk diambil iktibar di dalam kitar hayat bangunan tersebut
seterusnya.
22
iii.
Jangka panjang: mensasarkan untuk mewujudkan satu pengkalan data
yang sentiasa dikemaskini supaya beberapa contoh perancangan dan
rekabentuk bangunan terbaik dapat dihasilkan.
Hadjri dan Crozier (2008) telah memetik daripada Whyte dan Gann (2001)
yang mencadangkan faedah yang boleh diterima untuk melaksanakan penilaian
selepas-dihuni termasuk;
i.
Menggunapakai kemahiran rekabentuk dengan lebih berkesan.
ii.
Memperbaiki proses penyiapan pembinaan bangunan.
iii.
Memperbaiki kehendak penghuni.
iv.
Memperbaiki prosedur atau tatacara pengurusan.
v.
Menyediakan pengetahuan untuk panduan rekabentuk dan proses
berkaitan.
vi.
Perancangan untuk pembaharuan (Whyte dan Gann, 2001).
Enright (2002) pula menyatakan faedah penggunaan penilaian selepas-dihuni
hasil daripada kajian beliau seperti berikut;
i.
Penilaian selepas-dihuni berupaya memperkenalkan budaya timbal-balik
untuk menyediakan khidmat baik kepada komuniti dengan amalan murni
di samping menyebarkan kepakaran terhadap penilaian diri untuk
mengelakkan berlaku perbalahan dan budaya menyalahkan pihak lain.
ii.
Penilaian
selepas-dihuni
berupaya
mengenalpasti
keberkesanan
perbelanjaan sebenar sesebuah projek.
iii.
Satu pengurusan rekod yang baik diperkenalkan yang meliputi maklumat
teknikal bangunan, khidmat sokongan dan maklumat latihan kakitangan
terhadap penggunaan teknologi dan peralatan yang terdapat di tempat
kerja.
iv.
Mengenalpasti keperluan menambahbaik perkhidmatan bangunan dan
kawalannya. Malah boleh menilai prestasi isu berkaitan kecekapan guna
ruang, keberfungsian dan kecekapan guna tenaga sebagai pengajaran di
masa hadapan.
23
v.
Membantu ketidakpuasan atau aduan penghuni berkenaan keselesaan
umum, kesihatan atau keselamatan, untuk memahami sistem pengurusan
dan pengoperasian sebuah bangunan.
vi.
Berupaya menilai situasi kegunaan semasa yang sebenar serta
permasalahannya
lebih
awal
sebelum
melakukan
sebarang
pengubahsuaian, pembaharuan atau pembinaan bangunan baru.
George Baird et al. (1996) menyebut faedah pelaksanaan penilaian selepasdihuni temasuk:
i.
Penyesuaian permintaan dan penawaran yang lebih baik.
ii.
Memperbaiki produktiviti di tempat kerja.
iii.
Mengurangkan kos pengurusan penghuni dalam bangunan.
iv.
Menambah kepuasan penghuni.
v.
Pihak pengurusan boleh membuat keputusan dengan lebih tepat.
vi.
Pulangan balik pelaburan yang tinggi terhadap bangunan dan penghuni.
Persekitaran pejabat boleh digunakan untuk memberi identiti tertentu, di
samping bertindak untuk menarik perhatian dan mengekalkan kualiti bekerja setiap
pekerja. Susunatur dan kegunaan pejabat yang bersifat fleksibiliti atau berubah-ubah
dengan sesuai akan memudahkan pihak pengurusan membuat perubahan tanpa ada
halangan terhadap ruang pejabat.
Persekitaran pelan terbuka dikatakan lebih
ekonomi jika dipilih sebagai penyelesaiannya (Becker, 2002).
Penilaian selepas-dihuni boleh dilakukan samada secara lateral ataupun lebih
mendalam.
i.
Kajian secara lateral akan mengkaji bilangan parameter yang terhad
untuk beberapa banyak kajian kes bangunan.
ii.
Kajian secara mendalam pula akan mengkaji hampir kesemua parameter
yang diperlukan dengan lebih terperinci untuk satu kajian kes bangunan
sahaja (Meir et al. 2009).
24
Hasil daripada pelaksanaan penilaian selepas-dihuni boleh dijadikan landasan
untuk mendapatkan maklumbalas penghuni untuk digunakan oleh arkitek, jurutera
dan lain-lain ahli profesional yang terlibat untuk mempelajari keberfungsian sebenar
bangunan selepas siap dibina. Malah mereka ini boleh juga mengkaji bagaimana
rekabentuk bangunan dan teknologi yang digunakan memberi kesan kepada
keselesaan, kepuasan dan produktiviti penghuni (Gossauer dan Wagner, 2007).
2.3
Parameter Kajian Penilaian Selepas-Dihuni
Beberapa parameter yang boleh diukur semasa melaksanakan penilaian
selepas-dihuni di dalam bangunan termasuklah suhu, hubungan kelembapan,
perolakan udara, kecerahan pencahayaan, tahap penerimaan bunyi bising,
pencemaran, punca penyakit, komposisi bahan organik yang berubah-ubah (VOC
untuk pelbagai jenis benda di dalam bangunan seperti siling asbestos, cat dan lepaan
dinding, alas permaidani dan dinding gypsum), pelbagai jenis gas seperti karbon
monoksida (CO) dan karbon dioksida (CO2), medan elektromagnet daripada
peralatan elektrik dan elektronik, kesan radiasi daripada penggunaan komputer,
pengimbas, pencetak, penyalin dan sebagainya.
Preiser (1995) dalam penulisannya, menyebut mengenai pelaksanaan
penilaian selepas-dihuni yang dilaksanakan pada tahun 1960an di bangunan sektor
kesihatan dan penjagaan telah mengenalpasti parameter yang dikatakan paling biasa
bermasalah dalam bangunan baru iaitu:
i.
Masalah kesihatan dan keselamatan.
ii.
Kebocoran.
iii.
Kelemahan papan tanda dan tunjuk arah.
iv.
Pengudaraan dan kawalan suhu yang lemah.
v.
Masalah laluan untuk orang kurang upaya (OKU).
vi.
Kekurangan ruang penyimpanan.
vii. Kurang tempat bersendirian (privacy).
viii. Laluan utama yang sentiasa terhalang.
25
ix.
Masalah estetik bangunan.
x.
Masalah habuk di pintu-pintu utama.
xi.
Kekurangan ruang meletak peralatan (seperti mesin penyalin).
xii. Masalah pembersihan semua ruang permukaan daripada kaca.
Kebanyakan kajian awal penilaian selepas-dihuni menitikberatkan terhadap
penerimaan suhu panas dalam persekitaran bangunan ke atas keselesaan dan
kepuasan penggunanya. Ketika itu, kajian keselesaan penghuni terhadap suhu panas
dalam persekitaran bangunan dikaji hubungkaitnya dengan pengenalan kepada
penggunaan alat penghawa dingin, aktiviti pertukaran haba badan manusia (Fanger,
1970) hinggalah ada kajian yang menghubungkaitkan keselesaan penerimaan suhu
panas dengan faktor lain seperti sistem pencahayaan (Inkarojit, 2005), haba dan
penggunaan alat penghawa dingin (Brager dan de Dear, 1998).
Evolusi daripada kajian terhadap paras keselesaan suhu panas dalam
bangunan, telah semakin berkembang sehingga ada yang mengaitkannya dengan
psikologi, cuaca, kesihatan dan produktiviti. Berbagai parameter pengukuran dalam
pelaksanaan penilaian selepas-dihuni diwujudkan serta dipecahkan kepada beberapa
lagi sub-parameter.
Satu kajian telah dijalankan yang meliputi empat belas buah bangunan
pejabat di negara Jerman sekitar tahun 2003 yang menggunakan kaedah borang soal
selidik (penilaian selepas-dihuni), penggunaan peralatan pengukuran khas dan
siasatan perubatan untuk menilai samada pengaruh suasana persekitaran dalam
bangunan dan faktor psikologi boleh memberi kesan terhadap sindrom bangunan
sakit (Gossauer dan Wagner, 2007).
Sindrom ini menyebabkan wujudnya penyakit berkaitan bangunan itu sendiri
yang timbul di bangunan biasa seperti pejabat dan sekolah kecuali bangunan industri
atau perumahan. Simptom penyakit adalah berpunca daripada agen kuman yang
menyebabkan jangkitan, kekurangan imunisasi dan alergi. Simptom yang biasa
dilihat ialah seperti:
26
i.
Kegatalan kulit.
ii.
Mata berair.
iii.
Hidung selsema.
iv.
Tekak berlendir.
v.
Sakit kepala seperti kerap pening bila berada dalam bangunan.
vi.
Lesu.
vii. Kesukaran memberi tumpuan (Ambu, 2008).
Sindrom ini dikesan berpunca daripada dua faktor iaitu faktor fizikal dan
faktor psiko-sosial. Faktor-faktor fizikal ialah:
i.
Faktor suhu.
ii.
Faktor kelembapan.
iii.
Faktor perolakan udara terhadap habuk.
iv.
Faktor pencahayaan.
v.
Faktor kebisingan.
vi.
Faktor bahan kimia seperti pencemaran daripada cat, permaidani, perabot
baru, asap rokok, langsir, alat kosmetik, asbestos dan bahan pembasmi
serangga (Ambu, 2008).
Organisma mikro dikenalpasti sebagai punca utama kepada sindrom ini
(Ambu, 2008).
Pencemaran dalam bangunan telah dikatakan sebagai punca kepada masalah
kronik kepada penghuni seperti daripada sakit tekak sehingga boleh menjadi barah.
Amalan meletakkan pokok-pokok hidup di dalam bangunan terbukti dapat mengawal
penyebaran pencemaran ini seperti formaldehyre, xylene dan ammonia.
Pokok
hidup juga boleh membuang bau-bauan yang tidak selesa di samping memberi
persepsi tempat kerja yang baik kepada penghuni dan membaiki suasana bekerja
menjadi lebih baik agar produktiviti dapat ditingkatkan (Smith dan Pitt, 2009).
27
Manakala telah banyak kajian mengenai pengaruh penggunaan cahaya
semulajadi daripada matahari melalui tingkap-tingkap yang terbuka berupaya
mempengaruhi prestasi penghuni bangunan seperti menambahbaik penglihatan,
menaikkan suasana perasaan ingin bekerja dan membaiki kesihatan diri (Inkarojit,
2005).
Walaubagaimanapun di dalam bangunan yang menggunakan sistem
penghawa dingin sepenuhnya, penggunaan tingkap dikatakan salah satu bahan yang
tidak memiliki ciri penebat yang baik kepada suhu bangunan (Mathur dan Chand,
2003).
Malah tingkap juga boleh mempengaruhi keselesaan suhu panas melalui tiga
cara iaitu:
i.
Menyebarkan radiasi daripada cahaya matahari.
ii.
Menyebarkan radiasa gelombang-panjang (long-wave radiation) daripada
perubahan panas dan sejuk pada ruang dalaman permukaan kaca.
iii.
Mewujudkan perolakan udara berpunca daripada perbezaan suhu di
permukaan kaca dan suhu udara berhampiran (Zhang et al., 2005).
Namun ianya boleh dikurangkan dengan memasang langsir daripada jenis
kain atau bahan keras seperti blind.
Pendekatan untuk melaksanakan penilaian selepas-dihuni boleh dikatakan
hampir serupa oleh kebanyakan penyelidik.
Namun adalah penting untuk
mewujudkan satu hubungan kerjasama yang sefahaman di antara pemilik bangunan,
pengurus bangunan, penghuni bangunan dan pasukan projek yang hendak
menjalankan siasatan penilaian selepas-dihuni.
Pada 1999, tinjauan yang dilaksanakan daripada PROBE (Post-occupancy
Review of Buildings and their Engineering) menggariskan dua petunjuk iaitu indeks
keselesaan dan indeks kepuasan. Indeks keselesaan mengkaji paramater seperti
28
perasaan penghuni semasa berada dalam suhu musim panas dan musim dingin,
kualiti udara, pencahayaan, kebisingan dan keselesaan keseluruhan. Manakala indeks
kepuasan mengkaji parameter yang melibatkan rekabentuk bangunan, keperluan,
produktiviti dan kesihatan (Gossauer dan Wagner, 2007).
Projek ProKlima pula mendapatkan maklumbalas kaji selidik terhadap 120
sampel penghuni yang bekerja sepenuh masa di dalam pejabat dengan memfokuskan
kepada parameter seperti tanggapan penghuni terhadap fizikal ruang bekerja,
kesihatan, keserasian, persekitaran dalaman (termasuk bau-bauan, cahaya, bunyi dan
suhu), kepuasan bekerja dan statistik perseorangan.
Soalan-soalan kaji selidik
tersebut menggunakan skala 5 tahap kepuasan manakala keupayaan setiap individu
untuk mempengaruhi keadaan persekitaran dalaman hanya diberi pilihan jawapan
‘ya’ atau ‘tidak’ (Gossauer dan Wagner, 2007).
Preiser dan Schramm (2002) pula menyatakan parameter kajian yang perlu
diambil kira ketika merancang pelaksanaan penilaian selepas-dihuni adalah seperti
berikut dengan mengikut keutamaanya iaitu:
i.
Kesihatan.
ii.
Keselamatan (safety and security).
iii.
Keberfungsian.
iv.
Kecekapan.
v.
Aliran kerja.
vi.
Psikologi.
vii. Sosial.
viii. Prestasi budaya.
HOPE (Health Optimisation Protocol for Energy-efficient Buildings) yang
aktif di Eropah telah menjalankan kajian ke atas 64 buah pejabat di 9 buah negara di
sekitar Eropah, bertujuan untuk mengkaji tahap penggunaan tenaga untuk selama
sekurang-kurangnya 12 bulan untuk setiap bangunan. Fokus kajian menumpukan
kepada kepuasan penghuni terhadap keselesaan dan pandangan mereka terhadap
kesihatan di kalangan penghuni. Parameter yang diukur terhadap keselesaan ialah
29
suhu dan keupayaan ia berubah, bunyi daripada luar dan dalam bangunan,
pencahayaan semulajadi dan lampu, serta pelbagai lagi kriteria kualiti udara.
Parameter yang dikaji untuk mengesan tahap penerimaan penghuni terhadap
kesihatan termasuklah mata yang kering, gatal atau berair, hidung tersumbat atau
selesema, tekak kering, sakit kepala, keletihan melampau atau kelesuan, kesukaran
bernafas dan keperitan di bahagian dada (HOPE, 2005).
Kajian yang dijalankan ke atas bangunan sekolah di Sao Paulo, Brazil pula
telah mengkaji parameter keselamatan daripada jenayah dan kebakaran. Di antara
sub-parameternya adalah:
i.
Kemungkinan menyelamatkan diri jika berlaku kecemasan.
ii.
Isu kebakaran dalam bangunan.
iii.
Keselamatan akibat daripada kegiatan vandalisma.
iv.
Keselamatan daripada jenayah kecurian dan pencerobohan.
v.
Keselamatan daripada kemalangan di dalam bangunan.
vi.
Keselamatan menggunakan tangga.
vii. Perasaan diri sendiri samada selamat atau tidak, sepanjang masa berada
dalam bangunan (Orsnstein et al., 2009).
CBE (Center for the Built Environment) yang berpusat di Berkeley,
California telah melakukan tinjauan sejak tahun 1996 terhadap kualiti persekitaran
dalaman bangunan (IEQ) untuk mengumpulkan dan menyimpan maklumbalas
penghuni bangunan. Di antara tinjauan yang dilakukan adalah meliputi:
i.
Mendiagnos bangunan.
ii.
Menilai teknologi baru yang digunakan dalam bangunan.
iii.
Mengenalpasti kecenderungan baru dalam prestasi bangunan.
iv.
Membuat perbandingan kualiti di antara setiap bangunan yang
mempunyai fungsi yang serupa.
30
Fokus utama pusat ini meninjau tujuh bidang utama di dalam persekitaran
dalaman bangunan iaitu:
i.
Susunatur pejabat.
ii.
Kemasan pejabat.
iii.
Keselesaan suhu panas.
iv.
Kualiti udara dalaman.
v.
Pencahayaan.
vi.
Tahap akustik.
vii. Kebersihan serta penyenggaraannya.
Contoh modul soalan yang ditanya termasuk:
i.
Mengenalpasti laluan dalam bangunan.
ii.
Keselamatan.
iii.
Keupayaan tingkap yang boleh berfungsi.
iv.
Sistem perlindungan daripada sinaran terus matahari.
v.
Kebersihan lantai dan tandas.
Kesemua soalan boleh dijawab di dalam masa sekitar 5 hingga 12 minit yang
menggunakan tujuh peringkat skala jawapan. Walaupun sampel kajian adalah tidak
sama dari segi penghuni dan pemilihan bangunan serta menggunakan skala dan
sistem pengukuran yang berbeza di samping prosedur yang berbagai-bagai, namun
hasilnya adalah hampir serupa apabila dibuat perbandingan. Ini adalah benar untuk
aspek tertentu yang menunjukkan:
i.
Penghuni berupaya mengawal persekitaran dalaman ruang pejabat.
ii.
Perkaitan yang lemah di antara kepuasan penerimaan sistem pencahayaan
dengan kepuasan menyeluruh di dalam ruang pejabat.
iii.
Hubungkait di antara tahap kebisingan dengan puncanya daripada
persekitaran yang mempengaruhi kerja seharian (Gossauer dan Wagner,
2007).
31
Pada tahun 2004, Gossauer telah menggunakan siri soalan daripada CBE
yang diubahsuai untuk melaksanakan penilaian selepas-dihuni di hampir 16 buah
bangunan di Jerman yang memfokuskan kepada aspek parameter di dalam:
i.
Penerimaan suhu panas dalaman.
ii.
Keselesaan penglihatan dan akustik.
iii.
Kualiti udara dalaman dan susunatur pejabat.
Rajah 2.3 di bawah menunjukkan perbezaan tahap kepuasan penghuni
terhadap suhu panas dalaman bangunan dengan kepuasan bekerja. Tahap kepuasan
individu yang disoal selidik boleh mewakili sebagai satu tahap kepuasan secara
menyeluruh di tempat kerja.
diletakkan
dalam
setiap
Namun beberapa skala tahap kepentingan turut
parameter
kajian
untuk
mendapatkan
lebih
kebolehpercayaan terhadap hasil soal selidik yang dijalankan.
Beliau turut menyatakan bahawa siasatan yang dilakukan hanya untuk sebuah
bangunan
dalam
satu-satu
kajian
penilaian
selepas-dihuni,
tidak
akan
menggambarkan keseluruhan pendapat. Lebih banyak bangunan yang dipilih akan
membolehkan perbandingan dilakukan seterusnya pengajaran yang diperolehi boleh
digunapakai ketika merancang rekabentuk dan pembinaan sebuah bangunan baru
akan datang.
Isu selesa atau tidak selsesa bekerja di dalam pejabat pada umumnya
ditentukan oleh empat faktor persekitaran yang utama iaitu:
i.
Faktor kualiti udara.
ii.
Keselesaan suhu panas dalaman.
iii.
Bunyi-bunyian di persekitaran (akustik).
iv.
Keselesaan penglihatan (Inkarojit, 2005).
32
Sumber: Gossauer dan Wagner (2007)
Nota: Nombor yang berbeza mewakili bangunan tertentu yang dilakukan penilaian
selepas-dihuni.
Sektor A (sudut bawah kiri): mewakili penghuni yang berpuashati dengan terhadap
parameter pengukuran yang dinilai tetapi menunjukkan mereka kurang
mementingkan keselesaan dengan tempat kerja.
Sektor B (sudut bawah kanan): penghuni sangat berpuashati serta merasakan
keselesaan adalah penting untuk bekerja.
Sektor C (sudut atas kiri): penghuni yang menunjukkan tidak berpuashati dengan
parameter yang disoal selidik malah mereka turut merasakan tidak kisah dengan
keselesaan di tempat mereka bekerja.
Sektor D (sudut atas kanan): penghuni yang menunjukkan sangat tidak berpuashati
dengan parameter kepuasan yang ditanya malah menganggap ianya adalah sangat
penting untuk ditambah baik demi keselesaan bekerja.
Rajah 2.3: Hubungkait di antara kepuasan penerimaan tahap suhu panas dalaman di
tempat kerja dengan kepuasan bekerja (Spearman correlation).
33
Kajian penilaian selepas-dihuni yang dibuat di perpustakaan akademik di
sebuah universiti di Arab Saudi, telah menggariskan tiga parameter kajian untuk
menilai tahap penerimaan bunyi bising di dalam perpustakaan iaitu:
i.
Gangguan bunyi bising daripada ruang berdekatan serta aktiviti lain
(termasuk bunyi daripada bilik mesyuarat dan bilik media, aktiviti luar
bangunan, atau sistem mekanikal bangunan).
ii.
Ruang yang bergema, di mana komunikasi menjadi sukar (ruang begini
sentiasa bising pada setiap masa walaupun bilangan orang adalah sedikit,
dan di antara puncanya adalah penggunaan dinding, siling dan lantai
bangunan yang tidak menyerap bunyi).
iii.
Kekurangan ruang berbual secara lebih privasi disebabkan wujud bunyi
perbualan daripada meja lain, karel dan bilik-bilik kecil (Hassanain dan
Mudhei, 2006).
Dalam kajian sama, parameter-parameter yang diukur adalah:
i.
Lokasi perpustakaan.
ii.
Rekabentuk dalaman.
iii.
Hamparan lantai.
iv.
Kualiti perabot.
v.
Bilangan ruang bekerja.
vi.
Lokasi tempat bekerja.
vii. Bilangan lif (elevator).
viii. Kualiti lobi lif.
ix.
Kelebaran dan keluasan ruang masuk utama perpustakaan.
x.
Jarak di antara rak buku.
xi.
Ketinggian rak buku.
xii. Bilangan meja untuk membaca.
xiii. Jarak meja untuk membaca.
xiv. Ruang bersendirian.
xv. Bilangan bilik air.
xvi. Kualiti bilik air.
xvii. Keselesaan penglihatan.
34
xviii. Keselesaan bunyi-bunyian.
xix. Keselesaan terma persekitaran.
xx. Kejelasan laluan kecemasan keluar.
xxi. Pengenalan seksyen dalam perpustakaan dan aras bangunan.
xxii. Rekabentuk kaunter pinjaman buku (Hassanain dan Mudhei, 2006).
Daripada jumlah mata dikumpul untuk keseluruhan parameter, penyelidik
menggunakan:
i.
Indeks kepuasan di bawah 65 peratus sebagai penghuni berasa “Sangat
Tidak Berpuas Hati”.
ii.
Indeks kepuasan di antara 65.1 peratus dan 75 peratus sebagai penghuni
berasa “Tidak Berpuas Hati”.
iii.
Indeks kepuasan di antara 75.1 peratus dan 85 peratus sebagai penghuni
berasa “Puas Hati”.
iv.
Indeks kepuasan melebih 85 peratus sebagai penghuni berasa “Sangat
Berpuas Hati” (Hassanain dan Mudhei, 2006).
Teknik
PROBE
(Post-occupancy
Review
Of
Buildings
and
their
Engineering) yang dimulakan pada 1995 di UK diwujudkan untuk menghasilkan
timbal-balik kepada perkhidmatan kejuruteraan bangunan berkenaan faktor-faktor
kejayaan sesebuah bangunan secara umum dan terperinci, serta lain-lain kesukaran
dan ketidakpuasan.
Ianya adalah satu inisiatif yang telah dilakukan berpunca
daripada evolusi teknologi pembinaan bangunan yang berlaku sekitar awal 1990an,
seperti:
i.
Penggunaan
komputer
untuk
merekabentuk
sistem
pengudaraan
semulajadi dalam bangunan, seterusnya sistem tersebut dapat berfungsi
secara automatic.
ii.
Penciptaan sistem fabric dan blazing untuk menghasilkan prestasi
kawalan suhu panas dan sistem pencahayaan semulajadi pada siang hari
yang lebih baik (Inkarojit, 2005).
iii.
Sistem penghawa dingin yang lebih cekap, contohnya mempunyai sistem
pertukaran peredaran udara (Cohen et al., 2001).
35
Melalui teknik PROBE, dua teknik atau kaedah penilaian telah dihasilkan
iaitu:
i.
BUS (Building Use Studies) yang mengukur tahap kepuasan penghuni
terhadap bangunan dan keadaan dalamannya.
ii.
Satu prototaip yang dipanggil Energy Assessment and Reporting
Method’s (EARM) atau Office Assessment Method (OAM) untuk
menganalisa kegunaan tenaga dalam bangunan (Cohen et al., 2001).
Tinjauan menggunakan BUS pada awalnya untuk mengkaji sindrom
bangunan sakit pada tahun 1980an. Sebanyak 12 kategori parameter yang ditanya di
dalam dua muka surat borang soal selidik bersaiz A4 iaitu:
i.
Latarbelakang responden (umur, jantina).
ii.
Keseluruhan
keadaan
bangunan
(rekabentuknya
dan
pandangan
responden terhadap keperluan mereka).
iii.
Kawalan peribadi (terhadap kepanasan, kesejukan, pencahayaan)
(Leaman, 1995).
iv.
Kepantasan dan kecekapan bertindak oleh pihak pengurusan terhadap
aduan daripada penghuni.
v.
Suhu dalam bangunan.
vi.
Peredaran udara dalam bangunan.
vii. Kualiti udara dalam bangunan (pada setiap cuaca dan musim).
viii. Sistem pencahayaan dalam bangunan.
ix.
Tahap kebisingan.
x.
Keselesaan secara kesuluruhan.
xi.
Kesihatan penghuni.
xii. Pengaruh kepada produktiviti penghuni (Cohen et al., 2001).
Soal selidik yang ringkas ini dianggap cukup penting dalam kajian penilaian
selepas-dihuni di dalam peruntukan kos yang terhad.
Malah soal selidik yang
ringkas ini juga dapat mengurangkan beban responden untuk menjawab soal selidik
yang panjang dan memenatkan.
36
Persepsi penghuni terhadap kawalan diri kepada persekitaran dalam
bangunan, menjadi satu faktor yang semakin penting untuk mengukur tahap
kesihatan dan produktiviti penghuni serta prestasi penggunaan tenaga. Adalah baik
jika lebih banyak penghuni yang dapat merasakan mereka berupaya untuk mengawal
kepanasan atau kesejukan melampau, kesilauan pencahayaan dan pengudaraan di
tempat kerja (Leaman, 1995).
Hasil daripada laporan yang dijalankan ke atas bangunan pejabat Council
House di Melbourne, Australia pada tahun 2008 telah merumuskan beberapa faktor
utama yang menyumbang kepada penghasilan produktiviti penghuni bangunan iaitu:
i.
Rekabentuk keseluruhan bangunan.
ii.
Kelengkapan seperti perabot, kemudahan dan peralatan.
iii.
Kualiti persekitaran dalaman (IEQ) seperti:
a. keselesaan suhu panas,
b. kualiti udara,
c. pencahayaan dan
d. kebisingan.
iv.
Simptom kesihatan.
v.
Lain-lain faktor seperti kepadatan ruang dengan bilangan kakitangan
(Paevere dan Brown, 2008).
Daripada kajian yang dijalankan di Sweden pula, parameter kajian yang
disoal untuk mengetahui keperluan sebenar kepada penghuni ialah:
i.
Cahaya.
ii.
Tingkap yang sesuai.
iii.
Ruang terbuka untuk melihat luaran bangunan.
iv.
Kebisingan.
v.
Suhu.
vi.
Sistem pengudaraan.
vii. Ruang bersendirian.
viii. Ruang yang cukup untuk bekerja.
ix.
Persekitaran dalaman secara umum (Hygge dan Lofberg, 1999).
37
Dan parameter suhu dan cahaya menerima skor purata tertinggi dalam kajian
tersebut.
Kajian yang dilakukan hampir sebanyak 61 buah bangunan pejabat di
Belanda (dengan 7,000 orang responden), menyatakan dua parameter penting dalam
mengkaji hubungan prestasi pekerja dengan pesekitaran pejabat ialah:
i.
Suhu panas persekitaran dalam pejabat.
ii.
Kualiti udara.
Kedua-dua parameter di atas juga dikatakan mempunyai perkaitan yang rapat
antara satu sama lain dan dicadangkan agar dikaji bersama sebarang kajian akan
datang (Roelofsen, 2002).
Kepadatan ruang bekerja dengan bilangan kakitangan yang ramai boleh
menyumbang kepada kenaikan paras kebisingan dan gangguan lain sekaligus
menurunkan tahap kepuasan bekerja (Paevere dan Brown, 2008).
Tiga bentuk soal selidik yang diperolehi iaitu daripada NHS Toolkit, Indeks
Kualiti Rekabentuk (Design Quality Indicators, DQI) dan BUS telah dibuat
perbandingan oleh Brooks dan Viscar (2006) untuk digunakan dalam kajian di
Projek Eden, UK. Perbandingan ini ditunjukkan secara ringkas seperti dalam Jadual
2.1.
38
Jadual 2.1: Kajian perbandingan di antara tiga jenis kaedah penilaian selepas-dihuni.
Kategori
soalan
(NHS Toolkit
NEAT – NHS
Environmental
Assessment
Tool)
Soalan indeks
kualiti
rekabentuk
Soalan BUS
Bil.
soalan
Bil.
muka
surat
1. Kegunaan
2. Laluan
3. Ruang Sifat
dan inovasi
4. Kepuasan
penghuni
5. Persekitaran
dalaman
6. Integrasi
kawasan bandar
dan sosial
7. Prestasi
8. Kejuruteraa
9. Pembinaan
65
12
Dari
nombor 1
(sangat
lemah /
sangat tidak
setuju) – –
ke nombor 6
(cemerlang /
sangat
setuju)
1. Kegunaan
2. Laluan
3. Ruang
4. Prestasi
5. Kejuruteraan
6. Pembinaan
7. Sifat dan
inovasi
8. Bentuk dan
bahan
9. Persekitaran
dalaman
10. Integrasi
kawasan bandar
dan sosial
97
10
Sangat tidak
bersetuju –
sangat
bersetuju
dengan
enam
1. Latar
belakang
2. Bangunan
secara
keseluruhan
3. Kawalan
peribadi
4. Kecepatan
maklumbalas
66
Seksyen utama
Kategori
skala
maklumbalas
dan dua lagi
maklum
balas
tambahan
iaitu “tidak
tahu” dan
“tidak
berkaitan”
2
7 tahap
jawapan,
setiap satu
mempunyai
parameter
khusus
mengikut
skala
Bedford
Komen
Khusus
untuk
bangunan
NHS
(National
Health
Services).
Kebanyakan
seksyen
soalan
hanya
berkaitan
dengan
keselesaan
penghuni.
Tiada titik
tengah
untuk
jawapan
yang
disediakan.
Kebanyakan
soalan tidak
berkaitan
dengan
kajian yang
dibuat
(seperti
proses
pembinaan).
Boleh
menjadi
jawapan
yang tidak
tentu kerana
setiap
nombor
skala tiada
diberi
maksud.
Bersambung
39
Kategori
soalan
Soalan BUS
Seksyen utama
5. Maklumbalas
terhadap
masalah
6. Keselesaan
Kebisingan
7. Pencahayaan
Keselesaan
secara
keseluruhan
8. Produktiviti
kerja
9. Kesihatan
10. Meja tempat
kerja atau
kawasan kerja
11. Jenis
perjalanan ke
tempat kerja
(pilihan)
Soalan BUS
Bil.
soalan
Bil.
muka
surat
66
2
Kategori
skala
(seperti
untuk
mengukur
seksyen
“Suhu”,
digunakan
skala “Tidak
Selesa”
nombor 1)
ke skala
“Selesa”
(nombor 7)
Komen
Andaian
boleh dibuat
samada
skala
nombor 2
atau 3
sebagai
mendefinasi
kan “Tidak
Selesa”.
Atau
responden
boleh
memilih
skala
nombor 4
sebagai
“Tidak
Selesa”.
Bentuk
skala ini
memberi
pilihan yang
banyak
untuk
ditanda
berbanding
bentuk
“Ya/Tidak”.
Sumber: Brooks dan Viccars, 2006
NEAT merupakan satu set parameter kajian penilaian selepas-dihuni untuk
bangunan di sektor kesihatan di UK. Kajian penilaian selepas-dihuni menggunakan
jenis soalan DQI adalah lebih sesuai di sektor pendidikan. Manakala jenis BUS
sangat sesuai untuk digunakan sebagai perbandingan di antara satu bangunan dengan
bangunan lain yang telah dibuat kajian penilaian selepas-dihuni (Brooks dan Viccars,
2006).
40
Daripada kajian awal penilaian selepas-dihuni di Brazil pada tahun 1998,
soalan-soalan yang ditanya di dalam soal selidik adalah seperti:
i.
Maklumat umum (seperti tarikh, keadaaan cuaca dan lokasi responden
ketika mengisi borang).
ii.
Profail responden (seperti umur, jantina, tahap pendidikan, pendapatan isi
rumah, tempoh lama bekerja dengan organisasi).
iii.
Kejiranan (seperti jenis pengangkutan yang digunakan untuk ke tempat
kerja, jarak dari rumah ke tempat kerja dan keadaan jiran di rumah)
iv.
Keadaan bangunan (seperti laluan masuk, keselamatan daripada jenayah,
papan tanda, kebersihan dan tempat meletak kenderaan)
v.
Persekitaran
ruang
bekerja
(seperti
saiz
ruang
bekerja,
ruang
penyimpanan, ruang bersendirian dan kedudukan bilik air).
vi.
Keselesaan persekitaran (seperti suhu, kualiti udara, bunyi dan
pencahayaan)
vii. Kawalan
persekitaran
(seperti
keupayaan
individu
mengawal
keselesaannya berdasarkan perkara di atas).
viii. Rumusan (kepuasan secara menyeluruh dan ruang untuk diperbaiki), dan
ix.
Cadangan bebas daripada responden (Orstein et al., 1999).
Soal selidik ini yang mengandungi 130 buah soalan, menyediakan empat
tahap skala pilihan jawapan iaitu skala 1 = sangat lemah; 2 = lemah; 3 = baik dan 4 =
cemerlang dan pilihan tambahan “tidak berkaitan”. Simbol kecil yang menunjukkan
“wajah senyum” turut diletakkan di atas skala tersebut (Orstein et al., 1999).
Dalam kajian yang sama, di antara parameter yang ditanya kepada penghuni
untuk diperbaiki dalam persekitaran bangunan adalah:
i.
Ruang bersendirian (privasi).
ii.
Bilik air.
iii.
Paras kebisingan.
iv.
Ruang penyimpanan.
v.
Susunatur.
vi.
Bilik mesyuarat.
41
vii. Ruang bekerja.
viii. Suhu.
ix.
Ruang minum (pantry).
x.
Estetik bangunan.
xi.
Pengudaraan.
xii. Ruang santai (untuk menghisap rokok).
xiii. Peralatan.
xiv. Pencahayaan (Orstein et al., 1999).
Prosedur yang menentukan penggunaan analisa data yang piawai haruslah
dipatuhi untuk menghasilkan parameter yang lebih baik ketika menyediakan soal
selidik terutamanya yang berkaitan dengan keselesaan, keserasian, produktiviti dan
kesihatan. Di antara aspek yang penting untuk difikirkan ketika menyediakan soal
selidik termasuk:
i.
Paras penilaian di antara bangunan yang berbeza dan negara.
ii.
Pengaruh sosio-budaya, ruang kerja atau bangunan terhadap paras
penilaian.
iii.
Kumpulan bangunan yang mempunyai fungsi serupa.
iv.
Pengaruh bilangan sampel, jantina responden atau musim dan cuaca
terhadap lain-lain parameter pengukuran keselesaan (Gossauer dan
Wagner, 2007).
Walaupun banyak kajian penilaian selepas-dihuni telah dijalankan, dan
banyak isu yang telah dikenalpasti, penilaian ini mengutarakan lima konsep yang
utama untuk menghasilkan rekabentuk berprestasi tinggi iaitu mestilah mempunyai:
i.
Proses kerja yang teratur.
ii.
Rekabentuk ruang dalaman dan luaran yang sepadan.
iii.
Tempat bertemu orang ramai mestilah mempunyai banyak cahaya
semulajadi.
iv.
Susunatur dan tanda arah yang mudah dibaca dan difahami.
v.
Fokus terhadap perkara asas iaitu sistem akustik dan pengudaraan yang
baik (Preiser dan Nasar, 2008).
42
2.4
Tatacara Pelaksanaan Penilaian Selepas-Dihuni
Terdapat berbagai kaedah pelaksanaan penilaian selepas-dihuni yang telah
dibangunkan seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2.2 di bawah.
Jadual 2.2: Beberapa kaedah penilaian selepas-dihuni yang berjaya
Kaedah
Format/
teknik
yang
digunakan
Kaedah De
Monfort
Forum,
lawatan ke
seluruh
bangunan
CIC DQIs
(Design
Quality
Indicators)
Soalan
selidik
Overall
Liking Scores
Soalan
selidik
(bercetak
dan
berasaskan
web)
dengan 7
skala likert
Soalan
selidik,
Kumpulan
sasaran,
Penilaian
guna
tenaga,
Prestasi
sekitaran
PROBE
Fokus
kajian
Meninjau
proses dan
prestasi
fungsi
bangunan
Fungsi,
kualiti dan
impak
bangunan
Penghuni,
sektor
pendidikan,
peralatan
khusus
Kepuasan
penghuni,
penandaarasan
prestasi
sistem
produktiviti
Tempoh
1 hari
Kebolehan
Masa yang bergabung
sesuai
dengan
digunakan
kaedah
lain
Setahun
selepas
diduduki
20 hingga
30 minit
menjawab
soalan
secara
dalam
talian
10 minit
setiap
responden
Peringkat
rekabentuk
dan selepas
siap
Tempoh
masa yang
tidak tetap
Selepas 12
bulan
diduduki
Selepas 12
bulan
diduduki
Bersambung
43
Kaedah
Format/
teknik
yang
digunakan
Lawatan
dalam
bangunan,
soalan
selidik
yang
dibantu
oleh
kumpulan
sasaran
Tinjauan
Penilaian
guna
Tenaga dan
tenaga,
Kaedah
data
Melaporkan
diambil
(EARM)
daripada bil
utiliti
Berpandukan Bincang
dalam
pengalaman
kumpulan
lalu
yang
dipantau,
temubual
BUS
Occupant
Survey
Fokus
kajian
Kepuasan
penghuni,
produktiviti
Tempoh
10 hingga
15 minit
Kebolehan
Masa yang bergabung
sesuai
dengan
digunakan
kaedah
lain
Bila-bila
Boleh
masa,
digabung
tetapi
dengan
kebiasaan
kaedah lain
selepas 12
bulan
diduduki
Guna tenaga Seorang
dan potensi selama
penjimatan
seminggu
untuk
seluruh
penilaian
Sebaik
sahaja
bangunan
siap dibina
Pengalaman
masa lalu
Boleh
digunakan
pada
sebelum,
semasa dan
selepas
bangunan
siap dibina
Daripada
seminar
pendek
sehingga
penilaian
berterusan
Boleh
digabung
dengan
PROBE
Sumber: HEFCE, 2006
Sebelum memulakan penilaian selepas-dihuni, dua cara untuk mendapat
maklumat awalan boleh dilakukan iaitu:
i.
Daripada bangunan itu sendiri – biasanya melakukan pemerhatian
sepintas lalu untuk semua ruang dalam bangunan.
ii.
Daripada fail, pelan, nota penerangan, aduan – biasanya melibatkan
pencarian dokuman (Hygge dan Lofberg, 1999).
44
Penilaian terhadap fasiliti juga boleh digunakan untuk mendapatkan
maklumat awalan. Di antara petunjuk penilaian yang boleh diukur ialah:
i.
Pemerhatian secara langsung (terhadap tatakelakuan penghuni dengan
cara lawatan periksa secara rasmi di sesuatu tempat, atau lebih sistematik
lagi dengan mengambil catatan penting daripada lawatan seperti bilangan,
masa dan aktiviti).
ii.
Pemerhatian tidak langsung (secara tidak rasmi atau rasmi).
iii.
Pembacaan (dengan meneliti laporan tertentu).
iv.
Data dan rekod (seperti data ketidakfungsian tentang sesuatu fasiliti).
v.
Data permintaan penghuni (terhadap perkhidmatan fasiliti).
vi.
Analisis perancangan (untuk mengetahui kesan terhadap komunikasi
tidak rasmi sesuatu perkhidmatan dan penghuni).
vii. Temu bual (secara rasmi dan tidak rasmi untuk mendapatkan pandangan
penghuni).
viii. Soal selidik (menggunakan struktur soalan sama ada terbuka atau
tertutup).
ix.
Persampelan (teknik yang digabungkan di antara aktiviti pemerhatian,
temu bual dan soal selidik), (Mohammed, 2006).
Pemerhatian sepintas lalu boleh mengenalpasti cadangan, reaksi dan aduan
penghuni yang biasanya disertakan dengan borang soal selidik secara umum.
Kaedah ini boleh dilakukan sekitar dua atau tidak lebih dari tiga hari, bergantung
kepada saiz dan jenis bangunan. Sasaran utama adalah untuk menilai operasi kerja
seharian di samping mendapatkan seberapa ramai responden.
Setelah beberapa parameter tertentu dipilih, kajian selanjutnya boleh dibuat
dengan lebih fokus dan seharusnya dibezakan daripada daripada bahagian tertentu
samada:
i.
Fizikal bangunan (seperti tingkap).
ii.
Aduan atau komen penghuni (seperti rasa panas atau sejuk).
iii.
Perkhidmatan bangunan (seperti kegunaan elektrik), (Hygge dan Lofberg,
1999).
45
Laporan kajian yang difokuskan kepada mana-mana bahagian di atas
bolehlah diasingkan daripada laporan kajian penilaian selepas-dihuni yang asal,
seterusnya ia boleh dimajukan kepada bahagian atau pihak tertentu tanpa perlu
melalui prosedur pengurusan yang biasa (Hygge dan Lofberg, 1999).
Preiser et al. (1988) telah menyediakan kerangka penilaian selepas-dihuni
yang menentukan tiga fasa penilaian selepas-dihuni iaitu indicative, investigative dan
diagnostic. Fasa indicative merupakan fasa yang paling mudah dengan cara lawatan
sepintas lalu di dalam bangunan yang disertai dengan menemubual beberapa
penghuni di dalam bangunan tersebut yang biasanya boleh disiapkan dalam masa
setengah hari sahaja untuk keluasan pejabat sepuluh ribu kaki persegi.
Fasa
investigative pula akan menggunakan hasil penemuan dari pelaksanaan fasa
indicative untuk menghasilkan siri soalan untuk dilakukan soal selidik yang
melibatkan setiap peringkat penghuni bangunan daripada pengurusan tertinggi
sehingga kakitangan bawahan.
Malah fasa ini juga akan melibatkan kumpulan
pelawat ataupun pengguna daripada luar bangunan seperti pesakit yang datang
mendapatkan khidmat di hospital. Di dalam fasa ini, kebiasaannya penilaian boleh
dilaksanakan selama lebih dari seminggu dan adakalanya mencecah sebulan untuk
disiapkan.
Fasa seterusnya iaitu fasa diagnostic yang lebih rumit iaitu kebiasaannya
ianya dilaksanakan untuk jangka panjang sehingga mencecah setahun atau lebih.
Kebiasaannya di dalam fasa ini, hasil penemuan penilaian selepas-dihuni di antara
dua atau lebih bangunan akan dibandingkan untuk menghasilkan satu garis panduan
kepada sesebuah organisasi yang terlibat secara langsung dalam industri pembinaan.
Di dalam setiap fasa di atas, terdapat tiga peringkat yang perlu dilaksanakan
iaitu peringkat perancangan, pelaksanaan dan pemakaian.
Di dalam peringkat
perancangan, perlu dilakukan tinjauan serta kebarangkalian, perancangan sumber
dan perancangan penyelidikan. Manakala tiga langkah dalam peringkat pelaksanaan
ialah melaksanakan pengumpulan data, memantau serta mengurus aturan
pengumpulan data dan menganalisa data.
Langkah-langkah yang terdapat di
46
peringkat pemakaian pula adalah melaporkan penemuan, mencadangkan tindakan
pembaikan dan mengkaji semula hasil kesemua tindakan.
Nawawi dan Khalil (2002) telah menjalankan kaji selidik untuk
membangunkan satu garis panduan pelaksanaan penilaian selepas-dihuni di dalam
premis bangunan milik kerajaan dan awam di Malaysia. Hasil daripada kajian yang
dijalankan, menunjukkan parameter kajian untuk menilai prestasi bangunan
mempunyai perkaitan yang amat rapat dengan parameter yang menilai kepuasan
penghuni bangunan tersebut.
Garis panduan yang dicadangkan adalah hasil daripada kajian yang
dijalankan yang meliputi konsep, proses, fasa dan kajian semula secara mendalam
daripada beberapa kajian lepas.
Cadangan garis panduan adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 2.4.
Rajah 2.4: Cadangan garis panduan untuk pelaksanaan penilaian selepas-dihuni di
bangunan milik kerajaan Malaysia
47
Bordass dan Leaman (2005) yang dipetik daripada kajian Hadjri dan Crozier
(2008) mencadangkan lima teknik untuk melaksanakan penilaian selepas-dihuni
iaitu:
i.
Audit: menggunakan penilaian teknikal (contohnya penilaian penggunaan
tenaga daripada CIBSE TM22 dan metodologi laporan).
ii.
Perbincangan: menganjurkan bengkel perbincangan dan temuduga
tertentu. Di sini, setiap kumpulan dan peserta akan membincangkan
perancangan akan datang tentang pelaksanaan penilaian selepas-dihuni,
tindakan yang sedang dilakukan dan hasil daripada kajian penilaian
selepas-dihuni yang telah dijalankan.
iii.
Soal selidik: contoh soalan yang telah digunakan di negara-negara maju
yang lain.
iv.
Proses: menyesuaikan proses perolehan dengan teknik timbal-balik yang
lebih tersusun (the Soft Landing Framework, 2009).
v.
Pakej: menggunakan pakej sedia ada di pasaran seperti PROBE
(gabungan soal selidik dan audit), AMA Workware (gabungan soal
selidik dengan peralatan yang mengkaji penggunaan ruang dan masa).
Gossauer dan Wagner (2007) juga telah mencadangkan satu prosedur untuk
melaksanakan penilaian selepas-dihuni dengan mengesyorkan untuk membuat
pemeriksaan awalan ke atas bangunan untuk memperolehi data asas mengenai
bangunan dan persekitarannya yang disusuli dengan temuduga bersama pihak
pengurusan. Langkah seterusnya ialah dengan mengagihkan borang soal selidik
kepada penghuni secara terus samada bercetak atau secara web seperti internet,
intranet dan mel elektronik. Hasilnya, maklumbalas yang dianalisa boleh digunakan
oleh pihak pengurusan untuk tindakan selanjutnya samada untuk penambahbaikan
jangka pendek atau jangka panjang. Ringkasan prosedur ini ada ditunjukkan di
Rajah 2.5.
48
Green dan Moss (1998) pula mencadangkan tiga peringkat proses
pelaksanaan penilaian selepas-dihuni iaitu:
i.
Perancangan: mewujudkan skop, tujuan dan sumber kajian.
ii.
Pelaksanaan: mengumpul data, temuduga, soal selidik dan pemerhatian
secara terus.
iii.
Analisa dan persembahan: analisa statistik, petunjuk prestasi teknikal,
pemberitahuan kepada ramai pihak melalui penganjuran bengkel dan
penyediaan laporan secara umum.
Sumber: Gossauer dan Wagner, 2007
Rajah 2.5: Prosedur untuk melaksanakan tinjauan bangunan menggunakan
pendekatan penilaian selepas-dihuni.
49
Untuk menilai keselesaan penghuni di dalam persekitaran tempat bekerja,
perhatian khusus diberikan kepada suhu, kelembapan, pengudaraan, kualiti udara
pencahayaan dan bunyi. Kaedah dan teknik yang digunakan untuk mengkajinya
terbahagi kepada dua iaitu:
i.
Soal selidik (untuk menilai kepuasan penghuni).
ii.
Pemerhatian secara fizikal dan pengukuran khusus ke atas suhu,
kelembapan, kesilauan (cahaya semulajadi dan lampu) dan paras bunyi
bising.
Kaedah dan teknik ini boleh digunakan bersama untuk mengesahkan
kesesuaian prestasi piawai yang telah ditetapkan mengikut setiap negara,
berdasarkan perbandingan yang dibuat di antara data pengukuran parameter
persekitaran dalaman dan tahap kepuasan penghuni (Ornstein, 1999).
Kaedah pemerhatian juga dikatakan penting untuk digunapakai bersama soal
selidik yang diedarkan kepada responden. Ianya boleh menjadi sebahagian daripada
proses pelaksanaan penilaian selepas-dihuni.
Pemerhatian secara etnografi pula
boleh memberi sumbangan yang besar dalam memperkayakan pengumpulan data
berbanding kajian yang dibuat berdasarkan pengisian borang soal selidik sematamata. Etnografi bukan sekadar pemerhatian biasa, malah ianya turut berkait rapat
dengan sosio-budaya yang diamalkan oleh penghuni di negara yang berlainan
(Whitemyer, 2006).
Walaupun banyak kajian yang membuktikan keupayaan penilaian selepasdihuni dalam mengenalpasti tahap prestasi bangunan, namun potensi sebenarnya
masih tidak disedari ramai pihak seperti pemilik dan pengurus bangunan. Beberapa
petunjuk penting yang boleh digunakan untuk kajian penilaian selepas-dihuni pada
masa akan datang adalah termasuk:
i.
Menggunapakai teknik yang telah dibuktikan keberkesanannya daripada
banyak kajian lepas selama tiga puluh tahun.
50
ii.
Untuk melaksanakan penilaian selepas-dihuni pada peringkat awal, perlu
fokus kepada beberapa parameter kecil yang dirasakan benar-benar
berkait rapat dengan isu permasalahan semasa berbanding dengan
mengkaji kesemua parameter yang akhirnya akan dibebankan dengan
beban perkumpulan data untuk dianalisa.
iii.
Penilaian selepas-dihuni sepatutnya digunapakai dalam pembelajaran
yang berterusan dan dipromosikan kegunaannya, terutamanya kepada
arkitek.
iv.
Perkuatkan hubungan di antara penilaian selepas-dihuni dengan
Pengurusan Fasiliti dalam menilai prestasi bangunan (Hadjri dan Crozier,
2008).
Perubahan yang sering berlaku di persekitaran dalaman ruang bangunan
seperti pengenalan teknologi baru yang muncul setiap masa dan perubahan sistem
bekerja (berpunca daripada pertukaran kumpulan pengurusan tertinggi dalam
organisasi) boleh memberi pengaruh tertentu dalam kajian soal selidik penilaian
selepas-dihuni. Maka, pelaksanaan penilaian selepas-dihuni perlu juga mengambil
kira tempoh pembelajaran dan penyesuaian penghuni dengan teknologi baru serta
perubahan sistem bekerja, supaya analisa yang dilakukan kelak berupaya mencapai
objektif kajian (Kooymans dan Haylock, 2009).
2.5
Halangan Kajian Lalu Dan Cadangan Penyelesaian
Memandangkan penghuni adalah manusia biasa yang sentiasa berubah
perasaan dan pemikiran, adalah mustahil untuk terus menerima sahaja sebarang
sistem yang dikatakan sesuai untuk setiap masa.
Bordass et al. (1997) menyatakan mana-mana pihak yang mengeluarkan
peruntukan untuk melaksanakan penilaian selepas-dihuni turut bertanggungjawab
untuk membiayai kos pelaksanaan penambahbaikan hasil daripada penemuan kajian
tersebut.
51
Di antara halangan lain ialah:
i.
Pelanggan atau pemilik bangunan: berpendapat bahawa bangunan yang
siap dibina adalah sempurna, dan kebaikan pelaksanaan penilaian
selepas-dihuni adalah untuk pihak lain.
ii.
Pihak perekabentuk: berpendapat mereka ini akan dipersalahkan jika
terdapat kelemahan dalam hasil kerja mereka berdasarkan laporan kajian
penilaian selepas-dihuni.
iii.
Penghuni: berpendapat pelaksanaan penilaian selepas-dihuni sebagai satu
gangguan jika parameter kajian penilaian selepas-dihuni yang ditanya
adalah sama dengan perkara yang telah diadukan permasalahannya
kepada pengurus atau pemilik bangunan (Enright, 2002).
Kebiasaannya, penggunaan sumber kakitangan dalaman untuk melaksanakan
penilaian selepas-dihuni akan menimbulkan masalah seperti:
i.
Kekurangan bilangan ahli pasukan.
ii.
Bekerja di bawah tekanan (di samping tugas-tugas semasa lain yang
banyak).
iii.
Keengganan mereka untuk mengubah sistem kerja mereka seperti
sebelumnya (jika hasil kajian menunjukkan kelemahan ketara berpunca
daripada mereka).
iv.
Kebolehan berfungsi untuk bangunan yang baru atau bangunan yang baru
di ambil alih (Way dan Bordass, 2005).
Untuk memudahkan penerimaan pelaksanaan penilaian selepas-dihuni
diperingkat awal bersama pihak Pengurus Fasiliti, beberapa isu perlu dikenalpasti
lebih awal sebelum menentukan parameter kajian yang hendak dijalankan. Isu-isu
tersebut adalah:
i.
Pengurusan penyenggaraan meliputi tempoh kekerapan, kos dan
keperluan lain.
ii.
Laluan keluar masuk bangunan dan keselamatan secara umum.
iii.
Prosedur penyimpanan peralatan gantian dan perabot.
52
iv.
Proses penghantaran, kitar semula dan pelupusan sampah dan lain-lain
bahan buangan.
v.
Keselamatan terhadap pengangkutan dan kakitangan.
vi.
Pengurusan penyenggaraan lanskap.
vii. Pengurusan dan latihan ke atas peralatan kejuruteraan dan lain-lain sistem
kawalannya (Way dan Bordass, 2005).
Aspek keselamatan dan sistemnya boleh menimbulkan konflik di dalam
rekabentuk yang memerlukan perlindungan keselamatan terhadap peralatan dan
pekerja pada satu masa (Ornstein et al., 2001).
Selain daripada suasana dalam ruang bekerja, memang tidak dinafikan
bahawa terdapat faktor-faktor luaran daripada persekitaran pejabat dan bangunan
yang boleh mempengaruhi prestasi bekerja yang bersifat positif atau negatif kepada
kakitangan seperti masalah di rumah, hubungan sosial dengan kawan dan keluarga
dan corak pemakanan. Tetapi ini adalah di luar bidang kawalan pihak pengurusan
pejabat (Roelofsen, 2002).
Jabatan Perbendaharaan di New South Wales, Australia melalui manual
terbitannya iaitu The NSW Treasury Post Implementation Review Manual (2004),
menyenaraikan beberapa sebab yang menunjukkan penilaian selepas-dihuni tidak
dijalankan dengan berkesan, iaitu:
i.
Pada akhir projek penilaian, pasukan penilai dibubarkan dan semua bekas
ahli akan segera bergerak untuk pelaksanaan projek yang baru.
ii.
Jangka masa penilaian yang terlalu lama seperti sebahagian projek
berasaskan pengurusan aset boleh mencapai tempoh lama untuk
penyesuaiannya dengan penghuni (mencecah 3 hingga 5 tahun).
iii.
Tempoh pulangan balik kos yang terlalu lama untuk mengubah aset sedia
ada, yang bergantung kepada keperluan penghantaran, faktor politik,
belanjawan, keadaan ekonomi semasa dan amalan industri pembuatan
yang berkaitan.
53
iv.
Terdapat kekurangan dalam hasil penilaian di mana tidak bersedia
menerima kritikan daripada penghuni.
v.
Terdapat kritikan daripada masyarakat yang berlandaskan undang-undang
boleh dikatakan sebagai satu fitnah.
vi.
Kos yang jarang diperolehi untuk melaksanakan tinjauan dengan lebih
berkesan dan berterusan.
vii. Penilaian ini sendiri dikatakan tidak berkesan kerana prosesnnya yang
dikatakan rumit dan peruntukan masa mempelajarinya yang terlalu lama
dikatakan membazir.
viii. Industri pengurusan aset semasa, belum membangunkan budaya
pemeriksaan secara lebih mendalam serta penilaiannya.
ix.
Tidak terdapat mekanisma yang berkesan untuk membangunkan sistem
rujukan tepat. Hanya berlandaskan kepada contoh kajian daripada
berbagai-bagai kajian kes (Carthey, 2006).
Membolehkan manusia untuk hidup harmoni di dalam persekitaran yang
berbeza, melibatkan perubahan nilai, sikap, jangkaan dan tingkahlaku. Pendekatan
secara top-down di dalam konsep pengurusan semasa proses penyampaian hasrat
pihak pengurusan kepada pekerja terhadap perubahan yang ingin dilakukan adalah
kurang berkesan. Walaupun pihak pengurusan mengetahui keberkesanan sesuatu
tindakan, namun ianya tidak semestinya betul kerana ramai orang telah sedar akan
perubahan yang boleh membawa kepada kelestarian dalam kehidupan harian.
Kerangka komunikasi dan membina kepercayaan yang membantu merealisasikan
tindakan, perlu diwujudkan.
Komunikasi ini perlu berhadapan dengan berbagai
cabaran besar seperti:
i.
Pekerja telah pun serasi dengan sikap lama yang berubah-ubah.
ii.
Ganjaran dan penjimatan daripada konsep lestari selalunya lewat
diberikan dan tidak secara terus.
iii.
Perubahan sikap adalah lambat, maka mesej yang hendak disampaikan
perlulah diulang.
iv.
Kumpulan sasaran adalah berbeza daripada orang muda, dewasa
hinggalah pengarah organisasi.
Kesemuanya mempunyai perbezaan
motivasi, kefahaman mengenai lestari dan kesannya.
54
v.
Konsep lestari adalah satu isu yang rumit jika digabungkan bersama
persekitaran, sosial dan faktor ekonomi.
vi.
Tenaga pakar adalah diperlukan untuk berkomunikasi dengan pihak
pengurusan berbanding penghuni.
vii. Terdapat pandangan yang berbeza tentang keadaan sebenar bangunan
yang dikatakan lestari dan cara-cara memperolehinya. (Kimmet, 2007)
Horgen dan Sheridan (1996) mencadangkan pelaksanaan penilaian selepasdihuni diperluaskan pada masa hadapan sebagai:
i.
Menjadi satu kaedah untuk membangunkan belanjawan utama dan
operasi.
ii.
Satu proses yang disepadukan dengan proses pengurusan pembinaan.
iii.
Satu cara penilaian kitar hayat kegunaan bangunan secara berterusan.
iv.
Sebahagian daripada elemen yang disenaraikan dalam penyediaan awalan
belanjawan projek.
Pelaksanaan penilaian selepas-dihuni juga dikatakan boleh membantu
organisasi yang besar ketika berusaha memelihara prestasi para pekerjanya.
Maklumbalas penilaian selepas-dihuni daripada penghuni yang apabila digabungkan
dengan pengetahuan terkini akan:
i.
Memperbaiki prestasi bangunan (kualiti) dalam istilah
a. kesihatan/keselamatan,
b. keberfungsian/kecekapan dan
c. sosial/psikologi/kepuasan amalan budaya.
ii.
Penambahan kepada pengetahuan terkini, pengalaman dan faktor lain.
iii.
Menjimatkan kos penjagaan dan operasi fasiliti.
iv.
Membaiki moral pekerja.
v.
Membantu menghasilkan panduan berguna.
vi.
Konsep penandaarasan dan kejayaan.
vii. Menghasilkan prosedur dan piawai (Preiser, 1995).
55
Secara keseluruhannya, faedah penilaian selepas-dihuni tidak sekadar
membaiki kualiti fasiliti dan moral pekerja atau penghuni, tetapi ianya dapat
menyumbang kepada penjimatan kos pengoperasian (Preiser, 1995).
Cotts (1999) mencadangkan pelaksanaan penilaian selepas-dihuni seharusnya
mencapai objektif berikut:
i.
Tentukan samada ianya adalah program yang tepat untuk projek ataupun
tidak.
ii.
Lakukan pengukuran samada sasaran program tercapai ataupun tidak.
iii.
Dapatkan maklumat daripada semua kakitangan terhadap kesan
keseluruhan program.
iv.
Tentukan langkah pembetulan untuk projek akan datang yang serupa
(Cotts, 1999).
Menurutnya lagi, penilaian selepas-dihuni memerlukan jangkaan yang tinggi
daripada penghuni yang terlibat dalam program tersebut, dan jika pihak pengurusan
organisasi tersebut tidak bersedia untuk melaksanakan pembetulan atau perubahan,
penilaian selepas-dihuni tidak perlu dilaksanakan langsung (Cotts, 1999).
Di dalam situasi yang berbilang-budaya, etnik atau perbezaan minda korporat
boleh menyebabkan ketidakfahaman, lemah dalam membuat keputusan dan kerugian
masa dan wang yang banyak. Usaha perlu ditingkatkan semasa proses rekabentuk
bangunan dan tempat bekerja supaya menjadi lebih lestari daripada aspek ekonomi,
budaya dan pandangan orang ramai. Lebih teruk lagi, ianya boleh menyebabkan
kehilangan komitmen dan kesetiaan pekerja sehingga akhirnya akan menyebabkan
produktiviti berkurang (Alexander, 2006).
56
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1
Pengenalan
Bab ini akan menerangkan pendekatan kaedah kajian yang digunakan oleh
penyelidik untuk melaksanakan kajian dengan menerangkan jenis soalan yang
digunakan dan teknik yang telah dipilih khusus untuk kajian ini. Kaedah kajian yang
dijalankan untuk mendapatkan data-data yang bersangkut-paut dengan kerangka
teori asal kajian ini ialah dengan cara mengedarkan borang soal selidik.
Kajian ini terhad menumpukan kepada sampel kajian daripada anggota
perkhidmatan awam khususnya yang bertugas di Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya.
Pemilihan ini adalah berdasarkan rasional bahawa agensi ini merupakan salah
sebuah agensi yang besar dan lama dalam perkhidmatan awam di Malaysia.
Manakala, bangunan-bangunan yang terdapat di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya pula
terdiri daripada berbagai jenis bangunan yang berbeza dari segi rupabentuk dan usia
bangunan-bangunan tersebut.
Malah terdapat juga bangunan tersebut yang telah melalui beberapa siri
pengubahsuaian
ruang
dalaman
dan
sistem
pendawaiannya
serta
sistem
pengudaraannya selaras dengan perubahan struktur organisasi agensi terbabit yang
biasa berlaku mengikut peredaran dan kehendak semasa.
57
3.2
Merekabentuk Kajian
Seperti yang telah diterangkan di dalam Bab 1, metodologi kajian ini
dilaksanakan mengikut kaedah berikut.
a) Penentuan permasalahan kajian yang diperolehi daripada hasil kajian
lepas-lepas yang telah menggunakan kaedah penilaian selepas-dihuni.
Sokongan kajian ini juga telah ditambah dengan kajian literatur seperti
laporan, buku dan jurnal berkaitan dengan penilaian selepas-dihuni.
b) Kajian secara soal selidik kepada pegawai teknikal seperti jurutera JKR
sendiri yang bertugas di sektor senggara agensi ini membolehkan
penyelidik merangka penyediaan kajian soal selidik untuk penghasilan
kerangka penggunaan penilaian selepas-dihuni.
c) Kajian secara soal selidik untuk menentukan tahap pengukuran
keutamaan skop penilaian dalam menghasilkan kerangka penggunaan
penilaian selepas-dihuni.
3.3
Merangka Soalan
Soalan-soalan yang telah digunapakai pada kajian lepas tidak seharusnya
dianggap lengkap atau boleh digunakan terus sepenuhnya. Beberapa jenis soalan
mungkin tidak sesuai untuk jenis bangunan yang lain, dan boleh juga ditambah
dengan beberapa jenis soalan yang baru. Namun, beberapa set soalan-soalan yang
utama dan penting hendaklah dikekalkan untuk digunakan dalam kajian yang baru
supaya pengetahuan tentang perbezaan sifat-sifat bangunan yang pelbagai boleh
dikembangkan dan dibuat perbandingan (Hygge dan Lofberg, 1999).
Banyak kajian penilaian selepas-dihuni yang telah dilaksanakan di negaranegara luar menggunakan set soalan untuk soal selidik tertentu yang khusus untuk
bangunan kajian tersebut dan hanya digunakan sekali sahaja. Adalah sukar untuk
menentukan set soalan yang mana boleh dianggap terbaik dan boleh memberi impak
seperti yang dikehendaki.
58
Merancang soal selidik adalah perlu supaya tahap kepuasan dan
kepentingannya dapat dikaji di dalam setiap parameter yang dikaji. Kaedah ujian
Spearman Correlation boleh dilakukan untuk menunjukkan perkaitan di antara dua
tahap tersebut, iaitu:
i.
Tahap kepuasan.
ii.
Tahap kepentingan.
Banyak parameter kajian yang boleh ditambah dalam pelaksanaan penilaian
selepas-dihuni seperti faktor yang mempengaruhi pandangan pengguna atau
penghuni terhadap tempat kerja termasuk faktor bunyi yang biasa terdapat dalam
persekitaran dalaman bangunan, rutin kerja seharian dan hubungan sosial setiap
penghuni dengan persekitaran bangunan.
Di dalam kajian secara soal selidik peringkat pertama, penyelidik telah
merangka struktur soalan dan dibahagikan kepada tiga seksyen iaitu;
i.
Untuk mendapatkan maklumat profil responden.
ii.
Mendapatkan pandangan responden dalam menentukan keutamaan
parameter kajian penilaian selepas-dihuni.
iii.
Mendapatkan pandangan responden dalam menentukan kaedah yang
sesuai untuk melaksanakan penilaian selepas-dihuni.
Maklumat profil responden yang diperolehi akan membolehkan penyelidik
melihat keupayaan responden dalam memberikan pandangan berkenaan pemilihan
parameter kajian penilaian selepas-dihuni yang dirasakan sesuai berdasarkan
latarbelakang responden yang bertugas di sektor senggaraan bangunan dalam
perkhidmatan awam.
59
Bahagian kedua pula, penyelidik cuba mendapatkan pandangan responden
dalam menyusun keutamaan parameter kajian penilaian selepas-dihuni untuk
disenarai-pendekkan, sebelum penyediaan soal selidik yang lebih terperinci
dilakukan. Parameter awal yang disenaraikan adalah seperti berikut;
i.
Ruang bekerja yang memadai.
ii.
Ketinggian siling dalam pejabat.
iii.
Ruang penyimpanan barang/fail.
iv.
Pencahayaan dalam bangunan.
v.
Akustik/bunyi.
vi.
Suhu panas dalam bangunan.
vii. Nilai estetik/imej bangunan.
viii. Keselamatan.
ix.
Pemandangan luar bangunan.
x.
Pengudaraan dalam bangunan.
xi.
Tingkah laku pengguna (penghuni).
xii. Persekitaran kejiranan dengan bangunan bersebelahan.
xiii. Fizikal bangunan keseluruhannya.
Seterusnya, penyelidik ingin mendapatkan pandangan responden berkenaan
kaedah kajian penilaian selepas-dihuni yang dirasakan sesuai untuk dilakukan di
Malaysia. Di antaranya adalah seperti berikut;
i.
Borang Soal Selidik.
ii.
Temubual terhadap pihak pengurusan dan pengurus fasiliti.
iii.
Pemerhatian oleh pakar.
iv.
Penggunaan peralatan khusus.
Manakala di dalam kajian soal selidik pula, penyelidik merangka struktur
soalan yang dibahagikan kepada empat seksyen iaitu;
i.
Untuk mendapatkan profil responden.
ii.
Mendapatkan pandangan responden berkenaan penentuan tahap perkaitan
dan kepentingan sesuatu parameter kajian penilaian selepas-dihuni.
60
iii.
Mendapatkan pandangan responden berkenaan susunan keutamaan
parameter kajian penilaian selepas-dihuni.
iv.
Memberi ruang kepada responden untuk memberikan cadangan
parameter yang tidak terdapat di dalam soalan kaji selidik tersebut.
Data yang diperolehi daripada maklumat profil responden akan dianalisa
samada ianya mempunyai hubungan yang signifikan ketika memberikan pandangan
masing-masing ke atas setiap parameter kajian penilaian selepas-dihuni yang disoal.
Kesemua data yang dijangkakan diperolehi daripada responden adalah dari jenis data
nominal yang tidak bersandar di antara satu sama lain.
Seterusnya, pandangan responden adalah diperlukan dalam menentukan
pemilihan sub-parameter kajian penilaian selepas-dihuni secara lebih terperinci. Di
sini, dua kumpulan jawapan akan disediakan dan responden dikehendaki
memberikan skor kepada kedua-dua kumpulan jawapan tersebut.
Kumpulan
jawapan tersebut mengukur “tahap perkaitan” dan “tahap kepentingannya”.
Seterusnya penyelidik akan meminta responden memberikan pangkat
keutamaan ke atas beberapa senarai parameter kajian penilaian selepas-dihuni yang
telah disoal dalam seksyen sebelumnya.
Susunan pangkat keutamaan di dalam
seksyen ini adalah bebas mengikut pandangan responden.
Akhir sekali ialah seksyen empat yang menyediakan ruang tambahan kepada
responden untuk memberikan cadangan jika terdapat parameter lain yang dirasakan
perlu dikaji bersama di samping parameter kajian yang tersenarai dalam borang soal
selidik tersebut.
61
3.4
Pembinaan Soalan Kaji Selidik
3.4.1
Seksyen 1 – Profil Responden
Di dalam seksyen ini profil yang diperlukan daripada responden
merangkumi;
i.
Gred jawatan responden.
ii.
Jantina.
iii.
Umur.
iv.
Kelayakan taraf akademik tertinggi yang diperolehi.
v.
Tempoh tahun berkhidmat dalam perkhidmatan awam.
vi.
Tempoh tahun menduduki bangunan sedia ada.
Hubungan di antara profil responden ini akan dikaji dalam kajian ini untuk
mengkaji samada wujud perbezaan ketika memberikan pandangan masing-masing.
Pendapat yang menyatakan bahawa responden yang telah berkhidmat dalam tempoh
yang lama akan memberikan pandangan yang berbeza berbanding dengan responden
yang baru memulakan kerja di agensi yang sama.
Selain itu, ada juga pendapat menyatakan tempoh seseorang responden yang
telah menduduki sesebuah bangunan dengan lebih lama seperti telah melebihi 10
tahun, boleh mempengaruhi dalam kepelbagian ketika memberikan pandangan
mereka berbanding dengan responden yang baru berpindah ke bangunan tersebut.
3.4.2
Seksyen 2 – Mengkaji Perkaitan Dan Kepentingan Sesuatu Parameter
Penyelidik menyediakan pilihan jawapan berbentuk skala likert daripada
skala 1 hingga skala 4 di dalam seksyen ini. Data yang dijangka diperolehi adalah
berbentuk data ordinal dengan masing-masing adalah bersandar di antara satu sama
yang lain.
62
Parameter-parameter kajian penilaian selepas-dihuni yang disoal dalam
seksyen ini dibahagi kepada lima bahagian.
i.
Mengkaji pandangan pengguna (penghuni) terhadap ruang bekerja yang
memadai, keupayaan mengawalnya, pengaruh dan kesannya terhadap
hubungan dengan;
-
kepuasan pengguna
-
keluasan ruang bekerja
-
rekabentuk ruang bekerja
-
psikologi pengguna
-
produktiviti pengguna
-
privasi pengguna
-
komunikasi sesama pengguna
-
kesihatan pengguna
-
perabot.
Penyelidik cuba mendapatkan pandangan responden terhadap elemenelemen tersebut untuk dijadikan sub-parameter dalam penyediaan soal selidik
untuk melaksanakan kajian penilaian selepas-dihuni kelak. Kepelbagaian
elemen di atas adalah sebahagian daripada elemen yang dikaji dalam kajian
penilaian selepas-dihuni di luar negara. Di sini penyelidik cuba mendapatkan
pandangan responden kajian samada elemen tersebut sesuai dikaji dalam
pelaksanaan kajian penilaian selepas-dihuni di Malaysia pula, khususnya di
bangunan yang mereka duduki.
Elemen kepuasan penghuni adalah berkait rapat dengan psikologi
penghuni itu sendiri.
Manakala elemen keluasan ruang bekerja boleh
dikaitkan dengan elemen rekabentuk ruang tersebut. Elemen produktiviti
boleh dikaitkan dengan banyak elemen lain seperti elemen keluasan,
rekabentuk, psikologi, komunikasi, kesihatan dan perabot di dalam ruang
bekerja. Elemen privasi pula biasanya dikaitkan dengan elemen psikologi
penghuni.
63
ii.
Mengkaji pandangan penghuni terhadap pencahayaan dalam pejabat,
keupayaan mengawalnya, pengaruh dan kesannya terhadap hubungan
dengan;
-
kepuasan bekerja
-
psikologi pengguna
-
produktiviti pengguna
-
privasi pengguna
-
corak bekerja
-
kesihatan pengguna.
Seperti dalam parameter sebelumnya, elemen-elemen untuk kajian
terhadap parameter pencahayaan adalah sedikit berbeza dengan parameter
untuk kajian ke atas ruang bekerja. Penyelidik menjangkakan pandangan
responden yang mementingkan elemen-elemen di dalam parameter ini untuk
dipilih sebagai penting untuk dimasukkan dalam kajian penilaian selepasdihuni.
Hubungan di antara elemen-elemen ini adalah seperti yang
dinyatakan dalam parameter ruang bekerja. Di dalam parameter ini ditambah
elemen corak bekerja yang dipengaruhi oleh kesan pencahayaan dalam
bangunan.
iii.
Mengkaji pandangan pengguna (penghuni) terhadap suhu dalam
pejabat, keupayaan mengawalnya, pengaruh dan kesannya terhadap
hubungan dengan;
-
kepuasan bekerja
-
psikologi pengguna
-
produktiviti pengguna
-
privasi pengguna
-
corak bekerja
-
kesihatan pengguna.
Sama seperti parameter pencahayaan yang ingin dikaji, parameter
suhu juga mempunyai elemen yang sama dalam kajian terperincinya.
64
Jangkaan penyelidik juga adalah sama iaitu cuba mendapatkan pandangan
responden dalam memilih elemen dalam parameter ini sebagai elemen
penting dalam kajian penilaian selepas-dihuni.
iv.
Mengkaji pandangan pengguna (penghuni) terhadap keselamatan dalam
pejabat, keupayaan mengawalnya, pengaruh dan kesannya terhadap;
-
kepuasan bekerja
-
psikologi pengguna
-
produktiviti pengguna
-
privasi pengguna
-
komunikasi sesama pengguna
-
corak bekerja
-
kesihatan pengguna.
Parameter keselamatan pula mempunyai elemen yang lebih sedikit
daripada dalam parameter pencahayaan dan suhu.
Elemen komunikasi
dimasukkan di dalam parameter ini kerana ianya juga mempengaruhi corak
komunikasi pengguna (penghuni) di dalam bangunan jika langkah
keselamatan ke atas pengguna (penghuni) tidak terjamin.
v.
Mengkaji pandangan pengguna (penghuni) terhadap pengudaraan
dalam pejabat, keupayaan mengawalnya, pengaruh dan kesannya
terhadap hubungan dengan;
-
kepuasan bekerja
-
psikologi pengguna
-
produktiviti pengguna
-
corak bekerja
-
kesihatan pengguna.
Di dalam parameter ini, penyelidik hanya menghadkan kepada lima
elemen sahaja untuk dikaji kepentingannya daripada sudut pandangan
responden.
65
3.4.3
Seksyen 3 – Mendapatkan Pandangan Responden Untuk Keutamaan
Pemilihan Parameter
Di antara kelima-lima parameter utama yang dikaji, penyelidik cuba
mendapatkan pandangan responden untuk menentukan keutamaan berdasarkan
pangkatan ke atas parameter-parameter tersebut.
Parameter yang mempunyai
frekuensi utama paling tinggi dianggap yang paling penting untuk di buat kajian
terlebih dahulu dalam penilaian selepas-dihuni.
3.4.4
Seksyen 4 – Cadangan Parameter Lain
Di dalam seksyen ini, penyelidik menyediakan ruang terbuka kepada
responden untuk mencadangkan parameter lain yang tidak terdapat dalam soal
selidik kajian ini untuk dipertimbangkan sebagai salah satu parameter yang boleh
dikaji dalam pelaksanaan penilaian selepas-dihuni.
3.5
Prosedur Pemilihan Sampel
Sampel kajian dipilih di kalangan pegawai dan kakitangan yang bertugas di
Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya sebagai mewakili populasi kakitangan kerajaan yang
lain.
Memandangkan terdapat dua fasa kajian, maka terdapat dua cara yang
digunakan dalam memilih responden.
Untuk kajian fasa pertama, penyelidik mengedarkan borang soal selidik
secara terus terhadap pegawai teknikal yang bertugas secara langsung di dalam
sektor senggara di Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya. Manakala untuk kajian fasa
kedua pula, penyelidik memilih responden dari bangunan yang berbeza-beza yang
terdapat di Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya.
66
3.6
Jenis Penyelidikan
Jenis
penyelidikan
yang
dijalankan
adalah
dikategorikan
sebagai
penyelidikan asas (basic research) yang diakhir kajian akan menghasilkan satu
cadangan framework dalam menentukan parameter yang perlu diutamakan untuk
menggunapakai kaedah penilaian bangunan selepas guna atau penilaian selepasdihuni di bangunan yang dimiliki dan diduduki oleh kakitangan kerajaan. Kajan ini
juga sedikit sebanyak boleh membantu dalam merungkaikan beberapa persoalan
yang mencari kaedah penilaian yang sesuai untuk digunakan ketika menilai prestasi
bangunan-bangunan milik kerajaan.
Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang mendapatkan data empirikal
(yang boleh menyokong kajian) untuk menyelidik kepentingan parameter-parameter
pengukuran tertentu dalam pelaksanaan penilaian bangunan selepas guna di
bangunan milik kerajaan.
3.6.1
Mengukur Normaliti Data
Sebaik saja data telah diperolehi, ujian normaliti akan dilakukan untuk
mengenalpasti jenis taburan data daripada soal selidik yang dijalankan. Beberapa
teknik boleh digunakan untuk mengukur samada data kajian bertaburan secara
normal ataupun tidak. Di antara ujian yang boleh dijalankan adalah termasuk Ujian
Kolmogorov-Smirnov, Shapiro-Wilks dan Lilliefors (Chua, 2008).
Kaedah lain
dalam mengenalpasti normaliti data kajian ialah seperti Skewness dan Kurtosis.
(Sekaran, 2006).
Di dalam ujian Kolmogorov-Smirnov dan ujian Shapiro-Wilks, jika keduadua ujian menunjukkan aras signifikan lebih besar daripada 0.05 dalam kiraan, maka
kedua-dua ujian tersebut dikatakan tidak signifikan. Rumusan yang boleh dibuat
adalah data kajian yang diperolehi adalah bertaburan secara normal (Chua, 2008).
67
3.6.2
Jenis Ujian
Menurut Chua (208), ujian yang dilakukan dikatakan berbentuk bukan-
parametrik kerana faktor berikut:
i.
Kajian adalah untuk mengukur pandangan responden.
ii.
Sampel kajian dipilih secara rawak daripada populasinya.
iii.
Setiap data yang diperolehi adalah daripada subjek yang berlainan
iv.
data adalah jenis skala ordinal.
v.
Hampir semua data kajian yang diperolehi adalah tidak bertaburan
normal.
3.6.3
Data Ordinal
Data yang diperolehi adalah jenis data skala ordinal dan tidak bertaburan
normal. Maka ujian sesuai yang dikenalpasti adalah ujian korelasi Spearman (Chua,
2008).
3.6.4
Analisa data skala ordinal
Memandangkan kajian ini dilakukan dengan memilih sampel secara rawak
daripada populasi kajian, maka analisis yang dipilih adalah daripada jenis Analisis
Inferensi. Terdapat beberapa teknik statistik yang berbeza-beza kegunaannya seperti
Ujian Mann-Whitney U, Ujian Wolcoxon T, Ujian Kruskal-Wallis, Ujian Friedman
dan Ujian Korelasi Spearman rho.
Kebiasaannya juga data ordinal yang
dikumpulkan adalah tidak bertaburan normal. Ujian-ujian di atas juga dikategorikan
sebagai ujian bukan-parametrik (Chua, 2008).
Kaedah ujian ini juga telah disarankan untuk dilakukan supaya dapat
menganalisa sumber sampel kajian samada berasal daripada kumpulan responden
yang sama atau populasi yang berbeza (Bottom et al.,1997).
68
3.6.5
Ujian Mann-Whitney U
H0: Tidak terdapat perbezaan pandangan di antara responden lelaki dan perempuan
ketika memberikan pandangan
H1: Terdapat perbezaan pandangan di antara responden lelaki dan perempuan ketika
memberikan pandangan
Ujian ini dijalankan untuk menentukan samada terdapat perbezaan yang
signifikan di antara dua kumpulan/kategori responden ketika memberikan pandangan
mereka di dalam soal selidik yang dijalankan (Chua, 2008).
Ujian ini membandingkan nilai U yang diperolehi secara kiraan daripada
analisa statistik dengan nilai U kritikal daripada jadual. Jika nilai U kiraan adalah
lebih kecil daripada nilai U kritikal, hipotesis null akan ditolak, bermakna terdapat
perbezaan yang signifikan dalam skor jawapan soal selidik yang dikaji. Jika aras
signifikan kiraan adalah lebih kecil daripada 0.05, ianya juga dikatakan mempunyai
perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua perbezaan jantina dalam memberikan
pandangan (Chua, 2008).
Jika bilangan responden melebihi daripada 20 orang ( n > 20 ), maka
pengiraan selanjutnya perlu dilakukan dengan mencari nilai z. Tetapi ini hanya perlu
dilakukan sekiranya data adalah bertaburan normal sahaja. Jika nilai z daripada
kiraan didapati lebih besar nilainya daripada nilai z kritikal pada aras signifikan
tertentu (biasanya pada p < 0.05) maka hipotesis null akan ditolak. Dan rumusan
boleh dibuat bahawa terdapat perbezaan yang signifikan di antara kedua-dua
perbezaan jantina dalam memberikan pandangan (Chua, 2008).
69
3.6.6
Ujian Kruskal-Wallis
H0: Tidak terdapat perbezaan pandangan di antara variasi profil responden ketika
memberikan pandangan
H1: Terdapat perbezaan pandangan di antara variasi profil responden ketika
memberikan pandangan
Ujian ini dilakuka untuk menentukan samada ada perbezaan pandangan
dalam setiap kategori responden.
Ia dilakukan dengan mencari nilai mean
keseluruhan untuk setiap skor jawapan responden bagi kedua-dua seksyen yang
mengukur “perkaitan” dan “kepentingan” parameter penilaian selepas-dihuni yang
dikaji.
Daripada dari ujian Kruskal-Wallis (Chua, 2008) dapat dibuktikan samada
perbezaan seperti gred jawatan, jantina, umur, taraf akademik, tempoh berkhidmat
dan tempoh menduduki bangunan semasa boleh mempengaruhi perbezaan dalam
memberikan pandangan mereka.
Daripada nilai n (bilangan responden), nilai df (darjah kebebasan) dan nilai
Chi-Square (χ2) yang diperolehi daripada kiraan, jika nilai Chi-Square (χ2) kiraan
lebih besar nilainya berbanding dengan nilai Chi-Square (χ2) kritikal dalam jadual,
hipotesis null boleh ditolak dan keputusannya adalah terdapat perbezaan yang
signifikan antara kumpulan/kategori responden (Chua, 2008).
Manakala aras signifikan p kiraan yang lebih kecil daripada 0.05 pula
menunjukkan bahawa perbezaan kumpulan/kategori responden adalah signifikan
(Chua, 2008).
70
3.6.7
Ujian Korelasi Spearman Rho
H0: Tidak terdapat perhubungan di antara tahap “perkaitan” dan tahap “kepentingan”
parameter penilaian selepas-dihuni
H1: Terdapat perhubungan di antara tahap “perkaitan” dan tahap “kepentingan”
parameter penilaian selepas-dihuni
Ujian ini dilakukan untuk mengenalpasti perhubungan antara dua variabel
yang menggunakan skala pengukuran ordinal yang biasanya tidak bertaburan normal
(Chua, 2008).
Ujian ini dilakukan dengan mengkaji hubungan di antara dua variabel
berbeza samada ianya mempunyai hubungan yang signifikan atau tidak. Dalam
kajian ini, variabel “perkaitan” dan “kepentingan” akan diukur samada mempunyai
hubungan signifikan ketika responden memberikan input ke dalam soal selidik
tersebut.
Melalui ujian statistik dengan berpandukan nilai n (bilangan responden)
sebagai sandaran, nilai r yang diperolehi daripada kiraan akan dibandingkan dengan
nilai r kritikal daripada jadual. Jika nilai r kiraan daripada ujian adalah lebih besar
nilainya daripada nilai r kritikal, maka hipotesis null akan ditolak, dan terbuktilah
ada perhubungan yang signifikan di antara kedua-dua pembolehubah (Chua, 2008).
Nilai signifikan p kiraan yang lebih kecil daripada 0.05 juga menentukan
hubungan tersebut adalah signifikan (Chua, 2008).
71
3.6.8
Analisa Desriptif
Dalam ujian ini, penyelidik akan mengkaji pandangan pengguna (penghuni)
samada cenderung menyatakan parameter-parameter tertentu berkait rapat dengan
penilaian selepas-dihuni yang akan dibuat.
Tambahan pula, perhubungan tahap
kepentingan setiap parameter turut dikaji bersama (Chua, 2008).
72
BAB 4
ANALISA DATA DAN PENEMUAN
4.1
Pengenalan
Bab ini akan membincangkan penemuan hasil kajian yang telah dijalankan.
Analisis statistik dijalankan secara dua peringkat seperti yang diterangkan dalam bab
sebelum ini untuk merangka metodologi kajian.
Analisis statistik dilaksanakan
untuk membuktikan samada perkaitan yang signifikan wujud di dalam hasil data
yang diperolehi untuk membantu pengkaji membuat rumusan seterusnya.
Peringkat pertama soal selidik adalah berbentuk analisa kuantitatif untuk
menentukan keutamaan dalam pemilihan parameter tertentu untuk dibuat kajian
seterusnya pula.
4.2
Kaedah Analisa Data
Peringkat pertama kajian secara soal selidik ke atas 14 orang responden yang
bertugas di dalam sektor senggara dalam bangunan milik kerajaan, bertujuan untuk
melihat tahap keutamaan parameter untuk dibuat kajian selanjutnya. Analisa data
yang digunakan adalah mencari kekerapan taburan data responden terhadap
pemilihan keutamaan parameter penilaian selepas-dihuni.
73
Seterusnya kajian inferensi digunakan dalam menganalisa data menggunakan
perisian SPSS rel. 11.0 untuk mencari perkaitan dan menentukan tahap kepentingan
beberapa parameter yang telah disenarai pendek mengikut keutamaannya dalam
penilaian selepas-dihuni akan datang.
4.3
Penemuan Hasil Kajian Awal Penentuan Parameter Utama
Hasil penemuan daripada kajian awal, telah menemukan beberapa parameter
yang menjadi keutamaan di dalam pelaksanaan penilaian selepas-dihuni.
4.3.1
Latar Belakang Responden
Pengkaji telah memilih responden yang sedang bertugas di dalam sektor
perkhidmatan penyenggaraan dan sektor penyenggaraan bangunan khususnya
pegawai teknikal di Jabatan Kerja Raya dengan secara langsung dalam mendapatkan
pandangan mereka untuk pemilihan lima parameter utama yang perlu ada dalam
penilaian selepas-dihuni.
4.3.1.1 Jawatan
Daripada analisis yang dibuat ke atas 14 orang responden, pecahan jawatan
adalah seperti berikut. Seramai 9 orang responden adalah terdiri daripada Jurutera
Awam (64.3%), Jurutera Elektrik dan Jurutera Mekanikal masing-masing adalah
seramai 2 orang (14.3%), manakala seorang daripada Juruukur Bangunan mewakili
7.1% daripada jumlah keseluruhan responden.
74
Jadual 4.1: Taburan jawatan responden kajian pertama
Bil.
Jawatan
Kekerapan
Peratusan (%)
1
Jurutera Awam
9
64.3
2
Jurutera Elektrik
2
14.3
3
Jurutera Mekanikal
2
14.3
4
Juruukur Bangunan
1
7.1
Jumlah
14
100
4.3.1.2 Gred Jawatan
Gred jawatan adalah pelbagai daripada kumpulan pengurusan dan profesional
di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya. Seramai 2 orang responden adalah pegawai gred
J52 (14.3%), manakala 3 orang daripada gred J48 (21.94%), 6 orang daripada gred
J44 (42.9%) dan selebihnya 3 orang daripada gred J41 (21.4%).
Jadual 4.2: Taburan gred jawatan responden kajian pertama
Bil.
Jawatan
Kekerapan
Peratusan (%)
1
J52
2
14.3
2
J48
3
21.4
3
J44
6
42.9
4
J41
3
21.4
Jumlah
14
100
4.3.1.3 Tempoh Perkhidmatan
Kebanyakan responden telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam
khususnya di Jabatan Kerja Raya melebihi daripada tiga tahun. Secara terperincinya,
pegawai yang telah berkhidmat melebihi 10 tahun adalah seramai 6 orang (42.9%),
begitu juga dengan pegawai yang berkhidmat kurang daripada 10 tahun tetapi telah
75
melebihi 3 tahun iaitu seramai 6 orang (42.9%) dan hanya 2 orang (14.3%) sahaja
yang baru berkhidmat dalam JKR tidak lebih daripada 3 tahun.
Jadual 4.3: Taburan tempoh perkhidmatan responden kajian pertama
Bil.
Tempoh perkhidmatan
Kekerapan
Peratusan (%)
1
Kurang dari 3 tahun
2
14.3
2
3 hingga 10 tahun
6
42.9
3
Lebih dari 10 tahun
6
42.9
Jumlah
14
100
4.3.1.4 Tempoh penglibatan dalam pengurusan fasiliti
Namun hampir kebanyakan responden boleh dikatakan baru melibatkan diri
dalam pengurusan bangunan dan fasiliti keseluruhannya dengan secara langsung dan
belum mencapai 10 tahun tempoh penglibatannya. Responden yang baru melibatkan
diri dengan kurang daripada 3 tahun dan yang telah melibatkan diri melebihi 3 tahun,
masing-masing mempunyai bilangan kekerapan 7 (50%) dan 5 (35.7%) orang
responden.
Manakala hanya 2 orang responden (14.3%) sahaja yang telah
melibatkan diri secara langsung dalam pengurusan fasiliti melebihi 10 tahun.
Jadual 4.4: Taburan tempoh penglibatan dalam pengurusan fasiliti oleh responden
kajian pertama
Bil.
Tempoh penglibatan dalam
pengurusan fasiliti
1
Kurang dari 3 tahun
7
50.0
2
3 hingga 10 tahun
5
35.7
3
Lebih dari 10 tahun
2
14.3
Total
14
100
Kekerapan Peratusan (%)
76
4.3.2
Pemilihan Keutamaan Parameter Penilaian Selepas-Dihuni
Pemilihan ini dilakukan dengan membuat turutan keutamaan terhadap senarai
parameter cadangan yang diperolehi daripada kajian-kajian awalan penilaian
selepas-dihuni di luar dan dalam negara. Pengkaji memilih dapatan kajian yang
mempunyai skor melebihi 50% dalam pemilihan keutamaan parameter untuk dibuat
kajian seterusnya.
Daripada 14 orang responden, berikut adalah pecahan kekerapan dan
peratusan skor setiap parameter.
Jadual 4.5: Pilihan parameter mengikut susunan keutaman
Bil.
Kekerapan
Skor
13
Peratusan Skor
(%)
92.9
12
85.7
11
78.6
10
71.4
5
Pencahayaan dalam
bangunan
Ruang bekerja yang
memadai
Keselamatan
10
71.4
6
Akustik/bunyi
4
28.6
7
3
21.4
2
14.3
9
Ruang penyimpanan
barang/fail
Ketinggian siling dalam
pejabat
Nilai estetik/imej bangunan
2
14.3
10
Pemandangan luar bangunan
1
7.1
11
Tingkah laku pengguna
1
7.1
1
2
3
4
8
12
Parameter Cadangan
Pengudaraan dalam
bangunan
Suhu panas dalam bangunan
Fizikal bangunan
1
keseluruhannya
13 Persekitaran kejiranan
0
dengan bangunan
bersebelahan
Berdasarkan jumlah responden seramai 14 orang
7.1
0
77
Berdasarkan hasil kajian di atas, sebanyak lima parameter mempunyai skor
tertinggi mengikut keutamaannya sebagai parameter yang perlu ada dalam penilaian
selepas-dihuni berpandukan pandangan pegawai-pegawai di kalangan Jabatan Kerja
Raya yang terlibat secara langsung dalam pengurusan fasiliti bangunan kerajaan.
Lima parameter tersebut adalah:
4.3.3
i.
Pengudaraan dalam bangunan.
ii.
Suhu panas dalam bangunan.
iii.
Pencahayaan dalam bangunan.
iv.
Ruang bekerja yang memadai.
v.
Keselamatan.
Mengkaji Kaedah Pelaksanaan Penilaian Selepas-Dihuni Yang Sesuai
Dalam kajian ini, beberapa kaedah yang dicadangkan telah dikenalpasti
kesesuaiannya untuk digunakan dalam pelaksanaan penilaian selepas-dihuni di
negara ini. Hasilnya adalah diringkaskan seperti berikut;
Jadual 4.6: Taburan kekerapan skor responden memilih kaedah pelaksanaan
penilaian selepas-dihuni yang sesuai
Bil.
Kaedah
Sesuai
Tidak
Sesuai
Peratusan
Sesuai
1
Borang soal selidik
14
0
100%
2
Temubual terhadap pihak pengurusan
dan pengurus fasiliti
14
0
100%
3
Pemerhatian oleh pakar
9
5
64.3%
4
Penggunaan peralatan khusus
11
3
78.6%
Hasil analisa frekuensi yang dijalankan menunjukkan dua kaedah iaitu
menggunakan borang soal selidik dan kaedah temubual terhadap pihak pengurusan
dan pengurus fasiliti mempunyai skor 100% menandakan kesesuaiannya untuk
78
digunakan dalam pelaksanaan penilaian selepas-dihuni di negara ini, menurut
pandangan responden.
Pengkaji menggunakan lima parameter utama ini sebagai elemen kajian
seterusnya dalam mendapatkan pandangan penghuni bangunan pejabat kerajaan
sendiri berhubung dengan perkaitannya dengan diri mereka serta tahap
kepentingannya.
4.4 Penemuan Hasil Kajian Soal Selidik
Hasil kajian terhadap 47 orang responden kajian yang menggunakan borang
soal selidik telah dianalisa menggunakan perisian SPSS rel.11.0 untuk mendapatkan
perkaitan di antara parameter penilaian selepas-dihuni dengan penghuni sendiri.
Kajian inferensi ini tidak memilih responden khusus sebagai sampel kajian.
4.4.1
Latar Belakang Responden
Pengkaji telah memilih responden yang sedang bertugas di Ibu Pejabat,
Jabatan Kerja Raya daripada berbagai gred jawatan dan jenis tugas dalam
mendapatkan pandangan mereka untuk mengkaji perkaitan dan kepentingan setiap
lima parameter utama dalam penilaian selepas-dihuni yang telah diperolehi daripada
kajian awalan.
4.4.1.1 Gred Jawatan
Pengkaji memilih responden secara rawak daripada berbagai jawatan dan
gred yang terdapat dalam bangunan kerajaan yang dipilih dalam kajian ini dalam
menentukan sampel kajian.
Sejumlah 24 orang (mewakili jumlah 51%) dari
79
kumpulan pengurusan dan profesional (J52, J48, J44 dan J41) adalah dari kalangan
penghuni yang juga merupakan pegawai yang terlibat dalam pengurusan fasiliti di
bangunan kerajaan. Manakala selebihnya iaitu sejumlah 23 orang (mewakili jumlah
49%) adalah di kalangan penghuni biasa dari lain-lain gred jawatan (J36, J17, N32,
N27, N17, W17, N1 dan R1) yang menduduki bangunan kerajaan pada masa ini
khususnya di Ibu Pejabat, Jabatan Kerja Raya.
Jadual 4.7: Taburan gred jawatan responden yang disoal selidik
Bil.
Gred Jawatan Kekerapan
Peratusan (%)
1
J52
1
2.13
2
J48
10
21.28
3
J44
11
23.40
4
J41
2
4.26
5
J36
1
2.13
6
J17
2
4.26
7
N32
1
2.13
8
N27
1
2.13
9
N17
11
23.40
10
W17
2
4.26
11
N1
4
8.51
12
R1
1
2.13
Jumlah
47
100
80
Bilangan Responden
12
10
8
6
4
2
0
10
11
11
4
2
1
J52
J48
J44
1
J41
J36
2
J17
2
1
1
N32
N27
N17
W17
1
N1
R1
Gred Jawatan
Rajah 4.1: Carta histogram menunjukkan taburan responden mengikut gred jawatan
4.4.1.2 Jantina
Daripada keseluruhan jumlah responden, bilangan responden lelaki adalah
lebih banyak daripada responden perempuan iaitu berjumlah 31 orang (66%)
berbanding 16 orang (34%) seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.8 dan Rajah
4.2.
Bilangan Responden
Jadual 4.8: Taburan jantina responden yang disoal selidik
Bil.
Jantina
Kekerapan
Peratusan (%)
1
Lelaki
31
66
2
Perempuan
16
34
Jumlah
47
100
35
30
25
20
15
10
5
0
31
16
Lelaki
Perempuan
Jantina
Rajah 4.2: Carta histogram menunjukkan taburan responden mengikut jantina
81
4.4.1.3 Umur
Sejumlah besar responden berada dalam kumpulan umur pertengahan iaitu di
antara 30 tahun hingga 50 tahun.
Pecahannya adalah seramai 7 orang (15%)
responden berada dalam kumpulan umur di bawah 30 tahun.
Manakala untuk
kumpulan umur di antara 30 hingga 39 tahun dan di antara 40 hingga 49 tahun
mempunyai responden seramai 20 orang (43%) dan 11 orang (23%) masing-masing.
Responden yang berumur lebih dari 50 tahun pula adalah seramai 9 orang, mewakili
19% bilangan responden keseluruhan.
Bilangan Responden
Jadual 4.9: Taburan kumpulan umur responden yang disoal selidik
Bil.
Kumpulan Umur
Kekerapan
Peratusan (%)
1
20 hingga 29 tahun
7
15
2
30 hingga 39 tahun
20
43
3
40 hingga 49 tahun
11
23
4
Lebih 50 tahun
9
19
Jumlah
47
100
25
20
20
15
10
11
7
9
5
0
20 hingga 29 tahun
30 hingga 39 tahun
40 hingga 49 tahun
Lebih 50 tahun
Kumpulan Umur
Rajah 4.3: Carta histogram menunjukkan taburan responden mengikut kumpulan
umur
82
4.4.1.4 Taraf Pendidikan Formal
Sebahagian besar responden mempunyai taraf pendidikan peringkat Ijazah
dengan jumlah sebanyak 24 orang (51%) dan diikuti dengan responden yang
mempunyai kelayakan Diploma sebanyak 11 orang (23.5%).
Manakala hanya
seorang responden yang mempunyai sijil STPM dan selebihnya iaitu seramai 11
orang (23.5%) responden mempunyai sijil tertinggi SPM atau SRP/PMR.
Bilangan Responden
Jadual 4.10: Taburan taraf pendidikan formal tertinggi responden yang disoal selidik
Bil.
Taraf Pendidikan Formal
Kekerapan
Peratusan (%)
1
Ijazah
24
51
2
Diploma
11
23.5
3
STPM
1
2
4
SPM/SRP/PMR
11
23.5
Jumlah
47
100
30
25
20
15
10
5
0
24
11
11
1
Ijazah
Diploma
STPM
SPM/SRP/PMR
Taraf Pendidikan Formal
Rajah 4.4: Carta histogram menunjukkan taburan responden mengikut taraf
pendidikan formal tertinggi
83
4.4.1.5 Tempoh Berkhidmat Dalam Perkhidmatan Awam
Berdasarkan maklumbalas responden, lebih separuh daripada responden telah
berkhidmat dalam perkhidmatan awam melebihi daripada 10 tahun. Ini ditunjukkan
dalam Jadual 4.11 dan Rajah 4.5 di bawah yang menunjukkan sejumlah 25 orang
(53%) responden telah berkhidmat melebihi daripada 10 tahun. Seterusnya di ikuti
oleh responden yang telah berkhidmat melebihi 3 tahun tetapi kurang daripada 10
tahun iaitu seramai 17 orang (36%) dan responden yang baru berkhidmat tidak
sampai 3 tahun hanya berjumlah 5 orang (11%) sahaja.
Jadual 4.11: Taburan tempoh perkhidmatan responden yang disoal selidik
Bil.
Tempoh Berkhidmatan
Kekerapan
Peratusan (%)
1
Kurang daripada 3 tahun
5
11
2
3 hingga 10 tahun
17
36
3
Lebih daripada 10 tahun
25
53
Jumlah
47
100
Bilangan Responden
30
25
25
17
20
15
10
5
5
0
Kurang daripada 3 tahun
3 hingga 10 tahun
Lebih daripada 10 tahun
Kumpulan Tempoh Perkhidmatan
Rajah 4.5: Carta histogram menunjukkan taburan responden mengikut tempoh
perkhidmatan dalam perkhidmatan awam.
84
4.4.1.6 Tempoh Menduduki Bangunan Sekarang
Memandangkan sistem kekerapan pertukaran tempat kerja yang diamalkan
oleh pihak pengurusan perkhidmatan awam, hasil kajian mendapati sebahagian besar
responden baru sahaja menduduki bangunan semasa tidak melebihi daripada 10
tahun. Ini ditunjukkan dalam Jadual 4.12 dan Rajah 4.6 di bawah yang menjelaskan
hanya 10 orang (21%) sahaja responden yang tidak pernah berpindah dari bangunan
sekarang, melebihi 10 tahun. Manakala responden yang baru menduduki bangunan
sekarang, tidak lebih daripada 3 tahun adalah seramai 23 orang (49%) dan
selebihnya iaitu 14 orang (30%) telah menduduki bangunan sekarang, di antara 3
hingga 10 tahun.
Jadual 4.12: Taburan tempoh menduduki bangunan sedia ada oleh responden yang
disoal selidik
Tempoh Menduduki Bangunan
Kekerapan
Peratusan (%)
1
Kurang daripada 3 tahun
23
49
2
3 hingga 10 tahun
14
30
3
Lebih daripada 10 tahun
10
21
Jumlah
47
100
Bilangan Responden
Bil.
25
23
20
14
15
10
10
5
0
Kurang daripada 3 tahun
3 hingga 10 tahun
Lebih daripada 10 tahun
Tempoh Menduduki Bangunan
Rajah 4.6: Carta histogram menunjukkan taburan responden mengikut tempoh
menduduki bangunan sedia ada
85
4.4.2
Ujian Bukan-Parametrik
Ujian bentuk ini telah dilakukan ke atas data dapatan kajian ini. Sebelum
melakukan analisa lanjutan, taburan data telah diuji samada mempunyai taburan
yang normal ataupun tidak.
4.4.2.1 Ujian Normaliti Data
Daripada beberapa jenis ujian, pengkaji telah memilih Ujian KolmogorovSmirnov dan Shapiro-Wilks untuk mengukur normaliti data dapatan kajian. Hasil
daripada ujian tersebut ditunjukkan dalam Jadual 4.13 di bawah.
Jadual 4.13: Keputusan Ujian Kolmogorov-Smirnov dan Shapiro-Wilks untuk
menguji normaliti data kajian
Parameter ujian
jantina
umur
akademik
tempoh berkhidmat
tempoh menduduki
perkaitan di antara ruang kerja - kepuasan kerja
perkaitan di antara ruang kerja - saiz keluasan
perkaitan di antara ruang kerja - rekabentuk tempat
kerja
perkaitan di antara ruang kerja - psikologi
perkaitan di antara ruang kerja - produktiviti
perkaitan di antara ruang kerja -privasi
perkaitan di antara ruang kerja - komunikasi dengan
penghuni lain
perkaitan di antara ruang kerja - kesihatan
perkaitan di antara ruang kerja - perabot
KolmogorovSmirnov
Sig.
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
ShapiroWilk
Sig.
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
Bersambung
86
Parameter ujian
kepentingan di antara ruang kerja - kepuasan kerja
kepentingan di antara ruang kerja - saiz keluasan
kepentingan di antara ruang kerja - rekabentuk tempat
kerja
kepentingan di antara ruang kerja - psikologi
kepentingan di antara ruang kerja - produktiviti
kepentingan di antara ruang kerja - privasi
kepentingan di antara ruang kerja - komunikasi
dengan penghuni lain
kepentingan di antara ruang kerja - kesihatan
kepentingan di antara ruang kerja - perabot
perkaitan di antara pencahayaan - kepuasan kerja
perkaitan di antara pencahayaan - psikologi
perkaitan di antara pencahayaan - produktiviti
perkaitan di antara pencahayaan - privasi
perkaitan di antara pencahayaan - corak bekerja
perkaitan di antara pencahayaan - kesihatan
kepentingan di antara pencahayaan - kepuasan kerja
kepentingan di antara pencahayaan - psikologi
kepentingan di antara pencahayaan - produktiviti
kepentingan di antara pencahayaan - privasi
kepentingan di antara pencahayaan - corak bekerja
kepentingan di antara pencahayaan - kesihatan
perkaitan di antara suhu - kepuasan kerja
perkaitan di antara suhu - psikologi
perkaitan di antara suhu - produkiviti
perkaitan di antara suhu - privasi
perkaitan di antara suhu - corak bekerja
perkaitan di antara suhu - kesihatan
kepentingan di antara suhu - kepuasan kerja
kepentingan di antara suhu - psikologi
kepentingan di antara suhu - produktiviti
kepentingan di antara suhu - privasi
kepentingan di antara suhu - corak bekerja
kepentingan di antara suhu - kesihatan
perkaitan di antara keselamatan - kepuasan kerja
perkaitan di antara keselamatan - psikologi
perkaitan di antara keselamatan - produktiviti
perkaitan di antara keselamatan - privasi
perkaitan di antara keselamatan - komunikasi dengan
penghuni lain
perkaitan di antara keselamatan - corak bekerja
perkaitan di antara keselamatan - kesihatan
KolmogorovSmirnov
Sig.
0,000
0,000
ShapiroWilk
Sig.
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
Bersambung
87
Parameter ujian
kepentingan di antara keselamatan - kepuasan kerja
kepentingan di antara keselamatan -psikologi
kepentingan di antara keselamatan - produktiviti
kepentingan di antara keselamatan - privasi
kepentingan di antara keselamatan - komunikasi
dengan penghuni lain
kepentingan di antara keselamatan - corak bekerja
kepentingan di antara keselamatan - kesihatan
perkaitan di antara pengudaraan - kepuasan bekerja
perkaitan di antara pengudaraan - psikologi
perkaitan di antara pengudaraan - produktiviti
perkaitan di antara pengudaraan - corak bekerja
perkaitan di antara pengudaraan - kesihatan
kepentingan di antara pengudaraan - kepuasan
bekerja
kepentingan di antara pengudaraan - psikologi
kepentingan di antara pengudaraan - produktiviti
kepentingan di antara pengudaraan - corak bekerja
kepentingan di antara pengudaraan - kesihatan
KolmogorovSmirnov
Sig.
0,000
0,000
0,000
0,000
ShapiroWilk
Sig.
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
0,000
Daripada hasil ujian yang dijalankan, semua aras siginifikan adalah lebih
kecil daripada 0.05.
Maka kedua-dua ujian tersebut adalah amat signifikan.
Rumusan yang boleh dibuat adalah data-data yang diperolehi daripada kajian ini
adalah bertaburan tidak normal.
Memandangkan hasil ujian tersebut menunjukkan taburan data adalah tidak
normal, maka ujian bukan-parametrik seterusnya dilakukan ke atas data hasil
dapatan kajian ini.
4.4.3
Analisa Perkaitan Profil Responden Terhadap Parameter Kajian
Analisa terhadap profil sampel kajian turut dilakukan untuk mengkaji samada
terdapat hubungan yang signifikan di antara perbezaan profil responden yang
berbagai-bagai dalam mempengaruhi pemilihan penentuan parameter penilaian
selepas-dihuni.
Profil yang dikaji meliputi jantina, gred jawatan, umur, taraf
88
pendidikan formal, tempoh berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan tempoh
menduduki bangunan sedia ada.
4.4.3.1 Ujian Mann-Whitney U
Daripada data mentah yang diperolehi, ringkasan hasil ujian Mann-Whitney
U yang dilakukan ke atas profil jantina responden terhadap purata kaji selidik
“perkaitan” dan “kepentingan” adalah seperti berikut. Ujian ini dilakukan untuk
menguji hipotesis kajian, iaitu sama ada terdapat perbezaan pandangan antara
responden lelaki ( n = 26 ) dan responden perempuan ( n = 14 ) berkenaan
pandangan terhadap perkaitan dan kepentingan parameter-parameter dalam penilaian
selepas-dihuni.
H0: Tidak terdapat perbezaan pandangan di antara responden lelaki dan perempuan
ketika memberikan pandangan
H1: Terdapat perbezaan pandangan di antara responden lelaki dan perempuan ketika
memberikan pandangan
Jadual 4.14: Ringkasan keputusan Ujian Mann-Whitney U untuk kategori jantina
Sig. (2-tailed)
n1 n2 Nilai U
Nilai U Kritikal
Min_Perkaitan
0.074
26 14
119
Tiada dalam jadual
Min_Kepentingan
0.148
26 14
131
Tiada dalam jadual
Seperti yang dijelaskan di dalam bab sebelum ini, nilai sig. dalam kedua-dua
perkiraan ini adalah lebih besar daripada 0.05. Tetapi nilai U yang diperolehi tidak
dapat dibandingkan dengan nilai U kritikal kerana tiada pekali n1 sehingga 26 di
dalam jadual kritikal nilai Mann-Whitney U. Untuk ujian yang mempunyai bilangan
responden (n) lebih besar daripada 20, perlu dilakukan pengiraan menggunakan nilai
z, dan hanya jika data-data bertaburan normal sahaja. Namun dalam kajian ini,
daripada ujian normaliti setiap data yang telah dilakukan sebelum ini menunjukkan
89
semua data yang diperolehi adalah tidak bertaburan normal, maka ujian
menggunakan nilai z tidak perlu dilakukan.
Manakala dengan berpandukan nilai sig. p kiraan yang lebih besar daripada
0.05, pengkaji tidak boleh menolak hipotesis null dan rumusan yang boleh dibuat
ialah perbezaan jantina dalam memberi pandangan terhadap kaji selidik ini tidak
signifikan sama sekali. Maka boleh dikatakan di sini, masing-masing responden
samada lelaki atau perempuan memberikan pandangan yang serupa di dalam kajian
ini.
4.4.3.2 Ujian Kruskal-Wallis
Seterusnya profil responden yang dikaji terhadap purata “perkaitan” dan
purata “kepentingan” parameter penilaian selepas-dihuni adalah meliputi profil gred
jawatan, kategori umur, taraf pendidikan formal (akademik), tempoh responden
berkhidmat dalam perkhidmatan awam dan tempoh responden menduduki bangunan
sedia ada. Memandangkan skala profil adalah daripada jenis skala nominal yang
mempunyai lebih daripada dua variabel, ujian yang sesuai adalah Ujian KruskalWallis dan ringkasan hasilnya adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.15 di
bawah.
H0: Tidak terdapat perbezaan pandangan di antara variasi profil responden ketika
memberikan pandangan
H1: Terdapat perbezaan pandangan di antara variasi profil responden ketika
memberikan pandangan
90
Jadual 4.15: Ringkasan keputusan Ujian Kruskal-Wallis Terhadap Profil Responden
Min_Perkaitan terhadap Gred
Jawatan Responden
Min_Perkaitan terhadap Umur
Responden
Min_Perkaitan terhadap Akademik
Responden
Min_Perkaitan terhadap Tempoh
Perkhidmatan Responden
Min_Perkaitan terhadap Tempoh
Responden Menduduki Bangunan
Min_Kepentingan terhadap Gred
Jawatan Responden
Min_Kepentingan terhadap Umur
Responden
Min_Kepentingan terhadap
Akademik Responden
Min_Kepentingan terhadap
Tempoh Perkhidmatan Responden
Min_Kepentingan terhadap
Tempoh Responden Menduduki
Bangunan
n
ChiSquare
(χ
χ 2)
df
p
ChiSquare
(χ
χ 2)
Kritikal
(p=0.05)
47
5.490
11
0.905
19.68
47
1.077
3
0.783
7.82
47
1.376
3
0.711
7.82
46
0.378
2
0.828
5.99
45
1.410
2
0.494
5.99
47
7.420
11
0.764
19.68
47
3.079
3
0.380
7.82
47
1.027
3
0.795
7.82
46
0.206
2
0.902
5.99
45
0.940
2
0.625
5.99
Berdasarkan hasil ujian yang dilakukan, untuk setiap kumpulan profil
responden dengan bilangan responden (n) masing-masing, pada darjah kebebasan
(df) yang diperolehi, semua nilai Chi-Square (χ2) daripada kiraan adalah lebih kecil
daripada nilai kritikalnya seperti yang terdapat dalam jadual nilai kritikal Chi-Square
(χ2). Malah setiap nilai sig. p kiraan juga adalah lebih besar daripada 0.05. Maka
hipotesis null tidak boleh ditolak dalam kajian ini, dan rumusannya adalah perbezaan
latarbelakang profil responden yang berbagai-bagai adalah tidak siginifikan dalam
memberikan pandangan terhadap penentuan perkaitan dan aras kepentingan
parameter penilaian selepas-dihuni. Penyelidik membuat kesimpulan bahawa semua
responden memberikan pandangan yang serupa, di dalam kajian ini tanpa mengira
perbezaan profil seperti gred jawatan, umur, taraf pendidikan formal, tempoh
berkhidmat dan tempoh menduduki bangunan sedia ada.
91
4.4.4
Analisa Hubungan Di Antara Tahap Perkaitan Dan Tahap Kepentingan
Untuk Setiap Parameter Kajian
Ujian Korelasi Spearman Rho telah digunakan untuk mengkaji samada wujud
hubungan yang signifikan di antara kedua-dua tahap “perkaitan” dan “kepentingan”
dalam parameter penilaian selepas-dihuni.
H0: Tidak terdapat perhubungan di antara tahap “perkaitan” dan tahap “kepentingan”
parameter penilaian selepas-dihuni
H1: Terdapat perhubungan di antara tahap “perkaitan” dan tahap “kepentingan”
parameter penilaian selepas-dihuni
Jadual 4.16: Ringkasan keputusan Ujian Korelasi Spearman Rho
Parameter
Pekali "r"
Nilai "p"
Ruang bekerja dengan kepuasan bekerja
0.435
0.002
Ruang bekerja dengan saiz keluasan
0.645
0.000
Ruang bekerja dengan rekabentuk ruang kerja
0.639
0.000
Ruang bekerja dengan psikologi pengguna
0.737
0.000
Ruang bekerja dengan produktiviti
0.723
0.000
Ruang bekerja dengan privasi pengguna
0.487
0.001
Ruang bekerja dengan komunikasi
0.737
0.000
Ruang bekerja dengan kesihatan pengguna
0.715
0.000
Ruang bekerja dengan perabot
0.573
0.000
Pencahayaan dengan kepuasan bekerja
0.713
0.000
Pencahayaan dengan psikologi pengguna
0.757
0.000
Pencahayaan dengan produktiviti
0.829
0.000
Pencahayaan dengan privasi pengguna
0.814
0.000
Pencahayaan dengan corak bekerja
0.775
0.000
Pencahayaan dengan kesihatan pengguna
0.715
0.000
bersambung
92
Parameter
Pekali "r"
Nilai "p"
Suhu dengan kepuasan bekerja
0.724
0.000
Suhu dengan psikologi pengguna
0.742
0.000
Suhu dengan produktiviti
0.788
0.000
Suhu dengan privasi pengguna
0.828
0.000
Suhu dengan corak bekerja
0.671
0.000
Suhu dengan kesihatan pengguna
0.650
0.000
Keselamatan dengan kepuasan bekerja
0.654
0.000
Keselamatan dengan psikologi pengguna
0.618
0.000
Keselamatan dengan produktiviti
0.885
0.000
Keselamatan dengan privasi pengguna
0.703
0.000
Keselamatan dengan komunikasi
0.603
0.000
Keselamatan dengan corak bekerja
0.524
0.000
Keselamatan dengan kesihatan pengguna
0.657
0.000
Pengudaraan dengan kepuasan bekerja
0.501
0.000
Pengudaraan dengan psikologi pengguna
0.563
0.000
Pengudaraan dengan produktiviti
0.523
0.000
Pengudaraan dengan corak bekerja
0.536
0.000
Pengudaraan dengan kesihatan pengguna
0.605
0.000
Daripada jadual, nilai "r" kritikal = 0.340, untuk bilangan sampel = 47, pada aras
signifikan 0.01
Daripada ringkasan hasil ujian yang dijalankan, dengan jumlah responden (n)
sebanyak 47 orang didapati kesemua parameter kajian mempunyai nilai r kiraan
yang lebih besar daripada daripada nilai r kritikal. Dan aras signifikannya (nilai p)
daripada kiraan juga lebih kecil daripada 0.01. Maka hipotesis null ditolak dalam
ujian ini, rumusannya ialah terdapat perhubungan yang signifikan di antara keduadua tahap “perkaitan” dan tahap “kepentingan” untuk setiap sub-parameter kajian.
Namun perbezaan di antara nilai r kiraan dengan nilai r kritikal adalah kecil,
menunjukkan perhubungan tahap “perkaitan” dengan tahap “kepentingan” setiap
sub-parameter tersebut adalah lemah.
93
4.4.5
Analisa Pandangan Responden Terhadap Parameter Kajian
Daripada analisa deskriptif yang dijalankan terhadap semua parameter dan
sub-parameter kajian penilaian selepas-dihuni, purata skor untuk setiap subparameter adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual-jadual di bawah.
Jadual 4.17: Purata skor untuk mengukur perkaitan hubungan parameter ruang
bekerja dengan pelbagai sub-parameter
Bil. Parameter
Purata Skor
Std. Deviation
Perkaitan hubungan antara ruang bekerja yang memadai (adequacy of
workspace) dengan;
1
Kepuasan bekerja
3.45
0.653
2
Produktiviti pengguna
3.40
0.614
3
Keluasan ruang bekerja
3.36
0.605
4
Kesihatan pengguna
3.30
0.689
5
Psikologi pengguna
3.24
0.705
6
Komunikasi sesama pengguna
3.21
0.657
7
Perabot
3.19
0.711
8
Rekabentuk ruang bekerja
3.15
0.631
9
Privasi pengguna
3.11
0.759
Daripada hasil data yang diperolehi, purata skor yang telah disusun mengikut
turutan keutamaan ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.17 di atas.
Daripada 4 skala likert yang mengukur tahap perkaitan hubungan di antara setiap
sub-parameter dengan parameter utama, hasilnya adalah purata skor berada di antara
3.45 sehingga 3.11.
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah responden telah
memberikan pandangan bahawa semua sub-parameter adalah mempunyai perkaitan
hubungan yang khusus dengan “ruang bekerja yang memadai”. Sisihan piawai yang
diukur adalah kecil, menunjukkan data tidak terlalu berselerakan.
94
Jadual 4.18: Purata skor untuk mengukur kepentingan hubungan parameter ruang
bekerja dengan pelbagai sub-parameter
Bil. Parameter
Purata Skor
Std. Deviation
Kepentingan hubungan antara ruang bekerja yang memadai (adequacy of
workspace) terhadap;
1
Kepuasan bekerja
3.68
0.471
2
Kesihatan pengguna
3.48
0.586
3
Keluasan ruang bekerja
3.45
0.583
4
Produktiviti pengguna
3.41
0.617
5
Perabot
3.34
0.645
6
Komunikasi sesama pengguna
3.33
0.566
7
Rekabentuk ruang bekerja
3.30
0.591
8
Psikologi pengguna
3.24
0.673
9
Privasi pengguna
3.20
0.726
Daripada hasil data yang diperolehi, purata skor yang telah disusun mengikut
turutan keutamaan ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.18 di atas.
Daripada 4 skala likert yang mengukur tahap kepentingan hubungan di antara setiap
sub-parameter dengan parameter utama didapati, hasilnya adalah purata skor berada
di antara 3.68 sehingga 3.20. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah responden telah
memberikan pandangan bahawa semua sub-parameter adalah mempunyai hubungan
yang penting dengan “ruang bekerja yang memadai”. Sisihan piawai yang diukur
adalah kecil, menunjukkan data tidak terlalu berselerakan.
95
Jadual 4.19: Purata skor untuk mengukur perkaitan hubungan parameter
pencahayaan dengan pelbagai sub-parameter
Bil. Parameter
Purata Skor
Std. Deviation
Perkaitan hubungan pencahayaan dalam bangunan (lighting) dengan;
1
Produktiviti pengguna
3.60
0.496
2
Kepuasan bekerja
3.57
0.580
3
Psikologi pengguna
3.40
0.538
4
Kesihatan pengguna
3.38
0.610
5
Corak bekerja
3.34
0.700
6
Privasi pengguna
3.02
0.766
Daripada hasil data yang diperolehi, purata skor yang telah disusun mengikut
turutan keutamaan ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.19 di atas.
Daripada 4 skala likert yang mengukur tahap perkaitan hubungan di antara setiap
sub-parameter dengan parameter utama didapati, hasilnya adalah purata skor berada
di antara 3.60 sehingga 3.02. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah responden telah
memberikan pandangan bahawa semua sub-parameter adalah mempunyai perkaitan
hubungan yang khusus dengan “pencahayaan dalam bangunan”. Sisihan piawai
yang diukur adalah kecil, menunjukkan data tidak terlalu berselerakan.
96
Jadual 4.20: Purata skor untuk mengukur kepentingan hubungan parameter
pencahayaan dengan pelbagai sub-parameter
Bil. Parameter
Purata Skor
Std. Deviation
Kepentingan hubungan pencahayaan dalam bangunan (lighting) terhadap;
1
Kepuasan bekerja
3.57
0.580
2
Kesihatan pengguna
3.55
0.503
3
Produktiviti pengguna
3.55
0.503
4
Corak bekerja
3.43
0.651
5
Psikologi pengguna
3.40
0.538
6
Privasi pengguna
3.11
0.729
Daripada hasil data yang diperolehi, purata skor yang telah disusun mengikut
turutan keutamaan ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.20 di atas.
Daripada 4 skala likert yang mengukur tahap kepentingan hubungan di antara setiap
sub-parameter dengan parameter utama didapati, hasilnya adalah purata skor berada
di antara 3.57 sehingga 3.11. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah responden telah
memberikan pandangan bahawa semua sub-parameter adalah mempunyai hubungan
yang penting dengan “pencahayaan dalam bangunan”. Sisihan piawai yang diukur
adalah kecil, menunjukkan data tidak terlalu berselerakan.
97
Jadual 4.21: Purata skor untuk mengukur perkaitan hubungan parameter suhu panas
dengan pelbagai sub-parameter
Bil. Parameter
Purata Skor
Std. Deviation
Perkaitan hubungan suhu panas dalam bangunan (thermal and
temperature) dengan;
1
Produktiviti pengguna
3.47
0.504
2
Kepuasan bekerja
3.45
0.544
3
Kesihatan pengguna
3.43
0.542
4
Psikologi pengguna
3.40
0.496
5
Corak bekerja
3.38
0.534
6
Privasi pengguna
2.94
0.791
Daripada hasil data yang diperolehi, purata skor yang telah disusun mengikut
turutan keutamaan ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.21 di atas.
Daripada 4 skala likert yang mengukur tahap perkaitan hubungan di antara setiap
sub-parameter dengan parameter utama didapati, hasilnya adalah purata skor untuk
semua sub-parameter kecuali “privasi pengguna” berada di antara 3.47 sehingga
3.38. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah responden telah memberikan pandangan
bahawa sub-parameter produktiviti, kepuasan bekerja, kesihatan, prikologi dan corak
bekerja mempunyai perkaitan hubungan yang khusus dengan “suhu panas dalam
bangunan”. Manakala sub-parameter “privasi” yang mempunyai purata skor 2.94
boleh dianggap ada perkaitan hubungan yang lemah dengan parameter “suhu panas
dalam bangunan”. Sisihan piawai yang diukur adalah kecil, menunjukkan data tidak
terlalu berselerakan.
98
Jadual 4.22: Purata skor untuk mengukur kepentingan hubungan parameter suhu
panas dengan pelbagai sub-parameter
Bil. Parameter
Purata Skor
Std. Deviation
Kepentingan hubungan suhu panas dalam bangunan (thermal and
temperature) terhadap;
1
Kepuasan bekerja
3.49
0.585
2
Produktiviti pengguna
3.49
0.505
3
Psikologi pengguna
3.45
0.503
4
Kesihatan pengguna
3.45
0.583
5
Corak bekerja
3.38
0.534
6
Privasi pengguna
2.98
0.821
Daripada hasil data yang diperolehi, purata skor yang telah disusun mengikut
turutan keutamaan ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.22 di atas.
Daripada 4 skala likert yang mengukur tahap kepentingan hubungan di antara setiap
sub-parameter dengan parameter utama didapati, hasilnya adalah purata skor untuk
semua sub-parameter kecuali “privasi pengguna” berada di antara 3.49 sehingga
3.38. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah responden telah memberikan pandangan
bahawa sub-parameter produktiviti, kepuasan bekerja, kesihatan, prikologi dan corak
bekerja mempunyai hubungan yang penting dengan “suhu panas dalam bangunan”.
Manakala sub-parameter “privasi” yang mempunyai purata skor 2.94 boleh dianggap
ada hubungan yang penting tetapi lemah dengan parameter “suhu panas dalam
bangunan”. Sisihan piawai yang diukur adalah kecil, menunjukkan data tidak terlalu
berselerakan.
99
Jadual 4.23: Purata skor untuk mengukur perkaitan hubungan parameter keselamatan
dengan pelbagai sub-parameter
Bil. Parameter
Purata Skor
Std. Deviation
Perkaitan hubungan keselamatan (safety/security) dengan;
1
Kepuasan bekerja
3.43
0.773
2
Produktiviti pengguna
3.34
0.562
3
Psikologi pengguna
3.30
0.548
4
Kesihatan pengguna
3.19
0.680
5
Corak bekerja
3.17
0.677
6
Privasi pengguna
3.17
0.732
7
Komunikasi sesama pengguna
3.13
0.711
Daripada hasil data yang diperolehi, purata skor yang telah disusun mengikut
turutan keutamaan ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.23 di atas.
Daripada 4 skala likert yang mengukur tahap perkaitan hubungan di antara setiap
sub-parameter dengan parameter utama didapati, hasilnya adalah purata skor berada
di antara 3.43 sehingga 3.13. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah responden telah
memberikan pandangan bahawa semua sub-parameter adalah mempunyai perkaitan
hubungan yang khusus dengan “keselamatan dalam bangunan”. Sisihan piawai yang
diukur adalah kecil, menunjukkan data tidak terlalu berselerakan.
100
Jadual 4.24: Purata skor untuk mengukur kepentingan hubungan parameter
keselamatan dengan pelbagai sub-parameter
Bil. Parameter
Purata Skor
Std. Deviation
Kepentingan hubungan keselamatan (safety/security) terhadap;
1
Kepuasan bekerja
3.43
0.683
2
Psikologi pengguna
3.38
0.534
3
Corak bekerja
3.37
0.610
4
Produktiviti pengguna
3.36
0.568
5
Kesihatan pengguna
3.34
0.668
6
Privasi pengguna
3.30
0.749
7
Komunikasi sesama pengguna
3.23
0.560
Daripada hasil data yang diperolehi, purata skor yang telah disusun mengikut
turutan keutamaan ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.24 di atas.
Daripada 4 skala likert yang mengukur tahap kepentingan hubungan di antara setiap
sub-parameter dengan parameter utama didapati, hasilnya adalah purata skor berada
di antara 3.43 sehingga 3.23. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah responden telah
memberikan pandangan bahawa semua sub-parameter adalah mempunyai hubungan
yang penting dengan “keselamatan dalam bangunan”. Sisihan piawai yang diukur
adalah kecil, menunjukkan data tidak terlalu berselerakan.
101
Jadual 4.25: Purata skor untuk mengukur perkaitan hubungan parameter
pengudaraan dengan pelbagai sub-parameter
Bil. Parameter
Purata Skor
Std. Deviation
Perkaitan hubungan pengudaraan dalam bangunan (ventilation) dengan;
1
Kesihatan pengguna
3.49
0.585
2
Kepuasan bekerja
3.49
0.547
3
Produktiviti pengguna
3.45
0.544
4
Corak bekerja
3.36
0.486
5
Psikologi pengguna
3.28
0.502
Daripada hasil data yang diperolehi, purata skor yang telah disusun mengikut
turutan keutamaan ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.25 di atas.
Daripada 4 skala likert yang mengukur tahap perkaitan hubungan di antara setiap
sub-parameter dengan parameter utama didapati, hasilnya adalah purata skor berada
di antara 3.49 sehingga 3.28. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah responden telah
memberikan pandangan bahawa semua sub-parameter adalah mempunyai perkaitan
hubungan yang khusus dengan “pengudaraan dalam bangunan”. Sisihan piawai
yang diukur adalah kecil, menunjukkan data tidak terlalu berselerakan.
102
Jadual 4.26: Purata skor untuk mengukur kepentingan hubungan parameter
pengudaraan dengan pelbagai sub-parameter
Bil. Parameter
Purata Skor
Std. Deviation
Kepentingan hubungan pengudaraan dalam bangunan (ventilation)
terhadap;
1
3.57
0.542
2
Kesihatan pengguna
Kepuasan bekerja
3.57
0.500
3
Produktiviti pengguna
3.49
0.547
4
Corak bekerja
3.45
0.544
5
Psikologi pengguna
3.38
0.491
Daripada hasil data yang diperolehi, purata skor yang telah disusun mengikut
turutan keutamaan ialah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.26 di atas.
Daripada 4 skala likert yang mengukur tahap kepentingan hubungan di antara setiap
sub-parameter dengan parameter utama didapati, hasilnya adalah purata skor berada
di antara 3.57 sehingga 3.38. Kesimpulan yang boleh dibuat ialah responden telah
memberikan pandangan bahawa semua sub-parameter adalah mempunyai hubungan
yang penting dengan “pengudaraan dalam bangunan”. Sisihan piawai yang diukur
adalah kecil, menunjukkan data tidak terlalu berselerakan.
Senarai parameter serta elemen-elemen di dalamnya seperti yang ditunjukkan
di atas boleh dijadikan kerangka kepada pembinaan model rekabentuk soalan yang
akan disoal di dalam borang kaji selidik penilaian selepas-dihuni.
103
4.4.6
Penentuan Keutamaan Parameter Penilaian Selepas-Dihuni Secara
Ringkas
Daripada maklumbalas responden, keutamaan dalam pemilihan parameter
penilaian selepas-dihuni secara ringkasnya adalah seperti yang ditunjukkan dalam
Jadual 4.27 di bawah.
Jadual 4.27: Taburan kekerapan skor data responden dalam memberikan pandangan
keutamaan parameter utama
Bil
Parameter
Skor
Kekerapan
Skor
Peratusan
1
Keselamatan dalam bangunan
23
51%
2
Ruang bekerja yang memadai
13
29%
3
Pencahayaan dalam bangunan
6
13%
4
Pengudaraan dalam bangunan
3
7%
5
Suhu dalam bangunan
0
0%
45
100%
Jumlah
Jadual di atas menunjukkan parameter kajian keselamatan merupakan
parameter penting yang perlu diberi keutamaan dalam pelaksanaan penilaian selepasdihuni dalam bangunan milik kerajaan khususnya.
4.4.7
Cadangan Daripada Responden
Di dalam seksyen 4 pada borang soal selidik, catatan responden berkenaan
parameter-parameter lain yang boleh ditambah dalam kajian penilaian selepas-dihuni
ialah seperti disenaraikan di bawah;
i.
Pergerakan dalam bangunan (halangan, practicality).
ii.
Kemudahan dalam bangunan (lif, bilik air, kafetaria, hiasan
keceriaan).
iii.
Ruang tempat letak kereta, kedai serbaneka, surau dan nursery.
104
iv.
Peralatan pejabat yang lengkap.
v.
Pemilihan kemasan bangunan yang sesuai dengan fungsi bangunan
vi.
Kemudahan ICT.
vii.
Gangguan bunyi dari peralatan pejabat dan lain-lain fasiliti.
viii.
Persekitaran dalam dan luar bangunan.
ix.
Hazard.
x.
Ruang mesra pelanggan/pelawat dengan kakitangan.
xi.
Rekabentuk bangunan (dekorasi, ketinggian, lokasi).
xii.
Tempat riadah yang selamat.
xiii.
Ruang legar, tangga bergerak.
xiv.
Alat pemadam api.
4.5 Ringkasan
Berdasarkan kepada analisa yang dijalankan melalui dua peringkat kajian
soal selidik, telah menunjukkan terdapat persamaan dalam memberikan pandangan
berhubung dengan penentuan parameter yang perlu ada dalam penilaian selepasdihuni di bangunan milik kerajaan di Malaysia.
Data yang diperolehi hasil daripada fasa pertama kajian bersama 14 orang
pegawai teknikal yang bertugas di sektor senggara dalam Jabatan Kerja Raya, telah
dianalisa secara deskriptif menggunakan kaedah ringkasan frekuensi melalui perisian
SPSS rel. 11.0 telah menemukan beberapa parameter yang penting untuk
dilaksanakan penilaian selepas-dihuni.
Parameter-parameter yang telah terpilih berdasarkan keutamaannya daripada
kajian tersebut telah digunakan sebagai elemen dalam penyediaan soal selidik untuk
menentukan sub-parameter yang lebih terperinci yang terkandung dalam parameterparameter utama tersebut. Hanya lima parameter sahaja yang terpilih berdasarkan
frekuensi responden yang sangat tinggi dalam hasil kajian tersebut.
105
Di dalam fasa kedua pula, kajian yang dijalankan telah menggunakan soal
selidik ke atas 47 orang sampel kajian yang memerlukan responden memberikan
skor berdasarkan 4 skala likert untuk setiap parameter yang disenaraikan.
Data ordinal ini kemudiannya dikaji taburan normalitinya dan didapati data
hasil dapatan kajian adalah tidak bertabur secara normal.
Analisa yang
menggunakan perisian SPSS rel. 11.0 sepenuhnya dilakukan ke atas data-data
tersebut. Di antara analisa yang telah dijalankan ialah menguji hubungan profil
responden terhadap skor setiap jawapan dalam borang soal selidik.
Ujian Mann-Whitney U telah digunakan untuk mengesan hubungan
perbezaan pandangan di antara responden yang berlainan jantina ke atas skor
jawapan mereka. Ujian ini adalah sesuai untuk data nominal di mana pembolehubah
lelaki dan perempuan adalah tidak brsandar di antara satu sama lain. Hasil ujian
menunjukkan tidak terdapat perbezaan pandangan yang diberikan samada oleh
responden lelaki ataupun perempuan di dalam soal selidik ini.
Seterusnya, ujian statistik Kruskal-Walis telah digunapakai untuk menguji
hubungan profil responden yang berbagai-bagai samada wujud perbezaan dalam
memberikan pandangan mereka terhadap pemilihan parameter penilaian selepasdihuni yang dicadangkan. Ujian ini dipilih kerana data profil responden seperti gred
jawatan, kumpulan umur, taraf pendidikan formal (akademik), tempoh berkhidmat
dalam perkhidmatan awam dan tempoh menduduki bangunan sedia ada adalah
berbentuk data nominal yang mempunyai lebih daripada dua variabel.
Hasil daripada ujian yang dijalankan, sekali lagi menunjukkan perbezaan
profil responden tersebut tidak mempengaruhi kepelbagaian dalam memberikan
pandangan mereka ke atas penentuan parameter penilaian selepas-dihuni tersebut.
Memandangkan setiap parameter yang disoal mempunyai dua kumpulan
jawapan iaitu mengkaji perkaitannya dengan penghuni atau pengguna dan melihat
kepentingannya untuk dilaksanakan daripada pandangan mereka, maka ujian
106
Korelasi Spearman rho pula telah digunakan untuk mengesan samada terdapat
hubungan yang signifikan di antara dua kumpulan jawapan ini semasa responden
melengkapkan borang soal selidik tersebut.
Hasilnya adalah terdapat hubungan yang signifikan tetapi lemah di antara
kedua-dua skor kumpulan jawapan ini yang menentukan perkaitan hubungan
parameter-parameter tersebut di dalam pelaksanaan penilaian selepas-dihuni serta
tahap kepentingannya.
Akhir sekali berdasarkan jumlah skor yang diperolehi daripada responden,
senarai parameter penilaian selepas-dihuni dilihat seolah-olah kesemuanya adalah
penting untuk dilaksanakan.
Di sini, penyelidik telah membuat analisa purata
(mean) untuk mengukur pandangan responden terhadap hubungan setiap subparameter dengan parameter utama masing-masing. Hasilnya terdapat satu subparameter yang mengukur parameter suhu panas dalam bangunan didapati
mempunyai kurang perkaitan dengan privasi pengguna atau penghuni dan tahap
kepentingannya juga lemah.
Sementara lain-lain parameter kajian mempunyai
perkaitan yang khusus dan penting dengan setiap sub-parameter yang dikaji.
Akhir sekali penyelidik cuba mendapatkan pandangan responden berkenaan
parameter manakah yang perlu diberi keutamaan dalam pelaksanaan penilaian
selepas-dihuni, dan hasilnya ialah parameter “Keselamatan” menjadi pilihan utama
hampir lebih 51% daripada jumlah responden kajian.
107
BAB 5
RUMUSAN DAN CADANGAN
5.1
Pengenalan
Kajian ini dijalankan untuk menentukan parameter yang sesuai untuk dikaji
dalam penyediaan soal selidik kaedah penilaian selepas-dihuni di bangunan pejabat
kerajaan. Walaupun masih terdapat ramai pengguna atau penghuni bangunan yang
mengatakan
belum
memahami
maksud
penilaian
selepas-dihuni
secara
keseluruhannya, tetapi hasil daripada kajian yang dijalankan didapati kebanyakan
responden mempunyai kecenderungan yang hampir serupa dalam menentukan aspek
tertentu dalam penilaian bangunan yang betul-betul mempunyai perkaitan dengan
mereka sebagai penghuni.
Walaupun kaedah penilaian selepas-dihuni telah lama diamalkan di luar
negara serta telah berlaku beberapa perubahan istilahnya, malah terdapat juga
berbagai-bagai jenis contoh soal selidik yang digunakan, tetapi hasil daripada kajian
ini telah menunjukkan tidak semua parameter yang dikaji di luar negara adalah
bersesuaian untuk dikaji di dalam negara ini.
Pelaksanaan penilaian selepas-dihuni memerlukan kajian yang berperingkat
bermula daripada pengesanan masalah yang timbul ke atas penghuni bangunan itu
sendiri. Daripada pemerhatian awalan secara lawatan ke tempat-tempat tertentu,
penyelidik yang ingin melaksanakan penilaian selepas-dihuni sudah boleh
mengenalpasti parameter tertentu yang ingin dikaji terlebih dahulu.
108
Di samping itu, parameter yang ingin dikaji juga berkemungkinan tidak
sesuai untuk dikaji di bangunan lain yang berbeza rupabentuk dan fungsi, kumpulan
pengguna atau penghuni yang berbeza dan lain-lain lagi. Kajian ini yang telah
mengenalpasti beberapa parameter yang dirasakan amat penting untuk dikaji ke atas
penghuni yang menduduki bangunan pejabat kerajaan.
Namun ianya tidak
semestinya dikatakan mencukupi atau lengkap untuk dibuat kajian selanjutnya untuk
mendapatkan pandangan kepuasan penghuni ke atas setiap parameter yang disoal.
Kajian ini telah dilakukan menurut perspektif bidang senibina yang bertujuan
untuk menentukan parameter yang betul-betul mempunyai perkaitan rapat di antara
penghuni bangunan dengan bangunan yang dibina di dalam negara ini khususnya
bangunan pejabat kerajaan.
Kajian ini juga telah menggunakan teori dan pendekatan daripada bidang
senibina bangunan sebagai dasar kajian literaturnya. Maka parameter-parameter
yang dipilih adalah lebih berkaitan dengan rekabentuk sesebuah bangunan itu
berbanding parameter yang mengukur pretasi pengurusan bangunan itu sendiri.
Sekiranya penilaian yang dilakukan ditumpukan kepada
prestasi pengurusan
bangunan atau pengurusan fasiliti, pemilihan parameter tertentu untuk dinilai
mestilah melihat kepada indikator ekonomi seperti aspek kitar hayat dan aspek
pengoperasian pengurusan bangunan serta aspek lain seperti aspek pengurusan aduan
penghuni.
Kajian ini juga menumpukan kepada kajian kes yang kecil sahaja disebabkan
faktor masa, jadi adalah mustahil untuk dikatakan hasil dapatan kajian ini boleh
digunakan sepenuhnya untuk kajian penilaian selepas-dihuni di bangunan pejabat
kerajaan yang lain.
109
5.2
Pencapaian Objektif Pertama Dan Penemuan Kajian
Hasil kajian ini berupaya mencapai objektif pertama iaitu mengenalpasti
parameter utama yang perlu ada dalam penilaian selepas-dihuni di bangunan pejabat
yang dipilih dalam kajian ini.
Berdasarkan pemilihan keutamaan daripada responden, pengkaji telah
memperolehi lima senarai parameter yang menjadi keutamaan dalam pelaksanaan
penilaian selepas guna di bangunan pejabat kerajaan tersebut.
Semasa peringkat awal kajian ini, pengkaji merasakan perlu dibuat saringan
awal pemilihan parameter mengikut keutamaan yang berkaitan dengan penghuni di
bangunan kajian yang dipilih kerana sukar untuk pengkaji memilih sendiri parameter
tersebut.
Hasil daripada kajian awal, pengkaji akhirnya berjaya mendapatkan
pandangan pegawai-pegawai teknikal yang terlibat dalam pengurusan dalam sektor
penyenggaraan di bangunan tersebut dalam memilih beberapa parameter yang
dirasakan sesuai untuk dikaji kepentingannya dalam kajian seterusnya ke atas
penghuni sebenar yang lain. Pemilihan pegawai-pegawai ini didapati bersesuaian
dengan objektif pertama kajian ini kerana mereka terlibat secara langsung dalam
mengendalikan aduan daripada penghuni serta terlibat dalam perancangan dan
pengurusan penyenggaraan bangunan.
Daripada kajian fasa pertama kajian ini juga, kaedah pelaksanaan penilaian
selepas-dihuni yang sesuai untuk digunakan ialah dengan cara:
i.
Menggunakan borang soal selidik dan
ii.
Temubual dengan pihak pengurusan dan pengurusan failiti.
Namun dengan gabungan beberapa kaedah lain seperti pemerhatian oleh
pakar tertentu serta penggunaan peralatan pengukuran khas boleh menyokong lagi
hasil dapatan kajian penilaian selepas-dihuni tersebut.
110
5.3
Pencapaian Objektif Kedua Dan Penemuan Kajian
Di dalam kajian peringkat kedua, pengkaji berjaya mendapatkan pandangan
daripada penghuni secara rawak yang menunjukkan keseragaman dalam menentukan
tahap perkaitan dan kepentingan setiap parameter dengan sub-parameter yang dikaji.
Penemuan ini juga membuktikan pemilihan awal parameter daripada kajian
peringkat pertama memang amat berkaitan untuk dikaji kesesuaiannya ke atas
penghuni lain di dalam kajian peringkat kedua ini.
Daripada kajian yang dijalankan, selepas perbandingan dibuat ke atas kajian
yang dibuat oleh pengkaji-pengkaji lain di tempat lain, didapati aspek persekitaran
ruang bekerja memang menjadi satu elemen utama untuk diberi perhatian dalam
penilaian selepas-dihuni.
Walaupun ada pendapat yang menyatakan perbezaan profil penghuni akan
mempengaruhi dalam maklumbalas ketika memberikan pandangan, namun daripada
beberapa siri ujian statistik yang bersesuaian, didapati perbezaan profil responden
tidak semestinya akan memberikan perbezaan pandangan yang ketara seperti yang
ditemui dalam kajian ini.
Tetapi penyelidik merasakan bahawa corak budaya kerja dan cara penghuni
berinteraksi dan menyesuaikan dirinya di dalam bangunan tersebut boleh
mempengaruhi hasil kajian yang memerlukan pandangan mereka dalam menentukan
kesesuaian parameter tertentu dalam pelaksanaan penilaian selepas-dihuni.
Perbandingan secara tidak formal yang dibuat oleh responden ke atas
persekitaran dalaman bangunan yang berbeza-beza seperti yang terdapat di kajian
kes ini, sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan mereka dalam memberikan
pandangan dalam penentuan parameter penilaian selepas-dihuni.
Sekiranya sampel kajian dipilih dengan lebih meluas yang merangkumi
pejabat jabatan kerajaan yang lain yang berbeza-beza dari segi fungsi tugas dan
111
objektif jabatan, ada kemungkinan perbezaan profil responden akan memberikan
pengaruh yang berbeza dalam memberikan pandangan masing-masing di dalam kaji
selidik seperti ini.
Apabila ujian korelasi dibuat ke atas setiap sub-parameter, jelas
menunjukkan bahawa setiap parameter utama penilaian selepas-dihuni yang dikaji
adalah amat berkait rapat dengan sub-parameter masing-masing. Malah responden
juga berpendapat ianya mempunyai hubungan yang rapat di antara satu sama lain.
Walaupun pada umunya dapat dilihat seolah-olah semua parameter
mempunyai aras perkaitan dan kepentingan yang lebih kurang sama dengan subparameter masing-masing, tetapi setelah dianalisa secara statistik, didapati ada subparameter tertentu yang dianggap kurang berkaitan dengan parameter utama kajian
dan juga kurang penting untuk dikaji. Ini menunjukkan analisa statistik amat perlu
dalam menentukan perkaitan hubungan setiap parameter dalam penilaian selepasdihuni ke atas penghuni kerana kaedah penilaian selepas-dihuni ini sendiri
merupakan proses kaji selidik yang diperkenalkan khusus untuk menilai pandangan
penghuni yang menduduki bangunan atau sesebuah premis tertentu.
Kajian ini telah menunjukkan proses penentuan pemilihan parameter yang
sesuai digunakan dalam pelaksanaan penilaian selepas-dihuni. Ianya boleh dijadikan
sebagai satu contoh kerangka oleh mana-mana jabatan atau agensi kerajaan yang
ingin melaksanakan kaedah penilaian selepas-dihuni mengikut kesesuaian objektif
pengurusan masing-masing.
Hasil daripada penemuan kepentingan parameter
tertentu boleh dijadikan salah satu asas dalam penyediaan rekabentuk soalan kaji
selidik penilaian selepas-dihuni yang sebenar kelak.
112
5.4
Cadangan Dalam Pelaksanaan Penilaian Selepas-Dihuni
Sebelum merancang untuk melaksanakan penilaian selepas-dihuni, pihak
pengurusan perlulah merancang keperluan sumber manusia serta keperluan lain
terlebih dahulu ketika memulakan perancangan penilaian selepas-dihuni.
Pihak
pengurusan juga haruslah bersedia untuk melaksanakan langkah pembaikan sebaik
sahaja menerima hasil kajian penilaian selepas-dihuni yang telah dijalankan.
Pihak pengurusan dan pasukan penilaian selepas-dihuni haruslah memberi
penerangan yang jelas kepada penghuni mengenai rancangan pelaksanaan penilaian
selepas-dihuni di sesebuah bangunan tersebut dan meyakinkan kepada penghuni
bahawa maklumbalas daripada mereka yang dipilih sebagai responden kajian akan
digunakan sebagai asas langkah penambahbaikan dalam proses seterusnya.
Pemilihan parameter yang sesuai mengikut pejabat kerajaan adalah berbezabeza. Ini bergantung kepada corak bekerja dalam jabatan berkenaan serta jenis
rekabentuk bangunan tersebut.
Jabatan Kerja Raya selaku agensi teknikal kerajaan terbesar di negara ini
yang terlibat secara langsung dalam menguruskan aset dan fasiliti milik kerajaan
boleh memainkan peranan dalam memulakan pelaksanaan penilaian selepas-dihuni
di bangunan-bangunan milik kerajaan secara berperingkat. Ini secara langsung akan
membantu perekabentuk serta pihak pelanggan bangunan untuk lebih berhati-hati
semasa peringkat rekabentuk sesebuah bangunan pejabat kerajaan. Malah penilaian
selepas-dihuni ini juga boleh dijadikan contoh untuk digunapakai pengurusan atasan
sesebuah jabatan ketika merancang langkah penambahbaikkan bangunan serta fasiliti
di dalamnya agar dapat berfungsi mengikut kesesuaian penghuni di dalam bangunan
tersebut.
113
5.5
Cadangan Dalam Kajian Seterusnya
Kajian ini telah mengambil pendekatan yang mudah dalam mengenalpasti
parameter tertentu yang dirasakan perlu ada dalam penilaian selepas-dihuni di
Malaysia khususnya di bangunan pejabat kerajaan. Proses pemilihan parameter yang
dihasilkan dalam kajian ini boleh dijadikan contoh dalam merekabentuk soalan kaji
selidik pelaksanaan penilaian selepas-dihuni di bangunan pejabat kerajaan yang lain
dengan sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan mengikut kesesuaian pengurusan
bangunan tersebut.
Memandangkan sampel kajian yang dipilih dalam kajian ini adalah terhad
semasa tempoh pengumpulan data, penyelidik mencadangkan supaya sampel kajian
dilakukan ke atas lebih ramai bilangan responden daripada berbagai-bagai
latarbelakang, jenis tugas dan rupabentuk bangunan yang diduduki itu sendiri. Ini
adalah perlu supaya kerangka yang menggambarkan populasi penghuni bangunan
pejabat kerajaan secara menyeluruh dapat dihasilkan.
Malah kerangka yang
diwujudkan juga boleh dibahagikan kepada beberapa kategori pengukuran mengikut
perbezaan jenis bangunan yang akan dilaksanakan penilaian selepas-dihuni nanti.
Penambahan parameter kajian boleh dibuat di dalam kajian seumpama ini
pada masa akan datang dengan memperolehinya daripada sumber-sumber lain
seperti laporan pemeriksaan semasa peringkat penyerahan bangunan siap dan
laporan lain seperti laporan kerja-kerja pengubahsuaian ruang dalaman bangunan
jika ada.
Manakala untuk pihak pengurusan fasiliti pula yang ingin melaksanakan
proses penyediaan parameter penilaian seperti ini, parameter yang mengkhusus
kepada proses pengurusan fasiliti boleh diperolehi daripada laporan-laporan
berkaitan pengurusan bangunan seperti penggunaan tenaga, laporan kerja
penyenggaraan yang telah dibuat dan dan analisa kemalangan dalam bangunan.
114
RUJUKAN
Alexander, K. (2006). The Application of Usability Concepts in the Built
Environment. Facilities, 4(4): 262-270.
Amaratunga, D. and Baldry, D. (2002). Performance Measurement in Facilities
Management and its Relationships with Management Theory and Motivation.
Facilities, 20(10): 327-336.
Amaratunga, D. and Baldry, D. (2003). A Conceptual Framework to Measure
Facilities Management Performance. Property Management, 21(2): 171-189.
Amaratunga, D., Baldry, D., Sarshar, M. (2000). Assessment of Facilities
Management Performance - what next?. Facilities, 18(1/2): 66-75.
Ambu, S., Chu, W.L., Mak, J.W., Wong, S.F., Chan, L.L., Wong, S.T. (2008).
Environmental health and building related illnesses. A Review Article in
IeJSME 2008: 2 (Suppl 1): S11-S18.
Ashaari, Z. (2005). Current practice of post occupancy evaluation in facility
management organization of Malaysia. Master Thesis. Universiti Teknologi
Malaysia; 2005
Becker, F. (2002). Improving Organisational Performance by Exploiting
Workplace Flexibility. Journal of Facilities Management, 1(2): 154-162.
Bordass, B. and Leaman, A. (2005). Making Feedback and Post-Occupancy
Evaluation Routine 3: Case Studies of the use of Techniques in the Feedback
Portfolio. Journal on Building Research & Information, 33(4): 361-375.
Usable Building Trust, London.
Bordass, B., Bunn, R., Cohen, R., Standeven, M., Leaman, A. (1997). PROBE:
Some lessons learned from the first eight buildings. Working paper presented
at Building Use Studies, HGa, William Bordass Associates.
Bottom, C., McGreal, S., Heaney, G. (1997). Evaluating Office Environments
Using Tenant Organization Perceptions. Facilities, 15(7/8): 195-203.
Brooks, S.T. and Viccars, G. (2006). The Development of Robust Methods of Post
Occupancy Evaluation. Facilities, 24(5/6): 177-196.
Carthey, J. (2006). Post Occupancy Evaluation: Development of a Standardised
Methodology for Australian Health Projects. The International Journal of
Construction Management, 1: 57-74.
115
Chua, Y.P. (2008). Asas statistik penyelidikan: analisis data skala ordinal dan
skala nominal (kaedah statistik penyelidikan- buku 3). Malaysia: Mc-Graw
Hill.
Cotts, D.G. (1998). The facility management handbooks, 2nd ed.. New York:
AMACOM.
Enright, S. (2002). Post-occupancy evauation of UK library building projects:
some examples of current activity. Working paper presented at Liber Quarterly,
Munich, Germany.
Gossauer, E. and Wagner, A. (2007). Post-Occupancy Evaluation and Thermal
Comfort: State of the Art and New Approaches. Journal of Advances in
Building Research, 1: 151-175.
Green, S.D. and Moss, G.W. (1998). Value Management and Post-Occupancy
Evaluation: Closing the Loop. Facilities, 16(1/2): 34-39.
Hadjri, K. and Crozier, C. (2009). Post-Occupancy Evaluation: Purpose, Benefits
and Barriers. Facilities, 27(1/2): 21-33.
Hassanain, M.A. and Mudhei, A.A. (2006). Post-Occupancy Evaluation of
Academic and Research Library Facilities. Structural Survey, 24(3): 230-239.
Haynes, B.P. (2008). The Impact of Office Comfort on Productivity. Journal of
Facilities Management, 6(1): 37-51.
HEFCE (2006). Guide to post occupancy evaluation. Higher Education Funding
Council for England, University if Westminster, UK..
Horgen, T. and Sheridan, S. (1996). Post-Occupancy Evaluation of Facilities: a
Participatory Approach to Programming and Design. Facilities, 14(7/8): 16-25.
Hygge, S. and Lofberg, H.A. (1999). POE: post occupancy ealuation of daylight
in buildings. A report of International Energy Agency, France.
Inkarojit, V. (2005). Balancing comfort: occupants' control of window blinds in
private offices. Ph.D Thesis, University of California, US.
Kamarulzaman, N. (2005). Kajian tahap keberkesanan pengurusan fasiliti
persekitaran pejabat dan kesannya terhadap tumpuan kerja pelanggan. Master
Thesis. Universiti Teknologi Malaysia; 2005
116
Keumala, N.I.M. (1990). Penilaian kembali aras keselesaan terma bilik darjah
sekolah di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur di musim panas dengan
menggunakan indeks predicted mean vote (PMV). Master Thesis. Universiti
Teknologi Malaysia; 1990
Kimmet, P. (2007). Partnering for Sustainability in the Workplace. International
Journal on Environment, 3(1): 37-49. Workplace and Employment, Australia.
Kooymans, R. and Haylock, P. Post occupancy evalutaion and workplace
productivity. Working paper at School of Comerce, Universiti of South
Australia.
Leaman, A. (1995). Dissatisfaction and Office Productivity. Facilities, 13(2): 1319.
Mathur, V.K. and Chand, I. (2002). Climatic Design for Energy Efficiency in
Buildings. Proceedings of the 18th National Convention of Architectural
Engineers. 17-18 October 2002. Jaipur.
Meir, I.A., Garb, Y., Jiao, D., Cicelsky, A. (2009). Post-Occupancy Evaluation: an
Invetible Step Toward Sustainability. Journal of Advances in Building Energy
Research, 3: 189-220.
Mohammed, A.H. (2006). Pengurusan fasiliti. Skudai: Universiti Teknologi
Malaysia.
Nawawi, A.H. and Khalil, N. (2008). Post-Occupancy Evaluation Correlated with
Building Occupant's Satisfaction: an Approach to Performance Evaluation of
Government and Public Buildings. Journal of Building Appraisal, 4(2): 59-69.
Ornstein, S.W., Leite, B.C.C., de Andrade, C.M. (1999). Office Spaces in Sao
Paulo: Post-Occupancy Evaluation of a High Technology Building. Facilities,
17(11): 410-422.
Ornstein, S.W., Leite, B.C.C., de Andrade, C.M. (2001). Occupancy Evaluation of
Offices in the Financial Sector. Facilities, 19(11/12): 404-412
Paevere, P. and Brown, S. (2008). Indoor environment quality and occupant
productivity in the CH2 building: post-occupancy summary. A report presented
for CSIRO, Australia.
Preiser, W.F.E. (1995). Post-Occupancy Evaluation: How to Make Buildings
Work Better. Facilities, 13(11): 19-28.
117
Preiser, W.F.E. (2002). Continuous Quality Improvement Through PostOccupancy Evaluation Feedback. Journal of Corporate Real Estate, 5(1): 4256.
Preiser, W.F.E. and Schramm, U. (2002). Intelligent Office Building Performance
Evaluation. Facilities, 20(7/8): 279-287.
Roelofsen, P. (2002). The Impact of Office Environments on Employee
Performance: the Design of the Workplace as a Strategy for Productivity
Enhancement. Journal of Facilities Management, 1(3): 247-264.
Sekaran U. (2006). Research methods for business: a skill building approach, 4th
ed.. UK: John Wiley & Sons.
Smith, A. and Pitt, M. (2009). Sustainable Workplaces: Improving Staff Health
and Well-Being Using Plants. Journal of Corporate Real Estate, 11(1): 52-63.
Way, M. and Bordass, B. (2005). Making Feedback and Post-Occupancy
Evaluation Routine 2: Soft Landings - Involving Design and Building Teams
in Improving Performance. Journal on Building Research & Information,
33(4): 353-360. Usable Building Trust, London.
Whitemyer, D. (2006). Anthropology in design: an old science makes a new imact
on interior design. Available at www.iida.org/content.cfm/anthropology-in-design
or www.iida.org/resources/category/2/9/0/documents/0406anthropology.pdf
118
LAMPIRAN A
Contoh Borang Soal Selidik Kajian Pertama
BORANG SOAL SELIDIK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi
Kursus: Sarjana Pengurusan Fasiliti
KAJIAN PENETAPAN PENGUKURAN PARAMETER PELAKSANAAN
Pengarang: Norazmi Bakar (norazmib@jkr.gov.my )
PENILAIAN BANGUNAN SELEPAS GUNA (POST-OCCUPANCY EVALUATION ,
Tarikh: 21 Oktober 2009
POE)
Tujuan:
Kajian ini bertujuan untuk menetapkan satu kerangka atau kriteria utama bagi pengukuran yang akan menjadi asas dalam pemilihan
parameter utama untuk pelaksanaan penilaian bangunan selepas guna (post-occupancy evaluation, POE) di bangunan-bangunan milik
kerajaan di Malaysia. Terima kasih di atas segala kerjasama yang anda berikan.
Pengenalan ringkas:
Penilaian bangunan selepas guna (post-occupancy evaluation ) atau singkatannya POE adalah satu kaedah untuk mendapatkan
maklumbalas daripada pengguna sendiri berdasarkan rasa kepuasan menduduki bangunan dan menggunakan fasiliti/aset yang
disediakan di dalamnya. Analisis daripada maklumbalas yang diperolehi akan membantu pengurus fasiliti/aset menambahbaik
keadaan bangunan sedia ada dan sebagai panduan kepada perekabentuk bangunan baru akan datang.
A. PROFIL RESPONDEN
A1. Jabatan/agensi:
A2. Jawatan/Gred:
A3. Tempoh berkhidmat dalam perkhidmatan awam
< 3 tahun
3 - 10 tahun
>10 tahun
A4. Tempoh penglibatan dalam pengurusan fasiliti/aset
< 3 tahun
3 - 10 tahun
>10 tahun
B. KAJIAN PENETAPAN PENGUKURAN PARAMETER PELAKSANAAN PENILAIAN BANGUNAN SELEPAS GUNA (POSTOCCUPANCY EVALUATION , POE)
Senarai di bawah adalah parameter-parameter yang dikaji dalam kajian penilaian selepas guna (POE) yang lepas. Sila pilih
keutamaan yang anda fikirkan perlu untuk dibuat kajian terhadap pengguna bangunan milik kerajaan dalam konteks sosio-budaya
tempatan di Malaysia.
Skala 1 = paling utama, dan diikuti dengan turutan nombor seterusnya untuk paling kurang keutamaannya
Mengkaji pandangan pengguna, keupayaan mengawalnya, pengaruh dan kesan terhadap pengguna daripada:
B1.
Ruang bekerja yang memadai ( adequacy of workspace )
B2.
Ketinggian siling dalam pejabat ( ceiling height )
B3.
Ruang penyimpanan barang/fail ( storage space )
B4.
Pencahayaan dalam bangunan ( lighting )
B5.
Akustik/bunyi ( acoustics/noise )
B6.
Suhu panas dalam bangunan ( thermal and temperature )
B7.
Nilai estetik/imej bangunan ( aesthetics/image )
B8.
Keselamatan ( safety/security )
B9.
Pemandangan luar bangunan ( view to outside )
B10. Pengudaraan dalam bangunan ( ventilation )
B11. Tingkah laku pengguna ( human behaviour )
B12. Persekitaran kejiranan dengan bangunan bersebelahan ( neighborhood/surrounding )
B13. Fizikal bangunan keseluruhannya ( building as overall )
Senarai dibawah adalah beberapa kaedah dalam kajian-kajian lepas yang digunakan untuk pelaksanaan penilaian bangunan
selepas guna (POE). Sila tandakan dalam ruang yang anda fikirkan sesuai untuk dilaksanakan di Malaysia.
Tidak
Sesuai
Sesuai
C1. Borang soal selidik terhadap pengguna ( questionnaire )
C2. Temubual terhadap pihak pengurusan dan pengurus fasiliti ( interviews )
C3. Pemerhatian oleh pakar ( observations made by expert )
C4. Penggunaan peralatan khusus ( measurement tools e.g. for lighting, noise and thermal )
.
119
LAMPIRAN B
Contoh Borang Soal Selidik Kajian Kedua
BORANG SOAL SELIDIK
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi
KAJIAN PENETAPAN PENGUKURAN PARAMETER PELAKSANAAN
PENILAIAN BANGUNAN SELEPAS GUNA (POST-OCCUPANCY
EVALUATION, POE)
Kursus: Sarjana Pengurusan Fasiliti
Oleh: Norazmi Bakar (norazmib@jkr.gov.my )
Tarikh: 23 Oktober 2009
Tujuan:
Kajian ini bertujuan untuk menetapkan satu kerangka atau kriteria utama bagi pengukuran yang akan menjadi
asas dalam pemilihan parameter utama untuk pelaksanaan penilaian bangunan selepas guna (postoccupancy evaluation, POE) di bangunan-bangunan milik kerajaan di Malaysia.
Pengenalan ringkas:
Penilaian bangunan selepas guna (post-occupancy evaluation ) atau singkatannya POE adalah satu kaedah
untuk mendapatkan maklumbalas daripada pengguna sendiri berdasarkan rasa kepuasan menduduki
bangunan dan menggunakan fasiliti/aset yang disediakan di dalamnya. Analisis daripada maklumbalas yang
diperolehi akan membantu pengurus fasiliti/aset menambahbaik keadaan bangunan sedia ada dan sebagai
panduan kepada perekabentuk bangunan baru akan datang.
Arahan:
Sila tulis / tandakan pilihan anda dengan tanda ; di ruang yang disediakan. Terima kasih.
SEKSYEN 1
A. PROFIL RESPONDEN
A1. Jabatan/agensi:
A2. Jawatan/Gred:
A3. Jantina: Lelaki / Perempuan (potong yang tidak berkenaan)
A4. Umur*:
20 - 29 tahun
A5. Kelayakan akademik tertinggi*:
Diploma
30 - 39 tahun
40 - 49 tahun
Lebih 50 tahun
Doktor Falsafah
Sarjana
Ijazah
Sijil Teknikal
STPM
SPM/SRP/PMR
A6. Tempoh berkhidmat dalam perkhidmatan awam
< 3 tahun
3 hingga 10 tahun
> 10 tahun
3 hingga 10 tahun
> 10 tahun
A7. Tempoh menduduki bangunan sekarang
< 3 tahun
SEKSYEN 2
Senarai berikutnya adalah lima parameter daripada banyak parameter yang telah digunakan dalam kajiankajian lepas yang menggunakan kaedah penilaian bangunan selepas guna (POE). Terdapat dua set ruang
jawapan yang diperlukan untuk setiap parameter yang disoal. Set pertama adalah penentuan keberkaitan
parameter tertentu untuk dilakukan kajian dalam konteks budaya dan sosial tempatan. Set kedua pula adalah
untuk menentukan tahap kepentingan pelaksanaannya dalam kajian sebenar. Sila tandakan di kedua-dua
set jawapan menggunakan skala di bawah.
Skala penentuan keberkaitan parameter kajian: 1(TK)=Tidak Berkaitan; 2(KK)=Kurang Berkaitan;
3(K)=Berkaitan; 4(SK)=Sangat Berkaitan
Skala penentuan kepentingannya: 1(TP)=Tidak Penting; 2(KP)=Kurang Penting; 3(P)=Penting;
4(SP)=Sangat Penting
.
120
Parameter untuk dikaji dalam penilaian bangunan selepas guna
(POE)
B. Mengkaji pandangan pengguna terhadap ruang bekerja
yang memadai, keupayaan mengawalnya, pengaruh dan
kesannya terhadap;
B.1
Hubungan dengan kepuasan bekerja
B.2
Keluasan ruang bekerja
B.3
Rekabentuk ruang bekerja
B.4
Hubungan dengan psikologi pengguna
B.5
Hubungan dengan produktiviti
B.6
Hubungan dengan privasi pengguna
B.7
Hubungan komunikasi dengan pengguna lain
B.8
Hubungan dengan kesihatan
B.9
Hubungan dengan jenis dan penggunaan perabot
B.10
Hubungan lain (nyatakan):
C. Mengkaji pandangan pengguna terhadap pencahayaan
dalam pejabat, keupayaan mengawalnya, pengaruh dan
kesannya terhadap;
C.1
Hubungan dengan kepuasan bekerja
C.2
Hubungan dengan psikologi pengguna
C.3
Hubungan dengan produktiviti
C.4
Hubungan dengan privasi pengguna
C.5
Hubungan dengan corak bekerja
C.6
Hubungan dengan kesihatan
C.7
Hubungan lain (nyatakan):
D. Mengkaji pandangan pengguna terhadap suhu dalam
pejabat, keupayaan mengawalnya, pengaruh dan kesannya
terhadap;
D.1
Hubungan dengan kepuasan bekerja
D.2
Hubungan dengan psikologi pengguna
D.3
Hubungan dengan produktiviti
D.4
Hubungan dengan privasi pengguna
D.5
Hubungan dengan corak bekerja
D.6
Hubungan dengan kesihatan
D.7
Hubungan lain (nyatakan):
E. Mengkaji pandangan pengguna terhadap keselamatan
dalam pejabat, keupayaan mengawalnya, pengaruh dan
kesannya terhadap;
E.1
Hubungan dengan kepuasan bekerja
E.2
Hubungan dengan psikologi pengguna
E.3
Hubungan dengan produktiviti
E.4
Hubungan dengan privasi pengguna
E.5
Hubungan komunikasi dengan pengguna lain
E.6
Hubungan dengan corak bekerja
E.7
Hubungan dengan kesihatan
E.8
Hubungan lain (nyatakan):
Mempunyai Kaitan
Tahap Kepentingan
/
-
/
4
SK
1
TP
1
TK
2
KK
3
K
2
KP
3
P
4
SP
.
121
Parameter untuk dikaji dalam penilaian bangunan selepas guna
(POE)
Mempunyai Kaitan
Tahap Kepentingan
/
-
/
4
SK
1
TP
1
TK
2
KK
3
K
2
KP
3
P
4
SP
F. Mengkaji pandangan pengguna terhadap pengudaraan
dalam pejabat, keupayaan mengawalnya, pengaruh dan
kesannya terhadap;
F.1
Hubungan dengan kepuasan bekerja
F.2
Hubungan dengan psikologi pengguna
F.3
Hubungan dengan produktiviti
F.4
Hubungan dengan corak bekerja
F.5
Hubungan dengan kesihatan
F.6
Hubungan lain (nyatakan):
SEKSYEN 3
Berikut adalah senarai parameter kajian secara ringkas seperti yang telah disoal selidik di atas. Sila berikan
keutamaan anda di antara parameter utama berikut dan tandakan di ruang yang disediakan mengikut
Berikan nombor 1 = paling utama, dan diikuti dengan turutan nombor seterusnya untuk paling kurang
G. Mengkaji pandangan pengguna, keupayaan mengawalnya, pengaruh dan kesannya terhadap pengguna
daripada aspek:
Ruang bekerja yang memadai
Pencahayaan dalam bangunan
Suhu dalam bangunan
Keselamatan dalam bangunan
Pengudaraan dalam bangunan
SEKSYEN 4
H. Pada pandangan anda, apakah parameter lain yang dirasakan perlu juga dibuat kajian ke atas pengguna
bangunan selain daripada lima senarai utama di atas. Sila nyatakan:
Penghargaan:
Segala kerjasama anda dalam meluangkan masa melengkapkan borang soal selidik ini diucapkan jutaan
terima kasih. Analisa daripada maklumbalas ini diharapkan akan berguna sebagai input untuk
penghasilan model kerangka penilaian POE ini kelak. Sebarang maklumat lanjut berkenaan penilaian ini
boleh menghubungi Norazmi bin Bakar di emel norazmib@jkr.gov.my
.
Download