PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PROGRAM TANAM SEMULA TANAH FELDA SAIDATUL MUZLIPAH MUSTAPA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PROGRAM TANAM SEMULA TANAH FELDA SAIDATUL MUZLIPAH MUSTAPA Projek Sarjana Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah) Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2010 iii Bismiillahirrahmanirrahim…. Syukur ke hadrat Ilahi dan Khas untuk keluarga tersayang: Ibu dan bapa yang amat ku sanjungi Encik Mustapa Bin Bidin Dan Puan Selamah Uda, Untuk suami yang dikasihi Engku Sufian Engku Abdullah dan anak-anakku Engku Muhammad Haziq dan Engku Nur Aneesa. Telah Banyak Memberi Dorongan, Sokongan Dan Kasih Sayang Kepada Saya. iv PENGHARGAAN Segala pujian bagi Yang Maha Esa kerana dengan limpah kurnia-Nya, penulis dapat menyiapkan dan melengkapkan Projek Sarjana ini dengan jayanya. Dalam ruangan ini saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada penyelia tesis, Cik Robiah binti Suratman yang telah banyak memberikan bimbingan, nasihat dan dorongan sepanjang tempoh menjalankan kajian Projek Sarjana ini. Saya menghargai segala motivasi dan seluruh pengorbanan yang dicurahkan dalam menyelesaikan tesis ini. Segala cadangan, komen dan pembetulan dalam tesis ini amatlah di hargai. Saya juga amat berterima kasih kepada Dr. Khadijah Binti Hussin selaku penyelaras dan semua pensyarah Sarjana Sains Pentadbiran dan Pembangunan Tanah Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat kerana turut membantu dalam menjayakan tesis ini baik idea atau tunjuk ajar sepenuhnya. Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada yang terlibat antaranya kakitangan Ibu pejabat FELDA Kuala Lumpur, Pejabat Felda Jengka 25, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan Projek Sarjana ini. Penghargaan juga ditujukan kepada semua rakan-rakan yang terlibat memberi dorongan dan bantuan dalam melaksanakan projek sarjana ini. v ABSTRAK Seiring dengan kemajuan teknologi maklumat, Sistem Maklumat Geografi (GIS) memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang. GIS berfungsi sebagai alat untuk pengurusan data spatial yang menitikberatkan sistem pengurusan data geografi. Pengemaskinian dan perolehan semula data merupakan proses yang amat penting dalam pengurusan tanah FELDA dalam program tanam semula. Kajian ini bertujuan merekabentuk pangkalan data GIS dalam program tanam semula tanah FELDA bagi keperluan perancangan program. Pembangunan pangkalan data dalam program tanam semula tanah FELDA dilaksanakan dengan menggunakan perisian ArcGis 9.2. Hasil akhir kajian ini adalah suatu sistem pangkalan data program tanam semula FELDA yang berupaya memudahkan pengemaskinian dan perolehan capaian semula data maklumat secara sistematik dan efisien. vi ABSTRACT Along with advances in information technology, Geographic Information System (GIS) plays an important role in various fields. GIS serves as a tool for spatial data management that focuses on geographic data management system. Updating and recovery of data is a very important process in the FELDA land management program for replanting. This study aims to investigate the problems facing FELDA and settlers in the FELDA land development and management of the replanting program. GIS database design program for replanting FELDA land and develop a database for program planning of land for replanting schemes.Database development in the FELDA land for replanting program carried out using ArcGIS 9.2. The end result of this study is a Geographical Information System database that contains accurate. Therefore, updating, and procurement information, data retrieval can be done systematically and efficiently. vii SENARAI KANDUNGAN BAB 1 PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi SENARAI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xiii SENARAI RAJAH xiv SENARAI SINGKATAN xx SENARAI LAMPIRAN xxi PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Pernyataan Masalah 2 1.3 Objektif Kajian 4 1.4 Skop Kajian 4 1.5 Kepentingan Kajian 6 viii 1.6 1.7 2 1.5.1 Ibu Pejabat FELDA 1.5.2 Pihak Pengurusan dan Pentadbiran 6 Program Tanam Semula 6 1.5.3 Peneroka Felda 7 1.5.4 Agensi dan Badan Kerajaan 7 1.5.5 Kontraktor 7 1.5.6 Kajian Akademik 8 Metodologi Kajian 8 1.6.1 Peringkat I 10 1.6.2 Peringkat II 10 1.6.3 Peringkat III 11 1.6.4 Peringkat IV 11 Susunatur Bab 12 PROGRAM TANAM SEMULA TANAH FELDA DAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI 2.1 Pengenalan 14 2.2 Latar Belakang Program Tanam Semula Tanah FELDA 15 2.3 Aktiviti-Aktiviti dalam Program Tanam Semula 19 2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Program Tanam 23 Semula Tanah FELDA 2.5 2.4.1 Pemilihan Jenis Tanaman 23 2.4.2 Konsep Penanaman Semula 24 2.4.3 Pengurusan Dalam Penanaman Semula 24 2.4.4 Kewangan dan Pewarisan 30 Isu Dan Masalah Dalam Program Tanam Semula Tanah FELDA Menggunakan 2.6 Kaedah Konvensional Tanpa GIS. 32 Sistem Maklumat Geografi (GIS) 35 2.6.1 37 GIS Sebagai Kotak Alatan (Toolbox) ix 2.6.2 GIS Sebagai Sistem Maklumat 37 2.6.3 GIS Sebagai Pendekatan Kepada Sains 39 2.6.4 Sistem Maklumat Geografi dalam Penggunaan Kajian Sosioekonomi 2.7 Sistem Maklumat Geografi (GIS) Dalam Program Tanam Semula. 2.8 2.9 3 40 Keperluan dan Kepentingan Sistem Maklumat Geografi Bagi Program Tanam Semula 40 Kesimpulan 43 KAJIAN KES : FELDA JENGKA 25 TEMERLOH PAHANG 3.1 Pengenalan 44 3.2 Latarbelakang Kawasan Kajian 45 3.3 Bentuk Topografi dan Tanah Tanih 50 3.4 Guna Tanah danJenis Tanaman 51 3.5 Kapasiti Penduduk 52 3.6 Kemudahan Infrastruktur dan Utiliti 54 3.7 Pengurusan dan Pentadbiran Dalam Program Tanam Semula 3.8 3.9 4 39 56 Isu Dan Masalah Dalam Program Tanam Semula Tanah FELDA Jengka 25 57 Kesimpulan 61 REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA 4.1 Pengenalan 4.2 Konsep Pangkalan Data dan Sistem Pengurusan 62 Pangkalan Data 63 4.3 Rekabentuk Pangkalan Data 63 4.4 Peringkat-peringkat Merekabentuk Pangkalan Data 64 x 4.5 4.4.1 Rekabentuk Konseptual 65 4.4.2 Rekabentuk Pangkalan Data Logikal 68 4.4.3 Rekabentuk Pangkalan Data Fizikal 69 Model Data 70 4.5.1 Model Data Objek 71 4.5.2 Model Data Rekod 72 4.5.3 Model Data Fizikal 73 Entiti Relationship Model (E-R-M) 73 4.6.1 Entiti 74 4.6.2 Atribut 74 4.6.3 Hubungan 76 4.7 Model Hubungan 77 4.8 Perlaksanaan Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi 4.6 4.8.1 Pengumpulan Data 77 4.8.2 Kemasukan Data 78 4.8.3 Terjemahan Data 80 4.8.4 Mereka Cipta Satu Fail Dalam Perisian ArcCatalog 4.8.5 81 Penukaran Kordinit Sistem Yang Asal Ke Kordinit National Grid Malaysia Sistem Koordinat GDM 2000- Geocentric Datum Of Malaysia 2000 4.9 85 Pembangunan dalam Program Tanam Semula Menggunakan ArcGIS 9.2 90 4.9.1 Membina dan Mewujudkan ‘Feature Class’ 92 4.9.2 Proses Memasukkan Data Atribut 99 4.10 Keupayaan Perisian ArcGIS Version 9.2 105 4.11 Kesimpulan 106 xi 5 ANALISIS KAJIAN 5.1 Pengenalan 107 5.2 Analisis Program Tanam Semula Tanah FELDA 108 5.2.1 108 Analisis Pemaparan Maklumat 5.2.1.1 Perancangan Tanaman Bagi Program Tanam Semula 109 5.2.1.2 Perancangan Pendapatan Peneroka Bagi Program Tanam Semula 5.2.2 Analisis Pemaparan Imej 111 113 5.2.2.1 Pemantauan Pengurusan Dalam Program Tanam Semula 113 5.2.2.2 Pemantauan Gred Hasil Tanaman Dalam Program Tanam Semula 117 5.2.2.3 Pemantauan Status Tanah Dalam Program Tanam Semula. 5.2.3 Analisis Pertanyaan (Query) 119 120 5.2.3.1 Penilaian Pencapaian Hasil Produktiviti Bagi Program Tanam Semula 124 5.2.3.2 Perkongsian Data Bagi Program Tanam Semula 126 5.2.3.3 Pengiraan Kadar Bantuan Tanam Semula Berbandingkan Dengan Keluasan Lot Menggunakan GIS 130 5.2.3.5 Kepadatan Pokok Sehektar Dan Keluasan Setiap Lot Dalam GIS. 5.3 Kesimpulan 132 133 xii 6 KESIMPULAN DAN CADANGAN 6.1 Pengenalan 134 6.2 Penemuan Kajian 135 6.3 Cadangan Kajian 137 6.4 Masalah dan Limitasi Kajian 139 6.5 Cadangan Kajian Lanjutan 140 6.6 Kesimpulan 140 BIBLIOGRAFI 142 LAMPIRAN 145 xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL 2.1 TAJUK MUKA SURAT Perubahan Pada Kadar Bantuan Tanam Semula Yang Diberikan Kepada Pekebun Kecil 18 2.2 Jadual Taburan Baja Debu Fosfat (seperti CIRP) 21 2.3 Jadual Kepadatan Pokok Sehektar Dengan Jarak Tanaman Yang Berbeza 22 3.1 Jadual Pecahan Kawasan Tanam Semula 45 4.1 Senarai Data Utama 74 4.2 Pengelasan Atribut 75 4.2 Perwakilan Bagi Jenis Hubungan 76 5.1 Jadual Pengurusan Tanah Felda Secara Keseluruhan 127 xiv SENARAI RAJAH NO.RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Aliran Kerja Methodologi 9 2.1 Sistem Maklumat Secara Ringkas 36 3.1 Peta Daerah Temerloh Dalam Negeri Pahang 46 3.2 Peta Mukim Jenderak Dalam Daerah Temerluh 47 3.3 Peta Wilayah Segi tiga Jengka 48 3.4 Peta Felda Jengka 25.Temerloh Pahang 49 3.5 Kawasan Kajian Dalam Pelan Akui 91276 49 3.6 Kawasan Pergunungan iaitu Gunung Senyum FELDA Jengka 25 3.8 3.9 51 Peneroka Jengka 25 Yang Hadir Dalam Sesi Penerangan Program Tanam Semula. 53 Pengurusan Jalan Pertanian Dalam FELDA Jengka 25 55 xv 3.10 Salah Satu Contoh Rumah Peneroka Masa Kini 3.11 Salah Satu Aktiviti Yang Dijalankan Dalam 56 Program Tanam Semula 60 4.1 Rekabentuk Konseptual Bagi Maklumat Kawasan Kajian 66 4.2 Rekabentuk Konseptual Dalam Bentuk Excel 67 4.3 Kemasukan Data Atribut Dalam Bentuk Excel 67 4.4 Rekabentuk Logikal Bagi Maklumat Tanah Kawasan Kajian 69 4.5 Carta Alir Kemasukan Data 79 4.6 Data Spatial Yang Diterima Dalam Bentuk Format Shape (Shp.) Diterjemahkan Secara Terus Ke Perisian Arcgis 9.2 . 82 4.7 Data di ‘save’ dalam format (.dxf). 81 4.8 Pemilihan Ikon ArcCatalog Yang Dipilih 82 4.9 Pemilihan Menu Untuk Merekacipta Geodatabase Yang Baru. 4.10 Rajah Menunjukkan Lokasi Fail abc.mdb Yang Telah Di Simpan. 4.11 83 Pemilihan Pangkalan Data Yang Dipilih Untuk 84 xvi Penukaran Kordinit. 4.12 Pemilihan Menu Yang Dipilih Untuk New Feature Dataset. 4.13 87 Pemilihan Projected Coordinate System dan National Grid Dalam New Feature Dataset 4.14 86 88 Penukaran Kordinit Sistem Yang Asal Ke Kordinit National Grid Malaysia Iaitu Sistem Koordinat GDM 2000 (Geocentric Datum Of Malaysia 2000). 89 4.15 Langkah Terakhir Bagi Proses Penukaran Kordinit 89 4.16 Carta Alir Pembangunan Pangkalan Data 91 4.17 Pemilihan Ikon ArcCatalog Yang Dipilih 92 4.18 Pemilihan Ikon ArcCatalog 93 4.19 Menu Bar ‘New Feature Class’ Dipaparkan 94 4.20 Cara Memasukkan Data Dalam Feature Class Entry. 95 4.21 Export Data 96 4.22 Paparan Feature Class to Shapefile (multiple) 96 xvii 4.23 Paparan Output Folder 97 4.24 Feature Class to Shapefile (multiple) Disimpan 97 4.25 Kotak Dialog Feature Class to Shapefile (multiple) berfungsi. 4.26 98 Feature Class Telah Disimpan Dalam Format Shapefile (Multiple) 98 4.27 Pemilihan Ikon ArcMap Yang Dipilih 99 4.28 Menu Yang Dipilih Untuk Memulakan Memasukkan Atribut. 100 4.29 Fail Yang Dipilih . 100 4.30 Kaedah Pertama Dalam Memasukkan Atribut 101 4.31 Kaedah Kedua Dalam Memasukkan Atribut 102 4.32 Kaedah Ketiga Dalam Memasukkan Atribut 103 4.33 Contoh Paparan Jadual Dalam Memasukkan Atribut 103 4.34 Contoh Paparan Jadual Dalam Memasukkan Atribut 104 xviii 5.1 Pemaparan Maklumat Yang Digunapakai Dalam Perancangan Tanaman Bagi Program Tanam Semula. 5.2 110 Pemaparan Maklumat Yang Digunapakai Dalam Perancangan Pendapatan Peneroka Bagi Program Tanam Semula 5.3 Pemaparan Imej Bagi Tujuan Pemantauan Pengurusan Dalam Program Tanam Semula. 5.4 114 Sasaran Pemantauan Bagi Tujuan Pemantauan Pengurusan Dalam Program Tanam Semula. 5.5 112 115 Rekabentuk Pemantauan Bagi Tujuan Pemantauan Pengurusan Dalam Program Tanam Semula. 5.6 Pemaparan Imej Bagi Tujuan Gred Hasil Tanaman Dalam Program Tanam Semula 5.7 116 118 Pemaparan Imej Bagi Tujuan Pemantauan Status Tanah Dalam Program Tanam Semula. 120 5.8 Menunjukkan Pemilihan Menu Bagi Analisis Pertanyaan 121 5.9 Menunjukkan Contoh Penganalisaan Pertanyaan . 122 5.10 Jadual Hasil Penganalisaan Pertanyaan . 122 xix 5.11 Paparan Lot Tanaman Getah Hasil Penganalisaan Pertanyaan 5.12 Hasil Analisa Pertanyaan Hubungkait Penilaian Pencapaian Hasil Produktiviti 5.13 123 125 Menunjukkan Analisis Pertanyaan (Query) Bagi Tujuan Perkongsian Data Bagi Program Tanam Semula 5.14 Konsep Perkongsian Maklumat Melalui Sistem Pangkalan Data 5.15 128 128 Menunjukkan Analisis Pertanyaan (Query) Bagi Pengiraan Kadar Bantuan Tanam Semula Berbandingkan Dengan Keluasan Lot Menggunakan GIS 5.16 132 Analisis Bagi Pengiraan Kadar Bantuan Tanam Semula Berbandingkan Keluasan Lot Dengan Menggunakan GIS. 5.17 131 Menunjukkan Analisis Pertanyaan (Query) Bagi Tujuan Kepadatan Pokok Sehektar Dan Keluasan Setiap Lot Dalam GIS. 132 xx SENARAI SINGKATAN GDM 2000 Geocentric Datum Of Malaysia 2000 CAD - Computer – Aided Design GIS - Geographic Information System LIS - Land Information System FELDA The Federal Land Development Authority, FELCRA Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority RISDA The Rubber Industry Smallholders Development Authority SEDCs The State Economic Development Corporation PA Pelan Akui E-R Entity-Relation LPGTS Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula JKKR Jawatankuasa Kerja Raya FTPSB FELDA Technoplant Sdn. Bhd GAP Amalan Pertanian Baik KPF Koperasi Permodalan FELDA FASSB FELDA Agricultural Services Sdn. Bhd OPNC Sijil Oil Palm Nursery Certificate APM Advance Planting Material RRIM Institut Penyelidikan Getah Malaysia xxi SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Pencapaian Produktiviti Hasil Kebun 145 B Senarai Rekabentuk Yang Di Analisis 146 1 BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan FELDA iaitu singkatan kepada Lembaga Kemajuan dan Tanah Persekutuan dimana ia ditubuhkan melalui Akta Pembangunan Tanah 1956 telah dipertanggungjwab untuk memajukan tanah-tanah baru sebagai kawasan pertanian bagi menempatkan rakyat luar bandar (Akta Penempatan Berkelompok, 1960). Proses pembangunan tanah yang terlibat di FELDA adalah daripada satu kawasan hutan yang dibangunkan untuk kawasan pertanian iaitu getah dan kelapa sawit. Peringkat seterusnya pengembangan infrastruktur dan pengambilan peneroka kemudian peringkat penyediaan pemprosesan dan pemasaran dan akhir sekali peringkat tanam semula. Pengeluaran dan produktiviti hasil pertanian menjadi faktor penting bagi kekukuhan ekonomi peneroka FELDA. FELDA adalah salah satu agensi paling besar dalam membantu kerajaan dalam meningkatkan produktiviti serta naiktaraf ekonomi luar bandar. Selain 2 daripada itu FELDA dibangunkan untuk memajukan, menggalakkan, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan pembangunan wilayah. FELDA juga memaju, menggalak dan membangunkan dan mengusahakan pembangunan tempat tinggal, pertanian, perusahaan dan perdagangan dalam kawasan pembangunan wilayah. Dewasa ini, pembangunan dan pengurusan tanah di FELDA di uruskan dan dibangunkan masih menggunakan kaedah konvensional atau manual. Salah satu sistem diperlukan dalam pengurusan dan pembangunan tanah FELDA secara efektif dan lebih mudah dan berkesan. Sejajar dengan cabaran global, kemampuan sistem maklumat geografi dapat membantu dan merealisasikan potensi kerajaan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan penduduk. Sistem Maklumat Geografi (GIS) menyediakan suatu alat untuk pengurusan data spatial dan data atribut. GIS menitikberatkan sistem pentadbiran dan pengurusan tanah secara geogafi di mana data berasaskan peta dan data merupakan komponen utama. GIS dapat memberikan maklumat secara terpeinci dan terbaik dalam pengumpulan, manipulasi dan pengstoran maklumat dalam mengurus dan membangunkan dalam pengurusan tanah FELDA khususnya. 1.2 Pernyataan Masalah Semakin hari semakin maju, pembangunan negara makin pesat dan perkembangan teknologi makin canggih. Secara langsung semakin banyak kawasan dimajukan dengan pembangunan dari pelbagai aspek, termasuk dari segi pertanian, perindustrian mahupun perumahan termasuk kawasan FELDA. Pengurusan 3 maklumat bagi pembangunan tanah FELDA terutamanya program tanam semula yang sistematik diperlukan bagi merealisasikan kawasan FELDA yang membangun. Pengurusan dan pembangunan tanah dalam program tanam semula di FELDA Teratai (Jengka 21) yang dikendalikan oleh Wilayah Jengka dalam daerah Maran di negeri Pahang masih menggunakan kaedah konvensional dan kaedah lama. Kaedah ini banyak mendatangkan masalah kepada semua pihak terutamanya kepada kakitangan FELDA dan peneroka itu sendiri. Realiti sekarang sistem pengurusan data tanah FELDA bagi menguruskan secara konvensional iaitu dengan sistem pengurusan fail secara manual dan separa berkomputer. Dalam sistem ini, pegawai terpaksa mengambil masa yang lama untuk menyemak dan mengemaskini maklumat-maklumat yang berkaitan dengan program tanam semula. Contohnya maklumat mengenai penyemakan mengenai pengurusan kebun, kos yang dikawal, penggunaan bahan tanaman, sumber dana, faedah insentif dan kemudahan seperti bonus produktiviti, lebihan hasil dan banyak lagi. Masalah – masalah yang telah disenaraikan adalah yang di hadapi oleh peneroka manakala lebih banyak masalah yang datang dan membelenggu fikiran kepada yang menguruskan dan membangunkan tanah yang terlibat dalam program tanam semula FELDA kini. Apabila kesilapan berlaku pada salah satu prosidur kerja, adalah sangat sukar untuk mengenalpasti dan pencapaian semula maklumat adalah amat rumit. Dalam pengurusan tanah bagi program tanam semula FELDA, pengemaskinian data merupakan proses yang penting. Dengan penggunaan Sistem Maklumat Geografi dalam pengurusan tanah, pencapaian serta penyelarasan data-data dalam program tanam semula ini menjadi lebih mudah, pengurusan data lebih sistematik dan efisien dan pengemaskinian data boleh dilakukan pada masa hakiki. Sebagai contohnya, masalah dalam pengurusan kebun yang sistematik, pendapatan peneroka, kos pengurusan, dan penyelarasan hasil tanaman supaya pegawai pengurusan tanam 4 semula dapat mengemaskini data dengan cepat dan pantas. Selain itu, pegawai juga boleh menyemak status peneroka-peneroka sesuatu kawasan dengan mudah. 1.3 Matlamat dan Objektif Kajian Matlamat kajian ini adalah untuk membangunkan pangkalan data sistem maklumat geografi dalam program tanam semula tanah FELDA. Objektif-objektif utama di dalam kajian ini adalah:- i. Mengkaji permasalahan yang di hadapi FELDA dalam pembangunan dan pengurusan tanah FELDA dan peneroka FELDA dalam program tanam semula. ii. Merekabentuk pangkalan data GIS dalam program tanam semula tanah FELDA. iii. Membangunkan pangkalan data untuk keperluan merancang program tanam semula tanah FELDA. 1.4 Skop Kajian Kajian berkaitan dengan pembangunan tanah FELDA atau FELCRA dan yang berkaitan penggunaan GIS di dalam pengurusan tanah FELDA dengan telah 5 banyak dilakukan oleh pengkaji terdahulu seperti Othman, Abdullah (1995) iaitu yang bertajuk guna pakai sistem maklumat geografi (GIS) bagi pengurusan ladang di FELCRA. Manakala kajian berkaitan juga telah dibuat oleh Azrina Bte Ahmad Ahpandi sebagai pengkaji projek Sarjana Muda (2000) yang telah membuat kajian tentang aplikasi GIS dalam pengurusan ladang felda (pembajaan dan penuaian tanaman kelapa sawit) kajian kes: FELDA Maokil 1, Labis Segamat Othman, Abdullah (1995) telah membuat kajian perkembangan teknologi komputer dan perisian masa kini telah memainkan peranan utama bagi menghasilkan suatu sistem pengendalian maklumat yang terkini, lengkap dan pantas. Ia turut membantu proses membuat keputusan, perancangan dan pengawasan dalam setiap aktiviti termasuklah aktiviti pengurusan ladang. Sistem maklumat Geografi (GIS) merupakan teknologi canggih yang mampu menghasilkan pengurusan lebih sistematik dan berkesan. Teknik ini digunakan disatu projek FELCRA yang baru memperkenalkan sistem tanaman pepagar getah dan buah-buahan. Azrina Bte Ahmad Ahpandi (2000) membuat kajian teknologi maklumat iaitu GIS. Ianya menawarkan satu alternatif bagi tujuan untuk mempercepatkan proses penganalisaan dan penghasilan data ke dalam bentuk informasi yang berguna dan lebih efisyen berbanding kaedah konvensional yang digunakan sebelum ini. Kajian ini juga bertujuan merekabentuk dan membangunkan pangkalan data bagi pengurusan data-data ladang di peringkat FELDA dengan menggunakan GIS. Berbanding dengan kajian-kajian terdahulu, kajian ini memfokuskan kepada program tanam semula sahaja dan ianya melibatkan 30 lot untuk kemasukan data dan analisis. Memandangkan program tanam semula sedang melebarkan sayapnya di kebanyakan FELDA dengan pelbagai isu dan masalah data secara manual, dengan ini tercetus di minda pengkaji untuk memartabatkan pengurusan tanah FELDA dalam program tanam semula ini. Selain daripada itu, kajian ini lebih tertumpu kepada 6 penggunaan perisian ArcGis 9.2 untuk penyediaan pangkalan data dan penganalisaan secara lebih mendalam dan sistematik. 1.5 Kepentingan Kajian Kepentingan dan sumbangan yang berpotensi untuk diperolehi setelah kajian ini selesai ialah: 1.5.1 Ibu Pejabat FELDA Kajian ini boleh dijadikan sebagai satu pangkalan data yang seragam bagi ibu pejabat FELDA untuk membangunkan pangkalan data untuk kawasan FELDA seluruh negeri Semenanjung Malaysia. Di samping itu ia mempercepatkan proses pengemaskinian maklumat-maklumat dalam program tanam semula ini. 1.5.2 Pihak Pengurusan dan Pentadbiran Program Tanam Semula Menyediakan satu Sistem Pengurusan Pangkalan Data untuk program tanam semula yang sistematik, efisien dan berkesan yang boleh digunapakai sebagai rujukan bagi pihak-pihak tertentu termasuk pegawai pengurusan dan peneroka. Tambahan pula mempercepatkan proses pencapaian data dalam program tanam semula ini. secara langsung, ini menjimat masa pegawai pengurusan dan beban kerja pegawai yang terlibat. 7 1.5.3 Peneroka Felda Kajian ini berkepentingan bagi peneroka FELDA itu sendiri dalam memudahkan perkongsian data-data setiap pengurusan yang berbeza-beza. Selain itu juga kajian ini memudahkan peneroka dalam perolehan maklumat data atribut khususnya sebelum melakukan sebarang keputusan dan analisis bagi menggantikan kaedah manual. 1.5.4 Agensi dan Badan Kerajaan Kepentingan dan potensi kajian ini ialah perkongsian maklumat antara badanbadan lain yang berkaitan dengan program tanam semula ini. Sebagai contoh RISDA, FELCRA dan Majlis-majlis Daerah menjadi mudah dan efisien. Tambahan pula ia juga memudahkan proses rujukan oleh banyak pihak seperti Majlis Daerah, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, pemaju perumahan. 1.5.5 Kontraktor Kepada pihak kontraktor, kajian ini menjadi salah satu idea atau cadangan yang bersesuaian dalam merealisasikan satu perlaksanaan pembangunan pangkalan data sistem maklumat geografi dalam program tanam semula tanah FELDA. Sebelum ini FELDA masih menggunakan kaedah yang lama dalam capaian data dan maklumat. Dengan kajian ini pihak kontraktor dapat membuka minda dan cadangan tender atau kontrak dalam merelisasikan kajian ini. 8 1.5.6 Kajian Akademik Penggunaan pangkalan data GIS dan aplikasi GIS kian meningkat di kalangan organisasi samada pihak swasta mahupun kerajaan. GIS merupakan kaedah yang mudah untuk mendapatkan satu hasil analisis capaian data yang telah diketengahkan. Kajian ini diharap dapat dijadikan bahan rujukan kepada para pelajar dan ahli akademik khususnya yang membuat kajian berkaitan pembangunan FELDA. 1.6 Methodologi Kajian Pembangunan pangkalan data dalam pengurusan tanah FELDA terutamanya dalam program tanam semula khususnya dengan menggunakan sistem maklumat geografi ini melibatkan beberapa peringkat iaitu peringkat perolehan data, kemasukan data, pengemaskinian data, pembangunan pangkalan data, analisis dan hasil kajian. Metodologi kajian dalam penyediaan Projek Sarjana ini melibatkan beberapa peringkat. Setiap peringkat akan diterangkan bawah fasa demi fasa. 9 Penyataan Masalah Penentuan Objektif Kajian Penetapan Skop dan Penyataan Masalah Peringkat Pertama Kajian Literatur dan Kajian Kes Pemahaman Penggunaan Perisian ArcGis 9.2 Pengumpulan Data Pengumpulan Data Primer Temu bual Pengamatan Pengumpulan Data Primer Pelan & Peta Fail dan laporan dll Pembangunan Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Peringkat Kedua Analisis Kajian Peringkat Ketiga Cadangan dan Kesimpulan Peringkat Keempat Rajah 1.1 : Aliran Kerja Methodologi Kajian. 10 1.6.1 Peringkat I Pada awalan kajian ini, kajian literatur telah dilakukan dengan mendapatkan maklumat yang berkaitan daripada sumber rujukan seperti penulisan, artikel, journal, kertas kerja dan sebagainya. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah menimba ilmu mengenai konsep-konsep serta teori Sistem Maklumat Geografi (GIS) dengan merujuk dan membaca bahan-bahan literatur yang berkaitan. Bahagian ini juga merangkumi konsep, rekabentuk dan pembangunan pangkalan data GIS. Kawasan kajian telah dikenalpasti iaitu di kawasan FELDA Jengka 25 di bawah kendalian Wilayah Jengka, Bandar Jengka Pahang Darul Makmur. Kawasan ini dipilih kerana kawasan tersebut merangkumi kawasan yang terlibat dalam program tanam semula. Di samping itu kawasan ini terdapat pelbagai jenis penggunaan tanah yang berbeza iaitu penempatan, perindustrian, perdagangan, dan pertanian. 1.6.2 Peringkat II Peringkat II merupakan peringkat pemprosesan data-data yang berkaitan. Peringkat ini melibatkan pembelajaran dan pemahaman terhadap perisian yang telah dipilih dan penggunaan yang efisien. Perisian-perisian seperti ArcGIS 9.2, Microsoft Excel 2007 Autocad 2006 dan perisian lain yang mungkin sesuai digunakan dalam kajian ini. Kemasukan data-data yang telah dikemaskini dilaksanakan dengan menggunakan perisian Autocad 2006 dan dieksport ke format DXF. Fail-fail ini kemudiannya akan dipanggil ke dalam perisian ArcGis 9.2 dalam proses pembangunan sistem maklumat. 11 Sumber data-data spatial bagi kawasan yang dipilih, diperolehi dari ibupejabat FELDA Kuala Lumpur yang berketepatan data spatial yang diperolehi adalah dalam skala 1:8000. Persediaan data atribut dari sumber data-data atribut seperti nama pegawai pengurusan kebun, pendapatan peneroka, kos pengurusan, dan penyelarasan hasil tanaman dan produktiviti. Atribut sampingan adalah seperti nombor lot, nama pemilik dan nombor kad pengenalan, alamat surat-menyurat diperolehi dari FELDA Jengka 25 di bawah kendalian Wilayah Jengka, Bandar Jengka Pahang Darul Makmur dengan menggunakan perisian ArcGis 9.2 . 1.6.3 Peringkat III Di peringkat ini data-data primer dan sekunder yang diperolehi dianalisa dan penemuan kajian dibentangkan. Daripada penemuan kajian, pencapaian objektif kajian di tentukan. 1.6.4 Peringkat IV Peringkat ini merupakan peringkat terakhir dalam penghasilan kajian yang meliputi peringkat kesimpulan dan cadangan. Kesimpulan merupakan ringkasan menyeluruh kajian yang di jalankan untuk kepentingan bersama. 12 1.7 Susunatur Bab Kajian ini merangkumi enam (6) bahagian atau pecahan bab yang utama, iaitu: a) Bab 1 Bab yang pertama ini menerangkan secara jelas tentang tujuan atau objektif yang sebenar kajian ini. Selain daripada itu permasalahan kajian, matlamat kajian, skop kajian, kepentingan kajian, methodologi kajian dan disertakan juga susunatur setiap bab yang merangkumi secara keseluruhan dalam kajian ini. b) Bab 2 Bab ini menjelaskan secara keseluruhan definisi, latarbelakang dan dasar program tanam semula dalam kajian ini. Di samping itu, dalam bab ini di rangkumkan juga aktiviti-aktiviti dalam program tanam semula dan faktor-faktor yang mempengaruhi program tanam semula ini. Selain daripada itu isu dan masalah dalam program tanam semula ini telah disenaraikan dan keperluan dan kepentingan GIS dalam program tanam semula dibincangkan. c) Bab 3 Bab ini menerangkan berkenaan kawasan kajian yang dipilih iaitu di FELDA Jengka 25 yang merangkumi bentuk topografi, jenis tanaman kawasan kajian, pengurusan dan pentadbiran dalam program tanam semula di sertakan juga infrastruktur dan kapasiti penduduk. Pihak yang terlibat dalam pengurusan dan pentadbiran program tanam semula berserta isu-isu yang dihadapi juga dihuraikan di dalam bab ini. 13 d) Bab 4 Bab ini pula menghuraikan tentang rekabentuk dan pembangunan pangkalan data, rekabentuk pangkalan data dan hasil pangkalan data. e) Bab 5 Bab ini menerangkan tentang hasil kajian dari pengujian yang telah di laksanakan berdasarkan objektif yang telah digariskan. Hasil kajian ini berkaitan penggunaan analisis GIS mendapatkan satu rekabentuk dan membangunkan satu pangkalan data dalam program tanaman semula ini. f) Bab 6 Bab ini berkaitan dengan cadangan dan kesimpulan kajian. Dalam bab ini mengandungi pengenalan, limitasi kajian, cadangan kajian, cadangan lanjutan dan kesimpulan. 14 BAB 2 PROGRAM TANAM SEMULA TANAH FELDA DAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI 2.1 Pengenalan Proses pembangunan tanah yang terlibat di FELDA adalah daripada satu kawasan hutan yang dibangunkan untuk kawasan pertanian iaitu getah dan kelapa sawit. Peringkat seterusnya pengembangan infrastruktur dan pengambilan peneroka. Peringkat penyediaan pemprosesan dan pemasaran dan akhir sekali tanam semula. Pengeluaran dan produktiviti faktor penting bagi kekukuhan ekonomi peneroka. Program tanam semula mula dilaksanakan pada tahun 1984. Sehingga kini terdapat lebih kurang 171 tanah rancangan di seluruh negara telah terlibat dalam program tanam semula. Pentadbiran tanah mempunyai peranan yang penting dalam kegiatan pembangunan tanah FELDA terutamanya dalam program tanam semula. Oleh demikian, sistem pentadbiran tanah itu sendiri haruslah cekap dan berkesan menguruskan atau mentadbir maklumat tanah selaras dengan pembangunan tanah FELDA. Pembentukan dan pembangunan sistem pentadbiran maklumat tanah 15 berkomputer bertujuan mewujudkan pentadbiran maklumat tanah yang lebih moden dan berkesan (Choong, 1995). Dengan menggunakan sistem maklumat geografi, pelbagai analisis dapat dilaksanakan untuk membuat keputusan yang lebih efisien dan berkesan. Tambahan pula, kemudahan capaian data dalam pembanguan tanah FELDA adalah lebih pantas dan pengemaskinian yang lebih mudah berbanding dengan kaedah memfail data secara manual. Pembangunan pangkalan data sistem maklumat geografi dengan menggunakan perisian Arcgis 9.2 adalah sangat sesuai dengan kemudahankemudahan yang dibekalkan oleh perisian itu sendiri. 2.2 Latar Belakang Program Tanam Semula Tanah FELDA Program tanam semula ini melibatkan peneroka sawit dan peneroka getah. Faedah tanam semula pengurusan kebun dijalankan adalah secara berkelompok, kos dapat dikawal ditahap yang rendah, kebun diurus secara sistematik mengikut amalan agronomi, menggunakan bahan tanaman yang dijamin berkualiti, pengurusan yang berpengalaman, sumber dana FELDA yang mencukupi dan menerima faedah insentif dan kemudahan FELDA seperti bonus produktiviti, lebihan hasil dan lain-lain. Faedah masa depan program tanam semula adalah kebun diuruskan dengan sistematik dan baik untuk mendapat penghasilan yang tinggi, peneroka mendapat pendapatan yang stabil setiap bulan, pengurusan berskala besar lebih menjimatkan kos berbanding pengurusan individu, peneroka boleh menambah pendapatan dengan melibatkan diri dalam usaha sampingan, bagi peneroka yang telah berusia, uzur, janda dan sebagainya, kebun diuruskan dengan baik dan mereka hanya menerima pendapatan tetap setiap bulan, mengelakkan eksploitasi orang tengah seperti 16 memajak, menyewa dan membeli hasil tanpa kawalan harga dan peneroka mendapat khidmat dari FELDA yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan ladang. Kemajuan Tanam Semula sehingga Disember 2008, FELDA telah melaksanakan program tanam semula di kawasan seluas 306,591 hektar bagi tanaman sawit dan 42,910 hektar bagi tanaman getah. Perlaksanaan ini melibatkan seramai 87,214 orang peneroka di seluruh negara. Rancangan Tanam Semula diperkenalkan pada tahun 1952 bertujuan untuk membolehkan pekebun kecil yang mempunyai kebun getah tua dan tidak ekonomik menanam semula dengan klon-klon baru yang boleh memberikan hasil dan pulangan yang lebih baik. Melalui rancangan ini juga, pekebun kecil boleh menanam semula dengan jenis tanaman lain seperti kelapa sawit, buah-buahan, spesies balak dan sebagainya. Bagi membiayai dan melaksanakan Rancangan Tanam Semula ini, Kerajaan telah meluluskan Ordinan Kumpulan Wang Perusahaan Getah (Penanaman Semula) 1952 yang memperuntukkan perkara-perkara berikut:• Mewujudkan prosedur pengenaan dan pengutipan ses tanam semula pada kadar 9.92079 sen sekilogram (4.5 sen sepaun) getah yang dieksport daripada negara ini. • Mewujudkan sebuah badan berkanun yang dinamakan Lembaga Perusahaan Getah Tanam Semula (LPGTS) bagi mentadbir Kumpulan Wang Ses bagi maksud melaksanakan Rancangan Tanam Semula. LPGTS telah mentadbir Kumpulan Wang Ses dan melaksanakan Rancangan Tanam Semula selama 20 tahun iaitu dalam tempoh 1952 - 1972. Berkuatkuasa 17 mulai 1 Januari 1973, tugas-tugas LPGTS telah diambilalih oleh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) yang ditubuhkan melalui Akta RISDA Bilangan 85 Tahun 1972. Ses tanam semula yang dikutip dimasukkan ke dalam sebuah tabung yang dinamakan Kumpulan Wang Ses dan ditadbirkan oleh LPGTS dan kemudiannya oleh RISDA. Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1952, ses dikutip di peringkat eksport kerana pada masa tersebut hampir semua getah yang dihasilkan adalah dieksport. Oleh itu kuantum kutipan ses setiap tahun bergantung kepada kuantiti getah yang dieksport dan ini pula dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti pengeluaran getah dalam negara dan penggunaan getah secara domestik. Bagi getah yang diproses dalam negara (kegunaan domestik) ke dalam bentuk barangan nilai ditambah (value-added rubber products), cukai ses dikenakan ke atas pengilang kerana getah ini tidak dieksport sedangkan cukai ses telah dikenakan kepada pekebun kecil. Pekebun kecil dibantu melaksanakan penanaman semula melalui bantuan tanam semula yang diberikan oleh RISDA mengikut kadar-kadar tertentu yang diluluskan oleh Jemaah Menteri. Kadar bantuan yang bermula pada tahap RM 988 sehektar pada tahun 1952 telah dinaikkan sebanyak 7 kali selaras dengan peningkatan kos menanam semula. Perubahan pada kadar bantuan tanam semula yang diberikan kepada pekebun kecil adalah seperti Jadual 2.1. 18 Jadual 2.1 Perubahan Pada Kadar Bantuan Tanam Semula Yang Diberikan Kepada Pekebun Kecil KENAIKAN& KADAR BANTUAN TANAM SEMULA Tarikh Kuatkuasa Kadar Bantuan (RM/Hektar) 1952 988 1953 - 1955 1,236 1956 - 1961 1,483 1962 - 1970 1,853 1971 - 1977 2,224 1978 - 1980 2,965 1981 - 1990 5,436 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) 3,706 (untuk tanaman getah bagi pemilikan >4.0468 hektar) 3,706 (untuk tanaman lain bagi pemilikan <4.0468 hektar) 2,965 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar) 1991 - 2002 6,178 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) 4,201 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar) 4,448 (untuk tanaman getah bagi pemilikan <4.0468 hektar) 3,459 (untuk tanaman lain bagi pemilikan >4.0468 hektar) 2002 - sekarang 7,000 (untuk Tanam Semula getah ke getah integrasi (TSGGI)) 4,448 (untuk Tanam Semula Getah Ke Tanaman Lain (TSGL) (2.5 hektar Ke Bawah) Sumber : RISDA Plantation Jerantut 19 2.3 Aktiviti-Aktiviti Dalam Program Tanam Semula Program tanam semula yang terlibat secara langsung dalam kawasan kajian ini adalah pemilihan tanaman yang bersesuaian dengan pelbagai aspek. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program tanam semula ini adalah penanaman kelapa sawit. Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam). Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya. Perlaksanaan kerja yang terlibat adalah kerja-kerja pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa sawit. Aktiviti pembersihan kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos buruh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula. Adalah penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang. Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman diladang. Bagi aktiviti pembarisan pula barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima. 20 Seterusnya aktiviti yang dilaksanakan adalah penanaman kekacang penutup bumi. Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. Penutup bumi adalah untuk mengawal hakisan, memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen dan memelihara kelembapan tanah Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah Centrosema pubescens, Pueraria phaseoloides dan Calopogonium mucunoides/caeruleum . Benih kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM). Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut: a) Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan. b) Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit. c) Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter. d) Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:Kekacang Kg/ha Centrocema pubescens 4.0 Pueraria phaseoloides 1.1 Calopogonium caeruleum 0.6 e) Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar. f) Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual 2.2: g) Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik 21 Jadual 2.2: Jadual Taburan Baja Debu Fosfat (seperti CIRP) Umur Kekacang Kadar Baja Debu Fosfat (kg/ha) Semasa menanam (sepanjang jalur-jalur) 112 2 bulan 112 6 bulan 112 8 bulan 112 12 bulan 112 Bagi penanamanan benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah sesuai untuk ditanam. Kaedah ringkas penanaman adalah seperti berikut:i. Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan. ii. Taburkan 150g - 200g baja Fosfat didalam lubang. iii. Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan. iv. Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah. v. Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam. vi. Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya. vii. Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau. viii. Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual 2.2: ix. Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurangkurangnya 6 bulan selepas menanam. 22 Jadual 2.3: Jadual Kepadatan Pokok Sehektar Dengan Jarak Tanaman Yang Berbeza Jarak Jumlah Pokok Meter (Kaki) Hektar (Ekar) 8.5 (28) 160 (65) 8.7 (29) 148 (60) 9.0 (30) 136 (55) Aktiviti yang seterusnya adalah tanaman selingan seperti kacang tanah, jagung dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun, tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari dan ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan itu. Haiwan ternakan terutamanya kambing biri-biri mempunyai potensi yang baik untuk diternakkan diladang kelapa sawit. Disamping menambahkan hasil dari jualan ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpai. 23 2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Program Tanam Semula Tanah FELDA Dalam program tanam semula ini terselit sejarah, latar belakang dan dasar program tanam semula ini. Manakala faktor-faktor yang mempengaruhi program tanam semula tanah FELDA adalah seperti pemilihan kawasan, pemilihan jenis tanaman, konsep penanaman semula, pengurusan dalam penanaman semula dan kewangan dan pewarisan. 2.4.1 Pemilihan Jenis Tanaman Faktor yang menentukan jenis tanaman sewaktu tanam semula adalah taburan hujan, jenis tanah, bentuk muka bumi, mengikut zon tanaman yang ditetapkan oleh badan berwajib (MPOB, LGM, Jabatan Pertanian dan FELDA). Peneroka diberi pilihan untuk menentukan jenis tanaman sewaktu tanam semula di mana penjelasan dan perundingan bersama JKKR akan dilaksanakan terlebih dahulu, berdasarkan faktor kesesuaian tanaman dan pulangan ekonomi kepada peneroka sebelum jenis tanaman ditentukan. FELDA tidak membenarkan peneroka menanam dua jenis tanaman dalam satu lot kerana ia menyukarkan FELDA untuk mengurus kebun tersebut. Pertukaran syarat penggunaan tanah bila berlaku perubahan tanaman sewaktu tanam semula kerana apabila berlaku perubahan tanaman sewaktu tanam semula, pertukaran syarat penggunaan tanah perlu di buat. Pertukaran ini dikenakan kadar bayaran yang ditetapkan oleh negeri masing-masing seperti yang termaktub dalam Kanun Tanah Negara dan di bayar oleh peneroka. 24 2.4.2 Konsep Penanaman Semula Pelaksanaan penanaman secara berperingkat akan dibuat kajian terlebih dahulu untuk dipertimbangkan jika terdapat alasan yang munasabah. FELDA Technoplant Sdn. Bhd (FTPSB) bertindak sebagai agen pengurusan kerja tanam semula yang dilantik oleh FELDA. FTPSB dilantik sebagai agen pengurusan tanam semula supaya kebun peneroka dapat diurus secara berkelompok di bawah satu pengurusan. Selain daripada itu mengurangkan kos kerana kebun diuruskan secara berskala besar. FTPSB mempunyai kepakaran untuk menguruskan kebun dengan berskala besar dan meningkatkan pendapatan serta menjaga perpaduan masyarakat. Pengurusan oleh FTPSB adalah dikhususkan kepada ladang sahaja dengan mengamalkan Amalan Pertanian Baik (GAP). Peranan peneroka sebagai tuan tanah dalam memastikan kerja tanam semula dapat dilaksanakan dengan baik adalah seperti berikut: • Peneroka perlu mengesahkan batu sempadan • Peneroka boleh memantau dan memberi teguran kepada FTPSB melalui Mesyuarat Jawatan Kuasa Tanam Semula di rancangan • Peneroka perlu mengesahkan bilangan dirian pokok mencukupi selepas kerja menanam telah disiapkan • Peneroka yang berupaya digalakkan bekerja di lot sendiri dan akan dibayar upah kerja. 2.4.3 Pengurusan Dalam Penanaman Semula Kakitangan FTPSB akan ditempatkan di sesebuah rancangan 3 bulan sebelum kerja tanam semula bermula. Bagi rancangan yang menyediakan tapak semaian penempatan kakitangan dilaksanakan setahun lebih awal. Bolehkah kebun peneroka 25 yang dipajak atau digadai, ditanam semula oleh FELDA? Jawapannya boleh, kebun peneroka yang dipajak atau digadai boleh ditanam semula oleh FELDA, dengan syarat peneroka menyelesaikan dahulu bayaran pajakan dan gadaian serta tiada tuntutan oleh pemajak selepas bayaran dibuat manakala bagi pajakan dan gadaian dengan institusi yang berdaftar, perundingan dan persetujuan di antara FELDA, peneroka dan institusi berkenaan perlu diperolehi. Peneroka perlu menandatangani surat perjanjian setelah mendapat kelulusan tanam semula oleh FELDA dan peneroka bersetuju dengan syarat yang terkandung dalam surat perjanjian. Selepas peneroka meninggal dunia, pengganti akan dilantik dari kalangan waris kadim atau pentadbir seperti yang diputuskan oleh Pentadbir Pusaka/Pejabat Tanah. Pengganti peneroka tersebut berhak untuk menandatangani surat perjanjian tanam semula berkenaan. Peneroka hanya perlu menandatangani sejenis surat perjanjian sahaja iaitu Surat Perjanjian Pengurusan Tanam Semula. Penerangan mengenai kandungan surat perjanjian tanam semula diberikan semasa kempen tanam semula kepada semua pihak dirancangan. Satu salinan surat perjanjian yang telah ditandatangani akan diberi kepada peneroka. FELDA perlu melindungi kepentingannya dan hak FELDA yang telah mendahulukan perbelanjaan sewaktu tanam semula dilaksanakan. Kempen dan penerangan tanam semula dibuat setelah sesuatu rancangan mendapat kelulusan tanam semula dari FELDA dan dua tahun sebelum kerja-kerja tanam semula dijalankan. Peneroka hanya dibenarkan mengambil hasil sawit/getah sebelum sara hidup dibayar. Jualan akan dilakukan secara tender terbuka oleh FELDA dan hasilnya akan dikembalikan kepada peneroka atau digunakan untuk menampung kos pembangunan tanam semula. Sumber pendapatan FTPSB adalah melalui bayaran levi pengurusan sebanyak RM10 seekar sebulan yang diterima dari FELDA semasa tempoh pembangunan tanam semula. Apabila kebun mula berhasil, peneroka akan dikenakan levi 26 pengurusan dengan kadar RM10 seekar sebulan. FTPSB adalah anak syarikat FELDA Holdings di mana 51% kepentingan ekuitinya dimiliki oleh Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Peneroka akan mendapat keuntungan melalui dividen dan bonus yang dibayar oleh KPF. FTPSB adalah syarikat yang dilantik oleh FELDA sebagai agen pengurusan untuk menawarkan perkhidmatan terbaik. Peneroka boleh membuat aduan mengenai urusan tanam semula melalui Pengurusan rancangan FELDA, Jawatankuasa Tanam Semula Rancangan dan JKKR/JKKK. Pengurus FTPSB akan ditempatkan di setiap rancangan tanam semula berdasarkan pada keperluan tugas. Peneroka perlu membayar sendiri bayaran cukai tanah dengan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Pejabat Tanah dan Galian Negeri. Pengurus FELDA akan membuat bancian ke atas batu sempadan bersama peneroka dan disahkan oleh Pengurus FTPSB. Kerja ini perlu disiapkan sebelum kerja tanam semula. Kerja mencari dan mengganti batu sempadan akan dimasukkan dalam sebahagian kos pembangunan tanam semula. Peneroka layak untuk menuntut ganti rugi sekiranya kebun tidak diuruskan dengan baik kerana denda akan dikenakan kepada pemborong sekiranya gagal menjalankan kerja mengikut spesifikasi yang ditetapkan dan kutipan denda akan dimasukkan ke dalam akaun peringkat. FELDA akan menentukan sebaik mungkin kerja tanam semula mengikut Amalan Pertanian Baik (GAP). Biji benih yang digunakan untuk tanam semula, dikeluarkan oleh anak syarikat FELDA iaitu FELDA Agricultural Services Sdn. Bhd (FASSB). Biji benih telah disahkan dan terbukti mempunyai kualiti yang tinggi. Penghasilan bahan tanaman adalah dari sumber biji benih yang baik dan pengurusan tapak semaian yang sempurna dan terbaik dilaksanakan bagi mengeluarkan bahan tanaman yang bermutu tinggi. Penubuhan tapak semaian mendapat Sijil Oil Palm Nursery Certificate (OPNC) yang dikeluarkan oleh MPOB. Pembelian anak getah dan sawit dari pembekal lain tidak dibenarkan kecuali mendapat kelulusan dari FELDA. Setelah 27 kebun ditanam semula, peneroka layak mendapat insentif dan kemudahan yang diberikan oleh FELDA seperti bonus produktiviti, pinjaman pembesaran rumah, pinjaman pelajaran tinggi, SIUF dan lain-lain. Kawasan-kawasan kosong dan paya akan dimajukan kerana ia adalah sebagai langkah untuk mengawal serangan musuh dan penyakit. Koperasi yang mempunyai kemampuan dan pengalaman akan diberi keutamaan untuk menjalankan kerja tanam semula. Jalan pertanian akan dibuat dan diperbaiki berdasarkan keperluan. Ia menggunakan peruntukkan tanam semula dan jika tidak mencukupi ia akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Tanam Semula supaya kos tersebut dikira operasi kebun dan perlu ditanggung oleh peneroka. FELDA boleh membetulkan jajaran jalan pertanian mengikut keperluan semasa dan kos akan dimasukkan ke dalam kos pembangunan tanam semula. Kerja ini hanya melibatkan jalan pertanian kedua sahaja dan tidak termasuk jalan utama serta tidak menjejaskan batu sempadan. FELDA boleh mengambil tanah laterit dari lot peneroka untuk menaik taraf jalan pertanian setelah rundingan dibuat dan mendapat persetujuan dari tuan lot. Pandangan peneroka akan diambil kira sewaktu kerja pembangunan tanam semula dibuat, asalkan pandangan tersebut disalurkan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Tanam Semula peringkat rancangan. Jawatankuasa Tanam Semula ditubuhkan selepas pokok sawit atau getah mula ditebang. Pengerusi Jawatan kuasa ialah Pengurus FELDA. Ahli-ahlinya terdiri dari Pengurus FTPSB, Timbalan Pengerusi JKKR/Pengerusi JKKK, Wakil setiap blok, Pengerusi Koperasi, GPW dan Belia. Mesyuarat perlu diadakan sekurangkurangnya sekali sebulan. Pengurus FTPSB boleh menghadiri Mesyuarat JKKR sebagai wakil undangan jika dikehendaki oleh pengerusi. 28 Pengurusan jalan pertanian merupakan salah satu aktiviti yang penting dalam operasi ladang. Segala perbelanjaan yang melibatkan jalan pertanian akan dikira sebagai sebahagian daripada kos operasi ladang dan di puratakan mengikut purata keluasan kebun. Kos ini ditanggung oleh peneroka. Peneroka yang terlibat dalam penananaman semula bersama FELDA akan menikmati kelebihan seperti berikut: • Kebun diuruskan dengan sistematik dan baik untuk mendapat penghasilan yang tinggi • Peneroka mendapat pendapatan yang stabil setiap bulan • Pengurusan berskala besar lebih menjimatkan kos berbanding pengurusan secara individu • Peneroka boleh menambah pendapatan dengan melibatkan diri dalam usaha sampingan • Bagi peneroka yang telah berusia, uzur, janda dan sebagainya, kebun diuruskan dengan baik dan mereka hanya menerima pendapatan tetap setiap bulan. • Mengelakkan eksploitasi orang tengah seperti memajak, menyewa dan membeli hasil tanpa kawalan harga. • Peneroka mendapat khidmat dari FELDA yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan ladang • Peneroka mendapat kemudahan pinjaman yang disediakan oleh FELDA seperti SIUF, pinjaman pembesaran rumah, pinjaman pelajaran tinggi dan sebagainya. Dalam keadaan biasa, kerja menanam mesti disiapkan dalam tempoh enam hingga lapan bulan dari tarikh mula ditebang. Sulaman dilakukan dalam tempoh setahun selepas tanam semula. Bahan tanaman Advance Planting Material (APM) akan digunakan bagi tujuan ini. Peneroka perlu membuat pengesahan dalam tempoh 3 bulan selepas siap tanam. Peneroka dianggap bersetuju sekiranya pengesahan tidak dibuat dalam tempoh tersebut. Bagi tanaman kelapa sawit, ternakan perlu dikeluarkan tiga bulan sebelum kerja penebangan dilakukan. Ternakan dibenarkan 29 masuk ke kebun selepas pokok mencapai umur lapan tahun. Bagi tanaman getah, ternakan dilarang sama sekali berada di dalam kebun. Peneroka digalakkan mengusahakan tanaman kontan selagi tidak mengganggu urusan kerja tanam semula dan memberi kesan kepada tanaman utama. Peneroka perlu mengikut peraturan yang ditetapkan oleh FELDA. Tanaman hanya boleh diusahakan bagi tempoh tahun pertama pembangunan sahaja. Antara tanaman kontan ialah tembikai, cili, jagung, ubi keledek, labu, jenis sayur sayuran dan tanaman lain yang disyorkan oleh agensi berkenaan. Kadar pembajaan di kawasan kebun dikurangkan untuk mengurangkan kos perbelanjaan operasi ladang dibenarkan setelah mendapat kelulusan FELDA seperti syor yang dibuat oleh FELDA Agricultural Services Sdn Bhd (FASSB). Ini kerana kos baja merupakan 35 -40 % daripada kos operasi ladang. Pembajaan merupakan elemen yang penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi. Pengurangan kadar baja akan menjejaskan pertumbuhan pokok yang turut menjejaskan hasil. Ahli blok amat digalakkan untuk bekerja atau menjadi kontraktor di blok sendiri tetapi perlu mematuhi penentuan kerja dan spesifikasi yang ditetapkan. Peneroka digalakkan bekerja dengan kontraktor yang dilantik oleh FELDA atau sebagai buruh harian, terutama bagi kerja yang tidak melibatkan mekanisasi. FELDA menyediakan kemudahan sara hidup kepada peneroka yang menanam semula. Terpulang kepada peneroka untuk memilih sama ada mengambil sara hidup atau tidak. Sara hidup merupakan pendapatan sementara sebelum kebun berhasil untuk menampung perbelanjaan keluarga dan dikira sebagai hutang peribadi. Sara hidup di bayar apabila kawasan kebun mula ditebang. Peneroka tidak menanggung hutang 30 seumur hidup dan perlu dibayar dalam tempoh 15 tahun. Bayaran akan dikutip daripada hasil ladang. FELDA sentiasa menggalakkan penglibatan pekerja tempatan terutama belia dalam melaksanakan kerja-kerja ladang sama ada bekerja dengan koperasi, pemborong yang di lantik atau pun mengambil kontrak secara individu. FELDA menggalakkan penglibatan belia dan warga peneroka dalam urusan kerja kebun dengan menjadikan kerja ladang menarik bagi mereka dan boleh mendatangkan pendapatan lumayan. Ini dilakukan dengan menambah baik kemudahan dan prasarana, meningkatkan penggunaan teknologi baru dan mekanisasi ladang serta mengadakan insentif seperti elaun rumah, motor, EPF dan Socso. 2.4.4 Kewangan dan Pewarisan Syarat untuk tanam semula ialah bagi tanaman sawit adalah peneroka telah habis Bayaran Kembali, mendapat persetujuan JKKR, pendapatan peneroka kurang daripada RM800/bulan atau hasil kurang daripada 13.6 tan sehektar setahun, mendapat kelulusan Jawatankuasa Tanam Semula Ibu Pejabat dan Lembaga FELDA jika tidak memenuhi syarat di atas dengan alasan yang munasabah. Selain daripada itu syarat berkenaan ketinggian pokok melebihi 50 kaki (15 meter), bagi sawit umur pokok yang dituai melebihi 25 tahun. Manakala bagi getah ialah peneroka telah habis Bayaran Kembali dan jika belum habis BK perlu ditolak dari jualan kayu getah, mendapat persetujuan JKKR, pendapatan peneroka kurang daripada RM800/bulan atau hasil kurang daripada 1000 kg sehektar setahun,mendapat kelulusan Jawatankuasa Tanam Semula Ibu Pejabat dan Lembaga FELDA jika tidak memenuhi syarat di atas dengan alasan yang munasabah dan panel torehan parah dan tiada tempat lagi untuk ditoreh setelah dilakukan ekploitasi hasil. 31 Peneroka tidak diwajibkan mengambil sara hidup tetapi FELDA menyediakan kemudahan ini bagi membolehkan peneroka membiayai perbelanjaan keluarga sebelum kebun mengeluarkan hasil. Proses penjualan kayu getah adalah seperti berikut: • Anggaran tan/ha kayu getah yang akan dikeluarkan akan dibuat terlebih dahulu • Urusan tender diuruskan oleh FELDA secara terbuka mengikut pecahan blok dan ditawarkan kepada penender yang memberi harga tertinggi • Pemborong hanya dibenarkan masuk kerja setelah wang belian kayu getah dibayar sepenuhnya kepada peneroka • Peneroka akan dibayar baki wang kayu getah setelah ditolak hutang FELDA • Mematuhi peraturan Surat Pekeliling TPB – Operasi 6/2007 bertajuk Panduan Pengeluaran Kayu Getah. Kebun tanam semula akan di insurans dan dilindungi selagi peneroka bersama FELDA dan membuat caruman dengan kadar RM10 seekar setahun, bermula selepas siap kerja menanam. Kos insuran sebelum siap kerja menanam dikira sebahagian kerja operasi tanam semula. Pembangunan tanam semula bagi sesuatu peringkat tidak boleh dilaksanakan sebahagiannya kerana pelaksanaan secara berperingkat-peringkat akan menambah kos kerja tanam semula. Kerja tanam semula yang dilaksanakan secara berkelompok dapat mengawal kos di tahap yang rendah dan kebun dapat diurus dengan cekap. Semua peneroka dikehendaki menyertai tanam semula bersama FELDA secara berkelompok kerana ia memudahkan pemantauan dibuat oleh FELDA, Jawatankuasa tanam semula dan kos operasi dapat dikawal pada tahap yang sebaiknya dan hutang lama dapat dikutip dan peneroka mendapat pendapatan yang 32 terjamin di bawah pengurusan FELDA. Pemilihan kontraktor dibuat melalui tender yang diuruskan oleh FELDA. Kontraktor dipilih berdasarkan kepada tawaran harga yang kompetitif, berkemampuan dan berpengalaman. Waris perlu mendapatkan persetujuan keluarga melalui pentadbir pusaka di Pejabat Tanah. Hanya seorang sahaja akan dilantik sebagai pengganti dan segala urusan kebun serta agihan pendapatan ladang diserahkan kepada pengganti yang diiktiraf. 2.5 Isu Dan Masalah Dalam Program Tanam Semula Tanah FELDA Menggunakan Kaedah Konvensional Tanpa GIS. FELDA ditubuhkan pada tahun 1956 bertujuan untuk membasmikan kemiskinan di luar bandar; sehingga kini terdapat 120,000 keluarga Peneroka FELDA diseluruh Negara dan rancangan FELDA terdapat diseluruh Negara kecuali Sarawak dan Pulau Pinang dengan Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu mempunyai pertaburan yang terbanyak. Sehubungan dengan itu, dalam program tanam semula ini merupakan di antara tujuan utama penubuhan FELDA iaitu untuk membasmi kemiskinan. Sejajar dengan cabaran global, Sistem Maklumat Geografi (GIS) memainkan peranan penting dalam pelbagai bidang. Pengemaskinian dan perolehan semula data merupakan proses yang amat penting dalam pengurusan tanah FELDA. Oleh itu dengan menggunakan kaedah ini peneroka tidak terbeban dengan pelbagai masalah yang berkaitan dengan capaian data dengan menggunakan sistem maklumat geografi (GIS). 33 Antara masalah yang dihadapi oleh peneroka sebelum ini dengan menggunakan kaedah konvensional adalah seperti capaian data yang lambat dalam menentukan siapa yang layak dalam program tanam semula dimana Rancangan Tanam Semula disediakan untuk pekebun kecil yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh FELDA dari semasa ke semasa. Syarat seterusnya, pekebun kecil iaitu mereka yang memiliki tanah kurang daripada 40.4678 hektar (100 ekar). Tanah yang hendak ditanam semula juga perlu memenuhi syarat-syarat bantuan tanam semula yang ditetapkan oleh FELDA. Isu yang seterusnya dalam program tanam semula tanah FELDA menggunakan kaedah konvensional tanpa GIS adalah berkaitan masalah menganalisis data pokok yang hendak ditanam semula. Syarat bagi program tanam semula adalah lot-lot terbabit mestilah mengandungi pokok getah tua atau bukti menunjukkan kebun tersebut pernah mengandungi pokok getah tua seperti tunggultunggul getah dalam kebun tersebut atau kebun tersebut mempunyai lesen getah lama (Rubber Cultivation Book) yang menunjukkan kebun mengandungi pokok getah bertoreh selepas tahun 1952. Oleh itu menganalisa data berkaitan pokok yang hendak di tanam semula tersebut adalah penting dalam menentukan keputusan dalam kelulusan syarat tanam semula supaya ia mudah dan cepat. Penentuan dalam jenis tanaman yang diluluskan dalam program tanam semula ini adalah penting kerana bagi pekebun kecil yang memiliki tanah-tanah yang memenuhi syarat-syarat kelayakan tanam semula Tidak melebihi 2.5 hektar; boleh ditanam semula dengan mana-mana satu jenis tanaman yang dibenarkan dalam satusatu masa sebagai tanaman utama seperti Getah, kelapa sawit, koko, kelapa, kopi, buah-buahan bukan jenis limau, buah-buahan jenis limau, lada hitam, nenas, orkid, medang teja dan spesis balak. Jenis tanaman yang hendak ditanam semula hendaklah menepati syarat kegunaan tanah atas geran tanah. Jika tidak menepati syarat pada geran tanah, pemilik tanah hendaklah memohon ubah syarat kegunaan tanah kepada Pentadbir Tanah Daerah. 34 Masalah seperti diatas dialami oleh peneroka dan kakitangan FELDA dalam menentukan jenis tanaman yang hendak di tanam kerana penelitian dan kajian terhadap tanah dan syarat-syarat tersebut menghadapi masalah yang berhubungkait dengan mendapatkan maklumat atau data yang diperlukan memakan masa yang lama, komunikasi yang panjang dan bermasalah dengan capaian keputusan. Isu yang lain dalam program tanam semula menggunakan pangkalan data secara konvensional akan mengalami masalah yang berbangkit yang lain seperti capaian data wang caruman peneroka di dalam Tabung Tanam Semula yang berbeza keran terdapat beberapa pihak pengurusan yang berlainan. Tambahan pula isu yang akan datang adalah terlalu banyak sekiranya kaedah konvensional ini terus digunapakai. Antara masalah yang di alami adalah seperti masalah menguruskan pembelian buah-buah sawit sebelum dihantar ke Kilang Sawit (Kilang Sawit FELDA). Isu-isu lain seperti isu perwarisan, generasi kedua perumahan, isu lebihan tanah didalam sesuatu rancangan FELDA, isu mutu baja FELDA, dan isu hak-hak peneroka dan lain-lain yang perlu mendapat perhatian. Dengan pangkalan data GIS ini isu dan masalah yang telah di kaji dan di alami selama ini oleh peneroka dan kakitang FELDA dapat di atasi dan diselesaikan dengan pantas dan membuktikan pangkalan data yang sisitematik dan berkesan dari segala aspek. FELDA telah mengenal pasti terdapat beberapa kelemahan yang berlaku di dalam mutu kerja tanam semula adalah disebabkan beberapa faktor iaitu:- • kekurangan tenaga kerja ladang • kemampuan pemborong • mutu pengawasan dan penguatkuasaan • kemahiran mengurus 35 Oleh itu tindakan yang diambil oleh FELDA adalah : • menambah tenaga buruh melalui kemasukan buruh asing • melibatkan tenaga kerja tempatan terutama warga FELDA • warga FELDA digalakkan turut sama menyertai kerja-kerja ladang sebagai usaha menambah pendapatan • kecekapan badan-badan peneroka khususnya koperasi dipertingkatkan melalui khidmat nasihat dan bimbingan • mengambil tindakan ke atas kakitangan yang lemah • mengenakan denda kepada pemborong yang cuai atau tidak menurut spesifikasi kerja dan menamatkan pemborong yang lemah atau mengecilkan kawasan kerja bagi pemborong yang kurang berkemampuan • meningkatkan kesedaran para peneroka terhadap mutu ladang yang baik dan penghasilan yang tinggi. 2.6 Sistem Maklumat Geografi (GIS) Maklumat yang dikendalikan dengan menggunakan sistem maklumat merupakan satu gabungan operasi yang melibatkan perancangan, pemerhatian, pengumpulan, penyimpanan, pengurusan serta penganalisisan data bagi menghasilkan maklumat yang boleh digunakan dalam proses pembuat keputusan. Oleh itu, sistem maklumat adalah berasaskan satu pengubahan data bagi menyediakan bantuan analitik kepada penganalisis dan pembuat keputusan. Bagi maklumat geografi, sistem maklumat yang digunakan ialah sistem maklumat geografi. Terdapat banyak tanggapan tentang sistem maklumat geografi sama ada dari segi definisi, komponen, keupayaan serta aplikasinya (Ruslan et al, 1998:16) 36 Sumber: Ruslan et al (1998:17) Rajah 2.1 Sistem Maklumat Secara Ringkas Rajah di atas menerangkan sistem maklumat secara ringkas bermula dengan perancangan dan tujuan sistem maklumat berkenaan diwujudkan dimana didalam perancangan wujud setiap objektif dan kepentingan sistem maklumat.yang akan disimpan dikumpulkan atu direkabentuk. Apabila perancangan disediakan dan di kompilasikan langkah seterusnya pengumpulan data atribut dan spatial di jalankan dan seterusnya storan data dilaksanakan secara terpeinci dan teliti. Setelah proses manipulasi data dan analisis dijalankan hasil output boleh dipaparkan dan diwujudkan. Disamping itu sebagai pengguna dengan sistem maklumat geografi ini dapat dijadikan sebagai jentera bertindak dalam penganalisaan maklumat. Sejajar dengan tindakan pengguna sistem maklumat ini dijadikan satu maklumat atau data sebagai keperluan. Sistem maklumat geografi boleh didefinisikan dengan pelbagai cara kerana terdapat pendekatan yang berlainan dan pengguna yang terdiri daripada pelbagai bidang. Clarke (1997) telah memberi definisi yang umum dengan merujuk GIS 37 sebagai data ruangan yang unik yang boleh dihubungkan kepada peta geografi. Secara ringkasnya GIS boleh dikatakan sebagai sebuah pangkalan data, sebuah maklumat, dan cara menghubungkan kedua-dua pangkalan data dan maklumat. Beberapa pendekatan boleh digunakan untuk menghuraikan GIS termasuk : 2.6.1 • GIS sebagai kotak alatan • GIS sebagai sistem maklumat • GIS sebagai pendekatan sains • GIS dalam kajian sosioekonomi GIS Sebagai Kotak Alatan (Toolbox) GIS dilihat sebagai alat untuk menganalisis data ruangan. Secara amnya, GIS ialah alat memberi keupayaan dalam mengendalikan data ruangan. Burrough (1986) mendefinisikan GIS sebagai "Satu set alat yang berkuasa untuk mengumpul, menyimpan, mendapat semula sesuka hati, mengubah atau mentranformasi, dan memapar data ruangan dari dunia sebenar." Di sini GIS ditekankan sebagai alat yang direkabentuk untuk menyelesaikan masalah khusus. Jika dilihat GIS dari sudut fungsi, Clarke (1995:13) mendefinisikan GIS sebagai "Satu sistem bantuan komputer untuk mengumpul, menyimpan, mendapat semula, menganalisis dan memapar data ruangan." 2.6.2 GIS Sebagai Sistem Maklumat (Information System) Jack Estes and Jeffrey Star (1990:2) mendefinisikan GIS sebagai "sebuah sistem maklumat yang direkabentuk untuk mengendalikan data berkaitan dengan ruangan dan koordinat geografi. Dengan kata lain, GIS ialah kedua-duanya sebagai sistem pangkalan data, dengan keupayaan mengendalikan data ruangan rujukan, dan sebagai satu set operasi mengendalikan data." 38 GIS sebagai sistem maklumat juga didefinisikan oleh Duecker (1979:6) sebagai "Satu kes sistem maklumat yang khas yang mana pangkalan data mengandungi pengamatan tentang sifat (features), aktiviti dan kejadian (events) yang bertaburan mengikut ruang yang didefinisikan dalam ruang sebagai titik, garisan, atau kawasan. Sistem maklumat geografi mengolah data tentang titik, garisan dan kawasan ini untuk mendapatkan semula data untuk pertanyaan dan analisis secara ad hoc." Sistem maklumat yang khas di sini bermakna GIS mempunyai teknologi sistem maklumat. GIS tidak mencipta pengurusan pangkalan data yang mana sudah wujud dalam bidang sains komputer. Mengikut Duecker (1979), pangkalan data sendiri mengandungi satu set pengamatan, yang merupakan pendekatan pengukuran saintifik. Ahli sains mengambil ukuran dan mencatatkan ukuran ke dalam sistem yang dapat membantu menganalisis data. Pengamatan yang dijalankan adalah pengamatan tentang sifat, aktiviti dan kejadian. Sifat (feature) adalah istilah kartografi tentang benda yang diletak pada peta. Sifat titik mewakili sesuatu lokasi; sifat garis mewakili beberapa lokasi sepanjang garisan, contohnya jalan dan sungai; sifat kawasan pula mewakili garis yang tertutup, contohnya tasik, lot tanah dan sebagainya. "Aktiviti" mempunyai hubungan dengan sains kemasyarakatan. Aktiviti manusia menjanakan taburan dan corak geografi. Ini memberikan peta taburan penduduk, peta banci, lokasi infrastruktur dan sebagainya yang menunjukkan kehidupan harian manusia. "Kejadian" dalam GIS menunjukkan data geografi bukan sahaja mempunyai dimensi ruang tetapi juga masa. Masa merupakan dimensi keempat yang menjadi sebahagian dalam data, dapat menunjukan perubahan yang berlaku pada sesuatu sifat pada tempoh tertentu. 39 2.6.3 GIS Sebagai Pendekatan Kepada Sains Sebagai alat dan sistem maklumat, GIS telah mengubah pendekatan dalam analisis data ruangan. Sejajar dengan perkembangan teknologi ukur tanah, remote sensing, air photos, global positioning system (GPS), dan komputer dan komunikasi mudah alir telah menjadikan GIS berkembang dengan pesat. Teknologi GIS telah menjadi semakin mudah, murah dan telah diguna secara meluas dalam bidang perhutanan, antropologi, epidermiologi dan perniagaan. Perubahan ini telah menjadikan GIS sebagai sebuah pendekatan sains baru. Goodchild (1992) memanggil pendekatan sains ini sebagai sains maklumat geografi (geographical informaion science) dan mendefinisikan sebagai "isu berhubung dengan teknologi GIS, menghalang kejayaan pelaksanaan, atau wujudkan pemahaman tentang potensi keupayaannya." Beliau juga menyatakan ini meliputi penyelidikan dalam (research on) GIS dan penyelidikan dengan (research with) GIS. 2.6.4 Sistem Maklumat Geografi Dalam Penggunaan Kajian Sosioekonomi Penggunaan GIS biasanya dikaitkan dengan maklumat fizikal sama ada secara semula jadi atau buatan manusia. Penggunaan GIS dalam kajian sosioekonomi masih mempunyai potensi besar. Dalam mengkaji demografi dengan pendekatan GIS, data penduduk adalah merujuk kepada individu penduduk yang bertabur dalam ruangan geografi. Taburan individu penduduk ini adalah berbeza dengan taburan objek geografi seperti rumah, hutan, jalan, sungai yang mempunyai lokasi yang tetap. Namun, hubungan wujud antara kedua-dua fenomena dalam ruang geografi yang sama. 40 2.7 Sistem Maklumat Geografi (GIS) Dalam Program Tanam Semula. Kepentingan Sistem Maklumat Geografi dalam Program Tanam Semula tanah FELDA adalah berkesan dan seiring dengan kehendak pihak pengurusan FELDA dan peneroka itu sendiri. Di mana di dalam program ini semua pihak yang terlibat berharap agar program ini mendatangkan faedah masa depan yang cerah seperti kebun diuruskan dengan sistematik dan baik untuk mendapat penghasilan yang tinggi, peneroka mendapat pendapatan yang stabil setiap bulan, pengurusan berskala besar lebih menjimatkan kos berbanding pengurusan individu, peneroka boleh menambah pendapatan dengan melibatkan diri dalam usaha sampingan. Manakala bagi peneroka yang telah berusia, uzur, janda dan sebagainya, kebun diuruskan dengan baik dan mereka hanya menerima pendapatan tetap setiap bulan. Dalam program ini juga dapat mengelakkan eksploitasi orang tengah seperti memajak, menyewa dan membeli hasil tanpa kawalan harga, peneroka mendapat khidmat dari FELDA yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan ladang. Faedah yang di harapkan pada masa akan datang lebih membuka minda peneroka dengan wujudnya satu sistem pangkalan data GIS di perkenalkan dan digunapakai. Selain daripada memudahkan capaian data sistem pangkalan data GIS juga dapat membantu dan memudahkan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 2.8 Keperluan dan Kepentingan Sistem Maklumat Geografi Bagi Program Tanam Semula Pelaksanaan GIS merupakan keperluan yang penting untuk dilaksanakan dalam program tanam semula ini kerana ia merupakan perintis di dalam 41 membangunkan tanah FELDA dengan lebih maju dan seiring dengan perkembangan teknologi yang semakin pesat. Pembangunan GIS melibatkan kegunaan dipelbagai peringkat dan jabatan khususnya dalam bidang perancangan dan pengurusan. Antara keperluannya adalah dalam pemilihan dan analisis tapak, pemilihan pembangunan data yang bakal digunapakai, pemilihan lokasi bagi pembangunan persekitaran, utiliti dan sebagainya. Penggunaan data-data terkini menyebabkan proses perancangan dalam program tanam semula akan berjalan dengan lancar dan wujudnya perkongsian maklumat GIS di antara semua pihak baik peneroka atau kakitangan pengurusan membolehkan pengurusan pentadbiran lebih teratur. Pembangunan Pangkalan Data Dalam Program Tanam Semula Tanah FELDA merupakan satu pembangunan pangkalan data GIS untuk tujuan perancangan dan pengurusan tanah peneroka yang memilih program tanam semula yang di uruskan sepenuhnya oleh FELDA. Pembangunan pangkalan data dalam program tanam semula tanah FELDA diolah dan dimanipulasi bagi menggambarkan dan mempersembahkan senario perancangan di peringkat FELDA itu sendiri . Kepentingan yang dikaji bagi pembangunan pangkalan data dalam program tanam semula tanah FELDA Jengka 25 ini adalah diantaranya: i. Dengan menggunakan sistem GIS dapat melancarkan dan menambahbaikan dalam merealisasikan pencapaian maksimum dalam pembangunan tanah FELDA dan fokus kepada program tanam semula. ii. Merekabentuk dan membangunkan pangkalan data GIS dalam program tanam semula tanah FELDA Jengka 25 berdasarkan pengumpulan maklumat dengan kerjasama kakitangan pejabat FELDA Jengka 25. iii. Data-data yang dibekalkan oleh kakitangan pejabat FELDA Jengka 25 dalam program tanam semula akan dikemaskini mengikut format GIS. 42 iv. Membangunkan aplikasi GIS berdasarkan keperluan pengurusan tanam semula tanah FELDA dan juga maklumat-maklumat yang terdapat dalam pangkalan data bagi tujuan semasa atau masa akan datang. v. Dengan aplikasi GIS ini dapat membantu kakitangan program tanam semula dalam merangka, membangunkan dan menubuhkan satu program strategi komersial untuk menggalakkan pekebun kecil menanam semula pokok-pokok getah tua dengan pokok-pokok getah atau jenis tanaman lain yang mengeluarkan hasil yang tinggi dan ekonomik. vi. Selain itu aplikasi GIS ini dapat membantu dalam mengenalpasti dan menentukan bahawa kehendak-kehendak Pentadbiran, peraturan dan sistem bagi melaksanakan program Tanam semula dan program-program sokongan dipatuhi. vii. Mengumpul maklumat pekebun kecil melalui pendaftaran, rekod Pemprosesan dan pembayaran bantuan tanam semula melalui Sistem Maklumat Geografi ini. viii. Pangkalan data yang dibentuk dapat mengendali rekod yang lengkap dan kemaskini berhubung dengan pekebun kecil yang menyertai program tanam semula dan program-program sokongan. ix. Objektif dalam program tanam semula ini antaranya adalah memberi khidmat berkualiti kepada pekebun kecil. Oleh itu dengan pangkalan data GIS ini objektif ini amatlah bersesuaian. 43 2.9 Kesimpulan Kesimpulan daripada huraian bab ini adalah ia dapat memberikan gambaran dan kefahaman berkaitan dengan program tanam semula tanah FELDA. Secara umumnya bab ini difokuskan secara langsung kepada aktiviti-aktiviti dalam program tanam semula dan faktor-faktor yang mempengaruhi program tanam semula ini dari segi pemilihan kawasan yang bersesuaian, pemilihan jenis tanaman, konsep penanaman semula, pengurusan dalam penanaman semula seterusnya kewangan dan pewarisan dapat dirungkaikan dan diperhalusi satu persatu isu dan masalah dalam program tanam semula tanah FELDA menggunakan kaedah konvensional tanpa GIS. Sistem Maklumat Geografi dalam program tanam semula serta keperluan dan kepentingan sistem maklumat geografi bagi program tanam semula mempunyai kaitan yang sinonim dan berkepentingan dalam kajian ini. 44 BAB 3 KAJIAN KES: FELDA JENGKA 25 TEMERLOH PAHANG 3.1 Pengenalan Kemajuan Tanam Semula sehingga Disember 2008, menunjukkan FELDA telah melaksanakan program tanam semula di kawasan seluas 306,591 hektar bagi tanaman sawit dan 42,910 hektar bagi tanaman getah. Perlaksanaan ini melibatkan seramai 87,214 orang peneroka di seluruh negara. Jadual 3.1 menunjukkan pecahan tanaman semula berdasarkan hasil bancian peneroka yang telah memilih pengurusan dalam program tanam semula. Rumusan bagi jadual tersebut adalah peneroka lebih cenderung untuk memilih program tanam semula di bawah pengurusan FELDA berbanding dengan menguruskannya sendiri. Ia berdasarkan bilangan peneroka yang memilih untuk diurus oleh FELDA adalah seramai 73,573 berbanding dengan 13,641 peneroka yang memilih untuk melakukan penanaman semula secara sendiri. 45 Jadual 3.1 : Jadual Pecahan Kawasan Tanam Semula Luas (Hektar) Bilangan Diurus Sawit Getah Jumlah Peneroka FELDA 37,155 34,277 71,432 19,330 Pemulihan FELDA 5,202 4,361 9,563 3,400 FTPSB 206,446 4,272 210,718 50,843 Jumlah 248,803 42,910 291,713 73,573 Sendiri 57,788 - 57,788 13,641 Jumlah Besar 306,591 42,910 349,501 87,214 3.2 Latarbelakang Kawasan Kajian Kawasan kajian terletak di Jengka 25 di Mukim Jenderak dalam Daerah Temerloh salah satu daripada 11 daerah dalam Negeri Pahang. Daerah penelitian sekitar lebih kurang 30 lot kadaster yang merangkumi pelbagai jenis tanaman, diantaranya seperti tanaman kelapa sawit dan getah. Wilayah Jengka merupakan penempatan FELDA terbesar di Malaysia yang terletak di negeri Pahang Darul Makmur. Wilayah Jengka juga dikenali sebagai Segitiga Jengka kerana kedudukannya meliputi tiga daerah iaitu Temerloh, Jerantut dan Maran. Bandar Pusat Jengka atau Jengka Town Centre merupakan bandar utama FELDA di Pahang. Bandar Pusat Jengka adalah pusat dari Segitiga Jengka yang dikenali sebagai FELDA Jengka. Segitiga Jengka merupakan mukim FELDA yang terbesar di dalam Malaysia 46 Jengka 25 telah di bangunkan pada tahun 1978 dan meliputi kawasan pertanian kelapa sawit yang mempunyai keluasan 630 hektar. Ia terletak dalam lingkungan 20 km dari Bandar Jengka dan 180 km dari bandar Kuantan. Secara keseluruhannya terdapat lebih kurang 152 buah keluarga dalam Jengka 25. Kawasan kajian ini menjadi pilihan kerana ia mempunyai kawasan yang terlibat secara langsung dengan penanaman semula dan mempunyai bentuk topografi yang sesuai. Di samping itu kawasan ini didiami pelbagai kaum dan lengkap dengan pelbagai infrastruktur seperti kedai, klinik, mini market, masjid, sekolah, tadika, sumber elektrik dan air yang mencukupi. Terdapat 25 buah Jengka yang ditandai dengan nombor 1 hingga 25, di samping nombor yang diberikan berdasarkan kawasan yang lebih awal dibuka, Jengka-jengka tersebut juga diberikan nama mengikut nama bunga. Kawasan Kajian adalah jengka yang terakhir sekali pembukaannya. Lokasi kawasan kajian adalah seperti yang ditunjukkan didalam rajah 3.1 dan rajah 3.2 di bawah. Manakala peta Wilayah Jengka, Felda Jengka 25 dan lot-lot yang terlibat dengan kajian ini adalah seperti di rajah 3.3, rajah 3.4 dan rajah 3.5. Rajah 3.1 : Peta Daerah Temerloh Dalam Negeri Pahang 47 Rajah 3.2 : Peta Mukim Jenderak Dalam Daerah Temerluh 48 Rajah 3.3 : Peta Wilayah Segitiga Jengka 49 Rajah 3.4 : Peta Felda Jengka 25.Temerloh Pahang Rajah 3.5 : Kawasan Kajian Dalam Pelan Akui Yang Bernombor 91276 50 3.3 Bentuk Topografi dan Tanah Tanih FELDA Jengka 25 mempunyai bentuk topografi yang merangkumi tanahtanih yang rata dan berbukit bukau. Ciri-ciri tanah untuk penanaman semula ini terutamanya bagi penanaman kelapa sawit dan getah bagi kawasan kajian ini iaitu FELDA Jengka 25 adalah merupakan kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam) yang bersesuaian bagi tanaman kelapa sawit. Memandangkan peratusan keluasan kawasan pertanian bagi kawasan kajian ini adalah seperti kelapa sawit sebanyak 66.2% manakala getah pula 31.3% ini menunjukkan struktur tanah yang minoriti adalah rata dan majoriti berbukit bukau. Tambahan pula kawasan kajian amat popular dengan kawasan pelancongan yang terkenal dengan kawasan pergunungan iaitu Gunung Senyum. Kontur dan titik ketinggian bagi kawasan kajian mempunyai ketinggian yang paling tinggi iaitu sebanyak 486 meter (1,594 kaki) dinama Gunung Senyum yang terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang adalah salah satu kawasan gunung yang berhampiran dengan kawasan kajian. Terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait yang mempengaruhi faktor tanah-tanih sekelilingnya. Rajah 3.6 menunjukkan salah satu kawasan pergunungan iaitu Gunung Senyum di mana ia merupakan kawasan yang berketinggian paling maksimum berada dalam kawasan kajian. 51 Rajah 3.6: Kawasan Pergunungan iaitu Gunung Senyum FELDA Jengka 25 3.4 Guna Tanah dan Jenis Tanaman FELDA Jengka 25 terlibat dalam program tanam semula yang terlibat secara langsung dalam kawasan kajian ini adalah pemilihan tanaman yang bersesuaian dengan pelbagai aspek. Antara aktiviti yang dijalankan dalam program tanam semula ini adalah penanaman kelapa sawit. Pertanian ini di pilih kerana kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam). Tanah gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah kurang 52 sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya. Rajah 3.7 di bawah menunjukkan salah satu kawasan yang terlibat dengan penanaman kelapa sawit. Rentetan daripada itu kawasan ini merangkumi kawasan penyeliaan dan pengurusan FELDA sepenuhnya. Rajah 3.7 : Kawasan Pertanian Kelapa Sawit Dalam Program Tanam Semula 3.5 Kapasiti Penduduk Setiap kawasan penempatan Jengka mengandungi antara 300 hingga 600 buah keluarga. FELDA Jengka 25 hanya mempunyai 152 keluarga sahaja kerana kawasan adalah terhad yang meliputi kawasan pergunungan sebagai kawasan pelancongan. Sebagaimana di tanah rancangan FELDA lain, penduduk Jengka juga disebut sebagai 'peneroka felda' manakala isteri mereka di panggil 'penerokawati ' dan ditadbir oleh seorang pengurus yang dilantik oleh pihak pegurusan FELDA. 53 Para peneroka Jengka 25 datang daripada seluruh Malaysia yang terdiri daripada rakyat termiskin (di bawah paras kemiskinan). Ramai kalangan peneroka Jengka 25 berasal daripada negeri-negeri utara seperti Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis dan juga negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, Selain itu terdapat juga peneroka yang berasal dari negeri lain seperti Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor, selain daripada penduduk asal Pahang. Justeru dapat dilihat adat dan budaya yang bercampur-campur diamalkan di Jengka memandangkan para pendatang ini mengekalkan adat dan budaya kampung asal masing-masing.Terdapat juga peneroka dari kalangan kaum Cina dan kaum India namun majoriti peneroka adalah kalangan kaum Melayu. Hal ini kerana majoriti rakyat termiskin adalah kaum Melayu. Manakala kaum India pula hanya mewakili beberapa peratus sahaja dari penduduk Malaysia seperti mana dalam rajah 3.8 di bawah. Rajah 3.8 : Peneroka Jengka 25 Yang Hadir Dalam Sesi Penerangan Program Tanam Semula. 54 3.6 Kemudahan Infrastruktur dan Utiliti Kemudahan infrastruktur dan utiliti yang terdapat dalam kawasan kajian adalah seperti bekalan air. Bekalan air bersih di FELDA Jengka 25 dikendalikan oleh Jabatan Bekalan Air secara keseluruhannya. Selain daripada bekalan air infrastruktur dan utiliti yang terdapat dalam FELDA Jengka 25 adalah sistem telekomunikasi. Sebahagian besar kawasan kajian juga telah meliputi perkhidmatan telekomunikasi samada diselenggarakan oleh Telekom Malaysia berhad atau lain-lain syarikat telekomunikasi swasta. Masalah yang dihadapi ialah kedudukan pelanggan yang bertaburan , yang tentunya kos tinggi untuk menyediakan perkhidmatan. Banyak permintaan khidmat telefonn bagi kawasan kajian belum dapat diberi kerana kos peralatan telekomunikasi yang tinggi. Bagaimanapun Syarikat TM sedang mengkaji masalah ini . Bekalan Elektrik pula hampir 99% penduduk Daerah ini telahpun menikmati bekalan elektrik . Buat masa ini tiada sebarang masalah dari segi bekalan elektrik di FELDA Jengka 25 ini dan dijangkakan keupayaan pencawang elektrik yang ada mampu menampung jumlah permintaan hingga tahun 2020. Pengangkutan pula bagi kawasan kajian ini dihubungkan oleh beberapa batang jalanraya utama dengan jengka-jengka lain dan seterusnya mukim-mukim lain. Gunung Senyum FELDA Jengka 25 ini terletak berhampiran Sungai Pahang dan boleh didatangi melalui jalan darat daripada Temerloh atau Jerantut. Jika melalui pekan Kuala Krau, pengunjung perlu menyeberangi Sungai Pahang dengan menggunakan perkhidmatan bot yang diusahakan oleh penduduk tempatan, tetapi terkini sebuah Jambatan sudah siap dibina, dan kemudahan pengangkutan untuk ke Bandar Temerloh amat dekat sekali. Pengurusan jalan pertanian dalam FELDA Jengka 25 merupakan salah satu aktiviti yang penting dalam operasi ladang. Segala perbelanjaan yang melibatkan jalan pertanian akan dikira sebagai sebahagian daripada kos operasi ladang dan di puratakan mengikut purata keluasan kebun. Kos ini ditanggung oleh peneroka 55 FELDA Jengka 25. Rajah 3.9 menunjukkan salah satu contoh jalan pertanian yang diuruskan dengan baik dan memuaskan peneroka yang terlibat dalam program tanam semula ini. Rajah 3.9 : Pengurusan Jalan Pertanian Dalam FELDA Jengka 25 Peneroka Jengka 25 yang terlibat dengan program tanam semula bersama FELDA akan menikmati kelebihan seperti kebun diuruskan dengan sistematik dan baik untuk mendapat penghasilan yang tinggi, peneroka mendapat pendapatan yang stabil setiap bulan. Pengurusan berskala besar lebih menjimatkan kos berbanding pengurusan secara individu dan peneroka boleh menambah pendapatan dengan melibatkan diri dalam usaha sampingan. Bagi peneroka yang telah berusia, uzur, janda dan sebagainya, kebun diuruskan dengan baik dan mereka hanya menerima pendapatan tetap setiap bulan. Sekiranya peneroka Jengka 25 hendak mengelakkan eksploitasi orang tengah seperti memajak, menyewa dan membeli hasil tanpa kawalan harga. Peneroka Jengka 25 ini mendapat khidmat dari FELDA yang mempunyai kepakaran dalam pengurusan lading. Disamping itu peneroka mendapat kemudahan pinjaman yang disediakan oleh FELDA seperti SIUF, pinjaman pembesaran rumah, pinjaman pelajaran tinggi dan sebagainya. Rajah 3.10 menunjukkan salah satu pembesaran 56 rumah peneroka yang menggunakan khidmat pinjaman pembesaran rumah salah satu kemudahan dalam program tanam semula tanah FELDA. Rajah 3.10 : Salah Satu Contoh Rumah Peneroka Masa Kini 3.7 Pengurusan dan Pentadbiran Dalam Program Tanam Semula Peneroka yang terlibat dalam program ini akan memilih pengurusan dalam program tanam semula ini. Walaubagaimanapun pelaksanaan penanaman secara berperingkat akan dibuat kajian terlebih dahulu untuk dipertimbangkan jika terdapat alasan yang munasabah. FELDA Technoplant Sdn. Bhd (FTPSB) bertindak sebagai agen pengurusan kerja tanam semula yang dilantik oleh FELDA. FTPSB dilantik sebagai agen pengurusan tanam semula supaya kebun peneroka dapat diurus secara berkelompok di bawah satu pengurusan. Selain daripada itu mengurangkan kos kerana kebun diuruskan secara berskala besar. FTPSB mempunyai kepakaran untuk menguruskan kebun dengan 57 berskala besar dan meningkatkan pendapatan serta menjaga perpaduan masyarakat. Pengurusan oleh FTPSB adalah dikhususkan kepada ladang sahaja dengan mengamalkan Amalan Pertanian Baik (GAP). 3.8 Isu Dan Masalah Dalam Program Tanam Semula Tanah FELDA Jengka 25 Berdasarkan pemerhatian, di antara isu-isu dan masalah program tanam semula yang dapat dikenal pasti adalah pada kebiasaannya banjir melanda kawasankawasan sepanjang Sungai Semantan dan Sungai Pahang pada masa hujan lebat akibat angin monsun Timur Laut diantara bulan November dan Mac Kawasankawasan tumpuan adalah kawasan- kawasan petempatan kampung-kampung tradisi termasuk FELDA Jengka 25. Banjir ini juga menyebabkan terputusnya hubungan di antara bandar utama dan kawasan sekitar . Rentetan daripada itu kawasan pertanian yang meliputi program tanam semula ini juga akan mengalami masalah penanaman dan penyemaian yang tidak terancang kerana ini mengganggu pertumbesaran pokok terutamanya kelapa sawit. Dalam program tanam semula bagi FELDA Jengka 25 adalah masalah tanah terbiar dimana masalah ini akan menyebabkan perancangan penananaman pokok dan pengurusan program agak merumitkan kerana kesukaran dalam menentukan peneroka yang bertanggungjawab dan ini akan melibatkan kawasan sekitarnya mengalami masalah penjagaan kawasan seliaannya. Selain daripada itu status gunatanah juga akan terjadi dan perancangan lalulintas kawasan ladang juga tidak teratur.Keadaan ini sekiranya berterusan boleh mengakibatkan konflik gunatanah dan akhirnya akan memberi kesan kepada lalulintas kawasan ladang dalam program tanam semula yang tidak efisyen . 58 Masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka FELDA Jengka 25 dalam program tanam semula ini adalah melibatkan isu wang caruman. Peringkat awal FELDA memberikan pilihan kepada pe neroka-peneroka samada mahu menanam semula secara bersendirian atau menanam semula melalui FELDA, bagi mereka yang tanam sendiri, FELDA akan mengembalikan wang caruman peneroka didalam Tabung Tanam Semula sejumlah RM17,000.00, manakala yang tanam melalui FELDA wang itu akan digunakan oleh FELDA dan FELDA akan memberikan elaun sara hidup dan lain-lain bantuan kepada peneroka dan peneroka-peneroka itu akan diberikan pinjaman (hutang) yang mesti dibayar balik. Tetapi oleh kerana berlaku pendapatan yang begitu berbeza diantara peneroka-peneroka yang tanam sendiri dengan yang tanam melalui FELDA dengan erti kata bahawa pendapatan mereka yang tanam sendiri adalah hampir lebih 2 kali ganda dari pendapatan mereka yang tanam melalui FELDA, maka FELDA cuba menghalang pene roka-peneroka dari menanam sendiri. FELDA wujudkan anak syarikat FELDA Technoplant bagi menjalankan kerja-kerja tanam semula, dan peneroka-peneroka dikenakan hutang baru. Kemudian FELDA menghalang peneroka-peneroka dari menanam bersendirian dan jika peneroka menanam juga secara sendirian, mereka hanya dibayar sebanyak RM7000.00 sahaja dari wang yang mereka carum di Tabung Tanam Semula. Kemudian dari itu, FELDA mengambil tindakan yang lebih drastik, langsung tidak membenarkan peneroka-peneroka menanam secara sendiri. Masalah yang dihadapi oleh pengurusan dan pentadbiran FELDA Jengka 25 adalah kurang mendapat kerjasama dan kurang kefahaman tentang program tanam semula ini terutama kepada peneroka dalam melaksanakan program ini. Selain daripada itu program ini juga terlalu banyak konflik dan masalah kewangan yang menghantui peneroka dan penerokawati menyebabkan program tanam semula ini terpaksa dilaksanakan agak lambat dan tidak lancar. 59 Selain daripada masalah persekitaran kawasan kajian iaitu banjir, masalah mentaliti peneroka dan pihak pengurusan FELDA masalah lain adalah seperti masalah penyemaian dan penanaman pokok terutamanya kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang yang dilaksanakan oleh FELDA sendiri ramai peneroka tidak berpuashati dengan sistem tersebut. Diantaranya pembajaan yang tidak sama adil dan seragam. Bagi aktiviti pembersihan kerja-kerja membersih ladang pula pihak peneroka juga terpaksa mengambilkira kos buruh dan jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam semula. Aktiviti yang seterusnya yang disyorkan adalah tanaman selingan seperti kacang tanah, jagung dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam. Masalah peneroka dalam aktiviti ini adalah terpaksa mengeluarkan modal sendiri dan masalah kecurian untuk menanam tanaman kontan dalam tempoh tiga tahun tersebut walaupun pihak FELDA mengesyorkannya. Dalam program tanam semula ini haiwan ternakan terutamanya kambing biribiri mempunyai potensi yang baik untuk diternakkan diladang kelapa sawit. Disamping menambahkan hasil dari jualan ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpai. Walaubagaimanapun ternakan ini menggangu tanaman kontan sementara ini dan menyebabkan kawasan penyemaian di masuki haiwan ternakan ini. Faktor yang menentukan jenis tanaman sewaktu tanam semula adalah taburan hujan, jenis tanah, bentuk muka bumi, mengikut zon tanaman yang ditetapkan oleh badan berwajib (MPOB, LGM, Jabatan Pertanian dan FELDA). Masalah peneroka adalah kekeliruan dan lambat membuat pilihan untuk menentukan jenis tanaman sewaktu tanam semula walaupun telah diberi penjelasan dan perundingan bersama JKKR. Terlalu banyak spekulasi dan persepsi yang di keluarkan oleh peneroka itu sendiri. 60 Selain daripada itu ramai juga peneroka sebagai tuan tanah dalam tidak memastikan kerja tanam semula dapat dilaksanakan dengan baik adalah seperti peneroka tidak mengesahkan batu sempadan. Ada juga dikalangan peneroka yang tidak memantau dan mengetahui hak tanam semula di ladang. Kebanyakan peneroka tidak mengesahkan bilangan dirian pokok mencukupi selepas kerja menanam telah disiapkan. Selain daripada itu tidak ramai peneroka yang berupaya bekerja di lot sendiri dan walaupun pihak pangurusan program tanam semula akan membayar upah kerja. Isu dan masalah FELDA yang sentiasa menggalakkan penglibatan pekerja tempatan terutama belia dalam melaksanakan kerja-kerja ladang sama ada bekerja dengan koperasi, pemborong yang di lantik atau pun mengambil kontrak secara individu seperti tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Rajah 3.11 di bawah menunjukkan salah satu aktiviti yang dijalankan dalan program tanam semula iaitu mengutip hasil ladang. Ini menyebabkan FELDA terpaksa mengambil warga asing dalam melakukan kerja-kerja ladang ini. Selain daripada itu FELDA Jengka 25 mengalami masalah kebanjiran warga asing. Rajah 3.11 : Salah Satu Aktiviti Yang Dijalankan Dalam Program Tanam Semula 61 FELDA telah mengenal pasti terdapat beberapa kelemahan yang berlaku di dalam mutu kerja tanam semula adalah disebabkan beberapa faktor seperti kekurangan tenaga kerja ladang, kemampuan pemborong, mutu pengawasan dan penguatkuasaan dan kemahiran mengurus. Oleh itu tindakan yang diambil oleh FELDA adalah dengan menambah tenaga buruh melalui kemasukan buruh asing, melibatkan tenaga kerja tempatan terutama warga FELDA dan warga FELDA digalakkan turut sama menyertai kerja-kerja ladang sebagai usaha menambah pendapatan. Selain daripada itu kecekapan badan-badan peneroka khususnya koperasi dipertingkatkan melalui khidmat nasihat dan bimbingan, mengambil tindakan ke atas kakitangan yang lemah. Mengenakan denda kepada pemborong yang cuai atau tidak menurut spesifikasi kerja dan menamatkan pemborong yang lemah atau mengecilkan kawasan kerja bagi pemborong yang kurang berkemampuan dan meningkatkan kesedaran para peneroka terhadap mutu ladang yang baik dan penghasilan yang tinggi adalah antara tindakan yang diambil oleh FELDA. 3.9 Kesimpulan Dalam bab ini kesimpulan ringkas adalah menjurus kepada kawasan kajian iaitu Felda Jengka 25 yang membawa penyelidik dalam mengenal pasti masalahmasalah yang dihadapi dalam program tanam semula yang berhubungkait dengan kawasan kajian. Selain daripada itu dapat dihubungkan dengan analisis keupayaan GIS yang akan dilaksanakan dengan isu kawasan kajian, peneroka dan pengurusan tanah dalam program tanam semula ini. 62 BAB 4 REKABENTUK DAN PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA 4.1 Pengenalan Pembangunan pangkalan data dalam program tanam semula ini yang dihasilkan bagi Projek Sarjana adalah gabungan antara tiga jenis perisian iaitu ArcGis 9.2, Microsoft Office Excel 2007 dan AutoCAD 2006. Perisian ArcGis 9.2 digunakan untuk mempersembahkan data spatial dan data atribut serta menganalisis pertanyaan. Manakala perisian Microsoft Office Excel 2007 digunakan bagi operasi kemasukan data dalam bentuk jadual yang seterusnya akan digunakan dalam perisian Arcgis 9.2 sebagai data atribut. Perisian AutoCAD 2006 digunakan untuk menghasilkan perantara data spatial sebelum dimasukkan ke perisian ArcGis 9.2. Untuk membangunkan sistem ini, suatu pangkalan data yang mempunyai maklumat-maklumat yang lengkap perlu dibangunkan. Semua ini dilakukan oleh Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) di mana dalam proses ini format data ditukar kepada format yang boleh digunakan dalam perisian ArcGis 9.2. Data spatial pula disimpan dalam struktur yang tersusun. Kemudahan yang dinamik disediakan untuk mengendalikan data atribut dan data spatial. 63 4.2 Konsep Pangkalan Data Dan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Pangkalan data adalah satu kumpulan data yang tidak melimpah yang boleh dikongsi oleh sistem-sistem aplikasi berlainan. Pendekatan pangkalan data ini dapat meningkatkan faedah-faedah yang boleh diperoleh daripada sesuatu sistem maklumat termasuk Sistem Maklumat Geografi. Pangkalan data merupakan nadi sesuatu sistem maklumat korporat dan pemahaman tentang konsep-konsep asasnya seperti aras abstrak data, pandangan dan skema, Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS) dan konsep-konsep berkaitan dengannya adalah penting. DBMS merupakan satu sistem yang mengandungi satu set program yang menyediakan kemudahan untuk memanipulasi dan menyelenggara data dalam pangkalan data. Ia direkabentuk untuk menguruskan perkongsian data dalam keadaan yang tersusun dan untuk memastikan kesepaduan pangkalan data dikekalkan. DBMS juga menyediakan kemudahan untuk menyusun data dan berkeupayaan untuk menyatakan pertalian kompleks yang mungkin wujud antara item-item data. Kegunaan pangkalan data yang mengandungi item data yang banyak akan menjadi terhad melainkan data disusunkan dengan cara yang cekap. 4.3 Rekabentuk Pangkalan Data Data merupakan nadi dalam sistem maklumat geografi tanpa data yang bersesuaian, sistem maklumat ini tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Rekabentuk pangkalan data merupakan aspek yang penting dalam pembangunan suatu sistem 64 pengurusan pangkalan data. Rekabentuk pangkalan berkenaan akan menentukan keberkesanan pengoperasian sistem pengurusan terhadap pangkalan data tersebut. Tahap keberkesanan sesuatu pangkalan data tertumpu kepada ketepatan dan kualiti data yang digunapakai. Ini penting kerana kebolehpercayai maklumat yang disampaikan bergantung kepada aspek kualiti data yang digunakan. Data yang perlu dimasukkan ke dalam sistem maklumat geografi terbahagi kepada dua jenis iaitu data ruangan dan data atribut. Data ruangan adalah data yang merujuk kepada geografi berkaitan dengan menempatkan sesuatu fenomena yang dipersembahkan samada dalam bentuk titik, garisan dan kawasan. Data atribut adalah data yang menerangkan ciri-ciri entiti geografi yang diwakili. Sebelum sesuatu pangkalan data dibangunkan, proses rekabentuk pangkalan data perlu dilakukan terlebih dahulu untuk menentukan samada hasil akhir memenuhi keperluan sistem dan pengguna. Dalam proses ini, perkara yang perlu diberi penekanan adalah ciri-ciri data yang diperlukan untuk membangunkan model pangkalan data. 4.4 Peringkat-peringkat Merekabentuk Pangkalan Data Tiga peringkat dalam merekabentuk sesuatu pangkalan data seperti berikut:- i. Rekabentuk Konseptual ii. Rekabentuk Pangkalan Data Logikal iii. Rekabentuk Pangkalan Data Fizikal 65 4.4.1 Rekabentuk Konseptual Skema konseptual terdiri daripada objek, atribut, perhubungan di antara objek dan kekangan di antara objek. Ia merupakan peringkat tertinggi struktur pangkalan data tanpa memikirkan penggunaan perisian DBMS yang tertentu untuk menguruskan pangkalan data tersebut. Untuk kawasan kajian, rekabentuk konseptual bagi maklumat adalah seperti di dalam Rajah 4.1. Peringkat reka bentuk konseptual dalam kajian ini melibatkan dua peringkat iaitu kemasukan data spatial dan kemasukan data atribut. Data spatial adalah maklumat ruang yang dipersembahkan secara paparan grafik. Manakala data atribut melibatkan maklumat yang memberi pengertian kepada data spatial. Dalam proses kemasukan data lot tanah iaitu kawasan kajian seperti pelan nombor, kawasan, nama jurukur, negeri, daerah, mukim,tarikh ukur, syit piawai dan sebagainya, ia dilaksanakan dengan menggunakan perisian Microsoft Office Excel 2007 melalui papan kekunci seperti yang telah ditunjukkan dalam Rajah 4.2. Sebelum data-data dimasukkan, jadual harus direkabentuk terlebih dahulu, seperti ditunjukkan dalam Rajah 4.3. 66 Negeri NamaJurukur Kawasan LOT Daerah Mukim Tarikh Ukur No lot Syit piawai Plan No Control By Nama Pemilik Pengurusan Oleh PENGURUSAN TANAM SEMULA Luas kawasan Grade Hasil Tan metrik sebulan No lot Status tanah Nama pewaris Pendapatan sebulan Umur pokok Rajah 4.1 : Rekabentuk Konseptual Bagi Maklumat Kawasan Kajian 67 Rajah 4.2 : Rekabentuk Konseptual Dalam Bentuk Excel Rajah 4.3 : Kemasukan Data Atribut Dalam Bentuk Excel 68 Data-data yang telah dimasukkan ke jadual (Rajah 4.3), kemudian dimasukkan dan disimpan dalam format excel (*.xls). Data atribut ini kemudiannya akan dipindahkan ke dalam perisian ArcGis 9.2 dengan memasukkan data menggunakan keyboard. Data spatial merupakan maklumat ruang yang mempersembahkan maklumat dalam bentuk grafik. Dalam kajian ini, data spatial yang digunakan adalah data spatial bagi 30 lot tanah kawasan kajian bagi FELDA Jengka 25, Temerloh Pahang. Data spatial telah disediakan dalam AutoCAD 2004, kemudian diimport ke ArcGis 9.2. 4.4.2 Rekabentuk Pangkalan Data Logikal Rekabentuk logikal melibatkan proses untuk menukarkan model data dari model konseptual kepada format perisian yang digunakan dalam pembangunan pangkalan data. Proses-proses yang terlibat dalam rekabentuk logikal ialah penyediaan kamus data bagi setiap entiti dan penentuan kunci utama (primary key) dan kunci asing (foreign keys) bagi tujuan menghubungkan data spatial dan juga data bukan spatial. Proses penyediaan kamus data adalah lanjutan daripada master list. Dalam kamus data, penerangan yang lebih terperinci ditumpukan kepada atribut bagi setiap entiti dengan menentukan jenis atribut berdasarkan format data perisian yang dipilih seperti rajah 4.4 di bawah. 69 Maklumat Lot Pelan Kawasan Nombor Nama Negeri Daerah Jurukur Mukim Syit Piawai Maklumat Pemilik No. Lot Nama Pemilik Nama Pewaris Pendapatan Maklumat Rujukan No. Umur Pokok Lot Pengurusan oleh Gred hasil Tan Metric sebulan Rajah 4.4 : Rekabentuk Logikal Bagi Maklumat Tanah Kawasan Kajian 4.4.3 Rekabentuk Pangkalan Data Fizikal Rekabentuk fizikal merupakan proses pemilihan struktur penyimpanan data dan laluan capaian bagi fail ke dalam pangkalan data. Tujuannya adalah untuk menentukan storan secara spesifik atau cara laluan (access method) yang digunakan dalam kebanyakan pangkalan data yang telah dibangunkan. Selain itu, rekabentuk fizikal juga menentukan anggaran ruang yang diperlukan untuk menyimpan data dalam pangkalan data. 70 Struktur penyimpanan data yang dilaksanakan biasanya bergantung pada perkakasan dan kaedah kemasukan data oleh sistem dan DBMS yang telah dipilih. Dalam rekabentuk ini, perlaksanaannya bukan sahaja untuk tujuan penentuan storan malah juga penentuan pencapaian yang diingini di dalam sistem. Kriteria yang diambil kira semasa melakukan rekabentuk fizikal ini adalah tempoh tindak balas, penggunaan ruang penyimpanan dan kadar aktiviti. Tempoh tindak balas merupakan masa yang diperlukan untuk mendapatkan jawapan bagi setiap pertanyaan yang dikemukakan. Penggunaan ruang penyimpanan pula ialah jumlah ruang storan yang diperlukan untuk menyimpan fail data dan struktur laluan capaian. Manakala kadar aktiviti merupakan jumlah aktiviti yang boleh dilakukan terhadap pangkalan data dalam satu unit masa (minit) dan diukur pada ketika sibuk. Dalam kajian ini ruang penyimpanan adalah terhad dimana hanya menumpang server yang sediada dan sementara data belum sampai ke tahap maksimum dan melimpah ruah, penyimpanan data hanya di dalam mobile workstation yang mempunyai kapasiti yang tinggi dan besar. 4.5 Model Data Tujuan model data adalah untuk mempersembahkan data dan untuk memastikan data mudah difahami. Model data dapat menerangkan tentang struktur pangkalan data dari segi jenis data, hubungan dan kekangan diantara data. Model data dapat memberi gambaran kepada pengguna bagaimana data didalam dunia sebenar diwakilkan dan disimpan sebagai data dalam pangkalan data. Ia juga dapat menerangkan bagaimana data-data boleh berkait dengan data lain dan apakah peraturan yang dikenakan terhadap proses capaian, manipulasi dan pemyimpanan data-data tersebut. 71 Rohayu (2001), menjelaskan bahawa model data terdiri daripada tiga bahagian seperti berikut: a) Bahagian struktur yang menerangkan struktur bagi kandungan. b) Bahagian manipulasi yang mendefinasikan jenis operasi yang boleh terhadap data dan bagaimana pengoperasian dilakukan. c) Bahagian keselamatan dan pengesahan data yang menyatakan peraturan integriti bagi memastikan data adalah tepat. Model data dapat dikategorikan kepada tiga kumpulan berbeza iaitu model data berdasarkan objek, model data berdasarkan rekod dan model data fizikal. 4.5.1 Model Data Objek Model data ini menggunakan konsep yang berasaskan entiti, atribut dan hubungan. Ciri utamanya adalah menyediakan keupayaan menstruktur yang tinggi. i. Entiti merujuk kepada objek atau konsep yang boleh dikenalpasti didalam sebuah organisasi seperti manusia, tempat, bangunan, kejadian dan sebagainya. ii. Atribut adalah ciri atau sifat-sifat yang menerangkan sesuatu aspek atau objek yang perlu direkodkan. iii. Hubungan merujuk kepada perkaitan diantara entiti. Model data objek ini terdiri daripada beberapa jenis seperti model hubungan entiti, model berorientasikan objek, model objek semantik dan model data fungsian. Penggunaan model hubungan entiti adalah salah satu teknik utama bagi rekabentuk 72 pangkalan data konseptual dimana model data jenis ini digambarkan dengan menggunakan simbol-simbol khas. 4.5.2 Model Data Rekod Model data berdasarkan rekod digunakan untuk menyatakan struktur logikal bagi keseluruhan pangkalan data dan menyediakan keterangan peringkat tinggi emplementasi. Dengan menggunakan model ini, struktur pangkalan data terdiri daripada beberapa jenis rekod yang mempunyai format yang tetap. Setiap jenis rekod mentakrifkan bilangan medan atau atribut yang tetap dan panjang setiap medan yang tetap. Model data rekod terdiri daripada beberapa jenis model iaitu model data hubungan, model data rangkaian dan model data hirarki. i. Model data hubungan Model data hubungan menggunakan konsep matematik. Untuk menghubungkan data-data dalam model ini, data-data diletakkan dalam bentuk jadual dan setiap satunya mempunyai bilangan jalur dan nama tersendiri. ii. Model data rangkaian Dalam data rangkaian, data dikumpulkan mengikut rekod dan hubunganya diwakilkan dalam bentuk set. Dapat digambarkan dengan mudah dengan menggunakan gambarajah struktur data yang merupakan graf umum dengan nod mewakili rekod dan set diwakili oleh pautan. 73 iii. Model data hirarki Data dalam model ini juga diwakili oleh rekod dan hubungan data diwakili sebagai set. Model ini sedikit mempunyai persamaan dengan model data rangkaian. 4.5.3 Model Data Fizikal Model data fizikal digunakan untuk menerangkan bagaimana data boleh disimpan dalam komputer, maklumat persembahan, struktur rekod dan laluan capaian. Dalam pangkalan data model data ini tidak banyak digunakan berbanding model data lain. Biasanya melibatkan model seperti unifying model dan frame memory. 4.6 Entiti Relationship Model (E-R-M) Model ini juga dikenali sebagai model E-R. Model entiti hubungan adalah model data peringkat tinggi yang digunakan untuk mengambarkan keseluruhan struktur dan konsep dalam pangkalan data. Maklumat penting yang ada pada pangkalan data sistem maklumat adalah seperti maklumat lot tanah, maklumat batu sempadan dan maklumat garis sempadan seperti dalam jadual 4.1 yang disenaraikan dibawah. Model ini sesuai digunakan dalam pangkalan data kerana: i. Dapat mengambarkan perbezaan antara jenis data, hubungan dan kekangan. ii. Model mudah difahami dan mudah digunakan oleh pengguna akhir. iii. Mengandungi model asas yang mudah tetapi tidak bertindih maksud. iv. Melibatkan pembinaan gambarajah-gambarajah skema konseptual. 74 Model E-R yang digunakan dalam pangkalan data mengandungi jenis entiti, hubungan dan atribut yang berdasarkan tanggapan dunia sebenar terdiri daripada himpunan entiti (objek) dan hubungan antara entiti. Jadual 4.1: Senarai Data Utama Entiti Objek Atribut Batu Sempadan Titik Point key, Apdate, Mark desc, Coordinate, Status Sempadan Garis Bearing, Distance, Units, Class, PA No, Line type. Lot kawasan Negeri, daerah, Mukim, No. Lot, Luas, Pemilik, Status. 4.6.1 Entiti Merujuk kepada objek atau konsep dalam dunia nyata yang unik. Terdapat dua jenis entiti iaitu entiti kuat dan entiti lemah. Entiti kuat adalah merujuk kepada entiti yang wujud tanpa bergantung pada entiti lain. Entiti lemah pula adalah entiti yang perlu bergantung pada entiti-entiti yang lain. 4.6.2 Atribut Atribut menerangkan ciri-ciri bagi sesebuah entiti atau hubungan yang digambarkan dalam pangkalan data. Atribut mempunyai nilai tertentu dan nilai ini menjadi bahagian utama data yang disimpan dalam pangkalan data. Atribut mempunyai sifat tersendiri dan sifat ini menentukan kelas bagi atribut tersebut. Kelas atribut adalah seperti atribut mudah, atribut komposit, atribut dengan satu nilai, 75 atribut banyak nilai dan atribut terbitan. Kelas-kelas atribut ini membawa pengertian tertentu seperti yang telah dipaparkan dalam jadual 4.2 di bawah: Jadual 4.2 : Pengelasan Atribut Kelas Pengertian Perwakilan Atribut Atribut Atribut yang mempunyai satu mudah komponen dan tidak bergantung Nama atribut kepada mana-mana atribut lain. Atribut Contoh : Nama pemilik Atribut yang terdiri banyak komposit komponen. Setiap satu tidak Nama atribut Kompone n atribut bergantung pada mana-mana atribut lain. Contoh : Atribut alamat bagi pemilik Komponen atribut Komponen atribut boleh mengandungi komponen nama jalan, kawasan, bandar, negeri dan Atribut poskod Atribut yang secara majoritinya dengan satu memegang satu nilai bagi satu entiti. Nama nilai Contoh : Entiti pemilik dengan atribut Atribut nombor lot. Atribut yang mempunyai banyak nilai dengan bagi setiap entiti banyak nilai Contoh : Entiti pemilik tanah Nama mungkin mempunyai banyak nilai atribut untuk atribut senarai nama-nama pewaris. 76 Atribut Atribut yang mengambil nilai terbitan daripada nilai atribut atau set atribut berkaitan. Tidak semestinya dalam Nama atribut entiti yang sama. Contoh : Status ke atas tanah diperolehi dari gred hasil yang dikeluarkan Sumber: Md. Hafiz, 2000 4.6.3 Hubungan Hubungan wujud antara setiap entiti diberikan nama bagi menerangkan fungsinya. Hubungan ini diwakili oleh bentuk berlian dan dilabelkan dengan nama hubungan yang wujud. Hubungan yang wujud boleh jadi kuat ataupun lemah. Bagi hubungan yang kuat bentuk berlian terdiri daripada satu garisan sahaja. Manakala jika hubungan yang wujud lemah bentuk berlian yang mewakilinya dilukis dalam dua garisan. Huraian bagi jenis hubungan di atas teseperti yang telah ditunjukkan dalam jadual 4.3 dibawah. Jadual 4.3 : Perwakilan Bagi Jenis Hubungan (Md. Hafiz, 2000) Jenis hubungan Perwakilan Hubungan kuat Nama hubungan Hubungan lemah Nama hubungan Sumber: Md. Hafiz, 2000 77 4.7 Model Hubungan Model hubungan adalah model yang digunakan untuk menghubungkan satu entiti kepada entiti yang lain. Hubungan tersebut mengandungi satu entiti dari setiap jenis entiti. Model data hubungan ini berdasarkan konsep matematik dan hubungannya digambarkan dalam bentuk jadual. Setiap hubungan dalam model ini mempunyai nama dan dihasilkan daripada atribut data. Dalam jadual hubungan yang dibentuk setiap lajur mewakili atribut data dan setiap baris (tuple) dalam jadual pula mengandungi satu nilai bagi satu atribut ini. 4.8 Perlaksanaan Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi Perlaksanaan pangkalan data GIS dapat dibangunkan dengan mudah dan berkesan sekiranya kriteria-kriteria rekabentuk pangkalan data dilaksanakan secara teratur. Pelbagai perisian telah digunakan untuk melaksanakan rekabentuk pangkalan data ini. 4.8.1 Pengumpulan Data Dalam kajian ini pengumpulan data berperanan penting dalam pembangunan data bagi program tanam semula tanah FELDA. Untuk itu, pengumpulan data spatial bagi kajian ini adalah menggunakan Digital Certificated dalam perisian Autocad 2006 format (.dxf) dan atribut daripada selidikan, kajian dan pengutipan daripada fail-fail secara konvensional. 78 Perkara yang paling penting sebelum membangunkan sistem pangkalan data adalah mengumpul data dari pelan yang bernombor 91276 antaranya terdiri daripada data bearing, distance, coordinate, state, district, plan number dan lot number. Antara data spatial yang digunapakai mengandungi lot, batu sempadan dan garisan sempadan. Bagi data spatial maklumat lot yang digunapakai adalah sebanyak 30 lot sahaja manakala batu sempadan pula dipaparkan dalam lot-lot tertentu. Data spatial yang menghubungkan garisan adalah garisan sempadan yang tertera di dalam data spatial. Data atribut yang terlibat secara langsung adalah seperti kelas bangunan kediaman dan kedai yang terdiri dari atribut feature code, address, symbol no dan name. Selain daripada itu tanaman bagi kelapa sawit, getah dan kebun telah disenaraikan atribut seperti classification, feature code, Nama pemilik, no lot, status tanah, nama pewaris, umur pokok, pendapatan sebulan, tan metric sebulan, gred hasil dan pengurusan_oleh. Kelas tambahan data atribut ialah kelas sungai dan parit yang mempunyai casing, classification feature code, existance dan name. 4.8.2 Kemasukan Data Kemasukan data melibatkan dua peringkat iaitu kemasukan data spatial dan kemasukan data atribut. Data spatial adalah maklumat ruang yang dipersembahkan secara paparan grafik. Manakala data atribut melibatkan maklumat yang memberi pengertian kepada data spatial. Dalam kajian ini kemasukan data telah ditunjukkan seperti dalam rajah 4.5 di bawah. Dalam proses kemasukan data atribut seperti keluasan lot, nombor lot, nama pemilik, nama pewaris, pengurusan oleh, tan metric sebulan dan sebagainya, ia dilaksanakan dengan menggunakan perisian Microsoft Excel 2007 melalui papan 79 kekunci. Sebelum data-data dimasukkan, jadual harus direkabentuk terlebih dahulu. Data-data yang telah dimasukkan ke jadual akan dipindahkan ke dalam perisian ArcGis 9.2 secara manual. Data spatial merupakan maklumat ruang yang mempersembahkan maklumat dalam bentuk grafik. Dalam kajian ini, data spatial yang digunakan adalah data spatial bagi FELDA Jengka 25 Temerloh Pahang. Data spatial telah disediakan dalam AutoCAD 2006 diberikan nama sebagai JENGKA25.dxf, kemudian diimport ke ArcGis 9.2 sebagai abc.mdb. KEMASUKAN DATA DATA UKUR KADASTER Certified Plan (no 91276) Records Data Spatial Lot Batu sempadan Garisan sempadan Keyboard Entry AutoCAD 2006 Software (JENGKA25.dxf) Convert ArcGis 9.2 (abc.mdb) Rajah 4.5 : Carta Alir Kemasukan Data Data Attribute No Lot. Bearing & Distance Coordinate 80 4.8.3. Terjemahan Data Perisian yang digunakan untuk melaksanakan proses suntigan data pada peringkat paling awal adalah AutoCAD 2006. Dalam peringkat ini penyuntingan data yang dilakukan adalah melibatkan kerja pembersihan data yang tidak diperlukan dan menambah data-data yang terkini. Selepas itu fail data disimpan ‘save’ dalam format *.dxf (JENGKA 25.dxf) bagi membolehkan data dapat disokong oleh perisian yang akan digunakan seterusnya. Proses seterusnya dalam kajian ini adalah menukarkan nama data dari (JENGKA 25.dxf ke JENGKA 25_R12.dxf). Langkah penukaran nama data ini masih dalam perisian yang sama iaitu AutoCAD 2006. Proses ini dilaksanakan bagi tujuan permudahan penukaran format yang seterusnya sepertimana yang telah di tunjukkan pada langkah 1 dan 2 seperti dalam rajah 4.6 dan 4.7 dibawah. 1 Rajah 4.6 : Data Spatial Yang Diterima Dalam Bentuk Format (dxf.) iaitu AutoCAD 2006 . 81 2 Rajah 4.7 : Data di ‘save’ dalam format (.dxf). 4.8.4 Mereka Cipta Satu Fail Dalam Perisian ArcCatalog Proses yang terlibat dalam kajian ini adalah menukarkan format data dari AutoCAD kepada format (abc.mdb). Bagi melaksanakan kerja ini, perisian yang digunakan adalah Arcgis 9.2 yang mengandungi sub perisian iaitu ArcCatalog. Sepertimana yang telah ditunjukkan dalam rajah 4.8 dibawah. Tujuan penukaran format fail dari (JENGKA 25_R12.dxf kepada abc.mdb) adalah untuk membolehkan data dapat dimasukkan ke dalam perisian Arcgis 9.2 dengan lebih mudah. Ini adalah kerana format yang utama dalam perisian Arcgis 9.2 adalah format .mdb. 82 4 3 2 1 Rajah 4.8 Rajah Menunjukkan Pemilihan Ikon ArcCatalog Yang Dipilih Tujuan membuat fail hubungan dalam ‘Geodatabase’ adalah untuk membolehkan hubungan antara data spatial dan data atribut dapat dilaksanakan dengan lebih mudah. Dalam ‘Geodatabase’ yang telah dibina dalam kajian ini adalah hubungan yang boleh dibuat adalah dengan Autocad, ArcCatalog, ArcMap dan sebagainya. Proses penukaran format fail dengan Arcgis 9.2 adalah sangat mudah. Selain daripada itu perisian Arcgis 9.2 dan tidak memerlukan terjemahan dengan menggunakan translator yang lain seperti FME (Feature Manipulator Engine) translator sebagai perantara. 83 Langkah yang pertama adalah mereka cipta ‘Geodatabase’. Langkah ini adalah membuat satu fail kerja yang baru dibina. Secara langsung untuk menjadikan satu fail dalam format .mdb. Langkah yang pertama pilih Bagi langkah pertama pilih ikon ArcCatalog seperti langkah 1 dan 2 yang mampu mereka cipta fail dalam bentuk format .mdb ini menjadi pilihan pengguna dalam menggunakan sistem pangkalan data geografi ini. Langkah yang berikutnya yang perlu dilaksanakan adalah memilih nama fail yang telah disimpan dalam format dxf iaitu JENGKA 25_R12.dxf sepertimana yang tertera dalam langkah 4 dan 5 kemudian klik dua kali nama fail yang hendak di bina kemudian pilih tab Contents pada langkah 6 dan seterusnya pilih New Personal Geodatabase.mdb yang tertera dalam langkah 7 dalam rajah 4.9 di bawah. 6 7 4 5 Rajah 4.9: Rajah Menunjukkan Pemilihan Menu Untuk Mereka cipta Geodatabase Yang Baru 84 Seterusnya setelah memilih ‘New Personal Geodatabase’ dengan memilih nama fail abc.mdb.seperti yang ditunjukkan dalam langkah 8. Dalam perisian ini, geodatabase boleh dicari dalam database melalui browse, contohnya D:kerja\anje\abc.mdb Connection mestilah dalam bentuk mdb format. sepertimana didalam rajah 4.10. Pemilihan nama abc.mdb ini adalah bertujuan untuk memudahkan penyimpanan data dan penambahan nama fail yang berikutnya mengikut kod pangkalan data yang akan dibina seterusnya dalam program tanam semula bagi FELDA Jengka 25. 8 Rajah 4.10: Rajah Menunjukkan Lokasi Fail abc.mdb Yang Telah Di Simpan. 85 4.8.5 Penukaran Kordinit Sistem Yang Asal Ke Kordinit National Grid Malaysia Sistem Koordinat GDM 2000- Geocentric Datum Of Malaysia 2000 Sistem rujukan ellipsoid bagi Malaysia Revised Triangulation (MRT 48) adalah Modified Everest. Sistem rujukan ellipsoid bagi Borneo Triangulation (BT 68) adalah Modified Everest. Sistem rujukan ellipsoid bagi GDM 2000 adalah GRS 80. Rujukan origin ( datum ) bagi Malaysia Revised Triangulation ( MRT 48) adalah Kertau. Manakala rujukan origin ( datum ) bagi Borneo Triangulation ( BT 68) adalah Timbalai. Rujukan frame bagi koordinat GDM 2000 adalah ITRF 2000. Formula (model) yang digunakan untuk transformasi koordinat di Malaysia adalah Bursa_Wolf. Peta unjuran digunakan di Semenanjung Malaysia adalah RSO dan unjuran peta yang digunakan di Sabah dan Sarawak, Borneo RSO. Format data Malaysia Aktif Sistem GPS (MASSA) adalah Rinex. Dalam sistem ini, koordinat merupakan sumber utama di mana jawapan atas pertanyaan metrik boleh diperolehi. Proses pelaksanaan bermula dengan membina rangkaian kawalan geodesi dan persiapan peta asas. Koordinat nilai akan disimpan di dalam database dan pembawa utama maklumat metrik untuk sistem untuk menukar saiz asal. Langkah seterusnya di dalam perisian ini sebelum memilih menu ‘New Feature Dataset’ fail yang hendak dilakukan penukaran kordinit hendaklah dipilih. Dalam kajian ini fail yang terlibat adalah abc.mdb sepertimana yang ditunjukkan didalam rajah 4.11 di bawah tertera dalam langkah 1 dan 2. 86 1 2 Rajah 4.11 Rajah Menunjukkan Pemilihan Pangkalan Data Yang Dipilih Untuk Penukaran Kordinit. Setelah pemilihan pangkalan data sepertimana dalam kajian ini fail yang terlibat adalah abc.mdb seperti dalam langkah 3 kemudian klik dan di aktifkan langkah 4 seterusnya fail tersebut di klik kanan dan pilih menu ‘New’ dan seterusnya menu ‘Feature Dataset’ seperti langkah 5. Fail yang hendak dilakukan penukaran kordinit hendaklah dipilih. sepertimana yang ditunjukkan didalam rajah 4.12 di bawah. 87 3 4 5 Rajah 4.12 Rajah Menunjukkan Pemilihan Menu Yang Dipilih Untuk New Feature Dataset. Langkah berikutnya, apabila kotak New Feature Dataset dipaparkan pilih Projected Coordinate System kemudian pilih National Grid yang hendak di gunakan yang telah disenaraikan sepertimana yang ditunjukkan pada langkah 6 dan 7 didalam rajah 4.13 di bawah. 88 6 7 Rajah 4.13: Rajah Menunjukkan Pemilihan Projected Coordinate System dan National Grid Dalam New Feature Dataset Dalam kajian ini National Grid yang telah digunakan adalah Malaysia. Pemilihan seterusnya Malaysia seperti langkah 8 kemudian pilih GDM 2000 MRSO seperti langkah 9. Seterusnya klik next untuk langkah 10. Bagi langkah-langkah ini sila rujuk rajah 4.14 dibawah. Dalam perisian ArcCatalog sebahagian perisian yang terkandung dalam perisian ArcGis 9.2 penukaran kordinit ini dapat dilaksanakan dengan mudah. 89 8 9 10 Rajah 4.14: Rajah Menunjukkan Langkah Seterusnya Penukaran Kordinit Sistem Yang Asal Ke Kordinit National Grid Malaysia Iaitu Sistem Koordinat GDM 2000 (Geocentric Datum Of Malaysia 2000). Langkah terakhir bagi proses penukaran kordinit sistem yang asal ke kordinit National Grid Malaysia Sistem Koordinat GDM 2000 adalah dengan klik Finish seperti langkah yang ke 11 dalam rajah 4.15 di bawah. 11 Rajah 4.15: Rajah Menunjukkan Langkah Terakhir Bagi Proses Penukaran Kordinit 90 4.9 Pembangunan Pangkalan Data Spatial Dan Atribut Dalam Program Tanam Semula Menggunakan ArcGis 9.2 Sebelum pembangunan pangkalan data dalam program tanam semula dijalankan, paparan dxf file diperlukan untuk memastikan proses seterusnya dapat dilaksanakan. Perisian Autocad 2006 digunakan untuk paparan dxf file ini Bagi membangunkan pangkalan data GIS dalam ArcGis9-2, beberapa proses perlu dilakukan. Proses yang pertama adalah penukaran kordinit sistem yang asal ke Kordinit National Grid Malaysia ke sistem koordinat GDM 2000- Geocentric Datum Of Malaysia 2000. Didalam proses penukaran kodinit ini langkah-langkah yang telah disediakan adalah menyediakan sistem kordinat, parameter projection dan sistem geodetik. Langkah yang berikutnya, bina satu database di dalam perisian ArcGis9-2, dimana New Personal Geodatabase hendaklah dibina terlebih dahulu didalam ArcCatalog. Bagi pembangunan pangkalan dalam program tanam semula FELDA Jengka 25 ini New personal Geodatabase telah dibina dengan nama file abc.mdb. Nama pangkalan data ini dibina dan dipilih mengikut kod untuk fasa 30 lot yang pertama. Setelah proses di atas dilengkapkan dan pembangunan database dapat di teruskan antaranya dengan membina feature class yang baru, penambahan feature class, membina attribute table dan memasukkan data atribut pada paparan perlu dilaksanakan. Selain daripada itu, dalam pembangunan pangkalan data yang terlibat yang lain seperti melabel teks dan penambahan simbol dan warna. Setelah proses pembangunan data dijalankan langkah yang seterusnya adalah persembahan data dan pertanyaan data. Di dalam langkah persembahan data ini dua langkah yang terlibat iaitu data window dan table window dapat dihasilkan dan 91 dipaparkan manakala bagi proses pertanyaan data pula langkah-langkah yang terlibat adalah pertanyaan data atribut dan data spatial yang dapat di analisis dan ditunjukkan dalam bab hasil dan analisis kajian. Rajah 4.16 menunjukkan carta alir pembangunan pangkalan data secara keseluruhan dalam program tanam semula menggunakan ArcGis 9.2 sepertimana yang telah diterangkan proses-proses yang terlibat di atas. ArcGis 9.2 Create New Database ArcCatalog Create New Personal Geodatabase abc.mdb Sistem Coordinate Set coordinate system Set projection parameter Set geodetic datum Paparan Dxf File (JENGKA25.dxf) Save as GeoWorkspace Pembangunan Database Feature class definition Adding feature class Create attribute table Persembahan Data Data window Table window Data Query Attribute data query Spatial data query Rajah 4.16: Carta Alir Pembangunan Pangkalan Data 92 4.9.1 Membina dan Mewujudkan ‘ Feature Class’ Dalam perisian ArcGis 9.2, salah satu perisian yang digunakan untuk membina dan mewujudkan ‘Feature Class’ ialah ArcCatalog. Pemilihan ArcMap ini adalah bertujuan supaya pembangunan pangkalan data spatial dan atribut dalam program tanam semula FELDA Jengka 25 dapat dilaksanakan. Langkah yang pertama memilih menu Start kemudian All Program seterusnya Arcgis dan pilih ArcCatalog sebagai pemilihan perisian sepertimana yang telah ditunjukkan dalam langkah 1 hingga 4 didalam rajah 4.17 dibawah. 4 2 1 3 Rajah 4.17: Rajah Menunjukkan Pemilihan Ikon ArcCatalog Yang Dipilih 93 Bagi membina ‘Feature Class’ yang baru, pilihan connection fail yang hendak di sunting hendaklah dilakukan. Contohnya, di dalam kajian ini, nama connection ialah abc.mdb. Seterusnya sepertimana didalam rajah 4.18 untuk membuat feature class yang baru langkah 5 perlu dilakukan. Kemudian kilik kanan dan pilih New (langkah 6). Seterusnya pilih ‘Feature Class ’ seperti yang ditunjukkan pada langkah 7 dalam Rajah 4.18 dibawah. 5 6 7 Rajah 4.18 : Rajah Menunjukkan Pemilihan Ikon ArcCatalog Pengwujudan dan pembinaan ‘Feature Class’ dapat dibina daripada paparan ‘New Feature Class’ yang diaktifkan dan boleh dibuka dan disunting melalui hubungan dengan ‘Geodatabase’ yang telah dibina. Setelah menu bar ‘New Feature 94 Class’dipaparkan ‘Feature Class’ yang baru dapat dibina sepertimana yang kajian feature line dibina. Langkah seterusnya didalam kolumn Name diisikan nama ‘Feature Class’ yang hendak di buat contohnya River _centerline manakala dalam kolumn kedua iaitu Alias diisikan nama ‘Feature Class’ yang sama juga sepertimana dalam langkah 8 dan 9 didalam rajah 4.19 di bawah. Bagi langkah seterusnya langkah 10 Type of feature store in the feature class perlu dipilih. Kemudian tekan Next seperti dalam langkah 11 seperti dalam rajah 4.19 dibawah. 8 9 10 11 Rajah 4.19 : Rajah Menunjukkan Menu Bar ‘New Feature Class’ Dipaparkan 95 Seterusnya paparan ‘New Feature Class’ akan kelihatan seperti dalam rajah 4.20 dibawah. Langkah seterusnya dalam ruangan field name yang telah dibina hendaklah dimasukkan nama data atribut yang bakal digunapakai dalam pembangunan pangkalan data atribut. Sepertimana contoh dalam kajian ini adalah terkandung dalam feature class bagi sesuatu poligon dalam ruangan Field Name seperti Name, Grade, Pendapatan, Tan Sebulan, No_lot, Pewaris dan sebagainya manakala bagi ruangan data type pilih jenis data atribut tersebut seperti dalam langkah 11 dan seterusnya klik Finish untuk langkah 12 dalam rajah 4.20 dibawah. 11 12 Rajah 4.20: Rajah Menunjukkan Cara Memasukkan Data Dalam Feature Class Entry. Seterusnya setelah proses new feature class selesai di masukkan pilih fail yang hendak di masukkkan atribut iaitu JENGKA25_R12.dxf kemudian klik kanan pilih export kemudian to shapefile( multiple) seperti langkah 13 hingga 15 dalam rajah 4.21 di bawah: 96 13 13 12 Rajah 4.21: Rajah Menunjukkan Export Data Setelah langkah di atas selesai paparan Feature Class to Shapefile (multiple) dipaparkan bagi memastikan semua input feature kemudian klik Output Folder dimasukkan seperti yang langkah 14 dan 15 yang ditunjukkan rajah 4.22 di bawah. 14 15 Rajah 4.22: Rajah Menunjukkan Paparan Feature Class to Shapefile (multiple) 97 Kemudian dalam paparan Output Folder cari fail yang telah disimpan dalam bentuk .shp seterusnya klik Add seperti yang langkah 16 dan 17 yang ditunjukkan rajah 4.23 di bawah. Langkah seterusnya kembali dalam paparan Feature Class to Shapefile (multiple) klik ok seperti langkah 18 dalam rajah 4.24 dibawah. 16 17 Rajah 4.23: Rajah Menunjukkan Paparan Output Folder 18 Rajah 4.24: Rajah Menunjukkan Feature Class to Shapefile (multiple) Disimpan 98 Setelah proses diatas selesai kotak dialog akan dipaparkan sebagai Feature Class to Shapefile (multiple) sehingga selesai seperti dalam rajah 4.25 dibawah. Pada peringkat akhir hasil daripada itu Feature Class telah disimpan dalam bentuk Shapefile (multiple) seperti yang dipaparkan dalam rajah 4.26 dibawah. Rajah 4.25: Rajah Menunjukkan Kotak Dialog Feature Class to Shapefile (multiple) berfungsi. Rajah 4.26: Rajah Menunjukkan Feature Class Telah Disimpan Dalam Format Shapefile (Multiple) 99 4.9.2 Proses Memasukkan Data Atribut Proses memasukkan data atribut dimulakan dengan menggunakan ArcMap di dalam perisian Arcgis. Langkah 1 hingga 4 untuk kemasukan data adalah seperti di dalam rajah 4.27 di bawah. Tujuan penggunaan perisian ArcMap adalah bagi mengemaskini data atau membuka sebarang penukaran terhadap data tersebut boleh dilakukan dan kebolehan untuk mencapai data dengan arahan Query di mana data yang dicari dapat diperolehi dengan pada masa hakiki. 4 3 1 Rajah 4.27 : Rajah Menunjukkan Pemilihan Ikon ArcMap Yang Dipilih Langkah seterusnya iaitu langkah 5 dan 6 dalam rajah 4.28 sepertimana yang telah ditunjukkan dalam rajah dibawah iaitu pilih menu editor pilih start editing bagi menjalankan proses seterusnya memilih kelas yang berkaitan untuk di sunting seperti langkah 7 dalam rajah 4.29 fail yang dipilih adalah D:\kerja\anje\abc.mdb kemudian 100 klik ok seperti dalam langkah 8 untuk memulakan proses memasukkan atribut. 5 6 Rajah 4.28 : Rajah Menunjukkan Menu Yang Dipilih Untuk Memulakan Memasukkan Atribut. 7 8 Rajah 4.29 : Rajah Menunjukkan Fail Yang Dipilih . Seterusnya data atribut boleh di masukkan dengan pelbagai kaedah. Kaedah yang pertama dengan klik kanan mana-mana data yang hendak diisikan atribut kemudian pilih pada ‘Attributes’ sepertimana langkah 9 dalam rajah 4.30 dibawah. 101 9 Rajah 4.30 : Rajah Menunjukkan Kaedah Pertama Dalam Memasukkan Atribut Kaedah yang kedua adalah melalui jadual yang disediakan setelah memilih mana-mana data yang mempunyai penambahbaikan dalam memasukkan atribut seterusnya. Seterusnya akan kelihatan jadual apabila poligon lot diklik dua kali seperti langkah 10 sepertimana dalam Rajah 4.31. Paparan ini menunjukkan jadual atribut bagi lot yang dipilih dan nilai-nilai bagi atribut setiap lot seperti nama pemilik, nombor lot, status tanah, nama pemilik, nama pewaris dan luas kawasan dan atribut lain boleh dimasukkan melalui paparan ini. 102 10 Rajah 4.31 : Rajah Menunjukkan Kaedah Kedua Dalam Memasukkan Atribut Kaedah yang ketiga dalam proses memasukkan atribut dengan perisian Arcmap ini adalah seperti yang ditunjukkan pada langkah 11 dan 12 dalam rajah 4.32 di mana ikon ‘Attributes’ dipilih dan seterusnya jadual untuk memasukkan atribut akan dipaparkan. Seterusnya apabila jadual atribut dipaparkan proses memasukkan atribut boleh dilaksanakan seperti dalam rajah 4.33 yang tertera dibawah. 103 12 11 Rajah 4.32 : Rajah Menunjukkan Kaedah Ketiga Dalam Memasukkan Atribut Rajah 4.33 : Rajah Menunjukkan Contoh Paparan Jadual Dalam Memasukkan Atribut 104 Kaedah yang lain dalam proses pemaparan atribut dengan perisian ArcMap ini adalah seperti yang ditunjukkan pada langkah 13 dan 14 dalam rajah 4.34 di mana ikon ‘identify ’ dipilih dan seterusnya jadual untuk pemaparan atribut akan dipaparkan. Seterusnya apabila jadual atribut dipaparkan proses memasukkan atribut dan data tambahan dapat diselesaikan dengan mudah dan pantas. 13 14 Rajah 4.34 : Rajah Menunjukkan Contoh Paparan Jadual Dalam Memasukkan Atribut 105 4.10 Keupayaan Perisian ArcGis Version 9.2 Perisian ArcGis merupakan suatu perisian yang agak berkesan dan berupaya melakukan pelbagai jenis arahan. Antara fungsi perisian ArcGis adalah penyimpanan, paparan, serta analisis data spatial dan data atribut. Jika dibandingkan dengan perisian-perisian yang lain, boleh dikatakan penggunaan perisian ArcGis adalah lebih luas disebabkan kebolehan perisian tersebut melakukan pelbagai analisis. Antara kebolehan perisian ArcGis adalah:• Kebolehan mengimport pelbagai jenis data dalam format yang berlainan iaitu dalam format Excel, Database Access, CAD Drawing, ADRG Image Support, JPEG Image Support dan lain-lain lagi dengan menggunakan arahan extension yang sedia ada. • ArcGis berupaya berhubung dengan sebarang pangkalan data secara terus menggunakan arahan SQL Connect. • Kebolehan untuk mencapai data dengan arahan Query di mana data yang dicari dapat diperolehi dengan pada masa hakiki. • Kebolehan untuk menghubungkan sebarang program yang dibangunkan seperti Aturcara Visual Basic untuk melaksanakan sebarang arahan pada masa hakiki. • ArcGis juga menyediakan penulisan program dalaman yang dikenali sebagai Avenue yang boleh berfungsi sebagai program-program yang lain. • ArcGis berupaya mempersembahkan maklumat dalam bentuk grafik, jadual, graf dan layout. • Dilengkapi dengan kemudahan untuk melabel data dengan huruf secara pantas. Kesimpulannya perisian ini dapat membantu mempercepatkan aturcaraaturcara yang biasanya dilaksanakan dalam pangkalan data seperti masukan data, 106 simpanan data, suntingan data, pengemaskinian data pemprosesan dan banyak lagi kemudahan lain yang disediakan. 4.11 Kesimpulan Pembangunan pangkalan data geografi merupakan proses penyimpanan data geografi ke dalam suatu sistem pangkalan data yang mudah. Tujuan penyimpanan data dalam pangkalan data adalah untuk menghasilkan output dan capaian semula data atau maklumat yang telah dikumpulkan mengikut keperluan pengguna. Pangkalan data yang telah dibangunkan ini terdiri daripada maklumat data spatial dan atribut bagi program tanam semula tanah FELDA. Kemasukkan data ke dalam pangkalan data yang melibatkan kaedah papan kekunci adalah minima kerana data yang digunakan adalah dalam bentuk digital. Dengan itu, penurunan kualiti data disebabkan kecuaian dapat dielakkan. Kemasukan data juga tidak melibatkan kaedah pendigitan dan imbasan yang boleh mengurangkan kualiti data sedia asal. Secara keseluruhannya, dalam melaksanakan pembangunan pangkalan data seumpama ini, objektif dan konsep-konsep yang perlu mestilah diketahui dengan jelas. Perancangan yang baik dan rapi juga dapat mengelakkan berlakunya pembaziran kos dan masa. Sebagai panduan kepada proses pembangunan pangkalan data ini, adalah penting mengenal pasti kehendak pelanggan supaya hasil yang diperolehi mencapai matlamat dan sekaligus memenuhi keperluan pengguna. 107 BAB 5 ANALISIS KAJIAN 5.1 Pengenalan Pembangunan pangkalan data sistem maklumat gografi dalam program tanam semula tanah FELDA boleh digunakan dalam pelbagai aplikasi seperti membantu dalam menganalisis pemaparan maklumat yang digunapakai dalam perancangan tanaman bagi program tanam semula dan pemaparan imej lot bagi tujuan pemantauan dalam program tanam semula. Selain daripada itu, ia juga dapat menganalisis pertanyaan (Query) bagi tujuan penilaian pencapaian hasil produktiviti bagi program tanam semula dan sebagainya. Rentetan itu ia dapat digunakan untuk tujuan perancangan pertanian masa akan datang. Aplikasi yang dibangunkan boleh digunakan oleh lain-lain jabatan atau pengurusan program tanam semula yang lain melalui sistem perkongsian data GIS ini. 108 5.2 Analisis Program Tanam Semula Tanah FELDA Pangkalan data yang dibangunkan ini telah berjaya memberikan persembahan data yang mudah difahami dan paparan yang menarik. Ini adalah kerana data-data atribut bagi lot-lot tanah FELDA dalam pangkalan data ini dapat dipersembahkan dalam bentuk paparan jadual yang sangat mudah difahami oleh pengguna. Selain itu persembahan yang menarik dapat dihasilkan dengan penggunaan warna bagi membezakan mana-mana lot–lot tanah yang dipilih oleh pengguna. Pangkalan data ini juga mampu memaparkan lebih daripada satu paparan jadual dan paparan data digital pada masa yang serentak bagi memudahkan pengguna melihat hubungan diantara data spatial dengan data atribut. Analisis yang pertama di laksanakan adalah analisis pemaparan maklumat yang digunapakai dalam perancangan tanaman dan analisis pemaparan maklumat yang digunapakai dalam perancangan pendapatan peneroka bagi program tanam semula. Manakala analisis yang seterusnya adalah analisis pemaparan imej bagi tujuan pemantauan pengurusan dan pemantauan gred hasil tanaman dalam program tanam semula. Analisis pemaparan imej yang lain adalah bertujuan untuk pemantauan status tanah dalam program tanam semula. 5.2.1 Analisis Pemaparan Maklumat Analisis pemaparan maklumat adalah analisis yang berkaitan dengan maklumat atau data yang telah di masukkan yang berhubungkait dengan atribut dan feature class yang telah di wujudkan. Pemaparan maklumat dipaparkan melalui jadual setelah di analisis mengikut pertanyaan dari pengguna. 109 5.2.1.1 Perancangan Tanaman Bagi Program Tanam Semula Proses penyediaan maklumat merupakan proses yang mana ia menggunakan data-data terkini tetapi secara konvensional, di mana menggunakan fail-fail secara salinan keras dan Microsoft Excel. Ini akan memakan masa dan tenaga untuk menyalin semula maklumat-maklumat tersebut. Pembangunan pangkalan data sistem maklumat gografi dalam program tanam semula tanah FELDA akan dapat mempercepatkan proses pemaparan dari segi penyediaan pangkalan data dan penyimpanan maklumat sama ada data spatial dan data atribut. Antara maklumat yang boleh digunapakai dalam perancangan adalah seperti status tanah, jenis tanaman, gred hasil , pengurusan dan sebagainya. Dari segi pemberian label terhadap lot tanah program tanam semula, pangkalan data ini dapat memaparkan label-label yang diperlukan oleh pengguna bagi memudahkan capaian data. Persembahan data ini juga adalah ringkas dan pengguna boleh memastikan maklumat-maklumat yang tidak diperlukan dan mencapai kembali maklumat tersebut dengan mudah apabila diperlukan. Rajah 5.1 dibawah menunjukkan contoh persembahan data spatial dan data atribut yang dapat dipaparkan melalui pangkalan data yang dibangunkan dengan perisian ArcGis 9.2 ini. Dalam pemaparan maklumat yang digunapakai dalam perancangan tanaman bagi program tanam semula dengan melalui pemaparan dalam bentuk jadual yang disediakan. Seterusnya akan kelihatan jadual apabila kelas poligon bagi tanaman lot getah diklik dua kali seperti langkah 11 sepertimana dalam Rajah 5.1. Paparan ini menunjukkan jadual atribut bagi lot yang dipilih dan nilainilai bagi atribut setiap lot seperti nama pemilik, nombor lot, status tanah, nama pemilik, nama pewaris dan luas kawasan dan atribut lain boleh dimasukkan melalui paparan ini. 110 3 2 1 Rajah 5.1: Rajah Di Atas Menunjukkan Contoh Pemaparan Maklumat Yang Digunapakai Dalam Perancangan Tanaman Bagi Program Tanam Semula. Berdasarkan paparan, pemaparan maklumat yang digunapakai dalam perancangan tanaman getah bagi program tanam semula ini adalah menyatakan bahawa jumlah keseluruhan kawasan getah adalah sebanyak 21 lot, manakala bagi kelapa sawit adalah sebanyak 345 lot dan kebun pula sebanyak 10 lot sahaja. Keseluruhan lot yang telah masukkan ke dalam pangkalan data GIS adalah sebanyak 376 lot. Setelah analisis dilaksanakan statisistik bagi tanaman getah, kelapasawit, dan kebun dapat dihasilkan Setelah paparan maklumat yang digunapakai dalam perancangan tanaman bagi program tanam semula dapat dilaksanakan. Hasil analisis dapat diketengahkan bagi pihak pengurusan dan pentadbiran FELDA dalam merancang kesesuaian lokasi, 111 kawasan sekeliling, nilai batang pokok yang hendak ditanam secara keseluruhan dan sebagainya. Perancangan dan pemilihan antara jenis tanaman kelapa sawit, getah atau selain daripadanya dapat ditentukan dengan mudah dan pantas. 5.2.1.2 Perancangan Pendapatan Peneroka Bagi Program Tanam Semula Analisis pemaparan maklumat adalah analisis yang berkaitan dengan maklumat atau data yang telah di masukkan yang berhubungkaitkan dengan atribut pendapatan peneroka telah di wujudkan. Pemaparan maklumat dipaparkan melalui jadual setelah di analisiskan mengikut pertanyaan dari pengguna dan di highlightkan pada data spatial oleh itu dengan analisis ini perancangan dan tindakan mudah di buat keputusan. Analisis pertanyaan yang bakal di analisis seperti ingin mengetahui tanaman yang dikategorikan dalam kelas tanaman getah dan berpendapatan kurang daripada RM880 sebulan. Dalam paparan Select By Attributes pilih Layer kawasangetah kemudian pilih Method iaitu Add to current selection seperti langkah 1 dan 2 dalam rajah 5.2 di bawah. Seterusnya klik 2x pendapatan kemudian klik ikon ’<’ dan seterusnya klik 2x 880 dalam langkah 3 hingga 5 kemudian bagi langkah 6 apabila paparan hasil pertanyaan di paparkan klik ok. Bagi hasil analisis pemaparan maklumat yang digunapakai dalam perancangan pendapatan peneroka bagi program tanam semula dapat ditunjukkan pada langkah 7. Ruangan jadual yang di highlightkan adalah hasil paparan atribut manakala lot yang di highlightkan adalah hasil paparan data spatial yang berpendapatan kurang daripada RM880 sebulan. Oleh itu pihak pengurusan FELDA dapat menguruskan pendapatan peneroka dan menyeimbangkan pendapatan peneroka dengan wang caruman yang disediakan. Selain daripada itu peneroka pula dapat merancang 112 perbelanjaan sebulan merujuk kepada pendapatan sebulan yang diterima supaya tidak menghadapi keberhutangan yang serius. 1 2 3 4 5 7 6 Rajah 5.2: Rajah Menunjukkan Contoh Pemaparan Maklumat Yang Digunapakai Dalam Perancangan Pendapatan Peneroka Bagi Program Tanam Semula Berdasarkan paparan, pemaparan maklumat yang digunapakai dalam perancangan pendapatan peneroka bagi program tanam semula ini adalah menyatakan bahawa jumlah keseluruhan peneroka yang terlibat dalam penanaman getah adalah 30 lot tetapi yang berpendapatan kurang daripada RM880 adalah sebanyak 16 lot sahaja termasuk kawasan yang tidak dibaikpulih sepenuhnya lagi. 113 Setelah analisis dilaksanakan statisistik bagi peneroka yang menanam getah dan berpendapatan kurang dari RM880 dapat dihasilkan 5.2.2 Analisis Pemaparan Imej Analisis pemaparan imej lot bagi tujuan pemantauan dalam program tanam semula dapat diklasifikasikan sebagai analisis yang melibatkan data spatial yang mempunyai hubungkaitan dengan atribut. Dengan hasil paparan imej melalui pertanyaan yang berkaitan maka hasil daripada analisis tersebut akan dipaparkan melalui paparan imej yang berbeza-beza dari segi persembahan. Keupayaan pemaparan imej merupakan satu keistimewaan perisian ArcGis 9.2. Perisian ArcGis menyediakan arahan bagi melaksanakan proses pemaparan imej dalam format *.JPG, *.TIFF, *.GIF dan lain-lain. Proses pemaparan imej sesuatu lot boleh membantu pengguna mengenalpasti rupabentuk sebenar lot yang berkaitan. 5.2.2.1 Pemantauan Pengurusan Dalam Program Tanam Semula Dengan pemaparan imej lot, pihak pengurusan yang terlibat dalam program tanam semula ini dapat mengenalpasti kawasan seliaan dan pengurusan masingmasing. Sebagai contoh grafik di bawah menunjukkan kawasan seliaan FELDA sahaja yang merangkumi segala atribut yang berkaitan. Analisis yang bakal di laksanakan seperti ingin mengetahui pemaparan imej bagi tujuan pemantauan pengurusan dalam program tanam semula. Dimana pihak pengguna ingin mengetahui imej tanaman yang dikategorikan dalam kelas tanaman getah dan lot yang dibawah pengurusan A iaitu pengurusan FELDA. Dalam paparan 114 Select By Attributes pilih Layer kawasangetah kemudian pilih Method iaitu Add to current selection seperti langkah 1 dan 2 dalam rajah 5.3 di bawah. Seterusnya klik 2x pendapatan kemudian klik ikon ’=’ dan seterusnya klik 2x A dalam langkah 3 hingga 5 kemudian bagi langkah 6 apabila paparan hasil pertanyaan di paparkan klik ok. Bagi hasil analisis pemaparan imej bagi tujuan pemantauan pengurusan dalam program tanam semula tanah FELDA Jengka 25 dapat ditunjukkan pada langkah 7. Ruangan jadual yang di highlightkan adalah hasil paparan atribut manakala imej yang di highlightkan adalah hasil paparan data spatial dibawah pengurusan FELDA itu sendiri 1 2 3 4 5 7 6 Rajah 5.3: Rajah Menunjukkan Contoh Pemaparan Imej Bagi Tujuan Pemantauan Pengurusan Dalam Program Tanam Semula. 115 Setelah lokasi atau kawasan yang di uruskan dapat di kenalpasti maka perancangan dapat dilaksanakan dan dipantau keberkesanannya, dikemaskini dan dikaji semula. Sistem GIS ini akan menganalisa pemantauan dan penilaian terhadap dasar-dasar yang digariskan dalam dasar tanam semula yang telah di gariskan. Dengan pemantauan yang telah di kaji dan dianalisa merupakan peringkat penting untuk melihat pencapaian prestasi sesebuah pengurusan yang berbeza-beza. Selain daripada itu analisa ini juga dapat memastikan kawasan yang telah dipersetujui di dalam syarat dasar tanam semula bagi tanaman sawit dan getah. Rajah 5.4: Rajah Menunjukkan Sasaran Pemantauan Bagi Tujuan Pemantauan Pengurusan Dalam Program Tanam Semula. 116 Daripada analisis pemaparan imej bagi tujuan pemantauan pengurusan dalam program tanam semula tanah FELDA Jengka 25, pihak pengurusan yang terdiri daripada pelbagai pengurusan antaranya FELDA, pemulihan FELDA, FELDA Technoplant Sdn.Bhd (FTPSB) ataupun sendiri dapat merancang pengurusan semasa ataupun lima tahun akan datang. Apabila lokasi imej bagi pengurusan dibawah FELDA mempunyai pengurusan majoriti maka cadangan pengurusan akan datang sepenuhnya di bawah pengurusan FELDA dan FTPSB sahaja. Oleh itu apabila FELDA dan FTPSB menguruskan tanah ladang sepenuhnya akan mengeluarkan sasaran graf hasil produktiviti yang meningkat dan seragam. Tambahan pula analisis dari keputusan dapat diwujudkan secara bersama dan kesepakatan antara pihak peneroka dan pengurusan. Huraian ini merujuk kepada rajah5.4 di atas. Pelaksanaan ini sejajar dengan revolusi pembangunan data GIS yang dapat memastikan maklumat-maklumat perancangan dapat dikumpulkan, disimpan dan dikemaskinikan dari masa ke semasa. Pemaparan lot yang berkaitan dalam operasi pemantauan juga dapat mengklasifikasikan kelas tanaman yang bersesuaian dalam program tanam semula yang bakal di laksanakan. Antara analisa yang dijalankan adalah melalui senarai atribut pendapatan bulanan, umur pokok dan tan metric dalam sebulan sepertimana yang ditunjukkan dalam rajah 5.5 di bawah. Rajah 5.5: Rajah Menunjukkan Rekabentuk Pemantauan Bagi Tujuan Pemantauan Pengurusan Dalam Program Tanam Semula. 117 5.2.2.2 Pemantauan Gred Hasil Tanaman Dalam Program Tanam Semula Selain daripada analisis-analisis pemaparan imej diatas dilaksanakan, analisis pemaparan imej bagi tujuan pemantauan gred hasil tanaman dalam program tanam semula juga dapat di laksanakan dengan perisian ini, dimana pengguna mampu memaparkan maklumat spatial atau lot dan maklumat atribut secara bersama-sama didalam satu tetingkap. Analisis yang bakal di laksanakan seperti ingin mengetahui pemaparan imej bagi tujuan pemantauan gred hasil tanaman dalam program tanam semula. Dimana pihak pengguna ingin mengetahui imej tanaman yang dikategorikan dalam kelas tanaman getah dan lot yang dibawah gred hasil yang dipilih iaitu gred A. Dalam paparan Select By Attributes pilih Layer kawasangetah kemudian pilih Method iaitu Add to current selection seperti langkah 1 dan 2 dalam rajah 5.6 di bawah. Seterusnya klik 2x gred hasil kemudian klik ikon ’=’ dan seterusnya klik 2x A dalam langkah 3 hingga 5 kemudian bagi langkah 6 apabila paparan hasil pertanyaan di paparkan klik ok. Bagi hasil analisis pemaparan imej bagi tujuan pemantauan gred hasil tanaman dalam program tanam semula tanah FELDA Jengka 25 dapat ditunjukkan pada langkah 7. Ruangan jadual yang di highlightkan adalah hasil paparan atribut gred hasil manakala imej yang di highlightkan adalah hasil paparan data spatial yang mempunyai hasil tanaman yang bergred A. 118 1 2 7 3 4 5 Rajah 5.6: Rajah Menunjukkan Contoh Pemaparan Imej Bagi Tujuan Gred Hasil Tanaman Dalam Program Tanam Semula Berdasarkan paparan, pemaparan imej yang bagi tujuan gred hasil tanaman dalam program tanam semula ini adalah menyatakan bahawa jumlah keseluruhan peneroka yang terlibat dalam penanaman getah adalah 30 lot tetapi yang mempunyai 119 gred hasil adalah ‘A’ adalah sebanyak 16 lot sahaja termasuk kawasan yang bukan di bawah pengurusan FELDA sepenuhnya. Setelah analisis dilaksanakan statisistik bagi peneroka yang mendapat hasil gred ‘A’ bagi tanaman getah dapat dihasilkan 5.2.2.3 Pemantauan Status Tanah Dalam Program Tanam Semula. Dalam penggunaan analisis ini perancangan pemantauan bagi imej yang terlibat dengan status tanah juga dapat di paparkan dengan status tanah yang di masukkan supaya dengan capaian analisis tanah yang bersesuaian bagi tanaman sawit atau getah dalam program tanam semula ini. Tambahan pula dengan analisis paparan imej dan query ini dapat dipantau dari semasa dan kawalan pembangunan dapat dilaksanakan dengan lebih bersistematik. Analisis yang di laksanakan seterusnya adalah pengguna ingin mengetahui pemaparan imej bagi tujuan pemantauan status tanah dalam program tanam semula. Dimana pihak pengguna ingin mengetahui imej tanaman yang dikategorikan dalam kelas tanaman getah dan lot yang berstatus 1 iaitu tanah yang terbaik. Dalam paparan Select By Attributes pilih Layer kawasangetah kemudian pilih Method iaitu Add to current selection seperti langkah 1 dan 2 dalam rajah 5.7 di bawah. Seterusnya klik 2x status tanah kemudian klik ikon ’=’ dan seterusnya klik 2x 1 dalam langkah 3 hingga 5 kemudian bagi langkah 6 apabila paparan hasil pertanyaan di paparkan klik ok. Bagi hasil analisis pemaparan imej bagi tujuan pemantauan status tanah dalam program tanam semula tanah FELDA Jengka 25 dapat ditunjukkan pada langkah 7. Ruangan jadual yang di highlightkan adalah hasil paparan atribut gred hasil bagi peneroka yang mempunyai lot yang berstatus 1 iaitu tanah yang terbaik adalah 120 seramai 6 orang sahaja. Manakala imej yang di highlightkan adalah hasil paparan data spatial yang mempunyai status tanah dibawah pengkelasan 1. 1 2 3 4 6 5 Rajah 5.7 : Rajah Di Atas Menunjukkan Contoh Pemaparan Imej Bagi Tujuan Pemantauan Status Tanah Dalam Program Tanam Semula. 5.2.3 Analisis Pertanyaan (Query) Analisis query adalah salah satu analisis yang terdapat dalam perisian ArcView, arahan Query merupakan suatu proses pertanyaan yang dilaksanakan oleh pengguna bagi tujuan analisis dan mencapai data daripada pangkalan data yang telah 121 dibangunkan. Fungsi ini boleh mencapai sebarang maklumat dengan membuat pertanyaan dari medan (Field) pangkalan data yang wujud. Langkah-langkah yang terlibat dalam membuat analisis pertanyaan ini adalah sepertimana yang ditunjukkan dalam langkah 1 dan 2 bagi rajah 5.8 dibawah. Langkah yang pertama pilih menu Selection kemudian pilih Select By Attribute . 1 2 Rajah 5.8 : Rajah Di Atas Menunjukkan Pemilihan Menu Bagi Analisis Pertanyaan. Langkah yang seterusnya apabila paparan Select By Attribute dipaparkan pilih layer yang hendak dibuat analisis bagi langkah 3 manakala langkah 4 Method dipilih Add to current selection . Bagi melengkapkan ruangan analisis pertanyaan yang telah di highlight kan. Contoh analisis pertanyaan yang bakal di analisis seperti ingin mengetahui semua jenis tanaman yang mempunyai kelas tanaman adalah getah. Seterusnya klik Clasisification bagi langkah 5 kemudian klik ’=’dalam langkah 6 dan klik 2x RUBBER seperti dalam langkah 7 kemudian langkah 8 klik ok. Langkah – langkah 3 hingga 7 di atas merujuk kepada rajah 5.9 dibawah. Seterusnya paparan jadual atribut akan dipaparkan sepertimana dalam rajah 5.10 manakala data spatial ditunjukkan seperti dalam rajah 5.11 dibawah. 122 3 4 5 6 7 8 Rajah 5.9 : Rajah Di Atas Menunjukkan Contoh Penganalisaan Pertanyaan . Rajah 5.10 : Rajah Di Atas Menunjukkan Jadual Hasil Penganalisaan Pertanyaan . 123 Rajah 5.11: Rajah Di Atas Menunjukkan Paparan Lot Tanaman Getah Hasil Penganalisaan Pertanyaan Berdasarkan paparan lot tanaman getah hasil daripada penganalisaan pertanyaan bagi program tanam semula ini adalah menyatakan bahawa jumlah keseluruhan kawasan getah adalah sebanyak 21 lot, manakala bagi kelapa sawit adalah sebanyak 345 lot dan kebun pula sebanyak 10 lot sahaja. Keseluruhan lot yang telah masukkan ke dalam pangkalan data GIS adalah sebanyak 376 lot. Setelah analisis dilaksanakan statisistik bagi tanaman getah, kelapasawit, dan kebun dapat dihasilkan Seterusnya dalam kajian ini enam bentuk analisis pertanyaan (query) dilaksanakan yang merangkumi analisis pertanyaan (query) bagi tujuan penilaian pencapaian hasil produktiviti; analisis pertanyaan (query) bagi tujuan perkongsian data bagi program tanam semula; analisis pertanyaan (query) bagi tujuan 124 perancangan infrastruktur masa akan datang; analisis pertanyaan (query) bagi tujuan pengiraan kadar bantuan tanam semula berbandingkan dengan keluasan lot; analisis pertanyaan (query) bagi tujuan mengenal pasti beberapa kelemahan yang berlaku di dalam mutu kerja tanam semula; dan analisis pertanyaan (query) bagi tujuan kepadatan pokok sehektar dan keluasan setiap lot dalam GIS. 5.2.3.1 Penilaian Pencapaian Hasil Produktiviti Bagi Program Tanam Semula Penilaian pencapaian hasil produktiviti bagi program tanam semula ini dapat diwujudkan dan dijalankan kerana melalui proses ini kelulusan permohonan perancangan bagi program tanam semula dapat diluluskan mengikut syarat-syarat yang telah di nyatakan dalam dasar tanam semula. Melalui pembangunan GIS, kawalan terhadap kelayakan peneroka dalam tanam semula ini dapat di katogerikan antara layak atau tidak dengan peralihan mekanisma perancangan daripada manual kepada sistem berkomputer. Sistem pangkalan data ini juga dapat dijadikan alat untuk membantu kerja-kerja pengurusan kakitangan FELDA dalam membuat keputusan dan dapat membantu dalam pembuat keputusan terhadap sebarang permohonan tanaman yang bersesuaian dan pengurusan mana yang sesuai dipilih. Tambahan pula dengan kaedah ini peneroka layak mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan saraan yang bersesuaian dengan capaian data yang diperolehi daripada analisis pertanyaan ini. Langkah yang terlibat dalam analisis pertanyaan (query) bagi tujuan penilaian pencapaian hasil produktiviti bagi program tanam semula adalah apabila paparan Select By Attribute dipaparkan pilih layer yang hendak dibuat analisis bagi langkah 1 manakala langkah 2 Method dipilih Add to current selection . Bagi melengkapkan ruangan analisis pertanyaan yang telah di highlight kan. Contoh analisis pertanyaan 125 yang bakal di analisis seperti ingin mengetahui penilaian pencapaian hasil produktiviti bagi program tanam semula yang bergred baik. Seterusnya klik Clasisification bagi langkah 3 kemudian klik ’=’dalam langkah 4 dan klik 2x A seperti dalam langkah 5 kemudian langkah 6 klik ok. Langkah – langkah 1 hingga 6 di atas merujuk kepada rajah 5.12 dibawah. Seterusnya paparan jadual atribut akan dipaparkan dalam langkah 7 manakala data spatial ditunjukkan seperti dalam langkah 8 dibawah. . 1 2 3 7 4 8 5 6 Rajah 5.12 : Rajah Menunjukkan Hasil Analisa Pertanyaan Hubungkait Penilaian Pencapaian Hasil Produktiviti 126 Berdasarkan rajah 5.12 di atas, hasil analisa pertanyaan hubungkait penilaian pencapaian hasil produktivitidalam program tanam semula ini adalah menyatakan bahawa jumlah keseluruhan peneroka yang terlibat dalam penanaman getah adalah 30 lot tetapi yang mempunyai gred hasil adalah ‘A’ adalah sebanyak 16 lot sahaja termasuk kawasan yang bukan di bawah pengurusan FELDA sepenuhnya. Setelah analisis dilaksanakan statisistik bagi peneroka yang mendapat hasil gred ‘A’ bagi tanaman getah dapat dihasilkan 5.2.3.2 Perkongsian Data Bagi Program Tanam Semula FELDA dapat menjadi model dalam proses perkongsian maklumat antara agensi kerajaan yang berkaitan dengannya khususnya jabatan pertanian. Secara umumnya, dengan pangkalan data ini perkongsian maklumat diantara pengurusan dapat di selaraskan. Dalam analisis kajian ini menganalisa dan menentukan kawasan yang diuruskan oleh pengurusan A iaitu pengurusan FELDA dan rentetan daripada itu nilai kawasan yang diuruskan dapat berkongsi maklumat dengan kawasan dibawah pemulihan FELDA bagi merancang dan menyelaraskan sistem pengurusan secara konsisten dan terancang. Langkah yang terlibat dalam analisis pertanyaan (query) bagi tujuan perkongsian data bagi program tanam semula adalah apabila paparan Select By Attribute dipaparkan pilih layer yang hendak dibuat analisis bagi langkah 1 manakala langkah 2 Method dipilih Add to current selection . Bagi melengkapkan ruangan analisis pertanyaan yang telah di highlight kan. Contoh analisis pertanyaan yang bakal di analisis bertujuan perkongsian data bagi program tanam semula. Seterusnya klik Pengurusan bagi langkah 3 kemudian klik ’LIKE’dalam langkah 4 dan klik 2x A seperti dalam langkah 5 kemudian langkah 6 klik ok. Paparan bagi data 127 yang dianalisiskan akan dihighlightkan seperti langkah 7. Langkah –langkah 1 hingga 7 di atas merujuk kepada rajah 5.13 dibawah. Berpandukan kepada jadual 5.1 setelah penganalisaan pertanyaan bagi tujuan perkongsian data pengurusan yang berbeza maka jumlah keluasan dan bilangan peneroka dapat di analisis dan dikira secara menyeluruh. Dengan merujuk rajah 5.14 iaitu konsep perkongsian maklumat melalui sistem pangkalan data daripada analisis ini dapat diwujudkan dan dapat membuat kesimpulan secara sistematik. Jadual 5.1 Jadual Pengurusan Tanah Felda Secara Keseluruhan Luas (Hektar) Bilangan Diurus Sawit Getah Jumlah Peneroka FELDA 37,155 34,277 71,432 19,330 Pemulihan FELDA 5,202 4,361 9,563 3,400 FTPSB 206,446 4,272 210,718 50,843 Jumlah 248,803 42,910 291,713 73,573 Sendiri 57,788 - 57,788 13,641 Jumlah Besar 306,591 42,910 349,501 87,214 128 7 1 2 3 4 5 6 Rajah 5.13: Rajah Menunjukkan Analisis Pertanyaan (Query) Bagi Tujuan Perkongsian Data Bagi Program Tanam Semula Pemulihan FELDA FELDA PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA SISTEM MAKLUMAT GOGRAFI DALAM PROGRAM TANAM SEMULA TANAH FTPSB Sendiri Rajah 5.14: Konsep Perkongsian Maklumat Melalui Sistem Pangkalan Data 129 FELDA telah mengenal pasti terdapat beberapa kelemahan yang berlaku di dalam mutu kerja tanam semula adalah disebabkan beberapa faktor di antaranya ialah kekurangan tenaga kerja ladang, kemampuan pemborong, mutu pengawasan dan penguatkuasaan dan kemahiran mengurus. Dengan bantuan dan penganalisaan daripada GIS yang etrdiri daripada atribut yang dimasukkan data seperti status tanah, umur pokok ,pendapatan, tan_metric sebulan, gred hasil dan pengurusan oleh pihak yang berkaitan maka pihak pengurusan dapat membuat keputusan daripada analisa kepada kelemahan mutu kerja tanam semula. Capaian data yang mudah dan cepat pihak FELDA dapat merumuskan dan membuat keputusan daripada analisa GIS seperti rajah di bawah, kelemahan daripada mutu kerja tersebut dengan mengambil beberapa tindakan. Antaranya adalah seperti menambah tenaga buruh melalui kemasukan buruh asing, melibatkan tenaga kerja tempatan terutama warga FELDA. Selain itu, warga FELDA digalakkan turut sama menyertai kerja-kerja ladang sebagai usaha menambah pendapatan. Pihak FELDA juga mengambil tindakan lain seperti kecekapan badan-badan peneroka khususnya koperasi dipertingkatkan melalui khidmat nasihat dan bimbingan, mengambil tindakan ke atas kakitangan yang lemah dan mengenakan denda kepada pemborong yang cuai atau tidak menurut spesifikasi kerja dan menamatkan pemborong yang lemah atau mengecilkan kawasan kerja bagi pemborong yang kurang berkemampuan. Pihak FELDA juga berusaha meningkatkan kesedaran para peneroka terhadap mutu ladang yang baik dan penghasilan yang tinggi. 130 5.2.3.3 Pengiraan Kadar Bantuan Tanam Semula Berbandingkan Dengan Keluasan Lot Menggunakan GIS. Pekebun kecil dibantu melaksanakan penanaman semula melalui bantuan tanam semula yang diberikan oleh RISDA mengikut kadar-kadar tertentu yang diluluskan oleh Jemaah Menteri. Kadar bantuan yang bermula pada tahap RM 988 sehektar pada tahun 1952 telah dinaikkan sebanyak 7 kali selaras dengan peningkatan kos menanam semula. Perubahan pada kadar bantuan tanam semula yang diberikan kepada pekebun kecil yang telah dibuat kesimpulan dan dianalisa adalah dengan cara konvensional sebelum ini. Dengan pengiraan keluasan lot berbandingkan dengan kadar bantuan tanam semula sepertimana dalam rajah 5.15 dibawah boleh dianalisa secara tepat dan mudah dengan menggunakan GIS. Selain daripada itu graf kadar bantuan juga dapat dihasilkan dalam analisis kajian ini. Rajah 5.15: Rajah Menunjukkan Analisis Pertanyaan (Query) Bagi Pengiraan Kadar Bantuan Tanam Semula Berbandingkan Dengan Keluasan Lot Menggunakan GIS 131 900 800 700 600 500 400 300 200 100 0 Salman Iman (6573.402km2) FASA 1 FASA 2 FASA 3 Selamat Wahid (40780.574 km2) Rajah 5.16: Graf Menunjukkan Analisis Bagi Pengiraan Kadar Bantuan Tanam Semula Berbandingkan Keluasan Lot Dengan Menggunakan GIS. Merujuk kepada rajah 5.16 di atas dapat dirumuskan 3 contoh pekebun kecil dibantu dengan kadar bantuan yang berbeza-beza.dan keluasan lot yang berbezabeza. Daripada analisis ini pihak pengurusan dalam program tanam semula ini dapat mengkaji semula dan penyelarasan dari segi kos yang diperlukan untuk setiap fasa. Selain daripada itu menganalisa pengurusan kebun yang diurus secara sistematik mengikut amalan agronomi, ataupun sebaliknya. Pengamatan pihak pengurusan dengan menggunakan bahan tanaman yang dijamin berkualiti atau yang kurang berkualiti. Rentetan itu pengurusan yang berpengalaman,yang dipilih dan sumber dana FELDA yang diperolehi dan menerima faedah insentif dan pekebun kecil tersebut layak atau tidak untuk menerima kemudahan FELDA seperti bonus produktiviti, lebihan hasil dan lain-lain. 132 5.2.3.5 Kepadatan Pokok Sehektar Dan Keluasan Setiap Lot Dalam GIS. Secara lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Dengan penggunaan GIS pengiraan kepadatan pokok sehektar dapat dikira dengan keluasan setiap lot dengan analisis pertanyaan (Query) seperti rajah dibawah. Contoh pengiraan mengikut keluasan iaitu bagi lot En.Zaki bin Roslan yang mempunyai keluasan tanaman getah seluas 40465.6308 meter persegi. Oleh itu En.Zaki bin Roslan akan memperolehi sebanyak lebih kurang 526 batang pokok setelah penukaran luas dari 40465.6308 meter persegi ke hektar iaitu 4.0465 hektar kali 136 pokok sehektar. Setelah pengiraan bagi kepadatan pokok sehektar dapat di kira secara kaseluruhan tanaman getah dalam program tanam semula, pihak pengurusan program akan memperolehi analisa kepadatan pokok sehektar dan keluasan setiap lot sepertimana dalam rajah 5.17 di bawah . Dalam pembangunan data menggunakan GIS, penambahan ruangan jadual atribut yang selanjutnya dapat diwujudkan dan ditambahbaikan. Rajah 5.17: Rajah Menunjukkan Analisis Pertanyaan (Query) Bagi Tujuan Kepadatan Pokok Sehektar Dan Keluasan Setiap Lot Dalam GIS. 133 5.3 Kesimpulan Proses perancangan ini memerlukan pengurusan, pengolahan dan pengunaan teknik-teknik analisis yang betul serta menghasilkan ketepatan dalam membuat keputusan perancangan. Bagi memenuhi keperluan pihak perancang maklumat geografi ini dapat membantu di dalam analisis spatialnya (Ahris Yaakup dan Mohd Nuruddin Abdul Kadir, 2003). Perbezaan yang ketara antara GIS dan sistem maklumat yang lain adalah kebolehan fungsi-fungsi analisis spatialnya. GIS menggunakan data spatial dan data sifat bukan spatial bagi menjawab soalan-soalan mengenai alam nyata. Dalam beberapa keadaan, model digunakan untuk melakukan pengulangan analisis bagi menguji senario semasa. Model dibentuk bagi menjawab soalan, apa yang terjadi sekarang atau apa yang jadi terdahulu. Dengan itu, ramalan dan kesimpulan dapat buat mengenai apa yang akan terjadi pada masa akan datang melalui analisis-analisis oleh GIS. 134 BAB 6 KESIMPULAN DAN CADANGAN 6.1 Pengenalan Secara kesimpulannya, dalam bidang pengurusan tanah FELDA , lebih –lebih lagi satu program yang agak baru iaitu program tanam semula pengemaskinian data merupakan proses yang penting. Dengan penggunaan Sistem Maklumat Geografi dalam pengurusan tanah, pencapaian serta penyelarasan data-data menjadi lebih mudah, pengurusan data lebih sistematik dan efisien dan pengemaskinian data boleh dilakukan pada masa hakiki. Sejajar dengan globalisasi dan seiring dengan tuntutan Sistem Maklumat Geografi, program Tanam semula bagi Tanah FELDA sebenarnya mampu bergerak serentak dalam dunia kemodenan. Ini dapat di buktikan dengan kejayaan program tanam semula khususnya dalam pengurusan data seperti pengurusan data secara bersepadu, berkomputer dan sebagainya. 135 Bagi sistem maklumat geografi pula dapat membantu mengurangkan beban pangkalan data yang melimpah ruah dan memanipulasikan data secara sisitematik. Pengemaskinian yang kerap ke atas data-data di dalam pangkalan data program tanam semula tanah FELDA akan menentukan ketepatan capaian maklumat yang akan diterima. Impak dari kepenggunaan sistem ini iaitu GIS memberi kesan yang ketara dan berpanjangan kerana pengurusan pangkalan data secara konsep berhubungan di aplikasikan.Impak ini bukan sahaja kepada kakitangan FELDA itu sendiri atau peneroka malah pangkalan data ini juga dapat memudahkan jabatan, agensi atau badan kerajaan dan swasta. Kesimpulannya kesan yang baik dalam aplikasi sistem GIS ini adalah positif kepada semua pihak, mudah capaian, dapat menganalisa data walaupun data yang banyak atau data yang sudah lama dan yang penting cepat dan sistematik. 6.2 Penemuan Kajian Setelah membuat secara terperinci dan teliti kajian sarjana ini adalah menepati tujuan dan objektif yang hendak di capai. Penemuan kajian secara lazimnya akan di ketengahkan perubahan sebelum dan selepas kajian dibuat dengan impak yang besar. Merujuk kepada objektif yang pertama ialah dapat mengkaji permasalahan yang di hadapi FELDA dalam pembangunan dan pengurusan tanah FELDA dan peneroka FELDA dalam program tanam semula FELDA Jengka 25. 136 Dimana arus pembangunan yang pesat menyebabkan perubahan yang ketara terhadap keadaan muka bumi. Pelbagai aktiviti dalam proses pembangunan melibatkan kepada program tanam semula tanah FELDA. Ini menyebabkan keperluan pengurusan maklumat berkaitan pengurusan tanah turut bertambah. Begitu juga halnya di FELDA Jengka 25 Temerloh Pahang yang semakin berpotensi membangun dan tentu sekali memerlukan satu sistem yang canggih dan efektif bagi menguruskan maklumat-maklumat program tanam semula yang kian bertambah. Perbandingan yang dapat di wujudkan dalam penemuan kajian ini adalah perolehan masa dengan memasukkan data secara konvensional iaitu secara manual dan fail memakan masa selama sebulan untuk kemasukan data sebanyak 50 lot manakala dengan perisian ArcGIS 9.2 ini hanya lebih kurang hanya selama dua minggu sahaja dapat diselesaikan semua kemasukan data melebihi 300 lot tanah yang terlibat secara langsung dalam program tanam semula ini. Selain daripada itu perolehan masa capaian data bagi setiap lot dan pertanyaan adalah jauh lebih cepat dan efisyen dengan penggunaan pangkalan data GIS berbanding secara konvensional. Capaian pangkalan data GIS ini dapat diselaraskan dan data yang dianalisis secara tepat dan pantas tanpa memerlukan penangguhan masa kepada pengguna. Keputusan setiap pertanyaan dapat dianalisis dengan mudah dan relevan. Rentetan dengan objektif kedua pula adalah dapat merekabentuk pangkalan data GIS dalam program tanam semula tanah FELDA. Di mana Sistem pangkalan data yang dibangunkan dengan menggunakan perisian ArcGis 9.2 ini bertujuan untuk mengumpulkan maklumat-makumat dalam program tanam semula ke dalam sistem komputer supaya kelemahan-kelemahan yang dihadapi dalam penyimpan maklumat dan data melalui rekod dan fail dapat diatasi. Dengan kelebihan-kelebihan yang dimiliki oleh pangkalan data ini, ianya dapat membantu mana-mana agensi dan 137 pengguna lain dalam melaksanakan keputusan berkaitan dengan program tanam semula. Seterusnya objektif ketiga dapat membangunkan pangkalan data untuk keperluan merancang program tanam semula tanah FELDA. Pembangunan Sistem Pangkalan Data Geografi boleh dikatakan satu sistem yang kompleks. Ini adalah kerana dalam membangunkan satu sistem yang efektif dan sistemtik melibatkan banyak perkara yang perlu diambil kira. Perkara-perkara tersebut termasuklah perkakasan, perisian, sumber data dan tenaga pekerja yang mana kesemua aspek ini tentunya akan melibatkan kos yang banyak. Secara keseluruhannya, kajian ini telah berjaya mencapai ketiga-tiga objektif yang telah dinyatakan.Pertama dapat mengkaji permasalahan yang di hadapi FELDA dalam pembangunan dan pengurusan tanah FELDA dan peneroka FELDA dalam program tanam semula. Kedua dapat merekabentuk pangkalan data GIS dalam program tanam semula tanah FELDA. Seterusnya objektif ketiga dapat membangunkan pangkalan data untuk keperluan merancang program tanam semula tanah FELDA. 6.3 Cadangan Kajian Cadangan kajian ini boleh dijadikan sebagai satu pangkalan data yang seragam bagi ibu pejabat FELDA untuk membangunkan pangkalan data untuk kawasan FELDA seluruh negeri Semenanjung Malaysia. Di samping itu ia mempercepatkan proses pengemaskinian maklumat-maklumat dalam program tanam semula ini. 138 Cadangan kedua bagi pihak pengurusan dan pentadbiran program tanam semula menyediakan satu Sistem Pengurusan Pangkalan Data untuk program tanam semula yang sistematik, efisien dan berkesan yang boleh digunapakai sebagai rujukan bagi pihak-pihak tertentu termasuk pegawai pengurusan dan peneroka. Tambahan pula mempercepatkan proses pencapaian data dalam program tanam semula ini. secara langsung, ini menjimat masa pegawai pengurusan dan beban kerja pegawai yang terlibat. Bagi peneroka FELDA itu sendiri, untuk mendapatkan data atribut yang mempunyai hubungan dengan data spatial adalah amat memuaskan dan cepat. Di samping itu juga ini memudahkan peneroka dalam perolehan maklumat data atribut khususnya sebelum melakukan sebarang keputusan dan analisis bagi menggantikan kaedah manual sekiranya pangkalan data GIS ini di aplikasikan. Cadangan seterusnya ialah dengan kajian ini perkongsian maklumat antara badan-badan lain yang berkaitan dengan program tanam semula ini. Sebagai contoh RISDA, FELCRA dan Majlis-majlis Daerah menjadi mudah dan efisien.Memudahkan proses rujukan oleh banyak pihak seperti Majlis Dearah, Jabatan Parit dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, pemaju perumahan dan banyak lagi. Cadangan kepada pihak kontraktor kajian ini menjadi salah satu idea atau cadangan yang bersesuaian dalam merealisasikan satu perlaksanaan pembangunan pangkalan data sistem maklumat geografi dalam program tanam semula tanah FELDA. Dimana sebelum ini FELDA masih menggunakan kaedah yang lama dalam capaian data dan maklumat. Dengan kajian ini pihak kontraktor dapat membuka minda dan cadangan tender atau kontrak dalam merelisasikan kajian ini. Akhir sekali cadangan kepada penggunaan pangkalan data GIS dan aplikasi GIS kian meningkat di kalangan organisasi samada pihak swasta mahupun kerajaan. 139 Kaedah yang mudah untuk mendapatkan satu hasil analisis capaian data yang telah diketengahkan. Dengan kajian ini diharap dapat dijadikan bahan rujukan kepada para pelajar dan ahli akademik yang memerlukan. 6.4 Masalah dan Limitasi Kajian Di samping mencapai objektif-objektif dan matlamat penyelidikan seperti yang ditetapkan di dalam Bab 1, kajian ini mempunyai limitasi-limitasi tertentu yang disebabkan oleh masalah-masalah dan perkara di luar batasan kemampuan penyelidik semasa kajian dijalankan. Limitasi-limitasi ini tidak dapat dielakkan oleh penyelidik. Antara limitasi-limitasi yang terpaksa dihadapi ialah : • Masa penyelidikan yang terhad. Ini membataskan penyelidik untuk mendapatkan lebih banyak responden dan memaksa penyelidik menjalankan kajian dalam jadual yang ketat. • Masalah yang berkaitan dengan ketepatan data-data yang diberikan oleh responden-responden dalam kajian ini. Walaupun kebanyakan responden terdiri daripada profesional yang berpengalaman, namun jawapan atau keputusan yang diberikan oleh mereka mungkin dipengaruhi dengan faktorfaktor kemanusiaan yang tertentu. • Sesetengah pihak responden tidak memberikan kerjasama yang bagus. Ini akan menyulitkan lagi penyelidik bagi menjalankan kajian. 140 6.5 Cadangan Kajian Lanjutan Di antara cadangan-cadangan kajian lanjuta bagi memperbaiki lagi pangkalan data yang telah dibangunkan ini ialah antaranya:- 1. Membangunkan sistem pangkalan data yang lebih sempurna iaitu merangkumi keseluruhan data yang berkaitan FELDA bukannya bagi program tanam semula sahaja. 2. Kemudahan laman-web kepada peneroka dan kakitangan FELDA terutamanya dalam membuat pembayaran hutang, caruman dan sebagainya secara On-Line. 3. Mempelbagaikan lebih banyak maklumat-maklumat infrastruktur, fasiliti, utiliti ddalam projek pembangunan pangkalan data. 4. Sistem pangkalan data GIS di aplikasikan ke seluruh FELDA di seluruh negeri dalam Malaysia. 6.6 Kesimpulan Secara keseluruhan dan akhirnya kajian yang dijalankan ini merupakan satu pengetahuan dan kemahiran yang baru telah diperolehi oleh pengkaji. Ini kerana dalam proses rekabentuk dan pembangunan data memerlukan kerjasama pelbagai pihak dalam merealisasikannya. 141 Selain daripada itu, kesimpulan yang dapat dirungkaikan adalah berkaitan dengan pengkajian program tanam semula secara terperinci. Dalam kajian program ini masih di tahap yang berkuasa teknologi yang kurang memuaskan dalam capaian dan analisis data. Kesukaran ini lebih mendorong kepada penyelidik supaya lebih menampilkan dan menonjolkan sesuatu pembaharuan yang baru. Penggunaan perisian ArcGis 9.2 dalam pangkalan data ini merupakan pilihan yang baik memandangkan kelebihan-kelebihan yang ada pada perisian ini. Perisian ini mampu melaksanakan pelbagai proses pertanyaan dan persembahan maklumat yang menarik. Selain itu capaian data dengan perisian ini juga dapat dilakukan dengan pantas dan tentu sekali pangkalan data yang dibangunkan ini dapat memenuhi keperluan pengguna. 142 BIBLIOGRAFI Buku Akta Tanah ( Kawasan Penempatan Berkelompok) 1960 Abd. Majid Bin A. Kadir, Ghazali Desa dan Abdullah Hisam Omar (2000), Prinsip dan Amalan Sistem Maklumat Tanah, Monograf Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, UTM Skudai. Boyle.T (1999), ‘Malaysia: Conservation And Sustainable Use Of Tropical Peat Swamp Forests And Associated Wetland Ecosystems’ United Nations Development Programmer (Undp), Project Brief. Thesis Rohayu Binti Yahaya (2001). Pembangunan Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK). Tesis Ijazah Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia. 143 Chuvieco, E., Congalton. R.G., (1989). ‘Application Of Remote Sensing And Geographic Information Systems Oil Palm Mapping’, Remote Sensing Of The Environment, 29, Pp.147-159. Corley R.H.V., (1973). Effects Of Plant Density On Growth And Yield Of Oil Palm. Expel. Agric, 9: 169-180. Choong, Vehn Wey (1995), Sistem Maklumat Pentadbiran Tanah, Tesis Sarjana Muda Ukur Tanah, UTM Skudai. Norayahati Ngagiman (2009), Anjakan Persempadanan Antarabangsa MalaysiaThailand Terhadap Tanah Berimilik dengan menggunakan GIS kajian Kes:Persempadanan semula Malaysia-Thailand melalui Sg. Golok.Tesis Sarjana Sains Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah, UTM Skudai. Laporan JUPEM, “ Laporan Tahunan 1999 Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia”. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Lain –lain Laman Web, http//www.jupem.gov.my, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Tarikh Tarikh capaian : 12 Februari 2010 144 www.gotogis.com/kenali_gis/pangkalan_data_GIS.htm Tarikh capaian : 10 Januari 2010 http://www.risda.gov.my/web/guest/home. Tarikh capaian : 11 Januari 2010 ww2.risda.gov.my/BPS/powerpoint/Bengkelpkecil.pps Tarikh capaian : 09 April 2010 http://www.FELDA.net.my/FELDAv2/ Tarikh capaian : 13 Disember 2009 http://en.wikipedia.org/wiki/ArcGIS Tarikh capaian : 13 Disember 2009 http://www.esri.com/products/index.html .Tarikh capaian : 13 Disember 2009 http://www.FELDA.net.my/FELDAv2/files/Dasar-Tanam-Semula.pdf . Tarikh capaian : 01 November 2009 www.snhgroup.myportal.my/?lang=my&act=5... Tarikh capaian : 09 April 2010 http://www.pahangtourism.com.my/homestay/gsenyum.html. Tarikh capaian : 05 April 2010 145 LAMPIRAN ‘A’ PENCAPAIAN PRODUKTIVITI HASIL KEBUN Maklumat produktiviti hasil mengikut kebun peneroka dan ladang FELDA seperti di bawah. Jumlah hasil keseluruhan sawit pada tahun ini meningkat berbanding dengan tahun lalu. LAMPIRAN 'B' REKABENTUK PANGKALAN DATA FELDA JENGKA 25 TEXT B00000-Built Environment Text 1 Classification 2 Feature_Code 9 text_height 10 text_orientation 18 text_string S S R R S BLD_RURAL B00000 100 0 Kg. Sungai Buluh BA0000-Batu Sempadan 4 Classification 5 Feature_Code 7 Tarikh Ukur 11 Symbol_no 12 orientation S S S S R BS BA0000 120109 1 0 BA0010-Residential Building 4 Classification 5 Feature_Code 7 Adress 11 Symbol_no 12 orientation S S S S R BLD_RURAL BA0010 No:143 Blok 6 9 0 AREA POINT BB0010-Commercial Building 4 Classification 5 Feature_Code 7 Name 11 Symbol_no 12 orientation S S S S R COMMERCIAL BB0010 Kedai Kopi Milah 9 0 LINE HH0100-River I S I S S 2 SIN_DEF_RI 1 HH0100 SUNGAI PERAK POINT AREA POINT EDUCATION GOVER_OFF PALACE HOSP_CLINI CULTURAL BLD_RURAL INDUSTRIAL BLD_OTHERS CEMETERY CONCR_WALL ARCH_FEAT FENCE RECRE_PARK text_height 75 75 75 75 75 75 75 75 75 75 75 75 75 Contoh: Sekolah Jabatan Ukur dan Pemetaan Istana Bukit Idaman Hospital Besar Kg. Tinggal Kg. Baru Projek Bekalan Air Pendang Akuarium Tunku Abdul Rahman Islam Kubu Candi Bukit Batu Pahat Elektrik Padang Golf BA-Residential BB-Commercial 1 2 3 4 5 Casing Classification Existence Feature_Code Name 1 2 1 2 Yes No Definite Indefinite 1 DOU_DEF_RI 1 HH0100 LINE HH0340-Canal 2 3 4 5 Casing Classification Feature_Code Name I S S S 1 CANAL_DOU HH0340 PARIT MAT SAMAN 1 Yes 2 No TT-Road and track TA0089.05-Road 1( Jalan 5.5m-8m,tidak berturap ) Jalan Tidak Berturap S 1 Classification 2 Direction I S 3 Feature_Code TA0080 6 Name S 8 Number_of_Lane LAN 11 Road_Class I 3 I 15 Seal 2 16 Status I 18 Track_Category TCC 1 1 TA0089.05-Road 2 ( Jalan 5.5m-8m,tidak berturap ) Jalan Sedang Dibina S 1 Classification 2 Direction I S 3 Feature_Code TA0080 6 Name S 8 Number_of_Lane LAN 11 Road_Class I 3 I 15 Seal 2 16 Status I 18 Track_Category TCC 3 1 TA0089.06 Road 3 ( Jalan 2m-5.5m,tidak berturap ) Jalan Tidak Berturap S 1 Classification 2 Direction I S 3 Feature_Code TA0080 6 Name S 8 Number_of_Lane LAN 11 Road_Class I 3 I 15 Seal 1 One Way 2 Two Way 1 2 3 1 2 In Operation To be Constructed Under Construction Motorable Unmotorable 1 One Way 2 Two Way 1 2 3 1 2 In Operation To be Constructed Under Construction Motorable Unmotorable 1 One Way 2 Two Way 1 2 3 4 5 6 Highway/Express Way Federal Road State Road Municipal Road Private Road Farm Road 1 Sealed/Metalled/Paved 2 Unsealed/Unpaved 3 Funicular 1 2 3 4 5 6 Highway/Express Way Federal Road State Road Municipal Road Private Road Farm Road 1 Sealed/Metalled/Paved 2 Unsealed/Unpaved 3 Funicular 1 2 3 4 5 6 Highway/Express Way Federal Road State Road Municipal Road Private Road Farm Road 2 16 Status 18 Track_Category I TCC 1 1 TA0089.06 Road 4 ( Jalan 2m-5.5m,tidak berturap ) Runut Kenderaan Bermotor S 1 Classification 2 Direction I S 3 Feature_Code TA0090 6 Name S 8 Number_of_Lane LAN 11 Road_Class I 3 I 15 Seal 2 16 Status I 18 Track_Category TCC 1 2 TA0089.06 Road 5 ( Jalan 2m-5.5m,tidak berturap ) Jalan Sedang Dibina S 1 Classification 2 Direction I S 3 Feature_Code TA0080 6 Name S 8 Number_of_Lane LAN 11 Road_Class I 3 I 15 Seal 2 16 Status I 18 Track_Category TA0089.07-Road7 ( Pejalan kaki ) 1 Classification 2 Direction 3 Feature_Code 6 Name 7 Number_of_Carriageway 15 Seal 16 Status AREA VA0000-Agriculture Coverage 1 Classification 2 Feature_Code 3 Name TCC S I S S I I 3 1 1 2 3 1 2 In Operation To be Constructed Under Construction Motorable Unmotorable 1 One Way 2 Two Way 1 2 3 1 2 In Operation To be Constructed Under Construction Motorable Unmotorable 1 One Way 2 Two Way 1 2 3 1 2 In Operation To be Constructed Under Construction Motorable Unmotorable 1 Sealed/Metalled/Paved 2 Unsealed/Unpaved 3 Funicular 1 2 3 4 5 6 Highway/Express Way Federal Road State Road Municipal Road Private Road Farm Road 1 Sealed/Metalled/Paved 2 Unsealed/Unpaved 3 Funicular 1 2 3 4 5 6 Highway/Express Way Federal Road State Road Municipal Road Private Road Farm Road 1 Sealed/Metalled/Paved 2 Unsealed/Unpaved 3 Funicular TA0090 2 I 1 S S S AGRICULTURE VA0010 1 In Operation 2 To be Constructed 3 Under Construction 1 Sealed/Metalled/Paved 2 Unsealed/Unpaved 3 Funicular AREA VA0010-Rubber 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 AREA S S S S S S S S S S S RUBBER VA0010 En.Deraman bin Ali 12345 2 Puan Nabsiah Omar 1 RM 880 1 A B 1 2 Rata Bukit-bukau 1 2 3 4 7-10 tahun 4-6 tahun 1-3 tahun Mati A B C D Sangat baik Baik Kurang baik Tidak baik A B C D FELDA Pemulihan FELDA FTPSB Sendiri 1 2 Rata Bukit-bukau 1 2 3 4 25-30 tahun 16-24 tahun 10-15 tahun Mati 1 2 3 4 >1500kg 1000-1500kg 500-999kg Tiada hasil 1 2 3 4 16-20 tan 11-15 tan 6-10 tan 1-5 tan VA0020-Oil_Palm 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 AREA Classification Feature_Code Nama_Pemilik No_Lot Status_tanah Nama _Pewaris Umur_pokok Pendapatan_sebulan Tan_Metric_sebulan Gred_hasil Pengurusan_oleh Classification Feature_Code Nama_Pemilik No_Lot Status_tanah Nama _Pewaris Umur_pokok Pendapatan_sebulan Tan_Metric_sebulan Gred_hasil Pengurusan_oleh S S S S S S S S S S S OIL_PALM VA0020 En.Deris bin Mat 12343 2 Puan Meriam Dollah 1 RM 800 1 A A A B C D Sangat baik Baik Kurang baik Tidak baik 1 2 3 4 FELDA Pemulihan FELDA FTPSB Sendiri 1 2 Rata Bukit-bukau 1 2 3 4 25-30 tahun 16-24 tahun 10-15 tahun Mati VA0030-Orchard 1 2 3 4 5 6 7 Classification Feature_Code Nama_Pemilik No_Lot Status_tanah Nama _Pewaris Umur_pokok S S S I I S I ORCHARD VA0030 En.Deris bin Mat 12346 2 Puan Meriam Dollah 1 8 9 10 11 12 Pendapatan_sebulan Tan_Metric_sebulan Gred_hasil Pengurusan_oleh Jenis_tanaman S I S S S RM 800 1 A A C A B C D Sangat baik Baik Kurang baik Tidak baik A B C D FELDA Pemulihan FELDA FTPSB Sendiri A B C D Durian Tanaman Kontan Pelbagai Dan lain-lain 1 2 3 4 1-5 tan 6-10 tan 11-15 tan 16-20 tan BAB 1 Pengenalan PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PROGRAM TANAM SEMULA TANAH FELDA BAB 2 Program Tanam Semula Tanah Felda Dan Sistem Maklumat Geografi PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PROGRAM TANAM SEMULA TANAH FELDA BAB 3 Kajian Kes:Felda Jengka 25 Temerloh Pahang PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PROGRAM TANAM SEMULA TANAH FELDA BAB 4 Reka bentuk dan Pembangunan Pangkalan Data PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PROGRAM TANAM SEMULA TANAH FELDA BAB 5 Analisis Kajian PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PROGRAM TANAM SEMULA TANAH FELDA BAB 6 Kesimpulan dan Cadangan PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PROGRAM TANAM SEMULA TANAH FELDA Lampiran PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PROGRAM TANAM SEMULA TANAH FELDA PEMBANGUNAN PANGKALAN DATA SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI DALAM PROGRAM TANAM SEMULA TANAH FELDA SAIDATUL MUZLIPAH MUSTAPA Ijazah Sarjana Sains (Pentadbiran Dan Pembangunan Tanah) Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi Universiti Teknologi Malaysia APRIL 2010