PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT KAWALAN KADASTER SECARA ATAS TALIAN NORAIDAH BINTI KELING

advertisement
PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT KAWALAN KADASTER
SECARA ATAS TALIAN
NORAIDAH BINTI KELING
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
untuk yang ku sanjungi dan sayangi :Ayahanda
Ayahanda dan Bondaku ::Keling Bin Majid dan Aminah Binti Ahmad Johari
Kekanda dan Adindaku
Adindaku ::Norliza, Norhisham, Norazah, Norlelawati, Noramalin dan Norazam
Suamiku :Mohd Hilmi Bin Ngah
&
Permata Hatiku :Anakanda Puteri Nurul Iman
kalianlah tonggak keyakinanku
terima kasih buat semua…
iv
PENGHARGAAN
Syukur alhamdulillah kehadrat ALLAH S.W.T dengan izin dan kurnia-Nya
jua kajian sarjana yang bertajuk Pembangunan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster
Secara Atas Talian ini berjaya disiapkan.
Pertama-tamanya sekalung budi, setinggi penghargaan buat Dr. Abdullah
Hisam Bin Omar, selaku penyelia projek, dalam memberi bimbingan serta panduan
sepanjang menyiapkan projek sarjana ini. Demikian atas kesudian barisan panel,
pemeriksa dalam dan luar, Prof. Madya Ghazali Bin Desa dan Dr. Samad Bin Abu
dalam membuat penilaian, jutaan terima kasih diucapkan.
Buat Prof. Dr. Abdul Majid Bin A. Kadir, Prof. Dr. Mohd Razali Bin
Mahmud, En. Mazalan Bin Selamat, kakitangan Fakulti Kejuruteraan dan Sains
Geoinformasi dan Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Teknologi Malaysia dan
rakan-rakan seperjuangan serta mereka yang banyak memberikan sokongan dan
dorongan secara langsung mahupun tidak langsung pada setiap ketika, jasa kalian
amat bermakna.
Penghasilan kajian sarjana ini diharapkan mampu memberi pendekatan yang
lebih kreatif dan kritis dalam melaksana proses penyampaian ilmu dalam bidang
kejuruteraan Geomatik khususnya persekitaran GIS yang lebih berkesan.
v
ABSTRAK
Teknologi sains dan maklumat telah merevolusi pelbagai bidang Geomatik.
Perubahan paling ketara yang dibawa oleh teknologi maklumat adalah anjakan
daripada segi capaian data secara analog (konvensional) ke arah data digital dan
seterusnya pengenalan kepada konsep pangkalan data atas talian. Ini bertepatan
dengan implementasi perlaksanaan Sistem Kadaster Berkoordinat (Coordinated
Cadastral System, CCS) di Malaysia. Penggunaan kawalan kadaster dalam
implementasi CCS adalah amat penting kerana segala pengukuran dan kawalan
kadaster akan dijalankan berasaskan datum kawalan rujukan tersebut. Objektif kajian
ini adalah untuk membangunkan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster (Cadastral
Control Information System,CCIS) Secara Atas Talian dan untuk menganalisa
keberkesanan sistem ini. Hasil-hasil kajian ini termasuklah e-borang, e-dagang, petainteraktif, maklumat data spatial dan atribut. Data-data yang terlibat dalam kajian ini
ialah maklumat stesen GPS, data topografi, dan pangkalan data kadaster digital bagi
negeri Melaka. Pembangunan kajian ini melibatkan beberapa fasa seperti
pengumpulan data, rekabentuk fizikal dan sistem serta pembangunan antaramuka
pengguna. Perisian ArcIMS telah digunakan dalam kajian ini. Pembangunan CCIS
Secara Atas Talian adalah salah satu inisiatif ke arah e-Kerajaan. Sistem Maklumat
Kawalan Kadaster Secara Atas Talian ini mampu menjadi mekanisma alternatif
kepada perolehan maklumat kawalan kadaster yang lebih efektif dan efisien kepada
pengguna dan menyediakan garis panduan bagi pihak komuniti ukur khususnya
kepada pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
vi
ABSTRACT
Nowadays, science and technologies have revolutionized many Geomatic
disciplines. The most significant change that IT has brought about is the shift from
conventional analogue data access to digital data and consequently the introduction
of the concept of online digital database. These had lead to the concept and
implementation of the Coordinated Cadastral System (CCS) for Malaysia. The usage
of cadastral data control in CCS implementation is very important because all the
measurement and cadastral control will be established according to that cadastral
control datum. The objectives of the study are to develop Online-Based Cadastral
Control Information System (CCIS) and to analyze the effectiveness of the system.
Results from the research include e-form, e-commerce, interactive map, information
of spatial and attribute data. The dataset used in this research are GPS station
information, topography data, and digital cadastral database for state of Malacca. The
development of this research involves several phases such as data gathering, physical
design and user interface development. ArcIMS software was used in this research.
The development of Online-Based CCIS is one of the initiatives to shift to E Government. Online-Based Cadastral Control Information System can be an
alternative mechanism for more effective and efficient cadastral control information
access and management. This system provides a guideline for survey community
especially for Department of Survey and Mapping Malaysia (DSMM).
vii
KANDUNGAN
BAB
BAB 1
PERKARA
MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL
i
HALAMAN PENGAKUAN
ii
HALAMAN DEDIKASI
iii
HALAMAN PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
HALAMAN KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xiv
SENARAI RAJAH
xv
SENARAI SINGKATAN
xviii
SENARAI LAMPIRAN
xix
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
1
1.2
Penyataan Masalah
2
1.3
Tujuan Dan Objektif Kajian
6
1.4
Skop Kajian
7
1.5
Metodologi Kajian
8
1.6
Kepentingan Dan Sumbangan Kajian
11
1.7
Kesimpulan
12
viii
BAB 2
KAWALAN KADASTER
2.1
Pendahuluan
14
2.2
Kelemahan Sistem Ukur Kadaster Sedia Ada
14
2.3
Sistem Kadaster Berkoordinat
15
2.4
Kelebihan Sistem Kadaster Berkoordinat
17
2.5
Komponen – Komponen Amalan Perlaksanaan
2.6
Sistem Kadaster Berkoordinat
18
2.5.1
Datum Kawalan Homogen
18
2.5.2
Teknik Pelarasan Jaringan Kadaster
19
2.5.3
Peraturan Dan Akta – Akta Ukur GPS
19
Jaringan Kawalan Kadaster Dan Jaringan Kawalan
Geodetik Di Semenanjung Malaysia Sebelum
Perlaksanaan CCS
20
2.7
Keperluan Penggunaan Datum Geosentrik
23
2.8
Pembangunan Kawalan Kadaster Berasaskan
Datum Geosentrik
2.8.1
26
Pemantapan Peninsular Malaysia Primary
Network (PGGN) Untuk Digunakan Sebagai
Jaringan Rujukan Homogen
2.8.2
28
Penubuhan Infrastruktur Kadaster
Berkoordinat Dan Pengikatan Antara Stesen
GPS Dan Batu Sempadan Terpilih
2.9
Kepentingan Kawalan Kadaster Terhadap Sistem
Kadaster Berkoordinat
BAB 3
30
33
SISTEM KADASTER DI MALAYSIA
3.1
Pendahuluan
37
3.2
Sistem Kadaster Di Malaysia
38
3.2.1
40
3.3
Amalan Ukur Kadaster
Perkembangan Pengurusan Data Ukur Kadaster
ix
Dan Pemetaan Di Malaysia
42
3.4
Sistem Pemetaan Bantuan Komputer
44
3.5
Sistem Ukur Tanah Bantuan Komputer
44
3.6
Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit
45
3.7
Hala Tuju Pembangunan DCDB Di Malaysia
46
3.8
Sistem Unjuran Yang Digunakan Di Malaysia
47
3.9
Sistem Rujukan Geografi
52
3.10
Sistem Koordinat Di Malaysia Masa Kini
53
3.11
Sistem Maklumat Tanah
53
3.12
Pembangunan Infrastruktur Sistem Maklumat
Tanah Kebangsaan Di Malaysia
3.13
BAB 4
56
Pembangunan Pangkalan Data Dalam
Persekitaran GIS
57
3.13.1 Keperluan Perisian
57
SISTEM MAKLUMAT UMUM DAN SISTEM MAKLUMAT
GEOGRAFI BERASASKAN INTERNET
4.1
Pendahuluan
58
4.2
Kategori Sistem Maklumat
60
4.3
Sistem Maklumat Umum
64
4.4
Definasi Data Dan Maklumat Dalam
Sistem Maklumat
65
4.5
Sistem Maklumat Geografi (GIS)
65
4.6
Komponen GIS
68
4.7
Data Dalam GIS
70
4.7.1
Data Spatial
71
4.7.2
Data Atribut
71
4.8
Permodelan Data Spatial Dalam GIS
72
4.8.1
74
Pendekatan Berasaskan Lapisan
4.9
GIS Untuk Tujuan Perancangan Dan Pengurusan
75
4.10
Kajian Ke atas Teknologi Berasaskan Web
76
4.10.1 Teknologi Internet
76
x
BAB 5
4.10.2 Intranet
77
4.10.3 Ekstranet
78
4.11
World Wide Web (WWW)
79
4.12
Hypertext Transfer Protocol (HTTP)
80
4.13
Hypertext Markup Language (HTML)
81
4.14
Internet GIS
82
4.15
Teknologi Pelayan – Pelanggan
83
4.16
Seni Bina Teknologi Pelayan – Pelanggan
85
4.17
GIS Berasaskan Web
87
4.18
Seni Bina GIS Berasaskan Web
88
4.19
Pra Penjanaan Imej Grafik
89
4.20
Perpustakaan Dan Katalog Pangkalan Data Spatial 90
4.21
Penjana Peta
91
4.22
Pelayar Peta Masa Hakiki (Real Time)
91
4.23
Imej Dan Peta Pada Masa Hakiki
92
4.24
Kajian Terhadap Perisian GIS Berasaskan
Web Yang Digunakan
92
4.24.1 Seni Bina ArcIMS 3.1
93
METODOLOGI PEMBANGUNAN SISTEM
MAKLUMAT KAWALAN KADASTER
SECARA ATAS TALIAN
5.1
Pendahuluan
96
5.2
Metodologi Projek
97
5.3
Justifikasi Pemilihan Teknologi
97
5.4
Metodologi Prototaip Evolusi
98
5.5
Fasa Penyiasatan Awal Dan Perancangan
100
5.6
Fasa Analisa Sistem
101
5.7
Fasa Rekabentuk Sistem
102
5.7.1
Fasa Pembangunan
103
5.7.2
Fasa Implementasi Sistem
103
Justifikasi Pemilihan Metodologi
104
5.8
xi
5.9
Analisis Keperluan Sistem
105
5.10
Justifikasi Keperluan Perkakasan
105
5.10.1 Spesifikasi Perkakasan Pembangun
106
5.10.2 Spesifikasi Perkakasan Pengguna
106
5.10.3 Justifikasi Perkakasan Pembangun
5.11
Dan Pengguna
107
Justifikasi Keperluan Perisian
107
5.11.1 Justifikasi Perisian Sistem
109
5.11.1.1 Justifikasi Microsoft Windows
2000 Profesional
109
5.11.1.2 Justifikasi Internet Information
Server
5.12
BAB 6
110
Data
110
5.12.1 Metadata
111
5.13
Justifikasi Perisian Pangkalan Data
111
5.14
Justifikasi Bahasa Pengaturcaraan
112
5.15
Justifikasi Perisian Pembangunan Sistem
113
5.16
Kesimpulan
114
ANALISA DAN REKA BENTUK SISTEM
6.1
Pendahuluan
116
6.2
Seni Bina Sistem
117
6.3
Reka Bentuk Sistem
117
6.4
Reka Bentuk Pangkalan Data
118
6.4.1
Reka Bentuk Konseptual
118
6.4.2
Reka Bentuk Logikal
120
6.4.3
Reka Bentuk Fizikal
120
6.5
Reka Bentuk Antara Muka
121
6.5.1
Reka Bentuk Laman Web GIS
121
6.5.1.1 Reka Bentuk Arkitektual Web GIS
122
6.5.1.2 Reka Bentuk Antara Muka Web GIS 122
6.5.2
Reka Bentuk Antara Muka Pengguna
123
xii
6.6
BAB 7
Kesimpulan
125
PERLAKSANAAN SISTEM
7.1
Pendahuluan
126
7.2
Kemasukan Data
127
7.3
Penyediaan Data Spatial
128
7.3.1
Infrastruktur Kawalan Kadaster
128
7.3.2
Pelan – Pelan Yang Mengandungi Maklumat
Ikatan Antara Stesen GPS Dan Batu
Sempadan
129
7.4
Kemasukan Data Atribut
129
7.5
Persekitaran Pembangunan
130
7.5.1
Konfigurasi Internet Information Server
(IIS), PHP Dan MySQL
7.6
Pembangunan Sistem
132
7.7
Pembangunan Web GIS
132
7.8
Pembinaan Laman Web GIS Menggunakan
ArcIMS3.1
7.9
BAB 8
130
132
Pengubahsuaian (Customization) Antara Muka
Web GIS
137
7.10
Pembangunan Laman Web Umum
139
7.11
Pengaturcaraan Sistem
140
7.12
Pengaturcaraan Laman Web Umum
141
7.13
Pengaturcaraan Laman Web GIS
142
7.14
Kesimpulan
143
HASIL, PENGGUNAAN DAN PENGUJIAN CCIS
8.1
Pendahuluan
8.2
Laman Web Umum Sistem Maklumat Kawalan
144
Kadaster Secara Atas Talian
145
8.2.1
Pihak Pengguna
148
8.2.2
Pentadbir Sistem
164
xiii
8.3
Laman Web Peta Interaktif Cadastral Control
Information System (CCIS)
169
8.4
Fungsi – Fungsi GIS Untuk Peta Interaktif CCIS
170
8.5
Pengujian Sistem
172
8.6
Pengujian Laman Web Umum
173
8.6.1
Pengujian Pangkalan Data
173
8.6.2
Pengujian Integrasi
174
Pengujian Laman Web GIS
179
8.7
8.7.1
Pengujian Terhadap Paparan Peta Interaktif 179
8.7.2
Pengujian Terhadap Kefungsian Sistem
8.7.3
Pengujian Terhadap Fungsi Perhubungan
(Hyperlinks) Cadastre Plan
8.8
BAB 9
Kesimpulan
183
186
189
KESIMPULAN DAN CADANGAN
9.1
Pendahuluan
190
9.2
Hasil Kajian
191
9.3
Kekangan Sistem
191
9.4
Kelebihan Sistem
192
9.5
Kelemahan Sistem
193
9.6
Cadangan Pembaikan Sistem
193
9.7
Ringkasan
194
RUJUKAN
LAMPIRAN A - G
195
200 - 206
xiv
SENARAI JADUAL
JADUAL
TAJUK
MUKA SURAT
2.1
Maklumat stesen cerapan GPS di sempadan Melaka-Johor
31
2.2
Maklumat rangkaian GPS yang ditubuhkan di Melaka-Johor
32
4.1
Perbezaan model satu aras dan model dua aras
87
5.1
Spesifikasi perkakasan pembangun
106
5.2
Spesifikasi perkakasan pengguna
106
5.3
Spesifikasi perisian sistem
109
6.1
Reka bentuk spesifikasi pengguna
124
8.1
Penerangan fungsi-fungsi dalam laman web utama
146
8.2
Penerangan antara muka web kedua laman profil
147
8.3
Penerangan antara muka web ketiga laman daftar
148
8.4 (a)
Penerangan antara muka web keempat laman ahli
153
8.4 (b)
Penerangan bagi fungsi-fungsi dalam rajah 8.4 (c) dan (d)
155
8.4 (c)
Penerangan fungsi- fungsi menu maklumat pembayaran
157
8.5
Penerangan fungsi- fungsi laman pengemaskinian untuk
165
pentadbir sistem
8.6
Fungsi- fungsi toolbar dalam web GIS
171
8.7
Pengujian unit / sub modul pendaftaran
175
8.8
Pengujian sub modul ahli / login
176
8.9
Penilaian CCIS oleh pembangun
178
xv
SENARAI RAJAH
RAJAH
TAJUK
MUKA SURAT
1.1
Cartalir metodologi kajian
10
2.1
Jaringan kawalan geodetik Semenanjung Malaysia
21
2.2
Jaringan geodetik dan saintifik Semenanjung Malaysia
23
2.3
Datum geodetik tempatan dan datum global Semenanjung
25
Malaysia
2.4
Pembangunan kawalan kadaster berasaskan datum geosentrik
27
2.5
Jaringan kawalan GPS utama Malaysia
29
2.6
Stesen MASS di Malaysia
30
2.7
Garisan penghubung di antara stesen GPS dan batu sempadan
33
3.1
Sistem unjuran RSO di Semenanjung Malaysia
49
3.2
Representasi komformal antara elipsoid-aposfera-sfera
50
3.3
Sistem koordinat RSO
51
3.4
Struktur konsep Land Information Victoria
55
4.1
Proses penukaran data kepada maklumat
65
4.2
Interaksi antara pengguna, sistem dan dunia sebenar
68
4.3
Perhubungan antara data spatial dan data atribut
72
4.4
Pendekatan yang digunakan dalam permodelan GIS
73
4.5
Organisasi peta dalam pendekatan berasaskan lapisan
75
4.6
Diantara contoh pecahan lapisan data spatial bagi peta CCIS
75
4.7
Rangkaian client / server
84
4.8
Reka bentuk rangkaian
85
4.9
Model dua aras
86
4.10
Model tiga aras
87
4.11
Seni bina GIS berasaskan web
88
xvi
4.12
Seni bina ESRI ArcIMS 3.1
93
4.13
Pelayan spatial server
94
5.1
Fasa-fasa dalam metodologi prototaip evolusi
99
6.1
Model konseptual pangkalan data kawalan kadaster
120
7.1 (a)
Antara muka bagi ArcIMS Manager sebelum login
133
7.1 (b)
Antara muka ArcIMS Manager selepas login
133
7.2
Konfigurasi spatial yang terhasil dalam Author A Map Service
134
7.3
Pembinaan Map Service di Author A Map Service
135
7.4
Proses mereka bentuk laman web GIS
136
7.5
Antara muka ArcIMS Manager untuk modul Administrator The
137
Site
7.6
Keratan atur cara buku pelawat
141
7.7
Keratan atur cara penyambungan ke pangkalan data
142
7.8
Keratan atur cara mentakrifkan Map Services
142
7.9
Keratan atur cara menetapkan koordinat paparan peta
143
8.1 (a)
Paparan laman utama sistem
145
8.1 (b)
Paparan laman utama sistem
146
8.2
Paparan laman profil
147
8.3 (a)
Paparan laman daftar
149
8.3 (b)
Paparan proses pendaftaran keahlian telah selesai
150
8.3 (c)
Paparan mesej maklumat pendaftaran keahlian tidak lengkap
150
8.3 (d)
Paparan proses pendaftaran keahlian mengandungi kesilapan
151
8.4 (a)
Paparan laman ahli
152
8.4 (b)
Paparan log masuk atau login semula
152
8.4 (c)
Paparan sekiranya kata nama dan kata kunci yang sepadan
154
dimasukkan
8.4 (d)
Paparan bagi menu profil peribadi
154
8.4 (e)
Paparan sekiranya kata nama dan kata kunci yang sepadan
156
dimasukkan bagi ahli CCIS yang telah diaktifkan akaunnya
8.4 (f)
Paparan bagi menu maklumat pembayaran
158
8.4 (g)
Pembayaran secara deposit tunai
158
8.4 (h)
Pembayaran tunai melalui transaksi Maybank2u
159
8.4 (i)
Pembayaran secara kad kredit Visa
159
xvii
8.4 (j)
Paparan sekiranya proses pembayaran secara tunai selesai
160
8.4 (k)
Paparan proses pembayaran secara kad kredit selesai
160
8.4 (l)
Paparan semakan semula maklumat pembayaran kad kredit
161
8.4 (m)
Paparan semakan semula maklumat pembayaran tunai
161
8.4 (n)
Peta interaktif CCIS tanpa maklumat lengkap
162
8.5
Paparan laman bagi menu hubungi kami
163
8.6
Paparan proses penghantaran cadangan telah selesai
163
8.7
Paparan laman menu buku pelawat
164
8.8
Paparan log masuk pentadbir sistem
165
8.9
Laman pengoperasian pentadbir sistem bagi menu keahlian
166
8.10
Laman pengoperasian pihak pentadbir sistem bagi menu maklum
167
balas pengguna
8.11
Paparan ruangan maklum balas oleh pentadbir sistem
168
8.12
Paparan maklum balas dari pentadbir sistem
168
8.13
Paparan operasi yang dilakukan oleh pihak pentadbir
169
8.14
Peta interaktif kawalan kadaster negeri Melaka
170
8.15
Contoh mesej ralat semasa mengisi maklumat pendaftaran
174
8.16
Pengguna perlu masukkan semula kata nama dan kata laluan
176
8.17
Pengujian paparan fungsi zoom out
180
8.18
Pengujian fungsi paparan zoom in
181
8.19
Pengujian fungsi paparan pan
182
8.20
Pengujian fungsi paparan full view
183
8.21
Pengujian terhadap fungsi identify
184
8.22
Pengujian terhadap fungsi query
185
8.23
Pengujian terhadap fungsi extract
186
8.24
Hyperlinks bagi paparan sketch plan
187
8.25
Hyperlinks bagi paparan location plan
188
8.26
Hyperlinks bagi paparan certified plan
189
xviii
SENARAI SINGKATAN
CCIS
-
Cadastral Control Information System
CCDB
-
Cadastral Control Data Base
GIS
-
Geographic Information System
GPS
-
Global Positioning System
LIS
-
Land Information System
NaLIS
-
National Infrastructure for Land Information System
DCDB
-
Digital Cadastral Data Base
SDCDB
-
State Digital Cadastral Data Base
NDCDB -
National Digital Cadastral Data Base
CAMS
-
Cadastral Assisted Mapping System
RSO
-
Rectified Skew Orthomorphic
WGS84
-
World Geodetic Datum 84
CCS
-
Coordinated Cadastral System
ITRF
-
International Terrestrial Reference Frame
IIS
-
Internet Information System
HTML
-
Hypertext Markup Language
ESRI
-
Environmental System Research Institute
IMS
-
Internet Map Service
WWW
-
World Wide Web
URL
-
Uniform Resource Locator
LAN
-
Local Area Network
PHP
-
Hypertext Processor
CFML
-
Cold Fusion Markup Language
ASP
-
Active Server Page
xix
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
MUKA SURAT
A
Stesen Kawalan Kadaster Negeri Melaka
200
B
Konsep Model CCS Semenanjung Malaysia
201
C
Struktur Perlaksanaan NaLIS
202
D
Aliran Kerja Pelayan - Pelanggan
203
E
Proses Pembangunan CCIS
204
F
Kitaran Hidup CCIS
205
G
Keratan Atur Cara
206
BAB 1
PENGENALAN
1.1
Pendahuluan
Senario pengurusan maklumat di Malaysia telah mengalami perubahan yang
positif khususnya dari segi teknologi dan kemajuan komputer. Perkembangan ini
telah mencetuskan suatu arus revolusi baru yang bukan sahaja mampu memperbaiki
tetapi juga mempertingkatkan mutu pengurusan maklumat di dalam pelbagai bidang.
Kemunculan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Sistem Penentududukan Global
(GPS) adalah suatu bentuk teknologi baru yang turut memberi sumbangan yang besar
dalam bidang kadaster di Malaysia. Penggunaan teknologi pengukuran moden dan
kemajuan teknologi maklumat yang pesat telah menyebabkan wujud sedikit
kelemahan dalam sistem kadaster yang dipraktikkan kini kerana tidak dapat
menyokong sepenuhnya perkembangan tersebut.
Malahan ia dianggap tidak
memenuhi keperluan masa kini.
Dengan berlakunya keadaan seperti ini, maka ia akan lebih menyulitkan
pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) untuk membangunkan bank
data yang boleh mengintegrasikan antara maklumat kadaster iaitu Pangkalan Data
Kadaster Kebangsaan atau National Digital Cadastral Database (NDCDB) serta
mengintegrasikan maklumat topografi dan kadaster bagi tujuan pengoperasian.
Kaedah pelarasan cerapan kadaster dan kelemahan pada datum kadaster telah
dikenalpasti sebagai dua punca utama penyebab masalah tersebut. Untuk mengatasi
masalah ini, maka konsep Sistem Kadaster Berkoordinat atau Coordinated Cadastral
2
System (CCS) diperkenalkan dan akan digunakan secara pesat dalam bidang kadaster
di Malaysia. CCS adalah berdasarkan konsep menubuhkan satu jaringan rujukan
piawai yang menggunakan teknik cerapan GPS supaya dapat mewujudkan satu
sistem koordinat rujukan yang homogen iaitu Sistem Unjuran Rectified Skew
Ortomorphic (RSO) geosentrik.
Permintaan terhadap nilai-nilai koordinat dan maklumat lokasi stesen-stesen
kawalan kadaster melibatkan banyak agensi kerajaan mahupun swasta seperti
Kementerian Pertahanan, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perhutanan, Tenaga Nasional
Berhad, Telekom Malaysia Berhad, PLUS dan lain-lain. Oleh kerana maklumat
kawalan kadaster ini disimpan di dalam bentuk salinan keras termasuklah fail,
lakaran kawasan stesen, peta topografi dan keterangan stesen , maka timbul masalah
apabila proses pencarian dan perolehan semula maklumat ini diperlukan samada oleh
pelanggan atau untuk kegunaan jabatan sendiri. Kemunculan integrasi GPS dan GIS
serta teknologi internet adalah salah satu contoh yang mampu mengatasi situasi
tersebut.
Permintaan yang meningkat dari pelbagai agensi dan seiring dengan
perkembangan teknologi dan kemajuan komputer telah mencetuskan reformasi baru
dalam bidang kadaster di Malaysia.
Konsep kajian Sistem Maklumat Kawalan
Kadaster Secara Atas Talian yang dibangunkan turut dibentuk dengan mengambil
kira faktor-faktor tersebut.
Secara tidak langsung, ia membantu dalam
perkembangan teknologi negara terutamanya seruan kerajaan untuk melahirkan satu
masyarakat yang serba maju seperti pentadbiran kerajaan elektronik.
1.2
Pernyataan Masalah
Sistem Kadaster Malaysia adalah berdasarkan dimensi setiap lot dan
lokasinya dengan lot-lot sebelahan. Ia merupakan satu sistem yang mengandungi
mekanisma pengukuran dan perekodan dalam menerangkan informasi tentang luas,
lokasi dan garis sempadan sesebuah lot. Di dalam era maklumat yang sungguh
canggih pada dewasa ini, sistem ini didapati tidak begitu sesuai jika dibandingkan
dengan teknologi yang ada sekarang. Secara kesimpulannya kelemahan-kelemahan
3
sistem adalah seperti yang telah dibentangkan oleh Majid Mohamed et al., (1998)
adalah:
i.
Kaedah pengukuran dan pengagihan ralat bukan sebenarnya mengikut
kaedah ‘whole to part’ dan tidak berupaya untuk mengurus cerapan
berlebihan.
ii.
Bearing, jarak dan sistem unjuran Cassini yang merupakan maklumat
utama didapati tidak sesuai dengan kehendak teknologi GIS dan GPS.
iii.
Sistem pemetaan di Malaysia menggunakan unjuran RSO, oleh itu
perbezaan
sistem
koordinat
dengan
sistem
kadaster
telah
menyebabkan ketidaksesuaian apabila melibatkan pangkalan data
digital.
iv.
Perbandingan koordinat titik pengukuran apabila daripada satu negeri
ke negeri yang lain adalah tidak memuaskan.
v.
Sistem ini tidak boleh memenuhi permintaan yang semakin tinggi
daripada agensi-agensi pengguna untuk mewujudkan satu sistem
pengurusan kadaster yang mesra pengguna dengan menggunakan
perkakasan teknologi yang moden.
Kelemahan-kelemahan di atas telah menyulitkan pihak JUPEM dalam
membangunkan bank data yang boleh mengintegrasikan antara maklumat kadaster
untuk seluruh Semenanjung Malaysia atau lebih dikenali sebagai NDCDB serta
mengintegrasikan maklumat topografi dan kadaster bagi tujuan pengoperasian.
Kaedah pelarasan cerapan kadaster dan kelemahan kawalan pada datum kadaster
adalah dua punca utama penyebab masalah ini berlaku. Untuk mengatasi masalah
tersebut maka pemantapan Rangkaian Geodetik GPS atau Primary GPS Geodetic
Network (PGGN) dan diikuti dengan pembangunan jaringan kawalan kadaster
dengan teknik cerapan GPS telah dijalankan.
4
Data-data atau maklumat-maklumat jaringan kawalan ini bertujuan untuk
membuat pengawalan kejituan ukur kadaster bagi menghadkan selisih yang wujud
semasa pengukuran dijalankan serta membekalkan koordinat rujukan yang homogen
supaya membolehkan pengintegrasian antara data kadaster dan data pemetaan.
Aronoff (1989) menyatakan perlunya mengorganisasikan data sebagai faktor kedua
menjayakan penggunaan GIS. Menurutnya, pangkalan data menjadi begitu kritikal
kerana data tidak akan bernilai sekiranya data yang betul dan tepat tetapi tidak berada
pada tempat yang sepatutnya dan masa yang sebenarnya.
Demi kepentingan
penyelenggaraan data dengan betul, maka pembangunan pangkalan data akan
dibangunkan sebaik sahaja data-data pengukuran GPS diperolehi.
Memandangkan Sistem Kadaster Berkoordinat ini merupakan satu sistem
yang baru diperkenalkan di Malaysia dan masih dalam peringkat pembangunan maka
segala data-data jaringan kawalan yang sedia ada pada pihak JUPEM masih disimpan
dalam bentuk salinan keras yang tidak tersusun, terurus dan belum merujuk kepada
sistem koordinat homogen yang diperlukan.
Keadaan ini bukan saja amat
merumitkan proses pembangunan NDCDB maka ia juga merumitkan pihak JUPEM
sendiri dalam membuat penyemakan terhadap kawasan-kawasan yang belum
melakukan pengukuran untuk penubuhan stesen-stesen GPS dan kawalan kadaster,
melambatkan pengguna dalam proses dapatan maklumat dan mendatangkan masalah
dari segi operasi dapatan kembali data-data, pengemaskinian dan analisis dalam
membuat keputusan kerana ia melibatkan :
i.
Penggunaan fail yang banyak.
ii.
Mengambil masa yang lama untuk pencarian maklumat.
iii.
Memerlukan ruang simpanan data yang besar.
iv.
Memerlukan ramai tenaga kerja untuk pengurusan data-data dalam
bentuk fail.
Mengambil kira faktor-faktor seperti kos perbelanjaan untuk menjalankan
pengukuran data kawalan kadaster ini adalah mahal, memerlukan masa yang
panjang, tenaga kerja yang ramai serta kepentingan maklumat-maklumat kawalan
kadaster ini dalam perlaksanaan CCS dan keperluannya dalam memulakan suatu
5
kerja ukuran kadaster dan pemetaan setelah CCS dilaksanakan maka pembangunan
satu Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian adalah diperlukan.
Dalam sistem tersebut, maklumat kawalan kadaster yang telah merujuk kepada
sistem koordinat homogen akan disimpan secara berdigit dalam bentuk pangkalan
data. Keadaan ini dapat merendahkan risiko seperti kehilangan fail atau kesilapan
lokasi fail. Di samping itu, maklumat dari pangkalan data boleh ditambah untuk
dikemas kini, diolah, diproses, dan dipaparkan dengan pelbagai cara dengan formatformat tertentu pada masa yang singkat. Selain itu, data-data spatial dan atribut
dapat dihubungkaitkan antara satu sama lain bagi membentuk paparan maklumat
yang komprehensif dan efektif serta mampu melakukan pelbagai analisis dan
menjawab pertanyaan.
Tambahan pula pengguna boleh menggunakannya dalam
pencarian maklumat tersebut pada bila-bila masa dan dimana sahaja. Keadaan ini
akan mempercepatkan penentuan stesen rujukan yang akan digunakan untuk sesuatu
kerja pengukuran dan pemaparan maklumat spatial di dalam bentuk salinan keras
juga dapat dilakukan dengan hanya membuat plotan daripada pangkalan data spatial.
Secara amnya, bagi menyelesaikan masalah-masalah yang dinyatakan di atas
pihak JUPEM sebagai sebuah organisasi terulung yang telah mendapat pengiktirafan
antarabangsa dalam menggunakan komputer bagi mengeluarkan pelan kadaster dan
peta-peta berdigit di dunia untuk mencapai objektif NaLIS yang menyokong
perkongsian
maklumat
antara
pengeluar-pengeluar
dan
pengguna-pengguna
maklumat tanah maka Sistem Maklumat Kawalan Kadaster atau Cadastral Control
Information System (CCIS) Secara Atas Talian ini perlu dibangunkan bagi
memudahkan agensi berkaitan tanah dalam membuat keputusan melibatkan tanah
serta membantu dalam menyelesaikan masalah.
Oleh yang demikian, Sistem
Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian yang bakal dibangunkan nanti turut
dibentuk dengan mengambil kira faktor-faktor tersebut selain fungsi sistem itu
sendiri, iaitu memudahkan pengguna dalam membuat keputusan dengan mudah dan
cepat. Pengguna juga berupaya melakukan arahan pemaparan seperti zoom, pan,
identify dan sebagainya.
Keupayaan internet GIS dalam kawalan kadaster adalah masih baru di
Malaysia dan di harap akan sentiasa dipertingkat, diperkemas dan digabung dengan
6
sistem maklumat yang lain bagi membolehkan ianya menjadi sebagai sistem
sokongan perancangan dan pengurusan maklumat yang berkesan bagi menangani
sebarang masalah berkenaan kerja-kerja berkaitan kadaster pada masa akan datang di
Malaysia. Konsep kajian yang bakal dilaksanakan ini secara tidak langsung, turut
membantu dalam perkembangan teknologi negara terutamanya seruan kerajaan untuk
melahirkan satu masyarakat yang serba maju seperti pentadbiran kerajaan elektronik.
1.3
Tujuan Dan Objektif Kajian
Tujuan utama kajian ini adalah untuk membangunkan Sistem Maklumat
Kawalan Kadaster Secara Atas Talian yang dapat membantu dalam pembangunan
NDCDB
serta
mempermudahkan
pihak
berkaitan
dalam
mengurus
dan
mengendalikan maklumat kawalan kadaster. Beberapa objektif telah dikenal pasti
untuk mencapai matlamat kajian adalah seperti berikut:
i.
Untuk membuat analisis dan mereka bentuk sistem maklumat kawalan
kadaster :-
ii.
Keperluan pengguna.
Reka bentuk konseptual.
Reka bentuk logikal.
Reka bentuk fizikal.
Untuk membangunkan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara
Atas Talian :-
iii.
Pembangunan pangkalan data.
Reka bentuk antara muka pengguna.
Integrasi perkakasan, perisian dan pangkalan data.
Untuk pengujian sistem.
7
1.4
Skop Kajian
Kajian ini akan melibatkan penggunaan tentang beberapa perisian
terutamanya perisian GIS dan perisian Internet Mapping Server (ArcIMS). Konsep
LIS akan digunakan untuk aplikasi ke atas kadaster. Ia tertumpu kepada tiga elemen
berikut:-
Objektif Pertama : Untuk membuat analisis dan mereka bentuk sistem
maklumat kawalan kadaster :a. Kawasan Kajian : Negeri Melaka. Rujuk Lampiran A.
b. Data Input :
i. Diperolehi dari sumber : Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia (JUPEM) dan Center for Cadastral & Land
Information Studies, Fakulti Kejuruteraan dan Sains
Geoinformasi, UTM.
ii. Jenis data yang digunakan : Data kadaster, Data
Global Positioning System (GPS), Data topografi.
iii. Jenis pangkalan data hubungan.
Objektif Kedua : Untuk membangunkan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster
Secara Atas Talian :a. Menggunakan perisian ArcView 3.1 untuk membangunkan pangkalan
data, perisian ArcIMS 3.1 bagi paparan pemetaan dan web secara
interaktif manakala perisian Macromedia Dreamweaver MX pula
digunakan untuk mereka bentuk antara muka pengguna menggunakan
bahasa pengaturcaraan PHP.
Objektif Ketiga : Untuk pengujian sistem :a. Menguji kebolehan sistem dari segi tahap kemasukan, paparan web,
fungsi carian mengenai lokasi atau maklumat yang melibatkan pertanyaan
data spatial dan atribut serta ujian terhadap paparan secara interaktif dan
secara masa hakiki dilakukan.
8
1.5
Metodologi Kajian
Kajian ini melibatkan beberapa fasa yang perlu dilalui berdasarkan objektifobjektif yang telah digariskan agar pencapaian matlamat mengikut masa yang
ditetapkan. Peringkat-peringkat kajian ini adalah seperti berikut:-
Fasa Pertama :
1.
Analisis dan reka bentuk sistem maklumat.
a.
Kajian keperluan pengguna.
i. Fasa pertama dalam kitaran hidup pembangunan sistem.
ii. Untuk mendapatkan suatu pandangan keseluruhan tentang
keadaan dan skop masalah dalam suatu sistem sedia ada.
iii. Untuk memastikan sistem yang dibangunkan nanti dapat
memenuhi keperluan pengguna.
iv. Hala tuju bagi sesuatu aplikasi yang ingin dibangunkan
ditentukan.
b.
Analisis sistem.
i. Mendapatkan dan menganalisa fakta berkenaan sistem sedia ada
dalam
menentukan
adakah
penting
sesuatu
sistem
itu
dibangunkan.
ii. Sumber-sumber dan jenis-jenis data yang diperlukan oleh
pengguna akan ditentukan dan dikumpulkan.
c.
Mereka bentuk sistem maklumat.
i. Reka bentuk pangkalan data dan laman web antara muka
pengguna.
Kajian literatur dilakukan untuk memahami konsep
kawalan kadaster dan internet GIS.
Memilih
kawasan
penyelidikan.
kajian
untuk
menjalankan
9
Data input yang digunakan adalah melibatkan pangkalan
data kawalan kadaster atau Cadastral Control Database
(CCDB) dan State Digital Cadasral Database (SDCDB)
: Negeri Melaka.
Fasa Kedua :
2.
Pembangunan sistem.
a.
Pembangunan pangkalan data dan laman web antara muka pengguna.
b.
Integrasi diantara perkakasan, perisian dan pangkalan data bagi
membentuk Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian.
i. Penyediaan pangkalan data dalam persekitaran GIS
memerlukan
penukaran
format,
pengeditan
dan
pengemaskinian dilakukan bagi data spatial dan data
atribut.
ii. Mewujudkan
hubungan
diantara
pembangun
dan
pengguna sistem.
Fasa Ketiga :
3.
Pengujian sistem.
a.
Penilaian bagi memastikan laman web berfungsi dengan baik dan
memenuhi spesifikasi yang ditetapkan.
b.
Sekiranya terdapat ralat, pembetulan terhadap sistem akan dilakukan
dengan merujuk semula kepada fasa reka bentuk sistem.
i. Menilai aplikasi agar ia berfungsi dengan baik dan
memenuhi spesifikasi yang telah ditetapkan dari segi :
•
Masa.
•
Tahap kegunaan.
•
Kejelasan.
•
Paparan.
10
•
Pertanyaan.
•
Keseluruhan.
Metodologi kajian dapat diringkaskan seperti yang ditunjukkan dalam carta alir pada
Rajah 1.1.
Fasa Pertama
Analisis Sistem :
Penentuan keperluan.
Analisis Sistem :
Analisis keperluan.
•
•
Penentuan keperluan
Analisis keperluan
•
•
•
•
•
Reka bentuk Sistem :Reka bentuk konseptual.
Reka bentuk logikal.
Reka bentuk fizikal.
Fasa Kedua
•
•
•
•
•
•
Pembangunan Sistem :
Pembangunan pangkalan data.
Pembangunan laman web.
Integrasi antara perkakasan, perisian dan pangkalan data.
Pembangunan Sistem :
Pembangunan pangkalan data
Pembangunan laman web
Integrasi antara perkakasan,
Fasa Ketiga perisian dan pangkalan data
Pengujian Sistem
Ujikaji Pencapaian Sistem & Analisis : •
•
•
•
•
Masa.
Tahap Kegunaan.
Kejelasan.
Pertanyaan (data atribut & spatial).
Keseluruhan.
Rajah 1.1 : Cartalir metodologi kajian
11
1.6
Kepentingan Dan Sumbangan Kajian
Kajian ini mengandungi cadangan spesifikasi sistem dan rangka kerja bagi
pembangunan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian
yang
berasaskan kepada GIS dan internet. Sistem ini dirangka bertujuan untuk membantu
pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di dalam mengendalikan datadata bagi stesen kawalan kadaster yang telah dibentuk di seluruh Semenanjung
Malaysia.
Dengan terbentuknya sistem ini nanti, dijangka akan memudahkan
pelbagai agensi kerajaan, swasta mahupun orang perseorangan untuk mendapatkan
maklumat lokasi stesen kawalan kadaster di sesuatu kawasan dengan cepat dan
efektif.
Pihak berkaitan juga akan dapat mengemaskinikan data-data dengan cepat
dan lebih mudah berbanding cara sebelumnya yang melibatkan data-data disimpan di
dalam bentuk salinan keras. Disamping keupayaan sistem ini di dalam pemaparan
maklumat spatial dan atribut yang komprehensif, ianya juga boleh melakukan
pemetaan secara atas talian, dan berupaya melakukan arahan pemaparan seperti
zoom, pan, identify dan pelbagai pertanyaan bagi pembuatan keputusan yang optima
dan interaktif.
Diharapkan, melalui sistem ini kita juga dapat melihat sejauh manakah
aplikasi sistem yang telah dibangunkan dapat membantu bagi menyokong Sistem
Kadaster Berkoordinat di Malaysia. CCIS adalah implementasi dari Sistem Kadaster
Berkoordinat (CCS) dan merupakan salah satu inisiatif pengurusan digital yang
bersesuaian dengan matlamat kerajaan elektronik terutama bagi Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM).
12
1.7
Kesimpulan
Kemajuan sains dan teknologi terutamanya perkembangan teknologi
maklumat di Malaysia telah menjadi pendorong kepada pelbagai agensi kerajaan dan
swasta
menguruskan
aktiviti-aktiviti
dan
data
mereka
secara
sistematik
menggunakan komputer. Hakikat kemajuan era ini, suatu reformasi teknologi telah
berlaku dalam sistem ukur kadaster di Malaysia, iaitu daripada sistem data kadaster
konvensional analog kepada sistem data digital. Sungguh pun demikian, dengan
munculnya Sistem Maklumat Geografi dan kaedah pengukuran moden GPS telah
menyebabkan kaedah pengukuran sistem ukur kadaster yang dipraktikkan kini
dianggap tidak dapat menyokong sepenuhnya terhadap perkembangan tersebut.
Salah satu sebabnya adalah perbezaan antara sistem rujukan koordinat yang
digunakan untuk tujuan kadaster dan pemetaan telah menyebabkan kedua-dua
maklumat yang merujuk kepada sistem yang berlainan ini tidak dapat digabungkan
atau diproses bersama.
Sungguh pun telah diubah suai melalui transformasi
koordinat tetapi kejituan dan ketepatan posisi dalam bentuk angka akan dipersoalkan
nanti.
Oleh yang demikian, langkah untuk menggantikan sistem ukur kadaster yang
sedia ada kepada sistem koordinat kadaster homogen untuk seluruh Semenanjung
Malaysia adalah diperlukan. Keistimewaan yang dapat diperolehi daripada Sistem
Kadaster Berkoordinat ialah sistem ini adalah selaras dengan keupayaan teknologi
pengukuran GPS yang kini banyak digunakan oleh agensi-agensi berkaitan tanah
dalam menjalankan kerja-kerja pengukuran, tambahan pula maklumat atau data-data
yang diperolehi daripada teknologi pengukuran tersebut dapat menyokong keperluan
berorientasikan kedudukan sistem pengurusan maklumat seperti GIS dan LIS.
Dalam projek penyelidikan ini, Sistem Maklumat Kawalan Kadaster bagi
kawasan kajian iaitu 40 km x 40 km di negeri Melaka dibangunkan supaya ia dapat
digunakan sebagai projek perintis dalam membantu pihak JUPEM mengendalikan
data-data jaringan geodetik bersifat homogen serta berketepatan tinggi yang akan
dibentuk di seluruh Semenanjung Malaysia. Di samping itu, ia juga digunakan
sebagai model data bagi pembangunan NDCDB.
Sistem Maklumat Kawalan
13
Kadaster Secara Atas Talian yang dibangunkan dijangkakan akan memudahkan
pelbagai agensi kerajaan, swasta mahupun individu mendapatkan maklumat lokasi
stesen rujukan di sesuatu kawasan dengan cepat dan efektif tanpa melibatkan fail-fail
yang banyak.
BAB 2
KAWALAN KADASTER
2.1
Pendahuluan
Definasi sistem kadaster adalah sistem yang terdiri daripada mekanisme
pengukuran dan perekodan untuk mengambarkan maklumat-maklumat tanah seperti
keluasan, lokasi, garis sempadan dan lot-lot tanah (Majid Kadir, 1997).
Ukur
kadaster di Malaysia dipraktikkan mengikut kaedah dan teknik pengukuran yang
berkejituan tinggi serta dikawal melalui peraturan-peraturan yang ketat oleh JUPEM
supaya hasil yang diperolehi boleh dipercayai dari segi mutu dan ketepatannya.
Walaupun demikian, secara amnya ukur kadaster di negara ini masih lagi berpegang
kepada kaedah dan teknik ukur konvensional.
2.2
Kelemahan Sistem Ukur Kadaster Sedia Ada
Sistem ukur kadaster yang diamalkan masa kini adalah berdasarkan kepada
pengukuran dimensi lot yang relatif kepada lot berhampiran dan juga bergantung
kepada datum ukur yang digunakan. Kaedah pengukuran ini tidak menepati hukum
whole to part yang sebenar. Rambatan ralat berlaku dari satu pengukuran lot ke
pengukuran lot yang lain dan juga berlaku dari satu datum pengukuran ke datum
pengukuran yang lain. Kaedah pelarasan Bowditch yang digunakan kini juga tidak
dapat mengatasi masalah ini. Walaupun sistem ukur yang diamalkan memberikan
hasil output di dalam bentuk koordinat, namun koordinat-koordinat ini tidak dikawal
15
dan dilaras dengan baik. Oleh yang demikian, koordinat-koordinat plotan ini tidak
boleh dianggap sebagai koordinat tetap (rigid). Selain daripada itu, origin sistem
koordinat Cassini yang dirujukkan di kebanyakan negeri juga adalah berlainan di
mana kecuali negeri Perlis dan Melaka setiap negeri di Semenanjung Malaysia
mempunyai titik origin rujukan dan sistem koordinat tersendiri. Terdapat sepuluh
origin rujukan sistem Cassini di Semenanjung Malaysia (Majid et al., 1986).
Ketidakseragaman datum rujukan kadaster ini telah menyebabkan keraguan dan
kesulitan dalam menghubungkan semua data kadaster di antara negeri-negeri tersebut
serta proses penubuhan Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Sistem Maklumat
Tanah (LIS).
Dalam era dunia kini yang penuh dengan teknologi moden GIS dan GPS,
sistem ukur kadaster kini yang bukan position oriented dianggap tidak dapat
menyokong sepenuhnya terhadap perkembangan teknologi tersebut.
Masalah-
masalah yang dihuraikan di atas akan menghalang atau melambatkan proses hasrat
kerajaan untuk mencapai sebuah negara berasaskan teknologi informasi. Kesedaran
daripada masalah-masalah ini, maka JUPEM telah mengadakan reformasi kadaster
terhadap satu sistem pengurusan kadaster baru yang lebih efektif dan bersesuaian
dengan teknologi moden.
Sistem ini hendaklah berasaskan format digital yang
disokong oleh peralatan dan teknologi moden yang mampu mempercepatkan
pembangunan pangkalan data digital kadaster dan seterusnya memudahkan proses
perekodan,
pengurusan,
pengolahan,
pemprosesan
dan
pengemaskinian
pengkomputeran. Dalam hubungan ini, kemunculan Sistem Kadaster Berkoordinat
adalah tepat pada masanya.
2.3
Sistem Kadaster Berkoordinat
Sistem Kadaster Berkoordinat atau Coordinated Cadastral System (CCS)
secara umumnya didefinasikan sebagai satu sistem yang memberikan taraf sah di sisi
undang-undang terhadap pasangan nilai koordinat (x,y) yang ditetapkan pada
16
pepenjuru sempadan lot melalui kaedah pengukuran dan pelarasan yang dipiawaikan.
Menurut Dola (1995), Sistem Kadaster Berkoordinat dapat didefinasikan sebagai :
“Cadastral boundaries expressed as coordinates based on the common
national datum, of sufficient accuracy to satisfy the demands of a modern Land
Information System”
Sistem ini bukan saja lebih memberikan penekanan dalam penentududukan
mutlak (dengan nilai koordinat) terhadap lot kadaster daripada memberikan
penentududukan relatif (dengan pengukuran bearing dan jarak), malah ia juga lebih
selaras dengan keupayaan peralatan ukur berteknologi masa kini seperti alat
Electronic Distance Measurement (EDM), alat Total Station dan alat GPS.
Di
samping itu, sistem ini juga dapat menyokong keperluan position oriented seperti di
dalam sistem-sistem maklumat GIS dan LIS. Sistem ini telah dilaksana di Australia,
New Zealand dan Singapura dan membukti dapat memberi manfaat dalam jangka
masa yang panjang.
Konsep Sistem Kadaster Berkoordinat ini adalah mula diperkenalkan dalam
persidangan Cadastral Reform 1990 yang diadakan di Australia pada tahun 1990.
Menurut Dale (1992) dalam International Conference on Cadastral Reform 92
bahawa terdapat dua konsep yang dapat menerangkan Sistem Kadaster Berkoordinat.
Konsep pertama ialah coordinate-based cadastral system yang menerangkan bahawa
setiap pepenjuru lot kadaster mempunyai koordinat yang sah.
Sistem Kadaster
Berkoordinat yang akan diamalkan di Malaysia adalah berdasarkan konsep ini dan
konsep tersebut mempunyai ciri-ciri seperti berikut :
i.
Koordinat-koordinat stesen ukur kawalan adalah merujuk kepada
datum geosentrik.
ii.
Menggunakan satu sistem unjuran yang sama untuk seluruh negara.
iii.
Menggunakan satu kaedah pelarasan jaringan yang sesuai supaya satu
pasangan koordinat yang unik boleh didefinasikan untuk setiap tanda
sempadan lot kadaster.
17
Konsep Sistem Kadaster Berkoordinat yang kedua pula ialah coordination of
the cadastre yang membawa maksud koordinasi di antara jabatan-jabatan atau
agensi-agensi yang terlibat dan berkaitan dengan bidang kadaster. Dalam konsep ini,
nilai koordinat tidak mempunyai fungsi yang khusus tetapi penekanan adalah
tertumpu kepada penghasilan peta kadaster yang lengkap di mana setiap sentimeter
persegi tanah boleh ditentukan secara uniknya. Rujuk Lampiran B.
2.4
Kelebihan Sistem Kadaster Berkoordinat
Kelebihan-kelebihan Sistem Kadaster Berkoordinat yang telah dikemukakan
ketika persidangan Cadastral Reform 1990 di Australia adalah seperti berikut :
i.
Menghubungkan ukuran kadaster ke dalam sistem rujukan koordinat
kebangsaan.
ii.
Membekalkan satu jaringan rujukan piawai bagi pengukuran kadaster,
kejuruteraan, pemetaan dan sistem pengurusan pangkalan data tanah.
iii.
Memberikan kawalan terhadap rambatan ralat pengukuran dan
kejituan pengukuran.
iv.
Memudahkan pengemaskinian pangkalan data tanah dan peningkatan
ketepatan.
v.
Selaras dengan perkembangan teknologi ukur, teknik persembahan
dan pemprosesan komputer yang berasaskan sistem koordinat.
vi.
Menjimatkan ruangan storan komputer terhadap data digital kadaster.
vii.
Memudahkan proses data input dan proses capaian data terhadap
pangkalan data kadaster.
viii.
Memudahkan pengesahan tanda-tanda sempadan dengan adanya nilai
pasangan koordinat yang unik.
18
2.5
Komponen-Komponen
Amalan
Perlaksanaan
Sistem
Kadaster
Berkoordinat
Perlaksanaan Sistem Kadaster Berkoordinat dijangka akan memajukan
pengurusan sistem kadaster negara di samping memainkan peranan sebagai sistem
sokongan tunjang dal am perancangan, pengurusan, perkembangan dan pengawalan
hartanah serta sistem maklumat tanah yang berkaitan. Oleh yang demikian, kajiankajian terhadap ramalannya adalah penting dan amat diperlukan (Tan Say Kee,
1997).
Terdapat tiga komponen yang perlu ditinjau dalam peringkat awalan
perlaksanaan Sistem Kadaster Berkoordinat iaitu :
2.5.1
i.
Datum kawalan homogen.
ii.
Teknik pelarasan jaringan kadaster.
iii.
Peraturan dan akta-akta ukur GPS.
Datum Kawalan Homogen
Dalam pembentukan Sistem Kadaster Berkoordinat, datum kawalan adalah
merupakan salah satu komponen yang agak penting disebabkan segala pengukuran
kadaster yang dilakukan perlu dirujuk kepada satu datum kawalan yang telah
diiktirafkan.
Datum kawalan rujukan yang berkualiti akan lebih menjaminkan
ketepatan kedudukan tanda-tanda sempadan. Selain daripada itu, sifat homogen pada
jaringan kawalan tersebut juga diperlukan bagi menjamin kekonsistenan hasil
cerapan koordinat kedudukan tanda sempadan. Jaringan kawalan yang homogen dan
berketepatan tinggi akan mengurangkan berlakunya rambatan ralat sehingga
wujudnya perbezaan nilai koordinat bagi tanda sempadan yang besar terutamanya
apabila terdapat lot-lot kadaster yang menyeberangi sesuatu sempadan. Lazimnya
jaringan kawalan geodetik kebangsaan iaitu jaringan yang dibangunkan dengan
teknik GPS yang berketepatan 1-2ppm akan digunakan sebagai datum rujukan dalam
hal ini (Tan Say Kee, 1997).
19
Selain daripada itu, pemilihan sistem koordinat unjuran atas datum kawalan
tersebut juga perlu dipertimbangkan supaya pengukuran yang dilakukan atas datum
tersebut dapat ditranformasikan atau diunjurkan ke dalam sistem rujukan kebangsaan
negara dengan ralat unjuran yang minima.
Ciri ini adalah penting bagi
menginterasikan maklumat kadaster dengan maklumat tanah yang berkaitan (Tan
Say Kee, 1997).
2.5.2
Teknik Pelarasan Jaringan Kadaster
Dalam pembentukan Sistem Kadaster Berkoordinat, teknik pelarasan juga
amat memainkan peranan yang penting disebabkan nilai cerapan pasangan koordinat
yang ditetapkan pada tanda sempadan perlu dilaras dan disemak kualiti
pencerapannya sebelum nilai-nilai koordinat tersebut dijadikan maklumat muktamad
dalam rekod perihalan sempadan kadaster. Sebenarnya teknik pelarasan yang baik
perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut (Tan Say Kee, 1997) :
i.
Pelarasan bersifat from whole to the part.
ii.
Berupaya menganalisis kualiti data cerapan.
iii.
Berupaya menganalisis kesepadanan geometri jaringan.
iv.
Membolehkan pelarasan dilakukan dalam kualiti yang besar.
v.
Nilai pemberat dapat diletakkan terhadap data-data cerapan input.
vi.
Pelarasan dapat dilakukan secara kekangan minima atau kekangan
sepenuh.
2.5.3
Peraturan Dan Akta-Akta Ukur GPS
Peraturan dan akta-akta ukur GPS juga merupakan salah satu komponen lain
yang penting dalam pembentukan Sistem Kadaster Berkoordinat.
Peraturan-
peraturan dan akta-akta yang baru harus ditambah atau dimasukkan ke dalam akta-
20
akta yang sedia ada. Keadaan ini adalah untuk memberikan satu panduan yang jelas
terhadap perlaksanaan Sistem Kadaster Berkoordinat di samping itu memberikan
kedudukan sah terhadap sistem ini dari segi undang-undang.
Dengan adanya
peraturan dan akta ini maka semua pihak yang terlibat samada pihak pentadbir atau
pengguna dapat mengenalpasti tugas-tugas dan tanggungjawab masing-masing dalam
pengamalan sistem ini di samping itu dapat menjamin kepentingan orang ramai.
Pengenalan peraturan-peraturan baru ini haruslah melingkungi aspek-aspek seperti
berikut (Tan Say Kee, 1997):
i.
Teknik pengukuran baru seperti GPS.
ii.
Kaedah pelarasan data cerapan.
iii.
Peraturan-peraturan dan akta-akta ukur.
iv.
Ketepatan piawaian datum kawalan dan ketepatan penentududukan.
v.
Pengukuran lot baru dan penukaran lot lama ke dalam Sistem
Kadaster Berkoordinat.
2.6
Jaringan Kawalan Kadaster Dan Jaringan Kawalan Geodetik Di
Semenanjung Malaysia Sebelum Perlaksanaan CCS
Pengukuran kadaster di Malaysia sebenarnya adalah pengukuran sempadan
sesuatu lot tanah dengan kawalan terabas piawai atau standard traverses yang
diikatkan kepada jaringan triangulasi kelas dua atau kelas tiga.
Kebanyakan
jaringan-jaringan triangulasi lama seperti sistem Perak dan Asa adalah ditubuhkan di
Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 dan permulaan abad ke-20 untuk tujuan ukur
kadaster. Disebabkan jaringan-jaringan triangulasi lama ini bukannya jaringan kelas
geodetik maka ia telah digantikan dengan sistem triangulasi Repsold pada tahun
1913-1916.
Pada tahun 1948, dengan keputusan penggunaan sistem unjuran
Rectified Skew Orthomorphic Projection (RSO) dalam semua unjuran peta telah
menyebabkan sistem Repsold digantikan dengan sistem triangulasi Malayan Revised
Triangulation System 48 (MRT48) yang bertujuan untuk digunakan dalam pemetaan.
21
MRT68 terdiri daripada 77 stesen geodetik, 240 stesen primer, 837 stesen
sekunder dan 51 stesen tertiar. Jaringan kawalan MRT ini adalah merupakan hasil
hitungan semula gabungan di antara jaringan kawalan lama (1888-1913) bersama
dengan jaringan kawalan utama yang telah diukur pada tahun 1913-1916. Semasa
hitungannya, penurunan data tidak mengikut prosidur biasa seperti pelarasan garis
dasar ke elipsoid, pembetulan pesongan pugak dan pembetulan Laplace. Keadaan ini
disebabkan ketiadaan data tersebut oleh itu, jaringan ini masih mengalami selisihan
dalam bentuk, kedudukan, skala dan orientasi. Jaringan kawalan geodetik lama
Semenanjung Malaysia telah ditunjukkan dalam Rajah 2.1.
Rajah 2.1 : Jaringan kawalan geodetik Semenanjung Malaysia
(Abdullah Hisam Omar, 2004)
Dalam era dunia kini yang penuh dengan teknologi moden seperti GPS,
jaringan kawalan geodetik ini didapati tidak mampu lagi untuk memenuhi kehendak
pengguna yang semakin canggih.
Kelemahan-kelemahan penggunaan sistem
triangulasi MRT yang merujuk kepada datum geodetik adalah seperti berikut : -
i.
Ia dianggap kurang lengkap dan tidak memenuhi ciri-ciri datum
geodetik sepenuhnya atas sebab komponen tegaknya yang agak
lemah.
ii.
Garis dasar bagi jaringan kawalan adalah antara 70 – 80 km.
22
iii.
Kedudukan stesen jaringan hanya terletak pada puncak bukit di mana
tidak
terletak
pada
kawasan
pembangunan
yang
sangat
memerlukannya.
iv.
Secara keseluruhannya ia adalah kurang konsisten dan sukar dari segi
kawalan jarak serta azimut.
Keadaan ini telah mendesak pihak JUPEM meneruskan usaha ke arah
penubuhan Jaringan Geodetik dan Saintifik untuk seluruh Malaysia. Pada Disember
1989, satu program kerjasama antara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia dengan
Agensi Ukur Tanah Sweden telah diadakan untuk menubuhkan jaringan geodetik
baru ini dengan penggunaan teknik cerapan GPS. Tujuan awal penubuhan jaringan
ini adalah supaya jaringan geodetik baru dapat meningkatkan kejituan dan
menganalisa jaringan geodetik yang sediada iaitu jaringan triangulasi konvensional
serta menambahkan bilangan titik-titik kawalan untuk tujuan pemetaan.
Secara umumnya, kerja penubuhan Jaringan Geodetik dan Saintifik ini
terbahagi kepada dua fasa. Fasa I bermula dari Desember 1989 sehingga Mac 1990
di mana sebanyak 108 titik telah dicerap di Selatan Semenanjung Malaysia manakala
fasa II telah bermula dari Desember 1991 hingga Mac 1993 (Lim, 2003). Dalam fasa
ini sebanyak 130 titik telah dicerap. Pada awal 1993, pihak JUPEM telah berjaya
menubuhkan jaringan kawalan yang tepat, menyeluruh, seragam dan bertaraf tinggi
kejituannya bagi memenuhi keperluan kawalan untuk proses pembangunan
infrastruktur negara.
Jaringan Geodetik dan Saintifik ini adalah terdiri daripada 238 stesen iaitu 5
titik Doppler, 14 titik kawalan geodetik, 10 titik primari, 10 titik sekunder, 7 BM , 1
stesen pasang surut dan 191 titik kawalan GPS baru yang bertaburan secara seragam
di seluruh Semenanjung Malaysia dengan garis dasar 30 kilometer dan berkejituan di
antara 1 hingga 2 ppm (bahagian dalam sejuta) dalam arah ufuk dan 3 hingga 5 ppm
dalam arah pugak. Disebabkan cerapan GPS tidak memerlukan faktor saling nampak
di antara stesen, stesen-stesen geodetik ini telah diletakkan di tempat-tempat yang
lebih sesuai, contohnya di kawasan-kawasan pembangunan yang mempunyai laluan
mudah dan tidak lagi di atas puncak-puncak bukit. Pengukuran dengan teknologi
23
GPS ini telah terbukti keberkesanannya dan kos pengendalian yang agak rendah di
samping berupaya menghasilkan kejituan yang tinggi (Samad, 2002). Jaringan
geodetik baru untuk Semenanjung Malaysia telah ditunjukkan pada Rajah 2.2.
Rajah 2.2 : Jaringan geodetik dan saintifik Semenanjung Malaysia
(Samad, 2002)
2.7
Keperluan Penggunaan Datum Geosentrik
Datum geodetik tempatan merupakan suatu elipsoid yang dipilih dengan
padanan terbaik terhadap permukaan geoid pada kawasan atau negara yang hendak
dipetakan di mana ia paling menyerupai atau berpadanan baik dengan permukaan
geoid dan mempunyai topografi tempatan yang dapat mengurangkan erotan kepada
tahap paling minima. Elipsoid padanan terbaik tidak mengambilkira pusat elipsoid
bertepatan dengan pusat jisim bumi. Oleh yang demikian, kedudukan pusat rujukan
tersebut adalah tidak geosenter.
Syarat yang menentukan kedudukan elipsoid
padanan terbaik ini adalah titik permulaan atau origin, elipsoid dan geoid mesti
bersentuh dan selari. Kesempurnaan padanan elipsoid hanya terhad di titik origin
24
maka titik-titik yang berjauhan daripada origin akan mengalami erotan. Sesuatu
datum geodetik tempatan yang berpadanan terbaik dengan geoid sesuatu kawasan
tidak semestinya sesuai untuk kawasan yang lain.
Untuk tujuan politik dan
pertahanan negara, kebanyakan negara memilih datum geodetik tempatan yang
sesuai sebagai permukaan rujukan.
Begitu juga keadaan di Malaysia di mana
elipsoid Modified Everest adalah elipsoid padanan terbaik yang digunakan untuk
tujuan pengukuran dan pemetaan.
Cassini Soldner dan Rectified Skew Orthorphic merupakan dua sistem
unjuran peta berujukan elipsoid Modified Everest yang digunakan di Semenanjung
Malaysia bagi tujuan kadaster dan pemetaan. Pada peringkat awal, sistem koordinat
tempatan ini memang dapat memenuhi keperluan yang diperlukan dalam kadaster
dan pemetaan. Dengan perkembangan teknologi dalam bidang pengukuran seperti
GPS dan GIS, keadaan ini telah menyulitkan pihak JUPEM dalam membangunkan
bank data yang boleh mengintegrasikan antara maklumat kadaster untuk seluruh
Semenanjung Malaysia serta mengintegrasikan maklumat topografi dan kadaster
bagi tujuan operasi. Keadaan ini telah menunjukkan di mana suatu sistem koordinat
yang menggunakan datum yang bersifat universal adalah lebih diperlukan. Selain
daripada itu, datum mendatar dan datum pugak di negara Malaysia adalah dalam dua
sistem yang berlainan maka datum geodetik ini dianggap kurang lengkap dan tidak
mampu untuk memenuhi kehendak pengguna atas sebab komponen tegak yang agak
lemah.
Arus perubahan global ini telah mendorong pihak JUPEM melakukan
reformasi kadaster dengan memperkenalkan Sistem Kadaster Berkoordinat yang
menggunakan datum geosentrik.
Datum geodetik global atau datum geosentrik merupakan elipsoid yang
mempunyai padanan terbaik dengan geoid untuk keseluruhan bumi. Origin datum
geosentrik ini adalah merupakan pusat elipsoid yang bersetindih dengan pusat bumi
atau geosenter di mana elipsoid tersebut diorientasikan dengan meletakkan paksi
minornya setindih dengan paksi putaran bumi.
Elipsoid geosentrik digunakan
terutamanya dalam sistem penentududukan secara teknologi satelit seperti Doppler
atau GPS di mana pusat originnya adalah geosentrik.
25
Teknologi GPS telah diterima sebagai penggerak teknologi utama yang tepat
dan ekonomi di dalam bidang ukur penentududukan geodetik dan navigasi, sejak
tahun 1989 teknologi tersebut mula diperkenalkan di JUPEM dan meresapi pelbagai
aktiviti pengukuran iaitu termasuk kerja-kerja ukur kadaster dan pemetaan,
pemantauan stesen tolok pasang surut, pengujudan jaringan geodetik kebangsaan dan
aplikasi dalam bidang geodinamik. Sistem GPS menggunakan elipsoid WGS 84
iaitu elipsoid bersifat geosentrik dan mempunyai origin yang hampir menyamai pusat
bumi. Penggunaan sistem GPS ini telah menunjukkan keupayaannya dimana ia
bukan saja berkejituan tinggi maka ia juga berjimat kos dan masa serta hanya
memerlukan operasi lapangan yang mudah, oleh itu pemilihan dan penerimaan
datum geosentrik dan penggunaan GPS tentu akan menghasilkan suatu jaringan
kawalan geodetik dan sistem koordinat kadaster yang homogen bagi seluruh
Semenanjung Malaysia (Wong, 1999). Rajah 2.3 menunjukkan datum geodetik
tempatan dan datum global di Semenanjung Malaysia.
Permukaan
topografi
Elipsoid Modified Everest
(datum geodetik tempatan)
Elipsoid WGS84
(datum geosentrik)
Rajah 2.3 : Datum geodetik tempatan dan datum global Semenanjung Malaysia
(Wong, 1999)
26
2.8
Pembangunan Kawalan Kadaster Berasaskan Datum Geosentrik
Seperti mana yang diketahui, sistem triangulasi dan sistem trabas piawai
merupakan kawalan kadaster semasa yang digunakan sebelum era GPS. Setelah
pengenalan penggunaan teknologi GPS dalam bidang ukur terutamanya bagi ukur
kadaster, kedua-dua sistem ini didapati tidak sesuai lagi untuk tujuan pengawalan
kadaster. Kelemahan-kelemahan yang wujud dari kedua-dua sistem adalah seperti
berikut : -
i.
Ketepatan dan kejituan yang rendah iaitu hanya berketepatan ≈ 20ppm
(bahagian dalam sejuta).
ii.
Jaringan dan taburan stesen kawalan yang tidak seragam.
iii.
Trabas piawai dibentuk di sepanjang jalan dan tidak secara
menyeluruh.
iv.
Tidak digunakan secara praktikal.
Pengenalan kepada Sistem Kadaster Berkoordinat dan pernemuan ke atas
datum geosentrik terbaru iaitu International Terrestrial Reference Frame (ITRF)
maka didapati bahawa jaringan kawalan berasaskan datum geosentrik yang
diiktirafkan oleh ITRF adalah lebih diperlukan terutamanya dalam konteks kawalan
kadaster (Lim, 2003). Antara sebab-sebab keperluan pembangunan kawalan kadaster
berasaskan kepada datum geosentrik yang diiktirafkan oleh ITRF adalah seperti
berikut :
i.
Setelah penggunaan GPS dalam ukur kadaster direalisasikan di
Malaysia maka jaringan kawalan kadaster yang berkejituan tinggi
diperlukan.
ii.
Sistem ITRF adalah sistem kawalan yang paling jitu yang
diiktirafkan.
iii.
Membolehkan
kerja-kerja pengukuran
samada ukur
kadaster,
pemetaan dan sebagainya dijalankan dengan merujuk kepada datum
kawalan homogen yang berkejituan tinggi.
27
iv.
Memudahkan proses penginterasian antara data spatial di mana
sebelum ini integrasi antara data spatial yang merujuk kepada datum
geodetik tempatan dengan data yang diperolehi melalui teknologi
pengukuran kini seperti GPS, remote sensing dan sebagainya yang
mana datum rujukannya adalah geosentrik amat sukar disebabkan ia
perlu sentiasa diubahsuai melalui proses transformasi koordinat
sebelum kejituan dan ketepatan posisi dalam bentuk angka
dipersoalkan.
Secara umumnya, pada awal pembangunan jaringan kawalan kadaster yang
berasaskan datum kawalan homogen ini boleh dibahagi kepada dua peringkat seperti
berikut :
i.
Pemantapan Peninsular Malaysia Primary GPS Network (PGGN)
untuk digunakan sebagai jaringan rujukan homogen;
ii.
Penubuhan Infrastruktur Kadaster Berkoordinat dan membuat ikatan
kepada batu sempadan terpilih.
Pembangunan kawalan kadaster berasaskan datum geosentrik adalah seperti
ditunjukkan dalam Rajah 2.4 di bawah.
Infrastruktur
Kadaster
Berkoordinat
•2.5km,0.5km
•Ikatan ke Batu
Sempadan
Rajah 2.4 : Pembangunan kawalan kadaster berasaskan datum geosentrik
(Lim, 2003)
28
2.8.1
Pemantapan Peninsular Malaysia Primary GPS Network (PGGN) Untuk
Digunakan Sebagai Jaringan Rujukan Homogen
Datum geosentrik terbaru telah diwujudkan dengan tertubuhnya satu jaringan
global yang berdasarkan kepada stesen-stesen bumi yang ditentukan dengan jitu,
iaitu International Earth Rotation Service’s (IERS) dan International Terrestrial
Reference Frame (ITRF).
Jaringan ITRF adalah jaringan rujukan geodetik
antarabangsa berkejituan tinggi yang dibentuk oleh IERS (Lim, 2003).
ITRF
merupakan datum lebih baru berbanding dengan WGS 84 dan dianggapkan sebagai
hasil pembetulan ke atas WGS84. Origin bagi sistem tersebut adalah berdasarkan
pada pusat bumi. Kini ITRF merupakan satu datum rujukan yang telah diiktirafkan
dan dipersetujui secara antarabangsa melalui International Association of Geodesy
(IAG).
Pada tahun 1998, Kempen GPS Malaysia yang merangkumi 25 stesen di
seluruh Malaysia telah membentukkan Sistem Jaringan GPS Utama Malaysia dengan
kejituan milimeter dan ditakrifkan dalam sistem ITRF. Stesen-stesen bagi Jaringan
GPS Utama ini adalah merangkumi seluruh Malaysia di mana di Semenanjung
Malaysia terdapat sebanyak 10 stesen manakala sebanyak 15 stesen terletak di Sabah
dan Sarawak. Taburan stesen-stesen tersebut adalah seperti berikut:
i.
ii.
Di Semenanjung Malaysia terdapat :•
5 stesen Doppler
•
4 stesen Mass
•
1 stesen pasang surut
Di Sabah dan Sarawak terdapat :•
3 stesen Doppler
•
6 stesen Mass
•
3 stesen pasang surut
•
1 stesen GEODYSSEA
•
2 stesen triangulasi sekunder
29
Rajah 2.5 : Jaringan kawalan GPS utama Malaysia (JUPEM, 2001)
Rajah 2.5 di atas telah menunjukkan taburan jaringan kawalan GPS utama di
Malaysia. Jika diperhatikan kepada Sistem Jaringan Utama yang ditubuhkan itu,
didapati bahawa beberapa stesen yang dipilih itu adalah terdiri daripada stesen
Malaysia Active GPS System (MASS). MASS merupakan jaringan stesen GPS kekal
yang meliputi seluruh Malaysia di mana ia terdiri daripada 15 stesen yang akan
merekod dan membekalkan data kedudukan GPS yang berkejituan tinggi dalam masa
24 jam sehari. Tujuan pemilihan stesen MASS sebagai stesen Jaringan GPS Utama
adalah supaya ketiga-tiga jaringan iaitu jaringan stesen GPS kekal, jaringan GPS
Utama dan Jaringan Geodetik dan Saintifik dapat dihubungkan antara satu sama lain.
Selepas itu, Jaringan Geodetik dan Saintifik akan dilaraskan semula dengan kaedah
pelarasan ganda dua terdikit di mana stesen-stesen Jaringan GPS Utama telah
ditetapkan untuk meletakkan semua stesen GPS di dalam sistem ITRF. Taburan
stesen-stesen MASS di Malaysia telah ditunjukkan dalam Rajah 2.6.
30
Rajah 2.6 : Stesen MASS di Malaysia (DSMM, 2001)
Setelah pelarasan atas kedua-dua Jaringan Kawalan GPS Utama dan Jaringan
Geodetik dan Saintifik maka stesen MASS digunakan sebagai Jaringan Geodetik
GPS Tahap Sifar (Zero-order) manakala Jaringan Kawalan Geodetik dan Saintifik
berujukan koordinat ITRF2000 Epoch 0.00 dengan kejituan 1-3 cm telah digunakan
sebagai Jaringan GPS Tahap Pertama (First-order) bagi mengawal jaringan kawalan
kadaster yang ditubuh di bawahnya (Majid Kadir et al., 2002).
2.8.2
Penubuhan Infrastruktur Kadaster Berkoordinat Dan Pengikatan
Antara Stesen GPS Dan Batu Sempadan Terpilih
Dalam usaha untuk melaksanakan Sistem Kadaster Berkoordinat di
Semenanjung Malaysia, sistem koordinat kadaster homogen akan menggantikan
sistem koordinat kadaster yang sedia ada dalam bidang kadaster. Pertukaran sistem
koordinat ini akan melibatkan teknik pelarasan jaringan kadaster bersaiz besar di
mana nilai cerapan pasangan koordinat yang ditetapkan pada tanda sempadan akan
dilaraskan dan disemak kualiti pencerapannya sebelum nilai-nilai koordinat tersebut
dijadikan maklumat muktamad dalam rekod perihalan sempadan kadaster. Menurut
Wong Kok Siong (1999) hasil pelarasan koordinat amat dipengaruhi oleh faktor
kemampatan stesen kawalan GPS, untuk menggantikan sistem koordinat kadaster
31
yang sedia ada kepada sistem koordinat kadaster homogen bagi tujuan kadaster,
bilangan stesen kawalan GPS yang mencukupi dengan sela 2.5 km adalah
dicadangkan untuk pelarasan terhadap kawasan yang bersaiz 10 km x 10 km bagi
kawasan semi bandar .
Pada Mac 2001, kerja-kerja penyiasatan stesen-stesen telah dilakukan oleh
pegawai dari seksyen Geodesi dan Jabatan Ukur Daerah Melaka serta Johor di
kawasan kajian yang merangkumi 40 km x 40 km Melaka-Johor.
Kerja-kerja
penyiasatan stesen-stesen telah dilakukan dengan menggunakan teknik GPS.
Monumen yang digunakan untuk penandaan stesen adalah bergantung kepada lokasi
dan juga keadaan tanah. Terdapat 3 jenis monumen yang digunakan iaitu tanda aras
piawai, paip besi dan juga tanda kadaster. Keterangan bagi stesen-stesen yang telah
ditanam di kedua-dua negeri Melaka-Johor adalah seperti berikut :
Jadual 2.1 : Maklumat stesen cerapan GPS di sempadan Melaka-Johor
Keterangan
Pihak
yang
Melaka
menjalankan Pegawai-pegawai dari
kerja-kerja penyiasatan
Johor
Diketuai oleh
seksyen Geodesi dan
pegawai dari Seksyen
Jabatan Ukur Daerah
Geodesi dan dibantu
Melaka
oleh kakitangan dari
Jabatan Ukur Daerah
Muar
Bilangan stesen cerapan GPS
90
132
Bilangan stesen yang sesuai
89
131
1
1
Kod stesen yang tidak sesuai
C090
C014
atau tidak dapat dikenalpasti
(Tidak dapat kenalpasti)
(Tidak sesuai)
Ladang kelapa sawit
Hutan
untuk cerapan GPS
Bilangan stesen yang tidak
sesuai untuk cerapan GPS
Sebab tidak sesuai
32
Cerapan GPS telah dibahagikan kepada dua bahagian iaitu dengan
mewujudkan rangkaian Grid Utama pada sela 10 km x 10 km dan jaringan GPS
sekunder pada sela 2.5 km. Rangkaian GPS telah digunakan untuk memproses grid
utama manakala stesen-stesen GPS yang lain diproses dengan merujuk kepada
stesen-stesen dari grid utama iaitu dua stesen di dalam setiap penjuru blok telah
dijadikan sebagai stesen rujukan. Tiga stesen dari rangkaian GPS iaitu M331 yang
terletak di Tanjung Keling, GP13 yang terletak di Tebong Melaka dan GP16 yang
terletak di Pagoh, Johor telah dijadikan sebagai stesen rujukan. Koordinat untuk
semua stesen adalah berasaskan koordinat Rangkaian Sainstifik Geodetik
Semenanjung Malaysia 1994. Keterangan tentang Grid Utama dan stesen-stesen
GPS adalah seperti berikut :
Jadual 2.2 : Maklumat rangkaian GPS yang ditubuhkan di Melaka-Johor
(Abdullah Hisam Omar, 2004)
Keterangan
Grid Utama
Stesen-stesen GPS
10 km x 10 km
2.5 km x 2.5 km
Teknik Cerapan
Static
Fast Static / Rapid Static
Stesen Rujukan
M331 (Tg. Keling,
Titik-titik dari
Melaka), GP13 (Tebong,
Grid Utama
Sela
Melaka), GP16 (Pagoh,
Johor)
Masa Cerapan
Bilangan Stesen
Perisian
Pemprosesan
Data
Perisian Pelarasan
90 minit per sessi
15-30 minit
23
197
Trimble Geomatic Office
Trimble Geomatic Office
(TGO) Versi 1.1
(TGO) Versi 1.1
Geolab 2.4c
Trimble Geomatic Office
(TGO) Versi 1.1
Penentuan penggunaan jaringan GPS sekunder pada sela 0.5 km bagi
kawasan bandar adalah berdasarkan pengalaman perlaksanaan CCS di negara
Australia. Setelah jaringan GPS sekunder ditubuhkan maka langkah yang seterusnya
adalah membuat pengikatan antara stesen GPS dengan batu sempadan yang terpilih.
33
Langkah ini adalah bertujuan supaya semua batu-batu sempadan yang telah diikat
kepada stesen GPS mempunyai nilai koordinat baru berdasarkan datum geosentrik.
Batu-batu sempadan yang telah diikat kepada stesen GPS ini kemudiannya akan
digunakan sebagai rujukan dalam menyelaras semula lot-lot kadaster dengan kaedah
pelarasan kuasa dua terdikit. Setelah penyelarasan semula dijalankan maka semua
maklumat kadaster adalah berdasarkan kepada datum rujukan geosentrik. Rujuk
Rajah 2.7 di bawah.
Rajah 2.7 : Garisan penghubung di antara stesen GPS dan batu sempadan
(Abdullah Hisam Omar, 2004)
2.9
Kepentingan Kawalan Kadaster Terhadap Sistem Kadaster
Berkoordinat
Terdapat beberapa kelemahan dalam sistem kadaster masakini, oleh itu pada
bulan November 1995, satu kerjasama antara Jabatan Ukur dan Pemetaan dengan
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia telah
diadakan untuk menjalankan satu penyelidikan terhadap perlaksanaan Sistem
Kadaster Berkoordinat di Malaysia. Pada peringkat awal kajian, satu kawasan kajian
yang melibatkan sebanyak 80, 000 lot kadaster telah dipilih di Melaka Tengah.
Tujuan utama penyelidikan ini dijalankan adalah untuk mengkaji kesesuaian
perlaksanaan sistem ini di Semenanjung Malaysia. Di samping itu, projek ini cuba
untuk melakarkan satu garis panduan atau perancangan supaya sistem ini dapat
diaplikasi ke dalam sistem kadaster kini dengan menggunapakaikan alat ukur yang
berteknologi tinggi khususnya GPS dan menganalisis jaringan kadaster yang kukuh.
34
Seperti yang diketahui Sistem Kadaster Berkoordinat didefinasikan sebagai
sistem kadaster yang berdasarkan kepada koordinat.
Penetapan nilai koordinat
terhadap tanda-tanda sempadan lot adalah melalui kaedah pengukuran, pelarasan dan
peraturan ukur yang telah dipiawaikan maka jaringan kawalan geodetik yang
merujuk kepada datum rujukan homogen serta berketapatan tinggi memainkan
peranan penting dalam konteks ini. Jika ditinjaukan kepada jaringan kawalan ukur
kadaster yang digunakan kini iaitu sistem triangulasi lama adalah tidak bersifat
homogen dan hanya berketepatan ≈ 20 ppm. Kelemahan jaringan kawalan ini telah
menyebabkan berlakunya rambatan ralat yang besar sehingga ke julat meter.
Keadaan ini telah menunjukkan jaringan tersebut tidak dapat menyokong keperluan
CCS.
Melalui beberapa penyelidikan yang telah dijalankan, didapati bahawa
teknologi GPS adalah sesuai untuk penubuhan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan
jaringan
kawalan
yang
diperlukan
dalam
perlaksanaan
Sistem
Kadaster
Berkoordinat. Pengaruh GPS di antaranya telah memberikan sumbangan seperti
berikut :
i.
Memperuntukkan satu datum geosentrik sejagat untuk sesebuah
negara dengan menggunakan kemudahan infrastruktur daripada
International GPS Service (IGS) dan orbit satelit GPS jitu serta sistem
International Terrestrial Reference System (ITRS).
ii.
Memperbaiki ketepatan relatif dalaman untuk jaringan geodetik
negara.
iii.
Mempercepatkan
penubuhan
jaringan
kawalan
sekunder
atau
membawa datum ke tapak kerja dengan berdasarkan kepada jaringan
utama.
iv.
Sebagai satu kaedah yang kos efektif dan menjimatkan masa untuk
memperkenalkan jaringan kawalan.
Sehubungan dengan itu, dalam perlaksanaan CCS di Semenanjung Malaysia
pihak JUPEM telah mengambil keputusan untuk membangunkan kawalan kadaster
dengan memantapkan PGGN, penubuhan infrastruktur kawalan kadaster serta
35
membuat pengikatan kepada batu sempadan.
Jaringan kawalan kadaster yang
ditubuhkan dengan teknik cerapan GPS akan digunakan bagi menggantikan sistem
triangulasi untuk tujuan pengawalan kadaster serta sebagai satu hirarki kawalan jitu
sebelum diikuti dengan penubuhan stesen kawalan yang kurang jitu di bawahnya.
Disebabkan fungsi sistem kadaster adalah bertujuan untuk menyokong dan memberi
perlindungan asas kepada pemilikan tanah serta harta benda maka jaringan kawalan
GPS diperlukan supaya semua kerja pengukuran kadaster dapat diikat kepada
jaringan kawalan yang berkualiti dan berketepatan tinggi ini. Di samping itu ia
membolehkan semua kerja ukuran kadaster merujukkan kepada datum yang
homogen seterusnya semua lot-lot kadaster dapat dilaraskan semula dengan kaedah
pelarasan ganda dua terdikit yang berlandaskan konsep pelarasan ‘from whole to
part’.
Selain daripada itu, kepentingan-kepentingan penubuhan jaringan kawalan
kadaster dalam perlaksanaan CCS adalah seperti :
i.
Meningkatkan ketepatan kawalan ukur kadaster dan meminimakan
rambatan ralat.
ii.
Meningkatkan kepadatan kawalan ukur kadaster sebagai tambahan
kepada rangkaian kawalan ukur yang sedia ada.
iii.
Semua aktiviti pengukuran kadaster, pengukuran kejuruteraan dan
pemetaan dapat merujuk kepada satu datum rujukan yang homogen.
iv.
Memberikan penetapan nilai koordinat yang tepat terhadap tandatanda sempadan dan membolehkan aplikasi data ukur digunakan
dengan meluas seperti di dalam penyediaan peta utiliti, pelan
pembangunan dan pemetaan berskala besar.
v.
Menyokong penubuhan LIS untuk Semenanjung Malaysia dengan
wujudnya keupayaan integrasi antara pangkalan data geografik
(CAMS) dengan pangkalan data kadaster (CALS).
vi.
Mempercepatkan pembangunan data-data digital kadaster dan
memudahkan
proses
perekodan,
pengurusan,
pemprosesan, pengemaskinian dan perajahan komputer.
pengelolahan,
36
vii.
Meningkatkan keberkesanan pengurusan sistem maklumat tanah di
Semenanjung Malaysia dengan adanya sistem koordinat perihal
persempadanan yang konsisten.
viii.
Mengurangkan percanggahan persempadanan dengan adanya sistem
perihal tanda sempadan dengan nilai pasangan koordinat yang unik.
BAB 3
SISTEM KADASTER DI MALAYSIA
3.1
Pendahuluan
Sebelum mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia telah
mengamalkan sistem pemberimilikan tanah secara berasingan sehingga digantikan
dengan Sistem Torrens pada tahun 1966. Tujuan utamanya adalah untuk memberi
jaminan mutu pengukuran yang tinggi dan mengelakkan daripada pertikaian di antara
tuan punya tanah terhadap sempadan tanah (Wong, 1999).
Pengukuran dan
pemetaan Malaysia adalah menggunakan datum geodetik. Ia adalah berdasarkan
elipsoid Modified Everest. Cassini Soldner dan Rectified Skew Orthomorphic pula
merupakan dua sistem unjuran peta yang merujuk kepada ellipsoid Modified Everest.
Jaringan kawalan kadaster ditubuhkan sebagai stesen kawalan dalam ukur kadaster.
Jaringan ini telah diubahsuai dari semasa ke semasa bagi memenuhi
perkembangan teknologi yang sedia ada serta memenuhi keperluan terkini. Dalam
konteks stesen kawalan kadaster, satu jaringan kawalan kadaster yang berasaskan
datum geosentrik adalah amat diperlukan. Di mana jaringan ini merupakan satu
jaringan bersifat global dan telah diiktirafkan oleh ITRF. Oleh itu, Jaringan GPS
Utama dan Jaringan GPS Sekunder telah ditubuhkan di negara kita. Jaringan GPS
Utama mempunyai kejituannya sehingga ke unit milimeter manakala Jaringan GPS
Sekunder pula mempunyai sela stesen kawalan 0.5km bagi kawasan bandar dan
2.5km bagi kawasan semi bandar.
Penyelidikan terhadap perlaksanaan Sistem
38
Kadaster Berkoordinat (CCS) di Malaysia telah dijalankan pada tahun 1996, di mana
tujuannya adalah untuk membentuk satu sistem yang sah di sisi undang-undang
dalam penentuan pasangan nilai koordinat. Konsep ini memerlukan suatu stesen
kawalan yang berdasarkan datum geosentrik sebagai titik rujukannya.
Dalam pada itu, konsep ini juga memerlukan satu sistem unjuran yang sama
untuk seluruh negara dan kaedah pelarasan jaringan yang sesuai supaya satu
pasangan koordinat yang unik boleh didefinisikan untuk setiap tanda sempadan lot
kadaster. Untuk melaksanakan konsep CCS ini, pembangunan infrastruktur kawalan
kadaster perlu dilaksanakan untuk menghasilkan sistem koordinat rujukan homogen
dengan berdasarkan datum geosentrik. Penukaran sistem koordinat kepada sistem
koordinat homogen sememangnya memerlukan pelarasan semula koordinat yang
sedia ada.
3.2
Sistem Kadaster Di Malaysia
Malaysia mempunyai sistem kadaster yang baik untuk memberi perlindungan
asas kepada pemilik tanah dan harta benda. Sistem ukur kadaster boleh didefinisikan
sebagai satu sistem yang terdiri daripada mekanisme pengukuran dan pengekodan
untuk menggambarkan maklumat-maklumat tanah seperti keluasan, lokasi, garis
sempadan dan lot-lot tanah. Ukur kadaster di negara ini dipraktikkan mengikut
kaedah dan teknik pengukuran yang berkejituan tinggi serta dikawal melalui
peraturan-peraturan yang ketat oleh JUPEM bagi menjamin kualiti dan mutunya.
Sebelum tahun 1957, Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu. Pada ketika itu,
Tanah Melayu dibahagikan kepada tiga bahagian oleh penjajah British bagi
memudahkan pentadbiran.
Bahagian pertama terdiri daripada negeri- negeri Selat iaitu Negeri Pulau
Pinang dan Melaka. Bahagian kedua pula adalah Negeri-negeri Melayu Bersekutu
iaitu Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan, manakala Johor, Kedah, Perlis,
Kelatan dan Terengganu pula digelar Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
39
Ketiga-tiga bahagian ini mengamalkan sistem pemberimilikan tanah yang berasingan
sehingga digantikan dengan Sistem Torrens pada tahun 1966. Sebelum lhb Januari
1966, sebelas buah negeri di Semananjung Malaysia mengamalkan dua sistem
pemegangan tanah yang berlainan. Negeri Pulau Pinang dan Melaka mengamalkan
sistem yang khusus kerana tertakluk di dalam Negeri- negeri Selat, iaitu
menggunakan sistem pendaftaran surat ikatan undang-undang Inggeris (Deed
System).
Manakala sistem yang diamalkan di sembilan buah Negeri Melayu yang lain
ialah sistem pendaftaran hakmilik atau sistem Torrens. Selepas tahun 1966, kesemua
sebelas negeri di Semenanjung Malaysia telah menggunakan Sistem Torrens. Sistem
Torrens adalah satu sistem yang dapat memberi jaminan dan memudahkan proses
urusan tanah. Hak milik yang dikeluarkan dalam sistem ini adalah bukit muktamad
dalam perihal tuan punya tanah tanpa disangkalkan. Hak milik tanah yang sah
membawa maksud bahawa sempadan-sempadan lot telah ditentukurkan dan
keluasannya telah dikira mengikut kaedah pengukuran dan cara perhitungan yang
piawai. Jaminan mutu pengukuran yang berketepatan tinggi dapat mengelakkan
pertikaian dan pertengkaran sempadan.
Sebenarnya, Sistem Torrens merupakan satu sistem pendaftaran hak milik
yang diperkenalkan oleh Sir Robert Torrens di Australia Selatan pada tahun 1857.
Sistem ini diluluskan dalam perundangan Australia Selatan pada 27hb Jun 1858
tetapi hanya diterimapakai oleh Pendaftar Penempatan Negeri-negeri Selat setelah
memansuhkan sistem pendaftaran suratan dan digantikan dengan Akta Kanun Tanah
Negera (Hak milik Pulau Pinang dan Melaka) pada tahun 1963. Mulai tahun 1966,
Sistem Torrens mula diterima dan diamalkan di semua Negeri-negeri Tanah Melayu
(Ang, 1999). Sistem Torrens yang diamalkan di Negeri-negeri Tanah Melayu adalah
berasal dari Fiji di mana sistem ini telah diubahsuaikan ke dalam sistem pendaftaran
tempatan (Tan, 1997). Kebaikan-kebaikan sistem ini adalah seperti berikut :
i.
Tuan punya tanah akan diberikan satu dokumen hak milik yang jelas
dan dijamin oleh Kerajaan. Dokumen ini mengandungi segala syarat
dan kepentingan-kepentingan lain yang melibatkan tanah tersebut.
40
ii.
Tuan punya tanah dapat mengurus-niagakan tanah secara pendaftaran
yang mudah.
iii.
Hak milik bagi tanah tersebut, dan hak-hak semua orang yang
memegang pajakan atau gadaian adalah tidak boleh disangkalkan.
iv.
Kerajaan dapat mengawal segala aktiviti ukur kadaster dan mengemas
kini maklumat pendaftaran hak milik dengan lebih efektif.
3.2.1
Amalan Ukur Kadaster
Di Semenanjung Malaysia, pendaftaran hak milik tanah adalah di bawah
kuasa Pejabat Tanah Negeri manakala pengukuran tanah dan pengeluaran hak milik
tanah merupakan urusan Jabatan Ukur Dan Pemetaaan Negara bersama sekumpulan
Jurukur Bertauliah (berlesen) di bawah kuasa Licensed Land Surveyors Ordinance
1958. Kerja kadaster bermula dengan pengeluaran Permintaan Ukur (Requisition of
Survey) dari Jabatan Tanah untuk menjalankan pengukuran kadaster pada satu lot
tanah. Sementara pengukuran lot dijalankan, lazimnya satu hak milik sementara
(qualified title) akan dikeluarkan kepada tuan punya tanah supaya segala aktiviti
urusniaga tanah dapat dijalankan. Hak milik muktamad (final title) hanya akan
dikeluarkan setelah pengukuran muktamad ke atas lot tersebut telah dijalankan dan
pelan kadaster telah diluluskan oleh Pengarah Ukur (Tan, 1997).
Kita sedia maklum bahawa setiap pengukuran kadaster di Semenanjung
Malaysia adalah berdasarkan kelas ukuran pertama, kedua dan ketiga. Sebelum
sesuatu pengukuran dilakukan, datum perlu dibuktikan pada kedudukan asal dengan
merujuk keperluan yang tercatat dalam Pekeliling Ketua Pengarah Ukur bil1.6 tahun
1981 (di mana batu sempadan yang diduduki perlu dibuktikan dengan dua batu
sempadan yang bersebelahan dengan membandingkan jarak dan bukaan sudut, atau
bearing dibandingkan dengan cerapan matahari).
Pengukuran trabas yang
merupakan pengukuran sempadan lot yang mesti mematuhi tikaian bering dan
tikaian lurus yang dibenarkan. Tikaian sudut yang dibenarkan untuk kelas ukuran
pertama adalah 1’15" dan kelas ukuran kedua adalah 2'30" manakala tikaian lurus
41
yang dibenarkan untuk kelas ukuran pertama adalah 1 : 8000 dan 1 : 4000 untuk
kelas ukuran kedua (Abdullah Hisam Omar, 2004).
Data-data cerapan padang kadaster dan lakaran gambarajah ukur trabas lot
perlu dicatatkan dan direkodkan secara sistematik dalam buku kerja luar. Bearing
muktamad dan jarak muktamad sempadan lot, nilai koordinat batu sempadan dan
keluasan lot juga perlu dikira di syit jilid kiraan. Pelan kadaster pula perlu dihasilkan
pada skala tertentu dan mengandungi maklumat-maklumat seperti nombor pelan
yang diakui, kelas ukuran, nombor buku kerja luar, nama jurukur, nombor jilid
kiraan, nombor syit piawai, nombor fail Pejabat Ukur, nombor fail Pejabat Tanah,
nama pemeriksa dan nama pelukis pelan.
Pelan kadaster perlu diluluskan oleh
Pengarah Ukur sebelum hak milik dikeluarkan. Selain ukur kadaster yang telah
dinyatakan di atas, pengukuran kadaster juga perlu dilakukan ke atas lot-lot pecahan
dalam bangunan yang bertingkat. Pengukuran ini dikenali sebagai pengukuran strata
yang bertujuan untuk mengeluarkan hak milik strata bagi unit lot yang terletak dalam
sesebuah bangunan bertingkat.
Prosedur pengukuran dan pendaftaran hak milik
strata telah dinyatakan dengan jelas dalam Akta Hakmilik Strata 1985.
Sistem koordinat Semenanjung Malaysia adalah berbentuk satu sistem
koordinat segiempat tepat yang berdasarkan kepada Unjuran Cassini.
Unjuran
Cassini adalah satu bentuk unjuran silinder jarak sama dalam aspek lintang. Dalam
unjuran ini, satu garis bujur pusat dipilih untuk dijadikan satu garis lurus yang betul
dalam skala di sepanjang garis tersebut. Kelebihan sistem unjuran ini ialah dapat
mengurangkan erotan skala yang berlaku pada titik-titik unjuran yang jauh dari garis
bujur pusat. Namun begitu, sistem ini hanya mampu atau sesuai untuk unjuran
kawasan kecil. Ini adalah disebabkan erotannya akan menjadi semakin besar apabila
sesuatu titik itu semakin jauh dari titik origin sistem. Hakikatnya, setiap negeri di
Semenanjung Malaysia mempunyai titik rujukan origin Cassini masing-masing
kecuali negeri Melaka dan negeri Perlis.
Keadaan ini telah menyebabkan
terdapatnya sepuluh origin Cassini di Semenanjung Malaysia.
Perbezaan rujukan origin ini telah menimbulkan kesukaran dan keraguan
untuk menghubungkaitkan data- data antara satu negeri dengan negeri yang lain.
42
Keadaan ini menyebabkan kejituannya adalah rendah dan tidak sesuai untuk tujuan
pemetaan. Masalah rambatan ralat yang tidak terkawal juga berlaku. Masalahmasalah ini menyulitkan pihak JUPEM bagi membangunkan bank data yang
membolehkan integrasi antara maklumat kadaster untuk seluruh Semenanjung
Malaysia (Majid et al., 2000). Sistem Koordinat Cassini yang dipraktikkan dalam
sistem kadaster di Malaysia pada masa kini perlu di tukarkan dengan sistem
koordinat yang homogen iaitu RSO.
3.3
Perkembangan Pengurusan Data Ukur Kadaster Dan Pemetaan Di
Malaysia
Pemetaan memberi maksud proses pengeluaran peta dengan pelbagai kaedah
pemetaan untuk sesuatu tujuan tertentu. Pemetaan boleh merujuk kepada pemetaan
kadaster, pemetaan topografi, pemetaan tematik dan sebagainya. Dalam konteks
penerangan geografi, maklumat topografi memberikan gambaran jelas mengenai
bentuk rupabumi, sumber dan jasad semula jadi serta pembinaan asas buatan
manusia seperti jalan dan kawasan petempatan. Dalam konteks pendaftaran dan
pentadbiran tanah pula, maklumat kadaster memberikan peranan yang penting.
Sebelum penggunaan komputer diperkenalkan dalam aspek pengurusan data
dalam jabatan kerajaan di Malaysia, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia hanya
menguruskan segala maklumatnya dengan menggunakan sistem pengaturan analog
yang konvensional. Segala maklumat ukur kadaster dan pemetaan disimpan dalam
format analog dan seterusnya dicetakkan dalam helaian peta sahaja. Keputusan
daripada sistem kadaster yang bermodel klasik adalah tidak mencukupi untuk
keperluan pada masa depan mahupun sekarang (Lim, 2003). Data yang disimpan
dalam sistem kadaster konvensional yang berbentuk analog gagal memadai
keperluan
penyeliaan,
pengurusan,
pembuatan
keputusan,
peramalan
dan
perancangan pembangunan yang sistematik. Masalah yang paling penting terhadap
data kadaster berformat analog konvensional adalah :
43
i.
Data geomatik yang berketepatan rendah.
ii.
Kualiti dan kelajuan capaian data.
iii.
Perbezaan antara persembahan peta dengan filosofis pendaftar.
iv.
Kekurangan fungsi penyeliaan (supervisory tools).
JUPEM adalah badan kerajaan yang berhasrat mengadakan sistem
perkhidmatan ukur tanah dan pemetaan serta penyebaran maklumat geografi yang
efektif, berkualiti tinggi dan bersesuaian dengan keperluan negara. Untuk mencapai
misi di atas serta mengatasi masalah pengurusan maklumat konvensional, maka
beberapa pemulihan (reformation) telah dirancangkan. Pemulihan terdiri daripada
aspek-aspek seperti pemulihan kadaster dari segi pejabat dan padang, pemulihan
organisasi dan pemulihan pangkalan data berdigit (Majid, 1997).
JUPEM telah memperkenalkan beberapa sistem moden untuk melaksanakan
kerja-kerja ukur kadaster dan pemetaan dengan lebih efektif dan berkualiti sejak
tahun 1986. Sistem moden di antaranya adalah seperti Computer Assisted Land
Survey System (CALS), Computer Assisted Mapping System (CAMS), Fast Mapping
System (FMS), Digital Thematic Mapping System (DTMS) dan penggunaan GPS dan
Total Station dalam menjalankan kerja luar. Sistem ukur kadaster CALS dan sistem
pemetaan CAMS pula merupakan sistem-sistem sokongan yang penting untuk
pelaksanaan konsep pengurusan maklumat tanah yang lebih teratur dan berkesan
dengan penukaran data-data daripada bentuk fail atau analog kepada bentuk digital.
Sistem CAMS adalah sistem pemetaan berkomputer yang dilaksanakan untuk
mempercepatkan kapasiti pengeluaran peta di JUPEM disamping berfungsi sebagai
sistem pengurusan maklumat pemetaan yang lebih efektif dan disokong oleh
teknologi moden.
Sistem CALS pula merupakan sistem perkomputeran yang
dilaksanakan oleh JUPEM untuk meningkatkan produktiviti serta pencapaian
teknologi moden seperti pengautomasian dan teknologi maklumat bagi sistem
pemprosesan dan pengurusan maklumat ukur kadaster.
44
3.4
Sistem Pemetaan Bantuan Komputer
Sistem Pemetaan Bantuan Berkomputer atau Computer Assisted Mapping
System (CAMS) telah dilaksanakan pada tahun 1988 bagi mempercepatkan kapasiti
pengeluaran peta di JUPEM.
Pengoperasian CAMS meliputi beberapa aspek
kartografi atau pemetaan seperti perolehan dan pengumpulan data, pengesahan data
di padang, penyuntingan data, pengurusan data dan pengeluaran peta topografi dalam
bentuk
digital
atau
percetakan
(JUPEM,
1992).
CAMS
direka untuk
mengautomasikan triangulasi udara, kompilasi fotogrammetri dan teknik reka bentuk
kartografi konvensional. CAMS mempunyai empat subsistem yang komprehensif
iaitu Subsistem Fotogrammetri Berkomputer (CAPS), Subsistem Pendigitan Raster
Berkomputer (CARDS), Subsistem Kartografi Berkomputer (CACS), dan Sistem
Pengurusan
Maklumat
(MIS).
Subsistem-
subsistem
tersebut
beroperasi
menggunakan modul tersendiri dan berfungsi secara bebas (off-line) dari sistem yang
lain. Pemindahan data dilakukan melalui perkongsian cakera dan pita magnetik.
3.5
Sistem Ukur Tanah Bantuan Komputer
Sistem Ukur Tanah Bantuan Komputer atau Computer Assisted Land
Surveying System (CALS) telah dilaksanakan di JUPEM pada pertengahan tahun
1985 sebagai projek perintis dengan kos RM3.2 juta, dan dirasmikan pada 5hb April
1986 di Johor. Projek CALS kedua adalah di Jabatan Ukur dan Pemetaan Pahang
pada tahun1991 dan seterusnya ke seluruh semenanjung Malaysia pada penghujung
tahun 1994.
Perkembangan ini adalah sejajar dengan pelaksanaan konsep
pengautomasian kerja ukur kadaster dan pengoperasian kerja pejabat secara
berkomputer. Objektif CALS adalah untuk mempercepatkan pemprosesan data ukur
kadaster bagi menghasilkan peta kadaster dan pelan. Ia telah diperluaskan bagi
menubuhkan Pangkalan Data Ukur Kadaster atau Digital Cadastral Data Base
(DCDB) dan juga menyediakan data kadaster berdigit kepada Pejabat Tanah bagi
penubuhan Sistem Maklumat Tanah.
sistem CALS tersendiri.
Setiap jabatan JUPEM negeri mempunyai
45
3.6
Pangkalan Data Ukur Kadaster Berdigit
Definasi kadaster adalah satu sistem maklumat tanah yang bersifat 'parcel’
dan kemaskini yang mengandungi rekod-rekod berkenaan tanah seperti hak, sekatan
dan pertanggungjawaban (Yik, 2002). Ia sentiasa menerangkan aspek geomatik ke
atas tanah dan berhubung dengan rekod-rekod yang menerangkan atribut tanah
tersebut. Maka, DCDB yang dibangunkan seharusnya bersifat piawai dan boleh
dikongsi oleh pelbagai penggunaan untuk tujuan dan keperluan yang berlainan.
Menurut Williamson dan Hunter (1996a), terdapat dua kumpulan utama
DCDB dapat diidentifikasikan. Dalam kumpulan pertama, rangka kerja kadaster
ditunjukkan secara grafik sebagai satu DCDB berkomputer. Kriteria-kriteria yang
penting di dalam peta kadaster berdigit adalah ia menunjukkan semua lot tanah,
topologi yang betul dan rangka kerja lot yang sentiasa dikemaskinikan. Konteks
'koordinat' di dalam DCDB ini merupakan koordinat anggaran daripada koordinat
yang dicerap sebenar. Ketepatan koordinat di dalam peta kadaster amat bergantung
kepada keperluan pengguna dan aplikasinya lebih sesuai bagi keperluan perancangan
dan penilaian.
Kumpulan kedua adalah peta kadaster atau DCDB yang dihasilkan
berdasarkan koordinat yang sebenar daripada cerapan padang yang memberi dan
menerangkan garis-garis sempadan lot tanah. Keputusan kumpulan ini adalah hasil
daripada perlaksanaan sistem ukur kadaster berkoordinat sepenuhnya. Ia merupakan
pembangunan DCDB lanjutan daripada kes kumpulan pertama. Ketepatan koordinat
yang tinggi sebagai contoh ± 0.03m bagi koordinat relatif di kawasan urban, ±0.2m
di kawasan rural dan ±0.5m di kawasan tinggi dapat dicapai dengan sistem ukur
kadaster berkoordinat berciri DCDB yang tepat dan berkualiti.
Kebanyakan DCDB di negeri-negeri di Malaysia adalah berbentuk dalam
kumpulan pertama iaitu berketepatan secara grafik sahaja. Revolusi pengalihan data
kadaster DCDB daripada kumpulan pertama kepada kumpulan kedua menjadi isu
46
kritikal dalam pengurusan maklumat tanah demi perkembangan teknologi maklumat
pada masa yang akan datang.
3.7
Hala-Tuju Pembangunan DCDB Di Malaysia
Kebanyakan negara seperti Australia dan New Zealand telah melakukan
pembaharuan sistem ukur kadaster dengan memperkenalkan Sistem Kadaster
Berkoordinat. Sistem ini lebih mementingkan pasangan koordinat tanda sempadan
jika dibandingkan dengan sistem konvensional yang menggunakan bearing dan jarak
untuk menakrifkan garis sempadan parcel.
Pelaksanaan Sistem Kadaster
Berkoordinat (CCS) bukan sahaja menyeragamkan sistem koordinat tempatan yang
digunakan oleh sistem kadaster, tetapi ia juga bermatlamat supaya menggabungkan
sistem ukur kadaster dan DCDB supaya menjadi satu sistem pengurusan maklumat
spatial yang berdigit sepenuhnya (Majid et al., 2002).
DCDB yang berasaskan maklumat CCS telah diamalkan di Australia dan
sesetengah negara Eropah. Penggabungan ini telah menggunakan konsep GIS / LIS
untuk mengautomasikan dan membangunkan sistem kadaster berdigit yang
berorientasikan koordinat dan berketepatan tinggi supaya berfungsi sebagai
komponen spatial utama dalam infrastruktur sistem maklumat spatial global. Sistem
ini seharusnya dapat diintegrasikan dengan sistem spatial yang lain seperti sistem
pemetaan topografi kebangsaan berasaskan rangkaian kawalan geodetik kebangsaan
yang bersifat homogen. Perkembangan CCS dan DCDB yang berlaku di negara luar
telah membawakan kesan terhadap sistem ukur kadaster yang digunakan di Malaysia
sekarang. Sebagai satu negara membangun yang bermotifkan teknologi maklumat,
Malaysia kini telah menumpukan kajian terhadap pelaksanaan CCS di Semenanjung,
dan seterusnya mengkaji dan mereka bentukkan prosedur pembangunan DCDB
berkoordinat yang lebih berkesan.
Pada tahun 1997, projek perintis CCS telah dimulakan di Melaka untuk
menguji kesesuaian pelaksanaan CCS untuk memenuhi pelbagai keperluan maklumat
47
kadaster serta pengintegrasian CCS dengan maklumat pemetaan yang lain. Projek
kajian pelaksanaan CCS dari semua aspek berkaitan telah diusahakan oleh JUPEM
berkerjasama Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi
Malaysia. Penerangan lebih lanjut berkaitan CCS telah pun dibincangkan pada bab
yang lepas.
3.8
Sistem Unjuran Yang Digunakan Di Malaysia
Unjuran peta adalah nilai-nilai koordinat yang ditransformasikan kepada
koordinat dalam bentuk dua dimensi (2D). Terdapat beberapa sistem unjuran yang
digunakan bagi memaparkan permukaan bumi yang keluk di atas kertas yang
berasaskan Mercator, Lambert, Cassini dan Rectified Skewed Orthomophic (RSO).
Dua jenis unjuran yang sering digunakan didalam kerja-kerja ukur tanah di
Semenanjung Malaysia ialah Unjuran Cassini Soldner dan unjuran ‘Rectified Skew
Orthomorphic’ (RSO). Kedua-dua unjuran ini sesuai digunakan bergantung kepada
bentuk muka bumi yang akan diunjurkan bersesuaian dengan kegunaannya. Semasa
menjalankan aktiviti pengukuran yang sebenar diatas permukaan bumi, ia melibatkan
faktor-faktor erotan terhadap hasil kerja yang dijalankan.
Lantaran itu, struktur
unjuran yang sesuai hendaklah dipilih bagi mengurangkan senario tersebut. Bagi
persembahan grafik yang sesuai pula, formula matematik dan kaedah hitungan
diperlukan (Wan Abdul Aziz et al., 1998).
Unjuran ‘Rectified Skew Orthomorphic’ (RSO) telah dicipta oleh seorang ahli
geodesi iaitu Martin Hotine pada tahun 1947.
Dengan ciptaan ini, Direktorat
Pemetaan Koloni di Teddington, England, telah menyediakan jadual bagi unjuran
RSO untuk Semenanjung Malaysia dan jadual berikut telah digunakan oleh Jabatan
Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) sehingga hari ini. Sistem Koordinat RSO
telah digunakan sebagai grid Rujukan Kebangsaan di mana ia merupakan sistem grid
asas yang digunakan untuk kerja-kerja pemetaan Semenanjung Malaysia. Unjuran
RSO adalah berdasarkan kepada aspeknya ‘oblique’ atau serong dan ia bersifat sama
48
bentuk atau konformal dan dari jenis silinder. Kelebihan unjuran ini adalah ia dapat
mengekalkan bentuk sebenar kawasan yang dipetakan.
Unjuran RSO ini adalah sesuai untuk tujuan pemetaan kawasan yang
berbentuk memanjang serta serong seperti Italy dan Semenanjung Malaysia, serta
Sabah dan Sarawak. Ini adalah kerana selisih skala yang minimum di sepanjang
bulatan gedang yang melintasi secara serong sesuatu kawasan yang hendak
dipetakan. Namun begitu, faktor skalanya akan bertambah apabila meningkatnya
jarak dari bulatan gedang yang bersentuhan dengan permukaan unjuran. Azimut
bulatan gedang yang melintasi titik origin di Kertau adalah 323° 01’ 32.8458” .
Datum yang digunakan dalam unjuran RSO adalah seperti berikut :
Origin
: Kertau, Pahang
Latitud
: 3° 27’ 54.18” U
a)
b)
Longitud
: 102°37’13.63” T
Ellipsoid
: Modified Everest
Paksi Major, a
: 6377304.063 meter
Pesekan, f
: 1/300.8017
Pesongan Pugak
: 3.47” di sepanjang meridian dan
sepanjang pugak utama
Ketinggian Geoid
: 0 meter
-10.90” di
49
Rajah 3.1 : Sistem unjuran RSO di Semenanjung Malaysia
Sementara itu, koordinat palsu yang digunakan dalam unjuran ini adalah 40,
000 rantai T dan 0 rantai U di mana 1 rantai = 20.11678249 meter dan azimut yang
melalui origin adalah 323°01’32.8458” dengan faktor skala 0.99948. Had unjuran
RSO ini adalah seperti berikut:
Had Utara
: Latitud 8°U
Had Timur
: Longitud 104°30’T
Had Selatan
: Latitud 1°
Had Barat
: Longitud 99°30’T
Garis awal unjuran iaitu garis yang melalui origin di Kertau yang berazimut
323°01’32.8458” merupakan satu garis di atas ellipsoid di mana terdapat dua titik di
atasnya boleh digunakan sebagai origin unjuran.
Salah satu titik itu adalah
(4°00’U,102°15’T) di mana titik ini dapat memenuhi garis awal unjuran dengan
menggunakan persamaan berikut :
50
Sin B (λ0 -λ) = 0.7 Sinh = (Bφ + C)
Dan satu titik lagi terdapat di selatan khatulistiwa di mana longitudnya, λ0 adalah
105°14’11.19435” T dan latitudnya dapat diperolehi melalui persamaan ini;
φ = -(C/B)
Unjuran pada titik kedua ini iaitu (φ,λ0) ke satah telah menjadi titik origin
kepada sistem koordinat segiempat tepat serong (x,y) di mana x di ukur di sepanjang
garis awal dan positif ke arah Utara-Barat manakala y di ukur bersudut tepat dengan
garis awal dan positif ke arah Utara-Timur. Pada keadaan sebenar, origin koordinat
(x,y) adalah terletak berhampiran dengan persilangan garis awal dengan garis
khatulistiwa, tetapi bagi tujuan perhitungan, titik origin ini di anggap terletak pada
persilangan antara garis awal dan garis khatulistiwa aposfera. Aposfera merupakan
satu permukaan perantaraan di antara ellipsoid dengan sfera di mana ia tidak akan
mengubah representasi ellipsoid di atas sfera. Dengan itu, titik-titik di atas elipsoid
dapat di unjurkan secara orthomorfik ke atas aposfera dengan menggunakan formula
berikut ;
Papo = A Sech (Bφapo + C)
Rajah 3.2 : Representasi komformal antara elipsoid-aposfera-sfera
51
Kemudian titik-titik di atas aposfera diunjurkan sekali lagi secara orthomorfik
ke atas sfera yang berjejari B/A. Sekarang bulatan gedang garis awal unjuran telah
di unjurkan ke atas sfera. Selepas itu, titik-titik di atas sfera diunjurkan semula
secara orthomorfik ke atas satah dengan menggunakan formula Unjuran Mercator
Melintang dan garis awal unjuran dianggap sebagai meridian pusat. Pada akhir
proses, satu sistem koordinat (x,y) dihasilkan. Bagi memperolehi koordinat (U,T), ia
perlu melalui proses transformasi orthomorfik mudah di atas satah tersebut.
Kedudukan origin sistem rektangular serong ditepati (U,T) adalah 40,000 rantai ke
barat origin sistem koordinat (x,y). Rajah 3.3 menunjukkan transformasi koordinat
RSO dilakukan.
Rajah 3.3 : Sistem koordinat RSO
Sistem unjuran RSO banyak digunakan bagi tujuan kerja-kerja pemetaan,
manakala unjuran Cassini Soldner pula sesuai untuk tujuan kerja-kerja ukur kadaster.
Setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai titik origin Cassini yang
tersendiri kecuali negeri Melaka dan Perlis. Terdapat sepuluh rujukan origin Cassini
Soldner di Semenanjung Malaysia (Majid et al., 1986).
52
3.9
Sistem Rujukan Geografi
Sistem rujukan geografi adalah penting untuk pendaftaran koordinat bagi
semua geometri atau entiti spatial dari permukaan bumi sebenar ke atas satah
cetakan. Sesuatu sistem rujukan yang baik dan sesuai dapat memberikan keputusan
unjuran yang paling baik dan meminamakan selisih dalam proses pemetaan. Segala
aktiviti pengukuran kadaster dan pemetaan di Malaysia masih dijalankan berdasarkan
datum geodetik tempatan ke atas elipsoid Modified Everest. Ia digunakan untuk
mewujudkan sistem Triangulasi Malaya Tersemak sebagai sistem kawalan kepada
sistem-sistem unjuran yang digunakan dalam ukur kadaster dan pemetaan seperti
unjuran RSO (Rectified Skew Orthomorphic) dan Cassini. Walaupun datum ini lebih
menghampiri kepada kedudukan geoid dan permukaan topografi tempatan, tetapi
tidak semestinya sesuai untuk kawasan yang lain jika dibandingkan elipsoid global
WGS84 yang berorigin hampir menyamai pusat bumi.
Seperti yang diperbincangkan sebelum ini, pemilihan datum adalah penting
bagi tujuan pemetaan. Ini kerana datum yang sesuai dapat memberikan keputusan
pemetaan yang paling tepat serta meminimakan ketaksamaan antara satah dengan
muka bumi sebenar. Dalam pemetaan konvensional seperti pemetaan topografi serta
pemetaan ukur kadaster, datum yang digunakan adalah berasaskan datum geodetik
tempatan. Dalam datum geosentrik, origin yang digunakan ialah titik O iaitu pusat
bagi sebuah elipsoid rujukan. Parameter-parameter yang digunakan dalam rangka
sistem ini adalah φ (latitud), λ (longitud), dan h (ketinggian). Latitud φ diukur
disepanjang satah meridian tempatan diantara garis normal dengan satah
khatulistiwa.
Longitud λ di ukur disepanjang satah khatulistiwa dari meridian
rujukan (λ = 0) sehingga ke meridian tempatan. Ketinggian elipsoid h pula diukur di
sepanjang garis normal dari permukaan elipsoid ke titik M (koordinat sebarang titik
yang ditentukan oleh parameter-parameter φ, λ, h)yang diunjurkan (Abd. Majid,
1997).
53
3.10
Sistem Koordinat Di Malaysia Masa Kini
Dalam usaha untuk menyeragamkan sistem koordinat bagi kegunaan kerja
kadaster di Semenanjung Malaysia, maka CCS telah diimplementasikan. Sistem
koordinat RSO telah dicadangkan untuk menggantikan sistem koordinat Cassini
Soldner yang digunakan selama ini. Ini bermakna data kadaster yang sedia ada, iaitu
nilai bering jarak yang terdapat dalam syit piawai, pelan akui dan sebagainya yang
berada di dalam sistem Cassini Soldner perlu di tukarkan kepada nilai bering dan
jarak yang berada dalam sistem RSO.
3.11
Sistem Maklumat Tanah
Dalam negara-negara yang giat membangun, LIS adalah bahagian yang
paling kritikal dalam isu sistem pentadbiran dan pengurusan sumber tanah. LIS
menyumbangkan satu infrasturktur yang menghubungkan semua rangkaian sistem
maklumat berkaitan tanah. Pelaksanaan LIS tidak sahaja bergantung kepada
kepentingan perkakasan, perisian dan data seperti GIS tetapi juga merupakan satu
pengaturan yang kompleks tentang tenaga manusia, politik, isu-isu institusi,
prosedur, maklumat teknologi dan pangkalan data. (Williamson, 1996b).
LIS konvensional yang ada pada masa sekarang tidak lagi mampu
menampung permintaan pelbagai pengguna yang semakin meningkat. Maka,
pemulihan LIS moden dicadangkan untuk tujuan memenuhi permintaan-permintaan
(Williamson, 1996b) :
i.
Peningkatan keperluan kerajaan dan jabatan kerajaan berkenaan
supaya lebih efektif, efisyen dan bertindak batas.
ii.
LIS moden yang lebih memadai sistem penyusunan maklumat
kadaster yang tersedia ada.
54
iii.
Kesan daripada teknologi moden dalam aspek-aspek seperti
mengumpul, menyimpan, manipulasi dan memapar data spatial
berdigit berkenaan tanah.
iv.
Kesedaran masyarakat dan agensi kerajaan terhadap konsep
pengurusan maklumat tanah yang lebih sempurna dan kemas kini.
v.
Permintaan kerajaan yang mengharapkan sistem maklumat yang lebih
baik dan membolehkan pembuatan keputusan semasa.
Pemulihan LIS moden dengan menggunakan sistem kadaster bersifat
'koordinat' adalah bertujuan mengintegrasikan dengan maklumat pemetaan
berdasarkan satu sistem geodetik rujukan yang sama. Sistem kadaster berkoordinat
dan DCDB akan menjadi komponen kekunci kepada infrastruktur data spatial LIS
dan perlu diintegrasikan sepenuhnya dengan set-set data spatial yang lain seperti data
topografi. Sebagai contohnya, satu struktur institusi secara konsep berkenaan 'Land
Information Victoria' (Williamson, 1996c) telah digambarkan menurut Report for
Geografphic Policy and Coordination, Victoria pada tahun 1996 seperti rajah 3.4 di
bawah.
Penyeragaman format pangkalan data bagi DCDB berorientasikan koordinat
dengan pangkalan data pemetaan CAMS merupakan satu piawaian rangkaan asas
bagi proses-proses penyeragaman sistem-sistem pangkalan data berkaitan tanah yang
lain. Kepiawaian sistem-sistem ini membenarkan penyampaian maklumat kepada
bidang perkhidmatan awam dengan lebih cepat dan berkesan, terutamanya
penggabungan data kepada pengguna-pengguna seperti hartanah, percukaian tanah,
perancangan, kemudahan pengurusan, alam sekitar, pengambilan balik tanah dan
pentadbiran tanah (Lim, 2003).
55
Rajah 3.4 : Struktur konsep ‘Land Information Victoria’ (Williamson I.P., 1996c)
Menyeragamkan format pangkalan data juga memberikan keupayaan analisis
data yang lebih cekap dan tujuan perancangan yang lebih teratur untuk perkhidmatan
awam. Objektif yang harus dicapaikan adalah seperti :
i.
Menyeragamkan penyusunan data bagi tujuan meningkatkan daya
perkongsian dan penukaran data antara organisasi.
ii.
Sebagai satu pengurusan data yang formal untuk meningkatkan daya
pengemaskinian data menepati kehendak semasa.
iii.
Kepiawaian mengurangkan kos pembangunan struktur pangkalan
peta, dan juga kos pengemaskinian data melalui perkongsian kos.
iv.
Kepiawaian menjaminkan piawaian yang memadai dan kualiti dapat
dikekalkan.
v.
Kepiawaian meminimumkan pengulangan usaha dalam pengekalan
dan pengurusan maklumat tanah.
56
3.12
Pembangunan Infrastruktur Sistem Maklumat Tanah Kebangsaan Di
Malaysia
Pembangunan sistem maklumat tanah yang lebih efektif semakin diperlukan
oleh negara yang giat membangun seperti Malaysia terutamanya dalam era teknologi
maklumat ini. Pada tahun 1997, satu sistem infrastruktur maklumat tanah telah
diwujudkan di bawah Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1(PKPA
1/1997) bagi tujuan menyelaraskan pengumpulan, pentadbiran dan pengedaran
maklumat-maklumat tanah. Sistem infrastruktur tersebut telah membolehkan ABT
(agensi-agensi berkaitan tanah) berkongsi dan bertukar-tukar maklumat tanah antara
satu sama lain.
Sistem Infrastruktur Maklumat Tanah Kebangsaan atau dikenali sebagai
NaLIS adalah satu sistem yang dirancang untuk menyokong perkongsian maklumat
tanah antara pengeluar-pengeluar dan pengguna-pengguna maklumat tanah bagi
mencapai objektif-objektif seperti berikut :
i.
Membolehkan pencapaian maklumat secara terus (on-line) maklumat
tanah yang disimpan di agensi-agensi berkaitan dengan tanah.
ii.
Mengelakkan pembaziran dalam usaha pengutipan dan pengeluaran
maklumat tanah.
iii.
Menentukan ketepeatan, kemutahiran dan kejituan maklumat yang
digunakan bagi merancang pembangunan dan pengurusan sumber
alam.
iv.
Membolehkan penggunaan teknologi internet (world-wide-web)
dalam pembangunan NaLIS.
NaLIS dilaksanakan dengan menggunakan rangkaian komputer atau
teknologi web internet yang berstruktur satu jendela yang merangkumi capaian
maklumat tanah daripada sistem-sistem seperti sistem ukur tanah, sistem pemetaan,
sistem perhutanan, sistem pertanian, sistem infrastruktur, sistem geologi, sistem
maklumat penilaian, sistem pendaftaran tanah, sistem demografi dan sistem
penaksiran hartanah (Nik Mohd Zain, 1997). Rujuk Lampiran C.
57
3.13
Pembangunan Pangkalan Data Dalam Persekitaran GIS
Dalam era perkembangan teknologi maklumat yang pesat, pembangunan
pangkalan data tidak lagi bermaksud perolehan dan penyimpanan data set tetapi
termasuk juga pembangunan infrastruktur pangkalan data yang berkeupayaan
membuat keputusan serta spatial atau atribut analisis.
Dalam konteks ini, GIS
menjadi peralatan yang sangat berguna dalam sistem pengurusan data yang
sistematik dan efektif.
3.13.1 Keperluan Perisian
Kemampuan dan kegunaan perisian perlu serasi dengan keperluan serta
struktur data. Perisian GIS sangat berperanan dalam sistem pengurusan pangkalan
data. Keperluan perisian seharusnya dapat memenuhi syarat-syarat berikut : -
i.
Pengaturan pelbagai jenis data set yang berlainan struktur dan latar
belakang.
ii.
Kemasukan data – membolehkan kepelbagaian format dalam pelbagai
dasar (platform).
iii.
Pemprosesan data – membenarkan proses pembangunan paling efektif
dan mengambil kira kejimatan masa dan kos.
iv.
Penyimpanan – membolehkan ruangan storan data yang banyak
v.
Pengurusan sistem – membenarkan cara sistem pengurusan yang
sistematik dan mudah disalur keluar atau masuk.
vi.
Persembahan – menyokong persembahan garfik atau non-grafik yang
baik dan tepat.
vii.
Keupayaan
kegunaan
lanjutan
–
mempunyai
kemampuan
yang
menggalakkan kegunaan masa depan. Peningkatan keupayaan pangkalan
data ke dalam format world-wide web menjadi satu alternatif yang baru
yang dapat meningkatkan nilai dan kegunaan pangkalan data tersebut.
BAB 4
SISTEM MAKLUMAT UMUM DAN SISTEM MAKLUMAT GEOGRAFI
BERASASKAN INTERNET
4.1
Pendahuluan
Menurut Laudon K. dan Laudon J. (2003), sistem maklumat boleh ditakrifkan
sebagai satu set komponen yang mengumpul, memproses, menyimpan dan menagih
maklumat bagi menyokong kawalan dan membuat keputusan dalam sesebuah
organisasi.
Sebagai tambahan kepada membuat keputusan, penyelarasan dan
kawalan, sistem maklumat juga membantu pengurus dan pekerja menganalisa
masalah, menggambarkan perkara yang kompleks dan menjana produk baru.
Definisi lain yang telah dipetik daripada pengarang Ralph M. Stair dan George W.
Reynolds (1976) pula menyebut sistem maklumat merupakan satu set unsur-unsur
atau komponen yang berkaitan yang mengumpul (input), mengolah (proses) dan
menyebar (output) data dan maklumat dan menyediakan satu mekanisme maklum
balas untuk mencapai sesuatu objektif.
Terdapat lima komponen utama dalam sistem maklumat.
Komponen-
komponen tersebut ialah (Thompson dan Ronald Lawrence, 2000) :-
i.
Manusia yang diperlukan untuk melaksanakan operasi-operasi Sistem
Maklumat (SM). Manusia boleh terdiri daripada pengguna akhir dan
pakar sistem maklumat.
59
ii.
Perkakasan yang terdiri daripada mesin seperti komputer atau
peralatan yang lain dan juga semua media data iaitu objek tangible
yang mana data boleh direkodkan.
iii.
Perisian iaitu jujukan kepada arahan komputer dan terbahagi kepada
dua iaitu perisian sistem dan perisian aplikasi.
iv.
Data iaitu bahan mentah bagi SM dan merupakan sumber organisasi
yang berharga dan kritikal.
v.
Prosedur
merupakan
langkah-langkah
atau
peraturan
yang
menerangkan bagaimana melaksanakan atau menggunakan setiap
fungsi SM.
Manakala aktiviti-aktiviti utama sesebuah SM terdiri daripada input,
pemprosesan dan output.
Selain daripada itu, maklum balas dan kawalan juga
merupakan aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam sistem maklumat.
Daripada
perlaksanaan aktiviti-aktiviti tersebut maka sumber data boleh ditukarkan kepada
hasil maklumat. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah : -
i.
Input iaitu satu aktiviti yang mengumpul dan menawan data mentah.
Contohnya dalam pemprosesan gaji kakitangan, jumlah jam bekerja
dikumpulkan terlebih dahulu sebelum gaji boleh dikira atau dicetak.
ii.
Pemprosesan pula melibatkan pertukaran atau transformasi data
kepada output yang berguna.
iii.
Output melibatkan penghasilan maklumat yang berguna, biasanya
dalam bentuk laporan atau dokumen.
iv.
Maklum balas ialah output yang digunakan untuk membuat perubahan
kepada aktiviti input atau pemprosesan.
Ia juga penting kepada
pengurus dan pembuat keputusan.
v.
Kawalan pula melibatkan pemantauan dan penilaian ke atas maklum
balas bagi menentukan sama ada sistem bergerak menuju ke hadapan
untuk mencapai objektif.
60
4.2
Kategori Sistem Maklumat
Terdapat tujuh jenis sistem maklumat yang menyokong setiap peringkat
pengurusan organisasi iaitu (Thompson dan Ronald Lawrence, 2000) :-
i.
Sistem Pengurusan Transaksi (SPT).
Sistem Pengurusan Transaksi (SPT) digunakan untuk memproses
transaksi yang dilakukan dalam organisasi dan mengautomasikan
kerja rutin harian.
Antara contoh SPT ialah sistem memproses
pesanan belian, sistem kawalan inventori, sistem penempahan hotel
dan sistem pembayaran gaji. SPT boleh didefinisikan sebagai sistem
berkomputer yang melaksana dan merekodkan rutin transaksi harian.
Transaksi merupakan peristiwa harian perniagaan yang direkodkan
dan melibatkan pertukaran produk atau perkhidmatan dengan wang di
antara organisasi dengan pelanggan atau pembekal. Proses transaksi
ini memberi kesan ke atas kedudukan kewangan organisasi. SPT
mempunyai tiga fungsi utama iaitu menyimpan akaun, mengeluarkan
dokumen dan menghasilkan laporan.
Fungsi menyimpan akaun
melibatkan proses menyimpan data-data kewangan dengan tepat.
Mengeluarkan dokumen ialah seperti resit pembelian, invois dan
penyata bulanan transaksi.
Penjanaan laporan merupakan hasil
daripada transaksi yang berlaku dan digunakan untuk kawalan operasi
(Thompson dan Ronald Lawrence, 2000).
ii.
Sistem Automasi Pejabat (SAP).
Sistem Automasi Pejabat (SAP) merupakan satu sistem maklumat
yang digunakan untuk mengumpul, memproses, menyimpan dan
menghantar mesej elektronik, dokumen, suara atau grafik di antara
individu dan kumpulan kerja dalam organisasi. SAP sering digunakan
untuk
memudahkan
komunikasi
antara
kerja-kerja
pekerja,
pejabat
mesyuarat
seperti
dan
percetakan,
kerja-kerja
rutin
pengurusan pejabat. Oleh itu, sebarang aplikasi teknologi maklumat
yang yang dapat meningkatkan produktiviti pekerja di dalam pejabat
61
dapat dikategorikan sebagai Sistem Automasi Pejabat.
Biasanya
pekerja pejabat bekerja di dalam bentuk kumpulan, maka kebanyakan
sistem automasi pejabat merupakan alat bantu kerja berkumpulan
yang canggih. SAP boleh dikelaskan kepada tiga kategori utama iaitu
Sistem Pengurusan dan Pengendalian Dokumen, Sistem Penjadualan
dan Sistem Komunikasi. Antara sistem yang dapat dikategorikan ke
dalam
Sistem Pengurusan dan Pengendalian Dokumen ialah
Pemproses Perkataan, Penerbitan Atas Meja dan Pemproses Imej.
Contoh sistem Penjadualan pula ialah kalendar elektronik dan alat
bantu penjadualan. Manakala contoh sistem bagi Sistem Komunikasi
ialah mel elektronik, mel suara dan persidangan video (Gordon S. R.
dan Gordon J. R, 2003).
iii.
Sistem Kerja Pengetahuan (SKP).
Sistem Kerja Pengetahuan (SKP) merupakan sistem-sistem maklumat
yang membantu pekerja pengetahuan di dalam mencipta dan
mengintegrasikan pengetahuan-pengetahuan baru di dalam organisasi.
SKP merupakan sistem yang membantu pekerja pengetahuan
manakala SAP merupakan sistem yang membantu pekerja-peerja data
(SAP juga digunakan oleh pekerja pengetahuan). Pekerja pengetahuan
merupakan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda yang sering menjawat
jawatan-jawatan yang diiktiraf seperti, jurutera, doktor, peguam dan
ahli sains.
SKP digunakan oleh peringkat pengetahuan di dalam
organisasi. Pembuatan keputusan di peringkat pengetahuan meliputi
penilaian idea-idea baru untuk produk dan perkhidmatan serta cara
mengagihkan pengetahuan ke seluruh organisasi. Secara ringkasnya,
SKP membolehkan pengetahuan baru dicipta dan memastikan bahawa
pengetahuan tersebut beserta kepakaran teknikal diintegrasikan
dengan baik ke dalam organisasi. Antara aplikasi SKP termasuklah
sistem-sistem reka bentuk berpandukan komputer, sistem realiti maya
dan stesyen kerja kewangan (Gordon S. R. dan Gordon J. R, 2003).
62
iv.
Sistem Maklumat Pengurusan (SMP).
Sistem Maklumat Pengurusan (SMP) merupakan sistem yang
maklumat yang memberi khidmat dengan menyediakan ringkasan
rutin dan laporan-laporan pengecualian sebagai output bagi fungsifungsi perancangan, pengawalan dan pembuatan keputusan di
peringkat pengurusan taktikal sesuatu organisasi (Gordon S. R. dan
Gordon J. R, 2003).
v.
Sistem Bantuan Keputusan (SBK).
Sistem Bantuan Keputusan (SBK) merupakan satu sistem maklumat
yang direka bentuk untuk membantu pihak pengurusan dalam
menyelesaikan masalah yang semi-struktur dan tidak berstruktur
dengan menggunakan data dan model. SBK membolehkan pengguna
untuk memanipulasi data secara terus dan menggabungkan data-data
luaran serta membina model-model analisa “apa-jika”. Perlu diberi
perhatian bahawa SBK hanya membantu pihak pengurusan untuk
membuat keputusan dan bukan membuat keputusan bagi pihak
mereka. Antara ciri-ciri SBK ialah lebih fleksibel, boleh disesuaikan
dan mampu memberi maklum balas dengan cepat.
SBK boleh
beroperasi dengan bantuan yang sedikit daripada pengaturcara
professional. Ia menyediakan sokongan untuk membuat keputusan
dan masalah di mana penyelesaiannya sukar diramalkan lebih awal.
SBK mempunyai kebolehan analisis yang baik kerana ia dibina
menggunakan pelbagai model untuk penganalisaan data. Ia biasanya
mempunyai antara muka yang ramah pengguna dan bersifat interaktif
di mana pengguna dapat menukar andaian serta memasukkan
pertanyaan dan data-data baru. Contoh aplikasi penggunaannya ialah
seperti syarikat penerbangan menggunakan SBK untuk membuat
keputusan-keputusan penting seperti penggunaan pesawat, kapasiti
pesawat dan statistik trafik. Syarikat-syarikat insurans menggunakan
SBK untuk mengurangkan kerugian akibat daripada kemalangan,
kecurian dan lain-lain (Gordon S. R. dan Gordon J. R, 2003).
63
vi.
Sistem Pakar (SP).
Sistem Pakar (SP) merupakan satu sistem maklumat yang berasaskan
pengetahuan yang menggunakan pengetahuan tentang sesuatu bidang
aplikasi untuk bertindak sebagai pakar runding kepada pengguna
akhir.
Logik yang digunakan oleh pakar di dalam bidang yang
mempunyai kepakaran yang terhad seperti penentuan kerosakan enjin
kereta atau pengkelasan spesimen biologi, dikodkan dan dilaksanakan
oleh komputer.
Sistem pakar dapat membantu proses membuat
keputusan dengan menggunakan pengetahuan mengenai satu domain
kepakaran manusia yang spesifik. Ini dilakukan dengan menanyakan
soalan-soalan yang relevan kepada pengguna dan memberikan
penjelasan kenapa sesuatu tindakan itu diambil. Antara ciri-ciri SP
ialah mempunyai Pangkalan Pengetahuan yang dipisahkan daripada
mekanisme pemprosesan yang dinamakan Enjin Inferens untuk
menjelaskan sesuatu tindakan yang diambil oleh sistem. Sebarang
penambahan atau penukaran boleh dilakukan dengan mudah.
Perlaksanaan sistem dilakukan dengan menggunakan kaedah heuristik
dan logik. Sistem boleh beroperasi dengan menggunakan maklumatmaklumat yang kurang pasti atau tidak lengkap.
SP boleh
memanipulasi pangkalan data yang besar dan menguruskan data-data
kualitatif. Ia juga boleh memperoleh, menjelaskan dan mengagihkan
pengetahuan pakar untuk membuat keputusan.
Antara contoh
kegunaan SP ialah mendiagnosis kerosakan peranti atau mesin dan
mendiagnosis penyakit (Gordon S. R. dan Gordon J. R, 2003).
vii.
Sistem Maklumat Eksekutif (SME).
Sistem Maklumat Eksekutif (SME) merupakan sistem maklumat
pengurusan yang telah diubahsuai mengikut keperluan maklumat
strategik pihak pengurusan atasan. Sistem ini menggabungkan ciriciri Sistem Maklumat Pengurusan (SMP) dan Sistem Bantuan
Keputusan (SBK) dan bertujuan untuk memudahkan eksekutif atasan
mendapatkan maklumat kritikal yang diperlukan pada masa tertentu
dan mengikut format tersendiri.
SME merupakan satu sistem
maklumat yang sangat penting dan bernilai kepada pihak pengurusan
64
atasan/strategik.
Nilai SME terletak pada keanjalannya di mana
pengguna boleh menentukan sendiri cara penganalisaan dan
penterjemahan yang dikehendaki. Antaramuka pengguna bergrafik
yang mudah digunakan, membolehkan pengguna menganalisa lebih
banyak data dengan lebih cepat dan kos yang rendah (Gordon S. R.
dan Gordon J. R, 2003).
4.3
Sistem Maklumat Umum
Sistem – sistem maklumat umum pula terdiri daripada : -
i.
Sistem maklumat kewangan.
Sistem maklumat berasaskan komputer yang menghasilkan maklumat
berkaitan dengan kewangan organisasi untuk diberikan kepada
individu dalam bentuk laporan berkala, laporan khas, penyata akaun
dan sebagainya.
ii.
Sistem maklumat sumber manusia.
Sistem maklumat yang direka bentuk untuk membantu perancangan
dalam memenuhi keperluan staf organisasi, pembangunan staf
organisasi dan pengawalan terhadap polisi dan program staf
organisasi.
iii.
Sistem maklumat pemasaran.
Sistem
maklumat
yang
digunakan
untuk
membantu
dalam
menjalankan fungsi- fungsi pemasaran iaitu untuk mengetahui
kehendak dan keperluan pengguna, merumuskan campuran pemasaran
dan untuk menghasilkan teknologi pemasaran yang terbaik.
65
4.4
Definisi Data Dan Maklumat Dalam Sistem Maklumat
Data adalah bahan mentah yang diproses bagi menghasilkan maklumat. Data
juga merupakan sumber yang bernilai bagi sesebuah organisasi. Oleh itu, ia mestilah
diurus secara efektif supaya boleh memberi manfaat kepada pengguna-pengguna
akhir. Data merupakan fakta-fakta mentah yang akhirnya akan menjadi maklumat
setelah disusun dan diproses dalam bentuk yang bernilai.
Pemprosesan ini
kebiasaannya melibatkan pengiraan, perbandingan, isihan, pengkelasan dan juga
ringkasan di mana data disusun, dianalisa serta diolah untuk menukarkannya kepada
maklumat. Maklumat adalah koleksi data yang telah disusun dalam pelbagai bentuk
dan ditambah dengan nilai yang berguna. Beberapa peraturan dan hubungan boleh
dibentuk untuk menjadikan data lebih bernilai seterusnya menjadi maklumat yang
bernilai setelah diproses. Penukaran data kepada maklumat adalah satu proses atau
satu set tugas yang logik untuk mencapai hasil yang diperlukan. Proses bermaksud
hubungan antara data dan keperluan pengetahuan. Pengetahuan adalah kesedaran
dan kefahaman terhadap satu set maklumat serta bagaimana pengetahuan tersebut
boleh menyokong sesuatu tugas yang tertentu. Rajah 4.1 menunjukkan proses yang
berlaku untuk menghasilkan maklumat yang bernilai.
Data
Proses Penukaran:
( menghubungkan pengetahuan
melalui pemilihan, penyusunan
dan pengolahan data )
Maklumat
Rajah 4.1 : Proses penukaran data kepada maklumat
4.5
Sistem Maklumat Geografi (GIS)
Sistem Maklumat Geografi ataupun lebih dikenali sebagai GIS ditakrifkan
sebagai satu sistem berasaskan komputer yang mengintegrasikan empat komponen
66
asas termasuklah data, perisian dan institusi untuk menyokong perolehan,
penyimpanan, pengurusan, manipulasi, analisis serta pemaparan visual data spatial.
Ia memainkan peranan yang penting di dalam menyelesaikan masalah yang
melibatkan rujukan geografi dan merupakan alat atau tools yang berpotensi di dalam
pengurusan dan perancangan. GIS merupakan satu sistem berasaskan komputer yang
direka
bentuk
untuk
menyokong
perolehan,
penyimpanan,
pengolahan,
penganalisaan dan pemaparan data spatial.
Keistimewaan GIS berbanding dengan sistem maklumat yang lain terletak
pada kebolehannya untuk menghubungkan komponen spatial dan komponen aspatial
serta membuat analisis spatial terhadap kedua-dua komponen tersebut berasaskan
pada perhubungan spatial yang tertakrif.
Tujuan utama GIS adalah untuk
mengeluarkan maklumat dan informasi spatial yang terkini dalam masa yang singkat
dan cekap.
GIS membolehkan maklumat spatial dan hasil-hasil analisis spatial
dipaparkan secara digital di mana ianya menjimatkan masa dan juga kos efisyen.
GIS terdiri daripada empat komponen penting iaitu data, institusi, perisian, dan juga
perkakasan.
Antara takrif dan definisi yang telah dinyatakan mengenai GIS adalah seperti
berikut :
i.
Satu sistem yang terdiri daripada perkakasan, perisian, data, pengguna
dan susunan organisasi untuk mengumpul, menyimpan, menganalisa
dan menyebarkan maklumat mengenai kawasan dalam mukabumi.
Definisi ini telah diperolehi oleh Dueker dan Kjerne (1989).
ii.
Set peralatan untuk tujuan mengumpul, menyimpan, mengubah dan
memaparkan data spatial daripada dunia sebenar untuk tujuan tertentu
(Burrough, 1986).
67
iii.
Menurut
Rhind
(1989)
GIS
adalah
sistem
komputer
yang
menggunakan data untuk menerangkan tempat atau lokasi dalam
mukabumi.
Sistem Maklumat Geografi bermula dari perkembangan peta yang diwakilkan
secara pendigitan.
Kebiasaannya pembangunan GIS adalah mengikut keperluan
aplikasi sistem. Selain daripada definisi umum yang diberikan di atas, GIS juga
didefinisikan atau dirujuk mengikut perspektif tertentu.
Di bawah merupakan
definisi GIS yang diberi mengikut perspektif tertentu :
i.
Definisi berdasarkan fungsi.
Terdiri daripada empat subsistem iaitu kemasukan, pengurusan,
analisis dan pengeluaran.
ii.
Definisi sebagai alat.
Memberi penekanan bahawa GIS merangkumi suatu set prosedur dan
algoritma yang kompleks.
Definisi sebagai alat mengilustrasikan
proses penukaran data kepada maklumat.
iii.
Definisi berdasarkan data.
Faktor utama yang membezakan suatu sistem dengan sistem yang
lain adalah data.
GIS boleh dilihat sebagai suatu sistem yang
menggunakan pangkalan data spatial bagi memberikan jawapan
kepada permasalahan geografi.
Data yang telah melalui proses
manipulasi dipaparkan sebagai maklumat.
iv.
Definisi berdasarkan teknologi.
Teknologi adalah kaedah dan bahan yang digunakan untuk mencapai
sesuatu objektif.
maklumat
yang
GIS didefinisikan sebagai suatu teknologi
menyimpan,
menganalisis
maklumat spatial dan bukan spatial.
dan
memaparkan
68
v.
Definisi berdasarkan Sistem Bantuan Keputusan.
Terlibat dengan penyepaduan data geografi dalam suatu persekitaran
penyelesaian masalah.
Secara amnya interaksi antara pengguna, sistem dan dunia sebenar
digambarkan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.2.
SISTEM MAKLUMAT
GEOGRAFI (GIS)
Pengguna
Perisian
Pangkalan Data
Geografik
Dunia
Sebenar
Rajah 4.2 : Interaksi antara pengguna, sistem dan dunia sebenar
Definisi Sistem Maklumat Geografi yang akan digunakan dalam projek ini
adalah suatu sistem maklumat yang terdiri daripada satu set perkakasan, perisian,
data, proses manipulasi data dan paparan data spatial dan atribut kepada pengguna
akhir.
4.6
Komponen GIS
Pembangunan GIS melibatkan beberapa komponen utama iaitu perkakasan,
perisian, personal/pengguna, data dan prosedur :
i.
Perkakasan komputer.
Komputer boleh ditakrifkan sebagai suatu alat elektronik yang boleh
menerima arahan seperti arahan input, memproses input dan
menghasilkan output (maklumat). Perkakasan komputer pula merujuk
69
kepada mesin, alat fizikal atau peranti yang melakukan fungsi-fungsi
asas kitaran pemprosesan data dan terletak di luar talian iaitu terpisah
dan dikendalikan secara bebas daripada komputer atau di dalam talian
iaitu disambung terus kepada komputer dan dikawal olehnya.
Terdapat empat jenis utama perkakasan komputer iaitu peranti input,
pemproses, peranti output dan storan.
Peranti input merupakan
perkakasan yang digunakan untuk memasukkan data ke dalam
komputer.
Antaranya ialah papan kekunci, terminal, peranti
penuding, peranti pengimbas, dan peranti input suara.
Pemproses
pula ialah litar bersepadu di atas cip silikon yang mengandungi
berjuta-juta transistor.
Ia mesti ada pada sesebuah komputer
memandangkan ia merupakan otak kepada komputer. Bagi peranti
output terdapat empat cara utama bagi mengeluarkan output daripada
komputer iaitu melalui pencetak, pemplot, tiub sinaran katod dan
output komputer mikrobentuk. Output yang dicetak dipanggil salinan
nyata (hardcopy) dan output yang dipaparkan pada skrin dipanggil
salinan maya (softcopy). Output yang lain termasuklah audio (bunyi)
dan video (imej visual) (Shelly G. B, Vermaat M. E dan Walker T. J,
1999).
ii.
Perisian GIS.
Spesifikasi perisian yang telah digunakan adalah berdasarkan kepada
kajian kehendak pengguna dan perincian aplikasi.
Sesuatu jenis
perisian yang diguna pakai adalah bergantung kepada bentuk
informasi yang telah dihasilkan daripadanya yang mana ianya juga
melibatkan jenis dan kepadatan data yang dimasukkan dan
sebagainya.
Perisian GIS diperlukan supaya dapat diolah bagi
menjana maklumat yang dikehendaki.dan ianya terbahagi kepada dua
iaitu perisian yang dibangunkan khusus untuk sesuatu pemakaian dan
perisian generik.
Oleh kerana kos untuk membangunkan perisian
sendiri adalah sangat tinggi, kebanyakan perlaksanaan GIS adalah
menggunakan perisian generik yang berada di pasaran setelah diberi
pengubahsuaian.
70
iii.
Data.
Di dalam kebanyakan perlaksanaan GIS, data merupakan komponen
yang paling mahal untuk diperolehi. Oleh itu, perhatian yang lebih
perlu diberikan kepada perolehan dan pengumpulan data untuk
mengelakkan kos penyelenggaraan yang tinggi kerana jangkaan hidup
data jauh lebih lama dari jangkaan hidup perisian dan perkakasan.
Tambahan pula sesetengah data mempunyai nilai undang-undang dan
ini membuatkan data yang tidak baik akan terus kekal di dalam sistem
walaupun tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
iv.
Pengguna / Personal.
Dalam pembangunan GIS, khidmat pakar mengenai selok belok GIS
akan membantu dalam mewujudkankan sistem yang berjaya.
Ini
kerana khidmat pakar diperlukan dalam mereka bentuk, mengkaji
keperluan GIS, dan menilai sistem yang dibangunkan. Selain itu,
pengguna yang menggunakan GIS juga perlu diberi perhatian supaya
mereka mendapat pengetahuan dan memahami gunapakai sistem serta
konsep baru yang mereka akan berurusan. Selain itu perlaksanaan
GIS yang tidak mendapat sokongan pengguna dengan sepenuhnya
juga akan menyebabkan kegagalan dalam pembangunan GIS.
4.7
Data Dalam GIS
Data yang digunakan untuk menghasilkan suatu Sistem Maklumat Geografi
terdiri daripada data atribut dan data spatial.
71
4.7.1
Data Spatial
Data spatial secara mudahnya ia boleh ditakrifkan sebagai data peta. Data
spatial merupakan kaedah pengenalan objek peta dalam suatu ruang geografi.
Diantara contoh data spatial bagi Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas
Talian (CCIS) adalah data lapisan GPS, stone, baundary, topography, lot dan
connection. Data spatial yang paling asas dipersembahkan dalam 3 kaedah utama
iaitu :
i.
Titik.
Titik digunakan untuk menunjukkan permukaan yang terdapat dalam
sesuatu kawasan.
ii.
Garis.
Garis digunakan untuk menunjukkan keadaan yang linear dalam dunia
sebenar.
iii.
Kawasan.
Kawasan ditunjukkan dengan satu set tertutup yang dilingkungi oleh
garis yang digunakan untuk menakrifkan kawasan seperti sempadan.
4.7.2
Data Atribut
Data atribut adalah data yang mempunyai perkaitan secara langsung dengan
data spatial. Data atribut merupakan entiti yang menerangkan ciri atau sifat bagi
sesuatu data spatial.
Contohnya data atribut bagi sesuatu kawasan adalah luas,
koordinat x dan y dan no lot yang terdapat dalam kawasan itu. Kebanyakan Sistem
Maklumat Geografi menyimpan komponen spatial dan atribut dalam sistem yang
berlainan. Data spatial disimpan dalam fail-fail khas manakala data atribut disimpan
dalam Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD). Satu bentuk hubungan perlu
diwujudkan antara kedua-dua pangkalan data bagi membolehkan capaian dibuat
72
terhadap kedua-dua jenis data. Rajah 4.3 menunjukkan perhubungan antara data
spatial dan data atribut dalam GIS.
Alatan GIS
Perisian
Manipulasi
Grafikal:
Data Spatial
Perhubungan
Pengenalan
Unik
SPPD :
Data Atribut
Rajah 4.3 : Perhubungan antara data spatial dan data atribut
4.8
Permodelan Data Spatial Dalam GIS
Sistem Maklumat Geografi merupakan sistem maklumat berasaskan
komputer yang membenarkan proses pemodelan, pemanipulasian, perolehan semula,
analisis dan proses persembahan rujukan data geografi (Worboys, 2004). Proses
permodelan dan persembahan maklumat spatial dalam GIS melibatkan pemisahan
atau pengasingan objek daripada dunia sebenar yang mengambilkira satu set data
yang mana menyokong pemaparan peta, pertanyaan, pengeditan dan analisis. Secara
umumnya terdapat tiga pendekatan yang digunakan untuk membangunkan
permodelan data spatial dalam GIS. Pendekatan-pendekatan yang digunakan adalah
pendekatan berasaskan lapisan data (layer-based approach), pendekatan berasaskan
jubin (tile-based approach) dan pendekatan berasaskan objek (Object-Oriented
Approach).
Gambaran bagi ketiga-tiga pendekatan yang digunakan dalam
memodelkan GIS boleh dilihat pada rajah 4.4.
73
Rajah 4.4 : Pendekatan yang digunakan dalam permodelan GIS (Worboys, 2004)
i.
Pendekatan berasaskan lapisan data (layer-based approach).
Kaedah yang biasa digunakan bagi mengstrukturkan maklumat spatial
dalam komputer. Melalui kaedah ini maklumat dunia sebenar akan
dipecahkan kepada beberapa lapisan data. Setiap lapisan data adalah
menggambarkan sifat atau ciri yang khusus bagi objek dunia sebenar.
ii.
Pendekatan berasaskan jubin (tile-based approach).
Pendekatan berasaskan jubin merupakan sambungan daripada
pendekatan berasaskan lapisan. Pendekatan ini membahagikan ruang
geografi kepada beberapa siri unit yang terdiri daripada unit malar dan
bukan malar. Unit-unit ini boleh dihimpunkan kembali menggunakan
sistem koordinat.
membantu
Tujuan utama pendekatan ini adalah untuk
pembangun
dengan
menyimpan
maklumat
dalam
komputer.
iii.
Pendekatan berasaskan objek (object-oriented approach).
Pendekatan berasaskan objek mengstrukturkan ruang geografi ke
dalam satu set objek tunggal atau sekumpulan objek yang dikenali
74
sebagai kelas. Konsep berasaskan objek adalah meniru objek yang
terdapat dalam dunia sebenar.
4.8.1
Pendekatan Berasaskan Lapisan
Penulis telah memilih pendekatan berasaskan lapisan (layer-based approach)
bagi mempersembahkan maklumat spatial dalam sistem yang bakal dibangunkan.
Peta merupakan media utama bagi maklumat geografi dan menjadi asas untuk
memanipulasi objek dalam GIS. Pendekatan berasaskan lapisan mempersembahkan
data spatial dalam satu set yang terdiri daripada tajuk utama peta, nama lapisan yang
mana melambangkan sesuatu objek seperti GPS, boundary, lot dan sebagainya.
Pendekatan ini dipilih kerana ia memudahkan proses untuk membuat pertanyaan
spatial dan analisis spatial. Ini kerana pertindihan objek spatial dalam peta dunia
sebenar dapat dielakkan.
Secara umumnya aplikasi pendekatan yang dipilih ke
dalam Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian ini dilakukan
berdasarkan beberapa langkah penting iaitu :
i.
Mengenal pasti ciri atau sifat istimewa bagi objek dalam peta kawalan
kadaster negeri Melaka seterusnya menentukan tema bagi setiap
lapisan.
ii.
Mereka bentuk lapisan data secara berturutan bergantung kepada tema
yang telah dipilih.
iii.
Mencipta data indeks atau senarai rujukan bagi setiap lapisan.
Organisasi bagi persembahan peta dalam pendekatan berasaskan lapisan
boleh dilihat pada rajah 4.5. Berdasarkan rajah 4.5, boleh dilihat struktur bagi peta
sebenar dibahagikan kepada beberapa tema dan setiap tema terdiri daripada berbilang
objek.
75
Rajah 4.5 : Organisasi peta dalam pendekatan berasaskan lapisan
Data spatial bagi Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian
akan dipersembahkan dalam 7 lapisan utama secara berturutan iaitu GPS, stone,
baundary, text, topography, lot, dan connection. Lapisan-lapisan data spatial dalam
peta CCIS boleh dilihat pada rajah 4.6.
Peta CCIS
Topografi
Stn GPS
=
+
Lot
+
Rajah 4.6 : Diantara contoh pecahan lapisan data spatial bagi peta CCIS
4.9
GIS Untuk Tujuan Perancangan Dan Pengurusan
Prosidur perancangan menunjukkan bahawa penyediaan perancangan dan
pengurusan seharusnya bergerak mengarah kepada kemampuannya mengguna sistem
maklumat. Ini adalah berasaskan kepada satu konsep timbal balik bagi menilai
perancangan dan juga proses penyediaan rancangan dan juga pengurusan. Sistem
Maklumat Geografi (GIS) dapat menangani masalah di dalam pengurusan data dan
maklumat spatial yang begitu kompleks. Kini, satu evolusi baru telah bermula di
76
mana kemunculan internet telah mengubah haluan penggunaan GIS yang pada
mulanya berasaskan kepada ‘stand alone’ ke arah pemakaian secara berangkaian.
Dengan adanya teknologi ini, sesuatu proses perancangan dan pengurusan dapat
dilaksanakan dengan lebih efisyen kerana penggunaan GIS telah dapat diintegrasikan
dengan rangkaian internet yang membolehkan data spatial disalurkan dengan cepat
kepada pengguna, tidak mengira masa dan juga lokasi pengguna.
4.10
Kajian Ke Atas Teknologi Berasaskan Web
Teknologi berasaskan web ini membolehkan pengguna mencapai matlamat
penggunaan dengan lebih cepat dan berkesan kerana ia mampu menjimatkan kos dan
mudah untuk dikendalikan.
Laman web yang dihasilkan sememangnya dapat
memudahkan segala urusan seperti pendaftaran, pengesahan dan penyimpanan
maklumat dengan lebih berkesan dan selamat.
4.10.1 Teknologi Internet
Internet merupakan media elektronik yang tercanggih pada abad ke-21 kerana
ia menghubungkan rangkaian global terbesar yang menggabungkan berjuta-juta
komputer di seluruh dunia. Internet merupakan satu saluran maklumat yang paling
pantas tanpa sempadan.
ARPAnet yang dibangunkan oleh Advanced Research
Project Agent Jabatan, Pertahanan Amerika Syarikat merupakan asal wujudnya
internet. Tujuan asas pembangunan ARPAnet ini adalah untuk membolehkan mereka
bertukar-tukar data secara sulit .
Konsep ini kemudiannya digunakan oleh
organisasi-organisasi yang besar untuk membolehkan mereka bertukar-tukar data
sesama cawangan sendiri yang berada pada lokasi yang berlainan.
77
Kini internet merupakan satu lebuh raya maklumat dan juga pangkalan data
yang mengandungi pelbagai jenis maklumat yang boleh dicapai oleh sesiapa sahaja
yang menghubungkan komputer mereka dengan rangkaian internet.
Secara
definisinya, internet ialah satu rangkaian yang berasaskan Protokol Kawalan
Penghantaran / Protokol Internet (TCP / IP) di mana sekumpulan manusia telah
membangunkan dan menggunakan rangkaian-rangkaian tersebut. Ia juga adalah satu
koleksi sumber yang dapat dicapai daripada rangkaian-rangkaian itu.
Internet
membenarkan gabungan antara sistem komputer yang membolehkan komunikasi dua
hala dan pertukaran maklumat secara bebas berlaku.
Ia merupakan rangkaian komputer yang terbesar di dunia di mana istilah yang
digunakan ialah komunikasi antara rangkaian.
Segala data dan maklumat yang
disimpan dalam sesebuah komputer boleh dicapai oleh komputer lain yang
mempunyai talian bersama. Dengan menggunakan Protokol Kawalan Penghantaran /
Protokol Internet (TCP/IP), internet membenarkan komputer dari pelbagai jenis
berkomunikasi antara satu sama lain. Komputer dari pelbagai pembekal yang terdiri
daripada computer super, pencetak, mesin kod, kamera video dan penyiaran radio
dapat disambung kepada rangkaian internet.
Di Malaysia, Internet dilancarkan pada tahun 1987 apabila Institut
Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) memulakan Rangkaian Komputer Malaysia
atau Rangkom.
Kemudian rangkaian Jaring yang diperkembangkan daripada
RangKom dilancarkan pada tahun 1990. Seterusnya pada tahun 1996, Telekom
Malaysia pula menyediakan perkhidmatan internet melalui TMnet. Antara pembekal
rangkaian internet yang digunakan dengan meluas di Malaysia ialah Jaring dan TM
Net.
4.10.2 Intranet
Teknologi yang diasaskan kepada teknologi dan topologi internet tersebut
dinamakan intranet.
Ia merupakan rangkaian dalaman bagi organisasi,termasuk
78
penggunaan rangkaian setempat Local Area Network (LAN) dan rangkaian kawasan
luas Wide Area Network (WAN). Intranet dibangunkan menggunakan sepenuhnya
kemudahan yang dibawakan oleh internet dan tetap menggunakan TCP/IP sebagai
protokol utama proses komunikasi.
Pihak atau pelayar internet luar lingkungan
rangkaian intranet tidak boleh mencapai rangkaian dan kandungan didalamnya.
Keselamatan intranet ini dilindungi oleh penghadang keselamatan yang dinamakan
firewall, iaitu gabungan perkakasan dan perisian yang menghalang capaian pihak
luar yang tidak mempunyai kuasa capaian.
Segala urusan pejabat yang dilaksanakan menggunakan kertas masa kini
boleh ditukar secara elektronik dengan wujudnya intranet. Permohonan cuti tahunan,
cuti sakit, penempahan kenderaan pejabat, tempahan peralatan IT, penempatan bilik
mesyuarat, tempahan alat tulis dan seumpamanya boleh dilakukan secara elektronik.
Pastinya kos dapat dijimatkan melalui kurangnya penggunaan kertas. Dokumen
penting berkenaan pekerja seperti, dasar penilian prestasi, dasar kenaikan pangkat,
perolehan bahan di perpustakaan dan banyak lagi.
4.10.3 Ekstranet
Selain internet dan intranet, terdapat satu bidang teknologi yang semakin
mendapat tempat dikalangan bisnes hari ini, iaitu ekstranet.
Bagi kalangan
penggalak teknologi maklumat IT, ekstranet telah menjadi salah satu bidang yang
hangat dibincangkan. Ekstranet dikatakan akan meningkatkan nilai pelaburan dalam
teknologi berkaitan web bagi syarikat terbabit. Ekstranet sebenarnya satu rangkaian
menggunakan World Wide Web (WWW) dan intranet dalam menguruskan rantaian
pembekal serta rakan niaga. Rantaian pembekal adalah penting dalam proses bisnes
yang menghubungkan pengeluar, peruncit, pelanggan dan pembekal. Rantaian yang
membentuk satu rangkaian untuk membangunkan dan menghantar produk tersebut
membentuk satu organisasi maya tersendiri.
79
Objektif akhir ekstranet ialah untuk meningkatkan keuntungan melalui
pengenal pastian pengerak produk yang dihasilkan yang bermula dari barisan
pengeluar sehingga sampai ke tangan pelanggan. Cara sebegini akan menyediakan
petunjuk awal terhadap turun naik permintaan dan dapat menyediakan koordinasi
proses bisnes merentasi sebilangan organisasi yang saling bekerjasama. Ekstranet
merupakan elemen terpenting dalam membangunkan konsep perdagangan elektronik
(e-dagang).
Intergrasi e-dagang dan ekstranet dapat mengubah kaedah bisnes
dilaksanakan secara dalaman dan bisnes bekerja antara satu sama lain dalam kaedah
yang lebih efektif.
4.11
World Wide Web (WWW)
Internet telah lama wujud dan berkembang pesat dan telah digunakan oleh
ramai penyelidik. Internet telah mewujudkan satu idea sistem penyebaran maklumat
yang penting pada masa kini iaitu world wide web (www). WWW dihasilkan oleh
seorang ahli fizik yang bernama Tim Berners-Lee yang bertugas di CERN, Pusat
Teknologi Nuklear Eropah sekitar tahun 1989. WWW terdiri daripada beberapa
bahagian yang saling bersandaran untuk menjadikan Internet sebagai media yang
diguna oleh ramai pengguna.
Setiap dokumen yang berada di www mempunyai satu alamat global yang
dikenali sebagai Uniform Resoures Locator (URL).
Dokumen ini berasaskan
teknologi hiperteks dan hipermedia yang membolehkan sambungan kepada dokumen
yang lain contohnya seperti Internet Explorer dan Netscape Navigator. Bahagianbahagian yang terdapat dalam www adalah URL, pelayar web, bahasa aplikasi dan
enjin carian.
80
4.12
Hypertext Transfer Protocol (HTTP)
HTTP adalah satu protokol yang digunakan oleh www untuk mendefinisikan
bagaimana pesanan diformat dan dipindahkan serta bagaimana tindak balas yang
seharusnya diambil oleh pelayan web dan pelayar atas pelbagai arahan. HTTP juga
dikenali sebagai model pelayan-pelanggan bekerja kerana pelanggan dilaksanakan
pada satu mesin dan meminta perkhidmatan dari pelayan dilaksanakan pada mesin
lain. Maka pelayan akan menghantar mesej dan ini memerlukan protokol yang baik.
i.
Uniform Resource Locator (URL).
Lokasi bagi setiap halaman web diberikan satu alamat global yang
dikenali sebagai URL. URL merujuk pada lokasi pelayan web dengan
gabungan alamat nama domain dan lokasi fail web yang dipisahkan
dengan tanda ‘/’.
ii.
Pelayar Web.
Pelayar web merupakan perisian untuk membolehkan capaian kepada
dokumen web yang terdapat dalam Internet. Tim Berners-Lee telah
mencipta pelayar web yang pertama iaitu Mosaic. Perkembangan
pelayar web dilihat telah banyak berubah mengikut peredaran masa.
Kini pelayar web mampu memaparkan pelbagai ciri-ciri multimedia
berbanding pemaparan kandungan teks sahaja di awal kewujudannya.
Antara Pelayar Web yang banyak digunakan sekarang adalah
Microsoft Internet Explorer dan juga Netscape Navigator.
iii.
Bahasa Aplikasi.
Bahasa aplikasi yang digunakan dalam internet adalah HyperText
Markup Language atau lebih dikenali sebagai HTML.
HTML
merupakan contoh bahasa internet yang mula diperkenalkan oleh Tim
Berners-Lee sekitar tahun 1989. HTML merupakan text plain dan
menggunakan dua sambungan iaitu, ‘.htm’ dan ‘.html’. Sambungan
‘.htm’ adalah untuk menyokong platform DOS kerana ia hanya
menyokong sambungan hingga tiga aksara sahaja manakala ‘.html’
adalah sambungan untuk platform Windows, Mac, Unix dan lain-lain.
81
4.13
HyperText Markup Language (HTML)
HTML boleh menjadi Dynamic HyperText Markup Language (DHTML) jika
digabungkan dengan CSS (Cascading Style Sheet), Javascript dan Visual Basic
Script. Bahasa-bahasa lain yang menyokong HTML adalah selain tiga yang disebut
di atas adalah Active Server Pages (ASP), Practical Extraction and report Language
(PERL), Personal Homepage Hypertext Preprosessor (PHP), Cold Fusion Markup
Language (CFML), Structured Query Language (SQL), dan lain-lain.
Personal
homepage Hypertext Preprosessor (PHP), Cold Fusion Markup Language (CFML)
dan Structured Query Language (SQL) adalah tiga bahasa yang akan diterangkan
dengan lebih lanjut dalam bahagian ini.
i.
Personal homepage Hypertext Preprosessor (PHP).
Aplikasi PHP digunakan sebagai bahasa skrip pelayan. Ia digunakan
dengan membenamkan skrip dalam dokumen HTML.
Khidmat
aplikasi ini serupa dengan ASP atau PERL dan merupakan bahasa
web yang paling awal. PHP mempunyai potensi yang serasi dengan
pangkalan data seperti MySQL.
ii.
Cold Fusion Markup Language (CFML).
Aplikasi ini dibangunkan oleh Allaire Corporation untuk membina
skrip pelayan. Khidmatnya serupa seperti ASP, PERL dan PHP tetapi
kurang kawalan terhadap aturcara dan pangkalan data. Bahasa ini
menggunakan tag seperti HTML, tetapi beroperasi sebagai skrip
pelayan dan hanya dokumen HTML dan skrip pelanggan sahaja yang
dihantar kepada pengguna.
Sekarang ColdFusion dimiliki oleh
Macromedia dan mempunyai pelbagai ciri-ciri tambahan lain.
iii.
Structured Query Language (SQL).
Bahasa pengaturcaraan ini merupakan bahasa pangkalan data dan
digunakan bersama ASP, PHP, PERL dan bahasa generasi ketiga dan
keempat.
Bahasa ini mula diperkenalkan sekitar tahun 1976 dan
kegunaannya terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahasa Definisi
82
Data (Data Definition Language-DDL) dan Bahasa Manipulasi Data
(Data Manipulation Language-DML).
4.14
Internet GIS
Integrasi teknologi internet dan GIS telah membawa kepada satu dimensi
baru di dalam mendapatkan maklumat spatial. Internet GIS ataupun web-based GIS
membolehkan perkongsian maklumat spatial kepada sejumlah pengguna tanpa hadhad yang tertentu. Dengan erti kata lain, gabungan teknologi GIS dan internet ini
membolehkan maklumat spatial dicapai oleh pengguna dengan lebih mudah dan
efisyen tidak mengira masa dan tempat. Teknologi internet iaitu teknologi yang
mendominasi abad yang ke-21 ini merupakan alat komunikasi global yang pada
mulanya berasaskan teks kini telah berkembang menjadi satu jaringan komunikasi
global multimedia yang sebenar yang menyokong teknologi GIS di dalam
menyebarkan maklumat spatial.
Pemetaan berasaskan web melalui jaringan komunikasi global membolehkan
maklumat geospatial disebarkan dan diagihkan melalui internet. Penggunaan GIS
sebagai alat bantu di dalam membuat sesuatu keputusan di dalam proses perancangan
telah meningkatkan ketepatan dan pencapaian data dan hasilnya keputusankeputusan yang lebih baik dapat diperolehi. Penyebaran maklumat spatial dan data
GIS yang lebih efektif baik dari segi masa ataupun kos dapat dicapai melalui
penyelesaian pemetaan secara berinternet ataupun web based GIS. Aplikasi internet
GIS bukan sahaja berasaskan pada pemaparan peta semata-mata tetapi turut
membolehkan pengguna membuat pencarian lokasi yang spesifik, pemaparan
pelbagai set data dan analisis spatial secara langsung, interaktif dan virtual melalui
capaian secara atas talian menerusi internet.
Arus perubahan globalisasi telah membawa kepada berkembangnya GIS
melalui rangkaian internet.
Teknologi GIS yang berpaksikan pada web
membolehkan pengguna mencapai dan menjelajahi maklumat spatial serta dapat
83
melakukan manipulasi dan analisis-analisis tertentu tidak mengira faktor masa dan
juga lokasi. Web-GIS merupakan gabungan teknologi internet dan World Wide Web
(WWW) yang menggunakan internet untuk saling menghubungkan jurang antara
kedua-dua teknologi tersebut. Teknologi web GIS menyokong proses transmisi,
analisis, manipulasi dan persembahan data spatial secara interaktif.
Sebelum
teknologi GIS berasaskan web diperkenalkan, GIS dilihat sebagai satu sistem ‘stand
alone’. Dengan adanya kemajuan di dalam teknologi internet, data GIS kini dapat
diperoleh dan digunakan secara meluas oleh semua peringkat pengguna.
Kebolehan GIS berasaskan internet ini yang boleh membuat analsis dan
manipulasi, data secara terus akan meluaskan lagi penggunaannya bukan sahaja di
dalam menyalurkan maklumat penting kepada pengguna tidak kira pengguna berada
di mana-mana lokasi tetapi juga merupakan salah satu cara yang mudah dan cepat
untuk pengguna membuat keputusan.
4.15
Teknologi Pelayan–Pelanggan
Konsep
pelayan–pelanggan
merupakan
komunikasi
komputer
melibatkan proses pelanggan meminta servis daripada proses pelayan.
yang
Proses
pelanggan akan menghantar pesanan kepada pelayan untuk membuat sesuatu
pekerjaan seperti pengesahan data yang dimasukkan oleh pengguna, menguruskan
sebahagian daripada aplikasi antara muka pengguna dan kadangkala melaksanakan
proses dan aplikasi.
Manakala proses pelayan akan menunaikan permintaan
pelanggan dengan melaksanakan kerja yang telah diminta. Pelayan akan menerima
permintaan daripada pelanggan, melaksanakan arahan tersebut dan menghantar
tindakbalas kepada pelanggan semula. Kedua-dua pelayan dan pelanggan biasanya
berada pada mesin berlainan yang dihubungkan melalui rangkaian tetapi boleh
dilaksanakan pada mesin yang sama juga. Rajah 4.7 menjelaskan hubungan pelayan
/ pelanggan atau client / server.
84
Rajah 4.7 : Rangkaian client / server
Selain itu, pelayan dan pelanggan juga akan berkongsi sumber atau aplikasi
yang sama.
Komunikasi antara pelayan dan pelanggan adalah menggunakan
protokol asimetrik iaitu banyak pelanggan boleh dihubungkan kepada satu pelayan
yang sama. Di antara kelebihan menggunakan teknologi ini ialah penambahan atau
pengurangan peranti yang akan dilakukan. Jika seni binanya perlu diselenggara, ia
tidak akan menjejaskan prestasi sistem tersebut. Dalam teknologi ini, terdapat tiga
komponen penting yang terlibat untuk membolehkan ia berfungsi.
Komponen-
komponen tersebut adalah pelayan, rangkaian dan juga pelanggan. Pelayan yang
juga dikenali sebagai pusat komputer membekalkan pelbagai maklumat, data serta
program.
Ia juga melakukan servis pengagihan kepada semua komputer yang
dihubungkan secara aktif selain mengawal sumber rangkaian yang dikongsi bersama.
Rangkaian pula menghubungkan semua komputer kepada pelayan dan juga
sebagai laluan yang membawa dan menukar data dan aplikasi di antara semua
komputer dalam sesuatu sistem.
Manakala pelanggan merupakan komputer
85
yang.akan menerima maklumat, data dan program yang akan diagihkan oleh pelayan.
Rajah 4.8 di bawah menjelaskan reka bentuk rangkaian.
Pentadbir / Pengguna
Pelayan Web
Rajah 4.8 : Reka bentuk rangkaian
4.16
Seni Bina Teknologi Pelayan–Pelanggan
Dalam teknologi ini, terdapat tiga jenis model berbeza iaitu model satu aras,
model dua aras dan juga model tiga aras. Setiap model mempunyai saiz, fungsi dan
kebolehan yang berbeza antara satu sama lain seperti yang diterangkan di bawah:
i.
Model satu aras.
Sistem yang dibangunkan menggunakan model ini wujud pada satu
komputer sahaja kerana ia menggabungkan sepenuhnya aplikasi,
antara muka pengguna dan juga sistem pangkalan data. Walaupun
model sebegini mudah dibangunkan tetapi ia kurang efisyen dan
fleksibel kerana perkongsian sumber antara aplikasi dan pangkalan
data tidak dapat berfungsi pada rangkaian kawasan setempat.
Kelemahan lain ialah ia tidak dapat dikembangkan kerana aplikasi
pengekodan dan antara muka pengguna terikat kepada pangkalan data
yang sedia ada.
86
ii.
Model dua aras.
Model ini dibangunkan pada tahun 1980-an yang berpunca daripada
seni bina reka bentuk pelayan fail. Model ini melibatkan operasi yang
tidak kompleks serta penggunaan perkakasan yang minimum.
Pelanggan akan menghantar permintaan melalui pernyataan Selected
Query Language (SQL) kepada pangkalan data pelayan untuk
diproses.
Pelayan pula akan menghantar keputusan pemprosesan
kepada pelanggan yang bertanggungjawab memaparkan maklumat
tersebut. Ia hanya dapat berfungsi dengan baik dalam persekitaran
yang sama dan saiz pengguna kurang daripada seratus orang. Setiap
perubahan dan pengembangan pula mesti dilakukan dan diuji pada
sebelah pelanggan. Rujuk rajah 4.9 di bawah.
Rajah 4.9 : Model dua aras
iii.
Model tiga aras.
Kemunculan model tiga aras pada tahun 1990-an adalah disebabkan
kelemahan yang timbul jika model dua aras diimplemenkan. Terdapat
middleware yang berada antara pelanggan dan pelayan.
Ia
menyediakan pengurusan di mana peraturan dan logik perniagaan
dilakasanakan. Middleware juga dikenali sebagai aplikasi pelayan
yang memproses data yang diperlukan oleh pengguna dan seterusnya
dapat meningkatkan skalabiliti, fleksibiliti, pengekalan dan prestasi.
Selain itu, kelebihan model ini ialah segala perubahan hanya berlaku
pada bahagian ini sahaja dan ini akan memudahkan pengurusan
pelayan.
Ia juga biasa digunakan dalam proses capaian sesuatu
87
maklumat menerusi internet atau intranet melalui perhubungan yang
selamat. Rujuk rajah 4.10 di bawah.
Rajah 4.10 : Model tiga aras
Sistem yang dibangunkan ini merupakan model tiga aras kerana operasi yang
terlibat adalah dilaksanakan oleh pelayan-pelanggan dan capaian dilakukan melalui
internet. Ia menyokong lebih daripada seratus orang pengguna. Perbezaan di antara
model satu aras dan model dua aras dapat dilihat pada jadual 4.1 di bawah.
Jadual 4.1 : Perbezaan model satu aras dan model dua aras
4.17
GIS Berasaskan Web
GIS berasaskan web dalam konteks yang mudah difahami membawa maksud
penggunaan aplikasi GIS dan penyebaran maklumat yang terdapat dalam bentuk peta
dan data digital untuk ramai pengguna tanpa had lokasi dan masa. Pembangunan
88
GIS berasaskan web menjadikan internet adalah laman portal untuk memperkenalkan
kepelbagaian fungsi GIS melalui pelayar web.
4.18
Seni Bina GIS Berasaskan Web
Rajah 4.11 : Seni bina GIS berasaskan web
Rajah 4.11 merupakan gambarajah tipikal yang menunjukkan model
pemetaan peta secara web.
Senibina GIS berasakan web terdiri daripada dua
bahagian penting iaitu client-side dan server-side. Dua bahagian ini dihubungkan
oleh CGI script. Apabila pengguna membuat pertanyaan spatial, CGI script akan
menukarkan pemintaan kepada satu operasi yang sesuai untuk dipaparkan dalam
pelayar web dan kemudian dihantar ke client-side. Client-side disokong oleh Plugin, Active-X dan Java Applet. Java Applet diterjemahkan dalam bentuk binari untuk
diproses dalam pelayan web seterusnya keputusan yang telah diperolehi dihantar
pada client-side.
Secara asasnya, web menggunakan seni bina sistem client-server iaitu
melibatkan client-side dan server- side (Lampiran D). Oleh itu, dalam aplikasi GIS
berasaskan web, pengguna akan melaksanakan fungsi GIS pada client- side.
Sebelum itu, pengguna akan menghantar permintaan kepada server di bahagian
server- side. Server seterusnya akan memproses permintaan tersebut dan akhirnya
89
akan menghantar kembali hasilnya kepada client- side.
Dalam aplikasi GIS
berasaskan web ini, kesemua perisian yang kompleks, spatial dan atribut akan
disimpan pada server.
Senibina begini telah dapat memudahkan kerja- kerja
pembangunan GIS kerana pemusatan data dan aplikasi adalah pada server dan ini
memudahkan pengagihan dan pengawalan data GIS yang dicapai oleh orang awam.
Perkara begini jauh berbeza dengan pendekatan penyebaran maklumat GIS
sebelum ini, dimana pemprosesan maklumat adalah terhad pada sistem komputer dan
perisian stand- alone yang tidak membenarkan perkongsian sumber- sumber
pengkomputeran dengan komputer lain dan menyebabkan data sukar dikongsi,
disunting kerana hanya boleh dilakukan pada satu tempat sahaja. Melihat kepada
GIS berasaskan web GIS yang wujud pada masa kini dan kelebihannya dalam
membenarkan penyertaan pengguna awam dalam menggunakan sistem untuk tujuan
tertentu, ianya amat penting untuk membezakan bentuk teknologi GIS berasaskan
web yang akan dibangunkan sebelum aplikasi dilaksanakan kerana masing- masing
mempunyai kelebihan dan kelemahan masing- masing bergantung kepada keperluan
pengguna dan peruntukan dari segi kos untuk membangunkannya. Bentuk teknologi
GIS berasaskan web dapat dikategorikan kepada 5 kategori iaitu (Keng Pin Chang,
1997) : -
4.19
i.
Imej grafik.
ii.
Perpustakaan dan katalog pangkalan data spatial.
iii.
Penjana peta.
iv.
Pelayar masa hakiki.
v.
Imej dan peta masa hakiki.
Pra Penjanaan Imej Grafik
Laman web yang termasuk dalam kategori ini adalah laman web yang paling
mudah untuk dibangunkan. Ini kerana imej-imej peta akan dijana terlebih dahulu
menggunakan perisian GIS dan imej tersebut akan dipaparkan dalam bentuk raster di
90
laman web.
Namun peta yang akan dipaparkan hanya boleh dipaparkan dalam
keadaan sebagaimana ianya dihasilkan. Ini kerana pengguna tidak dibenarkan untuk
melakukan sebarang penggunaan interaktif terhadap data seperti fungsi zooming,
panning mahupun identify. Jenis imej grafik yang dipaparkan dalam web akan
mudah untuk dipapar dan dicapai. Antara bentuk imej peta yang biasa dipaparkan
adalah dalam format GIFF, GeoTIFF untuk ArcInfo 7.1 dan ArcView3.0 dan imej
CGM, DXF atau DWG untuk imej AutoCAD.
4.20
Perpustakaan Dan Katalog Pangkalan Data Spatial
Komponen yang terlibat dalam perpustakaan dan katalog data spatial adalah :
i.
Metadata iaitu memaparkan maklumat tentang data spatial.
ii.
Indeks peta, hyperlinks kepada peta- peta lain.
iii.
Paparan semula grafik (graphic preview) iaitu imej- imej statik peta
seperti dalam format GIFF.
iv.
Peta- peta vector dan raster dalam format digital.
Laman- laman web seperti ini tidak sukar untuk dibangunkan dan mudah
untuk diselenggarakan. Untuk jenis laman web ini, biasanya pengguna tidak dapat
mencapai data melalui pelayar web, namun kemudahan muat turun data sama ada
melalui pelayar web ataupun dengan menggunakan protokol FTP menggunakan
rangkaian internet biasanya disediakan untuk membolehkan pengguna membuat
capaian terhadap pelbagai jenis data.
Perpustakaan dan katalog pangkalan data
spatial ini mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah membenarkan capaian
terhadap metadata boleh melalui pertanyaan (query), membenarkan untuk paparan
semula imej, capaian kepada data sebenar untuk analisis lebih lanjut dan paparan
data adalah dalam persekitaran yang mudah.
91
4.21
Penjana Peta
Penjana peta direalisasikan melalui pelayan web (web server) dimana suatu
borang yang direka bentuk menggunakan bahasa Hypertext Markup Language
(HTML) boleh dicapai oleh pengguna melalui pelayar web. Borang tersebut menjadi
antara muka pengguna antara server dan pengguna. Pengguna akan memasukkan
maklumat- maklumat tertetnu seperti butiran lokasi, lapisan tematik, dan sebagainya
bagi mendapatkan peta yang dikehendaki dimana maklumat tersebut akan diproses
oleh pelayan web dan pelayan web akan menghantar peta yang dikehendaki kepada
pengguna.
Kelebihan penjana peta adalah membenarkan peta diubahsuai mengkut
keperluan pengguna. Manakala kelemahannya pula adalah capaian terhadap data
spatial mentah iaitu yang belum diproses tidak dapat dilakukan, kelajuan capaian
terhadap data adalah lambat dan pilihan untuk pengguna adalah terhad.
4.22
Pelayar Peta Masa Hakiki (Real Time)
Laman web yang berkeupayaan untuk menawarkan perkhidmatan pelayar
pada masa hakiki perlu mempunyai pelayan web dan perkakasan serta perisian yang
berkeupayaan tinggi. Ciri- ciri pada pelayar web masa hakiki membenarkan capaian
terhadap metadata, pangkalan data spatial, keupayaan melakukan pertanyaan
Boolean danj uga suntingan secara atas talian atau masa hakiki. Masa hakiki disini
membawa maksud sebarang penyuntingan, pertanyaan terhadap data akan memberi
kesan pada ketika itu juga. Pelayar akan menyediakan CGI script untuk menerima
pertanyaan dan analisis spatial daripada pengguna di client- side.
Selepas data
diproses, pelayar data spatial tersebut akan menghantar semula imej dan data yang
dikehendaki oleh pengguna dengan menggunakan dokumen HTML. Antara perisian
yang telah dibangunkan dan dijual di pasaran untuk membangunkan peta interaktif
jens ini adalah seperti Spatial Database Engine (SDE) oleh ESRI, Map Object oleh
92
ESRI, Map Guide oleh AutoDesk. Teknologi jenis ini biasanya digunakan untuk
melaksanakan prototaip projek GIS berasaskan web.
4.23
Imej Dan Peta Pada Masa Hakiki
Laman web dalam kategori ini menggunakan perkhidmatan webcame iaitu
kamera digital yang akan berkomunikasi dengan pelayan web untuk tujuan
penghantaran imej dan peta ke dalam internet.
Kamera- kamera ini akan
merakamkan sebarang senario dimana senario ini akan dipaparkan secara langsung
dalam laman- laman web tertentu. Imej- imej dalam laman web ini akan sentiasa
diperbaharui mengikut sela masa yang ditentukan. Pendekatan pemaparan laman
web menggunakan kaedah paparan pelayar peta masa hakiki danj uga imej dan peta
masa hakiki kini telah mwenjadi ikutan dalam mempersembahkan maklumat spatial.
Ini kerana, walupun pembangunan penyelenggaraan laman web seperti ini
memerlukan kos yang tinggi, namun perkembangan dalam perkakasan dan perisian
perkomputeran yang agak menggalakkan bagi industri laman web seperti ini telah
telah turut membantu dalam mengurangkan kos pembangunannya.
4.24
Kajian Terhadap Perisian GIS Berasaskan Web Yang Digunakan
Perisian yang digunakan untuk membangunkan Sistem Maklumat Kawalan
Kadaster Secara Atas Talian ini adalah ArcIMS3.1. ArcIMS merupakan produk
keluaran Environmental System Research Institute (ESRI).
ESRI ArcIMS
merupakan penyelesaian kepada masalah penghantaran peta dinamik dan data GIS
yang terdiri daripada data spatial dan data atribut dan perkhidmatan yang disediakan
melalui web.
ArcIMS merupakan produk berasaskan server yang menyediakan
perkhidmatan untuk menerbitkan web bagi peta GIS, data dan metadata untuk
membolehkan capaian daripada ramai pengguna sama ada bagi organisasi dalaman
atau luaran atau pengguna internet. ArcIMS juga membenarkan laman web untuk
menyediakan data GIS, peta interaktif, katalog metadata dan memberi tumpuan
93
untuk aplikasi GIS. Perkhidmatan yang disediakan oleh ArcIMS boleh dicapai oleh
pengguna melalui pelayar web menggunakan HTML atau aplikasi Java. Selain itu,
perisian ini menyokong Pengoperasian Windows NT/2000 dan juga Sun Solaris
seperti Apache Web Server dan Microsoft Internet Information Server (IIS).
4.24.1 Seni Bina ArcIMS 3.1
Rajah 4.12 : Seni bina ESRI ArcIMS 3.1 (ESRI, 2001)
Seni bina ArcIMS 3.1 boleh dilihat pada rajah 4.12. ArcIMS 3.1 terdiri
daripada lima komponen penting yang saling bersandar antara satu sama lain bagi
membolehkan pengguna untuk melihat dan membuat pertanyaan berkenaan data GIS
melaui pelayar web. Komponen-komponen yang terdapat dalam ArcIMS adalah :
i.
ArcIMS Spatial Server.
Pelayan ini berfungsi untuk memproses permintaan atau pertanyaan
mengenai maklumat peta dan maklumat atribut.
Pelayan spatial
merupakan satu tempat yang menyimpan komponen-komponen yang
menyokong berbagai jenis fungsi seperti Image Server, Feature
94
Server, Query Server, Extract Server, Geocode Server, Metadata
Server dan ArcMap Server.
Rajah 4.13 : Pelayan spatial server (ESRI, 2001)
ii.
ArcIMS Application Server.
Pelayan ini ditulis dalam Java dan ia berperanan untuk mengesan
pertanyaan atau permintan pelanggan terhadap maklumat dan
mengagihkan ke ArcIMS Spatial Server yang sesuai.
iii.
ArcIMS Application Server Connectors.
Pelayan ini menghubungkan pelayan web dengan ArcIMS Application
Server. Empat penyambung boleh digunakan untuk menterjemahkan
permintaan dan pertanyaan pelanggan ke dalam ArcXML iaitu ArcIMS
Servlet Connector menggunakan ArcXML, ColdFusion Connector
translates Macromedia® ColdFusion® ke dalam ArcXML, ActiveX
Connector translates ASP atau VB ke dalam ArcXML dan ArcIMS
Java Connector menggunakan JSP.
95
iv.
ArcIMS Manager.
ArcIMS Manager menyediakan 3 antara muka web yang menyokong
tiga aplikasi utama iaitu ArcIMS Author, ArcIMS Designer dan
ArcIMS Administrator dalam satu antara muka. Ketiga-tiga aplikasi
ini juga boleh digunakan secara berasingan dalam mesin dalaman.
•
ArcIMS Author.
Berfungsi
untuk
menghasilkan peta
dipaparkan di dalam internet.
menambah lapisa-lapisan data.
yang
akan
Ia berperanan untuk
Bentuk dan rupa
terakhir sesuatu peta akan dihasilkan di bahagian ini.
•
ArcIMS Administrator.
ArcIMS Administrator merupakan bahagian yang
menguruskan Map Service dalam perisian ArcIMS. Ia
membolehkan pengguna menguruskan Map Service,
server dan juga folder di dalam ArcIMS.
•
ArcIMS Designer.
ArcIMS Designer menyediakan alatan yang mudah
untuk menyediakan aplikasi web yang ringkas.
Bahagian ini membenarkan pengguna untuk memilih
alatan dan panel templat yang diperlukan semasa
proses mereka bentuk antara muka sistem.
v.
ArcIMS Viewers.
Terdapat tiga pandangan yang boleh didapati dalam ArcIMS 3.1 iaitu
pandangan HTML, pandangan Java Standard Viewer dan pandangan
Java Custom.
BAB 5
METODOLOGI PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT
KAWALAN KADASTER SECARA ATAS TALIAN
5.1
Pendahuluan
Dalam membangunkan sesebuah projek, metodologi merupakan di antara
bahagian kritikal yang harus diambil perhatian. Ini kerana metodologi membantu
pembangun sistem membuat perancangan yang lebih sistematik dan realistik dalam
membangunkan sesuatu sistem. Metodologi adalah satu pendekatan formal untuk
mengimplementasikan kitaran pembangunan sistem.
Sesuatu sistem yang
dibangunkan adalah untuk menyelesaikan kekangan-kekangan yang dihadapi bagi
memudahkan kerja-kerja pengguna. Perancangan kerja mestilah dilakukan secara
bersistematik dan teratur bagi memastikan sistem yang dibangunkan berjalan lancar
dan memenuhi spesifikasi keperluan pengguna. Tujuan utama perancangan kerja
dilakukan adalah sebagai panduan kepada pembangun supaya pembangunan sistem
tidak tersasar daripada skop dan objektif projek. Segala perancangan pembangunan
sistem adalah berdasarkan fasa-fasa yang terdapat dalam metodologi yang dipilih.
Secara keseluruhannya, bab ini akan membincangkan mengenai metodologi yang
terlibat, keperluan perkakasan dan perisian serta justifikasi pemilihan model yang
dibangunkan.
97
5.2
Metodologi Projek
Metodologi merupakan satu penerangan secara bersistematik berkenaan
keseluruhan proses yang terlibat dalam proses pembangunan sistem ini. Metodologi
menyediakan satu set teknik-teknik yang boleh digunakan untuk melaksanakan
sesuatu aktiviti yang tertentu. Setiap metodologi pembangunan sistem mempunyai
fasa-fasa tertentu dan setiap fasa mempunyai matlamat yang tersendiri. Terdapat
banyak jenis metodologi yang diperkenalkan dan setiap metodologi tersebut
mempunyai keunikan masing-masing. Metodologi jenis reka bentuk berstruktur
menggunakan
pendekatan
langkah
demi
langkah
kepada
Kitaran
Hayat
Pembangunan Perisian (SDLC) yang bergerak dari satu fasa ke fasa seterusnya
secara berturutan.
Metodologi berjenis lelaran ialah model yang membenarkan
pengulangan fasa dilakukan dan ini dapat mengatasi kelemahan yang terdapat di
dalam metodologi jenis reka bentuk struktur. Contoh model berjenis lelaran adalah
Rapid Application Development (RAD) dan Prototaip. Jenis metodologi lain yang
boleh
digunakan
ialah
metodologi
berorientasikan
objek.
Metodologi
berorientasikan objek akan mengimbangkan penumpuan ke atas data dan proses
serta menggabungkan kedua-duanya ke dalam satu model.
5.3
Justifikasi Pemilihan Teknologi
Pemilihan metodologi yang sesuai sangat penting bagi menjamin proses
pembangunan aplikasi dapat berjalan dengan lancar dan sistematik.
Ini kerana
metodologi menyediakan pelbagai garis panduan menyeluruh untuk menyelesaikan
setiap aktiviti yang terdapat di dalam kitar hayat pembangunan sistem termasuk
model, alatan dan teknik. Ia juga dapat memastikan sistem dibangunkan mengikut
prosedur yang betul supaya sistem yang dihasilkan memenuhi keperluan pengguna.
Proses membina prototaip merupakan satu proses yang bertujuan untuk membina
satu perwakilan atau model berfungsi yang berskala kecil bagi mengenalpasti
keperluan pengguna serta mengesahkan keperluan-keperluan tersebut (Whitten et
al., 1998).
98
Metodologi prototaip evolusi dipilih kerana metodologi ini mempunyai
kelebihan-kelebihan yang tertentu.
Kelebihan utama ialah proses pembelajaran
diintegrasikan ke dalam proses pembangunan sistem. Setelah satu prototaip sistem
dibina, pembangun akan menunjukkan kepada pengguna untuk mendapatkan komen
dan juga pandangan. Dengan cara ini, pembangun boleh memperbaiki kesilapan
yang dilakukan berdasarkan komen dan pandangan yang diberikan oleh pengguna.
Penggunaan metodologi ini juga membolehkan ralat diketahui dengan lebih cepat.
Ini dapat diketahui hasil daripada semakan setiap prototaip oleh pengguna.
Maklumbalas yang diberikan oleh pengguna adalah cepat kerana tempoh
pengulangan fasa adalah pendek.
Pembangun dapat membaiki masalah yang
diutarakan oleh pengguna pada peringkat awal pembangunan sistem dijalankan.
Spesifikasi sistem yang didokumentasikan dalam bentuk prototaip membolehkan
pengguna lebih memahami tentang sistem yang dibangunkan. Ini kerana prototaip
memberikan gambaran yang lebih realistik kepada pengguna berbanding spesifikasi
dalam bentuk teks. Pengguna dapat saling bertindak terhadap prototaip sistem yang
dibangunkan dengan cara memberi komen dan pandangan kepadanya.
Secara tidak langsung, pembabitan pengguna dalam pembangunan sistem
dapat dipertingkatkan. Ini merupakan faktor penting di dalam metodologi prototaip
evolusi.
Kejayaan untuk membangunkan satu sistem yang boleh percaya,
berkeupayaan dan ramah pengguna dapat dibangunkan dengan lebih mudah hasil
daripada gabungan pembangun sistem dengan penglibatan pengguna yang aktif.
5.4
Metodologi Prototaip Evolusi
Metodologi yang digunakan untuk membangunkan projek ialah metodologi
prototaip evolusi.
Metodologi ini merupakan sejenis model Rapid Application
Development (RAD). Di dalam metodologi prototaip evolusi, hubungan pembangun
dengan pengguna adalah sangat penting di dalam proses menghasilkan prototaip
sistem. Penglibatan pengguna diperlukan dalam reka bentuk prototaip dan penilaian
terhadap protataip yang dihasilkan. Pembangun akan cuba membangunkan reka
bentuk yang diingini oleh pengguna menggunakan segala teknik dan kepakaran yang
99
ada.
Biasanya, prototaip sistem pertama yang dihasilkan merupakan bahagian
pertama dalam sistem yang digunakan oleh pengguna.
Untuk menghasilkan
prototaip sistem pertama dengan cepat, analisa dan reka bentuk sistem yang asas
dilakukan. Prototaip sistem tersebut mengandungi ciri-ciri program yang minimum.
Kemudian, ia akan ditunjukkan kepada pengguna. Pengguna akan memberikan
sebarang komen dan cadangan ke atas prototaip pertama yang dihasilkan. Pihak
pembangun pula akan membaiki prototaip yang telah ditunjukkan kepada pihak
pengguna berdasarkan segala komen dan cadangan daripada mereka. Pandangan
dan cadangan yang diberikan oleh pengguna akan digunakan untuk membangunkan
prototaip sistem yang kedua dimana protataip ini akan mempunyai lebih banyak ciri
dan fungsi sistem yang lebih menyeluruh. Proses kitaran ini akan diulangi sehingga
kedua-dua pihak bersetuju dengan prototaip yang dibangunkan.
Metodologi prototaip evolusi ini terdiri daripada empat fasa utama iaitu
fasapenyiasatan awalan dan perancangan, fasa analisa sistem, fasa reka bentuk
sistem dan fasa implementasi sistem. Fasa analisa, reka bentuk dan implementasi
sistem secara sejajar. Fasa-fasa ini dilakukan berulang kali sehingga sebuah sistem
yang stabil dan komprehensif dapat dihasilkan. Rajah 5.1 menunjukkan proses
pembangunan sistem menggunakan model prototaip evolusi.
Rajah 5.1 : Fasa-fasa dalam metodologi prototaip evolusi
100
5.5
Fasa Penyiasatan Awalan Dan Perancangan
Fasa ini melibatkan aktiviti pengenalpastian dan perancangan projek. Tujuan
utama fasa ini adalah untuk memahami sistem yang akan dibangunkan serta
mendokumenkan objektif dan skop sistem. Matlamat sistem juga ditentukan supaya
pembangun dapat membangunkan sebuah sistem yang memenuhi semua objektif
yang telah ditetapkan. Diantara teknik yang digunakan bagi melaksanakan fasa ini
ialah temuduga, soal selidik, penyiasatan terperinci dan perbincangan. Dalam kajian
ini, kajian keperluan pengguna telah dijalankan melalui penyiasatan terperinci dan
membuat perbincangan dengan mereka yang terlibat dalam projek Sistem Kadaster
Berkoordinat (CCS).
Berdasarkan penyiasatan awal yang dijalankan, didapati
bahawa Sistem Kadaster Berkoordinat merupakan satu sistem baru yang akan
diimplementasikan di Malaysia. Sistem ini mengutama dan memberikan kedudukan
sah di sisi undang-undang terhadap pasangan koordinat yang diberikan ke atas
pepenjuru-pepenjuru sempadan lot kadaster melalui kaedah pengukuran dan
pelarasan yang dipiawaikan.
Datum geosentrik, sistem rujukan homogen dan
kaedah pelarasan cerapan merupakan isu-isu penekanan dalam konsep CCS.
Dalam usaha ke arah perlaksanaan Sistem Kadaster Berkoordinat homogen
ini, pemantapan Peninsular Malaysia Primary GPS Network (PGGN) diikuti dengan
pembangunan jaringan kawalan kadaster telah dijalankan.
Tujuan utama
pembangunan jaringan kawalan kadaster adalah untuk meningkatkan ketepatan
kawalan ukur kadaster dan meminimakan rambatan ralat. Pembangunan jaringan
kawalan kadaster telah dimulakan dengan penubuhan Infrastruktur Kadaster
Berkoordinat (CCI), seterusnya ikatan antara batu sempadan terpilih kepada CCI
akan dijalankan.
Kepadatan penubuhan stesen yang membentuk Infrastruktur
Kadaster Berkoordinat adalah bergantung kepada status sesuatu kawasan. Dalam
kajian perlaksanaan CCS di Malaysia, jarak stesen yang dirancangkan bagi kawasan
semibandar adalah 2.5 km manakala 0.5 km bagi kawasan bandar.
Batu-batu
sempadan terpilih yang telah diikat dengan CCI akan membentuk stesen-stesen
kawalan kadaster atau lebih dikenali sebagai Infrastruktur Kawalan Kadaster.
101
Rangkaian kawalan ini mempunyai ketepatan sangat tinggi kerana ia adalah
dicerap menggunakan GPS dan membuat perikatan dengan Jaringan GPS Tahap
Sifar serta Jaringan GPS Tahap Pertama yang telah dikawal oleh stesen IGS dalam
ITRF. Dalam persoalan pengintegrasian kedua-dua pangkalan data kadaster dan
pemetaan, maklumat jaringan kawalan kadaster menjadi satu rujukan yang penting
sebagai garis dasar untuk menentukan keputusan pengintegrasian di mana ia akan
membekalkan set koordinat yang berorientasikan datum geosentrik. Melalui proses
transformasi dan unjuran, set koordinat geosentrik tersebut akan menghasilkan
sistem koordinat rujukan homogen yang membolehkan keseragaman data kadaster.
CCS ini merupakan sistem baru yang diperkenalkan dan masih dalam peringkat
pembangunan maka belum ada satu sistem yang digunakan untuk mengurus datadata kawalan kadaster di mana semua data-data kawalan kadaster masih disimpan
dalam bentuk fail dan masih belum merujuk kepada sistem koordinat homogen yang
diperlukan.
Keadaan ini bukan saja merumitkan kerja-kerja pencarian maklumat kawalan
kadaster malah ia juga melambatkan proses pembentukan NDCDB. Memandangkan
kepentingan Infrastruktur Kawalan Kadaster dan koordinat stesen kawalan kadaster
yang telah merujuk kepada sistem koordinat homogen dalam proses pembentukan
NDCDB maka Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian atau
Cadastral Control Information System (CCIS) perlu dibangunkan.
Kelebihan-
kelebihan lain atas pembangunan CCIS ini adalah ia dapat memudahkan pengguna
termasuk pihak JUPEM sendiri dalam proses dapatan kembali maklumat,
pengemaskinian
dan
mempercepatkan
proses
dalam
membuat
keputusan
perancangan serta supaya membolehkan pencapaian objektif NaLIS yang
menyokong perkongsian maklumat antara pengeluar-pengeluar dan penggunapengguna maklumat tanah.
5.6
Fasa Analisa Sistem
Gambaran yang lebih jelas terhadap masalah yang dihadapi oleh pembangun
untuk membangunkan sistem dapat dilihat setelah maklumat diperolehi dalam fasa
102
penyiasatan awal. Fasa analisa sistem dilakukan setelah kajian yang terperinci dan
menyeluruh dijalankan terhadap projek ini. Keperluan pengguna dapat dikenalpasti
berdasarkan analisa yang telah dilakukan ke atas sistem semasa. Meskipun analisa
sistem melibatkan satu proses yang kompleks tetapi fasa ini sangat penting bagi
memudahkan proses reka bentuk cadangan bagi sistem yang akan dibangunkan.
Spesifikasi keperluan bagi sistem cadangan yang akan dibangunkan juga
perlu dikenalpasti di dalam fasa ini. Aktiviti ini adalah penting bagi melancarkan
operasi pembangunan sistem. Daripada penyiasatan awal yang telah dijalankan
didapati bahawa CCS merupakan suatu inovasi yang akan dilaksanakan oleh pihak
JUPEM, oleh itu pihak JUPEM belum ada satu sistem pengkomputeran yang
digunakan untuk mengurus dan menyelenggara data spatial dan data atribut tentang
kawalan kadaster.
Oleh yang demikian, penentuan terhadap langkah-langkah
pembangunan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian dilaksanakan
supaya ia dapat digunakan sebagai model data bagi pembangunan NDCDB dan
projek pilot dalam membantu pihak JUPEM mengendalikan data-data jaringan
geodetik bersifat homogen serta berketepatan tinggi yang akan dibentuk di seluruh
Semenanjung Malaysia. Rujuk Lampiran E.
5.7
Fasa Reka Bentuk Sistem
Fasa reka bentuk sistem dijalankan setelah mengenalpasti spesifikasi
keperluan dan analisa terhadap sistem dilakukan. Spesifikasi yang diperolehi akan
dimanipulasi bagi menghasilkan sistem cadangan yang sebenar. Proses reka bentuk
sistem perlu dilakukan dengan teliti agar sistem cadangan yang dihasilkan berkualiti
dan memenuhi keperluan pengguna akhir. Reka bentuk yang dibangunkan adalah
melibatkan reka bentuk antara muka, pangkalan data dan spesifikasi fail serta reka
bentuk atur cara.
Reka bentuk antara muka sistem yang dibangunkan menerangkan tentang
antara muka yang akan dilihat dan digunakan oleh pengguna dalam sistem seperti
103
borang atau laporan yang disediakan. Antara muka yang disediakan mempunyai
ciri- ciri ramah pengguna seperti menyediakan menu yang jelas, butang yang sesuai
dan sebagainya. Reka bentuk pangkalan data dan spesifikasi fail pula menerangkan
jenis data dan di mana data akan disimpan. Reka bentuk atur cara pula menerangkan
fungsi dan atur cara yang terlibat serta kegunaannya di dalam sistem.
5.7.1
Fasa Pembangunan
Aktiviti yang terlibat di dalam fasa ini adalah mengkodkan fungsian dan
modul ke dalam aturcara sistem untuk dijadikan prototaip. Selain itu, pembangunan
prototaip melibatkan pemasangan perkakasan iaitu pelayan web iaitu Internet
Information Service (IIS) dan perisian GIS berasaskan web iaitu ArcIMS3.1 dan
komponen yang terlibat dengan perisian ini iaitu Java Runtime Environtment (JRE)
dan juga servlet. Pendapat pengguna akhir sistem iaitu pengguna internet yang ingin
mendapatkan maklumat dan melihat peta akan diminta untuk dipertimbangkan bagi
menghasilkan sistem akhir yang akan dihasilkan nanti memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna sistem.
Pada peringkat ini proses pengubahsuaianakan
dilakukan mengikut spesifikasi pengguna.
5.7.2
Fasa Implementasi Sistem
Fasa ini bertujuan untuk membina, menguji dan memasang sistem baru yang
dibangunkan.
Dalam pembinaan sistem, aktiviti pengekodan dilakukan untuk
membina beberapa modul dan juga sub-sub modul. Pengujian terhadap modul dan
submodul dilakukan bagi memastikan modul digabungkan dengan betul dan tepat
serta bebas daripada ralat. Setelah melalui beberapa sesi pengujian, perlaksanaan
sistem akan dilakukan ke atas prototaip sistem yang telah melalui proses
pengubahsuaian mengikut keperluan pengguna dan pembangun sistem. Kemudian,
sistem yang dibangunkan dipasang dan digunakan oleh pengguna. Cadangan dan
komen yang diberikan oleh pengguna akan dijadikan asas panduan kepada
104
penghasilan sistem yang lebih interaktif. Pengujian terhadap sistem merangkumi
ujian terhadap kemasukan dan kawalan data dan ketahanan sistem. Sistem yang
telah melalui kesemua ujian dan penilaian tanpa keperluan tanpa proses
pengubahsuaian akan diterima sebagai sistem akhir.
5.8
Justifikasi Pemilihan Metodologi
Setelah menganalisa kelebihan dan kelemahan metodologi yang ada serta
mengambilkira pelbagai faktor, pembangun telah membuat keputusan untuk
memilih metodologi prototaip evolusi dalam membangunkan Sistem Maklumat
Kawalan Kadaster Secara Atas Talian (CCIS). Pemilihan metodologi ini adalah
berdasarkan justifikasi seperti yang dinyatakan di bawah :
i.
Menyokong pembangunan sistem berasaskan web yang mana
memerlukan spesifikasi perkakasan dan perisian yang terperinci.
ii.
Sesuai dengan persekitaran sistem cadangan yang ingin dibangunkan
iaitu suatu sistem yang bersifat interaktif berasaskan web.
iii.
Menyokong pembangunan sistem yang memerlukan penglibatan
pengguna yang tinggi semasa proses pembangunan dijalankan. Ini
kerana prototaip Evolusi membenarkan pengguna memberikan
maklum balas dalam kadar waktu yang cepat semasa berinteraksi
dengan sistem.
iv.
Membenarkan pengulangan fasa supaya proses pembaikan dapat
dijalankan segera tanpa menunggu semua fasa siap dilaksanakan.
105
5.9
Analisis Keperluan Sistem
Dalam membangunkan sistem, beberapa keperluan sistem telah dikenalpasti
untuk digunapakai iaitu dari segi:
i.
Perkakasan.
ii.
Perisian.
iii.
Sistem pengoperasian.
Bahagian ini akan menerangkan spesifikasi perkakasan dan perisian yang
diperlukan dalam proses pembangunan sistem. Keperluan perkakasan dan perisian
merupakan perkara yang perlu diambil perhatian serius agar sistem dapat
dibangunkan dengan sempurna. Antara perkakasan yang digunakan ialah komputer
peribadi, pencetak, pengimbas dan sebagainya. Manakala keperluan perisian yang
digunakan adalah pengkompil, penyunting teks, bahasa pengaturcaraan, perisian
berserta komponen yang terlibat.
5.10
Justifikasi Keperluan Perkakasan
Perkakasan komputer yang akan digunakan juga perlu dipertimbangkan
supaya sistem yang dibangunkan berupaya mengurus pelbagai jenis data yang
banyak.
Penentuan keperluan perkakasan ini adalah bergantung kepada kajian
kehendak pengguna, aplikasi dan jenis perisian yang digunakan. Secara terperinci,
faktor-faktor yang perlu diperhatikan adalah bergantung kepada perkara-perkara
seperti berikut :
i.
Perisian yang digunakan.
ii.
Jumlah data yang akan disimpan.
iii.
Kaedah paparan maklumat.
iv.
Kekerapan penjanaan maklumat.
v.
Jenis output yang dikehendaki.
106
vi.
Kaedah kemasukan data.
vii.
Kaedah pengemaskinian data.
viii.
Aliran data dan maklumat.
ix.
Konfigurasi sistem.
5.10.1 Spesifikasi Perkakasan Pembangun
Spesifikasi-spesifikasi perkakasan pembangun dalam pembangunan sistem
ini adalah seperti jadual berikut :
Jadual 5.1 : Spesifikasi perkakasan pembangun
Perkakasan
Spesifikasi Minima
Pemprosesan
Pentium II 300 MHZ dan ke atas
IngatanUtama
256 MB
Cakera Keras
20 GB
Talian Sambungan Internet
Kelajuan 56 Kbps
5.10.2 Spesifikasi Perkakasan Pengguna
Spesifikasi-spesifikasi perkakasan dalam pembangunan pengguna sistem ini
adalah seperti jadual berikut :
Jadual 5.2 : Spesifikasi perkakasan pengguna
Perkakasan
Spesifikasi Minima
Pemprosesan
Pentium II 300 MHZ dan ke atas
IngatanUtama
28 MB
Cakera Keras
20 GB
107
Talian Sambungan Internet
Kelajuan 36.6 Kbps
Lain-lain keperluan perkakasan bagi kedua-dua pembangun dan pengguna
adalah seperti berikut :
i.
Kad antara muka rangkaian.
ii.
Peranti input iaitu papan kekunci dan tetikus.
iii.
Peranti output iaitu monitor.
iv.
Perkakasan sokongan lain seperti pencetak dan mesin pengimbas.
5.10.3 Justifikasi Perkakasan Pembangun Dan Pengguna
Bagi membolehkan sistem berasaskan web yang dibangunkan ini boleh
digunakan, sistem memerlukan talian sambungan kepada internet.
Sambungan
dengan kelajuan yang lebih tinggi diperlukan oleh pihak pembangun disebabkan
kemungkinan capaian yang akan dibuat adalah secara berbilang pengguna. Saiz
ingatan utama yang besar diperlukan supaya tahap kepantasan aktiviti sistem dapat
dioptimumkan. Ruang ingatan yang digunakan juga adalah besar kerana sistem
melibatkan penyimpanan data yang banyak. Pemproses yang berkelajuan tinggi
diperlukan bagi membolehkan proses pemprosesan dan larian dapat dilakukan
dengan cepat. Keperluan perkakasan pengguna sistem pula adalah lebih rendah
berbanding keperluan perkakasan pembangun kerana komputer pelanggan hanya
melibatkan aktiviti capaian data dan maklumat sistem kerana pemprosesan
dilakukan pada pihak pembangun sistem.
5.11
Justifikasi Keperluan Perisian
Secara umumnya, penentuan perisian yang digunakan dalam perlaksanaan
GIS seharusnya berdasarkan kepada kajian keperluan pengguna dan aplikasi yang
108
diperlukan. Selain daripada itu, ia juga bergantung kepada bentuk informasi yang
dihasilkan iaitu melibatkan jenis dan kepadatan data yang dimasukkan, jenis analisis
yang akan dilakukan dan sebagainya. Sesetengah perisian GIS hanya berkeupayaan
menjana, mengurus dan paparan jenis data atau format data yang tertentu sahaja
maka penentuan perisian yang dipilih semestinya bersesuaian dengan jenis data,
maklumat dan paparan yang akan dilakukan.
Dalam kajian ini, penentuan perisian GIS iaitu perisian utama yang
digunakan bagi proses pembangunan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara
Atas Talian adalah berdasarkan syarat-syarat berikut :
i.
Pengaturan pelbagai jenis data set yang berlainan struktur dan latar
belakang.
ii.
Kemasukan data – membolehkan kepelbagaian format transformasi
dalam pelbagai dasar (platform).
iii.
Pemprosesan data – membenarkan proses pembangunan paling
efektif dan mengambil kira kejimatan masa dan kos.
iv.
Pengestoran – membolehkan ruangan storan data yang banyak.
v.
Pengurusan sistem – membenarkan cara sistem pengurusan yang
sistematik dan mudah disalur keluar atau masuk.
vi.
Persembahan – menyokong persembahan grafik atau non-grafik yang
baik dan tepat.
vii.
Mempunyai kebolehan untuk menjana metadata mengikut keperluan.
viii.
Keupayaan kegunaan lanjutan – mempunyai kemampuan yang
menggalakkan kegunaan masa depan.
Peningkatan keupayaan
pangkalan data ke dalam format world-wide web menjadi satu
alternatif yang baru yang dapat meningkatkan nilai dan kegunaan
pangakalan data tersebut.
Hasil daripada analisis yang dijalankan, perisian-perisian yang terlibat dalam
pembangunan CCIS adalah seperti berikut :
109
Jadual 5.3 : Spesifikasi perisian sistem
Komponen
Jenis Perisian
Sistem Pengoperasian
Microsoft Windows 2000 Professional
Pelayan Web
Internet Information Server
Pelayar Web
Sekurang-kurangnya Internet Explorer 5.0
dan Netscape Communicator 4.75
Perisian Pangkalan Data
DBASE
MySQL
Bahasa Pengaturcaraan
JavaScript
PHP
Pembangunan Web
Macromedia Dreamweaver MX 2004
ESRI ArcIMS 3.1
ESRI Arcview 3.1
5.11.1 Justifikasi Perisian Sistem
Kajian telah dibuat ke atas perisian-perisian yang telah dipilih. Pemilihan
perisian perlu sesuai supaya memudahkan pembangun dalam membangunkan
Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian (CCIS) ini.
Berikut
merupakan justifikasi bagi setiap perisian yang telah dipilih.
5.11.1.1Justifikasi Microsoft Windows 2000 Profesional
Faktor-faktor yang membawa kapada pemilihan Microsoft Windows 2000
sebagai platform dalam pembangunan sistem ini adalah :
i.
Berkeupayaan untuk berkomunikasi, perkongsian maklumat dan
membenarkan capaian dengan mudah dan cepat.
110
ii.
Menyokong pelayan perisian produk Microsoft iaitu Internet
Information Server.
5.11.1.2 Justifikasi Internet Information Server
Internet Information Server (IIS) dijadikan pelayan web dalam projek ini
kerana projek menggunakan platform Microsoft Windows 2000 Profesional yang
mempunyai ciri-ciri yang stabil dan integrasi yang kuat dengan sistem
pengoperasian.
Selain itu, perisian pelayan web ini membolehkan dan
membenarkan penulisan dan perlaksanaan bahasa pengaturcaraan sebelah pelayan
seperti PHP dan JavaScript.
5.12
Data
Penyediaan data yang sesuai untuk pembangunan GIS adalah penting kerana
ia merangkumi 70 % daripada sistem pangkalan data GIS yang dibangunkan.
Kebanyakan kaedah kemasukan data adalah memakan masa, oleh itu proses
perolehan dan kemasukan data mestilah bersesuaian dengan tujuan pembangunan,
sumber kewangan dan sebagainya. Data yang digunakan untuk membangunkan
laman web Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian ada dua jenis
iaitu data spatial dan data atribut.
Data spatial merujuk kepada objek di atas
permukaan bumi atau data geografi seperti pelan, pelan yang ditunjukkan dalam
pangkalan data yang menerangkan sesuatu entiti itu. Data atribut pula merupakan
medan numerik atau teks di dalam pangkalan data yang menerangkan sesuatu entiti
itu.
Kesemua data-data yang diperlukan dalam pembangunan sistem maklumat
ini merupakan data sedia ada daripada sumber berlainan diantaranya adalah data dari
cerapan GPS dan pengimbasan pelan akui, pelan lokasi, pelan lakaran dan peta
111
topografi. Dua jenis data yang utama dalam projek ini adalah maklumat kadaster
dan maklumat GPS. Bagi kawasan kajian yang dipilih iaitu negeri Melaka, keduadua set maklumat kadaster (PDUK) dan maklumat GPS telah didapati daripada
pihak Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
5.12.1 Metadata
Metadata merupakan maklumat mengenai data di mana ia dapat memberikan
gambaran mengenai data seperti identifikasi entiti dan atribut dengan nama yang
piawai dan menyediakan maklumat seperti ketepatan data, sumber data, kualiti data,
keadaan data dan ciri-ciri yang lain. Tujuan metadata adalah untuk menguruskan
data, mengekalkan, memelihara organisasi data, menyediakan maklumat tentang
sesuatu data dengan lebih jelas sebagai bantuan dalam proses penukaran data. CCS
merupakan sistem baru diperkenalkan dan masih di bawah peringkat pembangunan
maka mungkin terdapat perubahan atau pembaharuan ke atas sistem pengurusan
data.
Dalam pembaharuan sistem pengurusan data lama kepada sistem baru,
kemungkinan penyaliran data (data transferring) dan pertukaran format data akan
berlaku.
Oleh itu, metadata adalah penting bagi sesuatu sistem pengurusan
maklumat.
5.13 Justifikasi Perisian Pangkalan Data
Perisian pangkalan data yang digunakan dalam pembangunan sistem ini
adalah dilakukan dalam ikon table dalam perisian Arcview.
Perisian Arcview
digunakan untuk menyimpan atau edit data atribut dan spatial bagi peta yang
digunakan dalam sistem ini. Jadual pangkalan data atribut yang dibentuk adalah
dalam format dBASE. Data yang disimpan dalam format ini adalah data atribut.
Fail data atribut yang direka bentuk dalam dBASE adalah dalam format *.dbf.
Manakala data spatial yang disimpan dalam perisian ini adalah dalam bentuk
shapefile, *.shp. Fail *.dbf dan *.shp adalah format yang disokong oleh perisian
ArcIMS.
112
MySQL merupakan pangkalan data yang melibatkan pertanyaan berstruktur
dipanggil “Structure Query Language”.
MySQL dipilih kerana aplikasinya
dirasakan lebih mesra pengguna di samping kestabilannya jika digunakan bersama
perisian PHP. Kelebihan yang ada pada MySQL ialah lebih cepat, satu program
yang efisyen yang boleh digunakan sama ada pada persekitaran Windows dan juga
Unix. MySQL sesuai untuk pembangunan projek yang berskala kecil hingga ke
sederhana besar. Ianya adalah satu lagi produk open source yang semakin mendapat
tempat sejak akhir-akhir ini. Penggunaannya juga amat mudah dan senang difahami
oleh pengguna-pengguna baru.
Pembangunan pangkalan data umum CCIS
dibangunkan di PHPMyAdmin yang boleh dilayari menerusi Internet Explorer.
Pangkalan data umum CCIS dinamakan ccis_membership. Terdapat sebelas
jadual yang terlibat di dalamnya iaitu jadual cash, contact_us, counter, credit_card,
credit_card_tmp, faq, guestbook, kata pengarah, log_info, members, dan pautan.
5.14 Justifikasi Bahasa Pengaturcaraan
Bahasa-bahasa pengaturcaraan yang digunakan dalam pembangunan sistem
cadangan adalah PHP dan JavaScript.
Justifikasi bahasa pengaturcaraan yang
digunakan diterangkan secara ringkas di bawah :
i.
JavaScript.
JavaScript dibangunkan oleh Sun Microsystem yang berperanan
sebagai bahasa untuk kegunaan rangkaian atas talian Internet.
JavaScript direka bentuk untuk menambahkan unsur interaktif pada
dokumen HTML. Ini kerana pembinaan dokumen HTML berserta
JavaScript dapat menjana kandungan yang interaktif dan dinamik
kerana ia merupakan bahasa dari jenis skrip pelanggan yang
beroperasi dengan pelayar web seperti Netscape dan Internet
Explorer.
113
ii.
Hypertext Preprocessor (PHP).
PHP merupakan salah satu bahasa skrip. Ia adalah script sebelah
pelanggan (server side script) yang dicipta khas untuk pembangunan
aplikasi web. Ia dicipta oleh Rasmus Lerdorf. PHP adalah open
source dan ia tidak memerlukan bayaran atau lesen untuk
menggunakannya. Prestasinya antara yang terbaik di kalangan skrip
sebelah pelanggan seperti Active Server Pages (ASP) , Coldfusion,
Java Server Pages (JSP), Perl dan Python. Pembangunan PHP telah
dipengaruhi oleh beberapa bahasa seperti Perl, ‘C’, Java dan lanjutan
ASP. Ia juga menyokong pembolehubah-pembolehubah yang tidak
ditakrif untuk memberi kemudahan pembangunan. Matlamat bahasa
ini ialah untuk membenarkan pembangun web menghasilkan halaman
web yang dinamik dengan cepat. Kelebihan-kelebihan PHP adalah
extensibility dan beberapa modul tambahan disediakan untuk
menyokong beberapa perkara seperti menghubungkan pangkalan
data, mail dan XML. PHP memerlukan pelayan web (web server)
untuk digunakan seperti Apache, dan IIS. Antara pangkalan data
yang boleh berinteraksi dengan PHP pula adalah MySQL, postgresql,
oracle, MS SQL dan lain-lain.
5.15
Justifikasi Perisian Pembangunan Sistem
i.
Macromedia Dreamweaver MX 2004.
Macromedia Dreamweaver MX 2004 merupakan satu perisian baru
yang dikeluarkan oleh Macromedia Inc.
editor
bagi
HTML
untuk
mereka
Macromedia merupakan
bentuk,
pengkodan
dan
pembangunan laman web dan aplikasi web yang profesional.
Dreamweaver juga menyediakan alat bantu untuk meningkatkan
pengetahuan bagi reka bentuk web.
Ia juga membenarkan
pembangunan sistem samada pada persekitaran kawalan hand-coding
HTML atau visual editing.
Ciri-ciri visual editing dalam
Dreamweaver membenarkan pembangun membina halaman dengan
114
cepat iaitu tanpa menulis kod aturcara. Jika hendak menulis sendiri
kod aturcara juga dibenarkan dengan menggunakan ciri-ciri dan alatan
pengkodan yang bersesuaian. Ia membantu kita membina aplikasi
web yang dinamik dengan sokongan pangkalan data menggunakan
bahasa-bahasa pelayan seperti ASP (Active Server Page), ASP.NET,
ColdFusion Markup Language (CFML), JSP dan PHP. Selain itu,
perisian ini menyediakan tutorial penggunaan secara berkesan.
ii.
ESRI ArcIMS 3.1.
Perisian ArcIMS 3.1 dipilih untuk digunakan dalam pembangunan
projek kerana perisian ini membenarkan penulis membangunkan
aplikasi GIS dalam Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas
Talian (CCIS). Perisian ini menyokong data yang disimpan dalam
format dBASE iaitu fail dalam bentuk *.dbf. Keterangan dan kajian
lanjut berkenaan seni bina ArcIMS telah dibincangkan dalam bab
yang lepas.
iii.
ESRI Arcview 3.1.
Arcview 3.1 merupakan perisian yang digunakan untuk menyunting,
mengedit dan mengemaskini data sistem.
Data-data spatial yang
diperoleh dipersembahkan dalam bentuk lapisan data dan ditukar ke
dalam format *.shp iaitu format yang disokong oleh perisian ArcIMS.
5.16 Kesimpulan
Secara keseluruhannya bab ini membincangkan mengenai fasa-fasa
perancangan yang dilakukan dalam proses pembangunan sistem ini mengikut aliran
kerja beserta spesifikasi perkakasan dan perisian yang digunakan. Kejayaan dan
kesempurnaan sesuatu sistem GIS itu amat bergantung pada perancangan yang rapi
serta corak kerja yang mengikut pada apa yang telah dirancangkan. Metodologi
memainkan peranan yang penting di dalam membuat pemerhatian dan mengawal
kemajuan kajian yang dijalankan agar menghala ke arah hasil yang diingini.
115
Pembangunan sistem berasaskan web ini merangkumi beberapa fasa ataupun
peringkat yang perlu diikuti secara berturutan bagi membolehkan perjalanan
sesebuah sistem dapat dilakukan dengan sempurna.
BAB 6
ANALISA DAN REKA BENTUK SISTEM
6.1
Pendahuluan
Reka bentuk sistem merupakan proses untuk menerbitkan satu model dari
fakta – fakta yang telah dikumpul semasa fasa analisis sistem. Untuk menentukan
suatu pangkalan data yang baik dan dapat menghasilkan sistem maklumat yang teguh
serta integriti terjamin, khususnya pada pangkalan data yang kompleks, suatu
pendekatan reka bentuk yang berkesan amat diperlukan.
Sebelum ini, proses analisis keperluan dan kajian keperluan data telah
dilaksanakan di mana penentuan keperluan data, perisian dan perkakasan yang
hendak digunakan dalam pembangunan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara
Atas Talian telah pun disentuh maka dalam bab ini akan menerangkan pula mengenai
seni bina sistem, reka bentuk pangkalan data dan reka bentuk antara muka bagi
sistem ini yang melibatkan :
i.
Reka bentuk konseptual.
ii.
Reka bentuk logikal.
iii.
Reka bentuk fizikal.
iv.
Reka bentuk antara muka.
117
6.2
Seni Bina Sistem
Seni bina sistem maklumat geografi berasaskan web terbahagi kepada dua
bahagian iaitu client-side dan server-side. Seni bina sistem ini menerangkan proses
dan hubungan yang berlaku antara client-side dan server-side sebelum pengguna
sistem dapat mencapai dan mengguna sistem yang akan dibangunkan. Pengguna
akan menghantar pertanyaan spatial melalui web browser ke web server
menggunakan Hypertext Transfer Protocol (HTTP). Pada client-side aplikasi GIS
disokong oleh plug-in, ActiveX dan Java Applet. Java Applet merupakan program
yang dihasilkan daripada bahasa pengaturcaraan Java yang ditempatkan pada server.
Applet ini akan dikodkan sebelum dihantar ke server di dalam bentuk binari.
Setelah itu satu program atau script dari web server akan dihubungkan dengan GIS
Gateway yang mana akan dihubungkan terus dengan pangkalan data sistem.
Pangkalan data sistem terdiri daripada data atribut dan data spatial. Kedua-dua data
ini dihubungkan degan pengenalan atau id unik. Setelah itu, barulah data berformat
vektor akan dipindahkan ke client-side yang membolehkan fungsi-fungsi GIS
dilaksanakan.
6.3
Reka Bentuk Sistem
Dalam konteks pembangunan Sistem Kawalan Kadaster Secara Atas Talian
atau Cadastral Control Information System (CCIS) ini, reka bentuk sistem dirujuk
kepada penerangan terperinci tentang proses yang berlaku dalam sistem. Oleh yang
demikian, reka bentuk sistem yang baik diperlukan bagi menghasilkan satu sistem
yang berkualiti. Reka bentuk sistem merangkumi reka bentuk pangkalan data, dan
reka bentuk antara muka. Reka bentuk antara muka terbahagi kepada dua iaitu reka
bentuk laman web GIS dan reka bentuk maklumat umum / pengguna.
118
6.4
Reka Bentuk Pangkalan Data
Reka bentuk pangkalan data perlu melalui tiga peringkat iaitu reka bentuk
konseptual, logikal dan fizikal. Terdapat tiga objektif utama yang hendak dicapai
dalam proses reka bentuk pangkalan data iaitu :
i. Mempersembahkan data dan hubungan diantara data yang diperlukan
oleh semua keperluan dan kumpulan pengguna.
ii. Membekalkan model data yang menyokong transaksi diperlukan pada
data.
iii. Menyokong keperluan pemprosesan seperti tempoh tindak balas, masa
pemprosesan dan storan.
Reka bentuk pangkalan data bagi CCIS yang dibangunkan adalah aktiviti
kompleks meliputi perancangan, spesifikasi, pembangunan setiap komponen
berdasarkan lapisan-lapisan data yang terdapat dalam sistem.
Reka bentuk
pangkalan data adalah proses kompleks yang meliputi peringkat membuat keputusan
berlainan. Kompleksiti adalah mudah diuruskan jika masalah dipecahkan kepada
masalah kecil dan menyelesaikan masalah secara berasingan.
Reka bentuk
pangkalan data dipecahkan kepada reka bentuk konseptual, reka bentuk logikal dan
reka bentuk fizikal. Pangkalan data bermula dengan reka bentuk kemudian diikuti
dengan aplikasi penggunaan. Rujuk Lampiran F.
6.4.1
Reka Bentuk Konseptual
Reka bentuk konseptual sistem GIS secara umumnya merupakan suatu
bentuk latihan kepada pembentukkan reka bentuk pangkalan data. Reka bentuk
konseptual terdiri daripada permodelan yang formal bagi pangkalan data dan
merupakan sebahagian daripada langkah aktiviti pembangunan pangkalan data.
Reka bentuk konseptual akan memberi gambaran awal tentang pangkalan data GIS
119
yang akan dibina dan seterusnya menyokong aktiviti perancangan pangkalan data
yang lebih terperinci. Reka bentuk konseptual adalah digunakan untuk menerangkan
isi kandungan maklumat pangkalan data dan bukan struktur penyimpanan data di
mana ia akan bermula dengan spesifikasi keperluan dan menghasilkan skema
konseptual pangkalan data.
Skema konseptual adalah peringkat tinggi yang
menerangkan struktur pangkalan data. Skema konseptual mewakili semua keperluan
data yang sepatutnya disimpan dalam pangkalan data. Ia merupakan asas utama
pangkalan data bersepadu direka bentuk, menyatakan keseluruhan elemen data
pertalian dan halangannya.
Model
konseptual
pula
merupakan
bahasa
yang
digunakan
untuk
menerangkan skema konseptual. Model ini merupakan abstrak dunia benar yang
mengambilkira sifat-sifat yang difikirkan relevan kepada aplikasi yang sedang
dijalankan di mana ia menerangkan secara umum tentang suatu set entiti dan
hubungan antara set-set entiti.
Biasanya ia merupakan gambaran awal dan
konseptualisasi manusia tentang cara mengorganisasikan data bagi mewakilkan
dunia benar tanpa bersandarkan cara sebenar merekodkan data tersebut mengikut
perkakasan atau perlaksanaan tertentu. Dalam kajian ini, reka bentuk konseptual
CCIS ini adalah berasaskan model data hubungan entiti (Entity Relationship Model –
ERM)
yang
menggunakan
konsep
entiti,
hubungan
dan
atribut
untuk
mempersembahkan data. Entiti adalah elemen (benda atau objek) berkaitan dan
boleh diklasifikasikan ke dalam jenis-jenis yang berbeza contohnya batu sempadan,
lot, stesen kawalan kadaster dan sebagainya.
Hubungan pula menggambarkan
perhubungan di antara entiti manakala atribut adalah sifat atau ciri-ciri tersendiri
(jenis atau penerangan) yang menghuraikan sesuatu entiti dan hubungan. Hubungan
adalah berbentuk dua arah.
Dalam proses reka bentuk konseptual pangkalan data, perkara yang hendak
dibuat adalah mengenal pasti komponen asas skema seperti jenis-jenis entiti,
hubungan antara entiti, atribut dan kekunci utama yang digunakan. Kemudiannya
skema konseptual mengenai perhubungan di antara entiti dan atribut dalam sistem
yang hendak dibangunkan akan digambarkan dalam gambarajah perhubungan entiti
(E-R Diagram).
120
Rajah 6.1 : Model konseptual pangkalan data kawalan kadaster
6.4.2
Reka Bentuk Logikal
Reka bentuk logikal adalah langkah yang dilakukan berdasarkan reka bentuk
konseptual yang telah dihasilkan di mana ia adalah proses penukaran reka bentuk
konseptual kepada format DBMS (Database Management System) untuk
penyelesaian antara pangkalan data dengan sistem yang dipilih seterusnya
menghasilkan skema logikal. Skema logikal adalah penerangan tentang struktur
pangkalan data yang dapat diproses oleh perisian DBMS manakala model logikal
adalah bahasa yang digunakan untuk menerangkan secara khusus skema logikal.
Model logikal menggambarkan isu-isu implementasi atau penerangan secara
terperinci fenomena ruang secara praktikal. Model logikal yang biasa digunakan
terbahagi kepada tiga kelas iaitu hubungan, rangkaian dan hierarki. Reka bentuk
logikal adalah bergantung kepada kelas model yang digunakan oleh DBMS.
6.4.3
Reka Bentuk Fizikal
Reka bentuk fizikal ialah proses pemilihan struktur penyimpanan dan laluan
capaian bagi fail pangkalan data untuk mendapatkan persembahan yang baik. Reka
121
bentuk fizikal berhubung terus dengan sistem DBMS tertentu.
Apabila DBMS
tertentu dipilih maka reka bentuk fizikal dihadkan kepada memilih struktur fail
pangkalan data yang paling sesuai daripada pilihan yang ditawarkan oleh DBMS
tersebut.
Reka bentuk fizikal bermula dengan skema logikal dan seterusnya
menghasilkan skema fizikal di mana skema fizikal menerangkan perlaksanaan
pangkalan data dalam ingatan sekunder.
Tujuan reka bentuk fizikal adalah menentukan storan secara spesifik dan juga
cara laluan bagi pangkalan yang telah dibangunkan dalam sistem maklumat.
Tambahan pula, ia digunakan untuk membuat anggaran terhadap ruang yang
digunakan untuk menyimpan data dalam pangkalan data supaya jumlah storan yang
diperlukan bagi setiap penciptaan ruang kosong dan jadual rekod dihitungkan,
dengan itu maka ia dapat menentukan storan yang diperlukan dalam membangunkan
sistem maklumat.
6.5
Reka Bentuk Antara Muka
Salah satu aspek yang perlu diberi penekanan semasa proses reka bentuk
antara muka sistem. Reka bentuk antara muka sistem adalah penting terutamanya
dalam menentukan aliran antara muka sistem bagi memudahkan pengguna sistem
berinteraksi dengan sistem. Antara muka bertindak sebagai medan perantara antara
pengguna dengan sistem. Sistem gagal berinteraksi dengan pengguna tanpa adanya
antara muka yang baik.
Antara muka yang baik adalah antara muka yang
mempunyai ciri-ciri ramah pengguna dan lengkap. Ciri ramah pengguna membantu
pengguna sistem untuk memahami fungsi-fungsi yang disediakan oleh sistem.
6.5.1
Reka Bentuk Laman Web GIS
Reka bentuk laman web GIS terdiri daripada beberapa peringkat iaitu reka
bentuk arkitektual dan juga reka bentuk antara muka web GIS. Di dalam reka bentuk
122
arkitektual web GIS ini, ianya akan menunjukkan gambaran secara umum bagaimana
web GIS yang dibangunkan itu nanti beroperasi.
6.5.1.1 Reka Bentuk Arkitektual Web GIS
Di dalam ArcIMS, dua komponen yang memainkan peranan yang penting di
dalam pembangunan sesuatu web GIS ialah bahagian klien atau client side dan juga
bahagian pelayan atau server side. Di bahagian klien, Internet Server memainkan
peranan di dalam menghantar pemintaan pengguna ke pelayan untuk pemprosesan
dan hasil daripada permintaan pengguna tadi akan dihantar balik ke bahagian klien.
Komponen web server digunakan untuk memproses permintaan pengguna, mereka
bentuk dan mengoperasi map service yang telah dihasilkan di dalam ArcIMS.
Apabila pertanyaan dan permintaan daripada pengguna diterima, server akan
menghantar pertanyaan tersebut ke servlet connector.
Seterusnya connector pula akan membuka laluan bagi ArcIMS Application
Server untuk memberi respon dan permintaan daripada pengguna tadi dipindahkan
dari connector ke Application Server.
Application Server seterusnya akan
menghantar permintaan ke Spatial Server yang berada di dalam lingkungan Virtual
Server. Spatial Server akan menjana respon sebagai string XML seperti menjana
keputusan pertanyaan atau pun lokasi rekod. Keputusan yang diperoleh tersebut
akan dihantar balik semula ke pengguna atau pun klien mengikut arah yang
berlawanan dengan aliran asal tadi.
6.5.1.2 Reka Bentuk Antara Muka Web GIS
Reka bentuk antara muka web GIS adalah reka bentuk antara muka peta
interaktif CCIS yang menjadi objektif utama yang ingin di capai dalam kajian Sistem
Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian ini.
Ia bertujuan untuk
membangunkan suatu reka bentuk fizikal yang berasaskan reka bentuk logik sistem
123
guna pakai bagi memenuhi keperluan-keperluan atau objektif yang telah ditentukan
berdasarkan kajian kehendak pengguna dan jenis data yang ada.
Beberapa aspek telah diambilkira semasa membuat perancangan reka bentuk
antara muka peta interaktif ini, antaranya adalah seperti :
i.
Bersifat user-friendly di mana ia mesti mengambil kira pengguna
yang kurang mahir sehingga kepada pengguna biasa.
ii.
Menyediakan menu dan peralatan yang membolehkan perinteraksian
pengguna dengan maklumat spatial dan atribut.
iii.
Saiz tetingkap pemaparan yang cukup besar berbanding sub-window
yang lain seperti tetingkap pemaparan atribut, tetingkap kandungan
dan sebagainya. Selain itu, tetingkap-tetingkap ini mestilah fleksibel
berdasarkan keinginan saiz pemaparan pengguna.
iv.
Komponen data-data geografi CCIS melibatkan komponen data
vektor dan raster. Oleh yang demikian, antara muka peta interaktif
yang dibangunkan seharusnya mampu mengendalikan kedua-dua jenis
data secara serentak bagi tujuan visualisasi.
v.
Mempunyai petunjuk yang menerangkan tentang simbol dan butiran
di atas peta.
vi.
Kebolehan penunjukan parameter paparan berdasarkan skala dan
koordinat objek semasa.
vii. Mengambilkira impak visual sistem antara muka peta interaktif di
mana hanya ikon-ikon berkaitan yang biasa digunakan akan
dipaparkan dan dikumpulkan di tempat yang sesuai.
6.5.2
Reka Bentuk Antara Muka Pengguna
Antaramuka pengguna terbahagi kepada tiga iaitu antara muka bagi
pentadbir, pengguna sistem yang berdaftar dan pengguna yang tidak berdaftar. Bagi
modul pentadbir, antara muka yang terlibat adalah antara muka utama, antara muka
124
profil, antara muka login bagi ahli CCIS yang terkandung di dalamnya antara muka
senarai keahlian iaitu maklumat peribadi pengguna yang berdaftar dan maklumat
pembayaran, antara muka maklumat maklum balas pengguna diantaranya senarai
emel, pertanyaan, cadangan atau komen, soalan lazim, antara muka kata pengarah
dan antara muka polisi sistem dan juga antara muka pautan.
Bagi modul pengguna sistem CCIS berdaftar pula, antara muka yang
disediakan adalah antara muka utama, antara muka profil, antara muka daftar, antara
muka login bagi ahli yang terkandung di dalamnya antara muka kemaskini maklumat
peribadi, antara muka maklumat pembayaran dan peta interaktif CCIS, antara muka
soalan lazim, antara muka hubungi kami, antara muka buku pelawat, antara muka
kata pengarah, antara muka polisi sistem dan juga antara muka pautan.. Kepada
pengguna yang tidak berdaftar pula, kemudahan yang disediakan adalah sama seperti
pengguna CCIS berdaftar tetapi peta interaktif CCIS yang di akses adalah versi
percubaan dimana maklumat adalah tidak lengkap.
Jadual 6.1 : Reka bentuk spesifikasi pengguna
Pengguna
Keterangan
Pentadbir Sistem
Pentadbir berperanan untuk mengawal selia segala aktiviti yang
berlaku pada laman web. Selain itu, pentadbir perlu memastikan
keselamatan peribadi maklumat pengguna terjamin. Pentadbir
juga bertanggungjawab untuk mengubah isi kandungan laman
web jika perlu.
Pengguna CCIS Pengguna-pengguna CCIS yang berdaftar dan telah diaktif kan
Berdaftar
dan akaunnya
Tidak Berdaftar.
sebagai
ahli
berhak
menggunakan
sebarang
perkhidmatan pada laman web termasuklah mendapatkan
maklumat lengkap dari peta interaktif kawalan kadaster serta
memperolehi pelan-pelan berkaitan yang dikehendaki. Sedikit
bayaran akan dikenakan bagi perkhidmatan tersebut.
Bagi
pengguna yang tidak berdaftar, mereka boleh melayari laman
web dan melihat paparan peta interaktif versi percubaan tanpa
maklumat yang lengkap.
125
6.6
Kesimpulan
Bab ini membincangkan mengenai reka bentuk Sistem Maklumat Kawalan
Kadaster Secara Atas Talian berdasarkan perancangan yang dilakukan. Antara topik
yang dibincangkan merangkumi reka bentuk sistem, reka bentuk pangkalan data, dan
reka bentuk antara muka.
BAB 7
PERLAKSANAAN SISTEM
7.1
Pendahuluan
Fasa perlaksanaan merupakan fasa yang penting dalam pembangunan sistem
dan perlu dilaksanakan bagi memastikan sistem yang dibangunkan memenuhi
spesifikasi keperluan yang telah ditetapkan. Secara umumnya, untuk perlaksanaan
suatu projek GIS yang efisyen beberapa prosedur kerja perlu dilakukan di mana ia
terbahagi kepada empat peringkat utama seperti berikut :
i.
Menentukan objektif projek : Merumuskan masalah.
Mengenal pasti pengguna hasil akhir.
Menentukan bentuk persembahan hasil akhir.
Mengenal pasti sama ada ia digunakan untuk tujuan yang
berlainan dan apa keperluannya.
ii.
Pembangunan pangkalan data : Mereka bentuk pangkalan data.
Memasukkan data spatial.
Mengedit.
Memasukkan data atribut.
Mengurus dan manipulasi data.
127
iii.
Melakukan beberapa pengujian.
iv.
Mempersembahkan hasil.
Dalam bab-bab yang sebelum ini, objektif-objektif projek telah ditentukan
dan reka bentuk sistem juga telah dilaksanakan. Perlaksanaan sistem pangkalan data
merupakan proses untuk menguji keberkesanan hasil reka bentuk yang telah
dilaksanakan. Terdapat beberapa aktiviti yang perlu dilakukan dalam peringkat ini,
di antaranya adalah kemasukan data spatial, data atribut, mereka bentuk antara muka
pengguna dan sebagainya.
Bab ini akan menjelaskan proses perlaksanaan Sistem Maklumat Kawalan
Kadaster Secara Atas Talian (CCIS) yang terlibat. Penggunaan kaedah dan teknik
yang betul adalah sangat penting dalam memastikan sesebuah sistem itu dapat
beroperasi dengan sempurna seperti yang dirancangkan.
Selain itu, proses
pembangunan antara muka pengguna juga akan disentuh dalam bab ini.
7.2
Kemasukan Data
Proses kemasukan data merupakan langkah mengekod data dalam bentuk
yang difahami oleh komputer supaya dapat disimpan dalam pangkalan data secara
terurus.
Proses ini sangat rumit, memerlukan masa dan tenaga yang banyak.
Terdapat beberapa cara kemasukan data yang biasa digunakan iaitu pendigitan,
pengimbasan, papan kekunci dan penukaran format. Dalam kajian yang dijalankan,
kaedah yang digunakan untuk kemasukan data spatial dan atribut adalah berlainan di
mana data spatial adalah dimasukkan melalui pengimbasan dan penukaran format
fail sedia ada manakala data atribut adalah dimasukkan melalui papan kekunci dan
penukaran format fail sedia ada.
128
7.3
Penyediaan Data Spatial
Data spatial adalah maklumat ruang yang paling utama dalam sistem
maklumat yang dibangunkan. Data spatial yang terdapat dalam Sistem Maklumat
Kawalan Kadaster Secara Atas Talian (CCIS) adalah stesen-stesen GPS yang
membentuk Infrastruktur Kadaster Berkoordinat, stesen-stesen kawalan kadaster
yang membentuk Infrastruktur Kawalan Kadaster, DCDB yang merangkumi lot
kadaster, garis sempadan lot dan batu sempadan, pelan lokasi, pelan lakaran serta
pelan akui yang berkaitan. Proses kemasukan data bagi data-data spatial ini adalah
berlainan bergantung kepada format data yang diperolehi dan keperluan data
tersebut. Contohnya dalam sistem yang dibangunkan, pengimbasan dilakukan ke
atas pelan lokasi, pelan lakaran dan pelan akui yang berkaitan bagi menghasilkan
data spatial dalam bentuk raster. Tujuan komponen data raster ini adalah hanya
digunakan sebagai maklumat tambahan kepada komponen data vektor yang ada dan
dipaparkan apabila diperlukan.
7.3.1
Infrastruktur Kawalan Kadaster
Infrastruktur kawalan kadaster amat diperlukan dalam pembentukan NDCDB
di mana semua maklumat kadaster iaitu lot kadaster, garis sempadan lot dan batu
sempadan akan dilaraskan berdasarkan koordinat infrastruktur tersebut. Oleh yang
demikian, proses pembangunan infrastruktur ini harus dijalankan dengan teliti.
Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, dalam proses perlaksanaan CCS
Infrastruktur Kadaster Berkoordinat telah ditubuhkan dengan teknik GPS.
Seterusnya pengikatan antara Infrastruktur Kadaster Berkoordinat dengan batu
sempadan yang terpilih telah dijalankan. Infrastruktur Kawalan Kadaster adalah
hasil batu sempadan terpilih yang telah diikat dengan Infrastruktur Kadaster
Berkoordinat.
129
7.3.2
Pelan-Pelan Yang Mengandungi Maklumat Ikatan Antara Stesen
GPS Dan Batu Sempadan
Terdapat beberapa jenis pelan-pelan yang mengandungi maklumat ikatan
antara stesen GPS dan batu sempadan telah disimpan dalam Sistem Maklumat
Kawalan Kadaster Secara Atas Talian (CCIS) ini, antaranya adalah terdiri daripada :
•
Pelan lokasi.
•
Pelan lakaran.
•
Pelan akui yang berkaitan.
Kaedah yang telah digunakan dalam penyediaan imej pelan-pelan tersebut
iaitu pengimbasan dengan alat pengimbas bersaiz A0. Proses pengimbasan adalah
satu teknik yang menggunakan alat pengimbas untuk menukarkan pelan daripada
bentuk analog kepada bentuk digital dalam format raster. Pemilihan resolusi bagi
pengimbasan mesti bersesuaian dengan ketepatan dan kejelasan yang diperlukan.
Dalam kajian ini, pelan lokasi, pelan lakaran dan pelan-pelan akui berkaitan yang
dibekalkan oleh pihak JUPEM adalah dalam bentuk salinan keras dan hasil
penyediaan pelan-pelan adalah digunakan sebagai maklumat tambahan kepada
komponen data vektor yang ada dan dipaparkan apabila diperlukan. Oleh itu, semasa
pengimbasan, resolusi dan saiz imej yang dipilih seharusnya bersesuaian dengan
paparan yang dikehendaki dan hasilnya disimpan dalam format imej GIF. Semua
pelan-pelan yang telah disediakan masing-masing disimpan dalam folder berlainan.
Selain itu, path fail juga perlu disimpankan sebagai atribut bagi entiti yang berkaitan.
7.4
Kemasukan Data Atribut
Data atribut pula merupakan medan numerik atau teks di dalam pangkalan
data yang menerangkan sesuatu entiti itu. Setelah semua data spatial disiapsediakan,
data atribut akan dimasukkan.
Dalam kajian yang dijalankan, shapefile maklumat
130
DCDB iaitu lot kadaster, garis sempadan lot dan batu sempadan telah disertai dengan
data-data atribut yang diurus di bawah format *.dbf.
7.5
Persekitaran Pembangunan
Proses mengkonfigurasi beberapa komponen dan perisian perlu dipasang
sebelum proses pembangunan sistem dilaksanakan.
Proses ini penting bagi
memastikan proses pembangunan yang dilakukan seterusnya dapat dilakukan dengan
lancar dan sempurna. Proses konfigurasi perlu dilakukan dengan cermat dan berhatihati bagi mengelakkan gangguan ke atas pembangunan sistem.
7.5.1
Konfigurasi Internet Information Server (IIS), PHP dan MySQL
Pembangunan sistem ini memerlukan beberapa perisian yang saling
bersandaran antara satu sama lain.
Antara perisian yang diperlukan bagi
membangunakan sistem ini adalah IIS sebagai pelayan web, PHP sebagai bahasa
aturcara dalam sistem, PHPMyAdmin sebagai antara muka pangkalan data dan
MySQL sebagai pengkalan data. Di bawah ditunjukkan cara dan langkah-langkah
yang terlibat dalam proses mengkonfigurasikan perisian.
i.
Konfigurasi PHP dan IIS :-
Extract folder php4 dan copy folder ke dalam c:\ .
Copy php.ini-dist yang berada dalam folder php ke :
Windows XP.
c:\windows. Kemudian rename php.ini-dist ke php.ini
Windows 2000.
c:\winnt. Kemudian rename php.ini-dist ke php.ini
Periksa sama ada file msvcrt.dll ada dalam :
131
Windows XP.
c:\windows\system32. Sekiranya tiada copy file tersebut dari php
folder dan
paste dalam directory tersebut.
Windows 2000.
c:\winnt\system32. Sekiranya tiada copy file tersebut dari php folder
dan
paste dalam directory tersebut.
Copy php4ts.dll dari folder php ke :
Windows XP c:\windows\system32
Windows 2000 c:\winnt\system32
Kemudian buka IIS yang terdapat dalam Control Panel Administrative
Tools Internet Information Services Web Sites Default Web
Site(klik kanan) dan pilih Properties. Klik pada tab ISAPI Filters. Klik
Add. Masukkan :
Filter Name: PHP, Executable : (Browse) c:\php\sapi\php4isapi.dll. (OK).
Kemudian klik pada tab Home Directory. Klik Configuration Mapping
tab. Klik Add. Masukkan :
Executable : (Browse) c:\php\sapi\php4isapi.dll, Extension : .php
Script Engine tandakan check pada check box. Kemudian klik OK.
Stop dan Start semula services IIS pada Control Panel Administrative
Tools Services IIS Admin.
Buka Notepad. Tulis <?php phpinfo() ?> dan save as index.php dalam
c:\inetpub\wwwroot. Cuba run file tersebut.
ii.
MySQL dan PHPMyAdmin :-
Extract folder mysql dan copy folder ke dalam c:\
Run winmysqladmin (application file) yang berada dalam c:\mysql\bin.
Extract folder phpmyadmin dan copy folder ke c:\inetpub\wwwroot
Buka
Intenet
Explorer
http://localhost/phpMyAdmin/index.php.
(IE)
dan
taip
132
7.6
Pembangunan Sistem
Pembangunan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian
dijalankan dalam dua fasa yang berlainanan dan terpisah antara satu sama lain. Fasa
pembangunan dipecahkan kepada dua bahagian iaitu pembangunan web umum dan
pembangunan web GIS.
Setelah akhir pembangunan setiap bahagian dibuat,
baharulah
akan
kedua-duanya
dihubungkan
antara
satu
sama
lain
dan
dipersembahkan dalam persekitaran antara muka yang ringkas, padat dah ramah
pengguna dalam memudahkan pengguna pelbagai tahap kemahiran menggunakan
sistem ini sebagai sumber pencarian maklumat.
7.7
Pembangunan Web GIS
Pembangunan laman web GIS perlu melalui beberapa langkah penting yang
perlu dilalui langkah demi langkah bagi menghasilkan satu laman web atau antara
muka web GIS yang sempurna. Dalam pembangunan sistem ini, perisian internet
map server iaitu ArcIMS 3.1 telah digunakan untuk mereka bentuk dan
membangunkan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian (CCIS).
Pembangunan sistem ini adalah menggunakan teknologi internet GIS. Konsep laman
web GIS adalah berbeza dengan laman web peta yang biasa kerana laman web GIS
berupaya untuk memaparkan dan menyediakan elemen interaktif seperti pan, zoom
in, zoom out, dan sebagainya ke atas data peta yang merangkumi data spatial dan
data atribut.
7.8
Pembinaan Laman Web GIS Menggunakan ArcIMS 3.1
Proses mereka bentuk dan menerbitkan laman web menggunakan ArcIMS
secara mudahnya adalah dengan menggunakan ArcIMS Manager yang merangkumi
133
ketiga-tiga fungsi bagi ArcIMS Author, ArcIMS Administrator dan ArcIMS Designer
(Rajah 7.1 (a) dan (b)).
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu diikuti untuk menerbitkan laman web
GIS menggunakan ArcIMS Manager : a) Klik pada ArcIMS Manager dan Login ArcIMS Manager menggunakan
password yang telah diset semasa ArcIMS installation.
Rajah 7.1 (a) : Antara muka bagi ArcIMS Manager sebelum login
Rajah 7.1 (b) : Antara muka ArcIMS Manager selepas login
134
b) Seterusnya tetingkap ArcIMS Manager akan dipaparkan. Pilih Author a
Map Service untuk menentukan kandungan web dan untuk menghasilkan
map configuration file (*.axl).
Arahan Author a Map Service
menjalankan fungsi yang sama seperti ArcIMS Author.
i. Proses mengkonfigurasi data spatial dan atribut.
Proses ini melibatkan kemasukan data spatial dalam format shapefile
(*.shp) menggunakan ikon Add Layers. Di sini akan didefinasikan
skala, symbol dan layer properties bagi setiap lapisan data spatial.
Hasil daripada modul ini adalah map service configuration file dalam
format ArcXML ( Rajah 7.2 ). Ia merupakan fail konfigurasi spatial
yang akan digunakan untuk membentuk map service dalam modul
seterusnya iaitu modul Design the website yang menjalankan fungsi
yang sama seperti ArcIMS Designer.
Rajah 7.2 : Konfigurasi spatial yang terhasil dalam Author A Map Service
ii. Proses membina Map Service.
Proses membina Map Service adalah bertujuan untuk menyediakan
arahan kepada spatial server bagi menjana peta apabila permintaan
diterima. Map Service beroperasi dalam persekitaran ArcIMS Spatial
Server. Input yang membawa kepada terhasilnya Map Service adalah
135
daripada fail yang telah dikonfigurasikan dalam ArcIMS Author
dalam format *.axl. ArcIMS menyokong dua jenis Map Service iaitu
feature dan juga image. Di dalam kajian ini, Virtual Server yang
telah digunakan ialah Image Map Service. Map Service yang dibina
dikawal oleh ArcIMS Administrator yang menjalankan Map Service,
Server, Virtual Server dan juga Folder.
Rajah 7.3 menunjukkan
antara muka bagi pembinaan Map Service yang digunakan dalam
pembangunan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas
Talian (CCIS) ini.
Rajah 7.3 : Pembinaan Map Service di Author A Map Service
c) Seterusnya apabila map service tersebut telah dibangunkan, pilih modul
seterusnya iaitu Design the website.
iii. Proses mereka bentuk laman web GIS.
Modul ini digunakan untuk membina atau menamakan web yang
akan dihasilkan ( Rajah 7.4).
Web yang akan dihasilkan dalam
peringkat ini akan disimpan dalam kandungan fail website. Terdapat
beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi menghasilkan laman
web GIS yang boleh dilarikan pada alamat URL, http: // < nama hos>
/ < direktori laman web > / < direktori laman web >. Antara proses
136
yang terlibat dalam bahagian ini adalah penentuan panel templat
yang
akan
digunakan.
Terdapat
dua
jenis
templat
bagi
membangunkan laman web GIS iaitu HTML viewer atau Java viewer.
Bagi kajian ini, HTML viewer telah dipilih kerana ianya lebih mudah
untuk diubahsuai mengikut aplikasi yang telah ditentukan dan Java
Plug-in juga tidak diperlukan oleh pengguna untuk mengakses laman
web GIS ini. Bahasa HTML dan JavaScript merupakan asas kepada
pembentukan HTML viewer. HTML viewer hanya membenarkan satu
imej Map Service dipaparkan pada satu-satu masa.
Rajah 7.4 : Proses mereka bentuk laman web GIS
Dalam bahagian ini juga, peta dan laman web GIS yang akan
dipersembahkan dapat direka bentuk berdasarkan keperluan dari segi
penentuan warna, font, latar belakang, unit peta dan fungsi-fungsi dalam
toolbars yang hendak dimasukkan dalam pemaparan web GIS turut
ditentukan.
137
d) Seterusnya modul Administrater the site digunakan untuk menguruskan
laman web ArcIMS.
Fungsi modul ini adalah sama seperti fungsi ArcIMS Administrator
iaitu untuk menguruskan map services, server, Virtual server dan folder (
Rajah 7.5).
Dalam kajian ini jenis Virtual server yang dipilih untuk
digunakan adalah Image Server dimana data yang akan dipaparkan dalam
web nanti akan berada dalam bentuk pixel.
Rajah 7.5 : Antara muka ArcIMS Manager untuk modul Administrator The Site
Hasil daripada perlaksanaan langkah pembangunan dalam perisian ESRI
ArcIMS 3.1 iaitu bermula dengan membina fail konfigurasi spatial, pembinaan Map
Service dan seterusnya mereka bentuk laman web.
7.9
Pengubahsuaian (Customization) Antara Muka Web GIS
Proses pengubahsuaian terhadap antara muka web GIS perlu dilakukan bagi
menghasilkan laman web yang lebih interaktif, menarik dan ramah pengguna. Proses
ini melibatkan masa yang agak panjang dan banyak menggunakan teknik try and
138
error untuk memastikan laman web yang benar-benar memenuhi objektif dan
keperluan pembangun dan pengguna.
Beberapa direktori dari beberapa fail akan dihasilkan bagi pembangunan
laman web menggunakan HTML viewer dan fail ini perlu diedit. Antara fail dan
direktori yang terhasil adalah fail parameter ArcIMSparam.js, fail HTML dan sub
direktori yang terlibat iaitu fail images dan Javascript.
i. Fail Parameter ArcIMSparam.js.
Fail ArcIMSparam.js merupakan fail yang mengandungi set
pembolehubah javascript yang mewakili bentuk laman web yang
dihasilkan. Untuk membolehkan pengubahsuaian dibuat, fail perlu
dibuka melalui text editor seperti notepad dan parameter yang
bersesuaian
perlu
dimasukkan
bagi
pembolehubah
tertentu.
Penukaran Map Service turut boleh dijalankan dengan menukarkan
pembolehubah imsURL dan imsOVURL kepada nama Map Service
yang ingin digunakan.
ii. Fail HTML.
Pembangunan laman web GIS menggunakan HTML viewer
menghasilkan lebih kurang 25 fail HTML yang berbeza-beza
peranan. Apabila laman web dihasilkan menggunakan HTML viewer
melalui ArcIMS Designer, beberapa direktori dan fail akan dihasilkan
bersama. Penentuan bingkai-bingkai atau pun frames HTML adalah
sangat penting di dalam memahami hubungan di antara setiap fail
yang mewakili paparan web. Setiap bingkai ini berperanan untuk
memaparkan satu halaman HTML yang berfungsi mengikut
koordinasi yang telah ditetapkan dengan bingkai yang lain.
Contohnya terdapat satu fail HTML yang penting iaitu viewer.htm.
Fail ini berfungsi untuk menentukan bingkai layout untuk viewer
tersebut.
Bingkai tersebut membahagikan laman web kepada
beberapa bahagian atau bingkai.
Setiap bingkai diisikan dengan
139
HTML fail yang berlainan. Senarai fail HTML beserta penerangan
bagi setiap fungsi bingkai yang terdapat di dalam HTML Viewer .
iii. Images.
Kandungan fail ini ialah imej-imej grafik yang digunakan di dalam
web seperti butang-butang dan ikon-ikon. Untuk menambahkan
elemen grafik di dalam web, imej grafik yang baru perlu dimasukkan
ke dalam fail ini.
iv. Fail Javascript.
HTML viewer menggunakan fungsi Javascript dalam sub direktori
javascript.
Fail
ini
berfungsi
untuk
mendefinisikan
dan
membolehkan fungsi-fungsi bagi operasi di dalam laman web GIS
yang dibangunkan.
Pengubahsuaian terhadap pemaparan maklumat spatial dilakukan melibatkan
beberapa fail dan javascript yang tertentu. Dalam kajian ini pengubahsuaian antara
muka laman web GIS ini menjadi fokus utama untuk menghasilkan laman web GIS
yang mesra pengguna dan mudah digunakan oleh sesiapa sahaja. Penukaran paparan
dan kandungan bingkai ini dibuat dengan membuka fail HTML yang mewakili
bingkai itu menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX dan penyuntingan
kod dilakukan. Penyuntingan kod yang dilakukan melibatkan penambahan kod-kod
baru dan pengubahsuaian kod-kod sedia ada. Rujuk Lampiran G.
7.10
Pembangunan Laman Web Umum
Laman maklumat umum merupakan antara muka pertama yang akan dicapai
oleh pengguna apabila mengakses laman web Sistem Maklumat Kawalan Kadaster
Secara Atas Talian (CCIS).
Laman ini disediakan kemudahan hyperlink untuk
melayari bahagian web yang lain di antaranya ialah laman peta interaktif (CCIS),
140
laman pengemaskinian data oleh pengguna atau ahli yang berdaftar, laman
pengemaskinian data oleh bahagian pentadbir sistem dan laman pencarian maklumat
oleh pengguna.
Di dalam laman web ini disediakan kemudahan untuk login
pengguna iaitu login khusus untuk ahli CCIS yang berdaftar dan bahagian pentadbir
untuk ke laman borang pengemaskinian data dan pembayaran secara atas talian.
Oleh itu, capaian terhadap data untuk pengemaskinian dan pembayaran adalah terhad
kepada pengguna tertentu sahaja dan ini dapat menjamin keselamatan data daripada
di ubah.
Pembangunan web umum ini telah dibangunkan dengan menggunakan
teknologi berasaskan web menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver MX.
Proses pembinaan laman web umum meliputi aktiviti seperti membina struktur
paparan maklumat dan struktur hyperlinks dengan laman web yang lain. Perisian
Macromedia Dreamweaver MX mempunyai fungsi yang sama seperti perisian Ms
Front Page dimana ianya dapat membantu dalam memudahkan pemaparan teks,
imej, jadual, form, dan elemen lain pada pelayar web (web browser) dan seterusnya
memudahkan proses penyuntingan kod. Pelayan web yang digunakan dalam sistem
ini adalah IIS, manakala bahasa pengaturcaraan yang digunakan adalah PHP.
Pembangunan sistem ini dimulakan dengan membina jadual pangkalan data yang
dikenalpasti menggunakan pangkalan data MySQL, dengan bantuan phpMyAdmin.
Oleh kerana PHP dipilih sebagai bahasa pengaturcaraan, maka pengaturcaraan serta
pembangunan antara muka dijalankan secara serentak.
7.11
Pengaturcaraan Sistem
Aktiviti pengaturcaran bagi projek ini dibahagikan kepada dua bahagaian
utama iaitu pengaturcaraan
untuk pembangunan laman web umum dan
pengaturcaraan untuk laman web GIS.
Ini keranan persekitaran, bahasa
pengaturcaran yang diperlukan untuk membangunkan kedua-dua bahagian ini
berbeza dan memerlukan pengaturcaran dilakukan secara berasingan dan
penggabungan antara dua bahagian ini hanya dilakukan setelah kedua-dua bahagian
141
siap dibangunkan dan dihubungkan antara satu sama lain menggunakan alamat URL,
http: // < nama hos> / < direktori laman web > / < direktori laman web >.
7.12
Pengaturcaraan Laman Web Umum
Pengaturcaraan laman web umum dibangunkan dengan menggunakan perisian
Macromedia Dreamweaver MX 2004. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk
pembangunan laman web ini adalah Hypertext Preprocessor, PHP. PHP dipilih
kerana ia merupakan bahasa pengaturcaraan yang agak mudah untuk diguna, ia
merupakan bahasa pengaturcaraan “server-side HTML-embedded scripting” yang
hampir menyamai bentuk pengaturcaraan C atau C++.
Antara pautan-pautan yang disediakan dalam laman web ini adalah pautan ke
antara muka yang menyediakan serba sedikit dan ringkasan mengenai latar belakang
Sistem Kadaster Berkoordinat dan Kawalan Kadaster bagi lokasi yang terlibat dalam
kajian ini iaitu negeri Melaka. Diantara pautan lain yang disediakan adalah pautan
buku pelawat.
Pautan buku pelawat dibangunkan bagi membolehkan pengguna
sistem memberi komen, coretan dan ulasan berkaitan sistem CCIS.
Rajah 7.6
merupakan keratan atur cara yang dilakukan untuk menyediakan antara muka untuk
pautan buku pelawat manakala Rajah 7.7 adalah keratan atur cara penyambungan ke
pangkalan data.
Rajah 7.6 : Keratan atur cara buku pelawat
142
Rajah 7.7 : Keratan atur cara penyambungan ke pangkalan data
7.13
Pengaturcaraan Laman Web GIS
Bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk membangunkan laman web
GIS adalah JavaScript dan HTML. JavaScript direka bentuk untuk menambahkan
unsur interaktif pada dokumen HTML.
Ini kerana pembinaan dokumen HTML
beserta JavaScript dapat menjana kandungan yang interaktif dan dinamik.
Pengaturcaraan dan pengubahsuaian untuk pemaparan maklumat spatial dan elemenelemen GIS dalam sistem ini pula adalah dilakukan pada beberapa fail. Antara fail
yang paling penting adalah ArcIMSparam.js.
Fail ini mengandungi kesemua
pembolehubah global yang mendefinisikan bentuk antara muka mahupun aktiviti
bagi keseluruhan sistem peta interaktif. Rupa antara muka bagi laman web sistem ini
menggunakan pandangan HTML dihasilkan pada fail viewer.htm. Rajah 7.8 dan
Rajah 7.9 merupakan keratan atur cara dalam fail ArcIMSparam.js untuk
mentakrifkan Map Service yang digunakan untuk pemaparan peta utama.
Rajah 7.8 : Keratan atur cara mentakrifkan Map Services
143
Rajah 7.9 : Keratan atur cara menetapkan koordinat paparan peta
7.14
Kesimpulan
Fasa perlaksanaan sistem ini melibatkan proses-proses teknikal dan
pengaturcaraan. Proses-proses ini memerlukan penganalisaan yang terperinci dalam
menghasilkan sistem yang dikehendaki. Fasa ini adalah lebih mudah dilaksanakan
sekiranya fasa analisa dan reka bentuk sistem dilaksanakan dengan berkesan.
Pemilihan perkakasan dan perisian yang sesuai adalah sangat penting supaya
bersesuaian dengan sistem yang hendak dibangunkan dan perlu dikonfigurasi dengan
berhati-hati dan betul. Jika ianya bertepatan , maka, fasa pembangunan sistem akan
menjadi lebih lancar.
BAB 8
HASIL, PENGGUNAAN DAN PENGUJIAN CCIS
8.1
Pendahuluan
Langkah terakhir dalam perlaksanaan CCIS adalah menggunakan sistem
maklumat yang dibangunkan serta melakukan pengujian terhadap sistem untuk
menguji keberkesanan, keupayaan dan kecapaian sistem dari segi pertanyaan,
pencarian dan pemaparan maklumat serta kemampuan dalam memberi keputusan
yang dikehendaki dengan cepat dan tepat. Hasil kajian ini terdiri daripada dua
bahagian. Bahagian yang pertama merupakan bahagian laman web umum manakala
bahagian yang kedua pula merupakan bahagian utama di dalam kajian ini iaitu laman
web peta interaktif GIS yang telah dibangunkan menggunakan perisian ArcIMS 3.1.
Dalam bab ini pengujian terhadap penggunaan CCIS turut dilakukan bagi menguji
dan melihat keupayaan sistem ini dalam memberi dan menjawab hasil analisis yang
dikehendaki dalam bentuk maklumat spatial dan atribut. Selain daripada itu, ujikaji
penggunaan CCIS dari segi perlaksanaan paparan data dan pencapaian maklumat
kepada pengguna juga turut dilakukan.
145
8.2
Laman Web Umum Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas
Talian
Laman web umum merupakan laman web menjadi antara muka pertama yang
akan dicapai oleh pengguna apabila mengakses sistem. Antaramuka laman utama ini
memaparkan pautan informasi dan maklumat berkaitan Sistem Maklumat Kawalan
Kadaster Negeri Melaka yang dibangunkan secara atas talian (Rajah 8.1(a) & (b)).
Jadual 8.1 menerangkan fungsi-fungsi tersebut.
4
2
1
3
3
1
2
Rajah 8.1 (a) : Paparan laman utama sistem
146
5
6
Rajah 8.1 (b) : Paparan laman utama sistem
Jadual 8.1 : Penerangan fungsi-fungsi dalam laman web utama
No.
Penerangan
1
Menu-menu yang terdapat dalam laman web.
2
Pautan atau capaian ke jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan.
Membawa pengguna terus kepada laman berkaitan tanpa perlu menaip
alamat laman tersebut.
3
Berita atau pengumuman terkini untuk maklumat pengguna dan pihak
pengurusan.
4
Tarikh dan waktu semasa.
5
Informasi secara ringkas berkaitan penggunaan, pendaftaran dan
pembayaran secara atas talian Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Negeri
Melaka (CCIS).
6
Menunjukkan bilangan pengunjung laman web.
Penerangan lebih lanjut berkaitan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster
Secara Atas Talian (CCIS) akan dipaparkan pada menu profil iaitu pengenalan bagi
bahagian antara muka laman web yang kedua.
Modul ini seterusnya terbahagi
kepada dua bahagian yang menerangkan definasi, konsep, latar belakang secara
147
ringkas berkenaan maklumat CCS untuk Sistem Kadaster Berkoordinat manakala
CCIS pula menerangkan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian
(Rajah 8.2).
Secara tidak langsung, paparan ini akan memberi informasi dan
gambaran yang lebih jelas khususnya kepada pengunjung-pengunjung umum dan
amnya kepada pengguna-pengguna komuniti ukur laman web sistem ini.
1
Rajah 8.2 : Paparan laman profil
Jadual 8.2 : Penerangan antara muka web kedua laman profil
No.
Penerangan
1
Memberi maklumat dengan lebih lanjut berkaitan sistem yang
dibangunkan secara atas talian ini. Menu profil terbahagi kepada dua
iaitu CCS dan CCIS : i.
Klik menu profil untuk paparan pengenalan laman ini.
ii.
Klik menu profil→CCS : untuk paparan maklumat Sistem
Kadaster Berkoordinat.
iii.
Klik menu profil→CCIS : untuk paparan maklumat Sistem
Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian.
148
8.2.1
Pihak Pengguna
Sistem Maklumat Kawalan Kadaster atau Cadastal Control Information
System (CCIS) menyediakan peta interaktif kepada pengguna untuk mengakses
maklumat berkaitan kawalan kadaster dan melihat paparan peta secara atas talian.
Maklumat lengkap kawalan kadaster (mengandungi koordinat stesen gps, pelan akui,
pelan lakaran dan pelan lokasi yang berkaitan) hanya boleh diakses oleh pengguna
yang mendaftarkan diri dan telah diaktifkan akaunnya sebagai ahli CCIS. Untuk
memudahkan pentadbir sistem, beberapa maklumat asas seperti nama atau nama
syarikat, alamat, nombor telefon, e-mel dan maklumat log masuk seperti kata nama,
kata laluan dan pengesahan kata laluan perlu diisi dengan lengkap oleh pengguna
yang ingin menjadi ahli CCIS berdaftar (Rajah 8.3(a), (b), (c) & (d)).
Jadual 8.3 : Penerangan antara muka web ketiga laman daftar
No.
Penerangan
1
Maklumat asas berikut perlu diisi oleh pengguna yang ingin mendaftar
sebagai ahli.
2
Pendaftaran bagi kata nama dan kata laluan pengguna yang ingin
mendaftar sebagai ahli.
Pengesahan kata laluan perlu diisi oleh
pengguna untuk memastikan kata laluan yang ingin didaftar. Kata
nama dan kata laluan ini perlu dilakukan untuk log masuk ke dalam
sistem sebagai ahli CCIS yang berdaftar.
3
Setelah semua maklumat asas dan log masuk diisi dengan lengkap
oleh pengguna, klik butang hantar untuk paparan seterusnya.
4
Sekiranya pengguna ingin membuat pembetulan pada maklumat asas
atau maklumat log masuk, klik butang batal untuk memasukkan
semula maklumat.
5
Paparan yang menunjukkan pengguna telah mengisi maklumat asas
dan maklumat log masuk dengan lengkap dan proses pendaftaran telah
selesai. Pengguna akan menjadi ahli CCIS yang berdaftar setelah
akaun diaktifkan oleh pihak pentadbir sistem CCIS.
149
6
Paparan mesej : mesej pemberitahuan jika ada diantara maklumat asas
atau maklumat log masuk yang dihantar tidak lengkap.
7
Paparan yang menunjukkan proses pendaftaran gagal. Kesilapan
pengguna dalam mengisi maklumat asas atau maklumat log masuk
yang dihantar akan dinyatakan.
1
2
4
3
Rajah 8.3 (a) : Paparan laman daftar
150
5
Rajah 8.3 (b) : Paparan proses pendaftaran keahlian telah selesai
6
Rajah 8.3 (c) :Paparan mesej maklumat pendaftaran keahlian tidak lengkap
151
7
Rajah 8.3 (d) : Paparan proses pendaftaran keahlian mengandungi kesilapan
Sekiranya maklumat asas dan maklumat log masuk yang dihantar oleh
pengguna mengandungi kesalahan, proses pendaftaran dianggap gagal. Kesilapan
pengguna turut dinyatakan dalam paparan antara muka (Rajah 8.3 (d)). Laman
pendaftaran keahlian akan dipaparkan semula secara automatik. Maklumat asas dan
maklumat log masuk perlu diisi dan dihantar semula sehingga antara muka
menunjukkan proses pendaftaran keahlian telah selesai dipaparkan.
Ahli CCIS berdaftar bermaksud pengguna yang telah mendaftar dan
mempunyai rekod dalam maklumat pendaftaran keahlian dalam sistem ini. Mereka
adalah pengguna yang telah diaktifkan akaunnya oleh pihak pentadbir sistem. Kata
nama dan kata laluan yang telah didaftar perlu dimasukkan di ruangan bahagian
menu ahli untuk paparan peta interaktif CCIS yang mengandungi maklumat kawalan
kadaster yang lengkap (Rajah 8.4(a)). Rajah 8.4 (b) adalah paparan yang akan di
tunjukkan sekiranya kata nama dan kata laluan yang tidak sepadan dimasukkan.
Jadual 8.4(a) menerangkan setiap fungsi-fungsi yang terdapat dalam laman ini.
152
1
2
3
Rajah 8.4 (a) : Paparan laman ahli
4
Rajah 8.4 (b) : Paparan log masuk atau login semula
153
Jadual 8.4(a) : Penerangan antara muka web keempat laman ahli
No.
Penerangan
1
Pengguna yang belum mendaftar sebagai ahli CCIS dan pengguna yang
masih belum diaktifkan akaunnya oleh pihak pentadbir sistem masih
boleh mengakses ke versi percubaan peta interaktif CCIS dengan cara
klik pautan yang terdapat di ruangan ini.
2
Pautan ke laman daftar bagi memudahkan pengguna baru yang berminat
untuk mendaftar sebagai ahli CCIS.
3
Ruang log masuk atau login bagi memasuki sistem peta interaktif CCIS.
Pengguna aktif perlu memasukkan kata nama dan kata laluan seperti
yang telah didaftarkan kemudian klik butang hantar.
4
Pengguna akan dapat melihat paparan pada Rajah 8.4 (b) jika kata nama
dan kata laluan tidak sepadan. Pengguna diminta memasukkan semula
kata nama dan kata laluan yang betul kemudian klik butang hantar.
Sekiranya kata nama dan kata kunci yang sepadan dimasukkan paparan pada
Rajah 8.4 (c) akan ditunjukkan.
Peta interaktif CCIS tanpa maklumat kawalan
kadaster yang lengkap masih boleh diakses untuk versi percubaan pengguna yang
belum mendaftar atau akaunnya belum diaktifkan oleh pentadbir sistem. Maklumat
peribadi adalah bahagian pertama yang akan dipaparkan dalam laman ini (Rajah 8.4
(d)). Penerangan akan di jelaskan dalam Jadual 8.4 (b).
154
1
2
3
Rajah 8.4(c) : Paparan sekiranya kata nama dan kata kunci yang sepadan
dimasukkan
4
Rajah 8.4 (d) : Paparan bagi menu profil peribadi
155
Jadual 8.4 (b) : Penerangan bagi fungsi-fungsi dalam rajah 8.4 (c) dan (d)
No
Penerangan
1
Di bahagian ini pengguna boleh mengemaskini maklumat melalui
pautan profil peribadi, melakukan pembayaran secara atas talian melalui
menu maklumat pembayaran dan melawati peta interaktif CCIS. Bagi
ahli CCIS yang belum diaktifkan akaunnya oleh pihak pentadbir sistem,
menu peta interaktif CCIS yang dipaparkan adalah tidak lengkap iaitu
tidak mengandungi maklumat koordinat GPS.
2
Menu untuk pautan log keluar dari laman ini. Secara automatik paparan
kembali ke laman utama sistem.
3
Paparan bagi menu profil peribadi.
Pengguna boleh mengemaskini
maklumat diri di bahagian ini.
4
Selain dari maklumat asas, pengguna juga boleh menukar atau
memperbaharui kata nama dan kata kunci di bahagian menu profil
peribadi (Rajah 8.4 (d)).
Bagi pengguna yang telah berdaftar dan akaunnya telah diaktifkan oleh pentadbir
sistem Rajah 8.4 (e) akan dipaparkan. Perbezaan adalah dari segi menu ke pautan
peta interaktif CCIS yang lengkap.
156
Rajah 8.4 (e) : Paparan sekiranya kata nama dan kata kunci yang sepadan
dimasukkan bagi ahli CCIS yang telah diaktifkan akaunnya
Kemudahan pembayaran secara atas talian disediakan kepada ahli CCIS yang
berminat untuk memperolehi maklumat kawalan kadaster yang dikehendaki. Jadual
8.4 (c) menerangkan fungsi- fungsi yang terdapat dalam menu maklumat
pembayaran.
157
Jadual 8.4 (c) : Penerangan fungsi- fungsi menu maklumat pembayaran
No
Penerangan
1
Pembayaran secara atas talian dapat dilakukan dengan klik maklumat
pembayaran (Rajah 8.4 (f)). Pengguna boleh membuat pembayaran ke no
akaun bahagian kewangan pentadbir sistem melalui :
2
i.
Kad Kredit – Visa.
ii.
Tunai – Deposit tunai atau Maybank2u.
Maklumat yang perlu di isi oleh pengguna yang membuat pembayaran
secara transaksi deposit tunai (Rajah 8.4 (g)).
3
Maklumat yang perlu di isi oleh pengguna yang membuat pembayaran
tunai melalui transaksi Maybank2u (Rajah 8.4 (h)).
4
Maklumat yang perlu di isi oleh pengguna yang membuat pembayaran
secara kad kredit Visa (Rajah 8.4 (i)).
5
Apabila proses pembayaran secara tunai dilakukan dengan sempurna
maka proses pembayaran telah selesai. Paparan seperti Rajah 8.4 (j) akan
ditunjukkan. Pada masa ini pihak pentadbir sistem memerlukan sedikit
masa untuk pengesahan pembayaran dan sebelum memberi maklum balas
kepada pengguna.
6
Paparan sekiranya proses pembayaran secara kad kredit selesai dilakukan
(Rajah 8.4 (k)).
7
Pengguna boleh melakukan semakan semula maklumat pembayaran
dengan memasukkan kata kunci atau password di bahagian ini.
Kemudian paparan seperti Rajah 8.4 (l) akan ditunjukkan.
8
Paparan semakan maklumat pembayaran secara atas talian melalui kad
kredit Visa.
9
Semakan semula maklumat pembayaran secara tunai boleh juga dilakukan
dengan klik menu maklumat pembayaran semula dan paparan seperti
Rajah 8.4 (m) menunjukkan pembayaran masih dalam tempoh
pengesahan oleh pihak pentadbir sistem.
158
1
Rajah 8.4 (f) : Paparan bagi menu maklumat pembayaran
2
Rajah 8.4 (g) : Pembayaran secara deposit tunai
159
3
Rajah 8.4 (h) : Pembayaran tunai melalui transaksi Maybank2u
4
Rajah 8.4 (i) : Pembayaran secara kad kredit Visa
160
5
Rajah 8.4 (j) : Paparan sekiranya proses pembayaran secara tunai selesai
6
7
Rajah 8.4 (k) : Paparan proses pembayaran secara kad kredit selesai
161
8
Rajah 8.4 (l) : Paparan semakan semula maklumat pembayaran kad kredit
9
Rajah 8.4 (m) : Paparan semakan semula maklumat pembayaran tunai
162
Klik menu pautan ‘Sistem CCIS’, paparan seperti Rajah 8.4 (n) di bawah akan di
lihat bagi pengguna yang tidak berdaftar atau ahli CCIS yang belum di aktifkan
akaunnya oleh pentadbir sistem. Untuk keluar dari peta interaktif CCIS, pengguna
perlu klik menu ‘HOME’. Paparan menunjukkan kembali ke laman utama sistem.
Rajah 8.4 (n) : Peta interaktif CCIS tanpa maklumat lengkap
Untuk sebarang kemusykilan yang dianggarkan dan telah dikaji oleh pihak
pentadbir sistem sebagai soalan yang kerap diajukan maka satu menu khas telah
diwujudkan dalam sistem ini iaitu laman soalan lazim.
Bagi mengemukakan
sebarang cadangan, aduan ataupun pertanyaan lain, menu hubungi kami seperti
dalam Rajah 8.5 telah disediakan. Semua pengunjung Sistem Maklumat Kawalan
Kadaster Secara Atas Talian iaitu pengguna atau ahli CCIS berdaftar boleh
menggunakan kemudahan ini dengan cara memilih kategori sama ada cadangan,
aduan atau pertanyaan. Kemudian masukkan alamat e-mel dan cadangan, aduan atau
pertanyaan dalam ruang yang telah disediakan. Setelah selesai, klik butang hantar
atau sekiranya terdapat pembetulan klik butang batal (Rajah 8.6).
163
Rajah 8.5 : Paparan laman bagi menu hubungi kami
Rajah 8.6 : Paparan proses penghantaran cadangan telah selesai
164
Rajah 8.7 menunjukkan paparan bagi menu buku pelawat. Di bahagian ini
pengguna sistem boleh memberikan sebarang komen atau coretan berkaitan sistem.
Pengguna hanya perlu mengisi nama, emel dan coretan di ruang yang disediakan.
Setelah selesai, klik butang hantar.
Rajah 8.7 : Paparan laman menu buku pelawat
Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Negeri Melaka telah dibangunkan
secara atas talian untuk memudahkan pihak pengguna memperolehi segala maklumat
berkaitan tanpa mengira tempat dan masa. Bagaimanapun ianya adalah tertakluk di
bawah polisi kerahsiaan pihak pentadbir sistem CCIS ini.
8.2.2
Pentadbir Sistem
Untuk membolehkan pengemaskinian data oleh pentadbir sistem, pengguna
iaitu pihak yang menguruskan segala operasi bagi Sistem Maklumat Kawalan
165
Kadaster Negeri Melaka secara atas talian ini perlu log masuk terlebih dahulu
melalui antara muka pada laman ahli dengan memasukkan kata nama dan kata laluan
(Rajah 8.8).
Rajah 8.8 : Paparan log masuk pentadbir sistem
Rajah 8.9 menunjukkan paparan laman yang akan dikemas kini oleh
pentadbir sistem. Rujuk jadual 8.5 untuk penerangan fungsi yang terdapat dalam
antara muka modul tersebut.
Jadual 8.5 : Penerangan fungsi- fungsi laman pengemaskinian untuk pentadbir
sistem
No.
Penerangan
1
Menu- menu yang terdapat dalam modul ini adalah seperti pengemaskinian
keahlian, maklum balas pengguna dan menu pautan log keluar dari laman
ini.
166
2
Ruang carian rekod keahlian melalui kata nama bagi memudahkan
pentadbir.
3
Menu untuk melihat paparan rekod keahlian secara menyeluruh.
4
Senarai maklumat ahli CCIS yang berdaftar. Turut dinyatakan disini kata
nama, nama, cara bayaran, operasi dan tarikh daftar. Bagi pengguna yang
baru mendaftar arahan operasi adalah tidak aktif. Operasi akan berubah
kepada aktif dari tidak aktif apabila pentadbir klik pada ruangan operasi.
Ini menunjukkan akaun bagi pengguna tersebut telah diaktifkan.
5
Untuk melihat maklumat pembayaran, pentadbir sistem perlu klik pada
bahagian cara bayaran bagi ahli CCIS tersebut.
1
2
3
4
5
Rajah 8.9 : Laman pengoperasian pentadbir sistem bagi menu keahlian
Rajah 8.10 akan dipaparkan apabila pentadbir sistem klik pada menu maklum
balas pengguna. Menu ini berfungsi untuk memberi respon pada cadangan, aduan
dan pertanyaan yang telah dikemukakan oleh pengguna melalui emel.
167
Rajah 8.10 : Laman pengoperasian pihak pentadbir sistem bagi menu maklum balas
pengguna
Untuk membalas sebarang kategori cadangan, aduan atau pertanyaan yang
telah dikemukakan pengguna, pihak pentadbir sistem perlu klik pada ruangan emel
atau cadangan. Pentadbir sistem akan memberi maklum balas dalam ruangan yang
telah disediakan (Rajah 8.11).
Setelah selesai pentadbir akan klik pada butang
hantar. Paparan seperti Rajah 8.12 akan dapat dilihat.
168
Rajah 8.11 : Paparan ruangan maklum balas oleh pentadbir sistem
Rajah 8.12 : Paparan maklum balas dari pentadbir sistem
169
Rajah 8.13 : Paparan operasi yang dilakukan oleh pihak pentadbir
Berdasarkan Rajah 8.13, sekiranya status pengguna adalah baru ini bermakna
pentadbir belum menyemak maklum balas pengguna.
Apabila pentadbir telah
menyemak maklum balas pengguna, status akan ditukarkan kepada dalam semakan.
Apabila pihak pentadbir telah melaksanakan tindakan atau respon kepada pengguna
itu dan menghantar maklum balas, status akan berubah kepada selesai.
8.3
Laman Web Peta Interaktif Cadastral Control Information System
(CCIS)
Peta interaktif yang telah dibangunkan ini merupakan bahagian yang kedua
dan merupakan bahagian yang utama di dalam pembangunan sistem GIS berasaskan
web ini. Laman web GIS membenarkan pemaparan maklumat spatial yang lebih
dinamik dan interaktif. Terdapat 6 bahagian di atas peta interaktif ini. Bahagian
pertama merupakan tajuk (title frame) bagi peta interaktif ini. Ini diikuti dengan satu
rangka yang memuatkan toolbar yang memainkan peranan fungsi-fungsi GIS untuk
170
peta interaktif, bahagian ketiga pula menyediakan ruang paparan peta ataupun
mapframe, bahagian keempat pula menyediakan ruang untuk layer list dan legend
dan bahagian kelima pula merupakan ruang yang berperanan untuk memaparkan
hasil daripada pertanyaan-petanyaan yang dibuat menggunakan fungsi-fungsi GIS.
Rajah 8.14 menunjukkan hasil laman web GIS kawalan kadaster Negeri Melaka.
Rajah 8.14 : Peta interaktif kawalan kadaster negeri Melaka
8.4
Fungsi - Fungsi GIS Untuk Peta Interaktif CCIS
Fungsi- fungsi yang terdapat dalam laman web GIS merupakan kemudahan
yang telah disediakan untuk memudahkan pengguna membuat penjelajahan ke atas
peta dan maklumat spatial. Melalui fungsi- fungsi yang telah disediakan ini, peta
dapat digunakan secara interaktif. Antara fungsi- fungsi yang terdapat di dalam
laman web GIS ini termasuklan fungsi zoom, fungsi pan, identify, dan beberapa lagi
tool-tool lain yang turut disertakan. Jadual 8.6 menunjukkan sebahagian fungsifungsi ataupun toolbar yang terdapat di dalam peta interaktif CCIS.
171
Jadual 8.6 : Fungsi- fungsi toolbar dalam web GIS
Tool
Fungsi
Navigation
Kemudahan perkakasan untuk navigasi atau penjelajahan
terhadap peta.
Ikon Zoom In ini berperanan untuk memberi paparan peta yang
lebih besar.
Ikon Zoom Out berperanan untuk menunjukkan paparan peta
dengan skala yang lebih kecil.
Merupakan fungsi Pan yang berperanan untuk menggerakkan
peta ke paparan yang dikehendaki.
Ikon Full View disediakan untuk mengembalikan kepada
paparan peta yang asal atau dengan kata lain memaparkan
keseluruhan peta.
Ikon Last View berfungsi untuk mengembalikan pemaparan
peta kepada keadaan zoom yang dilakukan sebelum ini.
Queries
Kemudahan perkakasan yang disediakan untuk melakukan
pertanyaan.
Fungsi Identify ini berperanan untuk melihat maklumat spatial
dan atribut yang dikehendaki.
Ikon Query berperanan untuk mengenalpasti objek melalui
pilihan yang dikehendaki.
Ikon
Line/Poly
berfungsi
untuk
select
objek
spatial
menggunakan line atau polygon.
Ikon Clear Selection disediakan untuk mengembalikan
pemilihan kepada keadaan yang asal.
Tools
Kemudahan perkakasan untuk paparan.
Ikon Legend untuk menunjukkan kandungan maklumatmaklumat spatial dalam peta.
Ikon Overview ini pula berperanan untuk menunjukkan
keseluruhan paparan peta dalam satu tetingkap kecil.
Ikon Extract disediakan bertujuan untuk mengekstrak data
yang dikehendaki.
172
Cadastre Plan
Kemudahan perkakasan untuk paparan pelan yang berkaitan.
Ikon Sketch berfungsi untuk paparan pelan lakaran.
Ikon Location berfungsi untuk paparan pelan lokasi.
Ikon Certified berfungsi untuk paparan pelan akui.
8.5
Pengujian Sistem
Sesebuah sistem yang telah siap dibina berserta pengkodannya adalah amat
penting diikuti dengan pengujian, penyenggaraan dan pembetulan kerana ianya juga
aspek utama bagi menjamin sistem yang berkualiti. Pengujian merupakan salah satu
proses yang penting bagi menguji kualiti sistem yang dibangunkan. Merujuk kepada
objektif sistem dibangunkan, pengujian dapat dilakukan dengan lebih lancar. Selain
itu, pengujian juga merupakan satu proses mengesan ralat yang mungkin wujud dari
segi interaksi antara modul dengan komponen lain termasuk perkakasan. Pengujian
dibuat untuk memastikan sistem melaksanakan fungsi yang telah ditetapkan di awal
pembangunan sistem dan memenuhi keperluan pengguna. Namun begitu, pengujian
tidak dapat memastikan bahawa sistem benar-benar bebas ralat kerana pengujian
bergantung
kepada
kemampuan
dan
kebijaksanaan
pembangun
dalam
mengendalikan pengujian dan juga perisian yang digunakan.
Pengujian sistem perlu dilakukan bagi memastikan sistem yang dibangunkan
dapat memenuhi kehendak pembangun seperti yang dirancang dan kurang ralat.
Ralat boleh menyebabkan sesuatu operasi dalam sistem akan terjejas atau prosesproses di dalam sistem tidak dapat berfungsi dengan lancar dan baik. Pengujian
biasanya dibuat ke atas modul yang terdapat dalam sistem secara berturutan
sekiranya terdapat kaitan antara satu modul dengan modul yang lain.
Selain
pengujian terhadap modul-modul, pengujian selebihnya banyak bergantung kepada
kehendak pembangun.
Matlamat pengujian adalah untuk mengesahkan semua
komponen yang ada di dalam sistem diintegrasikan dengan baik. Sekiranya terdapat
ralat semasa pengujian sistem, pembetulan sistem masih boleh dilakukan. Walaupun
173
fasa pengujian agak membosankan pembangun, ia adalah siri yang utama dalam
memastikan keberkesanan sistem yang dibina berfungsi dengan baik.
8.6
Pengujian Laman Web Umum
Pengujian laman web umum ialah pengujian yang dibuat ke atas modul dan
submodul iaitu unit-unit yang terdapat di dalam Sistem Maklumat Kawalan Kadaster
yang dibangunkan secara atas talian (CCIS) ini secara berasingan. Unit-unit yang
diuji melibatkan unit yang membawa kepentingan yang paling maksimum kepada
CCIS. Setiap unit dan modul yang terdapat dalam sistem perlu diuji agar ianya bebas
daripada ralat. Proses ini perlu dilakukan pada peringkat awal agar ianya tidak
mengganggu fungsi-fungsi lain. Satu unit sistem ini terdiri daripada fungsi-fungi
atau pun proses.
Pengujian unit-unit kecil ini termasuklah pengujian terhadap
capaian terhadap pangkalan data serta penghantaran maklumat antara pelayan dan
pelanggan. Pengujian unit adalah amat penting memandangkan unit-unit kecil inilah
yang membangunkan sesuatu modul. Oleh itu, jika terdapat ralat pada unit-unit kecil
ini, kemungkinan modul juga akan turut menghadapi masalah yang sama.
8.6.1
Pengujian Pangkalan Data
Oleh kerana laman web umum Sistem Maklumat Kawalan kadaster Secara
Atas Talian (CCIS) ini melibatkan penggunaan pangkalan data, pengujian pangkalan
data adalah amat penting dilakukan oleh pembangun. Dalam memastikan pangkalan
data CCIS berfungsi dengan stabil, di antara pengujian yang telah dilakukan ialah
membenarkan pengguna mengemaskini maklumat profil peribadi, dan menyemaknya
semula di bahagian editor pangkalan data phpMyAdmin bagi memastikan kesamaan
tindakan tersebut berlaku secara selari.
174
8.6.2
Pengujian Integrasi
Pengujian integrasi adalah pengujian terhadap subsistem.
Pengujian ini
dilakukan untuk mengintegrasikan unit-unit kecil dan modul seperti yang telah
dirancang dalam fasa reka bentuk. Pengujian subsistem dilakukan terlebih dahulu
sebelum sistem diuji sepenuhnya.
Pengujian subsistem ini dilakukan untuk
memastikan data yang dimasukkan dapat bergerak serta dicapai melalui antara muka
sistem. Setelah itu, pengujian sistem yang dijalankan melibatkan keseluruhan sistem.
Ianya untuk memastikan pergerakan antara subsitem berjalan dengan lancar dari satu
antara muka ke antara muka yang lain. Berikut adalah contoh- contoh modul di
mana pengujian telah dilakukan : -
i.
Modul pendaftaran.
Modul pendaftaran ini perlu dilalui oleh pengguna yang ingin
mebuka akaun sebagai ahli CCIS. Ini kerana hanya ahli CCIS
yang berdaftar dan telah diaktifkan akaunnya oleh pihak pentadbir
sahaja dibenarkan mengakses maklumat lengkap peta interaktif
kawalan kadaster iaitu perkhidmatan utama yang disediakan pada
sistem ini. Mereka perlu memasukkan maklumat peribadi sebagai
simpanan rekod keahlian yang berurusan dalam sistem ini. Jika
pengguna tidak mengisi maklumat yang lengkap, satu mesej ralat
akan dipaparkan seperti di Rajah 8.15 di bawah.
Rajah 8.15 : Contoh mesej ralat semasa mengisi maklumat pendaftaran
175
Jadual 8.7 : Pengujian unit / sub modul pendaftaran
Modul
Sub Modul
Pengujian
Hasil
Keputusan
Jangkaan
Pendaftaran Pengguna baru Pengguna
Paparan proses Sah
mendaftar untuk mengisi
pendaftaran
membuka akaun maklumat
telah
selesai
sebagai
dan
berjaya
ahli dengan lengkap.
CCIS.
dilakukan.
Pengguna akan
di maklumkan
setelah akaun
disahkan.
ii.
Modul ahli / login.
Kesemua pengguna sistem ini termasuklah pentadbir serta
pelanggan atau pengunjung sistem perlu memasukkan kata nama
serta kata laluan yang betul dan sepadan sebelum melakukan
aktiviti yang seterusnya dalam sistem ini. Kata nama serta kata
laluan ini akan disemak dengan pangkalan data dan jika maklumat
yang dimasukkan adalah tepat, sistem akan mengesahkan
pengguna. Pengguna akan diarahkan ke halaman yang sepatutnya
mengikut jenis pengguna yang telah ditetapkan iaitu pentadbir dan
pelanggan sistem (ahli CCIS berdaftar atau pengunjung biasa).
Jika terdapat salah satu maklumat yang dimasukkan salah, mesej
ralat akan dipaparkan (Rajah 8.16).
176
Rajah 8.16 : Pengguna perlu masukkan semula kata nama dan kata laluan
Jadual 8.8 : Pengujian sub modul ahli / login
Modul
Sub Modul
Pengujian
Hasil
Keputusan
Jangkaan
Ahli
Login
/ Pentadbir
Kata nama dan Paparan
kata
bagi Sah
laluan menu
sepadan
maklumat
dimasukkan.
keahlian
dan
menu maklum
balas
pengguna.
177
Ahli
CCIS Kata nama dan Paparan
aktif – telah kata
mendaftar
laluan menu
bagi Sah
profil
yang sepadan peribadi, menu
sebagai
ahli dimasukkan.
maklumat
CCIS
dan
pembayaran
akaunnya telah
secara
atas
diaktifkan.
talian,
menu
peta interaktif
CCIS dengan
maklumat
yang lengkap.
Ahli
CCIS Kata nama dan Paparan
tidak aktif – kata
bagi Sah
laluan menuprofil
telah
sepadan yang peribadi, menu
mendaftar
dimasukkan.
sebagai
ahli
maklumat
pembayaran
secara
atas
akaunnya
talian,
menu
belum
peta interaktif
diaktifkan.
CCIS
CCIS
tetapi
tanpa
maklumat
yang lengkap.
178
Pengunjung
- Menu pautan Sah
yang
untuk
belum
berdaftar
mendaftar
sebagai
ahli.
Laman
kembali
ke
paparan
maklumat
pendaftaran.
- Menu peta
interaktif
CCIS
versi
percubaan
tanpa
maklumat
yang lengkap.
Kesimpulan yang dibuat oleh pembangun tentang keseluruhan sistem laman web
umum yang telah dihasilkan : -
Jadual 8.9 : Penilaian CCIS oleh pembangun
Tindakan
Penilaian
i. Pentadbir Sistem
Baik
ii. Ahli CCIS Aktif
Baik
iii. Ahli CCIS Tidak Aktif
Baik
iv. Pengunjung Tidak Berdaftar
Baik
179
8.7
Pengujian Laman Web GIS
Pengujian peta interaktif kawalan kadaster negeri Melaka ini merupakan fasa
terakhir yang dilakukan oleh pembangun bagi memastikan sistem yang terhasil tidak
mengandungi ralat dan sempurna. Pengujian boleh ditakrifkan sebagai satu proses
melaksanakan atau menilai sesuatu sistem yang dihasilkan telah memenuhi
spesifikasi keperluan yang dikehendaki atau mengenalpasti wujudnya perbezaan
antara sistem yang telah dihasilkan dengan sistem yang diharapkan.
Pengujian yang dilakukan dalam laman web GIS merupakan pengujian
terhadap beberapa fungsi yang telah disediakan dalam peta interaktif dan pengujian
terhadap carian ringkas. Antara pengujian-pengujian yang dilakukan ke atas laman
web GIS adalah : -
Pengujian terhadap paparan peta interaktif.
Pengujian terhadap kefungsian sistem.
Pengujian terhadap fungsi perhubungan (hyperlinks) Cadastre
Plan.
8.7.1
Pengujian Terhadap Paparan Peta Interaktif
i.
Pengujian fungsi paparan zoom out.
Pengujian ini adalah untuk memastikan fungsi zoom out pada peta
boleh digunakan. Fungsi ini berperanan untuk memberikan paparan
peta dalam skala yang lebih besar. Pengujian terhadap fungsi ini
ditunjukkan dalam Rajah 8.17.
180
1. Klik butang
zoom out pada
menu navigation.
3. Hasil
paparan zoom
out.
2. Zoom out pada
paparan peta.
Rajah 8.17 : Pengujian paparan fungsi zoom out
ii.
Pengujian fungsi paparan zoom in.
Pengujian ini menghasilkan paparan peta pada skala yang lebih kecil.
Rajah 8.18 menunjukkan hasil daripada pengujian paparan zoom in.
181
1. Klik butang
zoom in pada
menu navigation.
3. Hasil
paparan zoom
in.
2. Zoom in pada
paparan peta
Rajah 8.18 : Pengujian fungsi paparan zoom in
iii.
Pengujian fungsi paparan pan.
Pengujian fungsi paparan pan membenarkan gerakan ke atas peta
pada paparan yang dikehendaki. Hasil pengujian ini boleh dilihat
pada Rajah 8.19.
182
1. Klik butang pan
pada menu
navigation.
2. Pan pada
paparan peta.
3. Hasil paparan pan.
Rajah 8.19 : Pengujian fungsi paparan pan
iv.
Pengujian fungsi paparan full view.
Pengujian fungsi paparan full view untuk mengembalikan kepada
paparan peta yang asal atau dengan kata lain memaparkan
keseluruhan peta. Hasil pengujian ini boleh dilihat pada Rajah 8.20.
183
1. Klik butang full
view pada menu
navigation.
3. Hasil
paparan full
view.
2. Full view pada
paparan peta
Rajah 8.20 : Pengujian fungsi paparan full view
8.7.2
Pengujian Terhadap Kefungsian Sistem
i.
Pengujian fungsi identify.
Pengujian terhadap fungsi ini adalah untuk memastikan pengguna
memperolehi maklumat atribut contohnya berkenaan Stn GPS yang
dipilih. Rajah 8.21 menunjukkan pengujian yang dilakukan untuk
fungsi identify.
184
2. Identify pada paparan peta
contoh Stn GPS CCS126.
1. Klik butang
identify pada
menu queries.
3. Hasil paparan
identify maklumat
Stn GPS CCS126.
Rajah 8.21 : Pengujian terhadap fungsi identify
ii.
Pengujian fungsi query.
Pengujian terhadap fungsi ini adalah untuk membuat pertanyaan ke
atas maklumat yang terdapat dalam pangkalan data melalui pemilihan
medan contohnya melalui no Stn GPS. Apabila pertanyaan ingin
dibuat, contohnya untuk mencari maklumat Stn GPS CCS003, dengan
menggunakan ikon query dan memasukkan parameter
yang
dikehendaki dalam ruangan sample values, maklumat Stn GPS
CCS003 akan dipaparkan (Rajah 8.22).
185
1. Klik butang
query pada menu
queries.
2. Pilih field yang
dikehendaki.
Contoh GPS_STN.
Masukkan
parameter. Klik Add
to Query String.
Kemudian Execute.
3. Hasil paparan
query.
Rajah 8.22 : Pengujian terhadap fungsi query
iii.
Pengujian fungsi extract
Pengujian terhadap fungsi ini adalah untuk mengekstrak data atribut
dari paparan peta (Rajah 8.23). Data yang di download disimpan
dalam satu fail *.zip. Format fail yang di simpan dalam fail ini adalah
*.dbf, *.shp, dan *.shx.
186
1. Zoom pada paparan
spatial yang
dikehendaki.
2. Klik
menu
Extract
3. Klik
butang
extract
4. Klik
download
5. Data di download
ke dalam satu fail
*.zip. Format fail
dalam fail ini adalah
*.dbf, *.shp, *.shx.
Rajah 8.23 : Pengujian terhadap fungsi extract
8.7.3
Pengujian Terhadap Fungsi Perhubungan (Hyperlinks) Cadastre Plan
Pengujian terhadap fungsi perhubungan dalam sistem ini adalah melibatkan
links antara Stn GPS yang di kehendaki dengan cadastre plan iaitu :
187
i.
Pengujian fungsi sketch.
Pengujian terhadap fungsi ini adalah untuk mendapatkan sketch plan
atau pelan lakaran bagi Stn GPS yang diperlukan (Rajah 8.24).
1. Klik butang
sketch
pada menu
Cadastre Plan
2. Klik pada spatial Stn GPS
yang dikehendaki. Sketch Plan
berkaitan di paparkan.
Rajah 8.24 : Hyperlinks bagi paparan sketch plan
ii.
Pengujian fungsi location.
Pengujian terhadap fungsi ini adalah untuk mendapatkan location
plan atau pelan lokasi bagi Stn GPS yang diperlukan (Rajah 8.25).
188
1. Klik butang
location
pada menu
Cadastre Plan
2. Klik pada spatial Stn GPS
yang dikehendaki. Location Plan
berkaitan di paparkan.
Rajah 8.25 : Hyperlinks bagi paparan location plan
iii.
Pengujian fungsi certified.
Pengujian terhadap fungsi ini adalah untuk mendapatkan certified
plan atau pelan akui bagi Stn GPS yang diperlukan (Rajah 8.26).
189
Rajah 8.27 : Hyperlinks Bagi Paparan Location Plan
1. Klik butang
Certified
pada menu
Cadastre Plan
2. Klik pada spatial Stn GPS yang
dikehendaki. Mesej ralat - Certified
Plan bagi Stn GPS berkaitan tiada
dalam simpanan.
Rajah 8.26 : Hyperlinks bagi paparan certified plan
8.8
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan hasil kajian, penggunaan dan
aliran proses pengujian, bagaimana ia dilakukan dan objektif pengujian. Pengujian
telah dilakukan terhadap modul-modul yang terdapat dalam kedua-dua sistem. Fasa
pengujian dan penilaian ini adalah sangat penting dalam proses pembangunan sistem
CCIS ini kerana ia akan melindungi sistem daripada ralat dan kesilapan. Maklumat
yang diperolehi dalam fasa ini akan dianalisa, kemudian tindakan pengubahsuaian
akan dilaksanakan dengan pengulangan fasa reka bentuk dan perlaksanaan. Selepas
beberapa kali melalui fasa pengujian dan penilaian, sistem yang memenuhi keperluan
pengguna dapat dihasilkan dalam keadaan bebas daripada ralat.
BAB 9
KESIMPULAN DAN CADANGAN
9.1
Pendahuluan
Sistem Maklumat Kawalan Kadaster ini telah dibangunkan secara atas talian
bagi mengurus data- data jaringan kawalan kadaster yang telah merujuk kepada
sistem koordinat homogen. Kajian ini merupakan satu projek pembentukan sistem
pangkalan data GIS untuk penyelenggaraan maklumat kawalan kadaster yang
digunakan dalam pengawalan kejituan di dalam ukur kadaster bagi menghadkan
selisih yang wujud dan mencegah dari terkumpul semasa pengukuran dijalankan.
Antara lain keperluan kawalan kadaster adalah ia dibangunkan untuk meningkatkan
kepadatan kawalan ukur kadaster sebagai tambahan kepada rangkaian kawalan ukur
sedia ada dan koordinat yang tepat membolehkan aplikasi data ukur digunakan
dengan meluas seperti di dalam penyediaan peta utiliti, pelan pembangunan dan
pemetaan berskala besar.
Sistem CCIS secara atas talian ini dibangunkan berdasarkan objektif-objektif
dan skop-skop yang telah digariskan. Bagi menentukan metodologi dan kaedah
kajian maka kajian kehendak pengguna telah dijalankan untuk mengenalpasti jenisjenis data yang terlibat, teknik capaian data dan persembahan maklumat yang sesuai
digunakan.
Berdasarkan faktor-faktor ini, proses metodologi diteruskan dengan
mereka bentuk skema konseptual, logikal dan fizikal pembentukan pangkalan data
CCIS. Selain itu, pembangunan sistem maklumat umum sebagai modul tambahan
191
juga telah dilakukan supaya menghasilkan satu antara muka pengguna yang baik,
berkesan dan bersesuaian dengan kehendak pengguna CCIS secara atas talian.
Bab ini seterusnya akan menyentuh beberapa aspek penting yang perlu
dibincangkan selepas perlaksanaan dan pengujian sistem iaitu kesimpulan terhadap
hasil kajian, kekangan yang dihadapi serta kelebihan dan kelemahan sistem. Selain
itu, alternatif dan cadangan bagi memperbaiki kelemahan sistem untuk membantu
serba sedikit kajian pada masa akan datang juga akan dibincangkan.
9.2
Hasil Kajian
Proses pembangunan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian
ini dilakukan dengan amat berhati-hati dengan perlaksanaan aktiviti kajian literatur,
perancangan kerja, reka bentuk awalan dan seterusnya melalui proses perlaksanaan
dan pengujian yang dilakukan dengan mengambil masa yang agak lama. Oleh itu,
diharap perlaksanaan dan pembangunan sistem ini dapat memberi kemudahan
kepada pengguna sistem dalam mendapatkan dan mencapai maklumat berkenaan
kawalan kadaster negeri Melaka iaitu lokasi yang terlibat dalam kajian ini. Selain
itu, pembangunan projek ini banyak memberi kebaikan dan pengalaman kepada
pembangun sendiri.
9.3
Kekangan Sistem
Kekangan sistem merupakan batasan atau ketidakfungsian sesuatu unit di
dalam sistem.
Kekangan adalah perkara yang biasa wujud dalam aktiviti
pembangunan sistem.
Bagi pembangunan sistem cadangan Sistem Maklumat
Kawalan Kadaster Secara Atas Talian ini, beberapa kekangan dan masalah yang
wujud semasa proses kajian dilakukan telah dikenalpasti.
kekangan yang timbul adalah :
Antara masalah dan
192
i.
Kekangan kemahiran/pengalaman pembangun.
Sistem cadangan yang bakal dibangunkan merupakan satu sistem
maklumat
berasaskan
sistem
maklumat
geografi.
Konsep
pembangunan sistem maklumat CCIS secara atas talian adalah agak
berlainan dengan sistem maklumat geografi yang biasa dibangunkan
kerana sistem ini turut melibatkan gabungan sistem maklumat umum.
Sistem maklumat umum ini telah dibangunkan menggunakan bahasa
pengaturcaraan PHP.
Proses untuk mempelajari bagaimana untuk
membuat aturcara dan memanipulasi kedua jenis sistem yang
digunakan untuk membangunkan sistem ini adalah memakan masa
yang panjang kerana penulis tidak mempunyai pengalaman dengan
perkara ini sebelum ini.
ii.
Kekangan perkakasan dan perisian.
Kekangan lain yang timbul adalah kemungkinan yang akan dihadapi
oleh penulis dalam menghasilkan sistem yang benar-benar dapat
memenuhi keperluan dan kehendak pengguna akhir.
Selain itu,
penulis juga kurang pasti pakej yang telah dipilih dari segi keperluan
perkakasan dan perisian adalah benar-benar stabil atau tidak. Map
server yang digunakan, ESRI ArcIMS 3.1 juga tidak menyokong
untuk pembangunan analisis GIS seperti analisis jaringan (network
analysis) dan memerlukan kuasa pengkomputeran yang tinggi untuk
memuaskan fungsi pemaparan disebabkan ia melibatkan penyimpanan
dan pemaparan data-data spatial yang besar.
9.4
Kelebihan Sistem
Secara keseluruhannya, sistem yang dibangunkan ini mempunyai beberapa
kelebihan yang telah dikenalpasti. Kelebihan utama sistem ini adalah keupayaannya
untuk membenarkan capaian maklumat spatial dan atribut kawalan kadaster bagi
lokasi kajian negeri Melaka secara interaktif.
193
Selain itu, teknologi GIS berasaskan internet yang digunakan juga
membolehkan pengurusan data dan seterusnya penyampaian maklumat dapat
dilakukan secara lebih efektif dengan bantuan peta interaktif. Melalui peta interaktif,
pengguna boleh menjelajah peta dengan bantuan fungsi-fungsi GIS yang disediakan
dalam peta. Ini bermakna sistem CCIS secara atas talian ini adalah bersifat userfriendly di mana menu-menu pemaparan maklumat yang mudah untuk kegunaan
pengguna telah disediakan. Antara lain kelebihan sistem ini adalah CCIS secara atas
talian berupaya mencari maklumat dengan mudah dan cepat tanpa melibatkan
banyak arahan yang rumit dan mengelirukan.
9.5
Kelemahan Sistem
Oleh kerana sistem yang dibangunkan adalah sistem yang berasaskan internet
maka, laman web sistem ini hanya boleh dicapai oleh pengguna yang mempunyai
kemudahan internet sahaja. Fungsi-fungsi yang disediakan pada laman web GIS
hanya terhad kepada fungsi-fungsi pemaparan dan pertanyan yang ringkas sahaja.
Fungsi-fungsi untuk analisis seperti analisis jaringan juga tidak dapat disediakan
dalam sistem ini.
9.6
Cadangan Pembaikan Sistem
Berdasarkan kekangan-kekangan, kelebihan-kelebihan dan kelemahan sistem,
beberapa cadangan pembaikan dicadangkan bagi meningkatkan kualiti Sistem
Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian pada masa akan datang. Antara
cadangan pembaikan yang dicadangkan adalah :
i.
Merangkumkan lapisan data yang lebih banyak supaya sistem yang
akan
dibangunkan
akan
menjadi
lebih
kompleks
dan
menggambarkan maklumat kawalan kadaster yang lebih banyak.
dapat
194
ii.
Maklumat - maklumat atribut untuk setiap lapisan boleh ditambah lagi
supaya lebih banyak maklumat yang berkaitan dapat dipaparkan selepas
pertanyaan terhadap maklumat spatial tersebut dijanakan.
iii.
Fungsi-fungsi pertanyaan boleh disediakan dengan pelbagai kriteria dan
diskopkan kepada pencarian yang lebih khusus supaya pengguna akan
memperolehi maklumat yang diingini denganm mudah.
iv.
9.7
Gabungjalinkan dengan sistem maklumat yang lain.
Ringkasan
Bab ini mengandungi kesimpulan yang diperolehi hasil daripada kajian yang
dijalankan serta perbincangan mengenai kelebihan dan kelemahan yang terdapat
dalam sistem cadangan yang akan dibangunkan.
Secara ringkasnya, proses
pembangunan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Secara Atas Talian perlu
dilaksanakan dengan teliti untuk memastikan sistem dapat dibangunkan seperti yang
diinginkan dan dapat memenuhi spesifikasi keperluan pengguna. Walaupun terdapat
beberapa kelemahan yang telah dikenalpasti, diharap berdasarkan cadangan
pembaikan yang dinyatakan akan dapat menghasilkan sistem yang lebih baik dan
berkualiti pada masa akan datang.
RUJUKAN
Abd. Majid A. Kadir, Kamaluddin Hj Omar, Kamaluddin Hj Taib dan Mohd Nor
Kamaruddin (1986). Map Projection Used for the National Mapping of
Peninsular Malaysia. Dept. of. Geod. Sci & Surv., The Ohio State
University, Columbus, USA. Term paper.
Abd Majid A. Kadir (1997). Toward The Implementation of Coordinated Cadastral
System For Malaysia : An Analysis of Results of A Pilot Study In The State of
Melaka. Kertas seminar.
Abdul Majid Mohamed, Chia Wee Tong dan Chan Hun Seok (1998). Cadastral
Reforms in Malaysia. FIG XXI Congress Proceeding, Commission 7.
Brighton.
Abd Majid A. Kadir, Ghazali Desa, Abdullah Hisham Omar (2000). Prinsip Dan
Amalan Maklumat Tanah. Fakulti Kejuruteraan Dan Sains Geoinformasi,
Universiti Teknologi Malaysia. Modul Pengajaran.
Abd Majid A. Kadir, Shahrum Ses dan Abdullah Hisam Omar (2002). Methodology
For The Development of National Digital Cadastral Database. Fakulti
Kejuruteraan & Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia. Report
Submitted to the Licensed Land Surveyors Board of Peninsular Malaysia.
Abdullah Hisam Omar (2001). Sistem Kadaster Berkoordinat : Sistem Penukaran
Pangkalan Data Automatik. Geoinformasi 2001. Pulau Pinang.
196
Abdullah Hisam Omar (2004). Development Of A Coordinated Cadastral System
For Peninsular Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Doktor
Falsafah.
Ang Tune Hoe (1999). Satu Kajian Kesesuaian Penggunaan GPS Dalam Ukur
Kadaster Di Semenanjung Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis
Sarjana.
Burrough PA (1986). Principles of Geographical Information System For Land
Resources Assessment. Clarendon Press. Oxford.5-6.
Dale (1992). International Conference On Cadastral Reform 1992. Oxford.
Clarendon Press.
DOLA. (1995). Digital Cadastral Database In Australia. The Australian Surveyor.
Technical Report. Vol 40, No. 3, pp 235- 224. Deakin. The Institute of
Surveyor Malaysia.
Ducker, K.J. and Kjerne D. (1989). Multipurpose Cadastre : Terms and Definitions.
7-8.
ESRI (2001). ArcIMS 3.1 : Mapping and GIS for the Internet. ESRI White Paper.
Gordon S.R and Gordon J.R (2003). Information System : A Management Approach.
Wiley, John & Sons, Incorporated.
JUPEM (1992). Pangkalan Data CAMS. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia,
Kuala Lumpur.
JUPEM (2001). Malaysia DCDB Out-Sourced Format. Jabatan Ukur dan Pemetaan
Malaysia, Kuala Lumpur.
197
Keng Ping Chang. (1997). The Design of a Web-based Geographical Information
System for Community Participant. Department of Geography : University of
Buffalo. Master Thesis.
Laudon, K. and Laudon, J. (2003). Management Information System. 8th edition.
Prentice Hall.
Lim Lee Won (2003). Pembangunan Sistem Maklumat Kawalan Kadaster Bagi
Menyokong Sistem Kadaster Berkoordinat Semenanjung Malaysia.
Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana.
Michael F. Worboys (2004). GIS : A Computing Perspective. 2nd edition. CRC
Press.
Nik Mohd Zain bin Hj. Nik Yusof (1997). The National Infrastructure for Land
Information System (LIS), Applying Information Technology to Improve the
Utilization of Land Data in Malaysia. FIG Commission 7 Symposium.
Ralph M. Stair and George W. Reynolds (1976). Information Systems. Englewood
Cliffs, NJ : Prentice – Hall.
Rhind DW (1989). Why GIS ? ARC News Summer. 28-29.
Samad Abu (2002). Definition and Realization of A Geocentric Datum For
Peninsular Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Doktor Falsafah.
Shelly G. B., Vermaat M. E. and Walker T. J. (1999). Discovering Computers 2000
: Concepts for a Connected World. International Thomson Publishing.
Stanley Aronoff (1989). Geographic Information Systems : A Management
Perspective. WDL Publications Ottawa, Canada.
198
Tan Say Kee (1997). Pelarasan Jaringan Kadaster Bersaiz Besar Untuk
Menampung Sistem Kadaster Berkoordinat. Universiti Teknologi Malaysia.
Tesis Sarjana.
Thompson and Ronald Lawrence (2000). Information Technology and Management.
McGraw- Hill.
Wan Abdul Aziz , Md Nor Kamaruddin , Mustafa Din Subari (1998). Unjuran Peta.
Fakulti Kejuruteraan dan Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia.
Monograf Edisi Kedua.
Whitten, Jeffrey L., Bently, dan Lonnie D. (1998). Systems Analysis And Design
Methods. Prentice Hall.
Williamson, I. and Hunter G. (1996a). The Establishment of a Coordinated Cadastre
For Victoria. Department of Geomatics, University of Melbourne,
Melbourne. A Report for the Office of Surveyor General and the Office of
Geographic Data Coordination Department of Treasury and Finance.
Williamson, I. (1996b). Coordinated Cadastre : A Key To Building Future GIS.
Information System For Success, Melbourne : Proceedings of the Regional
Conference On Managing Geographic. pp 60- 69.
Williamson I.P (1996c). Report for Geographic Policy and Coordination Victoria.
A Land Information Vision For Victoria.
Wong Yeak Kuan (1999). Pembangunan Pangkalan Data Sistem Makumat Tanah
(LIS) : Kawasan Kajian Sempadan Melaka- Johor. Fakulti Kejuruteraan
Geomatik, Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Wong Kok Siong (1999). Ke Arah Perlaksanaan Sistem Koordinat Kadaster
Homogen Untuk Semenanjung Malaysia . Universiti Teknologi Malaysia.
Tesis Sarjana.
199
Yik Khuan Wong (2002). Isu-Isu Pengintegrasian Pangkalan Data Ukur Kadaster
Dan Pangkalan Data Pemetaan Kebangsaan. Fakulti Kejuruteraan Dan
Sains Geoinformasi, Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
LAMPIRAN A
STESEN KAWALAN KADASTER NEGERI MELAKA
GPS Control
LAMPIRAN B
KONSEP MODEL CCS SEMENANJUNG MALAYSIA
LAMPIRAN C
STRUKTUR PERLAKSANAAN NALIS
Pengguna log on NaLIS
NaLIS menyediakan satu direktori
yang mengandungi maklumat
pangkalan data2 ABT yang berkaitan
(metadata).
Unit sokongan NaLIS
(NaLIS Clearinghouse)
NaLIS Gateway Server
(data warehousing).
Maklumat-maklumat daripada pangkalan
data ABT yang berkaitan dicapai oleh
pengguna.
LAMPIRAN D
ALIRAN KERJA PELAYAN - PELANGGAN
LAMPIRAN E
PROSES PEMBANGUNAN CCIS
LAMPIRAN F
KITARAN HIDUP CCIS
Kajian Kemungkinan
Pengumpulan Keperluan Dan
Analisis
Rekabentuk
Modul Percubaan
Perlaksanaan
Pengesahan
Dan Pengujian
CCIS
LAMPIRAN G
KERATAN ATUR CARA
Download