MEDIA PENERBITAN DAN PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI

advertisement
MEDIA PENERBITAN DAN PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI
BINA MALAYSIA: PENGAJARAN DARIPADA PERGERAKAN
ARTS AND CRAFTS DI BRITAIN DAN INSTITUSI DEUTSCHE
WERKBUND DI JERMAN
KAMARUL AFIZI BIN KOSMAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ***
JUDUL : MEDIA PENERBITAN DAN PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI BINA
MALAYSIA: PENGAJARAN DARIPADA PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS DI
BRITAIN DAN INSTITUSI DEUTSCHE WERKBUND DI JERMAN.
SESI PENGAJIAN : 2005/2006/2
Saya,
KAMARUL AFIZI BIN KOSMAN
mengaku membenarkan tesis * Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1.
2.
3.
4.
Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.
Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
Perpustakaan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran diantara institusi pengajian tinggi.
** sila tandakan ( )
SULIT
TERHAD
(Mengandungi matlumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972).
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan
oleh organisasi / bahan dimana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS)
(TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
457, JALAN CENDERAWASIH,
TAMAN PAROI JAYA, 70400
SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN.
Tarikh :
PROF. DR. MOHD. TAJUDDIN MOHD. RASDI
Nama Penyelia
Tarikh :
CATATAN : *
Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /
organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh kertas projek ini
perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
*** Tesis di maksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara
penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan,
atau Laporan Projek Sarjana Muda
“Saya/ Kami akui telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/
kami, karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan
penganugerahan ijazah Sarjana Muda/ Sarjana/ Doktor Falsafah
Seni Bina”
Tandatangan
:____________________________
Nama Penyelia I
: Prof. Dr. Mohd.Tajuddin Bin Mohd Rasdi
Tarikh
: ____________________________
Tandatangan
:____________________________
Nama Penyelia II
: Dr. Syed Ahmad Iskandar Bin Syed Ariffin
Tarikh
: ____________________________
i
MEDIA PENERBITAN DAN PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI BINA
MALAYSIA: PENGAJARAN DARIPADA PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS
DI BRITAIN DAN INSTITUSI DEUTSCHE WERKBUND DI JERMAN
KAMARUL AFIZI BIN KOSMAN
Tesis ini dikemukakan
sebagai memenuhi syarat penganugerahan
ijazah Sarjana Seni Bina
Fakulti Alam Bina
Universiti Teknologi Malaysia
MAC 2006
ii
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”
Tandatangan
:_____________________
Nama Penulis
: Kamarul Afizi Bin Kosman
No. Passport
: 760626-06-5423
Tarikh
:
iii
Dipersembahkan khas untuk isteri yang tercinta, Juliana Binti Seman serta permata
hati papa, Nur Kamalin Sofiya dan Mohammad
Arif Syahmi yang begitu memahami dan
membahagiakan ku selama ini …….
iv
PENGHARGAAN
Segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT, yang menggenggam apa yang
ada di langit dan apa yang ada di bumi serta dengan segala izin dan hidayah dariNya, maka Tesis ini dapat selesai sebagai mana mestinya. Selawat dan salam
semoga sentiasa tercurah kepada Rasulullah Muhammad SAW serta seluruh
keluarga, sahabat, dan orang-orang yang istiqamah di jalannya hingga akhir zaman.
Penghargaan, penghormatan dan ucapan terima kasih sebesar-besarnya saya
sampaikan kepada Prof. Dr Mohamad Tajuddin Mohd Rasdi atas segala bimbingan,
nasihat, arahan dan dorongannya dalam penyelesaian tesis ini.
Penghargaan, penghormatan dan ucapan terima kasih yang sama juga
ditujukan kepada Dr Syed Ahmad Iskandar Ariffin atas segala kritikan dan saranan
yang membangun selama proses penulisan tesis ini.
Ucapan terima sampaikan kepada tiga orang insan yang banyak berkorban
serta menjadi inspirasi utama kepadaku iaitu isteri tercinta Juliana Binti Seman dan
dua permata hati papa Nur Kamalin Sofiya.dan Mohammad Arif Syahmi.
v
Juga ucapan terima kasih kepada ahli keluarga yang telah banyak berkorban
dan menyumbang kepada pencapaian yang telah dikecapi olehku sehingga ke tahap
ini iaitu kedua-dua ibubapa tercinta, Kosman Bin Simin dan Allahyarhamah Zaitun
Binti Mat Derus, kedua-kedua nenda tercinta, Allahyarhamah Zainab Binti Mat
Derus dan Allahyarhamah Laminam Binti Noyo, ibu dan bapa saudara, Mohd Emran
Bin Abdullah dan Patunah Binti Simin serta bapa dan ibu mertua, Seman Bin Ismail
dan Nadzirah Binti Mohd Shah.
Ucapan terima kasih dan penghargaan juga sampaikan kepada tiga orang
rakan seperjuangan, Rosdan Abdul Manan, Nangkula Utaberta dan Mastor bin Surat
yang telah banyak membantu dengan memberikan pandangan yang kritis, dan
berdiskusi tentang hala tuju tesis ini.
Ucapan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Prof.Dr. Mohd Fauzi
Mohd Zain, Ketua Jabatan Seni Bina UKM yang telah banyak membantu khususnya
dalam urusan pelepasan cuti belajar, Dekan Fakulti Kejuruteraan, Prof. Ir. Dr.
Hassan Basri yang sentiasa bersikap terbuka dan banyak memberi dorongan, pihak
majikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan juga penaja sepanjang cuti belajar ini
iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada pihak-pihak yang banyak
membantu alam urusan mencari maklumat, Institut Alam Dan Tamadun Melayu
(ATMA), Pusat Sumber NST, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Perpustakaan Negara
dan Karangkraf Sdn Bhd.
vi
Ucapan terima kasih disampaikan kepada rakan seperjuangan di UKM, Nik
Lukman, Abdul Halim, Izi dan Rasdan yang telah menjadi teman diskusi dan tempat
bertukar cerita bagi penulis.
Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada kakitangan pentadbiran di
JPA, Pendaftar UKM, Pejabat Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Jabatan Seni Bina
yang banyak membantu dalam melancarkan urusan teknikal sepanjang tempoh cuti
belajar ini
Ucapan terima kasih juga penulis sampaikan kepada pelbagai pihak yang
telah membantu selama proses penghasilan tesis ini, semoga Allah membalas
kebaikan hati anda semua dan menaungi dengan rahmat-Nya.
vii
ABSTRAK
Krisis identiti seni bina yang wujud di Malaysia sejak empat dekad yang lalu
telah mengundang pelbagai kritikan dan pandangan daripada tokoh-tokoh seni
bina di negara ini. Walau bagaimanapun, kebanyakan pandangan yang
diutarakan oleh tokoh-tokoh tersebut hanya berkisar di sekitar permasalahan reka
bentuk sahaja manakala permasalahan dari sudut perlaksanaannya begitu jarang
diperkatakan. Permasalahan dalam penyebaran idea identiti seni bina melalui
kaedah penerbitan di Malaysia dilihat sebagai salah satu daripada masalah
perlaksanaan yang menjadi punca kepada wujudnya krisis identiti seni bina
tersebut di mana idea-idea yang diutarakan oleh pendokong gagasan tersebut
tidak diterima dan dihayati di peringkat akar umbi. Kajian terhadap penerbitan
buku, majalah dan akhbar yang membincangkan mengenai isu seni bina
Malaysia sejak empat dekad yang lalu telah dilaksanakan dengan tujuan untuk
melihat sejauh mana wujudnya permasalahan dalam penyebaran idea identiti
seni bina di Malaysia melalui medium-medium tersebut. Secara umumnya,
perlaksanaan tesis ini berdasarkan kaedah kritikan sejarah yang mana penilaian
serta cadangan terhadap penyelesaian masalah penerbitan identiti seni bina
Malaysia tersebut dibuat berdasarkan nilai penyebaran idea yang dilaksanakan
oleh dua pergerakan seni bina terdahulu yang wujud di Eropah iaitu Pergerakan
Arts and Crafts di Britain dan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman.
viii
ABSTRACT
The crisis of an architectural identity which occurred in Malaysia since the
last four decades have attracted several criticism and opinions from architectural
notaries in this country. Despite many opinions by these individuals, most of the
discussions about architectural identity has only revolved around design
problems while the problems of the execution of these ideas is rarely revealed.
The problems with idea dissemination pertaining to architectural identity through
publication methods in Malaysia has been seen as one of the execution problems
which contribute to the causes of the crisis in architectural identity. The problem
comes when ideas from the prime movers of the discourse are not received by
the general public. The purpose of this research is to identify the kinds of
Malaysian architectural issues as discussed in the publication of books,
magazines and newspapers and to find out how far the problems in
dissemination of ideas about a national identity in Malaysian architecture has
occurred through those particular mediums. Generally, the method of research
used in this thesis rely on the historical methodology. The publication
frameworks as derived from two important movers of modern architecture in
Europe; the Arts and Crafts Movement in Britain and Deutsche Werkbund
Institution in German, are used as the evaluation parameters in this study.
ix
KANDUNGAN
BAB
PERKARA
JUDUL
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
1
MUKASURAT
vii
viii
ix
PENGENALAN
1.0 Pendahuluan
1
1.1 Kenyataan Masalah
5
1.2
Matlamat Kajian
11
1.3
Methodologi dan Skop Penyelidikan
12
1.4
Struktur Kajian
14
1.5
Rumusan
18
x
2
BEBERAPA PENDEKATAN DALAM PENULISAN DAN
PENERBITAN ISU IDENTITI SENI BINA DI MALAYSIA
2.0
Pendahuluan
20
2.1
Perbincangan Mengenai Permasalahan Identiti Seni Bina
21
Dari Sudut Pendekatan Reka Bentuk
2.2
Perbincangan Mengenai Permasalahan Identiti
27
Seni Bina Dari Sudut Kaedah Perlaksanaannya
2.3
Pendekatan yang Menjadi Idea Teras Kepada
32
Tesis Ini
2.4
3
Rumusan
33
PENGERTIAN IDENTITI DALAM SENI BINA, PERMASALAHAN
SERTA PERANAN MASYARAKAT DALAM PEMBANGUNAN NYA DI MALAYSIA
3.0. Pendahuluan
34
3.1 Definisi Seni Bina
35
3.2 Perkembangan Seni Bina Di Malaysia Menjelang
39
Era-Pasca Merdeka
3.3 Penerapan Ciri-ciri Identiti Nasional Terhadap
41
Seni Bina di Malaysia
3.4 Definisi Identiti Seni Bina Nasional
43
3.5 Krisis Identiti Seni Bina Di Malaysia
46
3.6 Sebab Dan Bentuk Krisis Identiti Seni Bina yang Wujud
48
Di Malaysia.
xi
3.6.1 Kekeliruan Terhadap Ciri Asas Kepada
48
Pembangunan Identiti Nasional.
3.6.2 Pemahaman yang Sempit Terhadap
52
Keperluan Identiti Di dalam Seni Bina
3.7 Kesan Buruk Daripada Krisis Identiti Seni Bina
54
Terhadap Masyarakat di Malaysia
3.7.1 Kelonggaran Ikatan Komuniti di Kawasan Bandar
55
3.7.2 Ancaman Terhadap Aspek Keselamatan Masyarakat
58
3.7.3 Deraan Emosi Masyarakat Yang Berpanjangan.
62
3.7.4 Pemisahan Nilai Moral Dan Etika Dalam Kehidupan
65
Masyarakat
3.7.5. Penurunan Kualiti Kesihatan Masyarakat
69
3.6.6. Ancaman Kehabisan Sumber Tenaga Dan
71
Kepincangan Ekonomi Masyarakat Pada Masa Hadapan.
3.8. Identiti Seni Bina Bukan Hanya Terbina Oleh Gaya Rupa
74
Sahaja
3.9. Perubahan Gaya Hidup Masyarakat Sebagai Penaung Baru
76
Dalam Pembinaan Identiti Seni Bina di Malaysia
3.10. Perlunya Kajian Lanjut Terhadap LanjurTahap Kefahaman
80
Dan Penglibatan Masyarakat Dalam Pembangunan Identiti Seni
Bina di Malaysia Sejak Empat Dekad yang Lalu.
3.11 Rumusan
81
xii
4
PENYEBARAN IDEA MELALUI PENERBITAN SEBAGAI SALAH
SATU LANGKAH MENARIK PENGLIBATAN MASYARAKAT
DALAM PEMBANGUNAN IDENTITI SENI BINA DI MALAYSIA
4.0.
Pendahuluan
82
4.1
Kepentingan Masyarakat Dalam Pembangunan
83
Identiti Seni Bina di Malaysia
4.2
Permasalahan Mengenai Kurangnya Pemahaman
87
Masyarakat Terhadap Isu Identiti Seni Bina di Malaysia.
4.3
Perlunya Usaha Penyebaran Idea Identiti Seni Bina Kepada
89
Masyarakat di Malaysia.
4.4.
Penerbitan Buku, Majalah Dan Akhbar Merupakan Antara
92
Kaedah Penyebaran Idea yang Berkesan Kepada Masyarakat.
4.5.
Pendapat Bahawa Penerbitan Buku, Majalah Dan Akhbar
95
Adalah Kaedah Penyebaran Idea Terbaik Kepada Masyarakat
Mengenai Isu Identiti Seni Bina di Malaysia.
4.6
5
Rumusan
96
PERANAN PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS DI BRITAIN DAN
INSTITUSI DEUTSCHE WERKBUND DI JERMAN DALAM
PEMBANGUNAN IDENTITI SENI BINA PADA AKHIR KURUN
KE
–19 DAN AWAL KURUN KE - 20
5.0
Pendahuluan
97
xiii
5.1
5.2
Kewujudan Pergerakan Arts and Crafts di Britain
99
5.1.1 Revolusi Terhadap Reka Bentuk Seni Bina
100
5.1.2 Revolusi Terhadap Reka Bentuk Produk Perindustrian
104
Ideologi Awal yang Membawa Kepada Kelahiran
106
Pergerakan Arts and Crafts di Britain
5.3
Pembentukan Kumpulan Kerja (Guild) Sebagai
109
Tunjang Kepada Perlaksanaan Aktiviti Dan
Perkembangan Pergerakan Arts and Crafts.
5.4
Kaedah Penyebaran Idea Oleh Pemimpin Pergerakan
114
Arts and Crafts.
5.4.1 Penyebaran Idea Melalui Bidang Penerbitan
115
5.4.2 Penyebaran Idea Melalui Aktiviti ‘Guild’.
116
5.4.3 Penyebaran Idea Melalui Perubahan
119
Kurikulum Pendidikan.
5.5
Penubuhan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman
120
5.6
Proses Revolusi Terhadap Rekabentuk Oleh Institusi
122
Deutsche Werkbund.
5.7
Ideologi Awal yang Membawa Kepada Kelahiran
127
Institusi Deutsche Werkbund.
5.8
Kaedah Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund
129
5.8.1 Penggunaan Kaedah Penerbitan Sebagai Medium
131
Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund.
5.8.2 Penggunaan Kaedah Pameran Sebagai Medium
Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund.
132
xiv
5.8.3 Mesyuarat Tahunan Sebagai Medium Penyebaran
133
Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund.
5.8.4 Penggunaan Agen Reformasi Sebagai Medium
134
Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutscher
Werkbund.
5.8.5 Rombakan Kurikulum Pembelajaran Seni Sebagai
135
Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche
Werkbund.
5.9
6
Rumusan.
136
PROSES PENYEBARAN IDEA MELALUI KAEDAH PENERBITAN
KEPADA MASYARAKAT OLEH PERGERAKAN ARTS AND
CRAFTS DAN INSTITUSI DEUTSCHE WERKBUND
6.0
Pendahuluan
138
6.1
139
Kaedah Penyebaran Idea kepada Masyarakat yang
Dilaksanakan Oleh Pergerakan Arts and Crafts
di Britain.
6.2
Kaedah Penerbitan Buku Sebagai Medium Penyebaran
140
Idea Kepada Masyarakat Oleh Pergerakan Arts and Crafts.
6.3
Kaedah Penerbitan Jurnal Dan Majalah Sebagai Medium
147
Penyebaran Idea Kepada Masyarakat Oleh Pergerakan
Arts and Crafts.
6.4
Kemajuan Bidang Percetakan Sebagai Pemangkin Kepada
Kepesatan Penyebaran Idea Melalui Penerbitan Oleh
150
xv
Pergerakan Arts and Crafts.
6.5
Program Penyebaran Idea Kepada Masyarakat oleh
152
Institusi Deutsche Werkbund.
6.6
Peranan Penerbitan Risalah Sebagai Medium Penyebaran
153
Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund.
6.7
Peranan Penerbitan Buku Sebagai Medium Penyebaran
154
Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund.
6.8
Peranan Penerbitan Jurnal, Buku Panduan Produk dan
159
Surat Berita Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh
Institusi Deutsche Werkbund.
6.9
Beberapa Persamaan Nilai yang Dilaksanakan Oleh
162
Pergerakan Arts and Crafts Dan Institusi Deutsche Werkbund
Dalam Aktiviti Penyebaran Idea Melalui Penerbitan.
6.9.1 Penglibatan Menyeluruh Para Tokoh Dan
163
Penggerak Dalam Penghasilan Penerbitan.
6.9.2
Kewujudan Unsur-unsur Kemasyarakatan Dalam
164
Penerbitan.
6.9.3
Wujudnya Penerbitan Khusus Terhadap Penulisan
165
yang Dihasilkan.
6.10
7
Rumusan
167
PERMASALAHAN PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI BINA
MELALUI KAEDAH PENERBITAN DI MALAYSIA MENJELANG
ERA PASCA-MERDEKA
7.0
Pendahuluan
169
7.1
Aspek yang Menjadi Landasan Terhadap Perdebatan
170
xvi
Mengenai Permasalahan Penyebaran Idea Identiti Seni
Bina di Malaysia Melalui Penerbitan .
7.1.1
Medium Penerbitan yang Terlibat Dalam Kajian.
171
7.1.2
Kaedah Analisis Terhadap Medium Penerbitan
171
yang Terlibat Dalam Kajian.
7.2
Kajian Terhadap Tahap Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam
174
Penerbitan Isu Seni Bina di Malaysia.
7.2.1
Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam
175
Penerbitan Buku Seni Bina di Malaysia.
7.2.2
Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam
178
Penerbitan Isu Seni Bina di Akhbar.
7.2.3
Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam
180
Penerbitan Isu Seni Bina Dalam Majalah Popular
di Malaysia.
7.2.4
Kesan Daripada Kurangnya Penglibatan
184
Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Isu Seni Bina
di Malaysia.
7.3
Kajian Terhadap Tahap Perbincangan Aspek
189
Kemasyarakatan di Dalam Penerbitan Isu Seni Bina
di Malaysia .
7.3.1
Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan
190
Kemasyarakatan Dalam Penerbitan Buku Seni Bina
di Malaysia .
7.3.2
Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan
Kemasyarakatan Dalam Penerbitan Isu Seni Bina
192
xvii
di Majalah Seni Bina.
7.3.3 Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan
194
Kemasyarakatan Dalam Akhbar di Malaysia
7.3.4 Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan
196
Kemasyarakatan di Dalam Majalah Dewan Budaya.
7.4.5
Kesan Daripada Kurangnya Perbincangan Isu Seni
197
Bina Dan Kemasyarakatan Dalam Penerbitan
Seni Bina di Malaysia.
7.4 Tiadanya Penerbitan Khusus Dalam Penyebaran Isu
199
Identiti Seni Bina di Malaysia.
7.5 Rumusan.
8
200
BEBERAPA CADANGAN TERHADAP PERLAKSANAAN
AKTIVITI PENYEBARAN IDEA IDENTITI SENI BINA DI
MALAYSIA PADA MASA AKAN DATANG
8.0
Pendahuluan
202
8.1
Perlunya Kerjasama Pelbagai Pihak Dalam Usaha
203
Meningkatkan Penghasilkan Penerbitan Seni Bina di
Malaysia pada Masa Akan Datang.
8.1.1
Peranan Ahli Akademik Dan Profesional Seni Bina
204
Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan
Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.
8.1.2
Peranan Badan Profesional Seni Bina Dalam Usaha
206
xviii
Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni Bina
di Malaysia Pada Masa Akan Datang.
8.1.3
Peranan Pusat Pengajian Tinggi Dalam Usaha
208
Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni Bina
Di Malaysia Pada Masa Akan Datang.
8.1.4
Peranan Badan Bebas Mengenai Seni Bina Dalam
209
Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni
Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.
8.1.5
Peranan Pihak Kerajaan Dalam Usaha Meningkatkan
213
Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada
Masa Akan Datang.
8.1.6
Peranan Pihak Swasta Dan Badan Korporat Dalam
214
Usaha Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni
Bina Di Malaysia Pada Masa Akan Datang.
8.2
Langkah Untuk Meningkatkan Perbincangan Mengenai
215
Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Dalam Penerbitan
Seni Bina di Malaysia.
8.2.1
Peranan Ahli Akademik Dan Profesional Seni Bina
Dalam Meningkatkan Penghasilan Penerbitan
Berkaitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Di
Malaysia.
215
xix
8.2.2
Peranan Individu Dari Luar Bidang Seni Bina
217
Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan
Penerbitan Berkaitan Isu Seni Bina Dan
Kemasyarakatan di Malaysia.
8.2.3
Peranan Institusi Pengajian Tinggi Dalam Usaha
217
Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Berkaitan
Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di Malaysia.
8.2.4
Peranan Badan Profesional Seni Bina Dalam Usaha
218
Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Berkaitan
Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Di Malaysia.
8.2.5
Peranan Badan Bebas Atau Pusat Penyelidikan
219
Seni Bina Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan
Penerbitan Berkaitan Isu Seni Bina Dan
Kemasyarakatan Di Malaysia.
8.2.6
Peranan Pihak Kerajaan Dalam Usaha
220
Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Berkaitan
Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Di Malaysia.
8.3
Perlunya Wujud Saluran Khas Dalam Penyebaran Idea
221
Identiti Seni Bina Melalui Penerbitan di Malaysia.
8.3.1
Peranan Ahli Akademik Dan Profesional Seni
221
Bina Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas
Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina
di Malaysia Pada Masa Akan Datang.
8.3.2
Peranan Individu Dari Luar Bidang Seni Bina
Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap
222
xx
Penyebaran Idea Identiti Seni Bina Di Malaysia
Pada Masa Akan Datang.
8.3.3
Peranan Badan Profesional Seni Bina Dalam
223
Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap
Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia
Pada Masa Akan Datang.
8.3.4
Peranan Badan Bebas Dan Pusat Kajian Seni Bina
224
Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap
Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia
Pada Masa Akan Datang.
8.3.5
Peranan Badan Kerajaan Dalam Usaha Mewujudkan
225
Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni
Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.
8.3.6
Peranan Pihak Swasta Dan Badan Korporat Dalam
226
Usaha Mewujudkan Saluran Khas Terhadap
Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia
Pada Masa Akan Datang.
8.4
9
Rumusan.
227
KESIMPULAN
9.0
Pendahuluan
228
9.1
Cadangan Kajian Lanjutan
229
9.1.1 Cadangan Kajian Mengenai Tahap Pemahaman
230
Masyarakat Awam Terhadap Identiti Seni Bina
xxi
Di Malaysia.
9.1.2
Cadangan Kajian Mengenai Usaha Penyebaran
231
Idea Identiti Seni Bina Nasional Oleh Para Pelopor
Gagasan Tersebut Pada Era 70-an Dan 80-an.
9.1.3
Cadangan Kajian Terhadap Persepsi Ahli Akademik
231
Dan Profesional Seni Bina Mengenai Kepentingan
Penglibatan Masyarakat Dalam Usaha Pembangunan
Identiti Seni Bina Di Malaysia.
9.2
Rumusan
SENARAI RUJUKAN UTAMA
SENARAI RUJUKAN UMUM
DAFTAR BACAAN
232
I
XV
XLVI
SENARAI LAMPIRAN
Lampiran A : Antara Hasil Penerbitan Oleh Tokoh
LII
Dan Ahli Pergerakan Arts and Crafts
Lampiran B: Senarai Penerbitan Buku Seni Bina
LIII
di Malaysia (1957 – 2004).
Lampiran C : Pembabitan Tokoh, Ahli Profesional
Dan Akademik Seni Bina Malaysia Dalam
Penerbitan Isu Seni Bina
LIV
xxii
di Akhbar (1963 – 2004).
Lampiran D : Senarai Penerbitan Isu Seni Bina Malaysia
LVI
di Dalam Majalah Dewan Budaya
(1979 – 2003) Mengikut Kategori.
Lampiran E : Senarai Penerbitan Isu Seni Bina Malaysia
di Dalam Akhbar (1963 – 2005) Mengikut
Kategori
LVIII
xxiii
SENARAI GAMBARAJAH
NO GAMBARAJAH
3.0
TAJUK
MUKASURAT
Rumah Kington Loo merupakan antara reka bentuk
40
seni bina moden terawal di Malaysia menjelang era
pasca-merdeka.
3.1
Masjid Negara, antara seni bina terawal yang mengetengah
42
kan ciri-ciri identiti seni bina nasional di Malaysia.
3.2
Reka bentuk podium Ibu Pejabat BBMB (Sekarang ini
51
diambil alih oleh Bank Muamalat) di Kuala Lumpur
yang mengetengahkan ciri- ciri rekabentuk revivalisme
seni bina Melayu.
3.3
Walaupun telah lebih empat dekad merdeka, rekabentuk skim
53
perumahan awam di negara ini masih lagi di takuk lama tanpa
sebarang usaha untuk menjadikannya semakin baik serta
mengambil kira unsur kemanusiaan dalam reka bentuknya.
3.4
Kawasan jalan yang sunyi dan luas di kawasan perumahan Seksyen
58
11 Petaling Jaya ini merupakan tempat yang sering berlaku kejadian
jenayah seperti ragut dan ugut.
3.5
Tipologi rumah pangsa yang diambil daripada reka bentuk
bangunan pejabat pejabat bukan sahaja mendatangkan suasana
yang tidak selesa kepada penghuninya tetapi juga
mengancam aspek keselamatan terhadap kanak-kanak.
59
xxiv
3.6
Ketiadaan kawasan permainan yang khusus untuk kanak-kanak
60
ataupun perletakan taman permainan yang terlalu jauh daripada
blok kediaman mengakibatkan kanak-kanak menjadikan koridor
sebagai kawasan permainan mereka.
3.7
Tiadanya ciri-ciri keselamatan di perkarangan sekolah telah
62
mengundang bahaya murid-murid termasuk risiko dilanggar
oleh kenderaan yang melalui kawasan tersebut.
3.8
Suasana di dalam rumah pangsa Sri Selangor, Jalan San Peng,
64
Kuala Lumpur yang hanya mempunyai satu bilik. Gambar di
sebelah kanan pula menunjukkan suasana luaran rumah
pangsa satu bilik di Razak Mansion, Salak Selatan.
3.9
Reka bentuk kebanyakan Masjid di Malaysia pada hari ini yang
68
mengambil contoh tipologi masjid dari Timur Tengah dan Turki.
3.10
Rekabentuk pusat membeli belah Sunway Pyramid dianggap
69
menghina sebuah agama yang dianggap suci oleh pengikutnya
suatu ketika dahulu.
3.11
Reka bentuk kebanyakan menara pejabat di Malaysia yang
72
berdindingkan kaca tanpa sebarang penghadang sinaran matahari.
3.12
Budaya hidup seharian masyarakat menjadi teras kepada identiti
75
seni bina tradisional Melayu pada masa dahulu.
3.13
Penubuhan pusat komuniti di Batu 11, Cheras telah mendatangkan
79
banyak manfaat kepada segenap lapisan masyarakat di sekitarnya.
5.0
‘The Red House’ yang direkabentuk oleh Philip Web pada tahun
1859 dianggap sebagai hasil seni bina moden pertama di dunia.
100
xxv
5.1
Rumah penginapan paderi St. Saviour’s yang direka bentuk
102
oleh William Butterfield di Coalpit Heath, Avon pada tahun
1844 - 45.
5.2
Reka bentuk kediaman oleh Norman Shaw pada tahun 1868.
103
Kelihatan corong asap dibesarkan dan menjadi elemen
dominan pada bangunan tersebut.
5.3
Trellis wallpaper ( 1862) dan ‘Sussex’ chair ( 1865), merupakan
104
antara rekabentuk produk yang dihasilkan oleh Firma Morris & Co.
5.4
Pending dan pengacip oleh Alexander Fisher yang
105
menggabungkan unsur Timur dan Barat di dalam reka bentuknya.
5.5
‘Medieval Court’ di Great Exibition pada tahun 1851. Pameran
108
tersebut mendapat kritikan keras daripada Pugin kerana
memaparkan produk reka bentuk yang bersifat peniruan
semula dari zaman sebelumnya.
5.6
Botol menyimpan wain yang mempunyai pemegang dan
113
penutup perak, direkabentuk oleh C.R. Ashbee pada tahun 1904
merupakan antara produk yang dihasilkan oleh Guild of
Handicraft.
5.7
Ruang pameran Century Guild dalam Liverpool Exibition yang
118
diadakan pada tahun 1886.
5.8
Penglibatan ahli-ahli dari Institusi Deutsche Werkbund
124
dalam rekabentuk produk perindustrian juga melibatkan
penghasilan produk dari industri berat seperti lokomotif .
5.9
Reka bentuk Kilang AEG Turbine di Berlin pada 1909
oleh Peter Behren merupakan antara pengiktirafan
terbesar pihak industri terhadap kemampuan pereka bentuk
125
xxvi
yang bernaung di bawah payung Institusi Deutsche Werkbund..
5.10 Reka bentuk rumah teres oleh J.J.P.Oud di
126
Weissenhofsiedlung, Stuttgart, 1927.
5.12
Tiga orang pengasas utama Institusi Deutcher Werkbund.
128
Dari Kiri : Hermann Muthesius (1861-1927), Friederich
Naumann (1860-1919), Henry van de Velde (1863 – 1957)
6.0
Reka bentuk kulit hadapan jurnal The Hobby Horse pada
148
tahun 1886.
6.1
Reka bentuk muka pertama buku The Nature Of Gothic
oleh John Ruskin yang dicetak oleh Kelmscott Press pada
tahun 1892.
151
xxvii
SENARAI CARTA
NO CARTA
TAJUK
MUKASURAT
1.0
Struktur Tesis
19
5.0
Kaedah Penyebaran Idea Oleh Pergerakan Arts and Crafts
114
5.1
Kaedah Penyebaran Idea yang dilaksanakan Oleh
130
Institusi Deutsche Werkbund.
6.0
Kaedah Penyebaran Idea Melalui Penerbitan Oleh
140
Pergerakan Arts and Crafts
6.1
Kaedah Penyebaran Idea Melalui Penerbitan Oleh
152
Institusi Deutsche Werkbund.
6.2
Tiga Persamaan Nilai Dalam Penyebaran Idea Melalui
162
Penerbitan Oleh Pergerakan Arts and Crafts Dan
Institusi Deutsche Werkbund.
7.0
Pecahan Peratusan Penerbitan Buku Seni Bina (1957-2004)
191
di Malaysia Mengikut Kategori.
7.1
Pecahan Peratusan Penerbitan Isu Seni Bina di Dalam
193
Majalah Seni Bina (1957 -2004) di Malaysia Mengikut
Kategori.
7.2
Pecahan Peratusan Penerbitan Isu Seni Bina di Dalam
Akhbar (1963-2005) di Malaysia Mengikut Kategori.
195
xxviii
7.3
Pecahan Peratusan Penerbitan Isu Seni Bina di Dalam
Majalah Dewan Budaya (1979 -2003) Mengikut
Kategori.
196
1
BAB SATU
PENGENALAN
1.0
Pendahuluan
Usaha ke arah merealisasikan kelahiran identiti seni bina nasional di Malaysia telah
bermula sejak negara ini baru mencapai kemerdekaan lagi. Di bawah pimpinan Tunku
Abdul Rahman Putra Al Haj,1 ianya telah mula diperkatakan secara sepintas lalu di dalam
“kongres kebudayaan kebangsaan” yang dianjurkan pada penghujung 1957. Pada tahun
1971 pula, di bawah kelolaan Kementerian Kebudayaan, Belia Dan Sukan, sebuah
kongres yang hampir serupa telah diadakan sebagai kesinambungan terhadap usaha
1
Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama apabila mula
mencapai kemerdekaan daripada penjajahan British pada 31 Ogos 1957. Sebagai penghormatan terhadap
usaha yang telah dilaksanakan oleh beliau bagi mendapatkan kemerdekaan secara aman daripada British,
maka Tunku Abdul Rahman telah digelar sebagai ‘Bapa Kemerdekaan Malaysia’.
2
mengembangkan wacana identiti seni bina nasional yang telah dicanangkan sebelum itu.2
Walaupun tampuk pemerintahan negara telah bertukar ganti, namun agenda ke arah
merealisasikan identiti seni bina nasional tetap diteruskan. Pada tanggal 20 hingga 21
Januari 1981, bertempat di Kuala Lumpur, sebuah seminar yang bertajuk ‘Ke arah
Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina’ telah dilangsungkan. Seminar yang melibatkan
penyertaan 125 orang peserta dari perbagai profesyen yang mempunyai pertalian dengan
bidang seni bina seperti akitek, jurutera, juru ukur bahan, artis, ahli akedemik, aktivis
sosial dan sebagainya, sekali lagi telah memperlihatkan komitmen kerajaan di dalam
menjayakan matlamat mewujudkan identiti seni bina tersebut.3 Timbalan Perdana
Menteri Malaysia pada ketika itu, Datuk Seri Dr. Mahathir Muhammad dalam ucapan
perasmiannya sekali lagi menegaskan kepentingan identiti seni bina nasional kepada
negara :
“ Biasanya bagi sesebuah negara, identitinya boleh dikenal apabila kita melihat
bandar dan kampung di negara itu buat kali pertamanya. Ada sahaja bentuk
istimewa yang boleh dikenalkan sebagai kebudayaan bangsa dan negara itu. Seni
bina bukan sahaja memberi bentuk yang mudah dikenal tetapi menunjuk juga
nilai dan pencapaian negara itu dalam tamadunnya”.4
Seiring dengan saranan pucuk pimpinan negara ke arah merealisasikan kelahiran
identiti seni bina nasional, wacana seni bina negara turut berkembang dengan kehadiran
semakin ramai pemikir, akitek dan karyawan yang bertindak sebagai penyumbang utama
idea-idea baru seni bina serta komen agar wacana tersebut menjadi semakin sempurna
2
Noor Azam Shairi (17 Julai 2000). Sambutan 80 tahun Persatuan Akitek Malaysia (PAM) : Identiti Seni
Bina Negara. Utusan Malaysia. ( koleksi keratan akhbar di Pusat Sumber NSTP dan tidak dinyatakan dari
halaman mana ianya diperolehi).
3
Laporan Seminar (20 – 23 Januari 1981). Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina,
Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia, Kuala Lumpur . Jilid I.
4
Ucapan Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir semasa merasmikan seminar “Ke arah
Mewujudkan Identiti Seni Bina Nasional” Di Hotel Merlin, Kuala Lumpur pada 20 Januari 1981, jam 9.30
pagi. Dalam: Laporan Seminar (20 – 23 Januari 1981). Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni
Bina, Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia, Kuala Lumpur . Jilid I. Lampiran C. Hlmn 1.
3
dan matang. Idea-idea seni bina yang telah dibangunkan tersebut kemudiannya telah
disebarkan ke peringkat akar umbi dan masyarakat umum melalui media cetak seperti
majalah PETA, Majallah Akitek (kemudiannya dikenali sebagai Majalah Akitek), kertas
kerja seminar, surat khabar dan sebagainya. Persatuan Akitek Malaysia (PAM) juga
memainkan peranan yang tidak kurang pentingnya dalam mengembangkan lagi wacana
identiti seni bina nasional dengan menganjurkan seminar, dialog, pertandingan dan
penyelidikan seni bina dari masa ke semasa. Pada tahun 1983 misalnya, telah
berlangsung majlis wacana seni bina oleh PAM, khusus dalam mencari jawapan terhadap
persoalan identiti seni bina Malaysia dan ianya diikuti dengan eksperimen reka bentuk
yang berani melibatkan penyertaan beberapa buah pusat pengajian tinggi tempatan seperti
ITM, UTM dan MIT dari Boston dalam mengkaji kawasan segi tiga emas di Kuala
Lumpur.5
Di pihak akitek, saranan daripada pucuk pimpinan negara dan pemikir seni bina ke
arah mewujudkan identiti seni bina nasional telah disambut dengan hati yang terbuka.
Pelbagai eksperimentasi telah dibuat, daripada rumah persendirian hinggalah kepada
bangunan pencakar langit. Begitu juga dengan pendekatan reka bentuk, pelbagai
pendekatan reka bentuk telah diketengahkan sama ada dari sudut perancangan ruang,
penggunaan gaya rupa atau butiran seni bina telah dilaksanakan dengan harapan ianya
akan dapat menjawab persoalan identiti seni bina yang dicita-citakan. Usaha tersebut
diperakui oleh salah seorang tokoh seni bina iaitu Datuk Ikmal Hisham Albakri6 di dalam
temuramah oleh Majalah Akitek pada 1993 yang berbunyi :
“Our approach to the design Masjid Negara was definitely a departure from the
normally acceptance perspective of adeptly the traditional Islamic architecture
5
Yeang, Ken ( December 1987). The Third Decade After Independence 1978 – 1987: Accelerated growth
and the slowing down . In : Chan Chee Yong. ed. Post-Merdeka Architecture : Malaysia 1957-1987,
Pertubuhan Akitek Malaysia. Hlmn 27.
6
Datuk Ikmal Hisham Albakri merupakan antara arkitek Melayu terawal di Malaysia dan telah
memberikan sumbangan yang sangat besar terhadap bidang praktis seni bina khususnya dalam
pembangunan teknologi pembinaan bangunan di negara ini. Beliau juga merupakan presiden pertama
Persatuan Arkitek Malaysia (PAM) pada tahun 1967 dan melalui firmanya iaitu Kumpulan Arkitek yang
ditubuhkan pada tahun 1964, beliau telah memberikan sumbangan besar ke arah merealisasikan identiti
seni bina kebangsaan melalui reka bentuk seni bina seperti bangunan Perpustakaan Negara, Ibu Pejabat
Bank Bumiputra dan Hotel Hyatt di Kuantan. Penulisan selepas ini tidak akan memasukkan gelaran Datuk
seperti yang tertera di hadapan nama beliau sebelum ini.
4
style of Middle East. We set with a conceptual approach based on three main
objectives :
a) It must reflect its function as an Islamic religious building prayer
b) There must also a need for building to have a NATIONAL ( Malayan)
character or IDENTITY.
c) At the same time , it must be contemporary in appearance”.7
Walau bagaimanapun, selepas empat dekad usaha mewujudkan identiti seni bina
Malaysia dilaksanakan, ianya dikatakan masih belum mencapai matlamatnya. Pelbagai
komen dan kritikan daripada beberapa orang pemikir serta tokoh seni bina di negara ini
telah diketengahkan berhubung dengan beberapa permasalahan dalam perlaksanaannya.
Antara kritikan yang diketengahkan ialah tentang hasil eksperimentasi reka bentuk yang
tidak berkembang dan tidak mencerminkan pemahaman yang mendalam oleh
kebanyakan pereka bentuk atau akitek akan maksud sebenar identiti seni bina tersebut.
Berikut merupakan antara kritikan yang diketengahkan oleh beberapa orang pemikir dan
tokoh seni bina tentang permasahan dalam mewujudkan identiti seni bina di Malaysia :
“ Kebanyakan bangunan penting menggunakan rumah tradisi Melayu sebagai
contoh. Elemen seperti bumbung, alang dan tiang serta dinding dibesarkan secara
terjemahan langsung tetapi menggunakan bahan moden. Dari segi intelektual
ianya memberikan gambaran ketamadunan Melayu seakan-akan ketandusan idea
dan juga bersifat regresif”.8
“ Masjid-masjid kita sekarang seperti yang ada di Asia Tengah dan negara Arab.
Kenapa kita mesti melihat contoh di negara orang sedangkan kita pernah
7
Ikmal Hisham Albakri (Mar/Apr 1993). PAM Gold Medal Address (Part I) . Majallah Akitek. Vol 5. No
2. Hlmn 53.
8
Mohd Tajuddin Rasdi (2001). Kepincangan Pendekatan Revivalisme. Majalah Akitek. Vol 13, No2.
5
membina sebuah masjid kontemporari yang boleh dibanggakan iaitu Masjid
Negara”. 9
Penggunaan gaya rupa berunsur revivalisme dan tidak mempunyai kaitan dengan
dengan warisan seni bina di negara ini merupakan antara sebahagian daripada
permasalahan identiti yang telah dibangkitkan oleh tokoh-tokoh seni bina di negara ini.
Peniruan secara langsung ciri-ciri seni bina tradisional Melayu ke dalam reka bentuk seni
bina moden yang sama sekali berbeza dari sudut fungsi, saiz, penggunaan bahan dan
tahap teknologi semasa misalnya, telah menimbulkan pelbagai persoalan khususnya
berkaitan dengan peranan seni bina sebagai medium yang memaparkan semangat
sezaman. Walaupun penggunaan elemen tradisi sedemikian bukanlah menjadi satu
kesalahan dari segi pandangan masyarakat umum, namun ciri sesebuah seni bina yang
sentiasa progresif seiring keperluan semasa masyarakat dan persekitaran seharusnya
diperhalusi oleh penggiat seni bina di negara ini dalam usaha mengetengahkan identiti
nasional melaluinya.
1.1
Kenyataan Masalah
Pengaruh yang besar daripada masyarakat sebagai golongan pengguna atau penaung
terhadap sesuatu hasil seni bina, mampu memberi kesan positif terhadap kewujudan
identiti seni bina di sesuatu negara. Suasana sedemikian dapat diwujudkan seandainya
mereka dididik dengan baik mengenai isu tersebut. Walau bagaimanapun, dalam
memperkatakan mengenai penglibatan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina
di Malaysia, ada pendapat yang menyatakan terdapat kesukaran di pihak masyarakat
untuk melaksanakannya disebabkan kurangnya pemahaman mereka mengenai bidang
seni bina. Permasalahan tersebut telah diutarakan oleh W.Y. Chin10 yang mana menurut
beliau, kurangnya pemahaman di pihak masyarakat mengenai asas seni bina telah
9
Hijjas Kasturi (Ahad 27 Julai 2003). Rencana : Penghinaan Membakar Semangat. Mingguan Malaysia.
Hlmn 36.
10
W.Y Chin merupakan seorang akitek dan perancang bandar berdaftar. Sewaktu kenyataan tersebut
dikeluarkan (1981), W.Y Chin merupakan Presiden Persatuan Akitek Malaysia (PAM).
6
menyukarkan mereka untuk memahami aspek yang lebih kompleks mengenai identiti
seni bina nasional:
“ Whilst appreciating all the sentiments expressed in support for the above
identity issue, it is equally true that there exist presently in the minds of the
public, a lack of the general knowledge and understanding on the basic subject
matter of architecture itself, least to mention the more sophisticated aspect
concerning the national identity sectors”.11
Permasalahan dalam penyebaran idea seni bina kepada masyarakat dikatakan antara
faktor yang menyumbang kepada kurangnya pemahaman masyarakat mengenai bidang
seni bina khususnya berkaitan dengan isu pembangunan identiti seni bina tersebut.
Penulisan oleh Ahmad Nizam Radzi12 misalnya, telah mendedahkan permasalahan
penyebaran idea melalui penerbitan sebagai salah satu punca penyalah tafsiran atau
kurangnya pemahaman masyarakat mengenai bidang seni bina di negara ini. Di dalam
penulisan tersebut, beliau dengan tegas menyatakan bahawa penyalah-gunaan perkataan
seni bina di dalam media massa telah menyebabkan pemahaman masyarakat mengenai
maksud seni bina hanya terhad kepada gaya rupa bangunan sahaja:
“ The words ‘architecture’ had been abused and misused by the mass media and
the public so much so that, to the most of them ‘architecture’ has been reduced to
nothing more than ‘building style”. 13
11
W.Y. Chin (1981). Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek
Malaysia. Hlmn 19.
12
Ahmad Nizam Radzi merupakan akitek yang banyak memberikan pandangan yang bernas mengenai
dunia seni bina di negara ini melalui beberapa penulisan artikel di dalam Majalah Akitek sekitar era 80-an.
13
Ahmad Nizam Radzi (1987). Strong Stuff, Weak Presentation : A Personal view of the Post-Merdeka
Architecture Exibition. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 2&3. Hlmn 31.
7
Kewujudan permasalahan dalam penyebaran idea identiti seni bina kepada
masyarakat secara tidak langsung mampu menjadi penghalang kepada wujudnya
kesinambungan di antara peringkat pembangunan idea, proses eksperimentasi dan juga
respon dari pihak ketiga iaitu masyarakat umum dalam proses pembangunan identiti seni
bina di Malaysia. Keberkesanan proses penyebaran idea ke peringkat akar umbi sebagai
salah satu faktor yang memainkan peranan yang penting terhadap kejayaan atau
kegagalan dalam perjuangan sesuatu agenda juga dikatakan bersifat universal kerana
ianya bukan hanya melibatkan bidang seni bina sahaja tetapi juga melibatkan bidangbidang yang lain seperti politik, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya. Dalam bidang
ekonomi misalnya, pandangan daripada beberapa ketua pegawai eksekutif syarikat dari
seluruh dunia telah menunjukkan bahawa betapa pentingnya proses penyebaran idea ke
peringkat akar umbi terhadap kemajuan syarikat yang mereka terajui :
The model for Luksic business success is one of NETWORK and INFORMATION
FLOW, at many different levels: “ We’ve built a powerful NETWORK of
PEOPLE and companies uncovering new business opportunities and constantly
learning about markets. The VALUE of our NETWORK depends on how EASILY
information flow”.14
“Knowledge transfers” can’t be just at the top of the organization: “Personal
assistants used to be gatekeepers. They’d put you in your office and decide who
was worthy to come see you. But a personal assistant in our new organization is a
KNOWLEDGE TRANSFERS. It’s their job to make sure EVERYONE who’s
associated with particular issue HAS the KNOWLEDGE they need to do their
job”.15
14
Guilarmo Luksic and Luksic Group: Chile (2000). Build Socially Literate Relationship. In: Rosen,
Robert., Digh, Patricia., Singer, Marshall. and Philips, Carl. ed. Global Literacies : The Twenty – First
Centuries Leadership Competency, Simon & Shuster. Hlmn 132.
15
E.T. ‘Ted’ Kunkel and Foster’s Brewing Group: Australia (2000). Leverage Knowledge For Competitive
Advantage In: Rosen, Robert., Digh, Patricia., Singer, Marshall. and Philips, Carl. ed. Global Literacies :
The Twenty – First Centuries Leadership Competency, Simon & Shuster. Hlmn 150.
8
Kajian terhadap permasalahan penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat di
Malaysia difokuskan hanya kepada bidang penerbitan yang terdiri daripada buku,
majalah dan akhbar di mana ianya berperanan sebagai salah satu medium penyebaran
idea tersebut. Oleh kerana peranan yang dimainkan oleh bidang penerbitan sebagai
medium penyebaran idea kepada masyarakat begitu meluas meliputi masyarakat dalam
bidang seni bina serta awam, kajian terhadapnya dibahagikan kepada dua kategori iaitu
penerbitan isu-isu identiti seni bina Malaysia di dalam penerbitan khas seni bina yang
terdiri daripada buku serta majalah seni bina dan penerbitan isu-isu identiti seni bina di
dalam penerbitan popular seperti surat khabar dan majalah umum. Dalam membina asas
kritikan serta cadangan mengenai penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan di
Malaysia, pendekatan yang akan digunakan ialah dengan mengambil pengajaran daripada
pencapaian tokoh atau organisasi seni bina lampau yang memperjuangkan isu tersebut. Di
Eropah misalnya, usaha memartabatkan identiti seni bina nasional di negara-negara
seperti Britain dan Jerman telahpun wujud pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20.
Terdapat dua pergerakan seni bina yang memainkan peranan penting bagi menjayakan
agenda tersebut iaitu Pergerakan Arts and Crafts16 di Britain dan Institusi Deutsche
Werkbund17 di Jerman. Perlaksanaan rangka kerja yang tersusun oleh kedua-dua
pergerakan tersebut dalam usaha merealisasikan kelahiran identiti nasional dalam seni
dan seni bina di nagara-masing masing, telah menyaksikan kejayaan yang besar diraih
mereka bukan sahaja di peringkat nasional tetapi juga menjangkau kedua-dua belah
Lautan Atlantik.
16
Pergerakan Arts and Crafts diasaskan oleh pakar teori, arkitek dan pereka bentuk di Victoria, Britain
pada pertengahan kurun ke-19. Tujuan penubuhannya ialah untuk menyediakan suatu kod alternatif bagi
menangani kerakusan sektor industri di negara tersebut dan membentuk suasana harmoni dalam
penghasilan produk. Selain daripada itu, pemimpin pergerakan tersebut juga menekankan unsur-unsur
individualisme dalam penghasilan produk, penghasilan produk dengan menggunakan tangan berbanding
dengan penggunaan mesin seperti sebelumnya dan menilai semula penggunaan bahan dalam reka bentuk
yang dihasilkan. Penulisan selepas ini tidak akan menggunakan huruf italic pada perkataan “Arts and
Crafts”.
17
Institusi Deutsche Werkbund ditubuhkan di Munich, Jerman dalam suatu mesyuarat yang diadakan pada
5 dan 6 Oktober 1907 oleh lebih 100 orang artis, usahawan dan pencinta seni. Penubuhannya merupakan
suatu respon tegas terhadap kepesatan sektor industri dan permodenan Jerman yang dianggap sebagai
mengancam budaya nasional negara tersebut. Matlamat utama penubuhan institusi tersebut ialah untuk
membina semula keruntuhan moral dan estatika dalam budaya hidup masyarakat Jerman pada masa itu
berdasarkan pendekatan seni dan kraf. Penulisan selepas ini tidak akan menggunakan huruf italic pada
perkataan “Deutsche Werkbund”.
9
Dalam memperkatakan mengenai Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche
Werkbund, satu perkara yang menarik mengenai kedua-dua pergerakan tersebut ialah
wujudnya kesinambungan dalam perjuangan dan kaedah perlaksanaan aktiviti mereka.
Penubuhan Pergerakan Arts and Crafts di Britain telah bermula lima puluh tahun lebih
awal daripada Institusi Deutsche Werkbund di Jerman dan telah mengasaskan beberapa
falsafah dan kaedah perlaksanaan dalam usaha mencapai matlamat perjuangannya. Pada
penghujung kurun ke-19, kerajaan Jerman telah menghantar Hermann Muthesius18 untuk
mengkaji perlaksanaan aktiviti dan falsafah Pergerakan Arts and Crafts di Britain dengan
harapan beberapa pendekatan oleh pergerakan tersebut dapat diaplikasikan dalam konteks
pembangunan negara Jerman. Pada 1907, Institusi Deutsche Werkbund telah ditubuhkan
di Berlin dan Hermann Muthesius merupakan antara pengasas utamanya. Kajian terhadap
Pergerakan Arts and Crafts selama 6 tahun ternyata memberi pengaruh yang cukup besar
terhadap Muthesius dalam merangka kurikulum dan perlaksanaan aktiviti Institusi
Deutsche Werkbund. Perkara tersebut telah dibangkitkan oleh Julius Posener di dalam
penulisannya yang mana menurut beliau beberapa falsafah utama Pergerakan Arts and
Crafts seperti menentang penghasilan produk yang tidak berkualiti untuk kegunaan
masyarakat menjadi pegangan utama oleh Werkbund :
“ When it was founded in 1907, the Werkbund Still retained much of the spirit of
the English Art and Craft Movement : the protest against commercialism
expressed by Morris and his followers such as Robert Ashbee or, as Morris stated
in unmistakably clear term, against capitalism which forces people to use object
of inferior quality and even worse, to produce thing that are shoddy and often
useless”.19
18
Hermann Muthesius merupakan pencetus utama idea penubuhan Institusi Deutsche Werkbund. Bertugas
sebagai kakitangan kerajaan di Kementerian Perdagangan Prussia, beliau pernah dihantar ke England
selama enam tahun (1896-1903) bagi melakukan kajian terhadap aktiviti Pergerakan Arts and Crafts serta
potensinya untuk diaplikasikan dalam konteks negara Jerman. Pada peringkat awal penubuhan Werkbund,
beliau merupakan individu yang bertanggungjawap merangka kurikulum asas institusi tersebut
berlandaskan pengajaran yang diperolehi dari Pergerakan Arts and Crafts.
19
Posener, Julius ( 1979). Between Art and Industry The Deutscher Werkbund . In: Burchardt, Lucius,
translated by Sanders, Pearl.. ed. The Werkbund : Studies In The History And Ideology Of The Deutscher
Werkbund 1907 – 1933’, The Design Council . Hlmn 7.
10
Kesinambungan yang ditunjukkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi
Deutsche Werkbund dalam pembangunan identiti nasional dalam seni dan seni bina pada
masa dan tempat yang berbeza memberikan satu mesej yang menarik bahawa sesetengah
elemen yang menjadi tunjang kepada kejayaan perlaksanaan sesuatu agenda, sesuai
dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Selain mempunyai kesinambungan
dari sudut falsafah perjuangan, beberapa strategi dalam perlaksanaan aktiviti oleh keduadua pergerakan tersebut juga mempunyai persamaan di antara satu sama lain. Salah satu
daripada strategi tersebut ialah kaedah penyebaran idea kepada masyarakat yang mana
bidang penerbitan telah memainkan peranan penting dalam usaha penyebaran idea keduadua pergerakan tersebut kepada masyarakatnya. Jika Pergerakan Arts and Crafts
menggunakan penerbitan buku dan jurnal sebagai medium penyebaran idea kepada
masyarakatnya, Institusi Deutsche Werkbund pula telah menggunakan risalah dalam
penyebaran propagandanya dan apabila institusi tersebut telah berkembang dan
mempunyai ramai ahli, kaedah penyebaran ideanya dilakukan dengan cara yang berbeza
iaitu melalui penjualan buku tahunan serta media massa.20 Justeru, di dalam kajian ini,
beberapa strategi penyebaran idea melalui penerbitan oleh kedua-dua pergerakan tersebut
akan dijadikan asas kritikan dan pengajaran terhadap proses penyebaran idea identiti seni
bina melalui penerbitan di Malaysia.
1.2
Matlamat Kajian
Matlamat utama kajian ini ialah untuk mengupas permasalahan dalam penyebaran
idea identiti seni bina melalui penerbitan di Malaysia yang dikatakan sebagai salah satu
faktor penyumbang kepada wujudnya krisis identiti seni bina di negara ini sejak empat
dekad yang lalu. Kaedah yang digunakan dalam mengupas permasalahan penerbitan
serta cadangan perlaksanaannya di masa hadapan adalah berdasarkan nilai penyebaran
20
Davey, Peter ( 1980). Art And Craft Architecture : The Search for Earthly Paradise’. Architectural Press :
London; Cumming, Elizebeth. Kaplan,Wendy ( 1995). The Art And Craft , Thames and Hudson ;
Burchardt, Lucius, translated by Sanders, Pearl( 1979). The Werkbund : Studies In The History And
Ideology Of The Deutcher Werkbund 1907 – 1933. The Design Council ; Cambell, Joan ( 1976). The
German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts. Princeton University Press.
11
idea yang dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche
Werkbund kepada masyarakatnya.
Kajian ini juga diharapkan dapat membuka salah satu jalan ke arah penyelidikan
yang lebih mendalam mengenai punca dan kaedah penyelesaian terhadap permasalahan
penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu. Jika selama
ini kebanyakan kajian atau penulisan daripada ahli akademik dan profesional seni bina di
Malaysia hanya tertumpu kepada permasalahan dalam pendekatan reka bentuk, dengan
adanya kajian ini diharapkan ahli akademik dan profesional seni bina akan mengalih
perhatian mereka terhadap permasalahan pokok mengenai kaedah perlaksanaan aktiviti
ke arah mewujudkan identiti seni bina tersebut.
Dalam perbincangan mengenai identiti seni bina nasional, antara perkara yang sering
dibangkitkan oleh penggiat seni bina di negara ini ialah penolakan gaya rupa atau
pengaruh asing khususnya gaya rupa seni bina moden daripada agenda pembangunan
identiti seni bina tersebut. Permasalahan ketiadaan identiti oleh gaya rupa seni bina
moden telah mewujudkan persepsi negatif dikalangan penggerak identiti seni bina
Malaysia bahawa ianya merupakan antara punca krisis identiti di negara ini. Pengajaran
yang diambil dari Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund telah
menunjukkan keadaan sebaliknya yang mana seni bina moden tidak harus dilihat dari
sudut penghasilan gaya rupa sahaja tetapi apa yang lebih penting ialah mempelajari
kaedah perlaksanaan ke arah penghasilan gaya rupa tersebut. Justeru, satu lagi matlamat
kajian ini ialah untuk membentuk satu persepsi positif di kalangan masyarakat seni bina
di negara ini bahawa pengajaran daripada seni bina moden bukan hanya terdiri daripada
reka bentuk sahaja tetapi apa yang lebih penting ialah kaedah perlaksanaan oleh
penggeraknya.
1.3 Metodologi dan Skop Penyelidikan
Methodologi kajian ini berupa sebuah analisa kandungan atau ‘Content Analysis’
terhadap sumber penulisan berhubungan dengan isu-isu dan idea-idea yang menjadi
batasan daripada pembahasan kajian ini.
12
Sumber-sumber penulisan yang menjadi rujukan dalam kajian ini terdiri
daripada :
1.
Buku, majalah dan keratan akhbar yang membahaskan tentang isu identiti seni
bina Malaysia sejak 1957 hingga awal era 2000.
2.
Buku, artikel, jurnal, manuskrip dan majalah yang membahaskan tentang gerakan
seni bina Moden, Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund.
3.
Rakaman dan nota-nota persembahan, seminar, perbincangan dan syarahan umum
tentang Identiti Seni Bina Malaysia dan Moden.
Skop penyelidikan ini hanya akan memfokus kepada permasalahan dalam penyebaran
idea identiti seni bina melalui penerbitan di Malaysia. Bahan penerbitan yang terpilih
untuk kajian pula hanya terhad kepada penulisan dalam bahasa Melaya dan bahasa
Inggeris sahaja. Kritikan serta cadangan terhadap permasalahan tersebut adalah
berlandaskan tiga nilai penyebaran idea yang dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and
Crafts di Britain dan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman iaitu penglibatan pelbagai
pihak dalam penghasilan penerbitan, penerbitan yang menekankan isu seni bina dan
kemasyarakatan dan wujud penerbitan khas dalam mengetengahakan isu identiti seni
bina. Dalam kajian terhadap permasalahan penerbitan isu-isu identiti seni bina di
Malaysia, sampel kajian terdiri daripada 674 penerbitan mengenai isu tersebut sejak
tahun 1957 hingga awal era 2000 dan ianya dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu
:
Penerbitan Khusus Bidang Seni Bina di Malaysia
1. Buku – kritikan seni bina, identiti, sejarah seni bina, seni bina tradisional, teknologi
seni bina, grafik seni bina dan teknikal seni bina (66 buah).
3. Majalah – PETA, Majallah Akitek dan Architecture Malaysia (46 artikel).
13
Isu Seni Bina di Dalam Penerbitan Popular di Malaysia
1. Keratan akhbar – Utusan Malaysia, Berita Harian, NST, The STAR, Malay Mail,
Kosmo! (400 artikel).
2. Majalah – Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya (162 artikel).
Dalam melakukan kajian mengenai sejarah dan perkembangan Pergerakan Arts and
Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund, empat buah buku yang membincangkan
mengenai kedua-dua pergerakan tersebut dijadikan sebagai rujukan utama. Buku pertama
yang terlibat dalam kajian ini ialah Art and Craft Architecture : The Search for Earthly
Paradise karya Peter Davey dan diterbitkan oleh Architectural Press : London (1980).
Ianya merupakan buku sejarah pertama mengenai Pergerakan Arts and Crafts yang
dihasilkan secara lengkap dan menyeluruh. Mengandungi 16 bab, penulisan buku tersebut
merangkumi sejarah pembentukan awal pergerakan tersebut dari peringkat pembangunan
idea oleh tokoh-tokoh seperti AW.N. Pugin, John Ruskin dan William Morris kepada
perlaksanaan aktiviti melalui penubuhan Guild dan proses reformasi terhadap reka bentuk
oleh ahli-ahlinya.
Buku kedua yang dijadikan rujukan pula ialah The Art and Craft Movement karya
Elizebeth Cumming dan Wendy Kaplan dan diterbitkan oleh Thames and Hudson (1995).
Ianya merupakan sebuah lagi buku yang memaparkan secara lengkap mengenai sejarah
dan perkembangan Pergerakan Arts and Crafts. Selain memaparkan penulisan yang lebih
tersusun dan ringkas, buku ini juga mengetengahkan beberapa topik yang tidak
diterangkan secara terperinci dalam penulisan sebelumnya seperti proses pembelajaran
oleh ahli Pergerakan Arts and Crafts yang melibatkan pemindahan teknologi dari luar
negara.
Dalam melakukan kajian mengenai Institusi Deutsche Werkbund pula, dua buah buku
yang memaparkan sejarah dan perkembangan institusi tersebut dijadikan sebagai bahan
rujukan utama. Buku ketiga yang terlibat dalam kajian ini ialah The German Werkbund :
The Politics of Reform in the Applied Arts karya Joan Cambell dan diterbitkan oleh
Princeton University Press (1976). Buku yang memaparkan sejarah dan perkembangan
lengkap Institusi Deutsche Werkbund daripada peringkat pembangunan idea, penubuhan,
14
perkembangan ideologi, zaman kegemilangan serta kejatuhannya merupakan sumber
penulisan kedua (secondary resource) mengenai institusi tersebut. Penulisan buku ini
juga dianggap sebagai himpunanan utama dari puluhan penulisan mengenai sejarah dan
perkembangan Werkbund yang hampir keseluruhannya dihasilkan dalam bahasa Jerman.
Buku yang keempat terlibat dalam kajian ini pula ialah The Werkbund : Studies In The
History And Ideology Of The Deutsche Werkbund 1907 – 1933 karya Lucius
Burchardt, diterjemahkan oleh Pearl Sanders dan terbitkan oleh The Design Council
(1979). Buku yang menghimpunkan penulisan artikel dari beberapa orang penulis seperti
Julius Posener, Hanro-Walter Kruft, Goerd Peschken dan Tilmann Heinisch tersebut
memaparkan sejarah dan perkembangan ideologi Werkbund pada sebelum dan selepas
perang dunia pertama. Antara perkara yang menarik tentang buku ini ialah mengenai
perkembangan institusi tersebut yang dipecahkan kepada tiga peringkat yang mana pada
setiap peringkat perkembangannya akan melibatkan perubahan dari segi ideologi dan
pendekatan dalam perlaksanaan aktivitinya.
Di akhir kajian mengenai Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche
Werkbund, satu kesimpulan mengenai persamaan nilai dalam penyebaran idea kepada
masyarakat oleh kedua-dua pergerakan tersebut akan dilaksanakan. Persamaan nilai
dalam penyebaran idea melalui penerbitan kepada masyarakat oleh kedua-dua pergerakan
tersebut kemudiannya dijadikan asas terhadap kritikan dan cadangan strategi penyebaran
idea identiti seni bina kepada masyarakat di Malaysia pada masa akan datang.
1.4
Struktur Kajian
Penulisan kajian ini terdiri daripada sembilan bab yang mana bab pertama merupakan
pendahuluan kajian yang akan membincangkan tentang latar belakang, masalah, tujuan
penulisan, methodologi dan skop pembahasan serta struktur penulisan daripada kajian ini.
Bab dua pula membincangkan mengenai beberapa pendekatan dalam kajian dan
penulisan oleh penggiat serta tokoh seni bina mengenai isu identiti seni bina di Malaysia.
Secara umumnya terdapat dua pendekatan utama dalam kajian dan penulisan isu identiti
seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu iaitu pandangan terhadap
15
permasalahan identiti seni bina dari sudut pendekatan reka bentuk dan pandangan
terhadap permasalahan tersebut dari sudut perlaksanaan aktivitinya. Kajian mengenai
beberapa pendekatan dalam kajian yang telah dilaksanakan tersebut bertujuan untuk
mengenal pasti kedudukan tesis ini.
Penulisan bab tiga pula bertujuan untuk menjelaskan pendirian tesis ini berhubung
dengan maksud identiti seni bina nasional dan peranan yang harus dimainkan oleh
masyarakat dalam pembangunannya. Pada peringkat awal penulisan bab ini, ianya
megetengahkan pandangan tokoh seni bina dari dalam dan luar negara mengenai maksud
identiti seni bina nasional, seterusnya ianya memaparkan permasalahan semasa dan
peranan yang harus dimainkan oleh masyarakat dalam agenda pembangunan identiti seni
bina nasional pada masa akan datang. Dalam membicarakan mengenai permasalahan
semasa yang dihadapi masyarakat akibat daripada krisis identiti seni bina nasional, isuisu seperti keselesaan, keselamatan kanak-kanak, komuniti dan privasi antara yang
diketengahkan. Pembangunan identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu
yang melihat kepada aspek gaya rupa dan bangunan tertentu sahaja menyebabkan
beberapa sektor seni bina yang memainkan peranan penting terhadap pembangunan
sahsiah masyarakat seperti perumahan moden dan sekolah tidak diberi perhatian.
Akibatnya, masyarakat sebagai pengguna utama kepada produk seni bina tersebut telah
menjadi mangsa kepada krisis identiti seni bina yang berlaku di mana permasalahan
seperti ketidak-selesaan, jenayah, kemalangan yang menimpa kanak-kanak dan
sebagainya terpaksa dihadapi oleh mereka. Dalam usaha mengatasi permasalahan
tersebut, penulisan bab ini telah mengetengahkan pendapat bahawa elemen
kemasyarakatan perlu dijadikan teras kepada pembinaan identiti seni bina di Malaysia
pada masa akan datang dan masyarakat juga perlu memainkan peranan yang penting
dalam pembangunan identiti seni bina tersebut.
Penulisan bab empat merupakan kesinambungan kepada perbincangan dari bab tiga
yang mana masyarakat perlu memainkan peranan yang penting dalam agenda
pembangunan identiti seni bina di negara ini. Walau bagaimanapun, antara permasalahan
utama yang dihadapi oleh masyarakat umum di Malaysia ialah kurangnya pengetahuan
mereka mengenai bidang seni bina khususnya berkaitan dengan isu identiti seni bina
nasional. Bagi mengatasi permasalahan tersebut, para pelopor dan penggerak identiti seni
16
bina di negara ini perlu melaksanakan aktiviti penyebaran idea kepada masyarakat dan
berdasarkan beberapa pendapat bukan sahaja dari bidang seni bina tetapi juga meliputi
bidang-bidang yang lain, kaedah penyebaran idea melalui penerbitan dilihat sebagai
antara yang paling sesuai digunakan. Persoalan yang seterusnya ialah mengenai arah tuju
proses penyebaran idea melalui penerbitan yang bakal dilaksanakan yang mana pada
akhir penulisan bab ini, satu cadangan telah dikemukakan agar kejayaan mana-mana
tokoh atau pergerakan seni bina di masa lampau dalam melaksanakan program
penyebaran idea mereka boleh dijadikan pengajaran.
Penulisan bab lima merupakan pengenalan terhadap dua buah pergerakan seni bina
yang telah menunjukkan kejayaan yang mengkagumkan bukan sahaja dalam pembinaan
identiti seni bina nasional tetapi juga dalam perlaksanaan aktiviti penyebaran idea kepada
masyarakatnya iaitu Pergerakan Arts and Crafts di Britain dan Institusi Deutsche
Werkbund di Jerman. Antara perkara yang disentuh dalam penulisan bab ini ialah
mengenai sejarah dan perkembangan kedua pergerakan tersebut, tokoh-tokoh yang
menjadi pelopor serta bentuk revolusi reka bentuk yang telah dilaksanakan oleh keduaduanya. Selain daripada itu, beberapa bentuk penyebaran idea kepada masyarakat oleh
kedua-dua pergerakan tersebut telah diketengahkan termasuk juga kaedah penyebaran
idea melalui penerbitan.
Penulisan bab enam pula mengetengahkan kajian yang lebih terperinci mengenai
kaedah penyebaran idea melalui penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi
Deutsche Werkbund. Walaupun sesetengah kaedah penyebaran idea tersebut telah
diketengahkan dalam penulisan bab lima, namun dalam penulisan bab ini, huraian yang
lebih lanjut mengenainya telah dilaksanakan. Di akhir penulisan bab ini, satu kesimpulan
telah dibuat yang mana terdapat banyak persamaan nilai yang dilaksanakan oleh keduadua pergerakan tersebut dalam aktiviti penyebaran idea mereka kepada masyarakat.
Walau bagaimanapun, bagi tujuan pengajaran terhadap proses penyebaran idea identiti
kepada masyarakat di Malaysia pada masa akan datang, penulisan bab ini telah
menggaris tiga nilai utama yang menjadi kunci kejayaan aktiviti penyebaran idea oleh
kedua-dua pergerakan tersebut iaitu penglibatan menyeluruh daripada tokoh dan
penggerak dalam penghasilan penerbitan, wujudnya penerbitan yang menyentuh isu seni
bina dan kemasyarakatan dan kewujudan medium penyebaran idea khas kepada penulisan
17
yang dihasilkan. Tiga nilai penyebaran idea yang telah dipraktikkan oleh Pergerakan Arts
and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund merupakan sesuatu yang berpotensi untuk
dilaksanakan dalam konteks penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa
akan datang. Walau bagaimanapun, penulisan bab ini berpendapat bahawa kajian lanjut
mengenai permasalahan penerbitan isu seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu
perlu dilaksanakan berdasarkan tiga nilai penyebaran idea yang telah digariskan tersebut.
Penulisan bab tujuh telah mengetengahkan kajian lanjut mengenai permasalahan
penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu berdasarkan
tiga nilai penyebaran idea yang telah dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan
Institusi Deutsche Werkbund. Ianya melibatkan kajian terhadap 674 sampel penerbitan
isu seni bina yang terdiri daripada buku,artikel di majalah dan keratan akhbar sejak tahun
1957 hingga awal era 2000. Hasil daripada kajian yang dilaksanakan, apa yang dapat
disimpulkan ialah tiga nilai penyebaran idea yang dipraktikkan oleh Pergerakan Arts and
Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund tidak dilaksanakan secara meluas atau
bersistematik dalam proses penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan di
Malaysia sejak empat dekad yang lalu. Justeru, penulisan bab ini mencadangkan agar
strategi penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan di Malaysia pada masa akan
datang perlu berlandaskan tiga nilai penyebaran idea yang dipraktikkan oleh Pergerakan
Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund tersebut.
Penulisan bab lapan mengetengahkan beberapa cadangan terhadap kaedah
penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang berdasarkan tiga
nilai penyebaran idea yang dipraktikkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi
Deutsche Werkbund. Selain mengetengahkan cadangan mengenai strategi penyebaran
idea, peranan yang seharusnya dimainkan oleh pelbagai pihak dalam menjayakannya juga
telah diketengahkan. Selain mengharapkan penyertaan aktif pelbagai pihak yang telah
sedia wujud dalam menjayakan perlaksanaan aktiviti penyebaran idea tersebut, penulisan
bab ini juga turut mencadangkan penubuhan Pusat Kajian Seni Bina Malaysia yang mana
ianya akan memainkan peranan yang lebih khusus sebagai penyelaras dan pemangkin
kepada perlaksanaan penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan
datang.
18
Bab sembilan merupakan kesimpulan terhadap tesis ini. Perkara utama yang
dipertekankan dalam penulisan bab tersebut ialah tesis ini bukanlah satu-satunya jawapan
terhadap permasalahan dalam penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat di
Malaysia. Justeru, tiga kajian lanjutan telah dicadangkan agar dapat dilaksanakan pada
masa hadapan. Dengan terlaksananya kajian lanjutan tersebut, ianya bukan sahaja dapat
mengetengahkan beberapa permasalahan baru berkaitan dengan usaha penyebaran idea
identiti seni bina kepada masyarakat tetapi juga beberapa strategi baru terhadap usaha
penyebaran idea tersebut pada masa akan datang dapat diketengahkan.
1.5
Rumusan
Kajian ini cuba mengupas permasalahan dalam penyebaran idea kepada masyarakat
sebagai salah satu punca kepada kesukaran mewujudkan identiti seni bina di Malaysia
setelah lebih empat dekad ianya dilancarkan. Tiadanya kesinambungan di antara idea
identiti seni bina yang dicetuskan oleh para pemikirnya dengan masyarakat yang
berperanan sebagai pengguna atau penaung kepada sesuatu hasil seni bina menyebabkan
agenda tersebut tidak berkembang dan menjadi isu elit di kalangan ahli seni bina sahaja.
Permasalahan penyebaran idea seni bina ke peringkat akar umbi dilihat sebagai salah satu
penyebab tiadanya kesinambungan idea tersebut dan bidang penerbitan yang mempunyai
peranan serta pengaruh besar dalam menyebarkan sesuatu idea kepada masyarakat dipilih
sebagai bahan kajian. Kajian terhadap permasalahan penyebaran idea identiti seni bina
kepada masyarakat melalui penerbitan di Malaysia dilaksanakan terhadap 674 sampel
penerbitan seni bina yang dihasilkan sejak 1957 hingga awal era 2000. Dalam membina
asas kritikan dan cadangan terhadap permasalahan penyebaran idea identiti seni bina
melalui penerbitan di Malaysia, nilai penyebaran idea melalui penerbitan oleh Pergerakan
Arts and Crafts di Britain dan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman, dipilih sebagai
bahan rujukan utama.
19
Penyebaran idea identiti
seni bina melalui
penerbitan di Malaysia
Krisis identiti seni bina di
Malaysia
- Pelbagai kesan negatif termasuk
menjejaskan kualiti hidup
masyarakat.
Pendapat mengenai penerbitan
sebagai kaedah yang paling sesuai
terhadap proses penyebaran idea
identiti seni bina kepada
Masyarakat
Penglibatan Masyarakat Dalam
Pembangunan Identiti Seni Bina
Malaysia.
Situasi semasa – kurang penglibatan.
Sebab – kurangnya pemahaman
mengenai isu identiti seni bina.
Kajian terhadap Pergerakan Arts
and Crafts dan Institusi Deutsche
Werkbund
- wujudnya penglibatan masyarakat dalam
pembangunan identiti seni bina kesan
daripada proses penyebaran idea.
- wujud persamaan strategi penyebaran
idea melalui penerbitan oleh kedua-dua
pergerakan tersebut.
-cadangan supaya diaplikasi dalam
konteks penyebaran idea identiti seni bina
Malaysia.
Kajian permasalahan penerbitan seni
bina di Malaysia berlandaskan tiga
strategi penyebaran idea oleh
Pergerakan Arts and Crafts dan
Institusi Deutsche Werkbund
Cadangan strategi penyebaran idea
identiti seni bina Malaysia
berlandaskan pengajaran dari
Pergerakan Arts and Crafts dan
Institusi Deutsche Werkbund.
Carta 1.0 : Struktur Tesis
20
BAB DUA
BEBERAPA PENDEKATAN DALAM PENULISAN
DAN PENERBITAN ISU IDENTITI SENI BINA DI
MALAYSIA
2.0 Pendahuluan
Bab ini akan menjelaskan beberapa pendekatan dalam penulisan dan kajian
mengenai isu identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu. Ianya bertujuan
untuk memberikan pemahaman akan posisi kajian ini berdasarkan penelitian dan kajian
yang telah dilakukan sebelumnya. Beberapa bahagian dalam perbincangan ini akan
dibahas dan dikembangkan lagi menurut isu yang berhubungan dengannya pada bab
seterusnya sebagai suatu bentuk penulisan yang lengkap, integratif dan komprehensif.
Walaupun usaha untuk melahirkan identiti seni bina di Malaysia telahpun berlangsung
21
selama lebih empat dekad, namun perkembangan wacananya agak terbatas di sekitar
beberapa pendekatan dan tokoh sahaja. Pada asasnya bentuk penulisan atau kajian-kajian
mengenai isu identiti seni bina di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua pendekatan
utama iaitu perbincangan mengenai permasalahan identiti seni bina dari sudut pendekatan
reka bentuk dan perbincangan mengenai permasalahan identiti seni bina dari sudut
kaedah perlaksanaannya. Apa yang diharapkan dari perbincangan ini ialah sebuah
kerangka pemikiran yang jelas tentang pelbagai kajian dan pendekatan dalam isu identiti
seni bina di Malaysia dapat diketengahkan bagi memudahkan proses penelitian lanjutan
dilaksanakan.
2.1 Perbincangan Mengenai Permasalahan Identiti Seni Bina Dari Sudut
Pendekatan Reka Bentuk
Perbincangan mengenai permasalahan identiti seni bina dari sudut pendekatan reka
bentuk merupakan antara pendekatan yang paling popular dalam kajian dan penulisan
oleh penggiat dan tokoh seni bina di negara ini sejak empat dekat yang lalu. Antara
individu yang terawal yang menghasilkan penulisan berdasarkan pendekatan tersebut
ialah Raymond Honey.21Menurut beliau, pencarian identiti seni bina di Malaysia (
Malaya pada ketika itu) berada dalam kesamaran disebabkan tiadanya sebarang contoh
atau pengajaran secara langsung yang dapat diambil dari seni bina terdahulu disebabkan
kebanyakan seni bina yang dibangunkan selepas merdeka mempunyai fungsi yang
berlainan sama sekali dengan seni bina yang wujud sebelum itu. Keadaan tersebut
kelihatan lebih sukar disebabkan kepelbagaian budaya yang dibentuk oleh etnik-etnik
yang berhijrah ke negara ini:
“Where the difficulty arises is in the case of many types of building which have
function for which there is no traditional precedent. It is lack of a continuous
21
Raymond Honey merupakan salah seorang akitek asing yang pernah berkhidmat di negara ini pada era
penjajahan British hingga negara ini mencapai kemerdekaan. Beliau datang ke negara ini dari New Zealand
pada tahun 1950 dan bertugas di bawah Public Work Department (PWD) atau dikenali sebagai Jabatan
Kerja Raya (JKR) pada hari ini di peringkat pusat, Kedah dan Johor. Di antara tahun 1956 hingga 1962,
beliau telah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah (bangunan) di PWD pusat.
22
tradition in non-domestic building that is most acute. This is accentuated by the
great differences in thought and culture which have been brought to Malaya by
various immigrant races”.22
Justeru, dalam mencari kepastian mengenai identiti seni bina Malaya pada ketika itu,
penyelidikan yang dilaksanakan mestilah melangkaui aspek gaya rupa dan ianya bukan
hanya berperanan sebagai hiasan atau ukiran sahaja tetapi meliputi seni bina secara
keseluruhannya. Walaupun bayangan mengenai ciri-ciri identiti tersebut tidak jelas,
namun kriteria utama yang disarankan oleh beliau dalam pencarian identiti tersebut ialah
ianya perlu menggambarkan unsur-unsur regionalisme.23Antara aspek yang disarankan
oleh Raymond Honey untuk dijadikan rujukan ialah seperti latar belakang budaya yang
wujud, seni bina tradisi yang wujud, teknologi yang sedia ada, faktor cuaca dan bahan
keluaran tempatan.
Permasalahan dalam menjawap persoalan identiti seni bina di Malaysia turut
mendapat perhatian seorang lagi pemikir dari luar negara iaitu Alvin Boyarski.24 Seperti
juga Raymond Honey yang menyarankan perlunya wujud unsur-unsur regionalisme
dalam identiti seni bina di Malaysia, Boyarski juga turut mempersoalkan tentang tiadanya
unsur-unsur tropika dalam seni bina Malaysia yang kebanyakannya didominasi oleh gaya
rupa seni bina moden dan antarabangsa:
“ So when I arrived in KL, I was expecting to find tropical architecture because
I’ve never been to this part of the world. Obviously as you can imagine, I did not
find any tropical architecture in KL or Singapore for that matter. What I really
found was the sort of architecture that I call Cincanetti 1950’s, which is a sort of
22
Honey, Raymond( 1960). An Architecture For Malaya. Majalah PETA. Vol 3. No 1. Hlmn 2.
Ibid
24
Alvin Boyarski merupakan akitek, perancang bandar dan pensyarah. Beliau mula menerima pendidikan
tinggi di McGill and Cornell Universities dan ketika artikel yang mengutarakan pandangannya ditulis,
beliau merupakan Profesor di dalam bidang seni bina di Univesities of Illinois, Chicago Circle Campus dan
pengerusi Architectural Association, School of Architecture England, iaitu sekolah seni bina tertua, terbesar
serta paling kontroversi di Britain sejak tahun 1971.
23
23
everyday modern architecture, office building, curtain wall, it is a regular
international kind of architecture”.25
Berhubung dengan permasalahan tersebut, beliau merujuk kepada kebanyakan pasaraya
besar di negara yang menggunakan penghawa dingin dalam reka bentuknya selain
daripada tidak mempunyai penghubung meskipun dibina berdekatan di antara satu sama
lain. Penggunaan penghawa dingin misalnya, bukan sahaja tidak bersifat mesra alam
malahan akan mewujudkan pembaziran kewangan dalam jangka masa panjang yang
mana jutaan ringgit terpaksa dikeluarkan untuk tujuan pembayaran bil dan
penyelenggaraan. Antara saranan yang dikemukakan oleh Boyarski dalam menjawab
permasalahan identiti seni bina tersebut ialah, akitek perlu mengambil pengajaran
daripada bangunan rumah kedai lama kerana menurut beliau rumah kedai sedemikian
banyak mengandungi unsur-unsur kemanusiaan dalam reka bentuknya. Menurut beliau
lagi, seni bina kolonial juga mempunyai elemen seni bina yang menarik untuk dikaji dan
diserapkan ke dalam seni bina terkini. Mengambil pengajaran dari aspek budaya hidup
masyarakat merupakan satu lagi saranan yang dikemukakan oleh Boyarski yang mana
kegiatan berniaga makanan di sepanjang jalan melibatkan pelbagai kaum seperti Melayu,
Cina dan India merupakan salah satu tradisi yang paling bernilai bagi Malaysia dan ianya
perlu dikekalkan dalam perancangan reka bentuk yang dilaksanakan.26
Penyelesaian terhadap masalah reka bentuk turut digunakan sebagai pendekatan oleh
Chan Sau Lai27 dalam membicarakan mengenai isu identiti seni bina di Malaysia dalam
penulisannya. Menurut beliau permasalahan identiti pada reka bentuk perumahan moden
dan pembangunan bandar-bandar baru merupakan antara penyumbang kepada kewujudan
krisis identiti seni bina di negara ini. Suasana persekitaran perumahan moden di Malaysia
25
Boyarski, Alvin. ( 1983). PAM Annual Discourse of Design. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek
Malaysia. Vol 1:83. Hlmn 44.
26
Ibid
27
Chan Sau Lai (Datuk), merupakan seorang akitek yang mempunyai Ijazah Sarjana (Urban Design).
Beliau merupakan pengasas dan pengerusi sebuah syarikat hartanah iaitu Beneton Group of Companies dan
mula menceburkan diri dalam pembangunan hartanah sejak tahun 1979. Antara projek pembangunan yang
diusahakan oleh syarikat tersebut seperti kondominium Scarborough beach di Perth, London and Australia
serta projek pembangunan komersil di Karak, Pahang.
24
yang berkualiti rendah dan dibina dalam barisan tanpa pokok atau didominasi oleh jalan
raya telah menggalakkan orang memandu dengan laju ketika melalui kawasan tersebut:
“During the boom years of the past decade, numorous housing estates and new
town has sprang up throughout the country. In terms of the quality of life within
the actual dwelling, the standard of living has certainly been elevated.
Unfortunately the some cannot be said of the quality of life within these new
environments as a whole. To be fair, the dwelling by themselves are often
extremely good and obviously dealt with care and sensitity. However the lustre of
these individual ‘gems’ is often tarnished when their number are multiplied by
tens and hundreds, all in row, sitting on land devoid of vegetarian and dominated
by road that often encourage fast driving.”. 28
Menurut Chan Sau Lai lagi, faktor-faktor kemanusiaan yang tidak diambil kira dalam
reka bentuk skim-skim perumahan moden di Malaysia bakal mengundang kewujudan
permasalahan sosial yang meruncing. Berhubung dengan masalah tersebut, beliau telah
memberi ingatan agar situasi yang berlaku di Vanezuela pada 1950-an tidak akan
berulang di Malaysia yang mana penduduk-penduduk di kawasan setinggan telah
dipindahkan ke rumah pangsa setinggi 4 hingga 15 tingkat. Suasana rumah pangsa yang
membosankan telah menyebabkan berlakunya masalah sosial seperti vandelisme dan
sebagainya dan selepas tujuh tahun, masalah tersebut masih gagal diselesaikan meskipun
telah banyak wang dihabiskan untuk mengatasi masalah tersebut. Akhirnya pangsapuri
tersebut terpaksa dirobohkan.29 Beliau juga turut mengkritik reka bentuk perbandaran di
Malaysia yang bersifat ‘faceless mediocrity’ . Menurut beliau lagi, reka bentuk
perbandaran di Malaysia perlu mengambil pengajaran dari reka bentuk perbandaran di
Jepun dan Eropah yang mana keunikan bandar mereka ditonjolkan melalui reka bentuk
jalan, kumpulan bangunan, tradisi setempat dan seni bina vernakular.
28
Chan Sau Lai (1981). The Need For Local Urban Identity. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek
Malaysia. Vol 3&4 : 81. Hlmn 23.
29
Ibid
25
Penulisan oleh Hijjas Kasturi30 pula mengetengahkan pendapat bahawa seni bina
merupakan salah satu medium yang boleh menghubungkan dunia baru dan lama. Walau
bagaimanapun, menurut beliau usaha tersebut terlalu sedikit dilaksanakan di Malaysia
malahan untuk mengenali komuniti, tradisi dan adaptasi ke dunia kontemporari juga
masih dalam kesamaran. Beliau memberikan cadangan bahawa pembentukan sesebuah
hasil seni bina tidak hanya berkisar pada fungsi semata-mata tetapi juga meliputi unsurunsur dinamik yang mencerminkan identiti bangsa. Isu-isu seperti ‘multi-racial’ dan
‘multi-cultural nation’ merupakan antara medium yang boleh membentuk hubungan
antara kaum di negara ini melalui seni bina berbanding dengan hasil seni bina yang
memaparkan budaya sesuatu kaum sahaja. Beliau berpendapat bahawa seni bina moden
merupakan jalan penyelesaian yang adil bagi menjawap persoalan identiti tanpa merujuk
kepada nilai sesuatu kaum sahaja dan cabaran yang besar bagi pereka bentuk ialah
bagaimana untuk menggabungkan unsur-unsur pelbagai tradisi tersebut dengan nilai yang
terdapat dalam seni bina moden.31
Seorang lagi pemikir seni bina yang banyak membicarakan tentang permasalahan
identiti seni bina di Malaysia dari sudut reka bentuk ialah Prof Dr. Mohd Tajuddin
Rasdi.32 Berbanding dengan kebanyakan tokoh atau penggiat seni bina yang hanya
menghasilkan beberapa penulisan sahaja mengenai isu identiti seni bina Malaysia, beliau
boleh disifatkan sebagai individu yang paling banyak menghasilkan penulisan mengenai
isu tersebut yang mana ianya terdiri daripada lima buah buku dan berpuluh-puluh artikel.
Secara umumnya, beliau telah mengklasifikasikan permasalahan reka bentuk yang
mencerminkan identiti seni bina di Malaysia terbahagi kepada dua kategori iaitu
30
Hijjas Kasturi merupakan antara nama besar dalam dunia seni bina di Malaysia. Mendapat pendidikan
seni bina di Australia melalui tajaan biasiswa Colombo, beliau telah memulakan praktis seni bina di
Malaysia dengan menubuhkan Hijjas Kasturi Associates pada tahun 1977. Melalui firmanya, beliau
terkenal dengan reka bentuk bangunan tinggi yang memaparkan ekpresi budaya dan warisan masyarakat di
negara ini serta sentiasa berusaha menonjolkan identiti seni bina nasional melalui hasil reka bentuknya
seperti yang terpapar pada reka bentuk bangunan Tabung Haji, Menara Maybank dan yang terbaru iaitu
Menara Telekom.
31
Hijjas Kasturi (1983). Annual Discourse On Design 1983 : “Design In The Malaysia Context”. Majallah
Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 1:83. Hlmn 38 .
32
Prof. Dr. Mohd Tajuddin Rasdi merupakan seorang pakar dalam bidang seni bina Islam dan dan sejarah
seni bina Malaysia pada abad ke-20. Bertugas sebagai pensyarah seni bina di Universiti Teknologi
Malaysia, Skudai serta memegang jawatan sebagai Pengarah Pusat Kajian Alam Melayu (KALAM) di
Fakulti Alam Bina universiti tersebut, beliau telah menghasilkan sebanyak 25 buah buku seni bina serta
telah menulis berpuluh-puluh artikel seni bina di dalam majalah popular dan akhbar seperti Utusan
Malaysia, New Straits Times, The Star dan Sin Chew Daily. Penulisan selepas ini tidak akan menggunakan
gelaran ‘Prof. Dr.’ seperti yang tertera di hadapan nama beliau.
26
permasalahan dari segi penampilan gaya rupa dan permasalahan dari segi perancangan
susun aturnya. Mengenai permasalahan identiti dari sudut penampilan gaya rupa,
permasalahan dalam pendekatan revivalisme, metafora, modenisme mesin, modenistik
ekspresionisme dan regionalisme primitif telah diketengahkan oleh beliau. Dalam
membicarakan mengenai permasalahan dalam pendekatan revivalisme misalnya,
peniruan secara terus gaya rupa seni bina Melayu terhadap reka bentuk bangunan moden
telah menimbulkan pelbagai persoalan seperti semangat sezaman, rasional dengan
kemampuan teknologi semasa, reka bentuk yang tidak relevan dengan fungsi dan
sebagainya:
“ Ternyata perbezaan zaman telah menghasilkan rupa bentuk bangunan yang
berlainan. Jika rupa bentuk binaan seperti bumbung meru, bumbung panjang,
bumbung limas dikatakan digunakan pada masa kini untuk bangunan baru seperti
pejabat, gudang beli belah atau hotel, maka satu pembohongan boleh dikatakan
telah berlaku. Rupa bentuk sedemikian dikatakan membazir dari aspek penonjolan
imejan kerana ianya tidak mempunyai fungsi tertentu. Pendekatan revivalisme
juga memberi imejan bahawa sesuatu bangsa itu tidak kreatif dan progresif, dan
hanya mampu meniru mengikut sentimen budaya tradisi tanpa rasional dalam
pemikiran.”.33
Selain membicarakan mengenai masalah gaya rupa dari sudut falsafah seni bina, Mohd
Tajuddin Rasdi juga turut mengaitkan permasalahan tersebut dari sudut nilai kehidupan
seharian seperti nilai moral, demokrasi dan ideologi politik. Penulisan mengenai tiga
buah masjid iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Rusila telah memaparkan satu
analisis bahawa penghasilan sesuatu identiti dalam seni bina berkait rapat dengan
ideologi politik yang dibawa oleh pemimpin di suatu zaman atau tempat yang berbeza.34
Isu-isu dalam kehidupan banyak dibangkitkan oleh Mohd Tajuddin dalam perbincangan
33
Mohd Tajuddin Rasdi (2001). Identiti Seni Bina Malaysia : Kritikan terhadap pendekatan reka bentuk.
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Hlmn 38.
34
Mohd Tajuddin Rasdi (2003). Crisis in Islamic Architecture. The KALAM Papers. Hlmn 24-32.
27
mengenai krisis identiti seni bina di Malaysia. Dalam perbincangan mengenai implikasi
susun atur terhadap identiti seni bina, isu-isu seperti jenayah, komuniti, keselamatan
kanak-kanak, keselesaan, privasi dan kesihatan dibangkitkan sebagai faktor yang perlu
diambil kira. Reka bentuk skim rumah bertingkat di negara ini misalnya, disifatkan oleh
beliau sebagai ‘death tower’ yang boleh mengakibatkan kematian atau kecacatan seumur
hidup kepada kanak-kanak disebabkan keadaan koridor dan balkoni yang rendah dan
tidak selamat untuk golongan tersebut bermain di sekitarnya.35
2.2 Perbincangan Mengenai Permasalahan Identiti Seni Bina Dari Sudut Kaedah
Perlaksanaannya
Permasalahan dalam mencari jawapan terhadap persoalan identiti seni di Malaysia
mendorong para penggiat dan tokoh seni bina di negara ini membuka perbincangan
melangkaui isu permasalahan dalam reka bentuk sahaja. Permasalahan dalam
perlaksanaan aktiviti ke arah mewujudkan seni bina beridentiti di Malaysia, merupakan
satu lagi pendekatan yang digunakan oleh pengiat atau tokoh seni bina di negara ini
dalam membicarakan tentang permasalahan serta penyelasaian isu tersebut. Ken Yeang,36
merupakan seorang tokoh seni bina yang tidak asing lagi di negara ini telah menyatakan
bahawa permasalahan dalam merealisasikan kewujudan identiti seni bina di Malaysia di
sebabkan akitek di negara ini tidak mempunyai falsafah yang khusus atau jelas dalam
reka bentuk mereka dan mereka juga saling meniru reka bentuk di antara satu sama lain:
35
Mohd Tajuddin Rasdi (August 2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda. The
KALAM Papers,Pusat Kajian Alam Melayu, FAB, UTM. Hlmn 8-15.
36
Dr Kenneth Yeang dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1948 merupakan salah seorang arkitek yang
begitu berjaya dalam praktis seni bina di Malaysia. Beliau juga dikenali sebagai seorang yang begitu gigih
melaksanakan apa yang beliau anggap sebagai tanggung jawab seorang arkitek iaitu menghasilkan
penulisan, menyampaikan syarahan, menjadi pemeriksa luar serta menganggotai badan profesional.
Bangunan rekaan beliau seperti 'Roof-roof House' dan Bangunan Mesiniaga di Petaling Jaya telah
mendapat pengiktirafan tertinggi oleh pelbagai pihak di peringkat antarabangsa. Sehingga hari ini beliau
telah menghasilkan 11 buah buku, menjadi profesor anjung kepada beberapa buah universiti tempatan dan
luar negara.
28
“ Recently a visiting architect was asked what he thought of the architecture in
Malaysia in the context of architecture in the world. He replied that firstly
architecture lack any collective identifiable design philosophy . Of the good work
that he has seen, they are largely results of individual competent committed
profession. He added there does not seem to exist one predominant design
philosophy or identity which is contemporary and at the same time identifiable as
coming from Malaysia”.37
Untuk memastikan akitek dapat berfungsi dengan baik sebagai penggerak kepada
kewujudan identiti seni bina di Malaysia, Ken Yeang mencadangkan agar akitek harus
bertindak sebagai pemaju agar idea yang dibangunkan dapat diterjemah secara langsung
ketika proses pembangunan sesuatu hasil seni bina. Selain daripada itu, pencarian identiti
seharusnya menjadi keutamaan setiap arkitek dan arkitek juga tidak harus menghasilkan
reka bentuk berdasarkan konteks negara ini sahaja tetapi juga harus mempelajari sesuatu
daripada negara luar.
Masalah industri seni bina negara yang dikuasai oleh arkitek asing dan akitek
tempatan yang mendapat pendidikan dari luar negara merupakan antara punca wujudnya
krisis identiti seni bina di Malaysia, turut disuarakan dalam penulisan oleh seorang lagi
tokoh seni bina negara iaitu Hajeedar Abdul Majid.38.Menurut beliau, salah satu syarat
untuk mendapatkan projek reka bentuk ketika negara mula-mula mencapai kemerdekaan
ialah perlunya ada penglibatan firma arkitek asing bersama-sama dengan firma akitek
tempatan. Bagi arkitek tempatan yang mendapat pendidikan dari luar negara pula, mereka
masih terbawa-bawa pendekatan reka bentuk dari tempat mereka belajar sama ada dari
37
Yeang, Ken (1979). The Causes of Homogenity Amongs Architects in Urban Area. Majallah Akitek.
Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 2:79. Hlmn 11.
38
Hajeedar Abdul Majid mendapat pendidikan awal di Victoria Institution Kuala Lumpur (1959 -1963)
sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di Portsmouth, England. Beliau yang mempunyai
firma akiteknya sendiri iaitu Hajeedar and Associates Sdn, pernah menjawat beberapa jawatan penting di
dalam bidang yang berkaitan dengan kepakaran yang dimilikinya seperti Presiden Pertubuhan Akitek
Malaysia, Ahli Lembaga Akitek Malaysia, Penasihat Dewan Bandaraya dan Ahli Lembaga Jurutera
Malaysia. Masjid Bangsar merupakan salah satu reka bentuk seni bina yang telah dihasilkan oleh beliau.
Hajeedar telah dianugerahkan Pingat Ahli Mangku Negara oleh Yang diPertuan Agong pada 1978 dan
disenaraikan sebagai Ten Outstanding Malaysians pada1985 oleh Jaycees Malaysia and Business Times,
hasil kecemerlangannya di dalam bidang seni bina dan khidmat masyarakat.
29
Australia atau Britain dan mereka ternyata menghadapi banyak masalah untuk memahami
aspek-aspek yang menjadi asas kepada pembentukan identiti seni bina di negara ini:
“ Di dalam masa yang sama dengan adanya terlatih arkitek-arkitek tanah air
berkelulusan dari luar negeri, mereka juga telah mengendalikan projek seni bina
tempatan tanpa memberi keberatan kepada cita-cita kemerdekaan dahulu untuk
melahirkan satu identiti senibina negara. Selanjutnya hasil yang diperolehi masih
tidak memuaskan pada pandangan pakar seni, oleh kerana kebanyakan bangunanbangunan didirikan bercorak ke Baratan yang dahulunya diagung-agungkan dan
dengan sendiri lahirnya konsep seni bina antarabangsa”.39
Walaupun Hajeedar telah menyatakan dengan jelas bahawa penglibatan arkitek asing
dan arkitek tempatan yang mendapat pendidikan dari luar negara merupakan antara punca
wujudnya krisis identiti seni bina di Malaysia, namun tiada satu cadangan yang konkrit
dikemukakan oleh beliau bagi mengatasi permasalahan tersebut.
Jimmy Lim40 pula telah mengetengahkan satu lagi isu yang dikatakan sebagai punca
berlakunya krisis identiti seni bina di Malaysia iaitu sumber rujukan sejarah negara yang
banyak dipengaruhi oleh kuasa asing seperti Sepanyol, Belanda, Portugis, Inggeris,
Morish dan Cina. Persoalan yang beliau ajukan ialah, yang mana satu harus dijadikan
panduan ?. Dalam menjawab persoalan tersebut, beliau mencadangkan agar penulisan
mengenai aspek keperluan manusia di iklim tropika, sintesis terhadap ‘multi-racial’,
39
Hajeedar Abdul Majid (1981). Sejauh Manakah Perkembangan Senibina Kita Sehingga Hari Ini. Dalam:
Laporan Seminar. Ke arah Identiti Kebangsaan Dalam Senibina, Kementerian Kebudayaan Belia Dan
Sukan, Malaysia. Kertas Kerja 10. Hlmn 3.
40
Jimmy C.S Lim dilahirkan pada tahun 1944 di Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di St
Xavier’s Institution, Pulau Pinang dan Oakhill College, Castle Hill di New South wales, Australia. Beliau
kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina di University of South Wales, Australia dan
setelah menamatkaan pengajian pada tahun 1968, beliau telah bekerja selama 5 tahun dengan firma arkitek
di Australia. Beliau menubuhkan CSL Associates pada tahun 1978 setelah 10 tahun menceburkan diri
dalam dunia praktis seni bina. Melalui firmanya , beliau telah mengetengahkan pendapat mengenai
regionalisme ke atas rekabentuk beberapa buah bangunan seperti Selinger House, Impiana Beach Resort
dan Walian House. Beliau juga merupakan seorang yang sangat aktif dalam Persatuan Arkitek Malaysia
(PAM) dan pernah menjawat jawatan sebagai presiden persatuan tersebut.
30
kebudayaan, agama dan sebagainya boleh dijadikan jambatan ke arah mewujudkan
identiti dalam seni bina di Malaysia.41
Kritikan permasalahan identiti seni bina di Malaysia dari sudut perlaksanaannya turut
disuarakan oleh W.Y. Chin dalam penulisannya. Menurut beliau, kurangnya pemahaman
daripada masyarakat mengenai elemen asas berkaitan dengan identiti seni bina
menyebabkan mereka gagal memberikan sumbangan yang bermakna dalam
pembangunan agenda tersebut:
“ Whilst appreciating all the sentiments, expressed in support for the above
identity issue, it is equally true that there exist presently in the minds of the
public, a lack of the general knowledge and understanding on the basic subject
matter of architecture itself, least to mention the more sophisticated aspect
concerning the national identity factors”.42
Antara sebab berlakunya permasalahan tersebut ialah wujudnya halangan bahasa di
antara arkitek dengan masyarakat. Dalam keadaan tertentu, penggunaan sesetengah
istilah oleh akitek begitu sukar difahami oleh masyarakat awam termasuk juga mereka
yang berpendidikan tinggi seperti ahli politik ataupun usahawan. Kesan daripada keadaan
tersebut, telah berlaku salah faham di kalangan masyarakat mengenai sesuatu maksud
yang ingin disampaikan oleh arkitek dalam reka bentuknya. Bagi mengatasi
permasalahan tersebut, beliau menyarankan agar pihak arkitek perlu membuat kajian
mengenai penggunaan sesuatu istilah seni bina agar ianya mudah difahami oleh setiap
lapisan masyarakat. Dalam usaha melahirkan sesuatu hasil seni bina yang bermutu, pihak
arkitek juga perlu melakukan usaha dokumentasi dan penyebaran sesuatu hasil seni bina
itu kepada masyarakat awam. Di pihak masyarakat pula, mereka perlu mempunyai
pengetahuan agar dapat menghargai sesuatu hasil seni bina yang diketengahkan.43
41
Lim, Jimmy. ( August 1975) . Malaysian Architecture. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia.
Vol 3 :75. Hlmn 52.
42
W.Y.Chin (1981). Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek. Vol 1:81. Hlmn 19.
43
Ibid.
31
Nik Azmi Nik Daud44 dalam penulisannya pula telah menyatakan bahawa perlunya
kerjasama dari pelbagai pihak dalam usaha mewujudkan identiti seni bina di Malaysia.
Menurut beliau, penglibatan masyarakat dari segi kefahaman terhadap perlaksanaan
identiti seni bina tersebut adalah penting. Justeru dalam usaha menggerakkan masyarakat
untuk melibatkan diri dalam proses perlaksanaan gagasan identiti seni bina tersebut,
pengaruh politik merupakan salah satu saluran yang perlu digunakan:
“ Pencapaian matlamat identiti seni bina kebangsaan adalah merupakan suatu isu
nasional yang memerlukan pengaruh politik untuk menggerakkan masyarakat
dalam proses perlaksanaannya”.45
Dalam satu lagi penulisan yang dihasilkan, beliau telah memberi penjelasan yang lebih
terperinci mengenai pentingnya wujud penglibatan masyarakat dalam pembangunan
identiti seni bina tersebut sama ada sebagai pengguna ataupun sebagai penaung. Beliau
telah memberikan contoh mengenai kegemilangan temadun seni bina di zaman silam
seperti di Mesir, Greek, India dan sebagainya adalah hasil sokongan penaung yang terdiri
daripada raja, pembesar dan sebagainya.46 Mengulas sama ada peranan yang harus
dimainkan oleh masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina Malaysia adalah
sesuatu yang boleh dilaksanakan atau sebaliknya, beliau menyatakan ianya bukanlah
sesuatu yang mustahil dan telahpun dilaksanakan di dalam proses reka bentuk pelan
44
Nik Mohd Azmi Nik Daud mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar sebelum
melanjutkan pengajian ke London. Beliau pernah bekerja dengan sebuah firma akitek swasta di London
sebelum kembali ke tanah air dan bekerja di Ibu Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Lumpur. Beliau
juga pernah menjadi arkitek negeri, Negeri Terengganu. Semasa beliau menghasilkan penulisan mengenai
identiti seni bina nasional di dalam akhbar Utusan Malaysia pada awal 1987, beliau telahpun mempunyai
firma akiteknya sendiri yang dikenali sebagai Nik Sepakat dan firma antarabangsa iaitu Nik James Ferrie
Arkitek yang mempunyai cawangan di Malaysia, Singapura, Jakarta, Surabaya, Brunei, Vanuatu dan Sri
Lanka. Antara projek yang telah dilaksanakan oleh firma beliau ialah Taman Tuaku Jaafar Seremban, Ibu
Pejabat united Asian Bank, Fawina Court Condominium, Kedutaan Amarika, Pangsapuri Wangsa Maju dan
Bangunan Yayasan Sabah.
45
Nik Azmi Nik Daud ( 2/1/1987). Kerjasama Semua Pihak perlu Mencapai Matlamat Seni Bina Nasional.
Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1, Universiti Teknologi Malaysia.
Hlmn 2.
46
Nik Azmi Nik Daud( 6/2/1987). Peranan Penaung Dalam Perkembangan Seni . Utusan Malaysia.
Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1, Universiti Teknologi Malaysia. Hlmn 14 -16.
32
struktur bandar seperti di Kuala Lumpur yang mana masyarakat berhak untuk megkritik
atau sekurang-kurangnya melihat sahaja pameran yang disediakan:
“ Senibina, senibandar dan sebagainya itu adalah hak masyarakat. Sebab itu
masyarakat perlu mengambil tahu tentang perkembangannya. Sebagai contohnya,
dalam proses penyediaan pelan struktur untuk Kuala Lumpur itu, ada masanya
yang ditetapkan atau dikhaskan untuk masyarakat memberi kritik, pandangan dan
teguran, komen, sungutan dan sekurang-kurangnya tengok sahaja. Ini bermakna
pelan struktur Kuala Lumpur itu melibatkan semua orang dari ahli politik, ahli
profesional, ahli-ahli perniagaan dan setiap lapisan masyarakat boleh mengambil
bahagian”.47
Peranan yang berkesan daripada masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di
Malaysia hanya akan dapat dilaksanakan sekiranya cabaran untuk mendidik mereka
megenai isu tersebut dapat diatasi. Nik Azmi telah mengutarakan dua permasalahan yang
dihadapi oleh masyarakat untuk memahami isu identiti seni bina tersebut iaitu
penggunaan istilah yang sukar difahami oleh arkitek dan kekurangan bahan rujukan
mengenainya.48
2.3
Pendekatan yang Menjadi Idea Teras Kepada Tesis Ini.
Selain daripada mengetengahkan persoalan reka bentuk sebagai salah satu punca
berlakukan krisis identiti seni bina di Malaysia, persoalan dari sudut kaedah
perlaksanaannya merupakan satu lagi isu yang perlu diberi perhatian dan dilakukan
kajian yang lebih mendalam. Penulisan oleh W.Y. Chin dan Nik Azmi misalnya telah
mengetengahkan satu pandangan yang bernas ke arah merealisasikan kewujudan identiti
47
48
Ibid..
Ibid..
33
seni bina di Malaysia dari sudut perlaksanaanya iaitu melalui penglibatan secara aktif
daripada masyarakat. Walau bagaimanapun, kedua-dua mereka telah menimbulkan satu
persoalan mengenai cabaran yang perlu dihadapi oleh masyarakat di negara ini dalam
usaha mereka untuk memahami isu tersebut kerana wujudnya masalah dalam penyebaran
idea identiti seni bina seperti sempadan bahasa, kekurangan hasil dokumentasi dan
penerbitan. Persoalan mengenai permasalahan dalam penyebaran idea kepada masyarakat
yang ditinggalkan oleh kedua-dua mereka merupakan sesuatu yang perlu diteroka dan
dilaksanakan kajian lanjutan agar satu kepastian mengenai masalah yang wujud serta
cadangan yang lebih bersistematik dapat diketengahkan. Justeru, kajian di dalam tesis ini
akan membincangkan permasalahan identiti seni bina di Malaysia dari sudut
perlaksanaanya dan ianya juga merupakan kesinambungan daripada persoalan mengenai
permasalahan penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat yang diketengahkan
oleh W.Y. Chin dan Nik Azmi dalam penulisan mereka sebelum ini.
2.4 Rumusan
Huraian mengenai beberapa pendekatan kajian dan penulisan mengenai isu identiti
seni bina di Malaysia telah memperlihatkan bahawa terdapat dua pendekatan utama yang
telah digunakan oleh penggiat atau tokoh seni bina dari luar dan dalam negara dalam
menghurai serta memberi cadangan ke arah menjawap persoalan identiti seni bina
tersebut. Selain daripada permasalahan dalam reka bentuk, permasalahan dari segi
perlaksanaan merupakan suatu lagi isu yang sangat penting dan seringkali terlepas
pandang oleh kebanyakan penggiat atau tokoh seni bina di negara ini apabila
membicarakan mengenai permasalahan identiti seni bina di Malaysia. Kegagalan
membuat perancangan yang rapi dalam melaksanakankan aktiviti pembangunan identiti
seni bina nasional akan menyebabkan objektif perlaksanaanya sukar dicapai. Kajian
terhadap permasalahan dalam penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat di
Malaysia diharapkan akan membuka jalan kepada kajian yang lebih meluas mengenai
perlaksanaan aktiviti ke arah mewujudkan identiti seni bina nasional pada masa akan
datang.
34
BAB TIGA
PENGERTIAN IDENTITI DALAM SENI BINA,
PERMASALAHAN SERTA PERANAN
MASYARAKAT DALAM PEMBANGUNANNYA DI
MALAYSIA
3.0 Pendahuluan
Bab ini cuba menyingkap sejauh mana penglibatan masyarakat dalam pembangunan
identiti seni bina di Malaysia. Krisis identiti seni bina di negara ini yang wujud lebih
tiga dekad yang lalu memperlihatkan masyarakat sebagai golongan yang menerima kesan
paling besar dalam pelbagai aspek kehidupan. Krisis identiti seni bina yang wujud bukan
sahaja mendatangkan kesan buruk terhadap aspek falsafah reka bentuk seni bina sahaja
tetapi juga turut mendatangkan kesan negatif terhadap kualiti kehidupan seharian
masyarakatnya. Permasalahan seperti peningkatan jenayah, ketidak-selesaan hidup,
kelonggaran ikatan komuniti dan penurunan tahap kesihatan masyarakat merupakan
35
antara gejala-gejala yang disebabkan oleh krisis identiti seni bina yang berlaku.49
Walaupun masyarakat menerima tekanan yang hebat dari krisis yang berlaku, namun
pengetahuan yang cetek mengenai peranan identiti seni bina dalam kehidupan mereka
menyebabkan masalah tersebut berterusan dan masyarakat sering menyalahkan faktorfaktor lain seperti perundangan dan penguatkuasaan yang menyebabkan kehidupan
mereka terjejas. Bagi golongan profesional seni bina pula, walaupun ada usaha untuk
mengembangkan wacana identiti seni bina di negara ini sejak lebih empat dekad yang
lalu namun secara majoritinya ruang lingkup perbincangan yang diutarakan banyak
berkisar di sekitar pendekatan reka bentuk dan estetika sahaja berbanding dengan isu
masyarakat dan seni binanya. Rasional akan kepentingan aspek kehidupan asas
masyarakat sebagai faktor yang perlu diambil kira dalam pembinaan identiti seni bina
dapat dilihat melalui contoh-contoh masyarakat terdahulu yang menitik beratkan aspek
tersebut dalam pembangunan seni bina mereka dan kesannya pada hari ini, ianya telah
ditafsirkan sebagai salah satu ciri identiti seni bina mereka. Sesungguhnya, pengabaian
terhadap elemen asas kehidupan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di
Malaysia mungkin boleh diatasi melalui peranan aktif yang dimainkan oleh mereka
sebagai pengguna dan penaung terhadap sesuatu seni bina yang dihasilkan. Walau
bagaimanapun, untuk mencapai hasrat tersebut, pendidikan mengenai seni bina terhadap
masyarakat oleh pemikir dan profesional seni bina perlu dilaksanakan secara bersepadu
melalui pelbagai medium penyebaran idea seperti media cetak, elektronik dan
sebagainya. Dengan adanya pengetahuan di kalangan masyarakat mengenai isu tersebut,
respon yang lebih bermakna dapat diwujud daripada mereka terhadap sesuatu produk seni
bina yang dihasilkan pada masa akan datang.
49
Perbincangan mengenai isu tersebut boleh diperolehi dalam panerbitan: Mohd Tajuddin Rasdi (August
2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda. The KALAM Papers,Pusat Kajian
Alam Melayu, FAB, UTM. Hlmn 23; K.W. Mak ( 13 February 2004). Residents afraid to leave home due
to crime spree. The Star. Hlmn 2-3; Zamri Rambli, Muhamad Rais Yeop Johari (8 Disember 2004). Benih
Kurang Subur. Kosmo !. Hlmn 1; Chua Kok Hua, Tan, Darren.(1 November 2004). Former Squatter : We
Like it the Way We Were. The; Boyarski, Alvin. (1983). PAM Annual Discourse on Design. Majallah
Akitek. Vol 1:83. Hlmn 44 – 47.
36
3.1 Definisi Seni Bina
Seni bina merupakan subjek utama dalam tesis ini yang mana ianya menjadi perantara
di dalam perbincangan identiti dan masyarakat yang menghasilkannya. Sebelum
persoalan mengenai identiti di dalam seni bina dan penglibatan masyarakat dalam
pembangunannya diperbincangkan dengan lebih lanjut, pemahaman mengenai maksud
seni bina tersebut juga sangat penting kerana kekaburan mengenainya akan menyebabkan
kajian terhadap aspek-aspek lain juga akan turut terjejas. Dalam penafsiran maksud seni
bina, ahli akedemik, pemikir dan profesional di dalam bidang tersebut telah memberikan
pelbagai tafsiran mengenainya. Ada di antara mereka yang mengatakan bahawa seni bina
tersebut sekadar bangunan sahaja, ada juga yang menyatakan bahawa seni bina tersebut
merupakan suatu ciri ajaib yang mampu menaikkan nilai sesebuah bangunan daripada
biasa kepada sesuatu yang istimewa, ada juga yang menyatakan bahawa ianya merupakan
‘jiwa’ bangunan dan tidak kurang pula yang menganggap bahawa seni bina tersebut
hanya sekadar gaya rupa saja. Menurut Nikolaus Pevsner50 dalam bukunya yang bertajuk
‘Outline of European Architecture”(1943), beliau menyatakan bahawa istilah seni bina
hanya layak diberikan kepada bangunan yang mempunyai ‘status yang tinggi’:
“A bicycle shed is a building; Lincoln Cathedral is a piece of architecture.
Nearly everything that encloses space on scale sufficient for human being to move
in is a building; the term architecture applies only to buildings designed with a
view to aesthetic appeal”.51
(Pevsner, 1943:15)
Jika Pevsner memberikan penafsiran yang agak sempit mengenai maksud seni bina,
seorang lagi pengkaji sejarah seni bina yang terkemuka iaitu Spiro Kostof 52 mempunyai
50
Nikolaus Pevsner (1902-83) merupakan ahli sejarah seni bina dan banyak menghasilkan buku mengenai
bidang tersebut. Antara buku yang dihasilkan oleh beliau ialah Pioneers of Modern Design: From William
Morris to Walter Gropius (Panguin Art &Architecture) dan A History of Building Types.
51
Ballantyne, Andrew (2002).What is Architecture ?. Routlenge. Hlmn 10 – 11.
52
Spiro Kostof (1936-1991) merupakan ahli sejarah seni bina dan banyak menghasilkan mengenai bidang
tersebut. Antara buku yang dihasilkan oleh beliau ialah A History of Architecture: Setting and Rituals
37
pendirian yang sama sekali berbeza. Menurut Kostof, definisi seni bina merujuk kepada
semua jenis binaan yang merangkumi bangunan ‘biasa’ dan juga bangunan ‘istimewa’.
Walaupun semua jenis binaan adalah seni bina, namun menurut Kostof lagi terdapat
beberapa faktor yang perlu diambil kira dalam penilaian binaan tersebut sebelum ianya
layak dikategorikan sebagai sebuah hasil seni bina. Menurut beliau faktor yang paling
penting dalam penilaian maksud seni bina sama ada ianya dikenali atau sebaliknya ialah
wujudnya aspek kepentingan atau makna budaya hidup masyarakat pada binaan
tersebut.53 Menurut beliau lagi, seni bina bukanlah sesuatu yang wujud secara semulajadi
di dalam sesebuah bangunan sebaliknya aspek budaya hidup yang disadurkan dalam
program reka bentuk bangunan tersebut yang melayakkan bangunan tersebut dipanggil
seni bina.
Jika tafsiran Kostof terhadap maksud seni bina sudah di anggap sesuatu luas, tafsiran
yang dibuat oleh George Hersey terhadap maksud seni bina adalah lebih luas daripada itu
meliputi binaan yang dihasilkan oleh makhluk-makluk yang lain. Menurut beliau lagi
seni bina juga meliputi binaan yang tidak kita bina tetapi terdapat banyak di sekitar kita
seperti sarang semut, sarang lebah, bahagian-bahagian yang terdapat pada tubuh badan
dan juga molekul.54 Antara hujah-hujah yang diketengahkan oleh George Hersey bagi
menyokong pendapat beliau ialah binaan seperti sarang semut juga mempunyai unsurunsur gaya hidup seperti juga manusia di dalam lingkungan seni binanya. Menurut beliau
sarang yang terbina merupakan ekspresi kesatuan cita-cita yang wujud dari komuniti
semut tersebut, ianya disampaikan dan dapat dilihat melalui isyarat. Oleh yang demikian
ianya merupakan sebuah hasil seni bina.
(1995, Paperback), The City Shaped:Urban Patterns and Meaning Through History (1993, Paperback) dan
The Architect: Chapters in the History of the Profession..
53
Ibid, hlmn 11 - 12.
54
Ibid, hlmn 12.
38
Menurut Amos Rapoport55 pula, definisi seni bina ialah sesuatu binaan yang
mengambil kira faktor sosio budaya sesuatu masyarakat. Peranan sosio budaya terhadap
sesuatu binaan yang dihuni oleh manusia adalah lebih penting berbanding dengan aspek
cuaca, teknologi, bahan ataupun ekonomi. Menurut beliau lagi, selain berperanan sebagai
pelindung kepada penghuni dari panas dan hujan, sesebuah seni bina juga berperanan
melindungi penghuninya dari ancaman binatang buas ataupun makhluk halus, penegasan
pemilikan oleh seseorang individu atau masyarakat, mencipta nilai-nilai kemanusiaan dan
keselamatan dalam sesuatu persekitaran yang bahaya atau terancam, penekanan terhadap
identiti, pernyataan status dan sebagainya.56
Di dalam penulisan William Wayne Caudill,57 William Merriweather Pena58 dan Paul
Kennon59 pula , mereka berpendapat bahawa seni bina hanya layak ditafsirkan oleh
seseorang individu berdasarkan pengalaman mereka terhadap sesuatu ruang. Proses
penghayatan dan pengalaman yang dilalui oleh seseorang di dalam sesebuah ruang itu
berlaku melalui tiga reaksi yang berlainan iaitu reaksi fizikal, reaksi emosi dan reaksi
intelek. Pengalaman keseni binaan yang memenuhi kehendak ketiga aspek tersebut akan
mewujudkan interaksi di antara insan dan bangunan.60 Definisi mengenai seni bina yang
55
Amos Rapoport merupakan profesor dalam bidang seni bina dan antropologi di Universiti WisconsinMilwakee di antara tahun 1974 hingga 1977. Beliau juga merupakan ahli Royal Australia Institut of
Architects, ahli gabungan Royal Institute of British Architects (RIBA) dan arkitek berdaftar di Autralia
serta pernah mengajar di Melbourne and Sydney University di Australia, University of California-Berkeley
dan University College, London. Beliau telah terlibat dalam penyelidikan persekitaran manusia ( Human
Environment) dan menulis banyak kertas kerja serta buku dan di antaranya ialah House Form and Culture (
1969). The Mutual Interaction of People and Their Built Environment ( 1976) dan Human Aspect of Urban
Form ( 1977).
56
Snyder, James C., Catanese, Anthony . J (1979). Intoduction To Architecture. McGraw-Hill. Hlmn 2.
William Wayne Caudill, FAIA, berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengelola Caudill Rowlett Scott,
Architect Planners Engineers, firma yang telah diasaskan olehnya bersama John Rowlett pada tahun 1946.
Beliau banyak menghasilkan buku seni bina, antara buku-bukunya ialah Architecture by Team, A Bucket of
Oil: Energy Coservation through Design dan Infancy to Infinity.
58
William Merriweather Pena, FAIA, menjadi Pengarah Firma Caudill Rowlett Scott yang keempat,
setahun selepas memasuki firma tersebut dan sewaktu beliau mengahasilkan penulisan tersebut, beliau
menjawat Timbalan Kanan Presiden dan Pengarah CRS Planning and Programming Services Group. Beliau
juga merupakan pensyarah seni bina terkenal dan banyak menghasilkan penulisan seni bina, antaranya ialah
buku Problem Seeking.
59
Paul Kennon, AIA, ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kanan Firma Caudill Rowlett Scott.
Beliau juga bekas pereka bentuk kanan di Firma Eero Saarinen and Associates selama tujuh tahun. Pada
tahun 1964-1966 beliau menetap di Santiago Chile, untuk menjadi penasihat dalam Program Kemudahan
kepada Komuniti dan Wilayah Negeri Chile, yang dibiayai bersama oleh Yayasan Ford, University Rice,
University Harvard dan Firma Rowlett Scott.
60
Caudill,William Wayne., Pena,William Merriweather., Kennon, Paul.diterjemahkan oleh Kamaruddin
Md Nor (1991). Anda Dan SeniBina. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlmn 4.
57
39
telah disebutkan tadi akan dapat diperjelaskan lagi dengan melihat bagaimana reaksi
fizikal, emosi dan intelek daripada seseorang individu akan berlaku setiap kali seseorang
itu melalui sesebuah ruang seni bina. Ianya berlaku secara berperingkat berdasarkan
keutamaan fungsi seni bina itu kepada individu tersebut.Sebagai contoh, seorang lelaki
yang memasuki ruang lobi sebuah hotel yang berhawa dingin dari ruang luar yang panas
dan berkelembapan tinggi. Reaksi yang pertama daripada lelaki tersebut sudah tentu dari
fizikalnya yang merasakan keadaan lobi tersebut begitu selesa dan meyeronokkan.
Setelah desakan fizikal lelaki tersebut mula mengendur oleh keselesaan yang dinikmati
dari ruang lobi yang dingin tersebut, insan emosi beliau mula mengambil alih dan pada
ketika itu kesedaran visual beliau mula berlaku. Lelaki tersebut mula tertarik dengan
keadaan lobi hotel yang besar dan indah tersebut. Elemen-elemen seperti air pancutan,
kemasan jubin lantai yang disusun dalam pelbagai corak serta struktur bumbung yang
didedahkan benar-benar membuatkan lelaki itu tertarik dengan ruang tersebut. Oleh
kerana lelaki tersebut tahu serba sedikit mengenai seni bina, maka beliau mula tertanyatanya tentang beberapa perkara terutamanya tentang siapakah arkitek yang merekabentuknya. Pertanyaan berkenaan wujud berdasarkan reaksi intelek beliau terhadap
kewujudan beberapa elemen di dalam ruang tersebut. Dalam keadaan ini, ketiga-tiga
faktor keinsanan telah berinteraksi dengan baik dalam menghasilkan penghayatan
terhadap kewujudan seni bina di dalam diri lelaki tersebut. Seni bina bukanlah suatu
perkara yang begitu mudah untuk difahami. Ianya banyak bergantung terhadap tahap
penghayatan seseorang individu itu, sama ada mereka suka terhadap sesuatu hasil seni
bina itu atau sebaliknya. Seni bina dikatakan wujud apabila wujud kegembiraan dalam
penghayatan seseorang individu itu terhadap sesuatu ruang atau rupa bentuk.61Dengan
kata lain, seni bina wujud dalam pelbagai bentuk terhadap individu yang berbeza.
Walaupun tiada satu perkataan yang khusus dapat diketengahkan mengenai maksud
sebenar seni bina berdasarkan pendapat beberapa tokoh yang telah disebutkan tadi,
namun aspek budaya hidup sesuatu masyarakat telah banyak diketengahkan sebagai salah
satu pra-syarat bagi sesuatu binaan tersebut untuk layak dikategorikan sebagai seni bina.
Selain daripada itu, aspek-aspek seperti emosi, penghormatan, identiti, keselamatan dan
keselesaan penguna merupakan antara aspek lain yang dikatakan perlu wujud di dalam
61
Ibid, hlmn 6-7.
40
sesebuah seni bina. Justeru, apa yang dapat disimpulkan ialah sesebuah seni bina terhasil
daripada faktor-faktor asas yang wujud di dalam diri sesuatu masyarakat itu. Seperti yang
telah diperkatakan oleh Spiro Kostof bahawa penyingkiran aspek-aspek kemanusiaan di
dalam sesebuah binaan hanya melayakkan binaan tersebut dipanggil bangunan sahaja.62
3.2 Perkembangan Seni Bina di Malaysia Menjelang Era-Pasca Merdeka
Menjelang era pasca-merdeka di Malaysia, suatu aspek yang turut mengalami
perubahan ketara ialah gaya rupa seni bina. Para arkitek yang baru sahaja menamatkan
pengajian di luar negara telah membawa fahaman baru dalam seni bina di bandar-bandar
utama di negara ini yang sebelum itu dikuasai oleh gaya rupa seni bina kolonial, angloIndian, eklectik dan sebagainya. Gaya rupa seni bina moden yang telah menular di
Eropah dan Amarika Syarikat beberapa dekad sebelum itu menjadi pilihan seiring dengan
keadaan negara yang berada dalam keadaan progresif pada masa itu . Revolusi seni bina
yang terawal berlaku kepada gaya rupa seni bina kediaman yang mana hanya selepas
sebulan negara mengecapi kemerdekaan, kediaman pertama yang menggunakan bahasa
seni bina moden telah dibina di no 6, Girdle Road, Kenny Hill, yang direka bentuk oleh
Fong Ying Leong. Seterusnya pembinaan kediaman yang menggunakan gaya rupa seni
bina moden terus bercambah di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Rumah-rumah seperti
Kington House, Dr. AFH Aerie House, Syed Nahar Sahabuddin House dan Mondrian
House merupakan antara senarai pendek yang dapat disebutkan di sini yang memecah
tradisi dengan reka bentuk ringkas serta menggunakan teknologi bahan binaan terkini
pada masa itu.63
62
Ballantyne, Andrew. (2002). What is Architecture ?. Routlenge. Hlmn 11 - 12.
Chen Voon Fee ( Sept/Okt 1993). Houses 1957-1987 ( or 30 Years of Dreams Fulfilled ?). Majallah
Akitek. Hlmn 62 – 63.
63
41
Gambarajah 3.0 : Rumah Kington Loo merupakan antara reka bentuk seni bina
moden terawal di Malaysia menjelang era pasca-merdeka.
Sumber : Chan Chee Yong (ed.) (December 1987). Post-Merdeka Architecture :
Malaysia 1957-1987. Pertubuhan Akitek Malaysia. Hlmn 50.
Perubahan gaya rupa seni bina tidak terhenti setakat itu sahaja, gerakan seni bina
moden dengan gaya rupa antarabangsa telah menular dengan begitu pantas kepada reka
bentuk bangunan-bangunan yang lain seperti bangunan pentadbiran, masjid, pusat
perniagaan, stadium, hospital dan sebagainya. Antara beberapa buah bangunan utama
yang terlibat dengan perubahan gaya rupa tersebut ialah bangunan Dewan Bahasa Dan
Pustaka (1959), Chin Woo Stadium, Kuala Lumpur (1950-an), Bangunan Parlimen
(1963) dan Stadium Negara, Kuala Lumpur (1964). Perubahan reka bentuk yang
ditunjukkan pada bangunan-bangunan tersebut memaparkan gaya rupa seni bina
antarabangsa yang tidak mengambil kira gaya rupa seni bina sebelumnya serta
penggunaan teknologi bahan binaan konkrit bertetulang yang menjadikan bangunan
tersebut kelihatan ringan kerana mempunyai sistem rentangan yang lebih luas antara
tiang ke tiang.
42
3.3 Penerapan Ciri-ciri Identiti Nasional Terhadap Seni Bina di Malaysia
Perubahan terhadap gaya rupa seni bina peda era pasca-merdeka telah diterima
dengan hati yang terbuka oleh pelbagai golongan masyarakat di Malaysia. Sebagai
sebuah negara yang baru merdeka, suatu aspek yang begitu diberi perhatian pada ketika
itu khususnya oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ialah
melahirkan identiti seni bina nasional yang mencerminkan aspirasi negara.64 Di dalam
pencarian identiti seni bina nasional tersebut juga, beberapa aspek seperti kemajuan
teknologi pembinaan, warisan seni bina, faktor iklim setempat serta aspirasi negara di
peringkat nasional dan antarabangsa dilihat sebagai antara faktor yang berpotensi ke arah
melahirkan identiti seni bina nasional tersebut. Beberapa orang akitek seperti Howard
Ashley, Baharuddin Kassim, Hisham Albakri (kumpulan arkitek JKR yang mereka
bentuk Masjid Negara) dan W. Ivor Shipley (arkitek JKR yang mereka-bentuk Bangunan
Parlimen) berpendapat bahawa perlunya pengadaptasian faktor-faktor setempat ke dalam
reka bentuk moden dan bukan hanya sekadar meniru bulat-bulat gaya rupa yang
dihasilkan di Eropah atau di Amarika Syarikat. Kesannya, reka bentuk yang ditunjukkan
pada Masjid Negara dan Bangunan Parlimen telah membuka perspektif baru tentang
gaya rupa seni bina moden yang selama ini dianggap sebagai ‘form follows function’
semata-mata. Ruang serambi yang terletak di bahagian hadapan Masjid Negara
memberikan kesan ‘sense of welcoming’ serta berfungsi sebagai tempat berdiskusi
kepada jemaah yang datang untuk beribadat di dalamnya. Fungsi dan kedudukan serambi
tersebut dikatakan telah diadaptasi daripada reka bentuk serambi yang terdapat pada
rumah tradisional Melayu yang telah wujud sejak zaman berzaman di negara ini.
64
Noor Azam Shairi ( 17/07/2000). Sambutan 80 tahun Persatuan Akitek Malaysia (PAM) : Identiti seni
bina negara. Utusan Malaysia. ( koleksi keratan akhbar di Pusat Sumber NSTP dan tidak dinyatakan dari
halaman mana ianya diperolehi).
43
Gambarajah 3.1 : Masjid Negara, antara seni bina terawal yang mengetengahkan
ciri-ciri identiti seni bina nasional di Malaysia.
Keadaan serupa juga dapat dilihat pada reka bentuk Bangunan Parlimen dengan
penggunaan beberapa elemen tertentu merujuk kepada budaya dan iklim setempat.
Penggunaan elemen bumbung panjang pada bahagian podium bangunan tersebut jelas
menunjukkan reka bentuk bumbung panjang yang terdapat pada reka bentuk rumah
Melayu tradisional di Melaka. Walau bagaimanapun peniruan tersebut tidak dilakukan
secara langsung tetapi turut disertakan dengan daya inovasi yang mana potensi teknologi
konkrit bertetulang digunakan dengan sebaik mungkin dengan cara mendedahkan
struktur kekuda bumbungnya di bahagian luar. Penggunaan penghadang cahaya matahari
di bahagian menara bangunan tersebut juga menunjukkan sensitiviti yang tinggi pereka
bentuknya terhadap permasalahan kepanasan dari cahaya matahari di Malaysia.
Rekabentuk penghadang cahaya matahari tersebut juga kelihatan seperti kulit sebiji nenas
yang merupakan salah satu produk pertanian utama negara pada ketika itu.
Pengadaptasian elemen-elemen seni bina Melayu tradisional, faktor iklim setempat dan
keupayaan teknologi pembinaan mula dilihat sebagai sebagai sesuatu yang amat
berpotensi ke arah melahirkan identiti seni bina di Malaysia menjelang awal tahun 1960an. Bangunan-bangunan seperti gereja di Petaling Jaya (1960-an), Bangunan Muzium
Negara (1964), Masjid Negeri Sembilan, Seremban (1967) dan Restoran A&W di
Petaling Jaya (awal 1970-an) merupakan antara produk yang dianggap berjaya
44
mengetengahkan identiti seni bina Malaysia yang progresif dan pada masa yang sama
tidak melupakan unsur tradisi yang menunjangi kehidupan masyarakatnya.
3.4 Definisi Identiti Seni Bina Nasional
Para pemikir seni bina dari dalam dan luar negara mempunyai pelbagai pendapat
mengenai definisi identiti seni bina nasional. Pendapat yang pertama daripada pemikir
luar mengenai konsep identiti seni bina ialah identiti tersebut tidak boleh dipalsukan.
Menurut salah seorang daripada mereka iaitu Charles Correa,65 berpendapat bahawa
pembentukan sesuatu identiti seni bina tidak seharusnya cenderung kepada ideologi
sesetengah pihak sahaja sebaliknya bersifat menyeluruh dan dapat diterima oleh setiap
ahli masyarakat tersebut. Menurut mereka lagi, pembentukan identiti di dalam seni bina
merupakan satu proses yang panjang dan ada di antaranya merupakan tinggalan tamadun
lampau yang mencerminkan budaya hidup dan peradaban masyarakat pada masa tersebut.
Kaedah membentuk dan membangunkan identiti ini boleh dilaksanakan apabila kita
berjaya mengatasi punca permasalahan yang sebenar kita hadapi dalam kehidupan
seharian:
“It’s a process and not a found object. It may be likened to the trail left by
civilization as it moves through history. The trail is the culture, or identity of that
civilization .Being a process identity cannot be prefabricated. We develop our
identity by tackling what we perceived to be our problems. Identity is not a self
conscious thing. We find our identity by understanding ourselves and our
environment”.66
65
Charles Correa merupakan nama besar dalam seni bina kontemporari di peringkat antarabangsa. Beliau
mula mendapat pendidikan awal seni bina di University of Michigan dan Massachussets Institute of
Technology (MIT). Selain mempunyai kelayakan sebagai seorang akitek, beliau juga merupakan seorang
perancang bandar dan aktivis. Melalui firma akiteknya yang mula ditubuhkan pada 1958 di Bombay, beliau
telah mempelopori pelbagai projek reka bentuk yang berkaitan dengan isu perbandaran dan perumahan kos
rendah di dunia ketiga.
66
Correa, Charles (Julai 25-27, 1983). Article Quest For Identity, Regional Seminar by the Aga Khan
Award for Architecture. Universiti Teknologi Malaysia, Kementerian Budaya, Be;ia dan Sukan. Hlmn 28.
45
Pendapat tersebut disokong oleh R.G Wilson67 yang mana menurut beliau pembentukan
identiti semulajadi mempunyai persamaan dengan sifat-sifat kewilayahan iaitu
penyesuaian rupa bentuk bangunan seperti struktur, bahan-bahan, bentuk, imej dan
seluruhnya dengan alam persekitaran dan asal-usul setempat. Seorang ahli sejarah seni
bina yang terkenal iaitu Charles Jenks68 pula berpendapat bahawa pembentukan identiti
seni bina perlulah disaduri dengan program yang mencerminkan aspirasi masyarakat
semasa atau akan datang. Aspek-aspek seperti seni, budaya, kepercayaan, kemampuan
teknologi, pengaruh tapak dan sebagainya merupakan elemen utama yang terkandung di
dalam program seni bina tersebut. Sebagai contoh beliau merujuk kepada warisan seni
bina piramid di Mesir yang mana gabungan unsur ketuhanan, kesenian, kebudayaan dan
kemampuan teknologi diterjemahkan ke dalam hasil seni bina yang bersimbolik.69
Para pemikir seni bina tempatan juga mempunyai pelbagai pendapat mengenai
maksud identiti seni bina nasional. Menurut Hijas Kasturi,70 identiti seni bina adalah
sesuatu yang mencerminkan nilai patriotisme atau nasionalisme. Asas kepada
pembentukan identiti dalam seni bina tersebut pula terdiri daripada tiga aspek utama iaitu
fungsi, aspek ekonomi dalam pembinaan dan nilai estetika. Menurut beliau lagi, fungsi
terdiri daripada pemikiran secara rasional dalam penghasilan reka bentuk yang berupaya
memenuhi dan menyelesaikan permasalahan kehendak dan keperluan manusia. Faktor
ekonomi pula terdiri daripada aspek pembinaan, peningkatan teknologi, persediaan bahan
dan kemudahan asas bangunan. Bagi faktor yang ketiga iaitu nilai estetika pula, ianya
67
R.G Wilson merupakan tokoh aliran vernakular Amerika yang berfikiran dinamis dan begitu
menekankan penggabungan unsur dunia baru dan lama dalam menghasilkan identiti. Walau bagaimanapun
beliau lebih memandang kepada dasar dan konteks setempat atau peninggalan warisan sedia ada untuk
mewujudkan jiwa seni bina yang sebenar-benarnya.
68
Charles Jencks dilahirkan pada 1939 dan mula mendapat pendidikan tinggi di Universiti Harvard serta
memperolehi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kesusasteraan Inggeris pada tahun 1961. Pada tahun 1965,
beliau berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang seni bina dan seterusnya menerima Ijazah
Kedoktoran (PhD) dalam bidang sejarah seni bina. Antara penulisan beliau yang terkenal ialah “The
Language of Post-Modern Architecture”( Six edition 1991),, “Architecture Today” ( Third edition 1997)
dan “The Architecture of Jumping Universe”( Second edition 1997). Dalam penghasilan reka bentuk seni
bina, Thematic House yang dihasilkan bersama Terry Farrel di antara tahun 1979 hingga 1984 merupakan
antara reka bentuk yang menggunakan bahasa seni bina Post-Moden yang begitu dikenali dan dijadikan
rujukan dalam perbincangan bahasa seni bina tersebut di seluruh dunia.
69
Jencks, Charles(1985.). Towards a Symbolic Architecture : The Thematic House. Rizolli New York.
Hlmn 22-23.
70
Hijas Kasturi, (Julai 25-27 1983). Commentary Panel Discussion for Regional Seminar by the Aga Khan
Award for Architecture. Universiti Teknologi Malaysia, Kementrian Budaya , Belia dan Sukan. Hlmn 22.
46
dibentuk berlandaskan sumber budaya dan etnik di sesuatu tempat. Persepsi Ken Yeang71
juga dilihat mempunyai persamaan dengan Hijjas mengenai pembentukan identiti seni
bina. Menurut beliau, pembentukan identiti seni bina lahir daripada tiga faktor utama
iaitu nilai simbolik, reka bentuk ruang litupnya dan batasan kewangan:
“Identity in architecture therefore comes from all these three factors influencing
its design : its symbolic value, its enclosure design, its financial constraint”.72
Menurut Nik Azmi Nik Daud pula, faktor seperti cara kegunaan bangunan,
penyesuaian dengan cuaca dan persekitaran serta kaedah penggunaan bahan merupakan
faktor penentu dalam pembentukan identiti seni bina. Beliau turut menambah bahawa
kemahiran dalam mencorak atau mengatur elemen asas reka bentuk, penjimatan dalam
pembinaan, cara pembinaan yang praktikal dengan konteks setempat merupakan faktor
yang perlu diterapkan bagi memantapkan lagi identiti seni bina tersebut.73 Parid Wardi74
pula berpendapat bahawa pembentukan identiti dalam seni bina dipengaruhi oleh tiga
faktor utama iaitu aspirasi kebangsaan, penyesuaian identiti dengan masyarakatnya yang
berubah mengikut peredaran zaman dan warisan budaya komuniti setempat. Aspirasi
kebangsaan terdiri daripada pengaruh politik yang memantau perkembangan identiti seni
bina tersebut. Dalam situasi ini, proses pengadptasian sesuatu identiti seni bina tersebut
kemungkinan akan dipengaruhi oleh agenda pemerintah di sesuatu kawasan atau negara.
Mengenai faktor yang kedua pula iaitu masyarakat yang berubah mengikut peredaran
71
Yeang, Ken(Julai 25-27 1983). Commentary Panel Discussion for Regional Seminar by the Aga Khan
Award for Architecture. Universiti Teknologi Malaysia, Kementrian Budaya , Belia dan Sukan. Hlmn 31.
72
Ibid.
73
Nik Azmi Nik Daud ( 02/01/1987). Kerjasama Semua Pihak Perlu Mencapai Matlamat Senibina
Nasional, Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1, Universiti Teknologi
Malaysia: 2 -4.
74
Yang Berbahagia Profesor Dato’ Parid Wardi bin Sudin merupakan seorang tokoh dalam bidang
pendidikan seni bina di Malaysia. Beliau bergiat cergas dalam pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM),
menjadi Ahli Majlis dalam PAM mulai 1978 dan pernah dilantik sebagai pengerusi bahagian Pelajaran,
Jawatankuasa Pengiktirafan Kursus dan Panel Peperiksaan Amalan Iktisas PAM dan Lembaga Arkitek
Malaysia (LAM). Selain bergiat aktif dalam aktiviti PAM, beliau juga menerima banyak perlantikan di
peringkat kebangsaan seperti menjadi pengerusi Jawatankuasa Kecil Terjemahan Istilah Seni Bina,
Perancangan dan Ukur Bahan, menjadi Ahli Undangan Jawatankuasa Tetap Bahasa Melayu Dewan Bahasa
dan Pustaka serta Ahli Jawatankuasa Rancangan Pemulihan Kampung Unit Perlaksanaan dan Penyelarasan,
Jabatan Perdana Menteri bersama INTAN. Penulisan selepas ini tidak akan menggunakan gelaran ‘Yang
Berbahagia Profesor Dato’ yang tertera di hadapan beliau.
47
zaman, beliau menyatakan bahawa kaedah implimentasi sesuatu bentuk identiti itu perlu
dilaksanakan secara berhati-hati terhadap masyarakat berbilang kaum yang hidup secara
global agar identiti tersebut tidak disalah tafsirkan oleh generasi seterusnya. Mengenai
faktor yang terakhir iaitu pengaruh warisan budaya sesuatu komuniti dalam pembentukan
identiti seni bina, ianya merujuk kepada proses memahami nilai dan akar umbi budaya
kita sendiri.75 Setelah meneliti beberapa pandangan daripada pemikir seni bina dan
golongan profesional mengenai maksud identiti seni bina nasional, kesimpulan yang
dapat dibuat ialah pembentukan identiti perlu merujuk kepada strata sosial masyarakat
dan organisasi politik setempat,budaya masyarakat setempat serta kefahaman kepada
faktor-faktor regionalisme.
3.5 Krisis Identiti Seni Bina di Malaysia
Kepelbagaian dalam penafsiran maksud identiti seni bina nasional oleh pemikir seni
bina sama ada dari dalam atau luar negara diperakui bahawa telah mengukuhkan maksud
identiti seni bina tersebut dari pelbagai sudut. Walau bagaimanapun, kurangnya usaha
untuk melakukan huraian secara lebih terperinci akan ciri-ciri identiti yang dimaksudkan
telah mewujudkan kekeliruan dalam penafsiran terhadap identiti seni bina oleh golongan
profesional dalam bidang tersebut di negara ini. Menjelang tahun 1970-an, pelbagai
komen dan kritikan tajam dari pemikir seni bina di negara ini telah mula kedengaran
mengenai kegagalan identiti seni bina nasional mencapai matlamat asal kewujudannya.
Antara pemikir yang banyak mengetengahkan pendapat mengenai permasalahan tersebut
ialah Ken Yeang. Menurut beliau kekurangan pembangunan terhadap falsafah seni bina
di negara ini menyebabkan masyarakat luar sukar mengenali identiti seni bina Malaysia.76
Mengenai definisi terhadap krisis identiti seni bina, Ken Yeang pernah
membandingkannya dengan krisis yang berlaku terhadap seseorang individu yang mana
ianya berkaitan dengan kegagalan individu tersebut mengenali siapa dirinya atau ke
75
Parid Wardi (Julai 25-27 1983).Commentary Panel Discussion for Regional Seminar by the Aga Khan
Award for Architecture. Universiti Teknologi Malaysia, Kementerian Budaya, Belia dan Sukan. Hlmn 23.
76
Yeang, Ken (1979). The Causes of Homogenity Amongs Architects in Urban Area. Majallah akitek. Vol
2:79. Hlmn 11.
48
manakah arah tuju hidupnya. Menurut beliau, krisis identiti seni bina di Malaysia
dikatakan wujud disebabkan kegagalan untuk memastikan arah tuju sebenar seni bina
kita. Antara bentuk-bentuk krisis identiti yang dikenal pasti banyak berlaku di Malaysia
ialah kekeliruan dalam menterjemahkan beberapa elemen asas identiti seni bina ke dalam
bentuk baru dan juga penafsiran sempit tentang maksud dan peranan identiti tersebut
dalam konteks seni bina yang berbeza.
Krisis identiti seni bina yang dialami oleh negara ini turut mendapat perhatian dan
kritikan dari kebanyakan tokoh-tokoh seni bina Malaysia yang lain. Antara tokoh seni
bina yang turut memberi pandangan terhadap permasalahan tersebut ialah Hijjas Kasturi.
Beliau turut kesal dengan proses penafsiran seni bina yang dianggap semakin
terkebelakang, cuba membandingkan usaha awal merealiasasikan identiti senibina
nasional yang dilakukan terhadap Masjid Negara yang dianggap berjaya dengan
kekeliruan yang ditimbulkan oleh kebanyakan arkitek yang mengambil contoh masjid
dari Timur Tengah dalam reka bentuk masjid di Malaysia pada hari ini:
“ Masjid-masjid kita sekarang seperti yang ada di Asia Tengah dan negara Arab.
Kenapa kita mesti melihat contoh di negara orang sedangkan kita pernah
membina sebuah masjid kontemporari yang boleh dibanggakan iaitu Masjid
Negara”. 77
Kritikan keras yang dilemparkan oleh beberapa tokoh seni bina di negara ini terhadap
kewujudan krisis identiti dalam pelbagai sektor seni bina merupakan antara bukti
awal kewujudan permasalahan tersebut. Persoalan yang seterusnya ialah
bagaimanakah ianya boleh berlaku dan apakah bentuk permasalahan yang sering
ditimbulkan oleh krisis identiti seni bina tersebut ?. Bagi menjawab persoalan ini,
pemerhatian yang lebih menyeluruh akan sebab dan bentuk krisis yang ditimbulkan
perlu dilaksanakan.
77
Hijjas Kasturi (Ahad 27 Julai 2003). Rencana : Penghinaan Membakar Semangat, Mingguan Malaysia.
Hlmn 36.
49
3.6 Sebab Dan Bentuk Krisis Identiti Seni Bina yang Wujud di Malaysia.
Dalam kajian yang dilakukan terhadap krisis identiti seni bina yang wujud di
Malaysia sejak empat dekad yang lalu, apa yang dapat disimpulkan ialah terdapat dua
sebab utama kewujudan permasalahan tersebut iaitu penyalah tafsiran terhadap ciri asas
identiti seni bina seperti yang telah dihuraikan oleh tokoh-tokoh seni bina dan
pemahaman yang sempit di kalangan pelopor dan penggerak identiti seni bina akan
peranan kewujudan identiti seni bina kepada masyarakat. Kewujudan reka bentuk
revivalisme dan keadaan yang kurang selesa dalam skim perumahan moden merupakan
antara gejala yang dapat dilihat daripada krisis identiti seni bina yang berlaku tersebut.
3.6.1 Kekeliruan Terhadap Ciri Asas Kepada Pembangunan Identiti Seni Bina
Nasional
Penafsiran terhadap perlunya wujud aspek budaya di dalam identiti seni bina nasional
oleh tokoh-tokoh seni bina dari dalam dan luar negara telah ditafsirkan dari sudut yang
sempit oleh kebanyakan ahli akademik dan profesional seni bina yang mana ianya hanya
meliputi warisan seni bina tradisi sahaja tanpa memahami secara menyeluruh tentang
hubung kait seni bina tradisi tersebut dengan masyarakat lampau dan kesesuaiannya
dengan konteks seni bina yang sama sekali berbeza pada hari ini. Permasalahan dalam
penafsiran aspek budaya tersebut dapat dilihat dengan jelas dalam “Seminar Kearah
Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina” anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia Dan
Sukan pada 20 hingga 23 Januari 1980 di Kuala Lumpur. Di dalam laporan persidangan
tersebut, salah satu keputusan yang telah dicapai ialah pembinaan identiti seni bina
nasional berteraskan warisan seni bina dan kebudayaan Melayu:
50
“Senibina Malaysia seharusnya mempunyai identiti tertentu yang boleh dikenal
oleh masyarakat dan hendaklah berteraskan kepada kesenian Melayu”.78
Kriteria asas terhadap pemilihan warisan kebudayaan dan seni bina Melayu sebagai
teras kepada pembangunan identiti seni bina nasional tidak dapat dipastikan tetapi ianya
mungkin berkait rapat dengan pengukuhan politik masyarakat Melayu di negara ini pada
era awal 80-an. Pemilihan warisan kebudayaan masyarakat Melayu sebagai teras
pembangunan identiti seni bina nasional juga dilihat sebagai kesinambungan ketuanan
Melayu di dalam pembangunan kebudayaan nasional di Malaysia pada waktu itu seperti
juga yang dilakukan terhadap dasar bahasa kebangsaan, baju kebangsaan, Dasar Ekonomi
Baru dan sebagainya. Keputusan yang dicapai dalam seminar tersebut telah memberikan
implikasi yang cukup besar terhadap pendekatan seni bina beridentiti nasional menjelang
dekad 80-an dan 90-an yang mana terdapat banyak bangunan yang didirikan terutamanya
bangunan-bangunan kerajaan menggunakan pendekatan warisan seni bina Melayu di
dalam reka bentuknya. Perkembangan pesat penggunaan elemen seni bina Melayu di
dalam seni bina moden pada waktu itu juga banyak dipengaruhi oleh perkembangan
falsafah seni bina di peringkat global yang mana arus seni bina Post-Modernisme yang
mencanangkan perlunya ciri-ciri warisan seni bina setempat diterapkan di dalam seni
bina terkini.
Hakikat bahawa cabaran hebat yang bakal dihadapi di dalam bidang seni bina
berbanding dengan bidang-bidang lain yang mengambil pendekatan kebudayaan Melayu
sebagai teras pembinaan identiti masing-masing mungkin tidak diperhalusi oleh pemikirpemikir seni bina di negara ini sewaktu di peringkat awal perlaksanaannya. Apa yang
pasti, selama lebih dua dekad pendekatan tersebut digunakan, ianya ternyata sukar
menakluki pemikiran masyarakat di negara ini terutamanya kaum-kaum bukan Melayu
bahawa pendekatan tersebut adalah jawapan terbaik kepada persoalan identiti seni bina
nasional yang dicari-cari selama ini. Pendekatan seni bina Melayu dalam menjawap
persoalan identiti seni bina nasional jelas hanya tertumpu kepada bangunan-bangunan
kerajaan atau syarikat-syarikat korporat yang mempunyai kepentingan dengan kerajaan
78
Laporan Seminar (20-23 Januari 1980). Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam SeniBina.
Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia, Kuala Lumpur. Jilid I. Hlmn 10.
51
sahaja. Kesukaran perlaksanaan pendekatan tersebut juga banyak dikaitkan dengan
kelemahan para pemikir dan profesional seni bina di negara ini dalam menggabungkan
aspek budaya dan jiwa seni bina sezaman. Penggunaan elemen-elemen seni bina Melayu
terhadap bangunan moden juga dilihat lebih memaparkan aspek pembangunan fizikal dan
gaya rupa sahaja sedangkan budaya penggunaannya atau keupayaan teknologi yang ada
pada hari ini tidak mempunyai kaitan langsung dengan gaya rupa yang cuba ditonjolkan.
Reka bentuk podium di Ibu Pejabat BBMB di Kuala Lumpur misalnya menceduk
secara bulat-bulat gaya rupa seni bina rumah atau istana tradisi Melayu Kelantan dengan
reka bentuk bumbung panjang dan dinding menggunakan papan kembung. Walaupun
terdapat sedikit perubahan di bahagian bumbungnya tetapi ciri-ciri asal reka bentuk
rumah atau istana tradisi Melayu Kelantan tersebut masih tidak berubah seperti struktur
gelegar yang kelihatan terjulur keluar dari bahagian tiangnya.
Gambarajah 3.2 : Reka bentuk podium Ibu Pejabat BBMB (Sekarang ini diambil
alih oleh Bank Muamalat) di Kuala Lumpur yang mengetengahkan ciri- ciri reka
bentuk revivalisme seni bina Melayu.
Penggunaan gaya rupa rumah Melayu sebenarnya tidak ada kait mengait dengan budaya
kerja pejabat yang menjadi fungsi utama podium tersebut. Ianya juga dilihat tidak mampu
untuk memberikan sebarang impak positif kepada pekerja di dalamnya kerana ruang
dalaman pejabat tersebut tidak ada bezanya dengan ruang pejabat yang lain. Identiti seni
bina sebegini tidak ubah seperti sebuah lukisan besar yang tidak memberi apa-apa makna
52
terhadap penggunanya dan juga masyarakat di sekelilingnya. Kegiatan membesarkan reka
bentuk bangunan berkali ganda berbanding saiz asalnya disifatkan sebagai ‘balloon
Architecture’.79 Pendekatan yang serupa juga dapat dilihat pada beberapa buah bangunan
utama yang lain seperti Muzium Negeri Terangganu di Kuala Terengganu dan Pusat
Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur .
3.6.2 Pemahaman yang Sempit Terhadap Keperluan Identiti di Dalam Seni Bina
Keperluan mewujudkan identiti seni bina nasional bukan hanya terhad kepada
sesetengah bangunan sahaja tetapi seharusnya meliputi keseluruhan hasil seni bina di
negara ini daripada bangunan pencakar langit hinggalah kepada sebuah tandas, tempat
menunggu bas ataupun bangsal tempat letak basikal. Definasi terhadap bentuk identiti
yang perlu diterapkan ke dalam sesebuah seni bina seharus ditakrifkan secara berbeza
berdasarkan peranan sesebuah bangunan terhadap penggunanya. Peranan sebuah stadium
kepada penggunanya adalah tidak sama dengan peranan sebuah rumah teres kepada
penghuninya. Aplikasi identiti dari sudut tampak atau gaya rupa adalah sesuai digunakan
pada reka bentuk stadium kerana fungsinya yang bersifat ‘utilitarian’ dan sementara,
manakala bagi sebuah rumah teres yang digunakan sepanjang hari oleh penghuninya,
penekanan identiti adalah lebih sesuai dari sudut kesesuaian fungsi dan keselesaan
kepada kehidupan penghuninya. Ianya selaras dengan maksud seni bina yang telah
disebutkan sebelum ini iaitu bukan hanya setakat rupa bentuk atau gaya rupa sahaja tetapi
juga melibatkan interaksi yang baik di antara sesebuah ruang itu dengan penggunanya.
Konsep asas identiti seni bina juga sebenarnya berlandaskan pendekatan yang sama.
Persoalan mengenai identiti seni bina yang sering di bangkitkan sebelum ini dilihat
bukanlah bertujuan untuk memesongkan maksud sebenar seni bina tersebut tetapi lebih
kepada usaha mendekatkan seni bina tersebut kepada aspirasi penggunanya.
Kelemahan kebanyakan pemikir dan profesional seni bina negara ini dalam
memahami maksud sebenar identiti seni bina serta peranannya dalam konteks yang
berbeza merupakan antara penyumbang kepada krisis identiti seni bina di negara ini. Apa
79
Tajuddin Mohd Rasdi (2001). Identiti Seni Bina Malaysia : Kritikan terhadap pendekatan reka bentuk.
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Hlmn 28.
53
yang berlaku dapat dilihat dengan jelas dalam sektor perumahan dan pendidikan yang
juga merupakan sektor terpenting dalam pembinaan sahsiah masyarakat pada masa
hadapan. Seorang remaja misalnya, akan menghabiskan sebahagian besar usianya
sebelum meningkat dewasa di rumah dan di sekolah serta sudah tentu sedikit sebanyak
perwatakan mereka akan ditentukan oleh kedua-dua bidang seni bina tersebut. Walaupun
dianggap penting dalam menentukan arah tuju peneraju negara pada masa hadapan, tetapi
kedua-dua sektor ini menerima tanggapan yang berbeza dari kebanyakan pemikir dan
profesional seni bina di negara ini dalam konteks penerapan identiti seni bina nasional.
Gambarajah 3.3 : Walaupun telah lebih empat dekad merdeka, reka bentuk skim
perumahan awam di negara ini masih lagi di takuk lama tanpa sebarang usaha
untuk menjadikannya semakin baik serta mengambil kira unsur kemanusiaan
dalam reka bentuknya.
Sumber : Chan Chee Yong (December 1987). Post-Merdeka Architecture : Malaysia
1957-1987. Pertubuhan Akitek Malaysia. Hlmn 144; Mohd Tajuddin Rasdi (August
2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda. The KALAM
Papers,Pusat Kajian Alam Melayu, FAB, UTM . Hlmn 6.
Apa yang boleh dirumuskan ialah kedua-dua sektor ini telah dipinggirkan atau dianak
tirikan dari agenda pembangunan identiti seni bina nasional kerana dianggap kurang
berpotensi untuk menonjolkan ‘identiti’ seni bina nasional berbanding dengan pejabat
54
kerajaan, pusat membeli belah, menara dan sebagainya. Kesan daripada kesempitan
pemikiran para pemikir serta profesional seni bina di negara ini terhadap penafsiran
identiti tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui reka bentuk perumahan awam dan
bangunan-bangunan yang berkaitan dengan pendidikan seperti sekolah, kolej dan
universiti yang dilihat tidak mengalami sebarang peningkatan untuk menjadikannya lebih
baik dari sudut fungsi dan sensitiviti terhadap budaya pengguna dalam reka bentuknya
sejak dari zaman merdeka hinggalah ke hari ini.
3.7 Kesan Buruk Daripada Krisis Identiti Seni Bina Terhadap Masyarakat di
Malaysia
Krisis identiti seni bina di Malaysia yang berlaku sejak beberapa dekad yang lalu
sebenarnya telah memberi impak negatif secara tidak langsung terhadap aspek lain yang
berkaitan dengannya. Salah satu aspek yang menerima kesan buruk dari krisis identiti
seni bina tersebut ialah kepincangan struktur sosial masyarakat yang mana kebanyakan
masyarakat di negara ini terpaksa mengubah budaya hidup seharian mereka bagi
menyesuaikan diri dengan corak seni bina yang telah disediakan kepada mereka.
Fenomena yang menjadikan seni bina sebagai medium yang mempengaruhi corak
kehidupan masyarakat dan bukannya masyarakat yang menentukan bagaimana seni bina
tersebut wujud, sesuai dengan kehidupan yang mereka impikan akan memberikan kesan
yang kurang baik kepada kehidupan mereka bagi jangka masa panjang seperti masalah
sosial, kehilangan hak persendirian, jenayah dan juga kehilangan nyawa sendiri atau
orang yang disayangi. Kesan yang dibawa oleh krisis identiti seni bina sebenarnya
begitu besar melangkaui batas fizikal seni bina dan manusia yang mendiaminya. Dalam
jangka masa yang panjang krisis identiti seni bina boleh membawa kepada krisis tenaga
kepada negara serta tekanan ekonomi kepada masyarakat di masa hadapan. Krisis identiti
seni bina juga telah menyebabkan meningkatnya kadar pencemaran dan gangguan
kesihatan di negara ini terutamanya di bandar-bandar besar. Selain daripada itu kadar
kemalangan jalan raya di negara ini yang kian meningkat dari tahun ke tahun juga
dikaitkan dengan kelemahan perancangan seni bina yang mendorong masyarakat
menggunakan kenderaan bermotor dari satu tempat walaupun dalam jarak yang dekat.
55
Walau apapun kesan negatif yang menimpa masyarakat di negara ini pada masa sekarang
dan akan datang, apa yang pasti krisis identiti seni bina yang wujud telah memperlihatkan
kelemahan seni bina tersebut dalam menyediakan kehidupan yang selesa kepada
penggunanya sesuai dengan keperluan semasa mereka .
3.7.1 Kelonggaran Ikatan Komuniti di Kawasan Bandar
Krisis identiti seni bina yang wujud di negara ini sejak beberapa dekad yang lalu turut
membawa kesan buruk kepada institusi komuniti terutamanya di kawasan bandar. Di
dalam sektor perumahan awam misalnya, kita dapat melihat bahawa pihak pemaju
mempunyai hak mutlak dalam menentukan reka bentuk dan susun atur rumah yang bakal
dimiliki oleh pembeli . Dalam reka bentuk rumah teres misalnya, susun atur serta reka
bentuk pelan rumah-rumah yang telah dibina di seluruh negara adalah hampir sama dan
telah berlanjutan selama lebih empat dekad semenjak skim perumahan awam pertama
negara yang dilaksanakan di Petaling Jaya pada sekitar akhir tahun 1950-an lagi.80 Pada
peringkat awal pembangunan negara, reka bentuk rumah teres yang menyediakan fungsi
yang begitu minimum kepada penghuninya dianggap relevan memandangkan migrasi
dalaman yang berlaku di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Shah Alam, Johor
Bahru, Ipoh dan sebagainya begitu mendadak dan keperluan perumahan perlu
diselesaikan secepat mungkin. Walau bagaimanapun, warisan reka bentuk rumah teres
yang diperkenalkan pada peringkat awal pembangunan negara tersebut yang mempunyai
tempat letak kereta yang kecil, ruang dapur yang sempit, ruang dalaman yang panas
sepanjang masa dan disusun dalam bentuk sebaris dilihat tidak sesuai dengan struktur dan
keperluan sosial yang semakin kompleks pada hari ini. Keinginan masyarakat untuk
menikmati kehidupan yang lebih selesa di dalam skim perumahan awam pada hari ini
dapat dilihat daripada reaksi awal pembeli yang melakukan aktiviti pengubahsuaian di
beberapa bahagian rumah mereka seperti pagar, tempat letak kereta dan juga bahagian
dapur. Kesan daripada proses pengubahsuian yang dilakukan maka wujudlah tembok-
80
Ngiom, Tay, Lilian. ( 2000.). 80 years of architecture in Malaysia . PAM Publication. Hlmn 90.
56
tembok batu yang memagari rumah, ruang anjung yang lebih luas untuk beristirehat serta
dapur yang yang lebih besar bagi tujuan keselesaan ketika memasak.
Ketidak-sesuian reka bentuk perumahan teres di Malaysia dengan corak kehidupan
masyarakatnya, ada yang bersifat boleh ubah yang mana masyarakat mampu
mengubahnya melalui pengubahsuaian beberapa bahagian rumah berkenaan seperti yang
telah disebutkan tadi, manakala sebahagian lagi adalah bersifat kekal dan masyarakat
terpaksa menghadapi situasi tersebut walaupun tanpa kerelaan mereka. Penyediaan susun
atur rumah teres secara sebaris dengan jarak yang dekat di antara satu sama lain
misalnya, telah mewujudkan pelbagai masalah seperti gangguan privasi kepada
penghuninya. Masalah tersebut telah dibangkitkan oleh Mohd Tajuddin Rasdi di dalam
penulisan beliau yang mana akibat daripada gangguan privasi tersebut menyebabkan
penghuni di dalam skim perumahan teres pada hari ini terpaksa hidup dalam suasana
yang kurang selesa:
“The result of all this is a shrinking back- to- back window distance. With this
close proximity, the exact window-to window alignment and no landscaping for
visual obstruction, the setting is incredibly ideal for visual privacy violations. My
daughter who has the back room hardly opens her window now. Poor lighting
comes in as the drapes or curtains are usually night and day. Ventilations ? Well,
actually you would need two openings on opposite sides of a room in order to
draw a cross ventilation”.81
Dalam usaha kebanyakan penghuni yang cuba untuk mendapatkan kembali hak privasi di
dalam kediaman mereka, pembinaan pagar konkrit yang bertujuan mengurangkan
gangguan visual akhirnya telah mengundang pelbagai masalah sampingan yang lain
seperti mengurangkan interaksi di antara penghuni dengan jiran-jirannya. Kurangnya
interaksi diantara jiran dalam kehidupan seharian seterusnya akan membawa kesan
negatif dalam jangka masa panjang yang mana ianya akan membawa kepada
kerenggangan hubungan di dalam sesuatu komuniti. Situasi tersebut bakal membawa
81
Mohd Tajuddin Rasdi (August 2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda. The
KALAM Papers,Pusat Kajian Alam Melayu, FAB, UTM. Hlmn 23.
57
masalah yang lebih besar kepada komuniti itu sendiri seperti jenayah, sikap saling
mencurigai dan sebagainya.
Peningkatan kadar jenayah akibat daripada kelongaran ikatan komuniti di tamantaman perumahan pada hari ini begitu menggerunkan. Penjenayah pada hari ini begitu
berani melakukan jenayah pada siang hari. Mereka meragut, mengugut, malah berani
membunuh mangsanya di hadapan rumah mereka. Sebahagian keluhan masyarakat yang
tinggal dalam ketakutan tersebut diluahkan oleh penduduk Seksyen 11, Petaling Jaya
dalam The Star keluaran 13 Februari 2004. Menurut beberapa penduduk di kawasan
tersebut, jenayah seperti ragut, ugut dan pecah rumah berlaku di siang hari dan
penjenayah menjadikan wanita dan orang tua sebagai mangsa mereka:
“In the mornings, several girls have been relieved of their hand-bags by
motorcyclist along Jaalan 11/6, a road that has many escape routes for the
criminals. At night, house break-ins are rampant and several houses along Jalan
11/6 C have hit in succession in single night. They target even old women who
are in their eighties. Two of them passed by an old lady friend of mine and
remarked that the neighbourhood was very rich, before they pushed her to the
ground and snatched her handbag, said Shahida”.82
Kepada mangsa-mangsa jenayah, usaha untuk mendapatkan pertolongan segera
adalah sukar kerana kebanyakan pintu atau pintu pagar rumah di kawasan tersebut
dikunci dari dalam oleh penghuninya. Bagi penjenayah, aktiviti mereka dipermudahkan
lagi dengan keadaan jalan di kawasan perumahan tersebut yang lurus serta banyak ke
Lebuh Raya Federal. Bagi pihak penduduk, mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan
kerana laporan polis yang dibuat tidak mendapat respon yang diharapkan. Walaupun
terdapat persatuan penduduk yang tubuhkan tiga tahun sebelum sebelum itu, namun
mereka mereka masih mengharapkan pihak-pihak tertentu menyelesaikan masalah
mereka. Sebagai contoh, penduduk masih mengharapkan pihak berkuasa tempatan untuk
82
K.W. Mak ( 13 February 2004). Residents afraid to leave home due to crime spree. The Star. Hlmn 2-3.
58
membersihkan kawasan longkang besar yang bersemak samun di kejiranan mereka
kerana kawasan tersebut disyaki sebagai jalan pintas penjenyah yang melakukan kegitan
pecah rumah di waktu malam.83 Masalah membersihkan kawasan semak sedemikian
sebenarnya dapat diatasi dengan mudah sekiranya komuniti di kejiranan tersebut
mengamalkan sikap bergotong-royong. Akhirnya, kejadian jenayah di kawasan tersebut
masih terus berlaku dan penduduk pula bagaikan orang buruan yang hidup dalam
ketakutan tidak kira siang ataupun malam.
Gambarajah 3.4 : Kawasan jalan yang sunyi dan luas di kawasan perumahan
Seksyen 11 Petaling Jaya ini merupakan tempat yang sering berlaku kejadian
jenayah seperti ragut dan ugut.
Sumber : K.W. Mak (13 Februari 2004). Gripped by Fear.The Star. Hlmn 2
3.7.2 Ancaman Terhadap Aspek Keselamatan Masyarakat
Kesan buruk yang dihadapi oleh penghuni yang tinggal di skim perumahan bertingkat
pula lebih menakutkan kerana bukan sahaja terdedah kepada faktor-faktor ketidak
selesaan tetapi juga membabitkan masalah keselamatan kepada penghuninya. Sejak dari
merdeka hingga ke hari ini, boleh dikatakan hampir keseluruhan reka bentuk rumah
83
Ibid.
59
pangsa atau kondomunium di negara ini dibina berdasarkan konsep bangunan pejabat
yang mempunyai saiz dan rekabentuk pelan lantai yang sama daripada tingkat yang
paling bawah hinggalah ke tingkat yang paling atas. Rekabentuk sedimikian, mungkin
tidak memberikan sebarang masalah terhadap pengguna dan budaya kerja di pejabat
kerana golongan penggunanya adalah orang dewasa serta tidak memerlukan mereka
keluar ke ruang koridor atau balkoni ketika bekerja. Walau bagaimanapun, di dalam skim
perumahan bertingkat, golongan penggunanya terdiri daripada pelbagai lapisan
masyarakat termasuk juga kanak-kanak. Seperti yang kita telah sedia maklum bahawa
kanak-kanak merupakan golongan yang begitu sukar dikawal memandangkan sikap ingin
tahu yang begitu menebal di dalam diri selaras dengan keperluan tumbesaran mereka.
Justeru, kejadian kemalangan kecil kadang-kadang tidak dapat dielakkan dan menjadi
lumrah dalam kehidupan seorang kanak-kanak. Walau bagaimanapun, masalah yang
kecil sedemikian sering bertukar menjadi tragedi di skim perumahan bertingkat
disebabkan keperluan si kecil ini tidak diberi perhatian di dalam minda golongan
profesional seni bina di negara ini.
Gambarajah 3.5 : Tipologi rumah pangsa yang diambil daripada reka bentuk
bangunan pejabat bukan sahaja mendatangkan suasana yang tidak selesa kepada
penghuninya tetapi juga mengancam aspek keselamatan terhadap kanak-kanak.
Sumber : Chua Kok Hua, Darran Tan (1 November 2004). Life in a Box. The Star. Hlmn
1.
60
Jika kita melihat sepintas lalu, kebanyakan reka bentuk kediaman bertingkat di negara
ini mempunyai ruang koridor dan anjung yang terbuka, saiz pelan lantai yang sama di
setiap aras dan reka bentuk tingkap yang mudah dibuka. Secara disedari atau tidak, ianya
telah mewujudkan bahaya yang begitu besar terhadap golongan kanak-kanak yang belum
mengerti erti takut atau kematian. Walaupun kediaman sedemikian disediakan kawasan
permainan kanak-kanak, namun atas beberapa sebab seperti kerosakan alat-alat
permainan atau lokasi kawasan permainan tersebut yang jauh dari kediaman,
menyebabkan kanak-kanak ini menjadikan kawasan koridor atau balkoni yang sempit di
hadapan rumah mereka sebagai tempat bermain. Keadaan tersebut telah mewujudkan
bahaya yang begitu besar kepada kanak-kanak ini memandangkan ruang koridor di
kebanyakan rumah pangsa tidak dipasang dengan jeriji di samping terdapat objek-objek
yang boleh dipanjat oleh mereka seperti kerusi, pasu bunga, rak kasut dan sebagainya
yang akhirnya boleh menyebabkan kemalangan seperti terjatuh daripada bangunan
tersebut.
Gambarajah 3.6 : Ketiadaan kawasan permainan yang khusus untuk kanak-kanak
ataupun perletakan taman permainan yang terlalu jauh daripada blok kediaman
mengakibatkan kanak-kanak menjadikan koridor sebagai kawasan permainan
mereka.
Sumber : Chua Kok Hua, Darran Tan (1 November 2004). Narrow Corridor are Turned
into Play Areas. The Star. Hlmn 4
61
Dalam satu perangkaan yang dibuat di antara bulan Ogos 2001 hingga bulan
Oktober 2004, dianggar terdapat lima kes kematian kanak-kanak akibat terjatuh daripada
kediaman keluarga mereka. Salah satu kejadian tersebut melibatkan kematian anak
bongsu Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang terjatuh dari tingkat 31,
Kondomunium Seri Bistari, Kuala Lumpur. Dalam kejadian yang berlaku pada 10
Disember 2001tersebut, Ameer Mohammad Fawwaz, 3 tahun, dikatakan terjatuh setelah
memanjat dan membuka tingkap bilik dalam usaha beliau mencari jalan keluar ketika
terperangkap di dalam bilik tersebut.84 Tragedi yang berlaku terhadap keluarga Datuk Seri
Shahidan Kassim merupakan antara cebisan daripada kisah sedih yang melanda ibu
bapa yang kehilangan anak mereka di tempat yang menjadi harapan mereka membina
kebahagiaan selain dari menghindarkan diri serta keluarga dari bala bencana yang bakal
mendatang.
Risiko kemalangan terutamanya kepada kanak-kanak disebabkan kelemahan
perancangan seni bina merupakan trauma utama kepada ibu bapa pada hari ini. Selain
daripada ketinggian, kelajuan juga merupakan salah satu lagi faktor pembunuh kepada
kanak-kanak yang tak berdosa. Setelah tiba waktu persekolahan, hati ibu bapa sentiasa
resah mengenangkan anak-anak mereka terutamanya yang masih bersekolah rendah
selagi mereka tidak terpacul di depan pintu. Keresahan mereka sesungguhnya berasas
kerana berdasarkan beberapa kemalangan ngeri yang berlaku sebelum itu. Sebagai
contoh, dalam kejadian yang berlaku pada 6 September 2004, dua orang murid tahun tiga
Sekolah Rendah Arab al-Falah, Pernu Melaka, maut dirempuh kereta di hadapan sekolah
ketika melintas jalan selepas membeli makanan di gerai yang terletak di seberang sekolah
mereka. Kejadian tersebut telah mengundang beberapa persoalan tentang bagaimana reka
bentuk atau perancangan sesebuah sekolah yang dapat menjamin keselamatan kepada
murid bukan sahaja di dalam kawasan sekolah tetapi juga di luar kawasan tersebut.
Kedudukan gerai yang terletak di seberang jalan tersebut sebenarnya menggalakkan
kanak-kanak melintas untuk membeli makanan di waktu pagi ataupun selepas waktu
persekolahan. Selain daripada itu, reka bentuk jalan di hadapan sekolah tersebut juga
tidak mempunyai ciri keselamatan bagi menghalang kenderaan bergerak laju ketika
melaluinya.
84
Penulis Khas (10 Oktober 2004). Ruangan Keluarga. Utusan Malaysia. Hlmn 7.
62
Gambarajah 3.7 : Tiadanya ciri-ciri keselamatan di perkarangan sekolah telah
mengundang bahaya murid-murid termasuk risiko dilanggar oleh kenderaan yang
melalui kawasan tersebut.
Sumber : Rosmah Dain (20 September 2004). Keselamatan Anak : kecuaian membawa
padah. Utusan Malaysia, Seksyen Keluarga. Hlmn 4.
Kanak-kanak pada hari ini sebenarnya terdedah kepada risiko kemalangan jalan raya
di mana-mana sahaja termasuk di hadapan rumah mereka. Kenderaan bermotor yang
banyak digunakan pada hari ini adalah kesan daripada perancangan seni bina yang tidak
menggalakkan orang berjalan kaki atau berbasikal untuk pergi ke destinasi yang dekat
seperti ke kedai misalnya. Trek-trek basikal atau pejalan kaki tidak disediakan di bahubahu jalan manakala di kawasan perumahan pula dibanjiri oleh kenderaan yang tidak
berkaitan kerana banyak jalan-jalan besar yang dibina di hadapan rumah. Permasalahan
yang bermula dari rumah ini akhirnya menjadi permasalahan nasional kerana
peningkatan kemalangan jalan raya sering dicatatkan dari tahun ke tahun walaupun
pelbagai cara yang digunakan kerajaan untuk mengatasinya.
3.7.3 Deraan Emosi Masyarakat yang Berpanjangan
Kesan daripada krisis identiti seni bina juga membawa kepada tekanan emosi kepada
masyarakat pada hari ini. Dalam kebanyakan skim perumahan awam misalnya, faktor
emosi penghuni sering diketepikan . Dalam satu kajian yang dibuat oleh Lembaga
63
Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), didapati bahawa kadar
kesuburan dan pertumbuhan keluarga menurun terutamanya di penempatan rumah
pangsa . Ianya disebabkan oleh reka bentuk unit rumah pangsa tersebut yang begitu
sempit dan ada di antaranya hanya mempunyai satu bilik sahaja.85
Gambarajah 3.8 : Suasana di dalam rumah pangsa Sri Selangor, Jalan San Peng,
Kuala Lumpur yang hanya mempunyai satu bilik. Gambar di sebelah kanan pula
menunjukkan suasana luaran rumah pangsa satu bilik di Razak Mansion, Salak
Selatan.
Sumber : Zamri Rambli, Muhamad Rais Yeop Johari (8 Disember 2004). Benih Kurang
Subur. Kosmo !. Hlmn 1.
Walaupun sebahagian besar masyarakat di negara telah menerima arus pemodenan yang
diterapkan dalam kehidupan sehari-harian mereka, namun sebahagian besar daripada
mereka juga masih mengekalkan adab atau adat yang dituntut oleh agama dan budaya
masing-masing. Justeru sikap malu di antara ahli keluarga yang wujud telah
membataskan aktiviti yang bersifat peribadi oleh setiap ahlinya. Keadaan terebut akan
menjadi lebih rumit sekiranya jumlah ahli di dalam sesebuah keluarga itu kian bertambah
85
Zamri Rambli, Muhamad Rais Yeop Johari (8 Disember 2004). Benih Kurang Subur. Kosmo !. Hlmn 1.
64
dan mereka pula semakin membesar daripada kanak-kanak menjadi menjadi seorang
remaja. Emosi remaja yang sentiasa bergelora dalam proses mereka untuk menjadi
seorang dewasa diburukkan lagi dengan keadaan persekitaran tempat tinggal mereka
yang serba kekurangan. Dalam banyak situasi, remaja-remaja tersebut mengambil
keputusan untuk keluar dari rumah mereka pada waktu siang disebabkan keadaannya
rumah yang kurang selesa. Di kebanyakan skim rumah pangsa murah pada hari ini,
kemudahan rekreasi hanya disediakan kepada gologan kanak-kanak sahaja manakala
golongan remaja amat jarang diberikan ruang untuk mereka melakukan aktiviti riadah.
Kegiatan remaja keluar dari rumah untuk mencari hiburan di luar terutamanya pada
hujung minggu bukan sahaja akan merenggangkan ikatan kekeluargaan di antara ibu bapa
dan anak-anak mereka tetapi juga mendedahkan golongan tersebut kepada masalah sosial
yang lebih serius.
Ketiadaan kawasan lapang juga merupakan suatu masalah yang begitu mencengkam
perasaan penghuni dikebanyakan rumah pangsa kos rendah pada hari ini . Menurut Dr.
Denilson Jayasooria,86 jika berlaku sebarang kematian di rumah pangsa pada hari ini,
adalah mustahil untuk tidak mengganggu perasaan penghuni lain terutama sekali
melibatkan kematian penghuni yang berlainan bangsa dan agama. Keadaan tersebut dapat
dibayangkan jika seseorang itu sedang menunggu lif, tiba-tiba lif yang bakal dinaikinya
sedang membawa jenazah penghuni dari tingkat atas. Penyediaan lif yang kecil juga
kadang-kadang menyebabkan jenazah yang dibawa turun terpaksa didirikan. Penyediaan
kawasan lapang atau dewan kecil di kawasan rumah pangsa, sekurang-kurangnya
memberi pilihan kepada penghuni untuk mengendalikan jenazah atau kenduri kahwin di
kawasan tersebut. Penghuni-penghuni di rumah pangsa juga dikata tiada sifat ‘sense of
belonging’ terhadap tempat tinggal mereka kerana kemudahan yang disediakan tidak
menepati kehendak dan keperluan asas mereka. Bagi penduduk yang ditempatkan semula
dari kawasan setinggan misalnya, mereka telah dipaksa membentuk satu komuniti baru
bersama-sama dengan penghuni dari setinggan yang lain di dalam satu penempatan yang
begitu asing kepada mereka. Mereka mengeluh dengan ruang unit yang terlalu sempit
(kira-kira 54 -58 meter persegi setiap unit), kedudukan unit yang terlalu tinggi (kadang86
Dr Danilson Jayasoorya merupakan pengerusi ‘Malaysian Crime Prevention Foundation’ . Kenyataan
tersebut diambil dari sesi termuramah dengan beliau oleh The Star yang bertajuk ‘Sense of belonging gone
down the chute’ pada 1 November 2004. Hlmn 3.
65
kadang di tingkat 14 atau lebih), gangguan bau dan bunyi daripada jiran, ketiadaan ruang
yang cukup untuk menjemur pakaian dan sebagainya.87
Penghuni di rumah pangsa juga sering menjadi mangsa konflik kepentingan pihakpihak tertentu apabila terjadi sesuatu masalah. Sebagai contoh, mereka sering
dipersalahkan apabila wujud pemandangan yang kurang menyenangkan akibat daripada
jemuran pakaian di balkoni masing-masing. Sebagai contoh, ketika berlangsungnya
sukan Komanwel pada tahun 1998 dahulu, pihak DBKL telah mengarahkan penduduk di
rumah pangsa di Kuala Lumpur agar tidak menjemur pakaian mereka di balkoni dengan
alasan untuk menjaga imej negara di mata antarabangsa. Persoalannya adakah alasan
tersebut munasabah sedangkan ruang untuk mereka tidurpun tidak mencukupi, inikan
pula untuk menjemur pakaian di dalam rumah. Pereka bentuk, kerajaan tempatan dan
pemaju sering mengabaikan hak golongan yang berpendapatan rendah sebegini ketika
menyediakan penempatan untuk mereka. Situasi yang berlaku di pangsapuri Pruit Igoe,88
St. Louis nampaknya tidak diambil pengajaran oleh pemikir dan profesional seni bina di
Malaysia malahan ianya berulang dalam kebanyakan skim rumah pangsa di negara ini.
Kesan buruk daripada deraan emosi berpanjangan yang wujud kepada penghuni yang
tinggal di rumah pangsa pada hari ini telah dapat dilihat dengan jelas melalui peningkatan
kes-kes vendalisme serta jenayah di kawasan tersebut. Keadaan ini akan menjadi lebih
serius pada masa akan datang apabila lebih banyak rumah pangsa yang serupa didirikan.
3.7.4
Pemisahan Nilai Moral Dan Etika Dalam Kehidupan Masyarakat
Kewujudan sesebuah seni bina sering dikaitkan dengan aspirasi dan kepercayaan
masyarakat tentang sesuatu perkara. Seni bina juga sering dikaitkan sebagai pemangkin
semangat sesuatu bangsa untuk bersaing dengan bangsa-bangsa lain melalui ekspresi
kemajuan bangsa tersebut dalam bentuk fizikal. Masyarakat purba Rom misalnya
87
Chua Kok Hua, Tan, Darren.(1 November 2004). Former Squatter : We Like it the Way We Were. The
Star. Hlmn 2.
88
Pangsapuri Pruit Igoe ( 1951-1955) rekaan Minoru Yamasaki telah memenangi anugerah AIA terpaksa
diletupkan pada bulan Julai 1972. Rekaan pangsapuri tersebut yang mengabaikan aspek budaya dan emosi
penghuni dalam reka bentuknya telah mengakibatkan berlakunya pelbagai kerosakan dan jenayah.
Walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengatasi masalah tersebut serta melibatkan perbelanjaan yang
mencecah jutaan dolar, namun ianya menemui kegagalan dan akhirnya pangsapuri tersebut terpaksa
diruntuhkan.
66
membina kuil yang besar kerana mereka percaya bahawa saiz fizikal tuhan mereka adalah
besar. Selain daripada itu pembinaan kuil yang besar adalah selaras dengan kemampuan
teknologi mereka pada masa itu. Bagi masyarakat purba Rom, ekspresi reka bentuk
bangunan sedemikian adalah tidak bercanggah dengan nilai moral dan etika masyarakat
mereka pada ketika itu memandangkan apa yang dipaparkan melalui seni bina adalah
selaras dengan apa yang dituntut dalam kepercayaan mereka.
Dalam krisis identiti seni bina di Malaysia, persoalan mengenai sejauh mana seni bina
yang ditonjolkan selaras dengan nilai moral dan etika yang seharusnya dipupuk di dalam
diri masyarakat mula menjadi persoalan. Sebagai sebuah negara yang sedang
membangun, kedudukan ekonomi negara bukanlah berada dalam situasi yang kukuh
seperti negara-negara maju. Justeru, antara agenda yang paling penting ialah melatih
rakyat negara ini supaya berjimat cermat dalam perbelanjaan dan mesej tersebut boleh
disampaikan melalui seni bina. Sewaktu negara baru mencapai kemerdekaan, mesej
tersebut kelihatan berjaya ditonjolkan melalui reka bentuk bangunan yang menggunakan
bahan yang murah seperti Masjid Negara tetapi pada masa yang sama masih berjaya
menonjolkan unsur-unsur identiti seni bina kebangsaan. Pengukuhan ekonomi dan politik
negara pada sekitar era awal 80-an dan 90-an telah memperlihatkan pendekatan yang
sama sekali berbeza dari era awal merdeka yang mana penggunaan reka bentuk
revivalisme dalam seni bina telah mengudang penggunaan hiasan yang melampau serta
penggunaan bahan binaan yang mahal terhadap sesebuah bangunan. Walaupun pada
tahun 1980-an, pendapatan per-kapita rakyat di negara ini masih rendah, namun
perbelanjaan yang tinggi terhadap reka bentuk seni bina beridentiti tidak mencerminkan
situasi sebenar negara pada ketika itu . Salah faham mengenai identiti seni bina yang
hanya boleh tonjolkan dengan perbelanjaan yang mahal dapat dilihat dari kenyataan
seorang pemikir seni bina iaitu Nik Azmi Nik Daud dalam artikel yang pernah beliau
tulis pada tahun 1987. Dalam artikel tersebut beliau mengesyorkan peruntukan besar
diperlukan bagi merealisasikan gagasan identiti seni bina nasional:
“ Untuk kesan yang lebih, lebih banyak peruntukan diperlukan. Pada
kebiasaannya sesuatu benda seni termasuk senibina yang tinggi harganyalah yang
tinggi nilai mutunya. Seperti barang-barang antik, kebanyakannya mahal-mahal.
67
Barang-barang ukir yang penuh dengan unsur-unsur identiti amat tinggi harganya.
Tiap-tiap ciptaan seni yang dicipta dengan payah ataupun rumit untuk
membuatnya itulah yang selalu tinggi nilainya”.89
Anggapan bahawa seni bina beridentiti sebagai sebuah hasil seni yang diukur
ketinggian mutunya dari berapa banyak perbelanjaan yang dikeluarkan untuk
menghasilkannya berlanjutan hingga ke hari ini dalam pelbagai reka bentuk seni bina
termasuk juga reka bentuk rumah ibadat. Reka bentuk masjid yang menonjolkan
penggunaan elemen kubah, menara, ukiran geometri atau tulisan ayat-ayat suci al-Quran
pada jubin bukan sahaja tidak mencerminkan identiti seni bina nasional malahan ianya
telah mewujudkan pembaziran dari sudut kewangan kerana kebanyakan bahan binaan
tersebut diimport dari luar negara.90 Dari sudut sejarah pula, masjid-masjid awal di
Nusantara termasuk juga di Malaysia tidak mempunyai kubah serta menara konkrit yang
besar tetapi masih berjaya memainkan peranannya dalam mengembangkan syiar Islam di
rantau ini. Keghairahan pihak pemerintah yang ingin menonjolkan imej Malaysia sebagai
negara Islam di mata dunia dengan mengambil gaya rupa seni bina yang tidak relevan
dengan konteks masyarakat di negara ini, bukan sahaja menyempitkan lagi pemahaman
mengenai masjid kepada masyarakat tetapi juga secara tidak langsung mendidik
masyarakat Islam di negara ini mengamalkan budaya bermewah-mewah serta menunjuknunjuk dalam kehidupan seharian melalui pembiayaan besar yang terpaksa dikeluarkan
dalam pembinaan setiap masjid tersebut. Budaya bermewah-mewahan adalah tidak
digalakkan di dalam Islam serta Sunnah Rasul yang menganjurkan umatnya agar bersifat
sederhana dan berjimat cermat dalam kehidupan. Kesan pemisahan moral dalam
kehidupan tersebut dapat dilihat dengan jelas melalui persepsi kebanyakan masyarakat
awam di negara ini sama ada Islam atau bukan Islam bahawa sebuah masjid mestilah
besar serta mempunyai kubah dan menara.
89
Nik Azmi Nik Daud (17 April 1987) , Untuk Mrncapai Matlamat Senibina Nasional Bermutu Tinggi,
Banyak Perbelanjaan Diperlukan. Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1,
Universiti Teknologi Malaysia. Hlmn 44 -46.
90
Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (1999). Seni Bina Di Malaysia : Kritikan Tentang Seni Bina Islam, Identiti
Nasional dan Pendidikan. Design Modular Sdn Bhd. Hlmn 9.
68
Gambarajah 3.9 : Reka bentuk kebanyakan masjid di Malaysia pada hari ini yang
mengambil contoh tipologi masjid dari Timur Tengah dan Turki .
Sumber : Mohd Tajuddin Rasdi (1999). Seni Bina Di Malaysia : Kritikan Tentang
Seni Bina Islam, Identiti Nasional dan Pendidikan. Design Modular Sdn Bhd. Hlmn
8.
Krisis identiti seni bina di negara ini sejak tiga dekad yang lalu membuatkan pemikir
dan profesional seni bina teraba-raba mencari jawapan terhadap persoalan identiti
tersebut dan ianya juga membawa pelbagai pendekatan dalam reka bentuk. Namun tiket
kebebasan berfikir dalam seni bina bukanlah bersifat mutlak kerana seni bina bukan
hanya setakat penampilan fizikal yang kosong tetapi juga berkait rapat dengan aspirasi
atau ideologi sesetengah masyarakat. Seni bina yang lahir dari aspirasi atau ideologi
sesuatu masyarakat biasanya bersifat sensitif dan perlu ada tertib tertentu yang perlu
diikuti dalam pengunaannya kerana sebarang kesilapan mungkin akan mengundang
perasaan kecil hati atau marah dari masyarakat tersebut. Walau bagaimanapun, sikap
kurang arif sesetengah pihak untuk membezakan unsur-unsur seni bina yang dianggap
sensitif atau sebaliknya telah mengudang penghinaan secara terang-terangan terhadap
sesetengah masyarakat. Penggunaan elemen Piramid, Sphinx, tiang lotus dan ukiran
mural Firaun yang sedang membeli belah di Sunway Pyramid misalnya adalah dianggap
sebagai satu penghinaan serius terhadap sebuah agama yang dianggap suci oleh
penganut-penganutnya suatu ketika dahulu. Walaupun agama tersebut telah pupus,
69
namun sikap menghormati agama lain harus disemai di dalam diri masyarakat agar tidak
wujud pertelingkahan serius mengenainya pada masa hadapan.
Gambarajah 3.10 : Reka bentuk pusat membeli belah Sunway Pyramid dianggap
menghina sebuah agama yang dianggap suci oleh pengikutnya suatu ketika dahulu.
Sumber : Mohd Tajuddin Rasdi (1999). Seni Bina Di Malaysia : Kritikan Tentang
Seni Bina Islam, Identiti Nasional dan Pendidikan. Design Modular Sdn Bhd. Hlmn
63 -66.
Penggunaan elemen-elemen yang di anggap sebagai suci suatu ketika dahulu ke dalam
seni bina yang bercorak jenaka dan rekreasi seolah-olah mengajar masyarakat di negara
ini agar tidak beretika atau menghormati perasaan orang lain.91
3.7.5 Penurunan Kualiti Kesihatan Masyarakat
Antara peranan asas sebuah seni bina adalah untuk menyediakan perlindungan dan
keselesaan kepada penghuninya. Peminggiran aspek kualiti hidup terhadap pengguna atau
penghuni dalam usaha melahirkan seni bina beridentiti mungkin boleh menyebabkan
tahap kesihatan masyarakat di negara ini menjadi semakin menurun. Seperti yang telah
91
Mohd,Tajuddin Rasdi (1999). Seni Bina Di Malaysia : Kritikan Tentang Seni Bina Islam, Identiti
Nasional dan Pendidikan. Design Modular Sdn Bhd. Hlmn 63 – 68.
70
disebutkan sebelum ini bahawa kesan daripada gangguan privasi terhadap penghuni yang
tinggal di skim perumahan teres telah menyebabkan mereka sukar untuk membuka
tingkap sekaligus mengundang kepada suasana yang kurang sihat di dalam rumah akibat
daripada proses pengudaraan dan pencahayaan yang kurang baik.92 Selain daripada itu,
reka bentuk mejoriti unit kediaman di dalam skim perumahan moden pada hari ini yang
menyediakan bukaan minimum seperti yang disyaratkan oleh “Uniform Building By
Law” (UBBL), kelihatan tidak mampu memenuhi tahap keselesaan penghuni yang
mendiaminya. Ada di antara penghuni yang mengambil keputusan untuk menggunakan
penghawa dingin bagi mendapatkan suasana yang selesa di dalam rumah masing-masing
sama ada siang ataupun malam. Situasi tersebut telah dibangkitkan oleh Mohd Tajuddin
Rasdi :
“Quite recently, the Managing Director of a Housing Development company told
me after my presentation that the only space not air conditioned in his house is
the toilet. He also told me that he tries very hard to walk and sweat at least one
hour a day”.93
Budaya kerja yang menuntut banyak masa dihabiskan di tempat kerja menyebabkan
kebanyakan masyarakat mengabaikan budaya bersenam untuk kesihatan mereka.
Keadaan tersebut diburukkan lagi apabila ada sesetengah di antara mereka yang
menggunakan penghawa dingin di rumah. Suasana ruang pejabat, kenderaan dan rumah
yang berhawa dingin boleh memberi impak yang negatif kesihatan seseorang individu
ekoran dari keadaan tubuh yang tidak berpeluh. Reka bentuk kawasan kediaman atau
pusat bandar yang menggalakkan penghuninya berjalan kaki dilihat dapat membantu
menyediakan suasana kehidupan yang sihat. Walau bagaimanapun, keadaan sedemikian
amat jarang di dapati di Malaysia apabila kebanyakan pembangunan yang dilaksanakan
hanya mengambil kira laluan kenderaan bermotor berbanding laluan pejalan kaki atau
basikal. Kesan daripada keadaan tersebut, masyarakat lebih cenderung menggunakan
kenderaan bermotor untuk ke sesuatu tempat walaupun dalam jarak yang dekat.
92
Mohd Tajuddin Rasdi (August 2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda. The
KALAM Papers, Pusat Kajian Alam Melayu, FAB, UTM. Hlmn 21-29
93
Ibid, hlmn 36.
71
Perancangan seni bina yang menggalakkan penggunaan penghawa dingin dan kenderaan
bermotor secara tidak langsung telah menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar
seperti pencemaran udara dan peningkatan suhu bumi. Permasalahan pemanasan suhu
bumi disebabkan oleh penggunaan penghawa dingin turut berlaku di negara maju seperti
Jepun. Perkara tersebut telah didedahkan oleh seorang rakyat Jepun yang memegang
ijazah kedoktoran dan mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan alam sekitar:
“Dr. Haji Tetsu, a post doctoral candidate stationed at the Faculty of Built
Environment in Universiti Teknologi Malaysia specializes in Environment
Engineering of urban development and he claims that the over emphasis of airconditioning in Japan is creating havoc with temperatures and climate in the
cities”.94
Reka bentuk seni bina yang menggalakkan penggunaan kenderaan bermotor juga
telah mengakibatkan pencemaran udara yang serius. Kesan negatif daripada keadaan
tersebut menyebabkan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan pernafasan seperti asma
sering melanda melanda masyarakat di negara ini. Ketiadaan kawasan rekreasi
terutamanya untuk golongan dewasa di kawasan perumahan juga dilihat sebagai antara
faktor yang menyebabkan menurunnya tahap kesihatan masyarakat terutamanya di
kawasan bandar di Malaysia.
3.7.6 Ancaman Kehabisan Sumber Tenaga Dan Kepincangan Ekonomi Masyarakat
Pada Masa Hadapan
Reka bentuk seni bina yang mengabaikan faktor persekitaran merupakan simptom
yang boleh dilihat daripada krisis identiti seni bina di Malaysia. Pembinaan menara
pejabat berdindingkan kaca, reka bentuk pusat membeli belah mega yang tertutup dan
terasing dari dunia luar dan pembangunan unit-unit kediaman daripada konkrit dan
94
Ibid
72
mempunyai bukaan yang terhad merupakan antara reka bentuk seni bina yang biasa
dilihat di Malaysia pada hari ini. Untuk menyediakan ruang yang selesa kepada pengguna
atau penghuninya, bangunan tersebut perlu beroperasi dengan bantuan cahaya dan
pengudaraan meknikal. Dalam unit-unit kediaman, terutamanya di dalam skim
perumahan awam pada hari ini, penggunaan lampu dan kipas angin pada waktu siang hari
merupakan suatu keperluan kepada penghuninya. Keadaan yang serupa juga berlaku di
menara-menara pejabat yang berdindingkan kaca.
Gambarajah 3.11 : Reka bentuk kebanyakan menara pejabat di Malaysia yang
berdindingkan kaca tanpa sebarang penghadang sinaran matahari .
Sumber : Yeang, Ken (1992). The Architecture Of Malaysia. The Pepin Press. Hlmn 102.
Pancaran cahaya matahari yang terik ke permukaan kaca yang tidak dilindungi oleh
sebarang penghadang boleh mewujudkan kepanasan yang melampau ke atas ruang
dalaman bangunan. Justeru, sistem hawa dingin sering dikerah berkerja di tahap
maksimum bagi menjamin keselesaan suhu di dalam bangunan tersebut.
Penggunaan sistem pencahayaan dan pengudaraan mekanikal di dalam bangunan
dijana sepenuhnya oleh kuasa elektrik. Penggantungan terhadap tenaga elektrik secara
meluas bagi menjamin keselesaan penghuni di dalam bangunan boleh mewujudkan krisis
tenaga dalam jangka masa panjang. Kejadian terputus bekalan elektrik dalam skala yang
73
besar seperti yang berlaku pada 13 Januari 2005 yang melibatkan seluruh Lembah
Kelang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor adalah kesan daripada permintaan tenaga
elektrik yang begitu tinggi dari pelbagai sektor. Jumlah permintaan tenaga elektrik yang
tinggi tersebut mungkin boleh dikurangkan antara 20-30 peratus sekiranya seni bina di
negara ini bersifat mesra alam dengan penggunaan sistem pengudaraan dan pencahayaan
semulajadi di samping kemampuannya menghasilkan tenaga elektrik sendiri daripada
sumber solar, angin, hidrogen dan sebagainya. Kita juga sedia maklum bahawa
penghasilan tenaga elektrik di negara bukanlah seratus peratus daripada empangan kerana
sebahagiannya dijana oleh loji berkuasa arang batu, gas ataupun diesel. Permintaan
tenaga elekrik yang semakin meningkat secara tidak langsung memerlukan bahan bakar
yang lebih untuk menghasilkannya. Sifat bahan bakar yang berdepan dengan masalah
kehabisan serta harganya yang tidak stabil sedikit sebanyak telah mempengaruhi harga
tenaga elektrik yang dibekalkan kepada pengguna. Kenaikan tarif elektrik pada masa
hadapan sudah tentu akan membebankan pengguna terutamanya yang berpendapatan
rendah sedangkan mereka begitu memerlukannya untuk terus hidup dalam keadaan
selesa. Alvin Boyarsky pernah menyentuh permasalahan tersebut suatu ketika dahulu.
Menurut beliau, penggantungan terhadap sistem pengudaraan mekanikal di dalam
bangunan di negara ini terutamanya bangunan pejabat dan pusat membeli belah
menyebabkan pengguna terpaksa membazirkan wang berjuta-juta ringgit sepanjang hayat
sesebuah bangunan itu.95 Keadaan tersebut boleh dielakkan sekiranya beberapa langkah
dilaksanakan termasuk mereka-bentuk bangunan yang dapat mengurangkan penyerapan
haba daripada matahari.
3.8 Identiti Seni Bina Bukan Hanya Terbina Oleh Gaya Rupa Sahaja
Kesan buruk disebabkan oleh krisis identiti seni bina terhadap masyarakat dalam
pelbagai aspek kehidupan yang diketengahkan sebelum ini diharapkan dapat mengubah
persepsi masyarakat terhadap maksud sebenar identiti di dalam seni bina yang selama ini
95
Boyarski, Alvin. (1983). PAM Annual Discourse on Design. Majallah Akitek. Vol 1:83. Hlmn 44 – 47.
74
telah disalah tafsirkan oleh kebanyakan pihak. Seperti yang telah disebutkan oleh Ken
Yeang sebelum ini bahawa maksud identiti seni bina tidak mempunyai banyak perbezaan
dengan konteks identiti bagi seorang individu. Apabila kita membicarakan identiti
seseorang individu, perkara yang disebut bagi menjelaskan karektor individu tersebut
bukan sahaja dari sudut rupa parasnya sahaja tetapi juga merangkumi pelbagai aspek di
dalam diri individu tersebut seperti cara percakapan, gerak badan, budi bahasa dan
sebagainya. Gabungan pelbagai aspek jasmani dan rohani di dalam diri individu tersebut
membentuk identiti bagi dirinya dan ianya tidak mungkin sama dengan individu yang
lain. Huraian mengenai maksud identiti terhadap individu ini adalah selaras dengan
maksud dalam Kamus Dewan yang membawa maksud kualiti yang terdapat pada
individu atau organisasi yang membezakannya dari individu atau organisasi yang lain.
Seperti juga seorang individu, identiti seni bina juga bukan hanya setakat penampilan
luaran sahaja tetapi juga meliputi pelbagai aspek dalaman atau di sebalik tabir seperti
keselesaan kepada penghuninya, jaminan keselamatan kepada penggunanya, orentasi
bangunan, susun atur, penggunaan bahan, motif hiasan dalaman dan sebagainya. Faktorfaktor dalaman wujud disebabkan peranan yang dimainkan oleh seni bina tersebut kepada
penggunanya. Manusia sebagai pengguna dan perancang utama sesuatu seni bina
mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam pembentukan sesuatu seni bina .
Penghasilan reka bentuk seni bina yang selaras dengan pelbagai aspek kehidupan
masyarakat bukan sahaja akan berjaya memainkan peranannya untuk memperkenalkan
identiti masyarakat tersebut kepada dunia luar tetapi juga akan berjaya memberikan
kehidupan yang terbaik kepada penghuninya.
Peranan penting yang dimainkan oleh faktor kemanusiaan dalam pembentukan
identiti sesebuah seni bina dapat dilihat dalam warisan seni bina generasi terdahulu.
Dalam warisan seni bina rumah Melayu tradisional misalnya, pembentukan setiap ruang,
butiran seni bina atau reka bentuk tampak tempat tinggal mereka adalah berdasarkan
faktor-faktor yang berkait rapat dengan aspek kehidupan penggunanya. Sebagai contoh
aspek keselamatan terhadap keluarga telah diambil kira sewaktu dalam perancangan
pemilihan tapak lagi di mana bantuan dari pawang-pawang digunakan bagi memastikan
rumah yang dibina terhindar dari gangguan makhluk halus. Apabila rumah mula dibina,
aspek keselamatan fizikal mula diambil kira yang mana rumah-rumah dibina
75
berpanggung bagi menghindari keluarga dari bala bencana seperti banjir dan gangguan
binatang buas. Tingkap atau jendela dibina hingga ke paras lantai atau ke paras pinggang
penghuni ketika duduk bersila agar udara nyaman dapat masuk dengan mudah ke dalam
rumah sekaligus memberikan keselesaan kepada penghuninya. Ruang dapur pula dibina
besar sesuai dengan budaya memasak kaum Melayu yang banyak memasak makanan
basah dan ruang tersebut juga digunakan sebagai ruang sosial sewaktu kenduri kendara.
Gambarajah 3.12 : Budaya hidup seharian masyarakat menjadi teras kepada
identiti seni bina tradisional Melayu pada masa dahulu
Sumber : Abdul Halim Nasir (1985). Pengenalan Rumah Tradisional Melayu
Semenanjung Malaysia. Loyal Press Sdn Bhd. Hlmn 60.
Rumah Melayu juga bersifat progresif sesuai dengan perubahan hidup penghuninya.
Kedatangan Islam ke rantau ini telah mengubah reka bentuk seni bina rumah bumbung
panjang yang tidak berbilik kepada rumah bumbung Perak yang mempunyai bilik dan
beberapa ruang lagi seperti kelek anak, selang dan anjung bagi tujuan pemisahan antara
lelaki dan perempuan yang bukan muhrim atau sudah mencapai akil baligh di dalam
rumah. Peningkatan tahap ekonomi masyarakat tradisional Melayu membawa kepada
pembinaan rumah yang lebih besar dan lebih cantik. Pembinaan rumah yang lebih besar
seperti tiang 12 atau 16 masih lagi berpandukan ciri-ciri asas rumah Melayu sebelum itu
dan penambahan elemen ukiran pada bahagian-bahagian tertentu adalah bagi memenuhi
kehendak dan aspirasi seni pemiliknya. Gabungan antara aspek keperluan asas, budaya
76
yang diwarisi dan perubahan corak kehidupan semasa telah membentuk identiti seni bina
rumah tradisional Melayu seperti yang kita lihat pada hari ini.
Dalam membicarakan identiti seni bina di Malaysia pada hari ini, persoalan mengenai
faktor kemanusiaan seperti yang telah dipaparkan oleh masyarakat yang terdahulu dalam
pembentukan identiti seni bina mereka tidak boleh diketepikan sama sekali. Sebagai
contoh , masyarakat Melayu telah mengalami banyak perubahan dari segi budaya, cara
pemikiran, cara berpakaian atau cara hidup sehari-harian berbanding dengan nenekmoyang mereka tetapi dari segi keperluan asas atau beberapa aspek penting dalam nilai
kehidupan, secara konsepnya adalah sama. Jika masyarakat terdahulu memerlukan
suasana kehidupan yang selesa, masyarakat pada hari ini juga memerlukan suasana
kehidupan yang sama. Ianya berlaku dalam pelbagai aspek kehidupan yang lain seperti
keselamatan, komuniti, pembangunan moral dan sebagainya. Apa yang membezakan
antara masyarakat dahulu dengan sekarang adalah pendekatan mereka dalam memenuhi
keperluan atau kehendak dalam kehidupan seharian. Perubahan yang telah dibentuk oleh
masa dan pengaruh luar tersebut akan membentuk identiti seni bina yang mencerminkan
pendekatan baru mesyarakat tersebut dalam meneruskan budaya kehidupan mereka di
samping memenuhi keperluan dan kehendak kehidupan semasa mereka.
3.9 Perubahan Gaya Hidup Masyarakat Sebagai Penaung Baru Dalam Pembinaan
Identiti Seni Bina di Malaysia
Perubahan corak kehidupan masyarakat pelbagai bangsa di Malaysia pada hari ini
perlu dijadikan penaung baru dalam pembentukan identiti seni bina nasional pada masa
akan datang. Antara kesukaran utama pembentukan identiti seni bina Malaysia di masa
lalu ialah penafsiran sempit para pemikir dan profesional seni bina di negara ini yang
mentakrifkan identiti hanya boleh tercapai melalui penggunaan semula warisan seni bina
dari kaum-kaum yang terdapat di Malaysia. Penggunaan semula hasil warisan seni bina
pelbagai etnik sebagai sumber identiti bukanlah menjadi kesalahan dalam usaha
melahirkan identiti tersebut tetapi penggunaannya banyak terhad dari segi rupa bentuk
sahaja di samping menimbulkan konflik kesetiaan dan pengiktirafan di antara kaum di
77
negara ini. Pembentukan identiti seni bina berdasarkan budaya hidup baru masyarakat
turut dipersetujui oleh beberapa tokoh seni bina antarabangsa dan salah seorang
daripadanya ialah Kisho Kurokawa.96 Menurut beliau, konsep identiti seni bina yang
perlu diterapkan khususnya di dalam konteks Asia, perlu menerapkan hubungan harmoni
di antara manusia, seni bina dan alam semulajadi. Pada pendapat beliau, suasana ideal
yang dapat dipupuk di dalam sesebuah bandar misalnya, ialah apabila masyarakat dari
palbagai etnik dapat hidup bersama dengan harmoni. Seni bina dan reka bentuk
perbandaran tersebut juga perlu mengamalkan kesaksamaan terhadap golongan kurang
upaya manakala kawasan perumahannya pula menyediakan suasana kehidupan yang
selesa terhadap golongan tua dan muda. Mengenai hubungan seni bina tersebut dengan
alam, beliau juga berpendapat bahawa perlu wujud hubungan saling menembusi yang
matang di antara kedua-dua elemen tersebut.97
Pembentukan identiti seni bina berdasarkan budaya hidup baru masyarakat di
Malaysia pada hari ini dan akan datang bukanlah sesuatu yang mustahil untuk
dilaksanakan. Setelah lebih empat dekad negara ini mencapai kemerdekaan, masyarakat
telah melalui begitu banyak perubahan dari aspek budaya, pemikiran, ekonomi,
pendidikan dan sebagainya. Dalam beberapa keadaan, telah wujud titik pertemuan dalam
berbudaya di antara masyarakat pelbagai kaum tersebut. Pusat-pusat membeli-belah yang
menyediakan kemudahan rekreasi misalnya, sering menjadi tumpuan masyarakat dari
pelbagai kaum di negara ini untuk melepaskan tekanan setelah penat bekerja sepanjang
minggu. Pusat-pusat rekreasi yang menyediakan pelbagai jenis permainan untuk orang
dewasa dan kanak-kanak juga sering dijadikan medan untuk mengeratkan kembali ikatan
kekeluargaan di antara ibu bapa dan anak-anak setelah masa mereka banyak dihabiskan
di tempat kerja dan sekolah sepanjang minggu. Kemodenan juga tidak menghalang
masyarakat di negara ini untuk terus mengamalkan budaya dan tuntutan agama dalam
96
Kisho Kurokawa merupakan seorang akitek, mula mendapat pendidikan awal seni bina di Kyoto and
Tokyo University. Beliau juga merupakan Presiden kepada firma akitek Kisho Kurokawa Architect &
Associates, Presiden kepada Urban Design Consultan,Inc, Pengarah kepada Japan Architects Association
(1978-), Naib Presiden kepada Japan Federation of Profesional Architects Association (1978-),
Penganalisis Japan Broadcasting Corporation (1974-), Penasihat kepada Japanese National Railways
(1970), Fellow seumur hidup kepada Royal Society of Arts, England, Penasihat kepada Science and
Technology Agency (1971-1973) dan Ahli Perwakilan Japan Think-Tank Association (1973-1974).
97
Kurokawa, Kisho. (1983). PAM Annual Discourse on Design. Majallah Akitek. Persatuan Akitek
Malaysia. Vol 1: 83. Hlmn 24.
78
kehidupan seharian mereka. Penyediaan tempat tinggal yang kurang selesa di kawasan
bandar selama ini, menjadikan masyarakat pelbagai kaum di negara ini
mempermudahkan cara mereka melakukan ibadat dan meneruskan warisan budaya
mereka. Bagi masyarakat Cina dan India misalnya mereka membina ruang kecil di
hadapan rumah mereka untuk bersembahyang manakala masyarakat Melayu
menggunakan bilik tidur untuk beribadat. Penyediaan ruang khas yang dilengkapi dengan
corong asap di skim perumahan awam pada masa akan datang bukan sahaja menjadikan
proses ibadat bagi kaum-kaum seperti Cina dan India lebih selesa malahan dapat
mengurangkan gangguan privasi kepada jiran yang berlainan kaum seperti yang terjadi
pada hari ini.
Pembentukan budaya hidup baru dalam masyarakat pada hari ini bukanlah sesuatu
yang terbaik dan masyarakat mungkin memerlukan sesuatu yang lebih baik pada masa
akan datang. Kelonggaran ikatan komuniti di kawasan perumahan awam di bandar pada
ketika ini akan dapat diatasi dengan penubuhan pusat komuniti yang menyediakan
kemudahan asas kepada masyarakatnya untuk berinteraksi. Bagi sesetengah masyarakat
di bandar pada hari ini, idea menubuhkan pusat komuniti telahpun dilaksanakan
walaupun dalam keadaan serba kekurangan dari pelbagai sudut. Bagi masyarakat Melayu
di Bandar Baru Bangi misalnya, mereka telah mengambil inisiatif membina surau-surau
kecil di seksyen perumahan mereka untuk dijadikan pusat pembelajaran ilmu agama dan
pusat komuniti. Salah sebuah surau tersebut iaitu Surau An Nur yang di asaskan oleh
ulamak terkenal, Ustaz Harun Din, bukan sahaja berfungsi sebagai pusat ibadat dan
pembelajaran ilmu agama tetapi juga menyediakan perkhidmatan perubatan alternatif.98
Pada masa-masa tertentu pula, di perkarangan surau tersebut akan dijalankan aktiviti
perniagaan seperti menjual makanan kepada pengunjung yang datang untuk mendapatkan
rawatan di situ.
Bagi kaum Cina di Batu 11, Cheras pula , kesungguhan mereka untuk memiliki pusat
komuniti sendiri begitu terserlah apabila mereka sanggup berusaha selama 6 tahun untuk
mengumpul dana sebanyak RM 500,000 bagi kos pembinaan pusat komuniti tersebut.
Pusat komuniti yang mempunyai kemudahan gelanggang bola keranjang tertutup tersebut
98
Syarifah Zaleha Syed Hassan (2001). Islamisation and Urban Religious Identity : The Middle Class of
Bandar Baru Bangi. In: Abdul Rahman Embong. ed. Southeast Asian Middle Classes: Prospects for Social
Charge and Democratisation. Penerbit UKM. Hlmn 129 .
79
telah memberi banyak manfaat kepada masyarakat sekitarnya dan sentiasa dipenuhi
dengan pelbagai aktiviti dari pagi hinggalah ke malam. Penyediaan gelanggang bola
keranjang misalnya telah menyumbang kepada pembangunan sukan remaja di
penempatan tersebut apabila mereka berjaya merangkul pelbagai kejuaraan dalam
pelbagai peringkat umur manakala bagi golongan tua pula, pusat tersebut menjadi tempat
mereka berkumpul sambil bermain dam pada waktu petang.99
Gambarajah 3.13 : Penubuhan pusat komuniti di Batu 11, Cheras telah
mendatangkan banyak manfaat kepada segenap lapisan masyarakat di sekitarnya.
Sumber : Michael, Stuart(25 Oktober 2004). The Centre of attention at Batu 11, Cheras.
The Star. Hlmn 27-28.
Penyediaan pusat komuniti sedemikian dalam skim perumahan awam pada masa akan
datang sudah pasti dapat menyediakan ruang yang lebih selesa kepada masyarakat untuk
menjalankan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada penyatuan semua komuniti di
kawasan bandar yang telah sekian lama dilupakan.
99
Michael, Stuart. (25 Oktober 2004). The Centre of attention at Batu 11, Cheras. The Star. Hlmn 27-28.
80
3.10 Perlunya Kajian Lanjut Terhadap Tahap Kefahaman Dan Penglibatan
Masyarakat Dalam Pembangunan Identiti Seni Bina di Malaysia Sejak Empat
Dekad yang Lalu.
Usaha ke arah merealisasikan identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang
tidak harus diletakkan di bahu sesetengah pihak sahaja sebaliknya segenap lapisan
masyarakat di negara ini yang terdiri daripada golongan profesional seni bina serta
masyarakat awam perlu berganding bahu dan saling memberi sokongan di antara satu
sama lain. Huraian mengenai maksud serta pendekatan identiti seni bina nasional dari
sudut yang lebih luas yang mana faktor kemasyarakatan seharusnya diberi keutamaan
dalam proses pembangunannya, telah meletakkan masyarakat umum bukan sahaja
sebagai rujukan utama tetapi juga mereka perlu memainkan peranan yang penting dalam
proses pembangunan identiti seni bina tersebut. Walau bagaimanapun, krisis identiti seni
bina di Malaysia yang wujud sejak beberapa dekad yang lalu, telah memperlihatkan
seolah-olah penglibatan masyarakat umum dalam pembangunannya berada pada tahap
yang sangat minimum. Untuk mengenal pasti sejauh mana penglibatan dan pemahaman
mereka mengenai isu tersebut, satu kajian lanjut mengenainya perlu dilaksanakan. Usaha
mengenalpasti sejauh mana tahap pemahaman atau penglibatan masyarakat dalam
pembangunan identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu merupakan
sesuatu yang amat penting kerana melalui maklumat yang diperolehi tersebut, kajian
mengenai punca permasalahan dan cadangan terhadap kaedah penyebaran idea yang lebih
berkesan kepada mereka dapat dilaksanakan.
3.11 Rumusan
Huraian mengenai maksud identiti seni bina oleh tokoh-tokoh terkemuka seni bina
dari dalam dan luar negara telah sependapat mengatakan bahawa elemen kemasyarakatan
merupakan faktor penting yang perlu diambil kira dalam pembinaan sesebuah identiti
seni bina. Walau bagaimanapun, sikap kurang arif kebanyakan ahli profesional seni bina
di negara ini mengenai maksud dan peranan identiti seni bina tersebut telah menyebabkan
81
penafsiran mengenainya dilakukan dari sudut yang sempit dan kesan daripada situasi
tersebut menyebabkan berlakunya krisis identiti seni bina di Malaysia seperti yang telah
disuarakan oleh tokoh-tokoh seni bina negara sebelum ini. Krisis identiti seni bina yang
wujud di Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu telah menimbulkan pelbagai masalah
sehingga menjejaskan kualiti hidup seharian masyarakatnya. Hasil daripada huraian yang
lebih lanjut mengenai makna dan peranan kewujudan sesebuah identiti seni bina kepada
masyarakatnya telah meletakkan kembali masyarakat ke landasan yang sepatutnya iaitu
sebagai sebagai elemen terpenting dalam pembangunan identiti seni bina di negara ini
pada masa akan datang. Selain daripada itu sejauh mana peranan dan faktor
kemasyarakatan berpotensi melaksanakan fungsinya dalam pembangunan identiti seni
bina pada masa akan datang telah diketengahkan melalui beberapa contoh seni bina yang
terhasil daripada faktor-faktor tersebut. Bagi memastikan kejayaan perlaksanaan
pendekatan tersebut, masyarakat juga harus memainkan peranan penting sama ada
sebagai pengguna ataupun penaung. Walau bagaimanapun, sejauh mana masyarakat
umum di negara ini mampu memainkan peranannya masih menjadi persoalan utama
disebabkan wujud beberapa pendapat yang mengatakan bahawa penglibatan mereka
dalam pembangunan identiti seni bina di negara ini begitu minimum sejak empat dekad
yang lalu di samping terdapat permasalahan lain yang dihadapi oleh golongan tersebut
seperti kurangnya pemahaman mengenai bidang seni bina. Justeru, kajian yang lebih
lanjut mengenainya perlu dilaksanakan bagi mengenal pasti permasalahan dan
pendekatan yang sesuai dalam usaha menarik penyertaan masyarakat dalam agenda
pembangunan identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang.
82
BAB EMPAT
PENYEBARAN IDEA MELALUI PENERBITAN
SEBAGAI SALAH SATU LANGKAH MENARIK
PENGLIBATAN MASYARAKAT DALAM
PEMBANGUNAN IDENTITI SENI BINA DI
MALAYSIA
4.0 Pendahuluan
Idea membawa penglibatan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di
Malaysia telah disuarakan oleh beberapa orang tokoh seni bina yang mana menurut
pendapat mereka, proses peminggiran masyarakat daripada isu tersebut mungkin
merupakan salah satu punca terhadap wujudnya permasalahan dalam proses pembinaan
identiti seni bina di negara ini sejak beberapa dekad yang lalu. Pengetahuan masyarakat
mengenai isu identiti seni bina nasional adalah tunjang kepada penglibatan mereka yang
83
mana melaluinya masyarakat akan dapat menilai sejauh mana kepentingan identiti
tersebut dalam kehidupan seharian mereka dan pada masa yang sama akan memupuk
kesedaran untuk memainkan peranan aktif dalam agenda pembangunannya. Walau
bagaimanapun, beberapa orang tokoh seni bina juga telah mengetengahkan pendapat
bahawa wujud masalah di kalangan masyarakat di negara untuk melibatkan diri dalam
proses pembangunan identiti seni bina tersebut disebabkan kurangnya pengetahuan
mereka mengenai bidang seni bina khususnya berkaitan dengan isu identiti seni bina.
Bagi mengatasi permasalahan tersebut, cadangan mengenai perlunya usaha penyebaran
idea identiti seni bina nasional kepada masyarakat oleh para pelopor dan penggerak
identiti seni bina telah diketengahkan. Penyebaran idea melalui penerbitan merupakan
antara kaedah yang boleh dilaksanakan dan keberkesanannya telah dibuktikan dalam
pelbagai bidang . Justeru, penulisan bab ini akan mengetengahkan pandangan dari
pelbagai tokoh mengenai usaha penyebaran idea melalui kaedah penerbitan dan rasional
penggunaannya dalam proses penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa
akan datang.
4.1 Kepentingan Masyarakat Dalam Pembangunan Identiti Seni Bina di Malaysia
Di dalam bab sebelum ini, telah dihuraikan dengan panjang lebar tentang peranan
yang seharusnya dimainkan oleh masyarakat dalam usaha merealisasikan kelahiran
identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Krisis identiti seni bina yang telah
berlarutan sejak tiga dekad yang lalu telah memperlihatkan masyarakat sebagai golongan
yang banyak menerima kesan negatif dan antara rasional yang cuba diketengahkan
mengenai pentingnya penglibatan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina
tersebut ialah dengan mengaitkan peranan masyarakat tradisional dalam pembangunan
identiti seni bina mereka dan usaha-usaha masyarakat moden hari ini dalam membentuk
gaya hidup baru ke arah kehidupan yang lebih berkualiti seperti penubuhan pusat
komuniti di penempatan masing-masing. Pendapat mengenai pentingnya penglibatan
masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia turut disokong oleh
pemikir dan profesional seni bina di negara ini dan secara umumnya terdapat dua
84
pendapat yang berbeza mengenai kedudukan atau peranan masyarakat dalam
pembangunan identiti seni bina tersebut. Menurut pandapat yang pertama, masyarakat
memainkan peranan yang penting sebagai pihak yang perlu dirujuk oleh jurubina dalam
mereka-bentuk seni bina beridentiti manakala menurut pendapat kedua pula, masyarakat
harus memainkan peranan yang aktif dalam usaha pembangunan identiti seni bina
tersebut.
Mengenai pendapat yang pertama tentang kepentingan masyarakat sebagai subjek
rujukan oleh jurubina dalam reke bentuk, ianya telah disuarakan oleh dua orang tokoh
seni bina terkemuka negara iaitu Lim Chong Keat100 dan Ken Yeang. Menurut Lim
Chong Keat, di dalam seni bina kita boleh mengimport teknologi tetapi kita tidak boleh
mengimport semangat budaya sesuatu bangsa. Semangat budaya sesuatu bangsa atau
komuniti hanya lahir secara semulajadi di sesuatu kawasan yang didiami oleh bangsa
tersebut sahaja. Justeru, tegas beliau peranan seorang akitek yang menghasilkan sesuatu
seni bina haruslah mengambil kira suara hati sesuatu komuniti dan bukannya dipengaruhi
oleh reka bentuk atau pihak tertentu sahaja.101 Ken Yeang juga mempunyai pendapat yang
hampir sama dengan Lim Chong Keat iaitu selain daripada mengambil kira faktor
teknologi, penghasilan sesebuah seni bina harus mengambil kira faktor psikologi dan
sosial sesuatu masyarakat:
“ The creation of the built environment need to be compatible with current
technological development as well as the psycho-social need of the society”.102
Mengenai pendapat kedua pula iaitu masyarakat perlu memainkan peranan yang
aktif dalam pembangunan identiti seni bina negara, ianya disuarakan oleh beberapa orang
100
Lim Chong Keat merupakan antara arkitek terawal di Malaysia. Beliau merupakan seorang yang
dinamik dan mempunyai pengetahuan yang luas bukan sahaja dalam bidang seni bina tetapi juga bidangbidang yang lain seperti muzik, sosial, sejarah dan seni. Beliau mula menceburkan diri secara serius dalam
dunia praktis seni bina dengan menubuhkan Malayan Architect Co- Partnership pada tahun 1962 bersama
rakan-rakan beliau seperti Tan Key Soon, William Siew Wai dan Chen Voon Fee. Antara produk seni bina
yang terkenal oleh beliau ketika bersama firma tersebut ialah Masjid Negeri Sembilan di Seremban yang
menerapkan identiti seni bina setempat melalui ekspresi struktur.
101
Lim Chong Keat (1983). PAM Annual Discourse 1983. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia.
Vol 1:83. Hlmn 51.
102
Yeang, Ken (1974). Comment On Architecture in Malaysia : In Praise of Innovation. Majallah Akitek.
Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 4:74. Hlmn 48.
85
pemikir dan profesional seni bina negara seperti Nik Azmi Nik Daud, W.Y Chin dan
Raymond Honey. Bagi Nik Azmi, dalam salah satu artikel yang ditulis oleh beliau
mengenai identiti seni bina nasional pada pertengahan 80-an, beliau mengutarakan
pendapat bahawa kefahaman masyarakat mengenai identiti seni bina nasional adalah
sangat penting berdasarkan peranan mereka sebagai pelanggan kepada seni bina tersebut.
Sebagai pelanggan atau penaung kepada seni bina, masyarakat mempunyai pengaruh
yang cukup besar dalam menentukan arah tuju sesebuah hasil seni bina. Menurut beliau
lagi, kekaburan mengenai maksud identiti seni bina di kalangan masyarakat akan
menyebabkan usaha mengetengahkannya oleh pemikir dan profesional seni bina akan
menjadi semakin sukar:
“Masyarakat merupakan pelanggan kepada seni bina. Jika masyarakat tidak
faham apakah itu identiti nasional, selama itulah hasrat ini akan hanya tinggal
sebagai hasrat. Sebab itulah sesuatu perlu dibuat untuk masyarakat
keseluruhannya faham dengan betul hal ini”.103
Kepentingan masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina turut disuarakan oleh
bekas Presiden PAM iaitu W. Y Chin. Dalam sebuah artikel yang membincangkan
tentang permasalahan serta arah tuju identiti seni bina di Malaysia, beliau menyuarakan
pendapat bahawa sokongan daripada sektor awam dan profesional akan menjamin
kejayaan dalam merealisasikan identiti seni bina nasional yang diimpi-impikan:
“ A national approach to this identity crisis which is to be supported by both the
public sector and professionals would be the assured way in achieving our aims
and objectives towards this search for an identity in our national
architecture”.104
103
Nik Azmi Nik Daud (10 April 1987), Langkah-langkah Perlu Ke arah Melahirkan Senibina
Kebangsaan, Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1, Universiti Teknologi
Malaysia. Hlmn 44 -46.
104
W.Y. Chin (1981). Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek. Vol 1: 81. Hlmn 22.
86
Salah seorang akitek luar negara yang pernah berkhidmat di negara ini pada era 50an dan 60-an iaitu Raymond Honey turut memberikan pandangan beliau mengenai arah
tuju identiti seni bina di Malaysia (ketika itu Malaya). Selain daripada memberikan
pendapat dari sudut falsafah reka bentuk, beliau juga turut menegaskan bahawa peranan
masyarakat adalah sangat penting dalam pembangunan identiti seni bina. Menurut beliau,
penghasilan sesebuah seni bina yang baik bergantung kepada kefahaman di kalangan
masyarakat yang terlibat dalam penghasilan seni bina tersebut. Sebagai contoh, sesuatu
ukiran atau hiasan pada sesebuah bangunan akan dapat dihasilkan dengan baik sekiranya
wujud persefahaman di antara akitek dengan pengukir yang menghasilkan hiasan tersebut
di tapak:
“ Good architecture can not develop without understanding between architect
and craftsman. Any step which improves facilities for trade training and which
raises the status of craftsman in society will ultimately help raise the standard of
architecture”.105
Pendapat yang telah diutarakan oleh tokoh-tokoh seni bina tersebut telah
memperlihatkan peranan penting yang dimainkan oleh masyarakat dalam pembangunan
identiti seni bina di Malaysia. Walaupun terdapat dua pendapat yang berbeza mengenai
peranan yang perlu dimainkan oleh mereka dalam pembangunan identiti seni bina namun
dari segi kepentingan masyarakat dalam pembangunan identiti tersebut telah
memperlihatkan satu titik pertemuan yang mana penghasilan sesebuah seni bina yang
beridentiti tidak boleh mengenepikan sama sekali pengaruh sosio-budaya sesebuah
masyarakat yang manaung, menghuni, mengguna atau berada di sekitarnya.
105
Honey, Raymond(1960). An Architecture for Malaya. Majalah PETA. Vol 3 No 1. Hlmn 3.
87
4.2 Permasalahan Mengenai Kurangnya Pemahaman Masyarakat Terhadap Isu
Identiti Seni Bina di Malaysia
Perbahasan panjang lebar mengenai kepentingan masyarakat dalam pembangunan
identiti seni bina telah memperlihatkan masyarakat sebagai golongan yang sangat penting
ke arah merealisasikan kelahiran identiti seni bina di Malaysia. Sebarang permasalahan
dari sudut kefahaman masyarakat mengenai isu dan matlamat identiti seni bina tersebut
secara tidak langsung akan menggugat kelancaran pembangunan identiti seni bina yang
dicita-citakan. Walau bagaimanapun, krisis identiti seni bina di Malaysia yang
diperbahaskan sebelum ini telah memperlihatkan suatu suasana yang begitu berbeza di
mana masyarakat di Malaysia merupakan golongan yang dipinggirkan dari agenda
pembangunan identiti seni bina tersebut selain turut menjadi mangsa daripada krisis
identiti yang telah berlaku. Antara faktor yang dianggap sebagai penyebab kepada
peminggiran masyarakat dari agenda pembangunan identiti tersebut ialah kurangnya
pemahaman mereka mengenai hubungan kehidupan seharian dengan identiti seni bina
yang dibangunkan. Kesukaran masyarakat memainkan peranan yang berkesan dalam
pembangunan identiti seni bina nasional disebabkan kurangnya pemahaman mereka
tentang isu tersebut turut disuarakan oleh beberapa orang tokoh seni bina di negara ini.
Pandangan daripada panel dalam Seminar Identiti Seni Bina Kebangsaan 1971 mengenai
tahap pemahaman seni bina yang rendah di kalangan masyarakat di negara ini merupakan
antara pendapat awal akan kewujudan permasalahan tersebut. Walaupun tidak
menghuraikan dengan panjang lebar mengenainya, namun antara implikasi yang
disebabkan oleh kurangnya pengetahuan masyarakat mengenai isu tersebut ialah
kesukaran mereka untuk menghayati warisan seni bina mereka sendiri:
“ Pendidikan orang awam mengenai seni bina adalah terlalu rendah bagi
membolehkan mereka menikmati nilai-nilai mengenai warisan mereka sendiri”.106
106
Pandangan Panel Mengenai Isu Pendidikan Identiti Seni Bina, Laporan Seminar Identiti Seni Bina
kebangsaan 1971. Dalam : Laporan Seminar (20 – 23 Januari 1981). Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan
Dalam Seni Bina, Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia, Kuala Lumpur . Jilid I. Hlmn 7.
88
Kurangnya pemahaman masyarakat mengenai identiti seni bina di Malaysia turut
disuarakan oleh pemikir dan profesional seni bina di negara ini. Menurut W.Y Chin,
kelemahan ketara yang dapat dilihat mengenai kurangnya pemahaman masyarakat
terhadap isu identiti ialah dari sudut kesukaran mereka memahami subjek asas mengenai
seni bina tersebut:
“ Whilst appreciating all the sentiments expressed in support for the above
identity issue, it is equally true that there exist presently in the minds of the
public, a lack of the general knowledge and understanding on the basic subject
matter of architecture itself, least to mention the more sophisticated aspect
concerning the national identity sectors”.107
Kesukaran memahami subjek asas mengenai seni bina bina sudah tentu akan menjadi
penghalang besar kepada masyarakat untuk memahami elemen atau subjek yang lebih
kompleks berkaitan dengan isu identiti seni bina yang akan diperbincangkan. Menurut
W.Y Chin lagi, kurangnya pemahaman mengenai isu seni bina oleh masyarakat
diburukkan lagi dengan sikap kebanyakan arkitek yang tidak berusaha untuk
mempermudahkan masyarakat awam memahami istilah seni bina yang mereka gunakan.
Bentuk penyampaian dan penggunaan terminologi yang kompleks oleh arkitek bukan
sahaja sukar difahami oleh masyarakat yang berpendidikan sederhana tetapi juga oleh
ahli politik yang berpendidikan tinggi.108
Kurangnya pemahaman masyarakat mengenai isu identiti seni bina menyebabkan
mereka terus terpinggir dari turut serta dalam pembangunan identiti seni bina di negara
ini dalam tempoh empat dekad yang lalu. Dalam situasi tertentu, akibat daripada
kurangnya pemahaman tersebut menyebabkan ada dikalangan masyarakat yang menjadi
penyumbang kepada krisis identiti seni bina yang telah sedia wujud. Permasalahan
107
W.Y. Chin (1981). Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek 1:81. Hlmn 19.
“Sad to mention, the terminologies used by architect to describe their design principles are generally
beyond the apprehension of even educated politicians, least to say the general public”
108
Ibid, hlmn 20.
89
tersebut telah diketengahkan oleh beberapa orang tokoh seni bina negara seperti Ken
Yeang , W.Y Chin dan Nik Azmi yang menyuarakan kebimbangan mereka mengenai
sikap segelintir masyarakat yang memandang tinggi gaya rupa dari luar negara seperti
‘Spanish Style’ sebagai gaya rupa yang dianggap terkehadapan dan diabadikan pada reka
bentuk kediaman mereka.109 Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, masyarakat tidak
harus dipersalahkan berikutan kurangnya pemahaman mereka mengenai isu identiti seni
bina di negara ini sebaliknya kekurangan penulisan dan penerbitan seni bina yang
menjadi medium penyebaran idea mengenai identiti seni bina Malaysia merupakan antara
punca wujudnya permasalahan tersebut.
4.3 Perlunya Usaha Penyebaran Idea Identiti Seni Bina Kepada Masyarakat di
Malaysia.
Kemampuan masyarakat untuk memainkan peranan penting dalam pembangunan
identiti seni bina di Malaysia banyak bergantung kepada tahap pengetahuan mereka
mengenai isu tersebut. Pengetahuan masyarakat mengenai identiti seni bina akan mula
bertambah apabila adanya usaha penyebaran oleh pendokong gagasan tersebut. Pendapat
mengenai perlunya penyebaran idea seni bina kepada masyarakat dalam pembangunan
identiti seni bina di Malaysia turut dipersetujui oleh kebanyakan tokoh seni bina di
negara ini. Dalam “Seminar Ke Arah identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina” yang
diadakan di Kuala Lumpur pada Januari 1981, salah seorang panel iaitu Prof. Madya
Fawizah Kamal110 menyarankan agar data dan hasil penyelidikan mengenai identiti seni
bina nasional disebarkan kepada setiap lapisan masyarakat agar nilai-nilai asas mengenai
identiti seni bina tersebut dapat difahami oleh mereka. Pemahaman yang wujud di
109
Yeang, Ken(1974). Comment On Architecture in Malaysia : In Praise of Innovation. Majallah Akitek.
Vol 4:74. Hlmn 48; W.Y. Chin (1981). Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek. Vol
1:81. Hlmn 19 -22 ; Nik Daud, Nik Azmi(13 Mac 1987). Pembinaan Rumah Di Negara Ini Kurang Tonjol
Identiti Nasional . Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1. Universiti
Teknologi Malaysia: Hlmn 32 -34.
110
Prof. Madya Fawizah Kamal merupakan wakil dari Universiti Sains Malaysia (USM) di persidangan
tersebut.
90
kalangan masyarakat secara tidak langsung akan menjayakan agenda penubuhan identiti
seni bina nasional tersebut:
“ Kerja-kerja mengumpul data, memproses data, coding, decoding,
mengedarkan maklumat, menjalankan kerja penyelidikan, ujian dan sebagainya,
sebagai satu taktik permulaan penubuhan seni bina kebangsaan ini. Kedua,
butir-butir yang telah dikumpul mestilah diedar kepada semua kalangan
masyarakat dengan secara kebesaran supaya nilai-nilai dan asasnya yang telah
dianalisa dan tujuan boleh difahamkan oleh semua golongan masyarakat”.111
Pendapat bahawa pentingnya idea seni bina yang terhasil didokumentasi dan
disebarkan kepada masyarakat turut disuarakan oleh W.Y. Chin. Beliau berpendapat
bahawa idea seni bina yang telah didokumentasi perlu disebarkan kepada masyarakat
dalam bahasa dan bentuk yang mudah difahami. Dengan memperolehi pengetahuan asas
mengenai seni bina, masyarakat akan dapat memainkan peranan yang aktif dalam
pembangunan identiti seni bina tersebut:
“In order to promote this objective, it is essential for the architect to promote
this basic design element of good architecture and have them well documented
dissemination to the general public in a simple explanatory language to be well
understood by others. It is only with this background knowledge of good
architecture that our public would then be in better position to aim for further
good design element that would qualify for the suitable establishment of a
national identity in architecture”.112
Penghasilan sesebuah seni bina yang baik adalah bergantung kepada beberapa faktor
seperti himpunan idea seni bina yang baik serta pemahaman yang baik mengenai seni
111
Laporan Seminar (20 – 23 Januari 1981). Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina,
Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia, Kuala Lumpur . Jilid II. Lampiran R. Hlmn 16.
112
W.Y. Chin (1981) . Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek
Malaysia. Vol 1:81. Hlmn 20.
91
bina oleh pelanggan dan pihak berkuasa tempatan. Pendapat tersebut telah disuarakan
oleh Mohd Tajuddin Mohd Rasdi dan menurut beliau lagi pengetahuan mengenai seni
bina terutamanya di kalangan pelanggan dan pihak berkuasa tempatan tidak akan wujud
sekiranya ilmu mengenai seni bina tersebut tidak disebarkan:
“ Since good architecture can only be produced within the right assemblage of
good design ideas, an understanding client and well-informed public authority,
we will never have it if knowledge of architecture is not disseminated”.113
Perlunya usaha penyebaran idea kepada masyarakat turut disuarakan oleh Jimmy Lim
yang mana menurut beliau, masyarakat yang terdidik tidak akan memilih sesuatu produk
yang dihasilkan tanpa mengutamakan aspek kualiti:
“ When people are educated or informed, they won’t go for things that are
poorly done”.114
Seorang lagi tokoh seni bina negara iaitu Hisham Albakri turut sependapat dengan
Jimmy Lim yang mana menurut beliau, pendidikan yang berterusan terhadap masyarakat
mengenai seni bina yang baik serta kefahaman mereka terhadap peranan seorang akitek,
perlu dilaksanakan secara berterusan:
“ We need to continually educate the public in appriciating good architecture an
in understanding the role of architect”.115
113
Mohd Tajuddin Rasdi (2001). Crisis In Architecture Education : reevaluating the roles of academic.
Majallah Akitek. Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 13, No 2.
114
C.S. Lim, Jimmy (14 Julai 1988). Educated Public Can Help. The Star. ( koleksi keratan akhbar di Pusat
Sumber NSTP dan tidak dinyatakan dari halaman mana ianya diperolehi).
115
Ikmal Hisham Albakri ( Mar/Apr 93). PAM Gold Medal Address (PartII). Majallah Akitek. Pertubuhan
Akitek Malaysia. Vol 5. No 2. Hlmn 87.
92
Pandangan dari beberapa orang tokoh seni bina di negara ini tentang kepentingan
penyebaran idea kepada masyarakat bagi memastikan agenda pembangunan identiti
seni bina nasional dapat dijayakan, telah memberikan satu gambaran bahawa ianya
merupakan sesuatu yang amat penting dan perlu dilaksanakan. Persoalan yang
seterusnya ialah apakah medium penyebaran idea yang sesuai digunakan bagi tujuan
tersebut memandangkan pada hari ini begitu banyak medium penyebaran idea yang
telah dimajukan sama ada yang berbentuk bahan bercetak ataupun media elektronik.
4.4 Penerbitan Buku, Majalah dan Akhbar Merupakan Antara Kaedah
Penyebaran Idea yang Berkesan Kepada Masyarakat.
Seperti yang telah disebutkan sebelum ini bahawa penyebaran idea seni bina kepada
masyarakat adalah kaedah terbaik untuk mendidik dan seterusnya membolehkan mereka
memberi sumbangan yang bermakna dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia.
Dalam proses penyebaran idea kepada masyarakat, bukan sahaja dalam bidang seni bina
tetapi juga meliputi bidang-bidang yang lain, banyak kaedah yang boleh digunakan
namun penyebaran idea yang berkesan, murah serta mampu dimiliki oleh setiap lapisan
masyarakat telah memperlihatkan kaedah penerbitan dalam bentuk buku, majalah dan
akhbar merupakan antara kaedah yang terbaik. Menurut Yoshihara Kunio,116 peningkatan
ekonomi Jepun banyak dibantu oleh pendidikan secara tidak rasmi oleh masyarakatnya
daripada penerbitan buku, majalah dan akhbar mengenai ekonomi. Menurut beliau lagi,
tahap ekonomi Jepun pada sekitar tahun 1950-an hanya setaraf dengan Filipina dan lebih
rendah berbanding dengan negara Thailand, namun keupayaan mejoriti masyarakat Jepun
membaca telah membolehkan mereka memperolehi pendidikan secara tidak rasmi
melalui akhbar serta majalah mengenai ekonomi. Dengan bertambahnya pengetahuan
masyarakat mengenai ekonomi tersebut secara tidak langsung telah meningkatkan
116
Yoshihara Kunio merupakan pemegang Kursi Pok Rafeah peringkat pengajian antarabangsa dan juga
merupakan Profesor pelawat di Institute of Malaysian and International Studies (IKMAS), Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
93
keupayaan mereka untuk bersaing dan mengambil peluang bukan sahaja dalam kancah
ekonomi di peringkat nasional tetapi juga di peringkat global:
“ In the mid 1950s when the country was still poor, more than half of the
population did not go beyond that level, but they could still continue to learn
informally. For instance, they could read newspapers, which were available in
most places in Japan at that time. There were also a number of magazines that
were distributed nationwide. Without the widespread availability of this mass
media, the basic education acquired in school would have become dysfunctional
soon after graduation”.117
Peranan yang besar dimainkan oleh media massa seperti akhbar dan majalah juga
diperakui oleh penggiat-penggiat dalam bidang perhubungan awam. Antara peranan
utama pegawai perhubungan awam ialah menguruskan maklumat organisasi yang
diwakili mereka kepada masyarakat dan memastikan objektif penyampaian maklumat
oleh organisasi tersebut tercapai. Salah satu medium komunikasi yang digunakan oleh
kebanyakan penggiat perhubungan awam ialah media berita untuk akhbar sebagai
perantaraan dalam menyampaikan maklumat tertentu organisasi kepada masyarakat.
Kredibiliti akhbar sebagai sumber maklumat yang diiktiraf serta dipercayai oleh
masyarakat telah memudahkan lagi objektif penyampaian maklumat oleh sesebuah
organisasi tersebut tercapai.118
Walaupun peranan yang dimainkan oleh media massa seperti akhbar dan majalah
dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat dilihat sebagai kaedah yang paling
berkesan, namun peranan buku dalam dalam pendidikan dan penyebaran maklumat
kepada masyarakat tidak boleh dinafikan. Selain daripada peranan yang dimainkannya
selama berabad-abad dalam pendidikan masyarakat di seluruh dunia meliputi pelbagai
bidang, isi kandungan di dalam penulisan sesebuah buku yang membahaskan sesuatu isu
117
Kunio, Yoshihara(2001). Globalization & National Identity. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hlmn 23.
118
Guth, David W., Marsh, Charles. (2003). Public Relations : A Values-Driven Approach. Allyn And
Bacon. Hlmn 274.
94
secara mendalam merupakan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh akhbar, majalah
atau medium komunikasi dalam media massa yang lain. Dengan penerbitan buku yang
berterusan sejak dahulu hingga ke hari ini telah memperlihatkan evolusi atau
perkembangan sesuatu bidang atau organisasi yang diperbincangkan melalui usaha
dokumentasi yang bersistematik. Sebagai contoh, Microsoft iaitu syarikat perisian
komputer terkemuka dunia telah menghasilkan sebuah buku sempena 25 tahun
penubuhannya dengan mengimbas semula sejarah penubuhan dan perkembangan syarikat
gergasi tersebut serta jatuh bangun individu yang pernah berkhidmat dengannya.119
Walaupun syarikat perisian komputer terbesar dunia tersebut telah dikenali di seluruh
dunia, tetapi dengan menerbitkan buku yang mengisahkan pengalaman para pelopornya
secara terperinci telah memberikan lebih kefahaman kepada masyarakat di seluruh dunia
mengenainya. Walaupun teknologi komunikasi dan dokumentasi di dunia pada hari ini
telah mengalami perkembangan yang begitu pesat, peranan buku dalam pendidikan
formal dan tidak formal terhadap masyarakat masih tidak boleh diketepikan. Sifat asas
sebuah buku sebagai sebuah bahan bacaan bercetak, mudah dibawa ke mana-mana dan
kurang risiko kerosakan merupakan antara faktor mengapa ianya masih menjadi antara
pilihan utama masyarakat di seluruh dunia pada hari ini dalam proses dokumentasi dan
rujukan mengenai sesuatu bidang.
Peranan yang dimainkan oleh akhbar, majalah serta buku dalam penyebaran idea serta
mendidik masyarakat merupakan sesuatu yang amat penting dan ketiga-tiganya saling
memerlukan di antara satu sama lain berdasarkan peranan yang berbeza yang dimainkan
oleh setiap setiap medium tersebut. Peranan utama akhbar dan majalah ialah untuk
menarik perhatian masyarakat serta memberi pengetahuan asas mengenai sesuatu isu
kepada mereka manakala peranan buku pula adalah untuk membahaskan sesuatu isu
secara mendalam dan lebih terperinci. Justeru gabungan ketiga-tiga medium ini
merupakan antara formula terbaik dalam mendidik masyarakat mengenai sesuatu isu atau
agenda secara menyeluruh.
119
Microsoft Corporation (2000). Inside-Out : Mocrosoft – In Your Own Words.A Time Warner Company.
95
4.5 Pendapat Bahawa Penerbitan Buku, Majalah Dan Akhbar Adalah Kaedah
Penyebaran Idea Terbaik Kepada Masyarakat Mengenai Isu Identiti Seni Bina
di Malaysia.
Keaedah penyebaran idea seni bina kepada masyarakat di Malaysia dalam bentuk
penerbitan sama ada dalam bentuk penulisan buku, majalah ataupun surat khabar turut
dipersetujui oleh beberapa orang ahli seni bina di negara ini. Salah seorang daripada
mereka yang mempunyai pendapat sedemikian ialah. Mohd Tajuddin Rasdi. Menurut
beliau, sebarang penulisan yang diterbitkan dalam mana-mana bentuk penerbitan sama
ada buku, majalah atau surat khabar akan menyumbang kepada penghasilan identiti seni
bina kebangsaan yang inovatif dan bermakna:
“Dengan adanya penulisan yang mampu mencetuskan pemindahan ilmu, adalah
diharapkan cetusan minda dapat berlaku. Kedua, banyak penulisan perlu dibuat
dan diterbitkan terutama yang berkaitan mengenai seni bina warisan serta
potensi perkembangan penggunaan bahan-bahan vernakular agar ianya menjadi
satu alternatif kepada bahan-bahan binaan asing . Hanya dengan itu sahajalah ia
dapat dikembangkan bagi menuju perjalanan ke arah penghasilan identiti seni
bina kebangsaan yang inovatif dan bermakna”.120
Seorang lagi penggiat seni bina di negara ini iaitu Nik Azmi Nik Daud berpendapat
bahawa penulisan buku mengenai bidang seni bina begitu sedikit dan sudah tentu usaha
penyebaran idea seni bina kepada masyarakat menjadi begitu sukar dengan hanya
berbekalkan sumber penerbitan yang terhad. Justeru, beliau menyarankan agar idea-idea
seni bina yang dibangunkan disebarkan kepada masyarakat melalui media massa seperti
120
Mohd Tajuddin Rasdi (2001). Identiti Seni Bina Malaysia : Kritikan terhadap pendekatan reka bentuk.
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Hlmn 101-102.
96
akhbar dalam usaha menarik penglibatan masyarakat dalam pembangunan identiti seni
bina nasional tersebut.121
4.6 Rumusan
Pandangan daripada tokoh-tokoh seni bina tanah air mengenai perkaitan masyarakat
dengan pembangunan identiti seni bina telah menunjukkan bahawa idea membawa
penglibatan mereka ke arah merealisasikan kewujudan identiti seni bina di Malaysia
merupakan sesuatu yang realistik dan seharus dilaksanakan sejak dari dahulu lagi. Walau
bagaimanapun, sejauh mana keberkesanan penglibatan masyarakat dalam pembangunan
identiti seni bina tersebut banyak bergantung kepada tahap kefahaman mereka mengenai
isu tersebut. Justeru, untuk memastikan masyarakat dapat menghayati serta memahami
isu tersebut dengan lebih mendalam, proses penyebaran idea kepada mereka perlu
dilaksanakan dalam pelbagai cara dan salah satu daripadanya ialah dengan menggunakan
kaedah penerbitan seperti buku, majalah dan akhbar. Cadangan perlaksanaan strategi
penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan di Malaysia pada masa akan datang
mungkin akan lebih jelas arah tujunya jika kita melakukan inisiatif dengan mengambil
pengajaran dari kejayaan gagasan identiti seni bina terdahulu. Kejayaan mana-mana
pihak sebelum ini yang menggunakan kaedah penyebaran idea melalui penerbitan dalam
usaha membawa sokongan dan penglibatan masyarakat terhadap pembangunan identiti
seni bina di negara masing-masing boleh diambil sebagai pengajaran. Mengambil
pengajaran di sini bukanlah bermakna meniru secara terus apa yang telah mereka
laksanakan tetapi cukup sekadar mengambil intipati dari strategi yang dilaksanakan untuk
disesuaikan dengan konteks masa dan budaya masyarakat di negara ini.
121
“Oleh sebab itu cara-cara untuk melibatkan masyarakat ini perlu disalurkan di dalam program tertentu
termasuk melalui media massa yang cara penyampaiannya dapat dihayati oleh masyarakat semua
peringkat”.
Nik Azmi Nik Daud (10 April 1987). Langkah-langkah Perlu Kea rah Melahirkan Senibina Kebangsaan.
Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1, Universiti Teknologi Malaysia.
Hlmn 44 -46.
97
BAB LIMA
PERANAN PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS DI
BRITAIN DAN INSTITUSI DEUTSCHE
WERKBUND DI JERMAN DALAM
PEMBANGUNAN IDENTITI SENI BINA PADA
AKHIR KURUN KE - 19 DAN AWAL KURUN KE 20
5.0 Pengenalan
Bab empat telah menghuraikan panjang lebar mengenai kedudukan masyarakat di
dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu dan
beberapa langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan penyertaan mereka dalam
pembangunan agenda tersebut telah dicadangkan. Persoalan seterusnya diketengahkan
98
ialah mengenai hala tuju kaedah penyebaran idea yang disarankan memandangkan usaha
sedemikian tidak begitu dipertekankan dalam pembangunan identiti seni bina di negara
ini sejak dari awal lagi. Antara langkah yang telah dicadangkan ialah dengan mengambil
pengajaran daripada kaedah pembangunan identiti seni bina oleh mana-mana individu
atau organisasi dari luar negara pada masa lampau. Sehubungan dengan itu, sejarah seni
bina di Eropah dilihat sebagai antara rujukan terbaik bagi tujuan tersebut bukan sahaja
disebabkan sumber penulisannya yang luas tetapi juga telah wujud hubungan sejarah
termasuk seni bina di antara benua tersebut dan negara ini sejak ratusan tahun lagi.
Revolusi seni bina yang berlangsung di Eropah pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun
ke-20 misalnya, telah mewujudkan beberapa buah pergerakan yang memperjuangkan
kelahiran identiti seni bina nasional di negara masing-masing. Pergerakan Arts and Crafts
di Britain yang wujud pada akhir kurun ke-19 dan Institusi Deutsche Werkbund di
Jerman pada awal kurun ke-20 merupakan antara pergerakan yang dimaksudkan dan
kedua-duanya begitu menitik beratkan aspek identiti nasional dalam perjuangan mereka
seperti cara bekerja, pembangunan teknologi, penggunaan bahan, perancangan reka
bentuk dan sebagainya. Revolusi seni bina yang dipelopori oleh kedua-dua pergerakan
tersebut bukan hanya terbatas kepada aspek gaya rupa sahaja tetapi juga merangkumi
aspek kehidupan termasuk juga perlaksanaan aktiviti yang bersistematik. Perkembangan
pesat ideologi yang dicanangkan oleh kedua-dua pergerakan tersebut misalnya, banyak
dipengaruhi oleh kaedah penyebaran idea yang berkesan meliputi penggunaan pelbagai
medium serta pendekatan. Justeru, tujuan utama penulisan bab ini ialah untuk melihat
dengan lebih dekat peranan serta kaedah perlaksanaan aktiviti oleh Pergerakan Arts and
Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund di dalam pembangunan identiti seni bina
nasional di Britain dan Jerman agar dapat dijadikan pengajaran dalam konteks
penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang.
99
5.1
Kewujudan Pergerakan Arts and Crafts di Britain
Perkembangan seni bina berjiwa industri telah mendapat reaksi negatif di Britain.
Para cendikiawan seperti John Ruskin122 (1819-1900) dan William Morris123 (1834-1896)
yang menulis pada penghujung kurun ke-19 dan mengecam produk-produk seni industri
yang dikatakan tiada mempunyai nilai kemanusiaan. Walaupun industri- insdustri dapat
menyediakan barangan yang banyak dan cepat, mereka berpendapat bahawa nilai
kapitalis yang hanya mementingkan fungsi kegunaan semata-mata dan hiasan yang
sewenang-wenang untuk tarikan komersil sahaja telah menjatuhkan darjat seni dan nilai
barangan tersebut. Selain daripada mengkritik penghasilan produk seni yang tidak
berkualiti dan mengabaikan unsur-unsur identiti nasional, mereka juga turut mengecam
hasil seni bina yang diimport dari luar daripada Britain. Peniruan unsur Klassikal atau
Rennaisance ke dalam seni bina Gothik telah dikecam sebagai suatu usaha yang tidak
berjiwa nasionalis. Bagi Ruskin dan Morris, seni bina terbaik perlu mengambil kira faktor
budaya, iklim, bahan dan teknologi binaan serta kraf yang terdapat di sesuatu tempat di
mana bangunan tersebut dibina. Seni bina tulen tidak patut ditiru dari konteks yang lain
dan buat pertama kalinya dalam sejarah seni bina, para cendikiawan yang biasanya terdiri
daripada golongan bangsawan telah mengajak arkitek melihat dan mengambil teladan
daripada pembinaan bangunan vernakular atau bangunan kampung orang kebiasaan.
Ruskin dan Morris memuji bagaimana reka bentuk rumah kampung dihasilkan secocok
dengan budaya hidup tanpa perhiasan yang sengaja diada-adakan serta responsif terhadap
fungsi ruang dalaman dan cuaca. Rumah-rumah dan bangunan-bangunan vernakular ini
kebanyakan terhasil dari kurun pertengahan di mana pada pandangan mereka, tukangtukang yang membinanya lebih berjiwa agama dan bangga dengan hasil kraf serta
teknologi binaan berasaskan bahan-bahan setempat.124
122
John Ruskin merupakan seorang pengkritik dan juga pengasas utama Pergerakan Arts and Crafts. Di
dalam penulisan beliau, Ruskin percaya bahawa pereka bentuk dan pengukir di akhir zaman pertengahan
lebih seronok menyiapkan hasil ekspresi yang bebas.
123
William Morris merupakan pengasas Pergerakan Arts and Crafts bersama John Ruskin. Beliau yang
datang dari keluarga berada serta mendapat pendidikan awal dalam bidang vokasional mendapati dirinya
mempunyai banyak persamaan dengan dengan Ruskin dari segi kerjaya, falsafah serta impian mereka.
124
Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy.( 1995). The Art And Craft Movement. Thames and Hudson.
Hlmn 11-12.
100
5.1.1 Revolusi Terhadap Reka Bentuk Seni Bina
Proses revolusi awal terhadap reka bentuk seni bina telah dilaksanakan oleh Philip
Webb yang mana beliau telah mereka-bentuk ‘The Red House’ bagi William Morris yang
mencerminkan falsafah Pergerakan Arts and Crafts. Bangunan ini tidak simetri dan
bentuk luarnya terhasil dari perancangan fungsi dalaman. Reka bentuk pelan lantai
tersebut berasaskan kepada falsafah ‘form follows function’ dan bahan binaan utamanya
terdiri daripada batu-bata serta disusun mengikut kaedah seni bina vernakular. Tingkap,
gerbang pintu, bumbung, menara dan elemen seni bina lain tidak sedikitpun ditiru dari
sudut proporsi atau gubahannya dari seni bina import.
Gambarajah 5.0 : ‘The Red House’ yang direka bentuk oleh Philip Web pada tahun
1859 dianggap sebagai hasil seni bina moden pertama di dunia.
Sumber : Davey, Peter. (1980). Art And Craft Architecture : The Search for Earthly
Paradise . Architectural Press : London . Hlmn 31.
101
Ruskin dan Morris berpendapat bahawa hanya rumah yang dikrafkan dengan teliti dapat
menimbulkan suasana kemanusiaan yang boleh meningkatkan kualiti kehidupan.125
Walaupun banyak daripada cadangan pergerakan ini dikecam oleh para modenis,
pergerakan mereka ternyata berwibawa apabila pergerakan ‘post-modenis’ yang lahir
beberapa dekad selepas itu turut memperjuangkan falsafah bangunan berkraf dan seni
bina vernakular.
Prinsip reka bentuk dan kaedah kerja yang dilaksanakan dalam pembinaan Red House
telah memberikan inspirasi serta contoh yang sangat berguna kepada pereka bentuk dan
arkitek dalam Pergerakan Arts and Crafts dalam tempoh setengah abad selapas itu.
Walaupun pelbagai ekspresi reka bentuk serta prinsip-prinsip baru yang dihasilkan oleh
arkitek serta pereka bentuk lain, namun prinsip asas yang diketengahkan dalam konsep
reka bentuk Red House masih terus diguna pakai oleh mereka. Selain daripada itu, hasil
penulisan daripada Augustus Welby Northmore Pugin126, John Ruskin dan William
Morris terus menjadi panduan yang berguna kepada arkitek dan pereka bentuk yang
bernaung di bawah payung Pergerakan Arts and Crafts di dalam melakukan proses
pembaharuan reka bentuk mereka. Sebagai contoh, tiga prinsip utama yang diutarakan
oleh Pugin iaitu kejujuran dalam penggunaan struktur, reka bentuk yang asli serta
penggunaan bahan binaan tempatan terus dipraktikkan oleh arkitek dari pergerakan
tersebut melalui penampilan reka bentuk bangunan yang mereka hasilkan. William
Butterfield (1814-1900) misalnya, telah menghasilkan reka bentuk bangunan gereja serta
kediaman paderi dengan menonjolkan elemen seni bina Gothik melalui kesan imiginasi
dari karektor semulajadi bahan, warna serta unsur-unsur praktikal yang dikaitkan dengan
peranan bangunan tersebut.
125
Davey, Peter. (1980). Art and Craft Architecture : The Search for Earthly Paradise . Architectural Press
: London. Hlmn 30.
126
A.W.N Pugin merupakan seorang pakar teori dan praktis. Penghasilan buku Contrast oleh beliau
merupakan detik awal kepada kelahiran Pergerakan Arts and Crafts. Di dalam penulisan tersebut, Pugin
menolak penggunaan gaya rupa seni bina klasik dari zaman awal Victoria ke dalam rupa bentuk seni bina
di zaman Madieval Gothik kerana menurut beliau ianya bukan sahaja tidak melambangkan semangat
sezaman tetapi juga akan menggugat susun atur dan kestabilan keimanan Kristian.
102
Gambarajah 5.1 : Rumah penginapan paderi St. Saviour’s yang direka bentuk oleh
William Butterfield di Coalpit Heath, Avon pada tahun 1844-45.
Sumber : Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement
.Thames and Hudson. Hlmn 33.
Norman Shaw (1831-1921) pula mengetengahkan satu lagi falsafah baru iaitu
kebebasan visual dalam seni bina Victoria di Britain. Apa yang dilakukan oleh beliau
ialah menukar persepsi arkitek atau pereka bentuk sebelum itu yang menganggap bahawa
reka bentuk ‘country-house’ perlu mempunyai unsur-unsur revivalisme dengan
memperkenalkan tatabahasa gaya rupa eklektik melalui penggabungan bahan binaan
yang berbeza seperti reka bentuk fasad yang terdiri daripada separuh kayu atau jubin dan
digabungkan dengan penggunaan batu-bata atau batu-batan tempatan. Penggunaan bahan
binaan yang berlainan tersebut kemudiannya dipadankan pula dengan penggunaan
tingkap tinggi yang berbentuk grid. Shaw juga begitu meminati ekspresi ketinggian di
dalam bangunan yang mana pada kebanyakan reka bentuk ‘country house’ yang beliau
103
hasilkan mempunyai elemen corong asap yang tinggi dan besar di bahagian bumbung
rumah tersebut.127
Gambarajah 5.2 : Reka bentuk kediaman oleh Norman Shaw pada tahun 1868.
Kelihatan corong asap dibesarkan dan menjadi elemen dominan pada bangunan
tersebut.
Sumber : Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement
.Thames and Hudson. Hlmn 34.
Pembaharuan dalam kaedah reka bentuk dan suasana kerja yang dicanangkan oleh
Pergerakan Arts and Crafts tidak bermakna bahawa mereka telah menghapuskan terus
warisan seni bina tradisi yang miliki sejak zaman-berzaman. Bagi pelopor pergerakan
tersebut, kewujudan seni bina tradisi adalah penting dalam memastikan kesinambungan
budaya dan tamadun bangsa mereka selain ianya dapat dijadikan ukuran ke arah
pembentukan ideologi seni bina baru yang lebih baik mengikut kesesuaian sesuatu
zaman. Justeru pada tahun 1877, Society For The Protection of Ancient Building (SPAB)
telah ditubuhkan oleh William Morris . Ianya menjadi pusat pertemuan para artis,
pencinta keindahan, ahli sejarah dan arkitek yang mempunyai minat yang tinggi di dalam
proses pemeliharaan dan pemuliharaan warisan seni bina. Pada tahun 1880-an SPAB
semakin dikenali sebagai sebuah pertubuhan ‘anti pengikisan’ yang memainkan peranan
127
Davey, Peter. (1980). Art and Craft Architecture : The Search for Earthly Paradise. Architectural Press
: London. Hlmn 38 -40.
104
penting terhadap proses pemuliharaan warisan seni bina serta menyedarkan masyarakat
mengenai betapa pentingnya proses pemuliharaan warisan seni bina dilaksanakan.128
5.1.2
Revolusi Terhadap Reka Bentuk Produk Perindustrian
Selain daripada melakukan revolusi terhadap reka bentuk seni bina, ahli-ahli di bawah
naungan Pergerakan Arts and Crafts juga turut melakukan revolusi terhadap reka bentuk
produk perindustrian. Sebagai contoh, firma Morris, Marshall, Faulkner & Co di
tubuhkan pada tahun 1861 adalah khusus untuk menghasilkan seni halus, lukisan cat,
ukiran, reka bentuk perabot dan kerja besi. Matlamat utama penubuhan firma tersebut
ialah untuk menghasilkan keharmonian kerja dari pelbagai sudut kepakaran yang dimiliki
oleh beberapa individu. Antara motif yang digunakan dalam hasil kerja firma tersebut
ialah berdasarkan alam ciptaan tuhan seperti rupa bentuk burung dan tumbuh-tumbuhan.
Gambarajah 5.3 : Trellis wallpaper ( 1862) dan ‘Sussex’ chair ( 1865), merupakan
antara reka bentuk produk yang dihasilkan oleh Firma Morris & Co.
Sumber : Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement
.Thames and Hudson. Hlmn 16 dan 17.
128
Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy.( 1995). The Art And Craft Movement. Thames and Hudson.
Hlmn 36.
105
Menjelang tahun 1860-an dan 1870-an, Morris telah menggunakan firma luar untuk
mencetak reka bentuk tekstil dari firmanya dan pada pada masa yang sama turut
membekalkan reka bentuk kepada firma atau institusi lain.129 Walaupun pendekatan
Pergerakan Arts and Crafts begitu mementingkan penggunaan teknologi dan bahan
tempatan dalam penghasilan produknya, namun satu perkembangan yang menarik telah
berlaku dalam usaha mereka untuk memajukan teknologi reka bentuk dan pembuatan
produk dengan mengambil contoh teknologi dari pelbagai negara. Ada satu pendapat
yang menyatakan bahawa pereka bentuk Pergerakan Arts and Crafts telah mengkaji
kahalusan seni melampaui sempadan Britain dan mengambil pengajaran daripada
kemajuan serta kehalusan teknik pembuatan kraf tangan dari India, Jepun dan Parsi.130
Gambarajah 5.4 : Salah satu produk yang dihasilkan oleh ahli Pergerakan Arts and
Crafts iaitu pending dan pengacip oleh Alexander Fisher yang menggabungkan
unsur Timur dan Barat di dalam reka bentuknya.
Sumber : Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement
.Thames and Hudson. Hlmn 82.
129
130
Ibid, hlmn 17 – 18.
Ibid, hlmn 67.
106
Di dalam bidang percetakan, mereka berpendapat bahawa tidak semestinya semua
teknik percetakan mesti dipelajari dari teknologi yang terdapat di Britain sahaja kerana
terdapat sesetengah negara yang mempunyai teknik percetakan yang lebih maju pada
waktu tersebut. Syarikat percetakan Kelmscott Press milik Morris misalnya, telah
mengambil contoh kerja-kerja percetakan sejarah oleh Perancis dan Jerman dalam reka
bentuk kulit buku yang dihasilkan. Ahli Pergerakan Arts and Crafts juga turut belajar
sesuatu daripada kegemilangan zaman Rennaisance Awal di Itali yang merangkumi
strategi menarik perhatian umum terhadap seni, pemikiran romantik yang diamalkan pada
waktu itu, keaslian, teknologi warna bersinar dan eksperimen dalam teknik lukisan dan
kraf.131 Dari pemerhatian yang dilakukan juga, di dapati bahawa tindakan ahli Pergerakan
Arts and Crafts mempelajari teknik baru dari negara luar telah menghasilkan pelbagai
pendekatan dalam penghasilan sesuatu produk selain daripada kualiti yang lebih baik dari
sebelumnya.
5.2 Ideologi Awal yang Membawa kepada Kelahiran Pergerakan Arts and Crafts
di Britain
Pergerakan Arts and Crafts diasaskan oleh pakar teori, arkitek dan pereka bentuk di
zaman Victoria, Britain pada pertengahan kurun ke-19. Tujuan penubuhannya ialah untuk
menyediakan suatu kod alternatif bagi menangani kerakusan sektor industri di negara
tersebut dan membentuk suasana harmoni dalam penghasilan produk. Selain daripada itu,
pemimpin pergerakan tersebut juga menekankan unsur-unsur individualisme dalam
penghasilan produk, penghasilan produk dengan menggunakan tangan berbanding
dengan penggunaan mesin seperti sebelumnya dan menilai semula penggunaan bahan
dalam reka bentuk yang dihasilkan:
131
Ibid, hlmn 79.
107
“The Arts and Crafts movement was founded by theorists, architects and
designers in Victorian Britain. They sought to provide an alternative code to the
harshness of late nineteenth-century industrialism, to foster spiritual harmony
through work process and to change that very process and its product. Its leaders
encouraged individualism, the creation of hand made goods in place of machine
uniformity, and reappraisal of design materials”.132
Bibit kelahiran Pergerakan Arts and Crafts di Britain sebenarnya bermula apabila
Augustus Welby Northmore Pugin (1812 – 1852) telah menghasilkan penulisan yang
menolak penggunaan gaya rupa seni bina klasik dari zaman awal Victoria ke dalam rupa
bentuk seni bina di zaman Madieval Gothik. Peniruan semula gaya rupa silam tersebut
menurut Pugin, bukan sahaja akan memberikan kesan yang kurang baik kepada gaya rupa
seni bina itu sendiri kerana ianya tidak melambangkan semangat sezaman tetapi juga
akan menggugat susun atur dan kestabilan keimanan Kristian:
“Pugin rejected the early Victorian vogue for Classical architecture in favour of
a revival of medieval Gothic , which he believed, reflected the order and stability
of the Christian faith. To stem ‘the present decay of taste’, he turned to preindustrial England for inspiration. In Contrast he stated for the first time that
architectural beauty depended on ‘the fitness of the design to the purpose for
which it is intended’. He found in the asymmetry of Gothic architecture a
response to need and condition lacking in the current Neo-classical revival”.133
Dalam usaha mencapai cita rasa yang ideal pada masa tersebut, Pugin mencadangkan
agar mereka menoleh semula ke zaman pra-industri di England. Buat pertama kalinya
132
133
Ibid, hlmn 9.
Ibid. Hlmn 11.
108
beliau menyatakan bahawa kecantikan seni bina bergantung kepada kekuatan reka bentuk
dan fungsi ianya dibina. Menurut Pugin lagi, reka bentuk tidak simetri dalam seni bina
Gothik yang dihasilkan pada zaman pertengahan dilihat lebih responsif terhadap
keperluan penggunanya berbanding dengan kelemahan yang dipaparkan di dalam reka
bentuk simetri dari gayarupa Neo-klasikal pada kebanyakan bangunan pada ketika itu.
Gambarajah 5.5 : ‘Medieval Court’ di Great Exibition pada tahun 1851. Pameran
tersebut mendapat kritikan keras daripada Pugin kerana memaparkan produk
reka bentuk yang bersifat peniruan semula dari zaman sebelumnya.
Sumber : Devey, Peter (1980). Art And Craft Architecture : The Search for Earthly
Paradise . Architectural Press : London. Hlmn 10.
Pandangan Pugin tersebut turut dipersetujui oleh John Ruskin iaitu seorang pengkritik
yang juga merupakan pengasas utama Pergerakan Arts and Crafts. Sokongan yang
diberikan oleh Ruskin tersebut juga turut dinyatakan dalam penulisan esei yang beliau
hasilkan. Salah sebuah penerbitan Pugin yang bertajuk ‘ The True Principles of Pointed
Christian Architecture’ yang dihasilkan pada tahun 1841, telah menyediakan asas moral
dan estetik terhadap Pergerakan Art and Craft menjelang separuh masa kedua kurun ke19.134
134
Davey, Peter ( 1980). Art And Craft Architecture : The Search for Earthly Paradise. Architectural Press
: London. Hlmn 14.
109
5.3 Pembentukan Kumpulan Kerja (Guild ) Sebagai Tunjang Kepada Perlaksanaan
Aktiviti Dan Perkembangan Pergerakan Arts and Crafts.
Pergerakan Arts and Crafts sebenarnya bukanlah berbentuk sebuah institusi tetapi
ianya suatu bentuk fahaman yang dijayakan oleh beberapa orang individu, firma serta
pertubuhan yang mempunyai kepercayaan dan matlamat yang sama. Perlaksanaan
operasi pergerakan tersebut juga dijana oleh kumpulan kerja atau Guild yang menjadikan
falsafah John Ruskin dan William Morris sebagai landasan perjuangan mereka.
Walaupun bergelar sebagai pengasas Pergerakan Arts and Crafts, Ruskin dan Morris
sebenarnya tidak pernah berada di bawah sebuah Guild yang sama dalam
memperjuangkan ideologi pergerakan tersebut. Setelah melihat kejayaan yang begitu
memberansangkan hasil kerjasama antara individu dalam proses reka bentuk dan
pembinaan Red House miliknya, Morris telah mengorak langkah lebih jauh dengan
mengembangkan potensi kerjasama yang telah sedia terjalin antara artis, pereka bentuk
dan pelukis kepada skim komersil yang lebih berdaya maju yang mana pada tahun 1861,
firma Morris, Marshall, Faulkner & Co ditubuhkan. Jika Morris mengambil satu
pendekatan komersil dalam memperjuangkan falsafah Arts and Crafts, Ruskin pula
mengambil pendekatan yang lebih konservatif dan ianya kelihatan lebih mencerminkan
matlamat sebenar pergerakan tersebut dengan menyeru kepada kesederhanaan serta
persaudaraan berdasarkan prinsip fahaman sosialis. Sebagai tanda bantahan kepada
kepesatan sektor perindustrian, Ruskin telah menubuhkan kumpulan kerjanya sendiri
iaitu Guild of St George yang mana beliau sendiri bertindak sebagai Master pada tahun
1871. Ahli kumpulan tersebut hidup dan bekerja berdasarkan prinsip moral dan
kepercayaan Ruskin serta bersama-sama menyumbang dana kewangan kepada
pergerakan tersebut. Sebagai balasannya mereka akan menerima bayaran yang sama rata
dari keuntungan jualan produk yang dihasilkan di samping mendapat keseronokan dalam
suasana kerja yang sihat dan hidup sebagai suatu komuniti. Walaupun pendekatan yang
dilakukan oleh Ruskin tersebut mendapat respon yang agak minima tetapi modul yang
110
telah mereka laksanakan menjadi inspirasi kepada institusi lain yang ditubuhkan
selepasnya.135
Inisiatif Ruskin menubuhkan kumpulan kerjanya, telah memberikan kesan yang
sangat besar terhadap perkembangan Pergerakan Arts and Crafts di Britain menjelang
akhir kurun ke-19 yang mana beberapa buah kumpulan kerja yang hampir serupa dengan
Guild Of St George telah ditubuhkan selepas itu. Sebuah lagi kumpulan kerja iaitu
Century Guild telah mengumpulkan beberapa orang artis di bawah satu bumbung telah
ditubuhkan pada tahun 1882 oleh A.H. Macmurdo136 (1851-1942). Kumpulan kerja yang
diasaskan oleh Macmurdo yang juga seorang arkitek turut dianggotai oleh John Ruskin
sendiri, Carlyle dan Herbert Spencer.137 Matlamat utama penubuhan Century Guild ialah
untuk meningkatkan kualiti reka bentuk dan penghasilan produk bukan hanya untuk
dekad tersebut sahaja tetapi juga meliputi keseluruhan abad ke-19. Prinsip utama dalam
perjuangan Century Guild ialah profesionalisme dan persaudaraan yang mana ahlinya
yang terdiri daripada profesyen yang berbeza seperti ahli ilmu keindahan atau sastera
seni, bergaul secara rapat di antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang dan
kepakaran yang berbeza. Penghasilan produk oleh Century Guild seperti tekstil, perabot
dan kerja besi telah meninggalkan reka bentuk simetri mekanikal dan hiasan Victoria
yang berat, sebaliknya mereka muncul dengan reka bentuk baru yang lebih ringan dan
menggunakan pengimbas bentuk yang berirama untuk menggambarkan keagungan
organik dalam pembesaran semulajadi.138
Fahaman Ruskin menggalakkan individualisme dan kepentingan perlaksanaan secara
berhati-hati dalam penghasilan produk setiap hari telah mengambil contoh syarikat milik
Morris yang menyatukan reka bentuk dan pertukangan dalam skala yang besar. Dorongan
yang sedemikian telah menaikkan semangat pecinta seni dan profesional di seluruh
Britain khususnya di London untuk terus bersatu dan bekerjasama dalam memartabatkan
135
Cumming, Elizabeth., Kaplan, Wendy (1991). The Arts and Crafts Movement. Thames and Hudson.
Hlmn 14..
136
A.H Macmurdo merupakan seorang akitek yang berpendirian bebas mengenai politik. Walaupun
kebanyakan tokoh dalam Pergerakan Arts and Crafts berpegang kuat kepada prinsip sosialis, namun
Macmurdo mempunyai pandangan sebaliknya mengenai isu tersebut dengan mengamalkan sikap yang
lebih fleksibel dalam perjuangan serta projek reka bentuk yang dikendalikannya.
137
Cumming, Elizabeth., Kaplan, Wendy (1991). The Arts and Crafts Movement. Thames and Hudson.
Hlmn 22.
138
Ibid, hlmn 22– 23.
111
hasil seni serta penghasilan produk yang berkualiti . Justeru, sebuah lagi pertubuhan seni
yang dinamakan Art Work Guild (AWG) telah ditubuhkan pada tahun 1884 untuk
mengumpul serta mengembangkan profesyen reka bentuk. Ianya dianggotai oleh arkitek
yang berfikiran bebas seperti Lethaby, E.S . Prior, Ernest Newton, Mervyn Macartney
dan Gerald Harsley, kesemua mereka adalah anak murid kepada arkitek Scotland yang
berpusat di London iaitu Norman Shaw. Tujuan penubuhan Art Work Guild yang juga
dikenali sebagai kumpulan 15 (Group Fifteen) adalah khusus bagi menentang dasar yang
dilaksanakan oleh Royal Academy yang enggan mempamerkan objek hiasan seni dan
Royal Institute of British Architect (RIBA) yang bersikap konservatif. Cadangan RIBA
untuk melaksanakan peperiksaan berbentuk teknikal sebelum seseorang itu layak bergelar
arkitek misalnya, telah mendapat tentangan hebat daripada guild tersebut kerana mereka
berpendapat dasar tersebut akan menghakis nilai seni dalam pemikiran arkitek:
“ The Art Workers’ Guild, like ‘The Fifteen’, a new group of designers, was
established in direct opposition to the Royal Academy, who refused to exhibit
decorative art objects, and conservative Institute of British Architects. It set not
only to raise design standards but actively to promote , like the Century Guild,
‘the Unity of all the Aesthatic Arts’. The meeting of the Arts Workers’ Guild
were a forum for the exchange of ideas and theorist and, not least,
socializing”.139
Perancangan aktiviti AWG bukan sahaja untuk meningkatkan tahap reka bentuk
tetapi juga bergiat aktif dalam aktiviti promosi yang bertemakan kesatuan dalam semua
seni estetika. Perjumpaan di kalangan ahli A.W.G berlangsung dalam bentuk forum untuk
bertukar pandangan dan teori serta tidak ketinggalan juga isu-isu sosial. Perancangan
aktiviti yang mantap serta mempunyai arah tuju yang jelas oleh ahli AWG telah berjaya
menarik minat arkitek tempatan di London dan pada tahun 1886, beberapa orang pereka
139
Ibid, hlmn 25.
112
bentuk-tukang telah menyertai pertubuhan tersebut. Menjelang tahun 1890-an, AWG
telah muncul sebagai pusat Pergerakan Arts and Crafts di Britain.140
Pada tahun 1888 pula, sebuah pertubuhan yang menggabungkan elemen sosialis dan
komersil yang dinamakan Guild of Handicraft telah ditubuhkan. Di pimpin oleh seorang
arkitek iaitu C.R. Ashbee141 (1863 – 1942), matlamat utama penubuhannya ialah untuk
mencapai kesederhanaan hidup di samping mengeratkan intergrasi dengan alam ciptaan
tuhan . Pada awal penubuhannya, pusat operasi Guild of Handicraft bertempat di sebuah
rumah ladang bercirikan kurun ke-18 di kota London. Walau bagaimanapun, pemimpin
serta ahli pertubuhan tersebut merasakan bahawa suasana persekitaran di London tidak
memberikan kepuasan seperti yang mereka impikan. Justeru, pada tahun 1902 mereka
telah mengambil keputusan meninggalkan kota London dan berpindah ke Chipping
Campden di Cotsworlds yang mempunyai suasana persekitaran yang suram dan usang.142
Selepas enam tahun berpindah ke Chipping Campden, Guild of Handicraft telah muncul
sebagai sebuah syarikat sendirian berhad. Komuniti yang telah sedia dibentuk terdiri
daripada lebih 100 orang tersebut, menjalani kehidupan yang ringkas dengan berpegang
kepada etika bertimbal balik terhadap kesihatan yang baik serta kegembiraan dalam
melakukan kerja. Suasana pembelajaran dan kerja seni berlangsung dalam suasana yang
demokratik serta masa yang fleksibel manakala waktu lapang pula dipenuhi dengan
aktiviti riadah seperti melakukan lawatan, berlakon, menyanyi bersama-sama dan
sebagainya. Ashbee juga menyediakan sebuah kolam renang untuk kegunaan bersama di
antara ahli Guild of Handicraft dan penduduk asal Chipping Campden:
“His community became an examplar of Carpenter’s ideal of the ‘simple life’,
where craftsmen worked together and shared their leisure hours in sing-songs,
140
Ibid, hlmn 26.
C.R Ashbee merupakan seorang yang berkebolehan sebagai pereka bentuk dan pentadbir. Beliau mula
mendalami falsafah Arts and Crafts apabila megikuti kuliah yang dikendalikan oleh Ruskin di Toynbee
Hall pada 1886. Dua tahun kemudian iaitu pada tahun 1888, beliau telah menubuhkan School of
Handicrafts yang kemudiannya dikenali sebagai Guild of Handicrafts.
142
Cumming, Elizabeth., Kaplan, Wendy (1991). The Arts and Crafts Movement. Thames and Hudson .
Hlmn 27-28.
141
113
excursions and play acting. Ashbee provided a swimming pool for use by both
the Guild and Chipping Campden”.143
Mengenai produk yang dihasilkan oleh ahli Guild of Handicraft di Chipping Campden,
ianya merangkumi kerja-kerja kayu dan kerja-kerja besi. Turut dibawa bersama ke
Chipping Campden ialah Essex House Press iaitu syarikat percetakan yang ditubuhkan
oleh ahli Guild of Handicraft ketika pertubuhan tersebut masih lagi berpusat di London.
Gambarajah 5.6 : Botol menyimpan wain yang mempunyai pemegang dan penutup
perak, direka bentuk oleh C.R. Ashbee pada tahun 1904 merupakan antara produk
yang dihasilkan oleh Guild of Handicraft.
Sumber : Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement
.Thames and Hudson. Hlmn 29.
Harapan paling besar Ashbee dengan penubuhan Essex House Press tersebut ialah
untuk menjadikannya sebagai sebuah pusat percetakan bermutu tinggi yang utama di
Britain di zaman itu. Selain daripada itu, ahli Guild of Handicraft juga turut menyumbang
kepada penghasilan reka bentuk dalaman seperti kemasan bilik yang dihasilkan oleh
M.H. Baillie Scott untuk Grand Duke of Hesse di Darmstadt. Guild of Handicraft telah
meninggalkan pengaruh yang sangat besar ke seluruh dunia seperti yang dilakukan oleh
143
Ibid, hlmn 28.
114
syarikat Morris. Selama lebih daripada dua dekad mereka menyediakan model kehidupan
berkumpulan, perkongsian faedah dan keseronokan dalam kerja dan menjadi inspirasi ke
arah perkembangan idealisme Pergerakan Arts and Crafts di kedua-dua belah lautan
Atlantik.144
5.4 Kaedah Penyebaran Idea Oleh Pemimpin Pergerakan Arts and Crafts.
Antara faktor yang memainkan peranan yang penting terhadap penerimaan
masyarakat dan perkembangan Pergerakan Arts and Crafts ialah wujudnya kepelbagaian
medium dan pendekatan penyebaran idea oleh mereka. Usaha memajukan bidang
penerbitan misalnya, bukan sahaja dilakukan atas kepentingan komersil tetapi juga
dimanfaatkan bagi tujuan menyebarkan ideologi dan falsafah reka bentuk pergerakan
tersebut.
Kaedah penyebaran idea oleh
Pergerakan Arts and Crafts
Aktiviti Guild
Penerbitan
Majalah
Rombakan
Kurikulum
Pendidikan
Interaksi
sosial
Pembelajaran
Jurnal
Sekolah
seni
Pameran
Buku
Pemindahan
Teknologi
Universiti
Carta 5.0 : Kaedah Penyebaran Idea Oleh Pergerakan Arts and Crafts.
144
Ibid.
115
Penubuhan Guild pula memberikan implikasi yang cukup besar kepada usaha penyebaran
idea oleh pergerakan tersebut terutamanya kepada golongan masyarakat yang mempunyai
pertalian terhadap usaha revolusi reka bentuk yang dicanangkan seperti artis, tukang,
pembuat kraf dan sebagainya. Golongan muda atau remaja yang berperanan sebagai
penyambung usaha yang dilaksanakan oleh genarasi sebelumnya juga tidak terkecuali
daripada agenda penyebaran idea oleh pemimpin Pergerakan Arts and Crafts yang mana
perubahan terhadap kurikulum pendidikan seni di kolej dan universiti merupakan
medium yang digunakan bagi menyebarkan idea oleh pergerakan tersebut.
5.4.1
Penyebaran Idea Melalui Bidang Penerbitan
Di awal penubuhan Pergerakan Arts and Crafts , ideologi pergerakan tersebut telah
tersebar dengan meluasnya melalui penerbitan dan penulisan oleh John Ruskin. Di dalam
penulisan beliau, Ruskin percaya bahawa pereka bentuk dan pengukir di akhir zaman
pertengahan lebih seronok menyiapkan hasil ekspresi yang bebas. Penulisan beliau yang
bertajuk ‘Seven Lamps Of Architecture’ yang dihasilkan pada tahun 1849 telah menjadi
panduan kepada arkitek dan pereka bentuk pada akhir tahun 1880-an dan awal 1890-an.
Di dalam buku tersebut beliau menyarankan agar kecantikan hiasan dengan tangan lebih
mencerminkan nilai kemanusiaan dan ketelitian hasil kerja.145 Ketika penulisan dan
syarahan Ruskin semakin mendapat tempat di kalangan artis dan golongan profesional di
beberapa buah bandar besar di Britain, kepercayaan yang sama juga turut dikongsi oleh
seorang tokoh yang sangat berpengaruh di kota London yang kemudiannya menjadi
pengasas bersama Pergerakan Arts and Crafts iaitu William Morris (1834 – 96). Hasil
penulisan Ruskin telah banyak mempengaruhi pendirian serta idealisme Morris terhadap
pendekatan seni dan masyarakat pada zaman revolusi perindustrian di Britain pada masa
itu. Di dalam penulisan beliau, Morris menyatakan tentang sebahagian keinginannya
untuk menghasilkan sesuatu yang cantik tetapi pada masa yang sama amat membenci
kepada suasana permodenan yang terlalu pesat. Apa yang dapat disimpulkan ialah isi
145
Ibid, hlmn 12.
116
penulisan dari kedua-dua orang tokoh ini banyak berkisar mengenai apa yang mereka
anggap sebagai ‘penyakit’ masyarakat Britain di zaman itu.146
Peranan yang dimainkan oleh bidang penerbitan di dalam penyebaran idea
Pergerakan Arts and Crafts tidak hanya tertumpu pada peringkat awal penubuhannya
sahaja tetapi ianya dilaksanakan secara berterusan dan juga melibatkan penulisan yang
dihasilkan oleh ahli-ahli yang lain. Sebagai contoh, Ebenezer Howard (1850-1928)
merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap penciptaan istilah ‘garden city’ telah
menghasilkan buku yang bertajuk ‘Tommorow: a peaceful Path to Real Reform’ (1898;
disemak dan diterbitkan semula dalam tahun 1902 sebagai ‘Garden Cities of Tommorow)
yang mana penggabungan idea kasih sayang dan sosialis di dalam buku tersebut dan telah
menjadi panduan dalam pembaharuan sosial yang dilaksanakan oleh pengikut Arts and
Crafts yang lain.147 Penerbitan jurnal The Hobby Horse (1884, 1886-92) oleh Century
Guild merupakan jurnal pertama yang membincangkan aspek reka bentuk secara khusus
dan ianya mencerminkan prinsip estetika guild tersebut.148 Penerbitan buku dan jurnal
seperti ‘The Needle’ (1903-10), ‘The Ladies Fancy Work Magazine’ (1907) and ‘Home
Handicraft’ (1907-17) pula telah meransang hasil kerja amatur oleh golongan wanita
yang bernaung di bawah payung Pergerakan Arts and Crafts menjelang awal kurun ke
20.149
5.4.2
Penyebaran Idea Melalui Aktiviti ‘Guild’.
Kejayaan Pergerakan Arts and Crafts dalam mencapai matlamat perjuangan mereka
juga banyak ditentukan oleh penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam perlaksanaan
aktivitinya. Revolusi Industri secara tidak langsung telah menjejaskan potensi para
tukang, pembuat kraftangan, tukang besi dan sebagainya apabila peranan yang dimainkan
mereka dalam penghasilan produk sebelum itu telahpun diambil alih oleh mesin di
kilang-kilang. Penubuhan Guild atau kumpulan kerja telah membentuk satu arena baru
kepada artisan tersebut untuk terus berkarya, meraih pendapatan, disediakan tempat
146
Ibid, hlmn 15.
Ibid, hlmn 62-63.
148
Ibid, hlmn 23
149
Ibid, hlmn 90.
147
117
penginapan yang selesa dan program pembelajaran yang berterusan. Sebagai contoh,
Guild of Handicraft pimpinan arkitek C.R. Ashbee telah mencanangkan gaya hidup para
tukang yang serba ringkas yang mana komuniti yang dibentuk telah mengambil
keputusan berpindah ke kawasan desa Chipping Campden. Selepas hanya enam tahun
berada di Chipping Campden, Guild tersebut telah berjaya muncul sebagai sebuah
syarikat sendirian berhad dan berjaya bertahan selama lebih dua puluh tahun. Di dalam
proses penyebaran idea oleh kumpulan kerja tersebut, kaedah pembelajaran sama ada
secara langsung atau tidak langsung merupakan antara medium penyebaran idea yang
digunakan di kalangan ahlinya. Sebagai contoh, dalam usaha meningkatkan kemahiran
dalam pembuatan hasil kraftangan, para arkitek akan meminta tunjuk ajar daripada
pekerja kraf yang mahir di bengkel dan keadaan sebaliknya juga berlaku di pihak pekerja
kraf dalam usaha mempelajari serta memahami falsafah reka bentuk yang dipegang oleh
pergerakan tersebut yang mana para arkitek atau pereka bentuk akan bertindak sebagai
guru kepada mereka.150
Selain berperanan sebagai peserta dalam perlaksanaan aktiviti pembaharuan oleh
Pergerakan Arts and Crafts, masyarakat juga berperanan sebagai penaung atau pelanggan
kepada produk yang dihasilkan oleh ahli-ahli pergerakan tersebut. Proses pembelajaran
yang berterusan melalui perkongsian ilmu dan gerak kerja secara berkumpulan
merupakan aset yang dimiliki oleh Guild dalam meluaskan pengaruh kepada masyarakat
terutamanya kepada bakal penaung atau pelanggan kepada produk yang dihasilkan.
Gerak kerja secara berkumpulan telah membentuk satu ransangan yang kuat ke arah
penghasilan produk yang berkualiti, penguasaan teknologi pembuatan terkini dan
seterusnya mewujudkan permintaan daripada masyarakat terhadap produk yang
dihasilkan. Ruskin Pottery (1898 – 1933) yang diterajui oleh William Howson Taylor
misalnya, telah mendapat kepercayaan untuk membekalkan tembikar tanpa hiasan kepada
pihak industri. Hubungan mereka dengan pihak industri bukan sahaja setakat
membekalkan produk yang terhasil tetapi juga melibatkan pemindahan teknologi yang
mana mereka telah menyediakan latihan mengendalikan bahan kimia kepada juru hias di
pihak industri tersebut:
150
Ibid, hlmn 28.
118
“ The relationship between craft and industry could be close one, as Taylor
demonstrated. He Drew upon local expertise, hiring factory staff from the nearby
Wedgwood firm and like other ceramic studios, concentrating larger companies
to supply the Pottery with blanks and gives his decorators their essential chemical
training.”151
Pendedahan Guild terhadap masyarakat terutamanya kepada bakal penaung atau
pembeli kepada produk yang mereka hasilkan turut dilakukan melalui pameran yang
dilaksanakan. Century Guild misalnya, telah mengiklankan produk serta perkhidmatan
yang disediakan oleh mereka dalam banyak pameran industri perbandaran pada sekitar
tahun 1880-an. Hasilnya, mereka telah menerima tempahan reka bentuk seni bina serta
reka bentuk dalaman daripada pelanggan-pelanggan yang berminat dan salah satu reka
bentuk mereka yang terkenal iaitu Pownell Hall, untuk Henry Boddington.152
Gambarajah 5.7 : Ruang pameran Century Guild dalam Liverpool Exibition yang
diadakan pada tahun 1886.
Sumber : Davey, Peter. (1980). Art and Craft Architecture : The Search for Earthly
Paradise. Architectural Press : London. Hlmn 49.
151
Ibid, hlmn 74.
“….Like the Morris company, it also advertised itself at the many municipal industrial exhibitions of the
1880s and received private commissions for architectural and interior designs, of which the best known
remains Pownell Hall, Cheshire, for Henry Boddington”.
152
Ibid, hlmn 24.
119
Pada tahun 1886 pula, sekumpulan pereka bentuk yang bernaung di bawah Art
Worker’s Guild (AWG) berpendapat bahawa perlunya mereka membina hubungan rapat
dengan masyarakat. Diketuai oleh Walter Crane (1845-1915) dan W.A.S. Benson (1840 –
1922) pada sekitar tahun 1887, mereka mencadangkan agar diadakan pameran awam
tahunan yang menggabungkan pelbagai seni dan buat pertama kalinya menggunakan
istilah ‘Arts and Crafts’. Antara matlamat utama penganjuran pameran tersebut ialah
untuk meningkatkan status para artis, pekerja kraf dan pereka bentuk selain merapatkan
hubungan mereka dengan pihak industri dan pengguna produk mereka. Satu daripada tiga
pameran Arts and Crafts telah diadakan di New Gallery, Regent Street pada Oktober
1888 dan selepas 1890, pameran tersebut hanya diadakan di antara tiga hingga empat
tahun sekali.153
5.4.3
Penyebaran Idea Melalui Perubahan Kurikulum Pendidikan
Perubahan dalam kurikulum pendidikan merupakan satu lagi medium penyebaran
idea terutama kepada generasi muda oleh Pergerakan Arts and Crafts. Walaupun
perubahan kurikulum tidak melibatkan pendidikan di sekolah rendah ataupun menengah,
namun penglibatan sekolah seni dan mata pelajaran seni di universiti sudah cukup untuk
memberikan implikasi yang besar kepada pengaruh pergerakan tersebut kepada generasi
pelapis. Mengenai bagaimana perubahan kurikulum tersebut dilaksanakan, ianya berlaku
dalam beberapa cara seperti melalui penyertaan pemimpin atau ahli Pergerakan Arts and
Crafts dalam pentadbiran atau tenaga pengajar di institusi pengajian tersebut. Antara
institusi pendidikan yang terlibat dalam perubahan kurikulum tersebut ialah Central
School of Arts and Crafts di London dan Glasgow School of Art. Berdasarkan kurikulum
yang baru digubal tersebut, guru-guru menekankan kepada pelajar mengenai kaedah
penyelesaian permasalahan praktikal dan estetika berdasarkan kajian kes dan bukannya
melalui peperiksaan bertulis. Perubahan kurikulum oleh Central School of Arts and
Crafts di London banyak dipengaruhi oleh Lethaby, salah seorang daripada tokoh
terkemuka dalam Pergerakan Arts and Crafts yang juga merupakan penolong pengarah
153
Ibid, hlmn 26.
120
separuh masa di sekolah seni tersebut di antara tahun 1896 – 1902 dan kemudiannya
dilantik sebagai pengetua sehingga 1911:
“ The Central School of Arts and Crafts in London, opened in 1896, and the
Glasgow School of Art taught particularly broad ranges of crafts, from
illumination to lead plumbing. Their teachers encourage pupils not to work
towards written examinations, but instead to be inspired by comtemparory life to
solve their practical and aesthetic problem through the study of precedent and to
acquire thereby respect for materials. The Central School was dominated by the
inspirational philosophy of Lethaby, its part-time co-director from 1896 to 1902
and principal until 1911”.154
Penyertaan ahli Pergerakan Arts and Crafts sebagai tenaga pengajar di sekolah seni
juga merupakan antara agen penyebaran idea yang membawa kepada perubahan
kurikulum pendidikan seni di sekolah berkenaan. Henry Payne (1868-1940), seorang
pereka bentuk sulaman, Mary Newill (1860-1947) pereka bentuk kaca bewarna dan
Charles Gere (1869-1957) seorang pakar ilustrasi telah mengajar di Art School’s of
Laboratories pada pertengahan 1890-an. Antara pembaharuan yang mereka bawa dalam
kurikulum mata pelajaran seni di sekolah tersebut ialah penciptaan unsur -unsur
regionalisme dalam penghasilan kraf.155
5.5 Penubuhan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman
Institusi Deutsche Werkbund ditubuhkan di Munich, Jerman dalam suatu mesyuarat
yang diadakan pada 5 dan 6 Oktober 1907 oleh lebih 100 orang artis, usahawan dan
154
155
Ibid, hlmn 84.
Ibid, hlmn 84-85.
121
pencinta seni156 . Penubuhannya merupakan suatu respon tegas terhadap kepesatan sektor
industri dan permodenan Jerman yang dianggap mengancam budaya nasional negara
tersebut. Matlamat utama penubuhan institusi tersebut ialah untuk membina semula
keruntuhan moral dan estetika dalam budaya hidup masyarakat Jerman pada masa itu
berdasarkan pendekatan seni dan kraf. Walaupun permasalahan moral dan estetika
tersebut berpunca daripada sektor industri yang meniru gaya rupa asing serta
menghasilkan produk yang tidak berkualiti, Werkbund mengambil langkah yang lebih
positif dengan menyeru sektor berkenaan untuk menyertai mereka dan mencari satu
formula yang berkesan bagi mengatasi permasalahan tersebut.
Status penubuhan Werkbund adalah sebuah badan bebas yang dibiayai sepenuhnya
oleh pihak swasta serta sumbangan kewangan dari ahli-ahli yang menyertainya.
Friederich Naumann157 iaitu salah seorang dari pengasas Institusi Deutsche Werkbund
telah membandingkan kepentingan penubuhan institusi tersebut dengan sebuah
pertubuhan politik yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Jerman iaitu Navy League.
Pertubuhan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan tersebut telah berjaya menyebarkan
pengaruh politik Jerman di peringkat global dan Werkbund juga mempunyai matlamat
yang serupa iaitu untuk menjadikan Jerman sebagai sebuah kuasa ekonomi utama dunia
berteraskan kepada penghasilan produk yang berkualiti dan pada masa yang sama ianya
mencerminkan identiti bangsa mereka:
“Comparing the Werkbund to the Navy League, of which he was an ardent
supporter, Naumann argued that just as a league encourage Germany to demand
a larger role in world politics, so the Werkbund should work to extend Germany’s
economic power. Unlike the Navy League, however, the Werkbund was to remain
156
Cambell, Joan.(1976). The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts . Princeton
University Press . Hlmn 9
157
Friederich Naumann merupakan seorang ahli politik dan juga bekas paderi Kristian. Beliau pernah
memenangi kerusi parti Liberal berhaluan kiri di bahagian selatan Jerman (Hailbron) pada 1907.
Mempunyai pengetahuan artistik yang kuat, beliau menyarankan agar elemen ekspresi dalam kebudayaan
Jerman disesuaikan dengan zaman penggunaan mesin dalam usaha mencari reka bentuk yang sesuai dengan
zaman moden.
122
independent of official guidance or subsidies, for Naumann was convinced that it
would be most effective to further the nation’s cultural and economic growth”.158
Keputusan untuk melaksanakan aktiviti institusi mengikut konsep sebuah badan korporat
dan tidak terikat dengan kerenah birokrasi kerajaan merupakan sesuatu yang berisiko
tinggi terutama dalam usaha mengembangkan pengaruh serta mendapatkan dana
kewangan. Namun bagi barisan pelopor dan ahli Werkbund ianya bukanlah suatu
masalah yang besar dan mereka berpendapat bahawa dengan kedudukan mereka sebagai
sebuah badan korporat, institusi tersebut akan mempunyai inisiatif yang lebih untuk
maju.
5.6 Proses Revolusi Terhadap Reka Bentuk Oleh Institusi Deutsche Werkbund.
Proses eksperimentasi reka bentuk oleh para artisan yang bernaung di bawah payung
Deutsche Werkbund meliputi pelbagai produk perindustrian dan juga seni bina iaitu
daripada reka bentuk sebiji cawan hinggalah kepada projek perumahan yang dihasilkan
dalam bentuk ‘mass production’. Syarikat korporat dan sektor industri gergasi yang
menyertai Werkbund telah membuka banyak peluang kepada pereka bentuk dan artisan
dari institusi tersebut untuk melakukan ekperimen serta menerapkan konsep reka bentuk
terkini terhadap produk dan juga operasi perniagaan mereka. Antara syarikat korporat
tersebut ialah dua buah syarikat perkapalan utama yang menyertai Werkbund iaitu
Norddeutche Lloyd dan Hamburg-Amarica yang mana mereka telah menggaji beberapa
orang artis dan pereka bentuk Werkbund seperti Hermann Muthesius, Bruno Paul dan
Paul Troost untuk mereka bentuk hiasan dalaman kapal persiaran Atlantik milik mereka:
158
Cambell, Joan (1976). The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts . Princeton
University Press.Hlmn 18.
123
“ This approach met with some success. For example, two major shipping
companies, the Norddeutche Lloyd and Hamburg-Amarika Line, publicly
proclaimed their allegiance to quality ideal by joining the association as
corporate members, and employed Werkbund artist like Hermann Muthesius,
Bruno Paul, and Paul Troost to design interiors for their atlantic liners”.159
Di dalam reka bentuk produk perindustrian, sumbangan daripada artisan dan pereka
bentuk Werkbund telah diiktiraf oleh pihak industri di Jerman sebagai sangat penting
menjelang sedekad penubuhan institusi tersebut. Para pereka bentuk dan artis seperti
Peter Behren, Richard Riemerschmid dan Henry Van Der Velde160 telah menjalinkan
kerjasama yang rapat dengan pihak pengusaha industri dalam penghasilan reka bentuk
produk-produk seperti lampu meja, cerek, kerusi dan mesin jahit yang dianggap sesuai
dihasilkan dengan menggunakan mesin tanpa menjejaskan unsur-unsur estetika serta
kualiti produk tersebut. Kepercayaan pihak industri terhadap kemampuan ahli-ahli yang
bernaung di bawah payung Werkbund bukan sahaja melibatkan penghasilan reka bentuk
produk industri ringan tetapi juga melibatkan industri berat seperti kereta, lokomotif ,
landasan keretapi elektrik, kapal persiaran, kapal terbang dan juga jambatan gantung
yang diperbuat daripada keluli.161
159
Cambell, Joan (1976). The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts . Princeton
University Press. Hlmn 46.
160
Henry Van Der Velde merupakan seorang lagi pengasas utama Institusi Deutsche Werkbund dan
dianggap sebagai ‘bapa semangat’ kepada institusi tersebut. Beliau yang berbangsa Belgium, mula
berhijrah ke Jerman sekitar tahun 1890-an dan memulakan kerjaya sebagai tukang cat. Di dorong oleh kerja
dan wawasan sosial John Ruskin dan William Morris, beliau menggunakan bakat inovasi dalam seni hiasan
untuk muncul sebagai salah seorang pencipta Art Nouveau. Selain daripada itu, beliau juga merupakan
seorang yang begitu berpengaruh dalam pergerakan seni dan kraf Jerman melalui hasil kerja dan teori seni
beliau yang dinamakan ‘mesin dan masyarakat’.
161
Burchardt, Lucius, translated by Pearl Sanders (1979). The Werkbund : Studies In The History And
Ideology Of The Deutcher Werkbund 1907 – 1933 . The Design Council . Hlmn 11.
124
Gambarajah 5.8 : Penglibatan ahli-ahli dari Institusi Deutsche Werkbund dalam
reka bentuk produk perindustrian juga melibatkan penghasilan produk dari
industri berat seperti lokomotif .
Sumber : Burchardt, Lucius., translated by Pearl Sanders (1979). The Werkbund : Studies
In The History And Ideology Of The Deutcher Werkbund 1907 – 1933 .The Design
Council. Hlmn 10.
Di dalam bidang seni bina, kesedaran yang wujud dari sektor perindustrian telah
membuka peluang kepada pereka bentuk dan arkitek Werkbund seperti Peter Behren162,
Hans Poelzig dan Walter Gropius163 untuk melakukan ekperimen reka bentuk terhadap
projek yang diberikan. Syarikat elektronik utama Jerman iaitu AEG Turbine telah
memberikan kepercayaan penuh kepada Peter Behren untuk melakukan eksperiman
terhadap reka bentuk bangunan kilang baru mereka dan peluang tersebut digunakan
sepenuhnya oleh Behren untuk menonjolkan falsafah yang diperjuangkan Werkbund di
dalam rekaannya yang juga meliputi hiasan dalaman, reka bentuk perabot dan pemilihan
warna.
162
Peter Behrens merupakan seorang akitek yang berpengaruh dalam membentuk pemikiran awal beberapa
orang bapa seni bina moden seperti Walter Gropius, Le Corbusier dan Mies van de Rohe. Antara prinsip
seni bina yang menjadi pengangan utama beliau ialah penggunaan sistem rentangan panjang keluli serta
sistem dinding tirai yang mana ianya dapat dilihat pada reka bentuk kilang AEG Turbine.
163
Walter Gropius merupakan salah seorang bapa seni bina Moden dan juga pengasas sebuah sekolah seni
terkenal di Jerman selepas perang dunia pertama iaitu Bauhaus. Hasil reka bentuk beliau iaitu kilang Fagus
pada 1911 dianggap benar-benar mencerminkan falsafah seni bina Moden yang mana kejujuran
kerangkanya di sudut bangunan tersebut diserlahkan dengan cara membebaskan dindingnya dari tiang
sokongan.
125
Gambarajah 5.9 : Reka bentuk Kilang AEG Turbine di Berlin pada 1909 oleh Peter
Behren merupakan antara pengiktirafan terbesar pihak industri terhadap
kemampuan pereka bentuk yang bernaung di bawah payung Institusi Deutsche
Werkbund.
Sumber : Burchardt, Lucius., translated by Sanders, Pearl (1979). The Werkbund : Studies
In The History And Ideology Of The Deutcher Werkbund 1907 – 1933 .The Design
Council. Hlmn 17.
Reka bentuk bangunan kilang AEG Turbine dianggap berjaya menonjolkan ciri seni bina
moden yang mana karektor sebenar bahan seperti batu bata, keluli dan kaca ditonjolkan
secara jujur serta diperagakan di dalam satu unit reka bentuk fasad bangunan. Selain
daripada itu, reka bentuk kilang AEG Turbine juga telah memperlihatkan sumbangan
besar Behren terhadap perjuangan moral Werkbund apabila beliau mengetengahkan
konsep menghargai sumbangan pekerja dengan menyediakan suasana kerja yang selesa
yang boleh meningkatkan tahap motivasi mereka melalui rekaan dalaman yang menarik .
Behren berpendapat bahawa suasana kerja di zaman revolusi industri tidak lagi sama
dengan sistem kerja di zaman feudal yang mana kedudukan pekerja bukan lagi sebagai
seorang hamba tetapi sebagai kumpulan sokongan yang amat penting dalam menentukan
produktivi dan kemajuan syarikat.164 Justeru, pendekatan majikan terhadap pekerjanya
juga tidak lagi sama yang mana pekerja tidak boleh dipaksa dengan cara yang keras untuk
menjadi seorang yang produktif, sebaliknya mewujudkan sikap produktif dan
164
Cambell, Joan (1976) .The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts . Princeton
University Press. Hlmn 52-53.
126
keseronokan dari dalam diri mereka sendiri dengan penyediaan ruang dan suasana kerja
yang selesa serta menunjukkan bahawa kewujudan mereka benar-benar dihargai.
Selain daripada reka bentuk di sektor perindustrian, Werkbund juga mempunyai
pengaruh dalam reka bentuk hotel, pusat membeli-belah dan gudang serta menerbitkan
koleksi terbaik di dalam buku tahunannya dengan tujuan untuk memberi galakan kepada
setiap ahlinya untuk melibatkan diri dalam penghasilan idea dan reka bentuk terbaru.
Setelah agenda revolusi reka bentuk dalam seni bina berada di landasan yang kukuh,
Werkbund telah menumpukan perhatian mereka terhadap tanggungjawab dan peluang
perniagaan yang lebih besar iaitu menyediakan reka bentuk perumahan yang baik dan
selesa serta murah kepada golongan pekerja industri.
Gambarajah 5.10 : Reka bentuk rumah teres oleh J.J.P.Oud di Weissenhofsiedlung,
Stuttgart, 1927.
Sumber : Burchardt, Lucius., translated by Sanders, Pearl (1979). The Werkbund :
Studies In The History And Ideology Of The Deutcher Werkbund 1907 – 1933 . The
Design Council. Hlmn 82.
127
Walaupun telah menjadi kebiasaan bagi pihak pengilang menyediakan kemudahan
perumahan kepada pekerjanya sebelum tahun 1914, namun aspek sosial, estetika dan
permasalahan ekonomi tidak begitu dititik beratkan dan Werkbund mendapati banyak
kelemahan yang perlu diperbaiki dalam aspek tersebut. Karl Schmidt telah mengetuai
barisan arkitek Werkbund bagi menyediakan contoh reka bentuk perumahan untuk
pekerja Drutsch Werkstatten dengan menggunakan rangka kerja bandar dalam taman di
Hellerau. Dalam masa yang sama juga, Werkbund telah melakukan kajian tentang
kemungkinan mewujudkan keseragaman dan pengeluaran secara besar-besaran bagi
komponen bangunan.165
5.7 Ideologi Awal yang Membawa Kepada Kelahiran Institusi Deutsche Werkbund
Apabila memperkatakan mengenai idea awal penubuhan Institusi Deutsche
Werkbund, nama Hermann Muthesius merupakan sesuatu yang tidak boleh diketepikan
sama sekali. Beliau yang juga seorang arkitek di Jabatan Kerja Raya, Kementerian
Perdagangan Prussia merupakan pencetus awal idea penubuhan Werkbund. apabila
dihantar oleh kerajaan Jerman ke Britain pada 1896 hingga 1903 untuk mengkaji aspek
Pergerakan Arts and Crafts serta potensinya untuk dilaksanakan dalam konteks negara
Jerman.166Apabila kembali ke Jerman, antara usaha awal yang dilaksanakan oleh
Muthesius ialah menubuhkan sekolah seni dan mengumpulkan artis terbaik di bawah satu
bumbung dan sistem pembelajarannya pula adalah berdasarkan kurikulum baru mirip
Pergerakan Arts and Crafts. Muthesius juga percaya bahawa Werkbund hanya mampu
mencapai matlamatnya berdasarkan pendekatan politik dan sejak dari awal penubuhan
institusi tersebut, pihak kerajaan telah banyak membantu dari segi kebebasan melakukan
aktiviti, sokongan moral dan perubahan dasar yang dianggap menyokong
165
166
Ibid, hlmn 54-56
Ibid, hlmn 12.
128
perkembangannya. Pada awal penubuhan Werkbund, Muthesius sekali lagi ditugaskan
untuk merangka satu kurikulum yang dapat menentukan hala tuju institusi tersebut.
Falsafah yang terkandung dalam kurikulum tersebut juga turut dijadikan bahan
propaganda Werkbund dalam usaha mereka meraih sokongan daripada masyarakat di
Jerman. Berbanding hanya tiga prinsip yang terkandung dalam kurikulum sekolah
seninya, Muthesius telah mengemukakan empat prinsip yang harus dipegang oleh setiap
ahli Deutsche Werkbund di dalam perlaksanaan aktiviti mereka. Antara prinsip-prinsip
yang terkandung dalam kurikulum awal Werkbund tersebut ialah penghasilan produk
yang berkualiti serta menepati cita rasa masyarakat Jerman, keazaman untuk
menggerakkan ekonomi berteraskan produk berkualiti, beretika dalam menghasilkan reka
bentuk dan menanamkan elemen patriotik dalam jiwa masyarakat Jerman termasuk juga
artis dan pereka bentuk agar mereka mementingkan identiti nasional dalam penghasilan
produk.167
Gambarajah 5.11 : Tiga orang pengasas utama Institusi Deutsche Werkbund. Dari
Kiri : Hermann Muthesius (1861-1927), Friederich Naumann (1860-1919), Henry
van de Velde (1863 – 1957)
Sumber : Cambell, Joan. (1976).The German Werkbund : The Politics of Reform in the
Applied Arts. Princeton University Press. Hlmn 171.
167
Ibid, hlmn 13 -16
129
Selain daripada Hermann Muthesius, Werkbund juga mempunyai beberapa orang lagi
tokoh yang berpengaruh serta memainkan peranan sebagai pemikir ke arah kemajuan
institusi tersebut seperti Friederich Naumann dan Henry Van Der Valde. Walaupun
mempunyai latar belakang dan kaedah perlaksanaan yang berbeza di antara satu sama
lain, tetapi mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin melihat kejayaan
Werkbund membina semula keruntuhan moral dan estetika bangsa Jerman akibat
daripada proses permodenan negara tersebut.
5.8 Kaedah Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund
Sejak dari awal penubuhannya sehinggalah institusi tersebut berada di puncak
kemasyhuran, Deutsche Werkbund telah melaksanakan pelbagai kaedah di dalam
penyebaran idea mereka. Berdasarkan kajian yang dilakukan, didapati bahawa kaedah
penyebaran idea oleh institusi tersebut terbahagi kepada lima cara iaitu melalui
penerbitan, pameran, mesyuarat tahunan, ejen reformasi dan rombakan terhadap
kurikulum pendidikan seni di sekolah. Di awal penubuhan Werkbund misalnya,
penyebaran idea institusi tersebut kepada umum dilakukan melalui risalah. Setelah
masyarakat mula memahami objektif perjuangan Werkbund melalui penyebaran risalah,
institusi tersebut telah mengambil langkah yang lebih jauh di dalam penyebaran idea
mereka melalui kaedah penerbitan buku tahunan yang mana di dalamnya mengandungi
penulisan dalam bentuk artikel daripada tokoh-tokohnya dan juga senarai reka bentuk
terbaik yang dihasilkan oleh ahli yang bernaung di bawah payung Deutsche Werkbund.168
Institusi Deutsche Werkbund juga menggunakan sepenuhnya institusi muzium di Jerman
untuk mempengaruhi cita rasa masyarakat melalui pameran poster dan hasil kerja terkini
daripada ahli-ahlinya. Propaganda umum Werkbund juga turut tersebar melalui
menyuarat tahunan atau konvensyen yang diadakannya pada setiap tahun memandangkan
ianya bukan hanya dihadiri oleh ahli Werkbund sahaja tetapi juga melibatkan peserta di
kalangan bukan ahli.
Kaedah penyebaran idea oleh
Institusi Deutsche Werkbund
168
Ibid, hlmn 37.
130
Mesyuarat
Tahunan
Konvensyen di
Leipzig & Cologne
Muzium
Agen
Reformasi
Pameran
Kedutaan
Penerbitan
Pengedar produk terpilih
di seluruh Jerman
Risalah
Buku
Tahunan
Rombakan
Kurikulum
Matapelajaran seni di
sekolah rendah
Buku
Panduan
Produk
Surat
Berita
Jurnal
Carta 5.1 : Kaedah Penyebaran Idea yang dilaksanakan oleh Institusi Deutsche
Werkbund
Werkbund juga meletakkan matlamat jangka panjang dalam program penyebaran ideanya
dengan menjadikan pelajar sebagai golongan sasaran seterusnya memandangkan
golongan tersebut akan memainkan peranan yang aktif dalam masyarakat suatu hari nanti
sama ada sebagai artis ataupun pengguna. Cadangan terhadap rombakan kurikulum
pendidikan seni di negara tersebut dengan memberi penekanan terhadap perlunya
ransangan kreativiti terhadap kanak-kanak, memelihara daya imiginasi semulajadi
mereka, memberi latihan terhadap penggunaan mata, tangan dan juga otak serta
memupuk rasa hormat terhadap kemahiran manual telah memperlihatkan kesungguhan
institusi tersebut dalam penyebaran idea mereka yang meliputi pelbagai lapisan
masyarakat. 169
5.8.1 Penggunaan Kaedah Penerbitan Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh
Institusi Deutsche Werkbund.
169
Ibid, hlmn 44-45
131
Salah satu medium penyebaran idea yang memainkan peranan utama pada
peringkat awal penubuhan Institusi Deutsche Werkbund ialah bidang penerbitan yang
mana risalah merupakan salah satu penerbitan terawal yang digunakan oleh pelopor
institusi tersebut dalam penyebaran idea mereka kepada masyarakat. Risalah bertajuk
Deutsche Gewerbekunst misalnya dihasilkan dengan tujuan untuk memperjelaskan
matlamat perjuangan institusi tersebut kepada masyarakat dan negara.170 Penerbitan
bahan bercetak seperti buku tahunan dan buku panduan produk pula merupakan
antara inisiatif berterusan institusi tersebut dalam usaha mendidik masyarakatnya.
Penerbitan buku tahunan yang mengandungi penulisan artikel daripada tokoh-tokoh
Werkbund serta contoh-contoh produk reka bentuk terbaik oleh ahli-ahlinya,
merupakan antara medium penyebaran idea terbaik kepada masyarakat yang mana
informasi terkini mengenai agenda, falsafah atau produk terkini yang dihasilkan oleh
institusi tersebut dapat diketengahkan. Peningkatan tahap pemahaman masyarakat
terhadap agenda yang diperjuangkan oleh Werkbund dapat dilihat dari hasil
peningkatan jumlah keahlian dan penjualan buku tahunan institusi tersebut dari tahun
ke tahun sebelum perang dunia pertama. Selain daripada penerbitan buku tahunan,
ahli-ahli yang bernaung di bawah payung Werkbund juga telah melakukan usaha
untuk menerbitkan buku,majalah atau jurnal yang berkaitan dengan bidang masingmasing untuk dijadikan rujukan oleh pengguna. Pihak industri misalnya, telah
menghasilkan majalah Gewerbliche Materialkunde iaitu sebuah penerbitan yang
memaparkan analisis tentang potensi sesuatu bahan. Penghasilkan buku panduan
produk yang berkualiti dari kedai yang diiktiraf pula merupakan antara usaha yang
belum pernah dilakukan oleh mana-mana institusi sebelum itu di dalam usaha
penyebaran idea mereka. Buku panduan produk yang dinamakan Deutsches
Warenbunch telah dihasilkan pada penghujung 1914 dan antara matlamat utama
penghasilannya ialah untuk meningkatkan pengedaran barangan yang berkualiti
kepada pengguna di samping mendidik minat mereka melalui pelbagai barangan
rumah terpilih yang diterbitkan di dalam buku tersebut.171
170
171
Ibid, hlmn 17-18
Ibid, hlmn 44.
132
5.8.2 Penggunaan Kaedah Pameran Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh
Institusi Deutsche Werkbund.
Institusi muzium juga turut memainkan peranan yang penting kepada proses
penyebaran idea oleh Werkbund yang mana mereka telah memberi kerjasama dari sudut
penyediaan ruang dan pengurusan pameran kepada institusi tersebut. Usaha menjadikan
muzium sebagai jambatan yang menghubungkan Institusi Deutsche Werkbund dengan
masyarakat dipermudahkan lagi dengan penyertaan pengarah daripada beberapa buah
muzium di Jerman ke dalam institusi tersebut. Pada tahun 1913, ahli lembaga pengarah
Werkbund terdiri daripada 10 orang pengarah muzium dan empat daripada merupakan
agen Werkbund di daerah masing-masing.172Pameran yang dianjurkan oleh Werkbund di
muzium-muzium serata Jerman mungkin tidak akan berjaya tanpa sokongan kewangan
yang kuat sama ada dari institusi tersebut atau individu-individu tertentu yang bernaung
di dalamnya. Karl-Ernst Osthaus, seorang hartawan serta penaung seni moden yang luar
biasa merupakan antara individu yang banyak memberi sumbangan terhadap kejayaan
pameran yang dilaksanakan oleh Werkbund. Selain daripada menganjurkan pameran
hasil dari koleksi beliau sendiri, beliau juga turut menaja beberapa pameran yang
dilaksanakan oleh ahli Werkbund yang lain. Pada tahun 1911 misalnya, beliau telah
menganjurkan 48 pameran hasil koleksi beliau sendiri ke serata tempat di seluruh Jerman,
manakala pada tahun 1912 pula, beliau telah menaja hampir kesemua pameran model
reka bentuk kilang yang diuruskan oleh Walter Gropius:
“The brainchild of Karl-Ernst Osthaus, a wealthy and eccentric patron of modern
arts, the Deutsches Muzeum became in effect the “Werkbund Museum”,
dependent on it for regular financial contributions and collaborating with it in
number of ventures. The museum’s speciality was the organization of travelling
exhibitions of modern quality product from its own collection. By 1911, it had
sent forty-eight of these to various parts of country, in 1912 it sponsored the most
172
Ibid, hlmn 38 .
133
significant display of this kind, an exhibition of model factory designs organized
by the young Walter Gropious”.173
Kaedah pameran juga dilaksanakan oleh Werkbund dalam usaha mereka
mengembangkan pengaruh terhadap masyarakat di luar Jerman. Dalam mesyuarat
tahunan institusi tersebut yang diadakan di Munich pada 1908, Gustav Geriche yang juga
merupakan wakil pihak industri telah mencadangkan agar kedutaan Jerman di luar negara
dijadikan ‘showcase’ terhadap produk yang berkualiti dan reka bentuk terbaru yang
dihasilkan oleh ahli yang bernaung di bawah Werkbund. Pada tahun 1914, kerajaan
Jerman telah bersetuju dengan saranan tersebut dan antara usaha terawal yang dilakukan
oleh pihak kedutaan ialah meminta Werkbund mengatur siri ceramah kepada pegawai
konsulat dan diplomatik mengenai program pemeran yang akan diadakan di Cologne
pada tahun tersebut.174
5.8.3 Mesyuarat Tahunan Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi
Deutsche Werkbund.
Proses penyebaran idea oleh Werkbund juga turut berlangsung melalui menyuarat
tahunan atau konvensyen yang diadakannya pada setiap tahun oleh mereka. Ketika
kemuncak kejayaan Werkbund sebelum perang dunia pertama, format mesyuarat
tahunannya telah berubah daripada perjumpaan elit di antara ahli yang terpilih kepada
perjumpaan berbentuk konvensyen serta turut dihadiri oleh orang awam. Mesyuarat
tahunan yang diadakan di Leipzig pada 1913 misalnya, dilaksanakan mengikut format
festival awam yang mana ianya dimeriahkan dengan pameran ketenteraan, persembahan
kumpulan tarian, muzikal dan teater.175 Konvensyen yang diadakan tersebut pula tidak
173
Ibid, hlmn 39.
Ibid, hlmn 46.
175
Konvensyen di Liepzig turut dihadiri oleh perwakilan kerajaan dari luar negara seperti dari Kementerian
Kerja Raya Austria, wakil dari kerajaan Saxony, Wutterberg dan Baden.
174
Ibid, hlmn 35.
134
hanya dihadiri oleh ahli Werkbund sahaja tetapi juga melibatkan peserta bukan ahli.
Selain daripada itu, penyertaan masyarakat awam sebagai pelawat dalam pameran yang
dianjurkan, secara tidak langsung telah menambahkan kefahaman mereka tentang
agenda yang diperjuangkan oleh institusi tersebut. Format mesyuarat tahunan Werkbund
bertukar menjadi sebuah konvensyen secara tidak langsung telah menarik tumpuan media
tempatan terhadap aktiviti dan isu yang diutarakan. Dengan penggunaan media massa
sebagai medium penyebaran maklumat, ianya secara tidak langsung telah
mempercepatkan proses penyebaran idea Werkbund kepada masyarakat.176
5.8.4 Penggunaan Agen Reformasi Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi
Deutsche Werkbund.
Hasil daripada kajian yang dilakukan juga telah menunjukkan Institusi Deutsche
Werkbund telah banyak melakukan inovasi di dalam proses penyebaran idea kepada
masyarakatnya. Satu lagi kaedah yang dilaksanakan oleh institusi tersebut dalam
penyebaran idea kepada masyarakat ialah dengan melantik para pekedai sebagai agen
reformasi mereka:
“One of the more unusual was an attempt to enlist the nation’s retailer as agents
of reform. Because shopkeeper seemed to possess great power to affect consumer
decisions, for good or ill, through their choice and presentation of available
products, the association arrange courses for different branches of the retail
trade”.177
Dalam usaha meningkatkan keupayaan para pekedai sebagai agen reformasi yang
berkesan, Werkbund telah melaksanakan pelbagai program pendidikan kepada mereka
seperti menganjurkan kursus di setiap cawangan yang telah dilantik. Selain daripada itu,
176
177
Ibid, hlmn 35-36
Ibid, hlmn 42.
135
institusi tersebut juga turut melaksanakan pertandingan hiasan pameran tingkap (window
dressing competition) yang bertujuan meningkatkan kemahiran para pekedai dalam
melakukan hiasan tingkap dan pada masa yang sama turut mendidik masyarakat melalui
produk yang dipamerkan. Salah satu pertandingan hiasan tingkap yang telah dilaksanakan
oleh institusi tersebut ialah di Hagen, Berlin pada 1911 dan ia kemudiannya diteruskan ke
beberapa tempat lain di seluruh Jerman pada era sebelum perang dunia pertama.178
5.8.5 Rombakan Kurikulum Pembelajaran Seni Sebagai Medium Penyebaran Idea
Oleh Institusi Deutsche Werkbund.
Werkbund juga meletakkan matlamat jangka panjang dalam program penyebaran idea
kepada masyarakat dengan menjadikan pelajar sebagai golongan sasaran seterusnya
memandangkan golongan tersebut akan memainkan peranan yang aktif sama ada sebagai
artis ataupun pengguna suatu hari nanti. Mereka juga percaya bahawa usaha penyebaran
idea yang dilancarkan hanya akan mencapai matlamatnya pada masa hadapan melalui
rombakan kurikulum pendidikan seni di negara tersebut. Ahli jawatan kuasa pendidikan
seni Werkbund seperti Ludwig Pallet, Hermann Obrist dan Franz Cizek telah
mencadangkan rombakan kurikulum pendidikan seni di sekolah dilakukan dengan
memberi penekanan terhadap perlunya ransangan kreativiti terhadap kanak-kanak,
memelihara daya imiginasi semulajadi mereka, memberi latihan terhadap penggunaan
mata, tangan dan juga otak serta memupuk rasa hormat terhadap kemahiran manual:
“ Other authorities on art education such as Ludwig Pallet, Herman Obrist, and
Franz Cizek also used Werkbund to propagate their views. By empahasizing the
need to stimulate the creativity of the child, preserve his innate imaginative
powers, train his eyes and hands as well as his brain, and inculcate respect for
manual skill, they hope not only to develop future artisans, designers and artist,
178
Ibid.
136
but to create an enlightened public capable of supporting a higher national
culture”.179
Cadangan rombakan kurikulum pendidikan seni di sekolah tersebut telah
memperlihatkan visi yang jauh dalam program penyebaran idea kepada masyarakat oleh
Werkbund pada masa hadapan. Manfaat yang diperolehi daripada cadangan rombakan
kurikulum tersebut bukan sahaja dapat menghasilkan para artisan dan pereka bentuk yang
lebih sensitif dan berkeliber tetapi apa yang lebih penting ialah dapat membentuk suatu
generasi yang mampu memberi sokongan terhadap propaganda yang dicanangkan oleh
mereka.
5.9 Rumusan
Kajian terhadap sejarah dan perkembangan Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi
Deutsche Werkbund telah membuka satu persepsi yang lebih luas terhadap pembinaan
identiti seni bina nasional yang mana ianya perlu disertakan dengan perancangan yang
rapi dalam pelbagai aspek sama ada dari sudut reka bentuk mahupun perlaksanaan
aktivitinya. Di dalam melakukan proses revolusi reka bentuk misalnya, kedua-dua
pergerakan tersebut telah mengetengahkan beberapa pendekatan yang berbeza dalam
usaha memperjelaskan maksud identiti yang cuba dilahirkan dan ianya tidak hanya
tertumpu kepada tampak luaran sahaja tetapi beberapa aspek lain seperti keperluan sosial
masyarakat, psikologi, kemampuan teknologi, fungsi, unsur romantik tradisi, daya
inovasi serta etika begitu dipertekankan. Dalam perlaksanaan aktivitinya pula, teras
kejayaan kedua-dua pergerakan tersebut banyak bergantung kepada usaha yang
berterusan, tenaga kerja yang berwibawa dan strategi perlaksanaannya yang tersusun.
Seperkara lagi yang menarik untuk diperhalusi mengenai kedua-dua pergerakan tersebut
ialah terdapatnya persamaan dari segi nilai yang diperjuangkan walaupun ianya wujud
dalam masa dan konteks yang berbeza. Kaedah penyebaran idea kepada masyarakat
misalnya, keberkesanan kaedah penerbitan dalam memainkan peranan terhadap
179
Ibid, hlmn 44-45
137
perkembangan pesat Pergerakan Arts and Crafts turut diperakui oleh pemimpin dan
penggerak Institusi Deutsche Werkbund. Selain daripada mempraktikkan pendekatan
penyebaran idea yang telah dipelopori oleh Pergerakan Arts and Crafts, Werkbund juga
telah melakukan beberapa inovasi untuk membolehkan kaedah tersebut dapat berfungsi
dengan lebih praktikal. Apa yang dapat dirumuskan ialah terdapat beberapa nilai sama
ada dari sudut reka bentuk atau perlaksanaan aktiviti yang sesuai dilaksanakan dalam
konteks dan masa yang berbeza asalkan terdapat usaha penyesuaian dalam
perlaksanaannya. Justeru, mengambil pengajaran dan mengadaptasi nilai penyebaran idea
oleh kedua-dua pergerakan tersebut merupakan sesuatu yang wajar dilaksanakan di dalam
proses penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Apa yang
perlu dilaksanakan seterusnya ialah melakukan kajian yang lebih mendalam mengenai
kaedah penyebaran idea yang dilaksanakan oleh mereka khususnya berkaitan dengan
bidang penerbitan agar satu rumusan dapat diperolehi mengenai elemen yang menjadi
tunjang kepada kejayaan perlaksanaannya.
138
BAB ENAM
PENYEBARAN IDEA KEPADA MASYARAKAT
MELALUI KAEDAH PENERBITAN OLEH
PERGERAKAN ARTS AND CRAFTS DAN
INSTITUSI DEUTSCHE WERKBUND
6.0. Pendahuluan
Dalam bab lima, telah diketengahkan secara umum sejarah dan perkembangan
Pergerakan Arts and Crafts di Britain dan Institusi Deutsche Werkbund di Jerman dalam
pembinaan identiti nasional melalui penghasilan produk perindustrian dan seni bina.
Antara aspek yang menarik ditunjukkan oleh kedua-dua pergerakan tersebut ialah
wujudnya persamaan nilai dalam pelbagai aspek termasuk juga kaedah penyebaran idea
kepada masyarakatnya. Kesan positif yang diterima oleh kedua-dua pergerakan tersebut
daripada perlaksanaan kaedah penyebaran idea melalui penerbitan misalnya, telah
membantu meningkatkan pemahaman dan penglibatan daripada pelbagai lapisan
masyarakat terhadap aktiviti yang dilaksanakan dan ianya merupakan sesuatu yang amat
berguna untuk diambil sebagai pengajaran. Sebelum sebarang nilai dari kaedah
139
penerbitan tersebut diambil sebagai pengajaran di dalam tesis ini, kajian yang lebih
terperinci mengenainya perlu dilaksanakan. Justeru, tujuan penulisan bab ini ialah untuk
melihat dengan lebih dekat kaedah penyebaran idea melalui penerbitan oleh kedua-dua
pergerakan tersebut serta memilih beberapa nilai yang difikirkan sesuai untuk diambil
pengajaran dalam merangka kaedah penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada
masa akan datang.
6.1 Kaedah Penyebaran Idea Kepada Masyarakat yang Dilaksanakan Oleh
Pergerakan Arts and Crafts di Britain.
Sejarah dan perkembangan Pergerakan Arts and Crafts sehingga berjaya meluaskan
pengaruhnya melangkaui Lautan Atlantik bukan hanya hasil daripada usaha sesetengah
pihak sahaja tetapi juga melibatkan sokongan dan penglibatan pelbagai lapisan
masyarakat dalam menggerakkan aktiviti pergerakan tersebut sejak dari awal
penubuhannya. Sokongan dan penglibatan pelbagai lapisan masyarakat dalam menjana
aktiviti pergerakan tersebut juga bukanlah sesuatu yang wujud secara semulajadi tetapi
ianya hasil daripada perlaksanaan beberapa strategi yang telah dirancang oleh
pelopornya. Seperti yang telah disebutkan dalam bab lima bahawa terdapat beberapa
kaedah penyebaran idea yang dipraktikkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dalam usaha
memberi pemahaman masyarakat seperti penubuhan kumpulan kerja atau Guild,
wujudnya penerbitan yang membentuk pemikiran masyarakat serta perubahan kurikulum
sekolah seni. Kesemua kaedah yang dilaksanakan tersebut diperakui telah berjaya
memainkan peranan masing-masing dalam membantu perkembangan Pergerakan Arts
and Crafts sehingga melangkaui sempadan Britain.
Kaedah penyebaran idea melalui
penerbitan oleh Pergerakan Arts and
Crafts
140
Buku
Jurnal
Majalah
Carta 6.0 : Kaedah penyebaran idea melalui penerbitan oleh Pergerakan Arts and
Crafts
Walau bagaimanapun, kaedah penerbitan dilihat sebagai salah satu elemen yang
memainkan peranan penting khususnya dalam penyebaran awal ideologi pergerakan
tersebut oleh pelopornya sebelum sesuatu idea direalisasikan dalam bentuk fizikal.
Berdasarkan pemerhatian terhadap kaedah penyebaran idea melalui penerbitan oleh
Pergerakan Arts and Crafts, didapati bahawa tiga medium telah memainkan peranan
utama sebagai agen penyebaran idea yang dimaksudkan iaitu penerbitan buku, jurnal dan
majalah.
6.2 Kaedah Penerbitan Buku Sebagai Medium Penyebaran Idea Kepada
Masyarakat Oleh Pergerakan Arts and Crafts.
Peranan penting yang dimainkan oleh penerbitan buku terhadap perkembangan awal
Pergerakan Arts and Crafts dapat dilihat dengan jelas melalui beberapa penulisan oleh
pelopor pergerakan tersebut seperti Pugin, Ruskin dan Morris.180 Penerbitan buku seperti
180
Antara penerbitan buku yang dihasilkan oleh ketiga-tiga orang tokoh tersebut ialah:
A.W.N Pugin: Pugin, A.W.N ( 1843). An Apology for the Revival of Christian Architecture in England.
London.; Pugin, A.W.N ( 1841). The True Principles of Pointed or Christian Architecture. London.;
Pugin, A.W.N ( 1836). Contrast. London.; John Ruskin: Ruskin, John (1851). The Stones of Venice. Vol.
I, Smith Elder, London.; Ruskin, John (1849). The Seven Lamp of Architecture. Smith Elder, London.;
Ruskin, John (1903-12). The Complete Work of John Ruskin (ed E.T. Cook and A. Wedderburn) (39 vol).
London.; William Morris: Morris, William (1974). Gothic Architecture. reprinted in William Morris,
Nonesuch Press.; Morris, William (1974). News from Nowhere. reprinted in William Morris, Nonesuch
Press.; Morris, William (1910-15). The Collected Work of William Morris, (ed May Morris ) (24 vol)
Longman Green, London.; Morris, William (1974). William Morris (ed G.D.H. Cole), Nonesuch Press,
New York.
141
The True Principles of Pointed or Christian Architecture (1841) oleh A.W.N. Pugin
(1812-52) telah memberikan sumbangan yang besar terhadap perkembangan awal
Pergerakan Arts and Crafts dengan menyediakan asas yang kukuh dari sudut nilai moral
di dalam estetika bagi tempoh setengah abad berikutnya:
“ The architect and theorist A.W.N. Pugin (1812-52) in his book Contrast; or
Parellel between the Noble Edificies of the fourteenth and fifteenth Centuries,
and Similar Buildings of the Present Day; Shewing the Present Decay of Taste (
1836) and The True Principles of Pointed or Christian Architecture (1841)
provided the foundation from which the moral aesthetic of Arts and Crafts
evolved during the second half of the century”.181
Penulisan yang menjadi pegangan asas pelopor Pergerakan Arts and Crafts tersebut
menegaskan bahawa peniruan semula gaya rupa silam bukan sahaja akan memberikan
kesan yang kurang baik kepada gaya rupa seni bina kerana ianya tidak melambangkan
semangat sezaman tetapi juga akan menggugat susun atur dan kestabilan keimanan
Kristian .
Budaya penulisan dan penerbitan ternyata menjadi teras kepada kekuatan penyebaran
idea oleh pelopor Pergerakan Arts and Crafts sejak dari peringkat awal penubuhannya.
Selain mendapat inspirasi dari penulisan Pugin, John Ruskin sendiri telah menghasilkan
beberapa penulisan yang kemudiannya telah memberikan pengaruh yang cukup besar
kepada pemikiran dan falsafah reka bentuk ahli-ahli Pergerakan Arts and Crafts yang
lain. Salah sebuah penulisan beliau iaitu The Seven Lamp of Architecture (1849) telah
memberi inspirasi terhadap pendekatan reka bentuk oleh para arkitek dan pereka bentuk
pada era 1880-an dan awal 1890-an. Di dalam penulisan tersebut, beliau menitik beratkan
kecantikan hiasan seni bina yang terhasil daripada tangan di mana ianya mencerminkan
unsur kemanusiaan dan ketelitian dalam penghasilannya:
181
Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement. Thames and Hudson.
Hlmn 11.
142
“In The Seven Lamp of Architecture (1849), a book which inspired architects and
designers particularly during the 1880’s and early 90’s, Ruskin emphasized the
beauty of architectural ornament carved by hand, which reflected ‘the sense of
human labour and care spent upon it”.182
Selain daripada penulisan buku “The Seven Lamp of Architecture”, Ruskin juga telah
menghasilkan beberapa buah penulisan lagi yang kemudiannya telah meninggalkan
pengaruh yang cukup besar terhadap arah tuju Pergerakan Arts and Crafts sepanjang
dekad tersebut. Penulisan yang mengetengahkan idea mengenai perlunya wujud nilai
keseronokan di dalam penghasilan produk perindustrian dan seni bina di dalam “The
Seven Lamp of Architecture”, sekali lagi telah diberi penekanan di dalam penulisan ‘The
Nature of Gothic’ dan ianya bukan sahaja memberikan pengaruh yang cukup besar
terhadap pemikiran seorang lagi pelopor pergerakan tersebut iaitu William Morris tetapi
juga kepada aktiviti Guild yang wujud selepas itu:
“The idea that any building or object must be created with enjoyment to be of
value, first voiced in The Seven Lamps but stressed in ‘The Nature of Gothic’,
was Ruskin’s major legacy to the Arts and Crafts and one which laid the basis not
only for the work of Morris but also for the creeds of crafts guilds later in the
century”.183
Peranan yang dimainkan oleh bidang penerbitan di dalam penyebaran idea awal Arts and
Crafts oleh John Ruskin kepada masyarakat adalah begitu besar dan ada pendapat yang
menyatakan bahawa ruang lingkup penulisan dan penerbitan oleh beliau tidak hanya
terbatas di sekitar Britain sahaja tetapi juga turut dibaca dan diminati dengan begitu
meluas ke negara lain di kedua-dua belah Lautan Atlantik:
182
183
Ibid, hlmn 12.
Ibid.
143
“Although Ruskin’s lectures to student and workers in Oxford, London and other
British cities drew large audience, and his writings were widely read and admired
on both sides of Atlantic, it was William Morris (1836-96) whose ideas exerted
the longest and most powerful influence”.184
Peranan yang dimainkan oleh penerbitan buku di dalam penyebaran idea Pergerakan
Arts and Crafts tidak hanya tertumpu pada peringkat awal penubuhannya sahaja tetapi
ianya dilaksanakan secara berterusan dan melibatkan pelbagai bidang serta ahli-ahli yang
lain. Antara pendekatan popular yang dilaksanakan oleh pereka bentuk atau arkitek muda
yang bernaung di bawah payung Pergerakan Arts and Crafts dalam melaksanakan
eksperimentasi reka bentuk mereka ialah dengan mengambil contoh atau pengajaran
daripada warisan seni bina tradisi. Bagi memastikan kejayaan proses tersebut, kewujudan
bahan rujukan mengenai warisan seni bina merupakan sesuatu yang amat penting. Dua
orang arkitek iaitu David Mac Gibbon dan Thomas Ross telah menghasilkan penulisan
sejarah seni bina negara mereka yang bertajuk “The Castellated and Domestic
Architecture of Scotland from the Twelfth to the Eighteenth Century” dan diterbitkan di
Edinburgh di antara tahun 1887 dan 1892. Sebuah lagi hasil penulisan sejarah seni bina
yang bertajuk “A History of Renaissance Architecture in England 1500-1800” telah
dihasilkan oleh Reginald Blomfield di London pada 1897. Penghasilan penulisan sejarah
seni bina sedemikian bukan sahaja berperanan sebagai rekod yang begitu bernilai kepada
Pergerakan Arts and Crafts tetapi juga turut menjadi faktor utama kepada perkembangan
pesat usaha eksperimentasi reka bentuk di seluruh Britain pada ketika itu:
“The younger architects of the 1880s and early 1890s looked to the past for both
inspiration and practical guidance in building. The examination of the vernacular
focused attention on national heritage. Architects wrote illustrated histories of
their countries: The Castellated and Domestic Architecture of Scotland from the
Twelfth to the Eighteenth Century by David Mac Gibbon and Thomas Ross was
184
Ibid, hlmn 14.
144
published in Edinburgh between 1887 and 1892, and a History of Renaissance
Architecture in England 1500-1800 by Reginald Blomfield in London in 1897.
These and many other volumes, together with obedience to Pugin’s rule of
regional variation, helped to promote visual diversity across Britain”.185
Usaha ke arah menjawap persoalan identiti seni bina nasional oleh Pergerakan Arts
and Crafts telah melibatkan pelbagai kaedah serta pendekatan dan jika pereka bentuk atau
arkitek muda begitu gemar menggunakan unsur-unsur tradisi sebagai asas eksperimentasi
reka bentuk, situasi yang sebaliknya pula ditunjukkan oleh pereka bentuk atau akitek
yang lebih berpengalaman. Bagi W.R Lethaby 186yang juga seorang arkitek dan sejarawan
berpendapat bahawa untuk menghasil sebuah seni bina yang baik, seseorang pereka
bentuk itu mestilah arif mengenai struktur serta cukup mahir dalam penghasilan kerja di
tapak. Pendirian beliau telah dinyatakan di dalam penulisan buku yang bertajuk
“Architecture, Mysticism and Myth” (1891) dan ianya dianggap sebagai antara pemecah
kebuntuan pereka bentuk Arts and Crafts yang sebelum itu yang banyak berkisar kepada
unsur tradisi dalam penghasilan reka bentuk mereka:
“In Britain the designers of Arts and Crafts buildings and objects did not adopt
any neatly identifiable style; indeed, the very word ‘style’ as applied to historicist
revivalism, was anathema to them. A short book entitled “Architecture,
Mysticism and Myth”, published in London in 1891, summarized the idealistic
nature of movement when it had become a professional design force in Britain. Its
author, the architect and historian W.R Lethaby, a major figure in the movement,
185
186
Ibid, hlmn 37.
Antara buku yang dihasilkan oleh Lethaby ialah: Lethaby, W.R (1935). Philip Webb and His Work. Oxford.;
Lethaby, W.R (1924). Earnest Gimson, his Life and Work. Stratford London and Oxford.; Lethaby, W.R (1974).
Architecture Mysticism and Myth. republished by The Architectural Press, London.; Lethaby, W.R (1896). Arts and
Function of Guilds. first published in the Quest, Birmingham; reprinted in Lethaby, W.R. Form in Civilization,
Oxford 1957. ; Lethaby, W.R (1911). Architecture. William and Norgate, London.; Lethaby, W.R (1892). “ The
Builder’s Art and the Craftsman”. In Architecture a Profession or an Art, ed Shaw, R.N and Jackson, T.G., John
Murray.
145
examined the past and looked towards the future when he wrote, ‘the massage
will be of nature and man, of order and beauty, but all will be sweatness,
simplicity, freedom, confidence and light, all term used at the time not only in
application to architecture but to describe the quality of life”.187
Selain daripada penggabungan individu dari pelbagai profesyen di bawah satu
bumbung, penghasilan penulisan dari pelbagai bidang juga dilihat sebagai faktor yang
mempercepatkan usaha penyebaran idea dan eksperimentasi reka bentuk oleh pergerakan
tersebut. Penggabungan warna yang bersesuaian dalam reka bentuk misalnya merupakan
antara faktor penting di dalam mewujudkan suasana harmoni kepada penghuni atau
pengguna sesuatu seni bina yang dihasilkan. Isu tersebut telah diketengahkan oleh Helsey
Ricardo (1854-1928) di dalam penulisannya yang bertajuk ‘colour enough to set off and
harmonise with the palette serve by Nature’ (1896) yang mana menurut beliau bahan
binaan tempatan yang digunakan di dalam reka bentuk mampu menghasilkan pelbagai
skim warna.188 Menjelang awal kurun ke-20, peranan penerbitan buku dalam penyebaran
idea oleh Pergerakan Arts and Crafts merupakan sesuatu yang amat penting terutamanya
bagi memenuhi kehendak golongan profesional di dalam pergerakan tersebut selain
daripada permintaan oleh golongan artis amatur dari kelas pertengahan. Kewujudan buku
terbabit telah menyediakan garis panduan serta memberi penekanan tentang perlunya
aspek individualisme kepada pereka bentuk dalam kerja-kerja praktikal di bengkelbengkel. Penulisan buku seperti ‘The Needle’ (1903-10) dan ‘Home Handicraft’ (190717), telah meransang hasil kerja amatur oleh golongan wanita.189 Selain daripada itu,
penerbitan buku lain yang dianggap berpengaruh sekitar awal abad ke 20 ialah berkaitan
dengan penghasilan cat kilat pada permukaan logam (enamel) dan sulaman (embroidery).
Hasil karya Fisher, ‘The Art of Enamelling’, mengadunkan tunjuk ajar dan perbicangan
sejarah mengenai bidang tersebut manakala sebuah lagi penulisan mengenai bidang yang
sama iaitu ‘Enamelling’ hasil karya Edit Dawson telah diterbitkan pada tahun 1906.
Dalam bidang sulaman pula, penerbitan buku yang bertajuk ‘Educational Embroidery
187
Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement. Thames and
Hudson.Hlmn 9.
188
Ibid, hlmn 45.
189
Ibid, hlmn 90.
146
(1911) hasil karya Margaret Swanson, Ann Macbeth dan Jessie Newbery, merupakan
buku petunjuk yang paling praktikal dan popular di mana ianya mengandungi contoh
corak pada kain yang memudahkan pembuatan pakaian kanak-kanak dan objek-objek
kegunaan rumah yang lain.190
Selain daripada seni bina, keadaan persekitaran juga memainkan peranan yang
penting dalam memastikan suasana harmoni dapat dikecapi oleh masyarakat. Reka
bentuk seni taman dan perbandaran merupakan antara bidang yang diberi perhatian oleh
pereka bentuk atau arkitek di zaman Arts and Crafts ke arah menghasilkan kehidupan
yang ideal. Seperti juga beberapa bidang yang telah disebutkan sebelum ini bahawa
penerbitan buku telah memainkan peranan yang penting di dalam penyebaran idea serta
memberi panduan kepada penggiatnya di dalam melakukan usaha eksperimentasi reka
bentuk. Peningkatan permasalahan dalam kehidupan masyarakat Britain menurut John
Ruskin adalah berpunca daripada reka bentuk bandar itu sendiri dan pada hemat beliau
sesebuah bandar mestilah direka bentuk dengan berhati-hati. Di dalam buku beliau yang
bertajuk Sesame and Lilies (1865), Ruskin menyarankan agar pembinaan sesebuah
rumah mestilah berlandaskan kepada prinsip keteguhan, kecantikan dan dalam kumpulan
yang terhad bagi menjamin keseimbangan dengan persekitarannya.191 Impian Ruskin
untuk menghasilkan penempatan ideal yang mana masyarakat yang mendiaminya dapat
hidup dan bekerja dalam keadaan yang harmoni, gembira dan sihat telah membuahkan
idea bandar dalam taman (garden city) di kalangan pengikutnya. Ebenezer Howard
(1850-1928), merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap penciptaan istilah
‘garden city’ telah menghasilkan buku yang bertajuk ‘Tommorow: a peaceful Path to
Real Reform’ (1898; disemak dan diterbitkan semula dalam tahun 1902 sebagai ‘Garden
Cities of Tommorow) yang mana penggabungan idea kasih sayang dan sosialis di dalam
buku tersebut telah menjadi panduan dalam pembaharuan sosial yang dilaksanakan oleh
pengikut Arts and Crafts yang lain. Berdasarkan penulisan yang beliau hasilkan, Howard
menekankan penghasilan reka bentuk pelan bangunan, seperti juga bangunan Arts and
190
191
Ibid
Ibid, hlmn 60.
147
Crafts yang terdahulu, mesti mengambil kira tapak yang dipilih dan saiz bandar pula
haruslah berdasarkan penyelidikan ekonomi yang dilakukan mengenainya.192
6.3 Kaedah Penerbitan Jurnal Dan Majalah Sebagai Medium Penyebaran Idea
Kepada Masyarakat Oleh Pergerakan Arts and Crafts.
Selain daripada penerbitan buku, penerbitan majalah atau jurnal juga memainkan
peranan yang tidak kurang pentingnya di dalam proses penyebaran idea Pergerakan Arts
and Crafts. Penerbitan The Hobby Horse (1884, 1886-92) oleh Century Guild merupakan
antara jurnal pertama yang membincangkan aspek reka bentuk secara khusus dan ianya
mencerminkan prinsip estetika sebenar guild tersebut.193 Selain daripada itu terdapat
beberapa buah jurnal lain yang turut memainkan peranan penting dalam penyebaran idea
Pergerakan Arts and Crafts kepada masyarakat. Hasil penulisan oleh W.R Lethaby yang
bertajuk ‘Cast Iron and its Treatment’ misalnya telah diterbitkan di dalam The Journal of
the Society of Arts yang mana antara isu di ketengahkan dalam penulisan tersebut ialah
perasaan hina yang sering wujud terhadap logam adalah kesan daripada kurangnya
pengetahuan mengenai kaedah perawatan bahan tersebut.194 Majalah British Architect
yang mula diterbitkan pada 1874 pula telah banyak membantu dalam penyebaran idea
salah seorang ahli Pergerakan Arts and Crafts iaitu C.F.A. Voysey.195 Penulisan esei yang
bertajuk The English Home (1911) merupakan antara karya Voysey yang diterbitkan di
dalam majalah tersebut.
192
Ibid, hlmn 62-63.
Ibid, hlmn 23
194
Ibid, hlmn 97.
195
Antara penulisan C.F.A Voysey di dalam majalah British Architect dan beberapa majalah lain serta
penerbitan buku ialah: Voysey, C.F.A (1911). The English Home. British Architect, p.60.\; Voysey, C..F.A
(1901). Remarks on domestic entrance halls. Studio. Vol XXI, p.243.; Voysey, C..F.A (1915).
Individuality. Chapman & Hall, London.; Voysey, C..F.A (1906). Reason as Basis of Art. Elkin Matthews,
London.; Voysey, C..F.A (1909). Ideas In Thing. One of series of essay in The Arts connected with
Building, ed. Davidson, Raffles, Batsford, London.
193
Ibid, hlmn 218.
148
Gambarajah 6.0: Reka bentuk kulit hadapan jurnal The Hobby Horse pada tahun
1886.
Sumber: Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement.
Thames and Hudson.Hlmn 24.
Dua buah lagi majalah yang diterbitkan pada awal dan pertengahan 1890-an iaitu The
Studio(1893) dan Architectural Review (1896) telah memberikan kesan secara langsung
terhadap proses penyebaran idea oleh Pergerakan Arts and Crafts. Majalah The Studio
misalnya bukan sahaja mengetengahkan hasil karya Arts and Crafts dari Britain sahaja
tetapi juga melibatkan penghasilan karya dari luar negara:
“Baillie Scott introduced painted and stenciled ceiling, walls and furniture whose
decoration echoed European Peasant work that had been illustrated in The
Studio, the London art journal founded in 1893 which did much to publicize Arts
and Crafts at home and abroad”.196
196
Ibid, hlmn 52.
149
Mengenai penerbitan karya tempatan di dalam majalah The Studio, tokoh-tokoh
Pergerakan Arts and Crafts seperti Baillie Scott,197 C.R Ashbee,198 E.S Prior199 dan C.F.A
Voysey merupakan antara individu yang menyumbangkan karya masing-masing untuk di
terbitkan.200.Majalah Architectural Review juga turut memainkan peranan yang tidak
kurang pentingnya di dalam penyebaran idea Pergerakan Arts and Crafts yang mana
karya beberapa tokoh pergerakan tersebut telah diterbitkan. Hasil penulisan oleh tokoh
seperti E.S Prior yang bertajuk Church building as it is and as it might be (1898) dan
The New Cathedral for Liverpool ( 1901) serta W.R Lethaby yang bertajuk Architecture
Education (1904) merupakan antara karya yang diterbitkan oleh majalah tersebut.
Penerbitan beberapa buah majalah lagi seperti Century Life (1897), Academy
Architecture (1889), Architect (1869), Building News (1857) dan Journal of the Royal
Institute of British Architect telah memberi ruang yang cukup luas kepada tokoh serta ahli
Pergerakan Arts and Crafts untuk terus berkarya dan menyebarkan idea mereka kepada
umum.
197
Selain daripada yang diterbitkan di dalam majalah Studio, penerbitan seni bina lain yang telah di hasil
oleh Baillie Scott ialah: Scott, M.H Baillie (1909). “Ideals in Building, False and True” from The Arts
Connected with Building. Batsford, London.; Scott, M.H Baillie (1910). Garden Suburb, Town Planning
and Modern Architecture. Fisher Unwin, London.; Scott, M.H Baillie (1906). House and Garden. G.
Nawnes,London.;
198
Hasil penerbitan yang telah dihasilkan oleh C.R Ashbee selain daripada yang diterbitkan di dalam
majalah Studio ialah: Ashbee, C.R (1917). Where The Great City Stands. Essax House Press, London.;
Ashbee, C.R (1890). Transactions of the Guild and School of Handicraft. London; Ashbee, C.R (1894). A
Few Chapters in Workshop Reconstruction and Citizenship. Essax House Press, London.; Ashbee, C.R
(1911). Should we stop teaching art. Batsford, London.; Ashbee, C.R (1908). Craftsmanship in Competitive
Industry . Essax House Press, London.; Ashbee, C.R (1906). A Book of Cottages and Little Houses.
Batsford, London.
199
Selain daripada yang diterbitkan di dalam majalah Studio, penerbitan seni bina lain yang telah di hasil
oleh E.S Prior ialah: Prior, E.S ( 1900). A History of Gothic Art in England .George Bell & Sons, London.;
Prior, E.S ( 1901). The New Cathedral for Liverpool .Architectural Review.; Prior, E.S ( 1898). Church
building as it is and as it might be. Architecture Review.
200
Antara penulisan tokoh-tokoh tersebut yang diterbitkan di dalam majalah Studio ialah: Ashbee, C.R
(1905). On the Bromleigh Estate at Iver Heath. Studio. Vol XXXVI. P 50.; Ashbee, C.R (1907). The
Norman Chapel building at Broad Campden. Studio. Vol XLI. P 290.; Scott, M.H Baillie (1894). An ideal
suburban house. Studio. Vol IV.; Scott, M.H Baillie (1908). On the Characteristics of Mr.C.F.A. Voysey’s
architecture. Studio. Vol XLII. P 19.; Prior, E.S ( 1901). Studio. Vol XXI.
150
6.4 Kemajuan Bidang Percetakan Sebagai Pemangkin Kepada Kepesatan
Penyebaran Idea Melalui Penerbitan Oleh Pergerakan Arts and Crafts.
Bidang percetakan yang turut sama dimajukan oleh ahli Pergerakan Arts and Crafts
merupakan antara faktor penting selain daripada kemampuan untuk menghasilkan
penulisan yang berkualiti oleh pemimpin dan pengikut pergerakan tersebut. William
Morris misalnya, telah menubuhkan sebuah syarikat penerbitan yang dinamakan
Kelmscot Press. yang mana melalui syarikat tersebut, beliau telah mencetak secara terhad
buku-buku yang berkualiti tinggi dan dipasarkan kepada golongan kelas atasan dan yang
berpendidikan tinggi. Dari segi penulisan dan reka bentuk buku-buku tersebut, ianya
begitu mementingkan unsur kualiti seperti juga hasil seni lain oleh Pergerakan Arts and
Crafts:
“ The Kelmscott books used text ranging from Ruskin and Morris’s own prose
romances to Chaucer. Morris wanted these books, like the product of his firm,
to be antithesis of recent crude commercial production. They were monochrome
artworks, many of which were printed to design by Burne-Jones and produced
in limited editions for an upper-class, well educated market”.201
Dalam usaha meningkatkan kualiti percetakan yang dihasilkan oleh mereka, syarikat
percetakan Kelmscott Press telah mengambil contoh kerja-kerja percetakan sejarah oleh
Perancis dan Jerman dalam reka bentuk kulit buku yang dihasilkan.
201
Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement. Thames and Hudson,
Hlmn 18.
151
Gambarajah 6.1: Reka bentuk muka pertama buku The Nature Of Gothic oleh John
Ruskin yang dicetak oleh Kelmscott Press pada tahun 1892.
Sumber: Cumming, Elizebeth., Kaplan, Wendy. (1995). The Art And Craft Movement.
Thames and Hudson.Hlmn 18.
Usaha meningkatkan mutu percetakan turut dilakukan oleh beberapa syarikat percetakan
lain yang ditubuhkan oleh ahli Pergerakan Arts and Crafts. Essex House Press yang
ditubuhkan oleh Ashbee pada 1898 misalnya, menetapkan matlamat untuk menjadi
syarikat percetakan terbaik di Britain pada waktu itu. Kemajuan bidang percetakan
seiring dengan penghasilan produk dan penulisan yang berkualiti merupakan pakej
terbaik yang dimiliki oleh Pergerakan Arts and Crafts dalam proses penyebaran idea
kepada masyarakat melalui kaedah penerbitan. Penghasilan buku atau jurnal yang dikraf
dengan teliti bukan sahaja mencerminkan pendirian pergerakan tersebut dalam
penghasilan produknya tetapi juga mampu menarik minat masyarakat untuk membaca
dan seterusnya membeli hasil penerbitan tersebut.
152
6.5 Program Penyebaran Idea Kepada Masyarakat Melalui Penerbitan Oleh
Institusi Deutsche Werkbund
Sebelum ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1907, idea penubuhan Institusi
Deutsche Werkbund telahpun bermula sejak akhir kurun kesembilan belas lagi melalui
penyelidikan yang dilakukan oleh Hermann Muthesius terhadap sejarah dan
perkembangan Pergerakan Arts and Crafts di Britain. Beberapa aspek yang menjadi
penggerak kepada kejayaan Pergerakan Arts and Crafts seperti aspek fungsi dan kualiti
dalam penghasilan reka bentuk telah diambil sebagai pengajaran oleh Muthesius dalam
merangka kurikulum awal Institusi Deutsche Werkbund. Satu lagi aspek daripada
Pergerakan Arts and Crafts yang turut diambil pengajaran oleh Muthesius dan pelopor
Institusi Deutsche Werkbund yang lain ialah kaedah menarik penglibatan masyarakat
dalam perjuangan institusi tersebut. Walau bagaimanapun, berbanding dengan
Pergerakan Arts and Crafts yang menggerakkan aktivitinya dalam skala yang terhad,
aktiviti yang dilaksanakan oleh Werkbund dilihat lebih menyeluruh dari segi ruang
lingkup penyebarannya dan juga pihak-pihak yang turut terlibat dalam aktiviti
penyebaran idea tersebut.
Kaedah penyebaran idea melalui
penerbitan oleh Institusi Deutsche
Werkbund
Risalah
Jurnal
Buku Tahunan
Surat Berita
Buku Panduan
Produk
Carta 6.1 : Kaedah penyebaran idea melalui penerbitan oleh Institusi Deutsche
Werkbund
153
Seperti juga Pergerakan Arts and Craft, bab lima telah mengetengahkan pelbagai kaedah
yang digunakan oleh Wekbund dalam penyebaran idea kepada masyarakatnya dan
peranan yang dimainkan oleh kaedah pameran, mesyuarat tahunan, penerbitan, agen
reformasi dan rombakan kurikulum seni di sekolah telah memperlihatkan kejayaan
masing-masing di samping melengkapi di antara satu sama lain. Walau bagaimanapun,
peranan yang dimainkan oleh bidang penerbitan di dalam penyebaran idea Institusi
Deutsche Werkbund kepada ahli dan masyarakat di sekitarnya dianggap sebagai intipati
kepada kejayaan perlaksanaan aktiviti yang lain dan ianya merupakan sesuatu yang
menarik untuk dikaji dengan lebih mendalam. Satu lagi aspek yang menarik untuk
diperkatakan mengenai kaedah penyebaran idea melalui penerbitan oleh Institusi
Deutsche Werkbund ialah terdapatnya beberapa medium baru yang diperkenalkan dan
ianya dilihat bersesuaian dengan dasar institusi tersebut serta berjaya melaksanakan
peranannya. Inovasi yang telah ditunjukkan oleh Institusi Deutsche Werkbund tersebut
telah memberikan satu isyarat yang positif bahawa proses mempelajari sesuatu daripada
masyarakat terdahulu bukan bermakna perlunya peniruan secara langsung terhadap apa
yang telah dilaksanakan tetapi apa yang lebih penting ialah mengambil intipati serta
menyesuaikannya dengan konteks semasa.
6.6 Peranan Penerbitan Risalah Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi
Deutsche Werkbund.
Pelancaran propaganda umum yang dilaksanakan pada peringkat awal penubuhan
Werkbund, bertujuan memberi kefahaman awal kepada masyarakat tentang dasar serta
objektif perjuangan institusi tersebut. Salah satu medium penyebaran idea yang
memainkan peranan penting pada peringkat tersebut ialah bidang penerbitan yang mana
penggunaan risalah merupakan salah satu penerbitan terawal yang digunakan oleh
pelopor Institusi Deutsche Werkbund. Friederich Naumann, salah seorang daripada tiga
tokoh terkemuka Werkbund, telah menghasilkan risalah propaganda ringkas yang
bertajuk Deutsche Gewerbekunst . Risalah yang memperjelaskan matlamat perjuangan
institusi tersebut kepada masyarakat dan negara, mengandungi isu-isu seperti prinsip
154
kualiti yang dapat meningkatkan nilai buruh, meningkatkan status pekerja, meningkatkan
keseronokan dalam pekerjaan dan secara tidak langsung mengubah penafsiran terhadap
peranan yang dimainkan oleh mereka, iaitu daripada hanya golongan buruh kepada satu
entiti yang amat penting dalam memajukan sistem kapitalis yang wujud pada ketika itu.202
Penggunaan risalah sebagai medium penyebaran idea Werkbund di peringkat awal
penubuhannya bukan sahaja sangat berkesan dari segi kos kerana ianya murah dan dapat
diedarkan kepada orang awam secara percuma, tetapi juga ianya telah menyaksikan
terjalinnya kerjasama awal di antara institusi tersebut dengan sektor industri yang mana
syarikat percetakan milik Eugen Diederichs telah muncul sebagai penaja terawal
mereka.203
6.7 Peranan Penerbitan Buku Sebagai Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi
Deutsche Werkbund.
Jika penerbitan buku oleh pelopor Pergerakan Arts and Crafts telah memainkan
peranan yang penting terhadap pembentukan ideologi dan penyebaran idea pergerakan
tersebut kepada masyarakat, situasi yang hampir serupa juga turut dilakukan oleh pelopor
dan ahli Institusi Deutsche Werkbund yang mana mereka turut menerbitkan buku secara
peribadi di samping buku-buku yang dihasilkan atas nama institusi tersebut. Berdasarkan
semakan rekod terhadap sumber sekunder, didapati banyak penulisan buku oleh tokohtokoh institusi tersebut telah dihasilkan. Tokoh-tokoh seperti Hermann Muthesius, Henry
van de Velde, Friederich Naumann, Fritz Schumacher, Peter Behren, Walter Gropius,
Richard Riemerschmid, Ernst Jackh, Theodor Heuss dan Bruno Taut telah menghasilkan
buku atau sekurang-kurangnya terlibat dalam sebahagian penulisan buku yang
mengetengahkan idea masing-masing.204 Peranan buku di dalam penyebaran idea kepada
202
Cambell, Joan.(1976). The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts . Princeton
University Press. Hlmn 17-18
203
Ibid, hlmn 21.
204
Antara penulisan buku yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh tersebut:
Hermann Muthesius: Muthesius, Hermann. Des Englische Haus. 3 Vols. Berlin: Wasmuth, 1902.;
Muthesius, Hermann, Witschaftsformen im kunstgewerbe. Vortrag gen.am 30. I. 1908 in der
Volkwirtsschaftlichen Gesellschaft in Berlin. Volkwirtsschaftlichen Zeilfragen Nr.233. Berlin: L.Simion,
155
masyarakat juga sebenarnya telah wujud sebelum penubuhan Institusi Deutsche
Werkbund lagi yang mana Julius Langbahn, seorang pengkritik budaya telah
menghasilkan penulisan pada penghujung kurun ke-19 dan kemudiannya telah muncul
sebagai bahan bacaan popular di kalangan artis termasuk juga Hermann Muthesius:
“Langbahn’s call for revival of artistic values in a materialistic age appealed
strongly to educated Germans. His bestselling Rembrandt als Erzieher,first
published anonymously in 1890, quickly become one of the most popular books
1908.; Muthesius, Hermann, Kultur und Kunst Gesommelte Aufsatze uber kunstleriche Fragen der
Gegenwart, 2 nd ed. Jena: Eugen Diederichs, 1909. First Edition, 1904.; Muthesius, Hermann, Die
Werkbunderbeit der Zukunft (1914). Neudruck. Schriftenreihe der Muthesius-Werkschule Kiel, Heft 7.
Kiel: Muthesius-Werkschule, 1960.; Muthesius, Hermann, Die Zukunft der deutschen Form. Der Deutsche
Krieg, Heft 50. Stuttgart: Deutsche Verlags-Anstalt, 1915.; Muthesius, Hermann, Der Deutsche nach dem
Kriege. Weltkultur und Welpolitik, Heft 4. Munich: Deutsche Verlags-Anstalt, 1915.: Henry van de
Velde : Velde, Henry Van de. Kunstgewerbliche Laienpredigten. 2 Vols. Leipzig: Hermann Seemann
Nochfolger, 1902.; Velde, Henry Van de, Essays. Leipzig: Insel-Verlog, 1910.; Velde, Henry Van de, Zum
neuen stil. Aus Seinen Schriften ausgewahlt von H. Curjel. Munich : R. Piper, 1955.; Friederich
Naumann: Naumann, Friederich. Werke. 6 Vols. Cologne: Westdeutscher Verlag: 1964-1969.; Fritz
Schumacher: Schumacher, Fritz. Die weidereroberung hormonischer kultur”. Kunstwart, xxi, No.8
(1908), 135-38.; Schumacher, Fritz, Kulturpolitik, Neue Streifzuge eines Architecten. Jena: Eugen
Diederich, 1920.; Schumacher, Fritz, Zeitfragen der Architectur. Jena: Eugen Diederich, 1929.; Peter
Behren: Behren, Peter. “ Bund der Erneuerung.” Die Notwendigkeit einergeistigen verfassung. Jena:
Eugen Diederich, 1920.; Walter Gropius: Gropius, Walter. Idee und Aufbau des Staatlichen Bauhauses
Waimer. Munich: Hursching am Amersee, Dietz Edzard, 1923.; Gropius, Walter, The New Architecture
and the Bauhaus. Trans. From the German by P. Morton Shand with an introduction by Frank Pick.
London: Faber & Faber, 1935.; Gropius, Walter, Scope of total Architecture. World Perspective Planned
and edited by Ruth Nanda Anshen. Vol. III. New York: Harper & Brother, 1955.; Richard Riemerschmid:
Riemerschmid, Richard. Kunstlerrische Erziehungsfragen. I. Flugshriften des Munchener Bundes, Erstes
Heft. Munich. Georg Muller, 1917.; Riemerschmid, Richard, Kunstlerische Erziehungsfragen. II.
Flugshriften des Munchener Bundes. Funftes . Heft. Munich: Hugo Bruckmann, 1919.; Ernst Jackh:
Jackh, Ernast. Der Goldane Pflug: Lebensernte eines Weltbur. Gers. Stuttgart: Deutsche Verloge-Anstalt,
1954.; Jackh, Ernast, Weltsaat: Erlebtes und Ersrebtes. Stuttgart: Deutsche Verlogs-Anstalt, 1960.;
Theodor Heuss: Heuss, Theodor. “Gewerbekunst und Volkswirtschaft.” Preussishe Jahrbucher, CXLI
(1910), 1-5.; Heuss, Theodor, “ Der deutsche Werkbund in Wien.” Die Hilfe, XVIII, No 25 (1912), 400.;
Heuss, Theodor, Der deutsche Werkbund in Leipzig. “Der Kaufmann und das Leben (Leipzig), VI (1913-14
), 72-74.; Heuss, Theodor, “Der Werkbund in Koln”.(Ausstellungsbericht). Marz. VIII, No 2 (1912), 90713.; Heuss, Theodor, “Ein englischer Werkbund.” Die Hilfe, XXII (1916), 395.; Heuss, Theodor, “
Werkbund-Ausstellung in Kopenhagen.” Deutsche kunst und Dekoration, XLIII (1918), 253-63. ; Heuss,
Theodor, Zwinscher Gestern und Morgen, Stuttgart: J. Engelhorns-Nochf, 1919.; Heuss, Theodor,
“Luxussteuer und Qualitatsproduktion.” Vassische Zeitung. Berlin, Sept.3.1919. Bruno Taut : Taut,
Bruno, Die Stadtkrone. Jena: Eugen Diederichs, 1919.; Taut, Bruno, Modern Architecture. London: The
Studio Ltd, 1919.
156
among the artists, influenced the Art Education Movement, and deeply impressed
reformers like Muthesius”.205
Penerbitan buku terus memainkan peranan yang penting di dalam proses
penyebaran idea kepada masyarakat apabila Institusi Deutsche Werkbund ditubuhkan
dan ianya juga meliputi pelbagai bentuk atau genre penulisan seperti analisis, kritik,
penulisan sejarah, teori baru dan sebagainya. Kajian selama enam tahun Muthesius
terhadap revolusi reka bentuk dan pendidikan seni bina oleh Pergerakan Arts and
Crafts di Britain misalnya, telah disusuli dengan laporan rasmi yang kemudiannya
meninggal pengaruh yang begitu besar terhadap penulisan yang beliau hasilkan
selepas itu. Penulisan buku yang bertajuk Das englische Haus (3 vol, Berlin, 1904)
merupakan sumber rujukan terpenting terhadap proses pemindahan nilai yang
diperkenalkan oleh Pergerakan Arts and Crafts ke dalam kebudayaan Jerman
khususnya dalam merangka kurikulum Institusi Deutsche Werkbund.206 Seorang lagi
tokoh terkemuka Werkbund iaitu Henry van de Velde telah menghasilkan penulisan
buku yang bertajuk Kunstgewerbliche Laienpredigten (Berlin) pada 1902 yang mana
dalam penulisan tersebut beliau menegaskan bahawa seni dan seni bina seharusnya
berkhidmat untuk masyarakat ke arah menyediakan persekitaran yang mulia kepada
individu komtemporari.207 Selain daripada penulisan buku yang dihasilkan oleh tokohtokoh utama, terdapat banyak lagi hasil penulisan buku oleh individu yang menjadi
ahli atau penggerak institusi tersebut seperti Norbert Stern, Walter Riezler, Eugene
Fischer, Karl Scheffler dan Werner Sombart.208 Penulisan buku yang bertajuk
205
Cambell, Joan.(1976). The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts . Princeton
University Press. Hlmn 26.
206
Ibid, hlmn 12.
207
Ibid, hlmn 22
208
Antara penulisan buku yang dihasilkan oleh penggerak Institusi Deutsche Werkbund terbabit ialah:
Norbert Stern: Stern, Norbert. Die Weltpolitik der Weltmode. Der deutsche Krieg. Heft. 30/31. Stuttgart:
Deutsche Verlogs-Anstalt, 1915.; Walter Riezler: Riezler, Walter. Die Kulturarbeit des Deutschen
Werkbundes. Weltkultur und Weltpolitik, Deutsche Folge, Heft 7. Munich: Deutsche Verlogs-Anstalt,
1916.; Eugen Fischer: Fischer, Eugene. “Die Ausstellung des Werkbund in Koln.” Die Tat.VI (1914-15),
530-39.; Karl Scheffler: Scheffler, Karl. Die Zukuft der deutschen Kunst. Berlin: Bruno Cassier, 1919.;
Scheffler, Karl. “Ein Arbeitsprogramm fur den Deutschen Werkbund”. Kunst Und Kunstler, XVII (1920),
43-52.; Scheffler, Karl. “Der Werkbund.” Kunst Und Kunstler. XXXI (1932). 422.; Scheffler, Karl. “Der
neue Mensh”. Leipzig: Insel-Verlog, 1932.; Werner Sombart: Sombart, Werner. Kunstgewerbe Und
kultur. Die Kultur, Heft. VII, Berlin: J Knoblauch, 1908.
157
Kunstgewerbe und Kultur (1908) oleh Werner Sombart misalnya telah mengkritik
penggunaan artis oleh para kapitalis yang mana pada pendapat beliau ianya tidak
ubah seperti satu bentuk pelacuran kerana artis-artis tersebut terpaksa mengikut kata
para pemain ekonomi yang menaungi mereka:
“In Kunstgewerbe und Kultur, Published in 1908, Sombart maintained that the
applied artis under capitalism could never be more than a prostitute at the beck
and call of an all-powerful economic master. Moreover, art was at the mercy not
only of profit-seeking producers but of mass market. A ninetynine percent of
consumers lacked either the taste or the money to purchase quality goods,
Sombart saw little prospect for genuine cultural reform”.209
Selain daripada penerbitan buku oleh individu, penerbitan buku tahunan yang
mengandungi penulisan artikel daripada tokoh-tokoh Werkbund serta contoh-contoh
produk reka bentuk terbaik oleh ahli-ahlinya, telah memberikan impak yang cukup besar
terhadap perkembangan institusi tersebut. Peningkatan tahap pemahaman masyarakat
terhadap agenda yang diperjuangkan oleh Werkbund dapat dilihat dari hasil peningkatan
jumlah keahlian dan penjualan buku tahunan institusi tersebut dari tahun ke tahun
sebelum perang dunia pertama. Sebagai contoh, penjualan buku tahunan Werkbund dari
tahun 1912 hingga 1914 telah meningkat sekali ganda daripada 10 000 unit kepada 20
000 unit manakala jumlah keahliannya turut meningkat mengikut kadar yang hampir
serupa iaitu 971 orang pada bulan Mac 1912 kepada 1870 orang pada 1914.210
Peningkatan penjualan buku tahunan juga turut dibantu oleh sokongan secara tidak
langsung daripada pihak kerajaan. Kementerian Perniagaan dan Perdagangan Prussia
misalnya telah membeli 700 salinan dari cetakan siri pertama buah buku tahunan institusi
tersebut dan disebarkan dengan harga sabsidi kepada pelajar-pelajar sekolah.211
Penerbitan buku tahunan juga telah memainkan pengaruh yang besar terhadap
209
Cambell, Joan.(1976). The German Werkbund : The Politics of Reform in the Applied Arts . Princeton
University Press. Hlmn 30.
210
Ibid, hlmn 37.
211
Ibid.
158
penghasilan reka bentuk yang lebih berkualiti di kalangan ahli-ahlinya yang mana
penerbitan contoh-contoh reka bentuk terbaik yang terdiri daripada reka bentuk hotel,
pusat membeli-belah dan gudang telah meningkatkan semangat mereka untuk terus
menghasilkan reka bentuk berkualiti di masa hadapan:
“The Werkbund also influenced the design of hotels, department stores, and
warehouses, both by publisizing good examples in its yearbooks and by
encouraging its member to address themselves to these matters”.212
Penerbitan buku tahunan terus memainkan peranannya sebagai medium penyebaran
idea serta pemangkin ke arah penghasilan reka bentuk yang lebih berkualiti oleh ahli-ahli
Werkbund selepas era perang dunia pertama. Kesan daripada peperangan ternyata telah
banyak menjejaskan perkembangan institusi tersebut yang bukan sahaja melibatkan
kemusnahan harta benda tetapi juga nyawa ahli-ahlinya. Kemelesetan ekonomi Jerman
selepas perang juga begitu menyukarkan proses eksperimentasi atau revolusi reka bentuk
dan disebabkan tiada pilihan, ahli-ahli Werkbund mula melibatkan diri dalam merekabentuk struktur perkuburan dan memorial. Penerbitan buku tahunan pada 1916 dan 1917
hampir keseluruhannya dipenuhi dengan topik yang berkaitan dengan reka bentuk
perkuburan dan memorial tersebut. Hasil kerja sama dengan pihak tentera serta subsidi
daripada kementerian kebudayaan beberapa buah negeri di Jerman, buku tahunan tersebut
telah mengetengahkan sebanyak 200 reka bentuk yang dipilih oleh sebuah ahli
jawatankuasa dari pelbagai organisasi termasuk juga lima orang daripada Werkbund.213
212
Pengaruh penerbitan buku tahunan terhadap pembaharuan reka bentuk yang dilaksanakan oleh ahliahlinya dapat dilihat dalam penerbitan buku tahunan Werkbund pada tahun 1913 yang menumpukan
kepada seni di dalam industri dan perdagangan.
Ibid, hlmn 46.
213
Ibid, hlmn 88.
159
6.8 Peranan Penerbitan Jurnal, Buku Panduan Produk dan Surat Berita Sebagai
Medium Penyebaran Idea Oleh Institusi Deutsche Werkbund.
Ahli-ahli yang bernaung di bawah payung Werkbund juga telah melakukan usaha
menerbitkan jurnal yang berkaitan dengan bidang masing-masing untuk dijadikan
rujukan oleh pengguna. Dalam mesyuarat tahunan yang dilangsungkan pada setiap tahun
sebelum perang dunia pertama, ahli-ahli yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
telah melakukan perbincangan mengenai sesuatu permasalahan dengan matang serta jujur
dan kebanyakan dari hasil perbincangan tersebut kemudiannya telah diterbitkan. Pihak
industri misalnya, telah menghasilkan penerbitan Gewerbliche Materialkunde iaitu
sebuah penerbitan yang memaparkan analisis tentang potensi sesuatu bahan:
“Industries were represented on Werkbund committees, and were served by
publications such as Gewerbliche Materialkunde, a series addressed to the
analysis of the uses potentiaitialities of materials”.214
Pihak Werkbund juga telah melaksanakan sesuatu yang tidak pernah dilaksanakan
oleh mana-mana pihak sebelumnya dalam usaha menyebarkan idea kepada masyarakat
melalui kaedah penerbitan iaitu dengan menghasilkan buku panduan produk yang
berkualiti dari kedai yang diiktiraf. Usaha penghasilan buku panduan produk yang
dinamakan Deutsches Warenbunch telah dimulakan pada 1913, namun penerbitan
pertamanya yang dijangka dapat dihasilkan pada penghujung 1914 terpaksa ditangguhkan
ke tahun berikutnya akibat tercetusnya perang dunia pertama.215 Menjelang penghujung
tahun 1915, edisi pertama Deutsches Warenbunch telah dilancarkan yang mana buku
panduan setebal 248 muka tersebut memaparkan artikel mengenai reka bentuk peralatan
rumah berkualiti yang dihasilkan di Jerman pada ketika itu:
214
215
Ibid, hlmn 50.
Ibid, hlmn 43.
160
“An important effort in the shere of wartime consumer education was the
publication, in late 1915, of the Deutsches Warenbunch.This product of the
prewar Durerbund-Werkbund Cooperative Association contained 248 pages of
household articles of good design currently produced in Germany and stocked by
150 cooperating shops throughout the country. War conditions made it necessary
to scale down the first edition from projected 100,000 to a mere 10,000.
Nevertherless, the Warenbunch represented a positive contribution to the cause of
quality, as well a testimonial to the persistence and dedication of all involved”.216
Idea penerbitan buku panduan produk Deutsches Warenbunch sebenarnya telah
bermula seawal 1908 apabila Friederich Naumann telah mengusahakan kompilasi
panduan pengguna yang dinamakan “Baedeker” yang hanya diedarkan kepada ahli
Werbund sahaja dan penerbitannya tidak berasaskan keuntungan. Antara matlamat utama
penerbitan buku panduan produk Deutsches Warenbunch ialah untuk meningkatkan
pengedaran barangan yang berkualiti kepada pengguna di samping mendidik minat
mereka melalui pelbagai barangan rumah terpilih yang diterbitkan di dalam buku
tersebut. Proses pemilihan produk yang diterbitkan di dalam buku panduan tersebut juga
dilakukan oleh sebuah jawatan kuasa yang terdiri daripada pakar-pakar dalam
penghasilan produk dan reka bentuk yang bernaung di bawah payung Werkbund.217
Walaupun perang dunia pertama telah menyaksikan perkembangan Institusi Deutsche
Werkbund agak terbantut, namun para penggeraknya sedaya upaya cuba
mempertahankan institusi tersebut dan mengingatkan masyarakat bahawa mereka masih
lagi wujud. Salah satu kaedah yang digunakan oleh mereka dalam proses penyebaran idea
pada masa tersebut ialah dengan menggunakan surat berita (newsletter) yang dinamakan
Mitteilungen dan mula diterbitkan pada 1 Januari 1918. Surat berita yang disunting oleh
Fritz Hellwag tersebut antara lainnya melaporkan aktiviti yang dilaksanakan oleh
Werkbund semasa perang:
216
217
Ibid, hlmn 84.
Ibid, hlmn 43- 44.
161
“In particular, the Werkbund Mitteilungen, edited by Fritz Hellwag, from
January 1, 1918 in collaboration with Theodor Heuss, reported the more prosaic
aspect of association’s wartime activities in language remarkably free from
chauvinistic excess. Designed with care, each issue by a different typographic
artist, these newsletters were more notable for their form than for their
content”.218
Walaupun berada dalam suasana perang, namun para pemimpin Werkbund tetap optimis
mengenai masa depan institusi tersebut dan melalui Mitteilungen antara topik yang turut
diperbincangkan ialah mengenai masalah ekonomi yang bakal dihadapi oleh Jerman
setelah tamat perang dan peranan yang harus dimainkan oleh Werkbund pada era pascaperang tersebut.219.Mengenai aktiviti Werkbund yang dilaporkan di dalam Mitteilungen,
ianya meliputi aktiviti mesyuarat yang di laksanakan oleh institusi tersebut. Sebagai
contoh, surat berita berkenaan telah melaporkan aktiviti mesyuarat yang telah diadakan
pada awal Oktober 1918 yang mana antara topik utama yang diperbahaskan ialah
bagaimana untuk mewujudkan keadilan dalam pengagihan bahan mentah kepada sektor
industri setelah keadaan kembali aman.220 Penerbitan Mitteilungen turut memberikan
ruang kepada perbincangan mengenai beberapa topik lain yang berkaitan dengan aktiviti
serta subjek yang diperjuangkan oleh Werkbund. Topik perbincangan mengenai
permasalahan yang dihadapi oleh ahli institusi tersebut, ekonomi, pendidikan seni, ulasan
mengenai reka bentuk perabot dan poster, malahan ulasan buku-buku mengenai batu
permata turut diketengahkan di dalam Mitteilungen. Akhir sekali, Mitteilungen
merancang untuk muncul sebagai salah satu daripada buku tahunan Werkbund yang
mana isi kandungannya merangkumi perbincangan mengenai seni dan kraf, monumen
dan seni hiasan, lanskap taman dan piawaian.221
218
Ibid, hlmn 101.
Ibid, hlmn 102.
220
Ibid.
221
Ibid.
219
162
6.9 Beberapa Persamaan Nilai yang Dilaksanakan Oleh Pergerakan Arts and
Crafts Dan Institusi Deutsche Werkbund Dalam Aktiviti Penyebaran Idea
Melalui Penerbitan.
Kepelbagaian aktiviti penyebaran idea melalui penerbitan oleh Pergerakan Arts and
Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund didorong oleh kesedaran bahawa penglibatan
masyarakat adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan agenda mereka. Kejayaan
bidang penerbitan memainkan peranannya dalam pelbagai situasi telah memberikan satu
mesej yang jelas bahawa perlaksanaannya tidak hanya terbatas kepada faktor waktu atau
ideologi tertentu sahaja, sebaliknya ianya sesuai diaplikasikan pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja di dunia ini. Kejayaan atau kegagalan penerbitan sebagai medium
penyebaran idea kepada masyarakat banyak bergantung kepada kesesuaian
perlaksanaannya terhadap tuntutan budaya, politik, sosial ataupun ekonomi setempat.
Strategi penyebaran idea
melalui penerbitan oleh
Pergerakan Arts and Crafts dan
Institusi Deutscshe Werkbund
Penglibatan
menyeluruh dalam
penerbitan
Wujud unsur-unsur
kemasyarakatan dalam
penerbitan
Wujudnya saluran khas
dalam proses penyebaran
idea.
Carta 6.2: Tiga persamaan nilai dalam penyebaran idea melalui penerbitan oleh
Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund.
Daripada pemerhatian yang dilakukan terhadap kaedah penerbitan yang dilaksanakan
oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institus Deutsche Werkbund, apa yang dapat
dirumuskan ialah terdapat banyak persamaan nilai yang dilaksanakan oleh mereka.
Walau bagaimanapun, untuk tujuan pengajaran di dalam tesis ini hanya tiga persamaan
163
nilai yang dilaksanakan oleh mereka akan diketengahkan. Tiga nilai yang dimaksudkan
tersebut ialah penglibatan menyeluruh para tokoh dan penggerak dalam menghasilkan
penerbitan, wujudnya unsur-unsur kemasyarakatan dalam penerbitan dan wujudnya
saluran khusus terhadap penerbitan yang dihasilkan.
6.9.1
Penglibatan Menyeluruh Para Tokoh Dan Penggerak Dalam Penghasilan
Penerbitan
Penghasilan penulisan dan penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi
Deutsche Werkbund telah melibatkan pelbagai pihak iaitu daripada individu yang
berstatus tokoh hinggalah kepada ahli-ahli yang mewarisi perjuangan kedua-dua
pergerakan tersebut. Jika tokoh-tokoh seperti John Ruskin, William Morris, W.R Lethaby
dan sebagainya telah menghasilkan banyak penulisan yang memperjelaskan ideologi
Pergerakan Arts and Crafts, perkara yang sama turut dilaksanakan oleh tokoh-tokoh dari
Institusi Deutsche Werkbund yang mana individu seperti Hermann Muthesius, Henry van
de Velde, Friederich Naumann, Peter Behren dan Walter Gropius telah menghasilkan
penulisan yang memperjelaskan pendirian masing-masing mengenai seni dan seni bina.
Penghasilan penerbitan daripada tokoh-tokoh tersebut dilihat sebagai sesuatu yang amat
penting khususnya dalam memperjelaskan prinsip serta arah tuju perjuangan pergerakan
masing-masing. Prinsip pembaharuan terhadap reka bentuk yang telah diketengahkan di
dalam penulisan Ruskin dan Muthesius misalnya, telah menjadi asas kepada perlaksanaan
agenda perubahan yang dicanangkan oleh kedua-dua pergerakan tersebut. Kewujudan
penulisan dari tokoh-tokoh yang lain juga dilihat sebagai elemen yang memperkukuhkan
lagi ideologi yang telah diketengahkan oleh tokoh-tokoh utama terbabit. Situasi ini dapat
dilihat dengan jelas apabila penulisan oleh William Morris dengan begitu kuat
menyokong pendirian John Ruskin manakala penulisan Henry van de Valde pula
walaupun bersifat mengkritik terhadap apa yang dilaksanakan oleh Hermann Muthesius,
tetapi ianya dilihat sebagai kuasa pengimbang terhadap perlaksanaan dasar Werkbund
agar tidak bersifat terlalu mengikut piawaian. Penglibatan pelbagai pihak dalam
penghasilan penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund
164
juga melibatkan individu selain daripada tokoh utama iaitu generasi pewaris. Penglibatan
golongan tersebut tidak kurang pentingnya dalam memperkayakan wacana ilmu terhadap
kedua-dua pergerakan tersebut berbanding dengan sumbangan dari tokoh-tokoh utama.
Seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini bahawa usaha ke arah menjawap persoalan
identiti di dalam seni dan seni bina oleh kedua-dua pergerakan tersebut meliputi pelbagai
pendekatan serta komponen yang melengkapinya. Dengan wujudnya hasil penulisan dan
penerbitan daripada golongan tersebut, ianya telah memperlihatkan kematangan terhadap
perbincangan mengenai sesuatu bidang selain beberapa bidang yang baru juga turut
diperbincangkan.
6.9.2 Kewujudan Unsur-unsur Kemasyarakatan Dalam Penerbitan.
Penerbitan yang mengandungi unsur-unsur kemasyarakatan merupakan satu lagi
kunci kejayaan penerbitan sebagai agen penyebaran idea Pergerakan Arts and Crafts dan
Institusi Deutsche Werkbund kepada masyarakat. Selaras dengan matlamat kedua-dua
pergerakan tersebut untuk membawa kehidupan yang lebih baik kepada masyarakat
melalui revolusi reka bentuk, penerbitan yang dihasilkan oleh mereka juga
mengetengahkan isu yang sama. Isu moral dan kualiti di dalam reka bentuk dan
implikasinya kepada kehidupan merupakan antara aspek yang dipertekankan di dalam
penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts. Jika penerbitan buku seperti The True
Principles of Pointed or Christian Architecture (1841) oleh A.W.N. Pugin menegaskan
implikasi keruntuhan moral di dalam reka bentuk terhadap kestabilan keimanan Kristian,
buku The Seven Lamp of Architecture (1849) oleh John Ruskin pula mengaitkan aspek
kemanusiaan dengan kualiti sesuatu produk yang mana menurut beliau kecantikan hiasan
seni bina yang terhasil daripada tangan mencerminkan unsur kemanusiaan dan ketelitian
dalam penghasilannya.
Penerbitan oleh Institusi Deutsche Werkbund pula mengetengahkan perkaitan antara
unsur kualiti dan semangat nasionalisme dalam penerbitannya. Selaras dengan agenda
institusi tersebut untuk membina identiti Jerman berteraskan kualiti, kebanyakan
penerbitan yang dihasilkan oleh mereka melaungkan betapa pentingnya kualiti sesuatu
165
produk terhadap peningkatan kualiti hidup. Penghasilan risalah Deutsche Gewerbekunst
misalnya, telah memperjelaskan prinsip kualiti yang dapat meningkatkan nilai buruh,
meningkatkan status pekerja dan meningkatkan keseronokan dalam pekerjaan. Penerbitan
buku yang bertajuk Sittliche Dictatur oleh Karl Scheffer pula membangkitkan semangat
nasionalisme dalam reka bentuk. Menurut beliau, pembaziran bahan mentah dalam
penghasilan produk akan menghapus atau mengurangkan kekayaan negara dan
penggunaan bahan import pula bakal menjerumus negara tersebut ke kancah kolonialisme
tanpa disedari:
“ In his book Sittliche Dictatur of 1920, issued by the Werkbund, the art critic
Karl Scheffer warned that every westage of material was a dissipation of the
national wealth and that every importation of raw meterial from abroad
transformed Germany into the colonial nation”.222
Penggunaan isu-isu kemasyarakatan di dalam penerbitan oleh Pergerakan Arts and Crafts
dan Institusi Deutsche Werkbund secara tidak langsung telah meningkatkan perasaan
ingin tahu dan permintaan terhadap penerbitan yang dihasilkan dari pelbagai lapisan
masyarakat memandangkan wujudnya pengetahuan asas daripada mereka mengenai isuisu yang diketengahkan tersebut. Ianya sekali gus telah mempercepatkan proses
penyebaran idea oleh kedua-dua institusi tersebut kepada masyarakat.
6.9.3 Wujudnya Penerbitan Khusus Terhadap Penulisan yang Dihasilkan.
Sesuatu isu yang telah dibangkitkan dalam penulisan pelopor serta penggerak dari
Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund tidak mungkin dapat
disampaikan dengan berkesan kepada masyarakat atau golongan yang disasarkan
sekiranya tidak wujud penerbitan khusus yang memberi keutamaan terhadap topik yang
222
Burchardt, Lucius., translated by Pearl Sanders (1979.). The Werkbund : Studies In The History And
Ideology Of The Deutcher Werkbund 1907 – 1933 , The Design Council. Hlmn 75.
166
diperbincangkan. Selain daripada penulisan buku, proses penyebaran idea oleh kedua-dua
pergerakan tersebut telah berjaya dilaksanakan dengan berkesan disebabkan wujudnya
penerbitan khusus seperti risalah, surat berita, majalah, jurnal, buku tahunan dan buku
panduan pengguna. Jika Pergerakan Arts and Crafts telah menggunakan penerbitan
khusus seperti jurnal dan majalah dalam mengetengahkan penulisan esei serta karya seni
dan seni binanya, Institusi Deutsche Werkbund juga telah melaksanakan kaedah serupa
dengan lebih meluas. Penggunaan penerbitan khusus seperti risalah, surat berita, buku
tahunan dan buku panduan produk oleh Werkbund telah memperlihatkan pengaruh yang
cukup besar terhadap proses penyebaran idea kepada masyarakat serta menjadi faktor
utama kepada perkembangan drastik institusi tersebut. Kelebihan utama penggunaan
penerbitan khusus terhadap penulisan yang dihasilkan berbanding dengan menyisipnya di
dalam mana-mana sumber penerbitan umum ialah wujudnya pengkhususan di dalam
perbincangan sesuatu isu yang mana lebih banyak ulasan, pandangan, analisis atau
kritikan mengenainya dapat diketengahkan. Penggunaan penerbitan khusus juga dapat
meningkatkan lagi peratusan pembacaan terhadap karya seni atau seni bina yang
dihasilkan kerana golongan sasaran, bentuk penulisan atau persembahan di dalam
penerbitan tersebut dapat ditentukan. Sebagai contoh, syarikat percetakan Kelmscott
Press milik William Morris telah menghasilkan penerbitan yang berkualiti untuk
golongan kaya dan berpendidikan tinggi di Britain . Perkembangan teknologi percetakan
yang masih baru pada ketika itu menyebabkan harga setiap penerbitan berkualiti yang
dihasilkan agak tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh golongan buruh atau yang
berpendapatan rendah. Walau bagaimanapun, pengkhususan terhadap golongan yang
benar-benar berpotensi sebagai pembaca dan pembeli telah memastikan penghasilan
penerbitan tersebut terus mendapat permintaan. Sehingga awal kurun ke-20, penghasilan
penerbitan seni dan seni bina oleh Pergerakan Arts and Crafts dibuat berdasarkan
permintaan golongan profesional dan amatur dari kelas pertengahan. Kaedah yang
hampir sama juga dilaksanakan dipihak Werkbund yang mana Friederich Naumann
misalnya, telah mengusahakan kompilasi panduan pengguna pertama yang
dinamakan“Baedeker” dan hanya diedarkan kepada ahli institusi tersebut sahaja
manakala pengenalan buku panduan pengguna Deutches Warenbunch beberapa tahun
167
selepas itu telah memperluaskan peranannya kepada bakal pembeli atau penaung di
kalangan bukan ahli institusi tersebut.
6.10 Rumusan
Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund telah menyediakan satu
kaedah mantap dalam penyebaran idea identiti seni bina nasional kepada masyarakat. Di
antara pelbagai kaedah penyebaran idea yang telah dilaksanakan, kaedah penerbitan telah
membuktikan bahawa ianya mampu memberi impak yang besar terhadap kejayaan
kedua-dua pergerakan tersebut dalam meraih sokongan dan penglibatan masyarakat.
Kejayaan perlaksanaan kaedah penerbitan sebagai agen penyebaran idea oleh Institusi
Deutscher Werkbund hasil pengajaran yang diambil daripada Pergerakan Arts and Crafts
telah memberikan suatu isyarat yang jelas bahawa penggunaan kaedah tersebut tidak
hanya terbatas oleh faktor masa atau sempadan geografi tertentu sahaja, tetapi ianya
sesuai dilaksanakan pada bila-bila dan di mana jua asalkan terdapat penyesuaian dari
sudut perlaksanaannya. Dalam merangka strategi penyebaran idea identiti seni bina di
Malaysia pada masa akan datang, peluang untuk belajar sesuatu dari apa yang telah
dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund tidak
harus dipersia-siakan. Jika sistem politik atau ekonomi yang berteraskan model luar
negara berjaya dilaksanakan atas prinsip penyesuaian semula di Malaysia, situasi tersebut
juga tidak mustahil dapat dicapai di dalam bidang seni bina sekiranya usaha penyesuaian
terhadap konteks masa dan budaya yang berbeza dapat dilaksanakan. Walau
bagaimanapun, sebelum sebarang cadangan lanjut mengenainya dapat diberikan, ada
baiknya jika dapat melihat kembali kepada usaha penyebaran idea identiti seni bina di
Malaysia melalui penerbitan sejak empat dekad yang lalu. Usaha tersebut dilihat sebagai
sesuatu yang amat penting kerana hampir keseluruhan pendapat mengenai permasalahan
penyebaran idea identiti seni bina melalui penerbitan yang diketengahkan sebelum ini
tidak disokong oleh sebarang statistik dari kajian yang telah dilakukan sebelumnya.
Mengenai kaedah penilaian yang bakal dilaksanakan pula, tiga nilai penyebaran idea
168
yang telah dipraktikkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche
Werkbund boleh dijadikan landasan terhadap kajian tersebut.
169
BAB TUJUH
PERMASALAHAN PENYEBARAN IDEA IDENTITI
SENI BINA MELALUI KAEDAH PENERBITAN DI
MALAYSIA MENJELANG ERA PASCA-MERDEKA
7.0 Pendahuluan
Di dalam bab enam, telah dinyatakan mengenai tiga nilai yang menjadi faktor
kejayaan kepada program penyebaran idea kepada masyarakat oleh Pergerakan Arts and
Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund dan antara cadangan yang dikemukakan dalam
konteks penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang ialah
dengan mengambil pengajaran dari nilai yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua
pergerakan tersebut. Walau bagaimanapun, sebelum sebarang cadangan mengenainya
dikemukakan, kajian yang lebih mendalam mengenai bentuk permasalahan yang dihadapi
oleh bidang penerbitan seni bina di negara ini perlu dilaksanakan kerana kebanyakan
170
pendapat daripada tokoh atau ahli profesional seni bina mengenainya tidak disertakan
dengan sebarang statistik dari hasil kajian sebelumnya. Dengan adanya kajian
sedemikian, maka cadangan yang lebih terperinci mengenai permasalahan yang
diperkatakan dapat diketengahkan. Justeru, tujuan utama penulisan bab ini ialah untuk
melihat sejauh mana kewujudan permasalahan dalam penyebaran idea identiti seni bina
kepada masyarakat di Malaysia sejak lebih empat dekad yang lalu. Kajian bab ini akan
memberi fokus kepada bidang penerbitan yang menjadi medium penyebaran idea kepada
masyarakat terdiri daripada buku, majalah dan keratan akhbar yang membincangkan isu
seni bina di negara ini sejak akhir dekad 50-an hingga awal era 2000. Sesungguhnya,
pemilihan bahan penerbitan mengenai isu-isu seni bina di Malaysia tersebut merangkumi
dua kumpulan utama iaitu bahan penerbitan khusus mengenai bidang seni bina yang
terdiri daripada penerbitan buku seni bina serta majalah seni bina dan kajian terhadap
bahan penerbitan popular seperti akhbar dan majalah popular yang menerbitkan artikel
mengenai seni bina. Ruang lingkup kajian yang meliputi sumber penerbitan yang agak
luas tersebut bertujuan untuk melihat permasalahan penyebaran idea identiti seni bina
kepada masyarakat di Malaysia dalam konteks yang lebih menyeluruh iaitu melibatkan
masyarakat profesional seni bina dan juga masyarakat umum.
7.1 Aspek yang Menjadi Landasan Terhadap Perdebatan Mengenai Permasalahan
Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Melalui Penerbitan .
Dalam membincangkan mengenai punca permasalahan penyebaran idea identiti seni
bina di Malaysia, tiga nilai penyebaran idea oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi
Deutsche Werkbund akan dijadikan landasan terhadap kajian yang bakal dilaksanakan.
Tiga nilai penyebaran idea yang dimaksudkan ialah wujudnya penglibatan menyeluruh
para pelopor dan penggerak dalam penghasilan penerbitan, kewujudan unsur
kemasyarakatan dalam penghasilan penerbitan dan wujudnya saluran khas dalam
penyebaran idea seni bina.
171
7.1.1 Medium Penerbitan yang Terlibat Dalam Kajian.
Dalam kajian terhadap permasalahan penyebaran idea identiti seni bina melalui
penerbitan seni bina di Malaysia, fokus kajian akan tertumpu kepada penerbitan buku
yang ditulis oleh penulis dari negara ini atau penulis asing mengenai seni bina di negara
ini. Kajian terhadap majalah seni bina pula akan meliputi koleksi penulisan yang
dihasilkan dalam majalah seperti PETA, Majallah Akitek, Majalah Akitek dan
Architecture Magazine bermula seawal 1955 hingga tahun 2004. Mengenai kajian
terhadap penerbitan popular yang menerbitkan artikel seni bina pula, ianya terdiri
daripada penerbitan akhbar utama dan majalah yang difikirkan mampu mengetengah dan
membincangkan isu seni bina secara serius dan matang. Justeru, penerbitan artikel seni
bina di dalam akhbar utama serta beberapa buah tabloid seperti Berita Harian, Utusan
Malaysia, Harian Metro, News Straits Times, The Star, Malay Mail dan KOSMO! dipilih
sebagai bahan kajian. Penerbitan artikel seni bina di dalam Majalah Dewan Masyarakat
dan Dewan Budaya pula mewakili kajian terhadap majalah popular.
7.1.2 Kaedah Analisis Terhadap Medium Penerbitan yang Terlibat Dalam Kajian.
Kajian terhadap sampel penerbitan yang dipilih akan dilakukan secara berbeza
mengikut perbahasan isu yang diutarakan. Bagi perbahasan mengenai penglibatan
pelbagai pihak dalam penghasilan penerbitan isu identiti seni bina, pemerhatian secara
sepintas lalu terhadap penglibatan tokoh-tokoh utama seni bina, ahli profesional dan
akademik seni bina yang lain akan dilakukan terhadap senarai penerbitan buku seni bina,
majalah seni bina, penerbitan akhbar dan majalah popular yang terlibat di dalam kajian.
Daripada pemerhatian tersebut, satu kesimpulan akan dibuat sama ada penglibatan pihakpihak terbabit bersifat menyeluruh atau sebaliknya. Bagi kajian terhadap penerbitan
popular yang terdiri daripada akhbar dan majalah pula, satu statistik ringkas yang
menunjukkan penglibatan mereka berbanding dengan keseluruhan artikel yang telah
diterbitkan akan dikemukakan.
172
Penggunaan statistik akan diaplikasikan dengan lebih menyeluruh dalam perbahasan
isu kedua iaitu mengenai tahap kewujudan unsur kemasyarakatan dalam penulisan isu
seni bina yang telah di terbitkan. Bagi melihat sejauh mana kewujudan elemen
kemasyarakatan di dalam penerbitan seni bina yang dikaji, satu pengkelasan akan
dilakukan yang mana ianya akan dibahagikan kepada lima kategori utama iaitu:
a) Seni Bina Dan Kemasyarakatan
Penulisan isu seni bina yang secara langsung mengaitkannya dengan masyarakat
sama ada pengaruh masyarakat terhadap reka bentuknya atau pengaruh reka
bentuknya kepada masyarakat. Penulisan tersebut juga meliputi isu-isu atau
permasalahan semasa yang disebabkan oleh seni bina kepada masyarakat seperti
keselamatan kanak-kanak, jenayah, gangguan privasi, keselesaan dan sebagainya.
Kajian yang akan dilakukan juga sedaya upaya cuba untuk melihat sebarang
penerbitan yang memberi cadangan terhadap jawapan kepada pembinaan identiti seni
bina di Malaysia dengan mengambil kira aspek-aspek kemasyarakatan dalam reka
bentuknya.
b) Sejarah Dan Warisan Seni Bina
Penerbitan seni bina yang mengetengahkan unsur sejarah atau warisan seni bina dan
secara umumnya penulisan yang dihasilkan adalah bersifat diskripsi dan bukannya
analisis mengenai bagaimana elemen tersebut diaplikasikan dalam reka bentuk
kontemparori. Sebagai contoh, penerbitan seni bina yang mengetengahkan isu rumah
Melayu sebagai warisan bangsa serta komponen-komponen yang terdapat dalam reka
bentuknya. Penerbitan mengenai sejarah seni bina Malaysia sejak dari zaman prasejarah hingga hari ini juga merupakan sebahagian daripada penerbitan yang
tergolong dalam kategori ini.
173
c) Teknologi Dan Teknikal Seni Bina
Penerbitan seni bina yang menampilkan isu pengaruh teknologi terhadap penampilan
sesuatu seni bina atau keagaman sesebuah seni bina yang diserlahkan melalui
teknologi yang dimilikinya. Sebagai contoh, penulisan artikel yang mengetengahkan
kemajuan teknologi maklumat masa kini yang membolehkan sesebuah seni bina
dihasilkan dalam bentuk maya atau ianya boleh mempercepatkan penghasilan produk
seni bina. Penulisan mengenai sesebuah seni bina yang menyerlah karektor melalui
teknologi seni bina yang dimilikinya atau penghasilan bahan binaan termoden oleh
pihak industri merupakan antara penerbitan yang tergolong dalam kategori ini.
d) Teori Dan Falsafah Reka Bentuk Seni Bina
Penerbitan seni bina yang membincangkan aspek falsafah reka bentuk seperti bahasa
seni bina atau sesuatu konsep reka bentuk yang diilhamkan oleh pereka bentuk yang
memberi pengaruh secara lahiriah atau fizikal kepada penampilan sesuatu hasil seni
bina. Sebagai contoh, artikel yang membincangkan mengenai permasalahan dalam
penampilan seni bina Post-Moden di Malaysia yang menggunakan elemen berunsur
revivalisme. Selain daripada itu, penulisan artikel yang membincangkan mengenai
pengaruh unsur persekitaran terhadap pembentukan sesuatu seni bina seperti cahaya
matahari, pengudaraan, lalulintas, pemandangan atau seni bina lain juga termasuk di
dalam kategori ini. Bagi penulisan artikel yang membincangkan mengenai
pembentukan sesuatu seni bina dari unsur atau pengaruh yang kompleks seperti
seperti hadis, cerita rakyat, cerita fantasi dan sebagainya juga termasuk dalam
kategori ini.
e) Lain-lain
Penerbitan yang membincangkan isu selain daripada empat kategori yang telah
diperkatakan akan dimasukkan ke dalam ketegori ini. Sebagai contoh, penulisan seni
174
bina yang mengetengahkan isu personaliti seni bina atau permasalahan keselamatan
sesebuah seni bina yang disebabkan oleh faktor alam semulajadi. Selain daripada itu,
penulisan yang menyentuh sesuatu bentuk seni bina tetapi tidak menghuraikannya
secara spesifik dari perspektif seni bina atau mana-mana sudut dari empat kategori
yang telah digariskan akan dimasukkan dalam kategori ini.
Bagi perbincangan mengenai isu ketiga iaitu kewujudan penerbitan khas yang
memainkan peranan dalam penyebaran idea identiti seni bina, tiada sebarang kajian
yang berbentuk statistik yang akan dikemukakan kerana analisis yang dilakukan
hanya melibatkan usaha mengenal pasti mana-mana medium penyebaran idea yang
terlibat dalam kajian ini sama ada ianya sebuah penerbitan khas terhadap agenda
pembinaan identiti seni bina nasional yang diperbincangkan atau sebaliknya. Walau
bagaimanapun, huraian mengenai implikasi daripada keputusan yang diperolehi
daripada permasalahan tersebut akan dikemukakan.
7.2
Kajian Terhadap Tahap Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Isu
Seni Bina di Malaysia.
Dalam kajian yang dilakukan terhadap Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi
Deutsche Werbund sebelum ini, didapati bahawa penghasilan penerbitan oleh kedua-dua
pergerakan tersebut telah melibatkan pelbagai pihak iaitu dari individu yang berstatus
tokoh hinggalah kepada genarasi penggerak atau pewarisnya. Kesan positif yang
ditunjukkan daripada situasi tersebut ialah benih pemikiran yang dirintis oleh tokohtokoh terbabit telah berjaya dikembangkan yang akhirnya mewujudkan rantaian
penyebaran idea kepada masyarakat yang berterusan. Seterusnya, situasi tersebut telah
memberikan sumbangan yang cukup besar terhadap perkembangan kedua-dua pergerakan
tersebut. Berpandukan nilai yang telah dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan
Institusi Deutsche Werkbund, suatu pemerhatian secara menyeluruh terhadap proses
penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia telah dilaksanakan. Kesimpulan awal yang
dapat buat ialah wujudnya masalah ketara berhubung dengan tahap penglibatan
175
terutamanya dari individu yang berstatus tokoh seni bina dalam perbincangan mengenai
isu identiti seni bina di beberapa medium penyebaran idea seperti buku seni bina, akbar
dan majalah popular.
7.2.1
Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Buku Seni Bina di
Malaysia.
Dalam kajian yang dilakukan terhadap 66 buah buku seni bina Malaysia yang
dihasilkan menjelang era-pasca merdeka, di dapati bahawa hanya dua individu yang
dianggap sebagai tokoh dalam pembangunan identiti seni bina di negara ini iaitu Ezrin
Arbi223 dan Ken Yeang, pernah menghasilkan penerbitan buku seni bina masing-masing.
Sebahagian besar penulisan buku seni bina Malaysia yang terlibat dalam kajian ini adalah
hasil daripada penulisan ahli akademik, profesional seni bina dan budayawan yang
kebanyakannya tidak dapat dipastikan sejauh mana peranan yang dimainkan oleh mereka
dalam pembangunan identiti seni bina tersebut.224 Penghasilan buku yang bertajuk “Ke
arah Seni Bina Beridentiti Malaysia” oleh Ezrin Arbi merupakan antara penerbitan buku
seni bina terawal yang membincangkan isu identiti seni bina nasional secara khusus.225
Usaha yang telah dilaksanakan oleh Ken Yeang dengan menulis pengalaman serta
falsafah reka bentuk beliau melalui penerbitan beberapa buah buku seperti “Reinverting
The Skyscrapers : The Vertical Theory of Urban Design” dan “Designing With Nature:
The Ecological Basic For Architectural Design”, telah menyumbang sesuatu yang amat
223
Ezrin Arbi merupakan antara individu yang sangat berpengaruh terhadap pembangunan sistem
pendidikan seni bina di Malaysia sejak menyertai Institut Teknologi MARA ( sekarang dikenali sebagai
Universiti Teknologi MARA atau UITM) pada penghujung tahun 1960-an. Beliau pernah menjawat
jawatan sebagai Dekan Fakulti Alam Bina, Univesiti Malaya dan memainkan peranan utama dalam
perancangan ‘Master Plan’ Kuala Lumpur pada awal 1980-an iaitu sebagai pengurus projek dan
kemudiannya dilantik sebagai Dekan Fakulti Alam Bina ITM dan Universiti Teknologi Malaysia. Beliau
merupa seorang pendidik yang begitu dikagumi dalam wacana seni bina kontemparori di Malaysia di
samping memiliki kepakaran dalam falsafah senibina vernacular.
224
Rujuk lampiran B.
225
Sila rujuk : Ezrin Arbi (1997). Ke arah Seni Bina Beridentiti Malaysia. Universiti Malaya Kuala
Lumpur.
176
berharga dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia pada hari ini.226 Penglibatan
hanya dua daripada deretan tokoh dalam penghasilan penerbitan buku seni bina, telah
menimbulkan satu persoalan berkenaan dengan sejauh mana pendirian serta percambahan
idea tokoh-tokoh seni bina yang lain mengenai isu tersebut. Individu seperti Kington Loo,
Hisham Albakri, Baharuddin Kassim,227 Parid Wardi, Lim Chong Keat, Jimmy Lim,
Hijjas Kasturi, Hajeedar Abdul Majid dan W.Y Chin telah memainkan peranan yang
begitu besar dalam memperkatakan mengenai isu identiti seni bina di negara ini dan
sebahagian besar daripada mereka telah menunjukkan komitmen yang tinggi melalui
eksperimentasi rekabentuk. Dalam “Seminar Ke arah Identiti Kebangsaan Dalam
Senibina” yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan Malaysia
pada 20-23 Januari 1981 di Kuala Lumpur, sebahagian besar daripada tokoh tersebut
telah terlibat secara langsung dalam merangka strategi serta penghasilan kertas kerja yang
mengetengahkan pandangan masing-masing mengenai isu identiti seni bina tersebut.228
Walau bagaimanapun, pandangan bernas daripada tokoh-tokoh terbabit nampaknya tidak
dikembang atau dihuraikan dengan lebih lanjut dalam bentuk penerbitan buku.
Penghasilan sebahagian besar penerbitan buku seni bina di Malaysia menjelang era
pasca-merdeka oleh individu yang tidak dianggap sebagai tokoh utama dalam
pembangunan identiti seni bina masih lagi dianggap sebagai sesuatu yang bernilai
terhadap perkembangan wacana seni bina negara, khususnya dalam pembangunan identiti
seni bina nasional. Walau bagaimanapun, kesan yang dibawa oleh penerbitan terbabit
dilihat agak terbatas disebabkan oleh beberapa faktor seperti pergantungan kepada
beberapa individu sahaja dalam penghasilannya serta sebahagian kecil sahaja daripada
penerbitan tersebut yang menyentuh secara langsung mengenai isu pembangunan identiti
226
Sila rujuk: Yeang, Ken (1995). Designing With Nature: The Ecological Basic For Architectural Design.
Mc Graw Hill.; Yeang, Ken (2002). Reinverting The Skyscrapers : The Vertical Theory of Urban Design.
Chichester West Sussex, England, Nabaken, N.J : Willey Academy.
227
Datuk Baharuddin Kassim adalah Pengarah firma arkitek Jurubina Bertiga International merupakan
antara anak Melayu terawal menjadi arkitek di Malaysia. Memulakan kerjaya di Jabatan Perancang Bandar
selama dua tahun, beliau kemudiannya telah berpindah ke Jabatan Kerja Raya dan menabur bakti di jabatan
tersebut sehingga tahun 1965. Beliau mula menyertai dunia praktis seni bina melalui firma Malaysian
Architect Co. Partnership yang kemudiannya di kenali sebagai Jurubina Bertiga International pada hari ini.
Ketika bersama JKR, beliau terlibat secara langsung mereka bentuk bangunan Masjid Negara yang
menggabungkan konsep senibina antarabangsa, Melayu dan Islam dengan begitu berjaya.
228
Sila rujuk: Laporan Seminar (20-23 Januari 1980). Seminar Ke Arah Identiti Kebangsaan Dalam
SeniBina. Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia, Kuala Lumpur. Jilid I & II.
177
seni bina Malaysia.229 Dalam memperkatakan mengenai pergantungan kepada beberapa
individu tertentu sahaja dalam penghasilan penulisan, ianya dapat dilihat dengan jelas di
mana hampir separuh daripadanya telah dihasilkan oleh Abdul Halim Nasir230 dan Mohd
Tajuddin Rasdi.231 Berbanding dengan Halim Nasir yang hanya menghasilkan penulisan
mengenai warisan seni bina tradisi Melayu, penulisan buku oleh Mohd Tajuddin Rasdi
pula merangkumi tiga bidang utama iaitu warisan seni bina Malaysia, seni bina Islam dan
identiti seni bina nasional.232 Penghasilan penulisan mengenai seni bina Melayu oleh
Halim Nasir diperakui sebagai sesuatu yang amat berharga khususnya kepada generasi
muda dalam usaha mengenali dengan lebih lanjut mengenai warisan seni bina tradisi
Melayu. Walau bagaimanapun, penghasilan penulisan tersebut dilihat sebagai sumbangan
secara tidak langsung dalam proses pembangunan identiti seni bina di Malaysia kerana
ianya diibaratkan sebagai bahan mentah yang perlu dianalisis dengan lebih lanjut
sebelum ianya mampu diterjemahkan dalam bentuk kontemparori serta membentuk
identiti seni bina yang mencerminkan ‘semangat sezaman’. Penulisan yang dihasilkan
oleh Mohd Tajuddin Rasdi pula dilihat mampu memberi sumbangan secara langsung
dalam menghurai serta membangkitkan persoalan atau permasalahan berkaitan dengan
isu identiti seni bina nasional. Walau bagaimanapun, pembahagian kepada tiga bidang
dalam penghasilan penulisan beliau, sedikit sebanyak telah menghadkan penghasilan
penulisan mengenai isu identiti seni bina.233 Penerbitan buku seni bina dalam peratusan
yang besar oleh sesetengah individu telah memberikan pelbagai gambaran dari perspektif
berbeza. Dari sudut yang positif, ianya memperlihatkan daya usaha dan kematangan
mereka dalam membincangkan sesetengah isu seni bina manakala dari sudut lain pula
ianya mencerminkan kurangnya penglibatan pelbagai pihak dalam penghasilan
penerbitan seni bina di negara ini. Kesan daripada keadaan tersebut menyebabkan
229
Rujuk lampiran B.
Abdul Halim Nasir pernah menjadi Karyawan Tamu di Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti
Kebangsaan Malaysia. Pengalaman beliau selama dua puluh tiga tahun di Muzium Negara telah
menjadikannya seorang peneliti, pengkaji dan penulis yang baik dalam hal seni bina terutama yang
mencakupi soal tradisi dan estetika.
231
Rujuk lampiran B.
232
Ibid
233
Sehingga ke hari ini, beliau hanya berjaya menghasilkan 5 buah buku yang berkaitan dengan isu identiti
seni bina nasional berbanding dengan penghasilan keseluruhan penerbitan olehnya iaitu 25 buah buku.
230
Rujuk lampiran B.
178
berlakunya pembangunan yang tidak seimbang kepada bidang ilmu yang menjadi
pelengkap kepada proses pembangunan identiti seni bina tersebut. Kurangnya
penglibatan pelbagai pihak khususnya dari tokoh seni bina dalam membincangkan isu
identiti seni bina di Malaysia melalui penerbitan buku seni bina, telah menyebabkan
perbincangan secara terperinci isu tersebut tidak dapat diketengahkan kepada masyarakat
umum. Kewujudan suasana terlalu bergantung kepada individu tertentu sahaja dalam
penghasilan penerbitan pula, sedikit sebanyak akan melambatkan perkembangan wacana
identiti seni bina di negara ini kerana perbincangan sesuatu isu seharusnya melibatkan
pandangan dari pelbagai pihak agar ianya akan menjadi lebih matang dan berkembang.
Dengan kata lain, penglibatan tokoh seni bina di Malaysia sejak empat dekad yang lalu
lebih tertumpu kepada eksperimentasi reka bentuk secara bersendirian berbanding dengan
inisiatif untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai isu tersebut melalui
penerbitan buku.
7.2.2
Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Isu Seni Bina di
Akhbar.
Dalam kajian mengenai sejauh mana penglibatan pelbagai pihak dalam penerbitan isu
seni bina di akhbar, ianya kelihatan tidak banyak berbeza dari masalah yang dihadapi
oleh penerbitan buku seni bina. Walaupun jumlah penerbitan isu seni bina di akhbar
adalah banyak dan mewakili sebahagian besar daripada sampel yang dikaji, namun
penglibatan pelbagai pihak terutamanya dari individu yang bergelar tokoh seni bina
dalam penghasilannya adalah begitu terhad. Dalam kajian penerbitan seni bina di akhbar
utama sejak tahun 1963 hingga awal 2005, terdapat hanya kira-kira 57 artikel sahaja yang
melibatkan pandangan atau disumbangkan oleh ahli profesional dan akademik seni bina.
Berbanding dengan sejumlah 400 sampel penerbitan seni bina yang dikaji, peratusan
penerbitan yang melibatkan penyertaan golongan tersebut hanya kira-kira 14.25 %
sahaja.234 Dari segi penyertaan tokoh-tokoh seni bina pula, walaupun terdapat
peningkatan dari segi penglibatan mereka yang mana telah muncul beberapa penerbitan
234
Rujuk lampiran C
179
yang dihasilkan oleh nama-nama besar seperti Baharuddin Kassim, Hisham Albakri,
Parid Wardi, Jimmy Lim, Hijjas Kasturi, Hajeedar dan Ken Yeang, namun sumbangan
idea daripada tokoh-tokoh tersebut dilihat masih terhad kerana kebanyakannya hanya
menyumbang sekitar satu hingga tiga artikel sahaja.235 Penghasilan 57 artikel terbabit juga
tidak seratus peratus datangnya dari tokoh-tokoh seni bina berkenaan, sebaliknya
sebahagian besar daripadanya adalah daripada dua individu yang bukan bergelar tokoh
utama dalam pembangunan identiti seni bina nasional. Nama Nik Azmi Nik Azmi Nik
Daud mungkin agak asing bagi dunia seni bina negara pada hari ini tetapi pada sekitar
pertengahan 1980-an, beliau merupakan antara individu yang paling banyak memberikan
pandangan mengenai isu identiti seni bina di dalam akhbar. Sumbangan terbesar oleh Nik
Azmi dalam perbincangan isu identiti seni bina nasional di dalam akhbar pada
pertengahan era 80-an ialah apabila penulisan beliau mengenai isu tersebut disiarkan
selama 17 minggu berturut-turut di dalam akhbar Utusan Malaysia bermula pada 2
Januari 1987 hingga 1 Mei 1987.236 Berdasarkan semakan rekod juga, didapati sehingga
ke hari ini tiada seorangpun individu selain Nik Azmi telah diberi peluang untuk
membicarakan isu identiti seni bina bagi tempoh yang begitu lama dalam penerbitan
akhbar di negara ini. Seorang lagi individu yang bukan tergolong sebagai tokoh utama
dalam pembangunan identiti seni bina nasional tetapi banyak menghasilkan penulisan
seni bina di dalam akhbar ialah Mohd Tajuddin Rasdi. Setakat kajian ini dilaksanakan,
Mohd Tajuddin Rasdi merupakan individu yang paling banyak menyumbang pandangan
serta hasil penulisan seni bina di dalam akhbar iaitu sekitar 26 artikel.237 Sumbangan
besar yang telah dilakukan oleh beliau terhadap penerbitan isu seni bina di akhbar adalah
kesinambungan dari inisiatif yang telah dilaksanakannya terhadap penghasilan buku seni
bina. Apa yang dapat disimpulkan mengenai tahap penglibatan pelbagai pihak
terutamanya dari tokoh seni bina dalam penerbitan seni bina di akhbar ialah masih kurang
memuaskan walaupun terdapat peningkatan dari segi penyertaan. Sumbangan penulisan
dan pandangan dalam jumlah yang besar oleh beberapa individu dilihat masih belum
memadai untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai isu tersebut dari
235
Ibid.
Sila rujuk: Mastor Surat (1987). Koleksi Rencana Bacaan 1, Fakulti Alam Bina. Universiti Teknologi
Malaysia.
237
Rujuk lampiran C.
236
180
perspektif yang lebih luas dan menyeluruh. Kurangnya sumbangan penulisan di dalam
akhbar oleh kebanyakan tokoh utama seni bina juga secara tidak langsung telah
membantutkan perkembangan idea serta merendahkan motivasi ahli profesional dan
akademik seni bina yang lain untuk turut sama membincangkan isu identiti seni bina
tersebut melalui penerbitan akhbar.
7.2.3
Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan Isu Seni Bina
Dalam Majalah Popular di Malaysia.
Penglibatan pelbagai pihak terutamanya dari tokoh seni bina dalam penerbitan isu
seni bina di akhbar yang memperlihatkan perkembangan positif nampaknya tidak
berlangsung dalam keadaan yang diharapkan dalam penerbitan majalah popular iaitu
Majalah Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya. Walaupun penulisan mengenai isu seni
bina bukanlah terlalu asing di dalam penerbitan kedua-dua majalah tersebut, namun
penglibatan ahli seni bina terutamanya dari tokoh seni bina dilihat terlalu berkurangan.238
Keadaan tersebut sedikit sebanyak mempengaruhi pola perbincangan mengenai seni bina
di dalam penerbitan kedua-dua majalah tersebut yang mana isu seni bina dari sudut
konsumerisme dan warisan tradisi merupakan antara yang paling banyak disentuh
berbanding dengan isu identiti seni bina. Penglibatan tokoh seni bina dalam
perbincangan mengenai isu identiti seni bina di Majalah Dewan Masyarakat misalnya,
berlangsung dengan baik pada tahun-tahun awal dan akhir penerbitan majalah tersebut
sahaja, manakala pada peringkat pertengahannya pula kebanyakannya dihasil oleh
beberapa individu yang bukan dari kalangan tokoh utama serta individu dari bidang
lain.239 Penulisan yang memaparkan sejarah dan perkembangan Masjid Negara pada Ogos
1965 di dalam Majalah Dewan Masyarakat telah memaparkan pandangan daripada
pereka bentuk bangunan tersebut iaitu Ikmal Hisham Albakri.240 Penglibatan beliau dalam
memberi pandangan di dalam penulisan tersebut merupakan sesuatu yang amat bernilai
238
Rujuk senarai rujukan umum dan lampiran D.
Ibid.
240
Abu Yazid Abidin (Ogos 1965). Masjid Negara. Dewan Masharakat. Hlmn 4-9.
239
181
terutamanya dalam memperjelaskan matlamat reka bentuk Masjid Negara sebagai salah
satu usaha ke arah menjawab persoalan identiti seni bina nasional:
“Tentang Kubah pula, banyak kita lihat kubah2 masjid berbentuk bulat bundar
ada juga yang bersegi empat atau lebeh, ada juga yang lichin dan ada yang bulat
lentek tirus ke atas dan ada pula kubah seperti topi besi perajurit. Tetapi bentok
kubah masjid negara ia-lah bentok payong kembang. Menara dan kubah ini tentulah disesuaikan dengan kebudayaan dan kebesaran negara kita. Perhatikan-lah
dalam isti’adat diraja dan sebagai-nya, payong mengambil peranan yang
istimewa”.241
Usaha yang baik oleh tokoh seni bina seperti Ikmal Hisham Albakri dengan
menyumbangkan pandangan mengenai matlamat mewujudkan identiti seni bina nasional
melalui reka bentuk simbolik terhadap Masjid Negara, nampaknya tidak diteruskan
dalam penerbitan isu seni bina di dalam majalah tersebut sepanjang tiga dekad selepas
itu.242 Ketiadaan penglibatan tokoh seni bina dalam membincangkan mengenai isu identiti
seni bina Malaysia di dalam Majalah Dewan Masyarakat sepanjang dekad 70-an, 80-an
dan 90-, telah menyebabkan perbincangan mengenai seni bina dan kosumerisme
merupakan antara yang paling banyak di perkatakan oleh ahli ekonomi ataupun pemaju.
Permasalahan dalam pemilikan rumah, penipuan dalam proses jual beli oleh pemaju dan
penyediaan rumah yang tidak berkualiti merupakan antara isu-isu diketengahkan.243
Walaupun terdapat beberapa ahli profesional dan akademik seni bina serta individu dari
bidang yang lain seperti perancang bandar dan ahli antropologi telah menghasilkan
penulisan yang baik mengenai seni bina dan implikasi terhadap masyarakat, namun tidak
ada sebarang penegasan dalam penulisan mereka bahawa ianya adalah sebahagian
daripada agenda untuk memperjelaskan mengenai matlamat pembangunan identiti seni
241
Ibid, hlmn 6.
Rujuk senarai rujukan umum.
243
Rujuk artikel yang bertajuk: Norizan Muslim ( Julai 1997). Penyelewengan Rumah Kos Rendah. Dewan
Masyarakat. Hlmn 48 -49; Shamsul Amri Baharuddin (15 Sept 1980). Rumah Untuk Semua ? : Satu
Agenda Untuk Kerajaan . Dewan Masyarakat. Hlmn 22 -26; Zakiah Jamaluddin (Jan 1996). Program
Perumahan Rakyat Terkini : Terbelakah Nasib Mereka ? . Dewan Masyarakat. Hlmn 19 -21; Zakiyah
Jamaluddin ( Jun 1997). Dasar Penswastaan dan Demokrasi Pemilikan Rumah. Dewan Masyarakat. Hlmn
10-15.
242
182
bina nasional kepada masyarakat.244 Menjelang awal era 2000, penglibatan tokoh seni
bina negara dalam memberi pandangan terhadap pembinaan identiti seni bina nasional
seperti awal era 60-an telah diusahakan semula dalam penerbitan Majalah Dewan
Masyarakat. Penerbitan artikel yang bertajuk “Hijjas Kasturi : Berjaya Kerana Jiwa dan
Cita-Cita” telah memaparkan kisah hidup serta pengalaman tokoh seni bina tersohor
tersebut bermula dari zaman kanak-kanaknya sehinggalah muncul sebagai seorang akitek
yang sangat berjaya. Penulisan artikel tersebut juga turut mengetengahkan aspirasi Hijjas
ke arah pembentukan identiti nasional dalam seni binanya.245 Walau bagaimanapun,
sejauh mana penerbitan sedemikian dapat bertahan dan terus diterbitkan untuk tatapan
masyarakat, ianya tidak dapat dipastikan.
Kajian terhadap tahap penglibatan pelbagai pihak dalam penulisan isu identiti seni
bina di Majalah Dewan Budaya juga menunjukkan situasi yang hampir serupa dengan
apa yang ditunjukkan di dalam penerbitan Majalah Dewan Masyarakat yang mana
penglibatan ahli seni bina terutamanya dari tokoh seni bina adalah terlalu kurang dan
hanya berlaku pada peringkat awal dan akhir penerbitan sahaja. Kesan yang dihadapi
oleh isu seni bina yang diperbahaskan juga adalah mirip dengan apa yang berlaku di
dalam majalah Dewan Masyarakat, cuma apa yang membezakannya ialah penghasilan
sebahagian besar penulisan seni bina oleh budayawan dan sejarawan telah menyababkan
topik yang diperbincangkan hanya berkisar di sekitar isu warisan seni bina tradisi.246
Penglibatan budayawan yang banyak melakukan kajian terhadap seni bina tradisi Melayu
seperti Abdul Halim Nasir dilihat sebagai sesuatu yang begitu dominan dan
mempengaruhi pola penulisan seni bina di dalam Majalah Dewan Budaya. Di antara
pertengahan tahun 1985 hingga pertengahan 1997, penulisan artikel yang telah dihasilkan
oleh Halim Nasir telah menguasai lebih kurang 53 peratus daripada keseluruhan
penerbitan isu seni bina di dalam majalah tersebut. Selain daripada Abdul Halim Nasir,
244
Rujuk artikel-artikel yang bertajuk: Hassan Ali (Okt 1975). Pembangunan Bandar dan Urbanisasi
Bawa Masalah. Dewan Masyarakat. Hlmn 22-25; Jaafar Abdul Rahim (15 Okt 1978). Perumahan Belia :
bukan sekadar tempat tinggal. Dewan Masyarakat. Hlmn 7-8; Syed Sobri Syed Ismail (Feb 1988).
Pendidikan Dan Amalan Senibina. Dewan Masyarakat. Hlmn 30 -31; Mohd Razali Agus (Nov 1991).
Kondominium : Ke arah Kehidupan Masyarakat Ruwet. Dewan Masyarakat. Hlmn 34 – 36; Raja Noriza
Raja Ariffin (Okt 1998). Membangun Perumahan Yang Terancang. Dewan Masyarakat. Hlmn 44 -46.
245
Zurita Mohd Anua (Jun 2002). Hijjas Kasturi : Berjaya Kerana Jiwa Dan Cita-cita. Dewan Masyarakat.
Hlmn 52-54.
246
Rujuk senarai rujukan utama dan senarai rujukan umum.
183
nama-nama seperti Zahidin Abd Aziz, Che Mahzan Ahmad, Wardati Sheriff, Ibnu
Baharum, Adeen N.H dan Zaen Kasturi merupakan antara individu yang turut
menyumbang hasil penulisan berkaitan dengan isu warisan seni bina tradisi tersebut.247
Mengenai penglibatan yang terlalu sedikit ahli seni bina atau tokoh seni bina yang
membincangkan mengenai isu identiti seni bina dalam Majalah Dewan Budaya, ianya
dapat dilihat dalam artikel yang mengutarakan pandangan daripada Parid Wardi, Ikmal
Hisham Albakri serta Mohd Tajuddin Rasdi mengenai isu identiti seni bina pada
peringkat awal dan akhir penerbitan majalah tersebut. Dalam penulisan yang bertajuk “
Senibina: pertembungan konsep dan nilai lama dan baru” misalnya, ianya telah
memaparkan petikan wawancara bersama dua orang tokoh seni bina negara iaitu Ikmal
Hisham Albakri dan Parid Wardi. Menurut pendapat Hisham Albakri, pembentukan
identiti seni bina nasional mestilah berlandaskan kepada empat pendekatan iaitu
penghasilannya mestilah dari masyarakat tempatan, menggunakan bahan tempatan,
mengambil kira faktor kebudayaan tempatan dan iklim di sesebuah negara atau kawasan.
Parid Wardi pula mengetengahkan beberapa permasalahan berkaitan dengan penggunaan
kayu bagi tujuan menonjolkan identiti seni bina nasional seperti halangan dari sudut
perundangan serta harganya yang mahal.248 Menjelang penghujung dekad 90-an isu
identiti seni bina nasional kembali diperkatakan apabila beberapa buah penulisan
mengenainya oleh Mohd Tajuddin Rasdi telah diterbitkan. Dalam penulisan beliau yang
bertajuk “Modenisme Dalam Warisan Vernakular”, beberapa pendekatan vernakular
yang dilaksanakan sebagai usaha menjawab persoalan identiti seni bina nasional oleh
akitek-akitek di Malaysia sejak dari era 50-an telah diketengahkan. Salah satu daripada
pendekatan tersebut ialah dengan berpandukan pengaruh iklim sebagai elemen yang
membentuk seni bina seperti yang dilaksanakan pada bangunan Parlimen dan beberapa
buah bangunan lain. Selain daripada itu, satu lagi pendekatan yang dilaksanakan ialah
dengan berpandukan elemen seni bina tradisional yang kemudiannya digabungkan dalam
reka bentuk bangunan moden. Dalam artikel tersebut juga, beliau telah melemparkan
kritikan mengenai ketiadaan prinsip yang menyeluruh dalam menjawab persoalan identiti
seni bina di Malaysia dan ianya telah menyebabkan kewujudan pelbagai bahasa seni bina
247
Ibid.
Penulis Khas (Jun 1979). Seni Bina: Pertembungan Konsep dan Niilai Lama dan Baru. Dewan Budaya.
Hlmn 10-14.
248
184
eksotik yang bertentangan dengan nilai serta budaya masyarakat di negara ini.249 Pendapat
dalam penulisan isu identiti seni bina nasional oleh tiga orang tokoh tersebut merupakan
sesuatu yang amat bernas. Walau bagaimanapun penghasilan penulisan oleh mereka
dalam jumlah yang begitu terhad iaitu kira-kira 7.25 peratus daripada keseluruhan
penulisan seni bina yang dihasilkan dalam Majalah Dewan Budaya, dilihat sukar untuk
mendatangkan impak yang berkesan kepada usaha memperjelaskan hasrat dan matlamat
pembangunan identiti seni bina nasional kepada masyarakat.
7.2.4
Kesan Daripada Kurangnya Penglibatan Pelbagai Pihak Dalam Penerbitan
Isu Seni Bina di Malaysia.
Kajian terhadap penerbitan buku seni bina serta penerbitan isu seni bina di dalam
akhbar dan majalah popular di Malaysia telah menunjukkan kurangnya penglibatan
pelbagai pihak terutamanya dari tokoh seni bina dalam penghasilannya. Kesan yang
dibawa oleh permasalahan tersebut bukan sahaja menyebabkan perubahan dari segi pola
perbincangan tetapi juga telah menyaksikan perkembangan yang tidak sihat terhadap
beberapa bidang yang berfungsi sebagai komponen penting terhadap pembangunan
identiti seni bina tersebut. Walaupun pencarian identiti seni bina di Malaysia menemui
jalan buntu, namun pengalaman yang dikutip oleh para pendokongya merupakan sesuatu
yang amat berharga untuk dikaji serta dilakukan pembaikan di masa hadapan. Sebagai
contoh, menurut Ikmal Hisham Albakri, antara agenda utama pendidikan seni bina di
Malaysia pada dekad 70-an ialah memartabatkan identiti seni bina nasional seperti yang
telah dicanangkan oleh pemimpin negara pada ketika itu.250 Walau bagaimanapun, setakat
penulisan ini dilakukan, masih belum ditemui sebarang hasil dokumentasi atau penerbitan
buku dari mana-mana institusi pengajian seni bina Malaysia mengenai usaha atau kaedah
pendidikan seni bina yang dilaksanakan pada zaman tersebut. Pengalaman praktis oleh
para pelopor identiti seni bina terawal di negara ini juga merupakan sesuatu yang amat
249
Mohd Tajuddin Rasdi ( April 1998). Modenisme Dalam Warisan Vernakular. Dewan Budaya. Hlmn 3436.
250
Pandangan yang diberikan oleh Ikmal Hisham Albakri pada sesi soal jawab hari terakhir Forum
Pendidikan Seni Bina ( Architecture Education :Towards A Global Perspective) yang diadakan di Park
Royal Hotel, Kuala Lumpur pada 23 – 24 Ogos 2003.
185
penting dalam pembangunan identiti seni bina Malaysia pada masa hadapan. Usaha yang
dilakukan oleh Ken Yeang, dengan menulis dan menerbitkan pengalaman serta falsafah
reka bentuk beliau telah menyumbang sesuatu yang amat berharga dalam pembangunan
identiti seni bina di Malaysia pada hari ini.251 Walau bagaimanapun, ketiadaan usaha
penulisan dan penerbitan mengenai pengalaman tokoh-tokoh seni bina yang lain dilihat
sebagai sesuatu yang amat merugikan. Sehingga ke hari ini, tidak dapat dipastikan
falsafah seni bina atau proses dalam kebanyakan reka bentuk yang mencerminkan identiti
seni bina nasional oleh kebanyakan tokoh tersebut.
Permasalahan mengenai kurangnya penerbitan buku mengenai pengalaman praktis
dan pendidikan seni bina oleh badan profesional dan institusi pendidikan telah disuarakan
oleh Mohd Tajuddin Rasdi. Menurut beliau, pendidikan seni bina di Malaysia berada
dalam krisis disebabkan kurangnya usaha dokumentasi dan penerbitan oleh badan
profesional dan institusi akedemik mengenai pengalaman praktis dan pendidikan mereka:
“ Once in a forum at UTM, I made strong statement that architectural education
in Malaysia is in a state of crisis because neither the professional body nor the
academic institutions emphasized the important need of documenting and
publishing our practice and education experience”.252
Pemergian tokoh seni bina tersohor negara, Datuk Kington Loo253 kepada penciptanya
pada 20 Mac 2003, perlu dijadikan pengajaran tentang betapa pentingnya usaha
dokumentasi dan penerbitan mengenai pengalaman tokoh seni bina di negara ini
251
Yeang, Ken (2002). Reinverting The Skyscrapers : The Vertical Theory of Urban Design. Chichester
West Sussex, England, Nabaken, N.J : Willey Academy ; Yeang, Ken (1995). Designing With Nature: The
Ecological Basic For Architectural Design. Mc Graw Hill.
252
Mohd Tajuddin Rasdi (2001). Crisis In Architecture Education : reevaluating the roles of academic.
Majallah Akitek. Vol 13, No 2.
253
Kington Loo merupakan warga Malaysia pertama yang menjawat jawatan presiden 'The Federation of
Malaya Society of Architect' (FMSA) pada tahun 1962. Pada tahun 1953 beliau telah memulakan kerjaya
sebagai arkitek dan kemudiannya muncul sebagai salah seorang rakan kongsi di Booty, Edward & Partners
( BEP Architects). Melalui firma Arkitek BEP, Kington Loo telah memberikan sumbangan yang begitu
besar terhadap perkembangan senibina Malaysia khususnya dalam pencarian identiti kebangsaan setelah
negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Antara bangunan yang sinonim dengan sumbangan beliau
ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Subang , Dewan Tuanku Censelor, Universiti Malaya dan bangunan
Standard Chartered, Kuala Lumpur. Sumbangan beliau dalam bidang senibina telah mendapat pengiktirafan
tertinggi apabila beliau muncul sebagai pemenang pertama Pingat Emas PAM pada tahun 1998.
186
dilaksanakan. Ketiadaan sebarang usaha penulisan atau penerbitan mengenai beliau
menyebabkan negara bukan sahaja kehilangan seorang tokoh seni bina yang banyak
berjasa khususnya dalam pembangunan awal identiti seni bina di Malaysia tetapi juga
turut terkubur bersamanya ialah pengalaman beliau yang tidak dapat ditukar dengan
wang ringgit. Pengalaman tokoh-tokoh sebegini amat diperlukan oleh generasi sekarang
dan akan datang terutama sekali dalam mengkaji permasalahan sebenar yang dihadapi
oleh dunia praktis dalam usaha mewujudkan identiti seni bina Malaysia sejak empat
dekad yang lalu. Selain daripada pengalaman praktis dan pendidikan seni bina, satu lagi
sumber pembacaan terpenting yang perlu ada dalam pembangunan sesebuah identiti seni
bina ialah penulisan sejarah dan perkembangan seni bina bagi sesuatu kawasan atau
negara. Walau bagaimanapun, sehingga pertengahan tahun 80-an, proses dokumentasi
atau penerbitan buku mengenai sejarah dan perkembangan seni bina Malaysia boleh
dikata tiada langsung berdasarkan semakan rekod dan komen daripada ahli seni bina
tempatan. Dalam satu penulisan artikel pada awal tahun 1985, Wan Burhanuddin Wan
Abidin254 telah menyatakan bahawa antara kesukaran utama dalam mengkaji evolusi seni
bina di Malaysia ialah kerana ketiadaan sebarang hasil dokumentasi tentang sejarah seni
binanya:
“Looking back at the “architecture” Malaysian architects have generated, one
may find an important component missing. Perhaps this is what Ken Yeang meant
when he suggested that the “didactic and instructive aspect of work of
architecture” be deliberated. To begin to explore this, there is a need to refer to
the events in the evolution of architecture in Malaysia. The problem is, there is no
documented history of Malaysian architecture”.255
Komen yang diberikan oleh Wan Burhanuddin mula mendapat perhatian beberapa
tahun kemudian. Pada tahun 1987, Persatuan Akitek Malaysia (PAM) telah melakukan
254
Wan Buhanuddin Wan Abidin merupakan pensyarah seni bina di Pusat Pengajian Perumahan,
Bangunan dan Perancangan (HBP), Universiti Sains Malaysia sejak tahun 1981.
255
Wan Burhanuddin Wan Abidin (1985). Malaysian Architecture: Some question In Making Of Its
History. Majallah Akitek, Pertubuhan Akitek Malaysia. Vol 1:85. Hlmn 16 -17.
187
satu usaha yang besar dalam usaha memperjelaskan tentang identiti dan perkembangan
seni bina di Malaysia kepada masyarakat melalui pameran yang diadakan di Balai Seni
Lukis Negara dan diikuti dengan penerbitan buku yang bertajuk “Post-Merdeka
Architecture : Malaysia 1957-1987”.256 Usaha mendokumentasi serta membukukan
perkembangan sejarah seni bina negara semakin dipergiatkan menjelang era 90-an dan
awal tahun 2000 oleh individu, badan korporat dan pihak PAM sendiri. Ken Yeang telah
menghasilkan sebuah buku yang bertajuk “The Architecture of Malaysia”257 pada tahun
1992 yang menampilkan hasil dokumentasi seni bina utama negara sejak era pra-sejarah
hingga awal 1990-an. Penerbitan “The Encyclopedia Of Malaysia Architecture”258 pada
1999 mungkin merupakan impian para akitek di Malaysia selama ini kerana penghasilan
encyclopedia yang ditaja oleh pelbagai syarikat korporat ini merupakan hasil
dokumentasi seni bina yang dianggap sebagai paling lengkap setakat ini. Pada tahun 2000
pula, sempena ulang tahun ke-80 profesyen arkitek di Malaysia, PAM sekali lagi
menerbitkan sebuah buku yang bertajuk “80 years of architecture in Malaysia”.259 Buku
yang mengimbas pencapaian selama 80 tahun dunia seni bina di Malaysia tersebut, telah
memaparkan reka bentuk seni bina utama negara dari zaman kolonial hingga era pascamerdeka yang mencorak identiti seni bina di Malaysia pada hari ini. Walaupun
penghasilan buku sejarah dan perkembangan seni bina negara menjelang akhir dekad 80an hingga awal tahun 2000 begitu giat dilakukan, namun kesedaran yang diperlihatkan
oleh beberapa individu, syarikat korporat dan pihak PAM tersebut hadir pada waktu yang
agak lewat di mana pada masa tersebut krisis identiti seni bina nasional telahpun wujud
dan begitu hebat diperkatakan. Mengenai skop penulisan sejarah seni bina yang telah
dihasilkan, ianya dilihat masih terbatas kepada bangunan utama sahaja dan ada di antara
penulisan buku tersebut bersifat pengulangan semula dari penerbitan lain yang wujud
sebelum itu. Sekiranya wujud penglibatan lebih ramai pihak terutamanya dari tokoh seni
bina dalam penerbitan buku sejarah seni bina di negara ini, kajian yang lebih menyeluruh
mengenai bidang tersebut terutamanya melibatkan pembangunan baru atau sebelum ini
tidak dianggap sebagai seni bina utama mungkin boleh dilaksanakan.
256
Chan Chee Yong (December 1987). Post-Merdeka Architecture : Malaysia 1957-1987. Pertubuhan
Akitek Malaysia.
257
Yeang, Ken (1992). The Architecture of Malaysia . The Pepin Press.
258
Chen Voon Fee (1999). The Encyclopedia Of Malaysia Architecture. Archipelago Press.
259
Ngiom & Lilian Tay ( 2000.). 80 years of architecture in Malaysia . PAM Publication.
188
Satu lagi sumber penulisan dan penerbitan yang penting dalam pembangunan identiti
seni bina ialah buku-buku mengenai idea dan kritikan identiti seni bina. Melalui
penerbitan buku-buku tersebut, masyarakat akan dapat memahami secara langsung akan
maksud, visi atau permasalahan dalam pembangunan identiti seni bina di negara ini.
Walau bagaimanapun, kurangnya penglibatan pelbagai pihak terutamanya tokoh seni bina
telah menyaksikan kekurangan yang amat ketara penerbitan yang membincangkan isu
tersebut. Penerbitan buku yang mengetengahkan isu kritikan seni bina Malaysia juga
muncul pada waktu yang agak lewat iaitu pada penghujung dekad 90-an dan awal era2000. Di antara tahun 1999 hingga 2003, hanya Mohd Tajuddin Rasdi sahaja yang
menghasilkan beberapa buah buku yang mengetengahkan isu kritikan seni bina seperti
“Seni Bina Di Malaysia : Kritikan Tentang Seni Bina Islam, Identiti Nasional dan
Pendidikan” dan “Identiti Seni Bina Malaysia : Kritikan terhadap pendekatan reka
bentuk”.260 Penghasilan tiga buah lagi buku sedemikian oleh beliau yang bertajuk
“Crisis in Public Architecture”, “Crisis in Islamic Architecture” dan “Housing Crisis In
Malaysia : Back To A Humanistic Agenda” telah memaparkan perbincangan dan kritikan
mengenai permasalahan yang wujud dari krisis identiti yang melanda pelbagai bentuk
seni bina di Malaysia seperti masjid, bangunan kerajaan, perumahan, pusat membelibelah dan sebagainya.261 Seperti juga permasalahan yang dihadapi dalam penerbitan buku
sejarah seni bina, penghasilan buku-buku mengenai idea dan kritikan identiti seni bina
yang agak lewat telah memperlihatkan inisiatif yang tidak menyeluruh khususnya dari
golongan tokoh seni bina di negara ini.
Kesan daripada penglibatan yang terhad ahli seni bina terutamanya dari tokoh seni
bina di negara ini juga boleh dilihat di dalam penerbitan majalah seni bina yang mana
perbincangan mengenai idea dan kritik seni bina yang wujud di dalam majalah tersebut
masih berkisar di sekitar beberapa individu tertentu sahaja seperti Ken Yeang, Hijjas
Kasturi, Lim Chong Keat dan Mohd Tajuddin Rasdi.262 Permasalahan tersebut juga telah
260
Mohd Tajuddin Rasdi (1999). Seni Bina Di Malaysia : Kritikan Tentang Seni Bina Islam, Identiti
Nasional dan Pendidikan. Design Modular Sdn Bhd; Mohd Tajuddin Rasdi(2001). Identiti Seni Bina
Malaysia : Kritikan terhadap pendekatan reka bentuk. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
261
Mohd Tajuddin Rasdi (June 2003) . Crisis in Public Architecture. The KALAM Papers; Mohd Tajuddin
Rasdi ( June 2003 ). Crisis in Islamic Architecture. The KALAM Papers ; Mohd Tajuddin Rasdi (August
2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic Agenda. The KALAM Papers. Pusat Kajian
Alam Melayu, FAB, UTM.
262
Rujuk senarai rujukan utama dan senarai rujukan umum.
189
diutarakan oleh Nik Azmi pada tahun 1987 yang mana menurut beliau, elemen utama ke
arah pembangunan identiti seni bina nasional adalah daripada penulisan kritik dan antara
sumber utama penulisan tersebut adalah dari majalah yang diterbitkan oleh PAM. Walau
bagaimanapun, menurut beliau penulisan kritik tersebut kadang-kadang tidak dapat
membantu kerana perbincangannya yang kurang mendalam dan pada masa-masa tertentu
pula majalah itu sendiri tidak dapat dikeluarkan kerana kekurangan sumber.263
Kekurangan penglibatan tokoh seni bina serta generasi pelapisnya dalam membincangkan
mengenai isu identiti seni bina nasional di dalam majalah seni bina juga menyaksikan
beberapa tajuk perbincangan yang baik gagal dikembangkan. Sebagai contoh, penulisan
oleh W.Y Chin pada awal dekad 80-an264 telah membuka jalan yang luas terhadap
perbincangan mengenai kaedah perlaksanan dan peranan yang harus dimainkan oleh
masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina nasional. Walau bagaimanapun tiada
sebarang penulisan selepas itu yang membahas serta mengembangkannya agar satu
cadangan atau kajian yang lebih konkrit mengenainya dapat dikemukakan.
7.3
Kajian Terhadap Tahap Perbincangan Aspek Kemasyarakatan Dalam
Penerbitan Isu Seni Bina di Malaysia .
Nilai kedua yang dikenal pasti sebagai elemen yang membawa kejayaan kepada
proses penyebaran idea Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund
ialah wujudnya aspek kemasyarakatan dalam isu seni bina yang diterbitkan. Antara aspek
kemasyarakatan yang dipertekankan oleh kedua-dua pergerakan tersebut ialah seperti
perkaitan antara nilai moral dengan prinsip reka bentuk seni bina dan penekanan terhadap
penghasilan seni bina yang dapat meningkatkan kualiti kehidupan seharian. Walaupun
dalam bab sebelum ini telah dinyatakan bahawa kewujudan aspek kemasyarakatan dalam
penerbitan isu seni bina bukanlah faktor mutlak yang dapat menjamin perhatian
263
Nik Azmi Nik Daud (10 April 1987). Langkah-langkah Perlu Ke arah Melahirkan Senibina
Kebangsaan, Utusan Malaysia. Dalam: Mastor Surat. ed. Koleksi Rencana Bacaan 1. Universiti Teknologi
Malaysia. Hlmn 44 -46.
264
Sila rujuk: W.Y . Chin (1981). Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek. 1(81).
Hlmn 19-22.
190
masyarakat terhadap isu yang diutarakan, namun berdasarkan usaha yang telah
dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund,
kewujudan aspek tersebut sedikit sebanyak dapat membantu menarik perhatian
masyarakat terhadap penerbitan yang dihasilkan. Justeru, satu kajian yang terperinci telah
dilaksanakan terhadap penerbitan buku seni bina, majalah seni bina, akhbar dan majalah
popular di Malaysia bagi mengenal pasti sejauh mana isu seni bina dan kemasyarakatan
diketengahkan dalam penerbitan tersebut. Daripada kajian tersebut, kesimpulan awal
yang dapat diketengahkan ialah isu seni bina dan kemasyarakatan kurang diberi
keutamaan berbanding dengan beberapa isu lain seperti sejarah dan warisan seni bina
serta teori dan falsafah seni bina dalam sebahagian besar sampel penerbitan yang telah
disemak.
7.3.1
Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Dalam
Penerbitan Buku Seni Bina di Malaysia
Dalam kajian yang dilakukan terhadap penerbitan buku seni bina di Malaysia, di
dapati bahawa penulisan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan tidak begitu di
pertekankan berbanding dengan isu lain seperti sejarah dan warisan seni bina, teori dan
falsafah seni bina atau teknologi dan teknikal seni bina. Daripada 66 buah buku yang
telah disemak, di dapati bahawa penerbitan bagi isu sejarah dan warisan seni bina telah
mendahului senarai dengan penerbitan keseluruhannya mencecah 26 buah atau 39.89
peratus daripada keseluruhan penerbitan. Penghasilan penerbitan oleh Abdul Halim Nasir
seperti “Pengenalan Rumah Tradisional Melayu Semenanjung Malaysia” dan “Seni Bina
Masjid di Dunia Melayu-Nusantara” merupakan antara penerbitan yang membincangkan
aspek sejarah dan dan warisan seni bina. Selain Abdul Halim Nasir, nama-nama lain
seperti Lim Yee Juan, Kamaruddin Md.Ali, Zulkifli Hanafi dan Chen Voon Fee
merupakan antara individu membincangkan isu sejarah dan warisan seni bina di dalam
penerbitan buku seni bina mereka.265 Kategori teori dan falsafah seni bina serta teknologi
dan teknikal seni bina merupakan bidang yang kedua dan ketiga paling banyak diberi
265
Rujuk lampiran B.
191
perhatian dalam penerbitan buku seni bina di Malaysia. Jumlah keseluruhan buku teori
dan falsafah seni bina adalah sebanyak 23 buah atau 34.85 peratus dari keseluruhan
penerbitan manakala penerbitan buku yang membincangkan aspek teknologi dan teknikal
seni bina pula adalah sebanyak 12 buah atau 18.18 peratus dari keseluruhan penerbitan
seni bina di Malaysia.266
Lain-lain., 1.51%
M as yarakat,
5.57%
Tekno lo g i &
Teknikal, 18 .18 %
Sejarah &
Waris an, 3 9 .8 9 %
Teo ri &
Fals afah, 3 4 .8 5%
Carta 7.0 : Pecahan peratusan penerbitan buku seni bina (1957-2004) di Malaysia
mengikut kategori.
Penghasilan buku yang membincangkan aspek seni bina dan kemasyarakatan hanya
menduduki tempat kedua terbawah daripada lima kategori yang diperbincangkan yang
mana jumlah penerbitan keseluruhannya adalah sebanyak 5 buah atau 5.57 peratus dari
keseluruhan penerbitan buku seni bina Malaysia sejak empat dekad yang lalu.267 Tajuktajuk buku seperti “Peranan Kurikulum Dan Rekabentuk Masjid Sebagai Pusat
Pembangunan Masyarakat", “Crisis in Public Architecture” dan “Housing Crisis In
266
Ibid.
Sila rujuk: Mohd Tajuddin Rasdi (1998). The Mosque As A Community Development Centre:
Programme And Architectural Design Guidelines For Contemporary Muslim Societies. Utusan Publication
Sdn Bhd; Mohd Tajuddin Rasdi (1999). Peranan Kurikulum Dan Rekabentuk Masjid Sebagai Pusat
Pembangunan Masyarakat. Penerbit UTM; Mohd Tajuddin Rasdi(June 2003). Crisis in Public
Architecture. The KALAM Papers; Mohd Tajuddin Rasdi ( June 2003 ). Crisis in Islamic Architecture.The
KALAM Papers.; Mohd Tajuddin Rasdi (August 2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A
Humanistic Agenda. The KALAM Papers,Pusat Kajian Alam Melayu, FAB, UTM.
267
192
Malaysia : Back To A Humanistic Agenda” merupakan penulisan yang membincangkan
aspek kemasyarakatan di dalam seni bina khususnya dalam pembinaan identiti seni bina
nasional.268 Penerbitan buku yang membincangkan mengenai aspek kemasyarakatan di
dalam seni bina bukan sahaja kurang dari segi kuantiti penghasilannya tetapi juga kurang
diberi perhatian oleh kebanyakan individu yang menghasilkan penerbitan seni bina
tersebut. Berdasarkan semakan rekod, didapati hanya Mohd Tajuddin Rasdi sahaja yang
membincangkan aspek tersebut di dalam penulisan beliau.269
7.3.2
Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Dalam
Penerbitan Isu Seni Bina di Majalah Seni Bina.
Kurangnya penerapan terhadap isu kemasyarakatan turut berlaku ke atas penerbitan
majalah seni bina. Walaupun pengabaian terhadap isu seni bina dan kemasyarakatan
dianggap sederhana berbanding dengan apa yang dialaminya dalam penerbitan buku seni
bina, namun ianya masih tetap berada dalam kedudukan yang tidak popular berbanding
dengan perbincangan mengenai isu teori dan falsafah seni bina atau sejarah dan warisan
seni bina. Daripada 47 artikel yang terlibat dalam kajian, hanya 5 artikel atau 10.63
peratus sahaja yang membincangkan isu kemasyarakatan dalam seni bina. Tajuk-tajuk
artikel seperti “ Pengenalan Senibina Melalui Cara Hidup”, “Design Sacred architecture
and The Sunway Pyramid Complex : a Question of Architectural Competence and
Cultural Tolerance” dan “Towards A National Identity In Architecture” merupakan
antara penulisan yang mengetengahkan aspek kemasyarakatan dan seni bina dalam
perbincangan yang diutarakan.270 Perbincangan mengenai isu identiti seni bina di
Malaysia oleh W.Y Chin misalnya cuba melihat permasalahan identiti yang wujud dari
268
Ibid.
Rujuk lampiran B.
270
Sila rujuk : Hassan Mohammed (1981). Pengenalan Senibina Melalui Cara Hidup. Majallah Akitek,
Vol.1:81. Hlmn 37- 42.; Mohd Rasdi, Tajuddin (May/June 1998). Design Sacred architecture and The
Sunway Pyramid Complex : a Question of Architetural Competence and Cultural Tolerance. Majalah
Akitek. Hlmn 62 -68; Wong Chong Thai, Boby. and Powell, Robert (1988). The Contemparory Kampong.
Majallah Akitek. Vol. 1:88. Hlmn 22 -29. ; Ruslan Khalid (1981). The Role of Petronage In The
Development of Art And Architecture. Majallah Akitek. Vol.1:81. Hlmn 29 -32.; W.Y Chin (1981).
Towards A National Identity In Architecture. Majallah Akitek. Vol 1:81. Hlmn 19-22.
269
193
sudut kaedah perlaksanaannya di pihak profesional seni bina dan juga penerimaan
masyarakat. Beberapa permasalahan dalam perlaksanaan oleh kedua-dua pihak telah
diketengahkan dalam perbincangan tersebut seperti wujudnya masalah bahasa dan jurang
komunikasi di antara akitek dan klien selain penyalah tafsiran mengenai isu tersebut oleh
kedua-dua pihak.271 Penerapan aspek kemasyarakatan seperti yang dilakukan oleh W.Y
Chin dilihat mampu menarik perhatian masyarakat umum sekiranya dilaksanakan dengan
meluas. Walau bagaimanapun, penghasilan penerbitan sedemikian yang begitu terhad di
dalam majalah rasmi seni bina di negara ini sejak beberapa dekad yang lalu, dilihat
sebagai halangan utama kepada masyarakat seni bina dan umum untuk memahami
dengan lebih lanjut akan peranan mereka dalam pembangunan identiti seni bina tersebut
Lain-lain., 6 .3 9 %
M as yarakat,
10 .6 3 %
Sejarah &
Waris an, 14 .8 9 %
Tekno lo g i &
Teknikal, 6 .3 9 %
Teo ri &
Fals afah, 6 1.70 %
Carta 7.1 : Pecahan peratusan penerbitan isu seni bina dalam majalah seni bina
(1957 -2004) di Malaysia mengikut kategori.
Di sebalik pengabaian terhadap perbincanagan mengenai isu seni bina dan
kemasyarakatan di dalam majalah rasmi seni bina di Malaysia, perbincangan mengenai
isu teori dan falsafah seni bina serta sejarah dan warisan seni bina terus menerajui
penerbitan artikel yang dihasilkan dalam majalah seperti PETA dan Majalah Akitek.
Berdasarkan kajian yang dilaksanakan, didapati bahawa penerbitan isu teori dan falsafah
271
W.Y Chin (1981).Towards a National Identity In Architecture. Majallah Akitek, 1:81. Hlmn 19 -22.
194
seni bina telah mendominasi sebahagian besar perbincangan dengan peratusan sebanyak
61.70 peratus atau 29 buah penerbitan manakala isu sejarah dan warisan seni bina pula
berada di tempat kedua di antara isu yang paling kerap diperbincangkan iaitu 14.89
peratus atau sebanyak 7 buah penerbitan.
7.3.3
Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan Dalam
Akhbar di Malaysia
Masalah kurangnya perbincangan isu seni bina dan kemasyarakatan turut dapat dilihat
dalam penerbitan isu seni bina di akhbar. Dalam kajian yang telah dijalankan, kekurangan
perbincangan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan berada pada tahap kedua
terbawah manakala kategori teori dan falsafah seni bina, lain-lain serta sejarah dan
warisan seni bina merupakan isu yang paling banyak diketengahkan. Berbanding dengan
jumlah keseluruhan 400 sampel artikel yang dikaji, hanya sejumlah 12.0 peratus atau 48
artikel sahaja yang membincangkan isu seni bina dan kemasyarakatan.272 Perbincangan
mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan di dalam penerbitan yang bertajuk “For save
journey” misalnya, telah membincangkan masalah kemalangan jalan raya yang sering
berlaku di taman-taman perumahan. Antara punca permasalahan yang dikenal pasti ialah
kewujudan terlalu banyak jalan yang boleh mengundang kenderaan yang tidak berkenaan
keluar masuk dengan mudah di dalam sesuatu taman perumahan dan antara langkah
penyelesaian yang dicadangkan ialah dengan memperkenalkan sistem “ring road” .273
Perbincangan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan merupakan suatu yang ideal
serta mampu menarik perhatian masyarakat untuk mengikutinya secara lebih dekat
terutamanya di dalam penerbitan popular seperti akhbar. Walau bagaimanapun, dengan
jumlah peratusan penerbitan yang kecil berbanding dengan isu-isu yang lain, harapan
untuk melihat kesan yang lebih besar dapat dibawa oleh penerbitan tersebut khususnya
dalam proses pembangunan identiti seni bina Malaysia dilihat sebagai sesuatu yang agak
sukar untuk dicapai.
272
273
Rujuk lampiran E
Loh Foon Fong ( 27/01/2004). For save journey. The Star. Hlmn 13 -14.
195
Lain-lain.,
2 3 .0 0 %
Teo ri & Fals afah,
4 0 .75%
M as yarakat,
12 .0 0 %
Tekno lo g i &
Teknikal, 6 .2 5%
Sejarah &
Waris an, 18 .0 0 %
Carta 7.2 : Pecahan peratusan penerbitan isu seni bina dalam akhbar utama di
Malaysia (1963-2005) mengikut kategori.
Seperti juga kajian terhadap beberapa medium penyebaran idea sebelum ini, isu teori dan
falsafah seni bina serta sejarah dan warisan seni bina merupakan antara yang paling
banyak disentuh dalam penerbitan isu seni bina di akhbar. Perbincangan mengenai isu
teori dan falsafah seni bina merupakan yang paling banyak diketengahkan iaitu 40.75
peratus atau 163 artikel manakala isu sejarah dan warisan seni bina pula ialah 18.0
peratus 72 artikel dari keseluruhan 400 sampel yang dikaji. Penulisan artikel seni bina
yang dikategorikan sebagai ‘lain-lain’ merupakan isu yang kedua paling kerap
diketengahkan iaitu sebanyak 92 artikel atau 23.0 peratus dari keseluruhan sampel yang
dikaji.274Daripada jumlah peratusan mengikut kategori yang telah diketengahkan, ternyata
peratusan yang telah ditunjukkan oleh isu seni bina dan kemasyarakatan adalah kecil
berbanding dengan beberapa isu yang lain. Oleh yang demikian, harapan untuk melihat
masyarakat lebih menyedari atau memahami peranan seni bina dalam kehidupan mereka
juga adalah kurang disebabkan penerbitan isu tersebut dibayangi oleh penerbitan
mengenai isu yang lain.
274
Rujuk lampiran E.
196
7.3.4
Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina dan Kemasyarakatan di Dalam
Majalah Dewan Budaya.
Dalam kajian sebelum ini mengenai dengan tahap penglibatan pelbagai pihak
terutamanya oleh tokoh seni bina dalam penerbitan isu seni bina di dalam Majalah
Dewan Budaya,275 didapati bahawa kurangnya penglibatan mereka telah menyumbang
kepada perubahan pola perbincangan kepada isu sejarah dan warisan seni bina sahaja
disebabkan mejoriti yang melibatkan diri adalah golongan budayawan dan sejarawan.
Kesan daripada keadaan tersebut bukan sahaja memperlihatkan isu sejarah dan warisan
seni bina telah menguasai sebahagian besar topik perbincangan iaitu kira-kira 62.90
peratus atau 78 daripada 124 penerbitan, tetapi juga telah menyaksikan isu seni bina dan
kemasyarakatan merupakan antara isu yang paling kurang disentuh.276
Lain-lain., 1.6 2 %
M as yarakat,
12 .0 9 %
Teo ri & Fals afah,
2 3 .3 9 %
Sejarah &
Waris an, 6 2 .9 0 %
Carta 7.3 : Pecahan peratusan penerbitan isu seni bina di dalam majalah Dewan
Budaya (1979 -2003) mengikut kategori.
275
Majalah Dewan Budaya diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka dan mula menemui pembaca pada
Januari 1979. Isu yang diperbincangkan di dalam majalah ini adalah pelbagai aspek berkaitan dengan
kebudayaan termasuk juga bidang seni bina.
276
Rujuk lampiran D
197
Seperti juga dalam kebanyakan medium penyebaran idea sebelum ini, isu teori dan
falsafah seni bina merupakan antara yang banyak disentuh iaitu kira-kira 23.39 peratus
atau 29 penerbitan.277 Dengan melihat kepada hanya 15 penerbitan yang
membincangkan isu seni bina dan kemasyarakatan atau 12.09 peratus daripada
keseluruhan penerbitan isu seni bina di dalam majalah Dewan Budaya, kemungkinan
situasi yang menimpa isu sedemikian di dalam beberapa medium penyebaran idea yang
lain akan turut dialami di dalam majalah tersebut. Walaupun penerbitan yang
mengetengahkan isu seperti “Dari Pulau Seraya Ke Rumah Pangsa : hidup semakin
sempit” , : “Nilai Yang Semakin Luntur Di Bandar ?” dan “Kondominium : Gaya Hidup
Barat ?”278 telah memaparkan perbincangan yang hebat mengenai permasalahan yang
dihadapi oleh masyarakat di bandar disebabkan penyediaan seni bina yang tidak sesuai
dengan norma kehidupan seharian mereka, namun kekerapan penerbitannya yang begitu
terhad sekali lagi telah menyaksikan harapan agar penerbitan sedemikian dapat
memberikan implikasi yang besar kepada pembacanya, boleh dikatakan agak tipis dan
terbatas.
7.3.5
Kesan Daripada Kurangnya Perbincangan Isu Seni Bina dan
Kemasyarakatan Dalam Penerbitan Seni Bina di Malaysia.
Kurangnya perbincangan mengenai aspek seni bina dan kemasyarakatan dalam
penerbitan isu seni bina di Malaysia dilihat sebagai salah satu punca kepada tiadanya
penglibatan secara menyeluruh dari masyarakat dalam proses pembangunan identiti seni
bina nasional. Perbincangan isu seni bina sama ada di dalam buku seni bina, majalah seni
bina, majalah popular dan akhbar yang banyak menyentuh isu-isu lain seperti teori dan
falsafah seni bina atau sejarah dan warisan seni bina telah menjadikannya suatu
perbincangan yang elit dan hanya difahami oleh individu yang mempunyai asas
277
Ibid.
Rujuk artikel yang bertajuk: Penulis Khas (April 1979). Dari Pulau Seraya Ke Rumah Pangsa : hidup
semakin sempit. Dewan Budaya. Hlmn 11 -13; Amirul Syafiq Azman ( Jan 2002). Kondominium : Gaya
Hidup Barat ?. Dewan Budaya. Hlmn 14 -15.
278
198
pendidikan seni bina sahaja manakala masyarakat umum pula menganggap isu tersebut
sebagai sesuatu yang terasing daripada kehidupan seharian mereka. Kewujudan
penerbitan yang menghuraikan sesuatu isu seni bina secara umum seperti yang terdapat di
dalam kebanyakan penerbitan akhbar yang dikaji, tanpa disaduri dengan pengetahuan
seni bina oleh penulisnya menyebabkan wujudnya tafsiran yang kurang tepat masyarakat
tarhadap bidang tersebut iaitu hanya dari sudut sebuah bangunan atau gaya rupa sahaja.
Akhirnya, masyarakat yang semakin keliru dengan maksud serta peranan sesebuah seni
bina khususnya identiti seni bina dalam kehidupan mereka telah menghadapi pelbagai
kesukaran ketika berhadapan dengan golongan profesional seni bina seperti yang telah
disuarakan oleh W.Y Chin sebelum ini. Keadaan tersebut akan menjadi lebih
menyedihkan apabila masyarakat menjadi mangsa kepada krisis identiti seni bina yang
mana kurangnya pengetahuan mengenai hak dan peranan menyebabkan mereka
menyalahkan pihak serta faktor lain sebagai punca kepada permasalahan tersebut.
Keadaan sedemikian dapat dilihat dengan jelas berhubung dengan masalah pelajar yang
sering dilanggar oleh kenderaan di hadapan sekolah sejak kebelakangan ini yang mana
masyarakat sering menuding jari kepada pihak berkuasa sebagai orang yang
bertanggungjawab menjaga keselamatan anak mereka. Situasi tuduh- menuduh tersebut
mungkin tidak akan berlaku sekiranya ada penerbitan yang memberi penjelasan kepada
masyarakat bahawa faktor utama yang menentukan keselamatan anak mereka adalah reka
bentuk sekolah dan persekitarannya yang mana selain perlunya reka bentuk jalan yang
boleh memperlahankan kenderaan ketika melaluinya, lokasi serta kapasiti sesebuah
sekolah juga memainkan peranan penting bagi mengelakkan berlakunya kemalangan
kepada pelajar atau murid-muridnya. Kekurangan penerbitan yang membincangkan isu
seni bina dan kemasyarakatan dilihat sebagai sesuatu yang meruncing di Malaysia pada
hari ini yang mana begitu banyak kejadian seperti kemalangan, jenayah dan sebagainya
berlaku disebabkan oleh faktor seni bina. Walau bagaimanapun, kekurangan isu tersebut
diketengahkan melalui penerbitan menyebabkan masyarakat tidak menyedarinya dan
disebabkan kegagalan mereka untuk memainkan peranan, maka permasalahan tersebut
terus berlanjutan dari hari ke hari.
199
7.4
Tiadanya Penerbitan Khusus Dalam Penyebaran Isu Identiti Seni Bina di
Malaysia.
Kejayaan Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund dalam
progam penyebaran idea kepada masyarakat juga banyak dibantu oleh penerbitan khas
yang berperanan sebagai agen penyebaran idea kepada penulisan atau artikel yang
dihasilkan oleh golongan tokoh dan penggerak kedua-dua pergerakan tersebut. Dalam
usaha untuk mengenal pasti sama ada faktor tersebut juga turut memainkan peranan
dalam memastikan keberkesanan proses penyebaran idea identiti seni bina kepada
masyarakat di Malaysia, kajian secara menyeluruh mengenainya telah dilaksanakan.
Sepanjang kajian mengenai identiti seni bina di Malaysia, antara perkara pertama yang
dilakukan ialah mengenal pasti medium penyebaran idea yang menerbitkan isu tersebut
serta melakukan pengesahan bahawa ianya adalah medium khas yang hanya berperanan
menyebarkan isu tersebut sahaja atau sebaliknya. Apa yang dapat disimpulkan sepanjang
kajian ini ialah selain daripada penerbitan buku, tiada sebarang medium penyebaran idea
yang diwujudkan khas bagi membincangkan isu identiti seni bina di Malaysia sejak
empat dekad yang lalu. Jika merujuk kembali kepada senarai penerbitan yang telah dikaji,
didapati keseluruhannya diperolehi daripada sumber yang disisip sama ada di dalam
majalah seni bina seperti Majalah PETA dan Majalah Akitek atau penerbitan popular
seperti surat khabar, Majalah Dewan Masyarakat dan Dewan Budaya.279 Sumber yang
mengetengahkan perbincangan secara menyeluruh mengenai isu identiti seni bina
nasional hanya melibatkan himpunan usul dan kertas kerja daripada ‘Seminar Ke arah
Identiti Kebangsaan Dalam Senibina’ yang dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan
Belia Dan Sukan sebanyak dua jilid.280 Walau bagaimanapun, himpunan tersebut tidak
diterbitkan dan hanya sebahagian sahaja daripada kertas kerja yang dihasilkan telah
diterbitkan di dalam Majallah Akitek seperti kertas kerja daripada Hajeedar Abdul Majid,
Ruslan Khalid, Syed Ahmad Jamal dan Hassan Mohammad.281 Ketiadaan sebarang
279
Rujuk senarai rujukan utama dan rujukan umum.
Laporan Seminar (20-23 Januari 1981). Seminar Ke arah Identiti Kebangsaan Dalam Senibina.
Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia. Kuala Lumpur. Vol I & II.
281
Hajeedar Abdul Majid (1981). Sejauh Manakah Perkembangan Kita Sehingga Hari Ini ?. Majallah
Akitek. Vol 1:81. Hlmn 23-25 ; Ruslan Khalid (1981). The Role of Petronage In The Development of Art
And Architecture. Majallah Akitek. Vol 1:81. Hlmn 29-31 ; Syed Ahmad Jamal (1981). Seni Rupa dan Seni
280
200
penerbitan khas yang membincangkan mengenai identiti seni bina nasional, mungkin
merupakan salah satu faktor yang menyebabkan proses penyebaran idea identiti seni bina
kepada masyarakat di Malaysia sejak empat dekad yang lalu tidak dapat dilaksanakan
secara menyeluruh dan berkesan. Antara permasalahan utama yang dikenal pasti pada
penerbitan atau artikel yang disisipkan dalam majalah seni bina, akhbar dan majalah
popular ialah perbincangan yang mengenai sesuatu isu tidak dilakukan secara mendalam
dan penerbitan mengenainya juga tidak berterusan. Jika wujud sebuah penerbitan khas
yang membincangkan isu identiti seni bina nasional pada masa akan datang,
permasalahan tersebut mungkin boleh diatasi.
7.5 Rumusan
Daripada kajian mengenai isu seni bina di dalam penerbitan rasmi seni bina dan
penerbitan popular, di dapati bahawa tiga nilai penyebaran idea yang telah dipraktikkan
oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund tidak dilaksanakan
dengan menyeluruh dalam konteks penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia sejak
empat dekad yang lalu. Kesan yang dapat dilihat daripada pengabaian beberapa nilai
penyebaran idea tersebut, telah menimbulkan beberapa masalah seperti perkembangan
yang tidak sihat beberapa bidang yang memainkan peranan utama dalam proses
pembangunan identiti seni bina, penyalah tafsiran terhadap seni bina dari sudut gaya rupa
sahaja dan penerbitan mengenainya yang tidak konsisten. Kewujudan beberapa masalah
dalam proses penyebaran idea tersebut sedikit sebanyak telah mengganggu proses
pemahaman masyarakat tarhadap seni bina khususnya mengenai isu identiti seni bina
nasional. Sesungguhnya peranan yang dimainkan oleh masyarakat dalam menentukan
kejayaan sesuatu agenda yang diperjuangkan adalah sesuatu yang amat penting dan telah
dibuktikan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund. Tiga nilai
penyebaran idea yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua pergerakan tersebut seharusnya
Bina. Majallah Akitek.Vol 1:81. Hlmn 33-36 ; Hassan Mohammad (1981). Pengenalan Senibina Melalui
Cara Hidup. Majallah Akitek. Vol 1:81. Hlmn 37- 42.
201
dijadikan panduan dalam perlaksanaan program penyebaran idea identiti seni bina di
Malaysia pada masa akan datang.
202
BAB LAPAN
BEBERAPA CADANGAN TERHADAP
PERLAKSANAAN AKTIVITI PENYEBARAN IDEA
IDENTITI SENI BINA DI MALAYSIA PADA MASA
AKAN DATANG
8.0 Pendahuluan
Penulisan bab tujuh telah membuktikan kewujudan beberapa masalah dalam proses
penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia berdasarkan nilai penyebaran idea yang
telah dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund dan
antara cadangan yang diketengahkan ialah kaedah penyebaran idea identiti seni bina di
Malaysia pada masa akan datang perlu berlandaskan nilai-nilai penyebaran idea yang
telah dilaksanakan oleh kedua-dua pergerakan tersebut. Justeru, penulisan bab ini
203
bertujuan untuk mengetengahkan beberapa cadangan terhadap perlaksanaan proses
penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang berdasarkan tiga
nilai penyebaran idea yang telah dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan
Institusi Deutsche Werkbund tersebut iaitu perlunya usaha meningkatkan penghasilan
penerbitan seni bina, meningkatkan perbincangan isu seni bina dan kemasyarakatan di
dalam penerbitan seni bina serta mewujudkan penerbitan khas dalam proses penyebaran
idea identiti seni bina kepada masyarakat. Dalam memastikan hasrat tersebut dapat
dicapai, kerjasama dari pelbagai pihak sama ada dari orang perseorangan, firma akitek,
badan profesional, institusi pengajian tinggi, pusat-pusat kajian, pihak kerajaan dan
sebagainya amat diperlukan.
8.1
Perlunya Kerjasama Pelbagai Pihak Dalam Usaha Meningkatkan
Penghasilkan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.
Dalam memastikan usaha mewujudkan identiti seni bina di Malaysia pada masa
hadapan akan dapat dicapai, salah satu aspek yang perlu diberi perhatian ialah usaha
meningkatkan jumlah penghasilan penulisan seni bina bukan sahaja dalam bentuk buku
tetapi juga penghasilan artikel di dalam majalah rasmi seni bina dan juga penerbitan
popular. Untuk mencapai matlamat tersebut, penglibatan pelbagai pihak dalam
penghasilan penerbitan tersebut perlu diwujudkan. Walau bagaimanapun, penglibatan
pelbagai pihak bukanlah suatu tugas yang mudah dan ianya memerlukan beberapa
mekanisme yang dapat melancarkan perjalanan aktiviti yang bakal dilaksanakan. Tahap
penglibatan pelbagai pihak tersebut juga mungkin boleh dilaksanakan secara
berperingkat-peringkat bermula dari tahap individu, firma, badan profesional hinggalah
kepada pihak kerajaan. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihak-pihak terbabit
dalam usaha meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina di Malaysia pada masa akan
datang ialah dengan turut serta dalam penghasilan penerbitan atau bertindak sebagai
pihak yang menyediakan mekanisme sokongan terhadap penyelidikan, penulisan atau
penerbitan yang bakal dihasilkan.
204
8.1.1 Peranan Ahli Akademik Dan Profesional Seni Bina Dalam Usaha
Meningkatkan Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa
Akan Datang.
Penglibatan secara aktif ahli akademik dan profesional seni bina terutamanya yang
berstatus tokoh seni bina merupakan antara elemen penting ke arah meningkatkan jumlah
penerbitan serta perbincangan isu identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang.
Walau bagaimanapun, usaha untuk meningkatkan penglibatan secara sukarela daripada
golongan tersebut tidak mungkin dapat dilaksanakan sekiranya tidak wujud kesedaran di
dalam diri mereka mengenai tanggungjawab yang seharusnya dimainkan dalam proses
penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat. Ahli akademik dan profesional
seni bina di Malaysia pada masa akan datang juga harus berfikiran positif dalam usaha
menghasilkan penulisan dan penerbitan seni bina dengan tidak meletakkan aspek
keuntungan materialistik sebagai batu aras kepada usaha yang bakal dilaksanakan oleh
mereka. Situasi terlalu melihat kepada ganjaran dalam jangka masa pendek atau yang
telah dijanjikan oleh pihak-pihak tertentu dapat dilihat sejak beberapa dekad yang lalu
apabila majoriti ahli akademik dan profesional seni bina di Malaysia hanya melakukan
perkara atau tugasan asas yang digariskan oleh organisasi, badan profesional atau firma
yang menaungi mereka. Sebagai contoh, dalam proses kenaikan pangkat seseorang
kakitangan akademik di universiti awam tempatan, jumlah mata yang diberikan terhadap
penulisan artikel di dalam penerbitan akhbar atau majalah popular adalah rendah jika
hendak dibandingkan dengan jumlah mata yang diberikan terhadap penulisan jurnal
antarabangsa, kertas kerja atau penyelidikan yang ditaja oleh IRPA.282 Justeru, kesan
yang dapat dilihat ialah kurangnya penglibatan secara menyeluruh daripada ahli
akademik termasuk juga bidang seni bina di dalam penghasilan penerbitan artikel
terutamanya di dalam akhbar atau majalah popular berbanding dengan penghasilan
penulisan jurnal antarabangsa, kertas kerja dan penyelidikan IRPA di universiti-universiti
awam tempatan. Situasi yang hampir sama juga berlaku di dalam dunia praktis seni bina
apabila majoriti ahli profesional seni bina di negara ini dilihat hanya memberi komitmen
282
IRPA merupakan singkatan daripada perkataan Intensification of Research in Priority Areas yang
merupakan geran penyelidikan jangka panjang dan melibatkan peruntukan yang besar.
205
kepada profesyen seni bina mereka berbanding dengan melibatkan diri dengan aktiviti
yang boleh meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai bidang tersebut. Kesan
daripada situasi ini dapat dilihat dengan jelas terhadap penghasilan penerbitan
terutamanya melibatkan buku seni bina oleh golongan profesional seni bina di Malaysia
sejak beberapa dekad yang lalu apabila ianya hanya melibatkan usaha beberapa individu
tertentu sahaja.283
Dalam memupuk kesedaran di kalangan ahli akademik dan profesional seni bina akan
tanggungjawab yang perlu dimainkan oleh mereka dalam proses penyebaran idea identiti
seni bina di Malaysia pada masa akan datang, aspek penghormatan atau pembinaan
reputasi perlu dipertekankan. Walaupun usaha menerbitkan buku atau artikel seni bina
tidak menjamin satu pulangan yang lumayan dari sudut kewangan berbanding dengan
projek reka bentuk atau perundingan, namun ianya akan memberikan pulangan yang
berlipat ganda terhadap perkembangan kerjaya seseorang ahli akedemik atau profesional
seni bina dalam jangka masa panjang. Melalui penghasilan penerbitan oleh ahli akademik
atau profesional seni bina terbabit, masyarakat di sekelilingnya akan lebih memahami dan
menghormati prinsip atau agenda yang diperjuangkan oleh mereka. Melalui pemahaman
yang telah mula terbina di dalam minda masyarakat, ianya secara tidak langsung akan
membuka ruang atau peluang yang lebih luas kepada penerimaan terhadap sesuatu idea
yang telah diketengahkan oleh mereka. Usaha yang telah dilakukan oleh Ken Yeang
dengan menghasilkan banyak penerbitan mengenai falsafah reka bentuk yang beliau
hasilkan merupakan antara contoh terbaik terhadap usaha penyebaran idea identiti seni
bina kepada masyarakat yang mana ianya bukan sahaja telah menjadi antara rujukan yang
paling berharga oleh masyarakat seni bina dan awam di negara ini tetapi juga telah
memberi kelebihan kepada beliau dalam usaha meyakinkan pihak pelanggan mengenai
sesuatu idea reka bentuk seni bina yang dicadangkan.284
283
284
Rujuk lampiran B.
Ibid.
206
8.1.2 Peranan Badan Profesional Seni Bina Dalam Usaha Meningkatkan
Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.
Sesungguhnya badan profesional seni bina di negara ini iaitu Lembaga Akitek
Malaysia (LAM) dan Pertubuhan Akitek Malaysia (PAM) juga perlu memainkan peranan
yang aktif dalam usaha meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina Malaysia pada
masa akan datang. Langkah yang telah dilaksanakan oleh LAM bermula Januari 2003
dengan menganjurkan program Continuing Professional Development (CPD) terhadap
arkitek profesional, akitek berdaftar dan pelukis pelan berdaftar yang bernaung di bawah
badan tersebut dilihat sebagai satu inisiatif yang mampu meningkatkan penghasilan
penerbitan seni bina pada masa akan datang. Program yang bertujuan untuk
meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan tahap profesionalisme golongan profesional
seni bina tersebut telah mewajibkan arkitek profesional dan arkitek berdaftar yang
bernaung di bawah LAM untuk melengkapkan 10 jam kredit kehadiran aktiviti CPD
manakala 4 jam kredit kehadiran aktiviti CPD bagi pelukis pelan berdaftar dalam tempoh
setahun sebagai syarat memperbaharui keahlian mereka.285 Pungutan mata CPD oleh
arkitek profesional, arkitek berdaftar dan pelukis pelan berdaftar boleh dilakukan dengan
pelbagai cara seperti yang telah digariskan oleh LAM dan salah satu aktiviti yang boleh
dilaksanakan oleh golongan profesional tersebut ialah dengan menghasilkan penerbitan
seperti buku dan artikel.286 Berdasarkan pemerhatian terhadap jumlah mata yang
diberikan oleh pihak LAM terhadap aktiviti CPD yang bakal dilaksanakan oleh arkitek
profesional, arkitek berdaftar dan pelukis pelan berdaftar, jumlah mata yang tinggi
diberikan terhadap penerbitan buku seni bina (10 jam kredit bagi arkitek profesional dan
arkitek berdaftar manakala 4 jam kredit bagi pelukis pelan berdaftar ) dan artikel
mengenai seni bina ( 4 jam kredit bagi arkitek profesional dan arkitek berdaftar manakala
2 jam kredit bagi pelukis pelan berdaftar) dilihat dilihat mampu meningkatkan jumlah
penerbitan seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, untuk
memastikan penglibatan secara lebih menyeluruh golongan profesional seni bina di
285
Sila rujuk “Guidelines On Continuing Professional Development for Profesional Architect, Registered
Architect and Registered Building Draughtsmen” oleh Lembaga Arkitek Malaysia, klausa 4.1 dan 4.2.
Hlmn 2. di laman web: http://www.lam.gov.my/.
286
Ibid, Appendix A1 & A2, Hlmn 9-10.
207
dalam penghasilan penerbitan tersebut, beberapa pengubahsuaian terhadap dasar yang
telah digariskan oleh pihak LAM perlu dilaksanakan. Dalam menentukan medium yang
boleh digunakan untuk menerbitkan artikel seni bina, pihak LAM tidak seharusnya
menghadkan penerbitan di dalam jurnal yang berkaitan seni bina sahaja tetapi juga di
dalam jurnal-jurnal yang lain, akhbar dan juga majalah popular. Selain daripada itu,
penghasilan penerbitan tidak seharusnya diletakkan sebagai pilihan semata-mata terhadap
aktiviti CPD yang boleh dilaksanakan oleh golongan profesional seni bina yang bernaung
di bawah badan tersebut tetapi perlu mewajibkan setiap ahlinya menghasilkan buku atau
artikel seni bina dalam tempoh tertentu keahlian mereka di bawah LAM. Sebagai contoh,
arkitek berdaftar wajib menghasilkan sekurang-kurangnya sebuah buku seni bina
sepanjang tempoh 10 tahun pertama keahlian mereka di bawah badan tersebut atau
selepas 10 tahun perlaksanaan CPD dikuatkuasakan.
Selain daripada LAM, pihak PAM juga perlu memainkan peranan dalam usaha
meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina di Malaysia pada masa akan datang.
Sesungguhnya tidak dinafikan bahawa pihak PAM telah memainkan peranan yang aktif
dalam penghasilan penerbitan seni bina di negara ini sejak beberapa dekad yang lalu
melalui penghasilan Majalah Akitek dan beberapa buah buku seni bina, namun kesan
yang lebih besar boleh diwujudkan oleh pertubuhan tersebut dalam meningkatkan lagi
penghasilan penulisan seni bina khususnya di dalam akhbar dan majalah popular. Pihak
PAM juga perlu merubah pendekatan mereka daripada sebuah pertubuhan yang dianggap
elit kepada pertubuhan yang lebih mesra media dan berwibawa dalam menyuarakan
pandangan mereka mengenai isu semasa seni bina di negara ini. Pandangan mengenai
sesuatu isu misalnya boleh disampaikan melalui beberapa pendekatan seperti sidang
media, sesi wacana seni bina, bengkel ataupun seminar yang melibatkan liputan meluas
daripada pihak akhbar, majalah popular ataupun mungkin juga melibatkan kehadiran
media elektronik. Tanggung jawap tersebut mungkin boleh dilaksanakan oleh PAM
Government Liaison Committee yang selama ini telah melaksanakan tugas sebagai
penghubung di antara PAM dengan pihak kerajaan dalam perbincangan mengenai
pelbagai isu. Melalui penganjuran aktiviti sedemikian, sebahagian besar ahli akademik
dan profesional seni bina berpeluang mengambil bahagian dengan mengutarakan
pendapat mereka bukan sahaja di kalangan peserta tetapi juga kepada pihak media yang
208
bertindak sebagai pemerhati serta merekod perjalanan majlis tersebut. Satu lagi kaedah
yang boleh dilaksanakan oleh pihak PAM ialah berperanan sebagai pencetus kepada
perbahasan mengenai sesuatu isu seni bina di dalam akhbar atau penerbitan popular yang
lain dan kemudiannya mempromosikan beberapa individu sama ada yang berstatus tokoh
seni bina ataupun ahli seni bina yang sedang meningkat naik kepada pihak media untuk
memberikan ulasan atau penulisan lanjut mengenai isu tersebut.
8.1.3 Peranan Pusat Pengajian Tinggi Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan
Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.
Dalam usaha meningkatkan penghasilan penerbitan mengenai isu identiti seni bina di
Malaysia pada masa akan datang, pusat pengajian tinggi awam dan swasta yang
berperanan sebagai organisasi yang menaungi ahli akademik seni bina perlu memainkan
peranan sebagai penggalak kepada usaha penghasilan penerbitan seni bina melalui
pengiktirafan yang lebih terhadap penghasilan penerbitan di dalam akhbar atau majalah
popular serta mempermudahkan proses penerbitan buku oleh ahli akademiknya. Dalam
usaha melakukan perubahan terhadap dasar penerbitan atau kenaikan pangkat di
universiti awam dan swasta misalnya, dorongan atau penguatkuasaan daripada penggubal
dasar seperti Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam amat
diperlukan. Sekiranya berlaku perubahan dasar yang mewajib atau menggalakkan ahli
akademik menghasilkan penulisan dan penerbitan, ianya bukan sahaja memberikan
banyak informasi kepada masyarakat mengenai bidang seni bina tetapi juga mengenai
bidang-bidang yang lain. Dasar menggalakkan ahli akademik menghasilkan penerbitan
terutamanya di dalam penerbitan popular harus dilihat dari sudut positif seperti
menaikkan nama sesebuah institusi pengajian tinggi di mata masyarakat serta
mewujudkan proses perkongsian ilmu dalam konteks yang lebih luas. Dalam proses
pembinaan identiti seni bina pula, kewujudan lebih banyak penerbitan oleh ahli akademik
seni bina sudah tentu akan mewujudkan banyak bahan rujukan mengenai isu tersebut.
Penyebarannya secara meluas juga akan memberikan lebih pengetahuan dan kesedaran
209
kepada masyarakat akan peranan yang harus dimainkan oleh mereka dalam pembangunan
identiti seni bina tersebut.
8.1.4 Peranan Badan Bebas Mengenai Seni Bina Dalam Usaha Meningkatkan
Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.
Usaha untuk meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina di Malaysia pada masa
akan datang juga memerlukan sokongan daripada badan-badan bebas atau pusat
penyelidikan seni bina yang telah sedia wujud di negara ini. Salah sebuah badan bebas
yang dimaksudkan tersebut ialah Badan Warisan Malaysia.287 Dalam usaha
mengembangkan wacana seni bina di negara ini khususnya berkenaan dengan warisan
seni bina tradisi sejak dua dekad yang lalu, tidak dinafikan bahawa Badan Warisan
Malaysia telah melaksanakan beberapa aktiviti bagi memenuhi tujuan tersebut. Selain
menyediakan ruang seminar serta pameran, pihak Badan Warisan Malaysia juga telah
menyediakan ruang pameran dan jualan terhadap hasil penerbitan seni bina tempatan
kepada pengunjung di Ibu Pejabatnya di Jalan Stonor, Kuala Lumpur. Dalam usaha
menyedarkan masyarakat di negara ini akan kepentingan memulihara warisan seni bina
sebagai salah satu teras kepada pembinaan identiti seni bina pada masa akan datang,
Badan Warisan Malaysia seharusnya melaksanakan aktiviti penyebaran idea mengenai
isu tersebut secara lebih komprehensif. Antara strategi yang boleh dilaksanakan oleh
badan tersebut ialah dengan memasyarakatkan isu warisan seni bina serta hubung kaitnya
dengan pembinaan identiti seni bina pada masa akan datang berbanding dengan hanya
memfokus kepada aspek nostalgia serta melibatkan hanya golongan elit sahaja di dalam
perbincangannya. Medium penerbitan yang boleh digunakan dalam proses penyebaran
idea tersebut ialah dengan menghasilkan buku bersiri atau memohon ruangan khas di
dalam majalah popular atau akhbar yang membolehkan isu tersebut dibincangkan secara
287
Badan Warisan Malaysia ditubuhkan pada tahun 1983 oleh sebilangan kecil individu yang begitu
perihatin terhadap kepupusan warisan seni bina di Malaysia. Penubuhan awal badan tersebut diketuai oleh
bekas pegawai kerajaan British iaitu Tan Sri Mubin Sheppard, Tan Sri Harun Hashim (bekas presiden),
Jimmy C.S Lim ( bekas naib presiden) dan Chen Voon Fee. Dalam jangkamasa 20 tahun kewujudannya,
Badan Warisan Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk kesedaran terhadap
perlunya usaha pemuliharaan warisan seni bina negara.
210
berterusan dan dibaca oleh pelbagai lapisan masyarakat. Bagi mendapatkan bahan
penulisan untuk diterbitkan, pihak Badan Warisan Malaysia perlu menjalinkan hubungan
yang rapat dengan ahli akademik dan profesional seni bina, artis atau budayawan yang
berkemampuan mengutarakan pandangan bernas mengenai isu tersebut.
Selain daripada Badan Warisan Malaysia, peranan yang telah dimainkan oleh pusat
penyelidikan seperti Pusat Kajian Alam Bina Melayu (KALAM)288 dalam usaha
meningkatkan hasil penerbitan seni bina di negara ini sejak beberapa tahun yang lalu
merupakan sesuatu yang tidak boleh diperkecilkan. Dalam usaha dokumentasi warisan
seni bina Malaysia, KALAM merupakan satu-satunya pusat kajian yang memiliki rekod
lengkap terdiri daripada koleksi lukisan terukur, laporan berjilid, koleksi gambar, model,
artifak dan sebagainya. Sehingga ke hari ini, terdapat lebih daripada 200 hasil
dokumentasi mengenai warisan seni bina Malaysia di KALAM. Selain daripada
melaksanakan aktiviti dokumentasi, pihak KALAM juga telah menerbitkan monograf
yang memaparkan bangunan warisan yang terpilih dan juga beberapa buah buku yang
membincangkan isu identiti seni bina Malaysia.289 Pada masa-masa tertentu juga, pihak
KALAM akan mengadakan pameran bergerak, penjualan buku dan syarahan umum di
pelbagai lokasi serta melibatkan penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat. Di antara
Mei 2005 hingga April 2006 pula, pihak KALAM telah membuat perancangan jangka
panjang dalam usaha memantapkan wacana seni bina di negara ini dengan bertindak
288
Pusat Kajian Alam Bina Melayu (KALAM) ditubuhkan pada bulan Jun 1996 atas landasan kerja
Lukisan Terukur yang dihasilkan oleh pelajar di Jabatan Seni Bina, Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
kerana kekhuatiran akan kehilangan warisan seni bina Malaysia. Usaha mendokumentasi bangunan tradisi
bermula sejak tahun 1975 dan kerja mengenal pasti, mengklasifikasi dan menganalisis di peringkat sarjana
muda dan sarjana telah dijalankan. Kini KALAM mempunyai koleksi dokumentasi lebih 200 buah
bangunan seperti rumah kediaman, istana, masjid, bangunan awam, bangunan komersil, wakaf, madrasah
dan makam.
289
Antara yang diterbitkan oleh KALAM ialah: Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (2002). Monograf KALAM (
jilid 1). Pusat Kajian Alam Bina Melayu ( KALAM), UTM; Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (2003).
Traditional Muslim Architecture In Malaysia. Pusat Kajian Alam Bina Melayu ( KALAM), UTM; Mohd
Tajuddin Mohd Rasdi (2003). Sejarah, Teori Dan Kritikan Seni Bina. Pusat Kajian Alam Bina Melayu (
KALAM), UTM ; Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (June 2003). Crisis in Public Architecture. The KALAM
Papers ; Mohd Tajuddin Mohd Rasdi ( June 2003 ). Crisis in Islamic Architecture. The KALAM Papers,
UTM ; Mohd Tajuddin Mohd Rasdi (August 2003). Housing Crisis In Malaysia : Back To A Humanistic
Agenda. The KALAM Papers,Pusat Kajian Alam Melayu, FAB, UTM.
211
sebagai penganjur kepada Wacana Alam Bina yang diadakan pada setiap hujung bulan
bagi membincangkan pelbagai isu seni bina.290 Sesungguhnya usaha yang telah
dilaksanakan oleh KALAM dalam proses penyebaran idea seni bina kepada masyarakat
sejak beberapa tahun yang lalu adalah sesuatu yang bersifat progresif dan berada
dilandasan yang tepat. Walau bagaimanapun, pada masa akan datang pihak KALAM
mungkin perlu melaksanakan beberapa pendekatan baru dalam penyebaran idea
khususnya melalui kaedah penerbitan. Peluang sebagai penganjur kepada Wacana Alam
Bina misalnya, seharusnya dimanfaatkan dengan sebaik mungkin dengan merekod atau
menerbitkan salinan kertas kerja yang telah dibentang. Selain menerbitkan buku, pihak
KALAM juga mungkin boleh menghasilkan majalah mereka sendiri yang memuatkan
pelbagai isu seni bina khususnya berkaitan dengan warisan seni bina tradisi dan identiti
seni bina Malaysia. Selain daripada pusat kajian, KALAM juga boleh memainkan
peranan sebagai pusat kecemerlangan dalam melahirkan para pemikir seni bina di masa
hadapan. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh KALAM bagi memenuhi hasrat
tersebut ialah dengan bertindak sebagai ‘pusat bimbingan’ kepada ahli akademik dan
profesional seni bina yang berpotensi untuk diketengahkan melalui pembentukan
pemikiran kritis dan kemahiran dalam penghasilan penulisan serta penerbitan seni bina
pada masa akan datang.
Selain daripada bergantung kepada usaha badan bebas atau pusat kajian seni bina
yang telah sedia ada, usaha mewujudkan sebuah lagi badan bebas yang khusus sebagai
penyelaras kepada perlaksanaan aktiviti penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia
pada masa akan datang mungkin perlu dilaksanakan. Antara faktor utama yang dirasakan
perlu diwujudkan organisasi sedemikian ialah bagi memastikan strategi atau gerak kerja
penyebaran idea yang bakal diketengahkan dapat dilaksanakan secara tersusun dan
berterusan. Selama lebih empat dekad perlaksanaan aktiviti pembangunan identiti seni
bina di Malaysia, apa yang dapat diperkatakan tidak wujud satu badan khusus yang
berperanan sebagai pemangkin atau pemantau kepada aktiviti yang telah dilaksanakan.291
Kepentingan mewujudkan sebuah organisasi yang dapat memantau aktiviti pembangunan
290
Maklumat penganjuran aktiviti tersebut diperolehi dari poster yang telah diedarkan oleh pihak KALAM
yang bertajuk “Wacana alam bina 2005-2006”.
291
Laporan Seminar (20-23 Januari 1981). Seminar Ke arah Identiti Kebangsaan Dalam Senibina.
Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan, Malaysia. Kuala Lumpur. Vol I. Hlmn 11.
212
identiti seni bina nasional telah dibangkitkan oleh Parid Wardi Sudin yang mana menurut
beliau penubuhan pusat penyelidikan seni bina adalah perlu sebagai pemangkin ke arah
pembinaan identiti seni bina di Malaysia.292 Oleh yang demikian, penubuhan pusat
penyelidikan tersebut dilihat sebagai sesuatu yang amat wajar untuk direalisasikan.
Penubuhan pusat penyelidikan yang mungkin boleh dinamakan Pusat Kajian Seni Bina
Malaysia tersebut juga, perlu mengambil kira faktor kebebasan dalam perlaksanaan
aktivitinya tanpa dibelenggu oleh mana-mana pihak. Justeru, penubuhan Pusat Kajian
Seni Bina Malaysia dilihat sesuai menggunakan pendekatan badan berkecuali atau badan
bukan kerajaan (NGO) yang mana aktivitinya dapat dilaksanakan dengan lebih lancar
tanpa terlalu tertakluk kepada arahan pihak kerajaan atau pengaruh politik pihak-pihak
tertentu. Selain daripada itu, pusat kajian tersebut juga perlu mempunyai kakitangan dan
struktur organisasi sepenuh masanya sendiri bagi memenuhi keperluan kepada peranan
asasnya sebagai penyelaras dan pemangkin kepada proses pembinaan identiti seni bina
tersebut. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pusat kajian tersebut dalam usaha
meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina di Malaysia pada masa akan datang ialah
dengan melakukan penyelidikan terhadap hasil seni bina, individu, pertubuhan atau firma
tertentu dengan cara menghantar wakil mereka untuk melakukan penyelidikan dan
dokumentasi. Hasil daripada penyelidikan tersebut akan diterbitkan dan segala
perbelanjaan penyelidikan dan penerbitan akan ditanggung sepenuhnya oleh Pusat Kajian
Seni Bina Malaysia atau penaja yang menaja penyelidikan tersebut. Selain daripada itu
Pusat Kajian Seni Bina Malaysia juga mungkin boleh menjalinkan program kerjasama
dengan pihak-pihak yang lain atau pihak yang dikaji dari sudut penajaan atau kerja-kerja
penyelidikan dan penerbitan. Kemudahan khidmat nasihat secara percuma mungkin salah
satu lagi aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh Pusat Kajian Seni Bina Malaysia terhadap
mana-mana individu atau organisasi yang berhasrat melakukan penyelidikan atau
dokumentasi mengenai seni bina. Antara perkhidmatan yang boleh disalurkan oleh pusat
kajian tersebut ialah seperti menganjurkan kursus pendek kepada individu atau
292
Noor Azam Shairi (17 Julai 2000). Sambutan 80 tahun Persatuab Arkitek Malaysia (PAM) : Identiti
Seni Bina Negara. Utusan Malaysia. ( koleksi keratan akhbar di Pusat Sumber NSTP dan tidak dinyatakan
dari halaman mana ianya diperolehi).
213
kakitangan organisasi yang terlibat mengenai kaedah penyelidikan,penulisan, fotografi,
penyediaan montaj dan sebagainya.
8.1.5 Peranan Pihak Kerajaan Dalam Usaha Meningkatkan Penghasilan
Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.
Penglibatan secara langsung pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan penghasilan
penerbitan seni bina pada masa akan datang amat diperlukan. Antara peranan yang boleh
dimainkan oleh pihak kerajaan ialah dengan menyediakan geran penyelidikan kepada
mana-mana individu yang berhasrat melakukan penyelidikan seni bina melalui beberapa
kementerian seperti Kementerian Sains, Teknologi Dan Alam Sekitar, Kementerian
Kebudayaan Dan Warisan, Kementerian Pelancongan dan sebagainya. Dengan wujudnya
bantuan kewangan sedemikian, ianya secara tidak langsung akan memberikan lebih
ransangan terhadap ahli akademik dan professional seni bina untuk melakukan
penyelidikan dan seterusnya menerbitkan hasil penyelidikan yang telah dilaksanakan.
Selain daripada itu, kesudian pihak kerajaan membenarkan ahli akademik dan profesional
seni bina menggunakan sepenuhnya kemudahan sokongan penyelidikan serta
penerbitannya juga dilihat mampu menjadi pemangkin kepada pertambahan jumlah
penerbitan seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Kerjasama daripada pihak
Dewan Bahasa Dan Pustaka untuk menerbitkan lebih banyak buku serta artikel-artikel
berkenaan dengan isu identiti seni bina misalnya, bakal memberikan implikasi yang
cukup besar terhadap pemahaman masyarakat awam mengenai isu tersebut. Satu lagi
aspek yang dianggap kritikal dalam penghasilan sesuatu penerbitan ialah bagaimana
ianya dapat dipasarkan. Bagi mengatasi permasalahan tersebut, pihak kerajaan boleh
memainkan peranan dalam mewujudkan kuasa beli terhadap penerbitan yang dihasilkan.
Sebagai contoh, Kementerian Pendidikan membeli buku atau majalah seni bina yang
dihasilkan dan kemudiannya diedarkan ke setiap perpustakaan sekolah di seluruh negara.
Pihak Kerajaan Negeri dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar juga boleh
memainkan peranan dalam meningkatkan penghasilan penerbitan seni bina pada masa
akan datang dengan membeli buku dan majalah seni bina yang dihasilkan serta diedarkan
214
ke perpustakaan negeri atau desa. Dengan wujudnya kuasa beli daripada pihak kerajaan,
ianya bukan sahaja menjamin pengeluaran yang berterusan terhadap penerbitan seni bina
yang dihasilkan tetapi juga membolehkan masyarakat umum terutamanya bagi golongan
muda dan berpendapatan rendah untuk lebih memahami isu identiti seni bina melalui
pembacaan terhadap buku dan majalah seni bina yang terdapat di perpustakaan tersebut.
8.1.6 Peranan Pihak Swasta Dan Badan Korporat Dalam Usaha Meningkatkan
Penghasilan Penerbitan Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan Datang.
Selain daripada mengharapkan komitmen yang tinggi daripada pihak-pihak yang
bersangkutan dengan bidang seni bina serta pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan
penerbitan seni bina di negara ini pada masa akan datang, penglibatan pihak swasta dan
badan korporat dalam menjayakan perlaksanaan agenda tersebut juga merupakan sesuatu
yang amat penting dan dialu-alukan. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh pihak
swasta dan badan korporat ialah sebagai penaja kepada penerbitan seni bina yang bakal
dihasilkan. Penghasilan buku The Encyclopedia Of Malaysia Architecture293 merupakan
antara contoh terbaik mengenai peranan yang boleh dimainkan oleh pihak swasta dalam
penerbitan sesebuah buku seni bina. Syarikat-syarikat gergasi nasional seperti DRB
HICOM Group, PETRONAS, TNB, Renong Berhad dan YTL Corporation Berhad
merupakan antara penaja utama kepada penerbitan buku tersebut. Selain daripada arkitek,
pihak pemaju atau badan korporat yang menjadi penaung kepada sesuatu hasil seni bina
juga boleh memainkan peranan dalam usaha mempromosikan pembangunan identiti seni
bina nasional kepada masyarakat dengan melantik perunding bagi melakukan
penyelidikan serta menerbitkan penulisan mengenai seni bina yang mereka naungi.
Sebagai contoh, syarikat Telekom Malaysia Berhad melantik sekumpulan penyelidik
untuk melakukan proses dokumentasi dan penerbitan buku mengenai Bangunan Menara
Telekom Malaysia yang direka bentuk oleh Hijjas Kasturi.
293
Chen Voon Fee (1999). The Encyclopedia Of Malaysia Architecture. Archipelago Press.
215
8.2
Langkah Untuk Meningkatkan Perbincangan Mengenai Isu Seni Bina Dan
Kemasyarakatan Dalam Penerbitan Seni Bina di Malaysia.
Kajian terhadap Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund yang
diketengahkan dalam bab sebelum ini telah menunjukkan satu lagi faktor yang membawa
kejayaan kepada proses penyebaran idea oleh kedua-dua pergerakan tersebut iaitu
wujudnya penulisan yang menyentuh isu seni bina dan kemasyarakatan. Dengan
wujudnya penulisan sedemikian, ianya sedikit sebanyak telah berjaya menarik minat
masyarakat untuk membaca disebabkan ianya mudah difahami dan berkaitan dengan
kehidupan seharian mereka. Dalam usaha menarik perhatian masyarakat di Malaysia
terhadap penerbitan seni bina yang dihasilkan pada masa akan datang, pendekatan yang
telah dilaksanakan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund
tersebut juga merupakan sesuatu yang berpotensi untuk dipraktikkan di negara ini. Untuk
memastikan penerbitan yang mengutarakan perbincangan mengenai isu tersebut dapat
dihasilkan secara berterusan pada masa akan datang, kemampuan ahli akademik dan
profesional seni bina dalam menghasilkan penulisan sedemikian perlu dipertingkatkan
manakala sumbangan daripada individu dari luar bidang seni bina seperti wartawan, ahli
antropologi dan sebagainya pula perlu dikekalkan. Selain daripada itu, organisasi yang
berkaitan dengan bidang seni bina dan pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan
yang aktif bagi memastikan isu tersebut mendapat keutamaan dalam perbincangan yang
diutarakan di samping mempertingkatkan kemampuan mereka untuk menghasilkan
penulisan dan penerbitan sedemikian.
8.2.1 Peranan Ahli Akademik Dan Profesional Seni Bina Dalam Meningkatkan
Penerbitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di Malaysia.
Usaha untuk meningkatkan penerbitan yang menyentuh isu seni bina dan
kemasyarakat umum memerlukan kerjasama dan sumbangan yang berterusan dari
masyarakat seni bina terutamanya ahli akademik dan profesional seni bina. Bagi ahli
akademik dan profesional seni bina pula, beberapa inisiatif perlu diambil oleh mereka
216
bagi memastikan penulisan dan penerbitan yang bakal dihasilkan adalah sesuatu yang
berkesan dan berupaya menarik perhatian masyarakat untuk mengikutinya. Inisiatif
pertama yang perlu diambil oleh golongan tersebut ialah meningkatkan pengetahuan
mereka mengenai isu semasa masyarakat dan seni binanya. Pengetahuan ahli akademik
dan profesional seni bina mengenai isu tersebut adalah sangat penting kerana ianya
merupakan asas kepada perbincangan yang akan dibangkitkan dan antara kaedah yang
boleh digunakan untuk meningkatkan pengetahuan tersebut ialah dengan
memperbanyakkan pembacaan atau mengadakan dialog dengan individu di luar bidang
seni bina seperti ahli politik, aktivis sosial, ahli antropologi dan sebagainya. Selain
daripada itu, ahli akademik dan profesional seni bina perlu mempunyai pengetahuan asas
yang kukuh mengenai sejarah dan teori seni bina kerana kewujudan awal bahasa dan
susun atur seni bina yang ada pada hari ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan
masyarakat di sekelilingnya. Sebagai contoh, falsafah seni bina Moden yang mula
diperjuangkan oleh Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund adalah
berkisar kepada aspek keperluan asas, teknologi semasa dan budaya hidup masyarakat di
sekitar seni bina yang dihasilkan. Dengan mempunyai pengetahuan asas sedemikian, ahli
akademik dan profesional seni bina di negara akan mempunyai kemampuan untuk
menilai sama ada seni bina yang dihasilkan di Malaysia pada masa lampau selaras
dengan keperluan masyarakat atau sebaliknya. Kewujudan nilai moral dan patriotik yang
tinggi di kalangan ahli akademik dan profesional seni bina di negara ini juga merupakan
sesuatu yang perlu ada bagi memastikan penghasilan penulisan yang berterusan dan
bersemangat oleh golongan terbabit. Peranan yang harus dimainkan oleh ahli akademik
dan profesional seni bina dalam menghasilkan penerbitan isu seni bina dan
kemasyarakatan samalah seperti peranan seorang aktivis sosial yang tidak meletakkan
keuntungan materialistik sebagai keutamaan dalam perjuangannya.
217
8.2.2 Peranan Individu Dari Luar Bidang Seni Bina Dalam Usaha Meningkatkan
Penghasilan Penerbitan Berkaitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di
Malaysia.
Sumbangan individu dari luar bidang seni bina dalam penghasilan penulisan
mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan merupakan satu usaha yang perlu dihargai
dan harus diteruskan pada masa akan datang. Walau bagaimanapun, sebagai individu
yang mempunyai latar belakang yang berbeza serta pengetahuan yang terhad mengenai
seni bina, bentuk penulisan yang dihasilkan oleh individu-individu tersebut juga
adakalanya memberikan gambaran yang agak samar mengenai kepentingan sesuatu seni
bina itu kepada masyarakatnya. Justeru, untuk menjadikan penulisan yang dihasilkan oleh
individu berkenaan lebih berkesan serta selari dengan objektif menjadikannya sebahagian
daripada elemen pembinaan identiti seni bina nasional, sesuatu perlu dilakukan agar
golongan tersebut memperolehi lebih pengetahuan mengenai seni bina. Sebagai contoh,
badan profesional seni bina atau pusat kajian seni bina mengambil inisiatif dengan
menjemput individu-individu terbabit dalam siri forum atau mengadakan beberapa sesi
dialog di antara ahli profesional dan akademik seni bina dengan individu-individu dari
luar bidang seni bina terbabit. Dengan kata lain, sumbangan individu dari luar bidang
seni bina dalam penghasilan penerbitan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan perlu
dihargai serta dialu-alukan oleh masyarakat seni bina di samping mengekalkan hubungan
yang berterusan dengan mereka.
8.2.3 Peranan Institusi Pengajian Tinggi Dalam Usaha Meningkatkan Penerbitan
Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di Malaysia.
Selain meletakkan matlamat jangka pendek terhadap peningkatan penerbitan yang
membincangkan isu seni bina dan kemasyarakatan di kalangan ahli akademik dan
profesional seni bina, usaha untuk melahirkan generasi seni bina yang sensitif terhadap
keperluan masyarakat dalam seni binanya perlu dihasilkan dalam jangka masa 10 atau 30
tahun akan datang. Dengan wujudnya generasi sedemikian, usaha untuk
218
mempertingkatkan penulisan berkaitan dengan isu kemasyarakatan dan seni bina dari
golongan tersebut akan menjadi lebih mudah. Untuk mencapai hasrat tersebut, perubahan
kurikulum pembelajaran seni bina di seluruh pusat pengajian tinggi di Malaysia pada
masa hadapan perlu dilaksanakan memandangkan aspek tersebut tidak begitu
dipertekankan pada hari ini.294 Selain daripada itu, pusat pengajian tinggi juga harus
mengambil pendekatan mesra media dan bersikap terbuka terhadap pandangan yang
mungkin bersifat sensitif mengenai masyarakat oleh ahli akademiknya. Sifat terbuka
yang diamalkan oleh mana-mana pusat pengajian tinggi di negara ini secara tidak
langsung akan memberikan suasana yang lebih selesa kepada ahli akademik seni bina
untuk mengeluarkan pendapat atau menghasilkan penulisan mengenai isu seni bina dan
kemasyarakatan tersebut.
8.2.4 Peranan Badan Profesional Seni Bina Dalam Usaha Meningkatkan
Penerbitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di Malaysia.
Selain daripada mengharapkan sokongan daripada orang perseorangan, usaha
meningkatkan penghasilan penulisan mengenai isu seni bina dan kemasyarakatan juga
memerlukan sokongan kuat daripada badan profesional seni bina. Pihak PAM misalnya
boleh memperuntukkan satu ruangan khas di dalam Architecture Magazine bagi
membincangkan mengenai isu tersebut pada setiap keluarannya. Pihak PAM juga perlu
melakukan perubahan terhadap kehendak asas yang telah ditetapkan di dalam akta
Undang-undang Kecil Seragam Bangunan (UBBL) yang mana mengambil kira keperluan
dan kebudayaan semasa masyarakat di negara ini. Sebagai contoh, mewajibkan
penyediaan reka bentuk ruang komuniti di bahagian belakang kawasan rumah teres yang
bakal dibangunkan pada masa akan datang atau mewajibkan penyediaan ruang pejalan
kaki di kawasan perumahan. Dengan adanya perubahan undang-undang yang mengambil
kira aspek keperluan dan kebudayaan masyarakat tersebut, ianya secara tidak langsung
294
Kenyataan ini dibuat berdasarkan pengalaman penulis sebagai pelajar seni bina di Universiti Teknologi
Malaysia selama enam tahun (1994-2000) dan juga ahli akademik seni bina selama 4 tahun. Dalam tahun
2003, penulis secara langsung terlibat dalam penulisan silibus bagi peringkat Sarjana Muda Sains Seni Bina
di Universiti Kebangsaan Malaysia. Sepanjang tempoh penulisan tersebut, penulis telah melakukan
semakan terhadap beberapa silibus mata pelajaran seni bina dari UiTM dan UTM.
219
akan mengubah pola perbincangan di dalam penerbitan yang dihasilkan oleh badan
tersebut atau masyarakat seni bina yang berada disekelilingnya. Selain daripada PAM,
pihak LAM juga perlu memainkan peranan yang penting dalam usaha meningkatkan
penghasilan penerbitan yang berkaitan dengan isu seni bina dan kemasyarakatan secara
tidak langsung. Dalam usaha melahirkan generasi seni bina yang peka dengan isu
kemasyarakatan pada masa akan datang oleh institusi pengajian tinggi, pihak LAM perlu
memberi pengiktirafan terhadap kepentingan aspek tersebut dalam proses akriditasi yang
dilaksanakan berbanding dengan hanya memberi penekanan terhadap aspek teknikal dan
kemahiran sahaja.
8.2.5 Peranan Badan Bebas Atau Pusat Penyelidikan Seni Bina Dalam Usaha
Meningkatkan Penerbitan Isu Seni Bina Dan Kemasyarakatan di Malaysia.
Badan bebas atau pusat kajian seni bina turut berperanan dalam usaha meningkatkan
penerbitan yang membincangkan isu seni bina dan kemasyarakatan di Malaysia pada
masa akan datang. Pada masa kini, penghasilan penulisan sedemikian telahpun
dilaksanakan oleh badan bebas atau pusat kajian seni bina seperti KALAM melalui
beberapa penerbitan yang telah di hasilkan oleh mereka. Apa yang perlu dilakukan oleh
badan bebas atau pusat kajian seni bina pada masa akan datang ialah dengan
memperbanyakkan lagi usaha penyelidikan dan perbincangan mengenai isu seni bina dan
kemasyarakatan. Dengan wujudnya banyak sumber atau perkongsian idea mengenai isu
tersebut, ianya secara tidak langsung akan mempermudahkan lagi proses penghasilan
penerbitan yang membincangkan isu sedemikian. Selain daripada menghasilkan
penerbitan, badan bebas atau pusat kajian seni bina di negara ini juga boleh memainkan
peranan sebagai ‘pusat bimbingan’ kepada ahli akademik dan profesional seni bina atau
mungkin juga individu di luar bidang seni bina seperti wartawan, ahli antropologi,
sejarawan dan sebagainya (yang pernah menghasilkan penulisan atau penerbitan seni bina
sebelum ini) mengenai isu tersebut. Sebagai contoh, Pusat Kajian Seni Bina Malaysia
yang telah dicadangkan sebelum ini mungkin boleh menganjurkan seminar atau bengkel
percuma kepada golongan tersebut mengenai seni bina dan kepentingannya terhadap
220
pembinaan sahsiah masyarakat. Selain daripada itu, golongan tersebut juga perlu
dimaklumkan mengenai matlamat mewujudkan identiti seni bina nasional berdasarkan
kebudayaan dan keperluan masyarakat semasa. Sesungguhnya pendidikan yang
berterusan kepada golongan tersebut perlu dilaksanakan yang mana selain daripada
seminar atau bengkel, pengiriman artikel atau surat berita yang menyentuh aspek seni
bina dan kemasyarakatan perlu dilakukan secara berterusan agar ianya dapat
meningkatkan pengetahuan mereka.
8.2.6 Peranan Pihak Kerajaan Dalam Usaha Meningkatkan Penerbitan Isu Seni
Bina Dan Kemasyarakatan di Malaysia.
Selain perlunya wujud kesedaran mengenai peranan seni bina terhadap masyarakat di
kalangan individu atau organisasi yang menghasilkan penulisan dan penerbitan seni bina,
kewujudan suasana yang boleh meransang lebih banyak penerbitan yang membincangkan
isu sedemikian merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Dalam situasi tersebut, pihak
kerajaan dilihat sebagai entiti yang mampu memainkan peranan yang penting iaitu
melalui kementerian-kementerian yang berkaitan seperti Kementerian Pembangunan
Wanita Dan Keluarga, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pendidikan,
Kementerian Pengangkutan dan sebagainya. Sebagai contoh, dalam isu berkaitan dengan
permasalahan sosial di kawasan rumah pangsa yang kurang selesa, Kementerian
Pembangunan Wanita Dan Keluarga dan Kementerian Dalam Negeri mungkin boleh
mengetengahkan isu tersebut untuk diperbincangkan dari pelbagai aspek termasuk juga
mengkaji semula reka bentuk rumah pangsa di negara ini pada masa hadapan. Dengan
wujudnya isu seni bina dan kemasyarakatan di peringkat nasional kesan daripada sikap
perihatin pihak kerajaan tersebut, ianya secara tidak langsung akan membuka ruang yang
lebih selesa kepada banyak pihak termasuk juga ahli akademik dan profesional seni bina
untuk melakukan ulasan mengenainya dalam bentuk penerbitan.
221
8.3
Perlunya Wujud Saluran Khas Dalam Penyebaran Idea Identiti Seni Bina
Melalui Penerbitan di Malaysia.
Dalam kajian terhadap permasalahan penyebaran idea identiti seni bina kepada
masyarakat di Malaysia sebelum ini, satu lagi aspek yang dilihat sebagai penyumbang
kepada kurangnya keberkesanan dalam penyampaian isu tersebut ialah tiadanya satu
penerbitan khusus yang mengetengahkan isu berkenaan. Keseluruhan penerbitan yang
dikaji terutamanya dalam bentuk artikel menunjukkan ianya merupakan bahan bacaan
sisipan kepada sebuah penerbitan yang membincangkan pelbagai isu. Jika kita menoleh
kembali kepada perlaksanaan aktiviti penyebaran idea oleh Pergerakan Arts and Crafts
dan Institusi Deutsche Werbund, kedua-dua pergerakan tersebut telah mewujudkan
penerbitan khas masing-masing berbentuk majalah, jurnal, surat berita, buku panduan
produk dan buku tahunan. Dalam memastikan perbincangan mengenai isu identiti seni
bina dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan pada masa akan datang di
Malaysia, adalah perlu diwujudkan sekurang-kurangnya sebuah penerbitan khas dalam
apa jua bentuk yang membincangkan isu tersebut secara khusus. Seperti juga dalam
proses penghasilan penerbitan yang lain, penglibatan dari pelbagai pihak dalam usaha
mewujudkan penerbitan khas tersebut merupakan aspek yang perlu dipertekankan.
8.3.1 Peranan Ahli Akademik Dan Profesional Seni Bina Dalam Usaha
Mewujudkan Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di
Malaysia Pada Masa Akan Datang.
Usaha mewujudkan penerbitan khas sebagai agen utama terhadap proses penyebaran
idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang memerlukan komitmen yang
tinggi daripada ahli akademik dan profesional seni bina. Kepakaran yang dimiliki oleh
ahli akademik dan profesional seni bina dalam pelbagai aspek sama ada dalam
menghasilkan penulisan, rekaan grafik dan sebagainya begitu diperlukan dalam
memastikan proses penerbitan tersebut dapat dilaksanakan dengan lancar . Inisiatif
organisasi atau badan-badan tertentu untuk mewujudkan penerbitan khas mungkin
222
memerlukan sebuah jawatankuasa tetap. Justeru, sumbangan dari segi masa, tenaga dan
buah fikiran dari sesetengah ahli akademik dan professional seni bina secara berterusan
sepanjang tempoh penghasilannya juga begitu perlukan. Sumbangan idea dalam bentuk
penulisan secara menyeluruh daripada kedua-dua golongan tersebut juga diperlukan agar
penerbitan khas yang bakal diwujudkan tidak bersifat mengetengahkan pandangan
individu tertentu sahaja. Untuk mencapai hasrat tersebut, ahli akademik dan profesional
seni bina terutamanya yang masih muda, perlu bersikap pro-aktif, berfikiran kritis dan
berani menyuarakan pandangan mereka melalui penulisan.
Selain daripada memberi sumbangan dalam bentuk penulisan, kemahiran pengurusan
dan sebagainya, sumbangan daripada ahli akademik dan profesional seni bina dari segi
mewujudkan kuasa beli dan promosi terhadap sesuatu penerbitan khas yang dihasilkan
juga dirasakan sesuatu yang perlu diwujudkan. Sesungguhnya, kewujudan kuasa beli
terhadap mana-mana produk yang dihasilkan adalah faktor yang paling penting dalam
memastikan ianya dapat terus bertahan. Walaupun penerbitan khas yang bakal dihasilkan
mungkin tidak meletakkan faktor keuntungan sebagai keutamaan, namun dengan
pembelian terhadap penerbitan tersebut sekurang-kurangnya dapat mewujudkan modal
pusingan terhadap proses penerbitan yang seterusnya. Dalam usaha mewujudkan kuasa
beli, sumbangan ahli akademik dan profesional seni bina dari segi mengadakan promosi
dari ‘mulut-ke mulut’ sama ada di kalangan masyarakat seni bina ataupun masyarakat
awam begitu diperlukan. Sebagai contoh, usaha promosi di kalangan masyarakat seni
bina boleh dilakukan oleh Ketua Jabatan Seni Bina di semua institusi pengajian tinggi
awam dan swasta tempatan kepada ahli akademik dan pelajar seni bina yang bernaung di
bawah mereka.
8.3.2 Peranan Individu Dari Luar Bidang Seni Bina Dalam Usaha Mewujudkan
Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada
Masa Akan Datang.
Dalam usaha mewujudkan saluran khas terhadap proses penyebaran idea identiti seni
bina di Malaysia pada masa akan datang, pelbagai pendekatan perlu dilaksanakan
223
terutamanya kepada masyarakat awam yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan
pendidikan. Justeru, dalam memastikan matlamat mendidik masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai latar belakang mengenai isu identiti seni bina dapat dilaksanakan,
sumbangan daripada individu dari luar bidang seni bina dilihat sebagai sesuatu yang amat
penting. Sebagai contoh, untuk memastikan proses penyebaran idea identiti seni bina
kepada golongan muda menjadi lebih berkesan dan menyeronokkan, kerjasama dari
golongan kartunis seperti Lat dan Ujang dilihat sebagai salah satu alternatif yang boleh
digunakan. Kedua-dua kartunis tersebut telahpun mempunyai komik mereka sendiri dan
juga dikenali sebagai seniman yang mempunyai pemikiran tajam terhadap perkembangan
budaya hidup masyarakat di Malaysia serta mampu menyampaikan mesej mereka dalam
bentuk humor tetapi berkesan. Apa yang perlu dilaksanakan kedua-dua individu tersebut
ialah menyelitkan unsur moral mengenai pengaruh seni bina terhadap masyarakatnya
dalam segmen-segmen tertentu di dalam komik yang dihasilkan atau menghasilkan
sebuah komik khas yang menggabungkan beberapa orang kartunis dan jalan cerita yang
diketengahkan di dalamnya secara langsung menyentuh isu seni bina dan kemasyarakatan
tersebut.
8.3.3 Peranan Badan Profesional Seni Bina Dalam Usaha Mewujudkan Saluran
Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada Masa
Akan Datang.
Sejak beberapa dekad yang lalu, pihak PAM telahpun menghasilkan Majalah Akitek
yang bertujuan memberikan informasi kepada masyarakat seni bina mengenai isu dan
perkembangan seni bina semasa termasuk juga isu mengenai identiti seni bina nasional.
Walau bagaimanapun, sifat Majalah Akitek yang tidak memberikan tumpuan khusus
kepada isu-isu tertentu telah menjadikan perbincangan mengenai isu identiti seni bina di
dalam majalah tersebut tidak begitu mendalam. Apa yang perlu dilakukan oleh PAM
pada masa akan datang ialah usaha berterusan dalam mengangkat isu identiti seni bina
nasional sebagai isu yang penting dan perlu diterbitkan secara tetap dan konsisten sama
ada di dalam Majalah Akitek (hari ini dikenali sebagai Architecture Magazine) atau
224
menerbitkan isu tersebut secara berasingan dalam bentuk risalah dan dijual secara pakej
bersama Architecture Megazine . Selain daripada itu, pihak PAM juga mungkin boleh
memberikan sokongan moral atau bantuan teknikal dalam penulisan dan penerbitan
terhadap mana-mana organisasi yang mempunyai inisiatif untuk menghasilkan penerbitan
khas yang membincangkan isu identiti seni bina tersebut.
8.3.4 Peranan Badan Bebas Dan Pusat Kajian Seni Bina Dalam Usaha Mewujudkan
Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada
Masa Akan Datang.
Badan bebas dan pusat kajian seni bina yang telah sedia wujud atau yang bakal
diwujudkan seperti Badan Warisan Malaysia, KALAM dan Pusat Kajian Seni Bina
Malaysia dilihat sebagai antara institusi yang paling berpotensi untuk memainkan
peranan penting dalam usaha mewujudkan saluran khas terhadap proses penyebaran idea
identiti seni bina di Malaysia melalui penerbitan pada masa akan datang sama ada
melalui kerja sama ataupun secara berasingan. Pada peringkat awal penghasilan
penerbitan khas oleh ketiga-tiga badan tersebut, ianya mungkin boleh dihasilkan dalam
bentuk risalah atau surat berita dan diedarkan dalam jumlah yang terhad. Penyediaan
risalah atau surat berita bukan sahaja dapat dihasilkan dengan cepat tetapi juga hanya
melibatkan kos yang rendah. Apabila masyarakat mula menyedari akan kewujudan
penerbitan khas sedemikian serta terdapat pihak yang sanggup menjadi penaja,
penerbitan yang membabitkan kos yang lebih tinggi seperti akhbar mini, majalah ataupun
jurnal boleh dihasilkan. Penghasilan penerbitan khas oleh institusi-istitusi tersebut juga
harus meletakkan matlamat jangka panjang serta proses menaik tarafnya juga tidak perlu
dilakukan secara terburu-buru tetapi apa yang lebih penting ialah kesedaran masyarakat
mengenai kewujudan medium tersebut serta isu yang diperbincangkannya.
225
8.3.5 Peranan Badan Kerajaan Dalam Usaha Mewujudkan Saluran Khas
Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada Masa Akan
Datang.
Dalam usaha mewujudkan penerbitan khas terhadap penyebaran idea identiti seni
bina di Malaysia pada masa akan datang, kerjasama daripada pihak kerajaan juga amat
diperlukan. Antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihak kerajaan ialah dengan
menyedikan mekanisme sokongan terhadap proses penghasilan penerbitan tersebut dan
juga boleh bertindak sebagai pihak yang memberi galakan atau penaung terhadap
penerbitan khas yang dihasilkan. Dalam memainkan peranan sebagai pihak yang
menyediakan mekanisme sokongan terhadap proses penghasilan penerbitan khas, pihak
kerajaan melalui badan-badan tertentu yang bernaung di bawahnya seperti Dewan
Bahasa dan Pustaka dan Percetakan Nasional Berhad boleh menyediakan bantuan
kepakaran dari sudut percetakan dan pemasaran terhadap mana-mana institusi atau
organisasi yang berhasrat menghasilkan penerbitan tersebut. Bantuan yang dihulurkan
oleh badan-badan kerajaan terbabit dari sudut percetakan misalnya, bukan sahaja dari
segi teknik atau kemudahan percetakan tetapi juga mungkin dari sudut penjimatan kos
dalam menghasilkan penerbitan itu sendiri. Dengan penggunaan kos yang lebih rendah
dalam proses penghasilan penerbitan, ianya secara tidak langsung akan meningkatkan
kuasa beli masyarakat terhadapnya.
Selain daripada menyediakan mekanisme sokongan terhadap mana-mana penerbitan
khas seni bina yang bakal dihasilkan, pihak kerajaan juga boleh bertindak sebagai pihak
yang memberi galakan atau penaung kepada projek penerbitan terbabit. Dalam situasi
tersebut, satu atau beberapa kementerian boleh bertindak sebagai penaung kepada sesuatu
penerbitan khas seni bina yang dihasilkan oleh sesebuah institusi. Sebagai contoh,
Kementerian Kebudayaan Dan Warisan bertindak sebagai penaung kepada penerbitan
khas yang dihasilkan oleh Badan Warisan Malaysia. Melalui kesudian pihak kerajaan
untuk menjadi penaung kepada penghasilan sesuatu penerbitan khas, ia sekurangkurangnya akan meningkatkan moral institusi atau organisasi berkenaan untuk terus
bekerja keras dalam usaha mencapai matlamat penghasilan penerbitan tersebut.
226
8.3.6 Peranan Pihak Swasta Dan Badan Korporat Dalam Usaha Mewujudkan
Saluran Khas Terhadap Penyebaran Idea Identiti Seni Bina di Malaysia Pada
Masa Akan Datang.
Proses mewujudkan penerbitan khas yang berperanan sebagai medium utama
terhadap perbincangan isu identiti seni bina nasional boleh direalisasikan dengan jayanya
melalui penglibatan secara aktif pihak swasta dan badan korporat. Selain berpotensi
sebagai penaja kepada penerbitan khas yang bakal dihasilkan, pihak swasta dan badan
korporat juga boleh memainkan peranan sebagai pihak yang menghasilkan penerbitan
atau menyediakan kemudahan yang boleh melancarkan lagi proses penghasilan
penerbitan tersebut. Dalam memainkan peranan sebagai pihak yang menghasilkan
penerbitan khas misalnya, ianya mungkin boleh dilaksanakan oleh pihak pemaju seni
bina (terutamanya pemaju yang besar) dalam usaha memberi informasi dan mendidik
bakal pembeli mengenai reka bentuk seni bina yang menekankan aspek identiti seni bina
nasional di dalam projek yang telah atau bakal mereka bangunkan. Pihak pemaju seni
bina di Malaysia juga mungkin boleh mengambil iktibar daripada kesedaran pengguna
yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini yang mana telah wujud sikap ingin tahu
yang lebih mendalam mengenai sesuatu produk. Dengan wujudnya penerbitan khas yang
mampu mendidik golongan pembeli, ianya bukan sahaja memberi kebaikan kepada
golongan tersebut dari segi peningkatan pengetahuan mengenai identiti seni bina tetapi
juga akan mewujudkan keuntungan dalam jangka masa panjang kepada pihak pemaju
dari segi peningkatan jualan, kesan daripada perasaan yakin masyarakat terhadap
organisasi mereka. Selain daripada kemudahan penerbitan yang diperolehi dari pihak
kerajaan, penghasilan penerbitan khas yang membincangkan isu identiti seni bina
nasional oleh mana-mana organisasi mungkin boleh mendapatkan perkhidmatan
penerbitan daripada pihak swasta. Dalam situasi tersebut, sokongan teknikal dan
penjimatan kos penerbitan merupakan antara bantuan yang boleh dihulurkan oleh
syarikat penerbitan terbabit. Selain daripada itu, syarikat penerbitan swasta terbabit juga
perlu memainkan peranan yang penting dalam proses pemasaran hasil penerbitan khas
tersebut sama ada dalam usaha mengenal pasti cita rasa pembaca sebelum sesuatu
227
penerbitan dihasilkan atau menyalurkan penerbitan tersebut kepada pengedar atau kedai
buku di seluruh negara.
8.4 Rumusan
Penulisan bab ini telah memperlihatkan dengan jelas mengenai proses adaptasi serta
penyesuaian ketiga-tiga nilai penyebaran idea yang dipraktikkan oleh Pergerakan Arts
and Crafts dan Intitusi Deutsche Werkbund terhadap garis kasar strategi penyebaran idea
identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Usaha penyebaran idea identiti seni
bina di Malaysia tidak harus diletakkan di bahu pihak tertentu sahaja, sebaliknya pelbagai
pihak sama ada dari dalam atau luar bidang seni bina perlu berganding bahu dalam
melaksanakan tanggung jawab tersebut selaras dengan menjadikan masyarakat sebagai
sebahagian daripada elemen dalam pembinaan identiti seni bina nasional. Pengajaran
yang diambil daripada Pergerakan Arts and Crafts dan Intitusi Deutsche Werkbund juga
tidak terhad setakat nilai penyebaran ideanya sahaja tetapi juga merangkumi kaedah kerja
yang telah dilaksanakan oleh kedua-dua pergerakan tersebut. Dalam suasana dunia seni
bina Malaysia yang semakin kompleks pada hari ini, perlaksanaan proses penyebaran
idea oleh sebuah institusi seperti yang dilakukan oleh Institusi Deutsche Werkbund
dilihat sebagai sesuatu yang agak sukar untuk dilaksanakan berbanding dengan
Pergerakan Arts and Crafts yang menggerakkan aktivitinya melalui kerjasama pelbagai
individu dan institusi. Walau bagaimanapun, perlaksanaan gerak kerja penyebaran idea
oleh Institusi Deutsche Werkbund yang mendapat kerjasama rapat daripada pihak
kerajaan juga dilihat sebagai sesuatu yang wajar dipraktikkan dalam konteks penyebaran
idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang. Justeru, di samping
mengambil pengajaran daripada nilai penyebaran idea yang diketengahkan oleh
Pergerakan Arts and Crafts dan Institusi Deutsche Werkbund, penyebaran idea identiti
seni bina di Malaysia pada masa akan datang juga cuba menerap dan menyesuaikan
sesetengah nilai dinamik dari kedua-dua pergerakan tersebut dalam menggerakkan
strategi penyebaran idea yang telah digariskan.
228
BAB SEMBILAN
KESIMPULAN
9.0 Pendahuluan
Secara keseluruhannya tesis ini cuba mengetengahkan pendapat mengenai perlunya
wujud usaha penyebaran idea secara bersistematik kepada masyarakat sebagai salah satu
kaedah ke arah mewujudkan seni bina beridentiti di Malaysia pada masa akan datang.
Komen dari beberapa orang tokoh seni bina negara mengenai kurangnya pemahaman di
kalangan masyarakat mengenai isu identiti seni bina sebagai salah satu punca kepada
permasalahan dalam proses pembangunan identiti seni bina nasional sejak beberapa
dekad yang lalu, telah membawa kepada kajian lanjut terhadap sumber penerbitan seni
bina yang berlandaskan nilai penyebaran idea oleh Pergerakan Arts and Crafts dan
229
Institusi Deutsche Werkbund. Daripada kajian yang dilakukan terhadap bahan penerbitan
seni bina tersebut, satu kesimpulan yang dapat dibuat ialah telah wujud beberapa
kelemahan di dalam proses penyebaran idea melaluinya dan sebagai tindakan susulan,
cadangan terhadap strategi penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia pada masa akan
datang telah diketengahkan. Sesungguhnya, tesis ini merupakan sebahagian daripada
usaha mengenal pasti punca yang membawa kepincangan dalam proses pembinaan
identiti seni bina di Malaysia sejak beberapa dekad yang lalu. Walau bagaimanapun,
ianya bukanlah satu-satunya jawapan terhadap persoalan tersebut. Justeru, beberapa
kajian lanjut perlu dilaksanakan bagi memperjelaskan lagi beberapa permasalahan yang
dihadapi oleh masyarakat dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia sejak empat
dekad yang lalu serta cadangan susulan mengenainya.
9.1 Cadangan Kajian Lanjutan
Beberapa kajian lanjutan mengenai kewujudan permasalahan dalam penyebaran idea
identiti seni bina Malaysia pada masa lampau perlu dilaksanakan. Kajian pertama yang
boleh dilaksanakan ialah dengan cuba mengenal pasti secara langsung tahap pemahaman
atau kesedaran masyarakat mengenai isu identiti seni bina di Malaysia sejak empat dekad
yang lalu. Berbanding tesis ini, kajian lanjutan yang bakal dilaksanakan tersebut mungkin
akan melaksanakan ujian secara langsung terhadap kumpulan sasaran untuk mengenal
pasti sejauh mana kefahaman mereka mengenai isu identiti seni bina tersebut. Cadangan
kajian lanjutan kedua pula ialah mengenai usaha penyebaran idea identiti seni bina yang
telah dilaksanakan oleh pelopor atau penggerak gagasan tersebut pada era 70-an dan 80an yang mana pada waktu itu, isu berkenaan begitu hebat diperkatakan. Selain daripada
menghasilkan penerbitan, mungkin pada waktu itu terdapat beberapa kaedah lain yang
digunakan oleh pelopor atau penggerak gagasan identiti seni bina nasional dalam usaha
penyebaran idea kepada masyarakat. Cadangan kajian lanjutan ketiga yang difikir perlu
dilaksanakan pada masa hadapan ialah mengenai persepsi ahli akademik dan profesional
seni bina terhadap peranan yang harus dimainkan oleh masyarakat dalam pembangunan
identiti seni bina di Malaysia pada masa lampau. Kepentingan kajian tersebut ialah untuk
230
mengenal pasti tahap motivasi serta sejauh mana usaha penyebaran idea mengenai isu
identiti seni bina nasional telah dilaksanakan oleh golongan tersebut sejak beberapa
dekad yang lalu.
9.1.1 Cadangan Kajian Mengenai Tahap Pemahaman Masyarakat Awam Terhadap
Identiti Seni Bina di Malaysia.
Dalam kajian mengenai tahap pemahaman masyarakat awam mengenai identiti seni
bina Malaysia, kaedah temu ramah boleh digunakan bagi mendapatkan pandangan
mereka mengenai isu tersebut. Untuk melihat sejauh mana pemahaman masyarakat
mengenai identiti seni bina sama ada hanya dari sudut fizikal atau sebaliknya, pandangan
mereka mengenai penggunaan elemen-elemen tertentu pada bangunan moden boleh
dijadikan ukuran. Sebagai contoh, penggunaan elemen seni bina Melayu pada seni bina
kontemporari telah ditafsirkan oleh sesetengah pihak sebagai jawapan terhadap
pembinaan identiti seni bina nasional. Justeru, ujian yang akan dilaksanakan ialah untuk
mendapatkan pandangan mereka mengenai tafsiran tersebut. Menurut kebiasaannya,
tahap pemikiran seseorang mengenai sesuatu isu berdasarkan apa yang mereka lihat,
dengar atau baca. Justeru, selain daripada sesi temuramah, maklum balas daripada
respondan mengenai sumber penerbitan seni bina yang biasa mereka baca juga akan cuba
direkodkan. Ianya bertujuan untuk mengenal pasti sama ada proses penyebaran idea
identiti seni bina yang telah dilaksanakan telah diterima dengan baik di peringkat akar
umbi atau sebaliknya. Mengenai respondan yang terlibat, golongan pertengahan yang
terdiri daripada pemimpin politik, ahli akademik, golongan profesional dan sebagainya
merupakan golongan masyarakat yang begitu berpotensi dan perlu diberi keutamaan
dalam kajian yang bakal dilaksanakan. Pemilihan golongan masyarakat terbabit sebagai
respondan utama di dalam kajian tersebut adalah bertepatan berdasarkan beberapa kriteria
yang ada pada mereka seperti tahap pendidikan atau intelektual yang tinggi serta sering
dianggap sebagai suara utama masyarakat dalam mengutara serta membincangkan secara
matang mengenai sesuatu isu.
231
9.1.2 Cadangan Kajian Mengenai Usaha Penyebaran Idea Identiti Seni Bina
Nasional Oleh Para Pelopor Gagasan Tersebut Pada Era 70-an Dan 80-an.
Cadangan kajian mengenai usaha peyebaran idea oleh para pelopor gagasan identiti
seni bina nasional pada era 70-an dan 80-an cuba melihat dari perspektif yang lebih
khusus iaitu usaha penyebaran idea oleh individu tertentu ketika isu tersebut begitu hebat
diperkatakan dalam kedua-dua dekad tersebut. Beberapa tokoh seni bina negara seperti
Ken Yeang, Ikmal Hisham Albakri, Baharuddin Kassim, Hijjas Kasturi dan sebagainya
merupakan antara respondan utama dalam kajian yang bakal dilaksanakan. Kaedah kajian
yang bakal dilaksanakan ialah dengan mengadakan sesi temu ramah dan mungkin juga
semakan terhadap dokumen yang berkaitan usaha penyebaran idea oleh tokoh-tokoh
terbabit suatu ketika dahulu. Tujuan utama kajian tersebut dilaksanakan ialah untuk
mengenal pasti sama tokoh-tokoh terbabit mempunyai kaedah penyebaran idea yang
bersistematik atau sebaliknya. Selain daripada itu, dengan perlaksanaan kajian tersebut,
sebarang permasalahan yang dihadapi oleh tokoh-tokoh terbabit dalam proses penyebaran
idea identiti seni bina kepada masyarakat dalam era 70-an dan 80-an dapat dikenal pasti.
9.1.3 Cadangan Kajian Terhadap Persepsi Ahli Akademik Dan Profesional Seni
Bina Mengenai Kepentingan Penglibatan Masyarakat Dalam Usaha
Pembangunan Identiti Seni Bina di Malaysia.
Satu lagi kajian yang perlu dilaksanakan pada masa akan datang ialah mengenai
persepsi ahli akademik dan profesional seni bina terhadap peranan yang seharusnya
dimainkan oleh masyarakat dalam pembanguan identiti seni bina di Malaysia. Dalam
kajian tersebut, beberapa ahli akademik dan profesional seni bina yang berpengalaman
atau pernah memainkan peranan penting dalam perbincangan mengenai isu identiti seni
bina di Malaysia akan dipilih dan ditemu bual. Melalui kajian tersebut, satu rumusan
mungkin boleh dibuat mengenai tahap kesungguhan ahli akademik dan profesional seni
bina terbabit dalam proses penyebaran idea identiti seni bina kepada masyarakat sejak
beberapa dekad yang lalu. Selain daripada itu, satu perbandingan terhadap hasil kajian
232
yang diperolehi dalam penyelidikan tersebut dengan hasil penyelidikan lepas boleh
dilaksanakan. Sebagai contoh, masalah dalam penyebaran idea identiti seni bina kepada
masyarakat melalui beberapa medium penerbitan seperti yang telah diketengahkan di
dalam tesis ini mungkin mempunyai kaitan dengan tahap motivasi atau persepsi ahli
akademik dan profesional seni bina terhadap peranan masyarakat di dalam pembangunan
identiti seni bina tersebut.
9.2 Rumusan
Kajian terhadap permasalahan penyebaran idea identiti seni bina di Malaysia melalui
penerbitan telah menunjukkan bahawa usaha memperkemaskan strategi perlaksanaan
dalam pembangunan identiti seni bina tersebut adalah sesuatu yang amat penting. Walau
bagaimanapun, sekali lagi ingin ditegaskan bahawa tesis ini bukanlah satu-satunya
jawapan kepada permasalahan dalam pembangunan identiti seni bina di Malaysia
khususnya dalam usaha penyebaran idea kepada masyarakat dan menyedari hakikat itu,
beberapa cadangan kajian lanjutan telah diketengahkan. Melalui perlaksanaan beberapa
kajian susulan tersebut, beberapa cadangan baru terhadap strategi penyebaran idea
identiti seni bina di Malaysia pada masa akan datang juga pasti diketengahkan. Dengan
wujudnya pelbagai cadangan baru terhadap pendekatan penyebaran idea identiti seni bina
kepada masyarakat, ianya secara tidak langsung akan membuka peluang yang lebih luas
kepada tercapainya objektif penyebaran idea tersebut berbanding dengan hanya
melaksanakan satu strategi penyebaran idea sahaja.
Download