MERANGKA STRATEGI PEMBANGUNAN MAPAN KOMUNITI ORANG ASLI: SUATU PENILAIAN TAHAP KEMAPANAN KOMUNITI TEMIAR DI RANCANGAN PENGUMPULAN SEMULA (RPS) LEGAP & POS KUALA MU, DAERAH KUALA KANGSAR, PERAK KHAIRUL HISYAM BIN KAMARUDIN Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Sains (Perancangan Bandar & Wilayah) Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia OGOS 2005 PSZ 19:16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦ JUDUL : MERANGKA STRATEGI PEMBANGUNAN MAPAN KOMUNITI ORANG ASLI: SUATU PENILAIAN TAHAP KEMAPANAN KOMUNITI TEMIAR DI RANCANGAN PENGUMPULAN SEMULA (RPS) LEGAP & POS KUALA MU, DAERAH KUALA KANGSAR, PERAK SESI PENGAJIAN : 2004/2005 Saya KHAIRUL HISYAM BIN KAMARUDIN (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara universiti pengajian tinggi 4. **Sila tandakan ( √ ) √ SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: 64, Kg. Durian Kassim, 21800 Ajil, Terengganu 23 OGOS 2005 Tarikh: CATATAN: * ** ♦ (TANDATANGAN PENYELIA) PROF. MADYA DR. IBRAHIM BIN NGAH Nama Penyelia Tarikh: 23 OGOS 2005 Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja khusus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). “Saya/Kami* akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya/kami* ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Sains (Perancangan Bandar & Wilayah)” Tandatangan : .......................................................................... Nama Penyelia I : PROF. MADYA DR. IBRAHIM BIN NGAH Tarikh 23 OGOS 2005 : .......................................................................... Tandatangan : Nama Penyelia II : Tarikh : * Potong yang tidak berkenaan. BAHAGIAN A – Pengesahan Kerjasama* Adalah disahkan bahawa projek penyelidikan tesis ini telah dilaksanakan melalui kerjasama antara dengan Disahkan oleh : Tandatangan : ................................................................... Tarikh : ................................ Nama : ................................................................... Jawatan : ................................................................... (Cop rasmi) * Jika penyediaan tesis/projek melibatkan kerjasama. BAHAGIAN B – Untuk Kegunaan Pejabat Sekolah Pengajian Siswazah Tesis ini telah diperiksa dan diakui oleh: Nama dan Alamat Pemeriksa Luar : Nama dan Alamat Pemeriksa Dalam : Nama Penyelia Lain (jika ada) : Disahkan oleh Penolong Pendaftar di SPS: Tandatangan : .................................................................... Tarikh : ................................... Nama GANESAN A/L ANDIMUTHU : .................................................................... ii “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : ..................................................................... Nama Penulis : KHAIRUL HISYAM BIN KAMARUDIN Tarikh 23 OGOS 2005 : ..................................................................... iii “mengingati jerih-perih ayahanda dan bonda” iv PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada penyelia tesis iaitu Prof. Madya Dr. Ibrahim Ngah di atas kesabaran mendidik dan memimpin saya sehingga siapnya tesis ini. Budi dan jasa Dr. Ibrahim takkan mungkin dapat saya membalasnya. Terima kasih juga diucapkan kepada pemeriksa dalaman dan pemeriksa luar yang telah menilai sebaik-baiknya tesis ini. Sama ada sedar atau tidak, banyak pihak telah terlibat membantu saya menyiapkan tesis ini, terutama sokongan daripada seluruh kaum keluarga serta tidak lupa para pegawai dari JHEOA Persekutuan (En. Zainal Abidin Hj. Ali) dan JHEOA Daerah Kuala Kangsar (En. Badrol Hisham Kamaruddin, En. Mokhtar Daud, En. Asri Dahyat, En. Tajuddin Hassan dan En. Yuswardi Che Soh). Tidak lupa kepada informan-informan kajian dan penghulu (Sudin Long, Perjek dan Karim Busu, Kuala Mu), guru-guru Sek. Keb. Pos Kuala Mu (Hj. Ahmad, Cikgu Farid, Cikgu Fendi, Cikgu Amin dan lain-lain) serta para penggiat masyarakat (Ustaz Mohd Som dan Ustaz Ismail) kerana banyak meringankan beban tugas saya selama beberapa kunjungan ke kawasan kajian. Ucapan terima kasih turut diberikan kepada semua rakan Program Lepas Ijazah (Hanizun, Hafiz, Hazlan, Kayspi, Ubong, Apriyan, Yendo, Moukhtar) dan Saudari Masliyana Bte Mohd Noor di atas sokongan anda terhadap kajian saya ini. Dengan rasa penuh kerdil saya bersyukur kepada Allah kerana telah mengurniakan saya dengan kesempatan, tenaga dan keupayaan, membenarkan saya mengecapi pelbagai nikmat hidup serta memberikan kekuatan untuk meneroka bidang ini. Alhamdulillah. v ABSTRAK Dalam pengisytiharan Persidangan Mengenai Alam Sekitar dan Pembangunan di Rio de Janeiro 1992, peranan penduduk Pribumi dalam pengurusan alam sekitar dan pembangunan bagi mencapai kemapanan telah diiktiraf kerana ilmu dan amalan tradisional mereka. Bagaimanapun, nilai dan amalan tradisional penduduk Pribumi hari ini telah semakin terhakis akibat tekanan bagi memenuhi tuntutan kehidupan yang moden dan pengaruh sistem pasaran bebas yang menular dalam komuniti. Kajian ini menyelidiki setakat mana pengetahuan dan amalan semasa kehidupan komuniti Orang Asli selaras dengan prinsip-prinsip kemapanan dan bagaimanakah pengetahuan dan amalan hidup mereka boleh digunakan dalam membina kerangka pembangunan komuniti mapan. Berdasarkan kajian kes terhadap komuniti Orang Asli di Kampung Perjek dan Kuala Mu, Daerah Kuala Kangsar, Perak, kajian ini telah menilai tahap kemapanan komuniti yang dikaji berdasarkan indikator-indikator yang dibentuk. Sebanyak 45 indikator dikenalpasti secara komprehensif merangkumi dimensi ekonomi, sosial dan fizikal. Indikator ini kemudiannya dikategorikan kepada komponen sikap, sistem dan situasi. Kajian di lapangan dilakukan selama 28 hari untuk membuat pengamatan, soal-selidik isirumah dan temubual mendalam beberapa responden terpilih. Tahap kemapanan dianalisis bagi setiap indikator dan kaedah indeks digunakan bagi mengukur tahap kemapanan komuniti secara keseluruhan. Kajian ini mendapati terdapat pelbagai tahap kemapanan bagi setiap indikator. Tahap kemapanan sederhana bagi indikator sikap dan situasi serta rendah bagi indikator sistem. Berasaskan penemuan analisis dan proses percambahan minda bersama penduduk, kajian telah merangka strategi pembangunan mapan Orang Asli yang dikaji meliputi cadangan pertanian organik secara komersil, pelancongan, pembangunan sumber manusia, petempatan tersusun dan pengurusan alam sekitar. vi ABSTRACT In the declaration of the Conference on Environment and Development at Rio de Janeiro 1992, the role of indigenous people in environmental management and development for achieving sustainability was recognized because of their knowledge and traditional practice. However, the value and traditional practices of the indigenous communities today has gradually disappear due to pressure from modernization and influence of market economy which penetrated them.the study examine the extent to which the knowledge and practice of the Orang Asli community comply with sustainable development principles and how their knowledge and practice could be used to derive a framework for sustainable development strategies of Orang Asli community. Based on a case study of Orang Asli communities of Kampung Perjek and Kuala Mu, this study evaluate the level of sustainability of the communities on the basis of indicators formulated. 45 indicators were finalized in comprehensive manned covering economic, social and physical dimensions. These indicators then were categorized into attitude, system and situational components. Fieldworks were conducted about 28 days to make observations, household survey and in-depth interviews of selected respondents. The level of sustainability of each indicator was analyzed based on information collected and index was used to measure overall sustainability. This study shows variability of sustainability levels of each indicators. Levels of sustainability were moderate for the attitude and situation indicators and low for the system indicators. On the basis of the findings and the brainstorming process with the locals, this study suggests a framework for the sustainable development strategy of Orang Asli community which includes commercialization of organic farming, tourism, human resource development, rearrangement of settlement and environmental management. vii SENARAI KANDUNGAN BAB 1 PERKARA MUKA SURAT PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi SENARAI KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xiii SENARAI RAJAH xvi PENGENALAN 1.1 Pengenalan 1 1.2 Permasalahan Penyelidikan 3 1.3 Matlamat dan Objektif Penyelidikan 6 1.4 Skop Penyelidikan 7 1.5 Sumbangan dan Kepentingan Penyelidikan 9 1.6 Organisasi Tesis 10 viii 2 KONSEP KOMUNITI MAPAN 2.1 Pengenalan 13 2.2 Konsep Komuniti Mapan 14 2.2.1 Pembangunan Mapan 14 2.2.1.1 Definisi Pembangunan Mapan 14 2.2.1.2 Matlamat Pembangunan Mapan 16 2.2.1.3 Dimensi dan Kriteria Pembangunan Mapan 2.2.2 2.2.3 17 Komuniti Mapan 21 2.2.2.1 Ciri-Ciri Komuniti Mapan 22 Indikator Komuniti Mapan 27 2.2.3.1 Pendekatan Membentuk Indikator Komuniti Mapan 2.3 Ilmu Pengetahuan Pribumi dan Pembangunan Komuniti Mapan 37 2.3.1 Definisi Ilmu Pengetahuan Pribumi 38 2.3.2 Amalan Kemapanan Dalam Sistem Ilmu Pengetahuan Pribumi 2.4 2.5 31 40 Strategi Pembangunan Komuniti Orang Asli 45 2.4.1 Pengalaman Malaysia 45 2.4.2 Pengalaman Luar Negara 49 2.4.2.1 Pengalaman Australia 49 2.4.2.2 Pengalaman Mexico 50 2.4.2.3 Pengalaman Kanada 51 Kesimpulan 52 ix 3 PROFIL MASYARAKAT ORANG ASLI DI MALAYSIA DAN KAWASAN KAJIAN 3.1 Pengenalan 3.2 Latar Belakang dan Sejarah Asal-Usul 3.3 3.4 53 Orang Asli di Malaysia 56 Profil dan Taburan Suku Kaum Orang Asli 57 3.3.1 Negrito 62 3.3.2 Senoi 63 3.3.3 Melayu-Proto 64 Cabaran Pembangunan Orang Asli Di Malaysia 65 3.4.1 Faktor-Faktor Kemunduran: Ekonomi 66 3.4.2 Faktor-Faktor Kemunduran: Sosio-Budaya 67 3.4.3 Faktor-Faktor Kemunduran: Fizikal 68 3.5 Orang Asli Negeri Perak 70 3.6 Latar Belakang Kawasan Kajian 73 3.6.1 Latar Belakang dan Sejarah Kampung 74 3.6.2 Profil Isirumah 81 3.6.2.1 Struktur Umur Isirumah 81 3.6.2.2 Tahap Pendidikan Isirumah 83 3.6.3 Alam Sekitar dan Fizikal 85 3.6.4 Sosio-Ekonomi dan Budaya 90 3.6.4.1 Status Bekerja dan Pekerjaan Isirumah 3.6.4.2 Kemahiran dan Budaya Hidup 3.7 Kesimpulan 90 92 95 x 4 METODOLOGI PENYELIDIKAN 4.1 Pengenalan 96 4.2 Carta Alir Metodologi Penyelidikan 96 4.3 Pendekatan Penentuan Indikator-Indikator 4.4 4.5 Kemapanan 100 Instrumentasi Penyelidikan 107 4.4.1 Penggunaan Kajian Kes 109 Teknik-Teknik Pengumpulan Data 111 4.5.1 Temubual 112 4.5.2 Pemerhati Sebagai Sebahagian Peserta 113 4.5.3 Gambar Foto 115 4.5.4 Rekabentuk Borang Soal-Selidik 115 4.6 Halangan-Halangan Pengumpulan Data 117 4.7 Kajian Rintis 119 4.8 Kajian Lapangan Sebenar 120 4.9 Kajian Lapangan Lanjutan 121 4.9.1 Perbincangan dan Dialog Kerangka Strategi 121 4.10 Teknik Analisis Data Kuantitatif 122 4.11 Kesimpulan 123 xi 5 ANALISIS INDIKATOR-INDIKATOR KOMUNITI MAPAN 5.1 Pengenalan 124 5.2 Analisis Profil Responden 125 5.2.1 Umur Responden 126 5.2.2 Jantina Responden 127 5.2.3 Agama Responden 128 5.2.4 Tahap Pendidikan Responden 129 5.2.5 Kemahiran Responden 131 5.3 5.4 6 Analisis Terhadap Indikator-Indikator Komuniti Mapan 132 5.3.1 Analisis Tahap Kemapanan Sikap 133 5.3.2 Analisis Tahap Kemapanan Sistem 148 5.3.3 Analisis Tahap Kemapanan Situasi 160 Penemuan Analisis dan Rumusan 187 ANALISIS TAHAP KEMAPANAN KOMUNITI 6.1 Pengenalan 190 6.2 Analisis Tahap Kemapanan Komuniti 191 6.2.1 191 Pemberian Nilai Indeks Indikator 6.2.2 Perlaksanaan Analisis Indeks 194 6.3 Tahap Kemapanan Sikap 197 6.4 Tahap Kemapanan Sistem 198 6.5 Tahap Kemapanan Situasi 199 6.6 Penemuan Analisis dan Rumusan 201 xii 7 KERANGKA STRATEGI PEMBANGUNAN MAPAN KOMUNITI ORANG ASLI 7.1 Pengenalan 204 7.2 Rumusan Penemuan Analisis 205 7.3 Rumusan Permasalahan Komuniti dan Cadangan Kerangka Strategi Pembangunan Mapan Komuniti 208 7.3.1 210 Pertanian Organik Secara Komersil 7.3.2 Pelancongan Mapan 7.4 7.3.2.1 Pelancongan Eko-Budaya 215 7.3.2.2 Pelancongan Pertanian 216 7.3.3 Pembangunan Sumber Manusia Mapan 217 7.3.4 Petempatan Tersusun 219 7.3.5 Pengurusan Alam Sekitar 222 Sumbangan Kajian Terhadap Kerangka Teori Ilmu Pengetahuan Orang Asli Dan Kemapanan 7.5 214 224 Implikasi Terhadap Bidang Perancangan Bandar dan Wilayah 225 7.6 Cadangan Kajian Lanjutan 227 7.7 Penutup 228 SENARAI RUJUKAN 226 xiii SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 2.1 Definisi pembangunan mapan 15 2.2 Situasi Komuniti Mapan 25 2.3 Kriteria-Kriteria indikator yang ideal 31 2.4 Indikator pembangunan mapan di Malaysia 33 2.5 Indikator pembangunan komuniti mapan di China 34 2.6 Indikator pembangunan mapan komuniti pribumi (Kayan) 35 3.1 Taburan penduduk Orang Asli mengikut negeri, Semenanjung Malaysia (tahun 1957-1998) 3.2 58 Taburan kumpulan etnik utama Orang Asli mengikut negeri Semenanjung Malaysia (1998) 60 3.3 Kumpulan etnik Negrito, lokasi dan anggaran populasi (1993) 62 3.4 Kumpulan etnik Senoi, lokasi dan anggaran populasi (1993) 63 3.5 Kumpulan etnik Melayu-Proto, lokasi dan anggaran populasi (1993) 3.6 64 Profil kemiskinan isirumah Orang Asli Semenanjung Malaysia (1998) 65 4.1 Sei indikator kajian komuniti mapan Orang Asli 103 4.2 Set indikator komuniti mapan beserta cadangan piawaian, pemberat dan cadangan matlamat 104 5.1 Senarai nama responden kawasan kajian 125 5.2 Pecahan jantina responden mengikut kampung 128 5.3 Pecahan tahap pendidikan responden mengikut kampung 129 5.4 Membuat simpanan wang 133 5.5 Amalan bersukan 134 5.6 Tabiat merokok 135 xiv 5.7 Penglibatan dalam kegiatan kebudayaan (Sewang) 136 5.8 Amalan bergotong-royong 138 5.9 Amalan berpersatuan 139 5.10 Pembabitan merancang program pembangunan komuniti 140 5.11 Kesanggupan membantu jiran 141 5.12 Penggunaan bahan kimia dalam pertanian 142 5.13 Amalan guna semula 143 5.14 Mengurangkan penggunaan sumber 144 5.15 Amalan merawat/membaikpulih 145 5.16 Penggunaan halaman rumah 146 5.17 Amalan membersihkan halaman rumah (> 3 kali seminggu) 147 5.18 Tempoh masa bekerja (>8 jam sehari) 149 5.19 Tahu – pembahagian kerja 150 5.20 Amal – sistem pembahagian kerja 151 5.21 Tahu – sistem pembahagian hasil 152 5.22 Amal – pembahagian hasil 153 5.23 Amal – perkongsian hasil 154 5.24 Kepatuhan kepada adat/peraturan tradisional 155 5.25 Penglibatan dengan pembuatan keputusan 156 5.26 Pengasingan bilik tidur 157 5.27 Pengurusan sisa dan sampah 159 5.28 Pekerjaan sampingan 161 5.29 Penglibatan ahli keluarga 163 5.30 Kadar pengangguran 164 5.31 Pemilikan tanah 165 5.32 Mengusahakan tanah secara ekonomik (>2 ekar) 166 5.33 Purata pendapatan bulanan (>RM 501.00) 167 5.34 Baki wang dalam akaun (>RM 10.00) 168 5.35 Tahap pendidikan formal (sekolah menengah) 170 5.36 Kadar celik huruf 171 5.37 Kadar keciciran pelajaran 172 5.38 Aksess kepada perkhidmatan kesihatan 173 5.39 Kadar jenayah (kekerapan kecurian-sekali/bulan) 175 5.40 Kadar masalah sosial 176 xv 5.41 Kadar pemilikan rumah 177 5.42 Kadar penceraian 178 5.43 Kadar pergantungan ekonomi 180 5.44 Saiz purata isirumah (4.5-5.5) 181 5.45 Kemudahan bekalan air 182 5.46 Kemudahan bekalan elektrik 183 5.47 Kemudahan tandas 184 5.48 Kadar pencemaran 185 5.49 Tahap kemapanan mengikut indikator 187 6.1 Kaedah pemberian nilai indeks terhadap indikator sikap 191 6.2 Kaedah pemberian nilai indeks terhadap indikator situasi 192 6.3 Kaedah pemberian nilai indeks terhadap indikator sistem 193 6.4 Pengklasifikasian tahap kemapanan 196 6.5 Tahap kemapanan sikap komuniti 198 6.6 Tahap kemapanan sistem komuniti 199 6.7 Tahap kemapanan situasi komuniti 200 7.1 Permasalahan dan ketidakmapanan dalam komuniti 206 7.2 Cadangan kerangka strategi pembangunan mapan komuniti 207 7.3 Kerangka pengurusan alam sekitar 221 xvi SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Carta alir penyelidikan 12 2.1 Dimensi kemapanan ekologi 19 2.2 Doktrin perancangan dan pembangunan sejagat 22 2.3 Rumusan konsep komuniti mapan 24 2.4 Rangka kerja indikator awal oleh OECD 28 2.5 Model pressure-state-response (P-S-R) oleh OECD 1993 29 2.6 Dimensi ilmu pengetahuan pribumi 41 3.1 Taburan penduduk Orang Asli Semenanjung Malaysia 59 3.2 Taburan penduduk Orang Asli mengikut suku kaum (1990) 61 3.3 Peta lokasi kawasan kajian 78 3.4 Peta mental Kg. Kuala Mu, Pos Kuala Mu 79 3.5 Peta mental Kg. Perjek, RPS Legap 80 3.6 Rupa paras Orang Temiar di kawasan kajian 81 3.7 Struktur Umur isirumah 82 3.8 Struktur umur isirumah mengikut kampung 82 3.9 Tahap pendidikan isirumah 83 3.10 Tahap pendidikan isirumah mengikut kampung 84 3.11 Suasana pembelajaran di sekolah 85 3.12 Kawasan kajian dikelilingi bukit-bukat dan tanah tinggi 86 3.13 Sg. Pelus menjadi nadi kehidupan penduduk di kawasan kajian 86 3.14 Aspek fizikal (kualiti perumahan) di kawasan kajian 87 3.15 Kemudahan asas di kawasan kajian 89 3.16 Kemudahan-kemudahan yang disediakan di Pos Kuala Mu 89 3.17 Pekerjaan isirumah 90 3.18 Kemahiran isirumah 92 xvii 3.19 Kemahiran penduduk di kawasan kajian 93 3.20 Sambutan Sewang oleh masyarakat Temiar di kawasan kajian 95 4.1 Carta alir metodologi penyelidikan 99 4.2 Ubahsuai Model P-S-R oleh OECD (1993) kepada Model A-O-S 101 5.1 Umur responden 126 5.2 Umur responden mengikut kampung 127 5.3 Jantina responden 127 5.4 Responden mengikut pegangan agama 128 5.5 Tahap pendidikan responden 129 5.6 Situasi celik huruf responden 130 5.7 Kemahiran responden 131 5.8 Kemahiran responden mengikut kampung 132 5.9 Upacara Sewang menyambut tetamu di Kg. Perjek 137 5.10 Tapak sebuah ladang padi bukit yang baru ditanam 142 5.11 Rumusan terhadap analisis kemapanan sikap 148 5.12 Pengasingan bilik tidur 158 5.13 Rumusan terhadap analisis kemapanan sistem 160 5.14 Tanah ladang padi bukit milik Penghulu Sudin Bin Long (>2 ekar) 166 5.15 Penyediaan kemudahan kesihatan di kawasan kajian 174 5.16 Jenis-jenis rumah di kawasan kajian 177 5.17 Penduduk bergantung kepada air paip graviti untuk aktiviti harian 182 5.18 Rumusan terhadap analisis kemapanan situasi 186 6.1 Membina pangkalan data SPSS berpandukan nilai Indeks 194 6.2 Arahan transform-compute bagi melaksanakan perhitungan jumlah skor serta pembentukan satu pembolehubah baru 6.3 195 Arahan transform-recode untuk klasifikasi Indeks kemapanan sama ada tinggi, sederhana atau rendah dengan pembentukan satu pembolehubah baru 197 7.1 Rumusan penemuan dan tindakan cadangan 205 7.2 Cadangan pembangunan pertanian organik secara komersil (jangka pendek) 7.3 7.4 210 Cadangan pembangunan pertanian organik secara komersil (jangka panjang) 211 Pembangunan kegiatan Pelancongan Eko-Budaya 214 xviii 7.5 Pembangunan kegiatan Pelancongan Pertanian 215 7.6 Kerangka strategi pembangunan sumber manusia 217 7.7 Cadangan petempatan tersusun melalui penekanan pembangunan komuniti 220 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Orang Asli merupakan komuniti yang terbukti kaya dengan ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan tentang pengurusan alam semulajadi. Komuniti yang ada kini boleh dianggap sebagai hasil daripada aplikasi kebijaksanaan ilmu tradisional yang diwarisi sejak bergenerasi dahulu kepada praktis harian mereka masa kini. Keserasian cara hidup yang berharmoni dengan alam sekitar membolehkan mereka mengetahui di mana tanah yang sesuai untuk bertani, hasil hutan yang bermanfaat dan cara pemeliharaan sepatutnya dibuat sebagai menghormati sumbangan alam kepada kehidupan mereka (Rusli Zaenal, 2002). Menyedari perlunya nilai-nilai dan ilmu pengetahuan tradisi dipertahan untuk mencapai agenda pembangunan mapan komuniti Orang Asli, Deklarasi Rio 1992 telah menyediakan satu pernyataan khusus berkenaan pembangunan komuniti pribumi iaitu Prinsip ke-22 yang menyentuh peranan penting kelompok ini dalam pengurusan alam sekitar dan pembangunan disebabkan ilmu pengetahuan dan amalan tradisional mereka yang mapan. 2 Indigenous people and their communities and other local communities, have a vital role in environmental management and development because of their knowledge and traditional practices. States should recognize and duly support their identity, culture and interest and enable their effective participation in the achievement on sustainable development. (Earth Submit, 1992:13) Walau bagaimanapun, proses transformasi dan integrasi masyarakat pribumi dengan sistem ekonomi moden hari ini telah mula menghakis nilai dan amalan tradisional mereka. Menurut Surasin (1996) proses kemodenan telah meningkatkan tekanan bagi membekalkan sumber yang diperlukan bagi menampung keperluan kehidupan komuniti yang mula bergantung kepada pasaran dan nilai-nilai individualistik. Kawasan hutan yang dulunya menjadi sumber ekonomi, makanan dan ubat-ubatan yang bermanfaat serta ‘rumah’ bagi komuniti pribumi mula diteroka dan pelbagai kegiatan ekonomi moden dipraktikkan bagi menggantikan sistem tradisional yang kurang ekonomik. Penggunaan jentera moden, baja dan racun kimia yang tinggi bagi menjamin produktiviti yang maksimum bukan sahaja menyebabkan pencemaran terhadap sumber alam seperti air dan udara, malah turut mengganggu gugat biodiversiti setempat. Manakala kesan langsung terhadap komuniti pribumi adalah hilangnya identiti asal mereka, menghakis amalan semasa yang berpandukan ilmu pengetahuan tradisi yang selama ini dipertahankan (Gregory, 2003; Pulido dan Bocco, 2003; Thomas, 2003). Berasaskan hujah-hujah ini, jika pembangunan tanpa kawalan ini terus berlaku tanpa usaha yang proaktif bagi membendungnya, dikhuatiri agenda pembangunan mapan komuniti Orang Asli tidak akan berjaya dilaksanakan dan dibimbangkan mereka akan terus mundur, hilang identiti dan ilmu pengetahuan yang berharga untuk diwarisi dan dipelajari generasi yang akan datang. Pembangunan mapan merupakan konsep umum yang cuba diterap ke dalam strategi pembangunan komuniti Orang Asli dan bagi merealisasikannya, kajian yang menyeluruh terhadap komuniti Orang Asli perlu dibuat termasuk mengkaji sistem ilmu pengetahuan serta praktis semasa yang memenuhi prinsipprinsip pembangunan mapan untuk dijadikan asas tindakan. 3 Pengalaman beberapa negara luar dalam membangunkan komuniti pribumi perlu dikaji untuk mengetahui bagaimana keunikan komuniti ini dalam pengurusan sumber alam dan pembangunan dapat digabungkan bersama-sama pendekatan moden bagi mewujudkan strategi pembangunan yang bukan sahaja menjamin pencapaian agenda pembangunan mapan, tetapi menghapuskan belenggu kemunduran yang menjadi label kepada masyarakat pribumi, dan Orang Asli khususnya. Biarpun sehingga kini masih belum wujud suatu model yang boleh dianggap contoh komuniti Orang Asli yang mapan, penyelidikan ini melihat adalah penting bagi komuniti Orang Asli diberikan pendedahan awal melalui pembentukan kerangka strategi pembangunan bagi mendokong keperluan kehidupan yang mapan. Hasil semakan ke atas kajian-kajian sebelum ini seperti Thomas (2003); Gregory (2003); Pulido dan Bocco (2003) mendapati komuniti pribumi secara warisannya telah mempraktikkan prinsip-prinsip pembangunan mapan sepertimana yang diterjemah melalui sistem ilmu pengetahuan pribumi (indigenous knowledge system) yang mendokong prinsip-prinsip pembangunan mapan meliputi aspek pengetahuan teknikal, kegiatan ekonomi, tatacara bersosial, perhubungan dengan alam sekitar dan sebagainya. Usaha merangka strategi pembangunan mapan bagi komuniti Orang Asli juga semakin mencabar berikutan perkembangan pengaruh globalisasi di mana persaingan dan peluang ekonomi lebih bergantung kepada kuasa pasaran. Dalam situasi yang belum bersedia dan mundur, dikhuatiri komuniti Orang Asli akan terus tercicir di dalam persaingan tersebut atau membuat tindakan untuk memenuhi tuntutan perubahan dengan cara yang tidak mapan. Justeru, penyelidikan ini meletakkan fokus bagaimana suatu kerangka strategi pembangunan mapan komuniti Orang Asli dapat dibentuk melalui kajian terhadap elemen-elemen ilmu pengetahuan dan amalan-amalan tradisional yang mapan berpandukan praktis semasa komuniti serta aspek yang boleh digabung bersama pendekatan moden di dalam pembangunan sosio-ekonomi supaya dapat digunakan sebagai asas kerangka strategi pembangunan mapan komuniti Orang Asli di masa akan datang. 4 1.2 Permasalahan Penyelidikan Kehidupan Orang Asli tidak dapat dipisahkan dengan alam semulajadi. Hubungan erat yang terjalin sejak beratus tahun lalu membolehkan Orang Asli terus hidup dalam lingkungan yang harmoni dan menghormati alam sekitar. Cara hidup yang dibentuk melalui interaksi ini dikenali sebagai sistem ilmu pengetahuan pribumi (Pulido dan Bocco, 2003). Menurut Ylhaisi (2003), sistem ilmu pengetahuan pribumi adalah proses pembelajaran yang panjang melalui proses cuba dan jaya serta melalui penyampaian lisan berhati-hati dari satu generasi ke generasi seterusnya. Himpunan ilmu ini mencakupi hampir keseluruhan sistem hidup komuniti dan hasilnya sebarang tindakan hanya akan dibuat setelah memikirkan stok sistem semulajadi dan kemampuan penghasilan semula oleh alam. Ilmu yang terkandung di dalam sistem ini adalah holistik dengan merangkumi ilmu saintifik iklim, hidrologi, tanah-tanih, tumbuh-tumbuhan dan haiwan (Pulido dan Bocco, 2003; Loomis, 2000). Penerimaan komuniti global terhadap konsep pembangunan mapan yang dicerminkan pada Persidangan Bumi di Rio (1992) dan Persidangan Bumi bagi Pembangunan Mapan di Johannesberg (2002) telah membuka langkah bagi mencari model sebuah komuniti yang mengamalkan prinsip-prinsip pembangunan mapan. Kajian terhadap amalan kemapanan masyarakat giat dijalankan dan turut terarah kepada kawasan yang kurang membangun seperti penempatan komuniti Orang Asli atau pribumi dan hasilnya, beberapa pakar mendapati sebahagian amalan hidup komuniti ini turut mendokong prinsip-prinsip pembangunan mapan. Sebagai contoh, Loomis (2000) mengkaji kaum Maori di New Zealand mendapati ilmu pengetahuan tradisional amat mempengaruhi pembangunan komuniti dengan menyediakan garis panduan yang holistik dan mapan. Manakala, Pulido dan Bocco (2003) mengkaji amalan pertanian integrasi masyarakat pribumi di bahagian tengah Mexico yang berteraskan ilmu pengetahuan tradisional mendapati ia bukan sahaja menunjukkan penerapan cara kerja yang mesra alam, malah menjadikan komuniti sebagai pengurus sumber alam yang baik. Gregory (2003) pula menjelaskan keunikan amalan pertanian organik kelompok pribumi di kepulauan Papua New Guinea yang menjana asas ekonomi yang mencukupi bagi kelangsungan hidup komuniti sejak beratus tahun lalu dan mendapati cara tradisional seperti amalan bergotong-royong sebagai asas penting pengukuhan dan kestabilan komuniti. 5 Walaupun terdapat kajian yang menunjukkan wujud amalan prinsip-prinsip kemapanan oleh komuniti pribumi tersebut, tahap kemapanan sebenar masih gagal diukur terutama secara kuantitatif dengan mempersembahkan data-data yang meyakinkan. Malah, sehingga penyelidikan ini dibuat masih belum terdapat suatu set indikator yang khusus untuk mengukur tahap kemapanan komuniti Orang Asli di Malaysia. Kebanyakan hujah berkenaan amalan kemapanan komuniti Orang Asli diberikan oleh para pengkaji antropologi yang bersifat kualitatif dan sukar untuk diukur. Situasi ini telah menyulitkan tindakan perancangan dan pembangunan kerana jururancang tidak dapat mengenalpasti situasi dan tahap kemapanan komuniti serta aspek-aspek yang boleh diperbaiki secara khusus melalui cadangan strategi pembangunan. Masalah ketiadaan set indikator yang khusus bagi mengukur tahap amalan kemapanan komuniti secara kuantitatif akhirnya menimbulkan permasalahan yang lebih besar di mana perlaksanaan pelbagai strategi pembangunan komuniti Orang Asli masa kini dibuat tanpa mengambilkira elemen-elemen yang mapan dan boleh diterapkan ke dalam kerangka strategi atau program pembangunan. Maka hasilnya, strategi-strategi pembangunan yang dilaksanakan menjadi tidak seimbang kerana tertumpu kepada aspek ekonomi dengan matlamat membasmi kemiskinan Orang Asli. Sewajarnya, pembentukan kerangka strategi pembangunan boleh dibuat setelah mengambilkira agenda pembangunan komuniti mapan (prinsip ke-22 Deklarasi Rio) melalui penekanan terhadap sistem ilmu pengetahuan Orang Asli yang dikenalpasti melalui indikator-indikator tertentu serta turut mendapatkan input untuk cadangan strategi melalui proses penglibatan dan pengupayaan komuniti Orang Asli sendiri. Usaha pembangunan komuniti Orang Asli di Malaysia telah bermula sebelum kemerdekaan dengan fokus keselamatan iaitu memberikan perlindungan daripada pengaruh dan ancaman gerakan komunis. Manakala, selepas kemerdekaan dan berakhirnya penentangan komunis, strategi pembangunan Orang Asli telah berubah daripada faktor keselamatan kepada kebajikan dan sosio-ekonomi di mana antara langkah terbesar diambil pihak kerajaan melalui Jabatan Orang Asli (kini Jabatan Hal Ehwal Orang Asli, JHEOA) ialah perlaksanaan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Orang Asli. Rancangan yang bermula pada tahun 1979 sehingga kini telah memindahkan 4,784 keluarga Orang Asli ke kawasan tersusun dengan perbelanjaan berjumlah RM 184.2 juta (Zahid Emby et al., 1996). Namun, apakah strategi memodenkan Orang Asli ini berjaya? 6 Menurut JHEOA (2003) pencapaian program pembangunan Orang Asli selepas 40 tahun tidak menunjukkan pencapaian yang membanggakan di mana paras kemiskinan serta kemelaratan hidup di kalangan isirumah Orang Asli masih berada di tahap yang tinggi dengan hampir 80 peratus isirumah hidup di bawah garis kemiskinan dan 50 peratus daripadanya dikategorikan sebagai ketermiskinan. Perubahan mendadak nilai-nilai hidup komuniti yang mapan juga sering dikaitkan dengan pengaruh kemodenan dan struktur ekonomi berasaskan pasaran di mana mereka mula menunjukkan keterbukaan dengan menerima pengaruh luar. Pengaruh ekonomi pasaran telah memaksa Orang Asli mengeksploitasi sumber hutan secara tidak terkawal sehingga berlaku kepupusan sumber bagi memenuhi keperluan kewangan. Manakala keinginan untuk hidup senang pula membuatkan sebahagian daripada penduduk terutama belia berhijrah keluar kampung untuk bekerja makan gaji di bandar-bandar atau pekan yang berhampiran. Senario yang timbul atas tiket pemodenan dan pembangunan nampaknya berisiko menghakis nilai-nilai hidup komuniti yang mapan kerana tumpuan yang berlebihan kepada pembangunan ekonomi menjadikan institusi sosial kampung serta aspek pengurusan dan pemeliharaan sumber-sumber semulajadi diabaikan terutama untuk generasi yang akan datang. Berdasarkan pernyataan masalah yang diutarakan, penyelidikan ini akan fokus kepada beberapa persoalan utama: 1. Apakah konsep pembangunan mapan dan komuniti mapan? 2. Apakah elemen-elemen dalam membentuk komuniti yang mapan dan apakah indikator yang terlibat? 3. Setakat manakah sistem ilmu pengetahuan Orang Asli masih diamalkan dalam kehidupan atau amalan harian komuniti masa kini? 4. Apakah amalan-amalan kemapanan dan ketidakmapanan yang wujud dalam komuniti yang dikaji? 5. Apakah tahap kemapanan komuniti Orang Asli yang dikaji? 6. Bagaimanakah kerangka strategi bagi meningkatkan kemapanan komuniti Orang Asli yang dikaji? 7 1.3 Matlamat dan Objektif Penyelidikan Matlamat penyelidikan ialah untuk membentuk kerangka strategi pembangunan mapan komuniti Orang Asli. Kerangka strategi yang dibentuk adalah berteraskan kombinasi amalan dan tahap kemapanan semasa komuniti dengan elemen kemodenan bagi mendokong keperluan kehidupan komuniti yang mapan. Untuk mencapai matlamat penyelidikan dengan berkesan, lima (5) objektif telah dikenalpasti seperti berikut: 1. Menjelaskan konsep dan ciri-ciri komuniti mapan. 2. Meninjau strategi-strategi pembangunan mapan masyarakat pribumi dan Orang Asli yang dilaksanakan di Malaysia dan luar negara. 3. Membangunkan satu set indikator komuniti mapan Orang Asli sesuai dengan keperluan penyelidikan. 4. Mengukur tahap kemapanan komuniti meliputi aspek sikap, sistem dan situasi bagi mengenalpasti amalan-amalan hidup yang mapan 5. Membina kerangka strategi pembangunan mapan yang sesuai bagi komuniti Orang Asli yang dikaji. 1.4 Skop Penyelidikan Fokus penyelidikan ini adalah terhadap pembentukan kerangka strategi pembangunan mapan bagi komuniti Orang Asli. Untuk mencapai matlamat dan objekif yang dinyatakan, penyelidikan ini pertamanya membuat kajian literatur di mana tumpuan diberikan bagi mengenalpasti masalah-masalah berkenaan komuniti Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Ini diikuti dengan kajian literatur terhadap aspek-aspek yang 8 perlu diterap ke dalam langkah membina kerangka strategi pembangunan mapan seperti pemahaman terhadap konsep pembangunan mapan, konsep dan ciri-ciri komuniti mapan, mengenalpasti indikator-indikator kemapanan serta proses pembentukan indikator komuniti mapan yang sesuai dengan keperluan penyelidikan. Kajian literatur juga turut melakukan semakan terhadap bentuk-bentuk strategi pembangunan bagi komuniti Orang Asli di Malaysia serta perlaksanaan strategi pembangunan mapan komuniti pribumi di negara-negara luar seperti Australia, New Zealand, Papua New Guinea, Indonesia, Thailand, Mexico, Uruguay, Kanada dan beberapa negara lain. Penjelasan turut dibuat tentang profil masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia dan kawasan kajian meliputi latar belakang dan asal-usul Orang Asli, profil mengikut suku kaum, taburan petempatan setiap suku kaum mengikut negeri, cabaran pembangunan Orang Asli di Malaysia serta sejarah dan latar belakang kawasan kajian iaitu dua perkampungan Orang Temiar di Kg. Perjek di RPS Legap dan Kg. Kuala Mu di Pos Kuala Mu, Perak. Kajian ini juga antara lainnya meliputi perkara-perkara berikut; pertama pembentukan satu set indikator komuniti mapan Orang Asli yang khusus untuk mengukur tahap amalan kemapanan di kalangan isirumah di kawasan kajian. Set indikator ini dibentuk setelah menilai dan mengambilkira kesesuaian indikator-indikator yang dikenalpasti melalui kajian literatur sebelum ini. Kedua, menganalisis ciri-ciri responden dan ciri-ciri isirumah di kedua-dua buah kampung meliputi aspek umur, tahap pendidikan, status pekerjaan dan kemahiran. Ketiga, menganalisis setiap indikator komuniti mapan (aspek sikap, sistem dan situasi) dan membandingkan hasil analisis dengan cadangan piawaian kemapanan pada set indikator. Keempat, menganalisis tahap kemapanan komuniti melalui pemberian nilai indeks setiap indikator dan merumuskan tahap kemapanan kepada tiga peringkat iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Akhirnya, kajian ini mengenalpasti amalan-amalan yang mapan dan tidak mapan serta tahap kemapanan komuniti. Di samping itu, kajian turut merumuskan implikasi daripada penemuan analisis terhadap cadangan pembentukan kerangka strategi pembangunan mapan komuniti Orang Asli di mana cadangan kerangka strategi yang dibuat mengambilkira keperluan untuk mengekalkan amalan-amalan semasa yang mapan di samping mempertingkatkan tahap kemapanan komuniti melalui usaha pembangunan dan kemodenan bagi melahirkan komuniti yang maju dan mendokong pengamalan prinsip-prinsip pembangunan mapan. 9 1.5 Sumbangan dan Kepentingan Penyelidikan Mutakhir ini, minat terhadap penyelidikan berkaitan komuniti Orang Asli menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan dengan terhasilnya banyak laporan. Jika pada peringkat awal, kajian terhadap Orang Asli lebih mendapat perhatian para pendokong sosiologi dan antropologi (rujuk Mustaffa Omar, 2004; Siti Nor Awang dan Juli Edo, 2003; Amran Kasimin, 1993; Itam Wali Nawan, 1993), kini pengkaji daripada bidang lain termasuklah aliran pembangunan (rujuk Nooraini Ali, 1999; Sunaidin, 1997) terlibat meneroka bidang ini. Memandangkan sehingga laporan ini dibuat masih belum ada penyelidikan bagi strategi pembangunan mapan komuniti Orang Asli, penyelidikan ini boleh dianggap sebagai perintis bagi merealisasikan komitmen kerajaan terhadap Deklarasi Rio amnya dan perlaksanaan prinsip ke-22 deklarasi khasnya. Set indikator komuniti mapan yang dibentuk dan pemakaiannya bagi mengukur secara kuantitatif tahap amalan kemapanan oleh penyelidikan ini diharap dapat dijadikan panduan membantu pihak-pihak yang terlibat dalam perancangan dan pembangunan Orang Asli. Selain itu, perbincangan terhadap konsep dan ciri-ciri komuniti mapan pada bab literatur diharap dapat membantu meluaskan cabang ilmu pengetahuan berkenaan idea pembangunan mapan serta bagaimana satu komuniti yang dianggap terpinggir ini telah mengamalkan prinsip-prinsip kemapanan melalui amalan harian berteraskan ilmu pengetahuan tradisional mereka sebagaimana yang cuba diterapkan di dalam agenda pembangunan komuniti Orang Asli di kebanyakan negara di dunia hari ini. Kajian literatur terhadap sejarah serta latar belakang Orang Asli terutama di kawasan kajian juga diharap menjadi sumbangan besar penyelidikan ini kerana sehingga kini tiada satu dokumen yang rasmi menerangkan sejarah dan latar belakang masyarakat Orang Asli, terutama bagi kawasan kajian. Akhir sekali, cadangan kerangka strategi melalui penyelidikan ini diharap dapat dipertimbangkan sebagai panduan bagi membina kerangka pembangunan yang lebih mantap oleh agensi yang terlibat terutama JHEOA di peringkat persekutuan, negeri serta daerah untuk tindakan susulan setelah mengenalpasti kaedah perlaksanaan, kawasan-kawasan yang sesuai serta kemampuan kewangan agensi. 10 1.6 Organisasi Tesis Tesis ini terdiri daripada 7 bab, Bab 1 adalah pengenalan bagi penyelidikan yang merangkumi pengenalan dan permasalahan penyelidikan, pembentukan persoalan, hipotesis, matlamat dan objektif serta skop penyelidikan. Bab 2 merupakan bahagian pertama kajian literatur yang membincangkan berkenaan konsep pembangunan mapan, ciri-ciri komuniti mapan, strategi-strategi pembangunan berkaitan komuniti Orang Asli dan pribumi yang dilaksanakan di luar negara serta indikator komuniti mapan. Bab 3 adalah bahagian kedua kajian literatur yang mengkaji profil masyarakat Orang Asli di Malaysia serta latar belakang kawasan kajian. Huraian profil Orang Asli meliputi sejarah dan latar belakang Orang Asli, maklumat berkenaan setiap kumpulan etnik Orang Asli dan taburannya, huraian berkenaan agensi pembangunan Orang Asli iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), masalah kemunduran dan kemiskinan Orang Asli serta faktor-faktor pendorong permasalahan tersebut, sejarah Orang Asli negeri Perak serta latar belakang kawasan kajian. Bab 4 adalah bab metodologi penyelidikan yang menerangkan kaedah dan instrumentasi penyelidikan. Peringkat awal bab metodologi penyelidikan akan merumuskan kaedah dan rasional pembentukan set indikator komuniti mapan yang khusus bagi kegunaan penyelidikan ini yang dihasilkan daripada input kajian literatur sebelumnya. Bab metodologi turut mengupas penggabungan dua (2) pendekatan penyelidikan iaitu pendekatan etnografi (pemerhatian sebagai sebahagian peserta) dan pendekatan tinjauan (penggunaan borang soal selidik) bagi pengumpulan data. Pendekatan penyelidikan turut merangkumi penggunaan kaedah kajian kes bagi pemilihan kawasan kajian. Selain metodologi pengumpulan data di lapangan, bab ini juga menerangkan secara terperinci teknik-teknik bagi menganalisis data secara kuantitatif menggunakan teknik analisis statistik dengan bantuan perisian Statistical Package for Social Sciense (SPSS) Versi 11.0 dan Microsoft Excel. Dua teknik analisis data dengan kaedah statistik mudah (simple statistical analysis) diguna iaitu analisis frekuensi bagi analisis Peringkat I (Bab 5) dan analisis indeks bagi analisis Peringkat II (Bab 6). 11 Bab 5 merupakan analisis data Peringkat I dan telah menggunakan teknik analisis frekuensi. Peringkat I analisis akan merangkumi huraian berkenaan profil responden dan profil isirumah. Seterusnya, analisis frekuensi digunakan bagi mengukur tahap kemapanan setiap indikator (daripada senarai 45 seperti dicadangkan oleh set indikator pada Bab 4) sama ada mencapai matlamat kemapanan sebagaimana dicadangkan oleh set indikator atau sebaliknya. Data-data yang diproses menggunakan perisian SPSS V11.0 dikeluarkan dalam bentuk output jadual kekerapan (frequencies table). Seterusnya, perisian Microsoft Excel digunakan bagi menterjemah output dari SPSS kepada graf dan carta. Bab 6 adalah analisis data Peringkat II bagi mengukur tahap kemapanan komuniti daripada komponen sikap, sistem dan situasi menggunakan teknik analisis indeks. Jika pada Peringkat I, tujuan analisis adalah untuk mengenalpasti dan mengukur tahap kemapanan mengikut indikator bagi komponen sikap, sistem dan situasi, analisis Peringkat II yang menggunakan teknik indeks pula mengukur tahap kemapanan secara keseluruhan bagi indikator-indikator sikap, situasi serta sistem dan menentukan ketiga-tiga komponen terbabit sama ada menunjukkan tahap kemapanan yang rendah, sederhana ataupun tinggi. Di akhir bab ini adalah penemuan analisis dan rumusan. Bab 7 merupakan bab terakhir dan bab berkaitan cadangan bagi kerangka strategi pembangunan mapan komuniti Orang Asli. Secara umumnya, tiga (3) kerangka strategi pembangunan komuniti mapan dikemukakan iaitu pembangunan pertanian organik secara komersil dan pelancongan, pembangunan sumber manusia yang mapan serta pembangunan fizikal dan pengurusan alam sekitar. Cadangan bentuk kajian lanjutan turut dibuat pada bahagian akhir bab ini. 12 BAB 1 Isu: tiada pengukuran tahap kemapanan dibuat secara kuantitatif serta kegagalan perancangan mengambilkira nilai-nilai hidup yang mapan di dalam komuniti Orang Asli Pembentukan Matlamat, Objektif, Skop, Sumbangan dan Kepentingan Penyelidikan serta Organisasi Tesis BAB 2 BAB 3 Kesan: berlaku pembangunan yang tidak seimbang dengan tumpuan kepada ekonomi tanpa elemen pemeliharaan sumberjaya dan kualiti alam sekitar - Konsep pembangunan mapan - Konsep dan ciri-ciri komuniti mapan - Contoh-contoh indikator kemapanan - Strategi pembangunan mapan komuniti Orang Asli dan pribumi: Pengalaman Malaysia dan Luar Negara Profil Orang Asli di Malaysia Peta Taburan Negrito Senoi ProtoMalay JHEOA dan Kemunduran Orang Asli Sejarah Orang Asli Negeri Perak dan Latar Belakang Kawasan Kajian BAB 4 Metodologi Penyelidikan Pendekatan penyelidikan Kaedah Pengumpulan Data Kaedah Analisis Data Pembentukan Set Indikator Komuniti Orang Asli Mapan BAB 5 Analisis Peringkat I (teknik frekuensi) - Analisis ciri-ciri responden - Analisis ciri-ciri isirumah - Analisis aspek kemapanan komuniti BAB 6 Analisis Peringkat II (teknik indeks) - Analisis tahap kemapanan keseluruhan bagi komponen sikap, sistem dan situasi BAB 7 Cadangan Kerangka Strategi: - Pembangunan Pertanian Organik secara Komersil dan Pelancongan - Pembangunan Sumber Manusia yang mapan - Pembangunan Fizikal & Pengurusan Alam Sekitar Mapan Rajah 1.1 : Carta alir penyelidikan - Sikap (attitude) - Sistem (system) - Situasi (outcome) Hasil: Mengenalpasti indikator-indikator yang mapan dan tidak mapan dalam komuniti Hasil: Tahap kemapanan sikap, sistem dan situasi dapat diukur secara kuantitatif sama ada rendah, sederhana atau tinggi 13 BAB 2 KONSEP KOMUNITI MAPAN 2.1 Pengenalan Peranan dan penglibatan komuniti Orang Asli serta kaum pribumi lain di dalam merealisasikan agenda pembangunan mapan melalui amalan tradisional telah lama diperkatakan. Keupayaan Orang Asli di dalam pengurusan sumber alam dan pembangunan komuniti melalui terjemahan ilmu pengetahuan tradisional ke dalam amalan kehidupan seharian telah mendapat perhatian meluas terutama selepas deklarasi 27 prinsip bagi alam sekitar dan pembangunan di Persidangan Bumi di Rio De Janeiro pada Jun 1992 dikeluarkan yang mana prinsip ke-22 secara khusus memperakui kepentingan komuniti pribumi dan ilmu pengetahuan mereka dalam mencapai agenda pembangunan mapan (rujuk sub-tajuk 1.1). Rentetan pernyataan tersebut, timbul keperluan supaya suatu kajian menyeluruh dilakukan terhadap kelompok pribumi dan Orang Asli bagi mengumpul bukti serta mengenalpasti elemen-elemen kemapanan yang terkandung di dalam amalan kehidupan mereka. Bukti wujud praktis kemapanan oleh komuniti juga perlu ditunjukkan secara jelas melalui kaedah pengukuran tertentu di mana akhirnya elemen-elemen yang mapan dan baik ini boleh digunakan sebagai input dalam membentuk model sebuah komuniti yang mapan. Bab ini akan membincangkan tiga perkara utama iaitu huraian konsep dan ciri-ciri komuniti mapan, indikator komuniti mapan dan semakan terhadap strategi-strategi pembangunan komuniti pribumi dan Orang Asli yang dilaksanakan di Malaysia serta beberapa negara luar. 14 2.2 Konsep Komuniti Mapan Perbincangan mengenai konsep komuniti mapan merangkumi huraian terhadap konsep pembangunan mapan, konsep dan ciri-ciri komuniti mapan dan indikator-indikator komuniti mapan. Pada akhir bab ini, satu rumusan terhadap konsep komuniti mapan dibuat dan satu set indikator khusus untuk digunakan bagi kajian di lapangan turut dibentuk. 2.2.1 Pembangunan Mapan Konsep pembangunan mapan mula menjadi perhatian meluas sejak laporan Brundtland di keluarkan pada tahun 1987 di Persidangan Dunia bagi Alam Sekitar dan Pembangunan. Pelbagai pihak, baik pihak kerajaan mahupun bukan kerajaan telah mengiktiraf konsep pembangunan mapan sebagai satu paradigma penting bagi bidang pembangunan dan wajar diangkat sebagai agenda utama dalam dasar perancangan dan pembangunan di sesebuah negara, terutama dalam mencari jalan penyelesaian terhadap masalah alam sekitar dan pembangunan dunia hari ini. 2.2.1.1 Definisi Pembangunan Mapan Istilah pembangunan mapan banyak digunakan dalam membahaskan perkaraperkara berkaitan pembangunan dan masalah alam sekitar. Namun, kefahaman yang jelas terhadap maksud serta prinsip-prinsip pembangunan mapan masih lagi kabur kerana terdapat takrifan yang pelbagai dikeluarkan oleh pengkaji-pengkaji daripada latar belakang dan bidang kajian yang berlainan. Walau bagaimanapun, kebanyakan intipati definisi yang dibuat masih menampakkan perkaitan dengan definisi yang dikeluarkan Suruhanjaya Brundtland. Himpunan definisi pembangunan mapan dijelaskan pada Jadual 2.1. 15 Jadual 2.1: Definisi pembangunan mapan Definisi Development that meets the needs of the present without compromising the ability of future generations to meet their own needs. Something which must improve the quality of life, improve the living and working environment of all people, provide adequate shelter for all. Create sustainable energy, transport and construction activities and simulate human resources development and capacity building required to achieve the goals Sustainable development is a simple concept: Current and future generations must strive to achieve a decent standard of living for all people and live within the limits of natural systems. Sustainable development is a dynamic process in which communities anticipate and accommodate the needs of current and future generations in ways that reproduce and balance local social, economic and ecological systems, and link local actions to global concerns. The enhancement of the natural and built environment in ways that are compatible with the requirement to conserve the stock of natural recources and with the need to achieve the greater social equality, without imposing added costs or risks on succeeding generations. Sumber WCED (1987: 8) WCED (1987: 14) Berke, P. R. (2000: 2) Berke, P. R. (2000: 3) Blowers, A. (1992:3) Walaupun definisi pembangunan mapan yang dikeluarkan oleh Brundtland iaitu “sebagai pembangunan yang dapat memenuhi keperluan generasi hari ini tanpa mengabaikan keupayaan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka” bersifat lebih umum dengan maksud yang kabur, ianya tetap popular dan menarik perhatian ramai penyelidik dalam usaha mengeluarkan huraian yang lebih tepat dan jelas untuk difahami. Blowers (1992) mengenalpasti dan menghuraikan tiga konsep daripada definisi Brundtland iaitu pertama; konsep pembangunan, kedua konsep keperluan dan ketiga konsep generasi akan datang. Konsep pertama melihat pembangunan tidak boleh disamakan dengan pertumbuhan biarpun kedua-duanya sering disamakan bagi menjelaskan fenomena dalam pembangunan. Pertumbuhan sering menggunakan indikator ekonomi (atau kemakmuran material) seperti pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar 16 (KDNK) atau pendapatan per kapita sebagai pengukur pencapaian. Pembangunan mapan sebaliknya berbeza dengan pertumbuhan kerana terdapat batasan terhadap fizikal atau material bumi dan sumberjayanya. Pembangunan mapan dilihat tindakan penyatuan bagi mencapai keseimbangan antara pembangunan material (ekonomi) dengan sosio-budaya dengan pemeliharaan alam sekitar dan sumber semulajadi. Konsep keperluan pula boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang asas tetapi amat diperlukan setiap orang bagi menjamin kelangsungan hidup. Konsep ini perlu dibezakan dengan kemahuan atau keinginan kerana berbanding kedua-duanya, keperluan biasanya berasaskan kemampuan sebenar seseorang memiliki sesuatu. Dalam konteks ini, sumber alam merupakan sesuatu yang menjadi keperluan asas yang penting keseluruhan manusia. Namun, dengan batasan penghasilan sumber alam terutama yang tidak dapat diperbaharui serta ketiadaan mekanisme pengurusan keperluan yang mantap, alam sekitar pastinya tidak mungkin dapat mengekalkan stok dan penghasilan bagi menampung keperluan akibat pertambahan penduduk yang terlalu pesat, seterusnya melebarkan jurang ketaksamaan antaran golongan kaya dan miskin untuk memperoleh keperluan masingmasing. Ketiga, adalah konsep generasi akan datang di mana pembangunan mapan perlu memastikan keupayaan generasi akan datang memenuhi keperluan mereka melalui penjagaan dan pengurusan sumberjaya secara cermat dan bijaksana. 2.2.1.2 Matlamat Pembangunan Mapan Pembangunan mapan adalah transformasi corak sosial dan struktur ekonomi bagi membawa keuntungan yang optimum bagi generasi yang ada hari ini, tanpa menggugat potensi untuk beroleh keuntungan yang sama bagi generasi masa hadapan. Menurut ENVIS (2002), matlamat utama pembangunan mapan adalah ke arah mencapai tahap agihan kemakmuran ekonomi secara saksama dan berpatutan serta mampu dicapai secara berterusan untuk beberapa generasi manusia yang akan datang. Namun, penekanan terhadap kemakmuran ekonomi sahaja dilihat tidak lengkap dalam mencapai matlamat kemapanan melainkan perlunya tindakan saling berkaitan dengan dua komponen lain yang membentuk asas pembangunan mapan iaitu sosial dan alam sekitar (Barton, 2000; Blowers, 1993). 17 Blowers (1993) melihat matlamat pembangunan mapan akan tercapai jika wujud integrasi yang seimbang dan berpanjangan di antara persekitaran binaan dengan alam semulajadi. Perkembangan struktur ekonomi yang tinggi dan stabil perlu berlangsung secara saksama dengan mengambilkira keperluan pengagihan kekayaan sosial secara seimbang, terutama mengurangkan kadar kemiskinan, merendahkan jurang di antara kaya dengan miskin serta mengurangkan kos dan risiko yang tidak mapan terhadap generasi akan datang. Manakala, hubungan pembangunan dengan alam sekitar perlu wujud secara ‘trade off’ (Abdul Samad Hadi, 2003) di mana usaha pembangunan perlu selaras dengan usaha bagi memelihara stok sumber alam supaya aset yang berharga terutama sumber tidak boleh diperbaharui tidak menyusut pada kadar yang drastik sebelum alternatif sumber lain dapat ditemui. Justeru, matlamat pembangunan mapan bukan sahaja perlu mengambilkira keperluan bagi kemakmuran hidup generasi hari ini sahaja dari segi ekonomi, sosial dan pemeliharaan sumber alam, malah perlu dipastikan keistimewaan ini dipelihara sebagai pelaburan jangka panjang untuk generasi akan datang (Brookfield, 1989). 2.2.1.3 Dimensi dan Kriteria Pembangunan Mapan Di dalam menjelaskan konsep pembangunan mapan, kebanyakan pengkaji telah membahagikan aspek kemapanan kepada tiga dimensi yang saling berkaitan iaitu dimensi ekonomi, sosial dan fizikal/ekologi (Barton, 2000; Blowers, 1993). i. Dimensi Kemapanan Ekonomi Kemapanan mengikut dimensi ekonomi memerlukan stok sumber dan modal fizikal dan bukan fizikal kekal atau berkembang. Ia bertujuan menghasilkan output secara maksimum dengan tujuan mencapai taraf kehidupan yang tinggi dengan tindakan masih di dalam batasan stok sedia ada yang boleh digunakan (Pachlke, 1999). Bagaimanapun, pertumbuhan perlu diikuti dengan agihan yang lebih saksama yang mengambil kira keperluan minimum bagi mencapai kehidupan yang sempurna dan membasmi kemiskinan (Mbaiwa, 2003). Tanpa ada pertumbuhan dan pengagihan, akan memudahkan kewujudan kekacauan sosial dan ketidakstabilan politik yang merupakan petanda situasi tidak mapan (Veron, 2001). 18 ii. Dimensi Kemapanan Sosial Dari sudut sosial, perluasan peluang-peluang sosial merupakan asas kepada pembangunan. Ini termasuk usaha pihak kerajaan dalam penyediaan perkhidmatan kesihatan yang lebih baik, pendidikan asas dan reformasi tanah yang lebih efektif kepada golongan marginal. Pembangunan sosial yang mapan juga memerlukan usaha-usaha kolektif dari kalangan ahli komuniti. Nilai-nilai perpaduan dan kesepakatan, pengorbanan, tolong-menolong dan adab serta amalan tradisional yang menjadi asas kepada keutuhan komuniti perlu dipelihara. iii. Dimensi Kemapanan Fizikal/Ekologi Dalam konteks ekologi, konsep kemapanan telah digambarkan dengan mudah oleh Leman dan Cox (1991) seperti Rajah 2.1. Pembangunan fizikal/ekologi yang tidak mapan ialah pembangunan yang menghabiskan sumber yang tidak dapat diperbaharui, menggunakan sumber yang boleh diperbaharui pada kadar lebih pesat daripada keupayaan sistem ekologi menjanakannya dan merosakkan keupayaan penghasilan alam semulajadi melalui pencemaran (Serageldin, 1993). Di sebaliknya pembangunan mapan ialah proses pembangunan yang seimbang dan tidak mencemar sistem ekologi dan tidak memupuskan sumber semulajadi. Ia termasuk penambah baikan terhadap proses-proses ekologi, kepelbagaian biologi, dan pemeliharaan sumber semulajadi. 19 EKOSISTEM Permintaan tinggi Pengambilan Pencemaran Penggunaan Ketaksamaan Pengurangan sumber Pollution Ketiadaan mekanisme institusi Pengagihan Pemprosesan Pencemaran Rajah a : Pembangunan tidak mapan EKOSISTEM Pemeliharaan Pengambilan Penggantian sumber Kitar semula Rawatan sisa Rawatan sumber Penggunaan Pembentukan mekanisme institusi Pemprosesan Rawatan sisa Kesaksamaan agihan sumber Pengagihan Rawatan sisa Rajah b : Pembangunan mapan Rajah 2.1 : Dimensi kemapanan ekologi Sumber: Olahan daripada Leman & Cox (1991) Beatley & Manning (1998); Campbell (1996); Kaiser et al. (1995); Mega (1996); Neuman (1999) telah memperuntukkan empat kriteria utama untuk digabung bagi menerangkan dengan jelas dan terperinci konsep pembangunan mapan iaitu: 20 i. Penghasilan Semula Menurut Campbell (1996), pembangunan mapan merupakan kemampuan jangka panjang bagi suatu sistem semulajadi untuk menghasil semula sumber berkenaan. Sebagai contoh, kegiatan perhutanan perlu mengamalkan prinsip tanam semula selepas pembalakan supaya stok kayu balak dapat dikekalkan melalui penghasilan semula secara semulajadi untuk kegunaan di masa akan datang. Menurutnya lagi, jururancang mesti melihat dan boleh membentuk skop dan kriteria bagi pembangunan di masa hadapan, mengenalpasti keperluan yang muncul dan pelan yang bersesuaian untuk memastikan segala keperluan tersebut dapat dipenuhi. Menerusi definisi ini, alam binaan dilihat menjadi lebih ‘hidup’, ekosistem lebih sihat, pertumbuhan ekonomi lebih responsif seterusnya melihatkan wujudnya kesamaan dari segi agihan. ii. Keseimbangan Alam sekitar, ekonomi dan nilai-nilai sosial perlu seimbang bagi mencapai pembangunan mapan (Neuman, 1999; Kaiser et al., 1995). Bagi mencapai keseimbangan perlu melibatkan proses koordinasi, runding cara serta kompromi dan apabila nilai-nilai yang terlibat tidak dinyatakan, aspek kemampanan tidak akan dapat diterapkan ke dalam pelan-pelan pembangunan. Jika nilai-nilai berkaitan alam sekitar tidak diambilkira, maka proses sokongan keperluan asas hidup manusia yang bergantung kepadanya menjadi tidak mapan. Jika nilai-nilai ekonomi pula tidak dinyatakan, maka sumber yang menjadi asas sesebuah komuniti akan berubah dan penambahbaikan akan ditolak. Jika nilai-nilai sosial tidak diterapkan ke dalam pelan, maka akan terbentuk suasana yang tidak memenuhi keperluan hidup dan bekerja kepada penduduk setempat, dan tidak mewujudkan keadilan terhadap kumpulankumpulan berkepentingan yang terlibat. iii. Kesedaran Pertalian Tempatan Dengan Global Pembangunan mapan memerlukan komuniti menilai dan mempertimbangkan sesuatu yang melangkaui kepentingan dalam proses pembangunan masa hadapan bagi menghadapi keperluan yang lebih besar (kepentingan wilayah dan global) (Mega, 1996). Pelan-pelan pembangunan seharusnya sedia maklum bahawa komuniti mempunyai fungsi penting dalam konteks persekitaran, ekonomi dan sistem sosial di peringkat wilayah dan global. Justeru, komuniti tidak seharusnya bertindak bagi 21 memenuhi keperluan sendiri sahaja, setiap individu dan kelompok-kelompok yang berkepentingan perlu mengambil kira kepentingan di peringkat yang lebih tinggi. iv. Proses Dinamik Konsep kemapanan memerlukan komuniti untuk terlibat secara aktif dan berterusan di dalam aktiviti-aktiviti yang melibatkan pembentukan nilai komuniti yang mapan. Iaitu aktiviti yang menyuruh masyarakat menentukan sendiri sistem komuniti yang diperlukan. Proses yang dirangka ini memerlukan penglibatan masyarakat (public participation) dan rundingan terhadap sebarang konflik dalam merangka pelan pembangunan komuniti yang mapan. 2.2.2 Komuniti Mapan Konsep komuniti mapan dan pembangunan mapan merupakan idea yang saling berkaitan. Kamus Oxford mendefinisikan perkataan community sebagai satu kumpulan manusia yang tinggal di satu tempat; secara bersama dan mempunyai kepentingan. Menurut kamus Longman, community ialah sekelompok manusia yang tinggal di dalam suatu kawasan yang sama; berkongsi kerakyatan atau agama atau mempunyai kesamaan dalam sesuatu keadaan. Kedua-dua definisi tersebut secara bersama mengklasifikasikan dua elemen penting yang membentuk komuniti iaitu kumpulan manusia yang tinggal di satu tempat yang sama dan berkongsi kepentingan. Manakala, pembangunan mapan menurut Zainuddin Muhammad (1996) adalah pembangunan yang menyediakan penambahbaikan terhadap kualiti kehidupan manusia dan dalam masa yang sama memelihara kehidupan dan kepelbagaian bumi. Ringkasnya, komuniti mapan adalah komuniti yang mendokong amalan prinsip-prinsip pembangunan mapan dalam kehidupan mereka iaitu komuniti yang menerimapakai cara hidup dan jalan pembangunan yang menghormati dan bertindak dalam lingkungan batas alam semulajadi (Ibrahim Ngah, 2003). Bagi memastikan berlaku kesinambungan yang berterusan terhadap amalan kemapanan oleh komuniti, Pepperdine (2003) menyatakan komuniti mapan akan melihat komponen-komponen ekonomi, alam sekitar dan sosial sebagai suatu konteks yang saling berkaitan dan penting diambilkira di dalam merancang masa depan komuniti. 22 Justeru, tindakan bersepadu dan menyeluruh membangunkan komuniti mapan dari segi ekonomi, sosial dan fizikal/alam sekitar mendorong Jabatan Perancangan Bandar & Desa memperkenalkan Doktrin Perancangan dan Pembangunan Sejagat (DPPS) (rujuk Rajah 2.2). Selain memperkuatkan hubungan tonggak ekonomi, sosial dan fizikal/alam sekitar, DPPS mementingkan pembangunan perlu mengambilkira interaksi yang seimbang dan bersepadu antara hubungan manusia dengan manusia; manusia dengan alam; dan manusia dengan pencipta (Zainuddin Muhammad, 1997). P 1 5 4 M 2 3 A 1 Sifat menyeluruh 2 Manusia fokus pembangunan 3 Aktiviti pelbagai dimensi 4 Perubahan kuantitatif 5 Penggunaan dan pengagihan sumber dengan saksama M M P Hubungan manusia dengan pencipta M M Hubungan manusia dengan manusia M A Hubungan manusia dengan alam sekeliling Rajah 2.2 : Doktrin perancangan dan pembangunan sejagat Sumber: Ibrahim Ngah, 2003 2.2.2.1 Ciri-Ciri Komuniti Mapan Pepperdine (2003) menyenaraikan beberapa ciri penting sebuah komuniti mapan seperti berikut: 23 ƒ Suatu komuniti mapan tidak mengunakan sumber tenaga dan bahan mentah lebih pantas daripada yang dapat dijanakan oleh sistem semulajadi. ƒ Komuniti mapan bukan komuniti yang jumud (tidak berubah) kerana kemapanan tidak bermakna tiada perubahan, sebaliknya ia bermakna mencari jalan bagi memperbaiki komuniti dengan memperkukuhkan pertalian antara ekonomi, alam sekitar dan sosial. ƒ Komuniti mapan bukan suatu utopia dengan tiada suatu kesilapan yang berlaku kerana kemapanan bukan beerti tiada kegagalan dan masalah dalam kehidupan. Bagi komuniti mapan, apabila masalah timbul kita dapat mencari penyelesaian dengan mengambilkira kesemua komponen dalam komuniti supaya penyelesaian terhadap sesuatu masalah tidak mengakibatkan wujudnya masalah lain. ƒ Dalam melaksanakan pembangunan, komuniti mapan mempertimbangkan kriteriakriteria seperti penambahbaikan kualiti kehidupan, pemeliharaan kehidupan dan kepelbagaian ekologi, meminimakan penggunaan sumber yang tidak dapat diperbaharui dan bertindak dalam lingkungan daya tampungan bumi. ƒ Matlamat utama suatu komuniti mapan adalah untuk memenuhi keperluan asas sumber yang diperlukan secara berterusan pada masa hadapan ƒ Komuniti mapan perlu mewujudkan wawasan untuk masa depannya yang mengimbangi keperluan ekonomi, alam sekitar dan sosial. Ia perlu melihat masa depannya dalam jangka panjang menjangkau beberapa generasi masa depan. Wawasannya perlu mengambilkira pandangan keseluruhan generasi dalam komuniti dan bersama-sama menentukan bagaimana mencapai wawasan tersebut. ƒ Pembangunan komuniti mapan perlu dilaksanakan oleh penduduk komuniti tersebut dan amalan prinsip kemapanan perlu dilaksanakan setiap hari oleh mereka yang tinggal dan bekerja dalam komuniti itu. 24 Kesimpulannya, komuniti mampan adalah komuniti yang mendokong matlamat bagi memenuhi keperluan asas sumber yang diperlukan secara berterusan, baik generasi kini mahupun akan datang. Bagi memastikan wujudnya situasi kemapanan yang berterusan, perancangan komuniti perlu mempunyai satu sistem hidup yang komprehensif berteraskan ilmu tradisonal dan moden bagi mendokong prinsip dan amalan kemampanan. Seperti yang dibincangkan bahawa sistem hidup komuniti itu mestilah mempunyai interaksi seimbang dan bersepadu ketiga-tiga elemen sebagaimana dijelaskan oleh Pepperdine (2003) dan DPSS yang ringkaskan seperti Rajah 2.3 di bawah. Hubungan Manusia Dengan Pencipta Kesedaran & Kepatuhan KOMUNITI MAMPAN Hubungan Manusia Dengan Alam Sekitar Harmoni Hubungan Manusia Dengan Manusia "Keseimbangan aspek sosial ekonomi, ekologi dan sosial/spiritual bagi mencapai kemampanan komuniti yang menyeluruh " Rajah 2.3 : Rumusan konsep komuniti mapan Sumber: Olahan pengkaji, 2004 Usaha membentuk komuniti mapan perlu dipandu oleh suatu bentuk sistem hidup yang mapan dan daripada perbincangan terhadap konsep komuniti mapan dan penerapan DPPS oleh pihak JPBD di dalam bidang perancangan, penyelidikan ini merumuskan situasi sebuah komuniti mapan perlu memperkukuhkan kekuatan tiga hubungan utama iaitu hubungan manusia dengan manusia meliputi aspek ekonomi, sosial dan politik; 25 hubungan manusia dengan alam sekitar meliputi aspek ekologi dan hubungan manusia dengan pencipta meliputi aspek kerohanian atau spiritual. Setiap aspek yang terbina daripada ketiga-tiga hubungan ini pula perlu dipandu melalui ciri-ciri sistem tertentu ke arah pembinaan sebuah komuniti yang mapan (rujuk Jadual 2.2). Dari sistem hidup yang mapan inilah akan lahirnya sikap dan amalan-amalan hidup yang seimbang di mana sikap yang baik yang dipandu oleh sistem yang mantap akan menghasilkan situasi komuniti yang mapan, baik dari segi kemakmuran ekonomi, keadilan dan kebajikan sosial mahupun pemeliharaan alam sekitar. Jadual 2.2 : Situasi komuniti mapan 1 Pertalian Kemampanan Hubungan manusia dengan manusia - sistem sosial yang mapan adalah sistem yang mampu bertahan dalam menangani cabaran (mengalami perubahan ke arah lebih baik). Sistem ini didasari ilmu terhadap kebenaran dan ilmu saintifik yang menyokong sistem kehidupan komuniti Ciri-Ciri Sistem Sosial • Sistem yang boleh menjaga kesinambungan generasi • Sistem yang boleh menjaga kualiti manusia • Sistem yang menjaga perhubungan lelaki dan wanita -Institusi perkahwinan -Tatacara bersosial/pergaulan -Institusi keluarga • Sistem yang mengawal kemudaratan akibat kepincangan hubungan bersama -Institusi penghakiman/pelaksana hukum - sistem ekonomi yang mapan Ekonomi memastikan wujud keadilan dan • Sistem yang boleh menjamin keadilan dalam keseimbangan di samping komuniti membantu yang lemah • Sistem yang menjamin kesamaan peluang • Sistem yang menjamin keseimbangan di dalam agihan hasil • Wujud mekanisma khusus bagi memastikan keberkesanan terhadap aktiviti ekonomi • Sistem membantu yang lemah, mencegah eksploitasi dan pemerasan • Sistem yang menggalakkan kesederhanaan hidup - sistem politik yang mapan perlu melibatkan perbincangan yang Politik mengambilkira pendapat orang lain • Sistem yang menggalakkan penglibatan / penyertaan (participation) ahli dalam komuniti dan mempraktikkan langkahmemberikan idea langkah penguatkuasaan undang• Sistem yang menampakkan kepatuhan kepada undang pemimpin yang dilantik selagi berlaku adil • Sistem penguatkuasaan peraturan dan undangundang 26 2 Hubungan manusia dengan alam sekitar - sistem ekologi yang mapan memastikan wujud penggantian sumber, kitar semula, rawatan sisa, kesamaan agihan, pemeliharaan dan pemulihan sumber di samping terdapat mekanisme institusi yang mengawal sistem hubungan ini 3 Ekologi • Sistem yang memastikan pemeliharaan sumber untuk generasi akan datang • Sistem yang memastikan pemuliharaan sumber selepas diguna • Sistem bagi penggantian sumber terutama yang boleh diperbaharui • Sistem yang mempraktikkan prinsip 5R dan penjimatan • Sistem khusus bagi rawatan sisa hasil penggunaan sumber alam Kerohanian/Spiritual • Sistem yang mewujudkan kepatuhan kepada - sistem yang memerlukan ahli pencipta komuniti sedar adanya kuasa • Sistem yang menggalakkan amalan yang ghaib/tuhan yang mencipta alam baik/positif dan melarang perbuatan buruk/negatif • Sistem yang memantapkan kekuatan/kesucian dalaman Hubungan manusia dengan tuhan Sumber : Olahan pengkaji, 2004 Kupasan literatur terhadap konsep komuniti mapan dilihat dapat dijadikan kerangka kasar bagi membangunkan konsep kemapanan yang sesuai dengan konteks komuniti Orang Asli. Input tambahan daripada kajian literatur seperti Laporan Strategi Pembangunan Mampan dan Agenda 21 Selangor yang turut membabitkan komuniti Orang Asli (rujuk Bab 3: 61-70) (JPBD Selangor dan LESTARI, 2001) boleh dijadikan panduan penilaian dan pertimbangan dalam membentuk konsep komuniti mapan Orang Asli. Sebagaimana yang dijelaskan pada Jadual 2.2 dan Rajah 2.3, langkah bagi pembentukan komuniti mapan Orang Asli juga perlu mengarah kepada penyatuan ketigatiga hubungan iaitu dengan perincian terhadap aspek kemapanan dalam ekonomi, sosial dan alam sekitar. Bagi tujuan pembangunan set indikator komuniti mapan Orang Asli bagi penyelidikan ini pula, ketiga-tiga aspek yang menjadi tonggak dalam konsep komuniti mapan (ekonomi, sosial dan alam sekitar) perlu dikembangkan kepada komponenkomponen khusus yang berkaitan dengan sikap, sistem serta situasi setelah pengkaji mengenalpasti dan menilai kesesuaian indikator-indikator untuk ketiga-tiga komponen berkenaan berpandukan gambaran kasar yang dipersembahkan pada Jadual 2.2. 27 2.2.3 Indikator Komuniti Mapan Indikator merupakan pengukuran terhadap kriteria mengenai suatu aspek. Indikator pada dasarnya digunakan dengan dua tujuan iaitu untuk mengkuantifikasi maklumat bagi membolehkan hasil kajian digambarkan dengan lebih signifikan dan kedua, untuk meringkaskan maklumat berkenaan suatu fenomena yang kompleks supaya pemahaman dan komunikasi menjadi lebih mudah (Sham Sani, 2001; SCOPE, 1995). Sehingga kini di Malaysia, hanya terdapat beberapa laporan kajian berkenaan indikator pembangunan mapan (rujuk Sham Sani, 2001; Peterson et al., 1999; Peterson, 1997a dan 1997b) dengan tumpuan indikator adalah kawasan perbandaran. Justeru, terdapat indikator tertentu yang kurang releven untuk digunapakai penyelidikan ini kerana perbezaan tingkat pembangunan, ciri-ciri kawasan dan skala ruang memandangkan penyelidikan ini lebih fokus terhadap kajian mendalam komuniti Orang Asli di peringkat komuniti atau kampung. Bagi memaklumkan komuniti berkenaan tahap pencapaian pembangunan mapan, indikator-indikator perlu terlebih dahulu dikenalpasti dan kemudiannya suatu kerangka analitikal atau rancangan pengklasifikasian indikator dibentuk. Konsep rangka kerja adalah sangat penting bukan sahaja untuk menyediakan kaedah bagi pengklasifikasian indikator, tetapi berguna untuk menyediakan model yang jelas bagi menghuraikan interaksi di antara aktiviti manusia dengan persekitaran (Peterson 1997a). Melalui rangka kerja, indikator-indikator yang dibentuk dipecah kepada set atau kumpulan indikator yang spesifik. Kajian literatur mendapati di peringkat awal wujud beberapa model indikator antaranya model berasaskan stress-response (S-E) (Friend dan Rapport, 1979). Model S-R ini mengaitkan masa dan ruang serta penilaian tindakan pengurusan terhadap isu-isu alam sekitar. Model ini kemudiannya diubahsuai dan dibangun semula oleh OECD pada tahun 1985 (Peterson, 1997a; rujuk Rajah 2.4). 28 UDARA Aktiviti-Aktiviti Manusia ƒ ƒ ƒ ƒ ƒ Pertanian Tenaga Industri Pengangkutan Lain-lain Agen Ekonomi & Alam Sekitar AIR TANAH PRESSURE RESPONSE SUMBER ƒ ƒ ƒ ƒ Orang awam Pengusaha Kerajaan Lain-lain STATE-of the environment KRITERIA PENILAIAN MANUSIA ƒ ƒ Kesihatan Alam binaan ƒ ƒ SUMBER-SUMBER ƒ ƒ Ekonomi Ekologi Jangka Pendek Jangka Panjang Rajah 2.4 : Rangka kerja indikator awal oleh OECD Sumber: Peterson (1997a) Model awal tersebut kemudiannya diperbaiki dan OECD pada tahun 1983 telah mengeluarkan model pressure-state-response (P-S-R) iaitu model yang diguna bagi menyusun senarai indikator dalam situasi yang saling berkait dan membawa kepada sebab-akibat yang berantai (Peterson 1997a; rujuk Rajah 2.5). P-S-R dibentuk dari 3 persoalan utama iaitu; (1) apa yang sedang berlaku terhadap keadaan di persekitaran? (indikator state); (2) mengapa ianya berlaku? (indikator pressure) dan (3) apa yang boleh dilakukan terhadap perkara tersebut? (indikator response). 29 Tekanan-tekanan PRESSURE Sumber-sumber AKTIVITI MANUSIA DAN KESANNYA STATE KEADAAN ALAM SEKITAR Tenaga Pengangkutan Industri Pertanian Perikanan Lain-lain Informasi (tindakan pembuat keputusan) Udara Air Sumber tanah Biodiversiti Penempatan manusia Budaya dan warisan TINDAK BALAS INDIVIDU & INSTITUSI Informasi Perundangan Instrumen ekonomi Teknologi baru Perubahan nilai komuniti Obligasi nasional Lain-lain (tindakan pembuat keputusan) RESPONSE Rajah 2.5 : Model pressure-state-response (P-S-R) oleh OECD (1993) Sumber: Peterson (1997a) Ketiga-tiga persoalan di atas memerlukan pemahaman yang menyeluruh terhadap aktiviti pembangunan dan persekitaran. Tindakan berantai daripada model di atas adalah tindakan penggunaan bagi menggerakkan aktiviti manusia memberikan tekanan (pressure) terhadap alam sekitar iaitu faktor penyebab. Indikator pressure akan menunjukkan sesuatu corak. Contohnya penggunaan kayu sebagai bahan bakar isirumah, meningkat atau menurun. Sebarang aktiviti boleh mendorong perubahan terhadap keadaan (state) persekitaran dan indikator state akan menyediakan maklumat berkenaan kualiti persekitaran serta aktiviti manusia yang memberi kesan ke atas persekitaran. Perubahan yang berlaku seterusnya digunakan komuniti untuk bertindak balas (responds) dengan cara mewujudkan polisi, atau pendekatan bagi mengawal dan menangani tekanan atau perubahan yang tidak diingini terhadap persekitaran hidup mereka. 30 Kemunculan pelbagai isu baru tentang pembangunan dan alam sekitar menyebabkan model PSR oleh OECD (1993) beberapa kali diubah oleh pengkaji terkemudian. Sebagai contoh, pengkaji dari Universiti Harvard pada 1996 telah menambah elemen kesan (impacts, I) kepada model PSR sedia ada menjadi PSIR (pressure-state-impact-response) memandangkan elemen kesan boleh menjadi kategori penting seperti kategori yang lain (Peterson, 1997a). Model PSR turut menerima kritikan, Berger dan Hodge (1995) melihat model ini hanya memfokuskan kepada elemen objektif seperti aktiviti manusia sahaja. Model ini dikatakan gagal mengenalpasti elemen subjektif seperti proses semulajadi, sikap, pendapat dan idea yang berperanan penting untuk menjamin keseimbangan alam sekitar sebagaimana yang digunakan oleh Friend dan Rapport. Berger dan Hodge juga menyifatkan PSR gagal untuk membezakan keuntungan daripada kemudaratan kesan daripada perubahan alam sekitar. Namun di sebalik kritikan tersebut, model PSR diakui pelbagai pihak sebagai usaha permulaan yang praktikal bagi penyusunan indikator. Dalam model PSR, indikator P, S dan R bukanlah dilihat secara berasingan, tetapi model tersebut adalah kaedah yang bersistematik bagi mengumpulkan indikator ke dalam kelas-kelas tertentu (Peterson, 1997a). Dalam kajian ini, pengelasan indikator mengikut kumpulan-kumpulan tertentu dibuat setelah mempertimbangkan beberapa kriteria yang ideal sesuai menurut keperluan kajian dan setelah mempertimbangkan kedapatan maklumat bagi sesetengah indikator yang tidak selalunya dapat diperolehi dengan mudah. HMSO (1996) telah menggariskan sembilan kriteria bagi indikator yang ideal (Jadual 2.3). Kriteria-kriteria yang dipersembahkan pada jadual tersebut telah dijadikan panduan yang berguna bagi pengkaji merangka serta mengklasifikasikan setiap indikator-indikator mengikut kesesuaian serta keperluan penyelidikan sebagaimana yang akan dihuraikan pada Bab 4 (Metodologi Penyelidikan). 31 Jadual 2.3 : Kriteria-kriteria indikator yang ideal Bil. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 Kriteria-kriteria Mampu mewakili sesuatu aspek/komponen yang ingin dikaji Mampu disahkan secara saintifik Ringkas dan mudah untuk ditafsir Menunjukkan perkembangan mengikut suatu tempoh masa Mampu memberikan amaran awal perubahan luar jangka dengan sebaik mungkin Sensitif terhadap perubahan persekitaran dan ekonomi jika fokus adalah untuk mengukur perubahannya Berlandaskan data dokumentasi yang mencukupi/lengkap dan disahkan kualitinya Mampu untuk dikemaskini pada jarak masa yang sesuai Mempunyai tahap sasaran untuk dicapai atau garis panduan terhadap apa yang ingin dibandingkan Sumber : HMSO (1996) 2.2.3.1 Pendekatan Membentuk Indikator Komuniti Mapan Menurut Yuan et al. (2003) indikator pembangunan mapan umumnya dibentuk melalui dua pendekatan iaitu secara ‘top-down’ dan ‘bottom-up’. Bagi pendekatan ‘topdown’, pengkaji perlu membuat kajian literatur yang komprehensif terhadap pelbagai sumber maklumat untuk mendapatkan gambaran menyeluruh sebelum menentukan indikator paling releven dengan kajian. Indikator-indikator terbabit seterusnya disenaraikan ke dalam bentuk senarai panjang (long list). Beberapa kelompok profesional akan dijemput untuk perbincangan serta penilaian terhadap long list terbabit di peringkat atasan (biasanya pegawai-pegawai atasan pentadbiran dan ahli akademik daripada pelbagai institusi pengajian). Untuk menyelaraskan proses penilaian, pengkaji perlu menyediakan kategori-kategori penilaian indikator (contohnya ‘paling penting’, ‘penting’, ‘tidak pasti’, ‘kurang penting’ dan ‘tidak penting’). Setiap profesional yang terlibat akan melakukan penilaian dan biasanya jumlah indikator pada long list akan berkurangan sehingga mendapat indikator-indikator yang paling releven dengan keperluan kajian sahaja. Hasil tapisan di peringkat ‘top-down’ yang mengambilkira input profesional, set indikator seterusnya di bawa atau dirunding ke peringkat masyarakat awam (bottom-up) untuk dinilai berdasarkan kesedaran, aspirasi serta kepentingan masyarakat tempatan. Aktiviti penglibatan awam akan dijalankan dalam tempoh masa tertentu bertujuan 32 mengumpul maklumat berkaitan kefahaman dan harapan masyarakat terhadap implimentasi pembangunan mapan ke dalam komuniti setempat. Kelompok umum masyarakat akan dibahagikan kepada beberapa golongan dan kumpulan sebelum memulakan aktiviti perundingan. Para peserta daripada pelbagai lapisan, tahap pendidikan dan jenis pekerjaan kemudiannya dipecahkan kepada beberapa kumpulan dengan setiap kumpulan mesti mewakili segenap kelompok masyarakat yang terlibat. Pengkaji akan membantu proses membuat penilaian oleh komuniti berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan. Setiap ahli dalam kumpulan akan menilai kemampuan setiap indikator yang disenaraikan untuk mencapai kriteria-kriteria seperti yang disyaratkan. Suatu sistem nilai yang sekata akan turut digunakan, contohnya +1 untuk setuju, 0 untuk tidak pasti dan –1 untuk tidak setuju (Yuan, et al., 2003). Hasil data yang dinilai oleh setiap kumpulan seterusnya dimasukkan ke dalam jadual persepsi setiap kumpulan masyarakat serta satu jadual rumusan hasil ranking kesemua kelompok masyarakat yang terlibat. Jadual persepsi setiap kumpulan masyarakat dibuat mengikut kumpulan tertentu disebabkan setiap kumpulan mempunyai fokus, tahap kefahaman dan kepentingan yang berbeza. Seterusnya barulah rumusan keseluruhan dibuat dan indikator yang mendapat keutamaan paling tinggi daripada semua kumpulan peserta akan dipilih sebagai indikator utama (core indicators), manakala indikator yang di tahap sederhana diletakkan sebagai indikator tambahan (additional indicators) dan di tahap terendah diklasifikasi sebagai indikator sokongan (supplementary indicators). Pengkaji telah melakukan semakan meluas terhadap contoh-contoh indikator pembangunan mapan dan komuniti mapan dari pelbagai skala ruang, baik di peringkat negara seperti oleh Sham Sani (2001), komuniti wilayah (Yuan et al., 2003) dan komuniti desa (Ibrahim Ngah, 2003). Contoh-contoh indikator telah ditunjukkan pada Jadual 2.42.6. 33 Jadual 2.4 Indikator pembangunan mapan di Malaysia Contoh 1 1 Sektor Utama Demografi 2 Perumahan 3 Ekonomi 4 Infrastruktur dan utiliti 5 Kemudahan rekreasi 6 Alam sekitar sosial dan 7 Sosiologi dan kesan sosial 8 Gunatanah 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25. 26. 27. 28. 29. 30. 31. 32. 33. 34. 35. 9 Bentuk bandar dan warisan 10 Pengangkutan 11 Pengurusan & kewangan Sumber : Sham Sani (2001) 36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. Indikator-Indikator Peratusan penduduk bandar Densiti penduduk Penduduk yang mempunyai pendidikan tahap ketiga Kadar pertumbuhan penduduk Nisbah pergantungan terhadap PBT Harga rumah:pendapatan Sewa rumah: pendapatan Ruang lantai/orang Penyediaan rumah Kadar pengangguran Kadar pertumbuhan pekerjaan Tenaga kerja Kemiskinan perbandaran Agihan pendapatan Penggunaan air/1000 penduduk Kehilangan air Kawasan terdedah banjir Jumlah sisa buangan pepejal Unit rumah dengan sistem pembetungan berpusat Katil hospital/1000 penduduk Kawasan rekreasi/1000 penduduk Bil. murid/guru (sekolah rendah) Peruntukan tahunan bagi alam sekitar-kesihatan- sistem menjaga kesihatan awam (%) Kes asma/10,000 penduduk Peruntukan setahun bagi landskap dan penanaman pokok (%) Sungai yang tidak memenuhi piawaian (%) Jumlah sisa pepejal yang dikitar semula (%) Aduan kebisingan Kemiskinan Kesihatan Jenayah Kes penceraian/1000 penduduk Masalah sosial Masa diambil untuk mendapatkan kebenaran merancang (daripada kelulusan pelan hingga CFO) Kedapatan tanah kerajaan negeri untuk dibangunkan sebagai kemudahan awam (%) Kediaman penduduk di pusat bandar (%) Peruntukan bagi program landskap dan pengindahan (%) kawasan pemeliharaan dan bangunan Pelajar yang mengayuh basikal ke sekolah (%) Penggunaan pengangkutan awam di waktu puncak (%) Peruntukan untuk laluan pejalan kaki, laluan basikal (%) Single occupancy vehicles ke pusat bandar dalam waktu puncak (%) Kes kemalangan jalanraya/10,000 penduduk Masa yang diambil untuk ke tempat kerja Kutipan hasil PBT/ penduduk Hasil kutipan berbanding hasil perbelanjaan (%) Aliran tunai: Bayaran gaji Belanjawan modal per kapita Populasi: Nisbah kakitangan Kos operasi per kapita 34 Jadual 2.5 Indikator pembangunan komuniti mapan di China Contoh 2 Tonggak Ekonomi • Sub-tema kemapanan Pengeluaran ekonomi keseluruhan • • Sturktur ekonomi • • • Jumlah pelaburan Perbelajann bebas pendapatan per isi rumah • • • Jumlah jualan pengguna Pekerjaan bagi barangan • • • Keberkesanan ekonomi • Kelayakan ahli komuniti • • Jangkaan hayat hidup yang sihat • • Saiz penduduk • • Tahap kejadian jenayah • • Tahap penyediaan kebajikan sosial • • Kaedaan stok perumahan • • Kepuasan dan penglibatan penduduk dalam aktiviti-aktiviti komuniti • dan keuntungan kemudahan • Huraian Huraian berkenaan skala ekonomi Mengukur potensi bagi pengurangkan pencemaran dan membina ekonomi yang stabil Mengukur sama ada pertumbuhan ekonomi dapat memberikan kualiti hidup yang lebih baik kepada masyarakat tempatan atau sebaliknya Tindak balas daripada tahap keyakinan pengguna Menghuraikan peluang yang diperoleh penduduk ekoran pertumbuhan ekonomi Mengukur keberkesanan pertumbuhan ekonomi dan tarikan pelaburan Tonggak Sosial Petunjuk kepada potensi anggota masyarakat untuk terbabit di dalam kemakmuran ekonomi Indikator komprehensif hasil daripada keadaan ekonomi, masyarakat dan persekitaran Petunjuk tekanan terhadap sumber-sumber alam sekitar Gambaran masalah-masalah sosial punca oleh pelbagai sebab Petunjuk terhadap sistem insuran sosial dan keadaan ekonomi Tindak balas terhadap kesihatan dan alam sekitar Petunjuk kepada keadaan pengurusan kerajaan, komunikasi awam dan kemudahan masyarakat • • • • • • • • • • • • Pengukuran Kemampuan mengurangkan jurang di antara kaya dengan miskin Menggalakkan penggunaan sumber semulajadi dengan lebih baik Memelihara dan menjaga persekitaran semulajadi Meningkatkan penglibatan awam Menggalakkan pembangunan mapan ekonomi Mengurangkan mengeluaran gas karbon dioksida Kemampuan mengurangkan jurang di antara kaya dengan miskin Menggalakkan penggunaan sumber semulajadi dengan lebih baik Memelihara dan menjaga persekitaran semulajadi Meningkatkan penglibatan awam Menggalakkan pembangunan mapan ekonomi Mengurangkan mengeluaran gas karbon dioksida 35 Tonggak Alam Sekitar • Kualiti alam sekitar • • Rawatan dan pengurusan sisa buangan Perlindungan ekologi • • • Isu-isu utama pembangunan mampan Mengukur keberkesanan penggunaan sumber-sumber Mengukur tahap pemeliharaan kawasan berair (paya) dan lain-lain aktiviti berkaitan • • • • • • Kemampuan mengurangkan jurang di antara kaya dengan miskin Menggalakkan penggunaan sumber semulajadi dengan lebih baik Memelihara dan menjaga persekitaran semulajadi Meningkatkan penglibatan awam Menggalakkan pembangunan mampan ekonomi Mengurangkan mengeluaran gas karbon dioksida Sumber : Yuan et al. (2003) Jadual 2.6 Indikator pembangunan mapan komuniti pribumi (Orang Kayan) Contoh 3 Bidang Ekonomi Ekologi Soalan Berapa penghasilan sebulan (purata) Sumber kewangan tambahan ƒ adakah kerja lain ƒ adakah memiliki kebun Adakah menanam sayuran sendiri di perkarangan rumahtanah terbiar Apa jenis kerja yang dilaksanakan ƒ Tani, buruh, memburu, kerja kerajaan, berniaga Kenderaan yang dimiliki ƒ Motosikal, kereta, basikal, perahu Anda memiliki simpanan di bank (RM) ƒ <100 ƒ 100-300 ƒ 300-500 ƒ 500-1000 ƒ >1000 Sekiranya ada peluang, adakah anda ingin mencari kerja lain/menambah kerja lain Pernahkah mengikuti kursus/latihan Memiliki pengalaman dalam bekerja Adakah anda memiliki hutang Peralatan yang dimiliki di rumah Sikap sehari-hari yang mampan Indikator Kemampanan Pendapatan Adakah anda mematikan suis letrik di bilik setiap kali keluar rumah Adakah anda menyimpan lebihan makanan ƒ ya, untuk makanan selanjutnya ƒ ya, untuk dibuat makanan lain ƒ tidak, dibuang ƒ tidak, diberi pada haiwan peliharaan Penggunaan bahan kuasa untuk memasak ƒ gas ƒ kayu bakar ƒ letrik ƒ minyak tanah Cara pergi bekerja Bil. yang melaksanakan % dari yang bekerja % dari yang memiliki % dari yang menanam dengan yang tidak % dari yang menjalankannya % unit yang dimiliki Jumlah simpanan di bank Kesediaan untuk bekerja Bil. yang pernah mengikuti Bil. yang memiliki pengalaman Bil. yang memiliki hutang Unit yang dimiliki Cara perlaksanaan Cara penggunaan Mod perjalanan 36 Sosial Penggunaan bahan bakar kenderaan Jenis tandas yang digunakan Tempat mencuci pakaian ƒ rumah ƒ sungai Jenis baja/bahan kimia yang dipakai dalam pertanian ƒ kotoran haiwan ƒ humus daunan busuk ƒ baja kimia ƒ racun serangga Berpuas hati dengan kualiti air di sini Kegunaan air sungai/air bukit ƒ untuk memasak ƒ untuk mandi ƒ untuk cuci pakaian ƒ tidak digunakan Membersihkan halaman ƒ setiap hari ƒ 2-3 hari sekali ƒ seminggu sekali ƒ jika perlu Cara bertani ƒ guna kerbau ƒ guna mesin ƒ cangkul ƒ beliung, etc (tradisional) Bil. anak yang dimiliki Bil. anak yang bersekolah Peringkat pendidikan yang paling tinggi Kesihatan Jenis bahan bakar yang diguna Jenis tandas Tempat mencuci Bersukan ƒ selalu ƒ jarang-jarang ƒ tidak pernah Merokok Kekerapan Minum arak? ƒ Ya, kerap ƒ Kadang-kadang ƒ Ya, dalam keadaan tertentu ƒ Tidak meminum Adakah pernah mengenali dadah/merasai/mencuba Aspek Rumah Tangga Jenis baja dan racun serangga Bil. yang berpuas hati Cara penggunaan Kekerapan tindakan % daripada seluruh anak % dari seluruh komuniti yang bersekolah % dari keseluruhan komuniti dan kekerapan Kekerapan meminum Bil. yang pernah terlibat/mencuba Memiliki bilik tidur sendiri Bilik air/mandi yang dimiliki Jenayah Bil. yang memiliki Bil. yang dimiliki Kecurian Kekerapan pergaduhan antara kg./jiran Adakah berlaku sumbang mahram Penceraian Kebiasaan mengunci pintu jika keluar/berehat Perlaksanaan program ronda malam dijalankan Gotong-royong diadakan dengan penglibatan penduduk Kekerapan Kekerapan Bil. kes Bil. kes Bil. tindakan Kekerapan Kekerapan, jenis gotong-royong Sumber : Ibrahim Ngah (2003) 37 Memandangkan salah satu objektif penyelidikan ini adalah membangunkan satu set indikator khusus bagi kajian di peringkat komuniti Orang Asli, model serta pendekatan membentuk dan mengklasifikasikan indikator seperti sub-tajuk 2.2.3 akan dinilai dan beberapa aspek terutama di dalam model P-S-R sedia ada akan diubah secara penambahbaikan menjadi model kemapanan versi baru yang sesuai dengan keperluan penyelidikan. Di samping itu, contoh-contoh indikator seperti yang dinyatakan (Jadual 2.4-2.6) akan diperiksa dan dinilai kesesuaiannya dengan keperluan penyelidikan ini. Huraian berkenaan pendekatan bagi penentuan indikator komuniti mapan Orang Asli dijelaskan pada bab metodologi penyelidikan (Bab 4). 2.3 Ilmu Pengetahuan Pribumi dan Pembangunan Komuniti Mapan Kajian terhadap konsep komuniti mapan bagi penyelidikan ini dilihat tidak lengkap tanpa mengambilkira kepentingan ilmu pengetahuan pribumi (indigenous knowledge). Ini kerana kajian-kajian yang dibuat terhadap cara hidup komuniti pribumi seperti oleh Thomas (2003); Gregory (2003); Pulido dan Bocco (2003); Loomis (1999); Bunn (1977) mendapati ilmu pengetahuan tradisional yang diwarisi oleh komuniti pribumi merupakan penyebab komuniti ini berjaya meneruskan kelangsungan hidup melalui amalan-amalan harian yang mapan – mementingkan perseimbangan untuk memenuhi tuntutan ekonomi, sistem sosial dan etika yang baik terhadap pengurusan alam sekitar. Sistem ilmu ini juga terbukti sebagai faktor yang membolehkan wujud kekuatan dalaman seterusnya mewujudkan kelangsungan hidup melalui keupayaan tempatan (Surasin, 1996). Bahagian ini akan memberikan gambaran keseluruhan berkenaan ilmu pengetahuan pribumi melalui definisi-definisi dan kaitan ilmu tradisional pribumi dengan agenda pembangunan komuniti mapan serta beberapa ilmu dan amalan yang telah diiktiraf sebagai selaras dengan prinsip-prinsip kemapanan. 38 2.3.1 Definisi Ilmu Pengetahuan Pribumi Ilmu pengetahuan pribumi telah diberikan pelbagai ungkapan di mana antara ungkapan yang membawa maksud yang sama dengan ilmu pengetahuan tradisonal adalah ilmu pengetahuan teknikal pribumi, etno-sains, sains tempatan, sains nenek-moyang, ilmu sains tradisional, ilmu tradisional berkenaan alam sekitar, sains penduduk dan sains kampung (Atte, 1989; Morin-Labatut dan Akhtar, 1992). Beberapa definisi bagi ilmu pengetahuan pribumi juga telah dikenalpasti. Menurut Center for Indigenous Knowledge for Agriculture and Rural Development (CIKARD) 1987, iaitu institut yang ditubuhkan dengan matlamat untuk mengumpul ilmu pengetahuan pribumi, mendefinisikan ilmu pengetahuan pribumi sebagai maklumat asas komuniti yang datang dari komuniti yang unik. Ilmu ini dibahasakan mengikut bahasa tempatan dan memandu arah proses pembuatan keputusan. Ilmu ini adalah dinamik dan ia berubah mengikut kreativiti komuniti dan inovatif melalui hubungan dengan sistem-sistem ilmu pengetahuan yang lain. Regional Program for the Promotion of Indigenous Knowledge in Asia (REPPIKA) dalam laporan yang diterbitkan pada Ogos 1989, mendefinisikan ilmu pengetahuan pribumi sebagai ilmu pengetahuan tempatan yang unik dan hanya diamalkan komuniti tertentu. Ia menjadi pangkalan maklumat masyarakat dan membantu pandu arah proses pembuatan keputusan dan komunikasi komuniti. Pengkaji seperti McClure (1989) pula mendefinisikan ilmu pengetahuan pribumi sebagai kebijaksanaan golongan tua dan terbentuk daripada perasaan untuk hidup secara bermuafakat sesama manusia dan alam. Ilmu ini dipelajari dan digunakan golongan terdahulu untuk mengetahui dan melihat dunia sekeliling. Ia melibatkan proses pembelajaran yang panjang dan proses cuba jaya (Ylhaisi, 2003) untuk penyelesaian masalah dan cabaran dalam persekitaran tempatan oleh sekumpulan orang di mana mereka perlu membuat tindakan penyelesaian setelah membuat pertimbangan secara berpandukan sumber-sumber yang ada. Atte (1989) mendefinisikan ilmu pengetahuan pribumi sebagai bentuk ilmu perkongsian tentang persekitaran, kepercayaan, peraturan dan teknik untuk aktiviti-aktiviti produktiviti oleh komuniti pribumi. Justeru, dalam menghuraikan sistem ilmu pengetahuan ini, kajian langsung terhadap komuniti pribumi dan Orang Asli adalah cara 39 terbaik kerana mereka adalah kelompok yang berhubung rapat dengan persekitaran dan hasil hubungan erat ini mereka telah membentuk jalan hidup bagi memastikan ilmu ini dan juga sumber fizikal yang terdapat di sekitar hidup mereka digunakan secara mampan. Seri Phongphit (1992) seorang antropologi Thailand, dipetik melalui terjemahan Surasin (1996) mendefinisikan kebijaksanaan tempatan ini sebagai ilmu asas atau tapak yang menyalurkan pandangan penduduk terhadap alam jagat mereka. Ilmu ini merupakan hasil gabungan pengalaman dan pembelajaran langsung penduduk dengan alam, ilmu pengetahuan akumulatif dan maklumat yang diperturunkan oleh generasi sebelumnya. Ilmu ini sangat penting kepada pengekalan budaya dan tradisi mereka. Atker (1993) mendapati ilmu pengetahuan pribumi terikat kepada proses pembelajaran dan digunakan di peringkat setempat yang lebih spesifik. Ia boleh menjadi ilmu yang dibawa masuk dari luar lalu diadaptasi menjadi ilmu yang baru kepada komuniti, atau penemuan baru yang datang dari dalam budaya komuniti tempatan seterusnya kekal menjadi tradisi melalui proses pewarisan secara generasi. Pendapat Akter (1993) dikuatkan oleh Seri Phongphit (1992) (terjemahan Surasin, 1996) menggariskan 3 kriteria utama sistem ilmu pribumi iaitu bersifat spesifik bagi konteks tempatan, sangat holistik dan berteraskan nilai menghormati yang lebih tua. Sifat holistik ini dibentuk merangkumi semua perkara dalam pelbagai aspek kehidupan yang mampu difikirkan penduduk dan setiap aspek ini akan digunakan dalam proses membuat keputusan yang biasanya mengutamakan pendapat golongan yang lebih tua dan berpengalaman. Sistem ilmu ini adalah unik dan bersifat spesifik bagi konteks tempatan kerana ia dibentuk melalui usaha penduduk tempatan sendiri dan diimplimentasi khusus untuk komuniti itu sendiri. Secara keseluruhannya, sistem ilmu pengetahuan pribumi adalah suatu sistem maklumat yang dinamik, tidak statik dan sentiasa mengalami penambahbaikan. Kedinamikan ilmu ini juga dipengaruhi oleh kreativiti dalaman dan usaha eksperimentasi komuniti kesan daripada hubungan dalaman antara sistem-sistem kehidupan harian. Sistem ilmu pengetahuan pribumi juga mencakupi hampir keseluruhan aspek kehidupan meliputi aspek sosial, alam semulajadi dan persekitaran fizikal dan sistem kepercayaan. Sistem ilmu ini dijadikan asas di dalam proses pembuatan keputusan komuniti yang dapat dilihat daripada sistem organisasi yang tersusun dan keputusan yang dibuat bagi mengimplimentasi ilmu ini ke dalam amalan hidup juga dibuat secara teliti setelah 40 mengambilkira keupayaan setiap individu serta keberkesanannya menyelesaikan permasalahan yang dihadapi. 2.3.2 Amalan Kemapanan dalam Sistem Ilmu Pengetahuan Pribumi Kajian-kajian yang telah dibuat oleh Pulido dan Bocco, 2003; Thomas, 2003; Gregory, 2003; Rasul dan Thapa, 2003; Loomis, 2000; Surasin, 1996; Rajasekaran, 1993; Warren, 1989; Roseman, 1986 menunjukkan sistem ilmu pengetahuan pribumi dapat memberikan input penting terhadap konsep komuniti mapan. Ini kerana penemuan kajiankajian tersebut menunjukkan amalan harian yang berpadukan ilmu pengetahuan tradisional dapat membentuk sebuah komuniti yang berjaya memelihara nilai-nilai budaya yang positif, sumber semulajadi untuk ekonomi dan membentuk hubungan dengan persekitaran secara mesra alam. Warren (1989) menyifatkan komuniti pribumi merupakan contoh terbaik di mana sekumpulan manusia yang berjaya mengaplikasikan prinsip-prinsip pembangunan mapan kepada kehidupan sebenar mereka melalui sistem ilmu tradisional. Hujah Warren telah diperkuatkan menerusi kajian oleh Surasin (1996) terhadap komuniti pribumi di dua kampung di Thailand di mana beliau mendapati sistem ilmu pengetahuan pribumi terbahagi kepada 3 dimensi (rujuk Rajah 2.4), iaitu sama sebagaimana 3 dimensi bagi konsep pembangunan mapan yang dihuraikan pada sub-bahagian 2.2.1.3 dan komuniti mapan pada sub-bahagian 2.2.2.2 oleh Pepperdine (2003). 41 Hubungan Manusia Dengan Kuasa Luar Biasa ILMU PENGETAHUAN PRIBUMI Hubungan Manusia Dengan Alam/Haiwan/Tumbuhan Hubungan Manusia Dengan Manusia Rajah 2.6 : Dimensi ilmu pengetahuan Orang Asli Sumber : olahan daripada Surasin (1996) Surasin menjelaskan hubungan pertama; iaitu manusia dengan alam, merupakan hubungan sistem penghasilan dengan fokus terhadap kaedah yang digunakan manusia berinteraksi dengan alam untuk kelangsungan hidup secara mapan. Bidang yang berkaitan adalah ilmu teknikal, inovasi serta eksperimentasi terhadap aktiviti-aktiviti penghasilan seperti amalan bertani dan mencari sumber hutan. Hubungan kedua; manusia dengan manusia, membentuk sistem hidup yang saling bekerjasama. Ia menerangkan kehidupan setiap ahli dalam komuniti yang bersatu padu, proses pembuatan keputusan, pembentukan organisasi sosial serta kaedah pelajaran dan pembelajaran dijalankan. Hubungan ketiga; manusia dengan kuasa luar biasa, merupakan tapak segala nilai, sambutan perayaan, kepercayaan agama, perkara-perkara misteri yang tidak dapat dihurai dan lain-lain upacara ritual hasil kepercayaan komuniti berinteraksi dengan kuasa luar biasa. Dengan kata lain, ilmu pengetahuan pribumi terbina daripada gabungan ketiga-tiga dimensi seperti dijelaskan. Huraian berkenaan hubungan ketiga-tiga dimensi ini dilihat selari dengan pandangan Pepperdine (2003) bahawa komuniti mapan adalah komuniti yang melihat komponen ekonomi, alam sekitar dan sosial sebagai konteks yang saling berkaitan dan mengambilkira pertalian tersebut dalam merancang masa depan. 42 Pepperdine juga menyatakan komuniti mapan bukan komuniti yang statik kerana kemapanan tidak bermakna tiada perubahan, sebaliknya ia bermaksud mencari jalan bagi memperbaiki komuniti dengan memperkukuhkan pertalian antara ekonomi, alam sekitar dan sosial. Hujah ini turut menyokong pernyataan Warren (1989) bahawa ilmu pengetahuan pribumi adalah bersifat dinamik, berinovasi dan sering dieksperimentasi selaras dengan perubahan yang berlaku di dalam dan luar komuniti. Kedinamikan ini juga membolehkan komuniti meneruskan kesinambungan generasi tanpa mengabaikan hak jangka panjang anak cucu mereka menggunakan sumber-sumber alam yang ada di persekitaran mereka di samping tindakan mengolah sumber alam hanya dibuat setelah memikirkan kemampuan tampungan sesuatu kawasan. Ciri-ciri komuniti mapan turut menyentuh perihal penglibatan komuniti dalam proses pembangunan (Pepperdine, 2003). Di dalam sistem ilmu pengetahuan pribumi seperti yang dikupas sebelum ini, permuafakatan amat dipentingkan di mana setiap individu dalam komuniti berhak untuk terlibat dan menyuarakan pandangan dalam proses pembuatan keputusan (Surasin,1996). Ilmu pengetahuan pribumi juga dibuktikan oleh pelbagai pihak baik ahli sains sosial, saintis dan pakar antropologi sebagai holistik dan sesetengah daripada ilmu dan amalan komuniti berpandukan ilmu pengetahuan tersebut telah diiktiraf sebagai selaras dengan prinsip-prinsip kemapanan. Di antaranya ialah amalan pertanian tradisional (organik), hubungan sosial dan pengurusan alam sekitar. Pulido dan Bocco (2003) dan Gregory (2003) mendapati amalan pertanian tradisional oleh komuniti pribumi adalah bertepatan dengan keperluan serta ciri-ciri sebagaimana konsep pertanian mapan oleh Rasul dan Thapa (2003) iaitu: (1) memastikan keseimbangan kualiti alam sekitar; (2) menstabilkan produktiviti tanaman dan ternakan; dan (3) dapat diterima masyarakat. Amalan pertanian mapan juga diukur secara terperinci daripada tiga perspektif kemapanan iaitu; kebaikan ekologi; penerimaan sosial dan ekonomi tanpa pergantungan. Kajian Pulido dan Bocco (2003) terhadap kegiatan pertanian tradisional komuniti pribumi di bahagian tengah Mexico dan Gregory (2003) terhadap penanaman keladi oleh suku pribumi di Vanuatu, Papua menunjukkan wujud tahap pengamalan aktiviti pertanian organik yang tinggi. Kegiatan pertanian tradisional secara organik telah menjadi pemangkin kelangsungan komuniti kerana matlamat utama kegiatan pertanian pribumi bukanlah untuk memaksimumkan keuntungan material, sebaliknya bersifat memenuhi keperluan makanan setiap anggota isirumah dalam komuniti tersebut (self-sufficiency) 43 (Pulido dan Bocco, 2003; Rasul dan Thapa, 2003; Thomas, 2003). Amalan-amalan pertanian tradisional yang diiktiraf adalah selaras dengan prinsip-prinsip kemapanan dan dapat dilihat daripada ketiga-tiga dimensi kemapanan. Dari aspek kemapanan ekologi, kegiatan pertanian tradisional menunjukkan penggunaan bahan organik (baja) yang tinggi untuk kesuburan tanaman dan tanah, corak gunatanah yang berintegrasi antara pertanian, penternakan dan pengeluaran hasil hutan. Manakala aspek kemapanan sosial, amalan pertanian tradisional menjamin kesaksamaan dalam agihan disebabkan setiap pekerjaan dilakukan secara bergotong-royong dan keselamatan dari segi stok makanan melalui pembinaan bangsal simpanan bekalan makanan dan anak benih di setiap rumah. Dari aspek ekonomi pula, produktiviti dan kestabilan penghasilan daripada pertanian tradisional kekal baik disebabkan permintaan tinggi daripada pengguna luar terhadap bahan makanan (sayur) bebas kimia dengan menawarkan harga yang tinggi. Kajian terhadap sistem sosial kaum Mouri di New Zealand oleh Loomis (2000) dan suku Djabugay di Australia oleh Dyer et al. (2003) mendapati ilmu pengetahuan tradisional sebagai falsafah yang mendasari cara komuniti melihat alam jagat (worldview) dari kacamata mereka. Komuniti dianggap sebagai sebahagian daripada kejadian alam yang dicipta oleh kuasa ghaib (Loomis, 2000). Di atas falsafah inilah, kaum Mouri melihat fungsi setiap anggota dalam komuniti adalah lebih kepada menjaga serta mengurus sumber alam, berbanding untuk mendominasi sumber yang wujud. Ilmu pengetahuan pribumi juga menjadi landasan sistem nilai dan etika yang dikembang dan diterjemah menjadi amalan-amalan komuniti. Hanare (1997) melihat sistem nilai dan etika yang dibina daripada sistem ilmu pengetahuan pribumi mencerminkan amalan kemapanan kerana komuniti menganggap semua benda hidup dan sumber-sumber semulajadi adalah pemberian yang bermanfaat oleh kuasa ghaib dan manusia diberikan tugas untuk menguruskannya supaya pemberian ini kekal berpanjangan serta memberi manfaat kepada semua pihak. Perkongsian manfaat ini jelas ditonjolkan melalui sistem sosial komuniti yang menekankan sikap bergotong-royong, tolong-menolong dan berkongsi nikmat yang diberi. 44 Selaras dengan kenyataan Hanare (1997) berkenaan peranan komuniti sebagai pengurus kepada alam pemberian kuasa ghaib, komuniti pribumi telah muncul dan diiktiraf sebagai antara pengurus dan pengguna sumber alam yang mapan (Prinsip 22; Deklarasi Rio 1992). Kajian-kajian oleh Buchs, 2003a; Dyer et al., 2003; Pulido dan Bocco, 2003 dan Mberengwa, 2000 menunjukkan bahawa sistem ilmu pengetahuan pribumi mampu membawa kepada tindakan pengurusan alam sekitar secara mapan. Kemapanan bukan bermaksud untuk menyekat penggunaan semua sumber alam, tetapi bagaimana sumber yang dianugerahkan ini dapat digunakan untuk kesejahteraan dan kemakmuran bersama yang berpanjangan. Pulido dan Bocco (2003) melihat komuniti pribumi sebagai pengurus sumber alam yang mapan di mana kegiatan pengambilan hasil hutan akan diintegrasikan dengan aktiviti pertanian yang bertujuan mengurangkan pergantungan terhadap penjualan hasil hutan. Tindakan mengeksploitasi sumber alam turut dilakukan komuniti pribumi di Zimbabwe iaitu menggunakan potensi hidupan liar sebagai tarikan pelancongan menggunakan konsep Safari yang secara tidak langsung membantu mengawal kepupusan haiwan liar pelbagai spesis dengan menghapuskan kegiatan pemburuan haram (Mberengwa, 2000). Pengurusan alam sekitar turut dilakukan komuniti Djabugay di Australia dengan pengenalan konsep perkampungan budaya. Melalui tindakan ini, kegiatan ekonomi penduduk diubah daripada pengeksploitasian sumber hutan tidak terkawal kepada pengurusan pelancongan (Dyer et al., 2003). Tindakan pengurusan alam sekitar tidak bermaksud menghalang sebarang pengambilan hasil hutan, kerana mustahil memisahkan kehidupan pribumi dengan hutan. Antara tindakan yang sering dibuat adalah menjalankan penebangan terpilih (matang sahaja) atau pengambilan sesetengah hasil hutan secara bermusim, melalui kebenaran pentadbiran kampung (Pulido dan Bocco, 2003). 45 2.4 Strategi Pembangunan Komuniti Orang Asli Pembangunan komuniti pribumi dan Orang Asli memerlukan strategi yang menyeluruh serta pembangunan yang seimbang dalam semua aspek sama ada fizikal dan bukan fizikal. Kekuatan ekonomi yang menjadi kuasa penggerak komuniti perlu diatur supaya dapat diseimbangkan dengan aspek sosial iaitu kesepaduan dalam komuniti dan nilai-nilai etika terhadap alam sekitar. Bahagian ini menjalankan kajian literatur bagi menyingkap pengalaman perlaksanaan strategi pembangunan Orang Asli di Malaysia oleh agensi khusus bertanggungjawab ke Orang Asli iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan pengalaman pembangunan komuniti pribumi di beberapa negara luar termasuklah Australia, Mexico, Kanada dan beberapa buah negara lain. 2.4.1 Pengalaman Malaysia Strategi pembangunan komuniti Orang Asli perlu mencapai falsafah pembangunan luar bandar yang mementingkan peningkatan kualiti hidup penduduk dengan membasmi kemiskinan melalui program dan usaha yang maju, menarik dan menguntungkan berteraskan penglibatan serta pengupayaan penduduk (Sunaidin, 1997). Usaha kerajaan untuk membangunkan Orang Asli terus diberi perhatian melalui penubuhan agensi khas iaitu Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) pada tahun 1953 dengan Akta 134 sebagai panduan dalam melaksanakan tugas berkaitan kepentingan Orang Asli (Hassan Ishak, 1998). Selaras dengan misi menjadi sebuah organisasi cemerlang bertaraf dunia dalam pembangunan sosio-ekonomi dan kebajikan Orang Asli, pelbagai usaha pembangunan sama ada ekonomi, fizikal mahupun sosial telah dilaksanakan jabatan ini. Penyelidikan ini akan mengupas beberapa contoh kajian yang dibuat terutama kajian berkaitan penilaian kesan (impact assessement studies) daripada perlaksanaan strategi dan program pembangunan Orang Asli memandangkan kajian sebegini masih kurang dilakukan dan didokumentasikan sebagai rujukan. Antaranya kajian penilaian oleh Mustaffa Omar (2004) dan Zahid Emby et al. (1996). 46 Mustaffa Omar (2004) menjalankan kajian penilaian kesan ekonomi daripada perlaksanaan RPS ke atas komuniti Jakun di Mukim Bekok, Segamat. Projek kerajaan negeri Johor ini dilaksanakan oleh Yayasan Pelajaran Johor pada tahun 1996 bermatlamat membawa pembangunan bersepadu dari segi sosial dan ekonomi kepada Orang Asli melalui tindakan pengumpulan dan penyusunan semula penduduk dari beberapa perkampungan kecil ke dalam suatu kawasan petempatan yang lebih besar dan tersusun. Sejumlah 166 buah keluarga dari 6 buah kampung terlibat dan dari aspek ekonomi, setiap Ketua Isirumah (KIR) diberikan tanah seluas 8 ekar sebagai ladang kelapa sawit, 3 ekar dusun dan ¼ tanah tapak rumah. Dari aspek fizikal, setiap keluarga diberikan satu unit rumah setingkat (lengkap dengan 3 bilik tidur, ruang tamu, dapur dan kemudahan asas) bernilai kira-kira RM 70,000.00. Hasil kajian menunjukkan sebelum perlaksanaan RPS komuniti menunjukkan ciriciri kegiatan ekonomi dan sosial tradisional serta kurang terdedah kepada jaringan hubungan dengan penggerak ekonomi luar yang berpandu permintaan pasaran. Pekerjaan dan pendapatan komuniti bergantung sepenuhnya kepada hasil keluaran hutan dan bercucuk tanam hanya sebagai kegiatan penting sara diri. Dari segi sosial, setiap aktiviti dilakukan secara berkumpulan dam saling bermuafakat dan wujud sistem pengagihan hasil sesama ahli kumpulan. Selain itu, penglibatan wanita (isteri) adalah penting bagi membantu suami mencari hasil hutan dan kerja sampingan membuat kraf. Manakala, kanak-kanak pula turut diajak ke hutan bagi mengajar mereka ilmu dan selok-belok berkenaan hutan. Perlaksanaan RPS ternyata membawa perubahan terhadap kehidupan komuniti. Antara kesan positif yang ditunjukkan adalah komuniti semakin terdedah kepada jaringan hubungan dengan penggerak ekonomi pasaran. Jika dahulunya, ekonomi adalah berbentuk sara diri dengan banyak bergantung kepada hutan, kini ekonomi komuniti menjadi lebih moden dengan sistem yang dipandu kuasa pasaran. Dari aspek sosial, pengaruh kemodenan telah merubah sikap dan mentaliti penduduk kepada lebih terbuka dan bersungguh-sungguh untuk cuba mengubah taraf kehidupan. Justeru, terdapat sebilangan golongan belia yang sanggup berhijrah keluar mencari pekerjaan untuk memastikan taraf kehidupan menjadi lebih baik. 47 Di sebalik perubahan positif yang berlaku, wujud kesan-kesan sampingan yang negatif terhadap komuniti. Antaranya, penerimaan pengaruh gaya hidup yang moden membuatkan pengamalan sesetengah nilai hidup tradisional yang didokongi sistem ilmu pengetahuan Orang Asli telah mula terhakis. Buktinya, perubahan sistem kerja daripada berkumpulan kepada sistem pembahagian kerja dan hasil telah berubah kepada sistem kerja upah yang dibayar mengikut individu. Perubahan sistem ekonomi telah membawa kesan rantaian kepada sistem sosial di mana penglibatan penduduk yang asalnya teguh dengan kegiatan gotong-royong atau kerja tanpa upah mula kurang menerima sambutan kerana penduduk lebih melihat kepentingan diri sendiri dan keluarga mereka. Selain itu, peranan wanita dan kanak-kanak sudah tidak dipentingkan lagi. Jika dahulu, wanita turut membantu menambah pendapatan keluarga dengan masuk ke hutan mencari bahan untuk kerja kraftangan seperti membuat tikar dan bakul, kini mereka hanya menjadi suri rumah. Anak-anak pula sudah tidak didedahkan lagi dengan ilmu tradisional dan selok-belok hutan memandangkan RPS telah membawa aktiviti pembalakan dan pemusnahan hutan untuk perladangan komersil meninggalkan Orang Asli terus terhakis nilai-nilai yang baik pada sistem ilmu pengetahuan mereka untuk diwariskan kepada generasi anak-anak mereka. Zahid Emby et al. (1996) menjalankan kajian penilaian kesan perlaksanaan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) terhadap perubahan struktur ekonomi dan sosiobudaya masyarakat Orang Asli di negeri Perak. Kajian meliputi 2 kawasan RPS terawal diwujudkan di Perak iaitu RPS Kemar (1975) dan RPS Banun (1979) di daerah Gerik. Seramai 160 responden yang terdiri daripada bangsa Temiar dan Jahai dipilih secara rawak bagi kajian ini. Hasil kajian menunjukkan sebelum perlaksanaan RPS, majoriti penduduk bergantung hidup dengan menjalankan pekerjaan tradisional seperti mencari hasil hutan, berladang, menangkap ikan dan bercucuk tanam, selain sebahagian lagi menjadi kakitangan kerajaan iaitu askar, polis hutan dan pekerja JHEOA. Sistem ekonomi asal adalah untuk sara diri bertujuan memenuhi keperluan bekalan makanan seharian. Sebelum menyertai RPS, keseluruhan penduduk tinggal terasing dalam perkampungan kecil dan didiami satu puak yang lazimnya terikat oleh hubungan kekeluargaan dan perkahwinan. Mereka menilai tinggi semangat kerjasama, berkongsi apa yang diperoleh daripada alam sekeliling dan bantu-membantu bagi menjamin kewujudan mereka berkelangsungan di dalam kawasan hutan yang semakin terhad hasilnya. Kehidupan di hutan juga membolehkan mereka mempelajari dan mengeksperimentasi pelbagai teknik 48 dan kemahiran untuk survival. Hubungan erat Orang Asli dengan hutan telah mempengaruhi nilai dan kepercayaan yang menjadi anutan Orang Asli di mana amalan atau perbuatan berkaitan hutan amat dijaga oleh komuniti. Perlaksanaan RPS (kira-kira 20 tahun selepas penubuhannya) dikesan telah membawa beberapa perubahan positif terutama dari segi jenis pekerjaan, pendapatan dan pola penggunaan. Dari aspek struktur pekerjaan menunjukkan sudah ramai penduduk mula mempelbagaikan pekerjaan untuk menambah sumber pendapatan. Peluang daripada program pembangunan pertanian oleh JHEOA dengan kerjasama FELCRA menyediakan peluang kerja sebagai pemandu kenderaan, buruh pertanian di samping turut menjadi pekebun kecil, penternak dan peniaga. Strategi melalui pendidikan di RPS ternyata membuka minda dan mendedahkan penduduk untuk meneroka peluang mendapatkan kehidupan lebih baik melalui penglibatan dengan jenis-jenis pekerjaan yang bukan tradisional, seterusnya mengurangkan pergantungan kepada pengeksploitasian kawasan hutan. Penyertaan peserta dengan pekerjaan bukan tradisional menunjukkan semakin ramai peserta memperoleh pendapatan melepasi garis kemiskinan dan dengan kata lain, strategi pembangunan melalui RPS berjaya meningkatkan kemampuan penduduk memperoleh pendapatan yang lebih baik dan bilangan yang mempunyai simpanan wang turut meningkat. Di samping peningkatan aktiviti moden, kegiatan berkaitan hutan masih giat dijalankan sebahagian peserta. Situasi ini menunjukkan perlaksanaan RPS tidak menjejaskan minat masyarakat terhadap hutan, malah sesetengah aktiviti mencari hasil hutan semakin bertambah. Perkembangan ini secara negatifnya boleh mengancam kedapatan sumber hutan yang berharga dan secara positifnya menunjukkan penduduk masih mempunyai dan mempraktikkan nilai kehidupan asal berpandukan ilmu pengetahuan warisan nenek-moyang mereka. Biarpun mengalami perubahan cara hidup setelah menyertai RPS, hutan masih memainkan peranan utama dan penduduk masih memberikan penekanan kepada mengajar ilmu tentang hutan dan kehidupan tradisional berpandukan nilai-nilai yang baik kepada anak-anak dan generasi muda. 49 2.4.2 Pengalaman Luar Negara Bahagian ini mengupas pengalaman perlaksanaan strategi atau program pembangunan mapan bagi komuniti pribumi di tiga buah negara iaitu Australia, Mexico dan Kanada. Strategi pembangunan yang dilaksanakan bermatlamat menerapkan aspek kemapanan meliputi aspek ekonomi, sosial serta alam sekitar. 2.4.2.1 Pengalaman Australia Strategi pembangunan mapan komuniti Orang Asli Djabugay di pendalaman melalui aktiviti Pelancongan Budaya (culture tourism) (Dyer et al., 2003). Strategi ini bermatlamat membantu Orang Asli bersedia menerima perubahan sebelum membolehkan komuniti hidup berdikari. Strategi dilaksanakan secara bersistematik melalui pembentukan Taman Budaya Tjapukai. Ramai penduduk tempatan mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dengan pendapatan bulanan yang memuaskan. Strategi ini dirancang bagi memenuhi keperluan mewujudkan komuniti mapan melalui tiga cabang tindakan iaitu memelihara kesinambungan warisan kebudayaan pribumi, melindungi alam sekitar daripada pengeksploitasi berlebihan dan memperbaiki taraf sosio-ekonomi dengan penglibatan sebagai pengusaha dan pekerja kepada sektor pelancongan. Kesan dari segi ekonomi, Orang Djabugay telah terlibat aktif sebagai pengusaha pusat pelancongan dan pekerja di kampung budaya. Segelintir dilantik sebagai pegawai pentadbiran taman budaya. Penglibatan penduduk dengan sektor pekerjaan ini memberikan pendapatan tetap bulanan di samping peluang untuk terlibat dengan sektor pentadbiran dan pengurusan. Dari segi alam sekitar pula, tumpuan terhadap taman budaya telah mengurangkan aktiviti meneroka hutan dan secara tidak langsung telah memulih semula kawasan hutan yang dieksploitasi sebelum ini. Dari segi sosial, strategi ini membantu corak kerja secara bersama yang secara langsung memperbaiki hubungan sosial dalam komuniti, melahirkan komuniti yang bersatu-padu di samping memastikan adat budaya warisan yang mapan dikekalkan. Strategi ini terbukti berjaya memperbaiki taraf hidup komuniti dan nilai-nilai warisan yang baik dalam usaha mewujudkan komuniti mapan dan mampu berdikari. Selain itu, strategi ini berjaya mengurangkan migrasi ke luar seterusnya tenaga kerja yang ada digunakan sepenuhnya bagi membangunkan kawasan setempat di Tjapukai. 50 Di sebalik kejayaan yang dicapai, strategi ini menunjukkan beberapa masalah. Dari segi ekonomi, majoriti penduduk hanya bekerja sebagai buruh atau pekerja bawahan dan hanya sebilangan kecil sahaja diberikan tugas di bahagian pengurusan dan pentadbiran. Kedudukan sebagai pekerja bawahan tidak banyak membantu meningkatkan pendapatan bulanan mereka. Dari segi sosial pula, kemasukan pengaruh luar bawaan pelancong asing dilihat perlahan-lahan menghakis amalan dan sistem sosial asal komuniti tempatan. Kebanyakan penduduk mulai cenderung kepada gaya hidup moden dan mereka mula menganggap pengekalan budaya dan identiti perkampungan hanya sebagai satu kerja yang menyediakan pendapatan kepada mereka sahaja. Perkara-perkara seperti ini seharusnya dipandang serius oleh pihak pengurusan taman berkenaan supaya bukan sahaja pengekalan fizikal dibuat, malah kemapanan sistem sosial komuniti perlu dipelihara. 2.4.2.2 Pengalaman Mexico Sistem pertanian mapan komuniti Orang Asli di Nuevo San Juan melalui amalan pertanian berintegrasi melalui gabungan ilmu pengetahuan tradisional Orang Asli dan teknologi pertanian moden (Pulido dan Bocco, 2003). Strategi ini melihat kaedah yang digunapakai komuniti pribumi luar bandar mengintegrasikan elemen-elemen semulajadi seperti hutan, penternakan haiwan dan pertanian jagung untuk kelangsungan komuniti. Dari segi strategi pengurusan alam sekitar iaitu hutan, komuniti menggunakan pendekatan moden di samping amalan perhutanan mapan. Perusahaan moden diwujud bertujuan menghasil dan memasarkan produk kayu dan damar yang diekstrak dari hutan oleh penduduk. Manakala, pemuliharaan sumber hutan semasa penebangan dibuat serentak dengan penebangan terpilih, terkawal dan penanaman semula. Aktiviti pertanian pula adalah organik, tanpa penggunaan sebarang baja atau racun kimia Dari segi ekonomi, komuniti menyimpan bekalan makanan yang cukup melalui perladangan jagung dan penternakan lembu. Ladang jagung diusaha dengan praktis tradisional meliputi pemilihan kawasan, pengawalan cerun dan kesuburan tanah. Bagi meningkatkan hasil, jentera moden diguna bersama-sama tenaga haiwan dan penduduk. Penternakan haiwan dibuat dengan menggunakan pinggir hutan sebagai padang ragut dan bekas ladang jagung yang baru dituai. Dari segi sosial pula, proses pembuatan keputusan dibuat berasaskan kebijaksanaan dan pengalaman daripada ilmu pengetahuan tradisional serta mengambilkira secara terperinci peranan setiap ahli. Biarpun wujud beberapa masalah kecil seperti risiko 51 peningkatan kos sewa akibat kelewatan jentera membajak kerana halangan mukabumi dan risiko pencemaran minyak daripada jentera, umumnya amalan pertanian integrasi bertunjangkan sistem ilmu pengetahuan tradisional dilihat berjaya mewujudkan kemapanan komuniti dengan pemeliharaan sumber hutan (alam sekitar) serta kemampuan komuniti menghasilkan keperluan makanan yang cukup (ladang menyediakan makanan asasi; penternakan menyediakan daging dan susu). 2.4.2.3 Pengalaman Kanada Strategi pengurusan hutan mapan oleh komuniti Orang Asli Tl’azt’en dengan mengambilkira ilmu moden dan ilmu ekologi dan nilai komuniti Orang Asli (Karjala dan Dewhurst, 2003). Strategi ini dijalankan secara usahasama penduduk tempatan (bottom up) dengan pihak universiti sebagai tempat pendidikan, penyelidikan dan latihan. Secara tradisinya, kawasan hutan dijadikan kawasan perikanan, pemburuan dan pengumpulan hasil oleh komuniti Orang Asli, strategi ini melihat hutan mempunyai potensi lebih besar jika diurus secara mapan melalui kerjasama ilmuan dan penduduk tempatan. Dari segi ekonomi mapan, penekanan strategi adalah untuk menyediakan peluang pekerjaan yang baik kepada setiap generasi Orang Asli (kini dan akan datang). Manakala, dari segi sosial pengurusan hutan melatih komuniti tempatan mempunyai perasaan sayangkan tanah tempat tinggal. Pengurusan bersama hutan dibuat setelah kriteria-kriteria penting pengurusan hutan mapan dikenalpasti iaitu faktor manusia, ekonomi, pengurusan tanah serta perhatian terhadap sumber dan alam sekitar. Kawasan hutan melalui kriteria ini telah dirancang kepada 5 zon utama dengan fungsi dan kepentingan tersendiri iaitu Zon Rizab Budaya, Zon Budaya, Zon Tradisional, Zon Pengurusan Sumber Berintegrasi dan Zon Pertanian. Zon-zon ini digunakan bagi mengawal sumber kawasan hutan dan sekitar secara pengurusan mapan dan bersistematik. Strategi pengurusan bersama hutan telah meningkatkan penglibatan penduduk tempatan dalam proses perancangan di samping berjaya mengurangkan jurang tanggapan ilmu pengurusan hutan moden terhadap ilmu pengurusan hutan dan ekologi penduduk tempatan sebelum ini 52 2.5 Rumusan Peranan yang dimainkan oleh komuniti Orang Asli dalam pengurusan sumber alam secara mapan seperti yang terkandung pada sistem ilmu pengetahuan mereka bukan sahaja diperakui di peringkat tempatan malah di peringkat antarabangsa. Ilmu pengetahuan ini juga membenarkan mereka mempraktikkan prinsip-prinisp pembangunan mapan dalam kehidupan harian lebih awal berbanding penemuan yang dibuat profesional dan pengkaji terhadap komuniti moden. Penyelidikan ini melihat potensi serta keunikan yang ditunjukkan melalui sebahagian amalan komuniti Orang Asli yang mapan perlu diambilkira secara serius dalam proses penyediaan kerangka strategi pembangunan buat mereka. Bab ini turut menghuraikan konsep komuniti mapan dengan merujuk kepada pelbagai sumber. Ringkasnya, komuniti mapan dibentuk melalui interaksi bersepadu di antara komponen-komponen ekonomi, alam sekitar dan sosial serta sebuah komuniti mapan perlu dipandu oleh satu sistem hidup yang bersepadu merangkumi interaksi sesama manusia; dengan alam sekeliling dan; dengan pencipta yang diterjemah melalui amalan ekonomi, sosial, politik, ekologi dan spiritual. Semakan literatur turut dibuat untuk melihat perkembangan idea bagi pembentukan rangka kerja indikator pembangunan mapan bermula daripada model S-R kepada P-S-R dan seterusnya. Selain model indikator, semakan literatur dibuat terhadap contoh-contoh indikator pembangunan mapan daripada pelbagai skala ruang baik di peringkat negara, wilayah mahupun peringkat kampung dengan tujuan untuk mengenalpasti dan seterusnya menyenaraikan indikator-indikator yang releven untuk digunapakai bagi pembentukan suatu set indikator khusus oleh kajian ini kelak. Berpandukan model P-S-R, lazimnya indikator komuniti mapan dibentuk setelah mengambilkira faktor-faktor tekanan, perubahan terhadap keadaan serta cara komuniti bertindak balas untuk dikembangkan mengikut tiga dimensi pembangunan mapan iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar. Semakan terhadap contoh perlaksanaan beberapa strategi pembangunan komuniti Orang Asli berdasarkan pengalaman Malaysia dan negaranegara luar juga mendapati, gabungan pendekatan moden dan tradisional di samping galakan penglibatan penduduk tempatan adalah prasyarat penting yang menentukan kejayaan dan kebolehterimaan komuniti terhadap usaha-usaha pembangunan. 53 BAB 3 PROFIL MASYARAKAT ORANG ASLI DI MALAYSIA DAN KAWASAN KAJIAN 3.1 Pengenalan Siapakah yang dikatakan warga pribumi? Menurut Hasan Mat Nor (1998), umumnya istilah pribumi digunakan bagi merujuk kepada kumpulan-kumpulan etnik natif kepada sesuatu wilayah yang dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara di mana mereka ini telah datang di wilayah tersebut lama sebelum wilayah itu wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat. Pernyataan ini walau bagaimanapun dilihat masih umum serta kabur untuk digunakan bagi penyelidikan ini memandangkan semakan lanjut mendapati terdapat beberapa istilah lain yang sering digunakan bagi merujuk kepada masyarakat pribumi iaitu istilah pribumi, bumiputera dan Orang Asli. Bahagian awal ini cuba untuk mengupas istilah-istilah berkenaan dengan tujuan meluaskan pengetahuan dan mengelak daripada kekeliruan akibat salah tafsiran, seterusnya mendapatkan definisi terbaik untuk diterimapakai oleh penyelidikan ini. Kamus Dewan memberi takrif pribumi sebagai ‘penduduk asli’ dan juga bumiputera (DBP, 1964). Definisi yang hampir sama diberikan Kamus Longman (edisi kedua, 1997) yang mentaktifkan pribumi sebagai aboriginal iaitu para penduduk asal (aborigines) yang telah wujud di sesuatu negeri sejak awal lagi. Dalam konteks ini, dapat difahami bahawa pribumi merupakan istilah umum yang digunakan bagi merujuk kepada semua kelompok manusia yang dianggap sebagai penghuni asal atau terawal di Malaysia. 54 Manakala, di bawah istilah pribumi ini barulah muncul dua istilah yang lebih spesifik digunakan bagi membezakan status kumpulan-kumpulan ‘para penduduk asal’ ini iaitu bumiputera dan Orang Asli. Hasan Mat Nor (1998) telah mengemukakan takrifan masyarakat pribumi menurut klasifikasi perundangan di mana terdapat dua kelompok warga pribumi di Malaysia iaitu bumiputera dan Orang Asli. Menurut beliau, kumpulan kaum yang diklasifikasikan sebagai bumiputera adalah meliputi Orang Melayu di Semenanjung, Orang Melayu, Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Melanau, Murut serta penduduk-penduduk natif lain di Sarawak serta Orang Melayu, Kadazan, Dusun, Bajau dan penduduk-penduduk natif lain di Sabah. Manakala Orang Asli pula meliputi tiga kelompok etnik utama dikenal sebagai Negrito, Senoi dan Melayu-Proto (Hasan Mat Nor, 1998; Sunaidin, 1997). Pengkaji terkemudian seperti Nicholas (2000) mentaktifkan panggilan ‘Orang Asli’ bermaksud ‘tulen’ atau ‘masyarakat pertama’ yang mendiami Semenanjung Malaysia. Perbezaan maksud istilah bumiputera dan Orang Asli dapat dilihat dengan merujuk kepada definisi di dalam perlembagaan negara dan juga Akta Orang Asli 1954 (Akta 134). Menurut (fasal) perlembagaan, istilah bumiputera membawa maksud yang lebih luas dan merangkumi keseluruhan Malaysia. Manakala, Akta 134 iaitu akta khusus bagi Orang Asli hanya boleh dikuatkuasakan bagi Semenanjung Malaysia, menetapkan 4 syarat utama bagi mendefinisikan Orang Asli iaitu: a) Mana-mana orang yang bapanya adalah dari rumpun bangsa Orang Asli yang bercakap dalam bahasa Orang Asli yang lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat serta kepercayaan. Ini termasuklah keturunan Orang Asli itu; mana-mana orang dari apa-apa kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa masih kanakkanak oleh Orang Asli dan adalah seseorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli. b) Anak dari apa-apa persatuan antara seseorang perempuan Orang Asli dengan seseorang lelaki dari kaum lain dengan syarat bahawa anak itu lazim bercakap dalam bahasa Orang Asli yang adat dan kepercayaan Orang Asli yang masih lagi menjadi seseorang dari sesuatu masyarakat Orang Asli. c) Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli kerana ia telah masuk sesuatu agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, ia masih 55 mengikut cara hidup Orang Asli serta bercakap dalam bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi seseorang Orang Asli semata-mata oleh sebab ia mungkin mengamalkan agama itu. d) Apa-apa soal sama ada seseorang adalah Orang Asli atau bukan Orang Asli hendaklah diputuskan oleh Menteri. Daripada definisi yang dibincangkan di atas, didapati masyarakat Orang Asli merupakan warga pribumi (golongan penduduk asal) Malaysia, namun agak berbeza dengan kelompok penduduk yang diistilahkan sebagai masyarakat bumiputera. Ini kerana peruntukan di dalam akta telah jelas bahawa istilah Orang Asli hanya digunakan bagi menjelaskan status penduduk asal di Semenanjung Malaysia, manakala lain-lain kaum asal di Sabah dan Sarawak serta Orang Melayu di Semenanjung diistilahkan sebagai bumiputera. Oleh yang demikian, maksud dan penggunaan istilah ‘Orang Asli’ di dalam tesis ini hanya akan merujuk kepada 3 kumpulan etnik Orang Asli yang terdapat di Semenanjung Malaysia iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto. Bahagian ini menyediakan huraian lanjut berkenaan dua perkara iaitu pertama, profil ringkas masyarakat Orang Asli di Semenanjung Malaysia merangkumi perkara berkait dengan latar belakang dan sejarah asal-usul Orang Asli, taburan suku kaum, permasalahan pembangunan Orang Asli, sejarah dan profil Orang Asli di Negeri Perak. Keduanya, latar belakang kawasan kajian iaitu dua perkampungan Orang Asli dari kumpulan entik Senoi iaitu Orang Temiar yang dipilih sebagai kes kajian iaitu Kg. Perjek di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Legap dan Kg. Kuala Mu di Pos Kuala Mu, Daerah Kuala Kangsar, Perak. 56 3.2 Latar Belakang Dan Sejarah Asal-Usul Orang Asli Di Malaysia Dari segi fakta sejarah, penduduk pertama di bumi Malaysia ini wujud sejak 1 juta tahun dahulu (Mimi Zareena Md. Nor dan Intan Shaliza Mohd Shariff, 2004). Manusia pra-sejarah ini dipanggil dalam bahasa arkeologi sebagai homo-erectus dan diberi gelaran sebagai “the Java Giant” dan “ape man of Modjakarta”. Tidak diketahui apa-apa terjadi kepada kedua-dua jenis manusia itu sehinggalah 40,000 tahun dahulu apabila terdapat bukti-bukti menunjukkan kehadiran manusia dipanggil homo-sapien-sapien daripada jenis Australoid atau Australo-melanesian. Mereka ini merupakan pemburu dan pemungut sumber hutan yang tinggal di gua-gua batu dan menggunakan alat-alat daripada batu. Terdapat sebahagian pengkaji sejarah purba merumuskan manusia ini berhijrah ke selatan dan memasuki kepulauan Irian, New Guinea dan terus ke benua Australia. Selain itu, Mohamad Idris Saleh et al. (1994) mengatakan Orang Melayu Asli atau Orang Melayu Pesisir berhijrah dari Yunan ke Tanah Melayu pada pengujung zaman Gangsa Besi (300S.M.). Kumpulan pendatang ini dikenali sebagai orang Deutro-Malaya. Mereka sebenarnya adalah nenek moyang Orang Melayu masa kini. Orang Deutro-Malaya berketurunan bangsa Monggol yang tergolong dalam bangsa Austronesia. Mereka memulakan perpindahan dari Yunan melalui lautan Asia Tenggara dari lautan Oceania ke Filipina dan Timur Indonesia lalu sampai ke bahagian barat Borneo sebelum tiba di Tanah Melayu (Mohamad Idris Saleh et al., 1994). Fakta-fakta di atas menunjukkan bahawa penduduk asal sebenar negara ini berketurunan daripada mereka yang berhijrah ke negara ini kira-kira 5000 tahun dahulu iaitu orang-orang Melayu, kaum-kaum Orang Asli dan kaum-kaum natif di Sabah dan Sarawak yang diistilah sebagai bumiputera. Menurut ahli sejarah, Winstedt dalam Mohamad Idris et al. (1994) orang-orang Melayu yang ada sekarang adalah berasal daripada Proto-Malay seperti Jakun, Temuan dan lain–lain tetapi telah bercampur melalui perkahwinan dengan keturunan-keturunan China, Siam, Arab dan India. Hal ini amat jelas kalau kita selidiki ciri-ciri persamaan yang terlalu banyak di antara orang-orang Melayu dengan Orang Asli terutamanya dari segi nilai, kepercayaan, amalan dan institusi sosiobudaya Melayu lama. Dari segi fizikal pula adalah sukar mempercayai persamaanpersamaan ini disebabkan oleh kebetulan atau saling mempengaruhi melainkan membuktikan mereka mempunyai nenek moyang yang sama ribuan tahun dahulu. 57 Di kalangan kaum-kaum Bumiputera itu ada beberapa golongan kecil yang masih kekal dengan ciri-ciri tradisional tertentu kaum-kaum pribumi seperti yang terdapat di Australia, Amerika Utara dan Selatan atau yang pernah diamalkan oleh nenek moyang kaum bumiputera yang lain satu masa dahulu. Di antaranya masih mengamalkan nilainilai kolektif, mempunyai institusi-institusi sosio-budaya khusus, mempunyai hubungan spiritual, ekonomi dan budaya yang rapat dengan tanah dan sumber-sumber alam, tinggal dalam komuniti yang kecil di pedalaman dan berada di pinggir sistem ekonomi, sosial, budaya dan politik masyarakat aliran perdana. Kaum-kaum minoriti ini termasuklah Orang Asli di Semenanjung, Orang Ulu, Orang Penan dan beberapa suku kaum Dayak lain di Sarawak dan Orang Rungus di Sabah. 3.3 Profil dan Taburan Suku Kaum Orang Asli Orang Asli merupakan kelompok minoriti masyarakat pribumi di Semenanjung Malaysia (Nicholas, 2000; Sunaidin, 1997). Mereka dianggap minoriti kerana dengan populasi seramai 132,000 orang pada tahun 2000, mereka hanya membentuk 0.5% dari jumlah keseluruhan penduduk negara (JHEOA, 2003). Walaupun dikelompokkan di bawah satu kaum yang sama serta mengamalkan kegiatan sosio-ekonomi yang hampir sama, Orang Asli bukanlah kelompok manusia homogemous. Ini kerana masyarakat Orang Asli telah dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan sukubangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto (JHEOA, 2003; Nicholas, 2000; Noraini Ali, 1999; Sunaidin 1997). Manakala, di bawah setiap puak terbabit pula wujud enam (6) kumpulan etnik. 58 Jadual 3.1 : Taburan penduduk Orang Asli Semenanjung Malaysia (1957-1998) Taburan % Bilangan Negeri 1957 1970 1980 1991 1998 1998 Johor 1,329 3,292 3,883 7,092 9,961 8.6 Kedah 90 227 289 253 202 0.2 3,995 4,758 5,005 6,944 6,833 5.9 256 427 681 852 947 0.8 Negeri Sembilan 2,313 2,688 3,003 5,995 7,332 6.3 Pahang 16,076 18,822 24,157 34,178 42,057 36.2 9 152 440 255 0 0 Perak 13,103 16,863 21,123 30,841 37,158 32.0 Perlis 58 12 45 63 0 0 4,032* 5,906* 6,547 11,084 11,185 9.6 99 232 398 594 444 0.4 - - 421 386 0 0 41,360 53,379 67,014 98,494 116,119 100.0 Kelantan Melaka Pulau Pinang Selangor Terengganu WP Kuala Lumpur Jumlah * termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia, 1997; JHEOA, 2003 Daripada jadual di atas, didapati kesemua negeri di Semenanjung Malaysia mencatatkan pertumbuhan taburan penduduk Orang Asli dengan negeri Pahang mencatatkan peratusan taburan tertinggi iaitu 36.2 peratus, diikuti negeri Perak (32.0 peratus) dan Selangor (9.6 peratus). Manakala negeri Pulau Pinang, Perlis dan Kuala Lumpur adalah antara negeri yang tidak mencatat sebarang peratus taburan masyarakat Orang Asli bagi tahun 1998. 59 U Tanpa Skala Rajah 3.1: Taburan penduduk Orang Asli Semenanjung Malaysia (1991) Sumber: JHEOA, 2003 Daripada rajah, didapati pola taburan penduduk Orang Asli kebanyakannya tertumpu di kawasan-kawasan sepanjang banjaran Titiwangsa yang mengunjur dari negeri Perak-Kelantan, kemudiannya merentasi negeri-negeri Pantai Barat termasuk Selangor dan Negeri Sembilan, bahagian Barat negeri Pahang sehingga ke bahagian utara negeri Johor. 60 Jadual 3.2: Taburan kumpulan etnik utama Orang Asli Semenanjung Malaysia (1998) Negeri Senoi Melayu-Proto Negrito Jumlah Johor 20 9,941 0 9,961 Kedah 0 0 202 202 5,383 42 1,408 6,833 Melaka 17 930 0 947 Negeri Sembilan 435 6,877 20 7,332 18,381 23,043 633 42,057 0 0 0 0 Perak 34,801 1,093 1,264 37,158 Perlis 0 0 0 0 2,890 8,295 0 11,185 386 2 56 444 0 0 0 0 Jumlah (%) 53.66% 43.25% 3.09% 100.0 Bilangan (org) 62,313 50,223 3,583 116,119 Kelantan Pahang Pulau Pinang Selangor Terengganu WP Kuala Lumpur Sumber : JHEOA, 2003 Daripada jadual di atas, didapati Senoi adalah kumpulan etnik Orang Asli yang terbesar dan teramai berjumlah 62,313 orang, diikuti 50,223 orang suku kaum MelayuProto dan hanya 3,583 orang Negrito. Bagi taburan kumpulan etnik mengikut negeri, Perak menunjukkan taburan tertinggi bagi kumpulan etnik Senoi iaitu 34,801 orang (55.8 peratus), diikuti Pahang 18,381 orang (29.5 peratus) dan Kelantan 5,383 orang (8.6 peratus). Bagi kumpulan etnik Melayu-Proto, negeri Pahang mencatatkan taburan tertinggi iaitu 23,043 orang (45.9 peratus), diikuti Johor 9,941 orang (19.8 peratus) dan Selangor 8,295 orang (16.5 peratus). Bagi kumpulan etnik Negrito pula, negeri Kelantan mencatatkan taburan tertinggi iaitu dengan 1,408 orang (39.3 peratus), diikuti Perak 1,264 orang (35.3 peratus) dan Pahang 633 orang (17.62 peratus). 61 U Tanpa Skala Rajah 3.2: Taburan penduduk Orang Asli mengikut suku kaum (1990) Sumber : JHEOA, 1990 Daripada rajah di atas, didapati taburan kawasan petempatan tiga suku kaum Orang Asli terbahagi kepada tiga zon iaitu zon utara, yang majoriti dikuasai suku kaum Negrito, zon tengah oleh suku kaum Senoi dan zon selatan yang dikuasai suku kaum Melayu-Proto. 62 3.3.1 Negrito Orang-orang Negrito hanya 3 peratus daripada keseluruhan sukubangsa Orang Asli dan merupakan sukubangsa terkecil (JHEOA, 2003). Mereka dipercayai kelompok manusia terawal atau tertua mendiami Semenanjung Malaysia iaitu kira-kira 25,000 tahun lampau (Carey, 1976). Secara fizikalnya, Orang Negrito (‘little Negroes’ seperti diistilahkan oleh Carey, 1976) berbadan rendah (1.5 meter atau kurang), berkulit gelap (gelap tembaga hingga hitam), berambut berkerinting keras, berhidung besar, mata bulat dan berpipi rendah. Berpandukan penemuan arkeologi terbaru, sukubangsa Negrito didapati mempunyai hubung kait rapat dengan orang Hoabin, yang hidup di zaman 8000 sebelum Masihi (Bellwood, 1997). Andaian ini disokong oleh Nicholas (2000) berdasarkan cara hidup Orang Negrito yang sebahagian besar masih menjadi peneroka hutan secara nomad, tinggal di satu-satu lokasi selama mana sumber semulajadi yang diperoleh dari hutan mampu menampung keperluan kelompok mereka. Majoriti taburan sukukaum ini dikesan terdapat di bahagian utara Semenanjung, khususnya di Perak dan Kelantan dan sebahagian kecil lagi di Kedah dan Pahang (Sunaidin, 1997) (rujuk Jadual 3.3). Jadual 3.3: Kumpulan etnik Negrito, lokasi dan anggaran populasi (1993) Etnik Negrito Lokasi Populasi % 1) Kensui Timur Laut Negeri Kedah 224 7.53 2) Kintak Sempadan Kedah-Perak 235 7.90 3) Jahai Timur Laut Perak Dan Kelantan Barat 1,049 35.30 4) Lanoh Utara Perak Tengah 359 12.09 5) Mendriq Tenggara Kelantan 145 4.88 6) Batek Timur Laut Pahang dan Kelantan Selatan 960 32.30 2,972 100.0 Jumlah Sumber : JHEOA, 1998 63 3.3.2 Senoi Orang Senoi merupakan kumpulan masyarakat Orang Asli yang terbesar merangkumi 54 peratus jumlah populasi Orang Asli Semenanjung Malaysia (JHEOA, 2003; Nicholas, 2000). Mereka dipercayai berasal daripada keturunan bangsa Monggol yang berasal dari utara dan datang ke Tanah Semenanjung sekitar tahun 2000 sebelum Masihi (Nicholas, 2000). Secara fizikalnya, orang-orang Senoi mempunyai sedikit pebezaan dengan orang Negrito iaitu berbadan agak tinggi, berkulit lebih cerah dengan rambut beralun dan tidak kerinting. Sebahagian besar mereka terdapat di bahagian utara dan tengah Semenanjung Malaysia khususnya di negeri Perak, Pahang dan Kelantan. Malah terdapat sebahagian kecil orang Senoi turut di kesan di negeri Selangor dan Terengganu (rujuk Jadual 3.4). Jadual 3.4: Kumpulan etnik Senoi, lokasi dan anggaran populasi (1993) Etnik Senoi Lokasi Populasi % 1) Semai Timur laut Pahang dan Perak Selatan 26,049 52.69 2) Temiar Perak Utara dan Kelantan Selatan 15,122 30.58 3) Jah Hut Pahang Tengah 3,193 6.46 4) Chewong Pahang Tengah 403 0.82 5) Mah Meri Persisir Selangor 2,185 4.42 6) Semoq Beri Selatan Pahang Tengah 2,488 5.03 49,440 100.0 Jumlah Sumber : JHEOA, 1998 Mereka pada suatu ketika merupakan kelompok yang mengamalkan sistem ekonomi sara diri dan bergantung sepenuhnya kepada hutan sebagai sumber kehidupan, telah mula beralih kepada aktiviti pertanian tetap (kecuali puak Mah Meri yang masih mengamalkan pertanian pindah) seperti menguruskan dusun sendiri, tanaman koko, getah dan kelapa sawit dan sektor upah sebagai pekerja berkemahiran atau buruh. 64 3.3.3 Melayu-Proto Orang Melayu-Proto merupakan suku kaum kedua terbesar iaitu merangkumi 43 peratus dari jumlah populasi Orang Asli di Semenanjung (JHEOA, 2003; Nicholas, 2000). Kebanyakan masyarakat Melayu-Proto tertumpu di negeri-negeri selatan dan tengah Semenanjung (rujuk Jadual 3.5). Menurut Nicholas (2000), sejarah penghijrahan orang Melayu-Proto ke negeri-negeri di selatan (Johor dan Negeri Sembilan) tidak dapat dipastikan dengan tepat kerana tidak mempunyai rekod atau sumber. Namun, dipercayai mereka adalah sebahagian kumpulan Orang Kuala yang berhijrah dari Sumatera kira-kira 500 tahun yang lampau. Jadual 3.5: Kumpulan etnik Melayu-Proto, lokasi dan anggaran populasi (1993) Etnik Melayu-Proto Lokasi Populasi % 1) Temuan Selangor dan Negeri Sembilan 16,020 39.93 2) Semelai Pahang Tengah dan Timur N. Sembilan 4,103 10.23 3) Jakun Pahang Selatan dan Utara Johor 16,637 41.47 4) Org. Kanaq Johor Timur 64 0.16 5) Org. Kuala Barat dan Perairan Selatan Johor 2,492 6.21 6) Org. Seletar Barat dan Perairan Selatan Johor 801 2.00 40,117 100.0 Jumlah Sumber : JHEOA, 1998 Kajian oleh Mustaffa Omar (2004) dan Nicholas (2000) mendapati orang MelayuProto merupakan kelompok masyarakat yang paling tersusun, kebanyakannya terletak di kawasan pertanian tetap atau selat dan juga di pinggir laut bagi sumber perikanan. Orang Melayu-Proto juga mencatatkan peratusan yang lebih tinggi berbanding kaum Negrito dan Senoi dalam bidang professional dan keusahawanan. Ini disebabkan oleh kedudukan mereka yang hampir dengan masyarakat lain luar bandar menyebabkan mereka lebih banyak menerima pengaruh pembangunan dan kemajuan. 65 3.4 Cabaran Pembangunan Orang Asli di Malaysia Kemunduran dan kemiskinan telah dikenalpasti sebagai cabaran utama dalam usaha pihak kerajaan membangunkan komuniti Orang Asli secara berkesan di negara ini. Permasalahan ini bukan sahaja membantutkan proses pembangunan masyarakat, malah menjadi halangan kepada usaha pengintegrasian kelompok Orang Asli dengan arus kemajuan nasional sebagaimana dikecapi kaum-kaum lain. Pembangunan yang berterusan dan seimbang merupakan intipati yang ingin dicapai melalui agenda pembangunan mapan di mana tiga teras utama pembangunan iaitu ekonomi, sosial dan fizikal/alam sekitar perlu digerakkan ke arah yang positif seterusnya berjaya mengubah pencapaian serta taraf hidup Orang Asli, khususnya di luar bandar. Laporan yang dikeluarkan oleh JHEOA pada 2003 mendapati ketiga-tiga teras dalam pembangunan ini masih gagal diperbaiki dan buktinya, selepas 46 tahun usaha menyediakan program dan projek pembangunan, kemunduran dan insiden kemiskinan di kalangan isirumah Orang Asli masih mencatatkan angka yang amat mendukacitakan. Menurut JHEOA (2003), daripada keseluruhan 23,155 isirumah Orang Asli, kira-kira 85.7 peratus dapat dikategorikan sebagai miskin dan 56.6 peratus daripadanya merupakan golongan termiskin (rujuk Jadual 3.6). Jadual 3.6 : Profil kemiskinan isirumah Orang Asli Semenanjung Malaysia (1998) Negeri Kadar Kemiskinan (%) Purata Pendapatan Bulanan Johor 81.2 RM 352.00 Kelantan 98.7 RM 175.00 Melaka 79.8 RM 343.00 Negeri Sembilan 84.6 RM 298.00 Pahang 92.3 RM 242.00 Perak 81.4 RM 310.00 Selangor 73.4 RM 388.00 Terengganu 99.0 RM 116.00 JUMLAH 85.7 RM 286.00 TERMISKIN 56.6 Sumber : JHEOA, 1998 66 Daripada angka yang ditunjukkan pada jadual di atas, semestinya pihak kerajaan melalui agensi pelaksana yang terlibat, malah kelompok masyarakat Orang Asli sendiri wajar bertekad untuk sedaya mungkin mengurangkannya. Justeru, adalah penting semua pihak menyemak kembali punca kegagalan atau kurang sambutan terhadap strategistrategi pembangunan bagi membasmi kemunduran dan kemiskinan yang dilaksanakan sebelum ini secara terperinci. Berdasarkan semakan awal, penyelidikan mengenalpasti beberapa faktor yang secara langsung menjadi penyebab kepada permasalahan kemunduran di kalangan masyarakat Orang Asli di negara ini. Faktor-faktor terbabit umumnya telah dikelaskan mengikut tiga teras utama dalam pembangunan iaitu faktor kemunduran ekonomi, sosio-budaya dan fizikal. 3.4.1 Faktor-Faktor Kemunduran: Ekonomi (a) Pergantungan terhadap asas ekonomi yang lemah Menurut Mustaffa Omar (2004); Siti Nor Awang dan Juli Edo (2003); Gregory (2003); JHEOA (2003); Noraini Ali (1999); Hasan (1998); William-Hunt (1998), sebahagian besar masyarakat Orang Asli terutama yang tinggal di kawasan luar bandar masih mengekalkan sistem ekonomi tradisional berasaskan sara diri dan bergantung kepada sumber hutan. Di antara sumber hutan yang menjadi asas ekonomi mereka adalah rotan, damar, gaharu dan cindan, menangkap ikan dan memburu atau menjerat haiwan seperti landak, babi, pelanduk dan kijang (Nicholas, 2000; Sunaidin, 1997). Kegiatan ekonomi tradisi dilihat tidak mampu menyediakan asas yang kukuh bagi menyokong pembangunan mapan serta berterusan masyarakat ini kerana lambat-laun sumber asli tersebut akan berkurangan dan terancam sama ada disebabkan pengambilan tidak terkawal atau ancaman kemusnahan oleh aktiviti pembalakan, pembukaan tanah dan pencemaran. Sumber ekonomi seperti ini juga tidak menjamin pekerjaan dan pulangan pendapatan yang tetap dan stabil kepada mereka baik disebabkan harga pasaran yang rendah atau ditipu pihak tengah yang mengawal harga barangan yang dijual. Biarpun sudah terdapat segelintir Orang Asli sudah bergiat di dalam bidang pertanian seperti pekebun kecil getah dan kelapa sawit, sebahagian besar lagi masih bergantung kepada hutan atau laut sebagai sumber ekonomi (Zahid Emby et al., 1996). 67 (b) Migrasi keluar tenaga belia yang tinggi Ketiadaan peluang pekerjaan yang menjamin masa depan di kampung menjadi punca ramai golongan belia Orang Asli berhijrah keluar. Pergerakan keluar ini juga menjadi petunjuk berlaku pengurangan sumber hutan yang menjadi penyokong asas ekonomi mereka selama ini (Mustaffa Omar, 2004). Pekerjaan tradisi seperti masuk hutan dan memburu sudah tidak diminati golongan muda kerana hasil dan pendapatan daripada hasil jualan sumber hutan adalah tidak tetap dan dianggap tidak setimpal dengan penat lelah. Akibat tekanan-tekanan ini, golongan belia lebih bersedia berhijrah ke bandar atau berulang-alik bekerja di pekan berdekatan. Walau bagaimanapun, penghijrahan belia Orang Asli tidak menjadikan kehidupan mereka lebih baik kerana rata-rata mereka hanya terlibat di dalam pekerjaan berstatus rendah seperti buruh binaan, pekerja kontrak, pembantu restoran dan tukang kebun. Mustaffa Omar (2004) mendapati kekurangan kelayakan akademik, pengalaman serta kemahiran sebagai punca belia Orang Asli gagal bersaing dengan lain-lain kaum mendapatkan pekerjaan yang lebih baik. 3.4.2 Faktor-Faktor Kemunduran: Sosio-Budaya (a) Kelayakan akademik yang rendah dan keciciran dalam pendidikan Faktor kemunduran Orang Asli turut dikaitkan dengan latar belakang akademik yang rendah (Mustaffa Omar, 2004). Menurut JHEOA (1998), minat belajar di kalangan masyarakat Orang Asli masih berada di tahap yang rendah di mana insiden keciciran yang dicatatkan pada 1998 adalah tinggi iaitu 45.8 peratus dan kadar buta huruf 49.2 peratus (kadar nasional 6.4 peratus). Ketiadaan ilmu pengetahuan serta kelayakan dalam pendidikan yang tinggi menjadi punca belia Orang Asli gagal memperoleh pekerjaan yang lebih baik untuk menjamin hidup mereka dan keluarga. Bagi golongan dewasa pula, buta huruf dan tiada ilmu terutama berkaitan berniaga menyebabkan mereka sering ditipu peraih semasa menjual hasil hutan dan pertanian kerana biasanya harga yang ditawarkan peraih adalah jauh lebih rendah sehingga menyebabkan pendapatan Orang Asli terus merosot dan berterusan hidup dalam kekurangan. 68 (b) Sikap dan mentaliti Perubahan sikap dan cara berfikir merupakan cabaran terbesar semua pihak yang terlibat dengan usaha membangunkan Orang Asli. Ini kerana sejak dahulu lagi, pelbagai pihak telah melabelkan Orang Asli sebagai masyarakat yang terlalu bergantung dengan bantuan kerajaan, rendah diri, pemalu dan tidak menghayati budaya bekerja (JHEOA, 2003). Dakwaan ini dilihat berasas biarpun tidak mencerminkan keseluruhan masyarakat Orang Asli (Hasan Mat Nor, 1998). Cara kerja tradisi yang diwarisi dan diumpamakan ‘kais pagi makan pagi’ menjadikan mereka tidak menghayati budaya kerja kuat (Mustaffa Omar, 2004; JHEOA, 2003). Mereka juga dilihat tidak mementingkan simpanan kewangan untuk masa depan dan mudah berasa selesa dengan hasil yang diperolehi (Siti Nor Awang dan Juli Edo, 2003). Mentaliti yang masih rendah juga membuatkan Orang Asli gagal memahami nilai budaya kerja. Ini kerana cara bekerja di kampung tidak terikat dengan disiplin masa dan hari tertentu di mana akhirnya terbawa-bawa apabila bekerja di luar, menyebabkan mereka gagal mengikuti masa dan disiplin bekerja. Ini menjadi salah satu punca ramai belia Orang Asli tidak kekal lama dengan sesuatu pekerjaan dan akhirnya pulang ke kampung membantu keluarga dengan pekerjaan tradisional. Kajian oleh Zahid Emby et al., (1996) ke atas masyarakat Orang Asli yang terlibat dengan program pembangunan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) di Perak menunjukkan majoriti penduduk masih menganggap amalan tradisional adalah penting dan kehidupan baru yang dibawa melalui projek RPS pula tidak berupaya merubah sosio-ekonomi mengikut cara yang sesuai dengan kehendak mereka. 3.4.3 Faktor-Faktor Kemunduran: Fizikal (a) Isu tanah Orang asli Kemunduran Orang Asli juga dikaitkan dengan masalah pemilikan tanah (JHEOA, 2003; Hassan Mat Nor, 1998; Sunaidin, 1997). Tanah merupakan komponen asas pembangunan, baik ekonomi mahupun fizikal di mana tanpa pemilikan tanah, Orang Asli tidak mampu menjalankan sebarang aktiviti bertani, berladang serta membina penempatan. Malangnya, Kanun Tanah Negara yang dibentuk tidak mengiktiraf 69 hakmilik tradisi ini (Hasan Mat Nor, 1998). Menurut Sunaidin (1997), peruntukan di dalam Akta 134 (Akta Orang Asli) tidak membela Orang Asli dalam mendapatkan hak tanah di mana mereka hanya dikurniakan hak untuk menduduki sahaja (tenant-at-will) tanpa peribadi ke atas tanah tersebut. Segala hal berkaitan tanah adalah terletak di bawah kuasa kerajaan negeri dan Orang Asli hanya dibenarkan menetap di kawasan yang telah digazetkan sebagai Tanah Rizab Orang Asli. Walau bagaimanapun, pihak kerajaan negeri tetap berkuasa penuh untuk membatalkan hak Orang Asli pada bilabila masa jika dirasakan penting kawasan tersebut diambil bagi pembangunan. Jika hal ini berlaku, mereka akhirnya diusir keluar dari tanah tradisi dan dalam kes-kes tertentu tidak diberikan pampasan sewajarnya. Jika bernasib baik, mereka akan ditempatkan di kawasan baru yang asing dan menyukarkan mereka hidup berdikari. (b) Kekurangan pembangunan infrasturktur Masyarakat Orang Asli didapati masih jauh ketinggalan dalam mendapatkan kemudahan pembangunan infrastruktur (William-Hunt, 1998). Ianya terbukti daripada sejumlah 18,949 keluarga Orang Asli yang dibanci pada 1998, hanya 47 peratus keluarga menikmati kemudahan bekalan air dan 50.6 peratus menikmati kemudahan bekalan elektrik (JHEOA, 2003). Kadar tersebut adalah jauh lebih rendah berbanding kadar nasional bagi pembangunan prasarana asas dan utiliti luar badnar di mana 97 peratus kawasan luar bandar telah menerima bekalan air dan 98 peratus menerima bekalan elektrik (KKLBW, 2004). Masalah kekurangan pembangunan infrastruktur bukan sahaja dialami masyarakat Orang Asli di pendalaman, malah penempatan pinggir pekan kecil seperti perkampungan Melayu yang sudah dibekalkan kemudahan infrastruktur (William-Hunt, 1998). Didapati banyak terjadi pembangunan infrastruktur yang berakhir apabila menghampiri perkampungan Orang Asli. Situasi ini menyedihkan di mana ketiadaan infrastruktur asas seperti jalan raya dan jambatan akan menyulitkan lagi perhubungan Orang Asli dengan dunia luar. Pembangunan infrastruktur turut meliputi penyediaan kemudahan perumahan dan di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), sebanyak 10,386 unit rumah bantuan telah didirikan, namun sebanyak 22,000 unit lagi diperlukan untuk menampung keperluan golongan yang benar-benar memerlukannya (JHEOA, 2003). 70 3.5 Orang Asli Negeri Perak Sejarah Orang Asli di Negeri Perak adalah berkait rapat dengan sejarah asal-usul Orang Asli di Semenanjung Malaysia seperti yang telah dikemukakan pada bahagian 3.2. Huraian sejarah Orang Asli di negeri Perak secara terperinci dapat dijelaskan mengikut beberapa siri masa umumnya meliputi zaman awal atau prasejarah, zaman kerajaan awal (protosejarah) dan kesultanan Melayu Perak, penjajahan Biritsh dan Jepun, era gerakan komunis dan era kemerdekaan negara. Semakan literatur terhadap pelbagai sumber dan rekod sejarah mendapati tidak banyak kajian dibuat berkenaan sejarah dan latar belakang masyarakat Orang Asli Negeri Perak (JHEOA Kuala Kangsar, 2005). Kajian berdasarkan siri masa mendapati para pengkaji sejarah lebih fokus terhadap bukti awal tamadun prasejarah, perkembangan kerajaan awal dan zaman semasa pemerintahan Kesultanan Melayu Perak, peristiwa penjajahan British dan Jepun. Kebanyakan kisah masyarakat Orang Asli hanya menjadi sisipan oleh sebilangan kecil pengkaji sejarah. Manakala, sumber JHEOA adalah lebih terperinci dan menekankan usaha kebajikan dan perlindungan Orang Asli semasa gerakan komunis dan agenda pembangunan Orang Asli di Perak selepas zaman kemerdekaan. Batasan maklumat daripada sumber sekunder membuatkan pengkaji turut bergantung kepada sumber primer iaitu perbincangan dan temubual mendalam dengan pegawai JHEOA daerah Kuala Kangsar dan penduduk tempatan. Bahagian ini akan mengusun rekod sejarah berkaitan Orang Asli di Perak berpandukan maklumat yang dikumpul daripada sumber-sumber tersebut. Negeri Perak mencatatkan sejarah sebagai satu-satunya negeri di Semenanjung Malaysia yang menyimpan bukti kewujudan tamadun awal zaman Paleolitik di Tanah Melayu dengan penemuan kapak batu di Kota Tampan, berdekatan Lenggong. Kewujudan penempatan awal ini telah dikaitkan dengan pembentukan Pentas Sunda yang menyebabkan berlaku pergerakan manusia primitif dari bahagian lain di Asia ke Asia Tenggara (Zainal Abidin Abd. Wahid, 1992). Kira-kira 11,000 tahun kemudian, dunia telah mengalami perubahan suhu dan Pentas Sunda telah ditenggelami air seterusnya memisahkan tanah Semenanjung dengan Borneo yang menjadi pulau dan dari sini bermulanya era baru tamadun manusia. 71 Bukti secara saintifik untuk mengaitkan Orang Asli dengan tamadun prasejarah di Perak dicatatkan pada zaman Mesolitik atau era Hoabinh dengan penemuan kapak batu yang memiliki ciri-ciri yang sama dengan yang ditemui di Hoabinh, Vietnam. Orang Hoabinh didapati hidup secara tradisional dikatakan sama dan mempunyai hubungan rapat dengan Orang Negrito di Tanah Melayu ketika itu (Bellwood, 1997) yang hidup sebagai peneroka nomad, pemburu dan memungut hasil hutan selama mana mencukupi bagi keperluan hidup komuniti sebelum berpindah ke kawasan lain (Nicholas, 2000). Penemuan perahu di Gua Kerbau, Perak dianggap sebagai bukti yang kukuh berlaku revolusi pemikiran Orang Negrito ketika itu bagi memudahkan pergerakan. Manakala, penemuan makam granit dengan peralatan kapak besi bersoket dan manik aked merah di Sungai Slim, Selatan Perak menyimpan bukti kebudayaan masyarakat Orang Asli terus berkembang dan membawa pertumbuhan sehingga muncul zaman protosejarah di negeri Perak. Namun selepas era prasejarah, pengkaji mendapati tidak banyak catatan sejarah Orang Asli di Perak ditulis tetapi pengkaji yakin terdapat kemungkinan berlaku penghijrahan kumpulan etnik Melayu-Proto dari tanah Sumatera menyertai rombongan Parameswara semasa awal pembukaan kerajaan Melayu Melaka. Bukti sejarah juga menunjukkan sebelum Melaka berkembang menjadi kerajaan, ia hanyalah perkampungan Orang Selat dan Orang Laut (Melayu-Proto) yang berhijrah dari Sumatera. Perebutan kuasa, kemunculan empayar kuat seperti Manjong dan Beruas di Perak serta penaklukan Protugis pada tahun 1511 memaksa Parameswara dan para pengikutnya (termasuk Orang Selat dan Orang Laut) melarikan diri ke Kampar, Sumatera dan mangkat di sana. Kesinambungan kerabat Kesultanan Melayu Melaka telah teruskan oleh putera baginda iaitu Sultan Muzaffar Shah II yang dihantar ke negeri Perak bersama-sama pengikutnya dan ditabal sebagai Sultan Perak yang pertama. Peristiwa penting berkenaan Orang Asli telah dicatatkan ketika empayar ManjongBeruas dan Kesultanan Melayu Perak iaitu sistem perhambaan Orang Asli. Pada waktu itu, wujud konotasi negatif terhadap Orang Asli di mana mereka dianggap sebagai kelas hamba dan ditempatkan sebagai buruh kasar di lombong, ladang dan rumah. Permintaan buruh yang tinggi di Perak ketika itu turut membuka peluang kepada kegiatan pemburuan Orang Asli untuk dijual di pasaran hamba (Nicholas, 2000; Dentan, 1997). Kesan aktiviti pemburuan menyebabkan Orang Asli lari lebih jauh ke dalam hutan dan mengajar 72 generasi mereka agar tidak menjalin hubungan dan mempercayai orang luar, terutama orang Melayu (Dentan, 1997). Walaubagaimanapun, tidak semua Orang Asli diperhambakan kerana mereka juga didapati menjalin hubungan rapat dan menerima naungan daripada Sultan Perak (Nicholas, 2000). ‘Zaman Emas’ Kesultanan Melayu Perak dicapai ketika pemerintahan Sultan Zulkarnain (1756-1770) dan perdagangan yang baik pada masa itu menyaksikan sumbangan besar Orang Asli kerana menurut Dunn (1975), eksport hasil hutan seperti damar, rotan dan kapur barus Semenanjung Malaysia sejak abad ke-5 hingga awal abad ke-19 adalah hasil keluaran masyarakat Orang Asli yang menghuni kawasan hutan. Pernyataan ini disokong Nicholas (2000) di mana bagaimana Orang Semai di Woh, Tapah masih mengenang khidmat bakti mereka yang besar kepada Sultan Perak sehingga dikurnia tujuh ekor gajah kepada batin mereka bagi mengangkut rotan dan bijih timah untuk sultan. Zaman kegemilangan kerajaan Perak mula merosot apabila berlaku kecelaruan dalam sistem pemerintahan, pergaduhan kumpulan kongsi gelap Cina (Ghee Hin dan Hai San) dan Biritsh yang baru mencari tapak untuk menjajah ketika itu menggunakan peluang tersebut untuk campurtangan dalam urusan politik dan pentadbiran Perak. Perjanjian Pangkor yang dimeterai pada 20 Febuari 1874 menandakan bermulanya penjajahan Birtish dengan pengenalan Sistem Residen (Zainal Abidin Abd. Wahid, 1992). Tidak banyak sumbangan pihak Birtish melainkan kejayaan residen British ketika itu (J.W.W. Birch) menghapuskan amalan perhambaan Orang Asli yang dianggap British sebagai tidak bertamadun dan Orang Asli diberikan perlindungan dan dikaji disebabkan keunikan mereka. Hal-hal berkaitan Orang Asli juga diletakkan di bawah jagaan Sultan Perak. Pengaruh British di Perak khasnya dan Tanah Melayu umumnya telah diganti oleh Jepun pada tahun 1942 berikutan kejayaan dalam Perang Dunia Ke-2. Tidak banyak catatan dibuat berkaitan nasib Orang Asli tetapi perkaitan di sini adalah kemunculan kumpulan-kumpulan penentang terutama dari kaum Cina yang tertindas oleh Jepun di mana mereka membentuk pelbagai gerakan seperti Bintang Satu, Pasukan 136 dan Parti Komunis Malaya (PKM). Mereka bergerak secara bawah tanah, banyak berlindung di hutan dan dilindungi oleh Orang Asli yang bersimpati dan merasa sama terpinggir daripada perhatian pemerintah British sebelum itu (Nicholas, 2000). Dianggarkan lebih 20 ribu Orang Asli di Banjaran Titiwangsa berada di bawah pengaruh Komunis ketika itu 73 (Sunaidin, 1997). Pengunduran Jepun dari Tanah Melayu dan sebelum kembalinya British mengambil kuasa meninggalkan ‘ruang kosong’ dan ianya telah digunakan pihak Komunis untuk berkuasa. Menyedari peranan besar Orang Asli dalam membantu gerakan Komunis sebelum ini, pemerintah British mula menyedari kesilapan mereka yang mengabaikan Orang Asli. Selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Febuari 1948 pelbagai usaha melemahkan gerakan komunis dibuat dan pada tahun 1953, kerajaan menubuhkan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) sebagai langkah membawa Orang Asli kembali menyokong kerajaan (Nicholas, 2000). Agenda memberikan perlindungan keselamatan dan kebajikan kepada Orang Asli terus menjadi tumpuan kerajaan dengan Negeri Perak adalah yang pertama dijalankan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) di negara ini iaitu RPS Dala dan RPS Air Banun di Daerah Gerik, Hulu Perak. Pemilihan kedua-dua kawasan ini dilihat tepat memandangkan kawasan Banjaran Titiwangsa adalah tumpuan komunis. Menurut JHEOA, RPS adalah projek penempatan tersusun dengan peluang ekonomi dan penyediaan fasiliti kesihatan, pendidikan dan keperluan asas. Strategi mengasingkan Orang Asli daripada membantu komunis ternyata berjaya mengekang dan akhirnya melemahkan mereka dan buktinya selepas 3 tahun mencapai kemerdekaan, iaitu pada 1960 darurat diisytiharkan tamat dan penentangan komunis berakhir dan dibubarkan pada tahun 1989. Perkembangan selepas kemerdekaan terus menyaksikan perubahan yang positif terhadap kehidupan masyarakat Orang Asli di Perak dengan pertambahan lebih banyak kawasan RPS yang menempatkan lebih banyak penduduk Orang Asli dan mereka mula didedah kepada cara hidup lebih moden yang dijangka mampu merubah nasib dan penghidupan mereka kelak. 3.6 Latar Belakang Kawasan Kajian Penerangan bagi latar belakang kawasan kajian meliputi beberapa aspek iaitu latar belakang dan sejarah perkampungan, profil isirumah, alam sekitar dan fizikal, sosioekonomi dan budaya. 74 3.6.1 Latar Belakang dan Sejarah Kampung Penyelidikan ini memilih dua kawasan petempatan komuniti Orang Asli suku kaum Temiar di negeri Perak iaitu Kg. Kuala Mu yang terletak di Pos Kuala Mu dan Kg. Perjek di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Legap, Sungai Siput (U), daerah Kuala Kangsar sebagai kawasan kajian kes. Penggunaan teknik kajian kes dipilih berdasarkan keupayaannya mengkaji dan memahami secara spesifik dan mendalam isu dan permasalahan di suatu tempat melalui pengumpulan data yang lebih terperinci dan komprehensif terhadap kawasan yang dipilih (Patton, 1987). Manakala, pemilihan kawasan kajian ini dibuat setelah pengkaji melakukan beberapa siri tinjauan dan pemerhatian ke beberapa petempatan masyarakat Orang Asli selain negeri Perak iaitu di negeri Johor, Terengganu dan Pahang. Kedua-dua kawasan yang dipilih turut menampilkan kesesuaian di mana cara hidup komuniti di sini masih mengekalkan nilainilai tradisi dan menonjolkan praktis ilmu pengetahuan tradisional Orang Asli di dalam amalan harian yang menjadi fokus utama penyelidikan. Pengumpulan maklumat berkaitan sejarah dan latar belakang kedua-dua kawasan kajian dibuat dengan menyemak sumber sekunder daripada pengkaji Nicholas (2000), Peta Siri yang dikeluarkan oleh Jabatan Pemetaan Negara pada tahun 1986 dan maklumat etnografi daripada informan-informan yang dilantik di kedua-dua kampung. Menurut Nicholas (2000) Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Legap dan Pos Kuala Mu merupakan produk daripada Program Pengumpulan Semula Orang Asli yang dilaksanakan kerajaan di dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelima (1981-1985) dan telah diletakkan di bawah urus tadbir Jabatan Hal Ehwal Orang Asli daerah Kuala Kangsar. Bagi mendapatkan gambaran awal kawasan kajian, pengkaji telah membuat semakan dengan merujuk kepada peta siri Jabatan Pemetaan Negara iaitu Peta Siri L7030: Lembar 3564 (siri Lenggong); Lembar 3663 (siri Gunong Korbu) dan Lembar 3664 (siri Gunong Gerah). Semakan peta siri membolehkan pengkaji mengenalpasti keadaan geografi kawasan kajian di mana peta menunjukkan kawasan kajian terletak bersempadanan dengan kawasan Hutan Rizab Sg. Berok dan Hutan Rizab Sg. Betis di Nenggiri, Ulu Kelantan (Timur), Hutan Rizab Piah, Ulu Perak (Utara), Hutan Rizab Piah, Kuala Kangsar (Barat) dan Hutan Rizab Bukit Kinta, Ulu Kinta (Selatan) (rujuk Rajah 3.3). 75 Pengumpulan maklumat berkaitan sejarah dan latar belakang kawasan kajian telah dibuat semasa perlaksanaan kajian rintis pada 30 Mac hingga 4 April 2004 (lanjut; rujuk Sub-Tajuk 4.6). Pengumpulan maklumat bagi Kg. Kuala Mu telah dibuat dengan bantuan dua orang informan iaitu Alang Bin Itam Suli dan Dahlan Bin Uda. Menurut Alang Bin Itam Suli, sebelum wujudnya Pos Kuala Mu, penduduk asal di sini dahulunya merupakan kelamin-kelamin kecil yang tinggal terasing dan beselerak di dalam kawasan Hutan Gunong Korbu. Kehidupan awal masyarakat menunjukkan ciri-ciri tradisional di mana saiz setiap petempatan hanya terdiri daripada 5-7 kelamin di mana kelamin terawal membuka petempatan di situ dilantik sebagai ketua. Petempatan pada masa itu juga sering berpindah-randah selari dengan gaya hidup tradisional Orang Asli yang bergantung hidup kepada penerokaan sumber hutan dan bertani pindah. Menurut Alang, disebabkan saiz ‘perkampungan’ yang kecil, mereka masih bebas meneroka hutan untuk pertanian pindah (ubi kayu), mencari sumber hutan, berburu dan menangkap ikan. Hasil temubual dengan warga tua kampung iaitu Tatak Itam Suli Bin Busu dan infroman, sebelum diwujudkan Pos mereka dan datuk-nenek mereka dahulunya tinggal di dua kawasan iaitu di sekitar Sungai Peltu, berdekatan Bukit Suok, Bukit Belangak, Bukit Cherarek dan Gunong Yong Yap yang menjadi hulu kepada Sg. Mu (bersambung dengan Sg. Berok di Neggiri, Ulu Kelantan) dan kedua, di sekitar Sungai Parak dan Sungai Chinak yang menjadi hulu Sg. Pelus (bersambung dengan Sg. Ber di Neggiri, Ulu Kelantan). Cara mudah berhubung pada masa itu ialah berjalan menyusuri sungai dan kebanyakan penduduk perlu berjalan kaki selama 3 hari merentas hutan belantara ke Fort Ber, Ulu Kelantan untuk melawat saudara mara mereka. Keterasingan mereka dengan dunia luar, terutama pihak pemerintah digunakan pihak komunis untuk mempengaruhi mereka menentang kerajaan. Pihak tentera British pada ketika itu telah membina satu zon pendaratan (landing zone) di Kg. Peltu bertujuan memudahkan penyaluran makanan, ubatubatan dan pemantauan keselamatan daripada gerakan komunis (Zainal Abidin Bin Uda). Pengaruh gerakan komunis yang semakin aktif di sekitar Banjaran Titiwangsa memaksa pihak kerajaan melaksanakan program keselamatan melalui skim Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Orang Asli. Strategi yang dilaksanakan pada tahun 1974 ini bertindak mengumpulkan kelamin-kelamin yang tinggal berselerak di sekitar Hutan Gunong Korbu tinggal di satu kawasan bagi pengawasan keselamatan daripada anasir komunis dan penyaluran pelbagai kemudahan terutama kesihatan dan makanan. Maka, 76 terbentuklah Pos Kuala Mu yang berkeluasan kasar 430.1 hektar serta terletak kira-kira 8 kilometer dari petempatan asal mereka di Kg. Peltu dan kira-kira 102 kilometer dari Kuala Kangsar (atau 3 jam perjalanan melalui jalan balak) (JHEOA Kuala Kangsar, 2005). Menurut warga tua di kampung tersebut iaitu Setunggal Bin Pandak Jahak, nama Kuala Mu telah diambil sempena pertemuan dua batang sungai utama di situ iaitu Sg. Pelus dan Sg. Mu (bertemu =MU) (rujuk Rajah 3.2). Kini, Pos Kuala Mu terdiri daripada 5 buah kampung iaitu Kg. Kuala Mu, Kg. Gapeh Hulu dan Gapeh Hilir, Kg. Toh dan Kg. Bersah. Kajian latar belakang sejarah turut dibuat ke atas Kg. Perjek iaitu kawasan kedua yang dikaji. Dari aspek persempadanan, tiada yang berbeza dengan Kuala Mu kerana Kg. Perjek di RPS Legap terletak dalam daerah yang sama dengan Pos Kuala Mu cuma berbanding jarak, Kg. Perjek terletak kira-kira 72 kilometer dari Kuala Kangsar (atau 2 jam perjalanan melalui jalan balak). Maklumat etnografi diperoleh semasa kajian rintis (30 Mac hingga 4 April 2004) melalui informan tempatan iaitu Alang Bin Pandak, Abu Bakar Bin Enair dan Penghulu Sudin Bin Long. Menurut penghulu, nama Perjek merupakan nama kampung asal yang dikekalkan sehingga hari ini. Sekitar tahun 1950an, lokasi asal Kg. Perjek terletak kira-kira 1.5 kilometer menghilir Sg. Pelus yang kini telah menjadi sebahagian daripada Kg. Santih. Ditemani Alang Bin Pandak, pengkaji dibawa melawat ke tapak Kg. Perjek yang asal di mana masih terdapat bukti perkampungan asal mereka iaitu terdapat pokok buah-buahan seperti durian dan cempedak yang telah tua dan susunan batu-batu sungai yang pernah menjadi tapak rumah. Kg. Perjek yang asal hanya didiami 10 kelamin yang terdiri daripada adik-beradik dan saudara-mara hasil perkahwinan (sepupu) dan diketuai Penghulu Long (ayah Penghulu Sudin). Kampung ini adalah terasing dengan dunia luar dan penduduknya tidak biasa bergaul dengan orang luar. Diceritakan oleh Abu Bakar Bin Enair 1 bahawa penduduk akan lari bersembunyi apabila sahaja terdengar bunyi kenderaan atau helikopter melalui kawasan mereka. Biarpun dilihat agak pasif, namun dari segi pengamalan ilmu tradisional nenek-moyang ke dalam kehidupan harian, mereka dikatakan telah membentuk suatu komuniti yang mampu hidup berdikari (self-sustain) sebelum munculnya pengaruh 1 Abu Bakar Enair, berumur 40 tahun adalah seorang pemuda Melayu dari Pekan Lasah, Sungai Siput yang telah berkahwin dengan wanita Temiar, Aminah Bte Karim pada tahun 1995. Setelah itu, beliau dan isteri terus tinggal di Kg. Perjek. Beliau yang fasih berbahasa Temiar mempunyai pengetahuan luas tentang kawasan kajian. Sebagai informan, beliau banyak membantu menyalurkan maklumat kepada pengkaji dan secara langsung menjadi pemudah cara dengan penduduk kampung yang lain. 77 kerajaan. Pada ketika itu, mereka hidup bebas meneroka kawasan hutan di sekitar Gunong Korbu bagi mendapatkan hasil hutan (damar dan rotan), bertani pindah (padi bukit dan ubi kayu), memburu dan menangkap ikan. Selain itu, kekayaan kawasan hutan dan daripada ilmu yang dipelajari daripada nenek-moyang, mereka juga mahir dalam penggunaan bahan-bahan hutan (herba) bagi tujuan merawat penyakit. Ancaman anasir komuniti ke atas Orang Asli terutama sekitar 1970an menimbulkan ancaman keselamatan bukan sahaja kepada negara, malah kepada hidup Orang Asli di kawasan kajian. Maka pada tahun 1982, kerajaan telah bertindak melaksanakan skim RPS di mana 10 buah petempatan asal Orang Temiar di kawasan kajian telah dikumpul membentuk RPS Legap (rujuk Jadual 3.7). Bermula dari sini, penduduk dipindahkan ke kawasan baru bagi memudahkan penyaluran bantuan makanan, ubat-ubatan dan sistem perhubungan dan kemudahan asas setiap kampung turut diperbaiki. Luas keseluruhan kawasan RPS Legap dianggarkan 1,287 hektar (Nicholas, 2000) dengan 784.6 hektar adalah luas 10 buah kampung. Manakala, luas Kg. Perjek ialah 44.6 hektar (JHEOA Kuala Kangsar, 2005) (rujuk Rajah 3.3). 78 Rajah 3.3: Lokasi kawasan kajian 79 KEBUN / LADANG BUKIT Pandak B Anjang Razak b Osman Uda b Pandak Abu Bakar B Ramli BUKIT Setunggal B Pandak Jahak Rahim b Karim Mas B Long Razali B Alang Anjang B Pandak KEBUN / LADANG Long B Alang Rahimi B Long Andak Bt Long Dua Sungai berte”MU” Alif B Ngah Zainal Abidin B Uda Itam Suli B Busu KEBUN / LADANG Ngah B Uda Alang B Osman Enjang B Sabu Alang B Itam Suli Marded B Itam Suli Long B Jumaat Abdul Manan B Itam Suli Ali B Pandak Ramli B Uda Andak Bt Itam Rama Bt Uda Ngah B Long Sabri B Alang Teh B Alang Uda Romzi B Itam Suli Karim B Busu Sg. Pulus Mohd Rafi B Pandak Hamid B Mohd Rafi Kg Gapeh Norhayati Bt Rafi Balai Raya SEK. KEB. POS KUALA MU Dari LEGAP Maklumat Asas Kampung; PETA MENTAL KG. KUALA MU Skala : Tanpa Skala U Aktiviti Ekonomi Kependudukan S T U B U Dusun Buah-Buahan B Penghulu: Karim B Busu KIBLAT KIBLAT Bil Penduduk: 159 Orang Lelaki : 68 orang (42.76%) Perempuan : 91 orang (57.24%) Ladang Ubi Kayu Kebun Getah Rajah 3.4: Peta mental Kg. Kuala Mu, Pos Kuala Mu U Bil KIR: 34 (27 KIR Lelaki : 7 KIR Wanita) 80 BUKIT KELAPA SAWIT KELAPA SAWIT BUKIT Paya DUSUN Tandas Rumah JAIP Anak Sungai Rumah Penghulu Surau Tadika Bilik Generator Paya Taman Permainan Kedai Gelanggang Takraw Kedai Jalan Balak Sungai Pulus PETA MENTAL KG. PERJEK Maklumat Asas Kampung; Skala : Tanpa Skala Aktiviti Ekonomi Kependudukan Penghulu: Sudin B Long Ladang Kelapa Sawit U Fizikal Rumah PPRT (konkrit - 12 unit) KIBLAT U B T S Bil KIR: 35 (32 KIR Lelaki : 3 KIR Wanita) Bil Penduduk: 208 Orang Lelaki : 104 orang (50.00%) Perempuan : 104 orang (50.00%) Dusun Buah-Buahan Padi Bukit Rumah PPRT (papan - 9 unit) Rumah Asal/Tradisional (buluh) Rajah 3.5: Peta mental Kg. Perjek, RPS Legap 81 3.6.2 Profil Isirumah Berdasarkan survei isirumah pada Oogs 2004, jumlah penduduk di kawasan kajian adalah seramai 338 orang, dengan 151 orang adalah penduduk Kg. Kuala Mu dan 187 orang penduduk Kg. Perjek. Purata saiz isirumah bagi kawasan kajian ialah purata 5.5. Nisbah penduduk mengikut jantina menunjukkan bilangan perempuan lebih ramai berbanding lelaki dengan perbezaan 22 orang (12.2 peratus) di mana jumlah penduduk perempuan adalah seramai 180 orang (53.3 peratus) berbanding 158 orang (46.7 peratus) lelaki. Manakala, nisbah jantina mengikut kampung pula mendapati bagi Kg. Kuala Mu, 42.8 peratus adalah lelaki dan 57.2 peratus perempuan. Bagi Kg. Perjek, 50.0 peratus adalah lelaki dan 50.0 peratus adalah perempuan. Rajah 3.6: Rupa paras Orang Temiar di kawasan kajian 3.6.2.1 Struktur Umur Isirumah Data kajian lapangan menunjukkan kumpulan umur isirumah (bagi kedua-dua jantina) di antara 0-4 tahun adalah yang paling tinggi (17.2 peratus), diikuti kumpulan umur 5-9 tahun (17.1 peratus) dan 17.5 peratus kumpulan umur 10-14 tahun. Manakala, tiada kumpulan umur isirumah antara 65-74 tahun dicatatkan di kawasan kajian. Berpandukan Rajah 3.7, struktur umur keseluruhan penduduk masih tertumpu kepada kumpulan sumber manusia yang aktif ekonomi (15-64 tahun) iaitu 51.6 peratus dan kumpulan umur generasi baru (0-14 tahun) iaitu 48.0 peratus. Kumpulan umur tidak aktif ekonomi (65 tahun ke atas) di kawasan kajian hanyalah 0.4 peratus. 82 75+ 70-74 65-69 60-64 55-59 50-54 45-49 40-44 35-39 30-34 25-29 20-24 15-19 10-14 5-9 0-4 LELAKI -25 -20 -15 -10 -5 0 PEREMPUAN 0 5 10 15 20 25 Peratus (%) Peratus (%) Rajah 3.7 : Struktur umur isirumah Sumber : Kaji selidik, 2004 75+ 70-74 65-69 60-64 55-59 50-54 45-49 40-44 35-39 30-34 25-29 20-24 15-19 10-14 5-9 0-4 LELAKI 30 -30 25 -25 20 -20 15 -15 10 -10 5 -5 0 0 PEREMPUAN 0 0 5 5 10 10 15 15 Peratus (%) Peratus (%) Kg. Kuala Mu Kg. Perjek Rajah 3.8 : Struktur umur isirumah mengikut kampung Sumber: Kaji selidik, 2004 20 20 25 25 30 30 83 Rajah 3.8 menunjukkan struktur umur isirumah secara terperinci mengikut kampung. Daripada rajah, didapati kedua-dua kampung menunjukkan pola struktur umur yang hampir sama iaitu penumpuan terhadap kumpulan umur aktif ekonomi (15-64 tahun) masing-masing sebanyak 49.6 peratus bagi Kg. Kuala Mu dan 53.7 peratus bagi Kg. Perjek. Manakala, bagi kumpulan umur tidak aktif ekonomi iaitu 0-14 tahun mewakili sejumlah 49.7 peratus penduduk di Kg. Kuala Mu dan 46.4 peratus bagi Kg. Perjek dan kumpulan umur 65 tahun dan ke atas hanya 0.8 peratus bagi Kg. Kuala Mu. Manakala, Kg. Perjek tiada isirumah berumur 65 tahun dan ke atas. 3.6.2.2 Tahap Pendidikan Isirumah Hasil kajian lapangan dan maklumat daftar masuk sekolah di Sek. Keb. Pos Kuala Mu dan Sek. Keb. Pos Legap mendapati lebih separuh (54.7 peratus) penduduk di keduadua kampung memperoleh pendidikan peringkat sekolah rendah, diikuti 24.3 peratus ahli keluarga yang belum bersekolah, 12.4 peratus tidak bersekolah dan 8.6 peratus menerima pendidikan sehingga ke peringkat sekolah menengah (Rajah 3.9). 54.7% 60.0% Peratus (%) 50.0% 40.0% 30.0% 24.3% 20.0% 12.4% 8.6% 10.0% 0.0% Belum Sekolah Tidak Sekolah Sek. Ren. Tahap Pendidikan Rajah 3.9: Tahap pendidikan isirumah Sumber: Kaji selidik, 2004 Sek. Men. 84 70.0% 59.4% Peratus (%) 60.0% 49.0% 50.0% 40.0% 30.0% 27.2% 21.9% 17.2% 20.0% 10.2% 6.6% 8.6% 10.0% 0.0% Belum Sekolah Tidak Sekolah Sek. Ren. Sek. Men. Tahap Pendidikan Kg. Kuala Mu Kg. Perjek Rajah 3.10: Tahap pendidikan isirumah mengikut kampung Sumber: Kaji selidik, 2004 Daripada Rajah 3.10, didapati penduduk Kg. Kuala Mu lebih ramai tidak bersekolah, iaitu 8.6 peratus lebih tinggi berbanding kadar Kg. Perjek. Bagi pendidikan di tahap Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah juga menunjukkan peratusan yang lebih rendah berbanding Kg. Perjek iaitu 49.0 peratus bagi Sekolah Rendah (perbezaan 10.4 peratus) dan hanya 6.6 peratus bagi Sekolah Menengah (perbezaan 3.6 peratus). Berdasarkan temubual dengan guru besar SK Pos Kuala Mu, Hj. Ahmad Bin Mohd Saad (51 tahun) yang telah bertugas lebih 10 tahun di situ mendapati minat belajar di kalangan anak Orang Asli masih berada pada tahap yang kurang memuaskan, biarpun sedikit meningkat berbanding ketika awal beliau bertugas di situ pada tahun 1991. Ini turut didorong faktor persekitaran seperti kurang ambil berat ibubapa terhadap hal-hal berkaitan pelajaran dan tiada tekanan untuk berubah. Cara hidup yang masih tertumpu kepada hutan untuk mendapatkan telah mendorong ramai anak Orang Asli berhenti sekolah lebih awal untuk mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan atau membantu mengusahakan ladang ubi dan padi bukit. Ini menyebabkan berlakunya gejala keciciran pelajaran yang agak serius di kedua-dua kampung. Menurut guru kanan S.K. Pos Kuala Mu, Megat Asrul Bin Megat Mohd Yusuf (27 tahun) yang telah 4 tahun berkhidmat di situ, keciciran pelajaran dapat dilihat daripada 2 bentuk iaitu tidak hadir langsung (berhenti sekolah) dan hanya hadir untuk pendaftaran 85 awal tahun tanpa mengikuti persekolahan hingga akhir tahun (tidak berhenti sekolah, tetapi tidak pernah hadir). Rekod sepanjang 5 tahun kebelakangan menunjukkan peratus keciciran di peringkat sekolah rendah masih terkawal (10-20 peratus). Cuma yang merisaukan adalah kadar keciciran yang berlaku apabila anak-anak yang tamat sekolah rendah untuk mula memasuki sekolah menengah yang terletak jauh dari perkampungan mereka iaitu di S.M. Tambun, Ipoh dan S.M. Muhibbah, Sungai Siput. Data spesifik mengenai kadar keciciran peringkat ini tidak diperolehi. Rajah 3.11 : Suasana pembelajaran di sekolah Justeru, bagi meningkatkan minat anak Orang Asli terhadap pendidikan dan seterusnya mengurangkan kadar keciciran pelajaran, pihak sekolah telah berusaha mengubahsuai sistem pendidikan daripada 3M (menulis, membaca dan mengira) kepada 6M (dengan tambahan main-pelajaran di luar bilik darjah, makan-Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan muzik-tarian dan kegiatan kebudayaan). Dengan cara ini, kehadiran dan minat anak Orang Asli mendekati pelajaran dapat terus dipertingkatkan seterusnya mengasuh mereka supaya sedar dan memahami peri penting ilmu terhadap masa depan mereka di kemudian hari. 3.6.3 Alam Sekitar dan Fizikal Maklumat alam sekitar dan fizikal menunjukkan dua kawasan yang terpisah sejauh 10 km oleh hutan belantara (Hutan Rizab Temiar Pelus) ini tidak menunjukkan perbezaan pada ciri-ciri topografi yang ketara. Dari aspek fizikal gunatanah, keseluruhan kawasan 86 kajian merupakan Tanah Rizab Orang Asli dan aktiviti gunatanah utama dan terbesar adalah hutan dan tanah pertanian (JHEOA, 2003; Nicholas, 2000). Kawasan kajian berada pada ketinggian 152 meter hingga 805 meter dari paras laut dan bentuk muka buminya tidak rata dan berbukit bukau dan menyukarkan perhubungan dengan kawasan luar (Rajah 3.12). Kawasan kajian menerima purata hujan tahunan 1,812 mm dengan purata suhu tahunan 28°C dan klimeks ini telah menyumbang kepada kesesuaian aktiviti pertanian, baik pertanian tradisional seperti tanaman padi bukit dan ubi kayu serta tanaman komersil seperti kelapa sawit dan getah (JHEOA Kuala Kangsar, 2005). Terdapat kira-kira 18 batang sungai dan anak sungai dengan Sungai Pelus sebagai sungai utama dan membahagikan kawasan kajian kepada dua (Rajah 3.13). Rajah 3.12: Kawasan kajian dikelilingi bukit-bukau dan tanah tinggi Rajah 3.13 : Sungai Pelus menjadi nadi kehidupan penduduk di kawasan kajian 87 Aspek fizikal terutama aspek perumahan, kadar pemilikan rumah di kalangan penduduk kedua-dua kampung adalah tinggi (hampir keseluruhan tinggal di rumah sendiri). Aspek kualiti rumah bagaimanapun berbeza di mana hampir keseluruhan rumah di Kg. Kuala Mu adalah rumah tradisional yang diperbuat daripada buluh, kayu tembusu dan beratap bertam tanpa kemudahan asas yang baik (tiada tandas). Berbeza dengan penduduk Kg. Perjek yang telah diperbaiki aspek perumahan mereka dengan pemberian rumah-rumah PPRT konkrit dan kayu yang dilengkapi kemudahan asas (tandas dan 2 bilik tidur). (a) Kg. Kuala Mu, Pos Kuala Mu (b) Kg. Perjek, RPS Legap Rajah 3.14: Aspek fizikal (kualiti perumahan) di kawasan kajian Faktor halangan geografi, kedudukan yang terpencil, kekurangan kakitangan berkemahiran menjadi cabaran bagi JHEOA untuk menyediakan kemudahan asas dan infrastruktur sempurna dan terbaik kepada masyarakat di kawasan kajian dan barangkali untuk kesemua kawasan petempatan Orang Asli luar bandar di negara ini. Didapati, penyediaan kemudahan asas dan infrastruktur di kawasan kajian masih berada di tahap yang kurang memuaskan. Walau bagaimanapun, setiap kemudahan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk. Kedua-dua kampung yang dikaji telah dibekalkan elektrik dari sumber generator (Kg. Perjek) dan sistem solar (Kg. Kuala Mu). Daripada pemerhatian, jangka hayat generator petrol di Kg. Perjek lebih lama berbanding 88 kemudahan sistem solar yang dibekalkan kepada penduduk Kg. Kuala Mu. Buktinya, daripada 20 unit sistem solar rumah yang dibekalkan, hanya satu unit sahaja masih berfungsi untuk membekalkan tenaga elektrik manakala baki 19 unit tidak lagi berfungsi. Menurut Penghulu Karim Bin Busu (Kg. Kuala Mu), penggunaan sistem solar adalah baik, mesra alam dan menjimatkan kerana ia mampu menjana elektrik secara percuma daripada cahaya matahari. Namun setelah setahun dipasang di rumah-rumah, sistem solar ini akhirnya rosak dan tidak lagi boleh digunakan penduduk. Menurut beliau lagi, penduduk kampung mengalami masalah berkaitan sistem solar kerana teknologi ini terlalu maju dan mereka tidak tahu cara untuk mengendali dan menyelenggara sistem solar yang diberikan. Penduduk juga tidak berani untuk membaiki kerosakan pada sistem tersebut kerana khuatir risiko terkena kejutan elektrik, litar pintas dan sebagainya. Aduan kerosakan telah beberapa kali diajukan kepada pihak berkaitan dan juga jabatan tetapi sehingga kini tiada tindakan yang positif diambil. Selain itu, penyediaan sistem solar juga tidak sesuai dengan rumah yang mereka diami kerana kebanyakan penduduk tinggal di rumah tradisional yang tidak tetap sedangkan penyediaan tiang solar (plat suria) adalah secara tetap. Justeru, apabila penghuni di sesebuah rumah berpindah membina rumah baru, hanya tiang solar sahaja yang tinggal. Situasi ini mungkin berubah jika sistem solar dibekalkan kepada penduduk yang mempunyai rumah tetap seperti rumah konkrit dan papan sebagaimana penduduk di Kg. Perjek. Selain bekalan elektrik, penduduk di kedua-dua kampung turut menikmati sistem bekalan air bersih daripada paip graviti hasil kerjasama JHEOA dengan Jabatan Kesihatan Daerah Kuala Kangsar. Bekalan air bersih yang disalurkan adalah sungguh bermanfaat kerana sumber air yang disalur telah dirawat terlebih dahulu di mana sekali setahun pegawai kesihatan akan memasukkan bahan anti-klorin ke dalam takungan air di hulu sungai dan ini berkesan menghindarkan risiko dijangkiti penyakit seperti taun dan ciritbirit. Manakala, bekalan elektrik pula membolehkan penggunaan peralatan elektrik dan memudahkan aktiviti malam hari penduduk kampung. 89 a) Bekalan air paip graviti b) Generator ‘gen-set’ Rajah 3.15: Kemudahan asas di kawasan kajian Di Kg. Perjek, pihak KEMAS dan JAKIM telah mendirikan sebuah tadika dengan taman permainan kanak-kanak dan surau, manakala belia mendirikan sebuah gelanggang takraw. Manakala, bagi mendapatkan perkhidmatan dan kemudahan utama seperti pusat rawatan kesihatan, sekolah rendah berasrama dan radio perhubungan penduduk perlu ke pusat pentadbiran JHEOA Legap. Bagi penduduk Kg. Kuala Mu, penyediaan kemudahan di kampung mereka masih di tahap yang daif dan semua kemudahan yang telah disedia perlu dikongsi bersama-sama penduduk kampung lain di Pos Kuala Mu. Di antara kemudahan yang dibina di Pos Kuala Mu adalah sebuah sekolah rendah, gelanggang takraw, padang bola, balai raya dan jambatan. Manakala, perkhidmatan pemeriksaan dan rawatan kesihatan di buat sekali setiap dua minggu oleh pasukan doktor bergerak oleh klinik daerah Kuala Kangsar. Sistem perhubungan yang utama adalah laluan pembalakan kerana menurut pegawai JHEOA yang ditemubual, pembinaan jalan tar bagi kawasan terbabit memerlukan kos yang tinggi disebabkan faktor halangan geografi. a) Balai Raya b) Sekolah Rendah Rajah 3.16 : Kemudahan-kemudahan yang disediakan di Pos Kuala Mu 90 3.6.4 Sosio-Ekonomi dan Budaya Huraian maklumat sosio-ekonomi kawasan kajian menyentuh aspek berkenaan status bekerja dan jenis pekerjaan isirumah. Manakala, maklumat sosio-budaya menyentuh aspek kemahiran serta budaya hidup isirumah. 3.6.4.1 Status Bekerja dan Pekerjaan Isirumah Status bekerja menunjukkan kira-kira 30.8 peratus penduduk di kawasan kajian bekerja, diikuti 25.7 peratus masih belajar (Sekolah Rendah dan Menengah), 15.4 peratus menjadi suri rumah sepenuh masa dan hanya 3.6 peratus menganggur. Manakala 24.6 peratus penduduk terutama bayi dan kanak-kanak pula diletakkan dalam kategori tidak berkaitan dengan status bekerja. Peratusan bekerja yang tinggi berbanding menganggur bagaimanapun dilihat tidak menunjukkan kadar kebergantungan yang rendah (beban tanggungan) terhadap golongan tidak aktif ekonomi kepada kumpulan penduduk yang aktif ekonomi (15-64 tahun) bagi penghidupan. Tanggapan ini bersandarkan hujah bahawa kadar kemiskinan di kawasan kajian masih di tahap tinggi dengan pekerjaan penduduk rata-rata tertumpu kepada sektor ekonomi tradisional yang kurang ekonomik dan hanya ‘cukup makan’. 45 39.7 38.1 40 35 Peratus (%) 30 25.4 25.4 25 20 15.9 15 10 11.1 9.5 6.3 5 0 7.9 6.3 4.8 3.2 0 1.6 3.2 0 0 0 0 0 Be rn ia M ga en or eh G et ah Bu ru Ka h ki Sa ta w ng it an Ke ra ja an M en c Bu ru ar h iH as il H ut Ta an na m U bi Ka yu ul uh C ar iB bu ru em M Pa di Ta na m Ti da k Be ke rja 0 Jenis Pekerjaan Dahulu Sekarang Rajah 3.17: Pekerjaan isirumah Sumber: Kaji selidik, 2004 1.6 91 Hasil analisis daripada data kajian lapangan pada Rajah 3.17 menunjukkan berlaku perubahan dari segi jenis pekerjaan penduduk di kawasan kajian di mana sebelum pengenalan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS), majoriti penduduk aktif dengan pekerjaan tradisional iaitu menanam padi bukit (39.7 peratus) dan menanam ubi kayu (38.1 peratus). Setelah wujud RPS, kebanyakan penduduk mula menceburi sektor pekerjaan moden yang lebih ekonomik dengan pendapatan bulanan yang tetap seperti buruh kelapa sawit (25.4 peratus), menoreh getah (7.9 peratus), berniaga (3.2 peratus) dan kakitangan kerajaan (1.6 peratus). Sektor ekonomi tradisional seperti tanam padi dan ubi kayu masih dipertahan untuk memenuhi keperluan sara diri, tetapi sumbangannya terhadap ekonomi komuniti telah menurun. Secara terperinci, aktiviti ekonomi bagi kedua-dua kampung menunjukkan perbezaan di mana berdasarkan pemerhatian pengkaji sebagai sebahagian peserta (rujuk sub-tajuk 4.4.2), aktiviti ekonomi penduduk Kg. Perjek kini dilihat telah berubah kepada lebih moden berbanding Kg. Kuala Mu. Ini berikutan tindakan kerjasama antara JHEOA Kuala Kangsar dengan agensi pembangunan tanah iaitu FELCRA dan RISDA Negeri Perak untuk membangunkan tanah-tanah sekitar Perjek dan RPS Legap menjadi ladangladang kelapa sawit dan getah berskala komersil. Tambahan pula, aksess yang baik ke Kg. Perjek menjadikan aktiviti penjualan buluh kasap kepada pengusaha ladang sayur lebih mudah dilakukan. Kesan daripada perubahan-perubahan tersebut, penduduk Kg. Perjek dilihat lebih terdedah kepada peluang-peluang pekerjaan dengan perolehan lebih baik berbanding penduduk Kg. Kuala Mu yang tinggal lebih terpencil dan rata-rata mereka masih kekal dengan aktiviti ekonomi tradisional. Cuma sebahagian kecil penduduk terlibat mengusahakan kebun-kebun getah (keluasan kurang ¼ ekar). Selain berbeza dari segi aktiviti ekonomi moden, pemerhatian mendapati aktiviti ekonomi tradisional di kedua-dua kampung juga sedikit berbeza di mana pekerjaan utama penduduk Kg. Kuala Mu dalam sektor ekonomi tradisional adalah berladang ubi kayu. Manakala, bagi penduduk Kg. Perjek pula mereka berladang padi bukit. Selain itu, cara kerja ladang dilakukan juga turut berbeza dengan kegiatan menanam ubi kayu biasanya dilakukan secara kelamin (pasangan suami-isteri) dan penanaman padi bukit dilakukan secara bergotong-royong. 92 3.6.4.2 Kemahiran dan Budaya Hidup Kemahiran merupakan aspek penting kajian memandangkan Orang Asli sering digambarkan sebagai kelompok manusia yang kaya dengan kemahiran yang membolehkan mereka untuk hidup secara berharmoni dengan alam semulajadi. Walau bagaimanapun, hasil analisis data kajian lapangan (Rajah 3.18) mendapati sebahagian besar penduduk kawasan kajian tidak mempunyai kemahiran tertentu (54.4 peratus). Manakala, kemahiran yang ketara adalah bertani (26.3 peratus) dan bertani, cari hasil hutan dan memburu (15.4 peratus). Manakala, kemahiran lain adalah mencari hasil hutan (1.8 peratus), membuat kraf (0.9 peratus) serta memburu dan berniaga, masing-masing 0.6 peratus. 60.0% 54.4% Peratus (%) 50.0% 40.0% 26.3% 30.0% 15.4% 20.0% 10.0% 1.8% 0.6% 0.9% 0.6% Mencari Hasil Hutan Memburu Membuat Kraf Berniaga 0.0% Tiada Kemahiran Bertani Bertani, Cari Hasil Hutan & Memburu Kemahiran Rajah 3.18: Kemahiran Isirumah Sumber: Kaji selidik, 2004 Menurut tembual dengan Penghulu Karim Bin Busu (Kg. Kuala Mu), perubahan gaya hidup daripada tradisional kepada moden melalui sistem pekerjaan dan hiburan menyebabkan kebanyakan penduduk melihat pengetahuan dan pembelajaran berkaitan kemahiran warisan nenek-moyang terdahulu tidak lagi penting. Ilmu untuk hidup seperti memburu, bertani pindah dan mencari sumber hutan untuk kehidupan kian dilupa dan kurang diajar kepada generasi anak-anak mereka hari ini. Perkembangan ini dilihat merugikan komuniti sendiri kerana kemungkinan ilmu pengetahuan tradisi yang mapan bakal hilang tanpa pewarisan generasi muda Orang Asli. 93 a) Membuat kraf (bubu) b) Bertani (padi bukit) Rajah 3.19: Kemahiran penduduk di kawasan kajian Dari segi budaya hidup, komuniti Orang Asli di kawasan kajian masih mempertahankan kepercayaan kepada semangat dan berkait rapat dengan unsur-unsur alam semulajadi dan kepercayaan kuasa-kuasa ghaib. Kepercayaan ini adalah warisan yang diterima secara turun-temurun dan diamalkan biarpun tanpa wujudnya satu manuskrip yang jelas dan komuniti yang ada hari ini sudah cukup menjadi bukti mengambarkan keutuhan warisan tradisional ini. Bagaimana aspek sosio-budaya dan kepercayaan dalam komuniti ini wujud dan berkembang? Menurut Penghulu Karim Bin Busu, kehidupan nenek moyang sebagai ‘pengembara di hutan’ telah mengajar mereka erti keperitan hidup mencari rezeki dengan pergantungan kepada sumber hutan dan tanah untuk berucuk tanam. Mereka percaya bahawa setiap benda yang wujud bersama-sama mereka adalah mempunyai semangat atau roh dan mereka perlu menghormati kehadiran unsur ini bagi membentuk kehidupan yang harmoni. Kepercayaan ini akhirnya diterjemah menjadi adat resam dan perlakuan yang menjadi amalan dalam kehidupan harian mereka. Namun, apa yang ada kini hanyalah sebahagian daripada keaslian yang masih tinggal memandangkan perkembangan masa dan cabaran pembaharuan memerlukan pengesuaian hidup dilakukan bagi memenuhi tuntutan keadaan tersebut. Komuniti Orang Asli di kawasan kajian masih menitikberatkan hubungan yang harmoni sesama mereka. Kehidupan sekampung dipelihara dengan pentadbiran oleh anggota Majlis Adat (diketuai penghulu dan orang-orang tua) dan hal-hal berkaitan perundangan diputuskan mengikut Sistem Adat yang diwarisi, walaupun perlaksanaannya semakin longgar. Menurut Zainal Abidin Bin Uda (Kg. Kuala Mu), Majlis Adat berfungsi 94 seperti ‘mahkamah’ di mana penghulu adalah ‘hakim’ dan orang-orang tua adalah ‘juri’. Setiap kesalahan hanya akan diadili setelah salah satu pihak mengeluarkan pendakwaan. Pihak-pihak yang didakwa perlu tampil mengeluarkan hujah dengan dibawa bukti dan saksi. Keputusan Majlis Adat ditentukan melalui keputusan juri dan dibacakan hakim. Hukuman kepada pihak yang tewas pula biasanya berbentuk pergantian barangan atau pampasan wang ringgit (maksimum RM300.00). Manakala, sistem adat Orang Temiar juga dilihat komprehensif kerana di samping menguruskan hal-hal berkaitan perlaksanaan hukum bagi kesalahan jenayah, sistem adat turut menguruskan hal-hal berkait dengan perkahwinan, pergaulan serta institusi kekeluargaan. Penerimaan kepada program pembangunan oleh pihak kerajaan telah membawa dimensi baru terhadap kehidupan Orang Asli. Menurut Penghulu Sudin Bin Long (Kg. Perjek), sosio-budaya Orang Temiar kini telah berbeza berbanding dahulu kerana pengaruh perubahan dan pegangan agama. Walau bagaimanapun, beberapa amalan kebudayaan tradisional seperti sewang (sejenis tarian dan muzik tradisional Orang Asli) masih kekal dipertahankan, cuma kini tanpa pemujaan kepada semangat (roh) dan meminum arak supaya selari dengan tuntutan ajaran agama Islam yang diterima kebanyakan penduduk di Kg. Perjek dan segelintir di Kg. Kuala Mu. Menurut Ajem Bin Amat (ABIM Perak), pengamalan sewang kini hanyalah sebagai satu bentuk hiburan kepada penduduk di samping sebagai medium untuk mengeratkan interaksi sesama mereka (Rajah 3.20). Aspek sosio-budaya turut merangkumi sikap suka membantu dan melakukan kerja secara gotong-royong. Berdasarkan pemerhatian, pengekalan cara hidup tradisional seperti kerja di ladang telah membantu komuniti yang ada hari ini mengekalkan amalan bergotong-royong sesama mereka. Selain itu, warisan ilmu pengetahuan tradisional telah mengajar anggota komuniti untuk membangunkan kemahiran-kemahiran penting untuk survival seperti penggunaan herba tertentu untuk penyembuhan penyakit, membuat barangan kraf, menjerat dan menyumpit haiwan. 95 Rajah 3.20: Sambutan Sewang oleh masyarakat Temiar di kawasan kajian 3.7 Kesimpulan Orang Asli bukanlah kelompok manusia yang homogenous. Kepelbagaian suku kaum daripada tiga kumpulan etnik utama seperti yang dikupas dilihat sebagai keunikan masyarakat minoriti yang wujud di negara ini. Rekod sejarah menunjukkan betapa golongan ini suatu ketika dahulu merupakan penyumbang penting perkembangan aktiviti perdagangan tradisional negara melalui kemahiran mereka mengeksploitasi hasil hutan untuk pertukaran wang. Namun kini, pencapaian Orang Asli dalam pelbagai bidang adalah masih jauh ketinggalan. Mereka bukan sahaja disogok dengan pembangunan dan kemodenan cara hidup yang janggal bagi mereka terima, malah sesetengah pihak beranggapan amalan hidup komuniti yang berteraskan sistem tradisional sebagai punca kemunduran dan kemiskinan yang terus membelenggu mereka. Konotasi negatif ini bukanlah sesuatu yang memeranjatkan memandangkan komuniti pribumi lain di luar negara turut berdepan masalah ini. Justeru, usaha mendokumentasikan maklumat berkenaan sejarah Orang Asli serta latar belakang kawasan kajian diharap dapat dijadikan khazanah ilmu yang berharga pada masa hadapan kerana menurut Hood Salleh et al. (2004); Mustaffa Omar (2004) dan Zahid Emby et al. (1996), pengaruh kemodenan serta minat ke arah pengintegrasian dengan komuniti arus perdana dikhuatiri bakal menghakis atau menghilangkan identiti mereka sebagai komuniti Orang Asli seperti yang dimiliki pada hari ini. 96 BAB 4 METODOLOGI PENYELIDIKAN 4.1 Pengenalan Bab sebelumnya telah menerangkan berkenaan konsep komuniti mapan, profil ringkas Orang Asli di Malaysia serta latar belakang kawasan kajian. Bab ini seterusnya akan membincangkan metodologi penyelidikan, iaitu pendekatan yang digunakan di dalam pembentukan indikator komuniti mapan dan teknik-teknik bagi proses pengumpulan dan analisis data penyelidikan. Bab ini juga akan menunjukkan ketulenan kaedah di dalam penyelidikan dengan output akhir bab ini ialah keupayaan dan kejayaan pendekatan serta teknik-teknik yang digunakan bagi mengukur tahap kemapanan (secara kuantitatif) dan bagaimana maklumat kualitatif turut digabungkan bagi menyokong penemuan penyelidikan. Bab ini turut mengupas mengenai halangan atau cabaran yang dihadapi semasa kerja-kerja pengumpulan data dan maklumat di lapangan serta bagaimana halangan atau cabaran berkenaan diatasi oleh pengkaji. 4.2 Carta Alir Metodologi Penyelidikan Secara keseluruhannya, penyelidikan ini dibahagikan kepada 5 peringkat dengan carta alir metodologi ditunjukkan pada Rajah 4.1. Peringkat 1 penyelidikan adalah kajian 97 awalan bertujuan menyediakan gambaran keseluruhan penyelidikan, permasalahan penyelidikan, membentuk matlamat dan objektif serta skop penyelidikan. Manakala Peringkat 2 merupakan kajian literatur iaitu membuat semakan terhadap beberapa hasil laporan kajian terdahulu yang releven dengan topik. Kajian literatur dibahagi kepada dua bahagian dan dibuat bagi mencapai objektif penyelidikan yang ditetapkan pada Peringkat 1. Pada bahagian pertama, aspek yang dilihat dan diperhalusi adalah huraian berkaitan konsep dan ciri-ciri komuniti mapan, sistem ilmu pengetahuan Orang Asli, contoh-contoh indikator kemapanan serta perlaksanaan strategi atau program pembangunan terhadap komuniti Orang Asli di Malaysia dan masyarakat pribumi di luar negara. Bahagian pertama kajian literatur ini menjadi asas kepada penyediaan Bab 2. Bahagian kedua literatur menghuraikan profil ringkas Orang Asli di Malaysia serta latar belakang kawasan kajian dan bahagian ini menjadi asas kepada penyediaan Bab 3. Peringkat 3 adalah perbincangan mengenai metodologi penyelidikan yang menyentuh tentang bagaimana, di mana proses dan teknik pengumpulan data dan maklumat di jalankan, bila dilaksanakan dan siapa pihak yang terlibat. Bahagian ini juga membincangkan pendekatan penentuan indikator-indikator kemapanan dan merumuskan satu set indikator komuniti mapan bagi digunapakai oleh penyelidikan ini. Selain itu, bahagian ini membincangkan proses pengumpulan data di lapangan serta analisis menggunakan dua pendekatan iaitu pendekatan etnografi (data kualitatif) dan pendekatan survei (data kuantitatif). Pendekatan etnografi akan mengaplikasikan teknik pemerhati sebagai sebahagian peserta (partial-participant observation), temubual mendalam dan gambar foto. Manakala, pendekatan survei adalah temubual responden menggunakan borang soal-selidik. Metodologi turut menyentuh perkara berkaitan halangan atau cabaran yang ditempuh semasa menjalankan kajian lapangan seperti kesukaran mendapatkan maklumbalas responden serta masalah jarak perhubungan. Walau bagaimanapun, halangan-halangan ini telah diatasi dengan perlantikan beberapa orang informan di kalangan penduduk kampung yang bertindak sebagai pemudahcara dengan responden serta bantuan pengangkutan oleh penduduk kampung membantu memudahkan pergerakan pengkaji menjalankan kajian. Peringkat 4 adalah proses analisis dan intepretasi data menggunakan dua teknik analisis statistikal mudah iaitu teknik analisis Frekuensi dan teknik Indeks. Kedua-dua analisis ini dijalankan dengan bantuan perisian Statictistical Package for Social Science 98 (SPSS) Versi 11.0. Hasil analisis akan diterjemah kepada persembahan gambar rajah dan graf dengan bantuan perisian Microsoft Excel. Analisis dipecahkan kepada dua bahagian di mana bahagian pertama melakukan analisis pengukuran tahap kemapanan terhadap setiap indikator dalam setiap komponen (sikap, sistem dan situasi) menggunakan teknik Frekuensi dan bahagian kedua mengukur tahap kemapanan keseluruhan indikator setiap komponen menggunakan teknik Indeks. Peringkat 4 menjadi asas kepada penyediaan Bab 5 dan bab 6. Peringkat 5 merupakan Bab 7 iaitu cadangan serta rumusan penemuan penyelidikan. Bab ini mencadangkan satu bentuk kerangka strategi pembangunan mapan komuniti Orang Asli dan cadangan kajian lanjutan. 99 Penyediaan Bab 1 Kajian Awalan ƒ ƒ Peringkat 1 Mengenalpasti permasalahan dan persoalan kajian Pembentukan matlamat, objektif dan skop kajian Kajian Literatur Penyediaan Bab 2 ƒ ƒ dan Bab 3 Konsep dan ciri-ciri komuniti mapan Strategi serta program pembangunan mapan Orang Asli di Malaysia dan pribumi luar negara ƒ ƒ ƒ Metodologi Peringkat 2 Sikap (attitude) Sistem (system) Situasi (outcome) Pembentukan Set Indikator Komuniti Mapan Pendekatan Survei (data kuantitatif) ƒ Peringkat 3 Temubual guna borang soal-selidik Pendekatan Etnografi (data kualitatif) ƒ ƒ ƒ Pembentukan Checklist dan borang soal-selidik Temubual mendalam Pemerhati sebagai sebahagian peserta Gambar foto Pengumpulan Data Penyediaan Bab 4 dan Maklumat Kajian rintis (pilot survey) Kajian lapangan sebenar Kajian lapangan lanjutan SPSS V 10.0 & Microsoft Excel Peringkat 4 Analisis dan Olahan Data Analisis Frekuansi ƒ Analisis pofil responden ƒ Analisis profil isirumah ƒ Analisis sikap, sistem dan situasi ƒ Analisis mengikut kampung Analisis Indeks ƒ Analisis tahap kemapanan keseluruhan sikap, sistem dan situasi ƒ Analisis mengikut kampung ƒ Penemuan analisis dan rumusan Penyediaan Bab 5 dan Bab 6 Peringkat 5 Cadangan Kerangka Strategi dan Penutup Penyediaan Bab 7 Rajah 4.1: Carta alir metodologi penyelidikan Timbal Balik 100 4.3 Pendekatan Penentuan Indikator-Indikator Kemapanan Memandangkan sehingga kini masih belum wujud set indikator yang khusus untuk digunakan bagi mengukur tahap amalan kemapanan bagi komuniti Orang Asli, terutamanya dalam konteks Malaysia, pengkaji perlu melakukan semakan meluas terhadap contoh-contoh indikator pembangunan mapan serta indikator komuniti mapan yang dikeluarkan sama ada di luar negara mahupun di Malaysia. Huraian terhadap hasil literatur telah dibuat pengkaji pada Bab 2 (sub-tajuk 2.2.3). Di antara contoh indikator yang sesuai telah digunapakai di Malaysia telah diberikan oleh Sham Sani (2001) iaitu indikator pembangunan mapan bandar dan indikator komuniti mapan bagi komuniti Kayan di Sarawak oleh Ibrahim Ngah (2003). Manakala, contoh indikator pembangunan mapan dari luar negara yang dirujuk adalah indikator komuniti mapan di China oleh Yuan et al. (2003), indikator sosial komuniti mapan di Woady Yaloak, Australia oleh Pepperdine (1998) serta indikator kemapanan yang umum dikeluarkan oleh Bank Dunia, Kesatuan Eropah (EU) dan Suruhanjaya Pembangunan Mapan (CSD) (Moldan et al., 1997). Maklumat-maklumat yang releven daripada senarai contoh indikator terbabit telah dikumpulkan dalam satu senarai panjang (long list). Daripada senarai tersebut, satu set soalan soal-selidik telah dibuat dan diuji di lapangan melalui kajian rintis. Hasil penemuan awal kajian rintis kemudiannya ditapis dan disahkan melalui perbincangan bersama beberapa profesional iaitu ahli akademik yang mempunyai latar belakang perancangan dan penyelidik etnografi komuniti Orang Asli. Pemilihan indikator dibuat setelah setiap indikator dijustifikasikan keperluan dan kepentingannya di dalam penyelidikan berkenaan kemapanan. Keputusan pemilihan indikator bagi penyelidikan turut dibuat setelah melalui semakan semula dalam beberapa siri bengkel dalaman bersama penyelia tesis iaitu Prof. Madya Dr. Ibrahim Bin Ngah serta para penuntut Program Lepas Ijazah Fakulti Alam Bina, UTM. Hasil akhir ialah hanya indikator yang paling penting dan releven dengan keperluan penyelidikan ini sahaja yang akan diambilkira di mana daripada 65 indikator awal pada senarai panjang, hanya 45 indikator telah disahkan sesuai bagi keperluan penyelidikan ini. Senarai akhir indikator-indikator yang dikenalpasti seterusnya diatur di dalam format indikator khusus. 101 Indikator-indikator yang terpilih seterusnya diasingkan mengikut kumpulan ekonomi, sosial dan fizikal/alam sekitar sebagaimana tiga dimensi utama pembangunan mapan. Kemudiannya, sedikit pengubahsuaian telah dilakukan pengkaji terhadap Model P-S-R yang dikeluarkan OECD (1993) (sub-tajuk 2.2.3), untuk disesuaikan dengan keperluan penyelidikan ini. Ketiga-tiga komponen pada model P-S-R yang asal iaitu Pressure telah diubah kepada Attitude (sikap) sebagai mewakili faktor pendorong kemapanan; State diubah kepada Situation (situasi) sebagai mewakili keadaan yang ditunjukkan akibat cetusan faktor pendorong dan Response diubah kepada System (sistem) iaitu bagaimana komuniti membentuk dan menggunakan sistem untuk memandu sikap ke arah membentuk situasi komuniti yang mapan (Rajah 4.2). Maka, indikator yang asalnya dipecahkan kepada tiga kumpulan ekonomi, sosial dan fizikal/alam sekitar telah turut diperincikan mengikut komponen sikap, situasi dan sistem sebagaimana ditunjukkan pada Jadual 4.1. Tekanan-tekanan SIKAP Sumber-sumber SITUASI SIKAP KOMUNITI DAN KESANNYA SITUASI KEMAPANAN PERSEKITARAN DAN KOMUNITI Sikap harian komuniti yang berkaitan dengan ekonomi, sosial dan fizikal/alam sekitar Informasi (tindakan pembuat keputusan) Pencapaian ekonomi, sosial dan fizikal/alam sekitar hasil amalan sikap dan sistem PEMBENTUKAN SISTEM BAGI MENGAWAL SIKAP DAN SITUASI YANG WUJUD Perundangan Instrumen ekonomi Perubahan nilai komuniti Lain-lain Informasi (tindakan pembuat keputusan) SISTEM Rajah 4.2: Ubahsuai Model P-S-R oleh OECD (1993) kepada Model A-O-S 102 Daripada Jadual 4.1, setiap indikator akan diperincikan untuk pengukuran dengan memasukkan elemen cadangan piawaian dan pemberat serta cadangan matlamat yang perlu dicapai sebagai penanda aras kemapanan komuniti Orang Asli yang dikaji (rujuk Jadual 4.2). Pembentukan cadangan piawaian dan matlamat juga bertujuan membolehkan tahap amalan kemapanan oleh komuniti melalui sikap, sistem dan situasi komuniti diukur secara kuantitatif. Pemberian nilai oleh pengkaji terhadap set indikator ini dibuat setelah mempertimbangkan input daripada perbincangan dengan pakar serta hasil pemahaman terhadap pemberian nilai pemberat, cadangan piawaian dan cadangan matlamat oleh Sham Sani (2001), Lestari Public Lecture: Developing Urban Sustainability Indicators for Malaysia. No. 3, LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia. Namun, tidak semua indikator bagi penyelidikan ini dapat dirujuk berdasarkan kajian Sham Sani atau kajian-kajian lain sebelumnya memandangkan perbezaan skala ruang, tahap pembangunan, ciri-ciri komuniti dan keperluan penyelidikan itu sendiri. Justeru, pengkaji turut menggunakan prinsip-prinisp yang terkandung di dalam pembangunan mapan dan hasil pemerhatian di lapangan sebagai asas untuk mempertimbangkan pemberian nilai pemberat, cadangan piawaian dan cadangan matlamat bagi set indiaktor yang dibentuk. 103 Jadual 4.1: Set indikator kajian komuniti mapan Orang Asli Komponen analisis Indikator Ekonomi Indikator Sosial Indikator Fizikal & Alam Sekitar Sikap (1) (2) (3) (4) (5) (6) (7) (14) (8) (9) (10) (11) (12) (13) Sistem (36) (37) (38) (39) (40) (41) (42) (43) (44) (45) Situasi (15) (16) (17) (18) (19) (25) (26) (20) (21) (22) (23) (24) (27) (28) + (29) (30) (31) (32) (33) (34) (35) tidak mencapai cadangan matlamat kemapanan mencapai cadangan matlamat kemapanan Indikator-indikator: 1) Sikap menyimpan wang 2) Bersukan 3) Merokok 4) Aktiviti kebudayaan 5) Bergotong-royong 6) Berpersatuan 7) Rancangan pembangunan komuniti 8) Penggunaan kimia dalam pertanian 9) Amalan guna semula 10) Amalan mengurangkan penggunaan 11) Amalan merawat/membaikpulih 12) Mengoptimumkan penggunaan halaman 13) Menjaga kebersihan halaman 14) Kesanggupan membantu jiran 15) Pekerjaan sampingan 16) Penglibatan ahli keluarga dalam pekerjaan 17) Kadar pengangguran 18) Pemilikan tanah 19) Mengusahakan tanah secara ekonomik 20) Aksess kepada khidmat kesihatan 21) Kadar jenayah Sumber : Olahan pengkaji, 2004 22) 23) 24) 25) 26) 27) 28) 29) 30) 31) 32) 33) 34) 35) 36) 37) 38) 39) 40) 41) 42) 43) 44) 45) Kadar masalah sosial Kadar penceraian Pemilikan rumah dan infrastruktur Purata pendapatan bulanan isirumah Jumlah simpanan wang Penerimaan pendidikan Keadaan celik huruf Kadar keciciran pelajaran Kadar pergantungan ekonomi Purata saiz isirumah Kemudahan bekalan air Kemudahan bekalan elektrik Kemudahan tandas Situasi pencemaran Tempoh masa bekerja Tahu – sistem pembahagian kerja Amal – sistem pembahagian kerja Tahu – sistem pembahagian hasil Amal – sistem pembahagian hasil Amal – perkongsian hasil Kepatuhan undang-undang/adat Terlibat sistem pembuatan keputusan Sistem pengasingan bilik Sistem pengurusan sisa dan sampah 104 Jadual 4.2: Set indikator komuniti mapan beserta cadangan piawaian, pemberat dan cadangan matlamat Bil Komponen & Indikator 1 ƒ Cadangan Piawaian Pemberat Cadangan Matlamat Komponen Sikap Indikator Ekonomi <30% 30-60% >61% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >61% <10% 10-30% >31% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >31% <10% 10-15% >16% Rendah Sederhana Tinggi 3 2 1 <10% (4) Aktiviti kebudayaan (kekerapan >2 kali/6 bulan) <40% 41-75% >76% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >76% (5) Aktiviti gotong-royong (kekerapan >2 kali/6 bulan) <40% 41-75% >76% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >76% (6) Berpersatuan <10% 10-30% >31% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >31% (7) Penglibatan dengan program pembangunan komuniti <25% 26-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >51% (8) Kesanggupan membantu jiran <40% 41-75% >76% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >76% (9) Penggunaan bahan kimia dalam aktiviti pertanian <5% 6-10% >11% Rendah Sederhana Tinggi 3 2 1 <5% (10) Amalan guna semula <30% 31-60% >61% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >61% <30% 31-60% >61% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >61% (1) Sikap menyimpan wang ƒ Indikator Sosial (2) Bersukan (3) Merokok ƒ Indikator Fizikal & Alam Sekitar (11) Amalan kurangkan penggunaan 105 2 (12) Amalan membaik pulih <30% 31-60% >61% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >61% (13) Mengoptimumkan penggunaan halaman rumah <25% 26-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >51% (14) Menjaga kebersihan halaman <25% 26-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >51% <25% 26-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >51% (16) Penglibatan ahli keluarga dalam pekerjaan <10% 11-30% >31% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >31% (17) Pengangguran <10% 11-25% >26% Rendah Sederhana Tinggi 3 2 1 <10% <40% 41-75% >76% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >76% (19) Mengusaha tanah yang ekonomik (>2 ekar) <25% 26-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >51% (25) Purata pendapatan isirumah (>RM501.00/bulan) <50% 51-90% > 91% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >91% (26) Jumlah simpanan wang (baki wang dalam akaun) < 50% 51-90% > 91% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >91% (27) Penerimaan pendidikan formal (bersekolah menengah) <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >91% (28) Keadaan celik huruf <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >91% (29) Keciciran pendidikan (tidak bersekolah menengah) <5% 6-10% >11% Rendah Sederhana Tinggi 3 2 1 <5% (20) Aksess kepada perkhidmatan kesihatan <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >91% Komponen Situasi ƒ Indikator Ekonomi (15) Pekerjaan Sampingan (18) Pemilikan tanah ƒ Indikator Sosial & Spiritual 106 <5% 6-10% >11% Rendah Sederhana Tinggi 3 2 1 <5% <5% 6-10% >11% Rendah Sederhana Tinggi 3 2 1 <5% <10% 11-15% >16% Rendah Sederhana Tinggi 3 2 1 <10% <50% 51-90% 91% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >91% (30) Kadar Pergantungan Ekonomi (15-64 tahun) <40% 41-75% >76% Rendah Sederhana Tinggi 1 3 2 41-75% (31) Purata saiz isirumah (4.5-4.5) <30% 31-40% >41% Rendah Sederhana Tinggi 2 3 1 31-40% <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >91% <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >91% <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >91% <10% 11-30% >31% Rendah Sederhana Tinggi 3 2 1 <10% (36) Tempoh masa bekerja (>8 jam/hari) <30% 31-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >51% (37) Tahu sistem pembahagian kerja <30% 31-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >51% <30% 31-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >51% (21) Kadar jenayah (22) Masalah sosial (23) Kadar Penceraian (24) Pemilikan rumah dan infrastruktur ƒ Indikator Fizikal & Ekologi (32) Kemudahan bekalan air (33) Kemudahan bekalan elektrik (34) Kemudahan tandas (35) Pencemaran 3 Komponen Sistem ƒ Indikator Ekonomi (38) Amal sistem pembahagian kerja 107 <30% 31-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >51% <30% 31-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >51% <30% 31-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >51% <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >91% (43) Sistem pembuatan keputusan (tahap penglibatan) <30% 31-60% >61% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >61% (44) Pengasingan bilik (anak lelaki-perempuan) <30% 31-60% >61% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >61% <25% 26-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi 1 2 3 >51% (39) Tahu sistem pembahagian hasil (40) Amal sistem pembahagian hasil (41) Amal perkongsian hasil ƒ Indikator Sosial & Spiritual (42) Kepatuhan undang-undang/adat ƒ Indikator Fizikal & Ekologi (45) Pengurusan & pelupusan sampah (yang melaksanakan) Sumber : Olahan pengkaji, 2004 4.4 Instrumentasi Penyelidikan Instrumentasi penyelidikan adalah satu faktor penting di dalam proses pengumpulan data dan maklumat. Pemilihan dan penggunaan instrumentasi atau alat pengukuran yang betul dan sesuai akan menjadikan penyelidikan lebih berkesan dan boleh diyakini. Umum telah mengetahui terdapat tiga pendekatan kepada aktiviti penyelidikan iaitu pendekatan etnografi, pendekatan servei dan pendekatan eksperimental (Gay dan Diehl, 1996; Noor Sharifah Sutan Sidi, 1991). Di antara objektif penyelidikan ini adalah untuk mengetahui situasi kemapanan komuniti dengan (1) mengukur proses dan (2) menjelaskan situasi semasa bagi tahap kemapanan tersebut. Justeru, penyelidikan ini 108 memerlukan suatu pendekatan yang komprehensif supaya bukan sahaja tahap kemapanan komuniti dapat diukur, malah penjelasan terhadap situasi kemapanan komuniti dapat dibuat dengan baik bersandarkan hujah-hujah yang diyakini kesahihannya. Menurut Berg (1998), teknik kuantitatif (pada pendekatan survei) merujuk kepada kaedah bagi mengira angka dan mengukur tahap sesuatu benda, manakala Surasin (1996) menyatakan pendekatan etnografi pula mengaplikasikan teknik-teknik kualitatif seperti pemerhatian, sama ada penglibatan pemerhati sebagai peserta atau tidak sebagai peserta atau pemerhatian terpilih, temubual sama ada secara formal, tidak formal, mendalam, rasmi dan menggunakan kamera, pita rakaman, buku catatan atau lain-lain medium rekod dan penulisan jurnal daripada pemerhatian dan latar belakang individu. Setelah dinilai keupayaan kedua-dua pendekatan ini dengan merujuk kepada objektif penyelidikan iaitu untuk mengukur tahap kemapanan komuniti berpandukan set indikator yang telah dicadangkan pada Jadual 4.1, kedua-dua pendekatan survei dan etnografi telah digabungkan. Langkah ini selaras dengan pembentukan set indikator-indikator itu sendiri yang memerlukan pengukuran tahap kemapanan komuniti dibuat secara kuantitatif dengan disokong dengan huraian mendalam hasil maklumat kualitatif. Tambahan pula, penyelidikan ini perlu mempertimbangkan teknik-teknik pengumpulan dan analisis data yang diperakui dan memenuhi keperluan bidang perancangan pembangunan dan sains sosial. Gabungan kedua-dua teknik kuantitatif dan kualitatif membolehkan pengkaji mempelbagaikan kaedah teknik bagi pengumpulan data dan maklumat, huraian analisis data serta laporan penemuan kajian. Tidak banyak contoh penyelidikan yang menggabungkan kedua-dua pendekatan etnografi dan survei ditemui terutama berkaitan kajian komuniti Orang Asli atau pribumi. Di antara pengkaji yang dikesan melakukan penggabungan kedua-dua pendekatan ini adalah Musiiwa (2002) dalam kajian kemapanan dan praktis pertanian komuniti pribumi di Manicaland, Afrika dan Zahid Emby et al. (1996) yang mengkaji kesan Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) ke atas masyarakat dan budaya Orang Asli di Perak. Manakala pengkaji seperti Noraini (1999) dan Sunaidin (1997) cenderung menggunakan pendekatan survei manakala Mustaffa Omar (2004); Gregory (2003); Thomas (2003); Surasin (1996) yang menjalankan kajian terhadap impak pembangunan, sistem pertanian mapan dan pengurusan sumber mapan oleh penduduk pribumi menggunakan pendekatan kualitatif iaitu etnografi. 109 Dua buah penempatan (perkampungan) komuniti Orang Asli telah dipilih secara kajian kes (rujuk sub-tajuk 4.3.1). Selepas mengenalpasti kawasan, kajian rintis dilakukan untuk mendapatkan gambaran awal berkenaan bagaimana, di mana, bila dan siapa untuk dihubungi (informan) untuk proses kajian lapangan sebenar kelak. Serentak dengan itu satu set borang soal-selidik dan senarai semakan bagi temubual dan pemerhatian sebagai sebahagian peserta turut disediakan. Proses pengumpulan bermula selepas kajian lapangan dan diikuti proses analisis dan intepretasi data dan maklumat. 4.4.1 Penggunaan Kajian Kes Seperti yang dijelaskan, penyelidikan ini memilih dua perkampungan Orang Asli di daerah Kuala Kangsar, Perak iaitu Kg. Kuala Mu dan Kg. Perjek sebagai kajian kes. Pemilihan kawasan kajian dibuat berdasarkan kesesuaian dan keupayaan komuniti menunjukkan ciri-ciri sebuah komuniti yang hidup dalam lingkungan alam semulajadi serta masih mengamalkan cara hidup tradisional biarpun pada masa yang sama turut menerima pengaruh pembangunan (rujuk sub-tajuk 3.6). Kajian ini menggunapakai teknik kajian kes memandangkan kesesuaiannya dalam menghuraikan ‘bagaimana’ dan ‘mengapa’ sesuatu aktiviti atau amalan dilakukan, di samping membenarkan penyiasatan terperinci mengenai kehidupan realiti bagi mengenalpasti sama ada sesuatu kejadian itu telah dirancang atau merupakan keadaan sebenar yang berlaku. Keupayaan teknik kajian kes bagi penyelidikan sains sosial juga turut disokong pernyataan oleh Merriam (1998) dan Yin (1994): An empirical inquiry that investigates a contemporary phenomenon within its real-life context, especially when the boundries between phenomenon and context are not clearly evident and multiple sources are used. (Yin, R.K. 1994:23) 110 The process of conducting the inquiry (that is as case study research), the bounded system or unit of analysis selected for study (that is the study), or the product, the end report of a case investigation. (Merriam, S. 1998:43) Secara ringkasnya, penyelidikan secara kajian kes merupakan pendekatan yang intensif, dapat memberikan huraian yang menyeluruh berdasarkan analisis terhadap satu (atau lebih) contoh, fenomena atau unit sosial (Kamariah Dola, 2002). Berdasarkan huraian di atas, kajian kes merupakan kajian yang dibuat secara mendalam (in-depth) bagi menghurai dan menjelaskan secara holistik fenomena-fenomena atau aktiviti sosial yang berlaku dalam komuniti yang dijadikan sampel kajian. Dalam kes kajian ini, pengkaji perlu melakukan penyiasatan dan penelitian terhadap elemen pembangunan mapan dalam aspek kehidupan komuniti Orang Asli berpandukan set indikator yang dicadangkan. Kajian kes juga menjadi kaedah yang berguna bagi memberikan gambaran secara mendalam dan terperinci kepada pengkaji terhadap sesuatu peristiwa atau aktiviti yang berlaku di mana kajian kes pada skala kecil (perkampungan) membolehkan pengkaji mengumpul banyak maklumat. Biarpun kajian kes dipilih sebagai salah satu kaedah, kekuatan dan kelemahan kaedah ini perlu diketahui. Menurut Johnson (1994) dan Hartley (1994), kaedah kajian kes telah dikritik kerana secara saintifiknya kurang tegas, maka hasil kajian boleh dipertikai di samping kaedah ini tidak menyatakan sesuatu isu secara menyeluruh. Kajian kes dilihat terlalu memberikan tumpuan terhadap kawasan yang dikaji dengan beranggapan hasil kajian dapat digunakan bagi menggambarkan keseluruhan isu atau fenomena. Kesimpulan yang dibuat daripada satu unit kajian untuk menggambarkan perihal keseluruhan unit perlu dibuat dengan cermat bagi mengelakkan terlalu meringkaskan (oversimplify). Guba & Lincoln (1981) memberikan peringatan bahawa perbuatan terlalu meringkaskan atau menokok tambah tentang suatu fenomena akan mendorong pembaca membuat kesimpulan yang salah terhadap keadaan sebenar yang berlaku. Keadaan ini akan bertambah buruk jika pengkaji sendiri bersikap berat sebelah terhadap suatu isu yang ingin ditangani. 111 Walaubagaimanapun, kelemahan yang dinyatakan dapat dibaiki dengan menjalankan kajian kes pelbagai (multi-case study), iaitu memilih lebih daripada satu unit kajian supaya pengkaji dapat mengelak terlalu meringkaskan seterusnya berupaya mengupas sesuatu isu secara menyeluruh di samping memandu pengkaji untuk membuat perbandingan di antara unit-unit terbabit (Hartley, 1994). Kaedah perbandingan kajian kes ini telah dilakukan oleh Surasin (1996) bagi kajian komuniti pribumi di dua kampung di Thailand. Justeru, penyelidikan ini juga memilih dua perkampungan bertujuan melihat secara terperinci bukan sahaja fenomena semasa berkaitan amalan kemapanan, malah membantu pengkaji mengesan perbezaan yang wujud di antara kedua-dua kampung. Biarpun mempunyai kelemahan, teknik ini juga mempunyai kekuatan termasuklah kemampuan menyediakan data dan maklumat yang terperinci dan pelbagai bagi menjelaskan sebarang fenomena mahupun aktiviti yang berlaku di dalam komuniti yang dikaji. Biarpun tidak dapat menyediakan gambaran menyeluruh terhadap kehidupan komuniti Orang Asli di Malaysia, adalah cukup jika kajian terhadap suku kaum utama didalami kerana setiap kelompok Orang Asli mengamalkan corak hidup yang hampir sama baik dari segi pengamalan nilai-nilai murni dalam komuniti mahupun kegiatan ekonomi dan sosial. 4.5 Teknik-Teknik Pengumpulan Data Secara amnya, pelbagai teknik pengumpulan data dan maklumat digunapakai bagi penyelidikan ini. Di antara teknik utama adalah temubual, pemerhatian sebagai sebahagian peserta dan gambar foto serta penggunaan borang soal-selidik. Pemilihan teknik-teknik ini telah dibuat setelah pengkaji melakukan kajian literatur dan mempertimbangkan pendapat profesional menerusi perbicangan bersemuka dengan Dato’ Prof. Dr. Hood Salleh dari LESTARI dan Dr. Mustaffa Omar dari FSSK, UKM. Input yang diberikan adalah amat berguna kerana pengkaji sendiri bukan dari bidang antropologi atau sosiologi. Bagi mengumpulkan sebanyak mungkin data dari segenap penjuru, teknik yang dipanggil Hartley (1994) sebagai ‘triangulation’ adalah sangat sesuai bagi menyiasat secara mendalam aspek-aspek kemapanan dalam komuniti dan dapat menguatkan kesahihan data 112 dan hasil penyelidikan. Triangulation merupakan huraian penggunaan multi-teknik bagi mendapatkan sumber data, mempersembahkan data (kualitatif atau kuantitatif), teknik analisis data (Kamariah Dola, 2002) dan mengukur tahap amalan kemapanan mengikut dimensi sikap, sistem dan situasi di kawasan kajian. 4.5.1 Temubual Temubual didefinisikan sebagai perbualan yang mempunyai tujuan (Berg, 1998). Ia merupakan interaksi dua hala dan secara bersemuka di mana satu pihak cuba mendapatkan maklumat daripada satu pihak lagi. Temubual merupakan kaedah yang biasa digunapakai bagi penyelidikan sains sosial dan telah menjadi salah satu sumber utama pengumpulan data dalam pendekatan etnografi (Merriam, 1998). Penyelidikan ini menggunapakai kaedah temubual kerana menurut Kamariah Dola (2002), teknik ini amat sesuai dengan penyelidikan yang dipilih secara kajian kes. Selain itu, faktor kos juga turut diambilkira kerana kemampuan teknik ini menjimatkan kos (tidak melibatkan peralatan). Teknik temubual telah dipilih untuk dilakukan secara temubual mendalam (indepth interview) terhadap individu-individu tertentu daripada komuniti seperti penghulu dan informan-informan bagi mendapatkan maklumat sejarah dan latar belakang penempatan yang dikaji secara mendalam serta terhadap responden yang berpengalaman luas mengusahakan pertanian pindah, pencari hasil hutan dan pengamal perubatan herba bagi mengupas ilmu pengetahuan yang dimiliki. Temubual mendalam dijalankan dalam situasi yang selesa iaitu secara tidak formal. Pengkaji biasanya akan memulakan temubual dengan bersembang atau bertanya khabar bagi mengurangkan perasaan curiga responden untuk memberikan maklumat. Menurut Dr. Mustaffa, cara bersembang tidak formal pada waktu lapang adalah yang terbaik bagi menjalin keakraban dan mereka secara tidak langsung mudah memberikan maklumat dalam bentuk lisan. Dalam suasana yang selesa, barulah pengkaji memulakan temubual mendalam di samping segala maklumat merekod di dalam diari khusus. Biasanya setiap sesi temubual mendalam mengambil masa setengah jam hingga satu jam, bergantung kepada kesanggupan responden berkongsi maklumat. 113 Selesai temubual barulah pengkaji menstrukturkan semula maklumat lisan daripada catatan diari ke dalam buku laporan kajian lapangan. Bagi mengurangkan kesulitan dalam pengumpulan data melalui teknik temubual mendalam, kajian rintis telah dibuat beberapa bulan sebelum kajian lapangan sebenar bertujuan memantapkan kemahiran berkomunikasi serta cara bergaul dengan penduduk tempatan, cara memilih responden yang ingin ditemubual di samping menambahbaik senarai semakan maklumat bagi temubual. 4.5.2 Pemerhati Sebagai Sebahagian Peserta Pemerhati sebagai peserta merupakan salah satu kaedah penyelidikan kualitatif di mana penyelidik akan memerhatikan satu bidang yang menjadi bahan permasalahannya (Syed Arabi Idid, 1992). Di dalam kajian antropologi lazim, pendekatan etnografi menggunapakai kaedah pemerhati sebagai peserta (participant observation) (Mustaffa, 2004; Malinowski, 1984). Teknik ini digunakan secara meluas oleh para antropologi yang menjalankan kajian terhadap komuniti pribumi dan Orang Asli di seluruh dunia seperti Gregory (2003), Thomas (2003) dan Surasin (1996). Namun, disebabkan halanganhalangan penyelidikan terutama faktor masa yang singkat, kos dan keupayaan pengkaji, kaedah tersebut telah diubahsuai kepada pemerhati sebagai sebahagian peserta (partialparticipant observation) iaitu pengkaji bertindak sebagai pemerhati dan dengan tempoh masa yang terhad turut menjadi peserta dengan terlibat sama menjalankan aktiviti-aktiviti komuniti. Teknik ini sangat penting kerana pengkaji ingin mendapatkan pandangan langsung berkenaan kerangka strategi pembangunan mapan daripada kacamata komuniti Orang Asli sendiri. Tambahan pula, banyak prilaku komuniti Orang Asli sukar diintepretasi secara luaran dan objektif seperti sistem nilai dan amalan tradisional. Bagi memantapkan teknik ini, pengumpulan maklumat dilakukan serentak dengan teknik temubual. Sebagaimana teknik-teknik penyelidikan etnografi lain, teknik pemerhati sebagai sebahagian peserta tidak dapat lari daripada kritikan seperti dianggap bersifat terlalu 114 subjektif dan boleh dipertikai kesahihannya (Kamariah Dola, 2002). Anggapan ini diburukkan jika hasil penyelidikan dicampuradukkan dengan idea-idea penulisan yang emosional dan berat sebelah (Bala, 2002). Walaubagaimanapun, Merriam (1998) menolak tanggapan ini dengan menyatakan teknik pemerhatian di dalam penyelidikan adalah berbeza sama sekali dengan pemerhatian biasa yang dibuat sehari-hari. Ini kerana pemerhatian penyelidikan hanya dibuat dengan tujuan iaitu mempunyai sebab dan matlamat untuk dicapai. Teknik ini juga telah diiktiraf sebagai salah satu cabang disiplin dalam kajian sains sosial sehingga diterima secara meluas menjadi praktis sah pengkajipengkaji antropologi, terutama dari Eropah dan Amerika (Bala, 2002). Terbukti bahawa teknik ini dapat memelihara kesahihan maklumat yang dikumpul. Justeru, pemerhati akan cuba mendapatkan maklumat mengikut tujuan iaitu maklumat terhadap tahap amalan elemen-elemen pembangunan mapan dan pemerhati juga melakukan perbuatan ini secara berhati-hati di mana setiap data atau maklumat yang diperoleh akan direkod secara sistematik, terpilih dan dengan penuh teliti dan berhati-hati. Abd. Samad Hadi (1983) di dalam buku Kajian Etnografi Sabah menyatakan penggunaan teknik pemerhatian-sebagai-peserta perlu dibuat setelah pengkaji mengenalpasti petempatan yang ingin dikaji dan seterusnya melantik beberapa orang informan warga tempatan sebagai pemberi maklumat dan gambaran keseluruhan komuniti yang dikaji. Bagi memenuhi keperluan teknik pemerhati sebagai sebahagian peserta, pengkaji telah tinggal di perkampungan Orang Asli yang dikaji dalam satu tempoh masa tertentu. Sepanjang tempoh berkenaan, pengkaji telah melakukan pemerhatian dan merekod segala maklumat yang berkaitan serta perlu terlibat melakukan aktiviti-aktiviti sebagaimana amalan harian penduduk seperti masuk hutan, berladang dan berhubung sesama anggota komuniti. Semasa menjalankan kajian lapangan, pengkaji mendapati teknik ini bukan sahaja membantu pengkaji merekodkan maklumat secara mudah, malah amat berkesan untuk menjelaskan sesuatu fenomena secara terperinci dan jelas. Contohnya, pengkaji bukan sahaja melakukan pemerhatian teliti terhadap proses menuai padi bukit di Kg. Perjek, malah telah terlibat secara langsung sebagai salah seorang ‘petani’ di ladang tersebut. Walaupun teknik pemerhati sebagai sebahagian peserta tidak mampu dibuat merangkumi keseluruhan proses dalam komuniti di sebabkan batasan masa dan kos, maklumat-maklumat penting untuk penyelidikan telah berjaya dikumpul dan direkodkan. 115 4.5.3 Gambar Foto Fotografi merupakan salah satu teknik penting terutama di dalam kajian ini di mana gambar foto dapat dijadikan bahan bukti bagi menyokong data kualitatif hasil pemerhatian dan temubual. Di samping itu, gambar foto dapat membantu pengkaji ‘menyimpan’ aktiviti komuniti Orang Asli dan persekitaran (sungai, bukit, pokok dan hutan) kawasan kajian bagi tujuan semakan dan kajian akan datang (Surasin, 1996). Gambar foto juga boleh menjadi bukti sokongan terhadap sebarang perubahan fizikal seperti pembangunan fizikal baru seperti jalan raya dan bangunan serta menjadi bukti jika berlaku sebarang tindakan tidak mapan yang berlaku di kawasan kajian seperti kemusnahan alam sekitar, pembalakan haram, hakisan sungai dan sebagainya. 4.5.4 Rekabentuk Borang Soal-Selidik Pendekatan survei adalah secara temubual penduduk menggunakan borang soalselidik. Penggunaan borang soal-selidik merupakan teknik utama pengumpulan data dan maklumat secara kuantitatif dan disokong dengan teknik-teknik kualitatif yang telah dinyatakan sebelum ini. Proses rekabentuk borang soal selidik bagi penyelidikan ini dibuat di dalam 2 peringkat di mana pada pada peringkat I, soalan soal-selidik dibentuk melalui semakan literatur ke atas kajian-kajian berkaitan dengan komuniti Orang Asli seperti oleh Noraini (1999); Sunaidin (1997) dan Zahid Emby et al. (1996) dan input daripada hasil perbincangan bersama-sama pegawai JHEOA dan ahli akademik yang berpengalaman. Pada peringkat awal kira-kira 65 soalan dibentuk untuk diuji pada kajian rintis. Maklum balas responden daripada kajian rintis akan digunakan bagi memperbaiki kelemahan yang wujud. Serentak dengan kajian rintis, hasil kajian literatur cuba membentuk satu set indikator komuniti mapan bagi keperluan penyelidikan ini. Setiap satu indikator pada set indikator akan mewakili satu soalan pada borang soal-selidik. Pada peringkat II, 45 soalan tambahan dibuat dan disertakan bersama set soalan peringkat 1 untuk dibawa semula semasa kajian lapangan sebenar. Borang soal-selidik ini mengandungi soalan tertutup (closed-ended) dan soalan terbuka (open-ended). Soalan 116 tertutup bermakna responden hanya memilih jawapan paling sesuai yang telah disediakan dalam borang dan bagi soalan terbuka seperti cadangan, responden perlu memberikan jawapan secara bertulis. Aspek ketelitian yang tinggi merupakan sebab rekabentuk soalan dibuat dalam dua peringkat supaya sebarang kelemahan yang dikesan dapat diperbaiki dan seterusnya mencapai objektif rekabentuk soal-selidik untuk mengumpulkan sebanyak mungkin data yang sahih daripada bancian responden di kawasan kajian. Set kedua-dua borang soal-selidik turut dilampirkan. Kedua-dua bentuk borang soal-selidik telah dipecahkan kepada beberapa sub tajuk yang sama iaitu latar belakang responden, maklumat kemapanan ekonomi, maklumat kemapanan sosial, maklumat kemapanan fizikal dan maklumat kemapanan alam sekitar. Soalan-soalan yang dibentuk daripada setiap indikator akan diletakkan di bawah setiap sub-tajuk tersebut (29 soalan bagi maklumat kemapanan ekonomi, 33 soalan bagi maklumat kemapanan sosial dan 22 soalan bagi maklumat kemapanan fizikal dan alam sekitar). Soalan-soalan yang dibentuk bersifat ringkas tetapi jelas dengan fokus langsung kepada data yang diperlukan kerana dikhuatiri responden tidak memahami atau terkeliru untuk menjawab jika soalan terlalu rumit. Penggunaan pelbagai teknik semasa kajian di lapangan dilihat berjaya memberikan pengkaji data dan maklumat yang sahih dan diyakini untuk diteruskan di peringkat seterusnya iaitu analisis data. Keberkesanaan borang soal-selidik mengumpulkan data secara kuantitatif tidak akan tercapai tanpa hubungan akrab pengkaji dengan komuniti hasil teknik temubual, bersembang dan pemerhati turut serta melaksanakan aktiviti dalam komuniti dan pengkaji percaya, gabungan kedua-dua teknik kuantitatif dan kualitatif telah menjadikan proses pengumpulan data dan maklumat lebih praktikal. Selain data asas penyelidikan yang mengikut keperluan indikator, teknik-teknik ini secara tidak langsung berjaya merekodkan banyak maklumat sokongan yang mungkin diperlukan bagi menyokong analisis dan di peringkat cadangan. 117 4.6 Halangan-Halangan Pengumpulan Data Proses pengumpulan data dan maklumat menggunakan borang soal-selidik dan teknik pemerhatian sebagai sebahagian peserta di kawasan kajian pada peringkat awalnya berdepan beberapa halangan. Halangan di sini bukan bermaksud masalah tetapi lebih kepada cabaran yang perlu dilalui dan diatasi oleh pengkaji sebagai persediaan bagi peringkat seterusnya iaitu kajian lapangan. Halangan pertama dikenalpasti semasa melaksanakan kajian rintis ialah kebanyakan responden yang ditemui gagal menjawab sepenuhnya soalan-soalan yang dikemukakan pada borang soal-selidik. Berdasarkan pengamatan, tiga punca telah dikenalpasti pertama; masalah komunikasi terutama dengan responden dari golongan tua. Biarpun kedua-dua pihak tahu berbahasa Melayu, terdapat kecenderungan berlaku salah tanggapan terhadap maksud sesetengah perkataan yang cuba disampaikan pengkaji kepada mereka kerana mungkin disebabkan perbezaan tahap kefahaman. Punca kedua yang dikenalpasti ialah kegagalan responden memahami soalan di mana maksud beberapa istilah yang digunakan seperti ‘landskap’, ‘kitar semula’ dan ‘merawat sumber’ kurang difahami oleh responden. Punca ketiga adalah timbul perasaan curiga terhadap penyelidikan dan juga pengkaji sendiri. Ini jelas di dalam pertemuan awal (semasa kajian rintis), tidak banyak maklumat terperinci dapat dikumpul melalui soalselidik dan perbincangan awal seperti aduan responden terhadap permasalahan kerana mereka khuatir maklumat sulit tersebut didedahkan kepada pihak-pihak tertentu oleh pengkaji. Selain halangan untuk mendapatkan jawapan sepenuhnya daripada responden, halangan lain yang dikenalpasti adalah jarak perhubungan. Semasa menjalankan kajian rintis yang melibatkan pengumpulan maklumat berkenaan latar belakang kawasan kajian, pengkaji terpaksa berjalan kaki hampir setengah jam dari Kg. Perjek (kawasan kajian) ke pusat pentadbiran JHEOA di Legap bagi menguruskan jadual perjalanan kenderaan dan membuat semakan data dan maklumat bagi keseluruhan kampung di RPS Legap. Halangan perhubungan juga menyebabkan pengkaji tidak berpeluang melawat kesemua 10 buah kampung di dalam RPS Legap. Memandangkan borang soal-selidik kurang berjaya mengumpulkan data dan maklumat secara lengkap pada peringkat awal penyelidikan, pengkaji memutuskan untuk mencuba kaedah pemerhatian dan temubual sebagai kaedah sokongan. Melalui teknik 118 etnografi ini, beberapa maklumat terperinci telah berjaya dikumpul dan tingkahlaku harian komuniti telah direkodkan. Walau bagaimanapun, timbul persoalan terhadap kesahihan situasi kerana jangkamasa lawatan awal yang pendek (satu minggu) dan agak formal memungkinkan ‘wajah’ aktiviti dan tingkahlaku yang dilihat dan direkod semasa pemerhatian dibuat adalah berbeza dengan ‘wajah’ kehidupan sebenar komuniti sebelum pemerhatian dan temubual dibuat. Kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti semasa kajian rintis walau bagaimanapun telah diambil perhatian dan tindakan yang serius untuk diperbaiki semasa kajian lapangan sebenar dijalankan. Halangan mendapat jawapan daripada responden akhirnya diatasi dengan melantik seorang informan di kedua-dua kampung yang dikaji. Informan ini berperanan sebagai ‘orang tengah’ atau pemudahcara di antara pengkaji dengan responden. Informan tempatan yang dilantik juga cekap berkomunikasi dengan golongan tua, mampu menerangkan maksud sitilah tertentu dan meyakinkan responden akan tujuan murni penyelidikan ini dilakukan. Malah, perlaksanaan kajian lapangan oleh pengkaji sendiri telah memudahkan penerangan langsung kepada responden dibuat. Hubungan baik yang dibina menerusi interaksi langsung dengan seluruh penduduk juga telah memudahkan pergerakan pengkaji, baik di dalam kampung mahupun untuk ke luar dengan menumpang motosikal penduduk yang sering keluar-masuk ke kawasan kajian. Selain itu, data dan maklumat yang kurang lengkap atau diragui akan disahkan melalui semakan semula (cross check) dengan informan tempatan yang dipilih oleh penghulu memandangkan individu ini mahir dan tahu secara terperinci perihal komuniti di samping para pegawai JHEOA serta ahli akademik yang berpengalaman. Masalah pengumpulan data secara pemerhatian juga dapat diatasi dengan mengadakan sesi lawatan lanjutan (extended field survey) selepas kajian lapangan bagi mempereratkan hubungan sebelumnya dam langkah ini juga membuatkan komuniti lebih cenderung bersikap terbuka dan tidak malu berkongsi maklumat dengan pengkaji. 119 4.7 Kajian Rintis Sebelum memilih kawasan khusus sebagai kajian kes, pengkaji telah melakukan beberapa siri lawatan atau penyiasatan tapak ke beberapa buah negeri yang mempunyai penempatan Orang Asli iaitu negeri Pahang dan Johor sepanjang tempoh Febuari 2004 hingga awal April 2004. Penempatan Orang Asli yang telah dilawati di Pahang adalah di RPS Sg. Tiang di Jerantut, RPS Runchang di Muadzam Shah dan Kg. Sg. Ruil, Cameron Highland. Manakala di Johor pula adalah Kg. Simpang Arang, Gelang Patah dan Kg. Bakar Batu, Johor Bahru. Pada 30 Mac hingga 4 April 2004, kajian rintis telah dibuat ke atas dua perkampungan Orang Asli dari suku bangsa Temiar iaitu Kg. Perjek (RPS Legap) dan Kg. Kuala Mu (Pos Kuala Mu). Kajian rintis bertujuan memberi pendedahan awal kepada pengkaji dengan persekitaran kawasan kajian, selain peluang mengumpulkan sebanyak mungkin data dan maklumat berkenaan komuniti yang ingin dikaji. Kajian rintis turut digunakan untuk menguji kemampuan borang soal-selidik dan teknik etnografi di dalam mengumpul data dan maklumat berpandukan set indikator komuniti yang telah direkabentuk pada Jadual 4.2. Selain menguji soalan dan teknik penyelidikan, kajian rintis turut digunakan pengkaji bagi mengumpul profil asas kawasan kajian sebagai rekod awal sebelum kajian lapangan yang sebenar kelak. Selain melakukan penyiasatan awal ke lokasi perkampungan Orang Asli, maklumat serta pendedahan awal kepada penyelidikan juga diperoleh melalui lawatan ke agensi-agensi yang berkaitan seperti Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Persekutuan, JHEOA Daerah (Pahang dan Johor), institut penyelidikan berkaitan seperti LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia, dan Muzium Orang Asli di Gombak. Pengkaji turut menggunakan sumber maklumat sekunder yang releven dengan melakukan pembacaan dan melayari laman web berkaitan kajian komuniti Orang Asli sama ada di dalam mahupun luar negara. 120 4.8 Kajian Lapangan Sebenar Kajian lapangan sebenar telah dibuat selama 2 minggu bermula 31 Julai hingga 14 Ogos 2004, kira-kira 4 bulan selepas kajian rintis dibuat. Kajian lapangan dijalankan serentak bagi kaedah pemerhatian, temubual dan pengagihan borang soal-selidik. Sebanyak 63 borang soal-selidik disediakan bagi membanci penduduk di kedua-dua buah kampung (34 KIR Kg. Kuala Mu dan 35 KIR Kg. Perjek). Maklum balas yang diterima daripada semua responden semasa kajian lapangan dijalankan adalah amat memuaskan. Pengkaji percaya penyelesaian kepada kelemahan-kelemahan sebelum ini (kajian rintis) telah berjaya melicinkan proses kajian lapangan. Pengkaji mendapati penghulu dan informan yang dilantik telah memainkan peranan dengan berkesan dan dengan petunjuk kedua-dua pihak ini, penduduk setempat dapat menerima kehadiran pengkaji dan ini memudahkan pergerakan di kampung tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Pengkaji juga percaya bahawa hubungan baik yang dibina melalui kajian rintis sebelum ini serta kesanggupan pengkaji sendiri untuk tinggal di kampung sepanjang tempoh kajian lapangan telah mengundang keterbukaan dan interaksi yang baik. Hubungan baik dengan penghulu dan seluruh penduduk menjadikan kehadiran pengkaji diterima baik dan dalam masa dua minggu tersebut, pengkaji berjaya membendung perasaan curiga masyarakat dan mereka mula memberikan bekerjasama terutama ketika kajian soal-selidik dan temubual dilakukan. Malah, tempoh menyelesaikan kajian soal-selidik juga berjaya disingkatkan daripada tiga hari bagi setiap kampung kepada hanya satu hari. Kelancaran tugas ini juga berpunca daripada arahan penghulu kampung supaya setiap ketua keluarga berada di rumah pada hari bancian dibuat. Walaupun berjaya mengumpul banyak data dan maklumat, beberapa kekurangan data dikesan melalui temubual formal kerana lebih banyak masa perlu digunakan untuk pemerhatian dan ikut serta dengan aktiviti penduduk dan kebetulan bulan Ogos merupakan musim buah dan musim terdapat sebilangan penduduk mula menanam padi bukit dan ubi kayu. Kekurangan data serta maklumat ini akan diperbaiki melalui kajian lapangan lanjutan yang bakal dibuat setelah dapatan awal kajian lapangan diketahui. 121 4.9 Kajian Lapangan Lanjutan Penemuan awal kajian lapangan menunjukkan terdapat kekurangan maklumat bagi beberapa indikator pada set indikator komuniti mapan yang dicadangkan menyebabkan hasil analisis yang lengkap tidak dapat dikeluarkan. Bagi menangani kelemahan ini, dua langkah telah diambil iaitu merekabentuk satu set soalan soal-selidik tambahan dan kedua, melakukan kajian lapangan lanjutan (extended field survey). Satu kajian lapangan lanjutan telah dibuat selama satu minggu ke kawasan kajian di antara 9 Januari hingga 15 Januari 2005. Disebabkan jalinan persahabatan yang baik dengan komuniti, proses kajian lapangan lanjutan berjalan lancar serta dapat disiapkan dalam tempoh masa terhad, iaitu selama tiga hari bagi setiap kampung. Kesempatan pada lawatan ini turut digunakan dengan melakukan tinjauan akhir ke atas kegiatan penuaian padi bukit (Kg. Perjek) dan berladang ubi kayu (Kg. Kuala Mu). Selain itu, waktu di sebelah malam turut dimanfaatkan dengan mencuba tarian Sewang dan temubual tidak formal di rumah Penghulu bersama-sama informan dan beberapa orang tua. Pengkaji mendapati selepas empat bulan kajian lapangan sebenar dibuat, responden di kedua-dua buah kampung mengalami sedikit perubahan yang perlu direkodkan. Sebagai contoh, beberapa respoden telah mengalami perubahan struktur pekerjaan daripada ekonomi tradisional kepada ekonomi perburuhan, bilangan ahli keluarga yang berhijrah dan pembangunan fizikal kampung. 4.9.1 Perbincangan dan Dialog Kerangka Strategi Selain melengkapkan proses pengumpulan data, kajian lapangan lanjutan turut digunakan bagi mengadakan sesi dialog dan proses sumbang saran bersama wakil penduduk berkenaan bentuk kerangka strategi pembangunan yang terbaik mengikut pandangan komuniti (bottom-up). Perbincangan berlangsung secara formal di mana pengkaji bertindak sebagai koordinator dan dialog berlangsung berpandukan set senarai semakan tetapi di dalam suasana yang penuh dengan permuafakatan di mana setiap wakil penduduk bebas mengeluar atau menyuarakan pendapat, idea dan saranan mengenai 122 elemen strategi serta bentuk perlaksanaan elemen strategi pembangunan komuniti tersebut. Sesi dialog dengan wakil penduduk bagi Kg. Kuala Mu telah dibuat pada 11 Januari 2005, manakala bagi Kg. Perjek adalah pada 14 Januari 2005. wakil yang terlibat di setiap kampung adalah penghulu, penolong penghulu, dua orang wakil belia dan tiga wakil Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Pengkaji bertindak sebagai koordinator dan akan mencatat segala hasil perbincangan di samping turut menyumbang idea dan menerangkan mengenai contoh-contoh strategi pembangunan yang telah berjaya dilaksanakan ke atas komuniti Orang Asli dan Pribumi di kawasankawasan lain. Sesi dialog dan sumbang saran turut digunakan bagi wakil komuniti memilih indikator-indikator penting daripada set indikator cadangan penyelidikan yang perlu diambilkira melalui implikasi perlaksanaan cadangan strategi. Sebagai contoh, kepentingan indikator pekerjaan sampingan dan purata pendapatan bulanan isirumah untuk dipertingkatkan. Justeru, cadangan kerangka strategi perlu menunjukkan implikasi bagi mempertingkat dan memperbaiki kepentingan kedua-dua indikator yang dipilih tersebut. Secara keseluruhannya, proses pengumpulan data dan dialog bersama penduduk berlangsung dengan lancar dan telah mencapai matlamat kajian lapangan lanjutan. Data dan maklumat akan dianalisis dan sebahagian hasil dialog akan dipertimbangkan di peringkat cadangan merangka strategi pembangunan mapan komuniti. 4.10 Teknik Analisis Data Kuantitatif Pengukuran tahap kemapanan secara kuantitatif bagi penyelidikan ini telah menggunapakai kaedah descriptive statistic melalui dua teknik iaitu teknik frekuensi dan teknik indeks. Descriptive statistic akan menyusun data dalam bentuk jadual kekerapan (frekuency table) supaya huraian, ringkasan dan persembahan data dapat ditunjukkan ke dalam bentuk yang lebih bermakna dan bersistematik (Kamariah Dola, 2003). Kedua-dua teknik analisis mudah ini menggunakan dua nilai bagi jawapan responden iaitu nilai 123 skor=1 dan =0. Bagi teknik frekuensi (Bab 5), peratus keseluruhan jawapan responden terhadap setiap indikator akan dibandingkan dengan cadangan peratusan matlamat kemapanan yang perlu dicapai. Sebagai contoh, cadangan matlamat pemilikan rumah sendiri yang mapan ialah lebih 91 peratus. Daripada lajur pemilikan rumah dalam pangkalan data SPSS, pengkaji perlu mendapatkan nilai peratusan menggunakan arahan descriptive statistic-frequencies di mana satu jadual kekerapan dikeluarkan pada output SPSS. Jika peratus menunjukkan kadar pemilikan rumah lebih daripada 91 peratus, bermakna komuniti tersebut mencapai tahap kemapanan dari aspek pemilikan rumah. Analisis Indeks bertujuan mengukur tahap kemapanan secara keseluruhan bagi setiap komponen. Berbeza dengan teknik Frekuensi yang mengukut kemapanan mengikut setiap indikator, analisis Indeks akan menggabungkan keseluruhan skor indikator dalam komponen sikap misalnya, untuk ditentukan sama ada sikap komuniti secara keseluruhannya mencapai skor bagi tahap kemapanan yang tinggi, sederhana atau rendah. Justeru, setiap indikator yang terkandung di bawah komponen tersebut akan dicampurkan bagi mendapatkan jumlah skor keseluruhan. Perincian penggunaan teknik ini ditunjukkan pada Bab 6. 4.11 Kesimpulan Gabungan kedua-dua pendekatan survei dan etnografi di dalam kerja-kerja pengumpulan data, analisis dan penulisan laporan menunjukkan keberkesanan mengukur dan mengintepretasi tahap kemapanan indikator komuniti mapan. Proses pengumpulan data dan maklumat di lapangan yang dimulakan dengan kajian rintis, diikuti kajian lapangan sebenar dan kajian lapangan lanjutan membantu memperbaiki setiap ruang kelemahan mendapatkan data-data penting penyelidikan. Selain itu, penggunaan dua teknik analisis statistikal mudah iaitu frekuensi dan indeks dilihat bukan sahaja ringkas malah begitu efektif dalam mengukur tahap kemapanan baik mengikut setiap indikator ataupun secara keseluruhan. 124 BAB 5 ANALISIS INDIKATOR-INDIKATOR KOMUNITI MAPAN 5.1 Pengenalan Bab ini akan menjalankan analisis terhadap indikator-indikator komuniti berdasarkan jadual set indikator komuniti mapan yang dibentuk pada bab kajian literatur (rujuk Jadual 4.2). Bahagian ini menggunakan teknik analisis frekuensi bagi mengukur setiap indikator yang tersenarai di dalam komponen sikap, sistem dan juga situasi sama ada menunjukkan keputusan yang mencapai cadangan piawaian tahap kemapanan atau sebaliknya. Analisis data kuantitatif (frekuensi) dijalankan dengan bantuan perisian SPSS versi 11.0 dan Microsoft Excel bagi persembahan graf dan carta. Manakala, huraian bagi setiap rajah akan turut disokong melalui maklumat daripada pemerhatian (pemerhati sebagai sebahagian peserta) serta temubual mendalam di lapangan. Analisis bab ini akan menyentuh empat sub-tajuk iaitu analisis profil responden, analisis terhadap indikatorindikator sikap, sistem dan situasi komuniti mapan. 125 5.2 Analisis Profil Responden Kesemua 63 ketua isirumah (KIR) di kedua-dua kampung telah ditemubual melalui soal-selidik semasa kajian lapangan (rujuk Jadual 5.1). Daripada jumlah tersebut, 35 responden (55.5 peratus) adalah KIR Kg. Perjek dan 28 responden (44.5 peratus) adalah KIR Kg. Kuala Mu. Senarai nama responden dibuat dengan tujuan memudahkan semakan semula data dan maklumat di samping membantu pengkaji mengenalpasti responden tertentu yang ingin ditemubual bagi tambahan maklumat pada masa yang akan datang. Analisis ciri-ciri responden meliputi aspek umur, jantina, agama, tahap pendidikan serta kemahiran. Jadual 5.1: Senarai nama responden/Ketua Isirumah (KIR) kawasan kajian Bil. Kampung Kuala Mu 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 Long Bin Alang Itam Suli Bin Busu Anjang Bin Sabo Zainal Abidin Bin Uda Mas Bin Long Setunggal Bin Pandak Jahak Razak Bin Osman Teh Bte Alang Abd. Manan Bin Itam Suli Razali Bin Alang Pandak Bte Anjang Marded Bin Itam Suli Rama Bte Uda Sabri Bin Alang 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 Alang Bin Itam Suli Alik Bin Ngah Ramli Bin Uda Raduan Bin Jumaat Alang Bin Osman Uda Bin Pandak Rahim Bin Karim Abu Bakar Bin Ramli Ngah Bin Long Ngah Bin Uda Uda Romzi Bin Itam Suli Karim Bin Busu Mohd. Rafi Bin Pandak Andak Bte Itam 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31 32 33 34 35 Kamal Bin Long Eddie Bin Ngah Abu Bin Busu Tajudin Bin Beda Latif Bin Pandak Salim Bin Anjang Busu Bin Muda Alang Bin Pandak Jalal Bin Anjang Busu Bin Alang Aini Bte Johan Long Bin Pandak Sudin Bin Pandak Sudin Bin Long Basir Bin Pandak Khatijah Bte Pandak Hassan Bin Alang Bil. Kampung Perjek 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 Sarip Bin Sudin Ajis Bin Busu Ramli Bin Long Romzi Bin Long Waydin Bin Busu Ibrahiman Bin Sudin Jinan Bin Johan Pandak Bin Busu Busu Bin Anjang Erman Bin Ajis Abei Bin Long Halim Bin Pandak Zarina Bte Busu Halimat Bin Busu Alang Bin Pandak Long Bte Busu Abu Bakar Bin Enair Razali Bin Long Sumber: Kaji selidik, 2004 126 5.2.1 Umur Responden Analisis terhadap umur dibuat bagi mengenalpasti peratus responden yang berada di dalam kategori peringkat umur 15-64 tahun iaitu kumpulan umur yang aktif ekonomi. Ini kerana melalui kajian ini, pengkaji beranggapan semakin tinggi peratusan golongan umur yang aktif ekonomi, maka semakin tinggi potensi gunatenaga aktif bagi sektor ekonomi dan tahap penerimaan serta penglibatan bagi menjayakan program pembangunan komuniti. Daripada Rajah 5.1, didapati majoriti responden (98.4 peratus) berada di dalam kumpulan umur 15-64 tahun dan hanya 1.6 peratus baki adalah dalam kumpulan umur melebihi 65 tahun dan ke atas. Ini menunjukkan komuniti mempunyai kumpulan umur aktif ekonomi yang sangat tinggi serta berpotensi besar memainkan peranan menyumbang tenaga bagi pembangunan sosio-ekonomi mapan komuniti di masa akan datang. 25.0 20.6 20.6 19.0 20.0 Peratus (%) 15.9 15.0 10.0 7.9 4.8 5.0 4.8 3.2 1.6 1.6 0.0 0.0 0.0 5 >7 74 70 - 69 65 - 64 60 - 55 - 59 54 50 - 49 45 - 44 40 - 39 35 - 34 30 - 29 25 - 24 20 - 15 - 19 0.0 Kategori Umur Rajah 5.1: Umur responden Sumber: Kaji selidik, 2004 Pembahagian kumpulan umur responden mengikut kampung (rujuk Rajah 5.2) menunjukkan kedua-dua kampung tidak mempunyai responden atau KIR muda (berumur 20 tahun ke bawah). Bagi kumpulan umur yang aktif ekonomi, sebahagian besar responden atau KIR bagi kedua-dua kampung dilihat tertumpu pada kumpulan umur 25 hingga 39 tahun iaitu sebanyak 57.2 peratus bagi Kg. Kuala Mu dan 62.9 peratus bagi Kg. Perjek. 127 35.0 28.6 30.0 25.7 Peratus (%) 25.0 22.9 20.0 17.9 14.3 15.0 14.3 14.3 14.3 10.7 10.0 5.7 7.1 3.6 5.0 0.00.0 8.6 5.7 3.6 2.9 0.0 0.0 0.0 0.00.0 0.00.0 0.0 >7 5 70 -7 4 65 -6 9 60 -6 4 55 -5 9 50 -5 4 45 -4 9 40 -4 4 35 -3 9 30 -3 4 25 -2 9 20 -2 4 15 -1 9 0.0 Kategori Umur Kg. Kuala Mu Kg. Perjek Rajah 5.2: Umur responden mengikut kampung Sumber: Kaji selidik, 2004 5.2.2 Jantina Responden Daripada keseluruhan responden, 87.3 peratus merupakan responden lelaki dan 12.7 peratus adalah responden wanita (rujuk Rajah 5.3). Kesemua responden wanita merupakan janda dengan 5 orang daripadanya janda (diceraikan suami). Pecahan jantina responden secara terperinci mengikut kampung ditunjukkan pada Jadual 5.2. 12.7% 87.3% Lelaki Wanita Rajah 5.3: Jantina responden Sumber: Kaji selidik, 2004 128 Jadual 5.2: Pecahan jantina responden mengikut kampung Kampung Jantina Responden Jumlah (%) Lelaki (bil) (%) Wanita (bil) (%) Kuala Mu 24 (85.7%) 4 (14.3%) 28 (100.0%) Perjek 31 (88.6%) 4 (11.4%) 35 (100.0%) Sumber: Kaji selidik, 2004 5.2.3 Agama Responden Berdasarkan maklumat informan (Alang Bin Pandak), sebelum tahun 2001 hanya seorang responden di kawasan kajian beragama Islam iaitu saudara Abu Bakar Bin Enair, pemuda Melayu dari Pekan Lasah yang berkahwin dengan Aminah Bte Karim, wanita Orang Temiar di Kg. Perjek. Manakala keluarga lain ketika di kedua-dua kampung pada ketika itu masih menganut kepercayaan anamisme. Berpandukan data kajian serta temubual dengan penggerak masyarakat, sepanjang tahun 2000-2004 (semasa) kira-kira 40 buah keluarga (63.0 peratus) dari kedua-dua kampung telah diIslamkan (rujuk Rajah 5.4). Di Kg. Perjek, seramai 33 buah keluarga telah diIslamkan dan 2 keluarga masih menganut kepercayaan anamisme iaitu keluarga Abei Bin Long dan Razali Bin Long. Manakala, hanya 7 keluarga di Kg. Kuala Mu telah Islam iaitu keluarga Itam Suli Bin Busu, Zainal Abidin Bin Uda, Setunggal Bin Pandak Jahak, Razak Bin Osman, Andak Bte Anjang, Alang Bin Itam Suli dan Abu Bakar Bin Ramli. 37% 63% Anamisme Islam Rajah 5.4: Responden mengikut pegangan agama Sumber: Kaji selidik, 2004 129 5.2.4 Tahap Pendidikan Responden Hasil soal-selidik menunjukkan lebih 2/3 responden menerima pendidikan formal di sekolah. Daripada jumlah berkenaan, 60.3 peratus menerima pendidikan di peringkat sekolah rendah dan baki 1.6 peratus berpendidikan sehingga sekolah menengah. 38.1 peratus responden pula tidak bersekolah (rujuk Rajah 5.5). 70 60.3 Peratus (%) 60 50 40 38.1 30 20 10 1.6 0 Tidak bersekolah Peringkat rendah Peringkat menengah Tahap Pendidikan Responden Rajah 5.5: Tahap pendidikan responden Sumber: Kaji selidik, 2004 Bagi responden yang bersekolah, kebanyakan mereka hanya menerima pendidikan darjah 2 hingga darjah 5. Ini kerana ketika itu usaha menyalurkan pendidikan kepada komuniti Orang Asli baru sahaja digiatkan oleh JHEOA dan infrastruktur pendidikan (sekolah) masih lagi di tahap yang minima. Pecahan tahap pendidikan responden mengikut kampung diperincikan pada jadual di bawah. Jadual 5.3: Pecahan tahap pendidikan responden mengikut kampung Kampung Tahap Pendidikan Jumlah Tidak Sekolah Sekolah Ren. Sekolah Men. Kuala Mu 13 (46.4%) 15 (53.6%) 0 (0.0%) 28 (100.0%) Perjek 11 (31.4%) 23 (65.7%) 1 (2.9%) 35 (100.0%) Sumber: Kaji selidik, 2004 130 Kajian turut melihat situasi celik huruf di kalangan responden dengan mengambilkira kebolehan membaca dan menulis. Ujian celik huruf di lapangan telah dibuat dengan meminta setiap responden membaca keratan akhbar yang dibawa pengkaji. Hasil analisis menunjukkan kadar celik huruf secara keseluruhannya masih berada di tahap yang rendah di mana hanya 33.3 peratus responden tahu membaca dan 28.6 peratus yang tahu menulis dengan baik (rujuk Rajah 5.6). 80 66.7 % 70 Peratus (%) 60 50 40 33.3 % 30 20 10 0 Boleh Tak boleh (a) Kebolehan Membaca 80 71.4 % 70 Peratus (%) 60 50 40 30 28.6 % 20 10 0 Boleh Tak boleh (b) Kebolehan Menulis Rajah 5.6: Situasi celik huruf responden Sumber: Kaji selidik, 2004 131 5.2.5 Kemahiran Responden Aspek kemahiran dapat dipecahkan kepada dua iaitu kemahiran tradisional dan kemahiran moden. Rajah 5.7 menunjukkan sebahagian besar (84.1peratus) kemahiran responden di kawasan kajian bersifat seperti kemahiran bertani (untuk sara diri) dan mengusahakan dusun (50.8 peratus), diikuti kemahiran memburu haiwan (14.3 peratus), mencari hasil hutan (11.1 peratus) dan membuat barangan kraf (7.9 peratus). Penerimaan terhadap program-program pembangunan membolehkan Orang Asli mempelajari kemahiran moden seperti menjadi buruh menjalankan kerja-kerja di ladang sawit (12.7 peratus) dan berniaga (3.2 peratus). 60.0% 50.8% Peratus (%) 50.0% 40.0% 30.0% 20.0% 14.3% 11.1% 10.0% 12.7% 7.9% 3.2% 0.0% Bertani Memburu Mencari Hasil Hutan Membuat Kraf Berniaga Buruh Ladang Kemahiran Responden Rajah 5.7: Kemahiran responden Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung pula mendapati penglibatan responden Kg. Kuala Mu adalah tinggi dalam kemahiran bercorak tradisional seperti bertani dan memburu. Manakala, responden dari Kg. Perjek dilihat telah turut mempunyai kemahiran baru dan moden seperti berniaga secara runcit dan buruh di ladang. Perubahan ini dikaitkan secara langsung dengan perlaksanaan pembangunan fizikal dan projek perladangan komersil (getah dan kelapa sawit). Walaupun menerima pengaruh pembangunan, kemahiran asas warisan nenek-moyang mereka iaitu bertani untuk menghasilkan bekalan makanan harian, mencari hasil hutan dan membuat kraftangan tetap dianggap penting. Pembuatan kraf seperti tampi padi dan tikar lazimnya untuk kegunaan sendiri dilihat masih dijalankan responden kawasan kajian. 132 60.0% Peratus (%) 50.0% 53.6% 48.6% 40.0% 30.0% 21.4% 14.3% 20.0% 8.6% 10.0% 10.7% 11.4% 11.4% 10.7% 5.7% 3.6% 0.0% 0.0% Bertani Memburu Mencari Hasil Hutan Membuat Kraf Berniaga Buruh Ladang Kemahiran Responden Kg. Kuala Mu Kg. Perjek Rajah 5.8: Kemahiran responden mengikut kampung Sumber: Kaji selidik, 2004 5.3 Analisis Terhadap Indikator-Indikator Komuniti Mapan Bahagian ini akan membuat analisis bagi mengenalpasti indikator-indikator yang mapan dan tidak mapan berpandukan senarai set indikator komuniti mapan pada bab metodologi kajian (Jadual 4.2). Tahap kemapanan setiap indikator dapat dikenalpasti dengan merujuk kepada cadangan matlamat serta piawaian yang telah ditetapkan dalam senarai set indikator tersebut. Analisis yang dijalankan meliputi tiga komponen utama iaitu analisis tahap kemapanan sikap (attitude); kedua, analisis tahap kemapanan situasi (situation) dan ketiga, analisis terhadap tahap kemapanan sistem (system). Pembahagian indikator mengikut tiga komponen dibuat setelah melihat kesesuaian kriteria indikator dengan fungsi setiap komponen dan memenuhi prinsip-prinsip tertentu dalam konsep pembangunan mapan. Sebagai contoh, cara bekerja merupakan indikator dalam aspek ekonomi di mana indikator seperti tempoh masa bekerja dan pembahagian kerja pula dilihat lebih menampakkan ciri-ciri sebuah sistem bagi pekerjaan penduduk. Justeru, kedua-dua indikator tersebut telah diklasifikasikan di bawah komponen sistem dalam aspek ekonomi. 133 5.3.1 Analisis Tahap Kemapanan Sikap (Attitude) Terdapat 14 indikator yang dianalisis berkenaan tahap kemapanan sikap responden (rujuk Jadual 4.2). Huraian analisis akan turut diperkuatkan dengan maklumat daripada temubual dan pemerhatian sebagai sebahagian peserta. Komponen-komponen sikap komuniti yang mapan atau tidak mapan serta pencapaian tahap kemapanan daripada amalan semasa dapat dikenalpasti melalui jadual keputusan hasil analisis setiap indikator. 1. Simpanan wang Simpanan kewangan adalah salah satu petunjuk kemapanan yang digunapakai di dalam menilai kemapanan sikap dalam aspek ekonomi. Rasionalnya, semakin tinggi bilangan yang membuat simpanan wang, semakin tinggi tahap kemapanan komuniti kerana mempunyai jaminan keselamatan di waktu kesempitan hidup, seterusnya mengurangkan kadar pergantungan kepada bantuan pihak lain. Hasil analisis menunjukkan hanya 43.0 peratus daripada keseluruhan responden mempunyai simpanan wang (dalam akaun di bank) berbanding 57.0 peratus yang tidak membuat simpanan. Kadar ini adalah lebih rendah berbanding cadangan matlamat simpanan wang yang mapan iaitu >61.0 peratus. Jadual 5.4: Membuat simpanan wang Kg. Kuala Mu 7.2% Kg. Perjek 71.4% Tidak 92.8% 28.6% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <30% 31-60% >61% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >61.0% 43.0% (sederhana) Sumber: Kaji selidik, 2004 Hasil analisis mengikut kampung pula menunjukkan perbezaan ketara di mana 71.4 peratus responden Kg. Perjek mempunyai simpanan wang berbanding hanya 7.2 peratus responden dari Kg. Kuala Mu. Ini menunjukkan responden Kg. Perjek telah mencapai matlamat cadangan menyimpan wang yang mapan oleh kajian ini. Temubual bersama Penghulu Karim Bin Busu mendapati amalan menyimpan wang yang rendah di 134 kalangan KIR Kg. Kuala Mu adalah disebabkan oleh tiga faktor utama iaitu, ketiadaan lebihan wang daripada pendapatan yang membolehkan simpanan dibuat yang berpunca daripada pekerjaan sara diri dan kurang ekonomikal. Faktor kedua adalah sikap ambil mudah di mana kebanyakan responden beranggapan simpanan wang tidak penting dan faktor ketiga adalah masalah jarak dan kos pengangkutan yang tinggi sehingga menyukarkan penduduk untuk keluar ke bandar berdekatan bagi menyimpan wang. 2. Amalan bersukan Penglibatan bersukan merupakan salah satu indikator pembangunan mapan yang diterimapakai oleh UKGSD (2005). Amalan bersukan dianggap mapan dan penting dari segi kesihatan kerana umumnya kesihatan yang baik (tubuh badan) dapat meningkatkan motivasi dan produktiviti kerja seseorang. Hasil analisis mendapati hanya 27.0 peratus daripada responden bersukan berbanding 73.0 peratus yang tidak bersukan (Jadual 5.5). Kadar ini menunjukkan sikap responden terhadap amalan bersukan berada di tahap sederhana berbanding cadangan matlamat sikap bersukan yang mapan iaitu >31.0 peratus. Jadual 5.5: Amalan bersukan Kg. Kuala Mu 10.7% Kg. Perjek 40.0% Tidak 89.3% 60.0% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <10% 11-30% >31% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >31.0% 27.0% (sederhana) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung menunjukkan responden dari Kg. Perjek menunjukkan pencapaian matlamat amalan bersukan mapan iaitu pada kadar 40.0 peratus, manakala responden Kg. Kuala Mu hanya 10.7 peratus. Seorang responden iaitu Alang Bin Itam Suli dari Kg. Kuala Mu menyatakan faktor pekerjaan harian serta sikap individu sebagai punca tahap bersukan yang rendah. Menurut beliau, pekerjaan harian yang berat iaitu berladang ubi secara tidak langsung menjadi ‘senaman harian’ yang menyihatkan dan memenatkan penduduk. Justeru, kebanyakan waktu petang akan digunakan mereka untuk berehat sambil berbual dengan ahli keluarga dan jiran tetangga. Sebahagian lagi adalah sikap 135 individu di mana terpulang kepada kehendak setiap individu sama ada mereka ingin bersukan atau sebaliknya. 3. Tabiat merokok Merokok adalah salah satu penyumbang utama kepada masalah kesihatan dan punca penyakit berbahaya seperti barah paru-paru dan strok. Hakikat ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik bahawa merokok adalah amalan yang tidak mapan. Justeru, penyelidikan ini melihat semakin rendah amalan tabiat merokok, semakin tinggi tahap amalan kemapanan (sosial) komuniti. Hasil analisis menunjukkan tabiat merokok di kalangan responden berada di tahap yang tinggi iaitu 73.0 peratus, lebih 60.0 peratus daripada cadangan matlamat sikap merokok mapan yang dicadangkan iaitu <10.0 peratus (Jadual 5.6). Jadual 5.6: Tabiat merokok Kg. Kuala Mu 96.4% Kg. Perjek 54.3% Tidak 3.6% 45.7% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <10% 11-15% >16% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap <10.0% 73.0% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis terperinci mendapati responden di kedua-dua kampung turut mencatatkan tabiat merokok yang tinggi iaitu 96.4 peratus bagi responden Kg. Kuala Mu dan 54.3 peratus responden Kg. Perjek. Daripada maklum balas responden, merokok telah menjadi tabiat dan kebiasaan bagi majoriti mereka. Tambahan pula, daun rokok yang dipanggil ‘Daun Crenglok’ diperolehi dengan mudah dan banyak dari kawasan hutan di sekitar kampung manakala bekalan tembakau atau ‘akau’ adalah murah (50 sen sebungkus) dan mudah dibeli daripada penjaja yang sering masuk ke kampung. 4. Penglibatan penduduk dalam kegiatan kebudayaan (sewang) Menurut UKGSD (2005), salah satu indikator komuniti mapan adalah penglibatan dalam aktiviti kebudayaan. Penyelidikan ini melihat semakin tinggi penglibatan komuniti 136 dalam mengekalkan amalan kebudayaan tradisional, semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis pada Jadual 5.7 menunjukkan penglibatan penduduk dalam kegiatan kebudayaan adalah tinggi iaitu 78 peratus dan mencapai matlamat cadangan kajian iaitu >76.0 peratus. Aktiviti kebudayaan yang difokuskan kajian ini adalah penyertaan di dalam kegiatan Sewang iaitu aktiviti kebudayaan tradisi Orang Asli yang menggabungkan elemen muzik dan tarian serta dipersembahkan pada masa-masa tertentu. Jadual 5.7: Penglibatan dalam kegiatan kebudayaan (Sewang) Kg. Kuala Mu 78.6% Kg. Perjek 77.1% Tidak 21.4% 22.9% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <40% 41-75% >76% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >76.0% 78.0% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung menunjukkan kedua-dua kampung mencatatkan kadar yang tinggi melebihi cadangan matlamat dengan Kg. Kuala Mu mencatatkan kadar 78.6 peratus dan Kg. Perjek 77.1 peratus. Peratusan yang tinggi ini menggambarkan upacara kebudayaan tradisional seperti bersewang masih dipertahankan golongan tua dan telah diwarisi dan dipelajari oleh golongan muda. Manakala, baki responden yang tidak terlibat dengan kegiatan kebudayaan adalah disebabkan faktor kesihatan iaitu lanjut usia (lebih 65 tahun) dan terdapat sebilangan yang bekerja di luar kawasan kampung. Seorang aktivis berbangsa Semai, Ajem Bin Amat (ABIM Perak) yang kebetulan membuat program dakwah di Kg. Kuala Mu semasa lawatan pengkaji menjelaskan Sewang adalah sama sebagaimana tarian Kuda Kepang di Johor atau Dikir Barat di Kelantan, namun ianya unik kerana hanya terdapat di kampung Orang Asli sahaja. Menurut beliau, Kegiatan Sewang asalnya dibuat bertujuan menyambut tetamu, merawat penyakit, membuka pantang, keraian (musim menuai) dan kematian. Biasanya sekali Sewang mengambil masa sehingga 2 jam bermula pukul 10 malam hingga 12 tengah malam atau paling lama sehingga 5 jam dengan hampir 20 lagu yang berbeza dimainkan. Setiap persembahan Sewang akan diketuai Halak atau Batin dan kemudiannya disertai kira-kira 10 orang penari (secara berganti-ganti) dan 5 orang pemain alat muzik (seorang pemukul gendang dan 4 orang ketuk buluh yang berukuran setengah meter setiap satu). 137 Menurut Penghulu Sudin Bin Long, Sewang amat digemari penduduk dan juga tetamu bukan hanya untuk berhibur atau merawat penyakit atau meraikan hasil tuaian yang baik tahun tersebut, malah majlis ini lebih mirip kepada perhimpunan sosial (social gathering) yang menghimpunkan seluruh khalayak dalam komuniti di mana mereka boleh berbual dan bertanya khabar sesama mereka. Paling menarik tambah beliau lagi, Sewang boleh dijadikan tempat untuk mendapatkan jodoh! Rajah 5.9 : Upacara Sewang menyambut tetamu di Kg. Perjek 5. Amalan bergotong-royong Salah satu indikator komuniti mapan menurut Ibrahim Ngah (2003) ialah penglibatan penduduk di dalam aktiviti gotong-royong. Penyelidikan ini melihat semakin tinggi tahap amalan gotong-royong, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Ini kerana gotong-royong dapat mengukuhkan persefahaman dan perasaan toleransi bilamana mereka diperlukan menyumbang bakti dengan melakukan sesuatu kerja secara percuma. Analisis terhadap amalan bergotong-royong mendapati peratus responden yang terlibat dalam aktiviti gotong-royong adalah tinggi iaitu 90.5 peratus, lebih 15.5 peratus berbanding matlamat cadangan sikap bergotong-royong yang mapan iaitu >76.0 peratus (Jadual 5.8). 138 Jadual 5.8: Amalan bergotong-royong Kg. Kuala Mu 85.7% Kg. Perjek 94.3% Tidak 14.3% 5.7% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <40% 41-75% >76% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >76.0% 90.5% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis terperinci mengikut kampung mendapati responden di kedua-dua kampung menunjukkan peratusan yang tinggi, melebihi cadangan matlamat dengan Kg. Perjek mencatatkan kadar 94.3 peratus dan Kg. Kuala Mu sebanyak 85.7 peratus. Keputusan untuk mengadakan gotong-royong biasanya dibuat setelah timbul keperluan atau isu seperti persediaan mengadakan kenduri kahwin atau program pembersihan kawasan akibat peningkatan ancaman wabak (malaria). Penghulu dan ahli Majlis Adat Kampung akan bertindak membahagikan penduduk kepada beberapa kumpulan sebelum proses gotong-royong. Pembahagian tugas dalam gotong-royong biasanya dibuat mengikut jantina dan beban kerja antara lelaki dan perempuan. Kaum lelaki akan ditugaskan membuat kerja-kerja berat, manakala wanita dan kanak-kanak hanya membantu membersihkan halaman dan menyediakan minuman. Biasanya gotong-royong bermula seawal jam 8.00 pagi dan tamat pada tengah hari dan satu majlis jamuan ringkas diadakan. 6. Amalan berpersatuan Penglibatan masyarakat merupakan salah satu indikator kemapanan sosial (Sham Sani, 2001). Bagi penyelidikan ini, penglibatan komuniti telah disesuaikan dengan penglibatan dengan persatuan dan semakin tinggi penglibatan dengan amalan berpersatuan, maka dianggap semakin tinggi tahap kemapanan komuniti tersebut. Menurut Abu Bakar Bin Ramli (Kuala Mu), penyertaan di dalam pergerakan Pemuda telah banyak mendedahkan beliau kepada perkara baru seperti kursus kepimpinan dan perubahan sikap bagi menghapuskan rasa rendah diri untuk bersama-sama terlibat dengan kelompok lain dalam arus pembangunan. Hasil analisis menunjukkan hanya 17.5 peratus daripada keseluruhan responden menyertai persatuan berbanding majoriti (82.5 peratus) yang tidak menyertai. Peratusan ini adalah lebih rendah berbanding cadangan matlamat yang mapan 139 iaitu >31.0 peratus (Jadual 5.9). Kesemua responden yang berpersatuan telah dikenalpasti sebagai ahli pergerakan Pemuda UMNO DUN Lintang, Sungai Siput. Jadual 5.9: Amalan berpersatuan Kg. Kuala Mu 7.4% Kg. Perjek 25.7% Tidak 92.6% 74.3% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <10% 11-30% >31% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >31.0% 17.5% (sederhana) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis terperinci mengikut kampung pula mendapati responden Kg. Perjek mencatatkan peratusan lebih tinggi bagi amalan berpersatuan iaitu 25.7 peratus berbanding hanya 7.1 peratus bagi responden di Kg. Kuala Mu. Perbezaan ini telah dikaitkan dengan kekurangan Kg. Kuala Mu baik dari segi infrastruktur, lokasi mahupun bilangan belia yang mendaftar dengan persatuan. Justeru, aktiviti persatuan seperti mesyuarat lebih selesa dibuat di kawasan yang mudah aksess dan mempunyai kemudahan lebih baik. 7. Pembabitan merancang program pembangunan komuniti Sebagaimana penglibatan komuniti dalam persatuan, indikator kemapanan turut dikembangkan merangkumi aspek pembabitan responden dalam merancang program pembangunan komuniti. Penyelidikan ini menetapkan semakin tinggi pembabitan merancang, maka semakin tinggi tahap kemapanan komuniti tersebut. Analisis yang dijalankan menunjukkan pembabitan dalam merancang program pembangunan komuniti masih rendah iaitu 17.5 peratus, berbanding cadangan matlamat kemapanan iaitu >51.0 peratus (Jadual 5.10). 140 Jadual 5.10: Pembabitan merancang program pembangunan komuniti Kg. Kuala Mu 10.7% Kg. Perjek 22.9% Tidak 89.3% 77.1% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <25% 26-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >51.0% 17.5% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung mendapati kedua-dua kampung mencatatkan kadar pembabitan yang rendah dengan Kg. Perjek menunjukkan kadar 22.9 peratus dan Kg. Kuala Mu (10.7 peratus). Menurut Zainal Abidin Bin Uda (Kg. Kuala Mu), sejak dahulu penglibatan penduduk tempatan dalam proses perancangan aktiviti komuniti kurang diberikan perhatian, baik oleh ahli politik mahupun pihak jabatan. Pembabitan komuniti dianggap tidak penting dalam proses menyumbangkan idea serta pendapat berkenaan bentuk pembangunan yang sesuai ke atas mereka atau melibatkan persekitaran kampung mereka. Beliau bagaimanapun mengakui kelemahan diri sendiri yang kurang kefahaman terhadap agenda pembangunan yang diperbincangkan sehingga membataskan mereka untuk dibawa berbincang. Hasilnya, kebanyakan program pembangunan hanya dirangka oleh pihak jabatan dan penduduk hanya menerima sebarang keputusan yang dibuat. 8. Kesanggupan membantu jiran Amalan sanggup membantu jiran telah diadaptasi daripada salah satu prinsip kemapanan sosial dalam model kemapanan Foward Scotland iaitu kepaduan sosial (social cohesion) dan telah digunapakai oleh Nor Zaliza Puzi (2001) bagi kajian kemapanan komuniti desa di Selangor. Berbeza dengan amalan gotong-royong yang dilakukan secara kerjasama dan terancang, amalan membantu jiran adalah lahir daripada sensitiviti individu terhadap permasalahan/kesusahan yang dialami jirannya. Penyelidikan ini melihat semakin tinggi kesanggupan membantu jiran, semakin tinggi tahap kemapanan kerana semakin berkurang sifat terlalu mementingkan diri sendiri. Analisis keseluruhan menunjukkan amalan kesanggupan membantu jiran adalah mapan (tinggi) iaitu 95.2 peratus, jika dibandingkan cadangan piawaian kemapanan iaitu >76.0 peratus (Jadual 5.11). 141 Jadual 5.11: Kesanggupan membantu jiran Kg. Kuala Mu 89.3% Kg. Perjek 100.0% Tidak 10.7% 0.0% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <40% 41-75% >76% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >76.0% 95.2% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung mendapati hampir keseluruhan responden dari Kg. Perjek menyatakan kesanggupan membantu jiran dan sebanyak 89.3 peratus dari Kg. Kuala Mu menyatakan kesanggupan yang sama. Manakala, daripada keseluruhan 95.2 peratus responden yang menyatakan kesanggupan menolong jiran, masing-masing 38.1 peratus responden sanggup membantu dalam bentuk tenaga dan bantuan berbentuk makanan dan tenaga. Diikuti 15.9 peratus bantuan dalam bentuk makanan sahaja dan 3.2 peratus bantuan dalam bentuk sokongan moral dan nasihat sahaja. Tiada responden yang sanggup menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan. Menurut Alang Bin Itam Suli, menolong jiran mereka bermaksud menolong diri sendiri kerana mereka sekampung adalah bersaudara dan mempunyai pertalian kekeluargaan sama ada adik-beradik mahupun saudara mara. Bentuk pertolongan yang dihulurkan adalah sekadar mampu seperti sumbangan hasil ladang, buah fikiran dan tenaga bagi gotong-royong. Bantuan dalam bentuk kewangan biasanya perlu diatasi sendiri memandangkan majoriti mereka sendiri hidup miskin. 9. Penggunaan bahan kimia dalam pertanian Salah satu indikator dalam aspek alam sekitar adalah amalan pertanian mapan di mana ciri utamanya adalah perlu bebas daripada penggunaan bahan kimia sebagaimana disarankan Rasul & Thapa, (2003); Gregory (2003) dan Pulido & Bocco (2003). Penyelidikan ini melihat semakin rendah penggunaan kimia dalam pertanian, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis mendapati tahap kemapanan keseluruhan dan mengikut kampung adalah tinggi iaitu 0.0 peratus, bermaksud tiada responden yang menggunakan bahan kimia (baja atau racun) di dalam kegiatan pertanian. (Jadual 5.12). 142 Jadual 5.12: Penggunaan bahan kimia dalam pertanian Kg. Kuala Mu 0.0% Kg. Perjek 0.0% Tidak 100.0% 100.0% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <5% 6-10% >11% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap <5.0% 0.0% (rendah) Sumber: Kaji selidikn, 2004 Menurut Penghulu Sudin Bin Long (Kg. Perjek), amalan pertanian tradisional yang diwarisi tidak berubah di mana salah satu cirinya adalah tidak menggunakan baja kimia mahupun racun kimia bagi membantu kesuburan tanaman. Ini kerana pertanian tradisional secara pindah hanya melibatkan skala kecil (0.5-1.5 ekar), penggunaan tanah secara bergilir untuk tempoh setiap 2 tahun dan baja organik daripada abu pembakaran belukar kering sudah cukup bagi menyuburkan tanah. Rajah 5.10 : Tapak sebuah ladang padi bukit yang baru ditanam 10. Amalan guna semula Guna semula (reuse) merupakan salah satu daripada amalan 5R dalam kemapanan alam sekitar selain reduce, repair, rethink dan recycle. Penyelidikan ini melihat semakin tinggi tahap amalan guna semula, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Ini kerana guna semula dapat membantu mengurangkan pembaziran terutama kepada sumber yang mampu diperbaharui melalui pertukaran fungsi sumber tersebut. Contohnya, tin kosong boleh diguna semula sebagai tempat menyimpan barang seperti tepung dan beras. Analisis telah 143 menunjukkan amalan guna semula di kalangan responden adalah tinggi iaitu 71.4% dan mencapai matlamat cadangan matlamat kemapanan iaitu >61.0% (Jadual 5.13). Jadual 5.13: Amalan guna semula Kg. Kuala Mu 60.7% Kg. Perjek 80.0% Tidak 39.3% 20.0% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <30% 31-60% >61% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >61.0% 71.4% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung menunjukkan 80.0 peratus responden di Kg. Perjek mengamalkan guna semula bahan dan 60.7 peratus bagi Kg. Kuala Mu. Berdasarkan pemerhatian, antara bahan yang sering diguna semula penduduk ialah botol, tin susu tepung (diguna sebagai bekas menyimpan air dan makanan) dan pakaian (digilir guna antara adik-beradik). 11. Mengurangkan penggunaan sumber Mengurangkan penggunaan (reduce) merupakan satu lagi amalan 5R yang dihuraikan di mana semakin tinggi amalan mengurangkan penggunaan sumber, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Amalan mengurangkan penggunaan sumber terutama yang tidak boleh diperbaharui seperti gas memasak dan minyak tanah amat penting bagi mengelakkan pembaziran dan menjadikan penggunaan secara berterusan dan tahan digunakan lebih lama. Penemuan analisis menunjukkan amalan mengurangkan penggunaan sumber adalah tinggi iaitu 81.0 peratus dan mencapai matlamat cadangan piawaian kemapanan iaitu >61.0 peratus. Analisis mengikut kampung mendapati responden Kg. Perjek mencatatkan peratusan terhadap amalan mengurangkan penggunaan sumber yang lebih tinggi berbanding responden Kg. Kuala Mu dengan perbezaan 36.4 peratus. 144 Jadual 5.14: Mengurangkan penggunaan sumber Kg. Kuala Mu 60.7% Kg. Perjek 97.1% Tidak 39.3% 2.9% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <30% 31-60% >61% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >61.0% 81.0% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Selain telah diajar untuk berjimat dalam menggunakan sumber alam, bebanan kewangan turut dikenalpasti sebagai salah satu faktor pendorong. Menurut responden iaitu Setunggal Bin Pandak Jahak (Kuala Mu), mengurangkan penggunaan sumber baginya hanya kepada bahan yang perlu dibeli seperti makanan, gas memasak dan minyak tanah. Manakala, sumber semulajadi seperti air dan kayu api tidak dijimatkan kerana masih banyak didapati di sekitar kawasan kampung dan diperoleh secara percuma. Hasil pemerhatian mendapati, beberapa langkah pengurangan penggunaan sumber telah dipraktikkan penduduk seperti mengurangkan kekerapan memasak daripada tiga kali kepada satu kali dalam sehari selain sering menggunakan dapur kayu berbanding dapur gas untuk memasak. 12. Merawat/membaikpulih Sebagaimana dua amalan sebelumnya, membaikpulih (repair) sumber selepas pengambilan adalah pelengkap amalan 5R bagi penyelidikan ini. Membaikpulih sumber merupakan amalan yang mapan kerana bukan sahaja dapat mengekalkan kedapatan sumber alam secara berpanjangan untuk keperluan generasi yang ada sekarang, malah dapat dinikmati bagi generasi yang akan datang. Penyelidikan ini melihat semakin tinggi amalan membaikpulih sumber, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis mendapati hanya 6.3 peratus daripada responden merawat atau membaikpulih sumber yang digunakan berbanding 93.7 peratus tidak melakukannya (Jadual 5.15). Kadar ini adalah sangat rendah berbanding cadangan matlamat kemapanan iaitu >61.0 peratus. 145 Jadual 5.15: Amalan merawat/membaikpulih Kg. Kuala Mu 10.7% Kg. Perjek 2.9% Tidak 89.3% 97.1% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <30% 31-60% >61% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >61.0% 6.3% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Hasil analisis mengikut kampung turut menunjukkan amalan membaikpulih yang rendah dengan hanya 10.7 peratus responden Kg. Kuala Mu dan 2.9 peratus responden dari Kg. Perjek mengamalkannya. Keputusan yang dicapai bagaimanapun berbeza dengan andaian awal pengkaji bahawa komuniti ini aktif melaksanakan pemuliharaan sumber. Menurut Penghulu Karim Bin Busu, tahap amalan yang rendah berpunca daripada perubahan sikap akibat tekanan ekonomi (mendapatkan wang) menjadikan mereka menganggap remeh tindakan membaikpulih sumber-sumber yang telah dieksploitasi seperti buluh, rotan, hasil hutan serta tumbuhan ubat-ubatan. Jika dahulunya nenekmoyang mereka hanya membiarkan sumber semulajadi yang telah digunakan pulih secara semulajadi. Namun, kadar pengambilan sumber dahulu hanya untuk kegunaan sendiri, tetapi kini kebanyakan sumber adalah untuk jualan. Permintaan tinggi akan meningkatkan pengambilan pada kadar yang tinggi dan tanpa kawalan, dan kemungkinan besar boleh menyebabkan kepupusan sesetengah sumber. Menurut Abu Bakar Bin Enair (Kg. Perjek), kesan daripada pengeksploitasian berlebihan dan kegagalan membaikpulih sumber yang diambil kini mula kelihatan di mana sumber hutan seperti buluh kasap dan rotan manau di kawasan kajian kini telah berkurangan. 13. Penggunaan halaman rumah Indikator ini telah digunapakai di dalam kajian komuniti mapan oleh Ibrahim Ngah (2003). Penggunaan halaman rumah bagi penyelidikan ini dibahagikan kepada dua iaitu untuk tanaman sayur atau untuk landskap (tanaman bunga). Penggunaan halaman rumah secara optimum adalah mapan kerana bukan sahaja membantu mencipta landskap indah kepada persekitaran dalam kampung, malah dengan penanaman sayur boleh menampung keperluan makanan isirumah. Penyelidikan ini melihat semakin tinggi amalan menggunakan halaman rumah, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis 146 keseluruhan mendapati amalan mengoptimumkan penggunaan halaman rumah berada di tahap yang tinggi iaitu 50.8 peratus (Jadual 5.16). Jadual 5.16: Penggunaan halaman rumah Kg. Kuala Mu 25.0% Kg. Perjek 66.6% Tidak 75.0% 33.4% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <25% 26-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >51.0% 50.8% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung menunjukkan senario yang berbeza di mana responden Kg. Perjek menunjukkan kadar yang tinggi (66.6 peratus), melebihi cadangan matlamat kemapanan berbanding responden Kg. Kuala Mu yang hanya mencatatkan 25.0 peratus. Daripada peratus keseluruhan responden yang menggunakan sepenuhnya kawasan halaman rumah mereka, kira-kira 39.7 peratus menggunakan halaman rumah bagi menanam pokok bunga (hiasan) dan baki 11.1 peratus menggunakan kawasan halaman rumah untuk menanam sayur-sayuran. Menurut Zainal Abidin Bin Uda (Kg. Kuala Mu), tahap penggunaan halaman rumah yang rendah bukan berpunca daripada ketiadaan benih sayur atau pokok bunga untuk ditanam mahupun sikap malas menghias kawasan rumah, tetapi berpunca daripada sikap kanak-kanak yang gemar mencabut atau memijak anak pokok bunga dan sayur yang ditanam ketika mereka sedang bermain. Perkara ini terbukti berlaku hasil pemerhatian pengkaji terhadap kawasan halaman rumah yang sering menjadi tempat bagi kanak-kanak bermain mendapati tiada satu pokok bunga atau sayur yang ditanam dapat hidup akibat mati dipijak kanak-kanak yang leka bermain. 14. Membersihkan halaman rumah Selain penggunaan halaman, amalan membersihkan halaman rumah adalah indikator penting diambilkira bagi analisis tahap kemapanan alam sekitar di mana penyelidikan ini melihat semakin tinggi amalan, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Pemilihan indikator ini juga dibuat merujuk kepada kesesuaian komuniti dan kajian komuniti mapan oleh Ibrahim Ngah (2003). Pengukuran amalan yang mapan dibuat berdasarkan kekerapan responden membersihkan halaman rumah 3 kali atau lebih dalam 147 tempoh seminggu. Menjaga kebersihan adalah suatu sikap yang mapan kerana dapat membantu mewujudkan suasana kehidupan yang sihat, selamat dan selesa di kampung. Hasil analisis keseluruhan mendapati amalan membersihkan halaman rumah berada di tahap yang tinggi iaitu 52.4 peratus, berbanding cadangan matlamat kemapanan iaitu >51.0 peratus (Jadual 5.17). Jadual 5.17: Amalan membersihkan halaman rumah (> 3 kali seminggu) Kg. Kuala Mu 100.0% Kg. Perjek 60.0% Tidak 0.0% 40.0% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <25% 26-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >51.0% 52.4% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis terperinci mengikut kampung juga mendapati kedua-dua kawasan kajian mencapai cadangan matlamat kemapanan dengan Kg. Kuala Mu mencatatkan kadar 100.0 peratus dan Kg. Perjek mencatatkan kadar sebanyak 60.0 peratus. Pemerhatian mendapati wanita yang tidak bekerja (suri rumah) berperanan besar memastikan kawasan halaman rumah dan persekitaran sentiasa dibersihkan. Menurut Penghulu Karim Bin Busu (Kg. Kuala Mu), amalan membersihkan halaman rumah daripada sampah dan daun kering sudah menjadi kebiasaan bagi setiap penduduk supaya persekitaran sekitar rumah sentiasa bersih dan mengelakkan daripada kecederaan kepada kanak-kanak yang sering bermainmain di kawasan halaman. Rajah di sebelah menunjukkan rumusan keseluruhan bagi analisis terhadap amalan kemapanan sikap di mana hasil penemuan mendapati 8 daripada 14 indikator kemapanan sikap komunti telah mencapai cadangan matlamat kemapanan (amalan mapan) dengan baki 6 indikator menunjukkan amalan sikap yang tidak mapan. 148 Rumusan Analisis Kemapanan Sikap Indikator yang mencapai cadangan matlamat kemapanan 1. Penglibatan dalam kegiatan kebudayaan 2. Bergotong-royong 3. Kesanggupan membantu jiran 4. Penggunaan bahan kimia dalam pertanian 5. Mengguna semula 6. Mengurangkan penggunaan 7. Penggunaan halaman rumah 8. Membersihkan kawasan halaman rumah Indikator yang tidak mencapai cadangan matlamat kemapanan 1. 2. 3. 4. 5. Simpanan wang Bersukan Tabiat merokok Penglibatan persatuan Penglibatan dalam program merancang komuniti 6. Merawat/membaikpulih Rajah 5.11 : Rumusan terhadap analisis kemapanan sikap 5.3.2 Analisis Tahap Kemapanan Sistem Sepuluh indikator akan dianalisis berkenaan tahap kemapanan sistem (rujuk Jadual 4.2). Perincian berkenaan kemapanan sistem telah dinyatakan pada Jadual 2.2. Namun, secara umumnya sistem komuniti yang mapan akan dijadikan panduan untuk melahirkan sikap dan amalan hidup yang seimbang dan prihatin untuk memelihara kebajikan masyarakat dan alam sekeliling. Sistem ini seterusnya akan ke arah terbentuknya situasi kehidupan yang mapan. Huraian analisis akan turut diperkuatkan dengan maklumat daripada temubual mendalam dan pemerhatian di lapangan. Pada akhir bahagian ini, satu rajah keseluruhan tahap kemapanan sistem akan dibentang dan daripadanya, indikator mapan dan tidak mapan daripada sistem semasa dapat dikenalpasti dan dirumuskan. 1. Tempoh masa bekerja (>8 jam sehari) Berpandukan amalan semasa, tempoh masa bekerja yang lazim adalah selama 8 jam sehari (bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang) dan kelaziman ini dijadikan panduan 149 untuk indikator tempoh masa bekerja yang mapan. Tempoh masa bekerja lazimnya akan mempengaruhi jumlah bayaran upah dengan lain maksud, lebih lama masa bekerja jumlah upah yang dibayar adalah lebih tinggi. Penyelidikan ini melihat semakin tinggi responden yang bekerja 8 jam atau lebih, maka lebih tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis yang dijalankan mendapati hanya 7.9 peratus responden bekerja lebih dari 8 jam sehari. Peratusan ini adalah lebih rendah berbanding cadangan matlamat tempoh masa bekerja yang mapan iaitu >51.0 peratus. Jadual 5.18: Tempoh masa bekerja (>8 jam sehari) Kg. Kuala Mu 10.7% Kg. Perjek 5.7% Tidak 89.3% 94.3% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <30% 31-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >51.0% 7.9% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis terperinci mengikut kampung turut memberikan keputusan yang rendah dengan hanya 10.7 peratus responden dari Kg. Kuala Mu dan 5.7 peratus responden di Kg. Perjek bekerja lebih dari 8 jam setiap hari. Timbul persoalan mengapa 92.1 peratus responden di kawasan kajian bekerja kurang dari 8 jam sehari. Hasil temubual mendalam dengan beberapa responden dari Kg. Perjek mendapati ‘sistem kerja 1 kong’ yang diperkenalkan kepada responden yang bekerja sebagai buruh ladang kelapa sawit menjadikan tempoh bekerja pendek. Menurut Abu Bakar Bin Enair (Kg. Perjek), sistem 1 kong bermaksud pekerja ladang akan dibayar jumlah upah mengikut harga sehari bekerja (7.30 pagi hingga 4.30 petang), biarpun tempoh bekerja di ladang sawit bermula dari 8 pagi hingga 1 petang (6 jam). Beliau sendiri dibayar upah sebanyak RM35 bagi 1 kong (8 pagi hingga 1 petang) dan kadar ini akan sama dibayar sekiranya beliau bekerja mengikut masa normal (8 pagi hingga 5 petang). Selain sistem kerja yang diamalkan, jenis pekerjaan turut mempengaruhi tempoh seseorang itu bekerja. Menurut Alang Bin Itam Suli (Kuala Mu) yang bekerja bertani ubi kayu secara tradisional menyatakan bekerja sendiri tidak akan terikat dengan tempoh tertentu kerja tersebut perlu disiapkan.. Biasanya pada peringkat awal penanaman ubi, petani akan sibuk untuk membersih dan membuat lubang tanaman, selepas ditanam, petani akan menjenguk sekali-sekala ke ladang bagi membuang semak dan menghalau haiwan perosak. 150 2. Tahu - pembahagian kerja Indikator “Tahu” dan “Amal”- pembahagian kerja diterjemah daripada salah satu prinsip pembangunan mapan iaitu keadilan dan kesaksamaan (rujuk Blowers, 1993). Menurut Alang Bin Itam Suli, pembahagian kerja telah lama wujud dan diamalkan Orang Temiar memandangkan pekerjaan yang mereka lakukan seperti berladang ubi atau padi bukit memerlukan bantuan (tenaga kerja) untuk membuka ladang huma. Dengan pembahagian kerja, beban kerja yang dipikul dapat dikurangkan seterusnya memastikan kerja-kerja penanaman dapat dilakukan mengikut musim. Pemerhatian turut dibuat ke atas komuniti dan didapati wujud amalan pembahagian kerja/tugas seperti dalam aktiviti gotong-royong, di mana orang lelaki biasanya ditugaskan untuk melakukan pekerjaan berat dan wanita dan kanak-kanak hanya membantu melakukan pekerjaan lebih ringan. Penyelidikan ini melihat semakin tinggi bilangan responden yang mengetahui tentang pembahagian kerja, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis menunjukkan 47.6 peratus responden mengetahui kewujudan pembahagian kerja, terutama di dalam pekerjaan tradisional (berladang). Peratusan ini bagaimanapun sedikit rendah berbanding cadangan matlamat tahap pengetahuan pembahagian kerja yang mapan iaitu >51.0 peratus. Jadual 5.19: Tahu – pembahagian kerja Kg. Kuala Mu 60.7% Kg. Perjek 37.1% Tidak 39.3% 62.9% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <30% 31-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >51.0% 47.6% (sederhana) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung pula mendapati responden Kg. Kuala Mu mencapai cadangan matlamat kemapanan iaitu 60.7 peratus berbanding Kg. Perjek, 37.1 peratus. Ini menunjukkan masih terdapat individu yang tahu kewujudan pembahagian kerja di dalam komuniti. Menurut penghulu Karim Bin Busu (Kg. Kuala Mu), rata-rata penduduk yang berladang ubi kayu mengetahui kewujudan sistem pembahagian kerja di ladang melalui warisan ilmu daripada datuk nenek mereka dan ia terus diamalkan sehingga hari ini. 151 3. Amal - pembahagian kerja Sepertimana dijelaskan sebelumnya, penyelidikan ini melihat semakin tinggi tahap amal-pembahagian kerja, semakin tinggi tahap kemapanan. Namun, kajian terhadap pengamalan pembahagian kerja hanya terhad kepada responden yang bekerja sendiri (bertani tradisional) kerana pekerjaan moden di ladang tidak membolehkan responden mengamalkan pembahagian kerja sendiri tanpa kebenaran mandur. Hasil analisis menunjukkan 46.0 peratus responden mengamalkan sistem pembahagian kerja. Namun, peratusan bagi indikator ini sedikit rendah berbanding cadangan matlamat kemapanan iaitu >51.0 peratus (Jadual 5.20). Jadual 5.20: Amal – sistem pembahagian kerja Kg. Kuala Mu 57.1% Kg. Perjek 37.1% Tidak 42.9% 62.9% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <30% 31-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >51.0% 46.0% (sederhana) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung mendapati responden Kg. Kuala Mu menunjukkan peratusan tinggi mencapai cadangan matlamat tahap kemapanan iaitu 57.1 peratus berbanding Kg. Perjek (37.1 peratus). Menurut Busu Bin Long (Kg. Perjek), kebanyakan penduduk di Perjek misalnya, sudah tidak mengamalkan pembahagian kerja kerana ramai di antara mereka telah bekerja di sektor perburuhan moden yang tidak memerlukan sistem pembahagian kerja diamalkan. 4. Tahu - pembahagian hasil Indikator “Tahu” dan “Amal”- pembahagian hasil diterjemah daripada salah satu prinsip pembangunan mapan iaitu keadilan dan kesaksamaan (rujuk Blowers, 1993). Penyelidikan ini melihat semakin tinggi bilangan responden yang mengetahui tentang pembahagian hasil, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Pembahagian hasil kini menurut Penghulu Sudin Bin Long (Kg. Perjek), tidak banyak berubah daripada amalan nenek-moyang mereka. Lazimnya, empat cara pembahagian hasil dilakukan iaitu 152 mengikut beban kerja, mengikut jantina, mengikut bilangan ahli keluarga yang terlibat membantu dan mengikut budi bicara kepala ladang (tradisional) atau mandur (ladang sawit). Bagi pekerjaan moden seperti buruh ladang, pembahagian hasil dihitung berdasarkan bilangan hari dan jam mereka bekerja. Manakala bagi pekerjaan tradisional seperti berladang padi bukit, hasil biasanya dibahagikan mengikut nisbah pertiga (/3) di mana 2/3 diagihkan kepada kepala ladang dan ketua kelamin yang terlibat dengan keseluruhan proses (dari membuka ladang sehingga menuai), dan baki 1/3 akan diagihkan kepada suri rumah atau lain-lain penduduk yang datang bergotong-royong semasa proses menuai. Hasil analisis keseluruhan menunjukkan hanya 22.2 peratus responden mengetahui tentang pembahagian hasil. Peratusan ini bagaimanapun rendah berbanding cadangan matlamat tahap kemapanan iaitu >51.0 peratus (Jadual 5.21). Jadual 5.21: Tahu – sistem pembahagian hasil Kg. Kuala Mu 7.1% Kg. Perjek 34.3% Tidak 92.9% 65.7% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <30% 31-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >51.0% 22.2% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis terperinci mengikut kampung mendapati responden di kedua-dua kampung mencatatkan hasil di bawah peratusan cadangan dengan responden Kg. Kuala hanya (7.1 peratus) dan Kg. Perjek (34.3 peratus). Mengapakah keadaan ini berlaku? Menurut Penghulu Karim Bin Busu (Kuala Mu), pengetahuan tentang pembahagian hasil adalah tinggi terutama ketika generasi yang sebelum ini (nenek-moyang) kerana segala kerja pada masa itu dilakukan secara bergotong-royong. Namun akibat perubahan bentuk pekerjaan daripada gotong-royong kepada sistem upah atau mengikut kelamin (suamiisteri mengusahakan ladang sendiri) kerana dikhuatiri berlaku perbalahan jika tidak berpuas hati dengan agihan hasil, pengetahuan mengenai pembahagian hasil semakin dilupakan dan tidak lagi diajarkan terutama kepada generasi muda. Tambahan pula, kebanyakan mereka mula terlibat dengan kerja buruh secara upahan di ladang atau kilang. 153 5. Amal - pembahagian hasil Sepertimana telah dijelaskan sebelumnya, penyelidikan ini melihat semakin tinggi tahap amal-pembahagian hasil, semakin tinggi tahap kemapanan. Pengkaji mendapati tahap pengetahuan terhadap sistem pembahagian hasil berkait rapat dengan tahap pengamalan kerana daripada analisis yang dijalankan mendapati 22.2 peratus responden telah mengamalkan pembahagian hasil (kadar sama dengan responden yang tahu). Kadar ini juga lebih rendah berbanding cadangan matlamat kemapanan pembahagian hasil iaitu >51.0 peratus (Jadual 5.22). Jadual 5.22: Amal – pembahagian hasil Kg. Kuala Mu 7.1% Kg. Perjek 34.3% Tidak 92.9% 65.7% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <30% 31-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >51.0% 22.2% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung turut mendapati peratusan yang dicatatkan adalah di bawah kadar cadangan kemapanan dengan responden Kg. Kuala Mu mencatatkan 7.1 peratus dan Kg. Perjek mencatatkan 34.3 peratus. Berdasarkan pemerhatian, amalan pembahagian hasil yang tinggi di Kg. Perjek berbanding Kg. Kuala Mu adalah berpunca daripada aktiviti pertanian padi bukit yang masih dijalankan secara bergotong-royong. Lazimnya responden yang mengusahakan ekonomi sara diri secara bergotong-royong akan mengetahui pembahagian hasil akan mengamalkannya dan begitu juga sebaliknya. Menurut penghulu Sudin Bin Long, pembahagian hasil biasanya dibuat mengikut beban kerja yang dipikul seperti kekerapan mengunjungi ladang dan penglibatan di peringkat membuka ladang dan tuaian. Hasil pemerhatian mendapati, perubahan sistem ekonomi daripada tradisional kepada moden (upah kerja ladang) mendorong sistem pembahagian hasil tidak lagi diamalkan. Rata-rata responden yang bekerja mengambil upah di ladang menyatakan mereka lebih selesa tidak berkongsi hasil (wang pendapatan) kerana dapat mengelakkan berlakunya perbalahan sesama jiran sekampung akibat pembahagian hasil yang tidak adil. 154 6. Amal - Perkongsian hasil Amalan perkongsian hasil menjadi salah satu indikator kemapanan memandangkan pengamalannya dalam komuniti tradisional mampu mengikis sifat terlalu mementingkan diri sendiri (materialistik) dan melahirkan perasaan kekitaan (sense of belonging) (Loomis, 2000) dengan membantu mengurangkan beban dan kepayahan jiran sekampung. Indikator perkongsian hasil ini berbeza dengan indikator pembahagian hasil kerana amalan perkongsian hasil lazimnya berlaku di luar sistem pembahagian hasil. Sebagai contoh, dalam mengusahakan ladang padi bukit, terdapat individu yang turut menanam sayursayuran dan setelah tuaian, setiap anggota yang bersama-sama mengusahakan ladang padi menerima agihan hasil masing-masing oleh kepala ladang. Namun, telah menjadi adat bagi individu yang menanam sayur berkenaan berkongsi hasil dengan ahli yang lain. Menurut Abu Bakar Bin Enair (Kg. Perjek), amalan perkongsian hasil lazimnya tidak mempunyai ciri-ciri khusus sebagaimana pembahagian hasil. Dapat dirumuskan bahawa perkongsian keuntungan/hasil (sharing benefits) boleh membawa kepada kehidupan yang mapan. Justeru, penyelidikan ini melihat semakin tinggi amalan berkongsi hasil, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis keseluruhan menunjukkan 51.8 peratus responden mengamalkan sistem perkongsian hasil. Peratusan ini mencapai cadangan matlamat penyelidikan iaitu >51.0 peratus (Jadual 5.23). Jadual 5.23: Amal – perkongsian hasil Kg. Kuala Mu 67.9% Kg. Perjek 37.1% Tidak 32.1% 62.9% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <30% 31-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >51.0% 51.8% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung pula menunjukkan perbezaan dengan responden Kg. Kuala Mu menunjukkan tahap amalan perkongsian hasil yang tinggi iaitu sebanyak 67.9 peratus berbanding Kg. Perjek (37.1 peratus). Busu Bin Long (Kg. Perjek) mengakui amalan perkongsian hasil di kalangan penduduk kini mulai berkurangan. Beliau melihat perubahan jenis pekerjaan daripada tradisional (secara kerjasama dan gotong-royong) 155 kepada moden (sistem gaji) sebagai punca yang mengubah mentaliti dan sikap di kalangan penduduk. Jika nenek-moyang mereka dahulu mengamalkan pekerjaan dengan menekankan aspek bergotong-royong, kini lebih ramai penduduk telah bekerja di ladang sawit dengan dibayar upah mengikut usaha individu. Perubahan ini memang baik kepada individu dan keluarga yang terlibat, tetapi ia dilihat perlahan-lahan telah menyemai sifat materialistik ke dalam diri individu dan menghakis amalan perkongsian hasil. 7. Kepatuhan kepada adat/peraturan tradisional Komuniti mapan perlu dipandu oleh suatu bentuk perundangan yang dapat mengawal sikap dan tingkah laku di kalangan anggotanya. Sikap yang positif hanya akan terbentuk melalui pematuhan yang tinggi terhadap sistem peraturan atau adat sebagaimana dinyatakan bagi ciri sistem komuniti mapan pada Jadual 2.2. penyelidikan ini melihat semakin tinggi kepatuhan terhadap adat/peraturan tradisional, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis mendapati keseluruhan responden yang disoal-selidik menyatakan kepatuhan penuh (100.0 peratus) kepada pengamalan adat/peraturan tradisional komuniti. (Jadual 5.24). Jadual 5.24: Kepatuhan kepada adat/peraturan tradisional Kg. Kuala Mu 100.0% Kg. Perjek 100.0% Tidak 0.0% 0.0% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >91.0% 100.0% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis terperinci mendapati sistem adat/perundangan tradisional di kedua-dua kampung tidak berbeza di mana wujud Majlis Adat sebagai badan yang bertanggungjawab melaksanakan sistem perundangan dan penguatkuasaan peraturan ke atas komuniti. Perbincangan dengan Alang Bin Itam Suli mendapati Majlis Adat masih berpengaruh di dalam melaksanakan undang-undang adat komuniti. Sebarang permasalahan biasanya terus dirujuk kepada Mahkamah Kampung (Majlis Adat) yang diketuai penghulu, penolong penghulu dan beberapa wakil penduduk. Selepas menerima pengaduan, keduadua pihak yang terlibat masing-masing diberikan masa melantik jurucakap dan 156 mengumpul bukti dan saksi yang boleh menyokong hujahnya. Ketika hari perbicaraan, kedua-dua pihak perlu mengeluarkan hujah dengan bukti dan saksi. Ahli jawatankuasa berfungsi sebagai ‘juri’ akan berbincang dengan penghulu (hakim) sebelum keputusan dikeluarkan. Biasanya pihak yang ‘kalah’ perlu membayar sebahagian pampasan (dalam bentuk wang – maksimum RM 300.00) kepada pihak yang ‘menang’. Pihak yang ‘kalah’ bagaimanapun boleh merayu hukuman diringankan. Selepas itu, kedua-dua pihak akan bersalaman dan berjanji untuk tidak berdendam dan saling berbaik-baik. Jika masih wujud perselisihan, kes tersebut akan diajukan oleh penghulu kepada pihak keselamatan (polis). 8. Penglibatan dengan pembuatan keputusan Bagi peringkat negara Malaysia, Sham Sani (2001) telah menggunakan indikator penglibatan awam. Namun, penyelidikan ini telah mengubahsuai dengan memperincikannya kepada penglibatan dalam pembuatan keputusan agar sesuai dengan keperluan peringkat komuniti. Salah satu ciri penting komuniti mapan adalah penglibatan penduduk (Pepperdine, 2003). Setiap orang dalam komuniti mempunyai hak untuk bersuara dan terlibat dalam proses pembuatan keputusan kerana mereka merupakan golongan yang menerima kesan langsung daripada sebarang keputusan yang dihasilkan. Penyelidikan ini melihat semakin tinggi penglibatan penduduk dengan pembuatan keputusan, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis keseluruhan menunjukkan 57.1 peratus responden terlibat dengan pembuatan keputusan di peringkat komuniti. Kadar ini bagaimanapun sedikit rendah berbanding cadangan matlamat kemapanan iaitu >61.0 peratus (Jadual 5.25). Jadual 5.25: Penglibatan dengan pembuatan keputusan Kg. Kuala Mu 64.3% Kg. Perjek 51.4% Tidak 35.7% 48.6% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <30% 31-60% >61% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >61.0% 57.1% (sederhana) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis terperinci mengikut kampung bagaimanapun mendapati responden dari Kg. Kuala Mu menunjukkan tahap penglibatan yang tinggi (64.3 peratus), mencapai 157 cadangan matlamat kemapanan penyelidikan. Manakala, kira-kira 51.4 peratus responden dari Kg. Perjek terlibat dalam sistem pembuatan keputusan. Menurut penghulu Karim Bin Busu (Kg. Kuala Mu), sistem pembuatan keputusan komuniti hari ini telah berubah dan berbeza daripada sebelumnya terutama disebabkan pengaruh daripada pihak luar (jabatan) telah membatasi keputusan yang dibuat di peringkat komuniti. Manakala, penghulu Sudin Bin Long (Kg. Perjek) melihat pengaruh kemodenan yang masuk melalui projek-projek pembangunan oleh jabatan dan oleh belia yang berhijrah menjadikan ramai anggota komuniti mula membelakangkan kepentingan terbabit di dalam pembuatan keputusan. Malah, terdapat golongan tertentu (belia yang berhijrah) mula mempersoalkan kepentingan keputusan yang diputuskan oleh komuniti terhadap perubahan hidup komuniti itu sendiri. 9. Pengasingan bilik tidur anak lelaki-perempuan Indikator pengasingan bilik diterjemah daripada salah satu ciri sistem komuniti mapan iaitu sistem yang menjaga perhubungan lelaki dan wanita (rujuk Jadual 2.2). Pengasingan bilik tidur antara anak lelaki dengan perempuan digambarkan sebagai amalan mapan kerana tujuannya adalah untuk menjaga kehormatan diri dengan membataskan pergaulan di dalam rumah terutama bagi anak-anak berbeza jantina yang sedang meningkat remaja. Pengamalan pengasingan bilik juga dilihat sebagai langkah awal dari rumah mendidik anak-anak supaya menjaga batas pergaulan di luar rumah bagi mengelakkan mereka terbabit dengan penyakit sosial seperti pergaulan bebas dan sebagainya. Penyelidikan ini melihat semakin tinggi amalan pengasingan bilik, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Analisis yang dijalankan telah menunjukkan sebanyak 71.4 peratus responden mengamalkan pengasingan bilik tidur antara anak lelaki dan perempuan. Kadar ini menunjukkan pencapaian tahap kemapanan tinggi serta mencapai cadangan matlamat amalan pengasingan bilik yang mapan iaitu >61.0 peratus. Jadual 5.26: Pengasingan bilik tidur Kg. Kuala Mu 64.3% Kg. Perjek 77.1% Tidak 35.7% 22.9% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Sumber: Kaji selidik, 2004 Cadangan Piawaian <30% 31-60% >61% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >61.0% 71.4% (tinggi) 158 Analisis mengikut kampung turut menunjukkan peratusan yang mencapai cadangan matlamat kemapanan dengan 64.3 peratus responden dari Kg. Kuala Mu dan 77.1 peratus bagi responden dari Kg. Perjek mengamalkan pengasingan bilik. Mengupas lebih lanjut berkenaan amalan ini, Penghulu Karim Bin Busu (Kg. Kuala Mu) menyatakan amalan mengasingkan tempat tidur sebenarnya telah wujud sejak turun-temurun lagi. Ketika itu, setiap rumah lazimnya mempunyai 2 bilik iaitu untuk ibubapa dan anak perempuan (Rajah 5.12). Manakala, anak lelaki tidur di bahagian ruang tamu rumah. Kawalan ke atas anak-anak melalui pengasingan bilik tidur berjaya membentuk sifat malu dan berhati-hati dalam pergaulan harian mereka. Adat dan amalan yang sama dilihat masih dikekalkan sehingga ke hari ini kerana daripada pemerhatian, setiap rumah tradisional sekurang-kurangnya menyediakan dua bilik untuk mengasingkan tempat tidur anak lelaki dengan perempuan dan dengan ibubapa. Manakala, responden yang menerima bantuan perumahan PPRT lebih bertuah kerana setiap unit rumah telah siap disediakan dua bilik tidur yang selesa. Amalan pengasingan dilihat tidak hanya terbatas kepada pergaulan anak remaja, malah bagi pasangan muda yang baru berkahwin, mereka (suami) perlu segera membina rumah sendiri berdekatan dengan keluarga isteri sebagai langkah memulakan kehidupan sendiri secara berasingan dengan ibubapa. Rajah 5.12 : Pengasingan bilik tidur 159 10. Pengurusan sisa dan sampah Indikator berkaitan rawatan dan pengurusan sisa buangan telah digunapakai di dalam kajian Yuan et al. (2003) terhadap komuniti di wilayah Chongming, China. Aspek pengurusan sisa dan sampah yang mapan perlu memastikan sisa buangan domestik tidak menimbulkan kacau ganggu terutama terhadap kualiti hidup dan kesihatan serta mengelakkan berlakunya pencemaran terhadap alam sekitar baik ke atas udara, air atau tanah. Penyelidikan ini melihat semakin tinggi amalan pengurusan sisa dan sampah, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis keseluruhan menunjukkan hanya 22.2 peratus responden mengamalkan sistem pengurusan sisa dan sampah. Kadar ini adalah rendah berbanding cadangan matlamat bagi pengurusan sisa dan sampah mapan yang dicadangkan iaitu >51.0 peratus (Jadual 5.27). Jadual 5.27: Pengurusan sisa dan sampah Kg. Kuala Mu 10.7% Kg. Perjek 31.4% Tidak 89.3% 68.6% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <25% 26-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >51.0% 22.2% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung menunjukkan hanya 10.7 peratus responden dari Kg. Kuala Mu dan 31.4 peratus dari Kg. Perjek mengamalkan pengurusan sisa dan sampah. Berdasarkan pemerhatian, tahap kemapanan yang rendah ini berpunca daripada masalah infrastruktur iaitu ketiadaan sistem pembetungan yang sempurna terutama bagi penduduk di Kg. Kuala Mu. Responden di Kg. Perjek yang mempunyai sistem pembetungan pula hanya terhad kepada keluarga yang menerima bantuan rumah di bawah program PPRT yang lengkap dengan kemudahan tandas. Justeru, kebanyakan penduduk masih menjadikan sungai sebagai tempat membuang najis. Selain kekurangan infrastruktur, masalah kekurangan ilmu dan pendedahan terhadap kaedah menguruskan sisa dan sampah dengan betul turut dikenalpasti sebagai punca. Beberapa responden yang ditemubual menyatakan mereka tidak tahu terdapat sistem khusus menguruskan sampah dengan lebih mesra alam selain membakar. Kesannya, pemerhatian mendapati wujud beberapa kawasan di sekitar kampung yang dijadikan tempat membakar sampah begitu juga dengan kawasan 160 pinggir sungai yang menjadi tempat longgokan sampah. Kesedaran bahawa ‘sampah’ seperti botol dan tin masih mempunyai nilai sekiranya dijual, barangan-barangan ini didapati sudah tidak kelihatan di kawasan pembuangan sampah kerana diambil dan dijual penduduk kepada peraih sebagai barangan kitar semula. Rajah 5.13 adalah rumusan analisis ke atas indikator kemapanan sistem di mana daripada 10 indikator, 3 indikator telah mencapai cadangan matlamat kemapanan penyelidikan ini. Rumusan Analisis Kemapanan Sistem Indikator yang mencapai cadangan matlamat kemapanan 1. Amal – perkongsian hasil 2. Kepatuhan kepada adat/peraturan tradisional 3. Pengasingan bilik tidur anak lelaki-perempuan Indikator yang tidak mencapai cadangan matlamat kemapanan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Tempoh masa bekerja Tahu – pembahagian kerja Amal – pembahagian kerja Tahu – pembahagian hasil Amal – pembahagian hasil Penglibatan pembuatan keputusan Pengurusan sisa dan sampah Rajah 5.13: Rumusan terhadap analisis kemapanan sistem 5.3.3 Analisis Tahap Kemapanan Situasi Sebanyak 21 indikator akan dianalisis berkaitan tahap kemapanan situasi (rujuk Jadual 4.2). Kemapanan situasi bermaksud keadaan yang sedang dialami persekitaran iaitu sama situasi komuniti kini ada sedang bergerak ke arah kemapanan atau sebaliknya. Kemapanan situasi juga berkait rapat dengan kemampuan sistem yang dibentuk bagi mengawal serta memantau sikap dan tindakan komuniti terhadap persekitaran mereka. Aktiviti-aktiviti komuniti seperti menerokaan kawasan hutan untuk pengeluaran sumber, pembukaan tanah bagi ladang pertanian dan pembinaan penempatan serta kemudahan infrastruktur perlu dipantau dan dikawal melalui suatu sistem agar tekanan dan kesan 161 negatif terhadap situasi komuniti dan kualiti persekitaran dapat dibendung. Analisis kemapanan situasi akan merangkumi aspek situasi ekonomi, sosial dan alam sekitar/fizikal. Huraian analisis akan turut diperkuatkan dengan maklumat daripada temubual dan pemerhatian langsung. Komponen-komponen situasi komuniti yang mapan atau tidak mapan daripada amalan semasa akan dapat dikenalpasti melalui jadual keputusan hasil analisis setiap indikator. 1. Pekerjaan sampingan Indikator pekerjaan sampingan dibentuk daripada prinsip kemapanan ekonomi iaitu kepelbagaian ekonomi (economic diversifiation). Kemampuan ekonomi mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan sampingan selain pekerjaan utama kepada anggota komuniti mengambarkan wujud situasi ekonomi yang mapan kerana bukan sahaja secara langsung membantu menambahkan hasil dan pendapatan yang kurang memuaskan daripada pekerjaan utama, malah membantu membentuk komuniti yang mampu berdikari (selfsustain) dari segi ekonomi. Justeru, penyelidikan ini melihat semakin tinggi jumlah responden yang mempunyai pekerjaan sampingan, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis keseluruhan menunjukkan sebanyak 57.1 peratus responden di kawasan kajian mempunyai pekerjaan sampingan dan kadar ini adalah tinggi dan mencapai cadangan matlamat kemapanan iaitu >51.0 peratus (Jadual 5.28). Jadual 5.28: Pekerjaan sampingan Kg. Kuala Mu 35.7% Kg. Perjek 74.3% Tidak 64.3% 25.7% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <25% 26-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >51.0% 57.1% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Jenis pekerjaan sampingan di kawasan kajian dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu pekerjaan tradisional dan pekerjaan moden. Daripada jumlah yang mempunyai pekerjaan sampingan, sebanyak 50.9 peratus daripadanya terlibat dengan pekerjaan tradisional seperti menanam padi bukit (15.9 peratus), mencari rotan (17.5 162 peratus), mencari buluh kasap (11.1 peratus), membuat barangan kraf (4.8 peratus) dan sebagai porter gunung (1.6 peratus). Manakala baki 6.4 peratus terlibat di dalam pekerjaan moden iaitu berniaga (3.2 peratus) dan menjadi buruh di ladang (3.2 peratus). Analisis mengikut kampung mendapati peratus responden yang mempunyai pekerjaan sampingan di Kg. Perjek adalah tinggi iaitu 74.3 peratus, 38.6 peratus melebihi peratusan bagi Kg. Kuala Mu. Hasil pemerhatian mendapati faktor perletakan/jarak dan aksessibiliti memberikan pengaruh terhadap tahap amalan pekerjaan sampingan di kalangan kawasan kajian. Ini kerana perletakan/jarak adalah berkait rapat dengan kos pengangkutan (pertambahan jarak akan meningkatkan kos pengangkutan). Jarak Kg. Kuala Mu yang jauh dengan kawasan pinggir telah meningkatkan kos pengangkutan kepada peraih untuk berulang-alik membeli hasil keluaran penduduk di situ. Peningkatan kos pengangkutan memaksa harga beli dikurangkan bagi mengelakkan kerugian kepada peraih. Manakala, penduduk pula melihat harga yang ditawarkan adalah sangat rendah dan tidak setimpal dengan penat-lelah, justeru lebih baik mereka tidak menghabiskan sumber yang ada (seperti buluh) hanya untuk bayaran yang rendah dan tidak perlu memenatkan tubuh dengan kerja sampingan. Berbeza dengan Kg. Perjek yang mana perletakannya hampir dengan pusat pentadbiran JHEOA di RPS Legap, mempunyai aksessibiliti yang lebih baik dengan kawasan pinggir dan terletak dalam kawasan projek ladang kelapa sawit di Legap telah membuka pelbagai peluang pekerjaan sampingan kepada penduduknya. 2. Penglibatan ahli keluarga Penglibatan ahli keluarga (isteri atau anak) di dalam kegiatan ekonomi telah dikupas di dalam kajian oleh Zahid Emby et al, (1996). Penyelidikan ini telah mengubahsuai elemen tersebut mengikut keperluan kajian. Elemen ini dilihat turut berkait dengan kemapanan kerana penglibatan anggota keluarga di dalam pekerjaan bukan sahaja dapat mengurangkan kadar pengangguran dalam komuniti, malah membantu memperkukuhkan ekonomi keluarga dengan menyumbang pertambahan pendapatan. Justeru, penyelidikan ini melihat semakin tinggi penglibatan ahli keluarga dalam pekerjaan, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis keseluruhan menunjukkan 38.1 peratus responden mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan pekerjaan membantu keluarga di mana kadar ini adalah tinggi dan mencapai cadangan 163 matlamat bagi tahap penglibatan ahli keluarga yang mapan iaitu >31.0 peratus (Jadual 5.29). Jadual 5.29: Penglibatan ahli keluarga Kg. Kuala Mu 39.3% Kg. Perjek 37.1% Tidak 60.7% 62.9% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <10% 11-30% >31% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >31.0% 38.1% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis terperinci mendapati kedua-dua kampung menunjukkan penglibatan yang tinggi di kalangan ahli keluarga bekerja membantu keluarga di mana kadar yang dicatatkan bagi Kg. Kuala adalah 39.3 peratus dan Kg. Perjek 37.1 peratus. Temubual dengan Penghulu Karim Bin Busu menjelaskan di Kg. Kuala Mu penglibatan ahli keluarga bekerja biasanya melibatkan anak lelaki yang tamat sekolah rendah dan tidak berminat menyambung pelajaran ke peringkat menengah. Mereka akan membantu keluarga membuat kerja-kerja di ladang selain mengikut bapa mereka ke hutan mencari rotan dan akar kayu. Anak perempuan pula biasanya gemar menghabiskan masa dengan membantu ibu mereka menguruskan hal-hal di rumah. Situasi ini bagaimanapun berbeza di Kg. Perjek kerana menurut Penghulu Sudin Bin Long, keadaan hidup di kampung yang tidak menjanjikan masa depan yang baik menyebabkan ramai belia dan beliawanis berhijrah keluar mencari pekerjaan terutama di sektor perkilangan dan restoran di bandar berdekatan untuk membantu mengurangkan bebanan kewangan keluarga. 3. Kadar pengangguran Indikator ini adalah penting diambilkira dalam mengkaji aspek kemapanan situasi berkait dengan ekonomi. Pengkaji seperti Sham Sani (2001) telah menggunakan indikator ini bagi mengukur pembangunan mapan kawasan bandar di Malaysia. Cadangan piawaian kemapanan iaitu <5.0 peratus oleh Sham Sani bagaimanapun kurang praktikal bagi penyelidikan terhadap komuniti Orang Asli yang tinggal jauh di pendalaman. Setelah dinilai kesesuaian indikator ini situasi di kawasan kajian, cadangan matlamat <10.0 peratus adalah lebih praktikal. Indikator ini termasuk di dalam kumpulan ‘reverse 164 indicators’ di mana semakin rendah kadar pengangguran, semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis menunjukkan kadar pengangguran di kawasan kajian berada pada tahap yang rendah iaitu 9.5 peratus sekaligus mencapai cadangan matlamat kemapanan iaitu <10.0 peratus (Jadual 5.30). berdasarkan pemerhatian pengkaji, kadar pengangguran yang rendah dan terkawal dilihat berpunca daripada sikap belia untuk turut bekerja membantu menambah pendapatan keluarga, baik pekerjaan moden atau pekerjaan tradisional. Jadual 5.30: Kadar pengangguran Kg. Kuala Mu 10.7% Kg. Perjek 8.6% Tidak 89.3% 91.4% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <10% 11-25% >26% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap <10.0% 9.5% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung mendapati Kg. Perjek mencatatkan kadar pengangguran lebih rendah berbanding cadangan matlamat kemapanan iaitu 8.6 peratus, berbanding Kg. Kuala Mu yang mencatatkan 10.7 peratus. Namun, secara keseluruhannya situasi pengangguran di kawasan kajian masih berada pada tahap yang rendah dan terkawal. 4. Pemilikan tanah Indikator pemilikan tanah bagi penyelidikan ini tidak merangkumi pemilikan tanah bergeran tetapi kemampuan responden meneroka hutan dengan membuka ladang pertanian di dalam kawasan Tanah Rezab Orang Asli di kedua-dua kampung. Setiap responden yang telah meneroka hutan dan menukarkannya kepada ladang atau dusun akan dikira telah memiliki tanah sendiri. Justeru, semakin tinggi tahap pemilikan tanah, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis menunjukkan kadar pemilikan tanah di kawasan kajian berada pada tahap 77.8 peratus sekaligus mencapai cadangan matlamat tahap pemilikan tanah yang mapan iaitu >76.0 peratus (Jadual 5.31). 165 Jadual 5.31: Pemilikan tanah Kg. Kuala Mu 92.9% Kg. Perjek 65.7% Tidak 7.1% 34.3% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <40% 41-75% >76% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >76.0% 77.8% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung menunjukkan hanya responden dari Kg. Kuala Mu mencapai cadangan piawaian pemilikan tanah yang mapan dengan kadar 92.9 peratus, berbanding responden Kg. Perjek yang hanya mencatat 65.7 peratus. Situasi ini menunjukkan responden di Kg. Kuala Mu lebih aktif meneroka kawasan hutan dan menukarkannya kepada kawasan pertanian (ladang ubi kayu) dan dusun buah-buahan. Hujah ini dikuatkan melalui kenyataan En. Badrol Hisham Kamaruddin, pegawai JHEOA Kuala Kangsar bahawa Pos Kuala adalah kawasan penempatan Orang Asli yang paling banyak dan paling luas mempunyai dusun buah-buahan di daerah Kuala Kangsar. Menurut Abu Bakar Bin Enair (Kg. Perjek), tumpuan pekerjaan kepada di sektor ekonomi komersil menyebabkan komuniti kini kurang meneroka tanah hutan untuk dijadikan ladang pertanian. Tanah pertanian yang ada di Kg. Perjek kini hanyalah untuk penanaman padi bukit oleh segelintir penduduk kampung secara bergotong-royong. 5. Mengusahakan tanah yang ekonomik (> 2 ekar) Analisis terhadap pemilikan tanah diperincikan untuk mendapatkan jumlah responden yang mengusahakan tanah dalam skala yang ekonomik (>2 ekar). Berdasarkan kajian oleh Lee Yong Leng (1981) terhadap amalan pertanian pindah komuniti Orang Dayak dan Iban di Sarawak mendapati purata saiz ladang di antara 2 ekar-3 ekar mampu menampung keperluan bekalan makanan sebuah isirumah yang kecil secara berterusan (selama 35 tahun bagi melengkapkan satu kitaran pertanian pindah) tanpa mengalami kemerosotan kesuburan tanah. Justeru, bagi penyelidikan ini saiz tanah ladang melebihi 2 ekar dianggap sebagai ukuran kemapanan. Hasil analisis menunjukkan kegiatan mengusahakan tanah secara ekonomik mencatatkan kadar 14.3 peratus, jauh lebih rendah daripada cadangan matlamat kemapanan iaitu >51.0 peratus. Situasi ini menunjukkan biarpun tahap pemilikan tanah untuk pertanian adalah tinggi bagi kedua-dua kampung, 166 saiz tanah yang diusahakan bagaimanapun tidak berskala ekonomik yang mampu menyumbang kepada peningkatan penghasilan dan pendapatan. Jadual 5.32: Mengusahakan tanah secara ekonomik (>2 ekar) Kg. Kuala Mu 10.7% Kg. Perjek 17.1% Tidak 89.3% 82.9% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <25% 26-50% >51% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >51.0% 14.3% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung mendapati responden dari kedua-dua kampung kurang mengusahakan tanah secara ekonomik iaitu hanya 10.7 peratus bagi Kg. Kuala Mu dan 17.1 peratus bagi Kg. Perjek. Daripada pemerhatian dan temubual yang dibuat, saiz ladang pertanian padi bukit dan ubi kayu lazimnya hanya antara 0.5 ekar hingga 1.5 ekar kerana saiz ladang ini sesuai dengan fungsinya sebagai sumber ekonomi sara diri kepada penduduk kampung. Berdasarkan rekod kajian lapangan, hanya Penghulu Sudin Bin Long dari Kg. Perjek mempunyai tanah pertanian aktif melebihi 2.0 ekar, itupun hanya melibatkan kawasan ladang padi bukit yang diusahakan secara bergotong-royong dengan beberapa kelamin (Rajah 5.14). Manakala, di Kg. Kuala Mu tanah yang diusahakan lebih dari 2.0 ekar adalah kawasan dusun kekal (tanah pertanian tidak aktif). Rajah 5.14 : Tanah ladang padi bukit milik Penghulu Sudin Bin Long (>2 ekar) 167 6. Purata pendapatan bulanan isirumah (>RM 501.00) Pendapatan adalah salah satu indikator penting dalam mengukur kemapanan ekonomi. Menurut KKLBW (2005), piawaian garis kemiskinan (purata pendapatan bulanan) yang digunapakai bagi Semenanjung Malaysia ialah RM 529.00. Penyelidikan ini mengambilkira nilai tersebut untuk disesuaikan mengikut keperluan dan keadaan komuniti yang dikaji memandangkan banyak kajian sebelum ini (rujuk Siti Nor Awang dan Juli Edo, 2003; JHEOA, 2003) melabelkan komuniti Orang Asli sebagai sangat miskin. Setelah disemak keputusan analisis awal (kajian rintis), pengukuran kemapanan pendapatan menggunakan nilai RM 529.00 dilihat tinggi sehingga menjadi tidak releven jika dibandingkan situasi semasa komuniti. Justeru, nilai purata pendapatan bulanan >RM 501.00 dipilih untuk digunakan sebagai garis minima pendapatan purata bulanan yang mapan. Hasil analisis menunjukkan kadar purata pendapatan bulanan (>RM 501.00) di kawasan kajian berada pada tahap 6.3 peratus, jauh di bawah cadangan matlamat pendapatan bulanan mapan iaitu > 91.0 peratus (Jadual 5.33). Situasi ini menunjukkan majoriti responden yang dikaji tidak mempunyai kekuatan ekonomi dan masih terlalu jauh untuk mencapai tahap minima bagi pendapatan di atas garis kemiskinan sebagaimana piawai kemiskinan oleh KKLBW. Jadual 5.33: Purata pendapatan bulanan (>RM 501.00) Kg. Kuala Mu 0.0% Kg. Perjek 11.4% Tidak 100.0% 88.6% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >91.0% 6.3% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Pemerhatian pengkaji mendapati pendapatan bulanan yang rendah adalah berpunca daripada jenis kegiatan ekonomi yang dicerminkan melalui jenis pekerjaan (rujuk subtajuk 5.3.3). Analisis yang dibuat mengikut kampung mendapati tiada seorang pun responden dari Kg. Kuala Mu memperoleh pendapatan lebih dari RM 501.00 sebulan manakala hanya 4 responden atau 11.4 peratus dari Kg. Perjek memperoleh pendapatan bulanan melebihi RM 501.00. 168 7. Baki simpanan wang dalam akaun Mempunyai simpanan wang terutama untuk kegunaan hari ini dan generasi akan datang adalah salah satu daripada prinsip kemapanan ekonomi (prinsip antara generasi) sebagaimana digunapakai dalam Laporan Strategi Pembangunan Mapan dan Agenda 21 Selangor (2001). Antara lain prinsip ini menekankan perlunya perancangan (simpanan) dibuat bagi jangkauan masa yang panjang, bukan hanya mengambilkira keperluan hari ini, malah penting untuk keperluan generasi akan datang. Ini kerana simpanan wang menjadi satu bentuk jaminan keselamatan untuk hari kini terutama ketika penduduk melalui saatsaat kecemasan yang memerlukan penggunaan wang segera seperti pembelian peralatan membaiki rumah yang rosak akibat bencana dan lain-lain serta untuk keperluan akan datang seperti menanggung perbelanjaan pengajian anak, membeli kenderaan dan sebagainya. Justeru, penyelidikan ini melihat semakin tinggi peratus yang mempunyai simpanan wang, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Analisis akan mendapatkan responden yang mempunyai baki wang dalam akaun sekurang-kurangnya RM10.00 sebagai petunjuk mereka mempunyai simpanan. Hasil analisis menunjukkan peratus responden yang memiliki baki wang dalam akaun adalah sebanyak 42.9 peratus, lebih rendah berbanding cadangan matlamat kemapanan iaitu >91.0 peratus (Jadual 5.34). Jadual 5.34: Baki wang dalam akaun (>RM 10.00) Kg. Kuala Mu 7.2% Kg. Perjek 71.4% Tidak 92.8% 28.6% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >91.0% 42.9% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung mendapati responden Kg. Perjek menunjukkan peratusan sebanyak 71.4 peratus berbanding responden Kg. Kuala Mu yang hanya mencatatkan 7.2 peratus. Menurut Zainal Abidin Bin Uda (Kg. Kuala Mu), ketiadaan lebihan wang daripada pekerjaan yang dibuat membuatkan ramai penduduk kampung tidak menyimpan wang. Tambahan pula, kos untuk keluar menyimpan wang di bank 169 terdekat (Bandar Sg. Siput) adalah tinggi. Baki mereka yang mempunyai baki simpanan adalah mereka yang bekerja kilang dan ladang di bandar berhampiran di mana gaji mereka dimasukkan terus ke dalam akaun bank. Manakala, semakan ke atas buku profil Kg. Perjek mendapati kesemua responden yang mempunyai wang dalam akaun merupakan peserta projek tanaman kelapa sawit oleh RISDA di mana keuntungan (berbentuk dividen) akan disalurkan ke akaun peserta setiap hujung tahun. Menurut Busu Bin Long (Perjek), tanpa dividen sebagai peserta projek kelapa sawit adalah sukar untuk mereka membuka akaun dan membuat simpanan wang di bank. 8. Tahap pendidikan formal (sehingga Sekolah Menengah) Indikator peratus penduduk yang menerima pendidikan tinggi telah digunakan di dalam kajian oleh Ibrahim Ngah (2003) bagi mengukur tahap kemapanan sosial komuniti Kayan di Sarawak. Kajian lain oleh Mustaffa Omar (2004) dan Yuan et al. (2003) menunjukkan aspek pendidikan berkait rapat dengan kelayakan akademik yang diperlukan seseorang untuk mendapatkan pekerjaan yang baik dan seterusnya mampu menikmati pendapatan yang baik. Oleh itu, adalah penting pengukuran tahap kemapanan sosial bagi komuniti Orang Asli di kawasan kajian mengambilkira aspek penerimaan pendidikan formal (pendidikan sehingga peringkat sekolah menengah) memandangkan kelayakan minima bagi permohonan kerja kini memerlukan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia). Penyelidikan ini melihat semakin tinggi tahap pendidikan formal (sehingga sekolah menengah), maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis keseluruhan menunjukkan hanya 8.6 peratus daripada keseluruhan komuniti menerima pendidikan sehingga sekolah menengah. Kadar yang dicatatkan ini adalah rendah berbanding cadangan matlamat kemapanan iaitu >91.0 peratus (Jadual 5.35). Analisis mendapati lebih separuh (54.7 peratus) penduduk menerima pendidikan sehingga sekolah rendah, diikuti 24.3 peratus belum bersekolah dan 12.4 peratus tidak bersekolah. 170 Jadual 5.35: Tahap pendidikan formal (sekolah menengah) Kg. Kuala Mu 6.6% Kg. Perjek 10.2% Tidak 100.0% 97.1% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >91.0% 8.6% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung mendapati 10.2 peratus daripada penduduk dari Kg. Perjek dan 6.6 peratus daripada penduduk Kg. Kuala Mu menerima pendidikan sehingga ke sekolah menengah. Taraf pendidikan yang rendah bakal memberi kesan kepada (1) kelayakan akademik bagi mendapatkan pekerjaan, terutama belia, (2) tahap kefahaman terhadap usaha pembangunan komuniti, (3) meningkatkan rasa rendah diri, (4) mudah diperdaya dalam proses jual-beli dengan peraih. Tanpa ilmu dan pendidikan yang tinggi, dikhuatiri komuniti Orang Asli dan generasi mereka kelak akan terus tercicir dalam persaingan dengan kaum lain bagi merebut peluang pekerjaan dan peluang mengecapi nikmat pembangunan negara. 9. Kadar celik huruf (kebolehan membaca dan menulis) Prinsip masyarakat berilmu merupakan salah satu prinsip kemapanan sosial yang terkandung di dalam Strategi Pembangunan Mapan dan Agenda 21 Selangor (2001). Prinsip ini menekankan perlunya asas ilmu pengetahuan dibentuk dan dipupuk agar dapat melahirkan komuniti yang berjati diri dan memiliki pelbagai kemahiran yang mampu menghadapi cabaran alaf baru. Manakala bab 36 Agenda 21 (galakan pendidikan, kesedaran awam dan latihan) memasukkan kadar celik huruf sebagai salah satu indikator utama (Moldan et al., 1997). Bagi penyelidikan ini, asas ilmu pengetahuan untuk melahirkan masyarakat Orang Asli yang berilmu bermula setelah komuniti mencapai tahap celik huruf yang tinggi. Justeru, penyelidikan ini melihat semakin tinggi kadar celik huruf, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis mendapati 33.3 peratus responden adalah celik huruf (mampu membaca serta menulis dengan baik). Kadar yang dicatatkan ini adalah rendah berbanding cadangan matlamat kemapanan iaitu >91.0 peratus (Jadual 5.36). Situasi celik huruf 171 dikesan mempunyai perkaitan rapat dengan penerimaan pendidikan di mana responden yang tidak bersekolah lazimnya tidak akan mampu mengenal huruf dan membaca berbanding responden yang menerima pendidikan minima iaitu sehingga sekolah rendah atau sebilangan kecil ke sekolah menengah. Jadual 5.36: Kadar celik huruf Kg. Kuala Mu 32.1% Kg. Perjek 34.3% Tidak 67.9% 65.7% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >91.0% 33.3% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Ujian celik huruf di lapangan telah menggunakan dua pendekatan iaitu; kemampuan menulis dikatahui melalui pertanyaan langsung kepada responden manakala kemampuan membaca menggunakan keratan akhbar di mana responden diminta membaca keratan berita tersebut. Hasil analisis terperinci mendapati responden di kedua-dua kampung menunjukkan peratusan hampir sama iaitu 32.1peratus responden didapati celik huruf di Kg. Kuala Mu dan 34.3 peratus bagi Kg. Perjek dan daripada jumlah tersebut, 75.0 peratus adalah responden yang berumur di bawah 40 tahun manakala baki 25.0 peratus adalah responden berumur 41 tahun dan ke atas. Menurut pegawai JHEOA di Pos Legap iaitu En. Rashid, keadaan buta huruf secara langsung menghalang kebanyakan penduduk menguruskan hal-hal penting terutama berkaitan dokumen pengenalan diri serta hel-hal rasmi seperti daftar perkahwinan, persekolahan dan perkhidmatan kesihatan. 10. Kadar keciciran pelajaran Bab 36 Agenda 21 menyentuh berkenaan galakan pendidikan di mana salah satu indikator yang digunakan adalah peratus kanak-kanak yang mencapai gred 5 di sekolah rendah (Moldan et al., 1997). Namun, perlaksanaan sistem pendidikan yang berbeza di Malaysia umumnya dan komuniti Orang Asli khususnya memerlukan pengubahsuaian terhadap indikator tersebut. Menurut JHEOA (2003), insiden keciciran dikaji berdasarkan bilangan individu yang dalam umur persekolahan tetapi tidak bersekolah. Bagi penyelidikan ini, insiden keciciran dilihat daripada peratus pelajar yang tamat sekolah 172 rendah tetapi gagal mendaftar untuk peringkat sekolah menengah. Kajian terhadap keciciran berkait rapat dengan kemapanan kerana kadar keciciran yang tinggi bakal melahirkan generasi pelapis Orang Asli yang kurang penguasaan ilmu, tidak memiliki kelayakan akademik yang baik serta minda yang rendah diri dan sukar bersaing dengan kelompok bangsa lain. Hasil analisis menunjukkan kadar keciciran pelajaran yang dicatatkan bagi kawasan kajian adalah 11.1 peratus di mana kadar ini lebih tinggi berbanding cadangan matlamat kemapanan iaitu <5.0 peratus (Jadual 5.37). Keciciran di kawasan kajian dikesan berlaku akibat kengganan pelajar meneruskan pelajaran di sekolah menengah yang terletak di luar kawasan iaitu di Sekolah Menengah Tambun, Ipoh. Jadual 5.37: Kadar keciciran pelajaran Kg. Kuala Mu 21.5% Kg. Perjek 2.9% Tidak 78.5% 97.1% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <5% 6-10% >11% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap <5.0% 11.1% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung menunjukkan perbezaan yang ketara di antara kampung dengan Kg. Perjek mencatatkan kadar keciciran yang rendah iaitu hanya 2.9 peratus, berbeza dengan Kg. Kuala Mu yang mencatatkan kadar keciciran yang tinggi iaitu 21.5 peratus. Pemerhatian mendapati dua faktor iaitu sikap dan pengaruh persekitaran adalah punca kadar keciciran yang tinggi di Kuala Mu. Menurut Cikgu Aminuddin Bin Rohani (SK Pos Kuala Mu), sikap pelajar yang tidak sanggup berpisah dengan ibubapa atau sebaliknya menyebabkan mereka ‘diserang rindu’ terhadap keluarga sehingga sesetengah ramai di kalangan mereka enggan meneruskan persekolahan setelah dihantar pulang ke kampung semasa cuti sekolah. Faktor persekitaran adalah daripada rakan-rakan di mana lazimnya pelajar tidak minat untuk meneruskan pelajaran jika ramai di antara ‘rakan Darjah 6’ mereka tidak mahu bersekolah. 173 11. Aksess kepada perkhidmatan kesihatan Bab 5 dalam Agenda 21 menyentuh berkenaan aspek perlindungan dan menggalakkan kesihatan manusia (Moldan et al., 1997) di mana salah satu indikator menyebut berkenaan aksess penduduk terhadap fasiliti kesihatan atau sistem penjagaan kesihatan awam. Kesihatan dan kemapanan merupakan perkara yang berkaitan di mana aksess kepada perkhidmatan kesihatan yang tinggi membolehkan penduduk mendapatkan rawatan segera dan berterusan daripada pos-pos rawatan yang disediakan. Tindakan pantas tersebut juga dapat membendung atau mengawal jangkitan sesetengah penyakit berbahaya daripada terus merebak dan menggangu kesihatan penduduk yang lain. Selain perkhidmatan merawat, aspek pendidikan kesihatan dan kebersihan turut diterapkan kepada komuniti. Hasil analisis secara keseluruhan dan terperinci mengikut kampung mendapati responden mempunyai aksess sepenuhnya iaitu dengan kadar 100.0 peratus kepada perkhidmatan kesihatan. Jadual 5.38: Aksess kepada perkhidmatan kesihatan Kg. Kuala Mu 100.0% Kg. Perjek 100.0% Tidak 0.0% 0.0% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >91.0% 100.0% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Usaha mempertingkatkan aksess komuniti Orang Asli kepada perkhidmatan kesihatan telah lama menjadi perhatian pihak kerajaan di mana JHEOA dengan kerjasama Pusat Kesihatan dan Hospital Sungai Siput telah menjalankan perkhidmatan doktor bergerak (sebulan 1 kali ke setiap kampung) serta pemeriksaan kesihatan secara tetap di bangunan Jabatan Kesihatan Pos Legap. Menurut Arim Bin Busu iaitu pembantu kesihatan JHEOA Pos Legap, kemudahan mendapatkan rawatan menjadikan taraf kesihatan penduduk di semua kampung bertambah baik dan kes-kes kronik sebelum ini seperti kematian bayi dan malaria didapati telah berkurangan. 174 (a) Perkhidmatan kesihatan bergerak (b) Balai rawatan kesihatan di Pos Legap Rajah 5.15 : Penyediaan kemudahan kesihatan di kawasan kajian 12. Kadar jenayah Pengukuran kadar jenayah telah dibuat oleh Sham Sani (2001) di peringkat negara dengan mengambilkira kadar per 10,000 penduduk per tahun. Pengukuran ini bagaimanapun kurang sesuai dengan keperluan penyelidikan dan telah diubahsuai kepada mengukur peratusan kekerapan berlaku kegiatan jenayah (mencuri) iaitu sekali dalam tempoh sebulan. Daripada makluman awal penduduk, kegiatan mencuri adalah kegiatan jenayah yang paling kerap berlaku di kawasan kajian. Dari aspek kemapanan, peningkatan kadar jenayah secara langsung menunjukkan tahap keselamatan yang semakin rendah dan memberikan gambaran bahawa sesebuah komuniti sedang mengalami krisis sosial dan kegagalan bertindak mengatasi gejala ini bakal menjerumuskan komunti ke arah situasi yang tidak mapan. Penyelidikan ini melihat semakin rendah kadar jenayah, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis keseluruhan telah mendapati aktiviti jenayah yang membabitkan kecurian dengan kekerapan sekali dalam sebulan dicatatkan sebanyak 12.7 peratus, melebihi cadangan matlamat kemapanan bagi kadar jenayah iaitu <5.0 peratus (Jadual 5.39). 175 Jadual 5.39: Kadar jenayah (kekerapan kecurian-sekali/bulan) Kg. Kuala Mu 28.6% Kg. Perjek 0.0% Tidak 71.4% 100.0% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <5% 6-10% >11% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap <5.0% 12.7% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis kadar jenayah mengikut kampung bagaimanapun menunjukkan situasi yang berbeza dengan 28.6 peratus responden di Kg. Kuala Mu melaporkan berlaku kejadian jenayah yang kerap, berbanding 0.0 peratus dilaporkan oleh responden Kg. Perjek Justeru, situasi kadar jenayah di Kg. Perjek adalah lebih mapan berbanding Kg. Kuala Mu. Menurut Penghulu Sudin Bin Long (Kg. Perjek), kadar kecurian yang rendah adalah disebabkan sikap penduduk yang suka mengambil berat hal-hal jiran mereka dan saling berpesan serta tolong menolong di dalam menjaga keselamatan harta benda jiran masingmasing. Amalan ini telah lama diamalkan dan kini terbukti berjaya mengurangkan peluang untuk berlaku kejadian-kejadian jenayah, terutamanya kecurian di kampung. 13. Kadar masalah sosial Masalah sosial timbul akibat ketidakpatuhan individu atau sekumpulan manusia terhadap batas-batas hidup yang telah ditetapkan. Perlanggaran ini seterusnya membawa kepada sitausi tidak mapan dengan tercetusnya pelbagai masalah sosial di mana yang menjadi mangsa biasanya golongan belia remaja yang diharapkan menjadi generasi pewaris kepimpinan Orang Asli di masa akan datang. Penyelidikan ini melihat semakin rendah kadar masalah sosial, semakin tinggi tahap kemapanan komuniti. Hasil analisis menunjukkan kadar masalah sosial di kawasan berada pada paras yang tidak mapan kerana angka 11.1 peratus yang dicatatkan telah mengatasi cadangan matlamat tahap kemapanan iaitu <5.0 peratus. Analisis mengikut kampung juga menunjukkan keputusan yang sama iaitu situasi masalah sosial yang tidak mapan di mana Kg. Perjek mencatatkan kadar 5.7 peratus dan Kg. Kuala Mu sebanyak 17.9 peratus. Hasil temubual dengan penghulu Karim Bin Busu (Kuala Mu) mendapati elemen hiburan (pengaruh televisyen dan VCD) sebagai pengenalan kepada merebaknya masalah sosial di 176 kalangan belia di kampung. Masalah bertambah ketara apabila terdapat sekumpulan remaja yang tidak bersekolah dan mereka ini mula menonjol menjadi ‘hero kampung’ serta gemar menghabiskan masa bermain terup dan melepak. Namun apa yang menarik, disebalik kewujudan ‘hero-hero kampung’ ini, belum berlaku sebarang kes pencabulan atau menganggu wanita di kawasan kajian kerana perbuatan tersebut merupakan sesuatu yang sangat sensitif dan begitu takut untuk dilakukan golongan terbabit. Jadual 5.40: Kadar masalah sosial Kg. Kuala Mu 17.9% Kg. Perjek 5.7% Tidak 82.1% 94.3% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <5% 6-10% >11% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap <5.0% 11.1% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 14. Pemilikan rumah Bab 7 Agenda 21 telah menggariskan keperluan untuk pembangunan petempatan manusia yang mapan (Moldan et al., 1997). Rumah atau tempat perlindungan merupakan komponen asas sesebuah petempatan. Maka, dalam usaha membentuk petempatan yang mapan indikator ini perlu diutamakan kerana menurut Suruhanjaya Pembangunan Mapan (CSD), kemampuan memiliki rumah menjadi pengukur terhadap keadaan dan kualiti hidup sesebuah keluarga. Dengan lain perkataan, keluarga yang tinggal di rumah milik sendiri telah melengkapi sebahagian prasyarat untuk mencapai komuniti mapan dan penyelidikan ini melihat semakin tinggi kadar pemilikan rumah, semakin tinggi tahap kemapanan. Umumnya, terdapat tiga jenis rumah di kawasan kajian iaitu rumah tradisional, rumah bantuan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) (papan) dan rumah bantuan PPRT (konkrit) (rujuk Rajah 5.16) dengan kajian terhadap pemilikan dibuat meliputi ketiga-tiga jenis rumah tersebut. Hasil analisis mendapati kadar pemilikan rumah sendiri oleh responden adalah mapan berdasarkan hasil analisis yang dicatatkan iaitu 98.4 peratus. Kadar ini lebih tinggi jika dibandingkan dengan cadangan matlamat kemapanan iaitu >91.0 peratus (Jadual 5.41). 177 Jadual 5.41: Kadar pemilikan rumah Kg. Kuala Mu 96.4% Kg. Perjek 100.0% Tidak 3.6% 0.0% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >91.0% 98.4% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung juga menunjukkan kedua-dua kampung mencatat kadar pemilikan rumah sendiri yang tinggi (mapan) iaitu 96.4 peratus bagi Kg. Kuala Mu dan 100.0 peratus bagi Kg. Perjek. Menurut Setunggal Bin Pandak Jahak (Kg. Kuala Mu), tidak timbul masalah ketara berkaitan pemilikan rumah kerana ianya telah lama menjadi sebahagian daripada adat Orang Temiar. Menurut beliau, sebaik sahaja satu pasangan berkahwin, suaminya perlu segera membina rumah berasingan daripada mertua untuk mereka suami-isteri dan kebiasaanya satu rumah dibina berdekatan rumah mertua. (a) Rumah PPRT - konkrit (b) Rumah PPRT - papan (c) Rumah tradisional – bahan hutan Rajah 5.16 : Jenis-jenis rumah di kawasan kajian 178 15. Kadar penceraian Komuniti mapan dibina melalui hubungan kekeluargaan yang utuh dan persefahaman sesama anggota masyarakat yang tinggi. Penceraian atau melepaskan tali ikatan perkahwinan telah dilihat sebagai tindakan yang tidak mapan kerana bukan sahaja meruntuhkan institusi kekeluargaan yang terbina, malah lebih teruk boleh menjejaskan masa depan anak-anak yang terlibat. Kajian telah membuktikan bahawa moral dan motivasi anak (dan isteri) yang melalui proses penceraian mudah mengalami gangguan, bukan hanya untuk tempoh yang singkat malah mungkin sepanjang hayat mereka. Indikator kadar penceraian yang digunapakai penyelidikan ini hanya melibatkan penceraian hidup atau diceraikan suami dan bukan bercerai kerana kematian sama ada mati suami atau isteri. Justeru, penyelidikan ini melihat kadar penceraian mampu mempengaruhi situasi kemapanan komuniti dan mencadangkan semakin rendah kadar penceraian, maka semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis menunjukkan kadar penceraian di kawasan kajian adalah tinggi iaitu 12.7 peratus di mana kadar yang dicatatkan ini lebih tinggi berbanding cadangan matlamat kemapanan iaitu <10.0 peratus. Jadual 5.42: Kadar penceraian Kg. Kuala Mu 14.3% Kg. Perjek 11.4% Tidak 85.7% 88.6% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <10% 11-15% >16% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap <10.0% 12.7% (sederhana) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung mendapati responden di kedua-dua kampung menunjukkan kadar penceraian yang sederhana di mana Kg. Kuala Mu mencatatkan kadar penceraian 14.3 peratus dan Kg. Perjek, 11.4 peratus. Menurut Penghulu Karim Bin Busu (Kg. Kuala Mu), penceraian di kampung biasanya terjadi kerana dua sebab iaitu pertama; suami bekerja di luar kampung untuk tempoh masa yang lama dan kemudiannya jatuh hati dengan wanita di luar. Suami akan pulang ke kampung dan berjumpa penghulu dan mertua untuk menceraikan isterinya dan berpindah membina hidup baru di tempat lain dan kedua; 179 isteri meminta cerai atau lari balik ke kampung ibubapa akibat tidak tahan dengan perangai buruk suami seperti terlalu pemalas, panas baran atau terlibat dengan kegiatan tidak sihat yang membawa kepada cemuhan orang-orang kampung. 16. Kadar pergantungan ekonomi Indikator kadar pergantungan ekonomi bertujuan melihat peratusan pergantungan penduduk berumur 0-14 tahun dan 65 tahun ke atas (kumpulan tidak aktif ekonomi) kepada peratusan kumpulan umur aktif ekonomi (15-64 tahun). Indikator ini berperanan memberikan gambaran kasar mengenai beban ekonomi yang terpaksa ditanggung oleh penduduk kumpulan umur aktif ekonomi bagi sesebuah komuniti. Pergantungan ekonomi boleh memberi kesan terhadap tahap kemapanan di mana pergantungan yang terlalu tinggi terhadap kumpulan umur aktif ekonomi akan meningkatkan bebanan ekonomi (tanggungan), meningkatkan ketidakmampuan mempertingkatkan kualiti hidup, melemahkan sistem ekonomi dan akhirnya merendahkan tahap kemapanan komuniti. Menurut Sunaidin (1997), tanggungan ekonomi yang tinggi juga menjadi satu halangan terhadap usaha mempercepatkan proses membasmi kemiskinan di kalangan komuniti Orang Asli. Penyelidikan ini mencadangkan tahap kadar pergantungan yang sederhana iaitu 4175 peratus sebagai matlamat kemapanan setelah mengambilkira piawaian kebangsaan iaitu 74.8 peratus (Sunaidin, 1997) dan setelah menilai prestasi sosio-ekonomi komuniti daripada hasil kajian awal agar dapat disesuaikan untuk kumpulan aktif ekonomi memainkan peranannya dengan lebih berkesan. Hasil analisis menunjukkan kadar pergantungan di kawasan kajian adalah 95.7 peratus. Ini berdasarkan penduduk berumur 0-14 tahun (48.6 peratus) dan 65 tahun dan ke atas (0.3 peratus) yang merupakan peringkat umur bergantung kepada penduduk kumpulan umur aktif ekonomi iaitu 15-64 tahun (51.1 peratus). Kadar yang ditunjukkan ini adalah jauh lebih tinggi berbanding kadar 74.8 peratus bagi Semenanjung Malaysia (Sunaidin, 1997) dan cadangan matlamat penyelidikan iaitu 41-75 peratus (Jadual 5.43). 180 Jadual 5.43: Kadar pergantungan ekonomi Situasi kadar pergantungan Kg. Kuala Mu Kg. Perjek 107.0% 86.9% Cadangan Piawaian <40% 41-75% >76% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap 41-75% 95.7% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung mendapati kedua-dua kampung menunjukkan kadar yang tinggi bagi kadar pergantungan ekonomi dengan Kg. Kuala Mu mencatatkan nilai 100.0 peratus dan 86.9 peratus bagi Kg. Perjek. Rumusannya, kadar pergantungan kepada kumpulan umur aktif ekonomi di kawasan kajian adalah tinggi. Namun, kemampuan golongan yang aktif ekonomi tidak mampu menampung kadar pergantungan ini memandangkan majoriti penduduk hanya terlibat di sektor pekerjaan berstatus rendah seperti buruh, bertani dan mencari hasil hutan yang tidak memberikan pulangan pendapatan memuaskan untuk mereka membantu menanggung beban kumpulan yang tidak aktif ekonomi. Kesannya, situasi ini boleh menghalang usaha bagi mempercepatkan proses membasmi kemiskinan di kawasan kajian. 17. Purata saiz isirumah Kajian ini mencadangkan purata saiz isirumah yang mapan adalah 4.5-5.5. Cadangan nilai ini dibuat setelah mengambilkira piawaian purata saiz isirumah bagi Semenanjung Malaysia iaitu 5.3. Namun, bagi ukuran kemapanan di peringkat komuniti pengkaji mengunjurkan peratus purata saiz isirumah 4.5-5.5 yang sederhana iaitu antara 31-40 peratus. Ini bermaksud purata saiz isirumah yang mapan adalah antara 4.5 hingga 5.5 dan perlu mewakili antara 31-40 peratus pecahan penduduk di sesuatu kawasan. Cadangan nilai ini dibuat setelah mempertimbangkan faktor kedapatan ruang/tanah untuk kegiatan ekonomi atau pembinaan petempatan, kedapatan stok sumber alam bagi menampung keperluan komuniti bagi generasi kini dan yang akan datang, kemampuan ketua isirumah memenuhi keperluan seluruh anggota keluarga. Peratusan sederhana (31-40 peratus) memainkan peranan penting kerana dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang, kanak-kanak hari ini akan menjadi dewasa dan mungkin berkahwin dan membentuk keluarga sendiri. Adalah pada peringkat awal kawalan purata saiz isirumah ke 181 tahap sederhana dilakukan supaya tidak berlaku konflik terutama terhadap penggunaan stok sumber alam untuk keperluan pada masa yang akan datang. Analisis menunjukkan purata saiz isirumah bagi kawasan kajian adalah 5.5 (rujuk sub-tajuk 3.6.2) dengan kadar 38.1 peratus. Ini menunjukkan purata saiz isirumah di kawasan kajian berada di tahap yang mapan mengikut cadangan matlamat penyelidikan ini. Keputusan ini juga menunjukkan bahawa pergantungan kepada ketua isirumah di kawasan kajian berada pada tahap yang sederhana (Jadual 5.44). Jadual 5.44: Saiz purata isirumah (4.5-5.5) Kg. Kuala Mu 39.3% Kg. Perjek 37.1% Tidak 60.7% 62.9% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <30% 31-40% >41% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap 31-40% 38.1% (sederhana) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis terperinci mengikut kampung turut menunjukkan kedua-dua kampung mencapai kadar purata isirumah di dalam lingkungan piawaian yang dicadangkan iaitu 39.3 peratus bagi Kg. Kuala Mu dan 37.1 peratus bagi Kg. Perjek. 18. Kemudahan bekalan air Indikator kemudahan bekalan air merupakan salah satu infrastruktur asas dalam mempromosikan agenda pembangunan petempatan manusia yang mapan yang dinyatakan pada Bab 7 dan perlindungan serta menggalakkan kesihatan manusia pada Bab 6 Agenda 21 (Moldan et al., 1997). Kemudahan air bersih adalah perkara penting dalam kehidupan dan kesihatan penduduk kerana semakin tinggi penyediaan dan pembekalan kemudahan bekalan air bersih, semakin tinggi tahap kesihatan (menghalang penyakit berbahaya hasil air tidak dirawat seperti taun dan cirit-birit) dan seterusnya semakin tinggi tahap kemapanan komuniti. Analisis mendapati tahap penyediaan kemudahan bekalan air di kawasan kajian adalah tinggi iaitu 96.8 peratus, telah mencapai cadangan matlamat kemapanan iaitu >91.0 peratus (Jadual 5.45). Daripada jumlah tersebut, 92.1 peratus merupakan bekalan air paip graviti dan 7.9 peratus dari air sungai. 182 Jadual 5.45: Kemudahan bekalan air Kg. Kuala Mu 92.9% Kg. Perjek 100.0% Tidak 7.1% 0.0% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >91.0% 96.8% (tinggi) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis terperinci menunjukkan kedua-dua kampung mencatatkan kadar penyediaan kemudahan bekalan air yang tinggi iaitu 92.9 peratus bagi Kg. Kuala Mu dan 100.0 peratus bagi Kg. Perjek. Pecahan terperinci bagi Kg. Kuala Mu menunjukkan 92.9 peratus responden mendapatkan air dari paip graviti dan baki 7.1 peratus mendapatkan air dari sungai. Manakala bagi Kg. Perjek, 100.0 peratus responden mendapatkan sumber air daripada paip graviti (Rajah 5.17). Rajah 5.17 : Penduduk bergantung kepada air paip graviti untuk aktiviti harian 19. Kemudahan bekalan elektrik Indikator kemudahan bekalan elektrik merupakan salah satu infrastruktur asas dalam mempromosikan agenda pembangunan petempatan manusia yang mapan yang dinyatakan pada Bab 7 Agenda 21 (Moldan et al., 1997). Tenaga elektrik daripada sumber hidro dan solar adalah sumber tenaga yang mapan kerana kedua-duan hanya menggunakan sumber alam iaitu air dan solar serta tidak mencemarkan alam berbanding tenaga elektrik 183 janaan arang batu atau nuklear. Bagi kawasan kajian, terdapat dua sumber yang membekalkan tenaga elektrik iaitu generator ‘gen-set’ bagi Kg. Perjek dan solar bagi Kg. Kuala Mu. Selain mesra alam (solar) dan rendah kos bagi generator, kemudahan elektrik moden mempunyai suis yang membolehkan pengguna mengawal penggunaan elektrik mengikut keperluan dan masa tertentu. Penyelidikan ini melihat semakin tinggi kemudahan bekalan elektrik, semakin tinggi tahap kemapanan. Hasil analisis menunjukkan hanya 30.2 peratus responden di kawasan kajian mempunyai kemudahan bekalan elektrik. Catatan ini adalah rendah jika dibandingkan dengan cadangan matlamat kemapanan iaitu >91.0 peratus (Jadual 5.46). Jadual 5.46: Kemudahan bekalan elektrik Kg. Kuala Mu 3.6% Kg. Perjek 51.4% Tidak 96.4% 48.6% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >91.0% 30.2% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung mendapati lebih separuh responden (51.4 peratus) Kg. Perjek mempunyai kemudahan bekalan elektrik yang dijana daripada generator petrol. Kadar tersebut lebih tinggi dibandingkan situasi di Kg. Kuala Mu di mana hanya 3.6 peratus responden memiliki bekalan elektrik daripada sistem solar. Bagi Kg. Perjek, generator petrol telah disumbangkan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan bagi Kg. Kuala Mu, pihak BP (British Petroleum) Malaysia telah menyumbangkan kira-kira 20 unit sistem solar rumah, tetapi kini hanya 1 unit masih berfungsi. Hasil temubual mendapati majoriti penduduk tidak mempunyai pengetahuan bagaimana untuk menjaga dan menyelenggara unit solar yang diberikan menyebabkan kurang setahun hampir semua unit telah rosak dan tidak berfungsi. 20. Kemudahan tandas Penyelidikan ini mengambilkira indikator kemudahan tandas bagi menghuraikan situasi kemapanan komuniti selaras dengan tuntutan pada Bab 6 Agenda 21 (melindungi 184 dan menggalakkan kesihatan manusia) yang memerlukan komuniti mempunyai sistem pembetungan/tandas. Dari aspek kemapanan, penyediaan sistem pembetungan/tandas bertujuan menjamin kebersihan seterusnya menjauhkan penduduk daripada masalah kesihatan yang berpunca daripada penyaluran sisa buangan/najis yang tidak sempurna. Selain itu, penyediaan sistem tandas dapat mengelakkan pencemaran sisa buangan kepada sumber air (sungai) yang menjadi nadi kehidupan penduduk. Semakan literatur mendapati indikator tandas/pembetungan telah digunapakai oleh Ibrahim Ngah (2003) bagi kajian kemapanan komuniti Orang Kayan di Sarawak dan Sham Sani (2001) iaitu indikator unit rumah dengan sistem pembetungan berpusat bagi kajian kemapanan bandar-bandar di Malaysia. Justeru, penyelidikan ini melihat semakin tinggi tahap penyediaan kemudahan tandas, semakin tinggi tahap kemapanan. Jenis tandas di kawasan terbahagi kepada dua iaitu tandas jenis pam dan jenis curah. Berdasarkan pemerhatian, lazimnya rumah PPRT kayu disediakan tandas curah dan rumah PPRT konkrit disediakan tandas pam. Manakala, rumah tradisional tidak mempunyai kemudahan tandas. Hasil analisis mendapati hanya 31.7 peratus responden mempunyai kemudahan tandas di rumah. Catatan ini adalah rendah berbanding cadangan matlamat kemapanan bagi kemudahan tandas iaitu >91.0 peratus (Jadual 5.47). Daripada jumlah tersebut, 17.4 peratus responden mempunyai tandas pam dan 14.3 peratus jenis tandas curah. Jadual 5.47: Kemudahan tandas Kg. Kuala Mu 3.6% Kg. Perjek 54.3% Tidak 96.4% 45.7% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <50% 51-90% >91% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap >91.0% 31.7% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis mengikut kampung mendapati lebih separuh (54.3 peratus) responden Kg. Perjek mempunyai kemudahan tandas dengan 31.4 peratus mempunyai tandas jenis pam dan 22.9 peratus tandas jenis curah. Manakala, penyediaan kemudahan tandas bagi Kg. Kuala Mu jauh lebih rendah iaitu hanya 3.6 peratus (tandas jenis curah) dengan majoriti responden (96.4 peratus) menggunakan belukar dan sungai sebagai tandas mereka. 185 Menurut Zainal Abidin Bin Uda (Kg. Kuala Mu), beliau sedar bahawa kemudahan tandas adalah penting agar najis mereka tidak lagi dibuang di sungai. Namun, disebabkan kemiskinan dan tiada penyaluran bantuan perumahan atau tandas subsidi, mereka tidak mampu untuk memiliki tandas sendiri. 21. Kadar pencemaran Kajian terhadap komuniti mapan perlu mengambilkira perubahan terhadap alam sekitar dan fizikal akibat kewujudan pencemaran alam. Dari aspek kemapanan, tahap pencemaran yang tinggi akan menjejaskan tahap kemapanan kerana persekitaran yang tercemar akan menganggu kualiti hidup terutama keselesaan dan kesihatan penduduk. Justeru, apa yang perlu dilakukan oleh komuniti mapan adalah mengurangkan tahap pencemaran sehingga kepada tahap yang mampu ditampung oleh sistem semulajadi (Touche, 1994). Penyelidikan ini melihat lebih rendah kadar pencemaran, lebih tinggi tahap kemapanan. Kajian awal mendapati wujud dua bentuk pencemaran di kawasan kajian iaitu pencemaran air dan udara Hasil analisis bagaimanapun menunjukkan kadar pencemaran di kawasan berada pada paras yang rendah iaitu 7.9 peratus, bermakna komuniti masih mengekalkan kadar pencemaran di tahap yang mapan iaitu <10.0 peratus (Jadual 5.45) Jadual 5.48: Kadar pencemaran Kg. Kuala Mu 0.0% Kg. Perjek 14.3% Tidak 100.0% 85.7% Jumlah 100.0% 100.0% Ya Cadangan Piawaian <10% 11-30% >31% Rendah Sederhana Tinggi Cadangan Matlamat Hasil analisis & tahap <10.0% 7.9% (rendah) Sumber: Kaji selidik, 2004 Analisis terperinci mendapati tiada kadar pencemaran dicatatkan bagi Kg. Kuala Mu (0.0 peratus), tetapi di Kg. Perjek kadar pencemaran yang dicatatkan adalah tinggi iaitu 14.3 peratus mengatasi cadangan matlamat kemapanan. Berdasarkan pemerhatian dan temubual dengan penggiat masyarakat iaitu Ustaz Ahmad Bin Md. Som (JAIP), faktor jenis jalan iaitu jalan tanah merah menjadi punca berlakunya pencemaran udara (habuk) 186 terutama ketika musim kering. Keadaan ini makin diburukkan dengan kegiatan keluarmasuk lori mengangkut kelapa sawit dari Pos Legap ke Pekan Lasah. Bagi punca pencemaran air di Sg. Pelus pula, penduduk mendakwa ianya berpunca daripada kegiatan membaja dan meracun pohon kelapa sawit di kawasan projek ladang sawit seluas hampir 400 hektar di sekitar kawasan kajian. Rajah 5.18 adalah rumusan terhadap analisis ke atas indikator kemapanan situasi di mana daripada 21 indikator, 9 indikator telah mencapai cadangan matlamat kemapanan penyelidikan ini. Rumusan Analisis Kemapanan Situasi Indikator yang mencapai cadangan matlamat kemapanan 1. Pekerjaan sampingan 2. Penglibatan ahli keluarga dalam pekerjaan 3. Kadar pengangguran 4. Pemilikan tanah 5. Aksess kepada khidmat kesihatan 6. Pemilikan rumah sendiri 7. Purata saiz isirumah 8. Kemudahan bekalan air 9. Kadar pencemaran Indikator yang tidak mencapai cadangan matlamat kemapanan 1. Mengusahakan tanah secara ekonomik (>2 ekar) 2. Kadar jenayah 3. Kadar masalah sosial 4. Kadar penceraian 5. Purata pendapatan bulanan isirumah (>RM 501.00) 6. Jumlah simpanan wang 7. Penerimaan pendidikan 8. Kadar celik huruf 9. Kadar keciciran pelajaran 10. Peringkat umur pertengahan 11. Kemudahan bekalan elektrik 12. Kemudahan tandas Rajah 5.18: Rumusan terhadap analisis kemapanan situasi 187 5.4 Penemuan Analisis dan Rumusan Secara keseluruhannya, analisis yang menggunapakai teknik Frekuensi telah dapat mengukur secara kuantitatif tahap amalan kemapanan oleh komuniti Orang Asli di dua kampung terlibat dari komponen sikap, sistem dan juga situasi. Ketiga-tiga komponen ini turut diklasifikasikan supaya lebih terperinci mengikut aspek ekonomi, sosial dan juga fizikal/alam sekitar. Dapatan nilai setiap indikator seterusnya digunakan untuk membuat perbandingan dengan cadangan nilai piawaian tahap kemapanan setiap indikator yang telah dibentuk sebelum ini pada Jadual 4.2. Hasil analisis kesemua indikator dimasukkan ke dalam jadual di bawah. Jadual 5.49: Tahap kemapanan mengikut indikator Komponen analisis Indikator Ekonomi Sikap (1) - Sistem (36) (37) (38) (39) - Situasi (15) + (16) + (17) + (18) + (19) (25) (26) - Indikator Sosial (2) (3) (4) + (5) + 0/1 (40) (41) + Indikator Fizikal & Alam Sekitar (6) (7) (14) + (8) + (9) + (10) + (11) 3/7 (42) + (43) (44) + 2/3 4/7 Nota: + 5/6 (45) - 1/6 (20) + (21) (22) (23) (24) + (27) (28) - tidak mencapai cadangan matlamat kemapanan mencapai cadangan matlamat kemapanan (12) + (13) + (29) (30) (31) + 3/10 0/1 (32) + (33) (34) (35) + 2/4 188 Indikator-indikator: 1) Sikap menyimpan wang 2) Bersukan 3) Merokok 4) Aktiviti kebudayaan 5) Bergotong-royong 6) Berpersatuan 7) Rancangan pembangunan komuniti 8) Penggunaan kimia dalam pertanian 9) Amalan guna semula 10) Amalan mengurangkan penggunaan 11) Amalan merawat/membaikpulih 12) Mengoptimumkan penggunaan halaman 13) Menjaga kebersihan halaman 14) Kesanggupan membantu jiran 15) Pekerjaan sampingan 16) Penglibatan ahli keluarga dalam pekerjaan 17) Kadar pengangguran 18) Pemilikan tanah 19) Mengusahakan tanah secara ekonomik 20) Aksess kepada khidmat kesihatan 21) Kadar jenayah 22) 23) 24) 25) 26) 27) 28) 29) 30) 31) 32) 33) 34) 35) 36) 37) 38) 39) 40) 41) 42) 43) 44) 45) Kadar masalah sosial Kadar penceraian Pemilikan rumah dan infrastruktur Purata pendapatan bulanan isirumah Jumlah simpanan wang Penerimaan pendidikan Keadaan celik huruf Kadar keciciran pelajaran Kadar pergantungan ekonomi Purata saiz isirumah Kemudahan bekalan air Kemudahan bekalan elektrik Kemudahan tandas Situasi pencemaran Tempoh masa bekerja Tahu – sistem pembahagian kerja Amal – sistem pembahagian kerja Tahu – sistem pembahagian hasil Amal – sistem pembahagian hasil Amal – perkongsian hasil Kepatuhan undang-undang/adat Terlibat sistem pembuatan keputusan Sistem pengasingan bilik Sistem pengurusan sisa dan sampah Sumber: Olahan pengkaji, 2004 Daripada Jadual 5.49, analisis terhadap 14 indikator pada komponen sikap mendapati 8 indikator (50.0 peratus) telah menunjukkan tahap kemapanan. Manakala, bagi indikator sistem, hanya 3 daripada 10 indikator (atau 30.0 peratus) yang dianalisis menunjukkan tahap amalan yang mencapai cadangan piawaian kemapanan dan hasil analisis terhadap 21 indikator situasi mendapati hanya 9 indikator (42.9 peratus) menunjukkan tahap amalan yang mencapai cadangan situasi komuniti yang mapan. Melalui teknik analisis ini, pengkaji bukan sahaja dapat mengenalpasti amalanamalan semasa di dalam sikap, sistem dan situasi yang mapan seperti tiada penggunaan bahan kimia dalam pertanian, sikap bergotong-royong, guna semula, pematuhan adat, kebersihan halaman dan beberapa lagi, tetapi dapat mengenalpasti dengan jelas beberapa amalan yang tidak mapan dan kadar (nilai pengukuran) indikator-indikator yang tidak mapan tersebut sebagai contoh tidak pentingkan simpanan wang, merokok, kecurian, tiada pengurusan sampah serta beberapa aspek penting dalam sistem tradisional seperti sistem pembahagian kerja dan hasil yang dilihat kian terhakis dan dilupakan. Penggunaan pelbagai teknik dalam pengumpulan data seperti temubual dan pemerhatian membantu 189 pengkaji menjelaskan fenomena kemapanan komuniti yang berkaitan dengan amalan sistem ilmu pengetahuan Orang Asli dalam kehidupan harian seperti Sewang yang menjadi medium untuk memperteguh hubungan sesama anggota komuniti, amalan pertanian organik dan secara pindah terbukti mesra alam dan mampu menjaga kesuburan tanah, kepatuhan kepada adat atau peraturan tradisional dan sebagainya. Analisis terperinci turut dibuat mengikut kampung dan perbezaan tahap kemapanan kedua-dua kampung juga dapat diukur dan dibuat perbandingan dengan nilai keseluruhan. Penemuan terperinci tahap kemapanan mengikut setiap indikator pada bab ini seterusnya digunakan bagi membantu perlaksanaan analisis peringkat seterusnya iaitu bagi mendapatkan klasifikasi keseluruhan tahap kemapanan setiap komponen sama ada keseluruhan sikap baik dari segi ekonomi, sosial mahupun fizikal/alam sekitar berada pada tahap rendah, sederhana atau tinggi dengan menggunakan teknik analisis Indeks. 190 BAB 6 ANALISIS TAHAP KEMAPANAN KOMUNITI 6.1 Pengenalan Analisis bagi mengukur dan mengenalpasti amalan-amalan mapan dan tidak mapan dalam aspek sikap, sistem dan situasi yang wujud dan diamalkan di dalam kehidupan komuniti di kawasan kajian telah diketahui dan dijelaskan secara terperinci pada Bab 5 (Analisis Indikator-Indikator Komuniti Mapan). Daripada keseluruhan 45 indikator yang dicadangkan, hanya 18 indikator (40.0 peratus) didapati telah mencapai cadangan matlamat untuk diiktiraf sebagai mapan berbanding 27 indikator (60.0 peratus) menunjukkan tahap amalan yang tidak mapan. Bagi mendapatkan gambaran secara keseluruhan tahap kemapanan bagi semua indikator di dalam komponen sikap, sistem dan situasi, maka analisis peringkat II iaitu analisis menggunakan teknik hitungan Indeks dijalankan berpandukan data dan maklumat daripada soal-selidik. Hitungan Indeks ringkasnya adalah analisis yang melibatkan hasil tambah (+) semua nilai skor indikator yang terkandung di bawah sesuatu komponen kemapanan. Nilai tambah keseluruhan skor kemudiannya diklasifikasikan mengikut nilai Indeks bagi tahap tinggi, sederhana ataupun rendah. Dapatan analisis bagi melihat perbezaan pencapaian antara kedua-dua kampung secara terperinci ditunjukkan melalui perbandingan nilai Indeks mengikut kampung. 191 6.2 Analisis Tahap Kemapanan Komuniti 6.2.1 Pemberian Nilai Skor Indikator Sebelum analisis hitungan Indeks dilakukan, setiap jawapan oleh responden pada borang soal-selidik perlu dinilai berpandukan kriteria-kriteria tertentu. Ringkasnya, setiap indikator akan diberikan nilai skor=1 bagi jawapan yang memenuhi aspek kemapanan dan bagi jawapan indikator tidak memenuhi aspek kemapanan diberikan nilai skor=0. Penetapan nilai skor 1 dan 0 bagi setiap kriteria pada indikator bagi ketiga-tiga komponen sikap, sistem dan situasi dikemukakan seperti jadual berikut. Jadual 6.1: Kaedah pemberian nilai skor terhadap indikator sikap Indikator Sikap Menyimpan wang Bersukan Merokok Aktiviti kebudayaan Bergotong-royong Berpersatuan Perancangan program pembangunan komuniti Kimia dalam pertanian Guna semula Kurangkan penggunaan Merawat/baik pulih Penggunaan halaman Kebersihan halaman Kesanggupan bantu jiran Kriteria Ya, membuka akaun dan simpan wang di bank Tidak mempunyai akaun dan tidak simpan wang Ya, terlibat melakukan aktiviti berbentuk sukan Tidak bersukan Penduduk yang tidak merokok Penduduk yang merokok Ya, terlibat aktif (> 2 kali/6 bulan) Tidak pernah atau terlibat secara tidak aktif (<2 kali/6 bulan) Ya, terlibat aktif (> 2 kali/6 bulan) Tidak pernah atau terlibat secara tidak aktif (<2 kali/6 bulan) Terlibat dan gemar berpersatuan Tidak terlibat dan tidak minat untuk berpersatuan Ya, sentiasa terlibat sebagai peserta atau AJK Tidak pernah terlibat langsung Pertanian tradisional yang organik bebas kimia Pertanian tradisional menggunakan bahan kimia Ya, mengamalkan guna semula barang Tidak, terus buang selepas digunakan Ya, mengurangkan penggunaan bagi penjimatan Tidak mengurangkan penggunaan Ya, melakukan Tidak merawat sumber yang diambil/diguna Ya, melakukan – tanam sayur dan pokok bunga Tidak melakukan – halaman kosong Melakukan dengan kekerapan (>3 kali/minggu) Tidak melakukan atau melakukan (<3 kali/minggu) Ya, memberikan bantuan dalam bentuk makanan, kewangan, tenaga dan nasihat/motivasi Tidak, walau apa cara sekalipun Skor 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 192 Jadual 6.2: Kaedah pemberian nilai skor terhadap indikator situasi Indikator Situasi Pekerjaan sampingan Penglibatan ahli keluarga dalam pekerjaan Kadar pengangguran Pemilikan tanah Usahakan tanah secara ekonomik (>2 ekar) Purata pendapatan bulanan (>RM 501.00) Jumlah simpanan wang (baki dalam akaun) Penerimaan pendidikan formal (sek. men.) Keadaan celik huruf Kadar keciciran pelajaran Aksess perkhidmatan kesihatan Kadar jenayah Masalah sosial Kadar penceraian Pemilikan rumah sendiri Peringkat umur pertengahan (21-40 tahun) Purata saiz isirumah (4.5-5.5) Kemudahan bekalan air Kemudahan bekalan elektrik Kemudahan tandas Keadaan pencemaran Kriteria Ya, mempunyai pekerjaan sampingan Tidak mempunyai pekerjaan sampingan Mempunyai ahli keluarga yang bekerja Tiada ahli keluarga yang bekerja Tiada ahli keluarga menganggur Mempunyai ahli keluarga menganggur Ya, meneroka tanah untuk membuka ladang sendiri Tidak memiliki tanah sendiri untuk ladang Ya Tidak Pendapatan mencapai atau lebih RM 501.00 sebulan Pendapatan di bawah RM 501.00 sebulan Ya, masih mempunyai baki wang Tiada wang di dalam akaun Ya, belajar sehingga sekolah menengah Tidak bersekolah atau hanya tamat sek. ren. Ya, tahu membaca dan menulis Tidak tahu membaca dan menulis Tamat sekolah rendah dan sambung pelajaran ke sekolah menengah Tamat sekolah rendah tetapi tidak sambung pelajaran ke sekolah menengah Ya, mempunyai aksess Tidak mempunyai aksess Kekerapan kejadian jenayah (mencuri) kurang 1 kali sebulan Kekerapan kejadian jenayah (mencuri) melebihi 1 kali sebulan Tiada masalah sosial Berlaku masalah sosial Tiada penceraian (terutama bercerai hidup) Berlaku penceraian tinggi Ya, memiliki rumah sendiri dan tinggal di situ Tiada rumah sendiri/menumpang Ya, umur sendiri dan ahli keluarga dalam lingkungan pertengahan Tidak Ya, purata saiz isirumah dalam lingkungan 4.5-5.5 Tidak, saiz isirumah lebih rendah atau lebih tinggi daripada 4.5-5.5 Mempunyai kemudahan bekalan air Tiada kemudahan bekalan air Mempunyai kemudahan bekalan elektrik Tiada kemudahan bekalan elektrik Mempunyai tandas di rumah Tidak mempunyai tandas di rumah Tiada sebarang bentuk pencemaran Berlaku pencemaran (air dan udara) Skor 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 193 Jadual 6.3: Kaedah pemberian nilai skor terhadap indikator sistem Indikator Sistem Tempoh masa bekerja (>8 jam sehari) Tahu-sistem pembahagian kerja Amal-sistem pembahagian kerja Tahu-sistem pembahagian hasil Amal-sistem pembahagian hasi; Amal-perkongsian hasil Kepatuhan kepada adat/undag-undang Pembuatan keputusan Pengasingan bilik tidur anak lelaki-perempuan Pengurusan sampah dan sisa Kriteria Ya, mencapai 8 jam bekerja sehari Tidak mencapai Ya, tahu Tidak tahu langsung Ya, mengamalkan Tidak mengamalkan, sama ada tahu atau tidak Ya, tahu Tidak tahu langsung Ya, mengamalkan Tidak mengamalkan, sama ada tahu atau tidak Ya, mengamalkan Tidak mengamalkan Ya, patuh Tidak patuh Ya,sering terlibat atau diajak terlibat Tidak melibatkan diri atau tidak dilibatkan Ya, melakukan pengasingan Tidak melakukan pengasingan Ya, menguruskan sampah dan sisa dengan betul Tidak melakukan dan tidak tahu menguruskan Skor 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 1 0 Berpandukan Jadual 6.1–Jadual 6.3, pemberian nilai skor=1 dan =0 adalah bergantung kepada sifat sesuatu indikator. Terdapat dua sifat indikator bagi penyelidikan ini di mana sesetengah indikator yang digunakan bersifat langsung untuk merujuk kepada kemapanan yang diberikan nilai 1. Sebagai contoh, terdapat soalan mengenai pengamalan sistem pembahagian kerja. Jawapan “Ya” bagi soalan tersebut bermaksud responden mengamalkan sistem pembahagian kerja dan ianya selaras dengan amalan yang mapan. Justeru, jawapan Ya=1. Sifat kedua merupakan indikator yang berlawanan (reverse indicators). Sebagai contoh, soalan menanyakan; adakah anda merokok?. Dalam situasi ini jawapan “Ya” membawa maksud respoden adalah perokok dan ini tidak selaras dengan amalan yang mapan. Justeru, jawapan Ya=0. Pertimbangan yang teliti turut diberikan terhadap jawapan ”Tidak” bagi kedua-dua sifat indikator yang digunakan untuk penyelidikan ini. Justeru, pemberian nilai skor=1 tidak semestinya dibuat terhadap jawapan “Ya” semata-mata, ianya bergantung kepada sifat sesuatu indikator itu sendiri. 194 6.2.2 Perlaksanaan Analisis Indeks Bahagian ini menerangkan langkah-langkah yang terlibat dalam perlaksanaan analisis menggunakan teknik indeks. Langkah 1: Semua data yang diperoleh daripada soal-selidik perlu dimasukkan ke dalam pangkalan data SPSS dengan jawapan nilai 1 dan 0. Nilai 1 adalah nilai yang mewakili jawapan bagi amalan komuniti yang mapan dan nilai 0 mewakili jawapan amalan tidak mapan (keduadua nilai ini diberikan label ‘Ya’ dan ‘Tidak’ selaras dengan jawapan responden pada borang soal-selidik). Proses memasukkan data ke dalam pangkalan data SPSS biarpun mudah, ia merupakan tugas paling penting kerana sebarang kesilapan terutama kegagalan untuk membezakan indikator langsung dan indikator berlawanan semasa memasukkan data boleh membawa kepada kesilapan yang lebih besar kelak iaitu hasil (output) analisis hitungan Indeks yang tidak tepat. Rajah 6.1: Membina pangkalan data SPSS berpandukan nilai indeks. 195 Langkah 2: Memulakan analisis perhitungan Indeks menggunakan arahan Transform – Compute. Satu pembolehubah baru (target variable) perlu dibentuk dan bagi contoh di sini, pembolehubah baru diberi nama index_si (bagi menghitung pencapaian keseluruhan indikator sikap), manakala bahagian Numeric Expression merupakan ruang bagi setiap indikator dihitungkan (menggunakan operasi tambah (+) untuk setiap indikator). Hasil tambah keseluruhan indikator sikap ditunjukkan pada pangkalan data SPSS (index_si). Jawapan yang terhasil adalah hasil tambah bagi keseluruhan indikator komponen sikap mengikut setiap responden. Pada Rajah 6.2 dapat diperhatikan responden 1 memperoleh nilai 6/14 bermaksud pencapaian 6 indikator adalah mapan berbanding keseluruhan 14 indikator. Rajah 6.2: Arahan transform-compute bagi melaksanakan perhitungan jumlah skor serta pembentukan satu pembolehubah baru 196 Langkah 3: Setelah mendapatkan nilai hitungan skor bagi setiap responden, langkah seterusnya adalah melakukan klasifikasi tahap kemapanan bagi ketiga-tiga komponen sikap, sistem dan situasi kepada tahap kemapanan tinggi, sederhana ataupun rendah. Pengklasifikasian tahap kemapanan bagi ketiga-tiga komponen penyelidikan ini ditunjukkan pada Jadual 6.4. Nilai Indeks yang diklasifikasi ini seterusnya dijadikan panduan untuk melaksanakan operasi menghitung jumlah skor seterusnya diklasifikasikan mengikut tahap kemapanan tinggi, sederhana atau rendah. Di dalam pangkalan data SPSS, operasi menentukan tahap kemapanan ini dibuat menggunakan arahan Transform-Recode-into different variable di mana satu pembolehubah baru (output variable) terbentuk (rujuk Rajah 6.3). Jadual 6.4: Pengklasifikasian tahap kemapanan Indeks Kemapanan Sikap Rendah Sederhana Tinggi Indeks Kemapanan Sistem Rendah Sederhana Tinggi Indeks Kemapanan Situasi Rendah Sederhana Tinggi Jumlah Skor 0–4 5–9 10 – 14 0–3 4–7 8 – 10 0–7 8 – 14 15 – 21 Pengklasifikasian jumlah skor mengikut ketiga-tiga tahap Indeks kemapanan dibuat berdasarkan kaedah pembahagian matematik mudah di mana jumlah sekeluruhan skor untuk indikator sesuatu komponen akan dibahagi tiga iaitu mengikut tiga tahap Indeks kemapanan. Daripada jadual di atas, keseluruhan jumlah skor 14 indikator kemapanan sikap telah diklasifikasi mengikut tiga tahap kemapanan dengan jumlah skor 0-4 mewakili Indeks kemapanan rendah; 5-9 mewakili Indeks kemapanan sederhana dan 10-14 mewakili Indeks kemapanan tinggi. Manakala daripada 10 indikator kemapanan sistem, jumlah skor 0-3 mewakili Indeks kemapanan rendah, diikuti 4-7 mewakili Indeks kemapanan sederhana dan 8-10 mewakili Indeks kemapanan tinggi. Daripada 21 indikator kemapanan situasi pula, jumlah skor 0-7 mewakili Indeks kemapanan rendah; 8-14 mewakili Indeks kemapanan sederhana dan 15-21 mewakili Indeks kemapanan tinggi. 197 Rajah 6.3: Arahan transform-recode untuk klasifikasi Indeks kemapanan sama ada tinggi, sederhana atau rendah dengan pembentukan satu pembolehubah baru 6.3 Tahap Kemapanan Sikap Penghitungan indeks kemapanan komponen sikap melibatkan 14 indikator sebagaimana Jadual 6.1. Jawapan responden yang memenuhi kriteria terhadap indikatorindikator tersebut diberikan nilai skor =1 dan tidak memenuhi dengan nilai skor =0 (Jadual 6.1). Setelah melaksanakan langkah 1 hingga langkah 3 (pada sub-tajuk 6.2.2) di mana nilai skor dari setiap responden dijumlahkan dan diklasifikasi kepada tiga tahap mapan iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Hasil hitungan Indeks kemapanan komponen sikap komuniti mengikut kampung ditunjukkan pada Jadual 6.5. 198 Jadual 6.5: Tahap kemapanan sikap komuniti Tahap Kg. Kuala Mu Bilangan % 11 39.3 17 60.7 0 0.0 28 100.0 Kg. Perjek Bilangan % 1 2.9 31 88.6 3 8.6 35 100.0 Rendah Sederhana Tinggi Jumlah Nota: Jumlah Indeks diklasifikasi kepada 3: Rendah = jumlah Indeks 0-4, Sederhana = jumlah Indeks 5-9, Tinggi = jumlah Indeks 10-14 Daripada jadual di atas, sebilangan besar responden di kedua-dua kampung menunjukkan Indeks kemapanan sikap yang sederhana dengan melibatkan 60.7 peratus responden Kg. Kuala Mu dan 88.6 peratus responden Kg. Perjek. Manakala, bagi Indeks kemapanan sikap yang rendah, responden dari Kg. Kuala Mu mencatatkan peratusan lebih tinggi iaitu 39.3 peratus berbanding hanya 2.9 peratus bagi responden Kg. Perjek. Bagi Indeks kemapanan sikap yang tinggi, hanya responen Kg. Perjek mencatatkan peratusan kemapanan iaitu 8.6 peratus berbanding 0.0 peratus bagi responden Kg. Kuala Mu. Ini menjelaskan bahawa amalan hidup penduduk kawasan kajian dalam aspek sikap masih berada pada tahap sederhana dan timbul keperluan agar suatu bentuk tindakan yang berkesan dibuat bagi memperbaiki atau mempertingkatkan sikap semasa komuniti bagi mencapai amalan mapan yang lebih menyeluruh pada masa hadapan. 6.4 Tahap Kemapanan Sistem Penghitungan indeks kemapanan komponen sistem pula melibatkan 10 indikator sebagaimana Jadual 6.3. Jawapan responden yang memenuhi kriteria terhadap indikatorindikator tersebut diberikan nilai skor =1 dan tidak memenuhi dengan nilai skor =0 sebagaimana yang telah dikemukakan pada jadual yang sama. Setelah melaksanakan langkah 1 hingga langkah 3 (pada sub-tajuk 6.2.2) di mana skor dari setiap responden dijumlahkan dan diklasifikasi kepada tiga tahap mapan iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Hasil hitungan Indeks kemapanan komponen sistem ditunjukkan pada Jadual 6.6. 199 Jadual 6.6: Tahap kemapanan sistem komuniti Tahap Kg. Kuala Mu Bilangan % 13 46.4 14 50.0 1 3.6 28 100.0 Kg. Perjek Bilangan % 22 62.9 9 25.7 4 11.4 35 100.0 Rendah Sederhana Tinggi Jumlah Nota: Jumlah Indeks diklasifikasi kepada 3: Rendah = jumlah Indeks 0-3, Sederhana = jumlah Indeks 4-7, Tinggi = jumlah Indeks 8-10 Daripada jadual di atas, 46.4 peratus responden Kg. Kuala Mu mencatatkan Indeks kemapanan sistem yang rendah, kurang 16.5 peratus berbanding responden Kg. Perjek (62.9 peratus). Manakala, bagi Indeks kemapanan sistem yang sederhana, responden dari Kg. Kuala Mu telah mencatatkan peratusan 24.3 peratus lebih tinggi berbanding peratusan Kg. Perjek. Bagi Indeks kemapanan sistem yang tinggi, responden dari Kg. Perjek menunjukkan peratusan lebih tinggi iaitu 11.4 peratus berbanding hanya 3.6 peratus bagi responden Kg. Kuala Mu. Perubahan gaya hidup penduduk di kawasan kajian daripada bersifat tradisional kepada moden dilihat antara penyebab utama perubahan amalan sistem komuniti. Sistem hidup komuniti seperti pengetahuan dan pengamalan terhadap pembahagian kerja dan hasil, penglibatan dalam proses pembuatan keputusan serta pengurusan sisa dan sampah menunjukkan tahap yang tidak mapan. Walau bagaimanapun, masih terhadap sistem-sistem yang diamalkan secara mapan seperti amalan perkongsian hasil, mematuhi adat serta mempunyai sistem pengasingan bilik tidur terutama bagi anakanak yang berlainan jantina. 6.5 Tahap Kemapanan Situasi Penghitungan indeks kemapanan komponen situasi melibatkan 21 indikator sebagaimana Jadual 6.2. Jawapan responden yang memenuhi kriteria terhadap indikatorindikator tersebut diberikan nilai skor =1 dan tidak memenuhi dengan nilai skor =0 sebagaimana yang telah dikemukakan pada jadual yang sama. Setelah melaksanakan 200 langkah 1 hingga langkah 3 (pada sub-tajuk 6.2.2) di mana nilai indeks dari setiap responden dijumlahkan dan dikelasifikasi kepada tiga tahap mapan iaitu rendah, sederhana dan tinggi. Hasil hitungan Indeks kemapanan komponen situasi ditunjukkan pada Jadual 6.7 di bawah. Jadual 6.7: Tahap kemapanan situasi komuniti Tahap Kg. Kuala Mu Bilangan % 0 0.0 27 96.4 1 3.6 28 100.0 Kg. Perjek Bilangan % 0 0.0 26 74.3 9 25.7 35 100.0 Rendah Sederhana Tinggi Jumlah Nota: Jumlah Indeks diklasifikasi kepada 3: Rendah = jumlah Indeks 0-7, Sederhana = jumlah Indeks 8-14, Tinggi = jumlah Indeks 15-21 Hasil analisis menunjukkan Indeks kemapanan situasi komuniti yang dikaji hanya berada di tahap sederhana dan tinggi. Sebahagian besar responden dari kedua-dua kampung didapati mencatatkan peratusan yang tinggi bagi tahap kemapanan situasi yang sederhana dengan masing-masing 96.4 peratus bagi Kg. Kuala Mu dan 74.3 peratus bagi Kg. Perjek. Manakala, bagi indeks kemapanan situasi yang tinggi, responden dari Kg. Perjek mencatatkan peratusan lebih tinggi iaitu 25.7 peratus, berbanding responden Kg. Kuala Mu iaitu hanya 3.6 peratus. Keputusan yang dicapai menjelaskan bahawa situasi komuniti masih berada pada tahap yang baik dan beberapa amalan seperti pekerjaan sampingan, penglibatan ahli keluarga, pengangguran, pemilikan tanah, aksess kepada perkhidmatan kesihatan, pemilikan rumah, saiz isirumah, kemudahan air dan keadaan pencemaran perlu dikekalkan di tahap yang mapan. Manakala, aspek situasi yang lain seperti mengusahakan tanah secara ekonomik, jenayah dan masalah sosial, penceraian, pendapatan bulanan, simpanan wang, taraf pendidikan, celik huruf dan kadar keciciran, pergantungan ekonomi, kemudahan elektrik dan tandas masih mempunyai ruang dan juga kesempatan untuk diperbaiki bagi mencapai amalan mapan secara menyeluruh. 201 6.6 Penemuan Analisis dan Rumusan Perbincangan bab ini telah menjelaskan mengenai tahap pencapaian amalanamalan kemapanan yang wujud dalam kehidupan komuniti Orang Asli di kedua-dua kampung meliputi kajian terhadap komponen sikap, sistem dan situasi. Ketiga-tiga komponen ini juga telah diperincikan kepada tiga aspek yang menjadi tonggak kepada pembangunan mapan iaitu ekonomi, sosial dan fizikal/alam sekitar. Bab ini juga telah melakukan pengklasifikasian tahap kemapanan komuniti dari aspek-aspek berkenaan kepada rendah, sederhana dan tinggi sebagaimana yang dibincangkan pada bahagian 6.36.5. Hasilnya, tahap kemapanan penduduk secara keseluruhannya dari aspek sikap sebahagian besarnya adalah sederhana dan begitu juga dalam aspek situasi. Pencapaian tahap kemapanan penduduk dalam aspek sistem pula adalah rendah. Hasil analisis turut menghuraikan beberapa keunikan komuniti yang perlu diberikan perhatian khusus semasa merancang tindakan pembangunan kelak. Keadaan sistem komuniti yang sebahagian besarnya menunjukkan tahap kemapanan rendah memerlukan tindakan segera agar nilai-nilai kemapanan yang masih wujud tidak terhakis dan terhapus sehingga sistem komuniti kelak menjadi bertambah tidak mapan. Manakala bagi sikap dan situasi, masih terdapat ruang bagi merangka tindakan yang dapat mempertingkatkan tahap kemapanan sederhana kepada tahap kemapanan tinggi pada masa yang akan datang. Secara keseluruhannya, perbincangan bab ini mampu memberi gambaran yang jelas mengenai tingkah laku/ amalan kemapanan yang wujud dalam kehidupan komuniti Orang Asli di kawasan kajian. Begitu juga dengan amalan-amalan yang tidak mapan di sana serta perkara-perkara lain yang berkaitan. Maka, bab seterusnya akan membincangkan mengenai cadangan kajian bagi mengekal dan meningkatkan lagi amalan dan tahap kemapanan komuniti di kedua-dua kampung tersebut berasaskan input daripada perbincangan bab ini, Bab 5 dan juga pada Bab 2 (kajian literatur). 202 BAB 7 KERANGKA STRATEGI PEMBANGUNAN MAPAN KOMUNITI ORANG ASLI 7.1 Pengenalan Bab ini membincangkan mengenai cadangan-cadangan ke arah meningkatkan lagi kemajuan pembangunan di kawasan kajian dan di masa yang sama dapat mengekalkan serta memantapkan lagi amalan-amalan kemapanan penduduk agar berterusan. Melalui input daripada hasil analisis, kajian literatur dan perbincangan bersama penduduk tempatan, penyelidikan ini telah mencadangkan suatu bentuk kerangka strategi pembangunan dengan menekankan keperluan menerapkan unsur-unsur serta amalan semasa yang mapan ke dalam cadangan strategi pembangunan sebagaimana terkandung di dalam agenda utama pembangunan masyarakat pribumi dan Orang Asli di peringkat antarabangsa (rujuk Sub-Tajuk 1.1). Namun, hasil analisis mendapati pengalaman ilmu pengetahuan tradisional sahaja adalah tidak memadai untuk memastikan sesebuah komuniti itu kekal mapan. Justeru, amalan kemapanan daripada ilmu pengetahuan tradisional dan pendekatan moden terutama di dalam bidang sosioekonomi perlu disepadukan bagi mewujudkan sebuah komuniti yang mapan. Cadangan kerangka strategi yang dibentuk telah diperincikan kepada tiga (3) aspek iaitu kerangka strategi pembangunan ekonomi, sosial serta fizikal dan alam sekitar. Selain itu, bahagian terakhir bab ini juga turut menyentuh berkenaan cadangan kajian-kajian lanjutan dan penutup. 203 7.2 Rumusan Penemuan Analisis Secara keseluruhannya, proses analisis yang dijalankan pada Bab 5 dan Bab 6 telah berjaya mencapai objektif ke-4 penyelidikan (rujuk sub-tajuk 1.3) iaitu untuk mengukur secara kuantitatif tahap kemapanan komuniti meliputi aspek sikap, sistem dan situasi bagi mengenal pasti amalan-amalan hidup yang mapan. Bab 5 menjalankan analisis bagi mengukur tahap kemapanan setiap indikator yang terkandung di dalam ketiga-tiga komponen indikator komuniti mapan sebagaimana yang dibentuk pada Jadual 4.2. Hasil analisis pada Bab 5 secara kuantitatifnya telah mengenalpasti indikator-indikator yang mapan dan tidak mapan, dengan nilai pencapaian kemapanan. Bagi komponen sikap, sebanyak 8 daripada 14 indikator yang dianalisis menunjukkan pencapaian tahap kemapanan iaitu indikator aktiviti kebudayaan (78 peratus), bergotong-royong (90.5 peratus), kesanggupan bantu jiran (95.2 peratus), penggunaan bahan kimia dalam pertanian (0.0 peratus), guna semula (71.4 peratus), mengurangkan penggunaan (81.0 peratus), menjaga kebersihan halaman (52.4 peratus) dan mengoptimumkan penggunaan halaman rumah (50.8 peratus). Manakala, indikator sikap yang lain iaitu sikap menyimpan wang, bersukan, merokok, berpersatuan, penglibatan program komuniti dan merawat sumber didapati menunjukkan tahap tidak mapan. Analisis terhadap komponen sistem pula mendapati hanya 3 daripada 10 indikator mencapai cadangan tahap kemapanan iaitu indikator mengamalkan perkongsian hasil, (50.8 peratus), kepatuhan kepada adat (100.0 peratus) dan sistem pengasingan bilik (71.4 peratus). Indikator sistem yang lain iaitu tempoh masa bekerja, pengetahuan dan amalan sistem pembahagian kerja, pengetahuan dan amalan sistem pembahagian hasil, amalan sistem perkongsian hasil, sistem pembuatan keputusan dan pengurusan sisa dan sampah didapati menunjukkan pencapaian tahap yang tidak mapan. Keputusan analisis situasi komuniti menunjukkan 9 daripada 21 indikator mencapai cadangan tahap kemapanan iaitu pekerjaan sampingan (57.1 peratus), penglibatan ahli keluarga bekerja (38.1 peratus), pengangguran (9.5 peratus), pemilikan tanah (77.8 peratus), aksess perkhidmatan kesihatan (100.0 peratus), pemilikan rumah sendiri (98.4 peratus), purata saiz isirumah (38.1 peratus), keperluan bekalan air (96.8 peratus) dan kadar pencemaran (38.1 peratus). Indikator situasi komuniti yang lain iaitu tanah yang ekonomik, purata pendapatan, baki simpanan wang, tahap pendidikan, celik huruf, keciciran pelajaran, kadar jenayah, 204 masalah sosial, penceraian, kadar pergantungan, kemudahan bekalan elektrik dan kemudahan tandas menunjukkan tahap tidak mapan. Setelah analisis Peringkat I (tahap kemapanan mengikut indiaktor) diketahui, analisis Peringkat II dilakukan untuk mendapat gambaran keseluruhan tahap kemapanan amalan-amalan hidup semasa komuniti menggunakan analisis hitungan indeks. Bagi melaksanakan analisis ini, setiap indikator diberikan nilai skor =1 dan skor =0 berdasarkan kriteria-kriteria tertentu sebagaimana dijelaskan pada Jadual 6.1-6.3. Hasil hitungan secara keseluruhan seterusnya diklasifikasikan kepada 3 tahap iaitu tahap kemapanan tinggi, sederhana dan rendah (rujuk Jadual 6.4). Hasil analisis hitungan indeks mengikut kampung yang dikeluarkan ditunjukkan pada Jadual 6.5-Jadual 6.7. Secara keseluruhannya, tahap kemapanan sikap komuniti dikesan berada pada tahap sederhana dengan catatan 60.7 peratus bagi responden Kg. Kuala Mu dan 88.6 peratus bagi responden Kg. Perjek. Manakala tahap kemapanan sistem berada pada tahap rendah dengan catatan 46.4 peratus bagi responden Kg. Kuala Mu dan 62.9 peratus bagi Kg. Perjek dan tahap kemapanan situasi pula berada pada tahap sederhana dengan catatan 96.4 peratus bagi responden Kg. Kuala Mu dan 74.3 peratus bagi Kg. Perjek. Rumusan penemuan analisis dan cadangan penyelesaian masalah dan huraian potensi atau keunikan yang menjadi aset pembangunan kawasan kajian dihuraikan pada Rajah 7.1 berikut. 205 Amalan/ Cara Kehidupan Harian Komuniti Potensi Keunikan & Potensi • Taat kepada adat, semangat gotong-royong dan permuafakatan yang tinggi, sanggup membantu kesusahan jiran, sensitif memelihara alam sekitar. • Kaya dengan kemahiran (seperti membuat kraf, berburu, bertani, mencari sumber hutan). • Penempatan ’berselerak-tertumpu’ dengan pengekalan ciriciri binaan dan cara hidup tradisional yang unik dan menarik (pakej eco-tourism) • Mempunyai tanah yang luas dan subur untuk diteroka dan berpotensi bagi kegiatan pertanian organik secara komersil • Kaya dengan adat tradisi bukan hanya menjadi cara menguatkan hubungan sosial komuniti malah berpotensi sebagai tarikan pelancongan (tarian sewang dan nyayian) • Mempunyai persekitaran fizikal yang cantik, terpelihara dan menarik (air terjun, mendaki gunung) • Menjalankan pertanian pindah (ladang padi bukit) yang dijalankan secara gotong-royong dan organik (potensi bagi agro-tourism) Aktiviti Ekonomi Utama Penduduk • Bertani • Bekerja buruh (ladang sawit dan getah, kerja kilang) • Mencari dan menjual rotan dan buluh kasap • Berniaga (secara runcit) Aspek Kemapanan Sikap • Aktiviti kebudayaan (sosial) • Bergotong-royong (sosial) • Kesanggupan bantu jiran (sosial) • Penggunaan bahan kimia (alam sekitar) • Guna semula (alam sekitar) • Kurangkan penggunaan (alam sekitar) • Kebersihan halaman (alam sekitar) • Penggunaan halaman (alam sekitar) Aspek Kemapanan Sistem • Amal-Perkongsian hasil (ekonomi) • Kepatuhan kepada adat (sosial) • Sistem pengasingan bilik (sosial) Aspek Kemapanan Situasi • Pekerjaan sampingan (ekonomi) • Penglibatan ahli keluarga (ekonomi) • Pengangguran (ekonomi) • Pemilikan tanah (ekonomi) • Aksess perkhidmatan kesihatan (sosial) • Pemilikan rumah (fizikal) • Purata saiz isirumah (sosial) • Kemudahan bekalan air (sosial) • Keadaan pencemaran (alam sekitar) Masalah Amalan-Amalan Tidak Mapan • Rujuk Jadual 7.1 Penyelesaian Masalah Kerangka Strategi • Memelihara atau menggalakkan penerusan bagi amalanamalan semasa yang mapan • Mempertingkat/memperbaiki amalan-amalan semasa yang tidak mapan/menunjukkan tahap kemapanan yang rendah • Membangunkan potensi sedia ada di kawasan kajian melalui perancangan serta tindakan yang mapan Rajah 7.1: Rumusan penemuan dan tindakan cadangan 206 7.3 Rumusan Permasalahan Komuniti Dan Cadangan Kerangka Strategi Pembangunan Mapan Komuniti Seperti yang dihuraikan pada sub-tajuk 7.1, proses pembentukan kerangka strategi pembangunan mapan terhadap komuniti di kawasan kajian dikeluarkan setelah mengambilkira input-input daripada tiga sumber utama iaitu hasil literatur, dapatan analisis dan hasil dialog serta penglibatan penduduk. Daripada hasil analisis dan perbincangan dengan wakil penduduk kampung, beberapa masalah atau aspek ketidakmapanan didapati berlaku dalam komuniti melibatkan komponen sikap, sistem dan situasi yang dapat diperhatikan pada aspek ekonomi, sosial dan fizikal/alam sekitar. Jadual 7.1: Rumusan permasalahan/ketidakmapanan dalam komuniti Komponen Komuniti Sikap Masalah Ekonomi ƒ ƒ ƒ Sistem ƒ ƒ ƒ Situasi ƒ Kurang pentingkan simpanan kewangan Tanah pertanian tidak diusahakan secara ekonomik Pendapatan bulanan sangat rendah Tiada disiplin masa bekerja Sistem dalam ekonomi tradisional seperti pengagihan kerja dan hasil tidak lagi diamalkan Peluang kerja terhad dan bayaran upah rendah Kekayaan sumber alam tidak tahu dimanfaat untuk mempertingkatkan taraf hidup Masalah Sosial ƒ ƒ ƒ ƒ ƒ ƒ ƒ Sumber: Olahan pengkaji, 2004 Tabiat merokok yang tinggi Kurang berpersatuan dan melibatkan diri dengan perancangan komuniti Kadar celik huruf yang rendah dan keciciran pelajaran yang tinggi Masalah sosial dan gejala sosial semakin membimbangkan terutama kepada generasi belia dan beliawanis Sikap cepat berpuas hati dan rendah diri yang tinggi Permuafakatan dan kerjasama tinggi tetapi tidak tahu diatur untuk pembangunan komuniti Kurang aspek latihan kemahiran dan pengurusan Masalah Fizikal/Alam Sekitar ƒ Aspek pemulihan sumber yang diambil kurang diberi penekanan ƒ Tidak tahu menguruskan sisa buangan dan sampah-sarap dengan betul ƒ Kawasan petempatan tiada infrastruktur asas yang lengkap ƒ Kualiti perumahan yang rendah 207 Daripada permasalahan/ketidakmapanan yang disenaraikan pada jadual di atas, satu sesi dialog atau proses sumbang saran antara pengkaji dengan wakil-wakil komuniti di kedua-dua kampung telah diadakan. Setiap sesi dialog disertai 5 orang wakil penduduk diketuai penghulu, penolong penghulu, dua orang wakil JKKK (Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung) serta seorang wakil belia. Perbincangan ditekankan ke arah mencari jalan penyelesaian bukan sahaja berkaitan kemelut kemunduran dan ketidakmapanan komuniti, malah bagaimana kerangka strategi pembangunan yang terbaik untuk mengeksploitasi potensi dan keunikan kawasan kajian supaya menguntungkan komuniti secara langsung. Sebagaimana konsep pembangunan mapan yang melihat pembangunan secara berintegrasi antara tiga tonggak utama, perbincangan ke arah merangka strategi pembangunan mapan komuniti turut difokuskan terhadap kerangka strategi pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal/alam sekitar dengan mengambilkira secara terperinci komponen sikap, sistem dan juga situasi komuniti. Akhirnya, satu persetujuan bersama telah dicapai daripada proses sumbang saran setelah diperdalami isu dan permasalahan, potensi dan keunikan untuk dipertingkatkan dan pengkaji merumuskan tiga garis kasar cadangan kerangka strategi pembangunan mapan seperti Jadual 7.2. Jadual 7.2: Cadangan kerangka strategi pembangunan mapan komuniti Komponen Sikap Sistem Situasi Ekonomi Sosial Fizikal/Alam Sekitar Pertanian Organik Secara Komersil & Pelancongan Mapan Pembangunan Sumber Manusia Yang Mapan Penempatan Tersusun & Pengurusan Mapan Alam Sekitar Sumber: Olahan pengkaji, 2004 208 7.3.1 Pertanian Organik Secara Komersil Daripada hasil analisis, amalan pertanian tradisional komuniti Orang Asli adalah berbentuk organik dan bebas kimia di mana ini merupakan antara ciri-ciri pertanian mapan (Rasul dan Thapa, 2003) yang perlu dipelihara melalui strategi pembangunan. Hasil pemerhatian dan dialog pula mengenalpasti kelemahan yang menghalang potensi ini dimajukan iaitu kebanyakan penduduk menjadikan pertanian organik sebagai pekerjaan yang tidak memberikan pendapatan selain diusahakan mengikut keluarga tanpa peralatan dan pengurusan bersistematik. Situasi ini adalah merugikan kerana dengan potensi tanah pertanian subur yang luas gagal dimanfaatkan komuniti. Kesannya, aktiviti pertanian berlaku secara tidak tersusun dan tidak mampu dikomersilkan untuk mempelbagai dan memperkukuhkan asas ekonomi bagi keluarga dan komuniti. Menyedari pentingnya corak pertanian organik dan mesra alam ini terus diperlihara, penyelidikan ini mencadangkan usaha pengekalan dibuat dengan mendedahkan komuniti kepada ilmu kemodenan iaitu kemahiran pengurusan dan pentadbiran serta penggunaan teknologi pertanian moden yang mesra alam. Justeru, untuk memastikan cadangan yang dibentuk tidak terpisah daripada matlamat untuk mencapai agenda pembangunan mapan dan supaya komponen sikap, sistem dan juga situasi komuniti tidak terpisah semasa merancang dan melaksanakan kerangka strategi pembangunan di kawasan kajian, beberapa prinsip pembangunan mapan telah dirumuskan untuk digunapakai sebagai panduan. • Prinsip-prinsip kemapanan i. Penerusan (ilmu dan kemahiran) antara generasi: Perancangan dan pembangunan aktiviti pertanian organik berskala komersil perlu meliputi jangkauan masa yang panjang, perlu mengambilkira keperluan generasi hari ini dan akan datang dan memastikan wujud tindakan bagi memelihara praktis semasa berlandaskan ilmu pengetahuan tradisional yang mapan. Praktis semasa yang mesra alam perlu terus diamalkan melalui paduan unsur kemodenan bagi membolehkan amalan pertanian ini dikomersilkan. 209 ii. Kesaksamaan agihan: keupayaan strategi pertanian organik secara komersil di dalam menjana peluang pekerjaan, meningkatkan taraf hidup melalui perolehan pendapatan lebih baik dan kesejahteraan komuniti serta teragih secara saksama di antara setiap isirumah. iii. Amalan pertanian mesra alam: Perlu memastikan pembangunan kegiatan pertanian dibuat dengan mendokong agenda pembangunan komuniti yang mapan, digerakkan secara berperingkat dengan peningkatan peranan dan penglibatan aktif penduduk (petani) serta usahawan tempatan, menggunakan teknologi mesra alam di dalam tindakan mengoptimumkan penghasilan keluaran komoditi dan mengamalkan pengurusan sumber-sumber secara cekap dan prihatin terhadap daya tampungan alam sekitar. iv. Melahirkan golongan petani dan usahawan yang berilmu dan bermaklumat: Pertanian secara skala komersil perlu dimajukan oleh golongan petani dan usahawan Orang Asli yang berdisiplin, berilmu, bermaklumat dan berinovasi di samping dibimbing mengamalkan corak pengurusan dan pengeluaran hasil tani secara tetap tanpa menjejaskan cara hidup dan budaya komuniti tempatan. Usaha bagi merealisasikan cadangan strategi pembangunan pertanian organik berskala komersil berpandukan prinsip kemapanan seperti yang tersenarai telah disuarakan semasa sesi dialog bersama wakil penduduk setiap kampung. Maklum balas oleh penduduk mendapati cadangan aktiviti pertanian perlu dibuat di dalam dua tahap; tahap pertama bersifat jangka pendek (tempoh maksimum mungkin 5 tahun) dengan fokus kepada penubuhan sebuah koperasi di setiap kampung dengan urustadbir pakar (Rajah 7.2). Manakala penduduk boleh mendaftar menjadi ahli koperasi dan diambil bekerja di ladang pertanian. Melalui pengurusan secara koperasi, kegiatan pertanian yang dirancangkan mengikut kampung contohnya, ladang padi bukit secara komersil di Kg. Perjek dan ladang sayur-sayuran di Kg. Kuala Mu dapat dipantau secara berkesan dan profesional. Bagi komuniti pula, mereka bakal menikmati peluang pekerjaan utama dengan pendapatan bulanan yang lebih baik secara tetap di samping boleh mengekalkan amalan warisan pertanian warisan turun-temurun mereka. 210 Masalah Amalan Pertanian Semasa Amalan organik berbentuk sara diri Akibat / kesan Dianggap kerja sampingan & mengikut keluarga Tiada ilmu pengurusan & peralatan moden Tidak Tersusun, tidak terurus dan Tidak mampu dikomersilkan Cadangan Transformasi Penubuhan Koperasi (melicinkan urusan pentadbiran dan pengurusan) (menjalin komunikasi bagi pengkomersilan hasil tani) Skala komersil dengan amalan organik Pekerjaan utama dengan pendapatan baik Input Pakar Input moden dengan teknologi mudah Implikasi terhadap tahap kemapanan dan ekonomi komuniti Rajah 7.2: Cadangan pembangunan pertanian organik secara komersil (jangka pendek) Setelah mengharungi suatu tempoh tertentu, dijangkakan komuniti telah mengalami perubahan baik dari segi mentaliti sikap yang ‘cukup makan’ kepada kelompok yang kuat berusaha dan bekerja, perubahan sistem bekerja dengan mengamalkan disiplin masa bekerja serta agihan tugas dan mengurangkan situasi kemunduran melalui penerimaan pendapatan lebih baik. Pada peringkat seterusnya, komuniti diandaikan telah bersedia untuk proses transformasi kedua (bagi jangka panjang) di mana peranan koperasi sebagai badan yang mengawal selia kegiatan pertanian oleh pakar-pakar akan diserahkan kepada pengurus dan usahawan dari kalangan Orang Asli sendiri (Rajah 7.3). Ketika ini, peranan para pakar hanya sebagai penasihat atau pemantau perjalanan koperasi. Pada peringkat ini juga diharap komuniti telah mampu berdikari kerana selain pengurusan koperasi melalui pengupayaan komuniti, proses pengupayaan yang berlaku akan melahirkan kelompok pengusaha persendirian dari kalangan Orang Asli di dalam komuniti itu sendiri. 211 Skala komersil dengan amalan organik Pekerjaan utama dengan pendapatan baik Input moden dengan teknologi mesra alam Input Pakar Minima Penubuhan Koperasi Cadangan Transformasi Kedua Pengusaha Persendirian (minda dan sikap moden dan mampu berdikari) (mempunyai ilmu dan kemahiran) Hasil bertambah Berorientasikan pasaran di dalam dan luar negeri Pengekalan kaedah pertanian mapan di samping pengawalan tahap pencemaran Meninggikan pendapatan dan mengurangkan kadar kemiskinan Menyediakan peluang kerja dan mengatasi migrasi keluar Membangunkan kegiatan ekonomi sampingan seperti pengangkutan dan peruncitan Implikasi terhadap tahap kemapanan dan ekonomi komuniti Mempercepat proses meliputi pembukaan tanah, penanaman, penjagaan, penuaian, pemprosesan dan pembungkusan produk Meningkatkan keupayaan penghasilan Perkembangan dan Pemodenan Sektor Pertanian Mapan Rajah 7.3: Cadangan pembangunan pertanian organik secara komersil (jangka panjang) 7.3.2 Pelancongan Mapan Selain potensi persekitaran yang subur bagi kegiatan pertanian, persekitaran fizikal kawasan kajian yang menarik ditambah dengan keunikan resam hidup dan keaslian adat budaya telah menyediakan pakej lengkap untuk cadangan pembangunan kegiatan pelancongan mapan. Cadangan menjadikan kedua-dua kampung sebagai kawasan pelancongan telah disuarakan sendiri oleh wakil penduduk semasa proses dialog dan beberapa perincian mengikut kampung telah dibuat terhadap cadangan tersebut. Ini kerana perkara penting adalah memastikan implikasi daripada pelancongan bukan sahaja dapat 212 mengekalkan tahap amalan kemapanan oleh komuniti, tetapi cadangan ini secara tidak langsung dapat mempertingkatkan lagi tahap kemapanan. Bagi memandu perancangan pelancongan di kedua-dua kampung, tiga prinsip kemapanan telah digariskan seperti berikut. • Prinsip-prinsip kemapanan i. Penggunaan sumber secara cekap dan terancang: Sama ada sumber semulajadi seperti kawasan hutan rimba, air terjun dan gunung/tanah tinggi atau sumber buatan seperti keunikan budaya dan fizikal penempatan perlu diolah secara bijaksana agar serasi dengan alam sekitar, mengaplikasikan teknologi mesra alam, diurus dengan cekap bagi mengelakkan pembaziran dan memenuhi tuntutan bagi meningkatkan kesejahteraan komuniti. ii. Prinsip kesesuaian: Perancangan dan pembinaan kawasan pelancongan harus memberi penekanan terhadap kesesuaian kawasan, mengoptimumkan keselamatan pengunjung dan juga penduduk setempat, mengambilkira aspek pengekalan dan pemeliharaan stok sumber agar tidak berlaku kepupusan, kemusnahan atau penurunan kualiti persekitaran. iii. Prinsip sokongan: Pembangunan kegiatan pelancongan harus mampu menyokong keperluan pembangunan sektor-sektor yang lain (secara fizikal atau bukan fizikal) baik bagi sektor-sektor berkaitan ekonomi, sosial mahupun fizikal/alam sekitar. Keunikan dan potensi kawasan kajian telah disuarakan semasa perjumpaan dan sesi dialog dengan wakil penduduk kampung di mana dua bentuk cadangan kegiatan pelancongan mapan yang berbeza telah diutarakan wakil kedua-dua kampung iaitu cadangan kegiatan Pelancongan Eko-Budaya (eco-culture tourism) bagi Kg. Kuala Mu dan kegiatan Pelancongan Pertanian (agro-tourism) bagi Kg. Perjek. Kedua-dua cadangan ini bagaimanapun telah diperhalusi terlebih dahulu melalui hasil analisis, pemerhatian di lapangan serta rujukan terhadap maklumat sekunder yang berkaitan cadangan aktiviti pelancongan mapan ke atas kelompok pribumi di luar negara. 213 7.3.2.1 Pelancongan Eko-Budaya (eco-culture tourism) Keindahan alam semulajadi seperti kawasan air terjun (Lata Taring dan Lata Lape’), hutan simpan Temiar Pelus, Gunung Yong Yap, keunikan dan keaslian budaya/adat resam serta fizikal penempatan yang bercirikan tradisional boleh dimanfaatkan untuk perlaksanaan kegiatan pelancongan eko-budaya (eco-culture tourism) di Kg. Kuala Mu. Strategi pembangunan dengan mengeksploitasi keindahan alam semulajadi dan keunikan budaya secara cekap dan terancang ini telah terbukti berjaya dilaksanakan terhadap suku kaum asli Djabugay di pandalaman Australia (Dyer et al., 2003) (rujuk sub-tajuk 2.4.2.1). Melalui cadangan ini, kegiatan pelancongan eko-budaya di Kg. Kuala Mu akan diurustadbir secara cekap dan terancang dengan fokus agar kekayaan sumber alam semulajadi dan buatan dapat dimanfaat untuk mempertingkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup penduduk yang terlibat. Cadangan pembangunan kegiatan eko-budaya dijangka mampu menghasilkan nilai tambah dan menyokong pertumbuhan sektor-sektor yang lain baik secara fizikal mahupun bukan-fizikal dengan penyediaan peluang pekerjaan lebih baik dan terjamin di sektor berkaitan pelancongan, membangkitkan perusahaan membuat kraftangan dan cenderamata oleh masyarakat tempatan serta mempertingkatkan kualiti fizikal penempatan dengan penyaluran infrastruktur asas yang sempurna dan mencukupi. Pelbagai aktiviti untuk pelancong juga turut dicadangkan seperti aktiviti kesenian dan kebudayaan, sukan lasak, rekreasi serta penjelajahan rimba bakal membawa satu identiti baru yang tersendiri terhadap Kg. Kuala Mu. 214 Potensi keindahan alam semulajadi • Hutan simpan • Gunung • Air terjun • Dusun buah-buahan Potensi keunikan budaya dan cara hidup • Aktiviti kesenian dan kebudayaan • Kemahiran membuat kraf • Senibina tradisional Pelancongan Eko-Budaya (eco-culture tourism) Pembangunan Fizikal • Pembinaan chalet • Pusat transit pendaki • Kedai kraf dan cenderamata • Balai rawatan kesihatan • Homestay • Kemudahan air dan elektrik Pembangunan Bukan-Fizikal • Mengukuhkan kerjasama • Membuka minda dengan interaksi • Perubahan sikap • Menghargai keunikan budaya sendiri • Menghargai anugerah alam Rajah 7.4: Pembangunan kegiatan Pelancongan Eko-Budaya 7.3.2.2 Pelancongan Pertanian (agro-tourism) Dengan reputasi sebagai satu-satunya perkampungan Orang Temiar yang masih menjalankan aktiviti pertanian pindah padi bukti, Kg. Perjek dilihat sangat berpotensi bagi perancangan kegiatan Pelancongan Pertanian (agro-tourism). Sebagai pakej lengkap produk pelancongan pertanian, keunikan aktiviti penanaman padi bukit secara bergotongroyong digabungkan bersama keunikan serta keaslian budaya dan adat resam di samping fizikal penempatan yang bercirikan tradisional. Cadangan kegiatan Pelancongan Pertanian ini akan menonjolkan ciri-ciri sebuah perkampungan Orang Asli yang aktif dengan pertanian organik selain turut menyediakan kepada para pelancong merasai kehidupan suasana desa Orang Asli dengan hiburan seperti persembahan kesenian dan kebudayaan. Selain itu, kawasan kualiti fizikal kawasan penempatan turut dipertingkatkan dengan penyaluran infrastruktur asas yang sempurna dan mencukupi. 215 Potensi keunikan amalan tradisional • Ladang padi bukit (pertanian organik) • Kawasan taman herba Potensi keunikan budaya dan cara hidup • Aktiviti kesenian dan kebudayaan • Kemahiran membuat kraf • Senibina tradisional Pelancongan Pertanian (agro-tourism) Pembangunan Fizikal • Pembinaan chalet • Kedai kraf dan cenderamata • Balai rawatan kesihatan • Homestay • Kemudahan air dan elektrik Pembangunan Bukan-Fizikal • Mengukuhkan kerjasama • Membuka minda dengan interaksi • Perubahan sikap • Menghargai keunikan budaya sendiri • Menghargai anugerah alam Rajah 7.5: Pembangunan kegiatan Pelancongan Pertanian 7.3.3 Pembangunan Sumber Manusia Yang Mapan Di bawah cadangan pembangunan sumber manusia yang berdaya tahan, beretika dan berinisiatif adalah tindakan pembangunan minda dan perubahan sikap supaya selaras dengan tuntutan perubahan dan kemodenan. Pembangunan secara menyeluruh akan menerapkan nilai bantu diri, saling bermuafakat merangkumi usaha pembinaan semangat dan latihan-latihan kemahiran melalui sokongan institusi. Situasi semasa menunjukkan minda dan sikap komuniti (golongan tua) tidak memahami tentang kepentingan perubahan dan keperluan untuk memperkasakan diri, keluarga dan komuniti bagi mengharungi cabaran dan persaingan. Justeru, beberapa prinsip asas kemapanan telah dirumuskan untuk digunapakai di dalam melaksanakan agenda pembangunan sumber manusia yang mapan seperti mana berikut. 216 • Prinsip-prinsip kemapanan i. Prinsip masyarakat berilmu: Generasi muda Orang Asli perlu sentiasa didedahkan kepada pelbagai asas ilmu pengetahuan supaya lahir minat serta perasaan cintakan ilmu. Melalui sistem pendidikan, generasi muda dipupuk untuk membentuk keperibadian dan jati diri supaya mereka dapat membesar dengan memiliki kemahiran unuk menjana kemakmuran serta mampu menghadapi cabaran. ii. Prinsip masyarakat cekal: Komuniti mempunyai kekentalan hasil pendedahan kepada program membina jatidiri, motivasi, latihan kemahiran serta kepimpinan. Dengan ilmu dan kemahiran yang diperoleh, komuniti secara langsung akan mempunyai kemampuan untuk bersaing bagi memastikan kesejahteraan sosioekonomi masyarakat lebih terjamin. iii. Prinsip bermuafakat: keterlibatan semua lapisan masyarakat dalam proses perancangan pembangunan dan sistem membuat keputusan dilakukan secara menyeluruh. Rumusan sesi perbincangan dan sumbang saran mencadangkan pembangunan sumber manusia dilakukan mengikut kumpulan sasar iaitu generasi ke-3 (anak/pelajar sekolah) melalui strategi pendidikan; generasi ke-2 (belia dan beliawanis) melalui strategi latihan kemahiran dan kepimpinan dan generasi pertama (dewasa dan golongan tua) melalui strategi pengukuhan permuafakatan sekampung. 217 Generasi Ke-2 Generasi Ke-3 Bantuan institusi Kursus motivasi, kemahiran dan kempimpinan Pemberian tahap pendidikan minima (SPM) yang tinggi Pengaruh anak Pengaruh anak Kempen kesedaran, pengukuhan permuafakatan sekampung Generasi Pertama Minda moden Pembangunan Minda dan Perubahan Sikap Berilmu Penglibatan & pengupayaan Berkemahiran Melahirkan sumber manusia yang mampu memenuhi aspirasi pembangunan komuniti yang mapan Rajah 7.6: Kerangka strategi pembangunan sumber manusia 7.3.4 Penempatan Tersusun Penempatan yang wujud secara ‘berselerak-tertumpu’ menyukarkan usaha pembangunan kemudahan-kemudahan asas dan awam yang baik. Strategi penempatan tersusun telah dikenalpasti sebagai langkah terbaik dalam meningkatkan kualiti fizikal melalui penyusunan ruang secara bersistematik dan mempertingkatkan penyediaan kemudahan infrastruktur di kawasan penempatan. Cadangan ke arah pengwujudan kawasan penempatan tersusun perlu mematuhi prinsip-prinsip pembangunan mapan sepertimana disenaraikan. 218 • Prinsip-prinsip kemapanan i. Prinsip kesepaduan: Perancangan yang menitikberatkan aspek kejiranan, pembangunan infrastruktur dan penyusunan ruang perlu dilaksanakan secara bersepadu bagi menjamin keharmonian dengan alam sekitar, keselesaan penduduk serta penggunaan kemudahan dapat dibuat dengan cekap dan berkesan. ii. Prinsip kesejahteraan komuniti: Perancangan dan pembangunan yang melibatkan fizikal petempatan secara langsung perlu mengambilkira unsur kemapanan bagi menjamin kesejahteraan komuniti, pengurangan pencemaran dan penyediaan peluang pertumbuhan ekonomi. iii. Prinsip identiti setempat: Pembinaan komuniti Orang Asli di luar bandar perlu berorientasikan sifat toleransi yang tinggi, mempunyai identiti setempat, indah dan bersih, berbudaya serta mempunyai kesedaran terhadap alam binaan dan alam semulajadi yang tinggi. Bagi Kg. Kuala Mu, penyusunan penempatan boleh dilakukan daripada peringkat awal (menyediakan pelan tatatur) kerana hampir keseluruhan rumah adalah rumah tradisional yang mudah diroboh atau diubah kedudukan bagi membina rumah mengikut corak penempatan yang baru dan lebih tersusun. Bagi Kg. Perjek, penyusunan tidak dapat dilakukan memandangkan banyak rumah PPRT merupakan struktur kekal (konkrit). Namun, beberapa tindakan pembaikan dan pengindahan masih boleh dilakukan. Aspek pembangunan fizikal juga perlu menitikberatkan kesan ke atas alam semulajadi kawasan kampung serta keperluan mengekalkan persekitaran serta amalanamalan hidup penduduk yang mapan iaitu memperkuatkan nilai-nilai tradisional dan di masa yang sama mampu mendokong keperluan hidup komuniti yang sempurna. Penempatan tersusun yang dirancang perlu memenuhi ciri-ciri seperti berikut: (a) Menyusun gunatanah kepada konsep “kejiranan” iaitu pusat komuniti sebagai titik fokus, mengelakkan percanggahan gunatanah atau guna ruang di dalam kawasan 219 kampung dan di masa yang sama dapat mengekalkan kerharmonian di antara binaan fizikal dengan alam semulajadi di luar kawasan kampung. (b) Penyusunan ruang perlu mengambilkira aspek perancangan penempatan yang selamat seperti jarak dan kedudukan rumah, jaringan paip air dan elektrik, sistem perparitan serta sistem sirkulasi dalaman kampung. (c) Penyalurkan kemudahan-kemudahan asas yang lengkap dan berkualiti seperti air, elektrik, longkang dan pembetungan dapat dibuat kepada setiap unit kediaman. (d) Mewujudkan ruang bagi pusat komuniti dalam kawasan kampung seperti tapak untuk pembinaan balai raya, taman bimbingan kanak-kanak, kawasan lapang dan taman permainan, surau serta kawasan perniagaan. (e) Kawasan-kawasan tertentu seperti laluan masuk dan pusat komuniti perlu diberikan identiti tersendiri melalui kerja-kerja landskap yang indah. (f) Memperbaiki sistem perhubungan baik dari segi kualiti jambatan (jambatan kayu balak kepada jambatan konkrit) dan jalan (penaiktarafan jalan tanah merah kepada jalan tar boleh dilakukan secara berperingkat). Selain strategi penempatan tersusun, penyediaan perumahan yang berkualiti juga penting di mana melalui perbincangan, antara aspek berkaitan fizikal perumahan yang perlu dipertimbangkan adalah: (a) Pembinaan rumah moden beridentitikan senibina Orang Asli. Penduduk tidak menolak bantuan perumahan tetapi rumah yang dibina perlu mengambilkira keunikan senibina tradisional mereka. Selain bertujuan menyediakan perumahan yang berkualiti dan selesa, gabungan senibina boleh menjadi salah satu tarikan bagi aktiviti pelancongan pada masa hadapan. (b) Pembinaan rumah secara kekal dan lengkap dengan kemudahan asas. Pembangunan rumah jenis konkrit seperti di Kg. Perjek perlu diperluaskan di mana rumah jenis 220 konkrit adalah lebih tahan lama, kukuh dan mampu mengurangkan kos penyelenggaraan berbanding rumah jenis kayu. Turut dicadangkan adalah mewujudkan pengasingan bilik tidur bagi anak yang berlainan jantina dan ibubapa (minima 3 bilik). Ianya selaras dengan penemuan analisis di mana lebih 71% penduduk telah membuat pengasingan bilik tidur, (cadangan kemapanan ialah 61%). Penyediaan perumahan berkualiti juga perlu mengambilkira keperluan bagi menyediakan kemudahan asas minima yang tinggi meliputi bekalan air bersih, elektrik dan tandas. Ekonomi Ekonomi Kediaman Kemudahan/Komuniti Ekonomi Ekonomi Rajah 7.7: Cadangan petempatan tersusun melalui penekanan pembangunan komuniti 7.3.5 Pengurusan Alam Sekitar Bagi pengurusan alam sekitar, penyelidikan mencadangkan pengwujudan zon-zon pengurusan alam sekitar. Hasil kajian literatur terhadap kajian yang dibuat oleh Karjala dan Dewhurst (2003); Buch (2003); Ylhaisi (2003) serta idea penduduk, empat (4) zon pengurusan alam sekitar dicadangkan bagi kawasan kajian (rujuk Jadual 7.3). Secara amnya, perancangan dan pengurusan alam sekitar secara mapan perlu dilaksanakan berpandu kepada prinsip-prinsip pembangunan mapan sebagaimana dirumuskan seperti berikut. 221 • Prinsip-prinsip kemapanan i. Prinsip pencemar perlu membayar: Dalam memajukan ekonomi, aktiviti ekonomi perlu menyumbang kepada kos pengurusan alam sekitar seperti memperbaiki gejala pencemaran. ii. Prinsip bermoral dan beretika: Pembangunan ekonomi dan sosial perlu memberikan perhatian terhadap usaha memelihara kewujudan sumber alam. iii. Prinsip keharmonian: Pembangunan ekonomi dan fizikal perlu diharmonikan dengan tindakan menjaga alam sekitar. Jadual 7.3: Kerangka pengurusan alam sekitar Bil. Jenis Zon 1 Zon Perlindungan 2 Zon Ekonomi Tradisional 3 Zon Pengurusan Sumber Bersepadu 4 Zon Ekonomi Moden Tujuan Kawasan hutan simpanan secara kekal (restoration) bagi memelihara biodiversiti Kawasan operasi hutan, pertanian pindah skala kecil, memburu dan menangkap ikan secara terkawal dan berdusun Pembangunan ekonomi dengan pertanian organik berskala komersil, penempatan dan aktiviti pelancongan-ekologi Pembangunan ekonomi moden berskala komersil seperti ladang sawit dan getah, industri luar bandar, perniagaan, infrastruktur Bentuk Tindakan Mengamalkan pengurusan ketat di mana tidak dibenarkan aktiviti pengambilan sumber Mengamalkan pengurusan sensitif dengan aktiviti pengambilan sumber dan penerokaan secara terpilih dan bermusim Mengamalkan pengurusan sensitif dan intensif – pengekalan praktis tradisional yang mapan digabung dengan kaedah moden yang mesra alam Pengurusan intensif sumber alam bagi keperluan ekonomi di samping pembangunan fizikal dan kawalan pencemaran Dalam membenarkan aktiviti pembangunan berlaku, dan pada masa yang sama tindakan pemeliharaan sumber dan biodiversiti juga turut berlaku, pembentukan zon-zon merupakan langkah yang berkesan terhadap pengurusan alam sekitar secara mapan. 222 7.4 Sumbangan Kajian Terhadap Kerangka Teori Ilmu Pengetahuan Orang Asli dan Kemapanan Kajian ini telah membuktikan bahawa terdapat perkaitan di antara sistem ilmu pengetahuan Orang Asli dengan konsep komuniti mapan sebagaimana yang telah dijelaskan pada sub-tajuk 2.3.2. Kajian-kajian yang dibuat mendapati ilmu pengetahuan tradisional yang diwarisi secara turun-temurun oleh Orang Asli telah membolehkan mereka tinggal dan hidup secara berharmoni dengan persekitaran dan menjadikan mereka sebagai pengurus sumber alam yang cekap dan diiktiraf kepentingannya secara meluas (rujuk sub-tajuk 1.1). Melalui kajian ini, amalan-amalan komuniti dirangkum sebagai sikap, sistem dan situasi telah dikaji bagi mengenalpasti tahap kemapanannya. Daripada hasil analisis, komuniti Orang Asli didapati masih mempraktikkan ilmu-ilmu daripada sistem tradisional untuk kehidupan, namun secara keseluruhannya pengamalan ilmu pengetahuan tersebut didapati tidak cukup bagi mengekalkan komuniti ke tahap mapan terutama kepada generasi yang akan datang. Ini kerana banyak amalan komuniti telah mengalami perubahan yang pesat disebabkan desakan memenuhi tuntutan ekonomi, di samping gejala kemiskinan yang tinggi sehingga telah menghakis amalan-amalan tradisional yang selari dengan prinsip-prinsip kemapanan. Jika teori sistem ilmu pengetahuan tradisional pribumi menekankan hubungan harmoni antara manusia dengan alam, amalan semasa oleh komuniti yang dikaji pula menunjukkan tindak balas sebaliknya di mana hubungan dengan alam adalah lebih kepada mengeksploitasi sumber yang ada bagi kepentingan ekonomi. Begitu juga dengan hubungan sosial di mana perubahan sistem kerja daripada kerja secara bersama dan bergotong-royong kepada sistem upah telah menghakis nilai-nilai perkongsian hasil dan menyemai perasaan individualistik di kalangan penduduk. Manakala dari segi hubungan dengan tuhan pula, lebih separuh daripada komuniti telah memeluk Islam, tetapi kebanyakan mereka masih kuat mempercayai perkara-perkara tahyul seperti semangat padi dan hutan dalam menentukan nasib dan hasil pertanian setiap tahun sedangkan ia bukan sahaja bertentangan dengan ajaran Islam, malah secara saintifiknya perkara-perkara seperti ini masih belum terbukti kebenarannya. Biarpun sebahagian penemuan kajian ini dilihat tidak selari dengan kandungan teori sistem ilmu pengetahuan pribumi seperti yang dijelaskan, kajian ini cuba untuk 223 menerapkan agenda pembangunan mapan ke dalam strategi pembangunan komuniti Orang Asli melalui cadangan-cadangan pembangunan komuniti sebagaimana yang dijelaskan pada sub-tajuk 7.3. Cadangan kerangka strategi pembangunan komuniti yang dikeluarkan adalah berbeza daripada pendekatan pembangunan semasa yang digunapakai pihak JHEOA memandangkan kajian ini secara sedar telah mempertimbangkan prinsip-prinsip kemapanan di dalam membentuk kerangka strategi pembangunan Orang Asli. Selain itu, perbezaan cadangan kajian ini dengan pendekatan pembangunan komuniti Orang Asli oleh pihak JHEOA juga adalah cadangan kajian turut mempertimbangkan amalan-amalan tradisional seperti pertanian organik, potensi keindahan alam sekitar, keunikan budaya dan kemahiran penduduk untuk sama-sama digabungkan dengan pendekatan moden bagi menyokong keperluan pembangunan ekonomi komuniti dan pada masa yang sama memastikan agar amalan-amalan tradisional yang mapan dan unik ini tidak hilang atau diabaikan daripada komuniti Orang Asli hari ini serta generasi mereka yang akan datang. 7.5 Implikasi Terhadap Bidang Perancangan Bandar Dan Wilayah Sepertimana telah dinyatakan pada permulaan penyelidikan (rujuk sub-tajuk 1.5) bahawa kajian berkenaan konsep pembangunan mapan dan komuniti mapan khususnya dalam bidang perancangan bandar dan wilayah (dengan fokus luar bandar) di negara ini masih lagi baru biarpun persetujuan terhadap konsep ini telah lama diterima di peringkat global (selepas Deklarasi Rio, 1992). Tumpuan kajian terhadap aspek kemapanan telah difokuskan ke atas komuniti Orang Asli yang sering dipandang sebagai komuniti terasing daripada pelbagai bentuk kemajuan dan pembangunan. Kejayaan penyelidikan ini boleh dianggap sebagai pembuka jalan terhadap tindakan seterusnya bagi memperluaskan lagi pengkajian terhadap bidang kemapanan terutama dalam bidang perancangan bandar dan wilayah. Pembentukan satu set indikator khusus untuk mengukur secara kuantitatif tahap kemapanan komuniti Orang asli luar bandar boleh menguatkan peranan profesion jururancang pembangunan untuk terbabit langsung dengan agenda pembangunan luar bandar umumnya dan masyarakat Orang Asli khasnya memandangkan sebelum ini agenda 224 pembangunan dan perancangan banyak dilakukan oleh JHEOA dan kerjasama beberapa agensi lain. Kajian mendapati sehingga kini masih belum wujud suatu kajian khusus dari bidang perancangan bandar dan wilayah, mahupun perancangan luar bandar dengan fokus terhadap pembangunan komuniti mapan Orang Asli di luar bandar dan bandar. Justeru, peluang yang terbuka melalui penyelidikan ini telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh bidang perancangan bandar dan wilayah untuk mengumpulkan maklumat-maklumat penting berkenaan masyarakat Orang Asli di negara ini. Penyelidikan ini juga telah berjaya memperbaharui penggunaan metodologi penyelidikan yang sering digunakan oleh jururancang pembangunan iaitu survei menggunakan soal-selidik kepada gabungan dua pendekatan, iaitu survei dan etnografi. Hasilnya, kesepaduan kedua-dua pendekatan ini membolehkan pengkaji mengumpul data dan maklumat melalui pelbagai alternatif dan huraian terhadap penemuan bukan hanya disokong melalui bukti kuantitatif, malah secara terperinci melalui kualitatif. Salah satu ciri-ciri komuniti mapan adalah penyertaan dan penglibatan aktif penduduk dalam merangka wawasan, matlamat serta halatuju komuniti dan tindakan perlaksanaan adalah melalui pengupayaan. Melalui penyelidikan ini, input daripada komuniti memainkan peranan yang besar terutama di peringkat cadangan, di mana cadangan-cadangan kerangka strategi yang dibentuk melalui penglibatan komuniti secara “bottom-up planning” dengan bantuan jururancang sebagai koordinator akhirnya dapat mengeluarkan cadangan yang dapat memenuhi aspirasi komuniti dan untuk dijayakan melalui pengupayaan komuniti. Cadangan pembangunan dilihat sebagai komprehensif kerana merangkumi cadangan fizikal dan bukan fizikal. Dalam bidang perancangan bandar dan wilayah, penekanan terhadap perancangan ruang dan gunatanah adalah perkara penting yang perlu diambilkira sebagai tindakan asas pembangunan. Selaras dengan keperluan ini, cadangan fizikal seperti strategi penempatan tersusun dengan fokus kepada penyediaan dan perancangan ruang (susunatur) dalam kawasan kampung yang lebih baik dan teratur dibentuk. Selain itu, perancangan gunatanah turut dinyatakan dalam kerangka strategi pengurusan alam sekitar melalui pembentukan zon gunatanah dengan fungsi dan cara pengurusan tertentu boleh dijadikan panduan berguna kepada jururancang. 225 7.6 Cadangan Kajian Lanjutan Sungguhpun penyelidikan yang dibuat telah berjaya mencapai objektif-objektif yang ditetapkan, masih terdapat ruang untuk diperbaiki. Kekurangan utama yang dirasakan adalah proses analisis data berpandukan bilangan indikator yang terlalu banyak kerana dilihat telah memberi kesan kepada masa kerana lebih banyak masa telah diperuntukkan bagi menganalisis data. Kekurangan kedua adalah cadangan terhadap penyelidikan hanya merangkumi pembentukan kerangka strategi pembangunan yang bersifat umum. Sepatutnya telah terdapat kajian yang berkesan bagi mengenalpasti dan membentuk strategi-strategi yang terperinci dan tepat tentang cara membangunkan komuniti ini. Di atas kelemahan ini, pengkaji mencadangkan dua bentuk kajian lanjutan dibuat iaitu: (a) Bilangan indikator yang ingin digunakan pada peringkat analisis perlu dipilih dengan hanya indikator-indikator yang paling releven dengan keperluan kajian sahaja. Kajian lanjutan dicadang menggunakan teknik analisis faktor (factors analysis) bagi pemilihan indikator. Ini kerana penggunaan teknik ini bukan sahaja ringkas dan mudah, malah membantu menjimatkan banyak masa bagi menjalankan analisis. (b) Membentuk strategi/program/cadangan projek pembangunan komuniti secara terperinci dan praktikal sesuai dengan kehendak pembangunan komuniti seperti kajian terhadap konteks petempatan atau fizikal. Cadangan ini tidak mampu dibuat kerana kajian seperti ini memerlukan kajian perbandingan daripada pelbagai kawasan/petempatan sebelum suatu keputusan tentang aspek petempatan atau cadangan fizikal yang mapan dapat dibentangkan. Tambahan pula, kajian seperti ini memerlukan kos tinggi dan jangkamasa yang panjang dan tidak mampu dilaksanakan hanya melalui penyelidikan ini. Berasaskan pengalaman pengkaji, komuniti di kawasan kajian memang dahagakan pembangunan. Namun mereka bukan mudah untuk menerima bulat-bulat sebarang tindakan pembangunan atau perubahan dengan hanya mengadaptasi segala program dan strategi yang dicadangkan tanpa mengambilkira pandangan dan kehendak mereka. Masih banyak perkara yang tidak mampu dijelaskan atau difahami sepenuhnya oleh pengkaji 226 kerana kehidupan komuniti ini adalah sangat unik, berbanding pengalaman menjalankan kajian ke atas komuniti Orang Melayu luar bandar, komuniti FELDA dan komuniti bandar. Justeru, pengkaji merasakan adalah mencukupi cadangan tindakan dan strategi yang dikemukakan bersifat umum (sebagai kerangka) untuk memandu kajian terperinci dan lebih menyeluruh pada masa yang akan datang. 7.7 Penutup Penyelidikan ini telah dilaksanakan dengan jayanya di mana dua fokus utama iaitu mengukur tahap kemapanan komuniti Orang Asli dan mengeluarkan satu kerangka strategi pembangunan mapan yang bersifat menyeluruh dan seimbang telah dibentuk. Kajian mendapati terdapat aspek kemapanan seperti yang dinyatakan pada set indikator sebenarnya telah diamalkan komuniti dikawasan kajian sejak dahulu lagi. Terdapat amalan semasa yang mapan dan ada yang tidak mapan namun pastinya komuniti Orang Asli tidak mahu terus-menerus hidup di dalam keadaan yang serba daif dan kekurangan. Penglibatan mereka dalam kegiatan ekonomi hanya terbatas kepada sektor perburuhan yang menawarkan upah yang rendah tidak mampu mengheret mereka keluar daripada cengkaman kemiskinan dan kemelaratan hidup. Pencapaian komuniti mapan perlu dilakukan dengan pengembelingan tenaga, bantuan kewangan dan kepakaran semua pihak yang terlibat baik dari pihak jabatan serta agensi kerajaan dan bulan kerajaan, termasuklah profesional perancangan bandar dan wilayah. Sudah tiba masanya pembangunan komuniti dibuat secara “bottom-up planning” dengan mengambilkira input daripada komuniti bagi merencanakan bentuk pembangunan komuniti mengikut kehendak dan proses perlaksanaannya adalah secara pengupayaan komuniti melalui pengawasan dan khidmat sokongan institusi berkaitan. Penyelidikan ini hanyalah sebahagian daripada usaha awal ke arah memajukan komuniti Orang Asli dengan memperkenalkan kerangka strategi pembangunan yang memenuhi tuntutan profesion perancangan bandar dan wilayah serta praktikal dan diterimapakai oleh penduduk untuk mengubah taraf kehidupan mereka ke arah moden dan maju tanpa menghakis identiti dan jatidiri mereka sebagai Orang Asli serta tidak menghilangkan mana-mana amalan kehidupan semasa yang mapan. 227 SENARAI RUJUKAN Abd. Samad Hadi (2003). Persekitaran Bandar Yang Lebih Baik Kepada Kesejahteraan Komuniti. Pembentangan kertas kerja di Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar & Wilayah ke-21. 15-17 September. Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Abd. Samad Hadi ed. (1983). Pendekatan Kajian Etnografi Sabah: Satu Laporan Teknikal. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Amran Kasimin (1993). Religion and Social Change Among the Indigenous People of the Malay Peninsula. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Amree Ahmad (2004). Pelajaran Anak Orang Asli Semakin Tercicir. Massa. Januari 2004: 17-23. Anand, S. and Sen, A. (2000). Human Development and Economic Sustainability. Journal of World Development, 28(12): 2029-2049. Anderson, B. (1991). Alternative Economic Instruments. London: Routledge. Anderson, G. (1993). Fundamentals of Educational Research. London: Falmer Press Anke, V. and Joachim H.S. (2000). A Guide to Community Sustainability Indicators. Environmental Impact Assessment Review. 20(2): 381-392. 228 Atker, J. (1993). Political Economy of Environment in Thailand, Manila. Journal of Contemporary Asia. 12(7): 88-95. Atte, M. (1989). Indigenous Knowledge Systems, The Cognitive Revolution and Agricultural Decision Making. In Agriculture and Human Values. 6(3): 32-41. Bala, P. (2002). Changing Borders and Identities in the Kelabit Highlands: Anthropological Reflections on Growing Up near an International Border. Sarawak: Unit Penerbitan Universiti Malaysia Sarawak. Barbier, E. B. (2003). Agricultural Expansion, recource Booms and Growth in Latin America: Implications for Long-run Economic Development. Journal of World Development. 32(1): 137-157. Barton, H. (2000). Sustainable Communities: the potential for eco-neighbourhood. London: Earthscan Publications Ltd. Beatley, T., and Manning, K. (1998). The Ecology of Place: Planning for Environment, Economy and Community. Washington DC: Island Press. Beck, T. and Nesmith, C. (2000). Building on Poor People’s Capasities: The Case of Common Property Resources in India and West Africa. Journal of World Development. 29(1): 119-133. Bellwood, P. (1997). Prehistory of the Indo-Malayan Archipelago. Revised Edition. Honululu: University of Hawaii Press. Berg, B. L. (1998). Qualitative Research Methods for Social Sciences (3rd Ed.). Boston: Allyn & Bacon Berger, A.R. and Hodge, R.A. (1995). Natural change in the environment: A challenge to the pressure-state-response concept. Scientific Workshop on Indicators of Sustainable Development. November 15-17, Wuppertal, Germany. 229 Berke, P.R. (2000). Are We Planning for Sustainable Development?. Journal of the American Planning Association. 66(1): 21. Biswas, R. M. (1994). Agriculture and environment: a review, 1972-1992. Journal of Ambio. 23(3): 192-197. Blowers, A. (1992). Planning a Sustainable Future: Problems, principles and prospects. Journal of Town & Country Planning (May 1992). Blowers, A. (1993). Planning for sustainable environment. Town and Country Planning Association. London: Earthscan Publications Ltd. Brand, D.G. (1997). Criteria and Indicators for the Conservation and Sustainable Management of Forests: Progress to date and future directions. Journal of Biomass and Bioenergy. 13 (2): 247-253. Brookfield, H. (1989). Boldness and caution in the face of global change. Australian Geographical Studies. 27(2): 199-207. Buchs, W. (2003). Biotic indicators for biodiversity and sustainable agriculture – introduction and background. Journal of Agriculture Ecosystems & Environment. 9(8): 1-16. Bunn, D. (1977). People first: A Guide to Self-Reliant Participatory Rural Development. Atlantic Highlands, New Jersey: Zed Books. Campbell, S. (1996). Green cities, growing cities, just cities? Urban planning and the contradictions of sustainable development, Journal of American Planning Assocciation. 62(3): 296-312. Carey, I. (1976). Orang Asli: The Aborigional Tribes of Peninsula Malaysia. Kuala Lumpur; Oxford University Press. 230 CIKARD (1987). CIKARD News, 1:1 (February 1987), Iowa: Iowa State University. Conway, G. R. (1985). Agroecosystem analysis. Journal of Agricultural Administration. 20 (1): 31-55. Copus, A. K. and Crabtree, J. R. (1995). Indicators of Soscio-Economic Sustainability: An Application to Remote Rural Scotland. Elsevier Science Ltd. Creswell, J. W. (2003). Research Design: Qualitative, Quantitative ang Mixed Methods Approaches. Second Edition. California: Sage Publications. Dane, F. C. (1990). Research Methods. Pasific Grove. California: Brooks-Cole Publishing Company. DANIDA (1996). Strategy for Danish Environmental Assistance. United State: Salomon & Roussell Publications. Dasmann, R. F., Milton, J. D. and Freeman, P. H. (1973). Ecological Principles for Economic development. London: John Wiley Publications. David, C.(1999). Sustainable Development and Structure Plans in England and Wales: Operationalizing The Theme & Principles. Journal of Planning and Management. 42(1): 45. DBP (1964). Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dentan, R.K. (1997). The Persistence of Perceived Truth: How the Malaysia Ruling Class Construct Orang Asli. Indigenous People and the state: Politics, Land and ethnicity in the Malayan Peninsula and Borneo. 46: 98-134. New Haven, Connecticut: Yale Southeast Asia Studies. Driml, S. M. (1996). Sustainable Tourism in Protected Areas? Australian National University, Canberra: Unpublished Ph.D. Thesis. 231 Dunn, F. (1975). Rain-Forest Collectors and Traders: A Study of Resources Utilization in Modern and Ancient Malaya. Malaysian Braneh, Kuala Lumpur: Royal Asiatic Society Dyer, P., Aberdeen, L. and Schuler, S. (2003). Tourism Impacts on an Australian Indigenous Community: a Djabugay case study. Journal of Tourism Management. 24: 83-95. Earth Submit (1992). Earth Submit. London: The Regency Press. Edwards, C. A. (1989). The importance of integration in sustainable agricultural system. Journal of Agriculture, Ecosystems & Environment. 27: 25-35. Ellis, F., Kutengule, M. and Nyasulu, A. (2003). Livelihoods and rural Poverty Reduction in Malawi. Journal of World Development. 31(9): 1495-1510. ENVIS (2002). Sustainable Development – a gateway. New Delhi: delhi-nic. Friend, A. and Rapport, D (1979). Towards a Comprehensive Framework for Environmental Statistics: A Stress-Response Approach. Report No. 11-510, Ottawa: Statistics Canada. Fuhrer, E. (2000). Forest functions, ecosystem stability and management. Journal of Forest Ecology and Management. 132: 29-38. Gabre-Madhin, E. Z. and Haggblade, S. (2003). Successes in African Agriculture: results of an Expert Survey. Journal of World Development. 32(5): 745-766. Gay, L. R. and Diehl, P. L. (1996). Research Methods For Business and Management. Singapore: Prentice Hall. Gharse, M. (1977). Ke Arah Pembangunan. Kuala Lumpur: Pusat Pengajian Pembangunan Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. 232 Gregory, R. J. (2003). Futures Research from the Yam Patch. Journal of Futures. 35: 827-838. Guba, E. and Lincoln, Y. (1981). Effective Evaluation. California: Jossey-Bass Publication Hamid Saad (2000). Ciri Dan Peranan Bandar Kecil Dalam Pembangunan Wilayah Johor Timur. Universiti Kebangsaaan Malaysia: Tesis Doktor Falsafah. Hanare, M. (1997). The Koro of ethics. In Globalisation: a step towards te ao marama or towards te po?. Department of Development Studies, Hamilton: University of Waikato. Hansen, J. W. (1996). Is agricultural sustainability a useful concept? Agricultural Systems. 50: 117-143. Hartley, J. (1994). Case Study in Organisational Research. In Cassell, C. and Symon, G. (Eds.) Qualitative Methods in Organizational Research: A Practical Guide. London: Publications Ltd. Harriss, J. (1982). Rural Development: Theories of Peasant Economy & Agrarian Change. Hutchinson: Hutchinson University Library. Harvey, C., Jacobs, J., Lamb, G. and Schaffer, B. (1979). Rural Employment and Administration in the Third World: Development Method and Alternative Strategies. England: Teakfield Limited. Hasan Mat Nor (1997). Kajian Keciciran Kalangan Pelajar Orang Asli Peringkat Sekolah Rendah. Jabatan Antropologi dan Sosiologi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Hasan Mat Nor (1998). Warga Pribumi Menghadapi Cabaran Pembangunan. Kertas Kadangkala Bil. 8. Jabatan Antropologi & Sosiologi: Universiti Kebangsaan Malaysia. 233 Hassan Ishak (1998). Orang Asli dan Cabaran Pembangunan Masa Kini: Usaha dan tindakan yang direncanakan oleh JHEOA. Kertas Kadangkala Bil. 8. Jabatan Antropologi & Sosiologi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Helen, B. (2001). Sustainable Development and its Indicators: Through a (Planner’s) Glass Derkly. Journal of Environmental Planning and Management. 44(3): 409423. HMSO (1996). Indicators of Sustainable Development for United Kingdom. London: HMSO. Hodder, B. W. (1959). Man In Malaya. Warwick Square, London: University Of London Press Ltd. Hood Salleh (1993). Orang Asli, An Appreciation. Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri. Hood Salleh, Sharina A. Halim dan Zanisah Man (2004). Masa Depan dan Perancangan Penempatan Semula Masyarakat Orang Asli. Pembentangan kertas kerja pada Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar & Wilayah K-22 – “ke arah pembangunan luar bandar mampan”, 29 September 2004. UTM Skudai. Howorth, C. N. (1997). Local Management of Natural Resources in Southern Burkina Faso. University of Northumbria at Newcastle (United Kingdom): Ph. D. Thesis. Hulme, D. and Shepherd, A. (2003). Conceptualizing Chronic Poverty. Journal of World Development. 31(3): 403-423. Ibrahim Ngah (2000). Rural Sustainablity: An Examination of the Practice of Sustainable Development Principle in a Rural Community in Malaysia. Presented in IBM Seminar, 19-21 Mei 2000, Kuala Lumpur. Ibrahim Ngah (2003). Pelan Tindakan Desa. Skudai, Johor: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. 234 Ikram Jamaluddin (1997). Kenyataan Ketua-Pegarah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia. 31 Oktober 1997. Kuala Lumpur: JHEOA. Itam Wali Nawan (1993). Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Orang Jahai: Kajian Kes RPS Air Banun. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor & Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) (2000). Projek Strategi Pembangunan Mampan dan Agenda 21 Selangor – Strategi Pembangunan Mampan Selangor. UKM Bangi: Penerbit Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI). Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Selangor & Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) (2001). Projek Strategi Pembangunan Mampan dan Agenda 21 Selangor – Agenda 21 Selangor. UKM Bangi: Penerbit Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI). Jackson, T. and Roberts, P. (2000). A Review of Indicators of Sustainable Development: A Report For Scottish Enterprise Tayside. Final Report February 2000. Scotland: University of Dundee. Janvry, A. and Sadoulet, E. (2000). Income Strategies Among Rural Households in Mexico: The Role of Off-farm Activities. Journal of world Development. 29(3): 467-480. JHEOA (1990). Data Tanah. Kuala Lumpur: Kementerian Dalam Negeri. JHEOA (1998). Kemiskinan Isirumah Orang Asli. Tidak Diterbitkan. JHEOA (2003). Majlis Taklimat JHEOA Kepada YB Dato’ Azman Abd Rashid, Ketua Setiausaha, Kementerian Pembangunan Luar Bandar. 18 Ogos 2003. Tidak Diterbitkan. JHEOA Kuala Kangsar (2005). Nota Senarai Projek Di Bawah Permohonan Peruntukan Rancangan Malaysia Ke-9. Tidak Diterbitkan. 235 Johnson, D. (1994). Research Methods in Educational Management. Essex: Longman Group Jorge E. H., Diana, M. and Satterthwaite, D. (1992). Environmental problems in Third World cities. London: Earthscan Publications Ltd. Jumper, R. D. L. (1996). Orang Asli Amidst Ethnic Diversity: A Case Study in Aborigional Political Development in West Malaysia. University of Tennessee: Ph. D Thesis. Jussila, H., Majoral, R and Cullen, B. (ed.) (2002). Sustainable Development and Geographical Space; Issues of Population, environment, Globalization and Education in Marginal Regions. England: Ashgate Publishing Limited. Kaiser, E., Godschalk, D., and Chapin, S. (1995). Urban land use planning (4th ed.). Chicago: University of Illionois Press. Kamariah Dola (2002). Incorporating Sustainable Development Principles Into The Local Plan Preparation Process: The Case Of Selected Localities In Southern Region Of Peninsular Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Doktor Falsafah. Karjala M. K. and Dewhurst S. M. (2003). Including aborigional Issues in Forest Planning: a case study in central interior British Columbia, Canada. Journal of Landscape and Urban Planning. 64: 1-17. Kassim Tukiman (2002). Malaysia: Perspektif, Sejarah & Politik. UTM Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Katiman Rostam (2001). Dasar dan Strategi Petempatan dalam Pembangunan Negara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Khairul Hisyam Kamarudin, Ibrahim Ngah dan Yendo Afghani (2004). Strategi Pembangunan Mampan Komuniti Orang Asli Luar Bandar. Pembentangan kertas 236 kerja pada Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar & Wilayah K-22 – “ke arah pembangunan luar bandar mampan”, 29 September 2004. UTM Skudai. KKLBW (2004). Nota Taklimat Dasar, Strategi Dan Program Pembangunan Luar Bandar. Julai 2004. Tidak Diterbitkan. Lee Yong Leng (1981). Penduduk dan Petempatan di Sarawak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia. LeLe, S. (1991). Sustainable Development: A Critical Review. Journal of World Development. 19(6): 607-621. Leman, E. and Cox J. E. (1991). Sustainable Urban Development: Strategic Considerations for Urbanizing Nations. Ekistics 348 & 349: 218. Liepins, R. (2000). New energies for an old idea: reworking approaches to ‘community’ in contemporary rural studies. Journal of Rural Studies. 16: 23-35. Lim Hin Fui (1997). Orang asli, Forest and Development. Malayan Forest Records No. 43. Kuala Lumpur: Forest Research Institute of Malaysia. Logan, B. I. and Moseley, W. G. (2002). The political ecology of poverty alleviation in Zimbabwe’s Communal Areas Management Programme for Indigenous People (CAMFIRE). Journal of Geoforum. 33: 1-14. Loomis, T. M. (2000). Indigenous Populations and Sustainable Development: Building on Indigenous Approaches to Holistic, Self-Determined Development. Journal of World Development. 28(5): 893-910. Mabogunje, A. L. (1989). The Development Process; A spatial perspective. Second Edition. London: Unwin Hyman. Malinowski, B. (1984). Argonauts of the Western Pacific. Prospect Height, Illinois: Waveland Press, Inc. 237 Matin, I. and Hulme, D. (2002). Programs for the Poorest: Learning from the IGVGD Program in Bangladesh. Journal of World Development. 31(3): 647-665. Mbaiwa, J. E. (2003). Community-based tourism in Ngamiland district, Botswana: Development, impacts and challenges. Oxford: Ashgate. Mberengwa, I. (2000). The Communal Areas Management Program for Indigenous Resources (CAMPFIRE) and Rural Development in Zimbabwe’s Marginal Areas; A study in sustainability. The University of Nebraska-Lincoln: Ph. D. Thesis. Mbetu, R. M. (1997). Rural Development in Practice: The process approach, capacity building and empowerment. Experience from Zimbabwe. Coventry University: Ph. D. Thesis. McClure (1989). Toward A Knowledge of Local Knowledge and Its Importance for Agricultural RD&E. In Agriculture and Human Values. 6(3): 4-12. Mega, V. (1996). Our City, Our Future: Towards sustainable development in European Cities. Environment and Urbanization.8(1): 133-154. Mehta, P. and Bhardwaj, R. C. (1987). Integrated Rural Development Programme: a case study in Himachal. Delhi: B.R. Publishing Corporation. Mendoza, G. A. and Prabhu, R. (2000). Multiple criteria decision making approaches to assessing forest sustainability using criteria and indicators: a case study. Journal of Forest Ecology and Management. 131: 107-126. Merriam, S. (1998). Qualitative Research and Case Study: Application in Education. California: Jossey-Bass Publication Michener, V. J. (1998). The Participatory Approach: Contradiction and Co-option in Burkina Faso. Journal of World Development. 26(12): 2105-2118. 238 Mimi Zareena Md Nor dan Intan Shaliza Noor Mohd Sharif (2004). Pengalaman Melaksanakan Kajian Kemapanan Desa Komuniti Orang Asli di RPS Legap, Sg. Siput (U), Daerah Kuala Kangsar, Perak. Pembentangan kertas kerja pada Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar & Wilayah K-22 – “ke arah pembangunan luar bandar mampan”, 29 September 2004. UTM Skudai. Moffatt, I. (1996). Sustainable Development; Principles, Analysis and Policies. London: The Parthenon Publishing Group. Mohamad Idris Salleh, Che Su Mustafa dan Fauziah Shaffie (1994). Masyarakat Awal Di Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Moldan, B. and Billharz, S. (1997) (Eds.). Sustainability Indicators. Report on the Project on Indicators of Sustainable Development. Chichester: John Wiley and Sons. Morin-Labatut, G. and Akhtar, S. (1992). Traditional Environmental Knowledge: A Recource to Manage and Share. Development 1992:4. Journal of SID, pp.24-30. Musiiwa, T. E. (2002). Sustainability, Indigenous Agricultural Knowledge and Gender on Smallholder Irrigation Schemes in Manicaland, 1928-1997: Rethinking Peasant Agrarian History in Zimbabwe. University of Minnesota: Ph. D. Thesis. Mustafa, T. (1987). Sustainable Development: Constraints and Opportunities. London: Butterworth. Mustaffa Omar (2004). Dampak Ekonomi Daripada Rancangan Penempatan Semula Komuniti Jakun Di Mukim Bekok, Segamat, Johor. Kertas prosiding pada Seminar Hasil Penyelidikan Peringkat Kebangsaan. (21 Feb 2004). Unit of Research Development & Commercialization (URDC), UiTM Johor. National Research Council (NRC) Board on Sustainable Development (1999). Our Common Journey, A Transition Toward Sustainability. Washington, DC: National Academy Press. 239 Neuman, M. (1999). The Sustainability Question: Beyond the compact city fallacy: Planning sustainable urban development. Berkeley, CA: The Michael Neuman Consultancy. Nicholas, C. (2000). The Orang Asli And The Contest For Resources. Indigenous Politics, Development And Identity In Peninsular Malaysia. Copenhagen, Denmark: International Work Group For Indigenous Affairs. Nicholas, C., Tijah Yok Chopil and Tiah Sabak (2003). Orang Asli Women and the Forest: the Impact of Resource Depletion on Gender Relations among the Semai. Subang Jaya, Selangor: Center for Orang Asli Concerns. Noor Sharipah Sutan Sidi (1991). Towards Providing a More Suitable Housing For The Low-Income Group: A Study of the Dwelling Units of Public Low-Cost Flats in Kuala Lumpur, Malaysia. University of Nothingham: Ph. D. Thesis. Noraini Ali (1999). Keberkesanan Program Penswastaan Dalam Melaksanakan Projek Rancangan Petempatan Semula (RPS) Masyarakat Orang Asli. Kajian kes: Rezab orang asli Labis, Bekok, Segamat. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. North, L. L. and Cameron J. D. (2000). Grassroots-Based Rural Development Strategies: Ecuador in Comparative Perspective. Journal of World Development. 28(10): 1751-1766. Nor Zaliza Mohd Puzi (2001). Aplikasi Pembangunan Mampan Dalam Kehidupan Masyarakat Di Kawasan Desa. Kajian Kes: Kg. Kanchong Darat, Mukim Morib & Kelanang, Kuala Langat, Selangor Darul Ehsan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. OECD (1993). OECD Core Set of Indicators for Environmental Performance Reviews. Environment. Monographs No. 83. Paris: Organisation for Economic Co-operation and Development. 240 Oerlemans, N. and Assouline, G. (2004). Enhancing Farmers’ Networking Strategies for Sustainable Development. Journal of Cleaner Production.12: 469-478. O’Faircheallaigh, C. (1997). Recource Development and Inequality in Indigenous Societies. Journal of World Development. 26(3): 381-394. Osbahr, H. and Allan, C. (2003). Indigenous knowledge of soil fertility management in southwest Niger. Journal of Geoderma. 111: 457-479. Ott, W. (1978). Environmental Indices: Theory and Practise. Michigan: Ann Arbor. Owubah, C. E., Master, D. C. L., Bowker, J. M. and Lee, J. G. (2001). Forest Tenure Systems and Sustainable Forest Management: the case of Ghana. Journal of Forest Ecology and Management. 149: 253-264. Pachlke, R. (1999). Towards defining, measuring and achieving sustainability: Tools and strategies for environmental valuation. In E. Becker & T. Jahn (Eds.), Sustainability and the social science. London: Zed Books. Pandey, K. K. (1986). Rural Development in India. New Delhi: Uppal Publishing House. Patton, M. (1987). How to Use Qualitative Methods in Evaluation. California: Sage Publication. Patton, M. (1990). Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd Ed.). California: Sage Publication. Pepperdine, S. (2003). Social Indicators of Rural Community Sustainability: an Example from the Woady Yaloak Catchment. University of Melbourne: Department of Geography & Environmental Studies. 241 Peterson, P. J., Sham Sani, dan M. Nordin (1999). Indicators of Sustainable Development in Industrializing Countries. Volume III. Bangi: Penerbit LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia. Peterson, P. J. (1997a). Indicators of Sustainable Development in Industrializing Countries. Volume I. Bangi: Penerbit LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia. Peterson, P. J. (1997b). Indicators of Sustainable Development in Industrializing Countries. Volume II. Bangi: Penerbit LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia. Piorr, H. P. (2003). Environmental policy, agri-environmental indicators and landscape indicators. Journal of Agriculture Ecosystems & Environment. 98: 1733. Porter, D. R. (2000). The Practice Of Sustainable Development. London: Urban Land Institute. Pulido, J. S. and Bocco, G. (2003). The traditional farming system of a Mexican indigenous community: the case of Nuevo San Juan Parangaricutiro, Michoacan, Mexico. Journal of Geoderma. 111: 249-265. Qizilbash, M. (1996). Ethical Development. Journal of World Development. 24(7): 1209-1221. Rajasekaran, B. (1993). A Framework for Incorporating Indigenous Knowledge Systems into Agricultural Research and Extension Organizations for Sustainable Agricultural Development in India. Iowa State University: Ph. D. Thesis. Rasul, G. and Thapa, G. B. (2003). Sustainability Analysis of Ecological and Conventional Agricultural Systems in Bangladesh. Journal of World Development. 31(10): 1721-1741. REPPIKA (1989). Using Indigenous Knowledge in Agricultural Development. World Bank Discussion Papers. World Bank: 127. 242 Roseman, M. L. (1986). Sound in Ceremony: Power and Performance in Temiar Curing Rituals. Cornell University: Ph. D Thesis. Roslan Ismail (1997). Current Statusof Other Infectious Diseases in the Orang Asli. Paper presented at the 2nd National Conference on Infection and Infection Control: Emerging Trends in Infection. 14-16 March. Ipoh, Perak. Roxborough, I (1979). Teori-Teori Kemunduran (Terjemahan Ghazali Mayudin, 1983). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Rusli Zaenal (2002). Suku Asli Minoritas Riau: Peningkatan Kualitas Hidup. Makalah Seminar pada Seminar Nasional: Lingkungan Hidup dan Nasib Suku Asli Minoritas Riau, Pekanbaru. 28 Disember 2002. Pekan Baru, Indonesia. Schutt, R. K. (1996). Investigating The Social World: The Process and Practice of Research. United states of America: Pine Forge Press. SCOPE (1995). Environmental Indicators: A Discussion Paper. Project on Indicators of Sustainable Development, Scientific Committee on Problems of the Environment. In, Report of the Workshop on Indicators of Sustainable Development of Decision-Making, 9-11 January, 1995, Meeting reports UNEP/EAP.MR/95-1, pp.64-94, United Nations Environment Programme, Nairobi. Scott, M. (2002). Delivering Integrated Rural Development: Insights from Northern Ireland. Journal of European Planning Studies. 10(8): 1013-1025. Selman, P. (1995). Local sustainability: Can the planning system help get here to there?. Journal of Rural Studies 66(3): 281-301. Serageldin, I. (1993). Making development sustainable. Finance and Development. Washington DC: International Monitory Fund. 243 Sham Sani (2001). Public Lecture: Developing Urban Sustainability Indicators for Malaysia. No. 3. Bangi: Penerbit LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia. Seemann, K. W. (1997). The SocioTechnical Sustainability of Shelter Systems and Hardware in Remote Indigenous Australian Communities. University of New South Wales, Australia: Ph. D. Thesis. Siti Nor Awang dan Juli Edo (2003). Isu Pembangunan dan Dampak Sosial di Kalangan Masyarakat Orang Asli. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Spangenberg, J. H., (2002). Environmental space and the prism of sustainability: frameworks for indicators measuring sustainable development. Journal of Ecological Indicators. 57: 1-15. Sunaidin San Ka Chang (1997). Ke Arah Peningkatan Taraf Hidup Penduduk Orang Asli Simpang Arang Dalam Konteks Pembangunan Bandar Nusajaya. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Surasin, J. (1996). Indigenous Knowledge in Natural Resource Management. The Case of Two Villages in Thailand. Universiti of Wisconsin-Madison: Ph. D. Thesis. Syed Arabi Idid (1992). Kaedah Penyelidikan Komunikasi dan Sains Sosial. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia. Szaro, R. C., Langor, D. and Yapi, A. M. (2000). Sustainable forest management in the developing world: Science challange and contributions. Journal of Landscape and Urban Planning. 47: 135-142. Theesfeld, I. (2003). Constraints on Collective Action in a Transitional Economy: The Case of Bulgaria’s Irrigation Sector. Journal of World Development. 32(2): 251271. 244 Thomas, W. H., (2003). One last chance: Tapping Indigenous Knowledge to Produce Sustainable Conservation Policies. Journal of Futures. 35: 989-998. Tolba, M. K. (1984). The premises for building a sustainable society – Address to the World Commission on Environment and Development, October 1984. Nairobi: United Nations Environment Programme. Torgerson, D. (1995). The uncertain quest for sustainability: Public discourse and the politics of environmentalism. Greening of Environmental Policy. London: Paul Chapman. Touche, R. (1994). Sustainability indicators research project: report of Phase 1 Luton. Luton: Local Government Management Board. UKGSD (2005). Sustainable Development. The Government’s approach – delivering UK sustainable development together. London: UK Government Sustainable Development Publications. UN (1993). Agenda 21: Programme of Action for Sustainable Development. New York: United Nations. Malaysia (1974). Undang-Undang Malaysia Akta 134. (Akta Orang Asli 1954 disemak 1974). Valentin, A. and Spangenberg, J. H. (2000). A guide to community sustainability indicators. Environmental Impact Assessment Review. 20: 381-392. Veeman, V. (1987). The Delivery of Primary Health Care: A Case Study of the Aborigines of Peninsula Malaysia. Project Paper, Diploma in Advanced Nursing administration/Health Service Management. London: Royal College of Nursing. Veron, R. (2001). The ‘New’ Kerala Model: Lessons for Sustainable Development. Journal of World Development. 29(4): 601-617. 245 Warren, D.M. (1989). Using indigenous knowledge in agricultural development. Washington CD: World Bank Discussion Papers 127: 46. WCED, World Commission on Environment and Development (1987). Our Common Future. England: Oxford University Press. Webber, M. and McDonald, B. (2003). Involuntary Resettlement, Production and Income: Evidence from Xiaolangdi, PRC (China). Journal of World Development. 32(4): 673-690. Wen, Y. (1989). The Cultural and Environmental Impact on Indigenous Architecture in China: A study of indigenous architecture in the Anhui Province (Housing). Eidgenoessische Technischie Hochschule Zuerich, Switzerland: Ph. D. Thesis. Whitlock, R. (1978). Thinking about rural Development. Guildford and London: Lutterworth Educational,. William-Hunt, A. (1998). Orang Asli dan Cabaran Pembangunan. Kertas Kadangkala, Bil.8, Jabatan Antropologi & Sosiologi, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. Woods, C. K. (1986). A Strategic Planning Approach in the Solving of Rural Development Problems. University of Southern California: Ph. D Thesis. Working Group on Measuring, Monitoring and Evaluation in Local Sustainability, Expert Group on the Urban Environment (2000). Towards a Local Sustainability Profile: European Common Indicators: Technical Report. Italy: European Commnities Publication. Yin, R. K. (1994). Case Study Research: Design and Methods (2nd Ed.). Thousand Oaks, California: Sage Publication. Ylhaisi, J. (2003). Forest privatisation and the role of community in forests and nature protection in Tanzania. Journal of Environmental Science & Policy. 6: 279-290. 246 Yuan, W., James, P., Hodgson, K., Hutchinson, S. M. and Shi, C. (2003). Development of Sustainability Indicators by Communities in China: a case study of Chongming, Shanghai. Journal of Environmental Management. 68: 253-261. Zaal, F. and Oostendorp, R. H. (2002). Explaining a Miracle: Intensification and the Transition Towards Sustainable Small-scale Agriculture in Dryland Machakos and Kitui Districts, Kenya. Journal of World Development. 30(7): 1271-1287. Zahid Emby, Ma’rof Redzuan, Ghazali Basri dan Abdul Halin Hamid (1996). Rancangan Pengumpulan Semula: Kesannya Ke Atas Masyarakat Dan Budaya Orang Asli Di Perak. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia. Zainal Abidin Abd. Wahid (1992). Malaysia: Warisan dan Perkembangan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pelajaran Malaysia. Zainuddin Mohammad (1997). Perancangan Luar Bandar Mampan. Kertas prosiding pada Seminar Kebangsaan Perancangan Bandar & Wilayah ke-15. (17-18 Mac). Universiti Teknologi Malaysia Skudai, Johor. Zainuddin Mohammad (1996). Planning Methods Towards Sustainable Community, Paper Presented at 15th Earoph World Congress, 3-7 September 1996, Auckland New Zealand.