PSZ 19 : 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i JUDUL : PELAKSANAAN PIAWAIAN PEMBANGUNAN FASILITI PENGINAPAN DALAM KAWASAN HUTAN LINDUNGAN DI MALAYSIA SESI PENGAJIAN : 2005 / 2006 RIRY ZAIMORA Saya (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan ( ) 9 SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh (TANDATANGAN PENULIS) Alamat Tetap: Kom.Perumahan Talang Blok B No 5 (TANDATANGAN PENYELIA) Prof.MadyaDr. Amran Hamzah Nama Penyelia Payakumbuh (Sum-Bar) Indonesia Tarikh : CATATAN : 22-Mei-2006 * ** i Tarikh : 22-Mei-2006 Potong yang tidak berkenaan. Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM). " Saya akui bahawa, saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya tesis ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Sains (Perancangan Bandar & Wilayah) ". Tanda Tangan ;___________________________ Nama Penyelia ; Prof. Madya Dr. Amran bin Hamzah Tarikh ; 22-Mei-2006 BAHAGIAN A – Pengesahan Kerjasama* Adalah disahkan bahawa projek penyelidikan tesis ini telah dilaksanakan melalui kerjasama antara _______________________dengan __________________________ Disahkan oleh: Tandatangan : ………………………………………………. Tarikh: …………….. Nama : ………………………………………………. Jawatan : ………………………………………………. (Cop rasmi) x Jika penyediaan tesis/projek melibatkan kerjasama. BAHAGIAN B – Untuk Kegunaan Pejabat Sekolah Pengajian Siswazah Tesis ini telah diperiksa dan diakui oleh: Nama dan Alamat Pemeriksa Luar : Prof.Dr.Mansor Bin Ibrahim : Dean Kulliyyah Of Architecture and Enviromental Design International Islamic University Malaysia (UIA) Jalan Gombak 53100, Kuala Lumpur, Malaysia Tel (603)-61965220 Nama dan Alamat Pemeriksa Dalam I : Prof.Madya Dr.Mohd Hamdan Bin Ahmad : Timbalan Dekan (Lepas Ijazah dan Penyelidikan) Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia 81310 UTM, Skudai Johor Bahru Nama Penyelia lain : Prof.Dr.Ahris Bin Yaakup : Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia 81300 UTM, Skudai Johor Bahru Disahkan oleh Penolong Pendaftar di SPS: Tandatangan : ………………………………………………. Tarikh: …………….. Nama : GANESAN A/L ANDIMUTHU PELAKSANAAN PIAWAIAN PEMBANGUNAN FASILITI PENGINAPAN DALAM KAWASAN HUTAN LINDUNGAN DI MALAYSIA RIRY ZAIMORA Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan ijazah Sarjana Sains (Perancangan Bandar & Wilayah) Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia MEI 2006 ii " Saya akui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya " Tanda Tangan ;_____________________ Nama Penulis ; Riry Zaimora No. Passport ; M 702593 Tarikh ; 22-Mei-2006 iii Teristimewa buat ayahandaku tercinta Zainir Abbas , Ibundaku Yusnaniar, kakakku Tanti, istreku tercinta dan teman-teman atas segala dorongan, bantuan dan doa yang diberikan selama ini. iv PENGHARGAAN Bersyukur saya ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnianya dapat saya menyempurnakan Projek Sarjana ini dengan sempurna dan berjaya disiapkan walaupun menghadapi pelbagai halangan dan rintangan yang sungguh mencabar. Di dalam kesempatan ini saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang ditujukan kepada Prof. Madya Dr. Amran Hamzah, atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan bantuan yang diberikan sepanjang tempoh penyediaan projek ini. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga ditujukan kepada pensyarah, Prof. Madya Dr. Zainab Khalifah, En. Ahmad Tajudin Hj Kecik, dan Puan Nor Azina Dahlan serta semua pensyarah-pensyarah Fakulti Alam Bina Universiti Teknologi Malaysia atas segala tunjuk ajar, nasihat dan bantuan yang diberikan sepanjang tempoh pengajian. Terima kasih juga kepada Dr. Rahmad, En. Hafis, En. Hasnizam, dan para kakitangan di Ibu Pejabat Jabatan PERHILITAN Kuala Lumpur, Taman Negeri Perlis, Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Pahang, Jabatan Kerja Raya yang telah menghulurkan bantuan sepanjang penyelidikan dengan sentiasa bersedia dan memberikan kerjasama yang baik semasa menjalankan kajian ini. Akhir sekali, terima kasih kepada rakan-rakan G29 dan rakan-rakan seperjuangan. v ABSTRAK Tesis ini merupakan kajian yang bertujuan untuk melihat dan menilai keberkesanan pelaksanaan piawaian pembangunan fasiliti penginapan pada kawasan hutan lindungan di Malaysia melalui kesepaduan bangunan dengan lingkungan persekitaran. Kajian ini juga mengutarakan prinsip-prinsip pembangunan yang lebih bersesuaian untuk diterapkan dan diamalkan pada pembangunan fasiliti penginapan di dalam kawasan lindungan yang sediaada di Malaysia. Metod yang dipakai dalam menjalankan kajian ini adalah kombinasi kaedah kulitatif dan kuantitatif. Dalam menganalisis data, pengkaji mengunakan teknik penilaian matrik. Secara prinsipnya, kajian ini dibahagikan kepada 4 bahagian rangka kerja. Pada bahagian pertama akan melihat dan membincangkan apa yang menjadi piawaian dan konsep pembangunan dalam kawasan lindungan secara keseluruhan. Manakala pada bahagian kedua akan menilai sejauh mana pengamalan daripada piawaian dan konsep pembangunan ini dilaksanakan di Malaysia. Penilaian yang dilakukan meliputi perancangan tapak dan perancangan bangunan. Pada bahagian ketiga membincangkan tentang prinsipprinsip pembangunan yang bersesuaian dengan kawasan lindungan. Hasil kajian mendapati pembangunan yang selama ini dilaksanakan di Malaysia belumlah sepenuhnya mengamalkan prinsip-prinsip dan piawaian pembangunan sebenarnya. Pada bahagian keempat kajian, pelbagai cadangan sebagai panduan yang boleh diamalkan dalam penyediaan fasiliti penginapan pada kawasan hutan lindungan diusulkan. vi ABSTRACT This thesis is a research with a purpose to observe and evaluate the effectiveness of the implementations of accommodation facility development standard for forest protected area in Malaysia by looking at suitability between building and the surrounding. This thesis also suggests development principles which are more suitable to be used and implemented on existing accommodation facility development in Malaysia. The method used in the research is a combination of qualitative and quantitative. In data analysis, the researcher used the matrix evaluation technique. Basically, this research is divided into four part of frame work. The first part discusses what would be the standard and concept of development in the forest protected area in general. The second part evaluates how far the practice of this standard and concept development is implemented in Malaysia. The evaluation includes site planning and building design. The third part discusses the development principles which are suitable for protected area. The research shows that development in Malaysia all this while do not fully implementing the real development principle and standard. The fourth part of this research offer various suggestions as a guide which can be used in preparing accommodation facility within forest protected area in Malaysia. vii KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT Judul 1. Perakuan ii Dedikasi iii Penghargaan iv Abstrak v Abstract vi Kandungan vii Senarai Jadual xv Senarai Rajah xviii Senarai Gambar xix Senarai Lampiran xxii PENGENALAN 1.1. Pendahuluan 1 1.2. Latar Belakang Penyelidikan 4 1.3. Persoalan Kajian 7 1.4. Matlamat dan Objektif Kajian 9 1.5. Skop Kajian 10 1.6. Kawasan Kajian 10 1.7. Metodologi Penyelidikan 13 1.8. Pendekatan Kajian 13 viii 2. 1.8.1. Peringkat Pertama 14 1.8.2. Peringkat Kedua 15 1.8.3. Peringkat Ketiga 15 1.8.4. Peringkat Keempat 16 1.9. Penulisan Sistematik 18 1.10.Rumusan 19 PRINSIP DAN KONSEP PEMBANGUNAN FASILITI PENGINAPAN DI TAMAN NEGARA 2.1. Pengenalan 20 2.2. Kawasan Lindungan dan Ekopelancongan 21 2.2.1. Defenisi dan Falsafah Ekopelancongan 21 2.2.2. Hubungan Kawasan Lindungan dengan Ekopelancongan 22 2.2.3. Prinsip-prinsip Pembangunan dalam Eko-pelancongan 2.3. 22 Kawasan Lindungan dan Prinsip Pembangunannya 24 2.3.1. Definisi Kawasan Lindungan dan Penginapan 24 2.3.2. Prinsip-prinsip Bangunan untuk Kawasan Lindungan 26 2.3.2.1 Objektif Penyediaan Fasiliti. 26 2.3.2.2 Alam Semulajadi Sebagai Pola dalam Perancangan dan Pembinaan 2.3.2.3 Interaksi dengan Alam 27 29 2.3.2.4 Keseimbangan Perancangan dengan Alam Sekitar 29 2.3.2.5 Penggabungan dengan Persekitaran 31 2.3.2.6 Keselesaan Pengguna 32 2.3.2.7 Mengelakkan Bahaya Persekitaran atau Bencana Alam 2.4. 34 Konsep-konsep Bangunan untuk Kawasan Lindungan 34 2.4.1 Konsep Senibina 34 ix 2.4.1.1 Eko-Senibina 34 2.4.1.2 Senibina Organik 35 2.4.1.3 Senibina Vernakular 36 2.4.1.4 Bentuk Senibina 38 2.4.2 Landskap 39 2.4.2.1 PerancanganTapak 39 2.4.2.2 Agihan dan Tumpuan Jenis Bangunan 40 2.4.2.3 Perhubungan antara Susun Atur Bangunan 40 2.4.3 2.5 2.6 2.7 2.4.2.4 Mengekalkan Pemandangan 41 Kualiti Bangunan 42 2.4.3.1 Kualiti Binaan 42 2.4.3.2 Bahan Bangunan 43 Pertimbangan dalam Perancangan Bagunan 45 2.5.1 Pertimbangan Pengaruh Alam Persekitaran 45 2.5.2 Pertimbangan Penggunaan Bahan Binaan 46 2.5.3 Pertimbangan Model Bangunan 47 2.5.3.1 Gaya dan Motif Tempatan 47 2.5.3.2 Warna Bangunan 47 2.5.3.3 Rekabentuk Atap 48 2.5.4 Pertimbangan Kecekapan Tenaga 49 2.5.5 Pertimbangan Penggunaan Teknologi 50 2.5.6 Penyelenggaraan Kawasan dan Kemudahan 51 Rekabentuk Bangunan di dalam Taman Negara 52 2.6.1 Rekabentuk Bangunan 52 2.6.2 Kemudahan bagi Orang Kurang Upaya 54 Kemudahan Penginapan di beberapa Taman Negara 55 2.7.1 Taman Negara Maputaland, Afrika Selatan 55 2.7.2 Taman Nasional Pench, India 56 2.7.3 Taman Negara Corbett, India 58 2.7.4 Taman Nasional Hwange, Zimbabwe 60 2.7.5 2.7.4.1 Sikumi 61 2.7.4.2 Khatsana 62 Taman Nasional Komodo Flores, Indonesia 62 x 2.8 3. 62 2.7.5.2 Bejo Eko-lodge 63 Rumusan 64 METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan 68 3.2 Falsafah dan Kaedah Penyelidikan 69 3.2.1 Teknik Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif 69 3.2.1 70 Perbandingan Kaedah Kuantitatif dan Kualitatif 3.3 Pendekatan Kajian 73 3.4 Instrumen Kajian dan Teknik Pengumpulan Data 75 3.4.1 Tinjauan Perpustakaan 75 3.4.2 Analisis Kandungan 75 3.4.3 Temubual 76 3.4.4 Pemerhatian Lapangan 78 Teknik Analisis Data 80 3.5.1 Kaedah Penilaiaan Matrik 80 3.5.2 82 3.5 3.6 4. 2.7.5.1 Range Komodo Pengukuran Terhadap Alternatif Terpilih Rumusan 83 PROSES PEMBANGUNAN DALAM KAWASAN LINDUNGAN DI MALAYSIA 4.1 Pengenalan 84 4.2 Perancangan dan Dasar-Dasar Pembangunan 85 4.2.1 Kementrian Pelancongan Malaysia 85 4.2.2 Dasar-dasar dalam Perancangan Pelancongan dan Ekopelancongan 86 4.2.2.1 Pelan Pelancongan Nasional (NTP 1992) 86 4.2.2.2 Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (NEP) 87 4.3 Agensi-agensi Pengurusan Pembangunan Kawasan Lindungan 89 xi 4.3.1 4.3.2 4.4 Jabatan Perlindungan Hutan dan Hidupan Liar (PERHILITAN) 89 Jabatan Perhutanan 94 Agensi-agensi Pelaksana Pembangunan Di Kawasan Lindungan 95 4.4.1 95 Jabatan Kerja Raya (JKR) 4.4.2 Agensi-agensi Lain 4.5 4.6 5. 98 Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan di beberapa Taman Negara 98 4.5.1 Taman Negara Pahang 98 4.5.2 Taman Negara Endau-Rompin 99 4.5.3 Taman Negeri Perlis 100 Rumusan 100 KAJIAN KES 5.1 Pengenalan 103 5.2 Taman Negeri Perlis 104 5.2.1 Penumbuhan Taman Negeri Perlis 104 5.2.2 Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan 105 5.2.3 Proses Pembangunan 106 5.3 5.2.3.1 Sebelum Tahun 1999 106 5.2.3.2 Tahun 1999 Hehingga Sekarang 107 5.2.4. Konsep Pembangunan dan Tema 108 5.2.5 110 Kemudahan Penginapan di Taman Negeri Perlis Taman Negara Endau-Rompin 114 5.3.1 Pengenalan Taman Negara Endau-rompin 114 5.3.2 Pengurusan Taman Negara Endau-Rompin 115 5.3.3 Pembangunan Fasiliti Penginapan di Taman Negara Endau-Rompin 116 5.3.3.1 Tahun 1993 – 1996 116 5.3.3.2 Tahun 1998 – 2000 118 5.3.3.3 Tahun 2001 – 2003 119 xii 5.3.4 5.4 5.5 6. 5.3.3.4 Pada Masa 2003 keatas 121 Kemudahan yang Disediakan 122 Taman Negara Pahang 126 5.4.1 Penganalan Mengenai Taman Negara Pahang 126 5.4.2 Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan 127 5.4.3 Kemudahan Sokongan 127 5.4.4 Kemudahan Penginapan 129 5.4.5 Mutiara Taman Resort 130 Rumusan 133 ANALISIS KEBERKESANAN 6.1 Pengenalan 135 6.2 Latar Belakang Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan Fizikal 136 6.3 Pemilihan Kriteria 137 6.4 Analisis Terhadap Perancangan Tapak Bangunan 140 6.4.1 140 Sensitif Terhadap Persekitaran 6.4.1.1 Impak Pembangunan Terhadap Persekitaran 140 6.4.1.2 Mengelakkan Bangunan dari Bahaya Persekitaran 6.4.2 Konsep Pembangunan Tapak 141 143 6.4.2.1 Alam Dijadikan sebahagai Pola Perancangan. 6.4.2.2 Interaksi dengan Alam Persekitaran 6.4.3 Landskap 6.5 143 145 147 6.4.3.1 Kepadatan Bangunan 147 6.4.3.2 Pengagihan dan Daya Tarikan 149 6.4.3.3 Jarak Antara Bangunan 148 Analisis Terhadap Perancangan Bangunan 149 6.5.1 Konsep Bangunan 149 6.5.1.1 Konsep Eko-senibina 150 xiii 6.5.1.2 Senibina Vernakular 151 6.5.1.3 Senibina Organik 153 6.5.1.4 Bentuk Senibina 154 6.5.2 Reka Bentuk Bangunan 156 6.5.2.1 Pengabungan Bangunan dengan Lingkungan 156 6.5.2.2 Bentuk Atap 157 6.5.2.3.Pengunaan Bahan Binaan 159 6.5.3 Elemen Bangunan 161 6.5.3.1 Pengudaraan 161 6.5.3.2 Warna Atap Bangunan 162 6.5.4 Pemanfaatan Teknologi pada Bangunan 6.5.4.1 Kitar Semula Tenaga 163 163 6.5.4.2 Penjimatan Penggunaan Tenaga dan Pengunaan Teknologi Sederhana 6.5.5 Rekabentuk dan Kemasan Bangunan 166 167 6.5.5.1 Persepaduan Warna Bangunan Dengan Persekitarannya 168 6.5.5.2 Rekabentuk Dan Kemasan Akhir Bangunan 169 6.6 Penilaian Secara Keseluruhan 170 6.6.1 Penilaian Terhadap Perancangan Tapak 6.7 7. dan Perancangan Bangunan 170 6.6.2 Pengukuran Hasil Penilaian 175 Rumusan 176 PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN 7.1 Pendahuluan 177 7.2 Perancangan, Pengurusan dan Pelaksanaan 178 7.2.1 Penyediaan dan Kululusan Pelan Pembangunan 179 7.2.2 Pengamalan Piawaian dan Pelaksanaan Pembangunan 7.3 Implementasi antara Teori dan Amalan 180 181 xiv 7.4 Cadangan Kajian 184 7.4.1 Prinsip-prinsip Pembangunan di Kawasan Lindungan 184 7.4.1.1 Keseimbangan Perancangan dangan Lingkungan 1 185 7.4.1.2 Berpandukan pada Alam 186 7.4.1.3 Kitar Semula Tenaga 188 7.4.1.4 Menciptakan Hubungan Bangunan dengan Persekitaran 7.4.2 7.4.1.5 Interaksi Bangunan dan Persekitaran 190 7.4.1.6 Menciptakan Imej yang Interaktif 191 Pengamalan Prinsip-pinsip pada Perancangan Tapak 7.4.3 189 192 Pengamalan Prinsip-pinsip pada Perancangan Bangunan 194 7.4.4 Rekabentuk dan Senibina Bangunan 195 7.4.5 196 7.5 Utiliti Bangunan Kajian Lanjutan 198 Senarai Rujukan 199-210 Lampiran A-I 211-222 xv SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 1.1 Taburan Bilangan Pelancong Dunia Tahun 1990-2003 2 1.2. Kategori Kawasan Lindungan Mengikut IUCN 3 1.3 Taburan Bilangan Pelancong Malaysia Tahun 2000-2004 7 2.1 Prinsip-prinsip Pembangunan Ekopelancongan olehTIES 23 2.2 Prinsip-prinsip Pembangunan Ekopelancongan Mengikut Wight (1993) 23 2.3 Perrancangan Tapak Bangunan 66 2.4 Perancangan pada Bangunan 67 3.1 Perbandingan Metode Kuantitatif (Positivists) dan Kualitatif (Interpretivists) 3.2 Empat Metode Utama dalam Menjalankan Kaedah Kualitatif dan Kuantitatif 3.3 71 74 Pengumpulan Data Skunder dan Objektif Analisis Kandunagan 76 3.4 Pengumpulan Data-data Melalui Temubual 78 3.5 Pengumpulan Data dan Objektif Semasa 3.6 Kajian Lapangan 79 Model Penilaian Matrik 81 xvi 3.7 Langkah-langkah dalam Metod Penilaian Matrik 4.1 Pembagian Seksyen Terkandung dalam Pelan 82 Ekopelancongan Negara 87 4.2 Tujuan Penumbuhan dan Penglibatan Jabatan Perhilitan 90 4.3 Bilangan Hutan Lipur di Semenanjung Malaysia 95 4.4 Piawaian Kerja Bangunan yang Dikeluarkan oleh JKR 97 4.5 Perancangan, Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan di Kawasan Kajian 101 4.6 Pelaksanaan Pembangunan di Kawasan Kajian 102 5.1 Kemudahan di Taman Negeri Perlis 113 5.2 Komponen Kemudahan yang Disediakan di Taman Negara Endau-Rompin 5.3 Pelbagai Kemudahan dan Perkhidmatan di Taman Negara Pahang 6.1 123 128 Latar Belakang Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan 136 6.2 Kriteria-kriteria Penilai dalam Perancangan Tapak 137 6.3 Kriteria-kriteria Penilai dalam Perancangan Banguan 138 6.4 Pemberian Markah Terhadap Kriteria yang Dinilai 139 6.5 Peratusan Jumlah Pokok yang Dibuang 141 6.6 Bilangan Bangunan yang Berkemungkinan Menghadapi Bahaya Persekitara 6.7 142 Pengamalan Keempat Prinsip yang Menjadikan Alam Sebagai Pola Perancangan 144 6.8 Bilangan Bangunan Mengikut Ketinggian 145 6.9 Kepadatan Bangunan Perhektar 146 6.10 Pengamalan Prinsip Penggagihan dan Daya Tarikan 148 6.11 Pengamalan Asas Konsep Eko-senibina 151 6.12 Peratusan Bangunan yang Berkonsep Senibina Vernakular 152 6.13 Pengamalan Konsep Senibina Organik pada Bangunan 153 xvii 6.14 Pengamalan 4 Unsur dalam Bentuk Senibina Bangunan 155 6.15 Pengamalan Prinsip Rekabentuk Bangunan 157 6.16 Peratusan Bangunan dengan Kecondongan Atap >30º 158 6.17 Pemanfaatan Bahan Binaan Tempatan pada Bangunan 160 6.18 Peratusan Bangunan yang Mengunakan Pengudaraan Semulajadi untuk Pengaliran Udara dalam Ruangan 161 6.19 Pengunaan Warna Alam pada Atap Bangunan 163 6.20 Penilaian pada Kriteria Kitar Semula Tenaga 165 6.21 Pengamalan Prinsi-prinsip Penjimatan Tenaga dan Penggunaan Teknologi Sederhana pada Bangunan 167 6.22 Markah Keseluruhan dalam Perancangan Tapak 172 6.23 Markah Keseluruhan dalam Perancangan Bangunan 173 6.24 Penilaian Kriteria Secara Keseluruhan 174 6.25 Peratusan Pengamalan Kriteria yang Berkesan 175 xviii SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Carta Aliran Pendekatan Kajian 2.1 Cara Membina Bangunan yang Menjimat Tenaga dan 17 Bahan Menurut Schwarz (1982) 33 2.2 Konsep Dasar Eko-senibina menurut Krusche 35 4.1 Cartar Aliran Menguruskan Pelaksanaan Projek Pembangunan oleh Jabatan Perhilitan dan JKR 5.1 93 Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan di Taman Negeri Perlis 106 7.1 Perancangan, Pengurusan dan Pelaksanaan 178 7.2 Konsep Perancangan dalam Kawasan Lindungan 182 7.3 Perbezaan dalam Mengimplementasikan antara Prinsip dan Amalan 183 xix SENARAI GAMBAR NO. GAMBAR TAJUK 1.1 Peta Kawasan Kajian 2.1 Contoh Kawasan Lindungan yang dalam MUKA SURAT 12 Ketegori IUCN 25 2.2 Tataletak Bangunan yang Baik 30 2.3. Pengudaraan Alami pada Bangunan 30 2.4 Beberapa Bentuk Atap Bangunan 31 2.5 Contoh Bangunan Memekai Konsep Senibina Organik 36 2.6 Pengambilan Unsur Alam Untuk Rekabentuk Bangunan. 37 2.7 Contoh Rumah Tradisional di Filipina, 37 2.8 Pendekatan Terhadap Perhubungan Antar Bangunan 41 2.9 Contoh Fasiliti Penginapan di Kawasan Lindungan Ponderosa Lodge yang Tetap Mengekalkan Sudut Pandang. 42 2.10 Contoh Perbezaan dalam Rekabentuk Bangunan 45 2.11 Contoh Penggunaan Gaya Senibina Temapatan 47 2.12 Tiga Buah Rekebentuk Atap yang Umum Digunakan 49 2.13 Perbezaan Rekabentuk Bangunan di Kawasan Lindungan dan Kawasan Bandar 2.14 53 Reka Bentuk Kotej di Maputaland yang Menyatu dengan Alam Persekitaran 56 2.15 Rekabentuk yang Memadukan Senibina Tempatan 57 2.16 Contoh Rekabentuk Tingkap yang Baik 58 xx 2.17 Fasiliti Penginapan dalam Taman Negara Corbett 2.18 Rekabentuk Tradisional akan 59 Memberikan Kesan Tersendiri bagi Pelawat. 59 2.19 Kemudahan Penginapan Malari Cottage 60 2.20 Kemudahan Penginapan Sikumi yang meniru Rekabentuk Senibina Tempatan 61 2.21 Rumah Pokok di Daerah Khatsana 62 2.22 Rekabentuk Penginapan yang Unik dan Sangat Nyaman 63 2.23 Fasiliti yang Telah Mengamalkan Prinsip Kitar Semula 64 5.1 Zon 2A yang Merupakan Pusat Pelawat. 109 5.2 Zon 2B yang Diperuntukan Untuk Kawasan Penginapan 109 5.3 Kotej Teratai V.I.P 110 5.4 Kotej Teratai Biasa 111 5.5 Asrama Merupakan Penginapan bagi Pelawat yang Datang Secara Kumpulan 5.6 112 Keaneka Ragaman Haiwan dan Tumbuhan di Taman Negara Endau-Rompin 114 5.7 Diantara Kemudahan dalam Taman Negara Edau-Rompin 115 5.8 Rumah Orang Asli Sebagai Tempat Tinggal Sementara Bagi Pelancong 116 5.9 Bangunan yang Awal Dibina Dengan Konsep A-frame 117 5.10 Bangunan Kotej yang Mengunakan Konsep Simenfero 118 5.11 Rekabentuk Kotej yang Dibangun Tahun 1998 119 5.12 Pelbagai Kemudahan Sokongan yang Dibina Tahun 1998-2000 119 5.13 Penambahan Kemudahan Seperti Tempat Masak 120 5.14 Perbezaan Rekabentuk Antara Kotej V.I.P dan Kotej Keluarga 121 5.15 Pembangunan Kemudahan yang Masih Terkendala 122 5.16 Diantara Kemudahan yang Disediakan. 129 5.17 Diantara Penginapan yang ada di Taman Negara 130 5.18 Kotej yang Berkonsepkan “Malaysia house” 132 5.19 Kotej Mewah dan Banglo di Mutiara Taman Negara 132 xxi 5.20 Asrama yang Diperuntukan Bagi Pelawat Yang Datang Secara Kumpulan 133 6.1 Contoh Keberadaan Tapak Bangunan yang Kurang Baik 146 6.2 Cara Mengira Jarak Antara Bangunan 159 6.3 Pemilihan Warna Bangunan 169 7.1 Contoh Pengimplementasian Pembahagian Zon untuk Bangunan di Kawasan Tapak. 193 7.2 Contoh Pengamalan Prinsip pada Bangunan 194 7.3 Contoh Rekabentuk Penginapan di Kawasan Lindungan 7.4 Malaysia dengan Konsep Vernakular 196 Contoh Sumur Resapan 197 xxii SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK A Senarai Singkatan B Senarai Nama-Nama yang Terlibat Dalam MUKA SURAT Sesisi Temubual C 218 Piawaian Perancangan Kotej di Kawasan Ekopelancongan Mengikut NEP 1996 I 217 Piawaian Perancangan Tapak Mengikut NEP 1996 H 216 Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan yang Berasal Tanah Liat dan Batu Bakar G 215 Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan yang Berasal dari Kayu F 214 Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan yang Berasal dari Bambu dan Buluh E 212 Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan yang Berasal Daripada Rumput dan Pokok Palm D 211 220 Contoh Penginapan satu Lantai (dilihat dari bahagian sisi kiri dan bahagian depan) 222 BAB I PENDAHULUAN 1.1 Pendahuluan Perkembangan industri pelancongan masa ini telahpun menunjukkan petanda positif. Ini dibuktikan dengan meningkatnya jumlah bilangan pelancong yang berkunjung di seluruh dunia dari tahun ke tahun. Seperti yang telah dilaporkan oleh World Tourism Organization (WTO, 2004), bahawa dalam jangka masa tahun 19952003 jumlah pelancong yang berkunjung di seluruh dunia mengalami peningkatan antara 1.7 % - 2.8 % setiap tahun. WTO juga menjangkakan jumlah pelancong di seluruh dunia pada tahun 2020 akan mencecah angka 1.6 bilion, manakala 13.7 % daripada jumlah ini adalah pelancong yang berteraskan pada ekopelancongan. Herliczek (1996) sebelumnya telah menjangkakan bahawa bilangan pelancong-eko akan mengalami peningkatan sebanyak 25% antara tahun 1996-2005. Melihat akan peningkatan kunjungan pelancong terutamanya pelancong dengan bentuk percutian yang berasaskan eko, menjadikan banyak negara di dunia mengembangkan bentuk percutian seperti ini. Ekopelancongan merupakan bentuk percutian yang penuh tanggung jawab terhadap lingkungan persekitaranya dalam ertikata bentuk perjalanan yang menikmati dan menambah nilai pada alam itu sendiri (Blangy dan Wood 1992). Blangy dan Wood (1992) bersependapat dengan IUCN 2 (1993) dimana ekopelancongan merupakan visi dan perjalanan lingkungan yang bertanggung jawab terhadap alam sekitar secara relatif tidak terganggu, dalam rangka menikmati, menghargai dan mempromosikan konservasi alam semulajadi. Kedua pengertian di atas diperkukuhkan oleh Kutay (1989) yang mengatakan bahawa ekopelancongan dapat dilihat sebagai model pengembangan daripada sebuah kawasan semulajadi yang direncanakan sebagai tempat pelancongan. Disini sangatlah jelas bahawasanya adanya perkaitan yang sangat erat antara ekopelancongan dengan kawasan lindungan, di mana keindahan alam semulajadi yang sediada di kawasan lindungan menjadi tarikan utama dari bentuk percutian seperti ini. Jadual 1.1 Taburan Bilangan Pelancong Dunia Tahun 1990-2003 Jumlah bilangan pelancong yang berkunjung diseluruh dunia 1990-2003 (million) Tahun 1990 1995 2000 2001 2002 2003 Pelancong didunia 451.3 545.4 685.5 683.8 703.0 690.9 Afrika 9.5 12.4 15.5 15.8 16.7 16.7 Amerika 96.9 106.8 129.1 122.5 118.4 114.0 Asia dan Pacifik 62.2 92.8 124.1 126.6 137.5 126.5 Eropah 257.9 313.8 388.2 388.7 399.3 404.2 Timur Tenggah 7.4 8.7 12.7 13.5 15.0 14.8 Kawasan yang belum ditetapkan Kawasan tertentu 17.4 10.9 15.9 16.6 16.1 14.8 356.5 436.3 535.1 541.7 561.5 554.7 Kawasan lainya 77.4 98.1 133.9 125.5 125.4 121.5 Kawasan Sumber : WTO, 2004 3 Secara am kawasan lindungan dapat diertikan sebagai satu kawasan yang mempunyai fungsi utama untuk menjaga dan melindungi warisan budaya atau alam sekitar, kehidupan haiwan dan tumbuhan, serta kehidupan ekologi yang mendukungnya (IUCN, 1991). Kawasan lindungan yang dimaksudkan oleh IUCN dapat diwujudkan sebagai kawasan untuk konservasi alam, perlindungan terhadap habitat haiwan liar, dan perlindungan terhadap monumen alam. Ciptakan kawasan seperti ini merupakan suatu cara yang umum dilakukan oleh pelbagai negara di dunia untuk melindungi dan menjaga suatu ekosistem, warisan budaya serta alam semulajadinya. Lebih dari 130 negara telah berjaya mewujudkan kawasan lindungan secara mapan dan 5 peratus daripadanya berada di daratan (McNelly, 1992). IUCN (1993) mengkategorikan kawasan lindungan kedalam 6 kategori, dimana salah satu kategorinya adalah taman negara. Untuk lebih jelasnya sila lihat Jadual 1.2. Jadual 1.2. : Kategori Kawasan Lindungan Mengikut IUCN Kategori Kategori I Spesifikasi a. memelihara alam secara ketat/perlindungan haiwan liar. b. Kawasan yang khas diperuntukkan untuk melindungi haiwan liar. Kategori II Taman Negara : kawasan untuk melindungi ekosistem haiwan dan tumbuhan serta untuk rekreasi/pelancongan Kategori III Monumen alam : kawasan untuk perlindungan alam Kategori IV Kawasan lindungan untuk konservasi dan dikelola melalui satu pengurusan/satu jawatan kuasa Kategori V Perlindungan Landskap : kawasan lindungan untuk keperluan landskap Kategori VI Pengurusan sumber kawasan lindungan : kawasan lindungan untuk melindungi sumberjaya alam. Sumber : IUCN, 1993 4 Dari keenam kategori kawasan lindungan ini, taman negara merupakan kawasan yang paling banyak dijadikan sebagai kawasan pelancongan (McNelly, 1992). Layaknya sebagai kawasan pelancongan, ianya juga dilengkapi dengan pelbagai prasarana dan perkhidmatan bagi memberikan kemudahan untuk pelancong, termasuklah fasiliti penginapan. Ada perbezaan dalam penyedian pelbagai fasiliti kemudahan dan perhidmatan di kawasan taman negara bila dibandingkan dengan penyedian fasiliti kemudahan di kawasan pelancongan lainnya, baik dari segi konsep, prinsip-prinsip pembangunan, rekabentuk bangunan, mahupun piawaiannya. Sebagai contoh, fasiliti kemudahan pada kawasan taman negara harus dapat mencerminkan adanya pengaruh kuat dari alam persekitarannya dan disesuaikan dengan keadaan lingkunggannya (Ceballos-Lascuráin, 1996). Manakala pembangunan di kawasan pantai lebih mengutamakan pemeliharaan dan pengekalan ruang terbuka serta mengutamakan pemandangan (view) bangunan ke arah pantai dan boleh mengunapakai teknik perencanaan am (Schwanke, 1997). Ada perbezaan yang sangat jelas antara piawaian, rekabentuk, dan konsep bangunan untuk fasiliti dikawasan taman negara dengan kawasan pelancongan lainnya. Selain itu, untuk mewujudkan pembangunan yang benar-benar mapan dan berkesan, meski di amalkan prinsip-prinsip dan piawaian pembangunan (Beamiss, 1987). 1.2 Latar Belakang Penyelidikan Pada mulanya penubuhan taman negara bertujuan untuk menjaga kelestarian, haiwan, tumbuhan, dan alam persekitaran dari sebarang pencerobohan serta sebagai 5 tempat penyelidikan yang berguna bagi ilmu pengetahuan, akan tetapi pada masa kini fungsi tersebut telahpun bertambah menjadi sebagai tempat pelancongan. Hal ini berlaku kerana adanya peningkatan minat dan permintaan pelancong untuk berkunjung dan melakukan percutian di kawasan taman negara. Peningkatan ini juga berkait rapat dengan peningkatan pembangunan infrastruktur dan pelbagai kemudahan di dalam kawasan taman negara. Dengan melihat kenyataan yang sedang berlaku masa ini, mendorong banyak negara di dunia termasuklah Malaysia, menjadikan taman negara sebagai salah satu kawasan pelancongan. Dengan merujuk apa yang telah diketegorikan oleh IUCN, di Malaysia terdapat 19 buah taman negara, 3 di semenanjung Malaysia, 6 di Sabah, dan selebihnya di Serawak. Diantara 19 buah taman negara ini, ada yang telah dijadikan kawasan pelancongan seperti Taman Negeri Perlis, Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Pahang, Taman Negara Kinabalu, dan Taman Negara Niah. Sebagai kawasan pelancongan, kawasan ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan perhidmatan untuk pelancong termasuklah fasiliti penginapan. Sebagai contoh pada kawasan Taman Negara Pahang, dimana fasiliti penginapannya telahpun termasuk dalam klasifikasi resot empat bintang. Adakah fasiliti penginapan yang seperti ini dianggap sesuai dengan kawasan taman negara ataupun sebaliknya. Kajian ini akan mencuba untuk menilai fasiliti penginapan yang sediaada dalam kawasan taman negara di Malaysia. Penyediaan dan pembangunan infrastruktur serta kemudahan penginapan pelancong dalam kawasan taman negara sangatlah berbeza dengan pembangunan infrastruktur dan kemudahan pelancong pada kawasan lainnya, baik dari segi konsep perencanaan, rekabentuk bangunan, mahupun dari segi piawaiannya. 6 Konsep pembangunan, piawaian dan rekabentuk pelbagai kemudahan pelancongan seperti tempat peranginan, hotel, dan kemudahan pelawat disetiap kawasan pelancongan dipengaruhi oleh keadaan kawasan dan berhubung kait dengan lokasi bangunan, saiz, jalinan hubungan dengan persekitaran semulajadi, seni bina, lanskap, kejuruteraan, dan nilai kualiti yang dikehendaki. Sebahagian besar piawaian hanya menentukan ciri fizikal kemudahan tersebut dengan alam persekitarannya. Disamping itu, piawaian bangunan dan rekabentuk berubah-ubah dengan amat ketara antara sebuah tempat dengan sebuah tempat yang lain, bergantung kepada konsep pembangunan khusus yang digunakan dan keadaan persekitaran setempat (Inskeep, 1991). Di dalam pembangunan dan penyediaan kemudahan pelancong di kawasan lindungan perlu wujud satu pemahaman terhadap ciri kawasan tersebut. Pemahaman dan mengenal ciri suatu kawasan sangatlah penting dalam sebuah perancangan dan pembangunan apalagi jika dilakukan dalam kawasan lindungan yang sensitif. Seperti apa yang telah dikatakan sebelumnya bahawa pembangunan yang dilakukan dalam kawasan lindungan sangatlah erat hubungkaitnya dengan kelestarian alam persekitarannya. Janganlah sampai pembangunan yang dilakukan merosak alam semulajadi, tetapi hendaknya pembangunan tersebut dapat bersepadu dengan alam persekitaran serta memberikan keberkesanan terhadap pembangunannya. Sebagaimana Trancik (1986) menyatakan bahawa, merekabentuk sebuah bangunan disebuah kawasan memerlukan pemahaman akan ciri kawasan secara umum dan apa yang menjadi ciri khasnya, kerana ianya dapat digunakan sebagai salah satu daripada pertimbangan dalam menciptakan pembangunan yang bersepadu dengan lingkungan. Berdasarkan keterangan diatas, pengkaji ingin mengkaji adakah wujud keberkesanan piawaian pembangunan kemudahan penginapan dalam kawasan taman negara khasnya di Malaysia, serta adakah piawaian tersebut telahpun mewujudkan 7 pembangunan yang mapan dan berkesan ditinjau dari segi kesepaduan bangunan dengan alam persekitarannya. 1.3 Persoalan Kajian Berdasarkan kajian literatur, dapat disimpulkan bahawa ada beberapa permasalahan yang timbul dalam pembangunan fasiliti penginapan di kawasan taman negara, antanya ialah: x Meningkatnya jumlah kedatangan pelancong ke kawasan taman negara penyebab peningkatan pembangunan di kawasan ini. Dijangkakan tahun 2020, jumlah pelancong dunia ialah 1.56 bilion dan 13.7% (0.2 bilion) daripadanya adalah yang berteraskan eko-pelancongan (WTO, 2004). Adanya kebimbangan akan terjadinya kedatangan pelancong secara besar-besaran (mass tourism), dimana keperluan akan fasiliti penginapan juga akan meningkat dan taman negara akan berada pada tahap "kesesakan". Jadual 1.3 : Taburan Bilangan Pelancong Malaysia Tahun 2000-2004 Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 Jumlah Pelancong Yang Datang ke Malaysia 10.22 million 12.78 million 13.29 million 10.58 million 15.70 million Sumber : www.mocat.org.my Peratusan 22.4% 20% 3.9% -25.6% 31.8% Purata pertumbuhan pelancong Purata Pertumbuhan pelancong dalam satu tahun10.5% 8 x Pembangunan dan penyedian fasiliti penginapan di kawasan lindungan terhad dibandingkan dengan kawasan lainnya. Ukuran dan kapasiti daripada penginapan di taman negara sangatlah dihadkan, berbanding dengan kawasan lain sehingganya fasiliti penginapan disini tidak memungkinkan untuk menampung pelancong dalam jumlah yang banyak (Anderson, 1992). x Keadaan alam persekitaran sangatlah berpengaruh terhadap pemilihan konsep, piawaian dan ciri bangunan di kawasan lindungan Fasiliti dan kemudahan pada kawasan lindungan harus mencerminkan adanya pengaruh yang kuat dari alam persekitarannya (CeballosLascuráin, 1996). Manakala pembangunan di kawasan pantai lebih mengutamakan pemeliharaan dan pengekalan ruang terbuka serta lebih mengutamakan pemandangan (view) bangunan ke arah pantai (Schwanke, 1997). x Pembangunan pelbagai kemudahan dan fasiliti penginapan di dalam kawasan lindungan mempunyai prinsip-prinsip dan piawaian tersendiri. Secara amnya, penyediaan fasiliti penginapan untuk pelancong di dalam kawasan hutan lindungan (forest protected area) sangatlah berbeza dengan penyediaan fasiliti penginapan di kawasan pelancongan lainnya. Berikut adalah pertanyaan penyelidikan kajian ini : x Apakah Malaysia telah memiliki piawaian untuk pembangunan fasiliti dan kemudahan di dalam kawasan lindungan? x Sekiranya telah memiliki piawaian, apakah piawaian tersebut telahpun diamalkan dan dilaksanakan dalam pembangunan fasiliti penginapan di kawasan lindungan di Malaysia? x 9 Apakah pembangunan fasiliti penginapan yang selama ini dilaksanakan di Malaysia telah dapat memberikan kemapanan dan keberkesanan ditinjau dari segi kesepaduan bangunan dengan alam persekitarannya? 1.4 Matlamat dan Objektif Kajian Matlamat kajian adalah untuk membentuk prinsip dan piawaian yang lebih bersesuaian bagi pembangunan fasiliti penginapan di kawasan lindungan, supaya pembangunan yang dilakukan pada masa hadapan lebih memberikan kemapanan dan berkesan jika dilihat dari segi kesepaduan bangunan dengan alam persekitarannya. Objektif kajian ini adalah : x Melihat serta memaparkan bagaimana pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan dalam kawasan lindungan di Malaysia x Menilai pengamalan daripada prinsip dan piawaian yang sediaada pada pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan dalam kawasan lindungan di Malaysia x Mencadangkan prinsip dan piawaian bagi pembangunan fasiliti penginapan dalam kawasan lindungan di Malaysia 10 1.5 Skop Kajian Kajian dihadkan dengan hanya mengkaji keberkesanan pelaksanaan piawaian pembangunan kemudahan penginapan di kawasan lindungan yang berada di daratan (forest protected area) tidak termasuk kawasan lindungan di pulau (marine protected area). Definisi dan aspek kajian merangkumi : x Definisi dan kriteria kawasan yang termasuk dalam kawasan lindungan yang berada di daratan (forest protected area) dalam kajian ini telah merujuk pada definisi dan kriteria yang dikeluarkan oleh IUCN. x Kajian juga dihadkan kepada mengkaji keberkesanan piawaian fasiliti penginapan sahaja, sedangkan pembangunan infrastruktur seperti jalan, jeti dan sebagainya tidak termasuk dalam kajian ini. x Analisis di kawasan ini meliputi perancangan tapak dan analisis terhadap fasiliti penginapan berdasarkan kepada beberapa kriteria penilaian. x Pembahagian dan penilaian kriteria berasaskan kepada teori-teori dan piawaian pembangunan dalam kawasan lindungan yang disarankan oleh IUCN. 1.6 Kawasan Kajian Kawasan kajian meliputi tiga taman negara yang berada di semenanjung Malaysia iaitu : Taman Negeri Perlis yang dibuka pada tahun 1999 dengan luas kawasan 5000 hektar, Taman Negara Endau-Rompin dengan luas kawasan 48,908 hektar dan dibuka tahun 1993, serta Taman Negara Pahang yang ditumbuhkan tahun 11 1939 dengan luas kawasan 434,351 hektar. Pemilihan terhadap ketiga-tiga kawasan ini dipengaruhi oleh beberapa faktor : x Ketiga-tiga kawasan ini telah memenuhi kriteria sebagai kawasan lindungan, merujuk kepada kriteria yang dikeluarkan oleh IUCN. x Bertepatan dengan penyelidikan yang memerlukan suatu kawasan yang telah diwartakan sebagai kawasan lindungan dan kemajuan dalam penyediaan kemudahan penginapan untuk pelancong di Taman Negara. x Ketiga-tiga kawasan ini dapat memberikan gambaran bagaimana pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan di kawasan lindungan dilaksanakan di Malaysia, kerana ianya merupakan model pembangunan yang dilakukan oleh agensi swasta dan agensi kerajaan. 12 Gambar 1.1 Peta Kawasan Kajian Taman Negeri Perlis U Tidak Mengikut Skala Sebenarnya Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-Rompin Sumber : www.wildlife.gov.my 13 1.7 Metodologi Penyelidikan Metodologi penyelidikan adalah kaedah yang lebih khusus dan sesuai untuk digunakan bagi menjalankan suatu kajian. Penggunaan kaedah yang sesuai akan dapat meningkatkan kualiti suatu penyelidikan, dan untuk menjalankan kajian, pengkaji mestilah menggunakan metod yang bersesuaian dengan kajiannya (Bailey 1984). Dengan merujuk hal diatas dan kesesuai dengan kajian, maka metodologi yang digunakan dalam menjalankan kajian ini adalah kaedah pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan tujuan menghasilkan kajian yang lebih mendalam dan terperinci. Manakala pada tahap analisis data pengkaji mengunakan kaedah penilaian matrik. Pembahasan dan pemakaian kaedah berkenaan pada kajian akan dihuraikan secara terperinci pada bab III. 1.8 Pendekatan Kajian Pendekatan kajian ini berisikan tentang rangka kerja pengkaji yang dibahagikan pada empat bahagian, iaitu : x Peringkat pertama : Penyusunan rangka kerja dan kajian literatur x Peringkat kedua : Pengumpulan data-data x Peringkat ketiga : Analisis data dan penemuan kajian x Peringkat keempat : Kesimpulan dan cadangan Kajian 14 1.8.1 Peringkat Pertama Pada peringkat ini, penyelidikan menjurus kepada mengenal pasti tentang kajian yang akan dijalankan, baik mengenai isu-isu dan masalah semasa yang timbul. Kajian literatur juga telah dilakukan pada peringkat ini untuk menyokong permasalahan yang ada bagi mengaitkan dengan penyelidikan yang hendak dilakukan. Setelah pernyataan masalah dikemukakan, barulah pengkaji merangka dan memahami tujuan, serta menentukan matlamat dan objektif kajian. Matlamat dan objektif yang dibentuk bagi memperjelaskan tentang apa yang ingin dicapai diakhir kajian serta langkah-langkah untuk mencapainya. Penetapan penggunaan metodologi yang sesuai dalam menjalankan kajian juga ditetapkan untuk membantu penyelidik dalam menjalankan kajiannya. Pada peringkat ini juga akan dilakukan kajian terhadap literatur atau teoriteori yang ada hubungkaitnya dengan kajian yang dijalankan. Sumber-sumber rujukan dapat diambil dari buku-buku, jurnal-jurnal mahupun kajian yang pernah dilakukan. Ini merupakan peringkat penting dalam penyelidikan kerana dari sinilah pengkaji mendapatkan gambaran jelas tentang teori-teori yang digunapakai untuk memahami keseluruhan dan sebagai panduan utama dalam menjalankan kajian ini. Dibahagian ini pengkaji memahami dengan jelas terhadap konsep-konsep sedia ada terhadap apa yang dikaji, seterusnya ia akan membantu pengkaji dalam memperbaiki, mengembangkan dan menghasilkan sesuatu yang baru dalam bidang ilmu yang dikaji. 15 1.8.2 Peringkat Kedua Pada peringkat kajian lapangan penyelidik berada langsung di kawasan kajian untuk mengumpulkan data-data primer. Disamping itu, inventori, pengamatan dan pemerhatian terhadap keadaan semasa kawasan kajian dilakukan untuk mengenalpasti potensi dan halangan semasa dalam melaksanakan penyelidikan. Selain itu, bagi mengukuhkan data-data primer, maklumat sekunder juga diperlukan seperti data-data yang terlibat perlu diperolehi dan mengemaskini data sediada melalui jabatan-jabatan yang berkaitan langsung dengan kajian, seperti Jabatan Perhilitan, Jabatan Kerja Raya dan Penguat Kuasa Taman Negara. Ini termasuk maklumat dasar seperti, undang-undang dan polisi yang dikeluarkan oleh kerajaan dan jabatan yang berkaitan. Data-data ini akan digunakan untuk analisis di peringkat selanjutnya. 1.8.3 Peringkat Ketiga Pada peringkat ini, semua data-data yang ada baik data sekunder mahupun data primer akan dianalisis dengan menggunakan teknik dan kaedah-kaedah yang telah ditentukan. Perbandingan antara data-data yang dianalisis menggunakan kaedah penilaian matrik dan teori yang berkaitan akan menghasilkan suatu rumusan adakah piawaian pembangunan fasiliti penginapan dalam kawasan lindungan memberi keberkesanan dan kemapanan ataupun sebaliknya. Peringkat ini paling kritikal dalam menghasilkan suatu penemuan dan rumusan yang dapat mencapai matlamat dan objektif kajian. 16 1.8.4 Peringkat Keempat Peringkat terakhir daripada penyelidikan ini adalah merupakan kesimpulan terhadap penyelidikan yang telah dilakukan dari pernyataan masalah kajian hinggalah kepada penemuan dan rumusan kajian. Setelah penemuan kajian diperolehi, maka kesimpulan yang dibuat perlulah diselaraskan dengan matlamat dan objektif kajian yang telah disasarkan pada peringkat pertama kajian ini. Selain itu, termasuklah membincangkan tentang konsep yang telah ada dengan penyesuaian kawasan kajian ataupun cadangan strategi dan polisi yang lebih berkesan dan praktikal serta cadangan daripada penyelidik. Rajah 1.1 akan memperjelas lagi bagaimana pengkaji melakukan pendekatan dan menjalankan kajian ini. 17 Rajah 1.1: Carta Aliran Pendekatan Kajian Latar Belakang Matlamat Kajian pengamatan Skop Kajian dan Analisis Metode kualitatif dan kuantitatif (pengamatan, analisis kandungan, temubual,dan pemahaman) Teori-teori berkaitan Prinsip-prinsip pembangunan Di kawasan lindungan Amalan terbaik Pengumpulan Maklumat Data-Data Sekunder (Temubual dan dokumen-dokumen) Dasar-dasar, prinsip, dan piawaian pembangunan di kawasan lindungan. Pengurusan Perancang Kajian Literatur (peringkat 1) Pengumpulan data (peringkat 2) Data-Data Primer (Kajian visual terhadap tapak dan fasiliti penginapannya di kawasan kajian) Pembangunan fasiliti penginapan didalam taman negara. Pelaksanaan Kawasan Analisis Data ( Kaedah Matrik ) Tapak Bangunan Analisis (peringkat 3) Penemuan Kajian dan Rumusan Pelaksanaan dan penangamalan daripada dasar-dasar, prinsip, dan piawaian. Implementasi antara prinsip (teori) dan amalan Prinsip-prinsip pembangunan fasiliti penginapan di taman negara Cadangan Kajian dan Kesimpulan Penemuan kajian (peringkat 4) 18 1.9 Penulisan Sistematik Dalam penulisannya, kajian ini terdiri daripada tujuh bab dengan perinciannya seperti berikut : x Bab I : Memberikan gambaran tentang latar belakang, matlamat, objektif, skop kajian dan kawasan dimana kajian ini dijalankan. Disamping itu ianya juga memaparkan tentang metodologi dan langkah kerja pengkaji dalam menjalankan kajian ini. x Bab II : Menghuraikan tentang rujukan bertulis dan teori-teori yang berkaitan dengan kajian. Sumber-sumber rujukan diambil dari buku-buku, jurnal-jurnal mahupun kajian terdahulu untuk dijadikan asas dan acuan bagi pengkaji dalam menjalankan kajiannya. x Bab III : Metodologi yang digunapakai oleh pengkaji dalam kajian dan penggunaanya semasa menjalankan kajian akan dihuraikan secara terperinci dan mendalam pada bab ini. Adapun kaedah-kaedah berkenaan adalah : kaedah kualitatif, kuantitatif dan kaedah penilaian matrik. x Bab IV : Menceritakan mengenai data skunder, yang diperoleh pengkaji melalui temubual, dokumen-dokumen, kertas-kertas kajian, website, dan perbagai sumber lainnya. Diantaranya data-data tersebut adalah : dasardasar, piawaian, dan prinsip pembangunan dalam kawasan lindungan di Malaysia serta peranan daripada Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan, dan Kementrian Pelancongan dalam pembangunan berkenaan. x Bab V : Kandungan daripada bab ini adalah pemaparan daripada datadata primer/kajian kes, dimana data-data berkenaan meliputi proses perancangan dan pelaksanaan pembangunan serta fasiliti penginapan yang sediaada di kawasan kajian yang meliputi : Taman Negara Pahang, 19 Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis. Data-data ini diperolehi melalui kajian lapangan yang dilakukan oleh pengkaji. x Bab VI : Analisis yang dilakukan pengkaji terhadap data-data yang diperolehi akan dipaparkan pada bab ini. Pada bahagian inilah pengkaji akan menjalankan kaidah penilaian matrik untuk mendapati temuan kajian. x Bab VII : Bab ini merupakan bab penutup yang menghuraikan temuan kajian dan cadangan daripada pengkaji. Hal ini merupakan hasil dan kesimpulan keseluruhan daripada kajian yang telah dijalankan. 1.10 Rumusan Penyelidikan yang akan dijalankan adalah berupa kajian yang akan melihat sejauh mana kemapanan dan keberkesanan piawaian pembangunan fasiliti penginapan dalam kawasan lindungan telah dilakukan di Malaysia. Diharapkan diakhir kajian ini akan mencapai matlamat dan objektif yang telah disasarkan. Ini adalah penting untuk bersiap sedia membantu pihak berkuasa ataupun pihak-pihak yang berkaitan dalam pembangunan kemudahan penginapan di kawasan lindungan sesuai dengan keadaan alam persekitaran, sehingga pembangunan yang dilakukan pada masa hadapan dapat memberikan keberkesanan dan kemapanan dari segi kesepaduan bangunan dengan alam persekitarannya. BAB II PRINSIP DAN KONSEP PEMBANGUNAN FASILITI PENGINAPAN DI TAMAN NEGARA. 2.1 Pengenalan Di bahagian ini pengkaji akan menjelaskan tiga definisi penting iaitu : Ekopelancongan, Kawasan lindungan dan Penginapan serta hubungkait diantara ketiganya. Ianya bertujuan untuk memberikan pembatasan dan pemahaman yang lebih mendalam kepada apa yang hendak dikaji. Disamping itu, bab ini juga akan memaparkan tentang rujukan bertulis yang berkaitan dengan kajian. Sumber-sumber rujukan diambil dari buku-buku, jurnaljurnal mahupun kajian terdahulu. Ini merupakan peringkat penting dalam penyelidikan kerana dari sinilah penyelidik mendapatkan gambaran jelas tentang teori-teori, prinsip dan piawaian yang diguna pakai untuk memahami keseluruhan kajian dan sebagai panduan utama dalam menjalankannya. 2.2 Kawasan Lindungan dan Ekopelancongan 2.2.1 Definisi dan Falsafah Ekopelancongan 21 Ekopelancongan dapat dilihat sebagai model pengembangan di mana kawasan lindungan direncanakan sebagai sebahagian dari industri pelancongan yang dapat memberikan perlindungan terhadap sumberjaya biologi dan ekologi serta mempunyai hubungan terhadap sektor sosial dan ekonomi (Kutay, 1989 dan Healy, 1992). Manakala IUCN dan Wright (1993) mengertikan ekopelancongan sebagai bentuk percutian yang lebih menghargai alam persekitaran. Definisi yang sama juga dikemukan oleh TIES (1998) dimana ekopelancongan merupakan bentuk percutian yang penuh tanggung jawab terhadap kelestarian persekitaran serta adanya kewujudan daripada orang-orang tempatan. Walaubagaimanapun, bentuk percutian yang menimbulkan sebarang impak negatif terhadap alam sekeliling, tidaklah boleh diertikan sebagai ekopelancongan (Healy, 1992). Lebih lanjut Healy (1992) mengatakan, sesungguhnya ekopelancongan adalah salah satu cara perlindungan terhadap lingkungan persekitaran dari sebarang kerosakan. Merujuk pada huraian diatas, dapat disimpulkan bahawasanya ekopelancongan merupakan bentuk percutian yang lebih mengutamakan perlindungan terhadap lingkungan sekitar daripada sebarang impak negatif dengan melibatkan pelancong dan masyarakat tempatan tanpa mengabaikan keuntungan pada sektor ekonomi. 2.2.2 22 Hubungan Kawasan Lindungan dengan Ekopelancongan Ada hubungan bertimbal-balik antara ekopelancongan dan kawasan lindungan, di mana ekopelancongan memerlukan kawasan lindungan sebagai tarikan dan sebaliknya kawasan lindungan memerlukan pelancong sebagai sumber pendapatan kewangan bagi kepentingan konservasi alam sekitar. Selain itu, pelancong ikut serta menjaga dan memastikan tidak ada sebarang kerosakan pada alam sekitar sebagai impak daripada penambahan fungsi kawasan lindungan sebagai tempat pelancongan. Pada masa ini, banyak negara didunia menciptakan kawasan lindungannya menjadikan tempat pelancongan (Butler dan Boyd, 1992). Adakalanya pembangunan yang dilakukan tanpa mengikuti prinsip-prinsip tertentu juga boleh menjadi penyebab kerosakan pada kawasan lindungan (Kutay, 1989 dan Ceballos-Lescurain, 1992). 2.2.3 Prinsip-prinsip Pembangunan dalam Ekopelancongan TIES telahpun membuat garis panduan bagi pihak berkuasa mahupun orang yang terlibat dalam pembangunan ekopelancongan. Dalam melaksanakan pembangunan, mereka harus mengikuti prinsip-prinsip seperti dalam Jadual 2.1. Manakala ECA, sebuah agensi pelancongan di Kanada yang memiliki kepakaran dalam ekopelancongan di negara itu mengatakan bahawa dalam pembangunan ekopelancongan sebaiknya menggabungkan antara ekonomi, sosial dan persekitaran. Sedangkan Wright (1993) memaparkan bahawa dalam pembangunan ekopelancongan sebaiknya mengikut prinsip-prinsip seperti dalam Jadual 2.2. Jadual 2.1. Prinsip-prinsip Pembangunan Ekopelancongan oleh TIES Nombor Prinsip-prinsip Ekopelancongan 1 Memperkecilkan impak terhadap persekitaran 2 Membangunkan budaya dan persekitaran dengan berhati-hati serta menghormatinya 3 Menyediakan pengalaman positif baik terhadap pengunjung mahupun tuan rumah 4 Menyediakan keuntungan kewangan untuk konservasi alam sekitar dan masyarakat tempatan 5 Mengembangkan sensitiviti untuk negara tempatan, baik dari segi politik, sosial, dan lingkungan persekitaran 6 Menyediakan hak asasi peringkat antarabangsa dan perjanjian tenaga kerja Sumber : TIES, 1993 Jadual 2.2. Prinsip-prinsip Pembangunan Ekopelancongan Mengikut Wright (1993) Nombor 1 Prinsip-prinsip Pembangunan Ekopelancongan Pengembangan terhadap alam persekitaran tanpa sebarang kerosakan daripada sumberjayanya. 2 Penyertaan dan pengalaman daripada orang-orang yang terbabit. 3 Penglibatan daripada sektor kerajaan, pemaju dan pelancong itu sendiri dalam menjaga alam dan sumberjaya yang sedia ada. 4 Nilai intrinsik dari sumberjaya alam yang dijadikan tarikan 6 Tanggung jawab terhadap alam dan lingkungan budaya 7 Keuntungan jangka panjang (ekonomi dan bukan ekonomi), sumberjaya, industri pelancongan dan komuniti tempatan. Sumber : Wright, 1993 23 Pada prinsip, pembangunan dalam ekopelancongan lebih menekankan 24 bagaimana mewujudkan pembangunan yang tidak berimpak apapun terhadap alam persekitaran dengan tidak mengabaikan keuntungan pada sektor ekonomi dan sektor bukan-ekonomi. 2.3 Kawasan Lindungan dan Prinsip Pembangunannya. 2.3.1 Definisi Kawasan Lindungan dan Penginapan IUCN ( 1993) menggambarkan kawasan lindungan sebagai suatu wilayah semulajadi yang diwujudkan sebagai kawasan perlindungan terhadap ekositem dan warisan budaya yang sediaada. Ciptaan kawasan seperti ini bersifat universal dimana meniru cara memelihara suatu ekosistem alam sekitar dan hubungkait antara warisan budaya untuk jangkauan luas yang berguna bagi nilai-nilai manusia pada masa hadapan. IUCN (1993) mendefinisikan kawasan lindungan (forest protected area) sebagai : Kawasan hutan yang khas untuk dilindungi dan dipelihara keaneka ragaman biologi dan alam sekitar serta asosiasi budaya, dan ditangani secara undang-undang. Sesuai dengan definisi dan pengkategorian kawasan lindungan oleh IUCN memperkukuhkan lagi keberadaan taman negara sebagai sebahagian dari kawasan lindungan. 25 (a) (b) (d) (c) (e) Gambar 2.1 : Contoh Kawasan Lindungan Mengikut Kategori IUCN (a). Taman Negara Kerinci, Indonesia : ketegori I, (b). Taman Negara Teide, Spain : ketegori II, (c). Taman Negara Refuge, Costarica : ketegori IV, (d). Penisular, Costa Rica : ketegori V, (e). Machu Picchu Park, Ketegori VI Sumber: Ceballos-Lescurain, 1996 Adapun definisi daripada penginapan adalah tempat menumpang sementara masa yang dikenakan sewa ( Sujono, 1985). Dalam pengertian dasar, ini belum lagi mengambil kira bagaimana bentuk, lokasi, dan kemudahan yang disediakan untuk pengguna daripada perkhidmatan penginapan itu. Neufert (1992) mendefinisikan bahawasanya penginapan ialah sebuah bangunan yang digunakan sebagai tempat tinggal yang bersifat sementara atau dalam masa yang terhad dan dikenakan sewa atas perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna. 2.3.2 26 Prinsip-prinsip Bangunan untuk Kawasan Lindungan 2.3.2.1 Objektif Penyediaan Fasiliti. Dalam penyediaan fasiliti yang mencukupi maka perencanaan yang dilakukan haruslah mengandungi kriteria seperti memenuhi kepuasan pasaran dan pelaburan yang diperlukan, mencipta imej yang menyerlah dan menarik perhatian, serta keharmonian dengan lingkungan persekitaran. Untuk memenuhi kriteria tersebut Lawson (1992) mengatakan, perancangan yang dilakukan mestilah mengikut prinsip-prinsip seperti berikut : x Wujud penyesuaian dengan permintaan individu seperti : 1. Mewujudkan kawasan rehat, tetapi juga harus ada fasiliti hiburan dan rekreasi. 2. Berinteraksi dengan alam, dan juga dengan keadaan tempatan serta kebudayaannya. 3. Pengasingan dan privasi, dan bebas dari gangguan serta berhampiran dengan kemudahan lain. x Mencipta imej yang menyerlah seperti : 1. Dengan menggunakan sebaik-baiknya sumberjaya yang ada disekitarnya, menggunakan bahan binaan tempatan, serta menggunakan teknik-teknik yang memungkinkan. 2. Dengan mengambil contoh rancangan pembangunan dan rekabentuk bangunan ditempat lain untuk mencerminkan ciri utama sesuatu kegiatan. 3. Dengan memberikan peluang untuk berinteraksi dengan penduduk tempatan. 2.3.2.2 Alam Semulajadi Sebagai Pola Perancangan dan Pembinaan 27 Dalam eko-senibina, alam semulajadi merupakan pertimbangan utama dalam perencanaan dan pembinaan sesebuah bangunan (Christopher, 1979). Maknanya, alam semulajadi dijadikan sebagai unsur makro sedangkan bangunan merupakan unsur mikro. Unsur makro akan selalu mempengaruhi unsur mikro baik dari segi bentuk bangunan, bahan binaan, mahupun perletakan bangunan ( Frick, 1998 ). Mengikut Frick (1998), alam yang dijadikan sebagai pola perancangan ekosenibina dapat disimpulkan dengan syarat seperti berikut : x Penyesuaian perancangan pada lingkungan tempatan. Pembinaan bangunan yang dilakukan tidak akan mengganggu kawasan persekitaran di mana bangunan itu dibina. Sebagai contoh bahan yang digunakan untuk bangunan hendaklah menggunakan bahan yang tidak menggunakan bahan-bahan kimia (Odum,1994). x Memanfaatkan tenaga yang sediada semulajadi untuk keperluan bangunan. Misalnya , penggunaan cahaya matahari sebagai sumber cahaya untuk pencahayaan dalam bangunan pada siang hari, yang boleh menjimatkan penggunaan elektrik. Angin juga boleh dimanfaatkan sebagai penyejuk ruangan dan ini akan menghindari pencemaran terhadap lingkungan yang disebabkan oleh pengunaan penghawa dingin (Pearson,1994). x Penggunaan teknologi sederhana Impak negatif daripada penggunaan teknologi boleh diatasi dengan penggunaan teknologi sederhana ataupun penggunaan teknologi alternatif (Dickson dan David, 1978). x Memelihara segala sumberjaya yang ada 28 Setiap perancangan yang dibuat hendaklah menghormati keadaan alam semulajadi agar tidak tercemar atapun rosak. Sebagai contoh, pembuatan saluran saliran dan penyediaan tempat pengolahan air kumbahan sebelum dibuang ke tasik-tasik ataupun sungai (Fuad, 1981). Pola perencanaan yang berasaskan eko-senibina hendaklah mengikuti dan memanfaatkan peredaran alam. Hal ini dikemukakan oleh Schwarz (1982) seperti berikut : x Bangunan yang dibina sebaiknya diarahkan menurut orientasi timur-barat. Ini bertujuan agar bahagian bangunan yang berorientasi ke arah selatanutara menerima cahaya matahari tanpa ada kesilauan. x Bangunan yang dibina haruslah boleh memanfaatkan penyegaran ruangan secara semulajadi dan memanfaatkan angin untuk membuat ruangan menjadi lebih sejuk. x Bahan binaan yang digunakan hendaklah mudah diperbaiki terutama bahan binaan untuk dinding dan atap, sedangkan bahan binaan untuk strukturnya haruslah memiliki ketahanan dalam jangka masa yang lama. Perancangan yang menggunakan konsep eko-senibina sangat bergantung kepada keadaan alam persekitaran di mana bangunan itu akan dibina (Doczi, 1994). Disamping itu Schwarz (1982) juga mengemukakan cara membina bangunan yang menjimat tenaga dan bahan. Hal ini boleh dilihat dalam Rajah 2.1, pada mukasurat 33. 2.3.2.3 Interaksi Dengan Alam 29 Bangunan yang berada dalam kawasan lindungan sebaiknya berinteraksi langsung dengan alam persekitaran (Schneider, 1981). Dalam mewujudkan interaksi dengan alam secara visual seperti pemandangan panorama dari balkoni, memberikan peluang untuk menyatukan dengan lingkungan persekitaran serta dapat menciptakan imej tersendiri bagi pelancong untuk mengenali tempat berkenaan. Walaubagaimana pun, interaksi secara visual akan susah didapati pada bangunan yang tinggi. Pembinaan bangunan yang lebih kecil dengan ketinggian bangunan dihadkan merupakan salah satu solusi yang baik. 2.3.2.4 Keseimbangan Perancangan dengan Alam Sekitar Adapun maksud daripada keseimbangan perencanaan dengan alam sekitar adalah : bagaimana hasil daripada perencanaan yang dibina boleh menyatu dengan keadaan alam persekitaran serta tidak merosak terhadap apa-apa yang telah ada (Szakeres, 1992). Menurut beliau, ada beberapa hal yang harus diambilkira oleh seorang perancang agar terjadinya keseimbangan antara alam dan hasil rancangan, diantaranya ialah : x Orientasi bangunan yang ditempatkan tepat diantara lintasan atau laluan matahari serta bentuk tanah yang terlindung. Dalam hal ini tidak hanya perlu diperhatikan sinar matahari yang mengakibatkan panas sahaja, tetapi juga arah angin yang memberikan kesejukan (Schneider, 1981). Orientasi bangunan yang paling baik berarah dari timur ke barat. Hal yang seperti ini sangatlah sesuai digunapakai pada daerah yang beriklim tropika (Bambang ,1998). Lihat Gambar 2.2. Akan tetapi hal ini juga sangat bergantung kepada keadaan tapak bangunan. 30 Gambar 2.2 : Tataletak Bangunan yang Baik Memilih arah timur atau barat kerana baik untuk pemanfaatan sinar matahari dan pengudaraan ruangan. Sumber : Frick, 1998 x Pengudaraan ruangan secara berterusan akan mengakibatkan ruangan menjadi sejuk. Hal ini bisa dilakukan dengan memperbanyakan tingkap pada bangunan ataupun melebarkan ukuran tingkap (Reed, 1953). Lihat gambar 2.3. I II Gambar 2.3. Pengudaraan Semulajadi pada Bangunan Semakin banyak lobang angin pada bangunan maka semakin baik kitaran udara dalam ruangan (gambar I), sedangkan semakin sedikit lobang angin sirkulasi udara tidak baik (gambar II) Sumber : Reed, 1953 x 31 Pengaruh daripada suhu terhadap bangunan dan ruangan yang ada di dalam bangunan boleh diatasi dengan rekabentuk atap dan pembinaannya. Untuk memberikan perlindungan pada bangunan, bentuk atap yang baik adalah bentuk atap yang tinggi dengan kemiringan lebih dari 30º. Bentuk atap seperti ini juga lebih memberikan kesan semulajadi dan lebih menyatu dengan alam (Purwanto, 1998). Lihat gambar 2.4. 1 2 Gambar 2.4 : Beberapa Rekabentuk Atap Bangunan Bentuk atap pada gambar 2 memberikan perlindungan yang lebih maksima pada bangunan daripada bentuk atap pada gambar 1. Sumber : Purwanto, 1998 2.3.2.5 Penggabungan dengan Persekitaran Penggabungan lingkungan persekitaran sangat diperlukan dan tidak dapat disangkal, untuk membuat hubungan yang baik antara bangunan dengan lingkungan alam sekitarnya (Schmid, 1983). Beberapa penggabungan dapat diperolehi melalui senibina (sebagai contoh senibina vernakular), tetapi masih banyak lagi persoalan 32 yang mesti diambil kira seperti skala, penjelasan dalam pelan utama dan peraturan dari kerajaan tempatan. Menurut Boud dan Lawson (1998) ada dua prinsip utama dalam membuat hubungan yang baik antara bangunan dengan lingkungan alam sekitarnya, iaitu : x Sekiranya lingkungan sekitar sangat menyerlah dengan nilai keindahan, handaklah bangunan yang dibina memiliki karakter yang lunak, harmoni dan tidak berlawanan dengan lingkungan (Doczi, 1994) x Di dalam kawasan yang memiliki lingkungan persekitaran yang kurang menarik biasanya bangunan dirancang dengan mengseimbangkan rekabentuk dengan alam persekitarannya. 2.3.2.6 Keselesaan Pengguna Rekabentuk suatu bangunan lebih diutamakan oleh seorang perancang, tetapi ada perkara yang selalu dilupakan iaitu keselesaan pengguna, bahan dan ketahanan binaan bangunan itu sendiri (Doczi, 1994). Dalam eko-senibina, hal yang menjadi perhatian utama adalah keselesaan pengguna ataupun penghuni bangunan. Sayangnya, keselesaan pengguna terhadap bangunan tidak dapat diukur dengan mengunakan alat seperti halnya kita mengukur panjang dan lebar suatu ruangan. Penilaian terhadap keselesaan sangat subjektif dan bergantung pada beberapa perkara seperti iklim, suhu ruangan, pencahayaan, dan warna bangunan (Peter dan Bouwen, 1998). 33 Rajah 2.1 Cara Membina Bangunan yang Menjimat Tenaga dan Bahan Mengikut Schwarz (1982) Perhatian pada iklim tempatan. Sumber tenaga yang tidak dapat dirubah Pengguna an bahan bangunan yang menjimat tenaga Penyediaan dan pembuang bahan bangunan, tenaga, dan air Pengguna teknologi sederhana 1. Penggunaan tumbuhan dan air sebagai pengatur iklim 2. Orientasi kepada sinar matahari 3. Penyesuaian terhadap persekitaran perubahan suhu Pembinaan bangunan yang menjimatkan tenaga 1. Menghapuskan penggunaan penghawa dingin. 2. Menggunakan angin sebagai penyejuk ruangan 3. Menggunakan tenaga yang semulajadi. Menjimatkan sumber tenaga 1. Memilih bahan yang sesuai untuk bangunan dan keadaan tempatan 2. Penggunaan kembali sisa-sisa bahan bangunan yang masih boleh digunapakai 3. Penggunaan bahan yang semulajadi Menjimat sumber dan penggunaan bahan 1. Air limbah dan sampah dihindari sejauh mungkin 2. Perhatian terhadap kitaran air limbah dan air bersih 3. Perhatian terhadap bahanbahan yang boleh mengakibatkan pencemaran Menjimatkan sember semulajadi (air, udara dan tanah) 1. Mudah diperbaiki dan tidak memerlukan kos yang tinggi 2. Menggunakan kembali material bangunan yang sudah digunakan(kitar semula) Menjimatkan hasil produk bahan bangunan Sumber : Schwarz, 1982 34 2.3.2.7 Mengelakkan Bahaya Persekitaran atau Bencana Alam Schwanke (1997) menghuraikan bahawasanya hal yang tidak boleh diabaikan dalam pembangunan di kawasan lindungan adalah menghindari bangunan daripada kemungkinan untuk menghadapi persekitaran. Misalnya bangunan bahaya yang ditimbulkan dibina pada tanah yang oleh keadaan rendah dan berkemungkinan untuk menghadapi banjir bila musim hujan mahupun bangunan berada ditapak yang memiliki berkeceruman diatas 30º. 2.4. Konsep-konsep Bangunan untuk Kawasan Lindungan 2.4.1. Konsep Senibina 2.4.1.1. Eko- senibina Perancangan ataupun pembinaan fasiliti penginapan dalam sebuah taman negara hendaklah memperhatikan pengaruh daripada pembangunan tersebut terhadap alam persekitaran mahupun sebaliknya. Pembinaan rumah ataupun tempat tinggal sebagai keperluan kehidupan manusia dalam hubungan timbal balik dengan lingkungan alam sekitarnya dinamakan eko-senibina (Krusche, 1982). 35 Dalam perancangan eko-senibina, bangunan yang dibina haruslah memperhatikan keselarasan antara manusia dan alam persekitaran. Konsep dasar eko-senibina adalah : senibina biologi (senibina yang memperhatikan kesihatan), senibina alternatif, senibina matahari (pemanfaatan tenaga matahari pada bangunan), dan senibina bionik (binaan bangunan yang memperhatikan kesihatan manusia). Rajah 2.2 Konsep Dasar Eko-senibina Menurut Krusche Bahan dan binaan yang ekologi eko-senibina senibina biologi (senibina yang memperhatikan kesehatan) senibina alternatif Senibina matahari (pengunaan tenaga matahari pada bangunan) senibina bionik Sumber : Krusche, 1982 2.4.1.2. Senibina Organik Frank Loyd Wright mencontohkan bahawa bentuk dan bahan bangunan boleh diambil dari alam semulajadi agar kesan yang ditimbulkan oleh bangunan lebih semulajadi. Dalam pendekatan senibina organik mempunyai prinsip bahawa bangunan yang dibina haruslah mempunyai keseimbangan dengan alam persekitarannya. Seperti apa yang dikemukakan Frank Loyd Wright dimana 36 bangunan yang dibina tidaklah boleh mengganggu alam persekitaran tetapi ianya harus menjadi bahagian dari dengan alam (Curtis dan William, 1982). Ciri utama daripada senibina organik adalah perletakan dan nisbah bangunan yang lebih mendatar yang merupakan simbol daripada keluasan alam semulajadi. Ciri yang kedua ialah bahan binaan yang menggunakan bahan kayu dan batu yang tahan terhadap cuaca dan yang dihasilkan secara semulajadi. Bumbung yang luas menutupi kawasan dalamam merupakan ciri yang ketiga, dan yang ke empat adalah pelan lantai yang terbuka tanpa dinding pembatas ruangan akan memberikan kebebasan pada pencahayaan dan kitaran udara dalam bangunan. Gambar 2.5. Contoh Bangunan yang Memakai Konsep Senibina Organik Sumber : Tajuddin dan Nangkula, 2003 2.4.1.3. Senibina Vernakular Dalam proses pembangunan, masyarakat di daerah perkampungan lebih dipengaruhi oleh alam persekitaran, serta bentuk-bentuk yang diambil juga merupakan bentuk-bentuk yang ada dialam persekitaran (Chatani dan Mori, 1981). 37 Misalnya, bumbung rumah masyarakat tradisional di daerah Toraja Sulawesi (Indonesia) lebih menyerupai tanduk lembu, lihat gambar 2.6. Pada asasnya, mereka menjadikan alam sebagai dasar dari pembangunan tempat tinggalnya. Jadi apapun yang mereka buat tidaklah mengganggu pada alam persekitaran. Gambar 2.6 : Pengambilan Unsur Alam dalam Rekabentuk Bangunan. Sumber : Lippsmeier, 1997 Rumah bagi mereka merupakan tempat berlindung daripada gangguan binatang mahupun gangguan alam. Maka dari itu kebanyakan daripada rumah-rumah tradisional adalah rumah bertiang. Disamping boleh melindungi penghuni daripada gangguan alam, juga sangat baik dari segi kesihatan kerana melindungi penghuninya daripada kelembapan (Pearson, 1994). Gambar 2.7 : Contoh Rumah Tradisional di Filipina Sumber.: Manguneijaya, 1988 2.4.1.4. Bentuk Senibina 38 Pendekatan baru terhadap bentuk senibina dalam perancangan pembangunan kemudahan penginapan untuk pelancongan yang berasaskan alam semulajadi merupakan faktor yang sangat penting. Ini telah dijelaskan, bahawa seluruh bangunan, jalan dan layanan seharusnya direkabentuk tampak seperti ada pengaruh yang kuat dari alam persekitarannya (Ceballos-Lascuráin, 1996 dan Walter, 1987). Penyediaan fasiliti penginapan di dalam taman negara yang berorientasikan kepada alam persekitaran harus juga memerhatikan bentuk fizikal bangunannya disamping adanya kesan kesederhanaan, kenyamanan dan kebersihan serta keinginan daripada pelancong (Pearson (1992), Doczi (1994) dan Chistopher (1979)). Hal yang terpenting untuk diperhatikan adalah jangan sampai pembangunan fasiliti ini merosak alam persekitaran (Edington, 1986). Kalaulah hal ini diamalkan, pelancong akan tinggal lebih lama dan memberikan keuntungan yang bertambah kepada ekopelancongan. Untuk rekabentuk bangunan sebaiknya memerhatikan bentuk-bentuk rumah atau bangunan penduduk tempatan, kerana teknik-teknik bangunan mereka sering menampakkan pendekatan-pendekatan yang unik untuk berhubungan dengan keadaan alam persekitarannya (Scenaider, 1981 dan Rykwert, 1972). Pembangunan kemudahan penginapan yang tidak sesuai dengan keadaan alam persekitaran akan memberikan kesan yang tidak baik dan mengurangkan daya tarikan (Brenda dan Robert, 1996). 2.4.2. 39 Landskap dan Perancangan Tapak 2.4.2.1. Perancangan Tapak Penggunaan pendekatan persekitaran untuk perancangan tapak amatlah diperlukan supaya pembangunan bersepadu dengan persekitaran (Simonds, 1985). Walter (1987) menyatakan ada beberapa pertimbangan asas yang perlu dilakukan bagi perancangan tapak untuk pembinaan kemudahan pelancongan. Salah satu hal terpenting dalam perancangan pembangunan tapak adalah bangunan tidak terletak dan direkabentuk dalam keadaan yang berbahaya, khususnya lereng bukit yang curam yang mana keadaan tanah yang tidak stabil atau tempat-tempat rendah yang mungkin menghadapi banjir (Dorward, 1990 dan Schwanke, 1997). Untuk mendapatkan hasil yang maksima dan berkesan, piawaian pembangunan tapak perlulah ditetapkan terutama pada daerah yang peka terhadap persekitaran. Mengikut Inskeep (1996), piawaian perancangan tapak pada umumnya meliputi perkara-perkara sebagai berikut : 1. Kepadatan unit penginapan 2. Ketinggian bangunan 3. Jarak jauh bangunan 4. Nisbah kawasan lantai 5. Litupan tapak 6. Jalan masuk orang awam 2.4.2.2. Agihan dan Tumpuan Jenis Bangunan 40 Pengagihan atau penyusunan bangunan yang seragam akan menghasilkan tataletak bangunan yang kurang menarik serta menimbulkan ruang-ruang yang tidak perlu pada tapak (Laverthol dan Howarth, 1984). Bagi Lawson (1995), sebaiknya tataletak bangunan hendaklah memberikan kesan tersendiri dan pemandangan yang menarik seperti: x Kawasan utama merupakan tempat kawasan umum seperti : kafe, dewan pertemuan, pejabat dan lain sebagainya. x Tempat rehat pelancong mungkin mengambil lokasi yang agak jauh dari kawasan yang diperuntukkan untuk awam. x Kawasan tempat tinggal secara kumpulan dipisahkan daripada kawasan tempat tinggal keluarga atau perseorangan. Pengagihan bangunan juga sangat bergantung kepada keadaan ditapak. 2.4.2.3. Perhubungan antara Susun Atur Bangunan Pengumpulan bangunan yang disesuaikan dengan fungsi dan kegunaan bangunan seperti pejabat dan lain sebagainya, merupakan pertimbangan yang penting dalam usaha menentukan tapak (Lynch, 1984). Pengumpulan bangunan juga bergantung kepada keadaan tapak, kepadatan dan ciri pembangunan yang diinginkan Inskeep (1994). Gambar 2.8 merupakan diantara beberapa contoh susun atur bangunan. 41 Unit tunggal Susun atur lelurus Susun atur berkelompok Gambar 2.8 : Pendekatan Terhadap Perhubungan Antara Bangunan Sumber : Inskeep, 1994 2.4.2.4. Mengekalkan Pemandangan Pertimbangan lainnya juga penting dalam perancangan tapak adalah sudut pandang yang bertujuan untuk mengekalkan pemandangan atau sekurang-kurangnya koridor pemandangan menghala keciri kemudahan (Lawson, 1995 dan Simonds, 1985). Untuk memaksimakan latar belakang semulajadi, perlunya persepaduan antara bangunan dengan persekitaran dan penghalaan bangunan kearah ciri 42 kemudahan. Kesalahan yang sering dilakukan adalah pembinaan yang dilakukan memperlihatkan pemandangan yang menarik tetapi turut memusnahkan rupa bentuk semulajadi, (Wilson, 1984). Gambar 2.9.: Contoh Fasiliti Penginapan di dalam Kawasan Lindungan Ponderosa Lodge yang Tetap Mengekalkan Sudut Pandang. Sumber : Gunn, 1997 2.4.3 Kualiti Bangunan 2.4.3.1. Kualiti Binaan Kualiti pada bangunan juga memerlukan kebijaksanaan. Kebanyakan negara mempunyai peraturan seperti kod bangunan yang mungkin cukup sebagai piawaian bagi menunjuk kualiti bangunan tersebut. Tetapi sering kali diperlukan perancangan spesifik untuk dikenalkan agar memastikan pembangunan yang dilakukan dilaksanakan secara komprehensif dengan melalui imej dan ciri-ciri bangunan (Brenda dan Robert, 1996) . Secara keseluruhan, adalah sangat penting untuk 43 memelihara kesatuan daripada struktur, skala, bahan dan warna, serta hubungan antara manusia (Egenter, 1992). 2.4.3.2. Bahan Bangunan Lippsmeier, (1997) menyatakan ada beberapa bahan binaan bangunan yang sesuai digunakan di dalam kawasan lindungan, khasnya pada kawasan tropika iaitu : x Rumput, daun dan pokok palma. Seperti yang dikemukakan oleh Lippsmeier (1997), bagi daerah yang memiliki iklim tropika banyak sekali bahan-bahan yang boleh digunakan sebagai bahan binaan bangunan. Rumput dan pokok palma merupakan bahan tradisional bangunan tropika yang paling banyak digunakan untuk rumah tinggal sederhana hinggalah bangunan yang diperuntukkan untuk kepentingan khalayak ramai. Lihat juga Lampiran C. x Bambu. Selain bahan bangunan dari rumput, daun dan pokok palma, bangunan tradisional di kawasan tropika banyak juga menggunakan bambu dan buluh sebagai bahan untuk bangunan. Pokok bambu sangat banyak dijumpai pada kawasan yang beriklim panas-lembab terutama di kawasan Asia Tenggara, pulau–pulau di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik. Bahan binaan bangunan yang diperbuat daripada pokok bambu mempunyai mutu dan kualiti yang baik serta tidak mencemarkan lingkungan. Dengan pengolahan yang tepat, bahan binaan bambu boleh bertahan dalam jangka masa sehingga 25 tahun (Frick, 1998) (lihat Lampiran D). x Kayu 44 Jenis bahan binaan dari kayu sangat banyak terdapat di kawasan tropika, tetapi tidak semua jenis kayu dapat digunakan sebagai bahan bangunan. Pemilihan jenis kayu yang baik untuk dijadikan bahan bangunan harus daripada jenis kayu yang keras dan memiliki serat yang rapat. Jenis kayu seperti ini lebih tahan terhadap pengaruh panas, air, angin dan kelembapan udara (Schmid, 1983). Dengan pemberian lapisan kimia pada bahagian permukaan kayu akan menjadikan kayu memiliki ketahanan sampai pada masa 40-50 tahun (Koesmartadi, 1999). Sebagai contohnya, pemberian lapisan asid borat, monomonium dan diamonium fosfat akan menjadikan kayu tidak mudah terbakar. Tetapi jika bahan kayu digunakan di daerah yang memiliki kelembapan tinggi seperti dalam taman negara, daerah pegunungan, dan daerah yang memiliki hujan yang tinggi maka kayu yang dipilih hendaklah yang memiliki kelembapan kurang dari 20 peratus (Lampiran E). x Tanah liat (Laterit) dan batu bata. Jenis bahan lain yang juga sesuai untuk bangunan di kawasan tropika ialah bahan yang terdiri dari tanah liat dan batu bata bakar. Jenis bahan ini merupakan bahan asas kebanyakan bangunan lama tradisional yang telah digunakan sejak zaman dahulu (Pearson, 1994) . Batu bata dan tanah liat sangat banyak terdapat di kawasan yang beriklim tropika basah. Bahan bangunan yang diperbuat dari tanah liat dan batu bata bakar ini menjimatkan kos pengangkutan kerana bahan jenis ini boleh dibuat di lokasi binaan bangunan dan proses pembuatannya sangat mudah tanpa memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan bahan ini banyak memberi keuntungan terutama dari segi penjimatan kos. Lihat juga Lampiran F. 2.5. Pertimbangan dalam Perancangan Bangunan 2.5.1. Pertimbangan Pengaruh Alam Persekitaran 45 Alam persekitaran juga akan mempengaruhi bangunan, baik dari segi rekabentuk, penggunaan bahan binaan mahupun teknik-teknik penyelesaian terhadap permasalahan yang dihadapi (Lippsmeier, 1997). Penyesuaian bangunan dengan keadaan alam persekitaran juga akan menghindari bangunan dari ganguan yang ditimbulkan oleh alam persekitaran. Selain itu, keadaan iklim suatu kawasan juga dapat mempengaruhi bangunan, kerana itulah keadaan iklim dan persekitaran amatlah penting untuk dipertimbangkan dalam perancangan bangunan (Wright, 1954) I II Gambar 2.10. Contoh Perbezaan dalam Rekabentuk Bangunan (I). Contoh rumah masyarakat di kawasan beriklim tropika, Filipina (II). Contoh rumah masyarakat di kawasan beriklim sub-tropika, England Sumber : Lippsmeier, 1997 46 2.5.2. Pertimbangan Penggunaan Bahan Binaan Dalam pembinaan sebuah bangunan, pertimbangan terhadap bahan-bahan yang digunakan sangatlah penting kerana ianya dapat mempengaruhi kenyamanan dan keselesaan pengguna (Salim, 1987). Pemilihan bahan binaan yang tepat pada sesebuah bangunan akan memberikan keuntungan. Penggunaan bahan binaan yang disesuaikan dengan keadaan alam persekitaran akan menyebabkan kos untuk pemeliharaan bangunan lebih rendah berbanding dengan bangunan yang menggunakan bahan binaan yang berlawanan dengan keadaan persekitaran. Salah satu contoh, penggunaan bahan binaan besi pada bangunan yang terletak dipinggir laut memerlukan kos pemeliharaan yang lebih tinggi dibandingkan dengan bangunan yang menggunakan aluminium. Ini disebabkan bahan yang diperbuat dari besi lebih cepat mengalami kerosakan dibandingkan dengan aluminium (Mangkuwijaya, 1988). Dalam perancangan penginapan pada kawasan taman negara, sebaiknya menggunakan bahan semulajadi seperti bahan dari buluh, kayu dan atap rumbia (Schmid, 1983). Disamping akan memberikan kesan semulajadi terhadap bangunan, bahan binaan seperti ini juga tidak akan mencemarkan lingkungan persekitaran (Zucker, 1983). Pemilihan terhadap bahan binaan hendaklah dilakukan dengan cara menelaah terlebih dahulu keadaan alam persekitaran, kerana alam persekitaran akan mempengaruhi ketahanan daripada bahan binaan (Pearson dan David, 1994). Selain itu, dalam pemilihan bahan semulajadi sebaiknya melibatkan pekerja tempatan, kerana mereka lebih mengetahui kelebihan, kelemahan dan keterbatasan penyediaan bahan semulajadi yang sediaada pada kawasan serta dapat mencarikan bahan binaan pengganti jika ada permasalah. Inilah yang dikehendaki oleh para perancang (arkitek) untuk pemahaman penggunaan bahan semulajadi dan teknikteknik pembinaannya (Anderson, 1992). Pengunaan bahan binaan yang diperbuat dari jenis kayu-kayu yang dilindungi serta yang mengandungi unsur kimia seperti formaldehyde atau arsernic juga perlu dihindari (Fisher, 1991). 2.5.3. Pertimbangan Model Banguan 47 2.5.3.1 Gaya dan Motif Tempatan Senibina yang berunsur tradisional patutlah digabungkan seboleh mungkin dalam merekabentuk kemudahan pelancongan, supaya kemudahan ini bukan sahaja sesuai dipadankan dengan persekitaran, tetapi juga dapat memperkukuhkan senibina kawasan itu (Walter, 1987). Sekiranya tidak dapat mewujudkan gaya senibina tempatan, maka gaya senibina antarabangsa yang memberikan tumpuan kepada persekitaran bolehlah digunakan, berbanding dengan tindakan meniru secara keseluruhan gaya senibina dari tempat lain untuk digunapakai. II I Gambar 2.11 : Contoh Penggabungan Gaya Senibina (I). Rumah masyarakat tempatan di Snowdonia (II). Kemudahan peginapan dalam Taman Negara Snowdonia. Sumber : Hughes dan North, 1972 2.5.2.2 Warna Bangunan Disamping dapat mempengaruhi kenyamanan dan keselesaan seseorang terhadap bangunan, warna juga boleh mempengaruhi dan menunjukkan ciri khas 48 suatu bangunan atau ruang. Selain itu warna juga dapat digunakan untuk mengubah dan memperbaiki nisbah ruangan secara visual (Frick dan Suskiyatmo, 1998). Pada umumnya, bangunan yang terdapat pada kawasan bandar lebih banyak menggunakan warna-warna terang seperti merah, oren, kuning dan biru. Ini juga menunjukkan ciri aktiviti di kawasan bandar yang lebih aktif dan sibuk. Manakala bangunan yang terdapat di kawasan perkampungan lebih memilih menggunakan warna pasif seperti warna hijau, yang mana warna ini lebih menggambarkan ketenangan dan berpasrah (Brenda and Robert, 1996). Arwed (1992) mengatakan bahawa pemberian warna yang seragam terhadap ruangan dan bangunan akan mempengaruhi faktor keselesaan. Akan tetapi beliau menganjurkan, untuk pemberian warna pada sebuah ruangan atau bangunan hendaklah memperhatikan : x Tidak memilih atau memberikan warna yang sesuka hati atau hanya boleh diterima seketika sahaja. x Membentuk corak seni mengikut kerangka bangunan atau kegunaan ruangan. x Mencerminkan pandangan menyeluruh tanpa memberi kesan yang membosankan dan juga memperhatikan pengaruh nisbah bangunan 2.5.2.3 Rekabentuk Atap Rekabentuk atap baik berbentuk rata, tinggi, berunjur dan sebagainya, merupakan unsur rekabentuk yang penting. Ini adalah kerana bagi bangunan yang rendah, bentuk atap kelihatan ketara dan banyak mempengaruhi ciri dan pemandangan kerangka berkenaan (Neufert, 1992). Bentuk atap patut mencerminkan 49 gaya senibina tempatan dan harus selaras dengan ciri-ciri persekitaran semulajadi. Lihat gambar 2.12. I II III Gambar 2.12. Tiga Buah Rekebentuk Atap yang Umum Digunakan (I).Atap dengan kecondongan 30 darjah. (II) bentuk atap dengan kecondongan 45 darjah. (III). bentuk atap mendatar Sumber : Manguneijaya, 1988. Hughes dan North, 1972 2.5.4. Pertimbangan Kecekapan Tenaga Kecekapan tenaga merupakan salah satu pertimbangan yang juga penting dalam merekabentuk kemudahan di kawasan lindungan kerana kewujudannya pada kawasan yang terpencil, jauh dari penempatan manusia serta tiada pemasangan bekalan elektrik. Penggunaan tenaga elektrik yang berasal dari sinar matahari pada kawasan lindungan yang beriklim tropika atau sub-tropika adalah sangat sesuai. Dengan adanya solar sel untuk mengumpulkan tenaga sinar matahari yang pada akhirnya digubah menjadi tenaga elektrik dengan photovoltaic, sehingganya bekalan elektrik yang berasal dari penjana elektrik berenjin diesel (diesel-electric) dapat disimpan dan 50 digunakan sebagai cadangan apabila keadaan tidak memungkinkan seperti pada musim hujan. Ini merupakan salah satu cara untuk kecekapan tenaga, sangatlah mudah dilakukan dan tidak memerlukan kos yang mahal (Bruce, 1990). Pemasangan lampu dengan kuasa rendah serta pengesan yang dapat mematikan lampu secara otomatik ketika bilik dalam keadaan kosong adalah cara penjimatan pemakaiaan tenaga elektrik. 2.5.5. Pertimbangan Penggunaan Teknologi Pada masa ini dapat dikatakan bahawa halangan yang banyak dihadapi perancang taman negara adalah mencari alternatif lain atau jalan dengan menggunakan teknologi baru. Kemajuan yang utama didalam teknologi adalah penjimatan tenaga, perlindungan air, bunyi dan pengurangan terhadap pencemaran udara (Ceballos-Lascuráin, 1996). Teknologi ini boleh digunakan di dalam perancangan kemudahan penginapan, terutama dalam penjimatan tenaga, dan perlindungan sumber-sumber air. Penggunaan teknologi yang tepat pada bangunan juga akan mengurangkan kos untuk penyediaan tenaga tambahan dan pengurangan pencemaran terhadap lingkungan persekitaran (Dicson dan David 1978). Salah satu contoh ialah penyediaan takungan untuk penampungan air hujan pada bangunan yang dapat memenuhi keperluan bangunan tersebut tanpa menggunakan sumber air lain dalam taman negara tersebut. Meskipun belum digunakan di kawasan yang dilindungi, sistem solar-aquatik sangat baik untuk digunakan, dimana sistem ini merupakan satu sistem perawatan 51 dan pengolahan kembali air kumbahan menjadi air bersih dan boleh digunakan semula. 2.5.6 Penyelenggaraan Kawasan dan Kemudahan Perawatan sebaiknya dilakukan untuk menjamin efisiensi dan operasi bagi kemudahan yang ada (Lawson, 1995). Dengan melakukan pemeliharaan yang baik pada bangunan, maka kos untuk penyelenggaraan bangunan akan lebih rendah. Pemeliharaan bukan sahaja dilakukan ke atas fasiliti kemudahan tetapi juga dilakukan terhadap segala yang ada di dalam kawasan taman negara. Perlindungan terhadap alam semulajadi amatlah diperlukan selama pembangunan tersebut dilaksanakan termasuklah penggunaan air secara bijak. Pada kawasan lindungan, bekalan air tidaklah selalu banyak, maka daripada itu pemeliharaan terhadap sumberjaya air sebaiknya lebih diperhatikan. Pemakaian teknologi untuk pengolahan air kumbahan dapat dijadikan alternatif untuk melakukan penjimatan pemakaian air, mengurangi kos operasinya serta dapat meningkatkan kualiti daripada kawasan (Bertha, 1991). Manakala pengolahan terhadap air hujan dijadikan sebagai alternatif untuk simpanan air. Pembuatan tangki besar, tasik-tasik kecil, dan ciptaan aliran air secara semulajadi bisa digunakan sebagai tempat penampungan air hujan. 2.6. Rekabentuk Bangunan Dalam Taman Negara 52 Mengikut apa yang dikatakan Caballos-Lascuráin (1996) dimana rekabentuk “ low tech” merupakan alternatif yang dapat digunakan. Rekabentuk bangunan sebaiknya menggunakan rekabentuk senibina tempatan, maknanya seorang perancang (arkitek) dapat menjadikan bangunan yang terdapat disekitar kawasan taman negara tersebut sebagai panduan dalam merancang. Bangunan yang sediaada juga banyak membantu dalam penggunaan teknik dan pemilihan bahan yang sesuai dengan keadaan lingkungannya Kemudahan penginapan harus berdasarkan pada keadaan lingkungan jangka panjang bukannya pada keadaan semasa sahaja, dimana spesifikasi pembangunan yang menggambarkan perhatian terhadap lingkungan. Dalam pengunaan bahan binaan sebaiknya juga berusaha menggunakan bahan binaan yang sediaada di sekitar kawasan, kerana bahan ini tidak memerlukan proses yang kompleks dan proses pengeluaran yang intensif . 2.6.1 Rekabentuk Bangunan Rekabentuk bangunan penginapan yang ada di dalam taman negara seharusnya berbeza dengan bentuk bangunan di kawasan kota atau bandar. Rekabentuk bangunan yang ada di kawasan bandar lebih cenderung kearah pada rekabentuk moden dan mengikuti perkembangan masa, tetapi bentuk bangunan yang ada di dalam taman negara lebih dipengaruhi oleh keadaan alam persekitaran (Soegeng, 1985).Lihat gambar 2.13. 53 Rekabentuk sesebuah bangunan juga menjadi daya tarikan tersendiri dan boleh memberikan keselesaan dan kenyamanan bagi orang-orang yang menggunakannya (Richard, 1985). Begitu juga dengan rekabentuk bangunan yang dibangunkan di taman negara harus memiliki unsur kenyamanan, bersih tetapi memiliki nilai kesederhanaan (Ceballos-Lascuráin, 1986). Selain itu, hal lain yang harus di perhatikan adalah tersedianya ruang serbaguna, operator dan institusi pendidikan (Anderson, 1992). I II Gambar 2.13 : Perbezaan Rekabentuk Bangunan. (I). Rekabentuk pada kawasan lindungan, (II) Rekabentuk pada kawasan bandar Sumber : Soegeng, 1985 Pengudaraan silang pada bangunan sangatlah dianjurkan, kerana akan memberikan kesan semulajadi yang lebih kuat (Reed, 1953). Pada kawasan lindungan penggunaan penghawa dingin tidak dianjurkan atau wajar dihindari kerana penggunaan penghawa dingin banyak menghabiskan tenaga. Disamping itu, penggunaan penghawa dingin akan menimbulkan pencemaran bunyi (CeballosLascurain, 1996). Dengan memanfaatkan bayangan daripada pokok-pokok disekitar bangunan dapat juga dijadikan alternatif untuk menghindari suhu yang panas (Lynch, 1984). Disamping itu, rekabentuk tingkap yang lebih besar ukurannya akan menjadi alternatif terbaik untuk mendapatkan kitaran angin yang lebih lancar pada ruangan dalam bangunan. 54 Bangunan juga sebaiknya disesuaikan dengan keadaan di sekelilingnya (McHarg, 1969). Sebagai contoh, jika tempat penginapan untuk para pelancong ditempatkan di kawasan atas bukit dengan pemandangan yang cantik keseluruh kawasan, dengan sendirinya bangunan yang dibina akan terlihat dari pelbagai sudut. Sekiranya bangunan diletakkan secara horizontal dengan satu tingkat, itu akan menjadikan bangunan kurang menonjol. Dalam merekabentuk bangunan pada kawasan yang beriklim tropika, perhatian terhadap ganguan serangga, reptilia dan penyengat meskilah diambilkira (Lippsmeier, 1997). Pendekatan-pendekatan seperti ini sangatlah penting kerana ianya dapat mengurangkan kos dalam pengawasan dan perawatan bangunan. Meskipun rekabentuk sering digunakan sebagai pemecahan permasalahan, akan tetapi cara pemecahan permasalahan sebenarnya terletak pada diri perancang itu sendiri. Menurut Camgeni (1986) para perancang sebaiknya : x Menggabungkan kawasan jalan masuk yang kemudian diperlihatkan mempunyai tingkat kesulitan yang berbeza tiap-tiap paras. x Rancangan untuk meneruskan jalan kecil seperti denai. x Mempunyai kesedaran sivik dengan belajar sendiri biarpun tersedia bahan bangunan serta mencari alternatif bahan semulajadi yang lain. x Membuat kemudahan yang benar-benar boleh digunakan oleh semua orang. 2.6.2 Kemudahan Bagi Orang Kurang Upaya Kemudahan untuk peribadi yang kurang upaya sebaiknya disediakan. Keadaan alam semulajadi tidaklah selalu datar dan ini akan memberikan kesulitan 55 pada orang-orang kurang upaya untuk melakukan aktiviti. Ada beberapa bentuk alam semulajadi yang berdasarkan pada kegiatan pelancongan memiliki keadaan yang tidak datar sehingga memberikan halangan kepada orang-orang kurang upaya untuk menikmatinya. Jadi dalam penyedian fasiliti kemudahan di kawasan lindungan, perlulah sekiranya membuatkan fasiliti yang khas bagi orang kurang upaya agar memberikan peluang kepada mereka melakukan aktiviti dalam rangka menikmati keindahan alam semulajadi. Contohnya, membuatkan trail khusus disekitar kawasan. Di U.S.A, The Architectural Barriers Act of 1968 dan The National Rehabilitation Act of 1973 mewajibkan kepada semua kemudahan termasuk kemudahan pelancongan untuk merekabentuk kemudahan khusus untuk warga kurang upaya agar mereka juga boleh menikmati alam semulajadi seperti layaknya orang-orang yang normal. 2.7. Kemudahan Penginapan di Beberapa Taman Negara 2.7.1 Taman Negara Maputaland, Afrika Selatan Taman Negara Maputaland terletak di Afrika Selatan. Kemudahan penginapan dalam taman negara ini sangat unik dan terbukti sangat semulajadi kerana mereka meniru konsep dan rekabentuk rumah masyarakat tempatan. Rekabentuk pada kemudahan penginapan ini bertemakan pada ekopelancongan, resort dan sebagai tempat konferensi, walaupun kewujudannya sangat dekat dengan kawasan kehidupan liar. 56 Semua fasiliti yang ada di dalam taman negara ini dihubungkan dengan mengunakan jalan setapak antara satu dengan yang lainnya. Ini benar-benar terbukti sangat semulajadi dan menyatu dengan alam tanpa menghilangkan fungsi chalet itu sendiri sebagai tempat berehat dan tempat rekreasi pelancongan. Ini merupakan tempat menyenangkan bagi para pelancong untuk melakukan percutian. Disamping menawarkan pemandangan hidupan liar, aneka jenis tumbuhtumbuhan, juga menawarkan pembelajaran akan kebudayaan dan kehidupan orang asli. Gambar 2.14 : Rekabentuk Kotej di Maputaland, yang Menyatu dengan Persekitaran. Sumber : Gunn, 1997 2.7.2 Taman Negara Pench, India Taman Negara Pench merupakan diantara Taman Negara yang ada di India. Sebagai salah satu tempat tujuan pelancongan, Taman Negara ini juga telah dilengkapi dengan kemudahan seperti penginapan, restoran dan sebagainya. 57 Kebanyakan fasiliti yang ada di taman negara ini mengambil lokasi berhampiran dengan pintu masuk ke kawasan empulur taman dan benar-benar dikelilingi oleh kehidupan liar. Fasiliti penginapan yang ada di sini berada dilokasi yang sangat baik untuk menawarkan privasi pada pengunjung dan cukup menjamin keamanan serta keselamatan pengunjung daripada gangguan haiwan liar. Untuk pencahayaan pada malam hari hanya mengunakan lampu tanglung yang bertujuan untuk memberikan kesan yang lebih unik serta menghindari gangguan daripada haiwan liar. Fasiliti penginapan ini juga dilengkapi dengan penghawa dingin yang hanya boleh digunakan pada musim panas sahaja. Kemudahan dalam taman negara ini dibina dengan sangat terliti sekali, baik dilihat dari segi dalaman mahupun pada luaran bangunannya. Pada rekabentuk luaran, pondok ini menggunakan perpaduan rekabentuk bangunan tempatan dan moden, begitu juga dengan penggunaan bahan seperti penggunaan daun pokok kelapa yang di jadikan sebagai bahan atap bangunan. Gambar 2.15 : Rekabentuk yang Memadukan Senibina Tempatan dan dapat Mewujudkan Satu Rekabentuk yang Baik Sumber : www.wildlifeinindia.com 58 Sedangkan rekabentuk dalaman dibuat sedemikian rupa, dimana langitlangit pada ruangan dalam ditinggikan untuk membolehkan pengaliran udara di dalam ruangan berjalan dengan lancar sehingga kenyamanan udara dalam ruangan tetap terjaga walaupun tingkap dalam keadaan tertutup. Tingkap tiap-tiap pondok juga dirancang sangat baik sekali, dengan rekabentuk yang lebar serta kawasan tempat duduk yang dibuat menyatu dengan dinding dekat tingkap, memungkinkan pengunjung untuk menikmati pemandangan hanya dari dalam bilik tidur sahaja. Bilik airnya juga sangat sempurna dan telah dilengkapi dengan mandi paip. Gambar 2.16 : Contoh Rekabentuk Tingkap yang Baik Rekabentuk tingkap dengan duduk dibawahnya memberikan peluang bagi para pengunjung menikmati pemandangan dari dalam pondok Sumber :www. journeymart.com 2.7.3 Taman Negara Corbett, India Terdapat tiga jenis penginapan yang ada pada Taman Negara ini iaitu rumah rehat, Bajrani Cottage dan Malari Cottage. Rumah istirehat berada di sebelah utara daripada Taman Negara Corbett. Ia dinamakan pondok kerana rekabentuk bangunannya yang menyerupai pondok-pondok masyarakat tempatan. Setiap 59 pondok memiliki dua buah bilik dengan masing-masing bilik telah dilengkapi dengan bilik air. Juga telah dilengkapi dengan kemudahan air panas yang hanya berfungsi pada musim sejuk sahaja. Gambar 2.17 : Fasiliti Penginapan dalam Taman Negara Corbett Sumber: www.wildlywise.com Rekabentuk yang unik dan dibina agak tinggi dari permukaan tanah membolehkan pelawat melihat pemandangan flora dan fauna yang ada di sini. Bajrani cottage pula berada di sebelah selatan Taman Negara Corbett. Rekabentuk bangunan penginapan yang ada di sini menyerupai rumah bertiang seperti rumah masyarakat tempatan. Gambar 2.18 : Rekabentuk yang Sangat Tradisional akan Memberikan Kesan Tersendiri Bagi Pelawat. Sumber : www.indian-wildlife.com 60 Penginapan yang ketiga iaitu Malari Cottage yang terletak di kawasan tengah Taman Negara ini. Kemudahan di sini dibina menggunakan bahan asas batu bata untuk dindingnya, bertujuan untuk melindungi pengunjung daripada gangguan haiwan pemangsa seperti harimau dan singa yang banyak terdapat di kawasan ini. Keunikan daripada kemudahan ini adalah terletak pada menara yang terdapat pada bangunan yang membolehkan pengunjung untuk melihat secara langsung kehidupan haiwan buas dan keanekaragaman tumbuhan yang ada disekitar lokasi. Gambar 2.19 : Kemudahan Penginapan di Malari Cottage Sumber : www.indian-wildlife.com 2.7.4 Taman Negara Hwange, Zimbabwe Taman negara ini memiliki kemudahan penginapan yang sangat unik kerana kesemua kemudahan tersebut dibina di atas pokok-pokok manggul yang besar. Fasiliti penginapan di sini dinamakan rumah pokok. Rumah-rumah pokok ini dibangunkan di tiga lokasi yang berbeza tetapi ianya masih berada di dalam kawasan Taman Negara Hwange. 61 2.7.4.1 Sikumi Di kawasan ini terdapat tiga belas buah rumah pokok dan hanya diperuntukkan untuk 30 orang tetamu sahaja dalam satu masa. Rekabentuk rumah pokok ini mengambil rekabentuk rumah masyarakat tempatan. Begitu juga dengan penggunaan bahan binaan bangunannya. Setiap tingkap pada rumah pokok ini tidak menggunakan kaca dan hanya mengunakan kain sebagai penutup. Katil, bilik air, paip mandi, tempat membasuh tangan dan muka adalah di antara kemudahan yang disediakan di setiap rumah pokok. Kemudahan penginapan yang tersedia di kawasan ini benar-benar menawarkan pengalaman yang baru dan unik pada setiap pelawat yang datang. Dengan keunikan inilah banyak pelancong yang datang ke Taman Negara Hwange dan menjadikanya sangat terkenal. Gambar 2.20 : Kemudahan Penginapan di Sikumi yang Meniru Rekabentuk Senibina Tempatan. Sumber : www.wildlifeafrica.co.za 2.7.4.2 Khatsana 62 Terletak di kawasan tengah Taman Negara Hwange atau lebih dikenali sebagai kawasan Safari Hwange. Reka bentuknya tidaklah banyak berubah dari rekabentuk rumah pokok di daerah Sikumi dan Kanando. Gambar 2.21 : Rumah Pokok di Daerah Khatsana Sumber : www.thompsonssa.co.za 2.7.5 Taman Nasional Komodo Flores, Indonesia 2.7.5.1 Range Komodo Seperti taman negara, Taman Nasional Komodo juga mempunyai fasiliti penginapan bagi pelawat yang datang kesana. Fasiliti penginapan yang disediakan di sini sangat terhad jumlahnya iaitu 20 unit sahaja. Satu unit penginapan mempunyai 63 satu kamar tidur dan bilik air. Dilihat dari segi senibinanya, penginapan disini juga mengambil rekabentuk rumah tradisional masyarakat Flores. Bentuk rumah bertiang dengan atap yang berasal dari bahan “ijuk”, serta rekabentuknya yang sangat unik menjadikan fasiliti yang ada di sini mempunyai ciri tersendiri. Penyesuaian rekabentuk dan penggunaan bahan bangunan dengan keadaan lingkungan persekitarannya, telah berjaya mewujudkan rekabentuk penginapan yang unik dan sangat nyaman walaupun keseluruhan bangunan tidak menggunakan pendingin hawa. Gambar 2.22 : Rekabentuk Penginapan yang Unik dan Sangat Nyaman. Sumber : Dinas Pariwisata Indonesia, 2001 2.7.5.2 Bajo Eco-Lodge Selain Range Komodo ada satu lagi fasiliti penginapan di dalam Taman Negara Komodo iaitu Bajo Eco-Lodge. Ini mungkin merupakan salah satu bentuk fasiliti penginapan pelancong yang sangat baik dan sangat mesra terhadap lingkungan persekitarannya, di mana kesemua bangunan yang berada di kawasan ini telah memanfaatkan tenaga matahari dan air hujan untuk keperluan bangunan dan pelancong. Selain itu, pihak penguasa Bajo Eco-Lodge juga telah berjaya 64 membangunkan sebuah sistem pengolahan kembali air kumbahan, sehingga tidak menimbulkan bahaya dan kerosakan terhadap lingkungan persekitaran. Sama halnya dengan Range Komodo, rekabentuk bangunan pada Bajo-Ecologe meniru senibina tempatan. Bahan bangunan yang di gunakan tidak semuanya berasal dari kayu tetapi ada sebahagian dibuat dari simen. Untuk bahagian atap, masih mengunakan bahan “ijuk”. Gambar 2.23 : Fasiliti yang Telah Mengamalkan Prinsip Kitar Semula Sumber : Dinas pariwisata Indonesia, 2001 2.8 Rumusan Konsep utama daripada pembangunan di dalam kawasan lindungan adalah di mana semua fasiliti yang dibangun mestilah dapat menunjukkan adanya pengaruh yang kuat daripada lingkungannya dan mestilah memiliki unsur kenyamanan, kesederhanaan dan keamanan. Ini disebabkan oleh keadaan kawasan yang sensitif dan keseimbangan ekologi yang sangat mudah rosak. Ini merupakan suatu cabaran bagi para perancang dan agensi-agensi yang terlibat didalam pembangunan fasiliti kemudahan di dalam kawasan lindungan, di mana mereka dituntut bukan hanya 65 sekadar membangun dan menyediakan fasiliti kemudahan akan tetapi juga menjaga alam sekitar daripada sebarang kerusakan yang diakibatkan oleh pembangunan tersebut. Banyak pertimbangan yang mesti diambilkira untuk membangun fasiliti di kawasan lindungan. Untuk mewujudkan pembangunan yang mapan dan berkesan, para pemaju mestilah mengamalkan dasar-dasar pembangunan dikawasan lindungan seperti : x Menjadikan alam persekitaran sebagai acuan dalam perancangan x Kitar semula tenaga x Adanya keseimbangan antara perancangan dengan alam persekitaran x Berinteraksi dengan alam x Pemanfaatan sumberjaya alam atau semaksima mungkin x Penyesuaiaan pembangunan dengan lingkungan. Dari contoh-contoh pembangunan yang telah memiliki kemapanan dan keberkesanan, kebanyakkan pemaju dan agensi-agensi yang melakukan pembangunan fasiliti penginapan di kawasan taman negara lebih cenderung untuk belajar daripada penduduk tempatan dalam perancangan bangunan. Hal ini bisa dilihat dari bangunan yang mereka bina lebih meniru kepada senibina tradisional, baik rekabentuk, penggunaan bahan dan sebagainya. Dari huraian konsep dan contoh-contoh di atas, secara amnya dapatlah disimpulkan bahawasanya dalam pembangunan sebuah kawasan pelancongan di Taman Negara perlu mengambilkira dua perkara utama : x Perancangan tapak x Sensitiviti persekitaran x Konsep pembangunan kawasan x 66 Landskap x Perancangan bangunan x Konsep bangunan x Rekabentuk dan senibina bangunan x Elemen pembentuk bangunan x Pemamfaatan teknologi pada bangunan x Rekabentuk dan kemasan akhir bangunan Untuk mewujudkan pembangunan yang mapan dan berkesan mestilah mengamalkan perancangan tapak dan bangunan seperti yang telah dihuraikan di atas. Untuk lebih jelas lihat pada Jadual 2.3 dan 2.4 berikut. Jadual 2.3. Perancangan Tapak Bangunan Nombor 1 Perkara Sensitif Huraian i. Impak pembangunan terhadap persekitaran Terhadap Persekitaran ii. Mengelakkan bangunan dari bahaya persekitaran 2 Konsep i. Alam sebagai pola perancangan Pembangunan ii. Interaksi dengan alam Kawasan 3 Landskap i. Kepadatan Bangunan ii. Pengagihan dan fokus daya tarikan iii. Jarak antara bangunan Jadual 2.4. Perancangan pada Bangunan Nombor Kriteria Utama 1 Konsep bangunan Elemen i. Konsep Eko-senibina ii. Senibina Vernakular iii. Bentuk senibina iv. Senibina Organik 2 Reka Bentuk dan i. penggabungan dengan lingkungan Senibina Bangunan ii. Bentuk atap/bumbung iii. Penggunaan bahan binaan 3 Elemen Pembentuk i. Model tingkap Bangunan ii. Pengudaraan iii. Warna Atap bangunan 4 Pemanfaatan i. Kitar semula tenaga Teknologi Pada ii. Penjimatan penggunaan Bangunan tenaga dan pengunaan teknologi secara sederhana 5 Rekabentuk dan kemasan pembangunan i. Persepaduan warna dengan lingkungan ii. Rekabentuk kemasan akhir bangunan 67 BAB III METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1. Pengenalan Menurut Bailey (1984), metodologi penyelidikan adalah kaedah yang lebih khusus untuk digunakan bagi menjalankan sesuatu kajian. Peryataan ini didukung oleh Usher (1996) dimana beliau menyatakan bahawasanya metodologi penyelidikan merupakan sebuah teknik yang digunakan penyelidik untuk memecahkan sebuah permasalahan. Penggunaan metodologi yang bersesuaian dengan penyelidikan yang dijalankan akan dapat meningkatkan kualiti penyelidikan itu (Firestone, 1987). Bab III ini juga akan menjelaskan bentuk dan metodologi yang akan digunakan dalam penyelidikan. Ianya merupakan bahagian yang penting dan akan dijadikan sebagai garis panduan untuk mengumpul dan menganalisis data-data yang diperolehi untuk mengetahui hasil akhir kajian. Bahagian ini juga akan menghuraikan tentang metodologi yang digunapakai dalam menjalankan kajian ini. 69 3.2. Falsafah dan Kaedah Penyelidikan Falsafah dalam penyelidikan terbahagi kepada dua bentuk utama yang sering digunakan iaitu falsafah positivists paradigm dan interpretivists paradigim. Positivists paradigm menggambarkan sesuatu pemahaman dari fakta terukur dan terperinci yang telah ditetapkan, mencari penjelasan dan ramalan yang akan menyamaratakan orang dan tempat, manakala interpretivists paradigm menggambarkan sesuatu pemahaman yang di alami untuk suatu kenyataan dibangun secara komplek dan melibatkan pengkaji secara langsung. Creswell (1994) mengatakan penyelidikan berbentuk kuantitatif akan merujuk kepada bentuk penyelidikan yang tradisional, positif, dan eksperimental. Manakala Marson (1996), Poter (1996) dan Glesne (1999) menjelaskan bahawa dalam keadaan amnya positivists paradigm lebih menyokong metodologi kuantitatif. Ini jelas menunjukan penyelidikan berbentuk kuantitatif berfalsafah positivists menekankan pada aspek objektif, realistik dan logik. Manakala falsafah interpretivists paradigm menyokong kaedah kualitatif dimana penekanannya lebih kepada aspek explorasi, kontektual, dan subjektif . 3.2.1 Teknik Pendekatan Kuantitatif dan Kualitatif Terdapat dua kaedah utama dalam menjalankan penyelidikan tentang persekitaran iaitu secara kualitatif dan kuantitatif atau dengan menggunakan kajian lapangan dan soal selidik, manakala mengenai karakter dan keadaan kawasan yang 70 hanya boleh direkodkan dengan terperinci melalui kajian lapangan dan seterusnya analisis dibuat secara kualitatif (Shuhana, 1997). Menurut Frestinger dan Karz (1953), perbezaan kedua-dua kaedah penyelidikan itu adalah: kaedah kuantitatif yang meliputi kajian soal selidik akan meliputi skop yang lebih besar dan lebih luas, sedangkan kaedah kualitatif yang meliputi kajian lapangan lebih terperinci dan lebih mendalam. Sedangkan menurut Sarwano (2003) pendekatan kualitatif ini rekabentuknya lebih fleksibel dan tergantung dari kondisi lapangan dan populasi. Sementara dalam menjalankan teknik ini menurut beliau lagi tidak memerlukan jumlah sampel yang besar, tapi lebih mengarah kepada kualiti sampel. Manakala menurut Silverman (1993) data yang diperolehi dari kaedah kuantitatif kurang dapat dipercaya kerana orang yang melakukan observasi berbeza dengan orang yang melakukan pengamatan serta juga dipengaruhi oleh sampel yang besar dan lebih berorientasikan pada teks, sedangkan kaedah kualitatif menggunakan sampel yang kecil dan orang yang melakukan observasi dan pengamatan adalah sama sehingga data yang diperolehi akan lebih terperinci, akan tetapi data yang didapati lebih banyak berupa data lapangan dan data yang didapati tidak terstruktur kerana sebelumnya tidak ada definisi dan hipotesis (Sley, 1990) . Untuk membantu penyelidik dalam mendapatkan data yang lebih tepat, kedua pendekatan ini boleh dikombinasikan. 3.2.2. Perbandingan Kaedah Kualitatif dan Kuantitatif Seperti yang telah dihuraikan pada bahagian sebelumnya, di mana kedua kaedah ini memiliki perbezaan dalam falsafahnya, di mana kaedah kuantitatif lebih bersifat Positivists paradigm manakala kaedah kualitati lebih bersifat Interpretivists paradigm (lihat Jadual 3.1). 71 Jadual 3.1: Perbandingan Metod Kuantitatif (Positivists) dan Kualitatif (Interpretivists). Metod Kuantitatif Metod Kualitatif (positivists) (interpretivists). Andaian Andaian x Kenyataan daripada faktor sosial x Kenyataan daripada faktor sosial x Variabel dapat dikenali dan x Variabel adalah kompleks dan sulit mengukur hubungannya untuk mengukurnya Tujuan kajian Tujuan kajian x Generalisasi x Kontektual x Penjelasan terhadap penyebab x Pemahaman terhadap permasalahan permasalahan. x Penafsiran x Ramalan Pendekatan kajian Pendekatan kajian x Diawali dengan hipotesis dan teori x Dapat menghasilkan hipotesis dan x Mengunakan instrumen kajian rasmi teori x Bersifat percobaan x Instrumen dari pengkaji x Deduktif x Naturalis x Analisis komponen x Induktif x Mencari kaedah x Analisis keseluruhan x Pengunaan bahasa abstrak dalam x Pencarian untuk pola terbaik penulisan x Dalam penulisan deskriptif Peranan pengkaji Peranan pengkaji x Pengolahan data yang sediaada x Keterlibatan pengkaji dalam kajian. x Cara mengunakan metode x Pemahaman empathik Sumber : Glesne, 1999 72 Dari jadual 3.1 dapat dilihat setiap metodologi memiliki kelebihan dan kelemahan selaras dengan apa yang dikatakan oleh Brayman (1989) dimana data yang didapati melalui kaedah kuantitatif kurang terperinci kerana ianya dipengaruhi oleh jumlah sampel yang besar dan lebih berorientasi kepada teks, konsep dan teori-teori yang sediaada, sedangkan kaedah kualitatif banyak dipengaruhi oleh perasaan dan pengalaman pengkaji serta menghindari teori dan hipotesis pada tahap awal. Cresswell (2003) mengatakan, untuk menghasilkan kajian yang lebih kukuh dan terperinci, kedua kaedah ini dapat dikombinasikan, dimana setiap kaedah digunakan untuk membantu memberikan maklumat pada kaedah lainnya. Sebelumnya Schwand (1989) telahpun mengatakan hal yang sama, dengan andaian, kaedah kuantitatif (positivists) tidak pernah terlibat langsung dengan survey dalam pengumpulan data manakala sebaliknya kaedah kualitatif (interpretivists) tidak pernah melakukan temubual. Hal ini disokong oleh Marson (1996) dan Glesne (1999) dimana beliau mencontohkan tentang kajian terhadap makanan di sebuah sekolah. Pada awal kajian model kuantitatif digunakan untuk mendapatkan data kajian melalui teknik temubual dengan pelajar, pengumpulan dokumen dan melakukan pengamatan terhadap tabiat pelajar. Untuk melengkapi data menjadi lebih terperinci maka dilakukan tinjauan langsung terhadap makanan. Beliau juga mengatakan bahawasanya pengkaji yang mengunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif akan menggunakan unsur serupa di dalam menjalankan kajian. Pada langkah awalnya pengkaji menyatakan tujuan, menyatakan masalah, menggambarkan suatu populasi kajian dan batasan kajian, hingga kajian itu berkembang sampai pada batasan waktu di mana pengkaji mengumpulkan dan meneliti data yang pada akhirnya akan memperoleh hasil kajiannya. 73 Merujuk pada huraian di atas dan kesesuaian dalam menjalankan kajian, maka kajian ini akan mengunakan kombinasi kaedah pendekatan kualitatif dan kuantitatif dengan tujuan menghasilkan kajian yang lebih mendalam dan terperinci. Selain itu, hasil penyelidikan juga akan dapat diguna semula atau diulangi di kawasan-kawasan lain yang mempunyai ciri-ciri persekitaran yang sama dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan atau untuk mencadangkan sesuatu perubahan pada sesebuah kawasan pelancongan. 3.3. Pendekatan Kajian Seperti yang telah dipaparkan pada bahagian sebelumnya, kajian ini dijalankan dengan mengunakan metod pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Bryman (1989), Sley (1990) dan Silverman (1993) mengatakan bahawa dalam menjalankan kaedah kuantitatif dan kualitatif terdapat 4 metod lainnya yang digunakan untuk menyokong kedua kaedah ini iaitu : pengamatan, analisis kandungan, temubual, dan pemeriksaan ataupun pemahaman terhadap data-data yang diperoleh. Dalam menjalankan kajian ini, pengkaji akan menggunapakai keempat-empat metod berkenaan seperti pada Jadual 3.2. 74 Jadual 3.2. Empat Metod Utama dalam Menjalankan Kaedah Kualitatif dan Kuantitatif Metod Kaedah Pendekatan Kuantitatif Pengamatan Analisis Kandungan Temubual Kerja awal: menyiapkan soalan Fundamental untuk memahami kajian skop kajian Kandungan analisis : Memahami kategori kajian dan menentukan tajuk dan syarat- menentukan hal yang berkaitan syarat dengan kajian Mengadakan temubual Temubual dan kajian lapangan Pemeriksaan Memeriksa hasil temubual dan Kualitatif yang telah dilakukan Pemahaman Memahami tentang data-data yang telah diperolehi untuk dianalisis Sumber : Silverman, 1993 Keempat metod ini akan digunapakai dalam menjalankan kajian ini, di mana metode pengamatan akan berguna untuk memberikan pemahaman, membatasi skop kajian dan menyiapkan soalan yang akan dibahas dalam kajian ini. Sedangkan analisis kandungan akan memberikan pemahaman yang lebih mendalam dan membantu dalam mencari teori-teori yang ada hubungkaitnya dengan konsep, prinsip-prinsip, piawaian mahupun pembangunan fasiliti penginapan di dalam kawasan lindungan dengan menyertakan contoh-contoh pembangunan di kawasan lindungan negara lain. Kajian lapangan dan temubual akan memberikan data-data yang sebenarnya mengenai piawaian, perancangan dan pelaksanaan pembangunan dalam penyediaan fasiliti penginapan di kawasan lindungan yang ada di Malaysia. Sebelum menganalisis 75 data-data berkenaan, perlulah dilakukan pemahaman dan pemeriksaan terhadap datadata berkenaan. Setelah itu barulah dilakukan analisis dengan menggunakan metode penilaian matrik. 3.4. Instrumen Kajian dan Teknik Pengumpulan Data 3.4.1. Tinjauan Perpustakaan Tinjauan perpustakaan ini merupakan komponen yang penting dalam penyelidikan yang dijalankan, kerana ianya dapat memberikan gambaran dan maklumat yang jelas tentang bagaimana proses pembangunan fasiliti penginapan di kawasan lindungan dijalankan. Kaedah dalam pengumpulan data pada kajian ini lebih kepada pengumpulan dari `data sekunder` yang boleh diperolehi dari buku-buku, jurnal, dokumen kerajaan, foto-foto, internet, dan gambar-gambar dari penyelidikan yang berkenaan dengan kawasan kajian. Pembahasannya akan dibuat secara `content analysis`. 3.4.2. Analisis Kandungan Analisis kandungan adalah teknik penyelidikan untuk membuat rujukan-rujukan yang dapat ditiru (replicable) dan data yang sahih dengan memperhatikan konteksnya. Weber (1985) mendefinisikan teknik ini sebagai: 76 “ Content analysis is research technique for the objective, systematic and quantitative description of the manifest content of communication”. Penekanan Weber pada teknik ini menjadikan content analysis sebagai teknik penyelidikan yang objektif, sistematik dan deskriptif. Jadual 3.3 : Pengumpulan Data Sekunder dan Objektif Analisis kandungan Data Objektif Analisis kandungan dilakukan terhadap: Untuk mendapatkan bagaimana x Dokumen-dokumen pembangunan bangunan dalam kawasan x fasiliti penginapan dalam kawasan lindungan dibina serta melihat lindungan yang telah dilakukan konsep dan prinsip-prinsip yang Gambar-gambar bangunan yang ada dijalankan dalam kawasan lindungan x Sejarah dan latar belakang penubuhan bangunan tersebut 3.4.3. Temubual Temubual adalah merekod koleksi data yang dihuraikan sebagai interaksi yang melibatkan penemubual dengan responden, yang bertujuan untuk memperolehi informasi yang dipercayai dan sahih ( Marsal C & Robinson G.B, 1991 ). Objektif 77 dan fokus temubual adalah untuk memperolehi informasi dalam bentuk komunikasi yang akan memberikan manfaat iaitu: (i) Berfungsi sebagai deskriptif dan dapat memperolehi gambaran yang lebih jelas tentang masalah yang diselidiki (ii) Berfungsi sebagai eksploratif, bila masalah yang dihadapi masih samar-samar kerana belum pernah diselidiki orang lain. Temubual dilaksanakan dengan pihak-pihak terbabit dalam pembangunan fasiliti penginapan dalam kawasan lindungan seperti : Pegawai Jabatan Kerjaraya Malaysia (JKR), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), pegawai-pegawai jabatan di kawasan setempat serta individu-individu yang berkenaan (lihat lampiran B). Kajian ini diperlukan untuk melengkapi data-data sekunder. Terdapat dua pendekatan yang dipakai dalam penggunaan teknik ini iaitu temubual berstruktur dan temubual tidak berstruktur yang digunapakai oleh Burgess (1982). Mengikut Burgess (1982), dari kedua teknik ini, temubual tak berstruktur memungkinkan pengkaji memperolehi maklumat yang lebih tepat, terperinci dan jelas berdasarkan kepada pengalaman peribadi responden. Oleh kerana itu, dalam menjalankan kajian ini teknik temubual tak berstruktur akan digunakan. Untuk memudahkan pengkaji dan responden dalam melaksanakan sesi temubual, pengkaji akan menyiapkan terlebih dahulu topik yang akan dibahas. Hal ini juga berguna, supaya semasa temuduga, penemuduga tidak lari daripada objektif dan soalan tersebut. Dalam kajian yang dijalankan, perakam suara akan digunakan untuk merekod temubual yang dibuat. Seterusnya, data-data yang diperolehi akan diubah ke dalam 78 bentuk transkrip untuk memudahkan analisis. Langkah ini juga melibatkan penyusunan semula data-data temubual kepada kategori-kategori tertentu seperti di dalam Jadual 3.4. Jadual 3.4 : Pengumpulan Data-data Melalui Temubual Data Objektif Temubual untuk mendapatkan data-data menghuraikan yang berkenaan dengan kawasan kajian x x kawasan, mengenai dasar-dasar, keadaan piawaian pembangunan dan Latar belakang/sejarah prinsip-prinsip yang pembangunan yang dilakukan sediaada, di mana nantinya berguna Piawaian yang diguna untuk untuk melengkapi data-data sekunder bangunan yang ada dalam berkenaan dengan kawasan kajian. kawasan lindungan x Penjelasan terhadap dokumen pembangunan x Peristiwa yang tidak tertulis yang ikut mempengaruhi pembangunan 3.4.4. Pemerhatian Lapangan Teknik `field observation` atau tinjauan lapangan ke atas kawasan dan ciri-ciri fizikal bangunan, sangat diperlukan untuk mendapatkan data-data yang berhubungan dengan penampilan fizikal. Menurut Lee (1976) dalam bukunya yang bertajuk ``Psychology and the Environment``, di dalam teknik penilaian bangunan (building appraisal), pemerhatian perlulah dilakukan secara terperinci dan berhati-hati, ``free of bias`` seperti rekod rakaman data yang tepat dan dapat mewakili. 79 Terdapat dua pendekatan asas dalam kaedah kajian ini iaitu : x Pendekatan secara subjektif, dimana tinjauan ini dibuat berdasarkan pengalaman dan pengamatan yang dilakukan oleh penyelidik menurut gerak hatinya (intuitive). Melalui pendekatan ini, kualiti visual daripada bangunan yang ada pada kawasan kajian akan dinilai melalui kajian lapangan. x Secara objektif, dimana kualiti visual diperolehi dengan melakukan wawancara atau temubual. Hal ini telahpun dijelaskan pada bahagian sebelumnya. Jadual 3.5. Pengumpulan Data dan Objektif Semasa Kajian Lapangan Data x Kawasan kajian : Objektif Memperhatikan rupa kawasan dan - lokasi, pencapaian ke tapak, bangunan yang ada secara - Kualiti pandangan dari dalam dan langsung berdasarkan kualiti luar ruang - Landskap dan kemudahan yang ada dalam kawasan - susun atur bangunan dikawasan - Elemen pembentuk bangunan, model tingkap, rekabentuk bentuk bumbung, lubang pengudaraan, warna dan sebagainya. visual, ini akan dijadikan sebagai data-data primer, yang mana akan dianalisa mengunakan metode penilaian matrik (Matrix Method) 80 3.5. Teknik Analisis Data 3.5.1. Kaedah Penilaian Matrik Sesuai dengan pemilihan teknik dan kaedah kajian, maka di dalam penyelidikan ini data yang diperolehi akan dianalisis mengunakan motod penilaian matrik. Teknik analisis matrik ini digunakan untuk melakukan penilaian terhadap pembangunan pada kawasan lindungan yang meliputi perancangan tapak dan fasiliti penginapan. Untuk memudahkan pengkaji menjalankan analisis, maka pengkaji akan membahagikan penilaian pada beberapa kriteria yang dipilih berdasarkan teori dan piawaian pembangunan dalam kawasan lindungan. Hal ini merujuk kepada apa yang telah dijelaskan oleh Stewart (2001), dimana metode matrik merupakan metod untuk memilih antara pelbagai macam penyelesaian alternatif. Untuk memudahkan pengkaji, Stewart (2001) membahagikan alternatifalternatif tersebut ke dalam bentuk daftar atau jadual dan dibandingkan sehingga terpilih satu alternatif terbaik. Metode matrik ini boleh digunakan didalam pelbagai situasi untuk mengambil suatu keputusan, baik keputusan yang diambil secara individu mahupun secara kumpulan. Martin ( 1998) juga membahagikan kriteria-kriteria yang akan beliau bandingkan ke dalam bentuk jadual. Kriteria yang akan dinilai berada di paksi Y manakala kriteria yang menjadi penilai atau pembanding berada di paksi X (lihat Jadual 3.6). 81 Jadual 3.6. Model Penilaian Matrik oleh Martin (1998) Kriteria A Kriteria B Kriteria C Kriteria D Pilihan 1 Pilihan 2 Pilihan 3 Pilihan 4 Pilihan 5 Pilihan 6 Sumber : Martin, 1998 Peringkat penilaian dapat menggunakan pelbagai metod, mulai dari penetapan nombor yang menggunakan formula matematik (angka) ataupun penilaian yang menggunakan simbol, bergantung kepada orang yang menjalankan kajian. Perbandingan skor atau simbol yang dihasilkan dengan teori atau alternatif lain akan memberikan pengertian yang mendalam terhadap pemilihan alternatif yang terbaik (Messac, 2000). Dalam kajian ini pengkaji menggunakan skor dalam melakukan penilaian. Ada lima langkah yang akan digunapakai oleh pengkaji didalam menjalankan metod penilaian matrik ini seperti pada Jadual 3.7 berikut : 82 Jadual 3.7. Langkah-langkah dalam Kaidah Penilaian Matrik Langkah Kegunaannya Langkah I Menjelaskan tentang kriteria yang akan Daftar Penilaian Kriteria dinilai Langkah II Menjelaskan dimana kriteria yang penting Menentukan Berat Kriteria dan yang tidak penting Langkah III Menentukan beberapa alternatif yang akan Pengumpulan Data Pada Alternatif dipilih Langkah IV Langkah 3 dan 4 membenarkan alternatif Peringkat Penilaiaan untuk dibandingkan Langkah V Untuk melihat dan memilih alternatif yang Menghuraikan Nilai Keseluruhan terbaik Sumber : Stewart, 2001 3.5.2 Pengukuran Terhadap Alternatif Terpilih Martin (1998) mencontohkan, dalam memilih alternatif terbaik dapat dilakukan dengan membandingkan markah akhir tiap-tiap alternatif. Misalnya, alternatif pertama mendapat 3 markah, sedangkan alternatif kedua memperolehi 5 markah, maka alternatif yang terbaik adalah alternatif kedua. lebih lanjut Martin (1998) mengemukakan, untuk lebih memastikan benar-benar alternatif terbaik, maka pengukuran dapat dilakukan dengan cara merujuk kepada seberapa banyak kriteria penilai berada pada taraf yang baik. 83 Lebih terperinci Stewart (2001) menyatakan, jika lebih dari 90% kriteria yang dinilai memperolehi markah tertinggi, maka alternatif itu dapat dikatakan telah memenuhi dan menepati apa yang diinginkan (berkesan). Kalaulah kurang dari 90%, ia dapat dikatakan belum memenuhi dan menepati apa yang diinginkan (belum berkesan). Contohnya, alternatif terpilih memiliki 10 kriteria penilaian, 9 diantaranya memperolehi markah tertinggi manakala 1 kriteria memperolehi markah terendah. Jika dikira secara peratusan, besar kriteria yang memperolehi markah tertinggi adalah 90%. Maka dapat dikatakan, alternatif terpilih ini telah memenuhi dan menepati apa yang diinginkan. 3.6.Rumusan Kajian ini dijalankan dengan mengunakan kombinasi kaedah pendekatan secara kualitatif dan kuantitatif dengan tujuan untuk menghasilkan kajian yang lebih mendalam dan terperinci, manakala dalam melakukan analisis data akan mengunakan kaedah penilaian matrik. Pengkaji akan menggunakan angka dalam melakukan penilaian terhadap pelaksanaan pembangunan di kawasan kajian, dimana angka ini akan dibahagikan pada tiga bahagian iaitu : x Angka 1 bermakna pembangunan yang dilakukan belum mengikuti prinsip dan piawaian yang sebenarnya. x Angka 2 bermakna pembangunan yang dilakukan belum sepenuhnya mengamalkan prinsip dan piawaian yang sebenarnya. x Manakala angka 3 bermakna pembangunan yang dilakukan telah mengamalkan dan mengikut pada piawaian dan prinsip pembangunan yang sebenarnya. BAB IV PROSES PEMBANGUNAN DALAM KAWASAN LINDUNGAN DI MALAYSIA 4.1 Pengenalan Bab ini menghuraikan bagaimana proses pembangunan pada kawasan lindungan yang sediaada di Malaysia, dimana proses pembangunan tersebut meliputi tiga perkara iaitu perancangan, pengurusan dan pelaksanaan. Bahagian perancangan, menghuraikan dasar-dasar pembangunan dan agensi-agensi yang terlibat, manakala bahagian pengurusan membincangkan tentang pengurusan pembangunan di taman negara dan agensi-agensi yang terkaitan dengannya. Manakala bahagian pelaksanaan, pula menerangkan bagaimana pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan di tiaptiap taman negara yang selama ini dilaksanakan. Dengan melakukan pemeriksaan terhadap bagaimana perancangan, pengurusan dan pelaksanaan pembangunan di tiap-tiap kawasan, apakah terdapat kesilapan dalam proses perancangan, pengurusan ataupun pelaksanaan daripada pembangunan tersebut. Selain itu, bab ini juga berisikan data-data skunder yang berguna untuk melengkapi dan memperkukuh data-data primer. 85 4.2 Perancangan dan Dasar-Dasar Pembangunan 4.2.1 Kementerian Pelancongan Malaysia Kementerian Pelancongan memainkan peranan utama dalam memajukan industri pelancongan yang nantinya akan memberikan sokongan terhadap ekonomi negara dengan berasaskan kepada unsur-unsur Kebudayaan Kebangsaan. Selain itu, Kementerian Pelancongan juga memainkan peranan utama selaku penyelaras rancangan, promosi dan peraturan. Pengenalpastian sebuah badan penyelaras tunggal amat penting untuk menjayakan rancangan ini. Namun demikian, pelan ini menerima hakikat bahawa pertumbuhan industri pelancongan juga dipacu oleh sektor swasta; ia menunjukkan peranan untuk semua yang terlibat termasuk kerajaan persekutuan, negeri dan tempatan, syarikat-syarikat perniagaan swasta, dan organisasi bukan kerajaan. Untuk memajukan industri pelancongan negara maka Kementerian Pelancongan harus menyediakan pelan tindakan pelancongan negara baik secara am mahupun secara khas. Pelan tindakan pelancongan secara amnya seperti yang terdapat dalam pelan tindakan pelancongan negara (National Tourism Policy) yang dibuat tahun 1992. Kementerian Pelancongan juga telah menyiapkan garis panduan untuk pembangunan ekopelancongan negara secara khasnya (National Ecotourism Plan) yang dibuat pada tahun 1996. Dapatlah disimpulkan bahawasanya Kementerian Pelancongan Malaysia memiliki peranan dalam pembangunan fasiliti penginapan di kawasan taman negara, dimana jabatan ini berperanan sebagai agensi kerajaan yang mengeluarkan garis panduan dan pelan tindakan yang nantinya merupakan panduan bagi setiap pemaju 86 mahupun pihak-pihak yang terlibat dalam pembangunan tersebut. Disamping itu, mereka juga berperanan sebagai jabatan yang membuat kelulusan dan kawalan kepada setiap projek pembangunan yang dilakukan. 4.2.2 Dasar-Dasar dalam Perancangan Pelancongan dan Ekopelancongan 4.2.2.1 Pelan Pelancongan Nasional (NTP 1992) Tahun 1992 Kerajaan Persekutuan Malaysia telah menyiapkan kajian Pelan Pelancongan Nasional, dimana pelan ini disyorkan untuk perancangan, pembangunan dan pemasaran pelancongan negara. Objektif daripada pelan NTP digunakan sebagai prinsip-prinsip panduan pembangunan untuk memajukan industri pelancongan negara secara am. Pelan pembangunan yang meliputi pelbagai jenis bentuk pelancongan seperti, pelancongan kembara, agro-pelancongan, eko-pelancongan, pelancongan yang berasaskan warisan budaya dan pelancongan khusus (pendidikan dan penyelidikan). Sebagai contoh Kerajaan Negeri Serawak yang memilih tema alam semulajadi dan budaya sebagai garis panduan dalam mempromosi pelancongannya, mana kala Kerajaan Negeri Malaka mengambil tema pelancongan yang berasaskan warisan budaya. Begitu juga kiranya dengan agensi dan jabatan yang terlibat dalam pembangunan industri pelancongan negara mestilah berpandukan kepada NTP dalam memajukan sebuah kawasan untuk dijadikan sebagai salah satu kawasan pelancongan. Sama halnya dalam pembangunan di kawasan lindungan yang mana pembahasan lebih terperinci terdapat didalam NEP. 87 4.2.2.2 Pelan Ekopelancongan Kebangsaan (NEP). Pelan ekopelancongan telahpun disiapkan pada tahun 1996 dengan NGO sebagai pimpinan persekitaran dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara untuk Kementerian Pelancongan Malaysia. Pelan ekopelancongan negara ini mengandungi strategi dan garis panduan untuk pembangunan dan pengurusan ekopelancongan di Malaysia, berdasarkan pada prinsip-prinsip yang telah ada. Pelan ekopelancongan negara secara amnya dibahagikan kepada lima seksyen iaitu : x Sekyen I : Isu, strategi, dan perancangan tindakan x Sekyen II : Daftar tempat yang sesuai untuk ekopelancongan x Sekyen III : Garis panduan pembangunan x Sekyen IV : Status pada eko-pelancongan x Sekyen V : Kewujudan Malaysia di wilayah Asia Pasifik Jadual 4.1. Pembahagian Seksyen Terkandung dalam Pelan Ekopelancongan Negara Seksyen Kandungan Seksyen I Isu, strategi, dan perancangan tindakan. Mempunyai 21 pelan tindakan yang meliputi perancangan, pengurusan, dan kapasiti bangunan. Seksyen II Daftar tempat yang sesuai untuk ekopelancongan. Ada 48 kawasan yang sesuai untuk ekopelancongan Garis panduan pembangunan yang meliputi: x garis panduan am menurut kategori tempat. Seksyen III x Kapasiti pengangkutan x Mengikut system ekologi x Garis panduan khusus 88 Seksyen Kandungan Seksyen IV Status pada ekopelancongan Seksyen V Lokasi Malaysia sebagai bahagian daripada kawasan Asia Pasifik. Sumber : National Ecotourism Plan, 1996 Kesimpulan yang terpenting untuk pembangunan ekopelancongan negara secara am adalah terdapat dalam seksyen 1, seksyen 2 dan seksyen 3. Manakala seksyen yang terpenting untuk pembangunan dalam kawasan ekopelancongan adalah pada seksyen 3. Dalam seksyen ini juga terdapat garis panduan untuk pembangunan yang dilakukan dalam kawasan ekopelancongan (yang juga meliputi kawasan lindungan) baik mengenai perancangan tapak mahupun perancangan bangunannya. x Perancangan tapak Perancangan sesebuah kawasan untuk ekopelancongan hendaklah mengikuti piawaian yang telah dikeluarkan oleh Kementrian Pelancongan Malaysia melalui Pelan EkoPelancongan Negara. Perancangan tapak ini merangkumi pelbagai aspek seperti pencakupan bidang tanah, kepadatan bangunan, jarak antara bangunan dan sebagainya. Untuk lebih jelasnya ada pada Lampiran G. x Perancangan bangunan NEP juga membuat piawaian bangunan untuk kawasan yang diperuntukkan bagi kawasan ekopelancongan. Bangunan penginapan di dalam kawasan ekopelancongan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu : 1. Unit kediaman satu unit Bangunan yang mengandungi satu unit tempat tinggal, yang sebahagian atau keseluruhan bangunan dikelilingi oleh halaman yang merupakan kawasan terbuka. 89 2. Unit kediaman lebih daripada satu unit Bangunan penginapan yang terikat menjadi satu kumpulan selain dari yang berbentuk hotel yang meliputi lebih dari dua unit kediaman tetamu (lihat Lampiran H). 4.3. Agensi – Agensi Pengurusan Pembangunan Kawasan Lindungan 4.3.1. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN). Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara berkewajiban untuk mengurus pelbagai hal seperti perundangan mengenai perlindungan hutan dan kehidupan liar yang ada di Malaysia. Visi, misi dan tujuan daripada penubuhan jabatan ini adalah seperti berikut : x Memastikan sumber kepelbagaian biologi negara dilindungi, dikawal dan diuruskan secara lestari. x Membangunkan potensi eko-pelancongan dengan mempelbagaikan biologi selaras dengan pelan eko-pelancongan kebangsaan. x Memastikan kewujudan dan pengekalan sistem kawasan perlindungan meliputi kesemua ekosistem di Semenanjung Malaysia. x Memastikan pengurusan dan pembiakan spesies hidupan liar menyumbang kearah konservasi. x Memastikan pengurusan kepelbagaian biologi secara lestari bagi menghasilkan faedah yang optimum. x Meningkatkan penyelidikan keatas kepelbagaian penggunaan biologi 90 Tujuan utama daripada penubuhan kawasan lindungan adalah untuk menjaga kelestarian alam semulajadi. Dalam hal ini Jabatan Perhilitan memainkan peranan yang sangat penting seperti dalam Jadual 4.2 berikut ini. Jadual 4.2. Tujuan Penubuhan dan Penglibatan Jabatan Perhilitan No Tujuan Penubuhan Kawasan Peranan Jabatan Perhilitan Lindungan 1 Untuk mengekalkan spesifikasi Menguruskan kawasan perlindungan ekosistem semulajadi, habitat dan melalui pengurusan yang mapan untuk spesies untuk menyediakan memaksimakan keuntungan tanpa pemantauan, penyelidikan saintifik, menjejaskan alam sekitar terhadap pembelajaran, pendidikan alam kepelbagaian biologi alam sekitar di dalam sekitar. kawasan perlindungan. Menyediakan garis panduan untuk menguruskan kawasan perlindungan dan melaksanakan aktiviti di dalamnya 2 Memelihara, mengurus dan Memberi kesedaran awam mengenai membiak spesis flora dan fauna kepentingan alam semula jadi dengan yang kepupusan. menyediakan maklumat dan fungsi mengalami Kawasan pembiakan bagi binatang serta kepentingan untuk melindungi dan pengurusan melalui cara kawasan kepelbagaian biologi, saintifik, alam sekitar, pendidikan, ekosistem, alam sekitar dan keburukan rekreasi dan lain-lain tujuan. 3 memusnahkan alam semula jadi Memelihara kepelbagaian biologi Memberi peluang kepada penduduk untuk kawasan yang mempunyai tempatan untuk mengurus dan nilai estetik bagi tujuan kebudayaan, memantau bersama pertubuhan bukan ekonomi, sejarah, saintifik, kerajaan bersama-sama dalam pelancongan, rekreasi, penyelidikan, menguruskan kawasan perlindungan dan pendidikan dengan melindungi dan aktiviti lain yang berkaitan untuk kawasan. menyokong kawasan perlindungan. 91 No Tujuan Penubuhan Kawasan Peranan Jabatan Perhilitan Lindungan 4 Menyediakan pendidikan dan khidmat Membawa masuk penyelidik dari rekreasi yang khusus kepada orang luar untuk mendapatkan infomasi ramai untuk memberi kesedaran tentang untuk nilai kawasan perlindungan. membantu kejayaan pengurusan kawasan perlindungan, memahami hubungkait ekologi bagi akademik 5 Menyediakan kepelbagaian guna Membawa masuk penguatkuasa dan sumber kawasan dengan mapan untuk sukarelawan untuk memastikan tiada ekosistem dan sumber baik seperti kegiatan tidak bertanggung jawab di peluang ekonomi. kawasan perlindungan daripada gangguan fizikal. Sumber : Jabatan Perhilitan, 2004 Dalam pembangunan eko-pelancongan Jabatan Perhilitan memainkan peranan penting dengan memberi galakan atas penggunaan sumber-sumber hidupan liar dan habitatnya untuk eko-pelancongan. Adapun peranan lain dari Jabatan Perhilitan dalam pembangunan eko-pelancongan adalah : x Untuk mengenalpasti dan merancang program-program eko-pelancongan. x Untuk merancang dan menyediakan program-program dan bahan-bahan interpretif yang sesuai. x Untuk memberi nasihat dan idea berkenaan aktiviti-aktiviti ekopelancongan kepada organisasi kerajaan dan swasta sama ada di dalam mahupun di luar negara. x Untuk membantu Kementerian Pelancongan didalam perancangan dan pelaksanaan Rancangan Eko-pelancongan Kebangsaan. x Untuk menyelaraskan program dan aktiviti di taman-taman zoologi. 92 Dalam penyediaan infrastruktur yang dilakukan oleh Jabatan Perhilitan semuanya dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui Seksyen Pembangunan Infrastruktur dan Perancangan di Jabatan Perhilitan. Dalam hal ini peranan Seksyen Pembangunan hanya menyediakan garis panduan dan spesifikasi mengenai pembangunan tersebut, sedangkan untuk pelaksanaan pembangunan semuanya akan dilakukan oleh JKR. Sila lihat Rajah. 4.1. 93 Rajah 4.1. Carta Aliran Menguruskan Pelaksanaan Projek Pembangunan oleh Jabatan Perhilitan dan JKR Terima arahan dan mendapat maklum bagi spesifikasi projek pembangunan Melawat ketapak projek berkenaan Buat pindaan Tidak Menghadiri mesyuarat jawatan kuasa pembangunan jabatan Meminda ringkasan spesifikasi Buat pindaan Ya Menghadiri mesyuarat kordinasi bersama pengarah pembangunan JKR Menghadiri lawatan ketapak bersama JKR atau perunding Buat pindaan Tidak Membantu JKR mendapat maklumat ukur tapak Menyediakan waran untuk ukur tanah Menghadiri mesyuarat jawatan kuasa pembangunan bagi membincangkan cadangan pihak JKR Menyediakan maklumat tambahan kepada JKR untuk pindaan pelan Membantu JKR mendapatkan maklumat untuk penyediaan tender Menghadiri mesyuarat serah tapak Menghadiri upacara serah kunci Sumber : Jabatan Perhilitan, 2004 Menghadiri mesyuarat kecacatan projek 94 4.3.2. Jabatan Perhutanan Secara amnya, Jabatan Perhutanan tidak terlibat secara langsung dalam pembangunan infrastruktur pelancongan di kawasan lindungan (kawasan ekopelancongan). Akan tetapi jabatan ini bertanggung jawab untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi negara. Untuk tujuan itu, Jabatan mewujudkan hutan liar untuk dijadikan sebagai salah satu daya tarikan dalam ekopelancongan . Penubuhan hutan lipur di dalam kawasan hutan simpan adalah selaras dengan Dasar Perhutanan Negara 1978 (Pindaan 1992) iaitu untuk mengekalkan sejumlah kawasan yang mencukupi sebagai tempat rekreasi, eko-pelancongan dan untuk kesedaran masyarakat mengenai perhutanan. Salah satu daripada Dasar Perhutanan Negara ialah untuk menggubal program-program perhutanan masyarakat serta menyediakan kemudahan berekreasi dan pelancongan. Kawasan-kawasan hutan yang mempunyai daya tarikan dan keaslian semulajadi untuk ketenteraman fikiran dan menyeronokkan bagi menghindarkan kebisingan keadaan alam sekeliling boleh dinamakan hutan lipur atau hutan rekreasi. Sehingga tahun 2004 jumlah hutan lipur di Semenanjung Malaysia ialah sebanyak 114 buah. Lihat Jadual 4.3. 95 Jadual 4.3. Bilangan Hutan Lipur di Semenanjung Malaysia nombor Negeri Hutan Lipur Taman Rimba/Negeri 1 Johor 6 - 2 Kedah 25 - 3 Kelantan 2 - 4 Melaka 4 - 5 Negeri Sembilan 14 - 6 Pahang 22 2 7 Perak 13 - 8 Perlis 3 - 9 Pulau Pinang 3 - 10 Selangor 5 2 11 Terengganu 13 - Sumber : Jabatan Perhutanan, 2004 4.4. Agensi-agensi Pelaksana Pembangunan di Kawasan Lindungan 4.4.1 Jabatan Kerja Raya (JKR) Fungsi utama Jabatan ini adalah melaksanakan serta bertanggung jawab terhadap semua projek kerja binaan di Malaysia. Sebagai Jabatan yang bertanggung jawab terhadap semua kerja binaan, maka Jabatan Kerja Raya telah mengeluarkan garis panduan ataupun piawaian untuk semua kerja binaan. Setiap pemaju yang melaksanakan projek mestilah mengikuti garis panduan ini, disamping itu semua kerja 96 binaan yang akan dibuat mestilah mendapat kelulusan dari Jabatan Kerja Raya terlebih dahulu, begitu juga dengan kerja binaan bangunan (lihat Jadual 4.4). Dalam pelaksanaan kerja binaan bangunan JKR membuat piawaian yang meski dipatuhi oleh pemaju seperti piawaian penggunaan bahan binaan. Untuk penggunaan bahan binaan, JKR membahagikan kepada dua keadaan seperti yang dijelaskan pada bahagian berikut ini : x Pengunaan bahan binaan yang biasa Penggunaan bahan binaan serta hasil kerja sebaiknya melalui persetujuan daripada JKR, dimana barang-barang dan hasil kerja merujuk pada piawaian yang dikeluarkan oleh British Standard, kod amalan Malaysia kecuali apabila keadaan yang tidak memerlukan mengikut piawaian yang ada. x Penggunaan bahan alternatif Pengguaan bahan binaan pengganti haruslah dilihat dari segi kualiti dan harus mendapatkan persetujuan daripada JKR dengan ketentuan sebagai berikut: 1. Kontraktor mestilah membuktikan bahan yang tidak diperolehi tersebut dan JKR haruslah puas hati terhadap ketiadaan bahan tersebut disebabkan oleh kekurangan masa, keuntungan kos yang disimpan dan ini kemudiannya akan ditolak dengan nilai kontrak. 2. Permintaan terhadap bahan asli Malaysia hendaklah diajukan oleh kontraktor kepada JKR untuk diuji dan mendapat kelulusan. 97 Jadual 4.4. Piawaian Kerja Bangunan yang Dikeluarkan oleh JKR Nombor 1 Jenis Pekerjaan Asas Spesifikasi Kerja Muatan rekabentuk asas sebaiknya ditakrifkan dalam hubungan terhadap tiang pancang dan harus sesuai dengan faktor keselamatan. Ketahanan asas harus diuji dan memenuhi piawaian yang dikeluarkan JKR. Jika bangunan menggunakan asas yang dibuat dari pokok bakau, pokok bakau yang digunakan memenuhi persyaratan dan memiliki panjang 6 meter serta diameter 100 milimeter. 2 Penggunaan bahan Simen yang digunakan pada bangunan adalah jenis simen portland cement yang telah disetujui oleh (JKR) merujuk pada piawaian yang dikeluarkan British Standard 3 4 Batu bata (brick batu bata haruslah menggunakan Portland cement work) dan pasir dengan kualiti yang bagus Atap Untuk setiap jenis bahan atap yang digunakan /bumbung mestilah mengikut panduan daripada kilang. Semua aksesori atau cucuran atap dan lain sebagainya, sebaiknya menggunakan bahan yang sama dengan penutup pada umumnya 5 Kayu Spesis kayu yang digunakan mestilah sesuai baik dari segi mutu dan kekuatannya. Untuk kekuatan kayu sebaiknya sesuai dengan piawaian Malaysia. 6 Besi Semua logam dari besi yang digunakan haruslah memenuhi piawaian yang dikeluarkan JKR dan British Standard. 7 Cat Tekstur serta pola untuk kemasan akhir bangunan di pilihkan oleh JKR yang merujuk kepada British Standard. Sumber : JKR, 2004 98 4.4.2. Agensi-agensi Lain Dalam pembangunan fasiliti penginapan di kawasan lindungan terutamanya di taman negara memungkinkan untuk penglibatan agensi-agensi lain dalam proses pelaksanaan pembangunan fizikal. Seperti apa yang telah berlaku selama ini di mana pembangunan yang dilakukan tidaklah hanya oleh JKR akan tetapi juga dilakukan oleh Perbadanan Taman Negara Johor untuk Taman Negara Endau-Rompin dan Mutiara Taman Negara Resort untuk Taman Negara Pahang. Pembangunan yang mereka lakukan mestilah mengikut dan mengamalkan dasar-dasar pembangunan dan mesti mendapatkan kelulusan daripada jabatan-jabatan yang terbabit di dalam pembangunan di kawasan lindungan seperti Kementerian Pelancongan Malaysia, Jabatan Perhilitan, Jabatan Perhutanan dan JKR 4.5. Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan Di Beberapa Taman Negara 4.5.1 Taman Negara Pahang Taman negara ini merupakan Taman Negara yang pertama kali ditubuhkan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1939 dengan keluasan 434,351 hektar. Pada awalnya Taman Negara ini diuruskan oleh pihak kerajaan, akan tetapi pada akhir tahun 1980an dan awal 1990an pengelolaan dan pengurusan Taman Negara ini di swastakan seperti Mutiara Taman Negara Resort. Begitu juga halnya dengan pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan yang ada di Taman Negara ini telah dilakukan oleh JKR dan Pihak Penguasa Mutiara Taman Negara Resort. Pada sebagian bangunan berkonsepkan ”Malaysia house” atau konsep bangunan yang 99 meniru pada rekabentuk rumah masyarakat tempatan manakala sebahagian lagi berkonsepkan a-frame. Fasiliti penginapan di Mutiara Taman Negara Resort, pada mulanya dibangunkan oleh JKR, akan tetapi pada akhir 1993 sampai masa ini, pembangunan dan pengembangan komplek penginapan ini dibangunkan oleh pihak Penguasa Mutiara Taman Negara Resort. Terdapat pelbagai jenis penginapan yang ada di komplek ini, mulai dari asrama, penginapan biasa, chalet mewah hinggalah banglo. 4.5.2 Taman Negara Endau-Rompin Taman Negara Endau-Rompin terletak di sempadan antara Negeri Johor dan Pahang, dimana merupakan Taman Negara kedua yang ditubuhkan di Semenanjung Malaysia iaitu pada tahun 1993, di bawah Pengurusan PTNJ. Taman Negara EndauRompin ini memiliki keluasan 48,905 hektar. Pembangunan pelbagai fasiliti penginapan di dalam taman negara ini dilakukan dan diarahkan oleh PTNJ. Pada awalnya, pembangunan fasiliti penginapan di Taman Negara ini dikerjakan oleh staf daripada PTNJ sendiri, mulai dari membuat rancangan sampai pelaksanaan di tapak dengan menggambil konsep bangunan a-frame. Di awal tahun 1998 sehingga sekarang mereka lantik arkitek untuk merancang dan merekabentuk fasiliti penginapan yang akan dibangun dalam kawasan ini. Fasiliti penginapan yang ada pada kawasan taman negara ini terdiri dari asrama, chalet biasa, chalet untuk keluarga dan V.I.P. 100 4.5.3 Taman Negara Perlis Taman Negeri Perlis atau yang lebih terkenal dengan nama Perlis State Park pertama kali ditubuhkan pada awal tahun 90an dengan keluasan 5000 hekar dan berada di bawah pengawasan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dengan kos awal 3 juta ringgit. Pada pertengahan tahun 1999, projek pembangunan kemudahan prasarana untuk menyokong kegiatan pelancongan di dalam kawasan Taman Negeri Perlis yang mereka bagikan pada dua zon iaitu : zon 2A untuk kegiatan pengurusan dan pusat pelawat, manakala zon 2B bagi fasiliti kemudahan pelancong. Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, bermula dari pelan, rekabentuk dan pembangunan fizikalnya. Kos pembangunan ditanggung oleh kerajaan Negeri Perlis. 4.6. Rumusan Dasar-dasar dan piawaian untuk pembangunan fasiliti penginapan di kawasan lindungan ditetapkan oleh NTP(1992) dan NETP(1996), di mana terdapat garis panduan untuk pembangunan fasiliti penginapan di kawasan lindungan. NTP dan NETP dikeluarkan oleh Kementerian Pelancongan. Garis panduan ini mestilah dilaksanakan dan diamalkan bagi setiap pemaju dan agensi-agensi kerajaan yang akan melakukan pembangunan di kawasan lindungan. Sedangkan peranan daripada Jabatan Perhilitan dan Jabatan Perhutanan dalam pembangunan fasiliti penginapan di kawasan taman negara lebih kepada pengurusan dan memastikan tidak terjadinya sebarang kerosakan pada alam sekitar akibat pembangunan yang akan dilakukan. Manakala Jabatan Kerja Raya adalah pembangunan yang dilakukan. jawatan yang bertanggunjawab melaksanakan 101 Daripada huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawa, pengurusan dan pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan dilakukan oleh agensi yang berbezabeza. Di Taman Negara Endau-Rompin pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan dilakukan oleh pihak PTNJ dan arkitek/kontraktor yang dilantik, sedangkan di Taman Negara Perlis dilakukan oleh JKR Negeri Perlis, manakala di Taman Negara Pahang oleh JKR dan agensi swasta (pihak Mutiara Taman Negara Resort). Untuk lebih jelasa bagaimana perancangan, pengurusan, dan pelaksanaan pembangunan di tiga kawasan kajian sila lihat Jadual 4.5. dan 4.6. Jadual 4.5. Perancangan, Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan di Kawasan Kajian Perancangan Taman Negara ¥ ¥ ¥ ¥ ¥ Pahang Taman Negara ¥ ¥ ¥ Endau-Rompin Taman Negara Perlis ¥ ¥ ¥ Agensi swasta lainya PTNJ JKR resort Mutiara Taman Negara PTNJ Jabatan perhutanan (1996) Jabatan Perhilitan Kawasan Pelaksanaan / dasar-dasar NTP (1992) dan NETP Pembangunan Pengurusan 102 Jadual 4.6. Pelaksanaan Pembangunan di Kawasan Kajian Pembangunan Perancangan Kawasan Pengurusan Pelaksana fasiliti pembangunan penginapan dan kawasan x Dasar pembangunan NEP/NTP x Master plan x Pelan pembangunan Taman Negara Pahang x Jabatan x Jabatan Kerja Perhilitan x Mutiara Taman Raya x Pihak penguasa Negara Resort Mutiara Taman Negara Resort kawasan x Pelan tindakan x Badan pengurusan x Dasar pembangunan Taman Negara Endau-Rompin National Park Taman Negara x Master plan Corporation) Johor (Taman x Pelan pembangunan kawasan Negara Endau- x Perbadanan Rompin Taman Negara x Pelan tindakan Johor (Taman x Badan pengurusan Negara Endau- yang dilantik Rompin) oleh PTNJ NEP/NTP Perlis x Perbadanan NEP/NTP x Dasar pembangunan Taman Negara x JNPC (Johor x Master palan x Jabatan x Pihak swasta x Perhutanan Raya Negeri Perlis Cawangan Negeri Perlis x Pelan pembangunan kawasan Jabatan Kerja x Kontraktor/arki x Pelan tindakan tek yang x Badan pengurusan mereka lantik BAB V KAJIAN KES 5.1 Pengenalan Bab V ini mengandungi data-data kajian lapangan yang dilakukan oleh pengkaji di kawasan kajian. Data-data ini merupakan data terperinci dan kenyataan yang sebenarnya terhadap pengamalan prinsip-prinsip pembangunan dan pelaksanaan proses pembangunan fasiliti penginapan di kawasan taman negara di Malaysia khasnya ditiga kawasan iaitu Taman Negara Pahang, Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis. Data terperinci untuk bangunan dimulai daripada proses pelaksanaan pembangunan, rekebentuk bangunan, bahan, rekod bangunan berupa foto-foto bangunan, dan sebagainya. Data-data ini digunakan untuk metode penilaian kaedah matrik pada bab berikut. 104 5.2 Taman Negeri Perlis 5.2.1 Penubuhan Taman Negeri Perlis Taman Negeri Perlis terletak di sempadan barat Negeri Perlis dimana Semenanjung Malaysia bertemu dengan Negara Thailand. Taman Negeri ini berkedudukan di Banjaran Bukit Batu Kapur yang terpanjang di Malaysia, iaitu Banjaran Nakawan. Banjaran ini mempunyai tebing-tebing bukit yang diselubungi hutan tebal, dinding batu curam, anak-anak sungai dan sistem gua yang panjang. Gua yang terdapat di Taman Negeri ini adalah gua yang terpanjang di Semenanjung Malaysia. Taman Negeri Perlis memiliki keluasan kira-kira 5000 hektar yang mana terdiri daripada Hutan Simpan Mata Air dan Hutan Simpan Wang Mu. Selain Hutan Simpan Mata Air dan Hutan Simpan Wang Mu, di taman negeri ini juga terdapat Hutan meranti-geruntu iaitu hutan bermusim yang mengandungi pokok-pokok daun luruh. Hutan atas batu kapur pula mengandungi pelbagai tumbuhan herba seperti halia hutan, paku pakis dan balsam juga termasuk spesis–spesis haiwan yang sukar ataupun tidak terdapat di daerah lain di kawasan Malaysia seperti berok kentoi (Macaca arctoides), kambing gurun, harimau kumbang dan sebagainya. Taman Negari Perlis berhampiran dengan 2 buah perkampungan terpencil iaitu Kampong Wang Kelian dan Kampung Kaki Bukit. Kampong Wang Kelian adalah perkampungan orang Melayu yang sebahagian masyarakatnya bekerja sebagai petani, sedangkan Kampung Kaki Bukit merupakan perkampungan orang keturunan Cina yang dahulunya bekerja sebagai pelombong timah yang banyak terdapat pada daerah ini. 105 Dengan pelbagai keunikan dan keindahan alam semulajadi yang dimilikinya membolehkan Taman Negeri Perlis menjadi sebagai salah satu pusat pelancongan. Untuk menyokong dan menarik minat pelancong berkunjung ke sini, maka ianya juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Salah satu kemudahan yang terdapat di dalam kawasan taman negeri ini adalah kemudahan penginapan. 5.2.2. Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan Dari awal penubuhannya pengurusan taman negeri ini terletak dibawah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Seperti halnya dengan kawasan lindungan lain, tujuan penubuhan Taman Negeri ini adalah untuk menjaga habitat haiwan dan tumbuhan yang ada di dalamnya, disamping dijadikan sebagai kawasan pelancongan. Pada pertengahan tahun 1999, projek pembangunan kemudahan prasarana untuk menyokong kegiatan pelancongan dimulakan. Projek ini dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis, bermula dari pelan, rekabentuk dan pembangunan fizikalnya. Sedangkan untuk kos pembangunan ini ditanggung oleh kerajaan Negeri Perlis. Projek pembangunan ini selesai pada tarikh 2 Oktober tahun 2000 dan dirasmikan penggunaanya oleh Datuk Sri Syafril Sanjai Bin Najib. Sila lihat Rajah 5.1 berikut ini. 106 Rajah 5.1 Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan Di Taman Negeri Perlis Kerajaan Negeri Perlis Taman Negeri Perlis Pengurusan Sumber Kewangan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Pelaksanaan JKR Cawangan Negeri Perlis Pelan Pembangunan Rekabentuk Bangunan 5.2.3. Proses Pembangunan 5.2.3.1.Sebelum Tahun 1999 Taman Negeri Perlis ditubuhkan pada awal tahun 90an di bawah pengawasan Jabatan Perhutanan Negeri Perlis. Tujuan utama daripada penubuhan taman negeri ini adalah untuk menjaga dan memelihara sumberjaya alam semulajadi yang terdapat di kawasan ini baik haiwan mauhupun tumbuhan dari sebarang pencerobohan dan kerosakan. 107 Sebelum tahun 1999, kemudahan yang ada hanya terdiri dari musholla (surau), tandas, medan arena dan tapak perkhemahan di zon 2b yang jaraknya kirakira 1.2 km dari Gua Burma. Pada masa itu belum ada kemudahan penginapan bagi pelawat yang hendak bermalam. Perkara ini juga disebabkan orang ramai belum tau tentang kewujudan taman negeri ini sebagai kawasan pelancongan. Pelawat yang datang pada masa itu hanyalah masyarakat tempatan dan pelancong di sekitar kawasan Negeri Perlis sahaja. Seiring promosi yang dilakukan oleh pihak Jabatan Perhutanan dan Jabatan Pelancongan Negeri Perlis, barulah banyak pelawat, pengkaji, mahupun pelajar dari luar daerah yang datang ke taman negeri ini. Sebelum kemudahan penginapan dibina seperti masa sekarang, para pelawat yang ingin bermalam boleh menyewa rumah penduduk di Kampung Wang Kelian dan Kaki Bukit ataupun berkhemah. 5.2.3.2.Tahun 1999 Hingga Sekarang Mulai pertengahan tahun 1999 , projek pembangunan kemudahan prasarana untuk menyokong kegiatan pelancongan di dalam kawasan Taman Negeri Perlis dilaksanakan. Pelan pembangunan kemudahan prasarana pada tahun ini dibahagi kepada dua zon iaitu : x Zon 2a yang merupakan pusat pelawat. x Zon 2b yang merupakan kawasan penginapan. Pembangunan ini mengambil masa lebih kurang 1 tahun bermula dari tahun 1999 dan siap pada tahun 2000. Pada Oktober tahun 2000, Taman Negeri Perlis 108 dirasmikan dan secara awam menjadi salah satu pusat pelancongan yang berasaskan ekopelancongan di Negeri Perlis khasnya dan di Malaysia amnya. 5.2.4. Konsep Pembangunan dan Tema Tujuan utama daripada pambangunan dan penyediaan kemudahan di Taman Negeri Perlis adalah untuk memperluas dan menyokong program pemeliharaan alam semulajadi dan memperkenalkannya kepada pelawat sekaligus menjadi tempat istirehat atau hentian bagi pelawat. Dalam rangkaian syarat-syarat pembangunan ini serta untuk mewujudkannya, ada dua kaedah utama didalam tema pembangunan iaitu: x Pertama adalah meningkatkan pemberian bahan-bahan pengetahuan mengenai Taman Negeri Perlis yang di interpretasikan di dalam pusat pelawat, yang mana nantinya terletak di zon 2A. x Yang kedua adalah membina jalan kecil (walkway) dari pusat pelawat ke kawasan penginapan dimana menggambarkan aspek-aspek yang berbeza pada penampilan fizikal taman, haiwan dan tumbuh-tumbuhannya. Untuk mewujudkan kedua kaedah ini, pembangunan dalam Taman Negeri Perlis dibahagikan pada dua lokasi yang berbeza iaitu : x Zon 2A Zon 2A merupakan kawasan yang berfungsi sebagai pusat pelawat dengan menawarkan pemandu pelancong, pemesanan penginapan dan gerai-gerai yang menjual pelbagai kraftangan tempatan. 109 Gambar 5.1 :Zon 2A yang Merupakan Pusat Pelawat. Sumber: Kajian Lapangan, 2004 x Zon 2B Zon 2b diperuntukan sebagai kawasan untuk kemudahan penginapan. Letak kawasan ini kira-kira 1 hingga 2 km dari zon 2A kearah perjalanan menuju Gua Wang Burma. Konsep pembangunan dalam zon penyediaan fasiliti penginapan bagi para pengkaji dan pelancong. Komponen utama daripada pembangunan ini adalah penyediaan papan-papan petunjuk jalan, jalan kecil dan pelbagai jenis bentuk penginapan untuk pengunjung yang datang bersendirian, berkeluarga, mahupun yang datang dalam kumpulan yang besar. Gambar 5.2. Zon 2B yang Diperuntukkan Untuk Kawasan Penginapan Sumber : Kajian Lapangan, 2004 110 5.2.5. Kemudahan Penginapan di Taman Negeri Perlis Kemudahan penginapan yang ada dalam Taman Negeri Perlis berjumlah 16 unit, terdiri daripada 4 unit kotej V.I.P, 10 unit kotej biasa, dan 2 buah asrama. Pada masa ini kotej yang boleh digunakan hanya berjumlah 15 unit kerana satu unit kotej telah mangalami kerosakan. Di antara lima belas kotej ini, terdapat sebuah chalet kembar yang khas diperuntukkan untuk pelawat yang datang bersama keluarganya. Kemudahan penginapan di Taman Negeri Perlis terbagi kepada tiga bahagian: x Teratai V.I.P Kotej Teratai V.I.P berjumlah 4 unit yang telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang mewah di dalamnya seperti penghawa dingin, kipas angin, TV, dan peti sejuk. Kotej ini memiliki dua buah bilik tidur di mana satu bilik tidur telah dilengkapi dengan penghawa dingin sedangkan bilik yang lain hanya dilengkapi dengan kipas angin. Selain bilik tidur, terdapat juga satu ruang besar dan dua buah balkoni yang berada didepan dan belakang bangunan. Kotej ini juga dilengkapi dengan satu bilik air. Konsep rekabentuk bangunan ini meniru rekabentuk rumah masyarakat tempatan. Bahan binaan untuk pembangunan kotej ini diperbuat daripada kayu. Gambar 5.3. Kotej Teratai V.I.P Sumber Kajian Lapangan, 2004 111 x Teratai biasa Kotej biasa atau diberi nama teratai biasa berjumlah 9 unit. Kemudahan yang disediakan di dalam kotej ini adalah satu bilik tidur dengan satu katil besar, satu bilik air yang dilengkapi dengan mandi paip hujan. Ukuran bilik tidur pada kotej ini adalah 3x4 meter dan bilik air berukuran 1x1.5 meter. Rekabentuk kotej ini diambil daripada rekabentuk rumah penduduk tempatan dan mengunakan bahan binaan dari kayu. Pemandangan dari dalam kotej-kotej ini sangatlah menarik, kerana perletakan tapak kotej yang agak tinggi. Ini sangat berbeza dengan kotej teratai V.I.P yang memiliki pemandangan kurang menarik, kerana perletakan kotej ini pada tapak yang lebih rendah. Gambar 5.4 ; Kotej Teratai Biasa Sumber Kajian Lapangan, 2004 x Asrama Terdapat 2 blok asrama di dalam Taman Negeri Perlis. Satu blok untuk lelaki dan satu blok lagi untuk perempuan. Tiap blok dapat menampung 32 orang. Biasanya asrama ini diperuntukan bagi pelawat ataupun pelajar- 112 pelajar yang akan membuat kajian yang datang dengan jumlah kumpulan yang besar. Terdapat juga empat buah bilik dalam satu blok asrama, yang mana satu bilik boleh memuatkan lapan orang pengunjung. Setiap bilik telah dilengkapi dengan kipas angin. Selain itu, juga terdapat empat buah bilik air yang telah dilengkapi dengan mandi paip hujan. Gambar 5.5.: Asrama, Merupakan Penginapan Bagi Pelawat yang Datang Secara Kumpulan.. Sumber Kajian Lapangan, 2004 Selain kemudahan penginapan, Taman Negeri ini juga dilengkapi dengan kemudahan lain seperti surau, dewan makan, tapak perkemahan, tandas, tempat masak, arena, pusat pelawat, kedai cenderahati, ruang pameran dan pejabat pengurus Taman Negeri (lihat Jadual 5.1). 113 Jadual 5.1. Kemudahan di Taman Negeri Perlis Pentadbiran dan Pengurusan zon 2A Jenis Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam meter persegi/m² Pejabat x Ruang pameran 1 bilik 48 m² x Kedai cenderahati 2 buah 7 m² x Ruang audio-visual 1 bilik 38m² x Kuarter pertanyaan 1 buah 3 m² Jenis Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Kotej tetamu dan penyelidik 4 unit Keluasan dalam meter persegi/m² @. 21 M² Power supply 1 unit 24 m² Kawalan 1 unit 12. m² Kawasan penginapan zon 2B Jenis Komponen Kemudahan Kotej Teratai V.I.P Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam meter persegi/m² 4 unit (2 bilik, untuk satu @. 38.m² unit ) Kotej Teratai biasa 9 unit( 1unit diperuntukkan @ 21 m² untuk keluarga) Asrama 2 unit ( 1 unit 4 bilik ) 108 m² Tapak Perkhemahan 20 unit @ 6 m² Jenis Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Medan arena 1 unit Keluasan dalam meter persegi/m² 64 m² Surau 1 unit 36 m² Tempat masak 1 unit 30 m² Dewan makan 1 unit 72 m² Tandas 2 unit @ 6 m² Sumber : Taman Negeri Perlis, 2004 114 5.3. Taman Negara Endau-Rompin 5.3.1. Pengenalan Taman Negara Endau-Rompin Taman Negara Endau-Rompin ditubuhkan pada tahun 1993 dengan kawasan seluas 48.905 hektar terletak di daerah Mersing dan Segamat, Negeri Johor Darul Takzim. Kawasan yang diwartakan untuk dijadikan taman negara merupakan kawasan hutan hujan tropika yang sangat kaya dengan keanekaragaman spesis haiwan dan tumbuhan. Bahagian utara taman negara ini bersempadan dengan Negeri Pahang, di bahagian timur bersepadan dengan Kampung Peta dan Mersing, di bahagian selatan dengan Kluang dan pada bahagian barat bersempadan dengan Segamat dan Selai. Gambar 5.6 : Diantara Keanekaragaman Haiwan dan Tumbuhan di Taman Negara Endau-Rompin Sumber : PTNJ, 2004 Taman Negara Endau-Rompin merupakan Taman Negara kedua yang ditubuhkan di Malaysia setelah Taman Negara Pahang. Nama Taman Negara EndauRompin diambil daripada nama sungai terbesar yang terdapat di dalam taman ini iaitu Sungai Endau. Kewujudan Taman Negara ini sangatlah penting ertinya dalam 115 menjaga keaslian habitat haiwan dan tumbuhan yang ada di dalamnya daripada kepupusan. Disamping itu, ia dijadikan tempat penyelidikan bagi pengkaji–pengkaji, baik pengkaji yang datang dari dalam mahupun dari luar negara. Hal ini dibuktikan dengan banyaknya kajian yang telah dilakukan di sana, baik kajian mengenai alam persekitaran mahupun mengenai haiwan dan tumbuhan. Disamping menawarkan aktiviti yang menarik, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan-kemudahan seperti penginapan, kafe, perpustakaan, tempat penyelidikan dan kemudahan– kemudahan yang lengkap. Gambar 5.7 : Di antara Kemudahan yang Sediaada Dalam Taman Negara Endau-Rompin Sumber : Kajian Lapangan, 2004 5.3.2. Pengurusan Taman Negara Endau-Rompin Selain sebagai tempat penyelidikan, taman negara yang telah beroperasi selama 11 tahun di bawah pengurusan PTNJ ini juga telah berjaya menjadi salah satu destinasi pelancongan. Bilangan pelancong yang berkunjung mengalami peningkatan setiap tahun, terutama pelancong dari luar negara. Pembangunan fasiliti penginapan yang ada di taman negara ini dilaksanakan oleh PTNJ dengan melantik arkitek dan pembina swasta mulai dari proses perancangan sampai 116 pelaksanaan pembangunannya. 5.3.3 Pembangunan Fasiliti Penginapan di Taman Negara Endau-Rompin 5.3.3.1.Tahun 1993 - 1996 Pada masa awal penubuhannya iaitu pada tahun 1993, Taman Negara EndauRompin hanya merupakan hutan belantara dan belum lagi memiliki pelbagai kemudahan untuk para pelancong seperti masa kini. Pada masa itu, pelancong yang datang menumpang rumah orang asli di Kampung Peta ataupun menumpang di Balai Raya Kampung Peta. Keadaan seperti ini berlanjutan sehingga tahun 1995. Awal tahun 1996 merupakan permulaan pembangunan kemudahan penginapan untuk pelancong dengan bertemakan mesra alam. Gambar 5.8 Rumah Orang Asli Sebagai Tempat Tinggal Bagi Pelancong Sumber : Kajian Lapangan, 2004 117 Pembangunan ini dilakukan oleh staf PTNJ, bermula daripada rekabentuk, sehingga pembangunannya di tapak. Konsep yang mereka gunakan adalah konsep bangunan oversite yang berbentuk A-frame (bumbung berbentuk segitiga). Pemilihan terhadap konsep ini diasaskan untuk mengelakkan daun-daun berkumpul di atas bumbung kerana kebanyakan bangunan di kawasan lindungan di bawah pokok-pokok. Pada dasarnya pembangunan empat buah a-frame ini hanya sekadar penyediaan tempat tidur sahaja tanpa mempertimbangkan rekabentuk mahupun struktur bangunannya. Gambar 5.9 : Bangunan yang Awal Dibina Dengan Konsep A-frame Sumber : PTNJ, 2004 Kemudahan penginapan yang dibina berjumlah empat buah iaitu : tiga buah kotej biasa dan satu buah kotej V.I.P. Pada kotej biasa terdapat 3-4 buah katil dan satu bilik air, sedangkan kotej V.I.P memiliki 2 buah katil dan satu bilik air. Ke empat kotej ini menggunakan bahan binaan daripada kayu untuk lantai dan dindingnya, sedangkan bumbung mengunakan bahan binaan asbestos. Pembangunan ini pada awalnya menimbulkan pelbagai masalah seperti ruang dalam bangunan yang sempit dan kos penyelenggaraan bangunan yang tinggi. Hal ini disebabkan kerana pengunaan konsep a-frame pada rekabentuk bangunan, buruknya kualiti kayu yang digunakan sebagai bahan binaan serta kewujudan bangunan didalam kawasan hutan yang lembab. 118 5.3.3.2.Tahun 1998 – 2000 Tidak sebandingnya jumlah permintaan dengan jumlah kemudahan yang tersedia, menyebabkan PTNJ untuk menambah jumlah fasiliti penginapan yang sediaada. Tahun 1998 projek pembangunan penyediaan kemudahan penginapan tahap ke dua telah dimulakan dengan menggunapakai konsep bangunan simenfero. Pemakaian konsep bangunan simenfero ini dimaksudkan untuk menekan kos perawatan bangunan. Dalam konsep simenfero, bangunan sebenarnya mengunakan bahan binaan simen, tetapi direkabentuk seolah-olah menggunakan bahan binaan dari kayu. Hal ini dimaksudkan untuk menjaga suasana dan kesan semulajadi pada bangunan. Gambar 5.10 : Bangunan Kotej yang Menggunakan Konsep Simenfero Sumber : Kajian Lapangan, 2004 Lapan unit kotej biasa telah dibina pada projek ini, yang mana tiap unit kotej memiliki dua bilik yang berukuran 3.5 X 4 meter dan satu bilik air yang berukuran 1 X 1.5 meter. Selain pembinaan lapan unit kotej, dalam projek ini juga dibina dua unit asrama, satu unit kafe, surau, tandas awam dan dewan serbaguna. 119 Gambar 5.11 : Rekabentuk Kotej yang Dibangun Pada Tahun 1998 Sumber : Kajian Lapangan, 2004 Gambar 5.12 : Pelbagai Kemudahan Sokongan yang Dibina Pada Tahun 1998-2000 Sumber Kajian Lapangan, 2004 5.3.3.3.Tahun 2001 – 2003 Pembangunan pelbagai kemudahan dalam Taman Negara tahap ketiga dimulai pada tahun 2001-2003 atau tepatnya setelah memasuki RMK 8. Pada masa inilah pihak PTNJ menggunakan perkhidmatan jurutera, juruukur dan arkitek. Konsep binaan bangunan pada masa ini adalah konsep binaan simen fero dan tradisional. Konsep binaan semen fero digunapakai pada bangunan kotej biasa manakala konsep tradisional pada bangunan kotej keluarga dan V.I.P. 120 Fasiliti penginapan yang dibangun pada masa ini adalah sepuluh unit kotej biasa, dua blok asrama, sembilan unit kotej keluarga dan satu unit kotej V.I.P. Kotej biasa yang dibina pada tahap ini hampir sama dengan kotej yang dibina pada tahun 1998, baik dilihat dari segi rekabentuk bangunannya mahupun fasiliti yang ada dalam ruangan. Perbezaan hanya pada tambahan tempat memasak dibahagian belakang bangunan. Gambar 5.13 Penambahan Kemudahan Seperti Tempat Masak Sumber : Kajian Lapangan, 2004 Dalam kotej keluarga dan kotej V.I.P terdapat tiga buah bilik dengan perincian sebagai berikut : x Satu bilik diperuntukan bagi orang tua dengan ukuran 4x3 meter x Dua bilik dengan ukuran 3x2 diperuntukan bagi anak lelaki dan perempuan. Selain itu, kotej keluarga dan kotej V.I.P juga memiliki satu bilik air dengan ukuran 1.5 X 2 meter. Yang membezakan antara kotej keluarga dan kotej V.I.P hanyalah 121 rekabentuk dan ukuran ruangan yang ada di dalamnya, sedangkan kemudahan yang tersedia adalah sama. I Gambar 5.14 II Perbezaan Rekabentuk (I) kotej V.I.P dan (II).kotej keluarga Sumber : Kajian Lapangan, 2004 Pada masa tahun 2001-2003 ini kemudahan sokongan lain juga dibina seperti kemudahan tempat masak, tandas, tapak perkhemahan yang berpangkin, anjun/selasar dan sebagainya. 5.3.3.4.Tahun 2003 Keatas Ini masih merupakan kelanjutan dari projek yang dibuat pada masa tahun 2001-2003, akan tetapi projek ini tergendala buat sementara waktu. Banyak penyebab yang menjadikan projek tergendala diantaranya dari segi kewangan dan sebab-sebab lain yang tidak boleh dinyatakan. 122 Gambar 5.15 Pembangunan Kemudahan yang Masih Tergendala. Sumber : Kajian Lapangan, 2004 5.3.4. Kemudahan yang Disediakan Pelancong yang ingin berkunjung ke Taman Negara baik yang datang dari arah Kuala Lumpur mahupun dari Johor Bahru dapat menggunakan perkhidmatan bas sampai ke Kahang dan dari Kahang perjalanan dilanjutkan dengan menggunakan perkhidmatan teksi atau menggunakan kereta operator Taman Negara. Perjalanan dari Kahang ke Taman Negara mengambil masa 1.½ hingga 2 jam. Disamping itu, terdapat juga jenis kemudahan lain yang disediakan iaitu dari segi pentadbiran dan pengurusan, penginapan dan kemudahan sokongan pelancong yang ada di kawasan seperti Kampung Peta, NERC, dan Kuala Jasin (lihat Jadual 5.2) 123 Jadual 5.2 : Komponen kemudahan yang disediakan di Taman Negara Endau-Rompin a. Kompleks Pelawat ( Kampung Peta ) Pentadbiran dan Pengurusan Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Pejabat 1 unit Keluasan dalam m² x Pusat Penerangan 42 m² x Perpustakaan 30 m² x Bilik Pameran 70 m² x Ibu Pejabat 48 m² Kaki Tangan Kotej 1 unit ( Terdapat 2 bilik ) 26 m² Penginapan Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m² @ 21 m² Kotej biasa 17 unit Kotej keluarga 5 unit ( Tiga bilik, 1 bilik = 2 @ 42 m² orang ) Kotej V.I.P 1 unit ( Tiga bilik, 1 bilik = 2 46 m² orang ) Asrama 1 unit ( Kapasiti 78 orang ) 180 m² Kemudahan Sokongan Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m² Pusat Interpretif Taman 1 unit 56 m² Negara x Bilik Tayangan Dewan Serbaguna 1 unit ( Kapasiti 150 orang ) 144 m² Kafe 1 unit ( Kapasiti 60 orang ) 72 m² Surau 1 unit 38 m² 124 Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Tandas 2 unit Keluasan dalam m² @ 6 m² Bilik cawangan elektrik 1 unit 24 m² Tangki air 1 unit - m² Telefon awam 1 unit 1 m² b. NERC Pentadbiran dan Pengurusan Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m² Pejabat Mini 1 unit 24 m² x Perpustakaan mini Penginapan Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik / Keluasan dalam m² Blok Asrama 2 blok ( 1 blok kapasiti @ 200m² 78 orang ) Kaki Tangan Kotej 1 blok ( 2 bilik, 1 bilik = 52 m² 6 katil ) Kemudahan Sokongan Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m² Dewan Serba Guna 1 unit 72 m² Bilik Internet 1 unit 18 m² Tempat masak 1 unit 12 m² Tangki air 1 unit - m² Power supply 1 unit 18 m² Tandas 1 unit 6 m² Jeti 1 unit - m² 125 c. Kuala Jasin Pentadbiran dan Pengurusan Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m² Pejabat Mini 1 unit 24 m² Penginapan Kabin Kotej biasa 1 unit ( 3 bilik, 1 bilik 42 m² ada 3 katil ) 10 unit @ 21 m² Kotej keluarga 4 unit Tapak Perkemahan @ 42 m² 20 unit ( 10 berpangkin @ 6 m² 10 tidak berpangkin ) Kemudahan Sokongan Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m² Pelanta 2 unit 12 m² Tempat masak 4 unit @ 6 m² Tangki air 1 unit - m² Power supply 1 unit 16 m² Tandas 2 unit @ 6 m² Jeti 1 unit - m² Sumber : PTNJ, 2004 126 5.4 Taman Negara Pahang 5.4.1 Pengenalan Mengenai Taman Negara Pahang Seawal tahun 1925, kawasan di sekitar Gunung Tahan yang mempunyai luas 9,240 hektar ditawarkan sebagai Gunung Tahan Game Reserve oleh kerajaan British yang memerintah Malaysia pada masa itu. Pada tahun 1939, sultan dari 3 negeri iaitu Negeri Pahang, Negeri Terengganu dan Negeri Kelantan memperlebarkan kawasan tersebut menjadi 434,351 hektar untuk dijadikan Taman Nasional Raja George 4. Sejak Malaysia merdeka sehingga kini nama Taman Nasional ini diganti menjadi Taman Negara. Seperti yang telah dijelaskan di bahagian atas, Taman Negara ini meliputi 3 buah negeri iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan yang merupakan hutan hujan tropika basah yang memiliki pelbagai macam spesies haiwan dan tumbuhan. Selain itu, Taman Negara ini juga memiliki keindahan alam semulajadi dan kini dijadikan sebagai daya tarikan untuk pelancong. Peningkatan bilangan pengunjung yang datang dari masa ke masa, telah menjadikan Taman Negara Pahang sebagai salah satu tempat pelancongan yang berimbas kepada penyediaan pelbagai perkhidmatan kemudahan seperti penginapan, restoran, dan kemudahan penyokong lain. Kemudahan-kemudahan ini ada di beberapa kawasan iaitu Kuala Tahan, Kuala Kenyam, Merapoh, Kuala Koh dan Tanjung Mentong. 127 5.4.2 Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan Hampir semua kemudahan yang ada di Taman Negara sekarang ini, telah di swastakan oleh pihak kerajaan. Salah satu daripada sebabnya adalah peningkatan kedatangan pelancong pada tahun 1970an dan 1980an yang membebankan kewangan pihak berkuasa dan kerajaan. Salah satu contohnya adalah penswastaan kompleks pelawat Kuala Tahan yang pengelolaannya diserahkan kepada anak Syarikat Perbadanan Nasional Berhad (Pernas). Pada awalnya pembangunan fasiliti penginapan di Taman Negara Pahang dikerjakan oleh JKR, akan tetapi pada akhir 1993 sampai masa ini, pembangunan dan pengembangan komplek penginapan diserahkan kepada pihak Penguasa Mutiara Taman Negara Resort. Ada pelbagai jenis penginapan yang ditawarkan mulai dari asrama, penginapan biasa, kotej mewah dan banglo. 5.4.3. Kemudahan Sokongan Bagi pelancong yang ingin ke Taman Negara Pahang dapat menggunakan kemudahan awam, perkhidmatan bot telah disediakan di Kuala Temberling dengan bayaran 19 Ringgit bagi perjalanan sehala dengan mengambil masa kira-kira 3 jam. Bagi mereka yang menginginkan perjalanan darat, perkhidmatan teksi telahpun disediakan dengan bayaran 40 Ringgit (RM) untuk perjalanan sehala. Disamping itu terdapat juga jenis kemudahan lain yang disediakan seperti penginapan, pengurusan dan perkhidmatan awam (lihat Jadual 5.3). 128 Jadual 5.3 : Pelbagai Kemudahan dan Perkhidmatan di Taman Negara Pentadbiran dan Pengurusan Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m² Pejabat ( Bangunan Utama ) x Pejabat penguasa taman 1 unit 1 unit - Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m² Bilik tetamu 16 unit m² Kotej biasa 71 unit m² Kotej mewah 14 unit m² Banglo 2 unit m² Asrama 8 bilik (1 bilik=4katil) m² Tapak perkhemahan 2.5 hektar 2.500 m² Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m² Pusat Interpretif Taman Negara 1 unit _ Mini market 1 unit - Kuarter tempahan boat 1 unit m² alat-alat 1 unit m² Seri mutiara restaurant 1 unit m² Bilik cawangan elektrik 1 unit m² Tangki air 1 unit m² Jeti 3 unit m² Tandas 5 unit m² negara x Pejabat penguat kuasa taman negara Penginapan Kemudahan Sokongan x Bilik Tayangan x Pameran Kuarter tempahan aktiviti 129 Komponen Kemudahan Bilangan Unit / Bilik Keluasan dalam m² Dewan pertemuan 1 unit ( max 300 peserta ) Sumber: Mutiara Taman Negara Resort, 2004 Gambar 5.16 : Diantara Kemudahan yang Disediakan Di Taman Negara Pahang. Sumber : Kajian Lapangan, 2004 5.4.4. Kemudahan Penginapan Kemudahan penginapan ini pada awalnya ditubuhkan sebagai wujud dari peningkatan jumlah kedatangan pelancong, kerana adanya permintaan yang tinggi terhadap penyediaan kotej untuk keperluan pelancong. Pada mulanya penduduk tempatan yang menjalankan syarikat kotej berskala kecil bagi membantu membangunkan industri pelancongan, tetapi pada masa ini syarikat swasta juga ikut serta dalam pengelolaan dan penyediaan akan fasiliti penginapan dalam kawasan Taman Negara Pahang . Diantara kemudahan penginapan yang ada di dalam Taman Negara Pahang, baik yang dikelola secara persendirian mahupun syarikat iaitu : x Anggoh Chalet 130 x Durian Chalet x Rumah Tetamu x Asrama x Mutiara Taman Resort x Rain Forest Gambar 5.17 : Di antara Penginapan di Taman Negara Pahang. Sumber : Kajian Lapangan, 2004 Pengkaji hanya mengambil 1 sampel sahaja dari sekian banyak kemudahan yang telah dibina di Taman Negara Pahang iaitu Mutiara Taman Resort. 5.4.5. Mutiara Taman Nagara Resort Mutiara Taman Negara Resort didirikan pada kawasan yang memiliki keluasan 15 hektar dan mulai beroperasi pada tanggal 1 September 1990. Pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang moden telahpun dibina dalam kawasan ini 131 seperti pelbagai jenis penginapan mulai dari asrama sampailah banglow, restoran, kafe, pusat kesihatan, telefon awam, kedai runcit dan lain sebagainya. Kotej biasa dan asrama, rekabentuk bangunannya meniru kepada rekabentuk rumah masyarakat tempatan atau lebih terkenal dengan sebutan ”Malaysia House”, manakala sebahagian chalet mewah berkonsepkan bangunan a-frame. Sedangkan banglo, rekabentuk bangunannya merupakan perpaduan rekabentuk bangunan tradisional dan moden. Sebahagian fasiliti yang ada telah dilengkapi dengan penghawa dingin, bilik air dengan fasiliti mandi paip hujan serta penyediaan air panas. Akan tetapi, tersedia juga kotej yang tidak dilengkapi penghawa dingin yang diperuntukkan bagi mereka yang tidak menyukai ruangan berhawa sejuk. Selain itu, tersedia juga pilihan untuk penginapan dengan fasiliti lengkap dan hanya diperuntuknan bagi pelancong yang datang membawa keluarga. Tapak perkhemahan juga disediakan bagi mereka yang menyukainya. Biasanya tapak perkhemahan ini digunakan oleh pelajar yang datang dengan persatuan sekolah ataupun pelancong yang gemarkan suasana lain daripada kotej. Diantara bentuk penginapan yang ada di Mutiara Taman Negara Resort adalah: x Kotej biasa Kotej biasa atau yang lebih dikenal dengan nama “Malaysia House”, yang mana konsep dan rekabentuk bangunannya meniru kepada rekabentuk rumah masyarakat Malaysia. Untuk kotej ini, terdapat satu bilik tidur dengan ukuran 3.5 X 4 meter dan 1 bilik air dengan ukuran 1 X 1.5. Kotej jenis ini juga dilengkapi dengan penyejuk ruangan. 132 Gambar 5.18 Kotej yang Berkonsepkan “Malaysian House” Sumber. Kajian Lapangan, 2004 x Kotej mewah dan banglo Menawarkan kemewahan dan keselesaan seperti berada di rumah sendiri, sangatlah ideal untuk pelawat yang datang dengan keluarga. Terdapat dua buah bilik tidur dan satu bilik air yang dilengkapi penyedian air panas. Sebagiannya daripada banglo telah juga dilengkapi dengan dapur untuk memasak bagi pelawat yang suka memasak sendiri. Ada sebahagian kotej mengunakan konsep bentuk bangunan seperti a-frame. Kesemua kotej dan banglo ini telah dilengkapi penghawa dingin, tv, peti sejuk dan sebagainya. Gambar 5.19 : Kotej Mewah dan Banglo di Mutiara Taman Negara “ Sumber : Kajian Lapangan, 2004 133 x Asrama Jenis penginapan ini diperuntukkan bagi pelancong yang datang dengan kumpulan yang besar. Terdapat lapan buah bilik tidur yang mana tiap-tiap bilik dilengkapi dengan 4 buah katil dan kipas angin. Setiap asrama juga dilengkapi dengan bilik air. Gambar 5.20 Asrama Diperuntukan bagi Pelawat yang Datang Secara Kumpulan Sumber : Kajian Lapangan, 2004 5.5 Rumusan Seperti yang telah dihuraikan pada bab sebelumnya, pembangunan fasiliti di kawasan kajian dilakukan oleh agensi berbeza-beza. Dari kajian lapangan yang dilakukan pengkaji, ditemui kenyataan bahawa adanya perbezaan antara fasiliti kemudahan pada taman negara, baik ianya dilihat dari konsep bangunan, rekabentuk, senibina dan sebagainya. 134 Tiap-tiap agensi mempuyai cara dan kaedah tersendiri dalam pelaksanaan pembangunan yang mereka lakukan dimana pada akhirnya akan mempengaruhi hasil pembangunan itu sendiri. Secara prinsipnya, jika pelaksanaan dan pembangunan yang dilakukan oleh agensi-agensi yang berbeza tentunya juga akan menghasilkan yang berbeza pula. Hal ini dapat dilihat pada fasiliti yang ada di tiap-tiap taman negara, dimana adanya perbezaan konsep pembangunan, rekabentuk dan lain sebagainya. Selain itu, perbezaan bangunan wujud disebabkan juga oleh tahun pembangunan yang berlainan. Akan tetapi, komponen fasiliti yang dibina adalah sama seperti kotej, restoran, kafe dan sebagainya. Pada bahagian selanjutnya akan dilakukan analisis dan penilaian terhadap fasiliti penginapan yang ada dikawasan kajian, dimana kriteria penilaian yang dipilih telahpun disesuaikan dengan teori dan prinsip-prinsip pembangunan yang sebenarnya. BAB VI ANALISIS KEBERKESANAN 6.1 Pengenalan Dalam bab ini pengkaji akan menganalisa data yang dikumpul dan dijelaskan dengan metode penilaian matrik untuk mendapatkan penemuan kajian. Penekanan yang diberikan dalam hasil analisis akan menjurus kepada keberkesanan pelaksanaan prinsip dan piawaian pembangunan kemudahan penginapan di kawasan kajian. Aspek-aspek yang akan dinilai dibahagikan kepada dua bahagian iaitu : x Perancangan Tapak x Perancangan Bangunan Aspek-aspek yang dinilai akan dibandingkan dengan kriteria-kriteria penilai, dimana kriteria-kriteria ini telah disesuaikan dengan prinsip dan piawaian pembangunan dalam kawasan lindungan seperti yang telah dihuraikan dalam bab II. 136 6.2 Latar Belakang Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan Fizikal Pengurusan dan pelaksanaan pembangunan fizikal penginapan di kawasan Taman Negara Pahang, Taman Negeri Pahang, dan Taman Negara Endau-Rompin dilaksanakan oleh oleh Jabatan dan agensi yang berbeza, seperti pada Jadual 6.1. Jadual 6.1. Latar Belakang Pengurusan dan Pelaksanaan Pembangunan Nombor Kawasan Kajian Pengurusan Pelaksana Pembangunan 1 Taman Negara Penguasa Mutiara JKR dan Agensi Pahang Taman Negara Resort swasta dan Jabatan Perhilitan 2 3 Taman Negara Penguasa Taman Agensi swasta dan Endau-rompin Negara Johor (PTNJ) PTNJ Taman Negeri Jabatan Perhutanan JKR Perlis Negeri Perlis Seperti yang telah dihuraikan pada bab IV, di mana pengurusan dan pelaksanaan pembangunan di kawasan kajian diuruskan oleh jabatan dan agensi yang berbeza. Hal ini mengakibatkan piawaian yang digunakan dalam pembangunan kemudahan penginapan setiap kawasan akan berbeza-beza pula, sehingga produk (bangunan) tidak lagi mengikuti dasar-dasar atau prinsip-prinsip pembangunan yang telah ditetapkan. Semestinya pengurusan dan pelaksanaan pembangunan fasiliti penginapan dalam kawasan lindungan dilaksanakan oleh suatu agensi atau jabatan khas yang didalamya terdapat pakar-pakar yang benar-benar mengerti dan faham bagaimana semestinya pembangunan itu dilakukan. 137 6.3 Pemilihan Kriteria Penilaian dan pemilihan kriteria didasarkan pada prinsip dan piawaian pembangunan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan terkait seperti Kementerian Pelancongan Malaysia, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Perhutanan, dan Jabatan Perhilitan. Penilaian ini dibahagikan kepada 2 aspek iaitu : Penilaian terhadap perancangan tapak x Kriteria-kriteria yang termasuk dalam penilaian ini meliputi : 1. Sensitif Terhadap Persekitaran 2. Konsep Pembangunan Kawasan 3. Landskap Jadual 6.2. Kriteria-Kriteria Penilaian dalam Perancangan Tapak No 1 Kriteria Utama Sensitif Terhadap Elemen i. Impak pembangunan terhadap persekitaran Persekitaran ii. Mengelakkan bangunan dari bahaya persekitaran 2 Konsep i. Alam sebagai pola perencanaan Pembangunan ii. Interaksi dengan alam Kawasan 3 Landskap i. Kepadatan Bangunan ii. Pengagihan dan fokus daya tarikan iii. Jarak antara bangunan 138 x Penilaian terhadap perancangan bangunan Penilaian yang kedua dilakukan terhadap bangunan penginapan yang ada di setiap kawasan kajian. Penilaian terhadap bangunan meliputi : 1. Konsep bangunan 2. Reka Bentuk dan Senibina Bangunan 3. Elemen Pembentuk Bangunan 4. Pemamfaatan Teknologi Pada Bangunan 5. Rekabentuk dan kemasan akhir bangunan Jadual 6.3. Kriteria-Kriteria Penilaian pada Perancangan Bangunan No Kriteria Utama Elemen 1 Konsep bangunan i. Konsep Eko-senibina ii. Senibina Vernakular iii. Bentuk senibina iv. Senibina Organik 2 Reka Bentuk dan i. Penggabungan dengan lingkungan Senibina Bangunan ii. Bentuk atap/bumbung iii. Penggunaan bahan binaan 3 Elemen Pembentuk i. Model tingkap Bangunan ii. Pengudaraan iii. Warna atap bangunan 4 Pemanfaatan i. Kitar semula tenaga Teknologi Pada ii. Penjimatan penggunaan Bangunan tenaga dan penggunaan teknologi secara sederhana 139 No Kriteria Utama Elemen 5 Rekabentuk dan i. Persepaduan warna dengan kemasan pembangunan lingkungan ii. Rekabentuk kemasan akhir bangunan Dalam melakukan penilaian terhadap kriteria yang telah dipilih, maka tiaptiap kriteria yang dinilai akan diberikan markah yang bersesuaian. Dasar pemberian markah ini juga berlandaskan kepada keadaan sebenarnya yang dibandingkan dengan prinsip dan piawaian pembangunan dalam kawasan lindungan. Markah yang diberikan bergantung kepada tingkat keberkesanan dari pembangunan yang telah dilakukan seperti yang terdapat pada jadual 6.4. : Jadual 6.4. Pemberian Markah Terhadap Kriteria Yang Dinilai Bilangan Markah Markah : 3 Huraian Diberikan pada kriteria yang telah memenuhi piawaian (menunjukkan keberkesanan) Markah : 2 Menunjukkan pembangunan yang dilakukan biasa sahaja (tahap menengah) Markah : 1 Menunjukan pembangunan tidak memberi keberkesanan atau belum memenuhi piawaiaan. 140 6.4 Analisis Terhadap Perancangan Tapak Bangunan 6.4.1 Sensitif Terhadap Persekitaran Dalam perencanaan tapak, elemen pertama harus diambilkira adalah sensitif terhadap persekitaran. Maknanya, tapak bangunan mestilah terletak di lokasi yang bebas dari pelbagai bahaya persekitaran seperti kemungkinan menghadapi banjir dan tanah runtuh. Ada dua kriteria yang mesti diambilkira dalam hal ini : x Impak pembangunan terhadap persekitaran x Mengelakkan bangunan dari bahaya persekitaran 6.4.1.1 Impak Pembangunan Terhadap Persekitaran Pembangunan yang dilakukan dalam kawasan taman negara harus dapat mengurangkan impak negatif terhadap lingkungan persekitaranya. Salah satu cara dalam mengurangkan impak negatif adalah melihat jumlah peratusan pokok yang dibuang di kawasan yang akan dibangunkan. Semakin sedikit jumlah pokok yang dibuang, maka semakin berkesanlah pembangunan yang dilakukan ditinjau dari aspek penjagaan terhadap sumberjaya semuladi dan keaslian lingkungan persekitaran. Jumlah pokok yang diperbolehkan untuk dibuang pada kawasan tapak binaan mengikut piawaian pembangunan dalam kawasan lindungan adalah di antara 10%-15% sahaja (Fischer, 1991). 141 Didapati, pada kawasan Taman Negara Pahang lebih dari 61% jumlah pokok telah dibuang untuk pembangunan kawasan Mutiara Taman Negara Resort, manakala di Taman Negara Endau-Rompin jumlah pokok yang dibuang untuk pembangunan kawasan penginapan di Kampung Peta, NERC dan Kuala Jasin sebanyak 25%, sedangkan di Taman Negeri Perlis sebanyak 20%. Ini menunjukan bahawa pembangunan yang dilakukan pada ketiga kawasan kajian belumlah berkesan kerana jumlah pokok yang dibuang untuk pembangunan di kawasan telah melebihi batas maksimum iaitu 15%. Jadual 6.5 : Peratusan Jumlah Pokok Dibuang Kawasan Markah Taman Negara Pahang Peratusan Pokok yang dibuang 61% Taman Negara 25% 1 20% 1 1 Endau-Rompin Taman Negeri Perlis 6.4.1.2 Mengelakkan Bangunan dari Bahaya Persekitaran Ada dua piawai yang dapat digunakan untuk mengelakkan bangunan dari bahaya persekitaran (Schwanke, 1997) iaitu : x Bangunan yang dibina tidak boleh pada tapak yang memiliki keceruman lebih daripada 30º dengan keadaan berkemungkinan menghadapi tanah runtuh. tanah tidak stabil atau x 142 Bangunan tidak boleh dibina pada tapak yang berkemungkinan menghadapi banjir. Asas penilaian yang dilakukan pada kriteria ini adalah : x Berkesan : jika bangunan yang dibina pada tapak yang berbahaya hanya berjumlah < 10% x Biasa sahaja : jika bangunan yang dibina antara 11%-20%. x Tidak berkesan : jika bangunan yang dibina >21% Jadual : 6.6. Bilangan Bangunan yang Berkemungkinan Menghadapi Bahaya Persekitaran Kawasan Bilangan bangunan Penginapan Taman Negara Pahang 52 Unit Taman Negara Bilangan bangunan pada tapak bahaya 5 Unit Peratusan Markah 9.6 % 3 29 Unit 11 Unit 37.9 % 1 18 Unit 4 Unit 22.2 % 1 Endau-Rompin Taman Negeri Perlis Dari jadual 6.6 dapat dilihat bahawa Taman Negara Pahang memiliki jumlah peratusan bangunan yang paling sedikit dibangun di kawasan tapak yang berbahaya iaitu kurang dari 10% (9.6%), maknanya pembangunan yang dilakukan telah mengikut piawaian sekiranya ditinjau dari segi penghindaran bangunan dari kemungkinan bahaya persekitaran. Manakala Taman Negara Endau-Rompin (37.9 %) dan Taman Negeri Perlis (22.2%) belum lagi mengikut piawaian pembangunan, kerana peratusan bangunan yang dibina pada tapak berbahaya masih diatas 10% yang merupakan batas minimum penilaian pembangunan yang berkesan. 143 6.4.2 Konsep Pembangunan Tapak Ada beberapa penilaian dalam penggunaan konsep yang digunapakai untuk pembangunan tapak dikawasan kajian. Penilaian terhadap konsep ini meliputi beberapa kriteria iaitu: x Alam dijadikan sebagai pola perancangan x Keseimbangn perancangan dengan alam persekitaran x Interaksi dengan alam 6.4.2.1 Alam Dijadikan Sebagai Pola Perancangan. Prinsip dalam konsep pembangunan yang menjadikan alam sebagai pola perancangan adalah : x Penyesuaian perencanaan pada lingkungan tempatan x Pemanfaatan tenaga matahari untuk keperluan bangunan x Penggunaan teknologi sederhana pada bangunan x Pemeliharaan pada sumberjaya yang ada Untuk mewujudkan konsep pembangunan yang mana alam dijadikan sebagai pola perancangan, sebuah kawasan mestilah mengamalkan keempat prinsip di atas dalam perancangan kawasannya. 144 Didapati pada kawasan kajian keempat prinsip ini belumlah lagi diamalkan secara keseluruhan. Ketiga kawasan kajian baru mengamalkan prinsip nombor satu dan empat, hal ini dapat dibuktikan dengan adanya usaha dari pihak pelaksana pembangunan untuk menggunakan bahan binaan yang mesra terhadap lingkungan persekitaran (contoh kayu) dan pembuatan saliran air kumbahan disekitar kawasan. Walaupun belum dilaksanakan sebagaimana mestinya, akan tetapi usaha daripada pelaksana pembangunan bolehlah diambilkira sebagai bentuk pengamalan daripada prinsip nombor satu dan empat. Manakala prinsip nombor tiga dan empat memanglah belum diamalkan sama sekali. Bukti yang sangat nyata dapat dilihat pada kawasan kajian, dimana belum satupun bangunan yang menggunakan tenaga matahari untuk keperluan bangunan contoh pengolahan tenaga matahari untuk bekalan elektrik . Untuk lebih jelasnya sila lihat Jadual 6.7. Jadual 6.7. Pengamalan Keempat Prinsip yang Menjadikan Alam Sebagai Pola Perancangan Prinsip Pembangunan Pengamalan dikawasan Taman Negara M a r k a h Penyesuaian perancangan pada lingkungan tempatan Pemamfaatan tenaga matahari untuk keperluan bangunan Pengunaan teknologi sederhana pada bangunan Pemeliharaan sumberjaya yang ada X - - X 2 X - - X 2 X - - X 2 Pahang Taman Negara Endau-Rompin Taman Negeri Perlis Note ( x ) telah diamalkan ( - ) belum diamalkan 145 Dari jadual 6.7 juga dapat disimpulkan, pembangunan yang selama ini dilakukan di kawasan Taman Negara Pahang, Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis boleh dipastikan masih belum berkesan tetapi masih dalam taraf biasa sahaja. 6.4.2.2 Interaksi Dengan Alam Persekitaran Interaksi dan pendekatan bangunan dengan alam secara fizikal lebih penting dibandingkan secara visual, dan hal ini mustahil didapati pada bangunan yang tinggi, hanya didapati pada bangunan yang rendah atau satu tingkat (Ceballos - Lascurain, 1996). Pembatasan tinggi bangunan pada kawasan yang dilindungi sebaiknya tidak lebih daripada 2 tingkat (8 meter) atau tidak melebihi tinggi pokok ( NEP 1996) dan sebaiknya bangunan yang dibina memiliki ketinggian 3-5 meter. Jadual 6.8. Bilangan Bangunan Penginapan Mengikut Ketinggian Kawasan Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-rompin Taman Negari Perlis 52 Unit 52 Unit 1 unit 100 % M a r k a h 3 29 Unit 2 Unit 2 unit 96.9 % 3 18 Unit 18 Unit - 100 % 3 Bilangan Bilangan bangunan bangunan penginapan penginapan satu lantai Bilangan penginapan 2 lantai Peratusan Dari hasil kajian pengkaji, didapati bahawa bangunan yang dibina pada kawasan kajian telah memenuhi piawaian jika ditinjau dari segi interaksi bangunan 146 dengan alam persekitarannya. Ini boleh dilihat dari peratus bangunan yang memiliki ketinggian tidak lebih dari had yang telah ditentukan. Taman Negara Pahang memiliki 52 unit bangunan yang memiliki ketinggian 1 lantai atau peratusan dari jumlah keseluruhan bangunan. Sedangkan di Taman Negara Endau–Rompin 96.9 % daripada bangunan dengan ketinggian tidak melebihi 5 meter. Taman Negeri Perlis pula, keseluruhan bangunan penginapannya memiliki ketinggian 3-5 meter. 6.4.3 Landskap 6.4.3.1 Kepadatan Bangunan Kepadatan bangunan pada suatu kawasan dapat dihitung dengan membahagi keseluruhan bilangan bangunan dengan kawasan yang diperuntukkan untuk bangunan. Mengikut apa yang telah digariskan oleh NEP (1996) dan Edward Inkeep (1991), maka piawaian untuk kepadatan bangunan dalam kawasan lindungan adalah antara 5-10 unit perhektar (tingkat kepadatan rendah). Jadual 6.9. Kepadatan Bangunan Perhektar Kawasan Jumlah Unit Bangunan Taman Negara Pahang 52 Unit Taman Negara Endau-rompin 29 Unit Taman Negeri Perlis 18 Unit Luas Kawasan 15 hektar Kepadatan Bangunan perhektar 4-5 unit (15.000m²) perhektar 12.5 Hektar 2-3 unit (12.500m²) perhektar 5.5 Hektar 3-4 unit (5.500m²) perhektar Markah 3 3 3 147 Dari jadual 6.9. dapat dilihat, bahawa kepadatan bangunan dikawasan kajian telah memenuhi piawaiaan. Taman Negara Pahang memiliki kepadatan yang tertingggi (4-5 unit perhektar) akan tetapi kepadatan ini belum melebihi had maksimum (5-10 unit perhektar) daripada piawaian kepadatan bangunan dikawasan lindungan. 6.4.3.2 Pengagihan dan Daya Tarikan Untuk mempermudahkan penyebaran dan tataletak bangunan, semestinya bangunan dipisahkan ke dalam tiga kawasan iaitu: x kawasan pertama untuk awam x kawasan kedua untuk penginapan perseorangan/keluarga x kawasan ketiga untuk penginapan secara kumpulan Dengan adanya pembahagian kawasan yang diperuntukan untuk bangunan awam, bangunan penginapan perseorangan dan penginapan berkumpulan maka akan memudahkan proses pengagihan bangunan serta perancangannya. Hal ini juga bertujuan untuk menghindari terciptanya ruang-ruang yang tidak perlu pada kawasan, sehingga kawasan yang diperuntukan untuk tapak bangunan dapat dipergunakan semaksimanya. 148 Jadual 6.10. Pengamalan Prinsip Pengagihan dan Daya Tarikan Kawasan Kawasan awam Kawasan penginapan kumpulan X Markah X Kawasan Penginapan perseorangan X Taman Negara Taman Negara Endau-rompin Taman Negari Perlis X X X 3 X X X 3 3 Dari jadual 6.10 disimpulkan, bahawa ketiga-tiga prinsip ini telahpun diterapkan dan diamalkan pada kawasan kajian iaitu dengan adanya pembahagian kawasan untuk bangunan mengikut fungsinya seperti kawasan untuk bangunan yang diperuntukan bagi pengunjung kompleks, penginapan perseorangan/keluarga dan penginapan secara kumpulan. 6.4.3.3 Jarak antara Bangunan Jarak antara bangunan dikira daripada bahagian paling luar bangunan dengan bangunan yang lain. Piawaian yang digunakan dalam jarak antara bangunan adalah minimum 10 meter dan maksimum 30-50 meter (Edward Inkeep 1991). Pengaturan jarak bangunan diperlukan dalam perancangan tapak, hal ini behubungan dengan memberikan ruang untuk pengaliran udara serta pengcahayaan pada bangunan. 149 Gambar 6.1. Cara Menggira Jarak Antara Bangunan Sumber : Inkeep, 1991 Di Taman Negara Pahang didapati hanya 41% bangunan yang memiliki jarak •10 meter atau yang memenuhi piawaian. Manakala di Taman Negara Endau Rompin hanya 19% sahaja bangunan yang memiliki jarak •10 meter. Sedangkan pada kawasan Taman Negeri Perlis hanya 42% sahaja yang memenuhi piawaian untuk jarak antara bangunan. Maknanya, pembangunan yang selama ini dilakukan masih belum mengamalkan piawaian yang telah ditetapkan secara maksima. 6.5 Analisis Terhadap Perancangan Bangunan 6.5.1 Konsep Bangunan Dalam penilaian terhadap kriteria konsep bangunan, ianya melibatkan 4 konsep bangunan yang dipakai dalam kawasan lindungan iaitu : x Konsep Eko-senibina 150 x Konsep Senibina Vernakular x Senibina Organik x Bentuk Senibina 6.5.1.1 Konsep Eko-senibina Konsep eko-senibina merupakan senibina yang memadukan antara keselarasan bangunan dengan kepentingan pengguna. Dalam konsep ini ada 3 asas utama yang mesti diamalkan iaitu: x Biologi (bangunan yang memperhatikan kesihatan penggunanya) x Matahari (Pemamfaatan tenaga matahari untuk keperluan bangunan) x Bionik (penggunaan bahan binaan bangunan yang tidak menggangu kesihatan penggunanya) contoh menghindari penggunaan bahan binaan yang tidak mengandungi zat-zat kimia seperti penggunaan cat yang menagandungi zat asernic. Pemberian markah pada kriteria ini didasari oleh pengamalan 3 asas dalam eko-senibina pada pembangunan di kawasan kajian, dimana markah 3 diberikan apabila ketiga asas ini telah diamalkan dan markah 2 diberikan jika di kawasan kajian hanya mengamalkan dua dari tiga asas ini, sedangkan markah 1 diberikan jika hanya mengamalkan satu dari tiga asas ini (lihat Jadual 6.11) 151 Jadual 6.11. Pengamalan Asas Konsep Eko-senibina Asas konsep eko-senibina Amalan di kawasan Kajian Biologi Matahari Bionik Markah Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-Rompin Taman Negeri Perlis - - X 1 - - X 1 - - X 1 Note ( x ) telah diamalkan ( - ) belum diamalkan Dari jadual 6.11 dapat dilihat bahawa ketiga-tiga asas ini belum lagi diamalkan sepenuhnya. Taman Negara Pahang baru mengamalkan asas yang ketiga, manakala asas yang pertama dan kedua belum lagi mereka amalkan dalam pembangunan kemudahan penginapan. Hal yang sama juga ditemui di Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis yang baru mengamalkan asas penggunaan bahan binaan yang tidak mengganggu kesihatan penggunanya. Ini juga menandakan pembangunan yang dilakukan selama ini tidaklah berkesan jika ditinjau dari konsep eko-senibina. 6.5.1.2 Senibina Vernakular Penggunaan rekabentuk dan peniruan cara-cara masyarakat tempatan dalam membina bangunan di kawasan lindungan adalah salah satu cara yang boleh digunakan untuk mewujudkan bangunan yang bersepadu dengan lingkungan persekitaran. Konsep bangunan vernakular sangat sesuai digunakan dalam 152 perancangan bangunan dikawasan lindungan. Penilaian yang dilakukan pada kriteria merujuk kepada apa yang dihuraikan oleh Martin (1998) dan Stewart (2001) dimana : x Berkesan :lebih dari 90% bangunan mengunakan konsep vernakular x Tahap menengah : jika hanya 60%-90%. x Tidak berkesan : jika kurang dari > 60% Jadual 6.12. Peratusan Bangunan yang Berkonsep Senibina Vernakular Kawasan Jumlah Unit Jumlah Bangunan bangunan Peratusan 52 Unit 35 Unit 67.3 % M a r k a h 2 29 Unit 12 Unit 41.3% 1 18 Unit 14 Unit 77.7 % 2 berkonsepkan vernakular Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-Rompin Taman Negeri Perlis Pada jadual 6.12, Taman Negeri Perlis mencatat angka peratusan tertinggi sebanyak 77.7% (tahap menengah) yang mana pembangunan di sini lebih baik dibandingkan dengan Taman Negara Pahang iaitu sebanyak 67.3% (tahap menengah) dan Taman Negara Endau-Rompin 41.3% (tidak berkesan) akan tetapi, secara amnya pembangunan di ketiga-tiga kawasan kajian belum lagi mencapai keberkesanan ditinjau dari pengamalan konsep senibina vernakular pada kawasan. 153 6.5.1.3 Senibina Organik Prinsip asas daripada konsep ini adalah keseimbangan bangunan dengan persekitaran. Ciri daripada senibina organik : x Komposisi dan nisbah bangunan yang lebih mendatar x Bahan binaan daripada kayu x Bumbung yang luas x Tidak banyak dinding pembatas dalam ruangan Jadual 6.13. Pengamalan Konsep Senibina Organik pada Bangunan Markah Ciri dari senibina organik Amalan dikawasan Kajian Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-Rompin Taman Negari Perlis X Tidak Banyak Dinding Pembatas Ruangan X 2 - - X 1 - X X 2 Komposisi dan nisbah bangunan yang lebih mendatar - bumbung yang luas Bahan binaan daripada kayu - - Note ( x ) telah diamalkan dan ( - ) belum diamalkan Seperti halnya dengan konsep eko-senibina, konsep senibina organik belum lagi diamalkan sepenuhnya pada kawasan kajian. Hal ini boleh dilihat dari Jadual 6.13 di mana bangunan yang ada pada Taman Negara Pahang dan Taman Negeri Perlis hanya memiliki ciri bahan binaan daripada kayu dan tidak banyak dinding pembatas pada ruangan, sedangkan ciri yang tidak dimiliki adalah bentuk bumbung yang luas serta komposisi bangunan yang mendatar. Ini juga menandakan bahawa 154 pembangunan yang dilakukan masih belum berkesan akan tetapi boleh di kategorikan pada tahap menengah. Lain pula dengan Taman Negara Endau-Rompin yang hanya memiliki satu ciri sahaja, manakala tiga ciri lain dari konsep senibina organik tidaklah mereka miliki. Ini dapat dinyatakan bahawa pembangunan di Taman Negara ini tidak berkesan sama sekali. 6.5.1.4 Bentuk Senibina Bangunan dalam kawasan lindungan hendaklah memiliki 4 unsur iaitu : x Unsur keamanan (perlindungan pengunjung dari gangguan haiwan liar dan bencana alam persekitaran seperti tanah runtuh) x Unsur keselesaan ruangan (tanpa penggunaan penghawa dingin dan kipas) x Unsur kesederhanaan (rekabentuk bangunan meniru pada rekabentuk rumah masyarakat tempatan) x Unsur kewujudannya yang disesuai dengan lingkungan Penilaian pada kriteria ini diasaskan pada pengamalan keempat unsur di atas pada keseluruhan bangunan di kawasan kajian. Jika telah mengamalkan keseluruhan unsur ini maka markah yang diberikan adalah 3, kalaulah hanya mengamalkan 3 ataupun 2 dari empat unsur ini maka markah yang diberikan 2, manakala hanya mengamalkan 1 sahaja maka markah yang diberikan adalah 1. 155 Jadual 6.14. Pengamalan 4 Unsur Dalam Bentuk Senibina Bangunan 4 unsur penting dalam bentuk senibina Kawasan Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-rompin X - - Kewujudan yang disesuai dengan lingkungan - X - - - Taman Negari Perlis X - X Unsur keamanan Unsur keselesaan ruangan Unsur kesederhanaan M a r k a h 1 1 2 Nota ( x ) telah diamalkan ( - ) belum diamalkan Dari Jadual 6.14 didapati bahawa Taman Negara Pahang dan Taman Negara Endau-Rompin paling sedikit dalam penerapan konsep bentuk senibina pada bangunannya. Mereka (bangunan) hanya memiliki unsur keamanan sahaja manakala, unsur keselesaan ruangan, unsur kesederhanaan, dan kewujudan yang sesuai dengan lingkungannya belum lagi sepenuhnya diamalkan. Taman Negeri Perlis telah memiliki dua dari empat unsur yang ada di dalam konsep bentuk senibina iaitu unsur keamanan dan kesederhanaan sedangkan unsur keselesaan dan kewujudan yang sesuai dengan lingkungannya masih belum dicapai. Mengikut penilaian pada kriteria ini, pembangunan di kawasan Taman Negara Pahang dan Taman Negara Endau-Rompin dalam taraf tidak berkesan, manakala pembangunan di Taman Negeri Perlis masih dalam taraf menengah jika ditinjau dari segi bentuk senibina bangunan. 156 6.5.2 Reka Bentuk bangunan Adapun yang dinilai dari ketegori rekabentuk bangunan adalah : x Penggabungan bangunan dengan lingkungan x Bentuk atap x Penggunaan bahan binaan 6.5.2.1 Penggabungan Bangunan Dengan Lingkungan Penggabungan bangunan dengan lingkungan dapat dicapai dengan menerapkan dua prinsip dasar iaitu : x Merekabentuk bangunan yang memiliki ciri-ciri yang sesuai (rumah tempatan/tradisional) x Memiliki keseimbangan dengan lingkungannya (memiliki imej tersendiri) Penilaian pada kriteria ini juga didasari pada pengamalan kedua prinsip diatas pada kawasan kajian. Jika telah mengamalkan kedua prinsip berkenaan, maka markah yang diberikan adalah 3. Manakala hanya mengamalkan satu sahaja markah yang diberikan adalah 2, sedangkan markah 1 diberikan jika belum mengamalkan sama sekali. Prinsip pertama (ciri-ciri yang sesuai) sudah boleh dilihat di Taman Negara Pahang, Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis. Pada kawasan ini ada sebahagian bangunan yang dibina mengikut konsep senibina rumah tradisional Melayu. Sedangkan untuk prinsip yang kedua belumlah ada terlihat pada rekabentuk 157 bangunan baik itu di Taman Negara Pahang, Taman Negara Endau-Rompin mahupun Taman Negeri Perlis, kerana secara keseluruhan bentuk bangunan yang ada pada kawasan kajian tidak dapat menampilkan ciri khas tersendiri pada bangunan yang mereka bina (lihat Jadual 6.15). Jadual 6.15 Pengamalan Prinsip Rekabentuk Bangunan Prinsip Rekabentuk Bangunan Amalan di kawasan Kajian Memiliki ciri-ciri yang sesuai memiliki imej Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-Rompin Taman Negeri Perlis X - 2 X - 2 X - 2 Markah tersendiri Nota ( x ) telah diamalkan ( - ) belum diamalkan 6.5.2.2 Bentuk Atap Sebenarnya rekabentuk atap mahupun rekabentuk bangunan tergantung daripada selera dan keinginan arkitek (perancang) akan tetapi ada baiknya rekabentuk atap bangunan pada kawasan lindungan memiliki kecondongan > 30 darjah. Hal ini didasari pada pertimbangan untuk menghindari berkumpulnya daun dan ranting pokok diatas bumbung yang mana nantinya akan merosakan atap bangunan. Bandingkan dengan rekabentuk atap yang memiliki kecondongan <30 darjah, tentu peluang daun dan ranting pokok berkumpul diatas bumbung akan lebih 158 besar dan mempercepat kerosakan pada atap bangunan dan menyebabkan kos penyelenggaraan bangunan menjadi tinggi. Merujuk pada huraian diatas, penilaian pada kriteria ini didasari pada bilangan bangunan yang memiliki kecondongan >30 darjah. Jika dikawasan kajian lebih dari 90% bangunan penginapan memiliki kecondongan atap >30 darjah, maka markah yang diberikan adalah 3. Manakala markah 2 diberikan pada kawasan yang 60%-90% bangunannya memiliki kecondongan atap >30 darjah, sedangkan markah 1 diberikan pada kawasan yang hanya memiliki > 60% bangunan dengan kecondongan atap >30 darjah (lihat Jadual 6.16). Jadual 6.16. Peratusan Bangunan Dengan Kecondongan Atap >30 º Kawasan Bilangan Bangunan Penginapan Peratusan Bangunan yang memiliki kecondongan atap >30 º Peratusan Bangunan yang memiliki kecondongan atap <30 º M a r k a h Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-rompin 52 unit 100 % - 3 29 unit 100 % - 3 Taman Negari Perlis 18 unit 100 % - 3 Dari jadual 6.16 dapat disimpulkan bahawa pembangunan di ketiga kawasan telah berkesan apabila ditinjau dari segi kriteria bentuk atap bangunan. 159 6.5.2.3.Penggunaan Bahan Binaan Keberkesanan pembangunan di kawasan lindungan juga boleh dinilai daripada penggunaan dan pemanfaatan daripada bahan binaan tempatan untuk perancangan bangunannya. Di anggarkan bahan binaan yang berasal daripada kawasan tersebut lebih memiliki kepekaan selaras dengan lingkungannya. Pemanfaatan bahan binaan tempatan sangat baik dalam perancangan di kawasan lindungan, kerana akan dapat mengurangkan kos pembangunan. Ada beberapa bahan binaan semulajadi yang banyak terdapat di sekitar kawasan kajian dan boleh dimanfaatkan untuk pembinaan bangunan seperti buluh dan pokok palma. Disamping dapat mengurangkan kos pembangunan dan mudah dalam pengolahan, ianya juga tidak ada permasalahan dari segi perundangan. Tetapi perlu juga dipertimbangkan penyedian bahan binaan di kawasan lindungan tentu ada hadnya. Maka daripada itu, dalam pembangunan di kawasan lindungan tidaklah memungkinkan hanya menggunakan bahan bianaan tempatan tanpa mendatangkan tambahan dari luar kawasan. Tetapi perlu juga diingat, tambahan bahan binaan yang didatangkan dari luar kawasan hendaklah bahan binaan yang sesuai dengan keadaan lingkungan di kawasan seperti kayu, batu bata bakar dan papan (bahan asli Malaysia) dan hindari penggunaan bahan binaan import seperti simen, baja dan besi. Penilaian pada kriteria dilakukan dengan cara : x Markah 3 diberikan jika pada kawasan telah mengunakan perpaduan bahan bahan binaan tempatan dan bahan binaan asli Malaysia. x 160 Markah 2 diberikan pada kawasan yang mengunakan kombinasi bahan binaan asli Malaysia dan bahan binaan import. x Markah 1 diberikan pada kawasan yang hanya mengunakan bahan binaan import. Jadual 6.17. Pemanfaatan Bahan Binaan Tempatan Pada Bangunan Pengunaan Bahan Binaan Amalan di kawasan Kajian Bahan Binaan Tempatan (pokok palma dan bambu) Bahan Binaan Dari Luar Kawasan (asli Malaysia) Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-Rompin Taman Negeri Perlis - ¥ 2 - ¥ 2 - ¥ 2 Bahan Binaan Dari Luar Kawasan (Bahan Import) M a r k a h Nota (¥ ) Ada pada bangunan ( - ) Tidak ada pada bangunan Didapati pada Taman Negara Endau-Rompin, Taman Negara Pahang dan Taman Negeri Perlis mengunakan kombinasi bahan binaan asli Malaysia dan bahan binaan import. Jadi pembangunan yang dilakukan selama ini masih dalam taraf biasa sahaja ditinjau dari kriteria penggunaan bahan binaan. 161 6.5.3 Elemen Bangunan 6.5.3.1 Pengudaraan Pengudaraan semulajadi (pengudaraan silang) pada bangunan sangat baik digunakan di kawasan lindungan dibandingkan penggunaan kipas dan penghawa dingin. Pengudaraan semulajadi sangat baik untuk pengaliran dan pengudaraan ruangan, disamping itu pengudaraan semulajadi juga tidak mengganggu terhadap kesihatan manusia dan boleh menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Jadual 6.18 Peratusan Bangunan yang Menggunakan Pengudaraan Semulajadi dan Pengaliran Udara Dalam Ruangan Jumlah bangunan yang menggunakan penghawa dingin dan kipas) 52 Unit 52 Unit 0% 1 29 Unit - 29 Unit 0% 1 18 Unit - 18 Unit 0% 1 Kawasan Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-Rompin Taman Negeri Perlis M Bangunan a yang menggunakan r pengudaraan k a semulajadi h (%) bangunan yang menggunakan pengudaraan semulajadi (tidak menggunakan penghawa dingin dan kipas) - Jumlah Bangunan Belum ada satupun dari bangunan pada Taman Negara Pahang, Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis yang memanfaatkan penggunaan 162 pengudaraan semulajadi untuk keselesaan, pengudaraan dan pengaliran udara dalam ruangan. Ini dapat dilihat dalam Jadual 6.18 di atas, dimana peratusan bangunan yang menggunakan pengudaraan semulajadi untuk pengaliran dan keselesaan ruangan adalah kosong untuk ketiga-tiga kawasan ini. Hal ini juga menggambarkan bahawa perancangan bangunan yang ditinjau dari segi penggunaan pengudaraan semulajadi dan pengaliran udara pada bangunan boleh dikatakan tidak berkesan. 6.5.3.2 Warna Atap Bangunan Penampilan warna-warna unsur alam seperti warna pokok, daun, dan sebagainya sangat baik untuk bangunan yang berada di kawasan lindungan. Warna yang sangat sesuai untuk bangunan yang berada di kawasan lindungan adalah warna hijau dan coklat kerana warna ini lebih menunjukkan ciri persekitaran dan lebih sesuai dengan lingkungannya. Begitu juga halnya dengan warna pada bahagian atap bangunan. Pemilihan warna atap pada bangunan di kawasan Taman Negara Pahang, Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis telah mengikuti piawaian yang telah ditetapkan. Warna pada atap bangunan menggunakan warna alam iaitu hijau dan coklat tua, sehingga kelihatan sangat serasi dengan persekitarannya. Di Taman Negara Pahang, warna yang dipilih adalah warna hijau kemerah-merahan, manakala Taman Negara Endau-Rompin menggunakan warna coklat tua pada sebahagian atap bangunannya yang boleh dilihat dikompleks penginapan Kuala Jasin, sedangkan di Taman Negeri Perlis warna atap bangunannya sama seperti yang ada di Taman Negara Pahang (lihat Jadual 6.19). 163 Jadual 6.19 Penggunaan Warna Alam pada Atap Bangunan Jumlah Bangunan 52 Unit Jumlah Bangunan yang menggunakan warna atap selain warna hijau dan coklat tua - Jumlah Bangunan yang menggunakan warna atap hijau dan coklat tua 52 unit 29 Unit - 18 Unit - Kawasan Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-Rompin Taman Negeri Perlis Bangunan M yang a menggunakan r warna alam k (%) a h 100 % 3 29 unit 100 % 3 18 unit 100 % 3 6.5.4 Pemanfaatan Teknologi Pada Bangunan Ada dua kriteria yang akan dinilai pada pemanfaatan teknologi pada bangunan iaitu : x Kitar semula tenaga x Penjimatan tenaga dan pengunaan teknologi sederhana 6.5.4.1 Kitar Semula Tenaga Pemanfaatan dan penggunaan tenaga matahari dan pengolahan kembali air hujan untuk keperluan bangunan merupakan salah satu piawaian di dalam membina bangunan di kawasan lindungan. Tenaga matahari dapat diolah menjadi bekalan 164 elektrik manakala air hujan dapat diolah kembali untuk keperluan pelancong demi menghindari penggunaan sumberjaya semulajadi secara berlebihan. Melihat daripada keadaan kawasan yang beriklim tropika, dimana perubahan musim dua kali iaitu musim panas dan musim hujan, penerapan kedua prinsip ini tidaklah memungkinkan jika ianya tidak dikombinasikan dengan penggunaan mesin genset untuk cadangan bekalan elektrik dan pemanfaatan sumberjaya air disekitar kawasan untuk cadangan bekalan air. Pada musim panas bekalan elekrik diperolehi dari pengubahan tenaga matahari menjadi tenaga elektrik, akan tetapi pada musim hujan cara ini akan sulit untuk diterapkan kerana sinar matahari tidak mencukupi, barulah menggunakan cadangan elektrik dari mesin genset. Untuk bekalan air, pada musim hujan dapat menggunakan air hujan untuk keperluan bangunan manakala pada musim panas menggunakan bekalan air dari alam sekitar. Cara ini boleh menjimatkan pemakaian dan perawatan akan sumberjaya semulajadi yang sediaada di kawasan. Pemberian markah didasari pada : x Markah 3 diberikan pada kawasan yang telah mengamalkan kombinasi antara pemanfaatan tenaga matahari dan penggunaan mesin genset untuk bekalan elektrik serta pengolahan air hujan dan pemanfaatan sumberjaya air di dalam kawasan untuk bekalan air x Markah 2 diberikan pada kawasan yang telah ada usaha untuk memanfaatkan tenaga matahari dan air hujan untuk keperluan bangunannya seperti pembuatan tangki penampungan air hujan . 165 Markah 1 diberikan pada kawasan yang hanya mengunakan mesin x genset untuk bekalan elektrik serta memanfaatkan sumberjaya air yang sediaada di dalam kawasan. Kombinasi antara pemanfaatan tenaga matahari dan penggunaan mesin genset serta kombinasi pengolahan air hujan dan pemanfaatan sumberjaya air belumlah diamalkan pada Taman Negara Pahang, Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis. Bangunan di ketiga-tiga kawasan ini masih menggunakan bekalan elektrik dari mesin genset manakala untuk bekalan air didapati daripada sumber air dari kawasan sekitar. Pada kawasan juga ditemui tidak adanya usaha untuk memanfaatkan sumberjaya matahari dan air hujan untuk keperluan bangunan seperti pembuatan tangki penampungan air hujan untuk cadangan bekalan air. Dengan demikian pembangunan yang dilakukan selama ini masih belum berkesan (lihat Jadual 6.20). Jadual 6.20. Penilaian pada Kriteria Kitar Semula Tenaga Kawasan Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-Rompin Taman Negeri Perlis Kombinasi dalam penyedian bekalan elekrik dan air Telah ada usaha untuk memanfaatkan tenaga matahari dan air hujan Menggunakan mesin genset dan mengambil bekalan air dari semberjaya di dalam kawasan - - ¥ M a r k a h 1 - - ¥ 1 - - ¥ 1 Note (¥ ) Ada pada kawasan. ( - ) Tidak ada pada kawasan 166 6.5.4.2 Penjimatan Tenaga dan Pengunaan Teknologi Sederhana Prinsip dasar yang dipakai dalam kriteria ini adalah : x Penggunaan lampu pijar berkuasa rendah pada bangunan x Menghindari pengunaan penghawa dingin dan kipas angin pada bangunan x Sensor mematikan lampu secara otomatik Dengan mengamalkan ketiga prinsip ini, maka akan dapat menjimatkan penggunaan tenaga elektrik dan kos operasi akan menjadi rendah. Sebagai contoh pemasangan sensor mematikan lampu secara otomatik dimana lampu dalam ruangan akan terpadan secara otomatik jika ruangan dalam keadaan kosong walaupun pelancong lupa mematikan lampu ketika meninggalkan ruangan. Bandingkan jika tidak menggunakan alat ini, dimana pelancong lupa untuk mematikan lampu ketika keluar dari ruangan tentulah lampu akan tetap menyala dan ini merupakan pembaziran terhadap penggunaan tenaga. Bayangkan jika menggunakan bekalan elektrik dari penjana berenjin diesel, tentulah kos operasi akan menjadi tinggi kerana penyediaan minyak diesel semakin bertambah. Didapati pada kawasan kajian, prinsip seperti ini belum lagi diamalkan pada bangunan (lihat Jadual 6.21), dimana semua kawasan baru mengamalkan prinsip yang pertama iaitu penggunaan lampu pijar berkuasa rendah untuk pencahayaan di dalam ruangan, manakala prinsip tidak menggunakan penghawa dingin dan penggunaan sensor mematikan lampu secara otomatik belum lagi diterapkan. Penggunaan ketiga-tiga prinsip ini dapat meminimakan penggunaan tenaga, dimana penjimatan tenaga merupakan salah satu hal yang sangat mustahak dalam pembangunan di kawasan lindungan. Ini juga menunjukkan bahawa pembangunan di 167 ketiga-tiga kawasan adalah kurang berkesan sekiranya ditinjau dari kriteria penjimatan penggunaan tenaga pada bangunan Jadual 6.21. Pengamalan Prinsip-prinsip Penjimatan Tenaga dan Penggunaan Teknologi Sederhana pada Bangunan Prinsip-prinsip penjimatan tenaga dan pengunaan Prinsip-prinsip penjimatan tenaga dan pengunaan teknogi sederhana pada bangunan teknogi sederhana pada bangunan Penggunaan lampu pijar berkuasa rendah pada bangunan Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-Rompin Taman Negeri Perlis M a r k a h Menghindari penggunaan penghawa dingin dan kipas angin pada bangunan Sensor mematikan lampu secara otomatik X - - 1 X - - 1 X - - 1 Nota ( x ) telah diamalkan ( - ) belum diamalkan 6.5.5 Rekabentuk dan Kemasan Bangunan Penilaian pada Rekabentuk dan kemasan bangunan dibahagikan pada dua elemen kriteria iaitu : x Persepaduan warna bangunan dengan persekitaran x Kemasan akhir bangunan 168 6.5.5.1 Persepaduan Warna Bangunan Dengan Persekitarannya Penilaian ini meliputi keseluruhan warna bangunan mulai daripada atap, dinding, bingkai tingkap dan elemen lain. Sedangkan warna yang memberi kesan persepaduan dengan persekitaran adalah warna hijau dan coklat. Dilihat dari warna yang digunakan pada bangunan penginapan di Taman Negeri Perlis menunjukkan perpaduan warna yang baik antara bangunan dengan lingkungannya, mulai dari warna atap bangunan, dinding, serta elemen lain. Ini juga berlaku di Taman Negara Pahang. Manakala di Taman Negara Endau-Rompin, penggunaan warna pada sebahagian bangunan kelihatan kurang memuaskan kerana elemen bangunan yang menggunakan warna selain warna hijau dan coklat seperti yang dapat di lihat pada bangunan kotej keluarga dan kotej V.I.P. (lihat Gambar 6.2) Dari huraian diatas serta tinjauan lapangan yang dilakukan pengkaji, maka markah yang deberikan untuk kriteria persepaduan warna bangunan dengan persekitarannya adalah : x Taman Negara Pahang dan Taman Negeri Perlis adalah 3 markah x Taman Negara Endau-Rompin memperolehi 2 markah. 169 1. Taman Negeri Perlis 2.Taman Negara Pahang 3. Taman Negara Endau-Rompin Gambar 6.2 : Pemilihan Warna Bangunan (1)Taman Negeri Perlis dan (2) Taman Negara Pahang telah berkesan. (3) Taman Negara Endau-Rompin tahap menengah. Sumber :Kajian Lapangan, 2004 6.5.5.2 Rekabentuk dan Kemasan Akhir Bangunan Dilihat dari segi rekabentuk dan kemasan pada bangunan penginapan yang ada di Taman Negara Pahang, Taman Negara Endau-Rompin mahupun di kawasan Taman Negeri Perlis, masih belum lagi menunjukkan ciri tersendiri dari bangunan yang sememangnya diperuntukkan khas untuk kawasan lindungan. Ini mungkin disebabkan rekabentuk penginapan yang ada pada ketiga-tiga kawasan ini masih boleh kita jumpai di daerah-daerah yang bukan berada di dalam kawasan lindungan Semestinya fasiliti penginapan yang berada pada kawasan Taman Negeri Perlis, Taman Negara Pahang, dan Taman Negara Endau-Rompin harus mempunyai ciri khas dan imej tersendiri, di mana pelawat yang datang mempunyai kesan serta persepsi tersendiri terhadap bangunan. Maka daripada itu pengkaji memberikan 2 markah pada ketiga-tiga kawasan tersebut 170 6.6 Penilaian Secara Keseluruhan Seperti yang telah dihuraikan pada bab III, dimana markah yang telah diberikan pada setiap kriteria penilai akan dihuraikan dan dijumlahkan secara keseluruhan. Penghuraian dan penjumlahan markah secara keseluruhan dimaksudkan untuk mencari dan menyimpulkan, pembangunan di kawasan mana yang paling baik diantara tiga kawasan kajian ini. Alternatif terpilih nantinya akan dihuraikan lagi, untuk membuktikan adakah pembangunan ini merupakan pembangunan yang telah mengamalkan prinsip dan piawaian sebenarnya ataupun sebaliknya. 6.6.1. Penilaian Terhadap Perancangan Tapak dan Perancangan Bangunan. Dari enam kriteria penilaian untuk perancangan tapak, markah tertinggi di perolehi oleh Taman Negara Pahang iaitu 15 markah, sedangkan Taman Negara Endau-Rompin memperolehi 13 markah sama dengan yang diperolehi oleh Taman Negeri Perlis, dengan perincian seperti pada Jadual 6.22. Dalam penilaian perancangan tapak, Taman Negara Pahang lebih baik jika dibandingkan dengan Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negari Perlis . Untuk perancangan bangunan, ada 14 kriteria penilaian dimana Taman Negeri Perlis memperolehi markah tertinggi iaitu 25 markah, Sedangkan Taman Negara Pahang hanya mendapatkan markah 24 dan Taman Negara Endau-Rompin memperolehi markah paling rendah iaitu 21 (lihat Jadual 6.23). Ini menggambarkan sekiranya ditinjau dari segi perancangan bangunan, pembangunan di Taman Negeri Perlis lebih banyak mengamalkan prinsip dan piawaian pembangunan. 171 Hasil penilaian secara keseluruhan terhadap perancangan tapak dan perancangan bangunan yang melibatkan 20 kriteria penilai, didapati Taman Negara Pahang memperolehi markah tertinggi iaitu 39 markah, berbanding Taman Negara Endau-Rompin yang hanya memperolehi 34 markah dan Taman Negeri Perlis memperolehi 38 markah (lihat Jadual 6.24). Jika merujuk kepada hasil nilaian keseluruhan, Pembangunan yang dilakukan di Taman Negara Pahang merupakan yang terbaik dibandingkan dengan 2 kawasan lainnya. .. 1 1 1 1 1 3 Impak daripada pembangunan Nota : Angka 3 : Tahap keberkesanan (baik) Angka 2 : Tahap menengah Angka 1 : Tidak berkesan (belum mengamalkan) Taman Negeri Perlis Taman Negara EndauRompin Taman Negara Pahang Amalan Pada Kawasan Kajian Jumlah Kecil 2 2 4 1 1 1 Alam sebagai pola perancangan Konsep Pembangunan tapak 3 3 3 Interaksi Dengan Persekitaran Persekitaran yang sensitif Mengelakkan bahaya persekitaran Perancangan Tapak Jumlah Kecil 4 4 4 Kepadatan Bangunan 3 3 3 Landskap 3 3 3 Pengagihan Dan Fokus Daya Tarikan Kriteria 1 1 1 Jarak antara bangunan Jadual 6.22. Markah Keseluruhan Dalam Perancangan Tapak Jumlah Kecil 7 7 7 13 13 15 Jumlah Besar 172 Senibina Vernakular 2 1 2 Konsep Eko-senibina 1 1 1 Senibina Organik 2 1 2 Bentuk Senibina 2 1 1 Jumlah Kecil 7 4 6 2 2 2 Penggabungan dengan lingkungan Nota : Angka 3 : Tahap keberkesanan (baik) Angka 2 : Tahap menengah Angka 1 : Tidak berkesan (belum mengamalkan) Taman Negara Pahang Taman Negara Edau-Rompin Taman Negari Perlis Amalan Pada Kawasan Kajian Bentuk atap 3 3 3 Penggunaan bahan binaan 2 2 2 Jumlah Kecil 7 7 7 1 1 1 Pengudaraan Elemen Bangunan 3 3 3 Warna Atap bangunan Reka Bentuk / Senibina Bangunan Pemanfaatan Teknologi 1 1 1 Kitar Semula Tenaga Konsep Bangunan 1 1 1 Penjimatan Tenaga dan penggunaan teknologi sederhana Kriteria Jumlah Kecil 6 6 6 Rekabentuk dan kemasan 3 2 3 Persepaduan warna dengan lingkungan Perancangan Bangunan 2 2 2 Rekabentuk Akhir bangunan Jadual 6.23. Markah Keseluruhan Dalam Perancangan Bangunan Jumlah Kecil 5 4 5 25 21 24 Jumlah Besar 173 4 4 4 Sensitif persekitaran 4 2 2 Kawasan Kajian Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-rompin Taman Negeri Perlis Amalan Pada Konsep pembangunan tapak Tapak 7 7 7 Landkap 13 13 15 Perancangan Bangunan Kriteria Konsep bangunan 7 4 6 Reka bentuk/senibina bangunan 7 7 7 4 4 4 Elemen pembentuk bangunan Perancangan Jumlah Kecil Penilaian Kriteria Secara Keseluruhan. 2 2 2 Pemamfaatan tekologi Jadual 6.24. Rekabentuk dan kemasan bangunan 5 4 5 Jumlah Kecil 25 21 24 38 34 39 Jumlah Besar 174 175 6.6.2. Pengukuran Hasil Penilaian Dengan merujuk kepada apa yang telah dihuraikan oleh Martin (1998) dan Stewart (2001) pada bab III, dimana pengukuran terhadap alternatif terpilih (Taman Negara Pahang) dapat dilakukan dengan cara mengira seberapa besar peratusan kriteria penilai yang memiliki markah teringgi. Dari 20 kriteria penilaian, Taman Negara Pahang hanya mempunyai 7 kriteria penilaian yang berada pada taraf berkesan, sedangkan 5 kriteria penilaian yang lain berada pada taraf biasa sahaja dan 8 kriteria berada pada taraf kurang berkesan. Jika dikira secara peratusan, kriteria penilaian yang berkesan hanya sebesar 35 % (lihat Jadual 6.25). Jadual 6.25 Peratusan Pengamalan Kriteria yang Berkesan Kawasan Taman Negara Pahang Taman Negara Endau-Rompin Taman Negeri Perlis Tidak Berkesan 7 kriteria Taraf biasa sahaja 5 kriteria 8 kriteria Peratusan Kriteria berkesan 35 % 20 kriteria 6 kriteria 3 kriteria 11 kriteria 30 % 20 kriteria 5 kriteria 7 kriteria 8 kriteria 25 % Bilangan Kriteria Penilaian 20 kriteria Berkesan Dari jadual 6.24 dan 6.25 dapat disimpulkan, pembangunan di Taman Negara Pahang belum sepenuhnya mengamalkan prinsip dan piawaian pembangunan yang sebenarnya. 176 6.7. Rumusan Dari hasil penilaian secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa Taman Negara Pahang memperolehi markah tertinggi. Maknanya, pembangunan yang dilaksanakan pada kawasan ini adalah yang terbaik dibandingkan dengan Taman Negara Endau-Rompin dan Taman Negeri Perlis. Akan tetapi, dari hasil pengukuran terhadap taraf keberkesanan pelaksanaan pembangunan didapati bahawa, pembangunan yang dilakukan pada kawasan ini masih berada pada taraf yang tidak berkesan. Dengan kata lain, pembangunan dikawasan ini belumlah melaksanakan dan mengamalkan prinsip dan piawaian pembangunan yang sebenarnya. Secara am, pembangunan di ketiga-tiga kawasan memanglah belum dapat memberikan keberkesanan dan kemapanan sekiranya ditinjau dari segi kesepaduan bangunan dengan lingkungannya. Tetapi, apa yang berlaku di Taman Negara Pahang setidaknya telah dapat memberikan gambaran bagaimana pengamalan daripada prinsip-prinsip dan piawaian pembangunan penginapan pada kawasan lindungan di Malaysia . dalam penyediaan kemudahan BAB VII PERBINCANGAN DAN CADANGAN KAJIAN 7.1. Pendahuluan Bab VII ini mengandungi penemuan kajian secara keseluruan yang meliputi proses pembangunan, mulai daripada perancangan, pengurusan dan pelaksanaan terhadap pembangunan yang telah dilaksanakan. Didapati pembangunan yang dilakukan selama ini masih sangat jauh daripada keberkesanan dan kemapanan kerana terdapat kesilapan pada proses pelaksanaan. Selain itu, bab ini juga akan menghuraikan cadangan-cadangan dari pengkaji berkenaan dengan prinsip-prinsip dan asas-asas yang boleh diamalkan dalam pembangunan kemudahan penginapan di kawasan lindungan khasnya di Malaysia, untuk mewujudkan sebuah pembangunan yang memiliki kemapanan dilihat dari segi kesepaduan bangunan dengan lingkungan persekitaran. Pada bahagian akhir bab ini, akan membincangkan kajian lanjutan yang dapat dilakukan oleh pengkaji lain untuk lebih menyempurnakan kajian ini. 178 7.2. Perancangan, Pengurusan dan Pelaksanaan Dari hasil analisis dapat disimpulkan bahawa secara am pembangunan fasiliti penginapan di dalam kawasan lindungan yang selama ini dilakukan di Malaysia masih jauh daripada apa yang dikatakan dengan pembangunan yang berkesan dan mapan. Hal ini disebabkan proses pelaksanaan yang tidak mengikuti prinsip dan piawaian yang telah ditetapkan, kerana kalaulah ditinjau daripada dasar-dasar dan piawaian pembangunan tiadalah sebarang kesilapan. Rajah 7.1 menghuraikan proses perancangan, pengurusan dan pelaksanaan pembangunan pada kawasan kajian. Rajah 7.1. Perancangan, Pengurusan dan Pelaksanaan Kementerian Pelancongan Malaysia Dasar-dasar dan piawaian pembangunan NTP (1992) dan NEP (1996) Pengurusan Jabatan PERHILITAN Jabatan Perhutanan JNPC Pelaksanaan JKR (Jabatan Kerja Raya) Piawaian bangunan am di Malaysia Agensi-Agensi Swasta (Mutiara Taman Negara Resort) Pengamalan oleh pelaksana pembangunan P I A W A I A N P E M B A G U N A N 179 Rajah 7.1 menunjukkan dimana Kementerian Pelancongan Malaysia telahpun mengeluarkan NTP (1992) dan NEP (1996) yang menjadi dasar dan panduan untuk pembangunan di kawasan lindungan (lihat juga lampiran 2). Sedangkan untuk pengurusan, kawasan ini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan, Jabatan Perhilitan dan JNPC yang telah mempunyai kepakaran dalam hal pengurusan kawasan lindungan. Manakala pada pelaksanaan pembangunan melibatkan JKR, Mutiara Taman Negara Resort dan kontraktor yang dilantik oleh JNPC. 7.2.1. Penyediaan dan Kelulusan Pelan Pembangunan Untuk pembangunan di Taman Negara Pahang pelan-pelan pembangunan disediakan oleh Jabatan Perhilitan dan kelulusan pelan ini dibuat oleh Unit Perancangan Ekonomi Jabatan Perdana Menteri. Pelan pembangunan yang disediakan hanya mengenai peruntukan kawasan yang akan dibangunkan dan fasiliti apa sahaja yang diperlukan. Sedangkan untuk pelaksanaan projek yang meliputi pelan perancangan bangunan seperti rekabentuk bangunan, pengunaan bahan, piawaian yang digunakan dan lain sebagainya disediakan dan diluluskan oleh JKR. Di Taman Negeri Perlis, pelan pembangunan secara am disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Perlis melalui persetujuan dari pihak Kerajaan Negeri Perlis. Manakala pelan perancangan bangunan disediakan dan diluluskan oleh JKR cawangan Negeri Perlis. Begitu juga dengan Taman Negara Endau-Rompin, dimana pelan pembangunan disediakan oleh JNPC dan diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor, sedangkan yang membuat kelulusan akan pelan perancangan bangunan dibuat oleh JKR. 180 Dari huraian di atas dapatlah disimpulkan bahawasanya kelulusan pelan perancangan bangunan bagi pembangunan fasiliti dalam kawasan lindungan diluluskan oleh JKR. 7.2.2. Pengamalan Piawaian dalam Pelaksanaan Pembangunan Agensi yang terlibat secara langsung dalam proses pelaksanaan pembangunan adalah JKR, Mutiara Taman Negara Resort dan kontraktor yang dilantik oleh JNPC. Dibahagian inilah dapat dilihat bagaimana pengamalan daripada dasar-dasar dan piawaian pembangunan serta pada tahap inilah penentuan hasil pembangunan yang dilakukan adakah ianya akan berkesan ataupun sebaliknya. Dari hasil kajian lapangan, pembahasan dan analisis yang telah dilakukan pada bahagian sebelumnya didapati bahawasanya pembangunan yang dilakukan di kawasan kajian masih jauh daripada apa yang dikatakan dengan pembangunan yang berkesan dan memiliki kemapanan. Kenyataan ini juga diperkukuh oleh hasil temu bual dangan Dr. Ebil Bin Musa (Ketua Penolong Pengarah di Ibu Pejabat Jabatan Perhilitan Kuala Lumpur), dimana beliau mengatakan : x Kebanyakan fasiliti yang ada sekarang ini, meniru kepada fasiliti yang ada di negara lain tanpa terlebih dahulu adanya penyesuaian dengan keadaan kawasan. x Terlalu banyak rekabentuk bangunan dalam kawasan lindungan, hingganya fasiliti yang ada tidak mampu melahirkan suatu ciri khas atau imej tersendiri. 181 7.3. Implementasi Antara Teori dan Amalan Secara prinsipnya bangunan yang dibina pada kawasan lindungan mestilah memiliki tiga unsur utama iaitu : kesederhanaan, keselesaan, dan keamanan, di mana pada akhirnya ketiga unsur ini akan dapat menciptakan imej khusus pada bangunan. Ketiga unsur utama ini boleh didapati melalui pembangunan yang telah mengamalkan prinsip dan piawaian pembangunan sebenarnya. Dari hasil analisis dan penilaian yang dilakukan pada ketiga kawasan kajian, dimana didapati banyaknya prinsip-prinsip dan piawaian yang belum diamalkan dalam pembangunan kemudahan penginapan pada kawasan lindungan di Malaysia. Hal ini dapat memberikan gambaran kepada kita wujud percanggahan yang sangat jelas antara teori dengan pengamalannya baik ditinjau dari segi konsep bangunan, mahupun perancangan tapak kawasan. Untuk lebih jelas lihat rajah 7.2 dan 7.3. Dari rajah ini juga boleh dilihat bahawa wujud perbezaan antara pengamalan prinsip dan praktis dalam pelaksanaan pembangunan di kawasan lindungan. Sumber : Kajian Pengkaji (2005) Bentuk Senibina Penyesuaian dengan keadaan sekitarnya Senibina Vernakular Kecenderungan untuk penggunaan elemen bangunan tradisional Senibina Organik mempunyai keseimbangan dengan persekitarannya Eko-senibina memperlihatkan keselarasan antara bangunan dengan alam sekitarnya Ciri-ciri Bangunan Keselesaan Diperolehi secara semulajadi melalui rekabentuk bangunan yang memanfaat sumberjaya yang sedia ada tanpa penggunaan alat/teknologi yang boleh membahayakan lingkungan dan kesihatan Keselamatan Menghindari dari gangguan haiwan mahupun bencana alam. Diperolehi melalui penyesuaian rancangan dengan karakter persekitarannya Kesederhanaan Rekabentuk bangunan yang disesuaikan dengan kawasan dan lingkungannya Pembentukan Imej Konsep Perancangan Bangunan Konsep Pembangunan Rajah 7.2 Konsep Perancangan Dalam Kawasan Lindungan Perhubungan Antara Bangunan pengumpulan dan hubungan antara bangunan tergantung kepada keadaan tapak, kepadatan dan ciri pembangunan yang diinginkan Pengagihan Bangunan Tataletak dan susun atur bangunan yang dibahagikan pada zon-zon, dirancang untuk memberikan kesan dan pemandangan yang menarik Zon bangunan Konsep Perancangan Tapak 182 Sumber : Kajian Pengkaji (2005) Didapati secara semulajadi melalui pembuatan pengudaraan silang (semulajadi) dengan memanfaatkan angin sebagai unsur utama untuk pengaliran udara dan pengudaraan ruangan serta merekabentuk tingkap sedemikian rupa sehingga sinar matahari dapat digunakan untuk pencahayaan ruangan. Kesan kesederhanaan perancangan pembangunan boleh dilihat dari pelbagai aspek seperti : rekabentuk bangunan, pemanfaatan teknologi pada bangunan, keseimbangan dengan alam dan sebagainya. Keselesaan Kesederhanaan Ciri-ciri Pengagihan Bangunan Tataletak dan susun atur bangunan yang dibahagikan pada zon-zon, dirancang untuk memberikan kesan dan pemandangan yang menarik Menjadikan alam sebagai pola perancangan, akan menghasilkan rekabentuk bangunan yang memiliki karakter tersendiri yang pada akhirnya akan menghasilkan imej khusus, dimana kewujudannya telah dapat memberikan gambaran dan keadaan lingkungannya. Tema Prinsip Rajah 7.3. Perbezaan Dalam Mengimplementasikan Antara Prinsip dan Amalan Kecenderungan menggunakan pengudaraan buatan (penghawa dingin) untuk pengaliran udara dalam ruangan, yang memberi impak terhadap kesihatan dan lingkungan sekitarnya. Belum lagi sepenuhnya mengamalkan dan menerapkan prinsip kesederhanaan dalam pembangunan yang mereka lakukan. Contoh belum wujud kitar semula untuk tenaga matahari dan air untuk keperluan bangunan. Reka bentuk bangunan yang tidak dapat dan belum boleh mencipta karakter tersendiri kerana ia tidak boleh menggambarkan keadaan sekitarnya. Bangunan terkesan hanya sebagai pelengkap untuk sebuah destinasi pelancongan. Pembahagian zon dan pengagihan bangunan disesuaikan dengan keadaan kawasan yang kadangkala tidak mengikuti piawaian yang telah ditetapkan. Amalan/Realiti 183 184 7.4. Cadangan Kajian Seperti yang telah dihuraikan pada bab I dimana kajian ini bertujuan untuk membentuk prisip-prinsip yang bersesuaian bagi pembangunan fasiliti penginapan pada kawasan lindungan di Malaysia. Dilihat daripada hasil analisis dan dapatan kajian, dimana pembangunan pada kawasan lindungan yang dilaksanakan di Malaysia belumlah mengikuti dan mengamalkan prinsip-prinsip pembangunan sebenarnya. Hal ini juga dibuktikan dengan adanya percanggahan dalam mengimplementasikan prinsip dan praktik. Cadangan kajian ini akan menghuraikan prinsip-prinsip pembangunan yang mesti diamalkan dalam pembangunan di kawasan lindungan Malaysia khasnya pada kawasan kajian. selain itu, pengkaji juga memberikan contoh pengamalan prinsip-prinsip pada perancangan tapak dan perancangan bangunan. diharapkan nantinya cadangan kajian ini akan menjadi rujukan dan pertimbangan bagi pihak-pihak berkuasa dan yang terlibat dalam pembangunan di kawasan lindungan 7.4.1. Prinsip-prinsip Pembangunan di Kawasan Lindungan Dalam melaksanakan pembangunan di kawasan lindungan, ada beberapa prinsip yang mesti diamalkan untuk mewujudkan pembangunan yang bersepadu dengan lingkungannya. Pada dasarnya, prinsip-prinsip ini lebih menekankan kepada penjagaan lingkungan persekitaran dari sebarang impak negatif dari 185 pembangunan. Dangan kata lain, pembangunan yang dilakukan harus disesuaikan dengan keadaaan alam persekitaran bukanlah alam persekitaran yang mesti membuat penyesuaian dengan pembangunan. 7.4.1.1.Keseimbangan Perancangan dan Lingkungan Prinsip pertama yang mesti diamalkan dalam pembangunan kemudahan penginapan dalam kawasan lindungan di Malaysia adalah adanya keseimbangan perancangan dengan alam persekitaran. Prinsip ini lebih menekankan kepada bagaimana merancang bangunan yang boleh disatukan dengan keadaan sekitarnya, ini dapat diperolehi dengan memperhatikan orientasi bangunan, pengudaraan pada ruangan bangunan dan rekabentuk model tingkap dan atap bangunan. Keseimbangan perancangan dengan alam boleh didapati melalui : x Menghindari perletakan bangunan pada tapak yang terlindung dan kurang mendapat cahaya matahari seperti perletakan tapak dibawah dan dikelilingi pokok-pokok besar di kotej V.I.P di Taman Negeri Perlis dan Taman Negara Endau-Rompin. Perletakan bangunan yang seperti ini sangat tidak baik untuk pencahayaan dalam ruang bangunan baik waktu pagi mahupun petang. Sebaiknya tapak ditempatkan pada kawasan yang sedikit terbuka dan mendapat cahaya matahari. x Perlebaran ukuran tingkap bangunan merupakan salah satu alternatif untuk dapat memaksimakan pemanfaatan cahaya. Model tingkap yang lebar akan memberikan kebebasan kepada pelancong untuk menikmati keindahan alam persekitaran dari dalam bangunan, sehingga tercipta 186 apa yang dinamakan ``The best view in the building`` `atau pemandangan yang baik dari dalam bangunan. x Pembuatan pengudaraan semulajadi dalam bangunan. Pengudaraan yang dimaksudkan disini adalah penciptaan aliran udara dalam bangunan tanpa menggunakan penyejuk ruangan atau kipas. Lebih 90% bangunan di kawasan kajian mengunakan penyejuk ruangan dan kipas untuk pengaliran udara dalam ruangan. semestinya hal ini dapat dihindari jika aliran udara dalam ruangan baik. Ada beberapa alternatif yang boleh digunakan seperti pelebaran ukuran tingkap, memperbanyak lobang angin, susun atur bangunan yang tidak terlalu rapat dan sebagainya. x Rekabentuk bangunan yang meniru pada rekabentuk rumah masyarakat tempatan dapat dijadikan pertimbangan dalam perancangan bangunan untuk mewujudkan keseimbangan dengan alam sekitarnya. Keempat cara ini dapat diamalkan di dalam menciptakan perancangan penginapan dalam kawasan lindungan di Malaysia, untuk mencapai dan mewujudkan pelaksanaan prinsip yang pertama. 7.4.1.2.Berpandukan Pada Alam Dalam perancangan kemudahan penginapan di kawasan lindungan, tidak dapat dinafikan bahawa ada pengaruh kuat daripada alam terhadap bangunan. 187 Keadaan alam merupakan pertimbangan utama dalam prinsip ini. Maknanya, alam dijadikan sebagai unsur makro sedangkan bangunan merupakan unsur mikronya. Dimana unsur makro akan selalu mempengaruhi unsur mikronya (bentuk bangunan, bahan bangunan, susunatur bangunan, mahupun struktur bangunan). Pertimbangan terhadap keadaan alam persekitaran dalam melaksanakan pembangunan di kawasan lindungan akan menghasilkan pembangunan lebih berkesan dan tidak akan mengakibatkan sebarang impak negatif terhadap bangunan itu sendiri mahupun lingkungannya. Pembaikan yang perlu dilakukan dalam penyediaan kemudahan penginapan pada kawasan lindungan di Malaysia dengan memberikan perhatian lebih kepada penggunaan bahan bangunan. Masih banyak bangunan yang menggunakan bahan yang dapat menimbulkan kerosakan pada lingkungan sekitarnya seperti yang terdapat pada bangunan di kawasan Taman Negara EndauRompin dan Taman Negara Pahang, yang masih banyak menggunakan bahan konkrit (simen) dimana zat kimia daripada simen tersebut dapat mengakibatkan kerosakan terhadap lingkungan. Beberapa pertimbangan dalam mewujudkan pembangunan yang berpandukan pada alam semulajadi : x Pembangunan kemudahan penginapan harus berdasarkan pada keadaan lingkungan jangka panjang bukannya keadaan untuk jangka pendek. x Spesifikasi pembangunan sebaiknya menggambarkan perhatian terhadap lingkungan yang berkenaan dengan menggunakan bahan yang tidak berimpak negatif terhadap lingkungan seperti kayu, buluh, pokok palma dan lain sebagainya. 188 x Setiap perancangan yang dibuat hendaklah juga memperhatikan keadaan alam semulajadi agar tidak tercemar ataupun rosak. Secara keseluruhan, dalam merancang bangunan yang menjadikan alam sebagai panduan perancangannya dapat disimpulkan bahawa pembangunan yang dilakukan harus berorientasikan kepada alam semulajadi dengan menyesuaikan perancangan yang dilakukan selaras dengan keadaan tempatan. Selain itu, pembangunan yang dilakukan harus memperhitungkan keadaan jangka panjang bukan semata-mata hanya mempertimbangkan keadaan semasa sahaja sehingga pembangunan yang dilakukan dapat berkekalan. 7.4.1.3.Kitar Semula Tenaga. Pada masa ini dapat dikatakan bahawa, rintangan dan masalah yang banyak dihadapi perancang kemudahan penginapan di kawasan lindungan adalah mencari alternatif atau jalan dengan menggunakan teknologi baru seperti : x Penggunaan tenaga matahari untuk keperluan pencahayaan ruangan, Ini boleh dilakukan dengan mengubah tenaga matahari menjadi tenaga elektrik yang pada akhirnya akan berguna sebagai bekalan elektrik utama, sedangkan untuk bekalan elekrik cadangan digunakan generator. x Penyediaan keperluan air, boleh dilakukan dengan membuat takungan air utama untuk penampungan air hujan yang kemudian dialirkan ke bangunan disekitarnya. 189 Pemanfaatan kedua-dua teknologi adalah sangat baik sekali, dengan pertimbangan untuk penjagaan sumberjaya semulajadi, penggunaan teknologi ini tidak menimbulkan sebarang impak negatif dan kewujudan bangunan pada kawasan terpencil. Sudah tiba saatnya, dalam perancangan bangunan yang diperuntukkan pada kawasan lindungan di Malaysia khususnya ketiga kawasan kajian untuk mengamalkan cara-cara seperti ini ataupun mengkombinasikan dengan apa yang telah ada sekarang. Rekabentuk bangunan juga perlu disesuaikan untuk penerapan kedua teknologi ini. 7.4.1.4.Menciptakan Hubungan Bangunan Dengan Persekitaran Penggabungan bangunan dengan alam persekitaran memang sangat diperlukan untuk membuat hubungan yang baik antara bangunan dengan lingkungan alam sekitarnya. Beberapa penggabungan dapat diperolehi melalui senibina (sebagai contoh senibina vernakular), tetapi masih banyak lagi persoalan yang mesti diambil kira seperti skala, penjelasan dalam pelan utama, dan peraturan dari kerajaan tempatan. Terdapat beberapa cadangan yang dapat dilakukan untuk mewujudkan penggabungan bangunan dengan lingkungannya. x Membina bangunan yang memiliki karakter yang mesra alam (environmental friendly) dan tidak berlawanan dengan lingkungannya. x Memanfaatkan gaya senibina masyarakat tempatan sebagai acuan dalam pembangunan. Cara seperti ini telah banyak dilakukan dibeberapa kawasan lindungan seperti di Taman Negara Hwange 190 dimana mereka meniru rumah masyarakat tempatan untuk merancang kemudahan penginapannya. Usaha untuk mengamalkan prinsip ini telahpun bisa kita temui pada kawasan kajian seperti rekabentuk bangunan yang diusahakan untuk memiliki perpaduan dengan persekitarannya. Akan tetapi, masih ada bangunan yang dibina memiliki karakter berlawanan dengan lingkungan seperti sebahagian kecil fasiliti di Taman Negara Endau-Rompin, dimana warna bangunannya tidak selaras dengan warna persekitaran sehingganya bangunan terkesan berlawanan dengan lingkungan. 7.4.1.5.Interaksi Bangunan Dengan Persekitaran Bangunan yang berada pada kawasan lindungan sebaiknya berinteraksi langsung dengan alam persekitaran, kerana alam sekitarlah yang menjadi tarikan utama untuk pelancong pada kawasan disamping itu hal ini juga akan memudahkan pelancong mengenali tempat/kawasan tersebut. Banyak cara yang dilakukan untuk menciptakan kesan interaksi bangunan dengan alam persekitaran seperti perletakan bangunan pada sudut pandang yang baik. Untuk memperolehi sudut pandang yang baik dari bangunan, diperolehi dengan menghadapkan bangunan langsung kearah objek. Akan tetapi, jika hal ini tidak memungkinkan untuk dilakukan maka alternatif terbaiknya adalah merekabentuk bangunan dengan membuatkan balkoni pada sisi bangunan. Ini akan memberikan peluang kepada pelancong untuk dapat menikmati pemandangan 191 alam persekitaran secara leluasa dan akan memberi kesan adanya kedekatan dengan persekitaran. 7.4.1.6.Menciptakan Imej yang Interaktif Sekiranya boleh, cipta suatu tempat yang mempunyai ciri khas tersendiri, sehingga ianya akan mudah dapat diingat. Perkara seperti ini yang masih belum diperolehi pada fasiliti kemudahan dalam kawasan lindungan di Malaysia khasnya pada kawasan kajian, dimana mereka lebih cenderung untuk menyerahkan rekabentuk bangunan yang akan dibina mengikut keinginan daripada pelaksana fizikal atau pemaju sehingga bangunan yang dihasilkan tidak memiliki karakter dan imej khas. Untuk menciptakan karakter dan imej yang khas sebenar dapat diperolehi melalui cara-cara yang sederhana sekali iaitu : x Menggunakan sebaik-baiknya sumberjaya yang ada disekitarnya, menggunakan bahan tempatan, serta menggunakan teknik-teknik yang dibolehkan. x Membuat rekabentuk bangunan yang menggambarkan atau mencerminkan karakter utama dari suatu aktiviti misalnya, rekabentuk bangunan yang menggambarkan aktiviti lasak, berburu ataupun aktiviti-aktiviti lainnya. Dengan merekabentuk bangunan seperti ini, 192 akan memberikan kesan tersendiri terhadap pengunjung sehingga ianya mudah untuk ingat dan lebih menarik. 7.4.2. Pengamalan Prinsip-prinsip Pada Perancangan Tapak Untuk kawasan lindungan, pemaju harus benar-benar memilih kawasan yang paling aman dengan cara memilih kawasan yang agak lapang untuk menghindari daripada timpaan pokok dan gangguan daripada haiwan. Untuk menghasilkan perancangan tapak bangunan yang baik beberapa perkara mesti diperhatikan seperti kepadatan unit bangunan, ketinggian bangunan, jarak antara bangunan, nisbah kawasan lantai, dan litupan tapak. Selain hal diatas, didalam perancangan tapak bangunan dalam kawasan lindungan, hal yang paling utama diperhatikan adalah pembahagian zon yang diperuntukkan untuk bangunan. Pembahagian zon di kawasan, sebaiknya meliputi 4 zon seperti pada Gambar 7.1. x Zon I diperuntukkan untuk bangunan mahupun infrastruktur awam seperti pejabat, kafé, gerai, tempat letak kereta dan sebagainya. Zon I mesti berhampiran dengan akses masuk ke dalam kawasan dan mesti juga berhampiran dengan zon-zon lain agar mudah dalam pencapaiannya. x Zon II diperuntukkan untuk bangunan penginapan bagi pelancong yang datang secara kumpulan. Bangunan pada zon ini boleh diletakkan bersama akses utama ke kawasan, kerana pelancong yang datang secara 193 kumpulan biasanya adalah para penyelidik dan pelajar yang akan banyak melakukan aktiviti dan kurang mementingkan keadaan berahsia. Zon I Zon IV Zon II Zon III Gambar 7.1. x Contoh Pengimplementasian Pembahagian Zon untuk Bangunan di Kawasan Tapak. Zon III diperuntukkan bagi bangunan penginapan yang diperuntukkan untuk pelancong yang datang secara persendirian. x Zon IV diperuntukkan untuk bangunan penginapan pelancong yang datang secara keluarga. Perletakan untuk zon 3 dan 4 agak jauh dari akses utama ke kawasan dan dari bangunan yang terletak pada Zon I dan II, kerana orang yang datang persendirian mahupun keluarga secara batin lebih memerlukan keadaan berahsia. Pemisahan bangunan pada zon-zon yang telah ditentukan juga akan memudahkan dalam tataletak dan pengaturan bangunan pada kawasan. 194 7.4.3. Pengamalan Prinsip-prinsip Pada Perancangan Bangunan Pengamalan prinsip–prinsip pambangunan pada rancangan fasiliti penginapan mestilah disesuaikan dengan rekabentuk bangunan. Sebagai contoh bagaimana cara pengamalan prinsip-prinsip pembangunan pada rancangan bangunan lihat Gambar 7.2. menggunapakai bahan atap dengan syarat: 1. tidak menyilaukan 2. mempunyai ketahanan 3. jika memungkinkan guna bahan tradisional 4. warna mesti sesuai dengan lingkungan (prinsip no 1, 2,4 dan 6) Pembuatan kekisi untuk membantu pengudaraan dalam ruangan (prinsip 1 dan 4) Pembuatan Atap transparan untuk pencahayaan ruangan waktu siang. (prinsip no 1 dan 2) Tangki air untuk penampung air hujan bagi keperluan pengguna ( prinsip no 3) Plat untuk mengubah tenaga matahari (prinsip no.3) Balkoni bagi pengekalan sudut pandang (prinsip no 5) Memperlebar ukuran tingkap untuk: 1. Pencahayaan 2. pandangan pengunjung ( prinsip no 1 dan 5) Ventilasi untuk pengudaraan secara alami (prinsip no 1) Rekabentuk sederhana yang mengekalkan senibina rumah tradisional melayu (bentuk rumah panggung) dimana akan menciptakan imej tersendiri. (prinsip no 3 dan 6) Gambar 7.2. Contoh Pengamalan Prinsip pada Bangunan 195 7.4.4. Rekabentuk dan Senibina Bangunan Melihat kepada keadaan iklim, keadaan kawasan yang memiliki tingkat kelembapan udara yang sangat tinggi serta kesesuaian bentuk rancangan dengan keadaan lingkungan persekitaran, rekabentuk rumah bertiang merupakan alternatif yang sangat sesuai untuk kawasan lindungan yang sedia ada di Malaysia. Pertimbangan lain daripada pemilihan rekabentuk rumah tradisional Melayu juga didasari oleh kesesuaian daripada bentuk bangunan dengan teori dan prinsip-prinsip pembangunan dalam kawasan lindungan, dimana kebanyakkan daripada bangunan-bangunan tradisional memiliki kesesuaian dengan persekitarannya dimana penggunaan bahan bangunan yang terbuat daripada kayu, buluh dan bahan binaan semulajadi tiada impak kepada persekitaran. Rekabentuk bangunan yang meniru pada rekabentuk rumah tradisional Melayu merupakan alternatif yang sangat baik bagi melahirkan rancangan bangunan yang dapat menciptakan imej kesederhanaan, keselesaan, dan keselamatan. Selain itu, rekabentuk rumah Melayu juga akan memberikan ciri dan kesan yang tersendiri bagi pelancong yang datang berkunjung, contohnya rekabentuk bangunan rumah bertiang. Sila lihat Gambar 7.3 dan Lampiran I. 196 Gambar 7.3 Contoh Rekabentuk Penginapan di Kawasan Lindungan Malaysia dengan Konsep Vernakular 7.4.5. Utiliti Bangunan Utiliti pada bangunan yang sering menjadi permasalahan adalah : x Pengudaraan Dengan kondisi kelembapan yang cukup tinggi dan suhu yang sedang, maka sangatlah memungkinkan sekali untuk mewujudkan pengudaraan secara alami pada bangunan . Pengudaraan secara semulajadi bisa dilakukan dengan memperbanyak bukaan, memperbesar ukuran tingkap dan penerapan metode pembuatan lubang udara secara silang. 197 Penggunaan penyejuk ruangan hanya pada ruangan yang memerlukan sahaja seperti : gudang penyimpanan makanan. x Pengcahayaan Penerapan sistem pengcahayaan semulajadi pada bangunan akan menjimatkan penggunaan tenaga . Penggunaan lampu pijar rendah merupakan alternatif terakhir jika tidak memungkinkan untuk merekabentuk bangunan untuk mendapatkan pengcahayaan secara semulajadi. x Penyedian air bersih dan pengolahan air kumbahan Dalam penyediaan air bersih untuk keperluan pelancong diperolehi melalui pengolahan kembali air hujan dengan cara membuat tangki penampungan air yang diletakkan pada bahagian yang tinggi dari kawasan. Air akan diagihkan ke bangunan dengan menggunakan paippaip kecil yang ditanamkan di dalam tanah. Untuk cadangan air barulah menggunakan sumber air yang ada disekitar kawasan. Manakala untuk pengolahan air kumbahan dapat dilakukan dengan membuatkan sumur resapan pada setiap bangunan. Gambar 7.4 contoh sumur resapan air kumbahan. Paib saluran air Air kumbahan penyaringan Paib buangan Lapisan batu kerikil 20cm Lapisan ijuk 30cm Gambar 7.4 Contoh Sumur Resapan Lapisan pasir 20 cm 198 7.5. Kajian Lanjutan Isu dan ide yang cuba diangkat oleh tesis ini merupakan bahagian kecil dari sebuah kerangka besar pendekatan untuk mewujudkan pembangunan yang berkesan dan berkekalan dalam kawasan lindungan. Ia hanya melengkapi sebahagian kecil daripada prinsip-prinsip dan piawaian pembangunan di kawasan lindungan serta mencuba untuk membangkitkan kesedaran pihak-pihak yang terlibat dalam pelaksanaan pembangunan. Untuk melengkapi prinsip-prinsip pembangunan di kawasan lindungan menjadi lengkap, diperlukan lebih banyak kajian tentang pembangunan di kawasan lindungan lain seperti kawasan lindungan yang terletak di pulau (marine protected area). Tesis ini sendiri memerlukan pelengkapan dan kajian lanjutan terhadap isuisu utamanya seperti : x Keberkesanaan daripada pelaksanaan pembangunan fasiliti kemudahan di kawasan lindungan ditinjau dari segi keinginan dan minat pelancong yang datang. x Pengaruh perundangan yang sedia ada terhadap pelaksanaan pembangunan di kawasan lindungan dan peranan pihak-pihak berkaitan untuk mewujudkan pembangunan yang berkekalan. Oleh kerana itu, pengkaji lain dicadangkan melakukan kajian lanjutan dengan mengangkat isu-isu diatas sehingga ianya akan dapat melengkapi lagi kajian ini. 199 Senarai Rujukan Achille, M. (2000). Pugh Method or Decision-Matrix Method. Evaluation Matrix. Vol 112 (9). 24-32. Adams, C. (1995). Holistic Site Design. Paper presented at seminar, Ecolodge Planning and Sustainable Design, 10-12 July, St. John, U.S. Virgin Island : IEE, 67-78. Amsari, F (1981). Prinsip-prinsip Masalah Pencemaran Lingkungan. 2th ed. Jakarta : Air Langga. Anderson, B. (1992). Solar Building Aarchitecture. Cambridge, Mass : The MIT Pr. Anink, D & Boonstra, C. (1996). Handbook of Sustainable Building. London : James & James. Alexander, C. (1979). The Timeless Way of Building. 11th ed. New York : Oxford University Press. Arwed, T. (1992). Ecologis Planning. Braunschweig, Wiesbaden : Fried, Vieweg & sohn. Bailey, K D.(1978). Methods of Social Research. New York : Free pr. Baud, B., Manuel and Lawson, F. (1998). Tourism and Recreation Handbook of Planning and Design. Boston U.S, Architectural Press. 200 Beamiss (1987). Basic Design in Architecture. Zurich : ETH-GTA. Beda, G. and Szekeres, A. (1992). Thoughts on The Cherry Tree. In: Fischer, H. 2th ed. Arsitektur dan Lingkungan, Yogyakarta : Yayasan Karnisiu, 48-50. Bertha (1991). Design of Building. In : Arwed, T. ed. Ecologis Planning. Braunschweig, Wiesbaden : Fried, Vieweg & sohn.137-141 Blangy and Wood (1992). Tourism and Ecotourism. In: Butler, W. R, and Boyd, W. S. ed: Tourism and National Park : Issues and Implikations, England : Johs Wiley & Sons . LTD.102-109 Bodlender, J. (1991). Developing Tourism Destinations : Policies and Perspective Essex. England : Longman. Brayman (1989). Quantity and Quality in Social Research. London : Unwin Hyiman. Bruce, (1990). Techniques for Low-cost Help Building. New York : New American library. Burgess, R. A. (1982). Construction Projects : Their Financial Policy and Control. London : Construction Pr. Butler, W. R, and Boyd, W. S, (2000) . Tourism and National Park : Issues and Implikations, England : Johs Wiley & Sons . LTD. Camgeni, K. (1986). Baukonstruktionslerhe. In: Frick, H. and Pujo, L. ed: Ilmu Kontruksi Perlengkapan dan Utilitas Bagunan. Yogyakarta : Yayasan Karnisius.131-136. Ceballos-Lascurain, H, (1996). Tourism, Ecotourism, and Protected Areas : Switzerland : IUCN. 201 Chatani, M, Yagi, K, Mori, K, and Yamuguchi, H. (1981). Indoneshia Sulaweshi shima Sadan Toraja no shüraku to jükyo no keitai. Analyses of Toraja Settlements and Housing in Sulawesi island, Indonesia. Tokyo : Housing Architecture Research Institute. Clamp, H. (1982). Spon` Landscape Contract Handbook : 2nd ed : New York : E & FN SPON. Creswell, J. W. (1994). Research Design : Qualitative and Quantitative Approaches. London : Sage Publications. Cresswell, J. W. (2003). Research Design : Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches. 2th ed. London : Sage Publications. Curtis, and William, J. R. (1982). Modern Architecture since. News Jersey : Printice Hall, Incoporated. Dickson and David. (1978). Alternative Technologie. In: Direktorat Perumahan. ed: Rumah Sehat dalam Lingkungan Sehat. Jakarta : Air Langga. 170-172. Dinas Pariwisata Indonesia, (2001). Panduan Mengenai Tempat-tempat Wisata Alam di Indonesia. Jakarta : Gramedia. Doczi, G. (1994). The Power of Limits. Proportional Harmonies in Nature, Art, and Architecutre. Boston, London : Shambala, Dorward, M. (1990). Housing, architecture and iconography. In: Frick, H ed: Membangun dan Menghuni Rumah Dilereng. Seri Pengetahuan Lingkungan-Manusia-Bangunan 2. Yogyakarta : Kanisius. 52-54. Edington, G. (1986). Recreation and Accommodations. Concept and Design. New York : New American library. 202 Egenter, N. (1992). The Present Relevance of the Primitive in Architecture. Architecturel Anthtropology. Lausanne : Structura Mundi. Ernst, N. (1990). Architects` Data I. 2th ed. Braunschweig : Friedr, Vieweg & Sohn Verlagsgesellscaft mbH. Ernst, N. (1996). Architects` Data II. 2th ed. Braunschweig : Friedr, Vieweg & Sohn Verlagsgesellscaft mbH. Festinger, L. and Katz, D. (1953) . Research Methods In The Beharioural Sciences. Holt. London : Rinehart and Winston. Fischer, H. (1991). Arsitektur dan Lingkungan. 2th ed. Yogyakarta : Kanisius. Frick, H. and Suskiyatmo, B. (1998) Dasar-dasar Eco-arsitektur I. Yogyakarta : Karnisius. Frick , H. (1998). Seri II Arsitektur dan Lingkungan. Yogyakarta : Karnisius. Frick, H. dan Purwanto, LMF. (1998). Sistem Bentuk Struktur Bangunan. DasarDasar Konstruksi Dalam Arsitektur. Yogyakarta : Karnisius. Frick, H. and Koesmartadi Ch. (1999). Ilmu Bahan Bangunan, Eksploitasi, Pembuatan, Penggunaan dan Pembuangan. Yogyakarta : Karnisius. Frick, H. and Pujo, L. (2002). Ilmu Kontruksi Perlengkapan dan Utilitas Bagunan. Yogyakarta : Karnisius. Frick, H. (2003). Membangun dan Menghuni Rumah Dilereng. Seri Pengetahuan Lingkungan-Manusia-Bangunan 2. Yogyakarta : Kanisius. Fitestone, J. (1987). Research Methods. London : Sage Publications 203 Glesne, H. (1999). Qualitative and Quantitative Methods. In: Cresswell, J. W. ed. Research Design : Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches. 2th ed. London : Sage Publications. 69-75. Graw-hill, M. (2000). Resort Design : Planning, Architecture, and Interiors : New York U.S.A. Division of the McGraw-hill companies. Gunn, C. A. (1978). Tourism Planning : Basics, Concepts, and Cases. London : Taylor & Francis, publishers since. Gunn, C. A. (1997) . Vacationscape: Developing Tourist Areas”. 3th ed. London : Taylor & Francis, Publisher. Healy, L. (1992).Housing Planning. In. Pearson and David, G. T. ed. The Natural House Book. London : Gaia Books. 13-16. Hammer, S. (1990). The Dilemma of Qualitative Method. London : Herbert blumer and the chichago tradition. Hall, C. M. (2000) : Tourism Planning : Policies, Processes and Relationships. London : Pearson Education Limeted. Herliczek. (1996). Where Is EcoTourism Going. the amicus journal. vol 181 (1) : 31-34. Hughes and North. (1972). The Old Cottage Of Snowdonia . London : Gaia Book. Inskeep, E. (1991) . National and Regional Tourism Planning. U.S.A : Van nostrand reinhold. Inskeep, E. (1994) . National And Regional Tourism Planning : Methodologies And Case Studies. U.S.A : Van nostrand reinhold. 204 Taylor, J., Steven, and Bogdan, R. (1998).Quantitative Research Methods: A Guide Book and Resousrce. London : john wiley & sons, Inc. JKR (1998) : Laporan Cadangan Untuk Menyiapakan dan Membina Projek Pengembangan Konservasi Hidupan Liar dan Kesadaran Awam di Kuala Atok Pahang, Jilid I. document kontrak. Unpublished Report. Krusche, P. (1982). Ecologis Buillding. Wiesbaden, Berlin: Bauverlag. Kutay, F. (1989). National park . In: Ceballos-Lascurain, H, ed. Tourism, Ecotourism, and Protected Areas : Switzerland : IUCN.43-47 Lawson, F. R. (1992). Hotel and Resort Planning. Oxford : Architectural Press. Lawson, F. R. (1995 ). Hotel and Resort : Planning, Design and Refurbishment. Oxford : Architectural Press. Lee, T. (1976) . Psychology and The Environment . London : Methuen. Leverthold and Howart, J. (1984). Building and Landcape. München : Callwey Lippsmiler, G. (1997). Bangunan Tropis. 2th ed : Jakarta. Air langga. Lynch, K. (1984). Cottage and Resort. Planning and Design. New York : Oxpord University press Malaysian National Ecotourism Plan (1996) Pelan Ekopelancongan Kebangsaan Malaysia. Ringkasan Eksekutif. Petaling Jaya : WWF Malaysia Malaysian National Ecotourism Plan (1996). Petaling Jaya : WWF Malaysia. Mangunwijaya, (1988). Pengantar Fisika Bangunan. 3th ed. Jakarta : Djambatan 1988. 205 Marsal, C., and Robinson, G. B. (2001) Desingning Qualitatif Research. Newbury Park London and Newdehli, Sage Publications. Marson, J. (1996). Quantitative Methods. In: Taylor, J., Steven, and Bogdan, R. ed.Quantitative Research Methods: A Guide Book and Resousrce. London : john wiley & sons, Inc.85-88. Martin, S. C. (1998). The Evaluation Matrix .Business Solutions, The Positive Way All rights reserved. vol 161 (2). 21-39. Mathieson, A. and Geoffery, W. (1991). Pelancongan : Impak Ekonomi, Fisikal dan Sosial . Kuala lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka Kementrian Pendidikan Malaysia. McHarg, D. (1969). Hotel Planning. In: Lynih. ed. Cottage and Resort. Planning and Design. New York : Oxpord University press.56-57. Messac, A. (2000). Matrix Method. Engineering Design, A systematic Approach. London : Springer-Verlag Michael, L. and Torsten, K. (2003). Global Ecotourism Policies and Case Studies: Perspective and Constraints. London : Chanel view publication. Neil, R. (1992). Recreation Planning and Development. London : Macmillan Odum, E. P. (1994). Dasar-dasar Ekolog. 2th ed. Yogyakarta: Gajah Mada University Press. Page, J. S. (1995) : Urban Tourism . London and New York : Routledge Page J. S, and Getz . D (1999). The Business of Rural Tourism . London : An International Thamson Publishing Company. 206 Pearson and David. G T. (1992). Design for a Living Planet. Paper for the International Svedala Symposium on Ecological Design, 11-14 September, Budapest. ETH. 86-91. Pearson and David, G. T. (1994). The Natural House Book. London : Gaia Books. Peter and Bowen (1998) Climate Resposive Building. England : St,Gall. Reaves, C. C. (1992). Quantitative Research for The Behavioral Sciences. London : John Wiley & sons, inc. Reed, R. H. (1953). Design for Natural Ventilation in Hot Humid Weather. Texas : Penguin books. Richard, and Sharpley, J. (1998) : Rural Tourism An Introduction . London :An International Thamson Publishing Company. Ringo, C. B. & Anderson, B .R. (1992). Designing Floor Slabs on Grade. Step-byStep Procedures, Sample Solutions, and Commentary Addison. Boston : Aberdeen Group. Rosaleen, D. (2002). Too Far. Ecotourism, Politics, and Exploitation. London : Easthscan publications ltd. Rykwert, J. (1972). On Adam`s House in Paradise. The Idea of the Primitive Hut in Architectural History. New York : The Museum of Modern Art. Salim, S. (1987). Rumah Tropis. Seri Anatomi Struktur dan Bangunan. Jakarta : Air langga. Scheyvens ,R. (2000). Tourism For Development. London : pearson Education Limeted. 207 Scheyvens, R. (2002) : Tourism for Development : Empowering Communities. London : Pearson Education Limeted. Schwand (1989). Qualitative Methods. In: Cresswell, J. W. ed. Research Design : Qualitative, Quantitative and Mixed Methods Approaches. 2th ed. London : Sage Publications. 23-24. Schwanke, D. (1997). Resort Development Handbook. Washington : Urban Land Institute. Schmid, P. (1983) Bio-logis Architektur. 2th ed. Köln-Braunsfeld: Rudolf Müller, 1983. Schneider, R. (1981). Natural Building. Stuttgart: Institut für leichten Flächen tragwerke. Shuhana, Shamsuddin (1997) . Identity of Place : a case study of Kuantan town centre. University of Nottingham, Ph.D. Tesis. Simonds, J. O. (1985). Landscape Architecture. 2th ed. New York : McGraw-H. Silverman, D. (1993). Interpreting Qualitative Data : Methods for Analyzing Talk, Tex and Interaction. London : Sage publication. Sujono, M. (1985). Kamus Besar Bahasa Indonesia. 5th ed. Jakarta : Balai pustaka Stephen, J. P. and Don .G. (1991) : The Business of Rural Tourism. London : An International Thamson Publishing Company. Stewart. K. (2001). Design Methods Fact Shee. Weighted Objective Matrix Methods. London : Schooll of Engeneering And Advanced Tegnology. 208 Soegeng, (1985). Peran, Kesan dan Pesan Bentuk-Bentuk Arsitektur. Jakarta : Djembatan. Syamsul, A (1990). Data Arsitek Jilid I . 2th ed. Jakarta : Airlangga. Taylor, J., Steven, and Bogdan, R. (1998).Quantitative Research Methods: A Guide Book and Resousrce. London : john wiley & sons, Inc. Tajuddin, M. and Nangkula, U. (2003). Sejarah, Teori, dan Kritikan Seni bina. Johor Bahru : Universiti Teknologi Malaysia. TIES (1998). Definition and Ecotourism Principles. In: Regina, S. ed. Tourism For Development. London : Pearson Education Limeted. 123-134 Trancik, R. (1987). Finding Lost Space Theories of Urban Design. New York : Oxpord University press. United Nations (WTO) (2003): Report of the Economic and Social Council : Assessment of The Results Achieved in Realizing Aims and Objectives of The International Year of Ecotourism. Madrid : IYE.17-21 User, J. (1996). Research Methods. In: Marsal, C and Robinson, G.B, ed: Desingning Qualitatif Research. Newbury Park London and Newdehli, Sage Publications. 72-75. Vale, Brenda, and Rober. (1996) Green Arscitecture. : Design For a Sustainable Future. London : Thames and Hodson ltd. Walter, G. (1987). Design in Architecture . Köln : Rudolf müler. Weaver, D. B. (1998). Ecotourism In The Less Developed World. London : cab international 209 Weber, R. P. (1985). Basic Content Analysis. Beverly Hills, Calif : Sage Pub. Wilson, F. (1984). A graphic Survey of Perception and Behavior for The Design Professions. New york : Van Nostrand Reinhold. Worskett (1969). The Character Of Towns. London : Architekturar Press. Wright, F. L. (1954). The Natural House. New York : New Tork Horison Press. Wright, F. L. (1957) Truth Against the World. New York : A Wiley-interscience publication. Wright (1993). Ecotourism, Ethics or Eco-sell. London : Pearson educations limited. World Tourism Organitation (2004): Tourism Highlights Editions 2004. Madrid : IYE, Facts & Figures Zucker, W. (1983). The Image and Imagination of The Architect. In Via 6, Architecture and Visual Perception, eds Read and Doo. Cambridge : MA: MIT Press. Laman Web http://www.ecotourism.org http://www.ecotourism.org.com http://www.indian-wildlife.com http://www. journeymart.com http://www.mocat.org.my 210 http://www.thompsonssa.co.za http://www.tnks.com http://www.wildlife.gov.my http://www.wildlifeafrica.co.za http://www.wildlifeinindia.com http://www.wildlywise.com 211 Lampiran A Senarai Singkatan ECA : Eviroment Council Of Alberta JKR : Jabatan Kerja Raya JNPC : Johor National Park Corporation NEP : National Ecotourism Plan NTP : National Tourism Policy PERHILITAN : Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara PTNJ : Penguasa Taman Negara Johor RM : Ringgit Malaysia RMK 8 : Rancangan Malaysia Ke Delapan TIES : The International Ecotourism Society WTO : Word Tourism Organisasion 212 Lampiran B Senarai Nama-Nama yang Terlibat Dalam Sesisi Temubual Sesisi temubual dilakukan Jawatan dengan : Jabatan Kerja Raya Pengarah Kanan x Dr. Amir Hamzah cawangan Arkitek Cawagan x Nur Haizi binti Abdul Pengarah Bangunan am Hai Jabatan Perhilitan Pengarah Ekox Puan Hajah Khairiah Pelancongan Mohd Shariff : Penolong Pengarah x En. Rahmat Topani : Kanan Ketua Penolong x Dr. Ebil b` musa : Pengarah x x x x x x x x x x x x x no tlp/email 03-26165025 03-27715200 Rahmat@wild life.gov.my ebil@wild life.gov.my Besar bin Pengurus Majelis Tindakan Pelancongan Negri Perlis Kakitangan Ibu Pejabat Pelancongan Negri Perlis Ibu pejabat Taman Negara Johor 07-2242525 En. Hasnizam b` Penolong Pengarah Hamzah Pembantu Takbir Kahairunizam b` Nasa Juru Teknik Qamzalhafis Yahya Penguasa Taman Negara Johor Pegawai Pemelihara Aziz_m.top@johorpark.com En. Abdul Aziz M.Top Hutan Kakitangan Taman Negara Endau-Rompin Pengurus Taman Lili tukiman Jabatan Perhutanan Negeri Perlis 012-4573072 Mohd. Noor. Jamli b` Pengawas 04-9765966 Hajat 04-9776628 Nor Hafizah Bt. Mustafa Penolong Pengarah 04-9557898 En. Aziz Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Ranger 012-4573072 Hasim B` Saad. Pekerja Rendah Khas Rasli B` Jaya Dr. Rahimatsyah Amat 213 Penguasa Mutiara Taman Negara Resort x Kaki tangan Mutiara Taman Negara Resort 214 Lampiran C. Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan yang Berasal Daripada Rumput dan Pokok Palm Nobor 1 2 3 4 5 6 Keuntungannya Bahan ini sangat banyak tersedia di alam semulajadi Kelemahannya Sangat mudah rosak oleh angin dan badai. Dalam pengerjaan pembinaan bangunan sangatlah mudah dan kos pengangkutan untuk jenis bahan ini sangatlah murah, kerana bahan ini sangatlah ringan untuk diangkat. Sangatmudah terbakar Sangat menguntungkan jika digunakan pada kawasan yang memiliki iklim yang hangat mahupun lembab. Ini adalah kerana sifat semulajadi dari bahan ini yang tidak menyerap panas mahupun dingin, dan ini mengakibatkan suhu dalam bangunan tetap. Lebih mudah dalam pemeliharaan bangunan dan kos pemeliharan terhadap bangunan lebih murah. Atap yang terbuat dari rumput atau daun pohon palm memiliki ketahanan dengan masa 3 tahun, tetapi dengan pemasangan atap dengan kemirigan minimal 45 maka akan memiliki ketahanan dengan masa 5-6 tahun. Dengan penggunaan bahan kimia khusus dan tepat dalam pengerjaan pembinaan bangunan, maka material bangunan ini akan memiliki ketahanan dengan masa 15 tahun. Sumber : Lippsmier, 1997 215 Lampiran D Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan yang Berasal Daripada Bambu dan Buluh. Nobor Keuntungannya 1 Murah, mudah dikerjakan dan diperbaiki. Penggunaan pada bangunan bukan sahaja sebagai atap tetapi juga boleh digunakan sebagai dinding dan pembinaan bangunan Bahan bangunan dari bambu 2 dan buluh ini sangat sesuai digunakan di kawasan yang mengalami gempa bumi, kerana perbandingan berat dan ketahanan yang menguntungkan. 3 4 5 6 Permukaan buluh dan bambu sangat tahan terhadap air dan perubahan cuaca. Pengudaraan yang sangat baik, dan menyerap haba panas yang sedikit. Perlindungan terhadap penghuni daripada gangguan haiwan buas sangat baik Bahan daripada bambu dan buluh ini lebih tahan terhadap angin dan badai dibandingkan dengan bahan dari rumput dan pokok palm Sumber : Lippsmier, 1997 Kelemahannya Bahan dari bambu dan buluh tidak tahan terhadap serangan serangga dan cendawan. Bahan yang terhasil dari pokok bambu dan buluh sangat mudah terbakar sepertimana bahan yang terdiri dari rumput dan pokok palm. Tanpa pengolahan dan pemasangan yang baik bahan bangunan dari buluh dan bambu ini hanya memiliki ketahanan dalam jangka masa 2-3 tahun 216 Lampiran E Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan yang Berasal Daripada Kayu Nobor Keuntungannya 1 Murah, mudah dikerjakan dan diperbaiki dengan penggunaan pada bangunan bukan sahaja sebagai kerangka atap tetapi juga boleh digunakan sebahagai dinding dan binaan bangunan Memiliki kestabilan mekanikal 2 yang tidak dimiliki oleh bahan bangunan yang diperbuat dari rumput, pokok palm, pokok bambu dan buluh Kemampuan untuk pengisolasian 3 panas sedang dan penyerapan terhadap panas sangat kecil sehingga suhu dalam ruangan memiliki kestabilan Lebih tahan terhadap angin dan 4 perlindungan yang lebih baik terhadap hujan, haiwan buas, dan cahaya matahari Kos perawatan yang lebih murah 5 dan mudah dalam melakukan pembaikan terhadap bangunan. 6 Lebih ramah terhadap lingkungan dan mudah dalam pembinaan bangunan Kelemahannya Tidak tahan terhadap anai-anai dan serangga Sangat mudah terbakar terutama di kawasan tropikal kering Kerosakan pada kayu diakibatkan oleh kulat yang akan mengakibatkan kayu menjadi lapuk Sumber : Mangunwijaya, 1988.dan Koesmartadi, 1999 217 Lampiran F Kelebihan dan Kelemahan Bahan Binaan Tanah Liat dan Batu Bakar. Nombor Keuntungannya 1 Penyerapan terhadap panas yang baik dan kemampuan menyalurkan haba panas sangat rendah membuatkan suhu dalam ruangan menjadi stabil stabil Sangatlah sesuai jika digunakan 2 di kawasan tropika basah, kerana daya serap dan pemindahan panas nya sangatlah kecil Lebih tahan terhadap gangguan 3 cuaca, bebas daripada gangguan haiwan buas, dan lebih tahan terhadap gempa bumi Tidak mengganggu atau 4 mencemarkan lingkungan sekitarnya 5 Tahan terhadap asid jika dilapisi dengan bahan–bahan mineral dan logam 6 Bisa tahan dalam masa 75 tahun Kelemahannya Air mudah masuk pada waktu hujan lebat melalui sambungan batu, ini terjadi jika dinding tidak diberi lapisan seperti : lapisan silicon Rongga bata yang tidak tertutup akan menjadi sarang dan jalan bagi serangga, ulat dan binatang kecil Pada kelembapan yang berterusan akan tumbuh lumut dan kulat yang akhirnya akan mengakibatkan batu bata bakar menjadi lapuk Mudah retak akibat tingginya pemanasan lapisan luar oleh sinar matahari dan pendinginan di bahagian dalam ( pemasangan penghawa dingin ). Kos pemeliharaan lebih mahal jika dibandingkan dengan bangunan yang diperbuat dari bahan yang lain. Sumber : Lippsmier, 1997 dan Mangunwijaya, 1988. 218 Lampiran G Piawaian Perancangan Tapak Mengikut NEP 1996 Nombor Perancangan Kawasan Tapak 1 Piawaian pembangunan 2 Kawasan landskap 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Spesifikasi lokasi Tiap bidang tanah digunakan secara eksklusif dan memiliki keuntungan. Harus wujud akses di setiap kemudahan pendukung. Seperti pengangkutan. Pemelharaan kawasan, dimana minimum 50% daripada luas kawasan dapat digunakan untuk penanaman pokok-pokok untuk kepentingan landskap. Ruang terbuka Dicadangkan bagi lokasi berkemah, rekreasi dan keperluan landskap. Pencakupan bidang Merupakan peratusan kawasan untuk zoning yang tanah digunakan untuk struktur bangunan dan kawasan tempat letak kereta. kawasan untuk Bangunan dapat ditempatkan di bahagian bangunan maksimum, selama pencakupan bidang tanah sesuai. Kepadatan bangunan Kepadatan dihitung dengan membahagikan total area dengan total unit yang dihitung melalui total jumlah bangunan perhektar. Jarak antara bangunan Dihitung dari bahagian terluar bangunan. Sebaiknya jarak antara bangunan mengikuti piawaian senibina. Pagar rekabentuk seluruh pagar tergantung pada pihak pengelola, akan tetapi sebaiknya menggunakan material daripada kayu dan batu/material yang disetujui. Susur tangga. Susur tangga sebaiknya terbuat daripada pokok/kayu secara semulajadi, tertutup atu dicat dengan warna hijau atau coklat tua. Jubin Sebaiknya terbuat daripada batu-batu yang semulajadi, konkrit aspal atau bahan yang mempunyai permukaan keras dan berwarna kelabu atau hijau. Jambatan Pembuatan jambatan untuk pejalan kaki dapat dibolehkan, tetapi harus melalui persetujuan MDO Perabot diluar Seperti bangku, meja, telefon, dan tempat bangunan pembuangan sampah. Rekabentuk harus mendapat persetujuan daripada MDO 219 Nombor 13 14 15 16 Perancangan Kawasan Spesifikasi Tapak Pencahayaan eksterior Untuk keindahan, dipastikan anak tangga dan jalan biasa mendapat pencahayaan. Akan tetapi pencahayaan yang diberikan harus sesuai dengan piawaian senibina. Cahaya sebaiknya tidak melebihi cahaya satu lilin yang diletakan ditanah, kecuali untuk alasan keamanan. Kawasan tempat letak Dalam kawasan harus kereta memiliki dua kawasan tempat letak kereta : -. Kawasan tempat letak kereta untuk umum -. Kawasan tempat letak kereta pegawai Tempat berjalan kaki Maksimum luas kawasan (walkway) yang disediakan untuk walkway adalah 10% dari luas kawasan untuk panjang 100 kaki, atau 7% untuk jalan tanjakan dengan panjang lebih 100 kaki. Tinggi bangunan di tidak melebihi tinggi kawasan pokok/kurang 5 tingkat di kawasan biasa dan tidak melebihi 2 tingkat di kawasan lindungan Sumber : Malaysian National Ecotourism Plan, 1996 220 Lampiran H Piawaian Perancangan Kotej di Kawasan Ekopelancongan Mengikut NEP 1996 Nombor Diperuntukan untuk : Country Resort Retreat Resort (dalam kawasan biasa) (dalamkawasan lindungan /kawasan yang sensitive) 1 Izin atau Hotel, chalet, komersial Hotel, chalet, pelayanan kebenaran tourism, pelayanan pangsapuri, tapak untuk pembangunan pangsapuri, rekreasi, dan perkemahan, dan rekreasi. hiburan. Syarat minimum. a. lokasi kawasan. 8 hektar 10 hektar b. Bidang 30 meter 30 meter 15 meter 15 meter halaman bagian 6 meter plus 1,5 meter 6 meter plus 1,5 meter untuk belakang untuk setiap tingkat setiap tingkat bangunan 2 bangunan yang lebih tingkat bahagian depan 2 jalan c. Bidang d. Lokasi bahagian daripada 2 tingkat. belakang e. Hujung 6 meter plus 1,5 meter 30 meter untuk bangunan 2 halaman untuk bangunan lebih tingkat bahagian daripada 2 tingkat belakang 3 Kepadatan maksimum a.ratio kawasan tingkat 1:0:1 1:0:1 221 Nombor Diperuntukan Country Resort Retreat Resort untuk : (dalam kawasan biasa) (dalamkawasan lindungan /kawasan yang sensitive) 3 4 b.unit bangunan perhektar 35 unit perhektar 10 unit perhektar 5 tingkat bangunan. 2 tingkat. Hal ini juga Tinggi Akan tetapi ini bergantung kepada lokasi dan maksimum bergantung kepada lokasi tidak boleh melebihi tinggi bangunan dalam hubungan poko-pokok yang ada dilokasi. terhadap alam persekitaran dan fitur buatan manusia Maksimum 5 pencakupan 30% 20% Jalan dan 1:3 plus 1 per 7,5 1:2 plus 1 per 7,5 kawasan tempat Ruangan am dan ruang Ruangan am dan perniagaan letak perniagaan bidang tanah 6 (ruang perunit) Sumber : National Ecotourism Plan, 1996 222 Lampiran I Penginapan Satu Lantai (dilihat dari sisi kiri) contoh penginapan satu lantai Dilihat dari bahagian depan