SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN UNTUK SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH MOHAMMAD ZAKRI BIN TARMIDI

advertisement
SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN UNTUK SEKOLAH MENENGAH ISLAM
HIDAYAH
MOHAMMAD ZAKRI BIN TARMIDI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
iii
Khas buat
ISTERI TERSAYANG,
HAZWANI BT SIS
Atas sokongan dan dorongan yang tidak berbelah bahagi..
Juga untuk kedua ibubapa tersayang
TARMIDI TAMSIR
Dan
MAIMUNAH ABDUL RAHMAN
Ijazah ini khas buat kalian yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan
kala sukar dan senang...
iv
PENGHARGAAN
ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH, ALHAMDULILLAH,
SYUKUR...
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat ALLAH s.w.t
kerana berkat limpah rahmat dan keizinan-NYA, kajian ini berjaya disiapkan. Moga
rahmat dan redha-NYA akan terus menerus menaungi hidup ini, insya-ALLAH.
Selain itu, penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggitinggi penghargaan kepada penyelia projek ini, P.M Dr Naomie Salim, atas nasihat, idea
dorongan serta tunjuk ajar sepanjang kajian ini dijalankan.
Terima kasih juga kepada pihak Sekolah Menengah Islam Hidayah atas
kerjasama dan bantuan yang diberikan secara langsung atau tidak langsung kepada
kajian ini.
Terima kasih juga kepada kakitangan pejabat pentadbiran lepasan ijazah FSKSM
atas bantuan dan kerjasama yang sangat erat, serta tunjuk ajar yang tidak mengenal erti
lelah, terutama buat kak Lijah dan kak Shidah, hanya ALLAH s.w.t yang mampu
membalas budi baik kali, bantuan kalian akan terus dikenang.
Akhir sekali, buat semua teman seperjuangan yang saling membantu selama dua
tahun ini, terima kasih atas segalanya, hanya ALLAH s.w.t yang mampu membalas jasa
dan bantuan kalian.
v
ABSTRAK
Proses penilaian prestasi pelajar sangat penting dalam menentukan proses
yang perlu dilakukan untuk memperbaiki tahap prestasi pelajar. Sistem Bantu
Keputusan Sekolah Menengah Islam Hidayah merupakan satu sistem yang
digunakan untuk membuat keputusan untuk pemilihan kepimpinan, sahsiah dan kokurikulum berdasarkan kepada prestasi pelajar, dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum. Ketiga-tiga aspek ini merupakan asas pendidikan yang diamalkan di
sekolah ini. Sistem ini bertujuan untuk membantu pihak pentadbiran sekolah, iaitu
Pengetua, Penolong Kanan Akademik, Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah
Pelajar, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar dan juga Jawatankuasa Khas Sekolah.
Dengan adanya sistem ini, proses kemasukan data dan paparan data dapat dilakukan
dengan lebih mudah oleh guru-guru dan juga ibu bapa. Pemprosesan maklumat dan
pengeluaran laporan berkaitan dengan prestasi semasa pelajar juga dapat dilakukan
dengan lebih cepat serta dapat mengurangkan kos pemprosesan dengan
menggunakan
kaedah pemprograman
linear
berdasarkan
pemberat
dengan
mengambil kira prestasi akademik, sahsiah dan ko-kurikulum pelajar. Dengan ini,
pihak pentadbiran sekolah dapat membuat keputusan berkaitan prestasi keseluruhan
pelajar dengan lebih cepat dan tepat.
vi
ABSTRACT
The process to evaluate student performance is very important to help the
school administration to improve student achievement. Decision Support System for
Hidayah Islamic Secondary School is the system that will be use to make decision
for student selection for leadership, sahsiah and co-curriculum based on student
performance based on academic, sahsiah and co-curriculum aspect. These three
aspects has become foundation for this school education. This system has been
developed to help the school administration such as Headmaster, Assistant
Headmaster and School Committee. With this system, it will help the parent, student,
and teacher to insert data and reviewing the data in such manner. The information
processing can be faster and it also reduces the processing cost using weighted linear
programming with academic, sahsiah and co-curriculum as a component. With this
system, it helps school administration to make a decision about student performance
faster and cheaper.
vii
KANDUNGAN
BAB
PERKARA
MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
1
HALAMAN JUDUL
i
PENGAKUAN
ii
DEDIKASI
iii
PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xi
SENARAI RAJAH
xii
SENARAI LAMPIRAN
xiv
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
1
1.2
Latar belakang Masalah
2
1.3
Pernyataan Masalah
4
1.4
Objektif Projek
5
1.5
Skop Projek
5
1.6
Kepentingan Projek
6
1.7
Ringkasan dan Struktur Tesis
7
viii
2
KAJIAN LITERATUR
2.1
Pendahuluan
8
2.2
Teknologi di Sekolah
9
2.3
Kaedah yang Digunakan
11
2.4
Sistem Bantuan Keputusan (SBK)
11
2.4.1
13
Aspek Dalam Sistem Bantuan
Keputusan
2.4.2
Komponen Sistem Bantuan Keputusan
14
2.4.3
Unified Modeling Language
17
2.4.4
Aplikasi Berasaskan Web
18
2.5
Kajian Terdahulu
19
2.6
Kajian Keperluan Pengguna
22
2.6.1
Kajian Kemunasabahan
22
2.6.2
Analisis Pengguna Sistem
26
2.6.3
Analisis Strategi
27
2.6.4
Analisis Teknologi
28
2.6.4.1 Aplikasi Berasaskan Web
28
2.6.4.2 PHP
30
2.6.4.3 Pangkalan Data MySQL
32
Perbandingan Sistem Maklumat Sedia
32
2.6.5
Ada
2.6.6
Perbincangan Kelebihan dan
36
Kekurangan
2.7
3
Kesimpulan
37
METODOLOGI
3.1
Pendahuluan
38
3.2
Rekabentuk dan Prosedur
39
3.2.1
Rangka Kerja Kajian
40
3.2.2
Metodologi Pembangunan Sistem
42
3.2.3
Model Prototaip
44
3.2.4
Pengujian Sistem
48
ix
Rangka Operasi
50
3.3.1 Rekabentuk Logikal
51
3.3.2 Rekabentuk Fizikal
52
3.4
Pendekatan Kajian dan Sumber Data
56
3.5
Kaedah dan Analisis Data
58
3.5.1
59
3.3
4
Proses Pengaturcaraan Linear
3.6
Work Breakdown Structure
61
3.7
Carta Gantt
62
3.8
Kesimpulan
63
KAJIAN SISTEM SEMASA
4.1
Pendahuluan
64
4.2
Latar Belakang Organisasi
65
4.3
Carta Organisasi
67
4.4
Model Data Sedia Ada
73
4.4.1 Penyimpanan Maklumat Pelajar
73
4.4.2 Proses Sedia Ada
77
4.4.3 Masalah Sistem Sedia Ada
79
4.4.4 Pembaikan Terhadap Sistem Sedia
81
Ada
4.5
5
Rekabentuk Unified Modeling Language
82
4.5.1 Rajah Peristiwa
82
4.5.2 Rajah Kelas
85
4.6
Kajian Keperluan Pengguna
85
4.7
Kesimpulan
86
PERLAKSANAAN DAN PENGUJIAN SISTEM
5.1
Pendahuluan
87
5.2
Implementasi dan Pembangunan Sistem
88
5.2.1 Modul Pengguna
5.3
Pengujian Sistem
88
93
5.3.1 Pengujian Sintaksis
93
5.3.2 Pengujian Kotak Putih
94
x
6
7
5.3.3 Pengujian Kotak Hitam
96
5.4
Pengujian Modul oleh Pengguna
97
5.5
Kesimpulan
98
STRATEGI ORGANISASI
6.1
Pendahuluan
99
6.2
Perancangan Perubahan Pengurusan
100
6.3
Perancangan Perubahan Pangkalan Data
101
6.4
Kesimpulan
101
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
7.1
Pendahuluan
102
7.2
Perbincangan
102
7.3
7.2.1 Kemajuan Pencapaian Projek
103
7.2.2 Masalah dan Cadangan Pembaikan
103
Kesimpulan
105
RUJUKAN
106
LAMPIRAN
108
xi
SENARAI JADUAL
NO.
TAJUK
JADUAL
MUKA
SURAT
3.1
Skala Perbandingan Ala-pasangan
60
4.1
Jadual Organisasi SMIH 2007
68
4.2
Jadual Jawatankuasa Khas SMIH 2007
69
4.3
Masalah Sistem Sedia Ada di SMIH
79
5.1
Ujian Fungsi Bagi Setiap Modul
96
5.2
Keputusan soal selidik pelajar
97
5.3
Keputusan soal selidik guru dan pihak pentadbiran
98
sekolah
xii
SENARAI RAJAH
NO.
TAJUK
MUKA SURAT
RAJAH
2.1
Rekabentuk DSS – Komponen Fungsi
14
2.2
Pengurusan Dialog
15
2.3
Pengurusan Data
16
2.4
Pengurusan Model
17
2.5
Antaramuka SMART
33
2.6
Fungsi Login SMART
34
2.7
Contoh Antaramuka SMP UTM Modul Slip
35
Peperiksaan
2.8
Contoh Antaramuka SMP UTM Modul
35
Kewangan Pelajar
3.1
Rangka Kerja Kajian
40
3.2
Model Metodologi Prototaip
45
3.3
Rekabentuk Berasaskan Server
52
3.4
Rekabentuk Berasaskan Pengguna
53
3.5
Rekabentuk Pengguna - Server
54
3.6
Rekabentuk Tiga Baris (Three - Tier)
54
3.7
Rekabentuk Empat Baris (Four - Tier)
55
4.1
Carta Organisasi SMIH 2007
67
4.2
Contoh Pembahagian Pangkalan Data
74
Mengikut Tingkatan
xiii
4.3
Contoh Penyimpanan Pangkalan Data
74
Peperiksaan
4.4
Contoh Penyimpanan Markah Peperiksaan
75
4.5
Contoh Laporan Peperiksaan yang dijana
76
4.6
Fasa Pemprosesan data sehingga kepada pihak
78
Lembaga Pengelola
4.7
Rajah Peristiwa untuk Ibu Bapa dan Pelajar
83
4.8
Rajah Peristiwa untuk Guru
83
4.9
Rajah Peristiwa untuk Pihak Pentadbiran SMIH
84
4.10
Rajah Peristiwa Admin Sistem
84
5.1
Rajah Carta Antaramuka Pengguna
92
5.2
Rajah Hirarki Pengujian Kotak Putih
95
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
MUKA SURAT
A
Rajah Kes Guna
108
B
Rajah Kelas
109
C
Rajah Jujukan
110
D
Manual Pengguna
111
E
Borang Soal Selidik Sistem Pentaksiran Pelajar
128
Musleh
F
Borang Rumusan Aktiviti Ko-Kurikulum
138
BAB 1
PENGENALAN
1.1
PENDAHULUAN
Sekolah Menengah Islam Hidayah merupakan sebuah sekolah menengah
swasta yang telah mengamalkan sistem persekolahan yang memasukkan nilai
sahsiah dan nilai moral dalam mendidik pelajarnya. Dalam membuat penilaian
berkaitan pelajar, ia menekankan aspek akademik, sahsiah, serta aspek kokurikulum.
Untuk membolehkan sekolah ini bersaing dan berkemampuan seperti
mana sekolah-sekolah yang diiktiraf, ia memerlukan satu sistem yang dapat
membantu dalam membuat keputusan dengan lebih cepat dan efisien. Ini akan
dapat membantu pihak sekolah dan pihak lembaga untuk melihat perkembangan
akademik pelajar sekolah tersebut, berdasarkan spesifikasi yang mereka
inginkan, serta perkembangan dalam bidang ko-kurikulum yang mana ianya telah
menjadi satu keperluan dalam bidang pendidikan masa kini.
Pihak pengurusan SMIH, iaitu Pengetua, ketua guru akademik, ketua
guru sahsiah, ketua guru ko-kurikulum dan guru-guru panitia untuk setiap mata
pelajaran merupakan antara individu yang memerlukan keputusan segera,
2
berkaitan dengan akademik, sahsiah dan ko-kurikulum. Dengan menggunakan
kaedah konvensional, guru-guru yang berkaitan, memerlukan usaha dan masa
yang lebih untuk memproses data dan mengeluarkan hasilnya kepada pihak
pentadbiran sekolah. Selain itu, kos pentadbiran juga tinggi, kerana untuk
memproses keseluruhan maklumat berkaitan dengan akademik, sahsiah dan kokurikulum, memerlukan kos yang tinggi untuk setiap satu bahagian.
Satu sistem pemantauan yang bertujuan untuk memantau setiap aspek ini
masih belum diwujudkan lagi, dan sistem sedia ada, terpisah antara satu bahagian
dengan bahagian yang lain, dan tiada satu sistem pemantauan untuk memantau
keseluruhan aspek yang ditekankan ini.
1.2
LATAR BELAKANG MASALAH
Sistem membuat keputusan yang digunakan sekarang adalah berdasarkan
kepada kaedah konvensional, dan ianya melambatkan serta memerlukan setiap
guru dalam sekolah untuk membuat laporan untuk bahagian mereka, dan
memerlukan persediaan yang rapi, dan ini akan mengurangkan kadar
keberkesanan keputusan yang dibuat kerana lambat menerima laporan daripada
para guru
Pihak pentadbiran sekolah, memerlukan keputusan berkaitan dengan
prestasi peperiksaan, prestasi ko-kurikulum, dan prestasi sahsiah pelajar.
Keputusan yang akan dibuat adalah pemilihan kepimpinan pelajar, untuk wakil
pelajar, pengawas, pembimbing rakan sebaya, komanden muda dan naqib atau
naqibah. Keseluruhan proses untuk mengeluarkan keputusan secara menyeluruh
sangat mengambil masa, dan memerlukan kos yang tinggi. Lebih-lebih lagi
apabila keputusan segera perlu dibuat, pihak pentadbiran sekolah tiada maklumat
yang terbaru, dan hanya membuat keputusan berdasarkan kepada maklumat yang
3
terdapat dalam simpanan mereka. Ini akan menyukarkan pihak pentadbiran
membuat keputusan terbaik untuk sesuatu situasi yang terdesak.
Berdasarkan sistem sekarang, untuk bahagian akademik, guru-guru akan
memasukkan markah pelajar ke dalam fail Excel dan kemudiannya memproses
data ke dalam bentuk laporan peperiksaan. Ianya adalah sistem penyimpanan
data secara desktop based, dan bukannya dalam bentuk berasaskan web. Ianya
juga tidak mempunyai kebolehan untuk memproses keseluruhan data secara
automatik dan memaparkan hasilnya secara terus.
Setiap kali selepas peperiksaan, guru-guru terpaksa membuat pengiraan
markah, dan membuat pengiraan prestasi pelajar berdasarkan kelas, dan
kemudiannya perlu membuat pengiraan prestasi untuk setiap tingkatan, dan
akhirnya, membuat perbandingan prestasi antara setiap ujian dan peperiksaan,
dan kemudiannya membuat perbandingan mengikut tahun.
Proses ini mengambil masa yang lama, dan sangat tidak efektif sekiranya
pihak pentadbiran sekolah menginginkan keputusan prestasi pelajar secara realtime, dan perlu untuk membuat keputusan dengan cepat dan segera, kerana
mereka perlu menunggu keputusan daripada guru, dan perlu mengikut subjek,
dan sekiranya memerlukan keputusan secara keseluruhan, ia mengambil masa
yang lebih lama.
Begitu juga untuk penyimpanan maklumat berkaitan sahsiah dan kokurikulum, guru-guru akan memasukkan data ke dalam sistem pangkalan data
dalam bentuk yang sama, dan juga, memerlukan guru yang berkaitan untuk
membuat pemprosesan maklumat, sebelum hasilnya diberikan kepada pihak
pentadbiran sekolah. Ini memberikan masalah apabila pihak pentadbiran perlu
memilih pelajar yang berkebolehan dalam sesuatu bidang, tapi maklumat
berkaitan pelajar tersebut tidak dikemas kini, dan akhirnya, pelajar yang kurang
berkebolehan yang dipilih. Ini membantutkan usaha pihak pentadbiran sekolah
untuk membuat keputusan dan pemilihan dalam masa yang singkat.
4
1.3
PENYATAAN MASALAH
Pihak Pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah membuat keputusan
untuk pentadbiran sekolah menggunakan kaedah konvensional, dan perlu
berdasarkan kepada aspek akademik, sahsiah, dan juga kurikulum pelajar. Oleh
itu, dengan adanya sistem pemantauan pelajar ini diharapkan ianya mampu untuk
memudahkan pihak Pentadbiran untuk membuat keputusan dengan lebih cepat
dan efektif.
Secara dasarnya, sistem ini perlu membantu Pihak Pentadbiran Sekolah
Menengah Islam Hidayah menjawab untuk beberapa pertanyaan berikut:
1. Apakah permasalahan dan peluang yang ada di dalam perkongsian
maklumat akademik, sahsiah dan ko-kurikulum pelajar antara pihak
pentadbiran sekolah dengan guru-guru? Dan apakah permasalahan
perkongsian antara pihak sekolah dengan ibu bapa?
2. Apakah bentuk sistem yang dapat membantu pihak pentadbiran
Sekolah Menengah Islam Hidayah membuat keputusan pemilihan
kepimpinan dengan lebih baik?
3. Adakah sebuah sistem yang dapat membantu pihak pentadbiran
sekolah untuk memantau prestasi akademik, sahsiah dan kokurikulum pelajar dan membuat keputusan pemilihan kepimpinan
dengan lebih cepat dan lengkap?
5
1.4
OBJEKTIF PROJEK
Membina satu sistem bantu keputusan bagi Pihak Pentadbiran Sekolah
Menengah Islam Hidayah (SMIH) membuat keputusan tentang pemilihan
kepimpinan pelajar, yang berdasarkan kepada aspek akademik, sahsiah dan
kurikulum. Ia mencakupi beberapa sub objektif seperti berikut:
1. Mengkaji dan menganalisis keperluan dan kehendak pihak
pentadbiran sekolah dalam penyimpanan data dan pengeluaran
laporan prestasi akademik, ko-kurikulum serta sahsiah pelajar.
2. Mengkaji dan menganalisis keperluan dan kehendak pihak sekolah
dalam penyediaan laporan dan maklumat berkaitan untuk membuat
keputusan.
3. Mereka bentuk Sistem Bantu Keputusan Pelajar Sekolah Menengah
Islam Hidayah (SMIH).
4. Membangunkan sistem yang akan dapat membantu pihak
pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah membuat keputusan
dengan menggunakan teknologi berasaskan web.
5. Menilai dan menganalisis sistem yang telah dibangunkan sama ada
ianya memenuhi keperluan dan kehendak pihak pentadbiran SMIH.
1.5
SKOP PROJEK
Sistem yang akan dibangunkan adalah sistem yang dapat merangkumi
aspek berikut:
1. Membangunkan model prototaip Sistem Bantu Keputusan untuk Sekolah
Menengah Islam Hidayah, meliputi aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum.
6
2. Membantu pihak pengurusan Sekolah Menengah Islam Hidayah
membuat penilaian perkembangan prestasi pelajar.
3. Membantu pihak pengurusan Sekolah Menengah Islam Hidayah
membuat keputusan berdasarkan kepada prestasi pelajar dalam bidang
akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.
4. Menyediakan keperluan pengurusan dalam sekolah termasuk pengetua,
penolong kanan, dan guru-guru yang berkaitan.
1.5
KEPENTINGAN KAJIAN
Tujuan utama projek ini dilakukan adalah untuk memudahkan serta
mempercepatkan proses kemasukan dan analisis maklumat peperiksaan pelajar,
maklumat sahsiah dan maklumat ko-kurikulum untuk pihak guru serta pihak
pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah.
Kepentingan utama kajian ini adalah untuk memudahkan serta
mempercepatkan perhubungan antara guru-guru, ibu bapa, dan murid, dan pihak
pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah.
Pihak pengurusan Sekolah Menengah Islam Hidayah mampu untuk
menilai dan membuat keputusan dengan lebih cepat, dengan adanya sistem yang
akan dibangunkan, tanpa perlu untuk menunggu pemprosesan maklumat yang
mengambil masa dan juga memerlukan kos yang tinggi.
Selain itu, pihak guru-guru juga mampu untuk menjimatkan masa untuk
memasukkan data berkaitan dengan akademik, sahsiah dan ko-kurikulum
menggunakan aplikasi web yang membenarkan kemasukan data dari pelbagai
tempat tanpa perlu memasukkan data ke dalam satu komputer sahaja, dan data
tersebut boleh terus dicapai oleh ibu bapa dalam masa yang singkat.
7
Sistem ini akan memudahkan pihak pentadbiran sekolah untuk
menguruskan pangkalan data pelajar, dan pengurusan sistem dengan lebih
berkesan. Selain itu, ia juga dapat membantu pihak sekolah untuk menguruskan
pengetahuan di dalam sekolah, dengan cara tidak meninggalkan aspek yang
menjadi teras sekolah.
1.6
KESIMPULAN BAB
Secara dasarnya, bab ini menerangkan mengenai keperluan, dan
kepentingan kajian ini dijalankan, serta skop kerja yang perlu dilakukan. Selain
itu, ia juga menerangkan mengenai gambaran dan kaedah kerja yang perlu
dilakukan untuk mencapai matlamat projek. Diharapkan agar projek ini dapat
membantu pihak pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah, di samping
membantu pihak guru, ibu bapa dan murid.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1
PENDAHULUAN
Sistem Maklumat merupakan satu keperluan pada masa ini, dalam pelbagai
bidang, telah mula menggunakan teknologi dan inovasi berasaskan komputer. Sistem
maklumat merupakan apa-apa yang bertulis, berdasarkan metode elektronik, atau
grafik berasaskan maklumat komunikasi. Asas kepada sistem maklumat adalah
perkongsian dan pemprosesan maklumat dan ide. Komputer dan teknologi
komunikasi telah menjadi keperluan kepada komponen sistem maklumat (Barron’s,
2000).
Sistem maklumat, berdasarkan kepada kamus McGraw-Hill, 2003, ialah cara
yang digunakan untuk berkomunikasi daripada satu individu kepada individu yang
lain, menggunakan cara yang ringkas seperti komunikasi lisan, sistem kad, sistem
optikal, atau sistem berasaskan komputer untuk membuat proses penyimpanan,
pencarian, dan penerimaan maklumat.
Sistem maklumat pelajar pula, merupakan aplikasi perisian untuk kegunaan
pendidikan dalam menguruskan maklumat pelajar. Sistem maklumat pelajar
mempunyai fungsi untuk memasukkan markah ujian pelajar, dan markah tugasan,
9
mengira kedatangan pelajar, dan menguruskan data berkaitan dengan pelajar yang
menjadi keperluan kepada sekolah. Ia juga dikenali sebagai Sistem Maklumat
Pengurusan Pelajar (Student Information Management System, SIMS, SIM) atau
Sistem Rekod Pelajar (Student Records System, SRS) (www.answers.com, 2006).
Sistem ini bergantung kepada saiz dan skop keperluan, pakej yang
diimplementasikan untuk mengurus maklumat pelajar. Fungsi yang biasanya dibuat
oleh sistem maklumat pelajar adalah untuk menyokong penyelenggaraan maklumat
individu dan kajian maklumat mengenai dua perkara, iaitu menerima pertanyaan
daripada pelajar dan juga menerima proses pengurusan sekolah.
Sistem maklumat pelajar yang lebih efisien dan lebih banyak fungsinya
kepada pihak pengurusan, ialah sistem yang membantu membuat keputusan
(Decision Support Systems). Sistem membantu keputusan (Decision Support
Systems) merupakan kelas kepada sistem maklumat berasaskan komputer yang
mempunyai fungsi sistem berasaskan pengetahuan (Knowledge Based Systems) yang
menyokong aktiviti membuat keputusan.
Dalam kajian ini, sistem yang akan dibangunkan adalah sistem yang mampu
menyokong aktiviti membuat keputusan oleh pihak Lembaga Pengelola Sekolah
Menengah Islam Hidayah, supaya ia mampu membantu pihak Lembaga Pengelola
membuat keputusan berdasarkan keperluan dan kehendak mereka. Sistem yang akan
membantu dan dibina adalah Sistem Bantuan Keputusan (SBK).
2.2
TEKNOLOGI DI SEKOLAH
Teknologi mempunyai potensi yang besar untuk membuat revolusi kepada
sekolah. Berdasarkan kepada matlamat pendidikan, iaitu membina pendidikan
seumur hidup, pelajar sebagai sebahagian daripada ahli masyarakat harus diberikan
10
peralatan untuk menguruskan pembangunan berterusan dalam bidang teknologi dan
maklumat di sekolah dan dalam masyarakat.
Komputer telah menjadi satu keperluan dalam meningkatkan potensi dan
prestasi pelajar, berdasarkan kepada kandungan pembelajaran yang mereka akan
gunakan. Peranan cikgu bukan sahaja sekadar meletakkan komputer ke dalam kelas,
tetapi apabila pelajar merasakan tanggungjawab untuk mempelajari pendidikan
komputer (Sin Lee Eng, 2003).
“The change occurs only to the extent to which a shift of responsibilities to
the learning occurs” (Hannafin & Savenye, 1993).
“... visual stimulation (predominant in computer-assisted instruction -- SL
Gan) is probably not the main access route to non-verbal reasoning. Body
movements, the ability to touch, feel, manipulate, and build sensory awareness of
relationships in the physical world, are its main foundations. Computing skills in the
first category help increase productivity in the work environment, and more general
skills such as word processing and data management are useful to most people. In
fact, such basic computing skills have come to be regarded as the essentials of
computer literacy. I am of the opinion that they should be included at some point in
the school curriculum.” – Dr Gan Siowck Lee
Berdasarkan kepada keperluan inilah, maka dapat dinyatakan bahawa,
teknologi perlu bergerak seiring dengan pendidikan, agar pelajar tidak ketinggalan
dalam pembelajaran lebih-lebih lagi dari aspek teknologi, agar mereka mampu
menggunakan teknologi untuk kebaikan diri mereka sendiri.
11
2.3
KAEDAH YANG DIGUNAKAN
Dalam membina sesuatu sistem, perlunya ada kesinambungan dan kajian
keperluan pengguna. Selain itu, ia memerlukan perancangan yang rapi, agar sistem
yang dibina mampu digunakan oleh pihak berkenaan, dan menjadi sistem yang
mampu memberi manfaat, dan mampu membuat keputusan kepada pihak Lembaga
Pengelola Sekolah Menengah Islam Hidayah.
Aspek yang ditekankan dalam kajian ini, ialah bagaimana untuk memenuhi
kehendak dan keperluan pihak Lembaga pengelola berkaitan dengan akademik,
sahsiah dan ko-kurikulum. Untuk mengenal pasti dan memberikan hasil yang terbaik,
sistem yang akan dibina, akan menggunakan kaedah Sistem Bantuan Keputusan,
SBK (Decision Support Systems, DSS), dengan menggunakan teknologi aplikasi
berasaskan web, dan menggunakan model Unified Modelling Language, UML.
2.4
SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN (SBK)
Little (1970) mendefinisikan SBK sebagai “satu set prosedur berasaskan
model untuk memproses data dan membuat pertimbangan bagi membantu seseorang
pengurus dalam membuat keputusan.” Bermaksud, sistem yang dibangunkan,
mestilah mampu untuk memproses data yang ada. Selain itu, ianya perlu menjadi
sistem yang mudah, berkesan dan mudah untuk diselenggarakan, supaya ianya
mudah untuk digunakan sebagai medium komunikasi. Dengan menggunakan
teknologi komputer, ia akan lebih memudahkan, serta menjimatkan masa, tenaga,
dan kos dalam menyediakan maklumat berbanding kaedah konvensional.
12
Sprague (1980) pula memberikan definisi SBK sebagai “sistem berasaskan
komputer
yang
membantu
atau
menyokong
pembuat
keputusan
dalam
menyelesaikan masalah tidak berstruktur secara interaksi terus dengan data dan
model analitikal”.
Gorry dan Scott-Morton (1971) mendefinisikan SBK sebagai “sistem
berasaskan komputer yang interaktif, yang mana membantu pembuat keputusan
menggunakan data dan model-model untuk menyelesaikan masalah tidak
berstruktur.”
Keen (1980) mengaplikasikan istilah SBK kepada situasi di mana satu sistem
akhir boleh dibangunkan hanya dengan proses penyesuaian dalam pembelajaran dan
penilaian. Dengan definisi ini, ia menunjukkan bahawa perlunya ada integrasi antara
pengguna SBK, orang yang membangunkan SBK, dan sistem itu sendiri perlu
bersesuaian, dan mengikut kehendak dan keperluan pengguna SBK.
Bonczek et al. (1980) mendefinisikan SBK sebagai satu sistem berasaskan
komputer yang mengandungi tiga komponen yang berinteraksi: satu sistem bahasa
(satu mekanisme yang menyediakan komunikasi antara pengguna dengan komponenkomponen lain dalam SBK), satu sistem pengetahuan (tempat penyimpanan
pengetahuan domain masalah yang terkandung dalam SBK, sama ada dalam bentuk
data atau prosedur), dan satu sistem pemprosesan masalah (penghubung antara dua
komponen tersebut dan mengandungi satu atau lebih kebolehan manipulasi masalah
umum yang diperlukan dalam membuat keputusan). Konsep yang disediakan oleh
definisi ini adalah penting dalam memahami struktur SBK dan sistem pakar serta
pertalian antara kedua-dua teknologi tersebut.
Ariav dan J Zinberg (1985) pula menyatakan, bahawa rekabentuk SBK yang
berguna adalah yang menggabungkan lima aspek, iaitu persekitaran, fungsi,
komponen, pengaturan, dan sumber data. Dengan adanya gabungan kelima-lima
aspek ini, model SBK yang dibangunkan, akan mampu berfungsi dengan lebih
berkesan dan efisien.
13
2.4.1
ASPEK DALAM SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN
Secara dasarnya, menurut Ariav dan J Zinberg (1985), terdapat lima aspek
dalam Sistem Bantuan Keputusan yang perlu ditekankan, iaitu aspek persekitaran,
aspek fungsi, aspek komponen kepada sistem, aspek pengaturan, dan aspek sumber
kepada sistem itu sendiri.
Aspek persekitaran yang dimaksudkan ialah entiti dan suasana di luar
daripada SBK yang dibina, yang akan memberikan kesan kepada sistem yang dibina,
dan ianya akan memberikan kesan tanpa dapat dikawal oleh sistem itu sendiri.
Aspek yang kedua, ialah aspek fungsi, serta objektif sistem kepada
persekitaran yang akan memberikan kesan kepada persekitaran tersebut. Ia tertumpu
kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh sistem tersebut, dan matlamat sistem itu
sendiri. Ia dinyatakan juga sebagai sesuatu yang boleh diukur dan boleh dinilai.
Aspek komponen SBK pula merupakan elemen-elemen yang dikenal pasti
perlu ada di dalam sempadan sistem. Dua asas yang biasa dinyatakan adalah
pembahagian tenaga kerja dan pembahagian segmen mengikut kepakaran.
Aspek pengaturan pula, lebih memfokuskan kepada perhubungan di antara
komponen-komponen di dalam sistem dan juga antara elemen-elemen persekitaran.
Asas pengaturan perlu menjurus kepada keseimbangan antara kerjasama dan autoriti.
Secara keseluruhannya, adalah lebih baik sekiranya ianya tidak mempunyai sandaran
yang kuat antara satu dengan yang lain.
Aspek sumber kepada sistem ialah elemen yang perlu dititik beratkan
pembangunan dan penggunaan sistem. Sumber yang boleh digunakan, adalah
termasuk individu, data mentah, peralatan, teknik-teknik dan sebagainya.
14
2.4.2
KOMPONEN SISTEM BANTUAN KEPUTUSAN
Dalam membina SBK, terdapat tiga komponen penting yang perlu diambil
kira, iaitu pengurusan dialog antara pengguna dengan sistem, kedua ialah pengurusan
data, dan yang ketiga adalah pengurusan model. Rajah di bawah menunjukkan
perhubungan antara komponen SBK.
Komponen Sistem Bantuan Keputusan
Pengurusan
Model
Pengguna
Pengurusan
Dialog
Pengurusan
Data
Pangkalan Data Luar dan
Sistem Luar
Rajah 2.1: Rekabentuk DSS – Komponen Fungsi
15
Komponen dialog antara pengguna dengan sistem, (Pengurusan Dialog) perlu
mempunyai kebolehan untuk menyokong antaramuka pengguna, pengawalan dialog,
dan juga penterjemah permintaan (request transformer). Antara muka pengguna
merupakan komponen yang digunakan untuk memudahkan pengguna untuk
menggunakan sistem, tanpa perlu untuk memahami apa yang dibuat oleh sistem, dan
cuma perlu memasukkan input dan menggunakan hasil yang dikeluarkan.
Pengawalan dialog pula, digunakan untuk mengenal pasti asas dan dasar keperluan
pengguna dan kemudiannya menyelenggarakan pengawalan tersebut. Manakala
penterjemah permintaan pula berfungsi untuk menterjemahkan antara bahasa
pengguna kepada bahasa sistem, dan juga sebaliknya, menterjemahkan bahasa sistem
kepada bahasa pengguna, supaya pengguna boleh memahami hasil dan keperluan
sistem.
Pengawal
Pengurusan
Model
Penterjemah
Pertanyaan
Antaramuka
Pengguna
Pengguna
Pengurusan
Data
Rajah 2.2: Pengurusan Dialog
Komponen kedua, iaitu pengurusan data pula berfungsi sebagai komponen
untuk menyimpan, menerima dan memanipulasi data yang juga merupakan asas
kepada SBK. Tanpa pengurusan data yang berkesan dan efisien, sesuatu SBK tidak
akan mampu berfungsi dan memberikan hasil yang terbaik. Komponen pengurusan
data mempunyai fungsi sebagai pangkalan data dan Sistem Pengurusan Pangkalan
Data (Databased Management Systems, DBMS), alamat data untuk mengekalkan
definisi dan deskripsi data daripada sumber dan jenis data yang digunakan, fungsi
pertanyaan data untuk mendapatkan data yang diperlukan dan juga untuk memproses
16
data, dan akhir sekali, sebagai fungsi persembahan data
untuk memudahkan
pengguna melihat data-data lama, sumber luar, dan sebagainya.
Pengurusan
Dialog
Pengurusan
Model
Alamat Data
Pangkalan
Data dan
DMBS
Fungsi
Pertanyaan
Persembahan
Data
Pangkalan
Data Luar
Rajah 2.3:Pengurusan Data
Komponen ketiga pula, adalah pengurusan model. Ia meliputi sistem
pengurusan berasaskan model (Mode Base Management System, MBMS),
implementasi model, pemproses arahan permodelan, dan antara muka pangkalan
data. MBMS berfungsi untuk menerima, mengeluarkan, memperbaharui, dan
penstrukturan semula data. Implementasi model pula berfungsi sebagai pengawalan
model dan penghubung antara model apabila ianya diperlukan. Pemproses arahan
permodelan pula berfungsi untuk menerima dan memproses arahan permodelan dan
menghubungkannya dengan MBMS dan juga implementasi permodelan. Antara
muka pangkalan data pula berfungsi sebagai penerima data daripada DMBS, dan
menyimpan hasil model di dalam pangkalan data untuk pemprosesan seterusnya.
17
Pengurusan
Data
Antaramuka
Pangkalan
Data
MBMS
Implementasi
Model
Pengurusan
Dialog
Pemproses
Arahan
Rajah 2.4: Pengurusan Model
2.4.3 UNIFIED MODELING LANGUAGE (UML)
Unified Modeling Language, UML merupakan ialah bahasa untuk
menganalisis dan mereka bentuk model berasaskan objek, yang diperkenalkan oleh
Grady Booch, Ivar Jacobson, dan James Rumbaugh, pada tahun 1995, dan pada
November 1997, Object Management Group (OMG) telah menerima pakai model ini
secara rasmi sebagai standard untuk semua pembangun sistem berasaskan objek.
UML
memberikan
standard
dalam
metodologi
rekabentuk
untuk
menerangkan lebih jelas mengenai pembangunan model berasaskan objek, dengan
menggabungkan metode membuat diagram, termasuk Grady Booch, teknik
memodelkan objek oleh Rumbaughs, dan use case yang dibangunkan oleh Ivar
Jacobson.
18
Dalam UML, terdapat dua bahagian, iaitu Structural Diagram dan Behavioral
Diagram. Structural Diagram merupakan diagram-diagram yang menerangkan
struktur sistem yang akan dibangunkan, menerangkan mengenai data yang akan
digunakan, dan perhubungan yang akan dibina di dalam sistem. Ia termasuklah Class
Diagram, Object Diagram, Deployment Diagram, Component Diagram, dan
Composite Structure Diagram.
Behavioral Diagram pula merupakan penerangan mengenai analisis yang
telah dijalankan, dan menerangkan perhubungan antara objek. Ia juga menyokong
memodelkan keperluan fungsi-fungsi yang akan dibangunkan di dalam sistem. Di
dalam Behavioral Diagram, terdapat diagram use case, diagram sequence, diagram
activity, diagram collaboration dan diagram state chart.
2.4.4
APLIKASI BERASASKAN WEB
Aplikasi web merupakan satu aplikasi yang semakin banyak digunakan, dan
kebanyakan organisasi menggunakan aplikasi berasaskan web sebagai salah satu
pilihan perkhidmatan mereka kepada pelanggan. Aplikasi berasaskan web
merupakan satu aplikasi di mana ianya di layari menggunakan pelayar web daripada
perhubungan atas talian, seperti internet atau intranet.
Aplikasi berasaskan web sangat popular kerana pelayar web boleh menjadi
pelanggan, dan tanpa perlu memasukkan perisian tertentu untuk melayari sesuatu
web. Kebolehan untuk menambah baik dan penyelenggaraan yang mudah,
menambah lagi populariti aplikasi berasaskan web ini. Aplikasi web semakin
digunakan untuk menghantar e-mel, jual-beli atas talian, forum, perbincangan atas
talian, dan berbagai lagi fungsi, memudahkan pengguna untuk mencapai dan
melayari fungsi-fungsi ini, sangat membantu menjadikan aplikasi web bertambah
popular.
19
Akan tetapi, untuk membangunkan aplikasi berasaskan web ini, ia
memerlukan pembangun aplikasi ini untuk merancang dan memilih strategi
pembangunan. Antara perkara yang perlu dititik beratkan dalam pembangunan
aplikasi berasaskan web daripada Rockwell, 2001, adalah pelayan web yang akan
digunakan, serta bahasa pengaturcaraan yang akan digunakan untuk mereka bentuk
aplikasi web.
Pelayan web yang terdapat sekarang, terdapat beberapa jenis, bergantung
kepada kehendak pelanggan. Antaranya, yang biasa digunakan, adalah Internet
Information Server (IIS) yang diperkenalkan oleh Microsoft, WebSphere Application
Server daripada IBM, dan juga aplikasi sumber terbuka daripada Apache Server.
Pemilihan pelayan perlu juga bergantung kepada kos pembangunan sistem, dan
kehendak pelanggan.
Dalam pemilihan bahasa pengaturcaraan untuk membina dan mereka bentuk
aplikasi berasaskan web juga terdapat beberapa pilihan iaitu ASP yang biasanya
menggunakan pangkalan data SQL server, PHP yang menggunakan pangkalan data
MySQL, XML, C#, Java dan lain-lain lagi. Semua bahasa ini menggunakan bahasa
asas yang sama, iaitu Hyper Text Markup Language (HTML).
2.5
KAJIAN TERDAHULU
Dalam sistem maklumat sekolah yang telah dibangunkan, ia merangkumi
beberapa aspek yang penting, seperti perancangan untuk membina sistem, sistem
penilaian prestasi dan sebagainya. Kajian terdahulu mampu menjadi petunjuk tentang
sistem yang akan dibangunkan, dengan mengambil kita aspek-aspek yang telah
dikaji, dan ditekankan oleh kajian sebelum ini.
20
Berdasarkan kajian oleh Chong (2001), Perancangan Sistem Maklumat
Sekolah Menengah Bestari, menyatakan bahawa, adalah sangat penting budaya
sesuatu sekolah ditekankan dan diambil kira dalam membuat pelan perancangan
sistem maklumat dan perancangan infrastruktur sekolah menengah bestari
persendirian cina. Atas sebab ini, dia telah menekankan aspek kebudayaan dalam
perancangannya, dan untuk mencapai matlamat itu, dia telah melakukan proses temu
ramah, kaji selidik, dan pemerhatian terhadap pelajar, guru, dan pihak pengurusan
sekolah tersebut. Oleh itu, sangat perlu untuk ditekankan aspek kebudayaan dalam
pelan perancangan sistem maklumat sekolah, agar sistem yang dibangunkan, mampu
untuk mencapai matlamat sekolah dan pihak pengurusan.
Dalam kajian oleh yang dijalankan oleh Sin (2003), terhadap dua buah
sekolah yang terdapat di Johor Bahru, iaitu sekolah bestari dan sebuah sekolah biasa
(bukan bestari), beliau membandingkan penggunaan dan perkembangan teknologi
maklumat dan komunikasi (Information and Communication Technology, ICT)
kepada kedua-dua buah sekolah ini. Matlamat kajian ini adalah untuk menilai
perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi di kedua-dua buah sekolah,
dengan mengambil kira aspek perbezaan pola penggunaan teknologi, dan tahap
literasi serta kesedaran komputer. Kedua-dua aspek ini, telah cukup menjadi rujukan
kajian ini, kerana ianya mampu untuk menjadi rujukan dan membantu dalam
pembentukan polisi bagi penggunaan ICT di peringkat nasional, negeri dan sekolah.
Kajian ini penting, seperti kajian yang dilakukan oleh Chong (2001), untuk
membuktikan lagi keperluan untuk mengenal pasti aspek budaya dalam membuat
pelan perancangan sistem maklumat sekolah.
Manakala dalam kajian yang dilakukan oleh Chendu (2003), Perancangan
Sistem Maklumat bagi Sekolah Menengah Kebangsaan: Kajian Kes Sekolah
Menengah Kebangsaan Mutiara Rini, pula membuat kajian, berasaskan aspek yang
berbeza, iaitu menekankan perbezaan keperluan pengguna, kepada tiga kumpulan,
iaitu pihak pengurusan atasan, kumpulan pengurusan pertengahan dan kumpulan
pelaksana. Pihak pengurusan atasan adalah merupakan pengetua sekolah, kumpulan
pengurusan pertengahan, merupakan penolong kanan akademik, penolong kanan halehwal pelajar penolong kanan kurikulum dan semua ketua panitia. Kumpulan
pelaksana pula, merupakan guru-guru subjek, selain daripada guru yang termasuk
21
dalam kumpulan pengurusan atasan dan kumpulan pengurusan pertengahan. Chendu
telah membuat kajian berdasarkan empat kaedah, iaitu soal selidik, temu bual,
pemerhatian, dan analisis prosedur dan dokumen berkaitan. Kajian ini menunjukkan,
bahawa selain daripada aspek budaya, aspek peringkat kumpulan pengurusan juga
perlu diambil kira sebagai salah satu aspek dalam membuat perancangan sistem
maklumat pelajar. Ia dapat membantu mengenal pasti skop kerja setiap peringkat,
dan juga mengenal pasti, keperluan dan kehendak setiap kumpulan guru.
Dalam kajian yang dilakukan oleh Mohamed Sabil (2001), Sistem Maklumat
Pelajar Sekolah (SMART), pula menyatakan bahawa perlunya satu sistem untuk
membuat penyimpanan data pelajar, kerana apabila bilangan pelajar bertambah,
maka maklumat berkenaan pelajar juga akan bertambah, dan ini memerlukan storan
yang lebih besar, dan menggunakan sistem manual, ia akan memberikan masalah
storan kepada pihak sekolah, dan juga akan menimbulkan masalah pengemaskinian
maklumat dan juga masalah kehilangan maklumat. Projek ini menyediakan prototaip
untuk membangunkan sebuah perisian pengurusan rekod pelajar, bagi mengatasi
masalah storan. Ia mengandungi enam modul utama, iaitu Modul Pendaftaran
Pelajar, Modul Rekod Individu, Modul Senarai Pelajar, Modul Kelas, Modul
Laporan dan Modul Penyelenggaraan Sistem. Dengan adanya sistem ini, ia mampu
memberikan kemudahan kepada pihak guru dan juga pihak sekolah untuk
menguruskan maklumat pelajar dengan lebih efisien dan berkesan, serta lebih cepat
berbanding kaedah manual.
Hasan Basri (2002), pula menyatakan bahawa, dalam situasi teknologi masa
kini, teknologi ini mampu digunakan untuk membantu proses pembelajaran para
pelajar. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji kemampuan penggunaan
komputer dalam menguji tahap kefahaman pelajar berdasarkan kepada prestasi
mereka serta membangunkan perisian yang berkaitan dengan situasi tersebut.
Berdasarkan kaedah manual, ia hanya tertumpu kepada penerangan dari pensyarah
dan pelajar cuba memahami konsep yang diajar, dan tiada kajian untuk mengukur
tahap kefahaman pelajar masih kurang dilakukan. Oleh itu, diharap kajian ini,
mampu membantu pihak berkenaan untuk menilai prestasi pelajar menggunakan
perisian yang telah dibangunkan.
22
Manakala kajian yang dibuat menggunakan SBK oleh Yong (2002), untuk
Penilaian Prestasi Guru Sekolah Rendah, untuk membantu penilaian prestasi guru,
menggunakan kaedah model AHP, Analytic Hierarchy Process untuk memilih dan
mempertimbangkan kriteria yang diperlukan.
2.6
KAJIAN KEPERLUAN PENGGUNA
Kajian keperluan pengguna sangat penting, untuk menentukan fungsi dan
keperluan yang perlu ada dalam sistem yang akan dibangunkan. Kajian keperluan
pengguna yang baik, merupakan kajian yang menyeluruh, meliputi analisis
kemunasabahan (feasibility analysis) , iaitu dari segi aspek teknikal, ekonomi dan
juga organisasi. Selain itu, perlu juga dibuat kajian mengenai pengguna yang akan
menggunakan sistem ini (stakeholder), dan juga teknik yang akan digunakan untuk
membuat kajian ini, serta kajian mengenai teknologi yang akan digunakan.
2.6.1
KAJIAN KEMUNASABAHAN (FEASIBILITY ANALYSIS)
Secara dasarnya, analisis kemunasabahan ini merupakan analisis yang
menunjukkan sama ada kajian yang dilakukan boleh diguna pakai, dan munasabah
untuk dibangunkan. analisis kemunasabahan meliputi beberapa aspek, iaitu analisis
kemunasabahan teknikal, analisis kemunasabahan ekonomi dan juga analisis
kemunasabahan organisasi, untuk melihat sama ada sistem yang akan dibangunkan
mampu memberikan impak positif kepada SMIH dan mampu menjadikan SMIH
salah satu institusi yang lebih mantap dari segi pentadbiran sekolah.
23
ANALISIS KEMUNASABAHAN
UNTUK SISTEM MAKLUMAT PELAJAR HIDAYAH
1. KEMUNASABAHAN TEKNIKAL
a. Kelaziman terhadap aplikasi yang akan dibangunkan adalah
Pertengahan (Familiarity with application - Middle)
ƒ
Pembangun sistem mempunyai pengalaman yang sedikit dalam
pembinaan sistem menggunakan aplikasi web untuk pihak sekolah, tetapi
mempunyai kebolehan membangunkan sistem.
ƒ
Terdapat beberapa aplikasi berasaskan web untuk sistem maklumat
sekolah di dalam internet yang boleh dijadikan sebagai contoh.
ƒ
Pembangun sistem mempunyai pengalaman menggunakan sistem
maklumat pelajar dalam tahap universiti.
b. Kelaziman terharap teknologi adalah rendah (Familiarity with
technology - Low)
ƒ
Pembangun sistem pernah membangunkan sistem berasaskan aplikasi
web, dan juga pernah membangunkan sistem menggunakan aplikasi yang
lain seperti Visual Basic, Borland C++ dan Visual C++.
ƒ
Untuk
membangunkan
sistem,
perancangan
awal
menggunakan
pemprograman dan pangkalan data yang menggunakan sumber terbuka
(open source) seperti PHP dan MySQL, kerana produk dan peralatan
untuk membangunkannya boleh dimuat turun secara percuma dari
internet akan tetapi memerlukan sedikit masa untuk belajar penggunaan
pembangunan aplikasi yang lebih maju.
24
c. Saiz Projek – Sederhana (Project size - Middle)
ƒ
Saya menjangkakan saiz projek ini adalah kecil.
ƒ
Saya merancang untuk membina sistem yang lebih lengkap pada masa
hadapan, dengan lebih maklumat yang mampu diproses dan dijana oleh
sistem.
ƒ
Risiko untuk projek ini dijangka rendah.
d. Kesesuaian untuk sistem yang akan dibangunkan dijangka lebih baik.
(Compability of the new systems should be good)
•
Sistem sedia ada di SMIH telah menggunakan aplikasi Microsoft Access,
oleh itu, ianya mampu diadaptasikan daripada pangkalan data sedia ada,
dan diubah kepada bentuk borang yang memudahkan lagi tugas guru dan
pihak pentadbiran.
2. KEMUNASABAHAN ORGANISASI
Daripada perspektif organisasi, projek ini dijangka mempunyai risiko yang
sederhana. Sistem yang akan dibangunkan adalah sistem pemantauan pelajar iaitu
pembinaan sistem daripada kaedah manual kepada aplikasi berasaskan web yang
akan memudahkan perhubungan antara guru-guru, pihak pentadbiran sekolah,
pihak Lembaga Pengelola, dan ibu bapa serta pelajar.
a. Johan Projek (Project Champion) :
Pn Hajah Kamaliah Nordin, Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah
b. Pengurusan Senior (Senior Management):
Lembaga Pengelola SMIH, PIBG SMIH, Pihak pentadbiran SMIH
menyokong pembangunan sistem ini.
25
c. Pengguna (Users):
Pengguna utama adalah ibu bapa dan pelajar, selain itu, pihak pentadbiran
sekolah, dan guru-guru. Pengguna ini menyokong pembangunan sistem ini
untuk memudahkan capaian dan kemasukan data pelajar.
d. Lain-lain pengguna (Other Stakeholders):
Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMIH, dan Lembaga Pengelola SMIH, serta
pihak Kementerian Pelajaran Negeri Johor menyokong pembangunan sistem
ini untuk memudahkan mereka memantau prestasi akademik, sahsiah dan kokurikulum pelajar dari semasa ke semasa.
3. KOMEN TAMBAHAN:
a. Dengan menggunakan sistem berasaskan web, ia akan memudahkan banyak
pihak, terutama sekali pihak ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbiran
sekolah khasnya. Ini kerana pemprosesan data yang lama sebelum ini mampu
disingkatkan dengan menggunakan sistem yang akan dibangunkan, dan
membantu pihak pentadbiran membuat keputusan dengan lebih cepat dan
tepat berdasarkan maklumat yang diperlukan.
b. Saya menjangkakan perlunya diberikan latihan untuk individu yang akan
menyelenggarakan sistem supaya sistem dapat dikemas kini dari semasa ke
semasa.
26
2.6.2 ANALISIS PENGGUNA SISTEM (STAKE HOLDER ANALISIS)
Analisis stakeholder, merupakan aspek yang penting, untuk mengenal pasti
fungsi dan keperluan yang dikehendaki oleh pihak stakeholder. Selain itu, analisis
stakeholder juga dapat membantu dalam menentukan fungsi yang berlainan untuk
stakeholder yang berlainan. Sebagai contoh, untuk pengguna biasa, fungsi yang
mampu dicapai adalah terhad, dan untuk bahagian pentadbiran, fungsi yang lebih
perlu dimasukkan ke dalam sistem tersebut.
Stakeholder utama yang akan menggunakan sistem ini adalah ibu bapa dan
pelajar sendiri. Ibu bapa dan pelajar akan menggunakan sistem untuk melihat
maklumat asas yang dimasukkan, sama ada ianya tepat atau tidak. Selain itu, ibu
bapa juga boleh melihat keputusan peperiksaan pelajar setiap kali selesai sesuatu
ujian. Selain daripada markah peperiksaan, ibu bapa juga dapat melihat
perkembangan pelajar dalam aspek sahsiah dan ko-kurikulum, dengan fungsi ini
dapat dilihat menggunakan sistem yang akan dibangunkan.
Stakeholder yang kedua, ialah guru-guru. Guru merupakan stakeholder yang
penting, kerana mereka yang akan memasukkan maklumat pelajar, berkaitan dengan
markah peperiksaan, dan maklumat lain, seperti maklumat ko-kurikulum, sahsiah,
dan juga maklumat berkaitan sistem pentaksiran pelajar Musleh (SPM). Sistem yang
akan dibangunkan meliputi kemasukan data pelajar dari bidang akademik, sahsiah,
ko-kurikulum dan juga SPPM.
Stakeholder yang ketiga, adalah pihak pentadbiran sekolah. Pihak
pentadbiran sekolah termasuklah pengetua sekolah, penolong kanan, guru panitia
mata pelajaran, ketua guru bahagian PMR Excellence Project (PEP), ketua guru
bahagian SPM Excellence project (SEP), dan ketua guru bidang matematik,
kemanusiaan, syariah, dan teknikal dan vokasional.
Berdasarkan kepada analisis stakeholder yang telah dikenal pasti, dapatlah
dibuat kesimpulan, bahawa sistem yang akan dibangunkan, adalah merupakan sistem
yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga tahap pengguna yang berlainan, iaitu
27
pengguna tahap satu, iaitu ibu bapa dan pelajar itu sendiri, tahap kedua, iaitu guruguru, dan tahap ketiga, iaitu pihak pentadbiran sekolah.
2.6.3
ANALISIS STRATEGI
Analisis strategi merupakan analisis yang dilakukan untuk mengenal pasti
kekurangan sistem sedia ada, dan keperluan yang perlu dimasukkan ke dalam sistem
yang akan dibangunkan. Strategi sangat penting, untuk memastikan bahawa sistem
yang akan dibangunkan, mempunyai kelebihan berbanding sistem sedia ada, dan
juga mampu untuk memperbaiki kelemahan sistem yang sedia ada, dengan
memasukkan elemen-elemen yang diperlukan oleh pengguna.
Antara strategi yang boleh digunakan ialah, dengan melihat sistem sedia ada
di Sekolah Menengah Islam Hidayah, mengenal pasti elemen dan fungsi yang
penting untuk dimasukkan ke dalam sistem yang akan dibangunkan, dan mengenal
pasti elemen tambahan daripada sistem sedia ada.
Selain itu, kajian terhadap sistem sedia ada di pasaran, seperti sistem yang
terdapat di sekolah yang lain, atau sistem yang digunakan oleh pengguna yang
hampir sama seperti kolej-kolej, dan juga sistem yang digunakan oleh universiti
tempatan. Dengan membuat kajian dan perbandingan terhadap fungsi yang terdapat
dalam sistem tersebut. Selain itu, kajian ini penting untuk memasukkan maklumat
yang tidak terdapat dalam sistem sedia ada di SMIH. Ini akan membantu pihak
sekolah untuk mengemaskinikan maklumat sedia ada, dan memasukkan tambahan
maklumat yang sepatutnya ada.
28
2.6.4 ANALISIS TEKNOLOGI
Analisis teknologi meliputi teknologi yang akan digunakan dalam
pembangunan sistem, iaitu teknologi penyimpanan data, iaitu sistem pengurusan
pangkalan data yang akan digunakan, aplikasi yang akan digunakan, dan fungsi yang
akan dibangunkan. Teknologi yang akan digunakan adalah teknologi berasaskan
web. Aplikasi berasaskan web ini menggunakan perisian PHP, pangkalan data
MySQL, dan server Apache
2.6.4.1 KELEBIHAN APLIKASI BERASASKAN WEB
Aplikasi berasaskan web telah diguna pakai sekian lama. Ia mempunyai
kelebihan dan kekurangan tersendiri berbanding sistem aplikasi desktop. Menurut
Fowler (2004), terdapat beberapa kelebihan menggunakan aplikasi berasaskan web;
i.
Tidak memerlukan proses instalasi
Aplikasi berasaskan web boleh dilayari menggunakan komputer peribadi
milik individu atau syarikat menggunakan pelayar web seperi Internet Explorer,
Mozilla Firefox, Netscape dan sebagainya. Berbeza dengan aplikasi desktop, yang
memerlukan proses instalasi untuk menggunakan aplikasi tersebut. Dengan
menggunakan aplikasi berasaskan web, ia akan memudahkan organisasi dan
pengguna yang terlibat untuk menggunakan sistem, tanpa perlu untuk membeli dan
membuat proses instalasi terlebih dahulu. Selain itu, aplikasi berasaskan web juga
boleh digunakan oleh multi komputer, dan tidak bergantung kepada satu komputer
sahaja untuk menggunakannya.
29
ii.
Tidak bergantungan kepada sesuatu lokasi atau sesuatu peralatan sahaja.
Aplikasi berasaskan web boleh dicapai oleh pengguna dari komputer yang
mempunyai capaian kepada internet. Ini memudahkan pihak pengguna, sama ada
individu ataupun organisasi untuk melayari aplikasi web yang mereka kehendaki.
Oleh itu, segala proses dan fungsi aplikasi web boleh dilakukan di setiap komputer
yang mempunyai capaian kepada internet.
iii.
Memudahkan Integrasi
Aplikasi web boleh memudahkan proses integrasi kerja secara menyeluruh. Ia
membantu pihak organisasi membuat kemas kini maklumat secara berkumpulan, dan
ini akan mempercepatkan lagi proses kemas kini maklumat tanpa pengguna perlu
menunggu giliran penggunaan sistem. Pengguna boleh mengemas kini maklumat di
mana sahaja, selagi mana mereka mempunyai capaian ke internet.
iv.
Tidak memerlukan perkakasan khusus
Dengan menggunakan aplikasi web, pengguna boleh mencapai sistem dengan
menggunakan pelayar internet, tanpa perlu mempunyai perkakasan yang khusus
untuk membuat pemprosesan. Selain itu, sekiranya ada pertambahan atau pertukaran,
seperti pengemaskinian fungsi dalam sistem, pengguna tidak perlu menambah
perkakasan yang baru, dan Cuma menggunakan pelayar internet sahaja untuk
melayari sistem yang dikehendaki.
30
2.6.4.2 PHP (HYPERTEXT PREPROCESSOR)
PHP merupakan salah satu bahasa pengaturcaraan yang telah digunakan
secara meluas untuk membangunkan laman web, sejak diperkenalkan pada tahun
1994 oleh Rasmus Lerdorf (Welling, 2005). PHP bermaksud Personal Home Page
Tools, yang bermaksud peralatan membangunkan laman web secara personal. PHP
merupakan bahasa pengaturcaraan yang percuma dan mudah didapati di internet, dan
sehingga 2004, versi terbarunya, iaitu PHP 5.0 telah dilancarkan (Meloni, 2004) dan
telah diguna pakai secara meluas. Selain itu, terdapat juga forum-forum di dalam
internet yang membahaskan mengenai PHP dan cara untuk menggunakan fungsi
yang
terdapat
dalam
PHP,
antaranya
www.phpforums.net,
dan
www.thephpforums.net. Ini memudahkan lagi proses pembinaan laman web
menggunakan aplikasi PHP kerana ramai pengguna PHP sanggup berkongsi
pengetahuan berkenaan dengan PHP.
Terdapat banyak kelebihan yang menjadikan PHP bahasa pengaturcaraan
yang digunakan untuk menghasilkan laman web yang dinamik dan interaktif. Antara
kelebihan yang terdapat jika pengguna menggunakan PHP menurut ialah (Ridruejo,
2002) :
•
Mudah dipelajari
PHP menggunakan kod HTML dan juga kod PHP yang tersendiri, dan ianya
boleh diintegrasikan dalam satu bahasa pengaturcaraan yang sama. Oleh itu,
ianya sangat mudah untuk dipelajari dan dengan adanya bantuan daripada
pengguna PHP di internet, ia lebih memudahkan lagi proses pembelajaran PHP.
•
Sumber terbuka (open source)
PHP merupakan bahasa pengaturcaraan yang menggunakan sumber terbuka, oleh
itu, ianya boleh dipelajari oleh pelbagai pihak. Sesiapa sahaja boleh
menggunakannya untuk membangunkan laman web, sama ada laman web
persendirian ataupun laman web komersial. Selain itu, bantuan untuk
menggunakannya juga mudah didapati di internet, dengan wujudnya forum
berkaitan dengan PHP.
31
•
Platform yang pelbagai (Multiplatform)
PHP boleh digunakan dalam berbagai-bagai platform pelayan web dan sistem
operasi. PHP boleh digunakan dalam pelayan web seperti Apache, Microsoft IIS
dan juga pelayan Netscape. PHP juga boleh digunakan dalam sistem operasi
Unix, Windows, Linux, OS/2 mahupun MAC OS X.
•
Pangkalan Data yang pelbagai
PHP boleh diintegrasikan dengan pangkalan data yang berbeza, seperti MySQL,
Microsoft Access, SQL Server, Oracle, dan sebagainya. Ini akan memudahkan
proses pengurusan pangkalan data yang baik, bergantung kepada fungsi yang
dibangunkan, dan saiz sistem yang dibangunkan.
Selain itu, menurut Meloni (2004), PHP yang semakin berkembang,
mempunyai dua kelebihan utama, iaitu;
•
Pantas
Ianya pantas kerana pemprograman menggunakan aplikasi PHP ini, pantas
dan memudahkan proses pengemaskinian fungsi dan sebagainya.
•
Fleksibel
Disebabkan PHP merupakan bahasa pengaturcaraan yang bersumberkan
sumber terbuka, maka ianya lebih fleksibel, dan dalam masa yang sama,
ianya tetap pantas dalam membuat pemprograman. akan tetapi, untuk sistem
yang kompleks, pemprosesan data akan menjadi sedikit lambat kerana fungsi
yang dibangunkan terlalu kompleks, dan memerlukan masa untuk
memproses.
32
2.6.4.3 PANGKALAN DATA MySQL
MySQL merupakan salah satu aplikasi pangkalan data yang selalu digunakan
dalam membuat integrasi menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP, kerana ia juga
merupakan pangkalan data yang bersumber terbuka. Ini memudahkan pihak
pembangun sistem untuk membina sistem, kerana ianya tidak memerlukan pengguna
untuk membayar untuk menggunakan aplikasi ini. MySQL merupakan Sistem
Perhubungan Pengurusan Pangkalan Data (RDBMS) yang tahan lasak dan pantas
(Welling, 2005). MySQL juga menggunakan bahasa pertanyaan yang berstruktur
(Structured Query Language, SQL), oleh itu, ianya lebih mudah untuk digunakan dan
difahami oleh pembangun sistem.
Walaupun MySQL adalah termasuk dalam kategori RDMBS, ia mempunyai
beberapa kekurangan jika dibandingkan dengan aplikasi pangkalan data yang lain
seperti Oracle. Aplikasi ini tidak mempunyai keupayaan untuk menyokong
subqueries dan stored procedures (Bulger, 2004). Selain itu, ianya juga tidak
mempunyai aplikasi untuk menunjukkan perhubungan antara jadual, seperti yang
terdapat dalam Microsoft Access atau SQL Server. Namun begitu, ia adalah
pangkalan data yang sesuai digunakan untuk membangunkan sistem aplikasi yang
kecil dan sederhana dan akan digunakan untuk pembangunan projek ini.
2.6.5 PERBANDINGAN SISTEM MAKLUMAT SEDIA ADA
Dalam pembinaan sistem yang akan dibangunkan ini, terdapat beberapa
sistem maklumat yang telah dibangunkan oleh pelbagai pihak untuk membantu
pelbagai pihak, terutamanya pihak sekolah. Selain itu, terdapat juga sistem maklumat
yang dibangunkan untuk membantu pihak pentadbiran yang mempunyai struktur
yang sama, seperti di kolej dan juga universiti. Kajian terhadap sistem sedia ada ini
perlu untuk mengenal pasti kelebihan sistem itu, dan juga kekurangan sistem, agar
33
kelebihan sistem dapat diadaptasikan dan kekurangannya dapat diperbaiki dalam
sistem yang akan dibangunkan.
Berikut merupakan antara sistem berkaitan dengan Sistem Maklumat Pelajar
yang telah dibangunkan oleh pelbagai pihak, untuk kegunaan pengguna yang
mempunyai matlamat yang sama, iaitu untuk menguruskan maklumat pelajar.
a. SMART
SMART merupakan Sistem Maklumat Pelajar Sekolah yang telah
dibangunkan oleh Mohd Hazli Mohd Sabil (2001), dengan menyediakan
beberapa
modul
untuk
memudahkan
pihak
sekolah.
Sistem
ini
dibangunkan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic, dan
merupakan aplikasi desktop. Ia mempunyai modul pendaftaran pelajar,
modul rekod individu pelajar, modul senarai pelajar, senarai kelas, modul
laporan dan analisis serta modul penyelenggaraan sistem. Objektif sistem
ini adalah untuk memudahkan proses pengemaskinian data oleh pihak
sekolah, dan memudahkan proses pencarian data berkaitan dengan pelajar.
Rajah 2.5: Antaramuka SMART
34
Sistem ini juga menyediakan fungsi login untuk memastikan keselamatan
maklumat yang terdapat di dalamnya.
Rajah 2.6: Fungsi Login dalam SMART
b. Sistem Maklumat Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
Sistem Maklumat Pelajar (SMP) UTM merupakan contoh sistem maklumat
yang baik, kerana ia menyediakan modul yang lengkap berkaitan pengajian
pelajar universiti, iaitu modul maklumat asas, modul maklumat tempat
tinggal, modul maklumat sejarah pembelajaran pelajar sebelum memasuki
UTM, modul maklumat peperiksaan untuk setiap semester, modul
maklumat pembayaran yuran serta pihak yang memberikan biasiswa
kepada pelajar dan sebagainya. Sistem ini juga mempunyai modul login
yang bagus, kerana ia dapat mencegah penggodam memasuki sistem dan
melihat serta merosakkan maklumat pelajar yang terdapat di dalamnya.
35
Rajah 2.7: Contoh Antaramuka SMP UTM Modul Slip Peperiksaan
Rajah 2.8: Contoh Antaramuka SMP UTM Modul Kewangan Pelajar
36
2.6.6 PERBINCANGAN KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
Hasil daripada kajian yang dilakukan, setiap sistem mempunyai kelebihan
dan kekurangan masing-masing. Kelebihan setiap sistem boleh dijadikan sebagai
rujukan dalam pembinaan sistem, dan kelemahan yang ada, diperbaiki dan tidak
diulang dalam sistem yang akan dibangunkan. Berikut merupakan kelebihan dan
kekurangan setiap sistem;
i.
SMART
Kelebihan
•
Sistem ini mampu mengendalikan modul pendaftaran pelajar secara real –
time, dengan kemasukan data pelajar dibuat semasa pendaftaran dilakukan.
•
Sistem ini boleh menentukan pengguna tertentu sahaja boleh menggunakan
sistem dengan menyediakan sistem kata laluan.
•
Sistem ini juga boleh mengeksport data pelajar ke fail luaran, dan
mengimport kembali data pelajar yang telah dieksport.
•
Sistem ini boleh menghantar fail pangkalan data ke komputer pelayan melalui
internet.
•
Selain itu, sistem ini juga boleh membuat salinan pendua fail pangkalan data.
Kekurangan
•
Sistem ini Cuma untuk proses kemasukan dan paparan data sahaja. Tidak ada
pemprosesan data untuk membuat laporan berkaitan prestasi pelajar.
•
Ia tidak mempunyai Modul paparan data untuk pelajar
•
Sistem ini merupakan sistem berasaskan dekstop sahaja, kemasukan dan
paparan data tidak boleh dilakukan selain daripada komputer yang
mempunyai sistem sahaja.
•
Saiz Storan adalah 1 giga byte sahaja.
37
ii.
Sistem Maklumat Pelajar UTM
Kelebihan
•
Sistem ini merupakan sistem atas talian, dengan kemasukan data, dan paparan
data boleh dilakukan di komputer yang mempunyai talian internet.
•
Modul sistem ini merangkumi semua keperluan pelajar universiti, seperti
modul maklumat asas, modul maklumat peperiksaan, modul maklumat yuran,
dan sebagainya.
•
Sistem ini mudah digunakan, tanpa perlu menggunakan manual untuk
menggunakannya.
•
Sistem ini mempunyai fungsi login untuk pelbagai pengguna.
Kekurangan
•
Untuk pelajar, tiada fungsi pemprosesan data secara keseluruhan, untuk
melihat prestasi semasa mereka, sama ada bertambah baik atau semakin
berkurangan.
2.7
KESIMPULAN
Secara dasarnya, Bab ini membincangkan mengenai perkara-perkara yang
perlu di ambil kira dan dititik beratkan dalam pembangunan sesuatu sistem, serta
kriteria yang diperlukan dalam membangunkan Sistem Bantuan Keputusan dengan
menekankan pemilihan metode pembangunan sistem dan juga keperluan pengguna.
Ini untuk memastikan sistem yang dibina, mampu memenuhi kehendak pengguna
dan pada masa yang sama, tidak meninggalkan aspek-aspek pembinaan model
sesuatu sistem.
BAB 3
METODOLOGI
3.1
PENDAHULUAN
Dalam pembinaan sesuatu sistem yang akan dibangunkan, ia memerlukan
perancangan yang rapi, agar sistem yang dibangunkan merupakan sistem yang
berguna, dan memenuhi kehendak pelanggan. Untuk itu, sesuatu sistem yang ingin
dibangunkan, perlu membuat beberapa penilaian, dan menekankan beberapa aspek,
agar ianya mampu menjadi sistem yang berguna. Untuk menghasilkan sesuatu sistem
yang berguna dan berkesan, ia memerlukan perancangan, dan untuk itu, ia
memerlukan kepada metodologi kajian, agar sistem itu, mampu memenuhi kehendak
pelanggan, dan disiapkan dalam jangka masa yang sepatutnya.
Metodologi kajian, perlu dilakukan, agar setiap sistem itu, mengikut
prosedur, dan melibatkan beberapa aktiviti yang berlangsung sepanjang kajian.
Pemilihan metodologi yang sesuai, akan membantu perlaksanaan pembangunan
sistem yang lebih berkesan, dan mengikut kehendak pengguna, di samping itu, ia
disiapkan dalam jangka masa yang ditetapkan. Bab ini, akan menerangkan mengenai
metodologi kajian, dengan menerangkan perancangan, prosedur, dan aktiviti yang
dijalankan sepanjang kajian ini dilakukan.
39
3.2
REKABENTUK DAN PROSEDUR
Pembangunan sistem yang berkesan, bermula dengan perancangan, dan untuk
memulakan perancangan, ia memerlukan maklumat yang berkaitan, sama ada dari
pihak sekolah sendiri dan juga daripada pihak pembangun sistem. Untuk tujuan itu,
maka pembangun sistem perlu untuk mengetahui objektif pembangunan sistem, dan
memastikan sistem apa yang akan dihasilkan.
Semua perancangan pembangunan sistem perlulah disusun dengan rapi, agar
sistem mampu dibangunkan dengan teratur. Kebiasaannya, pembangun sistem akan
menggunakan Kitar Hayat Pembangunan Sistem. ia meliputi empat fasa iaitu fasa
perancangan, fasa analisa, fasa rekabentuk dan fasa perancangan (Dennis, 2005).
Kesemua fasa ini menerangkan secara menyeluruh tentang data dan aplikasi
pembangunan sistem dan boleh digambarkan serta dinilai (Rob, 2002).
Metodologi yang baik akan memberikan garis panduan untuk menyiapkan
semua aktiviti dalam kitar hayat pembangunan sistem, menurut Satzinger (2002) ini
termasuklah model sistem, peralatan yang digunakan serta teknik-teknik khusus yang
digunakan di dalam sistem yang akan dibangunkan. Manakala menurut Dennis
(2005), metodologi merupakan pendekatan secara formal untuk merancang dan
melaksanakan kitar hidup pembangunan sistem seperti kaedah-kaedah yang khusus
dan mampu dicapai.
Pemilihan metodologi perlulah tepat dan berasaskan kepada keperluan dan
beberapa faktor yang perlu diambil kira, iaitu: objektif kajian, skop projek, saiz
projek, jangka masa projek, dan pengguna projek.
40
3.2.1
RANGKA KERJA KAJIAN
Pembangunan projek melibatkan beberapa langkah, agar ianya dapat
dilakukan dengan sistematik dan berkesan. Langkah pembangunan projek bermula
dengan pemilihan tajuk projek sehinggalah kepada pembangunan sistem dan
penulisan akademik berkaitan dengan projek. Berikut merupakan langkah yang
terlibat dalam pembangunan projek;
Pemilihan tajuk
Kajian awal
Penulisan Proposal
Membuat kajian
sistem yang telah
dibina
Kajian literatur
Pembangunan sistem
Analisa
sistem
Analisa hasil
kajian awal
Rekabentuk
sistem
Pengujian sistem
Penulisan
laporan akhir
Rajah 3.1: Rangka Kerja Kajian
Implementasi
sistem
41
a. Pemilihan Tajuk
Dalam pemilihan tajuk, ia merupakan langkah pertama dalam membina
projek. Pemilihan tajuk sangat penting, kerana ia akan menentukan hala
tuju dan matlamat kajian. Pemilihan boleh dibuat dengan membuat kajian
projek yang telah dijalankan sebelum ini. Selain itu, pemilihan tajuk juga
boleh dibuat daripada cadangan projek terdahulu. Perbincangan dengan
sesuatu organisasi juga boleh membantu dalam pemilihan tajuk
b. Penulisan Proposal
Proposal kajian mengandungi perkara seperti objektif, skop kajian,
keperluan, latar belakang masalah, dan penyataan masalah dibincangkan.
Sekiranya proposal diterima selepas temu duga, kajian boleh diteruskan
atau perlu diubah dan sebagainya.
c. Kajian Awal
Dalam kajian awal, ianya termasuk kajian literatur dan juga kajian
mengenai sistem yang telah dibina. Kajian keperluan pengguna juga
dilakukan pada peringkat ini. Kajian literatur lebih kepada kajian yang
telah dibuat oleh pelajar sebelum ini, dengan mengambil kira kelebihan
dan kelemahan yang telah dilakukan. Begitu juga dengan kajian terhadap
sistem yang telah dibina, dan sistem sedia ada. Ini untuk mengelakkan
kelemahan yang sama diulangi dan kelebihan sesuatu sistem dapat
diimplementasikan ke dalam kajian yang akan dibuat.
d. Analisa Hasil Kajian Awal
Analisa Hasil Kajian Awal didapati daripada kajian awal yang dilakukan.
Hasil daripada kajian awal akan digunakan dalam pembangunan sistem,
iaitu rangka kerja yang seterusnya.
e. Pembangunan Sistem
Rangka kerja pembangunan sistem melibatkan analisis sistem, rekabentuk
sistem, dan implementasi sistem. Hasil Kajian Awal akan dimasukkan ke
dalam sistem yang akan dibangunkan, selain daripada pemilihan
metodologi yang akan digunakan.
42
f. Pengujian Sistem
Pengujian sistem perlu untuk memastikan sistem yang dibangunkan
mampu mencapai objektif dan matlamat pembinaannya. Dalam rangka
kerja ini, pengujian boleh dilakukan untuk melihat tahap keselamatan
sistem, prestasi pemprosesan sistem, dan tahap kepuasan pengguna
terhadap sistem yang dibangunkan. Sekiranya sistem berjaya mencapai
objektifnya, sistem dikira telah berjaya.
g. Penulisan Laporan Akhir
Penulisan Laporan Akhir merupakan proses terakhir dalam rangka kerja
kajian. Segala maklumat berkaitan kajian akan didokumenkan agar
pengetahuan yang terdapat di dalamnya dapat dikongsi bersama pengguna
yang lain. Manual sistem juga didokumenkan supaya pihak yang
menggunakan sistem boleh mengemas kini dan menyelenggarakan sistem
yang telah dibangunkan.
3.2.2 METODOLOGI PEMBANGUNAN SISTEM
Dalam kebanyakan pembangunan sistem, fasa dan langkah-langkah Kitar
Hayat Pembangunan Sistem diterima pakai secara logik daripada permulaan
pembangunan sistem hingga ke akhir pembangunan sistem. terdapat pelbagai
kategori metodologi pembangunan sistem yang telah diperkenalkan (Dennis, 2005),
iaitu Rekabentuk Berstruktur (Structured Design), Pembangunan Aplikasi Pantas
(Rapid
Application
Development,
RAD),
dan
Pembangunan
Agile
(Agile
Development).
Metodologi Rekabentuk Berstruktur merupakan metodologi yang telah
diperkenalkan pada tahun 1980-an, yang merupakan satu metodologi yang
mengadaptasikan langkah demi langkah yang terdapat dalam Kitar Hayat
Pembangunan Sistem. Antara model dalam kategori ini adalah metodologi Air
43
Terjun (Waterfall Development Methodology), dan kemudiannya, metodologi ini
dikembangkan kepada metodologi Model Selari. Model Air terjun merupakan asas
model metodologi berstruktur, dengan mempunyai empat fasa utama, iaitu fasa
perancangan, fasa analisis, fasa rekabentuk dan fasa implementasi yang dilakukan
secara berjujukan, dan sesuatu fasa perlu disiapkan terlebih dahulu sebelum fasa
yang seterusnya dilakukan.
Metodologi Pembangunan Aplikasi Pantas (RAD) pula, telah diperkenalkan
pada 1990-an (Dennis, 2005). Ia menerangkan kekurangan metodologi berstruktur
dengan membuat pembaikan Kitar Hayat Pembangunan Sistem untuk membuatkan
fasa tertentu di dalam sistem dibangunkan dengan lebih pantas untuk pengguna.
Dengan cara ini, pengguna akan dalam memahami mengenai sistem yang akan
dibangunkan dan juga dapat memberikan kekurangan dan keperluan tambahan yang
perlu dimasukkan ke dalam sistem. Ini akan membantu pembangunan sistem yang
selari dengan kehendak dan keperluan pengguna. Teknik dalam RAD lebih
menekankan Analis menggunakan teknik dan peralatan yang tertentu untuk
mempercepatkan lagi proses fasa analisis, rekabentuk dan implementasi seperti
menggunakan peralatan seperti CASE tools, dan rekabentuk aplikasi bersama (Joint
Application Design, JAD). Akan tetapi, masih terdapat masalah dalam menggunakan
RAD, iaitu sekiranya keperluan pengguna tidak didokumenkan, dan bergantung
kepada pengguna untuk memahami sistem yang akan dibangunkan, dan menambah
keperluan sistem dari semasa ke semasa. Dengan ini, ia akan menambahkan lagi
masa pembangunan sistem dan fungsi yang perlu dibangunkan berbanding dengan
kaedah mendokumentasikan keperluan sistem. Antara model dalam RAD ialah
Model Pembangunan Berperingkat, Model Prototaip, dan Model Prototaip
Throwaway.
Kategori terakhir, adalah Pembangunan Agile. Model ini menekankan
metodologi berteraskan pemprograman yang mempunyai beberapa syarat dan
latihan. Dalam model ini, kerja permodelan dikurangkan dengan banyaknya dan
dokumentasi juga dapat dikurangkan. Antara model dalam kategori ini adalah
Extreme Programming (XP), Scrum, dan Dynamic Systems Development Method
(DSDM).
44
Dalam kajian ini, model yang dipilih adalah model Prototaip daripada
kategori Pembangunan Aplikasi Pantas (RAD). Ini kerana, model ini lebih mudah
untuk diadaptasikan dengan mendokumenkan keperluan pengguna, dan dalam masa
yang sama, fungsi di dalam sistem boleh ditingkatkan seiring dengan keperluan
pengguna yang berbeza.
3.2.3
MODEL PROTOTAIP
Model Prototaip merupakan model yang melaksanakan fasa analisis,
rekabentuk dan implementasi secara berulang-ulang sehingga sistem yang
dikehendaki siap dibangunkan. Dengan menggunakan metodologi ini, setiap kali
pengulangan terhadap analisa, rekabentuk dan implementasi, pengguna dan
pembangun sistem akan memberikan komen terhadap sistem, untuk menganalisis
kembali, merekabentuk kembali, dan membuat implementasi kembali. Dengan ini,
sistem prototaip akan menambahkan fungsi dan mengurangkan kekurangan sistem
itu. dan akhirnya, sistem yang dibangunkan akan memenuhi kehendak dan keperluan
pengguna. Menurut Dennis (2005), model prototaip yang dibangunkan adalah seperti
berikut;
45
Perancangan
Analisis
Rekabentuk
Prototaip
Sistem
Implementasi
Implementasi
Sistem
Rajah 3.2: Model Metodologi Prototaip (Dennis, 2005)
Aktiviti dalam model prototaip ini mempunyai beberapa perkara yang perlu
diambil perhatian. Ini kerana, kebiasaannya, pembangun sistem akan terlupa dan
mengabaikan beberapa perkara penting dalam pembangunan sistem. berikut
merupakan aktiviti yang dilakukan dalam model Prototaip (Dennis, 2005);
a. Perancangan
Perancangan sistem merupakan asas kepada pembangunan sistem. Ia
menentukan kenapa sesuatu sistem itu perlu dibangunkan, dan bagaimana
sistem itu akan dibangunkan. Dalam fasa ini, pembangun sistem akan
menentukan sama ada sistem itu boleh dibangunkan atau tidak, adakah
ianya boleh digunakan oleh organisasi tersebut, dan adakah kos
pembangunannya berbaloi dengan aplikasi yang akan digunakan.
46
b. Analisis
Fasa analisis akan merungkaikan persoalan berkaitan dengan pengguna
sistem yang akan dibangunkan, fungsi yang akan dibangunkan, serta bila ia
akan digunakan. Dalam fasa ini, terdapat tiga langkah yang perlu
dilakukan, iaitu Strategi dalam melakukan analisis. Ini untuk membantu
pembangun sistem, dan biasanya memasukkan analisis sistem sedia ada,
dan cara untuk membuat rekabentuk sistem yang akan dibangunkan.
Langkah kedua adalah analisis kajian keperluan pengguna (User
Requirement Analysis). Kajian keperluan pengguna akan membantu pihak
pembangun sistem untuk membuat rekabentuk konsep untuk sistem yang
akan dibangunkan. Langkah ketiga adalah membuat Proposal Sistem, yang
mengandungi analisis, konsep sistem, dan model yang akan dibina. Selain
itu, ia juga akan menentukan sama ada sistem itu perlu diteruskan atau
tidak.
c. Rekabentuk
Rekebentuk sistem akan menunjukkan bagaimana sesuatu sistem itu akan
beroperasi. Ini termasuklah spesifikasi perkakasan, perisian yang akan
digunakan, dan infrastruktur rangkaian. Selain itu, ia juga menunjukkan
antaramuka pengguna, borang dan laporan, dan juga program yang
spesifik, pangkalan data, dan fail yang akan digunakan. Rekabentuk sistem
mempunyai empat langkah, iaitu strategi rekabentuk, rekabentuk arkitek,
pangkalan data dan spesifikasi fail, dan rekabentuk program.
Strategi rekabentuk merupakan strategi yang akan dilakukan oleh
organisasi untuk membina sesuatu sistem, sama ada ianya akan
dibangunkan sendiri, ataupun meminta kepakaran daripada luar untuk
membina sistem itu, atau organisasi cuma membeli perisian yang terdapat
di pasaran.
Rekabentuk arkitek merupakan aspek yang menerangkan mengenai
perkakasan yang akan digunakan, perisian dalam membangunkan sistem,
dan rekabentuk rangkaian yang akan digunakan. Selain itu antaramuka
pengguna juga termasuk dalam bahagian ini, yang akan menunjukkan
47
bagaimana pengguna akan menggunakan sistem yang akan dibangunkan,
serta borang dan laporan yang akan digunakan oleh sistem.
Pangkalan data dan spesifikasi fail pula merupakan dokumen yang
menerangkan mengenai kaedah penyimpanan data, dan tempat data akan
disimpan.
Rekabentuk program pula merupakan dokumen mengenai program yang
perlu dibangunkan, serta kegunaan dan fungsi setiap program.
d. Implementasi
Fasa terakhir adalah implementasi. Implementasi merupakan fasa yang
paling mendapat perhatian kerana ianya akan menunjukkan hasil sesuatu
sistem. Terdapat tiga langkah dalam fasa ini, iaitu Pembinaan Sistem.
Keduanya, ialah Instalasi Sistem, dan terakhir, Pelan Sokongan sistem.
Pembinaan sistem memastikan sistem dibangunkan dan pengujian sistem
dilakukan untuk memastikan sistem berfungsi seperti yang dikehendaki. Ini
kerana bugs atau kesalahan merupakan masalah yang menelan kos yang
lebih tinggi untuk membetulkannya. Oleh itu, Pembinaan Sistem sangat
penting untuk mengelakkan kos yang lebih tinggi.
Keduanya, adalah Instalasi Sistem. Instalasi merupakan proses menutup
sistem yang lama dan memasukkan sistem yang baru (Dennis, 2005). Ianya
boleh dilakukan secara penukaran terus, atau penukaran secara
berperingkat. Dalam proses ini, adalah sangat penting untuk membekalkan
pengguna dengan manual penggunaan supaya pengguna mengetahui fungsi
dan cara menggunakan sistem, selain membantu pengurusan kerana
perubahan kepada sistem yang baru.
Ketiganya, adalah Pelan Sokongan. Pelan ini secara dasarnya termasuklah
laporan selepas instalasi sistem, sama ada secara formal atau tidak formal.
Ini bertujuan untuk mengenal pasti perubahan yang diperlukan oleh sistem
tersebut.
48
3.2.4
PENGUJIAN SISTEM
Peringkat pengujian sistem ialah peringkat di mana sistem yang telah
dihasilkan diuji. Pengujian yang dilakukan adalah dari segi kebolehan penggunaan
sistem, keselamatan, tahap prestasi, dan juga pengujian penerimaan pengguna.
Semasa peringkat pengujian, sistem ini mestilah bebas dari sebarang ralat. Jika
terdapat sebarang ralat seperti ralat logik, maka sistem tersebut hendaklah melalui
peringkat pembangunan sistem semula.
Terdapat empat tahap pengujian sistem, iaitu Pengujian Unit, Pengujian
Berintegrasi, Pengujian Sistem, dan Pengujian Penerimaan (Dennis, 2005). Setiap
tahap mempunyai jenis ujian yang boleh dilakukan. Berikut merupakan Tahap
pengujian yang disenaraikan oleh Dennis (2005);
a. Pengujian Unit
Pengujian unit memfokuskan kepada sesuatu unit sahaja. Terdapat dua
kaedah dalam pengujian unit, iaitu Kotak Hitam atau Kotak Putih. Kotak
Hitam lebih digemari kerana setiap kelas menerangkan sesuatu objek.
Pengujian
Kotak Hitam berdasarkan kepada keperluan sistem dan bukannya
berdasarkan kepada penerangan daripada pembangun sistem. Sebagai
contoh, pengujian dilakukan berdasarkan kepada kelas yang telah di
rekabentuk. Pengujian Kotak Putih pula merupakan pengujian berdasarkan
kepada spesifikasi metode yang bergantung kepada setiap kelas. Ini
bermaksud, penguji akan melihat sendiri kod program berdasarkan kepada
kelas yang direka.
b. Pengujian Integrasi
Pengujian Integrasi merupakan pengujian yang berdasarkan kepada set
kepada kelas yang perlu berfungsi bersama tanpa melakukan kesalahan. Ini
memastikan antaramuka dan hubungan antara sebahagian daripada sistem
berfungsi dengan baik. Dalam Pengujian Integrasi, terdapat empat jenis
49
ujian yang boleh dilakukan, iaitu Pengujian Antaramuka Pengguna,
Pengujian Rajah Peristiwa (Use Case Testing), Pengujian Interaksi, dan
Pengujian Antaramuka Sistem.
Pengujian Antaramuka Pengguna melakukan pengujian dengan cara
menggunakan setiap menu yang ada pada antaramuka tersebut. Pengujian
Rajah Peristiwa pula melakukan pengujian menggunakan setiap rajah
peristiwa
untuk
memastikan
ianya
berfungsi,
dan
kebiasaannya
digabungkan dengan pengujian antaramuka pengguna. Pengujian Interaksi
pula merupakan pengujian terharap setiap proses langkah demi langkah,
dengan cara menguji setiap sub kelas dan membandingkan keputusan
dengan data pengujian. Pengujian Antaramuka Sistem pula merupakan
pengujian pertukaran data dengan sistem yang berlainan. Ini kerana
pertukaran data menjadikan sistem lebih mudah untuk diautomasikan
supaya pengguna dapat memastikan ianya berfungsi dengan baik.
c. Pengujian Sistem
Pengujian Sistem kebiasaannya dilakukan oleh Analis Sistem untuk
memastikan setiap kelas berfungsi dengan baik antara satu dengan yang
lain. Pengujian Sistem mempunyai kesamaan seperti Pengujian Integrasi,
akan tetapi ianya mempunyai skop yang lebih luas. Pengujian Sistem
menguji bagaimana sistem yang dibangunkan memenuhi kehendak dan
keperluan pengguna, bagaimana ianya berfungsi dengan baik apabila
pelbagai fungsi digunakan, dan tahap keselamatan sistem tersebut.
Terdapat lima jenis ujian dalam Pengujian Sistem, iaitu Pengujian
Keperluan, Pengujian Penggunaan, Pengujian Keselamatan, Pengujian
Prestasi, dan Pengujian Dokumentasi.
Pengujian Keperluan memastikan perubahan keperluan yang dikehendaki
dipenuhi. Keduanya Pengujian Penggunaan, menguji bagaimana tahap
kemudahan sistem untuk digunakan. Pengujian Keselamatan pula menguji
tahap pembaikan daripada kerosakan, dan kebolehan untuk capaian sistem
daripada pihak luar. Pengujian Prestasi pula menguji kredibiliti untuk
berfungsi di bawah tekanan yang tinggi dan capaian yang tinggi. Pengujian
50
Dokumentasi pula menguji tahap ketepatan data berbanding dokumen yang
disimpan.
d. Pengujian Penerimaan.
Pengujian Penerimaan pula dilakukan oleh pengguna untuk menyokong
kumpulan pembangun sistem. tujuan utamanya adalah untuki memastikan
sistem yang dibangunkan telah sempurna dan boleh digunakan. Pengujian
Penerimaan dilakukan dalam dua tahap, iaitu Pengujian Alfa (Alpha
Testing) dan juga Pengujian Beta (Beta Testing). Pengujian Alfa dilakukan
oleh pengguna untuk menunjukkan tahap penerimaan pengguna terhadap
sistem yang telah dibangunkan, dan Pengujian Beta pula menggunakan
data sebenar, untuk memastikan sistem tiada kesalahan dan boleh
digunakan sepenuhnya.
3.3
RANGKA OPERASI (OPERATIONAL FRAMEWORK)
Rangka Operasi merupakan aspek yang penting dalam pembangunan sistem,
kerana dalam rangka operasi ini, pembangun sistem akan membuat rekabentuk
fizikal dan juga logikal. Rekabentuk Fizikal merupakan rekabentuk untuk
menerangkan secara fizikal mengenai sistem yang akan dibangunkan, seperti
perkakasan yang diperlukan, perisian yang diperlukan, dan sebagainya. Rekabentuk
logikal termasuklah rekabentuk Rajah Peristiwa, Diagram Kelas, Diagram Jujukan,
Diagram Komunikasi dan sebagainya.
51
3.3.1
REKABENTUK LOGIKAL
Dalam rekabentuk logikal ianya menerangkan mengenai rajah peristiwa dan
juga diagram aktiviti (Dennis, 2005). Dengan menggunakan model ini, ia dapat
menerangkan sama ada sesuatu proses itu dilakukan menggunakan komputer ataupun
secara manual. Maklumat berkaitan rekabentuk logikal ini akan membantu dalam
rekabentuk Fizikal. Dengan memfokuskan kepada aktiviti logikal terlebih dahulu,
Analis Sistem boleh memfokuskan kepada bagaimana proses dilakukan dalam
organisasi dan bagaimana untuk mengimplementasikannya ke dalam organisasi.
Ia dimulakan dengan mengumpul maklumat daripada pengguna, kemudian
pembangun sistem akan mereka bentuk proses-proses yang dilakukan oleh organisasi
menggunakan diagram aktiviti. Kemudian, pembangun sistem akan mengenal pasti
aktiviti untuk diterjemahkan ke dalam bentuk Rajah Peristiwa. Rajah Peristiwa
merupakan aktiviti yang dilakukan oleh pengguna seperti kemasukan data,
pemprosesan data, paparan data dan sebagainya. Kemudian, Analis Sistem akan
mereka bentuk Diagram Kelas untuk membina model berstruktur dalam mengenal
pasti masalah dalam organisasi.
Untuk permodelan secara logikal, kajian permodelan telah dibuat
menggunakan Unified Modeling Languange. Ini kerana ia memudahkan permodelan
dalam bentuk berasaskan objek (Object-Oriented). Selain itu, ia juga dapat
menerangkan dengan jelas mengenai keperluan dan aktiviti yang dilakukan oleh
pihak sekolah, dan memudahkan proses mereka bentuk fungsi dan keperluan yang
diinginkan oleh pihak sekolah. Selain itu, model diagram kelas juga memudahkan
proses mereka bentuk pangkalan data yang baik.
52
3.3.2
REKABENTUK FIZIKAL
Objektif kepada rekabentuk fizikal adalah untuk menentukan bahagian
aplikasi yang perlu untuk dimasukkan ke dalam perkakasan yang diperlukan.
Komponen utama dalam rekabentuk fizikal adalah perkakasan dan perisian. Terdapat
tiga prinsip aplikasi yang digunakan pada masa kini, iaitu rekabentuk berdasarkan
pengguna, rekabentuk berdasarkan server, dan rekabentuk berdasarkan kepada
pengguna dan server. Berikut merupakan fungsi dalam setiap rekabentuk;
a. Rekabentuk
Berasaskan
Server
merupakan
rekabentuk
yang
menjadikan Server sebagai pemproses dan melakukan keempat-empat
fungsi, iaitu melakukan Logik Persembahan, Logik Aplikasi, Logik
Capaian Data dan Logik Penyimpanan Data. Rekabentuk yang mudah
sangat berguna kerana ianya dibina dalam satu komputer sahaja, dan
data juga disimpan dalam komputer yang sama. Akan tetapi,
disebabkan Server yang melakukan pemprosesan, dan disebabkan
penggunaan yang terlalu banyak, Server tidak dapat menampung
pemprosesan yang berlebihan dan memerlukan kos yang tinggi untuk
menambah baik Server tersebut.
Pengguna
Server
Logik Persembahan
Logik Aplikasi
Logik Capaian Data
Penyimpanan Data
Rajah 3.3: Rekabentuk Berasaskan Server
53
b. Rekabentuk Berasaskan Pengguna pula merupakan rekabentuk yang
menetapkan komputer pengguna sebagai pemproses dan Server sebagai
Penyimpan Data sahaja. Ini memudahkan pemprosesan dilakukan
dipihak pengguna. Akan tetapi, ia mempunyai masalah apabila terlalu
banyak capaian yang dibuat terhadap data, hingga akan menyebabkan
lebihan dalam komputer pengguna dan juga rangkaian yang digunakan.
Pengguna
Logik Persembahan
Logik Aplikasi
Logik Capaian Data
Server
Penyimpanan Data
Rajah 3.4: Rekabentuk Berasaskan Pengguna
c. Rekabentuk Pengguna – Server pula merupakan rekabentuk yang
menyeimbangkan pemprosesan antara pengguna dan server dengan
kedua-duanya melakukan fungsi aplikasi yang sama. Kelebihan
rekabentuk ini adalah ianya fleksibel, iaitu mudah untuk menambah
atau mengurangkan simpanan data serta fungsi dalam kedua-dua
bahagian pengguna dan juga Server. Dengan menggunakan rekabentuk
ini, ia akan memudakan proses menambah baik, dan penyelenggaraan
sistem, kerana kemudahan untuk menambah dan mengurang fungsi
antara kedua-dua pengguna dan Server.
54
Server
Pengguna
Logik Capaian Data
Penyimpanan Data
Logik Persembahan
Logik Aplikasi
Rajah 3.5: Rekabentuk Pengguna - Server
Selain itu, rekabentuk ini juga mudah untuk diaplikasikan, kerana
kebolehan untuk membahagikan fungsi antara pengguna dan Server.
Terdapat dua kaedah dalam rekabentuk ini, iaitu gabungan dua baris
(two tier), dan lebih (n-tier). Untuk dua baris, kebiasaannya,
rekabentuk adalah seperti Rajah 3.5, akan tetapi untuk rekabentuk yang
lebih kompleks, rekabentuk tiga baris dan lebih boleh digunakan.
Contoh untuk penggunaan rekabentuk tiga baris adalah seperti rajah 3.6
dan lebih daripada itu seperti rajah 3.7.
Pengguna
Logik Persembahan
Server
Server Aplikasi
Logik Aplikasi
Logik Capaian
Data
Penyimpanan Data
Rajah 3.6: Rekabentuk Tiga Baris (Three - Tier)
55
Pengguna
Logik Persembahan
Server Aplikasi
Logik Applikasi
Server Aplikasi
Logik Aplikasi
Server
Logik Capaian Data
Penyimpanan Data
Rajah 3.7: Rekabentuk Empat Baris (Four - Tier)
Berdasarkan kepada kajian terhadap ketiga-tiga rekabentuk fizikal yang telah
dicadangkan oleh Dennis (2005), rekabentuk fizikal yang akan digunakan adalah
rekabentuk tiga baris (Three – Tier Architecture). Ini kerana keperluan pihak sekolah
yang menginginkan agar tahap pengguna yang berbeza antara ibu bapa dan pelajar,
guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah. Oleh itu, berdasarkan keperluan ini, maka
rekabentuk Tiga Baris dipilih sebagai rekabentuk fizikal sistem yang akan
dibangunkan.
56
3.4
PENDEKATAN KAJIAN DAN SUMBER DATA
Sistem yang akan dibangunkan, perlu dikaji terlebih dahulu, dan memerlukan
maklumat sebanyak yang mungkin agar sistem yang dibangunkan dapat memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna. Kajian secara kualitatif digunakan untuk
membuat kajian bagi pembangunan sistem. Menurut Reaves (1992) pendekatan
kualitatif merupakan penghakiman terhadap kualiti sesuatu objek. Ia memberikan
kelebihan kepada pembangun sistem kerana data yang diterima kebiasaannya sahih
dan boleh diterima kerana ianya dilakukan dalam bentuk temu ramah secara
mendalam dan hasilnya dianggap betul, tepat dan benar. Selain itu, analisis terhadap
dokumen berkaitan juga perlu dilakukan untuk mengenal pasti elemen-elemen yang
perlu dimasukkan ke dalam sistem.
Kaedah temu ramah, merupakan kaedah untuk mendapatkan maklumat yang
berkaitan dengan sesuatu perkara daripada seseorang ataupun sekumpulan orang.
Temu ramah merupakan cara yang paling efektif untuk memahami fungsi dan
peraturan sesuatu perkara (Satzinger, 2002). Temu ramah juga boleh digunakan
untuk mengenal pasti fungsi yang diperlukan, selain daripada data yang akan
digunakan di dalam sistem yang akan dibangunkan.
Selain temu ramah, kaedah analisis dokumen juga boleh dilakukan untuk
mendapatkan fungsi dan data sesuatu sistem yang akan dibangunkan. Dokumen yang
boleh dianalisis adalah seperti borang, manual, laporan, carta organisasi dan
sebagainya. Ia membantu pembangun sistem mendapatkan maklumat berkaitan
sistem sedia ada pada pelanggan dan mengenal pasti maklumat dan fungsi sedia ada.
Dalam membuat kajian terhadap sistem yang akan dibangunkan, kedua-dua
kaedah analisis data ini telah dilakukan. Temu ramah yang dilakukan adalah dalam
bentuk berstruktur dan tidak berstruktur, untuk mendapatkan maklumat. Individu
yang telah di temu ramah adalah seperti berikut;
57
a. Puan Hajah Kamaliah Noordin
Beliau merupakan Pengetua Sekolah Menengah Islam Hidayah sejak ianya
ditubuhkan, iaitu sejak 1996. Beliau merupakan orang yang mengetahui
kehendak dan keperluan sebagai pihak pentadbiran, dan dalam masa yang
sama, ibu kepada pelajar yang bersekolah di SMIH. Ini memudahkan lagi
proses mengenal pasti fungsi yang diperlukan, kerana beliau mempunyai
pengalaman yang luas dalam fungsi yang akan diperlukan.
b. Puan Fauziah Salam
Beliau merupakan Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Pelajar, dan di
bawah pengendalian Bahagian Pembangunan Sahsiah Pelajar termasuklah
Tarbiah Pelajar, Disiplin, Bimbingan dan Kaunseling, Persatuan Syabab
dan Fatayat, dan Majlis Perwakilan Pelajar. Beliau merupakan individu
yang bertanggungjawab ke atas semua bahagian yang telah disebutkan di
atas, dan beliau sangat membantu dalam mendapatkan maklumat berkaitan
dengan Pembangunan Sahsiah Pelajar.
c. Puan Zunainah Jemenin
Beliau merupakan guru yang bertanggungjawab mengendalikan Bahagian
Komputer, di bawah Bidang Teknik dan Vokasional. Beliau merupakan
guru yang bertanggungjawab untuk menyelenggarakan pengurusan
pangkalan data pelajar. Maklumat teknikal seperti kaedah penyimpanan
data, komputer yang digunakan, dan data yang disimpan di bawah
pengendalian beliau.
d. En Zaidi Jalal
Beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Multimedia, di bawah bahagian
Jawatankuasa
Khas
Sekolah.
Beliau
juga
adalah
guru
yang
bertanggungjawab mengendalikan Bahagian Komputer, di bawah Bidang
Teknik dan Vokasional. Bidang kuasa beliau sama seperti Puan Zunainah,
iaitu menguruskan pangkalan data pelajar.
58
Untuk mendapatkan maklumat yang lebih mendalam mengenai kriteria
pangkalan data yang akan dibangunkan, dokumen berkaitan perlu dianalisis untuk
mendapatkan senarai lengkap berkaitan maklumat yang akan disimpan dan
digunakan. Antara dokumen yang dikenal pasti adalah seperti berikut;
i.
Carta Organisasi Pihak Pentadbiran SMIH 2007
ii.
Carta Organisasi Jawatankuasa Khas SMIH 2007
iii.
Pangkalan data peperiksaan Sekolah dalam bentuk Microsoft Excel
iv.
Borang Soal Selidik Sistem Pentaksiran Pelajar MUSLEH (SPPM)
v.
Dokumen Penilaian Aktiviti Ko-kurikulum
vi.
Majalah Inspirasi (Majalah Tahunan SMIH) 1998, 1999/2000
2001/2002, dan 2003/2004.
Hasil daripada kaedah pengumpulan maklumat, keperluan pihak sekolah telah
dapat di dokumenkan, dalam bentuk keperluan fungsi, dan keperluan bukan fungsi
yang terdapat dalam Bab 4 (Rujuk Bahagian 4.6 Kajian Keperluan Pengguna).
Keperluan pihak sekolah ini yang akan menjadi asas dalam pembangunan sistem, di
samping pembinaan pangkalan data yang lebih sistematik dan berkesan.
3.5
KAEDAH DAN ANALISIS DATA
Dalam kajian yang dibuat ini, ia menekankan Sokongan Membuat Keputusan
(SBK). Dalam SBK terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan, seperti Proses
Pembuatan Keputusan Berdasarkan Faktor Pemberat (weighted factor) menggunakan
kaedah Pengaturcaraan Linear.
59
3.5.1
PROSES PENGATURCARAAN LINEAR (LINEAR PROGRAMMING)
Proses pengaturcaraan linear merupakan salah satu kaedah membuat
keputusan dalam bentuk moden metod penyelidikan operasi. Kaedah ini akan
menggabungkan pengiraan secara linear dengan menentukan pemberat yang
diperlukan untuk membuat keputusan. Pemberat ini ditentukan mengikut keperluan
pengguna, yang mana dalam kajian ini, ia melibatkan tiga faktor utama, iaitu
pencapaian akademik, pencapaian ko-kurikulum dan juga pencapaian dalam Sistem
Pengurusan Pelajar Musleh (SPPM). Untuk membuat pengaturcaraan linear ini,
beberapa langkah yang perlu diambilkira, iaitu;
i.
Menentukan keputusan yang ingin dibuat, dan juga individu yang
bertanggungjawab membuat keputusan.
ii.
Menentukan isu kepentingan dalam membuat keputusan.
iii.
Mengenalpasti skala-skala bagi setiap kriteria.
iv.
Mendapatkan kriteria yang lain dengan membandingkan dengan kriteria yang
paling penting disetkan sebagai 100.
v.
Pemberat yang diperoleh akan dinormalkan iaitu pemberat setiap kriteria
akan dibahagikan kepada jumlah hasil tambah pemberat kriteria.
vi.
Mendapatkan setiap skor bagi setiap alternatif berdasarkan kepada formula
yang diberikan.
Persamaan linear yang akan digunakan dalam penentuan keputusan yang
dibuat adalah seperti berikut;
i.
Pengiraan senarai terbaik akademik
Jumlah = ((60% x) + (20% y) + (20% z)) / 100
ii.
Pengiraan senarai terbaik sahsiah
Jumlah = ((20% x) + (60% y) + (20% z)) / 100
60
iii.
Pengiraan senarai terbaik ko-kurikulum
Jumlah = (((30% x) + (20% y) + (50% z)) / 100 )
Daripada formula di atas, faktor kriteria adalah seperti berikut;
x = markah keseluruhan peperiksaan
y = markah keseluruhan sppm
z = markah keseluruhan ko-kurikulum
Daripada hasil pengiraan tersebut, individu pentadbiran sekolah akan
menyenaraikan kesemua markah peperiksaan, markah sppm dan juga markah kokurikulum, dan disusun mengikut peratus pengiraan senarai terbaik. Senarai ini akan
digunakan oleh pihak pentadbiran untuk membuat keputusan berkaitan pemilihan
kepimpinan sekolah, pemilihan pelapis kepimpinan dan juga tahap prestasi pelajar.
Jadual 3.1: Skala Pengiraan Senarai Terbaik
Skala
Peratus
Bil
Perkara
x
y
z
Pengiraan
1
Senarai Terbaik keseluruhan
100
100
100
(x + y + z / 100)
2
Senarai Terbaik Peperiksaan
60
20
20
x+y+z
3
Senarai Terbaik SPPM
20
60
20
x+y+z
4
Senarai Terbaik Ko-Kurikulum
30
20
50
x+y+z
Dalam jadual 3.1, ia memaparkan kaedah pengiraan untuk mendapatkan
senarai terbaik bagi keseluruhan dan bagi setiap kategori. Dengan ini, ia dapat
memudahkan pihak pentadbiran membuat keputusan berdasarkan kategori yang
dikehendaki.
61
3.6
WORK BREAKDOWN STRUCTURE (WBS)
Works Breakdown Structure merupakan kaedah yang digunakan untuk
mengenal pasti fungsi yang akan dilakukan dalam pembangunan sesuatu sistem. Ia
bermula dengan perancangan sehinggalah kepada proses implementasi sistem kepada
pengguna. Dengan membuat kiraan masa yang diperlukan untuk setiap fungsi yang
disenaraikan, ia memudahkan lagi untuk melakukan jangkaan sesuatu sistem itu
dapat disiapkan. Berikut merupakan Work Breakdown Structure untuk kajian ini;
1.0 Perancangan
1.1 Mengenal pasti Nilai sistem yang akan dibangunkan
1.2 Analisis Kemunasabahan
1.2.1
Kemunasabahan Teknikal
1.2.2
Kemunasabahan Ekonomi
1.2.3
Kemunasabahan Organisasi
1.3 Membina Pelan Kerja
1.3.1
Work Breakdown Structure
1.3.2
Jangka Masa Setiap Tugasan
1.3.3
Kebergantungan Tugasan
1.3.4
Tarikh Milestone
1.3.5
Membina Carta Gantt
1.4 Kawalan dan Arahan Projek
1.4.1
Membuat Standard
1.4.2
Dokumentasi
2.0 Analisis
2.1 Strategi Analisis
2.2 Mengumpul Keperluan Organisasi
2.3 Keperluan Rajah Peristiwa
2.4 Membuat Proses Model
2.5 Memodelkan Data
3.0 Rekabentuk
3.1 Memilih Rekabentuk
3.2 Rekabentuk Arkitek
62
3.3 Rekabentuk Antaramuka
3.4 Rekabentuk Penyimpanan Data
3.5 Rekabentuk Program
4.0 Implementasi
4.1 Pembinaan
4.1.1
Pembinaan Program
4.1.2
Pengujian Program dan sistem
4.2 Instalasi
3.7
4.2.1
Strategi Pertukaran Sistem
4.2.2
Pelan Latihan
CARTA GANTT
Carta Gantt merupakan carta bar secara horizon yang menunjukkan
maklumat tugasan yang sama seperti Work Breakdown Structured. Dalam Carta
Gantt ini, ia menerangkan mengenai semua tugasan yang terdapat dalam
pembangunan sistem yang telah dirancang, kemudian, jangka masa setiap tugasan,
tugasan yang bergantungan dengan tugasan yang sebelumnya, tugasan yang
mempunyai jangka masa yang sama. Selain itu, Milestone projek juga boleh
diletakkan dan juga nama individu yang ditugaskan untuk menyiapkan tugasan
tersebut juga boleh diletakkan pada Carta Gantt. Carta Gantt untuk kajian ini
dilampirkan di Lampiran.
63
3.8
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan mengenai metodologi yang
terdapat dalam pembangunan sistem. Selain itu, ia juga menerangkan mengenai
pendekatan kajian menggunakan kaedah kualitatif yang akan digunakan dalam
sistem yang akan dibangunkan, kerana kesesuaian dengan skop dan saiz projek yang
akan dibangunkan. Begitu juga dalam pemilihan model logikal dan fizikal yang akan
digunakan, bersesuaian dengan objektif dan skop kajian.
BAB 4
KAJIAN SISTEM SEMASA
4.1
PENDAHULUAN
Dalam bab ini, ianya akan membincangkan mengenai hasil kajian awal,
berkaitan sistem sedia ada yang sedang digunakan, proses yang dilakukan dalam
sistem sedia ada serta kajian mengenai keperluan pengguna berdasarkan kepada hasil
temu ramah, analisis dokumen, dan soal selidik yang telah dilakukan. Analisis yang
dilakukan lebih kepada untuk mengetahui struktur organisasi Sekolah Menengah
Islam Hidayah (SMIH), proses yang dilakukan untuk penyimpanan data,
pemprosesan data, dan hasil yang dikeluarkan. Selain itu, kajian juga dilakukan
untuk mengenal pasti kehendak dan keperluan pihak Pentadbiran SMIH dalam
membuat keputusan mengenai aspek akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.
65
4.2
LATAR BELAKANG ORGANISASI
Sekolah Menengah Islam Hidayah, SMIH merupakan sebuah sekolah swasta
yang mengamalkan sistem pembelajaran akademik dan berteraskan penerapan nilainilai Islam dalam kehidupan seharian dan dalam menjadikan Islam sebagai cara
hidup. SMIH terletak di Kampung Sinaran Baru, Jalan Kempas Lama yang
menghubungkan Senai dengan Kempas.
SMIH telah ditubuhkan pada tahun 1995, dengan mempunyai tiga kelas
sahaja ketika dibuka, iaitu dua kelas tingkatan satu, dan satu kelas tingkatan dua.
Sehingga tahun 2007, sebanyak lapan generasi telah menghabiskan pengajian di
sekolah ini.
SMIH telah mengamalkan sistem pembelajaran dan penilaian pelajar
berdasarkan kepada tiga aspek, iaitu aspek akademik, aspek sahsiah dan juga aspek
ko-kurikulum. Pihak Pentadbiran SMIH terdiri daripada Pengetua sendiri, iaitu Puan
Hajah Kamaliah bt Nordin, dan tiga penolong kanan, iaitu Penolong Kanan
Akademik, Penolong Kanan Pembangunan Sahsiah Pelajar, dan Penolong Kanan Hal
Ehwal Pelajar. Kumpulan ini merupakan organisasi yang mentadbir sekolah dan
memantau perkembangan sekolah untuk memastikannya memenuhi kehendak dan
keperluan masyarakat.
Selain itu, terdapat satu Jawatan Kuasa Khas, iaitu Jawatan Kuasa Khas
Sekolah yang akan menangani aspek-aspek selain akademik, pembangunan sahsiah,
dan hal ehwal pelajar. Bidang kuasa setiap daripada Penolong Kanan dan juga
Jawatan Kuasa dilampirkan pada bahagian 4.3
Dari segi akademik, sekolah ini telah berjaya menyaingi sekolah-sekolah
berasrama penuh yang lain, dengan mendapat keputusan yang memberangsangkan
dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), dan juga Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM).
66
Untuk mengekalkan nilai-nilai Islam, sekolah ini telah mengajarkan subjek
syariah, seperti Akhlak, Fikah,
Sirah, dan sebagainya, untuk memastikan para
pelajarnya mendapat mengekalkan nilai-nilai murni Islam dalam kehidupan mereka.
Falsafah Pendidikan SMIH adalah seperti berikut:
“Proses pendidikan yang berteraskan Tauhid bai membina dan melahirkan
Insan Rabbani yang berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan
membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut
oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu,
menyeluruh dan berterusan”
Pihak Pentadbiran SMIH merupakan satu organisasi yang mentadbir dan
membuat keputusan berdasarkan kepada kehendak dan keperluan semasa. Mereka
perlu membuat keputusan berdasarkan aspek akademik, sahsiah dan ko-kurikulum
pelajar. Lembaga Pengelola terdiri daripada ibu bapa pelajar yang mempunyai
kepakaran dalam mentadbir dan membuat keputusan.
67
4.3
CARTA ORGANISASI
Berikut merupakan carta organisasi Sekolah Menengah Islam Hidayah untuk
tahun 2007. Carta organisasi ini merupakan carta yang mewakili pihak pentadbiran
tertinggi Sekolah Menengah Islam Hidayah, iaitu Pengetua, Penolong Kanan
Akademik, Penolong Kanan Sahsiah Pelajar, dan Penolong Kanan Hal Ehwal
Pelajar, serta Jawatankuasa Khas Sekolah. Carta ini juga menunjukkan bidang kuasa
setiap Penolong Kanan dan juga Jawatankuasa Khas Sekolah.
PENGETUA
Penolong Kanan
Akademik
Penolong Kanan Hal
Ehwal Pelajar
Penolong Kanan
Pembangunan Sahsiah
Jawatankuasa Khas
Sekolah
Rajah 4.1: Carta Organisasi SMIH 2007
68
Jadual 4.1: Jadual Organisasi SMIH 2007
ORGANISASI
SEKOLAH MENENGAH ISLAM HIDAYAH JOHOR 2007
PENGETUA
Puan Kamaliah Noordin
PENOLONG KANAN
Bidang Bahasa
AKADEMIK
Bidang Matematik & Sains
Puan Norimah Abd Karim
Bidang Kemanusiaan
Bidang Ilmu Wahyu
Bidang Syariah
Bidang Teknikal & Vokasional
Unit Penilaian & Peperiksaan
Unit Jadual
Pusat Sumber
PENOLONG KANAN
Tarbiah Pelajar
PEMBANGUNAN SAHSIAH
Disiplin
PELAJAR
Bimbingan & Kaunseling
Puan Fauziah Salam
Persatuan Syabab & Fatayat
Majlis Perwakilan Pelajar
PENOLONG KANAN
Keluarga Penyayang
HAL EHWAL PELAJAR
Kebajikan Pelajar
Puan Shahidah Sheikh Ahmad
Sukan & Permainan
Kelab Persatuan
Asrama
Keceriaan
SPBT
Unit Pelajar Luar / Antarabangsa
69
JAWATANKUASA KHAS
Pentadbiran Sekolah (JPS)
SEKOLAH
Kurikulum Sekolah (JKS)
Pembangunan. Sahsiah Pelajar Sekolah
(PSP)
Hal Ehwal Pelajar (HEP)
Keselamatan Sekolah (JKKS)
Lembaga Tatatertib Sekolah
Tarbiah Guru
Sijil Pentaksiran Pelajar (SPPM)
Kedai SMIH
Kebajikan Guru
Multimedia
Keceriaan
Jadual 4.2: Jadual Jawatankuasa Khas SMIH 2007
AHLI JAWATANKUASA KHAS SEKOLAH 2007
JAWATANKUASA
Pengerusi
Pn Kamaliah Noordin
PENTADBIRAN
Timbalan
Pn Norimah Abd Karim
SEKOLAH (JPS)
Pengerusi
Pn Fauziah Abdul Salam
Jawatankuasa
Pn Shaidah Sheikh Ahmad
Pn Zuraidah Aman
Pn Suhana Majid
Pn Nor Rashidah Md Jadi
Pn Kartini Buyong
En Masdinizam Shamsuddin Shukor
70
JAWATANKUASA
Pengerusi
Pn Kamaliah Noordin
KURIKULUM
Timbalan
Pn Norimah Ab Karim
SEKOLAH (JKS)
Pengerusi
Pn Norhawanis Samion
Setiausaha
Pn Kartini Buyong
Jawatankuasa
Pn Norhayati Tahir
Pn Wan Noraini Wan Hamzah
Pn Zanaria Selamat
Pn Siti Suhaila Tasmon
Pn Nor Rashidah Md jadi
JAWATANKUASA
Pengerusi
Pn Kamaliah Noordin
PEMBANGUNAN
Timbalan
Pn Fauziah Abdul Salam
SAHSIAH
Pengerusi
En Masdinizam Shukor
PELAJAR (PSP)
Jawatankuasa
En Shahruddin Zaniel Abildin
Pn Jamilah Yacob
Pn Hamizah Othman
Pn Zunainah Jemenin
Pn Normah Mohamad
Pn Nurul Huda Abu Hasan
JAWATANKUASA
Pengerusi
Pn Kamaliah Noordin
HAL EHWAL
Timbalan
Pn Shaidah Sheikh Ahmad
PELAJAR (HEP)
Pengerusi
Pn Suzana Yusof
Setiausaha
Jawatankuasa
En Norkamarul Kalam Zulkifli
En Ezaidin Norman
En Mohd Sazali Maa'rof
En Zaidi Jalal
En Omar Danial
En Mohd Hafiz Che Hasan
Pn Zuraidah Aman
Pn Suharti Selamat
71
JAWATANKUASA
Pengerusi
Pn Kamaliah Noordin
LEMBAGA
Timbalan
Pn Fauziah Abdul Salam
TATATERTIB
Pengerusi
Pn Norimah Ab Karim
SEKOLAH
Jawatankuasa
Pn Shaidah Sheikh Ahmad
Pn Zuraidah Aman
En Masdinizam Shamsuddin Shukor
JAWATANKUASA
TARBIAH GURU
Pengerusi
Penyelaras
Jawatankuasa
Pn Kamaliah Noordin
Pn Suhana Abdul Majid
Pn Norimah Ab Karim
Pn Fauziah Abdul Salam
Pn Shaidah Sheikh Ahmad
Pn Zuraidah Aman
JAWATANKUASA
KESELAMATAN
SEKOLAH
Pengerusi
Pn Kamaliah Noordin
Penyelaras
En Zainuddin Yatimin/
d
Jawatankuasa
En Norkamarul Kalam Zulkifli
Pn Shaidah Sheikh Ahmad
Pn Norimah Ab Karim
Pn Fauziah Abdul Salam
Pn Zuraidah Aman
Pn Seri Juli Emas Wati Adnan
Pn Siti Suhaila Tasmon
Pn Hamizah Othman
Pn Norizah Mohd Salleh
JAWATANKUASA
KEDAI SMIH
Pengerusi
Penyelaras
Jawatankuasa
Pn Kamaliah Noordin
En Mohd Iswan Mansor
Pn Siti Shamtidar Boahari
Pn Fazliaton Mansor
Cik Hawa Renddan
72
PANEL PENILAI
Ketua
Pn Siti Suhaila Tasmon
Pn Shaidah Sheikh Ahmad
KOPERASI
Pn Zuraidah Aman
Pn Norizah Mohd Salleh
JAWATANKUASA
SISTEM
PENTAKSIRAN
Pengerusi
Penyelaras
Jawatankuasa
Pn Kamaliah Noordin
Pn Zanaria Selamat
Pn Norimah Ab Karim
Pn Fauziah Abdul Salam
MUSLEH (SPPM)
Pn Shaidah Sheikh Ahmad
JAWATANKUASA
KEBAJIKAN
GURU
Pengerusi
Penyelaras
Jawatankuasa
Pn Kamaliah Noordin
Pn Norhawanis Samion
Pn Norizah Mohd Salleh
Pn Siti Suhailah Tasmon
En Ezaidin Norman
En Mohd Hafiz Che Hasan
Cik Muhaini Mahusin
JAWATANKUASA
SUKAN
JAWATANKUASA
MULTIMEDIA
Pengerusi
Pn Kamaliah Noordin
Penyelaras
En Ezaidin Norman
Setiausaha
En Omar Danial
Pengerusi
Pn Kamaliah Noordin
Penyelaras
Pn Zunainah Jemenin
Jawatankuasa
Cik Sharifah Talha Syed Zaid
Cik Muhaini Mahusin
En Zaidi Jalal
SISTEM KUALITI
Pengerusi
Penyelaras
Pn Kamaliah Noordin
Pn Zanaria Selamat
73
WAKIL GURU
Pn Zuraidah Aman
DALAM PIBG
En Mohd Iswan Mansor
En Zaidi Jalal
4.4
MODEL DATA SEDIA ADA
Daripada kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa perkara telah dapat
dikenal pasti, model data sedia ada, dan proses yang perlu dibuat untuk mendapatkan
hasil akhir. Proses yang berlaku, dipecahkan mengikut beberapa bahagian, iaitu
bahagian markah peperiksaan, yang melibatkan guru-guru, bahagian yang
melibatkan pentadbiran sekolah, dan juga bahagian yang melibatkan Lembaga
Pengelola SMIH.
4.4.1 PENYIMPANAN MAKLUMAT PELAJAR
i.
Bahagian Pangkalan Data Peperiksaan.
Dalam bahagian peperiksaan, semua guru terlibat, kerana setiap guru akan
memasukkan data maklumat markah peperiksaan ke dalam pangkalan data
yang disediakan. Pangkalan data sedia ada adalah dalam bentuk Microsoft
Access. Pangkalan data ini disimpan di sebuah komputer sahaja, dengan
pembahagian pangkalan data mengikut kelas.
74
Rajah 4.2: Contoh Pembahagian Pangkalan Data Mengikut Tingkatan
Secara asas, rekabentuk pangkalan data ini adalah dalam bentuk fail (folder).
Setiap fail mewakili tingkatan, sebagai contoh, semua kelas dalam tingkatan
tiga akan dimasukkan ke dalam fail tingkatan tiga (rujuk Rajah 4.1).
Rajah 4.3: Contoh Penyimpanan Pangkalan Data Peperiksaan
Dalam setiap fail pula, terdapat pangkalan data berbentuk Microsoft Excel.
Setiap pangkalan data Excel ini mewakili setiap kelas dalam tingkatan
tersebut. (rujuk Rajah 4.2).
75
Rajah 4.4: Contoh Penyimpanan Markah Peperiksaan
Data markah yang disimpan, dalam bentuk Microsoft Excel, untuk setiap
kelas, pula dipecahkan kepada kepingan-kepingan (sheet) Setiap kepingan
mewakili satu mata pelajaran, dan dalam setiap kepingan, terdapat pula
pecahan yang mewakili ujian. Ini menyukarkan penyimpanan data, dan ada
kemungkinan data markah yang disimpan tidak seragam. (rujuk Rajah 4.4)
Setelah kesemua data markah dimasukkan untuk setiap subjek, laporan
peperiksaan akan dikeluarkan menggunakan perisian Microsoft Word, dengan
dihubungkan
kepada
keluar.(Rujuk Rajah 4.5)
pangkalan
data
Microsoft
Excel,
dan
dicetak
76
Rajah 4.5: Contoh Laporan Peperiksaan yang dijana
ii.
Pangkalan Data Ko-kurikulum dan Sahsiah
Pangkalan data untuk ko-kurikulum juga disimpan dengan kaedah yang sama
seperti kaedah penyimpanan data peperiksaan. Akan tetapi, pihak sekolah telah
mendapat arahan daripada pihak Kementerian Pelajaran, untuk membuat
penilaian ko-kurikulum pelajar menggunakan penilaian daripada kementerian,
oleh itu, pangkalan data yang baru, masih belum dibina lagi, dan skop ini akan
77
dimasukkan dalam pangkalan data semasa pembinaan sistem yang akan
dibangunkan.
iii.
Pangkalan Data Sahsiah
Pangkalan Data Sahsiah juga disimpan dalam bentuk yang sama seperti kaedah
penyimpanan data peperiksaan. ia termasuklah simpanan terhadap maklumat
berkaitan Rekod badan beruniform, rekod disiplin pelajar, rekod Majlis
Perwakilan Pelajar, rekod Tarbiah, dan juga rekod kaunseling pelajar.
4.4.2
PROSES SEDIA ADA
Untuk mendapatkan hasil akhir, iaitu laporan keseluruhan berkaitan dengan
akademik, sahsiah dan ko-kurikulum, terdapat beberapa fasa. Fasa pertama ialah
kemasukan data oleh guru-guru setiap subjek, kemudiannya, fasa pemprosesan
laporan oleh guru-guru mentor, kemudiannya, fasa pemprosesan dan analisis data
peperiksaan, sahsiah dan ko-kurikulum oleh guru-guru panitia, dan akhir sekali, fasa
membuat keputusan oleh pihak pentadbiran SMIH.
78
Fasa
Kemasukan
data oleh guru
Fasa
pemprosesan
laporan oleh
guru mentor
Fasa
Pemprosesan
dan Analisis
data oleh guru
panitia
Fasa Membuat
Keputusan oleh
Lembaga
Pengelola
Rajah 4.6: Fasa Pemprosesan data sehingga kepada pihak Lembaga Pengelola
Dalam fasa kemasukan data oleh guru-guru, setiap guru akan memasukkan
data markah ke dalam pangkalan data Microsoft Access setiap pelajar, mengikut
kelas, begitu juga dengan kemasukan data sahsiah, yang akan dimasukkan oleh guruguru mentor, dan data ko-kurikulum pelajar yang dimasukkan oleh guru-guru
tertentu.
Dalam fasa pemprosesan oleh guru mentor, mereka akan mengeluarkan
laporan peperiksaan setiap ujian atau peperiksaan, dengan menggunakan Microsoft
Word, dan memberikannya kepada ibu bapa pada hari penyerahan laporan ujian,
yang diadakan selepas setiap ujian atau peperiksaan. Laporan ini menunjukkan
prestasi pelajar dalam ujian atau peperiksaan tersebut.
Fasa pemprosesan dan analisis data oleh guru panitia pula, berlaku apabila
guru panitia, iaitu guru yang bertanggungjawab untuk satu-satu pelajaran, atau ketua
setiap pelajaran. Mereka akan membuat laporan pelajaran secara keseluruhan,
79
dengan membuat statistik dan sebagainya, selepas semua guru selesai memasukkan
data markah peperiksaan. Laporan yang dibuat juga termasuk perbandingan statistik
antara ujian tersebut, dengan statistik ujian yang sebelumnya, untuk melihat
perkembangan atau penurunan graf. Untuk pemprosesan data sahsiah dan kokurikulum, proses yang sama diulang.
Fasa membuat keputusan oleh Pihak Pentadbiran SMIH pula, merupakan
proses untuk membuat keputusan setelah laporan keseluruhan prestasi pelajar
diberikan kepada mereka. Selepas itu, mereka akan membuat keputusan berdasarkan
laporan yang dibuat. Dalam masa yang sama, mereka juga boleh membuat keputusan
berdasarkan polisi dan sebagainya berkaitan laporan tersebut.
4.4.3 MASALAH SISTEM SEDIA ADA
Setelah membuat proses temu bual dengan pihak pentadbiran, beberapa
masalah sistem sedia ada telah dikenal pasti. Masalah-masalah ini dipecahkan kepada
tiga tahap pengguna, iaitu ibu bapa, guru-guru dan juga pihak pentadbiran sekolah,
iaitu Pengetua dan Penolong Kanan. Masalah pengguna ini telah disenaraikan dalam
bentuk jadual seperti berikut;
Jadual 4.3: Masalah Sistem Sedia Ada di SMIH
Pengguna
Ibu Bapa
dan Pelajar
Masalah
• Sukar mendapat maklumat terbaru mengenai pelajar ,berkaitan
dengan prestasi peperiksaan mereka, prestasi ko-kurikulum,
dan juga prestasi sahsiah pelajar.
• Maklumat laporan yang disimpan oleh ibu bapa dalam bentuk
salinan keras, dan sekiranya maklumat itu hilang, sukar untuk
mendapatkan maklumat itu kembali.
80
• Ibu bapa yang tinggal jauh, seperti di Selangor, Kedah, dan
luar negara seperti Singapura dan Brunei, sukar untuk
mendapatkan laporan prestasi pelajar, kerana laporan dihantar
melalui surat, dan ini akan mengambil masa serta kos yang
lebih tinggi.
Guru-guru
•
Guru-guru memasukkan maklumat mengenai pelajar ke dalam
pangkalan data yang disimpan dalam satu komputer sahaja.
Guru mempunyai masalah sekiranya mereka tidak pergi ke
sekolah, dan maklumat diperlukan segera, mereka tidak boleh
memasukkan maklumat tersebut ke dalam sistem sedia ada.
•
Menjadi kesukaran sekiranya terdapat ramai guru yang ingin
memasukkan data pada satu masa yang sama, kerana mereka
terpaksa menunggu giliran mereka untuk memasukkan
maklumat pelajar.
Pihak
•
Pentadbiran
Pihak pentadbiran sukar mendapat maklumat terbaru mengenai
prestasi pelajar dalam masa yang singkat, dan memerlukan
pemprosesan maklumat yang masa dan tenaga yang banyak.
•
Sekiranya guru yang bertanggungjawab tidak dapat hadir ke
sekolah, dan maklumat segera diperlukan oleh pihak
pentadbiran, maklumat tidak dapat dicapai dengan segera.
81
4.4.4 PEMBAIKAN TERHADAP SISTEM SEDIA ADA
Berdasarkan kepada permasalahan yang telah dikenal pasti, satu rekabentuk
sistem yang akan dibangunkan telah dikenal pasti. Ia meliputi keperluan dan
kehendak pihak pentadbiran SMIH dalam memudahkan perhubungan antara pihak
ibu bapa, guru-guru dan pihak pentadbiran sekolah. Secara dasarnya, terdapat
beberapa pembaikan yang perlu dimasukkan ke dalam sistem yang akan
dibangunkan, iaitu:
a. Membina satu sistem yang mampu dicapai menggunakan aplikasi
berasaskan web.
b. Sistem yang akan dibangunkan perlulah menyokong kemasukan data
daripada platform yang berlainan. Ini akan memudahkan pihak guru
untuk membuat kemasukan data pelajar ke dalam sistem.
c. Sistem ini mampu menyokong penyemakan maklumat pelajar berkaitan
maklumat pelajar, maklumat prestasi peperiksaan, maklumat prestasi
sahsiah dan juga prestasi ko-kurikulum, untuk memudahkan pihak ibu
bapa dan guru menyemak prestasi semasa pelajar.
d. Sistem ini mampu memproses maklumat berkaitan dengan prestasi
semasa pelajar, iaitu melibatkan laporan seperti gred purata setiap mata
pelajaran, gred purata setiap kelas dan sebagainya.
e. Sistem ini mampu membuat senarai pendek pelajar terbaik dari
pelbagai aspek, iaitu aspek akademik, sahsiah dan ko-kurikulum.
82
4.5
REKABENTUK UNIFIED MODELING LANGUAGE
Untuk membuat rekabentuk sistem sedia ada, bahasa yang digunakan adalah
Unified Modeling Language. Bahasa ini mampu menyokong rekabentuk model
berasaskan objek. Ini memudakan pembangun sistem mengenal pasti fungsi yang
perlu dimasukkan, rekabentuk sistem, rekabentuk pangkalan data dan sebagainya.
Dalam kajian ini, ia melibatkan rajah peristiwa (use case) dan juga rajah kelas (class
diagram)
4.5.1 RAJAH PERISTIWA (USE CASE)
Berdasarkan kepada perbincangan dengan pihak sekolah, dan pemerhatian
serta analisis yang telah dibuat, rajah peristiwa telah dihasilkan, dengan
mengasingkan fungsi mengikut keperluan pengguna. Ini kerana ia memudahkan
pihak pembangun untuk mengenal pasti fungsi yang perlu dimasukkan ke dalam
sistem yang akan dibangunkan.
Aktor yang telah dikenal pasti adalah ibu bapa dan pelajar, guru-guru, pihak
pentadbiran SMIH dan Admin sistem iaitu penyelenggara sistem. Manakala rajah
peristiwa utama yang telah dikenal pasti ialah Papar Maklumat, Kemasukan Data,
Papar Laporan, Papar Laporan Tahunan, Kemasukan Data Asas Pelajar, dan Papar
Data Subjek. Selain itu, terdapat juga sub rajah peristiwa, seperti yang terdapat pada
Rajah 4.6, Rajah 4.7, Rajah 4.8 dan Rajah 4.9.
83
Papar Maklumat Asas
Papar Maklumat Alamat
Papar Maklumat Penjaga
Ibubapa
Papar Maklumat Kelab Sukan
Papar Maklumat
Papar Maklumat Ko-Kurikulum
Pelajar
Papar Maklumat Sukan
Papar Maklumat Persatuan
Maklumat Rekod Disiplin
Papar Maklumat Sahsiah
Rekod MPP
Papar Maklumat SPPM
Rekod Kaunseling
Rekod Badan Beruniform
Rekod Tarbiyah
Rajah 4.7: Rajah Peristiwa untuk Ibu Bapa dan Pelajar
Guru
Papar Maklumat
Kemasukan Data Peperiksaan
<<include>>
<<include>>
Kemasukan Data Ko-Kurikulum
<<include>>
<<include>>
Kemasukan Data
Kemasukan Data Sahsiah
Kemasukan Data SPPM
Rajah 4.8: Rajah Peristiwa untuk Guru
84
Papar Laporan
Papar Laporan Tahunan
PIhak Pentadbiran
SMIH
RAJAH 4.9: Rajah Peristiwa untuk Pihak Pentadbiran SMIH
Kemasukan Data Asas Pelajar
Papar Maklumat
Papar Data Subjek
Kemasukan Data
Papar Laporan
Papar Laporan Tahunan
Admin
Rajah 4.10: Rajah Peristiwa Admin Sistem
85
4.5.2
RAJAH KELAS
Rajah Kelas merupakan rajah yang menerangkan kelas dan perhubungan
antara kelas yang akan kekal secara konsisten di dalam sistem. Rajah Kelas
termasuklah Kamus data dan juga fungsi untuk setiap kelas serta perhubungan antara
sesuatu kelas dengan kelas yang lain. Rajah Kelas dimasukkan ke dalam Lampiran
B.
4.6
KAJIAN KEPERLUAN PENGGUNA
Tujuan sistem ini dibangunkan adalah untuk membantu pihak pentadbiran
SMIH dalam menguruskan sistem akademik, sahsiah, dan ko-kurikulum dengan
lebih berkesan, teratur dan memuaskan hati pihak-pihak yang terlibat, terutamanya
pihak pentadbiran SMIH. Selepas membuat sesi temu ramah dengan pihak
pentadbiran sekolah, iaitu Puan Hajah Kamaliah dan juga Penolong Kanan,
keperluan yang dikenal pasti, terbahagi kepada dua bahagian, iaitu keperluan dari
segi fungsi sistem, dan juga keperluan dari segi bukan fungsi.
i.
Keperluan Fungsi
a.
Sistem ini perlulah menyokong sistem kemasukan data peperiksaan, data
sahsiah dan juga data ko-kurikulum.
b.
Sistem ini perlulah menyokong penyemakan maklumat pelajar berkaitan
maklumat asas pelajar, maklumat prestasi peperiksaan, maklumat sahsiah
pelajar, dan juga maklumat ko-kurikulum pelajar.
c.
Sistem ini membolehkan pencetakan laporan secara terus dari sistem yang
dibina, tanpa perlu memasuki aplikasi yang lain.
86
d.
Sistem ini membenarkan pembetulan data dilakukan pada masa yang
ditetapkan.
e.
Sistem ini mampu membuat senarai pendek pelajar terbaik untuk:
i. Senarai pendek pelajar terbaik dari aspek akademik
ii. Senarai pendek pelajar terbaik dari aspek sukan
iii. Senarai pendek pelajar terbaik dari aspek sahsiah
iv. Senarai pendek pelajar terbaik dari aspek ko-kurikulum
v. Senarai pendek pelajar terbaik keseluruhan
ii.
Keperluan Bukan Fungsi
a. Sistem ini beroperasi dengan menggunakan aplikasi berasaskan web, dan
boleh di capai di mana-mana tempat.
b. Sistem ini akan mempunyai capaian yang bertingkat untuk tahap pengguna
yang berbeza.
c. Sistem ini mampu menampung kapasiti pengguna yang lebih daripada 30
orang pada satu-satu masa.
4.7
KESIMPULAN
Secara dasarnya, bab ini menerangkan mengenai hasil awal yang didapati
daripada kajian awal, iaitu proses sedia ada yang dilakukan oleh pihak sekolah
sebelum membuat laporan kepada pihak Lembaga pengelola, bentuk pangkalan data
yang sedia ada, keperluan pengguna kepada sistem yang akan dibangunkan.
BAB 5
PELAKSANAAN DAN PENGUJIAN SISTEM
5.1
PENDAHULUAN
Dalam bab ini, ia akan membincangkan mengenai pembangunan program
yang telah dirancang, meliputi bahasa pengaturcaraan yang digunakan, antaramuka
yang terdapat dalam sistem, dan juga kajian yang boleh dilakukan selepas ini untuk
menambah baik sistem yang telah dibangunkan. Selain itu, manual penggunaan
sistem juga akan dilampirkan bersama, meliputi fungsi untuk tahap pengguna yang
berbeza. Selain itu, dalam bab ini juga akan dibincangkan mengenai pengujian yang
dijalankan, dan laporan mengenai penerimaan pengguna terhadap sistem yang
dibangunkan.
88
5.2
IMPLEMENTASI DAN PEMBANGUNAN SISTEM
Pembangunan sistem merupakan satu aspek yang penting dalam memastikan
projek yang dibangunkan menepati kehendak dan keperluan pengguna. Ianya
melibatkan bahasa pengaturcaraan yang digunakan. Ia akan menterjemahkan hasil
daripada kajian awal keperluan pengguna berkaitan sistem yang dibangunkan.
Bahasa pengaturcaraan yang digunakan dalam pembangunan sistem ini adalah html,
php dan menggunakan pangkalan data MySQL. Bahasa html digunakan untuk
memaparkan maklumat berkaitan, manakala bahasa pengaturcaraan php pula
digunakan untuk memproses data yang dimasukkan, dan yang dipanggil dan
dipaparkan dalam antaramuka pengguna.
5.2.1
MODUL PENGGUNA
Dalam merekabentuk sistem ini, terdapat beberapa modul yang telah
dibahagikan mengikut keperluan pengguna telah dibangunkan. Modul-modul ini
mempunyai fungsi yang berlainan antara satu dengan yang lain, kerana tahap
keperluan pengguna yang berbeza. Modul pengguna yang telah dibangunkan adalah
seperti berikut;
1. Modul Paparan Maklumat Pelajar
Modul paparan maklumat pelajar membenarkan para pelajar melihat
maklumat berkaitan diri mereka di sekolah. Selain itu, modul ini juga
mempunyai 4 sub-modul, iaitu;
89
a. Sub-Modul Paparan Maklumat Asas
Sub-Modul ini memaparkan maklumat asas berkaitan pelajar.
Maklumat seperti nombor kad pengenalan pelajar, nama
pelajar, kecacatan, dan sebagainya.
b. Sub-Modul Paparan Maklumat Penjaga
Sub-Modul ini memaparkan maklumat penjaga pelajar, iaitu
nama ibu bapa atau penjaga, alamat penjaga, dan sebagainya.
Ini dapat membantu pihak pelajar untuk melihat maklumat
penjaga mereka.
c. Sub-Modul Paparan Maklumat Peperiksaan
Sub-Modul
Paparan
Maklumat
Peperiksaan
ini,
akan
memaparkan maklumat keputusan peperiksaan pelajar, dengan
membuat pilihan yang dikehendaki. Pelajar perlu memilih
tahun, dan jenis peperiksaan yang mereka inginkan, kemudian,
sistem akan memaparkan maklumat keputusan peperiksaan
yang dikehendaki.
d. Sub-Modul Paparan Maklumat SPPM
Sub-Modul ini memberikan paparan maklumat SPPM pelajar,
berdasarkan kepada tahun yang dipilih.
e. Sub-Modul Paparan Maklumat Ko-Kurikulum
Sub-Modul ini memaparkan maklumat ko-kurikulum pelajar,
seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian
Pelajaran. Borang akan diisi oleh guru yang terlibat, dan
pelajar boleh memaparkan maklumat berkaitan dalam submodul ini.
90
2. Modul Kemasukan Data Pelajar
Modul kemasukan data pelajar digunakan untuk memasukkan
maklumat yang berkaitan dengan pelajar yang berada di bawah
pengawasan guru tertentu. Modul ini mempunyai tiga sub-modul
untuk memasukkan maklumat pelajar, iaitu;
a. Sub-Modul Kemasukan Data Peperiksaan
Sub-modul
ini
akan
memudahkan
pihak
guru
untuk
memasukkan data peperiksaan pelajar. Modul ini akan
membenarkan guru memilih kelas dan subjek yang diajar. Dan
kemudiannya, guru perlu memilih jenis peperiksaan yang akan
dipilih sebagai maklumat jenis peperiksaan. Dan kemasukan
data peperiksaan akan dimasukkan mengikut kelas dan subjek
yang telah dipilih. Kelas dan subjek ini bergantung kepada
kelas dan subjek yang diajar, guru yang tidak mengajar kelas
atau subjek yang sama, tidak akan mampu memasukkan
maklumat peperiksaan untuk kelas dan subjek tersebut.
b. Sub-Modul Kemasukan Data SPPM
Sub-modul ini akan membenarkan guru memasukkan data
sppm pelajar, dengan senarai pelajar adalah berdasarkan
kepada program mentor-mentee di sekolah. Hanya mentor
kepada pelajar sahaja akan dapat memasukkan data ke dalam
sistem.
c. Sub-Modul Kemasukan Data Ko-Kurikulum
Sub-modul
ini
akan
memudahkan
pihak
guru
untuk
memasukkan data ke dalam sistem dengan berdasarkan kelas
pelajar. Guru akan memilih kelas, dan senarai pelajar kelas
91
tersebut akan disenaraikan, dan guru perlu memilih pelajar
yang akan dimasukkan data.
3. Modul Sistem Bantu Keputusan
Modul Sistem Bantu Keputusan ini mempunyai tiga sub-modul, iaitu
sub-modul untuk kepimpinan, sahsiah dan juga ko-kurikulum. Modul
ini akan memaparkan maklumat senarai pelajar yang terbaik bagi
kategori yang dipilih, dan juga berdasarkan kepada tigkatan yang
dipilih. Ia juga mampu memaparkan maklumat senarai keseluruhan
pelajar, tanpa mengikut tingkatan. Ini memudahkan pihak pentadbiran
dalam memaparkan senarai pelajar yang berkaitan. Sub-Modul untuk
Modul Sistem Bantu Keputusan adalah;
a. Sub-Modul Senarai Pelajar Terbaik Kepimpinan
b. Sub-Modul Senarai Pelajar Terbaik Sahsiah
c. Sub-Modul Senarai Pelajar Terbaik Ko-Kurikulum
Antaramuka yang dibangunkan adalah berdasarkan modul-modul yang telah
disenaraikan di atas. Untuk melihat maklumat berkaitan, setiap pengguna perlu login
ke dalam sistem, berdasarkan kepada tahap pengguna, iaitu Pelajar, Guru, dan
Admin. Carta antaramuka pengguna adalah seperti berikut;
92
STRUKTUR REKABENTUK ANTARAMUKA
<<Window>>
Menu Utama
<<Hyperlink>>
Menu Guru
<<Window>>
Menu Pelajar
<<Hyperlink>>
Kemasukan Data
Peperiksaan
<<Hyperlink>>
Kemasukan Data
Musleh
<<Button>>
Submit
<<Button>>
Submit
<<Hyperlink>>
Kemasukan Data
Ko-Kurikulum
<<Button>>
Submit
<<Hyperlink>>
Paparan Maklumat
Kemasukan Data
<<Window>>
Menu Admin
<<Hyperlink>>
Paparan Maklumat Asas
Pelajar
<<Hyperlink>>
Paparan Maklumat
Penjaga Pelajar
<<Hyperlink>>
Paparan Maklumat
Peperiksaan Pelajar
<<Hyperlink>>
Paparan Maklumat
SPPM Pelajar
<<Hyperlink>>
Paparan Maklumat KoKurikulum Pelajar
Rajah 5.1: Rajah Carta Antaramuka Pengguna
<<Hyperlink>>
Senarai Terbaik
Kepimpinan
<<Hyperlink>>
Senarai Terbaik
Kepimpinan
<<Hyperlink>>
Senarai Terbaik
Kepimpinan
5.3
PENGUJIAN SISTEM
Dalam bahagian ini, ia akan menerangkan mengenai pengujian sistem yang
dilakukan. Ini penting untuk memastikan pembangunan sistem yang telah dilakukan
menepati kehendak dan keperluan pengguna. Selain itu, ia juga perlu untuk
memastikan sistem yang dibangunkan tidak mempunyai masalah dan mampu
berfungsi mengikut keperluan.
Di dalam fasa pengujian, sistem akan diuji dari aspek pengesahan (validation)
dan penentusahan (verification). Penentusahan sistem akan melihat samada sistem
menepati spesifikasi. Pengesahan sistem pula akan melibatkan pengujian samada
sistem menepati seperti apa yang pengguna mahu dan jangkakan (Sommerville,Ian.
1998).
Strategi untuk pengujian sistem ini adalah seperti berikut;
5.3.1
i.
Pengujian Sintaksis
ii.
Pengujian Kotak Putih
iii.
Pengujian Kotak Hitam
PENGUJIAN SINTAKSIS
Pengujian
sintaksis
merupakan
pengujian
yang
dilakukan
dengan
menggunakan fungsi compile. Fungsi ini boleh diadaptasikan dalam bahasa
pengaturcaraan php, kerana apabila sesuatu sintaksis yang salah, ia akan dipaparkan
dalam browser, dan pengaturcara perlu membetulkan masalah tersebut.
94
Proses ini ulang mengikut modul yang dibangunkan, dan dengan cara ini,
kesalahan sintaksis tidak lagi berlaku apabila sesuatu modul yang telah siap
dibangunkan. Hasil daripada ini, sistem yang dibangunkan akan dapat digunakan
oleh pengguna.
5.3.2
PENGUJIAN KOTAK PUTIH
Pengujian kotak putih dilakukan untuk memastikan kod aturcara diuji. Proses
pengujian kotak putih bertujuan untuk mengesan sebarang kesalahan logik aturcara
dan memastikan setiap fungsi di dalam modul memberikan hasil seperti yang
diperlukan. Ia akan menguji kelas sistem untuk melihat elemen utama yang terdapat
di dalamnya.
Dalam menjalankan pengujian kotak putih ini, kaedah yang dijalankan adalah
seperti berikut;
i.
Membahagikan proses pengujian kepada modul-modul yang dibangunkan.
ii.
Membahagikan modul kepada sub modul
iii.
Membahagikan sub modul kepada fungsi atau unit yang terdapat dalams etiap
sub modul. Dengan ini, pengujian akan dijalankan menggunakan pendekatan
Bottom-Up.
95
(Pengujian peringkat unit dan fungsi)
- Semak maklumat
pelajar
- Semak maklumat
penjaga
- Semak maklumat
peperiksaan
- Semak maklumat
sppm
- Semak maklumat
ko-kurikulum
- Carian Kelas dan
Subjek Pelajar
- Kemasukan Data
Peperiksaan
- Kemasukan Data
SPPM
- Kemasukan Data
Ko-Kurikulum
- Senarai Maklumat
Pelajar Terbaik
Kepimpinan
- Senarai Maklumat
Pelajar Terbaik
Sahsiah
- Senarai Maklumat
Pelajar Terbaik KoKurikulum
- Pilih attribut pelajar
(Pengujian peringkat Modul)
- Modul Paparan
Maklumat Pelajar
- Modul Kemasukan
Data Pelajar
- Modul Sistem
Bantu Keputusan
(Pengujian peringkat intergrasi sistem)
-
Modul Utama SISTEM
Login Pengguna
Menu Utama
Rajah 5.2: Rajah Hirarki Pengujian Kotak Putih
96
5.3.3
PENGUJIAN KOTAK HITAM
Pengujian kotak hitam merupakan pengujian sistem terhadap fungsi yang
dibangunkan, samada ianya memenuhi keperluan yang telah ditetapkan. Dalam
kaedah pengujian ini, sistem yang dibangunkan akan dijalankan, dan ianya akan
menguji sama ada fungsi yang dibangunkan memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna atau tidak. Pada peringkat ini, sistem sepatutnya mampu berfungsi
sepenuhnya, kerana tiada lagi ralat sintaksis yang wujud.
Untuk itu, setiap fungsi akan diuji, dan disemak terhadap spesifikasi
keperluan sistem. Output bagi setiap fungsi perlulah memenuhi keperluan yang telah
ditetapkan di dalam spesifikasi keperluan. Jika fungsi yang dibangunkan tidak
memenuhi spesifikasi, ianya perlu diubah semula, agar memenuhi spesifikasi yang
telah diersetujui bersama. Jadual di bawah menunjukkan ujian yang dilakukan
terhadap fungsi yang terdapat dalam setiap modul.
Jadual 5.1 : Ujian Fungsi Bagi Setiap Modul
Bil.
1.
Modul
Fungsi
Modul Paparan
- Papar maklumat asas pelajar
Maklumat Pelajar
- Papar maklumat penjaga pelajar
- Papar maklumat peperiksaan pelajar
- Papar maklumat sppm pelajar
- Papar maklumat ko-kurikulum pelajar
2.
Modul Kemasukan
Data Pelajar
- Senaraikan pelajar mengikut kelas yang diajar oleh
guru tertentu
- Kemasukan data peperiksaan mengikut subjek,
tahun, dan jenis peperiksaan
- Proses dan masukkan gred pelajar ke dalam
pangkalan data
97
3.
Modul Sistem Bantu
- Senaraikan maklumat pelajar mengikut kategori
Keputusan
- Senaraikan maklumat pelajar mengikut terbaik
kepimpinan
- Senaraikan maklumat pelajar mengikut terbaik
sahsiah
- Senaraikan maklumat pelajar mengikut terbaik kokurikulum
5.4
PENGUJIAN MODUL OLEH PENGGUNA
Pengujian modul juga perlu dibuat oleh pengguna, untuk mengenalpasti
masalah-masalah yang timbul semasa proses penggunaan sistem dijalankan. Aspekaspek pengujian termasuklah penilaian, komunikasi, capaian, dan antaramuka. Untuk
pengujian modul ini, seramai 10 responden telah dipilih, terdiri daripada pelajar, dan
5 orang bagi pihak guru dan pihak pentadbiran sekolah.
Jadual 5.2 : Keputusan soal selidik pelajar
Bil
1
Perkara
Bilangan Bilangan
Ya
Tidak
Aplikasi Pelajar
a. Boleh membantu pelajar memaparkan maklumat
8
2
b.Semua unit boleh dicapai
10
0
c. Paparan maklumat memudahkan pelajar
7
3
a. Mudah
9
1
b.Cepat
10
0
c. Jelajah
7
3
berkaitan dengan mudah dan cepat
2
3
Capaian
Antaramuka
98
a. Ikon mencukupi
5
5
b. Persembahan menarik
6
4
c. Mengikut piawaian
6
4
Jadual 5.3: Keputusan soal selidik guru dan pihak pentadbiran sekolah
Perkara
Bilangan
Ya
Bilangan
Tidak
a. Paparan untuk kemasukan data adalah mudah
3
2
b.Semua markah direkodkan dengan betul
4
1
c. Proses kemasukan data adalah mudah
3
2
a. Mudah
5
0
b.Cepat
5
3
c. Jelajah
3
2
a. Ikon mencukupi
2
3
b. Persembahan menarik
3
2
c. Mengikut piawaian
4
1
Bil
1
2
3
5.5
Aplikasi Untuk Guru
Capaian
Antaramuka
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, implementasi dan pengujian sistem adalah sangat
penting, untuk memastikan bahawa sistem yang dibangunkan menepati kehendak
dan keperluan spesifikasi pengguna. Ini penting, agar pengguna dapat memahami
dan menggunakan sistem ke tahap optimum. Dengan memenuhi kehendak dan
keperluan ini, ia akan dapat membantu pihak sekolah menambah nilai dalam
pengurusan maklumat pelajar.
BAB 6
STRATEGI ORGANISASI
6.1
PENDAHULUAN
Dalam pembinaan sesuatu sistem untuk sesuatu organisasi, perkara yang
penting adalah strategi dalam mengimplementasikan sistem yang telah dibangunkan
ke dalam organisasi. Aspek ini sangat penting untuk memastikan bahawa sistem
yang dibangunkan, mampu untuk digunakan secara optimum oleh organisasi.
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam proses implementasi sistem
ke dalam organisasi. Terdapat beberapa pelan dalam membuat implementasi sistem
ke dalam organisasi, iaitu;
1. Perancangan perubahan pengurusan
2. Perancangan perubahan pangkalan data
100
6.2
PERANCANGAN PERUBAHAN PENGURUSAN
Perubahan pengurusan yang dilakukan adalah perubahan pengurusan secara
terus. Ini bermaksud, penggunaan sistem baru akan digunakan secara terus, dan
sistem yang lama tidak akan digunakan lagi. Perubahan jenis ini adalah yang paling
mudah, dan ringkas. Akan tetapi, ia juga merupakan cara perubahan yang paling
berisiko tinggi, kerana sebarang permasalahan dengan sistem yang baru yang tidak
dapat dikesan ketika proses pengujian akan menggangu pengurusan pihak sekolah.
Sekolah Hidayah merupakan sekolah yang sentiasa memperbaiki sistem
pengurusan pangkalan data, dan staf di sekolah ini sentiasa mengikuti perkembangan
teknologi. Oleh itu, pelan perubahan daripada sistem sedia ada adalah lebih mudah
dan murah, kerana ianya hanya melibatkan perubahan penggunaan teknologi yang
dibangunkan.
Untuk mencapai objektif perubahan pengurusan ini, terdapat beberapa
langkah-langkah yang perlu dilakukan, agar staf sekolah dapat menggunakan sistem
ini ke tahap optimum.
1. Mengadakan kursus pendek mengenai sistem
Sebagai permulaan, perancangan perubahan dan perpindahan teknologi
dari sistem sedia ada kepada sistem yang dibina, adalah dengan
mengadakan taklimat secara kursus pendek kepada staf-staf, guru-guru
dan pihak pentadbiran sekolah. Dengan ini, teknologi dapat difahami oleh
pihak sekolah, dan akhirnya, ianya dapat digunakan secara menyeluruh
selepas penyerahan sistem.
101
2. Menyediakan manual pengguna sistem
Manual penggunaan sistem juga sangat penting, untuk membantu pihak
sekolah mendapatkan maklumat dokumentasi yang diperlukan, seperti
kamus data, arah aliran sistem, fungsi yang dibenarkan, dan kekangan
yang terdapat dalam sistem. Ini dapat memudahkan pihak sekolah untuk
menggunakan sistem dan merujuk kepada manual sekiranya terdapat
masalah dalam penggunaan sistem.
6.3
PERANCANGAN PERUBAHAN PANGKALAN DATA
Pangkalan data yang digunakan oleh sistem ini adalah pangkalan data
berasaskan web, iaitu MySQL, manakala untuk sistem sedia ada di sekolah, ia
menggunakan perisian Microsoft Excel. Proses kemasukan data menggunakan
kaedah kemasukan semua maklumat ke dalam sistem menggunakan fungsi yang
telah dibangunkan.
6.4
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, bab ini membincangkan mengenai strategi organisasi
dalam mengadaptasikan sistem yang baru dibangunkan untuk menggantikan sistem
sedia ada. Perancangan ini sangat penting, untuk memastikan pengguna, iaitu pihak
sekolah dapat memahami keperluan pembangunan sistem, dan memahami fungsi dan
kekangan sistem, agar ianya dapat digunakan secara optimum.
BAB 7
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
7.1
PENDAHULUAN
Dalam bab ini, ia akan membincangkan mengenai pencapaian kajian, masalah
dan halangan sepanjang pembangunan sistem ini. Selain itu, bab ini
juga
membincangkan cadangan yang mampu dibuat untuk menambah baik dan
mempertingkatkan lagi kecekapan sistem.
7.2
PERBINCANGAN
Dalam membangunkan sistem ini, terdapat beberapa perkara yang perlu
diambil berat, kerana ia mempunyai impak yang besar dalam pembangunan sistem.
Perkara yang paling penting, adakah pembangunan sistem ini menepati kehendak dan
keperluan pengguna, dan mengikut spesifikasi yang dibenarkan. Ini penting, kerana
sebagai pengguna, mereka memerlukan fungsi yang memenuhi keperluan dan
103
kehendak mereka, supaya sistem yang dibangunkan, mampu digunakan secara
optimum, dan berkesan.
7.2.1
KEMAJUAN PENCAPAIAN PROJEK
Secara keseluruhannya, pencapaian projek ini menepati kehendak dan
keperluan asas pihak sekolah, dengan mencapai objektif, dan skop kajian. Tujuan
kajian ini dijalankan adalah untuk membangunkan satu sistem yang mampu
membantu pihak pentadbiran sekolah menguruskan maklumat pelajar, disamping
mempunyai fungsi untuk membantu membuat keputusan berdasarkan aspek
akademik, sahsiah dan juga ko-kurikulum. Berdasarkan keperluan dan kehendak
pihak sekolah, objektif kajian telah tercapai dan mampu digunakan oleh pihak
sekolah untuk menguruskan maklumat pelajar, berdasarkan aspek akademik, sahsiah
dan ko-kurikulum.
7.2.2
MASALAH DAN CADANGAN PEMBAIKAN
Dalam pembangunan sesuatu sistem, terdapat kekuatan dan kelemahan yang
menjadikan sesuatu sistem itu tidak mampu mencapai objektif sepenuhnya. Oleh itu,
dalam bahagian ini, perbincangan mengenai permasalahan, dan cadangan untuk
memperbaiki lagi sistem yang telah dibangunkan, agar ianya selari dengan keperluan
dan kehendak pengguna.
Dalam pembangunan sistem ini, terdapat tiga permasalah utama, iaitu sistem
yang dibangunkan, perlu diintegrasikan dengan tiga aspek pembangunan pelajar di
sekolah ini, iaitu aspek akademik, aspek sahsiah dan juga aspek ko-kurikulum.
104
Sistem yang dibangunkan perlu mempunyai fungsi untuk setiap aspek, agar
pemprosesan maklumat berkaitan keputusan yang akan dikeluarkan, mampu dibuat
dengan berkesan.
Selain itu, permasalahan yang timbul, adalah apabila aspek akademik,
meliputi dua jenis matapelajaran, iaitu matapelajaran yang berdasarkan kepada
silibus Kementerian Pendidikan Malaysia, dan juga silibus daripada pihak sekolah
sendiri, iaitu matapelajaran syariah. Matapelajaran syariah mempunyai pendekatan
yang berbeza dan sistem permarkahan yang berbeza dibandingkan dengan
matapelajaran Kementerian Pendidikan Malaysia. Disebabkan perbezaan ini, fungsi
yang merangkumi matapelajaran syariah ini tidak dapat dimasukkan ke dalam sistem
yang telah dibangunkan.
Disamping itu, untuk pemarkahan aspek sahsiah, ia dimasukkan sebagai data
sppm pelajar. Ia meliputi tiga bahagian, iaitu pemarkahan oleh pihak guru,
permarkahan oleh pihak ibubapa dan permarkahan oleh pihak pelajar sendiri.
Bahagian permarkahan oleh pihak pelajar tidak dapat dimasukkan ke dalam sistem,
kerana seorang pelajar perlu memasukkan maklumat sahsiah semua rakan-rakan
sekelasnya, dan ini menyulitkan proses menyimpanan dan pemprosesan data.
Bagi menyelesaikan permasalahan ini, beberapa perkara perlu diambil kira,
iaitu dari segi rekabentuk pangkalan data, pembangunan aplikasi yang lebih dinamik
dan mampu menampung kemasukan data yang banyak, serta sistem yang mampu
membuat identiti unik untuk kemasukan markah sppm oleh pihak pelajar agar
pemprosesan maklumat pelajar dapat dijalankan dengan lebih baik, berkesan dan
pantas.
105
7.3
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, disepanjang proses pembangunan sistem ini, pelbagai
pengajaran yang dapat diambil. Ini kerana, dalam setiap pembangunan sistem,
pelbagai masalah, kriteria, spesifikasi dan keperluan yang perlu diambil kira.
Kesemua pengalaman ini dapat memberikan pengajaran yang berguna dalam
membangunkan sistem dimasa akan datang.
Antara pengajaran yang dapat diperolehi adalah pendedahan kepada aspek
penting dalam pembangunan sistem. Selain itu, proses penyenaraian maklumat
pelajar terbaik bagi setiap kategori juga sangat penting, kerana jika sebelum ini, ia
dilihat sebagai perkara yang berlainan dan terasing, dengan adanya sistem bantu
keputusan ini, ia diharap dapat mengembangkan lagi pemilihan pelajar terbaik, dan
juga pemilihan pelajar yang akan menjadi kepimpinan sekolah, dari segi akademik,
sahsiah dan ko-kurikulum.
Diharap, dengan pembangunan sistem ini, ia akan dapat membantu pihak
sekolah untuk menguruskan maklumat pelajar, disamping, memudahkan pihak
sekolah untuk mendapatkan senarai pelajar yang terbaik, berdasarkan pemberat yang
meliputi aspek akademik, sahsiah dan juga ko-kurikulum.
106
RUJUKAN
Ali Bahrami (1999). Object Oriented Systems Development Using The Unified
Modeling Language. Singapore: McGraw-Hill International Editions. 61-317.
Barron’s, (2005). Dictionary of Accounting Terms, Barron’s Educational Series Inc
Accounting Terms information about information system
Freud J. E. (1997). Modern Elementary Statistics Edisi 4. New Jersey: Prentice Hall,
Inc. 29-64.
Hoffer, J.A. et.al (1998). Modern Systems Analysis and Design. United States:
Addison-Wesley.
Marakas, G.M. (1999). Decision Support Systems In The 21st Century. New Jersey:
Prentice-Hall, Inc. 1-30.
McGraw-Hill, 2003, Science and Technology Dictionary definition of information
system, McGraw-Hill Dictionary of Scientific and Technical Terms.
Mohamed Najib (1998). Penyelidikan
Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia. 49-61.
Schmuller, J. (1999). Sams Teach Yourself UML In 24 Hours. United States: Sams
Publishing. 1-147.
Satzinger, J.W., Jackson, R.B. dan Burd, S.D. (2000). System Analysis and Design in
a Changing World. United States: Thomson Leaning. 216-257.
Turban, E. dan Aronson, J. E. (1998). Decision Support Systems and Intelligent
Systems. Edisi 5. New Jersey: Prentice-Hall International, Inc. 71-104.
107
http://www.ensia.inra.fr/~courtois/fidel/maich/ch11.htm
Methods for appraising performance (dirujuk pada 12 Februari 2008)
http://www.GroteConsulting.com/
How to Create a Performance Appraisal System (dirujuk pada 1 Mac 2008)
http://www.minedu.govt.nz/curriculum/pms/pms1/8devel.htm
The Role of the Board of Trustees (dirujuk pada 15 Februari 2008)
http://www.microscribepub.com/tpas.htm
Teacher Performance Appraisal System for Windows (dirujuk pada 1 Mac
2008)
http://infoteknologi.hypermart.net/tutorial/intro2internet.htm
Pengenalan Internet dan Web (dirujuk pada 3 Februari 2008).
108
LAMPIRAN A
Rajah Kes Guna
Pemberitahuan Kemaskini
Pelajar
Papar Maklumat Pelajar
Admin Sistem
Ibubapa / Penjaga
Kemasukan Data Peperiksaan
Papar Data Subjek
Guru
Kemasukan Data Pelajar
Pihak
Pentadbiran
Kakitangan
Membuat Keputusan
<<extend>>
Pemilihan Calon Kepimpinan
<<extend>>
Pemilihan Calon Sahsiah
<<extend>>
Pemilihan Calon Kurikulum
109
LAMPIRAN B
Rajah Kelas
Ko-Kurikulum
Alamat
ic_pelajar
tahun
markah_sukan
markah_kelab_sukan
markah_persatuan_pelajar
markah_ko-kurikulum
Ibubapa / Penjaga
(f rom Use Case View)
ic_pelajar
alamat_tetap
poskod_tetap
bandar_tetap
no_tel_tetap
alamat_surat
poskod_surat
bandar_surat
no_tel_surat
ic_bapa
nama_bapa
ic_pelajar
Papar Maklumat Pelajar()
Papar Maklumat Peperiksaan()
papa()
ic_pelajar
ic_mentor
Peperiksaan
tahun
ujian
subjek
ic_pelajar
markah
gred
ic_pelajar
Pelajar
(f rom Use Case View)
ic_pelajar
nama_pelajar
jantina_pelajar
agama
tarikh_lahir_pelajar
tempat_lahir_pelajar
warganegara
alahan
kecacatan_pelajar
sek_akhir_pelajar
ic_mentor
nama_mentor
kelas
kelas
ic_pelajar
Subjek
ic_guru
tahun
subjek
kelas
Papar Maklumat Asas()
Papar Maklumat Alamat()
Papar Maklumat Peperiksaan()
Papar Maklumat SPPM()
Papar Maklumat Ko-Kurikulum()
Guru
(f rom Use Case View)
ic_guru
nama_guru
kelas
name2
ic_guru
Papar Data Subjek()
Kemasukan Data Peperiksaan()
Kemasukan Data SPPM()
Kemasukan Data Ko-Kurikulum()
SPPM
ic_pelajar
markah_p_smi
markah_gp_smi
markah_ibp_smi
ic_pelajar
ic_pelajar
ic_pelajar
ibp_smi
ic_pelajar
bhgn_satu_ibp
hbgn_dua_ibp
hbgn_tiga_ibp
markah_ibp_smi
gp_smi
p_smi
ic_pelajar
bhgn_satu_p
markah_p_smi
ic_pelajar
bhgn_satu_gp
hbgn_dua_gp
bhgn_tiga_gp
markah_gp_smi
110
LAMPIRAN C
Rajah Jujukan
Login:Pelajar
: Pelaj ar
Papar Maklumat:
Pelajar
Papar Laporan
Peperiksaan: Peperiksaan
Papar Maklumat
Ko-Kurikulum:K urikulum
Papar Maklumat
Sahsiah:Sahsiah
Rajah Jujukan Papar Maklumat Pelajar
: Guru
Login: Guru
Kemasukan Data:
Peperiksaan
Kemasukan
Data: Sahsiah
Rajah Jujukan Kemasukan Data Pelajar
Kemasuk an Dat a:
Ko-Kurikulum
111
Login:Guru
: Pihak
Pentadbiran
Pilih Subjek:
Subjek
Papar Maklumat
Subjek
Papar Prestas i
Pelaj ar: Peperiks aan
Rajah Jujukan Paparan Maklumat Subjek
Keputusan :
Peperiksaan
Keputusan :
Sahsiah
Keputusan :
Ko-Kurikulum
: Pihak
Pentadbiran
Rajah Jujukan Membuat Keputusan
Kep utus an :
Rekod_Disipl in
Keputusan
111
MANUAL PENGGUNA
1.0
PENGENALAN
Sistem Maklumat Pelajar Sekolah Menengah Islam Hidayah (SMP SMIH)
merupakan aplikasi yang membolehkan pihak sekolah untuk menguruskan maklumat
berkaitan pelajar dengan lebih cepat, dan efisien. Ini dapat menjimatkan masa dan kos
pengurusan sistem maklumat pelajar.
Secara umumnya, sistem ini mempunyai tiga bahagian utama, iaitu;
1. Bahagian Pelajar
2. Bahagian Guru
3. Bahagian Admin
Untuk menguruskan sistem ini, ia memerlukan seorang analis sistem untuk
tujuan menyelenggara dan menguruskan sistem ini. Untuk penggunaan sistem ini,
pengguna hanya perlu mempunyai komputer dan sambungan internet. Untuk
spesifikasi komputer pengguna, ia perlu mempunyai spesifikasi minimum seperti
berikut;
•
Pemproses Pentium 4
•
128MB RAM
•
20 GB cakera keras
•
Perisian Browser Internet seperti Windows Internet Explorer 6.0 atau
Firefox Mozilla 2.0 ke atas.
112
2.0
LOGIN DAN PENGGUNAAN SISTEM
Untuk memulakan penggunaan sistem, pengguna perlu mendaftar sebagai
pelajar, guru, atau staf pihak pentadbiran Sekolah Menengah Islam Hidayah. Proses
login, akan menggunakan nombor kad pengenalan sebagai id unik dan juga sebagai
kata laluan. Antaramuka login adalah seperti berikut;
Pengguna perlu memilih tahap pengguna, samada sebagai pelajar atau
ibubapa, guru, atau admin. Selepas itu, nombor kad pengenalan dan kata laluan
dimasukkan seperti berikut;
113
3.0
PAPARAN MAKLUMAT PELAJAR
Untuk keperluan pelajar, pelajar atau ibubapa perlu login menggunakan akaun
pelajar. Klik pada hyperlink ke login Pelajar. Masukkan nombor kad pengenalan dan
kata laluan seperti berikut;
Dalam antaramuka pelajar, terdapat beberapa hyperlink, iaitu sambungan ke
maklumat asas pelajar, maklumat penjaga, maklumat peperiksaan pelajar, maklumat
sppm pelajar, dan maklumat ko-kurikulum pelajar.
114
Dalam antaramuka maklumat penjaga, maklumat penjaga akan dipaparkan
seperti berikut;
Dalam antaramuka maklumat peperiksaan, pelajar perlu memilih tahun dan
juga jenis peperiksaan yang ingin dipaparkan. Paparan adalah seperti di bawah,
pelajar perlu memilih maklumat tahun dan jenis peperiksaan.
115
Hasil pilihan maklumat tahun dan jenis peperiksaan, paparan yang
dikehendaki akan dipaparkan seperti berikut;
Untuk paparan ko-kurikulum pelajar, paparan seperti berikut akan dipaparkan;
116
4.0
KEMASUKAN MAKLUMAT PELAJAR
Untuk membuat kemasukan maklumat pelajar, pengguna perlu login sebagai
guru, klik pada hyperlink ke login guru.
Masukkan nombor kad pengenalan dan juga kata laluan pengguna.
Paparan asas guru akan dipaparkan, iaitu senarai kelas yang terdapat di
Sekolah Menengah Islam Hidayah. Paparan ini akan memudahkan pihak guru
sekiranya terdapat maklumat pelajar dalam kelas yang tertentu. Pengguna perlu
memilih kelas untuk memaparkan senarai pelajar dalam kelas tersebut.
117
Contoh paparan senarai pelajar untuk pilihan kelas yang dikehendaki
Untuk memasukkan maklumat peperiksaan pelajar, pengguna perlu klik pada
Kemasukan Data Peperiksaan. Guru perlu memilih kelas, dan subjek yang diajar.
Maklumat ini telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Paparan untuk kemasukan data
peperiksaan adalah seperti berikut;
118
Setelah memilih kelas dan subjek, paparan senarai pelajar untuk kelas tersebut
akan dipaparkan. Guru cuma perlu memasukkan markah pelajar, dan kemudian klik
butang sumbit.
Sistem akan memproses kemasukan data peperiksaan tersebut, dan
memaparkan semula hasil daripada kemasukan yang telah dibuat. Paparan adalah
seperti berikut;
119
Untuk kemasukan data musleh, guru perlu klik pada hyperlink ke Kemasukan
Data Musleh.
Kemudian, paparan seperti berikut akan ditunjukkan. Guru hanya perlu
memilih pelajar yang menjadi mentee mereka sahaja. Pelajar yang lain, perlu
dimasukkan oleh mentor mereka sendiri.
Selepas guru memilih mentee mereka, mereka hanya perlu memasukkan data
mengikut spesifikasi yang telah dibuat. Terdapat tiga halaman untuk kemasukan data
musleh ini, dan di akhir paparan, guru hanya perlu klik butang submit.
120
Hasil pemarkahan data musleh akan dipaparkan seperti berikut;
121
Untuk kemasukan data ko-kurikulum, guru perlu memilih kelas yang
dikehendaki, dan paparan kelas akan ditunjukkan.
Guru perlu memilih pelajar yang dikehendaki, dan klik pada butang pilih.
Masukkan markah untuk pelajar tersebut. Kemudian klik submit.
122
Paparan hasil permarkahan akan dipaparkan seperti berikut;
123
5.0
PAPARAN SENARAI PELAJAR TERBAIK
Untuk membuat proses senarai pelajar terbaik, pengguna perlu login sebagai
admin. Klik pada login admin, dan masukkan nombor kad pengenalan dan kata
laluan.
Selepas itu, paparan berikut akan ditunjukkan. Untuk membuat pemilihan
senarai terbaik pelajar aspek kepimpinan, klik pada hyperlink Terbaik Kepimpinan.
124
Paparan berikut akan ditunjukkan, dan pengguna perlu memilih tingkatan,
untuk membuat senarai mengikut tingkatan, ataupun memilih keseluruhan untuk
membuat senarai keseluruhan pelajar.
Paparan terbaik kepimpinan akan dipaparkan seperti di bawah, dan pengguna
perlu memilih dan memasukkan pilihan kepimpinan, dan klik submit.
125
Paparan mengenai keputusan yang telah dibuat akan dipaparkan.
Untuk membuat senarai terbaik sahsiah, klik pada Terbaik Sahsiah. Paparan
berikut akan ditunjukkan. Pengguna perlu memilih tingkatan untuk membuat senarai
mengikut tingkatan, ataupun memilih keseluruhan untuk memaparkan senarai terbaik
keseluruhan pelajar. Paparan akan ditunjukkan seperti berikut;
126
Pilih calon untuk sahsiah, dan klik submit.
Paparan pemilihan senarai akan ditunjukkan seperti berikut;
Untuk paparan terbaik ko-kurikulum, klik pada hyperlink Terbaik Kurikulum,
dan paparan berikut akan ditunjukkan.
127
Buat pemilihan tingkatan atau keseluruhan. Dan klik submit. Paparan senarai
terbaik ko-kurikulum akan dipaparkan seperti berikut;
6.0
KESIMPULAN
Manual pengguna ini didokumenkan untuk memudahkan pihak sekolah untuk
menggunakan sistem dengan lebih efisien dan optimum. Ia juga dapat membantu
sekiranya terdapat permasalah dalam sistem yang telah dibangunkan. Secara
keseluruhannya, sistem yang dibangunkan mampu untuk memenuhi kehendak asas
pihak sekolah. Oleh itu, diharapkan dengan adanya manual penggunaan ini, ia dapat
membantu pihak sekolah menggunakan sistem ke tahap optimum.
ID
1
Task Name
Duration
Planning
Start
Finish
12 days?
Tue 12/26/06
Wed 1/10/07
2
Identify Business Values
1 day?
Tue 12/26/06
Tue 12/26/06
3
Analyze Feasibility
Predecessors
1 day?
Wed 12/27/06
Wed 12/27/06
4
Technical Feasibility
1 day?
Wed 12/27/06
Wed 12/27/06 2
5
Economical Feasibility
1 day?
Wed 12/27/06
Wed 12/27/06 2
6
Organizational Feasib
1 day?
Wed 12/27/06
Wed 12/27/06 2
7
4 days?
Thu 12/28/06
8
Develop Work Plan
Work Breakdown Stru
2 days
Thu 12/28/06
Fri 12/29/06 6
9
Duration of task
1 day?
Mon 1/1/07
Mon 1/1/07 8
Task Dependencies
1 day?
Mon 1/1/07
Mon 1/1/07 8
11
Key Milestone Date
1 day?
Tue 1/2/07
Tue 1/2/07 10
12
Creating Gantt Chart
1 day?
Tue 1/2/07
Tue 1/2/07 10
Staffing the Project
6 days?
Wed 12/27/06
Wed 1/3/07
14
Possible Reporting St
1 day?
Wed 12/27/06
Wed 12/27/06 2
15
Staffing Plan
1 day?
Wed 12/27/06
Wed 12/27/06 2
16
Staff Allocation
1 day?
Wed 1/3/07
17
18
Project Charter
Control and Direct Projec
Wed 1/3/07 12,15
1 day?
Wed 1/3/07
5 days?
Thu 1/4/07
Wed 1/10/07
Wed 1/3/07 12
19
Standardize
5 days
Thu 1/4/07
Wed 1/10/07 17
20
Documentation
5 days
Thu 1/4/07
Wed 1/10/07 17
21
22
Managing Risk
Analysis
1 day?
Thu 1/4/07
16 days
Fri 1/5/07
Fri 1/26/07
Thu 1/4/07 17
23
Analysis strategy
3 days
Fri 1/5/07
Tue 1/9/07 21
24
Gathering business require
3 days
Fri 1/5/07
Tue 1/9/07 21
25
Requirements definition us
3 days
Wed 1/10/07
Fri 1/12/07 23,24
26
Process modeling
5 days
Mon 1/15/07
Fri 1/19/07 25
27
Data modeling
5 days
Mon 1/22/07
Fri 1/26/07 26
28
13 days
Mon 1/29/07
29
Design
Design selection
5 days
Mon 1/29/07
30
Architecture design
5 days
Mon 2/5/07
Project: MCM1112_WBS
Date: Mon 3/19/07
24, '06
M T W
Tue 1/2/07
10
13
Resource Names
Wed 2/14/07
Fri 2/2/07 19,20,27
Fri 2/9/07 29
Task
Milestone
External Tasks
Split
Summary
External Milestone
Progress
Project Summary
Deadline
Page 1
T
F
S
Dec 31, '06
S M T W
T
F
S
Jan 7, '07
S M T
ID
Task Name
Duration
Start
Finish
Predecessors
31
Interface design
5 days
Mon 2/5/07
Fri 2/9/07 29
32
Data Storage Design
8 days
Mon 2/5/07
Wed 2/14/07 29
33
Program design
5 days
Mon 2/5/07
Fri 2/9/07 29
148 days
Thu 2/15/07
Mon 9/10/07
134 days
Thu 2/15/07
Tue 8/21/07
120 days
Thu 2/15/07
Wed 8/1/07 30,31,32,33
34
35
Implementation
Construction
36
Program building
37
38
Program and system t
Installation
14 days
Thu 8/2/07
14 days
Wed 8/22/07
24, '06
M T W
Tue 8/21/07 36
Mon 9/10/07
39
Conversion strategy
14 days
Wed 8/22/07
Mon 9/10/07 37
40
Training plan
1 day
Wed 8/22/07
Wed 8/22/07 37
41
Support plan
7 days
Wed 8/22/07
Thu 8/30/07 37
Project: MCM1112_WBS
Date: Mon 3/19/07
Resource Names
Task
Milestone
External Tasks
Split
Summary
External Milestone
Progress
Project Summary
Deadline
Page 2
T
F
S
Dec 31, '06
S M T W
T
F
S
Jan 7, '07
S M T
W
T
F
S
Jan 14, '07
S M T
Project: MCM1112_WBS
Date: Mon 3/19/07
W
T
F
S
Jan 21, '07
S M T
W
T
F
S
Jan 28, '07
S M T
W
T
F
S
Feb 4, '07
S M T
W
T
F
S
Feb 11, '07
S M T
Task
Milestone
External Tasks
Split
Summary
External Milestone
Progress
Project Summary
Deadline
Page 3
W
T
F
S
Feb 18, '07
S M T
W
T
F
S
Feb 25, '07
S M T
W
T
F
S
Jan 14, '07
S M T
Project: MCM1112_WBS
Date: Mon 3/19/07
W
T
F
S
Jan 21, '07
S M T
W
T
F
S
Jan 28, '07
S M T
W
T
F
S
Feb 4, '07
S M T
W
T
F
S
Feb 11, '07
S M T
Task
Milestone
External Tasks
Split
Summary
External Milestone
Progress
Project Summary
Deadline
Page 4
W
T
F
S
Feb 18, '07
S M T
W
T
F
S
Feb 25, '07
S M T
W
T
F
S
Mar 4, '07
S M T
Project: MCM1112_WBS
Date: Mon 3/19/07
W
T
F
S
Mar 11, '07
S M T
W
T
F
S
Mar 18, '07
S M T
W
T
F
S
Mar 25, '07
S M T
W
T
F
S
Apr 1, '07
S M T
Task
Milestone
External Tasks
Split
Summary
External Milestone
Progress
Project Summary
Deadline
Page 5
W
T
F
S
Apr 8, '07
S M T
W
T
F
S
Apr 15, '07
S M T
W
T
F
S
Mar 4, '07
S M T
Project: MCM1112_WBS
Date: Mon 3/19/07
W
T
F
S
Mar 11, '07
S M T
W
T
F
S
Mar 18, '07
S M T
W
T
F
S
Mar 25, '07
S M T
W
T
F
S
Apr 1, '07
S M T
Task
Milestone
External Tasks
Split
Summary
External Milestone
Progress
Project Summary
Deadline
Page 6
W
T
F
S
Apr 8, '07
S M T
W
T
F
S
Apr 15, '07
S M T
W
T
F
S
Apr 22, '07
S M T
Project: MCM1112_WBS
Date: Mon 3/19/07
W
T
F
S
Apr 29, '07
S M T
W
T
F
S
May 6, '07
S M T
W
T
F
S
May 13, '07
S M T W
T
F
S
May 20, '07
S M T W
Task
Milestone
External Tasks
Split
Summary
External Milestone
Progress
Project Summary
Deadline
Page 7
T
F
S
May 27, '07
S M T W
T
F
S
Jun 3, '07
S M T
W
T
F
S
Apr 22, '07
S M T
Project: MCM1112_WBS
Date: Mon 3/19/07
W
T
F
S
Apr 29, '07
S M T
W
T
F
S
May 6, '07
S M T
W
T
F
S
May 13, '07
S M T W
T
F
S
May 20, '07
S M T W
Task
Milestone
External Tasks
Split
Summary
External Milestone
Progress
Project Summary
Deadline
Page 8
T
F
S
May 27, '07
S M T W
T
F
S
Jun 3, '07
S M T
W
T
F
S
Jun 10, '07
S M T
Project: MCM1112_WBS
Date: Mon 3/19/07
W
T
F
S
Jun 17, '07
S M T
W
T
F
S
Jun 24, '07
S M T
W
T
F
S
Jul 1, '07
S M T
W
T
F
S
Jul 8, '07
S M T
Task
Milestone
External Tasks
Split
Summary
External Milestone
Progress
Project Summary
Deadline
Page 9
W
T
F
S
Jul 15, '07
S M T
W
T
F
S
Jul 22, '07
S M T
W
T
F
S
Jun 10, '07
S M T
Project: MCM1112_WBS
Date: Mon 3/19/07
W
T
F
S
Jun 17, '07
S M T
W
T
F
S
Jun 24, '07
S M T
W
T
F
S
Jul 1, '07
S M T
W
T
F
S
Jul 8, '07
S M T
Task
Milestone
External Tasks
Split
Summary
External Milestone
Progress
Project Summary
Deadline
Page 10
W
T
F
S
Jul 15, '07
S M T
W
T
F
S
Jul 22, '07
S M T
W
T
F
S
Jul 29, '07
S M T
Project: MCM1112_WBS
Date: Mon 3/19/07
W
T
F
S
Aug 5, '07
S M T
W
T
F
S
Aug 12, '07
S M T W
T
F
S
Aug 19, '07
S M T W
T
F
S
Aug 26, '07
S M T W
Task
Milestone
External Tasks
Split
Summary
External Milestone
Progress
Project Summary
Deadline
Page 11
T
F
S
Sep 2, '07
S M T
W
T
F
S
Sep 9, '07
S M T
W
T
F
S
Jul 29, '07
S M T
Project: MCM1112_WBS
Date: Mon 3/19/07
W
T
F
S
Aug 5, '07
S M T
W
T
F
S
Aug 12, '07
S M T W
T
F
S
Aug 19, '07
S M T W
T
F
S
Aug 26, '07
S M T W
Task
Milestone
External Tasks
Split
Summary
External Milestone
Progress
Project Summary
Deadline
Page 12
T
F
S
Sep 2, '07
S M T
W
T
F
S
Sep 9, '07
S M T
Download