Document

advertisement
PENGARUH IKLIM ORGANISASI KE ATAS
KEPUASAN KERJA GURU-GURU SEKOLAH
MENENGAH : KAJIAN KES DI DAERAH
PADANG TERAP, KEDAH.
Oleh :
Moharnad Ali Roshidi Bin Ahmad
Tesis ini dikemukakan bagi memenuhi sebahagian daripada
syarat untuk penganugerahan Ijazah Sarjana Sains
(Pembangunan Sumber Manusia)
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
Jun 1998
Unit Kemasukan Siswazat~
Universiti Malaysia Sarawak
Adalah disahkan bahawa kami telah rnembaca tesis ini yang bertajuk "Pengaruh 1kIim
Organisasi Ke Atas Kepuasan Kerja Guru-Guru Sekolah Menengah: Kajian Kes Di
Daerah Padang Terap, Kedah" ole11 Mohd Ali Roshidi bin Ahmad, dan berpendapat
bahawa tesis ini adalah memuaskan dari segi skop, kualiti dan persembahan sebagai
syarat keperiuan ijazah Sarjana Sains (Pembangunan Sumber Manusia).
prof ~ d d M~ f af i n Zainal
(Pemeriksa Luar)
Dr Spencer Empading
(Pemeriksa Dalam)
\
I
Tiada bahagian
daripada tesis ini telah
dikernukakan
untuk
I
menyokong sesuatu perrnohonan untuk mendapatkan kelayakan
ijazah di universiti ini atau institusi pengajian tinggi yang lain.
ABSTRAK
Tujuan kajian ini ialah untuk melihat hubungan di antara iklim
organisasi sekolah dengan kepuasan kerja guru-guru sekolah
menengah. Objektif utamanya ialah untuk mengenalpasti perkaitan
iklirn organisasi sekolah (dimensi tingkahlaku pengetua dan
tingkahlaku guru-guru) ke atas kepuasan kerja guru-guru. Sampel
terdiri daripada 152 guru dari 5 buah sekolah menengah harian di
daerah Padang Terap, Kedah. Strategi persampelan yang digunakan
ialah rawak mudah. Organizational Climate Descriptive Questionaire
(OCDQ) yang telah dibentuk oleh Halpin dan Croft (1963) dan J o b
Satisfaction Index ( J S I ) yang telah diperkenalkan oleh Brayfield dan
Rothe (1951) juga telah digunakan sebagai alat kajian. Ujian-ujian
untuk penganalisisan data ialah ujian korelasi Pearson 'r', ujian-t dan
ANOVA satu hala. Untuk semua ujian statistik di atas, darjah
kesignifikanan adalah ditetapkan pada aras p<0.05. Dapatan kajian
ini menunjukkan bahawa (a) iklim organisasi sekolah mempunyai
hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja. (b) Faktor sosiodemografi: jantina, u m w , pengalaman kerja dan kelayakan akademik
mempunyai kaitan rapat dalam mempengaruhi hubungan di antara
kepuasan kerja dan persepsi guru-guru terhadap iklim organisasi
sekolah. (c) Taraf perkahwinan tidak mempengaruhi persepsi guruguru terhadap iklim organisasi. Kesimpulannya, sekolah-sekolah di
daerah Padang Terap didapati mempunyai iklim berautonomi dan
kurang terbuka. Tingkahlaku pengetua telah dipersepsikan sebagai
bertimbang rasa, mendesak dan pengasingan, serta didapati kurang
berinteraksi secara tidak formal dengan guru-guru.
ABSTRACT
The purpose of this study tuas to find out the relationship between
school organizational climate and the job satisfaction among the
secondary teachers. The primary objective of this study was to identify
the relationship between the school organizational climate from the
perspective of the principals a72d teachers behavioral dimensions) and
teachers job satisfaction. A total of 152 teachers from 5 non-residential
secondary schools in Padang Terap, Kedah were taken a s samples. A
simple random method was used. Organizational Climate Descriptive
Questionnaire (OCDQ) which w a s designed by Halpin and Croft (1963)
and Job Satisfaction Index (JSI) which has be introduced by Brayfield
and Rothe (1 951) were used a s an instrument for this study. The data
collected were analysed by using Pearson correlation 'r', t-test and one
way ANOVA. For all the statistical tests, a significant level of p<0.05
w a s set. The finding showed that (a) there w a s a significant
relationship between school organizational climate and the teacher's
job satisfaction. (b) Demographic factors; gender, age, working
experienced and level of education were significantly relationship to job
satisfaction and the teachers' perception toward school organizational
climate. (c) Marital status did not influence the perception of teachers
toward school organizational climate. It car2 be concluded that schools
in Padang Terap had an autonomous climate and practiced a less opensystem organization. Principals behaviour were perceived to be
considerate, thrust and aloofness, and less informal with teachers
when interacting.
BIODATA DIRI
Mohamad Ali Rosbidi bin Ahmad telah dilahirkan pada 19 Oktober
1965, di Pedu, Icedah Darul Aman. Beliau telah rncnerirna pendidikan
hingga ke peringkat
SPM di ternpat kelahirannya.
Kemudian
rneneruskan pelajaran ke tingkatan enarn di Sekolah Menengah
Tunku Abdul Malk, Alor Setar, Kedah Darul Arnan. M u l a i Mei 1984
beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Utara Malaysia d m lulus
Ijazah Sarjanamuda Perakaunan
(Kepujian) pada tahun
1989.
Seterusnya memperolehi Diploma Pendidikan dari Universiti Sains
Malaysia pada tahun 1991.
Karier beliau sebagai seorang pendidik ber~nulapada 1 Ogos 199 2
apabila ditugaskan sebagai guru di Pusat Matrikulasi UUM, Sintok,
Kedah Darul Aman. Pada tahun 1997, beliau telah melanjutkan
pelajaran ke Universiti Malaysia Sarawak di perii~gkatIjazah Sarjana
Sains (Pernbangunan Surnber Manusia).
Beliau seorang yang aktif di dalam Rejirnen Askar Wataniah, dan
telah ditauliahkan sebagai pegawai pada 12 Januari 1994. Kini,
beliau mernegang jawatan ketua platun sukaxela di Rejirnen 504 AW
berpangkat Leftenan.
Didedikasikan untuk
Fuan Zulinah, isteriku
Alya Syahrnina, puteriku
Emak dan ayahku
Mertuaku
Guru-guruku.
Kalian amat rnengerti harga sebuah pengorbanan,
SEKALUNG BUD1
Di kesempatan ini, ingin saya rakamkan penghargaan yang tidak
terhitung nilainya kepada penyelia tesis ini, Cik Angela Anthonysamy
kerana tidak mengenal jemu memberi nasihat dan teguran sepanjang
penulisan tesis ini. Seterusnya kepada Pengarah IAB, Genting
Highland dan Dekan Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan
Manusia, Unimas.
Kedua, terima kasih kepada Pengetua sekolah-sekolah menengah
terlibat kerana telah memberi izin kepada saya untuk menjalankan
kajian di sekolah masing-masing. Terima kasih yang tidak terhingga
juga ditujultan kepada En. Abd Rohim Abdullah (SMDSA) dan En.
Chow Choon Wooi (PMUUM)atas bantuan yang diberikan.
Ketiga, terirna kasih khas kepada bekas Pengetua PMUUM, En. Abdul
Adzis Abas yang telah banyak mendorong kejayaan ini. Tidak
dilupakan rakan-rakan Kohort 2 (IAB-Unimas), antara nama yang
sernpat dirakamkan ialah Mokhtar, Hut, Kamaruddin, Ridzuan,
Rosley, Rahrnan dan Salawati, jasa kalian pasti tidak dilupakan.
Akhir sekali, terima kasih dan penghargaan yang tidak ternilai
tingginya u n t u k isteri tersayang , Puali Zulinah Jernon. D oronganrnu
penguat semangat dan kesabaranmu tatkala kita berjauhan acialah
sebuah pengorbanali ulituk kejayaan ini. Buat puteri sulungku, Alya
Syahrnina, kehadiranmu di saat ini menyuntik semangat baru untuk
kejayaan abah.
Perighargaan khas ditujukan kepada emak dan ayah, serta emak
rnertua. Doa dan restu kafian penawar mujarab kejayaan ini, pasti
tidak
mampu
anakanda rnembalasnya.
rnembalasnya naliti.
Mudah-mudahan /ill&
KANDUNGAN
Mukasurat
Abstrak
..
Biodata
ll
Dedikasi
1I.l
Sekalung Budi
iv
Kandungan
vi
Senarai Jadual
X
Senarai Rajah
xii
Senarai Latnpiran
xiii
...
BAB 1 - PENGENALAN
1.0 Pengenalan
1.1 Latarbelakang Masalah
1.2 Pernyataan Masalah
1.3Tujuan Kajian
1.4 Objektif Kajian
1.4.1 Objektif Am
1.4.2 Objektif Khusus
1.5 Hipotesis
1.6 Batasan Kajian
1.7 Definisi I s t i l d ~
1.7.1 Iklim Organisasi Sekolab
1.7.2 Kepuasan Kei-ja
1.7.3 Guru-guru Sekolah Menengah
BAB 2 - SOROTAN KARYA
2.0 Pengenalan
14
2.1. Konsep Iklim Organisasi
14
2.2 Koizsep Kepuasan Kerja
20
2.3 Kajian Tentang Iklirn Organisasi dan
Hubungannya Dengan Icepuasan Kerja
23
2.4 Kajian Mengenai Kepuasan Kerja
25
2.5 Teori Rerkaitan ICepuasan Kerja
28
BAB 3 - METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan
3.1 Reka Bentuk Kajian
3.2 Sampel Kajian
3.3 Alat Kajian
3.4 ICajian Rintis
3.5 Analisa Data
vii
BAB 4 - HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN
4.0 Pengenalan
4.1 Ciri-ciri Dernografi Responden
4.1.1 Jantina
4.1.2 Urnur
4.1.3 Bangsa
4.1.4 Taraf Perkahwinan
4.1.5 Kelayakan Akadernik
4.1.6 P e n g a l m a n Bekerj a
4.2 Analisis Persepsi Guru-guru Terhadap Iklim
Organisasi Sekolah
4.2.1 Dirnensi Tingkahlaku Pengetua
4.2.1 Dimensi Tii~gkahlakuGuru-Guru
4.3 Hasil Pengujian I-lipotesis
4.3.1 Hubungan Antara Iklim Organisasi
Seltolah Dengan Kepuasan Kerja
4.3.2 Hubungan Iklirn Organisasi Sekolah
Dengan Ciri-ciri Demografi
4.3.2.1 Persepsi Guru-guru Terhadap
Iklim Sekolah Berasaskan Jantina
4.3.2.1.1 Dirnensi Mendesak
4.3.2'1.2 Dimensi Kekitaan
4.3.2.2
Persepsi Guru-guru Tertiadap I k h
Sekolah Berasaskan Urnur
4.3.2.3 Persepsi Guru-guru Terhadap lklim
Sekolah Berasaskan T a r d
Perkahwinan
4.3.2.4
4.3.2.5
Persepsi Guru-guru Terhadap Iklim
Sekolah Berasaskan Kelayakan
Akademik
65
Persepsi Guru-guru Terhadap Iklirn
Sekolah Berasaskan P e n g a l a a n
~ellgajar
70
4.4 Kesimpulan
BAB 5 - KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.0 Pendahuluan
5.1 Rumusan
5.2 TCesimp-~xlan
5.3 Cadangan
5.4 Cadangan Penyelidikan Aka11 Datang
BIBLIOGRAFI
LAMPIRAN
63
SENARAI JADUAL
NO.
TAJUM
JADUAL
Taburan responden berasaskan jantina
Taburari responden berasaskan umur
Tabwan responden berdasarkan
bangsa
Tabwan responden berdasarkan taraf
perkahwinan
Taburan responden berdasarkan
kelayakan akadernik
Taburan responden berdasarkan
pengalaman bekerja
Mi11 skor dan sisihan piawai persepsi
guru-guru terhadap dimensi
tingkahlaku pengetua.
Min skor dan sisihan piawai persepsj
guru-guru terhadap dirnensi
tingkahlaku guru-guru
Ujim korelasi antara iklim sekolah
dengan kepuasan kerja
Ujiarn-t bagi persepsi guru-guru
terhadap dimensi iklim sekolah
berasaskan jantina
Analisis varian satu hala persepsi guruguru terhadap dimensi iltlirn sekolah
berasaskan umur
Ujiari Tukey-HSD persepsi guru-guru
terhadap dimensi pengasingan
berasaskan urnur
4.13
Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru
terhadap dimensi bertirnbang rasa
berasaskan umur
4.14
Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru
terhadap dimensi kebebasan
berasaskan umur
4.15
Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru
terhadap dimensi halangan berasaskan
urnur
4.16
Ujian-t persepsi guru-guru terhadap
dimensi iklim sekolah berasaskan taraf
perkahwinan
4.17
Analisis varian satu hala persepsi guruguru terhadap dimensi iklim sekolah
berasaskan lcelayakan akademik
4.18
Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru
terhadap dimensi pengasingan
berasaskan kelayakan akademik
4.19
Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru
terhadap dimensi kemesraan
berasaskan kelayakan akademik
4.20
Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru
terhadap dimensi kekitaan berasaskan
kelayakan akademik
4.2 1
Analisis varian satu hala persepsi guruguru terhadap dimensi iklim sekolah
berasaskan pengalaman mengajar
4.22
Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru
terhadap dimensi pengasingan
berasaskan pengalaman mengajar
4.23
Ujian Tukey-HSD persepsi guru-guru
terhadap dimensi bertimbang rasa
berasaskan pengalaman mengajar
62
SENARAI RAJAH
NO.
RAJAH
2.1
Teori D u a Faktor Herzberg
3.1
Kerangka Model Kajian
xii
S E N A M 1 LAMPIRAN
NO. LAMPIRAN
TAJUK
A
Soal selidik
B
Surat kebenaran kajian daripada Bahagian
Peraicangan dan Penyelidikan Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Surat kebenaran ltajian daripada Jabatan
Pendidikan Kedah Darul Aman.
Senarai itern-item soalan bagi setiap dimensi
iklim sekolah,
Indeks kolerasi Davis.
BAB I
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Negara kini sedang bergerak pantas menuju ke arah negara maju
menjelang
tahun
2020.
Dalam
usaha
mencapai
hasrat
ini,
pendidikan merupakan wadah utama untuk membentuk wajah
masyarakat dan merupakan alat terpenting untuk menjayakan
wawasan
negara.
Di
Malaysia,
pendidikan
bertujuan
untuk
membolehkan masyarakat membina ilmu pengetahuan, memperolehi
kemahiran, dan menghayati nilai murni yang diperlukan bagi
merealisasikan
wawasan
negara
untuk
menjadi
negara
maju
mengikut acuan tempatan (Nik Azis Nik Pa, 1996).
Wujudnya Wawasan 2020, hasil cetusan idea Perdana Menteri, telah
mengajak setiap warganegara Malaysia memikirkan tentang realiti
negara maju membawa implikasi besar kepada fungsi institusi
pendidikan, terutamanya sekolah. Kejayaan sekolah memikul semua
tanggungjawab di atas banyak bergantung kepada kredibiliti para
gurunya. Ini bererti sekolah memerlukan guru-guru yang berdedikasi
bagi merealisasikan hasrat ini (Hussein Ahmad, 1993). Kualiti dan
semangat seseorang guru perlu dipupuk dan dipertingkatkan pada
setiap
masa.
Pencapaian
objektif
sesuatu
organisasi
adalah
bergantung kepada kualiti dan semangat personelnya (Wan Azmi
Rarnli,
1990). Setiap guru pada
asasnya
mempunyai kualiti,
perasaan, persepsi, motivasi, kebolehan dan cita-cita yang berbeza
daripada guru lain (Hussein Ahmad, 1993).
Betapa bermaknanya sesuatu pekerjami bergantung kepada nilai
pekerjaan meligikut persepsi guru-guru. Seseorang guru bekerja
kerana profesion itu mampu memberi kepuasan kepadanya (Nawi
Jusoh, 1989). Jika diteliti dengan lebih mendalam, kepuasan kerja
guru-guru telah
dipengaruhi oleh banyak
faktor, yang terdiri
daripada faktor intrinslk dan ekstrinslk kepada pekerjaan (Yusuf
Ahmad, 1996).
Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad Moharnmad Sharif
(1989), Ghazali Othman (1979) dan Habsah Abd. Rauf (1986) tidak
terdapat satu faktor yang sama menerangkan tentang kepuasan kerja
guru-guru. Kajian
Ghazali
Othman
(1979) melaporkan
faktor
ekstrinsik mempengaruhi kepuasan kerja guru-guru, manakala
kajian Ahmad Mohammad Sharif (1989) dan Habsah Abd. Rauf (1986)
pula mendapati kepuasan kerja berkaitan dengan faktor intrinsik.
Iklim sekolah merupakan satu komponen penting faktor ekstrinslk
yang mempengaruhi kepuasan kerja guru-guru. Iklim sekolah
merupakan persepsi guru-guru terhadap persekitaran kerjanya. la
mempunyai kesan yang besar kepada prestasi sekolah (Hoy dan
Clover, 1986) kerana ia mempengaruhi motivasi guru-guru. Gelagat
dan motivasi guru-guru secara langsung dipengaruhi oleh hubungan
interpersonal sesama guru-guru dan antara pengetua dengan gwuZ
guru (Abu-Saad, 1995). Bagi menjelaskan dimensi-dimensi iklim yang
mempengaruhi gelagat guru-guru, Halpin dan Croft (1966) telah
menyediakan satu huraian yang lengkap; di mana mereka telah
menyenaraikan lapan dimensi hubungan antara guru-guru dan
hubungan guru- pengetua.
Ringkasnya, konsep iklim sekolah boleh dikatakan sebagai kualiti
persekitaran sesebuah sekolah yang (a) terhasil kesan daripada gaya
kepimpinan
pengetua,
(b)
dinyatakan
oleh
guru-guru,
(c)
mempengaruhi gelagat ahli-ahlinya, dan (d) wujud daripada persepsi
guru-guru (Hoy dan Clover, 1986).
1.1 Latarbelakang Masalah
Institusi pendidikan amat penting bagi penerusan, kesinarnbungan
dan penentu ke arah mencapai tujuan sesebuah negara. Dengan kata
lain, institusi pendidikan merupakan tulang belakang kepada hasrat
negara untuk mencapai wawasan pembangunan. Bagi melaksanakan
tanggungjawab ini, maka institusi pendidikan harus lebih mantap
dan bersedia untuk menangani arus perubahan yang deras yang
boleh menumbangkan masyarakat dan melumpuhkan negara (Nlk
Azis Nik Pa, 1996).
Dalam konteks ini, institusi pendidikan mestilah lebih bersedia ke
arah pemantapan, melalui peningkatan dan keberkesanan organisasi.
Adalah menjadi
tanggungjawab pihak
Malaysia, jabatan
pendidikan
negeri
Kementerian
dan
Pendidikan
pentadbir
institusi
pendidikan untuk memastikan kejayaan institusi berkenaan dengan
mengintegrasikan sumber manusia, yang terdiri daripada kalangan
guru dan kakitangan pentadbiran, dan tenaga ekonorninya secara
optimum dart cekap.
Sargent (1967) menjelaskan, pengukur utama kejayaan sesebuah
sekolah ialah darjah keupayaannya memberi pendidikan yang baik
kepada para pelajarnya. Sekolah akan diklasifikasikan sebagai
sebuah sekolah yang baik jika keputusan peperiksaan awarn yang
dicapainya adalah baik, mengatasi sekolah-sekolah lain. Tetapi, tidak
dapat dinafikan bahawa faktor guru dan kemudahan fizikal sekolah
berkenaan turut berperanan membantu kejayaan sesebuah sekolah.
Ini bererti isu-isu kebajikan guru seperti gaji, polisi sekolah,
penglibatan masyarakat dan jangkaan ibu bapa turut mempengaruhi
gelagat guru yang secara langsung akan memberi kesan kepada
kejayaan sekolah.
Kajian
ini
bagaimanapun
hanya
akan
mengkaji
hubungan
tingkahlaku pengetua dan tingkahlaku guru-guru dengan kepuasan
kerja guru-guru. Pengetua merupakan orang yang paling penting dan
berpengaruh
dalam
sesebuah
sekolah
kerana
mereka
bertanggungjawab kepada segala aktiviti yang berlaku di sekolahnya.
Kepirnpinan pengetua memberi kesan kepada iklim sekolah, suasana
pembelajaran, tahap profesionalisme dan kepuasan kerja di kalangan
guru-guru. Kawalan kehidupan harian di sekolah terletak di atas
bahu pengetua (Noran Fauziah Yaakub dan Ahmad Mahdzan Ayob,
1992).
Hubungan mesra antara pekerja memberi kesan kepada kepuasan
kerja dan prestasi kerja mereka (Vroom, 1964). Kegembiraan dalarn
menjalankan
kerja
dapat
dirasakan
oleh
guru-guru
kerana
terdapatnya hubungan yang rapat di antara guru dengan pengetua
dan antara guru dengan guru (Noran Fauziah Yaakub dan Sharifah
Mohd.
Nor,
1990). Keadaan
iklim yang
kurang
sihat
boleh
menyebabkan penekanan tugas diberikan kepada perkara-perkara
yang remeh dan tidak berobjektif. Iklim-iklim seperti kurangnya sifat
keterbukaan,
budaya kerah, kepimpinan
mengelakkan
konflik,
berisiko
rendah
kurang layanan kernanusiaan,
dan
ketiadaan
sistem insentif dan ganjaran yang setimpal boleh menjejaskan
hubungan dan kerjasama serta memberi kesan kepada kepuasan
kerja guru-guru.
Terdapat di kalangan guru yang sentiasa berpandangan negatif
terhadap pekerjaan mereka. Keadaan ini memberi kesan kepada
motivasi, gelagat dan kepuasan kerja mereka semasa menjalankan
tugas.
Mereka
berkemungkinan
mengalami
tekanan
perasaan,
suasana yang menjemukan, kekecewaan, kepenatan, kebimbangan
dan tidak menyeronokkan. Semua ini boleh merendahkan tahap
kepuasan kerja mereka. Maka, menjadi tugas dan tanggungjawab
pihak pengetua untuk mewujudkan suasana persekitaran dan
menyediakan pelbagai keperluan lain yang sesuai u n t u k mengatasi
masalah ini.
1.2 Pernyataan Masalah
Sehubungan dengan latarbelakang masalah yang dinyatakan di atas,
adalah sesuai diadakan kajian untuk melihat pengaruh iklim
organisasi seltolah ke atas kepuasan kerja guru-guru sekolah
menengah. Dalam kajian ini, iklim sekolah hanya diukur dalarn d u a
dimensi sahaja, iaitu tingkahlaku pengetua dan tingkahlaku rakan
sekerja di mana guru itu bertugas, manakala dimensi-dimensi lain
diabaikan.
Tingkahlaku pengetua dipilih kerana gaya kepimpinan pengetua
dikatakan berkait rapat dengan iltlim sekolah dan kepuasan kerja
guru-guru. Gaya kepimpinan pengetua mempunyai kaitan yang
positif dengan iklim sekolah (Rahimah Haji Ahmad, 1981) d a n iklim
sekolah mempunyai kaitan yang signifikan dengan kepuasan kerja
guru-guru (Wan Rafaei Abdul Rahman dan Kee, 1987). Tingkahlaku
pengetua yang mengambil berat tentang kepentingan staf didapati
Download