Uploaded by ashwinee balasundaram

Teori Realisme dan Neo Realisme.pdf

advertisement
See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.net/publication/326987998
Teori Realisme dan Neo Realisme.pdf
Preprint · October 2016
DOI: 10.13140/RG.2.2.30735.48808
CITATIONS
READS
0
15,860
1 author:
Noraini Zulkifli
68 PUBLICATIONS 26 CITATIONS
SEE PROFILE
Some of the authors of this publication are also working on these related projects:
Both are mine View project
All content following this page was uploaded by Noraini Zulkifli on 13 August 2018.
The user has requested enhancement of the downloaded file.
KEPENTINGAN NASIONAL JEPUN DI SELAT MELAKA:
KERANGKA TEORI DAN KONSEPTUAL
Artikel ini membincangkan secara terperinci berkenaan dengan teori dan pendekatan
neorealisme yang digunakan dalam kajian ini. Teori adalah satu set konsep, definisi dan
proposisi saling berkait secara sistematik yang diutarakan untuk menjelaskan atau membuat
telahan sesuatu fenomena (fakta). Teori berfungsi untuk memahami serta memberikan
hipotesis secara sistematik, disamping menjelaskan maksud tehadap berbagai fenomena yang
ada. Tanpa menggunakan teori, fenomena tersebut sukar dipahami. Teori juga merupakan satu
bentuk pernyataan yang menghubungkan konsep-konsep secara logik (Plano 1992: 7)
Manakala konsep adalah merupakan idea yang didefinisikan dalam pemikiran sebagai
bantuan untuk lebih memahami sesuatu perkara (Gill & Ponton 1993: 4). Makna konsep ini
juga dipersetujui oleh Rapahel (1976: 11) yang mengatakan bahawa konsep merupakan idea
umum atau fahaman yang diaplikasikan kepada beberapa perkara dalam menjelaskan sesuatu
fenomena.
Perbincangan menjurus kepada pengetahuan berkenaan pendekatan realisme terlebih
dahulu sebelum neo-realisme atau realisme struktur. Bahagian kedua membincangkan
konsep-konsep yang diguna pakai bagi mengukuhkan teori neo- realisme seperti konsep
kepentingan nasional, keselamatan ekonomi, keselamatan pelayaran, keselamatan maritim dan
kuasa maritim sebagai elemen utama yang digunakan di dalam kajian ini. Konsep kepentingan
nasional diaplikasikan bagi menerangkan tindakan Jepun dalam isu menjaga keselamatan
pelayaran di Selat Melaka. Konsep keselamatan ekonomi digunakan bagi menerangkan
kepentingan Selat Melaka kepada ekonomi Jepun serta bagaimana Jepun perlu menggunakan
keselamatan ekonomi demi menjaga kepentingan nasional negaranya. Konsep keselamatan
pelayaran dan keselamatan maritim digunakan untuk menerangkan bagaimana Jepun
bekerjasama dengan negara-negara pesisir serta negara pengguna lain untuk meningkatkan
tahap keselamatan di Selat Melaka dari ancaman jenayah maritim serta melancarkan
perjalanan kapal yang melalui Selat Melaka. Konsep kuasa maritim digunakan untuk
menerangkan keperluan Jepun membuat pembaharuan serta pembangunan kepada Pasukan
Pengawal Pantai serta Pasukan Japan Maritime Self Defense Force. Bahagian ketiga bab ini
membincangkan relevan pemilihan konsep yang dipilih.
DARI PENDEKATAN REALISME KEPADA NEOREALISME (REALISME STRUKTUR)
Realisme adalah satu pendekatan dan teori yang berpaksikan kepada sikap individual yang
ditafsirkan sebagai mementingkan diri sendiri dan mencari kuasa untuk terus kekal. Realisme
muncul semula disebabkan oleh kelemahan Idealisme yang tidak berjaya mengelakkan perang
daripada berlaku untuk kali kedua selepas Perang Dunia Kedua (Burchill et al.
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
1996:73). Thomas Hobbes dalam bukunya yang dicetak semula, Leviathan (1909)
menjelaskan:
Jika dua orang mempunyai matlamat yang sama tetapi keduanya tidak boleh
menikmati atau memilikinya, mereka akan menjadi musuh; dan untuk mengakhiri
pertikaian tersebut… mereka mencari jalan untuk memusnahkan, atau pun menindas
satu sama lain.
(Hobbes 1909: 94-98)
Pendekatan realisme berpandangan kuasa yang dicari bukanlah untuk mencapai nilai moral
tetapi digunakan untuk memudahkan kuasa dicapai (Donnelly 2007: 161- 162). Hobbes
(1991) di dalam Leviathan menyatakan manusia pada asalnya hidup dalam keadaan yang adil
dan sama tetapi keadaan ini akhirnya telah berubah mengikut perubahan zaman kerana
manusia bersikap dengki, cemburu dan ingin mendapatkan sesuatu yang lebih dari sepatutnya.
Mereka akan melakukan apa sahaja untuk kelangsungan hidup. Dan inilah yang dinamakan
sebagai kepentingannya. Walaupun ia lebih bersifat domestik tetapi ia masih boleh diaplikasi
di peringkat global untuk melihat kesinambungan terhadap konsep ini. Beliau menambah di
dalam kelangsungan hidup adalah faktor utama yang akan difikirkan. Hobbes menyenaraikan
tiga prinsip yang menyebabkan kepada pertelingkahan secara semulajadi iaitu persaingan,
kurang keyakinan dan kemenangan. Ia juga adalah pendekatan yang menggambarkan kepada
perjuangan untuk mendapatkan kuasa di kalangan negara bagi kepentingan sendiri dan ia
pesimis tentang menghapuskan konflik dan peperangan (Walt 1998).
Thucydides di dalam karyanya History of the Peloponnesian War percaya bahawa
individu adalah aktor yang rasional dalam membuat keputusan di mana mereka akan
pertimbangkan kekuatan dan kelemahan pilihan yang mereka ada selain menganalisis sama
ada ia bertepatan dengan matlamat yang ingin dicapai. 1 Beliau juga menghujah bahawa aktor
dalam negara akan bertindak berpaksikan kepada kepentingan nasional negara terlebih dahulu
berbanding perkara lain.2 Niccolo Machiavelli di dalam karyanya The Prince (1515)
berpendapat seseorang pemimpin negara harus mengekalkan kekuatan dan keselamatan
negara yang diperintahnya. Beliau dipetik seperti berikut:
Pemimpin…tidak akan selalunya bertindak dalam keadaan betul kerana, untuk
mengekalkan kuasanya, beliau ada kalanya bertindak tidak jujur, kejam dan tidak
berperikemanusiaan. Di samping itu, beliau mesti bersiap sedia untuk mengubah
arahan atau situasi yang menghalangnya.
(Skinner & Price 1988: 57)
1
History of the Peloponnesian karya Thucydides telah diterjemah oleh Charles Forster Smith dan
dicetak pada 1959 (Harvard University press).
2
Viotti dan Kauppi (1999: 10) merumuskan realisme sebagai satu pendekatan yang mementingkan
negara sebagai aktor utama. Negara merupakan aktor yang rasional yang akan memaksimakan kepentingan
nasional atau objektif nasional dalam polisi antarabangsa. Keselamatan nasional merupakan isu utama yang
dititikberatkan.
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
Beliau juga berpendapat seseorang pemimpin haruslah bijak dalam mengintepritasi makna
ancaman supaya negara boleh bersiap sedia (Jackson & Sorensen 2007:63). Machiavelli
percaya jika sesebuah negara mempunyai kawan atau sekutu, ia mampu menguatkan sesebuah
negara.3 Keadaan ini perlu ditambah dengan strategi-strategi mencegah dan menyerang
mengikut keadaan yang mana ia diperlukan. Kekuatan sesebuah negara tidak hanya
bergantung kepada polisi, aspek pertahanan, teknologi dan populasi rakyat tetapi ia juga
mengambil kira faktor sekutu yang mampu membantu di saat sesebuah negara memerlukan
sokongan untuk terus melaksanakan polisi yang telah dirancang.
Morgenthau (1954), bapa pada Pendekatan Realisme Moden secara umumnya
menyatakan realisme sebagai satu teori yang menekankan kepada konsep kuasa dan
kepentingan nasional. Morgenthau percaya politik adalah seperti masyarakat kerana ia
diperintah oleh undang-undang berdasarkan sifat manusia.4 Walaupun negara berperanan
besar, namun aspek sistem antarabangsa tidak dapat dipertikaikan kerana ia merupakan sebab
utama sesuatu keputusan dan polisi dilaksanakan. Beliau menjelaskan pembahagian kuasa di
kalangan negara-negara yang mempunyai kuasa merupakan penyebab kepada kawalan
terhadap sistem antarabangsa.
Pendekatan Neorealisme (Struktur Realisme) telah diperkenalkan oleh Kenneth Waltz
pada tahun 1979 di dalam buku Theory of International Politics, beliau menjelaskan aktor
yang bertindak untuk negara (agen) tidak akan begitu menekan atau melibatkan diri dalam
sesuatu perkara seperti mana ia dihasilkan oleh sistem (struktur). Manakala neorealisme pula
meneruskan peranan untuk menyanggah unsur moral, nilai atau keadilan dalam teori realisme
dan mereka meneruskan untuk menyokong metodologi saintifik (Jackson & Sorensen 2007:
77). Waltz membahagikan struktur kepada tiga tahap analisis iaitu individu, negara dan
masyarakat serta sistem antarabangsa. Dalam sistem antarabangsa yang bersifat anarki, setiap
negara lebih mementingkan keperluan negara sendiri daripada negara lain (Mingst 2004:66).
Pendekatan realisme tetap mementingkan negara sebagai aktor utama dalam sistem
antarabangsa (Nye Jr & Weltch 2009: 56). Berlainan dengan pendekatan neorealism yang
lebih memberi fokus kepada pendekatan „atas-bawah‟ atau struktur dalam sistem
antarabangsa yang memainkan peranan penting untuk mentadbir hubungan antara negara
berbanding sifat semulajadi individu (Donnelly 2007: 24).
Imej pertama adalah individu. Individu berjuang untuk meneruskan kewujudannya.
Peperangan berlaku adalah disebabkan oleh sifat dan sikap semula jadi manusia. Peperangan
adalah hasil dari sikap pentingkan diri, agresif dan kebodohan. Jika ini merupakan penyebab
utama kepada peperangan, maka penyingkiran terhadap peperangan melalui penyesuaian diri
terhadap psikososial amat penting. Imej pertama menurut Waltz tidak termasuk pengaruh
3
The Prince karya Nicolo Machiavelli ditulis pada 1505 dan diterbitkan pada 1515. Diterjemah oleh W.
K. Marriott, 2005, TheUniversity of Adelaide (Edisi Web eBooks@Adelaide).
4
Morgenthau H, 1973, Six Principles of Political Realism from Politics Among Nations: The Struggle
for power and peace. http://blackboard.ucc.ie/webapps/portal/ frameset.jsp?tab_id=_2 1&url =%2 Fwebapps
%2 Fblackboard%2Fexecute%2Flauncher%3Ftype%3DCourse%26id%3D 17779 1% 26 url%3D
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
sesebuah negara tetapi peranan negara adalah kurang penting pada peringkat ini. Individu
dilihat sebagai aktor yang akan membuat keputusan dan memfokuskan untuk mendapatkan
kuasa (Nye Jr & Weltch 2009:49-50).
Kedua, negara sebagai aktor utama melibatkan diri dalam berjuang untuk
mendapatkan kuasa, mengimbangi kuasa pihak lain dan membuat tindakan menurut
kepentingan nasional masing-masing. Negara juga digambarkan sebagai aktor yang
menginginkan keadaan selamat baginya sehingga mendorongnya untuk mendapatkan kuasa
untuk kelangsungannya (Baylis & Smith 2008: 148). Dalam keadaan ini, setiap negara akan
bergantung kepada negaranya sendiri selain mengenalpasti keutamaan yang perlu mereka
dahulukan sebagai langkah keselamatan (Mingst 2004: 66).
Ketiga, adalah disebabkan oleh sistem antarabangsa yang bersifat anarki di mana
ketiadaan kuasa tertinggi yang mampu mengawal semua negara, ia menyebabkan persaingan
berterusan, secara tidak langsung semua negara terus bersaing untuk mengekalkan
keadaannya negara masing-masing di dalam keadaan yang selamat (Buzan 1983: 94; Harrison
2004: 30; Sheehan 2005:17; Waltz 2008: 58). Kenneth Waltz dalam penulisannya The
Origins of War in Neorealist Theory menerangkan:
Beliau [Morgenthau] berpendapat kuasa sebagai sesuatu yang akan berakhir dengan
sendirinya. Walaupun beliau bersetuju negara selalu bertindak di luar pertimbangan
lebih dari kuasa, Morgenthau berkeras menyatakan apabila mereka melakukannya,
perbuatan mereka itu bukanlah keadaan semulajadi politik… berbanding dengan
neorealisme, melihat kuasa sebagai sebagai satu cara yang mungkin berguna, di
tambah dengan keadaan negara yang sentiasa berisiko jika mereka mempunyai terlalu
sedikit atau terlalu banyak kuasa… Dalam situasi yang mendesak, bagaimanapun
keutamaan bagi negara bukanlah kuasa tetapi keselamatan.
(Waltz 1988: 615-628)
Beliau bagaimanapun menambah, imej ketiga (sistem antarabangsa) telah
mencorakkan politik dunia, walau bagaimanapun tanpa imej pertama dan kedua maka tiada
kefahaman untuk membuat polisi; (sebaliknya) imej pertama dan kedua memperihalkan hal
politik dunia, tetapi tanpa imej ketiga ia adalah mustahil untuk mencapai kepentingan atau
menjangkakan keputusannya (Waltz 1959: 238). Imej ketiga juga penting kerana ia
mempengaruhi tindakan imej kedua berhubung pembuatan polisi dan mengaturnya dalam
sistem antarabangsa (Griffiths, Roach & Solomon 2009: 60).
Oleh itu neorealisme lebih memberi fokus kepada analisis struktur sistem
antarabangsa.5 Ini kerana sistem antarabangsa digambarkan sebagai struktur yang bertindak.
Ia menjelaskan bagaimana sesebuah negara perlu bereaksi terhadap dunia yang bersifat anarki
dan disebabkan teori ini memberikan fokus kepada konsep pembahagian kuasa sebagai
5
Sistem antarabangsa merujuk kepada struktur hubungan yang wujud dalam peringkat antarabangsa. Ia
merangkumi peranan aktor negara dan aktor bukan negara (Berridge, G. R & James, A. 2003: 148).
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
prinsip kepada tindakan sesebuah negara. Dalam pemahaman neorealisme, kerjasama
merupakan aspek yang agak susah untuk dicapai kerana setiap negara akan cuba memastikan
kepentingan nasional negara sendiri telah dipenuhi terlebih dahulu sebelum bertindak.
Kelangsungan sesebuah negara adalah ditentukan oleh kuasa yang dimiliki oleh
mereka berbanding negara lain. Sikap tidak mempercayai negara lain telah menyebabkan
kebarangkalian berlaku penipuan adalah tinggi terutama di dalam kerjasama dan perjanjian
yang melibatkan aspek ketenteraan. Pembahagian kuasa menyebabkan negara-negara tidak
bercadang untuk menjadi suatu kuasa yang kuat dan berpengaruh secara sendirian tetapi
mencari beberapa negara lain yang mempunyai matlamat yang sama. Negara yang merasakan
kedudukannya tidak selamat akan mula mencari rakan yang boleh bekerjasama dengannya
(Taliaferro 2006:481). Malah negara yang kurang berkuasa akan bergabung (bandwagon)
dengan negara lain bagi membolehkan ia mendapat manfaat dari negara yang lebih berkuasa
tersebut.6 Ini kerana negara percaya aspek keselamatan merupakan elemen yang penting
untuk menjamin kelangsungan negaranya (Donnelly 2007: 18).
Neorealisme menjelaskan aktor bukan Negara seperti Organisasi Antara Kerajaan
(IGO), Organisasi Bukan kerajaan (NGO) dan Organisasi Multinasional (MNO) kurang
memberikan impak di dalam pembuatan dasar dan polisi (Rosenau 1991). Ini kerana
neoliberalisme memberi keutamaan kepada aktor negara sebagai elemen utama yang
bertindak untuk perlaksaan sesuatu dasar dan polisi dan tidak mengambil kira aktor bukan
negara. Aktor bukan negara telah memainkan peranannya yang penting pada masa ini
sehingga menjadi salah satu elemen penting yang perlu dirujuk sebelum sesuatu polisi luar
dilaksanakan (Jackson & Sorensen 2007: 60). Malah jika aktor bukan negara tidak diambil
kira, maka akan berlaku percanggahan antara kehendak negara (yang diwakili oleh kerajaan)
dan aktor bukan negara yang akhirnya akan menyebabkan pertelingkahan dan percanggahan
pendapat sesama sendiri (Rosenau 1991).
Gilpin (1981), seorang lagi sarjana lebih menjuruskan penerangan kepentingan untuk
mempunyai kuasa ekonomi yang boleh menyebabkan sesebuah negara kekal kukuh di dalam
sistem antarabangsa. Ekonomi merupakan kuasa kepada pelbagai kepentingan lain kerana
jika sesebuah negara mempunyai kuasa ekonomi yang hebat, maka ia dapat membangunkan
beberapa elemen lain seperti pembangunan teknologi, ketenteraan dan pengaruh. Disebabkan
faktor ancaman, pentingkan diri dan juga kuasa yang perlu dimiliki oleh seseorang individu,
organisasi dan negara telah menyebabkan sesuatu aktor itu bertindak untuk kepentingan
nasionalnya (Hobson 2000: 10). Selain itu, negara membuat sesebuah polisi luar berdasarkan
isu keselamatan, kerana sesebuah negara harus mempertahankan kedaulatan sendiri daripada
anasir dalam mahupun luar. Selain kepentingan nasional yang diberi perhatian, sesebuah
negara juga cuba meningkatkan tahap keselamatannya dengan meningkatkan tahap
6
Bandwagon diperkenalkan oleh Quincy Wright dama bukunya, A Study of War (1942) dan
dipopularkan oleh Kenneth Waltz dalam Theory of International Politics (1979). Bandwagon merujuk kepada
apabila negara-negara yang lemah membuat keputusan bahawa kos menentang sebuah kuasa yang lebih kuat
melebihi faedah yang akan diperolehi daripada sokongan itu. Negara Kuasa Besar mungkin menawarkan
insentif, seperti kerjasama atau perjanjian perdagangan kepada negera yang lemah supaya negara tersebut
bergabung dengannya.
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
keselamatan dalam negara, membina rangkaian ekonomi yang kukuh serta menambahkan
bilangan rakan rapat dengan negara yang mempunyai kepentingan yang sama (Dunne, Kurki
& Smith 2007:78).
Oleh itu, pemilihan teori ini sangat bersesuaian untuk melihat bagaimana sesebuah
negara akan menunjukkan reaksi berdasarkan kepada kepentingan- kepentingan yang ingin
dicapai oleh negara masing-masing. Dalam sistem antarabangsa yang bersifat anarki,
walaupun semua negara setuju dengan adanya undang-undang antarabangsa tetapi ia tidak
dapat mengikat negara agar patuh kepada undang-undang itu. Menurut Nye Jr. dan Welch
(2009: 44), terdapat undang-undang yang dibuat di peringkat antarabangsa, ditambah pula
dengan pertubuhan antarabangsa yang wujud namun konflik antarabangsa tetap akan berlaku
jika mereka mencetuskan konflik interpersonal dalam kehidupan seharian.7
Malah pada masa kini aktor bukan negara memainkan peranan yang sangat penting
dalam hubungan antarabangsa di mana ia mampu untuk bertindak sebagai agen yang boleh
memberikan impak kepada sesuatu keadaan. Ini menunjukkan teori ini dapat menerangkan
bagaimana aktor utama di dalam kajian ini, iaitu Jepun berperanan di Selat Melaka, selain
menjawab bagaimana Jepun menggunakan aktor bukan negara untuk memainkan peranan di
dalam penglibatannya di Selat Melaka. Ini kerana negara Jepun secara geografinya berada di
Asia Timur Laut iaitu jarak yang agak jauh dari Selat Melaka. Keadaan ini sebenarnya tidak
memerlukan mereka datang ke Selat ini ataupun membantu menjaga keselamatan selat
memanandangkan negara Jepun sendiri mempunyai banyak kawasan perairan maritim yang
perlu dijaga dan dipantau. Terutama sekali apabila timbul isu berkaitan pertikaian wilayah di
Laut China Selatan dan di persempadanan Jepun-China.
Pembolehubah
Pembolehubah
Pembolehubah
Bebas
Perantara
Bersandar
Ekonomi
Kepentingan
nasional Jepun
Selat Melaka
Ancaman
Rajah 2.1 Kerangka Konsep
Sumber: Diolah oleh penyelidik
PERBAHASAN
NEO-REALISME
KERJASAMA INSTITUSI
DAN
NEO-LIBERALISM
BERKENAAN
7
Ini bermakna,tidak ada satu Undang-undang yang mampu mengawal negara dalam sistem antarabangsa
jika negara itu sendiri tidak mahu mengikat dan mematuhi undang-undang yang telah dibuat. Sistem antarabagsa
akan kekal stabil jika sesebuah negara mampu menghadapi sesuatu tanpa melanggar undang-undang (Ibid 4445).
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
Di dalam menerangkan fenomena yang dikaji, terdapat beberapa perbahasan utama berkaitan
neo-neo yang dijelaskan oleh aliran neo-realisme dan neo-liberalism. Fahaman neo-realisme
berpendapat bahawa negara adalah di dalam keadaan anarki dan merupakan aktor yang
rasional dalam membuat keputusan. Walaupun begitu, fahaman neo-realisme tidak
menyangkal adanya aktor bukan negara yang turut berperanan dalam membuat keputusan dan
bertindak tetapi mereka kurang penting berbanding aktor negara (Viotti & Kauppi 1999: 55).
Kerjasama di dalam fahaman ini juga adalah lebih terhad kerana setiap aktor inginkan
jaminan keselamatan dan percaya kepada keadaan bipolar lebih baik berbanding multipolar.
Fokus neo- realisme adalah keselamatan dan isu ketenteraan yang dianggap sebagai ancaman
kepada keamanan. Setiap negara dalam pendekatan ini perlu mendapat faedah yang total atau
hampir total dalam setiap perjanjian dan kerjasama. ini kerana setiap negara perlu untuk
mementingkan kepentingan negara sendiri lebih daripada negara lain.
Berbeza dengan fahaman neo-liberalism yang telah dipelopori oleh Robert Keohane
dan Joseph Nye (1988) yang lebih menekankan kepada konsep institusi antarabangsa yang
dibentuk lebih baik bagi membentuk satu kerjasama di kalangan negara. Negara lebih
mementingkan kerjasama berbanding melibatkan diri dalam konflik yang menjerumus kepada
pertikaian dan peperangan namun kerjasama yang dilaksanakan adalah terhad. Contohnya
Jepun bekerjasama dengan negara-negara pesisir Selat Melaka adalah kerana ingin menjaga
kepentingan ekonominya dari diserang lanun dan meningkatkan keefektifan fasiliti pelayaran
di laluan selat.
Fahaman neoliberal berpendapat satu institusi yang dibentuk akan mampu mengikat
negara dengan perjanjian kerjasama di mana secara tidak langsung akan menyebabkan negara
itu terikat dengan undang-undang. Hal ini akan menyebabkan kurangnya masalah yang akan
berlaku di masa depan kerana institusi merupakan mediator yang akan menyebabkan
kerjasama dapat dijalinkan di dalam sistem antarabangsa. Isu yang lebih kurang agenda
politiknya juga akan diberi keutamaan kerana isu yang berkaitan politik akan menyebabkan
perselisihan pendapat terjadi kerana setiap negara mempunyai kepentingan nasional masingmasing. Dalam kerjasama, negara tidak perlu mendapat faedah total tetapi cukup jika setiap
negara mendapat manfaat dari kerjasama tersebut. Ini kerana dalam arus pembangunan dan
cabaran globalisasi, akan berlaku banyak pertikaian dan perbalahan terhadap banyak perkara
yang boleh membawa kepada konflik (Williams, Goldstein & Shafritz 2006: 66). Maka jika
setiap negara telah mendapat kebaikan dari kerjasama yang dilaksanakan maka ia telah
dianggap berjaya. Sebagai contoh apabila negara-negara di Asia Tenggara telah bersetuju
untuk menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) pada 1967 adalah
bermatlamatkan untuk meningkatkan perkembangan ekonomi, sosial dan kebudayaan di
kalangan negara anggota supaya keharmonian dan keamanan akan dapat dicapai di rantau ini
(http://www.asean. org/asean/about-asean/overview).
Apabila Jepun bekerjasama dengan negara pesisir untuk membentuk Suruhanjaya
Selat Melaka pada tahun 1969, pandangan neo-realisme berpendapat ia adalah kerana negara
itu ingin melindungi kepentingan ekonominya dari ancaman jenayah maritim yang meningkat
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
selain memastikan keselamatan pelayaran bagi kapalnya yang melalui Selat Melaka (Nizam
2013).8 Oleh itu Jepun telah melabur jutaan Yen bagi membantu negara pesisir membina
fasiliti baru dan membersihkan laluan tersebut dari kapal- kapal yang telah karam supaya
kapalnya tidak akan tersekat apabila belayar. Namun bagi fahaman neo-liberalism pula,
kerjasama antara Jepun dan negara pesisir adalah kerjasama yang bersifat “menang-menang”.
Ini kerana Jepun sebagai negara pengguna ingin memastikan kapalnya yang melalui kawasan
Selat Melaka sentiasa selamat dari ancaman jenayah dan fasiliti yang ada dapat digunakan
sepenuhnya, maka sumbangan yang diberikan adalah sebagai balasan kepada negara pesisir
yang mengawal keselamatan laluan tersebut. Oleh kerana negara-negara pesisir pada awal
1970an masih lagi tidak mampu membeli aset-aset dan menyediakan fasiliti pelayaran yang
baik, tindakan Jepun menghulurkan bantuan dilihat tepat pada masanya.
Walau bagaimanapun, teori neo-liberalism tidak dapat menjelaskan tindakan sesebuah
negara yang sebenarnya mengambil keputusan dalam sesuatu situasi adalah berkaitan dengan
kepentingan nasional. Sebagai contoh, walaupun Jepun bekerjasama dengan Negara Pesisir
untuk membentuk institusi yang dikenali sebagai Suruhanjaya Selat Melaka, namun agenda
utama Jepun adalah untuk memastikan kepentingan nasionalnya terjamin kerana ia melibatksn
isu keselamatan negaranya. Ini jelas apabila kerjasama secara rasmi dilakukan pada 1969
adalah kerana kebimbangan Jepun terhadap beberapa sebab iaitu peningkatan penggunaan
laluan Selat Melaka oleh kapal-kapal dagang Jepun tetapi laluan itu kekurangan kemudahan
nagivasi (Kato 2014).9 Kejadian “Torry Canyon” iaitu pencemaran minyak yang telah berlaku
di Eropah pada tahun 1967 telah menyebabkan Jepun lebih berwaspada kerana kejadian ini
berkemungkinan berlaku di laluan Selat Melaka memandangkan selat itu semakin digunakan
sebagai jalan perhubungan utama timur ke barat dan sebaliknya. Malah menurut Fukuhara
(2014), Jepun sebagai sebuah negara pengeluar kenderaan dan eletrik, sudah pasti jalan laut
merupakan laluan utama yang akan digunakan bagi mengeksport produk masing-masing.10
Oleh itu, adalah releven untuk Jepun melalui kerajaan mahupun NGOnya bekerjasama dengan
negara-negara pesisir berhubung isu ini.
Selain itu, kajian ini bukan merujuk kepada peranan institusi sepenuhnya tetapi
tindakan sesebuah negara di dalam sistem antarabangsa bagi melindungi kepentingannya.
Neo-liberalism juga tidak dapat menghuraikan tindakan Jepun meningkatkan usaha untuk
membangunkan pasukan keselamatannya iaitu pengawal pantai dan Japan Maritime Selfdefense Force (JMSDF). Ini kerana liberalism tidak melihat keperluan sesebuah negara itu
untuk memberi fokus kepada aspek keselamatan secara dominan. Jepun yang berada di
bahagian Asia Timur merupakan sebuah negara yang tersepit di antara dua musuh tradisi iaitu
8
Hj. Mohd Nizam Basiron, Ketua penyelidik (Pusat kajian Selat Melaka) MIMA. Temubual 20 Mac
2013 di Pejabat Institut Maritim Malaysia, Kuala Lumpur.
9
Eiichi Kato merupakan Pengarah urusan, Majlis Selat Melaka. Temubual pada 22 januari 2014 di Ibu
Pejabat Malacca Straits Council, Minato, Tokyo.
10
Fukuhara, T., 2014, Pegawai Khas kepada Pengarah Bahagian Antarabangsa, Biro Maritim,
Kementerian Tanah, Infranstruktur, pengangkutan dan Perlancongan Jepun (MLIT). Temubual telah dilakukan
pada 22 Januari 2014 di Ibu Pejabat MLIT di Minato, Tokyo.
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
China dan Korea Utara. Program pembangunan senjata nuklear dan peluru berpandu keduadua negara telah menyebabkan Jepun mengalami dilema keselamatan (Nasruddin 2006: 4). 11
Pada tahun 1999, Korea Utara telah melancarkan peluru berpandu Torpedo-I di mana ia telah
jatuh ke dalam wilayah maritim Jepun (Defense of Japan 1999:202). Manakala China telah
melancarkan Kapal Selam Peluru Berpandu Balistik (SLBM) Ju Lang‐2 berhampiran
Qingdao, Shangdong pada 2005 (NTI 2005: 27).
Pembangunan ketenteraan laut China juga telah menyebabkan Jepun merasa
terancam. Selain itu pembaharuan dan pemodenan pasukan ketenteraan China terutama
tentera lautnya, sedikit sebanyak menyebabkan Jepun terasa terancam (O'Rourke 2014: 70).
Ini kerana tidak hanya meningkatkan kemampuan anggota, kerajaan China juga telah
membina kenderaan dan kapal untuk kegunaan tentera mereka. Sebagai contoh, dua syarikat
pembuat kapal China iaitu Syarikat Membuat Kapal China (CSSC) dan Syarikat Industri
Pembuatan Kapal China (CSIC) merupakan dua syarikat pembuat kapal untuk keperluan
tentera laut China (Collins & Erickson 2012). Walaupun keupayaan kekuatan ketenteraan
China masih belum diuji sepenuhnya namun sebagai salah satu negara yang mempunyai
ekonomi yang kukuh di Asia, kebarangkalian untuk China menjadi kuasa hegemon adalah
tidak mutlak.
Ancaman sebenar China terhadap Jepun bukan hanya pembangunan nuklear tetapi
juga dari aspek ekonomi (Nasrudin 2006). Hal ini amat dibimbangi oleh Jepun kerana sebuah
negara yang mempunyai ekonomi yang kukuh pasti mampu membangunkan angkatan
ketenteraannya. Contohnya Jerman, AS dan Perancis merupakan negara-negara yang
mempunyai ekonomi yang kukuh telah berjaya menghasilkan senjata sendiri dan kelengkapan
untuk peperangan. Hal yang sama dikhuatiri akan terjadi di Asia terutama apabila China
dikatakan bersikap tidak telus dalam membentangkan bajet ketenteraannya. Keseimbangan
kuasa merupakan konsep yang digunakan dikalangan ahli fahaman realist untuk merujuk
kepada keadaan keseimbangan di kalangan Negara. Ia digunakan oleh pembuat polisi sebagai
pertimbangan sebelum melaksanakan polisi luar. Mengikut fahaman neo-realisme, sesebuah
Negara yang mempunyai kemampuan kuasa ekonomi akan terdorong untuk memperkuatkan
pertahanan ketenteraannya (Nasrudin 2006: 14)
KONSEP KEPENTINGAN NASIONAL
Kepentingan Nasional merupakan pendorong bagi semua negara dalam menentukan
hubungan luarnya dengan negara lain di seluruh dunia. Morgenthau (1982) menjelaskan
konsep kepentingan nasional sebagai satu disiplin intelektual yang memerlukan pemerhatian,
elemen arahan yang rasional dan pemahaman terhadap politik secara mendalam. Dalam sudut
lain, beliau menakrifkan kepentingan nasional sebagai pemandu kepada perlakuan sesebuah
11
Di bawah keadaan anarki,dua negara adalah defensif realism. Ini bermakna, mereka tidak akan
mengancam keselamatan satu sama lain. Dua negara, bagaimanapun tidak dapat dipastikan akan menjadi kawan
pada masa kini atau musuh di masa hadapan. Oleh itu, dua negara tersebut akan menjadi was-was terhadap satu
sama lain kerana bimbang akan menjadi mangsa. Ini kerana kedua negara percaya kuasa adalah sumber kepada
keselamatan, di mana keduanya pada masa ini sedang meningkatkan kuasa (Tang 2009).
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
negara. Neo-realisme menegaskan bahawa keupayaan dan keinginan negara untuk campur
tangan dalam sistem pasaran adalah disebabkan oleh faktor kepentingan nasional yang harus
dipenuhi (Burchill et al. 1996: 70).
Seorang Sarjana barat, Clausewitz (1976) mentakrifkan kepentingan nasional sebagai
kemerdekaan sesuatu bangsa dalam melakukan apa yang ingin dilakukan dan jaminan
keselamatan serta perlindungan bagi masyarakat, institusi dan nilai-nilai asas di dalam
sesebuah negara. Semua negara bereaksi berdasarkan kepada keinginannya untuk terus wujud
dan meneruskan kelangsungannya. Pada zaman dahulu, untuk memastikan kepentingan
nasional terjamin, sesebuah negara akan mengambil keputusan untuk pergi berperang. Ini
kerana negara yang mampu menakluk dan menawan negara lain akan mampu mengekalkan
kepentingan mereka di suatu tempat.
Koehane (1986) menghujahkan bahawa negara merupakan aktor yang sangat
penting dalam sistem hubungan antarabangsa dan memberi impak dalam politik antarabangsa.
Keadaan negara pula sentiasa didorong oleh kepentingan nasional, mencari kuasa serta
pengaruh. Mearsheimer (1994) menyatakan keadaan anarki di dalam sistem hubungan
antarabangsa telah menyebabkan banyak negara bersikap mementingkan kepentingan
nasional masing-masing kerana motif asas yang diamalkan adalah bagaimana sesebuah negara
itu ingin meneruskan kelangsungannya. Pendapat itu disokong Gilpin di dalam Mingst dan
Arreguin-Toft (2011) dengan menyatakan kepentingan nasional merupakan motivasi kepada
sesebuah negara. Berdasarkan kepada pendapat Morgenthau, Koehane, Mearsheimer dan
Gilpin, menunjukkan bahawa negara bertindak mewakili individu yang dikumpulkan dari
kalangan masyarakat yang ada di dalamnya. Negara juga bertindak bagi melindungi
kepentingan rakyatnya.
Oleh itu kepentingan nasional mempunyai kaitan rapat dengan kuasa, di mana negara
yang berkuasa mampu melawan negara yang lemah.12 Walaupun ia bukanlah satu keputusan
yang dilihat rasional pada masa sekarang, namun ia adalah perlu pada masa itu bagi
memastikan kepentingannya akan terjaga. Selain itu, kepentingan nasional perlu dilihat dari
beberapa aspek. Jika kepentingan itu tidak berada di bahagian paling atas seperti aspek
keselamatan, maka sesebuah negara akan cuba untuk meletakkan keadaan sebagai situasi
menang-menang di mana kedua-dua pihak akan mendapat keuntungan terhadap perkara
tersebut.
Roskin (1994) menyatakan kepentingan nasional adalah campuran daripada
kebebasan, kemerdekaan dan keselamatan. Adakalanya ia boleh ditunjukkan dari segi
kelangsungan untuk dapatkan sesuatu dari segi fizikal, kekayaan ekonomi dan kedaulatan
dalam sistem politik. Konsep kepentingan nasional juga mampu untuk memberi justifikasi
kepada kerajaan dalam membuat polisi sesebuah negara. Selain itu beliau menambah bahawa
12
Nye Jr. dan Welch (2009:45) Menurut pendekatan realisme, negara mempunyai pilihan yang sedikit
dalam menentukan kepentingan nasionalnya disebabkan oleh sistem antarabangsa. Mereka perlu memjelaskan
kepentingan mereka melalui kuasa atau mereka tidak akan dapat meneruskan kelangsungan hidup. Realisme
berpendapat kedudukan sebuah negara adalah sangat penting dalam sistem antarabangsa kerana ia akan
menentukan kepentingan nasionalnya dan ia juga boleh dijangka melalui polisi luarnya.
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
ramai orang beranggapan bahawa kepentingan nasional hanya berkaitan dengan komponan
geografi, tetapi ia sebenarnya lebih dari itu. Ia adalah berkaitan dengan keadaan sesebuah
negara, jalan laut dan sumber semulajadi yang mampu memberikan kesan terhadap
kepentingan nasional yang ingin dijaga.
Rice (2000) menyatakan kepentingan nasional masih mempunyai kaitan dengan
keinginan untuk mendapatkan kuasa dan juga kekuatan politik sesebuah negara. 13 Realitinya
pada masa kini, sesebuah negara besar mampu untuk memberi kesan secara langsung kepada
sistem antarabangsa hanya disebabkan oleh kepentingan nasionalnya yang ingin dipenuhi.
Beliau memberi contoh apabila Amerika ingin membuat polisi luarnya, mereka akan melihat
sejauh mana sesuatu isu itu memberikan kesan kepada kepentingan nasional mereka. Sebagai
contoh sewaktu menjadi penasihat politik kepada parti republikan, beliau menggariskan
beberapa polisi yang akan digunakan untuk menjaga kepentingan AS jika berlaku keadaan
yang tidak diingin.
Antara perkara yang digariskan adalah tentera AS diletakkan dalam keadaan bersiap
siaga untuk pergi berperang atau berada dalam keadaan perang jika kaedah diplomasi dan
cegah rintang yang digunakan gagal untuk menyelesaikan sesuatu isu, AS meneruskan jalinan
hubungan yang baik dengan rakan sekutunya dalam berkongsi mempromosikan keamanan
serta kebebasan, dan AS menganjurkan pertumbuhan ekonomi dan kestabilan politik dengan
mempromosikan perdagangan bebas serta sistem kewangan antarabangsa yang stabil tetapi
tidak mengabaikan kepentingan nasional utama yang ingin dicapai di dalam polisi-polisi
tersebut.
Dunne, Kurki dan Smith (2007) sebagai memetik pandangan Mearsheimer berkata
negara akan mengambil peluang untuk memaksimakan kuasanya ke atas negara lain kerana ia
merupakan cara yang paling baik untuk terus wujud dalam sistem antarabangsa yang
digambarkan sebagai satu kawasan yang bahaya. Walau apa pun, negara akan memberi fokus
untuk mendapatkan jaminan ke atas keselamatan negara serta kepentingan nasionalnya kerana
negara lain dilihat sebagai ancaman yang berpotensi memberi keburukan kepada negara.
Nye dan Welch (2011) menakrifkan kepentingan nasional sebagai persepsi sesebuah
negara terhadap misinya di dalam sistemik antarabangsa. Dari pandangan realisme,
kedudukan sesebuah negara dalam sistemik antarabangsa menentukan apakah kepentingan
nasional negara tersebut dan keadaan ini membolehkan kita menjangkakan dasar luar yang
akan diambil oleh negara tersebut. Sebagai contoh negara China dan Jepun walaupun
mempunyai dua ideologi politik yang berbeza namun keduanya mempunyai satu persamaan
iaitu sangat mementingkan kepentingan nasionalnya. Hal ini jelas dengan doktrin dan dasar
luar yang telah diwartakan oleh negara masing-masing (Samuels 2007; Mearsheimer 2010).
13
Condolezza Rice adalah seorang diplomat dan ahli politik. Beliau telah dilantik sebagai Penasihat
Keselamatan Nasional dan Setiausaha Kerajaan Amerika Syarikat pada tahun 2001- 2009. Pada 2001- 2005
beliau menjadi penasihat kepada Presiden George W. Bush (Penasihat Keselamatan Nasional). Beliau juga
merupakan seorang profesor Sains Politik di Universiti Stanford.
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
Selain itu walaupun sesebuah negara itu mempunyai rakan subahat tertentu, namun ia
dilihat hanya sementara iaitu untuk mendapatkan kepentingan nasional ataupun untuk
mengukuhkan pasukan sahaja. Ini kerana di akhirnya sesebuah perikatan dilihat akan
berpecah setelah matlamat tercapai. Ini dipaparkan apabila AS, Kesatuan Soviet dan China
mengikat pendirian untuk menentang German dan Jepun pada perang Dunia kedua tapi
apabila misinya berjaya, mereka mereka berpecah. Dan pada hari ini kita dapat melihat Jepun
dan AS merupakan rakan sekutu yang baik. Ini memberi makna sesebuah negara di dalam
sistem antarabangsa akan melakukan sesuatu mengikut keperluan dan kepentingannya.
Sheeham (2006) dan Pannell (2011) mempunyai pendapat yang sama iaitu bahawa
China tertarik dengan Selat Melaka adalah kerana faktor kepentingan nasionalnya di mana
dalam pengembangan ekonomi negaranya, laluan Selat Melaka merupakan jalan
pengangkutan utama bagi kapal-kapal dagang yang membawa sumber tenaganya. Selat
Melaka dilihat sebagai satu laluan penting tetapi pada masa yang sama ia boleh mengancam
keselamatan ekonominya jika selat itu tidak mempunyai tahap keselamatan yang tinggi. Jika
dilihat dalam kes perlanunan di Selat Melaka, walaupun selat ini berada dalam wilayah
kedaulatan negara pesisir iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura, tetapi negara-negara
pengguna masih mengambil tanggungjawab untuk memastikan selat adalah selamat untuk
dilalui.
Jika dirujuk kepada tindakan negara pengguna, ia dilihat seperti cuba menjaga
keadaan di Selat Melaka tetapi tindakan negara-negara pengguna sebenarnya disebabkan oleh
kepentingan nasional mereka di Selat tersebut. Ini kerana jika laluan trafik di Selat itu tidak
selamat untuk dilalui, dibimbangi akan menjejaskan perdagangan masing-masing. Ini kerana
komoditi yang melalui Selat ini kebanyakannya adalah bahan export utama seperti petroleum,
balak, besi dan konkrit. Oleh itu, jika komoditi ini lewat sampai di tempat yang telah
ditetapkan, maka produk siap akan gagal disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan. Mingst
dan Arreguin- Toff (2011) menyatakan tindakan negara pesisir adalah berdasarkan kepada
keuntungan bersama. Bagi negara Jepun, laluan Selat Melaka sangat penting bagi negaranya
sebagai laluan utama yang digunakan bagi mengimport sumber tenaga seperti minyak dan
petroleum dari Timur Tengah. Selain itu laluan itu digunakan bagi mengeksport barangan
kilang dan industrinya ke negara-negara di Timur Tengah dan Afrika. Kebergantungan ini
telah mencapai 80 peratus daripada ekonomi Jepun. Keadaan ini menjelaskan laluan maritim
Selat Melaka sangat penting untuk meneruskan pembangunan ekonomi Jepun.
KONSEP KESELAMATAN EKONOMI
Keselamatan bermaksud tidak terancam oleh apa-apa perkara yang boleh mendatangkan rasa
takut, cemas dan tidak selesa kepada individu ataupun negara. Ekonomi pula merujuk kepada
sistem pasaran yang merangkumi penawaran dan pertukaran. Buzan (1981) berpendapat
bahawa konsep keselamatan ekonomi boleh dikira sebagai satu penanda aras kepada
keselamatan sesebuah negara secara umumnya. Keselamatan ekonomi merangkumi akses
untuk mendapatkan sumber, kewangan dan pasaran. Jika ekonomi sesebuah negara itu dalam
keadaan berkembang, maka ia memperlihatkan bahawa negara tersebut telah berada pada
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
tahap yang baik, dimana tidak akan wujud keadaan seperti inflasi atau kekurangan barangan
dalam negara.
Kahler (2005) menakrifkan keselamatan ekonomi berkaitan dengan ancaman terhadap
sumber, persempadanan negara, aliran keluar masuk barangan secara haram, kesahan dalam
transaksi kewangan, peningkatan terhadap jenayah, mengukuhan matawang dan ancaman
ketidakstabilan politik. Penakrifan beliau dilihat lebih meluas dan bersifat global. Ia memberi
maksud keselamatan ekonomi sesebuah negara tidak hanya bergantung kepada faktor
dalaman tetapi turut dipengaruhi oleh faktor ancaman dari luar seperti aliran masuk barangan
secara haram yang akan dijual di pasaran gelap akan menimbulkan gangguan bekalan kepada
ekonomi dalam negara (Stone 2009:5). Jika transaksi perdagangan dengan negara luar gagal
diperolehi dengan baik, maka ekonomi akan menerima tempias ini di mana, kegagalan sistem
untuk berfungsi dengan baik akan mendorong pihak yang berurusan dengan kita akan mencari
sumber alternatif lain untuk menggantikan perkhidmatan yang disediakan. Jika keadaan ini
berlarutan, dibimbangi akan menjejaskan aliran masuk perdagangan.
Cable (1995) menakrifkan keselamatan ekonomi kepada tiga bahagian. Pertama
keselamatan ekonomi merujuk kepada aspek perdagangan yang secara langsung akan
memberikan kesan terhadap kebolehan negara dalam mempertahankan dirinya sendiri. Kedua,
ia berkaitan dengan instrumen polisi yang digunakan sebagai sebab atau alasan untuk
pertahankan negara dari ancaman seperti pemboikotan perdagangan, pelaburan ataupun
penawaran sumber. Ketiga, keselamatan ekonomi merujuk kepada keadaan dimana semua
negara takut berhadapan dengan ketidakstabilan ekonomi global, sosial dan ekologi.
Nesadurai (2005) menakrifkan keselamatan ekonomi sebagai memastikan
kebarangkalian tahap kemusnahan tiga set penanda aras ekonomi ini berada di tahap yang
rendah. Pertama aliran pendapatan bagi masyarakat di dalam sesebuah negara adalah lancar.
Aliran pendapatan membawa maksud kecairan matawang untuk digunakan dalam negara
untuk membeli keperluan harian adalah tidak terhad dan nilai inflasi adalah rendah. Kedua
kelancaran di dalam sistem pasaran. Kelancaran sistem pasaran pula merupakan tahap
permintaan dan penawaran adalah seimbang. Bahan keperluan rakyat adalah cukup dan
mereka tidak perlu membeli stok yang banyak akibat daripada kerisauan akan ketidakcukupan
bahan keperluan. Ketiga adalah pembahagiaan ekuiti adalah seimbang di dalam pasaran
ekonomi. Pembahagian ekuiti seimbang merupakan jurang ekonomi di kalangan anggota
masyarakat adalah rendah. Keadaan ini sangat penting dalam menjaga keselamatan negara
kerana ketidakseimbangan pembahagian ekuiti dalam masyarakat akan menyebabkan rakyat
bangkit memberontak.
Ioan- Franc dan Diamercu (2007) menyatakan konsep keselamatan ekonomi
merupakan satu konsep yang kompleks dan dinamik.Ia melibatkan banyak proses ekonomi
dan kewangan. Ia boleh difahami sebagai faktor kepada keselamatan nasional sesebuah
negara dimana ia cuba untuk memastikan sumber untuk tujuan perdagangan adalah cukup dan
seimbang. Di peringkat negara, ia dilihat sebagai objektif negara, individu, komuniti dan
syarikat bagi meneruskan kelangsungan perdagangan. Ia juga merupakan perlindungan
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
kepada masyarakat, negara dan rakyat agar semua entiti negara dapat dihindari dari manamana ancaman yang menyebabkan kehidupan mereka tidak dapat diteruskan seperti biasa. Ia
juga merupakan interaksi di antara faktor dalam dan luar, ia diformulakan melalui proses
pembuatan, menyebaran dan penggunaan barangan serta perkhidmatan oleh entiti masyarakat.
Di dalam hal ini, aktor negara dan bukan negara memainkan peranan yang penting untuk
mendapatkan keselamatan ekonomi di peringkat negara, benua ataupun global.
Ronis (2011) menegaskan keselamatan ekonomi merupakan major elemen kepada
unsur keselamatan nasional. Ini bermakna apabila ekonomi sesebuah negara itu kukuh, maka
negara tidak akan diancam oleh inflasi yang tinggi malah taraf kehidupan rakyat juga akan
meningkat. Keadaan ekonomi yang baik secara berterusan akan menyumbang kepada
kestabilan negara kerana tidak akan wujud pemberontakan mahupun kes jenayah yang tinggi
seperti rompakan kerana setiap anggota masyarakat telah mempunyai kehidupan yang selesa
dan memuaskan. Di peringkat global, keselamatan ekonomi ini bermaksud jika sesebuah
negara mempunyai perdagangan yang kukuh dan tidak dihalang oleh apa-apa masalah seperti
kes rompakan dan kerosakan pada kapal sewaktu membawa bahan mentah mahupun bahan
siap, maka ini akan membawa keuntungan kepada negara tersebut. Dan rakyat akan
menerima kebaikan daripada perdagangan tersebut.
Boutin (2011: 13) menakrifkan keselamatan ekonomi sebagai konsep berkenaan
menjaga keselamatan berkaitan polisi dan instrumen pasaran, yang diangap sebagai asas
kepada keselamatan nasional. Ia melibatkan strategi kewangan, industri, teknologi dan
penawaran terhadap sumber semulajadi seperti minyak dan mineral. Keselamatan ekonomi
merangkumi aspek dalaman dan luaran. Jika dilihat kepada aspek luaran, ia banyak
bergantung kepada faktor kerjasama dengan pihak lain seperti kemudahan yang disediakan
oleh negara lain untuk berlabuh di pelabuhan dan bahan industri yang diimport. Di dalam hal
ini, jika sesebuah negara mempunyai hubungan yang baik dengan negara lain, ia
memudahkan sesuatu urusan dibuat. Dari aspek dalaman pula, keselamatan ekonomi
merangkumi aspek seperti kemudahan tenaga kerja, teknologi yang ada serta pengurusan
sumber yang baik.
Berdasarkan kepada pendapat di atas, dapat difahami bahawa keselamatan ekonomi
merujuk bagaimana sesebuah negara cuba untuk melindungi kepentingan nasionalnya melalui
sistem pasaran. Ia terbahagi kepada analisis makro dan mikro. Analisis mikro merangkumi
sistem penawaran dan permintaan di dalam negara manakala analisis makro merangkumi
penawaran dan permintaan di luar negara dan peringkat global. Konsep ini juga menerangkan
bagaimana aktor (negara) mengimbangi permintaan dan penawaran dalam ekonomi sekali gus
mencari akses kepada pasaran. Keadaan ini bertujuan bagi membantu negara terbabit
mengekalkan kelangsungannya agar terus bertahan mengikut arus globalisasi.
Di dalam konteks kajian, negara Jepun merupakan negara yang menggunakan Selat
Melaka secara tegar disebabkan aktiviti import eksport ekonominya. Untuk mengekalkan
keselamatan ekonominya, negara Jepun memberikan kerjasama dari segi kewangan, latihan
dan bantuan alatan kepada negara pesisir melalui Nippon Foundation. Hal ini jelas apabila
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
Jepun cuba menjaga keselamatan ekonominya daripada gangguan lanun ataupun teroris.
Selain itu negara Jepun telah menukar dasarnya terhadap negera-negera di Asia dan Asia
Tenggara. Untuk meningkatkan keselamatan ekonomi terutama sumber tenaganya, kerajaan
Jepun telah membuat satu kerangka polisi baru untuk mengurangkan risiko kekurangan
sumber tenaga (Feldhoff 2011).
Hal sama berlaku kepada negara Singapura. Ini kerana Singapura merupakan negara
yang berkembang dan bergantung kepada aktiviti di pelabuhannya (UNCTAD 2011; Brill
2006). Jika kapal dagang tidak berhenti dan menggunakan perkhidmatannya semasa berlabuh,
mungkin akan menyebabkan negara Singapura mengalami masalah di dalam ekonominya. Ini
kerana ekonomi Singapura pada asasnya banyak melibatkan unsur maritim seperti
pelabuhannya, di mana Pelabuhan Singapura telah mendatangkan keuntungan yang banyak
apabila kapal yang berhenti untuk berlabuh adakalanya akan menyewa kontena-kontena serta
menggunakan perkhidmatan yang disediakan di pelabuhan seperti kemudahan mengisi
minyak, perkhidmatan logistik dan membaiki kapal.
Begitu juga dengan negara China, kebangkitan ekonomi negara China telah
menyebabkan negara tersebut bargantung kepada keperluan minyak yang banyak dari luar
negaranya. Ini telah menyebabkan kebergantungan yang tinggi terhadap sumber tenaga
terhadap negara lain (Tseng 2008: 5). Secara logiknya, keadaan ini tidak memberikan nilai
positif terhadap China kerana ia terdedah dengan bahaya dan ancaman pemboikotan (Jianxin
2006: 3; Collins & Murray 2008). Keinginan untuk meningkatkan keselamatan ekonomi
negara telah mendorong China melakukan transformasi keatas dasar luas, hubungan
diplomatik serta sedikit penyesuaian terhadap strategi ketenteraannya (Blair, Chen & Hagt
2006).
KONSEP KESELAMATAN PELAYARAN DAN KESELAMATAN MARITIM
Keselamatan pelayaran merujuk kepada:
Berkenaan dengan bantuan pelayaran, pembangunan dan kelengkapan kapal,
mengendalikan keselamatan, peraturan mengelak pelanggaran, pengendalian kargo
yang berbahaya, prosedur dan keperluan keselamatan maritim, informasi
hidrografi, buku-log dan rekod pelayaran, siasatan mangsa marin, menyelamat dan
hal lain yang berkaitan dengan keselamatan maritim.
(Artikel 29, IMO 1948)
Keselamatan pelayaran berkait dengan aspek keselamatan nyawa, keselamatan
pelayaran dan perlindungan marin (UNCLOS 2008: 44). Oleh itu, keselamatan pelayaran
merangkumi peraturan perkapalan antarabangsa bagi pengurusan kapal yang terdiri daripada
piawaian pengendalian kapal, peraturan dan perundangan antarabangsa yang wajib dipatuhi
oleh setiap pengendali kapal supaya anak kapal akan berada dalam keadaan selamat dan kapal
dapat berfungsi dengan baik.
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
Keselamatan maritim mempunyai beberapa definisi seperti:
Konsep asas kepada keamanan sewaktu di laut, iaitu semua orang patut mendapat
manfaat darinya. Konsep ini juga mengiktiraf keamanan sebagai ketiadaan perang,
dengan melanjutkan tanggapan keamanan termasuk idea untuk mendapatkan
kesaksamaan dalam semua aktiviti asas. Keamanan boleh dinyatakan dalam pelbagai
bentuk tetapi ia tidak melibatkan perang.
Suruhanjaya Bebas Dunia ke atas Laut (IWCO)
U.S. National Strategy for Maritime Security 2010 mendefinisikan keselamatan
maritim sebagai:
Untuk mencipta dan mengekalkan keselamatan di laut adalah penting untuk
mengurangkan ancaman (perang) jangka pendek termasuk pelanunan, terorisme,
percambahan senjata, pengedaran dadah, dan aktiviti haram yang lain. Penentangan
terhadap masalah dan ancaman tran-nasional serta melindungi tanah air, meningkatkan
kestabilan global, dan meningkatkan kebebasan dalam pelayaran untuk kebaikan
semua negara.14
Till (2004: 311) mendefinisikan keselamatan maritim sebagai:
Laluan di lautan, yang mana lautan sebagai sumber, medium untuk perdagangan dan
pertukaran maklumat, dan sebagai persekitaran, berhadapan dengan „risiko dan
ancaman‟ untuk terus menjadi laluan selamat kepada pembangunan manusia.
Rahman (2009: 31) bagaimanapun mengambil kira lima aspek penting untuk menakrifkan
keselamatan maritim iaitu: Keselamatan berada di lautan, Urus tadbir Laut, Perlindungan
Persempadanan Maritim, Aktiviti Ketenteraan di Laut dan Keselamatan sistem pengangkutan
maritim. Keselamatan Maritim boleh diklasifikasi sebagai keadaan yang selamat dan bebas
semasa berada di lautan dari apa jenis ancaman jenayah yang boleh menyebabkan gangguan
kepada seseorang atau vesel yang digunakan.
Peningkatan di dalam perdagangan
antarabangsa telah menyebabkan peningkatan di dalam aspek jenayah maritim di mana ia
menyumbang kepada ketidakselamatan di perairan sekitar selat. Menurut Biro Antarabangsa
Maritim (IMB 2006) kawasan westbound sehingga ke Selat Singapura merupakan kawasan
panas yang sering menjadi sasaran lanun. Disebabkan kawasan ini kecil dan sempit, ini akan
memudahkan lanun melarikan diri selepas melakukan jenayah.
Rahman (2009) menakrifkan keselamatan maritim kepada perspektif iaitu keselamatan
lautan itu sendiri, keselamatan berada di laut, perlindungan sempadan maritim, aktiviti
ketenteraan di laut serta keselamatan sistem pengangkutan di lautan. Ini bermaksud beliau
cuba menjelaskan bahawa keselamatan maritim merangkumi segala aspek untuk memastikan
14
Amerika Syarikat juga menggunakan istilah keselamatan maritim untuk merujuk kepada operasi
penguatkuasaan maritim – A Cooperative Strategy for 21st Century Seapower & the National Strategy for
Maritime Security, September 2005.
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
diri dan peralatan yang digunakan semasa berada di laut adalah selamat dan tidak
mengundang kepada apa-apa bentuk kecelakaan. Sebagai contoh apabila sesebuah bot kecil
ingin menangkap ikan di kawasan Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE), maka kelengkapan seperti
sistem perhubungan harus berada dalam keadaan yang baik, jaket keselamatan yang
mencukupi, pelampung serta radar untuk memastikan bot tersebut berada di kawasan yang
betul dan tidak memasuki persempadanan negara jiran.
Wu dan Zou (2009) menyatakan bahawa keselamatan maritim adalah satu konsep
yang berkaitan dengan isu di dalam pelayaran dan jenayah di lautan seperti pelanunan,
rompakan bersenjata dan terorism. Takrifan ini dilihat lebih kecil dan tidak merangkumi
keselamatan secara keseluruhan tetapi lebih berfokus kepada aspek jenayah di lautan. Ini
mungkin kerana aspek jenayah yang berlaku di lautan seperti yang pernah berlaku di Selat
Melaka dianggap sebagai sebagai satu keadaan yang membimbangkan serta menjadi punca
kepada masalah-masalah lain. Isu kerosakan kapal tidak dikira sebagai masalah yang sangat
besar kerana ia tidak melibatkan keganasan dan kekerasan terhadap pihak lain.
Thayer (2012) menakrifkan keselamatan maritim sebagai menjaga kedaulatan dan
integriti sesuatu kawasan di dalam wilayah maritim. Ia termasuklah menjaga keselamatan
pelaut serta aktiviti perkapalan, melindungi kemudahan yang digunakan di laut, keselamatan
pelabuhan, keselamatan sumber, alam semulajadi, jaminan keselamatan daripada aktiviti
jenayah di laut serta kebebasan untuk aktiviti pelayaran tanpa sebarang pergaduhan selain
sentiasa mengikut undang-undang di lautan. Definisi ini lebih bersifat terbuka kerana
penakrifan ini adalah berkaitan dengan kedaulatan. Beliau cuba menjelaskan jika setiap
negara di dunia ini dapat memahami, berkongsi dan menghormati hak pertuanan sesebuah
negara di sesebuah kawasan atau wilayah, maka semua negara akan mencapai satu
keharmonian di dalam meneruskan aktiviti pelayaran masing-masing. Sebagai contoh, seperti
yang telah diputuskan oleh Persidangan Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut
(UNCLOS) bahawa, Selat Melaka adalah wilayah kedaulatan tiga negara pesisir (Malaysia,
Indonesia dan Singapura) dan oleh itu seharusnya negara-negara pengguna lain tidak perlu
masuk campur dalam urusan pentadbiran selat itu kecuali apabila negara-negara pesisir
meminta bantuan.
Jika semua negara dapat memahami dan mengikuti undang-undang yang telah
ditetapkan, maka tidak akan wujud kecurangan atau apa-apa jenayah berat di laut. Namun
pada hari ini tidak semua negara dapat mengikuti undang-undang ini. Negara adakalanya
gagal mengawal pergerakan rakyat sendiri sehingga adakalanya rakyatnya telah melepasi
sempadan maritim yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, terdapat kes nelayan-nelayan dari
Indonesia ditangkap kerana memasuki sempadan perairan Malaysia (APMM 2009). Di sini,
kerajaan Malaysia telah merasakan bahawa kawasan kedaulatannya telah diceroboh dan
merasakan undang-undang sedia ada kurang mampu untuk dimengawal tindakan mereka.
Mengikut Laporan daripada Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM 2010),
sebanyak 679 tangkapan telah dilakukan pada tahun 2008 dan ia meningkat kepada 1037 pada
tahun 2009. Daripada tangkapan yang telah dibuat, dapat dirumuskan bahawa ada rakyat dari
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
negara-negara jiran terutamanya tidak menghormati atau tidak memahami hak kedaulatan
serta integriti sebuah negara lain, kerana berulang kali melakukan kesalahan yang sama. Pada
tahun 2009 sahaja, kes tangkapan yang terbesar adalah melibatkan sektor perikanan dimana
nelayan-nelayan seringkali menangkap ikan melebihi zon yang dibenarkan.Kesalahan kedua
adalah melibatkan kapal-kapal dagang yang melalui Selat Melaka dan tidak mematuhi
spesifikasi yang telah ditetapkan semasa melalui selat. Ketiga adalah masalah imigresen
dimana anak kapal tidak mempunyai pasport dan visa untuk berada di negara lain. Kesalahan
lain yang dilakukan adalah mempunyai senjata, membawa dadah merbahaya, penyeludupan,
isu kastam dan rasuah. Kebayakan mereka yang melakukan kesalahan ini merupakan rakyat
dari negara Vietnam, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan China (APMM 2009).
Keselamatan maritim juga merupakan jaminan kebebasan semasa berada di lautan,
kebebasan untuk melalui sesuatu kawasan dan menjaga sumber yang ada di dalam laut (White
House 2005). Setiap negara dilihat mempunyai kepentingan yang sama iaitu untuk
memastikan kemudahan yang diterima adalah terbaik, keselamatan barangan, terhindar
daripada aktiviti terorism, jenayah, penculikan atau mana-mana jenayah berat yang boleh
disabitkan (Ward 2004). Disebabkan banyak negara mendapat kebaikan daripada keselamatan
secara kolektif, semua negara perlu mengambil sedikit tanggungjawab untuk mengekalkan
keselamatan maritim ini daripada diancam oleh perkara yang tidak patut.
Berdasarkan kepada definisi konsep di atas, dapat difahami bahawa keselamatan
maritim adalah konsep di mana suatu keadaan yang selamat ketika berada di laut untuk apa
juga keadaan. Ia merangkumi aktiviti-aktiviti pelayaran, perdagangan dan keselamatan. Jika
merujuk kepada Selat Melaka, keselamatan maritim untuk melalui selat itu menjadi perkara
yang hangat diperkatakan oleh banyak negara pengguna. Selat Melaka merupakan selat yang
penting untuk kapal- kapal dagang berlabuh atau meneruskan perjalanan. Jika aliran trafik di
selat itu tidak dikawal dengan baik, akan terjadinya kejadian pelanggaran kapal dagang.
Menurut Perjanjian kerjasama serantau memerangi lanun dan rompakan bersenjata terhadap
kapal-kapal di Asia (ReCAAP), 17 kes pelanggaran kapal telah dicatatkan pada tahun 2004
dan menurun kepada 1 kes pada tahun 2011 (ReCAAP 2012).15
Selain itu isu pelanunan dan rompakan di lautan juga menjadi agenda di mana banyak
kapal pernah diceroboh oleh lanun-lanun. Kebanyakan penceroboh akan menggunakan
parang, senapang, pistol dan beberapa senjata ringan yang lain (ReCAAP 2008). Banyak
negara pengguna yang melalui Selat Melaka telah memberikan persetujuan untuk membantu
negara pesisir jika bantuan mereka diperlukan. Kerana banyak pihak sedar bahawa tidak
mudah untuk menjaga keselamatan maritim yang yang terdedah kerana ia mempunyai
lompong yang mudah diceroboh. Namun ia terpulang kepada negara pesisir sama ada ingin
menerima bantuan negara lain atau tidak dalam menjaga keselamatan di Selat Melaka.
15
Perjanjian kerjasama serantau memerangi cetak rompak dan samun bersenjata terhadap kapal-kapal di
Asia (ReCAAP) ialah perjanjian kerajaan-kerajaan serantau yang pertama untuk menggalakkan dan
meningkatkan kerjasama menentang lanun dan rompakan bersenjata di Asia. Ia telah disemak pada 11 November
2004 dan diwartakan pada 4 September 2006. Setakat ini, negara-negara 20 telah menjadi ahlinya (Rujuk
http://www.recaap.org/AboutReCAAPISC.aspx)[22 Disember 2014].
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
KUASA MARITIM
Alfred Thayer Mahan (1890) merupakan sarjana yang mempopularkan konsep ini. Mahan
dalam karyanya The Influence of Sea Power Upon History: 1660-1783 telah menjelaskan
kuasa maritim merujuk kepada kemantapan ekonomi disertai dengan kekuatan ketenteraan
laut sesebuah negara. Ia merangkumi polisi luar dan pertahanan yang disesuaikan mengikut
kepada keperluan keselamatan global. Mahan berpendapat kuasa maritim merupakan elemen
penting kepada keselamatan nasional. Dalam salah satu kenyataan popularnya, Mahan
menyatakan, “Mengawal lautan oleh perdagangan maritim dan keupayaan ketenteraan laut
merupakan kelebihan untuk menguasai dunia…dan ia merupakan salah satu elemen yang
membawa kepada pengaruh kuasa dan kesejahteraan kepada negara” (Mahan 2009: 5)16
Gompert (2013: 43) merujuk kuasa maritim kepada kebolehan sesebuah negara dalam
mengawal keadaan di lautan serta memberikan jaminan keselamatan kepada pengguna. 17
Presiden John F. Kennedy dalam satu ucapannya pada tahun 1963 dipetik sebagai,
“Mengawal lautan bermakna keselamatan. Mengawal lautan bermakna keamanan. Mengawal
lautan bermakna kemenangan. Amerika Syarikat akan terus mengawal lautan bagi
memastikan keselamatan kepada semua.”18
Kuasa maritim sering dirujuk kepada kekuatan ketenteraan laut, pasukan pengawal
pantai, marin ataupun industri yang berasaskan kepada maritim. Selain itu ia juga merupakan
kebolehan sesebuah negara untuk menentu serta memberikan pengaruh kepada sesebuah
pembangunan di laut (Grove 1988:67). Walau bagaimanapun, kuasa maritim tidak hanya
dirujuk dalam aspek kekuatan ketenteraaan di lautan ataupun aktiviti maritim seperti industri
kapal dagang ataupun pembinaan kapal tetapi dalam aspek yang lebih luas ia mempunyai
kaitan dengan strategi sesebuah negara, ekonomi serta sistem politik sesebuah negara.
Disebabkan aspek ini, Harding (1992:121) berpendapat kekuatan maritim sesebuah negara
mempunyai kaitan rapat dengan keadaan sesebuah negara di mana jika kewangan sesebuah
negara tidak kuku, maka kekuatan maritim negara tersebut tidak dapat dipertingkatkan.
Begitu juga jika sistem pemerintahannya tidak dapat membahagikan sumber dengan baik
maka sumber yang perlu diperuntukkan kepada aspek maritim juga gagal dicapai. Oleh itu,
16
Mahan percaya bahawa politik antarabangsa merupakan satu perjuangan untuk siapa mendapatkan
apa, bila dan bagaimana cara mendapatkan sesuatu (kepentingan nasional). Perjuangan untuk mendapatkan
kepentingan nasional seperti kawasan, sumber, pengaruh politik, kepentingan ekonomi atau kepentingan lain
(Buku Mahan telah diterjemah semula oleh Iliopoulos 2009)
17
Penyataan Gompert ini bertepatan dengan ide-ide Alfred Thayer Mahan berkenaan dengan kuasa
maritim. Mahan telah menegaskan untuk menjadi sebuah kuasa maritim bukanlah bermakna sesebuah negara itu
menakluki negara lain tetapi mengawal keadaan lautan supaya menjadi aman dan terhindar dari jenayah maritim
(Gompert 2013:182)
18
Ucapan dipetik sewaktu Presiden Kennedy berada di dek- kapal terbang, kapal Pengangkut S.S. Kitty
Hawk pada 6 Jun 1963 selepas melakukan lawatan terhadap sistem komputer baru. Beliau juga telah ditunjukkan
demonstrasi taktik dan peralatan dari kapal pengangkut dari Armada Pasifik. Dipetik dari
http://www.presidency.ucsb.edu/ws/?pid=9258
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
untuk menjadi sebuah kuasa maritim, aspek pemerintahan, politik sesebuha negara amat
penting untuk di ambil kira kerana sistem politik negara yang berkualiti akan menjamin
kepada pembuatan keputusan yang lebih baik untuk sesebuah negara.
Padfield (1991: 277) menegaskan kepentingan ekonomi telah membentuk sesebuah
negara untuk menjadi sebuah negara kuasa maritim. Kepentingan ekonomi dengan
menggunakan perdagangan maritim telah menyebabkan sebuah negara mencapai
pembangunan ekonomi. Kemudahan-kemudahan serta pembangunan yang disediakan telah
menyebabkan sesebuah negara mudah untuk mencapai sumber bahan mentah (termasuk
sumber tenaga). Pembangunan dalam ketenteraan dan pasukan pengawal pantai secara tidak
langsung adalah untuk melindungi kepentingan perdagangan maritim secara langsung
mahupun tidak.
Oleh itu konsep kuasa maritim dapat diringkaskan sebagai satu konsep di mana ia
bukan hanya melibatkan aspek ketenteraan laut tetapi ia melibatkan banyak aspek lain. Walau
bagaimanapun, pembangunan dari aspek ketenteraan, pasukan pengawal pantai mahupun
marin mempunyai matlamat yang sama iaitu meningkatkan keselamatan di laut bagi
melancarkan aktiviti perdagangan maritim (import-eksport). Sesebuah negara memberikan
perhatian kepada aspek ini kerana ia merupakan kepentingan nasional yang perlu dilindungi
bagi kelangsungan negaranya.
RELEVEN KONSEP KEPENTINGAN NASIONAL, KESELAMATAN EKONOMI,
KESELAMATAN PELAYARAN DAN KESELAMATAN MARITIM TERHADAP
KAJIAN
Konsep yang dipilih di dalam kajian ini releven bagi menjelaskan fenomena yang dikaji
kerana beberapa alasan. Konsep kepentingan nasional merupakan elemen utama yang
menjurus kepada tindakan yang dilakukan oleh Jepun sewaktu mengubah polisinya yang
menjurus kepada kerjasama di Selat Melaka. Ekonomi Jepun telah meningkat selepas Perang
Dunia kedua dan menyebabkan permintaan terhadap sumber semula jadi sangat tinggi. Laluan
utama yang menjadi laluan kepada kapal yang mengangkut bahan tersebut adalah Selat
Melaka.
Namun terdapat beberapa masalah yang ada di laluan selat itu iaitu laluan itu
kekurangan fasiliti yang boleh menunjukkan arah kepada kapal yang melalui kawasan itu
dengan baik kerana fasiliti yang ada di Selat Melaka pada masa itu telah lama dan perlu
diganti dengan fasiliti yang baru. Masalah kedua adalah laluan Selat Melaka terdedah kepada
perlanggaran antara kapal kerana carta navigasi yang ada pada ketika itu tidak menunjukkan
aliran terkini malah rangka-rangka kapal yang tenggelam masih berada di laluan tersebut. Ini
menambahkan risiko kepada pengguna kapal lain tersekat dengan rangka kapal tersebut.
Ketiga, berlaku serangan dari lanun dan rompakan terhadap kapal-kapal yang sedang berlabuh
di Selat Melaka. Ketiga-tiga masalah ini telah menjejaskan ekonomi Jepun kerana kelewatan
kapal untuk tiba di Jepun menyebabkan operasi kilang tidak dapat dijalankan, malah barangan
terpaksa disiapkan di luar waktu yang ditetapkan.
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
Sebagai sebuah negara industri yang sangat bergantung kepada sumber dari negara
lain, Jepun perlu mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah ini supaya ia tidak berulang
di masa depan. Oleh itu kerajaan Jepun telah menghantar deligasinya untuk berbincang
dengan wakil negara-negara pesisir bagi membentuk satu institusi yang akan
bertanggungjawab terhadap hal ehwal Selat Melaka yang dikenali sebagai Suruhanjaya Selat
Melaka (MSC) pada 1969. Faktor ekonomi merupakan antara sebab utama mengapa institusi
ini ditubuhkan. Tidak hanya penubuhan MSC, Jepun juga telah memberikan sumbangan yang
banyak kepada tabung MSC bagi membolehkan negara pesisir menggunakan dana berkenaan
untuk membeli fasiliti baru seperti buoy, beacon dan membaiki rumah api.
Konsep keselamatan ekonomi digunakan bagi menjelaskan bahawa ekonomi
merupakan aspek yang sangat penting bagi Jepun sehingga memaksa kerajaan dan NGO
negara itu untuk melakukan kerjasama dengan negara pesisir bagi memastikan ekonomi
mereka tidak tergugat. Kebergantungan terhadap laluan Selat Melaka dibincangkan di dalam
Bab IV. Pertambahan terhadap masa perjalanan serta lebihan kos yang perlu ditambah telah
menyebabkan Jepun memberi fokus kepada kerjasama dengan negara pesisir. Malah adalah
kurang relevan jika kapal-kapal yang ingin ke Jepun atau dari Jepun untuk ke Timur Tengah
menggunakan laluan yang lebih jauh kerana dua laluan alternatif itu lebih terdedah kepada
bahaya kerana kapal perlu melalui bahagian tengah Lautan Hindi. Malah jika mereka melalui
Selat Sunda dan Lombok sebagai jalan alternatif, risiko terhadap ancaman jenayah lebih
tinggi. Hal ini disebabkan oleh Indonesia dikelilingi oleh kepulauan yang besar dan banyak.
Lanun dan perompak lebih mudah untuk bersembunyi di teluk-teluk kecil yang tersorok
malah memudahkan mereka untuk melarikan diri selepas melakukan jenayah.
Konsep keselamatan pelayaran dan keselamatan maritim digunakan bagi menjelaskan
bagaimana Jepun sebagai sebuah negara yang mempunyai kepentingan ekonomi di laluan
Selat Melaka bekerjasama dengan negara pesisir bagi meningkatkan tahap keselamatan
maritim supaya ia tidak menjejaskan kepentingan nasionalnya. Kerajaan Jepun telah
menghantar pasukan pengawal pantai dan JDF untuk melakukan latihan bersama untuk
meningkatkan kecekapan masing-masing untuk menangkis serangan lanun dan aktiviti
jenayah maritim lain. Selain itu, Nippon Foundation telah membiayai banyak persidangan di
peringkat serantau mahupun antara negara pesisir.Komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan
dan NGO Jepun membuktikan bahawa mereka serius dalam menangani masalah keselamatan
yang meningkat terutama selepas serangan 11 September 2001 di Amerika Syarikat.
Releven penggunaan empat konsep di atas telah dapat menerangkan tingkah laku aktor
utama kajian iaitu Jepun dalam memberikan reaksi terhadap sistem antarabangsa. Sebagai
sebuah negara yang membangun tetapi tidak mempunyai sumber semulajadi yang cukup
untuk aktiviti dalam negara, adalah releven untuk Jepun menjaga laluan utama sumber
semulajadi yang diperlukannya. Malah ketiga-tiga konsep di atas juga menerangkan
bagaimana Jepun komited terhadap aktiviti untuk membenteras jenayah maritim bagi
memastikan laluan maritim selamat digunakan oleh semua kapal.
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
Berdasarkan kepada konsep yang digunakan juga, didapati bahawa walaupun
sesebuah negara bertindak berdasarkan kepada kepentingan nasional masing-masing, namun
adakalanya aspek pembahagian kuasa diperaktikkan. Sebagai contoh walaupun Jepun sendiri
mempunyai keupayaan melebihi negara-negara pesisir namun disebabkan oleh aspek
kedaulatan yang perlu dipatuhi dan dihormati oleh semua negara terhadap wilayah negara
lain, maka Jepun telah membiarkan negara pesisir untuk menguruskan hal ehwal di Selat
Melaka. Jepun pula memberikan bantuan dalam aspek berkongsi pengalaman dalam
menguruskan hal ehwal maritim. Walaupun Jepun tidak campur tangan dalam menguruskan
aktiviti di Selat Melaka secara keseluruhannya namun Jepun masih berpendapat mereka boleh
terlibat dengan menghulurkan bantuan dalam bentuk kerjasama kepada negara pesisir. Secara
tidak langsung, Jepun dapat menjaga keselamatan ekonominya jika keselamatan maritim
dapat ditingkatkan.
KONSEP KUASA DAN KEDAULATAN NEOREALISM
Kuasa merupakan satu elemen penting bagi sesebuah negara meneruskan kelangsungannya.
Kuasa ekonomi dan ketenteraan marupakan contoh di mana sesebuah negara itu kekal sebagai
negara yang utama atau tidak. Bagi fahaman neo- realisme, kuasa dilihat sebagai elemen
perting dan harus dimiliki oleh negara-negara yang mempunyai keinginan untuk untuk
menjadi hegemon. Sebagai contoh lima negara kuasa veto di dalam Majlis Keselamatan
Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) – Amerika Syarikat, Perancis, Rusia, United Kingdom dan
China merupakan negara yang mempunyai kuasa pembatal terhadap cadangan yang difikirkan
tidak perlu ataupun kuasa yang membolehkan suatu resolusi dlaksanakan. Sebagai contoh, AS
telah meluluskan resolusi PBB untuk menghalalkan pencerobohan tentera AS terhadap
Afganistan (2001) dan Iraq (2003). Malah Rusia juga menggunakan kuasa vetonya untuk
meluluskan resolusi untuk menceroboh Georgia pada 2008.
Kepentingan kuasa dalam mempertahankan negara jelas sehingga Niccolo
Machiavelli menyatakan tentang matlamat menghalalkan cara di mana bagi mendapatkan
kuasa, apa-jenis tindakan adalah dibolehkan asalkan ia mencapai matlamatnya. Kuasa
merupakan idea yang merujuk kepada kesahan setiap negara dalam tindakan yang diambil
(Mingst & Arreguin-Toft 2011). Sementara itu, Morgenthau (1948) menyatakan kedaulatan
telah dianggap sebagai kuasa tertinggi melangkaui suatu sempadan kawasan dan ia diiktiraf.
Namun begitu, kedaulatan tidak boleh dianggap sebagai satu kesahan yang membenarkan
sesebuah negara itu melanggari atau tidak patuh kepada Undang-Undang Antarabangsa yang
telah dibuat. Ini bermaksud, kedaulatan adalah hak yang diberikan kepada suatu kerajaan
yang memerintah. Mohd Ainuddin et al. (2004) menjelaskan perkataan kedaulatan bermaksud
kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah negara. Kemunculan konsep ini dipengaruhi oleh
proses pertumbuhan negara moden. Konsep ini diketengahkan untuk memberi maksud
bahawa sesebuah negara yang telah dibentuk mempunyai penguasaan terhadap kawasan
tertentu. Keadaan ini merujuk kepada faktor sejarah selain jarak suatu kawasan itu dengan
negaranya.
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
Bull (2010) menakrifkan kedaulatan sebagai agen kepada kerajaan, di mana
ketinggian kuasanya terhadap suatu kawasan yang diperintahnya dan pihak lain tidak berhak
untuk menjadi pemerintah di kawasan tersebut. Menurut Persidangan Bangsa Bersatu
mengenai Undang-undang Laut 1982 (UNCLOS), wilayah kedaulatan sesebuah negara
diambil kira sejauh 12 batu nautikal dari permukaan tanah (gigi air). Untuk memastikan hak
untuk pelayaran bagi semua, maka transit passage digunakan untuk kegunaan pelayaran
antarabangsa. Sebagai contoh, Selat Melaka telah diberi hak kedaulatan kepada tiga negara
iaitu Malaysia (1996), Indonesia (1994) dan Singapura (1986). Ini bermakna tiga negara ini
bertanggungjawab penuh terhadap apa-apa yang terjadi di selat ini dan negara lain harus
menghormati hak kedaulatan tersebut (Wirayudhatama 2014).19
Neorealisme berpendapat kedaulatan adalah satu elemen penting dan perlu ada bagi
sesebuah negara. Ini membolehkan sesebuah negara mengawal dan mempertahankan
wilayahanya dari diceroboh oleh negara lain. Sebagai contoh perairan sepanjang Selat Melaka
adalah dalam wilayah kedaulatan maritim tiga negara iaitu Malaysia, Indonesia dan
Singapura. Jika negara lain ingin melalui laluan itu atas kapasiti innocent passage (Artikel 52UNCLOS), maka ia adalah dibolehkan. Namun jika sesebuah negara ingin meletakkan
pasukan ketenteraan ataupun apa-apa fasiliti dengan tidak mendapat persetujuan dari negara
pesisir, maka hal ini adalah melanggar peraturan di bawah kedaulatan sesebuah negara
(Artikel 49 - UNCLOS).20
RUMUSAN
Bagi mencapai objektif kajian ini, teori neo-realisme dan lima konsep yang digunakan telah
dapat menerangkan fenomena dan tindakan aktor utama iaitu Jepun dalam meneruskan polisipolisi luar serta polisi pertahanannnya. Pendekatan realisme dan neorealisme secara umumnya
bersetuju dengan asas bahawa kewujudan sesebuah negara yang bersifat anarki dan ia
memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi kuasa dalam sistem antarabangsa.
Namun neorealisme percaya kewujudan sistem atau struktur dalam sistem antarabangsa telah
mengubah sesebuah negara dalam berinteraksi. Teori liberalism dan konstruktif tidak
19
Kol AAG. B. Oka Wirayudhatama, Atache Tentera Nasional Indonesia- Laut, Kedutaan Indonesia.
Temubual 10 April 2014 di Kedutaan Republik Indonesia, Kuala Lumpur.
20
Teori konstruktif tidak dapat menerangkan realiti tindakan sesebuah negara untuk mempertahankan
kepentingan nasionalnya kerana ia melihat negara sebagai sebuah entiti yang dibentuk oleh golongan elit atas
dasar kepercayaan, norma (nilai) baik dan identiti sosial. Ini kerana disebabkan sistem antarabangsa yang
bersifat anarki, adalah mustahil jika negara hanya berpegang kepada elemen- elemen yang ada dalam teori ini.
Ini kerana China dan Jepun yang mempunyai sejarah peperangan yang berlanjutan dari masa lampau masih tidak
mempercayai satu sama lain. Malah setiap negara mengambil langkah untuk memperkuatkan sistem pertahanan
masing-masing kerana kurangnya kepercayaan antara satu sama lain. Contohnya pada tahun 1995, di dalam
kertas putih pertahanan Jepun, pihak kerajaan telah menyatakan kebimbangan terhadap pembangunan
ketenteraan China yang dijangkakan akan menyebabkan pencerobohan terhadap Taiwan. Cadangan untuk
melipatgandakan usaha mengumpul maklumat perisikan telah dipersetujui (Nasrudin 2006: 190). Pada tahun
1998, Korea Utara telah melakukan percubaan kedua terhadap peluru berpandu Taepodong-1 yang mempunyai
jarak liputan sejauh 1000-1300 kilometer, di mana ia mampu untuk menyerang Jepun dan beberapa daerah di
China (Hughes 2004: 88). Contoh-contoh di atas jelas menunjukkan setiap negara masih kurang mempercayai
tindakan jirannya sendiri.
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
digunakan kerana ia tidak dapat menghujahkan tindakan Jepun sebagai aktor utama yang
bekerjasama dengan negara pesisir kepada Selat Melaka sebagai satu usaha yang dilakukan
demi menjaga kepentingan nasionalnya. Tindakan Jepun untuk menjaga kepentingan strategik
maritim juga tidak dapat diterangkan oleh teori neo-liberal tersebut kerana fahaman itu
mengiktiraf kerjasama yang dilakukan untuk mencapai kesejahteraan sejagat dan tidak
disebabkan oleh kepentingan mana-mana pihak yang berkepentingan.21
Konsep-konsep yang digunakan pula merupakan elemen yang menjadi penyebab
kepada Jepun untuk bentindak balas dan memformulasikan polisi luarnya.Sesebuah negara
akan menjadikan kepentingan nasional sebagai panduan untuk merangka polisi dan
memulakan kerjasama dengan negara lain. Jika sesuatu kerjasama memberikan nilai positif
dan kelebihan, maka sesebuah negara lebih cenderung untuk terlibat dalam kerjasama
tersebut. Aspek keselamatan maritim ketika melalui laluan Selat Melaka menjadi fokus
kepada Jepun kerana gangguan terhadap laluan itu akan menjejaskan ekonominya. Ekonomi
yang kuat dan kukuh akan menyebabkan sesebuah negara memiliki kuasa untuk mendahului
negara-negara lain. Jepun merupakan negara paling maju dan berpendapatan tinggi di Asia
Timur sehinggalah China mengambil alih kuasa ekonominya pada tahun 2010 (Monahan
2011).
21
Teori konstruktivism juga tidak sesuai digunakan di dalam kajian ini kerana teori itu lebih
menekankan kepada norma, identiti, budaya dan agama yang akan membentuk tindakan dalam menguruskan
politik sistem antarabangsa sedangkan unsur-unsur tersebut tidak dikaji dalam kajian ini. Selain itu, unsur norma
yang ditekankan di dalam teori konstruktivism juga tidak bersesuaian untuk menjelaskan tindakan kerajaan
Jepun bekerjasama dengan negara pesisir kerana sebab yang jelas Jepun bekerjasama dengan negara pesisir
adalah untuk melindungi kepentingan ekonominya (seperti yang dijelaskan oleh Mr. Eiichi Kato, Pengarah
urusan Suruhanjaya Selat Melaka).
DR NORAINI BT ZULKIFLI <ketika_kubersujud@yahoo.com>
View publication stats
Download