Uploaded by Anis Zakiah

TOPIK 01-KONSEP ASAS EPIDEMIOLOGI.ppt edit

advertisement
KP 2083 KAWALAN PENYAKIT &
EPIDEMIOLOGI
TOPIK 1: Konsep Asas Epidemiologi
CIK SUZILLA BT YAACOB
PENSYARAH KESIHATAN
PERSEKITARAN
1
Objektif Pembelajaran
 Mengetahui takrifan dan skop bidang kesihatan
masyarakat.
 Mengetahui takrifan epidemik , endemik, dan pandemik.
 Mengetahui takrifan, skop dan kegunaan epidemiologi.
2
PENGENALAN
 Perkataan Epidemiologi berasal daripada perkataan Yunani.
EPI
= bermaksud Berkenaan
DEMOS = bermaksud Orang
LOGOS = bermaksud ilmu/kajian
 Epidemiologi merupakan bidang yang sentiasa pesat
berkembang kerana kaitannya dengan penyelidikan &
kesihatan awam (masyarakat).
3
Definisi-EPIDEMIOLOGI
‘satu cabang ilmu yang mengkaji taburan dan penyebab
sesuatu masalah kesihatan atau penyakit di dalam populasi
atau masyarakat serta langkah-langkah pengawalan sesuatu
masalah kesihatan’
(Kelsey, 1986)
4
Definisi-EPIDEMIOLOGI
‘Epidemiologi merupakan satu cabang ilmu yang
mengkaji taburan dan faktor yang mempengaruhi
kesihatan dan penyakit dalam masyarakat atau
kelompok manusia’
(Gordis, 2000)
5
Sejarah-EPIDEMIOLOGI
Robert Koch
&
Louis Pasteur
“modern bacteriology”
"Father of Medicine"
1. Hippocrates (460-377 SM) – menerangkan hubungan antara
penyakit dan sekitaran (menafikan kewujudan kuasa ghaib)
2. Teori miasma : hubungan udara dengan kejadian penyakit
3. Teori jangkitan (kurun ke 16)-John Snow
4. Penemuan kuman dan mikroorganisma sebagai penyebab
penyakit (1070-an)-Koch & Pasteur
6
 Perkembangan dalam bidang kesihatan awam adalah hasil
daripada pemerhatian dan kajian para saintis terhadap taburan
penyakit, sama ada dalam keadaan semula jadi (nature) atau
eksperimen.
 Sumbangan paling penting adalah daripada John Snow kerana
berjaya mengenal pasti punca penyakit akibat bawaan air
tercemar (wabak kolera) dan mencadangkan langkah kawalan.
7
John Snow
(1813 - 1858)
8
SUMBANGAN JOHN SNOW
 John Snow, seorang doktor perubatan (pakar bius) & pakar
epidemiologi Inggeris di pertengahan abad ke-19.
 Pada tahun 1840-an, John Snow telah berjaya mengenal
pasti punca penyakit kolera di London (Golden Square)
akibat pencemaran sumber air Sg. Thames, London dan
mencadangkan langkah kawalannya.
9
 Beliau telah mengkaji suatu wabak di Golden Square London
dengan menerusi beberapa kaedah berikut:
i.
Mendapatkan maklumat tentang penduduk di kawasan
kes
ii. Membuat peta bintik utk menunjukkan taburan kes
kolera
iii. Menandakan lokasi pam air di kawasan tersebut
 Snow mengkaji wabak kolera tanpa mengetahui kewujudan
mikroorganisma (kerana mikroskop belum lagi dicipta) & beliau
hanya menunjukkan bahawa air boleh menjadi pembawa
penyakit (beliau percaya bahawa punca utama wabak ialah
bekalan air yang tercemar). Kepercayaan pada era itu ialah
penyakit merebak menerusi udara (miasma) & pendapat beliau
tidak diterima.
10
SUMBANGAN JOHN SNOW
 Pada tahun 1854, John Snow dapat membuktikan teori beliau
apabila wabak kolera berlaku lagi di London. Beliau telah
mendokumentasikan kes kolera yang berlaku & dapat
membuktikan bahawa ramai pesakit yang dijangkiti kolera adalah
mereka yang menggunakan sumber air dari pam air di Broad
Street. Sumber air pam tersebut datang dari hiliran Sg. Thames
yang dicemari dengan najis manusia berbanding dengan pam air
yang lain yang mendapat sumber air dari hulu Sg. Thames yang
tidak tercemar.
 Konsep ini tidak diterima sehinggalah Teori Kuman disahkan oleh
Koch & Pasteur pd 1870-an (penciptaan mikroskop).
11
SUMBANGAN JOHN SNOW
 Teori Kuman menyokong teori John Snow tetapi apa yang
telah menjadi lagenda dalam bidang kesihatan masyarakat
ialah apabila John Snow dapat membuktikan bahawa pam
air di Broad Street merupakan punca utama wabak kolera
tersebut.
 Tangkai pam telah dicabut bagi menghalang orang ramai dari
mnggunakannya. Dengan itu wabak tersebut didapati
berkurang & berakhir.
 Kajian John Snow ini telah menjadi contoh klasik mengenai
12
penggunaan maklumat epidemiologi yang berkesan &
penggunaan prinsip kesihatan masyarakat dalam
pencegahan & pengawalan penyakit.
SKOP EPIDEMIOLOGI
Epidemiologi mempunyai 2 aspek utama:
1. Kaedah Epidemiologi = utk menentukan penyebab, taburan
dan faktor yang mempengaruhinya.
i.
Epidemiologi cerapan (deskriptif & analitis)
ii.
Epidemiologi eksperimen (cubaan & intervensi)
2. Kawalan & Pencegahan penyakit
13
1.
EPIDEMIOLOGI CERAPAN
EPIDEMIOLOGI DESKRIPTIF





14
Epidemiologi deskriptif ialah kajian yang mengkaji taburan penyakit
& menjawab soalan “siapa (who), bila (when) dan di mana (where)”
Pengetahuan ini penting utk membolehkan kita mengenalpasti
kumpulan orang yg mempunyai risiko utk mendapat sesuatu
penyakit, menentukan magnitud @ saiz masalah kesihatan &
membuat cadangan @ hipotesis terhadap kajian analisis.
Melibatkan perkiraan nisbah & kadar bilangan kes.
Data yang direkod dikumpul dlm statistik vital sesebuah negara
Statistik Vital ialah data yg dikumpul daripada pendaftaran kesemua
“peristiwa vital (penting) ” seperti kelahiran, kematian, kematian bayi,
perkahwinan, penceraian, & pemansuhan perkahwinan dll.
EPIDEMIOLOGI ANALITIS
 Digunakan utk menentukan faktor (punca) etiologi (penyebab) & faktor




15
risiko sesuatu masalah kesihatan/penyakit.
Bertujuan utk mencari perkaitan antara dedahan dengan faktor
penyebab/penyakit (@ kesudahan kesihatannya)
Boleh dibahagi kpd 3;
- kajian prospektif (kajian kohort)
- kajian retrospektif (kajian kes kawalan)
- kajian keratan rentas (kajian prevalens)
Kajian ini dapat menjawab pertanyaan “mengapa” penyakit itu terjadi.
Dengan pengetahuan ini, sesuatu program kesihatan dapat diubahsuai @
dimulakan dengan berkesan.
2.
EPIDEMIOLOGI EKSPERIMEN
 Berguna utk menentukan keberkesanan sesuatu ubat,
tatacara, ujian saringan atau program kemasyarakatan.
16
KAJIAN KLINIKAL
 Dalam kajian klinikal, prinsip epidemiologi digunakan utk
menyelesaikan masalah yg ditemui dlm perubatan klinikal
 Masalah spt kenormalan, diagnosis, kekerapan, risiko,
prognosis, pencegahan, rawatan & penyebab sesuatu
penyakit menjadi fokus penyiasatan
 Tujuan asas kajian klinikal adalah utk membentuk &
menggunakan kaedah pengamatan klinikal supaya dapat
menghasilkan keputusan klinikal yang sahih/sah.
17
KAWALAN & PENCEGAHAN PENYAKIT
 aspek ini menggunakan maklumat dan kaedah dalam kajian
epidemiologi yg berkaitan dgn sesuatu masalah/penyakit.
 Maklumat dan kaedah tersebut akan diaplikasikan ke dalam
sesuatu program kawalan & pencegahan.
 kefahaman tentang taburan penyakit, faktor risiko, faktor
penyebab dan faktor yang mempengaruhi sesuatu penyakit
tertentu menjadi asas bagi program kawalan & pencegahan.
 bidang2 lain seperti genetik molekul, entomologi dan
antropologi turut memberikan sumbangan dalam program
tersebut
18
KEGUNAAN EPIDEMIOLOGI
 Menentukan etiologi (kajian tentang punca penyakit) dan penyebab





19
sesuatu penyakit.
Mengenalpasti kumpulan atau orang yang berisiko untuk mendapat
sesuatu penyakit.
Melihat perubahan akibat sesuatu penyakit atau masalah kesihatan.
Merancang untuk keperluan masa kini dan meramal keperluan masa
akan datang.
Menilai langkah-langkah pencegahan, terapi dan intervensi.
Menyiasat sesuatu wabak.
DEFINISI- Kesihatan masyarakat
Sains & amalan melindungi dan memperbaiki kesihatan
sesebuah
masyarakat
menerusi
perubatan
pencegahan,pendidikan kesihatan, pengawalan penyakit
berjangkit, penggunaan pengetahuan mengenai kebersihan
dan pemantauan hazard (bahaya) persekitaran.
20
DEFINISI MENURUT WHO
 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinasikan
kesihatan sebagai sesuatu yang sempurna dari segi fizikal,
mental dan sosial dan bukan sekadar tiada penyakit atau
cacat cedera sahaja.
 Kesihatan secara menyeluruh ialah:
 Kesihatan Fizikal
 Kesihatan Mental
 Kesihatan Sosial
 Kesihatan Emosi
 Kesihatan Persekitaran
 Kesihatan Rohani
21
Skop kesihatan masyarakat
 Bidang KM meliputi skop yg luas; ianya meliputi bidang
akademik & aplikasi @ penggunaan pengetahuan kesihatan.
 Peningkatan penduduk dunia mengakibatkan perkhidmatan
kesihatan yg disediakan sering tidak dapat menampung
keperluan masyarakat.
 Pembangunan berterusan & perindustrian yg meluas jg telah
mengakibatkan setiap kump masy di dunia terdedah kpd
agen2 buatan manusia & persekitaran yg mungkin
memudaratkan.
22
Skop kesihatan masyarakat
 Walaupun terdapat para doktor & pakar yg dapat menangani
penyakit & masalah yg dihadapi oleh pesakit individu,
terdapat keperluan kesihatan utk masyarakat & persekitaran
demi memulihkan & mmperbaiki keadaan kesihatan dlm
masyarakat tersebut.
 Bagi mmenuhi keperluan ini, pakar & pegawai yg mahir dlm
KM diperlukan.
 Salah satu dari sub-kategori KM ialah KM Persekitaran yg
mmpunyai pengkhususan terhadap hubungan di antara
manusia & persekitaran. Ia fokus kpd perkara seperti
keselamatan makanan, pengawalan makhluk perosak, kualiti
udara dan kualiti air.
23
Ahli-ahli bidang KM
 Ahli Kesihatan Pencegahan
 Ahli Pendidikan Kesihatan
 Pengurus bidang Kesihatan Klinikal
 Pengurus program Kesihatan Persekitaran
 Penyelidik
 Ahli Kesihatan Persekitaran
 Ahli epidemiologi
 Ahli psikologi
 Ahli klinikal
 Pakar & Ahli Kesihatan Dan Kesihatan Industri
 Pentadbir hospital
 Pengarah & Pakar Ujian Klinikal
24
 Lain – lain.
KESIMPULAN
 Epidemiologi
merupakan salah satu bidang berkaitan
pengesanan,
kawalan,
pencegahan,
pengujian
rawatan/intervensi sesuatu penyakit.
 Digunakan oleh kebanyakan saintis sains kesihatan.
 Merupakan salah satu senjata saintis kesihatan persekitaran.
25
Download