ONLINE PHOTO ALBUM AND PORTFOLIO SHAIF INDRA ISKANDAR BIN CHRIFODDIN

advertisement
ONLINE PHOTO ALBUM AND PORTFOLIO
SHAIF INDRA ISKANDAR BIN CHRIFODDIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi
sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Sains (Keusahawanan Teknologi Maklumat)
Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
UTM.28/ 13.11/1/4 Jld. 4 ( )
April 2008
Pustakawan
Perpustakaan Sultanah Zanariah
UTM, Skudai
Johor
Saudara,
PENGKELASAN TESIS SEBAGAI SULIT/TERHAD
-Laporan Sarjana Sains (Keusahawanan Teknologi Maklumat)
-Nama Pelajar
:
Shaif Indra Iskandar Bin Chrifoddin
-Tajuk
:
Online Photo Album and Portfolio
Sukacita dimaklumkan bahawa tesis yang tersebut di atas bertajuk Online Photo Album and
Portfolio memohon dikelaskan sebagai terhad untuk tempoh tiga ( 3 ) tahun dari tarikh surat ini,
memandangkan ia mempunyai nilai potensi untuk dikomersilkan di masa hadapan.
Sekian, dimaklumkan.
Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Yang benar,
DR. ALI BIN SELAMAT
Penyelia Projek
Fakulti Sains Komputer & Sistem Maklumat
Universiti Teknologi Malaysia
iii
Teristimewa untuk Ayah dan Bonda yang tercinta,
Yang banyak berkorban dan mendoakan kejayaan anakanda
Serta
Buat yang tersayang dan sahabatku
Terima kasih atas sokongan yang diberikan
Doa, jasa dan pengorbanan kalian akan ku kenang selamanya
Semoga Allah memberikan kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup kita semua.
iv
PENGHARGAAN
Jutaan penghargaan dan ribuan terima kasih ingin saya rakamkan kepada
penyelia projek saya Dr. Ali Bin Selamat dan Dr. Kamariah Binti Ismail atas
bimbingan dan segala tunjuk ajar serta dorongan yang telah diberikan sepanjang
proses projek ini dijalankan.
Terima kasih yang tidak terhingga juga diucapkan kepada pensyarahpensyarah lain yang pernah membantu saya dalam projek ini dan tidak kurang juga
kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah banyak memberikan idea-idea dan
bantuan kepada saya semasa menghadapi masalah.
Akhir sekali, istimewa buat keluarga saya yang tersayang teruatamanya ibu,
bapa, serta adik-beradik saya, terima kasih atas kesabaran, persefahaman dan
sokongan yang telah diberikan sepanjangan masa ini. Terima kasih juga kepada
kawan-kawan dan semua yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau
tidak langsung.
v
ABSTRAK
Foto Album dan Portfolio Secara Atas Talian (Online Photo Album and
Portfolio) merupakan sebuah laman web yang dibangunkan dengan aturcara terbuka
(open source) dan beroperasi secara atas talian. Produk ini merupakan sebuah album
ataupun portfolio yang membenarkan pengguna menyimpan imej dan hasil kreativiti
dengan menarik serta profesional. Pengguna yang mengaktifkan fungsi privasi bagi
akaun mereka hendaklah memberikan katalaluan kepada pelawat untuk membenarkan
pelawat tersebut melihat album dan portfolio mereka. Pengguna yang berbayar akan
disenaraikan dalam direktori yang dipecahkan kepada beberapa kategori iaitu kategori
jurugambar, syarikat andaman, syarikat-syarikat lain, model, artis, perekabentuk,
pengantin dan individu. Produk kami ini akan menarik pelawat-pelawat seperti keluarga
dan kawan-kawan pengguna, organisasi-organisasi atau agensi-agensi yang mencari ahli
profesional serta individu yang memerlukan perkhidmatan ahli profesional. Produk ini
akan dikendalikan oleh Syarikat Iwana Solution yang mana syarikat tersebut dimiliki
oleh tiga orang pelajar Sarjana Sains (Keusahawanan Teknologi Maklumat). Bagi
mengalakkan orang ramai menggunakan produk ini, pihak kami mewujudkan akaun
percuma, program kerjasama (affiliate program) dan harga promosi pada tahun pertama.
Selain itu pihak kami akan memberi tawaran percuma kepada 10 orang pertama yang
berdaftar tetapi mereka terikat untuk memberi kerjasama dengan pihak kami bagi
menjawab kajian soal selidik ataupun memberi maklum balas berkenaan produk kami
dari semasa ke semasa.
vi
ABSTRACT
Online Photo Album and Portfolio is an open source programming and operates
as a website with internet connection. This product is specific for photo album and
portfolio where user can keep their masterpiece work and photos in an attractive and
professional look. Users who activated the private feature to their account must provide
the password in order to give to their visitor. This to keep their photo and portfolio from
being accessed by unwanted visitor. User who’s pay to use this service will be
automatically listed in the directory to help them promote their service and company.
Visitor of this product will be individuals either friends, family, organization, agency
and anyone who wants to hire professional specialist service. Online Photo Album and
Portfolio will be managed by Iwana Solution owned by 3 Master of IT Entrepreneurship
students. To attract more people, this product in the first year provides free account,
affiliate program and all packages at promotion price. Beside that for payable packages
we will provide free account for 10 early bird user where each individual user need to
give feedback to our service as to improve our product and bring it to the next level.
vii
KANDUNGAN
BAB
1
PERKARA
HALAMAN
HALAMAN PENGAKUAN
ii
HALAMAN DEDIKASI
iii
HALAMAN PENGHARGAAN
iv
ABSTRAK
v
ABSTRACT
vi
KANDUNGAN
vii
SENARAI JADUAL
xiii
SENARAI RAJAH
xv
SENARAI LAMPIRAN
xviii
PENGENALAN
1.1
Pengenalan Projek
1
1.2
Latar Belakang Masalah
3
1.3
Penyataan Masalah
5
1.4
Matlamat
6
1.5
Objektif
7
1.6
Skop Projek
7
1.7
Kepentingan
8
1.8
Ringkasan
9
viii
2
KAJIAN LITERATUR
2.1
Pengenalan
10
2.2
Latarbelakang Organisasi
11
2.3
Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada
12
2.3.1
www.fotki.com
13
2.3.2
www.funtigo.com
15
2.3.3
www.imageevent.com
17
2.3.4
www.pbase.com
19
2.3.5
www.smugmug.com
21
2.3.6
Perisian Picassa (http://www.picassa.com)
22
2.3.7
www.flickr.com
24
2.4
Perbandingan Aplikasi
26
2.5
Kajian Terhadap Penggunaan Tekknologi Maklumat dan
27
Komunikasi di Malaysia
2.6
Kajian Terhadap Perkongsian Imej dan Kamera
30
2.7
Kajian Terhadap Rangkaian Bersosial di Pasaran
33
2.8
Kajian ke Atas Teknik-Teknik, Peralatan-Peralatan dan
35
Teknologi Berkaitan Yang Boleh Digunakan Untuk
Menyelesaikan Masalah
2.8.1
Bahasa Pengaturcaraan Web PHP
37
2.8.2
Pangkalan Data MySQL
37
2.8.3
JavaScript
38
2.8.4
Teknologi-teknologi yang digunakan
38
2.8.4.1 Internet
38
2.8.4.2 World Wide Web (WWW)
39
2.8.4.3 Hypertext Transfer Protokol (HTTP)
40
Uniform Resource Locator (URL)
41
2.8.5.1 Transmission Control Protocol (TCP)
41
2.8.5.2 HTML
42
2.8.5
ix
2.8.5.3 Teknologi Pelanggan-Pelayan
2.8.6
2.9
3
42
2.8.5.3.1 Pelayar/Browser
42
2.8.5.3.2 Pelayan Web (Web Server)
43
2.8.5.3.3 Proses Pelanggan-Pelayan
44
2.8.5.4 Konsep Web Statik
44
2.8.5.5 Konsep Web Dinamik
45
Teknik-teknik lain yang digunakan
45
Ringkasan
46
METODOLOGI PROJEK
3.1
Pengenalan
47
3.2
Rangka Kerja Operasi
49
3.3
Metodologi dan Pendekatan Pilihan
50
3.4
Justifikasi Pemilihan Metodologi
51
3.5
Fasa-fasa Metodologi Rational Unified Process (RUP)
52
3.5.1 Fasa Permulaan
53
3.5.2 Fasa Penghuraian
53
3.5.3 Fasa Pembinaan
54
3.5.4 Fasa Peralihan
54
Pemilihan Model Pembangunan
55
3.6.1 Rajah-rajah UML
57
3.7
Rekabentuk Senibina
58
3.8
Keperluan Perkakasan
60
3.9
Keperluan Perisian
61
3.9.1 Windows XP Professional
61
3.9.2 Internet Explorer
62
3.9.3 Macromedia Dreamweaver CS3
63
3.9.4 Adobe Photoshop CS3
64
3.9.5 Rational Rose C++ 4.0
64
3.6
x
4
3.9.6 Macromedia Flash CS3
65
3.10
Perancangan Kerja
65
3.11
Ringkasan
67
ANALISA DAN REKABENTUK
4.1
Pengenalan
68
4.2
Rekabentuk Produk
69
4.2.1 Rekabentuk Konsep Produk
69
4.3
Rekabentuk Pangkalan Data
70
4.4
Rekabentuk Sistem
71
4.4.1 Senibina Sistem
71
4.5
4.4.1.1 Pandangan Pentadbir Sistem
72
4.4.1.2 Pandangan Pengguna
73
4.4.1.3 Pandangan Pelawat
73
Analisa Sistem
74
4.5.1 Cartalir Sistem
74
Rajah Use Case
75
4.6.1 Rajah Use Case Sistem
76
4.7
Gambarajah Aktiviti
76
4.8
Rajah Jujukan
76
4.9
Rekabentuk Pangkalan Data
77
4.10
Rekabentuk Input dan Output
77
4.10.1 Spesifikasi Input
77
4.10.2 Spesifikasi Output
79
Rekabentuk Antaramuka Pengguna
80
4.11.1 Antaramuka Menu Utama
82
4.11.2 Antaramuka Pendaftaran
83
4.11.3 Antaramuka Maklumat atau Profail
84
4.11.4 Antaramuka Album
84
4.6
4.11
xi
4.12
5
4.11.5 Antaramuka Mesej
85
4.11.6 Antaramuka Buku Tamu
86
4.11.7 Antaramuka Maklumat Berita
87
Ringkasan
88
RANCANGAN PERNIAGAAN
5.1
Ringkasan Eksekutif
89
5.2
Perniagaan yang diceburi
90
5.2.1 Peluang / Produk
90
5.2.2 Penerangan produk atau perniagaan
91
5.2.3 Kelebihan untuk bersaing
92
5.3
Pengurusan dan Organisasi
93
5.4
Analisa Industri
98
5.4.1 Penerangan Industri
98
5.4.2 Sasaran Pasaran
101
5.4.3 Kedudukan Persaing Dalam Sasaran Pasaran
103
Perancangan Pemasaran
106
5.5.1 Strategi Penerapan
106
5.5.2 Strategi Harga
107
5.5.3 Strategi Penyebaran
107
5.5.4 Strategi Promosi
107
5.6
Rancangan Pengoperasian
108
5.7
Pembangunan Jangka Masa Panjang dan Rancangan
109
5.5
Keluar
5.8
5.7.1 Strategi-strategi
108
5.7.2 Batu Tanda
109
5.7.3 Risiko yang bakal dihadapi
110
Rancangan Kewangan
111
xii
5.9
6
Ringkasan
113
KESIMPULAN
6.1
Pencapaian
114
6.2
Kekangan
114
6.2.1 Cabaran
115
6.2.2 Kekangan
115
6.2.3 Aspirasi
116
Perbincangan
116
6.3
RUJUKAN
117-118
LAMPIRAN
119-159
xiii
SENARAI JADUAL
NO.
TAJUK
HALAMAN
JADUAL
2.1
Maklumat berkaitan laman web fotki.com
14
2.2
Maklumat berkaitan laman web funtigo.com
15
2.3
Maklumat berkaitan laman web imageevent.com
18
2.4
Maklumat berkaitan laman web pbase.com
20
2.5
Maklumat berkaitan laman web smugmug.com
21
2.6
Maklumat berkaitan perisian Picassa
23
2.7
Maklumat berkaitan laman web flickr.com
25
2.8
Perbandingan produk Iphoto dengan yang lain
26
2.9
Penggunaan ICT bagi tahun 2000 – 2010 (Sumber
27
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,
2005)
2.10
Perbandingan bahasa pengaturcaraa PHP, ASP dan JSP
36
(Sumber Rosli Ab Ghani, 2004)
3.1
Penerangan pandangan/rajah dan notasi
56
3.2
Keperluan minima perkakasan pelayan
60
3.3
Keperluan minima perkakasan pelanggan
61
4.1
Spesifikasi Input
78
4.2
Spesifikasi Output
79
5.1
Maklumat Ahli Pengurusan Iwana Solution
95
5.2
Perbandingan Produk
104
xiv
5.3
Ringkasan jadual bagi batu tanda dari Jun 2007 hingga
ke Jun 2008
110
xv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH
TAJUK
HALAMAN
2.1
Antaramuka utama produk Fotki.com
13
2.2
Antaramuka modul album bagi produk Fotki.com
13
2.3
Antaramuka modul album produk funtigo.com
15
2.4
Antaramuka utama produk imageevent.com
17
2.5
Antaramuka modul album produk imageevent.com
17
2.6
Antaramuka utama pbase.com
19
2.7
Antaramuka modul album produk pbase.com
19
2.8
Antaramuka utama smugmug.com
21
2.9
Antaramuka utama Picasssa
22
2.10
Antaramuka utama flickr.com
24
2.11
Antaramuka modul album produk flickr.com
24
2.12
Bilangan langganan Telefon Selular (Sumber
29
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,
2005)
2.13
Bilangan Komputer Peribadi Dipasang (Sumber
29
Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,
2005)
2.14
Bilangan Langganan Internet (Sumber Suruhanjaya
30
Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, 2005)
2.15
Peratusan alasan pengguna di Amerika Syarikat
31
xvi
menggunakan perkhidmatan perkongsian dan
percetakan atas talian (InfoTrends, Ogos 2007)
2.16
Jangkaan penggunaan kamera digital di seluruh dunia
32
daripada tahun 2005 hingga 2011 (InfoTrends,
Februari 2007)
2.17
Jangkaan penggunaan telefon bimbit berkamera
32
diseluruh dunia daripada tahun 2003 hingga 2009
(InfoTrends, November 2005)
2.18
Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat
33
berkenaan dengan jumlah imej yang ditangkapkan
dari tahun 2006 hingga ke tahun 2011 (Sumber
InfoTrends, Mei 2007)
2.19
Graf sejarah trafik untuk laman web rangkaian
34
bersosial (Ina O’Murchu, John G. Breslin, Stefan
Decker, DERI Ogos 2004)
2.20
Graf sejarah trafik untuk laman web profesional dan
35
bidang perniagaan (Ina O’Murchu, John G. Breslin,
Stefan Decker, DERI Ogos 2004)
2.21
Konsep dasar pelayar dan pelayan
40
2.22
Proses Pelanggan-Pelayan
43
3.1
Rangka Kerja Operasi
49
3.2
Fasa-fasa di dalam Rational Unified Process (Craig
52
Larman, 2002)
3.3
Jenis-jenis Pandangan Dalam UML
56
4.1
Senibina Online Photo Album and Portfolio
69
4.2
Keseluruhan senibina online photo album
72
4.3
Carta Alir Keseluruhan Sistem
74
4.4
Actor
75
4.5
Use Case
75
4.6
Antaramuka Menu Utama
82
4.7
Antaramuka Pendaftaran
83
xvii
4.8
Antaramuka Profail
84
4.9
Antaramuka Album
85
4.10
Antaramuka Mesej
86
4.11
Antaramuka Buku Tamu
87
4.12
Antaramuka Berita
88
5.1
Carta Organisasi
94
5.2
Pengisytiharan syarikat Flickr sebagai pengeluar
103
produk terbaik di dunia (Sumber The Stars, 14 Jun
2007)
5.3
Ramalan jualan projek untuk 3 tahun
111
5.4
Ramalan kos projek untuk 3 tahun
112
5.5
Ramalan Sasaran Untung/Rugi untuk 3 tahun
112
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN
TAJUK
HALAMAN
A
Senarai Temuramah
119
B
Jadual Perlaksanaan Carta Gantt Projek II dan Projek
121
III
C
Rajah Web Statik Dan Dinamik
124
D
Analisa dan Rekabentuk
126
E
Rancangan Kewangan
151
BAB 1
PENGENALAN PROJEK
1.1
Pendahuluan/Pengenalan
Teknologi sentiasa berkembang dari semasa ke semasa mengikut kepada
keperluan masyarakat dan juga secara tidak langsung telah menyumbang kepada
kehidupan masyarakat seharian. Medium berkomunikasi dengan menggunakan
kaedah internet dan telefon bimbit telah menjadi keperluan utama bagi seluruh
lapisan masyarakat untuk berhubung di antara satu sama lain. Penyebaran maklumat
dan komunikasi yang dilakukan melalui kaedah ini lebih praktik, cepat dan
menjimatkan kos. Begitu juga dengan negara kita Malaysia, kerajaan telah
memperuntukkan sejumlah bajet dalam RMK-9 dan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010 untuk membangunkan modal insan yang mahir dan
berpengetahuan dalam ICT (Utusan Malaysia, 16 Februari 2007).
Masyarakat sekarang mementingkan rangkaian bersosial (Social Networking)
sebagai salah satu daripada elemen dalam memenuhi kehidupan seharian.
Komunikasi mengunakan rangkaian internet amat popular pada masa kini. Banyak
laman web yang menekankan nilai perhubungan sosial antara segenap lapisan
masyarakat telah diperkenalkan dan telah mendapat sambutan seperti Friendster,
Myspace, Virtual Friends dan sebagainya. Kesemua laman web ini mempunyai
2
fungsi sebagai perkongsian imej (photo sharing) yang menjadikan komunikasi dan
bersosial lebih efektif dan menarik (Zam Karim, The Stars 16 Mei 2007).
Selain itu terdapat juga laman web yang hanya menekankan konsep
perkhidmatan berasaskan perkongsian imej bagi kegunaan masyarakat umum. Di
mana pengguna dapat berkongsi foto-foto yang mereka muat naik ke dalam laman
web dengan orang ramai. Kebiasaannya pengguna akan memuat naikkan imej yang
istimewa daripada majlis-majlis tertentu untuk dikongsi dengan rakan-rakan dan
sanak saudara. Contohnya majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis sambutan
ulang tahun dan sebagainya. Namun begitu ada juga yang menjadikan ini sebagai
hobi dan ada juga yang menjadikan laman web ini sebagai sebuah platform untuk
menunjukkan hasil fotografi ataupun hasil seni yang telah dihasilkan oleh mereka.
Minat masyarakat terhadap laman web perkongsian imej didorong lagi
dengan perkembangan teknologi telefon bimbit yang mengabungkan fungsi kamera
digital ke dalam telefon bimbit tersebut. Banyak telefon bimbit berkamera yang
dihasilkan mampu menandingi kualiti-kualiti kamera digital yang berada dipasaran.
Contohnya telefon bimbit yang yang berjenama Nokia iaitu model N93 mempunyai
kamera berkualiti 3.2 megapiksel, mempunyai kualiti yg setanding dengan kamera
digital dipasaran (Christy Lee S.W, The Stars 21 September 2006).
Berikutan itu ramai yang menjadikan bergambar ini sebagai hobi disamping
dapat diabadikan kenangan tersebut dalam bentuk cetakan ataupun digital.
Contohnya laman web Flickr yang menyediakan perkhidmatan perkongsian imej
telah mendapat sambutan dengan seramai lebih 200,000 pengguna di negara
Malaysia. (Ronald Bryne, The Stars 14 Jun 2007). Ini menunjukkan industri ini
mempunyai potensi untuk diceburi yang mana jumlah penggunanya bertambah dari
hari ke hari serta perkhidmatan yang telah wujud di pasaran pada masa kini masih
belum dapat memenuhi kehendak pelanggan.
3
1.2
Latar Belakang Masalah
Bagi mengenalpasti kelemahan dan masalah-masalah yang dihadapi dengan
laman web perkongsian imej atas talian, penulis telah menjalankan temubual dengan
beberapa jurugambar profesional yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini.
Berbagai-bagai masalah yang telah dikenalpasti sepanjang temubual dengan
jurugambar-jurugambar tersebut. Selain itu kajian perbandingan dan analisa dari segi
kekuatan produk kami, kelemahan yang ketara, peluang yang wujud dan ancaman
yang bakal dihadapi (SWOT) telah dilakukan bagi mengenalpasti masalah dan
kelemahan yang wujud.
Masyarakat kini banyak menggunakan telefon bimbit yang mempunyai
pelbagai fungsi lain seperti pemain mp3, pemain mp4, perakam suara, game, kamera
dan sebagainya. Fungsi kamera dititikberatkan kerana terdapat pelbagai jenis kualiti
gambar yang dapat diambil, bergantung kepada kualiti megapiksel kamera tersebut
yang mana berlingkungan 0.3 megapiksel hingga 3.2 megapiksel. Namun begitu
terdapat juga kualiti gambar yang lebih daripada itu (Christy Lee S.W, The Stars 21
September 2006). Ini memudahkan lagi pengguna menangkap gambar sama ada
sebagai hobi ataupun kerjaya. Penyimpanan imej biasanya dihadkan mengikut saiz
memori telefon bimbit tersebut yang biasanya berlingkungan 1 Gigabait ataupun
kurang daripada itu. Oleh itu pengguna tidak dapat menyimpan koleksi gambar pada
kuantiti yg besar di dalam memori, melainkan mereka terpaksa memindahkan
gambar tersebut ke dalam komputer ataupun membuat cetakan foto bagi gambargambar tersebut.
Perkara ini menyukarkan pengguna untuk mempertontonkan koleksi gambargambar mereka kepada rakan-rakan ataupun kenalan kerana sukar untuk dicapai dan
dilihat oleh orang lain. Contohnya seperti album gambar, orang yang hendak melihat
gambar-gambar di dalamnya perlulah berada di tempat tersebut. Bagaimana pula
dengan mereka yang berada jauh dan ingin melihat album tersebut? Bagaimanapula
dengan risiko kehilangan gambar-gambar atau album yang bakal dihadapi oleh
pemilik album tersebut? Pelbagai persoalan boleh ditimbulkan daripada
masalah-masalah yang dapat dilihat dengan jelas dan ketara ini.
4
Sememangnya terdapat penyelesaian bagi permasalahan yang dihadapi
dengan penyimpanan gambar secara bukan digital. Di mana pengguna perlu
menggunakan teknologi email untuk menghantar gambar-gambar yang ingin
ditunjukkan kepada orang yang jauh. Namun begitu berapa kalikah pengguna itu
sanggup menghantar gambar-gambar tersebut? Sekiranya terdapat sebilangan besar
yang ingin melihatnya, pengguna terpaksa berulang-ulang kali menghantar email dan
memuat naikkan gambar-gambar tersebut. Selain itu saiz fail yang dapat dihantar
melalui email hanya dihadkan sebanyak 2 MB sahaja. Perkara ini menyukarkan
pengguna dan memerlukan masa yang lama. Oleh itu kaedah ini belum tentu dapat
menyelesaikan masalah pengguna.
Jika dilihat pada situasi pada masa kini artis, perekabentuk, model,
jurukamera dan ahli-ahli profesional yang lain terpaksa membawa portfolio yang
besar dari suatu tempat ke suatu tempat untuk mempersembahkan hasil kreatif
mereka di dalam sesi temuramah ataupun pembentangan. Ini adalah kerana tiada
kaedah yang sesuai untuk digunakan bagi menggantikan kaedah portfolio ini. Setakat
ini tiada perkhidmatan atas talian yang benar-benar dapat memenuhi keinginan
mereka dan sesuai dengan hasil persembahan bahan kreatif mereka.
Kebanyakkan laman web yang menawarkan perkhidmatan perkongsian imej
di pasaran tidak menekankan cara persembahan foto-foto tersebut dipamerkan.
Laman web yang ada hanya mempersembahkan foto dalam keadaan yang biasa dan
tidak menarik. Jumlah gambar yang dapat dimuat naikkan ke laman web itu
bukanlah satu-satunya daya tarikan kepada pengguna, sebaliknya pengguna juga
menginginkan foto-foto mereka dipersembahkan dengan menarik dan mampu
membuat sesiapa yang melawat dan melihat foto mereka menjadi kagum.
Pada masa kini pelbagai laman web perkongsian imej menawarkan
perkhidmatan percuma pada tahap kebolehan fungsi yang telah dihadkan. Namun
begitu mencari sesebuah laman web yang bersesuai dengan kriteria yang diperlukan
oleh pengguna memerlukan penyelidikan yang mendalam. Contohnya dari segi saiz
storan imej yang diberikan. Ada sesetengah laman web menawarkan saiz storan
sehingga gigabait dan ada juga yang menawarkan kurang daripada itu.
5
Walaubagaimanapun,ada juga yang menawarkan saiz storan yang tiada had tapi
lazimnya mengenakan bayaran pada kadar yang tertentu.
Kebanyakan laman web perkongsian imej menghadkan saiz fail yang boleh
dimuat naik seperti sebanyak 2 MB dan ada yang kurang daripada itu. Oleh itu
pengguna akan mengalami masalah untuk memuat naikkan imej besar dan berkualiti
tinggi. Sudah semestinya imej-imej ini tidak dapat dimuat naikkan melainkan
pengguna mengubah gambar tersebut kepada saiz yang lebih kecil dan ini secara
tidak langsung telah mengurangkan kualiti gambar.
1.3
Pernyataan Masalah
Berdasarkan kepada permasalahan yang timbul wujud beberapa peluang yang
telah dikenalpasti. Antara masalah yang dihadapi adalah orang ramai memerlukan
sebuah album yang berbentuk digital yang dapat dikongsi dengan orang lain.
Penggunaan foto album yang berbentuk buku sudah tidak releven kerana risiko
kehilangan dan kerosakan adalah tinggi. Manakala kaedah penghantaran email bagi
menyiarkan gambar-gambar kepada kenalan adalah merumitkan dan memakan masa
yang lama.
Masalah seterusnya yang timbul adalah tiadanya portfolio yang berbentuk
digital bagi menggantikan portfolio yang sedia ada. Maklumnya portfolio adalah
bersaiz besar dan ini menyukarkan artis, perekabentuk, model, jurukamera dan ahliahli profesional yang lain untuk mempamerkan hasil kreatif mereka sewaktu
menghadiri temuramah-temuramah ataupun pembentangan. Ahli-ahli profesional ini
amat menekankan kualiti dan persembahan yang bergaya bagi menambahkan nilai
pada hasil kreativiti mereka.
Masalah seterusnya adalah daripada segi perkhidmatan yang diberikan oleh
laman web perkongsian imej sedia ada itu sendiri. Kebanyakan laman web
6
mengalami masalah dalam memenuhi kehendak pelanggan seperti dari segi saiz
storan yang diperuntukkan sama ada terlalu sedikit ataupun terlalu mahal untuk
mendapat saiz storan yang tidak terhad, pengurangan kualiti gambar setiap kali
muatnaik gambar dilakukan dan juga saiz gambar yang hendak dimuatnaik
hendaklah memenuhi saiz maksima laman web tersebut.
Lazimnya kebanyakan laman web perkongsian imej tidak menekankan cara
persembahan imej-imej yang dipaparkan. Ini berlainan dengan permintaan
masyarakat pada masa kini yang inginkan gambar-gambar yang dimuat naikkan
dipersembahkan dengan secara profesional dan menarik. Mereka berharap
pengunjung yang melihat gambar-gambar mereka akan kagum dan merasai
keunikannya. Oleh itu perkara ini menjadi salah satu masalah yang mampu
ditukarkan kepada peluang dalam industri ini.
1.4
Matlamat
Menghasilkan sebuah foto album dan portfolio secara digital yang akan
digunakan secara atas talian. Produk yang dihasilkan menekankan kualiti
persembahan hasil gambar dan kreativiti secara profesional dan menarik disamping
memenuhi keperluan pengguna dari segi perkhidmatan yang disediakan.
7
1.5
Objektif
Objektif bagi projek ini adalah seperti berkut :
1. Mewujudkan direktori yang dilengkapi fungsi carian yang seterusnya dapat
membantu pelawat membuat carian disamping memudahkan lagi pengguna
sistem mendapat pelanggan.
2. Mewujudkan galeri gambar yang menarik serta mempunyai fungsi muat naik
gambar bagi memudahkan pengguna mempertonton hasil-hasil kreativiti
mereka.
3. Membangunkan sebuah sistem rangkaian bersosial (social networking) yang
memudahkan komunikasi di antara pelawat, pengguna sistem dan pentadbir
sistem yang seterusnya bertindak sebagai sebuah pusat pertukaran maklumat
bagi ahli-ahli professional (one stop center).
1.6
Skop
Skop bagi projek ini adalah seperti berkut :
1. Para pengguna yang berdaftar sahaja dapat mengunakan perkhidmatan sistem
ini seperti fungsi muatnaik imej supaya dapat dipertontonkan kepada orang
lain.
2. Pengguna sistem yang memilih untuk menjadikan akaunnya sebagai privasi
(private) memerlukan pelawat memasukkan kata laluan yang diberikan oleh
mereka supaya album dan portfolio dapat dilihat.
8
3. Imej gambar yang boleh dimuat naik adalah berformat JPEG, GIF, BMP dan
PNG.
1.7
Justifikasi/Kepentingan
Sistem yang dibangunkan ini akan menekankan perkhidmatan yang bersesuaian
dengan keperluan pengguna. Berikut disenaraikan beberapa manfaat yang dapat
diberikan kepada pengguna sistem iaitu :
1. Mewujudkan sebuah album dan portfolio berbentuk digital iaitu sebuah
laman web perkongsian imej secara atas talian bagi memudahkan lagi
penyimpanan imej dan dipertontonkan kepada orang ramai.
2. Memberikan persembahan yang profesional dan menarik bagi setiap gambargambar yang telah dimuat naikkan oleh pengguna dan secara tidak langsung
menambahkan lagi nilai sesuatu imej itu.
3. Mempunyai harga yang berpatutan serta berdaya saing dengan harga pasaran.
4. Membantu golongan profesional mencari tenaga pakar yang dikehendaki
melalui direktori dan secara tidak langsung membantu pengguna mencari
pelanggan.
9
1.8
Ringkasan
Secara keseluruhannya bab satu menekankan pengenalan kepada produk atau
sistem secara sepintas lalu dan umum. Analisa keperluan terhadap sistem telah
dikenalpasti dalam latarbelakang masalah, pernyataan masalah, matlamat, objektif,
dan skop seperti yang diterangkan dalam bab ini. Projek ini diperkukuhkan lagi
dengan kepentingan atau justifikasi yang disenaraikan. Oleh itu projek yang
diperkenalkan ini akan dapat memberi manfaat dan memenuhi keperluan pengguna.
BAB 2
KAJIAN LATARBELAKANG MASALAH
2.1
Pendahuluan/Pengenalan
Bab ini akan membincangkan secara terperinci tentang kajian latar belakang
dan kajian literasi yang telah dilakukan sepanjang penghasilan projek ini. Kajian
literatur ini telah dijalankan secara berperingkat bagi mendapatkan maklumatmaklumat yang terperinci dan bersesuaian dengan projek yang dibangunkan.
Maklumat-maklumat yang diterima akan dikaji dan diteliti bagi membantu dalam
mencapai objektif dan skop projek. Maklumat-maklumat yang telah dikumpul dan
dikaji dapat memberi gambaran yang sebenar keperluan pengguna terhadap sistem
yang dibangunkan.
Pelbagai pendekatan boleh digunakan dalam proses pencarian maklumat.
Namun begitu dalam proses mendapatkan maklumat dalam projek ini, penulis telah
menekankan kepada tiga pendekatan iaitu melalui temuramah, kajian ke atas sumber
rujukan dan juga melalui pemerhatian. Di sini temuramah telah dijalankan bersama
dua ahli jurukamera profesional iaitu Encik Elazar Syazli dari Syarikat Snapshotz
Media dan Encik Zulkifli Ismail dari Syarikat Truelenz. Pihak kami juga telah
menemuramah Encik Farid, pemilik Syarikat Andaman NFL Bridal . (Sila rujuk
Lampiran A). Bagi kajian dari sumber rujukan, penulis telah mendapatkan rujukan
11
daripada halaman web, buku-buku rujukan, sumber cakera padat dan nasihat yang
disampaikan oleh penyelia. Permerhatian juga telah dilakukan di halaman web forum
yang disertai oleh sejumlah besar jurukamera profesional. Senarai-senarai rujukan ini
akan disenaraikan di bahagian rujukan projek ini.
Secara amnya kajian latarbelakang masalah telah dibahagikan kepada tiga
bahagian sepeti berikut:
1. Kajian terhadap persekitaran.
2. Kajian terhadap aplikasi sedia ada yang serupa dan berkaitan.
3. Kajian terhadap komponen-komponen yang akan digunakan.
2.2
Latarbelakang Organisasi
Kajian dan temuramah telah dilakukan ke atas tiga organisasi yang sudah
lama berkecimpung di dalam dunia fotografi. Syarikat-syarikat yang terlibat ialah
Snapshotz Media dan Truelenz. Dua syarikat ini mempunyai persamaan dari segi
pelanggan dan industri yang diceburi. Mereka menjalankan perniagaan sebagai
jurukamera profesional yang diupah untuk menangkap gambar di majlis-majlis
penting contohnya seperti majlis perkahwinan, majlis pertunangan, majlis keramaian
dan sebagainya. Sila rujuk Lampiran A.
Pelanggan-pelanggan mereka terdiri daripada syarikat-syarikat andaman,
pengantin, model, syarikat pengiklanan dan sebagainya. Sebahagian maklum balas
telah diterima daripada pelanggan-pelanggan mereka terhadap bidang ini semasa
berlangsungnya sesi temuramah. Maklumat-maklumat yang dikumpulkan adalah
berkaitan dengan permintaan dan keperluan pelanggan-pelanggan mereka terhadap
12
keperluan album foto digital. Walaubagaimanapun, pendapat jurukamera tersebut
juga di ambil kira bagi memenuhi ciri-ciri yang diperlukan oleh projek ini.
Selain itu sesi temubual juga dilakukan dengan pemilik NFL Bridal yang
beroperasi di Bandar Baru UDA, Tampoi, Johor bagi mendapatkan maklumat dan
maklum balas terhadap sistem yang akan dibangunkan ini. Pemilik tersebut pernah
melangsungkan Ekspo Perkahwinan pada Januari 2008 di Plaza Angsana yang mana
telah disertai hampir 20 syarikat andaman. Oleh itu temubual yang diadakan dapat
membantu memhasilkan sebuah sistem yang mampu mengikut permintaan pasaran.
2.3
Kajian Terhadap Sistem Sedia Ada
Setelah menjalankan kajian di dalam Internet terdapat beberapa halaman web
yang telah dikenalpasti sebagai pesaing bagi produk yang akan dibangunkan. Di
antaranya adalah fotki.com, funtigo.com, imageevent.com, pbase.com, smugmug.com,
Picassa dan flickr.com.
13
2.3.1
www.fotki.com
Rajah 2.1, Rajah 2.2 dan Jadual 2.1 menunjukkan contoh-contoh antaramuka laman
web fotki.com disamping maklumat lanjut berkaitan dengan produk tersebut.
Rajah 2.1: Antaramuka utama produk fotki.com
Rajah 2.2: Antaramuka modul album bagi produk fotki.com
14
Jadual 2.1: Maklumat berkaitan laman web fotki.com
Maklumat yang berkaitan
•
Alamat laman web : www.fotki.com
dengan laman web
•
Mempunyai fungsi perkongsian dan komuniti
dan juga perkhimatan percetakan dengan harga
yang berpatutan.
Ruang penyimpanan dan
•
Perkhidmatan percuma untuk 10 MB sahaja.
saiz storan
•
Saiz storan yang tidak terhad bagi ahli
premium yang perlu membayar USD $50
setahun.
Antaramuka muat naik
•
Muat naik atau pengurusan imej: Cemerlang
dan pandangan pengguna
•
Pandangan pengguna mengikut penilaian: 9
mengikut penilaian.
•
Cepat, terdapat fungsi tambahan dan kualiti
gambar yang baik dengan resolusi penuh.
Format gambar yang
•
JPG, TIF, PNG, PSD, BMP, GIF.
disokong dan external
•
External links dan resolusi penuh dibenarkan
links pada imej atau
untuk di muat turun.
resolusi penuh dibenarkan
untuk di muat turun?
Ciri-ciri khas
•
Perkongsian komputer ke komputer.
•
Galeri umum.
•
Pertandingan.
•
Terdapat fungsi komuniti.
•
E-mail disediakan.
15
2.3.2
www.funtigo.com
Rajah 2.3 dan Jadual 2.2 menunjukkan contoh-contoh antaramuka laman web
funtigo.com disamping maklumat lanjut berkaitan dengan produk tersebut.
Rajah 2.3: Antaramuka modul album produk funtigo.com
Jadual 2.2: Maklumat berkaitan laman web funtigo.com
Maklumat yang berkaitan
•
Alamat laman web : www.funtigo.com
dengan laman web
•
Bukan seperti lembaran muka yang biasa tetapi
mempunyai fungsi perkongsian album seperti
pilihan untuk persembahan imej tersebut.
Ruang penyimpanan dan
•
Percuma untuk 21 hari sahaja.
saiz storan
•
Ahli perlu membayar USD $24.95 setahun.
•
Terhad kepada 1500 imej sahaja.
Antaramuka muat naik
•
Muat naik atau pengurusan imej: Cemerlang
dan pandangan pengguna
•
Pandangan pengguna mengikut penilaian: 8
16
mengikut penilaian.
•
Kualiti gambar pada tahap biasa tapi
mempunyai fungsi untuk menjadikan album
menarik seperti clip art placement, text boxes
and balloons, dan sebagainya.
Format gambar yang
•
JPG, GIF, BMP
disokong dan external
•
External links dan resolusi penuh bagi pelawat
links pada imej atau
muat turun dibenarkan.
resolusi penuh dibenarkan
untuk di muat turun?
Ciri-ciri khas
•
Muat naik dengan menggunakan telefon bagi
pengguna yang berdaftar sebagai ahli sahaja.
17
2.3.3 www.imageevent.com
Rajah 2.4, Rajah 2.5 dan Jadual 2.3 menunjukkan contoh-contoh antaramuka laman
web imageevent.com disamping maklumat lanjut berkaitan dengan produk tersebut.
Rajah 2.4: Antaramuka utama produk imageevent.com
Rajah 2.5: Antaramuka modul album produk imageevent.com
18
Jadual 2.3: Maklumat berkaitan laman web imageevent.com
Maklumat yang berkaitan
•
Alamat laman web : www.imageevent.com
dengan laman web
•
Menekankan perkongsian imej dan
memaparkan imej berkualiti untuk paparan.
Ruang penyimpanan dan
•
Menyokong berbagai-bagai format fail.
•
Bayaran USD $24.95 setahun dengan dapat
saiz storan
memuat naik 1,500 imej yang mana setiap imej
bersaiz 10MB.
•
Bayaran USD $34.95 dan fail bersaiz 100MB
boleh di muat naik.
Antaramuka muat naik
•
Muat naik atau pengurusan imej: Cemerlang
dan pandangan pengguna
•
Pandangan pengguna mengikut penilaian: 9
mengikut penilaian.
•
Cepat, terdapat fungsi tambahan dan kualiti
gambar yang baik dengan resolusi penuh
Format gambar yang
•
disokong dan external
links pada imej atau
JPG, BMP, GIF, PNG, PSD, TIF, AVI, MPG,
WMV, ASF, MOV, RAW, SWF, fail Office.
•
resolusi penuh dibenarkan
External links dan resolusi penuh bagi pelawat
muat turun dibenarkan.
untuk di muat turun.
Ciri-ciri khas
•
Galeri umum.
•
Penyimpanan fail dokumen disediakan
19
2.3.4
www.pbase.com
Rajah 2.6, Rajah 2.7 dan Jadual 2.4 menunjukkan contoh-contoh antaramuka laman
web pbase.com disamping maklumat lanjut berkaitan dengan produk tersebut.
Rajah 2.6: Antaramuka utama pbase.com
Rajah 2.7: Antaramuka modul album produk pbase.com
20
Jadual 2.4: Maklumat berkaitan laman pbase.com
Maklumat yang berkaitan
•
Alamat laman web : www.pbase.com
dengan laman web
•
Laman web perkongsian yang fleksibel
•
Kualiti imej yang baik dan paparan galeri yang
baik.
Ruang penyimpanan dan
•
200MB bagi USD $23 setahun
saiz storan
•
600MB bagi USD $60 setahun
Antaramuka muat naik
•
Muat naik atau pengurusan imej: Cemerlang
dan pandangan pengguna
•
Pandangan pengguna mengikut penilaian: 9
mengikut penilaian.
•
Cepat, terdapat fungsi tambahan dan kualiti
gambar yang baik dengan resolusi penuh
Format gambar yang
•
JPG, GIF, PNG, ZIP, TAR
disokong dan external
•
External links dan resolusi penuh bagi pelawat
links pada imej atau
muat turun dibenarkan.
resolusi penuh dibenarkan
untuk di muat turun.
Ciri-ciri khas
•
Galeri umum.
•
Mempunyai forum
21
2.3.5
www.smugmug.com
Rajah 2.8, Rajah 2.9 dan Jadual 2.5 menunjukkan contoh-contoh antaramuka laman
web smugmug.com disamping maklumat lanjut berkaitan dengan produk tersebut.
Rajah 2.8: Antaramuka utama smugmug.com
Jadual 2.5: Maklumat berkaitan laman web smugmug.com
Maklumat yang berkaitan
•
Alamat laman web : www.smugmug.com
dengan laman web
•
Menyediakan perkhidmatan percetakan.
Ruang penyimpanan dan
•
Percuma untuk 7 hari.
saiz storan
•
Akaun biasa USD $39.95 setahun.
•
Akaun Power USD $59.95 setahun.
•
Akaun Pro USD $149.95 setahun di mana saiz
storan tidak terhad.
naik
•
Muat naik atau pengurusan imej: Cemerlang
dan pandangan pengguna
•
Pandangan pengguna mengikut penilaian: 9
mengikut penilaian.
•
Cepat, terdapat fungsi tambahan dan kualiti
Antaramuka
muat
gambar yang baik dengan resolusi penuh
22
Format
disokong
links
yang
•
JPG, TIF, GIF, BMP, PSD, MPEG-1
external
•
External links dan resolusi penuh bagi pelawat
gambar
dan
pada
imej
atau
muat turun dibenarkan.
resolusi penuh dibenarkan
untuk di muat turun.
Ciri-ciri khas
2.3.6
•
Diberikan nama domain
•
Forum
•
Galeri Umum
•
Muat naik dari telefon bimbit.
•
Carian IPTC
•
RSS dan Atom Feeds.
Perisian Picassa (http://www.picassa.com)
Rajah 2.10 dan Jadual 2.6 menunjukkan contoh-contoh perisian Picassa disamping
maklumat lanjut berkaitan dengan produk tersebut.
Rajah 2.10: Antaramuka utama Picasssa
23
Jadual 2.6: Maklumat berkaitan perisian Picassa
Maklumat yang berkaitan
•
dengan laman web
Alamat laman web bagi muat turun perisian:
www.picassa.com
Ruang penyimpanan dan
•
Picassa Hello dimiliki oleh Google.
•
Mempunyai perisian bagi pengurusan imej.
•
Percuma dan saiz storan tidak terhad.
saiz storan
(stand-alone program)
naik
•
Muat naik atau pengurusan imej: Cemerlang
dan pandangan pengguna
•
Pandangan pengguna mengikut penilaian: 9
mengikut penilaian.
•
Mudah digunakan, cepat dan kualiti gambar
Antaramuka
muat
yang biasa.
Format
gambar
disokong
links
dan
pada
yang
•
external
imej
atau
JPG, BMP, GIF, PNG, PSD, TIF, AVI, MPG,
WMV, ASF, MOV, RAW
•
resolusi penuh dibenarkan
External links dan resolusi penuh bagi pelawat
muat turun dibenarkan.
untuk di muat turun.
Ciri-ciri khas
•
Simulasi penghantaran mesej teks
•
Disertakan peralatan untuk photoblogging
24
2.3.7
www.flickr.com
Rajah 2.11, Rajah 2.12 dan Jadual 2.7 menunjukkan contoh-contoh antaramuka
laman web flickr.com disamping maklumat lanjut berkaitan dengan produk tersebut.
Rajah 2.11: Antaramuka utama flickr.com
Rajah 2.12: Antaramuka modul album produk flickr.com
25
Jadual 2.7: Maklumat berkaitan laman web flickr.com
Maklumat yang berkaitan
•
Alamat laman web : www.flickr.com
dengan laman web
•
Perkongsian imej dan perkhidmatan percetakan
disediakan
Ruang penyimpanan dan
•
saiz storan
Mempunyai akaun percuma tetapi dihadkan
muat naik dengan jalur lebar (bandwidth)
bukannya ruang storan. Imej sebanyak 100 MB
sahaja yang dapat di muat naik setiap bulan.
Membuang imej tidak akan menambahkan
jumlah imej yang boleh dimuat naik.
•
Fail saiz dihadkan kepada 5 megabait
•
Akaun Flickr Pro berharga USD $24.95
setahun tanpa dihadkan saiz muat naik.
Antaramuka muat naik
•
Muat naik atau pengurusan imej: Bagus
dan pandangan pengguna
•
Pandangan pengguna mengikut penilaian: 8
mengikut penilaian.
•
Mudah untuk digunakan
Format gambar yang
•
JPG, BMP, GIF, PNG, PSD, TIF, AVI, MPG,
disokong dan external
links pada imej atau
WMV, ASF, MOV, RAW
•
External links dan muat turun dibenarkan.
•
Menyediakan perkhidmatan percetakan.
•
Menyediakan salinan CD dengan bayaran $10
resolusi penuh dibenarkan
untuk di muat turun.
Ciri-ciri khas
manakala bagi DVD dengan bayaran $15.
26
2.4
Perbandingan Aplikasi
Berikut adalah perbandingan dengan pesaing yang melopori pasaran
perkongsian imej iaitu Flickr yang dikendalikan oleh Yahoo Group, Photo Bucket,
Fotopages dan Smugmug. Daripada penilaian dan analisis yang dijalankan, maka
projek yang dibangunkan ini memberikan nilai tambah daripada laman web yang
wujud dipasaran sebelum ini.
Jadual 2.8: Perbandingan produk Iphoto dengan yang lain.
Ciri-ciri aplikasi yang
Flickr
ditawarkan
Photo
Fotopages Smugmug
Bucket
iPhoto
(Produk
kami)
Imej dipersembahkan dengan
√
menarik
√
Persembahan web yang
√
√
professional dan eksklusif
Mempunyai fungsi muzik
√
latarbelakang
Boleh memilih rekabentuk
√
album
√
Menyediakan direktori
mengikut kategori bagi
√
memudahkan pelawat
membuat carian
Menyediakan nama URL yang
unik bagi pengguna sistem.
√
Contohnya
http://www.iphoto.com/syema.
Harga berpatutan dan tiada caj
tersembunyi
Menyediakan keselamatan
kata laluan untuk melihat
√
√
√
√
√
√
27
album pengguna yang
inginkan privasi
Gambar pengguna dilindungi
daripada pihak ketiga
√
√
√
Pengguna dapat menjanakan
pendapatan sampingan dengan
√
wujudnya Program Kerjasama
(Affiliates Program).
2.5
Kajian Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di
Malaysia
Sistem yang dibangunkan ini bergantung kepada penerimaan masyarakat
khususnya di Malaysia. Oleh itu kajian ini dapat membantu menganggarkan potensi
pelanggan yang bakal menggunakan sistem ini. Disebabkan perkembangan telefon
bimbit berkamera semakin meluas di pasaran maka kajian ke atas penggunaan
telefon bimbit diambil kira dalam melengkapkan kajian ini. Statistik yang berkaitan
dengan penggunaan telefon bimbit, komputer dan langganan internet telah
dikenalpasti daripada sumber maklumat Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia
Malaysia pada tahun 2005. Jadual 2.9 menunjukkan maklumat lengkap bagi statistik
penggunaan ICT bagi tahun 2000 hingga tahun 2010.
Jadual 2.9: Penggunaan ICT bagi tahun 2000 – 2010 (Sumber Suruhanjaya
Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, 2005)
Petunjuk
2000
2005
2010
(Anggaran)
Talian Telefon Tetap yang Beroperasi
-
Bilangan Talian yang Beroperasi (juta)
4.6
4.4
-
28
-
Kadar Penembusan (% bilangan setiap 100
19.7
1.6
-
penduduk)
Langganan Telefon Selular
-
Bilangan Langganan (juta)
5.0
19.5
24.4
-
Kadar Penembusan (% bilangan setiap 100
21.8
74.1
85.0
penduduk)
Komputer Peribadi Dipasang
-
Bilangan Komputer dipasang (juta)
2.2
5.7
11.5
-
Kadar Penembusan (% bilangan setiap 100
9.4
21.8
40.0
penduduk)
Langganan Internet dial-up
-
Bilangan Langganan (juta)
1.7
3.7
10.0
-
Kadar Penembusan (% bilangan setiap 100
7.1
13.9
35.0
penduduk)
Langganan Internet Jalur Lebar
-
Bilangan Langganan
-
490,630
3,7333,000
-
Kadar Penembusan (% bilangan setiap 100
-
1.9
13.0
penduduk)
Rajah 2.13 menunjukkan berlaku peningkatan terhadap bilangan langganan
telefon selular yang berjumlah 5 juta pada tahun 2000 kepada 19.5 juta pada tahun
2005. Seterusnya menjelang tahun 2010 dianggarkan sebanyak 24.4 juta langganan
telefon selular akan dicapai (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia,
2005).
Merujuk kepada statistik langganan telefon selular yang makin meningkat,
maka dapat dijangkakan peningkatan penggunaan telefon selular berkamera di
kalangan pengguna di Malaysia. Oleh itu, fenomena ini dapat mempertingkatkan lagi
potensi pelanggan yang akan menggunakan produk Iphoto ini kelak.
29
Rajah 2.13: Bilangan langganan Telefon Selular (Sumber Suruhanjaya Komunikasi
Dan Multimedia Malaysia, 2005)
Berdasarkan Rajah 2.14 didapati berlaku peningkatan yang tinggi terhadap
bilangan komputer peribadi yang dipasang daripada 2.2 juta pada tahun 2000 kepada
5.7 juta pada tahun 2005 dan selanjutnya diramalkan mencecah sehingga 11.5 juta
pada tahun 2010 (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, 2005).
Rajah 2.14: Bilangan Komputer Peribadi Dipasang (Sumber Suruhanjaya
Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, 2005)
30
Sistem yang dibangunkan iaitu Iphoto sememangnya memerlukan talian
internet untuk menggunakannya. Oleh itu kajian mengenai langganan internet
dikenalpasti bagi melihat ramalan peningkatan pengguna pada masa akan datang.
Dianggarkan pada tahun 2000 sebanyak 1.7 juta bilangan langganan internet dan
meningkat menjadi 4.19 juta pada tahun 2005. Langganan internet dijangkakan akan
meningkat lebih daripada 3 kali ganda pada tahun 2010 iaitu dengan sebanyak 13.73
juta langganan (Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, 2005).
Rajah 2.15: Bilangan Langganan Internet (Sumber Suruhanjaya Komunikasi Dan
Multimedia Malaysia, 2005)
2.6
Kajian Terhadap Perkongsian Imej dan Kamera
Rajah 2.16 menunjukkan peratusan alasan pengguna mengapa mereka
mengunakan perkongsian imej dan pencetakan secara atas talian. Sebab utama yang
diberikan oleh pengguna adalah kerana mudah untuk digunakan.Manakala sebabsebab yang seterusnya mengikut kepada turutan peratusan adalah kerana mudah
digunakan, harga mencetak gambar yang murah, menyediakan perkhidmatan dengan
31
percuma, memiliki fungsi yang menarik, ahli keluarga dan rakan-rakan mereka juga
menggunakan perkhidmatan ini dan sebagainya (InfoTrends, Ogos 2007).
Rajah 2.16: Peratusan alasan pengguna di Amerika Syarikat menggunakan
perkhidmatan perkongsian dan percetakan atas talian (InfoTrends, Ogos 2007)
Rajah 2.17 menunjukkan jangkaan penggunaan kamera digital di seluruh
dunia daripada tahun 2005 hingga ke tahun 2010. Bermula dengan tahun 2005, lebih
daripada 80 juta unit kamera digital telah digunakan secara meluas. Oleh kerana itu
jangkaan untuk tahun-tahun akan datang dapat diramalkan ,iaitu sehingga pada tahun
2011 dijangkakan sebanyak hampir 120 juta kamera digital akan digunakan
(InfoTrends, Februari 2007).
32
Rajah 2.17: Jangkaan penggunaan kamera digital di seluruh dunia daripada tahun
2005 hingga 2011 (InfoTrends, Februari 2007)
Rajah 2.18 menunjukkan jangkaan penggunaan telefon bimbit berkamera
diseluruh dunia daripada tahun 2003 hingga ke tahun 2009. Dimana peningkatan
mendadak dapat dilihat pada setiap tahun memandangkan permintaan pelanggan
semakin meningkat dan semakin diperlukan oleh mereka (InfoTrends, November
2005).
Rajah 2.18: Jangkaan penggunaan telefon bimbit berkamera diseluruh dunia
daripada tahun 2003 hingga 2009 (InfoTrends, November 2005)
33
Rajah 2.19 menunjukkan kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat
berkenaan dengan jumlah imej yang ditangkap dari tahun 2006 hingga ke tahun
2011. Melalui kajian yang dilakukan ke atas perlakuan masyarakat Amerika Syarikat
terhadap imej yang mereka tangkap menggunakan peralatan, dapat dilihat di sini
bilangan penangkapan imej akan sentiasa meningkat sehingga ke tahun 2009.
Penangkapan imej menggunakan telefon bimbit dijangkakan akan stabil manakala
penangkapan imej mengunakan kamera digital akan meningkat (InfoTrends, Mei
2007).
Rajah 2.19: Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat berkenaan dengan jumlah
imej yang ditangkapkan dari tahun 2006 hingga ke tahun 2011 (Sumber InfoTrends,
Mei 2007)
2.7
Kajian Terhadap Rangkaian Bersosial (Social Networking) Di Pasaran
Statistik yang tepat bagi laman web rangkaian bersosial (social networking)
adalah sukar untuk diperolehi kerana kekurangan data yang disiarkan secara terbuka.
34
Sesetengah fakta yang berkait dengan populariti boleh diperolehi melalui sejarah
trafik internet yang disediakan oleh Alexa. Rajah 2.20 dan rajah 2.21 menunjukkan
sejarah trafik internet bagi laman web rangkaian bersosial dan juga laman web
profesional. Graf tersebut mewakili setiap laman web yang berada di tangga 100,000
ke atas oleh Alexa setiap hari. Didapati bahawa laman web profesional lebih tinggi
jangka hayatnya yang mana menunjukkan lebih daripada 2 tahun ke atas. Sesetengah
laman web menunjukkan jumlah statistik dan demografi pengguna yang aktif
bergantung kepada sama ada pengguna itu mendaftar sebagai ahli atau bergantung
kepada tempoh berapa lama mereka menjadi ahli (Ina O’Murchu, John G. Breslin,
Stefan Decker, DERI Ogos 2004).
Berdasarkan kepada rajah 2.20, Tickle (established as eMode in 1999)
menunjukkan angka peningkatan daripada 17 juta kepada 18 juta iaitu sama dengan
peningkatan sebanyak 5%. Manakala Meetup telah meningkat daripada 870,000 ahli
kepada 1.45 juta yang meningkat lebih daripada 30% . Begitu juga dengan laman
web Friendster yang meningkat daripada 4 juta kepada 6 juta ahli iaitu sebanyak
50% peningkatan. Tribe pula bertambah ahli daripada 58,000 kepada 113,152 yang
menghampiri 100% peningkatan. Orkut telah mencapai 271,490 ahli sejak
dilancarkan pada Feb 2004. Terbukti bahawa kecepatan peningkatan mereka adalah
hanya sebagai satu permulaan (Ina O’Murchu, John G. Breslin, Stefan Decker, DERI
Ogos 2004).
Rajah 2.20: Graf sejarah trafik untuk laman web rangkaian bersosial (Ina
O’Murchu, John G. Breslin, Stefan Decker, DERI Ogos 2004)
35
Rajah 2.21: Graf sejarah trafik untuk laman web profesional dan bidang
perniagaan (Ina O’Murchu, John G. Breslin, Stefan Decker, DERI Ogos 2004)
Sesetengah laman web juga menyenaraikan angka pengunjung yang melayari
profail pengguna. Ini akan meningkatkan kemahuan pengguna untuk melengkapkan
setiap profail mereka kerana dapat memberi manfaat dalam memudahkan carian oleh
pelawat dan juga untuk populariti masing-masing.
2.8
Kajian ke atas teknik-teknik, peralatan-peralatan dan teknologi
berkaitan yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah.
Perbandingan di antara tiga bahasa pengaturcaraan dijalankan bagi
memastikan bahasa yang sesuai untuk digunakan dalam pembangunan sistem. Tiga
bahasa pengaturcaraan tersebut adalah bahasa pengaturcaraan PHP, ASP dan JSP
(Rosli Ab Ghani, 2004).
36
Jadual 2.10: Perbandingan bahasa pengaturcaraa PHP, ASP dan JSP (Sumber Rosli
Ab Ghani, 2004)
PHP
Kelebihan
• Mudah dipelajari
ASP
• Pembangunan
JSP
• Tahap
dan mirip dengan
web perlu
keselamatan
bahasa
mengetahui
adalah paling
pengaturacaraan
HTML dan juga
tinggi berbanding
C.
VBScript atau
yang lain.
• Sangat mudah
didapati dari
JavaScript.
• Terdiri daripada 6
sumber luaran
objek yang
(outsourcing).
sederhana tetapi
menjadi sangat
berguna apabila
digabungkan
dengan struktur
teknologi
Microsoft yang
lain.
Kelemahan
• Tahap
keselamatan yang
• Mahal berbanding • Pengetahuan asa
PHP
Java perlulah
rendah
kukuh kerana
berbanding yang
penggunaan
lain.
kelas dalam
aturcara.
• Sukar dipelajari
berbanding yang
lain.
Berdasarkan perbandingan yang telah dibuat, penulis telah membuat
keputusan dan memilih PHP sebagai bahasa pengaturcaraan bagi membangunkan
sistem ini.
37
2.8.1
Bahasa Pengaturcaraan Web PHP
PHP adalah bahasa untuk skrip bahagian pelayan (server-side scripting
language) yang direka khas untuk pembangunan laman web. Di dalam halaman
HTML, pembangun boleh menempatkan kod-kod PHP yang akan dilarikan setiap
kali halaman web di lawati pengguna. Semua kod PHP dilaksanakan di pelayan web
yang menjana HTML dan output lain untuk laman web (Larry Ullman, 2003).
PHP di reka pada tahun 1994 dan pada asalnya merupakan idea Rasmus
Lerdorf. Oleh kerana PHP merupakan perisian sumber terbuka, PHP kemudiannya
digunakan dan diperbaiki oleh ramai lagi pembangun laman web dan setakat ini telah
empat kali diperbaiki dan ditulis semula. Antara kelebihan PHP sebagai sumber
terbuka, pembangun dibenarkan untuk membuka, mengubah dan mengedar semula
kos sumber PHP tanpa dikenakan sebarang caj. PHP pada awalnya adalah akronim
bagi Personal Home Page, tetapi telah ditukar kerana mengikut piawaian
Konvensyen Penamaan Rekursif GNU (Gnu’s Not Unix) dan sekarang dikenali
sebagai PHP Hypetext Processor. Versi terbaru PHP sekarang adalah PHPv5.
2.8.2
Pangkalan Data MySQL
MySQL adalah pangkalan data yang mempunyai kadar capaian yang pantas,
tegap dan merupakan Sistem Pengurusan Pangkalan Data Hubungan (RDBMS).
Pangkalan data ini membolehkan pembangun menyimpan maklumat dengan efisien,
membuat carian, menyisih dan mencapai data (Lizawati Mi Yusuf, Mohd Shahizan
Othman, Suraya Miskon, Syed Norris Hikmi Syed Abdullah, 2006).
Kawalan pelayan MySQL bertindak menjaga akses dan capaian pengguna ke
pangkalan data bagi memastikan capaian berbilang ke atas pangkalan data dan hanya
pengguna yang mempunyai akses sahaja boleh mencapai data. Lebih dari itu,
38
MySQL adalah pelayan berbilang tugasan dan berbilang capaian (multi-user and
multi-threaded). MySQL menggunakan Structured Query Language yang
merupakan piawaian query language di seluruh dunia. MySQL mula diperkenalkan
pada tahun 1996 tetapi proses pembangunannya telah bermula sejak 1979. MySQL
juga merupakan sumber perisian terbuka dengan versi terbaru MySQLv4.
2.8.3 JavaScript
Di peringkat awal JavaScript merupakan bahasa skrip yang dikeluarkan oleh
Netscape. Namun Microsoft telah mewujudkan versi JavaScript miliknya yang
dipanggil JScript. Kemudiannya Microsoft dan Netscape telah bekerjasama dengan
European Computer Manufacturer’s Associantions (EMCA) untuk mewujudkan
versi standard untuk JavaScript yang dikenali sebagai ECMA Script. Untuk halaman
web sistem ini JavaScript akan berfungsi sebagai Clien-Side Script yang akan
mengurus fungsi-fungsi web di pihak pengguna. Antara kegunaan JavaScript adalah
untuk mengawal jenis dan ciri-ciri input yang akan dimasukkan pengguna.
2.8.4
Teknologi-teknologi yang digunakan
2.8.4.1 Internet
Internetworking atau lebih dikenali sebagai internet bermaksud komunikasi
antara rangkaian di mana ia menghubungkan beribu-ribu bahkan berjuta-juta sistem
komputer di seluruh pelosok dunia dengan menggunakan Transmission Control
39
Protokol/ Internet Protokol (TCP/IP) (Lizawati Mi Yusuf, Mohd Shahizan Othman,
Suraya Miskon, Syed Norris Hikmi Syed Abdullah, 2006).
Dengan perkembangan teknologi, internet telah menjadikan sebahagian
daripada kehidupan kita. Internet bukan lagi berfungsi sebagai penyebaran maklumat
dalam bidang pendidikan, perbadanaan dan sebagainya. Malah pada masa kini
internet boleh disambung di mana-mana sahaja dan boleh digunakan oleh sesiapa
sahaja.
Internet menyediakan banyak kemudahan seperti pertukaran maklumat dalam
format ,boleh diguna-semula dan boleh dibaca seperti gambar, teks, audio-video dan
lain-lain lagi. Selain itu ia juga menyediakan kemudahan seperti surat elektronik (email), forum (Newsgroups), pertukaran file dan data (FTP).
Laman web pula merupakan elemen dari World Wide Web (www). Dengan
erti kata lain, setiap laman web mempunyai tujuan dan kegunaannya yang tersendiri.
Kegunaan laman web semakin bertambah, ia bukan lagi hanya dalam bentuk teks
malah dalam pelbagai bentuk seperti grafik, suara dan sebagainya.
2.8.4.2 World Wide Web (WWW)
World Wide Web dicipta oleh Tim Berners Lee pada awal tahun 90-an
(Williams, et.al, 1999). Ia digunakan dalam mengimplementasikan projek ini dan
merupakan satu contoh pelayan-pelanggan yang baik kerana mempunyai cara kerja
yang mudah dan capaian yang cepat. Ia mampu menghubungkan pelanggan ke
pangkalan data tanpa pembetulan format di mana ia disimpan serta menggunakan
hypertext untuk menghubungkan dokumen pada komputer di seluruh dunia.
40
Hypertext membenarkan penggabungan teks, video, dan audio dalam satu
dokumen yang membolehkan web dipelajari dengan mudah dan kelihatan menarik.
Web menggabungkan pelbagai jenis data dari pelbagai sumber tanpa memberi
masalah.
2.8.4.3 Hypertext Transfer Protokol (HTTP)
HTTP digunakan untuk menghubungkan pelayan dan pelayar web supaya
dapat berkomunikasi antara satu sama lain. HTTP bertugas untuk menangani
permintaan-permintaan (request) dari pelayar untuk mendapatkan dokumendokumen dari web (Lizawati Mi Yusuf, Mohd Shahizan Othman, Suraya Miskon,
Syed Norris Hikmi Syed Abdullah, 2006).
HTTP biasanya dianggap sebagai satu sistem yang bermodel pelayar-pelayan.
Pelayar bertugas untuk menghantar permintaan kepada pelayan dan pelayan akan
menghantar maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh pelayar. Untuk memenuhi
kehendak pelayar, pelayan akan menghantar maklumat yang diminta tadi melalui
jaringan kepada pelayar. Sila rujuk Rajah 2.22 bagi meneliti konsep dasar pelanggan
dan pelayan.
Rajah 2.22: Konsep dasar pelayar dan pelayan
41
2.8.5
Uniform Resource Locator (URL)
Melalui penggunaan URL, World Wide Web membenarkan pencapaian ke
atas semua perkhidmatan Internet melalui satu antaramuka (Williams, et.al, 1999).
Pengguna hanya perlu menaip alamat dalam format URL dan kemudian klik tetikus
untuk pergi ke alamat tersebut. Alamat mestilah menunjukkan alamat remote host
yang ingin dibuat penyambungan serta fail yang ingin dilihat.
Format URL ialah:
[perkhidmatan] : [alamat]
Perkhidmatan merujuk kepada jenis perkhidmatan yang pengguna ingin buat
sambungan. Perkhidmatan yang ada ialah http, file, news, gopher dan telnet.
2.8.5.1 Transmission Control Protocol (TCP)
TCP menjamin penghantaran packects, memastikan data adalah tersusun dan
mengikut giliran serta mempunyai ciri-ciri checksum yang mengesahkan kedua-dua
packet header dan data untuk ketepatan. Jika semasa penghantaran TCP/IP (Internet
Protocol) hilang, maka TCP terpaksa menghantarnya semula. Kelebihan ini yang
menyebabkan protokol TCP/IP menjadi pilihan semasa penghantaran data, aplikasi
pelayan-pelanggan serta mel-elektronik. Protokol ini merupakan tatatertib yang perlu
diikuti oleh kedua-dua pihak yang ingin berinteraksi di antara satu sama lain supaya
interaksi dapat berjalan dengan lancar seperti mana yang dikehendaki.
42
2.8.5.2 HTML
HTML adalah singkatan kepada Hypertest Markup Language yang
merupakan satu bahasa atau arahan-arahan berformat piawai yang digunakan untuk
menyediakan dokumen-dokumen halaman web hypertext (Lizawati Mi Yusuf, Mohd
Shahizan Othman, Suraya Miskon, Syed Norris Hikmi Syed Abdullah, 2006).
Dokumen-dokumen ini dapat kita lihat dalam World Wide Web (WWW). HTML
sebenarnya terdiri daripada arahan-arahan yang dipanggil sebagai tag atau elemen.
Tag ini digunakan untuk menentukan format atibut bagi teks seperti perenggan, saiz,
Headlings, senarai dan sebagainya. HTML juga mempunyai tag untuk memasukkan
imej ke dalam dokumen dengan menggunakan tag <img>. Selain itu, HTML boleh
memasukkan borang untuk input pengguna, membina jadual dan memasukkan
pautan-pautan hypertext yang menghubungkan diantara halaman-halaman dalam
World Wide Web (WWW). HTML juga berupaya diaplikasikan bersama komponenkomponen lain misalnya JavaScript, VBScript, dan sebagainya bagi memudahkan
pengguna-pengguna internet.
2.8.5.3 Teknologi Pelanggan-Pelayan
2.8.5.3.1 Pelayar/Browser
Merupakan satu perisian aplikasi yang digunakan untuk mengesan lokasi dan
terus memaparkan halaman web tersebut. Contohnya Microsoft Internet Explorer,
Mozilla Firefox dan Netscape.
43
2.8.5.3.2 Pelayan Web (Web Server)
Merupakan satu platform yang menghantar, menguruskan dan melayan
permintaan laman web (Lizawati Mi Yusuf, Mohd Shahizan Othman, Suraya
Miskon, Syed Norris Hikmi Syed Abdullah, 2006). Setiap pelayan mempunyai
alamat IP dan nama domain yang unik dan tersendiri. Misalnya jika kita menaip
URL http://iwana.com.my , ini akan menghantar permintaan (request) ke pelayan
yang berkenaan. Seterusnya pelayan tersebut akan mendapatkan halaman web utama
contohnya index.html dan hantar ke pelayar (browser) anda. Terdapat banyak
aplikasi perisian pelayan web seperti perisian pakej komersial dari Microsoft,
Netscape dan lain-lain. Sila rujuk Rajah 2.23 bagi meneliti proses di antara
pelanggan dan pelayan.
Browser
Permintaa
Pelayan
Web
Platform Pelayan
Komputer
Pengguna
Maklumbalas
Rajah 2.23: Proses Pelanggan-Pelayan
44
2.8.5.3.3 Proses Pelanggan-Pelayan
Proses permintaan (request) antara pelayar (browser) dengan pelayan web:
1)
Pengguna meminta sesuatu fail daripada komputer rangkaian dengan
menggunakan browser.
2)
Browser akan menghantar permintaan itu melalui HTTP.
3)
Pelayan web pada komputer rangkaian menerima permintaan itu dan
menjalankan proses itu.
4)
Jike permintaan berjaya maka komputer rangkaian akan menghantar fail
yang diminta itu kepada browser.
5)
Akhirnya browser akan hantar fail itu kepada pengguna yang membuat
permintaan tersebut.
2.8.5.4 Konsep Web Statik
Halaman web tradisional adalah contoh terbaik bagi halaman web statik.
Dalam konsep web statik ini, pelanggan membuat permintaan untuk ke halaman
yang lain dari pelayan web yang lain. Pelayan tersebut akan menghantar semula fail
permintaan kepada pelanggan dan pelanggan akan dapat menerima halaman web
yang sama. Sila rujuk Lampiran C pada Rajah C1 bagi meneliti proses web statik.
45
2.8.5.5 Konsep Web Dinamik
Web dinamik adalah bermaksud halaman-halaman web akan dihasilkan
secara langsung iaitu pada masa permintaan itu (Lizawati Mi Yusuf, Mohd Shahizan
Othman, Suraya Miskon, Syed Norris Hikmi Syed Abdullah, 2006). Perubahan
kandungan halaman itu adalah berdasarkan kepada kriteria yang telah
dispesifikasikan. Contohnya sebuah halaman web yang mencatat jumlah bilangan
pengunjung yang telah melayari halaman tersebut adalah dianggap sebagai dinamik
kerana kandungnya berubah-ubah. Halaman dinamik dijanakan oleh sebuah aplikasi
pada pelayan itu juga. Sila rujuk Lampiran C pada Rajah C2 bagi meneliti proses
web dinamik.
2.8.6
Teknik-teknik lain yang digunakan
Sistem yang dibangunkan ini akan mempunyai fungsi carian pengguna
supaya dapat memudahkan proses mencari pengguna dalam sistem tersebut oleh
pelawat. Fungsi carian ini adalah dengan mengunakan kaedah carian berdasarkan
perkataan dan diikuti dengan pilihan kategori. Biasanya carian perkatan yang
dibenarkan adalah carian bagi nama pengguna mengikut kategori yang disediakan
sama ada jurugambar, perekabentuk, model, ahli profesional dan sebagainya.
46
2.9
Ringkasan
Pemerhatian terhadap laman web-laman web perkongsian imej yang sedia
ada banyak memberi idea bagaimana ciri-ciri sesuatu web itu perlu dibangunkan
agar dapat bersaing dalam pasaran yang wujud pada hari ini. Keunikan sesuatu web
itu amatlah penting supaya mendapat kunjungan yang ramai dan membentuk
komuniti tersendiri seterusnya dapat mencipta popularitinya sendiri. Laman web
yang berjaya mempunyai bilangan pelanggan yang ramai dan lawatan oleh
penggunanya secara berulang-ulang kali. Bagi keperluan ini, sesebuah laman web itu
perlulah mesra pengguna, mudah digunakan dan dapat menarik minat pengunjung
untuk kembali mengunjunginya semula pada masa akan datang.
Setelah menjalankan kajian terhadap teknologi Internet didapati bahawa
Internet dapat memberikan nilai tambah dalam sesebuah industri. Ciri-ciri yang
terdapat di dalam Internet tersebut boleh dijadikan sebagai medium perkongsian imej
yang lebih baik dan lengkap pada masa hadapan. Perkembangan teknologi mudah
alih juga turut menyumbang kepada pembangunan industri ini selain memberi
kemudahan kepada pengguna untuk melakukan muat naik dan muat turun imej.
BAB 3
METODOLOGI PEMBANGUNAN
3.1
Pengenalan
Rangka kerja operasi dan proses pembangunan adalah penting bagi
menghasilkan sistem yang berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran dan matlamat
pembangunan sistem. Oleh itu, proses membangunkan produk Online Photo Album and
Portfolio menggunakan metodologi yang bersesuaian untuk memastikan pembangunan
sistem ini sentiasa mengikut perancangan dan prosedur-prosedur yang telah ditetapkan
di dalam metodologi yang dipilih.
Metodologi adalah gabungan paradigma, kaedah, polisi, prosedur, piawaian,
peraturan, teknik, alatan, bahasa pengaturcaraan dan gabungan metodologi-metodologi
yang lain merupakan satu jujukan aktiviti yang sistematik yang diperlukan bagi
mencapai sesuatu matlamat mengikut susunan objektif yang dibangunkan.
48
Tujuan penggunaan metodologi adalah untuk memudahkan proses menganalisa
dan memperincikan keperluan pasaran dan reka bentuk sistem. Ia juga penting agar
proses pembangunan sistem dapat dijalankan dengan lancar dan sistematik di samping
menjimatkan masa. Dalam bab ini, penulis akan diberikan penerangan justifikasi
mengenai pemilihan metodologi, keperluan perkakasan, pemilihan perisian beserta
justifikasi-justifikasi lain yang terlibat dalam pembangunan dan perlaksanaan sistem.
49
3.2
Rangka Kerja Operasi
Kajian Pasaran
Model Perniagaan
(Business Model)
Rancangan Perniagaan
(Business Plan)
Pembangunan Sistem
Fasa Permulaan
Penyiasatan Masalah berpandukan
kajian produk dan web semasa
Fasa Penghuraian
Merangka Sistem
Fasa Pembinaan
Membangun dan menulis kod aturcara
sistem
Fasa Peralihan
Pengujian dan penilaian kualiti
Implementasi Sistem
Laporan Projek
Rajah 3.1: Rangka Kerja Operasi
50
3.3
Metodologi dan Pendekatan Pilihan: Metodologi Rational Unified Process
(RUP)
Sepanjang proses pembangunan sistem ini, pembangun sistem telah memilih
metodologi Rational Unified Process (RUP) dengan menggunakan bahasa pemodelan
Unified Modelling Language (UML). RUP menyediakan semua garis panduan yang
perlu diikuti dalam pelan dan lelaran pembangunan. Oleh itu, proses pembangunan dan
mengatur struktur projek akan lebih mudah difahami. RUP banyak mendorong dalam
proses yang berguna dalam rekaan yang bersifat kebolehgunaan semula serta dalam
proses pengujian (Ambler, 2002).
Matlamat RUP adalah untuk membantu pembangun sistem serta menghasilkan
perisian yang berkualiti dan memenuhi keperluan pengguna dari segi kos dan masa yang
dirancangkan. Ini kerana RUP menyediakan enam praktis utama yang perlu diamalkan
(Ambler, 2002) iaitu:-
I.
Pembangunan perisian secara lelaran.
-
II.
Fokus kepada pembangunan lelaran yang menjamin pembangunan efektif.
Menguruskan keperluan.
-
Memastikan keperluan pengguna tercapai dari aspek matlamat, objektif dan
skop.
III.
Pemodelan perisian.
-
IV.
Pengesahan kualiti perisian.
-
V.
Memodelkan masalah sistem dalam bentuk permodelan menggunakan UML.
Menjamin kualiti perisian dari segi produk dan proses.
Senibina berasaskan komponen.
51
-
VI.
Perubahan kawalan terhadap perisian.
-
3.4
Membolehkan pencapaian fungsi-fungsi kebolehgunaan semula komponen.
Mengawal segala perubahan yang dilakukan sebelum ini.
Justifikasi Pemilihan Metodologi
Faktor-faktor utama metodologi RUP dipilih dalam pembangunan sistem ini ialah:-
I.
Dokumentasi perisian dengan UML boleh diubahsuai dengan lebih
mudah.
II.
Apabila perlu bekerjasama dengan pembangun yang lain, UML diagram
akan membenarkan pembangun lain memahami sistem yang
dibangunkan dengan kadar yang cepat.
III.
Apabila kembali untuk melakukan pengubahsuaian kepada sistem, kerja
menjadi mudah apabila ada dokumentasi UML. Masa untuk memahami
sistem tersebut dapat diminimakan. Ini membolehkan kos
pengubahsuaian sistem dapat dikurangkan.
IV.
UML membenarkan pembangun perisian melihat gambaran keseluruhan
sistem.
V.
Kerumitan logik boleh dikesan dalam peringkat merekabentuk perisian.
Perisian akan bertindak mengikut kehendak yang ditetapkan.
52
VI.
Keseluruhan rekabentuk sistem akan menetapkan bagaimana perisian ini
dibangunkan. Keputusan yang tepat perlu dibuat terlebih dahulu untuk
mengelak kecacatan pengkodan.
3.5
Fasa-fasa Metodologi Rational Unified Process (RUP)
Terdapat empat fasa yang terlibat di dalam metodologi RUP ia dimulai dengan
fasa permulaan, fasa penghuraian, fasa pembinaan dan fasa peralihan (Craig Larman,
2002). Setiap fasa disertakan aktiviti-aktiviti analisis keperluan, rekabentuk,
implementasi dan pengujian.
Rajah 3.2: Fasa-fasa di dalam Rational Unified Process (Craig Larman, 2002).
53
3.5.1 Fasa Permulaan
Fasa ini akan melibatkan perancangan awal terhadap sistem yang ingin
dibangunkan. Perancangan yang dimaksudkan ialah kajian awal mengenai sistem sedia
ada di pasaran semasa, menentukan matlamat akhir projek dengan menetapkan objektif
yang ingin dicapai dan skop-skop yang dikenalpasti. Analisis turut dilakukan ke atas
beberapa syarikat-syarikat jurugambar profesional untuk mengenalpasti situasi sebenar
perniagaan mereka dan masalah yang dihadapinya. Antara syarikat yang dipilih adalah:
3.5.2
i)
Syarikat Snapshotz Media
ii)
Syarikat Truelenz
iii)
Syarikat NFL Bridal
Fasa Penghuraian
Fasa ini akan merangka dan mengenalpasti ciri-ciri sistem yang diperlukan
dengan lebih terperinci dan mendalam. Tempoh pembangunan projek juga akan
dirangka untuk dijadikan garis panduan bagi memastikan projek yang dibangunkan
dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Perancangan ini dirangka dengan
menggunakan Carta Gantt. Sila rujuk Lampiran B.
54
3.5.3 Fasa Pembinaan
Aktiviti yang terlibat dalam fasa ini adalah seperti menulis kod aturcara dan
menulis dokumentasi. Aktiviti merekabentuk antara muka pengguna bagi sistem yang
akan dibangunkan juga dilaksanakan di dalam fasa ini. Seterusnya aktiviti menulis kod
aturcara dijalankan bagi menghasilkan fungsi-fungsi yang telah ditetapkan. Bahasa
pengaturcaraan yang digunakan bagi membangunkan sistem ini adalah bahasa PHP,
HTML dan JavaScript. Sistem ini juga disokong dengan aplikasi pangkalan data
MySQL bagi menghasilkan sistem yang dinamik dan mempunyai kebolehan
menyimpan maklumat-maklumat yang berkaitan.
3.5.4 Fasa Peralihan
Fasa ini merupakan fasa terakhir yang melibatkan proses peralihan produk
kepada komuniti pengguna akhir. Ini bermakna, subset-subset kepada sistem yang
dibangunkan telah lengkap untuk aras penerimaan kualiti dan pendokumentasian
pengguna sedia untuk digunakan. Fasa ini merupakan penilaian terhadap sistem yang
dibangunkan oleh pengguna. Proses ini dilakukan bagi memastikan hasil sistem
berupaya beroperasi seperti mana yang telah dirancangkan semasa proses awal
pembangunan sistem. Proses analisis ini adalah penting untuk menjamin kualiti portal
yang bakal digunakan.
55
3.6
Pemilihan Model Pembangunan : Unified Modelling Language ( UML )
UML merupakan salah satu bahasa permodelan dan hanya sebahagian dari
proses pembangunan perisian. Bahasa permodelan merupakan bahasa di mana
perbendaharaan dan nahunya menjurus kepada perwakilan konsepsual dan fizikal
sesebuah sistem. UML boleh digunakan dalam permodelan perniagaan, permodelan
perisian dalam semua peringkat pembangunan dan juga untuk semua jenis sistem.
Malah UML juga digunakan untuk permodelan bagi sebarang proses pembinaan
yang mempunyai struktur statik dan operasi yang dinamik (Eriksson dan Penker, 1998).
Permodelan menggunakan UML adalah bebas dan tidak bergantung kepada mana-mana
proses atau peringkat pembangunan. Ini bermakna tidak terikat dengan kitar hayat
pembangunan bagi sesuatu metodologi pembangunan perisian yang tertentu (Booch et
al., 1999). Antara faktor yang menyebabkan UML dipilih sebagai model pembangunan
sistem ialah:
i)
Mampu menyediakan sebuah model yang bermakna dan ekpresif serta
mudah difahami serta digunakan.
ii)
Menyediakan mekanisme untuk mengembangkan konsep-konsep utama
yang terdapat di dalam sistem.
iii)
Mempunyai kemampuan serta bebas menggunakan pelbagai bahasa
pengaturcaraan dan proses-proses pembangunan.
iv)
Menyokong sebarang konsep pembangunan aras tinggi seperti
kolaborasi, paten dan komponen.
Terdapat lima jenis pandangan di dalam UML. Pandangan-pandangan ini
membolehkan sistem tersebut diterangkan dengan jelas dari sudut pandangan yang
berbeza. Antaranya ialah:
56
Pandangan
Proses
Pandangan
Rekabentuk
PandanganPandangan
Dalam UML
Pandangan
Logikal
Pandangan
Deployment
Pandangan
Kes Guna
Rajah 3.3: Jenis-jenis Pandangan Dalam UML
Jadual 3.1: Penerangan pandangan/rajah dan notasi
Pandangan/Rajah Penerangan
Notasi UML
Rekabentuk
Masalah dan penyelesaian
Rajah kelas, rajah
dibentuk dengan mentakrifkan
objek, rajah jujukan,
kelas, antaramuka dan
rajah state chart dan
kolaborasi.
rajah aktiviti
Proses-proses yang
Rajah kelas, rajah
membentuk keserentakan dan
objek, rajah jujukan,
mekanisme sinkronisasi
rajah state chart dan
aplikasi.
rajah aktiviti
Nod-nod yang membentuk
Rajah deployment,
topologi perkakasan
rajah rujukan, rajah
Proses
Deployment
state chart dan rajah
57
aktiviti
Kes Guna
Keperluan-keperluan sistem
Rajah kes guna, rajah
perisian.
jujukan, rajah state
Keperluan ini mendesak
chart dan rajah aktiviti
penggunaan senibina perisian.
Logikal
Komponen-komponen yang
Rajah logikal, rajah
digunakan untu membentuk
jujukan, rajah state
sistem fizikal.
chart dan rajah
aktiviti.
3.6.1 Rajah-rajah UML
Terdapat beberapa rajah di dalam UML yang mana setiap rajah mempunyai
peranan masing-masing dalam menerangkan sistem secara lebih terperinci. Antara rajahrajah tersebut ialah:i)
Rajah Kes Guna (Use case Diagrams)
ii)
Rajah Kelas (Class Diagrams)
iii)
Rajah Jujukan (Sequence Diagrams)
iv)
Rajah Aktiviti (Activity Diagrams)
v)
Rajah Kerjasama (Collaboration Diagrams)
vi)
Rajah State Chart (State Chart Diagrams)
vii)
Rajah Komponen (Component Diagrams)
viii)
Rajah Deployment (Deployment Diagrams)
58
3.7
Rekabentuk Senibina
Rekabentuk senibina bertujuan untuk mewakilkan hubungan kawalan di antara
modul dan membina struktur aturcara yang modular. Di samping itu juga ia
menggabungkan aturcara dan struktur data serta menakrifkan struktur antaramuka untuk
membolehkan data mengalir dalam keseluruhan aturcara yang dibina. Rekabentuk hanya
akan dapat dilaksanakan setelah maklumat-maklumat yang diperolehi mencukupi untuk
menggambarkan keseluruhan sistem dan juga modul-modul yang terdapat di dalam
sistem tersebut. Dalam membangunkan keseluruhan sistem ini, proses rekabentuk telah
dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama berdasarkan kepentingan masing-masing
iaitu:
(i) Rekabentuk sistem
Di sini, gambaran keseluruhan sistem yang ingin dibangunkan akan
dijelaskan. Ini kerana ia merupakan proses rekabentuk yang terawal dan paling
utama. Sekiranya proses rekabentuknya tidak lengkap, ia akan memberikan
kesan terhadap sistem. Justeru penelitian yang berterusan perlu dalam
memberikan gambaran yang tepat untuk sesuatu sistem yang ingin dibina. Dalam
rekabentuk sistem ini, penggunaan UML sebagai satu kaedah asas untuk
menggambarkan sistem dilihat amat berkesan. Ini kerana setiap modul dan
komponen yang terdapat di dalam sistem telah diperhalusi dengan menggunakan
kaedah tersebut. Hubungan antara setiap komponen dan entiti yang terlibat
digambarkan menerusi penggunaan kes guna dan rajah jujukan.
59
(ii) Rekabentuk pangkalan data
Proses kedua ialah merekabentuk pangkalan data. Pangkalan data yang
dibentuk perlu berfungsi dengan berkesan dengan mendefinisikan semua jenis
data, saiz data, hubungan antara setiap jadual yang mempunyai kaitan dengan
data-datanya. Apabila proses pendefinisian data selesai dan lengkap, proses
berikutnya ialah proses kemasukan data. Sebarang permasalahan akan berlaku
sewaktu proses kemasukan data. Maka, setiap kekunci perlu tepat agar tidak
berlaku sebarang ralat terhadap sistem semasa proses kemasukan data.
Penggunaan MySQL dilihat sebagai pilihan terbaik untuk tujuan pembangunan
pangkalan data.
(iii) Rekabentuk antaramuka
Rekabentuk antaramuka merupakan perkara yang paling akhir sekali
dilakukan. Ini kerana proses rekabentuk yang terlibat tidaklah terlalu sukar untuk
dilakukan berbanding dengan kedua-dua rekabentuk yang lain iaitu rekabentuk
sistem dan rekabentuk pangkalan data. Antaramuka boleh dibina mengikut
citarasa pembangun dan kesesuaian pengguna untuk menggunakannya. Justeru,
rekabentuk antaramuka yang dibangunkan menekankan aspek ramah pengguna
agar pengguna tidak hilang tumpuan sewaktu menggunakan sistem. Pemilihan
warna, font dan objek disesuaikan dengan fungsi sistem yang sedia ada.
60
3.8
Keperluan Perkakasan
Dalam pembangunan sistem, keperluan perkakasan telah dibahagikan kepada
dua iaitu keperluan pelayan dan keperluan pelanggan. Memandangkan sistem ini
melibatkan kedua-dua pihak iaitu pelayan dan pelanggan, maka spesifikasi perkakasan
perlu dibuat berasaskan tahap kecapaian yang minimum kedua-dua pihak. Tahap
minimum bermaksud tahap di mana sistem mampu dilarikan.
(i) Keperluan minima perkakasan Pelayan
Jadual 3.2 : Keperluan minima perkakasan pelayan.
Jenis perkakasan
Spesifikasi
Pemprosesan
Xeon
RAM
4 GB
Saiz Cakera Keras
10TB
Modem
56 kbps
Monitor
SVGA Monitor
(ii) Keperluan minima perkakasan Pelanggan
61
Jadual 3.3 : Keperluan minima perkakasan pelanggan.
3.9
Jenis perkakasan
Spesifikasi
Pemprosesan
Intel Pentium
RAM
64 MB
Saiz Cakera Keras
2 GB
Modem
28.8 kbps
Monitor
SVGA Monitor
Keperluan Perisian
Spesifikasi perisian merujuk kepada alat yang telah digunakan sepanjang
pembangunan projek. Setiap perisian yang digunakan dikelaskan kepada beberapa
bahagian yang tertentu berdasarkan fungsi-fungsinya yang tersendiri.
3.9.1
Windows XP Professional
Windows XP menyambung kesinambungan kepada kehebatan Windows 2000
Professional melalui ciri-ciri keselamatan standard, mudah diurus dan tahap reabiliti
yang tinggi. Windows XP juga mempunyai ciri-ciri Plug and Play, rekabentuk
antaramuka pengguna yang ringkas dan perkhidmatan sokongan pelanggan yang
inovatif. Kombinasi ini membentuk sistem pengoperasian untuk desktop yang terbaik
62
untuk perniagaan. Tidak kira samada Windows XP digunakan untuk komputer peribadi
atau digunakan untuk rangkaian, windows versi terbaru ini meningkatkan kuasa
komputer dengan kos yang efektif kepada pembangun sistem.
3.9.2
Internet Explorer
Internet Explorer yang merupakan salah satu pelayar web yang diminati oleh
kebanyakan pengguna laman web telah dibangunkan oleh Microsoft. Kemunculan
Internet Explorer bermula apabila ia datang bersama sistem operasi Windows 95 .Antara
pelayar web lain ialah Netscape Navigator dan Opera. Pelayar web ini berperanan
penting dalam menjadikan teks dokumen sebagai sebuah laman web interaktif yang
dipenuhi grafik dan pelbagai objek lain. Dengan kata yang lain, ia menterjemahkan
dokumen HTML tersebut dan mempamerkan rupa bentuk laman web kepada pengguna
dengan mendapatkan maklumat berteks, bergambar, audio, video dan sebagainya dari
sumber komputer bergantung kepada pemintaan pengguna. Maklumat tersebut akan
diterjemahkannya berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan oleh World Wide
Consortium (W3C) yang menentukan standard HTML untuk semua pembangun laman
web.
Internet Explorer telah dipilih sebagai pelayar web dalam pembangunan sistem
ini kerana ciri-cirinya yang mampu menyokong kebanyakan program yang
dimuatturunkan. Selain itu, ia memaparkan maklumat dengan cepat dan pantas selain
menyimpan maklumat tersebut di dalam cakera keras. Justeru, tidak dapat disangkal lagi
mengapa Internet Explorer mampu mendominasi 91% daripada kebanyakan perisian
pelayar web yang sedia ada pada masa kini sedangkan Netscape pula menguasai hanya
4% sahaja.
63
3.9.3
Macromedia Dreamweaver CS3
Macromedia Dreamweaver CS3 adalah sebuah aplikasi pembangunan laman
web profesional yang digunakan oleh kebanyakan pembangun laman web dan
perekabentuk laman web. Ia merupakan editor kepada kod HTML bagi membangunkan
sesebuah laman web. Suntingan HTML yang dibantu dengan visual memudahkan kerjakerja membina laman web tanpa perlu menaip kod-kod HTML. Umumnya, Macromedia
Dreamweaver CS3 dapat digunakan untuk menghasilkan laman web tanpa memerlukan
pembangun sistem mempunyai sebarang pengetahuan mengenai HTML.
Penggunaannya adalah seperti menggunakan Microsoft Words dan menyimpan
dokumen ke dalam format HTML.
Kecanggihan Dreamweaver meliputi integrasinya dengan kod-kod JavaScript,
Cascading Styles Sheets (CSS), Cold Fusion Markup Language (CFM), Active Server
Pages (ASP) dan Java Server Pages (JSP). Kesemua kod ini boleh dipaparkan mengikut
warna bagi memudahkan pembangun sistem membaca kod. Di dalam versi yang terkini,
kesemua kebolehan Macromedia UltraDev telah dimasukkan dalam membantu
pembangun sistem membina aplikasi web berlandaskan pangkalan data yang dinamik
menggunakan ASP, ASP.NET, CFML, JSP dan PHP. Dreamweaver juga boleh
ditetapkan mengikut citarasa masing-masing. Pembangun sistem boleh mencipta objek
dan arahan sendiri, menukar pintasan kekunci (shortcut key).
64
3.9.4 Adobe Photoshop CS3
Penghasilan imej grafik dalam sesebuah sistem bergantung kepada perisian
grafik yang digunakan dan aplikasi-aplikasi yang menyokongnya. Adobe Photoshop
CS3 merupakan salah satu perisian yang penting dalam aplikasi grafik. Ia menyediakan
pelbagai kemudahan untuk menghasilkan antaramuka grafik yang menarik serta kreatif.
Perisian ini tidak sukar untuk digunakan walaupun kita masih dianggap sebagai
pengguna yang baru dalam mengendalikannya kerana ia mempunyai antara muka yang
mudah dikendalikan. Imej yang dihasilkan juga menepati ciri-ciri yang diingini iaitu
imej yang tepat, menarik dan boleh dibentuk dengan pelbagai cara. Ini dapat
memberikan kualiti imej yang tersendiri.
3.9.5
Rational Rose C++ 4.0
Perisian ini digunakan untuk mengaplikasikan Permodelan Berorientasikan
Objek (UML). UML perlu untuk memodelkan produk ini. Antara kelebihan-kelebihan
yang ada pada perisian ialah:i.
Pembangunan perisian secara interaktif yang terkawal menjadikan kitar
hayat pembangunan sistem lebih pendek.
ii.
Boleh menggambarkan keadaan sebenar sistem dengan adanya rajah
jujukan dan seterusnya memudahkan pengguna dan pembangun
memahami perjalanan sistem.
iii.
Pembangunan berlandaskan model dapat meningkatkan produktiviti
pembangun.
65
iv.
Penggunaan perisian ini adalah mudah kerana menyediakan antaramuka
bersifat ramah pengguna.
3.9.6
Macromedia Flash CS3
Perisian ini diaplikasikan dalam proses pembangunan antaramuka, grafik dan
animasi. Perisian ini menyokong persembahan antaramuka, grafik dan animasi yang
lebih interaktif dengan kepelbagaian pergerakan imej dan tulisan. Ia juga dikenali
sebagai perisian vektor grafik dan mempunyai kemudahan memasukkan antaramuka
yang telah dibangunkan ke dalam laman web sedia ada.
3.10
Perancangan Kerja
Perancangan kerja untuk pembangunan Online Photo Album and Portfolio
adalah amat penting bagi memastikan aktiviti-aktiviti pembangunan sistem dapat
dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan. Perancangan kerja ini terbahagi kepada 3
peringkat iatu Projek 1, Projek 2 dan Projek 3. Setiap peringkat mempunyai
perancangan kerja yang berbeza dan bersesuaian dengan perkembangan produk Online
Photo Album and Portfolio.
Aktiviti-aktiviti utama yang terdapat dalam peringkat pertama adalah:
66
i.
Membuat pilihan tajuk, penyelia dan mentor
ii.
Mengenalpasti peluang produk
iii.
Mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pembangunan produk
melalui kaedah temubual, pembacaan, soal selidik dan dengan melayari
internet.
iv.
Menganalisa dan memahami proses pembangunan sistem
v.
Memilih metodologi pembangunan sistem.
vi.
Menyediakan laporan projek sarjana II.
vii.
Membuat persediaan untuk pembentangan projek sarjana II.
Perancangan mengenai gerak kerja yang dilaksanakan di dalam Projek 2 pula
ditunjukkan dalam Carta Gantt di Lampiran B. Aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan
pada peringkat kedua iaitu pembangunan sistem adalah seperti berikut:
i.
Menyediakan spesifikasi keperluan projek dan memastikan ianya benarbenar sesuai untuk sistem yang akan dibangunkan.
ii.
Menguasai dan memahirkan diri terhadap perisian-perisian yang akan
digunakan dalam pembangunan sistem.
iii.
Membangunkan dan membuat pengkodan aturcara bagi pembangunan
sistem.
iv.
Menjalankan pengujian ke atas sistem yang dibina.
67
Perancangan gerak kerja yang terakhir iaitu Projek 3 pula ditunjukkan dalam
Carta Gantt di Lampiran B. Aktiviti-aktiviti yang akan dilakukan pada peringkat ketiga
iaitu penghasilan prototaip adalah seperti berikut:
i.
Membuat perubahan dan penambahbaikan kepada sistem supaya lebih
mengikuti keadaan pasaran.
ii.
Menjalankan pengujian kedua atau ujian beta (beta testing).
iii.
Mendokumentasikan laporan lengkap mengenai produk yang dibangunkan.
3.11
Ringkasan
Bab ini menceritakan dengan lebih terperinci mengapa permodelan UML dipilih
sebagai metodologi pilihan. Berdasarkan pemilihan metodologi kajian, pemilihan model
pembangunan UML sangat sesuai digunakan dalam membangunkan sistem ini. Ia juga
memudahkan penilaian proses dilakukan mengikut tahap tertentu. Antara kelebihan
UML yang dikenalpasti ialah tidak saling bersandar dengan mana-mana bahasa
pengaturcaraan. Bab ini turut memberikan penjelasan lanjut berhubung dengan
rekabentuk pembangunan sistem daripada mulanya fasa pembangunan sehingga sistem
tersebut dapat berfungsi dengan baik. Spesifikasi perkakasan dan perisian yang akan
digunakan telah diterangkan dengan jelas.
BAB 4
ANALISIS DAN REKABENTUK
4.1
Pengenalan
Bab ini menekankan kajian terhadap senibina sistem, rekabentuk pangkalan data,
rekabentuk input dan output serta rekabentuk antaramuka bagi hasil projek. Rekabentuk
pangkalan data adalah untuk menentukan kelas-kelas yang ada dan hubungan antara
kelas-kelas tersebut. Rekabentuk input dan output pula, menerangkan mengenai
spesifikasi input dan spesifikasi output sistem. Rekabentuk modul menerangkan
kandungan yang terdapat di dalam sistem secara terperinci. Manakala rekabentuk
antaramuka perlu untuk interaksi antara pengguna dengan sistem berjalan lancar.
69
4.2
Rekabentuk Produk
Produk yang akan dibangunkan dalam projek ini adalah sebuah laman web foto
album dan portfolio secara atas talian. Produk ini dibangunkan menggunakan bahasa
pengaturcaraan web PHP dan menggunakan pangkalan data MySQL.
4.2.1
Rekabentuk Konsep Produk
Rajah 4.1: Senibina Online Photo Album and Portfolio.
Client tier dilarikan di bahagian pelanggan. Pengguna akan menggunakan
pelayan web untuk membuat permintaan terhadap pelayan seterusnya pelayan akan
menghantar maklumbalas kepada pelanggan. Maklumbalas ini merupakan aplikasi
berasaskan web. Web tier, business tier dan data interface dilarikan di bahagian
pelayan. Web tier mengandungi perisian pelayan web, sementara business tier berfungsi
70
untuk membuat pengiraan berkaitan dengan permintaan yang dihantar oleh pelanggan.
Data interface pula berfungsi untuk menghubungkan sistem dengan pangkalan data.
EIS tier adalah bahagian yang berfungsi untuk menyimpan pangkalan data dan
boleh juga bertindak menjadi perisian atau sistem luaran yang boleh dicapai oleh laman
web Online Photo Album and Portfolio. Secara amnya client tier merupakan front end
dan ia mengandungi antaramuka pengguna .EIS tier pula adalah back end dan ia boleh
jadi pangkalan data, sistem luaran dan sebagainya. Application server yang terdiri
daripada web tier, business tier dan data interface adalah bahagian paling penting dalam
sistem ini kerana segala logik pengiraan untuk menghasilkan output berada disini.
4.3
Rekabentuk Pangkalan Data
Dalam pembangunan sistem ini, pangkalan data akan dibangunkan dengan
menggunakan perisian MySQL sepertimana telah diterangkan di bab 3. Ia akan dibina
bagi menyimpan segala maklumat yang berkaitan. Sistem yang dibangunkan akan
menjadi dinamik dan mampu menyimpan maklumat untuk penyelenggaraan data-data
yang tersimpan kerana jadual-jadual yang dibina boleh dihubungkan antara satu lain.
Pangkalan data yang akan dihasilkan akan saling berkait rapat dengan
pembangunan antaramuka pengguna dan pengaturcaraan. Ini kerana pangkalan data
yang terhasil akan menjadi panduan dalam membangunkan antaramuka pengguna dan
pengaturcaraan. Sekiranya terdapat perubahan yang perlu dilakukan terhadap pangkalan
data yang terhasil semasa membangunkan antaramuka pengguna dan pengaturcaraan,
pembangunan pangkalan data akan diulang semula untuk membuat pengubahsuaian
kepada pangkalan data sedia ada.
71
4.4
Rekabentuk Sistem
Sistem yang dibangunkan dalam projek ini adalah sebuah laman web foto album
dan portfolio iaitu Online Photo Album and Portfolio secara atas talian. Kajian reka
bentuk proses semasa dan akan datang dibincangkan di dalam bahagian ini.
4.4.1
Senibina Sistem
Online Photo Album and Portfolio merupakan satu sistem yang dibangunkan
berasaskan web dan sistem ini boleh digunakan oleh 3 kategori peringkat pengguna.
Sistem ini dibangunkan berdasarkan 3 perspektif iaitu sudut pandangan pentadbir sistem
iaitu pihak kami sendiri, pengguna sistem dan pelawat iaitu mereka yang tidak berdaftar.
Pangkalan data pula berperanan untuk menyimpan data-data berkaitan maklumatmaklumat pentadbir sistem, maklumat pengguna sistem dan sebagainya.
72
Pengguna berdaftar
Pentadbir Sistem
Pelawat
Internet
Maklumat/imej
Maklumat/imej
Firewall
Antaramuka Pengguna
Data
Maklumat/imej
Maklumat/imej
Database
Rajah 4.2: Keseluruhan senibina online photo album
4.4.1.1 Pandangan Pentadbir Sistem
Pada peringkat pandangan pentadbir sistem, pentadbir sistem boleh memantau
dan mengubahsuai status pengguna sistem yang berdaftar. Bagi pakej berbayar
pentadbir akan mengaktifkan akaun mereka setelah mereka berjaya membuat
pembayaran dengan memasukkan yuran ke dalam akaun bank Online Photo Album and
73
Portfolio. Pentadbir juga boleh menghadkan kefungsian setiap pakej mengikut kepada
keistimewaan pakej yang diberikan. Selain itu ,pentadbir sistem berperanan untuk
menjaga keseluruhan sistem memandangkan pentadbir sistem merupakan pengguna
peringkat tertinggi yang dapat menggunakan semua fungsi dalam sistem.
4.4.1.2 Pandangan Pengguna
Pada peringkat pandangan pengguna, pengguna boleh membuat pendaftaran
pada sistem dengan mengaktifnya melalui email masing-masing, membuat ubahsuai
pada album atau portfolio mereka dari segi templet album ataupun latarbelakang muzik.
Mereka dapat menggunakan fungsi mengubah profail ataupun maklumat, menghantar
mesej, mengunakan buku tamu dan sebagainya. Pengguna juga mempunyai kuasa dalam
memberikan kebenaran kepada pelawat untuk melihat album atau portfolio mereka
dengan mengaktifkan fungsi katalaluan ataupun tidak.
4.4.1.3 Pandangan Pelawat
Pada peringkat pandangan pelawat, mereka yang mengunjungi laman web ini
akan dapat membuat carian dan melihat album dan portfolio pengguna sistem serta
meninggalkan komen di buku tetamu. Namun begitu untuk mencapai terus kepada
album dan portfolio ysng ingin dilihat, pengguna hendaklah memasukkan alamat web
yang betul serta sekiranya terdapat sekuriti katalaluan, pelawat perlu mendapatkan kata
laluan tersebut terlebih dahulu daripada pengguna ataupun pemilik album tersebut.
74
4.5
Analisa Sistem
Analisa sistem dibuat bagi melihat aliran kerja sistem yang dibangunkan. Di
dalam analisa sistem ini, terdapat cartalir bagi sistem yang akan dibangunkan iaitu
sistem Online Photo Album and Portfolio yang akan diterangkan dengan lebih lanjut
pada seksyen seterusnya.
4.5.1
Cartalir Sistem
Setelah masalah-masalah telah dikenalpasti dan disenaraikan pada bab 1,
cadangan terhadap pembangunan sistem tersebut telah dilakukan. Proses-proses yang
perlu akan dimasukkan ke dalam sistem ini.
Rajah 4.3: Carta Alir Keseluruhan Sistem
75
4.6
Rajah Use Case
Rajah Use Case berperanan mengenalpasti bagaimana sistem akan digunakan.
Rajah ini dapat menerangkan tentang sistem, persekitaran dan hubungan antara sistem
dengan persekitarannya. Konsep-konsep utama dalam use case adalah:
i.
Actor
Rajah 4.4: Actor
Actor mewakili entiti yang berinteraksi dengan sistem. Ia bukan sebahagian
daripada sistem. Actor boleh bertukar maklumat secara aktif dengan sistem dan
menerima maklumat secara pasif dari sistem. Actor terdiri daripada manusia, mesin atau
sistem yang lain.
ii.
Use Case
Rajah 4.5: Use Case
Use Case merupakan model dialog antara Actor dengan sistem. Use Case adalah
jujukan tindakan yang dilakukan oleh sistem yang akan menghasilkan keputusan atau
sesuatu nilai kepada sistem. Selain itu Use Case dimulakan oleh Actor untuk melakukan
fungsi tertentu terhadap sistem.
76
4.6.1 Rajah Use Case Sistem
Di dalam pembangunan Online Photo Album and Portfolio terdapat 3 Actor yang
terlibat iaitu pentadbir sistem, pengguna dan pelawat. Setiap Actor tersebut mempunyai
peranan dan fungsi-fungsi yang telah ditetapkan. Sila rujuk Lampiran D pada Rajah D1
bagi meneliti gambarajah use case sistem ini.
4.7
Gambarajah Aktiviti
Sila rujuk Lampiran D pada Rajah D2 hingga Rajah D12 bagi meneliti gambarajah
aktiviti sistem ini.
4.8
Rajah Jujukan
Rajah jujukan adalah interaksi yang berlaku pada jujukan mesej yang dihantar
dan diterima serta objek yang terlibat. Rajah jujukan dibina berdasarkan perhubungan
antara Actor atau entiti dengan fungsi-fungsi yang dilaksanakannya. Di dalam
pembangunan sistem ini terdapat aktiviti-aktiviti atau proses-proses yang terlibat dalam
setiap modul pembangunan sistem. Sila rujuk Lampiran D pada Rajah D13 hingga
Rajah D18 bagi meneliti gambarajah use case sistem ini.
77
4.9
Rekabentuk Pangkalan Data
Sila rujuk Lampiran D pada Rajah D19 bagi meneliti rekabentuk pangkalan data
sistem ini.
4.10
Rekabentuk Input dan Output
Rekabentuk input dan output adalah penting dalam pembangunan sistem yang
berjaya. Input yang baik akan memberikan output dan hasil yang baik untuk sistem
tersebut. Antaramuka yang direkabentuk mestilah mempunyai ciri-ciri ramah pengguna,
mudah digunakan dan mudah difahami.
4.10.1 Spesifikasi Input
Spesifikasi input bagi Sistem Online Photo Album and Portfolio ini boleh dilihat di
dalam jadual di bawah:
78
Jadual 4.1: Spesifikasi Input
Kategori Pengguna
Pentadbir sistem
Input
•
Mengubah katalaluan
•
Menghadkan fungsi setiap pakej
•
Memasukkan point yang bersesuaian
mengikut pakej bagi program kerjasama
(Affiliate Program)
Pengguna
•
Menghantar mesej
•
Kemaskini maklumat berita
•
Kemaskini sistem
•
Mengubah katalaluan
•
Masukkan katalaluan sekiranya
mengaktifkan akaun sebagai privasi.
Pelawat
•
Menghantar mesej
•
Kemaskini album
•
Kemaskini Buku Tamu
•
masukkan katalaluan bagi melihat
akaun yang telah disetkan oleh
pengguna sebagai privasi.
•
Meninggalkan komen dalam buku tamu
pengguna
•
Membuat laporan salah laku pengguna
sistem kepada pentadbir sistem
79
4.10.2 Spesifikasi Output
Output yang dihasilkan oleh sistem akan dipaparkan pada skrin komputer
pentadbir, pengguna dan pelawat. Perkakasan seperti skrin dan pencetak diperlukan
sebagai media bagi penghasilan output. Spesifikasi output bagi sistem ini boleh dilihat
dalam jadual di bawah:
Jadual 4.2: Spesifikasi Output
Kategori Pengguna
Pentadbir sistem
Output
Modul
•
Melihat maklumat berita
•
Berita
•
Menerima mesej
•
Mesej
•
Menerima laporan
•
Laporan Salahlaku
salahlaku daripada pelawat
•
Program Kerjasama
•
Melihat akaun Program
Kerjasama (Affiliate
Program)
Pengguna
Pelawat
•
Melihat maklumat berita
•
Berita
•
Menerima mesej
•
Mesej
•
Menerima komen di Buku
•
Buku Tamu
Tamu
•
Profail
•
Melihat profail dan album
•
Album
•
Melihat maklumat berita
•
Berita
•
Melihat profail dan album
•
Buku Tamu
•
Melihat Buku Tamu
•
Profail
•
Album
80
4.11
Rekabentuk Antaramuka Pengguna
Antaramuka pengguna memainkan salah satu peranan yang penting dalam
pembangunan sistem. Antaramuka pengguna merupakan penghubung antara pengguna
dengan sistem. Antaramuka pengguna yang baik hendaklah memenuhi ciri-ciri heuristik
seperti ramah pengguna, mudah difahami, menarik dan konsisten bagi memudahkan
interaksi antara kedua-dua belah pihak iaitu pengguna dan sistem. Ianya hendaklah
menggunakan konsep antaramuka pengguna bergrafik (GUI).
Bahasa yang digunakan untuk sistem ini adalah Bahasa Inggeris. Ini adalah
kerana Bahasa Inggeris memainkan peranan yang begitu penting dalam kehidupan
seharian penduduk dunia. Bahasa Inggeris juga adalah bahasa yang mudah difahami dan
bahasa pengantaraan dikebanyakan negara. Bagi memudahkan pengguna menggunakan
sistem ini, antaramuka sistem ini menyediakan menu untuk pilihan pengguna sistem.
Pengguna sistem juga disediakan kemudahan untuk keluar dari sistem dengan jelas
untuk mengelakkan pengguna sistem terperangkap di dalam skrin atau paparan dan
sebagainya.
Pelbagai konsep dunia metafora akan diaplikasikan dalam pembangunan
antaramuka sistem. Konsep dunia metafora seperti penggunaan warna yang sesuai,
susun atur yang baik pada skrin dimasukkan bagi menarik minat dan menggalakkan
pengguna menggunakan sistem ini. Secara umumnya, rekabentuk antaramuka atau
paparan skrin bagi sistem ini adalah:
i.
Antaramuka menu utama dan login
ii.
Antaramuka maklumat berita
iii.
Antaramuka penerangan produk Online Photo Album and
Portfolio
iv.
Antaramuka maklumat syarikat kami iaitu Iwana Solution
v.
Antaramuka direktori dengan carian mengikut nama
81
vi.
Antaramuka direktori dengan carian mengikut kategori
vii.
Antaramuka kemaskini pakej pendaftaran
viii.
Antaramuka kemaskini berita
ix.
Antaramuka senarai pengguna yang belum membayar akaun
x.
Antaramuka pendaftaran
xi.
Antaramuka maklumat ataupun profail
xii.
Antaramuka kemaskini maklumat ataupun profail
xiii.
Antaramuka album
xiv.
Antaramuka kemaskini album
xv.
Antaramuka melihat mesej
xvi.
Antaramuka menghantar mesej
xvii.
Antaramuka buku tamu
xviii. Antaramuka kemaskini buku tamu
xix.
Antaramuka senarai yang dihajati
xx.
Antaramuka menjawab senarai yang dihajati
xxi.
Antaramuka program kerjasama
xxii.
Antaramuka membuat penembusan mata program kerjasama
xxiii. Antaramuka senarai pengguna membuat tuntutan mata program
kerjasama
xxiv. Antaramuka membuat laporan salahlaku
xxv.
Antaramuka melihat laporan salahlaku
82
4.11.1 Antaramuka Menu Utama
Antaramuka menu utama memuatkan penerangan ringkas mengenai Online
Photo Album and Portfolio di samping mempunyai pilihan pakej untuk pengguna sama
ada untuk berdaftar pakej percuma, pakej berbayar ataupun pakej agen. Setiap pakej ini
mempunyai perbezaan masing-masing contohnya pakej percuma tidak mempunyai
pilihan templet dan muzik untuk album mereka. Berbeza pula dengan pakej agen,
mereka tidak mempunyai perkhidmatan lain kecuali akaun program kerjasama yang
berperanan untuk melantik mereka menjadi agen promosi produk Online Photo Album
and Portfolio yang mana secara tidak langsung dapat menjanakan pendapatan bagi
mereka. Di antaramuka ini juga terdapat menu login ataupun masuk ke sistem bagi
pengguna berdaftar dan pentadbir sistem.
Rajah 4.6: Antaramuka Menu Utama
83
4.11.2 Antaramuka Pendaftaran
Antaramuka pendaftaran ini memerlukan pengguna memasukkan maklumat
peribadi mereka dan email bagi melengkapkan pendaftaran. Pendaftaran adalah
berpandukan pakej yang dipilih oleh pengguna. Pengguna juga diminta untuk
memasukkan alamat email mereka yang aktif bagi memudahkan proses pengesahan
melalui email supaya dapat dikenalpasti bahawa email tersebut adalah sah. Selain itu
pengguna perlu bersetuju dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh kami dan
pihak kami mempunyai kuasa untuk membatalkan akaun pengguna sekiranya melanggar
syarat-syarat yang ditetapkan.
Rajah 4.7: Antaramuka Pendaftaran
84
4.11.3 Antaramuka Maklumat atau Profail
Antaramuka profail merupakan antaramuka yang memaparkan maklumatmaklumat mengenai pengguna. Ini bergantung kepada kategori yang dipilih oleh
pengguna. Sekiranya pengguna memilih kategori syarikat, pengguna boleh memasukkan
maklumat lengkap syarikat mereka. Setiap kategori dipadankan dengan profail yang
sesuai. Di antaramuka ini juga pengguna dapat memuat naikkan logo syarikat atau imej
yang sesuai bagi melambangkan profail mereka.
Rajah 4.8: Antaramuka Profail
4.11.4 Antaramuka Album
Antaramuka album merupakan output utama bagi sistem. Ini adalah kerana
sistem ini lebih berpandukan kepada persembahan imej. Di antaramuka ini terdapat
alunan muzik latarbelakang dan beberapa templet yang boleh dipilih oleh pengguna.
85
Selain itu terdapat menu gambar-gambar yang dapat dipilih untuk diperbesarkan melalui
butang Pictures.
Rajah 4.9: Antaramuka Album
4.11.5 Antaramuka Mesej
Antaramuka mesej berfungsi sebagai penghantar mesej di dalam sistem
mahupun di luar sistem. Bagi di dalam sistem, pengguna dapat bermesej dengan sesama
pengguna dan begitu juga dengan pentadbir sistem. Oleh itu sebarang permasalahan
boleh dilaporkan terus kepada pentadbir sistem. Pengguna ataupun pentadbir sistem juga
boleh menghantar mesej ke email yang lain bagi memudahkan lagi urusan mereka.
86
Rajah 4.10: Antaramuka Mesej
4.11.6 Antaramuka Buku Tamu
Antaramuka ini merupakan tempat bagi pelawat meninggalkan komen dan
galakkan kepada pengguna. Pelawat boleh menulis sebarang komen tetapi komenkomen tersebut boleh diubahsuai dan dikemaskini oleh pengguna. Komen yang ditulis
oleh pelawat perlulah disertakan dengan nama pelawat, email dan tajuk supaya dapat
memudahkan pengguna mengenalpasti komen tersebut.
87
Rajah 4.11: Antaramuka Buku Tamu
4.11.7 Antaramuka Maklumat Berita
Antaramuka berita memaparkan segala berita terkini dan maklumat yang terlibat
dengan produk Online Photo Album and Portfolio ini. Oleh itu pengguna bolehlah
merujuk pada ruangan ini untuk mendapatkan sebarang maklumat terkini pada bila-bila
masa. Antaramuka ini akan dikemaskini oleh pentadbir sistem supaya berita yang
disampaikan berkaitan dengan produk semata-mata.
88
Rajah 4.12: Antaramuka Berita
4.12
Ringkasan
Bab ini menerangkan rangka kerja dan reka bentuk pembangunan asas Online
Photo Album and Portfolio. Reka bentuk telah digambarkan melalui permodelan UML
untuk kefahaman pembangun perisian. Terdapat banyak lagi fungsi yang perlu dibaiki
dan ditambah bagi menghasilkan produk yang berkualiti dan mempunyai pasaran pada
masa akan datang.
BAB 5
RANCANGAN PERNIAGAAN
5.1
Ringkasan Eksekutif
Online Photo Album and Portfolio merupakan sebuah aplikasi berasaskan laman
web yang beroperasi secara atas talian. Produk ini merupakan sebuah album ataupun
portfolio yang membenarkan pengguna menyimpan gambar-gambar dan hasil kreativiti
mereka secara interaktif dan dalam persekitaran menarik serta profesional. Pengguna
yang mengaktifkan fungsi privasi hendaklah memberikan katalaluan kepada pelawat
yang dibenarkan oleh mereka untuk melihat album dan portfolio tersebut. Pengguna
yang berbayar akan disenaraikan dalam direktori yang dipecahkan kepada beberapa
kategori iaitu kategori jurugambar, syarikat andaman, syarikat-syarikat lain, model,
artis, perekabentuk, pengantin dan individu. Produk kami ini akan menarik pelawatpelawat seperti keluarga dan kawan-kawan pengguna, organisasi-organisasi atau agensiagensi yang mencari ahli profesional serta individu yang memerlukan perkhidmatan ahli
profesional. Produk ini akan dikendalikan oleh Syarikat Iwana Solution yang dimiliki
oleh tiga orang pelajar Sarjana Keusahawanan IT. Dengan menfokuskan kepada
kekuatan, kualiti dan keunikan Online Photo Album and Portfolio, produk ini dijangka
90
akan memasuki pasaran dan memulakan jualan menjelang awal pertengahan tahun 2008.
Konsep Rancangan perniagaan ini akan mendorong kepada penetapan visi dan fokus
yang strategik terhadap kualiti dan nilai produk untuk segmen pasaran yang ingin
dicapai, serta rancangan inovasi produk ini yang selaras dengan keperluan semasa untuk
meningkatkan dan mengekalkan kedudukan produk di pasaran. Rancangan perniagaan
ini mengandungi rumusan dan tajuk-tajuk yang berkaitan dengan produk, perniagaan
yang dijalankan, analisa pasaran dan persaingan, rancangan pemasaran dan jualan,
sistem perniagaan, jadual rancangan perlaksanaan, peluang dan risiko serta rancangan
kewangan.
5.2
Perniagaan yang diceburi
5.2.1
Peluang / Produk
Flickr merupakan sebuah laman web perkongsian imej yang sudah lama bertapak
dan bertahan di pasaran. Laman web ini mempunyai seramai lebih daripada 200,000
orang pelanggan dari Malaysia sahaja. Di sini dapat dilihat bahawa bidang ini
mempunyai peluang dan potensi untuk dijayakan. Dengan sambutan yang ramai dari
penduduk di Malaysia sendiri, ini menunjukkan perkongsian imej bukan lagi perkara
baru dan sudah dapat diterima oleh masyarakat kini. Setakat ini tiada lagi laman web
perkongsian imej yang menekankan persekitaran yang profesional dan persembahan
imej yang menarik dan interaktif. Oleh itu produk kami akan menekankan kepada ciriciri ini sambil dilengkapi dengan kawalan keselamatan yang baik bagi imej-imej yang di
simpan.
91
Pada masa kini kita dapat lihat gaya hidup masyarakat yang mementingkan
penggunaan telefon bimbit. Telefon-telefon bimbit yang dimiliki biasanya mempunyai
fungsi-fungsi tambahan seperti kamera. Kualiti kamera yang terdapat pada telefon
bimbit mampu menyaingi kamera digital. Oleh itu ramai yang beralih kepada
menangkap gambar menggunakan telefon bimbit mereka.
5.2.2 Penerangan produk atau perniagaan
Apakah itu Online Photo Album and Portfolio?
•
Sebuah laman web yang menyediakan perkhidmatan foto album dan portfolio
secara atas talian. Bermanfaat kepada pengguna untuk mempersembahkan foto
atau hasil kreativiti mereka dalam persekitaran yang profesional dan menarik.
•
Pengguna boleh memilih untuk menjadikan portfolio dan album mereka untuk
tontonan umum ataupun privasi. Kedua-dua ini dibezakan dengan kawalan
keselamatan yang memerlukan pelawat memasukkan kata laluan yang diberikan
oleh pengguna sendiri sekiranya diaktifkan fungsi privasi.
•
Terdapat 4 pakej yang disediakan iaitu pakej percuma dengan dihadkan
fungsinya, saiz storan dan tiada akaun program kerjasama (affiliate program),
pakej pro dihadkan storannya sahaja, pakej unlimited tiada sebarang had
dikenakan dan pakej agent yang hanya berfungsi sebagai agen yang akan
mempromosi produk Online Photo Album and Portfolio bagi menjanakan
pendapatan.
•
Sistem ini mempunyai pecahan kategori yang boleh dipilih oleh pengguna iaitu
jurugambar, syarikat andaman, syarikat-syarikat, model, artis, perekabentuk,
92
pengantin dan individu. Contoh bagi syarikat Andaman atau syarikat-syarikat
lain, portfolio mereka berbeza dengan portfolio yang lain kerana lebih kepada
memperkenalkan syarikat mereka kepada orang ramai. Selain itu kategori
pengantin juga berbeza dengan portfolio yang lain kerana lebih menekankan
kepada kasualiti dan tidak formal serta mempunyai fungsi tambahan iaitu modul
senarai yang dihajati (wish list).
•
Bagi pakej yang berbayar terdapat direktori yang disediakan untuk memudahkan
pengguna mencari pelanggan. Direktori tersebut terbahagi kepada dua kaedah
carian iaitu berpandukan nama dan juga mengikut negara, lokasi dan kategori.
•
Selain itu sistem ini mempunyai pecahan perkhidmatan lain kepada pengguna
iaitu berita, mesej, buku tamu dan akaun program kerjasama (affiliate program).
5.2.3
•
Kelebihan untuk bersaing
Mengabungkan foto album dan juga portfolio yang mana konsep ini belum lagi
diperkenalkan oleh pesaing-pesaing.
•
Menyediakan direktori pengguna yang dikelaskan mengikut kategori, negara,
lokasi dan nama.
•
Pengguna akan mempunyai nama domain mereka sendiri contohnya seperti
http://www.onlinephoto.com.my/shaif
93
•
Menekankan persekitaran profesional serta persembahan yang menarik berbeza
dengan pesaing yang ada kerana mereka tidak menekankan persembahan yang
bermutu.
•
Harga yang berpatutan dan bersesuaian supaya dapat menandingi pesaing yang
sudah lama beroperasi. Kebiasaannya harga yang diletakkan oleh pesaing yang
hebat seperti Smugmug dan lain-lain adalah terlalu tinggi bagi pelanggan.
•
Mempunyai album yang pelbagai rekabentuk untuk pilihan pengguna.
•
Mempunyai pilihan muzik yang sesuaian semasa persembahan foto-foto
dipertontonkan.
•
Menyediakan keselamatan kawalan kata laluan bagi pelawat apabila pengguna
mengaktifkan fungsi privasi.
•
Selain daripada berfungsi sebagai album dan portfolio, pengguna juga dapat
menjanakan pendapatan melalui program kerjasama (affiliate program).
5.3
Pengurusan Dan Organisasi
Iwana Solution terdiri daripada 3 orang pengasas iaitu En. Shaif Indra Iskandar
Chrifoddin, En. Harun Yaacob dan En. Husni Ruslai. Dimana En. Shaif bertindak selaku
Pengurus Besar yang akan menguruskan struktur organisasi secara keseluruhan
manakala bahagian Teknikal di letakkan di bawah jagaan En. Husni manakala bahagian
Pemasaran akan diselia oleh En. Harun. Disamping itu syarikat ini juga mempunyai
kakitangan yang bertindak menjaga dan menguruskan kewangan syarikat iaitu Chief
94
Financial Officer manakala hal ehwal syarikat dan kebajikan kakitangan diselia oleh HR
Executive. Berikut ditunjukkan carta organisai syarikat ini.
Rajah 5.1: Carta Organisasi
95
Pengalaman dan latar belakang ahli pengurusan Iwana Solution adalah seperti di jadual
berikut:
Jadual 5.1: Maklumat Ahli Pengurusan Iwana Solution.
Nama &
Kelulusan
Pengalaman
Umur
Shaif Indra
Jawatan & tugas utama
syarikat
ƒ
Ijazah Sarjana
ƒ
Pengalaman
ƒ
Pengurus Iwana
Iskandar Bin
Muda Sains
dalam bidang
Chrifoddin
Komputer
pengurusan dan
25 Tahun
(Multimedia),
merangka
kerja-kerja pentadbiran
UTM
strategi
dan operasi syarikat,
Sarjana
berkesan
membuat rancangan
Usahawan IT
selama 5 tahun
strategik syarikat,
(Dalam
di dalam
membuat hubungan dan
proses)
bidang
mencari pasaran baru
ƒ
pengurusan
Solution
ƒ
ƒ
Mengurus dan membuat
Menjalin kerjasama
hartanah dan
rapat dengan bahagian
pelaburan
kewangan, pemasaran
selain
dan teknikal bagi
berpengetahuan
kepentingan syarikat
dalam bidang
teknologi
maklumat
terutamanya
bidang
Multimedia
96
Harun Yaacob
ƒ
24 Tahun
ƒ
Husni Ruslai
ƒ
26 Tahun
ƒ
Aktiviti
ƒ
Pengurus Pemasaran
Muda Sains
perancangan,
ƒ
Bertindak sebagai duta
Komputer
pemasaran
syarikat, pegawai
(Sistem
berkesan dan
perhubungan awam dan
Maklumat
pegawai
mencari pasaran baru
Pengurusan),
perhubungan
bagi produk dan servis
UTM
awam syarikat
syarikat
Sarjana
selain
Usahawan IT
berpengetahuan
rapat dengan bahagian
(Dalam
dalam bidang
kewangan, pemasaran
proses)
teknologi
dan teknikal bagi
maklumat
kepentingan syarikat
Ijazah Sarjana
ƒ
Menjalin kerjasama
Juruteknik
ƒ
Pengurus Teknikal
Muda Sains
komputer
ƒ
Bertindak mengawal
Komputer
selama 2 tahun,
kestabilan perjalanan
(Sistem
pengalaman
sistem
Maklumat
dalam
Pengurusan),
pembangunan
rapat dengan bahagian
UTM
aplikasi web
kewangan, pemasaran
Sarjana
dan
dan teknikal bagi
Usahawan IT
pengaturcaraan
kepentingan syarikat
(Dalam
selama 3 tahun
proses)
dan Pengajar
Ijazah Sarjana
ƒ
ƒ
ICT.
ƒ
Menjalin kerjasama
97
Suslita
ƒ
Diploma
ƒ
Merancang dan
ƒ
Pengurus Sumber
Chrifoddin
Business
mengurus
32 Tahun
Management
sumber
Ijazah Sarjana
manusia, hal
dan mengurus hal ehwal
Muda Human
tenaga pekerja
tenaga pekerja dan
Resource
dan urusan
sumber manusia
Sarjana
syarikat yang
Human
berpengalaman
rapat dengan bahagian
Resource
selama 6 tahun.
kewangan, pemasaran
ƒ
ƒ
Manusia
ƒ
ƒ
Bertindak merancang
Menjalin kerjasama
dan teknikal bagi
kepentingan syarikat
Lizawati Esa
ƒ
27 Tahun
ƒ
Pengalaman
ƒ
Pengurus Kewangan
Accountancy
dalam bidang
ƒ
Membuat dan
Ijazah Sarjana
kewangan dan
mengaudit akaun
Accountancy
auditor selama
syarikat
UiTM
3 tahun.
Diploma
ƒ
ƒ
Menguruskan aliran
kewangan syarikat
ƒ
Menjalin kerjasama
rapat dengan bahagian
kewangan, pemasaran
dan teknikal bagi
kepentingan syarikat
98
Sumber Sokongan Profesional dan Penasihat
Penyelia 1 : Dr Ali Bin Selamat
(FSKSM)
Penyelia 2 : Dr Kamariah Ismail
(FPPSM)
Penasihat
: Hj. Mohamed Noor Kassim (Warisan Advertising)
: Hj. Saudagar Din
(Gulam Printing)
: En. Elazar Syazli Esa
(Snapshotz Media)
5.4
Analisa Industri
5.4.1
Penerangan Industri
i. Trend Industri
Fotografi menjadi hobi yang terkenal di kalangan masyarakat masa kini.
Disamping itu ada sesetengah pihak menjadikan bidang fotografi sebagai pilihan
kerjaya mereka. Oleh itu ahli fotografi memerlukan satu platform yang
profesional supaya portfolio mereka dapat dipersembahkan dengan baik.
Teknologi telefon bimbit yang mempunyai fungsi tambahan iaitu kamera
telah diperkenalkan sejak dulu lagi. Kebanyakkan telefon bimbit berkamera
sudah mampu menyaingi kamera-kamera digital yang terdapat di pasaran.
Dengan yang demikian perkembangan teknologi kamera di telefon bimbit
mengalakkan orang ramai bergambar dan secara tidak langsung boleh
99
menambahkan bilangan potensi pelanggan produk Online Photo Album and
Portfolio.
Rangkaian bersosial (social networking) semakin popular di pasaran
internet pada ketika ini. Perkara ini boleh dilihat dengan wujudnya pelbagai
laman web yang berteraskan rangkaian bersosial seperti Friendster, Myspace dan
sebagainya. Kebanyakkan laman web ini hanya mengaut keuntungan melalui
iklan-iklan daripada syarikat-syarikat gergasi. Namun begitu sebenarnya bidang
rangkaian bersosial ini mampu membuat produk Online Photo Album and
Portfolio mendapat sambutan orang ramai kerana menekankan konsep
berkomunikasi antara masyarakat.
ii.
Saiz Industri
Menurut sebuah laman web iaitu Fotopages, seramai 200,000 orang di
Malaysia yang berminat dengan produk laman web perkongsian imej mereka. Ini
adalah satu jangkaan jumlah di Malaysia sahaja manakala sudah semestinya
peminat foto di seluruh dunia juga merupakan satu jumlah yang besar dan
sentiasa meningkat. Perkara ini sebenarnya memberi inspirasi kepada produk
Online Photo Album and Portfolio untuk terus maju dalam bidang rangkaian
bersosial. (The Stars, 14 June 2007).
iii.
Tarikan Industri
Dengan terdapatnya persaingan di antara telefon bimbit berkamera
dengan kamera digital bagi mendapatkan kualiti gambar yang terbaik. Maka di
sini dapat dijangkakan semakin ramai orang yang akan mengunakan kamera dan
secara tidak langsung akan mengunakan produk kami sebagai platform untuk
100
menyimpan dan mempersembahkan hasil-hasil tangkapan gambar mereka. Oleh
itu produk kami mempunyai peluang besar untuk mendapat pelanggan yang
banyak terutamanya peningkatan penggunaan telefon bimbit berkamera dan
kamera digital yang dijangka hampir 2 bilion pada tahun 2009. (InfoTrends,
2005).
iv.
Jangkaan Industri
Semakin banyak kamera akan digunakan dalam berbagai-bagai aplikasi
kerana ini merupakan salah satu faktor menarik minat pembeli. Maka secara
tidak langsung meningkatkan jumlah mereka yang minat akan bidang fotografi.
Selain itu ramai yang tertarik untuk berkomunikasi dan bersosial melalui
internet, oleh yang demikian bidang rangkaian bersosial akan berkembang pada
masa akan datang kelak.
v.
Potensi Keuntungan
Apabila semakin ramai yang memandang serius dalam bidang fotografi
serta berminat untuk menguruskan foto-foto dengan lebih baik, maka perkara ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan jumlah pelanggan dan keuntungan
pihak kami. Bagi menarik minat orang ramai pihak kami akan menjana
keuntungan pada tahun pertama dengan seminimum yang mungkin kerana
produk kami berada pada harga promosi. Oleh itu bilangan pengguna akan
bertambah berbanding dengan kaedah biasa. Pihak kami juga menyediakan pakej
percuma supaya pengguna dapat merasai kelainan produk kami serta dapat
menerapkan perasaan minat mereka terhadap produk ini.
101
Dari semasa ke semasa pihak kami akan melakukan penambahbaikan
pada sistem berpandukan maklum balas pengguna. Dengan wujudnya program
kerjasama, pihak kami dapat meminimumkan lagi kos pemasaran dan secara
tidak langsung meningkatkan penjualan. Mereka yang berdaftar di bawah
program kerjasama ini dianggap sebagai agen pemasaran bagi produk kami. Di
mana sekiranya mereka mampu menjual produk kami kepada pengguna lain,
mereka akan mendapat komisyen yang berpatutan. Perkara ini bertujuan untuk
menggalakkan lebih ramai pelanggan mengunjungi laman web kami di samping
dapat membantu pengguna menjanakan pendapatan.
5.4.2 Sasaran Pasaran
i.
Penerangan mengenai saran pasaran
Online Photo Album and Portfolio tidak akan berjaya sepenuhnya
sekiranya hanya menantikan pelanggan datang kepada kami. Sebaliknya kami
akan menfokuskan sasaran pasaran kami kepada spesifik pelanggan yang
mementingkan persekitaran professional dan persembahan imej yang menarik
dan berinteraktif. Fokus kepada segmen sasaran inilah yang menjadi kunci
kepada kejayaan kami di masa hadapan. Jadi pendekatan yang kami gunakan ke
atas sasaran pasaran kami adalah dengan mengunakan kaedah yang dipanggil
G.E.L:
• Gred (Grade)
• Mudah (Easy)
• Bertahan lama (Long lasting)
102
Oleh itu fokus kami dan pemasaran kami pada mulanya tertumpu pada
jurugambar profesional kerana mereka bakal membawa ramai lagi pelanggan
mereka kepada kami.
ii. Lokasi pasaran dan pelanggan
Lokasi pasaran dan pelanggan adalah tidak tetap dan ramai tetapi pada
peringkat awal kami akan memfokuskan kepada komuniti jurugambar dan
syarikat andaman di Malaysia, Brunei dan Singapura yang bertujuan untuk
mendapatkan ramai lagi pelanggan daripada pelanggan mereka sendiri. Selain itu
kami akan melantik agen-agen program kerjasama di setiap 13 buah negeri di
Malaysia bagi menggalakkan promosi produk dijalankan. Seterusnya kami akan
memasarkan di peringkat global setelah sistem kami dilengkapi dengan sistem ECommerce.
iii. Trend pasaran dan masa depan
Mengikut kepada situasi sekarang seramai 200,000 orang pengguna di
Malaysia yang sudah menerima pakai laman web perkongsian imej dan jumlah
ini akan bertambah memandangkan perkembangan teknologi sejajar dengan
bidang ini. Bidang rangkaian bersosial juga dijangkakan akan semakin mendapat
sambutan kerana banyak membantu dalam memudahkan proses komunikasi dan
bersosial.
103
5.4.3
Kedudukan Persaing Dalam Sasaran Pasaran
Terdapat pelbagai produk yang menyerupai produk ini tetapi produk mereka
lebih memfokuskan kepada pembangunan laman web yang berfungsi sebagai
perkongsian gambar yang lebih kasual dan tidak formal. Berbeza dengan produk yang
akan dibangunkan ini kerana produk ini menekankan penghasilan sebuah laman web
yang memaparkan gaya menarik dan profesional bagi persembahan gambar-gambar
yang ingin dipaparkan. Setakat ini pesaing yang sudah lama bertapak dan berjaya
memenangi hati peminat-peminat yang menyimpan koleksi foto di Malaysia adalah
Flickr. Flickr telah menempa kejayaan dalam mendapatkan seramai lebih daripada
200,000 pengguna dari Malaysia sahaja tidak termasuk di negara-negara lain.
Rajah 5.2: Pengisytiharan syarikat Flickr sebagai pengeluar produk terbaik di dunia
(Sumber The Stars, 14 Jun 2007)
104
Jadual 5.2: Perbandingan Produk
Ciri-ciri aplikasi yang
Flickr
ditawarkan
Photo
Fotopages Smugmug
Bucket
Imej dipersembahkan dengan
√
menarik
√
Persembahan web yang
Produk
kami
√
√
professional dan eksklusif
Mempunyai fungsi muzik
√
latarbelakang
Boleh memilih rekabentuk
√
album
√
Menyediakan direktori
mengikut kategori bagi
√
memudahkan pelawat membuat
carian
Menyediakan nama URL yang
unik bagi pengguna sistem.
√
Contohnya
www.onlinephoto.com/syema
Harga berpatutan dan tiada caj
tersembunyi
√
√
√
Menyediakan keselamatan kata
laluan untuk melihat album
√
√
√
√
√
√
pengguna yang inginkan privasi
Gambar pengguna dilindungi
daripada pihak ketiga
Pengguna dapat menjanakan
pendapatan sampingan dengan
wujudnya Program Kerjasama
(Affiliates Program).
√
105
Persaingan wujud sama ada secara langsung ataupun tidak. Secara langsungnya,
laman web yang menyediakan perkhidmatan perkongsian imej merupakan pesaing
utama yang telah dikenalpasti. Walaubagaimanapun terdapat strategi-strategi yang
dikenalpasti dan akan diimplentasikan ke atas produk bagi mengatasi pesaing.
Analisis SWOT :
Kami mengenalpasti beberapa perbezaan dengan pesaing kami dengan melakukan
analisis SWOT iaitu dari segi kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman. Di sini
disenaraikan beberapa perbezaan iaitu :
•
Kekuatan
o Lebih murah kerana dimulakan dengan harga promosi
o Menawarkan program kerjasama dengan pelanggan-pelanggan di mana
setiap pelanggan baru yang disyorkan oleh pelanggan sedia ada akan
membuatkan pelanggan tersebut mendapat komisyen.
o Persembahan gambar-gambar dalam gaya yang professional dan menarik.
•
Kelemahan
o Perlu bersaing dengan laman web- laman web perkhidmatan perkongsian
foto yang sudah lama beroperasi.
•
Peluang
o Oleh kerana pengguna telefon bimbit berkamera dan teknologinya juga
seiring berkembang dari semasa ke semasa.
106
o Pertambahan pengguna yang celik IT berdasarkan peredaran zaman dan
perancangan kerajaan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010.
•
Ancaman
o Sekiranya terdapatnya penipuan dalam gambar-gambar yang dimasukkan
bagi tujuan yang buruk, maka pihak kami terpaksa memantau
berdasarkan aduan dan menyenarai hitamkan pengguna tersebut
sekiranya didapati benar-benar melanggar perjanjian yang ditetapkan.
5.5
Perancangan Pemasaran
5.5.1
Strategi Penerapan
Kami akan mulakan dengan jurugambar profesional dan syarikat andaman yang
mana mereka secara tidak langsung akan membawa pelanggan-pelanggan mereka
kepada kami. Selain itu kami menggalakan orang ramai dengan mewujudkan program
kerjasama. Dengan kaedah program kerjasama ini pengguna akan mempromosikan
kepada orang ramai ataupun kenalan supaya mereka mendapat komisyen bagi setiap
jualan yang dibuat.
107
5.5.2
Strategi Harga
Pihak kami akan mengunakan harga promosi pada tahun yang pertama supaya
berada pada harga yang murah dan berpatutan. Produk Online Photo Album and
Portfolio akan meletakan harga pakej dengan mengunakan mata wang U.S Dollar dan
Ringgit Malaysia. Ini adalah supaya dapat menggalakkan lagi pengguna Malaysia
mempercayai dan mengunakan produk kami. Selain itu kami juga menyediakan pakej
percuma bagi menggalakkan lebih ramai pelanggan berkunjung.
5.5.3
Strategi Penyebaran
•
Menyertai pameran dan ekspo.
•
Mempromosikan produk melalui komuniti jurugambar profesional.
•
Melalui program kerjasama dengan pengguna sistem
•
Penyebaran melalui email dan laman web rangkaian bersosial yang lain
5.5.4
Strategi Promosi
Kami menyediakan program kerjasama di mana pengguna sistem yang
mempromosikan produk kami ini kepada pengguna lain dan berjaya membuat jualan,
mereka akan mendapat komisyen asalkan nama id mereka dijadikan rujukan bagi
108
pelanggan baru berdaftar tersebut iaitu semasa transaksi pendaftaran pengguna
dilakukan. Selain itu kami akan mengenakan harga promosi pada tahun pertama serta
menyediakan akaun percuma bagi mengalakkan orang ramai berdaftar dengan produk
kami.
5.6
Rancangan Pengoperasian
Iwana Solution beroperasi di Kompleks Usahawan MARA, Technovation Park
Universiti Teknologi Malaysia, 81310 Skudai Johor. Kompleks ini menyediakan
pelbagai kemudahan asas kepada syarikat-syarikat yang menyertai program inkubator
MARA. Selain itu pihak kami mempunyai pejabat di dalam kampus Universiti
Teknologi Malaysia Skudai yang menawarkan infrastruktur secara percuma. Dengan
wujudnya kedua-dua pangkalan pejabat ini, pihak kami mudah untuk berjumpa
pelanggan dan mengadakan perbincangan lanjut dengan mereka.
5.7
Pembangunan Jangka Masa Panjang dan Rancangan Keluar
5.7.1
Strategi-strategi
Di masa akan datang kami merancang untuk berkerjasama dengan syarikat
percetakan dan cenderamata bagi menghasilkan bahan-bahan yang dicetakkan dengan
imej-imej yang terdapat dalam album pelanggan berdasarkan permintaan mereka
109
sendiri. Contohnya seperti baju, mug dan sebagainya. Bagi pengguna yang berjaya
membuat jualan hasil foto dan kreativiti mereka, pihak kami akan memberikan
komisyen yang berpatutan. Kami juga merancang untuk mengembangkan produk kami
dengan mewujudkan elemen video yang boleh di muat naik.
5.7.2
Batu Tanda
Projek kami akan dilakukan secara peringkat demi peringkat bagi memastikan
segala aspek dari segi pembangunan produk, pemasaran, pelaksanaan projek,
pengurusan, kewangan dan pelancaran produk dapat dilakukan dengan sempurna dan
bersistematik. Pada peringkat permulaan kami akan membangunkan produk kami
mengikut kepada permintaan supaya produk kami dapat memberi manfaat kepada
pengguna. Bagi 10 pengguna yang pertama pihak kami akan memberi perkhidmatan
percuma asalkan mereka bersetuju untuk menjawab soalan-soalan kajian pihak kami
berkaitan dengan produk Online Photo Album and Portfolio. Oleh itu daripada kajian
yang dilakukan mengenai maklum balas pengguna akan diserapkan kepada produk
supaya dapat menambahkan keberkesanan. Peringkat seterusnya, kami akan memberi
perkhidmatan percuma yang mempunyai had storan yang terhad bagi menggalakkan
pengguna menggunakan produk kami. Sepanjang tempoh ini, pengurusan dan kewangan
kami perlu diuruskan dengan baik dan bersistematik. Kami menjangkakan dalam masa 3
tahun produk ini akan diguna pakai secara menyeluruh dan sudah bertapak di industri
ICT.
110
Jadual 5.3: Ringkasan jadual bagi batu tanda dari Jun 2007 hingga ke Jun 2008
5.7.3 Risiko yang bakal dihadapi
•
Isu gambar tidak bermoral di masukkan ke dalam album. Namun begitu perkara
ini dapat diatasi dengan wujudnya fungsi membuat laporan salah laku di dalam
produk kami supaya pelawat dapat membuat laporan pada bila-bila masa kepada
pentadbir sistem.
•
Saiz storan yang tidak mencukupi yang memaksa pengguna menambah pelayan
(server)
•
Kehilangan foto-foto disebabkan oleh kerosakan pada pelayan dan sebagainya.
111
5.8
Rancangan Kewangan
Daripada perancangan unjuran kewangan dan sasaran pasaran, di sini Iwana
Solution telah menyiapkan rancangan kewangan untuk 3 tahun. Rujuk Lampiran E
untuk Pengurusan Kewangan Terperinci.
Rajah 5.3: Ramalan jualan projek untuk 3 tahun
Iwana Solution mensasarkan jualan Online Photo Album and Portfolio akan
terus meningkat apabila memasuki pasaran bermula pada pertengahan tahun 2008.
Dianggarkan jualan produk ini akan terus meningkat pada tahun berikutnya.
112
Rajah 5.4: Ramalan kos projek untuk 3 tahun
Keuntungan jualan Online Photo Album and Portfolio juga akan dipastikan oleh
pihak pengurusan supaya keuntungan projek dapat mengatasi kos yang dibelanjakan.
Rajah 5.5: Ramalan Sasaran Untung/Rugi untuk 3 tahun
113
5.9
Ringkasan
Di dalam bab ini diterangkan keseluruhan perancangan perniagaan Online Photo
Album and Portfolio yang dibangunkan sebagai panduan dan halatuju untuk
menjadikankannya sebagai produk yang diterima di pasaran serta berupaya menjana
keuntungan. Di samping itu, strategi pemasaran juga akan dibaiki dari masa ke semasa.
BAB 6
KESIMPULAN
6.1
Pencapaian
Matlamat utama pembangunan projek ini adalah untuk mewujudkan satu album
dan portfolio yang mempunyai persekitaran internet yang wujud pada hari ini. Projek ini
memberikan nilai tambah kepada kaedah perkongsian imej yang mempunyai kekangan
tersendiri. Walau bagaimanapun, gabungan kaedah lama ke dalam teknologi baru dapat
memberikan satu penyelesaian baru yang lebih efektif dan berkesan.
6.2
Cabaran dan Kekangan
Dalam setiap pembangunan produk, terdapat cabaran dan kekangan yang
dihadapi sehinggalah sistem siap dibangunkan. Cabaran perlu dilalui dan kekangan pula
115
merupakan kekurangan yang ada pada sistem yang mana memerlukan penambahbaikan
selagi tidak bertentangan dengan objektif.
6.2.1 Cabaran
Cabaran yang akan ditempuhi Online Photo Album and Portfolio adalah:
I.
Mempromosikan nama produk sebagai suatu jenama yang dapat diterima oleh
masyarakat adalah satu cabaran yang amat kritikal.
II.
III.
Bilangan pengguna internet di Malaysia masih lagi sedikit.
Golongan peminat fotografi dan ahli pofesional masih kurang mengaplikasikan
sepenuhnya media internet sebagai medium perkongsian imej dan portfolio.
IV.
Membina keyakinan pelanggan mengaplikasikan produk kami sebagai satu
kaedah yang memudahkan tugas mereka.
V.
6.2.2
Kemampuan syarikat memenuhi kehendak pelanggan yang semakin meningkat.
Kekangan
Berikut merupakan cabaran-cabaran dalam pembangunan produk yang telah
dikenalpasti sepanjang perlaksanaannya:
116
I.
Persaingan wujud dengan syarikat-syarikat yang sudah lama bertapak dan
mereka sudahpun mempunyai ramai pelanggan. Pengguna masih perlu diberi
pendedahan tentang kepentingan produk kami.
II.
Produk kami mengunakan pendekatan yang baru. Oleh itu ia mengambil masa
untuk diterima pasaran.
6.2.3
I.
Aspirasi
Dapat menimba ilmu terutama dalam bidang dan industri ini. Di samping dapat
mengetahui dan mengenali syarikat-syarikat lain dengan lebih dekat lagi.
II.
Pendekatan internet sebagai satu medium untuk perkongsian imej dan portfolio
adalah bersesuaian dengan teknologi semasa yang digunakan sepenuhnya.
6.3
Perbincangan
Projek Online Photo Album and Portfolio yang dibangunkan akan
mengetengahkan perkhidmatan perkongsian imej dan portfolio kepada pasaran kini
terutama bagi peminat fotografi dan golongan profesional . Namun persaingan tetap
wujud dari syarikat-syarikat yang telah lama bertapak dalam industri ini mahupun yang
baru. Menghasilkan produk yang benar-benar dapat memenuhi kehendak pasaran
bukanlah suatu kerja yang mudah. Kajian yang mendalam perlu dijalankan dengan lebih
terperinci mengikut perkembangan semasa. Selain memberikan perkhidmatan, produk
kami turut menggalakkan kemahiran menggunakan teknologi terkini untuk tujuan
pembangunan di masa akan datang.
117
RUJUKAN
1. Suhaimi Ibrahim, Wan Mohd.Nasir Wan Kadir, Paridah Samsuri, Roslina
Mohamed dan Mohd Yazid Idris. Kejuteraan Perisian. Jilid 2. Universiti
Teknologi Malaysia. 1999.
2. Safaai Deris, Paridah Samsuri, Dayang Norhayati Abang Jawawi, Mohd Yazid
Idris dan Roslina Mohamed. Kejuteraan Perisian. Universiti Teknologi
Malaysia. 2002.
3. Mohd Shahizan Bin Othman, Suraya Bt Miskon. Buku Paduan BENGKEL ASP.
Jabatan Sistem Maklumat FSKSM UTM Skudai. 2004/2005.
4. Larry Ullman. PHP FOR THE WOLRD WIDE WEB: VISUAL QUICKSTART
GUIDE. Peachpit Press. 2003.
5. Scott W. Ambler, The Elements of UML 2.0 Style. New York: Cambridge
University Press. 2005.
6. Thomas Connolly, Carolyn begg. Database System”.3th, Addision Wesley.
2002.
7. Gordon McComb, Marty Bower, Mark Robinson. “Web Programming
Languages Sourcebook”. John Wiley & Sons. 1997.
8. Kenneth E. Kendall & Julie E.Kendall. “System Analysis And Design”. Edisi Ke5. Prentice-Hall International, Inc. 2002.
9. Booch, G., Rumbaugh, J. and Jacobson, I. The Unified Modelling LanguageUser
Guide. USA :Addison Wesley Longman Inc. 1999.
10. Michael Moncur, MySQL: Your visual blueprint to open source database
management. Canada: Wiley Publishing, Inc. 2003.
11. Mohd. Johari Bin Mohd. Mohyin. Sistem Perancang Kewangan Islam:SPEKIS.
M.Sc. Report. Universiti Teknologi Malaysia; 2006.
118
12. Ina O’Murchu, John G. Breslin, Stefan Decker. Online Social and Business
Networking Communities. Digital Enterprise Research Institute, National
University of Ireland, Galway, DERI. 2004.
13. Wellman, B.: For a Social Network Analysis of Computer Networks. In:
Proceedings of the 1996 ACM SIGCPR/SIGMIS Conference on Computer
Personnel Research. ACM Press, New York. 1996.
14. Lizawati Mi Yusuf, Mohd Shahizan Othman, Suraya Miskon, Syed Norris
Hikmi Syed Abdulah. Asas Pengaturcaraan Hypertext Preprocessor (PHP).
Universiti Teknologi Malaysia. 2006.
15. Wellman, B., Gulia, M.: Virtual Communities as Communities: Net Surfers
Don’t Ride Alone. In: Smith, M.A., Kollock, P. (eds.): Communities in
Cyberspace. 1999.
16. Heineman, M., Kim, G.: Surfers Spend Nearly Two Hours on Friendster, an
Hour More Than Top Dating Sites. Nielsen/NetRatings Press Release, 26
November 2003. http://www.nielsen-netratings.com/pr/pr_031126_us.pdf
17. Hopkins, J.: Investors Court Social-Networking Sites. In: USA Today, 9
December 2003. http://www.usatoday.com/tech/news/2003-12-09-meet_x.htm
18. Laman Fotki
http://www.fotki.com/
(15 Oktober 2007)
19. Laman Funtigo
http://www.funtigo.com/
(16 Oktober 2007)
20. Laman Image Event
http://www.imageevent.com/ (17 Oktober 2007)
21. Laman PBase
http://www.pbase.com/
(18 Oktober 2007)
22. Laman Smugmug
http://www.smugmug.com/
(19 Oktober 2007)
23. Laman Picassa
http://www.picassa.com/
(20 Oktober 2007)
24. Laman Flickr
http://www.flickr.com/
(21 Oktober 2007)
LAMPIRAN A
SENARAI TEMURAMAH
120
Lampiran ini merupakan senarai membuktikan saya, Shaif Indra Iskandar B. Chrifoddin,
penuntut bagi kursus Sarjana Keusahawawan Teknologi Maklumat di Universiti
Teknologi Malaysia, telah menjalankan temuramah dengan syarikat Snapshotz Media
pada 20 Julai 2007. Kerjasama dan pertimbangan beliau amat dihargai.
Berikut merupakan sebahagian daripada soalan-soalan yang utama dalam temuramah
tersebut.
1. Siapakah pelanggan anda dan bagaimanakah anda menunjukkan hasil kerja anda
kepada mereka yang jauh?
2. Apakah pandangan anda terhadap produk-produk perkhidmatan perkongsian
imej secara atas talian yang berada di pasaran?
3. Adakah pelanggan-pelanggan anda mengutarakan pandangan terhadap
kelemahan produk perkhidmatan perkongsian imej di pasaran dan apakah
masalah-masalah yang sering mereka hadapi?
4. Oleh kerana anda menggunakan perkhidmatan perkongsian imej secara atas
talian, adakah anda berasa bahawa harga bagi pakej yang ditawarkan bersesuaian
dengan perkhidmatan yang diberikan?
5. Pernahkan anda menyiarkan perkhidmatan anda di dalam direktori? Sekiranya
terdapat satu produk perkhidmatan perkongsian imej yang menyediakan
perkhidmatan ini, adakah anda berminat menggunakannya dan adakah dapat
membantu mengembangkan lagi perniagaan anda?
Penemuramah: Shaif Indra Iskandar B. Chrifoddin
Pengurus Besar Snapshotz Media: Encik Elazar Syazli B. Esa
Tarikh: 20 Julai 2007
LAMPIRAN B
JADUAL PERLAKSANAAN CARTA GANTT PROJEK II DAN PROJEK III
122
123
LAMPIRAN C
RAJAH WEB STATIK DAN DINAMIK
125
Permintaan
Pelanggan
(Browser)
Maklumbalas
Pelayan
Laman
Web
Statik
Rajah C1: Proses Web Statik.
Permintaan
Pelayan
Aplikasi
Web
Pelanggan
(Browser)
Maklumbalas
Rajah C2: Proses Web Dinamik.
Laman
Web
Statik
LAMPIRAN D
ANALISA DAN REKABENTUK
127
Gambarajah Use Case:
Kemaskini maklumat
pakej
«uses»
Login
«uses»
«uses»
Ubah Katalaluan
«uses»
«uses»
«uses»
Mesej
Pentadbir Sistem
«uses»
«uses»
«uses»
Berita
«uses»
«uses»
Program Kerjasama
«uses»
«uses»
Direktori
«uses»
«uses»
Pelawat
«uses»
«uses»
Pendaftaran
Pengguna
«uses»
«uses»
Profail Pengguna
«uses»
Album
Buku Tamu
Rajah D1: Use case yang terlibat di dalam sistem.
«uses»
Pengguna Sistem
128
1) Penerangan Use Case Kemaskini Maklumat Pakej
Use Case 13: Kemaskini maklumat pakej
Primary Actor: Pentadbir Sistem
Pre-condition: Paparan data sedia ada berkaitan maklumat pakej
Post-condition: Kemaskinian yang baru akan disimpan ke dalam pangkalan data
Main success scenario (Basic flow):
1. Pentadbir sistem menekan nama pakej
2. Pentadbir sistem memilih sama ada untuk mengaktifkan muzik latarbelakang,
templet album dan markah program kerjasama.
3. Sistem menyimpanan maklumat yang dikeaskini ke dalam pangkalan data
Extension (Alternative flow):
1a.
Pengguna memasukkan maklumat kemaskini mengenai pakej
1.
Sistem menyimpan maklumat kemaskinian ke dalam pangkalan data
2) Penerangan Use Case Login
Use Case 1: Login
Primary Actor: Pentadbir Sistem, Pengguna
Pre-condition: Sah berdaftar dengan sistem Iphoto
Post-condition: Portal memaparkan menu utama pelanggan portal pada halaman utama
pengguna.
Main success scenario (Basic flow):
1. Portal papar menu utama pengguna portal.
129
2. Pengguna memasukkan kata-pengguna.
3. Pengguna memasukkan kata-laluan.
4. Pengguna tekan butang login.
5. Sistem papar menu utama pelanggan portal pada halaman utama pengguna.
Extension (Alternative flow):
1a.
Identiti pengguna tidak sah
1.
2a.
Sistem papar mesej ralat
Pengguna memasukkan kata-pengguna dan kata-laluan yang sah
1.
Sistem papar menu utama pelanggan portal pada halaman utama
pengguna.
2b.
Pengguna memasukkan kata-pengguna dan kata-laluan yang tidak sah
1.
Sistem papar mesej ralat.
2.
Pengguna memasukkan semula maklumat yang tidak lengkap
3) Penerangan Use Case Ubah Katalaluan
Use Case 2: Ubah Katalaluan
Primary Actor: Pentadbir Sistem
Pre-condition: Maklumat katalaluan sedia ada
Post-condition: Maklumat katalaluan baru disimpan ke dalam pangkalan data
Main success scenario (Basic flow):
1. Pentadbir sistem menekan butang ubah
2. Pentadbir sistem mengubah katalaluan dan menekan butang hantar
3. Sistem menyimpan katalaluan yang baru ke dalam pangkalan data
130
Extension (Alternative flow):
1a.
Pengguna memasukkan katalaluan baru
1.
Sistem menyimpan katalaluan baru ke dalam pangkalan data
4) Penerangan Use Case Mesej
Use Case 2: Mesej
Primary Actor: Pengguna, Pentadbir Sistem
Pre-condition: Paparan bilangan mesej yang belum dibaca
Post-condition: Mesej dihantar ke pengguna lain, pentadbir sistem ataupun pengguna
email
Main success scenario (Basic flow):
1. Pengguna dan pentadbir sistem menekan butang inbox utuk melihat mmesej
2. Pengguna dan pentadbir sistem menekan butang compose untuk menghantar
mesej
3. Pengguna dan pentadbir sistem membuat carian nama dan menghantar mesej
dengan menekan butang hantar
4. Sistem menghantar mesej kepada destinasi dan pengguna yang ditujukan
5. Pentadbir sistem menekan butang abuse untuk melihat laporan aduan dari
pelawat
Extension (Alternative flow):
1a.
Pengguna dan pentadbir sistem menghantar mesej
1.
Sistem menghantar mesej ke destinasi dan pengguna yang ditujukan
131
5) Penerangan Use Case Berita
Use Case 13: Berita
Primary Actor: Pentadbir Sistem
Pre-condition: Senarai berita sedia ada di paparkan
Post-condition: Maklumat berita akan disimpan dalam pangkalan data dan dipaparkan
di laman berita
Main success scenario (Basic flow):
1. Pentadbir sistem menekan butang tambah utuk menabah berita
2. Pentadbir sistem memasukkan topik berita, kandungan berita dan link
3. Sistem menyimpan berita baru ke dalam pangkalan data
4. Pentadbir sistem mengemaskini berita dan menbuang berita
5. Sistem menyimpan berita baru yang dikemaskini dan membuang berita dari
pangkalan data
6. Pengguna sistem dan pelawat melihat berita yang telah dikemaskini
Extension (Alternative flow):
1a.
Pengguna memasukkan berita
1.
Sistem menyimpan berita baru ke dalam pangkalan data
132
6) Penerangan Use Case Program Kerjasama
Use Case 2: Program Kerjasama
Primary Actor: Pengguna, Pentadbir Sistem
Pre-condition: Paparan maklumat mata program kerjasama
Post-condition: Mata program kerjasama
Main success scenario (Basic flow):
1. Pengguna melihat paparan mata terkini
2. Pengguna menekan butang tebus mata
3. Pengguna memasukkan maklumat berkaitan nama, akaun bank, nama bank dan
alamat pengguna
4. Sistem menyimpan maklumat ke dalam pangkalan data
5. Sistem mengubah mata pengguna kepada 0 dalam akaun pengguna
6. Pentadbir melihat paparan senarai pengguna yang menembus mata dan mengklik
kepada nama pengguna untuk melihat maklumat lanjut sebelum membuat
bayaran
Extension (Alternative flow):
1a.
Pengguna menembus mata
1.
Sistem menyimpan maklumat ke dalam pangkalan data dan memaparkan
pada menu program kerjasama pentadbir sistem
2a.
Pentadbir memilh nama dari senarai program kerjasama dan menekan butang
bayar
1.
Sistem membuang maklumat pengguna dari senarai program kerjasama
133
7) Penerangan Use Case Direktori
Use Case 8: Direktori
Primary Actor: Pengguna, Pelawat, Pentadbir sistem
Pre-condition: Pangkalan data telah mempunyai rekod pengguna yang sah
Post-condition: Portal memaparkan hasil carian pengguna.
Main success scenario (Basic flow):
1. Menu utama portal mengandungi borang carian pengguna dipaparkan
2. Pengguna, Pelawat, dan Pentadbir sistem memasukkan nama, negara, lokasi dan
kategori
3. Pengguna menekan butang “search”
4. Sistem papar hasil carian pengguna yang terdapat dalam pangkalan data.
5. Bagi pengguna yang mengaktifkan akaun kepada privasi, katalaluan perlu
dimasukkan.
6. Pengguna, Pelawat, dan Pentadbir sistem memasukkan katalaluan
7. Sistem mengenalpasti katalaluan tepat dengan pangkalan data dan membenarkan
untuk dilihat
Extension (Alternative flow):
1a.
Rekod carian wujud
1. Sistem papar hasil carian
1b.
Rekod carian tidak wujud
1. Sistem papar tiada dalam pangkalan data
2a.
Kata-laluan yang sah
1.
2b.
Sistem membenarkan laman tersebut untuk dilihat
Kata-laluan yang tidak sah
1.
Sistem papar mesej ralat
134
8) Penerangan Use Case Pendaftaran Pengguna
Use Case 2: Pendaftaran Pengguna
Primary Actor: Pengguna, Pentadbir Sistem
Pre-condition: Belum sah berdaftar dengan sistem Iphoto
Post-condition: Rekod pengguna disimpan dalam pangkalan data
Main success scenario (Basic flow):
1. Pengguna memilih pakej
2. Sistem papar borang pendaftaran
3. Pengguna memilh kategori pengguna
4. Pengguna memasukkan maklumat pengguna seperti:
i) Nama Pengguna
ii) Nama Penuh
iii) Jantina
iv) Negara
v) Poskod
vi) Negeri
vii) Alamat
viii)
Nama Rujukan Agen Promosi
5. Pengguna memasukkan maklumat hubungan seperti:
i) Nama Syarikat
ii) Nombor Pendaftaran Syarikat
iii) Nombor telefon
iv) Nombor fax
v) Alamat laman web
6. Pengguna memasukkan maklumat akaun
i) E-mel
ii) Kata laluan
iii) Verifikasi kata laluan
135
7. Pengguna perlu memilih untuk bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh
penganjur supaya proses pendaftaran dapat diteruskan
8. Pengguna menekan butang hantar
9. Sistem menghantar link pengesahan ke email pengguna
10. Pengguna menekan link yang diberikan
11. Bagi pengguna yang memilih pakej berbayar, pengguna perlu menjelaskan
pembayaran dahulu sebelum pentadbir sistem menghantar link ke email
12. Sistem mengaktifkan akaun pengguna
13. Sistem rekod data pengguna ke dalam pangkalan data
Extension (Alternative flow):
1a.
Identiti pengguna tidak sah
1.
2a.
Pengguna memasukkan maklumat data yang lengkap
1.
2b.
Sistem papar mesej ralat
Sistem rekod data pelanggan ke dalam pangkalan data
Pengguna memasukkan maklumat data yang tidak lengkap
1.
Sistem papar mesej ralat.
2.
Pengguna memasukkan semula maklumat yang tidak lengkap
136
9) Penerangan Use Case Profail Pengguna
Use Case 2: Profail Pengguna
Primary Actor: Pengguna, Pengguna
Pre-condition: Maklumat pendaftaran telah diisikan ke dalam profail
Post-condition: Profail pengguna dan gambar profail disimpan dalam pangkalan data
Main success scenario (Basic flow):
1. Pengguna menekan butang baru untuk memasukkan gambar profail
2. Pengguna menekan butang ubah untuk kemaskini gambar profail
3. Pengguna menekan butang ubahsuai profail
4. Pengguna mengubah maklumat atau memasukkan maklumat lengkap profail
5. Pengguna menekan butang kemaskini
6. Sistem rekod profail pengguna ke dalam pangkalan data
7. Pengguna dan pelawat dapat melihat maklumat lengkap profail tersebut
8. Pengguna menekan butang setting
9. Pengguna mengubah maklumat peribadi dan menekan butang kemaskini
10. Sistem mengemaskini maklumat peribadi pengguna dalam pangkalan data
Extension (Alternative flow):
1a.
Pengguna memasukkan maklumat data profail
1.
1b.
Sistem rekod data pelanggan ke dalam pangkalan data
Pengguna memasukkan maklumat data yang salah
1.
Sistem papar mesej ralat.
2.
Pengguna memasukkan semula maklumat yang salah
137
10) Penerangan Use Case Album
Use Case 2: Album
Primary Actor: Pengguna, Pelawat
Pre-condition: Bilangan album dihadkan mengikut pakej pendaftaran pengguna
Post-condition: Gambar-gambar, penerangan gambar, jenis lagu dan jenis templet
album disimpan dalam pangkalan data
Main success scenario (Basic flow):
1. Pengguna menekan butang tambah album
2. Pengguna memilih jenis templet bagi album mereka
3. Pengguna memilih jenis lagu yang diingini untuk album mereka
4. Pengguna memasukkan nama album dan penerangan yang berkaitan dengan
album tersebut
5. Pengguna menekan butang tambah album
6. Sistem rekod maklumat album ke dalam pangkalan data
7. Pengguna menambah gambar-gambar ke dalam album dengan menekan butang
tambah
8. Sistem menyimpan gambar-gambar ke dalam pangkalan data
9. Pengguna dan pelawat menekan butang view untuk melihat album yang dipilih
10. Pengguna mengemaskini album dengan menekan butang ubah
11. Gambar dan maklumat yang dikemaskini disimpan ke dalam pangkalan data
Extension (Alternative flow):
1a.
Pengguna memasukkan maklumat album
1.
2a.
Sistem rekod maklumat album ke dalam pangkalan data
Pengguna memasukkan gambar ke dalam album
1.
Sistem menyimpan gambar ke dalam pangkalan data
138
11) Penerangan Use Case Buku Tamu
Use Case 2: Buku Tamu
Primary Actor: Pengguna, Pelawat
Pre-condition: Paparan maklumat komen-komen dari pelawat
Post-condition: Komen baru akan disimpan dalam pangkalan data
Main success scenario (Basic flow):
1. Pengguna menekan butang lihat buku tamu
2. Pengguna menekan butang tambah untuk menambah komen di buku tamu
3. Pelawat menambah komen di buku tamu
4. Sistem menyimpan komen tersebut ke dalam pangkalan data
Extension (Alternative flow):
1a.
Pengguna dan pelawat memasukkan komen di buku tamu
1.
Sistem rekod komen ke dalam pangkalan data
139
1. Gambarajah Aktiviti
Rajah D2: Kemaskini maklumat pakej
Rajah D3: Login
140
Rajah D4: Ubah Katalaluan
Rajah D5: Mesej
141
Rajah D6: Berita
142
Rajah D7: Program Kerjasama
143
Rajah D8: Direktori
144
Rajah D9: Pendaftaran Pengguna
145
Rajah D10: Profail
146
Rajah D11: Album
Rajah D12: Buku Tamu
147
2. Gambarajah Jujukan
: Pengguna
Antaramuka
Login
Verifikasi
Validasi
Pangkalan
Data
Memasukkan email dan katalaluan
Verifikasi email dan katalaluan
Validasi email dan katalaluan
Bandingkan email dan katalaluan
Memaparkan mesej Selamat Datang
Rajah D13: Jujukan bagi pengguna login ke dalam sistem cadangan.
: Pengguna
Antaramuka
Muatnaik Gambar
Antaramuka
Album Gambar
Pangkalan
Data
Muatnaik Gambar
Simpan gambar ke dalam pangkalan data
Papar mesej gambar berjaya di simpan
Papar gambar
Melihat gambar di dalam album gambar
Rajah D14: Jujukan bagi pengguna memuatnaik gambar ke dalam album.
148
: Pentadbir sistem
Antaramuka
Hantar Mesej
: Pengguna
Antaramuka
Terima Mesej
Pangkalan
Data
Masukkan email penerima dan mesej
Memasukkan email penerima dan mesej
Simpan mesej ke dalam pangkalan data
Memaparkan mesej dari pengguna
Membaca mesej
Membaca mesej
Rajah D15: Jujukan penghantaran dan penerimaan mesej.
: Pengguna
Antaramuka
Pangkalan data
Ubahsuai Akaun
Papar maklumat pengguna
Ubahsuai maklumat
Simpan ke dalam pangkalan data
Rajah D16: Jujukan bagi pengguna melihat dan mengemaskini maklumat akaun
pengguna.
149
Antaramuka
Daftar
: Pengguna
Pangkalan
Data
Memasukkan maklumat
Simpan maklumat pengguna ke dalam pangkalan data
Papar mesej pendaftaran berjaya
Rajah D17: Jujukan bagi pengguna baru yang ingin mendaftar sebagai pengguna.
: Pentadbir sistem
Antaramuka
Ubahsuai Akaun
Pangkalan
Data
Paparkan maklumat akaun pentadbir sistem
Ubahsuai maklumat
Simpan maklumat ke dalam pangkalan data
Papar mesej ubahsuai akaun berjaya
Rajah D18: Jujukan bagi pentadbir sistem melihat dan mengemaskini maklumat
akaun.
150
3. Gambarajah Rekabentuk Pangkalan Data
Rekabentuk (Fizikal) Jadual Pangkalan Data :
album
guestbook
FK1,FK2
username
file_name
description
template
music
id
username
name
sender_email
title
comment
date
abuse_user
PK
user
PK,FK3,FK4,FK5,FK6,FK7 id
username
pwd
type
first_name
last_name
fullname
company_name
company_regno
status
package
gender
email
phone_no
country
zipcode
state
address
u_promoter
e_promoter
agreement
exp1
exp2
exp3
edu1
edu2
edu3
description
groom_name
bride_name
wedd_theme
wedd date
wedd_info
company_services
company_client
company product
point
sharing
pic
PK
id
username
guest_name
guest_pwd
id
username
name
type
size
address
admin
PK,FK1,FK2,FK3,FK4 id
username
pwd
music
PK
id
name
news
PK
payment
PK
picture
PK
id
id
to_usename
from_username
date
subject
message
status
sharing
PK
message
PK
id
name
email
date
comment
username
username
description
name
album
package
PK,FK1
id
package
album
music
point
Rajah D19: Pangkalan Data
id
username
point
status
name
acc_no
address
bank
id
date
topic
news
link
LAMPIRAN E
RANCANGAN KEWANGAN
152
IWANA SOLUTION
ANGGARAN KOS PELABURAN PROJEK & SUMBER PEMBIAYAAN
SUMBER PEMBIAYAAN
PROJEK
Perkara
Jumlah
(RM)
Modal
Sendiri
A. Belanja Permulaan
Deposit Sewa Kedai
Deposit Utiliti
Daftar Perniagaan
Lesen Perniagaan
Dokumentasi & Guaman
Latihan & Kursus
R&D
Jumlah
400
0
700
0
70
0
12,000
13,170
B. Pembelian Harta Tetap
Peralatan
Rak & Ubahsuai
Komputer & Perisian
8,000
10,000
12,000
Jumlah
Pinjaman
MARA
400
0
700
0
70
0
3,500
8,500
8,000
10,000
12,000
30,000
C. Belanja Operasi (Modal
Pusingan)
Stok Permulaan
Gaji 2 pekerja kontrak & 2 praktikal (3
bulan)
Sewa (3 bulan)
Telefon & Internet (3 bulan)
Elektrik & Air (3 bulan)
Domain & Web Hosting
Alatulis (3 bulan)
Pengangkutan (3 bulan)
Tol & Parking (3 bulan)
Pelbagai (3 bulan)
Majlis Pelancaran
Tunai Di tangan
Jumlah
Jumlah Kos Pelaburan Projek
Jumlah Sumber Pembiayaan
Projek
0
0
12,000
0
1,200
1,200
2,500
150
1,200
450
450
3,000
12,000
0
1,200
1,200
0
150
1,200
450
450
0
0
2,500
3,000
0
22,150
65,320
10,170
55,150
153
Modal Sendiri Diperlukan Sebanyak RM10,170 Dan Skim Pembiayaan Sebanyak RM55,000
Anggaran Jualan Selama 3 Tahun
TAHUN 1 (JUALAN)
Bulan
TAHUN 2 ( JUALAN)
Jualan
Bulan
Jualan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
1,500
2,500
4,000
6,000
9,000
13,000
19,000
22,500
25,000
29,000
31,000
35,000
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
39,500
45,000
50,000
60,000
65,000
70,000
80,000
82,500
90,000
94,000
98,750
101,250
Jumlah
197,500
Jumlah
876,000
TAHUN 3 (JUALAN)
Bulan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
Jumlah
Jualan
108,000
111,500
118,250
122,750
133,500
138,000
141,750
152,010
160,322
172,900
188,500
180,100
1,727,582
154
155
156
157
158
159
160
Related documents
Download